191
Pengaruh Program Intervensi Dalam Bimbingan dan Pementoran Berfokus
Oleh SISC+ Impak Terhadap Kredibiliti Pengajaran Guru di Sekolah–Sekolah
Daerah Kinta Utara, Perak
1Leila Nasser, 2Nor Zaitul Shahira Zakaria, 3Siti Nuraini Binti Mukhtar
[email protected]; [email protected]; [email protected]
Abstrak
Inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan lebih menekankan kepada
strategi pengajaran yang lebih berinovatif, pengaplikasian teknologi dalam
pengajaran guru dan mengembangkan skop persekitaran pembelajaran
pelajar ke arah yang lebih dinamik. Ekoran daripada itu, seiring dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 iaitu transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan di bawah kata kunci kualiti guru telah
mensasarkan pelbagai sumber atau kaedah yang relevan dengan
perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang
lebih baik. Maka objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
pengaruh program intervensi dalam bimbingan dan pementoran secara
berfokus terhadap kredibiliti pengajaran guru yang telah dilakukan oleh
Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches). Kajian ini juga
telah menekankan kepada kaedah kajian tinjauan deskriptif yang digunakan
untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan program bimbingan dan
pementoran yang mana dirangka dalam tiga mod, iaitu bimbingan dan
pementoran secara bersemuka, bimbingan dan pementoran dalam panitia
dan bimbingan dan pementoran secara berkelompok. Fokus program
bimbingan dan pementoran pegawai SISC+ tertakluk kepada Prosedur
Pengoperasian Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu, keutamaan kepada sekolah-sekolah yang
berprestasi rendah. Di daerah Kinta Utara, Pegawai SISC+ BI telah
melaksanakan Program Bimbingan dan Pementoran di 6 buah sekolah
menengah iaitu terhadap 30 orang guru berdasarkan skor dalam Borang
Bimbingan Guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini amat
kondusif dan relevan untuk membantu guru-guru dalam meningkatkan
kredibiliti pengajaran di dalam kelas. Peningkatan kredibiliti guru mampu
diperlihatkan melalui kualiti pengajaran guru dengan 100% menerusi mod
proses bimbingan dan pementoran yang telah dijalankan. Walaupun begitu,
masih banyak kajian berkaitan kredibiliti guru yang perlu dibuat untuk
memastikan definisi transformasi kualiti guru benar-benar mampu
merealisasikan hasrat negara.
Kata kunci: Bimbingan Dan Pementoran Berfokus, Kredibiliti pengajaran
PENDAHULUAN
Seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 iaitu transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan, kualiti pengajaran guru perlu menekankan kepada strategi
pengajaran yang lebih berinovatif, menerapkan pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan
mengembangkan skop persekitaran pembelajaran pelajar ke arah yang lebih dinamik serta
menyeronokan. Guru di sekolah peru menghayati dan menerima perubahan dan transformasi agar
anak bangsa dapat dididik serta dibentuk untuk menjadi seorang yang lebih holistik.
Intervensi dalam kaedah PdPC di dalam kelas akan memberikan satu impak yang sangat tinggi
bukan sahaja dari kualiti pengajaran guru tetapi juga dalam kualiti pembelajaran pelajar. Ong Sze
Chong et. al (2017) menyatakan tingkah laku pengajaran guru yang serasi atau tidak dengan gaya
pembelajaran pelajar boleh menimbulkan kesan positif atau negatif terhadap proses pembelajaran
pelajar amnya dan pembelajaran bahasa khasnya. Ciri-ciri guru merupakan salah satu faktor yang
penting dalam mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa (Ong Sze Chong et al.
2015). Guru seharusnya menitikberatkan kepada mengesan masalah-masalah pedagogi yang timbul
dalam proses PdPC dan melakukan suatu penambahbaikan yang boleh membina dan
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
192
mengembangkan kualiti kerjaya guru serta memberikan impak yang tinggi kepada pemahaman dan
pengaplikasian pengetahuan oleh pelajar dalam kehidupan seharian
School Improvement Specialist Coaches (SISC+) atau kini dikenali sebagai Pakar Pedagogi di
Pejabat Pendidikan Daerah diperkenalkan melalui Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia. SISC+
pada dasarnya dilantik dari kalangan guru cemerlang dan ditugaskan untuk membimbing guru terpilih
supaya dapat menerapkan teknik pembelajaran kooperatif, teknik pebelajaran terbeza dan kemahiran
berfikir aras tinggi. Melalui Program Transformasi Daerah 3.0 (DTP 3.0) jawatan SISC+ tidak lagi
berfokus kepada tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bermula
April 2017, fokus SISC+ adalah lebih kepada membantu melaksanakan pedagogi yang berkesan dan
mempunyai impak yang tinggi merentas kurikulum. Guru akan dibimbing untuk mencapai tahap yang
terbaik mengikut dua belas elemen dalam TCT (Instrumen Bimbingan Guru) yang selaras dengan
kehendak SKPMg2.
Melalui pelaksanaan inisiatif SISC+ ini, guru akan dibimbing untuk melaksanakan pembelajaran
abad ke 21 dan ditekankan dengan kaedah yang tidak lagi berfokuskan peperiksaan. Mengikut
Saemah dan Zamri (2016), kecemerlangan dan kejayaan seseorang murid adalah berhubung kait
dengan pengetahuan, keupayaan, kemahiran dan kreativiti guru serta keberkesanan pembelajaran
berasaskan aktiviti dalam bilik darjah. SISC+ membimbing guru untuk menjadikan pembelajaran
sebagai sesuatu yang menyeronokkan supaya pelajar seronok belajar dan seronok ke sekolah.
Bimbingan SISC+ tidak hanya melalui bimbingan di dalam kelas tetapi juga bimbingan luar kelas dan
secara atas talian melalui Whatsapp, Telegram, Digital Classroom, Facebook, Snapchat dan Twitter.
Pendekatan bimbingan secara atas talian banyak membantu guru untuk menggunakan peranti yang
dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ia sekaligus membina keyakinan pada guru untuk
menggunakan peranti semasa proses PdPC di dalam kelas.
Secara tuntasnya, intervensi bimbingan SISC+ membantu guru untuk mengajar bukan sahaja
untuk menghabiskan sukatan pelajaran tetapi ia lebih kepada apa yang difahami pelajar, penerimaan
pelajar tentang ilmu yang diajar dan bagaimana pelajar mengaplikasikan ilmu ini di dalam kehidupan
harian mereka. Secara tidak langsung guru juga dibimbing untuk menerapkan elemen merentas
kurikulum contohnya mengintergrasikan Bahasa Inggeris dalam PdPC Geografi.
PERNYATAAN MASALAH
Seringkali di dalam media sosial kehadiran SISC+ ke sekolah dikatakan memberikan bebanan
kepada guru. Jika dilihat dan dibaca rungutan dan komen yang dipaparkan di media sosial
sememangnya yang tidak memahami situasi akan memandang serong terhadap SISC+. Noel Jimbal
(2017) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing
para guru dalam pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan
pengajaran. Bimbingan dan pementoran yang dipertanggungjawabkan kepada SISC+ bukanlah untuk
mencari kesalahan atau memberi permasalahan pada guru. Bimbingan dan pementoran ini adalah
satu usaha yang dilakukan secara teratur dan terancang untuk membantu guru mencapai satu kualiti
pengajaran yang berimpak tinggi.
Sesi bimbingan dan pementoran yang dijalankan bersama guru yang dibimbing biasanya akan
dilakukan secara formal semasa di dalam kelas tetapi bertukar menjadi tidak formal semasa sesi luar
kelas. Situasi yang berbeza ini perlu dibuat demi menjaga perhubungan interpersonal seseorang
individu dengan individu yang lain. Komunikasi merupakan satu proses yang sangat penting bagi
menyampaikan maklumat secara lisan dan secara bahasa badan kepada seseorang kerana ia akan
mempengaruhi tingkah laku individu. Malah komunikasi ini juga penting kerana ia mempengaruhi
perspektif individu kepada individu yang lain. Perhubungan dua hala yang dibina haruslah mematuhi
segala norma, peraturan dan amalan yang sewajarnya supaya mesej dapat disampaikan dengan
sempurna. Ketidakfahaman dan ketidakjelasan terhadap bimbingan yang dilaksanakan oleh SISC+
akan menimbulkan tanggapan negatif terhadap SISC+.
Proses intervensi SISC+ dalam memastikan terdapat impak yang tinggi terhadap kredibiliti
Pengajaran Guru di Sekolah Menengah terbahagi kepada tiga mod, mod pertama ialah bimbingan
dan pementoran secara bersemuka yang dijalankan di dalam dan di luar kelas secara ‗one to one‘.
Mod kedua adalah melalui bimbingan dan pementoran secara dalam panitia dan mod ketiga ialah
bimbingan dan pementoran secara berkelompok. Walaupun program bimbingan dan pementoran ini
telah dijalankan secara sepenuh masa lebih kurang 5 tahun tetapi ia masih dianggap baru kerana
tiada kajian yang menyeluruh dan terperinci dijalankan mengenainya. Kesedaran guru dan
kefahaman guru serta pentadbir untuk menerima dengan secara terbuka kehadiran SISC+ ke sekolah
dibuat menggunakan kesemua tiga mod supaya segala permasalahan dapat diperjelaskan. Kajian ini
dijalankan untuk melihat pengaruh serta impak yang diperolehi melalui program intervensi dalam
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
193
bimbingan dan pementoran oleh SISC+ terhadap kredibiliti guru. Pemilihan sampel terdiri daripad 30
orang guru pelbagai subjek yang menjadi guru yang dibimbing pegawai SISC+.
Dalam memastikan keberkesanan tugas SISC+, pegawai sendiri harus akur dan sentiasa
menjaga adab serta tatasusila ketika bersama pentadbir dan guru. Situasi ‗give and take‘ harus
menjadi pegangan demi memastikan perhubungan sentiasa baik. Tiada istilah pentadbir atau guru
wajib ikut apa yang disarankan atau dicadangkan. Sentiasa beri peluang dan masa kerana setiap
perubahan memerlukan masa. Pujukan mesti dibuat secara berhemah dan bukan paksaan. Sikap
meletakkan diri sebagai pegawai harus diketepikan kerana tugas SISC+ adalah sebagai pembimbing
dan mentor. Perubahan peranan dari pembimbing kepada mentor perlu sentiasa
dilakukan,adakalanya peranan juga perlu berubah kepada penasihat dan juga kaunselor. Borang
TDP (Pelan Pembangunan Guru) digunakan dari masa ke semasa untuk membantu dalam
membimbing guru, peranan kemahiran komunikasi interpersonal harus dimainkan dengan baik
semasa membuat pengisian borang ini kerana guru yang akan menetapkan sasaran apa yang
hendak dicapai.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan pengaruh program intervensi dalam bimbingan dan
pementoran secara berfokus terhadap kredibiliti pengajaran guru yang telah dilakukan oleh Pegawai
SISC+. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan mengenalpasti impak dari intervensi yang
dicadangkan oleh pegawai SISC+ dan keberkesanannya dalam kredibiliti pengajaran guru yang
dibimbing oleh Pegawai SISC+ di 6 buah sekolah.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan-persoalan kajian adalah:
1. Adakah program intervensi SISC+ mempunyai impak dalam pengajaran guru?
2. Adakah program intervensi SISC+ membantu meningkatkan kredibiliti guru?
3. Adakah program intervensi SISC+ membantu Panitia dan Pentadbir?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk yang dipilih kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan mengumpul maklumat
berkaitan dengan program bimbingan dan pementoran. Borang rasmi yang digunakan iaitu TCT
(Instrument Pementoran Guru) dan TDP (Pelan Pembangunan Guru) digunakan sebagai bahan
pengumpulan data dan maklumat dari 30 orang guru yang dibimbing. Pengumpulan data bukan
sahaja dari guru yang dibimbing di sekolah Band 5 tetapi juga dari sekolah Pegawai SISC+ menjadi
Mentor PBD dan PAK21. Menurut Dr Kamarul Shukri Mat Teh (2015) reka bentuk kajian tinjauan
berbentuk deskriptif bertujuan mengumpul maklumat tentang pemboleh-pemboleh ubah dan
membuat perihal tentang fenomena yang wujud. Tinjauan deskriptif ini kerap digunakan untuk
memperolehi maklumat deskriptif tentang sesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan pemboleh-
pemboleh ubah yang dipilih.
Persampelan
Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 30 orang guru yang dibimbing oleh
Pegawai SISC+. Guru yang dibimbing ini terdiri daripada 27 orang guru-guru di empat buah sekolah
Band 5 dan 3 orang guru dari sekolah yang Pegawai SISC+ menjadi Mentor PBD (Pentaksiran Bilik
Darjah) dan Mentor PAK21 (Pembelajaran Abad Ke 21).
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan Instrumen Pementoran Guru (TCT) dan Pelan Pembangunan Guru
(TDP) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Instrumen Pementoran Guru (TCT) ini selari dengan kehendak SKPMg2 Standard 4,
melalui borang TCT ini SISC+ akan membimbing guru untuk mencapai kualiti seperti yang ditetapkan
dalam SKPMg2 Standard 4. Pelan Pembangunan Guru (TDP) pula membantu SISC+ membimbing
guru mengikut kehendak guru.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
194
DAPATAN KAJIAN
Tahap Intervensi Bimbingan dan Pementoran Berfokus SISC+
Jadual 1 di bawah menunjukkan pengaruh program intervensi dalam bimbingan dan
pementoran berfokus oleh SISC+.
Jadual I Min Sisihan Tahap
Intervensi Bimbingan dan Pementoran Berfokus SISC+
Item
Piawaian
SISC+ membimbing perancangan 4.13 0.690 Tinggi
SISC+ membimbing teknik pedagogi berkesan 4.05 0.924 Tinggi
SISC+ membimbing komunikasi berkesan 4.27 0.816 Tinggi
SISC+ membimbing menggunakan bahan sumber pembelajaran 3.83 0.916 Tinggi
SISC+ membimbing membuat kesimpulan 3.76 0.817 Tinggi
Lima item digunakan untuk mengukur impak intervensi bimbingan dan pementoran secara
berfokus kepada guru-guru yang dibimbing. Kesemua lima item yang diberikan penekanan pada
menunjukkan tahap intervensi program bimbingan dan pementoran berfokus SISC+ berada pada
tahap tinggi.
Tahap kualiti guru selepas bimbingan dan pementoran berfokus
Jadual 2 di bawah menunjukkan kredibiliti guru selepas melalui bimbingan dan
pementoran secara berfokus bersama SISC+.
Jadual 2 Sisihan Piawaian Tahap
Kredibiliti Guru Selepas Bimbingan dan Pementoran Berfokus
Item Min
Perancangan PdPC 3.72 0.896 Tinggi
Pengajaran Berasaskan Aktiviti 4.14 0.746 Tinggi
Komunikasi Berkesan 3.85 0.828 Tinggi
Penggunaan Bahan Sumber Pembelajaran 3.89 0.827 Tinggi
Kesimpulan Isi Mata Pelajaran 3.06 1.082 Tinggi
Secara keseluruhannya, bimbingan dan pementoran berfokus kepada guru mencatatkan min
pada tahap yang tinggi. Ini jelas membuktikan bahawa impak yang tinggi dapat dilihat setelah guru
diberikan bimbingan secara berfokus oleh SISC+.
Melalui kedua-dua jadual yang dipaparkan tidak dapat dinafikan bahawa dapatan menunjukkan
bimbingan dan pementoran yang berfokus oleh SISC+ memberikan impak yang positif kepada guru.
Dapatan ini adalah sejajar dengan pernyataan yang dibuat oleh Dr Ng Kee Chuan (2012) dalam
tinjauan persepsi SISC+ di mana pelantikan SISC+ merupakan jalan penyelesaian untuk memberi
sokongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah kepada sekolah.
Dapatan yang diperolehi ini juga selari dengan dapatan Sarabiah dan Zamri (2016) dalam
kajian tanggapan bimbingan SISC+ dari perspektif guru Bahasa Melayu. Kajian ini jelas menunjukkan
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
195
bahawa guru yang dibimbing mahu dan sedia bekerjsama dengan SISC+ dalam usaha meningkatkan
kredibiliti pengajaran guru di sekolah sejajar dengan transformasi pendidikan masa kini.
Memandangkan bimbingan SISC+ dalam lima aspek di atas menunjukkan tahap yang tinggi,
adalah wajar SISC+ memberikan bimbingan dan pementoran yang lebih terperinci dalam semua
komponen bagi meningkatkan kualiti PdPC guru. Noor Azlam dan Lim (2011) menyatakan untuk
mencapai keberkesanan dalam penyeliaan, penyelia perlu memerhati, menganalisa serta mentafsir
pengajaran guru serta memberi fokus dalam aspek perancangan hingga ke peringkat refleksi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. SISC+ perlu bijaksana dalam memilih pendekatan bimbingan
dan pementoran yang bersesuaian dengan persekitaran dan peribadi guru yang dibimbing supaya
wujud suasana harmoni, hormat menghormati, mempercayai dan memahami antara satu sama lain
semasa sesi dijalankan.
PERBINCANGAN
Keputusan kajian ini mendapati guru menerima bimbingan dan pementoran secara berfokus oleh
SISC+. Jelas melalui dapatan bahawa impak yang sangat positif dilihat dan PdPC guru menjadi lebih
teratur dan menarik. Transformasi memerlukan masa, perubahan yang sedikit haruslah dihargai.
Demi memastikan intervensi yang dilakukan oleh SISC+ berpanjangan walaupun selepas GDB
dilepaskan, perkongsian amalan terbaik melalui Komuniti Pembelajaran Profesional perlu diadakan
dari masa ke semasa. SISC+ harus mempunyai ‗soft skill‘ dan bijak mendekati guru yang dibimbing
demi mewujudkan satu suasana harmoni dan persekitaran positif yang mana kehendak untuk
penambahbaikan sentiasa ada.
Keberkesanan program intervensi bimbingan dan pementoran berfokus ini memberi impak
yang besar pada kualiti guru. Apabila kualiti PdPC guru meningkat, kemenjadian murid akan lebih
terserlah. Transformasi pendidikan kini ingin melahirkan murid yang holistik. Ilmu pengetahuan yang
diperolehi di dalam kelas bukan lagi untuk kegunaan peperiksaan sahaja tetapi bagaimana ia
diaplikasikan dalam kehidupan harian. Itulah pentingnya lima elemen yang dilihat pada Jadual 1 dan
Jadual 2 di atas, ia merujuk kepada penerimaan perubahan oleh guru dan bagaimana guru
mengaitkan PdPC di dalam kelas dengan kehidupan harian murid.
Penglibatan pihak pentadbir juga memainkan peranan penting dalam bimbingan dan
pementoran berfokus SISC+. Dorongan dan motivasi yang diberikan apabila maklumat tentang
perkembangan guru yang dibimbing diterima memainkan pernan yang besar. Apabila pihak pentadbir
berusaha melaksanakan satu perkongsian PdPC seseorang guru yang menunjukkan peningkatan
selepas bimbingan berfokus, ia menjadikan guru yang dibimbing lebih teruja dan bermotivasi tinggi. Ia
tidak terhenti di sana sahaja, ia secara langsung dan tidak langsung membuat guru lain bersemangat
untuk menjadi seperti guru yang menunjukkan peningkatan, malah, ada yang ingin menjadi lebih baik
lagi dari itu.
KESIMPULAN
Usaha kolaboratif dalam kalangan warga pendidik amat penting untuk berhadapan dengan masa
depan yang mencabar. Perancangan yang rapi harus dibuat secara sistematik dan holistik.
Melahirkan modal insan yang berkualiti mengikut acuan kita sendiri perlu dibuat dengan penuh
dedikasi dan komited. Program intervensi bimbingan dan pementoran SISC+ ini mampu
meningkatkan kualiti PdPC guru dan profesionalisme guru. Tanggungjawab SISC+ bukanlah sesuatu
yang mudah. Menguruskan manusia, mengubah tingkah laku dan persepsi guru memerlukan satu
tempoh yang panjang dan perlu dilakukan dengan konsisten. Tidak semua perubahan dapat diterima
dengan baik dan mudah.
RUJUKAN
Ahmad Zamri bin Khairani, Nordin bin Ab. Razak dan Mohammad Zohir bin Ahmad@Shaari.
2012. Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing Dari Perspektif Guru Pelatih.
Malaysian Education Dean‟s Council Journal. 13-21
Bahagian Pendidikan Guru. 2010. Memperkasa Pendidikan Guru Ke Arah Pendidikan Berkualiti.
Kuala Lumpur. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,2013-2025.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Marzano, R. J., Pickering, D. J dan Pollock, J. E. 2001. Classroom Instruction That Works:
Research-Based Strategies For Increasing Dtudent Achievement. Alexandria, VA:
Association For Supervision And Curriculum Development.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
196
Noel Jimbai dan Zamri Mahamod. 2017. Penerimaan Guru-guru Bahasa Melayu Terhadap Bimbingan
Dan Pementoran SISC+. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Dalam Seminar Penyelidikan
Pendidikan 2017. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noel Jimbai anak Balang. 2017. Penerimaan Guru-guru Bahasa Melayu Terhadap Bimbingan Dan
Pementoran SISC+ Daerah Selangau. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaker Mustafa. 2012. Mudahnya Coaching & Mentoring: Kaedah Transformasi Berkesan
Minda Dan Sikap Insan Cemerlang. Inteam Publishing Sdn. Bhd.
Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian dan Azhar Md. Sabil. 2016. Pengetahuan dan Kefahaman
Skop Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Jurulatih Pakar
Pembangunan Sekolah (SISC+). International Journal of Education and Training, 2(2). 1-9
Sabariah Jusoh. 2018. Persepsi, Amalan Dan Keberkesanan Bimbingan Jurulatih SISC+ Dari
Perspektif Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM, 8(1). 42-52
Wong Su Huong dan Nur Ain Elzira binti Abdullah. 2018. Bimbingan Dan Pementoran Pembimbing
Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) Menurut Perspektif Guru Dibimbing (GDB). Global
Academic Excellence, 3(13). 57-52
__________. 2017. Panduan Pengurusan program Transformasi Daerah. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Putrajaya.
Whitmore, J. 2002. Coaching For Performance, Growing People, Performance And Purpose.
London: Nicholas Brealey Publishing.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
197
Cabaran Pengurusan Kokurikulum Dan Komitmen Guru
Fatimatuzzahrah Roslan
SK Bandar T6, Kluang, Johor
[email protected]
Abstrak
Tujuan kajian adalah mengkaji hubungan antara cabaran pengurusan
kokurikulum dan komitmen guru–guru di negeri Johor. Jika dilihat pada ketika
ini, pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pihak pentadbir
sekolah khusunya Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi menangani
masalah yang timbul apabila melibatkan kokurikulum dengan guru – guru.
Responden kajian terdiri daripada 300 orang guru yang bertugas di 20 buah
sekolah yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap
komitmen bagi responden adalah tinggi. Dalam Kajian ini, instrumen yang
digunapakai adalah soal selidik dan menggunakan perisian Stastistical
Packages For Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan data yang lebih
jelas dan mudah difahami. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap
pengetahuan responden dalam pengurusan kokurikulum berada pada tahap
sederhana. Manakala dari aspek kemahiran pengurusan tahap responden
adalah tinggi. Dari dapatan kajian juga, terdapat perkaitan antara komitmen
responden dengan kemahiran melaksana pengurusan kokurikulum. Data yang
diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Ujian-t
Berpasangan, ANOVA Sehala dan Dua hala, Korelasi Pearson, dan
Moderated Multiple Regression(MMR). Keputusan kajian menunjukkan
wujudnya perbezaan signifikan antara skor min penglibatan sebenar dengan
skor min keinginan penglibatan dalam membuat keputusan. Skor min
penyertaan sebenar dalam pengurusan kokurikulum didapati lebih rendah
daripada skor min komitmen guru dalam menguruskan kokurikulum. Dengan
itu tahap penglibatan guru dalam pengurusan kokurikulum adalah rendah.
Dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
secara signifikan tahap komitmen guru dalam membuat keputusan
berdasarkan lokasi dan gred sekolah. Selain dari itu, keputusan kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen
guru dalam membuat keputusan dengan sokongan organisasi dan komitmen
terhadap organisasi tetapi tidak mempunyai hubungan yang signfikan dengan
keinginan guru menjalankan aktiviti kokurikulum. Akhir sekali kajian ini
mendapati bahawa sokongan organisasi menjadi moderator terhadap
hubungan antara cabaran pengurusan kokurikulum dan komitman guru.
PENDAHULUAN
Pengurusan kokurikulum merupakan satu pengurusan di sekolah sama ada di sekolah rendah
ataupun di sekolah menengah. Maksud pengurusan adalah satu proses sosial dibentuk untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan (Drucker, 1972). Manakala maksud
kokurikulum menurut Kerr (1971) menyatakan kokurikulum merupakan satu aktiviti dan pengalaman
pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu instituisi pendidikan untuk mencapai
sesuatu tujuan. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang dilakukan secara perseorangan atau
berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Konsep kegiatan kokurikulum adalah merupakan satu
pengajaran yang praktik, mengajar pelajar apa yang tidak dapat diajar di dalam bilik darjah. Kegiatan
ini menurut Arasoo (1995) bertujuan menyumbang kepada perkembangan kurikulum sekolah yang
menyeluruh dan sempurna. Kegagalan pihak sekolah menjalankan kegiatan kokurikulum boleh
didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau keduaduanya sekali (Akta
Pendidikan 1996) Kokurikulum di sekolah merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menyemai,
memupuk dan menanam perasan ‗espirit de corps‟, iaitu perasaan kekitaan diantara murid-murid
berbilang.
Di sekolah, pengurusan kokurikulum adalah di bawah pengurusan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum (GPK Kokurikulum). Peranan GPK Kokurikulum adalah membantu pengurus pendidikan
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
198
untuk menentukan arah dan dasar yang sesuai untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum atau
pendidikan luar. Selain itu, ianya dapat membantu merangka garis panduan untuk memantau
kemajuan kegiatan luar serta merancang program latihan dan perkembangan kepakaran dalam
pengurusan pendidikan luar.
Komitmen adalah satu cabang kepuasan kerja. Jika kepuasan kerja dapat dicapai dengan
maksimum, maka secara tidak langsung peningkatan kepada prestasi organisasi terutama sekolah
dapat dicapai dengan cemerlang. Mengikut kata Herzbeng (1959), kepuasan kerja melibatkan
persekitaran kerja, rakan sekerja, gaji, penilaian prestasi dan dan peluang kenaikan pangkat. Kerana
itu, sebagai pemimpin seharusnya memandang serius dengan permasalahan yang melibatkan
prestasi kerja guru-guru.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komitmen boleh didefinisikan sebagai sikap(pendirian
atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian ddan sebagainya atau menunjukkan
sokongan dan azam yang sepenuhnya kpd sesuatundan iltizam iaitu semuanya dihasilkan oleh
barisan pekerja yang bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai semangat yang tinggi
terhadap kerja. Maksud kedua komitmen ialah satu perjanjian (persetujuan, kata putus, dan
sebagainya) untukmelakukan sesuatu yang menjadikan sesuatu pihak itu terikat untuk
melaksanakannya.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sama ada secara langsung atau tidak langsung
adalah untuk mengetengahkan bakat dan potensi diri untuk digilap dan bersaing secara sihat yang
mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang berbeza di antara satu sama lain (Wardatul, 2014).
PERNYATAAN MASALAH
Cabaran pengurusan kokurikulum di setiap semua hampir sama yang mana pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan kepentingan penglibatan pelajar dalam kokurikulum yang
mana Pentaksiran Amali Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) diperkenalkan oleh Lembaga
Peperiksaan pada tahun 2014. Banyak usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan
kokurikulum di dalam sekolah tetapi komitmen guru yang sangat terhad membantutkan
kecenderungan pelajar untuk terlibat. Fenomena ini berlaku kerana guru-guru memberi pelbagai
alasan seperti mengutamakan akademik dan peperiksaan seperti peperiksaan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
melengah-lengahkan masa ketika waktu kokurikulum di sekolah, tidak mendapat maklumat yang lebih
terperinci tentang aktiviti yang terlibat dan menunjukkan tidak meminati program kokurikulum.Ini
merupakan permasalahan yang berlaku di sekolah kerana pihak pentadbiran sekolah terikat dengan
misi dan visi pihak berkepentingan dalam pendidikan. Menurut Nor Hisham Hashim (2012)
pencapaian akademik sekolah menjadi indikator utama keberkesanan pentadbiran sekolah-sekolah.
Selain itu, guru-guru memberi pelbagai alasan untuk tidak terlibat dengan kokurikulum yang
melibatkan penglibatan pelajar yang mana perlu mengikuti pelbagai program yang telah disusun atur
oleh pentadbir seperti GPK Kokurikulumyang telah berbincang dengan Guru Besar. Peranan GPK
Kokurikulum amat penting dan bertindak sebagai pengurus aktiviti kokurikulum yang mampu
membawa kecemerlangan dalam bidang kokurikulum di sekolah. Dengan keadaan ketika ini,
kokurikulum sangat penting di sekolah-sekolah demi meningkatkan peratus kecemerlangan dan juga
memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempelajari ilmu baru yang pada dasarnya tidak
akan diperolehi semasa pembelajaran di sekolah. Aktiviti luar juga merupakan salah satu
pembelajaran secara tidak langsung yang boleh digunapakai dalam pada masa-masa tertentu.
Ketika ini, kebanyakkan guru tidak boleh memberi komitmen yang tinggi dengan penglibatan
pelajar dalam kokurikulum. Contohnya program perkhemahan yang memakan masa sehingga 3 hari
2 malam, dan terpaksa meninggalkan keluarga terutama yang mempunyai anak kecil dan menjaga
anak orang. Malahan ada juga yang menyatakan tidak berminat dengan kokurikulum, aktiviti
membuang masa dan tidak ada kepentingan pada diri mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
a. Mengenal pasti tahap cabaran pengurusan kokurikulum di sekolah rendah daerah Kluang,
Johor.
b. Mengenal pasti tahap komitmen guru di sekolah rendah daerah Kluang, Johor.
c. Mengenal pasti hubungan cabaran pengurusan kokurikulum dengan komitmen kerja guru di
daerah Kluang, Johor
d. Mengenal pasti dimensi cabaran pengurusan kokurikulum yang menyumbang terhadap
komitmen kerja guru di sekolah rendah daerah Kluang, Johor.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
199
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
a. Apakah tahap cabaran pengurusan kokurikulum di sekolah rendah daerah Kluang, Johor?
b. Apakah tahap amalan pengurusan kokurikulum mengikut dimensi pengaruh yang ideal,
pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi terhadap amalan
kepimpinan transformasional dalam kalangan Guru Besar sekolah rendah daerah Kluang?
c. Apakah terdapat perbezaan persepsi guru mengikut jantina, umur, kaum dan pengalaman
mengajar terhadap amalan kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh Guru Besar sekolah
rendah daerah Kluang?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentu Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan oleh pengkaji berbentuk kuantitatif iaitu untuk mengenal pasti tahap
pengurusan kokurikulum di sekolah dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepada guru-guru
untuk dilaksanakan yang melibatkan persekitaran, cara mengurus, dan juga penghargaan daripada
pemimpin itu sendiri. Kajian ini adalah secara tinjauan di mana maklumat diperoleh daripada borang
soal selidik yang telah dibina. Selain itu, data kualitatif juga diperolehi dengan menganalisis dokumen
dan juga berdasarkan kajian-kajian lepas. Tujuan data kualitatif adalah untuk menyokong dapatan
pengkaji mengenai tahap cabaran pengurusan kokurikulum. Dalam kajian ini, pengkaji memilih
beberapa sampel daripada populasi sebagai responden untuk menjawab soalan-soalan kajian dan
seterusnya membuat penganalisaan terhadap hasil kajian tersebut.
Mula Pemerhatian / Mengenalpasti masalah
Mengenal pasti latar belakang masalah dan Kajian rintis
masalah kajian Model Rasch
Mengenal pasti objektif / Skop kajian Tamat
Kajian literatur
Metodologi kajian
Pembentukan instrumen dan pengesahan
pakar
Kajian sebenar
Analisis data dilakukan
Dapatan kajian diperolehi/
Pembentangan dapatan
Rajah 1 : Carta aliran kerangka operasi
Persampelan
Pengkaji telah membuat kajian tinjauan dan hanya melibatkan guru seramai 450 orang dari 20 buah
sekolah di sekitar daerah Kluang dijadikan sebagai responden kajian. Pemilihan sekolah yang terlibat
dipilih secara rawak.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
200
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan item-item
berkaitan dengan maklumat demografi responden. Bahagian B pula melibatkan item-item Cabaran
Pengurusan Kokurikulum dan Bahagian C, melibatkan item-item Komitmen Guru. Soalan yang dibina
berbentuk soalan tertutup yang hanya memerlukan responden memilih jawapan yang sesuai yang
disediakan mengikut Skala Likert. Borang-borang soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden
akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 21.0.
Dalam kajian ini, skala lima mata telah digunakan sebagai pengukur, di mana skor 1 untuk
Sangat Tidak Bersetuju, skor 2 untuk Tidak Bersetuju, skor 3 untuk Kurang Setuju, skor 4 untuk
Setuju dan skor 5 untuk Sangat Setuju. Di sini, responden hanya akan memilih dan menandakan
skala yang paling sesuai dengan dirinya. Penjelasan lebih jelas tentang skala likert yang digunakan
adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1
Skala Lima Mata Dalam Kajian
Skor Maklum Balas
1 Sangat Tidak Bersetuju (STS)
2
3 Tidak Setuju (TS)
4 Kurang Setuju (KS)
5
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)
PROSEDUR KAJIAN
Prosedur pengumpulan data akan dijalankan mengikut prosedur dan etika penyelidikan di mana
pengkaji akan mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Johor.Ianya
sangat penting bagi memastikan kajian yang dijalankan adalah telus dan mendapat persetujuan pihak
sekolah terhadap tajuk kajian iaitu Cabaran Pengurusan Kokurikulum dan Komitmen Guru. Selain itu,
langkah ini juga sebagai bukti untuk menyakinkan Pengarah JPN Johor bahawa kajian ini merupakan
sebahagian daripada keperluan kajian. Selepas itu, pengkaji akan membuat temu janji terlebih dahulu
dengan guru besar untuk memohon kerjasama mereka dalam proses mengedarkan soal selidik
kepada guru. Memandangkan kajian ini berbentuk tinjauan maka dapatan yang diperolehi bukan
untuk membuat penilaian prestasi bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
Selepas itu pengkaji akan mengemukakan analisis kajian ini ke Pejabat Pendidikan Daerah
Kluang, Johor untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah di bawah kementerian.
Selain itu, kebenaran daripada Pengarah JPN Johor akan dilakukan memandangkan responden yang
terlibat adalah guru-guru yang berkhidmat di Johor. Kajian akan dijalankan di sekolah kebangsaan
tersebut selepas semua kebenaran telah diperolehi daripada pihak-pihak yang terlibat. Selain itu,
skop kajian juga akan dimaklumkan untuk mengelakkan perselisihan fahaman yang mungkin akan
berlaku dikemudian hari.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan jadual purata skor min skala persetujuan lima tahap yang dikeluarkan
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk mengenal tahap min pada setiap dimensi. Spesifikasi skala adalah seperti Jadual 2.
Jadual 2
Tahap Pemeringkatan Min (Mohd Majid, 2005)
Bil Min Skor Tahap
1 1.00 - 2.33 Rendah
2 2.34 - 3.67 Sederhana
3 3.68 - 5.00 Tinggi
Analisis Min dan Sisihan Piawai Demografi Responden.
Jadual 3 di bawah menunjukkan analisis statistik ujian-t ―Independent –Sample t-test‖ tentang
perbezaan demogarfi responden.
Jadual 3
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
201
Perbezaan Demografi Responden
Jantina N Min Sisihan df t Sig
Piawai
Lelaki 70 3.92 .422 165 .632 .155
Perempuan 230 3.87 .499
Aras Signifikan p> -05
Berdasarkan Jadual 3, analisi ujian-t ―Independent-Sample t-test‖ bagi membezakan skor min
demografi responden. Hasil ujian menunjukkan nilai t(165)=.632, p=.155. Ini menunjukkan tahap
signifikan ini lebih signifikan daripada .05 (p>-05). Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dimensi demografi responden. Ini bermakna dimensi ini adalah sama dan berada pada tahap tinggi.
Analisis Min dan Sisihan Piawai Dimensi Cabaran Pengurusan Kokurikulum
Jadual 4 di bawah menunjukkan analisis statistik ujian-t ―Independent-Sample t-test‖ tentang
cabaran pengurusan kokurikulum.
Jadual 4
Perbezaan Cabaran Pengurusan Kokurikulum
Jantina N Min Sisihan df t Sig
Piawai
Lelaki 70 3.77 .576 165 .944 .255
Perempuan 230 3.95 .597
Aras Signifikan p> -05
Berdasarkan Jadual 4, analisis ujian-t digunakan untuk membezakan skor min dimensi cabaran
pengurusan kokurikulum. Hasil ujian menunjukkan nilai t(165)=.944, p=.255. Ini menunjukkan tahap
signifikan ini lebih signifikan daripada .05 (p> .05). Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dimensi cabaran pengurusan kokurikulum antara dua jantina yang dikaji. Skor min dan sisihan piawai
bagi guru lelaki adalah (M=3.77, SP=.576) dan skor min bagi guru perempuan adalah (M=3.95,
SP=.597). Ini bermakna dimensi cabaran pengurusan kokurikulum adalah sama dan berada pada
tahap tinggi.
Analisis Min dan Sisihan Piawai Dimensi Komitmen Guru
Jadual 5 di bawah menunjukkan analisi statistik ujian-t tentang perbezaan dimensi komitmen
guru antara guru lelaki dan perempuan.
Jadual 5
Perbezaan Cabaran Pengurusan Kokurikulum
Jantina N Min Sisihan df t Sig
Piawai
Lelaki 70 3.82 .553 165 .954 .832
Perempuan 230 4.00 .561
Aras Signifikan p> -05
Berdasarkan Jadual 5, analisis ujian-t ―Independent-Sample t-test‖digunakan bagi
membezakan skor min dimensi komitmen guru dalam pengurusan kokurikulum. Hasil ujain
menunjukkan nilai t(165)=.954, p=.832. Ini menunjukkan tahap signifikan ini lebih signifikan daripada
.05(p>.05). Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dimensi komitmen guru dalam
pengurusan kokurikulum di antara guru lelaki dan guru perempuan. Skor min dan sisihan piawai bagi
guru lelaki adalah (M=3.83. SP=.553) an skor min serta sisihan piawai bagi guru perempuan adalah
(M=4.00, SP=.561). Ini bermakna dimensi komitmen guru dalam pengurusan kokurikulum adalah
berada di tahap tinggi.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
202
PERBINCANGAN
Analisis kajian ini telah menunjukkan tahap komitmen guru dalam cabaran pengurusan kokurikulum
bagi guru lelaki dan guru perempuan adalah tinggi dengan skor min 3.66 bagi guru lelaki dan 3.86
bagi guru perempuan untuk tahap pengurusan kokurikulum, yang mana membuktikan bahawa
cabaran dalam pengurusan kokurikulum dengan komitmen guru yang bertepatan Teori Stoner (1995).
Teori Stoner merupakan satu proses pengurusan yang bersistematik dalam menjalankan sesuatu
aktiviti kerama ianya melibatkan aktiviti yang saling berhubungan agar dapat mencapai matlamat
yang diinginkan.
Analisis terhadap cabaran pengurusan kokurikulum dan komitmen guru menunjukkan bahawa
ianya saling berkaitan dan memberi impak yang besar. Menurut Nor Suhara Haji Fadzil & Jamil
Ahmad (2010) menyatakan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum menggalakkan
perkembangan keseluruhan individu pelajar. Komitmen guru dalam pengurusan kokurikulum memberi
impak kepada sekolah dalam mencapai kecemerlangan dan menjadian pelajar dalam kokurikulum.
Berdasarkan kajian ini, hipotesis nol pertama dan kedua gagal ditolak kerana tidak ada
perbezaan yang signifikan antara cabaran pengurusan kokurikulum dan komitmen guru.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat terhadap kajian ini adalah komitmen guru amat besar dalam
memastikan cabaran dalam pengurusan kokurikulum dapat diminimumkan supaya ianya tidak
memberi kesan negatif dan memberi impak yang baik dalam kemenjadian pelajar untuk
kecemerlangan kokurikulum di sekolah-sekolah. Selain itu, ianya dapat membantu pelajar untuk
meningkatkan markah prestasi PAJSK.
RUJUKAN
Ahmad Esa, Mohd Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman, & Zalinah Salehon
(2015). Citra Kokurikulum. (Penerbit UTHM, Ed.). Penerbit UTHM
Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2002). Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kegiatan
Kokurikulum. 91.
Lim, Y. Y. Remaja Mengabaikan Sukan Dalam Dewan Siswa. Halaman 19.Jun1991.
Nooraini Othman, Wardatul Aishah Musa, & Mohd Nasrul Hakim. (2015). Kokurikulum Di
DalamSistem Pendidikan Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Bahagian Perkembangan
Kokurikulum KPM. (1956), 1-6
Mohd Jaflus Bahari. (2008). Faktor-faktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam
KegiatanKokurikulum Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah
Seremban.Maktab Perguruan Islam.
Mok, S. S. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2014). Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Untuk
Masa Depan Malaysia.
Wardatul Aishah Musa. (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap Aktiviti Kokurikulum dan
Keberkesanannya kepada remaja, 2014 (June), 778-785.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
203
Aplikasi Teori Malakat Dan Tadrij Ibnu Khaldun Dalam
Modul Pengajaran Pemulihan Intensif Bahasa Arab Komunikasi
1Naziroh Ibrahim, Ph.D, 2Amani Dahaman@Dahalan, Ph.D
1Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Malaysia,
2Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman, Malaysia
[email protected]
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan memperkenalkan satu kaedah alternatif
berdasarkan modul pemulihan yang dibina bagi membantu para guru
pemulihan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pemulihan
pembelajaran Bahasa Arab khususnya dalam mempraktikkan ucapan lazim
dalam pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi dengan lebih berkesan.
Pembinaan modul ini berasaskan kepada teori belajar Ibnu Khaldun iaitu
„Malakat dan Tadrij‟. Pembelajaran pemulihan yang diaplikasikan melalui
konsep Malakat adalah satu pembelajaran melalui aktiviti latih tubi yang
dilakukan secara intensif dan berterusan. Manakala konsep Tadrij adalah
aktiviti pembelajaran yang dihasilkan secara beransur-ansur, berperingkat-
peringkat dan berterusan yang dimulakan dari mudah kepada yang lebih
kompleks. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental dengan
melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan
eksperimen akan mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan modul secara
latih tubi yang berterusan berasaskan konsep belajar „Malakat dan Tadrij‟,
manakala kumpulan kawalan mengikuti kelas pemulihan Bahasa Arab
Konvensional menggunakan kaedah sedia ada. Ujian Pra dan Pasca
dijalankan terhadap dua kumpulan kajian bagi melihat keberkesanan kaedah
yang dijalankan.
Kata kunci : Pemulihan Bahasa Arab Komunikasi, Teori Belajar Ibnu Khaldun
„Malakat dan Tadrij‟, Modul Pemulihan Pembelajaran Bahasa Arab Lazim,
Pembinaan Modul, Ujian Pra Pasca
PENDAHULUAN
Masalah keciciran Bahasa Arab Komunikasi dalam kalangan murid tahap dua di peringkat sekolah
rendah di Malaysia khususnya masih perlu dibantu dan diutamakan dalam aspek Pembelajaran Kelas
Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di peringkat sekolah rendah . Rasionalnya, pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi adalah sebahagian daripada komponen mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid
khususnya murid yang akan menyambung pengajian di sekolah aliran Arab . Walaupun program
pemulihan pembelajaran Bahasa Arab telah dilaksanakan di bawah program j-QAF selama hampir
enam tahun, namun masalah keciciran ini masih perlu diberi perhatian. Keciciran dalam mata
pelajaran Bahasa Arab merupakan kegagalan segelintir murid dalam pengetahuan agama yang perlu
dikuasai melalui kemahiran tulisan jawi dan juga kemahiran membaca Quran juga tidak ketinggalan
Bahasa Arab. Usaha pemulihan perlu giat dijalankan agar keciciran ini khususnya terhadap murid
tahap dua dapat dipulihkan. Pembelajaran melalui kaedah latih tubi yang berterusan melalui Modul
pemulihan Intensif dan Berterusan adalah dicadangkan sebagai alternatif ke arah pemulihan Mata
Pelajaran Bahasa Arab khususnya dalam kemahiran ucapan lazim harian semasa mata pelajaran
Bahasa Arab Komunikasi dilaksanakan. Pembelajaran pemulihan yang menggunakan kaedah latih
tubi intensif dan dilakukan secara berterusan disusun berdasarkan teori belajar Ibnu Khaldun iaitu
Malakat dan Tadrij dan dijelmakan dalam bentuk Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan (MPIB).
Modul yang dibina merupakan salah satu bentuk modul yang memberi fokus terhadap kaedah latih
tubi membaca dan menulis Bahasa Arab secara berterusan yang dilakukan khas dalam kelas tahun
lima. Usaha ini diharapkan dapat menjadi panduan dan kemudahan khususnya kepada murid kelas
pemulihan tahap dua agar dapat dipulihkan dan dapat menguasai bacaan dan ucapan ayat lazim
Bahasa Arab dengan lebih berkesan. Kaedah alternatif ini diharapkan dapat memulihkan masalah
keciciran B.Arab di samping kaedah yang sedia ada sebelum murid ini melangkahkan kaki ke sekolah
menengah aliran Arab.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
204
LATAR BELAKANG
Aktiviti pembelajaran pemulihan seperti kaedah latih tubi membaca dan menulis jawi dan Bahasa
Arab dapat memberi maklumat dan pengetahuan bagi murid-murid pemulihan dimulai dengan proses
mengenal huruf, membunyikan suku kata dan seterusnya membaca jawi dan Arab (Dewi
Maslehah,1995; Normaria Cik Hussin, 2009). Kemahiran mengenal dan menyebut secara latih tubi
amatlah perlu dilalui oleh setiap murid dalam konteks pendidikan bahasa, apatah lagi murid-murid
yang lemah (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam,1985). Program j-QAF adalah antara usaha
yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM) bertujuan memulihkan murid yang keciciran jawi dan Bahasa Arab. Usaha ini
dimulakan dari peringkat sekolah rendah bermula tahun 2004 melalui Modul Kelas Pemulihan Jawi
(MKPJ). Program pemulihan j-QAF menggunakan modul pembelajaran pemulihan jawi yang
dilaksanakan dalam kelas pemulihan jawi. Berdasarkan hasil kajian ini maka penyelidik
menggunakan modul pemulihan yang sama ke atas kajian mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.
Kajian ini khususnya adalah memahirkan ucapan lazim Bahasa Arab.
Kajian yang dijalankan oleh Normaria Che Hussin (2009) terhadap pencapaian murid
pemulihan mendapati bahawa, tahap membaca dan membina perkataan melalui suku kata jawi
kurang dikuasai oleh murid. Pembelajaran secara latih tubi dan intensif disarankan sebagai alternatif
bagi membantu murid pemulihan jawi dan Bahasa Arab agar dapat menguasai kemahiran mengenal,
menyebut, membaca dan menulis tulisan jawi seterusnya membina perkataan melalui suku kata.
Begitu juga terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab. Ibnu Khaldun (1993) menggariskan bahawa
proses pendidikan perlu bermula daripada aras mudah dan bergerak kepada yang lebih kompleks
secara berterusan ataupun disebut sebagai ‗Tadrij‘. Manakala penguasaan asas yang kukuh akan
membentuk pertu kajian ubahan tingkah-laku secara kognitif, afektif dan psikomotor murid dengan
lebih beradab dan berkesan melalui aktiviti latih tubi yang disebut sebagai ‗Malakat‘. Malahan
penguasaan kemahiran jawi dan Quran dan Bahasa Arab amat penting dalam pembentukan nilai
murni dan adab-adab Islam sebagai murid Islam (Abdullah Al-Amin, 1994). Sehubungan itu kajian
oleh Nazirah Ibrahim (2015) mendapati kaedah Malakat dan Tadrij boleh diaplikasikan ke atas
pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi khususnya untuk memahirkan murid dalam ucapan lazim.
PERNYATAAN MASALAH
Ibnu Khaldun (1993) menjelaskan bahawa konsep Pendidikan Islam melalui kaedah latih tubi secara
berterusan (Tadrij) merupakan satu cara yang berkesan untuk mendidik dan memastikan murid di
peringkat rendah dapat memperoleh pengetahuan terutama pengetahuan yang berteraskan
keagamaan. Rasionalnya, pelajaran Bahasa Arab yang diajar lebih menjurus kepada aspek
pendidikan Islam yang menitikberatkan pengetahuan tentang keagamaan. Pendekatan pelajaran
Bahasa Arab pula sangat rapat dengan pembelajaran tentang huruf-huruf Al-Quran (Al-Na‘miy, 1994).
Manakala pembelajaran Al-Quran menuntut kepada tahap peradaban yang tinggi, tertib dan
bersungguh-sungguh semasa belajar (Malakat). Bahkan pengetahuan keagamaan inilah yang akan
membimbing murid berakhlak mulia dan dapat mengenal Tuhan (Shahrul Riza, 2008).
Justeru penekanan terhadap aktiviti permainan dan bacaan dari buku teks sahaja tidak
mencukupi sebagai usaha ke arah meningkatkan pencapaian kemahiran Bhaasa Arab terutamanya
murid pemulihan. Modul Kelas Pemulihan Bahasa Arab sedia ada menekankan kaedah-kaedah yang
berasaskan permainan seperti yang tercatat dalam modul yang disediakan (Model Kelas Bahasa
Arab, 2008). Aktiviti bermain sambil belajar khususnya dalam pembelajaran tahun lima didapati telah
mengurangkan tumpuan dan perhatian murid terhadap aktiviti latih tubi menyebut dan membaca isi
kandungan pelajaran secara intensif (Nurul Ain Senin, 2011). Biasanya murid lebih leka bermain
daripada berusaha mengingati pelajaran yang diberikan semasa pembelajaran berlangsung.
Sedangkan murid memerlukan penumpuan fikiran yang khusus terhadap aktiviti latih tubi menyebut
dan membaca semasa sesi pembelajaran dilaksanakan (Tay Guan Chai (2005); Shahrul Riza (2008);
Rajeswary (2008); Cik Normaria Cik Hussin (2009); Zairul Anuwar Jamriy (2010).
Maka, pembinaan Modul Intensif dan Berterusan (MPIB) berteraskan teori Malakat dan Tadrij
adalah satu kaedah yang dirancang berasaskan aktiviti latih tubi menyebut dan membaca ayat lazim
secara berterusan dengan bimbingan guru secara individu dalam suasana yang beradab dan
harmoni, berbanding aktiviti latih tubi dalam bentuk permainan seperti sedia ada. MPIB dilaksanakan
sebagai satu kaedah alternatif untuk penambahbaikan Bahasa Arab.
MODUL PEMULIHAN INTENSIF DAN BERTERUSAN (MPIB)
Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan (MPIB) adalah satu modul yang dibina dengan
menekankan teori belajar Ibnu khaldun iaitu Malakat dan Tadrij (Ibnu Khaldun, 1994). Konsep
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
205
pembelajaran latih tubi menyebut, membaca dan menulis dilaksanakan secara intensif dan berulang-
ulang sehingga menjadikan aktiviti latih tubi berakar umbi dalam jiwa murid. Hasilnya dapat
memperoleh pengetahuan dan menguasai isi pelajaran yang dinamakan Malakat. Aktiviti latih tubi ini
secara tidak langsung akan meminimumkan pergerakan murid terutama semasa melakukan aktiviti
pembelajaran berasaskan permainan. Latih tubi intensif adalah aktiviti berbentuk kemahiran
membaca dan memyebut ayat lazim mata pelajaran Bahasa Arab berdasarkan sukatan pelajaran
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan modul pemulihan alternatif
ini hanya melibatkan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran murid yang lemah
Bahasa Arab tahun lima yang belajar dalam kelas pemulihan yang sedia ada di sekolah terpilih.
Murid yang mengikuti pembelajaran B.Arab berasaskan Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan
telah dipilih berdasarkan prosedur pemilihan murid pemulihan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Setiap kemahiran bacaan yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran B.Arab akan
melibatkan aktiviti pembelajaran secara latih tubi berdasarkan kemahiran dan tajuk yang ditentukan
oleh Sukatan Pelajaran B.Arab Tahun Lima (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Kemahiran
tersebut meliputi daripada menyebut ayat lazim dan membaca setiap perkataan, mengenal tanda-
tanda bacaan, mengenal jenis-jenis ayat dan membaca ayat-ayat mudah sehinggalah kepada ayat
yang sempurna dan lebih kompleks. Dalam pendekatan belajar Ibnu Khaldun proses belajar yang
bermula daripada mudah kepada aras yang lebih sukar dinamakan Tadrij. Tadrij berasal daripada
perkataan Arab ‗‘تدرج. Yang memberi maksud secara operarasional ialah proses belajar yang bermula
daripada mudah dan bergerak kepada yang lebih sukar. Latih tubi secara intensif dan berterusan
dengan bimbingan guru secara individu akan dilaksanakan dengan berterusan sepanjang kelas
berlangsung dalam tempoh satu jam. Guru dikehendaki memastikan murid pemulihan dapat
menguasai setiap isi kandungan yang mudah sebelum bergerak kepada tajuk yang lebih kompleks.
Proses pelaksanaan modul ini adalah seperti berikut :
i) Memilih dan menentukan kumpulan murid rawatan
ii) Pendedahan Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan kepada guru-guru pemulihan
iii) Memfokuskan aktiviti latih tubi dalam semua kemahiran bacaan sepanjang tempoh
pelaksanaan dijalankan
iv) Mementingkan tingkah laku yang beradab dan harmoni dengan meminimumkan pergerakan
seperti aktiviti permainan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
v) Rancangan pengajaran disediakan sebanyak sepuluh set sepanjang pelaksanaan kajian.
vi) Menjalankan ujian pencapaian pra dan pasca terhadap murid pemulihan B.Arabyang terlibat
dengan kajian.
PEMBINAAN MODUL PEMULIHAN INTENSIF DAN BERTERUSAN (MPIB)
Pembinaan Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan ini adalah bertujuan menambah baik
pembelajaran pemulihan B.Arab murid tahun lima. Pembinaan modul perlu mematuhi urutan langkah-
langkah yang telah ditetapkan (Sidek Mohd Noah, 2008; dan Noraini Idris, 2010). Proses ini bertujuan
memastikan modul yang dibina dapat memberi kesan yang baik terhadap sasarannya. Bagi mencapai
tujuan tersebut, penyelidik telah mengumpul semua maklum balas berkaitan pembinaan modul
daripada guru-guru dan pihak pengurusan sekolah melalui analisis keperluan. Penyelidik telah
menjalankan soal selidik dan temu bual kepada 20 orang responden yang terlibat daripada beberapa
buah sekolah dari negeri Perlis bagi mengumpul maklumat berkaitan pembelajaran pemulihan
B.Arab dan keperluan modul baru. Temu bual adalah menjurus kepada aktiviti pembelajaran
pemulihan jawi murid tahap dua khususnya murid tahun lima. Hasil maklumat dianalisis bagi
membina modul.
Pembinaan modul kajian ini adalah berdasarkan kepada Model Pembinaan Modul Sidek (Sidek
Mohd Noah,2008) dan teori Belajar Ibnu Khaldun (Shahrul Riza, 2008). Pendekatan model ini
mempunyai dua peringkat utama. Peringkat pertama ialah peringkat menyediakan draf modul yang
terdiri daripada sembilan langkah, manakala peringkat kedua merupakan peringkat mencuba dan
menilai modul. Pada peringkat kedua modul akan melalui kajian rintis untuk mendapatkan kesahan
dan kebolehpercayaan. Jika terbukti draf modul mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi, maka draf modul boleh dianggap sebagai modul yang telah lengkap serta boleh digunakan
(Sidek Mohd Noah, 2008).
OBJEKTIF KAJIAN
i. Membangunkan satu modul pemulihan berdasarkan teori belajar Ibnu Khaldun Malakat dan Tadrij
dan Model Pembinaan Modul Sidek.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
206
ii. Menilai keberkesanan modul sebagai kaedah alternatif dalam pencapaian kemahiran membaca
murid pemulihan B.Arab tahun lima.
KEPENTINGAN KAJIAN
Aspek pemulihan B.Arab melalui Modul Intensif yang dibina dalam kajian pembelajaran B.Arab perlu
dilakasanakan dengan giat (Nazirah, 2016). Kajian berkaitan aspek dan modul pemulihan (Zairul
Anuwar Jamriy & Akmariah Mamat et.al.(2010) mendapati program pemulihan ini perlu ditambahbaik.
Maka kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti dan mendedahkan satu kaedah alternatif bagi
memperkasa modul sedia ada. Modul cadangan ini diharap dapat membantu murid pemulihan tahun
lima agar menjadikan kaedah latih tubi intensif sebagai alternatif bagi mengurangkan penekanan
terhadap kaedah permainan. Selain itu dapat merangsang murid untuk mempelajari B.Arab
seterusnya memulihkan keciciran bacaan dalam kalangan murid tahun lima serta dapat membentuk
akhlak yang lebih beradab semasa mempelajari B.Arab.
Dapatan kajian dapat memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan
tentang keberkesanan Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan serta kaedah-kaedah alternatif yang
dijalankan melalui program tersebut. Kajian ini diharap dapat mendidik para guru dan pelajar menjadi
insan yang celik dan cinta kepada Bahasa Arab dan Al-Quran menerusi kemahiran ayat lazim B.Arab
melalui kaedah latih tubi.
SKOP KAJIAN
Modul ini akan dibangunkan berdasarkan satu teori belajar yang relevan dan menggunakan model
pembinaan modul yang bersesuaian. Modul ini juga dibina berdasarkan sukatan Pelajaran Bahasa
Arab tahun lima sekolah rendah bagi enam bulan persekolahan. Modul ini akan diuji
keberkesanannya ke atas 40 orang murid pemulihan dalam tempoh 10 minggu. Laporan kajian ini
hanya melibatkan hasil pencapaian dalam kemahiran membaca ayat lazim Bahasa Arab.
Proses Pembinaan Modul
Sesebuah modul yang dibina perlu mengambil kira beberapa peraturan dan prosedur yang harus
diikuti agar modul yang akan dihasilkan nanti benar-benar boleh mendatangkan kesan yang terbaik.
Kesan yang terbaik membawa maksud bahawa apabila seseorang pelajar mengikuti sesuatu modul,
di akhirnya nanti pelajar berkenaan telah berjaya menguasai objektif yang telah dinyatakan dalam
modul tersebut. Ini bermakna bahawa kejayaan pelajar tersebut sangat bergantung kepada prosedur-
prosedur yang harus di ikuti oleh pembina-pembina modul (Sidek Mohd Noah dan Jamaluddin
Ahmad, 2008). Bagi menghasilkan modul ini, Model Pembinaan Modul Sidek akan digunakan.
Rasional Pemilihan Model Pembinaan Modul Sidek dan Teori Malakat dan Tadrij
Walaupun terdapat beberapa pendekatan atau model pembinaan sesebuah modul, namun objektif
akhir pembinaan modul adalah untuk menghasilkan modul yang bermutu tinggi. Pemilihan sesuatu
model adalah bergantung kepada pembina modul dengan mengambil kira kesesuaian dan tujuan
modul dibina. Salah satu rasional pemilihan model Sidek berbanding model-model lain seperti Model
Russel (1974), Sharifah Alwiyyah Alsagoff (1981) kerana ia mempunyai langkah kerja penghasilan
modul yang lebih teratur dan mudah diikuti. Selain itu, pemilihan model ini didapati sesuai digunakan
dalam skop dan situasi persekolahan yang diuji. Model ini mempunyai dua peringkat utama iaitu,
peringkat draf serta peringkat mencuba dan menilai modul. Sesebuah modul yang dibina akan
dianggap draf sebelum ianya dinilai dan diuji keberkesanannya. Menurut Sidek Mohd Noah dan
Jamaluddin Ahmad (2008), jika terbukti draf modul mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi, barulah ia boleh dianggap sebagai modul yang telah lengkap.
Setelah dibuat penelitian ke atas reka bentuk Model Pembinaan Modul Sidek, maka penyelidik
telah merumuskan langkah-langkah pembinaan modul kajian yang dinamakan Modul Pemulihan
Intensif dan Berterusan (MPIB) kepada 3 fasa seperti carta aliran di rajah 1.1 berikut:
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
207
Modul Pemulihan Intensif dan
Berterusan
Fasa I
Pembinaan matlamat, teori, sasaran,
masa
Analisis Keperluan
Reka bentuk dan Pembinaan Modul
Fasa II (Penilaian Formatif)
Proses Mencuba dan Menilai Modul
Analisi bagi Menguji Kesahan dan
Kebolehpercayaan Modul
Pemurnian Modul
Fasa III (Penilaian Sumatif)
Penilaian Keberkesanan
Modul Siap Dibina
Rajah 1.1 : Proses Menghasilkan Modul diubahsuai dari Model
Pembinaan Modul Sidek dan Teori Belajar Ibnu Khaldun Malakat dan
Tadrij
Teori Malakat dan Tadrij Ibnu Khaldun
Teori Ibnu Khaldun disesuaikan bagi membincangkan pola latih tubi bacaan dan sebutan ayat lazim
dalam pembelajaran kelas Bahasa Arab tahun lima. Seperti teori-teori yang menyokong mazhab
mekanis, maka teori ini juga memandang bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai satu
aktiviti fizikal. Teori ini cuba memperlihatkan bahawa perubahan tingkah laku yang dibiasakan dan
dijiwai boleh ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran dan motivasi yang akan
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
208
menguatkan rangsangan gerak balas iaitu respon dalam bentuk ulangan dan latihan. Berdasarkan
konsep kebiasaan ini maka aktiviti latih tubi yang telah sebati dalam jiwa setiap murid dan dibiasakan
dalam setiap aktiviti pembelajaran bacaan B.Arab juga dapat membentuk respon yang positif. Guru
yang mengajar murid juga perlu memahami dan sambil membentuk sikap dan tingkah laku murid
pemulihan. Peneguhan-peneguhan positif perlu diberi perhatian agar murid dapat mengulangi respon
yang positif sehingga menjadi satu amalan yang biasa dalam diri individu atau disebut sebagai
Malakat. Walaupun proses ulangan tidak meletakkan pemahaman sebagai syarat utama
pembelajaran latih tubi, namun tindakan, dan sikap positif dapat membimbing murid memperoleh
pembelajaran yang disebut kebiasaan. Manakala konsep Tadrij pula merujuk kepada isi kandungan
pembelajaran yang bermula daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Proses ini akan memberi
peluang yang lebih baik kepada murid untuk menguasai pelajaran secara sedikit demi sedikit dalam
suasana yang tidak tertekan. Model pembelajaran yang menggunakan teori belajar Ibnu Khaldun ini
ditunjukkan seperti rajah 1.2.
+Malakat dan T=adrij = Pembelajaran Pencapaian
- Aktiviti latih tubi Ulangan = dan kemahiran melalui
peneguhan amalan latih tubi
membaca ayat lazim positif yang dibiasakan
Bahasa Arab yang
diperkukuhkan
secara berperingkat
peringkat
Rajah 1.2: Konsep Latih Tubi Ibnu Khaldun :
Disesuaikan daripada Teori Malakat dan Tadrij (Ibnu Khaldun : 1994)
METOD KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan satu set soal selidik menganalisis keperluan murid dan guru terhadap
keperluan untuk membina modul pemulihan intensif. Soal selidik ini ditadbir bagi mengenal pasti
pemasalahan murid dalam kemahiran ayat lazim Bahasa Arab. Hasil analisis yang dikumpulkan
digunakan untuk membina modul dan dinilai dalam kajian menggunakan rekabentuk kuasi-
eksperimental. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan olahan modul dalam kalangan murid
pemulihan Bahasa Arab. Penyelidik menggunakan pembolehubah tidak bersandar yang terdiri
daripada modul kajian yang dibina dan menguji kesannya ke atas subjek kajian iaitu murid pemulihan.
Manakala pembolehubah bersandar terdiri daripada pencapaian kemahiran bacaan murid pemulihan.
Reka bentuk kumpulan rawak ujian-pra, ujian-pasca digunakan bagi mengkaji perubahan yang
disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar (Mohd Majid Konting, 1998). Rajah 1.3 berikut
menunjukkan carta aliran kajian yang terdiri daripada pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh
ubah bersandar.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
Pemboleh Ubah Tidak Bersandar 209
Pembolehubah Bersandar
Modul Pemulihan Kuasi eksperimental Pencapaian
Intensif dan Berterusan (Ujian Pra dan Pasca) kemahiran bacaan
pemulihan
Pembinaan modul Kaedah latih tubi
berasaskan Model secara intensif,
Pembangunan Modul berterusan dan
Sidek dan Teori Malakat berperingkat-
dan Tadrij Ibnu Khaldun
peringkat
Rajah 1.3. Pemboleh ubah Tidak Bersandar dan Pemboleh ubah Bersandar
Tempat Kajian
Kajian ini dilakukan di dua buah sekolah rendah dari daerah Kangar dan Arau, Perlis. Pemilihan
tempat kajian ini adalah berdasarkan kandungan dan sukatan pelajaran yang sama bagi semua
sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan murid bagi kelas pemulihan Bahasa
Arab juga telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sampel Kajian
Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah memilih murid dari empat buah kelas. Kesemua murid ini berada
di tahap yang lemah Bahasa Arab seramai 40 orang yang yang dijadikan sebagai responden yang
menjawab soal selidik keperluan terhadap keperluan modul. Persampelan yang digunakan adalah
persampelan rawak mudah. Tujuan utama pemilihan sampel ini kerana murid dari kelas ini mengikuti
kandungan dan sukatan pelajaran yang sama. Selain itu juga, 15 orang responden dari murid
pemulihan dilibatkan bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik serta dua orang pakar bidang
dan dua orang pensyarah bagi mendapatkan kesahan soal selidik keperluan yang dijalankan. Modul
yang dibina telah dirintis terhadap 30 orang responden dari setiap buah sekolah yang dipilih dan
responden yang menjalani penilaian keberkesanan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu
kumpulan eksperimen dan dua kumpulan kawalan.
Rumusan Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Kajian rintis berkaitan soal selidik dijalankan ke atas murid yang mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan subjek kajian sebenar. Temu bual untuk menguji kefahaman dari aspek bahasa dijalankan
ke atas murid dan guru untuk menambah baik item-item soalan sebelum ujian rintis diedarkan. Nilai
kebolehpercayaan dicatatkan seperti dalam rajah 1.1. Keseluruhan nilai Alpha Cronbach setiap alat
ukur dalam instrumen kajian yang digunakan adalah memuaskan. Berdasarkan nilai Alpha Cronbach
yang dicatatkan, setiap alat ukur kajian boleh digunakan dalam kajian ini kerana mempunyai
kebolehpercayaan yang memuaskan dan boleh digunakan.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
210
Jadual 1.1
Ringkasan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Alat Ukur Kebolehpercayaan Kesimpulan
Alat ukur yang dibina mempunyai nilai
1 a. Ujian pencapaian bacaan dan Alpha Cronbach = kebolehpercayaan yang memuaskan
tulisan jawi a. 0.71 Alat ukur yang dibina mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang memuaskan
2. Soal Selidik Kebolehpercayaan Julat Purata
modul = 9 (Pakar Bidang
Pemulihan Jawi)
= 8 ( Pakar bidang
Pendidikan Islam
Alpha Cronbach
= 0.8
( 15 orang murid)
Instrumen Kajian
i) Soal selidik dan temu bual
Penyelidik menggunakan satu set borang soal selidik bagi menganalisis keperluan yang terdiri
daripada soalan berkaitan bacaan ayat lazim Bahasa Arab dan temu bual untuk melihat keperluan
responden dan guru-guru terhadap modul yang dibina. Setiap item soal selidik menggunakan Skala
Likert satu hingga empat bagi menunjukkan darjah persetujuan.
ii) Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan bagi menganalisis kebolehpercayaan soal selidik. Seramai 40 orang murid
yang sama seperti sampel sebenar dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian rintis dilaksanakan bagi
memastikan item bagi instrumen kajian yang digunakan adalah tinggi dan bermutu.
iii) Analisis Data
Data-data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences ( SPSS)
Version 14.0 yang melibatkan skor min. Dapatan skor min yang dicatatkan dalam analisis kajian
menunjukkan skor min dari empat kategori adalah tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa
keperluan murid dan guru terhadap pembinaan modul adalah positif berdasarkan bidang yang diuji.
PERBINCANGAN
Modul ini dibina adalah untuk kegunaan pelajar tahun lima yang lemah dalam kelas Bahasa Arab. Ini
bertepatan dengan salah satu ciri modul yang dinyatakan oleh Sharifah Alwiyah Alsagoff (1981), iaitu
modul dikhususkan kepada satu golongan pengguna sahaja. Menurut beliau, bukan semua modul
boleh digunakan oleh semua pelajar daripada Darjah 1 sehingga ke universiti. Setiap satu modul
mestilah ditujukan khas kepada satu golongan pelajar yang lebih kurang sama dari segi kebolehan.
Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan yang telah siap ini, merupakan modul akademik yang
dibina berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek dan Teori belajar yang dikemukakan oleh Ibnu
Khaldun iaitu Malakat dan Tadrij. Pemilihan model ini adalah bersesuaian dengan bidang kajian dan
mudah untuk diikuti kerana ia mempunyai peringkat-peringkat tertentu yang membolehkan modul
dihasilkan dengan baik. Modul yang telah dibina melalui dua peringkat utama yang telah dinyatakan
dalam Model Pembinaan Modul Sidek iaitu menyediakan draf serta peringkat mencuba dan menilai
modul (Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2008). Pada peringkat pertama, setiap langkah
yang telah disarankan dalam Model Pembinaan Modul Sidek telah diikuti. Setelah siap disatukan,
modul akan dipanggil sebagai draf kerana modul ini belum dibuktikan kesahan dan
kebolehpercayaannya (Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2008).
Seterusnya, modul akan dibuktikan melalui kesahan dan kebolehpercayaan modul. Kesahan
modul telah dijalankan ke atas dua orang pakar bidang Pembelajaran Arab dan Pendidikan Islam.
Dua orang pensyarah berkaitan bidang kajian telah diminta menjawab beberapa soalan yang telah
dibina berdasarkan syarat-syarat kesahan modul yang disarankan oleh Russell (1974). Modul
Pemulihan Intensif dan Berterusan yang telah dibina memperolehi nilai kesahan yang tinggi. Ini dapat
disokong oleh kenyataan yang dibuat oleh Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2008), modul
yang baik perlulah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi membolehkan ia
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
211
digunapakai oleh pelajar mahupun pensyarah. Penghasilan Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan
ini, akan memberikan kesan terhadap pencapaian murid kelas Bahasa Arab khususnya bagi
pencapaian bacaan ayat lazim. Oleh itu, modul seharusnya dibina dalam satu gambaran yang jelas,
konsisten dan menarik. Modul dibina menggunakan Teori Belajar Ibnu Khaldun iaitu Malakat dan
Tadrij bagi mengaplikasikan pola latih tubi secara berterusan, berperingkat-peringkat dan berulang-
ulang. Pendekatan yang digunakan ini penting bagi memudahkan penguasaan murid berkenaan
pengajaran yang hendak disampaikan. Penggunaan teori yang sesuai adalah sangat penting dalam
penyampaian sesuatu isi dalam modul dan selaras dengan matlamat penghasilan modul yang ringkas
dan padat. Ini juga bertepatan dengan kenyataan bahawa Teori Malakat dan Tadrij menurut
pandangan Ibnu Khaldun (1994) dalam kajian Shahrul Riza (2008), ialah individu akan memperoleh
pembelajaran yang optimum apabila latih tubi secara berperingkat-peringkat dan berterusan
dilaksanakan dengan baik sehingga murid dapat menguasai sesuatu pelajaran sebelum bergerak
kepada kandungan pelajaran yang lebih tinggi. Oleh itu, Teori Malakat dan Tadrij sesuai diaplikasikan
dalam bahan pembelajaran seperti modul ini. Dapatan kajian menunjukkan min kemahiran bacaan
dan tulisan adalah signifikan dengan nilai p< .05. Ini menunjukkan bahawa penggunaan modul MPIB
memberi kesan positif terhadap kemahiran bacaan ayat lazim Bahasa Arab
KESIMPULAN
Dapatan kajian analisis keperluan ini telah dapat menunjukkan bahawa murid dan guru memerlukan
satu improvisasi kepada modul pemulihan intensif untuk meningkatkan pencapaian bacaan ayat
lazim Bahasa Arab. Bagi mengahasilkan satu kajian yang baik, populasi kajian telah dikenal pasti
secara teliti dan sampel kajian untuk menentukan penilaian keberkesanan modul PIB telah dipilih
secara rawak. Berpandukan kepada Model Pembinaan Modul Sidek dan Teori Belajar Ibnu Khaldun
iaitu Malakat dan Tadrij, maka kajian pembinaan modul yang dijalankan ini berjaya membuktikan
bahawa modul PIB yang dilaksanakan berkemampuan meningkatkan pencapaian murid pemulihan
dalam bacaan melalui kaedah dan aktiviti latih tubi secara berterusan dan menguasai isi kandungan
pelajaran dengan berperingkat-peringkat. Selain daripada itu, pembina-pembina modul baru atau
individu yang ingin melibatkan diri dengan kajian berasaskan modul dicadangkan agar menjadikan
MPIB sebagai panduan pembinaan modul. MPIB juga boleh disebarkan penggunaannya di mana-
mana sekolah menengah mahupun di sekolah rendah dan sebagai sumber dalam sebarang aktiviti
yang berkaitan dengan pemulihan bacaan dan tulisan khususnya dalam bidang pembelajaran Bahasa
Arab dan Pendidikan Islam.
RUJUKAN
Abdullah al Amin al Na'miy. (1994). Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun& Al Qabisi,
terjemahan: Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Akmariah Mamat et al. (2010). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Pemulihan Jawi Di
Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join
Conference UPI & UPSI, Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2010).
http://www.moe.gov.my/bpk/index.(19 November 2010)
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Laporan kajian mengenai
kedudukan Pengetahuan Islam di Sekolah Menengah di Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan.
Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum (
2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cik Normaria Cik Hussin. (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca dan Mengeja Kata
Ibn Khaldun (1994), Mukadimah Ibn Khaldun (terjemahan daripada buku arab Muqaddimah Ibnu
Khaldun) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Imam Al-Ghazali. (1980). Ihya‘ Ulumuddin : Jiwa Agama. Penerbit Asli : Indonesia, jld 1, cetakan
1980.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Pekeliling Model-model j-QAF, Bahagian Pembangunan
Kurikulum.http://www.moe.gov.my/bpk/index.php (20 Jan 2011)
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran
dan Pembelajaran dan Kourikulum j-QAF Tahun Lima. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam
dan Moral: Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral.
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Edisi Keempat.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
212
Nazirah Ibrahim (2015). Pembinaan Modul Pemulihan Intensif Sekolah Rendah. Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw-Hill, Malaysia Snd. Bhd.
Nurul Ain Senin. (2011). Meningkatkan bacaan jawi melalui kaedah binaan suku kata terbuka dan
tertutup. Koleksi Kajian Tindakan, 2011. IPG Kampus Perlis.
Raminah Sabran & Rahim Sham. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Fajar Bakti, Petaling
Jaya. Selangor.
Russell, J.D. (1974). Modular Instruction: A Guide to the Design, Selection, Utilization and Evaluation
of Modular Materials. New York : Publishing Company.
Shahrul Riza. (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun : Suatu Kajian
Terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam.
http://eprints.usm.my/view/divisions/sch_hum.html. (20 Jan 2011).
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1981). Pengenalan Pengajaran Individu dengan Tumpuan Khas kepada
Modul Pengajaran dan Modul Pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 3(1): 54-62.
Pulau Pinang; USM
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2008). Pembinaan Modul : Bagaimana Membina Modul
Latihan dan Modul Akademik. Penerbit Universiti Putra, Malaysia. Edisi kedua.
Tay Guan Chai. (2005). Latih Tubi Membantu Kami. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun
2005, 3-4 Oktober 2005/Pej. Pelajaran Gabungan Bahagian Sri Aman & MP Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.
Vijayalechumy a/p Subramaniam. (2008). Disleksia dalam Konteks Pembelajaran Bahasa di
Malaysia. Pertanika J.Social Sci. & Human. 16(2) :115-139 (2008). UPM Serdang Selangor
Zairul Anuwar Jamriy.(2010). Keberkesanan Pengajaran Pemulihan Jawi J-Qaf Terhadap Murid-
Murid Pemulihan Jawi Sekolah Kebangsaan Di Perak. Proposal Disertasi (M.A) UPSI, Negeri
Perak. http://www.slideshare.net/iyoi85/pemulihan-jawi-j-qaf (20 Februari 2011)
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
213
Model Rekabentuk Instruksi Model Penerapan Nilai Islam Bersepadu Dalam
Pembangunan Perisian Multimedia Pendidikan
1Kamarudin Abu Hassan, Ph.D, 2Nor Azman Wahab, 3Hamzah Dollah, 4Ismail Hashim
1,2,3,4Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menilai beberapa komponen pendekatan penerapan
nilai Islam Bersepadu dalam Model Reka Bentuk Instruksi Perisian Multimedia
Pendidikan. Komponen-komponen yang dinilai ialah pendekatan penerapan
nilai Islam Bersepadu dalam perisian multimedia pendidikan dalam mata
pelajaran Geografi bertajuk „Sungai: Pengaruhnya Terhadap Bentuk Muka
Bumi‟ iaitu nilai yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar. Ia juga melihat
pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui perisian
multimedia pendidikan berasaskan Teori Pengajaran dan Pembelajaran
Konstruktivisme. Aspek isi kandungan perisian multimedia pendidikan juga
dinilai untuk menghasilkan nilai yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar.
Kajian ini turut melihat aspek teknikal perisian multimedia pendidikan
berdasarkan penilaian pakar. Pengkaji mereka bentuk Model Reka Bentuk
Instruksi (ID) berasaskan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang
mengandungi lima (5) fasa pengajaran iaitu orientasi, pencetusan idea,
penstrukturan semula idea, penggunaan idea dan renungan kembali untuk
menghasilkan nilai Islam. Perisian multimedia pendidikan ini dibangunkan
menggunakan alat pengarangan „Director MX‟ berdasarkan carta alir dan
papan cerita. Kajian sebenar dijalankan ke atas sampel pelajar (66), guru
(64) dan penilai pakar (34). Dapatan kajian mendapati bahawa kesemua
responden positif terhadap pendekatan penerapan nilai Islam Bersepadu
bagi melahirkan nilai yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar dengan
keputusan melebihi 80 peratus, min yang tinggi melebihi 4.00 dan sisihan
piawai (SP) antara 0.50 hingga 0.69. Dalam menilai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melalui perisian multimedia pendidikan berasaskan teori
konstruktivisme, kesemua responden pelajar, guru dan penilai pakar memberi
keputusan melebihi 85 peratus dengan min yang tinggi melebihi 3.50 dan
sisihan piawai (SP) antara 0.40 hingga 0.70. Kesemua responden pelajar,
guru dan penilai pakar turut memberi keputusan postitif dalam menilai
kandungan perisian multimedia pendidikan ini dengan keputusan melebihi 89
peratus, min yang tinggi melebihi 3.80 dan sisihan piawai antara 0.43 hingga
0.74. Aspek teknikal yang dinilai oleh pakar menunjukkan lebih 75 peratus
positif terhadap pernyataan dengan min melebihi 3.94 dan sisihan piawai
antara 0.43 hingga 1.01. Kajian menunjukkan perisian multimedia pendidikan
ini telah mampu menerapkan nilai Islam bersepadu kepada pelajar walaupun
pada tahap yang sederhana.
Kata kunci: Model Rekabentuk Instruksi, Penerapan Nilai Islam Bersepadu,
Pembangunan Perisian Multimedia Pendidikan
PENDAHULUAN
Setelah lebih sedekad FPN dilaksanakan, warganegara Malaysia yang dididik belum mencapai
keseimbangan potensi diri secara menyeluruh. Sememangnya sistem pendidikan di negara ini
berjaya melahirkan pelajar berintelek dan berilmu berpengetahuan tetapi dari segi kerohanian dan
keseimbangan emosi, masih gagal mencapai sasaran insan yang berakhlak mulia yang taat kepada
perintah Allah SWT. Oleh itu, penekanan haruslah diberi kepada aspek yang membawa kepada
pembentukan insan yang seimbang dan sepadu dari segi rohani dan jasmani (Tajul Arifin 1987).
Menurut Abd Aziz (1995), dalam pembangunan manusia, pembinaan dan perkembangan potensi
manusia bukan dilihat semata-mata berkaitan dengan usaha meningkatkan kemahiran individu
berkenaan disiplin tertentu dalam pendidikan duniawi. Potensi manusia perlu berhubung secara
langsung dengan aspek-aspek kemanusiaan dalam kaitannya dengan kuasa Maha Pencipta mereka.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
214
FPN sesungguhnya bermatlamat pembangunan tingkah laku yang selaras dengan fitrah
manusia. Hakikat ini dapat difahami dalam ungkapan ―.... ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu ...‖ Perkataan ‗menyeluruh‟ adalah merujuk kepada
moral manakala bersepadu merujuk kepada akhlak. Kesepaduan di antara peraturan manusia dan
hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah SWT menerusi wahyunya iaitu al-Quran dan Hadis.
Jelasnya, FPN bersifat bersepadu menekankan keperluan pembinaan tingkah laku yang selaras
dengan fitrah kejadian manusia.
Pendidikan bersepadu adalah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan Hadis, di
samping adanya integrasi disiplin ilmu akal ke arah membina komuniti ummah berteraskan akidah
(Mohd Kamal 1984). Menurut Shaharir (1984), berdasarkan pendekatan pendidikan bersepadu,
sudah sampai masanya untuk menyepadukan ilmu yang hendak ditanam dalam diri manusia. Tajul
Arifin (1993) menyatakan pengertian pendidikan menurut perspektif bersepadu ialah melahirkan
pelajar yakni insan yang berintelek dan bertaqwa. Tujuan utama pendidikan bersepadu untuk
menghasilkan pelajar (insan) yang cemerlang dari segi akademik dan pada masa yang sama kental
keimanan dan ketaqwaannya. Oleh itu, dasar pendidikan perlu dikaji semula agar pendidikan negara
benar-benar dapat melahirkan pelajar yang seimbang peribadinya dari aspek ilmu, iman dan amal.
Matlamat dasar pendidikan untuk melahirkan tenaga mahir dan menyatupadukan rakyat ternyata
belum berjaya membentuk warganegara yang berakhlak mulia dan cintakan negara. Oleh itu,
penekanan haruslah diberikan kepada aspek yang membawa kepada pembentukan insan yang
seimbang dan bersepadu dari segi rohani dan jasmani. Khurshid (1994) menjelaskan bahawa
kurikulum sekolah telah memberatkan ilmu pengetahuan dan memberi penekanan yang berlebihan
kepada akademik menyebabkan kurangnya tumpuan kepada perkembangan watak dan sahsiah
pelajar. Apa yang dipelajari oleh pelajar hanyalah merupakan bahan tuntutan otak yang tidak
mempunyai nilai yang berterusan. Kurikulum yang ada telah gagal menyusun ilmu pengetahuan
menjadi satu kesatuan yang sepadu dan menyeluruh dan berpaksikan kepada kewujudan Allah SWT.
Konsep pendidikan bersepadu menurut Tajul Ariffin dan Nor Aini (2002) lebih jelas iaitu
pendidikan berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah di samping integrasi disiplin-disiplin ilmu
akal ke arah membina komuniti ummah berteraskan aqidah sebagai paksinya. Dalam hal ini, konsep
pendidikan bersepadu dapat digunakan untuk membina kekuatan dalaman manusia dimantapkan
melalui tiga dimensi yang seimbang dan harmoni iaitu manusia, alam sekitar dan Tuhan Maha
Pencipta. Seimbang merujuk kepada moral manakala harmoni pula merujuk kepada akhlak.
Jelas, falsafah pendidikan merupakan satu jaringan kesatuan ilmu bagi aliran idealisme,
realisme, theisme, dwilisme, emperisme, penganalisis dan sebagainya digabungjalin di bawah
falsafah pendidikan yang bersifat bersepadu berpaksikan akidah dan tauhid. Dalam falsafah
pendidikan bersepadu, penekanan diberikan kepada memahami sesuatu fenomena alam dan
ketertiban berfikir di samping penerapan aspek nilai merangkumi iman dan taqwa kepada Maha
Pencipta membawa ke arah mengenali Allah SWT. Kebenaran ilmu yang dibawa berasaskan sumber
utama iaitu al-Quran dan Hadis (Tajul Arifin 1987). Pengisian roh adalah penting dalam pendidikan
bersepadu. Ini kerana roh adalah akal yang halus merupakan urusan Tuhan yang amat menakjubkan.
Adalah wajar pengisian roh ini dimulakan daripada rahim ibu hinggalah ke liang lahad sesuai dengan
konsep pendidikan seumur hidup. Pengisian akal adalah penggunaan akal sebagai sumber ilmu akal.
Dalam pengisiannya, kebebasan perlu diberi untuk manusia menggunakan akal, daya fikir, daya
kreatif dan daya usaha untuk meneroka alam. Dengan penerokaan tersebut akan mendalamkan
kesedaran manusia terhadap kebesaran Allah SWT dalam konteks seluruh penciptaanNya (Sidik
1998).
Sebenarnya, kurikulum yang digubal bermatlamat memberi penekanan kepada ilmu
pengetahuan dan penerapan nilai secara tidak langsung bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Pelajar dididik untuk
berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi secara berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Dalam subjek
Geografi yang merupakan salah satu mata pelajaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah
dan mata pelajaran pilihan di peringkat Sekolah Menengah Atas, kurikulum mata pelajaran ini
bertujuan memberikan pelajar pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan
berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan kemanusiaan. Mata pelajaran Geografi
merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Kandungan Sukatan
Pelajaran Geografi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kemahiran Geografi,
Geografi Fizikal, Geografi Manusia dan kajian Geografi tempatan yang membolehkan pelajar
mengamalkan pengetahuan dan kemahiran Geografi, nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan
mereka.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
215
Justeru, matlamat utama untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan,
beramal soleh dan berakhlak mulia adalah berdasarkan al-Quran dan Hadis supaya pelajar itu
menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah meningkatkan tamadun
bangsa dan negara. Dengan membangunkan perisian multimedia pendidikan bagi mata pelajaran
Geografi digabungjalinkan dengan pendidikan Islam Tauhid, Ilmu dan Akhlak, matlamat untuk
menerapkan nilai Islam bersepadu yakni yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar akan tercapai
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri.
Rumusannya, model rekabentuk pembangunan perisian multimedia pendidikan yang menjadi
salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran perlu mengintegrasikan Falsafah Pendidikan Negara
yang mencakupi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Bersepadu dengan
menekankan aspek kandungan pendidikan Islam iaitu Tauhid, Akidah dan Akhlak. Falsafah
Pendidikan Negara menghayati keperluan tabii manusia kepada kualiti hidup yang tinggi bagi
pembangunan insan. Hasilnya kelak ialah pelajar dapat menjalani kehidupan mereka dengan penuh
kesejahteraan, sentiasa bertaqwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta membantu dalam
pembangunan perkembangan potensi diri pelajar. Ini membuktikan Falsafah Pendidikan Negara jika
dilaksanakan dengan berkesan Insya Allah dapat membina fitrah manusia secara sihat.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian pendidikan sentiasa menunjukkan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam sistem
pendidikan di negara ini yang menyentuh keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Sistem pendidikan
di negara ini lebih menjurus kepada pembangunan luaran sahaja dan kurang membina aspek
kerohanian (Tajul Ariffin, 2002). Aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) kurang diberi
perhatian, sedangkan pembangunan JERI merupakan tunggak pendidikan (Tunku Sarah 1997).
Mohd Arip (2000) telah mengkaji tentang pemantapan akidah menerusi penghayatan Sains dalam al-
Quran (PASAK) yang telah dijalankan dengan memperkenalkan pelajar dengan ayat-ayat al-Quran
yang mengandungi pernyataan tentang fenomena alam. Hasil kajian beliau mendapati akidah pelajar
yang dilahirkan kini amat lemah dan kurang mantap untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini.
Oleh itu, dasar pendidikan kini perlu disemak semula agar sistem pendidikan negara kita benar-benar
melahirkan rakyat yang seimbang peribadinya dari aspek ilmu, iman dan amal.
Menurut Farit (2002) pelaksanaan Pendidikan Kebangsaan menimbulkan pelbagai keraguan
di kalangan masyarakat kerana pendidikan yang dilaksanakan sebagai sekular mengasingkan
pendidikan agama daripada pendidikan nasional. Kelemahan utama sistem pendidikan yang
diamalkan untuk menghasilkan manusia yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh,
beradab dan berakhlak mulia tidak kesampaian kerana matlamat pendidikan tidak dihayati oleh
pelajar. Kegagalan memahami pengajaran memberi kesan kepada penghayatan dan tidak mampu
membentuk peribadi pelajar dengan akhlak yang mulia.
Sehubungan dengan pernyataan di atas, pelaksanaan sistem pendidikan negara tidak dapat
membendung gejala yang menimpa manusia hari ini, misalnya :
i. Gejala keruntuhan akhlak dan disiplin, ponteng, gangsterisme, vandalisme, penyalahgunaan
dadah, menonton video lucah, seks di luar nikah, kehilangan minat belajar, menentang guru dan
berbagai-bagai lagi yang semakin meningkat dalam kalangan pelajar dapat disebut sebagai
petunjuk kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan.
ii. Gejala buruk yang sedang berkembang dalam masyarakat seperti gaya hidup dan tingkah
laku yang mementingkan keseronokan dan kemewahan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
nepotisme, penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak, pilih kasih, penindas, kronisme, pecah
amanah, politik wang dan manipulasi jahat serta pelbagai lagi sikap manusia yang mementingkan diri
yang melanda kehidupan di kalangan bijak pandai pada hari ini.
Justeru, pendidikan yang pincang ini ialah satu daripada sebab disebalik semakin manusia
maju dalam mengukuhkan „tecnological order‟ semakin tidak mampu menegakkan ‗moral order‟
dalam diri. Satu pendekatan pendidikan yang patut difikirkan oleh para profesional dan cendiakawan
pendidik dalam bidang akademik ialah menggunakan „pendekatan bersepadu‟ dalam pengajaran. Ini
bermakna bahawa setiap disiplin sains sosial, kemanusiaan, teknologi dan juga agama, para pendidik
Islam harus menunjukkan di manakah dan bagaimanakah wujudnya kaitan langsung atau tidak
langsung antara perkara diajar dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. Mereka juga harus
menekankan sesuatu perkara yang diajar bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam
untuk memberi tarbiyah kepada pelajar (Mohd Nor 2000).
Penerapan nilai Islam dapat membentuk keperibadian pelajar yang seimbang rohani dan
jasmani. Dengan demikian, mata pelajaran Pendidikan Islam tidak boleh dijalankan secara terpisah
sebaliknya boleh disepadukan dalam mana-mana mata pelajaran untuk menerapkan nilai Islam
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
216
bersepadu dalam diri pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyepadukan unsur dalam pendidikan
Islam iaitu Tauhid, Ilmu dan Akhlak dalam model reka bentuk instruksi bagi pembangunan perisian
multimedia pendidikan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal tingkatan enam untuk menghasilkan nilai
Islam bersepadu iaitu ; Yakin, Inkuiri, Kritikal, Amal, Hargai dan Sedar. Ini kerana bidang
pembelajaran dan mata pelajaran Geografi berkait rapat dengan kekuasaan Allah terhadap kejadian
alam. Konsep penyepaduan unsur pendidikan Islam ini dalam mata pelajaran Geografi dapat
mendekatkan diri pelajar dengan penciptaNya.
Dengan demikian, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk
menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi dan seterusnya meningkatkan pencapaian
mereka dalam akademik. Salah satu daripada cara tersebut adalah dengan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Perubahan yang
berlaku dengan pantas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini (ICT) dapat
dimanfaatkan oleh pengamal Geografi dalam memperkukuhkan dan mempertingkatkan keupayaan
teknik dan metodologi disiplin ini untuk menganalisis, mensintesis dan merumus isi kandungan
Geografi. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari segi realitinya pula banyak
memberi manfaat kepada sistem pendidikan terutama sebagai bahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Mohamad Zahir 2004).
Adalah disedari bahawa maklumat yang diperolehi melalui ICT bersifat universal. Kesannya,
pelajar sering terdedah kepada banyak maklumat yang menyeleweng dan tidak berkualiti. Maklumat
yang diterima oleh pelajar perlu disaring, dipilih, ditangkis dan ditapis agar dapat diolah kembali serta
membuat kesimpulan yang lebih bermakna kepada pelajar. Maka, penggunaan perisian multimedia
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dapat mendidik pelajar bukan sahaja dari
aspek jasmani sebaliknya juga dari aspek rohani. Selanjutnya pula, perisian multimedia pendidikan
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja harus mementingkan kandungan
ilmu yang hendak dipersembahkan semata, di samping pelajar terpegun dan leka dengan
kecanggihan interaktif perisian itu sendiri melalui unsur animasi, grafik, audio, warna dan paparan
menarik sebaliknya juga kandungan pendidikan Islam seperti tauhid, ilmu, iman, akidah dan akhlak
perlu digabungjalinkan dalam perisian mulitmedia pendidikan agar sahsiah diri pelajar dapat di bentuk
ke arah pembangunan JERI.
Namun demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak akan dapat menyumbang
ke arah pembelajaran bestari sekiranya perisian multimedia pendidikan yang menjadi perantaraan
utama antara perkakasan dan pelajar tidak disediakan secukupnya. Perisian multimedia pendidikan
adalah media pengantaraan yang menghubungkan kebijaksanaan pengajar dan pelajar dalam
konteks pembelajaran kendiri (Yusup 2001). Perisian yang dibangunkan harus meliputi semua mata
pelajaran dan semua topik mata pelajaran berkenaan bagi memenuhi keperluan pendidikan di
sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Dalam membangunkan perisian multimedia pendidikan, model reka bentuk instruksi (ID) perlu
dibina terlebih dahulu supaya perisian yang dibangunkan lebih sistematik dan berarahan. Pereka
bentuk perisian multimedia perlu juga merujuk kepada teori pengajaran dan pembelajaran, sukatan
pelajaran, menentukan strategi dan kaedah penyampaian dan menetapkan strategi penilaian (Nor
Aishah 2000). Ng (2001) pula mempersoalkan sama ada guru mengamalkan teknologi instruksi
ketika mengajar di dalam kelas terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan
ICT. Guru perlu berkemahiran dalam teknologi instruksi supaya perisian yang dibangunkan
memenuhi tatacara langkah yang teratur dan sistematik.
Permasalahan kini, pembangunan perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan di
negara ini tidak mengikut model instruksi (ID) yang spesifik. Model instruksi yang dirujuk kadang kala
tidak sesuai dengan keperluan pendidikan negara amnya dan keperluan pelajar khususnya.
Kesannya, perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan tidak berkualiti dan dipersembahkan
secara tidak sistematik, tidak tersusun, arahan yang tidak tepat, melekakan dan pelbagai unsur yang
tidak sesuai untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran di Malaysia (Yusup 2001).
Mohd Yusof (1999) mengakui bahawa perisian multimedia pendidikan sedia ada yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran hanya mementingkan aspek kandungan
perkembangan ilmu dan penerapan kemahiran berfikir semata-mata tetapi tidak kepada
pembentukan sahsiah diri pelajar secara khusus. Perisian yang sedia ada sama ada dibekalkan oleh
BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia atau yang dihasilkan oleh pihak swasta hanya menekankan
aspek kandungan ilmu sahaja. Mohd Isa (1997) telah menyentuh bahawa perisian yang sedia ada
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak ada langsung memasukkan unsur nilai
penghayatan Islam dalam memperseimbangkan antara keperluan ilmu, mesin dan keperluan diri
manusia itu sendiri. Dalam hubungan ini, pembangunan perisian multimedia pendidikan di negara ini
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
217
harus bermatlamatkan ke arah Falsafah Pendidikan Islam iaitu untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis. Penyediaan bahan multimedia tersebut
bermatlamat bagi membentuk sikap, keperibadian dan pegangan hidup sebagai hamba Allah SWT
yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara. Tujuan
pembangunan perisian multimedia pendidikan ini bagi meningkatkan akidah pelajar yang berilmu,
beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan Hadis
supaya menjadi hamba dan khalifah Allah SWT yang bertaqwa.
Berdasarkan penyataan masalah di atas, satu pembangunan perisian multimedia pendidikan
yang berpandukan model reka bentuk instruksi (ID) berdasarkan pendekatan penerapan nilai Islam
bersepadu dalam aktiviti pembelajaran bagi mata pelajaran Geografi dibangunkan. Perisian
multimedia pendidikan ini menyepadukan unsur dalam Pendidikan Islam iaitu Tauhid, Ilmu dan
Akhlak dalam model instruksi untuk menghasilkan nilai Islam bersepadu yakni yakin, inkuiri, kritikal,
amal, hargai dan sedar.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ialah mereka bentuk satu model reka bentuk instruksi (ID) perisian multimedia
pendidikan. Model reka bentuk instruksi (ID) perisian multimedia pendidikan ini menyepadukan unsur
pendidikan Islam iaitu Tauhid, Ilmu, dan Akhlak. Dalam model ini, pengkaji mengaplikasikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melalui lima fasa aktiviti iaitu Orientasi, Pencetusan Idea,
Penstrukturan Semula Idea, Penggunaan Idea dan Renungan Kembali berdasarkan Teori
Konstruktivisme.
Dalam membangunkan perisian multimedia pendidikan ini, pengkaji menerapkan nilai Islam
dalam mata pelajaran Geografi Fizikal tingkatan enam yang disesuaikan dengan Sukatan Pelajaran
bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Di samping itu, pengkaji menyepadukan isi
kandungan perisian multimedia pendidikan ini dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasaskan Teori Konstruktivisme lima fasa bagi menghasilkan nilai Islam iaitu; Yakin, Inkuiri, Kritikal,
Amal, Hargai dan Sedar.
OBJEKTIF KAJIAN
Merujuk kepada tujuan kajian yang dihuraikan di atas, pengkaji telah mengenal pasti dua objektif
utama kajian. Objektif kajian adalah seperti berikut :
a. Membina model reka bentuk instruksi dengan menyepadukan unsur tauhid, ilmu dan akhlak
serta mengaplikasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui Teori Konstruktivisme bagi mata
pelajaran Geografi.
b. Membangunkan perisian multimedia pendidikan menggunakan model reka bentuk instruksi
dengan menerapkan nilai Islam bersepadu.
PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai objektif kajian dua persoalan utama kajian telah dibina seperti berikut:
i. Apakah model reka bentuk instruksi yang bersesuaian untuk menyepadukan unsur Tauhid,
Ilmu dan Akhlak serta mengaplikasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui Teori
Konstruktivisme bagi mata pelajaran Geografi?
ii. Adakah perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan dengan menggunakan model reka
bentuk instruksi dalam (i) dapat menerapkan nilai Islam bersepadu dengan baik (yakin, inkuiri, kritikal,
amal, hargai dan sedar)?
KERANGKA KONSEPSUAL
Model reka bentuk instruksi adalah garis panduan atau set strategi tentang pendekatan pengajaran
yang digunakan oleh pengajar. Model-model reka bentuk yang efektif dibina berdasarkan teori-teori
pembelajaran (Yusof 2001). Model reka bentuk instruksi juga merupakan satu proses sistematik
merangkumi semua aspek dalam proses reka bentuk instruksi seperti pembangunan konsep, reka
bentuk, produksi, penilaian dan pendekatan pengajaran bertujuan mempertingkatkan pengajaran
(Henrich, Molenda & Russell 1996).
Dalam menghasilkan satu model kerangka konsepsual kajian ini, pengkaji mereka bentuk
model instruksi dengan merujuk Model Nor Aishah (2000) iaitu ‗Model Reka Bentuk Instruksi Perisian
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
218
Multimedia Pendidikan‟. Model ini menjelaskan keseluruhan konsep pembangunan perisian
multimedia pendidikan yang dibangunkan melalui pendekatan penerapan nilai Islam bersepadu.
Berbanding Model Nor Aishah (2000), model reka bentuk instruksi yang dibina oleh pengkaji
telah menyepadukan unsur dalam Pendidikan Islam iaitu tauhid, ilmu dan akhlak dengan
menggunakan Teori Konstruktivisme sebagai asas dalam pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk menghasilkan nilai Islam bersepadu yakni yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai
dan sedar.Aktiviti pembelajaran ini berdasarkan Teori Konstruktivisme yang mengandungi lima fasa
pembelajaran iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, penggunaan idea dan
renungan kembali. Dalam reka bentuk model instruksi ini turut dinyatakan sumber media yang
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sumber media pengajaran yang digunakan ialah
multimedia yang menggabungkan elemen teks, grafik, animasi, audio dan video. Kesemua elemen
multimedia ini digabungkan dalam satu persekitaran digital interaktif dengan menggunakan alat
pengarangan „Macromedia Director MX‟ sebagai tapak utama di samping perisian sokongan yang lain
seperti ‗Macromedia Flash MX‟, ‗Adobe Premiere 5.5‘, ‗Adobe Photoshop 7.0‟ serta ‗Sound Forge
XP‟.
Secara keseluruhannya, kajian ini meliputi peringkat pembangunan perisian dan peringkat
menjalankan kajian seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 (Rujuk Lampiran). Rajah 1 menunjukkan
model Instruksi penerapan nilai Islam bersepadu dalam pembangunan perisian multimedia
pendidikan. Terdapat beberapa komponen utama dalam model ini iaitu model instruksi
pembangunan perisian, integrasi pendidikan Islam, aktiviti pengajaran pembelajaran teori
pembelajaran (Konstriktivisme), hasil pembelajaran nilai Islam dan sumber media pengajaran
(multimedia).
KEPENTINGAN KAJIAN
Pengkaji mengenal pasti beberapa kepentingan dalam kajian ini yang dapat menjadi rujukan kepada
keperluan pendidikan. Pengkaji menghasilkan satu perisian multimedia pendidikan berdasarkan
model reka bentuk instruksi yang menyepadukan unsur dalam pendidikan Islam; Tauhid, Ilmu dan
Akhlak dalam pembangunan perisian multimedia pendidikan. Perisian ini dibangunkan secara
interaktif, sistematik dan tersusun menggabungkan model reka bentuk instruksi dan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran multimedia. Model reka bentuk instruksi ini memberi satu sumbangan
dan panduan kepada pengkaji multimedia lain untuk dijadikan rujukan supaya perisian multimedia
yang dibangunkan lebih sistematik dan tersusun lengkap dengan pendekatan teori pengajaran dan
pembelajaran serta ciri-ciri pembinaan perisian itu sendiri. Pengkaji menumpukan pembangunan
perisian multimedia pendidikan ini kepada kandungan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal bertajuk
‗Sungai : Pengaruh Terhadap Bentuk Muka Bumi‘. Pembangunan perisian multimedia pendidikan
untuk mata pelajaran Geografi ini amat perlu untuk mendekatkan diri manusia dengan Penciptanya
melalui kesepaduan unsur dalam pendidikan Islam iaitu Tauhid, Ilmu dan Akhlak.
Secara keseluruhan, kajian ini akan mengembangkan pengetahuan dan dapat dimanfaatkan
oleh pihak berikut : (i) Pengkaji dalam bidang pendidikan, khususnya dalam mata pelajaran Geografi;
(ii) Industri pembangunan perisian multimedia; (iii) Industri penerbitan elektronik; (iv) Perpustakaan –
negara, negeri, daerah dan sekolah; (v) Sekolah-sekolah menengah (sebagai alat bentu mengajar
mata pelajaran Geografi); serta (vi) Masyarakat umum.
METODOLOGI
Metodologi dalam kajian ini melibatkan reka bentuk, instrumen kajian, persampelan, penganalisisan
data dan prosedur yang digunakan.
Reka bentuk
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan model reka bentuk instruksi pembangunan perisian
multimedia pendidikan. Reka bentuk perisian multimedia pendidikan merupakan satu proses
membangunkan program pengajaran menggunakan multimedia daripada peringkat permulaan hingga
ke peringkat akhir.
Penilaian perisian
Perisian multimedia pendidikan yang telah siap dibangunkan perlu melalui beberapa peringkat
penilaian untuk memenuhi objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Kajian dijalankan ke
atas tiga kumpulan responden iaitu pelajar, guru dan penilai pakar. Aspek yang dinilai ialah
pendekatan penerapan nilai Islam bersepadu dalam model reka bentuk instruksi perisian multimedia
pendidikan yang dibangunkan, pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
219
pendekatan model reka bentuk instruksi (ID) berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran
kontruktivisme serta kandungan dalam perisian untuk menghasilkan nilai Islam bersepadu yakni
yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar. Di samping itu, pengkaji juga perlu mendapatkan
maklumat dari sudut teknikal perisian ini dari aspek interaktiviti dari penilai pakar. Kajian ini dijalankan
agar pengkaji dapat memastikan bahawa perisian multimedia pendidikan yang telah dibangunkan
tersebut benar-benar mempunyai standard piawai dan benar-benar berkualiti serta diakui
kemantapannya dari segi kandungan, persembahan dan juga teknikal oleh panel penilai pakar yang
telah dipilih sebagai responden kajian ini.
Persampelan
Kajian ke atas responden 66 pelajar dan 64 guru dijalankan di tiga buah sekolah menengah Gred A di
negeri Melaka yang menawarkan subjek Geografi dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).
Seramai 34 penilai pakar daripada Unit Pelbagai Media Bahagian Teknologi Pendidikan, pegawai
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka dan Pahang (PSPN) serta pegawai Pusat Kegiatan Guru
(PKG) di negeri Melaka. Selain daripada itu, pengkaji juga mengambil kira kemudahan makmal
komputer yang disediakan di sekolah kajian untuk membuat penilaian ke atas perisian multimedia
pendidikan yang dibangunkan berdasarkan kepada borang perisian multimedia pendidikan yang
dikemukakan. Selain daripada itu, kajian turut dijalankan ke atas responden penilai pakar dari Pusat
Sumber Pendidikan Negeri Melaka dan Pahang serta dari Bahagian Teknologi Pendidikan yang
diakui mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan perisian multimedia. Responden pelajar
yang dipilih adalah berdasarkan kepada pemilihan subjek Geografi dalam peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) mereka. Manakala responden guru dipilih berdasarkan pengalaman
mereka dalam pengajaran Geografi dan teknologi maklumat serta pengalaman mereka menggunakan
perisian pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kajian yang sedemikian turut dijalankan ke atas penilai pakar perisian selain menilai
keberkesanan teknikal dari aspek interaktiviti serta mendapatkan maklum balas mereka terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalam perisian multimedia pendidikan ini.
Instrumentasi
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga jenis borang penilaian perisian iaitu (i) borang penilaian
perisian untuk pelajar; (ii) borang penilaian perisian untuk guru; dan (iii) borang penilaian perisian
untuk penilai pakar. Responden pelajar dan guru menerima borang penilaian perisian multimedia
pendidikan yang sama kecuali berbeza dari segi maklumat demografi manakala responden pakar
penilai menerima borang penilaian perisian multimedia pendidikan di samping tambahan dari aspek
teknikal. Selain daripada itu, setiap borang mengandungi tiga soalan terbuka untuk menerima
pandangan responden terhadap perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan. Instrumen
demikian dihasilkan berdasarkan kepada responden yang berbeza walaupun objektif kajian yang
perlu dicapai adalah sama. Dengan demikian, borang penilaian perisian tersebut mengandungi
maklumat berkaitan demografi responden, latar belakang responden terhadap penggunaan komputer
serta perisian aplikasi dan perisian pendidikan di samping maklumat yang berkaitan dengan
persembahan perisian dari aspek yang dinilai merujuk kepada objektif kajian yang hendak dicapai.
Selain daripada itu, borang penilaian perisian pendidikan untuk responden penilai pakar turut
memuatkan maklumat berkaitan dengan teknikal dari aspek interaktiviti.
Prosedur Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka, Pengetua sekolah kajian, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pegawai Pusat
Sumber Pendidikan Negeri Melaka dan Pahang. Perbincangan diadakan bersama pelajar, guru dan
penilai pakar bagi mendapatkan kerjasama untuk menilai perisian multimedia pendidikan semasa sesi
pratonton perisian tersebut.
Perbincangan turut dijalankan bersama pengetua sekolah kajian bagi mendapatkan beberapa
waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi Fizikal Tingkatan Enam untuk membolehkan kajian ini
dijalankan dengan sempurna. Kebenaran ini memudahkan pengkaji menjalankan kajian dengan lebih
teratur dan lancar tanpa sebarang halangan di sekolah yang dipilih. Proses pengumpulan data
dilakukan sendiri oleh pengkaji. Pada peringkat persediaan awal, pengkaji memohon kebenaran dari
pihak pengetua sekolah kajian untuk menggunakan makmal komputer sekolah untuk pengajaran
secara multimedia dengan memilih seramai 66 pelajar Tingkatan Enam. Pengajaran secara
multimedia ini dijalankan dalam dua sesi kerana masalah kekurangan komputer yang berkeupayaan
tinggi serta bilangan yang terhad. Di samping itu, masalah bilangan makmal komputer sekolah juga
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
220
mempengaruhi keputusan pengkaji untuk menjalankan kajian menilai aspek-aspek dalam perisian
multimedia pendidikan secara berperingkat.
Pengkaji juga mendapat data melalui guru sekolah yang berpengalaman mengajar subjek
Geografi. Dalam perkara ini, pengkaji mendapat maklumat mereka daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka yang mempunyai opsyen subjek ini. Guru yang dipilih sebagai responden ialah guru
Geografi yang mengajar di sekolah menengah di negeri ini. Pengkaji menghubungi mereka dan
membuat temu janji untuk menjawab soal selidik. Mereka memberikan kerjasama dengan amat baik.
Untuk mendapat data daripada pakar penilai pula, pengkaji menghadapi sedikit masalah.
Memandangkan kebanyakan pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan
Negeri dan Pusat Kegiatan Guru sibuk dengan tugas masing-masing, pengkaji hanya dapat membuat
temu janji mengikut kelapangan mereka. Dalam menjawab soal selidik ini, mereka perlu melihat
perisian multimedia pendidikan ini dahulu dan seterusnya menjawab soalan dalam borang soal
selidik. Ini mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan semula borang soal selidik kerana
ada pegawai yang berkursus atau menghadiri mesyuarat. Walau bagaimanapun, hasil kerjasama
yang diberikan oleh penilai pakar dapat membantu pengkaji menjalankan kajian ini dengan sempurna
dan seterusnya memperolehi data yang berguna untuk kajian ini.
Prosedur Pengumpulan Data
Proses pengumpulan data dilakukan sendiri oleh pengkaji. Pengumpulan data deskriptif ini
melibatkan masa, tenaga dan perbelanjaan yang banyak. Pengumpulan data deskriptif adalah rumit
kerana ia melibatkan responden yang pelbagai di mana pengkaji menjalankan beberapa peringkat
kajian kepada responden pelajar, guru dan pakar penilai yang secara tidak langsung melibatkan
masa serta pelbagai masalah birokrasi pentadbiran pihak-pihak yang terlibat dengan kajian.
Pengumpulan data deskriptif harus dilakukan dengan sempurna kerana ia melibatkan
beberapa prosedur untuk menjalankan kajian. Oleh yang demikian, pengkaji mentadbir sendiri kajian
yang dijalankan dan mengumpul data hasil daripada kajian yang telah dijalankan bagi memastikan
pentadbiran pengumpulan data dapat dijalankan dengan sempurna dan kemas.
Prosedur Penganalisisan Data
Penganalisisan data dijalankan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan berdasarkan kepada
penetapan objektif kajian. Data yang diperolehi perlu diproses dan dianalisis. Pemprosesan data
melibatkan pengkodan, kemasukan data ke dalam komputer dan penyimpanan data. Data yang
sempurna perlu disediakan bagi penganalisisan. Pentadbiran ke atas responden juga perlu dibuat
untuk mendapatkan maklumat dari responden.
Data yang diperolehi melalui alat pengukuran kualitatif akan menggunakan kaedah statistik
deskriptif dalam bentuk peratusan dan sisihan piawai (SP) bagi membincangkan kesemua objektif
kajian yang telah dinyatakan. Melalui prosedur penganalisisan data, semua data yang dikumpulkan
diproses dengan menggunakan program pakej komputer Statistical Package for Social Science
Version 10.0.5 (SPSS) untuk membantu pengkaji membuat intepretasi ke atas data yang telah
diperolehi seterusnya mengambil tindakan selanjutnya untuk memurnikan perisian multimedia
pendidikan yang telah dibangunkan tersebut.
Kajian Rintis
Pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis untuk melihat kesahan serta kebolehpercayaan
instrumen yang digunakan iaitu soal selidik untuk pelajar, guru serta penilai pakar. Ketiga-tiga jenis
soalan selidik tersebut menguji tentang aspek penerapan nilai Islam dalam persembahan perisian
multimedia, aspek pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aspek
kandungan perisian multimedia pendidikan ke atas perisian multimedia pendidikan yang telah
dibangunkan oleh pengkaji sendiri di tambah dengan aspek teknikal yang diuji ke atas penilai pakar.
Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas ketiga-tiga kumpulan responden iaitu pelajar, guru
dan juga penilai pakar. Responden pelajar terdiri daripada 34 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah
Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka yang mengambil mata pelajaran Geografi. Responden guru
pula seramai 34 orang yang diambil daripada beberapa buah sekolah menengah atas di Melaka iaitu
SMK Seri Tanjung, SMK Ghaffar Baba, SMK Alauddin dan SMK Dato Dol Said. Manakala responden
penilai pakar pula terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
seramai enam orang dan pegawai-pegawai dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka (PSPN)
juga seramai enam orang.
Hasil dapatan kajian rintis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa instrumen-instrumen
yang telah digunakan dalam kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ini
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
221
dapat dilihat menerusi nilai yang diperolehi daripada keteguhan hubungan antara pembolehubah-
pembolehubah yang digunakan dalam menentukan pekali korelasi.
Manakala kebolehpercayaan juga menunjukkan suatu nilai yang tinggi. Nilai Alpha yang
diterima untuk responden pelajar ialah 0.980, responden guru 0.982 dan responden penilai pakar
pula 0.952. Ini menunjukkan bahawa nilai Alpha bagi ketiga-tiga responden pelajar, guru dan penilai
pakar adalah menghampiri nilai 1.00. Ini bermakna bahawa semua item dan penyataan dalam ketiga-
tiga borang soal selidik tersebut difahami oleh ketiga-tiga kumpulan responden.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan dalam kajian ini hanya merujuk berdasarkan objektif dan persoalan kajian berkaitan model
reka bentuk penerapan nilai Islam bersepadu dalam pembangunan perisian multimedia pendidikan.
Dapatan 1
Apakah model reka bentuk instruksi dapat menerapkan menyepadukan unsur Tauhid, Ilmu dan
Akhlak serta mengaplikasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui Teori
Konstruktivisme bagi mata pelajaran Geografi?
Keseluruhan keputusan pendekatan penerapan nilai Islam bersepadu bagi menghasilkan nilai yakin,
inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar menunjukkan nilai tersebut berjaya diterapkan secara
menyeluruh dalam diri pelajar melalui perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan ini kerana
hampir keseluruhan responden yang terdiri daripada pelajar, guru dan penilaian pakar menyatakan
model reka bentuk instruksi penerapan nilai Islam berjaya disepadukan dalam pembangunan perisian
multimedia pendidikan.
Perbandingan secara keseluruhan penilaian perisian multimedia pendidikan yang
dibangunkan terhadap aspek penerapan nilai Islam Bersepadu dalam Perisian Multimedia Pendidikan
Dalam Mata Pelajaran Geografi Bertajuk ‗Sungai : Pengaruhnya Terhadap Bentuk Bumi‘ iaitu Yakin,
Inkuri, Kritikal, Amal dan Hargai di Kalangan Pelajar dapat ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah :
Jadual 1
Taburan Keseluruhan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai (SP) Bagi Mengukur Penerapan
Nilai Islam Bersepadu di Kalangan Pelajar (N=66), Guru (N=64) dan Pakar (N=34)
Responden Yakin Inkuiri Kritikal Amal Hargai Sedar
Pelajar Min = 4.65 Min = 4.57
SP = 0.67 Min = 4.68 SP = 0.67 Min = 4.68 Min = 4.66 Min = 4.69
Guru SP = SP = SP = SP =
Min = 4.06 0.64 Min = 3.96 0.62 0.71 0.66
SP = 0.62 Min = 4.06 SP = 0.60 Min = 4.17 Min = 4.18 Min = 4.17
SP = SP = SP = SP =
0.62 0.61 0.66 0.54
Penilai Pakar Min = 4.13 Min = 4.00 Min = 4.13 Min = 4.15 Min = 4.35 Min = 4.15
SP = 0.44 SP = SP = 0.59 SP = SP = SP =
0.54 0.60 0.59 0.56
Daripada Jadual 1 di atas, keseluruhan keputusan pendekatan penerapan nilai Islam
bersepadu bagi nilai yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar menunjukkan nilai tersebut berjaya
diterapkan secara menyeluruh dalam diri pelajar melalui perisian multimedia pendidikan yang
dibangunkan ini kerana hampir keseluruhan responden memberikan respon yang positif terhadap
pernyataan yang dikemukakan.
Daripada keenam-enam nilai yang diterapkan dalam perisian ini, nilai amal dan nilai hargai
dapat diterapkan dengan lebih baik berbanding nilai yakin, inkuiri, kritikal dan sedar. Ternyata nilai
amal dan nilai hargai lebih bersifat praktikal di mana pelajar dapat menunjukkan keikhlasan
memanfaatkan ilmu yang diperolehinya dengan mengamalkannya ke jalan yang diredhai dan
seterusnya tahu menghargai segala pemberian Allah SWT terutamanya dikurniakan akal yang dapat
membezakan antara yang benar dengan yang palsu, agar dapat membentuk sahsiah dan pekerti
yang mulia. Dalam hal ini juga, responden guru dan penilai pakar turut memberikan persepsi yang
baik dengan menerima nilai hargai lebih tinggi darjah persetujuannya yang menjelaskan bahawa
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
222
kepercayaan dan kesedaran manusia tentang kekuasaan dan kebesaran Allah SWT menjadikan
manusia tunduk dan patuh serta menghargai kehidupannya.
Perbandingan secara keseluruhan penilaian perisian multimedia pendidikan yang
dibangunkan terhadap aspek pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
Perisian Multimedia Pendidikan berasaskan teori pembelajaran kontruktivisme dapat ditunjukkan
dalam Jadual 2 di bawah :
Jadual 2
Taburan Keseluruhan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai (SP) Bagi Mengukur Pendekatan
Pedagogi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran melalui Perisian Multimedia Pendidikan Berasaskan
Teori Pembelajaran Kontruktivisme dalam Kalangan Pelajar (N=66), Guru (N=64) dan Pakar
(N=34)
Responden Modul Modul Modul Modul Modul
Pelajar Penerokaan Pencetusan Belajar Aplikasi Refleksi
Min = 4.52 Min = 4.68 Min = 4.50 Min = 4.55 Min = 4.61
SP = 0.62 SP = 0.64 SP = 0.66 SP = 0.66 SP = 0.63
Guru Min = 4.10 Min = 4.00 Min = 4.14 Min = 4.13 Min = 4.10
SP = 0.55 SP = 0.54 SP = 0.54 SP = 0.50 SP = 0.49
Penilai Pakar Min = 4.13 Min = 4.18 Min = 4.01 Min = 4.11 Min = 4.17
SP = 0.57 SP = 0.57 SP = 0.54 SP = 0.49 SP = 0.51
Daripada Jadual 2 di atas, keseluruhannya, pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme menunjukkan Modul Penerokaan, Modul
Pencetusan, Modul Belajar, Modul Aplikasi dan Modul Refleksi dalam perisian multimedia pendidikan
dengan menerapkan nilai Islam diterima baik oleh pelajar, guru dan penilai pakar. Hampir kesemua
responden bersetuju dengan kepelbagaian aktiviti pengajaran pembelajaran berpandukan teori
konstruktivisme melalui pendekatan multimedia dengan menerapkan nilai Islam menjadikan perisian
multimedia pendidikan diterima baik untuk menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.
Dapatan menunjukkan bahawa perisian multimedia pendidikan ini memenuhi keperluan
pelajar untuk meneroka perisian melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi
konsep Teori Konstruktivisme. Penilai pakar pula menyatakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teori konstruktivisme yang dikemukakan dalam perisian multimedia berdasarkan Modul
Penerokaan, Modul Pencetusan, Modul Belajar, Modul Alikasi dan Modul Refleksi dan kandungan
perisian membawa ke arah perincian sub-sub topik sesuai dengan Teori Konstruktivisme yang
dikemukakan. Perisian menggalakkan penguasaan kemahiran / sub kemahiran pemahaman konsep
dan kandungan menyeluruh topik sungai melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan adalah sesuai mengikut
pendekatan teori konstruktivisme bagi mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman pelajar.
Kepelbagaian aktiviti membolehkan pelajar belajar secara terarah kendiri butang-butang dan arahan
perisian. Soalan dan latihan yang disediakan membolehkan pembelajaran diukur dalam sesuatu
bidang pembelajaran dan penguasaan topik di samping pengetahuan penerapan nilai Islam.
Perbandingan secara keseluruhan penilaian perisian multimedia pendidikan yang
dibangunkan terhadap aspek pendekatan pedagogi aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
Perisian Multimedia Pendidikan berasaskan teori pembelajaran kontruktivisme dapat ditunjukkan
dalam Jadual 3 di bawah :
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
223
Jadual 3
Taburan Keseluruhan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai (SP) Bagi Menilai Kandungan
Perisian Multimedia Pendidikan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal bagi tajuk „Sungai : Pengaruh
Terhadap Bentuk Muka Bumi‟ untuk menghasilkan nilai yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar
di Kalangan Pelajar (N=66), Guru (N=64) dan Pakar (N=34)
Responden Modul Modul Modul Modul Modul
Pelajar Penerokaan Pencetusan Belajar Aplikasi Refleksi
Guru Min = 4.57 Min = 4.56 Min = 4.46 Min = 4.59 Min = 4.63
Penilai Pakar SP = 0.64 SP = 0.68 SP = 0.59 SP = 0.63 SP = 0.60
Min = 4.05 Min = 4.12 Min = 4.13 Min = 4.13 Min = 4.07
SP = 0.46 SP = 0.51 SP = 0.49 SP = 0.51 SP = 0.50
Min = 4.01 Min = 4.15 Min = 4.11 Min = 4.05 Min = 3.91
SP = 0.60 SP = 0.56 SP = 0.45 SP = 0.42 SP = 0.50
Daripada Jadual 3 di atas, secara keseluruhannya, keputusan dapatan kajian yang menilai
komponen kandungan perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan ini untuk menghasilkan nilai
yakin, inkuiri, kritikal, amal, hargai dan sedar menerima respon positif daripada responden pelajar,
guru dan penilai pakar. Ini menunjukkan responden kajian ini mempunyai persepsi yang sama
terhadap komponen kandungan perisian ini yang dapat menerapkan nilai Islam melalui sub-sub
modul yang dikemukakan selain dapat menarik minat, mencetus inkuiri, menjana pemikiran kritis dan
kreatif dan membentuk sahsiah diri pelajar untuk lebih membuat refleksi diri ke arah mendekati diri
kepada Allah SWT. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa perisian multimedia pendidikan
yang telah dibangunkan ini bukan sahaja bertepatan dengan tajuk malahan dapat
menggabungjalinkan nilai Islam bersepadu dengan baik.
Dapatan 2
Adakah perisian multimedia pendidikan yang dibangunkan dengan menggunakan model reka
bentuk instruksi dalam (i) dapat menerapkan nilai Islam bersepadu dengan baik (yakin, inkuiri,
kritikal, amal, hargai dan sedar)?
Statistik deskriptif untuk soalan di atas yang membincangkan keberkesanan penerapan nilai
Islam bersepadu dalam perisian ini dibentangkan dalam Jadual 4 di bawah merujuk kepada frekuensi
(f) dan peratus (%) responden pelajar, guru dan penilai pakar.
Jadual 4
Taburan Responden Mengikut Frekuensi (f) dan Peratus (%) Bagi Mengukur Aspek Keberkesanan
Penerapan Nilai Islam Dalam Perisian Multimedia Pendidikan di Kalangan Pelajar (N=66), Guru
(N=64) dan Pakar (N=34)
Pernyataan f %
Pandangan Pelajar (N=66)
1. Pelajar lebih yakin dengan kekuasaan Allah SWT 10 15.2
2. Nilai Islam dapat diterapkan dengan berkesan 9 13.6
3. Nilai Islam yang diterapkan mencetuskan inkuiri 8 12.1
4. Memberi kesedaran dan keinsafan akan kebesaran Allah SWT 8 12.1
5. Sangat berkesan untuk mendalami ilmu Allah SWT 7 10.6
6. Nilai Islam yang diterapkan mampu mengubah paradigma 6 9.1
seseorang dan menjana pemikiran positif
7. Nilai Islam yang diterapkan dapat membentuk sahsiah diri serta 5 7.6
meningkatkan rasa tawaduk akan kebesaran Allah SWT
8. Penerapan nilai Islam yang terkandung di dalam perisian ini dapat 4 6.1
melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
224
Pernyataan f %
Pandangan Guru (N=64) 9 14.1
9 14.1
1. Suatu pendekatan yang unik dan berkesan 8 12.5
2. Penerapan nilai Islam yang berkesan pada tahap yang tinggi 8 12.5
3. Nilai Islam yang diterapkan adalah selari dengan kehendak 7 10.9
Falsafah Pendidikan Negara 6 7.8
4. Nilai Islam berjaya diterapkan untuk memberikan kesan mendalam 6 7.8
dalam jiwa pelajar 5 7.8
5. Nilai Islam berjaya diterapkan dapat mendidik jiwa pelajar dengan 5 7.8
lebih berkesan
6. Nilai Islam yang diterapkan dapat memberi kesedaran serta 3 4.2
keinsafan dalam diri pelajar.
7. Nilai Islam yang diterapkan dapat membentuk sahsiah diri serta jati 17.6
diri pelajar 14.7
8. Nilai Islam yang diterapkan mampu menjana pemikiran positif.
9. Penerapan nilai Islam yang terkandung di dalam perisian ini dapat 14.7
melahirkan insan yang mensyukuri dan menghargai setiap kejadian
Allah SWT. 11.8
10. Keseimbangan antara ilmu dan nilai Islam yang diterapkan
dalam perisian ini dapat melahirkan individu cemerlang.
Pandangan Penilai Pakar (N=34) 6
1. Suatu pendekatan pembelajaran yang praktikal serta memberi 5
kesan mendalam dalam diri pelajar.
2. Penerapan nilai Islam yang berkesan pada tahap yang tinggi dan
amat berbeza dengan perisian pendidikan yang terdapat di pasaran.
3. Penerapan nilai Islam dalam perisian ini mampu mengubah 5
prasarana pendidikan kita hari ini
4. Nilai Islam yang diterapkan adalah bertepatan selaras dengan 4
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang
berketrampilan.
Pernyataan f %
5. Penerapan nilai Islam amat berkesan untuk mengukuhkan 4 11.8
keperibadian Islam dalam diri pelajar. 4 11.8
6. Nilai Islam yang diterapkan dapat dihayati dengan mudah dan
memberi kesan yang bermakna dalam diri pelajar 3 8.8
7. Nilai Islam yang diterapkan amat baik untuk membentuk
masyarakat pelajar yang tahu menghargai dan mensyukuri setiap
pemberian serta ciptaan Allah SWT
Berdasarkan interpretasi data yang dikemukakan dalam jadual 4 di atas, didapati responden
pelajar, guru dan penilai pakar memberikan respon yang positif terhadap keberkesanan penerapan
nilai Islam dalam perisian multimedia pendidikan ini. Aspek-aspek yang dinyatakan oleh responden
pelajar ialah lebih yakin dengan kekuasaan Allah SWT (15.2%), nilai Islam dapat diterapkan dengan
berkesan (13.6%), nilai Islam yang diterapkan mencetuskan inkuiri (12.1%), nilai Islam yang
diterapkan dapat memberi kesedaran dan keinsafan akan kebesaran Allah SWT (12.1%), sangat
berkesan untuk mendalami ilmu Allah SWT (10.6%), nilai Islam yang diterapkan mampu mengubah
paradigma seseorang dan menjana pemikiran positif, (9.1%), dapat membentuk sahsiah diri serta
meningkatkan rasa tawaduk akan kebesaran Allah SWT (7.6%). Responden pelajar turut menyatakan
penerapan nilai Islam dalam perisian ini amat baik bagi membantu pelajar lebih menghargai setiap
kejadian Tuhan (7.6%) serta dapat melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT (6.1 %) dan
perisian ini merupakan suatu perubahan dalam penyampaian isi pelajaran (6.1%).
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
225
Responden guru juga turut memberikan respon yang positif ke atas aspek keberkesanan
penerapan nilai Islam dalam perisian multimedia pendidikan ini. Aspek-aspek yang dinyatakan oleh
guru ialah perisian ini merupakan suatu pendekatan yang unik dan berkesan (14.1%) penerapan nilai
Islam yang berkesan pada tahap yang tinggi (14.1%) serta selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara (12.5%). Guru turut menyatakan bahawa nilai Islam tersebut memberi impak ke
atas pelajar di mana ia dapat memberikan kesan mendalam dalam jiwa pelajar (12.5%), dapat
mendidik jiwa pelajar dengan lebih berkesan (10.9%), memberi kesedaran serta keinsafan dalam diri
pelajar (9.4%) dapat membentuk sahsiah diri serta jati diri pelajar (7.8%), mampu menjana pemikiran
positif (7.8%), selain menyatakan penerapan nilai Islam yang terkandung di dalam perisian ini dapat
melahirkan insan yang mensyukuri dan menghargai setiap kejadian Allah SWT (6.3%) dan
keseimbangan antara ilmu dan nilai Islam yang diterapkan dalam perisian ini dapat melahirkan
individu cemerlang (4.7%).
Responden penilai pakar turut menyokong kenyataan pelajar dan guru. Aspek-aspek yang
dinyatakan oleh penilai pakar berkaitan dengan kualiti perisian ini di mana ia merupakan suatu
pendekatan pembelajaran yang praktikal serta memberi kesan mendalam dalam diri pelajar (17.6%),
penerapan nilai Islam yang berkesan pada tahap yang tinggi dan amat berbeza dengan perisian
pendidikan yang terdapat di pasaran (14.7%), mampu mengubah prasarana pendidikan kita hari ini
(14.7%) selain menyatakan nilai Islam yang diterapkan di dalam perisian ini bertepatan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan (11.8%). Penilai
pakar turut menyatakan bahawa nilai Islam tersebut memberi kesan ke atas pelajar di mana ianya
amat berkesan untuk mengukuhkan keperibadian Islam dalam diri pelajar (11.8%), dapat dihayati
dengan mudah dan memberi kesan yang bermakna dalam diri pelajar (11.8%), amat bertepatan bagi
mewujudkan kelainan dalam persembahan ilmu kepada pelajar (8.8%), amat baik untuk membentuk
masyarakat pelajar yang tahu menghargai dan mensyukuri setiap pemberian serta ciptaan Allah SWT
(8.8%).
Berdasarkan kepada pernyataan aspek yang dikemukakan oleh pelajar, guru dan penilai
pakar, jelas menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai pandangan yang positif terhadap
perisian multimedia pendidikan ini merujuk kepada tahap keberkesanan penerapan nilai Islam dalam
perisian ini untuk menghasilkan masyarakat pelajar yang berketrampilan dengan nilai Islam yang
dapat membentuk jiwa murni pelajar. Ia juga menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju
bahawa nilai Islam telah dapat diterapkan dengan baik bersesuaian dengan impak yang diharapkan
daripada penggunaan perisian tersebut dalam pendekatan pembelajaran pelajar.
5.3 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan tentang pendekatan penerapan nilai Islam dalam perisian
multimedia pendidikan boleh dirumuskan bahawa pendekatan penerapan nilai Islam bersepadu
dalam perisian multimedia melalui mata pelajaran Geografi berjaya diterapkan secara berkesan bagi
menghasilkan nilai iaitu yakin, kritikal, kritik, amal, hargai dan sedar di kalangan pelajar. Berdasarkan
pernyataan soalan terbuka yang diberi oleh responden pelajar mengakui perisian ini bagi
menghasilkan nilai Islam berjaya diterapkan dengan baik.
Dengan demikian adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat digunakan sebagai garis panduan
oleh pembangun perisian multimedia pendidikan untuk merancang dan melaksanakan perisian yang
berpandukan model reka bentuk instruksi (ID) bagi menghasilkan perisian yang bersistematik
berdasarkan nilai yang boleh membentuk sahsiah diri pelajar.
1. Hasil dapatan kajian menunjukkan pendekatan penerapan nilai Islam bersepadu boleh
digunakan dalam pelbagai model reka bentuk instruksi perisian multimedia. Model boleh diubahsuai
mengikut keperluan pembangunan perisian multimedia itu sendiri. Ini bermakna, pembangun perisian
multimedia perlu membangunkan perisian mengikut model yang dibina agar perisian lebih teratur dan
bersistematik apabila dipersembahkan.
2. Hasil dapatan kajian menunjukkan apabila perisian multimedia ini digunakan oleh pelajar,
sikap pelajar lebih positif. Pembelajaran kendiri yang diimplementasi dalam perisian ini menjadikan
pelajar tekun melayari perisian sambil mencatat fakta-fakta penting. Pelajar mengakui isi kandungan
perisian bagi tajuk berkenaan mudah difahami kerana fakta teks lengkap dengan huraian dan grafik
memudahkan mereka memahami tajuk mata pelajaran tersebut.
3. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan guru didedahkan satu pengalaman baru mengajar
mata pelajaran Geografi bagi topik ‗Sungai : Pengaruh Terhadap Muka Bumi‘ menggunakan perisian
multimedia. pendidikan Dalam perisian ini, guru mengakui perisian multimedia ini padat dari aspek
isi kandungan, grafik, teks, latihan dan penerapan nilai Islam.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
226
4. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penilai pakar mengakui ada satu perubahan untuk
membawa kandungan perisian multimedia ke arah pembaharuan dengan menerapkan nilai positif
bagi membentuk sahasiah diri pelajar. Penerapan nilai Islam yang diterapkan mampu memberi
kesedaran kepada pengguna kerana petikan dan contoh bersumberkan ayat-ayat al-Quran.
5. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa perisian multimedia pendidikan ini berkesan
menyedarkan pelajar dan guru tentang kejadian manusia. Perisian dimulakan dengan paparan ayat-
ayat al-Quran dengan tafsiran bersuara dan diakhiri dengan suntingan video kejadian manusia
hingga dibawa ke alam kubur yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada pengguna perisian
bahawa pada satu hari kelak manusia akan dimatikan.
5.4 PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK MODEL INSTRUKSI
Model reka bentuk instruksi yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk instruksi perisian
multimedia pendidikan yang direka bentuk oleh pengkaji dalam pembangunan perisian multimedia ini
menjelaskan keseluruhan konsep pembangunan perisian ini. Dengan berpandukan reka bentuk
model instruksi perisian, proses perjalanan kandungan perisian menjadi lebih sistematik, teratur dan
tersusun bagi memudahkan pelajar menggunakannya. Berdasarkan prinsip yang ditentukan dalam
reka bentuk model instruksi ini, pengkaji mengintegrasikan matapelajaran Geografi dengan
pendidikan Islam, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, hasil pembelajaran dan sumber pengajaran
dengan baik.
Dalam penambahbaikan model reka bentuk instruksi yang dibangunkan dalam perisian
multimedia pendidikan ini, integrasi pendidikan Islam dalam subjek Geografi perlu ditekankan kepada
penerapan Ilmu dahulu, diikuti Tauhid dan Akhlak. Rasionalnya, pelajar perlu ditekankan kepada
kandungan ilmu pengetahuan dahulu sebelum dipasak dengan ilmu kerohanian dan keagamaan.
Berpandukan kepada rujukan al-Quran dan Hadis berkaitan dengan tajuk, maka pelajar perlu
disedarkan bahawa ilmu yang mereka pelajari dalam perisian ini sebenarnya sememangnya ada
termaktub dalam al-Quran dan Hadis.
Dari aspek pedagogi pengajaran pula, aktiviti pengajaran dan pembelajaran teori
konstruktivisme amat bersesuaian dengan pendekatan lima fasa yang telah dibincangkan digunakan
dalam pembangunan perisian multimedia pendidikan ini. Tetapi teori pembelajaran lain juga boleh
dirujuk dalam membangunkan perisian multimedia pendidikann seperti Teori Kognitif, Teori
Kontekstual, Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Teori Behaviorisme, Kemahiran Berfikir
dan Teori Pembelajaran Masteri. Jika pembangun perisian memilih Teori Kognitif sebagai rujukan,
model Kemp (1985), Model Gerlach dan Ely (1980) dan Model Dick dan Reiser (1989) juga boleh
diguna pakai kerana model ini menggunakan pendekatan bilik darjah. Begitu juga jika pembangun
perisian memilih Teori Kontekstual sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam perisian
maka Model Dick dan Carey (1990) boleh digunakan kerana teori ini lebih menekankan kepada isi
kandungan perisian bagi menambah kefahaman pelajar.
Hasil pembelajaran bagi menerapkan nilai sebagai satu budaya bagi membentuk amalan nilai
jati diri pelajar, terdapat pelbagai nilai Islam yang boleh diterapkan lagi dalam model ini, misalnya
bersyukur, sabar, tawaduk, fitrah, bertimbang rasa, simpati, sedekah, insaf, waspada, kasihan belas
dan sebagainya. Nilai tersebut banyak disentuh dan disebutkan dalam al-Quran dan Hadis bagi
membangunkan jiwa manusia. Penekanan nilai Islam dalam model reka bentuk instruksi perlu
dihadkan supaya pelajar tidak terkeliru dan bosan dalam melayari setiap paparan perisian multimedia
pendidikan. Walau bagaimanapun, isi kandungan perisian bagi menerapkan ilmu pengetahuan
kepada pelajar tetap diutamakan.
RUMUSAN
Proses mereka bentuk pembangunan perisian multimedia pendidikan bukanlah kerja yang mudah
kerana ianya memerlukan perancangan dan kepakaran yang tinggi. Beberapa pertimbangan perlu
diambil kira dari peringkat awal perancangan hingga peringkat akhir pembangunan perisian ini.
Dalam kajian ini, pengkaji mereka bentuk satu model reka bentuk instruksi (ID) perisian multimedia
pendidikan dengan menyepadukan unsur pendidikan Islam dengan Teori Konstruktivisme untuk
menghasilkan nilai Islam bersepadu bagi mata pelajaran Geografi Fizikal Tingkatan Enam. Perisian
multimedia pendidikan yang dibangunkan ini akan dinilai oleh pelajar, guru dan penilai pakar.
Pembangunan perisian multimedia pendidikan ini mengandungi ilmu pengetahuan dan nilai
pendidikan bersepadu, di samping aspek teknikal supaya perisian yang dihasilkan memenuhi
spesifikasi teknikal yang diperlukan serta berkualiti.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
227
RUJUKAN
Ab Aziz Mohd Zin. 1995. Keagungan pencipta. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd Main Salimon. 1993. Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dengan latar belakang,
pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abd Ghani Samsuddin & Norhashimi Saad. 1997. Sekolah bestari dari perpestif Islam dan perisian
multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. Prosiding kertas kerja Seminar Kebangsaan
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Islam. hlm 9-11.
Al-Ghazali, Abu Hamid t.th. Ilya‟ „Ulum al-Din. Jil. 1. Kaherah : Dar al-Kitab al-‗Arabi.
Al-Ghazali, Abu Hamid t.th. Tauhidullah risalah suci Hujjatul Islam. Terj. Kitab Majmuu‘ah Rassail al-
Imam Al-Ghazali. Beirut: Darul Fikr.
Aziz Deraman. 1997. Isu dan pengalaman : pembinaan perisian multimedia dalam
pendidikan Islam. Prosiding Kertas kerja Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat
dalam Pendidikan Islam, hlm 9 –11.
Baharudin Aris, Rio Sumarni Shariffuddin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka bentuk perisian
multimedia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Gagne, R., Briggs L.J., & Wager W.W. 1979. Principles of instructional design. Ed. Ke-4. New York :
Holt, Rinehart and Winston.
Geisert, P.G. & Futrell, M.K. 1990. Teachers, computer and curriculum : Microcomputers in
classroom. Boston : Allyn and Bacon.
Halimah Badioze Zaman. 1998. Proposal CRFP untuk pengajaran dan pembelajaran, smart
school untuk MOE dan MDC. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hartman., G . 2003. Multimedia product development: What educators really want? (atas talian)
http://www.hartmanedtech.com/html/hartman.pdf (25 Mei 2003).
Heinich, R. 1971. Technology and teacher productivity. Audiovisual instruciton. 1: 80-81.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Garis panduan am : Pembangunan perisian kursus
multimedia pendidikan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Geografi. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kemp, J. 1979. The instructional design process. New York : Harper & Row.
Kemp, J.E. & Smellie, D.C. 1989. Plainning producing and using instructional media. Ed. ke-6. New
York : Harper & Row.
Lathrop, Ann & Goodson, Bobby. 1983. Courseware in the classroom. California :
Addison-Wesley Publishing Company.
Mohd Arip Kasmo. 2000. Pemantapan akidah menerusi penghayatan sains dalam al-Qur‘an. Tesis
Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Isa Samat. 1997. Keperluan perkakasan, perisian, rangkaian dan nilai-nilai Islam
dalam pendidikan Islam. Prosiding kertas kerja Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat
dalam Pendidikan Islam. hlm 1- 7.
Mohd Kamal Hassan. 1984. Penghayatan Islam dalam mempelajari dan
Mengembangkan ilmu. Kertas kerja untuk Forum Pendidikan Sepadu. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. 30 Oktober.
Mohd Kamal Hassan. 1985. Al-Quran dan sains. Kertas kerja untuk Seminar Falsafah
dan Sejarah Sains Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 19 -21 Julai.
Munir & Halimah Badioze Zaman. 2000. Aplikasi multimedia dalam pendidikan. Pemikir. hlm.
51- 76.
Musa Abu Hassan. 2002. Peranan dan penggunaan ICT di kalangan masyarakat. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Ng Kim Choy. 1999. Teori Konstruktivisme. (atas talian) http://maktab.virtualave.net (22 Oktober.
1999)
Ng Wai Kong. 1999. Konstruktivisme dalam teknologi pengajaran. Konvensyen teknologi
pendidikan ke-12. Port Dickson, 8 hingga 10 Oktober.
Nik Aziz Nik Pa. 1996. Pendidikan dan nilai di Malaysia. Satu analisis tentang konsep dan realiti
dari perspektif bersepadu. Jurnal Pendidikan Kebajikan 18 (2), Disember. (atas talian)
http://www.kempadu.gov.my/jkm/jurnal /dis%2026/dis_96_1.htm (29 Februari 2004)
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
228
Nor Aishah Buang. 2000. Prosedur pembangunan isi kandungan perisian kursus pendidikan
multimedia Bahasa Melayu : Satu model berdasarkan pengalaman projek sekolah Bestari.
Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Malaysia. hlm 30-36.
Norizah @ Norazah Mohd Nordin. 2002. Pembangunan dan keberkesanan pakej multimedia
berasaskan pendekatan hibrid dalam mata pelajaran matematik (matriks) Tingkatan 4 sekolah
bestari. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Osman Bakar. 1992. Kedudukan dan peranan kebenaran dalam konsep ilmu bersepadu. Jurnal
Kesturi. ASASI jilid (2)1. hlm 5 – 10.
Rahmah Hashim. 2002. Ucap Utama : Internet : Peluang, Cabaran dan Penggunaannya. Kertas
kerja Seminar Teknologi Maklumat : Pembangunan Keluarga dan Masyarakat. Anjuran.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 26-27 Mac.
Rio. Sumarni. 1996. The use of computers in Malaysian schools and effectivenessof computer-
assisted instruction for the learning of some science concepts. Tesis Dr. Fal. Universiti
Teknologi Malaysia..
Rio. Sumarni. 1999. Model-model rekabentuk pengajaran bersistem dalam panel rekabentuk &
teknologi rekabentuk pengajaran & pembangunan perisian. Universiti Teknologi Malaysia.
Skudai. 50-57.
Roziah Abdullah. 2005. Pembangunan dan keberkesanan pakej multimedia kemahiran berfikir bagi
pelajaran kimia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siew Pei Hwa. 2005. Pembangunan dan keberkesanan pakej multimedia interaktif (CITRA) dalam
pendidikan moral untuk murid sekolah rendah. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sidik Baba. 1998. Pembangunan sahsiah tunjang pendidikan negara. Berita Harian, 30
November. hlm 10.
Siti Fatimah Mohd Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi mengesahkan
kemahiran berfikir. Inovasi dan pengkaedahan pengajaran bahasa, sains sosial dan teknologi
maklumat. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Stranford, M.P. 1994. Investigation into the design of educational multimedia : video, interactivity
and narative. Tesis Ph.D. Milton Keynes : Open University.
Taib Osman. 1998. IT di IPT : Antara nilai insaniah dan teknologi. Berita Harian. 20 Mei :
8.
Tajul Ariffin Nordin. 1988. Konsep asas pendidikan sepadu. Kuala Lumpur : Nurin
Enterprise.
Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Tajul Ariffin Nordin. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn
Bhd.
Tajul Ariffin Nordin. 1993. Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan. 2002. Kurikulum Pendidikan Islam : Penjelasan menurut
paradigma pendidikan bersepadu. Prosiding Wacanan Pendidikan Islam (Siri 1). hlm 45-52.
Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan. 2002. Pendidikan & Pembangunan Bersepadu. Bangi : As-
Syabab Media.
Tunku Sarah Tunku Mohd Jiwa. 1997. Pembinaan model nilai di dalam pengajaran di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Tesis Dr. Fal.. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vaughan, T. 1994. Multimedia making work. San Francisco, California : Osborne McGraw
Hill.
Yusop Hashim. 1999. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi multimedia : Isu dan
aplikasinya dalam pendidikan bestari Dalam Yususf Hashim & Razmah Man (editor) Teknolgi
Instruksi dan Pendidikan Bestari : Persediaan dan cabaran dalam alaf baru. Penerbitan
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Kertas kerja Konvesyen Teknologi Pendidikan ke-
12 Hotel Regency. Port Dickson, 8-10 Oktober.
Yusop Hashim. 2001. Reka bentuk dan sistem instruksi. Universiti Sains Malaysia. Utusan
Publications Distributors Sdn Bhd. Pusat Pendidikan Jarak Jauh.
Yuzita Yaacob & Norleyza Jailani. 1997. Penggunaan perisian kursus multimedia dalam
pendidikan akhlak Islam. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat
Dalam Pendidikan Islam. (Prosiding). Maktab Perguruan Islam. 9 - 11 September.
Zakaria Stapa. 1999. Akidah & akhlak dalam kehidupan muslim. Kuala Lumpur : Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
229
Zoraini Wati Abas. 1989. Moving towards the computer age : The Malaysian experience.
Dlm. K.S. Wong, Zaiton Osman, Bing Selamat Amir & Ainun Mohd Hashim (pnyt.)
Proceedings of the 18th Annual Conference of the International Association School
Librarianship : The school library : center for life long learning. hlm. 347 – 369.
Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Zulkifli Ahmad. 1996. Kaedah pembelajaran berbantukan komputer dan bahan bercetak
dalam pelajaran kata sendi Bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zuraidah Baharin. 1996. Menilai keberkesanan aplikasi perisian kursus multimedia sains
rendah KBSR terhadap pencapaian pelajar. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
230
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
231
Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (TPACK) Guru-Guru
Pra-Perkhidmatan Institut Pendidikan Guru
1Shukri Ismail, Ph.D, 2Mohd Din Haron
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan
[email protected]; [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesediaan guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu terhadap integrasi antara tiga bidang
pengetahuan iaitu isi kandungan, pedagogi dan teknologi (TPACK). Data
dikumpulkan berdasarkan tahap kesediaan mereka dalam mengaplikasikan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Kajian tinjauan ini
adalah berdasarkan rekabentuk TPACK yang mengukur tujuh domain
berkaitan pengetahuan teknologi, pegetahuan isi kandungan dan
pengetahuan pedagogi melalui penggunaan instrumen yang telah
dibangunkan oleh Schmidt et.al., (2009). Analisis diskriptif, korelasi dan
ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis yang digariskan.
Keputusan menunjukkan Tahap TPACK guru pelatih yang sederhana
mengikut opsyen. Terdapat hubungan yang signifikan antara gred pencapaian
guru pelatih dalam peperiksaan dengan tahap kesediaan TPACK. Guru
pelatih lelaki didapati menunjukkan tahap kesediaan yang lebih tinggi dalam
pengetahuan teknologi (TK) tetapi tiada perbezaan untuk kesemua domain
yang lain. Dari segi aliran major pengajian pula, terdapat perbezaan yang
signifikan bagi keseluruhan TPACK dan beberapa domain pengetahuan.
Opsyen Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas menunjukkan tahap yang lebih
rendah berbanding opsyen TESL, Pendidikan Islam, Sejarah dan Bimbingan
dan Kaunseling.
Kata Kunci: TPACK, Tinjauan, Pra Perkhidmatan
PENGENALAN
Pada awal pengenalan teknologi sebagai satu alat untuk pendidikan, ianya diperkenalkan secara
berasingan ke dalam sistem latihan seperti di Institut Pendidikan Guru, Kolej-kolej dan Universiti.
Teknologi diperkenalkan sebagai kertas yang berasingan, contohnya di Institut Pendidikan Guru,
ianya diajar oleh Jabatan Teknologi Pendidikan dan berasingan dari subjek major yang diajar oleh
jabatan major masing-masing. Akhirnya, pelajar yang terhasil adalah mereka yang tahu bagaimana
menggunakan teknologi tanpa mengetahui bagaimana menggunakannya untuk menggalakkan
pembelajaran murid dalam kelas (Graham, Buroyne, Cantrell, Smith, Clair, & Harris, 2009). Dari
konsep ini muncul Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (Technological Pedagogical
Content Knowledge-TPACK) yang telah diperkenalkan ke dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran guru. Ianya adalah pengetahuan berkaitan integrasi teknologi berkesan ke dalam
pengajaran guru (Mishra & Koehler, 2006). Konsep TPACK ini disebut ―tee-pack‖ yang mana telah
dicadangkan supaya ianya senang disebut dan diingat, menggabungkan tiga elemen penting iaitu
teknologi, pedagogi dan isi kandungan (Koehler, Thompson & Phye, 2011).
Konsep TPACK ini walaupun baharu diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan bermula tahun
2006, namun ianya sangat menarik minat para pendidik dan pengkaji terutamanya dalam pengajaran
subjek sains. Sebelum konsep TPACK diperkenalkan, antara pelopor kepada kajian berkaitan
integrasi teknologi termasuklah pengenalan konstruk oleh Mishra (1998), pengenalan dalam konteks
rekabentuk koswer pengajaran (Pierson 1999, 2001). Keating dan Evans (2001), dan Zhao (2003)
banyak menerangkan tentang hubungan antara teknologi, pedagogi dan isi kandungan. Buchanan
dan rakan-rakan (2013) memperkenalkan konsep ini dalam literasi integrasi ICT, Slough dan rakan-
rakan (2008) dalam Pengetahuan Teknologikal Isi Kandungan (Technological Content Knowledge,
TCK) dan ramai lagi (Mishra & Koehler, 2006). Perbincangan selanjutnya akan di buat dalam sorotan
kajian.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
232
SOROTAN KAJIAN
Tahap Pengetahuan Teknologikal Pedagogi kandungan (TPACK) seseorang guru adalah sangat
penting untuk mengurangkan kejadian miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Ini kerana kefahaman
guru tentang pengetahuan pra pelajar sebelum memulakan pengajaran akan dapat menyediakan
guru dengan strategi-strategi yang diperlukan untuk keperluan kumpulan pelajar berkenaan.
Technological Technological Technological
Pedagogical Pedagogical Content Content
Knowledge(TPK) Knowledge (TPACK)
Knowledge (TCK)
Technological
knowledge (TK)
Pedagogical Content
knowledge Knowledge
(PK) (CK)
Pedagogical
Content
Knowledge(PC
K)
Rajah 1. Komponen TPACK (Mishra & Koehler, 2006)
Definisi Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (TPACK)
Mishra dan Koehler (2006) telah mendefinikan TPACK sebagai asas kepada pengajaran
berkesan dengan integrasi teknologi dan memerlukan kefahaman tentang persembahan konsep
menggunakan teknologi, teknik pedagogi dan penggunaan teknologi dalam kaedah yang konstruktif
untuk mengajar isi kandungan; pengetahuan tentang apa yang menjadikan sesuatu konsep itu sukar
atau mudah untuk dipelajari dan bagaimana teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah
pelajar; pegetahuan tentang pengetahuan sedia ada pelajar; dan pengetahuan bagaimana teknologi
boleh digunakan untuk membina pengetahuan berdasarkan pengetahuan lama dan mengembangkan
epistemologi baharu atau memperkuatkan yang lama. Definisi TPACK telah juga diberikan oleh
Swenson dan rakan-rakan:
“...involves asking how technology can support and expand effective teaching and learning within the
discipline, while simultaneously adjusting to the changes in content and pedagogy that technology by
its very nature brings about‖ Swenson, Young, McGrail, Rozema & Whitin (2006).
Dari definisi secara umum ini, pengetahuan tentang integrasi teknologi ke dalam pengajaran
dan pembelajaran telah dipecahkan lagi kepada tujuh konstruk mengikut Mishra dan Koehler (2006)
iaitu Pengetahuan Pedagogi (PK), Pengetahuan Isi Kandungan (CK), Pengetahuan Teknologi (TK),
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PCK), Pengetahuan Teknologikal Pedagogi (TPK),
Pengetahuan Teknologikal Isi Kandungan (TCK) dan Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi
Kandungan (TPACK).
Pengetahuan Pedagogi (PK)
Pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan tentang amalan, proses, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merangkumi pengetahuan tentang visi dan misi pendidikan,
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
233
pentaksiran dan penilaian, pengurusan bilik darjah dan pembelajaran pelajar (Mishra & Koehler,
2005). Selain itu juga, melibatkan kepercayaan peribadi, pengalaman praktikal dan refleksi kendiri.
Pembelajaran pengetahuan pedagogi biasanya berlaku semasa guru pelatih belajar peringkat iktisas
samada di Institut Pendidikan Guru atau pun Universiti.
Pengetahuan Teknologi (TK)
Pengetahuan teknologi adalah pengetahuan tentang pelbagai teknologi dari teknologi aras
rendah hinggalah teknologi aras tinggi termasuklah penggunaan internet. Pengetahuan teknologi
dalam era moden abad ke 21 telah banyak mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran seperti
komputer, internet, video digital (Mishra & Girod, 2006). Pengetahuan teknologi juga merangkumi
kemahiran asas komputer seperti pemprosesan perkataan, penggunaan email dan spreadsheet.
Guru yang lebih tinggi tahap teknologinya pula berupaya untuk menguruskan blog, laman sosial,
permainan video dan simulasi. Pegetahuan teknologi pendidikan pula merangkumi kemahiran
perkakasan dan kemahiran ―troubleshoot‖ untuk membaiki kerosakan teknikal (Angeli, 2008). Jika
seseorang guru itu mempunyai kefahaman yang tinggi dalam pengetahuan teknologi, beliau akan
mempunyai pilihan yang banyak dan berupaya membuat pilihan yang tepat apa yang perlu digunakan
untuk pengajaran tajuk-tajuk tertentu. Guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mencukupi
dalam teknologi supaya lebih mudah mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Ini penting supaya
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi relevan dengan peralatan teknologi yang ada dan sesuai
dengan era globalisasi yang akan menghasilkan pelajar abad ke 21 yang berupaya melawan
halangan-halangan seperti keyakinan, motivasi, masa dan capaian.
Pengetahuan Isi kandungan (CK)
Pengetahuan isi kandungan adalah pengetahuan mengenai subjek bidang yang diajar. Ianya
adalah pengetahuan tentang fakta, konsep, struktur lingkungan subjek, yang mana benar dan yang
mana salah, dan kesahan dan ketidaksahan mengenai kandungan. (Shulman, 1986). Menguasai
pengetahuan isi kandungan bermaksud kebolehan untuk mendefinisikan kebenaran yang diterima
kepada pelajar mengenai domain kandungan, dan berkebolehan untuk menerangkan kenapa sesuatu
itu perlu diketahui serta hubungannya dengan bidang kandungan yang lain. Menurut Shulman (1986),
seseorang guru harus mempunyai asas yang kuat tentang isi kandungan barulah mereka boleh
menjadi seorang guru yang berkesan. Untuk menguasai pengetahuan isi kandungan, guru mesti
menguasai struktur subjek dan bagaimana ianya berkembang.
“the teacher need not only understand why it is so; the teacher must furtherunderstand why it is so, on
what grounds its warrant can be asserted, and under what circumstances our belief in its justification
can be weakened and even denied. (p. 9)”
(Shulman, 1986)
Pengetahuan Pedagogi isi kandungan (PCK)
Perkataan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PCK) pertama kalinya telah dikemukakan
oleh Lee Shulman pada tahun 1986 dan seterusnya telah diteruskan oleh beberapa pengkaji dan ahli
akademik di mana ia merupakan hasil interaksi beberapa domain pengetahuan. Oleh itu pengkaji
berpendapat adalah sangat penting untuk mendefinisikan PCK secara operasi, barulah ianya sesuai
untuk dikaji dan diukur. PCK bolehlah didefinisikan sebagai aktiviti untuk memilih sesuatu isi
kandungan daripada asas pengetahuan sesuatu kumpulan untuk digunakan dalam pengajaran
didalam konteks yang baharu. Ini boleh dinyatakan dalam 3 bentuk, iaitu:
1. Memilih isi kandungan untuk dimasukkan ke dalam perancangan pengajaran.
2. Menggubal bentuk isi kandungan yang akan berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran
aktif.
3. Keperluan siri Interaksi berulangan untuk isi kandungan yang sama.
Pengetahuan Teknologikal Pedagogi (TPK)
Pengetahuan teknologikal pedagogi adalah merujuk kepada kefahaman tentang aplikasi
teknologi tanpa rujukan kepada mana-mana isi kandungan (Cox, 2008). Ianya adalah pemahaman
yang betul bagaimana pengajaran dan pembelajaran berubah apabila teknologi digunakan dalam bilik
darjah. (Harris, Mishra & Koehler 2009) Ianya adalah pengetahuan bagaimana teknologi boleh
menyokong tujuan dan objektif pedagogi yang spesifik, contohnya pengetahuan teknologikal
pedagogi boleh diaplikasikan dengan mengetahui bagaimana menggunakan kamera digital dengan
berkesan di dalam bilik darjah (Cox, 2008). Bidang pengetahuan ini memerlukan perspektif yang
terbuka dan kreatif terhadap bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran
pelajar (Lux, 2010). Guru tidak seharusnya hanya mahu menggunakan teknologi semata-mata tanpa
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
234
mengetahui pentingnya memahami isi kandungan dan pemilihan pedagogi di mana teknologi
diperlukan. Guru harus merekabentuk pengajaran di mana berlakunya pertindihan antara pedagogi
dan teknologi. Guru juga seharusnya keluar dari kepompong tradisional dan mencari kaedah baharu
berteknologi untuk berjaya di dalam objektif pengajarannya.
Pengetahuan Teknologikal isi Kandungan (TCK)
Pengetahuan teknologikal isi kandungan ialah kefahaman bagaimana teknologi dan isi
kandungan saling mempengaruhi dan saling mengekang (Koehler & Mishra, 2005). Guru bukan
sahaja sepatutnya pakar dalam subjek tetapi juga pengetahuan yang kuat dalam memahami
bagaimana banyak cara subjeknya boleh diajar atau dipersembahkan terutamanya dengan aplikasi
teknologi. Setiap hari, guru dibebani dengan keputusan-keputusan yang seharusnya dibuat
terutamanya untuk pelajar. Jadi sudah tentu keputusan-keputusan ini adalah berdasarkan
pengalaman mereka sebagai guru dari zaman sebelum penggunaan komputer kepada zaman
internet dan laman sosial. Guru yang mampu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
teknologi akan mempunyai kelebihan di dalam memilih apakah jenis teknologi yang akan digunakan
dan bilakah ianya patut digunakan untuk membantu pelajar. Teknologi telah menukarkan amalan dan
masyarakat (Mishra, Koehler& Kereluik, 2009). Amalan kita seharian kebanyakannya telah bertukar,
dari percakapan lisan kepada bertulis, dari penulisan kepada cetakan dan sekarang dari cetakan
kepada digital. Bilik darjah telah bertukar kepada persekitaran pembelajaran digital. Banyak sekolah
dan institusi pengajian tinggi telah menggunakan kaedah pembelajaran on-line yang memerlukan
gurunya mempunyai kompetensi yang tinggi dalam teknologi dan komunikasi.
Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (TPACK)
Pengetahuan teknologikal pedagogi isi kandungan merangkumi penaakulan pedagogikal
tentang sesuatu isi kandungan dengan kefahaman bagaimana teknologi boleh digunakan untuk
menyokong objektif pengajaran dan pembelajaran (Neiss & Gillow,2013). Kajian menunjukkan
penggunaan teknologi oleh guru memerlukan pengetahuan yang kompleks dan mendalam.
Perkembangan TPACK guru sangat perlu dimulakan semasa mereka di peringkat guru pelatih lagi
iaitu semasa meraka di peringkat pengajian dan menjalani praktikal pengajaran. Mishra dan Koehler
berpendapat kaedah paling baik adalah apabila guru berada di dalam konteks sebenar dan dikenali
sebagai ―learning techology by design‖. Pendekatan ini bermaksud pembelajaran teknologi
pendidikan dalam konteks yang sebenar di mana guru-guru perlu menguasai ketiga-tiga domain dan
menerapkannya untuk menghasilkan projek pengajaran yang bermakna dan bebas dalam bilik darjah
(Mishra & Koehler, 2005).
Kepentingan TPACK
Tahap kesediaan guru untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran ialah berbentuk
'local and specific' yang bermaksud spesifik untuk isi kandungan tertentu, latar belakang murid dan
konteks (Colbert, Boyd, Clark, Guan, Harris, Kelly & Thompson, 2008). Dilema yang wujud dalam
pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan Inggeris juga memberikan kesan
yang unik bagi murid-murid di Malaysia, seperti contohnya kata Dr. Mahathir dalam blognya,
perkataan Oxygen (Oksigen) dalam bahasa inggeris mempunyai banyak cabang iaitu Oxygenation,
Oxidation, Oxide, Oxidents, Deoxydation, Oxidise, Oxidification, Dioxide, Monoxide dan Peroxide.
Apabila perkataan-perkataan ini diterjemahkan, mungkin akan membawa maksud yang berlainan dan
boleh mendatangkan salah faham konsep (miskonsepsi) oleh murid. Bahan-bahan berteknologi
kebanyakannya dibangunkan menggunakan bahasa Inggeris dan penggunaan maklumat yang
bersifat global untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sudah tentu akan memberikan sedikit
kesukaran kepada guru-guru.
“....misconceptions inflict their damage in two ways: they give students a false sense of knowing,
limiting the mental effort they invest in learning: and they interfere with memories of recently learned
scientific conceptions........”
Kelemahan murid terutamanya dalam memahami konsep adalah perkara yang seringkali
diperdebatkan dan banyak kajian telah dijalankan yang menunjukkan bahawa penggunaan teknologi
dalam bilik darjah akan dapat membantu mengatasinya. Kajian pembelajaran matapelajaran sains
berasaskan teknologi (Technology-based Science Classroom), mendapati terdapat empat faktor yang
mempengaruhi perolehan kemahiran proses sains di kalangan pelajar iaitu bahan pengajaran
berasaskan teknologi, peranan guru, kesediaan pelajar dan susunan fizikal (Rohaida dan Kamariah,
2005). Namun begitu pengetahuan teknologi mestilah diintegrasikan dengan pedagogi dan isi
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
235
kandungan dan bukannya dipelajari satu persatu. Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran
akan bergantung kepada pemilihan perancangan aktiviti dan kaedah yang sesuai berdasarkan setiap
tajuk, teori atau konsep secara khususnya oleh guru.
Secara keseluruhannya, kajian ini akan berlandaskan kepada teori ―pedagogical content
knowledge‖ (PCK) seperti yang dikemukakan oleh Shulman (1986) dan seterusnya berevolusi kepada
―Technological Pedagogical Content Knowledge‖ oleh Mishra dan Koehler (2006). Pengkaji akan
melihat bagaimana konsep ini boleh ditaksir dalam kalangan guru-guru pelatih sekolah rendah di ipg,
diberikan nilai dan ditafsirkan bagi setiap individu melalui satu instrumen persepsi yang mantap.
Seterusnya kajian diteruskan ke bahagian kedua iaitu untuk melihat sejauhmana persepsi
penguasaan konstruk TPACK yang diperolehi dalam kalangan guru berdasarkan demografi guru
pelatih. Apabila unsur teknologi menjadi bidang yang penting dalam pembelajaran murid, TPACK
telah dilihat dari dua pandangan utama iaitu ‗integrative‘ dan ‗transformative‘. Pandangan pertama
menganggap TPACK bukan satu bentuk pengetahuan yang tersendiri tetapi badan ilmu pengetahuan
yang dibentuk dari pengetahuan guru yang lain iaitu pengetahuan isi kandungan, pedagogi dan
teknologi. Integrasi teknologi ke dalam isi kandungan dan pedagogi berlaku semasa proses
pengajaran dibilik darjah. Pandangan ‗transformative‘ pula, TPACK dianggap sebagai satu bidang
ilmu yang tersendiri di mana pengetahuan guru tentang persembahan dan strategi pengajaran
berkembang di dalam pengalaman pengajaran sebenar. Perubahan kepada pengetahuan isi
kandungan berlaku dengan memasukkan unsur pedagogi dan teknologi (Angeli & Valenides, 2009).
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan antara masalah dan keperluan membuat kajian tentang TPACK
dalam konteks guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Sebanyak dua isu telah dikenalpasti yang
menjurus kepada keperluan kajian ini dibuat iaitu kerelevanan kurikulum IPG yang ada sekarang di
dalam memperkukuhkan tahap TPACK, dan sumbangan kepada pendekatan pentaksiran persepsi
dalam mengukur TPACK guru pelatih.
Institut Pendidikan Guru sebagai adalah tempat utama yang menyediakan guru untuk sekolah-
sekolah rendah di Malaysia. Integrasi teknologi ke dalam subjek pengajaran (major) berlaku secara
tersirat dan guru pelatih kebanyakannya menerapkan penggunaan teknologi ini semasa mereka
menjalani praktikum sahaja. Ini berlaku kerana subjek Teknologi Pendidikan diajar secara berasingan
dengan subjek major masing-masing di mana subjek teknologi diajar oleh pensyarah-pensyarah
Jabatan Teknologi Pendidikan. Kebanyakan pensyarah major kurang mengambilkira penggunaan
teknologi ini kerana kurangnya kemahiran mereka sendiri. Dengan perkembangan yang begitu pesat
dalam bidang TPACK sekarang ini, Malaysia sepatutnya sudah bergerak ke era yang baharu.
Mengikut Mishra dan Koehler (2006), TPACK telah menyediakan satu peluang untuk guru bergerak
dari pendekatan yang menganggap teknologi sebagai ―add-on‖ kepada pedagogi sedia ada kepada
pendekatan yang lebih ekologikal iaitu menghubungkan teknologi, pedagogi dan isi kandungan dalam
konteks sebenar bilik darjah. Jadi dari sini timbullah persoalan kepada pengkaji iaitu:
1. Perlukah diwujudkan subjek-subjek baharu iaitu yang menggabungkan teknologi dan subjek
major atau minor di peringkat IPG ?
2. Bagaimanakah subjek ini akan ditaksir dan apakah konstruk yang terlibat ?
3. Apakah terdapat perbezaan yang ketara keperluan untuk memperkembangkan TPACK
mengikut aliran major guru pelatih ?
Namun begitu, memang tidak dapat dinafikan, bahawa sudah ada universiti-universiti yang
telah membuat pengubahsuaian kepada sukatan mahupun kurikulum pengajaran mereka ke arah
pengintegrasian TPACK ke dalam pengajaran. Ini contohnya dapat dilihat di ‗Open University
malaysia‘ (OUM), mereka telah menggunakan konsep PCK dan TPACK dalam sukatan dan modul-
modul pembelajaran mereka. Contohnya untuk subjek Pedagogi Sains Pra Sekolah, mereka telah
memperkenalkan Modul ‗Integrated Affective Approach‘ oleh Harlan dan Rivkin (2010). Pendekatan
ini menekankan penggunaan kaedah integrasi antara beberapa disiplin seperti matematik
keusahawanan, muzik, sukan dan kemahiran ICT ke dalam pembelajaran sains. Isi kandungan
subjek sains diubahsuai terus kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran murid adalah berbentuk ―content
specific activities‖ dan tidak hanya mengandungi isi kandungan subjek sains secara bersendirian.
Melalui penggunaan modul ini, guru pelatih didedahkan secara langsung kepada sains yang
berbentuk aktiviti bermakna melalui pengintegrasian ICT.
Perkembangan terkini dalam TPACK ialah wujudnya dua kaedah utama dalam mentaksir
domain TPACK dalam kalangan guru iaitu kaedah persepsi kendiri (Mishra et al., 2009; Shcmidt et
al., 2009) dan kaedah pentaksiran performan (Harris et al., 2010; Graham et al., 2010). Kaedah
persepsi kendiri menggunakan kaedah kuantitatif yang memerlukan guru menjawab item-item skala
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
236
Likert dan analisis boleh dibuat untuk mendapatkan tahap penguasaan guru-guru terhadap TPACK.
Kaedah pentaksiran performan pula cuba melihat ke dalam, menggunakan kaedah kualitatif di mana
eviden pengajaran guru dan buku perancangan pengajaran dinilai dengan rubrik penskoran yang
dibangunkan. Dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengukuhan kaedah
pentaksiran persepsi dalam mengukur TPACK.
OBJEKTIF KAJIAN
Menentukan tahap Pengetahuan Teknologikal Pedagogi Isi Kandungan (TPACK) guru guru pelatih
pra- perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru.
Menentukan hubungan tahap penguasaan TPACK dengan pencapaian akademik guru pelatih.
SOALAN KAJIAN
Apakah tahap TPACK guru pelatih pra-perkhidmatan sekolah rendah di Institut Pendidikan Guru?
Apakah terdapat hubungan antara tahap TPACK guru pelatih dengan pencapaian akademik?
Apakah profil TPACK kendiri guru pelatih pra-perkhidmatan Institut Pendidikan Guru berdasarkan
jantina, dan aliran major.
METODOLOGI
Populasi & Sampel
Sampel kajian adalah dipilih secara rawak berstrata yang terdiri daripada guru-guru pelatih yang
sedang menjalani latihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Jumlah keseluruhan
sampel adalah 139 orang daripada populasi keseluruhan pelajar yang ada iaitu 453 orang.
Rekabentuk Kajian
Kuantitatif, kajian rentasan
Instrumen Kajian
Instrumen utama yang digunakan ialah:
Instrumen oleh Schmidt et. al (2009) yang dibina untuk menguji tahap TPACK guru-guru pra
perkhidmatan.
HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis kajian ini adalah terdiri daripada tiga hipotesis berkaitan dengan tahap TPACK guru pra-
perkhidamatan berdasarkan jantina, dan aliran major (Ho1 – Ho3). Hipotesis kajian seperti di bawah
disediakan dan diuji:
1) Tidak ada hubungan yang signifikan antara tahap TPACK dengan pencapaian akademik
Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor TPACK kendiri guru pra-perkhidmatan berdasarkan
jantina.
Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor TPACK kendiri guru pra perkhidmatan berdasarkan
aliran major.
KEPUTUSAN & ANALISIS DATA
Jadual 1
Tahap Pengetahuan TPACK mengikut aliran major
Major TK CK PK PCK TCK TPK TPACK
Tesl 3.354 3.429 3.211 3.216 3.452 3.457 3.476
Sejarah 3.000 3.284 3.562 3.232 3.102 3.407 3.222
P.Islam 3.237 3.562 3.438 3.477 3.305 3.425 3.325
B&K 3.031 3.310 3.318 3.357 3.161 3.371 3.157
P.Khas 3.133 3.800 2.771 2.683 2.683 2.733 2.667
Pem. Khas 3.075 3.252 3.076 3.033 2.942 3.100 2.947
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
237
Jadual 2
Analisis hubungan tahap TPACK dan gred pencapaian pelajar
Gred TK CK PK PCK TCK TPK TPACK TPCK
Sig.
-0.30 0.170 0.229 0.227 0.219 0.183 0.178 0.231
0.763 0.086 0.021 0.021 0.026 0.064 0.072 0.034
Jadual 3
Ujian t untuk konstruk TPACK terhadap jantina guru pelatih
Konstruk Jantina N Min SP t Signifikan
TK L 40 3.379 0.708 2.885 0.005
99 3.030 0.613 1.111 0.269
P 40 3.419 0.966 0.496 0.619
CK L 99 3.265 0.612 0.299 0.766
40 3.220 0.924 1.034 0.303
P 99 3.151 0.630 0.452 0.652
PK L 40 3.225 0.891 0.377 0.707
99 3.184 0.665 1.054 0.294
P 40 3.231 0.829
PCK L 99 3.086 0.717
40 3.320 0.814
P 99 3.259 0.686
TCK L 40 3.198 0.799
99 3.143 0.700
P 40 3.278 0.779
TPK L 99 3.153 0.538
P
TPACK L
P
TPCK L
P
Jadual 4
ANOVA konstruk TPACK berdasarkan aliran major guru pelatih
Pembolehubah Sum of df mean F Sig
Squares squares
TK Between Groups 2.216 5 0.443 1.019 0.409
CK Within Groups 56.544 134 0.435 2.556 0.031
PK Between Groups 6.452 5 1.290 2.112 0.068
PCK Within Groups 66.134 134 0.505 3.049 0.012
TCK Between Groups 5.297 5 1.059 2.734 0.022
TPK Within Groups 66.208 134 0.502 3.104 0.013
TPACK Between Groups 7.658 5 1.532 3.316 0.07
TPCK Within Groups 66.309 134 0.502 2.825 0.019
Between Groups 7.250 5 1.450
Within Groups 64.772 134 0.488
Between Groups 7.340 5 1.468
Within Groups 64.772 134 0.487
Between Groups 8.091 5 1.618
Within Groups 64.907 134 0.488
Between Groups 5.024 5 1.005
Within Groups 44.816 134 0.356
PERBINCANGAN
SK1 –Apakah tahap TPACK guru-guru pelatih pra-perkhidmatan sekolah rendah di institut
Pendidikan Guru?
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
238
Hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan integrasi teknologi bagi guru pelatih adalah berbeza
mengikut major (bidang) dengan julat antara 2.947 dan 3.476. Daripada skor maksimum 5 skala
likert, nilai ini bolehlah dikatakan sederhana untuk keseluruhan major. Dari jadual 1, pelajar major tesl
menunjukkan tahap kesediaan yang paling tinggi dan pelajar pendidikan khas menunjukkan tahap
kesediaan yang paling rendah. Perbezaan antara bidang atau major ini menunjukkan aplikasi yang
dibuat di peringkat pengajian di bilik darjah. Penekanan pengunaan integrasi teknologi dalam
kalangan pensyarah semasa mereka mengajar dan juga dalam pentaksiran serta peperiksaan
SK2- Apakah terdapat hubungan antara tahap TPACK guru pelatih dengan pencapaian
akademik?
Jika dilihat kepada tujuh domain TPACK dan hubungannya dengan gred pencapaian guru pelatih
dalam peperiksaan, secara keseluruhannya memang terdapat hubungan yang signifikan antara gred
dan tahap kesediaan TPACK iaitu dengan nilai korelasi 0.231 (p = 0.034). Ini menunjukkan guru
pelatih yang mempunyai gred yang tinggi memang mempunyai tahap TPACK yang tinggi (rujuk jadual
3). Keputusan ini memberikan bukti bahawa impak positif dari segi kurikulum pengajian, pentaksiran
dan peperiksaan yang dibuat di IPG. Penekanan yang sewajarnya telah pun diberikan oleh
pensyarah sepanjang pengajian guru pelatih terhadap bagaimana mereka boleh mengintegrasikan
teknologi dalam pengajaran mereka apabila bertugas di sekolah.
Seterusnya jika dilihat kepada domain secara terperinci, tiga domain memberikan hubungnan
yang signifikan iaitu Pengetahuan pedagogi (PK, r = 0.229, p = 0.021), pengetahuan pedagogi isi
kandungan (PCK, r = 0.227, p = 0021) dan Pengetahuan teknologal isi kandungan (TCK, r = 0.219, p
= 0.026). Ini menunjukkan integrasi pedagogi dan isi kandungan iaitu bagaimana menggunakan
pelbagai strategi dan pendekatan pengajaran untuk isi kandungan tertentu berjaya dilaksanakan di
peringkat pengajian guru pelatih. Bagi TCK pula penyelarasan untuk memilih sumber teknologi yang
bersesuaian dengan setiap perincian isi kandungan juga menunjukkan penekanan yang diberikan
dalam kurikulum pengajian guru pelatih di IPG. Empat lagi domain tidak menunjukkan hubungan yang
signifikan iaitu pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan isi kandungan (CK), pengetahuan
teknologikal isi kandungan (TPK) dan pengetahuan teknologikal pedagogi isi kandungan (TPACK).
SK3- Apakah profil TPACK kendiri guru pelatih pra-perkhidmatan Institut Pendidikan Guru
berdasarkan jantina dan aliran major?
Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian t bagi tahap kesediaan TPACK guru pelatih berdasarkan
jantina. TPACK secara keseluruhannya tidak memberikan perbezaan yang signifikan bagi guru
pelatih lelaki dan perempuan. Kedua-dua jantina menunjukkan tahap kesediaan TPACK yang sama
iaitu membuktikan meseluruhan sistem pengajian sama ada dari segi kurikulum, strategi
pembelajaran, pentaksiran dan peperiksaan adalah tidak bias kepada mana-mana jantina. Dari segi
domainnya pula, hanya pengetahuan teknologi yang memberikan perbezaan yang signifikan antara
guru pelatih lelaki dan perempuan. Didapati min tahap kesediaan TPACK lelaki adalah lebih tinggi
iaitu 3.379 berbanding perempuan 3.030 (t = 2.885, p = 0.005). Penguasaan lelaki dalam bidang
teknologi memang diperolehi dari banyak kajian yang telah dijalankan sebelum
Dari segi aliran major guru pelatih pula, keputusan analisis ANOVA adalah seperti dalam
Jadual 4. Keputusan menunjukkan secara keseluruhannya terdapat perbezaan yang signifikan bagi
TPACK secara gabungan terhadap semua aliran major. Hipotesis nol ketiga dapat ditolak (F = 2.825,
Sig = 0.019). Guru pelatih major TESL (3.476), sejarah (3.222), pendidikan islam (3.325) dan
bimbingan dan kaunseling (3.157) didapati mempunyai tahap kesediaan TPACK yang lebih tinggi
secara signifikannya berbanding major pendidikan khas (2.667) dan pemulihan khas (2.947). Ini
menunjukkan implikasi kaedah pembelajaran dan isi kandungan kurikulum yang kurang
menitikberatkan integrasi teknologi. Dapatan ini selaras dengan beberapa kajian yang dibuat kepada
guru-guru contohnya kajian oleh Allazam dan rakan-rakan (2012) di Malaysia, mendapati guru lelaki
di sekolah teknik dan vokasional di Malaysia mempunyai kemahiran ICT yang lebih tinggi daripada
guru perempuan walaupun tiada perbezaan dari segi tahap keyakinan ICT. Mims-word (2012), dalam
penulisannya tentang kepentingan penggunaan teknologi dalam bilik darjah mengatakan bidang ICT
adalah ―male territory‖ atau ―guy stuff‖yang mengaitkan penguasaan bidang peralatan teknologi
kepada guru lelaki. Kajian oleh Wong Su Lian dan Atan Hanafi (2007) terhadap guru pelatih di UPM
pula mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara guru pelatih lelaki dan perempuan terhadap
penggunaan ICT di bilik darjah, kecuali guru pelatih perempuan menunjukkan peningkatan keyakinan
yang lebih tinggi selepas satu sesi kursus ICT. Ini menunjukkan persamaan dengan dapatan kajian ini
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
239
di mana apabila melibatkan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru lelaki dan
guru perempuan tidak menunjukkan prestasi yang berbeza seperti untuk konstruk TPK dan TCK.
Dari segi domain secara individu pula, empat domain/konstruk TPACK menunjukkan
perbazaan yang signifikan iaitu pengetahuan isi kandungan (CK, F = 2.556, Sig = 0.031),
pengetahuan pedagogi isi kandungan (PCK, F = 3.049, sig = 0.012), pengetahuan teknologikal isi
kandungan (TCK, F = 2.734, sig = 0.022) dan pengetahuan teknologikal pedagogi (TPK, F = 3.104,
sig = 0.013). Bagi pengetahuan isi kandungan (CK), guru pelatih major pendidikan khas
menunjukkan tahap kesediaan yang lebih tinggi berbanding major lain. Sebaliknya berlaku bagi tiga
domain lain iaitu pengetahuan pedagogi isi kandungan (PCK), pengetahuan teknologi pedagogi
(TPK) dan pengetahuan teknologikal isi kandungan (TCK) di mana guru pelatih dengan major
pendidikan khas dan pemulihan khas menunjukkan tahap kesediaan TPACK yang rendah berbanding
subjek major yang lain. Tidak terdapat perbazaan yang signifikan bagi tiga domain yang lain iaitu
pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan pedagogi (PK) dan pengetahuan teknologikal pedagogi isi
kandungan (TPACK).
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kajian ini telah berjaya memberi sedikit maklumat yang berguna kepada
guru pelatih, pensyarah dan pihak yang bertanggungjawab di dalam merangka kurikulum pengajian di
Institut Pendidikan Guru. Dari segi keseluruhannya sistem pentaksiran dan kurikulum pengajian yang
dilalui oleh guru pelatih dalam pengajian di IPG boleh dikatakan telah berjaya memenuhi tuntutan
penguasaan TPACK guru pelatih sebagai persediaan untuk pengajaran di sekolah. Ini kerana, ianya
gred pencapaian guru pelatih adalah selaras dengan penguasaan tahap kesediaan TPACK. Namun
begitu masih terdapat lompangan yang harus di isi terutama dari segi domain/konstruk TPACK
secara individu. Kelemahan beberapa subjek major dalam membuat integrasi teknologi di dalam
beberapa gabungan pengetahuan guru memerlukan pemerhatian yang teliti dan kajian secara
terperinci terhadap kaedah pembelajaran dan kurikulum pengajian dalam subjek tertentu.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
240
Aplikasi Bacaan Pantas Di Sekolah Menengah: Kajian
Terhadap Pencapaian Peserta
1Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman, 2Rozana Kamdani
1,2Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia,
[email protected]; [email protected]
Abstrak
Membaca adalah wadah untuk meningkatkan literasi maklumat dalam
kalangan pelajar sekolah. Ia mesti dipupuk di peringkat awal lagi supaya
pelajar dapat menjiwai dan membina minat terhadap membaca. Untuk itu,
satu modul latihan bacaan pantas telah dibangunkan oleh Perpustakaan
USIM bagi diajarkan kepada semua golongan yang bersesuaian di Malaysia.
Modul ini dibangunkan untuk membantu meningkatkan kadar pembacaan,
membina budaya intelek dan seterusnya mencambahkan literasi maklumat
kepada golongan sasaran. Usaha mengadakan bengkel dan latihan telah
dilakukan di pelbagai agensi termasuklah di sekolah menengah. Satu kajian
telah dilaksanakan untuk melihat pencapaian peserta dalam kalangan pelajar
di sekolah menengah. Antara objektif kajian ialah untuk mendapatkan
maklumat berkaitan peningkatan kepantasan bacaan peserta sebelum dan
selepas pengajaran, untuk mengenal pasti kadar bacaan peserta, dan untuk
mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan klasifikasi atau
pengelasan bacaan pantas. Setiap peserta diberikan tunjuk ajar kaedah
bacaan pantas serta latihan-latihan bacaan. Masa pembacaan peserta diukur
dan dikira berdasarkan setiap ujian bacaan yang diberikan. Melalui latihan
yang diberikan, ia berupaya membantu meningkatkan kepantasan bacaan
peserta dan secara tidak langsung membina minat membaca serta memupuk
literasi maklumat. Hasil dapatan kajian digunakan untuk menambah baik
modul supaya sesuai mengikut golongan sasaran.
Kata kunci: Bacaan pantas, pengelasan bacaan, kepantasan bacaan.
PENGENALAN
Maklumat adalah satu komoditi yang sangat berharga pada masa kini (Amoriggi, 2006). Oleh kerana
itu, literasi kepada maklumat perlu diberi perhatian khususnya untuk golongan muda yang dikenali
sebagai Generasi Z (Generasi Net yang lahir antara 1998 hingga sekarang). Cara yang terbaik untuk
meningkatkan literasi maklumat adalah melalui pembacaan. Membaca berupaya membina minda
manusia untuk meneroka ilmu pengetahuan dan maklumat bagi mentadbir alam, mengimarahkan
pembangunan dunia, serta melestarikan hubungan sesama makhluk dan Maha Pencipta (Ahmad
Yazid, 2014).
Natijah daripada pembacaan membolehkan manusia menggunakan kebijaksanaan akal
ditambah dengan pengetahuan yang terhasil daripada penaakulan maklumat bagi membina kaedah
terbaik dalam menguruskan dunia seharian. Ini selari dengan definisi membaca iaitu sebagai proses
berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat dan tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal
dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi
baharu (Baharom et al., 2012).
Meskipun keperluan kepada membaca itu diakui penting, namun berlaku salah tanggap dalam
kalangan orang ramai bahawa ia hanyalah satu aktiviti untuk mengisi masa terluang sahaja.
Tanggapan ini perlu diubah kerana Allah telah berfirman dalam Surah al-‗Alaq ayat 1 yang
bermaksud ―Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan‖. Ini jelas menunjukkan bahawa
membaca itu adalah satu arahan dan perintah kepada manusia. Ia sebagai tanda bahawa manusia
perlu mengutamakan wacana keilmuan dalam kehidupan. Justeru, membaca menjadi aktiviti penting
yang perlu diamalkan oleh setiap orang tanpa mengira lokasi, batasan masa, mahupun jenis bahan
bacaan. Apatah lagi, dunia masa kini amat menitik beratkan maklumat dan pengetahuan. Orang yang
berkuasa adalah yang memanfaatkan setiap pengetahuan yang diperoleh melalui kemahiran
pembacaan selain mampu mentafsir dan menterjemahkan pengetahuan dalam bentuk tindakan. Ini
turut diakui oleh Baharom et al. (2012) yang menyatakan kemahiran membaca yang betul akan dapat
meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018