5 JANUARI 2023 PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS TEMA: ACT SCIENTIFICALLY, THINK TECHNOLOGICALLY, CREATE SUSTAINABILITY PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (SAINS) EKSEKUTIF UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023 ACT SCIENTIFICALLY, THINK TECHNOLOGICALLY, CREATE SUSTAINABILITY AFS INFOFINITY RESOURCES No 18, Jalan Dmelia 2,Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 Cetakan Pertama: Januari 2023 © Hak Cipta Terpelihara Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengenluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit. All rights reserved. No part of this publication may be produced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information, storage, and retrieval system, without prior permission in writing form from the writers and publisher. Chia Wei Long, Foo Chiew Lee, Framunny Anak Francis Berayan, Jagathis A/L Ravi Chandran, Kevin Larson S Galono, Latifah Binti Saironi, Marni Binti Razali, Moganapriya A/P Sitivinaigan, Mohd Farid Bin Mohd Sa’aalghani, Nik Hasimah Binti Nik Ibrahim, Norishazulaikhaa Binti Mohd Isa, Nur Aa’in Mazura Binti Che Mahtar, Nurain Binti Babu Osman, Nurul Afatin Binti Nuk @ Mohd Nor, Paul Anak Phillip, Piriyanga A/P Sambasevam, Pranee A/P Iplot, Rajamani A/P Subramaniam, Raymond Serit Anak Seli, Sabariah Binti Fadzillah, Thavamalar A/P Nadarajah, Vikneswary A/P Ravindaran, Wan Faziani Binti Wan Zahari, Yap Ming Yi, Yasotha A/P Ayappan, Yeni Asiqin Binti Ali, Yusoff Bin Yahaya Prosiding e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 Act Scientifically, Think Technologically, Create Sustainability
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023 ACT SCIENTIFICALLY, THINK TECHNOLOGICALLY, CREATE SUSTAINABILITY ISI KANDUNGAN M/S Jawatankuasa Prosiding e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 i Jawatankuasa Pelaksana e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 ii Prakata iv Tahap Pengetahuan Dan Kesedaran Terhadap Amalan Penggunaan Yang Lestari Dalam Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah Chia Wei Long & Kamisah Osman 1 Pengetahuan dan Kesedaran Murid Sekolah Rendah Terhadap Perubahan Iklim Foo Chiew Lee & Kamisah Osman 20 Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sains Sekolah Menengah Luar Bandar Dalam Aplikasi Web 3.0 Framunny Anak Francis Berayan & Siti Nur Diyana Mahmud 34 Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Sains Melaksanakan Flipped Classroom di Google Classroom Jagathis Ravi Chandran & Siti Nur Diyana Mahmud 50 Tahap Pengetahuan dan Kemahiran TPACK-STEM Di Kalangan Guru Pelatih Kevin Larson S Galono & Siti Nur Diyana Mahmud 62 Pendekatan Gamifikasi: Sejauh Mana Tahap Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Sains? Latifah Binti Saironi & Siti Nur Diyana Mahmud 75 Sains DLP : Hubungan Penguasaan Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dengan Efikasi Kendiri Guru Marni Binti Razali & Siti Nur Diyana Mahmud 93 Meningkatkan Pengetahuan Alam Sekitar dan Amalan Lestari melalui Program Lestari dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Moganapriya Sitivinaigan & Zanaton Iksan 109 Pelaksanaan Pembelajaran Perkhidmatan Dalam Meningkatkan Kesedaran Isu Serta Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Mohd Farid Bin Mohd Sa'aalghani & Kamisah Osman 125 Penglibatan latihan STEM: Adakah berbeza sikap dan pengetahuan pedagogi guru Sains dalam pendidikan STEM? Nik Hasimah Binti Nik Ibrahim & Lilia Halim 144
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Pelajar Sekolah Terhadap Literasi Kelautan Norishazulaikhaa Binti Mohd Isa & Kamisah Osman 173 Lawatan Lapangan: Pencapaian dan Motivasi Pelajar Dalam Biodiversiti Nur Aa'in Mazura Binti Che Mahtar & Kamisah Osman 194 Sejauh Manakah Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar Terhadap Teknologi Hijau? Nurain Binti Babu Osman & Kamisah Osman 209 Meneroka Pengetahuan dan Amalan Guru Terhadap Pelaksanaan Khazanah Ilmu Pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Nurul Afatin Binti Nuk @ Mohd Nor & Nurazidawati Mohamad Arshad 225 Meningkatkan kefahaman konsep Mekanik Newton dan efikasi kendiri dalam pembelajaran Fizik melalui pengaplikasian khazanah ilmu. Paul Anak Phillip & Nurazidawati Mohamad Arshad 243 Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru Untuk Mengintegrasikan Funds Of Knowledge Dalam Pendidikan Sains Sekolah Rendah Piriyanga A/P Sambasevam & Nurazidawati Mohamad Arshad 260 Pembudayaan Kelestarian Melalui Amalan Penggunaan Air Lestari Pranee A/P Iplot & Kamisah Osman 270 Pengetahuan Dan Kompetensi Guru Sains Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Rajamani A/P Subramaniam & Siti Nur Diyana Mahmud 292 Kesediaan Guru Mengaplikasikan Pengetahuan, Sikap Dan kemahiran Dengan Khazanah Ilmu Dalam PdPc Sains Sekolah Rendah. Raymond Serit Anak Seli & Nurazidawati Mohamad Arshad 309 Penggunaan Kaedah E Fun Learning Terhadap Pemahaman Pelajar Bagi Tajuk Gerakbalas Tajuk Gerakbalas Terhadap Rangsangan Sabariah Binti Fadzillah & Nurazidawati Mohamad Arshad 329 Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Di Sekolah Kurang Murid Thavamalar A/P Nadaraja & Zanaton Iksan 337 Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Penginterasian Stem Dalam Kalangan Guru Sains Vikneswary Ravindaran & Zanaton Iksan 352 Pengintregrasian Kemahiran Proses Sains, Kesedaran Alam Sekitar Dan Pemahaman Geografi Dalam Topik Udara, Sains Tingkatan 1 Wan Faziani Binti Wan Zahari & Zanaton Iksan 361 Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Amalan Kitar Semula Dalam Kalangan Pelajar Yap Ming Yi & Kamisah Osman 380
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Sains Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Dan Hubungannya Dengan Minat Belajar Murid Yasotha A/P Ayappan & Siti Nur Diyana Mahmud 400 Perubahan Iklim: Sejauh Manakah Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Sains untuk Bertindak? Yeni Asiqin Binti Ali & Siti Nur Diyana Mahmud 418 Pembudayaan Kelestarian: Hubungan Antara Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Amalan Penggunaan Lestari Yusoff Bin Yahaya & Kamisah Osman 432
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 i JAWATANKUASA PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023 PENASIHAT Profesor Dr Kamisah Osman SIDANG EDITOR Chia Wei Long (Ketua) Jagathis A/L Ravi Chandran Framunny Anak Francis Berayan Kevin Larson S Galono Piriyanga A/P Sambasevam PEREKA GRAFIK Paul Anak Phillip (Ketua) Wan Faziani Binti Wan Zahari Yap Ming Yi SUSUN ATUR DAN PENERBITAN Nur Aa’in Mazura Binti Che Mahtar (Ketua) Marni Binti Razali Yeni Asiqin Binti Ali
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 ii JAWATANKUASA PELAKSANA e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023 5 JANUARI 2023 PENASIHAT Profesor Dr. Kamisah Binti Osman PENGERUSI Mohd Farid Bin Mohd Sa’a Alghani NAIB PENGERUSI Kevin Larson S Galono SETIAUSAHA Pranee A/P Iplot BENDAHARI Yasotha A/P Ayappan MODERATOR Nur Aa’in Mazura Bt Che Mahtar (Ketua) Nurul Afatin Binti Nuk @ Mohd Nor (Bilik 1) Framunny Anak Francis Berayan (Bilik 2) Nurain Binti Babu Osman (Bilik 3) Rajamani A/P Subramaniam (Bilik 4) TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA Paul Anak Phillip (Ketua) Yap Ming Yi Jagathis A/L Ravi Chandran PENERBITAN (PENGUMPULAN ABSTRAK DAN ARTIKEL) Chia Wei Long (Ketua) Framunny Anak Francis Berayan Yeni Asiqin Binti Ali
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 iii KOORDINATOR WEBINAR & PENJAGA MASA Marni Binti Razali (Ketua) Thavamalar A/P Nadaraja Norishazulaikhaa Binti Mohd Isa Kevin Larson S Galono PROTOKOL, URUSETIA DAN PENDAFTARAN Piriyanga A/P Sambasevam (Ketua) Moganapriya A/P Sitivinaigan PERHUBUNGAN DAN JEMPUTAN Wan Faziani Binti Wan Zahari (Ketua) Vikneswary A/P Ravindran PUBLISITI, FOTOGRAFI & DOKUMENTASI Yusoff Bin Yahaya (Ketua) Raymond Serit Anak Seli SIJIL, HADIAH & CENDERAHATI Latifah Binti Saironi (Ketua) Foo Chiew Lee BUKU PROGRAM DAN ATURCARA Nik Hasimah Nik Ibrahim (Ketua) Sabariah Binti Fadzillah
PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 iv PRAKATA Pengerusi e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 Prosiding Penyelidikan Pendidikan 2023 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, Prosiding Kolokium Pendidikan Sains 2023 ini berjaya diterbitkan. Prosiding ini diterbitkan adalah untuk memenuhi keperluan kursus sebagai syarat bergraduat untuk mahasiswa sarjana Pendidikan Eksekutif (Mod Cuti Sekolah). Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan yang tidak terhingga kepada penasihat jawatankuasa e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 iaitu Prof Dr Kamisah Osman yang mana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing kami bagi menjayakan kolokium ini. Tidak dilupakan barisan pensyarah penasihat yang juga penilai bagi kolokium ini iaitu Prof Lilia Halim, Prof Madya Dr Zanaton Hj Iksan, Dr Siti Nur Diyana Mahmud dan Dr Nurazidawatie Arshad. Tanpa bimbingan mereka dalam melaksanakan kajian serta dorongan sehingga kami berjaya mengadakan kolokium ini kami tidak akan sampai sehingga ke tahap ini. Kerana mereka jugalah kami berjaya untuk menerbitkan prosiding ini dengan jayanya. Ucapan tahniah buat rakan-rakan jawatankuasa e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 ini yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Dari mula sehingga selesai, komitmen yang tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh setiap ahli jawatankuasa sehingga ke saat penerbitan prosiding ini. Besar harapan kami dengan penerbitan prosiding ini dapat menjadi rujukan oleh pelbagai pihak dalam mencari sumber rujukan mengenai Pendidikan Sains pada masa akan datang. Sekian, Terima Kasih. MOHD FARID BIN MOHD SA’AALGHANI Pengerusi Jawatankuasa Induk e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 Anjuran Sarjana Pendidikan Sains Mod Cuti Sekolah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tahap Pengetahuan dan Kesedaran terhadap Amalan Penggunaan yang Lestari dalam Kalangan Murid-murid Sekolah Rendah (Knowledge and Awareness of Sustainable Consumption Practices among Primary School Pupils) Chia Wei Long & Kamisah Osman* ABSTRAK Corak penggunaan dan pengeluaran yang lestari telah diketengahkan dalam Sustainable Development Goals 12, iaitu penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab. Corak penggunaan yang lestari pada peringkat domestik menjadi kunci kejayaan kepada penurunan impak alam sekitar dan pengawalan corak pengeluaran seiring dengan peningkatan populasi. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan untuk mendokumentasikan kelaziman ciri-ciri khusus 110 orang murid. Data-data telah dikumpul melalui 33 item soal selidik yang terdiri daripada maklumat demografi, pengetahuan, kesedaran dan amalan penggunaan yang lestari. Kajian ini menggunakan SPSS IBM versi 26 untuk menganalisis data dalam bentuk regresi linear berganda. Dapatan mendapati bahawa tahap kesedaran mempunyai (p=0.000<0.05) yang signifikan dan nilai Standardized Coefficients Beta sebanyak 0.347 berbanding dengan tahap pengetahuan sebanyak 0.043. Nilai Unstandardized B membuktikan bahawa setiap satu unit peningkatan tahap kesedaran menyebabkan peningkatan sebanyak 0.274 dalam amalan penggunaan lestari. Justeru, kajian mendapati bahawa tahap kesedaran mempunyai hubungan signifikan dan kesan terhadap amalan penggunaan lestari. Kajian ini diharapkan agar dapat menyumbang kepada usaha pembudayaan amalan kelestarian dan mengenalpasti faktor lain yang lebih signifikan terhadap amalan penggunaan lestari. Kata Kunci: Sustainable Development Goals 12; Tahap pengetahuan kelestarian; Tahap kesedaran kelestarian; Corak penggunaan yang lestari; Kelestarian alam sekitar. ABSTRACT Sustainable consumption and production patterns have been highlighted in SDGs 12, which is responsible consumption and production. Sustainable consumption patterns at the domestic level are the key to success in reducing environmental impacts and controlling production patterns in tandem with the increase in population. Thus, this study aims to identify the relationship of knowledge and awareness of sustainable consumption practices among primary school pupils. A survey-based quantitative design is used to document the prevalence of specific characteristics of 110 pupils through 33 questionnaire items consisting of demographic information, knowledge, awareness and sustainable consumption practices. Then, data is analysed in the form of multiple linear regression by using SPSS IBM version 26. The results show that the level of awareness had a significant (p=0.000<0.05) and a Standardized Coefficients Beta value of 0.347 compared to a knowledge level of 0.043. The Unstandardized Value B proves that each unit of awareness increment resulted in an increase of 0.274 sustainable consumption practices. Therefore, the level of awareness has a significant relationship and impact on sustainable consumption practices. This study is expected to contribute in the cultivation of sustainability practices and identify other factors that are more significant towards sustainable consumption practices. Keywords: Sustainable Development Goals 12; Level of sustainability knowledge; Level of sustainability awareness; Sustainable consumption patterns; Environmental sustainability. Chia Wei Long Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Kamisah bt. Osman* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 1
PENGENALAN Amalan penggunaan yang lestari dapat dirungkai dari perspektif kebiasaan atau corak melakukan sesuatu dalam kehidupan seharian yang berupaya memelihara alam sekitar atau kurang menyumbang kepada impak alam sekitar (Quoquab & Mohammad, 2020). Dalam erti kata yang lain, corak penggunaan yang berteraskan konsep kelestarian adalah bertunjangkan amalan sehari-hari yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri (Dong & Hauschild, 2017). Kelestarian bukan sesuatu yang asing sejak sebelum peradaban manusia lagi dan begitu juga dengan amalan penggunaan yang lestari telah menjadi doktrin dalam suatu komuniti atau masyarakat pada ketika itu. Buktinya, semasa zaman prasejarah, pertambahan populasi mendorong masyarakat mula berpindah keluar dari tanah nenek moyang mereka untuk memulihkan bekalan sumber semula jadi di kawasan tersebut. Berdasarkan Laporan Setiausaha Agung dalam Progress Towards Sustainable Development Goals (2022) bagi SDGs 12, negara-negara membangun menanggung sebahagian besar kesan iklim, biodiversiti dan pencemaran ekoran daripada proses pengeluaran yang intensif. Menurut SDGs 12, corak penggunaan dan pengeluaran yang tidak lestari telah menjadi punca kepada perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran. Kebergantungan kita terhadap sumber semula jadi juga meningkat drastik melebihi 65% secara global dari tahun 2000 hingga 2019. Selain itu, sejumlah 13.3% makanan seluruh dunia dibazirkan selepas penuaian dan sebelum sampai di pasaran runcit, iaitu dibazirkan semasa pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan (SDGs, 2022). Sejumlah 17% keseluruhan makanan pula dibazirkan pada peringkat pengguna seperti dari rumah, kedai runcit, isi rumah dan kedai makan (SDGs, 2022). Data-data ini jelas menunjukkan ketidakseimbangan corak penggunaan dan pengeluaran telah mengundang masalah kelestarian serta impak negatif terhadap alam sekitar untuk tempoh lebih daripada 2 dekad. Dalam kajian Shahbaz et al. (2022), beberapa faktor telah disenaraikan untuk mengenalpasti hubungan signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari, seperti faktor jantina, tahap pendidikan, kawasan perumahan, saiz keluarga dan pendapatan isi rumah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan penggunaan yang lestari adalah lebih tinggi dalam kalangan perempuan, isi rumah yang tinggal di kawasan bandar, individu yang lebih berpendidikan, individu dengan saiz keluarga yang besar dan isi rumah yang berpendapatan tinggi. Justeru, penyelidik berminat untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari yang dengan mengambil kira ciri-ciri populasi kajian yang kontradik dengan dapatan kajian di atas. Antaranya ialah isi rumah yang tinggal di pedalaman, khususnya pedalaman daerah Baram, individu yang berpendidikan rendah atau asas, iaitu murid-murid sekolah rendah, saiz keluarga yang sederhana atau kecil dan berpendapatan sederhana atau rendah. Kajian lain oleh Blanco-Penedo et al. (2021) mengkaji tentang tahap pengetahuan, kepercayaan, tingkah laku, sikap dan keutamaan terhadap kelestarian makanan serta amalan pembelian makanan. Dapatan kajian mendapati bahawa lokasi kediaman dan perbezaan jantina dalam kalangan pengguna merupakan faktor yang paling berpengaruh. Memadangkan kajian ini memfokuskan faktor perbezaan jantina terhadap amalan kelestarian makanan, maka dengan menggunakan konsep perbandingan jantina seperti dalam kajian ini, penyelidik berminat untuk PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 2
mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan murid-murid lelaki serta perempuan terhadap amalan penggunaan yang lestari. Kajian tersebut turut merumuskan bahawa pengguna tidak mempunyai kesedaran dalam aspek yang lebih luas, seperti konsep kelestarian. Sehubungan itu, penyelidik ingin mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan tahap kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari berbanding dengan faktor lain melalui regresi linear berganda. Melalui penelitian, skop kajian lepas lebih menjurus kepada konsep kelestarian, program kelestarian, pembangunan lestari, pendidikan kelestarian. Selain itu, terdapat juga sebahagian kajian lepas yang mengkaji tahap pengetahuan, kesedaran, sikap, tingkah laku dan amalan kelestarian dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pengajian tinggi atau universiti, orang awam, pihak berkepentingan serta organisasi di kawasan bandar-bandar besar atau beberapa kawasan luar bandar tetapi kurang berfokus pada murid-murid sekolah rendah dan kawasan pedalaman yang melibatkan komuniti asli atau indigenous community. Maka, rasional dan sumbangan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan penggunaan yang lestari pada peringkat pendidikan rendah bagi tujuan pemupukan atau pembudayaan amalan kelestarian pada peringkat awal lagi, terutamanya dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada suku kaum Orang Ulu yang kebanyakannya menetap di kawasan pedalaman daerah Baram, Sarawak. Komuniti asli ini cukup sinonim dengan gaya dan pengalaman hidup yang dekat dengan alam semula jadi serta mempunyai hubungan yang kuat dengan alam sekitar. Namun, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan ke atas semua kohort umur bagi murid-murid sekolah rendah kerana responden kajian hanya melibatkan murid-murid dari umur 10 tahun hingga 11 tahun. Kajian ini juga hanya memfokuskan hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari. Seterusnya, penyelidik menggariskan beberapa objektif dan hipotesis kajian seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. 2. Untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid lelaki. 3. Untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid perempuan. HO1 HO2 HO3 : : : tidak terdapat hubungan signifikan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. tidak terdapat hubungan signifikan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid lelaki. tidak terdapat hubungan signifikan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid perempuan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 3
TINJAUAN LITERATUR Pengetahuan Mengenai Kelestarian Aspek pengetahuan tidak boleh diabaikan dalam usaha mengketegahkan amalan penggunaan yang lestari. Menurut Kim, Kim dan Thapa (2018), pengetahuan yang dipersepsikan oleh seseorang individu dapat memaksa atau mendorong mereka sebagai pengguna untuk membuat keputusan yang mesra alam atau lestari. Sehubungan itu, pengetahuan sedia ada murid-murid perlu diadaptasikan atau disesuaikan dengan konsep kelestarian yang sinonim dengan amalan dalam kehidupan seharian. Ini selari dengan UNESCO (2017) yang menuntut kita untuk melakukan tansformasi atau perubahan yang mutlak dari segi cara kita berfikir, bertindak dan terlibat dengan isu-isu kelestarian seperti yang telah terkandung dalam Sustainable Development Goals (SDGs) dan setiap individu mesti menjadi pemangkin perubahan kepada kelestarian. Kajian Brundiers et al. (2020), Cincera et al, (2018), Kickul et al. (2018) dan Martinez-Campillo, Sierra-Fernandez dan Fernandez-Santos (2019) bersetuju bahawa pendidikan mempunyai peranan yang signifikan dalam menyampaikan pengetahuan tentang kelestarian dan pada masa yang sama menyokong pembangunan lestari melalui penyampaian konsep secara berterusan. Dalam membincangkan aspek pengetahuan kelestarian, kita tidak terlepas daripada isu pembaziran makanan yang memerlukan pertimbangan kognitif seseorang individu secara logik dan rasional untuk tidak melakukan pembaziran makanan. Secara global, satu per tiga penghasilan makanan di seluruh dunia terbazir atau rosak begitu sahaja dalam semua rangkaian sektor. Berdasarkan laporan Food and Algriculture Organization (FAO) 2018, saban tahun sekitar 1.3 bilion tan makanan dibazirkan daripada amalan penggunaan manusia yang tidak lestari. Ini jelas membuktikan bahawa tahap sosioekonomi masyarakat atau dari segi kekayaan dan kemampuan mempunyai korelasi dengan jumlah makanan yang dibazir. Dalam konteks ini, elemen pengetahuan kelestarian memainkan peranan yang peting dalam mengubah pemikiran masyarakat untuk menzahirkan kekayaan dan kemampuan dalam bentuk tingkah laku serta amalan yang lebih lestari. Kesedaran Mengenai Kelestarian Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan dapat dijadikan wadah untuk menyokong usaha kelestarian dalam meningkatkan tahap kesedaran. Ini dibuktikan oleh Biasutti dan Frate (2017) bahawa pendidikan menjadi satu keperluan untuk menyuburkan kesedaran, nilai dan sikap untuk mencapai kelestarian dalam amalan penggunaan seharian. Selain itu, institusi pendidikan seperti sekolah memainkan peranan yang mustahak untuk pembangunan intelek dan tingkah laku (Scott, 2013). Maka, pada masa kini, pihak institusi pendidikan berusaha untuk memenuhi visi UNESCO (2022), iaitu membentuk semula idea dan amalan dalam pendidikan tinggi untuk memastikan pembangunan lestari untuk planet serta kemanusiaan. Justeru, harapan dibentuk seiring dengan fungsi sekolah dalam membangunkan keupayaan murid-murid sebagai generasi yang memiliki nilai kelestarian pada masa akan datang (Kelley & Nahser, 2014). Di samping itu, pendidikan formal juga berupaya PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 4
meningkatkan pengetahuan tentang kelestarian dan seterusnya ia akan mempengaruhi tahap kesedaran dan amalan kelestarian (Mojilis, 2019) dalam kalangan murid-murid. Kajian Arora et al. (2018) menekankan bahawa kelestarian persekitaran atau alam sekitar akan memberi impak dan menyokong aspek lain di mana kesedaran dan pelibatan holistik semua pihak adalah diperlukan. Pernyataan ini menunjukkan bahawa aspek kesedaran menjadi salah satu elemen yang perlu dititikberatkan dalam kelestarian alam sekitar. Kesedaran ini berkait rapat dengan kepekaan. Maka, kepekaan kelestarian dapat ditakrifkan sebagai pengalaman dan kesedaran tentang fenomena kelestarian yang melibatkan pengalaman dan persepsi seperti kepercayaan, perasaan dan tindakan (Gericke et al., 2019). Menurut Omeje, Okereke dan Chukwu (2020), kajian ke atas kempen kesedaran merumuskan bahawa peningkatan dalam kesedaran merupakan langkah pertama dalam mengubah sikap negatif. Justeru, aspek kesedaran dapat dilihat mempunyai hubungan yang signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari. Amalan Penggunaan yang Lestari Amalan penggunaan yang lestari telah digariskan dalam Sustainable Development Goals (SDGs) 12 yang menekankan secara spesifik tanggungjawab dalam aspek penggunaan dan pengeluaran untuk memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang lestari. Dalam SDGs 12 terdapat 11 sasaran dan 13 indikator, antaranya menekankan pengurusan lestari dari aspek penggunaan sumber semula jadi, pengurangan pembaziran makanan melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan guna semula, pengurusan kimia yang mesra alam, penyebaran maklumat mengenai amalan syarikat yang menyokong pengeluaran dan penggunaan. Tanpa mengira produk atau industri, instrumen penting untuk memahami penggunaan yang bertanggungjawab atau lestari adalah pemikiran mengenai kitar hidup sesuatu produk kerana tidak mencukupi hanya dengan membina penyelesaian untuk pelupusan produk secara mesra alam. Sesetengah literatur dalam kajian lepas membincangkan pemerolehan pengetahuan mempengaruhi amalan dan sikap serta sebahagian kajian lagi menyatakan bahawa sikap muridmurid memberi kesan terhadap pembolehubah psikologi (Biasutti & Frate, 2017). Terdapat juga kajian yang mengkaji tentang pengetahuan murid-murid, tingkah laku dan amalan terhadap pembangunan lestari serta mengaplikasikannya untuk menilai kesedaran murid mengenai kelestarian (Olsson et al., 2016). Secara asasnya, pendidikan dengan pelbagai pendekatan dan metodologi dapat meningkatkan kualiti pengetahuan dan amalan terhadap kelestarian secara berkesan (Biasutti, 2015). Pelibatan murid-murid dalam amalan hidup yang lestari juga telah membuktikan wujudnya hubungan yang positif dalam peningkatan literasi dan tingkah laku kelestarian (Qureshi, 2020). Ini membuktikan bahawa pengalaman sebenar dalam persekitaran pendidikan turut berupaya meningkatkan amalan kelestarian murid-murid dengan memberi peluang kepada mereka mempelajari isu alam sekitar antara disiplin. Kerangka Konseptual Kajian Model atau rumus Impact, Population, Affluence and Technology (IPAT) yang diperkenalkan oleh Ehrlich dan Holdren (1971) merupakan model atau rumus terawal untuk menjelaskan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 5
tentang peranan pelbagai faktor penyebab kepada kemerosotan alam sekitar. Maka, model ini telah dirujuk sebagai panduan kepada kerangka konseptual kajian untuk menerangkan hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Perkara penting yang diketahui dan difahami bahawa faktor PAT bukannya faktor penyebab utama tetapi bertindak sebagai faktor pertengahan. Kewujudan PAT sebagai faktor pertengahan ini disebabkan oleh terdapatnya penyelesaian asas yang tidak dapat menyelesaikan faktor utama yang spesifik. Memandangkan faktor utama mengenai isu alam sekitar dan kelestarian masih lagi tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, ini menunjukkan bahawa penyelesaian asas sebelum ini kurang atau tidak berkesan sehingga wujudnya keperluan untuk menyelesaikan faktor pertengahan. Model IPAT ini telah menyokong analisis cabaran yang menjadi daya penggerak utama kepada pembangunan corak pengeluaran dan penggunaan yang lebih lestari. Jadual 1 di bawah menunjukkan penerangan akronim IPAT. JADUAL 1. Penerangan akronim IPAT. Akronim Model Penerangan I Impak alam sekitar secara total P Populasi manusia A Kekayaan dan kemampuan manusia (Penggunaan) T Teknologi (Corak pengeluaran) Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang menggunakan sebahagian model atau rumus IPAT. Faktor yang diambil kira dalam model IPAT untuk diketengahkan dalam kerangka konseptual kajian adalah faktor P (populasi) dan faktor A (penggunaan) sahaja. RAJAH 1. Kerangka konseptual kajian mengketengahkan model atau rumus IPAT. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 6
METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Kajian kuantitatif digunakan untuk mengukur isu melalui penghasilan data berbentuk nombor atau data yang boleh diterjemahkan dalam bentuk statistik yang bermakna (Enas, Islam Asim Ismail & Tahani, 2021). Ini bertepatan dengan skop kajian ini yang mengukur isu kelestarian dari aspek tahap pengetahuan kelestarian, tahap kesedaran kelestarian dan amalan penggunaan yang lestari. Manakala, kajian tinjauan pula merujuk kepada pengumpulan data secara sistematik daripada sampel kajian dalam populasi yang besar (Jason & Natalie, 2018). Dalam kajian ini, tinjauan jenis keratan rentas telah digunakan, iaitu melibatkan pengumpulan data kuantitatif daripada sampel kajian dalam populasi yang besar untuk satu tempoh masa tertentu. Reka bentuk kajian ini digunakan oleh penyelidik untuk mendokumentasikan kelaziman ciri-ciri khusus sampel yang mewakili populasi seperti tahap pengetahuan kelestarian, tahap kesedaran kelestarian dan amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Data atau dapatan daripada tinjauan keratan rentas ini dapat digunakan untuk menguji hipotesis penyebab dalam beberapa cara, iaitu tinjauan ini menyediakan peluang kepada penyelidik untuk menilai kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah dan perbezaan antara sub-kumpulan dalam populasi. Contohnya, hubungan linear tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari melalui analisis regresi linear berganda. Bagi kelulusan etika, penyelidik telah mendapat kelulusan bersyarat untuk menjalankan kajian ini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Rujukan: KPM.600-3/2/3-eras(13908) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Rujukan: JPNSW2.600-11/1/2 Jld.9(3). Sampel Kajian Penyelidik telah menggunakan teknik pensampelan berstrata, di mana kerangka pensampelan dibahagikan kepada dua sub-kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan serta setiap kategori dipilih melalui kaedah rawak. Pensampelan berstrata menyediakan kawalan ke atas komposisi sampel dan menjamin penyelidik mewakilkan sampel dari segi pemboleh ubah stratifikasi. Apabila pemboleh ubah stratifikasi dikaitkan dengan pemboleh ubah bersandar yang membawa kepentingan, pensampelan berstrata akan mengurangkan ralat pensampelan seperti mana ralat yang terhasil daripada pensampelan rawak. Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dari sekolah rendah di sekitar Zon Baram Tengah, Sarawak. Dengan menggunakan pensampelan berstrata, sejumlah 110 orang sampel kajian telah dipilih, iaitu 55 orang murid lelaki dan 55 orang murid perempuan telah dipilih secara rawak. Populasi kajian mempunyai latar belakang kehidupan komuniti asli yang mempunyai hubungan rapat dengan alam sekitar. Keistimewaan ini membawa kebarangkalian untuk mempengaruhi tahap pengetahuan dan kesedaran mereka, seterusnya memberi kesan terhadap tindakan seharian mereka atau amalan penggunaan sama ada dalam bentuk yang lestari ataupun sebaliknya. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 7
Kaedah Pengumpulan Data Data-data yang diperlukan untuk memenuhi objektif kajian telah dikumpul melalui soal selidik. Soal selidik telah diedarkan ke setiap sekolah melalui Guru Besar atau pentadbir sekolah untuk diserahkan kepada guru kelas Tahun 4 dan Tahun 5, kemudian ditadbir kepada sampel kajian secara rawak mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan jantina. Arahan-arahan pentadbiran dan pengurusan soal selidik disertakan sekali bersama dengan setiap set soal selidik untuk diterangkan serta dijelaskan oleh guru kelas kepada murid-murid sebelum sesi soal selidik dijalankan. Tempoh pengumpulan data adalah selama satu bulan. Melalui itemitem dalam soal selidik, data primer yang diperolehi dapat digunakan untuk menjawab objektif kajian, iaitu mengenalpasti sama ada tahap pengetahuan dan kesedaran mempunyai hubungan signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Pengumpulan data juga melibatkan sumber rujukan dan data sekunder daripada buku serta kajian-kajian lepas untuk menyokong perbincangan. Penyelidik telah mengadaptasi soal selidik daripada kajian Quoquab et al. (2018) yang mempunyai nilai pekali Cronbach’s α (CA) melebihi nilai minimum (0.70) yang ditetapkan, iaitu 0.9290, 0.9180 dan 0.9050, sekali gus menunjukkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Adaptasi dan penyesuaian yang dilakukan lebih kepada alih Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, penggunaan laras bahasa yang lebih mudah difahami murid-murid sekolah rendah dan penyesuaian konteks pernyataan dengan tema atau skop kajian. Soal selidik yang dibina mengandungi 33 item dan terdiri daripada empat bahagian, iaitu maklumat demografi, pengetahuan mengenai kelestarian, kesedaran mengenai kelestarian dan amalan penggunaan yang lestari. Maklumat demografi mempunyai 3 item seperti jantina, darjah dan kaum. Manakala, pengetahuan mengenai kelestarian, kesedaran mengenai kelestarian dan amalan penggunaan yang lestari mempunyai 10 item masing-masing. Soal selidik yang dibina adalah berbentuk pernyataan umum dalam Bahasa Melayu atau item respon terhad dan menggunakan skala likert 5 mata, iaitu sangat tidak bersetuju, tidak bersetuju, sedikit tidak bersetuju, sedikit bersetuju, bersetuju dan sangat bersetuju. Kaedah Analisis Data Bagi tujuan menganalisis data, penyelidik menggunakan alat statistik Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) IBM versi 26. Data-data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dan deskriptif dalam bentuk analisis regresi linear berganda. Kemudian, hasil analisis data primer telah dibincangkan dan disokong dengan data-data sekunder daripada kajian-kajian lepas serta sumber rujukan yang lain. Umumnya, analisis regresi linear berganda dijalankan ke atas pembolehubah-pembolehubah kajian ini untuk menjangkakan nilai pembolehubah bersandar, (y), iaitu amalan penggunaan yang lestari, apabila diberi satu set pembolehubah tidak bersandar (x1, x2, x3, ... xp), iaitu tahap pengetahuan dan kesedaran. Hubungan di antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar ditunjukkan seperti dalam rumus di bawah: y = b1x1 + b2x2 + ... bpxp + a PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 8
di mana, y adalah pembolehubah bersandar. x1, x2, ... xp adalah pembolehubar tidak bersandar. b1, b2, ... bp adalah pekali yang menghubungkan pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. a adalah malar. Rasional menggunakan analisis regresi ini adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari. Sekiranya wujud hubungan antara kedua-dua jenis pembolehubah, penyelidik ingin mengenalpasti kekuatan dalam hubungan tersebut dan seterusnya melakukan jangkaan berasaskan masa depan berkaitan dengan amalan penggunaan yang lestari. Pada masa yang sama, penyelidik turut berminat untuk mengenalpasti tahap kekuatan kesan suatu pembolehubah ke atas pembolehubah yang lain jika keadaan tertentu, seperti faktor jantina yang dikawal dalam kajian ini. Melalui dapatan kajian ini, penyelidik dapat melakukan hubungan sebab dan akibat. Di samping itu, nilai min bagi setiap pembolehubah juga dihitung dan ditafsir untuk menilai tahap kecenderungan pembolehubah berdasarkan pengkelasan tafsiran skor min (Nunnally & Bernstein, 1994) seperti dalam Jadual 2. JADUAL 2. Tafsiran skor min. Skor Min Tafsiran 1.00-2.00 Rendah 2.01-3.00 Sederhana rendah 3.01-4.00 Sederhana tinggi 4.01-5.00 Tinggi DAPATAN DAN PERBINCANGAN Data Demografi Dalam kajian ini, seramai 110 orang murid yang terdiri daripada 55 orang murid lelaki dan 55 orang murid perempuan telah ditentukan untuk menjawab soal selidik bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Setelah jumlah mengikut jantina ditentukan secara berstrata, penyelidik telah memilih secara rawak sampel atau responden dalam kalangan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 seperti dalam Rajah 2. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 9
RAJAH 2. Jumlah sampel mengikut jantina bagi setiap tahun. Berdasarkan data di atas, jumlah murid lelaki dan perempuan bagi Tahun 4 mencatatkan peratus yang sedikit kecil, iaitu 21.82% dan 23.64% berbanding dengan jumlah murid lelaki dan perempuan bagi Tahun 5, iaitu 28.18% dan 26.36%. Hal ini kerana jumlah murid-murid Tahun 4 di sesetengah sekolah adalah sedikit dan penyelidik telah mengambil tindakan untuk memilih lebih ramai sampel dalam kalangan murid-murid Tahun 5. Penyelidik telah mengemukakan jantina dalam data demografi untuk menjawab objektif kajian yang menjadikan faktor jantina sebagai faktor yang dikawal bagi mengenalpasti hubungan antara pembolehubah kajian. Murid-murid tahap 2, khususnya Tahun 4 dan Tahun 5 telah dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka mempunyai pendedahan mengenai konsep kelestarian yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah bagi topik Mesin. Selari dengan skop kajian yang berfokuskan pedalaman daerah Baram, Sarawak sebagai lokasi kajian, semua sampel kajian adalah terdiri daripada Bumiputera Sarawak seperti dalam Rajah 4. RAJAH 3. Jumlah sampel mengikut kaum. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 10
Berdasarkan Rajah 3, sampel kajian yang berbangsa Penan adalah majoriti kerana melebihi 50% daripada populasi kajian, iaitu sejumlah 58.18%. Rasional kaum-kaum ini menjadi fokus dalam kajian kerana penyelidik mengambil kira faktor bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar. Faktor ini membawa kebarangkalian untuk mempengaruhi pengetahuan, kesedaran dan amalan penggunaan dalam kehidupan seharian komuniti atau kaum ini sama ada dalam bentuk lestari ataupun sebaliknya. Hal ini kerana mereka mempunyai pendedahan dan pengetahuan yang tinggi mengenai alam sekitar berasaskan pengetahuan empirikal dalam persekitaran hidup yang mempunyai fungsi (Haliza, 2018). Hubungan Tahap Pengetahuan dan Kesedaran terhadap Amalan Penggunaan yang Lestari dalam Kalangan Murid-murid Sekolah Rendah Berdasarkan analisis data secara deskriptif dalam Jadual 3, ketiga-tiga pembolehubah, iaitu tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan amalan penggunaan yang lestari menunjukkan skor min yang baik. JADUAL 3. Skor min bagi tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan amalan penggunaan yang lestari. Mean Standard Deviation N Amalan penggunaan yang lestari 3.9073 .22410 110 Tahap pengetahuan 4.1745 .27476 110 Tahap Kesedaran 4.0309 .28341 110 Rajah 4 menunjukkan item 1 hingga item 10 dalam soal selidik yang digunakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan kelestarian dalam kalangan murid-murid mencatatkan skor min sejumlah 3.00 dan ke atas, iaitu semua item berada pada tahap kecenderungan yang sederhana tinggi dan tinggi. Walau bagaimanapun, kajian Jessica et al. (2020) melaporkan bahawa tahap pengetahuan alam sekitar dan bahan kitar semula berada pada tahap sederhana dalam kalangan murid prasekolah. Laporan ini berbeza dengan dapatan kajian ini kerana faktor kohort umur responden kajian. Dalam kajian ini, penyelidik memilih murid-murid sekolah rendah Tahun 4 dan Tahun 5 sebagai responden kajian. Manakala, kajian Jessica et al. (2020) pula memilih murid prasekolah sebagai responden kajian. Ini menerangkan bahawa perkembangan kognitif murid-murid dalam konteks untuk memahami konsep kelestarian adalah seiring dengan perkembangan tahap pendidikan. Secara generalisasi, semakin meningkat tahap pendidikan, semakin meningkat tahap kognitif untuk memahami konsep kelestarian. Ini dibuktikan oleh kajian Abbas dan Singh (2014) bahawa tahap pengetahuan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti adalah tinggi. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 11
RAJAH 4. Skor min bagi tahap pengetahuan kelestarian. Berdasarkan skor min bagi item 11 hingga item 20 dalam Rajah 5, rata-rata murid mempunyai tahap kesedaran mengenai kelestarian yang baik. Dapatan ini berbeza dengan kajian oleh Kaviza dan Nurliyana (2022), iaitu tahap kesedaran kendiri murid terhadap isu kelestarian alam sekitar adalah berada pada tahap sederhana. Perbezaan ini disebabkan oleh faktor aliran akademik kerana penyelidik berfokus kepada murid-murid Sejarah. Manakala, dalam kajian ini pula, murid-murid yang mempunyai pendedahan tentang konsep kelestarian melalui subjek Sains sekolah rendah telah dipilih sebagai responden kajian. Keadaan ini menjelaskan bahawa aliran akademik yang diikuti oleh murid mempengaruhi tahap kesedaran kelestarian. Seterusnya, hanya satu item mencatatkan skor min sejumlah 2.46 dalam kajian ini, sekali gus berada pada tahap kecenderungan sederhana rendah, iaitu item 13 dalam soal selidik. Sejumlah 62.73% atau 69 orang responden tidak menyedari kesan negatif barang yang dibeli terhadap persekitaran. Pada masa yang sama, ini menjelaskan bahawa tahap kesedaran murid mengenai perkara tersebut masih rendah. RAJAH 5. Skor min bagi tahap kesedaran kelestarian. Seterusnya, Rajah 6 menunjukkan terdapat tiga item untuk mengenalpasti amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid mencatatkan skor min di antara 2.01 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 12
hingga 3.00 dengan tahap kecenderungan sederhana rendah. Item-item tersebut ialah item 28, item 29 dan item 30. Ketiga-tiga item ini menekankan amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) yang menyokong amalan penggunaan dan pengurusan sesuatu barang secara lestari. Bagi item 28, sejumlah 27.27% (30 orang) tidak menggunakan semula beg untuk membeli-belah. Bagi item 29 pula, secara kumulatif, sejumlah 65.46% (72 orang) tidak mengitar semula barangbarang lama dengan pelbagai cara. Bgai item 30, sejumlah 34.55% (38 orang) tidak membaiki barang yang rosak supaya dapat digunakan dengan lebih lama. Data-data ini menjelaskan bahawa murid-murid masih belum berupaya menghubungkaitkan konsep amalan 3R dengan amalan penggunaan yang lestari sehingga mereka tidak mengamalkan kitar semula, guna semula dan kurangkan penggunaan sesuatu barang atau produk dalam kehidupan seharian. Ini bermaksud norma subjektif, iaitu amalan penggunaan yang lestari tidak signifikan dengan niat untuk mengamalkan konsep 3R dan ini disokong oleh kajian Ali dan Yusof (2018) serta kajian Ioannou et al. (2013). RAJAH 6. Skor min bagi amalan penggunaan yang lestari. Walaupun tahap pengetahuan dan tahap kesedaran mencatatkan skor min pada tahap tinggi, iaitu 4.17 dan 4.03 masing-masing, namun skor min ini sahaja tidak berupaya membuktikan bahawa wujudnya hubungan linear yang signifikan antara tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid. Maka, penyelidik telah melakukan analisis regresi linear berganda untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari. Seterusnya, penyelidik ingin mengenalpasti kekuatan dalam hubungan tersebut dan melakukan jangkaan atau ramalan berkaitan dengan amalan penggunaan yang lestari. Berdasarkan Jadual 4, nilai R square menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini, iaitu tahap pengetahuan dan tahap kesedaran berupaya menjelaskan sejumlah 11.70% variasi dalam pembolehubah bersandar atau amalan penggunaan yang lestari. Peratus variasi yang kecil menjelaskan bahawa kebarangkalian terdapat faktor atau pembolehubah tidak bersandar lain yang lebih dominan atau lebih kuat hubungannya terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di pedalaman daerah Baram, khususnya Zon Baram Tengah. Kewujudan pelbagai faktor PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 13
dalaman dan luaran yang mempengaruhi tingkah laku dalam penggunaan turut dibuktikan oleh kajian Putra dan Marhaeni (2021). JADUAL 4. Model Summaryb . Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate 1 .341 .117 .100 .21260 Jadual 5 pula menunjukkan nilai, y = .341, F(2, 107) = 7.056, p = .001<.05 (R2 = .117) Maka, hipotesis nol adalah ditolak. Ini menjelaskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu pembolehubah tidak bersandar, iaitu sama ada tahap pengetahuan ataupun tahap kesedaran mempunyai hubungan linear yang signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari. JADUAL 5. Ujian ANOVAa . Model Sum of Squares df Mean Square F Sig. 1 Regression .638 2 .319 7.056 .001b Residual 4.836 107 .045 Total 5.474 109 Setelah nilai p-kiraan dalam ujian ANOVAa berjaya membuktikan kesignifikanan model regresi yang digunakan, penyelidik dapat mengira nilai p-kiraan untuk pembolehubah malar (constant), tahap pengetahuan dan tahap kesedaran seperti dalam Jadual 6. Berdasarkan Jadual 6, hanya pembolehubah malar (p=0.000<0.05) dan tahap kesedaran (p=0.000<0.05) mencatatkan nilai Sig. atau nilai p-kiraan yang signifikan. Manakala, tahap pengetahuan mencatatkan nilai p-kiraan yang tidak signifikan (p=0.645>0.05). Ini jelas membuktikan bahawa tahap kesedaran mempunyai hubungan linear yang signifikan terhadap amalan penggunaan lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berbanding tahap pengetahuan. Namun, dapatan ini tidak selari dengan kajian Hay dan Eagle (2020) dan Mojilis (2019) yang menyatakan peningkatan tahap pengetahuan melalui pendidikan formal akan mempengaruhi tahap kesedaran dan amalan kelestarian. Pendidikan dengan pelbagai pendekatan dan metodologi juga dapat meningkatkan kualiti pengetahuan dan amalan terhadap kelestarian secara berkesan (Biasutti, 2015). Ketidakselarian ini disebabkan oleh kualiti pendekatan pendidikan, keupayaan kognitif seseorang individu dalam memahami dan menterjemahkan konsep kelestarian dalam bentuk kesedaran serta tindakan atau amalan. Selain itu, nilai kecerunan (Unstandardized B) pula menerangkan bahawa setiap satu unit peningkatan bagi tahap kesedaran dalam kalangan murid-murid telah membawa peningkatan sebanyak 0.274 dalam amalan penggunaan yang lestari. JADUAL 6. Ujian Pekalia . Model Unstandardized B Coefficients Std. Error Standardized Coefficients Beta t Sig. 1 (constant) 2.948 .390 7.554 .000 Tahap pengetahuan -.035 .075 -.043 -.461 .645 Tahap Kesedaran .274 .073 .347 3.750 .000 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 14
Sebaliknya, nilai kecerunan bagi tahap pengetahuan menunjukkan bahawa setiap satu unit peningkatan bagi tahap pengetahuan dalam kalangan murid-murid telah membawa penurunan sebanyak 0.035 dalam amalan penggunaan yang lestari. Keputusan yang berkadar songsang ini sekali gus menunjukkan bahawa tahap pengetahuan menjadi faktor yang berupaya mempengaruhi secara negatif amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, kajian Lim, Arita dan Joung (2019) menunjukkan bahawa kegagalan untuk terlibat dalam aktiviti berkaitan dengan kelestarian tidak menyumbang kepada defisit pengetahuan kelestarian. Perbezaan ini menjelaskan bahawa tahap pengetahuan dan amalan penggunaan yang lestari merupakan faktor yang saling tidak mempengaruhi. Keputusan ini telah membuktikan lagi bahawa terdapat faktor atau pembolehubah tidak bersandar lain yang lebih dominan atau kuat hubungannya terhadap amalan penggunaan yang lestari. Kesimpulannya, terdapat hubungan linear yang signifikan dan wujudnya kesan tahap kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Hubungan Tahap Pengetahuan dan Kesedaran terhadap Amalan Penggunaan yang Lestari dalam Kalangan Murid-murid Lelaki Seperti mana dalam perbincangan sebelum ini, penyelidik masih menggunakan analisis regresi linear berganda untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid mengikut jantina. Dalam kajian Shahbaz et al. (2022), salah satu faktor yang telah disenaraikan untuk mengenalpasti hubungan signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari adalah faktor jantina. Justeru, penyelidik berminat untuk mengenalpasti tahap kesan suatu pembolehubah ke atas pembolehubah yang lain jika keadaan tertentu, seperti faktor jantina yang dikawal dalam kajian ini. JADUAL 7. Ujian Pekalia (jantina: lelaki). Model Unstandardized B Coefficients Std. Error Standardized Coefficients Beta t Sig. 1 (constant) 2.835 .480 5.905 .000 Tahap pengetahuan .001 .093 .001 .008 .993 Tahap Kesedaran .263 .090 .382 2.938 .005 Berdasarkan Jadual 7 di atas, tahap kesedaran masih mempunyai hubungan linear yang signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid lelaki, iaitu dengan nilai Sig. atau nilai p-kiraan (p=0.005<0.05). Apabila tahap kesedaran mempunyai hubungan signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari, maka penyelidik dapat mengenalpasti bahawa setiap satu unit peningkatan bagi tahap kesedaran dalam kalangan murid-murid lelaki telah membawa peningkatan sebanyak 0.263 dalam amalan penggunaan yang lestari. Ini bermaksud semakin meningkat tahap kesedaran, semakin meningkat amalan penggunaan yang lestari. Walaupun data bagi tahap pengetahuan turut menunjukkan bahawa setiap satu unit peningkatan bagi tahap pengetahuan dalam kalangan murid-murid lelaki telah membawa peningkatan sebanyak 0.001 dalam amalan penggunaan yang lestari, namun data ini tidak dapat diambil kira kerana tahap pengetahuan mencatatkan nilai p-kiraan yang tidak PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 15
signifikan, iaitu (p=0.993>0.05). Ini menunjukkan bahawa tidak ada hubungan linear yang signifikan tahap pengetahuan terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan muridmurid lelaki. Oleh itu, ini mengukuhkan lagi bahawa terdapat hubungan linear yang signifikan dan wujudnya kesan tahap kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid lelaki. Hubungan Tahap Pengetahuan dan Kesedaran terhadap Amalan Penggunaan yang Lestari dalam Kalangan Murid-murid Perempuan Dapatan kajian untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid perempuan adalah sama seperti dapatan sebelumnya, iaitu tahap kesedaran mempunyai hubungan linear yang signifikan dan kesan yang kuat terhadap amalan penggunaan yang lestari. Berdasarkan Jadual 8, tahap kesedaran mencatatkan nilai Sig. atau nilai p-kiraan (p=0.034<0.05). Tahap pengetahuan pula mencatatkan nilai p-kiraan (p=0.399>0.05). Ini menjelaskan bahawa tahap kesedaran adalah lebih signifikan berbanding dengan tahap pengetahuan. Selain mempunyai kesignifikanan, tahap kesedaran turut mempunyai kesan terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid perempuan. Ini terbukti apabila nilai mutlak (Standardized Coefficients Beta) tahap kesedaran (0.292) adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap pengetahuan (0.114). Dapatan kajian turut menunjukkan setiap satu unit peningkatan bagi tahap kesedaran dalam kalangan murid-murid perempuan telah menyebabkan peningkatan positif sebanyak 0.280 dalam amalan penggunaan yang lestari. Justeru, ini menerangkan bahawa terdapat hubungan linear yang signifikan dan kesan yang kuat tahap kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid perempuan. JADUAL 8. Ujian Pekalia (jantina: perempuan). Model Unstandardized B Coefficients Std. Error Standardized Coefficients Beta t Sig. 1 (constant) 3.264 .709 4.605 .000 Tahap pengetahuan -.114 .133 -.114 -.851 .399 Tahap Kesedaran .280 .129 .292 2.174 .034 Berdasarkan dapatan kajian yang melibatkan faktor kawalan jantina, penyelidik mendapati bahawa murid-murid lelaki menunjukkan peningkatan sebanyak 0.263 dalam amalan penggunaan yang lestari bagi satu unit peningkatan tahap kesedaran dengan tahap kesan dalam hubungan sebanyak 0.382. Manakala, murid-murid perempuan pula menunjukkan peningkatan sebanyak 0.280 dalam amalan penggunaan yang lestari bagi satu unit peningkatan tahap kesedaran dengan tahap kesan dalam hubungan sebanyak 0.292. Secara perbandingan, dapatan ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid perempuan mempunyai peningkatan dalam amalan penggunaan lestari yang tinggi berbanding dengan murid-murid lelaki. Ini selari dengan kajian Bloodhart dan Swim (2020) yang turut menyatakan perempuan adalah lebih prihatin terhadap orang lain dan persekitarannya berbanding dengan lelaki. Ini bermaksud murid-murid perempuan lebih cenderung dan kerap untuk menunjukkan amalan penggunaan yang lestari dalam kehidupan seharian. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 16
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Penyelidik menjalankan kajian ini untuk mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap pembolehubah, iaitu tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan amalan penggunaan yang lestari mempunyai purata skor min dengan tahap kecenderungan yang baik. Melalui analisis regresi linear berganda pula, penyelidik mendapati bahawa tahap kesedaran mempunyai hubungan yang signifikan dan kesan yang kuat terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid. Maka, ini menjelaskan bahawa usaha meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah pedalaman Daerah Baram masih lagi signifikan dan relevan untuk memupuk amalan penggunaan yang lestari dalam kehidupan seharian. Penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberi implikasi ke arah mengenalpasti pelbagai usaha pragmatik pada peringkat pendidikan rendah bagi tujuan pemupukan amalan kelestarian, terutamanya dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada komuniti asli yang kebanyakannya menetap di kawasan pedalaman daerah Baram, Sarawak. Hal ini kerana komuniti asli ini cukup sinonim dengan pengalaman hidup yang dekat dengan alam semula jadi dan mempunyai hubungan yang kuat dengan alam sekitar. Rentetan daripada dapatan kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti faktor lain yang lebih signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di daerah yang sama. Namun, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan ke atas semua kohort umur bagi murid-murid sekolah rendah kerana responden kajian hanya melibatkan murid-murid dari umur 10 tahun hingga 11 tahun. Di samping itu, kebarangkalian wujudnya faktor lain selain pengetahuan dan kesedaran adalah tinggi dan faktor lain ini juga mungkin memberi impak yang lebih signifikan terhadap amalan penggunaan yang lestari. Justeru, penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dapat melibatkan semua kohort umur bagi murid-murid sekolah rendah dan mengenalpasti lebih banyak faktor atau pembolehubah lain untuk mendapatkan data yang lebih konklusif mengenai amalan penggunaan yang lestari. PENGHARGAAN Penulis mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (TRGS/1/2018/UKM/01/6/1). RUJUKAN Abbas, M.Y. & Singh, R. 2014. A survey of environment awareness, attitudes and participation among of university students: A case study. International Journal of Science & Research 3(5): 1755-1760. Ali, M.S.M & Yusuf, R.N.R. 2018. Intention to practice reduce, reuse & recycle (3R) among expatriates working in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 8(3): 276-295. Arora, N.K., Fatima, T., Mishra, I., Verma, M., Mishra, J. & Mishra, V. 2018. Environmental sustainability: Challenges and viable solutions. In Environmental Sustainability 1(4). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 17
Biasutti, M. 2015. An intensive programme on education for sustainable development: The participants’ experience. Environmental Education Research 21(5): 734-752. Biasutti, M. & Frate, S. 2017. A validity and reliability study of the attitudes toward sustainable development scale. Environmental Education Research 23: 2 Blanco-Penedo, I., Garcia-Gudino, J., Angon, E., Perea, J.M., Escribano, A.J. & Font-iFurnols, M. 2021. Exploring sustainable food choices factors and purchasing behaviour in the sustainable development goals era in Spain. Sustainability (Switzerland) 13(13): 7379. Bloodhart, B. & Swim, J.K. 2020. Sustainability and consumption: What’s gender got to do with it? Journal of Social Issues 76(1): 1-13. Brundiers, K., Barth, M., Cebrian, G., Cohen, M., Diaz, L., Doucette-Remington, S., Dripps, W., Habron, G., Harre, N., Jarchow, M., Losch, K., Michel, J., Mochizuki, Y., Rieckmann, M., Parnell, R., Walker, P. & Zint, M. 2020. Key competencies in sustainability in higher education-toward an agreed-upon reference framework. Sustainability Science, 0123456789. Cincera, J., Biberhofer, P., Binka, B., Boman, J., Mindt, L. & Rieckmann, M. 2018. Designing a sustainability-driven entrepreneurship curriculum as a social learning process: A case study from an international knowledge alliance project. Journal of Cleaner Production 172: 4357-4366. Dong, Y. & Hauschild, M.Z. 2017. Indicators for environmental sustainability. ScienceDirect, Procedia CIRP 61: 697-702. Ehrlich, P.R. & Holdren, J.P. 1971. Impact of population growth. Science 171: 1212-1217. Enas, A.A., Islam Asim Ismail & Tahani, R.K.B. 2021. Understanding quantitative and qualitative research methods: A theoretical perspective for young researchers. International Journal of Research 8(2): 71-87. FAO. 2018. SDG 12.3.1: Global Food Loss Index. New York: Food and Agriculture Organisation of the United Nations (FAO). Gericke, N., Boeve-de Pauw, J., Berglund, T. & Olsson, D. 2019. The sustainability consciousness questionnaire: The theoretical development and empirical validation of an evaluation instrument for stakeholders working with sustainable development. Sustainable Development 27(1): 35-49. Haliza Abdul Rahman. 2018. World view masyarakat orang asli dan pelestarian alam sekitar. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM) Ke-7, hlm. 375-389. Hay, R. & Eagle, L. 2020. Impact of integrated sustainability content into undergraduate business education. International Journal of Sustainable Higher Education 1: 131-143. Ioannou, T., Zampetakis, L.A. & Lasaridi, K. 2013. Psychological determinants of household recycling intention in the context of the theory of planned behaviour. Fresenius Environmental Bulletin 22(7A): 2035-2041. Jason, T.S. & Natalie, D.J. 2018. The SAGE Encyclopedia of Educational Research, Measurement and Evaluation: Survey Methods. Thousand Oaks: SAGE Publications, Inc. Jessica, Hanifah Mahat, Mohamadisa Hashim & Yazid Saleh. 2020. Pengetahuan dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar pra sekolah. Akademika, 90(1): 3-13. Kaviza, M. & Nurliyana Bukhari. 2022. Kesedaran kendiri dan pengetahuan awal murid terhadap isu-isu kelestarian alam sekitar dalam mata pelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(7): e001864. Kelley, S. & Nahser, R. 2014. Developing sustainable strategies: Foundations, method and pedagogy. Journal of Business Ethics 123: 631-644. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 18
Kickul, J., Gundry, L., Mitra, P. & Bercot, L. 2018. Designing with purpose: Advocating innovation, impact, sustainability and scale in social entrepreneurship education. Entrepreneurship Education and Pedagogy 1(2): 205-221. Kim, M. S., Kim, J. & Thapa, B. 2018. Influence of environmental knowledge on affect, nature affiliation and pro-environmental behaviors among tourists. Sustain. Switz. 10(9): 3109. Lim, E., Arita, S. & Joung, S. 2019. Advancing sustainable consumption in Korea and Japanfrom re-orientation of consumer behaviour to civis actions. Sustainability (Switzerland) 11(23), 6683. Martinez-Campillo, A., Sierra-Fernandez, M. del P. & Fernandez-Santos, Y. 2019. Servicelearning for sustainability entrepreneurship in rural areas: What is its global impact on business university students? Sustainability (Switzerland), 11(19). Mojilis, F. 2019. Sustainability awareness of students from a green university in Sabah Malaysia. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management 4(13): 24-33. Nunnally, J. C. & Bernstein, I.H. 1994. Psychometric Theory (3rd ed). New York: Mc-Graw Hill Publication Company. Olsson, D., Gericke, N. & Chang Rundgren, S.-N. 2016. The effect of implementation of education for sustainable development in Swedish compulsory schools–assessing pupils’ sustainability consciousness. Environment Education Research 22: 176-202. United Nation. 2016. Paris Agreement 2016. New York: UN Climate Change Conference (COP21). Putra, I.K.T.E. & Marhaeni, A.I.N. 2021. Factors affecting consumption bahaviour. Eurasia Economics & Business 3(45). Quoquab, F., Mohammad, J. & Sukari, N.N. 2018. A multiple-item scale for measuring “sustainable consumption behaviour” construct. Asia Pacific Journal of marketing and Logistics 31(4): 791-816. Quoquab, F. & Mohammad, J. 2020. A review of sustainable consumption (2000 to 2020): What we know and what we need to know. Journal of Global Marketing 33: 305-334. Qureshi, S. 2020. Learning by sustainable living to improve sustainability literacy. International Journal of Sustainable Higher Education 1: 161-178. Scott, W. 2013. Developing the sustainable school: Thinking the issues through. The Curriculum Journal 24(2): 181-205. Department of Economic and Social Affairs. 2022. Progress Towards Sustainable Development Goals: Secretary-General Report. New York: Department of Economic and Social Affairs. Shahbaz, P., ul Haq, S., Abbas, A., Samie, A., Boz, I., Bagadeem, S. & Yu, Z. 2022. Food, energy and water nexus at household level: Do sustainable household consumption practices promote cleaner environment? International Journal of Environmental Research and Public Health 19(19): 12945. UNESCO. 2017. Global Education Monitoring Report. Paris, France: UNESCO. UNESCO. 2022. UNESCO Moving Forward, the 2030 Agenda for Sustainable Development. Paris, France: UNESCO PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 19
Pengetahuan dan Kesedaran Murid Sekolah Rendah Terhadap Perubahan Iklim (Elementary School Students' Knowledge and Awareness of Climate Change) Foo Chiew Lee & Kamisah Osman* ABSTRAK Cuaca semakin meningkat disebabkan perubahan iklim berlaku.Perubahan iklim juga akan menganiayai perkembangan, tumbesaran badan dan kesejahteraan kanak-kanak yang sihat Kanak-kanak adalah salah satu golongan yang paling teruk terjejas. Perubahan iklim juga akan menganiayai perkembangan, tumbesaran badan dan kesejahteraan kanak-kanak yang sihat. Penjejasan yang tidak sekata antara orang dewasa dan kanak-kanak sangat berbezanya. Hal ini disebabkan oleh kanak-kanak mempunyai tahap pengetahuan yang rendah terhadap kesan perubahan iklim. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan tahap kesedaran perubahan iklim dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Bagi mencapai tujuan kajian ini, reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Responden kajian terdiri daripada 200 di sekolah bandar dan luar bandar. Data yang dikumpul dalam kajian ini, dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan wujud hubungan korelasi yang kuat antara pengetahuan dan kesedaran terhadap perubhan iklim. Kesimpulannya, pengetahuan dan kesedaran merupakan penyumbang yang tinggi terhadap perubahan iklim. Implikasinya, pengetahuan dan kesedaran terhadap perubahan iklim amat penting di sekolah. Usaha untuk membentuk generasi yang penerapan pengetahuan dan nilai sikap menjaga bumi perlu didedahkan pada peringkat awal. Kata Kunci: Pengetahuan, kesedaran, perubahan iklim, murid sekolah rendah ABSTRACT The weather is increasing due to climate change. Climate change will also harm the development, growth and well-being of healthy children. Children are one of the most severely affected groups. Climate change will also harm the development, growth and well-being of healthy children. The disproportionate impact between adults and children is very different. This is due to children having a low level of knowledge about the effects of climate change. This study was conducted with the aim of identifying the knowledge and level of awareness of climate change among primary school students. In order to achieve the purpose of this study, a quantitative design was used by using questionnaires to obtain data. The study respondents consisted of 200 in urban and rural schools. The data collected in this study were analyse descriptively to obtain frequency, percentage, mean and standard deviation. Findings show that there is a strong correlation between knowledge and awareness of climate change. In conclusion, knowledge and awareness are high contributors to climate change. The implication is that knowledge and awareness of climate change is very important in schools. Efforts to form a generation in which the application of knowledge and the value of caring for the earth needs to be revealed at an early stage. Key Words: Knowledge, awareness, climate change, primary school students Foo Chiew Lee Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Kamisah bt. Osman* Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 20
PENGENALAN Perubahan iklim merupakan cuaca bertukar secara tidak menentu dan meninggalkan kesan jangka masa lama kepada masyarakat. Perubahan iklim dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia atau pemanasan global. Ciri-ciri perubahan iklim termasuk suhu dunia, peningkatan paras air laut, jumlah pola hujan, angin, kekerapan fenomena cuaca ekstrem seperti banjir dan kemarau. Terutamanya pertumbuhan, tumbesaran badan dan kesejahteraan kanak-kanak yang sihat akan memberi kesan kepada kank-kanak. Oleh itu, kefahaman berkaitan kesan perubahan iklim serta mendorong nilai dan amalan mesra terhadap alam sekitar perlu ditingkatkan oleh kanak-kanak. Bencana alam yang dialami di Malaysia seperti tanah runtuh, gempa bumi, kemarau, ribut, kebakaran hutan dan banjir. Contohnya, hujan adalah salah satu faktor peningkatan kejadian banjir, tanah runtuh, lumpur, ribut tropika dan lain-lain. Hal ini telah menjejaskan kehidupan masyarakat dan juga membawa kesan yang buruk kepada kesihatan dan kesejahteraan kanakkanak. Contohnya penyakit bawaan air dikaitkan dengan banjir. Air yang tercemar akan membawa penyakit seperti kolera, penyakit kulit, cirit-birit serta leptospirosis dan demam tiroid telah direkodkan selepas kejadian besar. Perubahan iklim di negara Malaysia didedahkan kepada beberapa ancaman seperti pola hujan berubah, kenaikan suhu dan keadaan cuaca yang mengancam nyawa. Perubahan cuaca yang ekstrem telah memberi kesan kepada bencana seperti kenaikan paras laut, banjir tanah runtuh, hakisan pantai dam tanah, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu akan membawa kesan ke atas kesihatan manusia, terutamanya kanak-kanak. Daripada kajian UNICEF Malaysia (2021) mendapati bahawa fenomena ala mini pertumbuhan, tumbesaran badan serta kesejahteraan hidup kanak-kanak di Malaysia membawa kesan buruk ke atasnya. Perubahan iklim telah memberi kesan kepada kanak-kanak dengan pelbagai cara, iaitu melalui penyakit bawaan vektor, penyakit bawaan air dan penyakit pernafasan, yang berkait dengan perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar serta pencemaran. Pengetahuan tentang risiko iklim dan alam sekitar di kalangan kanak-kanak adalah pada tahap toleransi yang lebih rendah. Dengan ini, kesedaran terhadap perubahan iklim perlu ditingkatkan dalam kalangan kanak-kanak. Daripada pemerhatian penyelidik mendapati bahawa pada masa serangan penyakit COVID-19, terdapat ramai pelajar tidak dapat menyertai kelas online. Didapati yang tidak hadir kelas online adalah murid terpinggir. Golongan ini disebabkan faktor peluang sosial ekonomi yang terhad, tahap pendidikan yang rendah dan tempat tinggal yang tidak memuaskan. Murid terpinggir tidak dapat mengikuti pembelajaran berasaskan teknologi disebabkan faktor sosial ekonomi keluarga (UNICEF 2018). Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan pada latar belakang kajian, penyelidik ingin menjalankan kajian dari sudut tahap pengetahuan dan kesedaran murid murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. Persoalan Kajian Persoalan Kajian yang membimbing kajian ini adalah 1. Mengenal pasti pengetahuan murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. 2. Mengenal pasti kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 21
3. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. Hipotesis H01 :Tidak terdapat perbezaan dari segi pengetahuan murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. H02 :Tidak terdapat perbezaan dari segi kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. H03 :Tidak terdapat perbezaan hubungan signifikan antara pengetahuan dan kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. TINJAUAN LITERATUR Kajian kepustakaan ini bertujuan untuk penyelidik mendapat maklumat tentang perubahan iklim. Selain itu, dapat memberi gambaran awal kepada penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan iklim dalam kalangan murid sekolah rendah. Pengetahuan terhadap perubahan iklim Perubahan iklim bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh manusia dalam jangka masa yang panjang dan akan memberi kesannya (Anne Sakina, 2018). Perubahan iklim merupakan akibat adanya pemanasan global yang memberikan kesan buruk kepada aktiviti kehidupan masyarakat. Kesan perubahan iklim seperti kenaikan suhu, kenaikan suhu permukaan air laut, cuaca ekstrim, perubahan pola hujan. Faktor aktiviti manusia dijadikan faktor sebab yang utama terhadap perubahan iklim pada pertengahan abad ke-20 (The United Nation, 2009) dalam kajian Suhana Saad (2018). Perubahan iklim juga dikenali sebagai cuaca yang sering bertukar secara tidak tertentu dan membawa kesan buruk kepada masyarakat. Antara kesan perubahan iklim seperti kenaikan suhu, banjir, kemarau, kenaikan paras air laut. Menurut Pakar Program Invovasi dan Kelestarian UNICEF Malaysia (UNICEF 2021), pelbagai cara seperti penyakit bawaan vektor, penyakit bawaan air dan penyakit pernafasan, yang berkaitan terhadap perubahan iklim akan memberi kesan ke atas kanak-kanak. Hasil kajian yang penting ditemui dalam kajian tersebut adalah kanak-kanak yang berada di pinggir adalah paling mudah memberi kesan dan memberi risiko yang tinggi terhadap perubahan iklim. Kanak-kanak yang di pinggir itu termasuk daripada masyarakat orang asli, tidak didaftarkan semasa dilahirkan atau mempunyai kecacatan. Jika ancaman seperti tanah runtuh atau banjir kilat,akan menyebabkan mereka mungkin tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan oleh jalanya sudah terputus. Dengan lokasi tempat yang sulit untuk mendapat perkhidmatan seperti air dan sanitasi, kemiskinan serta keadaan sosial ekonomi akan menyebabkan kanak-kanak tidak boleh hadir ke sekolah seperti biasa, maka isu buta huruf akan semakin meningkat. Kajian-kajian lepas oleh MacDonald (2014), Nwobodo dan Agwu (2015), Skalik (2015) serta Suhana Saad (2018), menyatakan bahawa pengetahuan dan kefahaman tentang PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 22
perubahan iklim, sebab dan akibat, serta cara penyelesaian mengurangkan pemanasan global amat penting dalam kalangan pelajar. Oleh sebab, pelajar tidak mengira berada di sekolah rendah atau sekolah menengah, mereka adalah tanggungjawab mengetahui tentang perubahan iklim (Hansen et al, 2012). Kanak-kanak bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian mereka akan tetapi juga perlu mengambil bahagian dalam menangani isu perubahan iklim. Pendidikan merupakan salah satu faktor yang dipengaruhi oleh pengetahuan. Semenza (2008), dan Smorti et al. (2013) dalam kajian Suhana Saad (2018), menyatakan bahawa pada masa kini, pendidikan lestari boleh memberi banyak peluang serta cabaran untuk menjayakan golongan belia. Selain itu, sikap dan tingkah laku seseorang individu yang ambil berat tentang isu perubahan iklim adalah wujud daripada pengetahuan diri sendiri (Shi et al., 2015). Rejoice (2014) dalam kajian So Shan Ying (2021), menyokong pendidikan perubahan iklim diserapkan masuk ke dalam kurikulum pendidikan sebagai satu strategi untuk menyediakan masyarakat bagi mengadapatasi perubahan iklim yang berlaku. Individu yang mempunyai pengetahuan asas tentang Sains dan pengetahuan umum tentang topik perubahan iklim boleh dicenderungkan untuk melakukan anjakan paradigma bagi menangani isu yang berkaitan dengan perubahan iklim. Menurut Noor Aizizah & Zanaton h. Iksan (2015), menunjukkan bahawa pendidikan merupakan satu medium yang sesuai untuk menyebarkan tingkah laku terhadap alam sekitar. Pendidikan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan manusia, sifat mutlaknya dalam kehidupan seharian (Anggara Yugo Pratama, 2016). Di peringkat global, pendidikan perubahan iklim telah diserap masuk ke dalam kurikulum kursusnya Geografi, Sains Alam Sekitar, teknologi dan sebagainya Ayansina, A. (2016). Kesedaran terhadap Perubahan Iklim Menurut Skalik (2015), menyatakan bahawa peningkatan tahap kesedaran dan kepekaan terhadap perubahan iklim dalam kalangan pelajar sangat penting. Berdasarkan kajian Suhana Saad (2018), kesedaran terhadap iklim perlu menjadi keutamaan dalam kalangan pelajar di sekolah menengah. Akan tetapi penglibatan murid masih di tahap rendah terhadap kesedaran perubahan iklim. Tahap pengetahuan dan tingkah laku yang dilakukan oleh individu boleh dijadikan satu petunjuk untuk menguji tahap kesedaran. Jika mempunyai pengetahuan berkaitan perubahan iklim dapat membantu kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dan beradaptasi kepada alam sekitar. Skalik (2015), mengatakan bahawa penegtahuan mengenai perubahan iklim dan kesan buruknya, masih terdapat ramai pelajar masih tidak mengetahui. Dengan keadaan ini, untuk ukur tahap pengetahuan kanak-kanak tentang perubahan iklim perlu ditingkatkan. Pernyataan disokong oleh O’Keeffe et al. (2015) dan Shalik (2015) kesedaran dan kefahaman masyarakat masih kurang mengetahui perkaitan tentang perubahan iklim akan memberi risiko kepada kehidupan seharian. Untuk meningkatkan tahap kesedaran, memberi pendidikan merupakan satu usaha untuk menggalakkan masyarakat menjaga alam (Hanifah et. al., 2015). Bermula daripada peringkat kanak-kanak adalah sangat penting kerana pendidikan melalui guru dan ibu bapa dapat didik anak-anaknya sentiasa menghargai dan mencintai alam. Untuk menangani kesan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 23
buruk terhadap perubahan iklim adalah sangat rumit dan perlu ambil masa yang panjang. Perubahan gaya hidup adalah sangat penting bagi seseorang individu. Seseorang individu perlu sedar dan memberi tingkah laku yang saling bergantungan serta kefahaman yang jelas terhadap perubahan iklim. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan satu gambaran yang luas tentang tahap pengetahuan dan kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. Dalam kajian ini data dikumpulkan menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah tinjauan ini membantu untuk mendapatkan maklumat serta menganalisis data diperoleh dalam kajian ini secara terperinci tentang perubahan iklim. Metodologi kajian merupakan peringkat yang sangat penting dilakukan oleh penyelidikan. Hasil dapatan kajian yang diperolehi penyelidik adalah bergantung kepada metodologi yang digunapakai dalam sebuah kajian. Tanpa metodologi kajian yang jelas, data yang diperolehi akan dipersoalkan dan kesimpulan kajian juga boleh diragui. Dengan ini, penyelidik membuat permohonan menjalankan penyelidikan Pendidikan dalam talian atau Educational Research Application Systen (eRas) dan dapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (eRAS) dengan rujukan: KPM.600-3/2/3-eras(14156). Sample Kajian Populasi kajian yang terlibat adalah murid-murid sekolah rendah yang berada di sekolah bandar dan luar bandar, Kelantan. Seramai 200 orang murid terlibat sebagai sample kajian iaitu 100 orang murid dari sekolah bandar dan 100 orang murid dari luar bandar untuk menjawab borang soal selidik. Melalui pelaksanaan kajian ini, pengetahuan dan kesedaran terhadap perubahan iklim amat penting dalam kalangan kanak-kanak. Maka pengkaji turut memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah dijadikan sebagai persampelan dalam kajian ini. Kaedah Pengumpulan Data Kajian berbentuk kuantitatif tinjauan akan digunakan dalam kajian ini. Dengan ini borang soal selidik digunkan untuk lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib, 1999) dalam kajian ini. Zaidatun (2021) menyatakan bahawa soal selidik adalah tujuan untuk memudahkan penyelidik membuat penganalisan data. Menurut Colombo Plan (1984) dalam kajian Zaidatun (2021), menyatakan bahawa kajian deskriptif sering digunakan oleh penyelidik adalah borang soal selidik. Menerusi instrumen soal selidik, penyelidik merasa ia akan dapat membantu mencapai objektif kajian dengan lebih berkesan. Borang soal selidik ini terbahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A mengandungi 5 item yang berkaitan dengan demografi responden seperti jantina, bangsa, agama, kawasan tempat tinggal dan tahap pendidikan. Bahagian B PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 24
mengandungi 10 soalan yang bertujuan untuk menguji pengetahuan perubahan iklim dengan 3 pilihan jawapan iaitu Ya(Setuju), Tidak(Tidak Setuju) dan Tidak Tahu(Tidak Pasti). Item-item di bahagian ini telah diadaptasi daripada kajian Shi et al., 2015 dan Suhana Saad (2018). Kandungan item seperti ditunjukkan dalam jadual 1. JADUAL 1. Bilangan item bahagian B Soal Selidik Instrumen / Alat Ukur Bilangan Item Bahagian B Pengetahuan mengenai perubahan iklim (konsep, sebab dan kesan) 10 Bahagian C pula, terdiri daripada 10 item untuk mengkaji tahap kesedaran terhadap perubahan iklim. Item-item dalam bahagian ini dibina dengan membuat adaptasi daripada MacDonald et al. (2012), Nanlohy et al. (2015) dan Skalik (2015). Item-item dibina dalam bahagian ini dinilai dengan menggunakan Skala Likert lima mata skala 1 hingga 5 iaitu 1- Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3- Tidak Pasti, 4 – Setuju, dan 5 - Sangat Setuju. Kandungan item seperti ditunjukkan dalam jadual 2. JADUAL 2. Bilangan item bahagian C Soal Selidik Instrumen / Alat Ukur Taburan Item Bilangan Item Bahagian C Kesedaran dari Sikap Murid - Bermotivasi untuk mengetahui tentang perubahan iklim 1,2,3,4,5 5 Kesedaran dari Kesediaan Murid - Mengetahui cara untuk mencari maklumat 6,7,8,9,10 5 Semua item dalam soal selidik telah diaptasi daripada kajian-kajian terdahulu Azizi Yahya et al. (2017) dan Badariah Duai (2021). Penyelidik telah membaca dan memilih itemitem borang soal selidik daripada kajian-kajian lepas supaya membuat adaptasi ke kajian ini untuk mencapai objektif serta menjawab persoalan kajian yang ditetapkan. Sebelum soal selidik mula diedarkan kepada murid-murid, penyelidik menjalani kajian rintis terhadap 10 orang murid arus perdana dan 10 orang murid terpinggir. Kajian rintis yang disasarkan kepada responden yang terlibat akan diasingkan daripada sampel kajian sebenar. Kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk mengurangkan ralat dalam kajian sebenar. Hasil daripada kajian rintis, penyelidik dapat membuat penambahbaikan kepada instrument yang digunakan. Penyelidik akan menggunakan kaedah Alpha Cronbach untuk membuat penilaian terhadap soal selidik di bahagian B dan Bahagian C. Kebolehpercayaan instrumen adalah diakui dan boleh digunakan dalam kajian jika skor Alpha Cronbach melebihi nilai 0.6 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 (Bond dan Fox, 2007). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 25
JADUAL 3: Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach (Bong dan Fox, 2007) Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 0.80 – 1.0 Sangat baik dan efektif 0.70 – 0.80 Baik dan boleh diterima 0.6 – 0.70 Boleh terima < 0.6 Item perlu diperbaiki < 0.5 Item perlu digugurkan Kaedah Analisis Data Penganalisisan data merupakan langkah penting selepas mengumpul data melalui soal selidik. Penyelidik akan membuat penganalisisan data, dengan pengiraan data yang dikumpul. Kemudian hasil maklumat yang didapati oleh penyelidik dan ia akan digunakan sebagai bukti untuk membuat sesuatu keputusan. Menurut Kamarudin Ngah (1990) penganalisisan data dihasilkan kepada tiga keputusan. Yang pertama adalah menghasilkan gambaran terperinci tentang sesuatu benda, kedua, menghasilkan situasi atau keadaan sesuatu objek kajian dalam bentuk statistik, ketiga, menghasilkan penemuan dan rumusan tentang sesuatu isu dan permasalahan berkaitan dengan kajian. Gambaran awal ini penting untuk membantu penyelidik ke arah menyelesaikan persoalan kajian. Dalam kajian ini, analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kuantitatif melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Statistik deskriptif digunakan untuk mempamerkan data frekuensi, peratusan dan min skor digunakan dalam kajian ini ialah Korelasi Pearson untuk menentukan hubungan pengetahuan dan kesedaran terhadap perubahan iklim dalam kalangan murid sekolah rendah. Skala Likert lima tahap digunakan bagi menunjukkan tahap persertujuan tahap kesedaran murid sekolah rendah. Skala Likert diperincikan sebagai STS = Sangat Tidak Setuju, TS= Tidak Setuju, TP = Tidak Pasti, S=Setuju dan SS=Sangat Setuju. Skala-skala ini digunakan untuk mengukur tahap interpretasi kesedaran murid sekolah terhadap perubahan iklim. Skala jawapan responden bagi setiap dimensi dapat ditunjukkan melalui jadual. Analisis terhadap skala jawapan responden dibentuk berdasarkan kepada nilai skor min. Nilai skor min yang diperolehi daripada setiap dimensi kajian akan menentukan tahap setiap dimensi berdasarkan julai min seperti dalam jadual 4. JADUAL 4. Tahap mengikut nilai skor min kajian Nilai Min Interpretasi 1.00-1.80 Sangat rendah 1.81-2.60 Rendah 2.61-3.40 Sederhana 3.41-4.20 Tinggi 4.21-5.0 Sangat Tinggi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 26
DAPATAN DAN PERBINCANGAN Hasil Kajian Pengetahuan Terhadap Perubahan Iklim Pengkaji telah mengemukakan 10 pernyataan kepada responden tentang perubahan iklim. Jadual bawah menunjukkan kekerapan, peratusan dan min responden bagi tahap pengetahuan perubahan iklim. Berdasarkan kepada persoalan kajian tentang adakah murid sekolah menguasai pengetahuan konsep dan kesan perubahan iklim? Analisis pengetahuan berdasarkan nilai min ditunjukkan melalui jadual 5. Berdasarkan dapatan kajian, majoriti responden menjawab ‘Ya’atau ‘Setuju’ tentang pengetahuan perubahan iklim. JADUAL 5. Pengetahuan responden mengenai perubahan iklim Bil Pernyataan Ya/(S) Tidak/(TS) Tidak Tahu/(TP) Min 1 Penebangan dan pembakaran hutan secara berleluasa menyebabkan perubahan iklim. 156 (78%) 8 (4%) 36 (18%) 2.60 2 Aktiviti-aktiviti manusia merupakan penyumbang utama perubahan iklim selain aktiviti semula jadi. 128 (64%) 21 (10.5%) 51 (25.5%) 2.39 3 Perubahan iklim merujuk kepada perubahan-perubahan di dalam iklim dunia yang memberi kesan kepada manusia dan ekosistem. 116 (58%) 20 (10%) 64 (32%) 2.26 4 Kemarau, hujan lebat dan banjir berpanjangan adalah fenomena perubahan iklim. 96 (48%) 26 (13%) 78 (39%) 2.09 5 Paras air laut semakin meningkat akibat bertambahnya pencairan salji. 79 (39.5%) 38 (19%) 83 (41.5%) 1.98 6 Perubahan iklim melibatkan interaksi antara faktor teknologi, alam sekitar, ekologi, sosial dan ekonomi. 72 (36%) 20 (10%) 108 (54%) 1.82 7 Pembakaran banhan api fosil (arang batu, petrol dan gas asli) oleh kenderaan dan industeri merupakan punca pelepasan kardon dioksida. 53 (26.5%) 4 (2%) 143 (71.5%) 1.55 8 Lapisan ozon semakin tipis ekoran dari bertambahnya pelepasan nitrogen oksida dan menjadikan suhu bumi meningkat. 51 (25.5%) 8 (4%) 141 (70.5%) 1.55 9 Penggunaan chlorofluorocarbon (CFC) seperti dalam penyembur serangga boleh mengakibatkan perubahan iklim. 49 (24.5%) 7 (3.5%) 144 (72%) 1.53 10 Perubahan iklim memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak-kanak. 153 (76.5%) 3 (1.5%) 44 (22%) 2.55 Min Keseluruhan 2.03 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 27
Berdasarkan jadual 5, min keseluruhan ialah 2.03, iaitu pada tahap rendah. Item 1 menunjukkan (min=2.60). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 78% responden mengetahui tentang penebangan dan pembakaran hutan secara berleluasa akan menyebabkan perubahan iklim. Item 2 menunjukkan (min=2.39). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 64% responden mengetahui aktiviti-aktiviti manusia merupakan penyumbang utama perubahan iklim selain aktiviti semula jadi. Item 3 menunjukkan (min=2.26). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 58% responden mengetahui perubahan iklim merujuk kepada perubahan-perubahan di dalam iklim dunia yang memberi kesan kepada manusia dan ekosistem. Item 4 menunjukkan (min=2.09). Dapatan ini menunjukkan 48% responden mengetahui kemarau, hujan lebat dan banjir berpanjangan adalah fenomena perubahan iklim. Item 5 menunjukkan (min=1,98). Dapatan ini menunjukkan 39.5% responden mengetahui paras air laut semakin meningkat akibat bertambahnya pencairan salji. Item 6 menunjukkan (min=1.82). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 36% responden mengetahui perubahan iklim melibatkan interaksi antara faktor teknologi, alam sekitar, ekologi, sosial dan ekonomi. Item 7 menunjukkan (min=1.55). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 26.5% mengetahui pembakaran banhan api fosil (arang batu, petrol dan gas asli) oleh kenderaan dan industeri merupakan punca pelepasan kardon dioksida. Item 8 menunjukkan (min=1.55). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 25.5% responden mengetahui lapisan ozon semakin tipis ekoran dari bertambahnya pelepasan nitrogen oksida dan menjadikan suhu bumi meningkat. Item 9 menunjukkan (min=1.53). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 24.5% responden mengetahui penggunaan chlorofluorocarbon (CFC) seperti dalam penyembur serangga boleh mengakibatkan perubahan iklim. Item 10 menunjukkan (min=2.55). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 76.5% responden mengetahui perubahan iklim memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak-kanak. Skor min tahap sangat rendah adalah item 7,8 dan 9. Seterusnya jadual 6 menunjukkan dapatan kajian tentang perbezaan hubungan antara murid sekolah rendah di bandar dan luar bandar mengenai pengetahuan perubahan iklim. JADUAL 6. Skor min antara murid sekolah di bandar dan luar bandar terhadap pengetahuan. Pemboleh ubah Tempat Tinggal N Min Sisihan Piawai df t Interpretasi Skor Min Tahap Pengetahuan Bandar 100 2.42 0.59 198 9.47 Rendah Luar Bandar 100 1.61 0.56 Rendah Daripada data skor min antara murid sekolah rendah di bandar dan luar bandar telah menunjukkan bahawa skor min di tahap rendah. Ini bermakna responden tidak mengetahui tentang kesan dan akibat terhadap perubahan iklim. Hal ini mungkin murid sekolah rendah masih tidak faham istilah-istilah sains atau tidak dapat membayangkan maksud yang begitu abstrak seperti ‘punca’. Dengan ini hipotesis nul diterima, tidak terdapat perbezaan dari segi pengetahuan antara murid sekolah rendah. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 28
Hasil Kajian Kesedaran Terhadap Perubahan Iklim Pengumpulan data pada bahagian kesedaran perubahan iklim, pengkaji telah menggunakan Skala Likert. Skala Likert lima tahap digunakan bagi menunjukkan tahap persertujuan tahap kesedaran murid sekolah rendah. Skala Likert diperincikan sebagai STS = Sangat Tidak Setuju, TS= Tidak Setuju, TP = Tidak Pasti, S=Setuju dan SS=Sangat Setuju. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) yang melibatkan statistik deskriptif, iaitu min, kekerapan dan peratusan. Skala-skala ini digunakan untuk mengukur tahap interpretasi kesedaran murid sekolah terhadap perubahan iklim. Skala jawapan responden bagi setiap dimensi dapat ditunjukkan melalui jadual. Analisis terhadap skala jawapan responden dibentuk berdasarkan kepada nilai skor min. Nilai skor min yang diperolehi daripada setiap dimensi kajian akan menentukan tahap setiap dimensi berdasarkan julai min seperti dalam jadual 7. JADUAL 7. Kesedaran responden mengenai perubahan iklim Item SKALA Min STS TS TP S SS 1 Saya tahu cuaca semakin tidak menentu 2 (1%) 1 (1%) 64 (32%) 61 (30.5%) 72 (36%) 4.0 2 Saya tahu suhu bumi semakin meningkat 0 (0%) 2 (1%) 122 (61%) 65 (32.5%) 11 (5.5%) 3.43 3 Saya tahu pola hujan semakin tidak tertentu di Malaysia. 0 (0%) 2 (1%) 151 (75.5%) 43 (21.5%) 4 (2%) 3.25 4 Saya tahu bahawa perubahan iklim dunia adalah disebabkan tindakan manusia terhadap alam sekitar. 0 (0%) 2 (1%) 117 (58.5%) 76 (38%) 5 (2.5%) 3.42 5 Saya tahu bahawa pada masa akan datang, air minuman bersih akan menjadi sumber yang susah didapati. 0 (0%) 0 (0%) 105 (52.5%) 92 (46%) 3 (1.5%) 3.49 6 Untuk mengurangkan perubahan iklim, penggunaan tenaga perlu dikurangkan. 1 (0.5%) 1 (0.5%) 128 (64%) 69 (34.5%) 1 (0.5%) 3.34 7 Untuk mengurangkan perubahan iklim, alam semula jadi perlu dipelihara. 0 (0%) 3 (1.5%) 104 (52%) 78 (39%) 15 (7.5%) 3.53 8 Untuk mengurangkan perubahan iklim, kebakaran terbuka perlu penguatkuasakan. 2 (1%) 1 (0.5%) 148 (74%) 47 (23.5%) 2 (1%) 3.23 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 29
Berdasarkan jadual 7, min keseluruhan ialah 3.56, iaitu pada tahap tinggi. Item 1 hingga item 5 adalah item mengenai kesedaran dari sikap murid. Item 1 menunjukkan nilai min pada tahap tinggi (min=4.0). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 66.6% responden adalah bersetuju mengenai cuaca semakin tidak menentu di negara ini. Seterusnya item 2 menunjukkan (min= 3.43). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 38% responden bersetuju suhu semakin meningkat. Item 3 menunjukkan (min=3.25). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 22.5% bersetuju pola hujan tidak menentu di Malaysia. Item 4 menunjukkan nilai (min=3.42). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 40.5% responden bersetuju perubahan iklim dunia adalah disebabkan tindakan manusia terhadap alam sekitar. Iem 5 menunjukkan nilai (min=3.49). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 47.5% responden bersetuju pada masa akan datang, air minuman bersih akan menjadi sumber yang susah didapati. Berdasarkan jadual tersebut item 6 hingga item 10 adalah item mengenai kesedaran dari kesediaan murid. Item 6 menunjukkan nilai (min=3.34). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 35% responden bersetuju untuk mengurangkan perubahan iklim, penggunaan tenaga perlu dikurangkan. Item 7 menunjukkan nilai (min=3.53). Dapatan item ini menunjukkan sebanyak 46.5% responden bersetuju untuk mengurangkan perubahan iklim, alam semula jadi perlu dipelihara.Item 8 menunjukkan nilai (min=3.23). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 24.5% responden bersetuju untuk mengurangkan perubahan iklim, kebakaran terbuka perlu penguatkuasakan. Item 9 menunjukkan nilai min (min=3.99). Dapatan ini menunjukkan sebanyak 66.5% responden bersetuju untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan kawankawannya terhadap perubahan iklim. Item 10 menunjukkan nilai 3.97%. Dapatan ini menunjukkan sebanyak 66% responden sedar bahawa untuk menanam lebih banyak pokok untuk mengurangkan suhu. Seterusnya jadual 8 menunjukkan dapatan kajian tentang perbezaan hubungan antara murid sekolah rendah di bandar dan luar bandar mengenai kesedaran perubahan iklim. JADUAL 8. Skor min antara murid sekolah di bandar dan luar bandar terhadap kesedaran Pemboleh - ubah Tempat Tinggal N Min Sisihan Piawai df t Interpretasi Skor Min Tahap Kesedaran Bandar 100 3.85 0.47 198 9.80 Tinggi Luar Bandar 100 3.28 0.34 Sederhana Daripada data skor min antara murid sekolah rendah di bandar adalah pada tahap tinggi manakala murid di luar bandar adalah pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa 9 Meningkatkan kesedaran dan penglibatan kawankawan saya terhadap perubahan iklim. 0 (0%) 0 (0%) 67 (33.5%) 69 (34.5%) 64 (32%) 3.99 10 Menanam lebih banyak pokok untuk mengurangkan suhu. 0 (0%) 1 (0.5%) 67 (33.5%) 70 (35%) 62 (31%) 3.97 Min Keseluruhan 3.56 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 30
murid sekolah di bandar kemungkinan menerima lebih banyak informasi berkaitan menjaga alam sekitar seperti tidak membakar sampah atau tidak membuang sampah di sungai. Dimana murid sekolah luar bandar tidak begitu aktif pada menjaga alam sekitar, ini kemungkinan murid-murid tidak dapat menerima informasi yang terbaru mengenai perubahan iklim. Hal ini menyebabkan terdapat perbezaan hubungan antara murid sekolah bandar dan luar bandar. Dengan ini hipotesis nul ditolak, terdapat perbezaan dari segi kesedaran antara murid sekolah rendah. Hasil Kajian Korelasi Antara Pengetahuan Dan Kesedaran Murid Sekolah Rendah Terhadap Perubahan Iklim Bagi menjawab persoalan kajian ketiga, kaedah korelasi Pearson (r) digunakan bagi menentukan samada terdapat hubungan yang signifikan anrata pengetahuan dan kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. Jadual 9 berikut menunjukkan hubungan antara pengetahuan dan kesedaran murid terhadap perubahan iklim. JADUAL 9. Korelasi antara pengetahuan dan kesedaran responden Pearson Pengetahuan Pekali Korelasi 1 0.797** Sig. (2-tailed) .000 N 200 200 Kesedaran Pekali Korelasi 0.797** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 200 200 **. Signifikan pada aras 0.01 (2-tailed). Berdasarkan jadual 9, menunjukkan dapatan bagi menjawab persoalan kajian ketiga. Keputusan analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa perhubungan antara pengetahuan dan kesedaran terhadap perubahan iklim adalah hubungan positif yang signifikan (r=.797, p<0.05). Dengan keputusan ini, hipotesis nul adalah ditolak dan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kesedaran murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim. Berdasarkan keputusan analisis ini, dapat disimpulkan bahawa pengetahuan murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim pada tahap rendah walaupun mempunyai kesedaran yang tinggi di sekolah bandar dan sederhana di sekolah luar bandar. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Kajian ini berjaya mencapai objektif kajian dan berupaya menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan murid sekolah terhadap perubahan iklim adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian ini adalah seiring dengan Unicef Malaysia (2021) yang menyatakan bahawa kanak-kanak adalah sebahagian golongan yang amat penting mengetahui tentang perubahan iklim. Pengetahuan tentang perubahan iklim yang rendah seiring dengan Nor Hasyifa (2017), pengetahuan terhadap perubahan iklim jika diterapkan pada peringkat awal. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 31
Oleh itu, pendidikan di Malaysia boleh terus berusaha dalam kurikulum. Cadangannya, kurikulum dapat dilaksanakan dalam tiga peringkat, iaitu tahap rendah, tahap menengah dan peringkat tinggi. Ia dapat membentuk lebih ramai kanak-kanak mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap perubahan iklim. Bagi memastikan penerapan ilmu pengetahuan perubahan iklim memberi kesan kepada seseorang, sistem pengetahuan yang melibatkan semua proses semula jadi antara interaksi manusia perlu dititiberatkan supaya alam semula jadi yang sedia ada tidak terjejeas. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang amat penting. Di sekolah, guruguru boleh menyampaikan informasi tentang perubahan iklim seperti cuaca semakin menurun, pola hujan semakin tidak menentu di Malaysia, kemarau, banjir, dan peningkatan aras laut dan sebagainya. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang dapat menambahkan rasa cinta kepada alam sekitar seperti menganjurkan program-program kesedaran alam sekitar atau yang berkaitan dengan perubahan di sekolah, Melalui aktiviti, murid-murid lebih mendalam terhadap perubahan iklim. Selain itu, analisis tahap kesedaran murid-murid sekolah rendah terhadap perubahan iklim adalah tinggi. Dapatan ini seiring dengan Hanifah Mahat (2017) mendapati bahawa faktor persekitaran atau reka bentuk sekolah yang hijau dapat meningkatkan amalan menyayangi bumi di kalangan murid sekolah seperti penggunaan tong kitar semula air. Aktiviti ke arah penyayang bumi dilakukan secara menyeluruh dan berteruskan akan memberi kesan yang lebih positif. Secara keseluruhannya, murid-murid sekolah mempunyai kesedaran terhadap perubahan iklim yang tinggi amat dibanggakan. Kesedaran terhadap perubahan iklim merupakan satu nilai yang penting ditanam dalam diri pada seseorang. Dengan ini, dapat melahirkan warga Malaysia yang mempunyai kebolehan dan keprihatin terhadap perubhan iklim di negara Malaysia. Nilai amalan menjaga alam sekitar juga dijadikan satu nilai yang perlu ditekankan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti terhadap perubahan iklim. Bukan kanak-kanak sahaja yang perlu belajar menjaga alam sekitar akan tetapi semua warganegara yang bertanggungjawan memeliharan dan memulihara alam sekitar menjamin kehidupan yang selesa. Hal ini untuk memastikan negara sentiasa dalam landasan menerajui kelestarian. Implikasi dapatan kajian, untuk jangka masa panjang terhadap perubahan iklim perlu bermula di peringkat sekolah rendah. Untuk meneruskan kanak-kanak menghargai bumi dan alam sekitar, isu perubahan iklim boleh diserapkan dalam kurikulum pembelajaran Sains pada awal umur kanak-kanak. Isu perubahan iklim yang semakin meruncing dari hari ke hari, setiap individu memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu perubahan iklim. Memberi pendidikan tentang perubahan iklim pada peringkat awal di sekolah rendah agar penyemaian nilai murni lebih berkesan. PENGHARGAAN Penulis mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (TRGS/1/2018/UKM/01/6/1). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 32
RUJUKAN Hassan N. K. (2015). Satu Analisis Mengenai Dikotomi Antara Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar Di Malaysia, Perspektif Journal, 4(1), 1-21 Hidayati, I. N., dan Suryanto. 2015. Pengaruh Perubahan Iklim Terhadap Produksi Pertanian dan Strategi Adaptasi Pada Lahan Rawan Kekeringan. Ekonomi dan Pembangunan, 16(1): 42-52 Laporan Pemantauan Kemarau (Januari. 2018) Leiserowitz, A., Smith, N., & Marlon, J. (2014). American teens’ knowledge of climate change. Igarss, 46 (1), 1-5. Leiserowitz, A., Maibach, E., Roser-Renouf, C., Feinberg, G., & Rosenthal, S. (2015). Climate change in the American mind. Yale Project on Climate Change. New Haven, Yale University MacDonald, J. P., Harper, S. L., Willox, A. C. & Edge, V. L. (2013). A necessary voice: Climate change and lived experiences of youth in Rigolet, Nunatsiavut, Canada. Global Environmental Change, 23 (1), 360-371. MacDonald, J. P. (2014). From the minds of youth: Exploring in it youth resilience within a changing climate and applications for climate change adaptation in Nunatsiavut. Canada, Labrador. O’Keeffe, J. M., Cummins, V., Devoy, R. J. N., Lyons, D., & Gault, J. (2015). Stakeholder awareness of climate adaptation in the commercial seaport sector: A case study from Ireland. Marine Policy, 1-10 Rong, O. Y., & Hussin, M. B. (2021). amalan kepemimpinan instruksional guru besar untuk meningkatkan pencapaian akademik murid yang terpinggir. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 4(13), 99-112.Piaget, J. 1977. The Essential Piaget. London: Routladge and Kegan Paul. Samsudin, N. A., & Ikhsan, Z. (2022). Kesedaran Alam Sekitar Melalui Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS). Jurnal Personalia Pelajar, 18(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/162 Shan Ying, S., & Osman, K. (2021). Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Murid B40 Luar Bandar Terhadap Pendidikan Perubahan Iklim. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 320-330. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15722 Skalík, J. (2015). Climate change awareness and attitudes among adolescents in the Czech Republic. Envigogika, 10 (4), 1-19. Unicef. (2018). Kanak-kanak Pinggiran. Putrajaya: United Nations Children’s Fund,Malaysia Unicef Malaysia (2021). Kesan Perubahan Iklim terhadap Kanak-kanak: Perspetif Malaysia. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. (2018). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Laporan Tahunan 2017. Putrajaya. Terbitan: Kementerian Pendidikan Malaysia PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 33
Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sains Sekolah Menengah Luar Bandar Dalam Aplikasi Web 3.0 (Knowledge and Skills of Rural Secondary School Science Teachers in Web 3.0 Applications) Framunny Francis Berayan & Siti Nur Diyana Mahmud* ABSTRAK Kepakaran dan keberkesanan seseorang guru sains boleh dinilai melalui penguasaan teknik pengajaran yang merangkumi penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi Web 3.0 dalam kalangan guru sains sekolah menengah luar bandar di Daerah Simunjan, Sarawak. Seramai 31 orang guru sains sekolah menengah dipilih secara persampelan bertujuan sebagai kadar sampel. Terdapat dua objektif utama yang ingin dicapai dalam kajian ini. Bagi mencapai objektif kajian, soal selidik telah diberikan kepada guru sains. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 22 secara deskriptif yang terdiri daripada min, sisihan piawai, peratusan dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru sains terhadap aplikasi Web 3.0 adalah sederhana. Guru perlu sentiasa didedahkan dengan kursus dan latihan pengajaran yang mengintegrasikan teknologi secara berterusan. Dapatan kajian juga menjadi suatu rujukan kepada guru-guru sains selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam mengangkat TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) sebagai satu medium pembelajaran berkualiti serta mencapai sistem pendidikan yang bertaraf global. Kata Kunci: Pengetahuan, Kemahiran, Pendidikan Sains, Sekolah Menengah Luar Bandar, Aplikasi Web 3.0 ABSTRACT The expertise and effectiveness of a science teacher can be assessed through the mastery of teaching techniques that include the use of technology in teaching and facilitation activities (PdPc). This study aims to assess the level of knowledge and skills in Web 3.0 applications among rural secondary school science teachers in Simunjan District, Sarawak. A total of 31 secondary school science teachers were selected by purposive sampling as the sample rate. There are two main objectives to be achieved in this study. In order to achieve the objectives of the study, questionnaires were given to science teachers. Data were analyzed using SPSS Version 22 software in a descriptive manner consisting of mean, standard deviation, percentage and frequency. The results of the study show that the level of knowledge and skills among science teachers regarding Web 3.0 applications is moderate. Teachers need to be constantly exposed to courses and teaching exercises that integrate technology continuously. The findings of the study also become a reference for science teachers in line with the Malaysian Education Development Plan 2013-2025 in promoting ICT (Information and Communication Technology) as a quality learning medium and achieving a global education system. Keywords: Knowledge, Skills, Science Education, Rural Secondary School, Web 3.0 application Framunny Anak Francis Berayan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Siti Nur Diyana binti Mahmud* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 34
PENGENALAN Aktiviti PdPc secara konvensional perlu ditambah baik kepada pengajaran yang lebih kreatif dan dinamik (PPPM, 2013-2025). Tahap kualiti PdPc guru perlu ditingkatkan supaya hasrat negara dapat ditunaikan dari segi pembelajaran murid yang berkesan di dalam kelas (Alwayi, Embong dan Hashim, 2021). Dalam menghadapi cabaran era digital, guru perlu berani dalam melakukan perubahan semasa menjalani proses pembelajaran berterusan bagi menguasai pelbagai bidang ilmu serta mampu mengikuti semua perubahan semasa agar tampil fleksibel, relevan dan mempunyai keberkesanan pengajaran yang tinggi. Anjakan ke-tujuh daripada kesebelas anjakan dalam PPPM (2013-2025) menyatakan bahawa perlunya peningkatan kualiti PdPc dengan memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Terkini dengan adanya Web 3.0 yang juga ditakrifkan sebagai "web semantik" mampu membantu dalam pembelajaran seorang individu. Web 3.0 adalah istilah yang dicipta untuk menerangkan interaksi yang melibatkan pembangunan penggunaan Web dan penukaran Web kepada pangkalan data (Shivalingaiah dan Umesha , 2008). Dengan menggunakan Web 3.0, komputer boleh mentakrifkan maksud serta keperluan pengguna semasa dalam carian. Web 3.0 dipanggil web semantik kerana ia memberikan maklumat yang berguna mengikut keperluan pengguna. Oleh itu, data mudah ditemui melalui alat perisian, dinilai dan ditukar menjadi maklumat yang bermakna. Dengan aplikasi teknologi seperti ini, maklumat yang diperlukan dapat diperlukan diakses mengikut cara carian tersendiri dalam satu langkah. Ciri-ciri utama teknologi ini adalah web yang menganalisis dengan cepat, web yang mudah diakses serta boleh berfungsi, virtual (3-Dimensi) dan multimedia (Wadhwa, 2015). Penggunaan teknologi Web 3.0 yang meluas telah memberi gambaran dalam persekitaran pendidikan dan membawa kepada pembangunan e-pembelajaran. Antara kekangan dalam pelaksanaan pendidikan integrasi sains adalah jurang antara bandar dan kawasan luar bandar dari segi kemudahan dan fasiliti. Sekolah di bandar lebih lengkap kemudahannya jika dibandingkan dengan sekolah di luar bandar. Senario ini mewujudkan jurang sekolah bandar dan luar bandar dari segi pencapaian pelajar, kemudahan infrastruktur sekaligus enrolmen pelajar dalam bidang sains. Kekangan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar (Ahmad Zamri Khairani, 2017). Ahmad Zamri Khairani (2017) turut menyatakan salah satu kekangan integrasi TMK di sekolah luar bandar ialah capaian internet yang lemah. Hal ini mengakibatkan pelaksanaan pendidikan STEM di luar bandar berada pada tahap minima. Wilma Ngian dan Mohd Jasmy Abd Rahman (2015) menyatakan bahawa kemahiran literasi TMK dalam kalangan pelajar Iban di Sibu, Sarawak di sekolah luar bandar menunjukkan kemahiran literasi TMK pelajar pada tahap yang rendah kerana kurangnya kemudahan internet, fasiliti untuk mengakses dan meneroka dunia TMK. Melahirkan keluaran individu yang berkualiti serta memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara merupakan salah satu daripada cabaran utama dalam bidang pendidikan sains. Pendidikan sains merupakan pendidikan yang turut menekankan amali. Oleh hal yang demikian, ia menjadi tanggungjawab kepada pendidik dalam menyampaikan pengajaran secara kreatif agar mampu mencapai falsafah pendidikan kebangsaan. Pendidik dalam bidang sains hendaklah menjalankan peranan secara aktif dalam PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 35
memastikan pelajar mengenal potensi serta kemampuan diri yang optimum dan juga berintegriti dalam menjalankan sesuatu tanggubgjawab. Ini sekaligus membantu melahirkan suatu generasi yang mempunyai nilai produktiviti yang tinggi serta menyumbang dalam kemakmuran Negara. Selain itu, pemerkasaan pendidikan sains hendaklah diberi fokus. Sistem pendidikan sains hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa agar mampu menyediakan suatu sistem pendidikan yang bersepadu. Tenaga pendidik pula hendaklah mempunyai ilmu dan pengalaman dalam penggunaan TMK dan bukan hanya dalam bidang yang diajar sahaja agar proses PdPc dapat dijalankan secara optimum dan melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas. Di samping itu, pelajar mudah berasa bosan dengan proses pdp yang lebih bersifat didaktik dan konvensional (Lin et al., 2017). Maka, pemilihan kaedah PdPc yang melibatkan penggunaan teknologi adalah sesuai. Hal ini demikian kerana kaedah ini memberi persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar (Nawi 2020; Miasan dan Kasim 2020; dan Halim 2017). Oleh itu, proses PdPc secara bersemuka di bilik darjah masih diperlukan dengan pengintegrasian teknologi dalam PdPc yang bersesuaian dan dapat mengubah suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan efisien (Wahid dan Samah, 2020). Guru mengalami halangan dalam penggunaan aplikasi Web 3.0 di mana tiada panduan serta bimbingan yang betul untuk menggunakan aplikasi Web 3.0. Ini menghalang mereka untuk membina aktiviti pengajaran sains dengan lebih berkesan (Rahim et al., 2020). Seterusnya, tahap penggunaan aplikasi Web 3.0 dalam pengajaran sains di bilik darjah adalah sangat terhad. Hal ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang berbentuk hafalan hukum, teori dan fakta sains masih berlaku di bilik darjah (Poobalan et al., 2019). Tambahan, terdapat guru yang kurang mahir dalam penggunaan alatan teknologi, terutama dalam konteks pembelajaran (Costa et al., 2016). Oleh itu, guru perlu diberi bimbingan terhadap penggunaan alatan Web 3.0 dalam PdPc sains. Melalui kajian ini, diharapkan dapat membantu guru sains memahami dan menanam sikap positif dalam diri terhadap penggunaan aplikasi Web 3.0 dalam mata pelajaran sains bagi mengukuhkan penguasaan konsep asas sains pelajar. Guru-guru sains juga boleh memanipulasikan kajian ini sebagai panduan untuk membantu memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mata pelajaran sains menjadi lebih menarik dan tidak membosankan serta memperkukuhkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep sains. Kajian ini bertujuan untuk : 1. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru Sains sekolah menengah luar bandar terhadap aplikasi Web 3.0 semasa PdPc. 2. Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran guru Sains sekolah menengah luar bandar terhadap aplikasi Web 3.0 semasa PdPc berdasarkan jantina. Hipotesis kajian adalah : H0: Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan dan kemahiran guru Sains sekolah menengah luar bandar terhadap aplikasi Web 3.0 semasa PdPc berdasarkan jantina. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 36
TINJAUAN LITERATUR Pendidikan Sains Negara memerlukan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif dan kemahiran insaniah sejajar dengan keperluan industri. Mc Clure et al. (2017) menyatakan pendidikan sains harus dikuasai oleh generasi muda bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 -2025) pada 6 September 2012. Hasrat Malaysia untuk melahirkan sebanyak 3.3 juta pekerja dengan 50 peratus daripada mereka merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi sejajar dengan pelaksanaan Pendidikan STEM (Utusan Malaysia, 2018). Teknologi, Multimedia Dan Komunikasi (TMK) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan teknologi yang diperlukan bagi tujuan pemprosesan data. Ia melibatkan penggunaan komputer dan perisian bagimengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran sesuatu maklumat menjadi sangat pantas. Secara umumnya, teknologi maklumat tidak terjadi pada internet dan komputer sahaja malah ia juga melibatkan televisyen, telefon rumah, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Oleh itu, definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi maklumat kepada penerima. Terdapat 3 fasa asas yang penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Fasa pertama ialah mengumpul maklumat.Contohnya, pengguna menggunakan komputer untuk merekod bunyi, imej dan sebagainya. Fasa kedua pula ialah memanipulasikan maklumat dan proses semula bunyi dan imej. Bagi fasa terakhir ialah berkomunikasi yang menjelaskan bagaimana teknologi digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. WEB 3.0 Dalam Web 3.0 ini, pengguna yang berminat untuk belajar akan dibantu, memilih maklumat yang diperlukan dan menyesuaikannya dengan keperluan pembelajaran individu mereka (Chisega-Negrilă, 2013). Dengan semua ciri ini, teknologi Web 3.0 menyediakan sokongan dalam talian kepada pelatih dari segi menambah baik kursus mereka, mendapat sokongan pelajar, menilai dan menyimpan rekod (Morris, 2011). Oleh itu, dalam Web 3.0, tumpuan adalah kepada pelajar dengan arahan kendiri sepenuhnya dan kawal selia sendiri menggunakan Teknologi web semantik (Wadhwa, 2015). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 37
Pelajar memainkan peranan aktif ketika dalam pembentukan pengetahuan melalui pengajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, dengan bantuan peralatan pintar dan pembantu peribadi yang disediakan dalam Web 3.0, individu boleh mengatur pembelajaran mereka sendiri, menetapkan matlamat dan membuat keputusan tentang pembelajaran mereka sendiri (Chisega-Negrilă, 2013). Sebagai contoh, interaksi pelajar dalam persekitaran visual 3D membolehkan pengguna untuk mempengaruhi berlakunya peristiwa dalam persekitaran maya melalui tindakan mereka (Merchant et al., 2012). Persekitaran pengajaran yang dibentangkan dalam persekitaran ini juga menyokong paradigma konstruktivisme, yang berpendapat bahawa individu membina maklumat secara individu dan sosial. Bahan pembelajaran boleh dipelbagaikan jika menggunakan alatan Web 3.0 (Esra Acikgul dan Selcuk, 2020). Ini telah dibuktikan oleh Alberth (2019) menyatakan penggunaan alatan teknologi dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar dan efikasi kendiri, serta prestasi bertulis, dalam ujian pasca manakala maklum balas menunjukkan ianya lebih disukai oleh pelajar. Kesan visual yang menarik dalam aplikasi teknologi dapat mendukung pelajar untuk menguasai sesuatu konsep dengan lebih baik (Abou Afach et al., 2018). Oleh itu, dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin melihat tahap penggunaan alatan Web 3.0 dalam pengajaran guru sains yang melibatkan dua konstruk iaitu tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Hal ini kerana aplikasi teknologi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dalam bilik darjah (Ishak et al., 2017). Kajian Kumar Raman et al. (2019) menyatakan tahap pengetahuan dan kemahiran TMK yang rendah akan menyukarkan guru di kawasan luar bandar untuk mengintegrasikan teknologi dengan pedagogi dan kandungan pelajaran. Teori Dan Model Pengajaran Dan Pembelajaran Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme dan teori kognitif. Teori konstruktivisme ialah dimana pengetahuan dibina sendiri atau konsep secara kendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang terbina sebelum ini (Von Glasersfeld, 1984). Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang diterima oleh guru akan disesuaikan oleh pelajar dengan pengetahuan sebelum ini bagi membentuk pengetahuan yang baru. Manakala dalam teori kognitif adalah proses mental yang melibatkan proses memahami, mengamati dan mengetahui sesuatu maklumat. Proses mental pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada dalam otak dengan perubahan persekitaran pembelajaran pelajar (Smith, 2002). Model Penerimaan Teknologi (TAM) terdiri dua konstruk utama iaitu pengetahuan dan kemahiran. Selanjutnya, model asas ini diubahsuai dengan memasukkan faktor luaran yang sesuai dengan kajian yang dijalankan bagi mengukuhkan hasil dapatan (Alenezi, 2011). Rajah 1 menunjukkan model kajian yang diadaptasi daripada model TAM asal. Kajian ini melibatkan dua pemboleh ubah iaitu tahap pengetahuan dan kemahiran guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan aplikasi web 3.0. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 38
RAJAH 1. Kerangka konseptual kajian Menurut Lina (2007) keberkesanan penerimaan sistem ditentukan oleh tahap penerimaan individu terhadap sistem maklumat tersebut. Menurut Ahmed Tajudeen (2011) apabila seseorang pengguna menggunakan suatu pakej perisian yang baharu, beberapa faktor akan mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakannya. Penerimaan guru terhadap e-Pembelajaran menggunakan aplikasi web 3.0 ini dianggap satu faktor penting yang menentukan kejayaan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, penerimaan suatu sistem pembelajaran perlu melibatkan satu kajian sistematik bagi melihat keberkesanannya, manfaat penggunaan dan pelbagai aspek yang berkaitan. (Alvino dan Persicco,2009). Aplikasi teknologi dalam PdPc sudah menjadi satu pembudayaan PAK21 di sekolah. Teknologi pendidikan menjadi perkara yang penting untuk penyampaian pengajaran dan sambungan pembelajaran. Hal ini memandu guru agar memahami cara mengajar berkesan menggunakan teknologi. Pelajar juga boleh diberi tugasan projek dengan menggunakan Google Slides selain daripada Canva sebagai medium perkongsian kerja pelajar. Aplikasi ini adalah menarik kerana pelajar hanya perlu menaip atau menggunakan voice typing di carian bagi animasi yang diingini serta boleh melaksanakan tugas di tempat masing-masing. Pilihan grafik dan animasi yang menarik serta audio boleh didengar dengan jelas mampu menunjukkan penglibatan teknologi yang terbaik untuk digunakan bagi mencapai objektif pembelajaran. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan yang dijalankan terhadap guru sains sekolah menengah di daerah Simunjan, Sarawak. Kaedah yang sesuai digunakan bagi sesuatu kajian perlu merujuk kepada reka bentuk kajian (Mohamed, 1991). Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan etika daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Rujukan: KPM.600-3/2/3-eras(14757)), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Rujukan: JPNSW2.600- 11/1/2 Jld.10 (6)), Universiti Kebangsaan Malaysia serta kebenaran telah diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah tempat kajian ini dijalankan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 39
Sampel Kajian Populasi kajian terdiri daripada guru sains dari 4 buah sekolah menengah di daerah Simunjan, Sarawak yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Persampelan ini digunakan supaya penyelidik mudah menghubungi responden-responden kajian yang menjadi sasaran dalam kajian ini (Azizi et al. 2007). Cohen, Manion dan Morrison (2018) menegaskan bahawa kajian yang menggunakan analisis statistik, bilangan sampel yang bersesuaian adalah sekurang-kurangnya 30. Oleh itu, sampel kajian adalah seramai 31 orang guru yang terdiri daripada 9 orang guru lelaki dan 22 orang guru perempuan yang dipilih dari setiap sekolah. Data daripada Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan menjadi rujukan dalam pemilihan responden yang merupakan semua guru yang mengajar matapelajaran sains di menengah atas dan menengah rendah. JADUAL 1 Bilangan Responden Berdasarkan Jantina Nama Sekolah Bilangan Responden Lelaki Perempuan SMK Simunjan No.1 2 6 SMK Sri Sadong 3 4 SMK Gedong 3 5 SMK Sebuyau 1 7 Keseluruhan 9 22 Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini menggunakan pengumpulan data melalui kaedah soal selidik yang dijalankan menerusi kaedah edaran soal selidik secara atas talian menggunakan pautan Google Form. Responden kajian terdiri daripada guru sains di empat buah sekolah menengah di daerah Simunjan. Tujuan pengagihan borang soal selidik ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan dan kemahiran guru sains dalam aplikasi Web 3.0 semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Instrumen kajian mengandungi 3 bahagian, iaitu Bahagian A merupakan demografi responden, Bahagian B merupakan penilaian tahap pengetahuan guru sains terhadap aplikasi web 3.0 dan Bahagian C merupakan penilaian tahap kemahiran guru sains terhadap aplikasi web 3.0. JADUAL 2 Persepsi Terhadap Web 3.0 dan Bilangan Item Persepsi Bilangan Item Pengetahuan 10 Kemahiran 8 Bagi menjawab soal selidik, responden perlu menyatakan persetujuan berdasarkan skala likert lima mata seperti jadual 3 : PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 40