The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

himpunan artikel-artikel kajian pelajar-pelajar sarjana pendidikan sains

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazurah, 2023-01-17 07:29:36

PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023

himpunan artikel-artikel kajian pelajar-pelajar sarjana pendidikan sains

Tian, Hong; Liu, Xinyu. Pro-Environmental Behavior Research: Theoretical Progress and Future Directions. International Journal of Environmental Research and Public Health; Basel Vol. 19, Iss. 11, (2022): 6721. Tong, Y., Fan, L., & Niu, H. (2017). Water conservation awareness and practices in households receiving improved water supply: A gender-based analysis. Journal of cleaner production, 141, 947-955. U. Mariapan, H. Mahat, N. Nayan, F. S. Kemanusiaan, U. Pendidikan, and S. Idris, “Kajian Penggunaan Air Secara Lestari dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah,” no. 6, pp. 31–40, 2018. Unerstanding the Key Factors That Influence Efficient Water-Saving Practices among Tourists: A Mediterranean Case Study Maria Torres-Bagur *, Anna Ribas and Josep Vila-Subirós Department of Geography and Environment Institute, University of Girona, Pl. Ferrater Mora 1, 17004 Girona, Spain; [email protected] (A.R.); [email protected] (J.V.-S.), 2020 Weissenberg, A.; Redington, N.; Kutyla, D. The Staying Power of Sustainability Tourism, Hospitality and Leisure. Balancing Opportunity and Risk in the Hospitality Industry; Deloittle: New York, NY, USA, 2008. Whitley, C.T.; Takahashi, B.; Zwickle, A.; Besley, J.C.; Lertpratchya, A.P. Sustainability behaviors among college students: An application of the VBN theory. Environ. Educ. Res.; 2018; 24, pp. 245-262. Yosfadri, M. S., & Hashim, N. M. (2019). Perbandingan Penggunaan Air Antara Bandar dan Luar Bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1-10. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 291


Pengetahuan Dan Kompetensi Guru Sains Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Knowledge And Competence of Science Teachers in The Implementation of Problem-Based Learning Rajamani Subramaniam & Siti Nur Diyana Mahmud* ABSTRAK Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) berimpak tinggi dalam memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dan meningkatkan kebolehan untuk menganalisis dan menilai dalam kalangan murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara pengetahuan dan kompetensi guru-guru sains dalam pelaksanaan PBM. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Data kajian dikutip melalui soal selidik yang mengandungi 20 item. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) for Windows versi 22. Sampel kajian ini terdiri daripada 164 guru sains dari Zon Sentul, Kuala Lumpur. Dapatan dilaporkan dalam bentuk stastik deskriptif seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi seperti korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan min pengetahuan (min=4.0140) dan min kompetensi (min=4.0171). Analisis ujian korelasi person menunjukkkan terdapat hubungan yang positif dan sangat kuat antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan PBM. Kesimpulannya, tahap pengetahuan mempengaruhi kompetensi guru. Pengetahuan PBM yang tinggi meningkatkan kompetensi guru-guru sains dalam pelaksanaan PBM. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa cadangan kajian lanjutan. Implikasi kajian menyarankan ketua panitia atau ketua bidang sains untuk mempergiatkan lagi latihan, bengkel serta perkongsian maklumat berkaitan PBM bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kompetensi guru-guru sains dalam pelaksanaan PBM. Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Masalah; Pengetahuan Guru Sains; Kompetensi Guru Sains ABSTRACT Problem-Based Learning (PBL) has high impacts in cultivating higher order thinking skills and improving students’ ability to analyse and evaluate. This study aims to identify the relationship between the knowledge and competence of science teachers in the implementation of PBL. This study is a descriptive study using a survey design. Research data was collected through a questionnaire containing 20 items. Data was analysed using Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) for Windows version 22. The sample of this study was 164 science teachers from Sentul Zone, Kuala Lumpur. Findings are reported in the form of descriptive statistics such as frequency, percentage, mean and standard deviation and inferential statistics such as Pearson correlation. The results of the study show mean knowledge (mean=4.0140) and mean competence (mean=4.0171). The analysis of the person correlation test shows that there is a positive and very strong relationship between the knowledge and competence of science teachers in the implementation of PBM. In conclusion, the level of teachers’ knowledge influences the teacher's competence in the implementation of PBL. Higher level of PBL knowledge increases teachers’ competence in the implementation of PBL in school. This study also recommends some suggestions for further research. Implication of this study suggests that school’s science committee heads or field heads can further intensify training, workshops and information sharing sessions on PBL to increase teachers’ knowledge in PBL, thus enhance their competence in implementing PBL. Keywords: Problem Based Learning; Science Teachers’ Knowledge; Science Teachers’ Competence Rajamani Subramaniam Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Siti Nur Diyana binti Mahmud* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 292


PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memantapkan pelbagai strategi bagi memastikan pendidikan anak-anak Malaysia pada tahap yang dinamik dan progresif. Ekoran daripada itu KPM telah membangunkan pelan tindakan yang berfokus untuk membentuk dan mengaplikasikan dalam skop kandungan pelajaran dan pentaksiran abad ke-21 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan Malaysia tampuk inovasi akan terhasil dengan kerjasama pelbagai pihak. Namun demikian guru adalah pihak yang berperanan utama menjunjung hasrat tersebut. Menurut Buku Panduan Standard Kualiti Pendididkan Gelombang 2 (SKPMg2) yang diterbitkan pada 2017 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia, standard 4 yang berfokus kepada pembelajaran dan pemudahcaraan meminta guru memajukan bakat, potensi murid secara holistik pada tahap optimum dengan kadar berterusan. Bagi menggantikan sistem konvensional, KPM bertekad mengembangkan pembelajaran abad ke-21 yang berfokus kepada pembelajaran berpusatkan murid di sekolah-sekolah seluruh negara. Pendekatan berpusatkan guru dan konvensional misalnya kuliah, menghafal serta menyalin isi-isi topik sahaja tidak berkesan dalam sistem pembelajaran murid (Fatin Adilina, 2018). Menurutnya lagi pengajaran dan pembelajaran konvensional akan membantutkan proses pembelajaran dan menjadikan murid individu yang pasif kerana murid tesebut menerima maklumat yang disuapkan sahaja tanpa pencarian kendiri. Menurut Fajari (2020) pula, tiada peluang bagi murid mencetuskan kemahiran kritis daripada pembelajaran secara pasif kerana murid hanya memasukkan isi kandungannya ke dalam ingatan. Akibatnya, dalam proses pembelajaran murid tidak mampu berfikiran sepenuhnya secara kritis dan kreatif. Justeru pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan oleh guru mendasari pembelajaran abad ke- 21(PAK21) ( Jalil et al. 2019). Kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi merupakan pokok kepada pembelajaran abad ke-21 (Jessica & Zamri, 2021). Pembelajaran abad ke- 21 turut mengasahkan kemahiran berfikir aras tinggi (Sylviana & Mistima, 2020). Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) adalah PdP yang berunsurkan ciri-ciri PAK21. Ia ditafsirkan sedemikian kerana PBM memberi peluang kepada murid mencari jalan penyelesaian kepada suatu masalah. Sehubungan dengan itu, murid akan mengimplikasikan kemahiran berfikir kritis bagi memperoleh pengetahuan dan isi kandungan pelajaran (Darhim et al. 2020). Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) ialah satu kaedah yang menyokong penuh kemahiran menyelesaikan masalah dan mengalakkan pemikiran kreatif dan kreativiti yang berperanan sebagai acuan bagi anak-anak di bangku sekolah lagi. Bidang pendidikan adalah asas dalam pembekalan tenaga kerja pada masa depan. Ekoran daripada perkembangan Revolusi Industri 4.0 sektor pendidikan turut berkembang luas. Permintaan pasaran modal kerja berpaksikan Revolusi Industri 4.0 adalah penekanan terhadap sektor pendidikan dimana ia menjadi satu permintaan agar tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi penghasilan modal insan yang mampu menempuh rintangan abad ke-21 (Robyn, 2014). Kaedah sedemikian kurang berkesan dengan gaya hidup generasi kini terutamanya dengan kewujudan teknologi-teknologi yang cangih. Sementara itu, Montgomery (2000), menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme PBM adalah pendekatan pembelajaran yang paling banyak merangsangkan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 293


atau stimulasi dalam membentuk kognitif murid dalam melahirkan seorang individu yang lebih bersifat ingin tahu. Selain daripada itu, PBM berjaya membangkitkan motivasi dan minat murid supaya proses pembelajaran diteruskan. PBM juga menyokong murid menyelesaikan rintangan yang ditempuh dalam keadaan sebenar dalam suasana pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin, et al, 2005). Murid yang melalui PBM dapat menganalisis dan menyelesaikan masalah serta membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Tse dan Chan, (2003) pendekatan PBM paling efektif dalam memperkasa pengetahuan dan pengertian murid secara teknikal. PBM memberi laluan kepada murid-murid dalam mengamalkan cara pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri mencorakkan unsur-unsur yang menentukkan kehidupan masa depan anak-anak murid. Sementara itu, kerjasama yang diamalkan untuk subjek sains dalam kumpulan dapat meningkatkan potensi pembelajaran seseorang murid. Peranan guru amat penting semasa proses pengajaran berasakan masalah. Guru merupakan tulang belakang dalam pelaksanaan PdP. Guru akan mempengaruhi dan memberi impak yang besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran PBM dengan sikap dan perilakunya. Tugas guru lebih daripada menyampaikan kandungan kurikulum kepada murid. Guru memberi garis panduan bagi tugasan dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah yang wujud terutamanya dalam mata pelajaran sains. Guru merupakan tunggak dan sumber utama bagi murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Perancangan yang rapi oleh guru membantu murid yang berlainan tahap pencapaian individu, kumpulan dan keseluruhan kelas. Kenyataan ini turut disokong oleh kajian Habsah (2014). Justeru, warga pendidik bertanggungjawab melaksanakan pelbagai pendekatan dalam proses pembentukkan murid yang berkualiti dan holistik serta membekalkan tenaga pekerja yang bertaraf global. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) menggunakan prinsip konstruktivisme untuk memupuk aplikasi sebelumnya dengan pengetahuan, pembelajaran kolaboratif, dan penglibatan aktif murid. Bagi memulakan aktiviti PBM, sekelompok kecil murid menyelesaikan masalah dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam PBM prosesnya, bermula daripada murid menganalisis masalah dan jua mengenal pasti fakta yang relevan (Zhou, 2018). Masalah dalam aktiviti PBM sepatutnya merupakan isu biasa yang berkaitan dengan kerja atau situasi termasuk maklumat yang hilang atau jawapan yang tidak jelas seperti kajian kes tidak berstruktur. Pendekatan yang berpusatkan murid ini akan menyuntik sifat ingin tahu murid. Sehubungan dengan itu, murid-murid akan menguatkan lagi usaha dan bermotivasi dalam pembelajaran. Suzan (2021) dalam kajiannya juga menyatakan bahawa PBM menyediakan strategi yang ideal untuk menarik perhatian pelajar dengan masalah sebenar dan menyediakan medium pembelajaran yang pelajar akan dapati bermakna dan boleh digunakan untuk peranan mereka. (Chicca & Shellenbarger, 2018) yang menyatakan bahawa PBM menyediakan strategi yang ideal untuk menarik perhatian murid dengan masalah sebenar dan menyediakan medium pembelajaran bagi murid-murid. Senario ini membuka ruang kepada murid-murid untuk menjelajah serta menyahut cabaran-cabaran yang bakal ditemui oleh murid. Ini juga dikategorikan sebagai salah satu proses kemenjadian murid yang diilhamkan dalam PPPM 2013-2025. Amalina (2018) menyimpulkan bahawa kemahiran pelaksanaan guru masih lagi berada pada tahap sederhana walaupun sikap guru positif dan tahap pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi. Turut didapati bahawa guru-guru memerlukan pendedahan tentang pelaksanaan PBM di dalam kelas. Penerimaan guru-guru sains agak baik cuma guru dapat PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 294


menguasai dan melaksanakan PBM dengan baik. Guru seharusnya perlu melengkapkan diri dari segi pengetahuan , kemahiran pelaksanaan dan sikap yang positif dalam pendekatan pengajaran agar pembelajaran berkesan dapat direalisasikan. Lantaran itu, kajian Hubungan pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah perlu ditinjau agar pelaksanaan PBM di sekolah dapat dilaksanakan secara optima. Banyak kajian dijalankan untuk mengkaji tentang pelaksaanaan dan keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah namun kurang pengetahuan dan kompetensi golongan guru. Lantas, terdapat keperluan untuk melasanakan kajian tentang tahap pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Tujuan kajian Mengkaji hubungan antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. 2. Mengenalpasti tahap kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. 3. Mengenalpasti hubungan diantara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah . Hipotesis H0 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan PBM H1 Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan PBM TINJAUAN LITERATUR Matapelajaran sains memberi penekanan pada pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) yang berpaksikan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah disamping menyuburkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir seperti yang ditekankan dalam pembelajaran abad ke-21 ( Kamariah et. al., 2018). Pembelajaran berasaskan masalah banyak membantu murid belajar konsep sains dengan mudah dan berkesan. Maka, dicadangkan agar pengajaran sains di sekolah haruslah dikendalikan dengan lebih kerap dan efeksif. Pelbagai aktiviti hands on serta minds on perlu diselitkan melalui pendekatan PBM. Dapatan ini turut disokong oleh (Najwa, 2020). Menurut beliau, kaedah yang dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains ini ialah menerusi kaedah perbincangan di mana guru bertindak sebagai PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 295


fasilitator membimbing murid menjawab soalan-soalan yang yang dikemukakan agar murid dapat meneroka idea untuk merangsang pemikiran mereka dan dapat menyelesaikan tugasan dengan hasil dapatan masing-masing. Guru sains memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan pelaksanaan pendidikan abad ke-21 sepertimana yang telah dilaksanakan di kebanyakkan negara lain. Azalida (2018) mengatakan bahawa para pendidik sentiasa perlu bersedia dengan pelaksanaan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan kerana guru merupakan tonggak bagi pelaksanaan yang diharapkan. Hakikatnya, pendidik bukan sahaja di peringat rendah malahan di peringkat institusi tinggi perlu bersedia untuk memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang menjurus kepada bidang pendidikan. Hal ini kerana apabila guru-guru sains mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran guru akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab pendidik. Seterusnya pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dapat dijayakan dalam kalangan murid-murid. Peranan guru sains amat penting dalam pelaksanaan PBM. Pendedahan bidang sains kepada murid di peringkat awal sangat penting kerana akan memberikan mereka pengalaman dan pengetahuan malah dapat membantu mereka untuk pembelajaran yang berterusan ( Rahmad et. al. 2019). Murid akan membina minat terhadap sains dan mengekalkan minat tersebut hingga ke peringkat institusi pendidikan tinggi kerana pengalaman mereka mengenai sains pada waktu kecil lebih diingati (Aqmarollah 2021). Kajian pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan pendekatan PBM membentukkan prestasi akademik yang membanggakan disamping meninggkatkan proses pemikiran murid dalam setiap mata pelajaran. Tambahnya lagi, golongan murid sepatutnya didedahkan dengan pelbagai jenis teknik PdP agar minat dan motivasi dapat dikekalkan sepanjang tempoh persekolahan. Sementara itu, murid juga dapat pembelajaran kendiri dengan pengalamannya sendiri melalui proses PdP yang berpusatkan murid dan lebih menarik. Kekreatifan dalam mempelbagaikan pendekatan, gaya, kaedah dan teknik mempengaruhi tahap pembelajaran serta tahap pencapaian murid (Farah 2019). Kajian lepas yang menyiasat keberkesanan PBM dengan pencapaian murid dalam matapelajaran sains menunjukkan penghasilan pencapaian lebih tinggi berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Kajian tersebut menyatakan bahawa pendidik dapat membaiki pedogogi seterusnya mereka bentuk kurikulum tentang cara pembelajaran konstruktivisme, strategi serta amalan abad ke-21 bagi mempengaruhi prestasi murid (Wael & Ruhizan 2022). Berdasarkan kajian tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru, tahap rendah tentang teori-teori pendekatan PBD. Menurutnya lagi guru-guru perlu mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan PBM kerana PdP PBM lebih efektif lagi sekiranya guru memperhalusi pendekatan tersebut dengan lebih terperinci lagi. Tambahnya lagi, dalam bidang pendidikan, tidaklah hairan jika dikatakan pencapaian murid dalam sains mempengaruhi dengan kualiti gurunya (Ameliana 2018). Dalam kajian, penilaian terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan Kemahiran Pemudahcara pengkaji menganggap bahawa PBM bukanlah ciri biasa di sekolah menengah Malaysia, oleh itu adalah perlu untuk memudahkan kelas PBM untuk guru-guru supaya mereka memperoleh kepakaran dan pengalaman dengan PBM. Guruguru sudah biasa dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran tradisional, mereka boleh dilihat sebagai dalam Zon Perkembangan Proksimal, dan berkemungkinan boleh dilaksanakan PBM di sekolah mereka sendiri, jika dibekalkan dengan beberapa panduan tentang kemahiran pemudahcara (Miranda 2018). Kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 296


PBM terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi merumuskan bahawa PBM mendukung kebolehan menaakul yang sangat bermanfaat dalam kehidupan harian. PBM memaksimumkan kebolehan kognitif murid dan memberi peluang untuk menjana buah fikiran yang menggambarkan pemahaman terhadap permasalahan (Farah 2019). Kajian Aliyu (2019) mendapati guru berdepan dengan cabaran semasa melaksanakan PBM kerana memerlukan rancangan yang baik dan rapi serta perancangan tentang kekerapan masa bagi PBM. Isu dan cabaran guru turut dibincangkan dalam kajian Cwynar (2020). Guru-guru perlu diberi peluang untuk mengembangkan ilmu PBM untuk memahami maksud pemudahcaraan dalam pembelajaran. Persepsi negatif guru turut dibincangkan dan dikatakan guru menghadapi cabaran mengurus dinamik kumpulan, meluaskan keyakinan dan pengalaman. (Doherty et al, 2018). METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Pengkaji mengunakkan reka bentuk kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan dalam bentuk Google Form. Kaedah tinjauan membolehkan jawapan dikumpul terus daripada responden sendiri secara mudah dan cepat. Maka kaedah ini dikategorikan kepada hasil kajian yang bermakna dan lebih jelas dalam menjawab objektif kajian dari segi pola hubungan pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Sample kajian Pengaji memilih populasi kajian daripada guru-guru sains sekolah di Zon Sentul, Kuala Lumpur. Jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) digunakan dalam menentukkan bilangan responden. Seramai 164 orang guru adalah mencukupi untuk mewakili sampel kajian yang terdiri daripada 290 guru. Untuk tujuan mendapatkan sampel daripada keseluruhan populasi kajian, kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan. Kesemua sekolah rendah dan menengah telah dipilih berpandukan senarai nama sekolah harian Zon Sentul daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur. Kaedah Pengumpulan Data Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk self-administered. Data untuk kajian ini dikumpulkan dari responden melalui soal selidik. Tinjauan soal selidik adalah kaedah pengumpulan data yang popular untuk penyelidikan akademik. Kaedah ini dipilih kerana mempunyai kemampuan untuk dikembangkan dalam masa yang lebih sedikit (Rutberg dan Bouikidis, 2018). Soal selidik mampu mengumpulkan data dari sebilangan besar responden, memungkinkan banyak soalan yang diajukan mengenai sesuatu subjek, memberikan fleksibiliti yang luas dalam analisis data dan akhirnya, menjimatkan kos (Rahi, 2017). Penggunaan Internet yang semakin meningkat telah menjadikan soal selidik berasaskan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 297


dalam talian sebagai alternatif yang jelas daripada soal selidik kertas (Ebert et al., 2018). Soal selidik dibentuk secara dalam talian melalui Google Form bagi melaksanakan kajian ini. Pengumpulan data melalui tinjauan dalam talian memiliki berpotensi untuk mengumpulkan sejumlah besar data dengan cekap. Hal ini kerana kekurangan memindahkan data bertulis ke komputer, memerlukan sumber manusia yang rendah usaha semasa mengumpulkan atau mengurus data serta jangka masa pendek ( Regmi 2016). Pendekatan tinjauan dalam talian juga sangat berguna semasa mengumpulkan data dari populasi yang sukar dijangkau. Kajian berasaskan web terbukti dapat menurunkan kos pengumpulan data, menarik, terutama dalam tinjauan berdasarkan populasi yang besar (Ebert et al., 2018). Soal selidik menjadi instrumen kajian dalam kajian ini. Objektif kajian menjadi rujukan bagi setiap item yang dibina dalam soal selidik adalah berlandaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat iaitu pengetahuan dan kompetensi guru sains terhadap pembelajaran berasaskan masalah. Item yang dibina adalah diadaptasi daripada kajian yang dibuat oleh Nor Amalina Ab Hakim (2018) dan juga daripada Lian Ai Chen dan Nor Damsyik Binti Mohd Said (2018) serta Mely Cholifatul Janah (2018). Kajian berkaitan demografi responden, pengetahuan dan kompentensi dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Item soal selidik bagi guru mengandungi 20 item yang menggunakan skala likert lima mata. Soal selidik dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan C. Bahagian A meliputi soalan tentang latar belakang responden seperti jantina, umur, bangsa, status tempat perkhidmatan dan maklumat sumber pendedahan guru tentang PBM. Bahagian B meliputi 10 item soalan berkenaan pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Bahagian C pula meliputi 10 item soalan berkenaan kompetensi pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pengajaran sains. Kaedah Analisis Data Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Analisis diskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Menurut Mohd Majid (2004), nilai cronbach alpha melebihi 0.60 sering digunapakai sebagai index kebolehpercayaan dalam sesuatu kajian. Analisis kebolehpercayaan item instrumen telah dijalankan bagi kajian ini dan hasil analisis alpha cronbach aras kebolehpercayaan item bagi instrumen kajian ini adalah 0.763. Justeru instrumen kajian ini adalah sesuai untuk digunakan. Justeru instrumen kajian ini adalah sesuai untuk digunakan. Aras kebolehpercayaan item bagi item pengetahuan adalah 0.863 dan kompetensi 0.867. Justeru instrumen kajian ini adalah sesuai untuk digunakan. Semua data yang dikumpulkan untuk kajian ini diperoleh daripada maklumbalas yang diberikan oleh responden dalam set soal selidik. Maklumbalas yang dikumpulkan dipindahkan ke excel. Menurut Mohd Najib (2003), analisis deskriptif menerangkan ciri sample menggunakan stastik asas seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai sebagai dapatan kajian awal. Oleh itu, ia digunakan untuk data demografi dan jawapan responden kepada soal selidik. Min ialah purata yang diperoleh dengan menambahkan semua skor bagi sesuatu item dan dibahagi dengan jumlah responden atau item. Korelasi adalah penting bagi mendapatkan hubungan antara dua pembolehubah. Oleh itu, kajian ini menggunakan Ujian Korelasi Person(r) bagi tujuan melihat hubungan antara pengetahuan dan kompetensi. Menurut Chua (2006), perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dinyatakan sebagai korelasi dan kekuatan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 298


sesuatu korelasi diwakili oleh pekali korelasi dalam ujian korelasi. Pengujian andaian ditentukan pada aras signifikan (alpha level) 0.05. Ini bermakna kajian ini membenarkan ralat hanya pada 5 peratus sahaja. Menurut Khalid Johari (2003), nilai pekali 1 menyatakan wujudnya hubungan yang sempurna antara pembolehubah yang dikaji. Manakala, nilai pekali yang hampir dengan 0 pula menunjukkan hubungan yang lemah. Secara umumnya jadual di bawah menjelaskan statistik yang digunakan bagi menjawab setiap objektif kajian. Objektif Kajian Kaedah Analisis Statistik 1 Tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah . frekuensi, peratus min, sisihan piawai 2 Tahap kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah . frekuensi, peratus min, sisihan piawai 3 Hubungan antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah Korelasi pearson DAPATAN DAN PERBINCANGAN Seramai 164 responden yang terdiri daripada 58 buah sekolah di Zon Sentul, Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Seramai 86 responden adalah lelaki iaitu 52.0% dan 78 responden ialah guru perempuan iaitu 48.0%. Majoriti responden adalah guru lelaki. Daripada demografi responden didapati 72 responden ialah guru mengajar di sekolah rendah iaitu 43.9% dan 92 responden ialah guru-guru sekolah menengah iaitu 56.1%. Profile berdasarkan tempat berkhidmat pula didapati 72 iaitu 43.9 % responden berkhidmat di sekolah rendah dan 92 iaitu 56.1% pula berkhidmat di sekolah menengah. Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga dilihat berdasarkan kepada pendedahan yang diperolehi responden tentang PBM. Analisis menunjukkan seramai 35 sample iaitu 21.4% sumber pendedahan PBM adalah daripada pembelajaran kendiri. Seramai 32 responden memperolehi pendedahan melalui kursus PBM daripada KPM, JPN dan PPD iaitu 19.5%. Pendedahan PBM daripada kursus dalaman adalah seramai 97 responden iaitu 59.1%. Seramai 35 iaitu 21.4% responden menerima pendedahan PBM melalui pembelajaran kendiri. Seramai 32 pula menerima kursus PBM daripada KPM, JPN atau PPD 32 responden iaitu 19.5%. JADUAL 1. Taburan jantina, tempat berkhidmat dan pendedahan PBM. Item Kekerapan Peratus% Jantina Lelaki Perempuan 86 78 52.0 48.0 Tempat berkhidmat Rendah Menengah 72 92 43.9 56.1 Pendedahan PBM Pembelajaran kendiri Kursus dalaman Kursus KPM/JPN/PPD 35 97 32 21.4 59.1 19.5 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 299


Persoalan kajian 1 Apakah tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah? JADUAL 2. Skor min tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Aspek N Mean Std. Deviation Std. Error Mean Interprestasi Pengetahuan 164 4.0140 .66581 .05199 Tinggi Berdasarkan jadual 2 skor min bagi tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah pada tahap kedudukan skor min tinggi, iaitu min 4.0140 dan sisihan piawai 0.66581. Ini bermakna pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan PBM pada tahap yang tinggi. JADUAL 3. Taburan peratusan, min, sisihan piawai dan tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan PBM. Item Min Sisihan piawai Inteprestasi 1. Saya maklum tentang definisi Pembelajaran Berasaskan Masalah. 4.1524 .80333 Tinggi 2. Saya maklum tentang objektif Pembelajaran Berasaskan Masalah. 4.0122 .77529 Tinggi 3. Saya maklum tentang ciri-ciri utama Pembelajaran Berasaskan Masalah. 3.9390 .74054 Tinggi 4. Saya maklum perbezaan antara pelaksanaan aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan aktiviti pembelajaran konvensional sains. 3.9085 .72479 Tinggi 5. Saya maklum tentang persiapan awal seseoran guru sains sebelum Pembelajaran Berasaskan Masalah dilaksanakan. 4.0488 .78173 Tinggi 6. Saya maklum perbezaan antara Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan Pembelajaran Berasaskan Projek. 4.1890 .76399 Tinggi 7. Saya maklum implikasi pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah terhadap murid. 4.0793 .79094 Tinggi 8. Saya maklum langkah-langkah pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah. 3.8902 .73487 Tinggi 9. Saya maklum kesesuaian melaksanakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. 3.9512 .76587 Tinggi 10. Saya maklum peranan guru dalam melaksanakan aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah. 3.9695 .68663 Tinggi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 300


Jadual 3 menunjukkan skor min item bagi tahap pengetahuan guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Dapatan ini selaras dengan kajian Fadilla dan Zamri (2019), yang menyatakan bahawa tahap pengetahuan guru adalah tinggi. Dapatan ini bercanggah dengan kajian Amalina (2018), dapatannya menunjukkan bahawa pengetahuan guru sains terhadap pelaksanaan PBM berada pada tahap sederhana. Pengetahuan ditafsirkan sebagai maklumat atau kesedaran yang dikumpulkan menerusi pendidikan atau pengalaman. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains mempunyai maklumat atau kesedaran yang banyak tentang definisi PBM, objektif PBM, ciri-ciri PBM, perbezaan antara pelaksanaan PBM dengan pembelajaran konvensional serta pembelajaran berasaskan projek, pelaksanaan dan implikasi PBM. Pengetahuan ini membawa kefahaman guru yang tinggi terhadap PBM. Pengetahuan, kemahiran serta personaliti seorang guru memupuk kompetensi murid kerana faktor-faktor tersebut mempunyai kelebihan dan membantu kemenjadian murid secara holistik Amelia (2019). Walaupun PBM memerlukan guru berpengetahuan dalam membuat persiapan awal yang rapi supaya murid tidak keliru dan proses PdP berjalan lancar. Namun, ada diantara guru-guru yang mengalami beberapa cabaran dalam pemantauan terhadap murid-murid yang berterusan sepanjang proses PBM, masa yang lama menunggu respon murid dan tidak semua guru boleh menjadi penasihat yang baik kerana PBM memerlukan fasilitator yang berdedikasi, rajin dan terlatih. Menurut Ghufron & Ermawati (2018) PBM membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pembelajaran kendiri, keyakinan diri dan motivasi, tanggungjawab murid dalam pembelajaran. Murid jua mudah berkongsi idea, meneroka banyak sumber pembelajaran untuk menyelesaikan masalah serta murid mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran. Pengetahuan guru menjurus kepada kelengkapan diri seseorang guru dari aspek ilmu, kemahiran dan kepakaran yang disepadukan mengikut kehendak semasa. Pendidikan abad ke-21 mendesak setiap guru menyahut peluang untuk menjadi pemimpin ilmu yang mampu merangsangkan kelahiran murid-murid yang berintelek untuk berdepan dengan era globalisasi. Persoalan kajian 2 Apakah tahap kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah? JADUAL 4 : Skor min tahap kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah Aspek N Mean Std. Deviation Std. Error Mean Interprestasi Kompetensi 164 4.0171 .64185 .05012 Tinggi Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Berdasarkan jadual yang terperinci tahap kedudukan skor min pada tahap tinggi, iaitu min 4.0171 dan sisihan piawai .64185. Ini bererti, kompetensi guru sains dalam pelaksanaan PBM pada tahap tinggi. Kompetensi boleh diertikan sebagai kuasa melakukan suatu, kecekapan atau kebolehan melakukan sesuatu. Berdasarkan kajian ini didapati guru-guru sains mempunyai kompetensi yang tinggi dalam mengombinasikan muridmurid yang berlainan latar belakang dalam satu kumpulan semasa PBM. Yakni mengalakkan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 301


interaksi dan pergaulan yang sihat; saling bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang ditugaskan. Dengan ini minat terhadap pembelajaran jua dapat dibina. Murid yang berada pada peringkat sekolah akan berminat terhadap sains dan mengekalkan minatnya pada sains sehingga ke peringkat insitusi tinggi kerana pengalaman mereka zaman persekolahan lebih subur dalam ingatan mereka (Aqmarollah 2021). Pembelajaran berasaskan masalah menyediakan peluang mendapatkan untuk pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang ditafsirkan (Killen seperti yang dinyatakan Valdez, 2019) . Maka wajarlah guru sains mempunyai kompetensi yang tinggi dalam pelaksanaan PBM agar proses PdP sains lebih efektif. Kebolehan guru menyediakan rancangan mengajar harian yang menyumbang kepada penyelesaian masalah bersama. Guru sains juga tidak mungkin beralih ke topik pembelajaran baharu dengan memikirkan modifikasi terhadap aktiviti atau eksperimen. Guru-guru sains turut membantu murid untuk penstrukturan idea serta kepimpinan dengan memberi keleluasaan yang berpatutan kepada setiap kumpulan dan merancang aktiviti yang berpandukan kepada kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah. Soalan permasalahan PBM hendaklah diajukan terlebih dahulu supaya murid boleh meneroka jawapan kepada permasalahan tersebut (Siti Fatimah Salleh & Jamalludin Harun, 2019). Sepanjang proses tersebut, kemungkinan berlakunya miskonsepsi disamping mendapat pengetahuan yang baharu dalam kalangan pelajar. Persoalan demi persoalan juga turut bermain di fikiran pelajar sepanjang pencarian mereka menuju kepada penyelesaian sesuatu masalah. Justeru, sistem kolaborasi iaitu secara berpasukan dalam PBM menjadikan pembelajaran yang lebih bermakna. Sementara itu, kompetensi guru sains terhadap berkebolehan menyediakan rancangan mengajar harian yang menyumbang kepada penyelesaian masalah bersama sangat membantu para murid (Farah 2019). Guru-guru yang berkompetensi dalam PBM jua cekap dalam memastikan susun atur kerusi meja murid dalam keadaan mudah diperhatikan dan dikawal semasa proses PdP PBM. Selain daripada itu, guru yang berkompetensi PBM turut memastikan masa dan peluang yang baik untuk murid bagi mempersembahkan dapatan dan meluakan idea serta pandangan dalam sesi perbincangan atau sesi pembentangan murid. Tugas guru tidak terhad dengan penyampaian ilmu semata-mata malah guru mempunyai tanggungjawab dalam menanam sikap, nilai dan juga sahsiah. Guru-guru sains berkebolehan bagi membantu kumpulan yang memerlukan bantuan interpersonal, membimbing, memberikan penggredan dan peneguhan kepada murid setelah tamat aktiviti PBM dan juga menilai keberkesanan PBM yang digunakan. Kajian Tengku Fairus (2015) menunjukkan bahawa proses PdP di bilik darjan masih di aras rendah dimana kurang dan tidak menyokong penguasaan saintifik. Oleh yang demikian guru perlu berkompetensi tinggi dan kreatif supaya ilmu dapat disampaikan dengan berkesan. Dina & Atar (2019) membuat kesimpulan bahawa persediaan dan bimbingan yang baik membantu guru mengaplikasikan proses PBM dangan berkesan. JADUAL 5 menunjukkan skor min item bagi tahap kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Item Min Sisihan piawai inteprestasi 1. Saya mengombinasikan murid-murid yang berlainan latar belakang di dalam satu kumpulan bagi aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah. 3.9085 .71628 Tinggi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 302


2. Saya menyediakan rancangan mengajar harian PBM yang menyumbang kepada penyelesaian masalah bersama. 3.8720 .71062 Tinggi 3. Saya membantu murid untuk menstrukturkan idea serta kepemimpinan dengan memberi keleluasaan yang berpatutan kepada setiap kumpulan. 3.9817 .66897 Tinggi 4. Saya merancang aktiviti yang berpandukan kepada kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah. 4.0610 .73221 Tinggi 5. Saya memastikan susun atur kerusi meja murid dalam keadaan mudah mudah diperhatikan dan dikawal semasa sesi PBM. 4.0915 .72479 Tinggi 6. Saya memastikan masa dan peluang untuk memastikan masa dan peluang yang baik bagi murid untuk mempersembahkan dapatan dan meluakan idea serta pandangan dalam sesi perbincangan atau sesi pembentangan. 4.0549 .71146 Tinggi 7. Saya sedia membantu kumpulan yang memerlukan bantuan interpersonal semasa PBM. 4.1220 .71599 Tinggi 8. Fungsi saya ialah sebagai pembimbing sahaja semasa PBM. 3.9878 .72626 Tinggi 9. Saya memberikan peneguhan yang membina serta penggredan dan kepada murid setelah tamat PBM. 4.0427 .67697 Tinggi 10. Saya menilai keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah yang digunakan selepas proses pengajaran dan pembelajaran sains. 4.0488 .73313 Tinggi Persoalan Kajian 3 Apakah hubungan diantara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah? JADUAL 6. Kolerasi antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah Pengetahuan Kompetensi Pengetahuan Pearson Correlation 1 .910** Sig. (2-tailed) .000 N 164 164 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 303


Kompetensi Pearson Correlation .910** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 164 164 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Jadual 6 menunjukkan kolerasi antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Berdasarkan jadual tersebut didapati tahap korelasi yang sangat kuat antara pengetahuan guru dan kompetensi guru dengan nilai pearson korelasi(r)0.910. Ini mengesahkan bahawa apabila pengetahuan guru meningkat maka kompetensi guru turut meningkat. Keputusan ini menjelaskan bahawa pengetahuan guru yang tinggi melaporkan kompetensi yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Oleh kerana nilai -p yang dikaji iaitu 0.000 < 0.05. Hipotesis Nol (H0) ditolak dan Hipotesis alternative (H1) diterima. RAJAH 1. Kolerasi antara pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah. Rajah 1 menunjukkan korelasi antara faktor -faktor pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan PBM. Kompetensi guru dapat dilihat melalui keberkesanan pengetahuan guru dalam mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai terhadap murid. Kajian Noor Rafizah (2013) menujukkan, kesediaan dan keyakinan murid mempelajari mata pelajaran sains adalah meningkat melalui PBM. Pengajaran konvensional oleh guru masih menjadi amalan di dalam kelas kerana guru kurang berpengetahuan serta berkompetensi dalam PBM. Keadaan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak menarik minat murid untuk belajar. Assen et al., (2016) berpendapat bahawa pelaksanaan PBM memerlukan kompetensi guru dalam merangka kerja yang sesuai untuk pembelajaran murid. Kajian Aliyu (2019) dan Dunsmuir et al., (2017) turut mendapati guru berdepan dengan cabaran semasa melaksanakan PBM kerana memerlukan perancangan yang teliti selain kekerapan masa yang PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 304


perlu dilaksanakan oleh guru. Aspek kesukaran guru turut dinyatakan dalam kajian Cwynar (2020). KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Kesimpulanya, tahap pengetahuan mempunyai hubungan dengan kompetensi guru. Pengetahuan PBM yang tinggi meningkatkan kompetensi PBM guru . Guru-guru sains yang berpengetahuan serta berkompetensi tinggi dapat mempergiatkan lagi pelaksanaan PBM dalam matapelajaran sains. Pelaksanaan PBM dalam sains dapat memantapkan PdP sains kerana PBM adalah pendekatan pembelajaran yang paling banyak merangsangkan, stimulasi kognitif murid , melahirkan individu yang lebih bersifat ingin tahu dan berjaya membangkitkan motivasi serta minat murid. PBM juga menyokong murid menyelesaikan rintangan yang bakal dihadapi dalam aplikasi harian. Guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan kompetensi yang tinggi akan berjaya melahirkan pelajar yang berketerampilan yang boleh menyesuaikan diri terhadap perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Implikasi daripada kajian ini ketua-ketua panitia atau ketua-ketua bidang boleh mempergiatkan lagi latihan, bengkel serta perkongsian tentang PBM dari masa ke semasa dengan guru-guru panitia supaya guru lebih berpengetahuan dan berkompetensi dalam PBM. Disamping itu, sekolah turut dapat melahirkan murid yang berinovasi dan berkualiti tinggi. Dalam proses kajian, limitasi kajian tidak dapat nafikan. Limitasi merupakan antara cabaran yang memberi kesan dalam proses kajian. Sebagaimana yang dinyatakan dalam metodologi kajian, kajian ini menggunakan borang soal selidik dalam bentuk google form. Kelemahan adalah kemungkinan berlaku ketidak telusan sewaktu responden memberi respon bagi item-item yang dikemukakan. Responden berkemungkinan tidak memberi respon mengikut keadaan atau tahap yang sebenarnya bagi mewakili tahap diri mereka. Di samping itu, responden juga berkemungkinan tertekan skala likert yang disenaraikan sedangkan itu bukan pilihan mereka. Limitasi sedemikian boleh mengakibatkan dapatan kajian yang kurang jitu. Cadangan kajian masa depan ialah kajian boleh mengambil populasi guru seluruh negeri supaya dapat mengeneralisasikan pengetahuan dan kompetensi guru sains dalam pelaksanaan PBM. Turut dicadangkan ketua panitia atau ketua bidang sebagai sample. Fungsi ketua panitia atau ketua bidang adalah mengekepalahi kumpulan guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama. Maka ketua perlu berpengetahuan dan berkompetensi supaya menjadi mentor dan mampu mendidik mente-mentenya. Perbezaan tahap pengetahuan dan kompetensi PBM antara guru sains sekolah rendah dan menengah jua cadangan kajian masa depan kerana guru sekolah rendah mulakan pendidikan formal dan guru menengah menyambung dimana masing-masing mempunyai peranan tersendiri. Kajian juga boleh ditambahbaikan dengan mencari hubungan regresi pelbagai bagi mengukur sejauhmanakah hubungan diantara pemboleubah. PENGHARGAAN Jutaan terima kasih dan penghargaan terhadap tuhan atas nikmat yang diberikan kepada saya sepanjang penyempurnaan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 305


dirakamkan kepada penyelia Dr.Siti Nur Diyana Mahmud dan penilai bersama Prof Dr Kamisah Osman atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan laporan kajian ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh penyelia saya banyak membantu kepada kejayaan laporan kajian ini. Saya amat menghargai kesabaran Dr Diyana yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan pantas dalam tindakan ketika menyediakan laporan kajian. Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti, minat terhadap kajian ini serta maklumbalas daripada beliau yang meyakinkan amat membantu saya untuk menyempurnakan laporan kajian ini. Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan ribuan terima kasih kepada responden kajian atas kerjasama yang diberikan semasa kajian ini dijalankan. Saya turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya atas segala pengorbanan, dorongan dan kesabaran mereka mengiringi saya mengharungi segala cabaran sepanjang pengajian ini. Tidak lupa, khas untuk Guru besar sekolah saya Puan Pama Vadiveloo yang amat memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, khas kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sentiasa menemani saya dan mengulurkan bantuan, motivasi serta berjuang bersamasama saya untuk mengharungi cabaran-cabaran sepanjang pengajian ini. Semoga kajian ini menjadi pendorong kepada mereka dalam usaha mencapai kejayaan. RUJUKAN Adibah Mohd. Alwi, Corrienna Abdul Talib, Faruku Aliyu , Ng Khar Thoe , Subuh Anggoro & Marlina Ali Problem-Based Learning (PBL) as an Assessment Tool in Science Education: A Systematic Review with Exemplars. http://www.recsam.edu.my/sub_lsmjournal Aqmarollah Mohd Nasip.2021. Pandangan Guru Terhadap Tahap Kesukaran Topik-Topik Sains Tahun Satu. Jurnal Ilmi Ilmi Journal Volume 11 2021:26-33 Bandura, A. 1997. Self-Efficacy: The Exercise of Control. New York: W.H. Freeman. Dr.Abdul Halim. 2017. Teruskan Amalan Pendidikan Abad Ke-21. Doi:http://www.utm.my/news-clipping/files/2017/02/02012017-Teruskan- amalanpendidikan-abad-ke-21-Berita-Harian-Interaktif.jpg. Dr. Wan Hanum Suraya binti Wan Mohamed, Prof Madya Dr. Jamal @ Nordin bin Yunus. 2019. Tinjauan Efikasi Kendiri Pelajar Berdasarkan Kategori Sekolah dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Harian di Perak. Farah Adlina Mokter . 2019. Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Florengel Anak Christopher Jerry, Khairul Azhar Jamaludin.2021. Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis Dalam Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan eISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 386-400, 2021 Ganesan Shanmugavelu, Balakrishnan Parasuraman, Khairi Ariffin, Baskaran Kannan & Manimaran Vadivelu. (2020). Inquiry Method in the Teaching and Learning Process. Gao, J. (2020). Sources of mathematics self-efficacy in Chinese students: a mixed-method study with Qsorting procedure. International Journal of Science and Mathematics Education, 18(4), 713-732. Hariyanti Abd Hamid, Maheran Baharum, Azizah Sarkowi.2019. Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Akademik Siswa Pendidik PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 306


Hazhari Ismail, Mohamad Albaree Abdul, & Iylia Mohamad.2019. The Islamic visual art education for social development of preschool children. Jurnal Pendidikan Awal Kanakkanak Kebangsaan, 8, (1-7). https://doi.org/http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK Janet Jequiline Jolly Tinjol, Christina Andin, Jeromie Jolly.2021. Persepsi Guru Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021 Kamisah Osman, Lilia Halim.2016. Trend Penyelidikan Pendidikan Sains. Penerbit UKM Press Kementerian Pendidikan Malaysia .2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. L E W Fajari , Sarwanto & Chumdari. 2020. Student critical thinking skills and learning motivation in elementary students. Journal of Physics: Conference Series doi:10.1088/1742-6596/1440/1/012104 Miranda Yeoh Poh Khoon.2018. Problem-based Learning (PBL) Among Malaysian Teachers: An Evaluation on the In-service Training of Facilitation Skills. M. Ali Ghufron & Siti Ermawat .2018. The Strengths and Weaknesses of Cooperative Learning and Problembased Learning in EFL Writing Class: Teachers and Students’ Perspectives e-ISSN: 1308-1470 Najwa Binti Mohd Najid.2020. Kesan Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah (Micro-C Pro) Terhadap Pencapaian, Kemahiran Penyelesaian Masalah, Efikasi Kendiri Dan Motivasi Intrinsik Pelajar Di Kolej Vokasional Nor Amalina Ab Hakim & Zanaton Iksan .2018. Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Terhadap Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Terhadap Dalam Mata Pelajaran Sains. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2018||eISBN978-967-2122-54-8) Norhasma, W., & Yusoff, N. M. 2019. SKPMg2 (Standard 4) as Tools to Upgrade Teachers Teaching Quality. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 1, 1-9. Normah Zakaria,Siti Nur Kamariah Rubani, Arihasnida Ariffin, Norhasyimah Hamzah & Nurul Sakinah Nordin. 2020. Efikasi kendiri, Kemahiran Employabiliti dan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional. http://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/ojtp Nur Amelia bt Adam.2019. Faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains Dalam Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan. https://www.researchgate.net/publication/335909143_Faktor_Keberkesanan_Guru_Ce merlang_Sains_Dalam_Proses_Pengajaran_dan_Pemudahcaraan Nur Najwa Mohamed, Anis Norma Mohamad Jaafar.2020. Penggunaan Modul Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Projek Terhadap Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun. https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK Rohmat Rohmat, Sulistyono Sulistyono, Anna Fitri Hindriana.2019.Implementasi Problem Based Learning (Pbl) Menggunakan Exelearning Untuk Meningkatkan Kemampuan Kognitif Dan Kemampuan Berfikir Kritis Siswa. Susan A. Seibert, DNP, RN, CNE. 2020. Problem-based learning: A strategy to foster generation Z’s critical thinking and perseverance. www.journals.elsevier.com/ teachingand-learning-in-nursing. Wael Musalamani, Ruhizan Mohammad Yasin & Kamisah Osman .2022. (Keberkesanan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah Berasaskan Sekolah (SB-CPBL) dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar dalam Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia 47(1) Isu Khas (2022): 75-87 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01SI-06 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 307


Valerie Thomas & Shahlan Surat.2021. Sorotan Literatur Bersistematik: Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1211 Zalida Tajudin, Norazilawati Abdullah.2018. Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia Vol.8 No.1 Jun 2018 / ISSN 2232-0393 Zulyna Adila Zainuddin, Faridah Mydin Kutty.2021. Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Perempuan Jurusan STEM. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.7 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 308


Kesediaan Guru Mengaplikasikan Pengetahuan, Sikap Dan kemahiran Dengan Khazanah Ilmu Dalam PdPc Sains Sekolah Rendah. (Teachers' Willingness to Apply Knowledge, Attitudes and Skills with Treasures of Knowledge in Primary School Science PdPc) Raymond Serit Seli & Nurazidawati Mohamad Arsad* ABSTRAK Malaysia masih kurang penyelidikan tentang kekayaan pengetahuan pelajar dalam sains, walaupun ia boleh menghubungkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar di luar sekolah dengan konteks sains sekolah. Terdapat keseimbangan yang baik antara pelajar dan guru, dengan majoriti setiap kumpulan diwakili. Cara yang paling biasa untuk mendapatkan khazanah pengetahuan belajar adalah melalui wacana, diikuti dengan penghasilan artifak, pendekatan inkuiri, dan penggunaan teknologi. Kesan penggunaan khazanah pengetahuan termasuklah pelajar lebih terlibat, berminat dan aktif, berasa relevan dengan kehidupan, meningkatkan pencapaian mereka dan dapat memahami konsep sains. Implikasi kajian ialah pelaksanaan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sains, khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar, dan keperluan pendidikan guru membentuk pengetahuan, kemahiran, dan sikap guru terhadap ilmu dan integrasi praktikal ilmu dalam pengajaran saintifik dan pembelajaran. Kata kunci: Sains, Pembelajaran Relevan Budaya, Pembelajaran Responsif Budaya, Kongruen Budaya, Khazanah Pengetahuan ABSTRACT Malaysia still lacks research on the wealth of students ’knowledge in science, although it can link students’ experiences, knowledge and skills outside of school with the context of school science. There is a good balance between students and teachers, with the majority of each group represented. The most common way to gain the funds of knowledge is through discourse, followed by artifact production, inquiry approaches, and the use of technology. The effects of the use of knowledge treasures include students being more engaged, interested and active, feeling relevant to life, improving their achievement and being able to understand science concepts. The implications of the study are the implementation of knowledge treasures in science teaching and learning, especially among rural students, and teacher education needs shape teachers ’knowledge, skills, and attitudes toward knowledge and practical integration of knowledge in scientific teaching and learning. Keywords: science, culturally relevant learning, culturally responsive learning, culturally congruent, funds of knowledge Raymond Serit Anak Seli Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] *Pengarang Penghubungr: Nurazidawati binti Mohamad Arsad* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia [email protected]. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 309


PENGENALAN Bagi memenuhi tuntutan revolusi industri dalam mempersiapkan pelajar untuk menguasai kemahiran ini, pendidik khususnya, para guru hendaklah memastikan kemahiran pembelajaran yang penting agar pelajar lebih berdaya saing dalam era baru. termasuklah melalui kaedah pelaksanaan pengajaran. Menurut Zamri et al. (2018) pengajaran dibezakan ialah pendekatan pengajaran yang membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan berdasarkan kebolehan dan keperluan individu mereka. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap aplikasi khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah di pedalaman Kapit, Sarawak. Objektif Kajian I. Mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah II. Mengenal pasti tahap kesediaan guru mengaplikasikan Khazanah Ilmu (funds of knowledge) dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah. III. Mengenalpasti perbezaan kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah mengikut jantina dan tahun pengalaman mengajar. IV. Mengenalpasti perbezaan kesediaan guru mengaplikasian Khazanah Ilmu (funds of knowledge) dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) sains sekolah mengikut jantina dan tahun pengalaman mengajar. Persoalan Kajian Skop kajian adalah lebih tertumpu kepada beberapa persoalan seperti berikut: I. Apakah tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah? II. Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah mengikut jantina dan pengalaman mengajar? PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 310


Hipotesis Kajian Dalam kajian ini, satu hipotesis nul dapat dibentuk untuk mendapat penjelasan dan jawapan kepada persoalan kajian. Hipotesis : Ho1: Tidak terdapat perbezaan min kesediaan guru mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dari aspek pengetahuan,kemahiran dan sikap dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah. Ho2: Tidak terdapat perbezaan kesediaan guru mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dari aspek sikap,pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains sekolah rendah mengikut jantina dan pengalaman mengajar. TINJAUAN LITERATUR Keberkesanan Khazanah Ilmu Dalam Pendidikan Menurut Llopart & Esteben-Guitart (2018), frasa khazanah pengetahuan berasal daripada kajian yang dilaksanakan oleh Valez-Ibanez dan Greenberg pada 1983 yang terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico di mana kajian ini melibatkan isi rumah terhadap perubahan sistem sosial dan ekonomi.. Definisi berlainan diusulkan oleh pengkaji Ardianti et al. (2020) di mana pengkaji ini mendefinisikan khazanah ilmu sebagai sejarah terkumpul dan budaya yang dibina daripada pengalaman dan kemahiran yang penting untuk setiap isi rumah mahupun seseorang individu. Kajian pertama yang melibatkan khazanah ilmu dalam pendidikan dilaksanakan pada tahun 1988 atas tajuk ‘Projek Literasi Komuniti’ yang bertujuan untuk membantu guru mereka bentuk baru pendidikan berteraskan amalan literasi dan khazanah ilmu yang telah didokumentasikan oleh setiap isi rumah. Hasil kajian yang dijalankan oleh Mills et al. (2019) berjaya membuktikan bahawa proses pembelajaran bagi para pelajar dapat dipertingkatkan dengan adanya penerapan khazanah ilmu dalam pendidikan di mana apabila adanya saling perkaitan di antara salahsilah keluarga serta rutin aktiviti seharian pelajar terbabit Kajian yang dijalankan oleh Mills et al. (2019) menunjukkan adanya hubungan positif antara ciri amalan yang dilakukan oleh pelajar dalam seharian waktu dengan konsep saintifik yang terdapat di dalam subjek Sains. Kelebihan Pengintegrasian Khazanah Ilmu Dalam Pendidikan Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kermish-Allen (2018), kadar daya fikir pelajar dan juga kemahiran penyelesaian masalah dapat ditambahbaik sejurus pelajar terbabit mengambil langkah inisiatif dalam membina ruang yang cakna supaya berpeluang untuk menerima input terbaru. Pelajar dilaporkan cenderung untuk meminati Sains apabila perasaan minat tersebut berasal daripada sikap ingin tahu, minat dan menerusi pengalaman lampau. Kajian yang PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 311


dijalankan oleh Mile et al. (2018) mendapati bahawa murid akan mudah bosan serta kurangnya interaksi sesama pelajar sekiranya guru tidak mengimplentasikan khazanah pengetahuan dalam pengajaran. Pengkaji Mile et al. (2018) mendakwa bahawa pelajar berupaya mengaitkan hubungan antara khazanah pengetahuan harian dengan intuisi saintifik. Dalam pada itu, penghasilan melalui daripada sumber media digital, fotografi dan teks berjaya menggabungkan kandungan akademik dengan gaya hidup, minat, pengetahuan dan identiti pelajar (Llopart, M., & Esteban-Guitart, M, 2018). Terdapat juga kajian pembelajaran Sains yang membincangkan kaedah pengajaran para guru bersama metafora khazanah pengetahuan. Zamri et al. (2019) jelas membuktikan bahawa menerusi kajian yang dilaksanakan oleh beliau di mana kreativiti yang ditampilkan oleh guru semasa proses pembelajaran secara tidak langsung berupaya merangsang pemikiran pelajar dalam meningkatkan minat mereka akan sesuatu subjek. Lantas perkara ini secara automatik berjaya menunjukkan keberhasilan penggunaan kaedah pendekatan pengajaran melalui teknik khazanah pengetahuan untuk meningkatkan lagi minat para pelajar dan interaksi sesama mereka sewaktu proses pembelajaran (Waddington et al., 2020). Kesediaan Guru Dalam Mengimplementasikan Khazanah Ilmu Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Bosetdan Asmawi (2020), guru yang bermotivasi dan mempunyai kesediaan yang tinggi akan lebih berkeyakinan dan cenderung untuk menerima tugas yang telah di pertanggungjawaban. Kesediaan dimaksudkan sebagai situasi atau keadaan yang menunjukkan seseorang telah bersedia untuk melaksanakan sesuatu. Berdasarkan teori yang diusulkan oleh Fullan pada tahun 1993, dalam usaha untuk menjayakan apa sahaja polisi pendidikan yang terbaharu guru dianggap sebagai elemen utama. Perubahan yang kerap kali dianggap mengalami kegagalan terjadi akibat terdapatnya kekurangan perhatian dari segi aspek pelaksanaan dan hal ini didorong oleh kurangnya keperluan para pelaksana iaitu para guru (Muhammad Hatta et al., 2020). Kajian berkenaan kesediaan guru dalam mengimplementasikan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi pengetahuan dan juga sikap seperti yang dijalankan oleh pengkaji Mazura dan Wak Chu Wok (2018) mendapati 80% responden kajian tidak mengetahui mengenai pedagogi berbeza manakala lebih 80% responden berminat untuk mendalami pengajaran berbeza. Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konsep ini berdasarkan model proses pendidikan Bryant (1974), yang menjelaskan bahawa pengetahuan dan sikap guru merupakan faktor penting dalam mengkaji kesediaan guru. Mengikut kerangka konsep kajian dalam Rajah 1, pengetahuan, kemahiran, sikap serta pengalaman mengajar guru merupakan pemboleh ubah bebas yang mempengaruhi kesediaan mereka untuk mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains di sekolah rendah. Pemboleh ubah bersandar ialah kesediaan terhadap pelaksanaan khazanah ilmu sains. Kajian ini dirangka bagi melihat kesan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 312


pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar guru terhadap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sains di sekolah rendah.Terdapat beberapa teori dan model yang mendasari kajian ini. Antara teori dan model yang dimaksudkan ialah Teori Perubahan Pendidikan Fullan ( 2001 ) dan Model Proses Pendidikan Bryant (1974 ). Teori Perubahan Pendidikan Fullan ( 2001 ) Di dalam Teori Perubahan Pendidikan oleh Fullan (2001) menekankan kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakan perubahan. Sesuatu perubahan yang dilakukan dianggap sebagai proses yang berlaku dalam tempoh tertentu untuk mengubah individu atau situasi. Menurut Teori Perubahan Pendidikan Fullan (2001), keterlibatan guru dalam sesuatu perubahan pendidikan dilihat amat penting kerana guru merupakan pemimpin untuk menambah baik kualiti pencapaian organisasi. Kerangka konseptual ini diadaptasi daripada Model Proses Pendidikan Bryant yang diasaskan pada tahun 1974. Model ini menerangkan elemen pengetahuan dan sikap guru adalah antara elemen penting dalam mengkaji tahap kesediaan guru.Rajah 1 menunjukkan hubungan di antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Kajian ini di rangka bagi melihat kesan Pengetahuan , Kemahiran dan Sikap mengajar guru terhadap kesediaan guru terhadap aplikasi Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. RAJAH 1. Kerangka konseptual kajian Menurut Teori Perubahan Pendidikan Fullan (2001), keterlibatan guru dalam sesuatu perubahan pendidikan dilihat amat penting kerana guru merupakan pemimpin untuk menambah baik kualiti pencapaian organisasi. Kerangka konseptual ini diadaptasi daripada Model Proses Pendidikan Bryant yang diasaskan pada tahun 1974. Model ini menerangkan elemen pengetahuan dan sikap guru adalah antara elemen penting dalam mengkaji tahap kesediaan guru. Keterlibatan guru dalam sesuatu perubahan pendidikan dilihat amat penting kerana guru merupakan pemimpin untuk menambah baik kualiti pencapaian organisasi. Rajah 1 menunjukkan hubungan di antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Kajian ini di rangka bagi melihat kesan Pengetahuan , Kemahiran dan Sikap mengajar guru terhadap kesediaan guru terhadap aplikasi Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 313


Kepentingan Penyelidikan Kajian ini adalah sangat penting kepada agen perlaksanaan serta pihak yang mempunyai kepentingan seperti berikut: Guru Kajian lepas juga turut memberi pendedahan awal terhadap guru berkenaan kesan serta impak pengintegrasian khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri kepakaran dan kebolehpasaran yang tinggi. Diharap hasil kajian ini dapat memberi nafas baru dalam pendidikan Sains serta meningkatkan profesionalisme guru untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sains terutamanya pelajar luar bandar bagi menghadapi revolusi industri 4.0. Pentadbiran Sekolah Rendah di Pedalaman Kapit, Sarawak Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak pentadbiran sekolah rendah di pedalaman Kapit, Sarawak dalam memberikan sokongan dan bimbingan kepada guru dan pelajar yang terlibat. Kementerian Pelajaran Malaysia Diharap hasil kajian ini dapat memberi manfaat serta informasi berguna pada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keberkesanan dan memperbaiki sistem pelaksanaan kurikulum yang berkonsepkan khazanah ilmu (funds of knowledge) serta impaknya terhadap agen pelaksana khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah.. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah bersifat kuantitatif melalui kaedah tindakan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah di pedalaman Kapit, Sarawak. Responden terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah pedalaman Kapit, Sarawak. Data-data yang diperlukan dalam kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik sedia ada yang di tempat kajian. Bagi menjaga sensitiviti mana-mana pihak, pengkaji akan meminta penyelia dan guru pembimbing pengkaji untuk menyemak setiap item dalam borang soal selidik tersebut sebelum mentadbirnya kepada responden. Data-data juga dikumpulkan melalui borang soal selidik akan dijalankan serta soalan yang diusulkan adalah sama. Soalan turut akan disemak dan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan soalan yang diajukan ini adalah selaras dengan objektif pengajaran maka ia disemak terlebih dahulu oleh guru pembimbing PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 314


sebelum diserahkan kepada responden. Data-data dianalisis secara deskriptif berdasarkan pemeringkatan Likert bagi soal selidik. Populasi adalah sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Tidak mungkin seorang penyelidik akan menggunakan semua ahli populasi dalam penyelidikannya. Oleh itu, hanya sampel perwakilan atau umum populasi, dipanggil sampel, digunakan untuk penyelidikan. Populasi yang diambil dalam kajian ini ialah para guru sains yang mengajar subjek sains di daerah kapit. Sampel Kajian Responden yang ditujukan adalah kepada guru-guru yang mengajar subjek Sains. Pemilihan ini responden ini adalah bagi mengenal pasti kesepadanan opsyen dalam kalangan guru sebagai sampel kajian pengkaji. Lokasi Kajian Pengkaji telah mengenal pasti tempat kajian. kajian dijalankan di sekolah rendah Daerah kapit di Sarawak. Sekolah ini menjadi lokasi kajian berikutan: a) Lokasi kajian ini bersesuaian dengan tajuk kajian yang memperincikan kawasan pedalaman di Sarawak. b) Guru besar dan para guru juga mudah bergaul dan memberikan sinergi yang mapan kepada pengkaji. Kaedah Pengumpulan Data Data dikumpul dan dianalisis secara deskriptif. Markah daripada soal selidik akan dikumpul. Sebelum kajian dimulakan proses perbincangan antara pengkaji dan penyelia dilaksanakan berkenaan tujuan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian. Pengkaji turut mendapatkan persetujuan daripada penyelia berkenaan penggunaan kaedah soal selidik sebagai medium instrumen bagi mengumpul data. Pengkaji memohon surat pengesahan untuk menjalankan kajian di sekolah daripada pihak fakulti UKM serta memohon kebenaran untuk melaksanakan kajian di sekolah yang telah dipilih. Pengkaji memilih sampel kajian mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli sampel mewakili setiap ahli populasi atau mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan populasi yang lain. Setelah mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah, pengkaji berjumpa dengan sampel kajian bagi proses penerangan berkenaan tujuan kajian yang dilaksanakan dan mendapat kebenaran daripada sampel kajian. Setelah itu, pengkaji menentukan satu tarikh bagi melaksanakan soal selidik terhadap sampel kajian. Kaedah Analisis Data Penentuan interprestasi min adalah berdasarkan julat skor min seperti mana diubahsuai daripada Creswell (2005). Data kuantitatif iaitu data yang diperoleh daripada maklum balas atau respond berdasarkan skala likert yang digunakan dalam item soal selidik. Kumpulan data PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 315


ini akan di analisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for The Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi menghuraikan data dalam bentuk Min, Sisih Piawai serta Tahap Min. Menurut Mohd Majid (1990), statistik deskriptif merupakan organisasi dan ringkasan data yang diperoleh daripada pemprosesan data. Operasinya boleh dalam bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah atau graf tentang data atau maklumat. Manakala interprestasi skor min bagi kajian ini menggunakan skor min seperti dalam jadual dibawah. Skor Min Interprestasi skor min 1.00 hingga 2.33 Rendah (Kurang setuju/Kurang Membantu/ Kurang mahir/Kurang Memenuhi/Tidak Pasti/Kadang-kadang/Tiada/Sebahagian Kecil) 2.34 hingga 3.66 Sederhana (Setuju/Membantu/Mahir/Memenuhi/Separuh) 3.67 hingga 5.00 Tinggi (Sangat Setuju / Sangat Membantu/Sangat Mahir/Sangat Memenuhi/Sangat Selalu/Semua/Sebahagian Besar) Instrumen Kajian Instrumen yang baik haruslah berciri-ciri objektif, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan sama. Disebabkan kaedah kajian ini berbentuk kuantitatif maka penggunaan borang soal selidik adalah lebih mudah dan efektif. Penggunaan borang soal selidik adalah antara alat-alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. Soal selidik berupaya untuk mengumpul data secara terperinci, tersusun dan piawai. Dalam pada itu, instrumen ini mudah ditadbir, menjimatkan masa, tenaga, minda dan wang pengkaji semasa pengumpulan data. Borang Soal Selidik Instrumen borang selidik yang digunakan untuk menyempurnakan kajian ini mengandungi empat bahagian dalam bahasa Melayu.Borang soal selidik dibuat dengan mengggunakan aplikasi Google Form disebabkan akses kepada lokasi responden yang jauh dan sukar.Taburan item dan sumber rujukan binaan konstruk item-item mengikut bahagian ditunjukkan dalam Jadual 3.1 seperti yang berikut: JADUAL 3.1. Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik Bahagian Item Sumber Rujukan A. Maklumat Peribadi Guru 1-7 Borang sedia ada B. Isi kandungan khazanah ilmu (funds of knowledge) 1-13 Borang sedia ada C. Sikap Penggunaan Khazanah Ilmu D. Kemahiran Penggunaan Khazanah Ilmu 1-14 1-11 Borang sedia ada Borang Sedia ada Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan data peribadi responden. Ia digunakan untuk mengumpul data peribadi sampel seperti jantina, umur dan bangsa. Bahagian B pula merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan isi kandungan khazanah PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 316


ilmu. Bahagian B bertujuan untuk meminta maklum balas atau pandangan responden tentang tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah sama ada bersesuaian dengan objektif pengajaran. Bahagian C pula merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap penerimaan penggunaan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan khazanah ilmu berupaya untuk menarik minat para pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya. Manakala Bahagian D pula merangkumi kemahiran guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Jenis dan bentuk soalan-soalan dalam satu soal selidik akan menentukan kualiti soal selidik itu (Sakaran, 2003). Pengkaji ingin melihat sejauh mana tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Maka maklum balas daripada sampel melalui persetujuan mereka dalam mengaplikasikan khazanah ilmu dan kaedah yang digunakan dapat dinilai menggunakan skala Likert. Menurut Sakaran (2003), skala Likert adalah terbaik digunakan dalam jenis kajian ini kerana ia berupaya mengeluarkan tindak balas yang berkaitan dengan objek, peristiwa atau orang yang dikaji. JADUAL 3.2. Skor dan Pemeringkatan Skala Likert Pengkaji mengaplikasikan cadangan yang dinyatakan oleh Sakaran (2003) melalui penggunaan Likert lima mata bagi soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C berdasarkan Jadual 3.2. Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting dan perlu diambil kira oleh pengkaji sebelum menggunakan instrumen dalam kajian sebenar. Instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi boleh mempertahankan kejituan data yang diperoleh dalam sebuah kajian. Analisis Deskriptif Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menjawab persoalan kajian pertama iaitu mengesan tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds Skor Pemeringkatan Simbol 1 Sangat tidak setuju STS 2 tidak setuju TS 3 Kurang setuju KS 4 5 Setuju Sangat setuju S SS PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 317


of knowledge) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC). Data-data daripada borang soal selidik dikira dan dianalisis melalui nilai min, sisihan piawai dan peratus. Penganalisian Data Data akan dikumpul daripada borang soal selidik yang diagihkan kepada sampel kajian. Program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0 digunakan untuk memeriksa dan menganalisis data. Data-data akan dianalisis bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Analisis Deskriptif Bahagian ini akan membincangkan analisis deskriptif dan analisis inferensi serta memaparkan hasil penemuan kajian berdasarkan tindak balas responden terhadap borang soal selidik (Google Form) yang telah diisi oleh responden. Analisis deskriptif kajian ini mengandungi Bahagian A iaitu demografi responden yang merangkumi latar belakang responden dari segi Jantina, Umur dan Bangsa. Dapatan Maklumat Diri Responden Jadual 1 menunjukkan demografi responden yang merangkumi jantina, umur, bangsa, dan pengalaman mengajar guru. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar sains di pedalaman kapit. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa dan pengalaman mengajar dipersembahkan dalam bentuk jadual 1,2,3,dan jadual 4. I. JANTINA RESPONDEN JADUAL 1. Profil responden mengikut jantina Jantina Frekuensi Peratus (%) Lelaki Perempuan Jumlah 24 16 40 60 40 100 Berdasarkan Jadual 1, data kajian menunjukkan bahawa responden kajian terdiri daripada 40 orang responden. Jumlah responden lelaki adalah seramai 24 orang (60%) manakala bagi responden perempuan pula merangkumi 16 orang (40%). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 318


JADUAL 2. Profil responden mengikut umur. Umur Frekuensi Peratus (%) 20 hingga 30 tahun 31 hingga 40 tahun 41 hingga 50 tahun 51 tahun ke atas Jumlah 10 24 6 - 40 25 60 15 - 100.00 Berdasarkan kepada Jadual 2, data kajian menunjukkan katergori umur responden mengikut pecahan tahun yakni 10 orang iaitu lingkungan 20 hingga 30 tahun (25%), 31 hingga 40 tahun adalah seramai 24 orang (60%), 6 orang responden (15%) mewakili lingkungan umur 41 tahun hingga 50 tahun. Manakala tiada responden yang berumur 51 tahun ke atas yang terlibat dengan dapatan kajian ini. JADUAL 3. Profil responden mengikut bangsa. Umur Frekuensi Peratus (%) Melayu India Cina Lain-lain Jumlah 7 - - 33 40 17.5 - - 82.5 100.00 Berdasarkan kepada Jadual 3, responden yang berbangsa Melayu adalah seramai 7 orang (17.5%). Manakala responden yang berbangsa India dan Cina tiada dalam dapatan kajian yang telah dilaksanakan. Sementara itu, 33 orang (82.5%) adalah diwakili bangsa lain seperti Iban,Kenyah, Melanau dan Bidayuh. JADUAL 4. Profil responden mengikut Pengalaman Mengajar. Umur Frekuensi Peratus (%) 1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun 16 tahun ke atas Jumlah 13 11 9 7 40 32.5 27.5 22.5 17.5 100.00 Berdasarkan kepada Jadual 4pula, data kajian menunjukkan bahawa 13 responden (32.5%) mempunyai 1 hingga 5 tahun mengajar, 11 responden (27.5%) pula mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun. Sementara itu pula, 9 responden (22.5%) pula mempunyai pengalaman mengajar 11 hingga 15 tahun dan 7 responden (17.5%) pula melebihi pengalaman mengajar melebihi 16 tahun dan ke atas. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 319


JADUAL 5. Analisis Aspek Kesediaan Guru STATISTIK DESKRIPTIF No. Item KESEDIAAN DALAM MENGAPLIKASIKAN KHAZANAH ILMU (FUNDS OF KNOWLEDGE) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) SAINS SEKOLAH RENDAH Min Sisih Piawai Tahap Min 1 Saya tahu definisi Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge). 3.68 .859 Tinggi 2 Saya tahu ciri-ciri pendidikan berdasarkan Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge). 3.53 .847 Sederhana 3 Saya tahu teori-teori berkaitan pendidikan berdasarkan Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge). 3.35 .802 Sederhana 4 Saya tahu kepentingan pengetahuan dalam mengaplikasikan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan ( PdPc). 3.73 .960 Tinggi 5 Saya tahu kelebihan dalam mengaplikasikan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 3.63 .897 Sederhana 6 Saya tahun kaedah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 3.38 .838 Sederhana 7 Saya tahu proses penilaian pengajaran dan pembelajaran Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 3.43 .903 Sederhana 8 Saya mempelbagaikan kaedah pengajaran saya berkaitan dengan Khazanah Ilmu dalam subjek Sains. 3.48 .847 Sederhana 9 Saya menerapkan pengetahuan khazanah ilmu kepada kehidupan seharian. 3.68 .859 Tinggi 10 Saya terbuka dalam menerima pandangan rakan sejawat mengenai pengetahuan Khazanah ilmu dari pelbagai perspektif. 4.03 .832 Tinggi 11 Saya tahu peranan guru dalam melaksanakan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 3.68 .917 Tinggi 12 Saya mengaplikasikan pengetahuan Khazanah Ilmu mengikut tahap umur setiap individu. 3.60 .871 Sederhana 13 Saya memasukkan unsur berkaitan dengan pengetahuan Khazanah Ilmu tidak terhad dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sahaja. 3.58 .903 Sederhana PURATA: 3.59 Sederhana Berdasarkan kepada dapatan analisis dalam Jadual 5 bagi aspek kesediaan responden ianya menunjukkan tahap min keseluruhan yang sederhana (3.59). Dapatan memperlihatkan dalam aspek kesediaan responden bagi mengaplikasikan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan sains di sekolah tertinggi adalah pada item 10 (Skor min=4.03, sisih piawai 0.832) dengan tahap min yang tinggi. Ini diikuti dengan item no.4 (skor min=3.73, sisih piawai 0.960) dengan tahap min yang tinggi. Manakala bagi item no.1 (skor min=3.68, sisih piawai 0.859) pula dengan tahap min yang tinggi. Item no.2 yakni (skor min=3.53, sisih piawai 0.847) dengan tahap min yang sederhana. Item no.3 dengan (skor min=3.35, sisih piawai 0.802) pula PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 320


dengan tahap min yang sederhana. Item no.5 dengan (skor min 3.63, sisih piawai 0.897) dengan tahap min sederhana. Skor min bagi item no.6 ialah (skor min=3.38, sisih piawai 0.838) dengan tahap min sederhana. Item no.7 (skor min 3.43, sisih piawai 0.903) dengan tahap min yang sederhana. Sementara itu, item no.9 dengan (skor min 3.68, sisih piawai 0.859) dengan tahap min yang tinggi. Begitu juga dengan item no.11 (skor min=3.68, sisih piawai 0.917) dengan tahap min yang tinggi. Diikuti dengan item no.12 dengan (skor min=3.60, sisih piawai 0.871) yang berada pada tahap yang sederhana serta untuk item no.13(skor min= 3.58, sisih piawai 0.903) pula dengan tahap min sederhana. JADUAL 6. Analisis Aspek Sikap Penerimaan Responden STATISTIK DESKRIPTIF NO. ITEM SIKAP PENERIMAAN PENGGUNAAN KHAZANAH ILMU DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ( PdPc) MIN SISIH PIAWAI TAHAP MIN 1 Saya bersedia untuk mempraktikkan pengajaran Khazanah Ilmu di dalam kelas saya. 4.08 .474 Tinggi 2 Saya memberi peluang kepada pelajar untuk serta dalam menyumbang kepada pengetahuan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 4.10 .545 Tinggi 3 Saya berpendapat penggunaan Khazanah Ilmu sesuai dijalankan di sekolah rendah. 3.85 .700 Tinggi 4 Saya sudah bersedia untuk mencuba pendekatan baru dalam aktiviti pengajaran berkenaan Khazanah Ilmu. 4.08 .616 Tinggi 5 Saya risau untuk mempraktikkan Khazanah Ilmu dalam aktiviti pembelajaran pelajar saya. 3.28 .905 Sederhana 6 Saya mencari peluang untuk membuat perubahan dalam pengajaran melibatkan Khazanah Ilmu. 4.05 .450 Tinggi 7 Saya berpendapat aktiviti melibatkan Khazanah Ilmu hanya menambah beban guru. 3.18 .931 Sederhana 8 Saya menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara aktif ketika pengajaran melibatkan Khazanah Ilmu. 4.00 .599 Tinggi 9 Saya selesa dengan pengajaran yang tidak dikaitkan dengan Khazanah Ilmu. 3.10 .810 Sederhana 10 Saya berpendapat aktiviti melibatkan Khazanah Ilmu tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam pengajaran. 2.90 .871 Sederhana 11 Saya sentiasa mencari peluang untuk memantapkan kaedah perlaksanaan pengajaran berasaskan Khazanah Ilmu bagi kelas saya. 3.93 .417 Tinggi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 321


12 Saya bersedia untuk mengikuti kursus yang boleh menambah kemahiran saya berkaitan Khazanah Ilmu. 4.05 .815 Tinggi 13 Saya bersedia meluangkan lebih masa untuk meraikan aktiviti pembentangan pelajar dalam pengajaran berkenaan penggunaan Khazanah Ilmu. 4.03 .660 Tinggi 14 Saya bersedia dengan apa sahaja pendekatan yang digunakan dalam pengajaran berkenaan penggunaan Khazanah Ilmu asalkan pelajar dapat memahami apa yang disampaikan. 4.13 .607 Tinggi PURATA: 3.76 Tinggi Berdasarkan kepada dapatan analisis dalam Jadual 6 bagi mengkaji sikap penerimaan responden ianya menunjukkan tahap min keseluruhan yang tinggi (3.76). Dapatan memperlihatkan dalam sikap penerimaan responden bagi mengaplikasikan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan sains di sekolah tertinggi adalah pada item 14 (Skor min=4.13, sisih piawai 0.607) dengan tahap min yang tinggi. Ini diikuti dengan item no.10(skor min=2.90, sisih piawai 0.871) dengan tahap min yang sederhana adalah paling rendah. Manakala bagi item no.1 (skor min=4.08, sisih piawai 0.474) pula dengan tahap min yang tinggi. Item no.2 yakni (skor min=4.10, sisih piawai 0.545) dengan tahap min yang sederhana. Item no.3 dengan (skor min=3.85, sisih piawai 0.700) pula dengan tahap min yang sederhana. Item no.5 dengan (skor min 3.28, sisih piawai 0.903) dengan tahap min sederhana. Skor min bagi item no.6 ialah (skor min=4.05, sisih piawai 0.450) dengan tahap min tinggi. Item no.7 (skor min 3.18, sisih piawai 0.931) dengan tahap min yang sederhana. Dan item no.8 dengan (skor min=4.00, sisih piawai 0.599) dengan tahap min yang tinggi Sementara itu, item no.9 dengan (skor min 3.10, sisih piawai 0.859) dengan tahap min yang tinggi. Begitu juga dengan item no.11 (skor min=3.93, sisih piawai 0.417) dengan tahap min yang tinggi. Diikuti dengan item no.12 dengan (skor min=4.05, sisih piawai 0.815) yang berada pada tahap yang tinggi serta untuk item no.13(skor min= 4.03, sisih piawai 0.660) pula dengan tahap min yang tinggi dan item yang ke 14 dengan (skor min=4.13, sisih piawai 0.607) pula dengan tahap min yang tinggi. JADUAL 7. Analisis Tahap Kemahiran Responden STATISTIK DESKRIPTIF NO. ITEM TAHAP KEMAHIRAN GURU DALAM MENGAPLIKASIKAN KHAZANAH ILMU (FUNDS OF KNOWLEDGE) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) SAINS SEKOLAH RENDAH. MIN SISIH PIAWAI TAHAP MIN 1 Saya mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam mengaplikasikan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 3.12 .648 Sederhana PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 322


2 Saya berkeyakinan untuk mengajar subjek yang telah diaplikasikan Khazanah Ilmu dengan berkesan. 3.43 .675 Sederhana 3 Saya mempunyai kefahaman yang jelas terhadap penggunaan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) 3.25 .742 Sederhana 4 Saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi subjek sains. 3.58 .781 Sederhana 5 Saya boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan guru-guru lain berkenaan aplikasi Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek sains. 3.38 .868 Sederhana 6 Saya berkemahiran dalam memberi definisi Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge) secara lebih mendalam. 3.15 .864 Sederhana 7 Saya mempunyai kemahiran terhadap teori-teori berkaitan pendidikan berdasarkan Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge). 3.07 .797 Sederhana 8 Saya berkemahiran dalam kaedah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 3.25 .707 Sederhana 9 Saya berkemahiran terhadap ciri-ciri pendidikan Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge) 3.23 .768 Sederhana 10 Saya mahir akan teori-teori berkaitan pendidikan berdasarkan Khazanah Ilmu (Funds of Knowledge) untuk diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.12 .757 Sederhana 11 Saya berkemahiran dalam menerapkan pengetahuan Khazanah Ilmu kepada kehidupan seharian. 3.43 .813 Sederhana PURATA: 3.27 Sederhana Berdasarkan kepada dapatan analisis dalam Jadual 7 bagi aspek Tahap Kemahiran responden ianya menunjukkan tahap min keseluruhan yang sederhana (3.27). Dapatan memperlihatkan dalam aspek Tahap Kemahiran responden bagi mengaplikasikan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan sains di sekolah tertinggi adalah pada item no.4 (Skor min=3.58, sisih piawai 0.781) dengan tahap min yang sederhana berada pada tangga yang teratas mengikut data yang dikutip untuk bahagian ini. Ini diikuti dengan item no.7 (skor min=3.07, sisih piawai 0.797) dengan tahap min yang sederhana berada tempat yang paling bawah mengikut data yang dikutip. Manakala bagi item no.1 (skor min=3.12, sisih piawai 0.648) pula dengan tahap min yang sederhana. Item no.2 yakni (skor min=3.43, sisih piawai 0.675) dengan tahap min yang sederhana. Item no.3 dengan (skor min=3.25, sisih piawai 0.742) pula dengan tahap min yang sederhana. Item no.5 dengan (skor min 3.38, sisih piawai 0.868) dengan tahap min sederhana. Skor min bagi item no.6 ialah (skor min=3.15, sisih piawai 0.864) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 323


dengan tahap min sederhana. Item no.7 (skor min 3.07, sisih piawai 0.797) dengan tahap min yang sederhana. Sementara itu, item no.8 dengan (skor min 3.25, sisih piawai 0.707) dengan tahap min yang sederhana. Begitu juga dengan item no.9 (skor min=3.23, sisih piawai 0.768) dengan tahap min yang sederhana. Diikuti dengan item no.10 dengan (skor min=3.12, sisih piawai 0.757) yang berada pada tahap yang sederhana serta untuk item no.11 (skor min= 3.43, sisih piawai 0.813) pula dengan tahap min sederhana. Analisis Inferensi : Ujian-t Sampel Bebas Perbandingan Tahap Kesediaan guru mengaplikasikan khazanah ilmu di kalangan guru lelaki dan perempuan Mengikut Jantina Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan min skor tahap kesediaan guru mengaplikasikan khazanah ilmu di kalangan guru lelaki dan guru perempuan. Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means F Sig. t Df Sig. (2- tailed) Mean Difference Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper Skor Kesediaan Equal variances assumed 3.257 .079 .040 38 .968 .229 5.717 - 11.344 11.803 Equal variances not assumed .045 36.161 .964 .229 5.073 - 10.059 10.517 Dalam ujian Levene, nilai F= 3.257 dengan nilai signifikan adalah 0.079 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa varian antara kumpulan responden dan respon perempuan adalah homogen. Dapatan ujian- t sampel bebas t (38) = 0.04 dengan nilai signifikan dua hala (sig.2 tailed), p=0.968 (p>0.05). Hipotesis nol, Ho gagal ditolak. Tidak terdapat perbezaan skor min tahap kesediaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan mengikut jantina. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 324


Analisis Inferensi : Anova Sehala PerbandinganTahap Kesediaan guru mengaplikasikan khazanah ilmu di kalangan guru lelaki dan perempuan Mengikut Pengalaman Tahun Mengajar. Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu di dalam kalangan guru- guru yang berlainan pengalaman tahun mengajar. Test of Homogeneity of Variances Levene Statistic df1 df2 Sig. Skor Kesediaan Based on Mean 2.214 3 36 .103 Based on Median 1.422 3 36 .252 Based on Median and with adjusted df 1.422 3 25.504 .259 Based on trimmed mean 1.945 3 36 .140 Nilai signifikan (Sig.) bagi Ujian Levene semuanya menunjukkan nilai lebih besar dari 0.05 iaitu pada nilai yang tidak signifikan. Oleh itu, andaian kehom0genan varian dipatuhi. Analisis varian sehala (ANOVA sehala) digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan di antara skor min tahap kesediaan guru- guru untuk mengaplikasikan khazanah ilmu dalam pdpc Sains mengikut pengalaman mengajar. Salah satu andaian ANOVA sehala adalah varian setiap kumpulan yang dibandingkan mestilah sama (Homogeneity of variance). Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min tahap kesediaan mengaplikasikan khazanah ilmu dalam pdpc Sains di dalam kalangan guru- guru yang berlainan pengalaman tahun mengajar Analisis Inferensi: Anova Sehala Perbandingan Tahap Kesediaan Guru Dalam Mengaplikasikan Khazanah Ilmu dalam PdPc Sains Mengikut Pengalaman Bekerja ANOVA Skor Kesediaan Sum of Squares df Mean Square F Sig. Between Groups 374.278 3 124.759 .389 .762 Within Groups 11549.622 36 320.823 Total 11923.900 39 Berdasarkan kepada jadual ANOVA sehala di atas, tidak terdapat perbezaan nilai statistik yang signifikan pada p > 0.05 dalam skor kesediaan guru- guru mengaplikasikan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 325


khazanah ilmu hartanah dalam PdPc Sains bagi keempat- empat kumpulan mengikut pengalaman bekerja [F (3, 36) = 0.389, p= 0.762]. Justeru itu, hipotesis null, H0 gagal ditolak atau diterima. Oleh kerana itu tidak terdapat perbezaan tahap kesediaan yang signifikan, Ujian Post Hoc tidak perlu dijalankan. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Sejarah pengaplikasian khazanah ilmu merupakan kajian yang diklasifikasikan secara kuantitatif memfokuskan ke arah literasi bahasa dan merupakan satu kaedah pengajaran yang relevan dengan budaya para pelajar. Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan mendapati bahawa masih kurangnya penerapan berkenaan khazanah ilmu khususnya bagi mata pelajaran Sains. Kajian yang menjurus kepada pengetahuan saintifik berkenaan khazanah ilmu juga tidak begitu banyak. Kajian lepas turut mendapati tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah juga dilihat dalam keadaan minimal. Berdasarkan sorotan literatur atau lebih spesifik, kajian perpustakaan penting bagi penyelidik untuk mengetahui tahap -tahap kesediaan guru dalam mengaplikasikan khazanah ilmu (funds of knowledge) dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah bagi memastikan para guru bersedia dalam melaksanakan khazanah Ilmu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC). Diharapkan dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada KPM, JPN, PPD, & IPG serta universiti-universiti tempatan bagi melaksanakan latihan dan kursus secara berterusan dan menyeluruh ke atas guru-guru supaya dapat mengaplikasikan kefahaman mereka tentang kepentingan penerapan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan sebagai asas atau panduan kepada para pendidik di peringkat rendah dalam penyediaan pembelajaran yang sesuai dan komprehensif kepada murid generasi abad ke-21 kini. Selain itu dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada para penyelidik yang akan datang supaya data penyelidikan ini dapat dijadikan panduan dan maklumat yang berguna kepada mereka untuk memastikan penggunaan khazanah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dapat diperbaharui dan dipertingkatkan lagi untuk memastikan pencapaian murid-murid. RUJUKAN Amelia, N., & Lilia. (2019). Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia. Seminar Wacana Pendidikan, (September), 1–10. Ardianti, S., Sulisworo, D., Pramudya, Y., & Raharjo, W. (2020). The Impact of the Use of STEM Education Approach on the Blended Learning to Improve Student ’ s Critical Thinking Skills. Universal Journal of Educational Research, 8, 24–32. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.081503 Baran, E., Canbazoglu Bilici, S., Mesutoglu, C., & Ocak, C. (2019). The impact of an out‐of‐ school STEM education program on students’ attitudes toward STEM and STEM careers. School Science and Mathematics, 119(4), 223–235. https://doi.org/10.1111/ssm.12330. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 326


Bozkurt Altan, E., Üçüncüoğlu, İ., & Öztürk, N. (2019). Preparation of Out-of-School Learning Environment based on Science, Technology, Engineering, and Mathematics Education and Investigating its Effects. Science Education International, 30(2), 138–148. https://doi.org/10.33828/sei.v30.i2.7 Burrows, A., Lockwood, M., Borowczak, M., Janak, E., & Barber, B. (2018). Integrated STEM: Focus on informal education and community collaboration through engineering. Education Sciences, 8(1). https://doi.org/10.3390/educsci8010004 Boset, S. A., dan Asmawi, A. 2020. Mediating effect of work motivation on the relationship between competency and professional performance of EFL teachers. Akademika 90(1): 23-33. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Llopart, M., & Esteban-Guitart, M. (2018). Funds of knowledge in 21st century societies: inclusive educational practices for under-represented students. A literature review. Journal of Curriculum Studies, 50(2), 145– 161. https://doi.org/10.1080/00220272.2016.1247913 Martínez-álvarez, P., Sáez, N., & Ghiso, M. P. (2018). Mediating hybrid spaces in the bilingual science class by learning to cultivate children ’ s metaphors. Linguistics and Education, 47, 68–83. https://doi.org/10.1016/j.linged.2018.08.003 Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 283-294. Kuala Terengganu: Penerbitan Universiti Sultan Zainal Abdin. Mills, K., Bonsignore, E., Clegg, T., Ahn, J., Yip, J., Pauw, D. & Pitt, C. (2018). Designing to illuminate children’s scientific funds of knowledge through social media sharing. IDC 2018 - Proceedings of the 2018 ACM Conference on Interaction Design and Children. https://doi.org/10.1145/3202185.3202737 Mills, K., Bonsignore, E., Clegg, T., Ahn, J., Yip, J., Pauw, D., & Pitt, C. (2019). Connecting children’s scientific funds of knowledge shared on social media to science concepts. International Journal of Child-Computer Interaction, 21, 54–64. https://doi.org/10.1016/j.ijcci.2019.04.003 Mohamed Hata, N. F. M. H., & Mahmud, S. N. D. M. (2020). Teachers’ Readiness in Implementing Stem Education from Knowledge, Attitude and Teaching Experience Aspects. Kesediaan Guru Sains Dan Matematik Dalam Melaksanakan Pendidikan Stem Dari Aspek Pengetahuan, Sikap Dan Pengalaman Mengajar, 3, 85–101. https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK3-07 Ryu, M., Tuvilla, M. R. S., Wright, C. E., Ryu, M., Tuvilla, M. R. S., & Wright, C. E. (2019). Resettled Burmese Refugee Youths ’ Identity Work in an Afterschool STEM Learning Setting Resettled Burmese Refugee Youths ’ Identity Work in an Afterschool STEM Learning Setting. Journal of Research in Childhood Education, 33(1), 84–97. https://doi.org/10.1080/02568543.2018.1531454 Sabudin, G. L. H., & Halim, L. H. (2020). Kajian sistematik: Pendekatan pengajaran dan impak khazanah pengetahuan dalam pembelajaran sains. Kajian Sistematik: Pendekatan Pengajaran Dan Impak Khazanah Pengetahuan Dalam Pembelajaran Sains, 10(1). Sabudin, G., & Halim, L. (2020). Kajian sistematik: Pendekatan pengajaran dan impak khazanah pengetahuan dalam pembelajaran sains. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 10(1), 21-38. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol10.1.4.2020 Sakaran, U. (2003). Reseach Methods for Business : A Skill Building Approach. Edisi ke-4. US : John Wiley & Sons. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 327


Saterbak, A., Leautaud, V., Bishnoi, S., & Gilberto, J. M. (2019). The effect of authentic project-based learning on attitudes and career aspirations in STEM. Journal of Research in Science Teaching, 56(1), 3–23. https://doi.org/10.1002/tea.21465 Tolbert, S., Knox, C., & Salinas, I. (2019). Framing, Adapting, and Applying: Learning to Contextualize Science Activity in Multilingual Science Classrooms. Waddington, Julie & Siques, Carina & Vilà, Maria & Moreno, Maria. (2020). A funds of knowledge approach to promoting school engagement. 14. 132-148. 10.34019/1982- 1247.2020.v14.27698. Zamri Mahamod. (2018). Pemikiran Inventif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Bangi: Penerbit Universit Kebangsaan Malaysia Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman, Abdul Rasid Jamian & Shamsuddin Othman. (2019). Peta Pemikiran: Kreativiti Guru Merangsang Pemikiran Pelajar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 328


Penggunaan Kaedah ‘E Fun Learning’ Terhadap Pemahaman Pelajar Bagi Tajuk Gerakbalas Terhadap Rangsangan (‘E Fun Learning’ Method On Students’ Understanding For Response-Stimulation Topic) Sabariah Fadzillah & Nurazidawati Muhamad Arsad * ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 4 Firdaus bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan menggunakan aplikasi ‘e-Fun Learning’. Kajian ini telah dijalankan terhadap tiga orang peserta kajian dari Tahun 4 Firdaus yang mempunyai masalah memahami dan kurangnya minat terhadap topik ini. Intervensi aplikasi ‘e-Fun Learning’ adalah hasil dari analisis pareto (80/20 rule) dan diagram ‘ishikawa’. Instrumen yang digunakan dalam mengumpul data kajian termasuklah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif serta disemak menggunakan kaedah tringulasi. Pengkaji mendapati penggunaan aplikasi ‘e-Fun Learning’ yang menggabungkan elemen info grafik, gambar, video dan kuiz telah membantu meningkatkan kefahaman dan minat peserta kajian bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dari aspek kefahaman dan minat bagi topik ini. Kata Kunci: Aplikasi ‘e-Fun Learning’, pareto 80/20, diagram ‘ishikawa’, Gerak Balas Terhadap Rangsangan ABSTRACT This action research was conducted to help increase the understanding and interest of Year 4 Firdaus students on the topic of Response to Stimulus using the ‘e-Fun Learning’ application. This study was conducted on three study participants from Year 4 of Firdaus who had difficulty understanding and lack of interest in this topic. The ‘e-Fun Learning’ application intervention is the result of pareto analysis (80/20 rule) and ‘ishikawa’ diagram. Instruments used in collecting research data included through observations, interviews and document analysis. Data were analyzed descriptively and reviewed using triangulation method. Researchers found that the use of ‘e-Fun Learning’ application that combines elements of info graphics, pictures, videos and quizzes has helped increase the understanding and interest of study participants for the topic of Response to Stimuli. The results of data analysis found that all study participants have shown a positive increase in terms of understanding and interest in this topic. Keywords: ‘e-Fun Learning’ application, pareto 80/20, ‘ishikawa’ diagram, Response to Stimulus. Sabariah binti Fadzillah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] *Pengarang Penghubung: Nurazidawati bt. Muhamad Arsad* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 329


PENGENALAN Sains mula diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 1968 melalui Kurikulum Sains Projek Khas yang mensasarkan murid tahun 1 hingga tahun 6 dengan matlamat untuk menaikkan taraf pengajaran Sains dan Matematik, mengukuhkan pengetahuan Sains dan Matematik murid, dan meningkatkan minat murid dalam menyiasat dan memahami dunia. Penilaian yang digunapakai pada masa tersebut menumpu kepada penilaian tahap pengetahuan murid. Pada tahun 1985, kurikulum sains sekali lagi mengalami perubahan apabila mata pelajaran Alam dan Manusia diperkenalkan dengan matlamat untuk membantu murid memperoleh pengetahuan dan pemahaman manusia dan alam sekitar. Kurikulum Alam dan Manusia hanya mensasarkan murid tahun 4 4hingga tahun 6 sahaja, manakala penilaiannya dalam bentuk aneka pilihan mencakupi aspek pengetahuan, kemahiran belajar dan nilai murni. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada permasalahan yang dialami oleh murid dalam memahami konsep gerak balas terhadap rangsangan. Diharapkan dengan adanya kaedah penggunaan aplikasi ‘e-Fun Learning’ ini akan dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran murid dalam memahami serta membuat pengelasan yang tepat berkaitan organ deria terhadap sesuatu gerak balas. Berdasarkan pemerhatian semasa PdPc pada Praktikum lepas, didapati bahawa murid-murid tahun empat masih tidak dapat menguasai konsep gerak balas terhadap rangsangan dengan baik. Hal ini dilihat melalui sesi soal jawab dan sesi apresiasi pada akhir pengajaran. Penilaian terhadap topik tersebut juga telah dilaksanakan semasa proses PdPc. Namun begitu, terdapat juga daripada mereka yang tidak mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik. Dengan itu saya memilih satu resolusi untuk menyelesaikan permasalahan ini supaya murid-murid dapat memahami konsep gerak balas terhadap rangsangan dengan lebih baik melalui kaedah pembelajaran yang berkesan. JADUAL 1. Objektif kajian dan soalan kajian. Objektif Kajian Soalan Kajian Membantu murid meningkatkan kefahaman mereka bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan melalui aplikasi ‘e-Fun Learning’. Bagaimanakah aplikasi ‘e-Fun Learning’ dapat membantu murid meningkatkan kefahaman murid bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan? Membantu meningkatkan minat murid bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan melalui aplikasi ‘e-Fun Learning’. Bagaimanakah aplikasi ‘e-Fun Learning’ dapat meningkatkan minat murid bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan? TINJAUAN LITERATUR ‘E Fun learning’ bermaksud smua jenis pembelajaran dan pengajaran atas talian dimana memerlukan penggunaan internet sepenuhnya.Contoh aktiviti pembelajaran atas talian ialah google classroom,kahoot,zoom education,live worksheet dan quiz PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 330


Google Classroom adalah aplikasi web yang hebat dan mudah digunakan untuk mengatur aktiviti harian pelajar dengan lancar. Selain itu, alat ini membolehkan anda mengikuti kelas dalam talian, mengedarkan bahan kursus, memberikan penilaian, mengesan kemajuan pelajar, menghantar maklum balas, dan sebagainya dari mana sahaja pada bila-bila masa. Kahoot adalah aplikasi pembelajaran berasaskan permainan untuk meningkatkan penglibatan pelajar di kelas maya. Semua aktiviti ini bergantung pada konsep pelajaran, oleh itu, anda boleh menjadikan pelajar menguasai setiap pelajaran melalui permainan dan tugas yang menyeronokkan. Zoom, salah satu aplikasi web persidangan video awan terbaik yang membantu anda dalam berkongsi jadual, mengajar pelajaran, berkomunikasi dengan beberapa pelajar, dan sebagainya. Anda dapat meningkatkan penyertaan pelajar semasa embelajaran atas talian dengan ciri luar biasa seperti perkongsian kandungan satu klik, papan putih digital. Liveworksheet adalah lembaran kerja yang diubah dari yang dicetak kepada Latihan dalam talian interaktif dan lebih menarik dengan pembetulan kendiri. Quiziz adalah satu aplikasi untuk mempelajari apa sahaja, di mana-mana sahaja dimana pelajar boleh belajar sendiri atau melibatkan diri dalam kuiz kumpulan, tugasan dan pembentangan melalui atas talian. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kualitatif. Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk menggunakan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Cresswell (1994) pula 58 mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini adalah lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Ia juga merupakan metod untuk mendapatkan objektif-objektif kajian yang cuba dicapai. Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah dalam daerah Pasir Mas Kelantan. Berhampiran bandar Pasir Mas yang kebanyakkan penduduknya adalah bekerja sebagai buruh dan suri rumah.Kebanyakan tergolong dalam masyarakat kampung. Bidang ekonomi utama yang oleh penduduk ialah bidang pertanian . Rasional pemilihan Sekolah kebangsaan kerana lokasi kajian berhampiran bandar.Oleh itu, sekolah ini amat sesuai untuk penyelidik mencapai akses internet bagi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan . Sampel Kajian Dalam kajian ini, kumpulan sasaran kajian melibatkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng. Murid-murid tersebut merupakan murid tahap dua iaitu tahun empat. Seramai tiga orang murid dipilih sebagai PK yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan dua orang PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 331


murid perempuan telah dikenal pasti setelah analisis tinjauan awal dilakukan. Peserta yang terlibat dalam kajian ini ialah Peserta Kajian 1 (PK1), Peserta Kajian 2 (PK2) dan Peserta Kajian 3 (PK3). Berikut merupakan ciri-ciri PK pada Jadual 2: JADUAL 2. Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian. Bilangan Peserta Kajian 3 orang murid dalam kelas yang sama Jantina 2 orang perempuan, 1 orang lelaki Umur 10 Tahun Prestasi Akademik • Mendapat skor yang rendah (<40%) dalam ujian diagnostik yang telah dilakukan oleh pengkaji • Menghadapi masalah mengingati fakta dan kemahiran dalam Sains • Tahap penguasaan yang minimum dalam tema Sains Hayat Kaedah Pengumpulan Data Pengkaji telah mengikut rangka serta perancangan yang telah ditetapkan untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Pengkaji juga telah menganalisis beberapa jenis model antaranya, Model Kajian Tindakan Stringer, Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis & McTaggart dan model Kajian Tindakan Kurt Lewin. Melalui contoh-contoh model kajian tindakan yang disenaraikan, pengkaji telah merujuk kepada Model Reka Bentuk Kajian yang dihasilkan oleh Stephen Kemmis & McTaggart dalam melaksanakan kajian tindakan yang telah dirangka. Dalam kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa set instrumen yang yang melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi kaedah pengumpulan data. Melalui set instrumen ini, pengkaji akan mengumpul dapatan serta menganalisis dapatan tersebut untuk menjawab objektif yang dinyatakan dalam kajian. Tindakan dilaksanakan selama tiga minggu. Peserta kajian dikehendaki menggunakan aplikasi ‘e-Fun Learning’ semasa tempoh intervensi. Alat tindakan yang dihasilkan telah diuji kepada murid tahun empat untuk melihat sama ada alat tindakan ini dapat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman dan minat bagi Topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan ataupun sebaliknya. Kaedah Analisis Data Pengkaji telah membuat perbandingan terhadap data-data yang diperolehi untuk mendapatkan kesamaan atau perbezaan data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pelbagai kaedah seperti temu bual, pemerhatian serta menganalisis dokumen keputusan ujian murid untuk PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 332


mengumpul sebanyak mungkin data primer. Melalui kaedah ini, pengkaji telah memungut data primer terhadap aktiviti PdPc Sains untuk membuat penilaian kefahaman bagi Topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pada bahagian ini, terdapat data yang diperolehi daripada hasil kajian yang telah dijalankan ke atas tiga orang PK yang mempunyai masalah dalam memahami Topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan dengan baik. Data yang diperolehi daripada pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Data-data dan pemerhatian dianalisis secara numerikal atau persembahan graf, manakala temu bual telah dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif. Data-data yang dikumpul melalui tindakan 1 dan 2 yang dilakukan ke atas tiga orang PK digunakan untuk menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan sebanyak dua tindakan untuk mengenalpasti peningkatan kefahaman bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan serta tahap penguasaan dalam kemahiran sains seterusnya untuk mencapai objektif kajian yang telah dirancang. Melalui tindakan 1, pengkaji melaksanakan PdPc tanpa menggunakan BBM yang sesuai bagi kesemua PK bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Dalam masa yang sama pengkaji mengumpul data-data yang perlu mengikut ketiga-tiga kaedah pengumpulan data yang dirancang. Seterusnya pengkaji menjalankan tindakan 2 di mana pengkaji menjalankan PdPc melalui intervensi penggunaan aplikasi ‘e-Fun Learning’. Sama seperti tindakan 1, pengkaji juga membuat pengumpulan data melalui ketiga-tiga kaedah pengumpulan data yang sama. Setelah dapatan diambil, pengkaji membuat rumusan berkaitan dengan perbezaan semasa tindakan satu dan tindakan kedua yang telah diambil. Selepas menjalani proses tindakan 1 dan tindakan 2, hasil keputusan yang pengkaji mendapati bahawa kesemua PK menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman mereka bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan serta minat mereka semakin bertambah untuk mempelajari topik tersebut. Menjawab kepada objektif kajian iaitu alat tindakan ini mampu membantu meningkatkan kefahaman bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Hal tersebut dapat dibuktikan melalui analisis yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Berdasarkan analisis yang dinyatakan oleh pengkaji, kesemua PK dapat memahami dengan baik topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Hal ini dapat dirujuk melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen serta temu bual yang telah dilaksanakan terhadap kesemua PK. Selain itu, juga telah membuktikan penggunaan alat tindakan dapat menjawab objektif kedua iaitu meningkatkan minat murid dalam topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Hal ini dapat dilihat melalui kaedah pemerhatian yang dilaksanakan semasa tindakan 1 dan tindakan 2 terhadap kesemua PK. Melalui dapatan pemerhatian tersebut, pengkaji telah merumuskan bahawa aplikasi ‘e-Fun Learning’ dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Penggunaan aplikasi ‘e-Fun Learning’ ini ternyata dapat memberi peningkatan yang baik dalam meningkatkan minat murid untuk mempelajari topik tersebut. Jadual 3 di bawah menunjukkan perbandingan masa dan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi tindakan sebelum dan selepas. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 333


JADUAL 3. Peratus perubahan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca PK semasa tindakan 1 dan tindakan 2. Pengkaji melaksanakan kaedah pemerhatian melalui dua cara iaitu pemerhatian berstruktur serta pemerhatian tidak berstruktur. Melalui dapatan berikut, pengkaji dapat membuat perbezaan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pengkaji sendiri. Berikut adalah pemerhatian berstruktur yang telah dianalisis oleh pengkaji terhadap ketiga-tiga PK: JADUAL 4. Dapatan Pemerhatian Berstruktur Selepas Tindakan 1 Dan Tindakan 2. JADUAL 5. Deskripsi Temu Bual Selepas Tindakan 1 Dan Tindakan 2. Bil Aspek yang dinilai Tindakan 1 Tindakan 2 Ya Tidak pasti Tidak Ya Tidak Pasti Tidak 1. Adakah anda minat belajar topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan? 2 1 3 Bil Murid Markah Tindakan 1 Tindakan 2 1. PK1 36% 86% 2. PK2 21% 93% 3. PK3 29% 71% Tindakan 1 Tindakan 2 Perkara Kemahiran mentafsir maklumat Kemahiran meramal Kemahiran membuat inferens Disiplin peserta kajian Markah yang diperolehi dalam Ujian Pra (%) Kemahiran mentafsir maklumat Kemahiran meramal Kemahiran membuat inferens Disiplin peserta kajian Markah yang diperolehi dalam Ujian Pasca (%) Peserta Kajian (PK) PK 1 2 2 1 3 1 4 3 4 4 4 PK 2 1 2 2 2 1 4 4 4 3 5 PK 3 2 2 2 1 1 3 3 4 4 3 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 334


2. Adakah anda dapat menjawab soalan ujian dengan baik? 1 2 3 3. Adakah masa untuk anda menjawab ujian lebih cepat? 1 2 2 1 4. Adakah markah tersebut memuaskan? 2 1 3 Jadual di atas menunjukkan dapatan hasil temu bual yang dijalankan ke atas tiga orang PK selepas tindakan 1 dan tindakan 2 dijalankan. Dapatan temu bual bersama PK menunjukkan keseluruhan PK menyatakan berminat dalam belajar topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan selepas tindakan 2 iaitu dengan bantuan aplikasi ‘e-Fun Learning’. Tiada seorang murid yang tidak berminat semasa sesi tindakan 2 ini dijalankan. Melalui soalan berkenaan dapat menjawab soalan ujian dengan baik, kesemua PK juga menjawab dengan positif iaitu mudah dan faham, hal ini telah mengukuhkan penyataan pengkaji berkenaan dengan penggunaan aplikasi ini dapat membantu meningkatkan kefahaman bagi topik tersebut. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Hampir kesemua PK dapat memahami topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan dengan baik setelah bimbingan diberikan kepada mereka dengan menggunakan aplikasi ‘e-Fun Learning’. Hal ini terbukti menerusi hasil analisis daripada dapatan kajian yang dilaksanakan. Kesemua PK telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Sebagai contoh, hasil tindakan 1 menyatakan tiga orang murid yang mendapat markah agak rendah dalam Ujian Pra. Namun setelah bimbingan dan rawatan diberikan kepada mereka, kesemua tiga orang peserta kajian tersebut berjaya menunjukkan peningkatan lebih baik. Secara tidak langsung ini membuktikan keberkesanan penggunaan alatan tindakan atau mekanisme yang dicipta oleh pengkaji dalam usaha memastikan murid dapat meningkatkan kefahaman dan minat bagi topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan. Setelah memperoleh hasil yang memuaskan daripada dapatan yang telah dilakukan, cadangan pertama adalah pengkaji berpendapat kajian ini dicadangkan untuk menambah permainan video. Melihat kepada kelebihan daripada aspek yang dicadangkan, permainan video mampu meningkatkan daya berfikir murid kearah yang lebih tinggi. Namun begitu, permainan video perlu diselaraskan mengikut topik pembelajaran yang ditekankan. Pengkaji melihat, jika permainan video dapat ditambah dalam aplikasi ini, tahap keseronokan murid dalam sesi PdPc akan bertambah sekaligus memudahkan guru dan juga murid ketika melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif. Selain itu, cadangan untuk penambahbaikan alat ini ialah memperbaiki soalan atau kuiz dengan melaksanakan kuiz secara auto grading. Dicadangkan penambahbaikan terhadap kuiz atau soalan tersebut untuk memudahkan urusan guru bagi menanda dan menyemak jawapan murid. Ekoran daripada itu, penggunaan kuiz secara auto grading ini amatlah relaven dengan situasi pembelajaran pada abad ke-21 yang lebih menekankan tentang penggunaan multimedia PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 335


dalam sesebuah PdPc. Hal ini juga mampu menjimatkan masa guru yang digunakan bagi menyemak dan menilai tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik. Selain itu, penggunaan kaedah ini mampu memberikan kesan yang pantas dalam memberi markah kepada murid di mana selepas sahaja murid menjawab sesuatu soalan, mereka akan terus memperolehi markah hasil daripada jawapan mereka. RUJUKAN Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2006). Belajar Berfikir. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2013). Pengantar Penyelidikan Tindakan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Perak Darul Ridzuan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Amir Hassan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains.Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia. Beghetto. (2013). Killing Ideas Softly: The Promise and Perils of Creativity in The Classroom. New York: Information Age Publication Inc. Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2006). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Chuah Kim Hwa. (2010).Menyingkap isu peserta kajian dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010. Creswell, J. W. (2003). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (2nd ed.). Thousand Oaks: Sage. Fatin Nadirah Binti Fauzi. (2014). Penggunaan Kit ‘Buku Cerita’ Membantu Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 4 Bagi Topik Gerak Balas Terhadap Rangsangan . Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Tidak Diterbitkan. Gelineau. (2012). Research on Creativity. dalam Carayannis. E.G. (Ed.) Encyclopedia of Creativity, Invention, Innovation, and Entrerpreneurship.New Delhi: Springer PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 336


Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Di Sekolah Kurang Murid (Improving Science Process Skills At Less Student School) Thavamalar a/p Nadaraja & Zanaton Hj Iksan* ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kemahiran proses sains di Sekolah Kurang Murid. Terdapat beberapa objektif yang telah dijawab melalui kajian ini iaitu mengenalpasti tahap kemahiran proses sains serta motivasi belajar KPS dalam kalangan murid Darjah 6 di Sekolah Kurang Murid. Ini juga diikuti dengan objektif untuk mengenalpasti strategi-strategi yang wajar digunakan untuk meningkatkan KPS di Sekolah Kurang Murid. Kaedah campuran yang merangkumi pemerhatian, borang soal selidik serta temubual mendalam telah dijalankan untuk memperoleh data daripada para guru dan pelajar. Sebanyak 25 borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar daripada 3 buah sekolah kurang murid. Dapatan kajian telah mendapati bahawa tahap kemahiran proses sains dalam kalangan murid sekolah adalah agak rendah kerana tahap motivasi belajar mereka juga tidak berada pada tahap yang memuaskan. Para guru telah memberi cadangan-cadangan yang bernas untuk meningkatkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid di sekolah kurang murid. Antara cadangan yang diberikan adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar bagi meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari kemahiran proses sains secara lebih mandalam. Selain itu, penggunaan AI juga dapat menjadikan pengajaran lebih interaktif dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap kemahiran proses sains. Kata kunci: Kemahiran Proses Sains, Sekolah Kurang Murid ABSTRACT This study is to identify the science process skills in Schools with Poor Students. There are several objectives that have been answered through this study, which is to identify the level of science process skills as well as the motivation to study KPS among Grade 6 students in Underprivileged Schools. This is also followed by the objective of identifying strategies that should be used to improve KPS in schools with fewer students. Mixed methods that include observation, questionnaires and in-depth interviews were conducted to obtain data from teachers and students. A total of 25 questionnaires were distributed to students from 3 schools with fewer students. The findings of the study have found that the level of science process skills among school students is relatively low because their level of learning motivation is also not at a satisfactory level. The teachers have given thoughtful suggestions to improve science process skills among students in underserved schools. Among the suggestions given is to use teaching aids to increase students' interest in learning science process skills more deeply. In addition, the use of AI can also make teaching more interactive and increase student motivation towards science process skills. Keywords: Science Process Skills, Less Student School Thavamalar a/p Nadaraja Fakluti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 44600 Bangi, Selangor Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Zanaton binti Hj Iksan* Fakluti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 44600 Bangi, Selangor Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 337


PENGENALAN Integrasi pengumpulan ilmu dan penguasaan kebolehan saintifik dan cara berfikir ditekankan dalam Kurikulum Sains dalam sistem pendidikan Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan baru untuk pendidikan, kita boleh membantu pelajar mengembangkan kebolehan ini dan memperoleh pengetahuan yang penting (Nor Amalina & Zanaton 2018). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesyorkan beberapa kaedah pedagogi kepada kajian sains, seperti inkuiri-penemuan, penguasaan, eksperimen, dan konstruktivisme . Kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif merupakan subset kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan penaakulan deduktif yang dipertingkatkan hanyalah sebahagian daripada faedah yang mungkin diperoleh oleh pelajar daripada mengasah kebolehan ini. Di Amerika Syarikat, sains dianggap sebagai topik kurikulum teras. Malangnya, kita sering mendengar daripada pelbagai sumber bahawa majoriti pelajar di negara ini mempunyai tahap penguasaan sains yang rendah (Ghafar & Ibrahim 2011). Terdapat sebilangan murid berasa sains terlalu mencabar untuk dipelajari. Sesetengah murid berjaya dengan baik, manakala yang lain berputus asa walaupun dibentangkan dengan bahan yang mudah. Oleh itu, pendidik harus sentiasa meninggalkan "bilik" yang mencukupi untuk murid-murid berkembang dalam keupayaan dan kecerdasan melalui penggunaan strategi baru untuk meningkatkan pengalaman pendidikan. Daripada hanya menghafal data, pelajar perlu mempunyai pengalaman secara langsung dan menghargai kaedah saintifik untuk membina kebolehan yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang tersebut (Ali 2013). Secara tidak langsung, ini bermakna guru perlu mempunyai pemahaman yang kukuh tentang idea dan kaedah saintifik yang kompleks jika mereka ingin menyampaikannya secara berkesan kepada pelajar mereka. Guru-guru dalam bidang sains yang boleh menggalakkan pelajarnya menggunakan daya imaginasi dan pemikiran kritis mereka sangat diminati. Menjadi kreatif bermakna anda boleh memikirkan idea segar dan melaksanakannya. Apabila kita bercakap tentang inovasi, kita merujuk kepada kapasiti untuk memulakan sesuatu yang serba baharu, seperti strategi, rangka kerja atau prosedur baharu (Jamaludin 2000). Albion (1999) berpendapat bahawa pendidik harus mengambil kesempatan daripada kapasiti imaginatif pelajar yang luar biasa untuk membentuk rasional, empati, dan moral pelajar mereka. Kegagalan untuk memasukkan strategi imaginatif ke dalam bilik darjah membawa kepada kebosanan, keletihan, dan kurang minat secara umum di kalangan pelajar. Allinder (1995). Kepincangan ini berpunca daripada kesibukan guru terhadap peperiksaan dan sukatan pelajaran (Irfan Naufal, 2003). Akibat kurangnya peningkatan yang konsisten dalam pendidikan sains, ramai pelajar mempunyai tanggapan negatif terhadap subjek dalam kalangan anak muda (Tina 2002). Sijil SPM di Malaysia tidak boleh diperoleh tanpa lulus subjek sains. Di peringkat SPM, pelajar dijangka menyiapkan dua kertas Sains yang berasingan, bertajuk Sains Kertas 1 (1511/1) dan Sains Kertas 2 (1511/2). Untuk mengukur kecekapan anda dengan kaedah saintifik, anda akan diuji pada soalan 10 Bahagian C Kertas Sains 2. Anda mesti melengkapkan satu set soalan menguji pengetahuan anda tentang prosedur saintifik untuk mendapat 10 mata penuh. Latihan menulis dalam kaedah saintifik memfokuskan kepada topik berikut: matlamat, hipotesis, pembolehubah, peralatan, bahan, kaedah dan jadual. Oleh itu, bakat kognitif yang canggih PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 338


diperlukan untuk perancangan eksperimen. Sains adalah sukar dan memakan masa untuk difahami sebahagiannya kerana idea saintifik sangat kabur (Zurida et.al. 2006). Majoriti bilik darjah hari ini bergantung pada hafalan bahan, pengisian lembaran kerja dan pengambilan ujian untuk menentukan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Tanpa pemahaman yang kukuh tentang idea saintifik yang mendasari, pelajar hanya menghafal kandungan dan tidak lengkap untuk menggunakan apa yang mereka pelajari dalam konteks praktikal. Ia boleh menjadi mencabar bagi pelajar untuk memahami konsep dan prosedur saintifik yang abstrak kerana ia sering melibatkan pengenalan konsep baru, istilah dan langkah logik. Kedua-dua jawapan bertulis dan lisan kepada soalan bilik darjah, serta hasil kajian saintifik, mendedahkan masalah ini. Membaca dan menghafal adalah dua kaedah belajar yang paling biasa dalam kalangan pelajar. Pendekatan tradisional gagal mencukupi apabila menangani isu abstrak secara saintifik. Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang perlu diserap, ramai pelajar menjadi tidak berminat dan membentuk tanggapan buruk terhadap sains sebagai satu disiplin (Al-Mukmin 2008). Setiap pelajar hendaklah menjadi individu yang diperkasakan yang telah belajar, melalui program yang berteraskan prinsip pendidikan yang mantap dan menjurus ke arah kecemerlangan, asas pembelajaran sepanjang hayat, kecekapan untuk melibatkan diri dalam kerja secara produktif, keupayaan untuk wujud bersama dalam keharmonian yang membuahkan hasil dengan komuniti tempatan dan global, dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam pemikiran autonomi, kreatif dan kritis. Untuk tujuan ini, kementerian pendidikan hendaklah mewujudkan satu sistem pendidikan rendah dan menengah yang memupuk pertumbuhan individu yang produktif dan bertanggungjawab yang memiliki pengetahuan, kebolehan, dan sikap yang diperlukan untuk kejayaan dalam pendidikan lanjutan dan tenaga kerja. Matlamat kurikulum sains K-12 adalah untuk menyediakan pelajar dengan literasi saintifik yang mereka perlukan untuk menjadi warganegara yang aktif dan bermaklumat yang boleh menilai potensi implikasi sosial, kesihatan dan alam sekitar dari potensi aplikasi pengetahuan saintifik. Ia menggunakan pengetahuan saintifik dan pengetahuan teknologi kepada domain masyarakat, individu, sosial, ekonomi dan berasaskan nilai. Ia disusun berdasarkan tiga tunjang pendidikan sains: pemerolehan dan penggunaan fakta, pelaksanaan prosedur, dan penanaman serta demonstrasi nilai dan kepercayaan. Keupayaan untuk menjalankan kajian saintifik dan eksperimen adalah komponen utama kaedah saintifik. Para saintis, pendidik dan pelajar sama-sama menggunakan pelbagai kebolehan kognitif dalam mengejar pengetahuan saintifik, termasuk pemerhatian, pengkategorian, komunikasi, pengukuran, inferens dan ramalan. Mempunyai pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti hands-on adalah komponen utama untuk melibatkan mereka dalam pembelajaran dan pengajaran sains. Membangunkan kurikulum sains yang mencerminkan amalan saintifik dengan tepat memerlukan penguasaan kebolehan prosedur ini (Rezba, et al. 1995). Mempelajari idea asas dan kaedah sains adalah maksud sains, kata Handlesman et al. Mencari cara untuk mengubah suai pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar adalah satu cabaran yang ketara memandangkan penekanan yang semakin meningkat diberikan pada kemahiran proses saintifik. Kebangkitan tumpuan baru-baru ini untuk memupuk pemikiran kritis telah membawa kepada penekanan yang lebih besar terhadap kemahiran proses pengajaran. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 339


Di samping mempelajari asas kaedah saintifik, pelajar juga harus belajar berfikir dan bertindak seperti saintis. Matlamat program pendidikan sains adalah untuk menyemai dalam diri pelajarnya kaedah saintifik, oleh itu adalah wajar bahawa guru akan meletakkan premium untuk membantu pelajar mereka mengamalkan jenis sikap boleh buat yang tipikal penyelidik yang berjaya (Opulencia 2011). Perkembangan kepercayaan dan tingkah laku yang positif merupakan matlamat penting pendidikan (Pacia 2014). Tanpa kebolehan dan kekuatan yang lebih luas ini, kanak-kanak tidak akan bersedia untuk menghadapi kesukaran yang mereka dan dunia akan hadapi pada masa hadapan, menjadikannya penting untuk kita mula membentuk sikap, tindakan dan motivasi pelajar hari ini (Miller 2017). Untuk meningkatkan pertumbuhan intelek pelajar dan menggalakkan penyertaan mereka dalam kelas, kemahiran proses adalah penting. Cara seseorang merasakan sains mempunyai kesan langsung ke atas prestasi mereka dalam sains (Papanastasiou dan Zembylas, 2004). Mencapai standard yang tinggi dalam pencapaian pelajar dalam Sains memerlukan memupuk pemahaman yang kukuh tentang kemahiran proses asas dan pendekatan yang bersemangat terhadap subjek tersebut. Menurut Mushtaq dan Khan (2012), kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara secara langsung terikat dengan kualiti modal insannya, yang seterusnya adalah hasil langsung daripada prestasi (pencapaian akademik) pelajarnya. Penyiasat membuat hipotesis bahawa kejayaan pelajar dalam Sains gred tujuh boleh dipengaruhi oleh kebiasaan dan semangat mereka terhadap subjek tersebut. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk memberikan sokongan empirikal terhadap hipotesis bahawa terdapat hubungan antara faktor-faktor yang ditunjukkan. Pendekatan yang berpusatkan pelajar, lebih berkaedah dan bermaklumat secara teori untuk pengajaran dan pembelajaran sains boleh mendapat manfaat yang besar daripada penggabungan kemahiran proses sains. Sweeney et al. (2014) mendapati guru pelatih yang mencipta rancangan pengajaran bagi Kursus Diploma Pendidikan tidak menyediakan kemahiran saintifik yang menyeluruh, sebaliknya menumpukan kepada kemahiran proses sains yang sama yang diulang berulang kali. Akibatnya, beberapa kemahiran proses sains menjadi lebih biasa daripada yang lain, dan kemahiran proses sains lain langsung tidak dimasukkan dalam rancangan pengajaran guru. Satu penjelasan yang mungkin untuk ini adalah kerana guru kurang pengetahuan dan keyakinan untuk mengajar konsep dan kaedah saintifik secara berkesan kepada pelajar mereka. Menurut Ahmad (2017), "dari sudut konsepsi sains, pelajar tidak dapat menghubungkan pembelajaran sains dengan kehidupan seharian, dan hanya peratusan kecil yang dapat menyelesaikan masalah seharian menggunakan dapatan pendidikan sains mereka." Malangnya, kurikulum saintifik kini lebih menekankan hafalan daripada pemahaman. Pelajar pula terus gagal membuat perkaitan antara kemajuan teknologi dan kepentingan penemuan saintifik. Pelajar yang tidak memahami sepenuhnya prinsip yang diajar di dalam bilik darjah tidak boleh berfikir di luar kotak dan terjebak mempelajari perkara yang telah disediakan untuk mereka. Pelajar yang meninggalkan sekolah dengan pemahaman yang kukuh tentang prinsip saintifik akan lebih bersedia untuk mengisi peranan masyarakat. Sesuai dengan perkaitan antara sains, teknologi, dan masyarakat, komuniti ini akan dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pertumbuhan teknologi. Pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada pengajar. Akan ada pengaruh dan kesan yang besar terhadap proses pengajaran daripada tindakan dan tabiat setiap guru. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 340


Click to View FlipBook Version