The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

himpunan artikel-artikel kajian pelajar-pelajar sarjana pendidikan sains

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazurah, 2023-01-17 07:29:36

PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023

himpunan artikel-artikel kajian pelajar-pelajar sarjana pendidikan sains

8 Sumber semula jadi seperti air dan tumbuhan harus dipelihara untuk generasi akan datang 274(89.6%) 32(10.5%) 9 Penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekurangan sumber tersebut pada masa hadapan 226(73.9%) 80(26.1%) 10 Terdapat kebimbangan yang mendesak untuk melihat sumber boleh diperbaharui kerana sumber asli semakin berkurangan 237(77.5%) 69(22.5%) 11 Produk penjimatan tenaga adalah salah satu cara inovatif untuk memastikan penggunaan sumber yang minimum 288(94.1%) 18(5.9%) 12 Amalan 3R (kitar semula, guna semula dan kurangkan penggunaan) adalah cara untuk mengurangkan penggunaan sumber kita 271(93.8%) 35(11.4%) RAJAH 1. Kategori tahap pengetahuan penggunaan lestari Dapatan kajian secara keseluruhanya menunjukkan tahap pengetahuan penggunaan lestari pelajar pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar sudah mengetahui kepentingan pemeliharaan alam sekitar, kecekapan penggunaan tenaga, penggunaan sisa kitar semula, dan penjimatan sumber semula jadi yang terhad untuk generasi akan datang, yang dimulakan melalui konsep penggunaan lestari. Dapatan ini selari dengan kajian lepas berkenaan kitar semula yang mendapati pelajar sekolah menengah mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kitar semula melalui pendidikan formal di sekolah melalui kajian (Min, C. O. dan Mohamamad Tahir Mapa 2021). Kajian ini membuktikan pelajar mencapai tahap penguasaan pendidikan alam sekitar melalui pengintegrasian atau elemen merentas kurikulum mata pelajaran di sekolah serta menunjukkan pencapaian yang amat positif memandangkan responden adalah pelajar yang akan meningkat dewasa dan bakal menjadi pemimpin dalam menyumbang kepada pembudayaan kelestarian. Dengan pengetahuan yang dimilik seharusnya penggunaan lestari dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar. Keputusan kajian ini juga menunjukkan guru-guru telah berjaya memainkan peranan sebagai pendidik yang sangat penting dalam memberi maklumat kepada para pelajar berkenaan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 441


penggunaan lestari. Oleh itu, sekiranya pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemeliharaan alam sekitar, kecekapan penggunaan tenaga, amalan kitar semula serta pengurusan sisa pepejal, maka guru-guru dianggap berjaya mendidik pelajar dalam menjaga dan memelihara alam semulajadi. Namun begitu, terdapat kajian yang mendapati pengetahuan pelajar berada pada tahap rendah dimana faktor kemiskinan menjadi penghalang kepada pelajar untuk mendapatkan sumber (Competente 2019). Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Lestari Berdasarkan Jadual 3, sembilan daripada 12 item menerima lebih daripada 90% persetujuan. Item pertama dan kedua menerima persetujuan yang tertinggi (100%, n= 306). Ini menunjukkan pelajar amat mementingkan kualiti alam sekitar kerana ia membekalkan kita dengan keperluan asas seperti air dan udara. Pelajar juga menunjukkan tahap sikap yang tinggi terhadap item ke-3 iaitu 93.5% (n=286) bersetuju bahawa mereka menghargai keindahan tempat tinggal/kediaman. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang keadaan kualiti udara di sekeliling mereka. Adalah penting untuk diperhatikan bahawa tiga item ini adalah berkaitan dengan kualiti hidup, sebagai petunjuk bahawa sikap pelajar terhadap elemen kualiti hidup adalah tinggi. Tahap persetujuan yang rendah adalah pada item ke 8 iaitu: Lebih banyak usaha diperlukan untuk memelihara alam sekitar dimana hanya 58.2%,(n = 178) yang bersetuju, 6.5% (n = 20) tidak pasti 2.3% (n= 7) tidak bersetuju dan item ke 12: Beg boleh guna semula mudah dibawa semasa membeli belah 79.1% (n=242) bersetuju, 15.4% (n=47) tidak pasti dan 5.5% (n=17) tidak bersetuju. Seterusnya, tahap persetujuan pelajar terhadap item kemudiannya diberikan markah (4) Sangat setuju, (3) Setuju, (2) Tidak setuju, (1) Sangat tidak setuju dan (0) Tidak pasti. Ini bermakna jumlah markah individu bagi pelajar yang menjawab soalan ini bermula dari 0 hingga maksimum 48. Markah terendah yang dicatatkan oleh pelajar ialah 24 (n=1, 0.3%) manakala yang tertinggi ialah 48 (n=133, 43.46%). Jumlah skor min bagi sikap penggunaan lestari ialah 53.41 dengan sisihan piawai adalah 8.47. Seterusnya jumlah markah pelajar akan dikategorikan mengikut peratusan seperti berikut: a) Markah kurang daripada 60%: sikap rendah b) Markah 60% hingga 80%: sikap sederhana c) Markah 80% hingga 100%: sikap tinggi Berdasarkan Rajah 2 yang menunjukkan jumlah skor pelajar secara individu, sikap pelajar terhadap penggunaan lestari menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang tinggi iaitu 88.6% (n= 271), 9.2% (n = 28) pada tahap sederhana dan 2.2% (n = 7) berada pada tahap rendah daripada 306 pelajar. JADUAL 3. Kekerapan dan peratusan sikap penggunaan lestari berdasarkan item Bil Perkara SS + S n(%) TP n(%) STS + TS n(%) 1 Saya berasa tidak selesa dengan asap yang dihasilkan daripada aktiviti pembakaran terbuka 306(100%) 0 0 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 442


2 Saya mementingkan kualiti alam sekitar kerana alam semula jadi menyediakan keperluan asas contohnya air dan udara. 306(100%) 0 0 3 Saya menghargai keindahan tempat tinggal/kediaman 286(93.5%) 13(4.2%) 7(2.3%) 4 Saya menggemari produk mesra alam seperti produk yang diperbuat daripada bahan kitar semula 294(96.1%) 12(3.9%) 0 5 Saya bersedia untuk menggunakan semula barangan seperti plastik, botol dan kertas. 295(96.4%) 9(2.9%) 2(0.7%) 6 Perlindungan alam sekitar perlu diutamakan 288(94.1%) 14(4.6%) 4(1.3%) 7 Saya bersedia untuk terlibat dalam sebarang program/aktiviti untuk menjaga alam sekitar 265(86.6%) 33(10.8%) 8(2.6%) 8 Lebih banyak usaha diperlukan untuk memelihara alam sekitar 178(58.2%) 20(6.5%) 108(35.3%) 9 Penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui perlu ditingkatkan 290(95%) 13(4.2%) 3(1.0%) 10 Kitar semula mudah untuk dipraktikkan 290(94.7%) 13(4.2%) 3(1.0%) 11 Kempen kitar semula dapat mengelakkan pembaziran wang dan sumber 291(95.1%) 11(3.6%) 4(1.3%) 12 Beg boleh guna semula mudah dibawa semasa membeli belah. 242(79.1%) 47(15.4%) 17(5.5%) RAJAH 2. Kategori tahap sikap penggunaan lestari Dapatan menunjukkan secara keseluruhan tahap sikap penggunaan lestari yang tinggi dalam kalangan pelajar. Dapatan ini selari dengan kajian lepas yang mendapati pengetahuan alam sekitar adalah penting untuk memupuk sikap alam sekitar dan ia saling berkaitan (Paco dan Lavrador, 2017; Zsoka et al. 2013). Dapatan ini juga disokong dengan kajian (Monday 2021) dan (Muhammad et al. 2019) mendapati tahap sikap pelajar terhadap alam sekitar berada pada tahap tinggi. Selain itu, nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap kepentingan melestarikan alam menyumbang kepada tahap sikap murid yang tinggi dan emosi atau PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 443


perasaan yang wujud terhadap alam akan mencorakkan nilai dan sikap kepada persekitaran (Nurul Hidayah Liew et al. 2018). Amalan Penggunaan Lestari dalam Kalangan Pelajar Jadual 4 menunjukan item yang mempunyai peratus tertinggi iaitu sentiasa diamalkan ialah membuang sampah dalam tong sampah iaitu 70.6% (n = 216), kadang-kadang membuang sampah dalam tong sampah, 24.8% (n = 76), jarang membuang sampah dalam tong sampah 4.2% (n = 13), dan tidak pernah membuang sampah dalam tong sampah sebanyak 0.3% (n = 1). Selain itu, tahap amalan pelajar mengitar semula barangan yang tidak digunakan untuk diguna semula masih jarang dilakukan iaitu 83 pelajar (27.1%), 4 pelajar (1.3%) tidak pernah mengitar semula, 128 pelajar (41.8%) kadangkala mengitar semula, Item yang mempunyai peratusan tertinggi tidak pernah ialah mengambil bahagian dalam aktiviti alam sekitar yang dianjurkan oleh sekolah atau organisasi seperti aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai iaitu 6.5% (n= 20), pelajar yang jarang mengambil bahagian dalam aktiviti alam sekitar yang dianjurkan oleh sekolah atau organisasi seperti aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai ialah 25.5% (n=78), kadangkala mengambil bahagian dalam aktiviti alam sekitar yang dianjurkan oleh sekolah atau organisasi seperti aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai ialah 32.7% (n = 100), dan 35.3% (n= 108) yang sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti alam sekitar yang dianjurkan oleh sekolah atau organisasi seperti aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai. Seterusnya setiap jawapan pelajar berdasarkan item yang diberi kemudiannya diberi markah individu iaitu; (3) Sentiasa, (2) Kadang-kadang, (1) Jarang dan (0) Tidak pernah. Ini bermakna markah maksimum ialah 60 bagi sejumlah 20 item dan markah minimum adalah 0. Markah terendah yang dicatatkan ialah 18 (n=1, 0.3%) manakala yang tertinggi ialah 60 (n=14, 4.57%). Jumlah skor min bagi amalan penggunaan lestari ialah 65.1 dengan sisihan piawai 15.74. Jumlah markah individu pelajar dikategorikan mengikut peratusan sebagai: a) Markah kurang daripada 60%: tahap amalan rendah b) Markah 60% hingga 80%: tahap amalan sederhana c) Markah 80% hingga 100%: tahap amalan tinggi Rajah 3 menunjukkan jumlah markah secara individu menunjukkan sebilangan besar pelajar berada pada tahap sederhana 47.1% (n=144), tahap tinggi 33.6% (n=103) dan 19.3% (n=59) pada tahap yang rendah. JADUAL 4. Kekerapan dan peratusan amalan penggunaan lestari berdasarkan item Bil. Perkara Tidak pernah n(%) Jarang n(%) Kadangkadang n(%) Sentiasa n(%) 1 Saya membuang sampah ke dalam tong sampah 1(0.3%) 13(4.2%) 76(24.8%) 216(70.6%) 2 Saya melaporkan aktiviti pembakaran terbuka yang menyalahi undang-undang apabila saya melihatnya 4(1.3%) 20(6.5%) 74(24.2%) 208(68.0%) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 444


3 Saya melakukan aktiviti riadah di landskap semula jadi, taman atau hutan contohnya mendaki, berjoging, berkelah 2(0.7%) 38(12.4%) 146(47.7%) 120(39.2%) 4 Saya memilih peralatan cekap tenaga seperti memilih peralatan dengan label penarafan cekap tenaga (EER) 5(1.6%) 45(14.7%) 135(44.1%) 121(39.5%) 5 Saya menanam pokok di dalam pasu dan halaman rumah 16(5.2%) 50(16.3%) 94(30.7%) 146(47.7%) 6 Saya menghadiri seminar, bengkel, persidangan atau pameran berkaitan alam sekitar 5(1.6%) 107(35.0%) 99(32.4%) 95(31.0%) 7 Saya membawa beg boleh guna semula saya sendiri semasa membeli-belah. 17(5.6%) 60(19.6%) 122(39.9%) 107(35.0%) 8 Saya tidak menggunakan kenderaan yang menyumbang kepada pencemaran udara. 7(2.3%) 70(22.9%) 120(39.2%) 109(35.6%) 9 Saya membawa botol air boleh guna semula 10(3.3%) 35(11.4%) 87(28.4%) 174(56.9%) 10 Saya membeli produk yang boleh dikitar semula 6(2.0%) 80(26.1%) 111(36.3%) 109(35.6%) 11 Saya mengambil bahagian dalam aktiviti alam sekitar yang dianjurkan oleh sekolah atau organisasi seperti aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai. 20(6.5%) 78(25.5%) 100(32.7%) 108(35.3%) 12 Saya mengamalkan kitar semula di rumah 4(1.3%) 83(27.1%) 128(41.8%) 91(29.7%) 13 Saya membuat keputusan yang rasional dalam usaha untuk mengelakkan penggunaan berlebihan. 3(1.0%) 44(14.4%) 127(41.5%) 132(43.1%) 14 Saya menasihati orang lain seperti keluarga dan rakan untuk mengurangkan penggunaan sumber contohnya air dan elektrik. 4(1.3%) 44(14.4%) 124(40.5%) 134(43.8%) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 445


15 Saya menggunakan objek yang tidak boleh digunakan lagi. 13(4.2%) 28(9.2%) 140(45.8%) 125(40.8%) 16 Saya menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan seperti televisyen, komputer, pemanas air dan modem internet. 3(1.0%) 41(13.4%) 69(22.5%) 193(63.1%) 17 Saya menutup paip air semasa memberus gigi 8(2.6%) 34(11.1%) 98(32.0%) 166(54.2%) 18 Saya menggunakan semula halaman belakang kosong kertas terpakai 11(3.6%) 32(10.5%) 83(27.1%) 180(58.8%) 19 Saya cuba elakkan daripada mencetak (print) apabila saya rasa tidak perlu bahan bercetak 8(2.6%) 52(17.0%) 105(34.3%) 141(46.1%) 20 Saya mencuci pakaian menggunakan mesin basuh apabila muatan telah penuh 2(0.7%) 49(16.0%) 74(24.2%) 181(59.2%) RAJAH 3. Kategori tahap amalan penggunaan lestari Secara keseluruhanya dapatan menunjukkan sebilangan besar pelajar termasuk dalam kategori amalan penggunaan lestari secara sederhana. Ini menunjukkan walaupun pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi tetapi tidak dapat diterjemahkan kepada amalan penggunaan lestari dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian ini selari dengan beberapa kajian lepas antaranya, tahap amalan murni alam sekitar pelajar tingkatan empat di Terengganu berada pada tahap yang sederhana (Mohd Zaid 2015) dan kajian oleh (Chong dan Mohammad Tahir 2021) menyatakan murid mengakui malas melakukannya di rumah seperti PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 446


mengasingkan sisa pepejal walaupun pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan, namun masih ramai murid yang tidak mengamalkan dalam kehidupan seharian. Kajian mendapati item yang mempunyai nilai peratus tertinggi adalah amalan membuang sampah dalam tong sampah boleh dikatakan kebanyakan pelajar telah menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan, keselesaan, kelestarian, dan juga pemuliharaan alam sekitar dengan mempraktikkan secara bertanggungjawab membuang sampah mereka di dalam tong sampah yang disediakan. Kerosakan alam sekitar dan penurunan kualiti hidup boleh disebabkan oleh pembuangan sisa yang tidak betul. Amalan meminimumkan penggunaan air untuk membasuh pakaian secara berterusan yang masih separuh atau kurang separuh. Jika pembaziran air bersih dijalankan, ianya mengesahkan keperluan air bersih pada generasi akan datang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, tahap amalan pelajar mengitar semula barangan yang tidak digunakan untuk diguna semula masih jarang dilakukan. Item yang mempunyai peratusan tertinggi tidak pernah ialah Saya mengambil bahagian dalam aktiviti alam sekitar yang dianjurkan oleh sekolah atau organisasi seperti aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai. Perkara ini amat membimbangkan kerana pelajar perlu dibimbing dan didedahkan dengan aktiviti yang dapat meningkatkan keprihatinan terhadap alam sekitar. Penerapan nilai-nilai alam sekitar perlu diterapkan dari peringkat awal untuk membentuk tingkah laku positif terhadap alam sekitar. Pelbagai usaha dalam membentuk tingkah laku pelajar perlu dilakukan untuk meningkatkan amalan kelestarian, seperti pemuliharaan sumber, kitar semula, pemuliharaan air dan tenaga, dan penggunaan produk mesra alam. Usaha ini boleh termasuk mempromosikan pertandingan reka bentuk, kempen kesedaran, aktiviti luar (seperti program perkhemahan pendidikan luar) dan aktiviti berkaitan alam sekitar (seperti lawatan ke kawasan yang dilanda bencana alam). Ini dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen para pelajar, dan akhirnya alam sekitar dapat dipelihara dengan baik. Perbezaan Pengetahuan Penggunaan Lestari Berdasarkan Jantina Dapatan Ujian T Dua Sampel Bebas seperti dalam Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan tentang penggunaan lestari antara pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai t (304) = - 0.56 dan nilai p = 0.57 (p > 0.05). Maka hipotesis nol (Ho1) gagal ditolak. Jika dilihat dari segi min=0.91 menunjukkan pengetahuan pelajar lelaki dan perempuan adalah sama. JADUAL 5. Perbezaan pengetahuan penggunaan lestari pelajar mengikut jantina Pemboleh ubah Jantina N Min SP df t p Pengetahuan Lelaki 153 0.91 0.12 304 -0.56 0.57 Perempuan 153 0.91 0.11 Secara rumusanya, keputusan analisis Ujian T Dua Sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan penggunaan lestari antara pelajar lelaki (min = 0.91, SP =0.12, n =153) dengan pelajar perempuan (min = 0.91, SP = 0.11, n =153) iaitu t = - 0.57, df = 304, p > 0.05 tingkatan empat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dapatan ini selaras dengan kajian (Ahamad dan Arifin 2018) yang mendapati pengetahuan tentang penggunaan lestari adalah sama dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Ini bermakna PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 447


pelajar telah menerima maklumat yang sama tentang penggunaan lestari melalui sistem pendidikan yang sama. Dapatan ini turut disokong oleh kajian berkenaan penggunaan air lestari oleh (Hanifah Mohmadisa, Nasir, Yazid dan Siti Mariam 2017), yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan tentang penggunaan air lestari antara pelajar sekolah menengah dan universiti. Keadaan ini disebabkan oleh kesedaran semula jadi pelajar yang membawa kepada pembentukan tingkah laku yang baik dalam kalangan pelajar, serta ciri-ciri sosial dan budaya yang mempengaruhi tahap kepekaan terhadap persekitaran. Perbezaan Sikap Penggunaan Lestari Berdasarkan Jantina Dapatan Ujian T Dua Sampel Bebas seperti dalam Jadual 6 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap pelajar terhadap penggunaan lestari mengikut jantina. Keputusan yang diperolehi ialah nilai t (304) = - 12.16 dan nilai p = 0.00 (p < 0.05). Maka hipotesis nol (H02) ditolak. Sekiranya dilihat dari nilai min, keputusan menunjukkan tahap sikap pelajar lelaki dengan nilai min = 4.25 juga berbeza dengan pelajar perempuan iaitu min = 4.64. Hal ini menunjukkan bahawa secara signifikanya, tahap sikap penggunaan lestari pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. JADUAL 6. Perbezaan sikap penggunaan lestari pelajar mengikut jantina Pemboleh ubah Jantina N Min SP df t p Sikap Lelaki 153 4.25 0.27 304 - 12.16 0.00 Perempuan 153 4.64 0.28 Secara rumusanya, dapatan daripada Ujian T Dua Sampel Bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap penggunaan lestari antara pelajar lelaki (min = 4.25, SP =0.27, n =153) dengan pelajar perempuan (min = 4.64, SP = 0.28, n =153) iaitu t = - 12.16, df = 304, P < 0.05 tingkatan empat di Wilayah Persekutuan .Putrajaya. Dapatan ini konsisten dengan keputusan kajian yang dijalankan oleh (Shahariah Jamaliah & Zahariah 2017) berpendapat ini adalah perbezaan yang ketara dalam sikap terhadap alam sekitar berdasarkan jantina. Penyelidikan secara konsisten menunjukkan bahawa wanita mempunyai sikap proalam sekitar lebih tinggi daripada lelaki. Selain itu, dapatan kajian ini juga mendapati wanita cenderung untuk melibatkan diri dalam amalan penjimatan tenaga yang membawa kepada amalan penggunaan mampan. Memandangkan banyak kelebihan kitar semula (mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan, kos pelupusan sampah, penyimpanan tenaga dan sumber asli), pengetahuan, sikap, dan amalan wajar wanita memandangkan peranan aktif mereka sebagai pengurus rumah adalah penting (Moh, 2017). Perbezaan Amalan Penggunaan Lestari Berdasarkan Jantina Hasil Ujian T Dua Sampel Bebas seperti dalam Jadual 7 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap amalan penggunaan lestari dengan nilai t (304) = - 9.99 dan nilai p = 0.00 (p < 0.05). Maka hipotesis nol (H03) ditolak. Jika dilihat dari segi nilai min menunjukkan tahap amalan penggunaan lestari pelajar lelaki dengan nilai min = 2.97, manakala nilai min = 3.53 bagi pelajar perempuan. Maka secara PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 448


signifikanya, tahap amalan penggunaan lestari pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. JADUAL 7. Perbezaan amalan penggunaan lestari pelajar mengikut jantina Pemboleh ubah Jantina N Min SP df t p Amalan Lelaki 153 2.97 0.50 304 -9.99 0.00 Perempuan 153 3.53 0.48 Dapatan menunjukan bahawa amalan penggunaan lestari adalah tidak sama dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian oleh (Tong, Fandan dan Niu 2017) yang mendapati wanita lebih cenderung untuk menjimatkan air berbanding lelaki kerana amalan pemuliharaan air lelaki bergantung kepada sikap, usaha fizikal, dan norma sosial. Dapatan kajian ini turut disokong oleh melalui dapatan kajian yang telah dijalankan (Mariapan et al. 2019) menyatakan bahawa wanita secara umumnya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dengan penggunaan air berbanding lelaki. Hubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan pemboleh ubah iaitu pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Jadual 8 menunjukkan nilai pekali kolerasi yang diperoleh dari hasil analisis yang telah dijalankan. Hubungan antara pemboleh ubah dinilai dan dikategorikan berdasarkan Jadual Interpretasi Anderson (2011). Dapatan menunjukkan nilai pekali korelasi yang diperolehi bagi pemboleh ubah pengetahuan dan amalan pelajar terhadap penggunaan lestari adalah r = -0.07, p = 0.17 (p > 0.05). Dapatan ini menunjukkan tiada hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Maka hipotesis nol (H04) gagal ditolak. Seterusya, pengkaji juga telah menjalankan ujian Korelasi Pearson terhadap pemboleh ubah sikap dan amalan penggunaan lestari untuk mengetahui hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Nilai pekali korelasi yang diperolehi dari hasil analisis sikap dan amalan penggunaan lestari adalah r = 0.33, p = 0.00 (p < 0.05). Dapatan ini menunjukkan adanya hubungan pada tahap yang lemah antara kedua -dua pemboleh ubah. Maka hipotesis nol (H05) berjaya ditolak. Bagi mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan dan sikap pelajar terhadap penggunaan lestari dalam kalangan pelajar dapatan menunjukkan nilai pekali korelasi yang diperolehi adalah r = 0.05, p = 0.35 ( p > 0.05) menunjukkan tiada perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Maka hipotesis nol (H06) gagal ditolak. JADUAL 8. Hubungan antara pengetahuan,sikap dan amalan pelajar terhadap penggunaan lestari Korelasi Pearson Konstruk Pekali Korelasi (r) Tahap Signifikan Interpretasi Pengetahuan dan amalan - 0.07 0.17 Tiada korelasi Sikap dan amalan 0.33 0.00 Lemah Pengetahuan dan sikap 0.05 0.35 Tiada korelasi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 449


Secara rumusanya, Ujian Korelasi Pearson ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan amalan penggunaan lestari pada tahap kekuatan yang lemah. Walau bagaimanapun dapatan bagi ujian korelasi terhadap hubungan antara pengetahuan dan amalan serta hubungan antara pengetahuan dan sikap pelajar terhadap penggunaan lestari menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah tersebut. Ia jelas menunjukkan bahawa pengetahuan alam sekitar yang tinggi tidak mengubah tindakan ke arah yang lebih positif berkaitan dengan alam sekitar (Mahat et al. 2017). Penemuan ini tidak konsisten dengan penyelidikan yang dijalankan oleh (Barloa et al. 2016) mengenai pengurusan sisa pepejal, di mana dapatan kajian mendedahkan responden yang mempunyai skor pengetahuan yang lebih tinggi lebih berkemungkinan menunjukkan amalan yang baik. Dalam kajian ini, dengan tahap pengetahuan yang tinggi, pelajar cenderung untuk mempraktikkan secara sederhana dan kurang daripada mengamalkan penggunaan lestari yang tinggi. Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian lain yang mendapati walaupun tahap pengetahuan tinggi, ia tidak memberi kesan yang besar terhadap tingkah laku (Izzah et al. 2021; Janmaimool & Khajohnmanee 2019). Hubungan antara pengetahuan dan amalan berada pada tahap yang rendah, kerana pelajar boleh memilih antara berkelakuan baik, bertanggungjawab, atau langsung tidak mengambil berat tentang perlindungan alam sekitar. Menurut (Ahmad Nasir et al. 2020) ketiadaan role model contohnya artis atau individu berpengaruh menjadi faktor kepada tindakan yang tidak mementingkan perlindungan alam sekitar serta kurang menarik perhatian masyarakat kepada masalah perlindungan alam sekitar. Sekolah juga sering menganjurkan program kitar semula. Menurut Chong dan Mohammad Tahir (2019), pelajar mempunyai pemahaman yang sangat baik tentang tujuan dan faedah barangan kitar semula melalui aktiviti di sekolah namun masih belum diterjemahkan dalam kehidupan seharian sama ada di sekolah atau dirumah (Chong & Mohammad Tahir 2021). KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Keseluruhanya objektif kajian ini tercapai dalam menentukan tahap pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar dan mengenal pasti perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan penggunaan lestari berdasarkan jantina pelajar. Selain itu, kajian ini juga menganalisis hubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Secara ringkasnya, tahap pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan lestari dalam kalangan pelajar adalah tinggi, manakala tahap amalan pelajar adalah sederhana. Ini menunjukkan walaupun tahap pengetahuan mereka tinggi, pelajar tidak mengamalkan amalan penggunaan lestari, jadi dengan usaha gigih institusi pendidikan, kerajaan, bukan kerajaan dan masyarakat mereka mampu mewujudkan tabiat penggunaan lestari yang dicerminkan dalam gaya hidup nyata dalam penekanan aspek kelestarian alam sekitar. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan amalan penggunaan lestari antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan penggunaan lestari berdasarkan jantina. Walaupun tiada hubungan yang signifikan secara statistik antara pengetahuan dan amalan dalam penggunaan lestari, dalam realiti amalan sebahagian besarnya bergantung pada tahap pengetahuan dan maklumat yang diperoleh tentang mewujudkan pembangunan lestari. Dalam hal ini, institusi pendidikan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 450


khususnya sekolah boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran pelajar untuk memelihara alam sekitar khususnya dalam amalan penggunaan lestari. Oleh itu, usaha diperlukan untuk meningkatkan tahap ini. Selain pengetahuan, terdapat faktor lain yang menentukan sikap dan amalan pelajar terhadap penggunaan lestari, seperti peranan ibu bapa dan media. Kajian ini juga dapat memberi maklumat tambahan kepada pentadbir sekolah tentang kewujudan amalan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar berkaitan kelestarian alam sekitar, namun penglibatan pelajar masih kurang memberangsangkan dan kurang menyeluruh. Sokongan dan galakan pihak pentadbir sekolah adalah perkara yang sangat penting untuk merealisasikan konsep penggunaan lestari. Beberapa cadangan kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengukuhkan lagi penemuan berkaitan pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Cadangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penyelidik seterusnya pada masa hadapan termasuk menjalankan penyelidikan kualitatif, termasuk temu bual dengan pelajar, guru dan warga sekolah, untuk meneroka lebih mendalam sikap pelajar terhadap amalan penggunaan lestari. Dengan menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif, keputusan yang lebih tepat juga boleh dihasilkan. Selain daripada itu, untuk hasil yang lebih tepat dan komprehensif, kajian perlu diperluas dengan melibatkan pelajar dari seluruh negeri. Pembolehubah tambahan seperti tahap pendidikan (ijazah, lepasan ijazah), aliran pengajian (sains, seni, perdagangan, kejuruteraan dan lain-lain), tempat tinggal (bandar, luar bandar) pelajar bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk pengetahuan, sikap dan amalan ke arah penggunaan lestari. Menerapkan pemahaman konsep penggunaan lestari serta manfaat yang akan diperolehi sangat penting untuk memastikan bahawa negara Malaysia tidak terkecuali dalam mendukung usaha antarabangsa dalam kelestarian alam demi kesejahteraan komuniti global. Oleh kerana itu, penyampaian proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semestinya menyeronokkan dan sistematik untuk meningkatkan sikap positif pelajar terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Selain itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terlibat dalam penggubalan atau pengembangan kurikulum pendidikan khasnya dalam pendidikan sains seharusnya memberikan tumpuan kepada amalan pengajaran, program dan intervensi yang komprensif serta relevan untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap usaha memelihara serta memulihara alam sekitar. PENGHARGAAN Penulis mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (TRGS/1/2018/UKM/01/6/1). RUJUKAN Aguilar-Jurado, M. Á., Gil-Madrona, P., Ortega-Dato, J. F., & Zamorano-García, D. 2019. Effects of an educational glass recycling program against environmental pollution in Spain. International journal of environmental research and public health, 16(24), 5108. Ajzen, I. 1991. The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 451


Processes 50(2): 179–211. Ajzen, I. & Fishbein, M. 1980. Understanding Attitudes And Predicting Social Behavior. Prentice-Hall, Englewood Cliffs, New Jersey. Al-Rabaani, A., & Al-Shuili, A. (2020). Environmental Knowledge, Attitudes, and Behavior among Omani Post-Basic Education Students. European Journal of Social Sciences, 60(1), 29-38. Babaei, AA, Alavi, N., Goudarzi, G., Teymouri, P., Ahmadi, K., Rafiee, M., 2015. Pengetahuan, sikap dan amalan kitar semula isi rumah terhadap pengurusan sisa pepejal. Resour. Pemuliharaan. Kitar semula. 102, 94–100. Barloa, EP, Lapie, LP, de la Cruz, CPP, 2016. Pengetahuan, sikap dan amalan tentang pengurusan sisa pepejal dalam kalangan pelajar sarjana muda di universiti negeri Filipina. JEES 6 (6), 146–153. Chen, J. 2020. Environmental Education, Knowledge, and Awareness in China: A Case of Xiamen University Students. ASIANetwork Exchange, 27(1). Cho, M. 2019. Campus sustainability: An integrated model of college students’ recycling behavior on campus. International Journal of Sustainability in Higher Education. Choe, J. H., Kim, C. H., & Ri, G. H. 2020. An investigation on the environmental knowledge and attitudes of senior middle school students in the Democratic People’s Republic of Korea. International Research in Geographical and Environmental Education, 29(2), 146-162 Chu, Z., Wang, W., Wang, B., Zhuang, J., 2016. Penyelidikan tentang faktor yang mempengaruhi perbandaran kutipan berasingan sisa pepejal isi rumah: rangkaian kepercayaan Bayesian. Kelestarian 8 (2), 15 Competente, R.J.T.2019. Pre-service teachers' inclusion of climate change education. International Journal of Evaluation and Research in Education, 8(1) : 119-126. Corrado, L., Fazio, A., & Pelloni, A. 2022. Pro-environmental attitudes, local environmental conditions and recycling behavior. Journal of Cleaner Production, 132399. Creswell, J. W. 2012. Educational Research Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research, hlm. FOURTH EDI. UPPER SADDLE RIVER: pearson. Debrah, J. K., Vidal, D. G., & Dinis, M. A. P. 2021. Raising awareness on solid wastemanagement through formal education for sustainability: A developing countries evidence review. Recycling, 6(1), 6. Elbasiouny, H., Elbanna, B. A., Al-Najoli, E., Alsherief, A., Negm, S., El-Nour, A., Nofal, A., & Sharabash, S. (2020). Agricultural waste management for climate change mitigation: someimplications to Egypt. In Waste management in MENA regions (pp. 149-169). Springer, Cham. Escario, J. J., Rodriguez-Sanchez, C., & Casaló, L. V. 2020. The influence of environmental attitudes and perceived effectiveness on recycling, reducing, and reusing packaging materials in Spain. Waste Management, 113, 251-260. Ethel Sebastian Daraup, Mohammad Tahir Mapa, Abdul Hair Beddu Asis, Fionna George, Molia Sei Anak Dinggai. 2020. Pengurusan Sisa Pepejal Bandar: Penelitian Ke Atas Kerjasama Swasta dan Awam di Kuching, Sarawak. Jurnal Kinabalu, 63-63. EU Directive. Directive 2006/12/EC, on Definition of Waste. http://eurlex.europa.eu/legalcontent/EN/TXT/?uri=CELEX:32006L0012. [12 Mei 2022]. Fu, H., & Liu, X. 2017. A study on the impact of environmental education on individuals’ behaviors concerning recycled water reuse. Eurasia Journal of Mathematics, Science Technology Education, 13(10), 6715-6724. Gertsakis, J., & Lewis, H. 2003. Sustainability and the Waste Management Hierarchy: a discussion paper on the waste management hierarchy and its relationship to PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 452


sustainability. Discussion Papers, EcoRecycle Victoria, Melbourne. Haliza Abdul Rahman. 2017. Penglibatan Komuniti dalam Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management, 16(1), 13-22. Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi. 2017. Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 42(1). IPCC. 2021: Summary for Policymakers. In: Climate Change 2021: The Physical Science Basis. Contribution of Working Group I to the Sixth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (Masson-Delmotte, V., P. Zhai, A. Pirani, S. L. Connors, C. Péan, S. Berger, N. Caud, Y. Chen, L. Goldfarb, M. I. Gomis, M. Huang, K. Leitzell, E. Lonnoy, J.B.R. Matthews, T. K. Maycock, T. Waterfield, O. Yelekçi, R. Yu and B. Zhou (eds.)) : Cambridge University Press. In Press. Izzah, A.H., Wan Asrina, W.Y & Hairazi, R. 2021. Assessment of awareness and behaviour among secondary school students on climate change. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6) : 259 - 264. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.829 Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. 2016. Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. https://jpspn.kpkt.gov.my/resources/index/user_1/Perundangan/DPSPN.pdf [10 Mei 2022]. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. 2021. Anggaran Penjanaan Sisa Pepejal Mengikut Negeri. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/anggaran-penjanaan-sisapepejal-mengikut-negeri. [10 Mei 2022]. Jessica Dato, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim & Yazid Saleh. 2020. Pengetahuan dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar pra-sekolah. Akademia, 90(1), 3-13. Kaliyaperumal, K. 2015. Guideline for Conducting a Knowledge, Attitude and Practice (KAP) Study. Community Ophthalmology, hlm. 131–142. doi:10.1007/978-3-319-12874-0_10 Karami, S., Shobeiri, S. M., Jafari, H. & Jafari, H. 2017. Assessment of knowledge, attitudes, and practices (KAP) towards climate change education (CCE) among lower secondary teachers in Tehran, Iran. International Journal of Climate Change Strategies and Management 9(3): 402–415. doi:10.1108/IJCCSM-04-2016-0043 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 2005. Recycling in Malaysia. Dibentang pada Workshop on Capacity Building for Recycling Based Economy in APEC. http://hrd.apec.org/images/1/1a/65.8.pdf. [25 Mei 2022]. Khairul Baharudin & Sarah Aziz. 2020. Menganjak ke Satu Pengurusan Sisa Pepejal Secara Lestari di Kampus UKM Bangi, Selangor: Pertimbangan Awal. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Kollmuss, A. & Agyeman, J. 2002. Mind the Gap: Why do people act environmentally and what are the barriers to pro-environmental behavior? Environmental Education Research 8(3): 239–260. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1991). Malaysia. 2007. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/akta/Akta672y2007bm.pdf. [2 Mei 2022]. Meyer, A. 2015. Does education increase pro-environmental behavior? Evidence from Europe. Ecological economics, 116, 108-121. Min, C. O. & Mohammad Tahir Mapa. 2019. Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Bahang terhadap Program Kitar Semula. International Journal of Education, 4(33), 162-182. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 453


Min, C. O. & Mohammad Tahir Mapa. 2020. Penjanaan Komposisi Sisa Pepejal terhadap Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 174-187. Min, C. O. & Mohammad Tahir Mapa. 2021. Pengetahuan pelajar dan program kitar semula di sekolah menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Malaysian Journal of Society and Space 17(1): 255–267. Mohd Hamdan & Diana Demiyah. 2017. Perspektif pengguna sabah terhadap tahap alam sekitar. Jurnal Kinabalu. Muhammad Firdaus Zakaria, Raja Hisyamudin Raja Sulong, Osman Md Rasip. 2022. Melestarikan Pengurusan Sisa Pepejal Berdasarkan Pandangan Islam: Analisis Terhadap Amalan 3R. Journal of Islamic, 7(44), 73-89. Muhd Ibrahim, Durairaj Ehambron & Marlizah Yusuf. 2016. Tahap kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 aliran sains di daearah Hulu Selangor. Geografi, 4(2), 28-35. Murugan. 2019. Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula oleh Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal penyelidikan IPGK, 16, 1-16. Neuman, W. L. 2012. Basics of social research : qualitative and quantitative. (3rd ed.). Boston :Pearson. Nik Ramli. 2007. Employee involvement in EMS/ISO 14001 and its spillover effect in creating consumer environmentally responsible behavior. Unpublished master’s thesis). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. Noor. H. Cheku, Ibrahim Mamata & Mohd Yusri Ibrahim. 2017. Faktor Penentu Amalan Kitar Semula Generasi Y Di Terengganu. Sains Humanika, 9(3). Nor’aini Yusof, Suraiyati Rahman & Mohammad Iranmanesh. 2016. The environmental practice of resorts and tourist loyalty: The role of environmental knowledge, concern, and behaviour. Anatolia, 27(2), 214-226. Norshahida Akma Alias & Wan Nor Azilawanie. 2019. Analisis pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti tebing sungai Terengganu, Malaysia. Asian People Journal (APJ), 2(2), 105-117. Nur Aisyah Sobri & Haliza Abdul Rahman. 2016. Knowledge, attitude and practices on recycling activity among primary school students in Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Indian J. Environ. Prot, 36, 792-800. Nurul Adilah & Faizal Zulhumadi. 2017. Kitar semula: Pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap pengurusan sisa pepejal. Nurul Adilla & Kadaruddin Aiyub 2021. Matlamat Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) daripada Perspektif Guru Geografi KSSM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 54-64. Nur Azliani Haniza, Ayoup, H., Noor Asma, & Fathiyah. 2018. Program tranformasi luar bandar: Pendidikan dan pelaksanaan amalan kitar semula di Kampung Jeruju Kedah. 140-148. Park, HJ, & Lin, LM (2020). Meneroka sikap–tingkah laku jurang dalam penggunaan lestari: Perbandingan produk fesyen kitar semula dan kitar semula.Jurnal Penyelidikan Perniagaan, 117,623– 628.https://doi.org/10.1016/j.jbusres. 2018.08.025 PBB. (2016). Mengubah dunia kita: Agenda 2030 untuk pembangunan mampan. https://sustainabledevelopment.un.org/content/documents/21252030%20Agenda%20f or% 20Sustainable%20Development%20web.pdf PBB. (2020). Penggunaan dan pengeluaran yang mampan. https://sdgs.un.org/topics/sustainable-consumption-and production PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 454


Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). 2022. Kadar Kitar Semula Kebangsaan Mengikut Tahunan https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/kadar-kitar-semula-kebangsaanmengikut-tahunan [25 Mei 2022]. Pires, A., Martinho, G., Rodrigues, S., & Gomes, M. I. 2019. Sustainable solid waste collection and management. Springer International Publishing Switzerland. Quoquab, F., Mohammad, J., & Sukari, NN (2019). A skala berbilang item untuk mengukur konstruk "tingkah laku penggunaan mampan": Pembangunan dan penilaian psikometrik.Jurnal Pemasaran dan Logistik Asia Pasifik, 31(4), 791– 816.https://doi.org/10.1108/ APJML-02-2018-0047 Rodić, L., & Wilson, D. C. 2017. Resolving governance issues to achieve priority sustainable development goals related to solid waste management in developing countries. Sustainability, 9(3), 404. Safari, A., Salehzadeh, R., Panahi, R., & Abolghasemian, S. 2018. Multiple pathways linking environmental knowledge and awareness to employees’ green behavior. Corporate Governance: The international journal of business in society. Salvatore, D. 1982. Statistics and Econometrics. New York : McGraw-Hill. Schill, M., Godefroit-Winkel, D., & Hogg, M. K. 2020. Young children’s consumer agency: The case of French children and recycling. Journal of Business Research, 110, 292- 305. Siti Khatijah Zamhari & Christopher Perumal. 2016. Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(12), 10-24. Siti Nur Diyana Mahmud. 2017. Bebas beg plastik, sediakan alternatif. Retrieved from: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/bebas-beg-plastik-sediakan-alternatif1.435023. Siti Sarah Jamil & Nur Syuhada Mustakim. 2018. Kaji selidik awam: Persepsi orang awam terhadap pelaksanaan polisi kerajaan negeri “Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari” di Pulau Pinang. Retrieved from: http://www.pgc.com.my/pga/public-survey. Situmorang, R. O. P., Liang, T. C., & Chang, S. C. 2020. The difference of knowledge and behavior of college students on plastic waste problems. Sustainability, 12(19), 7851. Šorytė, D., & Pakalniškienė, V. 2021. Environmental Attitudes and Recycling Behaviour in Primary School Age: The Role of School and Parents. Psichologija, 63, 101-117 Sun, L., Yang, S., Li, S., & Zhang, Y. 2020. Does education level affect individuals' environmentally conscious behavior? Evidence from Mainland China. Social Behavior and Personality: an international journal, 48(9), 1-12. Tchobanoglous, G., Theisen, H., & Vigil, S. 1993. Integrated solid waste management: engineering principles and management issues. McGraw-Hill, Inc. Tzschentke, N. A., Kirk, D., & Lynch, P. A. 2008. Going green: Decisional factors in small hospitality operations. International Journal of Hospitality Management, 27(1), 126- 133. Unit Perancang Ekonomi. 2021. Rancangan Malaysia Kedua Belas : 2021-2025. Wang, H., Liu, X., Wang, N., Zhang, K., Wang, F., Zhang, S., Wang R., Zheng, P., & Matsushita, M. 2020. Key factors influencing public awareness of household solid waste recycling in urban areas of China: A case study. Resources, Conservation and Recycling, 158, 104813 Wilson, D. C., & Velis, C. A. 2015. Waste management–still a global challenge in the 21st century: An evidence-based call for action. Waste Management & Research, 33(12), 1049-1051. Zaini Sakawi, Sofia Ayup & Mohd Fauzi Sukimi. 2017. Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Geografia, 13(4). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 455


Zorpas, A. A., Voukkali, I. & Loizia, P. 2017. Effectiveness of waste prevention program in primary students’ schools. Environmental Science and Pollution Research 24(16): 14304–1431 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 456


Click to View FlipBook Version