Persidangan International Conference on Technologies For E-Learning and Digital Entertainment. Heidelberg, 16-18 Ogos. Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, Nasir Nayan, Yazid Saleh, Nur Hamid, Nur Hidayah Baharudin & Nurul Afifah Mohd Faudzi. 2021. The readiness of geography teacher trainees in gamification approach. Review of International Geographical Education Online 11(3): 720-734. Ismail MA-A, Mohammad JA-M. 2017. Kahoot: a promising tool for formative assessment in medical education. Education In Medicine Journal 9(2):19–26. Ismail, M. E., Sa’Adan, N., Samsudin, M. A., Hamzah, N., Razali, N., & Mahazir, I. I. 2018. Implementation of the Gamification Concept Using KAHOOT! among TVET Students: An Observation. Journal of Physics 9(2): 19-26. Iwamoto, D.H., Hargis, J., Taitano, E.J.,& Vuong, K. 2017. Analyzing the efficacy of the testing effect using Kahoot on student performance. Turkish Online Journal of Distance Education 18(2): 80-93. Jamar, A., & Noh, M. A. C. 2020. Gamifikasi Aplikasi Kahoot Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Pendidikan Islam. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 10 November. Jamian, R. 2020. Analisis deskriptif bagi penggunaan aplikasi quizizz ke atas guru dalam penilaian prestasi murid bagi subjek matematik. Mathematical Sciences and Informatics Journal 1(2): 87–97. Jong, M. 2019. Sustaining the adoption of gamified outdoor social enquiry learning in high schools through addressing teachers' emerging concerns: A 3-year study. Br. J. Educ. Technol. 50: 1275-1293. Jusuf, H. 2016. Penggunaan gamifikasi dalam proses pembelajaran. Jurnal TICOM 5(1): 1-6. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Buku Laporan Kebangsaan TIMSS - Trends in International Mathematics and Science Study. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607-610. Martí-Parreño, J., Seguí-Mas, D., & Seguí-Mas, E. 2016. Teachers’ attitude towards and actual use of gamification. Procedia - Social and Behavioral Sciences 228: 682-688. Mee, R.W., Shahdan, T.S., Ismail, R., Ghani, K.A., Pek, L.S., Von, W.Y., Woo, A., & Rao, Y.S. 2020. Role of gamification in classroom teaching: Pre-service teachers’ view. International Journal of Evaluation and Research in Education 9: 684-690. Mohamed Arip, Fauziah Mohd Sa’ad, Norhidayah Jaapar, Khairiyah Mohd Ali, Najwa Hananie Athdzar, & Wan Norhasniah Binti Wan Abd Rashid. 2014. Faktor, Kesan dan Strategi Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Hlm. 1–28. Mohd Faruze Iberahim & Norah Md Noor. 2021. Amalan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Guru-Guru Sekolah Rendah di Negeri Johor. Innovative Teaching and Learning Journal 3(2): 8-14. Muhammad Taufiq. 2010. Asal-usul pengetahuan dan hakikat pengetahuan. Program pasca siswazah manajemen dan bisnis. Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Mursyida Aleas & Norshidah Mohd Salleh. 2021. Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pengajaran modular di sekolah rendah daerah Hulu Langat, Selangor. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 1(3): 92- 106. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 91
Nor Azilah & Zarina. 1997. Persepsi guru dalam perkhidmatan mengenai penggunaan komputer. Prosiding dari Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia 10th Konvensyen. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 21-23 Mei. Normee Abd. Rahman. 2001. Kesediaan Guru Dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis dalam Mata Pelajaran Sains. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nurulhuda Mohd Sukri. 2013. Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan kompetensi di kolej vokasional. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. 2017. Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad KE-21. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Paharia, R. 2010. Who coined the term “gamification”. Rohaila Mohamed Rosly & Fariza Khalid. 2017. Gamifikasi: Konsep dan implikasi dalam pendidikan. Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi 144- 154. Sa’adiah Mohamad, Muhamad Akasah Hamzah & Farkhruzi Osman. 2020. Persepsi pelajar terhadap manfaat dan keinginan menggunakan snake & ladder digital game board dalam pembelajaran berasaskan permainan. Jurnal Dunia Pendidikan 2(3): 126-134. Saggah, A., Campion, R., & Stanier, C. 2018. An investigation of the role of the teacher in gamified learning in Primary Schools. Edulearn18 Proceedings, 2018. Hlm. 7700- 7708. Saleh, S. M., & Sulaiman, H. 2019. Gamification in T&L of mathematics: Teacher’s willingness in using Quizizz as an additional assessment tool. AIP Conference Proceedings, 2184. Sajinčič, N., Sandak, A., & Istenič, A. 2022. Pre-Service and In-Service Teachers’ Views on Gamification. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET) 17(3): 83-103. Samuelsson, I. P., & Carlsson, M. A. (2008). The playing learning child: Towards apedagogy of early childhood. Scandinavian Journal of Educational Research 52(6): 623-641. Sandra. R, Abu Bakar.N & Norlidah.A. 2013. Penggunaan ICT merentas kurikulum standard prasekolah kebangsaan (kspk): tinjauan di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik 1(4): 12-20. S. Ghavifekr, T. Kunjappan, L. Ramasamy, & A. Anthony. 2016. “Teaching and Learning with ICT Tools: Issues and Challenges from Teachers’ Perceptions,” Malaysian Online Journal of Educational Technology 4(2): 38-57. Sherlock A. Licorisha, J. L. 2017. “Go Kahoot!” Enriching Classroom Engagement, Motivation And Learning Experience With Games. Proceedings of the 25th International Conference on Computers in Education. Hlm. 755-764. Sumintono, B. 2016. Science education in Malaysia: challenges in the 21st century. Conference: 1st International Seminar on Science Education (ISSE) 2015. Universitas Negeri Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia, 1-10 Februari. Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. 2016. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 6(2): 33-43. Tam, F., & Hui C. 2014. Gamify Learning. Learning and Teaching Through Having Fun http://www.slidesharenet/citehku/18-digital-game-based-learning-and-teachingthrough-having-fun [10 Disember 2022] Tan Wee Hoe. 2020. Gamifikasi Dalam Pendidikan: Pembelajaran Berasaskan Permainan. Edisi ke-4. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zhao, F. 2019 Using quizizz to integrate fun multiplayer activity in the accounting classroom. International Journal of Higher Education 8(1): 37–43. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 92
Sains DLP : Hubungan Penguasaan Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dengan Efikasi Kendiri Guru (DLP Science : The Relationship Between English Language Profiency and Pedagogical Content Knowledge on Teachers’ Self-Efficacy) Marni Razali & Siti Nur Diyana Mahmud* ABSTRAK Dual Language Programme (DLP) merupakan program pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memartabat dan memperkukuh kemahiran dwibahasa. Objektif kajian ini adalah untuk (i)mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris, pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPK) Sains, efikasi kendiri guru (ii)mengkaji perbezaan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris, PPK dan efikasi kendiri guru mengikut tempoh pengalaman mengajar Sains, (iii)mengkaji hubungan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan PPK, dan (iv)mengkaji hubungan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan PPK dengan efikasi kendiri guru Sains DLP. Kajian adalah secara kuantitatif menggunakan tinjauan rentas silang persampelan rawak. Sampel terdiri daripada 81 orang guru sains DLP daripada daerah Bintulu dan Miri, Sarawak mengisi google form data instrumen soal selidik. Data yang dianalisis secara deskriptif serta inferensi menggunakan perisisan SPSS versi 26.0 menunjukkan min purata bagi penguasaan Bahasa Inggeris guru, PPK, dan efikasi kendiri guru Sains DLP berada pada tahap sederhana tinggi. Guru lebih berpengalaman mengajar subjek sains didapati mempunyai tahap PPK yang lebih tinggi manakala guru berpengalaman 11 – 15 tahun mengajar mempunyai tahap efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding 16 – 20 tahun. Analisis korelasi Pearson [r=0.807, p<0.05] menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara PPK dengan efikasi kendiri guru. Implikasinya, kajian ini mendapati kompetensi guru khususnya dalam pengetahuan pedagogi isi kandungan Sains dan efikasi kendiri (pengurusan kelas) merupakan elemen yang perlu diberi penekanan dan latihan lanjutan berbanding latihan penguasaan Bahasa Inggeris. Kata Kunci: Dual Language Programme; pengajaran dan pembelajaran; penguasaan Bahasa Inggeris; pengetahuan pedagogi isi kandungan; efikasi kendiri guru ABSTRACT Dual Language Program (DLP) is a science teaching and learning program through the Malaysia Education Blueprint 2013- 2025 to dignify and strengthen bilingual skills. The objective of this study is to (i)identify the level of English language proficiency, science pedagogical content knowledge (PCK), teachers’ self-efficacy (ii)study the differences between the level of English language proficiency, PCK and teachers’ self-efficacy according to the length of experience teaching Science, (iii)study the relationship between the level of English language proficiency and PCK, and (iv) study the relationship between the level of English language proficiency and PCK with the self-efficacy of DLP Science teachers. The study was quantitative using a random sampling cross-sectional survey. The sample consisted of 81 DLP science teachers from Bintulu and Miri District in Sarawak who filled out a google form data questionnaire instrument. The data analyzed descriptively and inferred using SPSS version 26.0 software show that the average mean for teachers' English proficiency, PPK, and DLP Science teachers' self-efficacy is at a moderately high level. Teachers with more experience teaching science subjects were found to have a higher level of PCK while teachers with 11-15 years of teaching experience had a higher level of self-efficacy compared to 16-20 years. Pearson's correlation analysis [r=0.807, p<0.05] shows that there is a strong significant relationship between PCK and teachers’ self-efficacy. The implication is that this study found that teacher competence, especially in pedagogical knowledge of Science content and self-efficacy (classroom management) is an element that needs to be emphasized and further training compared to English language proficiency training. Key Words: Dual Language Programme; teaching and learning; English language proficiency; pedagogical content knowledge; teachers’ self-efficacy Marni Razali Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Siti Nur Diyana binti Mahmud* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 93
PENGENALAN Guru, merupakan watak penting dalam membentuk kemenjadian murid, namun apabila berbicara tentang pendidikan kita seringkali terlupa pengaruhnya. Peranan guru bukan sahaja sebagai pendidik melalui pendidikan formal, tetapi juga membina perkembangan dan tumbesaran murid-murid seoptimum mungkin. Kualiti guru merupakan kunci bagi meningkatkan kualiti pendidikan tidak kira peringkat rendah ataupun menengah. FrehnerQuan (2013) pula menyatakan bahawa ramai guru yang tidak dapat membantu murid-murid mereka mencapai potensi diri yang menyeluruh kerana strategi pengajaran atau pedagogi yang berkesan kurang difahami sekaligus tidak dapat diimplementasikan dengan baik. Justeru pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan seharusnya dibangunkan seiring dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas berjalan dengan lancar. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPK), ditakrifkan sebagai pengetahuan, faktor dan perancangan tentang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik khusus dengan cara tertentu untuk meningkatkan hasil penyampaian yang maksimum kepada pelajar (GessNewsome, Julie. 2015). Selain itu, penguasaan sebuah bahasa juga penting untuk memastikan penerimaan dan penyampaian maklumat serta komunikasi itu berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memperkenalkan Dual Language Programme (DLP) seiring dengan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris bagi memenuhi tuntutan Aspirasi Murid (PPPM) mempunyai kemahiran dwibahasa selari dengan perkembangan pendidikan di abad 21. Pendekatan pembelajaran menggunakan dwibahasa atau dari sudut istilah disebut DLP merupakan antara yang banyak digunakan dalam sistem pendidikan dunia masa kini. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam PdP menerusi matapelajaran terpilih terutamanya mata pelajaran Sains memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan imej diri serta kebolehpasaran murid dalam dunia kerjaya kelak. Namun, bagi memastikan keberkesanan DLP terhadap pelajar, peranan guru adalah merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran berada di tahap maksimum. Menurut hasil kajian oleh Nisreen Al-Khawaleed et al. (2016), para pensyarah dan ahli akademik mengalami kesukaran untuk berkomunikasi serta pengawalan maklumat terutamanya dalam proses menjelaskan dan menterjemah maklumat tertentu ketika proses PdP berjalan di dalam kuliah. Ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua oleh guru amat penting untuk penyampaian yang maksimum kepada pelajar. Muhammad Qassim et al. (2015) juga berpendapat bahawa kemahiran berbahasa Inggeris dapat memberi keyakinan kepada guru besar ketika mengendalikan orang bawahan. Menurut Bandura (1997) efikasi kendiri yang ditakrif dalam teori kognitif sosialnya dirumuskan sebagai "kepercayaan terhadap keupayaan seseorang untuk mengatur dan melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk menghasilkan pencapaian tertentu", dan ini telah menjadi tumpuan penyelidik dalam beberapa bidang Sains Sosial dalam beberapa dekad yang lalu. Justeru, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran subjek sains di sekolah, hubungan antara PPK dan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru perlu dikaji bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid sekaligus meningkatkan kualiti guru dan menambahbaik sistem pendidikan sedia ada. Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) melibatkan tiga bahagian sasaran utama iaitu sekolah, guru, dan murid. Peranan setiap pihak dalam setiap bahagian adalah PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 94
penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan mengikut perancangan. Antara masalah yang perlu dikaji bagi memperbaiki keberkesanan DLP ini terhadap murid adalah kesediaan guru itu sendiri dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Guru perlu mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam menyediakan aktiviti yang sesuai dalam memenuhi tuntutan silibus untuk pelajar (Siti Salina et al. 2018). Dalam kajian Suliman (2017) 70% daripada 145 pelajar yang mengikuti kelas DLP bersetuju bahawa persekitaran kelas mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Seorang guru itu berkeperluan untuk mengajar menggunakan teknik yang berbeza dan secara sistematik. Namun, untuk mewujudkan suasana yang merangsang pemikiran pelajar, guru perlu tampil yakin ketika menyampaikan ilmu dalam menyampaikan proses PdP di bawah pelaksanaan DLP di dalam kelas. Oleh itu, untuk menambah baik proses PdP seorang guru itu, efikasi kendiri guru yang dipengaruhi oleh tahap penguasaan bahasa Inggeris dan Pengetahuan Pedagogi Isi kandungan merupakan permasalahan yang perlu dikaji kerana ia mampu memberi pembelajaran yang bermakna terhadap para murid terutamanya dari segi prestasi dan penguasaan murid tentang konsep Sains yang dipelajari. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan berpandukan objektif berikut : 1. Mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris, PPK Sains dan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan kelas Sains DLP. 2. Mengkaji perbezaan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris, PPK Sains dan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan kelas Sains DLP mengikut tempoh pengalaman mengajar Sains. 3. Mengkaji hubungan antara tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan PPK guru Sains DLP. 4. Mengkaji hubungan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru Sains DLP. 5. Mengkaji hubungan antara PPK Sains dengan efikasi kendiri guru Sains DLP. Hipotesis kajian adalah berdasarkan objektif kajian kedua hingga kelima : 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris, PPK Sains dan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan kelas Sains DLP mengikut tempoh pengalaman mengajar. 2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan PPK guru Sains DLP. 3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru Sains DLP. 4. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara PPK Sains dengan efikasi kendiri guru Sains DLP. TINJAUAN LITERATUR Saranan pemupukan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sukatan pembelajaran di Malaysia telah lama dipraktikkan secara formal seawal peringkat pra sekolah lagi (Siti Hamin et al. 2008). Dual Language Programme (DLP) merupakan satu program yang menggunakan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa ibunda dan bahasa sasaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sebagai satu alat pembelajaran (Mohammad Azri & Crispina Gregory, 2019). Selain itu pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam DLP memerlukan guru PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 95
untuk mempunyai pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPK) yang relevan agar boleh membantu pelajar mempelajari mata pelajaran tersebut serta meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mereka (Othman et al. 2020). Menurut Othman et al. (2020) lagi, pengetahuan sedia ada dan pengalaman hidup guru banyak mempengaruhi kedua-dua cara mereka melihat proses pengajaran dan PPK mereka. Dalam pada itu, konsep efikasi kendiri pula merujuk kepada keyakinan seseorang terhadap keupayaannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas dengan jayanya, serta menghasilkan tindakan yang diperlukan untuk mencapai sukses (Mohammad Azri & Crispina Gregory, 2019). Dalam erti kata lain, efikasi kendiri ialah persepsi kendiri tentang seberapa baik seseorang itu boleh berfungsi dalam situasi tertentu. (Mohammad Azri & Crispina Gregory, 2019). Isu dalam Pelaksanaan DLP di dalam Kelas Isu tentang penggunaan dwibahasa dalam sistem pembelajaran di sekolah merupakan satu isu yang tidak asing lagi bermula daripada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2003 (Sumintono, 2015). Kemudiannya, PPSMI dimansuhkan dan penggunaan dwibahasa diperkenalkan lagi di bawah DLP pada tahun 2016. Perbezaan antara kedua-dua pelaksanaan ini adalah PPSMI mewajibkan seluruh sekolah di Malaysia untuk menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) manakala DLP pula telah dilaksanakan secara rintis di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2016 yang telah melibatkan sebanyak 300 buah sekolah (Ismail & Md Yusoff, 2020). Terdapat banyak program kesetaraan DLP yang telah dilakukan di luar negara terutamanya di negara Eropah dalam kajian lepas, iaitu selain DLP, terdapat banyak nama lain yang digunakan di negara luar untuk program seperti Dual Immersion Program, Program Dwibahasa, Program Pendidikan Dwibahasa, Warisan Program Bahasa dan banyak lagi (Nor Hasikin, 2019). Pelaksanaan DLP melibatkan tiga komponen sasaran iaitu pelajar, guru dan sekolah itu sendiri. Namun, impak negatif dapat dikenalpasti pada tahap kesediaan murid yang bertindak sebagai sasaran utama DLP. Berdasarkan kajian Ismail & Md Yusoff (2020), kajian mendapati bahawa murid sekolah menunjukkan kesan negatif dalam mata pelajaran Matematik yang dijalankan bawah DLP. Penggunaan Bahasa Inggeris yang digunakan secara 100 peratus di dalam kelas berbanding dengan program dwibahasa negara-negara lain membuat murid-murid berasa kurang yakin dan malu untuk berinteraksi bersama guru di dalam kelas (Norhisham et al. 2018). Dalam pada itu, rata-rata murid memberikan reaksi yang kurang memberangsangkan di dalam kelas berpunca daripada guru itu sendiri. Berdasarkan kajian Ashairi et al. (2019) sekitar 17% daripada responden pelajar mendedahkan bahawa guru sains mereka mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Menurut Ashairi et al. lagi dalam artikel lain mendapati bahawa terdapat beberapa orang guru yang berasa sukar untuk mengajar DLP asbab kurang mahir berbahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar boleh menjadi sukar dan mencabar bagi sesetengah orang guru kerana mereka sendiri sedang merabaraba dengan Bahasa Inggeris (Juliana et al., 2020). Penguasaan Bahasa Inggeris dan pengetahuan dalam mata pelajaran sains bagi kelas DLP perlu seiring untuk memastikan hubungan interaksi antara pelajar dan guru terhasil (Othman et al., 2020). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 96
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan DLP Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada keberkesanan DLP. Antaranya faktor pengetahuan, minat dan kemahiran guru itu sendiri. Namun menurut Shamsudin et al. (2018), dalam kajiannya menunjukkan tiada hubungan signifikan antara pengetahuan, kemahiran dan minat dengan pelaksanaan DLP. Faktor-faktor lain seperti faktor persekitaran kelas juga memainkan peranan penting. Siti Salina et al. (2018) mendapati bahawa guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan melakukan aktiviti yang sesuai untuk pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, guru-guru yang kurang kemahiran berbahasa Inggeris didapati memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan bahan bagi sesi pembelajaran. Dapatan kajian daripada Amanti (2019) mendapati 5 daripada 6 guru memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan bahan bagi pelajar Dual Language Bilingual Education (DLBE). Lebih banyak masa yang diperlukan untuk mencari dan menterjemah bahan bagi silibus pembelajaran disebabkan kekurangan bahan bantu mengajar dalam bahasa sasaran yang diajar. Berdasarkan kajian Ananthan & Mohd Said (2020), hanya 26.6% orang guru sekolah rendah yang tiada kesukaran untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris kepada murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Bebanan kerja, kekurangan bahan bantu mengajar, serta tahap kesediaan murid memberi impak kepada pelaksanaan DLP dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah (Ananthan & Mohd Said, 2020). Selain itu, faktor pegangan guru juga diambil kira dalam memastikan keberkesanan DLP. Pegangan seorang guru memberi impak kepada efikasi kendiri guru tersebut. Efikasi kendiri guru perlu diberikan perhatian kerana ianya mempengaruhi proses pengajaran guru serta tingkah laku dan keputusan yang diambil sewaktu di dalam kelas (Khanshan & Yousefi 2020). Justeru, faktor yang perlu diambil kira adalah hubung kait antara penguasaan Bahasa Inggeris guru dan PPK sains guru dengan efikasi kendiri guru Sains dalam pelaksanaan DLP di dalam kelas. Othman et al. (2020) bersetuju bahawa pelaksanaan DLP adalah mencabar kerana guru memerlukan daya fokus yang tinggi untuk kedua-dua Bahasa Inggeris dan isi kandungan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini berkeperluan untuk mengetahui efikasi kendiri semasa guruguru di Sarawak dalam melaksanakan DLP bagi mata pelajaran Sains menuju pelaksanaan DLP sepenuhnya pada tahun 2030. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui dan menganalisis hubung kait antara penguasaan Bahasa Inggeris dan PPK dengan efikasi kendiri guru DLP Sains di Sarawak. Faktor yang diambil kira adalah faktor pengalaman mengajar mata pelajaran sains seorang guru tersebut untuk mengetahui hubungan dengan efikasi kendiri guru yang sedia ada. METODOLOGI Reka bentuk Kajian Kajian dilaksanakan secara kuantitatif berbentuk tinjauan. Cresswell (2012) menyatakan penyelidikan tinjauan adalah reka bentuk yang popular dalam pendidikan. Rekabentuk kajian ini sesuai dengan objektif kajian bagi mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris, pengetahuan pedagogi isi kandungan serta efikasi kendiri guru sains Dual Language PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 97
Programme. Kajian ini mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu bahagian Educational Research and Development Division (EPRD), (rujukan : KPM.600- 3/2/3-eras(13910)), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN), (rujukan : JPNSW2.600- 11/1/2 Jld.8(46)), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu dan Miri, sekolah dan juga responden yang dikaji. Pautan google form borang soal selidik diedarkan ke sekolah yang dipilih dan ditadbir oleh guru sains yang terlibat. Sampel Kajian Populasi kajian adalah seramai 3400 orang guru mata palajaran Sains di Sarawak manakala seramai 81 orang guru yang berumur 23 – 50 tahun dari daerah Bintulu dan Miri, Sarawak telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen bagi menggambarkan indeks ketekalan setiap item. Seramai 30 orang responden diberi masa yang secukupnya untuk menjawab soal selidik. Kebolehpercayaan item soal selidik telah diuji dengan menggunakan Cronbach Alpha. Nilai pekali (reliability coefficient) bagi setiap persoalan kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : (a)tahap penguasaan bahasa Inggeris guru Sains DLP = 0.957 (b)pengetahuan pedagogi isi kandungan guru sains = 0.928 dan (c)efikasi kendiri guru = 0.920. Berdasarkan analisis yang didapati, purata nilai pekali Alpha Cronbach adalah 0.962. Menurut Pallant (2010), nilai pekali Alpha Cronbach 0.70 ke atas adalah ideal. Kaedah Pengumpulan Data Instrumen kajian merupakan soal selidik yang terdiri daripada 4 bahagian. Bahagian pertama kajian merupakan demografi sampel kajian. Item-item dalam bahagian kedua hingga keempat terbahagi kepada 3 konstruk iaitu Kemahiran berbahasa Inggeris Guru dalam Pelaksanaan DLP Sains (10 item), Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Subjek Sains (12 item), dan Efikasi Kendiri Guru (7 item). Soal selidik menggunakan Skala Likert 1 hingga 5 adalah hasil pengubahsuaian instrumen Norhisham et.al (2018) serta Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) (Tschannen-Moran and Hoy, 2001) dan juga penambahbaikan daripada pengkaji sendiri berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Tafsiran untuk skala Likert ialah 1 = Tidak Pernah, 2 = Kadang-kadang, 3 = Sederhana Kerap, 4 = Kerap, dan 5 = Sangat Kerap. 30 orang guru yang terlibat dalam kajian rintis ini tidak terlibat dalam kajian sebenar. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 26.0. Kaedah Analisis Data Proses analisis data bermula daripada kutipan data daripada peserta-peserta kajian dengan menggunakan soal selidik yang disediakan serta diedarkan menggunakan google form. Data yang telah dikutip kemudiannya diproses melalui perisian SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan data statistik deskriptif yang melibatkan kiraan peratus, frekuensi min kajian dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Persoalan kajian pertama dianalisis secara statistik deskriptif kerana ia dapat mencirikan data tersebut dalam nilai skor min dan sisihan piawai. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 98
Analisis tersebut perlu untuk menilai penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris, Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPK) guru Sains dan efikasi kendiri guru dalam pelaksanaan DLP berdasarkan kategori. Ujian Anova Sehala digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan antara kemahiran berbahasa Inggeris, Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dan efikasi kendiri guru Sains mengikut tempoh pengalaman mengajar Sains. Analisis korelasi pula dilakukan bagi menjawab persoalan ketiga hingga kelima iaitu mengkaji hubungan antara dua pembolehubah. Analisis inferensi turut digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti hubungan signifikan antara kemahiran berbahasa Inggeris dan PPK dengan efikasi kendiri guru Sains dan antara kemahiran berbahasa Inggeris dengan PPK guru Sains DLP. DAPATAN DAN PERBINCANGAN JADUAL 1. Profil Responden Kajian Item Demografi Responden Kajian Kekerapan Peratusan (%) Pengalaman mengajar Sains Kurang 3 tahun 14 17.3 4 - 10 tahun 22 27.2 11 - 15 tahun 11 13.6 16 - 20 tahun 18 22.2 Lebih 20 tahun 16 19.8 Daripada Soal selidik yang diedarkan menggunakan google form kepada guru-guru di daerah Bintulu dan Miri, sebanyak 81 respon terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains DLP dan data seterusnya dianalisis. Analisis demografik sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 1. Berdasarkan hasil analisis, data menunjukkan 17.3 peratus sampel kajian adalah terdiri daripada guru berpengalaman mengajar sains kurang dari 3 tahun, 27.2 peratus berpengalaman mengajar sains dari 4 hingga 10 tahun, 13.6 peratus berpengalaman mengajar sains 11 hingga 15 tahun, 22.2 peratus berpengalaman mengajar sains 16 hingga 20 tahun dan 19.8 peratus berpengalaman mengajar sains lebih dari 20 tahun. Persoalan pertama : Apakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris, pengetahuan pedagogi isi kandungan Sains dan efikasi kendiri guru sains DLP? JADUAL 2. Statistik Deskriptif bagi Penguasaan Bahasa Inggeris, Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Subjek Sains dan Efikasi Kendiri Guru Sains DLP Item Konstruk Min Sisihan piawai B1-B10 Penguasaan Bahasa Inggeris 3.27 0.98 C1-C12 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Subjek Sains 3.64 0.74 D1-D7 Efikasi Kendiri Guru Sains DLP 3.69 0.759 Merujuk kepada Jadual 2 yang dipaparkan, Nilai skor min yang dicapai bagi persoalan pertama iaitu tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru Sains DLP adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa masih terdapat jurang bagi guru untuk memperbaiki kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris seterusnya menyangkal kajian Ashairi et al. (2019) yang mendapati sekitar 17% daripada responden pelajar mendedahkan bahawa guru sains mereka mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Interpretasi skor min bagi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 99
item B10 merujuk kepada “Saya biasa menggunakan Bahasa Inggeris dengan rakan sejawat yang lain” dalam faktor ini adalah paling rendah iaitu 2.70 disebabkan kemungkinan besar dalam kalangan guru lebih selesa berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu walaupun dari berlainan bangsa. Ia selari dengan kajian Melur Md. Yunus dan Saiful Islam Ahmad Sukri (2017) yang mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih Matematik dan Sains mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains. Situasi ini memberi gambaran bahawa pembudayaan amalan komunikasi dalam Bahasa Inggeris kebanyakan guru di tempat kerja boleh menyumbang kepada kelancaran interaksi antara guru dan pelajar sains DLP disebabkan budaya komunikasi dalam Bahasa Inggeris ini masih tidak dipraktikkan dalam perbualan seharian. Bagi item B6 “Saya mudah memberi pendapat dalam Bahasa Inggeris” dengan nilai skor min 3.14 pula selari dengan kajian oleh Nurul Sofia Ahmad Fuad (2020) yang mana terdapat guru yang ditemu duga berpendapat pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris agak membebankan dan tidak selesa atas faktor kekurangan kemahiran bagi mengajar dalam Bahasa Inggeris. Juliana et al. (2020) pula menyebut, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar boleh menjadi sukar dan mencabar bagi sesetengah orang guru kerana mereka sendiri sedang meraba-raba dengan Bahasa Inggeris. Dapatan ini sekali lagi dapat memberi petunjuk bahawa persepsi dan amalan penggunaan Bahasa Inggeris guru berkait rapat dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru sains DLP khususnya. Walau bagaimanapun, kemahiran ini mungkin dapat dimajukan dengan wujudnya sistem sokongan seperti buddy support system yang diamalkan semasa PPSMI di mana guru Bahasa Inggeris menjadi mentor kepada guru sains. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkat keyakinan di samping memperbaiki kelancaran komunikasi. Item B3 yang mempunyai skor min tertinggi 3.50 iaitu “Apabila mendapat bahan rujukan dalam Bahasa Inggeris, saya tidak perlu membacanya berulang kali untuk memahaminya” menunjukkan responden tidak mempunyai masalah untuk memahami sumber bacaan bahan DLP daripada Bahasa Inggeris. Dapatan ini disokong oleh kajian Ashairi Suliman et al. (2017) yang menjelaskan kemahiran membaca merupakan yang paling baik berbanding kemahiran lisan melalui datanya. Sejajar dengan pendigitalan pendidikan, akses kepada bahan bacaan seperti e-buku, e-jurnal melalui jaringan pelantar yang pelbagai seperti e-sentral ataupun dimuat turun dari Google Playbooks memudahkan para guru melakukan pembelajaran kendiri. Ini sekaligus dapat meningkatkan literasi maklumat guru terhadap sumber bacaan dalam Bahasa Inggeris. Skor yang dicapai dalam soal selidik memberi gambaran bahawa latihan berterusan dalam mempertingkat kemahiran komunikasi masih diperlukan oleh sampel kajian. Secara keseluruhannya, tahap PPK guru sains ialah masih pada tahap sederhana tinggi. Penguasaan pedagogi isi kandungan adalah komponen yang sangat genting dalam menentukan kebolehcapaian objektif sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan 12 item yang dijawab oleh sampel kajian, item C2 “Saya boleh menggalakkan pelajar mengaitkan isi pelajaran topik sains dengan kehidupan murid” merupakan item yang mempunyai skor min yang tertinggi. Dapatan ini menggambarkan bahawa strategi pembelajaran kontekstual memainkan peranan yang lebih menonjol dalam membantu pembentukan pengetahuan murid. Ini diperkukuhkan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Siti Salina et al. (2018) yang menyatakan bahawa guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan melakukan aktiviti yang sesuai untuk pelajar dalam proses pendidikan. Item C4 “Saya dapat PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 100
mengintegrasikan isi pelajaran sains dengan pengetahuan sedia ada murid” juga berada dalam skor min tahap sederhana tinggi sejajar dengan dapatan kajian Othman et al. (2020) yang menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada dan pengalaman hidup guru banyak mempengaruhi kedua-dua cara mereka melihat proses pengajaran dan pengetahuan pedagogi isi kandungan mereka. Situasi ini jelas menampakkan strategi penyampaian isi kandungan pelajaran dengan efektif dan efisien merupakan keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Item “Saya boleh mendorong minda murid mengemukakan soalan yang menjurus kepada pemikiran kritis dan kreatif” dan “Saya boleh melaksanakan 2 strategi pengajaran sains mengikut aras kognitif berbeza serentak dalam kelas yang sama” masih berada pada tahap sederhana. Kemahiran ini merupakan aspek yang sangat penting yang perlu diaplikasikan dan digilap menerusi pelbagai kaedah dan strategi tertentu dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Bertepatan dengan kajian Anita Ismail (2020) menyatakan penerapan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah amat diperlukan sebagai suatu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja memiliki kecemerlangan akademik malah merupakan generasi yang terbilang dengan ciri-ciri modal insan. Oleh sebab itu, penambahbaikan adalah satu keperluan melalui usaha berterusan contohnya kursus rutin secara berkala bagi menambahbaik amalan pedagogi dalam merangka strategi pembelajaran bermakna agar mendatangkan impak positif pada masa hadapan. Teknik penyoalan guru dan strategi pembelajaran terbeza juga perlu kerap diimplementasi dalam mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan. Analisis skor min yang dicapai bagi efikasi kendiri guru sains DLP adalah pada tahap tinggi iaitu 3.69. Item-item diukur daripada sudut dimensi keupayaan pengurusan kelas. Item “Saya boleh memastikan murid mematuhi peraturan bilik darjah” menunjukkan skor min tertinggi 3.88 menjelaskan salah satu langkah penting dalam memastikan kelancaran penyampaian maklumat oleh guru dalam sebuah proses PdP adalah kawalan disiplin dan kawalan komunikasi pelajar di dalam kelas yang mana mencakupi pematuhan peraturan bilik darjah secara umumnya. Selari dengan kajian Norsimah & Mohd Mahadzir (2020) ke atas guru MRSM yang percaya terhadap keupayaannya dalam mengawal gangguan tingkah laku pelajar dalam kelasnya, mampu membuat murid mengikuti peraturan di kelas, berkemampuan menenangkan murid yang bising dan mengganggu di kelas dan seterusnya mampu menerapkan sistem pengurusan kelas dengan murid. Bacilious dan Nelson (1997), mendapati guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi lebih komited dalam pengajaran dan lebih bermotivasi sekaligus dapat menyokong pandangan bahawa keupayaan guru dalam kawalan kelas yang baik berperanan dalam memastikan kelancaran penyampaian pengetahuan sekaligus meningkatkan efikasi kendiri guru. Persoalan kedua : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris, PPK Sains dan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan kelas Sains DLP mengikut tempoh pengalaman mengajar Sains? Bagi menjawab objektif kajian yang kedua, sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penguasaan Bahasa Inggeris, PPK Sains dan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan kelas Sains DLP mengikut tempoh pengalaman mengajar Sains, dapatan kajian telah dianalisis secara inferensi menggunakan ujian statistik ANOVA sehala. Dapatan menunjukkan tidak PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 101
terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan Bahasa Inggeris mengikut tempoh pengalaman mengajar sains. Nilai yang diperoleh adalah p=.069, (F=2.274) dan didapati lebih besar daripada nilai signifikan yang ditetapkan, iaitu pada (p> .05). Justeru hipotesis Nul gagal ditolak. Ini memberi gambaran bahawa tempoh pengalaman mengajar sains bukanlah jaminan kepada komunikasi Bahasa Inggeris yang lancar antara guru dan murid. Manakala nilai menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap PPK Sains dan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan kelas Sains DLP mengikut tempoh pengalaman mengajar Sains. Nilai yang dicatatkan adalah p=.001, (F=5.602) & p=.014, (F=3.353) dan didapati lebih kecil daripada nilai signifikan yang ditetapkan , iaitu pada (p< .05). Justeru itu, hipotesis Nul ditolak. Seterusnya, ujian Post-Hoc Tukey HSD dijalankan untuk menentukan min kumpulan yang menghasilkan perbezaan signifikan. Analisis Post-Hoc Tukey HSD diringkaskan di dalam jadual 3 di bawah. Keputusan menunjukkan perbezaan kumpulan yang signifikan bagi tahap PPK Sains antara responden yang mempunyai pengalaman mengajar sains kurang 3 tahun dengan responden yang mempunyai pengalaman 4-10 tahun (I-J= -.081, p= .993), 11-15 tahun (I-J= - 0.293, p=.675), 16-20 tahun (I-J= -0.642, p= .013) dan lebih dari 20 tahun(I-J= -.692, p= .008). Ini memberikan maklumat bahawa guru yang mempunyai tempoh pengalaman mengajar sains lebih lama mempunyai tahap PPK yang lebih baik berbanding guru novis. Menurut Othman et al. (2020), penguasaan Bahasa Inggeris dan pengetahuan dalam mata pelajaran sains bagi kelas DLP perlu seiring untuk memastikan hubungan interaksi antara pelajar dan guru terhasil. Namun begitu, keputusan luar jangkaan menunjukkan perbezaan kumpulan yang signifikan bagi efikasi kendiri guru sains DLP antara responden yang mempunyai pengalaman mengajar sains kurang 11-15 tahun dengan responden yang mempunyai pengalaman 16-20 tahun (I-J= .0281, p= .993). Dapatan menunjukkan bahawa guru yang mempunyai tempoh pengalaman mengajar sains 11-15 tahun mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding guru berpengalaman 16-20 tahun. Dapatan ini cuba dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menyatakan keperluan asas mestilah dipenuhi terlebih dahulu sebelum mendapatkan keperluan yang lebih tinggi. Penerangan teori dalam bentuk piramid, keperluan asas berada di bawah manakala keperluan yang lebih tinggi permintaannya berada di bahagian atas. Empat keperluan terendah dikategorikan Maslow sebagai fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri sebagai keperluan kekurangan (defiency needs). Tiga keperluan yang teratas pula dikategorikan sebagai keperluan kendiri atau keperluan perkembangan. Bagi kategori keperluan kekurangan, semakin ia dipenuhi, semakin menurun tahap motivasinya. Motivasi adalah sekumpulan proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan menjuruskan tingkah laku itu kepada matlamat tertentu. Individu yang bermotivasi akan membuat pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu perkara kerana mengetahui tindakannya memberikan makna dan memenuhi keperluannya. Teori ini disokong oleh dapatan kajian oleh Mohammad Mujaheed (2020), mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara prestasi kerja dan kepuasan kerja dengan umur kakitangan awam di MAMPU, Putrajaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa umur boleh mempengaruhi prestasi kerja dan kepuasan kerja seseorang individu. Selain itu, menurut Othman et al. (2020), penguasaan Bahasa Inggeris dan pengetahuan dalam mata pelajaran sains bagi kelas DLP perlu seiring untuk memastikan hubungan interaksi antara pelajar dan guru terhasil. Justeru, dalam kita mengejar untuk menjayakan dasar KPM untuk memperkukuh Bahasa Inggeris, PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 102
pemantapan kemahiran pedagogi pembelajaran kandungan sains perlu diberi perhatian khususnya bagi guru-guru novis. JADUAL 3. Analisis Post Hoc PPK Sains dan Efikasi Kendiri Guru Berdasarkan Tempoh Pengalaman Mengajar Sains Pemboleh Ubah (I) Pengalaman mengajar (J) Pengalaman mengajar (I-J)Perbezaan min Sig. PPK Kurang 3 tahun 4 - 10 tahun -0.974 0.993 11 - 15 tahun -3.519 0.683 16 - 20 tahun -7.429 0.025 Lebih 20 tahun -8.304 0.009 Efikasi Kendiri 11 hingga 15 tahun Kurang 3 tahun 3.935 0.201 Guru 4 - 10 tahun 3.316 0.284 16 - 20 tahun 0.281 1.000 Lebih 20 tahun -0.370 1.000 Persoalan ketiga : Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan PPK guru Sains DLP? Bagi mengenalpasti hubungan signifikan antara persoalan ketiga hingga kelima iaitu tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan PPK, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru serta PPK Sains dengan efikasi kendiri guru Sains DLP, analisis skor korelasi dilakukan bagi menguji hipotesis nul kajian. Hipotesis nul yang diuji dalam kajian ini menyatakan tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan PPK, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru serta PPK Sains dengan efikasi kendiri guru Sains DLP. Kekuatan korelasi di antara pembolehubah yang diuji dianggarkan menggunakan skala julat kekuatan yang dicadangkan oleh Cresswell (2012). Berpandukan analisis korelasi Pearson yang dijalankan, keputusan menunjukkan nilai yang diperoleh ialah [r=0.571, p<0.05]. Nilai pekali r iaitu 0.571 ditafsirkan sebagai mempunyai korelasi yang sederhana. Nilai pekali ini telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif yang sederhana antara tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan PPK seperti yang dipaparkan pada Jadual 4. Maka, melalui nilai ini, hipotesis nul yang menyatakan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah adalah ditolak. Tunjang kejayaan pelaksanaan DLP ialah penguasaan Bahasa Inggeris pada tahap yang baik. Hal ini boleh dijelaskan berdasarkan nilai pekali Pearson yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan PPK itu sendiri. Guru pastinya akan lebih yakin menyampaikan maklumat dalam bilik darjah menggunakan Bahasa Inggeris jika mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Víctor Pavón Vázquez et al. (2018) menjelaskan kejayaan sesuatu program yang melibatkan pengajaran suatu kandungan dengan menggunakan bahasa asing tidak bergantung kepada penguasaan bahasa serta kandungan semata-mata, tetapi kolaboratif antara kedua-dua faktor pengajaran kandungan serta bahasa. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan memberi kesan kepada guru dalam memahami dan menyampaikan kandungan pelajaran seterusnya bertutur dalam Bahasa Inggeris. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 103
Persoalan keempat : Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru Sains DLP? Berdasarkan analisis korelasi Pearson yang dijalankan, keputusan menunjukkan nilai yang diperoleh ialah [r=0.533, p<0.05]. Pekali r dengan nilai 0.533 diterjemahkan mempunyai korelasi yang sederhana. Nilai pekali ini telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif yang sederhana antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan efikasi kendiri guru sains DLP seperti yang dipaparkan pada Jadual 4. Maka, melalui nilai ini, hipotesis nul yang mencadangkan bahawa tiada hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah adalah ditolak. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik semestinya akan memberi keyakinan yang kepada guru khususnya dalam menyampaikan maklumat menggunakan Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris akan memberi implikasi yang baik kepada guru terutamanya bagi memahami isi kandungan pelajaran serta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini memberi gambaran bahawa penguasaan Bahasa Inggeris merupakan aspek penting dalam melaksanakan DLP. Persoalan kelima : Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara PPK Sains dengan efikasi kendiri guru Sains DLP? Korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan nilai yang diperoleh ialah [r=0.807, p<0.05]. Pekali r dengan nilai 0.807 diinterpretasikan mempunyai korelasi yang tinggi. Nilai pekali ini telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif yang kuat antara tahap PPK dengan efikasi kendiri guru sains DLP seperti yang dipaparkan pada Jadual 4. Melalui nilai yang diperoleh, hipotesis nul yang mengutarakan bahawa tiada hubungan signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah adalah ditolak. Salah satu atribut terpenting yang mempengaruhi guru dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang tenaga pengajar ialah efikasi-kendirinya. (Masitah et al. 2013). Penguasaan pedagogi isi kandungan yang baik akan meningkatkan efikasi kendiri seseorang guru dalam kemahiran instruksional dan pengurusan bilik darjahnya. Guru berpengalaman mempunyai hubungan PPK dengan efikasi kendiri yang lebih kuat dan ia disokong oleh dapatan analisis perbandingan yang telah dibuat sebelum ini. JADUAL 4. Nilai Pekali (r) bagi Pemboleh Ubah Kajian Hubungan antara Pemboleh Ubah R r2 Sig. Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Guru Sains DLP – Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Subjek Sains 0.571 0.33 0.000 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Guru Sains DLP – Efikasi Kendiri Guru 0.533 0.28 0.000 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Subjek Sains – Efikasi Kendiri Guru 0.807 0.65 0.000 Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 104
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris, tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan sains, efikasi kendiri guru sains DLP serta melihat perbezaan mengikut tempoh pengalaman mengajar subjek sains dan hubungan antara tahap penguasaan Bahasa Inggeris-PPK, penguasaan Bahasa Inggeris & PPK-efikasi kendiri guru sains DLP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris,tahap PPK sains dan efikasi kendiri pada tahap sederhana tinggi. Analisis perbandingan mendapati guru yang mempunyai tempoh pengalaman mengajar sains lebih lama mempunyai tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan dan efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding guru novis. Hubungan antara Penguasaan Bahasa Inggeris-PPK dan Penguasaan Bahasa Inggerisefikasi kendiri mempunyai korelasi positif yang sederhana manakala hubungan antara PPKefikasi kendiri guru sains DLP adalah positif dan kuat. Dasar pendidikan sesebuah negara melalui pendidikan dwibahasanya mempunyai manfaat yang luas jika diperhalusi. Penemuan penyelidik luar negara menunjukkan bahawa program dwibahasa berupaya dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam berbahasa Inggeris. Program dwibahasa akan menjadi teknik yang berkesan untuk mendidik dan menyediakan pelajar untuk berjaya. Ia bukan sahaja meningkatkan hasil pembelajaran tetapi dapat menyediakan ramai pelajar untuk menyertai komuniti dan pasaran kerja di peringkat antarabangsa. Jika diteliti perkembangan program dwibahasa, pembuat dasar dan para pendidik perlu memastikan bahawa program ini menyumbang secara positif kepada prestasi akademik pelajar dan menutup jurang pencapaian antara pelajar DLP dan bukan DLP bahkan dapat menutup jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar. Perubahan tersebut akan berjaya jika pemantauan dan penilaian dijalankan secara berterusan kerana ia menonjolkan kepekaan pihak berkepentingan untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Mempergiat budaya amalan Profesional Learning Community (PLC)-Lesson study sebagai perkongsian dalam memantapkan strategi PdP sekaligus meningkatkan efikasi kendiri guru. Pemugaran semula Buddy support system iaitu program bimbingan guru bahasa Inggeris bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris guru sains harus dilaksanakan. Memperkasakan kembali dasar memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta melahirkan murid menguasai pelbagai bahasa lain demi menghadapi tuntutan global. Membantu pihak English Language Teaching Centre (ELTC) merangka dan melaksana latihan yang lebih baik mengikut keperluan guru. Tinjauan pada 15 Disember 2022 menawarkan 3 bidang latihan iaitu komunikasi dalam bahasa Inggeris, strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan bahasa instruksional dalam bilik darjah. Dapatan kajian juga dapat membantu Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merancang hala tuju strategik serta sebagai sumber rujukan dan panduan bagi membekalkan latihan yang menjurus kepada pemantapan strategi PdP guruguru mengikut kategori tempoh pengalaman mengajar subjek. Limitasi kajian merupakan bilangan sampel kajian dihadkan kepada dua daerah sahaja di Sarawak boleh ditingkatkan untuk dapatan statistik inferensi yang lebih tepat. Selain itu juga, penambahbaikan instrumen dengan elemen kualitatif dilakukan agar efikasi kendiri guru dapat diteroka dengan lebih mendalam melalui kaedah pemerhatian atau temubual bagi guru kategori 11 -15 tahun & 16- 20 tahun mengajar sains disebabkan nilai beza min (I-J) melebihi 0.281. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 105
RUJUKAN Abdul Halim, N., & Abdullah, A. H. 2017. Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21. https://www.researchgate.net/publication/316583808_Kesediaan_Guru_Matematik_Se kolah_Menengah_Dalam_Melaksanakan_Proses_Pembelajaran_dan_Pengajaran_Abad _ke-21 Al-Khawaldeh, N., Bani-Khair, B., & Al-Edwan, Y. 2016. The impact of poor English language proficiency on professional development of professors at Jordanian Universities. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.2859246 Ashairi Suliman, Mohamed Yusoff Mohd Nor dan Melor Md Yunus. 2017. Dual-language programme in malaysian secondary schools: glancing through the students’ readiness and unravelling the unheard voices. Journal of Language Studies.Volume 17(4), November 2017 http://doi.org/10.17576/gema-2017-1704-09 .eISSN: 2550- 2131.ISSN: 1675-8021. Ashairi Suliman , Mohamed Yusoff dan Melor Yunus. 2018. Dual-language programme (DLP) students' level of enthusiasm and confidence: a preliminary study. Journal of Teaching & Learning English in Multicultural.Volume 2(1). Ashairi, S., Mohamed Yusoff, M. N., & Melor, M. D. Y. 2020. Dual-language programme (DLP) implementation in Malaysian secondary schools: From the lenses of School Administrators (Implementasi program dual-language (DLP) di Sekolah Menengah Malaysia: Dari Lensa Pentadbir Sekolah). Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(01SI). https://doi.org/10.17576/jpen-2020-45.01si-08 Amanti, C. 2019. The (invisible) work of Dual Language Bilingual Education Teachers. Bilingual Research Journal, 42(4), 455–470. https://doi.org/10.1080/15235882.2019.1687111 Alfaro, C. 2019. Preparing critically conscious dual-language teachers: Recognizing and interrupting dominant ideologies. Theory Into Practice, 58(2), 194–203. https://doi.org/10.1080/00405841.2019.1569400 Amatan, M. A., & Han, C. G. 2019. The influence of school’s psychosocial environment and the teacher's self-efficacy on 21st century teaching and learning practices. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 284–314. https://doi.org/10.35631/ijepc.43200262 Ananthan, A. S., & Mohd Said, N. E. 2020. Dual Language Programme (DLP) in Bintulu District, Sarawak Primary Schools: Discovering teachers’ perception towards curriculum change. International Journal of New Technology and Research, 6(8). https://doi.org/10.31871/ijntr.6.8.4 Bandura, A. 1977. Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84(2), 191–215. https://doi.org/10.1037/0033-295x.84.2.191 Carlson, J., Daehler, K. R., Alonzo, A. C., Barendsen, E., Berry, A., Borowski, A., Carpendale, J., Kam Ho Chan, K., Cooper, R., Friedrichsen, P., Gess-Newsome, J., Henze-Rietveld, I., Hume, A., Kirschner, S., Liepertz, S., Loughran, J., Mavhunga, E., Neumann, K., Nilsson, P., … Wilson, C. D. 2019. The refined consensus model of pedagogical content knowledge in science education. Repositioning Pedagogical Content Knowledge in Teachers’ Knowledge for Teaching Science, 2, 77–94. https://doi.org/10.1007/978-981- 13-5898-2_2 Creswell, J. W. 2012. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 106
English Language Standards & Quality Council. 2015. English language education reform in Malaysia: The Roadmap 2015-2025. Gess‐Newsome, Julie. 2015. A model of teacher professional knowledge and skill including PCK: Results of the thinking from the PCK Summit. Re-examining Pedagogical Content Knowledge in Science Education. 28-42. Hamaludin, N. H., & Rosli, R. 2019. Pencapaian Dalam Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/116-KK_SISIPAN_NORHASIKIN_E TAL.pdf Khanshan, S. K., & Yousefi, M. H. 2020. The relationship between self-efficacy and instructional practice of in-service soft disciplines, hard disciplines and EFL teachers. Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education, 5(1). https://doi.org/10.1186/s40862-020-0080-83 Lachance, J. 2018. A case study of dual language teaching in science class: Implications for middle level teachers. RMLE Online, 41(5), 1–14. https://doi.org/10.1080/19404476.2018.1460231 Ministry of Education Malaysia. 2015. Surat siaran kementerian pendidikan Malaysia bilangan 18 tahun 2015 – Pelaksanaan rintis program dwibahasa atau dual language programme (DLP) di sekolah pada tahun 2016. Retrieved from http://www.moe.gov.my/en/suratsiaran-view?id=1087&, 2015. Mohammad Mujaheed Hassan, Fadzin Nazirin Mihat, & Farah Husna Anwar. 2020. Perkaitan antara Motivasi dan Prestasi Kerja Terhadap Kepuasan Kerja dalam kalangan Penjawat Awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 34–57. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.520 Nurul Sofia Ahmad Fuad, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman. 2018. The teaching of science and mathematics in english in malaysia: teachers’ views on the implementation of two national initiatives. CSSR2018, 5th International Conference on Science and Social Research, Environment-Behaviour Proceeding Journal, 5(SI3): 211- 216. Othman, J., Mohd Saat, R., Hasan Adli, D. S., & Senom, F. 2020. Dual language programme: Teachers’ beliefs and practices in teaching science through English. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 5(1), 255–269. https://doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp255-269 Palmer, D. K., Martínez, R. A., Mateus, S. G., & Henderson, K. 2014. Reframing the debate on language separation: Toward a vision for translanguaging pedagogies in the dual language classroom. The Modern Language Journal, 98(3), 757-772. Shamsudin, N., Abdullah, N., & Mohamed Noh, N. 2018. Kesediaan Guru sains sekolah rendah terhadap Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(1), 34–45. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.1.3.2018 Siti Salina Mustakim, Ramlee Mustapha dan Othman Lebar. 2018. Teacher’s approaches in teaching literature: observations of ESL classroom. MOJES: Malaysian Online Journal of Educational Sciences. 2(4), 35-44. Stapa, Siti & Maasum, Tg & Mustaffa, Rosniah & Darus, Saadiyah. 2008. Workplace Written Literacy And Its Effect On The Curriculum. GEMA Online Journal of Language Studies Volume. 8. Steele, J. L., Slater, R., Li, J., Zamarro, G., & Miller, T. 2013. The Effect of Dual-Language Immersion on Student Achievement in Math, Science, and English Language Arts. Society for Research on Educational Effectiveness. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 107
Steele, J. L., Slater, R., Li, J., Zamarro, G., & Miller, T. 2015. Costs and Effects of DualLanguage Immersion in the Portland Public Schools. Society for Research on Educational Effectiveness. Society for Research on Educational Effectiveness. Stephan, S. K. 2012. Measuring Language Acquisition and Literacy Development of Students in a Dual Immersion Program Versus Their Mainstream Classroom Peers: The First Two Years of a Dual Immersion Program. Tesis Dr. Fal , Montana State University Billings. Tan, M. 2011. Mathematics and Science teachers’ beliefs and practices regarding the teaching of language in content learning. Language Teaching Research, 15(3), 325-342. Unting, J. G., & Yamat, H. 2017. Dual language Programme (DLP): Teachers’ voice. In Proceedings of 73rd ISERD International Conference, Bali, 13-14 May (pp. 20–24). Retrieved from http://www.worldresearchlibrary.org/up_proc/pdf/841-149992668820- 24.pdf Víctor Pavón Vázquez dan Maria Ellison. 2018. Examining teacher roles and competences in Content and Language Integrated Learning (CLIL). Linguarum Arena: Revista de Estudos em Didática de Línguas da Universidade do Porto, Vol 4, 65-78 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 108
Meningkatkan Pengetahuan Alam Sekitar Dan Amalan Lestari Melalui Program Lestari Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah (Increasing Environmental Knowledge and Sustainable Practices With Sustainable Programme Among Elementary School Students) Moganapriya A/P Sitivinaigan & Zanaton Hj Iksan* ABSTRAK Pendidikan merupakan medium yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan amalan manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya. Penulisan ini bertujuan untuk melihat perubahan pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari murid sekolah rendah melalui program lestari. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang berpandukan model Kemmis & McTaggart. Responden kajian terdiri daripada 100 orang murid sekolah rendah yang berumur 10 hingga 12 tahun di sebuah sekolah dalam daerah Johor Bahru. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 3 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada dua bahagian yang berkaitan pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari. Hasil tinjauan awal menunjukkan tahap pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari yang rendah dalam kalangan murid. Selepas mengikuti program lestari, pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari murid telah meningkat ke tahap sederhana. Dapatan kajian ini membimbangkan jika tidak ada usaha penerusan yang konsisten untuk meningkatkan pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari dalam diri murid. Selain pengajaran guru tentang alam sekitar melalui elemen merentas kurikulum, malah pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga turut terlibat memberi contoh teladan amalan lestari yang betul. Kajian lanjutan disarankan untuk mengkaji pengaruh ibu bapa dalam menentukan keperibadian murid terhadap alam sekitar. Kata Kunci: Pengetahuan alam sekitar; Amalan lestari; Program lestari; Murid sekolah rendah ABSTRACT Education is an important medium in increasing human knowledge and practices towards the environment. This writing aims to see changes in environmental knowledge and sustainable practices among primary school students through sustainable programme. This study is an action research based on the Kemmis & McTaggart model. The study respondents consisted of 100 primary school student aged 10 to 12 years in one of the school in the Johor Bahru district. Questionaire instruments with a Likert scale of 1 to 3 were used to obtain feedback. The questionnaire are divided into two parts which related to environmental knowledge and sustainable practices. The results of the survey shows a low level of environmental knowledge and sustainable practices among students. After following the sustainable programme, students' environmental knowledge and sustainable practices have increased to a moderate level. The findings of this study are worrying if there is no consistent continuing effort apply to increase environmental knowlegde and sustainable pratices in students. Other than teacher’s teaching about the environment through cross-curricular elements, the school, parents and the community are also have to involved in providing correct examples of sustainable practices. Furthemore the study recommended to further study on the influence of parents in determining the personality of students towards the environment. Key Words: Environmental knowledge; Sustainable practices; Sustainable programme; Elementary school students Moganapriya A/P Sitivinaigan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Zanaton binti Hj Iksan* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 109
PENGENALAN Kemajuan Malaysia dalam hadapi milenium globalisasi telah memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar negara dan mengakibatkan kesan negatif seperti pemanasan global, perubahan iklim, pencemaran, dan sumber bahan yang terhad. Peningkatan kandungan karbon di udara telah dipengaruhi oleh aktiviti manusia yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan tersebut. Akibat langsung pemanasan global, terdapat peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera, yang seterusnya menyumbang kepada pemanasan global (Mohammad Ghazi 2011). Rancangan RMK-10 telah meningkatkan tumpuannya untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif dan juga meningkatkan penekanannya untuk menggalakkan kecekapan tenaga. Beberapa dasar teknologi hijau telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif KeTTHA. Dasar ini merujuk kepada proses membangunkan dan menggunakan produk, peralatan dan sistem dengan matlamat untuk memelihara alam semula jadi dan alam sekitar sambil meminimumkan impak berbahaya daripada aktiviti manusia (KeTTHA 2015). Institusi pendidikan boleh dianggap sebagai saluran utama dalam proses mendidik masyarakat dan oleh itu penting sekiranya masyarakat ingin memperoleh maklumat, kemahiran, nilai, dan tingkah laku yang mesra alam (Hanifah et al. 2014). Strategi pengajaran ini berpotensi untuk meluaskan pemahaman orang ramai tentang masalah alam sekitar ini dan implikasinya kepada generasi akan datang sama seperti yang ditekankan oleh idea pembangunan lestari (Hanifah 2013). Istilah "pendidikan alam sekitar" merujuk kepada langkah atau usaha bersepadu yang dilakukan untuk mendidik masyarakat, sama ada secara formal atau tidak formal, untuk memastikan kesihatan dan kecergasan berterusan masyarakat dan alam sekitar semula jadi. Matlamat negara adalah untuk membina bangsa yang peka dan sedar terhadap isu -isu alam sekitar dan memiliki pengetahuan am, dan nilai yang tepat mengenai alam sekitar, serta berkeupayaan untuk menyumbang kepada penyelesaian isu-isu alam sekitar, dan pengajaran Pendidikan Alam Sekitar adalah berkait rapat dengan matlamat ini. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan juga menengah sebagai sebahagian daripada inisiatif negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan alam sekitar di sekolah. Ini menandakan permulaan usaha negara untuk memperkukuh pendidikan alam sekitar. Mulai tahun 1982, Pendidikan Alam Sekitar telah diintegrasikan ke dalam kurikulum 305 sekolah rendah sebagai program pembangunan (Haliza 2017). Dua tahun kemudian, pada tahun 1983, program ini diwajibkan untuk semua sekolah rendah. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, topik khusus mengenai alam sekitar masih belum diperkenalkan ke dalam kurikulum sistem pendidikan negara dalam apa jua cara atau bentuk. Akibat daripada ini, didapati bahawa pelajar-pelajar tidak mempunyai sebarang nilai alam sekitar, dan kejayaan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar masih tidak boleh dibanggakan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kurang penekanan diberikan terhadap penerapan nilai murni, kemahiran membuat keputusan, dan penyelesaian isu alam sekitar. Pendidikan mengenai alam sekitar di sekolah sering diturunkan kepada keutamaan yang lebih rendah, seperti yang dibuktikan oleh fakta bahawa kurikulum terkini di sekolah didapati hanya mengandungi sebilangan kecil komponen Pendidikan Alam Sekitar yang tertanam, PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 110
dengan sesetengah kelab dan mata pelajaran untuk peminat alam semula jadi dalam sekolahsekolah. Akibatnya, pengetahuan murid mengenai alam sekitar adalah sangat terhad, begitu juga dengan sikap terhadap alam sekitar, yang juga sangat rendah. Salah satu tempat yang paling penting untuk menimba ilmu adalah melalui guru seseorang. Menyemai, membangun, dan mengekalkan pendidikan alam sekitar melalui aktiviti yang berlaku di sekolah, tidak kira sama ada aktiviti tersebut berlaku di dalam atau di luar bilik darjah, adalah tanggungjawab guru. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk memanfaatkan setiap peluang yang datang dengan sendirinya. Walaupun guru tidak dapat menerapkan elemen alam sekitar dalam sesi pembelajaran, maka masih boleh diterapkan melalui program atau aktiviti yang dirancang secara teratur. Program pembangunan lestari merupakan salah satu kaedah yang sangat praktikal dalam memberi maklumat di peringkat sekolah sebagai suatu usaha meningkatkan kesedaran kepada generasi akan datang supaya mereka lebih menghargai dan menghayati khazanah alam sekitar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam aktiviti program lestari serta kesannya terhadap kesedaran alam sekitar dan penerapan amalan lestari. Kesedaran menjaga alam sekitar melalui pendidikan merupakan agen perubahan yang paling berpengaruh dalam meningkatkan pembangunan mapan dan membaiki potensi manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan (Noraziah & Latipah 2010). Institusi pendidikan seperti sekolah menjadi saluran utama pendidikan alam sekitar kepada masyarakat supaya nilai-nilai murni, pengetahuan, kemahiran dan tindakan yang betul dapat diaplikasikan dalam menangani isu alam sekitar (Hanifah et al. 2014). Kanak-kanak di sekolah harus di utamakan dalam usaha kelestarian alam sekitar kerana kumpulan ini juga menerima kesan daripada krisis tenaga, perubahan iklim dam pencemaran alam sekitar (Zyadin et al. 2012). Pengetahuan amalan lestari dalam kalangan golongan awal usia ini amat berkeupayaan mempengaruhi amalan mereka pada masa hadapan bersama ibu bapa (Garabuau-Moussaoui 2011; Robinson et al. 2011). Menurut Hanifah (2013), pendekatan pendidikan ini berpotensi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat awam terhadap isu-isu alam sekitar ini untuk generasi yang akan datang seperti yang ditegaskan menerusi konsep pembangunan lestari. Seawal murid berada pada Tahun 4 lagi, tajuk berkaitan langkah penggunaan tenaga untuk kelestarian sumber tenaga, pada Tahun 5 pula berkaitan penjimatan elektrik ke arah kehidupan yang lestari dan akhirnya pada Tahun 6, tajuk berkaitan peranan diri sendiri dalam mengurus bahan buangan di persekitaran untuk kehidupan yang lestari telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains di bawah unit Alam Bahan (Materials) (KPM 2017). Fakta ini menegaskan bahawa tahap kesedaran alam sekitar masih rendah dalam kalangan masyarakat dan langkah yang drastik perlu dijalankan agar khazanah yang tidak ternilai ini dapat dipelihara dan dipulihara. Jika murid tidak menerima pengetahuan yang secukupnya dan pemahaman terhadap sebab dan akibat isu alam sekitar maka adalah sukar bagi golongan ini berhadapan dengan isu atau dilema alam sekitar pada masa hadapan dan tidak dapat mengambil keputusan dengan bijak (Sharifah & Lilia 2009). Justeru tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana perubahan kesedaran alam sekitar dan amalan lestari murid setelah mengikuti program lestari. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 111
1. Meninjau sejauhmana pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari dalam kalangan murid sekolah rendah. 2. Meninjau sejauhmana pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari dalam kalangan murid sekolah rendah setelah mengikuti program lestari. TINJAUAN LITERATUR Penerapan Elemen Alam Sekitar dalam Sains Pendidikan merupakan satu-satunya faktor terpenting yang boleh membawa peningkatan yang wajar dalam masyarakat (Shafii 2011). Akibatnya, pendidikan alam sekitar di sekolah boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat yang mahir dalam maklumat yang relevan, memiliki kemahiran yang relevan, dan mengambil tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Dalam hal penyebaran maklumat kepada murid, pengajar memainkan peranan yang paling penting dalam proses memajukan pendidikan alam sekitar di sekolah. Ini adalah kerana proses perhubungan antara guru dan murid berlaku secara maya dan juga secara berterusan apabila mereka berada di sekolah. Walaupun tiada mata pelajaran khusus untuk pendidikan alam sekitar dalam pendidikan sekolah di Malaysia, kelaskelas tersebut diajar dengan perspektif alam sekitar dalam keseluruhan kurikulum seperti geografi, kajian sosial, sains pertanian dan banyak lagi. Di samping itu, proses pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan pelajar ilmu yang berguna dan mendedahkan pelajar kepada tingkah laku positif yang menjurus kepada perlindungan alam sekitar. Kedudukan penting ini bergantung kepada tahap pengajaran yang disediakan, serta pengalaman dan kepakaran tenaga pengajar secara keseluruhan, serta peluang pendidikan yang disediakan (Gamoran & Nystrand 1994). Komponen alam sekitar, sebenarnya, memasuki pengajaran sains di sekolah, tetapi tidak secara keseluruhan atau dengan cara yang berkesan. Sebagai contoh, walaupun subjek tenaga dirangkumi dalam sukatan pelajaran Sains untuk tahun 5 dan 4 (DSKP Sains Tahun 5 & Tahun 4), penekanan terhadap penggunaan tenaga elektrik dengan cekap adalah kurang. Ini berikutan penerapan nilai yang kurang dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Wan Nur Hafizah & Lilia Halim 2020). Para pelajar hanya didedahkan kepada konsep teori, dan mereka tidak diarahkan dalam pemahaman yang betul tentang nilai berkaitan dengan alam sekitar. Menurut hipotesis yang dibangunkan oleh Schwartz (1992), kepentingan nilai-nilai ini terletak pada hakikat bahawa ia membantu memupuk pengetahuan awal tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Telah didapati bahawa nilai adalah anteseden penting bagi banyak tingkah laku mesra alam yang berbeza (Abrahamse & Steg 2013; Steg et al. 2014). Menurut Seligman dan Katz (1996), nilai memberi kesan kepada penciptaan pelbagai sikap dan tingkah laku yang berbeza dalam diri seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dijalankan oleh Mirosa, Lawson, dan Gnoth (2011). Mereka mendapati bahawa terdapat perkaitan yang ketara antara nilai peribadi individu dan amalan penjimatan tenaga yang mereka lakukan semasa di rumah. Kebolehan pelajar berkenaan alam sekitar juga dipengaruhi oleh teknik penyampaian yang digunakan oleh guru sains di dalam bilik darjah. Pendekatan ini berpotensi untuk PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 112
meningkatkan pengetahuan pelajar serta tindakan mereka terhadap alam sekitar (Baniah 2015). Penyelidik Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii, dan Seow (2013) meneliti aspek topik ini, dan dapatan mereka menunjukkan bahawa murid mempunyai pemahaman yang baik tentang persekitaran. Namun begitu, pengetahuan pelajar tentang alam sekitar dari sudut kaedah, khususnya kaedah penyampaian oleh guru Sains dan kandungan buku teks Sains tahun 6 masih belum mencukupi untuk pelajar bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Ini kerana pengetahuan pelajar tentang alam sekitar dari sudut kaedah merangkumi kandungan dan kaedah penyampaian. Penyiasatan juga mendapati terdapat kaitan antara pandangan murid dengan sikap mereka terhadap alam sekitar. Selain itu, Jumali Selamat, Khaidzir Ismail, dan Shaharudin Ahmad (2010) menegaskan pendidikan yang diperolehi melalui pengajaran di bilik darjah adalah tidak mencukupi. Pelajar lebih memahami tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan remaja kepada masyarakat dan negara keseluruhannya, mereka harus diberi kebebasan untuk berkeliaran dan melibatkan diri dengan persekitaran mereka. Program Lestari Program lestari merupakan program yang dijalankan di sekolah yang merangkumi aktivitiaktiviti yang berkaitan kelestarian alam sekitar yang melibatkan penglibatan aktif murid. Konsep ini diambil daripada Pendidikan alam sekitar yang perlu menerapkan kanak-kanak kemahiran seperti merendah diri dan empati (Louv 2012). Dalam perspektif lain, alam semula jadi menyembuhkan luka emosi kanak-kanak dan meningkatkan kreativiti mereka. Aktiviti pendidikan yang disertai secara aktif individu membolehkan individu belajar secara berkesan dan kekal melalui kehidupan pembelajaran mereka. Di samping keuntungan ini, aktiviti penyertaan aktif mendedahkan sisi kreatif individu dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan pendapat dan pemikiran asli. Hasil daripada imbasan literatur yang berkaitan, kajian tentang pendidikan alam sekitar telah diteliti dan telah ditentukan bahawa pelajar harus mengambil bahagian secara aktif dalam alam sekitar dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar (Evans et al. 2007; Hungerford & Volk 1990). Pendidikan alam sekitar boleh diterima sebagai pendidikan sains kerana ia merupakan pendidikan antara disiplin, berasaskan pembelajaran melalui kehidupan, menyokong kemahiran menyelesaikan masalah dan membantu kanak-kanak memperoleh pengalaman dan memerlukan penglibatan aktif (Sugg 2008). Pendidikan alam sekitar adalah penting kepada inisiatif Pendidikan Hijau dan program pengajian generasi akan datang yang memberi tumpuan kepada alam sekitar dan kelestarian harus melibatkan kanak-kanak dalam menghijaukan sekolah mereka (Cole 2014). Mempromosikan pendidikan alam sekitar melalui projek hands-on, dengan hasil yang boleh diukur akan membantu pelajar membangunkan kemahiran sivik yang kukuh, penjagaan alam sekitar dan kesediaan tenaga kerja (Fisher & McAdams 2015).Terdapat peluang yang besar dan detik yang hebat untuk diajar untuk kanak-kanak belajar tentang kelestarian ekologi, kesihatan alam sekitar, pemakanan, tanggungjawab peribadi dan kepimpinan melalui penyertaan langsung mereka dalam menjadikan sekolah mereka sendiri lebih sihat, lebih cekap, mampan dan pusat yang menyenangkan untuk pembelajaran (Xiong et al. 2013). Kesedaran alam sekitar bertujuan untuk mengubah nilai dalam diri murid sekolah. Nilai telah dianggap sebagai keperluan, jenis personaliti, motivasi, matlamat, utiliti, sikap, minat, dan entiti mental PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 113
yang tidak wujud. Nilai boleh dianggap sebagai prinsip yang menentukan perkara yang penting kepada kita sebagai individu dan cara kita memilih untuk menggunakan sumber kita (Sidiropoulos 2014). Pendidikan alam sekitar juga memupuk pembangunan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk berjaya, warga abad ke-21, termasuk pemikiran kritis, kreatif, dan penyelesaian masalah komunikasi bertulis, lisan dan digital yang berkesan; dan kewarganegaraan konstruktif yang memupuk pemimpin muda yang boleh membuat perbezaan dalam komuniti mereka (Wiek et al. 2011). Bukti menunjukkan tanggapan kuat yang terbentuk semasa fasa remaja seseorang boleh memberi kesan sepanjang hayat terhadap nilai, sikap dan tingkah laku seseorang walaupun nilai dan orientasi nilai pelajar juga mempengaruhi penglibatan mereka dengan pendidikan kelestarian di sekolah. Pendidik tidak seharusnya menganggap pelajar mempunyai pengetahuan atau pandangan yang sama tentang kemampanan, sebaliknya mesti mengenal pasti dan membangunkan literasi kelestarian pelajar mereka secara beransur-ansur. Menurut psikologi kognitif, kita secara berterusan berhadapan dengan aliran maklumat yang luas dan individu menapis maklumat ini mengikut skema kita, yang menentukan perkara yang kita "lihat" dan perkara yang kita "abaikan" Konsep kemampanan dan implikasi pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan adalah dipacu konteks dan berbeza dengan ketara. Wals dan Jickling (2002) mencadangkan "terdapat pelbagai perspektif dalam kemampanan, pendidikan untuk pembangunan mampan, dan pendidikan untuk kemampanan dan pelbagai perspektif tentang cara pendidik harus mentafsir idea-idea ini. Kejayaan dalam perjalanan ke arah pembangunan amalan lestari memerlukan pendekatan pendidikan yang mengukuhkan penerapan nilai, terutamanya integriti dan keadilan dan kesedaran bahawa orang ramai berkongsi nasib yang sama. Ini boleh dicapai apabila guru menyediakan pelajar dengan pengalaman yang membawa kepada kesedaran yang lebih tinggi tentang tanggungjawab sosial dan moral, terutamanya yang menjana kesedaran diri yang lebih besar tentang sistem nilai peribadi dan kesediaan untuk menyemaknya ke arah kemampanan. Pengetahuan Alam Sekitar Pendidikan dalam pandangan secara keseluruhanya mengklasifikasikan sebagai pemangkin penting dalam membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar dengan kadar tinggi (Jamilah et al, 2011). Pengetahuan alam sekitar dan pembangunan harus diintegrasikan ke dalam pendidikan. Pengetahuan asas memainkan peranan penting demi mencapai hasrat dalam membentuk penduduk yang peka terhadap kesan alam sekitar (Mohd et al. 2012). Pengetahuan asas pada setiap individu harus dilaksanakan dalam kehidupan seharian supaya secara tidak langsung penjagaan alam sekitar berterusan pada masa hadapan. Hal ini menunjukkan, pendedahan di peringkat awal kanak-kanak dalam aspek alam semula jadi adalah amat menggalakkan (Durkan, Güngör, Fetihi, Erol & Gülay 2016). Pendidikan atau pendedahan terhadap alam sekitar pada peringkat awal boleh mendorong untuk menghargai dunia dan menjadi seorang individu yang boleh melindungi persekitaran pada masa hadapan (Gordon 2014). Kanak-kanak dalam peringkat awal merupakan peringkat yang amat sesuai untuk memberi pendedahan terhadap kepentingan alam sekitar Gulay (2012). Oleh itu pendedahan awal menjadi tempoh masa yang amat penting dalam membesarkan seseorang individu dengan ilmu yang tertentu. Ibu bapa merupakan serta pengaruh utama PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 114
dalam segala perkembangan tingkah laku dan sikap kanak-kanak terutamannya dalam pembelajaran tentang alam sekitar, sosial dan aspek ekonomi kemampanan (Farhana, Mikael & Monika 2017). Menurut (Liefländer & Bogner 2016), umur 7 hingga 12 tahun merupakan usia yang bernilai tinggi dan memberi kesan yang tinggi dalam kalangan murid bagi penerapan antara sikap dan pengetahuan terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar lebih menekankan pada cara-cara persekitaran semula jadi berfungsi dan kesan yang dialami terhadap alam sekitar dengan tingkah laku manusia (Grimmette 2014). Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan sikap alam sekitar serta memupuk tingkah laku mesra alam merupakan misi utama dalam program pendidikan alam sekitar. Pengetahuan dan alam sekitar serta sikap untuk berkhidmat merupakan kepentingan asas bagi seseorang individu. (Daniela & Franz 2013). Amalan Lestari Istilah amalan lestari merupakan amalan mesra alam yang bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang berfungsi bagi melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi untuk generasi sekarang dan akan datang. Menurut (KeTTHA 2015), jimat tenaga, jimat air, amalan 3R menggunakan produk mesra alam, kafeteria dan pengangkutan antaranya merupakan enam kriteria yang terdiri dalam amalan hijau yang digariskan KeTTHA. Menurut kajian Stone (2009), amalan hijau yang dipraktikkan di sekolah ini terdiri daridapa satu set luas amalan pro-alam sekitar yang berkaitan dengan mereka bentuk, membimbing dan mengurus bangunan sekolah yang lebih lestari dan terdiri daripada warga sekolah yang mampu menangani aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar sekolah. Pelbagai langkah-langkah diambil demi kepentingan alam sekitar, antaranya adalah adalah dengan mengurangkan penggunaan tenaga, penggunaan air, pengeluaran sisa, pembelian produk yang lestari, perkhidmatan pembersihan menggunakan pencuci tanpa toksik, kitar semula dan bangunan sekolah yang mengikut piawaian bangunan hijau. Hal ini membuktikan inisiatif dalam menerapkan amalan lestari dalam pendidikan sekolah meliputi oleh amalan pengurangan (Reduce), amalan guna semula (Reuse) dan amalan kitar semula (Recycle). Pihak guru menyumbangkan peranan utama dalam mengusahakan pendedahan amalan lestari dan mendedahkan elemen alam sekitar dalam kalangan murid (Eriksen 2013; Hanifah et al. 2015; Lampa, Greculescu & Todorescu 2013; Hagglund & Samuelsson 2009). Di samping itu, 3R membuktikan kesan positif dengan wujudnya penglibatan langsung kanak-kanaknya serta kanak-kanak seawal usia empat tahun memberi reaksi yang positif (Edwards & Cutter-Mackenzie 2011). Kajian Braithwaite (2014) serta Bates dan Tregenza (2007) kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti amalan 3R di luar kawasan persekitaran sekolah akan memberi kesan positif dari segi sikap dan pengetahuan. Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran amalan hijau dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia masih di bawah tahap kepuasan. Sebagai contoh kajian Hanifah dan Muhamad Suhaily Yusri (2016) suatu kajian yang telah di jalankan di daerah Hulu Langat, Selangor dengan 500 sampel murid pra sekolah mendedahkan amalan kelestarian murid pra sekolah berada pada tahap sederhana. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 115
METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Istilah "reka bentuk kajian" merujuk kepada strategi yang digunakan oleh penyelidik untuk memperoleh maklumat bagi mencapai matlamat penyelidikan (Hoy & Miskel 2001; Marianne & Briggs 2002) akan menjadi asas untuk menyediakan jawapan kepada semua persoalan kajian (Mohd Majid 1993). Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian tindakan untuk kajian ini. Kajian tindakan menerangkan kerja yang dilakukan oleh pengamal yang terlibat secara peribadi dalam aplikasi, sama ada secara langsung dengan dirinya atau dengan penyelidik. Penyelidikan tindakan (Seggie & Bayyurt, 2015; Yildirim & Simsek 2016) melibatkan pengumpulan dan menganalisis data sistematik yang bertujuan untuk menimbulkan persoalan tentang proses pelaksanaan atau memahami dan menyelesaikan masalah yang ditemui. Sampel Kajian Penyelidikan ini menggunakan persampelan mudah, yang sesuai di bawah kategori persampelan bukan kebarangkalian. Kajian tindakan ini akan dijalankan di sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Johor Bahru, negeri Johor. Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan tempat berkhidmat pengkaji. Walaupun sekolah ini dikategori sebagai sekolah bandar tetapi kawasan sekolah ini masih dalam proses perkembangan ke arah bandar. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini kebanyakkannya datang daripada kampung-kampung berhampiran. Kajian ini dijalankan dengan melibatkan murid sekolah rendah yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Sampel kajian ini adalah gabungan murid-murid dalam tahap pencapaian tinggi, sederhana dan rendah serta dipilih oleh sampel yang mudah diakses. Program dan aktiviti lestari ini dijalankan kepada semua tahap murid sekolah rendah iaitu murid tahap 1 dan tahap 2. Walaubagaimanapun, murid tahap 1 yang merangkumi murid tahun 1, 2 dan 3 tidak dipilih untuk menjadi responden kajian kerana mereka adalah murid yang tidak mempunyai pengetahuan tentang cara menjawab soal selidik dan masih tidak matang untuk menjawab soal selidik dengan tepat. Berdasarkan kepada data di sekolah SK Gelang Patah, enrolmen keseluruhan murid pada tahun 2022 adalah 900. Walaubagaimanapun, jumlah keseluruhan murid tahap 2 yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 430 orang murid. Oleh kerana kekangan masa dan kewangan, kaedah persampelan mudah telah diguna pakai dalam memilih responden. Walau bagaimanapun, kajian ini memilih 10 bilik darjah dan mengedarkan soal selidik kepada 100 murid secara rawak yang mengambil bahagian dalam program lestari dan melengkapkan aktiviti mingguan yang diberi. Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data dengan menggunakan skala likert untuk mendapat maklum balas daripada responden berkaitan tahap pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari. Soal selidik ini akan digunakan sebagai pengumpulan data awal iaitu sebelum program dan akhir iaitu selepas program lestari dijalankan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 116
Instrumen soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C (Rujuk Jadual 3.2). Bahagian A merupakan bahagian untuk mengenali latar belakang responden. Bahagian B pula terdiri daripada 8 item yang perlu ditanda ya, tidak atau tidak pasti bagi menguji pengetahuan alam sekitar murid. Item Bahagian B ini diubah suai daripada Jurnal Pengguna Malaysia. Bahagian C adalah untuk menguji amalan lestari dalam kehidupan harian murid yang terdiri daripada 15 item yang diubah suai daripada Amir Hamzah Sharaai dan Chin Chee Keong (2012). Amalan responden diukur dengan menggunakan 3 skala Likert iaitu dari 1- tidak buat, 2-kadang kala buat dan 3- sentiasa buat. Bahagian B dan C terdiri daripada pernyataan positif sahaja untuk dipilih oleh murid supaya tidak mengelirukan murid. Kaedah pengumpulan data melalui soal selidik ini telah dipilih kerana kaedah ini mengambil masa yang sedikit untuk mengumpul data berbanding dengan kaedah lain sepertimana dinyatakan oleh Sabitha Marican dalam bukunya. Kesahan instrumen ini diuji melalui 3 pakar iaitu pensyarah, guru penyelaras lestari dan guru ketua panitia Sains bagi mendapatkan kesahan kandungan setiap item dalam soal selidik sebelum diedarkan kepada peserta kajian. Kaedah Analisis Data Borang soal selidik akan diberi kepada responden sebanyak 2 kali, sebelum dan selepas kajian. Soal selidik awal akan diberi sebelum menjalankan program lestari untuk mengenalpasti tahap pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari awal responden. Borang soal selidik yang sama akan diberi sebagai soal selidik akhir untuk melihat tahap pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari dalam kalangan responden selepas mengikuti program lestari. Data secara kuantitatif diperoleh dan dikumpulkan berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan di dalam borang soal selidik. Data-data telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 21). Dapatan soal selidik bagi setiap item diinterpretasi mengikut peratus dan min, disembahkan dalam bentuk jadual serta dibincangkan dalam bentuk deskriptif. Data yang diterjemahkan ke dalam bentuk jadual ini memudahkan kesimpulan dibuat berkenaan dengan pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari dalam kalangan peserta kajian. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Instrumen-instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data bagi penyelidikan tindakan yang telah dijalankan ini ialah borang soal selidik awal dan akhir. Kaedah kuantitatif telah digunakan untuk menganalisis soal selidik yang telah diberikan kepada murid-murid dan dibentangkan dalam bentuk jadual. 1) Pengetahuan Alam Sekitar sebelum dan selepas Program Lestari Lapan item soalan dalam borang soal selidik berfokuskan kepada pengetahuan alam sekitar. Jadual 1 menunjukkan hasil analisis borang soal selidik awal dan akhir bagi pembolehubah pengetahuan alam sekitar. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 117
JADUAL 1. Data analisis borang soal selidik awal dan akhir bagi pembolehubah pengetahuan alam sekitar. Sebelum Selepas Item Tidak pasti (%) Tidak (%) Ya (%) Min Tidak pasti (%) Tidak (%) Ya (%) Min 1. Perubahan cuaca dunia adalah disebabkan oleh pemanasan global. 74 21 5 1.31 3 5 92 2.89 2. Racun dan bahan toksik yang meresap ke dalam tanah boleh memberi kesan terhadap tumbuhan dan haiwan. 68 24 8 1.40 3 8 89 2.86 3. Penipisan lapisan ozon merbahaya kerana bumi ini tidak dipelihara oleh lapisanlapisan atmosfera yang lain. 77 19 4 1.27 1 18 81 2.80 4. Penebangan pokok boleh menyebabkan hakisan tanah berlaku. 51 23 26 1.75 3 13 84 2.81 5. Sumber dan bahan semulajadi seperti petroleum dan minyak tidak boleh digunakan sebanyak mungkin kerana bekalan bahan ini akan habis. 31 35 34 2.03 5 6 89 2.84 6. Mengitar semula kertas dapat mengurangkan penebangan pokok. 33 32 35 2.02 0 13 87 2.87 7. Pembakaran hutan menyumbang kepada pemanasan global. 66 21 13 1.47 0 8 92 2.94 8. Pembuangan minyak terpakai ke dalam sinki menjejaskan hidupan air. 48 43 9 1.61 2 13 85 2.83 Purata min keseluruhan 1.61 2.86 Berdasarkan maklum balas berkaitan pengetahuan awal peserta kajian terhadap alam sekitar, min bagi item no. 1,2,3,4,7 dan 8 adalah kurang daripada 2.00. Hal ini bermaksud pengetahuan alam sekitar murid bagi item-item tersebut adalah pada tahap interpretasi rendah. Berbeza dengan min bagi item no.5 dan 6 adalah lebih sedikit dari 2.00 yang membawa maksud tahap interpretasinya adalah sederhana. Hal ini mungkin disebabkan oleh kalangan peserta yang pernah belajar tentang topik sumber tenaga pada tahun 4 dan topik bahan buangan pada tahun 6 dalam matapelajaran sains. Kemungkinan besar pengetahuan murid daripada pembelajaran sains dalam kelas tentang menyebabkan min bagi kedua-dua item ini berada pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun, purata min secara keseluruhan bagi pembolehubah pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid adalah kurang daripada 2.00 iaitu pada tahap PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 118
rendah. Jelas tahap pengetahuan alam sekitar dalam kalangan responden adalah rendah sebelum mengikuti program lestari. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian selepas mengikuti program lestari, kesemua min bagi 8 item adalah lebih daripada 2.00. Hal ini bermaksud pengetahuan alam sekitar murid bagi item-item tersebut adalah pada tahap interpretasi sederhana. Walaubagaimanapun, masih terdapat murid yang menyatakan tidak pasti bagi semua item selain item no. 6 dan 7. Hal ini mungkin disebabkan oleh kalangan peserta yang berada dalam golongan lemah, yang mungkin kurang faham tentang pernyataan diberi. Namun begitu, purata min secara keseluruhan bagi pembolehubah pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid adalah lebih daripada 2.00 iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan peningkatan pada tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid selepas mengikuti program lestari iaitu daripada 1.61 kepada 2.86 bersamaan dari tahap rendah ke tahap sederhana. Dapatan kajian ini membuktikan kajian yang dijalankan oleh Nurul Hidayah et al (2015) yang menunjukkan data bahawa sokongan sumber lain seperti kempen, ceramah, iklan dan program yang manfaat terhadap alam sekitar amat diperlukan untuk menjayakan PAS supaya pengetahuan yang ingin disebarkan sampai kepada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Bertepatan dengan pernyataan berikut, program lestari yang dijalankan oleh penyelidik dalam kajian tindakan ini juga bersifat hands-on dan sesuai diaplikasikan dalam hal ini kerana pengalaman terhadap sesuatu perkara lebih mudah diserap dalam ingatan manusia terutamanya murid sekolah rendah. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pengetahuan yang disampaikan oleh guru Sains semata-mata adalah tidak mencukupi untuk murid bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Walaupun penyampaian dan penyebaran ilmu pengetahuan tentang alam sekitar dilaksanakan secara rentasan kurikulum tetapi masih belum mencukupi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan buku teks Sains, terdapat juga kajian lepas yang mendapati pengetahuan yang hendak disampaikan masih tidak mencukupi bagi tajuktajuk yang dipelajari pada sesi persekolahan tersebut. Ini bermaksud pengetahuan yang disampaikan melalui guru dan buku teks Sains semata-mata adalah masih tidak cukup untuk membolehkan murid bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Jadi, program seperti program lestari amat diperlukan untuk memberi pengalaman yang benar melalui pelbagai aktiviti kepada murid untuk memberi pengetahuan alam sekitar dan juga idea tentang cara menjaga alam sekitar. 2) Amalan Lestari sebelum dan selepas Program Lestari. Lima belas item soalan dalam borang soal selidik berfokuskan kepada amalan lestari. Jadual 2 menunjukkan hasil analisis borang soal selidik awal dan akhir bagi pembolehubah amalan lestari. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 119
JADUAL 2. Data analisis borang soal selidik awal dan akhir bagi pembolehubah amalan lestari. Sebelum Selepas Item Tidak buat (%) Kadang kala buat (%) Sentiasa buat (%) Min Tidak buat (%) Kadang kala buat (%) Sentiasa buat (%) Min 1. Menggunakan sapu tangan untuk mengelap tangan/mulut. 57 28 15 1.58 4 28 68 2.64 2. Menggunakan kedua-dua belah muka surat kertas. 37 43 20 1.83 11 35 54 2.43 3. Mengumpul air hujan untuk menyiram pokok. 82 18 0 1.18 30 43 27 1.97 4. Membuka peti sejuk apabila perlu sahaja. 56 31 13 1.57 3 11 86 2.83 5. Menutup paip air ketika menggosok gigi. 75 19 6 1.31 5 10 85 2.80 6. Membasuh kasut menggunakan baldi, bukan air paip yang mengalir. 66 27 7 1.41 20 24 56 2.36 7. Menggunakan penyedut minuman guna semula. 69 27 4 1.35 29 59 12 1.83 8. Bawa botol air sendiri daripada membeli. 55 23 22 1.67 11 41 48 2.37 9. Mengasingkan kertas, kaca, tin dan plastik untuk dikitar semula. 79 12 9 1.30 5 60 35 2.30 10. Mengumpul sisa makanan untuk dijadikan kompos. 100 0 0 1.00 37 49 14 1.77 11. Menutup lampu dan kipas apabila tidak digunakan. 31 52 17 1.86 3 11 86 2.83 12. Mengumpul minyak terpakai untuk dijual. 100 0 0 1.00 34 37 29 1.95 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 120
13. Membawa bekas makanan semasa membeli makanan di luar. 100 0 0 1.00 25 53 22 1.97 14. Guna semula bahan buangan untuk menghasilkan kraf. 83 17 0 1.17 12 57 31 2.19 15. Memasukkan pakaian dan barangan tidak terpakai di dalam tong guna semula berwarna merah jambu. 100 0 0 1.35 32 46 22 1.90 Purata min keseluruhan 1.35 2.28 Berdasarkan maklum balas awal yang diberikan oleh peserta kajian terhadap pembolehubah amalan lestari, kesemua peserta telah menyatakan tidak buat bagi item no. 10,12, 13 dan 15. Hal ini demikian kerana, kemungkinan besar perkara tersebut adalah perkara yang baru bagi peserta kajian. Kesemua 15 item dalam soal selidik awal bagi pembolehubah amalan lestari ini menunjukkan min yang kurang daripada 2.00 bersamaan dengan tahap interpretasi yang rendah. Begitu juga dengan tahap purata min keseluruhan yang berada pada tahap rendah dengan nilai min 1.35. Ini membuktikan bahawa responden kajian kurang mengamalkan amalan lestari dalam kehidupan mereka sebelum mengikuti program lestari. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian selepas mengikuti program lestari, responden telah menunjukkan amalan penjimatan air dan elektrik yang tinggi melalui item no. 4, 5 dan 11 dengan nilai min yang tertinggi iaitu lebih daripada 2.80. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa peserta yang telah menyatakan tidak buat bagi kesemua 15 item tersebut. Hal ini demikian kerana, kemungkinan besar perkara tersebut telah dipengaruhi oleh sokongan ibu bapa di rumah. Perkara ini membuktikan bahawa wujud faktor lain seperti faktor-faktor psikologi amalan menjaga alam sekitar oleh ibu bapa yang menjadi contoh kepada kanak-kanak (Ai et al. 2014). Begitu juga dengan beberapa item yang masih menunjukkan nilai min yang kurang daripada 2.00 iaitu pada tahap rendah. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya terdapat peningkatan min bagi kesemua 15 item dalam soal selidik akhir bagi pembolehubah amalan lestari ini. Tahap purata min keseluruhan pula berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.28. Ini menunjukkan peningkatan pada tahap amalan lestari dalam kalangan murid selepas mengikuti program lestari iaitu daripada 1.35 kepada 2.28 bersamaan dari tahap rendah ke tahap sederhana. Secara keseluruhannya, hasil perbandingan data awal dan akhir soal selidik dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan lestari murid sebelum mengikuti program lestari adalah pada tahap yang rendah. Hal ini bermaksud, murid tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang alam sekitar walaupun terdapat topik yang berkaitan alam sekitar PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 121
dalam matapelajaran sains. Kekurangan pengetahuan alam sekitar ini telah memberi kesan pada amalan lestari murid dalam kehidupan seharian. Keadaan ini telah berubah selepas murid mengikuti program lestari dimana tahap pengetahuan alam sekitar dan amalan lestari murid meningkat ke tahap sederhana. Hal ini bermaksud, program lestari yang dijalankan oleh penyelidik telah membantu untuk meningkatkan pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid. Peningkatan pengetahuan alam sekitar dalam diri murid telah memberi kesan pada amalan lestari murid dalam kehidupan seharian yang turut meningkat bersama. Berdasarkan dapatan kajian ini, amalan lestari murid masih pada tahap sederhana selepas mengikuti program lestari. Menurut (Parisa et al. 2015), persekitaran dan reka bentuk sekolah yang hijau menjadi faktor yang mendorong untuk meningkatkan amalan hijau dalam kalangan murid di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan penggunaan tong kitar semula air, penggunaan cahaya semula jadi dan aktiviti tanaman hijau. Penganjuran aktiviti kelestarian alam yang berterusan mampu menghasilkan kesan positif kepada pihak sekolah lebih-lebih lagi kepada murid (Hanifah et al. 2015). Kegagalan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam kesedaran amalan lestari murid sekolah rendah yang terletak pada tahap sederhana lebih berpotensi dalam mengekalkan kesedaran alam sekitar murid di peringkat menengah yang masih belum mencapai tahap kepuasan dan seiring dengan dapatan kajian Mohd Zaid (2015) yang juga mendapati amalan murni alam sekitar murid Tingkatan Empat di Terengganu adalah pada peringkat yang sederhana. Menurut kajian (Hanifah et al. 2015), pihak guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid-murid dan menjadi teladan baik dalam aspek yang berhubung dengan amalan hijau. Di samping itu model tingkah laku yang dibentuk oleh Kollmuss dan Agyeman (2002), menerangkan pengetahuan mampu akan meningkatkan kesedaran dan sikap serta mempengaruhi individu untuk lebih bertindak positif terhadap alam sekitar. Malah kajian (Hines et al. 1987), membuktikan bahawa sikap seseorang dapat diubah melalui pendidikan dengan Model Tingkah laku Tanggungjawab Alam Sekitar. Kesimpulannya, dalam usaha menghasilkan Pendidikan kelestarian ini berkesan, pengetahuan dan amalan kelestarian yang berterusan harus diterapkan dalam kalangan muridmurid. Justeru, kajian terhadap program lestari ini harus diberi sokongan yang hebat demi penambahbaikan dan pelaksanaan aktiviti yang menarik untuk menghasilkan peningkatan pada kesedaran alam sekitar dan amalan lestari. Hal ini kerana, memastikan penyampaian pengetahuan amalan lestari lebih efektif dalam proses bimbingan terhadap kesedaran akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar harus berterusan sehingga mencapai umur dewasa (Hanifah Mahat et al 2017). Pelbagai aktiviti pendedahan pengetahuan yang di iringi dengan amalan yang positif ke arah kelestarian khususnya kepada murid dalam mengurangkan perlepasan karbon dalam bentuk bil elektrik perlu dilaksanakan seperti saranan Energy Saving Trust (Richard 2016). KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Matlamat memupuk dan menerapkan minat dalam kalangan murid dalam Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia masih dalam ke arah pencapaian. Fungsi utama matlamatnya untuk menerapkan pengamalan teori di sekolah dalam kehidupan seharian murid-murid. Hasil PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 122
daripada dapatan kajian ini, murid yang berada dalan lingkungan umur 10 hingga 12 tahun mencapai tahap sederhana dalam memahami konsep-konsep lestari. Pihak sekolah harus bertanggungjawab dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kelestarian dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah untuk mencapai agenda kelestarian. Implikasi kajian ini menunjukkan pendedahan nilai alam sekitar menerusi elemen merentas kurikulum (EMK) menjadi sumber utama penerapan kepentingan alam sekitar dalam kalangan murid-murid Malaysia. Walau bagaimanapun pengetahuan terhadap alam sekitar dalam kalangan murid kurang berkesan akibat dari kekurangan penghayatan dan pengamalannya. Hal ini membuktikan analisisnya mencapai tahap sederhana selepas muridmurid mengikuti program lestari. Kajian ini, menekankan bahawa tanggunjawab guru untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi supaya murid-murid lebih memahami dan mengaplikasi teorinya dalam kehidupan seharian. Limitasi kajian ini adalah hanya dapat lengkap satu gelung dalam model Kemmis & McTaggart dengan hanya memilih responden dari tahap 2 walaupun semua murid dari tahap 1 dan 2 terlibat dalam Program Lestari. Kajian ini boleh dikaji dengan mempertimbangkan pengaruh ibu bapa dalam menentukan sikap peribadi murid terhadap alam sekitar untuk menghasilkan dapatan yang lebih mengukuhkan. Namun begitu, pemilihan sampel kajian lebih besar boleh memastikan untuk menghasilkan dapatan kajian lebih tepat dan komprehensif. Selain itu, kaedah kualitatif juga boleh diaplikasikan dalam kajian lanjut bagi melengkapkan dan menyokong kajian ini. PENGHARGAAN Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, warga sekolah, murid-murid dan para ibu bapa yang terlibat dalam kajian ini. RUJUKAN Durkan, N., Güngör, H., Fetihi, L., Erol, A., & Gülay Ogelman, H. 2016. Comparison of environmental attitudes and experiences of five-year-old children receiving preschool education in the village and city centre. Early Child Development and Care 186(8): 1327–1341. Ekstrom, K. 1995. Children’s Influence in Family Decision Making. Goteborg: BAS. Farhana, B., Mikael, W., & Monika, V. 2017. Children’s learning for a sustainable society: Influences from home and preschool. Education Inquiry 1: 1–22. Grimmette, K. A. 2014. The Impacts of environmental education on youth and their environmental awareness. Environmental Studies Undergraduate Student Theses. Paper 135. Gülay, O. 2012. Teaching preschool children about nature: A project to provide soil education for children in Turkey. Early Childhood Education Journal 40(3): 177–185. Hanifah. M. 2013. Kesedaran dan komitmen Pendidikan pembangunan lestari dalam komuniti sekolah menerusi Program Sekolah Lestari Di Malaysia. Tesis PhD, Universiti Pendidikan Sultan Idris. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 123
Hanifah, M., Shaharuddin, A., Mohamad Suhaily Yusri, C.N. & Noraziah, A. 2014. Pendidikan pembangunan lestari- Hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar. GeografiaMalaysia Journal of Society and Space. 5(5):71-84. Hanifah, M., Shaharudin, I., Mohmadisa, H., Nasir, N. & Yazid, S. 2015. Transforming sustainability development education in Malaysian schools through greening activities. Review of International Geographical Education Online ©RIGEO 5(1): 77-94. Jamilah, A. et al. 2011. Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Akademika 81(3): 103- 115. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). 2015. Laporan Tahunan 2014. Putrajaya Liefländer, A. K. & Bogner, F. X. 2016. Educational Impact On The Relationship of Environmental Knowledge and Attitudes. Environmental Education Research : 2–14. Mohd, A. et al., 2012. Pengetahuan dan Amalan Kelestarian Alam Sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Akademika 81(3): 103-115. Mohammad Ghazi, I. & Haliza, A.R. 2011. Public involvement in environmental issues with reference to Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Journal of Techno-Social. 3(1): 15-34. Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin Abdul Razak. 2007. Pendidikan alam sekitar di sekolah: Komitmen guru. Pendidikan Lestari. Jilid 7, Bil. 2/2007: 74-81. Nurul Hidayah Liew, A., Haryati, S. & Seow, T.W. 2013. Pengetahuan murid dan perkaitan ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar: Satu kajian awal. Jurnal Teknologi. 64(1): 51-57. Palmer, J. A. 1998. Environmental Education in The 21st Century: Theory, Practice, Progressand Promise. London and New York : Routledge. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 124
Pelaksanaan Pembelajaran Perkhidmatan Dalam Meningkatkan Kesedaran Isu Serta Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar (Implementation of Service Learning in Increasing Awareness of Issues and EnvironmentFriendly Behavior Among Students) Mohd Farid Mohd Sa’ Aalghani & Kamisah Osman* ABSTRAK Isu alam sekitar yang kian meruncing pada masa kini memerlukan cara terbaik bagi menanganinya. Untuk itu kesedaran berkaitan isu-isu alam sekitar ini perlulah bermula dari kecil lagi iaitu dipupuk semenjak dari bangku sekolah lagi. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan dalam pendidikan sains dapat memberi kesan terhadap kesedaran pelajar berkaitan isu alam sekitar serta meninjau keberkesanan pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan dalam melahirkan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan seramai 54 orang murid tahun enam dari sebuah sekolah di Kapit, Sarawak. Sebanyak tiga instrumen yang digunakan dalam mengumpul data kajian iaitu melalui ujian pra dan ujian pasca, soal selidik dan refleksi pelajar. Melalui ujian pra dan ujian pasca dapatan diperoleh melalui perbandingan hasil kedua-dua ujian. Manakala untuk soal selidik dapatan diperoleh melalui tahap min setiap item dan dapatan untuk refleksi murid pula adalah dengan mengenal pasti kata kunci yang berkaitan dengan kesan pembelajaran perkhidmatan. Berdasarkan dapatan melalui ketiga-tiga instrumen yang digunakan jelas menunjukkan pembelajaran perkhidmatan dapat memberi kesan terhadap kesedaran isu alam sekitar serta membentuk tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Jadi melalui kajian yang dijalankan ini memberi implikasi kepada pelbagai pihak dalam membantu menangani isu alam sekitar melalui pendidikan di sekolah. Kata Kunci: Pembelajaran Perkhidmatan; Kesedaran Alam Sekitar; Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar ABSTRACT Environmental issues that are becoming increasingly acute nowadays require the best way to deal with them. For that reason, awareness of environmental issues needs to start from a young age, i.e. nurtured from school. This study is to identify the extent to which the implementation of service learning in science education can have an impact on students' awareness of environmental issues as well as to review the effectiveness of the implementation of service learning in producing environmentally friendly behavior among students. The design of this study is an action study involving a total of 54 sixth year students from a school in Kapit, Sarawak. A total of three instruments were used in collecting research data, namely through pre-tests and post-tests, questionnaires and student reflections. Through the pre-test and post-test, findings are obtained by comparing the results of the two tests. While for the questionnaire, findings are obtained through the mean level of each item and the findings for student reflection are by identifying key words related to the effect of service learning. Based on the findings through the three instruments used, it is clear that service learning can have an impact on the awareness of environmental issues as well as form environmentally friendly behavior among students. So, through the research conducted this gives implications to various parties in helping to deal with environmental issues through education in schools. Keywords: Service Learning; Environmental Awareness; Environmentally Friendly Behavior Mohd Farid Bin Mohd Sa’ Aalghani Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung: Kamisah bt. Osman* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 125
PENGENALAN Isu melibatkan alam sekitar merupakan isu yang tidak asing lagi pada masa kini. Masalah pencemaran, pembakaran hutan, penerokaan hutan secara berleluasa antara masalah utama yang tiada kesudahannya. Saban tahun isu alam sekitar kian meruncing disebabkan oleh sikap manusia sendiri yang tidak mementingkan alam sekitar. Dalam persidangan UNESCO turut mengisytiharkan pendidikan alam sekitar menjadi komponen teras kurikulum pada tahun 2025. Ini menunjukkan bahawa salah satu cara yang ampuh dalam menangani masalah ini adalah melalui pendidikan. Menurut Imaaduddin (2020) isu-isu melibatkan alam sekitar adalah berpunca dari sifat-sifat negatif dalam diri rakyat sendiri yang mana kurangnya kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini melibatkan individu, organisasi malahan di peringkat kerajaan namun usaha ini menjadi sia-sia seandainya kesedaran dalam kalangan masyarakat sendiri mengenai isu ini diambil mudah. UNESCO atau Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu merupakan salah sebuah badan lantang dalam menyuarakan isu alam sekitar di peringkat global menerusi agenda pendidikan. Badan inilah yang sering memperjuangkan isu-isu melibatkan alam sekitar melalui pendidikan. Malah pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh badan tersebut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan isu alam sekitar yang semakin meruncing. Badan ini menggesa setiap negara untuk memberi penekanan mengenai pendidikan alam sekitar dalam reka bentuk kurikulum di sekolah-sekolah. Dalam persidangan maya antarabangsa yang diadakan pada 15 Mei sehingga 19 Mei 2022, dihadiri lebih 80 orang menteri dan 2800 pemegang taruh pendidikan dan alam sekitar, badan ini telah mengisytiharkan pendidikan alam sekitar mesti menjadi teras komponen kurikulum pada tahun 2025. Ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran awal kepada pelajar mengenai isu alam sekitar. Oleh itu pendidikan menjadi medium penting untuk memupuk kesedaran berkaitan isu alam sekitar seterusnya membentuk tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Isu alam sekitar yang kian meruncing pada masa kini memerlukan cara terbaik bagi menanganinya. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah ini, namun kurang impaknya terhadap alam sekitar. Ini kerana bagi menangani isu yang besar ini perlulah dimulakan dari pangkalnya iaitu kesedaran masyarakat itu sendiri. Untuk itu kesedaran berkaitan isu-isu alam sekitar ini perlulah bermula dari kecil lagi iaitu dipupuk semenjak dari bangku sekolah lagi. Apabila pelajar mempunyai kesedaran berkaitan isu-isu alam sekitar, maka mereka akan mempraktikkan amalan menyayangi dan menjaga alam sekitar. Malah dengan kesedaran ini dapat mendidik bukan sahaja pelajar, malah dapat disebar luaskan kepada individu yang terhampir dengan pelajar sebagai contoh ibu bapa, adik beradik malah jiran tetangga tentang amalan menjaga alam sekitar. Akan tetapi kurikulum mata pelajaran Sains masa kini lebih menumpukan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga makmal sahaja. Akibatnya pelajar kurang mendapat pendedahan secara realiti serta tiada interaksi dengan persekitaran jika bersandarkan melalui buku teks dan penerangan guru semata. Justeru itu perlunya ada mekanisme pengajaran yang dapat memberi gambaran sebenar kepada pelajar untuk melihat dan merasai sendiri betapa besarnya isu alam sekitar ini perlu ditangani supaya dapat menimbulkan rasa kesedaran dalam diri mereka. Malah kesedaran yang PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 126
diperoleh bukan sekadar sementara akan tetapi ia dapat kekal dalam diri pelajar. Oleh itu betapa pentingnya kesedaran terhadap alam sekitar perlu disemai dalam diri pelajar agar mereka dapat berfikir setiap tindakan yang mereka dan orang sekeliling sebagai contoh membuang sampah merata-rata, sikap tidak peduli terhadap amalan kitar semula, pembakaran terbuka dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap alam sekitar. Oleh itu aspek amalan adalah penting untuk menunjukkan sejauh mana kesedaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar dalam penjagaan persekitaran melalui pembelajaran berasaskan perkhidmatan. Menurut Hafizah et al (2013) pelajar mempunyai kesedaran terhadap peranan menjaga alam sekitar, namun tingkah laku bertanggungjawab serta penglibatan pelajar menangani masalah alam sekitar adalah masih rendah. Keberkesanan kesedaran mengenai alam sekitar melalui pendidikan alam sekitar dan pembangunan seharusnya dimulakan dari zaman kanak-kanak iaitu kepada para pelajar (Mohd Nizam et al, 2018). Malah data kajian yang dijalankan oleh mereka mengenai kepentingan kitar semula di Malaysia adalah rendah iaitu hanya 5% berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini menunjukkan kesedaran berkaitan alam sekitar masih di tahap yang rendah di negara ini. Data ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Jamilah et al, (2011), menunjukkan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar sangat tidak membanggakan di mana kebanyakan responden di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menganggap pihak kerajaan sahaja yang bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Tujuan kajian adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan ke arah meningkatkan kesedaran isu serta tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Antara objektif kajian ini adalah: 1. Mengenal pasti sejauh manakah pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan dalam pendidikan sains dapat memberi kesan terhadap kesedaran pelajar berkaitan isu alam sekitar. 2. Meninjau keberkesanan pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan dalam melahirkan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Manakala bagi persoalan kajian pula adalah seperti berikut: 1. Adakah pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan dalam pendidikan sains berkesan dalam meningkatkan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar? 2. Adakah terdapat kesan terhadap tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran perkhidmatan? TINJAUAN LITERATUR Pembelajaran perkhidmatan ditakrifkan sebagai “berasaskan kursus, pengalaman pendidikan yang memberi kredit dalam yang mana pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti perkhidmatan yang teratur yang memenuhi komuniti yang dikenal pasti sebagai satu keperluan, dan membuat refleksi berkenaan aktiviti perkhidmatan dengan cara untuk mendapatkan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 127
pemahaman lanjut tentang kandungan kursus, penghayatan disiplin yang lebih luas, dan meningkatkan nilai rasa peribadi serta tanggungjawab sivik” (Bringle & Hatcher, 2009, p.38). Menurut Fertman 1994, pedagogi pembelajaran perkhidmatan adalah bertujuan untuk menghubungkan kerja kursus dengan pengalaman dunia sebenar, dengan membenarkan peserta menggunakan pengetahuan di dalam komuniti. Dalam erti kata lain pembelajaran perkhidmatan merupakan salah satu kaedah di mana pelajar menggunakan pengetahuan teoretikal dan pengalaman praktikal yang dipelajari semasa di dalam kelas untuk dikongsi dengan masyarakat, ini secara tidak langsung dapat membantu mereka menyemai sikap tanggungjawab, membentuk kemahiran sosial, dan keperibadian positif. Pembelajaran-berasaskan perkhidmatan jelas dapat menjadi batu loncatan bagi mempromosikan rasa tanggungjawab dalam diri pelajar, menyemai sikap penyayang, membentuk sebuah warganegara yang kompeten, dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan negara (Jami L Warran, 2012). Pembelajaran perkhidmatan berbeza dengan program pendidikan lapangan yang lain seperti khidmat sosial yang lain seperti khidmat komuniti, aktiviti kesukarelaan atau latihan praktikal (Cho See Chong 2014; Greenwood 2015). Tidak seperti program pendidikan lapangan di mana perkhidmatan dilakukan sebagai tambahan kepada kursus pelajar, akan tetapi program pembelajaran perkhidmatan menyepadukan perkhidmatan ke dalam kursus (Andrew Furco, 2011). Menurut Maznah et. Al (2018), membahagikan definisi pembelajaran perkhidmatan kepada empat elemen iaitu penjelasan secara umum, penglibatan dalam pembelajaran perkhidmatan, pendekatan dalam pembelajaran perkhidmatan dan impak yang diperoleh daripada pembelajaran perkhidmatan. Seperti kaedah pembelajaran yang lain pembelajaran perkhidmatan turut memberi impak kepada pelajar. Menurut Alžbeta, Zuzana dan Katarina (2016), pembelajaran perkhidmatan dapat membangunkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku yang positif dalam diri pelajar. Ini disokong oleh Najah et al (2016) yang menyatakan pendekatan pembelajaran perkhidmatan menunjukkan kesan yang sangat ketara terhadap pembangunan dan perkembangan jati diri pelajar di mana pelajar dapat membuat refleksi yang berstruktur menerusi penjanaan maklumat dan pengetahuan baru berkaitan kesan dan manfaat secara langsung atau tidak langsung. terhadap persekitaran. Dalam konteks alam sekitar pelajar dapat menyedari tentang isu-isu melibatkan alam sekitar dan impaknya kepada kehidupan. Kajian-kajian terdahulu membuktikan bahawa pembelajaran perkhidmatan berkesan dalam membantu pelajar dalam mencapai hasil yang khusus (Bielefeldt 2013; Coleman dan Danks, 2015) dan ianya menjanjikan dalam memberi pengajaran kepada pelajar berkaitan isu perubahan iklim (Tedesco and Salazar, 2006). Manakala Rusli et al, (2019) dalam kajiannya mendapati pembelajaran perkhidmatan dapat meningkatkan, membangun dan memotivasikan pelajar untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap ekologi di samping mereka dapat mengajak komuniti untuk terlibat sama dalam melindungi dan menjaga alam sekitar. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 128
METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah kerangka yang akan digunakan di dalam kajian terutama dalam proses pengumpulan data dan juga proses menganalisis data bagi mendapatkan hasil kajian. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah kajian tindakan. Kemmis (2008) telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Lokasi Kajian Kajian dijalankan ke atas murid tahun enam di salah sebuah sekolah sekitar kawasan pekan Kapit, Sarawak. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah 54 orang murid tahun enam. Rasional murid tahun enam dipilih adalah kerana mereka secara langsung belajar tentang topik berkaitan alam sekitar dalam silibus mata pelajaran Sains tahun enam dan mudah ditemui oleh pengkaji. Kesemua mereka sudah mempelajari topik berkaitan alam sekitar iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan serta bahan buangan dalam mata pelajaran sains. Sukatan pelajaran dalam silibus mata pelajaran sains adalah berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan Kajian Tindakan Kajian tindakan ini dijalankan dalam beberapa langkah, iaitu berdasarkan model kajian tindakan yang dikemukakan oleh Stephen Kemmis. Model ini terdiri daripada empat langkah iaitu (i) Perancangan, (ii) Perlaksanaan Tindakan, (iii) Pemerhatian, dan (iv) Refleksi. Perancangan Berdasarkan keprihatinan dan refleksi yang dibuat terhadap masalah yang dihadapi, pengkaji telah merancang satu program yang berkaitan pembelajaran perkhidmatan yang menumpukan isu alam sekitar. Pengkaji telah berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program itu nanti seperti PPD Kapit kerana ini melibatkan aktiviti luar sekolah dan mereka perlu dimaklumkan, Majlis Daerah Kapit pula akan dirujuk supaya mereka dapat memberi cadangan program yang sesuai untuk dilaksanakan contohnya Program Membersihkan Sungai, Program Kitar Semula dan sebagainya. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 129
Setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak yang berkaitan, pengkaji telah membuat keputusan untuk merancang satu program iaitu pembersihan kawasan sekitar pasar Kapit. Alasan utama untuk menjalankan program pembersihan ini adalah kerana kawasan sekitar pasar Kapit sering menjadi tumpuan dari dalam hingga luar kawasan Kapit sendiri. Jadi kawasan di sekitar kawasan pasar Kapit ini terdedah kepada masalah alam sekitar melibatkan sampah-sampah yang ditinggalkan oleh masyarakat sama ada dari Kapit sendiri atau dari luar. Seperkara lagi adalah kawasan ini tidak asing bagi semua murid yang terlibat dengan program ini. Jadi mereka dapat melihat dan merasai sendiri isu alam sekitar di kawasan paling hampir dengan mereka. Terdapat beberapa lokasi yang menjadi tumpuan bagi program ini yang mana lokasi tersebut sering menjadi tumpuan dan terdedah kepada masalah pembuangan sampah iaitu kawasan Pasar Teresang, Kapit Town Square, Jeti Kapit dan Kapit Lily Pond. Perlaksanaan Dalam fasa ini, pengkaji telah membahagikannya kepada beberapa langkah yang lebih spesifik berdasarkan rajah di bawah. RAJAH 1: Prosedur Perlaksanaan Pembelajaran Perkhidmatan Pemerhatian Maklumat yang diperoleh dikumpulkan dan dianalisis. Maklumat yang diperoleh adalah dari ujian pra dan ujian pasca, catatan refleksi murid dan soal selidik yang dijawab oleh murid. Refleksi Dalam peringkat ini, pengkaji telah membuat refleksi terhadap perlaksanaan pembelajaran perkhidmatan dengan menjalankan program kesedaran kepada murid dari segi kekuatan dan kelemahan pembelajaran perkhidmatan, kesedaran murid terhadap isu alam sekitar, serta PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 130
tingkah laku murid terhadap alam sekitar selepas mereka mengikuti pembelajaran perkhidmatan yang dijalankan. Instrumen Kajian Bagi mendapatkan data tentang pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid, tiga set instrumen telah digunakan terhadap kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan iaitu ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Ujian pra dan ujian pasca terdiri daripada 20 buah soalan yang berkaitan konsep, kefahaman, kesedaran dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Ujian pra diberikan selepas mereka selesai mempelajari kedua-dua topik iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan serta pengurusan bahan buangan tetapi sebelum mereka menyertai program yang dirancang. Manakala soalan pasca pula diberikan kepada murid selepas beberapa hari mereka mengikuti pembelajaran perkhidmatan berkaitan alam sekitar Manakala untuk soal selidik, satu set soalan selidik berkenaan kesedaran murid berkaitan isu alam sekitar. Borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu latar belakang responden, pemahaman berkaitan isu alam sekitar, kesedaran terhadap isu alam sekitar dan tingkah laku terhadap alam sekitar Bagi refleksi murid pula, murid akan menulis refleksi kendiri berkaitan aktiviti yang telah diikuti oleh mereka. Murid akan menulis apa-apa yang berkaitan dengan pembelajaran perkhidmatan berkaitan kesedaran isu alam sekitar. Refleksi ini akan dihantar oleh murid kepada guru untuk dikenal pasti isu yang timbul berkaitan kajian di dalam refleksi murid. Refleksi murid digunakan adalah untuk menyokong dapatan yang diperoleh dalam dua instrumen yang lain Kaedah Pengumpulan Data Sebelum penyelidik memulakan kajian bagi mengumpul data, penyelidik akan memohon kebenaran menjalankan penyelidikan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara talian iaitu eRAS.20 untuk menjalankan kajian ini. Setelah mendapat kebenaran surat menjalankan penyelidikan, penyelidik akan memohon kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit untuk menjalankan penyelidikan ini di Daerah Kapit. Di samping itu juga penyelidik menghantar kertas kerja untuk mengadakan program kesedaran alam sekitar kepada pihak-pihak berwajib. Ini bagi memastikan kelancaran program dan mendapatkan sokongan dari pihak berkenaan untuk turut bersama-sama menjayakan program ini. Sebagai langkah permulaan kesemua murid-murid akan diajar berkaitan kedua-dua topik berkaitan alam sekitar iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan serta bahan buangan. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menerangkan kedua-dua topik berkenaan kepada murid. Kemudian satu ujian pra diberikan kepada murid-murid berkaitan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang isu alam sekitar. Selepas itu kesemua murid yang terlibat akan mengikuti pembelajaran perkhidmatan yang dirancang oleh guru berkaitan program alam sekitar di sekitar kawasan Kapit. Mereka akan melihat bagaimana keadaan persekitaran lokasi yang dipilih oleh guru sepanjang program berkenaan. Semasa menjalankan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 131
pembelajaran perkhidmatan ini, murid-murid akan membuat refleksi apa yang mereka perhatikan dan rasakan dari aktiviti yang dijalankan. Di akhir program guru akan meminta murid menghantar refleksi yang telah dibuat. Selesai murid menjalani pembelajaran perkhidmatan, mereka akan menjawab ujian pasca berkaitan pengetahuan, kesedaran dan pemahaman mengenai isu alam sekitar selepas mengikuti program berkenaan. Selepas dua minggu murid menjalani program di bawah pembelajaran perkhidmatan, mereka akan menjawab satu soal selidik berkaitan pemahaman, kesedaran berkaitan isu serta tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Kaedah Analisis Data Berdasarkan data yang diperoleh dari instrumen penyelidikan, data tersebut akan dianalisis untuk mendapatkan dapatan berkaitan keberkesanan pembelajaran perkhidmatan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid berkaitan isu alam sekitar. Dalam menganalisis data ujian pra dan ujian pasca pengkaji memilih pendekatan perbandingan bagi pencapaian bagi kedua-dua ujian untuk menganalisis data-data yang dikumpulkan. Sebanyak 20 soalan disediakan dengan menggabungkan beberapa aspek utama berkaitan kajian yang dijalankan iaitu konsep, kefahaman, kesedaran dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Pemarkahan diberi dalam mengikut bilangan jawapan yang dijawab dengan tepat. Pengkaji akan membuat perbandingan keputusan di antara ujian pra dan ujian pasca dengan melihat min bagi setiap skor yang diperoleh bagi setiap ujian. Dengan itu pengkaji akan dapat melihat adakah terdapat kesan pembelajaran perkhidmatan terhadap kesedaran serta tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Manakala data yang diperoleh melalui refleksi murid pula, pengkaji akan mengenal pasti kata kunci yang menunjukkan kesedaran, tingkah laku murid atau perkara yang berkaitan dengan kajian semasa menjalankan pembelajaran perkhidmatan. Seterusnya dapatan daripada soal selidik yang diberikan mengenai kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti jawapan kepada persoalan kajian iaitu kesan pembelajaran perkhidmatan terhadap kesedaran isu serta tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Bagi menjawab persoalan kajian tersebut, pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif bagi menerangkan bahagian yang pertama bagi menjelaskan latar belakang responden. Manakala bahagian soal selidik berkenaan dengan pemahaman mengenai isu alam sekitar, kesedaran terhadap alam sekitar serta tingkah laku terhadap alam sekitar analisis data yang dilakukan menerusi proses taburan frekuensi iaitu untuk menunjukkan kekerapan dan peratus serta nilai min bagi setiap komponen. Data-data yang diperoleh dari soal selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 26.0). Semua data yang telah dianalisis telah direkodkan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Bagi menganalisis Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D untuk mengetahui tahap bagi setiap bahagian ini tahap min telah dirujuk dalam jadual 1 yang dipetik dari sumber BPPDP (2006). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 132
JADUAL 1. Pembahagian Tahap Min Skala Min Tahap Min 1.00 – 1.79 Sangat Rendah 1.80 – 2.59 Rendah 2.60 – 3.39 Sederhana 3.40 – 4.19 Tinggi 4.20 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber dari: Diubah suai daripada BPPDP (2006):29 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Soal Selidik Berdasarkan Jadual 2 jumlah peserta bagi kajian ini adalah seramai 54 orang di mana 23 atau 42.6% terdiri dari murid lelaki dan 31 orang atau 57.4% adalah dari murid perempuan. JADUAL 2. Taburan Kekerapan dan Peratusan Peserta Mengikut Jantina Peserta. Jantina Kekerapan (N) Peratusan (%) Lelaki 23 42.6 Perempuan 31 57.4 Jumlah 54 100 Manakala bagi item lokasi tempat tinggal pula 59.3% atau seramai 32 orang murid. Bagi murid yang tinggal di rumah sendiri pula ada seramai 22% orang atau membawa kepada 40.7% dari keseluruhan peserta kajian ini. Ini menunjukkan peserta yang tinggal secara menyewa adalah lebih ramai berbanding peserta yang tinggal di rumah sendiri. Jadual 4.3 di bawah menunjukkan taburan kekerapan serta peratusan peserta mengikut lokasi tempat tinggal peserta. JADUAL 3. Taburan Kekerapan dan Peratusan Peserta Mengikut Lokasi Tempat Tinggal Peserta. Lokasi Tempat Tinggal Kekerapan (N) Peratusan (%) Menyewa 32 59.3 Rumah sendiri 22 40.7 Jumlah 54 100 Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bangsa peserta. Dari 54 orang peserta, peserta berbangsa Iban adalah yang paling ramai iaitu seramai 43 orang atau 76.6%. Bangsa Melayu merupakan bangsa kedua ramai iaitu seramai 7 orang atau 13% dari jumlah keseluruhan. Manakala lain-lain bangsa adalah seramai empat orang sahaja atau mewakili 7.4% dari jumlah keseluruhan peserta. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 133
JADUAL 4. Taburan kekerapan dan peratusan bangsa peserta. Bangsa Kekerapan (N) Peratusan (%) Melayu 7 13.0 Iban 43 76.6 Lain-lain 4 7.4 Jumlah 54 100 Pemahaman berkaitan isu alam sekitar Terdapat empat item dalam bahagian ini. Item yang disoal adalah untuk mengenal pasti tahap pemahaman murid berkaitan isu alam sekitar. JADUAL 5. Pemahaman Berkaitan Isu Alam Sekitar Bil Penyataan Item Min Tahap Pemahaman 1 Saya mempunyai tahap pemahaman yang baik mengenai isu alam sekitar. 3.81 Tinggi 2 Saya mendapat pemahaman mengenai isu alam sekitar daripada sekolah. 3.98 Tinggi 3 Saya faham isu alam sekitar ini merupakan isu yang sangat penting pada masa kini. 4.09 Tinggi 4 Saya memahami maksud isu alam sekitar dan dapat memberi contoh isu alam sekitar. 4.11 Tinggi Min keseluruhan 4.00 Tinggi Berdasarkan Jadual 5 iaitu pemahaman berkaitan isu alam sekitar, kesemua item dalam bahagian ini memperoleh skor min tinggi di mana skor min keseluruhan adalah 4.00. Ini menunjukkan tahap pemahaman murid terhadap isu alam sekitar adalah tinggi. Walaupun min keseluruhan adalah pada tahap tinggi, namun untuk item pertama ada sedikit rendah iaitu 3.81 berbanding item-item yang lain. Ini menunjukkan murid-murid masih memerlukan lebih pemahaman dan penerangan mengenai isu alam sekitar. Pemahaman yang mereka peroleh sebelum ini adalah melalui guru di dalam kelas, jadi mereka tidak mendapat pengetahuan berkaitan isu alam sekitar selain yang disampaikan oleh guru. Jadi selepas penglibatan mereka dalam pembelajaran perkhidmatan sedikit sebanyak membantu mereka untuk lebih memahami isu alam sekitar yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Kesedaran terhadap isu alam sekitar Jadual 6. Kesedaran Terhadap Isu Alam Sekitar Bil Penyataan Item Min Tahap Kesedaran 1 Saya mempunyai kesedaran bahawa setiap tindakan yang saya lakukan akan memberi kesan kepada alam sekitar. 4.33 Sangat Tinggi 2 Saya sedar menjaga alam sekitar adalah salah satu cara untuk mengatasi isu alam sekitar. 4.56 Sangat Tinggi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 134
3 Saya sedar menjaga alam sekitar adalah kepentingan kepada persekitaran saya. 4.61 Sangat Tinggi 4 Saya memberi kesedaran kepada keluarga dan juga rakan-rakan saya tentang isu alam sekitar dan cara menanganinya 4.19 Tinggi Min keseluruhan 4.42 Sangat Tinggi Manakala bagi Jadual 6 iaitu kesedaran terhadap isu alam sekitar skor min keseluruhan adalah 4.42. Ini memberi gambaran selepas pelaksanaan pembelajaran perkhidmatan tahap kesedaran murid mengenai isu alam sekitar adalah pada tahap yang sangat tinggi. Bagi item 1 skor min adalah 4.33 manakala skor min bagi item 2 adalah 4.56 dan skor min bagi item 3 adalah yang paling tinggi antara keempat-empat item dalam bahagian ini iaitu 4.61 yang mana ketiga-tiga item ini berada pada tahap yang sangat tinggi. Manakala item keempat hanya memperoleh skor min 4.19 atau di tahap tinggi. Berdasarkan jadual ini jelas menunjukkan terdapat kesan terhadap murid selepas mereka menjalani pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar. Melalui pengalaman dan penglibatan secara langsung murid dalam pembelajaran perkhidmatan membuatkan mereka sedar akan keadaan alam sekitar di sekeliling mereka. Sebelum ini mereka beranggapan bukan tanggung jawab mereka untuk menjaga alam sekitar. Jadi kesedaran mereka mula timbul apabila didedahkan dengan situasi dan keadaan sebenar alam sekitar di sekeliling mereka. Tingkah laku terhadap alam sekitar JADUAL 7. Tingkah Laku Terhadap Alam Sekitar Bil Penyataan Item Min Tahap Tingkah Laku 1 Saya sentiasa menjaga alam sekitar walau di mana jua berada. 4.22 Sangat Tinggi 2 Saya sentiasa mengamalkan amalan kitar semula. 4.48 Sangat Tinggi 3 Saya akan menegur orang di sekitar saya sekiranya mereka tidak menjaga alam sekitar. 4.59 Sangat Tinggi 4 Jika saya diberi peluang saya mahu terlibat dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu alam sekitar. 4.54 Sangat Tinggi Min keseluruhan 4.46 Sangat Tinggi Merujuk jadual 7 iaitu bahagian tingkah laku terhadap alam sekitar selepas mengikuti pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar, tahap tingkah laku murid adalah sangat tinggi iaitu skor min keseluruhan yang diperoleh adalah 4.46. Keempat-empat item dalam bahagian ini skor min berada pada tahap sangat tinggi. Skor min untuk item 1 adalah 4.22, 4.48 bagi item 2 dan 4.59 untuk item 3. Manakala bagi item 4 skor min adalah 4.54. Ini jelas membuktikan melalui pembelajaran perkhidmatan yang dijalankan oleh murid-murid telah memberi kesan terhadap tingkah laku mereka terhadap alam sekitar. Majoriti antara menunjukkan tingkah laku menjaga alam sekitar seperti akan menjaga kebersihan dan menegur orang di sekeliling mereka untuk tidak mencemarkan alam sekitar. Mereka mula menyedari PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 135
sekiranya mereka tidak mengambil sebarang tindakan untuk menjaga alam sekitar, mereka akan melihat situasi sebelum kawasan yang mereka bersihkan akan berlaku. Ujian Pra dan Pasca Ujian pra diberikan kepada peserta sebelum mereka mengikuti program pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar. manakala ujian pasca diberikan kepada peserta selepas mereka mengikuti program berkenaan. Hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca dipersembahkan seperti dalam jadual 4.8 di bawah. JADUAL 8. Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Jumlah Murid (N) Skor Terendah Skor Tertinggi Min Sisihan Piawai Ujian Pra 54 8 19 13.89 2.745 Ujian Pasca 54 11 20 16.37 2.276 Berdasarkan Jadual 4.8 bagi ujian pra skor terendah yang diperoleh oleh murid adalah lapan soalan yang betul dari 20 soalan yang diberikan. Manakala skor yang tertinggi yang diperoleh oleh murid adalah 19 dari 20 soalan. Min bagi ujian pra adalah 13.89 dan sisihan piawai adalah 2.745. Manakala bagi ujian pasca pula skor terendah yang diperoleh dari 54 murid adalah 11 dari 20 soalan. Bagi skor tertinggi pula adalah 20 soalan yang dijawab dengan betul. Min bagi ujian pasca adalah 16.37 dan sisihan piawai adalah 2.276. Ini menunjukkan terdapat pencapaian ujian pasca lebih baik berbanding ujian pra. Ini secara tidak langsung terdapat kesan mengenai konsep, kefahaman, kesedaran dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar selepas mereka mengikuti program di bawah pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar. Refleksi Murid Murid-murid bebas untuk membuat refleksi mereka berkaitan apa yang mereka rasakan sepanjang aktiviti tersebut. Refleksi semua murid kemudian dikumpulkan dan dibaca oleh guru. Guru akan memilih refleksi yang terbaik dan mempunyai kaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Refleksi yang dipilih akan dianalisis untuk mengenal pasti kata kunci yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Berikut dapatan yang diperoleh melalui refleksi murid yang telah disaring oleh penyelidik. Kesedaran terhadap isu alam sekitar Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa melalui pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar yang dijalankan telah memberikan kesedaran kepada peserta yang mengikutinya. Antara dapatan yang menunjukkan pembelajaran perkhidmatan memberi kesan terhadap kesedaran isu alam sekitar dalam kalangan murid adalah seperti berikut: PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 136
Pada waktu ini saya menyedari bahawa terlalu banyak sampah di kawasan pekan Kapit. (KIAS/MA/B3-B4) Melalui aktiviti ini menjadikan saya lebih peka tentang penjagaan alam sekitar. Juga akan sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar walau di mana saya berada. Saya tidak mahu alam sekitar menjadi kotor dan tercemar. (KIAS/MA/B7-B9) Apabila saya mengikuti aktiviti seumpama ini baru lah saya sedar bahawa sampah-sampah yang dibuang oleh orang ramai menyebabkan persekitaran menjadi kotor dan tercemar. (KIAS/MB/B2-B4) Namun apabila saya sendiri yang terlibat dengan aktiviti mengenai kesedaran isu alam sekitar ini saya mula rasa perlu untuk semua orang menjaga alam sekitar. (KIAS/MB/B7-B8) Sebelum ini saya tidak peduli pun tentang sampah di kawasan pasar kerana ada tukang sapu yang akan membersihkan sampah-sampah tersebut. (KIAS/MC/B5-B7) Selepas program ini barulah saya sedar bahawa setiap dari kita perlu menjaga kebersihan tidak kira mana berada. Melalui program ini saya dapat melihat sebenarnya Kapit ini banyak sangat sampah dan banyak lagi kawasan yang perlu dibersihkan. (KIAS/MC/B9-B11) Selepas aktiviti ini membuatkan saya lebih menyedari bahawa Kapit tidak sebersih yang saya fikirkan. Jika orang ramai tidak disedarkan betapa pentingnya menjaga alam sekitar jadi kawasan yang kita tinggal akan menjadi kotor. (KIAS/MD/B11-B13) Ini menunjukkan murid-murid telah mula celik dan sedar akan situasi kebersihan di kawasan tempat mereka berada. Sebelum ini mereka tidak endah tentang keadaan persekitaran di pekan Kapit. Mereka beranggapan isu berkaitan alam sekitar di Kapit tiada kaitan dengan mereka. Tetapi selepas mereka melihat sendiri keadaan dan terlibat secara langsung dalam membersihkan kawasan tersebut, barulah mereka menyedari bahawa isu alam sekitar perlu ditangani bermula dari kawasan mereka berada. Melalui pengalaman dunia sebenar telah memberi kesan terhadap kesedaran mereka ini. Tanpa pengalaman mereka tidak dapat merasai sendiri perkara yang diterangkan oleh guru berkaitan isu alam sekitar ini. Jadi dengan pengetahuan mereka yang mereka peroleh di dalam kelas ditambah pengalaman dunia sebenar membuatkan mereka lebih memahami isu alam sekitar seterusnya membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 137
Pengalaman murid Tidak dapat dinafikan pembelajaran perkhidmatan ini sangat menyeronokkan kerana memberi peluang kepada murid untuk keluar dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam konteks kajian ini murid-murid memberi perkhidmatan dengan membantu membersihkan kawasan di sekitar pekan Kapit. Berdasarkan dapatan dari refleksi murid yang dihantar ramai antara mereka berpendapat menerusi pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar ini telah memberi pengalaman kepada mereka dengan dunia luar. Ini secara tidak langsung telah membuka mata mereka tentang isu alam sekitar yang melanda. Antara dapatan yang menunjukkan bahawa pembelajaran perkhidmatan ini telah memberi pengalaman berharga kepada mereka adalah: Dengan aktiviti seumpama ini dapat memberi pengalaman secara langsung kepada saya dan rakan-rakan. Selama ini saya berfikir masalah alam sekitar ini merupakan isu yang kecil sahaja. (PM/MA/B10-B12) Jadi saya mendapat pengalaman sebenar dan melihat sendiri situasi pencemaran alam sekitar di tempat saya sendiri. (PM/MC/B5-B6) Sebelum ini banyak program pembersihan di kawasan sekolah sahaja dan ini kali pertama saya terlibat membersihkan di kawasan luar sekolah. (PM/MD/B1-B3) Dapatan ini menunjukkan murid-murid memerlukan satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan mereka secara langsung tentang apa yang diajarkan di sekolah untuk membantu mereka memahami dengan lebih jelas di samping meningkatkan kesedaran mereka terutamanya dalam isu alam sekitar. Jadi melalui program yang dijalankan di bawah pembelajaran perkhidmatan ini dapat memberikan pengalaman kepada murid bagi mengaitkan dengan apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas berkaitan isu alam sekitar. Melalui pengalaman yang diperoleh akan membawa kepada kesedaran dalam diri murid. Tingkah laku terhadap alam sekitar Menerusi program yang dijalankan menerusi pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar turut memberi kesan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Terdapat maklum balas dari murid menerusi refleksi yang dihantar menyatakan melalui penglibatan mereka dalam program yang dijalankan telah memberi kesan menjurus terhadap tingkah laku yang lebih mesra alam sekitar. Berikut adalah maklum balas yang telah diberikan: Selepas ini saya tidak akan membuang sampah merata-rata lagi dan saya akan memastikan alam sekitar sentiasa bersih. Saya akan menegur orang yang rapat dengan saya jika mereka membuang sampah merata-rata. (TLAS/MB/B9-B11) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 138
Jadi selepas ini saya akan lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Saya juga akan cuba menegur orang di sekeliling saya untuk menjaga kebersihan alam sekitar agar tidak tercemar. (TLAS/MC/B11-B13) Selepas ini saya akan menjaga kebersihan terutama di kawasan rumah saya supaya tidak kotor dan dipenuhi dengan sampah. Saya juga akan cuba untuk membantu membersihkan kawasan di persekitaran saya agar sentiasa bersih (TLAS/MD/B8-B10) Selain dari kesedaran dan pengalaman yang diperoleh oleh murid selepas mengikuti pembelajaran perkhidmatan berkaitan isu alam sekitar. Menerusi program ini juga turut memberi kesan terhadap tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan murid. Sebelum ini mereka cenderung untuk membuang sampah dan tidak menghiraukan tentang kebersihan alam sekitar, kini mereka berusaha untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar. Malah tingkah laku mereka juga turut mempengaruhi orang di sekeliling mereka untuk menjaga alam sekitar. Kesedaran pelajar terhadap isu alam sekitar. Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui ketiga-tiga instrumen menunjukkan dengan jelas pembelajaran perkhidmatan telah memberi kesan terhadap kesedaran pelajar terhadap isu alam sekitar. Di dalam soal selidik yang telah diberikan tahap kesedaran pelajar terhadap isu alam sekitar adalah pada tahap yang sangat tinggi. Malah terdapat perubahan skor dalam ujian pasca yang telah diberikan dan maklum balas dari pelajar sendiri melalui penulisan refleksi juga menunjukkan pelajar mulai sedar tentang pentingnya untuk menjaga alam sekitar. Ini kerana melalui pembelajaran perkhidmatan yang dijalankan, telah memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat sama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Ini secara tidak langsung telah mendedahkan mereka dengan situasi sebenar yang menjadi fokus kepada program yang dijalankan iaitu untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai isu alam sekitar. Penglibatan aktif pelajar dalam program yang dijalankan akan membantu mereka untuk memahami dengan jelas isu yang berlaku iaitu dalam konteks kajian ini adalah isu alam sekitar. Jika di dalam kelas mereka hanya diberikan penerangan oleh guru dan jika ada contoh yang ditunjukkan melalui gambar atau video itu masih belum mencukupi untuk mereka memahami dengan lebih mendalam apa yang sedang berlaku. Apabila pelajar melihat dan merasai sendiri keadaan persekitaran yang kotor dan tercemar, mereka mula akan berfikir apakah tindakan yang harus mereka lakukan bagi menyelamatkan alam sekitar. Menurut Tan Pei San & Norzaini, 2011, apabila manusia sedar tentang perlunya keharmonian dengan alam sekitar, individu terbabit akan menilai kesan terhadap tingkah laku seharian mereka kerana mereka percaya bahawa manusia dan alam sekitar mempunyai nilai yang setara. Ini akan mendorong kepada kesedaran mereka untuk menjaga alam sekitar. Kesedaran sangat penting dalam membentuk tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Bersesuaian dengan Krajhanzl, J. 2010, tingkah laku mesra alam sekitar bermaksud tingkah laku di mana individu mengambil tindakan perlindungan terhadap alam sekitar. Kesedaran PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 139
dapat memberi hasil berpanjangan iaitu tindakan menjaga alam sekitar tidak kira ketika mereka masih kecil hinggalah meningkat dewasa mereka akan peka tentang isu alam sekitar ini. Tingkah laku mesra alam sekitar Melalui pembelajaran perkhidmatan yang dijalankan jelas dapat memberi kesan terhadap tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Ini terbukti dalam soal selidik bahagian tingkah laku terhadap alam sekitar menunjukkan tahap min yang sangat tinggi. Begitu juga dengan maklum balas yang diberikan oleh pelajar yang menyatakan mereka akan berusaha untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar. Tingkah laku yang ditunjukkan serta dinyatakan oleh pelajar ini bermula dari kesedaran yang diperoleh oleh mereka semasa mereka menjalankan program pembersihan kawasan melalui pembelajaran perkhidmatan yang dirancang. Melalui kesedaran yang diperoleh itulah telah mendorong perubahan tingkah laku pelajar yang lebih mesra terhadap alam sekitar. Sebelum mereka melakukan apa-apa tindakan terhadap alam sekitar, mereka akan berfikir serta menilai dahulu kesan dan akibat dari tindakan mereka itu. Seterusnya mereka akan membuat keputusan dari penilaian yang telah dilakukan. Menurut Hidayah (2012), Tingkah laku merupakan aspek yang berkait secara langsung dengan alam sekitar kerana manusia paling dominan dalam mempengaruhi kualiti alam sekitar. Tingkah laku mesra terhadap alam sekitar ini didorong dari kesedaran mereka terhadap isu alam sekitar yang berlaku sama ada di sekeliling mereka mahu pun di peringkat global. Menurut Kollmuss dan Agyeman (2002) mendefinisikan tingkah laku mesra alam sekitar sebagai jenis yang secara sedar berusaha untuk meminimumkan kesan negatif aktiviti seseorang terhadap alam sekitar. Kesan terhadap tingkah laku pelajar terhadap alam sekitar ini diharapkan akan kekal berpanjangan dan bukan hanya selepas beberapa ketika mereka menjalankan program ini sahaja. Malahan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajarpelajar ini dengan menjaga dan menyayangi alam sekitar akan menjadi contoh serta ikutan oleh orang di sekeliling mereka. Pendekatan Pembelajaran Perkhidmatan Dalam Memberi Kesan terhadap kesedaran isu serta tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, jelas menunjukkan pembelajaran perkhidmatan dapat memberi kesan terhadap kesedaran pelajar terhadap isu alam sekitar serta membentuk tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Ini kerana melalui pengetahuan yang sedia ada mengenai sesuatu perkara oleh pelajar dan kemudian didedahkan dengan situasi sebenar mengenai perkara tersebut maka pelajar-pelajar akan lebih memahami perkara berkenaan. Mereka akan membuat refleksi tentang kesan dan akibat terhadap tindakan yang dilakukan dan akhirnya mereka akan membuat suatu tindakan yang terbaik berdasarkan penilaian yang telah dibuat. Dalam konteks kajian ini, pelajar-pelajar telah pun mendapat pengetahuan mengenai isu alam sekitar di dalam kelas melalui penerangan dari guru. Kemudian disusuli dengan pembelajaran perkhidmatan iaitu melalui program membersihkan kawasan di sekitar Kapit yang mana pelajar-pelajar diberi pengalaman sebenar mengenai isu alam sekitar di sekeliling mereka. Melalui penglibatan aktif mereka dalam program tersebut maka secara tidak langsung memberi pengajaran bermakna kepada mereka iaitu apabila mereka tidak menjaga kebersihan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 140