The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:55:14

Prosiding SEDAR'18

Prosiding SEDAR'18

Keywords: PERANAN SISC+,SISC+,COACH,PLC,PEMBUDAYAAN PLC

391

Berdasarkan soalan kajian ii,

ii. Adakah penggunanan SALEKSIA dapat meningkatkan kemahiran membina dan menulis
perkataan gabungan dua suku kata terbuka dalam kalangan MBK disleksia?

Keputusan ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya keberkesanan penggunaan
SALEKSIA meningkat secara positif. Setiap orang murid menunjukkan peningkatan di antara dua
puluh peratus sehingga empat puluh peratus.

Daripada keputusan di atas, juga diperhatikan bahawa pada keseluruhannya tahap
keberkesanan penggunaan inovasi SALEKSIA dapat membantu murid-murid disleksia untuk
memotivasikan diri sendiri. Malah, mereka lebih minat untuk memilih jubin-jubin huruf dan membina
suku kata yang baharu. Belajar menggunakan inovasi SALEKSIA adalah menggunakan kaedah
bermain dapat meningkatkan tahap kemahiran gabungan suku kata terbuka terhadap murid-murid
yang dipilih. Bermain adalah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian
daripada dunia kanak-kanak, p&p menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak
adalah berasaskan aktiviti bermain. (Sharifah Nor Puteh & Aliza , 2011).

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan alat inovasi SALEKSIA yang
merupakan bahan bantu mengajar (ABM) yang direka khas untuk murid-murid disleksia dan murid
yang mempunyai masalah pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
SALEKSIA pada enam orang murid disleksia telah menunjukkan peningkatan positif terhadap
mengenal huruf, menyebut huruf, membina suku kata terbuka dan tertutup, membaca perkataan yang
dibina, seterusnya menyalin dan menulis semula perkataan yang dibina tersebut. Apabila murid-murid
menggunakan SALEKSIA, mereka lebih santai dalam p&p seolah-olah mereka sedang bermain.
Menggunakan kaedah ini, murid-murid menjadi lebih seronok dan berminat. Ini adalah kerana lumrah
naluri kanak-kanak dengan bermain. Kesan yang paling ketara dapat dilihat selepas intervensi
dilakukan menunjukkan peningkatan yang positif dalam kemahiran mengenal huruf dan membina
perkataan. Mereka juga telah menunjukkan semangat dan lebih berminat untuk membaca suka kata
terbuka. Pendekatan belajar melalui bermain membenarkan kanak-kanak terlibat dengan sesuatu
aktiviti pengajaran dengan perasaan yang gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat dan
keinginan semula jadi. (Zakiah, Azlina & Yeo 2013). Coralie (2000) mendapati bahawa lazimnya
kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Begitu juga dengan Irwin (2000) yang
menyatakan bahawa individu yang mempunyai masalah disleksia memerlukan satu program khusus
untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif
untuk murid-murid ini. Beliau mencadangkan penggunaan pelbagai deria dalam p&p. Murid disleksia
kebiasaannya kehilangan asas, cepat lupa, tidak tepat serta lambat berlisan (Rosana, 1998). Maka,
dengan adanya inovasi SALEKSIA, ia dapat membantu menambahkan minat dan memberi motivasi
ingin mencuba serta dapat bersosialisasi sesama mereka.

RUJUKAN
Coralie, L. (1998). Dyslexia: Petanda dan gejala. Buletin Persatuan Kesukaran Pembelajaran Spesifik

Wilayah Persekutuan. Bil.1/98 Mac 1998:4. Institute Paediatric, Hospital Kuala Lumpur.
Darke, C. (1989). The terminology trap. Dlm R.E. Cocen, & J. C. Needly. Learning disability law. New

York: Committee on Juuvenile Justice, Dyslexia and other Language Diasabilities of the
Appellate Division of the Supreme Court of the State of New York.
Irwin, G. (2000). Dyslexia. Manila:BSM SEN Conference.
Rosana Awg. Bolhasan. (1998). Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching, Sarawak.
Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan. Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011), Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Malay Language Journal
Education (MyLEJ). ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011): 1-15.
Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin dan Yeo Kee Jiar (2013). Keperluan aktiviti bermain
dan kepentingannya terhadap motivasi kanak-kanak prasekolah. 2nd International Seminar
on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Universiti Teknologi Malaysia

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

392

Peranan Media Sosial Dalam Pendidikan Abad Ke - 21

1Azizi Jaafar, Ph.D, 2Tuan Majdiah Tuan Ismail, 3Mohd. Zaki Abd Rahim
1,2,3Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109, Kota Bharu, Kelantan.

[email protected]

Abstrak
Teknologi maklumat kini menyumbangkan ilmu yang sangat besar dalam
dunia pendidikan abad ke 21 terutamanya dalam penyebaran kandungan
pembelajaran dan rujukan ilmu pendidikan melalui laman sesawang dan
media sosial seperti website, blogspot, wordpress, schoology, moodle,
facebook, what‟s App, telegram, twitter, Instagram dan banyak lagi.
Perkembangan ini mempengaruhi pendidik untuk berhubung melalui atas
talian dengan membina kumpulan bagi menyampaikan isi pembelajaran abad
ke 21. Para pendidik dapat mengadakan kuiz atas talian seperti schoology,
moodle, frog dan menyebarluaskan isu dan berita yang berkaitan dengan
pendidikan. Tujuan kajian ini untuk melihat sejauh mana media sosial
memainkan peranan dalam kalangan pendidik semasa pembelajaran abad ke
21 dan adakah para pendidik mengambil kesempatan di atas kecanggihan
teknologi kini serta untuk melihat faktor-faktor yang menghalang para
pendidik ketika berhubung melalui media sosial tersebut dengan
menggunakan Model Penerimaan Teknologi oleh Davis pada tahun 1989.
Reka bentuk kajian deskriptif ini berbentuk tinjauan yang menggunakan
kaedah soal selidik. Kajian tinjauan ini melibatkan 83 orang responden iaitu 56
orang guru bandar dan 27 orang guru luar bandar di negeri Kelantan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pendidik memberikan nilai min pada tahap tinggi
ke atas faktor kemudahan media sosial secara keseluruhan skor min=4.11
(S.P: 0.58). Dari segi tahap peranan media sosial memberi manfaat dalam
pendidikan abad 21 menunjukkan skor min secara keseluruhan berada pada
tahap tinggi iaitu pada skor min 4.21 (S.P.=0.55). Manakala tahap faktor-faktor
yang menghalang para pendidik berhubung dengan pelajar melalui media
sosial menunjukkan nilai min keseluruhan berada pada tahap yang sederhana
iaitu skor min 3.36 (S.P:0.56). Ini menunjukkan bahawa terdapat faktor yang
menghalang para pendidik ketika berhubung dengan pelajar melalui media
sosial. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa media sosial sangat
memainkan peranan penting kepada pendidik dan memudahkan untuk
berhubung dengan pelajar dalam pendidikan abad 21.

Kata kunci: peranan, media sosial, pendidikan abad ke 21

PENDAHULUAN
Dunia era globalisasi kini semakin pesat membangun terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang sangat
diperlukan dan digunakan secara meluas ketika ini. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi telah membolehkan maklumat diterima dengan cepat dan pantas melalui perhubungan
media sosial. Abad ke 21 ini, penggunaan TMK semakin berkembang pesat dan laju. Pelbagai alatan
TMK dihasilkan bagi memenuhi keperluan semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditakrifkan
sebagai pelbagai bentuk alatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus,
memanipulasi, menyimpan, memindah dan menyebarkan maklumat melalui media eletronik (Melvina
& Jamaludin, 2010). Sebarang maklumat yang diperlukan boleh diperoleh dan disebarkan pada bila-
bila masa dan di mana sahaja. Perkembangan dan perubahan dunia kini telah menyumbang kepada
transformasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bukan hanya terhad bergantung
kepada kandungan buku teks sahaja malah ianya menjadi sumber dalam membantu para pendidik
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama pendidikan abad ke 21
kini. Penggunaan TMK dalam pendidikan di seluruh dunia semakin berkembang dengan
kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan telah mengubah corak pendidikan
yang lebih mandiri iaitu pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dimana sahaja, pada bila-bila

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

393

masa dan oleh sesiapa sahaja (Ehlers, 2009). Kop (2011) menyatakan bahawa TMK
menyumbangkan ilmu yang sangat besar dalam dunia pendidikan terutamanya dalam penyebaran
kandungan pembelajaran tanpa sempadan. Para pelajar boleh memantapkan lagi kefahaman mereka
tentang sesuatu subjek atau topik dengan melayari laman sesawang yang berguna dan media sosial
seperti website, blogspot, wordpress, schoology, moodle, facebook, What‟s App, telegram, twitter,
Instagram dan banyak lagi.

Media sosial adalah alat penyampaian maklumat yang terpantas ketika ini. Andreas Kaplan
dan Michael Haenlein (2016) mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kelompok aplikasi
berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 yang
memungkinkan penciptaan dan pertukaran ―user-generated content―. Tidak kira lah sama ada
informasi dari segi politik, ekonomi, hiburan, sukan isu semasa, pendidikan dan politik di dalam dan
luar negara, segala maklumat yang terdapat dalam media sosial sangat mudah diakses dan cepat
diterima oleh pengguna. Kemudahan yang disediakan dalam mengakses akaun media sosial juga
telah menyebabkan meledaknya jumlah pengguna media sosial dari tahun ke tahun dengan cepat
dan pantas. Ia turut berlaku dalam bidang pendidikan negara.

PERNYATAAN MASALAH
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju. Melalui
revolusi industri 4.0 automasi dan digital, negara perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan
progresif, iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke
hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan dan
merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk
warganegara kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi sejak di
sekolah lagi.

Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid
dan merangsang pemikiran kreatif murid (Melvina & Jamaludin, 2010). Penggunaan teknologi
kursusnya aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan juga mestilah difokuskan kepada proses
mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran (Sharifah & Kamarul Azman, 2011). Aplikasi TMK yang digunakan
dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam membantu pendidik dan pelajar ketika proses
pembelajaran abad ke 21 sekarang ini. Teknologi Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada
penggunaan internet dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali, reka
bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di World Wide Web. Laman Web 2.0 membolehkan
pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata lain media
sosial (Md. Mokter & Hasan, 2011). Aplikasi yang terkandung dalam teknologi Web 2.0 juga adalah
sebagai alat untuk mewujudkan rangkaian sosial antara pelajar dan juga pengajar. Aplikasi rangkaian
sosial yang terdapat dalam teknologi Web 2.0 seperti Facebook, Edmodo, Twitter, Google Plus,
Schoology dan Linkedin adalah rangkaian sosial yang sering digunakan dalam dunia pendidikan
(Virkus & A.Bamigbola, 2011).

Secara asasnya rangkaian sosial mengandungi komponen-komponen seperti forum, galeri
gambar atau video, profil pengguna, bahagian memuat turun dan naik, dan komponen yang
bersesuaian. Bukan itu sahaja, pelajar dan pendidik juga boleh membina Group atau Page dalam
rangkaian sosial yang dipilih. Penggunaan aplikasi rangkaian sosial Web 2.0 menjadi kegemaran
pelajar dan pendidik kerana bersesuaian dengan sifatnya yang terbuka dan mudah untuk digunakan
(Zuhri & Zawiyah, 2013). Pendidik dan juga pelajar dapat berkongsi maklumat pembelajaran dan juga
dapat bertukar pandangan mengenai suatu topik pembelajaran yang di utarakan dalam Group atau
Page yang telah dibina (Zuhri & Zawiyah, 2013). Pelajar dapat berhubung serta merapatkan
hubungan dengan pelajar lain dan pengajar dengan berkomunikasi dan berkongsi maklumat melalui
aplikasi rangkaian social ini (Azniza & Zaidatun, 2011). Hal ini sangat sesuai dengan pendidikan abad
ke 21 yang memerlukan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
melibatkan literasi digital.

Pendidik memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat.
Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan
seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Tugasan
menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar
berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

394

atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Contohnya,
kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui
laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik
minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti
kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk
teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan)
seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian
seperti Googledan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube (Azizi
Jaafar & Tuan Majdiah, 2017).

Bermula dengan populariti Facebook yang pada asalnya dilancarkan pada 4 Februari 2004
oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal dan berkomunikasi serta berkongsi
maklumat bagi mahasiswa Harvard pada sebuah tapak rangkaian sosial, justeru kini telah popular di
seluruh dunia. Malah dikatakan bahawa seandainya Facebook adalah sebuah negara ia akan
menjadi negara terbesar nombor tiga di dunia (Mohd. Hamdan, 2011). Begitu juga dengan media
sosial seperti Twitter yang pada awalnya digunakan untuk aplikasi yang menyokong dalam pekerjaan
dan sebagai alat komunikasi dalam kumpulan kecil, sekarang ini twitter menjadi alat perkongsian
maklumat terbesar di dunia dengan kapasiti boleh menyampaikan 350 juta Tweets per hari yang
didominasi oleh pengguna dalam kalangan generasi muda (Hughes & Palen 2009). Namun adakah
dengan kemasukan media sosial ini dapat memudahkan penggunaan dalam membantu pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan pendidik?

Zaman teknologi kini manusia terdedah kepada peralatan gajet-gajet seperti telefon pintar, tab,
i-pad dan pelbagai alat-alat canggih lagi. Melalui alat-alat gajet ini, kita dapat bersosial dengan
sesiapa sahaja tanpa mengira sempadan tempat, masa dan usia. Hal ini menyebabkan manusia tidak
lagi berminat untuk berhubung dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana ia
adalah berbayar berbanding dengan aplikasi terbaru seperti ―What‟s App‖ atau ―Telegram” yang boleh
dilakukan secara percuma atas talian ―wifi‖ atau langganan internet. Pengguna lebih gemar
menyalurkan maklumat dan info terkini melalui ―What‟s App‖ atau ―Telegram‖ kerana ia boleh
mendatangkan kebaikan dan jika ia pandai memanfaatkannya. Malah dalam bidang pendidikan juga,
ramai dalam kalangan pendidik telah menubuhkan banyak group ―What‟s App” atau ―Telegram‖ untuk
memudahkan perhubungan dan menyampaikan maklumat antara pendidik dengan pelajarnya.
Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana para pendidik memanfaatkan
media sosial ini sebagai medium menyampaikan maklumat dan info terkini kepada para pelajar (Azizi
Jaafar & Tuan Majdiah, 2017).

Di samping itu, kehadiran media sosial telah membawa kepada perubahan ke arah penyertaan
masyarakat secara atas talian di alam maya (Ali & Samsudin 2012). Malah, media sosial juga telah
memberikan impak terhadap perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini mempengaruhi
para pendidik berhubung menerusi blog, membentuk online group untuk menyampaikan isi
pembelajaran, membina blog, laman web dan wordpress dalam membuat nota, memberi komen
dalam berita atas talian, artikel atau blog, mengadakan pembincangan dan kuiz atas talian seperti
schoology, moodle dan memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu
pendidikan (PewInternet 2009; Ali & Samsudin 2012).

Oleh itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana peranan media sosial menjadi alat yang
digunakan dalam kalangan pendidik semasa berkomunikasi dengan para pelajar dan bagaimana para
pendidik mengambil kesempatan di atas kecanggihan teknologi kini serta ingin melihat faktor-faktor
yang menghalang para pendidik ketika berhubung melalui media sosial tersebut. Kajian ini
menggunakan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) oleh Davis (1989) yang
telah dibangunkan untuk menganalisis dan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
dan penggunaan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Model Penerimaan Teknologi
ini telah merumuskan dua faktor utama dalam penerimaan pengguna terhadap teknologi baru iaitu
faktor yang membawa kepada mudah guna (Perceived ease of use) dan manfaat yang dapat dilihat
(Perceived usefulness).

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umum tujuan kajian ini ialah untuk menyediakan maklumat tentang penggunaan media sosial
dalam kalangan pendidik di negeri Kelantan dan meneroka pengalaman penggunaan media sosial
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara spesifik objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti peranan media sosial dalam pendidikan abad 21.
2. Mengenal pasti media sosial dapat memberi manfaat dalam pendidikan abad 21.
3. Melihat sejauh mana faktor-faktor yang menghalang para pendidik berhubung

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

395

dengan pelajar melalui media sosial.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan
kajian seperti berikut:

1. Adakah media sosial dapat memainkan peranan dalam pendidikan abad 21?
2. Adakah media sosial memberi dapat manfaat dalam pendidikan abad 21?
3. Apakah faktor-faktor penghalang ketika para pendidik berhubung dengan pelajar

melalui media sosial?

SOROTAN KAJIAN
Media sosial berkembang dengan pesat seiring dengan kemajuan teknologi telefon bimbit dan gajet
yang canggih serta internet wifi secara atas talian semakin berleluasa. Kini, untuk mengakses
website, blogspot, wordpress, schoology, moodle, facebook, What‟s App, telegram, twitter, Istagram,
YouTube dan banyak lagi media sosial dapat dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa
hanya dengan menggunakan telefon pintar, iphone, Samsung, tab, i-pac dan lain-lain (Luik 2010).
Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi teknologi telefon bimbit dan gajet
(mobile web) dengan mudah ini merupakan faktor pendorong kepada kejayaan media sosial. Hal ini
kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses melalui teknologi
telefon bimbit dan gajet seperti jenama samsung dan apple. Dalam hal ini juga para pendidik dapat
mengambil kesempatan atas kecanggihan zaman teknologi kini dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kajian yang dijalankan Ika Destiana, Ali Salman dan Helmi (2013) mendapati
bahawa penerimaan media sosial dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor mudah guna memberi
kesan yang signifikan ke atas penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar
universiti di Palembang.

Perkembangan media sosial seperti What‟s App atau telegram yang semakin popular di
Malaysia dengan pelbagai macam aplikasi seperti mengirim mesej, muat naik ataupun muat turun
gambar, permainan, chat, muzik, tayangan video menyebabkan penggunanya sentiasa
menghabiskan masa di hadapan skrin gadget miliknya. Hal ini akan memudahkan para pendidik
berinteraksi dengan pelajar mereka secara cepat dan pantas untuk menghantar segala maklumat
berkaitan dengan pendidikan yang diperbincangkan melalui alat media sosial ini. Kajian yang
dijalankan oleh Norfaezah (2015) mendapati penggunaan aplikasi WhatsApp dalam pembelajaran
dan pengajaran di Kuis adalah mudah digunakan, berkesan dan menjimatkan masa. Selain itu,
kaedah pengajaran dan belajar secara atas talian ini tanpa mengira masa, tempat dan keberadaan
pensyarah semasa menyampaikan ilmu bahasa Arab. Dengan ini pengajaran akan jadi lebih efisien,
sistematik dan menghasilkan kesan yang maksimum kepada pelajar dan dapat memahami secara
lebih mendalam.

Sebahagian besar pengguna media sosial di dunia ialah golongan generasi muda yang
dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau awal 90-an. Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna
didominasi oleh wanita dan berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial. Mereka
menggunakan dengan pesat media baru dan teknologi terkini. Mereka berminat dan lebih tertarik
dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan Internet dan aplikasinya. Mereka sangat aktif dan
cenderung untuk melibatkan diri dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+
ataupun YouTube. Lyndon et al (2014) telah menjalankan kajian tentang pemerkasaan dengan media
sosial aplikasi facebook dan pembelajaran bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa di Universiti
kebangsaan Malaysia mendapati telah meningkatkan keyakinan mahasiswa dalam menggunakan
bahasa Inggeris dari segi penulisan, perbincangan, mempelajari perkataan baharu, panduan tata
bahasa, kemahiran mendengar dan bertutur serta menterjemah dengan menggunakan media sosial.

Penggunaan media sosial ini turut melanda negara terbesar seluruh dunia seperti negara
Amerika Syarikat, China, India dan Indonesia (US Cencus Bereau 2012). Dalam konteks tempatan,
hasil kajian Mahmud dan Omar (2013) mendapati motif utama penggunaan media sosial adalah
untuk mencari maklumat, menghiburkan, bersosial dan menyertai komuniti maya. Manakala kajian
Annand (2011) mendapati media sosial dianggap mampu membantu pelajar berinteraksi dengan
lebih mudah terutamanya dari segi pembelajaran bahasa dan mendapatkan informasi manfaat dalam
pelbagai format seperti gambar, video dan animasi. Boyd (2010) berpendapat bahawa walaupun
media sosial dapat mengumpulkan beribu-ribu maklumat dalam masa yang pantas dan cepat, akan
tetapi tahap perhatian yang diberikan oleh pelajar adalah sangat rendah dan kebanyakan maklumat
yang disampaikan melalui media sosial tidak dibaca langsung oleh pelajar.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

396

Perkembangan media sosial tidak dapat terlepas daripada perkembangan Internet itu sendiri.
Internet dan media sosial erat kaitannya. Hal ini kerana untuk mengakses media sosial tentunya
memerlukan capaian Internet, jika capaian internet perlahan dan tiada akses maka pengguna susah
untuk mendapatkan maklumat penting yang dihantar oleh guru mereka. Ini adalah faktor penting yang
menghalang daripada penggunaan media sosial untuk berkomunikasi sesama mereka (Ika Destiana,
Ali Salman & Mohd Helmi, 2013). Kajian Faridanura (2014) mendapati halangan utama yang dikenal
pasti dalam penggunaan facebook untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar tindak
menggunakan laman sosial untuk berbincang tentang pelajaran akan tetapi hanya digunakan untuk
bersosial sahaja.

Justeru itu, kajian tentang penggunaan media sosial ini dijalankan di negeri Kelantan untuk
melihat sejauh mana para pendidik di negeri ini memanfaatkan kecanggihan teknologi terkini dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka, mudah digunakan dan mencari faktor-faktor penghalang
kepada kejayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media sosial. Kajian
tentang penggunaan media sosial ini juga masih berkurangan dalam bidang pendidikan,
kebanyakannya bertumpu kepada penggunaan kepada perniagaan atas talian. Isu yang timbul dalam
kajian lepas adalah kerahsiaan pengguna sahaja (Hunter, 2011).

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual kajian ini adalah berasaskan kepada adaptasi Model Penerimaan Teknologi
(Technology Acceptance Model) oleh Davis (1989) seperti dalam Rajah 1 di bawah. Model ini juga
telah digunakan dalam kajian Alshare dan Alkhateeb (2008) yang menggunakan konsep Model
Penerimaan Teknologi untuk mengkaji penerimaan Internet dan aplikasinya.

Faktor Luaran Faktor Mudah Sikap ke arah Niat Tingkah Penggunaan
Guna penggunaan laku sebenar

Faktor
Kemanfaatan

Rajah 1. Model Penerimaan Teknologi oleh Davis (1989).

Berasaskan teori, model dan dapatan kajian-kajian, penyelidik menggarapkan kerangka konseptual
kajian seperti Rajah 2 di bawah yang dibina berasaskan adaptasi indikator-indikator Model
Penerimaan Teknologi yang dicadangkan oleh Davis (1989).

Peranan Media
Sosial

Kpd Pendidik

Faktor Faktor Faktor
Penggunaan Kemanfaatan Penghalang

Rajah 2. Kerangka Konseptual Kajian adaptasi daripada Model Penerimaan Teknologi oleh Davis
(1989), Alshare & Alkhateeb (2008), Ika Destiana (2013).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

397

Rajah 2 di atas menunjukkan Kerangka Konseptual Kajian yang diadaptasi daripada Model
Penerimaan Teknologi oleh Davis (1989), Alshare & Alkhateeb (2008), Ika Destiana (2013) yang telah
direka bentuk kepada dua tahap. Tahap pertama adalah faktor penggunaan, faktor kemanfaatan dan
faktor penghalang sebagai tahap awal individu menggunakan atau mengakses media sosial. Ketiga
pemboleh ubah tersebut dikaji untuk melihat sejauh mana pengaksesan media sosial dipengaruhi
oleh faktor-faktor tersebut. Pada tahap kedua kajian ini ialah melihat pemboleh ubah peranan media
social kepada pendidik. Pemboleh ubah faktor penggunaan bermatlamat untuk melihat tujuan aktiviti
media social digunakan berkaitan dengan mengakses media sosial. Antara pemboleh ubah yang
menjadi indikator pada bahagian ini ialah interaksi sosial, hiburan dan perkongsian maklumat dalam
pendidikan.

Faktor Penggunaan (Perceived ease of use) Media Sosial
Menurut Davis (1989) faktor penggunaan media social merujuk kepada sejauh mana individu
merasakan bahawa penggunaan suatu sistem tertentu mudah difahami dan tidak sukar untuk
dipelajari. Dalam konteks media sosial, dapat disimpulkan bahawa faktor yang membawa kepada
mudah guna ini bermakna adakah penggunaan media sosial memudahkan para pendidik dalam
proses pengajaran pembelajaran, mudah difahami, mudah diakses, fleksibel dan mudah
mendapatkan sumber rujukan serta mudah didapati di pasaran.

Faktor kemanfaatan (Perceived usefulness) Media Sosial
Davis (1989) menyatakan kemanfaatan merujuk kepada sejauh mana individu itu percaya bahawa
menggunakan suatu sistem tertentu akan meningkatkan prestasi kerja orang tersebut. Berdasarkan
definisi tersebut, dimensi kemanfaatan dapat dilihat dari segi meningkatkan prestasi dan produktiviti,
menjimatkan masa, kos, mempercepatkan dalam mendapatkan maklumat. Di samping itu dapat
merapatkan hubungan antara satu sama lain dan menjadikan kerja lebih efektif.

Faktor Penghalang (Blockers) Media Sosial
Faktor yang menghalang ditakrifkan sebagai apakah faktor-faktor yang menghalang seseorang
individu itu ketika berinteraksi antara satu sama lain melalui media sosial (Park et al. 2009).
Berdasarkan definisi tersebut dimensi penghalang dapat dilihat dari segi punca para pendidik tidak
dapat menggunakan media sosial dengan efektif seperti internet sangat perlahan, kos bulanan
melanggan internet, kurang mahir dalam teknologi maklumat, peralatan media sosial sangat mahal
dan media sosial susah diakses apabila berada di luar kawasan internet seperti di kawasan
pedalaman.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian deskriptif ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik
untuk memperoleh data. Kajian ini melibatkan tinjauan daripada perspektif pendidik yang
menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Pendekatan kuantitatif mampu
meningkatkan keyakinan kepada penilaian individu manakala data kualitatif pula berupaya
memberikan penjelasan yang lebih mendalam dari perspektif yang berbeza terhadap data kuantitatif
berbentuk numerik dan untuk tujuan generalisasi sampel kepada populasi sebenar (Gall et al., 1998;
Creswell, 2009; Sarimah Ismail & Abreza Atan, 2011).

Data dianalisis untuk menghasilkan analisis deskriptif seperti kekerapan, min dan sisihan
piawai. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada guru yang mengajar di bandar dan luar bandar
negeri Kelantan. Justifikasi pemilihan pendidik di negeri Kelantan dalam kajian ini kerana belum
banyak lagi kajian mengenai penggunaan media sosial dan terdapat juga kajian-kajian yang
dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan berdasarkan kategori bandar dan luar bandar (Fatimah
Tambi, 2009).

Penentuan saiz sampel untuk menjawab soal selidik dalam penyelidikan ini adalah berasaskan
rumusan yang digunakan oleh Bahagian Penyelidikan National Education Association seperti yang
dilaporkan oleh Krejcie dan Morgan (1975). Penyelidik menetapkan jumlah sampel seramai 83 orang
pendidik di negeri Kelantan secara rawak. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan
kepada keseluruhan di negeri Kelantan kerana ia melibatkan para pendidik di beberapa daerah
sahaja. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden pada awal bulan Mac 2017 sebanyak
100 dan dua minggu kemudian sebanyak 83 borang soal selidik yang telah dijawab dan berjaya
dikumpulkan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

398

Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengumpul maklumat
tentang peranan media sosial dalam kalangan pendidikan abad 21. Beberapa instrumen digunakan
untuk mengumpul data kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik pendidik. Instrumen kajian
yang digunakan dalam kajian ini adalah sebahagian set soal selidik yang telah diubahsuai dari soal
selidik Ika Destiana, Ali, Mohd Helmi (2013), Kee Man Chuah (2013), Lyndon et.al (2015). Bahan
tersebut dikaji dan disesuaikan dengan teliti dan tumpuan diberikan kepada aspek-aspek penting
dalam kajian ini.

Dalam kajian ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan konstruk-konstruk bagi setiap
gagasan dalam kerangka konseptual yang diguna pakai dalam kajian-kajian lepas dan disahkan oleh
beberapa orang pakar. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data
secara skala jawapan jenis „Likert‟ 5 mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua
pernyataan yang digunakan dalam instrumen soal selidik. Menurut Cohen et al. (2000) skala „Likert‟
adalah sesuai digunakan untuk mengukur persepsi dan sikap serta pandangan yang diberikan
responden dalam ruang tertentu secara berterusan. Menurut Chua (2011), kelebihan penggunaan
Skala Likert adalah: 1) Ia mudah diurus dan dipakai; 2) Item-itemnya mudah dijawab oleh responden;
3) Data yang dipungut melalui Skala ‗Likert‟ lebih tinggi kebolehpercayaan berbanding dengan skala-
skala lain. Penyelidik telah merujuk beberapa sumber bagi menyediakan instrumen untuk mengukur
kesemua konstruk yang terdapat dalam rangka konseptual kajian. Hasil dari kajian perpustakaan
mendapati tidak terdapat instrumen sedia ada yang dapat mengukur kesemua konstruk kajian tetapi
hanya mengukur sesuatu atau beberapa konstruk tertentu sahaja.

Kebolehpercayaan
Semua instrumen yang dibina perlu melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan bagi menjamin
kualiti data yang diperoleh (Creswell, 2009). Pembinaaan instrumen peranan media sosial ini dibina
berdasarkan kajian keatas Model Penerimaan Teknologi yang dicadangkan oleh Davis (1989).
Penyelidik telah melaksanakan dan melalui beberapa proses pengesahan daripada beberapa orang
pakar bidang masing-masing untuk memastikan instrumen yang dibina mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan.

Jadual 1 Cronbach‟s Alpha
Ujian Kebolehpercayaan Pemboleh ubah .856
.863
Faktor Penggunaan media sosial .850
Faktor Kemanfaatan media sosial
Faktor Penghalang media sosial

Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan untuk semua pemboleh ubah
berada pada aras .850 hingga .863. Hal ini bermakna tahap kebolehpercayaan cukup tinggi kerana
sudah melepasi aras .70. (Cresswell, 2013).

DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden
Jadual 2 memaparkan profil responden berkaitan dengan jawatan, kategori, jantina, umur, status
perkahwinan, pengalaman mengajar dan melanggan Internet.

Jadual 2
Profil Responden

Kategori Kekerapan Peratus
Bandar
Luar Bandar 56 67.5
27 32.5

Jantina 31 37.3
Lelaki

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

399

Perempuan 52 62.7

Umur 55 66.3
25-35 12 14.5
36-45 16 19.3
46-55
53 63.9
Pengalaman Mengajar 11 13.3
1-5 tahun 19 22.9
6-14 tahun
15 tahun ke atas 78 94.0
5 6.0
Melanggan Internet
Ya
Tidak

Daripada Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa responden yang terlibat adalah seramai 83
orang yang terdiri dari guru yang mengajar di Bandar seramai 56 (67.5%) dan luar Bandar seramai 27
(32.5%). Responden dibahagikan kepada tiga kategori umur di antaranya responden berumur 25
tahun hingga 35 tahun mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 66.3% manakala responden yang
berumur 36 tahun hingga 45 tahun sebanyak 14.5% dan responden yang berumur 46 tahun ke atas
sebanyak 19.3%. Dari segi pengalaman mengajar pula responden yang paling ramai adalah 1 hingga
5 tahun seramai 53 (63.9%), 6 hingga 14 tahun seramai 11 (13.3%) manakala responden yang
mempunyai pengalaman mengajar 15 tahun ke atas adalah seramai 19 (22.9%). Responden yang
melanggan internet pula sebanyak 78 (94%) dan yang tidak melanggan internet pula sebanyak 5
(6%). Ini menunjukkan kebanyakan responden telah melanggan internet di rumah atau menggunakan
internet melalui bayaran bil telefon bimbit mereka.

B4

30

20

10

Frequency 0

facebook w hat App blogspot linked In w ordpress moodle

tw itter telegram istagram w ebsite schoology

B4

Rajah 3. Kekerapan Penggunaan Media Sosial untuk akses bahan rujukan dan
perbincangan

Rajah 3 di atas menunjukkan media sosial yang kerap diakses oleh responden untuk
mendapatkan bahan rujukan dan perbincangan ialah facebook yang mencatatkan peratus paling
tinggi iaitu 26.5%, media sosial yang kedua tertinggi adalah What‟s App iaitu 14.5% dan yang ketiga

adalah Website iaitu 13.3%. Manakala media sosial yang paling rendah adalah linked In dan moodle

iaitu 2.4%. Ini menunjukkan responden lebih suka menggunakan facebook sebagai tempat mereka

mendapat dan mencari sumber bahan pengajaran serta berbincang dengan pelajar mereka selain
daripada aplikasi What‟s App.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

400

B6

30

20

10

Frequency 0

komputer laptop HP tablet gajet iphone

B6

Rajah 4. Alat yang kerap digunakan oleh pendidik untuk melayari internet

Rajah 4 di atas menunjukkan carta berkenaan dengan alat yang kerap digunakan oleh
responden untuk melayari internet ialah laptop dan telefon bimbit berada pada peratus yang teratas
iaitu 32.5% berbanding dengan peralatan lain seperti komputer dan tablet sebanyak 10.8% manakala
iphone sebanyak 9.6% dan gajet lain sebanyak 3.6%.

B7

70

60

50

40

30

20

Frequency 10
0
google yahoo explorer mozila firefox
B7

Rajah 5. Laman internet yang mudah digunakan oleh pendidik untuk mendapatkan rujukan

Rajah 5 di atas menunjukkan carta analisis berkenaan dengan laman internet yang mudah
digunakan oleh responden untuk mendapatkan bahan rujukan ialah google berada pada aras paling
tinggi iaitu sebanyak 69.9% berbanding dengan mozila firefox sebanyak 14.5%, yahoo sebanyak
8.4% dan explorer sebanyak 7.2%.

Dapatan Deskriptif
Dapatan deskriptif pada bahagian ini ditumpukan bagi menjawab persoalan kajian 1 hingga 3.
Dapatan dilaporkan dengan membentangkan nilai min pendidik secara deskriptif. Bagi mengetahui
tahap nilai min setiap pemboleh ubah yang dikaji, penyelidik mengkategorikan dan
menginterpretasikan skor min ke dalam tiga tahap seperti yang dipamerkan dalam Jadual 3 di bawah
ini:

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

401

Jadual 3 Interpretasi skor min
Interpretasi skor min dalam pemboleh ubah bebas dan bersandar

Julat skala

1.00 hingga 2.33 Tahap yang Rendah
2.34 hingga 3.66 Tahap yang Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tahap yang Tinggi

Sumber: Diubahsuai daripada Pallant (2005)

Persoalan Kajian Pertama

Adakah media sosial dapat memainkan peranan dalam pendidikan abad 21?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, 7 item dalam soal selidik telah digunakan untuk melihat

tahap penggunaan media sosial mudah digunakan dalam kalangan pendidik di negeri Kelantan.
Jadual 4 berikut memperincikan dapatan kajian.

Jadual 4
Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Faktor Peranan Media Sosial

Bil Faktor Media Sosial Mudah Min Sisihan Tahap
digunakan Piawai
4.10 Tinggi
1 Alat media sosial mudah didapati di 4.16 .74 Tinggi
pasaran 4.08 Tinggi
4.07 .72 Tinggi
2 Paparan menu dalam media sosial 4.01 .73 Tinggi
mudah difahami 4.10 .92 Tinggi
.93
3 Media sosial fleksibel 4.22 Tinggi
4.11 .76 Tinggi
4 Media sosial mudah di akses
5 Media sosial melancarkan kerja 1.0
.58
saya

6 Media sosial banyak menyediakan
sumber rujukan

7 Media sosial dapat memainkan
peranan dalam pembelajaran abad
21
KESELURUHAN

Jadual 4 melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai daripada pendidik berkaitan dengan
faktor media sosial memainkan peranan dalam pendidikan abad 21. Dapatan menunjukkan bahawa
pendidik memberikan nilai min pada tahap tinggi ke atas faktor kemudahan media sosial secara
keseluruhan (min = 4.11) dengan sisihan piawai (0.58). Secara terperinci pula, pendidik memberikan
nilai min tinggi ke atas semua pernyataan tentang faktor peranan media sosial kepada pendidik. Ini
menunjukkan bahawa daripada persepsi pendidik menyatakan bahawa secara keseluruhan media
sosial mudah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, mudah difahami, fleksibel, mudah
diakses, menyediakan pelbagai sumber rujukan, mudah didapati di pasaran dan dapat memainkan
peranan dalam pembelajaran abad 21.

Persoalan Kajian Kedua

Adakah media sosial memberi dapat manfaat dalam pendidikan abad 21?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, sebanyak 4 item dalam soal selidik telah digunakan untuk
melihat tahap penggunaan media sosial memberi manfaat dalam pendidikan abad 21. Jadual 5
berikut memperincikan dapatan kajian.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

402

Jadual 5
Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Faktor Kemanfaatan Media Sosial

Bil Faktor Kemanfaatan Media Sosial Min Sisihan Tahap

1 Media sosial dapat meningkatkan Piawai
prestasi dan produktiviti
4.20 .71 Tinggi
2 Media sosial dapat menjimatkan
masa 4.16 .83 Tinggi

3 Media sosial dapat menjimatkan kos 4.21 .69 Tinggi

4 Media sosial dapat 4.43 .56 Tinggi
mempercepatkan dalam
mendapatkan maklumat 4.27 .77 Tinggi

5 Media sosial lebih mudah dalam 3.66 .92 Sederhana
menyiapkan tugasan 4.21 .55 Tinggi

6 Media sosial dapat merapat
hubungan antara satu sama lain
KESELURUHAN

Berdasarkan Jadual 5 di atas menunjukkan para pendidik memberikan tahap sederhana pada
item 6 iaitu media sosial dapat meraptkan hubungan antara satu sama lain. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa media sosial dapat merapatkan hubungan semula bagi yang telah lama tidak
berhubung, akan tetapi ia juga dapat merenggang hubungan apabila berlaku perbahasan dan
perselisihan pendapat menyebabkan ahli kumpulan terasa hati lalu meninggalkan kumpulan tersebut
akibat dari keegoaan dan kemarahan antara satu sama lain. Justeru, media sosial peranan ketua
kumpulan perlu meleraikan perselisihan tersebut supaya ahli kembali tenang. Namun begitu,
kesemua item 1 hingga 5 berada pada tahap tinggi, media sosial dapat meningkatkan prestasi dan
produktiviti, menjimatkan masa, kos, cepat mendapat maklumat dan mudah dalam menyiapkan
tugasan. Secara keseluruhannya skor min berada pada tahap tinggi iaitu pada skor 4.21 (S.P.=0.55).

Persoalan Kajian Ketiga

Apakah faktor-faktor yang menghalang pendidik berhubung dengan pelajar melalui media sosial?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, terdapat sebanyak 7 item dalam soal selidik telah

digunakan untuk melihat faktor yang menghalang para pendidik ketika berhubung dengan pelajar
ketika menggunakan media sosial. Jadual 1.7 berikut memperincikan dapatan kajian.

Jadual 6
Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Faktor Halangan Media Sosial

Bil Faktor yang Menghalang Penggunaan Media Min Sisihan Piawai Tahap
Sosial 2.23 Rendah
2.18 1.16 Rendah
1 Media sosial menyusahkan saya untuk berbincang 1.92 Tinggi
dengan pelajar .76

2 Internet di tempat saya bekerja sangat perlahan

3 Saya terpaksa melanggan internet sendiri untuk 4.33
mendapatkan bahan rujukan

4 Saya tidak mahir dalam menyediakan bahan pembelajaran di

media sosial 2.48 1.02 Sederhana

5 Alat media sosial komputer, laptop gajet, telefon 3.49 1.11 Sederhana
sangat mahal untuk dibeli
1.00 Sederhana
6 Saya kurang mahir dalam mencari bahan di media 2.44 1.13 Tinggi
sosial .56 Sederhana
4.03
7 Media sosial susah diakses di kawasan pedalaman 3.36

KESELURUHAN

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

403

Jadual 6 melaporkan dapatan nilai skor min dan sisihan piawai daripada pendidik berkaitan
dengan faktor yang menghalang para pendidik ketika berhubung dengan pelajar ketika menggunakan
media sosial. Terdapat 2 item yang mempunyai nilai min pada tahap yang rendah iaitu item 1 dan 2.
Item 1 (M = 2.23) dengan sisihan piawai (1.16) iaitu faktor media sosial menyusahkan para pendidik
untuk berbincang dengan pelajar, manakala item 2 iaitu internet di tempat bekerja sangat perlahan
dengan nilai min 2.18 dan sisihan piawai 1.16. Secara terperinci pula, pendidik memberikan nilai min
sederhana ke atas item 4 (M=2.48) dan sisihan piawai (1.02), item 5 (M=3.49) dengan sisihan piawai
(1.11) dan item 6 (M=2.44) dengan sisihan piawai (1.00). Walau bagaimanapun item 3 iaitu terpaksa
melanggan internet sendiri untuk mendapatkan bahan rujukan mendapat tahap min yang tinggi iaitu
(M=4.33) dengan sisihan piawai (.76) dan item nombor 7 iaitu Media sosial susah diakses di kawasan
pedalaman iaitu tahap min yang tinggi iaitu (M=4.03) dengan sisihan piawai (1.13). Secara
keseluruhannya nilai min berada pada tahap yang sederhana iaitu (M=3.36) dengan sisihan piawai
(.56). Ini menunjukkan bahawa terdapat faktor yang menghalang para pendidik ketika berhubung
dengan pelajar melalui media sosial.

PERBINCANGAN
Daripada tiga objektif yang dikemukakan dalam kajian ini mengenai peranan media sosial mudah
digunakan dan kemanfaatannya dalam pendidikan abad 21 serta faktor-faktor yang menghalang
pendidik untuk berhubung dengan pelajar melalui media sosial. Secara keseluruhan media sosial
yang kerap diakses oleh pendidik untuk mendapatkan bahan rujukan dan perbincangan ialah
facebook yang mencatatkan peratus paling tinggi, kedua adalah What‟s App dan yang ketiga adalah
Website. Para pendidik suka menggunakan facebook sebagai tempat mereka mendapat dan mencari
sumber bahan pengajaran serta berbincang dengan pelajar selain daripada melalui aplikasi
What‟sApp Group. Alat bantu mengajar yang kerap digunakan oleh pendidik adalah schoology kerana
ia mudah dan terdapat aplikasi dalam menyampaikan nota serta komunikasi dengan pelajar. Para
pendidik biasanya mengakses melalui laptop dan telefon bimbit kerana ia mudah diakses di mana-
mana sahaja melalui internet google untuk mendapatkan bahan-bahan sumber rujukan.

Secara keseluruhan media sosial mudah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran,
mudah difahami, fleksibel, mudah diakses, menyediakan pelbagai sumber rujukan dan mudah
didapati di pasaran dalam pendidikan abad 21. Begitu juga dengan faktor kemanfaatan media sosial
di mana ia dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti, menjimatkan masa, kos, cepat mendapat
maklumat dan mudah dalam menyiapkan tugasan. Media sosial dapat merapatkan hubungan semula
bagi yang telah lama tidak berhubung, akan tetapi ia juga dapat merenggangkan hubungan apabila
berlaku perbahasan dan perselisihan pendapat menyebabkan ahli kumpulan terasa hati lalu
meninggalkan kumpulan tersebut akibat dari pergaduhan antara satu sama lain. Terdapat juga faktor-
faktor yang menghalang para pendidik berhubung dengan pelajar melalui media sosial antaranya
adalah internet yang perlahan untuk diakses terutamanya kawasan luar bandar. Para pendidik agak
susah untuk berhubung dengan pelajar mereka terutamanya pelajar yang tidak mempunyai
langganan tetap internet dan terpaksa bergantung pada wifi percuma sahaja. Sistem wifi percuma di
kawasan persekolahan dan pejabat agak terbatas dan perlahan. Masih terdapat juga dalam kalangan
pendidik yang masih belum mahir dalam menyediakan bahan pembelajaran di media sosial
terutamanya penyediaan tapak website, blog, frog, schoology. Kos peralatan TMK yang canggih dan
terkini terlalu mahal seperti laptop, computer, gajet dan telefon pintar.

KESIMPULAN
Kewujudan media sosial sebagai alat penggunaan dalam Internet telah menjadi satu media baru di
zaman era digital kini dan ia telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Kemajuan teknologi yang sangat pesat Ini turut memberikan impak dalam bidang pendidikan. Oleh
itu, media sosial memainkan peranan sangat penting dalam pendidikan abad 21 kerana manusia kini
bukan hanya dikenali sebagai makhluk sosial, tetapi juga aktif sebagai makhluk jaringan sosial.
Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti persepsi para pendidik terhadap peranan
media sosial dalam pendidikan abad 21. Facebook didapati media sosial yang sangat popular dalam
kalangan pendidik dan media ini banyak digunakan untuk tujuan perbincangan dan tempat
penyebaran maklumat. What‟sApp pula digunakan untuk menggalakkan perkongsian pandangan,
soal jawab, info dalam kumpulan dan mudah untuk diakses di rumah atau di mana-,ama sahaja.
Dengan adanya group What‟sApp para pendidik mudah untuk menyampaikan maklumat kepada
pelajar dengan pantas, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Namun, para pendidik harus bijak
menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut supaya objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Kajian lanjut

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

404

tentang impak media sosial terhadap prestasi pelajar boleh dijalankan pada masa akan datang untuk
membuktikan keberkesanannya dalam pembelajaran abad 21.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1992). Penilaian afektif. Kuala Lumpur: Masa Enterprise.
Abu Hassan Kasim. (1998). Panduan penyelidikan dalam sains sosial. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.
Ali Salman & Samsudin A. Rahim. (2012). New media and youth participation: towards nation

building. Retrieved from http://www.ukm.my/ [27 September 2012].
Alshare, K.A., & Alkhateeb, F.B. (2008). Predicting students usage of Internet in two emerging

economies using an extended technology acceptance model (TAM). Academy of Educational
Leadership Journal 12(2): 109-128.
Annand, D. (2011). Social presence within the community of inquiry framework. The International
Review of Research in Open and Distance Learning, 12(5), 40–56.
Ary, D., Jacob, L. C. & Razaveich, A. (1990). Introduction to research in education (4th ed). Texas:
Rinehart & Winston.
Azizi Jaafar & Tuan Majdiah Tuan Ismail. (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan
Pendidik. Jurnal Rampak Serantau Terbitan ke 24, 2017. Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Boyd, D. (2010). Streams of content, limited attention: The low of information through social media.
EDUCAUSE Review, 45(5), 26–36.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah penyelidikan, buku 1 edisi kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2000). Research methods in education. London: Routledge
Falmer.
Creswell, J. W. (2009). Research design quantitative, qualitative and mixed methods approaches.
Thousand Oaks, California: Sage Publication.
Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information
technology. MIS Quarterly 13(3): 319-340.
Faridanura Abdullah. (2014). Penggunaan Laman Rangkaian Sosial (Facebook) Dalam Kalangan
Guru: Motif dan Kesannya. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.
Fatimah Tambi. (2009). Penilaian pelaksanaan program pemulihan khas di sekolah-sekolah rendah di
negeri Selangor daripada perspektif guru besar dan guru pemulihan khas. Tesis Ph.D (tidak
diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gall, M.G., Gall, J.P. & Borg, W.B. (1998). Applying educational research. New York: Longman
Publishing Group.
Hughes, A. (2009). Higher education in a Web 2.0 world. JISC Report. Retrieved from
http://www.jisc.ac.uk/media/ documents/publications/heweb20rptv1.pdf [7 September 2012].
Hunter, R. (2011). Erasing ―property lines‖: A collaborative notion of authorship and textual ownership
on a fan Wiki. Computers and Composition: An International Journal for Teachers of Writing,
28(1), 40-56.
Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Penerimaan Media Sosial: Kajian
Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Palembang. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication Jilid 29(2) 2013: 125-140
Kop, R. (2011). The challenges to connectives‘ learning on open online networks: Learning
experiences during a massive open online course. The International Review of Research in
Open and Distance Learning, 12(3), 19–38.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1975). Determining sample size for research activities. Educational and
psychological measurement, 30(3), 607-610.
Luik, J. E. (2010). Media sosial dan presentasi diri. Retrieved from http://repository.
petra.ac.id/15386/1/Media_Sosial_dan_Presentasi_Diri.pdf [13 September 2012].
Mahmud, M. Z., & Omar, B. (2013). Motif dan kekerapan penggunaan Facebook dalam kalangan
pelajar universiti. Malaysian Journal of Communication, 29 (1), 35-54.
Mohd Hamdan Adnan. (2011). Youth usage of social media and its impact on social integration. Paper
presented at the ―Workshop for Youth: Freedom of Expression and Information – A Pragmatic
& Creative Approach for Youth‖ organized by the Information Department of Malaysia &
UNESCO on November 29 to December 3, 2011 in Kuala Lumpur.
Nielsen. (2011). State of the media: the social media report. Retrieved from
http://blog.nielsen.com/nielsenwire/social/ [4 September 2012].

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

405

Norfaezah Mohd Hamidin. (2015). Penggunaan Aplikasi ‗Whatsapp‘ Dalam Pembelajaran &

Pengajaran (P&P) Di KUIS. e-Proceeding of the Global Conference on Technology in

Language Learning 2015, 145(2), 03-3.

Pallant, J. (2005). SPSS survival manual. Philadelphia: Open University Press.

Park, S. Y. (2009). An analysis of the technology acceptance model in understanding university
students‘ behavioral intention to use e-learning. Educational Technology & Society 12(3), 150–

162.

PewInternet. (2009). The demographics of online and offline political participation. Retrieved from

http://pewInternet.org/Reports/2009/15--The-Internet-and- Civic-Engagement/3--The-

Demographics-of-Online-and-Offline-Political- Participation/2--Online-Politics.aspx [27

September 2012].

Sarimah Ismail & Abreza Atan. (2011). Aplikasi pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran

mata pelajaran teknikal dan vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Educational

Psychology and Counseling, 2(6), 113-144.

Sheldon, P. (2008). Students Favorite: Facebook and Motives for its Use. Southern Mass

Communication Journal Spring. 39-53.

US Cencus Bereau. (2012). Rank countries by population. Retrieved from http://www.census.gov/ [1

September 2012].

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

406

Amalan Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan Dalam Pengajaran Bahasa
Arab Guru Pelatih Lelaki Dan Guru Pelatih Wanita Di Institut Pendidikan Guru

Kampus Perlis – Satu Kajian Kes

Mohd Najib Sulaiman
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

[email protected]

Abstrak
Penggunaan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bahasa Arab yang betul dan sesuai serta pelbagai adalah antara faktor
kejayaan sesuatu kurikulum pelajaran khususnya bahasa Arab. Ini
termasuklah kaedah pengajaran klasik yang masih diguna pakai iaitu kaedah
nahu terjemahan (KNT). Kaedah ini masih popular dilaksanakan terutama
untuk pengajaran tatabahasa Arab dan bahasa Arab secara umum. Dalam
kajian ringkas ini pengkaji mengkaji amalan aplikasi kaedah nahu terjemahan
dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah yang
dilaksanakan oleh para guru pelatih lelaki dan guru pelatih wanita di Institut
Pendidikan Guru. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif melibatkan 30 orang
para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Data yang
dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 20.0
(Statistical Package For Sosial Science) dan dijelaskan dalam bentuk statistik
deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan kaedah dalam
pengajaran bahasa Arab adalah pada tahap sederhana dengan
menggunakan pelbagai teknik dan jenis terjemahan yang sesuai kerana
terdapat keperluan-keperluan yang mendorong amalan penggunaan kaedah
nahu terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab oleh guru pelatih lelaki dan
wanita tersebut. Dapatan kajian mendapati amalan guru pelatih perempuan
dalam penggunaan kaedah nahu terjemahan didapati lebih tinggi berbanding
guru lelaki. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara penggunaan kaedah nahu terjemahan dengan keperluan
terhadap kaedah nahu terjemahan tersebut pada r = 0.692. Diharap kajian ini
dapat memberi panduan kepada guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG)
agar dapat mengaplikasi kaedah nahu terjemahan pada tahap yang
sepatutnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.

Kata kunci: kaedah pengajaran, kaedah nahu terjemahan, guru pelatih, Institut
Pendidikan Guru

1.0 LATAR BELAKANG
Pengajaran bahasa Arab telahpun bermula sejak kedatangan Islam dan terbentuknya Kerajaan
Melayu Melaka pada awal abad ke-15 Masihi yang pada peringkat permulaannya bertujuan untuk
memahami Islam dan melakukan ibadah (Rosni, 2009). Selepas zaman Kesultanan Melayu Islam
Melaka, Pendidikan Islam dan bahasa Arab terus berlangsung pada zaman penjajahan Portugis,
Belanda dan Inggeris walaupun berlaku dalam bentuk yang tidak formal melalui institusi rumah imam
atau guru, surau, masjid, institusi pondok dan institusi madrasah. Manakala kurikulumnya meliputi
persoalan akidah, ibadat dan pengajian al-Quran serta bahasa Arab termasuk jawi. Bahasa Arab
diajar dengan memberikan tumpuan kepada kaedah bahasa, iaitu pendekatan nahu (Rosni, 2009).
Pada zaman moden dan zaman selepas merdeka, pengajaran bahasa Arab diperkenalkan secara
rasmi di sekolah-sekolah rendah kerajaan sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan pada tahun 1993. Pengajaran bahasa Arab seterusnya diperkasakan dengan
pelaksanaan program j-Qaf di semua sekolah rendah kebangsaan pada tahun 2005 dan telah
disempurnakan pada tahun 2010 (Tahun 6). Pada bulan Januari 2006 pula, Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Pusat Bil 1/2006 telah meluluskan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) untuk dilaksanakan bermula pada tahun 2008 (JAPIM, KPM 2006).
Kurikulum dan sukatan pelajaran bahasa Arab tersebut diguna pakai oleh semua jenis sekolah dan
disambung pula dengan bahasa Arab di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

407

Pada tahun 2011 juga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melibatkan semua subjek
termasuk bahasa Arab sehingga 2016. Bermula pada tahun 2017 pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan mengguna pakai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Edisi semakan.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan ijazah Sarjana Muda
Pendidikan, Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus ijazah untuk guru pelatih
berpengkhususan dalam bahasa Arab sebagai major dan elektif teras untuk pelatih guru
berpengkhususan Pendidikan Islam (. Antara faktor kejayaan sesuatu kurikulum pelajaran
baru khususnya bahasa Arab ialah penggunaan kaedah dan pendekatan pen gajaran dan
pembelajaran (PdP) bahasa Arab yang betul dan sesuai. Para guru disarankan
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam proses PdP mereka .
Ini termasuklah kaedah pengajaran klasik yang masih diguna pakai iaitu kaedah nahu
terjemahan (KNT). Dalam kajian ringkas ini pengkaji amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan
dalam pengajaran bahasa Arab guru pelatih lelaki dan guru pelatih wanita di Institut Pendidikan Guru.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan pelajar dalam bahasa Arab di Malaysia didapati masih di tahap lemah termasuk
keupayaan bertutur dan penguasaan tulisan dalam bahasa Arab (Mat Taib Pa, 2006; Siti lkbal Sheikh
Saleh, 2006; Basha Abu Bakar et.al, 2012; Ismail Mohamad, Wan Maizatul Akmar dan Azman Che
Mat, 2013).

Menurut Zawawi Ismail (2001) pelajar menghadapi masalah persekitaran yang tidak
membantu pelajar menguasai bahasa Arab sepertimana dapatan kajian lbrahim al -Zaini
(1992) dan Siti Saodah (1994). Ishak Mohd Rejab (1993) berpendapat bahawa pemilihan dan
penggunaan kaedah pengajaran yang tidak sesuai dan efektif oleh guru atau pengajar bahasa
Arab boleh membantutkan penguasaan bahasa Arab pelajar. Ada pengkaji yang mengaitkan
amalan kaedah nahu terjemahan secara berleluasa menjadi salah satu sebab kelemahan
penguasaan bahasa Arab. (Ibrahim aI-Zaini,1992; Nik Rahimi et.al, 1999; Soheir Abdul Munim, 1990,
1994).

Pengalaman pengkaji sebagai penyelia dan pembimbing guru pelatih major bahasa Arab di
Institut Pendidikan Guru semasa latihan praktikum mendapati terdapat kecenderungan dalam
kalangan guru pelatih menggunakan kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran Bahasa Arab dalam
kelas. Oleh yang demikian pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian lanjut menelusuri
amalan kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab dan yang berkaitan dengannya.
Benarkah kaedah ini dilaksanakan secara meluas atau sebaliknya? Adakah terdapat perbezaan
amalan antara kedua golongan guru pelatih tersebut terhadap kaedah nahu terjemahan dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan kaedah tersebut?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan ini secara umumnya mahu mengkaji amalan penggunaan kaedah nahu
terjemahan yang diamalkan oleh guru-guru pelatih iaitu pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)
dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah rendah semasa melaksanakan amalan professional atau
praktikum.

Secara khusus kajian ini mahu mencapai objektif-objektif berikut:

1. Mengenalpasti amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan oleh guru pelatih lelaki dan

wanita dalam pengajaran bahasa Arab.

2. Mengenal pasti teknik dan jenis terjemahan guru pelatih lelaki dan wanita dalam

penggunaan kaedah nahu terjemahan semasa sesi pengajaran.

3. Mengkaji keperluan terhadap penggunaan kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran

bahasa Arab di sekolah rendah oleh guru pelatih lelaki dan wanita.

4. Mengkaji hubungan antara amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan dengan keperluan

terhadap aplikasi kaedah tersebut.

4.0 SOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif-objektif kajian di atas beberapa persoalan kajian dapat diutarakan :

1. Adakah terdapat perbezaan amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan dalam

pengajaran guru antara guru pelatih lelaki dan wanita?

2. Apakah teknik dan jenis terjemahan yang diamalkan guru lelaki dan wanita ketika

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

408

menggunakan kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab?

3. Apakah keperluan-keperluan yang mendorong amalan penggunaan kaedah nahu

terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab oleh guru pelatih lelaki dan wanita?

4. Wujudkah hubungan antara penggunaan kaedah nahu terjemahan dengan keperluan

terhadap kaedah tersebut?

5.0 TINJAUAN LITERATUR
5.1 Pengenalan
Sebelum kurun kesembilan belas kaedah ini lebih dikenali dengan kaedah klasik kerana kaedah
ini digunakan untuk mempelajari bahasa klasik seperti Latin atau Greek. Di akhir kurun ke
sembilan belas kaedah ini dikenali pula sebagai kaedah nahu terjemahan kerana tumpuan terhadap
peraturan tatabahasa sebagai asas terjemahan bahasa kedua kepada bahasa pertama. la mula
diguna pakai dan popular sebagai satu kaedah pembelajaran bahasa yang standard pada kurun ke
dua puluh (Brown, H. D 2000).

.

5.2 Kaedah Nahu Terjemahan Dalam Pengajaran bahasa Asing atau Kedua
Pelbagai kaedah digunakan dalam pengajaran bahasa kedua atau asing. Brown (2000)
menyenaraikan 11 kaedah yang biasa diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Menurut Brown kepelbagaian kaedah dan pendekatan ini ada kaitannya dengan aliran
ahli-ahli psikologi dalam teori pemerolehan bahasa kedua yang dipecahkan kepada tiga aliran
utama:

1) Aliran struktural dan behaviorisme (Awal 1900 & 1940an & 1950an)
2) Aliran Rasionalisme dan psikologi kognitif (1960an & 1970an)
3) Aliran Kontruktivisme(1980an, 1990an & awal 2000)

( Brown, H.D, 2000: 12-13)
Antara kaedah pengajaran bahasa asing atau kedua yang dikenal pasti ialah:

1.Kaedah Nahu Terjemahan
2.Kaedah Langsung/Terus
3.Kaedah Dengar dan Sebut
4.Kaedah Ajuk Hafaz

5.Kaedah Kod Kognitif
6.Kaedah Linguistik
7.Kaedah Gerak balas Fizikal Keseluruhan
8.Kaedah Sugestopedia.
9.Kaedah Komunikatif
10.Kaedah Eklektif
Selain itu terdapat ahli linguistik Arab meletakkan Kaedah Nahu Terjemahan sebagai salah
satu daripada empat kaedah pengajaran bahasa tradisional atau klasik (Hammadah Ibrahim,
1987).

5.3 Ciri-ciri Kaedah Nahu Terjemahan
Prat o r da n C el ce -M urci a (1 97 9 dal am Bro wn, H. D 2 00 0) t el a h menyenaraikan
beberapa ciri utama kaedah nahu terjemahan, antaranya ialah:

1. Pelajar dalam kelas diajar bahasa kedua atau asing dengan menggunakan bahasa
ibunda dan sedikit penggunaan bahasa sasaran (kedua atau asing)

2. Kosa kata diajar dalam beberapa senarai perkataan yang sating berasingan (tiada
kaftan antara perkataan)

3. Penjelasan yang panjang lebar tentang tatabahasa bahasa sasaran.
4. Tatabahasa pula melahirkan tata cara atau kaedah untuk membentuk perkataan-

perkataan. Arahan pula berfokus kepada pembentukan dan pecahan perkataan.
5. Pembacaan terhadap teks klasik yang susah didedahkan pada awal pengajaran
6. Perhatian yang kurang diberikan kepada kandungan teks. Kndungan teks pula

dijadikan sebagai latihan dalam analisis tatabahasa.
7. Latihan kemahiran yang kerap pada aspek terjemahan ayatayat daripada bahasa kedua

kepada bahasa ibunda.
8. Kurang atau tiada perhatian terhadap aspek pertuturan dan sebutan perkataan.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

409

5.4 Teknik Pengajaran Menggunakan Kaedah Nahu Terjemahan
Teknik pengajaran bahasa dengan kaedah ini ialah dengan m enggunakan bahasa
y a n g di k et a h ui ol e h p el aj ar u nt u k menjelaskan makna bagi bahasa kedua. Guru akan
menyediakan perkataan dalam bahasa kedua/asing dan akan dinyatakan terjemahannya dalam
bahasa yang difahami pelajar terutama bahasa ibunda. Seterusnya pelajar akan diminta
membaca perkataan tersebut dan menghafanya.Teknik ini digunakan juga digunakan untuk
menambah kosa kata, perkataan yang sukar, rangkai kata atau ungkapan yang tidak jelas serta
penerangan tatabahasa.

Dalam pengajaran pembacaan, teknik yang digunakan ialah membaca bahan bacaan daripada
bahasa kedua/asing sambil menterjemahkannya kepada bahasa sumber. Penekanan dalam
kaedah ini adalah pada kemahiran membaca, menulis dan pemahaman tentang maklumat
bahasa, kurang menggunakan kemahiran bertut ur dan penggunaan bahasa, sangat
bergantung kepada penerangan tatabahasa dan pemerolehan kosa kata (Hammadah Ibrahim, 1987).

5.5 Jenis-jenis Terjemahan dalam Kaedah Nahu Terjemahan
Menurut As‘ad Muzaffar (1989) jenis-jenis terjemahan yang dikenal pasti ialah:
a. Terjemahan Harfiah
la bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan dari sudut kosa kata, sarf, nahu dan uslub
serta kadar ayat.

Kesannya ialah terjemahan tersebut banyak menyalahi struktur ayat bahasa sasaran,
kesamaran makna dan kesilapan. la banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku pada zaman
dahulu.

b. Terjemahan Setara
la bermaksud pemindahan yang lengkap (sama) atau hampir lengkap (sama) terhadap isi dan
bentuk. Penterjemah akan menyesuaikan terjemahannya mengikut bahasa sasaran dan berusaha
menyusun semula ayat yang mirip dan hampir dengan bahasa sasaran.

Pent erjemah akan menggunakan perubahan nahuan, leksikal, uslub atau gaya bahasa
dan balaghah dalam ketiadaan kesepadanan. Tahap kesamaan dengan teks asal adalah tinggi dari
sudut bentuk dan isi dengan memelihara kaedah bahasa.

c. Terjemahan Makna
la bermaksud penyalinan semula maklumat ke dalam bahasa penerima daripada bahasa sumber
dalam bentuk persamaan terdekat dan bersahaja.

Penterjemah akan melakukan terjemahan makna atau ayat d em i ay at . Di a ak a n m em -
baca sesuatu ayat dan cuba memahaminya dan kemudian akan menterjemah-kannya
dengan gaya bahasanya sendiri.

d. Terjemahan Bebas
la bermaksud terjemahan makna am dan isi kandungan teks tanpa sebarang kongkongan atau
mengambil kira perkataan dan struktur bentuk ayat asal. Kesannya ialah akan terdapat
penambahan, pengurangan, penyimpangan makna serta ayat yang panjang.

Teknik terjemahan terbaik antara jenis-jenis terjemahan di atas ialah teknik setara yang
didasarkan kepada terjemahan harfiah pada asalnya.

5.6 Kelebihan dan Kelemahan Kaedah Nahu Terjemahan
Menurut Maimun Aqsa Lubis (1991) kaedah ini sesuai digunakan untuk orang dewasa kerana

mereka mahukan penerangan secara logik dan mereka telahpun mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam bahasa ibunda mereka.

Selain itu, kaedah ini sesuai untuk pelajar yang menggunakan mana-mana bahasa asing untuk
kajian semata-mata bukan untuk tujuan bertutur tetapi untuk kefahaman membaca dan kemahiran
menulis. Menurut Brown (2000) kaedah ini popular kerana seseorang pengajar hanya memerlukan
kemahiran yang sedikit dalam aspek pengajaran. Pengujian dan penilaian terhadap undang-undang
tatabahasa dan terjemahan perkataan atau ayat senang dikendalikan dan mudah dicapai secara
objektif.

Kaedah nahu terjemahan walaupun ada kebaikan namun ia tidak sesuai untuk diterapkan
kepada pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau asing pada peringkat
awal atau perm ul aan (Mai m un Aq sa L ubi s, 1991). I ni kera na i s t i dak memenuhi

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

410

keperluan pelajar khasnya kanak-kanak seperti harga diri, pernyataan kendiri dan kreativ iti
serta tidak membantu berkomunikasi dan kemahirannya (Maimun Aqsa Lubis, 1991).

Antara kelemahan kaedah ini juga ialah pelajar tidak dapat bertutur dengan lancar kerana
sentiasa menggunakan bahasa yang telah sedia diketahui oleh mereka iaitu bahasa ibunda atau
bahasa pertama mereka. Ini kerana menurut Ibrahim Zaini (1992) kaedah nahu terjemahan tidak
menangani kemahiran bahasa secara menyeluruh, hanya tertumpu kepada aktiviti membaca dan
menulis selain menumpukan perhatian terhadap tatabahasa Arab.

Di samping itu, dari segi pengajaran bahasa kedua, kaedah ini lebih mementingkan belajar
tentang bahasa dan bukannya belajar bahasa itu sendiri (Azhar Muhammad, 2005). la bermaksud
terlalu menitikberatkan pembelajaran nahu bahasa Arab melebihi pembelajaran bahasa itu sendiri
(Ahmad Kilani, 2001). Ini adalah kerana kemahiran komunikasi lisan adalah merupakan kemahiran
yang penting dari segi pengajaran dan pembelajaran serta penguasaan Bahasa (Ahmad Kilani, 2001;
Kamaruddin Hussin, 1999).

Menurut Nik Rahimi (1999), penggunaan kaedah nahu terjemahan yang berleluasa akan
melemahkan penguasaan bacaan bahasa Arab pelajar. Ini disebabkan kaedah ini boleh
membantutkan kefahaman makna leksikal perkataan dan makna literal teks dengan lebih
mendalam. Pemahaman bahasa Arab dalam konteks bahasa Melayu pelajar menyebabkan
penerokaan perkataan dan teks Arab pelajar terbatas dalam ruang bahasa dan budaya Melayu (Nik
Rahimi, 1999).

6.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif melibatkan 30 orang para guru pelatih di Institut Pendidikan
Guru Kampus Perlis. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu Bahagian A berkenaan demografi responden dan Bahagian B berkaitan
item-item yang dibina berkaitan persoalan kajian. Kesemua hasil dianalisis secara deskriptif. Data
yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 20.0 (Statistical Package For
Sosial Science) dan dijelaskan dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi.

Kaedah persampelan yang digunakan adalah purpose sampling (sampel bertujuan) iaitu
melibatkan guru-guru pelatih lelaki dan perempuan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang
terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sahaja samada sebagai subjek major
mahupun sebagai elektif teras. Persampelan ini adalah sesuai kerana responden berkenaan dapat
memberikan input yang diandaikan dapat menggambarkan populasi yang dikaji (Cresswell, 2014;
Sabitha Marican, 2005).

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
7.1 Pendahuluan
Sebanyak 30 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terlibat. Setelah
borang soal selidik berjaya dikutip pengkaji melakukan analisis data soal selidik tersebut bagi
menentukan kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang dibina.

Bahagian A: Latar Belakang Demografi Responden
Bahagian ini adalah berkenaan demografi responden mengandungi maklumat jantina dan umur guru
pelatih yang terlibat iaitu seramai 30 orang, lima belas orang responden adalah guru pelatih lelaki dan
lima belas orang lagi adalah guru pelatih wanita.

Bahagian B: Persoalan Kajian
Perbincangan dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan min, sisihan piawai, kekerapan dan
peratusan setiap item soal selidik yang berkaitan dengan tajuk dan persoalan kajian. Interpretasi skor
min adalah berdasarkan kepada jadual skor min di bawah.

Jadual 7.1:
Interpretasi skor min amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan

Skor Min Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah

2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi

(A) Amalan Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan Dalam Proses Pengajaran Bahasa Arab

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

411

Dapatan Amalan Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan Dalam Proses Pengajaran Bahasa Arab
dapat dijelaskan berdasarkan jadual di bawah.

Jadual 7.2:
Analisis Deskriptif Amalan Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan

Bil No. Item Sangat
tidak setuju

Tidak
Setuju
Kurang
setuju
Setuju
Sangat
setuju
Jumlah

MIN
SISIHAN
PIAWAI

1 Guru menggunakan bahasa % % % % % % 3.87 .860
Melayu sebagai bahasa - 3.3 33.3 36.7 26.7 100 .785
pengantar - (1) (10) (11) (8) (30)
% % % % % % 3.73 .988
2 Guru menggunakan bahasa - 6.7 26.7 53.3 13.3 100 1.008
Arab sebagai bahasa pengantar 0 (2) (8) (16) (4) (30) .759
yang diselangselikan dengan
bahasa Melayu % % % % % % 2.70 .765
13.3 20 56.7 3.3 6.7 100 .640
3 Guru menggunakan bahasa (4) (6) (17) ( 1 ) (2) (30) .621
Arab sepenuhnya sebagai .571
bahasa pengantar % % % % % % 2.87 .662
10 20 50 13.3 6.7 100 .900
4 Penerangan pengajaran bahasa (3) (6) (15) ( 4 ) ( 2 ) (30) .858
Arab oleh guru menggunakan % % % % % % 3.90 .592
bahasa Arab sepenuhnya - 10 3.33 73.4 13.3 100 .964
- (3) (1) (22) (4) (30)
5 Penerangan pengajaran bahasa
Arab menggunakan bahasa Arab % % % % % % 2.97
diselangselikan dengan bahasa 3.3 20 53.4 23.3 - 100
Melayu (1) (6) (16) (7) - (30)
% % % % % % 3.73
6 Penerangan pengajaran bahasa 3.3 26.7 63.3 6.7 100
Arab oleh guru menggunakan - (1) (8) (19) (2) (30)
bahasa Melayu sepenuhnya - % % % % % 3.60
% 3.3 36.7 56.7 3.3 100
7 Arahan soalan dan latihan - (1) (11) (17) ( 1 ) (30)
diterjemahkan kepada bahasa - % % % % % 3.53
Melayu % 3.3 40 56.7 - 100
- (1) (12) (17) - (30)
8 Soalan latihan lisan dalam - % % % % % 3.10
bahasa Arab diterjemahkan % 16.6 56.7 26.7 - 100
kepada bahasa Melayu - (5) (17) (8) - (30)
- % % % % % 3.53
9 Soalan latihan bertulis bahasa % 10 43.3 30 16.7 100
Arab diterjemahkan kepada - (3) (13) (9) (5) (30)
bahasa Melayu - % % % % % 3.77
% 3.3 40 33.3 23.4 100
10 Jawapan pelajar dalam bahasa - (1) (12) (10) (7) (30)
Melayu diterjemahkan kepada - % % % % % 4.17
bahasa Arab oleh guru % - 10 63.3 26.7 100
- - ( 3 ) (19) (8) (30)
11 Guru memberi penekanan - % % % % % 3.37
terhadap tatabahasa Arab dalam % 16.7 26.6 46.7 6.7 100
sesi pengajaran 3.3 (5) (8) (14) (2) (30)
(1)
12 Guru membetulkan kesalahan
tatabahasa pelajar secara
langsung

13 Guru memberi peneguhan positif
seperti pujian dan sebagainya
dalam bahasa Arab

14 Guru memberi peneguhan positif
seperti pujian dan sebagainya
dalam bahasa Melayu

N = 30 Purata Min = 3.58

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

412

Berdasarkan kepada purata min amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan oleh para guru
pelatig IPG Kampus Perlis iaitu M=3.58, ia menunjukkan bahawa secara umum amalan kaedah
dalam pengajaran bahasa Arab adalah pada tahap sederhana.

Dapatan kajian mendapati bahawa ramai guru pelatih (90%) tidak bersetuju guru pelatih
menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Begitu juga ramai yang tidak
bersetuju (80%) penerangan pengajaran bahasa Arab oleh guru menggunakan bahasa Arab
sepenuhnya namun dalam masa yang sama ramai yang tidak bersetuju (76.7%) penerangan
pengajaran bahasa Arab oleh guru menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Mereka lebih
bersetuju (86.7%) agar pengajaran bahasa Arab diselangselikan antara bahasa Arab dan bahasa
Melayu.

Apakah tahap amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab
guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis?

Berdasarkan min purata keseluruhan bahagian A ini (M = 3.58) persoalan kajian di atas dapat
dijawab dengan menyatakan bahawa tahap amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan dalam
pengajaran bahasa Arab guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis adalah pada tahap
sederhana merujuk kepada skala skor min yang tetah ditetapkan iaitu Min 2.34 hingga 3.66 adalah
pada tahap sederhana. Dapatan ini menyokong dapatan kajian oleh Razali Mustaffar (2003)
"Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan dalam Pengajaran Bahasa Arab. Tinjauan di tiga Buah
Sekolah Agama Negeri Kelantan." Dapatan beliau menunjukkan bahawa tahap penggunaan dan
pelaksanaan Kaedah Nahu Terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab adalah pada tahap
sederhana dengan purata min (min = 2.98). Dapatan Razali Mustaffar disokong oleh dapatan kajian
Azhar Mohamad (2005) terhadap kaedah nahu terjemahan dalam kajian beliau bertajuk : " Persepsi
Pelajar Terhadap Kaedah Penterjemahan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
Komunikasi." dengan skor min (min = 2.99). Oleh yang demikian dapatan penulis menyokong kedua-
dua dapatan pengkaji sebelum ini yang mendapati amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah pada tahap sederhana.

Jadual 7.3:
Analisis Deskriptif Teknik Terjemahan Yang Digunakan

Bil No. Item Sangat
tidak setuju

Tidak
Setuju
Kurang
setuju
Setuju
Sangat
setuju
Jumlah
MIN
SISIHAN
PIAWAI

15 Guru membaca bahan pengajaran % % % % % % 3.90 .662
dalam bahasa Arab sebelum - 3.3 16.7 66.7 13.3 100
menterjemahkannya kepada bahasa - (1) (5) (20) (4) (30)
Melayu
% % % % % % 3.20 1.157
16 Guru menterjemah perkataan secara 6.6 20 36.7 20 16.7 100
langsung tanpa bantuan kamus (2) (6) (11) (6) (5) (30)

17 Guru menggunakan kamus dwibahasa % % % % % % 3.77 .817
(Arab-Melayu), (Melayu-Arab) - 6.6 26.6 50 16.7 100
- (2) (8) (15) (5) (30)
18 Guru menggunakan kamus ekabahasa % % % % % % 3.40 .894
(Arab-Arab) kemudian 3.3 10 36.7 43.3 6.6 100
menterjemahnya kepada bahasa (1) (3) (11) (13) (2) (30)
Melayu
% % % % % % 3.60 .724
19 Guru menterjemahkan setiap ayat - 3.3 43.3 43.3 10 100
bahasa Arab secara berasingan - (1) (13) (13) (3) (30)
% % % % % % 3.33 .802
20 Guru membaca semula teks - 13.3 46.7 33.3 66.7 100
terjemahan bahasa Melayu secara - (4) (14) (10) (2) (30)
menyeluruh

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

413

21 Guru menterjemahkan setiap % % % % % % 3.77 .817
perkataan baru kepada bahasa - 10 16.7 60 13.3 100
Melayu - (3) (5) (18) (4) (30)

22 Guru menterjemahkan setiap % % % % % % 3.90 .845
perkataan bahasa Arab yang sukar 3.3 - 20 56.7 20 100
sahaja kepada bahasa Melayu (1) - (6) (17) (6) (30)

N = 30 Purata Min = 3.61

Berdasarkan jadual di atas pengkaji mendapati bahawa guru pelatih ramai (80%) yang
membaca bahan pengajaran dalam bahasa Arab dahulu sebelum diterjemahkan kepada bahasa
Melayu dan menterjemahkan setiap perkataan bahasa Arab yang sukar sahaja kepada bahasa
Melayu (76.7%) dengan cara menterjemahkan setiap perkataan baru kepada bahasa Melayu
(73.3%) dan menggunakan kamus dwibahasa (Arab-Melayu), (Melayu-Arab) (66.8%) ramai yang
tidak setuju terjemahan secara langsung dilakukan tanpa menggunakan kamus (63.3%). Dapatan ini
disokong oleh kajian Azhar Muhammad, Ahmad Kilani Mohamed dan Sulaiman Shakib Mohd Noor
(2003) yang mengenal pasti beberapa masalah dalam proses penterjemahan Arab -Mel a yu
pel aj a r. A nt a ra m a sal a hny a i al ah ke kur an ga n pe ng et a hu an t e nt a n g penggunaan
perbendaharaan kata bahasa Arab terutama istilah terkini, struktur ayat yang berbeza atau gaya
bahasa Arab yang agak asing daripada bahasa Melayu dan masalah penggunaan kamus. Mereka
juga didapati membuat penterjemahan secara perkataan demi perkataan menyebabkan berlaku
pengabaian terhadap maksud umum ayat.

Jadual 7.4:
Jenis Terjemahan Yang Digunakan

Bil No. Item Sangat tidak
setuju

Tidak Setuju
Kurang
setuju
Setuju
Sangat
setuju
Jumlah
MIN
SISIHAN
PIAWAI

23 Guru menterjemahkan teks bahasa Arab % % % % % % 3.73 .740

secara perkataan demi - 3.3 33.3 50 13.3 100

perkataan(terjemahan harfiah) - (1) (10) (15) (4) (30)

24 Guru menterjemahkan teks bahasa Arab % % % % % % 3.90 .607

secara terjemahan setara (penyesuaian - 3.3 13.3 73.4 10 100

terjemahan bahasa Melayu yang - (1) (4) (22) (3) (30)

lengkap/sama)

25 Guru menterjemahkan teks bahasa Arab % % % % % % 3.87 .681

secara terjemahan makna (dalam bentuk - 3.3 20 63.3 13.4 100

persamaan terdekat, bersahaja dengan - (1) (6) (19) (4) (30)

gaya bahasa tersendiri)

26 Guru menterjemahkan teks bahasa Arab % % % % % % 3.70 .877

secara bebas (terjemahan makna am 3.3 - 36.7 43.3 16.7 100

yang sesuai tanpa terikat dengan struktur (1) - (11) (13) (5) (30)

dan gaya bahasa sumber iaitu bahasa

Arab)

N = 30 Purata Min = 3.80

Berdasarkan kepada Jadual 7.4 di atas jenis terjemahan yang sering dilakukan oleh guru pelatih
dalam pengajaran bahasa Arab ialah terjemahan setara (83.3%), diikuti dengan terjemahan makna
(76.7%) seterusnya terjemahan harfiah (63.3%) dan terjemahan bebas (60%).

Berdasarkan Jadual 7.5 di bawah pula guru pelatih memerlukan penggunaan dalam
pengajaran bahasa Arab kerana dapat meningkatkan penguasaan kota kata (86.7%), menarik minat
mempelajari bahasa Arab (80%), meningkatkan kemahiran mendengar (76.7%), menulis, membaca
dan prestasi. Sebahagian sahaja yang berpendapat kaedah terjemahan dapat membantu kemahiran
bertutur bahasa Arab (50%). Dapatan kajian bahawa kaedah nahu terjemahan ini membantu

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

414

pemerolehan kosa kata bahasa Arab yang baru menyokong dapatan kajian Azhar Muhammad,
Ahmad Kilani Mohamed dan Sulaiman Shakib Mohd Noor (2003).

Berdasarkan dapatan data dan penjelasan untuk Bahagian B dan C ini maka persoalan kajian
‖Apakah keperluan-keperluan yang mendorong amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan dalam
pengajaran bahasa Arab oleh guru pelatih lelaki dan wanita?‖ telah dapat dijawab.

Jadual 7.5:
Keperluan Kepada Kaedah Nahu Terjemahan

Bil No. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
Setuju

Kurang
setuju
Setuju
Sangat
setuju
Jumlah
MIN
SISIHANP
IAWAI

27 Saya memahami bahasa Arab dengan % % % % % % 3.67 .547
baik dengan kaedah terjemahan yang
digunakan oleh guru - - 36.7 60 3.3 100

28 Terjemahan yang digunakan oleh guru - - (11 (18) (1) (30)
menarik minat saya dalam mempelajari
bahasa Arab )

29 Melalui kaedah terjemahan saya dapat % % % % % % 3.90 .662
menguasai banyak kosa kata bahasa
Arab - 3.3 16.7 66.6(20) 13.3 100

30 Saya dapat meningkatkan prestasi - (1) ( 5 ) (4) (30)
dalam bahasa Arab dengan kaedah
terjemahan % % % % % % 3.90 .548

31 Kaedah terjemahan membantu - 3.3 10 80 6.7 100
kemahiran mendengar saya dalam
bahasa Arab - (1) ( 3 ) (24) (2) (30)

32 Kaedah terjemahan membantu saya % % % % % % 3.77 .728
mahir bertutur dalam bahasa Arab
- 3.3 30 53.4 13.3 100
33 Kaedah terjemahan membantu saya
mahir membaca bahan-bahan bahasa - (1) (9) (16) (4) (30)
Arab.
% % % % % % 3.97 .669
34 Kaedah terjemahan membantu saya
mahir dalam penulisan bahasa Arab. - - 23.3 56.7 20 100

N = 30 Purata Min = 3.68 - - (7) (17) (6) (30)

%% % % % % 3.53 .860
- 10 40 36.7 13.3 100
- (3) (12) (11) (4) (30)

%% % % % % 3.67 .802
- 10 23.3 56.7 10 100
- (3) (7) (17) (3) (30)

%% % % % % 3.60 .894
- 10 23.3 56.7 10 100
- (3) (7) (17) (3) (30)

Adakah terdapat perbezaan amalan penggunaan kaedah nahu terjemahan dalam pengajaran
bahasa Arab antara guru pelatih lelaki dengan pelatih wanita?
Persoalan kajian di atas dapat dijawab berdasarkan data daripada Jadual 7.6. Berdasarkan kepada
Jadual 7.6 di bawah didapati bahawa kesemua empat konstruk yang diukur melalui item-item yang
dibentuk menunjukkan skor min purata guru pelatih perempuan lebih tinggi berbanding guru lelaki.

Amalan guru pelatih perempuan dalam penggunaan kaedah nahu terjemahan didapati lebih
tinggi berbanding guru lelaki. Ini berdasarkan pemerolehan min dan sisihan piawai guru perempuan
Bahagian A: (M = 3.68, SD = 0.816) adalah lebih tinggi berbanding amalan penggunaan kedah nahu
terjemahan guru pelatih lelaki (M = 3.48, SD = 0.239).

Begitu juga min yang tinggi berpihak kepada guru pelatih perempuan. Bahagian B: (M = 3.67,
SD = 0.414), Bahagian C: (M = 3.92, SD = 0.469), Bahagian D: (Min = 3.74, SD = 0.427). Manakala
guru lelaki memperoleh Bahagian B: (M = 3.54, SD = 0.544), Bahagian C: (M = 3.68, SD = 0.697),
Bahagian D: (M = 3.62, SD = 0.448).

Oleh yang demikaian, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan yang komprehensif
dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong para guru pelatih wanita lebih

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

415

cenderung menggunakan kaedah nahu terjemahan berbanding para guru pelatih lelaki pada masa
yang akan datang.

Jadual 7.6:
Skor Min Purata Item Lelaki dan Perempuan

Bil Skor Min Purata Jantina Ukuran
Statistik
1 Skor Min Purata Bahahian A Lelaki Min
Item 1 – 14 (3.58) Sisihan Piawai 3.48
Min 0.239
Perempuan Sisihan Piawai 3.68
0.816

2 Skor Min Purata Bahahian B Lelaki Min 3.54
Item 15 – 22 (3.61) Sisihan Piawai 0.544
Min 3.67
Perempuan Sisihan Piawai 0.414

3 Skor Min Purata Bahahian C Lelaki Min 3.68
Item 23 – 26 (3.80) Sisihan Piawai 0.697
Min 3.92
Perempuan Sisihan Piawai 0.469

4 Skor Min Purata Bahahian D Lelaki Min 3.62
Item 27 – 34 (3.68) Sisihan Piawai 0.448
Perempuan Min 3.74
Sisihan Piawai 0.427
N Keseluruhan = 30, N (Lelaki = 15, N (Perempuan = 15)

Wujudkah hubungan antara penggunaan kaedah nahu terjemahan dengan keperluan terhadap
kaedah tersebut?

Jadual 7.7:
Kolerasi Antara Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan Dengan Keperluan Terhadap Kaedah

Pembolehubah Nilai r
0.692
Penggunaan Kaedah Nahu
Terjemahan dengan Keperluan
Terhadap Kaedah
* p<0.01

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan
kaedah nahu terjemahan dengan keperluan terhadap kaedah nahu terjemahan di mana r = 0.692
pada tahap 0.01(2 – tailed), N = 30 di mana p<0.01. Antaranya ialah pemerolehan kosa kata

bahasa Arab yang baru dan ini menyokong dapatan kajian Azhar Muhammad, Ahmad Kilani

Mohamed dan Sulaiman Shakib Mohd Noor (2003).

8.0 PENUTUP
Tidak dapat dinafikan kaedah nahu terjemahan masih mendapat tempat dan diamalkan dalam
pembelajaran dan pengajaran bahasa khasnya di peringkat dewasa seperti yang ditegaskan oleh
Maimun Aqsa Lubis (1991). Namun kaedah ini diterima pakai dan diguna hanya pada tahap minimum
dan paling tinggipun pada tahap sederhana kerana jika ia dipraktik secara meluas penguasaan dalam
bahasa Arab pelajar akan terjejas seperti yang dinyatakan oleh ramai pengkaji sebelum ini (lbrahim
al-Zayni, 1992; Soheir Abdul Munim,1994; Nik Rahimi et.al,1999a; Nik Rahimi et.al,1999b). Oleh yang
demikian para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru perlu meningkatkan penguasaan dalam
bahasa Arab khasnya dalam kemahiran bertutur bahasa Arab dalam usaha penyampaian proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kelas dan hanya menggunakan kaedah tersebut
sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan seperti yang ditegaskan oleh Mohd Mokhtar Ahmad

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

416

(1994) dan menggunakan teknik terjemahan yang sesuai untuk menaikkan taraf dan tahap
penguasaan bahasa Arab pelajar.

RUJUKAN
Ahmad Kilani Mohamed (2001). Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah

Menengah Agama di Malaysia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Azhar Muhammad, Ahmad Kilani Mohamed dan Sulaiman Shakib Mohd Noor (2003). Masalah

Pembelajaran Penterjemahan Teks Bahasa Arab Kepada bahasa Melayu di Kalangan Pelajar
Melayu. Dalam Abdullah Hassan (pny) Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan.Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
As‘ad Muzaffar al-Din Hakim.1989.Ilm Al-Tarjamah Al-Nazariy. Dimasyq: Talas-dar
Azhar Mohammad (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Penterjemahan dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Dalam Abdullah Hasaan dan Low
Kok On (pnys) Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu. Bentong: PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd.
Bhasah Abu Bakar, et.al (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program j-QAF dalam
kalangan Pelajar Tingkatan 1 – Satu kajian Kes. Diambil dari atas talian
http://fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/85.pdf
Brown, H.Douglas (2000). Principles of Language Learning and Teaching.Fourth Edition. New York :
Addison Wesley Longman. Inc. Pearson Education.
Brown, H.Douglas (2000b). Teaching By Principles. An Interactive Approach to Language Pedagogy.
Second Edition. New York : Addison Wesley Long-man. Inc. Pearson Education.
Cresswell, John W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Aproaches. (4th ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.Inc.
Hammadah Ibrahim (1987). Al-Ittijahat Al-Mua‟sirah Fi Tadris Al-Lughah Al-Arabi-yah Wa Al-Lughat
Al-Hayyah Al-Ukhra Li Ghair Al-Natiqina Biha. Qaherah: Multazam Al-Taba‘ Wa Al-Nasyr Darul
Fikri al-Arabi.
Ibrahim al-Zayni (1992). Al-Islam: Manhaj wa Tariqah wa Tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.
Ishak Mohd Rejab (1993). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Dalam
Ismail Abd.Rahman, Abd.Aziz dan Mohd Yasin Muda. 1994 (pnyt). Isu-isu Pendidikan Islam di
Malaysia: Cabaran dan Harapan. Kuala Trengganu: Yayasan Percetakan Islam Trengganu.
Ismail Mohamad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad dan Azman Che Mat. (2013). Sikap dan Realiti
Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF. GEMA Online® Journal of
Language Studies, 81 Volume 13(2), May 2013, 81- 97. ISSN: 1675-8021.
Kamaruddin Hj.Husin (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Subang Jaya: Kum-pulan Budiman
Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSM. Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pekelililng Iktisas Bil.11 2010.KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pekeliling Iktisas Bil.2 2013.KPM.
Maimun Aqsa Lubis (1991). Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
Terhadap Pencapaian Bahasa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Tesis Sarjana Pendidikan, tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Mat Taib Pa (2006). Dasar-dasar Umum Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia. Dalam Mohd Rosdi
Ismail dan Mat Taib Pa (edit). Cetak Ulang 2007. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Mokhtar Ahmad (1994). Translation Is A Tool In The Teaching And Learning Of Foreign
Language. Dalam Seminar Kebangsaan FOTRAM 94: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Asing Dalam Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia. Bangi : Pusat Bahasa, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi dan Kamarulzaman Abd.Ghani (1999). Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Kefahaman Bacaan Bahasa Arab di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama.
Bangi : Penyelidikan Pensyarah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi, Kamarulzaman dan Muwafak (1999). Kaedah Pengajaran Bahasa Arab. Bangi:
Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi (1999). Bahasa Arab Untuk Kemahiran Komunikasi: Satu Kajian Tentang
Perlaksanaannya dan Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke-21. Dalam Prosiding

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

417

Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Razali Mustaffar (2003). Penggunaan Kaedah Nahu Terjemahan dalam Penga-jaran Bahasa Arab:
Tinjauan di Tiga Buah Sekolah Agama Negeri Kelantan. Laporan Penyelidikan Sarjana
Pendidikan, tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak
diterbitkan.
Rosni Abu Samah (2006). Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Melalui Pendekatan
Kosa Kata dan Bina Ayat. Dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam (5): Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Prentise Hall Pearson
Malaysia Sdn.Bhd
Siti Ikbal Sheikh Salleh (2006). Masalah Penguasaan Pertuturan Bahasa Arab Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah Agama di Selangor. Dalam Mohd Rosdi Ismail dan Mat Taib Pa
(edit). Cetak Ulang 2007. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Siti Saodah (1994). Pengajaran Bahasa Arab dan Permasalahan Pembelajarannya. Dalam Seminar
Kebangsaan FOTRAM 94 : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Asing Dalam Masyarakat
Pelbagai Etnik di Malaysia. Bangi : Pusat Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Soheir Abdul Munim (1990). Satu Tinjauan Tentang Masalah-masalah Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah Agama di Malaysia. Tesis Sarjana
Pendidikan, tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Soheir Abdul Munim (1994). Metodologi Yang Efektif Bagi Pembelajaran Bahasa Arab. Dalam
Seminar Kebangsaan FOTRAM 94 : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Asing Dalam
Masyarakat Pelbagai Etnik di Malay-sia. Bangi: Pusat Bahasa, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zawawi Ismail, Mohd Sukki Othman dan Abd Raof Hasan Azhari (2004). Masalah Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia, dalam Siti Khatijah Johari dan Veronica P.Atin (2006).
Language Teaching Policies Metho-dology and Reseach, Proceedings from the National
Seminar on Language Teaching. Kota Kinabalu : Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Zawawi Ismail (2001). Hubungan Antara Persekitaran Bahasa Arab dengan Kema-hiran Bertutur
Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Universiti di Malaysia. Laporan Penyelidikan Sarjana
Pendidikan, tidak diterbitkan, Fakulti Pendi-dikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

418

“Graf Kit” Meningkatkan Penguasaan Menulis Tajuk, Label Dan Mengenal Pasti
Kata Kunci Graf Bar Bagi Subjek Pengajian Am Di Kelas U PP 1, Kolej
Tingkatan Enam Shah Alam

Saranjit Kaur Jaswant Singh
Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Selangor

Abstrak
Menulis tajuk , label dan mengenal passti jenis graf bar yang betul dan tepat.
Seramai 21 orang pelajar dari kelas UPP1 yang dikenal pasti lemah dalam
aspek penulisan tajuk, label dan memilih graf bar yang betul menjadi sasaran
utama kajian ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah
pemerhatian, temubual, soal selidik ,analisis dokumen dan ujian pos. Kajian
juga memaparkan cara-cara pelaksanaan kaedah ini dan hasil akhir yang
diperoleh serta ulasan daripada kajian. Hasil dapatan kajian tindakan ini
memaparkan setelah penggunaan GRAF KIT semasa PdPC telah
mengurangkan kesalahan pelajar dari aspek penulisan tajuk, label dan
pemilihan graf yang betul dan tepat berdasarkan kata kunci. Oleh yang
demikian , kajian ini telah banyak membantu pelajar dalam aspek teknikal graf
ketika melukis graf. Akhir sekali, kajian ini juga membantu saya sebagai
pendidik dalam menambah baik amalan mengajar subjek Pengajian Am.
Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada semua golongan pendidik dan
pelajar.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Am Penggal 2, saya mengajar kelas UPP1. Kelas ini
mempunyai bilangan pelajar seramai 21 orang sahaja. Pelajar dalam kelas ini pada umumnya
mempunyai prestasi yang baik berdasarkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Sila rujuk Lampiran 1). Jadual di lampiran tersebut
menunjukkan pelajar–pelajar kelas ini pada umumnya mendapat keputusan cemerlang Matematik.
Keadaan ini memudahkan mereka mentafsir maklumat petikan untuk memperoleh data. Mereka juga
tidak menghadapi sebarang kesukaran mengira data seperti peratusan dan pecahan. Namun
demikian saya mendapati masalah umum yang pelajar kelas ini hadapi ialah mereka memerlukan
masa yang lama untuk menghasilkan jadual dan graf. Setakat ini, belum ada pelajar yang dapat
menyiapkan latihan graf dalam 35-40 minit (masa standard yang biasa digunakan dalam peperiksaan
STPM Pengajian Am Penggal 2). Banyak masa digunakan untuk mengenal pasti jenis media yang
betul. Salah media menyebabkan pelajar mendapat markah 01 daripada 20 markah yang
diperuntukkan untuk bahagian ini. Seterusnya kecuaian utama pelajar ialah dalam menulis tajuk dan
label pada paksi. Kelemaham dalam aspek ini boleh menyebabkan pelajar kehilangan markah
sebanyak 12 markah iaitu dari 20 ke 08 sahaja.

1.1 PERNYATAAN MASALAH
Semasa pengajaran dan pembelajaran (PdPc), saya banyak memberi tumpuan kepada penerangan
diikuti dengan tindakan atau latihan oleh pelajar. Pelajar akan diberi masa dalam kelas untuk
menyiapkan sesuatu latihan graf. Ketika mereka membuat latihan, saya akan bergerak dan
memerhatikan pelajar membuat latihan. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, saya akan terus
memberi penerangan lanjut atau bimbingan secara personal. Banyak latihan diberikan untuk
memastikan mereka menguasai aspek teknikal graf.

Berdasarkan kaedah pengajaran saya yang biasa dalam kelas, saya selalu mulakan dengan
penerangan. Umpamanya, semasa mengajar topik graf bar kompaun dan komponen, saya akan
memberitahu tajuk graf, menuliskan tajuk pada papan tulis, menerangkan ciri-ciri graf berkaitan
sambil mencatatkannya pada papan tulis. Saya juga menegaskan kata kunci dalam soalan yang
berkaitan dengan graf bar kompaun dan komponen. Seterusnya langkah-langkah menghasilkan graf-
graf tersebut diajar dengan teliti. Semasa memberi penerangan, saya menggunakan cara paling
ringkas agar pelajar mudah memahami maklumat yang disampaikan. Saya juga kerap mengulangi
kandungan pengajaran saya agar pelajar yang lemah dapat betul-betul mengikuti pelajaran. Selepas
itu, saya akan meminta mereka mencatatkan maklumat tersebut sebagai panduan atau rujukan. Saya
juga selalu menegaskan bahagian-bahagian yang perlu diberi perhatian dan kesilapan yang perlu

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

419

dielakkan. Kemudian, pelajar diberi satu latihan dan mereka dikehendaki menghasilkan jadual dan
graf yang lengkap. Walau bagaimanapun, saya mendapati ada pelajar kelas UPP1 yang kurang
menumpu perhatian semasa saya memberi penerangan dan penegasan maklumat tertentu.
Kesannya, mereka selalu membuat kesilapan yang perlu dielakkan. Setakat ini, tidak pernah ada 100
peratus (%) pelajar dari kelas ini yang betul dan lengkap graf mereka dari segi tajuk dan label.
Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Penggal 2 kelas UPP1 , seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 2, mendapati hanya dua orang pelajar yang boleh mengikuti pelajaran manakala sebilangan
yang lain jauh ketinggalan. (Lampiran 2: Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Penggal 2 -
Bahagian Graf: 20 markah soalan yang diuji ialah graf bar komponen) Pasti ada pelajar yang kurang
peka dengan peringatan saya. Saya memberi banyak latihan agar mereka akan mengingat setiap
jenis graf yang perlu diketahui. Masalah utama yang mereka selalu hadapi ialah kesukaran mengenal
pasti jenis graf yang harus dihasilkan. Selain itu, mereka juga menghadapi

masalah seperti mentafsir ayat dalam tajuk dan label terutamanya tidak tahu bilangan digit
bagi ‗ratus ribu‘ pada label. Walaupun saya telah menerangkan berkali-kali dan mengajar mereka
secara peribadi, pelajar masih cuai dalam sapek ini. Hal ini kadang-kadang amat mengecewakan
kerana pada pandangan saya, saya sudah bersungguh-sungguh menerangkan setiap jenis graf
dengan amat jelas sekali. Hal ini membuat saya sentiasa tertanya-tanya diri sendiri. Adakah saya
telah melakukan sesuatu kesilapan yang menyebabkan penyampaian maklumat saya kurang
berkesan? Setiap kali selepas ujian topikal atau peperiksaan penggal, saya berasa kecewa kerana
hanya seorang dua yang boleh menghasilkan graf yang betul, manakala pelajar yang lain gagal teruk.
Saya tertanya-tanya, ―Adakah kaedah pengajaran saya dalam Bahagian B begitu kabur sehingga
pelajar kelas ini tidak dapat mengikuti pelajaran saya? Adakah terdapat kaedah pengajaran lain yang
boleh menarik minat mereka dan agar mereka lebih berhati-hati ketika menghasilkan graf?‖ Walau
bagaimanapun, satu kelebihan kelas ini ialah bilangan pelajar yang sedikit iaitu 21 orang sahaja, dan
keadaan ini memudahkan saya memberi perhatian secara individu khasnya kepada pelajar-pelajar
yang lebih lemah. Maka saya telah memikirkan satu kaedah pembelajaran graf asas iaitu bar
kompaun dan komponen . Saya telah mereka satu GRAF KIT untuk memudahkan para pelajar kelas
UPP1 mempelajari graf bar kompaun dan komponen dengan lebih komprehensif agar dapat
menghasilkan graf yang lengkap dan betul dalam masa yang ditetapkan.

1.2 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini penting untuk diri saya dari segi memperbaiki strategi mengajar graf yang selama ini hanya
lebih berupa pengajaran berpusatkan guru. Bila direnung kembali strategi berpusatkan guru yang
saya gunakan untuk mengajar graf ini, pelajar mungkin berasa terasing, pasif dan kurang
memberikan perhatian kerana mereka tidak diberi peluang memberi pandangan atau peluang untuk
bertindak sendiri. Kajian ini membantu saya meneroka strategi dan kaedah baru yang boleh diguna
untuk mengajar graf dengan lebih berkesan, mudah difahami oleh pelajar serta melibatkan tindakan
mereka dalam aktiviti cuba meneroka jawapan sendiri.

Penggunaan GRAF KIT dalam pembelajaran amat penting dalam membantu pelajar belajar
dari kesilapan masing-masing dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Menurut
Noraini Ishak Dll (2009) pengaplikasian dan mengintegrasikan kit pembelajaran secara berulangan
telah membantu peningkatan daya ingatan dan kefahaman murid dalam proses pembelajaran.

Saya berharap penggunaan GRAF KIT ini dapat membantu pelajar UPP1 menghasilkan graf
berdasarkan pengalaman hands on , berfikir secara rasional, lebih teliti serta peka bagi mengelakkan
kesilapan yang selalu mereka lakukan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Am
Kajian ini mempunyai beberapa objektif. Antara objektif tersebut ialah saya ingin meneliti kesan
kaedah pengajaran penggunaan GRAF KIT semasa Penggal 2 , Bahagian B terhadap pelajar kelas
UPP1 selain menambahbaik amalan PdPc saya ketika mengajar graf.

1.3.2 Objektif Khusus:
● Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 80% berbanding Peperiksaan
Pertengahan Tahun Penggal 2.
● Murid dapat mengurangkan kesalahan ketika menulis Tajuk dan Label.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

420

● Guru dapat meningkatkan peratus penilaian semasa ujian pos sebanyak 90% berbanding
Peperiksaan Pertengahan Tahun ( Bahagian B sahaja).

● Peningkatan minat murid sekurang-kurangnya sebanyak 90% dalam soal selidik yang
diedarkan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

● Adakah terdapat peningkatan terhadap kemahiran mengenal tajuk, label dan mengenal
pasti kata kunci graf bar.

● Adakah pengunaan GRAF KIT dapat menarik minat pelajar untuk menjawab soalan graf
dengan betul dan tepat.

● Adakah pengunaan GRAF KIT dapat meningkatkan kemahiran dalam melukis graf bar.

1.5 METODOLOGI KAJIAN

1.5.1 Kumpulan Sasaran
Berikut merupakan kategori responden dalam kajian ini.

Jadual 1
Kumpulan Sasaran Kajian

Kumpulan Pelajar Lelaki Perempuan
Melayu 7 11
Cina 1 0
India 0 2
Jumlah 8 13

Kajian ini melibatkan 21 orang pelajar di Tingkatan UPP1 , Kolej Tingkatan Enam Shah Alam yang
terdiri daripada lapan belas orang pelajar Melayu , seorang pelajar Cina dan dua orang pelajar India.

1.5.2 Instrumen Kajian
Pemerhatian
Setelah guru selesai mengajar topik graf bar , pelajar diberi latihan pengukuhan. Kesemua 21 orang
pelajar dari kelas UPP1 telah menjawab latihan tersebut. Hasil dari pemerhatian, saya mendapati
kelemahan utama pelajar ialah :

● mengenal pasti jenis graf
● kesalahan dalam tajuk dan
● label pada paksi

Temubual
Guru telah menjalankan kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
menyelesaikan masalah pelajar. Seramai lapan informen ditemubual oleh guru. Semua informen
menyatakan mereka tidak pasti cara pemilihan graf bar yang tepat, penulisan tajuk yang lengkap dan
label paksi yang betul. Hasil dari temubual, guru telah membuat kesimpulan bahawa kelemahan
pelajar dalam aspek-aspek tersebut harus diatasi dengan kaedah pengajaran yang efektif.

Analisis Dokumen
Soalan graf bar komponen telah diuji semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun Penggal 2/2018.
Setelah menyemak skrip Peperiksaan Pertengahan Penggal 2, masalah yang paling ketara dihadapi
oleh pelajar ialah seperti mengenalpasti media yang betul, menulis tajuk yang tepat dan label di
paksi yang betul. Maka guru telah membuat rumusan pencapaian pelajar seperti di bawah dalam
jadual 2:

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

421

Jadual 2
Rumusan Pencapaian Pelajar Dalam Soalan Graf Semasa

Peperiksaan Pertengahan Tahun Penggal 2 (Tov)

Bil. Nama Pelajar Salah Media Tajuk Salah Label Paksi Salah Media Tepat, Tajuk
/ / Dan Label Paksi Betul
1. Ainin Hussna / /
2. Amirul Rafie / /
3 Choy Min Fui / /
4. Fahmi Aiman / /
5. Hanna Diana /
6. Intan Shafiqah / / /
7. Khairunnas /
8. Muhd Aliff 6 6 /
9. Muhd Haziq /
10 Muhd Shahril
11 Nur Afini /
12 Nur Amrina /
13 Nur Shahida
14 Nur Kamalia /
15 Puteri Mayang /
16 Shanmathy
17 Sharmin 72
18 Siti Nurul (Sumber: Kajian Tindakan 2018)
19 Tengku Azrul
20 Yuvatharanni
21 Zarith Shafenna

JUMLAH

Berdasarkan jadual di atas berikut ialah rumusan kecuaian pelajar :

Jadual 3
Rumusan Pencapaan Prestasi Pelajar Dalam Aspek Teknikal Graf

Perkara Bilangan Pelajar
1. Salah Media 6
2. Tajuk Salah 6
3. Label Paksi Salah 7
4. Media, Tajuk Dan Label Paksi Betul 2

(Sumber: Kajian Tindakan 2018)

Borang Soal Selidik
Selepas penggunaan setiap sesi melalui GRAF KIT, saya telah mengedarkan borang soal selidik
kepada pelajar kelas UPP1. (Sila rujuk Lampiran 3) Borang soal selidik membantu saya mengetahui
kesan GRAF KIT dalam pembelajaran topik graf bar serta penerimaan pelajar terhadapnya.

1.5.3 Intervensi Yang Dijalankan - Graf Kit
Hasil dapatan daripada pemerhatian, temubual dan analisis dokumen, guru telah mereka bentuk
empat GRAF KIT yang memberi pendedahan kepada pelajar cara mengenal pasti graf melalui kata
kunci graf , penulisan tajuk graf dan label paksi yang betul.

Setiap GRAF KIT mempunyai 5 petak (compartment) yang dilabelkan seperti berikut:
 10 soalan graf bar ( komponen dan kompaun)
 kata kunci graf
 tajuk
 label paksi

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

422
 petunjuk
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu satu kumpulan seramai empat orang. Setiap
kumpulan diberi satu GRAF KIT. Pelajar akan memilih soalan yang mereka hendak menjawab dan
melakarkan rangka graf atas kertas graf ukuran MPM jenis Artcard Design yang boleh dilukis dan
dipadam.

5
1.5.4 Tindakan Yang Dijalankan

Langkah 1 : Memberi Pendedahan Kepada Pelajar Tentang GRAF KIT.
Guru memberi penerangan cara penggunaan GRAF KIT kepada pelajar.

Langkah 2 : Pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu GRAF KIT yang mempunyai 8 soalan.
Setiap pelajar akan memilih soalan yang mereka hendak menjawab.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

423

Langkah 3 : Pelajar menjawab soalan dengan bantuan GRAF KIT.
Pelajar akan memilih media yang betul berdasarkan kata kunci dalam soalan,tajuk
yang betul. Pelajar akan memilih kata kunci, tajuk dan label paksi yang betul dan
tepat untuk membuat lakaran pada kertas graf.

Langkah 4 : Pelajar Membentang Hasil Mereka
Setelah semua pelajar telah menyiapkan graf, mereka tunjukkan graf masing-masing
dan mereka mengenal pasti hasil kerja yang paling sesuai dan paling menepati tajuk.
Selepas itu, saya memberi penerangan lanjut tentang hasil kerja mereka.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

424

1.5.5 Pemerhatian Dan Penilaian
Setelah menggunakan GRAF KIT selama dua minggu , pelajar menduduki satu ujian
pos pada hari terakhir. Hasil daripada ujian pos ini, guru mendapati bahawa terdapat
satu peningkatan dalam aspek mengenalpasti media yang betul, menulis tajuk yang
tepat dan label di paksi yang betul. ( Sila rujuk Jadual 4)

Jadual 4
Rumusan Pencapaian Pelajar Semasa Ujian Pos (Soalan Graf)

Bil. Nama Pelajar Salah Media Tajuk Salah Label Paksi Salah Media Tepat, Tajuk
Dan Label Paksi Betul

1. Ainin Hussna /

2. Amirul Rafie /

3 Choy Min Fui /

4. Fahmi Aiman /

5. Hanna Diana /

6. Intan Shafiqah /

7. Khairunnas /

8. Muhd Aliff /

9. Muhd Haziq /

10 Muhd Shahril /

11 Nur Afini /

12 Nur Amrina /

13 Nur Shahida /

14 Nur Kamalia /

15 Puteri Mayang /

16 Shanmathy /

17 Sharmin /

18 Siti Nurul /

19 Tengku Azrul /

20 Yuvatharanni /

21 Zarith Shafenna /

JUMLAH 01 2 18

(Sumber: Kajian Tindakan 2018)

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

425

Jadual 5
Rumusan Pencapaian Pelajar Setelah Mengikuti Latihan Graf Dalam Graf Kit

Perkara Peperiksaan Pertengahan Ujian Pos Catatan:
Penggal 2 30 Mac 2018 (Perbezaan sebelum
Salah Media ( TOV) menggunakan GRAF KIT )
6 0 Seramai 6 orang pelajar yang berada di
Tajuk Salah selang ini.
Label Paksi 61 Seramai 6 orang pelajar berada di
Salah selang ini
Semua Betul 72 Paling ramai berada di selang ini.

2 18 Pencapaian pelajar yang
cemerlang setelah penggunaan GRAF
KIT oleh pelajar.

(Sumber: Kajian Tindakan 2018)

Bilangan Pelajar PPP2 (TOV) , Semua
(orang) Betul, 2

GRAF KIT, Semua
Betul, 18

PPP2 (TOV) , Salah PPP2 (TOV) , Tajuk PPP2 (TOV) , Label
Media, 6
Salah, 6 Paksi Salah, 7
GRAF KIT, Salah
Media, 0 GRAF KIT, Tajuk GRAF KIT, Label PPP2 (TOV)
Salah, 1 Paksi Salah, 2 GRAF KIT

Aspek Graf

Rajah 1. Perbandingan Sebelum Dan Selepas Penggunaan Graf Kit

Graf di atas menunjukkan perbandingan pencapaian sebelum dan selepas penggunaan GRAF KIT.
Kelemahan pelajar yang paling ketara ialah dalam aspek pemilihan salah media, menulis tajuk dan
label paksi yang salah. Hanya dua orang pelajar dapat menghasilkan graf yang betul. Selepas
penggunaan GRAF KIT semasa (PdPc), didapati seramai 18 pelajar telah menghasilkan graf yang
betul dan tepat. Pencapaian ini menunjukkan bahawa GRAF KIT telah banyak membantu pelajar
dalam menguasai aspek teknikal graf seperti menulis tajuk dan label paksi dengan tepat

Selepas penggunaan GRAF KIT selama hamper tiga minggu, guru mendapati seramai 18
orang pelajar telah dapat menghasilkan graf bar yang tepat dengan semua aspek betul dan tiada
seorang pun yang memeilih media salah semasa ujian pos.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

426

SEBELUM PENGGUNAAN GRAF KIT

Salah Media

Tajuk Salah

Label Paksi
Salah

Kedua-dua carta pai menggambarkan perbandingan pencapaian sebelum dan selepas penggunaan
GRAF KIT.

SELEPAS PENGGUNAAN GRAF KIT

Salah Media
Tajuk Salah
Label Paksi Salah
Semua Betul

Pada akhir sesi penggunaan GRAF KIT, pelajar diberi Borang Soal Selidik untuk diisi seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 6.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

427

Jadual 6
Dapatan Borang Soal Selidik

Soalan Sangat Setuju Tidak Kurang Tidak Setuju
Setuju 5 Pasti Setuju 0
1. Saya sangat pasti jenis graf yang 2 0
patut dihasilkan. 16 2 0 0 0

2. Saya berjaya mengelakkan 19 0 0
kesilapan dalam menulis tajuk.
19 0 0
3. Saya berjaya mengelakkan
kesilapan dalam menulis label 21 0 0 0 0
paksi.
17 4 0 0 0
4. Saya dapat menghasilkan graf bar
komponen dan kompaun tanpa 14 5 0 2 0
bantuan guru.

5. Saya dapat menghasilkan graf bar
komponen dan kompaun tanpa
bantuan rakan.

6. Saya dapat menghasilkan graf
yang lengkap dalam masa 40
minit.

Berdasarkan tinjauan soal selidik , saya mendapati bahawa sebilangan besar pelajar iaitu seramai 16
orang (76.19%) telah berjaya mengenal pasti jenis graf yang mereka perlu dihasilkan dengan
memadankan kata kunci yang betul dari GRAF KIT. Begitu juga dengan kesilapan yang dielakkan
dalam tajuk dan label ialah paling ramai seramai 19 orang pelajar
(90.48%) sangat setuju dengan pernyataan ini. Kesemua pelajar iaitu 21 (100%)
berpendapat bahawa mereka tidak memerlukan bantuan guru semasa merangka graf
manakala 17 orang pelajar (80.95%) daripada 21 menyatakan mereka dapat merangka graf
tanpa bantuan rakan mereka. Dari segi masa untuk menyiapkan graf , hanya dua orang
pelajar (9.52%) kurang setuju bahawa masa 40 minit mencukupi untuk menyiapkan graf.
Sebaliknya, 14 orang pelajar (66.66%) sangat setuju dan seramai lima orang pelajar
(23.80%) pula setuju tentang ini.

1.6 REFLEKSI KAJIAN
Setelah membuat latihan dengan menggunakan GRAF KIT selama dua minggu dapatannya ialah
pelajar berjaya memilih graf yang betul, menulis tajuk dan label paksi dengan betul serta tepat.
Perkara ini penting dalam peningkatan prestasi markah kerana dapat mengelakkan pelajar mendapat
markah 01 bagi media yang salah dan 08 bagi kesalahan tajuk dan label pada paksi. Saya dapati
penggunaan GRAF KIT telah banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran melukis graf
. Mereka lebih peka terhadap kesilapan dan kecuaian ketika menjawab soalan. Pelajar lebih berfokus
dan berminat semasa menjawab soalan untuk memajukan diri tanpa menunggu arahan guru.
Suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta seronok kerana pelajar mempunyai
keyakinan membuat tugasan tanpa bergantung kepada guru. Mereka amat gembira apabila dapat
melengkapkan graf dengan betul dan tepat dalam masa 30-35 minit. Secara tidak langsung ini akan
meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am semasa di Penggal 2.

1.7 CADANGAN KAJIAN
Hasil daripada kajian ini didapati para pelajar telah memperoleh banyak kelebihan setelah menjawab
soalan latihan melalui GRAF KIT. Pelajar telah meneruskan semua latihan dalam keempat-empat
GRAF KIT secara bergilir. Malahan guru bercadang untuk menambahkan lebih banyak jenis graf
dalam GRAF KIT termasuk latihan carta pai. Diharapkan agar pelajar mendapat kejayaan yang akan
membanggakan diri dan kolej. Oleh demikian GRAF KIT menjadi pelengkap kepada pelajar sebelum
menghadapi peperiksaan STPM semasa di Penggal 2.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

428

Kajian ini mendapati beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki. Bagi tujuan
tersebut, dikemukakan beberapa cadangan yang dapat membantu meningkatkan mutu serta
kebolehpercayaan kajian yang akan datang. Berikut ialah cadangan-cadangan tersebut:

● Menambahkan bilangan responden untuk mendapat kesahan yang lebih tinggi.
● Menjalankan kajian ini di kelas-kelas Tingkatan 6 yang lain di KTESA.
● Menjalankan kajian ini terhadap pelajar Tingkatan 6 di sekolah atau daerah lain.
● Membuat kajian yang lebih luas terhadap cara-cara pemilihan carta yang tepat.

Beberapa cadangan juga disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar
dalam meghasilkan graf yang betul dan tepat. Cadangan tersebut ialah :

● Guru mengadakan bengkel yang hanya berkaitan pemahaman dalam membina graf dan
carta sahaja dengan menjemput penceramah yang arif dalam aspek graf dan carta.

● Guru menegaskan betapa pentingnya melukis graf dan carta yang tepat dan betul supaya
pelajar menghindari kecuaian teknikal yang kerap dilakukan serta dapat mengaplikasi ilmu
yang dipelajarinya di menara gading.

● Guru menegaskan bahawa selain melukis graf dengan menarik, betul dan tepat pengurusan
masa, keyakinan dan rajin berusaha perlu wujud bersama-sama agar pencapaian prestasi
yang baik dan cemerlang dalam bahagian graf dan carta.

RUJUKAN
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008) Buku Manual Kajian Tindakan

Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Goay Teck Chong , (2013) Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal 2, Longman Pearson Malaysia

Sdn Bhd. Petaling Jaya.
Noraini Ishak, Nur Rawaidah Rahmat & Wan Noor Syamimi Md Noor, Guru Pelatih DPLI UKM ,

Kaedah Ulangan Berbantukan Pelbagai Kit Pembelajaran, dibentangkan dalam Kolokium DPLI
UKM 6-7 Mei 2009 di Puri Pujangga, UKM.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

429

LAMPIRAN 1:

PENCAPAIAN PELAJAR DALAM SUBJEK MATEMATIK (SPM)

Bil. Nama Pelajar KEPUTUSAN MATEMATIK SPM

1. Ainin Hussna B
2. Amirul Rafie A
3 Choy Min Fui A
4. Fahmi Aiman B
5. Hanna Diana B
6. Intan Shafiqah A
7. Khairunnas B+
8. Muhd Aliff B+
9. Muhd Haziq B+
10 Muhd Shahril A
11 Nur Afini A
12 Nur Amrina A
13 Nur Shahida A-
14 Nur Kamalia A
15 Puteri Mayang A
16 Shanmathy B+
17 Sharmin Farzana A
18 Siti Nurul A
19 Tengku Azrul B+
20 Yuvatharanni A
21 Zarith Shafenna A

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

430

LAMPIRAN 2:

MARKAH BAHAGIAN B - SOALAN GRAF BAR KOMPONEN SEMASA
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2/ 2018

Bil. Nama Pelajar MARKAH BAHAGIAN B
(SOALAN GRAF BAR KOMPONEN)
1. Ainin Hussna
2. Amirul Rafie 07
3 Choy Min Fui 01
4. Fahmi Aiman 19
5. Hanna Diana 05
6. Intan Shafiqah 01
7. Khairunnas 01
8. Muhd Aliff 07
9. Muhd Haziq 08
10 Muhd Shahril 01
11 Nur Afini 5.5
12 Nur Amrina 01
13 Nur Shahida 06
14 Nur Kamalia 08
15 Puteri Mayang 07
16 Shanmathy 01
17 Sharmin Farzana 07
18 Siti Nurul 06
19 Tengku Azrul 06
20 Yuvatharanni 04
21 Zarith Shafenna 07
19

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

431

LAMPIRAN 3: Sangat Setuju Kurang Tidak Sangat
Setuju Setuju setuju Tidak
Contoh Borang Soal Selidik Setuju

Soalan

1. Saya sangat pasti jenis graf
yang patut dihasilkan.

2. Saya berjaya mengelakkan
kesilapan dalam menulis tajuk.

3. Saya berjaya mengelakkan
kesilapan dalam menulis label
paksi.

4. Saya dapat menghasilkan graf
bar komponen dan kompaun
tanpa bantuan guru.

5. Saya dapat menghasilkan graf
bar komponen dan kompaun
tanpa bantuan rakan.

6. Saya dapat menghasilkan graf
yang lengkap dalam masa 40
minit.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

432

LAMPIRAN 4: HASIL PELAJAR SEBELUM PENGENALAN GRAF KIT

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

433

LAMPIRAN 5: HASIL PELAJAR SEBELUM PENGENALAN GRAF KIT

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

434

Pelaksanaan Inovasi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Bahasa Cina Dari
Perspektif Pelajar PISMP Elektif Teras Bahasa Cina, IPGK Darulaman 2018

Khor Cheng Hoon
IPG Kampus Darulaman

[email protected]

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan inovasi pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPC) Bahasa Cina (BC) dalam kalangan pelajar
PISMP Elektif Teras Bahasa Cina (BC) Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman (IPG KDA) dari perspektif pelajar Semester 2 Tahun 1 dan
Semester 2 Tahun 2 dari Januari hingga Mei 2018. Soal selidik digunakan
sebagai instrument kajian yang memfokuskan empat aspek iaitu pengamalan
inovasi PdPC BC dalam kelas, jenis latihan yang telah diikuti oleh pelajar,
faktor-faktor yang menjadi halangan dan peluang-peluang atau galakan
kepada pelajar dalam melaksanakan inovasi PdPC BC. Responden kajian
terdiri daripada 48 orang pelajar PISMP iaitu 16 pelajar Semester 2 Tahun 1
dan 32 pelajar Semester 2 Tahun 2 dari kumpulan Elektif Teras BC IPG KDA.
Hasil kajian membuktikan pengamalan inovasi PdPC BC pelajar amat tinggi
dengan min keseluruhan 4.6. Jenis latihan yang telah diikuti oleh pelajar untuk
membantu pelaksanaan inovasi PdPC BC adalah tinggi dengan min
keseluruhan 3.7. Terdapat segelintir pelajar menghadapi halangan untuk
melaksanakannya dengan min keseluruhan 1.89. Pelajar mendapat galakan
daripada pihak IPG KDA dalam melaksanakan inovasi PdPC BC secara
berkesan dengan min keseluruhan 4.32.

Kata kunci: Inovasi PdPC, Pelajar PISMP, Elektif Teras

PENGENALAN
Dunia pendidikan berkembang dan berubah mengikut perubahan zaman dan tuntutan semasa telah
mengakibatkan perubahan dinamik dalam pelbagai aspek termasuk PdPC sekolah. Mumtaz Begam
(2013) menyatakan abad 21 adalah abad perubahan dari anjakan paradigma masyarakat industri
kepada masyarakat inovasi. Demi merealisasikan hasrat PPPM dan TS25, inovasi PdPC menjadi
tuntutan semasa pasti berlaku secara terancang atau tidak yang merupakan pembaharuan kreatif di
mana kaedah atau cara baharu guru menggunakannya untuk mencapai objektif pengajaran. Ia
merupakan usaha untuk mengubah proses PdPC, tempat PdPC, mutu profesionalisme guru dan hasil
PdPC. Inovasi PdPC berbentuk kreatif, satu penghasilan baharu, satu proses penyusunan semula,
sesuatu yang unik, lebih memudahkan dan bernilai dengan berasaskan sesuatu yang sedia ada.

Pernyataan Masalah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan agar amalan inovasi PdPC diutamakan di
semua sekolah demi meningkatkan sistem pendidikan negara. PdPC hari ini sepatutnya lebih
berasaskan penemuan, inquiri, projek dan penyelesaian masalah yang bersifat pembelajaran aktif.
Pelajar dilatih mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat. Namun demikian, inovasi
PdPC seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah sebaliknya lebih berorientasikan
peperiksaan semata-mata. Empat aspek halangan yang dikenalpasti iaitu pengamalan inovasi dalam
PdPC, jenis latihan yang telah diikuti, faktor halangan dalam melaksanakan inovasi PdPC dan
peluang atau galakan untuk melaksanakan inovasi PdPC dalam kalangan guru.

Kajian ini dijalankan terhadap empat aspek tersebut bagi mengenalpasti punca halangan
inovasi PdPC BC dari perspektif pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA sebagai langkah awal demi
memastikan kesempurnaan pengamalan budaya inovasi PdPC di sekolah kelak seperti yang
dihasratkan oleh KPM.

Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti perlaksanaan inovasi PdPC BC dari perspektif pelajar
PISMP Elektif Teras BC IPG KDA Semester 2 dan Semester 4 Januari hingga Mei 2018.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

435

Objektif kajian ialah :
i. Mengenalpasti pengamalan inovasi PdPC BC dalam kalangan pelajar PISMP Elektif Teras
BC IPG KDA.
ii. Mengenalpasti jenis latihan yang telah diikuti oleh pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA
bagi membantu melaksanakan inovasi PdPC BC
iii. Mengenalpasti faktor penghalang pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA untuk
melaksanakan inovasi PdPC BC.
iv. Mengenalpasti peluang atau galakan kepada pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA untuk
melaksanakan inovasi PdPC BC.

Soalan Kajian
i. Apakah pengamalan inovasi PdPC BC dalam kalangan pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG
KDA?
ii. Apakah jenis latihan yang telah diikuti oleh pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA bagi
membantu melaksanakan inovasi PdPC BC?
iii. Apakah faktor penghalang pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA untuk melaksanakan
inovasi PdPC BC?
iv. Apakah peluang atau galakan kepada pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA untuk
melaksanakan inovasi PdPC BC?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini terdiri daripada gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang khusus-khusus khas yang pernah diikuti oleh pelajar yang
kemudian dijadikan item dalam persoalan kedua. Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisis
data-data borang soal selidik .

Sasaran kajian adalah pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA di negeri Kedah. Borang soal
selidik digunakan untuk mengumpul data kajian.

Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar PISMP Elektif Teras BC IPG KDA Semester 2 dan
Semester 4 dari Januari hingga Mei 2018. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar PISMP
iaitu 16 pelajar Semester 3 dan 32 pelajar Semester 4. Mereka adalah pelajar dari Jabatan
Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Khas dan Pemulihan.

Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di IPG KDA, Jitra, Kedah yang melibatkan Jabatan Matematik, Sains, Sejarah,
Pendidikan Khas dan Pemulihan.

Instrumen Kajian
Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A
mengandungi 3 item untuk mendapat biodata responden tentang jantina, semester dan subjek major
yang diikuti. Bahagian B mengandungi 37 item iaitu 12 item mengenai pengamalan inovasi pelajar
semasa PdPC, 8 item mengenai jenis latihan yang telah diikuti oleh pelajar untuk membantu
pelaksanaan inovasi PdPC BC, 10 item mengenai faktor penghalang untuk melaksanakan inovasi
PdPC BC dan 7 item mengenai peluang-peluang atau galakan untuk melaksanakan inovasi PdPC
BC.

DAPATAN KAJIAN

Jantina Responden Kajian
Jadual 1 menunjukkan responden perempuan Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) dari Januari hingga
Mei 2018 (Sem. 2 & Sem. 4) lebih tinggi daripada responden lelaki. Responden perempuan seramai
42 orang bersamaan dengan 87.5 % manakala responden lelaki seramai 6 orang bersamaan dengan
12.5 %.

Jadual 1 :

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

Jadual Taburan Jantina Responden Kajian Mengikut Peratus 436

Jantina N %
Lelaki 6 12.5
Perempuan 42 87.5
100
Jumlah 48

Pengamalan Inovasi Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Semasa PdPC BC

Jadual 2 menunjukkan purata min item pengamalan inovasi pelajar-pelajar Elektif Teras BC semasa

PdPC di IPG KDA ialah pada tahap cemerlang iaitu 4.6. Tujuh item melebihi tahap cemerlang 4.6

kecuali item pertama, keenam, kesembilan, sepuluh dan sebelas masing-masing mempunyai skor
min 4.4, 4.5, 4.4, 4.5 dan 4.5. Item 1 ‗Saya menggunakan kemudahan ‗answer garden‘ semasa
PdPC‘ dan item 9 ‗Saya mengamalkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) semasa PdPC‘
masing-masing memperoleh min 4.4. Item 6 ‗Saya mengamalkan set induksi yang kreatif semasa
PdPC‘, item 10 ‗Saya melatih kemahiran berfikir pelajar semasa PdPC‘ dan item 11 ‗Saya
mengamalkan budaya ilmu semasa PdPC‘ masing-masing memperoleh min 4.5.

Jadual 2
Taburan Analisis Item Pengamalan Inovasi PdPC BC Dalam Kalangan Pelajar PISMP (Elektif Teras
BC) Mengikut Peratus (%) dan Min

Persetujuan responden

Item TS TP S SS Min Std
STS %% % %
% 4.4 .94
4.7 .60
1. Saya menggunakan kemudahan ‗answer 2.1 6.3 0 29.2 62.5 4.9 .49
garden‘ semasa PdPC 4.8 .57
4.8 .54
2. Saya menggunakan kemudahan whatsApp 0 2.1 0 27.1 70.8 4.5 .65
semasa PdPC 4.8 .56
4.6 .61
3. Saya menggunakan perisian komputer power 0 2.1 0 6.3 91.7 4.4 .71
point semasa PdPC 4.5 .68
4.5 .69
4. Saya menggunakan perisian multimedia semasa 0 2.1 2.1 8.3 87.5 4.8 .56
PdPC 4.6 .63

5. Saya menggunakan peralatan teknologi semasa 0 2.1 0 14.6 83.3
PdPC

6. Saya mengamalkan set induksi yang kreatif 0 2.1 2.1 39.6 56.3
semasa PdPC 2.1 0 18.8 79.2
2.1 0 35.4 62.5
7. Saya menjalankan PdPC B.Cina 0

8. Saya mengamalkan kaedah berpusatkan pelajar 0
semasa PdPC

9. Saya mengamalkan Pembelajaran Berasaskan 0 2.1 6.3 41.7 50.0
Masalah (PBL)semasa PdPC

10. Saya melatih kemahiran berfikir pelajar semasa 0 2.1 4.2 39.6 54.2
PdPC 2.1 4.2 35.4 56.3
2.1 0 16.7 81.3
11. Saya mengamalkan budaya ilmu semasa PdPC 0

12. Saya menyusun strategi pengajaran sebelum 0
PdPC dijalankan

Min Keseluruhan

Jenis Latihan Yang Telah Diikuti Oleh Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk Melaksanakan
Inovasi dalam PdPC BC
Jadual 3 menunjukkan latihan yang dihadiri oleh pelajar PISMP (Elektif Teras BC) untuk
melaksanakan inovasi dalam PdPC BC berada pada tahap tinggi dengan purata min 3.70. Skor min
tertinggi adalah item 15 ‗Saya menghadiri kursus PdPC BC‘ (min=4.2). Ikuti dengan item 13 ‗Saya

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

437

menghadiri seminar pendidikan PdPC BC‘ dan item 20 ‗Saya mengikuti program khas inovasi‘
(min=4.10). Lima item lain mencapai tahap sederhana. Item 19 ‗Saya mengikuti program latihan
penggunaan peralatan TMK‘(min=3.80). Terdapat empat item yang kurang daripada purata min 3.70
iaitu item 14 ‗Saya menghadiri kursus ‗PC maintanance & troubleshooting‘ (min=3.50), item 16 ‗Saya
menghadiri kursus Multimedia Based Training‘ (min=3.40), item 17 ‗Saya menghadiri kursus perisian
elektronik workbench‘ (min=3.20) dan item 18 ‗Saya menghadiri kursus PLC Training Unit‘

(min=3.10).

Jadual 3
Taburan Analisis Item Jenis Latihan Yang Telah Diikuti Oleh Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk
Melaksanakan Inovasi PdPC BC Mengikut Peratus (%) dan Min

Persetujuan responden

Item STS TS TP S SS Min Std

% % % %%

13. Saya menghadiri seminar pendidikan PdPC 0 6.3 18.8 37.5 37.5 4.1 .91
B.Cina
14. Saya menghadiri kursus ‗PC maintanance & 6.3 10.4 20.8 54.2 8.3 3.5 1.01
troubleshooting‘ 0 4.2 16.7 37.5 39.6 4.2 .86
6.3 16.7 20.8 43.8 12.5 3.4 1.10
15. Saya menghadiri kursus PdPC B.Cina
8.3 20.8 25 35.4 10.4 3.2 1.14
16. Saya menghadiri kursus Multimedia Based
Training
17. Saya menghadiri kursus perisian elektronik
workbench

18. Saya menghadiri kursus PLC Training Unit 6.3 25 27.1 31.3 10.4 3.1 1.11
10.4 22.9 37.5 27.1 3.8 1.04
19. Saya mengikuti program latihan penggunaan 2.1 6.3 18.8 37.5 37.5 4.1 .91
peralatan TMK
3.7 1.01
20. Saya mengikuti program khas inovasi 0

Min Keseluruhan

Faktor-Faktor Halangan Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk Melaksanakan inovasi PdPC

BC

Jadual 4 menunjukkan faktor-faktor halangan pelajar PISMP (Elektif Teras BC) untuk melaksanakan

inovasi PdPC BC berada pada tahap rendah dengan purata min 1.89. Data menunjukkan terdapat
sembilan item yang kurang daripada purata min 1.89. Item 29 ‗Pelajar diberi peluang mengemukakan
pendapat semasa PdPC‘ memperoleh min tertinggi iaitu 1.48, diikuti dengan item 28 ‗Pelajar yakin
inovasi PdPC dapat tingkatkan prestasi kerja kursus‘ (min=1.60), item 22 ‗Pelajar minat untuk
melaksanakan inovasi PdPC BC‘ (min=1.68). Item 24 ‗Pelajar dapat memikirkan cara menyelesaikan
masalah semasa PdPC‘ dan item 26 ‗ Pelajar tahu bagaimana menyelaraskan PdPC secara
berkesan‘ masing-masing memperoleh min 1.69. Item 23 ‗Pelajar diberi latihan untuk melaksanakan
inovasi PdPC‘ (min=1.73), item 25 ‗Pelajar pernah mengubah kaedah PdPC tanpa berpandukan
kehendak kurikulum‘ (min=1.79), item 21 ‗Pelajar bersedia untuk melaksanakan inovasi PdPC
(min=1.81), item 27 ‗Pelajar tahu bagaimana mulakan inovasi PdPC (min=1.92). Item 30 ‗pelajar
mengetahui inovasi PdPC daripada rakan sebaya‘ merupakan satu-satu item yang melebihi purata

min 1.89 dengan min 3.5.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

438

Jadual 4
Taburan Analisis Item Faktor-Faktor Halangan Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk Melaksanakan
Inovasi PdPC BC Mengikut Peratus (%) dan Min

Persetujuan responden

Item STS TS TP S SS Min Std
% %
%%% 0 1.81 .89
0 1.68 .73
21. Saya tidak bersedia untuk melaksanakan inovasi 43.8 37.5 12.5 6.3 0 1.73 .71
PdPC 0 1.69 .66
2.1 1.79 .98
22. Saya tidak minat untuk melaksanakan inovasi 45.8 37.5 14.6 0 0 1.69 .69
PdPC 0 1.92 .79
2.1 1.60 .89
23. Saya tidak diberi latihan untuk melaksanakan 39.6 50.0 8.3 2.1 0 1.48 .68
inovasi PdPC 25.0 3.5 1.29
1.89 0.83
24. Saya tidak dapat memikirkan cara 39.6 54.2 4.2 4.1
menyelesaikan masalah semasa PdPC

25. Saya pernah mengubah kaedah PdPC tanpa 47.9 31.3 12.5 4.2
berpandukan kehendak kurikulum

26. Saya tidak tahu bagaimana menyelaraskan 41.7 50.0 6.3 2.1
PdPC secara berkesan

27. Saya tidak tahu bagaimana mulakan inovasi 31.3 50.0 14.6 4.2
PdPC

28. Saya tidak yakin inovasi PdPC dapat tingkatkan 56.3 35.4 2.1 4.2
prestasi kerja kursus

29. Saya tidak diberi peluang mengemukakan 60.4 33.3 4.2 2.1
pendapat semasa PdPC

30. Saya mengetahui inovasi PdPC daripada rakan 12.5 6.3 25.0 31.3
sebaya

Min Keseluruhan

Peluang atau galakan kepada Kepada Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk Melaksanakan

Inovasi PdPC BC

Jadual 5 menunjukkan purata min peluang atau galakan kepada pelajar PISMP (Elektif Teras BC)
untuk melaksanakan inovasi PdPC BC berada pada tahap tinggi dengan min 4.32. Item 31 ‗IPG KDA
mempunyai matlamat yang jelas untuk melaksanakan inovasi PdPC‘ dan item 37 ‗Pelajar-pelajar
mempunyai ciri-ciri kreatif dalam merancang inovasi semasa PdPC‘ masing-masing mencapai min
tertinggi iaitu min 4.42. Diikuti item 33 ‗IPG KDA mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah
untuk melaksanakan inovasi PdPC‘ dan item 35 ‗Pelajar-pelajar memberikan kerjasama untuk
melaksanakan inovasi PdPC‘ masing-masing dengan min 4.35. Terdapat tiga item yang kurang
daripada purata min 4.32 iaitu item 32 ‗IPG KDA mempunyai kepakaran komunikasi untuk
melaksanakan inovasi PdPC‘ (min = 4.27), item 36 ‗Pelajar-pelajar bersemangat untuk melaksanakan
inovasi PdPC‘ (min=4.23) dan item 34 ‗IPG KDA mewujudkan kesamarataan kuasa antara pensyarah
dan pelajar‘ (min = 4.19).

Jadual 5
Taburan Analisis Item Peluang Atau Galakan Kepada Pelajar PISMP (Elektif Teras B. Cina) Untuk
Melaksanakan Inovasi PdPC B.Cina Mengikut Peratus (%) dan Min

Persetujuan responden

Item STS TS TP S SS Min Std

%%%% %

31. IPG KDA mempunyai matlamat yang jelas untuk 0 4.2 4.2 37.5 54.2 4.42 .77
melaksanakan inovasi PdPC

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

439

32. IPG KDA mempunyai kepakaran komunikasi 0 6.3 4.2 45.8 43.8 4.27 .82
untuk melaksanakan inovasi PdPC 0 6.3 43.8 47.9 4.35 .79
2.1 14.6 37.5 43.8 4.19 .91
33. IPG KDA mempunyai kepakaran menyelesaikan 2.1 2.1 2.1 45.8 47.9 4.35 .81
masalah untuk melaksanakan inovasi PdPC 4.2 8.3 47.9 36.9 4.23 .78
0 8.3 33.3 56.3 4.42 .82
34. IPG KDA mewujudkan kesamarataan kuasa 2.1
antara pensyarah dan pelajar 4.32 0.81

35. Pelajar-pelajar memberikan kerjasama untuk 2.1
melaksanakan inovasi PdPC

36. Pelajar-pelajar bersemangat untuk 0
melaksanakan inovasi PdPC

37. Pelajar-pelajar mempunyai ciri-ciri kreatif dalam 2.1
merancang inovasi semasa PdPC

Min Keseluruhan

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Pengamalan Inovasi Pelajar PISMP (Elektif Teras B. Cina) Semasa PdPC BC
Haris (1993) menegaskan kefahaman guru terhadap inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
penting demi menjamin kejayaan pelaksanaannya. Kejayaan pelaksanaan inovasi PdPC pasti
memberi impak besar dalam pendidikan negara. Dapatan kajian menunjukkan pengamalan inovasi
pelajar PISMP (Elektif Teras BC) semasa PdPC BC berada pada tahap yang tinggi dengan purata
min 4.60 (Jadual 2).

Dapatan kajian membuktikan responden menjalankan PdPC dalam BC pada tahap cemerlang
(item 7, min = 4.80). Pelajar mempelajari BC dari peringkat awal persekolahan membantu mereka
menguasainya walaupun BC sebagai Elektif Teras semasa latihan di IPG.

Era pembangunan ICT meniadakan had dan batasan waktu bagi jarak dan masa (Yusliani,
2012). Teknologi dijadikan jambatan semasa pengaplikasi antara pengalaman, pengetahuan sedia
ada dan ilmu baharu pelajar seperti disarankan dalam teori konstruktivisme. Sistem pendidikan guru
Malaysia turut dipengaruhi oleh perkara ini, khususnya berkaitan aplikasi ICT dalam latihan PdP
(Amani Dahaman, 2014). Item 3 ‗Saya menggunakan perisian komputer power point semasa PdPC‘
(min=4.9) mencatat min tertinggi. Diikuti dengan item 4 ‗Saya menggunakan perisian multimedia
semasa PdPC‘ dan item 5 ‗Saya menggunakan peralatan teknologi semasa PdPC‘ masing-masing
menduduki tempat kedua tinggi minnya (min=4.8). Responden bersetuju menggunakan peralatan
teknologi beserta perisian power point yang dibekalkan demi memudahkan PdPC. Hamdan et al.
(2004) menjelaskan guru tidak lagi menggunakan kaedah ‗chalk and talk‘ tetapi lebih menggunakan
alat bantu mengajar canggih dalam perubahan PdP. Justeru pelajar perlu menguasai teknologi terkini
disamping meningkatkan ilmu pengetahuan untuk menangani inovasi PdPC dalam perubahan dunia
pendidikan kini.

Di samping menguasai teknologi baharu, guru perlu berpengetahuan untuk mencapai matlamat
perubahan dunia pendidikan seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran memerlukan
ilmu dan kemahiran. Amalan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis
sangat diperlukan. Sharil et al. (1999) menegaskan melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,
guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar. Justeru itu, pengamalan budaya ilmu seperti
membaca, berfikir dan menulis dalam kalangan guru amat penting. Data menunjukkan item 11
mencapai min kelima tertinggi (min=4.5) iaitu guru mengamalkan budaya ilmu dalam PdPC. Guru
benar-benar memahami dan menghayati pembinaan ilmu dalam inovasi PdPC menjamin pencapaian
matlamat seperti yang disasarkan oleh KPM.

Pelajar IPG bukan dilatih untuk menduduki peperiksaan semata-mata, pelajar perlu benar-
benar memahami serta menguasai kemahiran yang dibelajar. Pelajar dilatih untuk menguasai
kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Responden bersetuju mereka dilatih kemahiran berfikir
semasa PdPC (item 10 , min=4.5) dengan tujuan supaya mereka menguasai KBAT. Pelajar dilatih
berkemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis maklumat, mengsintesiskan maklumat dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk penyelesaian masalah dalam pelbagai
konteks.

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018

440

Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) sebagai
‗the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a
problem‘. PBL melatih pelajar bekerja secara koperatif untuk penyelesaian masalah di samping
membina kemahiran berfikir secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar dilatih berfikir secara kritis
untuk bertindak (Gallagher, 1997). Data menunjukkan item 9 ‗Saya mengamalkan PBL semasa
PdPC‘ mendapat min terendah (min=4.40). Responden kurang mengamalkan PBL dalam PdPC
mungkin mereka tidak faham atau kurang kelengkapan untuk melaksanakan PBL dalam PdPC
walaupun hasil PBL memberangsangkan dalam inovasi PdPC.

Saifo (2001) membuktikan pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan membawa
perubahan individu. Kenyataan ini selari dengan pendapat Hamdan et al. (2004) yang menegaskan
penyusunan strategi sebelum PdP menjamin pencapaian objektif pengajaran guru. Item 12 ‗Saya
menyusun strategi pengajaran sebelum PdPC dijalankan‘ (4.8) menduduki tempat kedua tinggi
minnya. Oleh itu kesempurnaan kesediaan guru penting kerana ia menjamin kejayaan perubahan
pelajar. Responden bijak menggunakan set induksi pada awal PdPC (item 6, min=4.5) bertujuan
menarik perhatian pelajar terhadap tajuk yang akan diajar. Responden juga bersetuju mengamalkan
PdPC berpusatkan pelajar (item 8 , min=4.6).

Jenis Latihan Yang Telah Diikuti Oleh Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk Melaksanakan
Inovasi dalam PdPC BC
Keberkesanan pengurusan sumber tenaga profesional sesebuah organisasi menjamin kejayaan
program akademik keseluruhannya. Guru sebagai sumber tenaga profesional memainkan peranan
penting dalam menentukan kualiti proses dan output program akademik. Kajian Zainal (1999)
membuktikan tahap profesionalisme guru mempengaruhi kesan program akademik keseluruhannya.
Data menunjukkan jenis latihan yang telah diikuti oleh pelajar PISMP (Elektif Teras BC) untuk
melaksanakan inovasi dalam PdPC BC berada pada tahap sederhana dengan purata min 3.70
(Jadual 3).

Hasil kajian membuktikan kursus yang mencatat purata min tertinggi adalah item 15 ‗Saya
menghadiri kursus PdPC BC‘ (min=4.2). Ikuti dengan item 13 ‗Saya menghadiri seminar pendidikan
PdPC BC‘ dan item 20 ‗Saya mengikuti program khas inovasi‘ masing-masing mencapai purata min
4.10.

Purata min untuk lima item lain kurang dari 4.0, mencapai tahap sederhana. Item 19 ‗Saya
mengikuti program latihan penggunaan peralatan TMK‘ (min=3.80), item 14 ‗Saya menghadiri kursus
‗PC maintanance & troubleshooting‘ (min=3.50), item 16 ‗Saya menghadiri kursus Multimedia Based
Training‘ (min=3.40), item 17 ‗Saya menghadiri kursus perisian elektronik workbench‘ (min=3.20) dan
item 18 ‗Saya menghadiri kursus PLC Training Unit‘ (min =3.10). Tiada item kurang daripada purata
min 3.00.

Kajian menunjukkan lain responden lain kursus yang dihadiri telah mempengaruhi jumlah
bilangan kursus yang dihadiri. Kursus-kursus yang dihadiri oleh pelajar penting demi peningkatan
profesionalisme dan penguasaan kemahiran pelajar walaupun mereka dikategorikan dalam golongan
berkelayakan tinggi untuk melaksanakan inovasi PdPC.

Keberkesanan perancangan pengurusan kakitangan profesional amat penting dalam
menjayakan akademik secara keseluruhannya. Peruntukan pendidikan untuk mewujudkan peluang
latihan pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat perlu wujud dari semasa ke semasa
demi memenuhi tuntutan semasa dan tujuan penambahbaikan. Dengan itu, menjelang 2020 harapan
Malaysia menghasilkan modal insan berpengetahuan yang bertaraf dunia, berkemahiran tinggi,
fleksibel, kreatif, beretika serta mempunyai nilai murni akan menjadi kenyataan.

Faktor-Faktor Halangan Pelajar PISMP (Elektif Teras BC) Untuk Melaksanakan Inovasi PdPCBC
Dapatan kajian membuktikan responden tidak hadapi faktor-faktor halangan ketara untuk
melaksanakan inovasi PdPC BC dengan purata min 1.89 (Jadual 4). Clark & Yinger (1977)
menegaskan kepentingan minat serta kepercayaan guru amat penting dalam mewujudkan situasi
sebenar bilik darjah untuk menentukan hasil pelaksanaan inovasi PdP. Pelajar-pelajar minat untuk
melaksanakan inovasi PdPC (item 22, min=1.68), mereka yakin inovasi PdPC dapat meningkatkan
prestasi kerja kursus (item 28, min=1.60).

Harris (1993) mengemukakan faktor penghalang bersamaan item 21, 29 dan 30. Kajian
menunjukkan responden bersedia untuk inovasi dalam PdPC (item 21, min=1.81), mereka diberi
peluang mengemukakan pendapat semasa PdPC (item 29, min=1.48) dan pembelajaran rakan
sebaya berlaku dalam kalangan mereka (item 30, min=3.5), Purata min item 24 dan 25 yang turut

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan
4-5 SEPTEMBER 2018


Click to View FlipBook Version