The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:55:14

Prosiding SEDAR'18

Prosiding SEDAR'18

Keywords: PERANAN SISC+,SISC+,COACH,PLC,PEMBUDAYAAN PLC

141

Obeidy, Arshad, dan Parhizkar (2013). Justeru, sistem perkomputeran, telefon pintar dan kemudahan
internet menjadi pemangkin penting dalam pelaksanaan m-learning.

Antara keunikan m-learning adalah proses P&P boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa. Siraj (2005), menyatakan bahawa m-learning adalah penggunaan peranti tanpa
wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Maka
proses pembelajaran bukan terhad dalam bilik kuliah sahaja, tetapi ia lebih bercorak “just-in-time,
just-in-case, on-the-move and on-demand” (Neyema, Ochoa, Pion & Franco, 2012; dan Traxler,
2007). Kukulska-Hulme et al. (2005) menyatakan bahawa m-learning menekankan kepada
keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal. Sementara
melalui kajian yang telah dijalankan oleh Issham, Gunasegaran, Koh dan Idrus (2010), mendapati
bahawa dengan m-learning, pelajar boleh memperolehi maklumat yang diperlukan dengan mudah
dan pada bila-bila masa sahaja. Selain daripada itu, m-learning juga dapat mendedahkan pelajar
kepada proses pembelajaran kendiri (self-directed learning) (Brink, 2011).

Memandangkan kaedah m-learning adalah sesuatu yang baru, bagaimanakah penerimaan
pelajar terhadap pembelajaran melalui m-learning itu? Di POLIMAS, pengenalan kepada e-learning
melalui Portal CIDOS telah pun berlaku dalam beberapa tahun lalu, tetapi pengenalan kepada m-
learning masih di peringkat awal. Oleh itu, aspek kesedaran, kesediaan dan penerimaan pelajar
amat penting ke arah mempromosikan pembelajaran dan sistem pendidikan siber ini secara meluas.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan:

a) Mengkaji kesedaran pelajar terhadap penggunaan m-learning untuk tujuan pembelajaran.
b) Menilai tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan m-learning untuk tujuan pembelajaran.
c) Menganalisis tahap penerimaan pelajar terhadap m-learning untuk tujuan pembelajaran; dan
d) Mengemukakan cadangan dan saranan kepada pihak pengurusan POLIMAS ke arah

meningkatkan kebolehcapaian dan penambahbaikan m-learning bagi keselesaan pelajar pada
masa hadapan.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan berkaitan pembelajaran berasaskan m-learning adalah seperti berikut:
a) Sejauh manakah tahap kesedaran pelajar terhadap terhadap penggunaan m-learning untuk

tujuan pembelajaran?
b) Bersediakah pelajar menggunakan kaedah m-learning untuk tujuan pembelajaran?
c) Sejauh manakah tahap penerimaan pelajar terhadap m-learning untuk tujuan pembelajaran?

METODOLOGI
Proses dan prosedur dalam menjalankan kajian ini melibatkan pengumpulan data primer dan
sekunder. Data primer diperolehi melalui kajian tinjuan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
utama kajian ini. Manakala data sekunder diperolehi melalui penelitian bahan bercetak dan
elektronik. Bahan-bahan bercetak meliputi buku, artikel jurnal, akhbar dan laporan penyelidikan.
Manakala bahan-bahan elektronik diperolehi melalui internet meliputi laman web, akhbar online dan
jurnal online.

Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kombinasi pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif
melibatkan analisis kandungan (content analysis) terhadap data-data sekunder berkaitan aspek
konsepsual, teoritikal dan ulasan karya bagi menyokong data primer yang dianalisis. Pendekatan
kuantitatif melibatkan analisis data primer yang diperolehi melalui soal selidik menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0 yang dipersembah dalam bentuk
kekerapan, peratus dan min.

Persampelan
Kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini. Persampelan jenis
bukan kebarangkalian ini tidak bersifat rawak kerana semua berpeluang dipilih sebagai sampel
kajian. Persampelan jenis ini lebih mudah digunakan, pantas dan kos yang rendah untuk membuat
penilaian (Hair, Honey, Samouel & Page, 2007: 182). Jadi, kajian ini hanya melibatkan 120 orang
pelajar semester 2 dari Jabatan Perdagangan, POLIMAS bagi sesi pengajian Jun 2018. Mereka
terdiri daripada pelajar Diploma Akauntansi dan Diploma Pemasaran. Populasi dipilih dari pelajar

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

142

semester 2 kerana mereka telah didedahkan dengan penggunaan e-learning selama satu semester
dan masih teruja meneroka kaedah pembelajaran baru seperti m-learning.

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada
lima bahagian iaitu:
i. Bahagian A: Profil Demografi
ii. Bahagian B: Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap m-learning bagi Tujuan Pembelajaran
iii. Bahagian C: Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap m-learning bagi Tujuan Pembelajaran
iv. Bahagian D: Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap m-learning bagi Tujuan Pembelajaran
v. Bahagian E: Cadangan Penambahbaikan
Soal selidik terdiri daripada 30 item di mana 28 item dinilai menggunakan skala Likert empat mata
seperti dalam Jadual 1 di bawah dan 2 item lagi adalah pilihan jawapan.

Jadual 1
Skala Likert Empat Mata

Penilaian Skor

Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Setuju 3
Sangat Setuju 4

Prosedur Kajian

Kajian ini melibatkan semua pelajar semester 2 seramai 120 orang di Jabatan Perdagangan,

POLIMAS yang mendaftar dan aktif dalam sesi pengajian Jun 2018. Bagi menyokong penggunaan
m-learning, maka soal selidik ini diedarkan secara atas talian (online) menggunakan aplikasi Google

Form. Link URL kepada Google Form tersebut dikongsi di dalam kumpulan WhatsApp pelajar

berkenaan dan dipantau menggunakan senarai daftar dari Sistem Pendaftaran Maklumat Pelajar

(SPMP). Pelajar akan menjawab soal selidik tersebut menggunakan peranti mudah alih mereka.
Keberkesanan penggunaan kajian atas talian ini disokong oleh kajian Scholl et. al (2002) yang
mengatakan bahawa “when most of a society has internet access and savvy, the basic drawback for
the use of online survey research – the lack of representativeness – disappears. The internet will then
be an even more valued tool to obtain information from respondents living in different parts of a
country or around the world, simply and at a low cost”.

DAPATAN KAJIAN
Untuk memudahkan penganalisaan data, dapatan kajian yang menggunakan skor min akan
diinterpretasikan berdasarkan skala Likert empat mata yang diadaptasi daripada Riduwan (2012)
seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Min

1.00 – 1.50 Kurang kaitan
1.51 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50
3.51 – 4.00 Sederhana
Tinggi

Analisis dapatan kajian seperti dalam Jadual 3 di bawah menunjukkan profil demografi
responden dari segi komposisi bangsa dan agama. Daripada 120 orang responden, sebanyak 80.8
peratus (%) adalah berbangsa Melayu, diikuti India (14.2%), Siam (3.3%) dan Cina (1.7%). Manakala
dari segi agama, sebanyak 80.8% beragama Islam dan diikuti 13.3% beragama Hindu, 5.0% Buddha
dan 0.8% Bahai.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

143

Jadual 3
Profil Responden: Kaum dan Agama

Bangsa Kekerapan Peratus

Melayu 97 80.8
Cina 2 1.7
India
Siam 17 14.2
4 3.3
Agama
Islam Kekerapan Peratus
Buddha 97 80.8
Hindu 6 5.0
Bahai 16 13.3
1 0.8

Seterusnya dalam Jadual 4 pula menunjukkan pembahagian responden berdasar program
pengajian dan kelas. Daripada 120 responden, sebanyak 69.2% adalah pelajar Diploma Pemasaran
dan 30.8% Diploma Akauntansi. Pelajar Diploma Pemasaran terdiri daripada kelas DPR2A, DPR2B
dan DPR2C, manakala pelajar Diploma Akauntansi terdiri daripada kelas DAT2A dan DAT2B.

Jadual 4
Program Pengajian dan Pembahagian Kelas Responden

Program Pengajian Kelas Kekerapan JUMLAH Peratus JUMLAH
Diploma Pemasaran DPR2A 30 83 25.0 69.2%
DPR2B 32 26.7
Diploma Akauntansi DPR2C 21 37 17.5 30.8%
DAT2A 18 15.0
DAT2B 19 15.8

Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Penggunaan M-Learning untuk Tujuan Pembelajaran
Analisis berkaitan kesedaran pelajar POLIMAS terhadap pembelajaran berasaskan m-learning seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah memberi gambaran penerimaan mereka terhadap sistem
baharu dalam proses P&P itu.

Jadual 5
Taburan Min Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap M-Learning

Bil. Item Min
3.09
1. M-learning adalah gaya pembelajaran selaras keperluan RI 4.0. 3.09
2. Banyak bahan pembelajaran dapat diakses melalui m-learning. 3.09
3. M-learning membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja. 3.04
4. M-learning adalah salah satu kemudahan pembelajaran e-learning.
5. M-learning dapat mempercepatkan pemahaman kerana boleh didengar dan 3.02

dilihat secara berulangkali. 2.99
6. M-learning menjadikan sesi pembelajaran menarik dan menyeronokan. 2.99
7. M-learning memudahkan ulangkaji dalam bentuk audio visual dan interaktif. 2.99
8. M-learning mampu merangsang minat untuk mengulangkaji. 2.95
9. M-learning dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. 2.82
10. Pelajar pernah menggunakan m-learning. 3.01

MIN KESELURUHAN

Analisis menunjukkan bahawa kesedaran pelajar Jabatan Perdagangan, POLIMAS terhadap
m-learning berada dalam lingkungan min tertinggi 3.09 dan nilai min terendah 2.82. Berdasarkan nilai
min keseluruhan 3.01, boleh disimpulkan bahawa tahap kesedaran pelajar Jabatan Perdagangan,
POLIMAS berada pada tahap yang sederhana.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

144

Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan M-Learning untuk Tujuan Pembelajaran
Dapatan kajian untuk menguji tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan m-learning untuk tujuan
pembelajaran ditunjukkan dalam Jadual 6 seperti di bawah.

Jadual 6
Taburan Min Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap M-Learning

Bil. Item Min
2.99
1. Tiada masalah techno phobia atau techo stress menggunakan ICT. 2.96
2. Sedia menggunakan m-learning bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
3. Sedia menjawab soalan penilaian berterusan menggunakan telefon pintar 2.94

atau komputer tablet. 2.92
4. Sedia menggunakan m-learning bagi semua kursus. 2.88
5. Sedia mengikuti sebarang kursus penggunaan m-learning. 2.78
6. Sedia naik taraf telefon/laptop/tablet supaya m-learning berjalan lancar. 2.75
7. Sedia melakukan pembelajaran kendiri tanpa kehadiran pensyarah. 2.52
8. Tidak menghadapi masalah capaian internet di mana-mana sahaja. 2.84

MIN KESELURUHAN

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa tahap kesediaan pelajar Jabatan Perdagangan,
POLIMAS terhadap m-learning untuk tujuan pembelajaran berada di antara nilai min tertinggi 2.99
hingga nilai min terendah 2.52. Berdasarkan min keseluruhan dengan nilai 2.84, secara
keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa kesediaan pelajar berkaitan penggunaan m-learning adalah
sederhana.

Sementara Jadual 7 di bawah pula menunjukkan peralatan yang dimiliki oleh responden yang
membolehkan mereka menggunakan m-learning dalam sesi pembelajaran. Pada asasnya pelajar
Jabatan Perdagangan, POLIMAS sebenarnya sudah memiliki asas dan persediaan untuk
menggunakan m-learning berdasarkan kepada peralatan atau gajet yang mereka miliki seperti
ditunjukkan dalam Jadual 7 di bawah.

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memiliki lebih daripada satu peralatan ICT.
Misalnya 91.7% responden memiliki telefon pintar dan 7.5% responden sahaja memiliki hanya
sebuah komputer riba bagi memudahkan mereka mengakses m-learning. Sementara itu, seramai
52.5% responden memiliki dua buah peralatan. Manakala, hanya 3.3% responden memiliki tiga buah
peralatan iaitu telefon pintar, komputer riba dan tablet bagi mengikuti pembelajaran berasaskan m-
learning.

Jadual 7
Peralatan Dimiliki Responden Bagi Mengikuti M-Learning

1 Peralatan Kekerapan Peratus

Telefon pintar sahaja 44 36.7
Komputer riba sahaja 9 7.5

2 Peralatan Kekerapan Peratus
Telefon pintar & komputer riba 62 51.7
Komputer riba & tablet 1 0.8

3 Peralatan Kekerapan Peratus
Telefon pintar, komputer riba &
tablet 4 3.3
JUMLAH
120 100

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

145

Jadual 8
Akaun Media Sosial Dimiliki Responden

Facebook Kekerapan Peratus

1 akaun 98 81.7
2 hingga 3 akaun 3 2.5
4 akaun - -

Jumlah 101 84.2

Instagram Kekerapan Peratus
1 akaun 98 81.7
2 hingga 3 akaun 3 2.5
4 akaun - -
101 84.2
Jumlah

Twitter Kekerapan Peratus
1 akaun 59 49.2
2 hingga 3 akaun 1 0.8
4 akaun - -
60 50.0
Jumlah

Whatsapp Kekerapan Peratus
1 akaun 108 90.0
2 hingga 3 akaun 5 4.2
4 akaun - -
113 94.2
Jumlah
Tumblr Kekerapan Peratus
1 akaun 8 6.7
2 hingga 3 akaun 1 0.8
4 akaun - -
Jumlah 9 7.5

Dapatan kajian seperti dalam Jadual 8 di atas memperihal akaun media sosial yang dimiliki
oleh setiap responden seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan Tumblr. Analisis
mendapati 94.2% responden memiliki akaun Whatsapp yang kini menjadi medium komunikasi utama
antara pelajar sesama pelajar dengan pensyarah, dengan 4.2% daripadanya memiliki antara 2 hingga
3 akaun. Diikuti pula dengan Facebook dan Instagram yang dimiliki oleh 84.2% responden, dengan
2.5% daripadanya memiliki antara 2 hingga 3 akaun. Walau bagaimanapun, hanya 60% responden
memiliki akaun Twitter dan 7.5% memiliki akaun Tumblr.

Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan M-Learning untuk Tujuan Pembelajaran
Dapatan kajian untuk menguji tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan m-learning untuk
tujuan pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 9 di bawah:

Jadual 9
Taburan Min Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap M-Learning

Bil. Item Min
1. Bahan pembelajaran dapat dikongsi lebih mudah. 3.10
2. Dapat mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang lebih santai. 3.07
3. Dapat atasi masalah malu bertanya di dalam kelas. 2.98
4. Berpuas hati dengan kaedah pembelajaran secara m-learning. 2.97
5. Akan menggunakan m-learning sebagai medium komunikasi antara pensyarah dan rakan
kuliah berkenaan pelajaran. 2.93
6. Rasa teruja untuk mencuba gaya pembelajaran baru seperti m-learning.
7. M-learning sangat sesuai diguna pakai untuk semua kursus. 2.93
8. M-learning memudahkan pemahaman dalam kursus diikuti. 2.93
9. Dapat teruskan sesi pembelajaran walaupun tidak dapat hadiri kuliah. 2.90
10. Rasa ketinggalan jika tidak menggunakan m-learning. 2.88
2.83
MIN KESELURUHAN 2.95

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

146

Daripada hasil kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 9, penerimaan pelajar terhadap m-
learning berada dalam lingkungan nilai min tertinggi 3.10 dan nilai min terendah 2.83. Berdasarkan
nilai min keseluruhan 2.95, boleh disimpulkan bahawa penerimaan pelajar terhadap kaedah
pembelajaran m-learning berada pada tahap yang sederhana.

PERBINCANGAN
Secara umumnya penggunaan m-learning sebagai sistem pembelajaran bagi semua kursus secara
sepenuhnya di IPT masih di peringkat awal. Atas sebab itu, pelaksanaan sistem pembelajaran itu
masih belum menyeluruh termasuk di peringkat politeknik di Malaysia. Di POLIMAS sendiri pun
pengenalan dan pelaksanaan m-learning itu masih di peringkat awal dan tidak melibatkan semua
kursus. Berdasarkan dapatan kajian di atas, ternyata responden memberi maklum balas yang positif
mengenai m-learning. Hal ini menepati apa yang dirumuskan oleh Saedah Siraj (2005) yang
menyatakan kebanyakan kajian berkaitan memberikan maklum balas positif untuk pelaksanaan
m-learning di sekolah dan IPT. Justeru, sudah sampai waktunya bentuk pembelajaran baharu ini
diterima pakai dalam tempoh terdekat seperti di Malaysia.

Dari segi kesesuaian m-learning itu dipraktikkan di Malaysia khasnya di POLIMAS, ternyata
dapatan kajian ini memberi petunjuk bahawa sistem pembelajaran baharu ini mudah diterima kerana
dewasa ini rakyat sudah terdedah dengan ICT dan penggunaan telefon pintar. Jadi, dari segi
kesedaran mengenai m-learning, Saedah Siraj (2005) menjelaskan bahawa kaedah ini begitu sesuai
bagi mereka yang belajar sambil bekerja. Dengan kata lain, pelajar boleh mengikuti sistem
pembelajaran dari luar kampus tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja. Hal ini kerana m-
learning membuka peluang pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini memudahkan para pelajar
terutama mereka yang tinggal berjauhan dari kampus untuk berulang alik, di mana mana boleh
mengikuti pembelajaran secara interaktif atau m-learning serta boleh berkomunikasi secara terus
dengan pensyarah dan rakan sekuliah seandainya ada masalah untuk mengikuti kelas biasa
(tradisional). Lagi pun, dapatan kajian ini bertepatan dengan apa yang dirumuskan oleh Saedah Siraj
(2005) bahawa m-learning dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar. Selaras dengan
itu, IPT juga dapat mengatasi kekurangan tempat untuk pelajar dan juga kekurangan dari segi
prasarana.

Dari segi kesediaan pelajar POLIMAS tentang m-learning, ternyata dapatan kajian ini telah
memberi gambaran bahawa mereka sudah bersedia menggunakannya. Hal ini dapat diukur melalui
peralatan seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet yang mereka miliki, di samping mempunyai
pelbagai akaun media sosial yang begitu aktif digunakan. Semua ini memudahkan pelajar dan
membuka peluang mereka mengikuti pembelajaran atas talian atau m-learning. Dapatan kajian
Green (2001) menunjukkan bahawa penggunaan komputer riba dan peralatan ICT lain telah
membawa perubahan memberangsangkan kepada pelajar sewaktu dalam bilik darjah (kelas) dan
pembelajaran kolaboratif serta peningkatan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Jadi, ini
bertepatan dengan dapatan kajian ini apabila peralatan yang dimiliki oleh pelajar menunjukkan telah
ada kemudahan dan bersedia mengikuti pedagogi secara m-learning itu. Di sini dapat dirumuskan
bahawa pemilikan teknologi mudah alih seperti rangkaian tanpa wayar (Wi-Fi), hotspot, telefon
mudah alih 3G (Third Generation), komputer riba, tablet dan sebagainya menjadi ‗kegilaan‘ bagi
golongan remaja dan dewasa termasuklah pelajar IPT. Di institusi pengajian tinggi, semua teknologi
itu seolah-olah dilihat sebagai keperluan bagi seseorang pelajar. Daripada membuat tugasan bagi
sesuatu kursus hinggalah kepada menilai pengajaran pensyarah, ramai yang menggunakan
komputer (Syed Ardi & Zaidatun, 2008).

Analisis dapatan kajian turut memperihal penerimaan pelajar Jabatan Perdagangan, POLIMAS
berkaitan m-learning. Penerimaan itu bermaksud selain bersedia dan memahami apa itu m-learning,
pelajar bersedia mengadaptasi orientasi pembelajaran baharu daripada tradisional kepada atas
talian. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan apa yang telah dibincangkan oleh Syed
Ardi dan Zaidatun (2008), di mana penerimaan kaedah berasaskan elektronik yang telah diterapkan
di beberapa universiti dan kolej di Malaysia telah menunjukkan kesan yang baik dalam prestasi
akademik pelajar. Menurut Syed Ardi dan Zaidatun (2008) lagi, keputusan yang positif dalam kajian-
kajian yang dilaksanakan telah membuktikan bahawa pelajar dapat menerima dan menunjukkan
minat yang tinggi untuk menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran mereka. Jadi, teknologi
m-learning boleh diterapkan untuk menambah baik teknologi yang sedia ada, di mana dapat menarik
lagi ramai pelajar untuk mengintegrasikan teknologi ini dalam proses pembelajaran seharian mereka.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

147

KESIMPULAN
Pasti ada baik dan buruknya sesuatu sistem itu. Begitu juga dengan sistem m-learning. Walau
bagaimanapun, m-learning itu masih terlalu awal untuk dibuat penilaian akan kebaikan dan
keburukannya. Namun, berpandukan kepada beberapa ulasan karya yang telah diteliti, rata-rata
penulis dan pengkaji menjelaskan bahawa m-learning banyak memberi faedah kepada pelajar dan
juga pensyarah. Disebabkan m-learning itu telah terbukti memberi kesan yang baik sama ada di luar
negara atau di Malaysia, telah ada beberapa IPT yang mengintegrasikan m-learning dalam kurikulum
pembelajaran dan perancangan pembangunan seperti penyediaan prasarana yang bersesuaian bagi
masa hadapan.

Di satu sudut, m-learning ini mampu memupuk budaya perkongsian ilmu dan maklumat dalam
kalangan pelajar dan di antara pensyarah dengan pelajar. Di sini membuktikan bahawa
pembelajaran itu boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Mereka yang tidak dapat
hadir ke kuliah masih mampu memperolehi maklumat seperti nota, menjawab kuiz atau ujian secara
atas talian. Dalam perkongsian nota misalnya, pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan
mudah alih seperti tablet, komputer riba dan telefon pintar di mana pelajar tidak perlu lagi duduk di
hadapan komputer peribadi mereka untuk memuat turun nota. Semuanya dimudahkan dengan
penggunaan internet yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang
dilanggani (Syed Ardi & Zaidatun, 2008).

Penggunaan m-learning itu sebenarnya suatu proses ke arah pembelajaran kendiri, bersifat
anjal dan berbentuk interaktif. Apabila strategi pembelajaran itu dapat dibangunkan secara
komprehensif termasuklah meningkatkan keupayaan dan kelajuan internet, proses m-learning bakal
menjadi pilihan utama kaedah pembelajaran baharu berinovasi, kreatif dan sentiasa mengujakan.
Mengulas keupayaan ICT dalam pendidikan, Kenning (2007) menyifatkan proses P&P akan menjadi
lebih menarik, memotivasikan dan cukup bermakna.

Justeru, penggunaan m-learning itu perlu dipromosi dan didedahkan secara meluas kepada
pelajar khususnya oleh para pensyarah dan pihak organisasi itu sendiri, khususnya POLIMAS agar
pelajar lebih memahami dan berkemahiran menggunakan m-learning sebagai medium pembelajaran
mereka selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

RUJUKAN
Brink, J. (February 2011). M-Learning: The Future of Training Technology. TD Magazine. Diakses

dari https://www.td.org/magazines/td-magazine/m-learning-the-future-of-training-technology.
(31 Julai 2018).
Chowdhury, S.A., Obeidy, W.K, Arshad, H. & Parhizkar, B. (2013). A Mobile Augmented Reality and
Multimedia Application for Mobile Learning. International Journal of Digital Content
Technology and its Application (JDCTA), Vol. 7(13): 25-32.
Green, M. (2001). The Wireless Revolution: Latrobe Junior High Project. Washington DC: National
Education Association. Diakses dari http://www.nea.org/neatoday/0I03/cover.html. (12 Ogos
2018).
Hair Jr., J.F., Money, A.H., Samouel, P. & Page, M. (2007). Research Methods for Business. West
Sussex, England: John Wiley & Sons, Ltd.
Isham Shah. H, Mohd Arif. I & Ramlee. M (2011), Teknologi Mobil Dalam Pembelajaran Modul Seni
Reka Di Politeknik Port Dickson, In ‗Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam
Pendidikan Dan Latihan Teknik dan Vokasional‘ (CIE-TVT2011), 16 – 17 November 2011,
Penang, pp 506 – 511.
Irwan, M., I. and M.N. Norazah. (2011). Kesediaan Pelajar Politeknik Terhadap Pembelajaran Mobil.
In:Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik
dan Vokasional‘ (CIE-TVT2011). Penang: 506 – 511.
Issham Ismail., Gunasegaran, T., Koh, P.P & Rozhan M. Idrus. (2010). Satisfaction of Distance
Learners towards Mobile Learning in the Universiti Sains Malaysia. Malaysian Journal of
Educational Technology, Vol. 10(2): 47-54.
Kenning, M. (2007). ICT and Language Learning: From Print to the Mobile Phone. London: Palgrave
Macmillan UK.
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook for Educators and Trainers.
London, UK : Routledge
Neyema, A., Ochoa, S.F., Pino, J.A. & Franco, R.D. (2012). A Reusable Structural Design for Mobile
Collaborative Applications. The Journal of Systems and Software, Vol. 85(3): 511-524.
Riduwan (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

148
Scholl, N., Mulders, S. and Drent, R. (2002), ―Online qualitative market research: interviewing the

world at a fingertip‖, Qualitative Market Research, Vol. 5(3): 210-23.
Saedah Siraj. (2005). M-Learning Dalam Pembangunan Sekolah Berteknologi Di Malaysia: Prospek

Pelaksanaan. Prosiding Seminar Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Syed Ardi Syed Yahya Kamal & Zaidatun Tasir. (2008) Pembelajaran Masa Depan: Mobile Learning

(M-Learning) Di Malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008 (25-27
November 2008). Universiti Teknologi Malaysia.
Traxler, J. (2007). Defining, Discussing and Evaluating Mobile Learning: The Moving Writes and
Having Writ. International Review of Research in Open and Distance Learning, Vol. 8(2):
1492-3831.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

149

Keberkesanan Penilaian Kemahiran Dan Penguasaan Bahasa Pada Peringkat
Pengajian Tinggi

1DiDi Ng Guat Ding, 2Siti Noraini Jupri
1,2Universiti Sains Malaysia

[email protected]; [email protected]

Abstrak
Penilaian membincangkan komponen pengukuran hasil pengajaran dan
pembelajaran (P&P), iaitu sejauh mana penyampaian pengetahuan dalam
proses pengajaran, dan sejauh mana pelajar mampu mengapkasikan
pengetahuan tersebut untuk mencapai sasaran hasil pembelajaran. Kellough
and Kellough (1999, p.417) menyatakan bahawa keberkesanan penilaian
menunjukkan keberkesanan program yang dirancangkan untuk P&P.
Penilaian juga mempamerkan kesan sebenar P&P terhadap rancangan
strategik P&P. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan
maklumbalas dan refleksi tentang hasil P&P dan kurikulum program, khasnya
dalam konteks pendidikan tinggi. Pernyataan soalan kajian ini ialah: (i)
Apakah panduan penilaian yang menggalakkan keberkesanan P&P? (ii)
Apakah jenis pengukur yang berkesan dan boleh dipercayai untuk mengukur
hasil P&P yang diharapkan, dan (iii) Bagaimana penilaian dan penggredan
menentukan piawaian akademik. Analisis dokumentasi bagi dua bahasa iaitu
bahasa Jepun dan bahasa Melayu dikenal pasti. Kaedah dan kriteria penilaian
diperoleh dan dikategorikan kepada penilaian formatif dan summatif. Data
dianalisis dan perbandingan dibuat dengan merujuk pembelajaran Taksonomi
atau "Jadual Spesifikasi Ujian" (JSU). Diharapkan kajian ini dapat membantu
mengesan sibilus, objektif kursus, penilaian yang berkesan, dan menyatukan
hasil P&P. Diharapkan kajian ini dapat membuktikan bahawa "Penilaian yang
berkesan berfungsi sebagai satu strategi untuk memahami, mengesahkan
dan meningkatkan P&P pada peringkat pengajian tinggi" seperti yang
termaktub dalam Suruhanjaya Pengajian Tinggi, Buku Panduan Akreditasi,
Edisi Ketiga, 2007). Pada masa yang sama, diharapkan juga kajian ini dapat
membantu menyediakan pelajar dalam pasaran kerja, sejajar dengan inisiatif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi
Malaysia) - ―2u2i‖.

Kata kunci: penilaian, keberkesanan, bahasa asing, formatif, summatif

PENGENALAN
Kellough dan Kellough (1999, p.417) menyatakan bahawa PENILAIAN ialah perihal yang berkaitan
dengan seberapa baik seseorang guru mengajar, dan seberapa baik pelajarnya dapat mengaplikasi
sesuatu yang telah dipelajari.Penilaian yang berkesan pula menunjukkan keberkesanan program
yang dirancang.Diharapkan usaha penilaiandapat membandingkan kesan sebenar terhadap
rancangan strategik dan membantu dalam perancangan penambahbaikan.

Berdasarkan kamus ―OXFORD Advanced Learner‘s‖ (2012), definisi PENILAIAN ialah ukuran
atau pertimbangan tentang seseorang atau sesuatu yang telah berlaku selepas pemeriksaan yang
teliti.Perbuatan menilai ialah membuat pengukuran sasaranterhadapsesuatu perkara yang telah
berlaku atau perkara tersebut telah mencapai tujuan yang sebenar.Dalam konteks Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P), penilaian dibuat untuk melihat pencapaian tujuan kerana keberkesanan
penilaian disimpulkan sebagai pengukuran sasaran pengajaran dan pencapaian hasil
pembelajaran.Sasaran dan hasil P&P yang telah dilakukan harus menunjukkan sekurangan-
kurangannya hasil pembelajaran setimpal ataupun melebihi tujuan pengajaran. Dengan perkataan
lain, penilaian dilakukan untuk melihat keuntungan (hasil pembelajaran) lebih daripada pelaburan
(sasaran pengajaran).

TUJUAN
Kajian ini bertujuan memperoleh maklumbalas dan refleksi tentang hasil P&P dan kurikulum program,
khasnya dalam konteks pendidikan tinggi. Pernyataan soalan kajian ini ialah: (i) Apakah panduan

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

150

penilaian yang menggalakkan keberkesanan P&P? (ii) Apakah jenis pengukur yang berkesan dan
boleh dipercayai untuk mengukur hasil P&P yang diharapkan, dan (iii) Bagaimana penilaian dan
penggredan menentukan piawaian akademik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mendapatkan
maklumat tentang jenis penilaian program / hasil kursus yang dimaksudkan; iaitu (i) Apa: pemilihan
penilaian tradisional / (alternatif)(ii) Bagaimana: pemilihan metodologi tradisional / konvensional(iii)
Kenapa: sebab-sebab pemilihan tersebut dilakukan.

METODOLOGI
Dokumensi bagi dua sampel kursus pada peringkat pengajian tinggi dikenalpasti. Kursus-kursus
bahasa ini ialah (i)Bahasa Malaysia yang ditawarkan sebagai kursus universiti dan diwajibkan lulus
dengan sekurang-kurangnya gred C, (2 unit kursus universiti)untuk pengijazahan.Pelajar
antarabangsa wajib lulus peringkat 100,200,300 dan pelajar tempatan wajib lulus peringkat 400 untuk
pengijazahan. Purata bilangan pelajar lebih kurang 3000 orang pada satu semester. P&P
100,200,300 mengambil masa 4 jam dan 400 ialah 2 jam seminggu dan berlangsung selama 15
minggu pada satu semester. (ii) Bahasa Jepun (opsyen / minor) pula adalah di bawah program
bahasa asing yang terdiri daripada kursus opsyen dan kursus minor. P&P mengambil masa 4 jam
(opsyen), 6 jam (minor) seminggu dan berlangsung selama 15 minggu pada satu semester. Kursus
ini ditawarkan sebagai bahasa ketiga dan menjadi pilihan pelajar untuk menguasai kemahiran global.
Gred kelulusan ialah sekurang-kurangnya gred D, (2 unit opsyen) dan gred D (4 unit minor). Bagi
kursus minor, pelajar perlu mengumpul sekurang-kurangnya 16-20 unit untuk pengijazahan. Pada
keseluruhannya purata bilangan pelajar lebih kurang 350 orang pada satusemester.

Jadual 1
Ringkasan kursus (P&P - 15 minggu / semester)

Kursus Bahasa Melayu (universiti) Bahasa Jepun (minor) Bahasa Jepun (opsyen)
Jenis
Jam P&P / minggu 100,200,300 (4 jam) 400 4 6
(2 jam)
Unit 2 2 4
Kursus opsyen minor
universiti

Peringkat (rendah<- 100, 200, 300, 400 100, 200, 300, 400 100, 200, 300, 400,
>tinggi)
401 (bahasa Perniagaan)

Dokumentasi kajian ini terdiri dari dua jenis penilaian iaitu kerja kursus (formatif) dan kertas
peperiksaan akhir semester (sumatif) tahun 2014-2018 (4 tahun). Data kedua-dua jenis dan cara /
kriteria penilaian dikumpulkan dan direkodkan dalam bentuk jadual. Data yang diperoleh
kemudiannya dikategorikan mengikut penilaian formatif dan sumatif. Data dokumentasi ini dianalisis
dan perbandingan dibuat dengan merujuk pembelajaran Taksonomi atau "Jadual Spesifikasi Ujian"
(JSU).

DATA DAN ANALISIS
Kaedah analisis dokumentasi (Bowen, 2009) yang diubah suai telah digunakan. Kaedah ini
merangkumipembacaan dan penelitiankandungan dokumen. Perolehan data kemudiannya
direkodkan dalam bentuk jadual. Data yang diteliti sering dikaitkan dengan soalan mengenai
dokumen seperti (i) Apa/ jenis data? (ii) Siapa yang menghasilkan data? (ii) Mengapa data
dihasilkan? (iii) Bila data terhasil? dan sebagainya. Penemuan data disusuli pula dengan penerokaan
objektif, sasaran dan hasil P&P.Penyelidik menilai kandungan dokumen dan data yang relevan
dicatatkan. Maklumat data kemudiannya dikaitkan dengan pernyataan soalan-soalan
kajian.Memperoleh dan menganalisis dokumen dilakukan dari semasa ke semasa, dibaca dan dikaji
beberapa kali. Data yang dikumpulkan adalah seperti yang berikut:

DATA: KURSUS BAHASA MELAYU
Data dikumpulkan berdasarkan dokumenkertas ujian / peperiksaan yang disediakan oleh guru.

Mod dan Kriteria: (1) Penilaian Sumatif: Bahasa Melayu (unit universiti untuk pengijazahan)

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

151

Jadual 2
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peringkat 100 bahasaMelayu- Peperiksaan 2 jam

No Butir-butir Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bilangan Markah
penilaian √ √ √ √ √ √ Soalan 10
√ √ √ √ √ 10
I Isi tempat √ √ √ √ √ √
kosong √ √ √ √ √ 5 10
dengan kata √ √ √ √ √ 10 10
sendi nama
yang sesuai √ √ √ √ √ 20 10
√ √ √ √ √ 10 10
Petikan √ √ √ √ √
kefahaman
√ √ √ √ √
II Tulis √
√ √ √ √ √
penjodoh
JUMLAH
bilangan

yang sesuai

Kenal pasti √

objek yang

diberikan

III Susun √

semula

perkataan

supaya

menjadi ayat

yang

lengkap

Isi tempat √ 10 10
10 10
kosong 10 10
10 10
dengan kata 1 10
96 100
adjektif yang

sesuai.

IV Bina ayat √

berdasakan

perkataan

yang

diberikan.

Isi tempat √

kosong

dengan kata

arah yang

sesuai.

V Tukarkan √

ayat

penyata

tersebut

menjadi ayat

nafi. √
Tulis satu

karangan

pendek

berdasarkan

tajuk yang

diberikan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

152

Jadual 3
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peringkat 200 bahasa Melayu - Peperiksaan 2 jam

No. Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bilangan Markah
Soalan 20
Bahagian A Karangan √ √√√√√ 20
Soalan I √ √√√√√ 1

Soalan II 1

Bahagian B Kefahaman √ √ √ √ √ √ 55
Soalan I √
√ √ √√ 10 10
Soalan II √

Soalan III Tatabahasa √ √√ √ 10 5
Bahagian C √√ √ 10 10
Soalan I Kata Kerja √
Tak Transitif √√√√ 10 10
Soalan II Kata Kerja √ √√ 10 10
Terbitan dan
Soalan III Kata Nama

Terbitan
Kata Adjektif

Soalan IV Kata Nama √ √√ √ 10 10
100
JUMLAH 67

Jadual 4
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peringkat 300 bahasa Melayu - Peperiksaan 2 jam

Soalan Bentuk Soalan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bilangan Markah
Soalan

I Karangan √ √ √ √ √ √ 4 40

II Kefahaman √ √ √ √ √ √ 6 20

III Isi tempat kosong √ √√ √ 10 10
dengan kata √ √√ √ 10 10
hubung yang
sesuai. √ √√ √ 10 10
√ √√ √ 66
IV a. Isi tempat √ √√
kosong dengan √ 44
kata bantu yang
sesuaib.
lengkapkan ayat
yang diberikan
dengan kata
pemeri yang
sesuai.

V Imbuhi perkataan
di dalam kurungan.

VI Garisi jawapan
yang betul bagi
ayat-ayat yang
diberikan.

VII Buat ayat bagi
setiap gambar
yang diberikan
mengikut urutan.

JUMLAH 50 100

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

153

Jadual 5
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peringkat 400 bahasa Melayu - Peperiksaan 2 jam

Soalan Jenis Soalan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bilangan Markah
I √ √ √ √ √ √ Soalan 70
II Karangan √ √ √ √ √ √
5
Membetulkan JUMLAH
Ayat 10 30

15 100

DATA: KURSUS BAHASA JEPUN

Data dikumpulkan berdasarkan dokumenkertas ujian / peperiksaan yang disediakan oleh guru. Pada
masa yang sama, penyelidik merujuk dan membuat perbandingan dengan menggunakan dokumen
―The Japanese Language Proficiency Test (JLPT)‖oleh The Japan Foundation (JF) and Japan
Educational Services and Exchanges (JEES).Data dianalisis dan sekali lagi perbandingan dibuat
dengan merujuk pembelajaran Taksonomi dan "Jadual Spesifikasi Ujian" (JSU).

Mod and Kriteria:(2) Penilaian Formatif dan Sumatif: Bahasa Jepun (unit opsyen / minor)

Jadual 6
Jadual Penilaian Formatif: Bahasa Jepun (opsyen) Kerja kursus (40%) sepanjang semester

Peringkat 100 200 300 400
Mod / Kriteria
Mendengar (Ujian) 10 10 10 10
10 10 10 10
Lisan 10 10 (Esei) 10 (Esei) 10
(Penyampaian/Persembahan) 10 10 10 10
Penulisan (Projek)

Bacaan (Lisan / Ujian)

Jadual 7
Penilaian Formatif: Bahasa Jepun (Minor) Kerja kursus (40%) sepanjang semester

Peringkat 100 200 300 400
10 10 10 10
Mod / Kriteria 10 10 10 10
Mendengar (Ujian) 10 10
10 10 (Esei) 10 (Esei) 10
Lisan 10 10
(Penyampaian/Persembahan)
Penulisan (Projek)

Bacaan (Lisan / Ujian)

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

154

Penilaian Sumatif: Peperiksaan Akhir Semester (60%)

Jadual 8
Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) Peperiksaan Akhir Semester (100,200,300,400) Bahasa Jepun
(opsyen) 2 jam

Bahagian SOALAN Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
Soalan I PERBENDAHARAAN KATA   
KANJI  
(10 1) Baca ayat dan pilih     
markah) sebutan bagi perkataan Kanji     
dalam tulisan Hiragana  
Soalan II    
(40 2) Baca ayat dan pilih    
perkataan Kanji untuk   
markah) sebutan Hiragana.   
  
Soalan III TATABAHASA
(20 1) Isi partikel dan tukarkan
kata kerja kepada bentuk
markah) yang sesuai.
Soalan 2) Isi tempat kosong dengan
menggunakan perkataan-
IV perkataan yang diberi.
(30 KEFAHAMAN
markah) Baca petikan dan jawab
soalan.
PENULISAN
1) Lengkapkan ayat menjadi
perbualan yang lengkap.
2) Tulis berdasarkan tema.

3) Tulis berdasarkan tema
dan bentuk ayat.

Jadual 9
Jadual Spesifikasi Ujian Peperiksaan Akhir Semester (100,200,300,400) Bahasa Jepun (minor) 3 jam

Bahagian Soalan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
 
Soalan I I. Perbendaharaan kata –  
(20 Hiragana & Katakana (10%)  
II. Perbendaharaan kata –  
markah) perkataan berlawan / sama erti  
(10%)  
III. Isi tempat kosong  
 
I. Partikel (10%) 

Soalan II II. Membina ayat berdasarkan   
(40 jawapan yang diberikan. (10%)  

markah) III. Membina ayat berdasarkan 
kata-kata kunci yang diberikan. 
Soalan III (15%) 
(20  
IV. Menukarkan bentuk bahasa 
markah) standard ke bentuk bahasa
biasa. (5%)
Soalan IV I. Penulisan – Menulis laporan
(20 berdasarkan jadual (informasi)
yang diberikan. ATAU Menulis
markah) esei berdasarkan situasi atau
tajuk yang diberikan. ATAU
menulis skrip perbualan
berdasarkan situasai yang
diberikan.
(10%)

II. Menulis email atau FB atau
Blog berdasarkan situasi yang
diberikan. (10%)

Terjemahan: Inggeris <-> Jepun
Ayat-ayat dan skrip perbualan
(20%)

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

155

Jadual 10
Jadual Spesifikasi Ujian Peperiksaan Akhir Semester (401) Bahasa Jepun Perniagaan
(opsyen/minor) 3 jam

Bil Soalan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
  
Soalan I I. Perbenhadaraan kata - Kanji-     
(20 >Hiragana , Hiragana-Kanji(10%)    
 
markah) II. Perkataan sama erti dan yang    
berlawan erti (10%)  
Soalan III. Perbendaharaabn kata yang    
II(30 sering digunakan dalam    
perniagaan dan tempat kerja   
markah) (10%)   
  
Soalan Nahu / tatabahasa termasuk
III(25 penggunaan bahasa formal,
markah) sopan dan kata rendah diri dalam
kontek tempat kerja (30%)
Soalan
IV(25 I. Kefahaman menikut situasi
markah) (10%)
Atau petikan kefahaman
sederhana / panjang

II. MCQ (5%)

III. Melengkapkan ayat dan
perbualan yang bermakna
berdasarkan situasi yang
diberikan (15%)
I. Terjemahan Inngeris<->Jepun
( 20%)

II.Esei atau skrip perbualan (5%)

Jadual 11
Jadual: Garis Panduan: JLPT (Rujukan dan adaptasi - Spesifikasi JLPT Baharu- JFStandard)

Peringkat Ringkasan kecekapan linguistik (Kemahiran bahasa) yang diperlukan untuk setiap peringkat
N5
Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun asas.
(JFStandard (1) Pelajar dapat membaca dan memahami ekspresi dan kandungan yang biasa ditulis dalam hiragana, katakana, dan kanji
A1)
asas.
(2) Pelajar dapat mendengar dan memahami perbualan tentang topik yang sering digunakan dalam kehidupan harian dan

dapat mengambil maklumat yang diperlukan dari perbualan pendek yang dituturkan dengan perlahan.

N4 Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun asas.
(1) Pelajar dapat membaca dan memahami petikan mengenai topik harian yang biasa ditulis dalam hiragana, katakan dan
(JFStardard
A1<->A2) kanji asas.
N3 (2) Pelajar dapat mendengar dan memahami perbualan yang digunakan dalam kehidupan seharian dan mengikuti

(JFStardard kandungannya yang umum, dengan syarat mereka dituturkan perlahan-lahan.
B1<->B2)
Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun yang digunakan dalam situasi seharian untuk tahap tertentu.
N2 (1) Pelajar dapat membaca dan memahami bahan-bahan bertulis dengan kandungan khusus mengenai topik setiap hari.
(2) Pelajar juga dapat memahami maklumat ringkasan seperti tajuk berita akhbar.
(JFStardard (3) Di samping itu, pelajar juga dapat membaca tulisan-tulisan yang sedikit sukar yang ada dalam situasi harian dan
C1)
memahami isi-isi utama kandungan dengan beberapa frasa alternatif disedikan untuk membantu pemahaman pelajar.
N1 (4) Pelajar dapat mendengar dan memahami percakapan yang koheren dalam situasi harian, dituturkan pada kelajuan hampir
(JFStardard
C2) semulajadi, dan dapat mengikuti kandungannya secara umum serta memahami hubungan di antara orang yang terlibat.

Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun digunakan dalam situasi harian, dan dalam pelbagai keadaan pada peringkat
tertentu.
(1) Pelajar dapat memahami kandungannya danmembaca bahan yang ditulis dengan jelas mengenai pelbagai topik, seperti

artikel dan ulasan dalam akhbar dan majalah serta kritikan ringkas.
(2) Pelajar juga dapat membaca bahan-bahan bertulis mengenai topik am dan mengikuti naratif mereka serta memahami niat

penulis.
(3) Pelajar dapat memahami bahan-bahan secara lisan yang dibentangkan seperti perbualan yang koheren dan laporan

berita, yang dituturkan pada kelajuan yang hampir semulajadi dalam situasi harian serta dalam pelbagai tetapan, dan
mampu mengikuti idea-idea penyampaian /pembentangan dan memahami kandungan.
(4) Pelajar juga dapat memahami hubungan antara orang yang terlibat dan perkara penting bahan-bahan yang dibentangkan.

Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun digunakan dalam pelbagai keadaan.
(1) Pelajar dapat membaca tulisan dengan ayat kompleks dan logik dan / atau tulisan abstrak mengenai pelbagai topik, seperti

editorial dan kritik akhbar, dan memahami struktur dan kandungan yang disampaikan.
(2) Pelajarjuga dapat membaca bahan-bahan bertulis dengan kandungan yang mendalam mengenai pelbagai topik dan

mengikuti naratif penulisan serta memahami niat penulis secara komprehensif.
(3) Pelajar dapat memahami bahan-bahan yang disampaikan secara lisan seperti perbualan yang koheren, laporan berita dan

kuliah, yang dituturkan pada kelajuan semulajadi dalam pelbagai tetapan, dan dapat mengikuti idea-idea penyampaian dan
memahami isi kandungan secara komprehensif.
(4) Pelajar juga dapat memahami unsur-unsur bahan yang dibentangkan seperti hubungan antara orang yang terlibat, struktur
logik, dan isi penting.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

156

Jadual 12

Jadual Spesifikasi Bahagian dan Peruntukan markah UJIAN JLPT N1.N2,N3,N4,N5 Bahasa Jepun
Kemahiran (Adapti dan rujukan daripada “Web-JLPT”.

Peringkat Bahagian / kemahiran Peruntukan Item permarkahan Lingkungan
masa / minit markah
N5 Pengetahuan bahasa (Skrip, Perbendaharaan Pengetahuan bahasa (Skrip,
kata) 25 Perbendaharaan kata)Pengetahuan bahasa 0-120
Pengetahuan bahasa (Nahu, Kefahaman) (Nahu, Kefahaman)
Mendengar 50 Mendengar 0-60
30 Pengetahuan bahasa (Skrip, 0-120
N4 Pengetahuan bahasa (Skrip, Perbendaharaan 30 Perbendaharaan kata)Pengetahuan bahasa
kata) (Nahu, Kefahaman) 0-60
Pengetahuan bahasa (Nahu, Kefahaman) 60 Mendengar 0-60
Mendengar 35 Pengetahuan bahasa (Skrip,
30 Perbendaharaan kata) 0-60
N3 Pengetahuan bahasa (Skrip, Perbendaharaan Pengetahuan bahasa (Nahu, Kefahaman) 0-60
kata) 70 Mendengar 0-60
Pengetahuan bahasa (Nahu, Kefahaman) 40 Pengetahuan bahasa (Skrip,
Mendengar 105 Perbendaharaan kata, Nahu), 0-60
Kefahaman 0-60
N2 Pengetahuan bahasa (Skrip, Perbendaharaan 50 Mendengar 0-60
kata, Nahu), Kefahaman 110 Pengetahuan bahasa (Skrip,
Perbendaharaan kata, Nahu), 0-60
Mendengar 60 0-60
N1 Pengetahuan bahasa (Skrip, Perbendaharaan Kefahaman

kata, Nahu), Kefahaman Mendengar

Mendengar

JLPT mempunyai lima tahap: N1, N2, N3, N4 dan N5. N1 Sukar
Tahap paling mudah ialah N5 dan tahap paling sukar ialah N1.
Mudah N5 N4 N3 N2
(Perbandingan secara kasar) UPSR PMR SPM STPM

N4 dan N5 mengukur tahap pemahaman asas bahasa Jepun terutamanya Taksonomi tahap
pengetahuan. N1and N2 mengukur tahap pemahaman bahasa Jepun yang digunakan dalam
pelbagai situasi dalam kehidupan sebenar sehari-hari. N3 ialah tahap penyambungan antara N1 &N2
dengan N4 &N5.

Kecekapan linguistik (kemahiran) bahasa Jepun yang diperlukan untuk JLPT diungkapkan dari
segi kemahiran bahasa, seperti ―pembacaan‖ dan ―mendengar‖, seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah. Sesungguhnya pengetahuan bahasa, seperti penguasaan perbendaharaan kata dan
tatabahasa, sangat diperlukan untuk pelaksanaan yang berjaya dalam penilaian ini. Walaupun tidak
diperhatikan di dalam jadual ini, kemahiran pertuturan dan penulisan juga diutamakan, tetapi kedua-
duanya tidak dinilaikan kerana faktor masa dan kos.

*Bahagian II: Garis Panduan JFStandard– CanDo A1,2; B1,2; C1,2 dan CERFA1,2; B1,2;
C1,2(Lampiran yang berasingan)

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Diharapkan kajian ini dapat membantu mengesan silibus, objektif kursus, penilaian yang berkesan,
dan juga menyingkirkan yang tidak sesuai.Selain itu, kajian ini dapat mewujudkan satu penyatuan
antara objektif atau sasaran dengan hasil P&P melalui penilaian yang berkesan. Diharapkan kajian ini
dapat membuktikan bahawa "Penilaian yang berkesan berfungsi sebagai satu strategi untuk
memahami, mengesahkan dan meningkatkan P&P pada peringkat pengajian tinggi" seperti yang
termaktub dalam Suruhanjaya Pengajian Tinggi, Buku Panduan Akreditasi, Edisi Ketiga, 2007). Pada
masa yang sama, diharapkan juga kajian ini dapat membantu menyediakan pelajar dalam pasaran
kerja, sejajar dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi Malaysia) - ―2u2i‖.

CADANGAN KOMPETENSI KOMUNIKASI SEBENAR (KKS)
Cadangan dibuat untuk mewujudkan langkah-langkah KKS. Hal ini amat diperlukan untuk membantu
dan membolehkan pelajar melakukan tugas dalam situasi sebenar selepas P&P. Penilaian yang
berkesan ini memberikan fokus terhadap (1) Pengetahuan perbendaharaan kata dan nahu /
tatabahasa bahasa, dan (2) Keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dalam komunikasi
sebenar. Untuk melaksanakan pelbagai tugas harian yang memerlukan bahasa, bukan sahaja
pengetahuan bahasa diperlukan tetapi kemampuan untuk benar-benar menggunakan bahasa itu juga

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

157

adalah amat dititikberatkan. Oleh itu, penilaian berkesan mengukur kecekapan komunikasi berbahasa
melalui dua unsur iaitu (i) "Pengetahuan Bahasa" untuk mengukur (1), dan (ii) "Membaca" dan
"Mendengar" untuk mengukur (2). – P&P ―Reseptif‖. Dijangkakan dan menjadi harapan kajian ini
bahawa kedua-dua unsur (i) dan (ii) dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis
– P&P ―Produktif‖.Dicadangkan juga penilaian bagi kursus bahasa Malaysia yang ditawarkan kepada
pelajar tempatan mahupun antarabangasa dapat dirangka berdasarkan ciri-ciri keberkesanan seperti
yang tertera dalam P&P bahasa Jepun.

Jadual 13
Cadangan mod penilaian yang berkesan

(i) Penilaian Formatif / Alternatif
(i) Penilaian penilaian berdasarkan pemerhatian: Pengalaman pelajar, portfolio, kerja lapangan, lawatan, rakaman

wawancara dan laporan)
(ii) Produk: esai, penulisan cerita, kesusasteraan Jepun, kompilasi lembut pop Jepun
(iii) Fokus kepada kekuatan dan kelemahan pelajar dalam proses P&P - membaca dengan lantang, ucapan,

pengacaraan, skit, drama (lakonan) , deklamasi puisi, menyanyi lagu,
(iv) Penyelesaian masalah sebenar, mereka bentuk dan menjalankan eksperimen mengenai isu-isu sebenar,

mencipta pelbagai produk media: skit, drama, lagu
(v) Pelajar mengambil bahagian sepenuhnya dalam penilaian
(vi) Aktiviti kumpulan - integrasi kemahiran lembut - interaksi, kepemimpinan

(ii) Penilaian Sumatif / Tradisional dan Alternatif
(i) Ujian pelbagai pilihan, ujian sepadan, ujian benar-palsu, ujian siap
(ii) Tafsiran skor yang sepadan dengan matlamat yang dimaksudkan
(iii) Bandingkan skor / gred seorang pelajar dengan pelajar lain
(iv) Pengetahuan pelajar seperti yang dicatatkan pada skor / gred
(v) Penilaian di bawah kawalan guru atau institusi (kuasa luaran)
(vi) Penilaian yang cenderung umum (negara)

Tambahan: Kata kunci kajian

Penilaian: Memikir, mengukur dan menimbangkan sifat atau kualiti sesuatu. Dijangka
Keberkesanan: penilaian boleh membantu membentuk pendapat tentang jumlah, nilai atau
Formatif: kualiti sesuatu selepas penelitian dilakukan.
Summatif: Keupayaan menghasilkan sesuatu yang diharapkan sejajar dengan yang
dirancangkan.
Penilaian formatif merangkumi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
masa (dari semasa ke semasa) bertujuan memperbaik perancangan yang
disasarkan dengan tujuan mengoptimumkan pembelajaran pelajar.
Penilaian sumatif bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan kualiti
kurikulum yang dihasilkan selepas aktiviti pengajaran. Rumusan, bukti hasil
pembelajaran daripada pelbagai komponen atau unit dalam kurikulum
diperoleh. Allan, Hunkins (2004)

RUJUKAN
Allan C. Ornstein, Francis P. Hunkins (2004) Curriculum (Foundation, Principles, and Issues) Pearson
Bowen, G. A. (2009) Document analysis as a qualitative research method. Research Methodology in

Education Journal9.p27-40.
伊東祐郎 (2008)「日本語教師のためのテスト作成マニュアル」アクル

日本語能力試験問題集N5・N4・N3(2016)スピードマスターJリサーチ

https://www.pearson.com/us/higher-education/program/Kellough-Teaching-Guide-to-
Methods-and-Resources-for 5th-Edition/PGM115033.html
http://www.jlsm.org/japanese-language-proficiency-test.htmlJapanese Language Proficiency Test

info.jees-jlpt.jp/lang-englishJEES Japanese Language Proficiency Test Home

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

158

Penglibatan SISC+ Menerusi Sesi „Coaching & Mentoring‟
Sebagai Pemacu Pembudayaan Pendidikan Abad Ke- 21

Di SMK Kampung Bahagia

1Putri Faridah Hanizah Dahalan, 2Umi Samra Md Saidan
1,2Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Perak
[email protected]; [email protected]

Abstrak
Kertas kajian ini membincangkan pelibatan SISC+ menerusi sesi „coaching &
mentoring‟ sebagai pemacu pembudayaan pendidikan abad ke- 21 atau PAK
21 di SMK Kampung Bahagia yang baru dibuka di Hilir Perak mulai Januari
2018. Menerusi tinjauan awal yang telah dijalankan, mendapati kelas-kelas di
sekolah tersebut tidak mempamerkan ciri-ciri PAK 21. Proses PdPc guru-guru
juga didapati masih menggunakan kaedah „chalk and talk‟ dan murid-murid
dalam keadaan pasif tanpa kolaborasi. Sehubungan dengan hal itu, pegawai-
pegawai SISC+ daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif mengadakan
pendedahan kepada 17 orang guru sekolah tersebut tentang PAK 21 secara
menyeluruh menerusi sesi „coaching & mentoring‟. Para pegawai SISC+
bukan sekadar mengadakan bengkel dan tunjuk cara tentang PAK 21 tetapi
turut turun padang membantu pihak sekolah mewujudkan suasana PAK 21 di
setiap kelas. Ini bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyentuh pelaksanaan „coaching &
mentoring‟ untuk memperkukuhkan pembangunan professional guru.
„Professional Learning Community‟ (PLC) juga digunakan sebagai wadah
penting untuk mengilhamkan idea dan mencetuskan amalan terbaik
sepertimana yang disebut Alma Harris (2016) yang memfokus kepada
perkongsian kepakaran luar secara aktif dalam pembangunan pembelajaran
guru secara berterusan. Bagi kajian kualitatif ini, data dikumpul menerusi
kaedah temubual tidak berstruktur, sesi pemerhatian, analisis dokumen dan
gambar. Fokus kajian ini adalah untuk melihat keberhasilan SMK Kampung
Bahagia dalam membudayakan PAK 21 semasa proses PdPc dan seterusnya
berupaya menjadi „showcase‟ atau sekolah contoh kelak. Sebagai
kesimpulannya, guru-guru di SMK Kampung Bahagia telah berjaya
menjadikan PAK 21 sebagai budaya dalam proses PdPc mereka sehingga ke
hari ini secara kendiri dengan bantuan „coaching & mentoring‟ oleh SISC+
daerah Hilir Perak.

Kata kunci: SISC+,„coaching & mentoring‟,pendidikan abad ke- 21, PAK 21

PENDAHULUAN
SMK Kampung Bahagia merupakan sebuah sekolah luar bandar yang baru dibuka di daerah Hilir
Perak mulai sesi Januari 2018. Pembinaan sekolah ini bermula Oktober 2015 dan ia mengambil
masa hampir dua tahun untuk disiapkan dan kini menerima murid sekitar Kampung Bahagia, Teluk
Intan. Untuk permulaan, seramai 170 pelajar dan 17 orang guru ditempatkan di SMK Kampung
Bahagia.

Tinjauan awal yang telah dibuat oleh pegawai SISC+ yang dipertanggungjawabkan terhadap
sekolah tersebut mendapati kelas-kelas di sekolah tersebut tidak mempamerkan ciri-ciri kelas abad
21.Kelas masih kosong. Proses PdPc guru-guru masih menggunakan kaedah ceramah dan murid-
murid pasif serta mengatuk semasa proses PdPc. Setelah bimbingan diberi kepada guru-guru
didapati guru-guru di Sekolah Menengah Kampung Bahagia telah berjaya menjadikan PAK21 budaya
dalam proses PdPc mereka.

Memandangkan sekolah ini baru dibuka, para guru boleh menjadikan PAK 21sebagai sebuah
sekolah yang membudayakan PAK 21 dalam PdPc setiap guru di sekolah tersebut. Pengambilan
murid dimulai dengan murid tingkatan satu dan tingkatan dua tidak menjadi halangan untuk guru-
guru untuk membudayakan PAK 21 dalam proses PdPc mereka. Dalam hal ini pegawai-pegawai
SISC+ telah mengambil inisiatif mengadakan pendedahan awal kepada para guru sekolah tersebut
tentang PAK 21 secara terperinci mulai awal tahun sesi persekolahan 2018 yang lepas. Ini kerana,

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

159

PAK21 telah diberi perhatian oleh KPM bagi mencapai tujuan PPPM ke arah melahirkan generasi
pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan oleh D‘Andrea dan Daniels (2002)
seperti mana dalam penulisan Bialik dan Fade (2015), mendapati bahawa standard murid di abad ke-
21 adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia
pendidikan dan juga kehidupan seharian.

Para pegawai SISC+ bukan sekadar memberi bengkel dan tunjuk cara tentang PAK 21 tetapi
juga turut membantu pihak sekolah mewujudkan suasana PAK 21 di setiap kelas yang ada di sekolah
tersebut. Para pegawai SISC+ turut bergotong-royong bersama-sama dengan warga SMK Kampung
Bahagia bagi mewujudkan kelas PAK 21. Para pegawai SISC+ percaya bahawa pembudayaan PAK
21 mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan 6 ciri murid berdasarkan PPPM dan
turut seimbang dari segi rohani, jasmani , emosi dan intelek kerana pembelajaran yang menggunakan
beberapa kaedah dalam PAK 21 mampu melahirkan generasi yang berani dan yakin terhadap diri
sendiri. Tambahan pula PAK 21 menyiapkan murid menghadapi cabaran dalam abad 21 ini.

PERNYATAAN MASALAH
Pembelajaran dan PemudahcaraanAbad ke-21 atau PdPc PAK21 memerlukan guru berfikir,
merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatar belakangkan
Kerangka PAK21 KPM(2017). Apa yang menjadi masalah dalam kalangan guru ialah dari segi
kefahaman, kemahiran dan kesediaan mereka untuk memberi input kepada murid - murid menerusi
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan pada abad ke 21. Guru perlu
mempelbagaikan kaedah PdPc bagi PAK 21 yang memfokuskan kepada elemen-elemen kemahiran
pemikiran kritikal, kemahiran kolaboratif, kemahiran komunikasi,kreativiti serta nilai dan etika. Kajian
ini ingin meneroka pelibatan SISC+ menerusi sesi coaching & mentoring sebagai pemacu
pembudayaan pendidikan abad ke- 21 atau PAK 21 di SMK Kampung Bahagia.

OBJEKTIF KAJIAN
Merujuk kepada pernyataan masalah, pengkaji membentuk objektif seperti butiran berikut:

i. Mengenal pasti elemen PAK21yang perlu dibangunkan dalam‗coaching & mentoring‘
SISC+ untuk dibudayakan di SMK Kampung Bahagia.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk persoalan kajian seperti butiran
di bawah:

i. Sejauhmanakah elemen PAK21telah berjaya dibangunkan dalam‗coaching & mentoring‘
SISC+ untuk dibudayakan di SMK Kampung Bahagia?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ilmiah, metodologi atau kaedah mahupun prosedur kajian adalah alat utama

untuk menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai
panduan untuk mendapatkan hasil kajian. Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa
penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk menggunakan
pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Cresswell (1994) pula
mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari
kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial.

Persampelan
Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam

penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel
daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Dalam kajian ini, kesemua 17 orang guru termasuk Pengetua SMK Kampung Bahagia telah
dilibatkan untuk tujuan sebagai sampel kajian dan kutipan data.

Instrumen Kajian
Menerusi kajian ini, beberapa instrumen telah diguna pakai iaitu temubual, pemerhatian dan

analisis dokumen. Temubual yang dijalankan adalah temubual tidak berstruktur dan berkenaan latar
belakang responden dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Sebelum penyelidik

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

160

bertemu dengan responden kajian, iaitu yang terdiri daripada guru-guru dan pentadbir SMK Kampung
Bahagia, penyelidik terlebih dahulu menyediakan kerangka soalan yang akan digunakan semasa sesi
temu bual. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang ingin diajukan dapat dijawab oleh responden
kajian semasa sesi temu bual ini. Selain daripada itu, maklumat-maklumat yang diinginkan oleh
penyelidik dapat diperoleh melalui soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik dalam sesi temu
bual ini.

Seterusnya maklumat-maklumat ini dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam kajian oleh
penyelidik ini. Pada hakikatnya, kaedah temu bual ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Antaranya ialah, kaedah ini membenarkan penyelidik memberi penjelasan jika terdapat soalan yang
kabur. Selain daripada itu, responden juga dapat memberi keterangan lanjut kepada soalan-soalan
yang penting. Batasan masa pula tidak menjadi masalah dalam sesi temu bual ini. Hal ini kerana,
penyelidik mahupun responden mempunyai ruang masa yang cukup luas untuk memberikan
sebarang pendapat ataupun kenyataan. Selain kaedah yang dilihat agak santai ini, secara tidak
langsung, ia dapat mengeratkan hubungan antara penyelidik dan responden kajian dalam
memperoleh sebanyak mungkin maklumat yang dikehendaki.

Selain daripada kaedah temu bual, penyelidik juga menggunakan kaedah pemerhatian dalam
mendapatkan maklumat-maklumat serta sumber-sumber informasi. Untuk mendapatkan maklumat-
maklumat ini, penyelidik memerhatikan gerak kerja dan tingkah laku yang dilakukan oleh guru-guru
dan juga murid-murid. Dalam kaedah ini, pemerhatian dilakukan terhadap proses PdPc yang
dilakukan oleh guru-guru di sekolah tersebut. Penyelidik akan mencatatkan segala apa yang
dilakukan oleh guru sama ada cara guru mengajar, sesi soal jawab, dan juga latihan-latihan yang
diberikan oleh guru-guru ini kepada murid-murid mereka. Begitu juga hal keadaan murid-murid ini.
Segala aktiviti pembelajaran oleh murid-murid akan diperhatikan oleh penyelidik, seterusnya akan
dicatat oleh penyelidik sebagai input informasi bagi kajian ini. Antara catatan aktiviti yang dibuat
melalui pemerhatian ini ialah, berkenaan aktiviti PdPc yang dilaksanakan oleh murid-murid.

Selain daripada itu, cara murid-murid menjawab segala persoalan yang diajukan oleh guru-
guru kepada mereka juga dijadikan catatan oleh penyelidik bagi tujuan pungutan data. Antara
kelebihan yang boleh didapati melalui kaedah ini, penyelidik dapat melihat tingkah laku dan juga
aktiviti guru-guru dan murid-murid secara semula jadi dan tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Hal
ini menyebabkan data-data yang diperolehi ini didapati secara semula jadi dan natural.

PROSEDUR KAJIAN
Langkah 1
Pegawai mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir berkaitan tujuan dan hasrat. Dalam
sesi perbincangan pegawai meminta izin untuk mengadakan pemantauan secara menyeluruh
berkaitan pelaksanaan PAK21 dalam kalangan guru-guru SMK Kampong Bahagia.
Langkah 2
Pemantauan secara umum telah dilaksanakan pada hari yang berlainan dari segi pelaksanaan
PAK21 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan membuat analisis terhadap pengamalan
PAK21.
Langkah 3
Melaporkan dapatan pemantauan kepada pihak pentadbir dan tindakan yang perlu dilaksanakan
oleh SISC+
Langkah 4
Gotong - royong guru bersama SISC+ dalam menyediakan fizikal kelas PAK21 seperti
Tool Boxbagi setiap kumpulan, Traffic Lights Signal, Reward Chart, Parking Lots, Sudut OPEM, Mini
Board, Sudut Mata pelajaran bagi mempamerkan hasil kerja murid dan lain – lain lagi.
Langkah 5

Pegawai SISC+ mengadakan PLC PAK21 dalam kalangan guru-guru SMK Kampong Bahagia.
Tempoh pelaksanaan selama tiga jam (2.00 petang – 5.00 petang) melibatkan 17 orang guru.
Bengkel merangkumi pelaksanaan pembelajaran koperatif secara hands-on dan simulasi.
Langkah 6
Guru-guru dibekalkan bahan rujukan PAK21 pada pautan https://padlet.com/umisamra/PAK21SR
untuk membelajaran kendiri.
Langkah 7

Pemantauan susulan telah dilaksanakan pada hari yang berlainan secara mengejut dari segi
pelaksanaan PAK21 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan membuat analisis
terhadap pengamalan PAK21.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

161

Langkah 8
Dapatan dikumpulkan dan dianalisis.

DAPATAN
Dapatan kajian sebelum sesi coaching and mentoringPAK 21 dijalankan:
1. Suasana kelas secara keseluruhan masih suasana kelas biasa dari segi susunan kerusi

meja, susunan murid, suasana kelas yang tidak ceria serta kosong.
2. Guru menggunakan kaedah ‗chalk and talk‘ dan papan tulis sebagai medium pengajaran

utama.
3. Murid didapati tidak aktif dan kurang ceria semasa proses PdPc.
4. Guru kurang bersemangat.
Dapatan kajian setelah sesi coaching and mentoringPAK21:
1. Guru menggunakan pelbagai Tools PAK 21.
2. Pemahaman guru tentang PAK21 semakin baik.
3. Motivasi dan semangat guru meningkat untuk pengamalan PAK21.
4. Murid terlibat secara aktif semasa PdPc.
5. Murid tidak mengantuk.
6. Murid berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan mengikut pelbagai aras kebolehan.
7. Murid mengemukakan idea secara kritis dan kreatif.
8. Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.
9. Kelas lebih ceria dengan hasil kerja buat murid.
10. Penilaian berlaku dalam bilik darjah dan dapat diakses serta merta dan dipamerkan.

Jadual 1:
Perbandingan Sebelum dan Selepas Sesi Coaching and Mentoring untuk Transformasi Bilik
Darjah PAK21

BIL PERKARA SEBELUM C&M SELEPAS
C&M

FIZIKAL BILIK DARJAH √√
1 Susun Atur Meja dan Kerusi dalam kumpulan

2 Sudut Objektif Pembelajaran (OPEM)di Papan Putih X√
3 Exit Box X√

ALAT KOMUNIKASI X√
4 Quiet Signal X√
5 Reward Chart

6 Parking Lot X√
7 Traffic Light Signal X√
8 Thumb/Body Signal X√

SUDUT HASIL KERJA MURID X√
9 Hasil Kerja Murid Dipamerkan

10 Sudut Mata Pelajaran X√

MAKLUM BALAS MURID X√
11 2 Stars and A Wish X√
12 Exit Ticket

Contoh Pembelajaran Berpusatkan Pelajaryang diperkenalkan semasa Sesi Coaching dan
Mentoring SISC+ bagi PAK21

1. Strategi Pembelajaran Koperatif
 Round Robin
 Round Table
 Carousel Feedback
 Jigsaw Problem Solving
 Hot Seat
 Think-Pair-Share
 Gallery Walk
 One Stray, Three Stay
 Mine and Combine / Place Mat

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

162

 Learning Station

2. Pembelajaran Terbeza

 Multiple Inteligence

 Choice Board

3. Pembelajaran Berasaskan Projek

4. Pembelajaran Berasaskan Masalah

5. Pembelajaran Berasaskan Inquiri

6. KBAT Melalui Alat Pemikiran

7. Peta Pemikiran Peta Titi
o Peta Buih
o

o Peta Buih Berganda
o Peta Dakap
o Peta Alir
o Peta Pokok

o Peta Bulatan

o Peta Pelbagai Alir

8. Penggunaan ICT

o Komputer dan Projektor
o Speaker untuk Audio dalam PdPc
o Penggunaan Portable Microphone untuk Kelas Gabung

Gambar Hasil Pemerhatian

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

163
Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

164

PERBINCANGAN
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan guru untuk mengajar juga
meningkat dan pelajar juga menunjukkan sikap yang positif. Amalan PAK 21 yang selama ini
dianggap menyusahkan guru-guru kerana perlu menyediakan BBM yang banyak kini dianggap
memudahkan mereka. Pelajar juga berkeyakinan dalam melaksanakan aktiviti kerana mereka diberi
peluang untuk mengemukakan idea dan diberi tanggungjawab untukmenyempurnakan sesuatu
tugasan yang diberi.

Setelah bersama-sama dengan guru SMK Kampung Bahagia menjalankan kajian ini,
perubahan sikap guru yang menganggap PAK21 menyusahkan dan membuang masa serta tidak
yakin dapat diatasi dengan lebih baik. Hal ini dapat memotivasikan sekolah-sekolah lain agar
mencontohi SMK Kampung Bahagia kerana menjadikan PAK21 sebagai satu budaya.

Suasana persekolahan secara keseluruhan juga akan menjadi lebih ceria dengan suasana
pembelajaran PAK 21 sebagaimana yang diketahui hasil kerja murid dipamerkan di setiap ruang yang
ada di dalam kelas. Murid juga bebas mengemukakan pendapatan atas hasil kerja buat mereka
melalui ruang yang telah disediakan.Masalah kehadiran juga dapat diatasi kerana proses PdPc yang
lebih menarik. Murid akan menjadi lebih berkeyakinan dan sekolah mampu melahirkan murid yang
berketrampilan dalam semua aspek suatu hari kelak.Walaupun begitu perjalanan untuk hasrat
membudayakan amalan PAK 21 masih perlu diteruskan. Kali ini pihak sekolah perlu memainkan
peranan dan inisiatif kendiri tanpa bimbingan SISC+ lagi.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

165

KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, kami sebagai pengkaji berpuas hati dengan hasil kajian. Pengkaji dapat
melihat setelah beberapa langkah dilaksanakan memang membantu pihak sekolah menjadikan
pembelajaran PAK 21 sebagai satu budaya di Sekolah Kampong Bahagia, Tindakan yang dilakukan
mempu menjadikan SMK Kampung Bahagia iaitu sebuah sekolah yangbaru dibuka menjadi contoh
kepada sekolah lain di daerah Hilir Perak. Secara tidak langsung pembudayaan PAK 21 di SMK
Kampung Bahagia dapat meningkatkan pelibatan aktif murid dalam PdPc dapat diatasi kerana
penerapan unsur PAK 21 yang pelbagai dan menarik serta memberi impak dalam kerja buat mereka
semasa proses PdPc di dalam kelas.Sebagai pegawai SISC+, pengkaji percaya bahawa amalan PAK
21 di sekolah mampu merealisasikan hasrat kerajaan yang termaktub dalam PPPM 2013-2025 bagi
melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat antara bangsa dengan memiliki murid
yang kamil.
RUJUKAN
Bialik, M. & Fade, C. (2015). Skills for the 21st century: What should students learn? Boston:Center

for Curriculum Redesign.
Darling-Hammond, L. (2006). Constructing 21st century teacher education. Journal of Teacher
Daniel, P. (2006). A whole new mind. New York: Riverhead.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Tahunan 2015 Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025.
National Education Association. (2014). An educator‘s guide to the ―Four Cs‘‖.
Pacific Policy Research Center. (2010). 21st Century Skills for Students and Teachers.

Honolulu:Kamehameha Schools, Research & Evaluation Division.
Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 (2017). Institut Aminuddin Baki,

KementerianPendidikan Malaysia.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2010). Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

KementerianPendidikan Malaysia.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

166

Hubungan Antara Stail Kepemimpinan Pengetua Dengan Iklim Organisasi
Pendidikan Di Daerah Samarahan

1Mohd Yusri Mohamad Noor, 2Noorazura Mohd Makhtar, 3Mohamad Roslan Aroff, 4Tengku
Norhani Tengku Besar, 5Kamalawati B Dolhan

1,2,3,4IPG Kampus Darulaman, 0600 Jitra Kedah, 5IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
[email protected]; [email protected],; [email protected], [email protected],

[email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk hubungan di antara stail kepemimpinan pengetua
dengan iklim organisasi pendidikan di sekolah daerah Samarahan, Sarawak.
Kajian di jalankan untuk melihat berbezaan signifikan di antara faktor-faktor
demografi terpilih dengan kepemimpinan pengetua dan juga melihat kepada
hubungan antara kepemimpinan pengetua dengan iklim organisasi
pendidikan. Sampel kajian terdiri daripada 193 orang guru daripada 8 buah
sekolah di daerah samarahan. Daripada sampel kajian seramai 20 responden
adalah penolong kanan, 10 orang responden adalah guru cemerlang, 15
ketua bidang, 41 ketua panitia dan selebihnya adalah guru biasa iaitu seramai
107 orang. Soal selidik digunakan untuk mendapat data data daripada guru.
Data yang diperolihi di analisis dengan menggunakan perisian SPSS. Alat
statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif (min, frekuensi dan
peratusan), statistik inferensi (ujian t dan anova) dan ujian kolerasi (bivariet).
Dapatan secara keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan diantara demografi terpilih dengan kepimpinan pengetua dan juga
terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengetua dengan iklim
organisasi iatu pada paras p = .000.

Kata kunci: Stail Kepemimpinan, Iklim Organisasi

PENGENALAN
Kepemimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam
memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama.
Kepemimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya.
Walaupun kepemimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun ia membawa
kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja
sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa kepemimpinan itu adalah suatu proses
di mana seseorang individu itu (pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat
bersama. Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepemimpinan adalah
berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan melalui
kepemimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006).

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap stail
kepemimpinan pengetua dan kaitannya dengan iklim sekolah.

1. Mengenal pasti tahap stail kepemimpinan pengetua di Daerah Samarahan, Sarawak.
2. Mengenal pasti perbezaan antara stail kepemimpinan pengetua dengan faktor demografi

terpilih.
3. Mengenal pasti hubungan antara stail kepemimpinan pengetua dengan iklim organisasi

pendidikan di Daerah Samarahan, Sarawak

PERMASALAHAN KAJIAN
Terdapat banyak kajian terhadap perubahan bentuk kepemimpinan yang sesuai untuk diimpelintasi
oleh kalangan pemimpin sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa. Kepelbagaian gaya
kepemimpinan mendorong kesan yang berbeza-beza kepada sesuatu organisasi sekolah. Oleh
kerana organisasi sekolah adalah satu bentuk organisasi yang pada dasarnya beroperasi secara
birokrasi, adalah menjadi kelaziman di kalangan pengetua mengamalkan kepemimpinan tradisional
yang bersifat ‘topdown‘ secara sedar atau sebaliknya.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

167

Gaya kepemimpinan tradisional atau gaya kepemimpinan yang bersifat mengarah adalah gaya
kepemimpinan yang dominan diamalkan (Sabarinah, 2000). Kepemimpinan transaksional sering
ditakrifkan sebagai kepemimpinan yang bersifat mengarah dan pendekatannya lebih bersifat top-
down (Halliinger, 2003). Konsep kepemimpinan transaksional yang menekankan kepada koordinasi
dan kawalan pengetua dianggap lebih bersifat pengurusan kerana lazimnya ia selalu berhubung kait
dengan konsep pertukaran (Owen et. al, 2004). Bermaksud pekerja akan bekerja kuat jika ada
imbuhan dan yang sebaliknya akan menerima hukuman.

Orientasi kepemimpinan pengetua memberi kesan terhadap motivasi, pembangunan diri, moral
serta pembangunan intelek guru. Rentetan dari kesan kepemimpinan pengetua yang membawa
kepada kesan yang negatif terhadap aspek-aspek di atas boleh merencatkan kecemerlangan sekolah
terutama dalam aspek keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tanda aras baik
buruk prestasi pelajar.

Perubahan yang perlu di bawa oleh kepemimpinan pengetua di sekolah seharusnya tidak
hanya menumpu kepada aspek-aspek yang bersifat teknikal seperti menyenaraikan tugas dan
tanggungjawab guru yang perlu mereka laksanakan agar mencapai aras tertentu. Ia sepatutnya
menumpukan kepada perubahan sikap dan pemikiran guru yang lahir dari kesedaran dan
kebijaksanaan yang dijana melalui pembangunan intelek dan teladan yang menjadi inspirasi mereka
untuk berubah atau bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu perubahan (Wan Mohd Nor Wan
Daud, 2009). Berdasarkan pernyataan di atas kajian ini akan cuba mengenal pasti persepsi guru-guru
terhadap stail kepemimpinan pengetua dan hubungannya dengan iklim organisasi pendidikan di
Daerah Samarahan, Sarawak.

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi berasaskan soal selidik. Soal selidik ini
disediakan untuk mendapat maklumat daripada responden untuk memperlihatkan hubungan persepsi
guru-guru terhadap stail kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah. Pemboleh ubah bersandar
yang diguna dalam kajian ini ialah persepsi guru terhadap stail kepemimpinan pengetua. Empat stail
kepemimpinan pengetua yang dikaji berdasarkan Teori Laluan Matlamat oleh House (1971) iaitu stail
kepemimpinan pengarahan, sokongan, penyertaan dan oriantasi kejayaan yang akan digunakan.

Pemboleh ubah bebas yang digunakan dalam kajian ini adalah faktor demografi guruguru
seperti jantina, kategori perkhidmatan, keturunan, umur, pengalaman mengajar dan jawatan yang
disandang. Pemboleh ubah bebas yang kedua ialah iklim sekolah yang terdiri daripada lapan faktor
seperti saling menghormati, saling mempercayai, peluang bersama, sokongan moral, kemajuan
berterusan akademik dan sosial, semangat kekitaan, kasih sayang dan pembaharuan sekolah.

Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru terlatih dan berjawatan tetap daripada 8 buah
sekolah menengah yang terpilih di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak. Sejumlah 193 daripada 8
buah sekolah terpilih dijadikan sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel kajian dibuat dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah kerana populasi sampel kajian tidak seragam dan
juga boleh mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting, 1990). Berdasarkan pernyataan
Roscoe (1975) dalam Uma Sakaran (1992) yang menyatakan saiz sampel yang lebih besar dari 30
dan kurang daripada 500 untuk sesuatu kajian adalah memadai. Kajian ini dijalankan dengan
mengumpul data daripada sampel rawak mudah.

Pengumpulan data dijalankan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Sebanyak 200 set soal selidik telah dicetak untuk tujuan kajian. Instrumen yang telah digunakan
untuk kajian ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A adalah untuk melihat ciri-ciri
demografi responden, bahagian B adalah soal selidik terjemahan Rahimah Ahmad (1981) daripada
Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ), oleh Hemphill dan Coon (1957) untuk
mengkaji persepsi guru-guru terhadap stail kepemimpinan pengetua, bahagian C adalah terjemahan
soal selidik rekaan Charles F. Kettering Ltd.(1970) yang dikenali sebagai The CFK School Climate
Profile untuk menguji iklim sekolah. Soal selidik dihantar kepada guru Penolong Kanan dan guru-guru
yang terlibat.

DAPATAN KAJIAN
Data kuantitatif diperoleh daripada pentadbiran soal selidik kepada 193 orang guru bertujuan
memberi gambaran terperinci bagaimana persepsi guru terhadap pengurus pertengahan sekolah
mengamalkan setiap ciri dalam stail kepemimpinan berdasarkan Model Teori Laluan Matlamat iaitu
empat stail kepemimpinan iaitu kepemimpinan mengarah, kepemimpinan menyokong, kepemimpinan
beserta (partisipatif) dan kepemimpinan beroriantasikan kejayaan. Soal selidik telah dianalisis

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

168

berpandukan hipotesis kajian dengan menggunakan analisis statistik untuk menganalisis perbezaan
dalam kepemimpinan terhadap motivasi guru. Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama
iaitu profil responden dan dapatan kajian berdasarkan soalan-soalan yang dibangkitkan serta ujian
hipotesis nul. Profil responden digambarkan mengikut jantina, kelulusan akademik, lokasi sekolah
bertugas, pendapatan, jumlah tahun berkhidmat, dan jumlah tahun berkhidmat di sekolah semasa.
Ujian hipotesis nul dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan dan hubungan berdasarkan faktor
demografi dan amalan kepemimpinan pengurus pertengahan sekolah terhadap motivasi guru.

Jadual 1
Taburan Min Kedudukan Stail Kepemimpinan Pengetua Di Daerah Samarahan, Sarawak

Stail kepimpinan N Sisihan Piawai Min

Kepimpinan Mengarah 193 .52 2.5181
Kepimpinan Menyokong
Kepimpinan Beserta (Partisipatif) 193 .58 2.0933

Kepimpinan Beroriantasikan Kejayaan 193 .59 2.1192

193 .72 2.1969

Daripada jadual 4.2 dapat ditafsirkan bahawa min yang paling tinggi diwakili oleh kepimpinan
mengarah dengan 2.5181 dan min yang paling rendah adalah kepemimpinan menyokong. Selain itu
untuk kepemimpinan beserta (partisipatif dan kepemimpinan beroriantasikan kejayaan nilai min untuk
kedua-dua stail kepemimpinan adalah 2.1192 dan 2.1969, dan berada pada tahap sederhana.
Daripada nilai min yang ditunjukkan di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa stail kepemimpinan
pengetua di daerah Samarahan yang paling tinggi adalah stail kepemimpinan mengarah dan stail
kepimpinan yang paling rendah pula adalah stail kepemimpinan menyokong.

Jadual 2
Perbezaan Min Stail Kepimpinan Pengetua Berdasarkan Faktor Jantina

Stail kepimpinan Min Sisihan t df Sig. 2 tailed
piawai
Kepimpinan Mengarah 2.5181 67.101 192 .000
Kepimpinan Menyokong 2.0933 .52135 50.253 192 .000
Kepimpinan Beserta (Partisipatif) 2.1192 .57880 50.116 192 .000
Kepimpinan Beroriantasikan Kejayaan 2.1969 .58745 42.607 192 .000
.71632

Ujian t sehala pula digunakan bagi digunakan untuk melihat perbezaan stail kepemimpinan ini.
Bagi soalan ini, pengujian hipotesis akan dibuat bagi melihat sama ada terdapat perbezaan min yang
signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong,
partisipatif dan berorientasi kejayaan) berdasarkan jantina. Dalam pengujian t dapat dilihat min yang
paling tinggi adalah min kepemimpinan mengarah iaitu 2.5181. Nilai t bagi stail kepemimpinan
mengarah ialah 67.101 dan paras signifikan ialah p = .000. Ini menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail kepemimpinan (mengarah,
menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan) berdasarkan jantina.

Bagi stail kepimpinan menyokong, nilai t ialah 50.253 dan paras signifikan ialah p = .000 . Ini
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail
kepemimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan) berdasarkan jantina.
Keputusan analisis bagi stail kepemimpinan beserta (partisipatif), didapati bahawa nilai min adalah
2.1192 dan ialah nilai t ialah 50115 manakala paras p = 000, ini menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong,
partisipatif dan berorientasi kejayaan) berdasarkan jantina.

Bagi kepemimpinan berorientasikan kejayaan min adalah 2.1969, Manakala nilai t ialah 42.607
dan nilai p ialah .000. Ini bererti bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru
terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan)
berdasarkan jantina. Sebagai rumusannya, terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-
guru terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan)
berdasarkan jantina.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

169

Jadual 3
Perbezaan Min Stail Kepimpinan Pengetua Berdasarkan Faktor Pengalaman Mengajar

Stail kepimpinan Min Sisihan piawai F df Sig.
2.5181 .52135 3.594 192 .015
Kepimpinan Mengarah 2.0933 .57880 4.300 192 .006
Kepimpinan Menyokong 2.1192 .58745 5.132 192
.002
Kepimpinan Beserta 2.1969 .71632 .592 192
(Partisipatif) .621

Kepimpinan Beroriantasikan
Kejayaan

Analisis perbezaan stail kepemimpinan pengetua berdasarkan persepsi guru mengikut
pengalaman mengajar. Keputusan ujian ANOVA satu hala bagi perbandingan skor min stail
kepemimpinan pengetua sekolah kerajaan berdasarkan pengalaman guruguru ialah Nilai F bagi stail
kepemimpinan mengarah ialah 3.594 dan paras signifikannya ialah .015, ini menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap skor purata stail kepimpinan (mengarah,
menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan) pengetua berdasarkan pengalaman mengajar.

Nilai F bagi stail kepemimpinan menyokong ialah 4.300 dan paras signifikannya ialah .006, ini
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail
kepemimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan) pengetua berdasarkan
pengalaman mengajar. Bagi stail kepemimpinan beserta (partisipatif), nilai F ialah 5.132 dan paras
signifikannya ialah .002, ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru
terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan)
pengetua berdasarkan pengalaman mengajar.

Nilai F bagi stail kepemimpinan berorientasi kejayaan pula ialah .592 dan paras signifikannya
ialah .621. Jadi, berdasarkan keputusan analisis, Tidak terdapat perbezaan signifikan di antara
persepsi guru-guru terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi
kejayaan) pengetua berdasarkan pengalaman mengajar.

Jadual 4
Perbezaan Min Stail Kepimpinan Pengetua Berdasarkan Faktor Jawatan Disandang

Stail kepimpinan Min Sisihan piawai F df Sig.

Kepimpinan Mengarah 2.5181 .52135 4.188 192 .003
Kepimpinan Menyokong 2.0933 .57880 1.352 192 .253
2.1192 .58745 3.188 192 .015
Kepimpinan Beserta (Partisipatif) .019
2.1969 .71632 3.021 192
Kepimpinan Beroriantasikan Kejayaan

Analisis perbezaan stail kepemimpinan pengetua berdasarkan persepsi guru mengikut jawatan
disandang. Keputusan ujian ANOVA satu hala bagi perbandingan skor min stail kepemimpinan
pengetua sekolah kerajaan berdasarkan jawatan guru-guru ialah Nilai F bagi stail kepemimpinan
mengarah ialah 4.188 dan paras signifikannya ialah .003, ini menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail kepemimpinan (mengarah, menyokong,
partisipatif dan berorientasi kejayaan) pengetua berdasarkan jawatan disandang.

Nilai F bagi stail kepemimpinan menyokong ialah 1.352 dan paras signifikannya ialah .253, ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail
kepimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan) pengetua berdasarkan
jawatan disandang. Bagi stail kepemimpinan beserta (partisipatif), nilai F ialah 3.188 dan paras
signifikannya ialah .015, ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara persepsi guru-guru
terhadap stail kepimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif dan berorientasi kejayaan) pengetua
berdasarkan pengalaman mengajar. Nilai F bagi stail kepemimpinan berorientasi kejayaan pula ialah
3.021 dan paras signifikannya ialah .019.

Jadi, berdasarkan keputusan analisis didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi stail
kepemimpinan mengarah, stail kepemimpinan berorientasikan kejayaan dan stail kepemimpinan
beserta (partisipatif). manakala bagi stail kepemimpinan menyokong, Tidak terdapat perbezaan
signifikan di antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan (mengarah, menyokong, partisipatif
dan berorientasi kejayaan) pengetua berdasarkan pengalaman mengajar.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

170

Jadual 5
Ujian Korelasi Menunjukkan Min Hubungan Iklim Organisasi Dengan Dengan Stail Kepemimpinan

Pengetua

Stail kepimpinan N Nilai Pekali Korelasi Sig. (2-
Pearson (r) tailed)
Kepimpinan Mengarah
Kepimpinan Menyokong 193 -.600** .000

Kepimpinan Beserta (Partisipatif) 193 .692** .000
Kepimpinan Beroriantasikan Kejayaan
193 .682** .000

193 .472** .000

Hasil analisis korelasi turut menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang tinggi antara
kepemimpinan mengarah pengetua dengan iklim organisasi ( r = - 0.600** ), paras signifikan adalah
.000. Amalan kepemimpinan menyokong iklim organisasi mempunyai hubungan yang tinggi dengan
nilai r = 0.692**. Paras signifikan .000. Manakala amalan kepimpinan beserta (partisipatif) dengan
iklim organisasi mempunyai hubungan yang tinggi juga iaitu r = 0.682**. Paras signifikan .000. Akhir
sekali, bagi kepimpinan berorientasikan kejayaan dengan iklim organisasi nilai r = 0.472**. Paras
signifikan .000 yang mana ia mempunyai hubungan yang tinggi. Bagi analisis keseluruhan amalan
kepemimpinan pengetua dengan iklim organisasi maka terdapat hubungan signifikan di antara
persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dengan pembentukan iklim organisasi. **.
Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap amalan kepemimpinan dalam kalangan pengetua
sekolah menengah Samarahan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
pengetua-pengetua sekolah yang dikaji mengamalkan empat dimensi kepemimpinan iaitu
kepemimpinan mengarah, kepemimpinan menyokong, kepemimpinan beserta (partisipatif) dan
kepemimpinan berorientasikan kejayaan. Faktor demografi menunjukkan keputusan bahawa terdapat
perbezaan persepsi guru mengikut jantina pengalaman mengajar, serta jawatan disandang terhadap
amalan kepemimpinan dalam kalangan pengetua. Apa yang diharapkan melalui kajian ini agar
amalan kepemimpinan pengetua difahami dan diamalkan bukan sahaja dalam kalangan pengetua,
tetapi juga dalam kalangan guru. Melalui amalan kepemimpinan dalam kalangan pengetua, diharap
perubahan sikap dari dalam diri guru-guru berlaku dan terpamer pada peningkatan iklim sekolah
berkesan yang diukur dari kerjasama guru-guru dan masyarakat setempat, peningkatan prestasi
akademik dan sahsiah pelajar serta paradigma yang selari dengan kemajuan pendidikan semasa.

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya pengetua di sekolah Samarahan di negeri Sarawak mengamalkan kesemua
gaya kepemimpinan dalam pengurusannya dengan purata min yang rendah dalam pengurusan dan
pentadbiran hariannya mengikut keperluan situasi secara berkesan. Dan gaya kepemimpinan
mengarah merupakan gaya kepemimpinan yang paling dominan sekali diamalkan oleh guru besar di
sekolah-sekolah Daerah Samarahan. Pada masa yang sama, hasil kajian juga menunjukkan
pengetua amat mementingkan amalan kesemua faktor kepemimpinan.

Dapatan kajian ini menunjukkan persamaan dengan dapatan kajian yang telah dibuat terhadap
kepemimpinan di sekolah kebangsaan cemerlang semenanjung Malaysia oleh panel penyelidik
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004), yang menunjukkan bahawa, guru
besar di sekolah rendah berkesan sangat mementingkan kesemua aspek kepemimpinan. Hasil
analisis perbezaan tentang stail kepemimpinan pengetua mengikut jantina guru menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan skor min stail kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua
antara persepsi guru lelaki dan perempuan bagi stail kepemimpinan berorientasi kejayaan dan stail
kepemimpinan mengarah.

Guru perempuan memberi penilaian yang lebih tinggi terhadap stail kepemimpinan berorientasi
kejayaan berbanding dengan guru lelaki, manakala bagi stail kepemimpinan mengarah, guru
perempuan didapati memberi penilaian yang lebih rendah dari guru lelaki. Walau bagaimanapun bagi
stail kepemimpinan menyokong dan bersama didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara kedua jantina ini. Seterusnya terdapat perbezaan yang signifikan terhadap stail kepemimpinan
mengarah, manakala stail yang lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Penilaian guru
perempuan di sekolah kerajaan adalah lebih rendah berbanding dengan guru lelaki terhadap stail
tersebut. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Milner(2006), Mohd Tajuddin Zakaria (2005), Ang

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

171

Bay Lee (2005) tetapi bertentangan dengan dapatan kajian Mohd Yusoff (2000), dan Zamili Mahamud
(2005).

Hasil analisis perbandingan stail kepemimpinan pengetua pengalaman mengajar guru
mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua stail kepemimpinan kecuali
kepimpinan berorientasikan kejayaan. Dapatan ini didapati mempunyai persamaan dengan dapatan
kajian Mohd. Yusoff (2000) dan Yaacob Ismail (2005), tetapi bertentangan dengan dapatan Zaiti Alias
(2002). Menurut DeVito (2002), salah satu faktor yang boleh mempengaruhi persepsi seseorang ialah
pengalaman dari segi latihan yang diterimanya, namun demikian, dapatan kajian ini didapati tidak
menyokong pendapat DeVito. Seterusnya, hasil kajian korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat
hubungan yang kuat di antara gaya kepemimpinan pengetua secara menyeluruh dengan faktor iklim
sekolah dalam kesemua aspek kepemimpinan pengetua pada tahap yang tinggi menunjukkan
bahawa hubungan antara gaya kepemimpinan dengan faktor kepemimpinan guru besar berada pada
paras yang kuat.

Dapatan daripada kajian menunjukkan pengetua mengamalkan stail kepemimpinan mengarah,
ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang kerana stail kepemimpinan berorientasi kejayaan
menetapkan pencapaian matlamat yang tinggi dan dengan adunan stail kepemimpinan menyokong
yang dapat menghasilkan iklim lebih cemerlang. Oleh itu, dicadangkan agar pengetua turut
mengamalkan stail kepemimpinan berorientasikan perhubungan di samping stail yang
berorientasikan tugas kerana sebagai pengetua, mereka berhadapan dengan guru-guru, staf dan
pelajar yang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih
tinggi berbanding dengan mereka yang lebih banyak berhubung dengan mesin-mesin atau jentera
seperti di kilang-kilang. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pengetua adalah berhubung dengan
gaya kepemimpinan yang dilaksanakan. Apabila gaya kepimpinan yang sesuai dipilih dapat
mengurangkan cabaran dihadapi dan seterusnya membina iklim sekolah yang baik. Pemilihan gaya
yang salah pada keadaan tertentu boleh menyumbang berhadapan dengan cabaran iklim dan budaya
sekolah yang merumitkan. Oleh itu, pengetua perlu mengetahui kualiti dan gaya kepemimpinan yang
betul bagi mengurangkan cabaran yang dihadapi dalam membina iklim sekolah yang berkesan.

RUJUKAN
Alimudin (2006). Stail Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor Darul

Ehsan dan Kaitannya Dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru. Tesis Sarjana Pendidikan
yang tidak diterbitkan. Universiti Putera Malaysia.K.L.
Ang Bay Lee. 2005. Komunikasi dalam kepimpinan pengetua dan kesannya kepada kepuasan kerja
guru. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cullen. 2003. A metacognitive analysis of leadership frames used by principals to increase student
achievement in Chicago Public Schools on academic probation. Disertasi Ph.D. Loyola
University, Chicago.
DeVito, J. A. (2002). Human Communication: The Basic Course (5 ed). New York: Horper Collins
Publishers Inc.
Fox, R. S, Brainard, E; Carnie, G M; Georgiades, W; Howard, E R; Kettering, C. F; Olivero, J. L.
(1971). The Principal As The School's Climate Leader; A New Role for The Principalship.
Englewood, Colo: A CFK Ltd. Occasional Paper.
Hallinger, M. 2003. The principalship: a building community. New Jersey: PrenticeHall.
House, R.J. (1971). A Path-Goal Theory of Leadership Effectiveness Administrative Science
Quarterly, 16: 321-339.
House. R.J. & Mitchell, T. R. (1974). Path-Goal Theory and Leadership. Journal of Contemporary
Business, 3: 81-97.
Institut Aminudin Baki. 2001. Kesepaduan pengurusan & kepimpinan pendidikan: keperluan &
tuntutan. Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan Nasional ke 9. Anjuran Institut Aminuddin
Baki. Genting Highlands, 1-3 Ogos.
Kamaruddin Kachar (1989). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn.
Bhd.
Milner, R. 2006. Sources and consequences of organic management in secondary and elementary
schools. Dalam Hoy, W & Miskel, C. Studies in leading and organizing schools. hlm 51-91.
Connecticut : Information Age Publishing.
Mohd Tajudin Zakaria (2005). Gaya Kepimpinan Ketua Pejabat dan Hubungannya dengan Motivasi
Staf Bawahan: Kajian Di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Terengganu,
Kementerian Kewangan Malaysia. Tesis Sarjana Sains (Pengurusan) yang tidak diterbitkan,
Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

172

Mohd Yusof Ismail. 2000. Kepemimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah menengah di
Malaysia. Tesis Dr.Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Owen at. al. 2004. Research methods in education: an introduction. Ed. ke-7. Needham Heights:
Allyn and Bacon.

Rahimah bt Ahmad (1981). The Relationship Between and Among Leaderships Styles School Climate
and Student Achievement in The Elementary School Principalship in The Federal Univerriloty
of Kuala Lumpur, Malaysia. Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan. Unversity of Southern
California,U. S.A.

Roscoe & Baker. 1975. Leadership styles of secondary school principals as perceived by secondary
school teachers. Disertasi Ed.D. Florida Atlantic University.

Sabarinah Ahmad. 2000. Amalan pengurusan berasaskan sekolah di sekolah swasta di Malaysia:
Satu tinjauan. Tesis Dr.Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Uma Sakaran. (1992), Research Methods for Business. A Skill Building Approach (2th ed). New York:
John Wiley and Sons, Inc.

Wan Mohd Nor Wan Daud 2009. Ciri-ciri kepimpinan pengetua/guru besar berkesan yang dapat
menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal pengurusan dan pendidikan
Institut Aminuddin Baki. 10 (02) : 1-17.

Yaacob Ismail. 2005. Amalan pengurusan pengetua: satu kajian kes. Tesis Dr. Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Zaiti Alias (2002). Persepsi Budaya Pembelajaran dan Penggunaan Inovasi di Institut Penilaian
Negara (INSPEN). Tesis Sarjana Sains (Pengurusan) yang tidak diterbitkan, Sintok: Universiti
Utara Malaysia.

Zamili Mohamad 2005. Amalan komunikasi di kalangan pentadbir pendidikan di daerah Kuala Muda,
Kedah. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan ke 11.
Anjuran Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands: 16-19 Disember.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

173

Kajian Keberkesanan Aplikasi Whatsapp Sebagai Medium Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu‟adzam Shah

1Balkhais Jamaluddin, 2Norhafizawati Bakar
1.2POLIMAS

[email protected]; [email protected]

Abstrak
Perkembangan teknologi telah menunjukkan peningkatan dalam penerimaan
ICT dalam dunia perdagangan hari ini. WhatsApp Messenger atau WhatsApp
adalah aplikasi pesanan untuk „smartphone‟ dengan asas yang lebih kurang
dengan Blackberry Messengger. WhatsApp berfungsi untuk melakukan
sesuatu perkara secara online, menghantar dan menerima dokumen, bertukar
foto dan lain-lain. Justeru itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti
keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran
dan pembelajaran di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu‟adzam Shah (POLIMAS). Terdapat beberapa faktor yang ingin dikaji iaitu
tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan keberkesanan penggunaan
aplikasi WhatsApp. Seramai 90 orang pelajar semester 1 hingga 5 dari
Jabatan Perdagangan dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah analisis kajian
ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 bagi
mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Dapatan daripada kajian yang
dijalankan mendapati aplikasi WhatsApp sangat berkesan sebagai medium
pengajaran dan pembelajaran kerana aplikasi ini sangat murah, cepat dan
sangat berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: Keberkesanan, aplikasi WhatsApp, medium pengajaran dan
pembelajaran.

PENDAHULUAN
Pada masa kini, penggunaan teknologi dan media sosial dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mula mendapat sambutan di kalangan pensyarah dan pelajar. Terutama dari segi menyampaikan
maklumat pengajaran kepada pelajar yang merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pensyarah boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat dan
ilmu pengetahuan kepada pelajar. Di samping itu, pelajar pula memerlukan maklumat dengan lebih
cepat dan pantas. Oleh yang demikian, penyelidik memilih untuk membuat kajian tentang
keberkesanan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di Jabatan
Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah. Whatsapp adalah sejenis aplikasi yang
merupakan satu pesanan segera perisian percuma yang membenarkan penghantaran pesanan teks,
panggilan suara, panggilan video, penghantaran dan penerimaan imej, dokumen, lokasi serta media
lain. WhatsApp Web pula berfungsi untuk membuka akaun WhatsApp melalui peranti komputer.
Seperti telefon bimbit yang berasaskan WhatsApp, ciri ini juga memerlukan sambungan internet
sebagai laluan penyampaian maklumat.

Pengajaran adalah aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal,
menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku.
Ianya juga sebagai suatu proses komunikasi antara guru dengan pelajar. Pembelajaran adalah
proses atau kegiatan belajar yang berlaku dalam pelbagai bentuk yang melibatkan pemerolehan dan
pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.

PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran
dan pembelajaran di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah.
Penyelidik ingin mengenalpasti sejauhmana aplikasi WhatsApp digunakan sebagai medium
pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengenal pasti faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi keberkesanan aplikasi tersebut. Penyelidik ingin mengkaji tahap pengetahuan pelajar,

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

174

tahap penggunaan dan keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp WhatsApp sebagai medium
pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan aplikasi WhatsApp
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu‘adzam Shah. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
i. Meninjau tahap pengetahuan pelajar terhadap aplikasi WhatsApp.
ii. Mengkaji tahap penggunaan aplikasi WhatsApp di kalangan pelajar.
iii. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan

pembelajaran.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif di atas, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan.
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap aplikasi WhatsApp?
ii. Apakah tahap penggunaan aplikasi WhatsApp di kalangan pelajar?
iii. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan

pembelajaran.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian merupakan keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan

mencapai objektif kajian. Penyelidik memilih kajian tinjauan (survey) kerana kaedah ini bersifat
saintifik, logik dan khusus. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu mengkaji
keberkesanan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di Jabatan
Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah.

Persampelan
Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Seramai 90 orang

pelajar semester 1 hingga 5 dari program Diploma Pemasaran (DPR) dan Diploma Akauntansi (DAT)
dipilih sebagai sampel kajian.

Instrumen Kajian
Penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik bagi memenuhi objektif kajian. Data dan

maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan dengan
tahap pengetahuan pelajar, tahap penggunaan dan keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Jenis analisis yang
digunakan ialah analisis kekerapan (frekuensi) dan peratusan.

Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Penyelidik

menyiapkan soal selidik untuk diedarkan kepada responden-responden yang terdiri daripada pelajar
semester 1 hingga 5 dari program Diploma Pemasaran (DPR) dan Diploma Akauntansi (DAT). Kajian
dilakukan dengan memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan responden bagi mengedarkan
borang soal selidik. Penyelidik menjelaskan tujuan kajian dan memberi masa yang mencukupi
kepada responden untuk menjawab soal selidik. Pengumpulan data soal selidik dilakukan dalam
tempoh 2 minggu sebelum data diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for Social Sciences).

DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian yang penyelidikan perolehi adalah seperti berikut:
Jadual 1 menunjukkan beberapa item bagi tahap pengetahuan pelajar terhadap aplikasi WhatsApp.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

175

Jadual 1
Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Aplikasi WhatsApp.

Item Pernyataan Frekuensi Peratusan
90 100.0
1. Pernah guna aplikasi WhatsApp
89 98.9
2. Mempunyai WhatsApp Group
10 11.11
3. Kekerapan menggunakan aplikasi WhatsApp dalam sehari: 15 16.7
a. 1-5 kali 35 38.9
b. 6-10 kali 30 33.3
c. 10-15 kali
d. Lebih 15 kali 19 21.1
6 6.7
4. Tujuan penggunaan aplikasi WhatsApp: 34 37.8
a. Hiburan sahaja. 31 34.4
b. Perniagaan sahaja. 88 97.8
c. Pembelajaran.
d. Sosial. 89 98.9

5. Suka menggunakan aplikasi WhatsApp untuk komunikasi harian.
6. Lebih mudah dan menjimatkan kos berbanding SMS (Short

Message Service) atau berkomunikasi secara langsung.

Item 1 menunjukkan kesemua responden seramai 90 orang (100%) menyatakan pernah
menggunakan aplikasi WhatsApp.
Item 2 menunjukkan seramai 89 orang responden (98.9%) menyatakan mempunyai WhatsApp
Group. Manakala seorang responden (1.1%) menyatakan tidak mempunyai WhatsApp Group.

Item 3 menunjukkan seramai 10 orang responden (11.11%) menyatakan bahawa responden
menggunakan aplikasi WhatsApp sebanyak 1-5 kali dalam sehari. Seramai 15 orang responden
(16.7%) menyatakan bahawa responden menggunakan aplikasi WhatsApp sebanyak 6-10 kali dalam
sehari. Manakala seramai 35 orang responden (38.9%) menyatakan bahawa responden
menggunakan aplikasi WhatsApp sebanyak 10-15 kali dalam sehari. Seramai 30 orang responden
(33.3%) menyatakan bahawa responden menggunakan aplikasi WhatsApp lebih 15 kali dalam
sehari.

Item 4 menunjukkan seramai 19 orang responden (21.1%) menyatakan bahawa tujuan
penggunaan aplikasi WhatsApp adalah untuk hiburan sahaja. Seramai 6 orang responden (6.7%)
menyatakan bahawa tujuan penggunaan aplikasi WhatsApp adalah untuk perniagaan sahaja.
Seramai 34 orang responden (37.8%) menyatakan bahawa tujuan penggunaan aplikasi WhatsApp
adalah untuk pembelajaran sahaja. Manakala seramai 31 orang responden (34.4%) menyatakan
bahawa tujuan penggunaan aplikasi WhatsApp adalah untuk sosial sahaja.
Item 5 menunjukkan seramai 88 orang responden (97.8%) menyatakan bahawa mereka suka
menggunakan aplikasi WhatsApp untuk komunikasi harian. Manakala seramai 2 orang responden
(2.2%) menyatakan bahawa mereka tidak suka menggunakan aplikasi WhatsApp untuk komunikasi
harian.

Item 6 menunjukkan seramai 89 orang responden (98.9%) menyatakan bahawa aplikasi
WhatsApp lebih mudah dan menjimatkan kos berbanding SMS (Short Message Service) atau
berkomunikasi langsung. Manakala seramai seorang responden (1.1%) tidak bersetuju bahawa
aplikasi WhatsApp lebih mudah dan jimatkan kos berbanding SMS (Short Message Service) atau
berkomunikasi secara langsung.

Jadual 2 menunjukkan beberapa item bagi tahap penggunaan aplikasi WhatsApp oleh
responden.

Item 1 menunjukkan seramai 80 orang responden (88.9%) selalu menggunakan aplikasi
WhatsApp sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Manakala 10 orang responden (11.1%)
jarang menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

Item 2 menunjukkan seramai 78 orang responden (86.7%) selalu membuat ulangkaji pelajaran
melalui aplikasi WhatsApp. Manakala 12 orang responden (13.3%) jarang membuat ulangkaji
pelajaran melalui aplikasi WhatsApp.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

176

Jadual 2
Tahap Penggunaan Aplikasi WhatsApp di Kalangan Pelajar.

Item Pernyataan Frekuensi Peratus
80 88.9
1. Selalu menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium 78 86.7
pengajaran dan pembelajaran. 88 97.8

2. Selalu membuat ulangkaji pelajaran melalui aplikasi WhatsApp. 87 96.7

3. Lebih mudah digunakan berbanding dengan rangkaian media 86 95.6
sosial yang lain. 82 91.1
85 94.4
4. Selalu menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding dengan 84 93.3
rangkaian media sosial yang lain. 79 87.8

5. Selalu berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakan- 77 85.6
rakan dan pensyarah.

6. Menjimatkan kos untuk bahan cetakan (paperless).

7. Memudahkan urusan berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.

8. Bersifat mesra pengguna dan mudah difahami penggunaannya.

9. Selalu mengakses sesuatu bahan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.

10. Lebih bersedia menghadiri kuliah setelah mengikuti pembelajaran
melalui aplikasi WhatsApp.

Item 3 menunjukkan seramai 88 orang responden (97.8%) menyatakan bahawa aplikasi
WhatsApp lebih mudah digunakan berbanding dengan rangkaian media sosial yang lain. Manakala
2 orang responden (2.2%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp lebih mudah digunakan
berbanding dengan rangkaian media sosial yang lain.
Item 4 menunjukkan seramai 87 orang responden (96.7%) selalu menggunakan aplikasi WhatsApp
berbanding dengan rangkaian media sosial yang lain. Manakala 3 orang responden (3.3%) jarang
menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding dengan rangkaian media sosial yang lain.

Item 5 menunjukkan seramai 86 orang responden (95.6%) selalu berkomunikasi dan berkongsi
maklumat dengan rakan-rakan dan pensyarah. Manakala 4 orang responden (4.4%) jarang
berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan pensyarah.
Item 6 menunjukkan seramai 82 orang responden (91.1%) bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
menjimatkan kos untuk bahan cetakan (paperless). Manakala 8 orang responden (8.9%) tidak
bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp menjimatkan kos untuk bahan cetakan (paperless).

Item 7 menunjukkan seramai 85 orang responden (94.4%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp memudahkan urusan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Manakala 5 orang
responden (5.6%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp memudahkan urusan berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran.
Item 8 menunjukkan seramai 84 orang responden (93.3%) bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
bersifat mesra pengguna dan mudah difahami penggunaannya. Manakala 6 orang responden (6.7%)
tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp bersifat mesra pengguna dan mudah difahami
penggunaannya.

Item 9 menunjukkan seramai 79 orang responden (87.8%) selalu mengakses sesuatu bahan
di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Manakala 11 orang responden (12.2%) jarang
mengakses sesuatu bahan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Item 10 menunjukkan seramai 77 orang responden (85.6%) menyatakan bahawa responden lebih
bersedia menghadiri kuliah setelah mengikuti pembelajaran melalui aplikasi WhatsApp. Manakala 13
orang responden (14.4%) tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa responden lebih bersedia
menghadiri kuliah setelah mengikuti pembelajaran melalui aplikasi WhatsApp.

Jadual 3 menunjukkan item bagi keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium
pengajaran dan pembelajaran.

Item 1 menunjukkan seramai 85 orang responden (94.4%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan
dan 5 orang responden (5.6%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp dapat membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

177

Jadual 3
Keberkesanan Penggunaan Aplikasi WhatsApp sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran

Item Pernyataan Frekuensi Peratusan
85 94.4
1. Membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih 83 92.2
berkesan. 80 88.9
79 87.8
2. Membantu mendapatkan maklum balas tentang pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah. 89 98.9

3. Membantu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan 82 91.1
lebih kreatif. 78 86.7
80 88.9
4. Berpotensi untuk meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil
pembelajaran.

Membantu memudahkan komunikasi dalam alam maya tanpa

5. bersemuka serta menyebarkan maklumat dengan pantas tanpa

mengira masa dan lokasi.

6. Terlibat secara aktif dalam perbincangan dan perkongsian maklumat
tentang pengajaran dan pembelajaran.

7. Memudahkan proses memuat turun nota yang boleh dilakukan di mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa.

8. Membantu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

9. Membantu meningkatkan pencapaian prestasi pelajar. 75 83.3
73 81.1
10. Meningkatkan kualiti pendidikan serta keberkesanan pengurusan
kewangan akibat kekangan keperluan fasiliti.

Item 2 menunjukkan seramai 83 orang responden (92.2%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp boleh membantu mendapatkan maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih cepat dan mudah. Manakala 7 orang responden (7.8%) tidak bersetuju bahawa
aplikasi WhatsApp boleh membantu mendapatkan maklum balas tentang pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah.
Item 3 menunjukkan seramai 80 orang responden (88.9%) bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
boleh membantu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif. Manakala
10 orang responden (11.1%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp boleh membantu
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif.

Item 4 menunjukkan seramai 79 orang responden (87.8%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp berpotensi untuk meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil pembelajaran.
Manakala 11 orang responden (12.2%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp berpotensi untuk
meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil pembelajaran.
Item 5 menunjukkan seramai 89 orang responden (98.9%) bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
membantu memudahkan komunikasi dalam alam maya tanpa bersemuka serta menyebarkan
maklumat dengan pantas tanpa mengira masa dan lokasi. Manakala seorang responden (1.1%) tidak
bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp membantu memudahkan komunikasi dalam alam maya tanpa
bersemuka serta menyebarkan maklumat dengan pantas tanpa mengira masa dan lokasi.

Item 6 menunjukkan seramai 82 orang responden (91.1%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp dapat membantu responden untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan dan
perkongsian maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran. Manakala 8 orang responden (8.9%)
tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp dapat membantu responden untuk terlibat secara aktif
dalam perbincangan dan perkongsian maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran.
Item 7 menunjukkan seramai 78 orang responden (86.7%) bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
memudahkan proses memuat turun nota yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-
bila masa. Manakala 12 orang responden (13.30%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
memudahkan proses memuat turun nota yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-
bila masa.

Item 8 menunjukkan seramai 80 orang responden (88.9%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Manakala 10 orang
responden (11.1%) tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp dapat membantu mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

178

Item 9 menunjukkan seramai 75 orang responden (83.3%) bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp
dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi pelajar. Manakala 15 orang responden (16.7%)
tidak bersetuju bahawa aplikasi WhatsApp dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi
pelajar.

Item 10 menunjukkan seramai 73 orang responden (81.1%) bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp dapat meningkatkan kualiti pendidikan serta keberkesanan pengurusan kewangan akibat
kekangan keperluan fasiliti. Manakala 17 orang responden (18.9%) tidak bersetuju bahawa aplikasi
WhatsApp dapat meningkatkan kualiti pendidikan serta keberkesanan pengurusan kewangan akibat
kekangan keperluan fasiliti.

PERBINCANGAN
Perbincangan kajian ini adalah seperti berikut:
a) Tahap pengetahuan pelajar terhadap aplikasi whatsapp.

Hasil kajian berkenaan tahap pengetahuan pelajar terhadap aplikasi WhatsApp mendapati
semua pelajar pernah menggunakan aplikasi WhatsApp. Kebanyakan pelajar mempunyai
WhatsApp Group dan menggunakannya untuk aktiviti pembelajaran, sosial, hiburan dan
perniagaan. Majoriti pelajar lebih suka menggunakan aplikasi WhatsApp untuk komunikasi
harian kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan kos berbanding SMS (Short Message
Service) atau berkomunikasi langsung.
b) Tahap penggunaan aplikasi whatsapp di kalangan pelajar.
Dapatan kajian mengenai tahap penggunaan aplikasi WhatsApp di kalangan pelajar
mendapati
bahawa pelajar selalu menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya lebih mudah berbanding dengan rangkaian media sosial yang lain.
Penggunaan aplikasi WhatsApp dapat menjimatkan kos untuk bahan cetakan (paperless) dan
pelajar boleh mengakses sesuatu bahan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi
WhatsApp juga bersifat mesra pengguna dan mudah difahami penggunaannya terutama oleh
pelajar. Pelajar selalu menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berkomunikasi dan berkongsi
maklumat dengan rakan-rakan dan pensyarah. Malahan pelajar lebih bersedia menghadiri
kuliah setelah mengikuti pembelajaran melalui aplikasi WhatsApp kerana aplikasi ini
membolehkan pelajar mendapatkan nota kuliah dari jarak jauh, mengakses tugasan di mana
jua dan pada bila-bila masa, membuat perbincangan dan dapat menghubungi pensyarah
(Clarke, 2001).
c) Keberkesanan penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi WhatsApp boleh membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dari segi maklum balas,
penguasaan hasil pembelajaran, perkongsian ilmu dan maklumat yang bermanfaat serta
memudahkan proses memuat turun nota tanpa mengira masa dan lokasi. Kemanfaatan
aplikasi WhatsApp tidak dapat disangkalkan kerana ianya boleh meningkatkan kualiti
pendidikan serta keberkesanan pengurusan kewangan akibat kekangan keperluan fasiliti.

KESIMPULAN
Kini penggunaan aplikasi WhatsApp mendapat sambutan hangat dan ianya dapat memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pendidikan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan
untuk mengkaji keberkesanan aplikasi WhatsApp sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
serta meninjau sama ada ianya dapat meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil
pembelajaran. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, aplikasi WhatsApp boleh digunakan untuk
membantu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya boleh
dijadikan platform untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk
mengetahui tahap pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar kerana aplikasi WhatsApp hanya
akan berfaedah sekiranya digunakan dengan kaedah dan strategi yang berkesan serta mempunyai
matlamat yang jelas (Yun, Bosede, Glenda & Kevin, 2009). Kajian yang lebih terperinci diperlukan
untuk mengetahui bagaimana pensyarah perlu peka dalam membimbing pelajar ke arah penerokaan
ilmu, perkongsian maklumat yang bermanfaat dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan
pelbagai maklumbalas oleh pelajar.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

179

RUJUKAN
Aicha Blehch Amry (2014).the impact of whatsapp mobile social learning on the achievement and

attitude of female students compared with face to face learning in the classroom. European
Scientific Journal,10(22).
Alsaleem,B.I.A. (2013). The effect of WhatsApp electronic dialogue journaling on improving writing
vocabulary word choice and voice of EFL undergraduate Saudi Students. Arab World English
Journal, 4(3), 213-225.
Ashraf, D, & Kamaljit, I. L. 2011. The impact of the new web 2.0 technologies in communication,
development and revolutions of societies. Journal of Advance in Information Technology,
2(4):204-216.
Barhoumi, C. (2015). The effectiveness of Whatsapp mobile learning activities guided by activity
theory on students‟ knowledge management. Contemporary Educational Technology, 6(3),
221-238.
Chokri, B. 2010. The effectiveness of WhatsApp mobile learning activities guided by activity theory on
students‘ knowledge management. Contemprary Educational Technology, 6(3):221-238.
Clarke, D. P. 2001. In order for technology to improve learning, it must fit into students‘ lives, not the
other way around. Di muat turun pada Jun 30, 2017, daripada
http://www.techtv.conv‘callforhelp/howto/ jump!0 .24331.3347882.00.html
Fatin Fatinah Manap, Khalid, F. & Aidah Abdul Karim (2017). Whatsapp sebagai platform M-
Pembelajaran. Dalam Rohaila Mohamed Rosly, Nabila Atika Razali & Nur Atikah Jamilluddin.
(Editor)., Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi (pp 69-79). Bangi: Fakulti
Pendidikan UKM.
Izyani Mistar 7 Mohamed Amin Embi. Students‘perception On The Use Of Watsapp As A Learning
Tool In Esl Classroom. Journal of Education and Social Sciencess, 4 (June) ISSN 2289-9855
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2011. Dasar e-pembelajaran Negara: Institusi pengajian
tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengaian Tinggi Malaysia.
Mohamad Nazul Ismail, Ellyza Karim, Manisah Mohd Shah, Normah Ab. Aziz & Haliza Hamzah.
(2014). Whatsapp: Komuniti Maya dalam Teknologi Komunikasi Mudah Alih. Sains Humanika,
3(1).
Norfaezah M.H. (2015). Penggunaan Aplikasi „Whatsapp‟ Dalam Pembelajaran & Pengajaran (PDP)
Di Kuis. Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(Kuis). 1st Global Conference On Technology In Language Learning 2015 (Glit2015).
Shamsul Arrieya Ariffin. 2011. Mobile learning in the institution of higher learning for Malaysian
students: Culture perspectives. Proceeding of the International Conference on Advanced
Science, Engineering and Information Technology. 14-15 Januari 2011, Hotel Equatorial Bangi-
Putrajaya, Malaysia.
Yun, J.A., Bosede, A., Glenda, B. & Kevin, W. 2009. Teaching with web 2.0 technologies: Benefits,
barriers and best practices. Di muat naik pada 4 Oktober 2017 daripada
http://www.aect.org/pdf/proceeding09/2009/09_1.pdf

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

180

Aplikasi Literasi Maklumat Dalam Proses Pembelajaran Menerusi
Aktiviti Let‟s Read Wonderland

Zuridah Hanim Md. Akhir
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, Kedah.

[email protected]

Abstrak
Tahap pengetahuan murid berkaitan literasi maklumat dalam proses
pembelajaran dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah adalah sangat rendah.
Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini telah dijalankan untuk memberi
kefahaman kepada murid berkaitan konsep literasi maklumat dan seterusnya
meningkatkan jumlah penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Tinjauan
awal dibuat menerusi soal selidik terbuka, analisis data pinjaman buku dan
penggunaan PSS serta pemerhatian. Sebagai langkah intervensi, pendidikan
literasi maklumat menerusi aktiviti Let‟s Read Wonderland telah laksanakan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam tahap
pemahaman murid berkaitan konsep literasi maklumat, pinjaman buku dan
penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Konsep Let‟s Read Wonderland yang
menyeronokkan ini juga telah diguna pakai oleh guru-guru mata pelajaran
yang lain di sekolah dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan
pemahaman murid. Dapatan ini boleh menjadi “best practices‟ dalam
pelaksanaan literasi maklumat yang berkesan dan menyeronokkan,
seterusnya membantu pengurusan PSS sekolah lain untuk memperbaiki
amalan sedia ada. Namun begitu kajian lanjutan perlu dilaksanakan supaya
aktiviti literasi maklumat dapat diperkembangkan dan memberi impak dalam
pencapaian akademik dan kemenjadian murid secara menyeluruh.

Kata kunci : literasi maklumat, kajian tindakan, Pusat Sumber Sekolah

PENDAHULUAN
Kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untuk melahirkan generasi yang holistik
dari segi intelek dan komuniti yang berilmu serta bermaklumat menjelang tahun 2020. Sehubungan
dengan itu, pengetahuan murid berkaitan literasi maklumat perlu dikembangkan di peringkat sekolah
lagi. Oleh hal yang demikian, penekanan amalan membaca dan penerokaan maklumat yang tinggi
perlu dilaksanakan di sekolah supaya masyarakat yang berliterasi tinggi dapat diwujudkan (Haslinda
Husaini, Rafidah Abdul Aziz, & Shahrom T.M Sulaiman, 2011). Bagi mencapai hasrat ini, elemen
literasi maklumat perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam konteks ini, UNESCO (2002), mendefinisikan literasi maklumat sebagai kebolehan
mengenal pasti bila dan di mana sesuatu maklumat diperlukan, memilih maklumat, menggunakan
maklumat dan melaporkan maklumat secara berkesan. Sehubungan dengan itu, seperti yang
dinyatakan oleh American Library Association atau ALA (1998), individu yang berliterasi maklumat
boleh mengenal pasti keperluan maklumat, mengakses keperluan maklumat secara berkesan,
menilai maklumat secara kritikal dan menggunakan maklumat bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Penguasaan kepada literasi maklumat adalah penting bagi membentuk individu yang
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Oleh itu, konsep literasi maklumat dapat membantu murid meningkatkan kefahaman
pembacaan supaya apa yang dibaca dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah (Raja Abdullah
Yaacob, Raja Ahmad Iskandar, & Kamaruzaman Jusoff, 2011). Gabungan aktiviti membaca dan
literasi maklumat akan menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber iaitu keadaan di mana murid
aktif belajar dan berinteraksi secara langsung dengan sumber pembelajaran di bawah bimbingan
guru (Abrizah Abdullah, 2008). Sehubungan dengan itu, untuk menjadi seorang yang berliterasi
maklumat, maka para murid perlu mengetahui kenapa, bila dan bagaimana untuk menggunakan
bahan bercetak serta maklumat atas talian untuk tujuan pembelajaran.

Oleh hal yang demikian, seperti yang disarankan Norhayati Razali (2015), para murid perlu
menguasai kemahiran literasi maklumat yang terdiri daripada :

a) kemahiran mencari maklumat di perpustakaan- lokasi bahan, rujukan bahan bercetak
dan bahan bukan bercetak

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

181

b) kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
c) kemahiran belajar – kemahiran membaca dan kemahiran mencatat nota
d) kemahiran berkomunikasi- mengumpul maklumat secara verbal
e) Kemahiran ICT – mencari maklumat melalui ICT.

Selain itu, Modul Kemahiran Pengurusan Sumber Untuk Guru (2002) yang dikeluarkan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia turut menggariskan kemahiran
hidup sebagai sebahagian daripada kemahiran dalam literasi maklumat yang melibatkan aspek
pengurusan masa, mengurus diri dan pembelajaran sepanjang hayat. Tambahan pula, seperti yang
disarankan oleh ALA (1998), Church (2008), Mohamad Fazli Baharudin dan Mohd Sharif Mohd Saad
(2013), pendekatan literasi maklumat boleh diaplikasikan dalam pembelajaran di sekolah sekiranya
Guru Perpustakaan dan Media berperanan sebagai :

i. Guru dengan mengajar dan memberi pendidikan literasi kepada murid .
ii. Pemimpin kecil sekolah – memimpin guru dan murid-murid menguasai pelbagai kemahiran

dalam Literasi Maklumat .
iii. ‟Instructional partner‖ – bekerjasama dengan guru-guru untuk menggerakkan sumber,

merancang dan membantu guru menyediakan bahan-bahan untuk pdp berasaskan literasi
maklumat .
iv. ‖Program Administrator‖ – merancang, mengurus, melaksana, mengawas dan menilai aktiviti
literasi maklumat demi kecemerlangan sekolah.
v. ‖Information navigator‖ – mengumpul dan menyimpan sumber yang menyokong
pembelajaran, menjadi pakar dalam memberi pendidikan kepada organisasi supaya menjadi
masyarakat yang bermaklumat .
vi. ‖Collaborative teacher and Learner‖- mengadakan pelbagai program kolaborasi di peringkat
sekolah serta membuat jaringan dengan pihak luar .

PERNYATAAN MASALAH
Namun begitu, realitinya tahap bacaan dan penerokaan maklumat dalam kalangan murid di Malaysia
masih di tahap rendah dan murid-murid hanya membaca untuk lulus peperiksaan (Chew, 2012).
Malah, aktiviti galakan membaca dan carian maklumat sering dikaitkan dengan stigma membaca
yang membosankan (Zuridah Hanim, 2012). Selain itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) di Malaysia
wujud terasing daripada perkembangan sekolah dan aktiviti literasi maklumat tidak menyokong
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana
pemupukan budaya membaca serta penerokaan maklumat dilihat sebagai elemen penting dalam
penyediaan murid ke peringkat yang lebih tinggi (Che Normadiah Che Abas, 2002) dan menjadi asas
kepada pembelajaran sepanjang hayat (Busayo, 2011). Oleh itu, penekanan kepada literasi
maklumat perlu dilaksanakan di bangku sekolah lagi.

Senario tahap literasi yang rendah turut berlaku dalam kalangan murid di SMK Sultanah
Bahiyah. Biarpun SMK Sultanah Bahiyah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang dan Sekolah
Kluster Kecemerlangan, namun didapati bahawa tahap bacaan murid rendah berdasarkan jumlah
pinjaman buku yang sangat minimum. Selain itu, penggunaan PSS kurang memuaskan dan para
murid tidak menggunakan PSS untuk mencari maklumat. Malah, PSS juga bersifat terasing dan tidak
selari dengan perkembangan kurikulum sekolah. Tambahan pula, proses penerokaan ilmu masih
bersifat ‗spoon feeding‘ dan sering kali murid sekadar menyalin nota yang diberikan oleh guru.
Pencarian bahan bacaan lebih memberi tumpuan kepada bahan – bahan berobjektifkan peperiksaan
dan PSS tidak digunakan secara optimum biarpun mempunyai hampir 13,000 koleksi bahan
bercetak.

Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah telah dipilih sebagai 10 sekolah
rintis pelaksanaan Middle Year Program International Baccalaureate (MYP IB) pada tahun 2013.
Pelaksanaan di bawah Program Transformasi Pendidikan Negara menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2035 ini bertujuan melahirkan pembelajar abad ke 21. Pendidikan IB
bersifat holistik yang memberi tumpuan kepada pembangunan kognitif, sosial, emosi dan fizikal
murid. Oleh itu, tumpuan diberikan kepada proses dan hasil pembelajaran ke arah minda bertaraf
antarabangsa berasaskan 10 profil yang memerlukan murid IB berusaha untuk bersikap ingin tahu,
berpengetahuan luas, pemikir, bijak berkomunikasi, berprinsip, berfikiran terbuka, penyayang,
pengambil risiko, seimbang dan reflektif. Sehubungan itu, murid dididik supaya mempunyai
kemahiran penyelidikan, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, pengurusan diri dan kemahiran
berfikir.

Ini bermakna, selaku sekolah MYPIB, sekolah mestilah berupaya melahirkan murid yang kreatif
dan inovatif, berilmu, mampu menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, terbuka dan global. Oleh hal

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

182

yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu menekankan amalan
membaca dan kemahiran penerokaan maklumat bagi memenuhi keperluan MYPIB. Sehubungan
dengan itu, untuk menjadi sekolah IB, para murid SMK Sultanah Bahiyah perlu diterapkan dengan
aspek literasi maklumat yang tinggi. Namun begitu, senario sebenar adalah sangat berbeza dan
kelemahan ini sudah pasti akan menjadi penghalang kepada kejayaan projek besar ini !.

Oleh hal yang demikian, langkah intervensi telah diambil dengan melaksanakan kajian tindakan
berasaskan konsep ‗Learning Through Reading is Fun‘. Selaras dengan generasi hari ini yang
sukakan cabaran berbentuk permainan, aktiviti Let‘s Read Wonderland telah dirancang untuk
memberi pendedahan literasi maklumat kepada murid agar dapat menyelesaikan sesuatu tugasan
secara kreatif dan kritis dalam bentuk pembelajaran yang menyeronokkan.

OBJEKTIF KAJIAN
Pelaksanaan aktiviti literasi maklumat berasaskan konsep Let‘s Read Wonderland ini bertujuan untuk
menyelesaikan masalah bagi mencapai objektif berikut :

1. Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan konsep literasi maklumat dalam pembelajaran.
2. Meningkatkan jumlah pinjaman buku.
3. Meningkatkan jumlah penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
4. memberi pendedahan kemahiran literasi maklumat agar memberi impak kepada

pembangunan murid.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian
Penyelidik telah menggunakan pendekatan kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini.

Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1992) iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek digunakan dalam pelaksanaan langkah intervensi.

Persampelan
Sampel terdiri daripada murid tingkatan satu, dua dan empat seramai 600 orang. Murid

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan fasilitator iaitu 100 orang murid tingkatan empat
dan kumpulan peserta iaitu 500 murid tingkatan satu dan dua.

Instrumen Kajian
Kajian menggunakan soal selidik terbuka yang mengandungi soalan ―apakah yang anda

faham berkaitan konsep literasi maklumat ?‖. Selain itu, analisis dokumen data pinjaman buku dan
penggunaan PSS serta pemerhatian turut dilakukan.

Prosedur Kajian
Pelaksanaan kajian tindakan ini dilaksanakan berasaskan Gelung Kajian Tindakan Kemmis

dan Mc Taggart (1992) menerusi fasa merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Sebelum
melalui fasa merancang, tinjauan awal dibuat untuk mengesahkan masalah yang timbul. Didapati
bahawa pinjaman buku pada tahun 2014 hanyalah 919 buah buku sahaja sedangkan sekolah
mempunyai 1200 orang murid. Jumlah ini menunjukkan tahap pembacaan yang rendah. Soal selidik
terbuka kemudian telah diedarkan kepada 50 orang murid tingkatan empat secara rawak yang
mengandungi soalan ―apakah yang anda faham berkaitan konsep literasi maklumat ?‖ Antara
maklum balas yang diperoleh berkaitan konsep literasi maklumat ialah :

 penggunaan komputer
 cari maklumat
 aktiviti membaca dan buat NILAM

Namun yang paling banyak jawapannya ialah tidak tahu ! Hal ini membuktikan bahawa
pengetahuan murid tentang konsep literasi maklumat adalah rendah. Pemerhatian sepanjang Januari
2015 telah mengesahkan data tinjauan awal yang dibuat menerusi analisis data dan edaran soal
selidik. Pemerhatian menunjukkan bahawa PSS kurang dikunjungi. Para murid menggunakan PSS
untuk membuat kerja sekolah pada waktu rehat dan sekadar memenuhi waktu ganti. Buku-buku
tersusun kemas di rak tidak terusik. Selain itu, murid yang menggunakan Pusat Akses pula didapati
mengambil masa untuk mencari maklumat di internet.
a) Merancang
Sehubungan dengan itu, kaedah intervensi dirancang dengan mengambil langkah berikut:

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

183

a) memberi pendidikan literasi maklumat kepada murid tingkatan empat pada waktu ganti.
b) melaksanakan aktiviti Let‘s Read Wonderland sebagai aplikasi kepada teori seperti yang

ditunjukkan menerusi rajah 1.

Membaca + Literasi Maklumat

Pendidikan Literasi Maklumat

Permainan

Gabung jalin Impak kepada Pembangunan
dalam aktiviti pengetahuan diri murid
kokurikulum kognitif.

Rajah 1 : Konsep Let‘s Read Wonderland.

Rajah 1 menunjukkan konsep Let‘s Read Wonderland. Aktiviti ini menggunakan slogan
―Learning through Reading is fun‖. Konsep ini menggabungkan elemen membaca dan literasi
maklumat. Pendidikan literasi maklumat diberikan terlebih dahulu kepada 100 murid tingkatan 4
sebagai pendedahan awal sebelum bimbingan diberi bagi reka cipta permainan. Semua permainan
merupakan ciptaan 100 murid tingkatan empat berdasarkan tema-tema merentasi kurikulum yang
telah ditetapkan menggunakan bahan terbuang demi meminimumkan kos. Permainan yang dicipta
bukan sahaja memberi pemahaman berkaitan konsep literasi maklumat tetapi melibatkan
pengetahuan kognitif dalam menjawab soalan, digabung jalin dalam aktiviti kokurikulum dan diharap
memberi impak kepada diri murid sebagai fasilitator dan urus setia aktiviti. Peringkat perancangan
kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1
Peringkat Perancangan Taman Tema Let‟s Read Wonderland.

Langkah Aktiviti Tindakan Tempoh
1 Urus setia Januari 2015
2 Merancang tarikh, masa, tempat dan tema Januari 2015
3 Pendidikan Literasi Maklumat Urus setia Februari 2015
4 Menentukan bilangan aktiviti dalam Taman Tema Urus setia Februari 2015
5 Pemilihan fasilitator Urus setia Februari 2015
6 Taklimat aktiviti/ produk Urus setia Februari 2015
7 Penyediaan tiket dan promosi Fasilitator Februari 2015
8 Reka cipta permainan Fasilitator Februari 2015
9 Penyelidikan : Penyediaan soalan berasaskan tema Urus setia & Fasilitator Februari 2015
10 Persediaan tapak taman tema permainan Urus setia Awal Mac 2015
Pelaksanaan Aktiviti Let‘s Read Wonderland

b) Bertindak
Penyelidik telah memberi pendidikan literasi maklumat terlebih dahulu kepada murid tingkatan

empat pada waktu ganti selama dua minggu dan seterusnya diikuti dengan pengurusan pelaksanaan
aktiviti Let‘s Read Wonderland. Perbincangan dan bimbingan projek dibuat pada waktu ganti dan
waktu rehat. Ini bermakna, penyelidik menawarkan diri menjadi guru ganti kepada kelas-kelas
tingkatan 4.

Aktiviti dilaksanakan pada Mac 2015 bersempena Minggu Galakan Membaca iaitu pada
waktu kokurikulum. Aktiviti ini menghimpunkan pelbagai 50 bentuk permainan literasi maklumat
secara serentak dalam bentuk Taman Tema yang dikendalikan oleh pengawas PSS sebagai
pengurus taman tema dan 100 murid tingkatan 4 sebagai fasilitator yang mengendalikan permainan.
Setiap kiosk menawarkan permainan ciptaan fasilitator yang diurus secara berkumpulan mengikut
tema-tema yang ditetapkan. Para murid tingkatan satu dan dua bertindak sebagai peserta untuk

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

184

menyelesaikan permainan dan menjawab soalan dalam tempoh yang ditetapkan. Peserta akan diberi
tiket yang dicap pada ruang yang ditetapkan sekiranya dapat menjawab soalan. Peserta yang dapat
mengumpul 20 cap ke atas boleh menuntut hadiah yang ditawarkan.
c) Memerhati

Proses memerhati seperti yang terdapat dalam Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc
Taggart (1992) melibatkan penilaian pencapaian setiap langkah intervensi yang diambil. Pencapaian
kajian dinilai menerusi soal selidik tahap pemahaman murid berkaitan konsep literasi, data jumlah
pinjaman buku, analisis penggunaan PSS dan pemerhatian.
d) Mereflek

Penyelidik mendapatkan maklum balas guru-guru dan para murid menerusi temu bual. Hasil
dapatan temu bual telah digunakan untuk mereflek kembali amalan sedia ada demi tujuan
penambahbaikan.

DAPATAN KAJIAN
Analisis menunjukkan bahawa kajian tindakan yang dijalankan telah mencapai objektif kajian.

1. Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan konsep literasi maklumat dalam
pembelajaran.
Soal selidik diedarkan semula kepada 50 orang murid tingkatan empat yang telah menjawab

soalan apakah yang anda faham berkaitan konsep literasi maklumat ? Soal selidik ini juga
dikembangkan kepada soalan-soalan berkaitan dengan literasi maklumat secara lebih terperinci.

Analisis menunjukkan bahawa para murid dapat menjawab soalan berikut dengan baik
termasuk menyatakan kemahiran-kemahiran literasi maklumat yang digunakan sepanjang aktiviti
dijalankan.

2. Meningkatkan jumlah pinjaman buku.

Jadual 2
Analisis Pinjaman Buku Sebelum dan Selepas Aktiviti

TING TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5 JUMLAH
JUMLAH 2014 209 383 224 67 36 919
(sebelum aktiviti) 750 236 245 547 104 1882
JUMLAH 2015
(selepas aktiviti)

Jadual 2 menunjukkan perbandingan jumlah pinjaman buku sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
Telah berlaku peningkatan jumlah pinjaman buku iaitu sebanyak 1882 buah buku berbanding 919
sebelum aktiviti dilaksanakan.

3. Meningkatkan jumlah penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

5000 JUMLAH PENGGUNAAN PSS SEBELUM DAN
4000 SELEPAS AKTIVITI
3000
2000 4102
1000
1204
0 sebelum

selepas

Rajah 2 : Jumlah Penggunaan PSS Sebelum dan Selepas Aktiviti
Rajah 2 menunjukkan bahawa berlaku peningkatan jumlah penggunaan PSS daripada 1204
orang pengguna kepada 4102 orang selepas aktiviti Let‘s Read Wonderland dijalankan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

185

4. Memberi pendedahan kemahiran literasi maklumat agar memberi impak kepada
pembangunan murid.
Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti Let‘s Read Wonderland telah

memberi pendedahan pelbagai kemahiran kepada kumpulan murid yang menjadi fasilitator.
a) kemahiran mencari maklumat di perpustakaan –
 Fasilitator membuat penyelidikan dan rujukan dalam penciptaan permainan dan soalan
tugasan
b) kemahiran belajar-
 menggalakkan budaya membaca untuk menyelesaikan tugasan dalam kalangan
fasilitator dan peserta permainan
 menjana kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis terutama dalam penciptaan permainan
 meningkatkan pengetahuan kerana soalan merentasi kurikulum.
 murid turut mencatat nota, membina peta minda dalam memberi penerangan dan
mengadakan perbincangan dalam kumpulan.
 menggalakkan semangat belajar dan ingin tahu yang tinggi. Murid tetap berusaha
mencari jawapan dan menyelesaikan masalah untuk mendapat hadiah.
c) Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
 fasilitator menggunakan kreativiti mencipta permainan Let‘s Read Wonderland dan
membuat promosi untuk menarik penyertaan.
 setiap kiosk turut dihias cantik dan diserikan dengan kehadiran maskot.
 penggunaan bahan terpakai sebagai sumber utama dalam pelaksanaan aktiviti.
d) kemahiran berkomunikasi
 murid berkomunikasi dalam pelbagai situasi untuk melaksanakan aktiviti
 murid belajar mengurus konflik dalam menyelesaikan tugasan.
e) Kemahiran ICT
 Integrasi ICT dilaksanakan dalam penyediaan soalan, reka cipta permainan malah
terdapat kumpulan yang menggunakan pendekatan ICT dalam permainan.
 Kemahiran mengurus maklumat
f) Kemahiran hidup dan pengurusan diri.
 melatih murid dengan kemahiran mengurus dan bekerja dalam kumpulan
 latihan reka cipta berasaskan kreativiti kepada murid
 menanam sifat berani, berdikari dan kepimpinan yang tinggi

PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam tahap pengetahuan murid berkaitan
konsep literasi maklumat, pinjaman buku dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Malah
pelaksanaan Let‘s Read Wonderland telah memberi peluang kepada semua murid yang terlibat
memahami dan mengaplikasikan secara praktikal kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam
literasi maklumat. Selain itu, gabungan aktiviti membaca dan literasi maklumat telah menggalakkan
pembelajaran berasaskan sumber iaitu murid aktif belajar, berinteraksi secara langsung dengan
sumber pembelajaran dan guru membimbing dengan memastikan pengalaman pembelajaran itu lebih
interaktif dan bersifat terarah kendiri.

Dalam konteks ini, konsep literasi maklumat dapat diperkenalkan kepada umum bersesuaian
dengan keperluan dan kehendak semasa. Taman Tema Let‘s Read Wonderland bukan sahaja
disertai oleh para murid yang terlibat malah mendapat sokongan dan penyertaan yang positif
daripada para guru. Secara tidak langsung, memberi kefahaman konsep literasi maklumat kepada
seluruh warga sekolah. Konsep Let‘s Read Wonderland yang menyeronokkan ini juga telah memberi
inspirasi dan telah diguna pakai oleh guru-guru mata pelajaran yang lain di sekolah dalam proses
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini membolehkan para guru melihat sendiri bagaimana
pendekatan literasi maklumat diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Malah pelaksanaan Let‘s
Read Wonderland itu sendiri memenuhi saranan proses pembelajaran mengikut pendekatan MYP IB
kerana para pelajar yang bertindak sebagai fasilitator perlu mengamalkan kemahiran berfikir Aras
tinggi dan mencari maklumat demi menyelesaikan tugasan yang diberi. Pada peringkat peserta pula,
aktiviti yang dijalankan menjadi pemangkin kepada murid untuk meluaskan pembacaan supaya dapat
menyelesaikan soalan bagi setiap permainan.

Di samping itu, pelaksanaan program ini telah berjaya meningkatkan keyakinan murid-murid
berkaitan potensi diri dalam memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Aspek kognitif murid juga

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

186

turut dirangsang kerana semua ciptaan permainan berasaskan pelbagai tema yang memerlukan
pembacaan luas. Dengan kata lain, aktiviti Let‘s Read Wonderland ini telah berjaya menggunakan

kesemua kemahiran-kemahiran dalam literasi maklumat dan sangat sesuai diaplikasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN
Pelaksanaan aktiviti Let‘s Read Wonderland telah memberi kesedaran kepada warga sekolah
bahawa PSS tidak bersifat terasing dan perlu diintegrasikan dalam kurikulum sekolah untuk
menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan. Pelaksanaan aktiviti ini ternyata mematuhi konsep
pembelajaran abad ke-21. Selain itu, elemen pembangunan kognitif, perkembangan psikometrik dan
PAJSK dalam penciptaan permainan dan pengurusan aktiviti turut diterapkan. Kemenjadian murid
dapat diserlahkan seperti yang dihasratkan menerusi aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan kajian ini turut membolehkan PSS dan sekolah SMK Sultanah Bahiyah menerima
beberapa pengiktirafan di pelbagai peringkat seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.

Jadual 3 :
Kesan Pelaksanaan Let‟s Read Wonderland

Bil Pengiktirafan Peringkat

1 Guru Inovatif sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kota Setar, Kedah 2016 Daerah

2 Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kedah 2017 Negeri

3 Tempat ketiga Anugerah NILAM Negeri Kedah 2016 Negeri

5 Pelaksanaan aktiviti telah dibentangkan semasa Karnival Pembestarian dan Negeri

Teknologi Pendidikan Kedah 2014 dan Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia

Peringkat Negeri Kedah 2016

6 Menyertai Anugerah Harta Intelek Negara 2016 Kebangsaan

Dapatan ini boleh menjadi ―best practices‘ dalam pelaksanaan literasi maklumat yang berkesan
dan menyeronokkan, seterusnya membantu pengurusan PSS sekolah lain untuk memperbaiki
amalan sedia ada. Namun begitu kajian lanjutan perlu dilaksanakan supaya aktiviti literasi maklumat
dapat diperkembangkan dan memberi impak dalam pencapaian akademik dan kemenjadian murid
secara menyeluruh.

RUJUKAN

Abrizah Abdullah, (2008) Building an information literate school community: approaches to inculcate
information literacy in secondary school students. Journal of Information Literacy, 2(2). Muat
turun dari http://jil.lboro.ac.uk/ojs/index.php/JIL/article/view/RA-V2-I2-2008-3

American Association of School Librarians and Association for Educational Communications and
Technology (1998). Information power: Building partnerships for learning. Chicago: American
Library Association.

Busayo, I. O. (2011). The school library as a foundational step to childrens‘ effective reading habits.
Library Philosophy and Practice (E-Journal).

Che Normadiah Che Abas (2002). Aplikasi kemahiran maklumat melalui Pusat Sumber Sekolah
dalam pengajaran dan pembelajaran. Wawasan Jilid 16 Bil 2, Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Kedah

Chew, F. P. (2012). Literacy among the Secondary Schools Students in Malaysia. International
Journal of Social Science and Humanity, 2(6), 546–550. Muat Turun dari
http://doi.org/10.7763/IJSSH.2012.V2.168

Church. A. P. (2008). The instructional role of the Library Media Specialist as perceived by School
Principals. School Library and Media Research. Vol 11 (2008)

Haslinda Husaini, Rafidah Abdul Aziz, & Shahrom T.M Sulaiman. (2011). Reading habits and
attitudes among students in secondary school (Research Reports. Research Management
Institute, Universiti Teknologi MARA.). Shah Alam. Muat turun dari
http://eprints.uitm.edu.my/6445/

Modul Kemahiran Pengurusan Sumber Untuk Guru (2002), Bahagian Teknologi Pendidikan.
Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Norhayati Razali (2015 ). Kemahiran Literasi Maklumat untuk Guru Perpustakaan dan Media.
Kuala Lumpur. Literacy Resource.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

187
Mohammad Fazli Baharuddin & Mohd Sharif Mohd Saad (2013). The role of teacher-

librarians and information literacy: A case of four MARA Junior Science Colleges in Kedah,
Malaysia. IEEE Symposium on Business, Engineering and Industrial Aplication 2013. Muat
turun dari https://www.researchgate.net/publication/270818499

Raja Abdullah Yaakob, Raja Ahmad Iskandar, & Kamaruzaman Jusoff. (2011). Achieving excellence
through information literacy as part of innovative curriculum. Jornal of Arts Science &
Commerce, 11(1), 1–10.

UNESCO (2002), US National Commission on Libraries and Information Science. Goals, objectives
and participant responsibilities. Meeting of expect on information literacy.

Zuridah Hanim Md. Akhir (2012). Stigma membaca yang membosankan. Senario perlu berubah.
Dewan Siswa. Oktober 2012. ms 35-36

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

188

Smart Presenter

1Abdul Halim Konting, 2Aminudin Abdul Rahman, Ph.D,
3Ros Ayu Abdullah, Ph.D, 4Meriam Ismail, Ph.D
1,2,3,4IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang
memindahkan ilmu pengetahuan dari penyampai kepada penerima. Proses ini
boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai bergantung
kepada jenis matapelajaran yang diajar. Untuk mengajar matapelajaran yang
memerlukan demonstrasi atau tunjuk cara pembahagian kumpulan-kumpulan
kecil perlu dilakukan supaya keberkesanan dan kawalan kelas dapat
dilaksanakan dengan serentak. Oleh itu dengan terhasilnya inovasi SMART
PRESENTER membantu pensyarah dan tenaga pengajar untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mudah
samada menggunakan buku, bahan sebenar, gambar foto dan sebagainya.
Kajian kes digunakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan SMART
PRESENTER dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
menunjukkan 95% orang guru pelatih dan guru sekolah bersetuju bahawa
penggunaan inovasi SMART PRESENTER mampu meningkatkan
pemahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala 5% guru
pelatih dan guru sekolah kurang bersetuju penggunaan inovasi ini.
Kesimpulannya inovasi SMART PRESENTER boleh membantu tenaga
pengajar di dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan. Penggunaannya
amat praktikal digunakan di dalam kelas, makmal, bengkel dan sebagainya.
Penghasilannya amat murah dan mudah serta mampu memotivasikan murid
untuk mengikuti pelajaran.

Kata kunci: Memudahkan, keberkesanan, memotivasi

PENDAHULUAN
Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran
dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran justeru itu, guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak
memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik,
dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik. Antara perkara penting yang perlu
diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-
pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga
oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. Yang penting adalah bagaimana media
tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan
tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin
pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media
pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat
menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Menurut Yusup Hashim (1977), dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai media
pengajaran digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan. Mok Soon Sang (1996), pula mengatakan bahawa penggunaan media
pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Pernyataan tersebut adalah
bertepatan dengan Muhd. Hassan (2001), yang menyatakan pelajar akan memfokuskan perhatian
mereka ke arah penerangan yang menggunakan visual berbanding penerangan tanpa visual. Ini
bermakna dengan menggunakan visual iaitu salah satu media boleh memotivasikan pelajar untuk
belajar dengan lebih cemerlang dan mampu meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan. Oleh
itu media pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak
diajar.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

189

Di Institut Pendidikan Guru Kamus Kota Bharu, pensyarah Jabatan Teknologi menghadapi
kekangan dalam menyampaikan konsep semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
semasa mengajar asas fotografi bagi memperkenalkan komponen sebenar kamera, pensyarah tidak
dapat mempamerkan kepada kepada semua pelajar kerana tidak mempunyai visualizer projector.
Masalah ini semakin ketara kerana peralatan kamera yang terdapat di jabatan yang amat terhad iaitu
sebanyak tiga buah kamera untuk dikongsi dengan dua puluh orang pelajar. Masalah yang serupa
juga timbul apabila pensyarah ingin menunjukkan contoh model 2D dan 3D. Model ini tidaklah terlalu
besar untuk ditonton oleh dua puluh orang murid. Keadaan ini diburukkan lagi apabila pelajar
mengambil peluang dengan berebut-rebut untuk melihat dan menggunakan bahan pengajaran
tersebut.

PERNYATAAN MASALAH
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kerjasama antara penyampai dan penerima. Di
dalam proses ini terdapat pelbagai tahap pencapaian murid. Apabila keadaan ini berlaku akan
timbullah pelbagai masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya
masalah yang kerap berlaku melibatkan disiplin, kurang motivasi dan tidak berminat dalam kalangan
murid. Ini ditambah lagi dengan kekurangan peralatan atau bahan untuk menjalankan amali.
Penghasilan sesuatu alat bantu mengajar atau inovasi diperlukan dalam menyelesaikan masalah ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar atau inovasi ini membantu
murid atau pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:
1. Adakah murid atau pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selesa walaupun dalam

jumlah yang ramai dengan menggunakan alat inovasi.
2. Apakah murid atau pelajar dapat melihat dengan jelas apabila guru membuat tunjukcara

berbantukan alat inovasi.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kes.

Setiap responden akan ditemu bual di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada sepuluh orang pelajar semester empat di salah sebuah Institut

Pendidikan Guru di Pantai Timur dan sepuluh orang guru dari sekolah yang sama di sekitar Institut
Pendidikan Guru tersebut.

Instrumen Kajian
Pengkaji menemubual responden dan mencatatkannya sebagai dapatan.

Prosedur Kajian
Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak

pentadbiran di salah sebuah sekolah berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru.
Guru sekolah yang dipilih akan menggunakan inovasi ini sewaktu pengajaran dan

pembelajaran di kelas masing-masing. Manakala guru-guru pelatih menggunakan inovasi ini sewaktu
menjalankan pembentangan projek.

Temubual akan dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran selesai berkenaan
inovasi ini. Pengkaji akan mencatatkan dapatan.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan 95% guru pelatih dan guru sekolah bersetuju bahawa alat bantu
mengajar atau inovasi ini membantu meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Manakala
5% lagi tidak bersetuju bahawa penggunaan alat bantu mengajar atau inovasi ini membantu
meningkatkan pemahaman.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

190

PERBINCANGAN
Penggunaan SMART PRESENTER dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam
mempelajari sesuatu tajuk yang melibatkan pengenalan kepada sesuatu objek yang kecil.
Berdasarkan dapatan kajian dan temuduga dengan pelajar, semua pelajar amat berpuas hati dengan
penggunaan SMART PESENTER kerana sebelum ini mereka tidak dapat melihat dengan jelas apa
yang ditunjukkan oleh guru atau pensyarah mereka dihadapan. Ini bertepatan dengan Muhd. Hassan
(2001), yang menyatakan pelajar akan memfokuskan perhatian mereka ke arah penerangan yang
menggunakan visual berbanding penerangan tanpa visual.Pelajar juga menyatakan hasrat hati
mereka untuk memiliki SMART PRESENTER secara peribadi untuk kegunaan mereka semasa
praktikum nanti.

Di samping itu SMART PRESENTER dapat memudahkan penyampaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, untuk memperkenalkan komponen kamera, masa
yang diperlukan untuk membolehkan semua pelajar melihat sendiri komponen kamera mengambil
masa hampir satu jam. Penggunaan SMART PERSENTER dapat menjimatkan masa kepada sepuluh
minit sahaja. Ini menunjukkan bahawa SMART PRESENTER dapat menjimatkan masa dan
sekaligus dapat meningkatkan konsep dan pemahaman dikalangan pelajar.

KESIMPULAN
SMART PRESENTER boleh membantu tenaga pengajar di dalam proses menyampaikan ilmu
pengetahuan. Penggunaannya amat praktikal digunakan di dalam kelas, makmal, bengkel dan
sebagainya. Penghasilannya amat murah dan mudah serta mampu memotivasikan murid untuk
mengikuti pelajaran.

SMART PRESENTER dapat memudahkan penyampaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana sebelum ini, pensyarah agak sukar untuk mencapai objektif pengajaran
dalam tajuk komponen asas kamera. Berbantukan SMART PRESENTER sebarang objek seperti
buku, contoh bahan atau sebagainya diletakkan diatas pentas dan paparan sebagaimana objek
sebenar di skrin dapat dilihat dengan jelas oleh semua pelajar walaupun bilangannya ramai. Ini dapat
meningkatkan hasil pembelajaran.

RUJUKAN
Yusup Hashim (1977). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Teknologi Pengajaran Tanjung Malim.

Penerbitan Universiti Perguruan Sultan Idris
Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Diploma Perguruan.

Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Muhamad Hassan Abdul Rahman (2001). Grafik Asas: Panduan Penghasilan Bahan Pengajaran.

Serdang. Penerbitan Universiti Putra Malaysia
Jemaah Nazir Sekolah (2005). Laporan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah Tahun 2005. Putrajaya:

Jemaah Nazir Malaysia

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018


Click to View FlipBook Version