291
Rajah 12: PK 8 Rajah 13: PK 9
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan mendapati, perkembangan kreativiti seseorang individu khususnya
pelajar boleh ditingkatkan menerusi kaedah pengajaran yang bersesuaian. Berdasarkan kajian yang
dijalankan juga, terdapat aplikasi aspek-aspek kreativiti yang dikemukakan oleh Torrancepenyoalan,
penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, manipulasi dan pemainan semasa penghasilan
karya dengan menggunakan kaedah LTD ini. Secara asasnya terdapat aspek-aspek tertentu yang
diaplikasikan secara gabungan dengan ciri-ciri kreatif yang lain, seperti penyoalan, penemuan dan
pemerhatian.Hasil gabungan ketiga-tiga aspek ini telah meransang idea dan pengetahuan yang
baharu dalam bidang ilmu yang diterokai. Proses penyoalan pada peringkat awal telah memberi
peluang untuk meneroka kaedah dan teknik baharu bagi memberi kesan yang lebih mendalam dalam
penghasilan karya.
Secara keseluruhannya kaedah ini mengkehendaki pelajar membuat penerokaan pada
pelbagai cara proses dan prosedur yang bersesuaian bagi menghasilkan kesan yang maksima.
Menerusi kaedah ini peserta kajian perlu peka terhadap bahan dan media yang digunakan serta
kesan disebalik penggunaan bahan tersebut. Selain itu kaedah ini memerlukan peserta kajian
merakam imej secara cepat, dan menyimpan imej di dalam minda bagi memboleh mereka
membayangkan kesan tandaan ton dan bayang pada lakaran yang dibuat melalui pancaran cahaya.
Hal ini bukan sahaja memerlukan kepekaan dalam kalangan peserta kajian sebalik guru juga
memainkan peranan yang penting bagi menentukan keberhasilan karya pelajar. Menurut Iberahim
Hassan dan Jamilah Omar dalam Pendidikan Seni dan Muzik (2004) peranan guru dalam memahami
kecerdasan pelajarnya akan membantunya dalam merancang, mengeksplotasi pelajaran dengan
menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran seni selari dengan kebolehan pelajar
Bagi kajian lanjutan, saya mencadangkan kaedah LTD ini digunakan oleh guru-guru di sekolah
rendah dan menengah bagi meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid-murid dan
pelajar sekolah. Guru bukan sahaja boleh mengaplikasikan kaedah LTD ini dalam aktiviti melukis
sebalik dapat mengaplikasikannya dalam aktiviti mencatan. Ini berdasarkan lukisan merupakan
permulaan kepada sesuatu aktiviti seni yang lain. Kaedah ini dianggap mudah untuk dilaksanakan
oleh guru dengan kos yang murah serta tahan lama selain mudah untuk difahami oleh para murid dan
pelajar.
Secara asasnya, cadangan yang dibuat adalah bagi memperincikan maklumat yang terdapat
dalam kajian ini untuk mengembangkan lagi tahap penguasaan dan kemahiran melukis dalam
kalanganpelajar IPG dan sekolah.Akhir sekali, saya berharap kaedah LTDini dapat diamalkan dan
dilaksanakan oleh guru-guru seni di sekolah kelak bagi membantu memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Semoga respon positif daripada kajian ini dapat meningkatkan kualiti murid dalam
aktiviti mewarna dan memartabatkan mutu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.
Mata pelajaran Pendidikan Seni yang mantap dan bersifat global serta bersedia bagi
membentuk pelajar-pelajar menuju ke arah matlamat yang telah dirancangkan. Peranan
matapelajaran Pendidikan Seni Visual amat penting untuk membentuk identiti dan kreativiti dalam
kalangan pelajar secara maksimun sama ada diperingkat sekolah atau IPT.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
292
RUJUKAN
Al Hurwitz & Day, M. (1995). Children and Their Art. Texas: Harcourt Brace College Pub.
Azizi Yahaya, Asmah Subuh, Zurihanmi, Fawziah Yahya (2005). Aplikasi KogitifDalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Berfikir dan Motivasi Pembelajaran." Universiti Sains Malaysia. Mustafa, R. (2007).
Christine, M.T (2004). The Visual Art and Early Childhood Learning: Changing Contexts
and Concepts. Dalam Christine, M. T. (Ed.). (2004) The Visual Arts and Early
Childhood Learning (m.s. 1-5). Urbana: Universiti of Iilinois.
Christine, M. T. (Ed.). (2004) The Visual Arts and Early Childhood Learning. Urbana:
Universiti of Iilinois.
Dinmack, M. (1964). Modern Art Education In the Primary School. Toronto: Macmillan &
Co. Limited.
Donald, H. & Barbara, H. (1998). Artworks for Elementary Teachers: Developing Artisticand
Perceptual Awareness (Eight Ed.). Carlifornia: McGraw-Hill Companies.
Efland, A.D. (1990). Art and Cognitif : Integrating The Visual Art in the Curriculum.
New York: Teachers College Press.
Efland, A. D. (1990). A History of Art Inducation. New York: Teachers College Press
Falkulti Sains Sosial dan Kesenian. (2000). Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan
Muzik. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan sultan Idris.
Gaitskell, C.D. & Hurwitz, (1970). Children and Their Art. New York: Harcouurt, Brace &
World, Inc.
Iberahim Hassan. (2000). Pendidikan Seni Di Malaysia Dalam Arus Perkembangan
Konsep Pembelajaran Pendidikan Seni. Dalam Falkulti Sains Sosial dan Kesenian.
(2000). Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik (m.s. 31-45)
Tanjung Malim : Universiti Pendidikan sultan Idris.
Iberahim Hassan. (2000). Perkembangan Psikologi Kanak-kanak Berhubung Dengan
Pendidikan Seni. Dalam Falkulti Sains Sosial dan Kesenian. (2000). Kumpulan
Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik (m.s. 79-91). Tanjung Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kate, S.(Ed.). (1994). Learning Through Art And Artefacts. London: Data Publications
Muliyadi Mahamood (1993) Mendekati Seni Luki dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Daud Hamzah (2004). "Sedutan Dapatan Projek Pendidikan di Simunjan: Ketrampilan
Nancy, B. & Gloria, B.M. (2001) Rahasia Mengajarkan Seni Pada Anak (Fretty
H.P., Terjemahan). Yogyarkarta: Penerbitan Pripoenbooks.
Patricia, T. (2004). Preschool Children‘s Soacialization through Art Experiences. Dalam
Chirstine, M.T. (Ed.) The Visual Art and Early Childhood Learning (m.s. 23-27)
Urbana: University of Illinois.
Piaget (1926) Terjemahan Marjorie & Ruth Gabain. The Language and Thought ofThe Child.
Terjemahan. New York : Routiedge Classics.
Primadi Tabrani (2005). Bahasa Rupa. Bandung: Kelir.
Read, H. (1956). Education Through Art. London: Faber and Faber.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Publications Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Psikologi Pendidikan II : Psikologi Pembelajaran dan
Kognitif, Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya: Longman.
Tufte, E., R. (2001). The visual display of quantitative information (2nd ed.). Graphic Press, Cheshire,
Connecticut.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
293
Kit “Emotion Body Response” (EBR) Meningkatkan Penguasaan Dan
Pemahaman Kosa Kata Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid-Murid
Prasekolah
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz
Sekolah Kebangsaan Dato‟ Panglima Bukit Gantang,
Taiping, Perak Darul Ridzuan
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah SKDPBG dalam menguasai dan
memahami kosa kata Bahasa Inggeris dengan mudah. Seramai 24 orang
murid prasekolah dan seorang guru prasekolah terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian sewaktu pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan juga penilaian berdasarkan Borang
Senarai Semak Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris bagi mengenal pasti
sama ada murid telah menguasai dan memahami kosa kata Bahasa Inggeris
yang telah diajar oleh guru. Hasil tinjauan mendapati murid-murid prasekolah
tidak faham perkataan atau kosa kata dalam Bahasa Inggeris, murid tidak
dapat mengingat kosa kata atau perkataan yang telah diajar dan kemahiran
bertutur Bahasa Inggeris amat lemah, murid hanya menghafal dialog yang
sering guru gunakan. Penguasaan dan pemahaman kosa kata dalam Bahasa
Inggeris sangat membantu dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris.
Kemahiran bertutur merupakan kemahiran produktif dan ia merupakan salah
satu kemahiran yang amat dititik beratkan oleh pelbagai pihak. Murid tidak
akan dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris jika mereka tidak menguasai dan
memahami kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Tindakan yang dijalankan bagi
mengatasi kelemahan-kelemahan murid dalam menguasai dan memahami
kosa kata Bahasa Inggeris adalah dengan memperkenalkan KIT
EBR(Emotional Body Response) dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris. KIT EBR (Emotional Body Response) dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam tempoh 8 minggu.
Dapatan pemerhatian dan penilaian berdasarkan Borang Senarai Semak
Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris mendapati terdapat peningkatan
dalam penguasaan dan pemahaman kosa kata Bahasa Inggeris menerusi
penggunaan KIT EBR (Emotional Body Response).
Kata kunci : kosa kata Bahasa Inggeris, Borang Senarai Semak Penguasaan
Kosa Kata Bahasa Inggeris, kemahiran bertutur, KIT EBR (Emotion Body
Response) dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sepanjang pengalaman saya menjadi guru prasekolah saya mendapati murid prasekolah di luar
bandar memiliki tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris yang agak lemah. Saya mempunyai
pengalaman mengajar di dua buah sekolah di luar bandar. Sekolah pertama adalah di Sekolah
Kebangsaan Ara Panjang, Manong, Kuala Kangsar selama tiga tahun dan sekolah kedua ialah
Sekolah Kebangsaan Dato‘ Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering, Taiping selama sembilan
tahun. Apabila saya cuba mengajar dalam Bahasa Inggeris tanpa menterjemahkan maksud
perkataan tersebut murid-murid sering tidak memberi tindak balas. Ini kerana mereka tidak faham
dengan perkataan-perkataan tersebut walaupun perkataan tersebut agak mudah seperti stand up, sit
down, touch, point, jump, walk, turn, run, pick up, put down dan sebagainya. Seperti yang kita sedia
maklum Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua bagi murid-murid Melayu yang berada di luar
bandar. Mereka tiada pendedahan kepada Bahasa Inggeris seperti murid-murid yang berada di
bandar. Salah satu sebab lain juga adalah kualiti tahap pendidikan ibu bapa masing-masing yang
berkemungkinan langsung tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris di rumah. Ini merupakan
faktor utama yang menyebabkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan murid-
murid prasekolah pada tahap yang rendah. Apabila waktu pengajaran Bahasa Inggeris, walaupun
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
294
saya telah mengajar banyak kosa kata Bahasa Inggeris namun murid-murid masih tidak dapat
mengingat dan memahami maksud perkataan-perkataan yang telah di ajar. Sewaktu perbualan pagi,
murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang sering ditanya pada setiap pagi seperti;
Guru : Good Morning children?
Murid-Murid :Good morning.
Guru : How are you today?
Murid-Murid : I‟m fine.
Guru : How do you feel today ?
Murid-Murid : I‟m happy.
Guru : What did you have for your breakfast today?
Murid-Murid : Bread with milk.
Murid-murid memang dapat menjawab soalan yang saya tanya tapi sebenarnya mereka tidak
faham dengan maksud soalan tersebut tetapi mereka cuma menghafal dialog tersebut. Bila mereka
tidak faham dengan maksud kosa kata sebenarnyamereka masih tidak dapat menguasai dan
memahami kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Bagi saya apa yang dimaksudkan dengan penguasaan
dan pemahaman kosa kata ialah murid perlu memahami maksud kosa kata atau perkataan Bahasa
Inggeris yang disampaikan. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya pelbagai idea di dalam minda
saya. Bagaimana cara yang boleh saya lakukan untuk membolehkan murid-murid saya menguasai
dan memahami kosa kata Bahasa Inggeris dengan banyak? Adakah cara yang saya gunakan iaitu
‗Grammar Translation Method‘ iaitu menterjemahkan maksud ke dalam Bahasa Melayu tidak efektif?
Saya juga ada bertanya kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar di aliran perdana, mereka
juga memberitahu yang mereka juga mengalami masalah yang sama. Apabila murid-murid kurang
mempunyai kosa kata dalam Bahasa Inggeris maka mereka akan menghadapi masalah dalam
kemahiran produktif iaitu menulis dan bertutur.
Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih
ramai murid yang mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang amat terhad. Saya berpendapat
lemahnya penguasaan kosa kata di kalangan mereka ialah disebabkan kaedah pengajaran yang
saya gunakan iaitu lebih kepada penghafalan kosa kata yang mana saya kerap membuat
pengulangan perkataan tersebut. Saya juga sering menggunakan arahan ―repeat after me‖, ―follow
what I say‖, dan ―say after me‖. Konsep sebegini boleh mewujudkan tekanan kepada murid dan
menyebabkan mereka mudah lupa tentang sesuatu kosa kata atau perkataan yang baru diajar.
Berdasarkan banyak pembacaan yang saya lakukan saya mendapati murid mudah lupa kerana
pengajaran saya tidak melibatkan penggunaan otak kanan dan otak kiri, saya banyak menggunakan
kaedah yang hanya menggunakan otak kiri seperti menterjemah, ulang apa yang cikgu cakap,
menggunakan papan putih, menyoal dan sebagainya. Pembelajaran yang hanya memfokuskan
kepada otak kiri boleh menimbulkan tekanan kepada murid dan maklumat lebih banyak diproses dan
disimpan di dalam memori jangka pendek yang mana akan menyebabkan murid mudah atau cepat
lupa. Selain itu, murid-murid juga mempunyai gaya pembelajaran berbeza bagi setiap individu iaitu
terdapat tiga gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran tersebut ialah gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan gaya pembelajarankinestatik. Setiap murid-murid mungkin ada yang
mempunyai salah satu gaya pembelajaran yang mereka lebih dominan. Namun begitu pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang saya kendalikan di kelas langsung tidak menitik beratkan
mengenai ketiga-tiga gaya pembelajaran tersebut sama ada visual, auditori atau kinestatik.
Setiap tahun guru-guru prasekolah perlu terlibat dengan pelbagai pertandingan yang
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satu pertandingan yang sering
menimbulkan masalah bagi saya ialah Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Masalah utama ialah
murid saya tidak dapat mengingat jalan cerita yang saya berikan walaupun cerita tersebut sudah
berulang-ulang kali dibaca. Biasanya apabila murid tidak dapat mengingat skrip cerita saya terpaksa
memendekkan skrip cerita tersebut sehingga tidak menepati syarat-syarat pertandingan iaitu cerita
yang disampaikan perlu dalam tempoh 5 hingga 8 minit. Pada tahun lepas, saya menerapkan
pendekatan EBR (Emotion Body Response) dalam cerita Bahasa Inggeris yang ingin disampaikan.
Alhamdulillah murid saya berjaya mendapat Johan bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
peringkat zon Simpang. Saya menggabungkan ketiga-tiga gaya pembelajaran VAK dan hasilnya
murid saya dapat mengingat jalan cerita tersebut dengan lancar. Maka saya cuba mengaplikasikan
kaedah ini dalam kajian tindakan yang ingin saya laksanakan pada tahun ini.Oleh itu saya terus
mengubah pendekatan pengajaran saya agar menjadi lebih menyeronokkan, tidak tertekan,
maklumat akan diproses dan disimpan di dalam memori jangka panjang dan murid lebih mudah
mengingat. Saya mula menggunakan pendekatan EBR (Emotion Body Response) dan cuba
menghasilkan bahan inovasi berasaskan kepada pendekatan EBR (Emotion Body Response).
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
295
Dengan itu, tercipta bahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang
dinamakan KIT EBR (Emotion Body Response)
2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan
fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan dan pemahaman kosa kata dalam Bahasa Inggeris.
Murid saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan,
beberapa kelemahan dapat dikenal pasti, iaitu;
Tidak faham perkataan atau kosa kata dalam Bahasa Inggeris khususnya dalam pertuturan.
Murid tidak dapat mengingat kosa kata atau perkataan yang telah diajar.
Kemahiran bertutur Bahasa Inggeris amat lemah, murid hanya menghafal dialog yang sering
guru gunakan.
Dengan membantu murid memperkaya kosa kata, saya yakin murid boleh meningkatkan penguasaan
dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris seterusnya diharapkan dapat mencapai matlamat dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang mana murid-murid prasekolah dapat bertutur
Bahasa Inggeris menggunakan ayat-ayat mudah.
2.1 Kajian Berdasarkan Teori, Model dan Kajian Literatur
KIT EBR (Emotion Body Response) tercipta berdasarkan beberapa teori, model dan kajian-
kajian lepas. KIT EBR (Emotion Body Response) dibentuk berdasarkan Pendekatan Pengajaran
Berasaskan Otak (Salmiza Saleh, 2008). Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak merupakan
strategi pengajaran yang diasaskan berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan otak yang
dibangunkan hasil daripada perkembangan kajian berkaitan otak. Ia didefinisikan sebagai teknik yang
lebih menghargai fungsi optimum otak berbanding dengan kaedah pengajaran biasa (Fazrin Fazil &
Salmiza Saleh, 2016).
Hasil daripada perkembangan kajian berkaitan otak, Caine dan Caine (1991), Sousa (1995)
dan Jensen (1998) telah memperkenalkan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan otak yang
dikelaskan kepada tiga elemen utama serasi otak iaitu keadaan tenang dan peka, orkestrasi pelbagai
pengalaman yang diperkaya dan pemprosesan aktif. Keadaan yang tenang dan peka merujuk kepada
iklim emosi iaitu otak perlu bersedia untuk pembelajaran yang optimum, emosi mempengaruhi
pembinaan paten oleh otak dan suasana pembelajaran yang positif merangsang fungsi otak.
Orkestrasi pengalaman yang diperkaya merujuk kepada pengajaran iaitu otak adalah unik dan
mampu memproses pelbagai perkara secara spontan dalam sesuatu masa, setiap otak secara
spontan dapat memahami dan mencipta bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan proses / peristiwa
yang dilaluinya (fungsi otak kiri dan fungsi otak kanan), pengalaman yang kompleks, aktif serta
melibatkan pergerakan merangsang perkembangan otak dan pembelajaran melibatkan keseluruhan
fisiologi manusia. Pemprosesan aktif pula merujuk kepada pengukuhan iaitu pembelajaran
melibatkan fokus perhatian serta persepsi sempadan / sisi pelajar (peripheral perception),
pembelajaran sentiasa melibatkan kedua-dua proses sedar dan tanpa sedar, pembelajaran sentiasa
melibatkan sekurang-kurangnya dua pendekatan memori iaitu menyimpan fakta, kemahiran serta
prosedur secara berasingan atau ‗making sense of experience‟, otak paling mudah memahami dan
mengingati fakta-fakta dan kemahiran-kemahiran yang telah sedia ada dalam ruang memori yang
semula jadi dan latihan (rehearsal) perlu untuk mengekalkan maklumat dalam otak.
Berikutan pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak, gaya pembelajaran murid juga boleh
mempengaruhi penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Model gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang yang menumpu,
memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar.Model gaya
pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestatik) (De Porter et.al, 2010) adalah belajar secara
langsung dengan cara melihat, mendengar dan bertindak. terdapat tiga gaya pembelajaran di dalam
Model gaya pembelajaran VAK iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya
pembelajaran kinestatik. (1) Dalam gaya pembelajaran visual, murid adalah lebih cenderung kepada
melihat sesuatu teks, warna, gambar, jadual, gambar rajah, carta sama ada di dalam buku, di papan
putih atau paparan komputer. Murid visual lebih mudah mengingati, memahami arahan dan
penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks. (2) Dalam gaya pembelajaran auditori, murid
adalah cenderung kepada belajar melalui mendengar seperti bunyi, muzik, nada, irama, suara,
arahan atau penerangan secara lisan. Murid auditori boleh mengingat penerangan melalui bacaan
kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutamanya apabila mempelajari sesuatu yang baru.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
296
(3) Dalam gaya pembelajaran kinestatik, murid adalah cenderung belajar dengan baik melalui
pengalaman dan mengambil bahagian secara praktikal dalam aktiviti pembelajaran seperti gerakan,
tanggapan emosi, tindakan fizikal dan emosi. Murid dapat mengingati sesuatu pembelajaran dengan
baik apabila mencuba terus aktiviti secara praktikal.
Oleh itu, KIT EBR (Emotion Body Response)dicipta berdasarkan fisiologi manusia iaitu
keunikan otak itu sendiri. Merujuk pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak, KIT EBR (Emotion Body
Response) mampu memastikan murid-murid prasekolah mengoptimumkan penggunaan otak mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kelas. Hal ini dapat mengatasi
masalah murid-murid Prasekolah SKDPBG yang tidak dapat mengingat dan memahami kosa kata
Bahasa Inggeris yang telah diajar oleh guru.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan KIT EBR(Emotion
Body Response) dalam mengatasi beberapa permasalahan yang wujud ketika pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris. Antaranya ialah;
i. KIT EBR(Emotion Body Response) dapat menambahkan penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris kanak-kanak.
ii. KIT EBR (Emotion Body Response)dapat membantu kanak-kanak memahami kosa
kata Bahasa Inggeris yang diperkenalkan guru.
iii. KIT EBR (Emotion Body Response)dapat membantu meningkatkan kemahiran
mendengar kanak-kanak dalam pemerolehan kosa kata baru.
iv. KIT EBR (Emotion Body Response)dapat membantu meningkatkan kemahiran
bertutur kanak-kanak dalam penggunaan ayat mudah.
v. KIT EBR (Emotion Body Response)dapat membantu meningkatkan keyakinan diri
kanak-kanak dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris.
vi. KIT EBR (Emotion Body Response)dapat memudahkan guru menjalankan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kelas dengan lebih menarik dan
sistematik.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid prasekolah SK. Dato‘ Panglima Bukit Gantang 2018.
Jadual 1.
Maklumat bilangan murid-murid Prasekolah SKDPBG
PERKARA 6 TAHUN 5 TAHUN JUMLAH
6 8 14
Lelaki 8 2 10
Perempuan 14 10 24
Jumlah
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Jadual 2
Langkah-langkah mengenal pasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
Langkah Cara Penilaian Kumpulan Tujuan
dan Masa Pemerhatian Sasaran
Mengenal pasti masalah atau kelemahan murid-murid sewaktu
Langkah 1 24 orang murid pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Apa yang saya
(Februari) prasekolah cuba lakukan ialah bertanya soalan rutin dalam turutan tidak
sama (jumble order) sewaktu sesi perbualan. Saya cuba mencari
isu permasalahan dalam kajian ini. Saya mendapati murid-murid
menjawab salah ikut jawapan yang biasa mereka jawab
berdasarkan susunan soalan yang saya berikan, ini menunjukkan
mereka tidak faham maksud soalan yang telah saya berikan.
Sebaliknya mereka hanya menghafal skrip jawapan bagi sesi
perbualan.
1. Good Morning
2. How are you today?
3. How do you feel today?
4. What did you have for you breakfast today?
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
297
Langkah 2 Senarai Semak 24 orang murid 5. What day is today?
(Februari) Penguasaan Kosa prasekolah
Jawapan murid juga biasa diulang begini;
Kata Bahasa 1. Good morning
Inggeris 2. I‟m fine, thank you.
3. I‟ m happy.
4. Bread and Milo
5. Today is…
Apabila saya melakukan ‗jumble order‘ bagi skrip perbualan pagi,
terus jawapan murid menjadi tidak betul.
Contoh:
1. Good Morning(guru)
Good Morning(murid-murid)
2. What day is today?(guru)
I‟m fine, thank you.(murid-murid)
Saya menjalankan penilaian secara individu ke atas 24 orang
murid prasekolah SKDPBG berdasarkan senarai semak yang
telah dibuat. Senarai semak tersebut bertujuan mengenal pasti
sama ada murid memahami maksud perkataan atau ayat mudah
yang guru sampaikan dalam Bahasa Inggeris.
Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 3
Masalah-masalah yang telah dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran
Langkah Cara Penilaian Kumpulan Masalah telah dikenal pasti
dan Masa Sasaran
Pemerhatian Saya menghadapi masalah untuk mengajar sepenuhnya dalam
Langkah 1 sewaktu 24 orang murid Bahasa Inggeris apabila murid kelihatan tiada tindak balas terhadap
(Februari) prasekolah pengajaran saya. Mereka sebenarnya tidak faham dengan apa yang
pengajaran dan saya perkatakan. Pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak
pembelajaran menarik kerana tiada interaksi dua hala. Guru juga perlu melakukan
Bahasa Inggeris ‗translation‘ bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris yang guru
sebutkan.
Di antara kelemahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
di kelas saya;
Murid jadi tidak begitu berminat untuk belajar Bahasa
Inggeris kerana mereka rasa susah bila mereka tidak
faham dengan maksud perkataan yang saya gunakan.
Ada murid yang asyik menguap kerana rasa bosan.
Pembelajaran tidak aktif kerana hanya saya sahaja yang
bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Pengajaran saya menjadi perlahan kerana perlu ‗translate‘
semua perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.
Apabila saya cuba mengajar dalam Bahasa Inggeris tanpa
menterjemahkan maksud perkataan tersebut murid-murid
sering tidak memberi tindak balas. Ini kerana mereka tidak
faham dengan perkataan-perkataan tersebut walaupun
perkataan tersebut agak mudah seperti stand up, sit down,
touch, point, jump, walk, turn, run, pick up, put down dan
sebagainya.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal didapati murid-murid prasekolah SKDPBG memang lemah dalam
Bahasa Inggeris kerana kurangnya penguasaan dan pemahaman kosa kata dalam Bahasa Inggeris.
Ini adalah kerana mereka kurang berminat pada subjek Bahasa Inggeris, kurang keyakinan diri,
keadaan persekitaran kurang mendapat dorongan daripada ibu bapa menyebabkan mereka seolah-
olah ‗katak di bawah tempurung‘. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk membuatkan murid-
murid saya berminat dengan subjek Bahasa Inggeris. Saya ingin murid-murid saya tahu bahawa
belajar Bahasa Inggeris adalah sangat menyeronokkan dan sangat mudah. Atas alasan ini saya telah
menghasilkan KIT EBR (Emotion Body Response) berdasarkan kajian mengenai otak kanak-kanak
dan gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak. KIT EBR (Emotion Body Response)
mengandungi beberapa aktiviti yang menyeronokkan yang melibatkan ‗movement‘ dan ‗emotion‘. Di
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
298
antaranya ialah EBR Song(bahannya hanya lirk lagu yang ditulis di atas manilakad), EBR Picture
Card (terdiri daripada kad-kad bergambar yang di cetak di atas kad), EBR Mat(dibentuk dengan
menjahit tikar mengkuang dan tikar getah yang bersaiz (2 meter x 1.5 meter) yang mana disediakan
pita pelekat bagi membolehkan kad-kad gambar ditampal), EBR Storytelling(gambar-gambar ―action‖
menerusi buku cerita) dan EBR Fun Activity (permainan dan lembaran kerja). EBR Song merupakan
lagu yang berunsurkan kepada ―action word‖ seperti walking, hop, tip toe, run dan sebagainya. Cara
pelaksanaannya adalah guru memperkenalkan kosa kata dalam lirik lagu sambil membuat ―action‖.
Contohnya, ‗walking‟ guru membuat gaya berjalan, ‗running‟ guru membuat gaya berlari, ‗stop‟ guru
berhenti, ‗tip toe‟ guru jengket-jengket, ‗jump‟ guru melompat seperti kangaroo, ‗swimming‟ guru
membuat gaya berenang, ‗sleep‟ gurumembuat gaya tidur dan ‗wake up‟ gaya bangun dari tidur.
Kemudian guru menyanyi lagu sambil membuat gerakan dan murid-murid mengikut guru berpusing
dalam bentuk bulatan dan apabila murid-murid telah tahu menyanyikan lagu tersebut, mereka
menyanyi sendiri lagu tersebut tanpa bantuan guru.
EBR Picture Card merupakan kad-kad bergambar yang guru akan perkenalkan kepada murid-
murid dengan melakukan ―action‖. Guru tidak perlu menterjemahkan maksud kad gambar kepada
Bahasa Melayu. EBR Mat merupakan aktiviti yang menggunakan kad-kad bergambar dari EBR
Picture Card, cuma aktiviti akan dijalankan di atas hamparan tikar. Di atas tikar terdapat petak khas
yang disediakan pita pelekat bagi memudahkan kad-kad gambar di tampal di atas tikar. Guru akan
meminta murid-murid melakukan ―action‖ yang mudah seperti touch the pencil picture, walk to the
ruler picture, jump to the sharpener picture, point to the book picture dan sebagainya.
Dalam EBR Storytelling, guru memperkenalkan beberapa perkataan dan ―action‖ yang terdapat
dalam buku cerita dan murid-murid perlu imitasi apa yang guru lakukan. EBR Fun Activity pula
merupakan aktiviti-aktiviti pengukuhan bagi menilai penguasaan murid-murid setelah mengikuti setiap
aktiviti EBR. Aktivitinya seperti permainan, menyusun kad gambar, mewarna gambar, menyalin
perkataan dan sebagainya.
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
Jadual 4
Penilaian dan refleksi sepanjang pengajaran dan pembelajaran
Minggu Pelaksanaan Penilaian Berdasarkan Pemerhatian Refleksi
(Mac hingga Julai)
Murid dapat mengenal pergerakan- Murid kelihatan seronok apabila belajar
Minggu 1 menerusi nyanyian dan ada pergerakan. Pada
EBR Song pergerakan tertentu seperti walk, run, mulanya, guru memperkenalkan perkataan dan
EBR Fun Activity
(3 slot 45 minit) jump, hop dan sebagainya. pergerakan bagi perkataan tersebut. Murid-
murid hanya membuat ―action‖ tanpa
Minggu 2 Bagi aktiviti pengukuhan, guru bersoal
EBR Picture Card menyanyikan lagi lagu. Guru menyanyikan lagu
EBR Fun Activity jawab dengan murid-murid dan murid-
(3 slot 45 minit) murid perlu melakukan ―action‖ yang dan murid membuat pergerakan.
betul. Murid lebih mudah mengingat perkataan baru
yang diajar oleh guru dengan menggunakan
Murid dapat mengenal beberapa
perkataan dan ―action‖. kad-kad gambar yang disertakan dengan
―action‖ oleh guru.
Murid seronok apabila guru melakukan
aktiviti-aktiviti permainan yang
berunsurkan kepada ―action word‖.
Minggu 3 Murid mula memahami ayat mudah Murid lebih memahami perkataan atau kosa
EBR Mat dalam EBR Mat. Ini kerana ayat mudah kata yang diperkenalkan oleh guru kerana guru
EBR Fun Activity tersebut adalah berdasarkan kepada menjadikan perkataan tersebut sebagai ayat
(3 slot 45 minit) pelajaran yang telah dipelajari dalam mudah. Murid juga memahami maksud
EBR Song dan EBR Picture Card. Bagi perkataan dengan lebih mendalam kerana
Minggu 4 murid yang cepat menguasai, mereka penggunaan perkataan dijadikan ayat mudah.
EBR Storytelling dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris
EBR Fun Activity menggunakan ayat mudah tersebut. Murid lebih mudah memahami jalan cerita
(3 slot 45 minit) kerana guru memperkenalkan perkataan dan
Minggu 5 Murid mengenal perkataan berdasarkan ―action‖.
EBR Song ―action‖ dalam cerita. Secara langsung
EBR Picture Card murid-murid dapat memahami jalan Proses pengulangan (repetition) bagi
EBR Mat cerita yang ingin disampaikan oleh guru. perkataan-perkataan yang telah diajar berlaku.
EBR Fun Activity Pada peringkat ini guru lebih menitik beratkan
(3 slot 60 minit) Murid sudah memahami ayat mudah. kemahiran produktif iaitu kemahiran bertutur.
Bagi murid yang cepat menguasai, Murid-murid diminta bertutur secara spontan
mereka dapat bertutur dalam Bahasa bagi perkataan atau ayat mudah yang mereka
Inggeris menggunakan ayat mudah ketahui.
tersebut.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
299
Minggu 6 Murid sudah memahami ayat mudah. Murid-murid diminta bertutur secara spontan
EBR Song Bagi murid yang cepat menguasai, bagi perkataan atau ayat mudah yang telah
EBR Picture Card mereka dapat bertutur dalam Bahasa mereka pelajari dari minggu 1 hingga minggu 6.
EBR Mat Inggeris menggunakan ayat mudah
EBR Fun Activity tersebut.
(3 slot 60 minit)
Minggu 7 Murid telah mengetahui ayat-ayat Murid dapat memahami jalan cerita dengan
EBR Storrytelling mudah dalam cerita dan boleh mengajuk mudah. Apa yang paling penting ialah murid
EBR Fun Activity ayat-ayat tersebut. dapat mengingat jalan cerita mengikut turutan
(3 slot 60 minit) yang betul.
Murid mengetahui keseluruhan cerita.
Minggu 8 Murid yang telah memahami dan mengingati
EBR Storrytelling Ada beberapa orang murid dapat jalan cerita diminta untuk bercerita cerita
EBR Fun Activity tersebut kepada kawan-kawan.
(3 slot 60 minit) menceritakan semula cerita tersebut
kepada kawan-kawan dengan
bimbingan guru.
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan penguasaan dan
pemahaman kosa kata Bahasa Inggeris bagi murid-murid berumur 6 tahun dan 5 tahun. Boleh
dikatakan hampir semua murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan dan pemahaman kosa
kata Bahasa Inggeris. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan KIT EBR banyak membantu
murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di
samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.
Jadual 5.
Dapatan penilaian menerusi Borang Senarai Semak Kosa Kata Bahasa Inggeris
Target Bahasa Sebelum guna Selepas guna Sebelum guna Selepas guna
KIT EBR KIT EBR KIT EBR KIT EBR
Walk (6 tahun) (6 tahun) (5 tahun) (5 tahun)
Hop Februari Jun Mac Julai
Running Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Tip Toe 28.5% 100% 20% 70%
Jump 7.1% 92.9% 10% 50%
Swimming 14.3% 92.9% 20% 70%
Sleep 7.1% 92.9% 10% 50%
Point to the window 28.5% 92.9% 40% 70%
Point to the door 14.3% 92.9% 20% 40%
Point to the kitchen 21.4% 92.9% 10% 60%
Point to the television 21.4% 71.4% 10% 50%
Point to the computer 21.4% 71.4% 10% 50%
Touch the eraser 7.1% 64.3% 10% 40%
Touch the paper 28.5% 64.3% 10% 70%
Touch your nose 28.5% 64.3% 10% 70%
Touch your mouth 28.5% 78.6% 10% 60%
Touch your ear 14.3% 78.6% 10% 50%
Pick up the eraser 28.5% 85.7% 10% 70%
Pick up the ruler 28.5% 85.7% 10% 70%
Pick up the sharpener 28.5% 85.7% 10% 70%
Put down the eraser 21.4% 85.7% 10% 40%
Put down the sharpener 28.5% 85.7% 10% 40%
Put down the ruler 21.4% 85.7% 10% 40%
Pick up the ruler, put down the ruler 21.4% 85.7% 10% 40%
Pick up the sharpener, put down the sharpener 21.4% 85.7% 10% 40%
Pick up the paper and the pencil 28.5% 85.7% 10% 40%
Put down the paper only 14.3% 71.4% TD TD
Now put down the pencil 14.3% 71.4% TD TD
Pick up the pencil and book 14.3% 71.4% TD TD
Put down the book but do not put down the 14.3% 85.7% TD TD
pencil 14.3% 85.7% TD TD
Open the book 14.3% 71.4% TD TD
Close the book 14.3% 71.4% TD TD
Fly like a bird
Jump like a frog 35.8% 100% 40% 80%
Hop like a rabbit 35.8% 100% 40% 80%
21.4% 100% 10% 70%
28.5% 100% 10% 70%
14.3% 100% 10% 50%
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
300
Swim like a fish 28.5% 100% 10% 60%
50%
Run like a horse 21.4% 92.9% 10% 70%
50%
Make a happy face 28.5% 100% 10% 50%
40%
Make a sad face 7.1% 85.7% 10% 60%
60%
Make an angry face 7.1% 85.7% 10% 70%
70%
Make a shocked face 7.1% 78.6% 10% 60%
50%
Hug your teddy 7.1% 78.6% 10% TD
TD
Fly your plane 7.1% 78.6% 10% TD
TD
Kick the ball 21.4% 92.9% 10%
TD
Catch the ball 21.4% 100% 10%
Drive your car 14.3% 85.7% 10%
Kiss your doll 14.3% 78.6% 10%
Clap your hang if you got school bag picture 14.3% 57.1% TD
Turn around if you got eraser picture 14.3% 57.1% TD
Jump if you got television picture 14.3% 50% TD
Maryam stand up. Walk to the table. Pick up the 7.1% 42.9% TD
pencil and paper. Walk to the window and put
the pencil on the floor. Put the paper on your
chair.
Ali stand up. Pick up the pencils from Faez chair 7.1% 42.9% TD
and put the pencil on the table.
Petunjuk : TD – Tidak Dinilai
(Bagi murid berumur 5 tahun penilaian adalah berdasarkan tahap perkembangan murid-murid tersebut)
5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan
Secara keseluruhan banyak perubahan-perubahan yang dilalui oleh murid-murid dan saya
sendiri.
i. Murid sentiasa tidak sabar untuk belajar Bahasa Inggeris.
ii. Murid berkeyakinan untuk menggunakan perkataan dalam Bahasa Inggeris di dalam kelas.
iii. Murid menumpukan sepenuh perhatian sewaktu mengikuti aktiviti KIT EBR (Emotion Body
Response)
iv. Murid sangat berminat dengan cerita Bahasa Inggeris dalam EBR Storytelling dan cuba
bercerita kepada kawan-kawan.
v. Guru tidak lagi bergantung pada Buku Kerja Bahasa Inggeris tetapi sebaliknya hanya
menggunakan bahan-bahan dalam KIT EBR (Emotion Body Response).
vi. Guru lebih bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris
kerana bahan bantu mengajar, skrip mengajar dan kaedah mengajar telah disediakan.
5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa pengajaran
dan pembelajaran. Selepas kajian saya dapat melihat perubahan besar pada diri saya dan murid-
murid prasekolah saya, di antaranya ialah;
i. Perubahan sikap murid dan saya sendiri
Perubahan sikap dapat dilihat di mana sebelum ini amat susah untuk menarik minat
murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris. Mereka kelihatan lebih bersemangat,
berkeyakinan dan lebih aktif apabila mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam
Bahasa Inggeris apabila guru menggunakan KIT EBR (Emotion Body Response).
ii. Perubahan pada gaya pengajaran guru
Saya menjadi seorang yang lebih kreatif kerana sering memikirkan idea-idea baru untuk
menambahkan bahan-bahan dalam KIT EBR (Emotion Body Response). Kalau dahulu
saya sering menggunakan kaedah menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Melayu, kini saya tidak perlu melakukannya lagi. Ini amat memudahkan saya
untuk mengajar Bahasa Inggeris kerana saya hanya perlu membuat aktiviti berdasarkan
bahan inovasi yang telah dicipta.
iii. Perubahan pada gaya pembelajaran murid-murid
Saya tidak menyangka yang murid-murid saya dapat menguasai dan memahami banyak
kosa kata Bahasa Inggeris setelah 4 bulan menggunakan KIT EBR (Emotion Body
Response) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Perubahan bukan
hanya kepada murid berumur 6 tahun malah kepada murid-murid berumur 5 tahun juga.
iv. Perubahan pada sikap ibu bapa
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
301
Saya berasa bangga bila ada ibu bapa yang mengikuti perkembangan dan dapat
mengesan ada perubahan pada anak-anak mereka. Mereka mengatakan yang anak-
anak mereka kadang kala ada menggunakan Bahasa Inggeris di rumah dengan yakin.
6.0 CADANGAN KAJIAN
Hasil dari kajian tindakan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya
ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan. KIT EBR (Emotion Body Response) amat sesuai dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar dan dikongsi dengan guru-guru lain. Ini bertepatan dengan Komuniti
Pembelajaran Profesional iaitu menggalakkan guru-guru untuk bekerja secara kolaboratif khususnya
untuk meningkatkan prestasi murid-murid prasekolah dalam meningkatkan penguasaan dan
pemahaman kosa kata Bahasa Inggeris.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur
: BPPPDP, KPM.
Bandura, A. (1997). Self-Efficacy : The exercise of control. New York : Freeman.
Caine, R.N., & Caine, G. (1991). Making connections : Teaching and the human brain. Alexendria, VA
: Association For Supervision and Curriculum Development.
Fazrin Fazil & Salmiza Saleh (2016). Keberkesanan pendekatan pengajaran berasaskan otak dalam
meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan empat terhadap pembelajaran konsep dan
mekanisme fotosintesis.Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol, 31, 69-83.
Jensen, E. (1996). Brain-based learning. Del Mar, CA : Turning Point Publishing.
Kemmis, S. & Wilkinson, M. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia : Deakin
University Press.
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2015). Efikasi Kendiri Guru dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Akademik Di Sekolah.Prosiding Seminar Kebangsaan Pascasiswazah
Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2015). Pembinaan Modul Efikasi Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Inggeris Prasekolah Dalam Meningkatkan Tahap Efikasi Guru dan
Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan IPG Kampus Zon Utara 2015. Pulau
Pinang : Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun.
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2017). Pembangunan Modul Peningkatan Efikasi
Mengajar Bahasa Inggeris Guru Prasekolah (MEP-BI) : Kajian Rintis.Prosiding Seminar
Pascasiswazah Kebangsaan 2017. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2017). Analisis Keperluan : Pembangunan Modul
Efikasi Pengajaran Bahasa Inggeris Guru Prasekolah. Proceedings National Conference on
Education Social Science, Engineering and Technology (NCESET 2017). Kedah : Association
of Malaysian Researchers & Social Services (AMRASS).
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik
Efikasi Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Prosiding Seminar
Wacana Pendidikan 2017 (SWAPEN). Kedah : Institut Pengurusan dan Integriti.
Salmiza Saleh. (2008). Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul pendekatan pengajaran
berasaskan otak konteks pengajaran fizik tingkatan empat. Tesis PhD, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sousa, D. (1995). How the brain learns. A classroom teacher‟s guide.Reston, VA : National
Association of Secondary School Principals.
Wiersma, W., (2000). PResearch methods in education. Needhams Height, MA : A. Pearson.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
302
Keberkesanan Penggunaan Petak Gega Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Di Sekolah Murid Orang Asli
1Khairulamri Sulaiman, 2Yusnita Muniar, 3Ma Noralasikin Abdul Manaf
1,2,3Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
[email protected]; [email protected]; 3qiyatul.yahoo.com
Abstrak
Ramai murid di sekolah murid orang asli menghadapi masalah dalam tajuk
darab dan bahagi dalammata pelajaran Matematik. Masalah ini wujud
disebabkan murid-murid bermasalah untuk menghafal fakta asas atas faktor
daya ingatan yang lemah dan ingatan jangka pendek dalam kalangan murid-
murid di sekolah orang asli.Maka, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk
membantu meningkatkan penguasaan fakta asas darab dalamkalangan
murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 di Sekolah Murid-murid Orang Asli.
Seramai 30 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5,dan 2 orang guru dari salah
sebuah sekolah murid orang asli di Sg. Siput (U) terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini memberi tumpuan kepada pengunaan Petak GeGa bagi membantu
murid menguasai fakta asas darab. Tinjauan awal telah dilakukan melalui
temu bual, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-
murid tidak menguasai fakta asas darab. Kesukaran mengingati fakta asas
menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan-soalan yang memerlukan
murid menguasai fakta asas darab tersebut. Suatu perancangan tindakan
dibuat bagi meningkatkan penguasaaan fakta asas darab ini. Sesi bimbingan
dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran selama 4minggu iaitu
setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 5 minit bagi setiap sesi. Dapatan
menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan fakta asas darab dalam
kalangan murid-murid di sekolah murid orang asli selepas menggunakan
Petak GeGa.
PENDAHULUAN
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang amat penting dalam kurikulum
pendidikan di Malaysia. Oleh itu adalah penting untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah
menguasai kemahiran asas yang terdapat dalam mata pelajaran ini. Kegagalan dalam menguasai
kemahiran asas dan konsep matematik ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif
kepadapembelajaran murid-murid pada peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha untuk mencapai
status negara maju pada tahun 2020, terdapat beberapa perubahan dasar telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia untuk
memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Perubahan dasar tersebut turut melibatkan mata
pelajaran Matematik. Ini adalah kerana Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang amat
penting dan ianya juga merupakan mata pelajaran kritikal bukan sahaja di sekolah rendah tetapi di
sekolah menengah juga.
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran matematik adalah
untuk membina kefahaman murid terhadap konsep nombor, kemahiran asas pengiraan, memahami
idea matematik yang mudah dan mampu mengaplikasikan pengetahuan matematik secara berkesan
dan bertanggungjawab dalam kehidupan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Murid-
murid sekolah rendah sering menghadapi masalah dalam penguasaan fakta asas darab. Ini
menyebabkan murid-murid berhadapan dengan masalah apabila perlu membuat pengiraan dan
penyelesaian masalah yang melibatkan operasi asas darab (Morrison, 2007). Masalah penguasaan
fakta asas darab menyebabkan kebanyakan murid mula hilang minat terhadap matematik apabila
mereka gagal menyelesaikan soalan-soalan yang memerlukan mereka menguasai fakta asas darab.
Masalah ini berlaku kerana murid kurang berminat untuk menghafal sifir. Guru perlu memotivasikan
murid-murid untuk minat mempelajari matematik dengan cara memperkenalkan teknik baru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah (Tengku Sarina, 2006).
FOKUS KAJIAN
Bagi murid-murid di sekolah orang asli, operasi darab adalah kemahiran yang agak sukar dikuasai
kerana tahap keupayaan menghafal dan mengingat mereka sangat lemah. Walaupun fakta asas
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
303
darab telah diperkenalkan kepada murid mulai Tahun 2, namun apabila murid melangkah ke Tahap
2, mereka masih lagi tidak menguasai operasi darab sepenuhnya. Masalah ini telah dikenal pasti oleh
pengkaji apabila murid diminta untuk menjawab soalan yang berkaitan fakta asas darab. Selalunya,
murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahubagaimana menyelesaikan soalan
yang melibatkan operasi darab kerana mereka tidak menguasai fakta asas darab. Menurut Cooper
(1994), sesetengah murid mendapati pola nombor adalah berguna dalam mempelajari pendaraban.
Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada penggunaan Petak GeGa (Petak Genap Petak Ganjil)dalam
membantu murid untuk menguasai fakta asas darab bagi sifir 2 sehingga sifir 9.
Petak GeGa adalah grid yang mengandungi pola nombor tertentu untuk tujuan pembinaan
fakta asas darab. Petak GeGa tersebut terdiri daripada sembilan petak bagi fakta asas darab nombor
ganjil dan sembilan petak bagi fakta asas darab nombor genap . Dalampetak-petak berkenaan,
nombor-nombor tertentu disusun bagi tujuan pembinaan fakta asas darab. Pembinaan fakta asas
darab menggunakan Petak GeGa adalah melalui aplikasi pola nombor bagi memudahkan pembinaan
fakta asas darab kerana ia melibatkan susunan nombor yangmembentuk pola nombor yang tertentu.
Berikut merupakan Petak GeGa bagi fakta asas nombor-nombor genap dan Petak GeGa bagi fakta
asas nombor-nombor ganjil.
Rajah 1: Petak Fakta Asas Nombor Ganjil
Rajah 2: Petak Fakta Asas Nombor Genap
Boaler (2015) yang menjalankan kajian di United Kingdom telah meneroka penggunaan
pelbagai kaedah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas matematik. Hasil kajian beliau
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
304
menunjukkan melalui pelbagai kaedah yang digunakan, proses pembelajaran tersebut menjadi lebih
bermakna. Di samping mempelajari fakta asas matematik, pembelajaran menjadi lebih bermakna
berbanding dengan teknik hafalan semata-mata
Justeru, penguasaan fakta asas darab menggunakan petak GeGa merupakan salah satu
daripada pelbagai teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dan memberi impak positif ke atas
pencapaian murid-murid di sekolah murid orang asli.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Petak GeGa dalam peguasaan fakta
asas di sekolah murid orang asli.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:
a) Adakah pengaplikasian Petak Gega mendatangkan kesan positif terhadap penguasaan fakta
asas darab bagi sifir 2 hingga sifir 9 bagi murid-murid di sekolah murid-murid orang asli?
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tindakan. Kajian tindakan adalah satu kajian yang
dijalankan oleh penyelidik bagi memperbaiki kualiti suatu amalan yang dijalankan terhadap situasi
sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri (Somekh, 1989).
Populasi Dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini pengkaji telah memilih seramai 30 orang peserta kajian yang terdiri daripada
murid-murid Tahun 4 dan tahun 5 yang belum menguasai sifir di salah sebuah sekolah murid orang
asli di Sungai Siput(U).
Kaedah Pengumpulan Data Melalui Ujian Pra Dan Pos.
Ujian pra dan ujian pos yang digunakan dalam kajian ini dilaksanakan secara formatif untuk
menilai keberkesanan penggunaan Petak GeGa dalam penguasaan fakta asas darab terhadap
peserta kajian. Ujian pra digunakan untuk merekodkan penguasaan murid sebelum penggunaan
Petak GeGa manakala ujian pos pula dijalankan untuk mendapatkan maklumat penguasaan murid
selepas penggunaan Petak GeGa dilaksanakan. Sekiranya ujian pos menunjukkan peningkatan yang
signifikan berbanding ujian pra, maka penggunaan Petak GeGa memberikan impak positif terhadap
kajian ini. Kedua-dua set soalan ujian pra dan pos adalah sama untuk membolehkan perbandingan
dibuat. Suasana bagi kedua-dua ujian ini juga tidak jauh berbeza. Ujian pra dan ujian pos
memberikan maklumat dalam bentuk skor markah. Analisis skor markah ini akan memberikan
peratus pencapaian peserta kajian dalam penguasaan fakta asas darab. Justeru, keputusan yang
diperoleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian para peserta kajian.
Instrumen Kajian
Untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan fakta asas darab para peserta kajian
ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pos. Satu set soalan fakta asas darab yang
mempunyai 20 soalan ditadbir kepada peserta kajian. Tempoh masa untuk menjawab soalan adalah
20 minit. Bentuk instrumen yang sama digunakan dalam ujian pos dengan soalan yang setara dan
masa juga adalah 20 minit. Ujian yang dilaksanakan memberikan data dalam bentuk skor markah.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Analisis ujian pra dapat memberi gambaran awal penguasaan murid dalam fakta asas sifir
darab. Markah berikut ialah pencapaian ujian pra yang diperolehi:
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
305
Jadual 1 PENCAPAIAN MURID
Keputusan Ujian Pra BIL %
5 16.7
MARKAH 6 20.0
19 63.3
20 30 100.0
11 – 19
0 – 10
JUMLAH
Dapatan dari Jadual 1 menunjukkan 16.7% iaitu 5 daripada 30 responden boleh menjawab
dengan tepat semua fakta asas darab yang dikemukakan dalam ujian pra. Seramai 6 orang atau
20.0% daripada jumlah responden boleh menjawab dengan tepat sebanyak 11 hingga 19 fakta asas
sifir darab. Keputusan ujian pra ini menunjukkan seramai 19 orang daripada 30 orang murid atau
63.3% mendapat markah 0 hingga 10 markah sahaja . Ini bermakna ada di antara murid ini(3 orang)
yang langsung tidak boleh menjawab soalan fakta asas sifir darab yang dikemukakan atau hanya
boleh menjawab diantara satu hingga sepuluh fakta asas sifir darab yang dikemukakan.
Jadual 2
Keputusan Ujian Pos
MARKAH PENCAPAIAN MURID
BIL %
20 18 60.0
11 – 19 5 16.7
0 – 10 7 23.3
JUMLAH 30 100.0
Jadual 2 merupakan hasil dapatan keputusan ujian pos yang menunjukkan 60.0% iaitu 18
daripada 30 responden boleh menjawab dengan tepat semua fakta asas darab yang dikemukakan
dalam ujian pos. Seramai 5 orang atau 16.7% daripada jumlah responden boleh menjawab dengan
tepat sebanyak 11 hingga 19 fakta asas sifir darab. Keputusan ujian pos ini menunjukkan seramai 7
orang daripada 30 orang murid atau 23.3% mendapat markah 0 hingga 10 markah sahaja . Murid ini
hanya boleh menjawab di antara satu hingga sepuluh daripada dua puluh fakta asas sifir darab yang
dikemukakan.
REFLEKSI KAJIAN
Petak GeGa digunakan adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang
mahir dalam penguasaan fakta asas sifir darab.
Dapatan kajian menunjukkan bilangan responden yang berjaya mendapat markah penuh (20
markah) telah meningkat dari 16.7% kepada 60.0% setelah menggunakan Petak Gega. Jika semasa
Ujian Pra hanya 5 orang murid yang mendapat 20 markah tetapi setelah dibuat rawatan dan
menjalani Ujian Pos ,seramai 18 orang murid telah mendapat 20 markah. Peratus murid yang
mendapat markah diantara 11 hingga 19 markah juga telah berkurang daripada 20.0% menjadi
16.7% selepas menggunakan Petak GeGa. Bilangan responden yang mendapat markah kurang
daripada 10 juga berkurang sebanyak 40.0%. Selepas menggunakan Petak GeGa tiada lagi murid
yang langsung tidak boleh menjawab fakta asas sifir darab berbanding semasa ujian pra, terdapat 3
orang yang mendapat 0 markah. Peningkatan ini menunjukkan keberkesanan penggunaan Petak
GeGa. Penggunaan Petak GeGa dapat meningkatkan keyakinan responden semasa menjawab
soalan.
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya dicadangkan penglibatan guru dan murid yang lebih ramai.Dalam konteks
sebagai seorang pendidik, peranan dan tanggungjawab mendedahkan kepada murid-murid yang
berkaitan kepelbagaian teknik dan pendekatan dalam pengajaran adalah penting (Albert, 2015).
Maka, dengan penggunaan Petak Gega dalam penguasaan fakta asas sifir darab, ia dapat
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
306
memperbaiki amalan pedagogi guru dari aspek kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid-
murid. Menurut Max (2014), gaya pembelajaran murid adalah berbeza. Mereka memerlukan cara
alternatif yang sesuai dengan kefahaman sendiri. Penyelidik memperkenalkan Petak GeGa sebagai
salah satu kaedah untuk membantu murid dalam menguasai fakta asas sifir darab.
Pembinaan Kit Petak GeGa sebelum memulakan kajian yang seterusnya pasti akan dapat
menarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran dalam topik darab dan memudahkan guru
untuk memudahkan pemahaman dalam pendaraban yang melibatkan penyelesaian masalah.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyuntik kesedaran dalam kalangan guru-guru
matematik tentang kepentingan penggunaan pendekatan atau kaedah pengajaran yang pelbagai
dalam mengajar kemahiran matematik. Dengan menyedari kepentingan ini, guru-guru akan dapat
merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk meningkatkan kemahiran
penyelesaian masalah matematik dalam kalangan murid.
RUJUKAN
Albert, L. R. (2015). Mathematics Teaching and Learning. Springer Education.
Max, B. (2014). Learning Multiple Methods foa Any Mathematical Operation: Algorthms. McGraw-
Hill Education
Boaler, J. (2015). Fluency without fear: research evidence on the best ways to learn math facts.
Retrieved from https://www.youcubed.org/fluency-without-fear
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tahun 5:Matematik
Morrison, V.F. (2007). ―You have to find a way to glue it in your brain‖: children‘s views on learning
multiplication facts. Thesis Sarjana. University of Canterbury.
Steele, M.L. (2013). Developing automaticity with multiplication facts in a fourth grade classroom.
Retrieved from http://www.eiu.edu/researchinaction/pdf/Marsha_Steele_Paper.pdf
Zainudin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Mat Jalil. (2007). Kaedah Petak Sifir : Kajian Perbandingan
Matematik Tahun 4 dalam Penguasaan Fakta Asas Darab. Jurnal Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. 12: 91-98
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
307
MyBioRobotics Kit : Introducing A Low-Cost, Early Engineering Concept
Among Malaysian Native Pupils Using Robotics
1Mohamad Termizi Borhan, 2Azneezal Ar-Rashid
1Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia,
2Clifford School Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
[email protected]
[email protected]
Abstract
This paper presents an innovative project called MyBioRobotics KITto
introducing early engineering concept using robotics. Biomechanics are the
core concepts that the project aims to deliver and robotic serve as a tool of
teaching and learning delivery methods. Introducing pupils to cross-discipline
science activities, as devoted in MyBioRobotics KIT project addresses the
declining trend in our nation‟s science, engineer, mathematics and technology
workforce.The robotics activities are tailored mainly toward hands-on, minds-
on activities and highly manipulative to optimize pupils ability in designing
articulated robotic hands to demonstrate biomechanics concept acquisition.
The key is not simply to test for understanding but to examine the science,
technology, engineering, and mathematics (STEM) thinking of each
participating pupil. The target group of this project is native pupils (Semai
tribe) in the age of 7 until 12-year and the school is located in a remote,
northern Malaysia peninsular.
Keywords: biomechanics; articulated hands; robotics; Malaysian native pupils
Type of contribution: Best practice paper
INTRODUCTION
This article reports on a project called MyBioRobotics KIT to introduce primary-level native pupils to
engineering concepts of biomechanics using robotics. In introducing engineering concept via robotics,
the literature suggest several manipulative materials such as Lego Block, Lego Mindstorm
programmable brick (Martin et al, 2000) and ROBOLAB programming language (Portsmore, 1999).
Native pupils are required to design an articulated hand—from ordinary drinking straws and some
other basic, cheap and easily available materials. The researchers would like to demonstrate that
introducing robotics in a program doesn't necessarily require expensive hi-tech equipment.
MyBioRobotics KIT project uses low cost, everyday item to deliver engineering concept related to
biomechanics. The project invites students to venture into hands-on, minds-on engineering design
process. Robotics is not necessary came in the form of metal-bodied of square- or barrel-shaped
walking trash can. This project isn't mechanized or electronic, and there are no fancy or expensive
materials required. Instead, MyBioRobotics KIT project guides students in using the anatomy of the
human hand, human feet, birds wing and earthworms. However, for the purpose of this paper, it will
be only the robotic hands that will explain further as a starting point for building those structure and
function using ordinary drinking straws.
MyBioRobotics KIT are revolves around engineering design process whereby they need to first
determine what kind of robotic hand they want to make and why. What will be the tasks the hand will
do? In performing those tasks, what is needed? Answering these questions will help pupils develop a
blueprint for the project that will help guide them through development, testing, and refining the
robotic model they make. In a robotic hand with multiple joints, the string-based tendons allow
bending and refined articulation and movement. This kind of precision and attention to detail—
specifically to detail that supports the ultimate goal and function of the robotic part—is key in working
on robotics projects. Once pupil created a "hand," they can experiment with many task articulated
hands can do, for example pinching, grasping, lifting, and other movements in which multiple fingers
work together.
WHAT IS MYBIOROBOTICS KIT?
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
308
MyBioRobotics KIT is a community-based, local university community program aimed at enhancing
Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) among native (aborigine) primary school
pupils. MyBioRobotics KIT hails from National Blue Ocean Strategy (NBOS), to share expertise and
exchange experience between university (university students) and community (native pupils).
MyBioRobotics KIT is an initiative to innovate the delivery of STEM contents in a way that one fun,
exciting, and gamified. The content and focus up MyBioRobotics KIT program is across discipline and
goes beyond school curriculums. Pupils are exposed to activity enriched with the integration of
Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). The university student acts as
facilitators to facilitate native pupils, constructing their articulated robotic hands, encouraging creative
and critical thinking skills and inculcate innovative engineering design process. Every two or three
native pupils are assigned to a facilitator during the project period of two days.
Human Hand Anatomy
The human hand has five fingers, each with multiple bones and joints. The three bones in each
finger and two bones in each thumb are called phalanges. The phalanges connect to the metacarpals
which are the five bones in the palm of the hand. Joints are controlled by muscles and tendons—the
muscles pull on the tendons, which pull on the joints and make them bend. The human hand has so
many different joints, which makes it very flexible and versatile and easily adaptable to a wide variety
of different tasks.However, fingers are special because there are no muscles in the fingers. Instead,
the muscles that control fingers are located in the palm and forearm. The muscles move the tendons
of the fingers, and it‘s the tendons that make fingers move. The tendons slide through a tendon
sheath, which is connected to finger bones.
SYLLABUS CONTENT RELATED TO EARLY ENGINEERING CONCEPT
In the Malaysia Primary School Curriculum Standards, the early engineering concept, is started to
introduce since Standard 1 (7 years old) in Basic Construction concept. Basic shape such as triangle,
square, pyramid, sphere, cuboid, cylinder, prism and cone serve as stimulus for pupils to develop
construction model including robot based on paper, pencil and playdoh. During Standard 2 (8 years
old), early engineering concept is spelled-out in called Unit 10Technology whereby pupil is provided
with Lego-like construction kit to develop scalable model such as helicopter, ship, crane, tree and
yatch. In one of the activities, pupils playing their role as Little Engineer that encourage them to create
their own unique model. In Standard 3 (9 years old) and Standard 4 (10 years old), the curriculum
content is focusing on application of engineering principle in daily life, for example simple machine
(lever, pulley, wheel and axle, incline plane, and wedge). In Standard 5 (11 years old), the
engineering concept is enhanced through structure sturdiness and stability. Pupil is expected to
explore sturdy and strength of an object. In Standard 6 (12 years old), simple machine concept
learned during Standard 3 and Standard 4 are extended using complex machine concept. Pupils will
complete a simple engineering design project that converge simple and complex machine concept,
use of sustainable resources in engineering design and STEM concept.
IMPLEMENTION OFMYBIOROBOTICS KIT
The project was design around biomechanics concept whereby the pupils are required to develop and
construct robotic functional human hands (palm and fingers). In constructing robotic hands, there are
only 3 basic items provided to them which are drinking straw, thread or yarn and cello fan tape. Since
the school is located at the remote area, the science teaching and learning facility (e.g. models,
laboratory apparatus, figures, charts and etc.) is minimal, broken or poorly maintained. Those three
basic items are easily available and we would like to prove that despite the basic items, the pupils
should not be left behind and they have all the rights to learn about science and mathematics. Since
this is an engineering design process activity, there is no specific formula to follow in building the
hand. Designs can be very different, and there is no "right" or "wrong" way to make it. Some designs
might be better at performing different functions. MyBioRobotics KIT project provides pupils with
general instruction on how to develop a robotic articulated hands as following:
a) Use scissors to carefully cut a small triangular notch in the middle of a drinking straw. Make
sure not cut the whole way through the straw. This notch is the "joint" of the finger.
b) Tie one end of the string through the eye of the needle and carefully puncture the straw with
the needle, just above the notch. The puncture should be on the same side of the cut out
notch, not on the back side.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
309
c) Push the needle all the way into the straw past the notch and thread it out the bottom of the
straw. Hold the straw vertically and shake it, to let the needle fall down.
d) Keep pulling the needle through until about 15 centimeters of string comes out the bottom of
the straw. This string will act like a "tendon" that helps the finger bend.
e) Cut the other end of the string, leaving enough extra length to tie off a knot. Please ensure the
knot is large enough that it cannot be pulled through the hole punctured. Cut off the string
from the eye of the needle. Tie the bottom end of the string to a paper clip.
f) Hold the base of the straw with one hand. Pull on the paper clip with your other hand. This
should cause the straw to bend at the notch, similar to a finger bending at a joint.
g) Repeat the above steps to make the rest of the fingers. You can also decide whether each
finger has multiple joints or just one. If a finger does have multiple joints, you can use a single
string to control all of them (by tying it off above the last joint) or individual strings to control
each one (by threading multiple strings through the straw above each joint).
h) Play around and controlling them by pulling on the strings.Adjusting the fingerchanging the
position and orientation of the fingers relative to one another.
i) Now try using your hand to pick up some small objects. Keep in mind that your hand is made
of straws so it is not very strong, so you should only use it to pick up lightweight objects (for
example, empty plastic bottles, not ones full of liquid).
Throughout the constructing process, pupils are challenge by their facilitator on variety aspect
of design manipulative. For example, those inquiry are thrown to them by facilitator to trigger their
manipulative skills in engineering design process:
How to increase the gripping power so that the hand can picked up objects?
What tasks do you want your hand to manage?
What kind of hand will enable the completion of those tasks successfully?
How many fingers would the hand need?
How big should the hand be to perform those tasks?
How would the fingers be sized in relation to each other?
Is your hand better at picking up certain objects than others?
How to design a hand that is specifically designed to snatch certain objects?
What changes that can be made with articulated robotic hands to improve the
performance?
DISCUSSIONS AND CONCLUSION
For pupils whom are interested in robotics and engineering, creating a robotic and articulated hand
can be an exciting venture that blends physiology, anatomy and design as part of the process of
building a hand that can perform certain functions. A robot's anatomy doesn't have to mirror human
anatomy, however, which is where things get even more creative and interesting. But by better
understanding the way a human hand works, how the fingers bend, and how the "wiring" goes, pupils
will have a better sense of how to modify or improve upon hand design with a robotic model. The
MyBioRobotics KIT project provides a fundamental design of robotic hand to pupils and they are
expected to extend the design based on their own creativity and manipulative skills.
Most of the pupils are able to build a robotic, articulated hand that can pick up light objects,
such as ping-pong balls, paper balls, paper sheets, empty plastic bottles or small stuffed animals. To
be able to grasp a wider and larger object, pupils arrange extra short straw in between the fingers to
increase grasp width. However, this innovation is not necessarily successful if the surface area of
finger is relatively small. During the construction, our standard guideline calls for two straw to be
joined together to form a finger. They can always add more two straws to form a finger to increase the
surface area of the finger. Another hand tasks that require them to manipulate the design are the
ability of the hand to hold object and to transfer the object from one point to another. Both tasks
require the finger to possess good ability of grip. To improve finger‘s grip ability, pupils line the finger
with rubber band and as a result, the finger can hold the object longer and able to transfer it from one
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
310
point to another. These are some of the examples of design innovation that the pupils can come out
with. Through robotics in
MyBioRobotics KIT does not involve any mechanical, machine-assisted devices, pupils learn
about flexibility that deal with quality of bending easily without breaking, the ability to be modified, or
willingness to change or be compromised. Flexibility is important because without flexibility, our
fingers, limbs, and other non-bodily related objects such as plastic would
incapable of bending.
We use flexibility in out lives today in any and every action. When picking up objects using our
hand, one uses flexibility to clutch the object and raise it. Flexibility is applicable to nearly every bodily
task preformed. Another important concept is force that defines as strength or energy as an attribute
of physical action or movement.Force is important because it helps things to move. When getting up
out of a chair, applied force propels your body out of the chair into a standing position and prevents
you from falling back into the chair. Force in any form is important because it is the principle that gives
objects movement. Within an engineering design process-oriented as devoted in MyBioRobotics KIT
project, the pupils inculcate their and hone their manipulative and creative skills and as results, they
innovate the articulated robotic hands according to the tasks that they desire.
REFERENCES
Science Buddies Staff. (2017, November 6). Grasping with Straws: Make a Robot Hand Using
Drinking Straws. Retrieved from https://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project-
ideas/Robotics_p001/robotics/drinking-straw-robot-hand
Martin, F., Mikhak, B., Resnick, M., Silverman, B., & Berg, R. (2000). To mindstorms and beyond:
Evolution of a construction kit for magical machines. Robots for kids: Exploring new
technologies for learning (pp. 9–33). San Francisco: Morgan Kaufmann.
Portsmore, M. (1999). ROBOLAB: Intuitive Robotic Programming Software to Support Life Long
Learning. APPLE Learning Technology Review, 26-39.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
311
Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Institut
Pendidikan Guru Terhadap Pendekatan Berpusatkan Pelajar
1Fatahiyah Elias, 2Mohd Isa Hamzah Ph.D, 3Norarbainah Shafie,
4Zainab Ismail, 5Sri Andayani Mahdi Yusof
1,2,5Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
3,4IPG Kampus Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
[email protected]
Abstrak
Para guru dan bakal pendidik hakikatnya perlu menguasai strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dalam proses penyampaian ilmu
secara berkesan. Kemahiran pedagogi terkini dan memenuhi pedagogi abad
ke 21 perlu ditekankan. Sesuai dengan program Transformasi Sekolah 2025
(TS25), kajian ini dijalankan bagi membincangkan tahap pengetahuan dan
kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam di institut Pendidikan Guru
Malaysiazon utara terhadap pendekatan berpusatkan pelajar Pendidikan
Islam. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka
bentuk kajian lapangan. Kajian melibatkan seramai 53 orang guru pelatih
Pendidikan Islam di tiga IPG zon utara. Analisis yang digunakan adalah
analisis deskriptif. Dapatan kajian membuktikan guru pelatih mengetahui dan
bersedia melaksanakan pembelajaran pendekatan berpusatkan pelajar.
Pendekatan ini mampu menarik minat murid dan menjadikan pembelajaran
lebih bermakna.
PENGENALAN
Kajian ini akan membincangkan tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam di
institut Pendidikan Guru Malaysia terhadap pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi pendidikan yang dilaksanakan melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM2013-2025) memerlukan para guru dan bakal
pendidik menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dalam proses penyampaian
ilmu secara berkesan. Enam elemen utama ditekankan adalah untuk sumbangan bermakna semua
murid kepada keluarga, komuniti dan Negara.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang juga merupakan sebahagian program
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
Objektif utama program ini adalah mengaplikasikan amalan pdpc terbaik, membangunkan kepakaran
dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta
pembimbing kepimpinandan membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang
berkualiti / berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang
padu.
Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, para guru dan bakal guru khususnya perlu
menguasai aspek pengetahuan pedagogi kandungan secara berkesan. Pendekatan berpusatkan
pelajar merupakan antara kemahiran pedagogi terkini yang sesuai ditekankan dan memenuhi ciri-ciri
keperluan pedagogi abad ke 21 kini. Matlamatnya adalah mampu melahirkan insan pelajar yang
cemerlang, berwibawa dan berketrampilan dalam pelbagai aspek sama ada duniawi dan ukhrawi. Di
samping itu, generasi yang berfikiran kritis dan kreatif mampu dilahirkan dalam mendepani cabaran
globalisasi.
Antara objektif kajian adalah mengenalpasti sejauhmana tahap pengetahuan pendekatan
berpusatkan pelajardalam kalangan guru pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) . Selain itu, ia juga bertujuan mengkaji tahap kesediaan para pelajar terhadap
pendekatan tersebut dan seterusnya mempastikan sejauhmana pendekatan pembelajaran ini
difahami dan dikuasai oleh mereka dalam kemahiran pedagogi.Pendedahan konsep pendekatan
berpusatkan pelajar membantu siswa-siswa menjadi bakal pendidik yang berkaliber, cemerlang, dan
yakin mengendalikan pedagogi berkesan.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
312
PERNYATAAN MASALAH
Aspek penyampaian fakta begitu penting dalam kurikulum Pendidikan Islam yang meliputi aspek
akidah dan amalan syariat serta penghayatan hidup sebagai muslim (Halstead 1995). Peranan
penting yang ditekankan oleh kurikulum Pendidikan Islam ini memerlukan pendekatan terbaik yang
memberi kesan kepada penyampaian ilmu. Dalam konteks pendekatan secara berkesan, pendekatan
berpusatkan pelajar amat signifikan diaplikasikan.Berdasarkan sumber Kementerian Pendidikan
Malaysia (2015), amalan pendekatan berpusatkan pelajar merupakan pendekatan terbaik yang perlu
diketengahkan dalam proses penyampaian ilmu. Ianya seiring dengan kandungan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan memenuhi Standard Kualiti Guru Malaysia
Gelombang ke 2 (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2016). Pendekatan ini sesuai diaplikasikan
dalam penyampaian dan penyebaran ilmu secara berkesan dalam era digital kini. Ia memerlukan
pelajar dan guru menghidupkan suasana pembelajaran yang aktif dan tidak membosankan.
Namun, timbul beberapa isu berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu
ditambah baik. Antaranya, terdapat segelintir guru lemah dalam penyampaian ilmu pedagogi dan
penguasaan pendekatan berpusatkan pelajar masih lemah dan sederhana iaitu aktiviti kurang
merangsang minat murid (Zakaria Abdullah 2012, Ahmad Yunus & Ab. Halim 2010; Mohd Aderi &
Ahmad Yunus 2012; Kamarul Azmi et al,. 2011; Rosnani Hashim et al. 2014), guru Pendidikan Islam
juga didapati tidak kreatif mempelbagaikan teknik penyampaian di kelas dan memberi kesan kepada
minat pelajar serta terdapat guru lama dan novis masih kekok semasa PdP di kelas(Nor Hisham Md
Nawi 2011; Alif Mohd Nawi & Yusraini Ramlan 2014). Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan
masih terdapat segelintir GPI mengamalkan corak pengajaran secara sehala, berpusatkan guru,
konvensional, ―chalk and talk‖ dan tidak menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam PdP
(Ab. Halim Tamuri, & Siti Muhibah Nor 2015; Rosnani Hashim 2014).
Justeru, kajian penambahbaikan penyampaian ilmu perlu dilaksanakan. Terdapat keperluan
terhadap paradigma baharu pendidikan dalam aspek penyelesaian masalah, berfikir luas dan
berdikari dalam pengajian serta rutin harian kini (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim 2014). Keperluan
kepada paradigma baharu ini membantu meningkatkan proses penyampaian pendidikan Islam agar
menjadi lebih bermakna. Dalam kalangan guru pelatih, pendekatan berpusatkan pelajar perlu
diketengahkan agar difahami dengan baik dan sebagai persediaan memantapkan kemahiran
pedagogi.
Sehingga kini, banyak juga kajian yang menghuraikan aspek berpusatkan pelajar khususnya di
peringkat IPT. Didapati, kajian berpusatkan pelajar di peringkat IPT menumpukan pelaksanaan
pendekatan dalam kalangan pensyarah dan kesan terhadap para pelajar. Antara kajian tersebut ialah
dalam bidang Bahasa Melayu (Alizah Lambri 2015), Tamadun Islam (Zarina Mohammad 2012),
perkaitan pendekatan berpusatkan pelajar dengan pekerjaan (Abdullah Ibrahim 2014), Statistik
(Hairuliza & Noraidah 2013), pembangunan modul teknikal multimedia Bahasa Inggeris (Mohd
Shafeirul Zaman et al 2011), pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar di institut pengajian tinggi
(Nurahimah et al., 2013). Namun, masih tidak terdapat lagi kajian berkaitan konsep pendekatan
berpusatkan pelajar secara khusus terhadap bakal-bakal pendidik di institut pendidikan guru. Justeru,
kajian kefahaman dan kesediaan pendekatan berpusatkan pelajar dalam kalangan guru pelatihperlu
diketengahkan. Kajian secara kuantitatif ini penting bagi mengkaji tahap kefahaman dan kesediaan
mereka sebelum kelompok tersebut bertugas di lapangan sebenar.
Berdasarkan kupasan-kupasan isu di atas, pengkaji mendapati kajian pendekatan berpusatkan
pelajar dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Islam relevan dilaksanakan.Kajian-kajian terdahulu
masih belum menjawab persoalan berkaitan kefahaman dan kesediaan guru pelatih terhadap konsep
pendekatan berpusatkan pelajar. Kajian-kajian sedia ada berkaitan pendekatan berpusatkan pelajar
Pendidikan Islam hanya menumpukan kepada para guru pendidikan Islam sedia ada iaitu kajian oleh
Zakaria Abdullah (2012), Tengku Sarina Aini (2014) dan Kamarul Azmi Jasmi(2013). Walau
bagaimanapun, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian yang memberikan tumpuan kepada
elemen berpusatkan pelajar pendidikan Islam seperi pembelajaran aktif, kolaborasi, kemahiran
penyelesaian masalah, pembelajaran kendiri terarah dan sebagainya (Kamarul Azmi Jasmi 2013; Nur
Syamira et al., 2013; Adly & Mardzelah 2016; Tengku Sarina & Yusmini 2014; Wan Marzuku,
Hafizoah & Munira 2016; Norliza Hussin, Mohd Sattar & Rosaemah 2013)
Pengkaji mendapati kajian yang memfokuskan tahap pengetahuan dan kesediaan bakal guru
di institut pendidikan guru Malaysia terhadap pendekatan berpusatkan pelajar adalah masih kurang.
Oleh demikian, kajian berkaitan tahap pengetahuan dan kesediaan pendekatan berpusatkan pelajar
dalam kalangan siswa pendidik Pendiidkan Islam perlu diketengahkan. Hasil kajian diharap dapat
dijadikan input baharu kepada penambahbaikan secara pedagogi berkesan. Hal ini juga dapat
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
313
mempengaruhi usaha meningkatkan lagi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik agar dapat
digunakan secara lebih sepadu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
TUJUAN KAJIAN
Mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan
pendekatan berpusatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
TINJAUAN LITERATUR
Hasil pengalaman, pendidikan dan pengamatan seseorang memberi impak berkesan dalam
pemerolehan ilmu pengetahuan yang mampu membentuk gelagat individu (Muhammad Taufiq 2010,
Maimun Aqsha et al., 2017). Kajian ini menghuraikan tahap pengetahuan guru pelatih terhadap
pendekatan berpusatkan pelajar. Berdasarkan sumber Kementerian Pendidikan Malaysia (2015),
antara strategi proses PdP dalam KSSR adalah pendekatan berpusatkan pelajar. Pendekatan ini
sesuai dengan matlamat melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global. Dari aspek
kesediaan pula, guru pelatih yang bersedia mengaplikasikan pendekatan terkini dan sesuai akan
dapat menentukan keberkesanan penyampaian ilmu dalam pendidikan di samping mengemukakan
dalil naqli dan aqli. Keberkesanan PdP diukur berdasarkan pencapaian objektif yang
dipertanggungjawabkan kepada guru. Justeru para guru perlu bersedia lebih awal bagi memastikan
visi dan misi pendidikan negara tercapai. Hal ini membuktikan bahawa kesediaan guru
mengaplikasikan pendekatan berpusatkan pelajar memberi impak terbaik dalam pedagogi berkesan
(Maimun Aqsha et. al., 2017).
Terdapat beberapa kajian yang memfokuskan terhadap pendekatan berpusatkan pelajar dalam
kalangan guru pendidikan Islam sama ada guru biasa dan pakar khususnya di sekolah menengah.
Antaranya adalah kajian (Kamarul Azmi Jasmi, & Norhafizah Salleh 2013; Kamarul Azmi Jasmi,
Osmadi Talip & Mohd Faeez Ilias 2012; Zakaria Abdullah 2012). Namun kajian tahap pengetahuan
dan kesediaan bakal guru-guru pelatih institut Pendidikan Guru tidak diketengahkan lagi. Selain itu,
kajian pendekatan berpusatkan pelajar turut dibincangkan berkaitan perbandingan antara dua
paradigma dalam pelaksanaan pembelajaran iaitu konteks tradisional dan berpusatkan pelajar oleh
Tengku Sarina Aini (2014). Kajian beliau menghuraikan bahawa terdapat paradigma baharu terhadap
pendekatan yang lebih bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan
kajian oleh Mohd Hisham (2011), konsep berguru dalam Pendidikan Islam adalah perlu berbanding
pendekatan berpusatkan pelajar yang mengurangkan peranan guru di kelas.Walau bagaimanapun,
kaedah terbaik adalah guru bijak memvariasikanPdP mereka di kelas bagi mengelakkan murid bosan
(Maimun Aqsa et al., 2017). Pengkaji juga berpandangan bahawa pedagogi bermakna mengikut cara
Rasulullah SAW adalah menggunakan teknik yang kreatif dalam penyampaian.
Berbeza dengan kajian di luar negara, kajian pendekatan berpusatkan pelajar telah lama
diketengahkan. Penumpuan kajian adalah kepada bidang Sains, Matematik, Statistik dan sebagainya
(Ahmad Fayez Mutlaq Al-Zu‘be 2013; Brahim Tengah 2013; Khalid Alsharif 2014; Masuriyati Yahya, &
Che Zarina Sa‘ari 2015; Stephen Harvey, & Kendall Jarrett 2014; Wenqian Chen, Umang Shah &
Clemens Brechtelsbauer 2016). Walau bagaimanapun, pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar
di negara-negara membangun seperti Malaysia adalah berbeza kerana transformasi pendidikan
melibatkan pelbagai aspek dan bidang.
Kajian juga menunjukkan tahap kecekapan guru Pendidikan Islam turut dinilai berdasarkan
kemahiran pengajaran di samping tiga domain lain iaitu sifat peribadi, ilmu dan motivasi (Sarimah
Mokhtar et al., 2011). Adalah menjadi suatu keperluan bagi guru untuk melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan tahap kesediaan yang tinggi agar PdP mampu dilaksanakan secara berkesan
mengikut kesesuaian topik yang diajar (Maimun Aqsa et al., 2017).Justeru, para guru dan bakal guru
Pendidikan Islam perlu melengkapkan diri dengan kemahiran PdP yang sesuai agar proses
penyampaian ilmu berjalan dengan baik.
Pendekatan dan strategi pembelajaran pelajar juga turut mempengaruhi gaya pembelajaran
mereka yang berbeza-beza di samping meningkatkan prestasi terbaik. Menurut Keefe (1988) dan
Dunn & Dunn (1991), penggunaan pendekatan dan strategi yang sesuai dengan gaya pembelajaran
pelajar membantu mengingkatkan pencapaian pelajar secara maksimum. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan menarik minat pelajar dan lebih bermakna jika guru menggunakan inisiatif yang
sesuai (Khadijah & Aderi Che Noh 2016). Justeru, amalan pendekatan berpusatkan pelajar perlu
diketengahkan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke 21 kini yang memerlukan pelajar
berdikari di samping guru sebagai pembimbing atau fasilitator.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
314
KAEDAH / METODOLOGI
Kajian tinjauan awal ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian lapangan
iaitu berdasarkan kaedah tinjauan. Kajian melibatkan guru pelatih di beberapa IPG zon utara yang
terpilih. Instrumen soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A
adalah berkaitan demografi responden yang mengandungi soalan-soalan seperti jantina, semester
pengajian dan lokasi IPG. Bahagian B mengandungi soalan berkaitan tahap pengetahuan guru
pelatih Pendidikan Islam terhadap pendekatan berpusatkan pelajar. Manakala bahagian C pula
mengandungi soalan berkaitan tahap kesediaan guru pelatih terhadap pendekatan berpusatkan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat maklum balas adalah merujuk kepada
limalikert.
Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 20 bagi
mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Seramai 53 orang guru pelatih pendidikan Islam yang
terlibat. Kajian ini juga menetapkan interpretasi min yang digunakan untuk membandingkan
kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kesediaan dalam kalangan guru pelatih berdasarkan
Jamil (2002). Skor min rendah adalah antara julat 1.00 hingga 2.33, sedrhana julat antara 2.34 hingga
3.66 dan tinggi julat antara 3.67 hingga 5.00 seperti jadual 1 berikut.
Jadual 1
Interpretasi min untuk kesediaan guru pelatih dari aspek pengetahuan dan kesediaan
Skor min Interpretasi
1.00hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Jamil 2002
DAPATAN KAJIAN
Analisis Profil Responden
Kajian melibatkan seramai 53 orang guru pelatih Pendidikan Islamdi zon utara. Analisis latar
belakang responden melibatkan demografi seperti jantina, lokasi kampusdan semester pembelajaran
mereka.Jadual 1 berikut merupakan rumusan demografi responden yang terlibat;
Jadual 2
Profil responden
Demografi Kategori Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki 11 20.4%
43 79.6%
Perempuan
35 64.8%
IPG Kampus Darulaman 17 31.5%
1 1.85%
Kampus Bainun 29 53.7%
Kampus Sultan Abdul Halim 0 0%
1 1.85%
Semester 1 13 24%
2 3.7%
2 4 7.4%
3 5.55%
3 0 0%
4
5
6
7
8
Kajian ini melibatkan daripada 11 orang guru pelatih Pendidikan Islam dengan peratus (20.4%)
dan 43(79.6%). Lokasi IPG pula mencatatkan seramai 35 orang (64.8%) guru pelatihyang belajar di
IPG Kampus Darulaman, 17 orng (31.5%) guru pelatih dari IPG Kampus Bainun dan seorang (1.85%)
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
315
guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelatih
semester 1 seramai 29 orang (53.7%), semester 3 seramai seorang (1.85%), semester 4 seramai 13
orang (24%), semester 5 seramai 2 orang (3.7%), semester 6 seramai 4 orang (7.4%) dan semester
4 seramai 3 orang (5.55%). Rumusan daripada data demografi yang diperoleh, kajian ini melibatkan
lebih ramai guru pelatih perempuan.
Analisis deskriptif
Analisis secara deskriptif ini adalah memenuhi tujuan kajian iaitu mengkaji tahap kefahaman
dan kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Laporan dapatan dipaparkan dalam bentuk min, sisihan
piawai dan interpretasi. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan guru pelatih PI di IPG zon
Utara terhadap pembelajaran berpusatkan pelajar berada pada tahap tinggi dengan nilai min
keseluruhan = 4.24 dan sisihan piawai = 0.38. Guru pelatih bersetuju bahawa pembelajaran
berpusatkan pelajar membimbing murid lebih berdikari, menggalakkan interaksi guru dan murid,
membina kemahiran sosial dan memberi peranan guru sebagai pembimbing. Nilai min tertinggi yang
dicatatkan ialah 4.65 dengan nilai sisihan piawai =0.52. Walaubagaimanapun nilai konstruk
sederhana rendah dicatatkan pada nilai min 3.57 dan sisihan piawai 1.15 dalam dalam satu item
konstruk tahap pengetahuan dari aspek PBP mengurangkan peranan guru di kelas. Secara
keseluruhannya tidak menunjukkan nilai perbezaan yang ketara dan nilai min adalah tinggi bagi tahap
pengetahuan pelatih.
Jadual 3
Analisa tahap pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap pembelajaran
berpusatkan pelajar Pendidikan Islam IPG zon utara SP Interpretasi
Bil Item Min
1 Saya tahu bahawa PBP Pendidikan Islam
memenuhi elemen pengajaran abad ke 21 4.50 .57 Tinggi
2 Saya tahu PBP Pendidikan Islam mengamalkan
pembelajaran aktif 4.57 .60 Tinggi
Tinggi
3 Saya tahu bahwa PBP Pendidikan Islam 4.42 .66 Tinggi
membantu Pelajar menguasai pembelajaran Tinggi
4 Saya tahu bahawa PBP Pendidikan Islam 4.59 .53
membina kemahiran sosial pelajar
5 Saya memerlukan pelajar berinteraksi antara guru
– pelajar dan pelajar – pelajar 4.61 .53
6 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memberi 4.33 .75 Tinggi
peranan guru sebagai sumber ilmu Sederhana
Tinggi
7 Saya tahu bahawa PBP Pendidikan Islam 3.57 1.16 Tinggi
Tinggi
mengurangkan peranan guru di kelas Tinggi
Tinggi
8 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memberi 4.59 .49
peranan guru sebagai pembimbing
9 Saya tahu PBP Pendidikan Islam melatih pelajar
bersikap berdikari 4.64 .52
10 Saya tahu PBP Pendidikan Islam menggalakkan 4.33 .73
guru menguasai ilmu dengan lebih baik
11 Saya tahu PBP Pendidikan Islam menggalakkan 4.22 .77
guru belajar sepanjang hayat
12 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memberi 4.57 .53
peluang pelajar meneroka ilmu
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
316
13 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memberi 4.55 .57
peluang pelajar menyelesaikan masalah Tinggi
Tinggi
14 Saya tahu PBP Pendidikan Islam menerapkan 4.57 .57 Tinggi
elemen KBAT Tinggi
Tinggi
15 Saya tahu PBP Pendidikan Islam 4.37 .68 Tinggi
mengaplikasikan teori konstruktivisme Tinggi
16 Saya tahu PBP Pendidikan Islam meningkatkan 4.51 .60 Tinggi
Tinggi
hubungan sosial antara guru dan pelajar Tinggi
Tinggi
17 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memberi kesan 4.31 .82
yang baik kepada pembelajaran
18 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memerlukan
guru bertanggungjawab terhadap keperluan 4.44 .63
efektif pelajar mengikut kognitif mereka
19 Saya tahu PBP Pendidikan Islam menekankan
guru berperanan sebagai pemimpin demokratik 4.53 .60
dan mentor di dalam kelas
20 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memerlukan 4.35 .67
guru banyak menggunakan kaedah penyoalan
21 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memerlukan 4.55 .60
guru banyak menggunakan kaedah perbincangan
22 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memerlukan
guru banyak menjalankan pentaksiran secara 4.26 .73
formatif
23 Saya tahu PBP Pendidikan Islam memerlukan
guru melihat perkembangan pelajar dari semasa 4.40 .71
ke semasa
Min Keseluruhan 5.00 Tinggi
Manakala jadual 3 yang ditunjukkan juga menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih
Pendidikan Islamterhadap pendekatan berpusatkan pelajar. Tahap kesediaan guru pelatih Pendidikan
Islam dalam pendekatan berpusatkan pelajar adalah tinggi bagi konstruk kesediaan. Min keseluruhan
adalah 5.00. Didapati juga guru pelatih bersedia dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dengan nilai
min tertinggi iaitu 4.40 dan sisihan piawai 0.61. Di samping itu, nilai min sederhanakesediaan yang
ditunjukkan guru pelatih Pendidikan Islam pula ialah 3.98 dan sisihan piawai = 1.16 iaitu item soa
Perbezaan yang tidak terlalu ketara ini membuktikan guru pelatih bersedia menjalankan pedagogi
mereka di kelas semasa latihan praktikum dan selepas bergraduasi. Guru pelatih bersetuju dan yakin
dapat mengendalikan kelas dengan sebaiknya melalui usaha penambahabaikan secara berterusan
dalam meningkatkan ilmu lagi. Pelbagai faktor lain yang mungkin mempengaruhi tahap kesediaan
guru pelatih yang tidak ditekankan dalam kajian ini seperti cabaran pengurusan masa dan
kemudahan sedia ada.
Jadual 4
Analisa tahap kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap pembelajaran berpusatkan
pelajar Pendidikan Islam IPG zon utara
Bil Item Min SP Interpretasi
1 Saya bersedia mengendalikan PdP
menggunakan pendekatan berpusatkan 4.26 .68 Tinggi
pelajar
2 Saya yakin boleh melaksanakan PdP
dengan pendekatan berpusatkan pelajar 4.13 .61 Tinggi
dengan baik
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
317
3 Saya bersedia menjadi pembimbing semasa
pendekatan berpusatkan pelajar 4.39 .62 Tinggi
Tinggi
dilaksanakan Tinggi
Tinggi
4 Saya sentiasa bersedia merancang PdP Tinggi
Tinggi
menggunakan pendekatan berpusatkan 4.26 .68 Tinggi
Tinggi
pelajar Tinggi
Tinggi
5 Saya sentiasa bersedia menjadi sumber 4.33 .67
rujukan kepada pelajar
6 Saya bersedia meningkatkan kemahiran
saya dalam menyampaikan ilmu di kelas 4.38 .68
melalui bengkel
7 Saya sentiasa mencari peluang untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam 4.46 .60
proses penyampaian ilmu
8 Saya bersedia menerima pendapat yang
dikemukakan oleh pelajar dan 4.50 .61
menggalakkan sesi perbincangan
9 Saya risau jika pelajar tidak menunjukkan 4.33 .75
minat belajar di kelas
10 Saya bersedia menjadi pemimpin 4.20 .56
demokratik di kelas
11 Saya risau jika pelajar tidak dapat
menunjukkan potensi terbaik mereka 4.22 .74
semasa di kelas
12 Saya risau pendekatan berpusatkan pelajar
yang dijalankan tidak memenuhi spesifikasi 3.98 .87
yang ditetapkan
PERBINCANGAN
Dapatan kajian dianalisis secara terperinci bagi mengetahui tahap pengetahuan guru pelatih
Pendidikan Islam zon utara terhadap pendekatan berpusatkan pelajar. Didapati bahawa analisis data
yang diperolehi menunjukkan pendekatan berpusatkan pelajar merupakan kaedah terbaik dan sesuai
diaplikasikan dengan skor min yang tinggikhususnya dalam membina kemahiran sosial murid, murid
lebih berdikari dan menekankan guru sebagai pembimbing serta bersedia meneroka ilmu secara
mendalam.Dapatan ini menunjukkan persamaan antara kajian yang dijalankan oleh Zakaria Abdullah
(2012) yang menjalankan kajian terhadap guru-guru Pendidikan Islam yang sedang berkhidmat di
sekolah menengah.
Pelatih Pendidikan Islam juga begitu faham bahawa pendekatan berpusatkan pelajar adalah
memenuhi pembelajaran abad ke 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Elemen seperti kreatif,
kritis, kolaboratif, komunikasi dan nilai perlu ditanamkan dalam kalangan mereka agar suasana kelas
yang dijana dapat menarik minat murid belajar. Item yang menunjukkan guru pelatih faham tentang
pembelajaran berpusatkan pelajar memenuhi elemen abad ke 21 adalah tinggi dengan min = 4.50.
Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih mengetahui pembelajaran berpusatkan
murid dapat meningkatkan kemahiran sosial murid. Kesan daripada kemahiran tersebut dapat
membina kemahiran insaniah pelajar. Bertepatan dengan kajian Rohani Arbaa (2015), amalan
pedagogi berpusatkan pelajar yang dipraktikkan di kelas, kemahiran insaniah telah diterapkan.Melalui
kaedah pembelajaran koperatif serta mewujudkan bilik darjah demokratik menekankan aspek
kesamaan peluang, kebebasan bersuara serta perongsian kuasa antara guru dan murid juga
menerapkan kemahiran insaniah di kelas.
Dapatan bagi konstruk tahap kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam IPG zon Utara
menunjukkan tahap yang tinggi. Nilai min tinggi iaitu 4.50 dan sisihan piawai = 0.60 menunjukkan
para pelatih bersedia menerima pendapat murid dalam sesi pembelajaran seterusnya menggalakkan
perbincangan. Amalan sebegini sesuai dengan kajian berkaitan amalan pedagogi abad ke 21 dalam
kalangan guru pelatih IPG yang membuktikan guru pelatih memiliki kemahiran komunikasi yang baik
(Mohd Zailani & Mohd Khairi 2017). Kajian berkaitan komunikasi berkesan turut dibuktikan melalui
kajian Mohd Khairul (2012)iaitu ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan lebih jelas, lancar dan
mudah difahami oleh murid-murid jika guru pelatih menguasai kemahiran tersebut.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
318
Tahap kesediaan guru pelatih turut ditunjukkan melalui kerisauan pelaksanaan pembelajaran
berpusatkan pelajar tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Namun, catatan min yang diperolehi
adalah kecil iaitu 3.98 dan sisihan piawai 0.88. Dengan demikian, sikap guru pelatih Pendidikan Islam
perlu lebih bermotivasi agar pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan
secara berkesan dan memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid di kelas. Seterusnya, hasrat
menjana kemenjadian murid terlaksana melalui pendekatan yang dilaksanakan sesuai dengan
peranan murid sebagai pembelajar aktif.Dalam standard 4 SKPMg2, guru berperanan sebagai
perancang, pembimbing, penilai dan perangsang manakala murid berperanan sebagai pelajar yang
aktif di kelas. Pengajaran berkesan dan cemerlang juga turut memerlukan penggunaan BBM sebagai
bahan pembelajaran berpusatkan pelajar (Esah Sulaiman 2004). Sikap guru sebagai pembimbing
dan perancang dapat menarik minat murid khususnya dalam pembelajaran yang bertujuan
menghasilkan murid yang cemerlang, berakhlak, sahsiah dan nilai-nilai tambah dan kemahiran
insaniah lain (Maimun Aqsa et. al. 2017). Faktor-faktor ini menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih
pada tahap sederhana dan menjadikan guru pelatih mampu meningkatkan kemahiran penyampaian
dalam pembelajaran.
PENUTUP
Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan guru pelatih Pendidikan Islam di IPG zon utara
mempunyai tahap pengetahuan dan kesediaan yang tinggi terhadap pelaksanaan pendekatan
berpusatkan pelajar. Bersesuaian dengan Transformasi Sekolah2025 (TS25), pendekatan
berpusatkan pelajar merupakan salah satu amalan pdpc terbaik dan berkesan. Justeru, pembelajaran
sepanjang hayat perlu diterapkan agar dapat melahirkan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
serta pembelajaran akan jadi lebih bermakna kepada murid-murid.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri & Siti Muhibah Nor. (2015). Prinsip Pembelajaran Aktif Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan, 3(2), 28–42.
Ahmad Fayez Mutlaq Al-Zu‘be. (2013). The Difference between the learner-centred approach and the
teacher-centered approach in teaching English as a foreign language. Educational Research
International, 2(2), 24–31.
Aliff Nawi & Yusraini Ramlan. 2014. A Study On The Strategies And Practice of Teaching Among
Trainee Teachers During Teaching Training. The Online Journal of Islamic Education, 2(1),1-6.
Alizah Lamri. 2015. Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Berpusatkan Pelajar dalam
Kursus Bahasa Melayu di Sebuah Universiti Awam. Tesis PhD UKM.
Brahim Tengah. (2013). Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 : Isu dan Cabaran di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan dan Kemanusiaan, 2(6), 197–208.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.(2016). Standard Kualiti Pendidikan malaysia gelombang ke 2
(SKPMg2) hlm.Vol. 2.
Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di
Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. 3rd International Conference on Islamic Education 2013,
hlm.773–783.
Kamarul Azmi Jasmi, Osmadi Talip & Mohd Faeez Ilias. (2012). Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Berpusatkan Pelajar. Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam (SEAPPI21012), hlm.33–40.
Keefe, James. 1988. Profiling and Utilizing Learning Style. NASSP Learning Style Series.
Khairul Anuar A. Rahman. (2012). Disposisi guru berkesan: Personaliti dan kemahiran komunikasi.
Jurnal Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, 82(2), 37–44. Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/27224/4.pdf
Khalid Alsharif. (2014). How do Teachers Interpret the Term ―Constructivism‖ as a Teaching
Approach in the Riyadh Primary Schools Context? Procedia - Social and Behavioral Sciences,
141, 1009–1018. doi:10.1016/j.sbspro.2014.05.170.
Maimun Aqsa Lubis, Wan Nurul Syuhada' Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah (2017). Tahap
Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Selangor
Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. ASEAN Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 1 Volume 1(1) January 2017,
1-13.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
319
Masuriyati Yahya & Che Zarina Sa‘ari. 2015. Sistem Pendidikan Negara Ad ke 21 Brunei Darussalam
dalam Melestari Ketamadunan Islam Negara Zikr: Cabaran dan Harapan. Afkar, 16(Januari-
Jun), 61–92.
Mohd Zailani Ismail dan Mohd Khairi Othman (2017). Amalan Pedagogi Abad ke 21 dalam kalangan
Guru Pelatih PISMP Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Pendidikan
Dedikasi Jilid 13, 54-71.
Norliza Hussin, Mohd Sattar Rasul & Roseamnah Abdul Rauf. 2013. Penggunaan Laman Web
Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. The Online
Journal of Islamic Education,2(1), 58-73.
Nor Hisham Md Nawi. 2011. Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep- Konsep
Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan
Pembelajaran UKM, hlm.1–15.
Rohani Arbaa. 2015. Kearifan Tempatan Profesional Guru dalam Menerapkan Kemahiran Insaniah
dalam Bilik Darjah. Tesis PhD USM.
Rosnani Hashim. 2014. Transformative Islamic Education through a Transformative pedagogy in
Malaysia. Dlm. Charlene Tan (pnyt.). Reforms in Islamic Education: International
Perspectives, hlm.1st Edisi . London: Bloomsbury Publishing Plc.
Stephen Harvey & Kendall Jarrett. 2014. A review of the game-centred approaches to teaching and
coaching literature since 2006. Physical Education and Sport Pedagogy, 19(3), 278–300.
doi:10.1080/17408989.2012.754005
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. 2014. Teaching Paradigms: An Analysis of Traditional and
Student-Centred Approaches. Journal of Usuluddin, 40, 199–218.
Wenqian Chen, Umang Shah & Clemens Brechtelsbauer. 2016. The discovery laboratory – A
student-centred experiential learning practical: Part I – Overview. Education for Chemical
Engineers, 1–10. doi:10.1016/j.ece.2016.07.005
Zakaria Abdullah. 2012. Tahap Kefahaman Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pendidikan Islam di
Sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis PhD UKM.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
320
Amalan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bengkel Di Kalangan Guru
Kemahiran Hidup Sekolah Menengah-SABK Negeri Kedah
1Tajul Ashikin Hashim
2Aizul Fared Mansor
1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000 Jitra, Kedah
[email protected]
Abstrak
Amalan pengurusan bengkel sekolah terutamanya bengkel Kemahiran Hidup
(KHB), pendekatan yang sistematik memerlukan pengetahuan aspek
keselamatan di kalangan guru Kemahiran Hidup. Aspek pengurusan ini
termasuklah perancangan perbelanjaan, penyenggaraan stok, pelupusan,
pengendalian, penstoran, penyenggaraan alatan dan mesin dan tidak
terkecuali reka bentuk bengkel itu sendiri. Amalan ini juga tidak terkecuali
untuk guru-guru bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK). Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti
tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan
keselamatan dalam kalangan guru bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Kedah. Sampel Kajian terdiri daripada 26
orang guru-guru bengkel KHB SABK menengah yang dipilih secara rawak.
Data yang diperolehi dianalisis berpandukan analisis deskriptif dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Packs for Social Science ) versi 19.0.
Dapatan kajian menunjukkan; (i) Tahap pengetahuan tentang pengurusan
organisasi dan keselamatan bengkel KHB adalah sederhana di kalangan guru
KHB SABK dengan purata skor min 3.52, (ii) Tahap pengetahuan tentang
perlaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan bengkel KHB tinggi
dengan purata skor min 3.75. Ini melibatkan pengetahuan dari aspek jadual
bertugas, laluan kecemasan, baik pulih alatan, kategori alatan dan bahan serta
penggunaan borang daftar harta modal dan inventori. Kesimpulan daripada
kajian ini didapati tahap pengetahuan guru-guru KHB SABK menengah adalah
pada tahap sederhana. Oleh itu pengkaji ingin mencadangkan satu kajian yang
lebih menyeluruh dari aspek pengurusan dan keselamatan bengkel untuk guru-
guru bengkel SABK menengah.
Kata kunci: Amalan pengurusan bengkel, Bengkel Kemahiran Hidup,
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
PENDAHULUAN
Amalan p e n g u r u s a n d a n keselamatan merupakan perkara penting yang perlu diberi
penekanan semasa melakukan kerja amali di bengkel terutamanya di sekolah. Ini tidak terkecuali
bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dilaksanakan di sekolah menengah dan rendah di
seluruh negara kebanyakkannya menjalankan kerja amali di bengkel. Kemahiran menguruskan
bengkel merupakan aspek penting dalam mata pelajaran kemahiran hidup kerana bengkel
merupakan ruang untuk menjalankan kerja amali. Asnul & Faizah (2011) mendapati sesebuah
bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan
pengetahuan guna tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan
penggunaan sumber yang berkesan (Sahaat & Buntat, 2007; Sharif, 1997). Pengurusan bengkel
yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang
rapi,ceria dan harmonis, masa yang lama diperlukan.
Selain daripada itu, bengkel juga digunakan untuk menyimpan dan menempatkan alatan
tangan dan mesin serta bahan-bahan. Kesemua peralatan dan bahan tersebut perlu disusun dan
diselenggara dengan baik (Zulpakar, 2008). Penyelenggaraan adalah satu proses yang perlu
dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada
selamat digunakan (Hazlani Abu & Muhammad Sukri, 2016). Ini bermakna setiap alatan dn mesin
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
321
yang digunakan di bengkel KHB seharusnya diperiksa secara berjadual kerana kesemua alatan
dan mesin ini boleh membawa kepada kemalangan jika tidak dikendalikan dengan betul dan
sesuai. Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran
perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mendapatkan suasana
dan keadaan bengkel yang rapi,ceria dan harmonis, masa yang lama diperlukan. Keadaan ini akan
menyebabkan beban guru Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Pengurusan bengkel
merupakan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi kemudahan asas seperti
pendawaian, pengudaraan dan perpaipan, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan
perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan serta penggunaan warna. Ini
disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Asnul & Faizah (2011) berkenaan aspek
pengurusan peralatan dalam sesebuah bengkel mendapati pengetahuan seseorang pengurus
tentang keadaan peralatan termasuk dari segi kuantiti, penyelenggaraan, cara mengendalikan dan
cara penyimpanannya termasuk tatacara merekod di dalam buku atau kad-kad stok agar sentiasa
dalam keadaan sempurna dan selamat sangat penting dikuasai oleh Pengurus Bengkel
dalam usaha menjadikan bengkel sebuah tempat yang kondusif untuk proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan meliputi perancangan,
pembelian alatan dan bahan, penyusunan, penyimpanan serta kawalan alatan. Sudah menjadi
amalan, tugas ini dijalankan secara khusus oleh guru-guru Kemahiran Hidup. Kerja-kerja
pendokumentasian rekod-rekod di bengkel melibatkan rekod kad-kad stok harta modal, inventori,
rekod keselamatan penggunaan bengkel, rekod penggunaan bahan dan alatan, rekod pergerakan
dan pinjaman alatan dan sebagainya. Rekod-rekod stok ini penting diuruskan dengan sebaik
mungkin dan dikemaskini bagi tujuan penyelenggaraan inventori dan pengauditan. Menurut
Sharifah, et al., (2015), dokumentasi yang sistematik amat penting untuk dijadikan sumber
rujukan bagi perkembangan kerja pada masa akan datang serta memudahkan lagi kerja-kerja
pengurusan. Ini secara tidak langsung memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan sempurna. Di samping
itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu diberi penekanan kerana aktiviti-
aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program
dan pengguna. Budaya amalan pengurusan bengkel Ini termasuklah guru-guru Kemahiran Hidup
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan
salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan terdapat 27 buah
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Menengah) yang sedang beroperasi di negeri Kedah.
PERNYATAAN MASALAH
Bengkel Kemahiran Hidup merupakan tempat terlaksananya proses pengajaran dan pembelajaran
samada secara teori mahupun secara amali. Bagi memastikan pelajar boleh menggunakan bengkel
dengan selesa, amalan pengurusan ruang kerja bengkel ini harus dilakukan dengan tujuan untuk
memastikan peralatan, mesin, bahan, dan juga bangunan dalam keadaan sempurna dan dapat
memberi jaminan keselamatan kepada penggunanya. Hazlani & Muhammad Sukri (2016) mendapati
peralatan yang tidak sempurna akan menjejas proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bengkel.
Keselamatan bengkel merupakan satu perkara utama yang harus ditik beratkan oleh guru
Kemahiran Hidup. Kebanyakan kes-kes kemalangan yang terjadi di bengkel disebabkan oleh faktor
manusi dan faktor fizikal. Menurut Yusof & Azri (2012), kemalangan yang berlaku ditempat kerja
akan melibatkan berlakunya kecederaan yang tidak terduga akibat dari kecuaian atau ketidak
sengajaan pekerja semasa melakukan tugasan yang diarahkan. Kesedaran terhadap kepentingan
amalan keselamatan dan pengurusan seharusnya dipertingkatkan di kalangan guru dan pelajar yang
berada di dalam bengkel khususnya ketika melaksana kerja amali termasuklah guru-guru Kemahiran
Hidup SABK (menengah). Kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan dan
penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan boleh
menyebabkan bengkel menjadi tidak terurus dan menjadi pemangkin kepada kemalangan dan
kecederaan.
Oleh yang demikian, pengetahuan terhadap amalan keselamatan dan pengurusan bengkel
dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (menengah) amat penting
bagi mewujudkan sebuah bengkel yang ceria dan kondusif serta selamat untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh dapatan Sharifah et. al., (2015) pengurusan dan
penyelenggaraan alat tangan dan mesin merupakan aspek utama yang harus dikuasai oleh Ketua
Panitia dan guru guru Kemahiran Hidup.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
322
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti :
i. Tahap pengetahuan tentang pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel di
sekolah di kalangan guru KHB SABK (menengah) negeri Kedah.
ii. Tahap pengetahuan tentang pelaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup SABK (menengah) negeri Kedah.
PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya persoalan kajian adalah:
i. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup SABK (menengah) negeri Kedah mengetahui
tentang pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel.
ii. Apakah tahap pengetahuan tentang pelaksanaan sistem pengurusan dan
keselamatan bengkel Kemahiran Hidup SABK (menengah) negeri Kedah.
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.
Pemilihan bentuk kajian deskriptif ini kerana ia mempunyai ciri yang menyeluruh mengenai sesuatu
isu atau masalah, menggunakan saiz sampel yang besar, maklumat yang dipungut secara terus
daripada responden, tidak memerlukan masa yang lama dan dapat digeneralisasikan untuk sesuatu
populasi kajian (Cohen, Manion, & Morrison, 2011; Rubin & Babbie, 2001; Wiersman, 2000). Kajian
ini menggunakan soal selidik dengan berbentuk nominal dengan Likert 1 hingga 5. Item-item dalam
set soal selidik dibina berdasarkan rujukan dari kajian lepas oleh Amran (2002) dan Azharudin
(2004). Item-item tersebut juga terhasil daripada usaha penyelidik meneliti sorotan penulisan
berkaitan dengan faktor pengetahuan, kemahiran pengurusan dan penyelenggaraan bengkel,
beban tugas serta penglibatan organisasi dan pentadbiran sekolah yang mempengaruhi
pengurusan bengkel di sekolah menengah teknik yang dinaik taraf. Set soal selidik ini mengandungi
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Seramai 26 orang responden yang terdiri guru Kemahiran Hidup SABK (menengah) yang
memulangkan borang soal selidik daripada keseluruhan 33 orang responden. Dalam proses
pengumpulan data kajian, pengkaji telah mengedarkan sendiri set borang selidik kepada guru
Kemahiran Hidup SABK ketika satu kursus yang dianjurkan oleh IPGK Perlis dengan kerjasama Unit
Kurikulum dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada bulan Mac 2016.
Melalui kaedah ini, pengkaji dapat menerangkan kepada responden kaedah menjawab borang kaji
selidik tersebut. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) version 19.0 bagi mendapatkan peratusan dan nilai min.
DAPATAN KAJIAN
1. Pengetahuan tentang pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel di sekolah
Jadual 1 menunjukkan pengetahuan guru-guru KHB SABK (menengah) tentang pengurusan
organisasi dan keselamatan bengkel KHB di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan guru-guru KHB SABK tentang langkah menyediakan laluan kecemasan di dalam
bengkel mencapai skor min yang tertinggi iaitu 4.00 berbanding lain lain item dalam kelompok
pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel. Namun begitu dapatan kajian juga menunjukkan
tahap pengetahuan responden dari aspek pengurusan alat dan bahan agak rendah dengan skor min
2.92 bagi tahap pengetahuan responden mengenai klasifikasi alatan mengikut keperluan dan
kesesuaian tempat, skor min 2.96 bagi tahap pengetahuan responden mengenai klasifikasi bahan
mengikut keperluan dan kesesuaian tempat dan skor min 3.00 untuk perbezaan harta modal dan
inventori. Purata min keseluruhan untuk tahap pengetahuan responden tentang pengurusan
organisasi dan keselamatan bengkel KHB tahap sederhana dengan skor min 3.52.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
323
Jadual 1
Pengetahuan tentang pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel KHB
Pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Skor Min
Langkah-langkah keselamatan perlu diketahui oleh Guru sebelum menggunakan sesuatu alatan 3.96
dan bahan
Pelan bengkel dilabelkan dengan jelas dan mudah untuk difahami 3.85
Guru memahami langkah-langkah menyediakan laluan kecemasan di dalam bengkel. 4.00
Penubuhan jawatankuasa dibentuk bagi mengurus sesebuah bengkel 3.96
Guru dapat membezakan harta modal dan inventori 3.00
Alatan diklasifikasikan mengikut keperluan dan kesesuaian tempat 2.92
Bahan-bahan diklasifikasikan mengikut keperluan dan kesesuaian tempat 2.96
Purata Min keseluruhan 3.52
2. Pengetahuan tentang pelaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran
Hidup di sekolah
Jadual 2
Pengetahuan tentang perlaksanaan pengurusan dan keselamatan bengkel KHB
Pengetahuan tentang pelaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan bengkel kemahiran
hidup di sekolah Skor Min
Jadual bertugas disediakan dan ditampal pada papan kenyataan dalam bengkel kemahiran 3.69
hidup.
Laluan kecemasan digunakan apabila berlaku sebarang kemalangan di dalam bengkel. 4.08
Guru boleh membaik pulih alatan-alatan yang telah rosak di dalam bengkel 2.81
Semua peralatan diletakkan pada tempat asal selepas digunakan. 4.00
Alatan-alatan tangan dikategorikan dan di simpan didalam panel terbuka dan panel tertutup. 3.46
Kerusi diletakkan diatas meja selepas proses pembelajaran dan pengajaran berakhir. 4.04
Setiap peralatan bengkel yang baru perlu didaftarkan di dalam borang-borang pengurusan aset. 3.23
Rujuk pentadbiran sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa membuat kerja-kerja amali 4.15
di bengkel.
Guru mencatat buku rekod penggunaan bengkel selepas tamat proses pembelajaran 4.12
Peraturan keselamatan bengkel disediakan pada setiap ruangan meja kerja di dalam bengkel. 3.96
Purata Min 3.75
Jadual 2 menunjukkan pengetahuan guru-guru KHB SABK (menengah) tentang pelaksanaan
sistem pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah. Dapatan kajain mendapati
tahap pengetahuan responden tentang langkah segera yang perlu diambil sekiranya berlaku
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
324
kemalangan mencapai skor min yang tertinggi iaitu 4.15 berbanding lain lain item dalam kelompok
perlaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan bengkel. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan responden dari aspek membaik pulih alatan bengkel yang rosak
memperolehi skor min terendah iaitu 2.81. Purata Min keseluruhan untuk tahap pengetahuan
responden tentang pelaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di
sekolah adalah tinggi dengan skor min 3.75.
PERBINCANGAN
Sesebuah bengkel pertukangan yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan tentang
pengurusan dan keselamatan bengkel amat penting bagi membolehkan guru-guru Kemahiran Hidup
menguruskannya dengan baik termasuklah guru-guru Kemahiran Hidup SABK. Dapatan kajian
menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup SABK dari aspek pengurusan
organisasi dan keselamatan bengkel adalah pada tahap sederhana dengan purata min 3.54. Hanya
44.3 peratus daripada responden yang mempunyai pengetahuan tentang perbezaan harta modal dan
inventori. Tahap pengetahuan responden untuk klasifikasi alatan dan bahan juga pada peratusan
yang agak membimbangkan dengan 38.4 peratus responden mempunyai pengetahuan klasifikasi
alatan dan 42.2 peratus responden mempunyai pengetahuan dari aspek klasifikasi bahan mengikut
ruang kerja atau bengkel tertentu. Asnul & Nurul (2011) menyatakan bahawa alatan dan mesin yang
ditempat pada ruang yang salah akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bengkel.
Namun begitu, responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dari aspek langkah
keselamatan dan penyediaan laluan kecemasan dengan min masing-masing 3.96 dan 4.00. Ini
menunjukkan responden mengetahui betapa pentingnya aspek langkah keselamatan ketika berada di
bengkel kemahiran hidup. Tahap pengetahuan dan pengurusan serta penyelenggaraan bengkel
yang baik akan menentukan kejayaan perlaksanaan pengurusan dan penyelenggaraan bengkel
serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Memang tidak dinafikan guru-guru
yang terlibat telah menjalankan tanggungjawab untuk mengurus bengkel dengan baik. Namun
begitu, tugas mengurus bengkel tidak pernah selesai kerana guru kekurangan kemahiran dan
pengetahuan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih sistematik.
Tahap pengetahuan responden tentang pelaksanaan sistem pengurusan dan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah tinggi dengan purata min 3.75. Namun begitu responden
berpendapat tahap pengetahuan mereka dari aspek mengkategori alatan mengikut ruang kerja dan
mendokumentasi alatan dan bahan masih lagi di tahap sederhana dengan min 3.46 dan 3.22.
Menurut Hazliani & Muhammad Sukri (2016), rekod-rekod stok ini penting diuruskan dengan sebaik
mungkin dan dikemaskini bagi tujuan penyelenggaraan inventori dan pengauditan. Ini sejajar
dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, kerajaan mengarahkan penggunaan
borang-borang baru bagi pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat. Penggunaan
borang-borang baru ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengurusan harta modal, inventori
dan bekalan pejabat melalui penggunaan borang- borang baru di Kementerian/Jabatan/ Agensi
Kerajaan. Kemudian disusuli pula dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007
menekankan pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat. Ini bermakna pihak kerajaan
memandang serius terhadap pengurusan bagi mengelak berlakunya pembaziran kewangan yang
berterusan sekiranya sistem pengurusan yang berkualiti tidak dilaksanakan dengan jayanya. Kerja-
kerja pendokumentasian rekod-rekod di bengkel melibatkan rekod kad-kad stok bahan kekal, kad
stok bahan habis guna, rekod keselamatan penggunaan bengkel, rekod penggunaan bahan dan
alatan, rekod pergerakan dan pinjaman alatan dan sebagainya. Proses pengurusan bengkel yang
baik memerlukan pengetahuan yang mendalam. Oleh itu guru-guru SABK perlu dibekalkan dengan
pengetahuan tentang pengurusan bengkel bagi memastikan perjalanan proses pengajaran
dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar. Bengkel yang d i u r u s d a n diselenggara
dengan baik secara tidak langsung akan menarik minat pelajar serta menjamin keselamatan
di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
KESIMPULAN
Tanggungjawab menguruskan bengkel tidak boleh dipandang mudah kerana memerlukan
tumpuan yang lebih. Proses pengurusan bengkel yang baik memerlukan pengetahuan yang
mendalam. Oleh itu guru-guru Kemahiran Hidup SABK khususnya perlu dibekalkan dengan
pengetahuan tentang pengurusan bengkel bagi memastikan perjalanan proses pengajaran
dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar. Bengkel yang diselenggara dengan baik secara
tidak langsung akan menarik minat pelajar dan menjamin keselamatan di sepanjang proses
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
325
Pengajaran dan Pembelajaran. Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian
bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan perancangan perbelanjaan, merekod inventori,
kawalan stok dan pelupusan. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan
yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan pembelian alat, pemilihan
alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan, kaedah penyusunan dan penyimpanan alat, dan
penyelenggaraan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat
dijalankan dengan lancar dan sempurna. Disamping itu aspek keselamatan bengkel perlu diberikan
keutamaan, mempunyai satu polisi dan peraturan keselamatan yang boleh dijadikan panduan. Ini
disokong oleh Abd Rahman (2012) yang menyatakan keselamatan bengkel adalah tanggungjawab
bersama antara pihak pengguna dan perlu diberi perhatian serius dari masas ke semasa.
RUJUKAN
Abd Rahman, S. (2012). Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Mekanikal Politeknik Malaysia. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Asnul Dahar, M., & Nurul Faizah, S. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel
Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala
Lumpur.
Azarudin Ab.Latif (2004). Beban Tugas Guru Bengkel Dalam Pengurusan Bengkel Di Lima Buah
Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan : Satu Tinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia: Projek Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan
Cohen, L., Manion, L., & Morrison,K. (2011). Research Methods in Education (7th ed.) New York:
Routledge.
Damanhuri Mohamed Radzi (2002). Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup
Di Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan
Hazlani Abu, T., & Muhammad Sukri, S. (2016). Amalan Pengurusan Ruang Kerja Bengkel
Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Dalam Kalangan Ketua Panitia Khb Di Negeri Melaka.
Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional, 6, 15-27.
Rubin, A., & Babbie, E. (2001). Research method for social science work. Wadsworth: Thompson
Learning.
Sahaat, Z., & Buntat, Y. (2007). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Khas (cacat
Pendengaran) Dalam Mata Pelajaran Vokasional: Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Universiti Teknologi Malaysia.
Sharif, A. M. (1997). Pelaksanaan program pendidikan vokasional, teknikal dan kejuruteraan serta
implikasinya. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Sharifah, S., Suhaida, A. K., & Soaib, A. (2015). Kemahiran Pengurusan Bengkel Dalam Kalangan
Guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Paper presented at the Proceedings 3rd Regional
Conference On Educational Leadership And Management.
Wiersman, W. (2000). Research Methods in Education : A Introduction (7th ed.) Boston: Allyn &
Bacon.
Yusof, B., & Azri Ikhwan, A. (2012). Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Guru-Guru
Pelatih 4sph (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup) Semasa Mengikuti
Latihan Mengajar Di Sekolah.
Zulpakar, M. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran
Kemahiran Hidup Semasa Melakukan Kerja-Kerja Amali Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Universiti, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
326
Hubungan Antara Penglibatan Murid Dalam Kokurikulum Dengan Tahap
Keyakinan Murid Berkomunikasi
Nor Azmah Johari
Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat
Abstrak
Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) merujuk kemahiran-kemahiran yang perlu
dikuasai oleh pelajar iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran
maklumat, media dan teknologi serta kemahiran hidup dan kerjaya.
Kemahiran pembelajaran dan inovasi merujuk kepada penerapan 4C dalam
pengajaran dan pembelajaran, iaitu Creativity, Collaboration, Critical Thinking
dan Communication. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum mungkin
dapat membantu mencapai tujuan pelaksanaan PA 21 iaitu melahirkan modal
insan berkualiti, berpengetahuan, daya fikir kreatif, mempunyai keyakinan diri
seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan jasmani, emosi rohani
dan intelek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Kokurikulum merupakan
saluran yang menggalakkan perkembangan bakat, kreativiti, dan potensi
murid ke tahap yang maksimum. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
melihat perkaitan peningkatan tahap keyakinan berkomunikasi murid dengan
penglibatan dalam kokurikulum. Seramai 50 orang murid SK Jelutong Barat,
lelaki dan perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian
merupakan set soal selidik maklum balas guru-guru terhadap tahap keyakinan
berkomunikasi murid-murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum bagi tahun 2017 dan 2018
dibandingkan bagi melihat sejauh mana ia berupaya mempengaruhi tahap
keyakinan murid berkomunikasi. Selain daripada itu, rekod offline, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) juga menjadi kayu ukur tahap keyakinan
berkomukinasi murid menggunakan pengukuran berskala Likert. Nilai
kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.85. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 15.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa tahap
keyakinan diri murid untuk berkomunikasi berada pada tahap yang
sederhana. Semakin aktif penglibatan seseorang murid dalam kegiatan
kokurikulum, semakin tinggi tahap keyakinan berkomunikasi murid tersebut.
Kata Kunci: Penglibatan Murid, Kokurikulum, Keyakinan Murid Berkomunikasi
PENDAHULUAN
Kokurikulum adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar kawasan bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ini
amat penting dijalankan di sekolah kerana melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ini murid-murid dapat
bersosial dengan kawan-kawan, membina karakter diri, dan menambahkan keyakinan diri dalam
berkomunikasi. Menurut Mok Soon Sang (2009), kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang
dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan
lanjutan pelajaran sesi persekolahan.. Model keyakinan sukan spesifik oleh Vealey (1986) adalah
merupakan teori motivasi pencapaian yang berasaskan konsep keyakinan sukan.Model ini
mencadangkan bahawa atlet yang berjaya dalam sesuatu sukan yang tertentu, akan merasakan
keyakinan sukan, dan keyakinan tersebut boleh dibawa ke dalam situasi sukan baharu yang lain pula.
Ini menyokong bahawa penyertaan dalam pertandingan sukan atau koakademik dapat meningkatkan
motivasi murid. Penglibatan murid-murid di dalam aktiviti kokurikulum digalakkan oleh Kementeriian
Pendidikan Malaysia sejajar dengan falsafah pendidikan Negara untuk melahirkan masyarakat yang
seimbang antara jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
327
PERNYATAAN MASALAH
Bersarakan latar belakang masalah yang dihuraikan, didapati murid-murid yang kurang aktif dalam
kokurikulum kurang keyakinan dalam berkomunikasi. Lantaran itu, kajian mengenalpasti hubungan
diantara penglibatan murid dalam kokurikulum dengan tahap keyakinan murid berkomunikasi.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan penyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, objektif kajian ini adalah bertujuan
untuk mengetahui perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti adakah penglibatan murid dalam kokurikulum mambantu meningkatkan
keyakinan murid berkomunikasi.
ii. Mengukur sejauh mana penglibatan murid dalam kokurikulum dapat membantu
meningkatkan tahap keyakinan murid berkomunikasi.
iii. Mengukur sejauh mana penglibatan murid dalam kokurikulum dapat membantu
meningkatkan prestasi akademik murid.
PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:
1. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 lebih berani bertanya soalan kepada guru?
2. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 lebih berani membuat pembentangan di hadapan
khalayak ramai?
3. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 suka membimbing dan mengajar rakan-rakan mereka?
4. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 terlibat secara aktif dalam perbincangan atau aktiviti
kumpulan?
5. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 berani memberikan idea?
6. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 berani memberi kritikan secara terbuka terhadap
sesuatu perkara?
7. Adakah anda bersetuju bahawa tahap keyakinan murid berkomunikasi boleh
ditingkatkan melalui penglibatan murid dalam pertandingan koakademik atau sukan?
8. Adakah murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik
atau sukan pada tahun 2018 menunjukkan tahap keyakinan komunikasi yang lebih
tinggi berbanding sebelum menyertai pertandingan (2017)?
METODOLOGI
i. Reka Bentuk Kajian
Kajian ini memilih kaedah soal selidik bagi mengumpul data dan maklumat.
ii. Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada pelajar tahap 2 yang mewakili sekolah dalam bidang
kokurikulum iaitu seramai 100 orang murid dari 135 orang murid yang menyertai pelbagai
pertandingan dalam aktiviti kokurikulum
iii. Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instumen soal selidik secara atas talian iaitu google form. Instrumen
tersebut dapat mengumpul maklum balas guru dan murid tentang peningkatan tahap
keyakinan murid berkomunikasi.
iv. Prosedur Kajian
Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah memberikan taklimat ringkas kepada guru dan
murid yang terlibat sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian dijalankan
dan cara menjawab soal selidik kajian. Penyelidik telah mengumpulkan semua responden di
dalam sebuah bilik dan mereka diminta bersedia untuk menjawab soal selidik berkenaan.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
328
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian berdasarkan penglibatan murid-murid dalam lapan teras kokurikulum pada tahun 2018
di S.K Jelutong Barat seperi di bawah:
1. Teras Sukan
Teras sukan adalah aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti sukan dan pergerakan fizikal
yang disertai oleh S.K Jelutong Barat pada tahun 2018 adalah Kejohanan Bola Sepak,
Kejohanan Bola Jaring, Kejohanan Hoki, Kejohanan Hoki
2. Teras Kebudayaan
Pertandingan Asean Culture Festival, Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri
Pulau Pinang
3. Teras Daya Usaha dan Inovasi
Mencipta Modul Jom Cergas Intervensi Obesiti, Rekacipta pakaian beragam merdeka dan
rekacipta fotografi melalui Kelab Fotografi
4. Teras Pengucapan Awam
Pertandingan Biacara Berirama Bahasa Malaysia, Pertandingan Pidato
5. Teras Kesukarelawan
Petugas PBSM acara dalam dan luar sekolah
6. Teras Khidmat Komuniti
Khidmat Komunii Bersama Khariah Masjid Jelutong dan Politeknik Kulim, Tuisyen Rakyat
Bersama Mara dan komuniti Sekolah-sekolah Daerah Timur Laut
7. Teras Keusahawanan
Projek Jualan Kerepek Pendidikan Khas
8. Teras Kepimpinan
Kem kepimpinan pengawas, Kem Jati Diri 2018
Berdasarkan lapan teras Kokurikulum, kajian ini, mengenal pasti kaitan antara kokurikulum,
komunikasi dan maklumbalas guru dan soal selidik murid seperti dalam rajah dibawah.
TERAS KEMAHIRAN SOSIAL
KOKURIKULUM & KOMUNIKASI
MURID
MAKLUMBALAS
GURU &
SOAL SELIDIK
MURID
Rajah 1. Kerangka Konseptual
Dalam kajian ini, item-item diukur menggunakan skala Likert. Skala Likert digunakan kerana ia
dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan tepat melalui maklum balas responden. Setiap
soalan yang direka bentuk adalah berpandukan kepada pemboleh ubah yang hendak dikaji oleh
penyelidik. Responden hanya perlu menyatakan setuju atau tidak terhadap item-item dengan
menanda pada skor yang diberikan. Set borang soal selidik yang diedarkan dalam kajian rintis ini
digunakan oleh penyelidik untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik sebelum kajian sebenar di
jalankan. Nilai pekali Alfa Cronbach yang diperolehi ialah 0.85, nilai ini menunjukkan item kajian
diterima dan instrumen serta item-item pernyataan tidak perlu di tukar (Mohd Najib, 1999). Dapatan
hasil kajian ditunjukkkan di dalam rajah di bawah;
Jadual 1
Analisis maklum balas guru terhadap peningkatan tahap keyakinan murid Berkomunikasi
BIL BULAN ASPEK PERATUSAN PERATUSAN TAHAP
TIDAK SETUJU
SETUJU Sederhana
40% Tinggi
1 Januari Sebelum 60% 25% Tinggi
14%
2 Mei Semasa 75%
3 Ogos Selepas 86%
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
329
Jadual 2
Analisis soal selidik murid terhadap keyakinan berkomunikasi
BIL BULAN ASPEK PERATUSAN PERATUSAN TAHAP
YAKIN TIDAK YAKIN
1 Januari Sebelum 56% 46% Sederhana
2 Mei Semasa 70% 30% Tinggi
3 Ogos Selepas 78% 28% Tinggi
PERBINCANGAN
Keputusan diakhir kajian menunjukkan bahawa 86% guru bersetuju bahawa penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum membantu meningkatkan keyakinan diri murid berkomunikasi. Manakala soal
selidik terhadap murid menunjukan 78% mengakui bahawa mereka lebih berkeyakinan untuk
berkomunikasi setelah mewakili sekolah dalam pertandingan sukan atau koakademik. Keputusan ini
bermakna bahawa penglibatan murid dalam bidang kokurikulum membantu meningkatkan tahap
keyakinan diri murid berkomunikasi. Antara keberkesanan kokurikulum yang boleh dicapai oleh murid
berdasarkan kajian yang telah dijalankan adalah seperti:
1. Murid berkeyakinan tinggi dalam komunikasi harian
Penyepaduan ilmu antara pelajar dengan persekitaran pembelajaran lebih memberi keyakinan
dari sudut kognitif, afektif dan psikomotor kepada pelajar dalam usaha untuk menyesuaikan diri
apabila berhadapan dengan masyarakat dan apabila berhadapan dengan sebarang masalah yang
timbul. Ini kerana, setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan memerlukan kemahiran-kemahiran
tertentu dalam menjadikan aktiviti-aktiviti tersebut berjalan dengan lancar.
2. Berdaya saing dan mampu berkomunikasi dengan berkesan
Keterlibatan murid dalam aktiviti kokurikulum juga akan menjadikan mereka menguasai
pelbagai kemahiran dan berdaya saing serta boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan
tekanan yang diberikan. Murid yang memiliki keterampilan dalam komunikasi yang baik dapat
menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
3. Cemerlang dalam pembelajaran
Aspek kokurikulum atau pembelajaran di luar kelas penting untuk membina pembangunan diri
secara holistik dan dapat berkomunikasi dengan berkesan
KESIMPULAN
Setelah kajian dijalankan, jelas terbukti tahap keyakinan diri murid berkomunikasi dapat ditingkatkan
melalui penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Penekanan yang diberikan oleh Sekolah
Kebangsaan Jelutong Barat terhadap aktiviti kokurikulum menjadikan aktiviti kokurikulum ini sebaris
dengan keperluan pendidikan masa kini. Keterlibatan murid-murid di dalam aktiviti kokurikulum
mampu memberi impak positif kepada keyakinan murid untuk berkomunikasi berdasarkan dapatan
hasil kajian. Justeru, penglibatan murid dalam kokurikulum mampu meningkatkan tahap keyakinan
murid untuk berkomunikasi.
RUJUKAN
Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan (2015). Kemahiran Komunikasi Dalam
Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Haliza Hamzah & Samuel. J. N. (2016). SPG Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua.
Middletown, Oxford Fajar
Tim Lavender . (2004). Achieving Personal Gretaness.Advantage Quest Publications
Vealey, R. S. (1986). Conceptualization of sport-confidence and competitive orientation: Preliminary
investigation and instrument development. Journal of Sport Psychology, 8, 221–246.
Berita Harian (2004). ―Lemah Komunikasi Punca Lepasan Universiti Gagal Temu Duga.‖ Berita
Harian, 20 April 2004.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
330
Pelaksanaan Kit Latih Tubi Literasi Di Kalangan Murid-Murid Tidak Melepasi
Konstruk 2 Dalam LINUS Dan Murid Bermasalah Pembelajaran
1Syariman Jahari, 2Zalifah Reduan
1;2Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, 43600 Sepang, Selangor, Malaysia.
Abstrak
Kit latihtubi ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh murid-murid yamg tidak melepasi konstruk 2 dalam LINUS
(Bahasa Malaysia). Tujuan kajian ini mengenal pasti Kit Latihtubi (Modul
Kognitif K12) untuk lulus dalam LINUS dikalangan murid-murid yang tidak
melepasi konstruk 2 LINUS dan murid bermasalah pembelajaran. Kajian
kualitatif berbentuk kajian tindakan dijalankan bagi mendapatkan data. Data
yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Teori kajian ini didasari daripada
teori Scalfholding oleh Lev Vygotsky, model yang digunakan ialah model ZPD
( zone of proximal development). Selain itu juga kajian ini mencari cara-cara
pembagunan modul yang menyokong pembangunan akademik. Satu teknik
dan strategi yang baharu diperolehi ialah multidisciplinary iaitu satu kaedah
intervensi yang digabungkan dengan pelbagai jenis intervensi untuk
menguasai kemahiran membaca dan menulis dikalangan murid-murid yang
tidak melepasi konstruk 2 dalam LINUS.Sempel kajian adalah sebanyak 2
orang murid-murid bermasalah pembelajaran Lewat Perkembangan (Global
Developmental Delay) dan 3 murid cicir sekolah berumur 10 tahun.Lokasi
kajian adalah bertempat di Dengkil, Selangor,Malaysia. Data yang diperolehi
daripada data portal ujian instrument LINUS (Literation and numeration
program) 2.0 tahun 2017.Hasil dapatan kajian menunjukan 1 murid telah
berjaya menguasai konstruk1 dan konstruk 2 dan 4 murid lulus konstruk 12
dalam instrument saringan LINUS 2.0.
Kata kunci: Kaedah multisensory,modul pembelajaran,developmental delay,
multidisciplinary.
PENDAHULUAN
Kit Pembelajaran Modul Kognitif K12 ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh murid yang tidak melepasi konstruk 2 dalam LINUS dan murid-murid Global
Developmental Delay (Lewat perkembangan) untuk menguasai Konstruk dalam Literation and
numeration screening (LINUS).
Definisi Modul Kognitif K12
Modul Kognitif K12 ialah satu modul khas untuk murid menguasai konstruk dalam LINUS melebihi
Konstruk 2. Konstruk-konstruk didalam LINUS adalah meliputi 12 konstruk (skala kesukaran asas
huruf sehngga skala kesukaran tertinggi penulisan dan pemahaman. Modul kognitif K12 merupakan
satu kit yang diharapkan dapat menyelesaikan masalah murid untuk menguasai konstruk 12 yang
merupakan masalah utama kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Isi kandungan modul ini
menerapkan domain psikomotor, ingatan pemikiran, Interlectual Qoution (IQ), kognitif dan bahasa. Ia
menerapkan sukatan pra bacaan dan mempunyai 12 konstruk tahap kesukaran selaras dengan 12
konstruk dalam LINUS. Teknik yang ditekankan ialah teknik ansurmaju,visual,
pengulangan,bimbingan, perkaitan dengan kehidupan sebenar murid-murid. Terdapat sebahagian
unsur multidisiplin juga diujudkan didalam PDPC (teaching & learning). Menut KPM (2004)
menyatakan bahawa Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran
terdapat 8 kemahiran bahasa iaitu kemahiran bertutur, (2) kemahiran mendengar, (3) kemahiran
prabacaan, (4) kemahiran membaca suku kata, (5) kemahiran membaca perkataan, (6) kemahiran
membaca ayat, (7) kemahiran pratulisan, (8) kemahiran menulis dan (9) kemahiran komunikasi. Oleh
itu sukatan pelajaran modul Kognitif K12 ini juga mestilah merujuki Huraiain Sukatan Pelajaran ini.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
331
Isu
Penyediaan Modul ini mula-mula dikaji dan dibuat untuk menyelesaikan masalah mereka seawal
darjah dua apabila semakin ramai murid-murid yang mempunyai masalah lewat perkembangan ini
tidak diklasifikasikan sebagai murid berkeperluan khas dan tidak ditempatkan ke program Program
pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah yang dikaji. Jadi mereka tetap belajar didalam arus
perdana. Modul ini juga dibina untuk menyelesaikan masalah murid-murid yang keciciran sekolah dan
yang selalu ponteng sekolah. Mereka ini selalunya akan tertinggal pelajaran mereka dan tidak lulus
LINUS kerana terlalu lama tinggalkan kelas. Seterusnya mereka ini akan terus tercicir jika tidak
diberikan intervensi dan pemulihan yang sewajarnya. Oleh itu pengkaji melihat perlunya membina
satu modul khas untuk mereka terus meningkatkan pencapaian kognitif mereka seterusnya
meningkatkan pencapaian literasi dan secara tidak langsung pencapaian akademik mereka.
Teori dan Model
Teori yang dirujuki ialah berteraskan kepada teori social budaya daripada teori Lev Vigotsky model
yang digunakan ialah model Zon Proximal Development iaitu model bimbingan rakan didalam kelas
dan mentor oleh guru.menuruk kajian daripada Hammond (2001) menyatakan bahawa perancangan
yang teliti dan menggunakan tenik scaffholding dapat membantu murid-murid memperolehi
kefahaman yang baharu tentang dunia sekeliling mereka. Hammond juga merumuskan bahawa
dalam penggunaan scaffholding banyak perkara perlu diambil kira terutamanya dalam perancangan,
pemilihan aktiviti, persekitaran dan faktor masa. Aktiviti mengambil kira pengetahuan sedia ada,
struktur yang dirancang mengikut urutan serta tahap kesukaran dalam kostruk pelajaran. Manakala
rekabentuk kajian adalah secara intervensi berulang-ulang (teknik ABAB) dua gelung.
Kajian Lepas
Menurut Aminah Ayub (2007) ketidakpekaan guru-guru terhadap sosioekonomi (SES) murid yang
tidak pandai membaca turut menyumbang kepada kegagalan program intervensi LINUS (Literation
And Numeration). Guru-guru perlu mengambil tahu dan menyemak latarbelakang dan biografi murid-
murid didalam merancang aktiviti PDPC yang sesuai dengan keperluan murid-murid intervensi. Ishak
Haron (2005) menyatakan bahawa masalah membaca dan menulis juga berpunca daripada masalah
kekeliruan abjad. Pada fasa awal murid-murid membaca dan menulis menghadapi masalah
kekeliruan abjad. Huruf huruf yang sering bercelaru adalah huruf b,p,q dan d. Disamping itu huruf
kecil yang sering menimbulkan kekeliruan murid adalah huruf, u,q,d,h,p,v,b,e,b,f,i,j dan k. kekeliruan
abjad ini merupakan satu masalah yang besar kepada murid-murid dalam membezakan diantara
huruf-huruf p-q, d-b,b-q dan d-p. kecelaruan tersebur digelarkan dengan istilah (reversal of latter)
yang memberikan kecelaruan kepada murid-murid bermasalah membaca dan menulis. Menurut
safiah Osman (1995) Keupayaan membaca haruslah dilengkapi dengan keupayaan memahami
pelbagai aras pemahaman, dari aras yang rendah sehingga kepada aras yang tinggi. Pelajar literasi
Bahasa melayu haruslah didedahkan dengan tahap pemahaman yang pelbagai aras, seperti aras
literal, taakulan,sistisis, analisis, aplikasi, penilaian dan penghayatan.
Menurut Rohana Lat (2001) menyatakan bahawa kegagalan seseorang membaca dan
memahami adalah dipengaruhi daripada beberpa faktor-faktor yang tertentu, diantaranya ialah faktor,
kesediaan Bahasa, tekanan emosi,personaliti guru dan hubungan interaksi sosial semasa PDPC
dilaksanakan didalam bilik darjah. Berpegang kepada prinsip pemulihan seawal mungkin, pendidik
harus berusaha untuk membantu dan memulihkan murid Linus Konstruk 1 dan 2 supaya mereka
dapat menguasai kemahiran membaca melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan kerana menurut
Yahya Othman (2003), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi
pembaca. Mereka mempunyai masalah lewat perkembangan dan suka membuat bising serta
mengganggu murid-murid lain di dalam kelas, kurang minat untuk mengambil bahagian semasa
pengajaran dan jarang-jarang dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna. Mereka
sering dilabel murid yang bermasalah dari segi emosi dan tingkah laku, sosial, kurang kesediaan
belajar, kesihatan terganggu, lemah 12 pengamatan dan tidak boleh mengingat kembali, Jabatan
Pelajaran Melaka (2013).Dahlia Janan (2012). Tuzana (2014). menunjukkan tiga faktor
mempengaruhi keupayaan pembaca untuk membaca dan memahami. Faktor pembaca (Keupayaan
membaca, jantina, umur,latar belakang, sosial, pengetahuan sedia ada, minat, motivasi, sikap,
matlamat membaca) Keupayaan pembaca untuk membaca dan memahami Kebolehbacaan ialah
satu konsep yang merujuk kepada tahap susah senang sesuatu bahan untuk dibaca Faktor-faktor
bahan bacaan (Kebolehbacaan, kesukaran linguistik, organisasi, kandungan, struktur legibiliti,
ilustrasi, ciri-ciri fizikal teks, & pengarang) Faktor-faktor guru, kelas, dan sekolah (Latar belakang
Pedagogi & strategi: ciri-ciri fizikal & sistem). Menurut Kamil (2003) mencadangkan beberapa strategi
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
332
terhadap kesukaran menuasai literasi ialah dengan cara menjalankan latihtubi, mengeja,menyebut
dan membaca secara konsisten mengikut konteks, analisis perkataan dan memahami makna.
Mahazan (2007) menyatakan bahawa modul yang berjaya membantu murid menguasai huruf ―a‖
hingga ―z‖ dapat membantu mereka memperkembangkan minda mereka. Menurut KPM (2012) murid-
murid Pendidikan Khas mempunyai enam bahagian kelemahan iaitu Domain Kognitif, Domain
Bahasa dan Komunikasi, Domain Sosioemosi, Domain Pengurusan Tingkahlaku, Domain Kemahiran
Motor Halus dan Domain Kemahiran Motor Kasar. Semua domain ini perlulah murid kuasai supaya
meningkatkan kognitif dan pembelajaran murid akan kembali kepada normal seperti murid-murid
normal yang lain.
Dalam konteks kertas kerja ini, murid-murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk
diperhatikan tidak menguasai literasi atau hanya menunjukkan kemajuan literasi yang amat terhad
(Noor Aini 2010). Noor Aini mencadangkan Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi
Murid-murid Bermasalah Pembelajaran sederhana dan teruk yang berfokus kepada aktiviti
pengajaran, inventori perkataan berfungsi dan program kemahiran bahasa selain perkhidmatan
sokongan yang lain.
Dalam konteks kertas kerja ini, murid-murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk
diperhatikan tidak menguasai literasi atau hanya menunjukkan kemajuan literasi yang amat terhad
(Noor Aini 2010). Noor Aini mencadangkan Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi
Murid-murid Bermasalah Pembelajaran sederhana dan teruk yang berfokus kepada aktiviti
pengajaran, inventori perkataan berfungsi dan program kemahiran bahasa selain perkhidmatan
sokongan yang lain.
Menurut kajian daripada Logan et al. (1997) menyatakan bahawa mereka telah menjalankan
kajian terhadap murid-murid yang belajar dalam Program Pendidikan Inklusif dan mendapati
pencapaian murid-murid dalam akademik dipengaruhi oleh pengajaran kolaborasi, pembelajaran
koperatif, kumpulan kecil atau pengajaran secara individu. Ini menunjukan mereka perlulah
dibahagikan mengikut kategori dan tahap kemampuan mereka apabila proses PDPC berlangsung.
Menurut Abd. Rahim (2006), murid bermasalah pembelajaran terdiri daripada kanak-kanak
yang mempunyai masalah kognitif iaitu kerencatan akal yang dianggap boleh dididik dan boleh
mendapat manfaat pendidikan formal di sekolah. Dalam konteks kajian ini, murid-murid bermasalah
pembelajaran belajar di dalam bilik darjah mengikut tahap kebolehan mereka dengan kriteria
penempatan ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab di sekolah.
Objektif Kajia
Mengenal pasti Kit Pembelajaran (Kognitif K12) keatas murid supaya menguasai konstruk 12 (skala
kesukaran Keupayaan membaca dan menulis dalam LINUS) dalam literasi dikalangan murid-murid
bermasalah pembelajaran dan murid arus perdana yang tidak melepasi konstruk 2 dalam LINUS.
METODOLOGI
Bentuk Kajian
Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada lima murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran
dan murid-murid lain yang tidak melepasi konstruk 2 dalam LINUS. Kajian ini dijalankan bagi tujuan
untuk meningkatkan pencapaian murid-murid supaya melepasi Konstruk 12 didalam Literasi LINUS
(Literation And Numeration). Murid-murid ini terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran murid
lewat perkembangan,murid cicir dan murid-murid arus perdana yang masih tidak melepasi konstruk 2.
Perlaksanaan satu kit pembelajaran dan latihan diperkenalkan keatas mereka. Untuk menjaga kualiti
modul ini telah melalui proses daripada model pengujian ADDIE. Penekanan juga turut diberikan
perhatian yang penting. Selain itu ketepatan kajian ini sentiasa diberikan penekanan bagi
mendapatkan jawapan kepada persoalan yang telah dibentangkan. Reka bentuk kajian ini adalah
berupa rekabentuk kaedah kajian tindakan Modul literasi. Kajian tindakan dilihat sangat baik untuk
tujuan pelaksanaan modul ataupun Kit pembelajaran. Dari kaedah kajian tindakan data diperoleh
daripada ujian pra, perlaksanaan intervensi dan ujian pos yang dilakukan berulang-ulang. manakala
pembagunan modul Literasi adalah dengan menggunakan Model ADDIE (Analisis, Design,
Development, implementation, Evaluation: Rosset, 1987). Metodologi pembangunan perisian kursus
ini adalah berdasarkan kepada model Analysis (Analisis), Design (Reka bentuk), Development
(Pembangunan) , Implementation (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian) atau ADDIE. Menurut
Smith dan Edwards (2006), model ADDIE merupakan pendekatan secara instruksional yang sah
digunakan sebagai latihan pengukuhan atau perkembangan. Pendekatan secara instruksional dibina
berdasarkan nilai, spesifikasi pengetahuan, kemahiran intelek dan metodologi pembinaan yang
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
333
memfokuskan pada kebolehan menyelesaikan masalah melalui latihan yang disediakan dan keadaan
sekeliling individu tersebut.
Instrumen Kajian
Penggunaan model ADDIE pada mulanya adalah untuk tujuan ketenteraan bagi latihan ketenteraan
Amarika Syarikat ketika perang dunia kedua, ia merupakan satu system berarah yang sistematik
(ISD) atau lebih dikenali dengan model ADDIE molenda (2003).didalam model ADDIE terdapat lima
langkah iaitu Analisis (Analysis), rekabentuk (Design), Pembangunan (Development),
Pengimplikasian (Implimentation) dan penilaian (Evaluation) (Prestera 2004).Penggunaan Model
ADDIE digunakan untuk menguji kesahan dan pencapaian Modul terhadap murid-murid. Kaedah ini
adalah untuk penambahbaikan kepada Modul Kognitif K12. Pengujian modul adalah dengan cara
berikut:
i. Analisys (Analisa)
Strickland (2006). Catherine Caws (2013) menyatakan bahawa dalam fasa Analisis, permasalahan
yang berkaitan dengan instruksional perlu dinyatakan dan dijelaskan berserta dengan matlamat dan
objektif. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan semasa proses pembinaan kelak. Masalah yang ingin diselesaikan adalah
konstruk 1 iaitu penguasaan huruf-huruf konsonan. Manakala konstruk 2 pula ialah penguasaan huruf
vokal dan membina sukukata terbuka dan tertutup KV (Konsonan+vokal). Masalah penguasaan huruf
ini menumpukan kepada huruf-huruf yang sukar diingati yang hampir sama bentuknya seperti
DPB,MN,IL,FE,OQ serta perkataan yang hampir sama bunyi. Nombor juga turut dimuatkan kedalam
modul kerana terdapat juga kes murid-murid mempunyai kecelaruan membezakan huruf tertentu
dengan nombor tertentu seperti no 8 dengan huruf S, no3 dengan huruf B, no4 dengan huruf
A.Penekanan juga diberikan kepada masalah kesukaran mengingat, modul ini dimuatkan bahan-
bahan ransangan mengingat dan kognitif seperti bahan-bahan pengamatan,terapi yang menguatkan
ingatan, psikomotor kasar dan motor halus serta peningkatan daya tumpuan dan ingatan. Modul ini
juga disusun mengikut aras kesukaran secara ansur maju. Kemahiran-kemahiran disusun dari aras
mudah kepada susah. Unsur pengulangan juga dimuatkan didalamnya untuk mengukuhkan ingatan
dan penguasaan huruf untuk murid-murid bermasalah pembelajaran. Matlamat pembinaan modul ini
adalah menumpukan kepada daya ingatan, psikomotor kasar dan halus.
ii. Design (Fasa Rekabentuk)
Menurut Shaharom dan Yap (1992) menyatakan bahawa penghasilan sesebuah modul mestilah
menerapkan konsep jasmani,emosi,rohani dan interlek. Menurut Pachler, N., Cook, J. and Bachmair,
B. (2010) dua faktor utama yang membantu kejayaan menguasai literasi ialah kemahiran mengenal
dan membunyikan huruf. Semasa fasa Reka bentuk, strategi instruksional telah dianalisis, dirancang
dan dirangka Secara pandangan keseluruhan. Modul ini dibina adalah untuk intervensi dan terapi
kepada Kognitif, Psikomotor kasar dan halus, daya ingatan, tumpuan dan IQ. Objektif yang khusus
pula adalah penguasaan konstruk 1 dan 2 seterusnya menguasai kemahiran mengeja yang menjadi
kunci kepada kemahiran membatang dan membaca lancar. Diantara item-item sesuai yang
dimuatkan kedalam modul adalah:
Pengamatan dan psikomotor
Penumpuan dan ingatan
Pra bacaan dan tulisan
Huruf dan sukukata
iii. Development (Fasa Pembangunan)
Penghasilan Modul merupakan modul untuk menguasai kemahiran konstruk 1 dan konstruk 2
terhadap murid-murid pemulihan dan murid-murid bermasalah pembelajaran Developmental Delay.
Kata kuncinya adalah modul daya ingatan, tumpuan dan motor. Pada asasnya modul ini hanyalah
untuk penguasaan konstruk 1 dan 2 sahaja tetapi ia amat sukar kepada murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran (Developmental Delay) untuk menguasainya.
iv. Implimentation (Fasa Perlaksanaan)
Menurut KPM (2016) perlaksanaan Modul hendaklah dilaksanakan secara individu,berpasangan dan
kumpulan kecil, dan dilaksanakan diantara 15 minit hingga 30 minit. Modul yang telah disiapkan ini
dilaksanakan dan diintervensikan kepada subjek kajian. Selepas dilaksanakan terdapat beberapa
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
334
maklumbalas daripada pengguna iaitu guru-guru yang terlibat mendapati ada kelemahan dan
masalah yang timbul dan harus diberikan penambahbaikan, diantaranya ialah:
1 Pengamatan dan psikomotor: Mencari beberapa kemahiran yang sesuai.
2 Penumpuan dan ingatan: menyediakan gambar yang seimbang.
3 Pra bacaan dan tulisan: menyediakan set latihan yang benar-benar menarik minat
murid.
4 Huruf dan sukukata: menghindari daripada terdapat kesalahan huruf dan ejaan.
Menurut Syed Abu Bakar (1994), aktiviti kesediaan membaca terbahagi kepada dua iaitu
peringkat prabacaan dan bacaan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,
kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya tahap
penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa,
iaitu mengenal dan mengecam huruf. Jika tahap prabacaan tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk
mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada murid-murid bermasalah pembelajaran, ibu bapa dan guru.
Semasa proses bacaan, guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan
mengecam huruf. Murid bermasalah pembelajaran perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh
mendorong mereka meningkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Menurut Husin,
Nazariyah, Mastura, Mastura dan Siti Hajar (2011), konsep prabacaan merupakan kemampuan dan
tahap kesediaan seseorang itu untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.
Johnson (2015) mengatakan penulisan awal atau early writing yang dipanggil driting (drawing +
writing) iaitu gabungan gambar dengan tulisan adalah petunjuk bagaimana kanak-kanak menguasai
kemahiran menulis secara tidak langsung atau emergent. Menggabungkan penulisan dengan gambar
dalam aktiviti seharian di dalam kelas berupaya merangsang kemahiran literasi kanak-kanak
(Baghban 2007; Love, Burns & Buell 2007). Wood (2013) mengatakan kanak-kanak bukan sahaja
bermain dengan bahan, mereka juga bermain dengan perasaan, maksud, idea dan hubungan,
kemudian mengubah aspek-aspek ini melalui pemikiran dalam bentuk lukisan.
v. Evaluation (Fasa Penilaian)
Fasa Penilaian pula melibatkan perlaksanaan perisian kursus ke atas murid-murid autisme bertujuan
untuk menguji tahap kemampuan perisian kursus berfungsi dalam persekitaran yang sebenar. Borang
pemantauan yang dicadangkan oleh Davis A.L. (2007). Penilaian yang dijalankan ialah dengan
menjalankan penilaian fomatif. Penilaian dilakukan disemua peringkat dan diperbaharui setiap masa.
Setiap kali menjumpai kesalahan pada masa itu juga modul ini diperbaharui. Proses pembaharuan
dijalankan berterusan dan setiap masa jika menjumpai maklumbalas yang memerlukan
penambahbaikan.Manakala penilaian sumatif pula akan dijalankan pada akhir intervensi dijalankan.
Ia adalah untuk penambahbaikan modul kepada subjek kajian yang seterusnya.
CARA MENGUMPUL DATA
Secara ringkasnya tiga kaedah yang utama digunakan didalam rekabentuk kaedah dan analisa kajian
dijalankan. 1) Kaedah temubual/pemerhatian. 2) Ujian Pra. 3)perlaksanaan intervensi, 4) ADDIE
(ujian keatas modul literasi) dan 5) Ujian pos, 6) Pengulangan proses intervensi (A,B,A,B).
Rekabentuk kajian adalah kajian tindakan.
Murid Bermasalah 1. Modul Pengamatan Peningkatan prestasi
pembelajaran dan psikomotor. kepada penguasaan
instrument LINUS
(Global Development 2. Modul Penumpuan dan
Delay) dan murid ingatan. Konstruk 12
kandas konstruk 1&2 3. Modul Pra bacaan dan
LINUS tulisan.
4. Modul Huruf dan
sukukata.
5. Modul LINUS K3 –K12
Rajah 1. Kerangka konsep : Penggunaan Modul Kognitif K3 dalam meningkatkan pencapaian murid-
murid linus k1-k2 bermasalah pembelajaran Lewat Perkembangan (GDD).
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
335
Berdasarkan rajah 1 dibawah menunjukan bahawa adakah penggunaan modul literasi asas
diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid Global Developmental Delay (lewat
Perkembangan) supaya dapat menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 didalam Linus. Intervensi yang
digunakan ialah Modul lierasi perlulah mempunyai set latihan modul yang lengkap. Modul ini
disyorkan menekankan kepada empat bahagian iaitu Pra bacaan, Pra tulisan, tulisan dan bacaan.
Kandungannya mencakupi semua konstruk didalam LINUS (Literasi). Penekakan didalam modul ini
ialah untuk membolehkan murid-murid linus berjaya mencapai konstruk Linus seterusnya lulus ujian
Linus terutamanya kepada murid-murid tahun 3. Namun bergitu aspek didalam kajian ini hanyalah
untuk melihat murid-murid bermasalah pembelajaran ―developmental delay‘ didalam kelas pemulihan
iaitu seramai 2 orang berjaya mencapai konstruk 3 iaitu melepasi konstruk 1 dan konstruk 2.
Daripada keseluruhannya bolehlah diringkaskan bahawa terdapat pelbagai bentuk kaedah dan
method yang digunakan didalam kajian ini. Proses intervensi yang dijalankan adalah bersifat kajian
tindakan dengan konsep intervensi ABAB. Modul diuji menggunakan ujian ADDIE. Perjalanan projek
mengunakan tiga fasa iaitu fasa Ujian pra, fasa perlaksanaan dan ujian pos (pengujian).Kajian ini
lebih bersifat kepada kaedah campuran iaitu kaedah kajian tindakan dan pembangunan modul. Kajian
ini juga bersifat kualitatif dan kuantitatif.
Populasi dan sampel
Populasi kajian adalah seramai 15 murid-murid kelas Pemulihan Linus yang menjalani kelas intensif
dan manakala sampel kajian ialah seramai 5 orang murid iaitu dua murid-murid yang telah disahkan
mempunyai masalah pembelajaran (MBK) yang lebih menjurus kepada masalah Global
Developmental Delay (GDD) iaitu murid bermasalah Lewat Perkembangan, tiga orang yang
mengalami masalah keciciran sekolah. Sempel kajian terdiri daripada Mohamad Sazuan Bin
Yauminddin, Muhamad Syazwan Bin Jamal, Muhammad Rayyan Bin Abu Zaki, Muhammad Irfan
Sakimi Bin Resno dan Mohamad Hafizul Bin Che Harun.
Lokasi
Lokasi kajian ialah bertempat di sebuag sekolah yang terletak di kawasan Dengkil iaitu sebuah
daerah di Sepang Selangor, Malaysia.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah dapam bentuk kuantitatif iaitu ujian akhir dalah daripada ujian instrument
LINUS NKRA. Dengan bantuan guru-guru , lima orang sampel telah dipilih untuk manjalani kajian
modul Kognitif K12 ini.ujian pra dan ujian pos adalah daripada instrument LINUS 2017. Selama
setahun kajian ini dijalankan dan keputusan akhir adalah pada instrument LINUS bulan September
2017 yang lalu. Daripada ujian pra (Ujian saringan Linus 2.0 NKRA) seramai 5 subjek kajian telah
menjalani ujian tersebut. Berdasarkan kajian ini semua subjek kajian berjaya mencapai sasaran dan
hasinya 100%. Semua 5 subjek kajian telah melepasi pencapaian pada konstruk 3 dan keatas. Empat
murid telah berjaya melepasi konstruk 12 (skala kesukaran Keupayaan membaca, memahami dan
menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan). Hanya seorang murid tidak Berjaya mencapai
konstruk 12 namun bergitu beliau telah melepasi konstruk3 dan Berjaya mencapai konstruk 6 dalam
LINUS.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
336
perbezaan Tahap Penapaian LINUS Sebelum
Dan Selepas Pelaksanaan Modul Kognitif K12
12 12 12 12
6
44 44 5
33 33 44 4
2 2
3
22221 22221
INSTRUMEN INTERVENSI UJIAN POS UJIAN PRA1 INTERVENSI INSTRUMEN
SARINGAN LINUS LINUS 2.0
murid 1 murid 2 murid 3 murid 4 murid 5 garisan matlamat kajian
Rajah 2. Analisa keputusan ujian pra dan ujian pos untuk sampel kajian didalam literasi
LINUS 2.0 2017.
Jadual 3
Keputusan ujian dan instrument pengukuran tahap pencapaian Literasi
Keputusan Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
Ujian Pra (Instrument LINUS 2.0) 2 2 2 2 1
2 2 2 2 1
Intervensi 4 3 4 3 2
Ujian Pos 4 3 4 4 2
Ujian Pra 2 4 4 5 4 3
Intervensi 2 12 12 12 12 6
Ujian Pos 2 (Instrument LINUS 2.0)
PERBINCANGAN
Keberkesanan sesuatu Modul atau Kit pembelajaran adalah berbentuk objektifdan subjektif, seperti
berjaya mencapai kejayaan dalam ujian LINUS, manakala secara subjektif pula adalah bergantung
kepada respon yang diberikan oleh pengguna. Daripada kajian modul kognitif K12 ini dapat
dibahagikan perbincangan mengenai 3 unsur-unsur yang utama dalam Modul ini.
1. Linus Generate sensory motor,kognitif, dan pencapaian akademik
Modul Kognitif K3 menekankan perkataan bermakna didalam kehidupan seharian dan dikaitkan
dengan keadaan yang biasa dilihat dan disentuh. Ini selaras dengan kenyataan Noor Aini (2003)
mencadangkan Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid Bermasalah
Pembelajaran sederhana dan teruk yang berfokus kepada aktiviti pengajaran, inventori perkataan
berfungsi dan program kemahiran bahasa selain perkhidmatan sokongan yang lain. Punca murid
tidak dapat menguasai kemahiran membaca adalah kerana aras pembelajaran dan pengajaran yang
terlalu tinggi serta objektif pembelajaran dan pengajaran yang sukar dicapai berbanding dengan
kebolehan murid Linus ini.
2. Modul Pengamatan dan psikomotor.
Modul pembelajaran yang menekankan kepada pemulihan dan peningkatan psikomotor halus dan
kognitif. Ini sesuai dengan kajian yang telah dibuat oleh Suwatno (2008). Menurut Suwatno, murid
yang mengalami kesulitan belajar dimanifestasikan dalam perilakunya, baik dari aspek psikomotor,
kognitif, konatif mahupun afektif. Beberapa perilaku yang merupakan manifestasi gejala kesulitan
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
337
belajar adalah seperti lambat dalam melakukan tugas-tugas kegiatan belajarnya dan selalu tertinggal
daripada kawan-kawannya dalam tempoh waktu yang disediakan.
3. Teknik PDP terhadap murid bermasalah pembelajaran
Liyana Binti Ahmad Afip (2012) memberikan beberapa cadangan PDPC terhadap murid-murid yang
bermasalah dalam pembelajaran, diantaranya ialah:
Kaedah Kinestetik- Kaedah ini akan melibatkan pergerakan murid. kaedah kinestetik ialah
melukis, menampal, menggunting dan sebagainya. Menerusi kaedah ini, murid dapat mempelajari
pelbagai kemahiran dan tidaklah terhad pada teks sahaja. Di samping itu, guru dapat meningkatkan
daya kreativiti murid untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya apabila diminta untuk
melukis sesuatu objek.
Kaedah VAK – Kaedah ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan
(kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini, murid melihat dan menyebut perkataan sambil
menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah fonik- Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang
tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan
diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.
Menurut Eggen dan Kauchak. D. (2013) Zon Perkembangan Proximal atau Zone Of Proximal
Development (ZPD) merupakan kawasan di mana penguasaan pembelajaran dan perkembangan
seseorang pelajar itu belum boleh dicapai secara sendirian namun boleh ianya berlaku apabila
pelajar tersebut mendapat bantuan serta sokongan pembelajaran yang bersesuaian. Daripada
pelbagai sumber memilih maklumat, membuat peneguhan, memproses maklumat, memahami tujuh
gaya pembelajaran berdasarkan teori kecerdasan Howard Gardner and Thomas Hatch (2010) dan
membuat penggulangan atau ulang kaji. Ismail Zakaria et al. (1992) menekankan bahawa murid-
murid seharusnya menguasai pemahaman literasi pada peringkat yang paling mudah atau asas
sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan pada aras yang lebih tinggi.
Ismail Zakaria et al. (1992) menekankan bahawa murid-murid seharusnya menguasai pemahaman
literasi pada peringkat yang paling mudah atau asas sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan
pada aras yang lebih tinggi (teknik ansur maju). Manakala Siti Fatimah (2006a) murid-murid pada
tahap praoperasi membina kebolehan menggunakan symbol seperti perkataan,imej,gambar dan
lukisan yang mewakili sesuatu objek. Gredler (1992) mencadangkan pengajaran dengan cara
Reading Recovery (menggunakan sukukata dan berwarna) kerana pendekatan ini akan lebih
memudahkan murid-murid memahami dan menguasai membaca.
KESIMPULAN
Perlaksanaan intervensi Literasi LINUS merupakan suatu intervensi yang wajib dan patut
dilaksanakan kerana murid-murid menghadapi dilema untuk menguasai konstruk 1 dan konstruk 2
walaupun setahun belajar didalam kelas arus perdana di tahun satu. Murid-murid ini jika tidak
diberikan intervensi, mereka pasti akan lebih dipinggirkan dan diabaikan didalam pembelajaran arus
perdana. Pembinaan Modul pembelajaran adalah sangat bertepatan dengan kehendak dan keperluan
murid-murid tahun 2 dan tahun 3 ini. Ini kerana modul ini memberikan penekanan kepada
peningkatan kognitif, psikomotor kasar dan halus dan juga peningkatan pemikiran dan minat.
Pelbagai elemen diterapkan didalam modul ini supaya mencapai objektifnya untuk menguasai
konstruk 1 dan konstruk2. Perlaksanaan intervensi melalui Modul pembelajaran didapati dapat
meningkatkan kemahiran dan pencapaian murid-murid yang tidak melepasi konstruk 1 dan konstruk 2
pada akhir sesi intervensi pada hujung tahun. Pencapaianya dilihat kepada peningkatan penguasaan
konstruk Literasi linus, peningkatan penguasaan kemahiran didalam Pemulihan dan juga peningkatan
kognitif dan minat untuk belajar. Menurut Liyana Binti Ahmad Afip (2013) keberkesanan sesuatu
modul mestilah mempunyai beberapa mekanisma ya
Cadangan
Secara rumusan terdapat beberapa cadangan untuk menjadikan seseuatu kit pembelajaran dan
Modul itu berkesan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran lewat perkembangan untuk
menguasai kemahiran asas literasi, diantaranya ialah:
i. Berteraskan kepada teori vigotsky (zon proximal Development).
ii. Rekabentuk secara intervensi berulang-ulang (teknik ABAB).
iii. Menerapkan domain psikomotor, ingatan,pemikiran (IQ) kreatif,bahasa, komunikasi
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
338
dan kognitif.
iv. Teknik yang ditekankan ialah, ansurmaju, visual (gambar berwarna), perkaitan
dengan kehidupan seharian murid,latihtubi, pengulangan dan bergred.
Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat untuk memastikan bahan kursus
yang dibina boleh mencapai objektif pembelajaran yang ingin dicapai misalnya melalui Theory of
Mind. Teori ini banyak dibincangkan oleh pengkaji seperti Graham Williamson (2011), Helen Tager-
Flusberg (2007), Lynne Soraya (2008) dan lain-lain kerana ia sangat membantu dalam proses
memahami jenis pendidikan awal yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Dengan adanya teori ini, perubahan dan perkembangan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran akan lebih mudah difahami, sistem penyampaian pengetahuan serta rangsangan yang
sesuai dan berkesan juga dapat diberikan untuk memastikan perkembangan mental mereka berada
pada tahap maksimum.
RUJUKAN
Abdul Rahim bin Talib 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.
Aminah Ayub 2007. Pembelajaran berasaskan minda dan implikasinya kepada pendidikan. Universiti
Sains Malaysia.
Abdul Jalil Othman, Normarini Norzan,Ghazali Darusalam, Saedah Siraj. 2011: Cabaran Guru
Program Linus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Jurnal Masalah Pendidikan.
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Baghban, M. 2007. Scribbles, labels, and stories. The role of drawing in development of writing.
Journal of Young Children, 62 (1): 20-26.
Bahagian Pendidikan Khas. 2015. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas
Integrasi. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Catherine Caws 2013. Recycling interaction data into learning processes. UNIVERSITY OF
VICTORIA.
Davis, A. L. 2013. Using instructional design principles to develop effective information literacy
instruction. College & Research Libraries News, 74(4), 205-207.
Eggen, P. & Kauchak, D. 2013. Educational psychology: Windows on classrooms. (9th ed). Upper
Saddle River, NJ: Pearson Education, Inc.
Graham Williamson 2011. Autism and theory of mind. Diperoleh September 27, 2011 daripada
http://www.speech-therapy-information-and- resources.com/autism-and-theory-of-mind. Html.
Gredler. M. E. 1992. Learning and instruction: Theory into practice (2nd ed.). New York: Macmillan.
Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin. 2010. Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Helen Tager And Flusberg 2007. Evaluating The Theory Of Mind Hypothesis Of Autisme. Boston
University School Of Medicine.
Howard Gardner and Thomas Hatch 2010. Multiple Intelligences Go to School: Educational
Implications of the Theory of Multiple Intelligences. American Educational Research Association.
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi dan Siti Hajar Idrus 2011.
Literasi bahasa Melayu. Puchong:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ishak Haron. 2005. Pengalaman mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd. Syariefudin
Abdullah et.al (pnyt.). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. hlm 59-68.
Ismail Zakaria, Salmah Othman & Elly Chong. 1992. Kemahiran membaca dalam asas kemahiran
berbahasa KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaslinah Binti Makantal. 2013. perkembangan kemalllran sosial kanak-kanak melalui bermain: satu
kajian kes di sebuah prasekolah.Universiti Pendidikan Sultan idris.
Johnson, A. 2015. Developmentally appropriate literacy instruction at the pre-school and
kindergarten level. https://www.linkedin.com/pulse/developmen tally-appropriate-literacy-
instruction-level-andrew-johnson [6 Ogos 2015].
Juriah, L dan Siti F.M.Y.2006. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran Bahasa
Melayu yang bersepadu dan interaktif. Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Bahasa
Melayu Ke-2. USM: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, 63-75.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: t.pt.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
339
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia 2016. BUKU PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS2.0. Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Liyana Ahmad Afip 2013: Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi
Permasalahan Disleksia dalam Kemahiran Literasi. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan
Insaniah Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Logan, K.R., Brakeman, R. & Keefe, E.B. 1997. Effects of instructional variables on engaged behavior
of students with disabilities in general education classrooms. Exceptional Children 63: 481-497.
Molenda, M. 2003. In search of the elusive ADDIE model. Performance improvement, 42(5), 34-37.
Noor Aini Ahmad. 2010. Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid Bermasalah Pembelajaran. Tesis
Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Imani Abd Halim. 2013. Mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid slow learner
menggunakan kaedah peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui perkataan „bagus‟ dan
kit ganjaran. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Pachler, N., Cook, J. & Bachmair, B. 2010. Appropriation of mobile cultural resources for learning.
International Journal of Mobile and Blended Learning, University Of The West Of England.
Rossett, A. 1987. Techniques in training and performance development series: Training needs
assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.
Rowena Bukas Manggie. 2013. Meningkatkan kemahiran membaca suku kata kvkv murid masalah
pembelajaran menggunakan kaedah gabungan bunyi kata (gbk). Jabatan Pendidikan Khas.
Sapiah Osman. 1990. Pendekatan metakognitif - Satu perspektif baru. Pelita Bahasa 9,30-3.
Safiah Osman.1995. Pendekatan psikolingguistik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
peringkat menengah dan tinggi / Safiah Osman. Persidangan Para Pendidik Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur.
Shaharom Noordin & Yap Kueh Chin. 1992. “Pengindividuan dan Pembelajaran Menerusu
Pengajaran Bermodul.”Asia Pasific Educational Technology Convention, Universiti Sains
Malaysia.
Smith, R. & Edwards, L., 2006. COCOMO-SCORM interactive courseware project cost modelling.
Boston: International Council of Systems Engineering Conference.
Suwatno. 2008. Mengatasi Kesulitan Belajar melalui Klinik Pembelajaran. Workshop Evaluasi dan
Pengembangan Teaching Klinik. 21-26 Januari 2008, Padang, Indonesia.Hal 1-27.
Syed Abu Bakar Syed Akil 1994. Panduan kemahiran membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Tuzana Mohamad. 2014: Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid Linus Tegar
Dalam Kemahiran Membaca Kvkv. Universiti Sains Malaysia.
Wood, E.A. 2013. Play, learning and early childhood curriculum. 2013. London: Sage Publication.
Yahya Othman 2003. Mengajar membaca teori dan aplikasi: Panduan Meningkatkan Kemahiran
Mengajar Membaca: PTS Publication & Distributors.
Vygotsky L.S. 1978 Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes.
Cambridge : Harvard University Press.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018
340
Boja Meningkatkan Kemahiran Mengecam Nama Jari Tangan Kanak-Kanak
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
1Afid Ainzat Suhaimi, 2Mohamad Suhaimi Md Dan, 3Zubaidah Mat Nor
1,2,3Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
[email protected]; [email protected]; [email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mengecam nama jari
tangan dalam kalangan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
dengan menggunakan BOJA. Kajian dilakukan ke atas seorang murid lelaki di
sekolah daerah Kubang Pasu. Data awal dikumpul melalui pemerhatian, temu
bual dan analisis dokumen. Data tersebut menunjukkan bahawa murid
mempunyai masalah dalam mengecam nama jari dengan betul. Berdasarkan
data tersebut saya telah merancang intervensi berdasarkan 3 aktiviti utama
iaitu BOJA dan Lakonan, BOJA dan Nyanyian serta BOJA dan Bercerita. Data
dikumpulkan melalui senarai semak, temu bual dengan guru serta murid dan
lembaran kerja. Dapatan kajian daripada pemerhatian mendapati murid
menguasai kemahiran mengecam jari tangan dengan betul. Dapatan kajian
daripada temu bual pula mendapati murid dapat menunjukkan jari-jari tangan
dan minat menggunakan BOJA ketika menjalankan aktivti. Manakala, dapatan
kajian daripada analisis dokumen pula menunjukkan murid dapat menyuaikan
gambar-gambar pada lembaran kerja dengan betul. Hasil analisis data
tersebut mendapati bahawa penggunaan BOJA dapat membantu murid
masalah pembelajaran lembam menguasai kemahiran mengecam nama jari
tangan dengan betul. Saya mencadangkan aktiviti BOJA ini diaplikasikan
kepada murid pra sekolah dan murid tahun 1 untuk mengajaran nama-nama
jari. Selain itu, penerapan unsur Teknologi Maklumat dan komunikasi juga
boleh digunakan pada aktiviti ini.
Kata kunci: Kemahiran Mengecam Nama Jari, Murid Pendidikan Khas, alat
BOJA
PENGENALAN
Pendidikan Khas dapat didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk
memastikan keperluan kanak-kanak keperluan khas (Hallahan dan Kauffan, 2006 dalam Kamarul
Bahrin Modh Radzi, Sariah Harun dan Satariah Kamis). Pengurusan Kehidupan merupakan antara
matapelajaran yang perlu dikuasai oleh peserta kajian kepada komponen-komponen di antara subjek
ini seperti Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku dan Pengurusan Diri sangat penting
untuk membantu peserta kajian menjalani kehidupan seharian. Selaras dengan matlamat Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (2013) untuk
mengembangkan potensi murid pendidkan khas secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta
bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Kajian saya berfokuskan kepada komponan ketiga iaitu
pengurusan diri. Berdasarkan refleksi semasa menjalani praktikum fasa tiga di sebuah sekolah di
Daerah Kubang Pasu yang mempunyai masalah berkaitan tentang pengurusan kehidupan diri.
Subjek Pengurusan Kehidupan merupakan subjek yang penting dalam pengajaran untuk kanak-
kanak pendidikan khas. Berbanding subjek yang lain, subjek ini mementingkan ilmu-ilmu untuk hidup
di dalam masyarakat kelak jika telah habis belajar di sekolah berbanding subjek lain yang
mementingkan akademik.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini ialah mengenai masalah peserta kajian yang tidak dapat mengecam jari tangan
dengan betul. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Subjek Pengurusan Diri kelas 2
Cekal, dalam kalangan peserta kajian pendidikan khas yang menunjukan bahawa mereka tidak dapat
mengecam dan menamakan jari secara tepat. Mungkin disebabkan oleh keliru dengan bentuk dan
kedudukan jari menjadikan peserta kajian tidak dapat untuk mengecam dan jari tangan dengan betul.
Jari yang paling mudah untuk keliru ialah jari yang paling hujung iaitu jari ibu dan jari anak.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018