The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:55:14

Prosiding SEDAR'18

Prosiding SEDAR'18

Keywords: PERANAN SISC+,SISC+,COACH,PLC,PEMBUDAYAAN PLC

241

Setiap individu perlu meningkatkan kemahiran membaca masing-masing khususnya dengan
mempraktikkan membaca secara pantas. Bacaan pantas ini membolehkan seseorang membaca lebih
banyak bahan bacaan dalam satu-satu masa. Namun begitu, menurut Amoriggi (2006) kadar bacaan
penduduk dunia tidak berubah iaitu 240 perkataan seminit semenjak Gutenberg yang menulis The
42-line Vulgate atau Gutenberg Bible pada tahun 1455 sehingga Bill Gate menghasilkan buku
Business at the Speed of Thought: Succeeding in the Digital Economy pada tahun 2000. Beliau
menyatakan dalam tempoh 5 abad ini, kadar kelajuan bacaan masih sama. Hal demikian dikukuhkan
lagi apabila satu kajian mendapati bacaan pantas tidak diamalkan dalam dunia akademik (Amoriggi,
2006). Malah Amoriggi (2006) turut memetik hasil kajian Left dan Harper (2006) yang mendapati
pelajar universiti juga bermasalah dalam membaca. Antara masalah yang dikesan ketika membaca
adalah fixation (penetapan mata), saccades (pergerakan mata perlahan ketika membaca) dan
regression (mengulang pembacaan) (Nation, 2009).

Masalah dalam pembacaan boleh diselesaikan atau dikurangkan melalui penerapan teknik
bacaan pantas. Pengkajian tentang bacaan pantas mendapati sekiranya mengamalkan bacaan
pantas kita bukan sahaja membaca dan melihat perkataan secara terus malah sampai ke satu
peringkat di mana mata dan otak akan memproses setiap perkataan yang dilihat secara visual yang
membolehkan kelajuan bacaan dipertingkatkan (Lobier, Dubois, & Valdois, 2013). Untuk itu, kaedah
bacaan pantas wajar diangkat sebagai perkara yang perlu dipelajari oleh semua orang tanpa mengira
peringkat umur namun perlu ditekankan kepada Generasi Z ataupun golongan yang masih berada di
peringkat sekolah dan universiti. Ini kerana melalui bacaan pantas, seseorang boleh membaca
sekurang-kurangnya sekali ganda lebih pantas daripada kadar bacaan biasa.

Konsep Bacaan Pantas

Ahmad Yazid (2015) mendefinisikan bacaan pantas sebagai satu teknik bacaan yang dilakukan tanpa
membunyikan apa yang dibaca serta menggunakan peralatan dan pergerakan yang minimum secara
tuntas tetapi dengan kelajuan bacaan yang maksimum. Melalui definisi ini, kita mengetahui bahawa
untuk mengamalkan bacaan pantas, kita perlu membaca secara senyap, mengurangkan pergerakan
kepala dan badan, duduk dalam keadaan yang ergonomik, serta menggunakan peralatan-peralatan
tertentu. Malah Ahmad Yazid (2014) turut menyatakan bacaan pantas adalah penyelesaian yang
diterima untuk mengatasi masalah dalam membaca dan telahpun diamalkan oleh ramai orang di
seluruh dunia kerana terbukti bermanfaat.

Sebagai contoh, pembaca terpantas dunia adalah milik Sean Adam yang mampu membaca
3,850 patah perkataan seminit atau kira-kira 300 muka surat dalam masa 24 minit (Buzan, 2000).
Bradfield (2002) memetik kata-kata Mark Van Doren yang menyatakan ―ada buku yang dibaca laju
dan yang lainnya dibaca dengan perlahan, tetapi tiada buku yang boleh difahami jika membacanya
dengan kelajuan yang salah‖. Van Doren ingin menyampaikan bahawa kelajuan adalah penting ketika
membaca dan tanpa kelajuan yang betul mungkin kita tidak memahami apa yang dibaca. Buzan
(2000) ada menyatakan ―mempelajari bacaan pantas dan menguasainya merupakan pencapaian
yang paling penting dalam hidup oleh ramai orang seluruh dunia‖.

Menurut Baharom et al. (2012), teknik bacaan pantas melibatkan enam aspek yang berikut:
Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama.
Pembacaan laju yang boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan
seperti tulisan condong, tulisan bergaris, tulisan tebal, fakta yang bersiri atau bernombor.
Penjelasan isi utama yang boleh didapati daripada perkataan, penanda wacana atau rangkai kata
awalan ayat.
Penjelasan isi utama yang boleh didapati daripada bentuk grafik seperti graf, jadual dan gambar
rajah.
Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca, mengingati isi yang senang dahulu berbanding
yang sukar.
Mengaplikasi atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman membaca.

Secara ringkasnya, bacaan pantas merangkumi dua aspek iaitu Skimming (pemangkasan) dan
Scanning (pengimbasan). Apabila kita membaca secara pantas, secara tidak langsung kita
melaksanakan kedua-dua aspek tersebut. Secara mudah, skimming merujuk kepada sepintas lalu
iaitu proses di mana kita membaca secara cepat untuk mengetahui idea utama bahan bacaan.
Proses ini melibatkan kita merujuk kepada muka depan dan belakang buku, kata pengantar, dan juga
mukadimah. Selain itu, kita juga harus melihat kepada isi kandungan, indeks, dan glosari untuk

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

242

mendapatkan gambaran secara maya apakah yang hendak disampaikan oleh penulis dan secara
tidak langsung untuk membina motivasi diri supaya membacanya dengan jaya (Ahmad Yazid, 2015).

Menurut Ahmad Yazid (2015) lagi, scanning pula merupakan proses kita mengimbas buku
dengan membaca pada kadar kelajuan yang tinggi. Mengimbas ini merupakan amalan bacaan pantas
menggunakan teknik-teknik bacaan pantas yang sedia ada seperti Teknik Berkelompok, Teknik Satu
Baris, Teknik Dua Baris, Teknik S, Teknik Zig Zag, dan banyak lagi. Tidak kira menggunakan teknik
apa sekalipun, konsep asas yang perlu dilakukan ialah tidak membunyikan teks yang dibaca,
kebolehan seseorang untuk menggerakkan mata secara vertikal dan horizontal, penggunaan
penunjuk bacaan (peralatan), dan eye fixation iaitu kebolehan mata memandang sekurang-kurangnya
dua perkataan atau lebih dengan sekali gus. Nation (2009) ada menyatakan tidak ada gunanya
membaca secara laju atau pantas jika hanya mampu memahami sedikit sahaja. Sebaliknya
kepantasan dan kefahaman yang tinggi perlu berjalan seiring.

Dari pandangan lain, skimming dan scanning dilihat sebagai strategi membaca yang hampir
sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan dari sudut kaedah (Lowrance & Moulaison, 2005). Nation
(2009) berpendapat skimming adalah membaca secara pantas tanpa mengambil kira membaca
setiap perkataan untuk mencari idea utama manakala scanning pula melibatkan pencarian maklumat
yang ada di dalam teks seperti nama, nombor dan sebagainya.

Dengan kepesatan teknologi komunikasi dan maklumat, pelbagai bahan bacaan boleh diakses
melalui skrin gajet sama ada komputer, tablet mahupun telefon bimbit. Ini menjadi kegemaran
Generasi Z bahkan menjadi ikutan oleh generasi sebelumnya (Baby Boom, Generasi X, Generasi Y)
dan generasi selepasnya (Generasi A-Alpha). Tuncer & Bahadir (2014) menyatakan bahawa
membaca melalui skrin komputer lebih lambat 20-30% berbanding membaca bahan bercetak dan
mereka turut merujuk kepada Dyson & Haselgrove (2001) yang mendapati bahawa membaca melalui
skrin mengurangkan kelajuan bacaan. Kurniawan & Zaphiris (2001) turut mendapati bacaan melalui
bahan bercetak lebih cepat berbanding skrin sebanyak 32% (bagi artikel dengan 1 kolum) dan 28%
(bagi artikel dengan 2 kolum) dan 11% (bagi artikel dengan 3 kolum). Oleh itu, membaca melalui
bahan bercetak lebih menjamin kejayaan dari sudut kepantasan bacaan berbanding membaca dari
skrin (Tuncer & Bahadir, 2014).

Terdapat pelbagai pengelasan bacaan pantas yang telah dibuat. Antara yang popular dan
selalu dirujuk oleh penulis adalah pengelasan oleh Zaini (1993) dan Buzan (2000). Pengelasannya
adalah seperti berikut:

Pengelasan berdasarkan Zaini Ujang.

Jadual 1
Pengelasan Kepantasan Bacaan Berdasarkan Zaini Ujang

Pembaca Kelajuan

Lembap (Perkataan seminit)
Sederhana 1 – 200
Pantas 201 – 400
401 – 600

Pengelasan berdasarkan Tony Buzan

Jadual 2
Pengelasan Kepantasan Bacaan Berdasarkan Tony Buzan

Pembaca Kelajuan Pemahaman

Lemah (Perkataan seminit) 30 – 50%
Sederhana 10 – 100 50 – 70%
200 – 240 70 – 80%
Atas 80%
Laju 400 Atas 80%
1 per 100 800 – 1000

1 per 1000 1000 ke atas

Bacaan Pantas di Peringkat Sekolah

Terdapat masalah pembacaan yang dihadapi oleh pelajar menurut Abdul Rasid (2011) dalam kajian
beliau tentang kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah
rendah di luar bandar. Beliau mendapati kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

243

menulis menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Masalah kemahiran membaca meliputi tidak memahami isi kandungan
teks, tidak memahami maksud ayat yang dibaca, tidak boleh membaca pantas, cepat jemu dan
penat. Jika teknik bacaan pantas diajarkan kepada pelajar, penulis berpendapat bahawa masalah ini
mungkin dapat diselesaikan atau setidak-tidaknya dikurangkan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa dengan meningkatkan kadar kepantasan akan
meningkatkan kefahaman bacaan (Chang, 2010). Chang (2010) telah merujuk kepada Carver (1990)
yang membuat perbezaan kadar kepantasan pelajar sekolah antara lima jenis pembacaan iaitu
scanning (mengimbas), skimming (memangkas), rauding (gabungan reading dan auding iaitu hanya
untuk memahami mesej), learning (untuk memperoleh maklumat), dan memorizing (untuk mengingat
fakta). Hasilnya, purata pelajar yang membuat rauding ialah 300 perkataan seminit, 200 perkataan
seminit untuk memperoleh maklumat, dan 138 perkataan seminit untuk mengingat fakta. Satu lagi
kajian oleh Carver (1982) menyatakan kadar kepantasan bacaan yang memboleh pelajar memahami
apa yang dibaca adalah antara 250 hingga 350 perkataan seminit.

Di peringkat sekolah, terdapat pembaca yang bagus dan pembaca yang lemah (Macalister,
2010). Pembaca bagus merujuk kepada pembaca pantas yang membaca dengan kuantiti yang
banyak, memahami apa yang dibaca serta seronok dengan pembacaan. Manakala pembaca yang
lemah pula adalah pembaca lembap yang membaca dengan kuantiti yang sedikit, tidak memahami
pembacaan dan kurang seronok membaca. Untuk itu, guru atau pihak yang bertanggungjawab perlu
menganjurkan latihan atau bengkel bacaan pantas bukan sahaja untuk membina kepantasan tetapi
untuk menarik minat pelajar supaya suka membaca (Macalister, 2010).

Satu kajian tentang bacaan pantas oleh Macalister (2010) terhadap pelajar persediaan
universiti di New Zealand mendapati pelajar yang menjalani latihan bacaan pantas meningkat
kepantasan bacaan dari awal hingga akhir latihan. Manakala kajian bacaan pantas di peringkat
sekolah rendah yang telah diadakan oleh Ahmad Yazid (2015) telah mendapati majoriti sebanyak
76.9% peserta telah meningkat kadar kepantasan bacaan selepas bengkel diadakan. Kadar
kepantasan pelajar diukur sebelum dan selepas pengajaran.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam pelaksanaan program bacaan pantas, fokus utama kajian untuk mengenal pasti keberkesanan
modul yang dibangunkan supaya dapat meningkatkan kepantasan bacaan peserta agar
penambahbaikan boleh dilakukan khususnya dalam menerapkan bacaan pantas di peringkat sekolah
menengah. Usaha ini membantu dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti pembacaan serta tahap
intelektual pelajar. Untuk mencapai objektif kajian, sebuah sekolah telah dipilih sebagai sampel bagi
kajian kes ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengenal pasti peningkatan kepantasan bacaan peserta sebelum dan selepas pengajaran.
Untuk mengenal pasti peningkatan kadar bacaan peserta.
Untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan pengelasan atau klasifikasi bacaan pantas.

PELAKSANAAN BACAAN PANTAS

Sekolah Terpilih

Sebuah sekolah telah dipilih untuk melaksanakan bengkel bacaan pantas. Berikut adalah maklumat
sekolah yang dipilih:

Jadual 3
Maklumat Sekolah Yang Mengikuti Program Bacaan Pantas.

Bil. Kod Nama dan Alamat Singkatan
1 BFT SAM Hulu Langat, Batu 10 Cheras, SAMTEN
43200 Kajang, Selangor
4001

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran yang digunakan adalah Kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-
Centered Learning) yang juga merupakan kaedah Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

244

Education). Melalui kaedah ini, peserta memainkan peranan yang penting serta aktif semasa
pengajaran dilakukan. Antara strategi yang digunakan adalah:
Komunikasi dua hala – Pengendali memberi soalan atau meminta pendapat dan peserta memberi
jawapan dan idea.
Demonstrasi – Peserta mengikut contoh dan mengulang semula petunjuk yang diberikan.
Latih tubi – Pengulangan dan pengukuhan berterusan supaya dapat mencetuskan tindak balas
automatik dan positif melalui pertandingan dan persaingan yang positif.
Permainan dan simulasi – Memberikan gambaran realiti dan mencipta situasi seperti keadaan
sebenar kepada peserta supaya menjadi motivasi untuk mengikuti pembelajaran serta merangsang
keseronokan.
Tayangan video – Media yang penting untuk menarik perhatian peserta.
Kaedah Latihan
Kaedah latihan yang diberikan kepada peserta adalah:
Latihan pembacaan – Mengukuhkan kaedah bacaan pantas yang telah diterapkan selain melatih
peserta melalui bacaan berbentuk persepsi perkataan dan nombor.
Latihan mata – Melatih pergerakan mata secara horizontal dan vertikal.
Latihan Pergerakan – Menggunakan tenaga dan pergerakan fizikal secara minimum dan konsisten
semasa pembacaan.
Latihan minda – Membina siap siaga mental supaya fokus dengan pembacaan.
Mengadakan kuiz – Membina kesedaran peserta terhadap bacaan pantas.
DAPATAN KAJIAN
Demografi Peserta

Rajah 1. Demografi Peserta
Pelajar yang terpilih adalah seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3.
Pencapaian Peserta Dalam Latihan 1

Rajah 2. Pencapaian Masa Bagi Latihan 1
Latihan 1 merupakan catatan kadar bacaan biasa bagi peserta. Ia merujuk kepada kadar bacaan
sebelum peserta didedah, diajar dan dilatih dengan bacaan pantas. Pencapaian tertinggi adalah
398.1 perkataan seminit manakala yang terendah adalah 154.5 perkataan seminit.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

245

Pencapaian Peserta Dalam Latihan 2

Rajah 3. Pencapaian Masa Bagi Latihan 2
Latihan 2 diberikan kepada peserta selepas mereka diberi sedikit pendedahan tentang bacaan
pantas. Didapati ada 3 orang peserta yang mencapai kepantasan sehingga 422.3 perkataan seminit
untuk yang tertinggi manakala yang terendah adalah 203.0 perkataan seminit. Seramai 9 orang
peserta telah menunjukkan kelajuan bacaan melebihi 300 perkataan seminit.
Pencapaian Peserta Dalam Latihan 3

Rajah 4. Pencapaian Masa Bagi Latihan 3
Dalam Latihan 3, pencapaian peserta dilihat meningkat berbanding pencapaian dalam Latihan 2. Ini
kerana banyak latihan dan tunjuk ajar telah diberikan kepada peserta dan peserta dapat
mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin. Terdapat 2 orang peserta melepasi tahap 500 dengan
yang tertinggi sebanyak 531.1 perkataan seminit diikuti 516.0 perkataan seminit. Seramai 3 orang
peserta berada dalam lingkungan melebihi 400 perkataan seminit manakala selebihnya mencapai di
bawah 300 perkataan seminit. Pencapaian terendah adalah 262.5 perkataan seminit.
Pencapaian Keseluruhan Peserta Dalam Latihan 1 Hingga 3

Rajah 5. Pencapaian Masa Peserta Dalam Latihan 1 – 3
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

246

Rajah di atas adalah perbandingan pencapaian Latihan 1 hingga 3 bagi peserta yang terlibat. Ia
dilihat berdasarkan nilai min, mod, median, minimum dan maksimum. Nilai min dan median yang
tertinggi adalah 354.9 dan 347.3 perkataan seminit yang dicatatkan dalam Latihan 3. Bagi nilai mod
dan minimum, kedua-duanya dicapai dalam Latihan 3 dengan jumlah yang sama iaitu 265.5
perkataan seminit. Nilai maksimum tertinggi juga dicapai dalam Latihan 3 iaitu dengan nilai 531.1
perkataan seminit. Dengan ini menunjukkan bahawa pencapaian terbaik peserta adalah di dalam
Latihan 3.
KESIMPULAN
Objektif 1: Untuk mengenal pasti peningkatan kepantasan bacaan peserta sebelum dan
selepas pengajaran.

Rajah 6. Perbandingan Pencapaian Peserta Sebelum Dan Selepas Latihan Bacaan Pantas
(Perkataan Per Minit).

Graf di atas menunjukkan perbandingan kadar kepantasan bacaan sebelum dan selepas pengajaran
yang dicatat oleh peserta yang diukur melalui perkataan per minit. Seramai 22 orang peserta telah
mencatatkan kenaikan manakala hanya seorang sahaja yang mencatatkan penurunan. Kadar
perbezaan tertinggi yang dicatatkan adalah sebanyak 225.3 perkataan seminit manakala penurunan
adalah 52.4 perkataan seminit. Merujuk kepada graf, didapati purata kepantasan sebelum pengajaran
adalah sebanyak 248.6 manakala selepas pengajaran pula sebanyak 361.1. Ini menjadikan marginal
perbezaan antara keduanya adalah dengan peningkatan sebanyak 112.5 perkataan seminit.

KESIMPULAN – Berdasarkan analisis di atas, didapati objektif pertama yang digariskan iaitu
untuk melihat kadar bacaan peserta meningkat telah tercapai iaitu dengan majoriti sebanyak 95.6%.
Semua peserta berjaya mengadaptasi pengajaran yang disampaikan dengan baik. Melalui sesi dan
modul yang diatur, peserta telah menunjukkan bacaan yang pantas hasil daripada latihan-latihan
intensif yang diberikan. Gabungan ini mengetengahkan kejayaan modul yang ternyata telah
membantu meningkatkan kadar kepantasan bacaan peserta.
Objektif 2: Untuk mengenal pasti peningkatan kadar bacaan peserta.

Rajah 7. Kemajuan Kadar Bacaan Peserta Dalam Latihan 1 - 3.
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

247

Graf di atas menunjukkan peratusan kemajuan bacaan peserta dari Latihan 1 hingga 3. Dapat dilihat
berlaku kenaikan kepada majoriti peserta dengan 87.0%. Ini bermakna majoriti peserta mencatatkan
peningkatan bermula daripada latihan 1 hingga 3. Baki 13% peserta pula mencatatkan prestasi yang
tidak konsisten. Tiada peserta yang kekal ataupun mencatatkan penurunan.

KESIMPULAN – Berdasarkan analisis di atas, didapati objektif kedua untuk melihat
peningkatan kadar bacaan peserta adalah tercapai secara majoriti. Jumlah yang mencatatkan
kenaikan lebih tinggi berbanding yang lain. Ini menunjukkan peserta berjaya mengaplikasi teknik yang
diajarkan semasa ujian dijalankan. Meskipun begitu, ada sebilangan peserta yang tidak konsisten dan
ia berlaku kerana penguasaan teknik bacaan pantas masih tidak jitu dan tidak kukuh. Bagi peserta
yang mencapai kenaikan, peningkatan kadar bacaan adalah yang merujuk kepada penurunan masa
yang diambil untuk membaca artikel semasa latihan diberi. Maka, dengan adanya corak peningkatan
menjadi bukti bahawa latihan dan pengajaran yang diberikan kepada mereka adalah signifikan dan
relevan cuma perlu ditambah baik mengikut kesesuaian tahap kebolehbacaan dan penguasaan
teknik bacaan pantas.

Objektif 3: Untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan pengelasan atau
klasifikasi bacaan pantas.

Rajah 8. Pengelasan Bacaan Peserta Dalam Latihan 1 - 3.

Graf di atas menunjukkan pengelasan bacaan peserta setelah mengikuti Latihan 1 hingga 3. Dalam
setiap latihan majoriti peserta berada di pengelasan Sederhana. Terdapat 4 orang peserta mencapai
pengelasan Lembap dalam Latihan 1 sedangkan tiada pencapaian sedemikian untuk Latihan 2 dan 3.
Tiada peserta yang mencapai pengelasan Terpantas dalam semua latihan. Pencapaian yang terbaik
adalah pengelasan Pantas yang dicatatkan oleh 3 orang peserta dalam Latihan 2 dan 5 orang pula
dalam Latihan 3.

KESIMPULAN – Pengelasan kepantasan bacaan boleh dibahagikan kepada empat iaitu Terpantas,
Pantas, Sederhana, dan Lembap. Berdasarkan analisis di atas, didapati majoriti peserta mencapai
kategori Sederhana bagi kesemua latihan. Dalam masa yang sama, terdapat peserta yang mencapai
kategori Pantas yang menjadi bukti bahawa pencapaian sebegini tidak mustahil meskipun program
hanya memakan masa yang singkat sahaja. Sekiranya program sebegini dilaksanakan secara
berterusan dan teratur, dijangka pencapaian yang lebih tinggi boleh dicapai oleh peserta.

IMPLIKASI HASIL DAPATAN
Analisis kepada hasil dapatan dan objektif kajian telah membolehkan beberapa perkara diberi
perhatian khususnya bagi penerapan bacaan pantas kepada pelajar peringkat sekolah menengah.
Antaranya ialah:

Menambah penggunaan video sebagai media yang boleh menarik perhatian pelajar.
Penggunaan artikel yang pendek dan ringkas dengan perbendaharaan kata yang mudah bagi tujuan
memudahkan pembacaan.
Penambahan artikel untuk latihan pembacaan untuk kategori artikel pendek dan panjang.
Menambah dan mempelbagaikan konsep latihan mata dan bacaan berbentuk satu patah perkataan,
dua patah perkataan, tiga patah perkataan, dan empat patah perkataan.
Menambah dan mempelbagaikan latihan mata dan bacaan berbentuk persepsi perkataan dan
nombor.
Menambah dan mempelbagaikan latihan mata berbentuk visual nombor.
Mengukur tahap kefahaman pelajar seiring dengan kepantasan bacaan yang dicapai.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

248

RUJUKAN
Abdul Rasid, J. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid

sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1–12.
Ahmad Yazid, A. (2014). Pelaksanaan bacaan pantas di sekolah terpilih: kajian terhadap pencapaian

peserta. In Seminar Kepustakawanan 2014 (pp. 1–19).
Ahmad Yazid, A. (2015). Bacaan pantas di sekolah rendah: kajian terhadap pencapaian peserta. In

Konvensyen Sains Islam 2015 Peringkat Kebangsaan (KONGSI‟15) (pp. 1–11).
Amoriggi, H. (2006). The speed of transmission of information literacy in English language. English

Quarterly, 38(4), 26.
Baharom, M., Mohd Yusof, A., Shukri, Z., Abdul Said, A., Muhammad Suhaimi, T., & Roslee, T.

(2012). Menguasai kemahiran membaca secara berkesan. Utusan Borneo, pp. 2–3.
Bradfield, Bill. (Eds.) (2002). Books and reading; a book of quotations. New York: Dover Publications.
Buzan, T. (2000). The speed reading book. London: BBC Worldwide Limited.
Carver, R. (1982). Optimal rate of reading prose. Reading Research Quarterly, 18, 56–58.
Carver, R. (1990). Reading rate: A review of research and theory. San Diego, CA: Academic Press.
Chang, A. C.-S. (2010). The effect of a timed reading activity on EFL learners: Speed,

comprehension, and perceptions. Reading in a Foreign Language, 22, 284–303. Retrieved
from http://www2.hawaii.edu/~readfl/rfl/October2010/articles/chang.pdf
Kurniawan, S. H., & Zaphiris, P. (2001). Investigating Computer Screen and Paper Reading Speed
Differences. In Proceedings of WebNet 2001 World Conference on the WWW and Internet (pp.
732–737).
Lim, Swee Tin (2014). Budaya membaca dalam kalangan generasi Y. Wacana ilmu: Ceramah
bersempena dengan Sambutan Hari Buku Sedunia 2014. Nilai: Perpustakaan USIM.
Lobier, M., Dubois, M., & Valdois, S. (2013). The Role of Visual Processing Speed in Reading Speed
Development. PLoS ONE, 8. http://doi.org/10.1371/journal.pone.0058097
Lowrance, N., & Moulaison, H. L. (2005). Skimming comprehension in two online document
presentation environments. Library Hi Tech, 32(3), 382–396. http://doi.org/10.1108/LHT-01-
2014-0011
Macalister, J. (2010). Speed reading courses and their effect on reading authentic texts : A preliminary
investigation. Reading in a Foreign Language, 22(1), 104–116.
Nation, P. (2009). Reading Faster. International Journal of English Studies, 9(2), 131–144.
Rasinski, T. V. (2000). Speed does matter in reading. The Reading Teacher, 54(2), 146-151.
Retrieved from http://search.proquest.com/docview/203276209?accountid=33993
Tuncer, M., & Bahadir, F. (2014). Effect of screen reading and reading from printed out material on
student success and permanency in introduction to computer lesson. The Turkish Online
Journal of Educational Technology, 13(3), 41–49.
Zaini Ujang (1993). Motivasi dan kaedah membaca. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

249

Kajian Pembelajaran Animasi 3D Interaktif Untuk Kanak-Kanak Disleksia
Dengan Kaedah Gabungan

1Nor Bibi Maslina Jusoh, 2Hannyzzura Affal, 3Norliza Kushairi
1,2Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya

3IPG Kampus Darulaman

Abstrak
Artikel ini membincangkan bagaimana kaedah gabungan digunakan semasa
membuat kajian pembelajaran animasi 3D untuk kanak-kanak disleksia
dengan memfokus kepada metodologi kajian dan pendekatan penyelidikan
khususnya semasa proses mendapatkan data. Rekabentuk kajian kaedah
gabungan ini adalah berdasarkan kajian Johnson & Onwuegbuzie, 2004.
Terdapat lapan langkah utama di dalam proses menjalankan kajian
termasuklah menentukan soalan kajian, menentukan tujuan kaedah gabungan
di dalam kajian, pemilihan metodologi kajian, pengumpulan data,
melaksanakan analisis data, mentafsir data, penilaian kesahihan data dan
akhir sekali membuat rumusan laporan. Pelaksanaan kaedah kuantitatif
semasa menjalankan soal selidik dan kualitatif ketika melakukan pemantauan
menggunakan Atlas.Ti dan Kaedah Fuzzy Delphi akan dibincangkan dengan
terperinci. Pembangunan prototaip yang digunakan di dalam kajian ini adalah
berdasarkan Model Addie. Dapatan utama kajian apabila menggunakan
kaedah gabungan membawa kepada empat elemen utama di dalam proses
triangulasi iaitu pengesahan data, andaian data, bukti dan keputusan. Hasil
proses triangulasi menunjukkan kanak-kanak disleksia lebih konsisten ketika
menulis huruf menggunakan pendekatan animasi 3D berbanding animasi 2D.
Langkah-langkah atau kaedah yang diketengahkan dalam artikel ini boleh
diguna pakai oleh penyelidik-penyelidik yang berminat menggunakan kaedah
gabungan ini. Ia juga dapat membantu para penyelidik muda membuat pilihan
kaedah penyelidikan yang lebih berkesan bagi menjawab persoalan kajian
yang sedang dilakukan.

Kata kunci : Metodologi, Disleksia, Kaedah Gabungan, Model Addie

PENGENALAN
Kajian-kajian perintis berkenaan dengan disleksia yang dirangkumkan dalam satu penulisan sejarah
(Gay, 2001) membuktikan dengan fakta semenjak kurun ke 18 telah bermulanya kajian terhadap
mereka. Dilabelkan sebagai a father of developmental Dyslexia Morgan(1896) dalam kajian awalnya
telah menemui satu kesukaran untuk kuasai perkataan atau dikatakan sebagai word blindness.

Fasa-fasa kajian bermula dari tahun 1870-1950, kebanyakan berkisar tentang penyebab dan
ciri-ciri. Diikuti oleh nama-nama yang dikenali dalam bidang ini seperti Hinshelwood (1895) dan Orton
(1925) telah melalui fasa seterusnya iaitu fasa evolusi dan seterusnya era 1970 ke tahun 2000
merupakan satu kajian ke arah kemunculan teori-teori moden.
Ini menunjukkan, sehingga sekarang kajian masih belum terhenti dan terdapat ramai pengkaji moden
sedang melalui fasa kajian tentang teknologi komputer (multimedia) relevan untuk diguna pakai
sebagai satu pendekatan untuk membantu penghidap disleksia seperti yang dijalankan oleh (Kalyvioti
& Mikropoulos, 2014), (Haziq, Abdullah, Hisham, & Parumo, 2009), (Of & Dyslexic, 2009), (Daud &
Abas, 2013), (Systems, 2014) dan ramai lagi.

Selain itu, teknologi berasaskan android (Rello, 2012) boleh digunakan sebagai penyesuaian
perisian untuk meningkatkan lagi penyelidikan ini. Berkenaan dengan semua perkembangan ini,
penyelidik mendapati bahawa mereka mewakili peluang untuk mengeksploitasi untuk faedah kanak-
kanak disleksia. Dengan menjalankan kajian mengenai objek 3D yang akan diguna pakai dalam
kajian ini, adalah diharapkan masalah literasi dapat dibantu.

Statistik global kes yang direkodkan menunjukkan 10% sehingga 15% penduduk dunia
mempunyai masalah disleksia (Disleksia Antarabangsa, 2010). Manakala perangkaan yang diberi
oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah seramai 314,000

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

250

kanak-kanak di Malaysia pada tahun 2006 (Subramaniam, S, Ia, & Ia, 2013) dan (Ronaldi Saleh
Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar, & Nor Aziah Alias, 2011).

PENYATAAN MASALAH
Isu utama yang perlu digariskan dalam penyelidikan ini adalah tentang kesukaran kanak-kanak dalam
menguasai 2M (membaca dan menulis) yang dihadapi oleh mereka perlu diatasi dahulu. Perkara ini
telah ditekankan oleh (Sd, 2010) iaitu ―spelling stresses a child‘s short and long-term memory and is
complicated by the ease or difficulty the child has in writing the letters, legibly and in the proper order‖.

Teori kognitif multimedia yang dipopularkan oleh Mayer menekankan tentang motivasi yang
dapat dihasilkan ketika melaksanakan pembelajaran multimedia terhadap pelajar (Mayer, 2014) dapat
digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Bukan sahaja dari sudut motivasi, malahan kekuatan ciri-
ciri yang ada pada objek 3 dimensi dalam lingkungan persekitaran maya yang memudahkan
penerokaan sesuatu objek juga dijangkakan dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar. Malahan
kelebihan ―spatial ability‖ (Link, 2000) yang terdapat dalam diri kanak-kanak disleksia ini
menambahkan kekuatan penyelidikan ini.

Oleh itu, kajian ini dirancang untuk mengkaji bagaimana penyelidik dapat menggunakan
medium 3 Dimensi (3D) bagi membantu kanak-kanak disleksia dalam pembelajaran. Terdapat satu
alat pembelajaran seperti ini telah pun digunakan, seperti Mylexic (Haziq et al., 2009). Perisian ini
direka khas untuk kanak-kanak disleksia. Dengan mempelajari konsep 2D ini, penyelidik telah melihat
bahawa konsep 3D boleh digunakan untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Animasi interaktif
menggunakan konsep 2D adalah kurang menarik dan kurang simulatif berbanding objek 3D. Isu
utama adalah bahawa huruf seperti b, d, m; w dan s; z (Gay, 2001) boleh memberi idea sama ada
mereka dapat mengenal pasti huruf tersebut.

Bahasa Malaysia dipilih kerana ia merupakan asas dalam penguasaan literasi. Tidak banyak
kajian yang dilakukan ke atas penggunaan 3D mengenai perkara ini walaupun ia adalah sangat
penting dalam membantu proses pembelajaran kanak-kanak disleksia. Malah, terdapat dakwaan
bahawa objek pembelajaran ini yang menyeronokkan, mudah, dan membantu mereka dalam
memahami kandungan (Ronaldi Saleh Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar, & Nor
Aziah Alias, 2011). Ia adalah penting untuk pelajar disleksia untuk menggalakkan pembelajaran
dengan cara yang mereka mahu.

OBJEKTIF
1. Untuk mengenal pasti huruf yang sukar untuk ditulis oleh kanak-kanak disleksia.
2. Untuk meninjau semula teknik intervensi yang sudah diguna pakai oleh kanak-kanak
disleksia untuk mempelajari huruf-huruf tersebut.
3. Untuk mencadangkan dan membangunkan prototaip alat pembelajaran abjad 3D untuk
kanak-kanak disleksia.
4. Untuk membuat penilaian kajian kes mengenai keberkesanan pendekatan yang dicadangkan
berbanding dengan kaedah semasa yang digunakan untuk kanak-kanak disleksia.

METODOLOGI
a) Reka bentuk kajian.
Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah gabungan (Johnson &
Onwuegbuzie, 2004). Ia dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Salah satu
objektif penyelidikan adalah untuk memahami bagaimana kanak-kanak disleksia mengenali aksara
khusus yang dianggap bermasalah seperti yang dicadangkan dalam kajian-kajian lepas, tingkah laku
mereka dipantau semasa menggunakan prototaip. Selain itu, pendapat daripada 10 pakar aplikasi
dan guru juga diambil untuk mengumpul pendapat mereka berkenaan ciri-ciri prototaip. Model Addie
juga digunakan dalam proses merekabentuk prototaip.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

251

Rajah 1. Model Kaedah Gabungan (Adaptasi daripada Johnson & Onwuegbuzie, 2004)

Model kaedah gabungan (Johnson dan Onwuegbuzie, 2004) telah disesuaikan dalam kajian ini.
Langkah pertama melibatkan tiga soalan penyelidikan iaitu:
i) Apakah huruf bermasalah terutamanya huruf pembalikan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
disleksia dalam pembelajaran mereka?
ii) Bagaimana penggunaan teknologi yang sedia ada membantu meningkatkan kemahiran membaca
dan menulis dalam kalangan kanak-kanak disleksia di Malaysia.
iii) Bagaimana perisian bantuan membaca berunsur animasi 3D boleh membantu kanak-kanak
disleksia dengan kesukaran untuk mengenal pasti huruf-huruf yang mempunyai ciri-ciri pembalikan
yang betul?

Banyak sumber data dikumpulkan semasa langkah kelima Addie semasa peringkat
pelaksanaan. Ia melibatkan kedua-dua pemerhatian (kualitatif) dan soal selidik (kuantitatif). Analisis
data dilakukan dengan menggunakan perisian Atlas.Ti dan Fuzzy Delphi Method (FDM) untuk kedua-
dua data kualitatif dan kuantitatif. Bermula daripada langkah ketiga hingga kelima, kaedah ini melalui
proses-proses yang berada di dalam model Addie.

Langkah 6 dan 7 memerlukan interaksi dua hala antara proses tafsiran dan legitimasi. Ini
adalah kekuatan kajian ini kerana fasa analisis dan penilaian adalah saling berkaitan dan
memerlukan penemuan data yang kuat. Sebagai contoh, terdapat penerangan terperinci tentang
cara menganalisis 5 huruf (b, d, m, p dan v) untuk mengukur sejauh mana murid disleksia
menggunakan prototaip ThreeDLexic untuk menulis huruf secara konsisten. Ini melibatkan tujuh cara
bagaimana data tersebut dijalinkan antara satu sama lain secara relevan. Proses ini berakhir dengan
langkah yang ke lapan iaitu menyediakan laporan kajian

LIMA PELAKSANAAN MODEL ADDIE UNTUK THREEDLEXIC
i. Analisis
Tahap ini memerlukan pengkaji untuk menjelaskan masalah pengajaran, matlamat dan objektif
secara jelas. Pengkaji menganalisis persekitaran pembelajaran sambil mengenal pasti pengetahuan
dan kemahiran para pelajar yang terdahulu. Dengan kata lain, sebelum reka bentuk dan
pembangunan perisian, analisis keperluan dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkenaan
bidang yang perlu ditangani dalam perisian yang baru dibangunkan. Ini adalah untuk mengelakkan
mengulangi kelemahan yang ditangani dalam kajian terdahulu. Dengan berbuat demikian, persoalan
berikut dapat ditangani:
• Siapakah pengguna dan ciri-ciri mereka?
• Kenal pasti hasil tingkah laku baru mereka?
• Apakah jenis kekangan pembelajaran yang wujud?
• Apakah pilihan yang ada untuk digunakan?
• Apakah pertimbangan pedagogi secara talian?
• Berapa lama durasi untuk menyiapkan projek?
Untuk mencapai matlamat ini, dua jenis data digunakan sebagai sumber maklumat seperti berikut:

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

252

Data Primer - Merangkumi keputusan ujian saringan disleksia di Persatuan Disleksia Malaysia
(PDM), data daripada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) , rakaman video dilakukan sebagai
pemerhatian pembelajaran dan sesi pengajaran di bilik darjah di PDM.

Data sekunder - analisis mengenai kandungan aplikasi 2D (terkandung dalam CD-ROM yang
digunakan di sekolah-sekolah, pusat disleksia, pra-sekolah kerajaan dan swasta), ulasan kajian
lapangan mengenai 2D dan 3D yang sedia ada (ditemui dalam format video bukan interaktif) aplikasi,
buku, jurnal, prosiding dan laman web kaya kandungan melalui laman web internet.

Secara ringkas, fasa analisis juga merupakan kajian awal di mana data utama dikumpulkan. Oleh
kerana matlamat utama kajian ini adalah pertama untuk menentukan huruf-huruf yang
menyebabkan masalah kepada kanak-kanak jadi prosedur pengenalpastian ini dilakukan dengan
menggunakan ujian-ujian standard atau instrumen yang digunakan oleh semua sekolah di Malaysia.
Data dikumpul merangkumi 150 orang kanak-kanak dari Tahun 1 hingga Tahun 3 di salah sebuah
sekolah kerajaan di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana instrumen yang diseragamkan dan
digunakan untuk seluruh negara, aspek kesahihan instrumen telah dijaga. Pada peringkat awal,
daripada 150 kanak-kanak disleksia yang menjawab instrumen standard di sekolah-sekolah dijadikan
data, dan kemudian dianalisis dengan menggunakan Atlas-ti. Sampel yang besar adalah sesuai untuk
mengumpul pelbagai data sebagai jawapan kepada isu-isu yang berkaitan dengan objektif kajian
yang mengenalpasti huruf-huruf bermasalah tersebut.

Rajah 2. Pembahagian peserta yang terlibat di dalam kajian ini.

ii.Rekabentuk
Fasa ini memerlukan prosedur yang sistematik dan khusus kerana ia berkaitan dengan aspek penting
kandungan perisian - objektif pembelajaran, instrumen penilaian, latihan, kandungan, analisis
perkara, perancangan pelajaran dan pemilihan media. Ia harus sistematik kerana objektif
pembelajaran menuntut kaedah yang logik, teratur untuk mengenal pasti, membangun dan menilai
satu set strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat projek. Khususnya, setiap elemen reka
bentuk pengajaran perlu dijalankan dengan lebih teliti.

Oleh itu, sepanjang fasa, termasuk reka bentuk antara muka, reka bentuk interaksi, papan cerita,
mesej reka bentuk dan pengajaran diperlukan. Ini adalah langkah-langkah yang digunakan untuk fasa
reka bentuk:

• Dokumentasi strategi reka bentuk pengajaran, visual dan teknikal projek
• Mengenapasti strategi pengajaran mengikut hasil tingkah laku yang dimaksudkan oleh domain
(kognitif, afektif, psikomotor).
• Membina papan cerita
• Reka bentuk antara muka pengguna dan pengalaman pengguna
• Penciptaan prototaip
• Menggunakan reka bentuk visual (reka bentuk grafik)
iii.Pembangunan
Fasa pembangunan adalah fasa di mana pemaju mencipta dan memasang aset kandungan yang
diwujudkan dalam fasa reka bentuk. Sebagai contoh, semasa fasa ini, pengaturcara berusaha untuk
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

253

membangun dan mengintegrasikan teknologi sementara penguji melakukan prosedur
penyahpepijatan. Projek ini sentiasa dikaji semula dan disemak mengikut sebarang maklum balas
yang diberikan. Dalam kajian ini, perisian telah dibangunkan menggunakan alat pengarang praktikal
yang tersedia tanpa sebarang kos. Antaranya adalah Unity3D dan 3D Max, yang mampu
mengintegrasikan elemen media seperti teks, grafik, model 3D, animasi, audio dan video. Pemilihan
perisian ini melibatkan pertimbangan yang teliti kerana proses yang terlibat tidak dapat dielakkan.

Jadual 1
Perkakasan dan Perisian yang Digunakan dalam kajian

No. Requirement Specifications
1. Analysis and
Atlas.ti 7
Design of the Microsoft Excel
prototype SurveyMonkey
2. Development of the Unity4 V4.6.1p4
prototype 3D Max
Skectup 2015
3. Literature Review Adobe Audition CS6
Mendeley
4. Operating System Google Scholar
5. Project Planning UM Lib Interactive
6. Report Writing Windows 8

7. Web Player Microsoft Project 2010
Microsoft Word 2010
Microsoft Excel 2010
Adobe Ilustrator CS6
Web player supports IE, Chrome, Firefox, Safari and others

No. Hardware Description
1. CPU/Operating SSE2 instruction set support
Windows XP SP2+, 7 SP1+, 8; Mac OS X 10.8+
System 64 bit Windows
2. Memory 1 GB
3. Hard Disk Space
HL-DT-ST DVDRAM GT 50N
4. CD/DVD-ROM Generic PnP Monitor
5. Monitor DX9 (shader model 2.0) capabilities
6. Graphic Card Standard PS 2
7. Keyboard HID
8. Mouse Realtek Digital Output
9. Speaker 1. Android: OS 2.3.1 or later; ARMv7 (Cortex)
10. Tablet CPU or Atom CPU; OpenGL ES 2.0 or later.

iv.Pelaksanaan

Tahap pelaksanaan adalah tahap akhir. Ini juga merupakan bidang pengumpulan data utama di mana
pemerhatian terhadap kanak-kanak yang menggunakan perisian telah dilakukan dan persetujuan
daripada pakar dan guru juga dikumpulkan. Untuk melaksanakan, prototaip dimuat naik ke android

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data telah dibincangkan ketika menjelaskan fasa Addie di atas. Ringkasnya, terdapat
dua fasa pengumpulan data yang terlibat:

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

254

Fasa pertama (peringkat awal): untuk mengenal pasti huruf bermasalah.
Fasa kedua (tahap pelaksanaan): ujian prototaip kepada para peserta termasuk pakar dan guru.
Semasa fasa kedua di mana perisian tersebut diuji, empat kanak-kanak disleksia dari Persatuan
Dyslexia Malaysia (PDM) menjadi subjek untuk dianalisis. Pemilihan mereka berdasarkan syor guru
kelas mereka dengan merujuk kepada prestasi Bahasa Malaysia mereka. Empat orang kanak-kanak
ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan tumpuan yang
mempelajari abjad menggunakan aplikasi 3D yang baru dibangunkan dan kumpulan kedua yang
terdiri daripada dua orang kanak-kanak dianggap sebagai kumpulan kawalan yang menggunakan
aplikasi 2D. Kesahan dan kebolehpercayaan data terus diperkuat dengan penyertaan guru yang
mengajar kanak-kanak disleksia. Empat guru bekerjasama dengan penyelidik
semasa proses pengumpulan data. Rekod dipenuhi dengan bentuk log yang sama dengan yang
digunakan semasa fasa analisis. Tambahan pula, aplikasi ThreeDLexic dihantar kepada 10 pakar
untuk penilaian untuk memastikan aplikasi itu sesuai untuk penggunaan kanak-kanak disleksia.

Rajah 3. Menunjukkan rakaman untuk pengumpulan data secara pemantauan (kualitaif)
INTERPRETASI DATA DENGAN KAEDAH FUZZY DELPHI (FDM)
Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) adalah teknik dan instrumen pengukuran yang dijenamakan semula dari
teknik Delphi (M. Ridhuan M. Jamil & Siraj S., 2014). Ahli akademik perintis yang bertanggungjawab
memperkenalkan teknik ini ialah Murray, Pepino dan Gigch pada tahun 1985. FDM mampu:

a) Memperjelaskan kandungan ramalan dan kandungan maklumat responden.
b) Memperjelaskan ciri-ciri individu peserta.
Secara keseluruhannya, FDM digunakan untuk mendapatkan konsensus daripada pakar yang
bertindak sebagai responden berdasarkan penggunaan analisis kualitatif. FDM mengoptimumkan kos
dan masa serta membolehkan pakar untuk menyatakan secara bebas pendapat mereka, yang pada
gilirannya dapat memastikan konsistensi dan kompetensi.

Untuk analisis FDM, soal selidik telah dibangunkan oleh penyelidik berdasarkan kajian
lapangan dalam bidang sains komputer dan masalah pembelajaran. Langkah kedua ialah
mendapatkan konsensus pakar mengenai unsur-unsur aplikasi pembelajaran 3D. Pakar-pakar terdiri
daripada lima pensyarah sains komputer dan lima guru keperluan khas yang mengajar kanak-kanak
disleksia di NGO yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang yang
berkaitan. Jadual 3.2 menunjukkan teknik FDM yang lebih mudah untuk menentukan unsur-unsur
prototaip 3D berdasarkan konsensus pakar untuk soal selidik.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

255

Jadual 2

Perbezaan antara Skala Likert dan Skala Fuzzy

Fuzzy Scale (FDM) Scale of Agreement Likert Scale
5
0.6 0.8 1 Strongly Agree 4
3
0.4 0.6 0.8 Agree 2
0.2 0.4 0.6 Less Disagree 1

0 0.2 0.4 Disagree

00 0.2 Strongly Disagree

KOLEKSI DAN ANALISIS DATA
Tahap pertama adalah tahap analisis yang cuba untuk mendiagnosis masalah pengajaran, ciri-ciri
murid disleksia, masalah bacaan murid disleksia, silabus dan kandungan untuk subjek bahasa
Melayu. Fasa reka bentuk merupakan fasa kedua ialah proses di mana ia melibatkan reka bentuk
antara muka, reka bentuk interaksi, papan cerita, mesej reka bentuk dan strategi pengajaran. Tahap
ketiga ialah fasa pembangunan yang melibatkan skrip naratif seperti kandungan aplikasi, alat
pengarang dan pemilihan serta membina model 3D. Pada fasa keempat iaitu pelaksanaan,
percubaan dilakukan di mana aplikasi dimuat naik ke sistem android yang akan dibicarakan oleh
peserta dalam kajian ini. Fasa terakhir adalah penilaian yang mengumpulkan maklum balas dari
sepuluh pakar setelah mereka mengalami perisian itu sendiri.

REAKSI DARIPADA KANAK-KANAK DISLEKSIA
Selain analisis terhadap huruf yang terlibat dalam pembangunan aplikasi, analisis terhadap tindak
balas pelajar melalui pemerhatian juga dilakukan. Objektifnya adalah untuk melihat apa yang
mempengaruhi reaksi peserta terhadap prototaip. Pada peringkat ini, sejumlah enam murid disleksia
dipilih sebagai subjek penyelidikan. Semua data dicatatkan dalam bentuk video dan sepanjang
tempoh adalah kira-kira 2 jam dan 30 minit dalam satu siri pembelajaran dan sesi pemeriksaan lisan.

Pemerhatian dianalisis menggunakan borang berdasarkan empat kriteria utama. Kriteria ini
diperoleh daripada penemuan yang dicadangkan oleh Salman Firdaus Sidek et al. (2014) yang
merupakan jenis arahan, jenis warna, jenis tahap dan elemen multimedia yang akan digunakan.
Kajian mereka telah mendedahkan empat aspek ini sebagai mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
terhadap pembelajaran huruf-huruf. Borang ini juga digunakan sebelum ini oleh Davis et al., (2007)
dalam penyelidikannya mengenai kanak-kanak autistik. Dalam kajian ini, borang itu diubahsuai sesuai
dengan matlamat.

KEPUTUSAN

KONSENSUS PAKAR MENGGUNAKAN FDM

Sepanjang analisis, dapat disimpulkan bahawa kesemua empat aspek dalam instrumen ini mencapai
kelulusan kolektif oleh para pakar yang melibatkan keberkesanannya dalam membantu murid
disleksia untuk sekurang-kurangnya meminimumkan kes penulisan huruf pembalikan.

Jadual 3
Konsesus Pakar Menggunakan FDM

Conditions Aspects / Constructs Multimedia Interactivity Total
Technical Interface 8 6 24
Number Of Item 46 0.15 0.14 0.15
Threshold value (d) of
each Construct 0.15 0.15 93% 97% 97.5%
Percentage of each item
d ≤ 0.2 (>75%) 100% 100% 0.66 0.64 0.67
Defuzzification (Average
Response) 0.69 0.67

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

256

Defuzzification (Fuzzy 6.65 6.67 6.60 6.43 6.58
Evaluation) 13 4 3

Ranking elements 2

Berdasarkan hasil dalam Jadual 3, kesemua tiga syarat bagi aspek teknikal dan antara muka
telah dipenuhi. Khususnya, kedua-duanya menggambarkan nilai ‗threshold‘ (d) 0.15, perjanjian yang
dilaporkan adalah 100% dan nilai a-cut yang defuzzifikasi ialah> 5 adalah 0.67.

ANALISIS HURUF
Objektif bahagian ini adalah seperti berikut:
a) Untuk mengenal pasti huruf yang sering ditulis dalam pembalikan oleh murid disleksia
seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.13, 36% peserta menulis 'b' dan 'd' dalam pembalikan, 1.3%
menulis 'm' dan 'w' dalam pembalikan, 12% mengalami kesulitan dengan huruf 'n', 'u' , 8% dengan
huruf 'p', untuk '' dan 'z' 6% dan 36.7% untuk huruf lain.

Percentage ( % )

Others 36.7
36
s,z 6

p8

n,u,v 12

m,w 1.3

b,d

Percentage For Reversal Letter Cases

Rajah 4. Peratus Analisis Huruf yang Ditulis Secara Terbalik

PERBANDINGAN ANTARA PEMERIKSAAN DI 2D DAN PROTOTIPE 3D
Objektif analisis ini adalah untuk membuat perbandingan dalam tingkah laku kanak-kanak semasa
menggunakan kedua-dua prototaip 2D dan 3D. Tingkah laku empat kanak-kanak disleksia
diperhatikan semasa mereka menggunakan 3D selepas menggunakan aplikasi 2D.

TINGKAT PENCAPAIAN BERDASARKAN ANIMASI 3D dan APLIKASI 2D
Akhir sekali, kekerapan surat bertulis yang berjaya oleh peserta semasa menggunakan 2D ialah 238.
Secara khususnya, untuk prototaip 3D, 245 kali nombor yang betul berjaya direkodkan. Penemuan
yang ditunjukkan melalui Atlas.Ti menggunakan data yang diperoleh dari Borang Pemantauan untuk
unsur-unsur 2D Aplikasi Mylexic dan Borang Pemantauan untuk elemen 3D ThreeDLexic
digambarkan dalam graf di bawah:

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

Rajah 6. Perbandingan Antara Perilaku Pada Aplikasi 2D dan 3D

257

Percentage 300 Less agree Stron Stron Less agree Stron
250
215000
100

50
0
Stron

gly Disag Disag d gly gly Disag Disag d gly

Disag reed reed agree Disag reed reed agree

reed d reed d

2 Dimension Application 3 Dimension Application

I Would Choose 0 43 0 0 57 0 0 0 29 71

Teacher Would Choose 0 0 30 30 40 17 0 17 25 41

Easiest To Use 0 22 0 33 45 20 0 0 30 50

Best Learning 17 33 50 0 0 22 0 22 0 56

Most Fun 0 0 30 30 40 0 0 0 37 63

Dyslexic Pupils' Achievement Levels To The
Number of 2D and 3D Letters

Letters 245
240
235 2D 3D
230 238 245

Total

Rajah 6. Kekerapan Pencapaian Menggunakan Huruf 2D dan 3D

PERBINCANGAN
Sepanjang analisis menyeluruh yang ditunjukkanoleh triangulasi sumber dan kaedah data berganda,
terbukti bahawa unsur-unsur multimedia yang dibantu 3D menyokong peningkatan penulisan surat di
antara kanak-kanak disleksia. Untuk meringkaskan, Rajah 5 berikut menggambarkan hubungan
antara aspek kajian yang digunakan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

258

Rajah 5. Analisis Melalui Triangulasi Animasi Interaktif 3D untuk kanak-kanak disleksia

Terdapat empat elemen utama yang terlibat dalam proses triangulasi. Ini adalah andaian,
pengesahan, bukti dan dapatan. Andaian diperolehi daripada kajian lapangan, prestasi kanak-kanak
disleksia, pendapat daripada pakar dan guru, bukti yang dikumpulkan yang dikenakan pelbagai
kaedah pengesahan iaitu dengan triangulasi. Kajian ini telah menghasilkan tiga jenis pengesahan;
penemuan yang diperoleh oleh peserta individu, melalui huruf dan hari progresif. Penggunaan
elemen 3D telah mencatatkan peningkatan sebanyak 7% dalam menulis huruf secara konsisten
dalam kalangan para peserta. Ianya dikira apabila pada mulanya, elemen 2D menunjukkan 85%
penulisan surat yang konsisten dan manakala elemen 3D mencatatkan 87.5%. Peratusan ini
berdasarkan pada kumpulan pertama kanak-kanak yang tidak menulis secara konsisten selama 280
kali semasa pemerhatian. Kumpulan ini hanya berjaya menulis 238 kali semasa menggunakan
aplikasi 2D. Untuk kumpulan kedua, mereka didapati telah menulis surat yang betul secara konsisten
untuk 245 daripada 280 kali selepas diperkenalkan dan didedahkan kepada elemen 3D. Ini
menunjukkan bahawa elemen atau ciri atau ciri-ciri 3D dalam prototaip ini berjaya meningkatkan
keupayaan kanak-kanak untuk menulis surat yang betul secara konsisten pada kira-kira_7%.

KESIMPULAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah gabungan untuk pengumpulan dan analisis data.
Pendekatan ini menyokong dan menerangkan penemuan dari analisis kuantitatif dan kualitatif secara
serentak, terutamanya ketika berhadapan dengan pembolehubah laten seperti kelakuan yang diselia
iaitu anak-anak disleksia dan pendapat dari pakar dan guru. Pada mulanya, semasa peringkat awal,
data dikumpulkan menggunakan instrumen penilaian standard yang digunakan sebagai alat
diagnostik untuk menentukan surat pembalikan bermasalah dari 150 murid yang mana satu set 115
dokumen dianalisis melalui analisis dokumen. Kemudian, siri pemerhatian dilakukan pada enam
kanak-kanak disleksia semasa mereka menggunakan aplikasi 2D untuk memaklumkan pembinaan
yang perlu dihadiri ketika merancang prototaip 3D. Pemerhatian dan analisis dokumen berfungsi
sebagai alat heuristik untuk mengukur aspek kandungan dan unsur multimedia yang perlu
dipertimbangkan dalam merancang prototaip ThreeDLexic. Sebaik sahaja prototaip itu direka, ia
kemudiannya menguji kepada sepuluh pakar dan pendapat mereka dikumpulkan melalui kaji selidik
dalam talian. Pada masa yang sama, satu lagi siri pemerhatian telah dijalankan bersama oleh
penyelidik dan empat lagi guru pada empat kanak-kanak disleksia yang dipilih berdasarkan cadangan
guru mengenai pemantauan mereka yang berterusan terhadap pelajar-pelajar ini. Kedua-dua fasa
pengumpulan data dan analisis ini membantu menjawab soalan penyelidikan, matlamat penyelidikan
dan objektif. Bahagian berikut merangkumkan kaedah dan penemuan.

RUJUKAN

Archer, Karin et al. 2014. ―Examining the Effectiveness of Technology Use in Classrooms: A Tertiary
Meta-Analysis.‖ Computers & Education 78: 140–49.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S036013151400133X (September 8, 2014).

Aziz, N a a, R M Rasli, and K Ramli. 2010. ―Preschool Multimedia Interactive Courseware: Classifying

Object (Mengelaskan Objek) PMICMO.‖ 2010 Second World Congress on Software

Engineering: 318–22.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

259

http://ieeexplore.ieee.org/lpdocs/epic03/wrapper.htm?arnumber=5718401 (December 4,

2014).
Azizah Jaafar, Chan Siew Lee, Nor Azan. 2012. ―Pembangunan Dan Penilaian Kepenggunaan

Perisian Kursus Pendidikan Seksualiti Malaysia.‖ 1(1): 1–20.
Bouta, Hara, Symeon Retalis, and Fotini Paraskeva. 2012. ―Utilising a Collaborative Macro-Script to

Enhance Student Engagement: A Mixed Method Study in a 3D Virtual Environment.‖
Computers & Education 58(1): 501–17.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131511002090 (December 4, 2014).
Brenton, Harry et al. 2007. ―Using Multimedia and Web3D to Enhance Anatomy Teaching.‖

Computers & Education 49(1): 32–53.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131505000837 (November 9, 2014).

Chiou, Chei-Chang, Li-Chu Tien, and Li-Tze Lee. 2015. ―Effects on Learning of Multimedia Animation
Combined with Multidimensional Concept Maps.‖ Computers & Education 80: 211–23.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131514002024 (October 25, 2014).

Dani, Noor Aina, and Vijayaletchumy Subramaniam. 2016. ―Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa

Melayu.‖ : 681–704.

Daud, Salwani Mohd, and Hafiza Abas. 2013. ―‗Dyslexia Baca‘ Mobile App -- The Learning
Ecosystem for Dyslexic Children.‖ 2013 International Conference on Advanced Computer
Science Applications and Technologies: 412–16.

http://ieeexplore.ieee.org/lpdocs/epic03/wrapper.htm?arnumber=6836616 (October 10, 2014).
Davis, Megan, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv, and Stuart D. Powell. 2007. ―The

Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive Learning
Environment for Children with Autism.‖ Universal Access in the Information Society 6(2): 145–

57.
Dolphin, Andy. 2009. ―Compositional Applications of a Game Engine Creative Practical Applications in

Sound Art and Music Composition.‖ : 213–22.

Ekong, Donald U. 2012. ―A Survey of Android Programming Courses.‖ 2012 Proceedings of IEEE

Southeastcon: 1–4.

http://ieeexplore.ieee.org/lpdocs/epic03/wrapper.htm?arnumber=6196987.

Ely, Emily et al. 2014. ―Use of Instructional Technology to Improve Teacher Candidate Knowledge of
Vocabulary Instruction.‖ Computers & Education 75: 44–52.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131514000311 (November 4, 2014).

Frohberg, D., C. Göth, and G. Schwabe. 2009. ―Mobile Learning Projects - a Critical Analysis of the
State of the Art.‖ Journal of Computer Assisted Learning 25(4): 307–31.

http://doi.wiley.com/10.1111/j.1365-2729.2009.00315.x (July 14, 2014).

Furió, David, Santiago González-Gancedo, M.-Carmen Juan, Ignacio Seguí, and Noemí Rando.

2013. ―Evaluation of Learning Outcomes Using an Educational iPhone Game vs. Traditional
Game.‖ Computers & Education 64: 1–23.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131512002850 (October 21, 2014).

Furió, David, Santiago González-Gancedo, M.-Carmen Juan, Ignacio Seguí, and María Costa. 2013.
―The Effects of the Size and Weight of a Mobile Device on an Educational Game.‖ Computers
& Education 64: 24–41. http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131512003065

(October 26, 2014).
Gay, Javier. 2001. ―The Evolution of Research on Dyslexia History of Reading Disability.‖ 32(1): 3–30.
Gotesman, Edith, and Carol Goldfus. 2009. ―The Impact of Assistive Technologies on the Reading

Outcomes of College Students with Disabilities.‖ : 92–98.

Gustafson, Kent L, and Robert Maribe Branch. 2002. ―Survey of Instructional Development Models.
Fourth Edition.‖ TechTrends 45: 48–50.

Harm, Michael W, and Mark S Seidenberg. 1999. ―Phonology, Reading Acquisition, and Dyslexia:

Insights from Connectionist Models.‖ Psychological Review 106(3): 491–528.

Hasan, A, F Hafiz, and M.H Shahril. 2017. ―Application of Fuzzy Delphi Approach Determining

Element in Technical Skills among Students towards the Electrical Engineering Industry
Needs.‖ Pertanika J.Soc.Sci & Humanities 25(S): 1–8.

Hassan.Johari, Juwairiah.A Fakulti Pendidikan UT. 2008. ―Borang Penilaian CDRI Matapelajaran
Fizik.‖

Haziq, Muhammad, Lim Abdullah, Syariffanor Hisham, and Shahril Parumo. 2009. ―MyLexics : An

Assistive Courseware for Dyslexic Children to Learn Basic Malay Language MyLexics :

Courseware Modules.‖ (95): 3–9.
Health, Georgia Minority. 2003. ―Dyslexia and the Brain.‖

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

260

Husni, Husniza, and Zulikha Jamaludin. 2013. ―Let ‘ S Play with Colours : BacaMAX User Interface for

Dyslexic Children.‖ : 253–63.

Ihmeideh, Fathi M. 2014. ―The Effect of Electronic Books on Enhancing Emergent Literacy Skills of
Pre-School Children.‖ Computers & Education 79: 40–48.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131514001596 (October 21, 2014).

Integrasi, Pendidikan Khas. 2011. ―Dyslexia.‖ http://skpt-ppki.blogspot.my/.
Izzah, Zeratul et al. 2008. ―An Overview of Learning Content in MyLexics ( An Assistive Multimedia

Courseware for Dyslexics ).‖

Johnson, R. Burke, and Anthony Onwuegbuzie. 2004. ―Mixed Methods Research: A Research
Paradigm Whose Time Has Come.‖ Educational Researcher 33(14): 14–26.

Kast, Monika et al. 2011. ―Computer-Based Learning of Spelling Skills in Children with and without
Dyslexia.‖ Annals of Dyslexia 61(2): 177–200.

Kearney, Matthew, Kevin Burden, and Tapan Rai. 2015. ―Investigating Teachers‘ Adoption of
Signature Mobile Pedagogies.‖ Computers & Education 80: 48–57.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0360131514001821 (November 3, 2014).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. ―Program Pemulihan Khas.‖

https://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pemulihan-khas.
Kim, Sung Lae et al. 2014. ―Using Unity 3D to Facilitate Mobile Augmented Reality Game

Development.‖ 2014 IEEE World Forum on Internet of Things (WF-IoT): 21–26.

http://ieeexplore.ieee.org/lpdocs/epic03/wrapper.htm?arnumber=6803110.
Knirk, The, and Gustafson Design Model. 1986. ―The Knirk and Gustafson Design Model Is a Type

of.‖ : 1–5.

Korakakis, George, Andreas Boudouvis, John Palyvos, and Evagelia a. Pavlatou. 2012. ―The Impact

of 3D Visualization Types in Instructional Multimedia Applications for Teaching Science.‖
Procedia - Social and Behavioral Sciences 31(2011): 145–49.

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S1877042811029612 (December 7, 2014).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

261

Karya Sastera Sebagai Perakam Implikasi Perubahan Pendidikan Terhadap
Keluarga Melayu

Mohd Zain Kosnon
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

[email protected]

Abstrak
Kertas kerja ini mengupas implikasi pendidikan terhadap tiga landskap utama
kehidupan keluarga Melayu dari awal era pascamerdeka hingga ke era
millennium. Ini mencakupi status sosial, peranan dalam keluarga dan bentuk
keluarga itu sendiri. Empat buah novel Azizi Haji Abdullah dipilih atas
justifikasi kecenderungan beliau memaparkan perubahan aspek-aspek
keluarga Melayu berkenaan serta keprolifikan kepengarangannya sepanjang
enam dekad secara konsisten. Novel dipilih mewakili citra setiap dekad
sebagai bahan kajian utama iaitu Senja Belum Berakhir (1971), Tukcai (1991),
Wi dan William (1995), Mandala Dunia Kedua (2012). Menerusi karya-
karyanya, Azizi secara tuntas menyerlahkan perubahan landskap aspek-
aspek keluarga Melayu berkenaan implikasi perubahan tahap pendidikan.
Menerusi pendidikan, keluarga Melayu berjaya mengangkat status sosial
daripada petani miskin dalam strata masyarakat kepada golongan
pertengahan, usahawan dan profesional. Perubahan tersebut sekaligus
mengangkat tahap sosioekonomi mereka ini menjadikan mereka dihormati,
dihargai malah berpengaruh dalam masyarakat. Peranan tipikal individu
berpendidikan dalam keluarga Melayu juga berubah apabila turut memikul
pelbagai tangungjawab secara serentak. Ini termasuk pencari nafkah utama
keluarga, pemimpin serta tokoh akademik yang berperanan penting dalam
masyarakat. Ini sekaligus mengiktiraf peranan mereka melangkaui sempadan
gender sesuai pemikiran, pandangan dan keupayaan dimiliki. Penghijrahan
generasi berpendidikan ke bandar sesuai tuntutan pembangunan negara turut
mengubah bentuk keluarga Melayu tradisi. Keluarga luas di desa ditinggalkan
dan membentuk keluarga nukleus baru sekaligus meningkatkan populasi
orang Melayu di bandar. Jelasnya, Azizi membuktikan karya sastera mampu
menjadi medium bagi menonjolkan perubahan landskap keluarga Melayu
menerusi pendidikan dari dekad pacamerdeka hingga era milenium.

Kata kunci: Pendidikan, Status sosial, Peranan dalam Keluarga, Bentuk
keluarga, Karya Sastera.

PENGENALAN
Pendidikan menjadi nadi penting perubahan landskap keluarga Melayu pascamerdeka. Realitinya,
tanpa pendidikan mereka tersisih daripada arus pembangunan lantaran tertindas dan ketinggalan.
Ketika era kolonial, pendidikan negara terbahagi tiga aliran; sekolah Pondok, Melayu dan Inggeris.
Majoriti anak Melayu desa bertumpu di sekolah pondok selain sekolah Melayu yang sekadar
mengajarkan pendidikan akademik asas. Sekolah aliran Inggeris didominasi elit dan bangsawan
Melayu serta bangsa asing yang seterusnya berpeluang melanjutkan pendidikan hingga peringkat
tertier. Akibatnya, orang Melayu terus terkebelakang dalam pelbagai aspek. Menyedari hakikat ini,
pemimpin serta cerdik pandai Melayu pascamerdeka menggembeleng pelbagai inisiatif untuk
membuka minda anak bangsa terhadap kepentingan pendidikan bagi membina peradaban bangsa.
Hasilnya lahir golongan keluarga Melayu pertengahan yang mampu bersaing dalam arus
pembangunan negara dalam pelbagai bidang sekaligus merubah landskap masyarakat Melayu.
Walau bagaimanapun, perubahan landskap keluarga Melayu sering dipaparkan menerusi statistik
sosioekonomi mereka. Azizi sebagai pengarang yang terlibat langsung dalam perubahan tersebut
cuba merakamkan perubahan berkenaan lewat ketajaman pena kreatifnya.

Tiga dekad bergelar pendidik membolehkan Azizi merasai langsung implikasi pendidikan
terhadap keluarga Melayu apabila sejak era pramerdeka mereka dilihat cukup cenderung
menjadikannya medium bagi mengangkat status sosial ke tahap lebih selesa. Ini sekaligus merubah

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

262

bentuk keluarga dan peranan mereka lantaran kebanyakan golongan terpelajar cenderung berhijrah
ke bandar bagi merebut peluang meningkatkan taraf hidup menerusi peluang pekerjaan yang terbuka
luas hasil pembangunan pesat negara. Justeru, selain peranan tradisi, mereka turut memikul tugas
dan peranan tambahan dalam keluarga terutama aspek sosial dan ekonomi. Menelusuri secara
mendalam karya novel Azizi, pembaca akan mendapati realiti perubahan keluarga garapannya hasil
pembangunan negara dirakamkan secara tuntas dari tiga sudut utama iaitu status sosial, peranan
dalam keluarga, dan bentuk keluarga. Kesemua perubahan tersebut didasari anjakan paradigma
watak-wataknya selaras peranan pengarang sebagai perakam realiti sesuatu zaman menerusi karya
sebagai cerminannya untuk tatapan generasi seterusnya.

METODOLOGI, OBJEKTIF DAN BAHAN KAJIAN
Kertas kerja ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian teks dengan menerapkan
pendekatan analisis kandungan. Metod naratif (narratif method) digunakan untuk melaporkan hasil
analisis serta dapatannya. Objektif kajian ialah meneroka implikasi pendidikan dan pembangunan
negara terhadap perubahan keluarga Melayu sepanjang enam dekad negara mencapai kemerdekaan
menerusi rakaman kaya sastera. Lima buah novel Azizi Haji Abdullah telah dipilih bagi mewakili
setiap dekad sebagai bahan kajian utama iaitu Senja Belum Berakhir (1971), Tukcai (1991), Wi dan
William (1995), dan Mandala Dunia Kedua (2012).

AZIZI DAN KEPENGARANGANNYA
Azizi Haji Abdullah dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kedah dan mendapat pendidikan dalam
aliran Melayu serta agama. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama selama 32 tahun (1965-
1997). Dalam bidang penulisan kreatif, Azizi pernah menjadi Yang DiPertua Angkatan Sasterawan
Kedah (Asasi), Ahli Jawatankuasa Gabungan Sasterawan Utara (Gatra) dan Ketua Editor akhbar
Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang. Pada tahun 1995, Azizi menjadi Karyawan Tamu Dewan
Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara selain kolumnis Akhbar Harakah serta Warta Darul Aman selain
sering membimbing bengkel penulisan sastera. Antara pengiktirafan diperoleh adalah bintang Ahli
Mangku Negara (A.M.N) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 1974 (Ilias Zaidi
1976). Pada 1988, Azizi menerima anugerah Hadiah Sastera Asia Tenggara (S.E.A Write Award)
daripada kerajaan Thailand dan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) atas sumbangannya
menerusi bidang penulisan kreatif dan kesusateraan.

Sepanjang enam dekad, hampir kesemua genre kreatif dan bukan kreatif telah diceburi Azizi,
namun novel paling berjaya mengangkat ketokohannya sebagai pengarang. Dalam penulisan kreatif,
Azizi aktif menghasilkan skrip drama termasuk yang diadaptasi daripada cerpen mahupun novelnya
seperti Garis Lintang Anak Haram (1968), Senja Belum Berakhir (1971), dan Seorang Tua di Kaki
Gunung (1982) (Shamsudin Jaafar 2005). Sejarah penulisan kreatif Azizi mula ditempa menerusi
penulisan cerpen yang diwarnai pelbagai kontroversi seperti cerpen ―Haji Salikin Cuba Berkhalwat‖
(1961), ―Sami Mekong‖ (1965) dan ―Persidangan Malaikat‖ (1995). Cerpen-cerpen berkenaan
dikatakan mengaibkan watak sebenar tokoh masyarakat selain memaparkan elemen kelucahan serta
penyimpangan aqidah yang bercanggah dengan budaya timur dan Islam. Keprolifikan penulisan Azizi
bagi kebanyakan pengkritik terletak pada keupayaannya mengolah persoalan pokok dan watak-watak
signifikan dalam kehidupan seharian.

Karya novel Azizi bermula dengan Garis Lintang Anak Haram (1968) disusuli sejumlah novel
lain termasuk Senja Belum Berakhir (1971), Bila Hujan Malam (1976), dan Gadis Itu Bernama Ina
(1978). Penghasilan Seorang Tua di Kaki Gunung (1982) dianggap karya sastera terbaik abad ke-20
oleh pengkritik dan peminat sastera. Keprolifikan Azizi menjelang 1990-an terserlah menerusi
kerencaman isu diketengahkan selain beberapa buah novelnya menggondol kejayaan. Antaranya
termasuk Tukcai (1991), Dunia Bukan Syurga (1993), Hoi! (1994) dan Wi & William (1995). Menjelang
millenium, terhasil pula Kawin-kawin (2002), Sangeetha (2006) dan Harga Sebuah Maruah (2007)
dan berakhir dengan Mandala Dunia Kedua (2011). Jelasnya, ketokohan kepengarangan Azizi
terserlah menerusi peningkatan kualiti dan kerencaman permasalahan diketengahkan termasuk
politik kenegaraan, sosiobudaya merentas sempadan antarabangsa serta kerakusan hidup manusia
berpaksikan budaya hedonisme. Justeru, kepelbagaian ini berjaya mencerminkan kematangan dan
kepekaan Azizi sebagai pengarang prolifik terhadap evolusi persekitarannya termasuk implikasi
proses pembangunan negara.

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

Status Sosial

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

263

Kekangan tahap pendidikan menyebabkan orang Melayu pramerdeka terkebelakang dalam pelbagai
aspek lantaran keterbataskan peluang, kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dan himpitan
kemiskinan. Za‘aba (1927) menegaskan, kaedah menyelamatkan orang Melayu daripada kelemahan
sikap dan kemiskinan adalah memberikan pengetahuan. Pendidikan asas diperoleh menerusi institusi
pondok dan sekolah aliran Melayu tidak memungkinkan mereka meneroka lebih jauh apatah lagi
bersaing dengan kaum-kaum imigran dalam pelbagai bidang menyebabkan majoriti mereka kekal
bergelumang dalam pertanian sara diri. Hanya kelompok elit dan bangsawan berpendidikan Inggeris
mampu melakar kejayaan lebih jauh. Menjelang pascamerdeka, penerapan pendekatan afirmatif
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membuka peluang pendidikan cukup luas kepada orang Melayu
disokong penambahbaikan dasar pendidikan merubah corak kehidupan mereka. Ini mencakupi aspek
status sosial, peranan dalam keluarga dan bentuk keluarga Melayu.

Kelebihan pendidikan yang berjaya mengangkat status sosial menyedarkan orang Melayu akan
kepentingannya. Selain dipandang tinggi, mereka menjadi rujukan, dihormati malah sering dilantik
sebagai pemimpin masyarakat. Ini selaras penegasan Shamsul Amri Baharudin (2007), pendidikan
mengangkat status seseorang sekaligus memajukan masyarakat. Dalam konteks masyarakat Melayu
desa 1960-an dan 1970-an, keterbatasan pendidikan moden serta penambahbaikan dasar Penyata
Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) yang belum membuahkan hasil menjadikan
golongan berpendidikan agama mendapat perhatian penting. Fenomena ini dirakamkan secara kreatif
oleh Azizi lewat watak Imam Herman dalam Senja Belum Berakhir. Menerusi garapan tersebut,
ketokohan Imam Herman yang berlatar pendidikan agama cukup dihormati malah menjadi rujukan
masyarakat sehingga diangkat menjadi ketua kampung. Ini selaras kecenderungan masyarakat
Melayu ketika itu yang masih kental dengan pengaruh tokoh-tokoh agama lulusan Timur Tengah.
Penghargaan yang turut mengangkat status sosial Imam Herman sekeluarga ini diberikan bukan
sahaja diakui oleh penduduk kampung malah anak-anaknya sendiri seperti maksud tersirat rumusan
berikut;

Ketokohan Imam Herman dalam bidang agama diperakui masyarakat kampungnya. Ini
diterjemahkan menerusi pelbagai penghormatan masyarakat dengan terus melantiknya menjadi
imam masjid dan ketua kampung meskipun sudah lanjut usia dan fizikalnya kian uzur. Pelantikannya
juga mendapat mandat penuh penduduk tanpa sebarang bantahan. Kedudukan Imam Herman
secara tidak langsung turut menjadikan anak-anaknya Ramli, Malawi dan Sabahariah turut dihormati
masyarakat setempat sehingga ke mana-mana sahaja pergi, penduduk kampung akan menerima
mereka dengan baik dan mesra (Azizi Haji Abdullah 1971).

Menjelang 1980-an, improvisasi dasar pendidikan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979) disokong afirmatif DEB meningkatkan lagi kesedaran keluarga Melayu terhadap pendidikan
termasuk merebut peluang hingga ke luar negara. Peningkatan kesedaran Islam orang Melayu diikuti
Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-nilai Islam olahan Dr. Mahathir menyebabkan kiblat
pendidikan negara berubah dari Barat ke Timur. Ini termasuk perubahan kurikulum yang menekankan
nilai-nilai kerohanian selain menambah bilangan sekolah aliran agama. Inisiatif tersebut berhasil
mengangkat kembali martabat golongan berpendidikan agama yang kian kurang diperhatikan
kerajaan ekoran ketaksuban terhadap aliran pendidikan sekular Barat. Justeru, pengiktirafan tinggi
terhadap golongan ini hingga ke peringkat nasional telah mengangkat status sosial mereka di mata
masyarakat. Azizi melakar fenomena berkenaan secara kreatif lewat watak Makpi dalam Tukcai.
Makpi, anak Tukcai yang berkelulusan Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir dan bertugas sebagai
ustazah di sebuah sekolah menengah agama di hujung bandar. Selain statusnya dihormati
masyarakat, Makpi adalah kebanggaan ibu bapanya kerana dapat menunaikan amanat menjadi guru
agama di sekolah yang dibina hasil perjuangan parti mereka kepada kerajaan menjelang
kemerdekaan dahulu seperti luahan Tukcai berikut;

Makpilah merupakan satu-satunya anak yang dapat menunaikan amanat dan kehendaknya,
juga kehendak Nekcai sendiri…. Makpi dihantar ke Mesir, memasuki Universiti al-Azhar dan bila
balik, Nekcai tidak membenarkannya ke mana-mana. Nekcai menyuruhnya menghambakan diri di
sekolah agama rakyat di hujung bandar, sekolah yang hasilnya daripada perjuangan dan tuntutan
mereka kepada kerajaan (Azizi Haji Abdullah 1991).

Menginjak 1990-an, orang Melayu kian dituntut menguasai ilmu sejajar arus pembangunan
agar tidak tercicir dalam kederasan arus pemodenan. Azizi menyerlahkannya lewat garapan nasib
masyarakat Melayu Langkawi termasuk keluarga Wi dalam Wi dan William yang dihimpit kemiskinan
dalam kepesatan pembangunannya sebagai pulau pelancongan bebas cukai bertaraf antarabangsa
hasil penerapan Dasar Penswastaan Negara. Tanpa pendidikan, Wi dan majoriti penduduk kampung
gagal memanfaatkan pembangunan malah menjadi lebih miskin lantaran tanah mereka tergadai dan
wangnya gagal diurus dengan bijak. Ini berbeza dengan William, anak Cina tempatan yang berjaya

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

264

memanfatkannya bermediumkan berpendidikan sehingga menjadi usahawan berjaya di peringkat
antarabangsa. Menyedari realiti berkenaan, Wi bertekad melonjakkan kualiti diri dengan
mempertingkat tahap pendidikan sehingga berjaya meraih kemakmuran hidup di pulau kelahirannya
itu. Selain mengangkat status sosial keluarga, Wi berjaya merubah imej tipikal masyarakat Melayu
yang sinonim dengan pertanian kepada usahawan berjaya menerusi jalinan usahasama
perniagaannya dengan William. Lewat garapan berkenaan, Azizi melontarkan mesej bahawa
pendidikan menjadi kunci penyelamat orang Melayu untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Kisah Wi
digarap seperti rumusan berikut;

Kemiskinan menyebabkan pendidikan Wi terbantut sekaligus gagal mengangkat status sosial
keluarga. Menyedari itu, Wi nekad melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di Institut Guan,
Pulau Pinang sementara menunggu tanah pusaka bapanya yang dibangunkan secara usahasama
dengan syarikat William selesai dilaksanakan. Hasilnya, bukan sahaja karektor Wi berubah lebih
positif, malah dia mampu menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai ketua keselamatan di hotel
usahasamanya dengan William. Langkah bijaknya meningkatkan ilmu berjaya mengangkat status
sosial diri serta keluarga sehingga dipandang tinggi oleh masyarakat setempat (Azizi Haji Abdullah
1995).

Pendemokrasian pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menambahbaik dasar-
dasarnya telah meningkatkan jumlah bumiputera di pusat pengajian tinggi tanpa mengira latar
belakang. Hasilnya, mereka mampu bersaing secara terbuka menerusi penglibatan dalam pelbagai
bidang seiring proses pembangunan negara termasuk kaum wanita yang secara tradisi dianggap
hanya sesuai duduk di ceruk dapur. Justeru, selain mengangkat status sosial, pendidikan turut
mengikis imej kemiskinan keluarga Melayu. Azizi menterjemahkan realiti ini lewat watak Dr. Sima
dalam Mandala Dunia Kedua. Meskipun berkaki capik dan berasal dari keluarga miskin,
pendemokrasian pendidikan membolehkannya melanjutkan pelajaran ke tahap tertier sekaligus
membuktikan improvisasi dasar pembangunan pendidikan negara telah menyediakan orang Melayu
laluan menuntut ilmu cukup luas dalam pelbagai bidang. Dengan tahap pendidikan dimiliki, Dr. Sima
layak bergelar profesor sosiologi disegani di USM sekaligus meletakkannya dalam kelompok Melayu
elit. Misalnya, .... ―Dr. Sima, profesor di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di
Universiti Sains Malaysia. Dia cacat sedikit. Jalannya tersenget-senget kerana dia pincang (Azizi Haji
Abdullah 2011). Jelasnya, garapan perubahan corak hidup Dr. Sima menjadi wadah motivasi Azizi
agar anak bangsanya melakukan anjakan paradigma menerusi pendidikan bagi membina tamadun
kemanusiaan sekaligus menjadi insan yang lebih baik.

Peranan Dalam Keluarga
Individu berpendidikan realitinya amat diperlukan dan sering mendapat perhatian keluarga serta
masyarakat. Ini menuntut mereka bijak memainkan peranan kerana lazimnya pelbagai
tanggungjawab disandarkan di bahu mereka. Menjelang dekad awal merdeka, individu berlatar
pendidikan agama dilihat lebih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu terutama di
desa. Justeru, selain peranan tipikal keluarga, mereka turut memikul tanggungjawab dalam
masyarakat terutama dari aspek kepimpinan seperti rakaman Azizi lewat watak Imam Herman dalam
Senja Belum Berakhir. Masyarakat desa era 1960-an realitinya cenderung mengangkat agamawan
dalam strata sosial mereka menyebabkan golongan berkenaan sering memikul pelbagai peranan dan
tanggungjawab serentak pada sesuatu masa. Imam Herman misalnya, selain menjadi ketua keluarga,
suami dan bapa, kepercayaan masyarakat setempat yang memandang tinggi ilmu agama dimiliki
telah melantiknya sebagai kepala kampung dan imam. Ini menuntutnya bijak mengimbangi
kepentingan keluarga serta tanggungjawab terhadap masyarakat dengan adil dan saksama. Azizi
menukilkan realiti dihadapi Imam Herman berkenaan lewat perbualan anak-anaknya, Malawi dan
Ramli berikut;

―Bapak dilantik sebagai imam dan ketua dalam kampung kita!‖ terang Ramli bersahaja. ―Sejak
bila?‖ ―Tiga bulan Sudah.‖ ―Baguslah. Rupa-rupanya orang kampung masih percaya lagi pada
bapak.‖ Kemudian suasana senyap beberapa ketika. Detik-detik berlalu begitu sahaja. ―Tak ada
orang yang menentang perlantikan tu?‖ Malawi kembali bertanya setelah senyap beberapa ketika.
―Sebulat suara… sebulat suara…‖ jawab Ramli. Malawi tersenyum. Dalam hatinya tercetus rasa
bangga yang bukan kepalang. Memang layak bapanya menjadi imam (Azizi Haji Abdullah 1971).

Menerusi watak Fikri dalam Seorang Tua di Kaki Gunung yang berlandskapkan era 1970-an,
Azizi menyerlahkan realiti perubahan peranan golongan berpendidikan lebih ketara dalam kalangan
generasi muda berpendidikan Barat. Ini ekoran kiblat pendidikan Barat mula mendominasi
improvisasi dasar pendidikan negara berwadah Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib
(1960). Justeru, selain tanggungjawab tipikal, mereka turut menyandang peranan-peranan lain yang

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

265

belum pernah dilakukan sebelumnya sama ada dari segi ekonomi mahupun sosial seperti dilalui Fikri.
Selain menjaga kebajikan ibu bapanya, dia yang bergaji lumayan lantaran berpendidikan tinggi turut
menjadi penjana ekonomi utama keluarga. Meskipun ibu bapanya masih bekerja, namun keperluan
utama ekonomi keluarga dipikul sepenuhnya oleh Fikri menerusi kiriman wang saban bulan untuk
keperluan mereka seperti gambaran berikut... ―Jika tidak balik, Fikri akan kirim duit sahaja. Kalau
kirim duit, Tukya terpaksa keluar ke Mahang atau Karangan mengambil money order. Tukya berasa
bangga kerana Fikri kenang jasa‖ (Azizi Haji Abdullah 1982). Kemampanan ekonomi Fikri turut
menjamin kualiti kehidupan lebih baik kepada ibu bapanya. Realiti berkenaan kontra dengan peranan
rakan sekampungnya, Taha yang masih bergantung hidup kepada keluarga lantaran pendidikannya
tamat sekadar tingkatan satu.

Watak Makpi dalam Tukcai yang berlandskapkan keluarga Melayu 1980-an turut memainkan
peranan serupa. Sebagai ibu tunggal, Makpi bertanggungjawab mengurus sendiri rumahtangganya
manakala sebagai anak pula dia turut berperanan menjaga kebajikan ibu bapanya yang telah uzur.
Tugasnya semakin bertambah apabila dengan kelebihan kelulusan tinggi dimiliki dalam bidang
agama dari al-Azhar, Mesir yang melayakkannya menjadi guru agama, dia turut berperanan sebagai
pencari nafkah buat menyara keluarga besarnya. Menerusi pendapatannya, Makpi menanggung
keperluan diri, anak serta orang tuanya demi kelangsungan hidup. Tugas berkenaan terpikul dibahu
Makpi lantaran abangnya, Pakpa yang tidak berpendidikan tinggi dan sekadar bersawah tidak mampu
menanggung tanggungjawab berkenaan. Realiti ini menjadi serlahan Azizi bahawa pendidikan kian
menjadi tonggak penting keluarga Melayu dalam melakar kehidupan lebih baik menerusi peranan
dimainkan oleh anggotanya. Azizi menggambarkan kepelbagaian peranan dipikul Makpi seperti
petikan rumusan berikut;

Makpi, anak perempuan tunggal Tukcai dan Nekcai yang sudah kematian suami tinggal
sebumbung dengan orang tuanya lantaran mereka sudah tua dan uzur. Tambahan pula, situasinya
sebagai ibu tunggal beranak satu turut mendorongnya berbuat demikian bagi menjaga nama baiknya
di mata masyarakat selain dapat berbakti kepada orang tuanya. Dengan kerjayanya sebagai guru
agama berijazah, Makpi turut berperanan sebagai pencari nafkah utama bagi menyara keluarga
besar tersebut termasuk anak, ibu bapa dan dirinya. Justeru, Makpi memikul pelbagai peranan
sekaligus termasuk sebagai ibu rumahtangga, anak, guru dan penjana ekonomi keluarga (Azizi Haji
Abdullah 1991).

Perubahan peranan lantaran peningkatan tahap pendidikan kian terserlah menjelang 1990-an
termasuk di kawasan luar bandar. Ini selari dasar liberalisasi pendidikan terapan kerajaan yang
menggalakkan pelbagai corak pendidikan termasuk kelolaan pihak swasta. Ini digarap Azizi lewat
kehidupan Wi dalam Wi dan William yang dilingkungi kepesatan pembangunan Langkawi sebagai
pulau bebas cukai. Sebelum melanjutkan pendidikan dalam bidang pengurusan daripada sebuah
kolej swasta, Wi sekadar menghabiskan masa tanpa aktiviti berfaedah selepas pendidikannya
terkandas separuh jalan. Namun, setelah berjaya memperoleh pendidikan lanjutan atas inisiatifnya
sendiri, karektor Wi berubah. Dia menjadi anak berwawasan, rajin dan gigih membina kehidupan.
Tugas mencari nafkah keluarga yang beralih ke bahunya serta menjaga kebajikan bapa lumpuhnya
dilunaskan penuh tanggungjawab. Azizi menyirat perubahan ini menerusi reaksi kekaguman dan
kegembiraan bapa Wi berikut... ―Setiap pagi apabila hendak keluar, dia meraup tangan bapanya,
mencium sekali... sewaktu dia menghidupkan enjin motorsikalnya, dilihat bapanya di jerjak jendela,
menghantar dengan pandangan mata yang jernih, dengan seulas senyum yang sangat
menyenangkan‖ (Azizi Haji Abdullah 1995). Wi turut bertekad menjadi pencetus inspirasi perubahan
anak-anak muda kampungnya. Titik tolak perubahan berkenaan disimbolikkan oleh Azizi menerusi
nukilan berikut... ―Tadi ketika melompat ke bot di jeti seberang, Wi telah melepaskan pakaian
lamanya dan mengenakan pakain yang sama sekali berlainan... Dia kembali bukan lagi seorang anak
pulau yang lagak pakainya seperti penunggu jeti dulu‖ (Azizi Haji Abdullah 1995).

Menjelang abad ke-21, Azizi yang berpengalaman luas sebagai guru melihat pendidikan
berperanan membentuk karektor peribadi belia Melayu menjadi modal insan berkualiti. Matlamatnya
agar anggota masyarakat terutama daripada kalangan orang Melayu mampu berperanan lebih
berkesan dalam pelbagai bidang sesuai keperluan serta perkembangan zaman. Ini selaras dengan
prinsip pembangunan modal insan terapan kerajaan yang berpendapat bahawa kekuatan fizikal
mempunyai batasan tertentu berbanding kekuatan dalaman janaan kekuatan ilmu pengetahuan yang
merupakan kekuatan sebenar serta tidak mudah terhakis (Muhamad Takiyuddin Ismail 2014).
Justeru, pada era dunia tanpa sempadan ini, pendidikan memungkin seseorang memainkan peranan
lebih daripada yang pernah dicapai pada dekad-dekad sebelumnya. Azizi menjadikan watak Dr. Sima
dalam novel Mandala Dunia Kedua sebagai jelmaan realiti berkenaan seperti rumusan berikut;

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

266

Dr. Sima merupakan pensyarah bertaraf professor di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan
dan Persekitaran, Universiti Sains Malaysia. Meskipun memiliki taraf akademik yang tinggi, namun
dia ibu dan isteri yang cukup penyayang serta menumpahkan taat setianya kepada keluarga tanpa
berbelah bagi. Kualiti peribadi yang ada pada dirinya bukan sahaja diakui oleh individu di
sekelilingnya malah suaminya, Kadir Shah seorang ahli politik berpengaruh. Pendidikan yang dimiliki
juga menjadikan Dr. Sima individu yang teguh pegangan nilai-nilai keislamannya selain mampu
melaksanakan pelbagai peranan secara efektif pada sesuatu masa (Azizi Haji Abdullah 2012).

Ini jelas mengambarkan bahawa dengan tahap pendidikan yang baik, wanita seperti Dr. Sima
tidak sekadar berperanan sebagai isteri dan ibu rumahtangga, sebaliknya dia turut berperanan
sebagai professional pendidikan yang cukup tegas dengan pendiriannya di universiti sekaligus
menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Pada masa sama, dia juga menjadi tempat rujukan
suaminya dalam hal-hal bersangkutan kemasyarakatan yang menjadi bidang kepakarannya. Sebagai
pengarang dan anggota masyarakat yang tergalas dibahunya tanggungjawab untuk mendidik
khalayak, terjemahan kreatif berkenaan menjadi wadah Azizi untuk mendorong orang Melayu
meneroka lebih luas pelbagai bidang ilmu agar mampu meletakkan diri dalam arus perubahan negara
selaras perkembangan global.

Bentuk Keluarga
Menjelang pascamerdeka, kerajaan menggubal suatu sistem pendidikan baharu bagi menghasilkan
kelompok warga tempatan untuk menggerakkan sistem perkhidmatan negara (Syed Husin Ali 2015).
Implikasinya, menjelang era 1970-an hasil penambahbaikan dasar pendidikan disokong pendekatan
afirmatif DEB telah mempengaruhi perubahan bentuk keluarga Melayu khasnya di desa. Selain
keluarga luas, bentuk keluarga nukleus yang terdiri daripada ibu bapa dan anak turut berubah. Ini
lantaran ada antara mereka berhijrah terutama ke bandar untuk membentuk kehidupan lebih baik
setelah menamatkan pendidikan peringkat tertinggi seperti dialami Tukya dan Besah dalam Seorang
Tua di Kaki Gunung. Saiz keluarga nukleus Tukya kian mengecil apabila anak tunggalnya, Fikri
berhijrah keluar dari lingkungan keluarga untuk menuntut ilmu di sekolah berasrama penuh
sehinggalah akhirnya berkahwin dan bekerja di bandar. Ini berbeza dengan Taha, rakannya yang
menamatkan pendidikan sekadar tingkatan satu. Keterbatasan tahap pendidikan menyebabkannya
tidak terdorong berhijrah sebaliknya kekal menetap di kampung bersama-sama ibu bapanya dan
melakukan kerja-kerja tradisi warisan keluarga. Kekangan pelajaran memungkinannya berdepan
kesukaran jika berhijrah ke bandar lantaran kepesatan pembangunan bandar dekad berkenaan lebih
memihak kepada golongan berpendidikan. Azizi merakamkan realiti perbezaan berkenaan seperti
berikut;

Tiba akhir tahun, Fikri beroleh kejayaan yang mengejutkan. Lalu pihak berkenaan mengambil
Fikri belajar di sekolah berasrama penuh…. Kemudian hinggalah Fikri belajar selama lima tahun di
luar negeri, dan berkahwin dengan orang Kuala Lumpur…. Kini Fikri tinggal di Kuala Lumpur. Sudah
mempunyai dua orang anak. Sudah besar panjang. Seorang sudah bersekolah. Sebulan sekali atau
lebih-lebih tiga bulan sekali, Fikri akan balik. Kalau tidak berempat, seorang. Kadang-kadang dengan
anak bongsunya Lamin (Azizi Haji Abdullah: 1982).

Perubahan teras dasar pembangunan yang turut merubah aliran pendidikan dari acuan Barat
ke Timur merancakkan lagi perubahan bentuk keluarga Melayu dekad 1980-an. Pertumbuhan pesat
ekonomi seiring perkembangan proses perbandaran implikasi dasar perindustrian menarik ramai
belia Melayu terpelajar berhijrah ke bandar bagi membina kehidupan lebih baik (Mahathir Mohamad
(2005). Mereka meninggalkan keluarga induk di kampung dan membentuk keluarga nukleus baharu
yang lebih kecil saiznya sekaligus merubah bentuk keluarga asal. Menurut Yaacob Harun (1993)
perpindahan sesebuah keluarga ke bandar perlu melakukan modifikasi sesuai tuntutan setempat
termasuk sistem keluarga luas kepada keluarga asas, bilangan ahli yang semakin terbatas, dan
perubahan fungsi serta peranan dalam keluarga. Dengan kelebihan taraf pendidikan hasil
penambahbaikan dasar-dasar pendidikan negara, masa depan mereka lebih terjamin kerana
berpotensi mendapat pekerjaan lebih baik dan bergaji lumayan. Kualiti kehidupan mereka lebih
selesa dan terstruktur sesuai tuntutan hidup moden. Realiti berkenaan di tonjolkan oleh Azizi lewat
watak Pakpi dalam novel Tukcai seperti nukilan berikut;

Pakpi anak lelaki bongsu Tukcai yang berkelulusan sarjana Sains Politik dan berjawatan tinggi.
Dia tinggal di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan orang bandar bernama Kristina yang sangat tidak
pandai membawa diri dalam kalangan keluarga mentuanya di kampung. Dengan kereta BMW
mewahnya, Pakpi jarang balik menjengah keluarga orang tuanya di kampung kerana terlalu sibuk
dengan urusan pekerjaan. Penghijrahannya ke bandar sekaligus membentuk keluarga sendiri yang

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

267

lebih kecil secara tidak langsung memisahkan dirinya daripada bentuk keluarga luas orang tuanya
yang terdiri daripada ibu bapa, adik-beradik dan anak saudara (Azizi Haji Abdullah 1991).

Menjelang abad ke-21, perubahan bentuk keluarga Melayu lantaran peningkatan tahap
pendidikan generasi mudanya terus terserlah. Ini dirancakkan ledakan pelbagai aspek pembangunan
yang menuntut penglibatan mereka hasil pendemokrasian dasar pendidikan. Dasar yang memberikan
peluang luas kepada generasi muda Melayu meraih pendidikan dalam pelbagai bidang tanpa mengira
latar belakang merangsang lagi perubahan berkenaan menerusi proses migrasi dari desa ke bandar-
bandar besar. Ini lantaran kecenderungan sebahagian besar daripada keperluan kepakaran dan
professional yang menjadi nadi proses pembangunan masih berpusat di kawasan bandar meskipun
kemajuan sains dan teknologi telah menerjah hampir ke seluruh pelosok negara. Justeru, mahu
ataupun tidak, masyarakat Melayu yang berhasrat menjadi sebahagian daripada kelompok
berkenaan harus akur pada realiti dengan berhijrah ke bandar. Azizi mengungkapkan trend
perubahan berkenaan dalam Mandala Dunia Kedua menerusi lakaran hidup watak Dr. Sima seperti
berikut;
Dr. Sima merupakan seorang professor di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di
Universiti Sains Malaysia. Posisi akademik dan kerjayanya mendorongnya berhijrah ke bandar
meninggalkan keluarga induknya. Tambahan pula, selepas berkahwin dengan Dato‘ Kadir Shah,
seorang ahli politik merangkap usahawan, Dr. Sima perlu mengikuti suaminya itu dan berhijrah ke
kawasan perumahan mewah di pinggir bandar. Justeru, kehidupan mereka bersama-sama seorang
anak perempuan telah membentuk sebuah lagi keluarga Melayu nukleus di bandar (Azizi Haji
Abdullah 2012).

Ini jelas menggambarkan bahawa sebagai generasi perpendidikan tinggi, Dr. Sima harus
menerima hakikat kelebihan pendidikan dimiliki memerlukannya meninggalkan keluarga induk.
Justeru, selepas berkahwin Dr. Sima meninggalkan keluarga ibu bapanya di kampung dan menetap
di kawasan perumahan mewah di pinggir bandar bersama-sama suaminya, seorang ahli politik dan
seterusnya membentuk kehidupan berkeluarga sendiri. Tambahan pula, profesion sebagai pensyarah
universiti menuntutnya untuk mencari petempatan yang sesuai dengan status dan bidang
kepakarannya sekaligus memenuhi kelompangan pembangunan berteraskan modal insan yang
diperkukuh menerusi pelbagai usaha transformasi kerajaan.

KESIMPULAN
Azizi berjaya memanipulasi karya sastera bagi menyerlahkan peranan pendidikan sebagai agen
perubahan penting landskap keluarga Melayu sepanjang enam dekad kepengarangannya. Menerusi
karya-karyanya, Azizi menyerlahkan keluarga Melayu berjaya mengangkat status sosial lantaran
sosioekonomi serta corak kehidupan mereka turut meningkat seiring tahap pendidikan dimiliki.
Pendidikan juga merubah peranan dalam keluarga kerana selain fungsi tipikal, masyarakat menagih
pandangan, kepimpinan dan ilmu mereka. Perubahan bentuk keluarga ekoran kepesatan
pembangunan dilihat paling ketara lantaran penglibatan aktif golongan berpendidikan dituntut
sekaligus mendorong mereka bermigrasi ke bandar yang menjadi tumpuan pembangunan. Ini turut
didorong keinginan membina kehidupan lebih baik dan selesa sesuai tahap pendidikan dimiliki.
Namun, lewat karya-karyanya, Azizi turut menyerlahkan implikasi negatif pendidikan kepada orang
Melayu. Ini ekoran kedapatan segelintir daripada mereka menyalahgunakan kelebihan dimiliki dengan
menjadi penipu, perasuah, dan tamak yang menjejaskan kehidupan orang lain terutama kelompok
marhaen kerana mereka lazimnya menjadi peneraju tampuk kuasa dan kepimpinan.
Dalam konteks pendidikan Abad Ke-21, cakupan pemerolehan ilmu berlaku tanpa batasan.
Pendidikan yang menjadi nadi utama perubahan masyarakat tidak lagi diukur dari sudut yang
berpaksikan akademik formal semata-mata. Pelbagai sudut lain turut perlu dijadikan sumber
pemerolehannya termasuk bidang kesusasteraan. Hal ini demikian kerana karya sastera yang
merupakan antara aliran pemerolehan ilmu tertua turut mempunyai peranan penting dalam
menyemarakkan matlamat disasarkan dasar berkenaan. Justeru, sasterawan seperti Azizi Haji
Abdullah mempunyai tanggungjawab serta peranan penting bagi menyerlahkan peranan bidang
sastera ini sama ada dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Garapan karya bersumberkan
realiti sosial masyarakat menjadi medium rakaman yang sarat dengan ilmu bagi mendidik khalayak
sama ada secara langsung atau tidak.

RUJUKAN
Abdullah Zawawi Mohd Hairani. (2013). Pengarang dan Kepengarangan: Satu Penilaian Kritis Ke

Atas Azizi Haji Abdullah. Bangi: Penerbitan UKM.
Azizi Haji Abdullah. (1971). Senja Belum Berakhir. Singapura: Pustaka Nasional.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

268

Azizi Haji Abdullah. (1982). Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azizi Haji Abdullah. (1991). Tukcai. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Azizi Haji Abdullah. (1995). Wi & William. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu.
Azizi Haji Abdullah. (2011). Mandala Dunia Kedua. Kuala Lumpur: PTS Publications.
Azizi Haji Abdullah. 2007. Kuras-kuras Kreatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahathir Mohamad. (1982). Dilema Melayu. Terj. Ibrahim Saad. Kuala Lumpur: Federal Publication

Sdn. Bhd.
Mahathir Mohamad. (2005). Bahasa Sastera dan Tamadun Melayu: Ucapan Tun Dr. Mahathir

Mohmad 1982-202. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Thani Ahmad, Sarah Sadon & Suhaimi Haji Muhammad. (1988). Wajah: Biografi Penulis.

Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Takiyuddin Ismail. (2014). Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi UMNO dan

Konservatisme. Bangi: Penerbitan UKM.
Nordin Selat. (1978). Renungan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2009). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Kepentingan Kajian Budaya. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin

(penyt.). Budaya Yang Tercabar, hlm. 327-328. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Shamsuddin Jaafar (penys.). 2005. Biografi Penulis Wajah: Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Syed Husin Ali. (2015). Hubungan Etnik di Malaysia: Harmoni dan Konflik. Terj. Haris Zuan.

Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
Yaacob Harun. (1993). Keluarga Melayu Bandar: Suatu Analisis Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad. (1927). Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu. Al-Ikhwan. 16 Jun.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

269

Malayan Forum: Perjuangan Awal Menuju Demokrasi, Sosialis Atau Komunis?

Ahamad Jama‟ Amin Yang
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

[email protected]

Abstrak
Makalah ini melihat perkaitan antara polemik demokrasi, sosialis dan komunis
dalam gerakan nasionalisme di bawah Malayan Forum. Sehubungan itu, tiga
aspek disentuh dalam melihat dan memperincikan falsafah perjuangan
Malayan Forum terutamanya disebalik latar belakang penubuhannya,
matlamat dan visi dan pembabitan awal aliran komunis. Perbincangan ketiga-
tiga aspek tersebut dapat merungkai polemik dan gagasan perjuangan awal
Malayan Forum dalam usaha membawa budaya politik intelektual di kalangan
ahli-ahlinya. Pada masa yang sama, penelitian perbincangan ini juga
mengupas tindak balas British terhadap penglibatan komunis dalam Malayan
Forum di England. Situasi ini tidak dapat dielakkan kerana senario politik
antarabangsa turut memberi impak terhadap gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu. Namun begitu, persaingan antara aliran-aliran yang ada mengheret
Malayan Forum dalam satu bentuk agenda perjuangan terbuka yang memberi
penekanan nilai-nilai kesejagatan berdasarkan konsep politik sivil. Makalah ini
merupakan satu sisi yang berbeza dalam menjelaskan hubungan antara
kebangkitan politik demokrasi dan pengaruh sosialis di Tanah Melayu dan
Singapura melalui gagasan yang dibawa golongan muda berpendidikan Barat.

Kata kunci: Sejarah Politik Malaysia, Malayan Forum, Demokrasi, Sosialis,
Komunis

PENGENALAN
Perkembangan gerakan nasionalisme dan pendemokrasian politik moden sebahagian besarnya
banyak disumbangkan oleh watak-watak politik yang mendapat pendidikan di luar negara khususnya
di Barat. Dalam kebangkitan gerakan nasionalisme moden di Tanah Melayu1, peranan Malayan
Forum antara organisasi gerakan pelajar yang mencetuskan konstruksi budaya politik tersebut.
Menurut Weiss, penubuhan Malayan Forum membawa perubahan dalam pembudayaan gerakan
nasionalisme yang memberi perhatian kepada penyatuan bangsa, kebebasan dan membina negara
Tanah Melayu yang demokratik.2 Malayan Forum dilihat ejen politik moden yang memberi laluan
kepada suara golongan muda yang menuntut di United Kingdom untuk terlibat sama menyuarakan
pandangan dan kritikan dalam usaha memberi tekanan kepada British membebaskan Tanah Melayu
daripada belenggu penjajahan.

Bagaimanapun bentuk political will mereka (Malayan Forum) yang berbeza berbanding
organisasi-organisasi gerakan pelajar di Tanah Melayu yang lain, terutamanya dari sudut pemikiran,
pendekatan dan aktivitinya telah menarik perhatian pendukung aliran komunis untuk menyertai
mereka. Keadaan ini telah membawa konflik dan polemik bukan hanya melibatkan sesama ahli, tetapi
turut menarik perhatian kerajaan British untuk sentiasa ‗peka‘ dengan kehadiran organisasi yang
bernama Malayan Forum ini. Polemik ini membawa Malayan Forum sentiasa dalam kedudukan
‗bersaing‘ antara aliran sosialis yang cenderung kepada demokratik sosialisme dan komunis yang
berteraskan pemikiran Marxisme. Dalam konteks politik British, persaingan ini juga seakan mewakili
parti Buruh British dan Parti Komunis British. Manakala bagi Malayan Forum, persaingan dalaman ini
lebih memaparkan bentuk aliran kiri yang dominan pada masa hadapan di Tanah Melayu. Tambahan
lagi Malayan Forum mula dilihat sebagai ―pusat melatih bakal-bakal pemimpin‖ di Tanah Melayu dan
Singapura melalui pendedahan yang diperolehinya sama ada dari induk pemikiran sosialis, komunis
mahu pun liberal demokrasi. Sehubungan itu, makalah ini akan membincangkan dinamika perjuangan
nasionalisme yang diserapkan disebalik pergelutan dan persaingan aliran-aliran tersebut dalam
Malayan Forum.

1 Dalam makalah ini, terma Tanah Melayu juga merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Tempoh masa
kajian meliputi dari tahun 1949 sehingga 1952 dan memfokuskan dari sudut aspek persaingan aliran di peringkat awal
penubuhan Malayan Forum.
2 Meredith L. Weiss, Student Activism in Malaysia: Crucible, Mirror, Slideshow, NUS Press, Singapore, 2011, hlm. 52.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

270

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
Dekad 1940-an sehingga 1950-an dilihat tempoh masa kritikal dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu. Dalam tempoh ini, budaya politik di Tanah Melayu mula melibatkan partisipasi pelbagai
peringkat dan kelompok dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Proses peralihan ini merupakan
interpretasi baru dalam pembentukan idealisme nasionalis berasaskan ‗demokrasi penyertaan‘
(participatory democracy) yang menggabungkan elit politik tradisional dan bukan tradisional melalui
kerangka politik intelektual. Kerangka politik intelektual ini merupakan manifestasi kesedaran politik
(political consciousness) dan kesedaran kelas (class consciousness) yang membawa kepada usaha
merubahkan budaya politik tempatan daripada fahaman politik parokial kaum kepada politik monolitik.
Dalam konteks ini, peranan Malayan Forum meletakkan idealisme kelas dalam gerakan nasionalisme
memberi kesan besar kepada gagasan demokrasi dan perjuangan anti-kolonialisme di Tanah Melayu.
Secara tidak langsung, Malayan Forum dilihat organisasi terawal yang cuba menterjemahkan prinsip
Parti Buruh British terhadap negara-negara jajahannya, “In all the areas under our control, we have
abandoned the old type of capitalist imperialism […] Imperialism is dead, but the Empire has been
given new life”.3 Namun begitu beberapa persoalan perlu dirungkai dalam menjelaskan gagasan dan
perjuangan tersebut. Pertama, perkara yang perlu diberi perhatian adalah melihat siapakah watak-
watak utama yang merancang disebalik penubuhan Malayan Forum. Kedua, matlamat utama
penubuhannya, dan ketiga, hubung kait Lim Hong Bee dalam menentukan hala tuju perjuangan
Malayan Forum. Ketiga-tiga persoalan ini memberi kesan terhadap hala tuju Malayan Forum
sepanjang penubuhannya.

DISEBALIK PENUBUHAN MALAYAN FORUM
Dalam buku memoir yang ditulis Lee Kuan Yew menyatakan sebahagian besar bekas penuntut Kolej
Raffles memainkan peranan menubuhkan Malayan Forum di London, England pada November
1949.4 Kenyataan Lee tidak dinafikan atau disangkal dari perpektif fakta sejarah. Namun begitu,
perbincangan ini perlu dikembangkan secara eksklusif dengan meninjau fungsi beberapa watak yang
lain, termasuklah usaha beberapa pihak untuk mengaitkan Malayan Forum sebagai ejen atau
propaganda komunis dalam kalangan pelajar-pelajar Tanah Melayu dan Singapura di United
Kingdom.5 Penubuhan Malayan Forum diasaskan oleh enam watak utama yang terdiri daripada
Maurice Baker, Abdul Razak Hussein, Goh Keng Swee. Philip Hoalim Jr, Fred Arualanadom dan
Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim.6 Menurut Maurice Baker, perbincangan awal untuk menubuhkan
Malayan Forum telah diadakan di flat kediaman Abdul Razak di Cornwall Garden, London.7 Goh Keng
Swee telah dipilih sebagai Pengerusi pertama, manakala Mohamed Sopiee dilantik sebagai
Setiausaha. Pemilihan Goh dan Mohamed Sopiee dianggap paling sesuai atas kapisiti pengalaman,
kebolehan dan karekter kepimpinan kedua-duanya. Goh sebelum ini dikenali sebagai pelajar
cemerlang di Kolej Raffles dan pernah bertugas sebagai tutor dikolej tersebut sebelum menyambung
pengajiannya di London School of Economic (LSE) pada tahun 1948. Mohamed Sopiee pula terlibat

3 Labour Party Speaker‟s Handbook, 1948-1949, London, British Labour Party, 1948, hlm. 143-145.
4 Some of my friends from Rafflrs College were politically active. Among them were Goh Keng Swee, my former economic
tutor, who was taking a first degree BSc at the LSE, and Toh Chin Chye, who was doing a BSc in physiology at London
University. They and a few others had formed a group called Malayan Forum [….] (Lee Kuan Yew, The Singapore Story,
Memoirs of Lee Kuan Yew, Time Editions, Singapore, 1998, hlm. 121).
5 CO 717/193/3, Voice of Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal; CO 1022/196, Acti vities of The
Malayan Forum and The Publications ―Suara Merdeka‖; CO 1022/197, Political Activities among Malayan Students in the
United Kingdom.
6 Secara tidak rasmi telah diadakan perbincangan terlebih dahulu antara Maurice Baker dan Abdul Razak Hussein untuk
membincangkan soal tersebut. Namun bagi mendapatkan ruang pandangan yang lebih luas dari pelbagai sudut, beberapa
pemimpin pelajar dilibatkan yang terdiri daripada latar belakang pendidikan, kaum, agama dan pengalaman yang berbeza.

[…] Razak and I, running joint activities and so on. Then one day were on a bus and we were chatting. We found that
the students were devoted almost entirely to their studies. They have very little political interest, in spite of all our
experiences under Japanese. Some of the more frivolous ones wasted their time just having a good time pleasure
seeking. But mostly, studying very hard. He and I thught that we should star something a little different from the
Unions (Lihat Maurice Baker, Political History in Singapore, 1945-1965, Oral Transcript Interview, 14 April 1993,
National Archives of Singapore).
7 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 April 1993; Maurice Baker, The Accidental Diplomat: The Autobigraphy of
Maurice Baker, World Scientific Publishing, Singapore, 2015, hlm. 64-65; Kevin Y. L. Tan, Goh Keng Swee in Politics and
Parliament, in Goh Keng Swee: A Legacy of Public Sevice, World Scientific Piblishing, Singapore, 2012, hlm. 76-77; Ooi Kee
Beng, In Lieau of Ideology: An Intellectual Biography of Goh Keng Swee, ISEAS Publising, Singapore, 2010, hlm. 54.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

271

secara aktif dalam kesatuan buruh di Tanah Melayu sebelum menyambung pengajian di LSE pada
tahun 1949 melalui biasiswa Pejabat Tanah Jajahan.8

Pemilihan Goh dan Mohamed Sopiee telah dikemukakan secara bersama oleh Maurice Baker
dan Abdul Razak dan dipersetujui oleh empat pengasas yang lain. Walaupun pada peringkat awal,
Abdul Razak telah dicadangkan untuk menerajui Malayan Forum, namun begitu beliau menolaknya.9
Hal yang sama juga berlaku kepada Maurice Baker dan beliau juga menolak tawaran tersebut.
Menurut Baker, beliau dan Abdul Razak menolak tawaran tersebut atas beberapa faktor. Pertama,
kedua-dua aktor tersebut adalah Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Tanah Melayu United Kingdom
(Malayan Students Union) dan Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu United Kingdom (Malay
Students Union). Sehubungan itu, mereka diperlukan untuk meneruskan memimpin kedua-dua
organisasi pelajar tersebut supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan konflik kepentingan yang lain.
Tambahan lagi ini turut memberi kesan bebanan dalam pengajian mereka. Kedua, keupayaan dan
kebolehan yang ada dalam kedua-dua aktor (Goh Keng Swee dan Mohamed Sopiee) tersebut.
Kedua-duanya terlibat secara langsung dalam dua organisasi besar di Tanah Melayu dan Singapura.
Goh merupakan bekas pegawai perkhidmatan awam dan merupakan ahli akdemik muda yang
dihormati dalam kalangan pelajar di Tanah Melayu dan Singapura.10 Malah beberapa ahli terawal
Malayan Forum adalah bekas pelajarnya, termasuklah Lee Kuan Yew di Kolej Raffles.11 Manakala
Mohamed Sopiee adalah antara pemimpin kanan dalam Pan-Malayan Federations of Trade Unions
(PMFTU) dan terdedah kepada dunia pengurusan organisasi buruh di peringkat tempatan dan
antarabangsa.

Keenam-enam tersebut telah mengemukakan beberapa idea masing-masing dalam
menjustifikasikan penubuhan Malayan Forum. Pada peringkat awal, Baker mencadangkan Malayan
Forum dibina atas struktur yang menggabungkan dua persatuan Tanah Melayu terbesar di United
Kingdom iaitu Persatuan Pelajar-Pelajar Tanah Melayu United Kingdom dan Persatuan Pelajar-
Pelajar Melayu United Kingdom.12 Tujuannya adalah untuk menyatukan dua persatuan tersebut
dalam satu organisasi induk bagi mengukuhkan suara pelajar-pelajar Tanah Melayu tanpa mengira
kaum, agama dan kelas. Tambahan lagi pada waktu itu kesedaran politik di Tanah Melayu
memerlukan satu bentuk political equiblirium dalam kalangan penggerak-penggerak nasionalis muda
bagi memberi tekanan kepada rejim British membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu
penjajahan. Pandangan Baker ini juga dilihat sebagai satu bentuk kesinambungan ―meMalayakan
Tanah Melayu‖ dari kaca mata falsafah politik kelas melalui pendedahan pendidikan politik yang
diperolehinya di England.13

Bagaimanapun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Abdul Razak. Baginya pergerakan
Malayan Forum perlu berdiri atas kapasitinya sendiri, tanpa adanya hubung kait secara institusi
dengan kedua-dua persatuan pelajar tersebut. Hal ini kerana kedua-dua persatuan pelajar tersebut
mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri, berbeza dengan Malayan Forum yang mempunyai
visi dan pendekatan berlainan serta inklusif. Dalam hal ini, Abdul Razak menegaskan seperti mana
yang dirumuskan oleh Baker;
There was no conflicts between the two unios. All the Malays belonged to the Malayans Students
Union also. But he thought that they should be separated and installed with the fervor to work hard, to
roganise themselves and so on. He realized that they were a bit backword compared to the others. I
wanted the two amalgamate. But he explained to me why it couldn‟t be done at that stage.14

Penilaian Abdul Razak ini boleh dilihat berdasarkan beberapa tafsiran.15 Pertama, kedudukan
geo-politik di Tanah Melayu dan Singapura pada waktu itu yang masih dalam kemelut persaingan

8 Note on Mohamed Sopiee and the Pan-Malayan Labours Party, CO 1022/197, Political Activities among Malayan Students in
the United Kingdom.
9 Abdul Razak Hussein amat dihormati dan dikagumi oleh pelajar-pelajar Tanah Melayu dan Singapura di United Kingdom.
Walaupun beliau berasal daripada keluarga bangsawan, pemikiran dan pendekatan sosialnya berbeza dengan pelajar-pelajar
bangsawan yang lain. Menurut Maurice Baker, “[..] But Razak, who was a very kind man […] A very good friend of mine and a
really nice chap. Tou know, some of us are idealists. They really cared for these people, not self-centred. He is one of those. I
have always admired him‖ (Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 April 1993).
10 Tan Siok Sun, Goh Keng Swee: A Potrait, Editions Didier Millet, Singapore, 2007, hlm. 27-29 dan 34-38.
11 Lee Kuan Yew, 1998, hlm. 121.
12 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
13 T.N Harper, The End of Empire and The Making of Malaya, Cambridge University Press, Cambridge, 1999, hlm. 55-83.
14 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
15 Penglibatan Abdul Razak Hussein dalam Malayan Forum tidak begitu lama. Pada pandangan penulis, tempoh masa beliau
terlibat secara langsung dalam Malayan Forum tidak melebihi sepuluh bulan dari tarikh penubuhannya iaitu November 1949.
Ini kerana dalam sumber-sumber umum, beliau direkodkan telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang
perundangan di Lincoln‟s Inn pada 3 Mei 1950 dan kemudian mengambil kursus pendek dalam bidang ekonomi dan
pentadbiran di Universiti Cambridge. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam awal tahun 1951 sebagai Penolong

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

272

perkauman. Keadaan ini dikhuatiri akan merebak dalam kalangan pelajar-pelajar Tanah Melayu dan
Singapura di United Kingdom. Oleh itu, penubuhan sebuah organisasi persatuan berasaskan
penyatuan kaum pada waktu itu hanya boleh dilaksanakan dalam keadaan ahli-ahlinya bersedia
mengamalkan politik egalitirianisme atau pun politik sivil yang tinggi. Situasi ini yang dilihat tidak
memungkinkan bentuk penyatuan amalgamasi persatuan pelajar-pelajar di United Kingdom pada
waktu itu. Kedua, tekanan daripada rejim British yang ingin memastikan bentuk kesedaran politik
masih dibawah lingkungan fahaman kaum dan dibawah ‗kehendak British‘. Dari sudut penilaian
sejarah, tafsiran ini begitu hipotetikal dan seakan ironi bentuknya. Namun begitu, ini dapat dilihat
bagaimana pemantauan yang ketat terhadap Malayan Forum sebelum dan selepas penubuhannya.
Sebarang pergerakan dan aktiviti Malayan Forum sentiasa dipantau oleh pegawai-pegawai British
yang ditugaskan di Malayan Hall.
But the British appointed theor own wardens-one was this fellow Barraclough who had been an ex-
inspector of schools-to keep an eye on us. Naturally, any government would look out for the activities
of student, especially those who had been through the Japanese Occupations and realized that the
British were no longer invicible had been thrashed by Asians and soon. So we were, of course,
watched.16

MATLAMAT INDUK MALAYAN FORUM
Pemantauan secara sistematik oleh British ini ada kaitannya dengan matlamat khusus Malayan
Forum yang memberi perhatian kepada perkembangan nasionalisme secara intelektual berunsurkan
pemikiran kelas dan juga dalam pembangunan politik sivil. Hal ini jelas seperti mana yang termaktub
dalam matlamat yang ingin dicapai dalam perlembagaan Malayan Forum;
i) merangsang minat aktif dalam kalangan pelajar-pelajar Tanah Melayu di United Kingdom
berkaitan masalah sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu, terutamanya dalam menuju
kemerdekaan Tanah Melayu ke arah demokrasi berkerajaan sendiri.
ii) medium bagi pelajar-pelajar pelbagai kaum Tanah Melayu menyuarakan pandangan mereka
yang bebas dan membantu untuk membina asas perpaduan negara.
iii) mendedahkan pelajar-pelajar Tanah Melayu dengan peluang yang disediakan dalam
memahami hal ehwal antarabangsa.
iv) memupuk dalam kalangan pelajar-pelajar Tanah Melayu yang bertanggungjawab dari sudut
sosial dan meningkatkan kualiti kepimpinan dan watak.17

Matlamat Malayan Forum ini memberikan satu pemahaman induk dari sudut budaya dan
pendekatan nasionalisme yang memberi keutamaan dalam pendidikan politik melalui wacana tanpa
mengaitkan sentimen kaum.
The Malayan Forum was formed exactly a year ago to meet this need. As the name implies, it is a
clearing house of ideas rather than a political party. The Malayan Forum does not pretend to have at
this stage, a cut and dry programme for Malaya which it proposes to present to Malayan students in
Britain for their endorsement. The Forum is intended to provide and creeds---Malays, Chinese,
Indians and Eurasians---to present their considered points of view. Thus a basic of understanding
between the main races of Malaya may be reached by frank and open discussion. Outstanding
differences may be dissolved instead of being allowed to lie hidden as danger points of potential
disharmony as has hitherto been the practice.18

Visi ini yang dilihat agak mengelirukan apabila dikaitkan dengan rejim British. Hal ini kerana
perjuangan nasionalisme yang dipupuk Malayan Forum menimbulkan persoalan tentang pandangan
British terhadap gerakan tersebut. Dari satu sudut, peranan Malayan Forum ini disambut baik oleh
British melalui Parti Buruh British dan Fabian Colonial Bureau. Malah dalam keluaran pertama Suara
Merdeka (Voice of Freedom) pada bulan November 1950, E.G Farmer (wakil Parti Buruh) yang juga
Pegawai Komanwel melihat Malayan Forum sebagai, “[…] bringing together Malayan students of all
races and differing political affliations for the discussions of political question in a liberal atmosphere.
May it long continue to so”.19 Pandangan yang sama juga dikongsi oleh Sir Malcom McDonald melalui

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Lihat Rozeman Abu Hassan, Tun Abdul Razak Bin Dato‟ Hussein: Dasar Luar Malaysia
1970-1976, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 2003, hlm 25; Biografi Allahyarham Tun Abdul Razak,
Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 7).
16 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
17 Constitution of the Malayan Forum, CO 1022/196, Activities of The Malayan Forum and The Publication ―Suara Merdeka‖.
18 Suara Merdeka (Voice of Freedom), Journal of the Malayan Forum vol. 1. No. 1, November 1950, CO 717/913/3, Voice of
Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.
19 Suara Merdeka (Voice of Freedom), Journal of the Malayan Forum vol. 1. No. 1, November 1950, CO 717/913/3, Voice of
Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

273

kata alu-aluannya dalam Suara Merdeka. Sir Malcom McDonald dipercayai juga merupakan ahli Parti
Buruh dan pendukung aliran Fabianisme.20 Sebahagian besar kepimpinan tertinggi Malayan Forum
juga menganggotai Parti Buruh. Ini termasuklah Maurice Baker, Abdul Razak Hussein, Goh Keng
Swee, Mohamed Sopiee dan Lee Kuan Yew.

Namun begitu, dari sudut yang lain bagi pihak kerajaan British, kecenderungan budaya politik
yang dicetuskan oleh Malayan Forum mampu memberi kesan kepada bentuk perjuangan
nasionalisme di Tanah Melayu dalam jangka masa panjang.21 Keadaan ini secara tidak langsung
menimbulkan kebimbangan British. Kebimbangan British ini ditafsirkan dalam dua faktor utama.
Pertama, pendekatan politik intelektual yang dibawa Malayan Forum dibimbangi memberi impak dari
sudut budaya politik di Tanah Melayu beralih dari bentuk persaingan kaum kepada persaingan sivil
atau kelas. Kedua, perkembangan pengaruh komunis melalui peglibatan sebahagian kecil ahli
Malayan Forum dalam organisasi pro-komunis di London khususnya. Dari sudut ini, British dilihat
memberi tumpuan dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Malayan Forum. Penumpuan ini
adalah bagi memastikan tiadanya penglibatan ―watak-watak komunis‖ dalam aktiviti yang diadakan.

LIM HONG BEE, KONFLIK KOMUNISME DAN TINDAK BALAS BRITISH
Pengharaman Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1948 bukan sahaja memberi impak
pergolakan politik dan keselamatan di Tanah Melayu dan Asia Tenggara, tetapi turut memberi kesan
terhadap pengaruh perkembangannya di United Kingdom. Menurut Yeo Kim Wah, usaha dalam
kalangan mereka yang mendukung aliran komunisme, terutamanya golongan terpelajar yang
berpendidikan Barat (English-educated) di Tanah Melayu semakin menular di England. Yeo melihat
watak yang bernama Lim Hong Bee sebagai aktor komunis yang bergerak sebagai ejen propaganda
dalam usaha menarik sokongan pelajar-pelajar Tanah Melayu menyertai gerakan komunis.22
Penelitian Yeo memberikan satu gambaran bahawa usaha yang dijalankan oleh Lim Hong Bee
seolah-olah mendapat dukungan penuh daripada Parti Komunis British melalui peruntukan kewangan
dan medium media cetak.23 Dalam isu ini, Yeo memberi pandangannya tentang keupayaan Lim Hong
Bee bersama-sama rakannya dari Anti-British League (ABL) menyusup masuk dalam Malayan
Forum.24 Malah usaha ini dilakukan sejak awal lagi sebelum penubuhan Malayan Forum, melalui
hubungan peribadi Lim Hong Bee dengan beberapa pemimpin pelajar seperti Maurice Baker, Lee
Kuan Yew, Wan Abdul Hamid Wan Salleh dan Mohamed Sopiee.25

Dalam hal ini, persoalan yang timbul adakah Lim Hong Bee berjaya menyusup masuk
pemikiran komunisme sepenuhnya dalam Malayan Forum?. Persoalan ini yang tidak dibincangkan
secara mendalam oleh Yeo dalam artikelnya. Yeo melihat pengaruh Lim Hong Bee berkembang
secara tidak langsung dan ini disokong oleh sumber British.26 Namun secara terperincinya rekod
British melihat penglibatan Lim Hong Bee terbatas pada peringkat awal iaitu sekitar tahun 1949
sehingga 1952 dan amat sukar untuk menembusi secara langsung dalam pengurusan dan
kepimpinan Malayan Forum sehinggalah John Eber terlibat dalam kepimpinan tertinggi Malayan
Forum penghunjung 1953.27 Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, British memberi tumpuan

20 Edwin Lee, Singapore: The Unexpected Nation, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 2008, hlm. 59.
21 Ahamad Jama‘ Amin Yang, Aliran Fabian dalam Gerakan Politik di Malaysia (1952-1970): Suatu Tinjauan Awal daripada
Perspektif Sejarah, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ-SSH), 1 (2), April 2016, hlm. 67-77.
22 Yeo Kim Wah, Joining the Communist Underground: The Conversion of English educated Radicals to Communism in
Singapore, June 1948-Januari 1951, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 67 (1), 1994, hlm. 54-58.
23 Berdasarkan rekod British, Lim Hong Bee mempunyai hubungan yang rapat dengan beberapa aktor Parti Komunis Britain di
London. Lim Hong Bee telah menubuhkan News and Information Bureau melalui bantuan Neil Stewart (Setiausaha Jawatan
kuasa Timur Jauh, Parti Komunis British), John Lorimer Eyre dan Sydney Herbert Cox (Lihat MSS/PIJ/1/1948, FCO 141/15672,
Singapore: Malayan Security Service (MSS) Political Intelligences Journals, 1948).
24 Berdasarkan penelitian Yeo Kim Wah, beliau menyenaraikan empat nama ahli ABL yang berada di England dan beroperasi
dari London membantu sahabat-sahabat mereka di Singapura. Nama-nama tersebut adalah Lim Kean Chye, Nellie Ohh
(Gladys Lim), Un Hon Kuan dan Dr Maggie Lim (isteri Lim Hong Bee). Namun begitu, dalam tulisannya beliau tidak begitu jelas
penglibatan Dr Maggie Lim dalam ABL, tetapi ada direkodkan dalam sumber British. Bagaimanapun, beliau percaya keempat-
empat mereka banyak membantu Lim Hong Bee termasuklah mempengaruhi pelajar-pelajar Tanah Melayu di United Kingdom
(Yeo Kim Wah, 1994, hlm. 58). Berkaitan pengaruh komunis dan kaitannya dengan ABL serta Lim Hong Bee, rekod awal
British menjelaskan, ―Danger of this group intellectual was in its propaganda activities and a typical example of their class is
Lim Hong Bee of Malayan Monitor frame who is now in London. He is the husband of detained lady doctor. Their contact with
MCP Headquarters was Secretary of the Town Committee of MCP himself who was arr ested in December last (1950)‖ (Inward
Telegram to the Secretary of State for the Colonies, 11/01/1951, CO 717/202/7, Communism: Anti British League: arrests).
25 CO 717/913/3, Voice of Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.
26 Yeo Kim Wah, 1994, hlm. 57.
27 Bagaimanapun dalam makalah ini penulis tidak membincangkan penglibatan dan peranan John Eber secara khusus. Ini
kerana penumpuan penulis lebih memfokuskan peringkat awal Malayan Forum beroperasi iaitu sekitar tahun 1949 sehingga

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

274

yang mendalam terhadap Malayan Forum terutamanya risiko penyerapan masuk pengaruh komunis.
Malah pada masa yang sama beberapa watak penting dalam Malayan Forum pempunyai pandangan
kontra terhadap fahaman komunis dan ini yang ditonjolkan Maurice Baker, Abdul Razak dan Goh
Keng Swee. Begitu pun, pada masa yang sama Malayan Forum mempunyai falsafah yang jelas
dalam wacana perjuangannya iaitu kebebasan ahli-ahlinya dalam mengemukakan ideanya walaupun
ia bertentangan dengan prinsip organisasi, selagi mana pandangan tersebut disuarakan oleh rakyat
Tanah Melayu yang berada di United Kingdom.28 Hal ini jelas seperti mana yang termaktub dalam
matlamat kedua perlembagaan organisasi tersebut. Jadi tidak mustahil berlakunya interaksi dan
komunikasi antara kedua-dua pihak sama ada ianya bermula daripada Lim Hong Bee atau mana-
mana ahli-ahli Malayan Forum yang lain.

Peranan Lim Hong Bee mula diberi perhatian secara serius oleh British sejak Mei 1947.
Berdasarkan rekod British, peranan Lim Hong Bee dalam kalangan pelajar digerakkan secara
tersusun melalui National Union of Students (NUS), iaitu sebuah organisasi gabungan pelajar
universiti-universiti seluruh United Kingdom.29 Melalui platform NUS, Lim Hong Bee mula menjejaki
pemimpin pelajar Tanah Melayu melalui dana yang disumbangkan daripada Parti Komunis British.
Pada tahun 1949, NUS telah menganjurkan lawatan ke Budapest, Hungary menghadiri World
Federation of Democratic Youth Conference yang disertai oleh beberapa pelajar Tanah Melayu
dengan kos yang perlu dibayar setiap seorang hanya £23.30 Bagi Baker, peluang tersebut amat rugi
dilepaskan dan perlu direbut berdasarkan kos bayaran yang perlu dibayar oleh setiap pelajar adalah
murah berbanding kos yang sebenarnya.31 Berdasarkan tulisan Yeo, persidangan tersebut dinaungi
oleh organisasi komunis antarabangsa yang menghimpunkan golongan pemuda dan pelajar di
seluruh dunia. Pada masa persidangan tersebut dipercayai Lim Hong Bee cuba menarik perhatian
sebahagian besar pimpinan pelajar Tanah Melayu untuk menyertai gerakan komunis di London.
Menurut Baker, seramai lima belas sehingga dua puluh pelajar Tanah Melayu menyertai persidangan
tersebut, antaranya beliau, Goh Keng Swee, Fred Arualanadom dan Dennis Lee Kim Yew (abang Lee
Kuan Yew).32

Bagaimanapun, Baker menganggap program tersebut lebih kepada lawatan (tour trip) dan
beliau tidak terpengaruh dengan usaha Lim Hong Bee, walaupun ditawarkan biasiswa untuk
melanjutkan pengajian di Moskow, Rusia. Malahan beliau (Maurice Baker) tidak mengetahui pada
masa itu program tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Parti Komunis British. Menurut Baker, “ [..]
we didn‟t know was that this had been subsidised by the Communists […..] we had never fought a
day against the British, but nevertheless, you couldn‟t disillusion them”.33 Begitu pun bagi British,
penyertaan pemimpin-pemimpin pelajar Tanah Melayu dan Singapura dalam persidangan tersebut
dan lawatan ke Eropah Tengah ini dilihat sebagai turning point pandangannya terhadap hubungan
Malayan Forum dengan gerakan pro-komunis di London. Dalam surat yang ditulis John D. Higham,
Pegawai Pejabat Tanah Jajahan kepada Sir Franklin Gimson, Gabenor Singapura menjelaskan
kerisauan dan perhatian mereka terhadap isu tersebut.
I believe a warning is already given to people about “consorting with Communist” (arising out of visits
to Central European youth rallies by Goh Keng Swee and others). But you will, I am sure, be alive to
the danger of attempting to confine them too closely and giving them the impression that they were
not to be trusted with new ideas, and my own inclination would be to tell them informally that
Government realise they are likely to get drawn into discussions regarding the future of their country
[….].34

1952 dan bagaimana Lim Hong Bee cuba menggunakan pengaruhnya dalam usaha mendominasi organisasi tersebut sebagai
platform politik barunya.
28 Malayan Forum, CO 1022/196, Activities of the Malayan Forum and the Publication ―Suara Merdeka‖.
29 Pengaruh Lim Hong Bee dilihat cukup kuat sehinggakan dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Eksekutif, International Union of
Students (IUS) di Bejing, beliau satu-satunya rakyat Tanah Melayu yang diberi penghormatan mewakili Pelajar-Pelajar Tanah
Melayu di United Kingdom menyampaikan ucapan. Beliau mewakili Tanah Melayu atas kapasiti wakil Democratic Malayan
Students in London dan Malayan New Democratic Youth League (Lihat Executive Committee Meeting, Peking, April 26-30
1951, Report by John Clews, 24/05/ 1951, CO 1022/146, Communist Propaganda in the Malaya Press in the London paper
―Malayan Monitor‖, edited by H. Lin Lim).
30 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
31 Menurut Maurice Baker; “We were not in least political in the sense about this particular trip. We thought of it as a very cheap
trip to see Europe. Went by boat to France, spent a day or two in Paris and then by train across the continent to Budapest”
(Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993).
32 Maklumat ini diperolehi berdasarkan kenyataan temubual antara Yeoh Kim Wah-Maurice Baker (Lihat Yeo Kim Wah, 1994,
hlm. 55).
33 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
34 Letter From John D. Higham, Colonial Officer to Sir Franklin Gimson, Governor of Singapore, 16/07/1951, CO 717/913/3,
Voice of Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

275

Justeru tidak menghairankan apabila sekembali Baker dari Budapest, British mula sangsi
dengannya, malah beliau disyaki cenderung terhadap gerakan komunis. Pejabat Tanah Jajahan
melalui Jabatan Asia Tenggara menghantar J.L. Keith (Pengarah Colonial Scholars) untuk menyiasat
tuduhan tersebut. Namun begitu tiada bukti yang dapat mengaitkan Baker dengan gerakan komunis.
Malah Baker dengan penuh yakin menegaskan, ―I was never a Communist. I was very left-wing, yes,
but never a Communist”.35 Dalam isu ini, Baker mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakannya
terutamanya Abdul Razak Hussein yang sentiasa bersama-samanya menentang British dalam
pertemuan atau mesyuarat rasmi yang diadakan dengan pegawai-pegawai British berkaitan
ketidakadilan British menjaga kebajikan dan hak pelajar-pelajar Tanah Melayu di United Kingdom.36
Namun usaha Lim Hong Bee tidak terhenti setakat itu. Beliau meneruskan beberapa perancangan
lain terutamanya penyertaan beberapa pendukung ABL dalam Malayan Forum sekitar tahun 1950
sehingga 1952. Usaha ini dibawah pengetahuan British yang sentiasa memantau pergerakan Lim
Hong Bee dan rakan-rakannya di United Kingdom. Penglibatan secara langsung Nellie Oh atau juga
dikenali sebagai Gladys Lim dalam Malayan Forum sebagai ahli sekitar tahun 1950 dilihat sebagai
percubaan awal untuk meletakkan pengaruh komunisme secara struktural dalam organisasi tersebut.
Nellie Oh isteri kepada Lim Kean Chye dikenali sebagai pembantu kanan Lim Hong Bee dan beliau
juga bertindak sebagai editor managing kepada Malayan Monitar. Dalam rekod British, Nellie menjadi
salah seorang ahli jawatan kuasa kepimpinan tertinggi Malayan Forum dari tahun 1952 sehingga
1953.37 Selain Nellie, Wan Abdul Hamid Wan Salleh, pelajar cemerlang berbangsa Melayu yang
menerima biasiswa kerajaan negeri Johor juga turut mempunyai hubungan rapat dengan Lim Hong
Bee. Beliau tidak menganggotai ABL secara langsung, tetapi Wan Abdul Hamid adalah antara pelajar
Tanah Melayu yang berjaya direkrut oleh Lim Hong Bee di London. Beliau juga adalah antara salah
seorang sidang editor Malayan Monitor dan merupakan adik ipar kepada John Eber.38 Wan Abdul
Hamid telah menganggotai Malayan Forum sejak tahun 1950 dan beliau telah terpilih sebagai salah
seorang ahli jawatan kuasa tertinggi Malayan Forum sejak tahun 1950 sehingga 1954.

Sekitar tahun 1950, Malayan Forum dipercayai telah mengundang Gerald de Cruz untuk
terlibat dalam sesi wacana politiknya. Wacana tersebut telah mendapat tentangan dan tidak
diluluskan oleh pihak British yang mengganggap program tersebut merupakan satu bentuk wacana
subversif. British menganggap de Cruz salah seorang pejuang pro-komunis bersama-sama Lim Hong
Bee dan Lim Kean Chye. Melalui F.C. Baraclough, penjaga asrama Malayan Hall, usaha untuk
membatalkannya telah digiatkan, termasuklah tidak membenarkan sesi wacana tersebut diadakan di
Malayan Hall. Namun begitu, ini menimbulkan reaksi kurang senang pimpinan tertinggi Malayan
Forum dan menggugut British, ― […] So we told him (Baraclough), “Okay, you forbid us. We are going
to carry posters and banner and march to Trafalgar Square to make our protest”.39 Situasi ini memberi
tekanan dan menimbulkan kegusaran terhadap British. Kesannya, British telah membenarkan
program tersebut diadakan di Malayan Hall.

Sepanjang tahun 1950 sehingga 1952, pendekatan British dalam menangani perkembangan
pengaruh komunis lebih tertumpu kepada usaha pencegahan dan tidak menekankan elemen
kekerasan. Dua faktor yang mempengaruhi pendekatan British pada masa itu. Pertama, sebahagian
besar kepimpinan tertinggi Malayan Forum adalah kelompok yang cenderung kepada non-Marxian
Socialism, iaitu aliran yang mendukung pemikiran politik berasaskan sosial demokrasi atau
demokratik sosialisme. Kenyataan ini diakui sendiri oleh pihak British terutamanya yang menyentuh
tentang salah seorang pengasas Malayan Forum, “The driving spirit of the forum is however Philip
Hoalim Jr, who keeps in the background. Although he is not known to be a Communist, he holds
extreme left-wing views”.40 Malah dalam salah satu artikel Suara Merdeka yang ditulis oleh Omar
Salleh menggambarkan bentuk pemikiran sosialis yang perlu dibawa oleh Malayan Forum. Artikelnya
yang bertajuk The Fight Against Communism jelas menilai masalah politik dunia terutamanya yang
melibatkan pertarungan ideologi komunis yang memberi kesan secara berterusan perkembangan
ekonomi-politik dan demokrasi di negara-negara membangun. Menurutnya;

35 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993
36 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
37 Minutes, Home Office Monthly Bulletin for June 1953, CO 1022/196, Activities of the Malayan Forum and the Publication
―Suara Merdeka‖.
38 CO 537/4782, Political Developments: Lim Hong Bee and ―The Malayan Monitor‖; CO 537/7295, Political Developments: Lim
Hong Bee, editor of the Malayan Monitor; application for Federal Citizenship.
39 Maurice Baker, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April 1993.
40 Minutes, Home Office Monthly Bulletin for June 1953, CO 1022/196, Activities of the Malayan Forum and the Publication
―Suara Merdeka‖.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

276

In a fight against Communism, a full stomach with a confused and suspicious mind above it is about
as effective as an unloaded gun. If the West preaches democracy, it must practice democracy. In this
way alone can the peoples of the Far East be converted.41

Jalur ini berbeza dengan fahaman komunisme yang rata-ratanya cenderung ke aliran Marxian
Socialism sama ada yang berpusat kepada Lenin atau Moa Tse Tung. Kedua, bentuk ancaman dari
sudut keselamatan domestik yang dilihat tidak begitu memberi impak ketara di United Kingdom.
Keadaan ini ada kaitannya dengan matlamat gerakan komunisme tersebut lebih cenderung kepada
meningkatkan partisipasi dan kesedaran politik dalam perkembangan gerakan anti-kolonial di Tanah
Melayu dan tidak bersifat membina perjuangan politik lokalistik di United Kingdom. Tambahan lagi
persekitaran politik pra-kemerdekaan di Tanah Melayu memerlukan pendekatan komunisme yang
berbeza berbanding di United Kingdom yang cenderung kepada kerangka perundangan dan
perlembagaan. Menurut Sir Franklin Gimson;
The difficulty is, of course, that Communis in Malaya means something very different from
Communism in England. Here is associated with violence and disorder whereas in England the
Communists outwardly act in a constitutional manner.42

Dalam konteks ini, beberapa siri perbincangan berterusan diadakan dalam usaha
memastikan keyakinan British terhadap Malayan Forum dan begitu sebaliknya. Hal ini menjelaskan
keseriusan barisan kepimpinan tertinggi Malayan Forum bagi memastikan wujud kerjasama
berterusan pihaknya dengan British dalam memastikan keberlangsungan gerakan kemerdekaan
secara demokrasi dan sistematik. Perbincangan dan kerjasama ini penting kerana sebahagian besar
barisan kepimpinan Malayan Forum adalah pemegang biasiswa kerajaan British dan merupakan
dalam kalangan kelompok intelligensia muda di Tanah Melayu dan Singapura.43 Tambahan lagi,
British yakin mampu mengawal gerakan komunisme di bawah pimpinan Lim Hong Bee. Sepanjang
tahun 1949 sehingga 1952, pemantauan khusus dan berkala dilakukan oleh British sama ada melalui
Pejabat Tanah Jajahan atau pun Cawangan Khas Polis di England. Keyakinan ini dapat dilihat
melalui surat J.L. Keith yang jelas menyatakan kemampuan stafnya mengawal keadaan pelajar-
pelajar Tanah Melayu di Malayan Hall, “The atmosphere at Malaya Hall is good and there is no
indication that the students there fall under communistic influences. Indeed, Malaya Hall is one of the
bulwarks against communism [….]”.44

Siri surat penerangan, pemakluman dan pengesahan dihantar sama ada melalui Pejabat
Tanah Jajahan British, Cawangan Khas Polis di London atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Kuala
Lumpur menjelaskan kedudukan dan pengaruh komunis dalam Malayan Forum. Bagi British, strategi
sesuai menangani Malayan Forum adalah melalui pendekatan psikologi, pengikhtirafan, kerjasama
dan bentuk komunikasi politik yang dijalinkan. Pendekatan ini yang dilakukan oleh Woodraw Wyatt,
ahli Parlimen British dari Parti Buruh yang dianggap antara ‗politikus‘ yang mempunyai keupayaan
komunikasi politik yang cukup efektif dalam menjalinkan hubungan diplomatiknya dengan Malayan
Forum.45 Pendekatan ini diperkukuhkan lagi melalui kenyataan John D. Higham yang menjelaskan;
I regard it as very important that we should do everything possible to see that the students have
reliable information and that we should show them, by giving heed to their views and treating them
seriously, that we regard them as reasonable human beings who are perfectly entitled to differ from
official policy without being treated as communists.46

Begitu pun pada masa yang sama Peter Smithers, ahli Parlimen British telah menerima surat
bantahan daripada beberapa wakil Universiti Southampton yang tidak bersetuju dengan perjumpaan
yang dianjurkan di bawah The Socialist Society universiti tersebut pada 4 Mac 1952 yang memberi
ruang kepada Lim Hong Bee terlibat sama. Dalam perjumpaan tersebut, Lim Hong Bee menyuarakan
pandangannya mengkritik dasar imperialisme dan penindasan British serta menerangkan

41 The Fight Against Communism by Omar Salleh, Suara Merdeka vol. 1, no. 2, Disember 1950, CO 717/913/3, Voice of
Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.
42 Letter Sir Fanklin Gimson, Governor of Singapore to John D. Higham, Colonial Officer, 22/08/1951, CO 717/913/3, Voice of
Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.
43 Letter From J.L. Keith to Mr. Green, 27/06/1951, CO 717/913/3, Voice of Freedom (Suara Merdeka): London Malaya
Students Journal.
44 Dalam hal ini, Pejabat Tanah Jajahan melalui J.L. Keith meminta pegawai-pegawainya yang berkaitan supaya menghubungi
Wyatt dalam usaha mendapatkan maklumat dan memahami bentuk pemikiran serta tindakan berfikir pemimpin-pemimpin
kanan Malayan Forum (Lihat Letter From J.L. Keith to Mr. Minnit, 29/8/1951, CO 717/913/3, Voice of Freedom (Suara
Merdeka): London Malaya Students Journal).
45 Letter From John D. Higham to Mr. Scarlett, 14/01/1951, CO 717/913/3, Voice of Freedom (Suara Merdeka): London Malaya
Students Journal.
46 Letter From John D. Highman to Mr. Scarlett, 14/01/1951, CO 717/913/3, Voice of Freedom (Suara Merdeka): London
Malaya Students Journal.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

277

perkembangan perjuangan anti-kolonial dibawah pimpinannya di United Kingdom. Berikutan
bantahan tersebut, Smithers telah memaklumkan secara rasmi kepada Sir Oliver Lyttelton,
Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British dan memohonnya mengambil tindakan tegas dalam usaha
mengawal pergerakan Lim Hong Bee di seluruh England.47
This gentleman is apparently the country giving talks on the Malayan situation; he gave the
Southampton University the usual denunciation of imperialism, plus accusations of ill-faith; that the
British started the Malayan war; that our troops comitted widespread atrocities; etc.48

Isu ini diambil perhatian oleh Sir Oliver Lyttelton. Namun dalam masa yang sama diakui agak
sukar untuk mengambil tindakan terhadap Lim Hong Bee kerana beliau masih bertindak dalam
kerangka yang dibenarkan oleh perundangan British dan beliau juga merupakan warganegara British
yang dilindungi oleh peruntukan perlembagaan. Sir Oliver Lyttelton dalam surat balasnya kepada
Peter Smithers menjelaskan, “Both the Colonial Office and the Home Office are well a ware of his
activities; but unfortunately he is a British subject and while he is in this country nothing can be done
about him provided that he keeps within the law”.49 Secara tidak langsung, isu komunisme dalam
Malayan Forum yang diwar-warkan British dilihat sebagai satu political games untuk menggambarkan
imej organisasi itu sendiri sama ada ia cenderung kepada komunis atau sebaliknya.50

KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas tiga elemen yang boleh dirumuskan berkaitan Malayan Forum.
Pertama, latar belakang penubuhan Malayan Forum merupakan kesan daripada kesedaran pelajar-
pelajar Tanah Melayu tentang pembentukan negara merdeka berasaskan pemupukan nilai demokrasi
dan keadilan kelas. Kedua, Malayan Forum perlu dilihat sebagai satu bentuk organisasi yang
menggalakkan budaya politik wacana dan sivil dalam kalangan ahli-ahlinya tanpa mengira sentimen
kaum dan agama. Ketiga, potensi yang ada pada Malayan Forum menarik perhatian banyak pihak
termasuklah pendukung aliran komunis seperti Lim Hong Bee untuk dijadikan platform politik
komunisme. Ketiga-tiga elemen ini secara tidak langsung meletakkan Malayan Forum sentiasa dalam
pemerhatian pihak British. Situasi ini tidak dapat dielakkan kerana senario politik antarabangsa turut
mempengaruhi impak terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Namun begitu, persaingan
antara aliran-aliran yang ada mengheret Malayan Forum dalam satu bentuk agenda perjuangan yang
memberi penekanan nilai-nilai kesejagatan berdasarkan konsep Malayan Society dan ini
bertentangan dengan kelaziman bentuk nasionalisme berasaskan entiti kaum yang dipraktiskan
sebelum ini.

RUJUKAN
Ahamad Jama‘ Amin Yang. (2016). Aliran Fabian dalam Gerakan Politik di Malaysia (1952-1970):

Suatu Tinjauan Awal daripada Perspektif Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJ-SSH), 1 (2): 67-77.
Asad-ul Iqbal Latif. (2015). The Life and Times of Gerald de Cruz. Singapore, ISEAS Publishing.
Baker, Maurice. (2015). The Accidental Diplomat: The Autobigraphy of Maurice Baker. Singapore,
World Scientific Publishing.
Baker, Maurice, Political History in Singapore, 1945-1965, Oral Transcript Interview, 14 & 17 April
1993, National Archives of Singapore.
Biografi Allahyarham Tun Abdul Razak. (1982). Katalog Bahan-Bahan Memorial Tun Abdul Razak.
Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia.
Chew, Emrys & Chong Guan Kwa. Ed. (2012). Goh Keng Swee: A Legacy of Public Sevice.
Singapore, World Scientific Publishing.
CO 1022/197, Political Activities among Malayan Students in the United Kingdom.
CO 1022/196, Activities of the Malayan Forum and the Publication ―Suara Merdeka‖.
CO 1022/146, Communist Propaganda in the Malaya Press in the London paper ―Malayan Monitor‖,
edited by H. Lin Lim.
CO 717/913/3, Voice of Freedom (Suara Merdeka): London Malaya Students Journal.
CO 717/202/7, Communism: Anti British League: arrests.

47 Letter From Peter Simthers, M.P to Sir Oliver Lyttelton, Secretary of State for Colonies, 10/03/1952, CO 1022/146,
Communist Propaganda in the Malaya Press in the London paper ―Malayan Monitor‖, edited by H. Lin Lim.
48 Letter From Peter Simthers, M.P to Sir Oliver Lyttelton, Secretary of State for Colonies, 10/03/1952, CO 1022/146,
Communist Propaganda in the Malaya Press in the London paper ―Malayan Monitor‖, edited by H. Lin Lim.
49 Letter From Sir Oliver Lyttelton, Secretary of State for Colonies to Peter Smithers, M.P, 18/03/1952, CO 1022/146,
Communist Propaganda in the Malaya Press in the London paper ―Malayan Monitor‖, edited by H. Lin Lim.
50 Stephen Howe, Anticolonialism in British Politics: The Left and the End of Empire, 1918-1964, 1993, hlm. 214.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

278

CO 537/7295, Political Developments: Lim Hong Bee, editor of the Malayan Monitor; application for
Federal Citizenship.

CO 537/4782, Political Developments: Lim Hong Bee and ―The Malayan Monitor‖.
Drysdale, John. (1984). Singapore: Struggle For Success. Singapore, Times Books International.
FCO 141/15672, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Political Intelligence Journals, 1948.
Harper, T.N. (1999). The End of Empire and The Making of Malaya. Cambridge, Cambridge

University Press.
Howe, Stephen. (1993). Anticolonialism in British Politics: The Left and the End of Empire, 1918-

1964. New York, Oxford University Press.
Lau, Albert. (2005). Nation-building and the Singapore Story: Some Issues in the Study of

Contemporary Singapore History, In Wang Gungwu (ed). Nation-building: Five Southeast
Asian Histories. Singapore, Institute of Southeast Asian Studies.
Labour Party Speaker‟s Handbook, 1948-1949. 1948. London, British Labour Party.
Lee, Edwin. (2008). Singapore: The Unexpected Nation, Singapore. Singapore, Institute of Southeast
Asian Studies.
Lee, Kuan Yew. (1998). The Singapore Story, Memoirs of Lee Kuan Yew. Singapore, Time Editions.
Ooi, Kee Beng. (2010). In Lieau of Ideology: An Intellectual Biography of Goh Keng Swee. Singapore,
ISEAS Publishing.
Rozeman Abu Hassan. (2003). Tun Abdul Razak Bin Dato‟ Hussein: Dasar Luar Malaysia 1970-1976.
Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tan, Siok Sun. (2007). Goh Keng Swee: A Potrait. Singapore, Editions Didier Millet.
Yeo, Kim Wah. (1994). Joining the Communist Underground: The Conversion of English-educated
Radicals to Communism in Singapore. In Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
(vol. 67, no. 1, pp. 35-52).
Weiss, Meredith, L, (2011). Student Activism in Malaysia: Crucible, Mirror, Slideshow. Singapore,
NUS Press.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

279

Niat Ponteng Sekolah

Abdul Ghani Jalil, Ph.D, Yahya Don, Ph.D

Abstrak
Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin
ketara. Oleh itu, kajian ini cuba melihat masalah niat ponteng sekolah dalam
kalangan murid-murid tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah di
Kedah. Kajian ini menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of
Planned Behavior – TPB) yang telah dibangunkan oleh Ajzen dan Fishbein
pada tahun 1980. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor niat
yang menyebabkan murid terlibat dengan masalah ponteng. Seramai 9 orang
murid tingkatan empat yang terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrument, temu bual dan analisis
dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru menjadi punca
utama penyebab berlakunya niat ponteng sekolah berbanding dengan faktor
pengaruh rakan sebaya, persekitaran dan penggunaan teknologi. Dapatan
kajian ini juga menunjukkan bahawa keberkesanan komunikasi guru dalam
bilik darjah ialah sikap atau tingkah laku dan sosioemosi guru itu sendiri,
seperti mudah marah, membosankan dan kawalan yang lemah. Selain itu,
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru tidak menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran semasa aktiviti di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa
faktor sekolah daripada tingkah laku, pengajaran guru dan penguatkuasaan
disiplin mempengaruhi informan yang terlibat dalam kes ponteng sekolah.
Kesimpulannya, masalah yang telah dikemukakan dalam kajian ini amat
penting diketahui dan tidak boleh diabaikan untuk kebaikkan bersama.
Beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak sekolah dan pihak guru
supaya masalah niat ponteng ini dapat diatasi sepenuhnya.

Kata kunci: Ponteng sekolah, Teori Tingkah Laku Terancang, Theory of
Planned Behavior, Niat, Faktor-Faktor, Ponteng Sekolah

PENDAHULUAN
Dewasa ini kita diterjah oleh pelbagai masalah yang berpunca daripada perilaku murid sekolah yang
telah mencapai tahap yang membimbangkan. Pelbagai karenah yang dilakukan oleh murid sekolah
seperti lari dari rumah, kesalahan vandalisme, kenakalan, buli, merokok, penyalah gunaan
dadah/inhalan/racun dan masalah ponteng. Masalah utama ialah masalah ponteng yang
menyebabkan ramai pihak menjadi resah dan gelisah yang berlaku di semua peringkat. Masalah
ponteng ini menjadi salah satu isu besar negara atau tersenarai dalam agenda utama Kementerian
Pendidikan yang perlu diambil tindakakan semerta. Sebelum terjadinya ponteng, murid sudah
merancang niat terlebih dahulu untuk tidak pergi ke sekolah. Menurut, Imam Ibnul Qayyim berkata:

―Niat adalah roh amal, inti dan sendinya. Amal itu mengikuti niat. Amal menjadi
benar kerana niat yang benar dan amal menjadi rosak kerana niat yang rosak.‖

(Abul ‗Abbas Khalid Syamhudi, 2011)
Rasulullah s.a.w telah menyampaikan dua kalimat yang sangat mendalam maksudnya, iaitu
sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat dan seseorang memperoleh apa yang
diniatkannya. Pertamanya, baginda menjelaskan bahawa sesuatu amalan tidak akan mempunyai
ertinya tanpa ada niat. Dalam kalimah keduanya, baginda menjelaskan bahawa manusia yang
melakukan sesuatu amal, ia tidak memperoleh apa-apa kecuali niatnya. Hal ini merangkumi iman,
ibadah, dakwah, muamalah, nadzar, jihad, perjanjian dan tindakan apapun. (Abul ‗Abbas Khalid
Syamhudi, 2011).
Justeru, niat ponteng sekolah oleh seseorang murid itu terarah dengan perbuatan niat yang
ingin dilakukannya.Berdasarkan hadis Rasullullah s.a.w yang jelas menerangkan setiap perbuatan
adalah berlandaskan niat. Berikutan daripada terjemahan niat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) melahirkan kebimbangan isu ponteng sekolah dalam kalangan murid di Malaysia tiada
kesudahan. Masalah ponteng ini juga turut berlaku dalam negeri Kedah. Berdasarkan data ketegori
kesalahan sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mencatatkan masalah
tertinggi yang dilaporkan ialah masalah ponteng berbanding dengan masalah yang lain.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

280

LATAR BELAKANG KAJIAN
Gejala ponteng ponteng sekolah merupakan tingkah laku anti sosial yang dilakukan oleh murid
kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa (Fortin, 2003) dan merupakan
salah satu isu disiplin yang semakin ketara yang dihadapi oleh semua sektor pengajian tidak kira di
peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi (Johari & Nik Selma, 2016).
Disiplin ditakrifkan sebagai sebagai ketidak hadiran murid ke sekolah dengan sengaja tanpa
sebarang alasan yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walau begitu ada
yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang
memaparkan murid yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Isu ponteng sekolah merupakan
sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam
persekolahan.

Ponteng sekolah mcrupakan salah laku disiplin murid yang telah berlaku sekian lama dalam
arena pendidikan. Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu kerana seawal tahun 1876, the
Elementary Education Act telah menetapkan prosedur untuk menangani masalah ponteng sekolah di
England. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan buku, Panduan
bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah pada tahun 1994 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995
Menangani Masalah Ponteng Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Ting (1983)
mengaitkan aktiviti ponteng sekolah dengan tingkah laku devians atau lencongan yang bermaksud
tingkah laku yang tidak memenuhi norma sosial sesuatu kumpulan masyarakat. Maka ponteng
sekolah boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku devians seseorang murid kerana tidak hadir ke
sekolah tanpa sebarang sebab munasabah dan tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru. Sehubungan
itu, KPM menerusi Jawatankuasa Bertindak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010 berusaha melaksanakan pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin murid
melalui Kempen Anti Ponteng Sekolah (KPM, 2005).

Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, iaitu dari tingkat bawah hingga
tingkat tertinggi. Antara tingkatnya ialah ponteng menurut kata hati, ponteng kerana bangun lewat,
ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun adanya peraturan atau disiplin yang ketat namun
masalah ponteng tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017) meletakkan masalah
ponteng menjadi isu utama sekolah di Malaysia. Maka, kajian ini akan dapat mengenal pasti punca
serta faktor utama penyumbang niat ponteng serta langkah-langkah yang harus diambil oleh semua
pihak dalam mengatasi masalah ponteng sekolah ini.

PERNYATAAN MASALAH

Salah Laku Disiplin Murid Sekolah Peringkat Nasional 2017

Data Peringkat Nasional

Jadual 1.1
Salah Laku Disiplin Murid Sekolah Peringkat Nasional 2017

Bil Salah Laku Peratus Jumlah

(%)

1 Ponteng Sekolah 1.40 67,053

2 Kurang Sopan 0.29 14,509

3 Tidak Pentingkan Masa 0.28 13,415

4 Kekemasan Diri 0.23 10,946

5 Rokok 0.18 8,514

6 Berunsur Jenayah 0.14 6,917

7 Kenakalan 0.12 5,825

8 Buli 0.06 2,795

9 Berunsur Kelucahan 0.05 2,266

10 Laku Musnah 0.04 1,868

(Hal Ehwal Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017)

SOALAN KAJIAN
Kajian ini menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah faktor utama penyumbang kepada niat ponteng sekolah?
ii. Adakah faktor guru, pengaruh rakan sebaya, pengaruh persekitaran dan pengaruh

teknologi mempengaruhi niat ponteng sekolah?

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

281

METODOLOGI KAJIAN
Tiga kaedah pengumpulan data secara kualitatif, iaitu temubual, pemerhatian dan dapatan dokumen.
Penggunaan pelbagai kaedah pengutipan data juga membolehkan perbandingan dan pengukuhan
data dilakukan.

DAPATAN, PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Apakah punca utama penyumbang kepada masalah niat ponteng sekolah?

Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor guru merupakan punca utama tercetusnya niat ponteng
sekolah berbanding dengan faktor pengaruh rakan sebaya, faktor pengaruh persekitaran dan faktor
perkembangan teknologi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ketidakprihatinan guru dalam
menarik minat murid dan gaya PdPc yang sangat membosankan. Ini akan menimbulkan rasa bosan
terhadap sesuatu mata pelajaran dan seterusnya murid memasang niat untuk tidak hadir ke sekolah.
Selain itu, guru suka mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar semasa memarahi murid. Ini
akan menimbulkan kebencian murid terhadap guru seterusnya menyebabkan mereka mempunyai
niat ponteng sekolah. Murid berasa diri mereka disisihkan oleh guru-guru apabila guru hanya
memberi perhatian yang lebih kepada sebilangan murid sahaja. Sikap guru yang suka membebel dan
memarahi murid sekiranya gagal menyiapkan kerja sekolah menyebabkan berlakunya ponteng
sekolah.

Adakah faktor guru, pengaruh rakan sebaya, pengaruh persekitaran dan pengaruh teknologi
mempengaruhi niat ponteng sekolah?

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor pengaruh rakan sebaya merupakan sebahagian faktor yang
mempengaruhi niat ponteng sekolah dalam kalangan informan kajian. Selain itu, dapatan kajian juga
mendapati bahawa faktor penggunaan teknologi merupakan antara faktor lain dalam mempengaruhi
niat ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah menengah selain daripada faktor guru.
Manakala, faktor pengaruh persekitaran, hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor pengaruh
persekitaran kurang menyumbang kepada niat ponteng sekolah.

IMPLIKASI KAJIAN

Pihak Sekolah
Saban hari, gejala soasial semakin menjadi-jadi. Ponteng, menghisap rokok, dadah dan sebagainya.
Mengapakah fenomena ini berlaku? Masyarakat kini ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Segala yang berlaku dalam masyarakat tidak diendahkan. Masing-masing hanyut
dibawa arus pemodenan. Maka, peranan institusi sekolah ini adalah setaraf dengan peranan institusi
kekeluargaan dalam membentuk mental dan rohani murid. Sekolah merupakan sebuah institusi
sekunder dalam masyarakat yang mempunyai fungsi formal bagi mensosialisasikan generasi muda
supaya pada suatu hari nanti mereka dapat mengambil alih peranan generasi tua. Dalam
menghadapi arus globalisasi dan cabaran alaf baru, pendidikan moral dalam kalangan generasi muda
perlu diperhebat bagi memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni, di samping mewujudkan
persekitaran dan suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak yang murni bagi melawan arus
budaya kuning yang begitu kuat melanda persekitaran sekarang. Sekolah perlu dapat menyediakan
persekitaran fizikal yang kemas dan selesa. Segala kemudahan yang diperlukan oleh murid
mencukupi seperti kerusi meja, guru-guru, buku dan makmal. Ruang untuk bersukan dan rekreasi lain
harus pada tahap yang memuaskan. Melalui proses pendidikan, anak-anak muda perlu diajar supaya
menerima dan menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam adat resam dan institusi-institusi lain yang
ada dalam masyarakat.

Di samping mempunyai fungsi mengekalkan kebudayaan, sekolah juga menjadi agen
perubahan sosial kerana melalui kemajuan dalam bidang pendidikan banyak teknologi baharu yang
telah dicipta. Lazimnya, ciptaan teknologi baharu ini akan membawa kepada perubahan nilai pula.
Pendidikan moral juga perlu diajar kepada murid bukan Islam, manakala murid Islam pula
mempelajari moral atau akhlak dalam mata pelajaran agama. Pendidikan moral atau akhlak ini bukan
sahaja diberi secara langsung sebagai satu mata pelajaran akademik, tetapi seharusnya juga
dilaksanakan secara implisit atau tersembunyi. Manakala, bagi mata pelajaran sivik boleh membantu
masyarakat mencapai keharmonian, toleransi dan kefahaman yang mendalam terhadap
tanggungjawabnya sebagai warganegara.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

282

Guru-guru
Dalam menyelesaikan masalah disiplin murid, guru turut memainkan peranan yang amat penting. Ini
adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan merupakan orang yang paling rapat dengan
murid. Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Selain itu, murid dan ibu bapa
akan lebih menghormati guru-guru yang berlaku adil. Untuk berlaku adil apabila menghukum
seseorang murid, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu
helah murid yang semakin canggih cara pembohongan mereka. Di samping itu, guru haruslah
mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh
murid didikannya. Contohnya adalah tidak masuk akal seseorang guru memarahi murid yang ponteng
atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kali tidak memasuki kelas tanpa alasan.
Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan murid. Murid lebih celik memerhatikan guru-guru
mereka.

PdPc yang Berkesan
Guru merupakan antara faktor penyumbang kepada berlakunya niat ketidakhadiran dalam kalangan
murid melalui proses PdPc. Mohamed Sharif dan Hazni (2018) menjelaskan bahawa sikap guru
merupakan faktor terpenting wujudnya niat ponteng sekolah. Seseorang guru haruslah memahami
peranannya dalam proses PdPc serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu bijak memainkan
peranan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dengan mempelbagaikan teknik
pengajaran. Bagi memastikan PdPc berjalan dengan lebih menarik dan berkesan, mekanisme yang
terbaik adalah pembelajaran berpusatkan murid di mana ia memerlukan murid untuk memberi fokus
semasa PdPc serta menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dapat mengaplikasikan
pelbagai sumber maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Sistem Pendidikan yang Berkesan
Walaupun pelbagai tranformasi telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara, namun matlamat
untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah serta
berpegang kepada ajaran agama seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Antara cabaran yang dihadapi ialah sistem
pendidikan masih lagi berorientasikan peperiksaan. Penekanan berlebihan terhadap matlamat
peperiksaan akan hanya melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan tinggi tetapi tidak dapat
melahirkan insan yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik sebagaimana dikehendaki dalam
ajaran Islam.

Menerapkan Konsep Sekolah Penyayang
Pihak pengurusan sekolah harus meletakkan konsep sekolah penyayang sebagai asas dalam
sebarang tindakan yang dilakukan dari semua peringkat hubungan di sekolah. Kepekaan dan
penghayatan konsep sekolah penyayang dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sangat penting
dalam usaha untuk mewujudkan budaya sekolah yang positif dari segi perhubungan dan
kemanusiaan. Sekolah dan semua anggotanya sama ada pentadbir, guru-guru, murid dan kakitangan
perlu menampilkan ciri-ciri sebagai rumah rumahntangga dan sebuah keluarga besar. Dalam
hubungan ini, aspek kasih sayang menjadi teras bagi setiap tindakan kita khususnya terhadap murid
dalam menganagi masalah poteng dalam kalangan murid.

Mewujudkan Suasana Pembelajaran di Sekolah Yang Menarik
Salah satu punca niat murid ponteng sekolah ialah mendapati bahawa sekolah tidak menarik dan
menggembirakan para murid. Justeru, dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ponteng ini,
pihak pengurusan sekolah perlulah membuat perubahan-perubahan secara terancang agar dapat
mewujudkan dan mengukuhkan iklim sekolah yang harmonis dan menyeronokkan murid. Pihak
pengurusan sekolah perlu mengadakan sistem penyeliaan yang lebih kerap terhadap Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) di bilik darjah. Langkah ini dapat mengesan sama ada proses PdPc
dalam bilik darjah benar-benar menarik perhatian para murid terhadap pelajaran yang disampaikan
oleh guru di bilik darjah. Pengamalan sistem pemudahcaraan yang berfokuskan kepada guru tanpa
penglibatan murid dalam proses PdPc di dalam bilik darjah dianggap sudah ketinggalan zaman.
Tindakan seumpama ini sebenarya membosankan murid khusunya murid-murid yang mempunyai
keinginan berinteraksi dengan guru dalam proses PdPc dalam bilik darjah. Teknik pemudahcaraan
yang dapat memenuhi cita rasa murid perlu diamalkan. Bagi tujuan ini pihak pengurusan perlu
berikhtiar mengadakan kursus-kursus pembangunan staf dari semasa ke semasa supaya dapat

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

283

memberikan kesedaran dan meningkatkan pengeahuan para guru tentang teknik-teknik
pemudahcaraan yang mendorong murid untuk terus belajar.

Hukuman Gantung atau Buang Sekolah
Pengkaji mencadangkan hukuman gantung atau buang sekolah selepas murid mendapat surat
amaran didapati tidak berkesan dan tidak sesuai. Hal ini kerana sistem ini seolah-olah memberi lisen
secara rasmi kepada murid yang ponteng sekali gus harapan mereka untuk berada di luar sistem
peresekolahan telah tercapai dan kesannya murid berkemungkinan besar akan terlibat dalam
masalahan sosial.

Bilik Darjah Mesra Teknologi
Pengkaji mencadangkan semua bilik darjah hendaklah mesra teknologi. Maksudnya menjadikan bilik
darjah sebagai ‗pejabat guru‘, menjadikan seorang guru atau dua orang guru subjek yang sama
berkongsi satu bilik darjah, dan murid datang belajar di dalamnya. Bilik darjah tersebut mempunyai
kelengkapan satu atau dua komputer dengan akses ke internet dengan itu menghapuskan masalah
guru yang menggunakan kaedah tradisional dalam PdPc. Seperti kata Senge (1990) apabila sesuatu
organisasi pembelajaran ingin mengubah sesuatu perkara dalam organisasi pendidikan di Malaysia
yang sedang dalam usaha mengubah cara PdPc supaya lebih mengupayakan penggunanan
teknologi.

Perkara seterusnya ialah guru-guru menggunakan komputer sebagai pengganti papan tulis.
Guru-guru perlu dibimbing untuk melihat penggunaan teknologi menyokong PdPc bermakna
(Jonassen, 2000), menggalakkan pemikiran aras tinggi (Uderwood & Underwood, 1990) dengan
murid dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menyiasat, kebolehan
mengaplikasikan pembelajaran ke situasi dunia sebenar, kemahiran mengurus dan minat terhadap
kandungan pelajaran (Cradler & Ceadler, 1999) sesuai dengan dimensi pendidikan abad ke-21 ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap sebagai penghubung
pihak sekolah dan masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa. Penubuhan PIBG adalah untuk
memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah berbincang serta merancang program
peningkatan serta memperbaiki pencapaian murid dalam sekolah.

SUMBANGAN KAJIAN
Semua pihak perlu memanfaatkan sumbangan kajian ini agar dapat dijadikan panduan untuk
mengatasi masalah ponteng di sekolah.

Sumbangan Kepada Bidang Ilmu
Sumbangan kajian ini terhadap disiplin ilmu sangat besar. Kajian tentang niat ponteng sekolah perlu
dikembangkan dan diusahakan secara intensif lagi. Perkara ini sangat penting untuk memberi
panduan kepada semua pihak khususnya guru yang rata-ratanya tidak menggunakan pelbagai teknik
yang sesuai agar dapat menarik minat murid yang bermasalah dengan ponteng.

Sumbangan Kepada Para Guru
Peranan dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu,
jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen
perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berintelek, berdaya saing,
berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Oleh itu, guru-guru
perlulah membuat tranformasi daripada teknik PdPc yang sedia ada kepada teknik PdPc yang lebih
menarik dan berpusatkan murid.

Sumbangan kepada ibu bapa
Kajian ini akan memberikan implikasi kepada ibu bapa. Faktor sosial dan ekonomi keluarga
memainkan peranan penting menyebabkan murid terjebak dalam masalah disiplin. Antara faktor latar
belakang keluarga yang dikenal pasti penyebab masalah disiplin ialah kurang didikan agama,
kepincangan keluarga akibat bapa kaki judi, bapa berpoligami dan mencuaikan tanggungjawab
keluarga, perceraian ibu bapa, kurang komunikasi antara anak dengan ibu bapa, kurang kasih
sayang, kejahilan terhadap ajaran agama, kurang kawalan daripada ibu bapa, dan kemiskinan
keluarga.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

284

KESIMPULAN
Ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang sangat serius berlaku pada sesetengah
sekolah di Malaysia. Sekiranya masalah ini dibiarkan berleluasa ia bukan sahaja merebak menjadi
masalah-masalah sosial yang lain bahkan akan mengganggu pelaksnaan perancangan program
pendidikan negara. Namun, usaha mengatasi masalah ini tidaklah semudah yang difikirkan. Ramai
mengakui bahawa tugas menyelesaikan masalah ponteng ini terpaksa melalui satu proses yang
rumit. Ia memerlukan pendekatan dan strategi yang fleksibel dengan menumpukan kepada faktor-
faktor pendorong perlakuan ponteng sekolah. Rancangan-rancangan yang dirangka memerlukan
komitmen semua pihak sama ada warga pendidik, ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling disamping
sifat dedikasi dan kesabaran.
RUJUKAN
Abul ‗Abbas Khalid Syamhudi. (2011). Fikih niat: peran niat dalam amal. Indonesia: Maktabah Abu

Salma al-Atsari.
Fortin, L. (2003). Students‘ antisocial and aggressive behavior: Development and prediction. Journal

of Education, 4(6), 669-688.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Salah Laku Disiplin Murid Sekolah Peringkat Nasional: Unit

Hal Ehwal Murid, KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan Bagi Mengatasi Ponteng Di Sekolah: Unit Disiplin

Bahagian Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2005). Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan induk

pembangunan pendidikan 2006–2010. KPM, Kuala Lumpur.
Mohamed Sharif Mustaffa & Hazni Abdul Ghani. (2010) Persepsi pelajar mengenai punca-punca

masalah ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2,
Johor Bahru. Journal Pendidikan, UTM, 1-8.
Ting, C. P. (1983). Konsep asas sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

285

Kaedah „LTD‟ Membantu Meningkatkan Kemahiran Berkarya Pelajar Dari Zero
Ke Hero

1Khalijah Ahmad, Ph.D , 2Abd. Manaf Ishak2
1Jabatan Kajian Sosial

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 2SMK Agama Arau, Arau Perlis
1 [email protected]; [email protected]

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji kemampuan kaedah LTD(Light,
Trace and Draw)dalam membantu pelajar berkemahiran rendah dalam bidang
seni lukis kepada peningkatan kemahiran kreatif secara drastik. Kemahiran
melukis memerlukan latihan yang berterusan dan kaedah sesuai bagi
memudahkan pemahaman pelajar semasa aktiviti melukis. LTD merupakan
kaedah yang mengaplikasikan cahaya bagi menentukan kesan rupa,ton dan
bayang yang membentuk gambaran subjek secara realistik. Peserta kajian
terdiri daripada sembilan orang pelajar elektif terbuka dari kursus Seni Dua
Dimensi (SDDK3103).Fokus utama kajian adalah terhadap kemahiran melukis
secara kreatif dengan menekankan kepada kesan realistik dalam berkarya.
Jusifikasi pemilihan peserta kajian berdasarkan kepada tahap penguasaan
awal mereka dalam aktiviti. melukis. Tiga teknik pengumpulan data yang
diaplikasikan dalam kajian ini ialah temubual, pemerhatian dan analisis karya.
Jangka masa kajian adalah empat bulan. Data dinalisis secara tematik dan
dipersembahkan melalui huraian perkataan. Hasil kajian mendapati semua
peserta kajian menunjukkan peningkatan yang memberangsankan
berbanding dengan sebelumnya. Ini membuktikanbahawa, aplikasi kaedah
LTD(Light, Trace and Draw) mampu meningkatkan kemahiran dan tahap
penguasaan pelajar elektif dalam penghasilan penghasilan karya. Sebagai
cadangan, aplikasi kaedahLTD (Light, Trace and Draw)sesuaiini
dilaksanakanmenerusi aktiviti melukis dalam kalangan pelajar sekolah atau
kepada pendidik seni yang bukan opsyen. Kaedah ini juga dianggap dapat
menjimatkan masa selain mudah dikendali dan difahami oleh pelajar.

Kata Kunci: LTD(Light, Trace and Draw), kemahiran melukis, realistik, elektif

PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual, merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan yang
menyeluruh. Ia memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor secara jelas dan
bersepadu. Domain kognitif, berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika
serta seni dalam kehidupan. Domain afektif dalam pendidikan seni menekankan kepada aspek nilai,
sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah
yang baik. Manakala domain psikomotor pula menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam
pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan otot dan mental. Berdasarkan hal ini, aktiviti
melukis merupakan antara bidang ilmu yang mempunyai peranan yang jelas untuk
memperkembangkan kemahiran kreatif individu dengan melibatkan beberapa aspek dalam ketiga-
tiga domein tersebut.

Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang paling asas dalam penghasilan karya seni. Secara
dasarnya aktiviti ini boleh boleh dijadikan sebagai dianogstik bagi menggambarkan jiwa dan emosi
seseorang pelukis. Namun demikian kaedah dan perlaksanaan aktiviti ini kadang kala menjadi
penghalang terhadap minat dan kecenderungan seseorang individu terhadap bidang ini. Pemupukan
kreativiti murid dan pelajar memerlukan latihan yang berterusan. Aktiviti ini juga memerlukan kaedah
yang mudah untuk difahami dan diaplikasikan. Kajian terhadap amalan penggunaan kaedah LTD ini
adalah terhadap pelajar seni elektif (Seni Dua Dimensi) yang berada dalam semester tujuh. Hasil
daripada kajian awal mendapati,tujuh daripada sembilan orang pelajar elektif Seni Dua Dimensi
mempunyai tahap kreativiti yang rendah dalam melukis. Namun demikian usaha meningkatkan
pencapaian kreatif mereka daripada zero kepada hero adalah tinggi. Bagi membuka ruang dan minat
serta meningkatkan kemahiran kreatif pelajar elektif ini, mereka telah diperkenalkan dengan kaedah

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

286

LTD, iaitu satu kaedah yang mudah dan cepat untuk menghasilkan karya . LTD ialah singkatan
daripada perkataan English iaitu Light, Trace and Draw yang menggunakan kaedah pancaran cahaya
bagi menentukan kesan rupa, ton dan bayang yang membentuk gambaran subjek secara realistik.
Kaedah ini dianggap paling tepat bagi menentukan kedudukan objek dan kadar banding selain
memberi tumpuan kepada aspek seni reka dalam berkarya.

Seni dua dimensimerujuk kepada sebahagian daripada karya seni dalam Pendidikan Seni
Visual. Bidang seni ini hanya mempunyai dua sisi, iaitu sisi lebar dan panjang. Walau bagaimanapun
karya seni dari kategori ini masih boleh dihasilkan dalam keadaan timbulan (relief painting), iaitu
dengan kesan jalinan yang nyata dan timbul atau keluar daripada permukaan dalam keadaan yang
masih terkawal iaitu tidak terlalu tinggi sehingga mengubah pengertiannya menjadi seni tiga dimensi
atau arca.Antara kandungan kursus ialah pelajar perlu menghasilkan lukisan yang kreatif dan lebih
bersifat realistik. Kebanyakan aktiviti penghasilan karya pada semester ini lebih tertumpu kepada
aktiviti penghasilan berdasarkan kepada tema yang telah ditentukan.

Kekurangan kaedah dan teknik yang bersesuaian menyebabkan aktiviti melukis ini tidak
diminati oleh kebanyakkan murid sekolah mahupun pelajar IPT khususnya dari golongan mereka
yang tiada asas dalam berkarya. Ketidak menjadian hasil karya menyebabkan mereka cepat putus
asas dan bosan untuk melakukan latihan yang berterusan, terutamanya melukis berdasarkan apa
yang di lihat dengan tanpa sebarang panduan atau kaedah melukis. Kebanyakkan pendidik seni
masih mengajar dengan teknik yang sama tanpa melakukan perubahan terhadap anak didik mereka.
Selain itu kekurangan bahan rujukan terhadap kaedah yang lebih mudah untuk diaplikasikan
menyebabkan karya yang dihasilkan tidak menjadi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan pelajar elektif daripada berkemahiran rendah
kepada peningkatan kemahiran kreatif secara drastik. Selain itu tujuan kajian ini juga untuk
meningkatkan keupayaan pelajar dalam menghasilkan karya secara realistik dengan cepat dan
mudah.

KAJIAN LITERATUR
Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang memerlukan kemahiran kreatif bagi menghasilkan karya
bermutu dan menarik. Aplikasi kaedah yang bersesuaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seni visual, khususnya melukis dapat membantu meningkatkan kemahiran kreatif dalam kalangan
pelajar. Menurut Kamus Dewan (2002), kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan mencipta daya
kreatif, kekreatifan manakala keratif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilakan
dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli. Penyataan ini menunjukkan bahawa, keperluan
untuk mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran seni seperti melukis adalah penting bagi
membantu menarik minat dan mengembangkan daya kreativiti pelajar pelajar.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Iberahim Hassan dan Jamilah Omar dalam Pendidikan Seni
Visual dan Muzik (2004), guru sebagai agen utama dalam merangsang dan menggalakkan pelajar
meneroka dan menimba seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni. Pelajar
seni adalah manusia unik dan berbeza dengan pelajar mata pelajaran lain. Justeru itu, guru seni
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini. Merujuk kepada teori Michael dalam Hassan
Mohd Ghazali (2000), perkembangan kemahiran merupakan salah satu daripada lapan kepentingan
seni dan seni tampak dalam kehidupan seharian manusia. Aktiviti dan latihan seni yang beransur-
ansur dan berterusan akan merangsangkan pancainderia, kemahiran motor halus, psikomotor dan
koordinasi motor tangan murid-murid. Kemahiran murid akan bertambah dengan sentiasa menjalani
latihan membuat garisan yang berterusan. Hal ini juga akan meningkatkan kemahiran murid dalam
penggunaan alat dan bahan. Tartre (1990), Mohd Daud Hamzah (2004) menyatakan bahawa
visualisasi merupakan salah satu ketrampilan berfikir dimana keupayaan individu membayangkan
rupabentuk dan memutarkan bayangan tersebut dari pelbagai arah sama ada dari dua dimensi
atautiga dimensi apabila dimanipulasikan oleh seseorang bukan sahaja dalam bidang seni tampak
tetapi melibatkan bidang ilmu yang lain seperti matematik. Manakala menurut Abdul Shukor Hashim
(2007), kreativiti merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang
baharu dan asli. Ia juga merujuk kepada penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Secara keseluruhannya kajian ini menggunakan teori Kreativiti yang dikemukakan oleh Ellis
Paul Torrance. Beliau telah membangunakan Torrence Test of Creative Thinking (TTOCT). Di
samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti, beliau juga mencipta serta
memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah
mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu iaitu
penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, manipulasi dan pemainan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

287

Aspek pertama iaitu penyoalan bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar
proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh
mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran
seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.
Aspek kedua iaitu penemuan merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan
galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan
yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta
melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti
seni visual.

Aspek ketiga iaitu pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan
pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang
pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses
pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan
juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Manakala
aspek keempat iaitu percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang
terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar.
Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang
dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya
tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina
satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

Aspek kelima iaitu penerokaan akan menjadi galakan kepada pelajar bagi membuat
penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di
sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk
membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam
proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan
akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Manakala aspek yang keenam iaitu manipulasi pula bertindak dan menghasilkan sesuatu
melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini
bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di
sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku.
Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih
berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa
menghasilkan karya.

Aspek terakhir ialah melalui aktiviti bermain akan membantu meransang kreativiti individu. Bagi
seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan
cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang
sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang
proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang berterusan.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes melalui pendekatan kualitatif. Menurut Patton (1985),
penyelidikan kualitatif merujuk kepada satu usaha untuk memahami situasi yang tertentu dalam
keadaannya yang tersendiri. Pendekatan kualitatif lazimnya diguna pakai bagi mendalami maksud
sesuatu fenomena atau tingkah laku yang kebiasaannya sukar diukur melalui penggunaan nombor
sementara. Aplikasi reka bentuk kajian ini dibuat berdasarkan kepada jumlah peserta kajian yang
terdiri daripada 9 orang pelajar PISMP Semester 07 yang mengambil elektif bagi kursus Seni Dua
Dimensi (PSVK3013).

Jusifikasi pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan penglibatan mereka dalam kursus
elektif terbuka yang ditawarkan kepada pelajar semester lima dan tujuh.Selain itu, aplikasi reka
bentuk kajian ini juga berdasarkan kepada teknik pengumpulan data yang digunakan iaitu
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Pengurusan pengumpulan data terbahagi kepada tiga
fasa iaitu fasa sebelum menggunakan kaedah LTD, semasa dan selepas penggunaan kaedah LTD.
Setiap fasa pengumpulan data dikendalikan sendiri oleh pengkaji dengan mengambil kira keperluan,
ketepatan dan keselarian data dengan objektif yang dibina. Data yang diperoleh dinalisis secara
tematik iaitu melalui huraian tema yang telah dibentuk daripada objektif kajian yang bersandarkan
kepada tinjauan literatur dan teori yang digunakan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

288

DAPATAN KAJIAN
Kaedah LTD merupakan satu kaedah yang dibinakan untuk meningkatkan kemahiran melukis peserta
kajian daripada kelas elektif dua dimensi. LTD menggabung 2 elemen utama iaitu pengetahuan
tentang teori dan pratikal. Perkataan LTD adalah dalam bahasa Inggeris. Huruf L merujuk kepada
lighting (cahaya), T ialah Trace merujuk kepada aktiviti menekap atau menerap. Manakala, D adalah
Draw iaitu merujuk kepada aktiviti melukis dengan berbantukan pancaran cahaya atau tekapan
daripada meja kaca yang mempunyai lampu.

Elemen utama kaedah ini ialah penggunaan meja lampu yang dibuat secara kondusif bagi
memudahkan pelajar menekap gambar atau objek, serta aplikasi pancaran imej atau objek daripada
LCD. Meja mempunyai permukaan kaca diletakkan dibawahnya lampu kalimantang yang terang bagi
memancarkan cahaya keseluruh permukaan meja. Konsep terapan lampu ini juga boleh
menggunakan sebarang cahaya sama ada daripada lampu suluh atau cahaya daripada telefon bimbit
yang di letakkan di bawah permukaan kaca yang dilapik dengan benda yang tebal di bahagian kiri
dan kanan. Peralatan dan bahan yang diperlukan dalam aktiviti ialah ialah meja kaca yang
mempunyai lampu kalimantang,kertas lukisan dan media untuk penghasilan lukisan seperti pensel,
pensel warna dan oil pastel.

1 Fasa Sebelum Perlaksanaan
Hasil daripada pengumpulan data di peringkat awal iaitu sebelum penggunaankaedah LTD,

tujuh orang peserta kajian dari kelas elektif ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran kreatif yang
amat rendah. Karya permulaan yang dihasilkan tidak mengaplikasikan asas seni reka secara tepat
malah, karya yang dihasilkan kelihatan naif serta tidak mencapai aspek-aspek kreativiti yang
dikemukakan dalam teori Torrance.

Peserta kajian juga tidak mempraktikkan teknik melukis yang betul sehingga menyebabkan
lukisan yang dihasilkan tidak mencapai tahap yang di tetapkan. Sebagai contoh hampir kebanyakkan
lukisan peserta kajian ini menyamai tahap pelajar sekolah. Selain itu, kelemahan utama yang
terdapat dalam karya yang dinilai ialah, tidak dapat menentukan kedudukan sebenar objek yang
dilukis selain tidak memberi tumpuan kepada elemen asas seni reka dalam pengolahan karya.
Antara kelemahan lain ialah tidak dapat menentukan kadar banding dengan tepat, dan gagal
mengenalpasti bentuk objek yang dilukis. Mereka juga tidak mahir mengaplikasikan teknik melukis
dalam menghasilkan lukisan. Wase (1971), menganggap kesilapan ini sebagai kesilapan konseptual.
Beliau percaya diagnosis yang paling berkesan serta berfaedah ialah dengan mencari pola-
pola kesilapan.
Di peringkat ini peserta kajian telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan sangat
berminat dengan kaedah yang diaplikasikan. Hal ini terbukti setelah mereka cuba untuk
menghasilkan lukisan berdasarkan subjek yang dirujuk dengan bersungguh-sungguh walaupun pada
tahap ini, pelajar masih lemah untuk menekap gambaran subjek di atas sinaran lampu. Apabila
dipisahkan antara gambar objek dengan garisan tekapan masih tidak membantu peserta kajian untuk
meneruskan proses seterusnya, di mana peserta kajian perlu mengaplikasikan teknik-teknik
penghasilan lukisan seperti contengan, gosokan, silang pangkah, titik-titik dan lain-lain bagi
menghasilkan lukisan dalam konsep realistik dalam karya. Walaubagaimana setelah aktiviti ini
dijalankan berulang kali, saya dapati kualiti dan kemahiran peserta kajian dapat ditingkatkan.

4.2 Fasa Semasa Pelaksanaan
Daripada temubual dan analisis dokumen yang dijalankan pada fasa kedua kajian mendapati

terdapat peningkatan kemahiran dalam aktiviti melukis. Melalui kaedah pancaran LCD dan tekapan
menggunakan meja tekapan berlampu telah membolehkan peserta kajian menentukan kadar
banding objek, kesan ton dan bayang selain memberi penekanan kepada aspek realistik dalam
penghasilan karya. Berdasarkan pemerhatian dan temubual, semua peserta kajian begitu yakin
dalam aktiviti penghasilan karya dan memperlihatkan kesungguhan, selain turut bersaing dalam
kalangan mereka untukmenghasilkan karya yang lebih berkualiti dan bersifat realitistik. Peserta kajian
juga dilihat telah yakin untuk memberi kritikan terhadap karya daripada rakan sekelas.

Proses penghasilan karya pada peringkat ini, melalui proses yang sama. Walaubagaimanapun
pemilihan subjek berubah mengikut tahap dan kemahiran peserta kajian. Hasil daripada kajian yang
dijalankan mendapati hampir keseluruhan peserta kajian telah dapat mengusai kemahiran melukis
daripada konsep asas sehinggalah kepada karya yang berbentuk realistik.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

289

4.3 Fasa Selepas Perlaksanaan
Pada fasa ini iaitu dalam masa tiga bulan, semua peserta kajian telah berjaya menghasilkan karya
yang hampir lengkap walaupun tempoh perlaksanaan aktiviti masih berbaki selama sebulan. Karya
yang dihasilkan mengaplikasikan elemen seni reka dengan tepat serta berjaya menampak kesan
kesempurnaan pada karya. Dapatan kajian juga menunjukkan semua peserta kajian berjaya
menghasilkan karya lebih cepat daripada masa yang ditetapkan. Peserta telah menunjukkan usaha
yang bersungguh-sungguh dan sangat berminat dengan kaedah yang diaplikasikan ketika aktiviti
melukis. Hal ini terbukti setelah mereka cuba untuk menghasilkan karya yang lengkap dan bersifat
realistik.

Analisis karya dalam rajah 1 hingga 8 menunjukkan, terdapatnya peningkatan kualiti dalam
penghasilan karya. Kesan realistik dalam karya amat ditekankan. Karya lebih menarik dan sempurna,
malah karya yang dihasilkan hampir menyamai gambar yang sebenar (lihat persamaan karya dalam
rajah 7 dan 8).

Rajah 1: Lakaran manual tanpa Rajah 2: Karya menggunakan
berbantukan kaedah LTD kaedah LTD (PK 1)

Rajah 3: Lakaran manual tanpa Rajah 4: Karya menggunakan
berbantukan kaedah LTD kaedah LTD (PK 2)

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

290

Rajah 5: Lakaran manual tanpa Rajah 6: Karya menggunakan
berbantukan kaedah LTD kaedah LTD (PK 3)

Rajah 7: Lakaran berbantukan Rajah 8: Imej rujukan asal
kaedah LTD (PK 4) (PK 5)

Rajah 9: PK 6 Rajah 10: PK 6 Rajah 11: PK 7

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018


Click to View FlipBook Version