The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:55:14

Prosiding SEDAR'18

Prosiding SEDAR'18

Keywords: PERANAN SISC+,SISC+,COACH,PLC,PEMBUDAYAAN PLC

441

dikemukakan oleh Haris ialah 1.74 menunjukkan responden dapat memikirkan cara penyelesaian
semasa PdPC (item 24, min=1.69), dengan berpandukan kehendak kurikulum (item 25, min=1.79).

Brown dan McIntyre (1993) mengenalpasti punca kegagalan inovasi PdP ialah guru gagal
mentaksir apa yang sebenarnya berlaku dan di mana guru seharusnya bermula semasa PdP dalam
bilik darjah. Ini menyebabkan guru mengubah kaedah PdP sehingga menghasilkan jurang perbezaan
dengan kehendak kurikulum. Fakta ini disokong oleh dapatan Azizah (1987) terhadap kekurangan
latihan merupakan faktor penghalang kearah kejayaan inovasi dalam PdP. Kajian menunjukkan
responden diberi latihan untuk melaksanakan inovasi PdPC (item 23, min=1.73). Mereka mengetahui
bagaimana memulakan inovasi PdPC (Item27, min= 1.92). Mereka peroleh kemahiran mengubah
kaedah PdPC dengan berpandukan kehendak kurikulum (item 25, min=1.79). Ini amat membantu
pelajar untuk melaksanakan inovasi dalam PdP seperti yang disarankan.

Peluang Atau Galakan Kepada Pelajar PISMP (Elektif Teras B. Cina) Untuk Melaksanakan
Inovasi PdPC BC
Miles (1965) mengemukakan tujuh elemen sesuatu orgainisasi mencapai dasar sistem perubahan
iaitu kejelasan matlamat, kelengkapan komunikasi, kelengkapan menyelesaikan masalah,
kesamarataan kuasa maksima iaitu antara pentadbir (pengetua) dan guru, berkerjasama,
bersemangat serta ciri-ciri kreatif dan inovatif dalam menjalankan tugas. Taylor et al. ( 1974 )
menjelaskan peluang-peluang menggalakkan inovasi merujuk kepada faktor-faktor yang
menggalakkan pencapaian matlamat akhir sesuatu inovasi. Item 31 hingga item 37 dalam soal selidik
mengkaji peluang-peluang seseorang pelajar IPGKDA melaksanakan sesuatu inovasi dalam PdPC.

Kajian menunjukkan purata min peluang atau galakan kepada pelajar PISMP (Elektif Teras BC)
melaksanakan inovasi PdPC BC berada pada tahap amat tinggi dengan min=4.32 (Jadual 5). Item
31 ‗IPG KDA mempunyai matlamat yang jelas untuk melaksanakan inovasi PdPC‘ dan item 37
‗Pelajar-pelajar mempunyai ciri-ciri kreatif dalam merancang inovasi semasa PdPC‘ masing-masing
mencapai min tertinggi 4.42. Item 33 ‗IPG KDA mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah
untuk melaksanakan inovasi PdPC‘ dan item 35 ‗pelajar-pelajar memberikan kerjasama untuk
melaksanakan inovasi PdPC‘ masing-masing dengan min 4.35. Item 32 ‗IPG KDA mempunyai
kepakaran komunikasi untuk melaksanakan inovasi PdPC‘ mencapai min 4.27. Item 36 ‗Pelajar-
pelajar bersemangat untuk melaksanakan inovasi PdPC‘ mencapai min 4.23. Item 34 ‗IPG KDA
mewujudkan kesamarataan kuasa antara pensyarah dan pelajar‘ mencapai min 4.19.

Kamarudin Husin (2001) mendefinisikan ‗kesamarataan kuasa diantara pengetua dengan guru‘
bermaksud pengetua ―turun padang‖ dalam membantu guru-guru menyelesaikan masalah berkaitan
dengan PdP. Pengetua yang mempunyai kemahiran dalam ICT sanggup meluang masa untuk
menunjuk ajar guru-guru menggunakan kemudahan ICT dalam PdPC. Kemahiran ICT merupakan
satu elemen penting khasnya dalam IR4.0 dalam inovasi PdPC. Memimpin melalui tauladan memang
memotivasikan pelajar dalam hal inovasi PdPC. Pendidik guru adalah model kepada bakal guru
(Angelides, Stylianou, and Leigh 2007). Kualiti pendidik guru merupakan faktor penting dalam
membantu pembentukan pendidikan guru berkualiti yang memberi impak besar dalam meningkatkan
mutu pendidikan secara keseluruhan (KPM, 2012; Boei, et al., 2015; Murray & kosnik, 2011).
Pensyarah bukan sekadar mengajar semata-mata (Cochran-Smith, 2003; Smith, 2010; Willemse &
Boei, 2013). Pensyarah IPG KDA turut ―turun padang‖ menjalankan inovasi PdPC. Pelajar-pelajar
terpengaruh dan secara tidak langsung termotivasi untuk mengamalkan budaya inovasi PdPC di IPG
KDA.

RUMUSAN
IPG berperanan memastikan keberkesanan peningkatan professional yang mantap berjaya
diterapkan dalam kalangan bakal guru. Pembudayaan inovasi PdPC semasa latihan di IPG bertujuan
menyediakan bakal guru sebagai pendukung utama agen pembaharuan dalam inovasi pedidikan
apabila mereka ditugaskan di sekolah kelak. Pelajar-pelajar IPGKDA dilatih berjiwa inovatif, peka
terhadap perubahan, tidak bersifat rutin, jauhkan diri dari berada dalam ‗zon keselesaan‘, sentiasa
berfikiran terbuka dan bersedia menyahut aspirasi negara dari semasa ke semasa demi mencapai
pendidikan negara yang berprestij tinggi untuk merealisasikan ‗guru berinovatif, pelajar aktif, sekolah
efektif‘.

RUJUKAN
Amani Dahaman (2014). Pembangunan modul m-Pembelajaran Bahasa Arab di Institut Pendidikan

Guru. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

442

Angelides, P., Stylianou, T., & Leigh J. (2007). The efficacy of collaborative networks in preparing
tachers European Journal of Teacher Education, 30(2), 135-149

Azizah Abdul Rahman. 1987. Curriculum innovation in Malaysia: The case of the KBSR. Disertasi
(Ph.D). University London: Institute of Education.

Boei, F., Dengerink, J., Geursen, J., Kools, Q., Koster, B., Lunenberg, M., &Willemse, M. ( 2015).
Supporting the professional development of teacher educators in a productive way. Journal of
Education for Teaching, 41(4), 351-368.

Boud & Tamblyn.1980. The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth Publishing
Company,Inc.

Clark C.M. & Yinger R.J. 1977. Research on Teacher Thinking. Curriculum Inquiri
Cochran-Smith, M. (2003). Learning and Unlearing: The Education of Teacher Educators. Teaching

and Teacher Education, 19(1)-5-28
Gallagher 1997. Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.
Hamdan, Hanipah dan Saprin. 2004. Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih. Utusan

Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Hamizer, Baharudin & Mohamed. 2003. Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat Dan Pelaksanaan

Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim Sungai Petani, Kedah.
Haris Md Jadi.1993. Implementing a National Curriculum: Tradition vs Change: Pacific Asian
Education, 5(2)
Haris Md Jadi. 1993. Persepsi Mata Pelajaran Sejarah Dalam Menangani Cabaran Wawasan 2020,
Kertas Kerja Dalam Seminar Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Rendah,
KBSM, 11-13 Mei 1993
Kamarudin Husin.2001. Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Miles, M.B. 1965. Planned Change And Organisational Health:Figure and Gound. Dalam R.O.
Carlson, Change. Processes In The Public Schools, Oregon:The Centre For The Advanced
Study Of Educational Administrations
Mumtaz Begam Bt. Abdul Kadir. (2013). The relationship between learning style, academic major,
and academic performance of college students. In The Asian Conference on Education 2013
(pp. 1-16). http://doi.org/10.5032/jae.1999.01030
Murray, J., & Kosnik, C. (2011). Academic work and identities in teacher education. Journal of
education for teaching, 37(3), 243-246.
Saifo.2001. Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam.
Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia, sorotan dan cabaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Smith, P. K. (2010). Professional Development of Teacher Educators. In International Encyclopedia of
Education, edited by E. Baker, B. McGaw, and P. Peterson, 3rd ed., 681-688. Oxford: Elsevier.
Taylor, P.H., Reid, W.A., Holley, B.J. & Exon, G.1974. Purpose, Power and Constraints in The
Primary School Curriculum. London: Macmillan Education
Willemse, T. M., and F., Boei. (2013). Teacher Educators Research Practices: An Explorative Study
of Teacher Educators Perceptions on Research. Journal of Education for Teaching 30(4): 354-
369.
Yusliani Yunus (2012). Kemahiran guru abab ke-21. Minda Pendidik, 1, 137-148
Zainal Abidin.1999. Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

443

Ekspresi Ragam Hias Wau Jala Budi Di Negeri Kedah, Malaysia

1Mohd Fauzi Fadzil, Ph.D, 2Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, Ph.D, 3Jalilah Jamil
1Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
2Universiti Malaysia Sarawak
3SM Sains Sultan Mohamad Jiwa

[email protected]; [email protected]; [email protected]

Abstrak
Kraf tradisional wau adalah antara permainan yang tertua di dunia. Sejarah
mencatatkan bahawa permainan ini telah wujud sejak 3000 tahun dahulu di
negara China. Di Malaysia, permainan ini telah dimainkan sejak kurun kelima
dengan pelbagai kepercayaan dan mitos. Permainan tradisional yang kaya
dengan nilai estetika ini merupakan salah satu kerja seni yang bersifat saintifik
dan memerlukan pemerhatian yang mendalam serta teknik yang tepat dan
teliti dari segi reka bentuk, pertukangan, hiasan dan warnanya. Buluh dan
kertas merupakan antara bahan utama yang digunakan sebagai tulang
kerangka dalam menghasilkan wau. Rekaan bentuk yang berasaskan prinsip
aerodinamik ini kemudiannya dimainkan dengan menaikkannya ke udara
dengan bantuan angin. Di Malaysia, terdapat tiga jenis wau yang diangkat
sebagai Wau Tradisional Kebangsaan iaitu Wau Bulan, Wau Jala Budi dan
Wau Kucing. Kajian ini memfokuskan kepada aspek ragam hias yang terdapat
pada Wau Jala Budi di negeri Kedah, Malaysia. Terdapat empat elemen
penting pada bahagian sayap dan ekor Wau Jala Budi iaitu elemen corak,
motif, warna dan hiasan sampingan. Hasil daripada dapatan kajian kualitatif
menunjukkan bahawa corak pada bahagian sayap dan ekor bersifat bertimbal
kiri dan kanan serta bertimbal atas dan bawah. Motif flora seperti unsur
menjalar tempatan digunakan bagi menghiasi bahagian sayap dan ekor Wau
Jala Budi kerana dianggap bersesuaian. Warna yang digunakan pula terdiri
daripada warna asas, warna kedua dan warna campuran. Hiasan sampingan
yang bersesuaian pula adalah seperti manik, rambu dan biji-bijian iaitu bahan
hiasan yang sering digunakan bagi mencantikkan bahagian- bahagian Wau
jala Budi ini.

Kata kunci: Wau Jala Budi, ragam hias, estetika, fungsional

PENDAHULUAN
Kajian yang dilakukan ini menyingkap satu daripada warisan seni budaya bangsa yang cukup kreatif
dan jarang diketengahkan dalam dunia penyelidikan, iaitu seni tradisional wau. Perkataan wau
dikatakan berasal dari Kerajaan Melayu Patani, Thailand dan digunakan di negeri-negeri seperti
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis manakala di negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan
Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor pula, wau merujuk kepada perkataan
layang-layang (Mohammad Dzulhisham, 2011). Menurut Hosking (1992) wau berasal daripada
perkataan Belanda iaitu “wouw” yang merujuk kepada sejenis burung besar yang dijumpai di Asia
Tenggara.

Walau bagaimanapun, menurut cerita orang-orang tua di negeri Kedah, wau berasal daripada
perkataan Thailand. Di Thailand, layang-layang di negara tersebut dipanggil wau. Teori ini dianggap
paling kukuh setakat ini kerana dari segi geografi, keempat-empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah merupakan negeri yang paling hampir dengan Thailand (Wan Basiron, 2002).
Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
mengeluarkan bunyi “wau”, “wau”, “wau” secara berirama (Noor Ainulyakin, 2012).

Terdapat pelbagai bentuk wau yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu terdahulu,
namun yang berjaya mencuri tumpuan dalam penyelidikan ini ialah Wau Jala Budi Kedah. Wau yang
menjadi kebanggaan masyarakat Melayu negeri Kedah ini merupakan satu daripada wau tradisi
kebangsaan yang tidak begitu dikenali umum jika dibandingkan dengan Wau Bulan dan Wau Kucing.
Khazanah bangsa yang unik dan sungguh bernilai di negeri Jelapang Padi Malaysia ini wajar
dipelihara, diserlahkan dan dilestarikan agar kewujudan dan kelangsungannya sentiasa berada pada

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

444

tahap gemilang sesuai dengan peranannya sebagai produk pelancongan yang merepresentasikan
Malaysia di mata dunia. Kajian tentang wau tradisi ini juga dilihat sangat kurang mendapat tempat
dalam dunia penyelidikan apatah lagi mendeskripsikan secara mendalam dari segi pembinaan artistik
ragam hiasnya.

Aspek estetika ragam hias yang didekorasikan pada jasad Wau Jala Budi Kedah belum
pernah diperhalusi dan didokumentasikan sebelum ini, khususnya sebagai panduan dan rujukan
kepada para penggiat wau dan pencinta seni warisan. Pada dasarnya, banyak elemen yang boleh
diteliti dan difokuskan. Antaranya ialah elemen motif corak yang mendominasi aspek ragam hias di
samping pemilihan warna dan hiasan sampingan sebagai pelengkap kepada penghasilan sesebuah
wau. Kewajaran kajian ini dilihat amat perlu dalam menambahkan lagi koleksi warisan budaya bangsa
yang semakin sepi dan terpinggir ini.

PERNYATAAN MASALAH
Kefahaman yang cetek tentang makna sesuatu bentuk atau ragam hias pada wau tradisional Melayu
akan memberi impak yang negatif terhadap penghasilan wau itu sendiri. Contohnya, reka bentuk wau
dan ragam hias yang dihasilkan secara membuta tuli tanpa rujukan yang tepat akan menghasilkan
makna dan mesej yang salah dan mengelirukan. Menurut Mohamed Najib (1995), kebanyakan motif
yang dihasilkan dalam kesenian dan kebudayaan Melayu mempunyai makna yang mendalam, namun
ianya semakin menghilang disebabkan oleh faktor-faktor konsumerisme serta keterbatasan fahaman
tentang makna di sebaliknya. Fenomena ini berlaku kerana ilmu tentang penghasilan wau tradisional
dilihat masih longgar. Buku-buku dan dokumen-dokumen ilmiah yang mampu mengesahkan secara
tepat tentang aspek ragam hias wau tradisional dilihat amat kurang diterbitkan. Akibatnya, sering
berlaku percanggahan dan kekeliruan ketika merealisasikan penghasilannya. Implikasi yang negatif
ini mampu menjejaskan perkembangan penghasilan wau tradisional di Malaysia. Siti Zuraida (2014:
9) menyatakan wujud keterbatasan dari aspek bahan-bahan rujukan seperti buku dan artikel yang
menulis tentang kepelbagaian kraftangan tradisi menyebabkan kesukaran bagi semua lapisan
masyarakat mempelajari dan meneroka pelbagai kraftangan di Malaysia. Oleh yang demikian, usaha
untuk mendeskripsikan secara mendalam aspek estetika yang terdapat dalam ragam hias Wau Jala
Budi Kedah sangat wajar dilakukan. Hal ini sedemikian kerana sumber dan rujukan yang boleh
dijadikan panduan dalam bidang ini masih lagi kurang dan sukar diperoleh.

OBJEKTIF KAJIAN
Memandangkan kajian tentang unsur estetika yang terdapat pada Wau Jala Budi negeri Kedah ini
belum pernah dilakukan lagi, maka inisiatif ini dibuat untuk mengisi kelompangan yang wujud sekali
gus menambah dan melengkapkan pengetahuan serta rujukan tentang wau tradisi yang menjadi
kebanggaan masyarakat di Kedah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan meneliti secara lebih
dekat lagi tentang keunikan wau tradisi ini bagi memenuhi objektif iaitu menganalisis aspek estetika
dalam ragam hias Wau Jala Budi Kedah.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian ini adalah untuk meninjau dan meneliti
apakah aspek estetika yang terdapat dalam ragam hias Wau Jala Budi Kedah.

METODOLOGI
Bagi mengumpul maklumat, penyelidik menggunakan kaedah ‗primary sources‘ dan ‗secondary
sources‘ sebagai data untuk mendapatkan hasil kajian secara mentah. Kajian yang bersifat kualitatif
ini memfokuskan kepada teknik temu bual, kaedah pemerhatian aktif dan analisis dokumen. Menurut
Brannen (2009), melalui penyelidikan kualitatif, penyelidik boleh melakukan pengamatan menerusi
lensa yang lebih luas.

Pemilihan individu yang terlibat dalam kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Antara
kriteria yang diambil kira ialah kesemua individu terbabit merupakan pengukir Wau Jala Budi yang
berpengalaman luas dan diiktiraf mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam dalam seni ukir
wau. Selain itu, mereka juga mempunyai penglibatan yang luas dalam pertandingan wau sama ada di
dalam mahupun di luar negara. Banyak pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
yang telah dimenangi oleh mereka. Penglibatan mereka tidak hanya terhad sebagai peserta
pertandingan malah mereka turut dijemput sebagai pakar rujuk, panel penilai atau juri pertandingan.
Kesemua mereka berasal dari negeri Kedah iaitu kawasan yang menjadi sasaran kajian. Pakar-pakar

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

445

Wau Jala Budi negeri Kedah yang dimaksudkan ini ialah Haji Kasmin bin Mirun (73 tahun), Encik
Zainai bin Saad (66 tahun) dan Encik Marzuki bin Md Saad (50 tahun).

Kaedah Pemerhatian Secara Aktif telah dibuat di beberapa kawasan yang dikenal pasti
sebagai kawasan kajian kes. Antaranya ialah daerah Kuala Kedah, daerah Pokok Sena dan daerah
Baling di negeri Kedah, Malaysia. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan melalui tiga teknik
iaitu rakaman visual menggunakan kamera digital, pemerhatian terhadap peralatan-peralatan yang
digunakan dan pemerhatian terhadap persekitaran bengkel penghasilan wau.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dari segi estetika dalam ragam hias wau,
penyelidik telah memperuntukkan masa selama dua minggu di kediaman pengukir wau. Penyelidik
telah mengikuti proses penghasilan Wau Jala Budi secara berurutan, sistematik dan terperinci dari
awal hingga akhir penghasilan ragam hias wau tersebut. Kesemua eviden dirakam menggunakan
rakaman VCD. Dapatan penganalisisan data ini sesuai dengan kajian lapangan yang dijalankan
sekali gus membantu menjawab objektif kajian.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Menerusi dapatan analisis tentang ragam hias yang dijalankan, kajan ini mendapati bahawa sebuah
wau yang sempurna pasti didekorasi dengan elemen ragam hias pada bahagian permukaannya.
Ragam hias ini berperanan untuk menambahkan keindahan yang ada pada reka bentuk sesebuah
wau. Elemen ragam hias yang didekorasikan pada Wau Jala Budi Kedah ini diterbitkan hasil daripada
daya kreativiti, pemikiran, pemahaman dan kemahiran yang mendalam seseorang pembuat wau
kepada agama, masyarakat, alam persekitaran dan prinsip hidupnya. Dalam konteks kajian ini,
analisis terhadap elemen ragam hias dibuat berdasarkan keseluruhan komposisi iaitu merangkumi
motif corak, warna dan hiasan sampingan.

jambul kepala
busur
sayap/badan
punggung pinggang
paha dalam
paha luar
rambu

Rajah 1. Elemen-elemen penting pada bahagian kepala, badan/sayap dan ekor Wau Jala
Budi Kedah

MOTIF CORAK DALAM ASPEK RAGAM HIAS WAU JALA BUDI KEDAH
Motif menjadi unsur visual yang utama dalam sesebuah karya seni. Imej pada motif yang dihasilkan
bertujuan mengindahkan sesuatu hasil kraf tangan termasuk wau. Menurut Ocvirk, et al. (2002) motif
bukan sahaja mampu menyerlahkan sesuatu objek seni tetapi juga dapat memperlihatkan konsep
dan tema yang mendasari penghasilan sesebuah karya. Ilham bentuk motif dalam penghasilan
kraftangan Wau Jala Budi Kedah ini biasanya tercetus daripada elemen yang wujud di alam
persekitaran. Keadaan ini memperlihatkan pengamatan pembuat wau yang mendalam terhadap
alam dan sekelilingnya. Motif ini diolah dan disusun dengan berbagai-bagai rupa dan gaya
persembahan bagi menarik minat khalayak, terutamanya penggemar wau. Keindahan gubahan dan
pengolahan motif yang menarik menjadikan sesuatu kraf tradisi itu sebagai hasil seni yang bermakna
dan berestetika kepada pembuat dan penghayatnya (Othman, 2000).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

446

tapak kijang bunga utama
pasu
tali air
tapak kijang

Rajah 2 . Elemen ragam hias pada Wau Jala Budi Kedah

Menurut informan, Encik Zainai Saad, tumbuhan jenis menjalar dan melingkar selalunya
menjadi pilihan pembuat wau. Motif daripada unsur tumbuhan menjalar yang berbunga, seperti
pokok kangkung, pokok bunga kembang pagi dan pokok kekacang sering menjadi pilihan pembuat
wau. Begitu juga dengan bunga padi, daun sireh dan bunga cengkih yang terdapat di sekitar tempat
tinggal mereka. Unsur-unsur flora ini dianggap sebagai ragam hias utama dalam motif corak Wau
Jala Budi Kedah jenis hiasan.

bunga kangkung bunga kembang pagi bunga kekacang

Gambar 1 . Bunga kangkung, bunga kembang pagi dan bunga kekacang sering menjadi motif
pilihan pembuat Wau Jala Budi Kedah

bunga padi bunga cengkih bunga sireh

Gambar 2 . Bunga padi, bunga cengkih dan daun sireh sebagai corak pada tali air Wau Jala
Budi Kedah

Bagi informan, Encik Kasmin Mirun, motif tumbuhan menjalar yang yang menghiasi hampir
keseluruhan jasad Wau Jala Budi Kedah dilihat begitu unik dan seolah-olah menggambarkan
perjalanan atau pergerakan seekor naga. Perumpamaan sedemikian menerjah di fikiran beliau
ekoran daripada gubahan motif corak tersebut yang disusun secara meliuk lentuk ke atas dan ke
bawah menyamai sifat dan cara pergerakan alamiah seekor naga.

Setiap elemen motif corak yang terdapat dalam awan larat akan disusun dalam kadar yang
seimbang. Keseimbangan merupakan aspek yang penting dalam penghasilan sesebuah wau. Setiap
elemen yang mendasari motif corak wau ini bukan sekadar dekorasi semata-mata tetapi mengikut
aturan tertentu yang disesuaikan dan bersangkutan dengan budaya hidup yang merangkumi adat
resam dan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu, khususnya keperibadian gadis Melayu. Dalam
menghasilkan gubahan motif corak pada bahagian sayap dan ekor wau, pembuat Wau Jala Budi

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

447

Kedah amat mementingkan prinsip-prinsip estetika Melayu seperti berhalus, berguna, bermakna,
berlambang, berlawan dan bersatu. Lazimnya, motif tumbuhan menjalar yang diukir dan disobek
sama sifatnya antara bahagian sayap dan bahagian ekor wau. Tujuannya adalah untuk mewujudkan
hiasan motif yang harmoni dan seragam. Bunga utama, pasu, daun, bunga, tapak kijang dan tali air
merupakan rantaian elemen penting yang mendasari motif corak Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan.

Motif bunga utama ini ibarat satu titik permulaan atau punca. Elemen motif tumbuhan menjalar
atau melata akan keluar daripada bunga utama dan terus tumbuh secara perlahan-lahan dan berliku-
liku dalam keadaan terkawal dan seimbang tanpa mempunyai unsur yang berlebih-lebihan.
Tumbuhan yang terdiri daripada elemen batang, daun dan bunga ini diolah menjalar dan melata
sehingga memenuhi ruang kosong. Dalam konteks ini, bunga utama kelihatan diapit oleh batang,
bunga dan daun-daun yang meliuk lentuk ke atas dan ke bawah. Susunan motif awan larat ini
diulang-ulang hingga ke bahagian tali air atau tepi wau

Dalam Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan, kedudukan elemen pasu pula adalah di tengah-
tengah ekor, iaitu betul-betul di atas tulang belakang wau. Jika wau tersebut terdiri daripada tiga
tapak kijang, bermakna kedudukan pasu berada di atas tapak kijang (Rajah 3). Lazimnya, batang
yang keluar daripada pasu tersebut akan meliuk lentuk ke bawah bagi memenuhi ruang kosong yang
ada bersama-sama daun dan jenis bunga yang menjadi pilihan pembuat wau. Sebaliknya, jika wau
tersebut hanya terdiri daripada dua tapak kijang, iaitu di bahagian kiri dan kanan sayap wau, maka
kedudukan pasu akan berada di tengah-tengah ekor wau, iaitu di bahagian paling bawah yang
berdekatan dengan tali air (Rajah 3). Dalam kedudukan ini, batang yang keluar daripada pasu
tersebut akan meliuk lentuk ke bawah dan kemudiannya kembali naik ke atas sehingga ke bahagian
pinggang wau. Motif pasu pada bahagian ekor wau ini menggambarkan bahawa punca yang tumbuh
daripada satu pasu atau bekas dikaitkan dengan analogi bahawa kebanyakan unsur di dunia ini
berasal daripada satu punca. Keadaan ini membawa maksud bahawa seluruh kehidupan ini berpunca
daripada benih yang subur dan berkembang

Antara bunga yang menjadi pilihan dan inspirasi pembuat wau Jala Budi di Kedah ialah bunga
kangkung, bunga kekacang dan bunga kembang pagi. Menurut informan, Encik Kasmin Mirun, pokok
kangkung dilihat begitu unik sebagai motif hiasan kerana tumbuhan ini dilingkari dengan bunga-
bunga yang cantik dan putih suci. Selain itu, tumbuhan menjalar ini turut menjadi pilihan kebanyakan
pembuat wau kerana sifatnya yang meliuk lentuk dan melentik di hujung. Lazimnya, tumbuhan ini
tumbuh berhampiran kawasan sawah padi.

Unsur flora yang memenuhi ruang kosong sama ada di bahagian sayap ataupun ekor wau ini
diletakkan dalam beberapa posisi tertentu bagi menggambarkan keperibadian gadis Melayu. Motif
bunga yang terdapat pada bahagian sayap dan ekor wau sama ada bunga kangkung, bunga
kekacang atau bunga kembang pagi diukir dalam kedudukan yang agak senget, iaitu tidak terlalu
menonjol dan tidak pula terlalu memaling ke belakang. Ketersiratan di sebaliknya adalah untuk
menjelaskan bahawa bunga yang merupakan simbolik kepada gadis Melayu yang pemalu dilihat tidak
terlalu menonjol kedudukannya kerana sangat menitikberatkan maruah diri, kelembutan, ketertiban di
samping memiliki kesantunan yang tinggi.

Selain itu, motif corak bagi Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan yang berikutnya ialah elemen
daun yang menjalar dan melingkar memenuhi ruang-ruang kosong pada bahagian badan dan ekor
wau. Lingkaran yang menjalar ini berakhir pada hujung kiri dan kanan sayap serta hujung bawah ekor
wau dalam posisi hujung daunnya berada dekat dengan tali air. Berdasarkan tumbuhan menjalar
yang sering menjadi inspirasi pembuat wau, terdapat tiga sifat daun yang lazimnya dizahirkan oleh
pembuat wau pada motif coraknya. Sifat daun tersebut adalah mengikut sifat asal daun bagi daun
pokok kangkung, daun pokok kekacang dan daun pokok kembang pagi. Bagi daun pokok kangkung,
kelihatan tiada pecahan atau cabang pada permukaan daunnya. Keadaan ini berbeza dengan sifat
daun pokok kekacang yang bercabang tiga dan sifat daun pokok kembang pagi yang bercabang lima

Tapak kijang merupakan motif yang berupa ruang kosong dan terletak pada bahagian kiri dan
kanan sayap serta ekor wau. Ada pembuat wau yang hanya menyediakan dua bentuk tapak kijang
sahaja, iaitu yang berkedudukan simetri di bahagian kiri dan kanan sayap wau. Menurut Syed Ahmad
(1992), tapak kijang yang terletak di bahagian kiri dan kanan sayap wau dikenali sebagai kijang emas
dan kijang kencana. Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong bagi menunjukkan kepekaan dalam
menyusun corak dan memberi imbangan di antara kawasan yang kaya dengan hiasan dan kawasan
yang sengaja dikosongkan untuk memberi nafas. Susun atur ini merupakan satu sifat yang ada pada
karya seni rupa Melayu yang tidak penuh sesak dengan corak dan warna. Kedudukan tapak kijang,
sama ada dua atau tiga bentuk pada wau telah ditunjukkan dalam Rajah 3.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

448

1
1

2
2

3

dua tapak kijang tiga tapak kijang

Rajah 3 . Elemen tapak kijang pada Wau Jala Budi Kedah

Motif tali air pula dijadikan hiasan tepi, sempadan atau bingkai pada sayap dan ekor wau. Motif
corak pada tali air ini berperanan melengkapkan dan memberi kesempurnaan pada penghasilan reka
corak Wau Jala Budi Kedah. Kedudukannya dilihat seolah-olah memagari keseluruhan ukiran sobek
Wau Jala Budi Kedah yang terdapat pada bahagian badan dan ekor wau. Lazimnya, pembuat Wau
Jala Budi Kedah sangat cenderung menggunakan motif yang beridentitikan negeri Kedah, seperti
bunga padi, daun sireh dan bunga cengkih sebagai corak tali air wau mereka (Rajah 2). Pemilihan
motif tersebut tercetus daripada unsur alam yang amat dekat dengan diri pembuat wau. Bagi
menyerlahkan identiti negeri Kedah, tali air yang mengelilingi bahagian sayap dan ekor wau
menggunakan sama ada unsur bunga padi, bunga cengkih atau daun sireh atau mana-mana
kombinasi unsur tersebut

Menurut Encik Kasmin Mirun, kebiasaannya pembuat Wau Jala Budi Kedah akan
mengaplikasikan motif bunga padi sebagai corak tali air wau. Motif ini amat bersesuaian dengan
simbol negeri Kedah yang digelar ―Negeri Jelapang Padi Malaysia‖. Imej bunga padi ini memantulkan
identiti sebenar masyarakat Melayu di Kedah.

WARNA DALAM ASPEK RAGAM RAGAM HIAS WAU JALA BUDI KEDAH
Warna merupakan antara elemen penting dalam penghasilan sesebuah wau khususnya dalam aspek
ragam hias. Penggunaan dan pemilihan warna yang tepat mampu menyerlahkan keindahan dan
keunikan wau sebagai satu hasilan dan karya seni yang sangat luar biasa. Menurut Siti Zainon
(1986), orang Melayu dikatakan sangat begitu peka terhadap warna-warna di persekitaran mereka
kerana warna merupakan kesan cahaya semula jadi daripada alam itu sendiri.

Salah satu keunikan orang Melayu dalam menghargai kepekaan terhadap
alam dapat dikesan melalui penyusunan cahaya-cahaya warna ini. Warna-
warna disusun mengikut selera peribadi tetapi tetap teratur seperti telah
direncanakan dengan baik.

Begitu juga halnya dengan penggunaan warna dalam penghasilan ragam hias Wau Jala Budi
Kedah. Penggunaan kertas berwarna dipilih bagi menambahkan lagi nilai estetika pada wau tersebut.
Hal ini kerana melalui penggunaan kertas berwarna ini, motif corak yang dihasilkan dapat
diserlahkan. Warna yang selalu menjadi pilihan pada motif corak wau, ialah warna emas, hijau, ungu,
kuning, merah, biru dan hitam. Warna ini digunakan dan diadun dengan cara yang terkawal.
Penggunaan warna yang tepat dan cara adunan yang bijak mampu menjadikan motif corak wau
seakan-akan kaca bersepuh. Tambahan pula, apabila wau tersebut dipamerkan di tempat-tempat
yang eksklusif dan mempunyai pencahayaan yang cukup, seperti di galeri seni, ruang legar hotel,
ruang pejabat dan bilik mesyuarat, nescaya bertambah lagi kecantikan dan keindahan hasil seni yang
dihiasi dengan kepelbagaian dan tona warna.

Menurut informan, Encik Kasmin Mirun, semua warna mempunyai tona yang tersendiri, iaitu
tona gelap, tona terang dan tona perantaraan. Tona-tona warna tersebut sangat penting dalam kerja
mengkombinasikan warna. Dalam mengkombinasikan warna, pembuat wau tidak semestinya terikat
kepada fahaman kuno yang mana batang mesti berwarna coklat, daun berwarna hijau, bunga
berwarna merah atau kuning. Pembuat wau boleh keluar daripada tradisi tersebut, iaitu mereka
bebas menggunakan sebarang warna pada sebarang tempat asalkan cara tersebut mampu
mencantikkan dan mengindahkan gubahan pada wau yang dihasilkan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

449

Namun, perkara yang paling penting ialah pembuat wau hendaklah terlebih dahulu
menentukan sama ada wau yang dihasilkan ingin dikenali sebagai wau ungu atau wau hijau atau wau
kuning atau wau merah atau lain-lain. Andainya wau tersebut ingin dikenali sebagai wau ungu, maka
warna utama pembuat wau seharusnya ialah warna ungu. Warna-warna lain hanya berperanan
sebagai warna tambahan atau warna sulaman sahaja. Dalam pilihan warna, pembuat wau bebas
mengagih-agihkan warna yang dipilih supaya taburan warna tampak menyeluruh. Usaha ini
bersangkutan dengan prinsip berhalus dalam prinsip estetika kraf tradisi Melayu. Hal ini kerana
melalui kesabaran, ketekunan dan ketelitian, jalinan dan serakan warna akan menjadi lebih cantik,
harmoni dan sedap mata memandang.

Penggunaan warna kontra juga jelas pada Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan. Pengaplikasian
warna-warna kontra ini sangat perlu untuk menonjolkan bentuk motif yang terdapat pada permukaan
wau. Contohnya, tapak kijang menggunakan warna yang berbeza daripada warna motif yang terdapat
pada badan dan ekor wau. Tujuannya adalah untuk menonjolkan elemen ruang kosong dengan lebih
ketara (Rajah 3). Penggunaan warna kontra ini menyerlahkan lagi keunikan dan keindahan wau
tradisi ini. Prinsip berlawan yang mendasari prinsip estetika Zakaria (1989) ke atas kraf tradisi Melayu
ini disengajakan dalam penghasilan wau bagi menonjolkan lagi motif corak yang dihasilkan. Menurut
Encik Kasmin Mirun, penggiat-penggiat wau mengistilahkan warna ini sebagai warna menjerit.

Dalam kalangan pembuat Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan, warna emas lazim digunakan
kerana mempunyai fungsinya yang tersendiri. Motif-motif flora pelbagai warna yang telah disobek
ditindankan ke atas kertas berwarna emas bagi menonjolkan garisan luar pada motif. Tujuannya
adalah untuk mewujudkan warna kontra pada motif dan tanah wau. Penggunaan warna emas juga
dapat dilihat di sekeliling tapak kijang dan bunga utama. Motif seperti bunga padi, bunga cengkih dan
daun sireh yang terdapat pada tali air wau juga menggunakan warna emas bagi menyerlahkan
konsepnya sebagai bingkai sayap dan bingkai ekor wau. Melalui penggunaan warna emas ini,
dekorasi motif corak yang diolah akan kelihatan lebih menonjol walaupun dari pandangan jarak jauh
sesuai dengan sifat warna ini yang selalu dikaitkan dengan lambang keunggulan, kemakmuran, aktif
dan dinamis.

Selain itu, penggunaan warna pada jambul dan rambu juga tidak boleh dikesampingkan.
Warna reben yang digunakan untuk menghiasi jambul dan rambu pada bahagian kepala dan ekor
wau perlulah harmonis dengan warna yang didekorasikan pada jasad wau. Lazimnya, pembuat wau
akan mengenakan kombinasi warna yang kontra pada bahagian jambul dan rambu di bahagian
kepala bagi menyerlahkan atau membezakan kedua-dua bahagian tersebut (Rajah 1).

Kebiasaannya, warna yang menjadi pilihan pembuat Wau Jala Budi Kedah ialah warna hitam,
hijau, merah dan ungu. Warna-warna ini adalah antara warna yang dijadikan sebagai tanah atau latar
wau. Menurut informan, Encik Kasmin Mirun, tiada satu tema warna yang khusus dalam penghasilan
sesebuah Wau Jala Budi di negeri Kedah ini. Pembuat wau bebas menentukan warna yang ingin
digunakan ke atas wau yang dihasilkan oleh mereka. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman
beliau, pemilihan warna mampu menggambarkan perwatakan seseorang pembuat wau. Contohnya,
warna merah boleh menggambarkan sifat pembuatnya yang agak garang dan agresif manakala
warna hijau pula seolah-olah menggambarkan pembuatnya seorang yang mementingkan kedamaian
dan keharmonian. Pandangan beliau turut disokong oleh ketiga-tiga informan, Encik Osman Awang,
Encik Zainai Saad dan Encik Marzuki Md. Daud.

Dalam pada itu, pembuat wau perlu berhati-hati dalam penggunaan warna. Kebiasaannya,
hiasan yang terdapat pada jasad wau tidak menggunakan warna yang banyak bagi mengelakkan
permukaannya daripada menjadi sesak dan tidak harmoni. Penggunaan warna yang terlalu banyak
boleh merosakkan dekorasi motif corak yang dipamerkan jika pembuat wau tidak pandai mengolah
dan mengadun warna yang digunakan.

Secara keseluruhannya, gabungan dan jalinan warna yang terdapat pada jasad wau, iaitu
daripada jambul, rambu, kepala, sayap, pinggang dan ekor telah mewujudkan satu kesatuan warna
yang harmoni dan menarik yang mendokongi prinsip bersatu oleh Zakaria (1989). Kesatuan dan
keharmonian yang diperlihatkan oleh gabungan, jalinan dan kesepaduan warna motif corak pada
jasad wau ini telah menyerlahkan rupa bentuk wau yang bermakna sekali gus menzahirkan emosi
estetika seperti yang digambarkan oleh Bell (1959).

HIASAN SAMPINGAN DALAM ASPEK RAGAM HIAS WAU JALA BUDI KEDAH
Hiasan sampingan merupakan elemen pelengkap bagi aspek ragam hias sesebuah wau. Hiasan
sampingan ini akan menambahkan lagi seri wau tersebut sekiranya kombinasi dan susun aturnya
sesuai dengan motif corak dan warna yang sedia ada pada keseluruhan bahagian wau. Dalam

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

450

konteks ini, hiasan sampingan yang merupakan pelengkap ragam hias Wau Jala Budi Kedah
ialah rambu, jambul dan busur.

Menurut informan, Encik Kasmin Mirun, rambu dan jambul merupakan elemen penting dalam
sesebuah wau tradisi kebangsaan, seperti Wau Bulan, Wau Jala Budi dan Wau Kucing. Rambu dan
jambul yang terletak pada bahagian kepala dan bahagian kiri serta kanan hujung ekor merupakan
komponen penting dalam membantu menambahcantikkan lagi rupa bentuk Wau Jala Budi Kedah
(Rajah 1). Rambu dan jambul mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana diperbuat daripada
reben yang dipotong secara memanjang dan berjurai ke bawah dan akan bergerak-gerak apabila
ditiup angin.

Busur juga merupakan antara hiasan sampingan yang penting dan pelengkap bagi penghasilan
Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan walaupun tidak diterbangkan. Terdapat dua cara untuk memasang
busur pada bahagian kepala wau. Bagi wau hiasan dinding, elemen ‗bok‘ pada busur yang dipasang
tidak perlu dilenturkan sebaliknya bagi wau yang dipamerkan pada ruang legar dan berbentuk mobail
, elemen ‗bok‘ tersebut lazimnya dilenturkan seolah-olah wau tersebut berada dalam posisi terbang.
Selain itu, warna reben yang terdapat pada busur juga haruslah sesuai dan harmoni sifatnya dengan
motif corak yang terdapat pada jasad wau (Rajah 1).

Kebiasaannya, warna yang dipilih untuk hiasan sampingan adalah harmoni sifatnya dengan
warna tanah atau latar wau dan motif corak hiasan yang digunakan pada bahagian-bahagian wau.
Contoh, sekiranya pembuat wau menggunakan warna hijau, ungu, biru dan warna emas, maka
rambunya juga akan menggunakan sebahagian daripada warna-warna tersebut. Tujuannya adalah
untuk menampakkan kesatuan yang teguh dan jitu dalam reka bentuk Wau Jala Budi Kedah.
Pemilihan dan penyatuan warna-warna ini bertepatan dengan prinsip estetika dalam kraf tradisi
Melayu iaitu prinsip bersatu yang dikemukakan oleh Zakaria (1989). Hiasan sampingan pada
bahagian rambu dan jambul dilihat berharmoni dan sesuai dengan tempat letaknya. Keadaan ini
memperlihatkan integrasi dan komposisi yang kukuh dalam pemilihan warna-warna tersebut.
Garapan pada bahagian rambu dan jambul ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa
pembuat wau sangat kreatif semasa meletak, menyusun dan mengatur hiasan sampingan mereka.

Menurut informan kajian, Encik Kasmin Mirun, pada masa dahulu biji-bijian dan manik
merupakan antara hiasan sampingan yang diletakkan pada bahagian wau tetapi kini bahan-bahan
tersebut tidak digunakan lagi. Penggunaan biji-bijian dan manik yang pernah popular sekitar tahun
1970-an dan 1980-an dahulu dilihat tidak lagi praktikal dan relevan pada era ini. Rambu yang
menggunakan benang kapas juga adalah antara yang begitu popular ketika itu. Menurut Encik
Kasmin Mirun, penggunaannnya kini sudah tidak releven malah boleh merosakkan keunikan dan
kecantikan yang sedia ada pada jasad sesebuah wau. Hal ini kerana benang kapas bukan sahaja
mudah tersimpul khususnya apabila ditiup angin malah warna yang terdapat pada bahan ini juga
kurang menyerlah sebagai hiasan sampingan.

Penggunaan hiasan sampingan yang berlebih-lebihan boleh menjejaskan fungsi utama yang
ada pada motif corak wau kerana penzahiran corak motif itu adalah sifat wau yang sebenarnya. Oleh
itu hiasan sampingan yang berlebih-lebihan ini hendaklah dielakkan jika ianya tidak begitu berfungsi.
Warna bagi objek-objek hiasan sampingan juga harus sesuai dan harmoni dengan warna yang sedia
ada pada keseluruhan jasad wau itu. Jika tidak ianya seolah-olah pendatang haram yang tidak
dikehendaki (Sejarah Asal Usul Wau, 1990).

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa unsur seni dan prinsip rekaan yang merupakan
elemen penting dalam sesebuah hasilan karya seni amat jelas kelihatan terpapar pada jasad Wau
Jala Budi Kedah jenis hiasan. Unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna
begitu mendominasi dan amat dititikberatkan dalam penghasilan wau ini. Demikian juga halnya
dengan prinsip rekaan, seperti imbangan, kontra, penegasan, kepelbagaian, irama dan pergerakan,
harmoni dan kesatuan. Gabungan dan jalinan padu kesemua unsur seni dan prinsip rekaan ini telah
menzahirkan emosi estetika yang cukup indah dan berseni seperti yang dinyatakan oleh Bell (1959)
dalam teori Significant Form yang diutarakannya di samping bentuk tampak yang terzahir secara
natural menepati konsep seni rupa Melayu yang telah dikemukakan oleh Syed Ahmad (1992). Bentuk
tampak dan emosi estetika yang terzahir pada Wau Jala Budi Kedah ini bersandar kemas kepada
prinsip-prinsip estetika yang dikemukakan oleh Zakaria (1989).

Jelaslah bahawa motif corak, warna dan hiasan sampingan merupakan elemen penting dalam
aspek ragam hias Wau Jala Budi Kedah jenis hiasan. Gabungan elemen-elemen ini telah
mewujudkan satu kesatuan rupa bentuk yang merupakan kesan keseluruhan penciptaan Wau Jala
Budi Kedah.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

451

RUJUKAN
Brannen, J. (2009) .The SAGE Handbook of Social Research Methods. London: Sage Publication

Ltd. London.
Bell, C. (1959). Art. London: Perigee Trade.
Hosking, W. (1992). Kites. New York: Mallard Press.
Mohamed Najib Ahmad Dawa. (1995). The Symbolisme of Batik from Kelantan, Malaysia : Its Origins

and Transformation. Tesis Ijazah Kedoktoran yang tidak diterbitkan. Institute of Advance
Studies, Manchester Metropolitan University.
Mohammad Dzulhisham Che Hassim. (2011). Layang-layang Terapi Minda. Utusan Malaysia: 27
September.
Noor Ainulyakin Mohamad Ishak. (2012). Keunikan Wau Terus Diwarisi. Sinar Harian: 14 Mei.
Ocvirk G. O., Robert R. S., Philip R. W., Robert O. B. & David L. C. (2002) Art Fundamental (Edisi ke
9). New York: Glencoe/McGraw-Hill.
Othman Yatim. (2000). Mengukir Kegemilangan Lalu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Sejarah Asal Usul Wau. (1990). Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan,
Malaysia.
Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Siti Zuraida Maaruf. (2014). Pembangunan Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional
Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah. Tesis Ijazah Kedoktoran. Jabatan Kurikulum dan
Teknologi Pengajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Basiron Wan Ismail. (2002). Wau Tradisional Malaysia. Pasir Gudang: Muzium Layang-Layang
Pasir Gudang.
Zakaria Ali. (1989). Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

452

Peranan SISC+ Dalam Pembudayaan Professional Learning Community (PLC)
Di Sekolah

1Nurul Syafinaz Ishak, 2Noraini Ibrahim
1,2Pejabat Pendidikan Daerah Besut

[email protected]; [email protected]

Abstrak
Kolaborasi menjadi elemen penting kepada model Komuniti Pembelajaran
Profesional. (PLC). Menurut Roslee Talip, Mohd Yusof Abdullah, Baharom
Mohamad, Shukri Zain, Abdul Said Ambotang dan Muhamad Suhaimi Taat
(2011) model komuniti pembelajaran profesional (PLC) adalah suatu kerangka
konsep yang dapat mengambarkan berlakunya anjakan paradigma di sekolah,
yang mana budaya guru bekerja secara berseorangan berubah kepada
budaya kerja kolaboratif . Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
dikenalpasti dalam bidang pendidikan masakini sebagai elemen yang mampu
meningkatkan kualiti pengajaran guru sekaligus meningkatkan prestasi
pencapaian murid. Kolaborasi merupakan elemen utama bersama-sama 3
lagi elemen lain yang diterapkan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) abad ke-21. Berdasarkan pemerhatian dan dapatan lawatan
bimbingan pegawai SISC+ dalam sesi PdPc, didapati pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional(PLC) masih pada tahap kurang memuaskan.
Kertas ini adalah bertujuan untuk menerangkan bagaimana PdPc yang
bermakna mampu dilaksanakan secara efektif melalui Komuniti Pembelajaran
Profesional(PLC) yang dilaksanakan secara kolaborasi antara Pegawai SISC+
dan guru-guru di sekolah. Cadangan intervensi yang dibincangkan dalam
kertas ini diharapkan memberi peluang penambahbaikan untuk pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional(PLC) dapat dibudayakan di sekolah..

Kata kunci: kolaborasi, Komuniti Pembelajaran Profesional, PLC, PAK 21

PENDAHULUAN
Komuniti Pembelajaran Profesional(PLC) mula diperkenalkan dalam kalangan penyelidik seawal
tahun 1960an. Rosenholtz (1989) salah seorang daripada penyelidik berkenaan telah membuat
kajian di 78 buah sekolah dan membuat rumusan tentang berlakunya peningkatan dalam pengajaran
dan pembelajaran secara kolektif dan bukan secara individu. Peningkatan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) secara berkumpulan seperti panitia dipercayai dapat memberi sumbangan yang
besar dalam menjadikan sekolah yang lebih berkesan. Kajian ini disokong lagi oleh Little &
McLaughlin (1993) dalam laporan bahawa sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah
yang melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap.

Di Malaysia, pada tahun 2011 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah memulakan satu
anjakan pembangunan latihan guru dengan melaksanakan PLC bermula dengan strategi kajian
pelajaran kepada 289 panitia mata pelajaran di 289 buah sekolah berprestasi rendah. Pembudayaan
pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara kolaboratif dalam kalangan komuniti guru
telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru
berasaskan sekolah. Usaha ini kemudiannya diteruskan pada tahun 2012 dengan peluasan kepada
107 buah sekolah dan latihan kepada personal pendidikan di peringkat jabatan dan kumpulan
pelaksana di sekolah. Selain daripada Lesson Study , pada tahun 2015 strategi-strategi PLC yang
lain seperti Peer Coaching, Learning Walks, dan Teacher Sharing Session telah diperluaskan dengan
memberi pendedahan dan latihan intensif secara berpusat kepada kumpulan Pembimbing Pakar
Peningkatan Sekolah (SISC+). Kumpulan ini seterusnya menjadi Jurulatih Utama Negeri masing-
masing dengan melaksanakan beberapa siri latihan dan bengkel kepada kumpulan pentadbir,
pengurusan dan wakil guru bagi memastikan usaha ini berterusan dan dibudayakan.

Pendedahan kepada strategi-strategi seperti Peer Coaching, Learning Walks, Lesson Study
dan Teacher Sharing Session telah menjadikan bengkel seumpamanya sebagai platform untuk
berkongsi kemahiran dan pengalaman kepada pentadbir dan guru di sekolah dalam usaha
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini telah menjadikan

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

453

PLC sebagai satu latihan profesionalisme kepada keseluruhan pelaksana di sekolah dan
mewujudkan sesi bimbingan secara tidak langsung oleh SISC+.

Kertas kerja ini membincangkan amalan kolaboratif yang telah dilaksanakan oleh SISC+ di
beberapa buah sekolah di Daerah Besut dengan memfokuskan kepada amalan Peer Coaching dan
menunjukkan pembudayaan PLC berlaku.

LATAR BELAKANG
Pejabat Pendidikan Daerah Besut telah ditubuhkan pada tahun 1973 yang meliputi daerah Besut –
Setiu bertempat di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh. PPD Besut kemudiannya ditempatkan di
bangunan lama Sekolah Menengah Indera Segara, Kampung Alor Lintang pada tahun 1980.
Seterusnya Pejabapt Pendidikan Daerah besut ditempatkan di Bangunan Persekutuan Besut pada
tahun 1997 dan kekal hingga ke hari ini. Pada tahun 2014, lokasi cawangan dibuka bagi menampung
keperluan penempatan pegawai-pegawai di Bangunan PKG Raja yang dikenali sebagai PPD Annexe.

Pada tahun 2014, jawatan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) telah diwujudkan
di bwah sub- NKRA pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2025) bagi
memenuhi agenda reformasi sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
pembudayaan pengajaran dan pembelajaran alaf baru. Fokus utama SISC+ adalah untuk
membimbing guru dalam aspek pedagogi, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) selain menjadi penghubung antara pihak kementerian dengan
sekolah. Melalui pelaksanaan SISC+ ini, guru didedahkan kepada bimbingan proses PdPc di dalam
bilik darjah menjurus kepada pembelajaran abad ke-21 dan bukan kaedah lama yang membosankan
seperti menulis dan menerangkan kepada pelajar secara talk and chalk sahaja.

KAJIAN LITERASI

Komuniti Pembelajaran Profesional, PLC
Hord (1997) menyatakan Komuniti Pembelajaran Profesional ialah sebagai sebuah sekolah yang
mempunyai profesional sekolah iaitu pemimpin sekolah dan guru dalam mencari ilmu dan berkongsi
teknik pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid. Menurut
beliau lagi, sesebuah sekolah yang mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional memiliki ciri-ciri
seperti mana berikut iaitu:

(a) mempunyai kepimpinan distributif dan menyokong,
(b) perkongsian visi dan misi,
(c) pembelajaran secara kolektif dan mengamalkan pembelajaran tersebut,
(d) persekitaran yang menyokong,
(e) perkongsian amalan peribadi
Komuniti Pembelajaran juga adalah amalan menyampaikan ilmu kepada komuniti masyarakat
di sekolah, termasuk ibu bapa bersama-sama bagi membincangkan peningkatan pencapaian murid
menerusi aktiviti penambahbaikan kurikulum dan program pembelajaran murid. Astuto et al. (1993)
berpendapat bahawa Komuniti Pembelajaran merupakan usaha guru dan pemimpin di sesebuah
sekolah untuk mengenal pasti ilmu dan berkongsi pembelajaran tersebut. Seterusnya, mengamalkan
ilmu tersebut untuk meningkatkan keberkesanan profesionalisme mereka bagi manfaat murid.
Berikut merupakan definisi Komuniti Pembelajaran Profesional daripada pelbagai perspektif
sarjana (Mohd Faiz et al):
a) Proses berterusan yang melibatkan guru dan pentadbir bekerja secara kolaborasi bagi
mengenal pasti dan berkongsi pengetahuan. Seterusnya, mengamalkan pengetahuan
tersebut bagi meningkatkan kualiti profesionalisme diri untuk manfaat murid (Hord, 1997).
b) Pendidik yang komited untuk bekerja secara kolaborasi dan berterusan dalam aktiviti
siasatan dan penyelidikan tindakan. Usaha tersebut adalah untuk mencapai keputusan
yang lebih memberangsangkan bagi manfaat murid mereka (Dufour, Eaker & Many,
2006).
c) Pasukan sekolah yang sering berkolaborasi ke arah penambahbaikan secara berterusan
dalam memenuhi keperluan murid melalui perkongsian visi yang berfokuskan kurikulum
(Reichstetter, 2006).
d) Sekumpulan manusia berkongsi dan menyiasat secara kritikal amalan mereka dalam
suasana berterusan, reflektif dan kolaboratif, termasuk berorientasikan pembelajaran dan
menggalakkan perkembangannya (McREL, 2003). (f) Suatu budaya sekolah yang
mengiktiraf dan memanfaatkan kekuatan serta bakat warga sekolah secara kolektif
(Protheroe, 2008).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

454

Secara kesimpulannya, Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan salah satu amalan
penambahbaikan sekolah melalui penstrukturan semula budaya sekolah. Komuniti Pembelajaran
Profesional juga merupakan satu proses yang berterusan bagi membangunkan kepimpinan guru
khususnya di samping pentadbir dan staf sokongan sekolah yang lain. Malah, dalam sesetengah
sorotan kajian, amalan Komuniti Pembelajaran Profesional turut melibatkan murid dan masyarakat
setempat. Justeru, dengan penglibatan semua pihak dalam amalan Komuniti Pembelajaran
Profesional, guru berupaya meningkatkan kapasiti kepimpinan mereka ketika melaksanakan tugas.

Peranan SISC+
Pegawai SIPartner+ dan SISC+ ialah satu jawatan baharu yang diwujudkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) bagi menjayakan Program Transformasi Daerah(DTP).
Pegawai SIPartner+ dan SISC+ merupakan jawatan hakiki di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD).
Tugas Pegawai SISC+ membantu dan membimbing guru-guru dalam melaksanakan pedagogi yang
menarik, kreatif dan inovatif untuk memberikan impak yang lebih berkesan terhadap pembelajaran
murid. Mereka berperanan sebagai rakan yang bersama-sama membantu menyampaikan maklumat
tentang dasar-dasar kementerian dan memperkasakan standard guru ke arah pedagogi abad ke-21.
Pegawai SIPartner+ pula berperanan sebagai pembimbing kepada pengetua dan guru besar(PGB)
dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah
daripada aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.

Terdapat pelbagai pendapat dan reaksi daripada guru-guru berkaitan dengan bimbingan yang
dilaksanakan oleh jurulatih yang membimbing mereka. Hal ini berkait rapat dengan faktor hubungan
dan komunikasi yang dibina oleh jurulatih pembimbing dengan guru yang dibimbing. Menurut Noel
Jimbal (2017) dan Sarabiah (2016), kedua-dua pihak (SISC+ dan guru) perlu mempunyai
kesefahaman agar maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Asas perhubungan interpersonal ialah
satu komunikasi untuk menghubungkan antara seseorang individu dengan individu yang memerlukan
maklumat tersebut. Komunikasi ini adalah satu proses apabila seseorang individu yang mempunyai
kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara verbal atau nonverbal yang mempengaruhi
tingkah laku orang lain. Komunikasi interpersonal amat penting kerana cara kita berkomunikasi
dengan orang lain akan mempengaruhi perspektif individu tersebut tentang kita.

Hasil kajian Sarabiah (2016) menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu yang dibimbing
mempunyai persepsi yang positif terhadap bimbingan jurulatih SISC+; amalan bimbingan yang
dilaksanakan oleh jurulatih SISC+ juga tinggi; dan bimbingan yang diberikan berkesan dalam
meningkatkan kualiti pengajaran guru yang dibimbing.

Kolaborasi
Kolaborasi adalah mempercayai belajar dengan melakukan adalah langkah yang terbaik untuk aktiviti
pembelajaran samada di bilik darjah mahupun di luar bangunan sekolah (Borrero, 2010). DuFour et
al. (2008) membincangkan bahawa guru tidak boleh bergerak secara berasingan kerana pengasingan
adalah musuh kepada peningkatan prestasi sekolah. ―Isolation is the enemy of school improvement‖.
Oleh itu, kolaborasi adalah penting untuk menjayakan Komuniti Pembelajaran Profesional ini.

Konsep kolaborasi dalam Komuniti Pembelajaran Profesional dinyatakan dengan jelas dalam
Model Dufour & Eaker (1998). Model ini turut menekankan peranan pemimpin sekolah, ibu bapa dan
komuniti sebagai memainkan peranan dalam menjayakan komuniti pembelajaran yang akan
mengubah fokus kurikulum sekolah. Golongan guru dan pemimpin sekolah mesti bekerja bersama-
sama dan berkolaborasi secara natural (nature) untuk melaksanakan perkongsian visi, misi dan nilai.
Begitu juga fokus kepada matlamat untuk meningkatkan pedagogi pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian murid. Golongan ini perlu menerima hakikat tanggungjawab yang diamanahkan kepada
mereka untuk meningkatkan kemenjadian murid. (DuFour et al., 2008).

Dufour (2012) menyatakan dalam membina struktur kolaborasi hendaklah mempunyai tiga
prinsip utama iaitu pengurusan individu kepada fokus kepada pembelajaran, menyediakan pasukan
dalam tempoh masa yang mencukupi untuk berkolaborasi dan memastikan sokongan berterusan
serta perkongsian tanggungjawab bersama murid. Beliau juga menyatakan asas utama Komuniti
Pembelajaran Profesional ialah kolaborasi dan pemacu kepada Komuniti Pembelajaran Profesional
adalah peningkatan berterusan (continuous improvement).

Sesebuah sekolah yang mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional seharusnya
menyedari kepentingan bekerja secara berpasukan. Justeru, pihak sekolah perlu mewujudkan
budaya kolaborasi. Namun, sesetengah sekolah kurang menggalakkan guru untuk mewujudkan
budaya kolaborasi (Boyd & Hord, 2012). Sesebuah kolaborasi yang mantap dalam Komuniti
Pembelajaran Profesional memerlukan suatu proses yang sistematik melibatkan guru bekerja dalam

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

455

satu pasukan untuk menganalisis dan penambahbaikan amalan dalam bilik darjah (McLaughlin &
Talbert, 2001). Dengan kata lain, guru perlu bekerja dalam satu pasukan yang berterusan sehingga
mewujudkan sebuah pasukan pembelajaran. Implikasinya, usaha tersebut menghasilkan peningkatan
dalam pencapaian murid (Fullan, 2001).

Peer Coaching
Bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing instruksi (Peer coaching / instructional coaches)
merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan
menggunakan kitaran pra konferensi, pemerhatian dan pasca onferensi. Peer coaching (PC) ialah
salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan
kemampuan guru dalam pembelajaran. Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses yang melibatkan
dua atau lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa,
berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu
sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Peer coaching (PC) ialah satu situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman
pengajaran dan pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2011).Peer coaching adalah satu permuafakatan antara guru-guru dalam
situasi yang tidak menilai satu sama lain berasaskan dialog reflektif dan kerjasama. Ia merupakan
satu proses yang sulit di mana guru-guru berkongi kepakaran, memberi maklum balas antara satu
sama lain, sokongan dan bantuan yang bertujuan untuk meningkatakan pembelajaran melalui
pemurnian kemahiran kini, pembelajaran kemahiran baru dan/atau menyelesaikan masalah bilik
darjah (Dalton & Moir, 1991).Tujuan Peer Coaching adalah untuk memberi impak positif terhadap
pencapaian pelajar dengan mengujudkan budaya penambahbaikan pengajaran berterusan melalui
struktur dan pengagihan masa untuk perbualan profesional, pemerhatian dan refleksi pelaksanaan
amalan terbaik dalam setiap bilik darjah

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan peer coaching SISC+ bersama-sama guru
dalam meningkatkan pembudayaan PLC di sekolah khususnya dalam elemen perancangan dan
pembelajaran berasaskan aktiviti. Ianya secara tidak langsung meningkatkan kualiti pengajaran dan
pemudahcaraan di dalam bilik darjah.

PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:

1. Adakah guru membuat perancangan pengajaran yang baik semasa kolaborasi?
2. Apakah aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi bimbingan dan pementoran melalui

kaedah Peer Coaching?
3. Adakah aktiviti Peer Coaching dapat mempengaruhi guru-guru lain di sekolah?

METODOLOGI

Kolaborasi SISC+ bersama-sama guru yang memfokuskan amalan peer coaching
Rekabentuk kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan pendekatan kualitatif untuk
mengkaji sejauh mana SISC+ membantu dalam amalan pembudayaan Peer Coaching di sekolah.
Kajian ini berfous kepada 2 elemen penting dalam PdPc iaitu perancangan dan pembelajaran
berasaskan aktiviti melalui alat pengukuran Borang Matriks Teacher‟s Coaching Tools, TCT yang
digunakan oleh SISC+ dalam sesi bimbingan dan pementoran.

Kajian ini memilih kaedah temubual dan pemerhatian sebagai reka bentuk kajian. Kaedah
temubual kumpulan fokus oleh Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) telah dijalankan ke
atas 2 kategori guru iaitu guru dibimbing (GDB) dan guru biasa. Kaedah ini dipilih kerana ia dapat
memberi ruang kepada peserta untuk memberi pendapat peribadi berdasarkan pengalaman
berkolaborasi, perkongsian dan pandangan bersama terhadap pembudayaan PLC dan juga idea
serta pandangan mereka tentang kefahaman terhadap PLC dalam situasi dunia sebenar (real case
scenario) terhadap amalan peer coaching.

Sebelum memulakan temubual, kami telah memaklumkan kepada peserta untuk meminta
kebenaran bagi mengadakan temubual tentang amalan peer coaching yang telah dilaksanakan
sepanjang beberapa sesi bimbingan dan pementoran. Selepas mendapat kebenaran dari mereka,
kami telah menghantar soalan temubual terlebih dahulu melalui aplikasi whatsapp agar peserta

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

456

mendapat gambaran awal tentang perkara yang bakal ditemubual. Setelah itu, kami telah
menetapkan masa dan tempat temubual berdasarkan kepada kelapangan dam kesediaan peserta.
Temubual bagi setiap peserta berlaku selama lebih kurang setengah jam. Hasil temubual telah
dirakam menggunakan aplikasi voices memos pada telefon. Rakaman audio tersebut telah disalin
semula secara bertulis.

Kaedah temubual yang dijalankan adalah separa berstruktur. Ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengalaman peserta dalam perlaksanaan peer coaching di
peringkat sekolah. Soalan yang diberikan pula dijawab oleh peserta berdasarkan pengalaman
mereka dan soalan yang dikemukakan tidak terlalu terikat dan boleh diubahsuai bagi mendapatkan
jawapan untuk sesuatu persoalan.

Manakala melalui kaedah pemerhatian pula, kami juga telah memaklumkan tentang sesi
pemerhatian akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan daripada mana-mana sesi PdPc guru yang
terlibat. Hasil pemerhatian adalah melalui catatan pada borang matriks TCT SISC+ ( Buku Panduan
Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 3.0,2017), rakaman video dan gambar foto.

Prosedur Kajian
Kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sebulan pertama sebelum bimbingan dan
pementoran, 3 bulan kedua dalam sesi bimbingan dan pementoran serta bahagian ketiga iaitu
pengumpulan dapatan.

Jadual 1
Pelaksanaan PLC di sekolah-sekolah Daerah Besut

Tindakan Sasaran Tools

Taklimat Pendedahan kepada Guru Besar, PK Modul PLC oleh
Pengurusan sekolah Pentadbiran dan BPG
Penyelaras PLC
Bengkel kepada guru-guru di sekolah sekolah Modul PLC oleh
Ahli Panitia BPG
Bimbingan dan Pementoran B.Inggeris Video Critique
Fasa 1 :
Bersama-sama GDB SISC+ dan GDB Peer Coaching
- Modelling

Bimbingan dan Pementoran GDB dan ahli Kolaborasi GDB
Fasa 2 : Panitia dan Guru Lain
Bersama-sama GDB dan ahli Panitia dengan bimbingan
SISC+

Pengumpulan Dapatan : GDB dan ahli TCT / SKPMg2
i. Pemerhatian Panitia Gambar Foto
ii. Temubual Video Recording
Questionnaires

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

457

Soalan temu bual :
1. Bagaimanakah SISC+ berfungsi dalam pelaksanaan PLC ?
2. Apakah latihan dan bentuk sokongan yang diberikan oleh SISC+ dalam
membantu pelaksanaan PLC?
3. Bagaimanakah respons atau kerjasama yang diberikan oleh guru-guru ketika sesi
bimbingan dan pementoran dilaksanakan?
4. Bagaimanakah sesi bimbingan dan pementoran ( Peer Coaching ) membantu
guru dari segi PdPc?
5. Bagaimana aktiviti sesi bimbingan dan pementoran (Peer Coaching) memberi
impak kepada guru, rakan guru yang lain dan persekitaran guru?
6. Pada pendapat Tuan/Puan, bagaimanakah pelaksanaan PLC dapat
ditingkatkan?

DAPATAN KAJIAN
Hasil temu ramah dan dapatan pemerhatian, dapatan kajian dianalisis menggunakan peratus untuk
mengenal pasti tahap pembudayaan PLC ( Peer Coaching) mengikut tiga konstruk yang dibina.
Dalam tiga konstruk tersebut mengandungi 6 pernyataan dan 12 elemen yang berkaitan dengan
konstruk.

Adakah guru membuat perancangan pengajaran yang baik semasa kolaborasi?
Jadual 2 :
Purata 3 elemen Perancangan dalam Matriks Bimbingan Guru

Tahap Bilangan Guru Peratus

2.5 – 3.0 10 37.1
2.0 – 2.4 13 48.1
1.5 – 1.9 4 14.8
1.0 – 1.4 0
0 – 0.9 0 0
0

Berdasarkan Jadual 2, keseluruhan perancangan yang baik dibuat oleh 10 orang GDB yang
meningkat tahap mereka antara 2.5 – 3.0 , 17 orang GDB meningkat TCT mereka 1.5 ke atas
manakala yang menunjukkan prestasi lonjakan seramai 4 orang. Secara keseluruhannya, sesi
bimbingan dan pementoran yang berjalan sepanjang tempoh 6 bulan telah mencatatkan purata
peningkatan sebanyak 0.91 merangkumi pencapaian tahap 27 orang GDB yang dibimbing.

Bagaimanakah peranan guru dapat dilihat semasa sesi bimbingan dan pementoran melalui
kaedah Peer Coaching?

Rajah 1. Aspek-aspek SKPMg2 ( Standard 4 )
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

458

Adakah aktiviti Peer Coaching dapat mempengaruhi guru-guru lain di sekolah?

Purata Skor SKPMg2 ( Standard 4)

25.00 22.33
20.00
15.00 17.34
10.00
13.88
5.00
9.38 9.38 8.88
4.77 4.77

0.00
4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1

Rajah 2 : Purata Skor SKPMg2 ( Standard 4 ) GDB

Rajah 2 menunjukkan purata skor SKPMg2 ( Standard 4 ) guru dibimbing di mana 2 aspek iaitu
guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik serta guru mengawal proses
pembelajaran secara terancang masing- masing mencatat skor purata 9.38. Bagi aspek guru
mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang serta guru mendorong emosi
murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang kedua-duanya mencatat skor 4.77
berada pada tahap baik. Aspek guru membimbing murid secara profesional dan terancang dengan
skor purata 13.88, guru mendorong minda murid dlm melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
terancang dengan skor 22.33, guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang dengan
skor 8.88 dan murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan dengan skor 17.34
menunjukkan kelima-lima aspek ini berada pada tahap cemerlang.

PERBINCANGAN
Hasil daripada dapatan temubual yang diperolehi di dapati bahawa kolaborasi bersama SISC+ dalam
amalan PLC amat penting dalam meningkatkan pembudayaan PLC di sekolah. Ianya secara tidak
langsung meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Selain itu,
sokongan dan kefahaman yang jelas daripada pihak pengurusan juga didapati menyumbang ke arah
keberkesanan usaha membudayakan PLC di sekolah. Hasil dapatan ini selaras dengan kajian oleh
Zuraidah Abdullah et al yang menyatakan peranan pengurus sekolah bagi memanipulasikan sumber
manusia yang ada di dalam sesebuah organisasi itu secara berkesan, pemimpin bagi sesebuah
organisasi perlu memastikan bahawa semua individu di dalam sesebuah organisasi itu bersedia
untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada. PLC adalah pentas terbaik untuk warga sekolah
sentiasa belajar dan mengikuti perkembangan terbaru dalam dunia pendididikan.

Dapatan ini menunjukkan bahawa 69.23% (9 / 13) sekolah yang dibimbing SISC+ mampu
membudayakan PLC sepanjang bimbingan dan pementoran dilaksanakan yang sekaligus memberi
impak positif kepada guru-guru sama ada dari segi kesediaan mengajar mahu pun aspek
intrapersonal dan interpersonal guru-guru terbabit melalui sifat keterbukaan kepada amalan
perkongsian. Dapatan di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Sarabiah Jusoh (2018) yang
menyatakan bahawa bimbingan yang diberikan oleh pegawai SISC+ adalah berkesan dalam
meningkatkan kualiti pengajaran guru yang dibimbing.

Keputusan ini bermakna bahawa pada keseluruhannya keberkesanan bimbingan dan
pementoran SISC+ dalam memningkatkan PLC di sekolah mempunyai korelasi dengan kajian-kajian
sebelum ini. Daripada keputusan di atas, juga diperhatikan bahawa pada keseluruhannya berlaku
peningkatan dalam kualiti pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas yang menunjukkan
keberkesanan bimbingan dan pementoran bagi membantu pembudayaan PLC di sekolah.

RUJUKAN
David Anthony Stegall. (2011). Professional Learning Communities and Teacher Efficacy: A

Correlational Study. Ph.D Disertasi, Appalachian State University.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

459

Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Modul Komuniti Pembelajaran Profesional. Bahagian
Pendidikan Guru.

Mohd Faiz Mohd Yaakob & Jamal@Nordin Yunus. (2016). Konsep Komuniti Pembelajaran
Profesional, Kepimpinan Dan Transformasi Sekolah Kepada Komuniti Pembelajaran
Profesional. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-22. Institut
Aminuddin Baki, 18 – 21 Ogos 2015.

Mohd Faiz Mohd Yaakob, Muhammad Rozaimi Ramle & Jamal @ Nordin Yunus (2016). Konsep
Kalobrasi Dalam Komuniti Pelbelajaran Profesional: Satu Tinjauan dari Perspektif Islam.
Geografia Online Mallaysian Journal of Society and Space 12 issue 10(1-9)

Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj, Zuraidah Abdullah, Norfariza Mohd Radzi, Husaina Banu
Kenayathulla, Mohd Helmee Firdaus Salehudin, Shahril@Charil Marzuki &Faisol Elham.
(2011). Pemimpin Dan Komuniti Pembelajaran Profesional. Jurnal Pendidikan, 31.

Rozita Radhiah Said, Mohammad Brahim & Azhar Md. Sabil. (2016). Bimbingan dan Pementoran
Berfokus oleh SISC+ BM: Impak terhadap Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu di Sekolah-
sekolah Menengah Daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(2), 131-139.

Sarabiah Jusoh (2018) Persepsi, Amalan Dan Keberkesanan Bimbingan Jurulatih SISC+ Dari
Perspektif Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM.

Vikaraman, S. S., Mansor, A. N., & Hamzah, M. I. M. (2017). Mentoring and Coaching Practices for
Beginner Teachers - A Need for Mentor Coaching Skills Training and Principal‘s Support.
Creative Education, 8, 156-169.

Z. Abdullah, M.F.A. Ghani (2014). Journal of Education and Learning. Vol.8 (2) pp. 227-248
Zuraidah Abdullah (Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya), Rahimah Hj Ahmad dan

Muhammad Faizal Ab. Ghani (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya) Hailan Salamun (Universiti
Terengganu Malaysia). Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah
Menengah Di Malaysia. Universiti Malaya.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

460

Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Flipped Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sejarah Tingkatan 1

Juliana Ali
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan pendekatan pembelajaran Flipped
dalam pengajaran Sejarah Tingkatan 1. Pembelajaran Flipped bermaksud
pembelajaran terbalik iaitu proses pemahaman dan pengetahuan berlaku di
rumah dan proses aplikasi berlaku di dalam kelas. Manfaatnya telah banyak
didokumenkan oleh pengamal dan para sarjana Barat, terutamanya dalam
bidang Sains Teknologi kejuruteraan dan Matematik (STEM). Namun dalam
konteks Malaysia, terutama subjek Sejarah masih banyak yang belum
diterokai dan difahami dari segi keberkesanan pelaksanaannya. Kajian
merupakan reka bentuk pemerhatian penuh yang dijalankan di sebuah
sekolah menengah di Kinta Utara yang akan menggunakan dua buah kelas
tingkatan 1 untuk dijadikan kumpulan kajian. Dapatan kajian mencadangkan
bahawa pendekatan ini akan digunakan sebagai panduan kepada guru lain
untuk menggunakan pendekatan pengajaran ini bagi memantapkan lagi
pengajaran mereka di dalam kelas kerana penemuan kajian menunjukkan
bahawa murid lebih aktif dan kreatif di dalam kelas dan kerjasama dan
komunikasi antara murid dapat digalakkan.

Kata kunci: Pendekatan pembelajaran Flipped, bahan bantu mengajar, murid
tingkatan 1, reka bentuk kajian pemerhatian.

PENDAHULUAN
Kerajaan menyedari hakikat bahawa sisitem pendidikan Malaysia perlu terus berkembang supaya
dapat memenuhi aspirasi negara yang semakin meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara
lain yang setanding. Dalam dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan, hampir 98% darpada
3000 responden berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk menjalankan kajian
semula pendidikan. Pada September 2012, Kementerian telah melancarkan Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mendapat perhatian meluas daripada orang
awam. Maklum balas dalam pelbagai bentuk telah diterima merangkumi artikel, tulisan blog, hari
terbuka, memorandum, dan perbincangan yang dianjurkan secara bebas. Semua maklum balas ini
dijadikan input kepada penghasilan Laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Pelan ini merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi keseluruhan pendidikan
(KPM, 2013). Pelan ini sedang berjalan dan kini telah berada pada gemombang yang kedua.

Malah pakar pendidikan Negara juga menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan
kemahiran selain 3M (Menulis, Membaca, Mengira) setelah mereka tamat alam persekolahan. Dalam
dunia globalisasi abad ke-21, keperluan bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi
semakin penting. Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang
selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada
peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk
melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat indin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, patriotic, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja
dalam pasukan dengan berkesan. (KPM, 2013)

PERNYATAAN MASALAH
Perubahan ini memerlukan sokongan dan sambutan daripada guru sebagai pelaksana dasar. Namun
begitu, menurut kajian dalam kalangan guru Bahasa Melayu, perubahan ini ditanggapi sebagai
perubahan dasar sahaja, sedangkan aspek pendekatan dan kaedah penyebarannya kurang
mendapat perhatian mereka. (Chew Fong Peng, 2014). Hal ini dipersetujui oleh ( Masyuniza, 2015)
kerana dalam kajiannya mendapati bahawa murid kurang berminat terhadap proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu semasa proses pembelajaran berlaku di dalam kelas. Hal ini

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

461

disebabkan proses P&P guru kurang menarik minat kerana guru tidak mempelbagaikan pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai dengan aktiviti dan genre teks yang dipelajari. Oleh itu permasalahan
ini perlu dilihat dengan teliti supaya perubahan kurikulum yang dirangka akan disambut oleh pihak
pelaksana dasar iaitu guru-guru di sekolah sehingga melahirkan murid yang mampu bersaing di
peringkat global dapat di realisasikan.

Guru meupakan agen penting dalam penyediaan murid yang berkualiti ini perlu faham dan
tahu perubahan pengajaran yang perlu dilakukan untuk menyediakan murid yang berkualiti tinggi.
Melalui pendekatan pengajaran yang digunakannya mampu meningkatkan kemahiran murid. Pakar
pendidikan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang mampu membantu guru untuk
digunakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan salah satunya ialah
pendekatan pengajaran bilik darjah flipped.

Ada pendapat menyatakan Flipped learning didefinisikan secara ringkas sebagai "kerja sekolah
di rumah dan kerja rumah di sekolah". Namun Menurut Flipped Learning Network (2014), Flipped
Learning merupakan pendekatan yang membolehkan guru melaksanakan pelbagai metodologi di
dalam bilik darjah mereka. Definisi rasmi "Learning Flipped" dikeluarkan oleh agensi ini yang
menjelaskan bahawa pendekatan pembelajaran flipped mengandungi empat tonggak antaranya
pendekatan ini menyediakan persekitaran yang fleksibel. Melalui pengajaran, guru mewujudkan
ruang fleksibel di mana murid memilih bila dan di mana mereka belajar. Budaya model Flipped
Learning menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti di dalam kelas dijalankan untuk
meneroka topik dengan lebih mendalam dan mewujudkan peluang unuk murid membuat pengayaan.
Akibatnya, murid terlibat secara aktif dalam pembinaan pengetahuan kerana mereka mengambil
bahagian dan menilai pembelajaran mereka dengan cara yang bermakna. Bagi penyediaan isi
pelajaran, guru yang menjalankan pendekatan ini harus sesuai untuk membantu murid
membangunkan pemahaman konseptual, serta kelancaran prosedur pembelajaran. Mereka
menentukan apa yang mereka perlukan untuk mengajar dan bahan-bahan yang murid harus terokai
sendiri. Guru juga dapat memaksimumkan masa kelas kerana menggunakan kaedah pembelajaran
yang berpusatkan murid yang aktif. Guru juga dapat menggalakkan murid untuk memberikan mereka
maklum balas yang relevan kepada murid dan menilai kerja murid. Oleh itu, pendekatan ini sesuai
digunakan dalam meningkat kemahiran komunikasi dan kolaboratif dalam kalangan murid seperti
yang diimpikan.

Perkara ini dipersetujui oleh Julie Schell, 2015 dalam artikel penulisannya menyatakan
gangguan terhadap talian atau liputan internet telah menimbulkan kekecewaan guru dalam
melaksanakan pengajaran dengan menonton video di kelas. Dengan pendekataran pembelajaran
flipped, guru mampu menjalankan pembelajaran masteri di dalam kelas kerana guru memberi video
kepada murid untuk ditonton di rumah sebelum pengajaran dan pembelajaran topik tersebut
dijalankan. Malah video tersebut adalah alat yang digunakan untuk murid untuk menambahkan
sumber maklumat. Sumber video tersebut mestilah sepadan dengan isi buku teks dan membantu
guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menurutnya lagi pendekatan ini akan menambah minat murid dalam kelas kerana kelas flipped
adalah pengalaman bilik darjah yang murid tidak pernah dijangka. Murid belajar melalui masalah atau
teori dan membantu antara satu sama lain belajar dan membincangkan topik tertentu. Guru pula
bertindak seperti jurulatih dan bergerak di sekitar bilik berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan yang
berbeza untuk membantu dan membimbing murid. Apabila guru mendapati ada beberapa murid
bermasalah dengan konsep yang sama maka guru bertindak untuk memberi penerangan ringkas.

Malah pengajaran melalui pendekatan flipped akan lebih hands-on. Di dalam kelas Flipped
guru akan menjalankan pembelajaran interaktif untuk membantu murid belajar menggunakan bahan,
menganjurkan perbincangan atau masalah untuk bekerja melalui dalam pasukan, dan menyediakan
peluang untuk murid bertanya soalan tentang perkara-perkara yang tidak difahami dari bacaan atau
pembelajaran yang lalu. Berinteraksi dan membincangkan membantu masa berlalu lebih cepat di
dalam kelas. Malah, kajian menunjukkan murid mengekalkan 90% daripada apa yang dipelajari
dengan berinteraksi dan bercakap, dan hanya 20% daripada apa yang didengar (biasanya melalui
syarahan atau pembelajaran tradisional).

Murid juga mempunyai peluang yang lebih baik untuk membina hubungan dengan rakan-rakan
murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana di dalam kelas flipped guru akan mereka bentuk bilik
darjah sebagai satu masyarakat yang aktif dengan perbincangan rakan sebaya dan pembelajaran
kolaboratif semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Malah, kaedah pembelajaran flipped yang
melaksanakan kerjasama peer-to-peer, seperti Instruction Peer, akan membantu murid dalam
meningkatkan prestasi yang lebih baik.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

462

Dalam kelas flipped, guru perlu membina pengalaman untuk menarik perhatian murid sebelum
kelas bermula. Guru perlu menyediakan aktiviti yang menarik, kuiz, perbincangan, dan lain-lain
hands-on aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal Ini memerlukan kerja lebih
daripada yang berdiri dan menyampaikan pembelajaran tradisional seperti memberi kuliah yang biasa
dijalankan oleh guru.

Bilik darjah flipped memerlukan murid untuk menjalankan pembelajaran kendiri dan memikirkan
apa-apa yang benar-benar bermakna dan tidak hanya berada di dalam kelas, mengambil nota,
pulang ke rumah dan membaca, mengambil ujian, melakukannya sekali lagi. Kelas flipped berfungsi
untuk memikirkan cara untuk berjaya tanpa diberitahu apa yang perlu dilakukan dan perkara ini akan
membantu murid menghadapi cabaran masa depan. Malah menjadi satu pengalaman yang baik
untuk digunakan pada masa akan datang semasa temuduga kerja.

Pendekatan pembelajaran flipped mengajar murid untuk mempunyai sikap akauntabiliti kerana
murid bertanggungjawab untuk pembelajaran murid sendiri sebelum datang ke kelas. Dalam kelas
flipped guru memerlukan murid untuk membaca, menonton video ceramah, atau membuat kerja-kerja
sebelum menghadiri kelas. Dalam erti kata lain, murid perlu menjalankan pembelajaran kendiri.
Penggunaan video adalah lebih mudah kerana fleksibiliti untuk menentukan masa dan bilangan murid
akan menonton video tersebut, dan boleh berhenti seketika jika ada sebarang keperluan mendesak.
Guru biasanya mempunyai kuiz pada awal kelas untuk membantu mengingat semula apa yang
dibaca atau ditonton sebelum meneruskan pembelajaran.

Di dalam kelas flipped murid boleh bertanya soalan kepada rakan-rakan dan guru. Murid akan
mendapat banyak peluang untuk menyuarakan pertanyaan sebarang persoalan. Apabila bertanya
soalan dan mendengar jawapan, murid lebih bersedia untuk menyelesaikan masalah dan dapat
berfikir secara kritis. Sekolah perlu menyediakan murid lebih banyak peluang untuk belajar cara untuk
bertanya soalan yang baik dan mengasah rasa ingin tahu sebagai satu kemahiran. Bilik darjah flipped
menyediakan tempat untuk memupuk murid menjadi penyoal yang baik dan pemikir ingin tahu.

Maklum balas dari murid diutamakan di dalam kelas flipped, guru akan melihat diri mereka
sebagai murid dan menghargai murid walaupun sebenarnya murid bergantung kepadanya.
Berkemungkinan terdapat idea yang bernas murid dalam sukatan pelajaran pada tahun berikutnya.
Pengajaran di dalam kelas ini bukan sahaja membantu murid mempelajari bahan yang lebih baik, ia
juga membantu murid belajar cara untuk menerangkan perkara-perkara dengan yang difahami oleh
orang lain. Komunikasi adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap pemimpin untuk berjaya.
Oleh itu, dua nilai ini akan diterapkan dalam kelas flipped untuk menyediakan murid ke alam
pekerjaan dan mampu bersaing di peringkat global.

Pendekatan pengajaran flipped ini juga diperkatakan oleh Knewton yang merupakan sebuah
syarikat pembelajaran yang telah membangunkan platform untuk memperkayakan kandungan
pendidikan serta telah membangunkan perisian kursus untuk pendidikan tinggi yang tertumpu dalam
bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2008 oleh
Jose Ferreira, bekas eksekutif di Kaplan, Inc. Platform Knewton membolehkan sekolah, penerbit, dan
pemaju untuk menyediakan pembelajaran adaptif bagi mana-mana pelajar. Apabila melayari
sesawang syarikat pembelajaran ini ruangan penulisan tentang pembelajaran flipped diterangkan
dengan jelas. Antara yang diterangkan bahawa peranan guru di dalam kelas pembelajaran tradisional
adalah pakar yang menerangkan kandungan pelajaran kepada murid manakala peranan guru dalam
kelas flipped ialah membimbing murid semasa aktiviti di dalam kelas dan kuliah atau penerangan di
berikan secara talian. Menurut syarikat ini juga kelas pembelajaran flipped memberikan ruang untuk
murid belajar menerusi aktiviti disamping penggunaan teknoligi sebagai bahan bantu mengajar yang
kesemuanya mempengaruhi persekitaran pembelajaran.

Hal ini dipersetujui oleh Educause, 2012 yang menulis bahawa kelas pembelajaran flipped
merupakan perubahan peranan bagi para pengajar, yang melepaskan kedudukan mereka di depan
kelas yang memihak kepada sumbangan yang lebih kolaboratif dan koperatif dalam proses
pengajaran. Terdapat perubahan bersesuaian dengan peranan pelajar iaitu yang kebanyakan kelas
pembelajaran biasa murid merupakan peserta pasif dalam proses pendidikan kerana arahan
diberikan kepada mereka semasa proses pembelajaran. Namun, model pembelajaran ini meletakkan
lebih banyak tanggungjawab untuk belajar di bahu pelajar sambil memberi mereka dorongan lebih
besar untuk bereksperimen. Aktiviti murid akan dipimpin dan berlaku komunikasi dalam kalangan
murid dan mereka melalui proses pembelajaran secara kerja tangan (hands on).

Kesimpulannya, pendekatan pengajaran flipped dapat mengubah pengajaran guru ke arah
membina kemahiran murid yang berkualiti. Namun, pendekatan ini belum lagi popular dalam
kalangan guru di Malaysia.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

463

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kesan proses pembelajaran murid yang
dijalankan oleh guru melalui pendekatan flipped mampu untuk melihat sejauh mana:

i. Penggunaan pendekatan pembelajaran flipped dapat menggalakkan kemahiran
komunikasi murid.

ii. Penggunaan pendekatan pembelajaran flipped dapat menggalakkan kerjasama antara
murid dalam kumpulan

iii. Penggunaan pembelajaran flipped dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah:

iv. Adakah penggunaan pendekatan pembelajaran flipped dapat menggalakkan kemahiran
komunikasi murid.

v. Adakah penggunaan pendekatan pembelajaran flipped dapat menggalakkan kerjasama
antara murid dalam kumpulan

vi. Adakah penggunaan pembelajaran flipped dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk kajian pemerhatian. Kajian ini merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga
merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal
selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah
sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah
laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori
pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan
penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Penyelidik membuat pensampelan pensampelan
tingkah laku yang merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel.

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian pemerhatian Bukan Peserta. Kajian pemerhatian
jenis ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat
pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat
pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.
Dalam kajian ini tempat pemerhatian ialah bilik darjah yang menjalankan pembelajaran flipped.
Pemerhatian dibuat dengan bantuan peralatan seperti kamera dan senarai semak. Kebaikan kaedah
ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen
dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan
menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 1C seramai 27 orang. Kelas ini merupakan

kelas di salah sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Ipoh Perak. Kelas ini merupakan kelas
sederhana dan kesemua muridnya merupakan murid Melayu yang kurang berminat dengan mata
pelajaran sejarah. Kelas ini dipilih adalah kerana pengkaji ingin melakukan perubahan pendekatan
pengajaran dan melihat kesan perubahan tersebut kepada murid sederhana yang kurang berminat
dengan mata pelajaran Sejarah serta kebolehan komukasi dan kolaboratif mereka juga sangat lemah.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan Classroom Observations Checklist Winocur, SL (1991) dalam

A.Costa (Ed.) Developing Minds. Alezandria : Assocation for supervision and curriculum
development. Senarai semak ini telah di alih bahasa ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan
pengkaji. Senarai semak ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian perkembangan afektif dan
bahagian perkembangan kognitif (lampiran 1).

Instrumen ini telah disemak oleh pakar bahasa dan telah diuji sebelum digunakan. Instrumen
ini dapat menunjukkan tahap perkembangan afektif dan kognitif murid semasa perngkaji membuat
pemerhatian di dalam kelas.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

464

Prosedur Kajian pembelajaran Flipped

1. Sebelum menjalankan kajian pengkaji telah mendapat kebenaran secara bertulis dari
pihak sekolah dan guru yang akan mengajar kelas sampel.

2. Sebelum guru menjalankankan pengajaran dan pembeajaran, guru diberi penerangan
dan perbincangan dengan pengkaji tentang ciri-ciri kelas yang menjalankan pendekatan
flipped. Nota dan video penerangan telah diterangkan kepada guru cara-cara
menjalankan pembelajaran pendekatan flipped.

3. Guru dan pengkaji berbincang dan memilih kelas yang ingin dijadikan sampel kajian.
Walau bagaimana pun guru telah memilih kelas lain terlebih dahulu untuk dijadikan kelas
ujian pilot. Setelah menjalankan ujian pilot guru memilih kelas yang akan dijadikan
sampel kajian. Kemudian guru berbincang tentang cara pengujian yang akan dijalankan
dan cara perekodan yang akan dibuat serta perangan pengajaran yang akan
dilaksanakan (lihat lampiran 2)

4. Guru dan murid menubuhkan satu kumpulan perbincangan yang terdiri daripada guru
dan murid tingkatan 1C dalam aplikasi whatsup. Group ini ditubuhkan bertujuan untuk
dijadikan media perhubungan antara guru dan murid. Selain berbincang tentang
pembelajaran lalu, ruangan ini juga memudahkan guru untuk menonton video yang
diedarkan oleh guru sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

5. Guru mencari bahan atau video yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan memasukkan
dalam ruangan dan ruangan ini mempunyai peraturan yang melarang murid untuk
menyebarkan bahan yang tidak berkaitan pelajaran dan menggunakan bahasa yang
sopan untuk berbincang.Murid membentuk kumpulan untuk perbincangan dalam kelas
melalui persetujuan bersama. Guru akan memberi arahan yang jelas sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru kemudiannya merancang pengajaran
dan pembelajaran dan pengajaran sebenar dijalankan mengikut ketetapan bersama
pengkaji.

DAPATAN KAJIAN
Setelah pemerhatian dijalankan melalui pemerhatian melalui senarai semak yang telah dibina
mendapati terdapat petunjuk bahawa kelas pembelajaran membantu perkembangan domain afektif
dengan mewujudkan iklim ketebukaan. Hal ini demikian kerana, pemerhati mendapati terdapat
hubungan mata antara guru dengan murid dan murid dengan murid, guru bergerak ke seluruh kelas
semasa aktiviti dilaksanakan, guru juga memanggil murid dengan nama dan semasa perbincangan
murid mendengar dengan baik pendapat rakan yang lain.

AFFECTIVE INDICATORS ( PENUNJUK DOMAIN AFEKTIF)

1. FOSTERS A CLIMATE OF OPENNESS Yes No Unsure
MEMUPUK IKLIM KETERBUKAAN
/
Eye contact is frequent between teacher and students, students and
students. /
Terdapat hubungan mata antara guru dengan murid dan murid dengan /
murid yang lain /

Teacher moves around the room.
Guru bergerak ke seluruh kelas

Students listen attentively to others opinion.
Murid mendengar dengan baik pendapat orang lain

Teachers calls students by name.
Guru memanggil murid dengan nama

Guru juga menggalakkan murid bekerjasama kerana melalui pemerhatian. Pemerhati
mendapati murid bekerja dalam kumpulan kecil yang terdiri dari ahli yang mereka pilih sendiri, dan
mereka memberi respon antara satu sama lain semasa berbincang dan saling membantu rakan lain
untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

465

2. ENCOURAGES STUDENT INTERACTION/COOPERATION Yes No Unsure
MENGGALAKKAN MURID BERINTERAKSI / BEKERJASAMA /
/
Students work in pairs or small groups.
Murid bekerja dalam kumpulan kecil atau secara berpasangan /

Students respond to other students.
Murid memberi respon antara satu sama lain

Students help others analyze and solve problem.
Murid membantu rakan lain untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah

Guru juga mempamerkan sikap penerimaan dengan menerima semua respon murid yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan menerima komentar murid dengan isyarat dan gerak badan yang
sesuai. Namun respon murid yang kurang tepat tidak dibantu kerana guru terus memberikan jawapan
yang tepat.

3. DEMONSTRATION ATITUDE OF ACCEPTANCE Yes No Unsure
MEMPAMERKAN SIKAP PENERIMAAN /
/
Teachers accepts all valid student responses.
Guru menerima semua respon murid yang berkaitan /

Incorrect student responses elicit encouragement, supportive comments.
Respon murid yang kurang tepat mencungkil peluang dan menggalakkan
komen membina

Teachers acknowledges students comment with suitable gestures
Guru menerima komentar murid dengan isyarat atau gerak badan yang
sesuai

Guru menggalakan murid untuk mengumpul maklumat kerana maklumat sememangnya telah
diberikan kepada murid melalui perkongsian di ruangan Whatsup serta maklumat tambahan melalui
buku teks.Murid menggunakan maklumat tersebut sebagai rujukan. Murid dibenarkan bergerak tetapi
pergerakan murid terhad kerana mereka lebih banyak berbincang dalam kumpulan. Penyimpanan
data dalam buku nota tidak dijalankan.

COGNITVE INDICATORS (INDIKATOR KOGNITIF)

Dalam aspek peningkatan perkembangan kognitif murid melalui pengajaran dan pembelajaran
pemerhatian mendapati bahawa banyak kelemahan yang berlaku dalam pengajaran melalui
pendekatan flip ini. Hal ini demikian kerana melalui pemerhatian murid menggunakan bahan rujukan
yang tersedia seperti video dan buku teks untuk membuat rujukan semasa menyiapkan tugasan dan
guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Murid juga bergerak untuk mendapatkan maklumat, namun
maklumat hanya dimuatkan dalam kertas sebak dan tidak disimpan dalam buku nota murid.

4. ENCOURAGES STUDENTS TO GATHER INFORMATION Yes No Unsure
MENGGALAKKAN MURID UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT /
Reference materials are readily available. /
Bahan-bahan rujukan yang sesuai tersedia. /
/
Students use references.
Murid menggunakan bahan rujukan /

Student movement is allowed to obtain information.
Murid dibenarkan bergerak untuk mendapatkan maklumat.

Teacher acts as facilitator.
Guru bertindak sebagai fasilitator

Students record data in notebook
Murid menyimpan data dalam buku nota

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

466

Guru menggalakkan murid menguruskan maklumat kerana guru mengajar dengan rancangan
pengajaran yang terancang dan pengajaran guru tersusun dan difahami. Namun maklumat guru tidak
disampaikan dalam bentuk grafik dan murid mampu mengkategorikan dan mengklasifikasi maklumat
kerana maklumat yang disampaikan hanya berbentuk lisan dan murid perlu mencatat dan menyusun
nota tersebut dalam bentuk carta alir. Nota murid pula dicatat bukan secara sistematik.

5. ENCOURAGES STUDENTS TO ORGANIZE INFORMATION Yes No Unsure
MENGGALAKKAN MURID MENGURUSKAN MAKLUMAT /
/
Teacher teaches from organized lesson plans.
Guru mengajar dengan rancangan pengajaran yang terancang /
/
Students classify and categorize data.
Murid mengkategorikan dan mengklasifikasikan maklumat /

Students take notes systematically.
Murid mencatat nota secara sistematik
Teacher‘s teaching is organized and understandable
Pengajaran guru tersusun dan difahami

Ideas are delivered in graphic form
Idea disampaikan dalam bentuk grafik

Guru tidak membantu murid memberi jawapan yang tepat kerana guru terus memberikan
jawapan yang tepat jika murid gagal menjawab dengan baik. Guru tidak meminta sumber bukti untuk
penyataan dibuat kerana semua buki berdasarkan maklumat dari bahan yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran juga tiada ruang untuk guru bertanya mengapa anda berpendapat sedemikian dan
murid tidak mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman lalu atau situasi yang hampir sama. Hal ini
berlaku mungkin disebabkan factor masa pengajaran dan pebelajaran yang singkat.

6. ENCOURAGES STUDENTS TO JUSTIFY IDEAS Yes No Unsure
MENGGALAKKAN MURID UNTUK MENJUSTIFIKASIKAN IDEA /
/
Teacher probes for correct responses. /
Guru membantu murid memberi jawapan yang tepat /

Teacher seeks evidence for statements made /
Guru meminta sumber bukti untuk penyataan yang dibuat

Students analyze sources of information for reliability and relevance.
Murid meminta bukti untuk penyataan yang dibuat
Teacher frequently asks. ―Why do you think so?‖
Guru sering bertanya “mengapa anda berpendapat sedemikian?”

Students relate learning to past experience or similar situations.
Murid mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman lalu atau situasi
yang hampir sama

Pemerhatian juga mendapati bahawa tiada galakan dari guru untuk menggalakkkan murid
untuk meneroka alternatif dan pandangan yang berbeza kerana tugasan yang diberikan guru hanya
pada tahap untuk memberi pemahaman kepada murid. Oleh itu guru tidak memberi ruang untuk
murid menyatakan pandangan mereka dan penyoalan guru juga tidak bertujuan untuk mendapatkan
pandangan atau membuat penyelesaian.

7. ENCOURAGES STUDENTS TO EXPLORE ALTERNATIVES AND

OTHERS‘ POINTS OF VIEW UNTUK MENEROKA ALTERNATIF DAN Yes No Unsure
MENGGALAKKAN MURID

PANDANGAN BERBEZA

Teacher establishes expectations for divergent solutions. /
Guru bersedia dengan jangkaan penyelesaian yang berbeza.

Teacher allows time to consider alternatives / point of view. /
Guru memberi masa untuk mempertimbangkan alternatif / sudut pandangan.

More than one student is queried for point of view / solution. /

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

467

Lebih dari seorang murid disoal untuk mendapatkan pandangan / penyelesaian. /

Teacher asks students to justify and explain their thoughts.
Guru meminta murid untuk menjustifikasikan dan menerangkan pandangan
mereka.

Pemerhatian juga mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak membantu
perkembangan kognitif kerana penggunaan soalan terbuka tidak digunakan guru untuk meransang
pemikiran murid.

8. ASKS OPEN-ENDED QUESTIONS - SOALAN TERBUKA Yes No Unsure

Teacher asks open-ended questions with multiple answers frequently compare

to close ended question

Guru lebih kerap menyoal dengan soalan terbuka dengan pelbagai jawapan /

berbanding soalan tertutup.

Pengajaran dan pembelajaran guru juga menyediakan bahan visual seperti video, gambar dan juga
papan putih, contoh peta alir sebagai panduan untuk membantu perkembangan kognitif murid.
Namun penggunaan bahasa simbolik tidak dikesan dalam pengajaran guru.

9. PROVIDES VISUAL CUES OR DEVELOPING COGNITIVE STRATEGIES

MENYEDIAKAN CUES VISUAL ATAU MEMBANGUNKAN STRATEGI Yes No Unsure

KOGNITIF

Teacher appropriately uses a variety of visual media (charts, chalkboard, maps,

pictures, gestures). /
Guru sewajarnya menggunakan pelbagai media visual (carta, papan hitam,

peta, gambar, gerak isyarat) dengan wajar.

Teacher uses symbolic language to illustrate a point (simile, metaphor).

Guru menggunakan bahasa simbolik untuk menerangkan fakta (simile, /

metafora).

Teacher uses outlining.

Guru menggunakan garis panduan /

Walau bagaimanapun bagi membantu perkembangan kognitif dengan menggunakan modul
penaakulan, menggalakkan pemindahan kemahiran kognitif ke dalam kehidupan harian,
meningkatkan penakulan murid secara lisan dan mencungkil alasan murid untuk penjelasan tidak
berlaku. Hal ini demikian kerana perbincangan dua hala antara guru dan murid sangat kurang berlaku
kerana guru lebih menekankan perbincangan antara murid dengan murid. Pemerhatian mendapati
murid lebih menumpukan perhatian terhadap cara untuk menyelesaikan tugasan yang diberi guru dan
soalan yang dikemukakan murid berkisar tentang cara untuk menyiapkan tugasan sahaja. Malah guru
juga sangat menekankan untuk murid mengingat semula maklumat yang murid peroleh melaui video
yang ditonton. Oleh itu proses perbincangan hanya sekadar memenuhi pemahaman dan
pengetahuan terhadap bahan ransangan.

10. MODELS REASONING STRATEGIES Yes No Unsure
/
MODUL STRATEGI PENAAKULAN /
Teacher uses ―if / then‖ language. /
Guru menggunakan frasa “jika / oleh itu”
Teacher poses ―what if‖ or ―suppose that‖ questions.
Guru bertanya tentang soalan “ "bagaimana jika" atau "sekiranya " .

Teacher uses clear examples to facilitate logical thought.

Guru menggunakan contoh yang jelas bagi memudahkan pemikiran logik.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

468

11. ENCOURAGES TRANSFER OF COGNITIVE SKILLS TO EVERYDAY

LIFE PEMINDAHAN KEMAHIRAN KOGNITIF KE DALAM Yes No Unsure
MENGGALAKKAN Unsure

KEHIDUPAN HARIAN Unsure

Teacher encourages transfer of cognitive skills at the end of the lesson e.g, /
―This will help you in your everyday life in this way….‖

Guru menggalakkan pemindahan pemikiran kognitif pada akhir pembelajaran

dengan komen

12. ELICITS VERBALIZATION OF STUDENT REASONING Yes No
/
MENINGKATKAN PENAAKULAN MURID SECARA LISAN
Teacher poses questions at different levels of Bloom‘s Taxonomy.

Guru mengemukakan soalan pada tahap Taksonoi Bloom yang berbeza.

Teacher allows at least ten seconds wait time for student to answer before

restating or redirecting the question. /
Guru menunggu sekurang-kurangnya sepuluh saat untuk jawapan murid

sebelum menyatakan semula atau mengubah hala soalan.

Teacher asks students to clarify and justify their responses. /
Guru meminta murid untuk menjelaskan dan mewajarkan jawapan mereka. /
Teacher probes ―I don‘t know‖ responses.
Guru mengacah jawapan "Saya tidak tahu"

Teacher reinforces students to respond open-ended questions. /
Guru bertegas dalam memastikan murid menjawab soalan terbuka

13. PROBES STUDENT REASONING FOR CLARIFICATION Yes No
Mencungkil alasan murid untuk penjelasan

Teacher asks questions to elicit reasoning by students. /
Guru bertanya soalan bagi mencungkil penaakulan murid

Teacher requires students to expand on answers. /
Guru menggalakkan murid untuk mengembangkan jawapan

Teacher cues students for most logical answers. /
Guru memberi pembayang kepada murid untuk jawapan yang tepat.

PERBINCANGAN
Keseluruhan dapatan mendapati bahawa semua persoalan kajian dapat dijawab dengan baik iaitu :
i. Penggunaan pendekatan pembelajaran flipped dapat menggalakkan kemahiran komunikasi
murid.
ii. Penggunaan pendekatan pembelajaran flipped dapat menggalakkan kerjasama antara murid
dalam kumpulan
iii. Penggunaan pembelajaran flipped dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pembelajaran flipped ini berjaya membantu guru untuk menjimatkan masa untuk
menayangkan video di dalam kelas dan terpaksa menggunakan peralatan ICT seperti LCD dan
computer di dalam kelas dan tiada lagi masalah gangguan untuk menayangkan video kerana
ketiadaan talian internet. Dengan pembelajaran flipped masa untuk tayangan video boleh dilakukan di
rumah dan murid boleh menontonnya pada bila-bila masa dan dimana jua dan boleh ditonton secara
berulang-ulang. Namun, apabila pembelajaran flipped ini dijalankan di kelas yang lemah dan motivasi
murid kurang maka guru perlu mengingatkan selalu murid untuk menonton bahan tersebut dan perlu
menyediakan rangka nota supaya murid mencatat bahan yang ditonton dengan baik dan tersusun.

Pembelajaran yang dijalankan jelas berpusatkan murid kerana kajian peranan guru hanya
menjadi fasilitator semasa murid menjalankan tugasan. Tugasan juga dibuat secara hands-on dan
guru memerhati hasil kerja murid dan mambuat maklum balas yang sepatutnya. Murid juga dapat
dibimbing untuk memberi maklum balas tugasan rakan lain dengan cara yang betul. Murid juga
berpeluang bertanya dan meneroka sendiri isi pelajaran dan membuat pengayaan.

Pendekatan ini juga berjaya menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkerja dalam
kumpulan (koperatif) dan pembalajaran berjaya menggalakkan murid aktif di dalam kelas.Oleh itu,
pendekatan ini seharusnya digunakan oleh guru untuk melahirkan murid yang berkualiti tinggi.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

469
RUJUKAN
"https://www.knewton.com/infographics/flipped-classroom/"><img
7 Things You Should Know About Flipped Classrooms, Published: Tuesday, February 7, 2012

Sources(s): EDUCAUSE Learning Initiative (ELI)Collection(s): ELI 7 Things You Should Know
Aaron Sams, Jon Bergmann, Kristin Daniels, Brian Bennett, Helaine W. Marshall, Ph.D., and Kari M.

Arfstrom, Ph.D, (2014) The Four Pillars of F-L-I-PTM. The Four Pillars of F-L-I-PTM and the
definition were written by the FLN‘s www.flippedlearning.org/definition
Chew Fong Peng dan Shashipriya Nadaraja, 2014 : Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas di Sekolah Menengah : Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, Fakulti Pendidkan, UKM.
Masyuniza Yunos , 2015, Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa
Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21
, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay
Language Education Journal – MyLEJ).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Schell, 2015 (Director of OnRamps and Strategic Initiatives at the Center for Teaching and Learning
at The University of Texas at Austin)

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018










































Click to View FlipBook Version