The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

himpunan artikel-artikel kajian pelajar-pelajar sarjana pendidikan sains

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazurah, 2023-01-17 07:29:36

PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2023

himpunan artikel-artikel kajian pelajar-pelajar sarjana pendidikan sains

apabila kawasan persekitaran kotor. Nilai min terendah ialah 1.41 dengan peratusan sebanyak 78.9% responden sangat tidak bersetuju amalan kitar semula tidak penting. Keputusan ini telah menunjukkan pelajar sekolah menengah mempunyai sikap yang positif. Golongan pelajar ini memiliki kesedaran yang tinggi ke atas kepentingan kitar semula. Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa (2021) yang menunjukkan tahap kesedaran pelajar sekolah menengah yang tinggi dengan nilai min 3.32. Dapatan kajian ini juga seiring dengan kajian Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa (2019) juga mendapati pelajar sekolah menengah memiliki kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kitar semula dan tujuan program kitar semula yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun persekolahan. Hal ini telah membuktikan keberkesanan program kitar semula yang tinggi berjaya memberi kesedaran dan tanggungjawab pelajar dalam mengurangkan jumlah sisa pepejal melalui kitar semula. Perbezaan Signifikan antara Pengetahuan dan Sikap Pelajar Mengikut Tahap Pendidikan Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk menentukan perbezaan min antara pengetahuan dan sikap kitar semula dalam kalangan pelajar mengikut tahap pendidikan seperti keputusan yang ditunjukkan melalui Jadual 9. JADUAL 8. Min dan sisihan piawai pengetahuan dan sikap pelajar. Pemboleh ubah Tahap Pedidikan N Min Sisihan Piawai Pengetahuan Tahun Lima Tingkatan Empat 123 123 77.44 82.07 8.40 7.35 Sikap Tahun Lima Tingkatan Empat 123 123 2.78 3.76 0.31 0.34 JADUAL 9. Perbezaan min pengetahuan dan sikap pelajar. Levene’s Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means Pemboleh ubah F Sig. t df Sig. (2- tailed) Perbezaan Min Pengetahuan Equal variances Not equal variances 0.523 0.470 -4.602 -4.602 244 239.77 0.000 0.000 -4.63415 -4.63415 Sikap Equal variances Not equal variances 0.304 0.582 -23.771 -23.771 244 241.56 0.000 0.000 -0.97886 -0.97886 Nilai-p bagi Levene’s Test yang diperolehi ialah 0.470, iaitu p > 0.05, bermaksud varians pengetahuan kitar semula yang diandaikan sama bagi kumpulan pelajar Tahun Lima dan Tingkatan Empat. Maka nilai-p yang dikaji daripada equal variances iaitu 0.000 < 0.05, PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 391


maka hipotesis nol 1 (H01) ditolak. Kesimpulannya, keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pengetahuan kitar semula antara pelajar Tahun Lima (M = 77.44, SP = 8.40) dan Tingkatan Empat (M = 82.07, SP = 7.35); t (244) = -4.602, p < 0.05. Nilai perbezaan min 4.63 menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan Empat lebih berpengetahuan dalam konteks kitar semula berbanding dengan pelajar Tahun Lima. Nilai-p bagi Levene’s Test yang diperolehi ialah 0.582, iaitu p > 0.05, bermaksud varians sikap kitar semula yang diandaikan sama bagi kumpulan pelajar Tahun Lima dan Tingkatan Empat. Maka nilai-p yang dikaji daripada equal variances iaitu 0.000 < 0.05, maka hipotesis nol 2 (H02) ditolak. Kesimpulannya, keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan sikap kitar semula antara pelajar Tahun Lima (M = 2.78, SP = 0.31) dan Tingkatan Empat (M = 3.76, SP = 0.34); t (244) = -23.771, p < 0.05. Nilai perbezaan min 0.98 menunjukkan bahawa sikap kitar semula pelajar Tingkatan Empat lebih positif berbanding dengan pelajar Tahun Lima. Penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa pelajar sekolah menengah mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar sekolah rendah. Keputusan analisis ini selari dengan kajian Choe, Kim & Ri (2020), Corrado, Fazio & Pelloni (2022), Debrah, Vidal & Dinis (2021), Jessica Dato et al. (2020) dan Sun et al. (2020) yang menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pendidikan, maka semakin tinggi tahap pengetahuan alam sekitar yang mencetuskan semakin positif yang ditunjukkan daripada tingkah laku yang dilakukan terhadap alam sekitar. Hal ini juga selaras dengan Model Awal Tingkah Laku Pro-Alam Sekitar yang menyatakan tahap pengetahuan mempengaruhi sikap dan tingkah laku yang dipupuk. Semakin tinggi kefahaman asas tentang cara kitar semula, maka semakin positif tindakan yang dilakukan terhadap alam sekitar (Kollmuss & Agyeman 2002). Sikap positif terhadap alam sekitar lebih ketara dapat dilihat daripada pelajar sekolah menengah kerana mereka lebih terdedah kepada pengetahuan tentang alam sekitar yang lebih terperinci melalui pendidikan formal yang sedia ada. Mereka juga lebih peka terhadap isu-isu alam sekitar terkini jika dibandingkan dengan pelajar pada peringkat sekolah rendah (Choe, Kim & Ri 2020). Kajian ini juga disokong dengan penemuan kajian Escario, Rodriguez-Sanchez & Casaló (2020) yang mendapati bahawa sikap alam sekitar yang positif dan kesedaran isu alam sekitar yang tinggi didapati dalam kalangan pelajar yang telah menerima pendidikan di peringkat menengah dan ijazah. Terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap pendidikan dan kecenderungan individu untuk mengitar semula (Aguilar-Jurado et al. 2019). Hasil kajian Elias et al. (2016) dan Hanifah Mahat et al. (2017) juga menunjukkan tabiat dan sikap pelajar dapat diubah secara positif dengan adanya pengetahuan tentang cara mengasingkan tong kitar semula yang diberikan mengikut peningkatan tahap pendidikan. Ini bermakna penerimaan tahap pendidikan yang lebih tinggi membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam konteks kitar semula dengan lebih baik jika dibandingkan dengan tahap pendidikan yang lebih rendah. Menurut kajian Saseanu et al. (2019), hubungan signifikan dapat ditunjukkan melalui pengurangan kuantiti bahan buangan sisa pepejal dipengaruhi oleh peningkatan tahap pendidikan. Ini telah membuktikan bahawa faktor pendidikan mempunyai keupayaan untuk mendidik pelajar untuk belajar menguruskan sumber-sumber alam secara mampan. Institusi pendidikan merupakan platform terbaik untuk menyediakan pengalaman hidup para pelajar dalam persekitaran yang mampan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 392


Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian-kajian lepas yang merumuskan bahawa semakin tinggi tahap pendidikan formal, semakin tinggi pengetahuan alam sekitar dan sikap yang ada pada hati diri pelajar. Tahap pendidikan adalah faktor penting dalam peningkatan pengetahuan dan sikap alam sekitar. Tahap pendidikan pelajar akan menentukan kesedaran dan tingkah laku mereka dalam usaha kitar semula. Situasi ini telah menegaskan betapa pentingnya keperluan untuk mengukuhkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap kitar semula yang bermula dari peringkat sekolah rendah. Hubungan antara Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula Pelajar Analisis korelasi Pearson telah dijalankan dengan menggunakan dua pemboleh ubah iaitu min pengetahuan (pemboleh ubah tidak bersandar) dengan nilai min amalan kitar semula (pemboleh ubah bersandar) untuk menguji hipotesis nol. JADUAL 10. Nilai pekali korelasi pengetahuan dan amalan kitar semula pelajar tahun lima. Pemboleh ubah Pengetahuan Amalan Kitar Semula Pengetahuan Koefisien korelasi Sig N 1.000 123 0.477 0.000 123 Amalan Kitar Semula Koefisien korelasi Sig N 0.477 0.000 123 1.000 123 Berdasarkan Jadual 10, nilai pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa perhubungan antara pengetahuan dan amalan kitar semula pelajar Tahun Lima adalah signifikan, iaitu r (123) = 0.477, p < 0.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan kitar semula kerana nilai kesignifikan kurang daripada nilai 0.05. Berdasarkan keputusan ini, hipotesis nol 3 ditolak. Nilai pekali korelasi, r = 0.477 menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar Tahun Lima mempunyai hubungan yang sederhana dengan amalan kitar semula. Berdasarkan ujian analisis, dapat disimpulkan bahawa pengetahuan pelajar sekolah rendah tidak seiring dengan amalan kitar semula mereka dalam kehidupan harian. Penemuan kajian ini membuktikan tidak semua pengetahuan yang berjaya didedahkan kepada semua pelajar sekolah rendah untuk menggalakkan mereka mengamalkan kitar semula dengan jelasnya. Dapatan yang sama diperolehi dalam kajian Hanifah Mahat et al. (2017) yang menunjukkan pengetahuan kitar semula didapati berhubung signifikan yang sederhana dengan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Walaupun pelajar sekolah rendah mempunyai tahap pengetahuan kitar semula yang tinggi, namun kitar semula yang diamalkan pada tahap sederhana. Begitu juga dengan hasil penyelidikan Nur Aisyah Sobri & Haliza Abdul Rahman (2016) menunjukkan bahawa amalan kitar semula pelajar sekolah rendah pada tahap sederhana walaupun mereka memegang tahap pengetahuan dan sikap yang baik terhadap kitar semula. Keadaan ini telah menjelaskan bahawa seseorang yang berpengetahuan tidak semestinya melibatkan diri dalam kitar semula secara sepenuhnya dalam kehidupan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 393


JADUAL 11. Nilai pekali korelasi pengetahuan dan amalan kitar semula pelajar tingkatan empat. Pemboleh ubah Pengetahuan Amalan Kitar Semula Pengetahuan Koefisien korelasi Sig N 1.000 123 0.852 0.000 123 Amalan Kitar Semula Koefisien korelasi Sig N 0.852 0.000 123 1.000 123 Jadual 11 menunjukkan perhubungan antara pengetahuan dan amalan kitar semula pelajar Tingkatan Empat adalah signifikan, iaitu r (123) = 0.852, p < 0.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan kitar semula kerana nilai kesignifikan kurang daripada nilai 0.05. Berdasarkan keputusan ini, hipotesis nol 4 ditolak. Nilai pekali korelasi, r = 0.852 menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan amalan kitar semula. Hasil kajian ini seiring dengan keputusan pekali korelasi Pearson dijalankan oleh Murugan (2019) menjelaskan bahawa pengetahuan dan amalan kitar semula mempunyai perhubungan yang kuat antara satu sama lain. Dapatan kajian Situmorang, Liang & Chang (2020) juga menunjukkan terdapat kolerasi yang positif di antara tahap ilmu dan perilaku. Tinjauan kajian ini mendapati tahap ilmu pelajar yang lebih tinggi mempunyai tingkah laku positif yang lebih tinggi terhadap pengurangan sisa plastik. Ini terbuktinya amalan kitar semula boleh dipertingkatkan melalui tahap pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu. Demi meningkatkan penglibatan pelajar dalam kitar semula, pendidikan merupakan tunjang yang diutamakan kerana pengetahuan berhubung signifikan dengan kitar semula yang diamalkan. Ini disokong oleh kajian Liao & Li (2019), pendidikan alam sekitar berhubung kolerasi yang kuat dengan pengetahuan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar yang berkualiti akan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan lebih bersedia untuk mengambil tindakan yang bertepatan untuk menangani isu-isu alam sekitar. Justeru, pelajar haruslah dibimbing dan dibekalkan pendedahan ilmu tentang kitar semula yang terpimpin dan terperinci di sekolah. Hubungan antara Sikap dan Amalan Kitar Semula Pelajar Analisis korelasi Pearson telah dijalankan dengan menggunakan dua pemboleh ubah iaitu min sikap (pemboleh ubah tidak bersandar) dengan nilai min amalan kitar semula (pemboleh ubah bersandar) untuk menguji hipotesis nol. JADUAL 12. Nilai pekali korelasi sikap dan amalan kitar semula pelajar tahun lima. Pemboleh ubah Sikap Amalan Kitar Semula Sikap Koefisien korelasi Sig N 1.000 123 0.550 0.000 123 Amalan Kitar Semula Koefisien korelasi Sig N 0.550 0.000 123 1.000 123 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 394


Berdasarkan Jadual 12, nilai pekali korelasi antara sikap dan amalan kitar semula pelajar Tahun Lima ialah r (123) = 0.550, p < 0.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan amalan kitar semula kerana nilai kesignifikan kurang daripada nilai 0.05. Keputusan ini menunjukkan hipotesis nol 5 ditolak. Nilai pekali korelasi, r = 0.550 menunjukkan bahawa sikap pelajar Tahun Lima mempunyai hubungan yang kuat dengan amalan kitar semula. JADUAL 13. Nilai pekali korelasi sikap dan amalan kitar semula pelajar tingkatan empat. Pemboleh ubah Sikap Amalan Kitar Semula Sikap Koefisien korelasi Sig N 1.000 123 0.845 0.000 123 Amalan Kitar Semula Koefisien korelasi Sig N 0.845 0.000 123 1.000 123 Berdasarkan Jadual 13, nilai pekali korelasi antara sikap dan amalan kitar semula pelajar Tingkatan Empat ialah r (123) = 0.845, p < 0.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan amalan kitar semula kerana nilai kesignifikan kurang daripada nilai 0.05. Dengan keputusan ini, hipotesis nol 6 ditolak. Nilai pekali korelasi, r = 0.845 menunjukkan bahawa sikap pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan amalan kitar semula. Kedua-dua hasil kajian menunjukkan bahawa sikap merupakan salah satu komponen yang penting dalam mempengaruhi kitar semula yang diamalkan oleh pelajar. Dapatan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian Noor. H. Cheku, Ibrahim Mamata & Mohd Yusri Ibrahim (2017) menunjukkan bahawa munculnya hubungan signifikan yang sangat kuat dan positif antara sikap dan keprihatinan alam sekitar dengan amalan kitar semula. Ini telah membuktikan bahawa sikap alam sekitar dan keprihatinan alam sekitar dikatakan sebagai peramal yang signifikan terhadap amalan kitar semula. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Aboelmaged (2021) yang menyatakan bahawa sikap dan tabiat kitar semula berhubung positif dengan niat mengitar semula e-waste. Niat kitar semula akan mempengaruhi tingkah laku kitar semula. Hal ini selaras dengan Teori Tingkah Laku Terancang yang dikembangkan oleh Ajzen (1991) di mana manusia yang bersikap positif mempunyai kesedaran dan lebih sanggup untuk bertindak secara mesra kepada alam sekitar. Jika seseorang individu bersikap positif terhadap alam sekitar, maka sikap positifnya akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memandu mereka mengamalkan tingkah laku yang baik (Ajzen & Fishbein 1980). Amalan yang lestari dipercayai akan mengurangkan kesan negatif dalam persekitaran dan kesihatan masyarakat. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan keputusan kajian Muhd Ibrahim, Durairaj Ehambron & Marlizah Yusuf (2016) yang mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 aliran sains. Selain itu, kajian Šorytė & Pakalniškienė (2021) menunjukkan bahawa sikap persekitaran kanak-kanak tidak mempunyai signifikan dengan tingkah laku kitar semula mereka. Satu-satunya faktor yang mendorong kanak-kanak PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 395


mengamalkan kitar semula ialah tingkah laku kitar semula ibu bapa mereka. Ibu bapa memainkan watak sebagai role model kepada anak mereka untuk meramalkan tingkah laku kitar semula kanak-kanak. Secara keseluruhannya, keputusan analisis ini menunjukkan pelajar sekolah rendah mempunyai pengetahuan namun tidak dapat memastikan peningkatan amalan kitar semula walaupun dorongan ini muncul dengan sederhana. Sikap seseorang pelajar yang positif kemungkinan lebih mempengaruhi pemupukan amalan kitar semula jika berbanding dengan tahap pengetahuan. Sikap merupakan pemboleh ubah yang penting dan berpotensi untuk memastikan kitar semula yang diamalkan oleh pelajar. Sikap positif yang ditanam pada insan yang bermutu akan membimbing mereka menjadikan kitar semula sebagai rutin kebiasaan yang diamalkan dalam kehidupan harian. Walau bagaimanapun, faktor pengetahuan tidak dapat diabaikan demi meningkatkan amalan kitar semula pelajar. Kajian-kajian luar negara yang telah dianalisis menunjukkan kejayaan program kitar semula di sekolah disebabkan oleh pengetahuan dan kesedaran terhadap kitar semula yang tinggi (Aguilar-Jurado et al. 2019; Schill, Godefroit-Winkel & Hogg 2020; Šorytė & Pakalniškienė 2021; Wan & Du 2022; Zorpas, Voukkali & Loizia 2017). Ini selari dengan Model Awal Tingkah Laku yang menyatakan bahawa pendedahan pengetahuan dipercayai meningkatkan kesedaran dan sikap seterusnya individu akan bertingkah laku terhadap alam sekitar secara positif (Kollmuss & Agyeman 2002). Pemahaman yang lebih mendalam membolehkan pelajar membezakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan mengetahui kepentingan mengitar semula. Sekiranya kanak-kanak melibatkan diri secara langsung dalam amalan kitar semula, maka ia akan memupuk budaya dan menyemai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri pelajar. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Kajian ini merupakan kajian asas bagi mengenalpasti pengetahuan dan sikap pelajar mengikut tahap pendidikan, seterusnya mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan sikap dengan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, pengetahuan dan sikap pelajar sekolah rendah berada pada tahap memuaskan dan sederhana, manakala perhubungan antara pengetahuan dan sikap dengan amalan kitar semula adalah sederhana dan kuat masingmasing. Diikuti dengan pengetahuan dan sikap pelajar sekolah menengah pula berada pada tahap baik dan tinggi, manakala perhubungan antara pengetahuan dan sikap dengan amalan kitar semula adalah sangat kuat masing-masing. Kajian juga mendapati bahawa pelajar sekolah menengah mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar sekolah rendah. Kesimpulannya, tahap pendidikan mempengaruhi pengetahuan dan sikap pelajar untuk menjamin amalan kitar semula. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru untuk mendapat gambaran tentang tahap pengetahuan dan sikap dalam kalangan pelajar. Dengan ini, hasil kajian ini berhasrat boleh memanfaatkan pihak-pihak terlibat dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap amalan kitar semula demi mencapai matlamat yang digariskan dalam SDGs di bawah Agenda 2030. Disebabkan sampel kajian hanya melibatkan pelajar daripada dua buah sekolah sahaja di daerah yang sama, maka dapatan kajian sukar menggambarkan situasi kitar semula pelajar di Malaysia, maka cadangan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 396


kajian lanjutan boleh memperluaskan lokasi kajian dengan melibatkan pelajar di daerah lain untuk membandingkan data yang lebih menyeluruh. PENGHARGAAN Penulis mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penyelidikan ini merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (TRGS/1/2018/UKM/01/6/1). RUJUKAN Aboelmaged, M. 2021. E-waste recycling behaviour: An integration of recycling habits into the theory of planned behaviour. Journal of Cleaner Production, 278, 124182. Aguilar-Jurado, M. Á., Gil-Madrona, P., Ortega-Dato, J. F., & Zamorano-García, D. 2019. Effects of an educational glass recycling program against environmental pollution in Spain. International journal of environmental research and public health, 16(24), 5108. Ajzen, I. 1991. The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes 50(2): 179–211. Ajzen, I. & Fishbein, M. 1980. Understanding Attitudes And Predicting Social Behavior. Prentice-Hall, Englewood Cliffs, New Jersey. Barrera-Hernández, L. F., Sotelo-Castillo, M. A., Echeverría-Castro, S. B., & Tapia-Fonllem, C. O. 2020. Connectedness to nature: Its impact on sustainable behaviors and happiness in children. Frontiers in psychology, 276. Chen, J. 2020. Environmental Education, Knowledge and Awareness in China: A Case of Xiamen University Students. ASIANetwork Exchange, 27(1). Cho, M. 2019. Campus sustainability: An integrated model of college students’ recycling behavior on campus. International Journal of Sustainability in Higher Education. Choe, J. H., Kim, C. H., & Ri, G. H. 2020. An investigation on the environmental knowledge and attitudes of senior middle school students in the Democratic People’s Republic of Korea. International Research in Geographical and Environmental Education, 29(2), 146-162. Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa. 2019. Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Bahang terhadap Program Kitar Semula. International Journal of Education, 4(33), 162-182. Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa. 2020. Penjanaan Komposisi Sisa Pepejal terhadap Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 174-187. Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa. 2021. Pengetahuan pelajar dan program kitar semula di sekolah menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Malaysian Journal of Society and Space 17(1): 255–267. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2012. Research methods in education. Professional Development in Education, hlm. Sixth Edit., Vol. 38. New York: Routledge. Corrado, L., Fazio, A., & Pelloni, A. 2022. Pro-environmental attitudes, local environmental conditions and recycling behavior. Journal of Cleaner Production, 132399. Creswell, J. W. 2012. Educational Research Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research, hlm. Fourth Edl. Upper Saddle River : PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 397


Pearson. Debrah, J. K., Vidal, D. G., & Dinis, M. A. P. 2021. Raising awareness on solid waste management through formal education for sustainability: A developing countries evidence review. Recycling, 6(1), 6. Elias, E. M., Othman, Z., Mahidin, N., Nawi, M. N. M., & Nadarajan, S. S. 2016. Program kitar semula: persepsi masyarakat terhadap ReDMac. Sains Humanika, 8(4-2). Escario, J. J., Rodriguez-Sanchez, C., & Casaló, L. V. 2020. The influence of environmental attitudes and perceived effectiveness on recycling, reducing, and reusing packaging materials in Spain. Waste Management, 113, 251-260. Fu, H., & Liu, X. 2017. A study on the impact of environmental education on individuals’ behaviors concerning recycled water reuse. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(10), 6715-6724. Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi. 2017. Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 42(1). Jessica Dato, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim & Yazid Saleh. 2020. Pengetahuan dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar pra-sekolah. Akademia, 90(1), 3-13. Khairul Baharudin & Sarah Aziz. 2020. Menganjak ke Satu Pengurusan Sisa Pepejal Secara Lestari di Kampus UKM Bangi, Selangor: Pertimbangan Awal. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Kollmuss, A. & Agyeman, J. 2002. Mind the Gap: Why do people act environmentally and what are the barriers to pro-environmental behavior? Environmental Education Research 8(3): 239–260. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610. Liao, C., & Li, H. 2019. Environmental education, knowledge, and high school students’ intention toward separation of solid waste on campus. International journal of environmental research and public health, 16(9), 1659. Muhd Ibrahim, Durairaj Ehambron & Marlizah Yusuf. 2016. Tahap kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 aliran sains di daearah Hulu Selangor. Geografi, 4(2), 28-35. Murugan. 2019. Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula oleh Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal penyelidikan IPGK, 16, 1-16. Neuman, W. L. 2012. Basics of social research : qualitative and quantitative. (3rd ed.). Boston: Pearson. Noor. H. Cheku, Ibrahim Mamata & Mohd Yusri Ibrahim. 2014. Hubungan sikap alam sekitar dan amalan kitar semula di negeri Terengganu. In Social sciences postgraduate international seminar (SSPIS). Noor. H. Cheku, Ibrahim Mamata & Mohd Yusri Ibrahim. 2017. Faktor Penentu Amalan Kitar Semula Generasi Y Di Terengganu. Sains Humanika, 9(3). Norshahida Akma Alias & Wan Nor Azilawanie. 2019. Analisis pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti tebing sungai Terengganu, Malaysia. Asian People Journal (APJ), 2(2), 105-117. Nur Aisyah Sobri & Haliza Abdul Rahman. 2016. Knowledge, attitude and practices on recycling activity among primary school students in Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Indian J. Environ. Prot, 36, 792-800. Nur Azliani Haniza, Ayoup, H., Noor Asma, & Fathiyah. 2018. Program tranformasi luar bandar: Pendidikan dan pelaksanaan amalan kitar semula di Kampung Jeruju Kedah. 140-148. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 398


Nurul Adilah & Faizal Zulhumadi. 2017. Kitar semula: Pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap pengurusan sisa pepejal. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. 2022. Kadar Kitar Semula Kebangsaan Mengikut Tahunan. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/kadar-kitar-semula-kebangsaanmengikut-tahunan [25 Mei 2022]. Rodić, L., & Wilson, D. C. 2017. Resolving governance issues to achieve priority sustainable development goals related to solid waste management in developing countries. Sustainability, 9(3), 404. Safari, A., Salehzadeh, R., Panahi, R., & Abolghasemian, S. 2018. Multiple pathways linking environmental knowledge and awareness to employees’ green behavior. Corporate Governance: The international journal of business in society. Saseanu, A. S., Gogonea, R. M., Ghita, S. I., & Zaharia, R. Ş. 2019. The Impact of Education and Residential Environment on Long-Term Waste Management Behavior in the Context of Sustainability. Sustainability, 11(14), 3775. Schill, M., Godefroit-Winkel, D., & Hogg, M. K. 2020. Young children’s consumer agency: The case of French children and recycling. Journal of Business Research, 110, 292- 305. Situmorang, R. O. P., Liang, T. C., & Chang, S. C. 2020. The difference of knowledge and behavior of college students on plastic waste problems. Sustainability, 12(19), 7851. Šorytė, D., & Pakalniškienė, V. 2021. Environmental Attitudes and Recycling Behaviour in Primary School Age: The Role of School and Parents. Psichologija, 63, 101-117. Sun, L., Yang, S., Li, S., & Zhang, Y. 2020. Does education level affect individuals' environmentally conscious behavior? Evidence from Mainland China. Social Behavior and Personality: an international journal, 48(9), 1-12. Wan, Q., & Du, W. 2022. Social Capital, Environmental Knowledge, and Pro-Environmental Behavior. International Journal of Environmental Research and Public Health, 19(3), 1443. Wang, H., Liu, X., Wang, N., Zhang, K., Wang, F., Zhang, S., Wang R., Zheng, P., & Matsushita, M. 2020. Key factors influencing public awareness of household solid waste recycling in urban areas of China: A case study. Resources, Conservation and Recycling, 158, 104813 Wilson, D. C., & Velis, C. A. 2015. Waste management–still a global challenge in the 21st century: An evidence-based call for action. Waste Management & Research, 33(12), 1049-1051. Zorpas, A. A., Voukkali, I. & Loizia, P. 2017. Effectiveness of waste prevention program in primary students’ schools. Environmental Science and Pollution Research 24(16): 14304–14311. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 399


Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Sains Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Dan Hubungannya Dengan Minat Belajar Murid (Level Of Knowledge And Skills Of Science Teachers In The Implementation Of Classroom Assessment And Its Relationship With Students' Interest In Learning) Yasotha a/p Ayappan* & Siti Nur Diyana Mahmud ABSTRAK Kajian ini bertujuan utuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran guru sains dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan hubungannya dengan minat belajar murid dari perspektif guru. PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Seramai 30 orang guru Sains di sekolah-sekolah rendah Daerah Alor Gajah dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data analisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 20 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Sains mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi yang dapat meningkatkan minat belajar murid di mana tahap pengetahuan guru (min = 4.276), kemahiran guru (min = 4.169) dan minat belajar murid (min = 4.177). Antara implikasi kajian ini ialah menyumbangkan kajian yang berkaitan PBD berdasarkan dapatan kajian yang mampu memberi pencerahan dan tindakan susulan untuk menambahbaik sistem PBD sedia ada. Kata Kunci: Pengetahuan ; Kemahiran; Pentaksiran Bilik Darjah; Minat belajar murid ABSTRACT This study aims to review the level of science teachers' knowledge and skills in implementing Classroom Assessment (PBD) and its relationship with students' interest in learning from the teacher's perspective. PBD is a continuous assessment in teaching and learning sessions to obtain information about students' development, progress, abilities, and achievements. A total of 30 science teachers in primary schools in the Alor Gajah District were made respondents to the study. The research instrument used is a questionnaire. Data analysis using descriptive statistics and inferential statistics. Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20 software was used to analyse the data. The findings of the study show that Science teachers have an elevated level of knowledge and skills that can increase student interest in learning where the level of teacher knowledge (mean = 4.276), teacher skill (mean = 4.169) and student interest in learning (mean = 4.177). Among the implications of this study is to contribute research related to PBD based on research findings that can provide enlightenment and follow-up actions to improve the existing PBD system. Write your translated abstract here (in another language). Your abstract should contain: Key Words: Knowledge; Skill; Classroom assessment; Students' interest in learning *Pengarang Penghubung Yasotha a/p Ayappan* Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] Siti Nur Diyana binti Mahmud Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 400


PENGENALAN Pentaksiran merupakan antara satu elemen penting dalam melaksanakan kurikulum di sekolah terutamanya pembelajaran di bilik darjah (KURIKULUM, 2019).Pentaksiran menjadi proses untuk mengumpul data dan maklumat mengenai murid, menilai tahap penguasaan murid sepanjang tempoh pembelajaran murid melalui maklumat yang dikumpul seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (MALAYSIA, 2019). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, sistem peperiksaan seringkali mengalami perubahan seiring dengan pembaharuan dasar kurikulum negara bagi mencapai matlamat pendidikan yang dihasratkan (MALAYSIA, 2019). Menurut Adi Badiozaman (2007), perubahan dalam sistem peperiksaan kepada sistem pentaksiran di Malaysia adalah wajar (Tuah, 2007). Perkara ini berlaku kerana pentaksiran pendidikan menjadi penyumbang negara secara berkesan dalam usaha merealisasikan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga agenda nasional, terutama sekali sebagai usaha membentuk serta membangunkan modal insan yang cemerlang dan gemilang (Tuah, 2007). Selaras dengan perubahan dalam dunia pendidikan, dasar pendidikan negara memfokuskan beberapa pembaharuan dalam sistem pentaksiran bagi membentuk individu murid yang berpengetahuan tinggi serta mampu bersaing secara global (MALAYSIA, 2019). Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan salah satu daripada lima komponen pentaksiran penting dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) di mana ia telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 sebagai pengganti sistem pentaksiran semasa (Ahmad, Ab.Khalid, & Hamdan, 2015). Ia menggabungkan Peperiksaan Pusat (PpP) yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikendalikan oleh pihak sekolah (Ahmad, Ab.Khalid, & Hamdan,2015). Penambahbaikan ini menunjukkan bahawa sistem pentaksiran yang dirangka bertujuan meningkatkan keberhasilan pendidikan (Ahmad,Ab.Khalid, & Hamdan, 2015). Buktinya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu pentaksiran yang bersifat menyeluruh yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras yang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan (Mahamod & Nor Razah Lim,2011). Berdasarkan konteks yang dinyatakan di atas, Pentaksiran Berasaskan Sekolah menitikberatkan sistem pentaksiran yang berterusan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi mencapai matlamat pendidikan Sains. Perkara ini jelas dilihat melalui pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memperolehi maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang telah dihasratkan (Marnizam & Ali, 2021). Pentaksiran Sekolah telah digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah untuk mengekalkan konsep pentaksiran yang sama dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran mulai tahun 2016 (KURIKULUM, 2019).Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai penterjemahan yang menekankan penguasaan murid berdasarkan pernyataan Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran(Kurikulum B. P., 2019). Mata pelajaran Sains juga adalah salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia yang melibatkan pentaksiran berterusan (Kurikulum B. P., 2019). Semua sekolah di seluruh PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 401


Malaysia menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) (Kurikulum B. P., 2019). Semua sekolah juga menggunakan buku teks yang dikeluarkan oleh Unit Buku Teks. Semakan dan penambahbaikan kurikulum Sains turut dilakukan sama seperti yang dilakukan untuk mata pelajaran lain yang diajar di semua peringkat sekolah berdasarkan keperluan supaya murid sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan pendidikan alaf baru yang sentiasa mengalami perubahan. Matlamat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains ialah bertujuan menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni(KURIKULUM, 2019). Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran iaitu. i. penggunaan pendekatan inkuiri untuk memenuhi sifat ingin tahu bagi mendapatkan pengetahuan baharu dengan meneroka tentang dunia di sekeliling mereka (Kurikulum B. P., 2019) , ii. Pengaplikasian kemahiran saintifik serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menerangkan fenomena secara saintifik (Kurikulum B. P., 2019), iii. pemerolehan pengetahuan tentang fakta dan konsep sains yang lebih abstrak dan kompleks (Kurikulum B. P., 2019), iv. pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah serta mereka cipta (Kurikulum B. P., 2019), v. pembudayaan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan (Kurikulum B. P., 2019) dan vi. penunjukkan sikap responsif dalam menjaga alam sekitar bagi menghadapi cabaran di peringkat tempatan, negara dan global (KURIKULUM, 2019). Seiring dengan perkembangan penguasaan murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dilihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam Pentaksiran Bilik Darjah dengan menentukan objektif pembelajaran untuk membuat penambahbaikan pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu Pentaksiran untuk Pembelajaran(Assessment for learning), Pentaksiran sebagai Pembelajaran(Assessment as learning) dan Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning) (KURIKULUM, 2019).Guru berautonomi penuh dalam penentuan kaedah pengajaran serta mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai dengan tahap murid. Guru akan menyediakan bahan-bahan pengajaran sesuai dengan tajuk pengajaran. Seterusnya, tunjukkan kepada pelajar tentang subjek menggunakan pelbagai strategi berdasarkan kreativiti mereka. Seterusnya, guru menilai penguasaan pelajar terhadap apa yang diajar untuk mengetahui sejauh mana objektif pembelajaran dicapai. Penilaian dijalankan melalui pelbagai strategi dan alat penilaian yang sesuai. Guru juga boleh menentukan kaedah penilaian formal atau tidak formal. Pentaksiran Bilik Darjah menjadi satu alat pengukur untuk menilai prestasi murid selepas pemansuhan peperiksaan dalam kalangan murid sekolah rendah (Kurikulum B. P., 2019). Komitmen guru sangat penting untuk keberkesanan dan kejayaan PBD (Kurikulum B. P., 2019). Pentaksiran yang dilaksanakan secara berkesan mampu memberi maklumat kepada pihak guru, pihak n pentadbir, ibu bapa dan pelajar, berkaitan dengan pengetahuan murid dan kefahaman pelajar. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 402


Pelaksanaan PBD oleh para guru juga membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mendapat maklum balas secara kualitatif dan kuantitatif tentang latar belakang pelajar dan seterusnya menjadi rujukan untuk program intervensi (Marnizam & Ali, 2021). Sehubungan dengan itu, kajian dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan PBD, dan meneliti hubungan pelaksanaan PBD dan minat belajar murid sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka. Permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat meningkatkan minat belajar murid untuk mencapai tahap penguasaan yang tinggi mengikut penyataan standard yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains (Kurikulum B. P., 2019). Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa kompetensi guru Sains dalam melaksanakan PBD adalah pada tahap yang tinggi. Hal ini berikutan kebanyakan guru telah mendapat pendedahan awal mengenai pelaksanaan PBD. Justeru, tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh guru sewajarnya dapat membantu pelaksanaan PBD mata pelajaran Sains secara berkesan. Namun, kajian oleh Siti Hauzimah (2018) menyatakan bahawa masih terdapat golongan guru yang masih keliru dan belum bersedia dalam melaksanakan PBD. Oleh itu, pengkaji cuba meneliti secara mendalam tentang pelaksanaan PBD oleh guru Sains dan tahap penguasaan murid di beberapa sekolah rendah di Daerah Alor Gajah khususnya bagi mata pelajaran Sains. Kajian ini memberi fokus kepada tahap pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan PBD dalam kalangan guru Sains di sekolah rendah daerah Alor Gajah, Melaka. Pengkaji juga meneliti hubungan tahap pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan PBD guru Sains dan minat belajar murid di sekolah rendah daerah Alor Gajah, Melaka. Belum ada kajian terhadap Guru-guru Sains Sekolah Rendah Daerah Alor Gajah yang menunjukkan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan PBD dengan minat dan sikap belajar murid. Objektif Kajian Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Sains dan hubungannya dengan minat belajar murid sekolah rendah. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: 1. mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru Sains sekolah rendah dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan minat belajar murid. 2. menentukan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan Pentaksiran Darjah dengan minat belajar murid sekolah rendah daerah Alor Gajah, Melaka. TINJAUAN LITERATUR Tinjauan literatur dilakukan untuk memberi pengkaji idea atau idea awal tentang penyelidikan yang akan dijalankan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 403


a. Pengetahuan Guru Sains Untuk memastikan pelaksanaan PBD berjalan dengan baik, guru perlu bersedia, berpengetahuan dan sentiasa meningkatkan kemahiran khusus mereka untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan. Kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru termasuklah pengetahuan kandungan yang mencukupi, kemahiran membina instrumen, menilai kecekapan pelajar, mentafsir keputusan ujian, dan melaksanakan pelbagai bentuk penilaian (Lim et al., 2014). Guru mestilah berupaya membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap strategi PdP untuk menentukan keberkesanan pentaksiran dan seterusnya membimbing murid menangani kelemahan. Bagi mengukuhkan proses tersebut, guru perlu mentafsir keputusan penilaian dan menjalankan analisis yang sesuai (Aniza & Zamri, 2015). Untuk melakukan ini, guru mesti mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti teknik dan alat penilaian yang berbeza yang bersesuaian dengan kandungan dan objektif pembelajaran (Guskey & Jung 2013). Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Ilhavenil et al. (2020) yang mendapati guru boleh menjalankan pentaksiran melalui pelbagai aktiviti PdP dan mengukur prestasi pelajar menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran. b. Kemahiran Guru Sains Memandangkan negara kita yang berbilang kaum dan persekitaran sekolah yang pelbagai, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran. Sebagai contohnya, sering dibincangkan isu berkaitan kompetensi guru menjalankan pentaksiran. Abdullah et al (2020) menyatakan bahawa didapati guru kurang pengetahuan dalam menangani ujian tahap penilaian yang ditetapkan dalam DSKP. Manakala Arumugham (2022) mendapati kurangnya kefahaman dalam kalangan guru terhadap tahap penguasaan dan standard pencapaian dalam DSKP yang menjadi sebab kurang perhatian diberi kepada aspek pembangunan murid. c. Pentaksiran Bilik Darjah Menurut Book of Gareis dan Grant (2015), penilaian dikaitkan dengan pembelajaran sebagai alat untuk mengukur pembelajaran pelajar. Menurut Scott (2020), penilaian meningkatkan pembelajaran (M.Scott, 2020). Kerjasama erat antara pelajar, institusi pendidikan, kurikulum dan penggunaan penilaian dan maklum balas yang sesuai adalah juga penting untuk menyokong pembelajaran dan secara tidak langsung meningkatkan pencapaian pelajar (M.Scott, 2020). d. Minat belajar murid Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Quek (2006) juga mendapati minat belajar murid memberi kesan positif terhadap peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains. Perkara ini dapat dilihat dalam kesungguhan dan usaha yang dilakukan oleh murid dalam mempelajari subjek sains yang menjadi pendorong kepada mereka untuk melaksanakan sebarang bentuk pentaksiran yang dijalankan oleh guru. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 404


METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di daerah Alor Gajah. Kajian yang dijalankan ini adalah dalam bentuk deskriptif di mana maklumat yang diperolehi melalui soal selidik guru-guru Sains sekolah rendah dianalisis terlebih dahulu. Borang soal selidik yang diedarkan secara elektronik merupakan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat kerana kaedah ini tidak memerlukan pewawancara. Pengedaran soalan yang sama kepada individu yang berlainan akan memudahkan penyelidik menghubung kait dan menganalisis hasil kajian (Brace, 2008). Penyelidik menyediakan satu set borang soal selidik berdasarkan pembolehubah kajian iaitu pengetahuan dan kemahiran guru Sains, pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan minat belajar murid di sekolah rendah di Daerah Alor Gajah. Soal selidik secara dalam talian iaitu Google Form diedar secara rawak kepada 30 orang guru-guru Sains di daerah Alor Gajah, Melaka. Hal ini kerana soal selidik secara talian membolehkan pengumpulan data dibuat tanpa orang perantara. Dengan satu emel, responden yang berada di tempat berlainan dapat mengakses sumber atas talian yang boleh dipercayai (Maria, Anna, & Pierella, 2019). Sampel Kajian Persampelan bertujuan telah dipilih untuk kajian ini. Populasi yang dipilih untuk kajian ini terdiri daripada 30 orang guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains peringkat rendah di daerah Alor Gajah, Melaka. Lokasi kajian ini adalah sekolah-sekolah yang terpilih di Daerah Alor Gajah yang dipilih berdasarkan kepada peratusan yang menghampiri kepada populasi dari segi kepakaran iaitu ketua panitia dan opsyen responden. Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Pengkaji menghasilkan soal selidik yang bersesuaian dengan kajian ini diubahsuai dan diadaptasi daripada (Soh, 2013). Pengadaptasian ini dibuat supaya maklum balas atau jawapan daripada responden yang dipilih dapat memenuhi objektif kajian. Penghasilan soal selidik untuk kajian ini mengandungi rtiga bahagian yang melibatkan lima puluh item (30) untuk mengkaji pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan minat belajar murid sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka. Bahagian pertama iaitu Bahagian A dalam soal selidik kajian ini terdiri daripada lima (5) item yang berkaitan dengan latar belakang demografi responden, iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar guru, kelayakan akademik tertinggi dan subjek yang diajar. Bahagian B mempunyai dua puluh (20) item tentang pengetahuan dan kemahiran guru Sains mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Soh, 2013). Bahagian ini terdiri daripada sepuluh (10) item yang berkaitan dengan pengetahuan guru mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan sepuluh (10) item berkaitan kemahiran guru dalam melaksanakan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 405


Pentaksiran Bilik Darjah. Bahagian C pula mengandungi sepuluh (10) item yang tertumpu kepada minat belajar murid sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka dari perspektif guru Sains. Responden yang menjawab soal selidik dikehendaki membaca penyataan yang diberi berdasarkan persoalan kajian dan membuat pilihan berpandukan skala Likert yang diwakili lima angka iaitu 1 hingga 5. Angka-angka tersebut dimaksudkan sebagai 5= Sangat setuju (SS), 4= Setuju(S), 3=Agak setuju (AS), 2=Tidak setuju (TS) dan 1= Sangat Tidak Setuju (STS). Instrumen kajian ini telah diuji kebolehpercayaan dengan menggunakan prosedur reliability analisis untuk menganggar ketekalan dalaman instrumen yang digunakan dengan menggunakan SPPS. Pekali Cronbach’s Alpha ialah 0.945 melebihi nilai yang disarankan iaitu 0.8. Oleh itu, skor yang diperolehi adalah munasabah untuk dipercayai untuk setiap respondent dalam kajian ini. Kaedah Analisis Data Data dikumpul menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik dalam Googleform. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi20. Statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai daripada data yang diperolehi digunakan untuk menentukan tahap pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PBD. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan minat belajar murid sekolah rendah daerah Alor Gajah. Pekali korelasi yang sering digunakan oleh penyelidik ialah pekali Pearson iaitu untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Seramai 30 guru Sains di daerah Alor Gajah telah menjawab soal selidik yang disediakan dan telah diedarkan menggunakan google form. Analisis demografik ditunjukkan dalam jadual di bawah. JADUAL 1. Demografi sampel DEMOGRAFI N=30 PERATUS (%) Jantina Lelaki 8 26.7 Perempuan 22 73.3 Sekolah yang diajar n Sekolah Kebangsaan 10 33.3 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 9 30.0 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) 11 36.7 Pengalaman Mengajar 1 Hingga 5 Tahun 1 3.3 6 Hingga 10 Tahun 5 16.7 11 Hingga 15 Tahun 6 20.0 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 406


16 ke atas 18 60.0 Pernah hadir kursus berkenaan PBD Ya 28 93.3 Tidak 2 6.7 Kajian tinjauan dijalankan dengan mengedarkan soal selidik google form kepada guruguru Sains di daerah Alor Gajah. Sebanyak 30 respon telah diterima daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran sains di sekolah rendah. Analisis demografik sampel kajian ditunjukkan dalam Jadual 1. Berdasarkan analisis, data menunjukkan bahawa 26.7 peratus sampel kajian terdiri daripada guru lelaki manakala 73.3 peratus sampel kajian terdiri daripada guru perempuan. 33.3 peratus daripada respondan terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan. 30 peratus respondan terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina manakala 36.7 peratus respondan terdiri daripada guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Terdapat 29 peratus daripada responden yang mempunyai pengalaman mengajar sebanyak 1 hingga 5 tahun. Peratus tertinggi adalah sebanyak 60 peratus untuk responden yang berpengalaman lebih dari 16 tahun. Responden 11 hingga 15 tahun mempunyai peratus 20. Selain itu, 16.7 peratus daripada responden yang telah mengajar selama 6 hingga 10 tahun.Tambahan lagi, sebanyak 93.3 peratus guru telah menghadiri kursus berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah manakala hanya 6.7 peratus sahaja yang tidak pernah hadir kursus. Persoalan Kajian 1 Persoalan kajian pertama ialah mengenalpasti tahap pengetahuan guru Sains sekolah rendah mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Bagi menjawab persoalan kajian ini sebanyak 10 soalan yang mempunyai lima skala Likert telah disediakan yang diubahsuai dan diadaptasi daripada (Soh, 2013). JADUAL 2. Data soal selidik tahap pengetahuan Guru Sains mengenai pelaksanaan PBD BI L ITEM STS TS KS S SS MIN Std Dev 1 Saya menggunakan Buku Panduan PBD sebagai rujukan penting untuk melaksanakan PBD 3.3% (1) 0% 6.7% (2) 53.3% (16) 36.7% (11) 4.20 0.8469 2 Saya melaksanakan PBD semasa proses PdPc 0% 0% 3.3% (1) 60% (18) 36.7% (11) 4.33 0.5467 3 Saya melaksanakan PBD secara formatif dan sumatif. 0% 3.3% (1) 10% (3) 53.3% (16) 33.3% (10) 4.17 0.7466 4 PBD merupakan proses yang berlaku secara berterusan untuk menentukan tahap penguasaan murid. 0% 0% 0% 46.7% (14) 53.3% (16) 4.53 0.5074 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 407


5 Pelaksanaan PBD dapat meningkatkan pencapaian murid. 0% 3.3% (1) 10% (3) 56.7% (17) 30% (9) 4.13 0.7303 6 PBD bagi mata pelajaran Sains dilaksanakan berdasarkan tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 0% 0% 6.7% (2) 70% (21) 23.3% (7) 4.17 0.5307 7 Saya sentiasa bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pelaksanaan PBD. 0% 0% 6.7% (2) 60% (18) 33.3% (10) 4.27 0.5833 8 Setiap pentaksiran perlu merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains 0% 0% 0% 50% (15) 50% (15) 4.50 0.5085 9 Guru Sains perlu menguruskan dokumen PBD masing-masing. 0% 3.3% (1) 6.7% (2) 46.7% (14) 43.3% (13) 4.30 0.7497 10 Saya melaksanakan PBD melalui kaedah lisan, pemerhatian dan bertulis. 0% 0% 3.3% (1) 60% (18) 36.7% (11) 4.33 0.5467 Purata keseluruhan 4.276 Jadual 2 di atas menunjukkan data soal selidik yang dijalankan untuk tahap pengetahuan guru Sains di Daerah Alor Gajah, Melaka. Maklumat dari 10 soalan yang telah dikemukan ke atas 30 respondent telah diringkaskan dalam jadual 2 diatas. Hasil dari soal selidik ini menunjukkan nilai Min yang tinggi dengan purata 4.276 dan nilai sisihan piawai yang rendah. Jesteru itu, anilisis deskriptif dikaji untuk mengkaji taburan data yang diperolehi dari hasil soal selidik. Manakala Jadual 3 adalah analisis deskriptif yang dijalankan daripada taburan data dari dapatan soalan kaji selidik untuk pengetahuan guru Sains. Taburan menunjukkan nilai skewness 0.732/0.687 = 1.06 dan nilai kurtosis -0.426/1.334= -0.319 berada antara -1.96 dan +1.96. Oleh yang sedemikian, hasil analisis deskriptif menyokong bahawa data dari soal selidik untuk pengetahuan guru Sains bersifat normal. JADUAL 3. Analisis Deskriptif untuk taburan data kaji selidik untuk pengetahuan Guru sains Analysis Deskriptif Statistic Standard. Error Pengetahuan Guru Min 4.2930 0.04318 95% Confidence Interval for Mean Lower Bound 4.1953 Upper Bound 4.3907 5% Trimmed Mean 4.2889 Median 4.2850 Variance .019 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 408


Std. Deviation .13655 Minimum 4.13 Maksimum 4.53 Range 0.40 Interquartile Range 0.20 Skewness 0.732 0.687 Kurtosis -0.426 1.334 Pengetahuan guru Sains tentang pelaksanaan PBD adalah tahap tinggi. Berdasarkan pengalaman mengajar yang dimiliki, guru-guru mempunyai pengetahuan tinggi tentang PBD kerana ia telah mula dilaksanakan dari Tahun 2017. Kesimpulannya Yan (2014) melaporkan bahawa efikasi kendiri mempunyai ramalan yang lebih kuat kuasa pada niat guru untuk menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah daripada yang dilakukan sikap instrumental. (Zi Yan & Eric, 2015) Dixon dan Haigh (2009) juga memerhatikan bahawa guru dengan lebih tinggi efikasi kendiri lebih bersedia untuk mencuba inisiatif baharu dalam penilaian. Ia akan muncul bahawa apabila mempertimbangkan amalan pentaksiran, guru menganggap kapasiti mereka sendiri, iaitu, sama ada mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan, sebagai kebimbangan pertama (R.Dixon & Haigh, 2009). Persoalan Kajian 2 Persoalan kajian pertama ialah Apakah tahap kemahiran guru Sains sekolah rendah mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Bagi menjawab persoalan kajian ini sebanyak 10 soalan yang mempunyai lima skala Likert telah disediakan yang diubahsuai dan diadaptasi daripada (Soh, 2013). JADUAL 4. Data soal selidik tahap kemahiran Guru Sains mengenai pelaksanaan PBD Bil Item STS TS KS S SS MIN Std Dev 1 PBD membolehkan guru Sains mengenalpasti kekuatan murid dalam pembelajaran. 0% 3.3% (1) 6.7% (2) 56.7% (17) 33.3% (10) 4.20 0.7144 2 Saya dapat mengubahsuai kaedah pengajaran melalui dapatan PBD. 0% 3.3% (1) 6.7% (2) 63.3% (19) 26.7% (8) 4.13 0.6814 3 PBD membolehkan guru Sains mengetahui keberkesanan pengajarannya. 0% 3.3% (1) 10% (3) 46.7% (14) 40% (12) 4.23 0.7739 4 Saya dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta selepas setiap pentaksiran. 0% 3.3% (1) 10% (3) 56.7% (17) 30% (9) 4.13 0.7303 5 Saya juga mentaksir sikap saintifik sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada murid 0% 3.3% (1) 6.7% (2) 66.7% (20) 23.3% (7) 4.10 0.6618 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 409


untuk mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi. 6 Saya menggunakan Tahap penguasaan sebagai indikator untuk melaksanakan PBD. 0% 0% 13.3 % (4) 66.7% (20) 20% (6) 4.06 0.5833 7 Saya mempelbagaikan instrumen pentaksiran yang bersesuaian ketika mentaksir murid. 0% 0% 3.3% (1) 60% (18) 36.7% (11) 4.33 0.5467 8 Saya memaklumkan kepada murid sebelum pentaksiran dilaksanakan. 0% 3.3% (1) 16.7 % (5) 43.3% (13) 36.7% (11) 4.13 0.8193 9 Saya menyatakan tahap penguasaan yang perlu dicapai sebelum pentaksiran dilaksanakan. 0% 3.3% (1) 6.7% (2) 60% (18) 30% (9) 4.17 0.6989 10 Saya memberi komen atau gred asas seperti 'baik', 'memuaskan' dan 'teruskan usaha' supaya murid untuk memotivasikan murid. 0% 0% 6.7% (2) 46.7% (14) 46.7% (14) 4.40 0.6215 Purata Keseluruhan 4.169 Jadual 4 di atas menunjukkan data soal selidik yang dijalankan untuk tahap kemahiran guru Sains di Daerah Alor Gajah, Melaka. Maklumat dari 10 soalan yang telah dikemukan ke atas 30 respondent telah diringkaskan dalam jadual 4 diatas. Hasil dari soal selidik ini menunjukkan nilai Min yang tinggi dengan purata 4.169 dan nilai sisihan piawai yang rendah. Jesteru itu, anilisis deskriptif dikaji untuk mengkaji taburan data yang diperolehi dari hasil soal selidik. Manakala Jadual 5 adalah analisis deskriptif yang dijalankan daripada taburan data dari dapatan soalan selidik untuk kemahiran guru Sains. Taburan menunjukkan nilai skewness - 1.054/0.687 = 1.534 dan nilai kurtosis -0.446/1.334= 0.334 berada antara -1.96 dan +1.96. Oleh yang sedemikian, hasil analisis deskriptif menyokong bahawa data dari soal selidik untuk kemahiran guru sekolah Sains bersifat normal. JADUAL 5. Analisis Deskriptif untuk taburan data kaji selidik untuk kemahiran Guru sains Statistic Std. Error Kemahiran Guru Mean 4.1880 0.03359 95% Confidence Interval for Mean Lower Bound 4.1120 Upper Bound 4.2640 5% Trimmed Mean 4.1833 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 410


Median 4.1500 Variance 0.011 Std. Deviation .10623 Minimum 4.06 Maximum 4.40 Range 0.34 Interquartile Range 0.13 Skewness 1.054 0.687 Kurtosis 0.446 1.334 Dapatan kajian menunjukkan guru Sains mempunyai kemahiran tinggi dalam pelaksanaan PBD. Pentaksiran adalah komponen utama pembelajaran kerana ia memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk mencerminkan secara bermakna cara pembelajaran disampaikan dengan terbaik. Apabila pelajar dapat mengetahui bagaimana keupayaan mereka dan bagaimana mereka melakukan dalam kelas, mereka akan dapat menentukan sama ada mereka memahami atau tidak bahan pembelajaran. Guru pula dikehendaki mempunyai kemahiran yang menyeluruh tentang kebolehan pelajar supaya mereka boleh memutuskan pelajaran yang akan datang. (Widiastuti, 2018) Persoalan Kajian 3 Persoalan kajian kedua ialah apakah tahap minat belajar murid dalam mata pelajaran Sains semasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. JADUAL 6. Data soal selidik tahap minat belajar murid mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah BIL ITEM STS TS KS S SS MIN Std Dev 1 Murid -murid tahu dan dimaklumkan tentang Pentaksiran Bilik Darjah 0% 0.00% 3.3% (1) 63.3% (19) 33.3% (10) 4.30 0.5350 2 Murid-murid sentiasa bersedia dengan pentaksiran kerana telah dimaklumkan oleh guru. 0% 3.3% (1) 10% (3) 66.7% (20) 20% (6) 4.03 0.6687 3 Murid-murid mengetahui tahap penguasaan perlu dicapai semasa setiap pentaksiran. 0% 0% 10% (3) 66.7% (20) 23.3% (7) 4.13 0.5713 4 Murid-murid lebih minat dengan PBD kerana tiada perbandingan pencapaian dibuat. 0% 10% (3) 3.3% (1) 53.3% (16) 33.3% (10) 4.10 0.8847 5 PBD menarik minat murid terhadap isi 0% 6.7% (2) 3.3% (1) 66.7% (20) 23.3% (7) 4.07 0.7397 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 411


Jadual 6 di atas menunjukkan data soal selidik yang dijalankan untuk tahap minat belajar murid Sains di Daerah Alor Gajah, Melaka. Maklumat dari 10 soalan yang telah dikemukan ke atas 30 respondent telah diringkaskan dalam jadual 6 di atas. Hasil dari soal selidik ini menunjukkan nilai Min yang tinggi dengan purata 4.18 dan nilai sisihan piawai yang rendah. Jesteru itu, anilisis deskriptif dikaji untuk mengkaji taburan data yang diperolehi dari hasil soal selidik. Manakala Jadual 7 adalah analisis deskriptif yang dijalankan daripada taburan data dari dapatan soalan selidik untuk minat belajar murid. Taburan menunjukkan nilai skewness 0.490/0.687 = 0.713 dan nilai kurtosis -0.886/1.334= 0.664 berada antara -1.96 dan +1.96. Oleh yang sedemikian, hasil analisis deskriptif menyokong bahawa data dari soal selidik untuk minat belajar murid bersifat normal. kandungan pelajaran yang diajar 6 PBD memberi peluang kepada murid untuk membina pelbagai pembelajaran baru melalui pelbagai kaedah yang digunakan. 0% 0% 10% (3) 66.7% (20) 23.3% (7) 4.13 0.5713 7 Murid berasa lebih seronok belajar kerana pembelajaran tidak terlalu terikat dengan format peperiksaan. 3.3% (1) 0% 6.7% (2) 53.3% (16) 36.7% (11) 4.20 0.8469 8 Murid berasa lebih yakin kerana mereka diberi peluang untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka. 0% 3.3% (1) 6.7% (2) 60% (18) 30% (9) 4.17 0.6989 9 PBD membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran mereka. 0% 3.3% (1) 3.3% (1) 46.7% (14) 46.7% (14) 4.37 0.7184 10 Pelaksanaan PBD memberi peluang kepada semua murid untuk menguasai standard pembelajaran kerana kaedah pentaksiran dipelbagaikan. 0% 0% 6.7% (2) 56.7% (17) 36.7% (11) 4.30 0.5960 Purata Keseluruhan 4.18 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 412


JADUAL 7. Analisis Deskriptif untuk taburan data kaji selidik untuk kemahiran Guru sains Analisis Deskriptif Statistic Std. Error Minat murid Mean 4.1800 0.03518 95% Confidence Interval for Mean Lower Bound 4.1004 Upper Bound 4.2596 5% Trimmed Mean 4.1778 Median 4.1500 Variance 0.012 Std. Deviation 0.11126 Minimum 4.03 Maximum 4.37 Range 0.34 Interquartile Range 0.21 Skewness 0.490 0.687 Kurtosis -0.886 1.334 Dapatan kajian menunjukkan minat belajar tinggi semasa pelaksanaan PBD. Kajian ini disokong dengan penyataan bahawa guru biasanya menjalankan amalan penggredan dengan menggred tugasan pelajar mereka untuk membantu pelajar memahami keupayaan mereka dan meningkatkan pembelajaran pelajar mereka. (Widiastuti, 2018). Persoalan Kajian 4 Persoalan kajian ketiga ialah apakah hubungan pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan minat belajar murid di sekolah rendah daerah Alor Gajah, Melaka. Kajian untuk mengetahui hubungan pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan minat belajar murid telah dibahagikan kepada dua bahagian. Dimana analisis korelasi untuk mencari hubungan antara pengetahuan guru terhadap minat belajar murid diikuti dengan analisis kolerasi untuk mengetahui hubungan antara kemahiran guru terhadap minat belajar murid. i. Hubungan antara Pengetahuan guru terhadap minat belajar murid Hipothesis untuk menguji pengetahuan guru terhadap minat belajar murid dalam analisis korelasi adalah seperti berikut: H0: = Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan guru terhadap minat belajar murid H1: = Terdapat hubungan antara pengetahuan guru terhadap minat belajar murid PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 413


RAJAH 1. Scatterplots antara pengetahuan guru terhadap minat murid JADUAL 8. Korelasi Pearson antara pengetahuan guru dan minat murid Correlations Pengetahuan Guru Minat murid Pengetahuan Guru Pearson Correlation 1 0.463** Sig. (2-tailed) 0.010 N 30 30 Minat murid Pearson Correlation 0.463** 1 Sig. (2-tailed) 0.010 N 30 30 Scatterplots yang ditunjukkan pada gambarajah 1 di atas menunjukkan hubungan linear yang positif. Ini menunjukkan adanya hubungan antara pengetahuan guru dan minat belajar murid. Manakala jadual 8 Korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan yang signifikan antara pengetahuan guru dan minat belajar murid dengan nilai P =0.01 dimana lebih rendah dari nilai signifikan level pada 0.05. Oleh itu, hipotesis nul ditolak dan hypothesis alternative diterima. Ini bererti terdapat hubungan antara pengetahuan guru dan minat belajar murid. Keputusan analisis Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana (rxy= 0.463 dan signifikan (P =0.01 < 0.05) antara pengetahuan guru terhadap minat belajar murid. ii. Hubungan antara kemahiran guru Sains terhadap minat belajar murid. Hipothesis untuk menguji kemahiran guru Sains terhadap minat belajar murid dalam analisis korelasi adalah seperti berikut: H0: = Tidak terdapat hubungan antara kemahiran guru Sains terhadap minat belajar murid H1: = Terdapat hubungan antara kemahiran guru Sains terhadap minat belajar murid PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 414


RAJAH 2. Scatterplots antara Kemahiran guru terhadap minat belajar murid JADUAL 9. Korelasi Pearson antara kemahiran guru dan minat belajar murid Correlations Kemahiran Guru Minat murid Kemahiran Guru Pearson Correlation 1 .713** Sig. (2-tailed) .000 N 30 30 Minat murid Pearson Correlation .713** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 30 30 Scatterplots yang ditunjukkan pada gambarajah 2 di atas menunjukkan hubungan linear yang positif. Ini menunjukkan adanya hubungan antara kemahiran guru sains dan minat belajar murid. Manakala jadual Korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan yang signifikan antara kemahiran guru dan minat belajar murid dengan nilai P =0.00 dimana lebih rendah dari nilai signifikan level pada 0.05. Oleh itu, hipotesis nul ditolak dan hypothesis alternative diterima. Ini bererti terdapat hubungan antara kemahiran guru Sains terhadap minat belajar murid. Keputusan analisis Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang kuat (rxy= 0.713 dan signifikan (P =0.00 < 0.05) antara pengetahuan guru terhadap minat belajar murid. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, semakin tinggi pengetahuan dan kemahiran guru semakin bertambah minat belajar murid. Amalan pentaksiran bagi kebanyakan guru dianggap penting untuk dilakukan dengan sewajarnya kerana pelajar perlu mengetahui keupayaan sebenar mereka agar dapat mencapai kemajuan dalam pembelajaran. (Widiastuti, 2018) Terdapat lima jenis kepercayaan dan nilai guru yang dikenal pasti faktor dalaman dalam penggredan, seperti: falsafah pengajaran/pembelajaran, menarik untuk pelajar, menampung perbezaan individu, perkembangan pelajar, dan penglibatan dan minat pelajar. (Widiastuti, 2018). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 415


KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Hasil kajian menunjukkan bahawa purata bagi tahap pengetahuan dan kemahiran PBD guru Sains adalah tinggi. Penemuan ini menunjukkan persamaan dengan kajian Siti Nor Aisah Moktar, Zaliza Hanapi, Tee, Suriani Mohamed dan Ridzwan Che Rus (2018) yang menunjukkan guru-guru percaya bahawa pelaksanaan PBS dapat membantu murid memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran, mengurangkan stres murid dalam menghadapi peperiksanan dan dapat meningkatkan pencapaian gred murid dalam peperiksaan (Moktar, Hanapi , Klong, Mohamed, & Rus, 2018). Walaupun guru-guru ini melaksanakan PBD seperti yang disarankan dalam sorotan karya-karya lepas, namun aspek perbezaan pelaksanaan perlu dikaji semula untuk memastikan keseragaman dalam kalangan guru-guru Sains. Jadi, diharapkan kajian ini dapat memberi impak kepada guru-guru Sains untuk memahami secara mendalam matlamat PBD diperkenalkan. Di samping itu, LPM, BPK dan KPM juga boleh menjadikan dapatan penyelidikan ini untuk melakukan penambahbaikkan dalam proses pelaksanaan PBD. Pihak-pihak ini boleh memikirkan cara untuk membantu guru-guru meningkatkan kemahiran mereka untuk melaksanakan PBD berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan. Penyelidikan ini juga telah menampakkan kepentingan untuk melaksanakan kursus kepada guru-guru secara berterusan sehingga mereka meningkatkan kemahiran dalam aspek pentaksiran. Tambahan lagi, kajian ini dilaksanakan di daerah Alor Gajah sahaja. Satu kajian lanjutan pelu dilakukan yang memfokuskan sekolah -sekolah di negeri Melaka. RUJUKAN Berawi, F. M. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit Univeriti Utara Malaysia. Ahmad, J., Ab.Khalid, R., & Hamdan, A. (2015). Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalizad Learning, 77-84. Brace, I. (2004). HOW TO PLAN, STRUCTURE AND WRITE. London, United Kingdom. Che Mamat, C. (2020, JULY 13). Pengetahuan, kesediaan dan amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru pendidikan jasmani sekolah rendah. Retrieved from Open University Malaysia: http://library.oum.edu.my/repository/id/eprint/1206 Darusalam, G., & Husin, S. (2018). Kerangka Konseptual Dan Teoritikal Kajian. In Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan :Amalan dan Analisis Kajian(Edisi Kedua) (pp. 168- 221). Kuala Lumpur: Penerbitan University Malaysia. Hussin, F., Ali, J., & Noor, M. Z. (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Kurikulum, B. P. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. KURIKULUM, B. P. (2019, APRIL). http://bpk.moe.gov.my/. Retrieved from http://bpk.moe.gov.my/ Kurikulum, B. P. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahamod, Z., & Nor Razah Lim. (2011). Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan- Satu pengalaman. Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan , 19-20. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 416


Malaysia, K. P. (2018). http://bpk.moe.gov.my. Retrieved from Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum. : http://bpk.moe.gov.my MALAYSIA, K. P. (2019, MAC 03). https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/BUKU_DPK_JILID_KEE MPAT.pdf. Retrieved from https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/BUKU_DPK_JILID_KE EMPAT.pdf Maria, I. P., Anna, B., & Pierella, M. P. (2019). Using questionnaires in research on universities: analysis of experiences from a situated perspective. Revista d'Innovació i Recerca, 1-16. Marnizam, F. I., & Ali, S. R. (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 81-94. McMillan. (2007). Classroom assessment : principles and practice for effective standardsbased instruction. Retrieved from https://repository.vnu.edu.vn/handle/VNU_123/89959: https://repository.vnu.edu.vn/handle/VNU_123/89959 Moktar, S. N., Hanapi , Z., Klong, T. T., Mohamed, S., & Rus, R. C. (2018). Kesediaan, Penerimaan Dan Pengoperasian Guru Reka Bentuk dan Teknologi Terhadap Amalan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sains Humanika, 89-94. Mutalib, S. A., & Ahmad, J. (2012). Kepelbagaian Aras Soalan Lisan dalam Pentaksiran Formatif bagi Subjek Geografi. Sains Humanika 59(1), 103-108. Osman, K., & Saat, R. M. (2014). Science, Technology, Engineering and Mathematics(STEM) education in Malaysia. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 153-154. Pentaksiran Berasaskan Sekolah . (2014). Retrieved from Lembaga Peperiksaan Malaysia: http://lp.moe.gov.my/index.php/pbs/pentaksiran-sekolah-ps/pentaksiran-berasaskansekolah-rendah R.Dixon, H., & Haigh, M. (2009). Changing mathematics teachers’ conceptions of assessment and feedback. Teacher Development, 173-186. M.Scott, I. (2020). Beyond ‘driving’: The relationship between assessment, performance and learning. Medical Education, 54-59. Soh, T. A. (2013). Kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 118-124. Tuah, A. B. (2007, 6 14). Sistem Pentaksiran Kebangsaan : Pelengkap Kurikulum dalm Pembentukan Modal Insan Gemilang. Persidangan Kurikulum Kebangsaan, 43-53. Retrieved from Educational Development Center: http://eclkc.ohs.acf.hhs.gov/hslc/ttasystem/cultural-linguistic Varatharaj, R. (2015). Amalan Pentaksiran Dalam PdP Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Sekolah Kluster. Jurnal Dedikasi 9, 1-17. Zi Yan, Z., & Eric, C. C. (2015). Primary teachers' attitudes, intentions and practices regarding formative assessment. Teaching and Teacher Education, 128 -136. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 417


Perubahan Iklim: Sejauh Manakah Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Sains untuk Bertindak? Climate Change: How Far is the Level of Knowledge and the Readiness of Science Teachers to Act? Yeni Asiqin Ali & Siti Nur Diyana Mahmud* ABSTRAK Perubahan iklim adalah fenomena yang sudahpun berlaku sejak kebelakangan ini. Ia berpunca dari aktiviti manusia yang membakar bahan api fosil dengan banyak sekaligus membebaskan banyak gas rumah hijau yang memerangkap haba Bumi. Hasilnya suhu global bumi meningkat dan menyebabkan bencana alam yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Semua pihak harus berganding bahu bagi memperlahankan kesan perubahan iklim. Pendidikan adalah salah satu kunci bagi mencapai matlamat tersebut. Oleh itu para guru perlu mempunyai pengetahuan pendidikan iklim yang tinggi dan mempunyai kesediaan untuk menangani kesan perubahan iklim supaya mereka dapat mempengaruhi murid menjadi agen perubahan menangani kesan perubahan iklim di masa akan datang. Kajian kuantitatif ini dijalankan dengan tujuan tujuan mengkaji pengetahuan guru Sains Malaysia terhadap perubahan iklim serta kesediaan mereka untuk memperlahankan kesan perubahan iklim.. Analisis Korelasi Pearson data soal selidik mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif sederhana antara skor pengetahuan perubahan iklim dan kesediaan untuk memperlahankan kesan perubahan iklim guru sains di Malaysia. Oleh itu kajian lanjutan dicadangkan untuk dilakukan bagi menghubungkaitkan dapatan kajian ini dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PCK) supaya guru dapat menyampaikan pengetahuan perubahan iklim yang lebih bermakna kepada murid di sekolah. Kata Kunci: Perubahan iklim, pendidikan perubahan iklim, kesedaran perubahan iklim, pemanasan global ABSTRACT Climate change is already happening all this while. Human development activities require continuous burning of fossil fuels that releases substantial amounts of greenhouse gases that trapped heat radiated by the Earth. As a result, catastrohpic natural disasters occur more frequently. All parties should take part to adapt and mitigate the effects of climate change and education is key to gain awareness of the topic. It is necessary for school teaches to possess good knowledge about climate change and have readiness to act against it. This purpose of this study is to find out climate change knowledge and readiness of science teachers in Malaysia to act against it. Pearson’s Correlation analysis performed on filled survey by respondents indicated that there is positive moderate relationship between climate change education and readiness of science teachers to act against it. Subsequent study such as relationship study between climate change knowledge and pedagogical content knowledge of science teachers about climate change education is suggested to be carried to assess the performance of science teacher the sake of delivering meaningful knowledge about climate change to school students. Key Words: Climate change, climate change education, climate change awareness, global warming Yeni Asiqin binti Ali Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung Siti Nur Diyana binti Mahmud* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 418


PENGENALAN Sejak akhir-akhir ini, perubahan iklim merupakan satu krisis ekologi yang serius. Laporan iklim dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2019 menyatakan bahawa perubahan iklim menyebabkan kesan yang amat besar pada segala aspek alam sekitar termasuk kesihatan dan keadaan hidup populasi global. Bagi mengurangkan kesan perubahan iklim yang semakin membimbangkan, PBB telah menggariskan kepentingan menangani kesan perubahan iklim di dalam Perkara 13, Sasaran Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals / SDG) dan menitikberatkan kepentingan pendidikan mengenai perubahan iklim diperkukuhkan di peringkat sekolah. Menurut Sabine Detzel, Koordinator Antarabangsa UNESCO Associated Schools Network, sekolah dapat memperkasakan perubahan tingkah laku murid dan bertindak terhadap Bumi. Menurut Mcneal et. al. (2014) dan Sadler et. al. (2006), tahap pengetahuan guru yang tinggi berkenaan perubahan iklim dapat membantu guru menjayakan proses pemerkasaan tersebut. Sadler et. al. (2006) turut menyatakan bahawa kepercayaan guru terhadap penyebab perubahan iklim dapat mempengaruhi murid. Pengetahuan guru yang tinggi terhadap perubahan iklim juga membantu guru dalam memupuk kesedaran murid tentang perubahan iklim (McNeal, Petcovic & Reeves, 2017) Namun begitu, terdapat salah faham yang menyatakan bahawa manusia tidak perlu bertanggungjawab terhadap perubahan iklim di kalangan komuniti guru (Hestness, McDonald, Breslyn, McGinnis, & Mouza, 2014) dan juga bakal graduan jurusan pendidikan / perguruan (Higde, Oztekin & Sahin, 2017). Kajian McNeal et. al. (2014) mendapati guru yang mempunyai pengetahuan yang baik tentang faktor perubahan iklim mempunyai pengetahuan yang terhad terhadap kesan dan cara-cara menangani kesan perubahan iklim. Dapatan kajian yang seumpamanya turut dilaporkan di Turki oleh Çelikler dan Aksan (2011) yang menunjukkan kesedaran guru tentang isu-isu alam sekitar adalah lemah. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai kelemahan dalam kesedaran tentang hubungan antara sistem-sistem Bumi dan impak aktiviti manusia terhadap sistem-sistem tersebut. Walaupun bilangan guru yang mempunyai pengatahuan yang baik tentang faktor perubahan iklim telah meningkat (Dawson, 2012) tetapi tahap literasi guru bergantung kepada populasi yang dikaji (Herman et. al., 2017). Di Malaysia, kajian tentang pengetahuan murid sekolah, spesifiknya golongan B40 telah dilakukan (Ying & Kamisah Osman, 2021) tetapi kajian tentang pengetahuan dan kesedaran guru Malaysia berkenaan perubahan iklim masih belum dikaji secara meluas. Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengkaji tahap pengetahuan guru sains terhadap perubahan iklim serta kesediaan mereka untuk memperlahankan kesan perubahan iklim. Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Sains terhadap perubahan iklim 2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Sains untuk bertindak memperlahankan kesan perubahan iklim Hipotesis nol dan hipotesis alternatif kajian ini adalah seperti berikut: H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor pengetahuan perubahan iklim dan tahap kesedaran guru sains untuk bertindak memperlahankan kesan perubahan iklim. HA : Terdapat hubungan yang signifikan antara skor pengetahuan perubahan iklim dan tahap kesedaran guru sains untuk bertindak memperlahankan kesan perubahan iklim. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 419


TINJAUAN LITERATUR Perubahan Iklim a. Definisi dan Keadaan Semasa Perubahan Iklim Secara amnya, perubahan iklim bermaksud perubahan suhu global Bumi dan kesan-kesannya terhadap sistem iklim Bumi dalam jangka masa yang panjang (United Nations, 2022). Kesankesan ini merujuk kepada fenomena yang berlaku sejak kebelakangan ini dan juga perubahan iklim yang pernah dialami oleh Bumi pada masa lampau. Namun begitu, kenaikan suhu global sejak kebelakangan ini iaitu bermula sekitar 200 tahun dahulu lebih pantas berbanding perubahan iklim pada masa lampau. Penilaian terkini pada tahun 2021 menunjukkan bukti bahawa suhu global bumi pada tahun 2011-2020 telah meningkat sebanyak 1.2ºC berbanding suhu yang direkodkan pada tahun 1850-1900 (Arias et. al., 2021). b. Faktor dan Kesan Perubahan Iklim Faktor utama kenaikan suhu global yang lebih pantas berbanding masa lampau adalah pembakaran bahan api fosil oleh manusia (Lynas, Houlton & Perry, 2021). Penggunaan bahan api fosil, penyahutanan, aktiviti pertanian serta industri manusia meningkatkan pembebasan gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida dan metana (Ritchie & Hannah, 2020). Gas rumah hijau ini akan menyerap haba yang dipantulkan oleh Bumi selepas dipanaskan dari sinaran matahari. Pembebasan gas rumah hijau yang lebih banyak akan menyerap lebih banyak haba dan memerangkapnya di lapisan atmosfera Bumi dan mengakibatkan pemanasan global. Selain pembebasan gas rumah hijau, aktiviti manusia yang turut menyebabkan perubahan iklim adalah perubahan permukaan bumi atau aktiviti mengubah rupa bentuk bumi. Ini kerana manusia banyak membuat aktiviti mengubah rupa bentuk bumi bagi menghasilkan lebih kawasan pertanian bagi mencukupkan keperluan makanan yang semakin meningkat seriring dengan penambahan populasi manusia dari masa ke masa. Pada waktu ini, 34% keluasan daratan di Bumi terdiri dari tanah pertanian sementara kawasan hanya tinggal 26% (Ritchie & Roser, 2018). Jumlah keluasan hutan berkurang secara berterusan dan menyumbang kepada kesan perubahan iklim kerana aktiviti penyahutanan membebaskan gas karbon dioksida yang terkandung di dalam pokok-pokok yang mati ditebang. Tambahan pula, jumlah pokok yang berupaya menyerap gas karbon dioksida berlebihan turut berkurang di masa akan datang (IPCC, 2019). Pemanasan global ini akan mengakibatkan pelbagai kesan perubahan iklim yang memberi bencana bukan sekadar manusia tetapi penduduk Bumi secara keseluruhannya. Kawasan gurun bertambah luas, gelombang haba dan kebakaran hutan spontan berlaku dengan lebih kerap. Pemanasan kawasan artik juga menyumbang kepada pencairan lapisan permafros dan glasier, mengakibatkan kenaikan paras air laut. Kawasan rendah akan berisiko ditenggelami air dan berpotensi mengorbankan ramai nyawa (Pörtner et. al, 2019). Kenaikan suhu global turut mengakibatkan perubahan cuaca yang ekstrem seperti ribut yang bertambah kuat dan kemarau panjang. Selain itu, perubahan alam sekitar yang drastik di kawasan pergunungan, terumbu karang dan Artik memaksa banyak spesies untuk berpindah atau PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 420


menjadi pupus. Walaupun terdapat usaha untuk mengurangkan kadar pemanasan global, banyak kesan yang akan berterusan untuk beberapa abad lagi seperti pemanasan air laut dan pengasidan lautan (Allen et. al, 2019). Perubahan iklim memberi ancaman kepada manusia seperti kemerosotan stok makanan dan air, banjir yang kerap, gelombang haba ekstrem, peningkatan kadar penyakit dan kegawatan ekonomi. Konflik sesama manusia dan migrasi juga mungkin terjadi (Cattaneo et. al, 2019). Beberapa komuniti yang terdedah kepada kesan perubahan iklim seperti hakisan tebing pantai atau gelombang haba mungkin cuba beradaptasi dengan cara membuat perlindungan hakisan serta memasang pendingin hawa namun beberapa impak alam sekitar yang lain tetap tidak dapat dielakkan. Negara-negara yang lebih miskin berbanding negaranegara maju turut menyumbang sedikit kepada pembebasan gas rumah hijau namun negeranegara ini paling tidak berdaya untuk beradaptasi dan paling terdedah kepada kesan perubahan iklim. c. Adaptasi dan Mitigasi Perubahan Iklim Adaptasi dan mitigasi untuk menangani kesan perubahan iklim bukan suatu perkara yang mudah. Ia juga disifatkan sebagai satu masalah yang setanding dengan kesan perubahan iklim itu sendiri. “Adaptation to climate change can be seen as a wicked problem par excellence.” (Termeer et. al, 2013) Karl et. al. (2011) berpendapat bahawa perkara asas dalam menangani kesan perubahan iklim adalah melalui proses membuat keputusan yang fleksibel, kolaboratif, berintegrasi dan berjalan pada pelbagai lapisan masyarakat dari peringkat tempatan hingga ke peringkat antarabangsa. Proses-proses ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran warga penduduk biasa dan penggubal dasar. Kerajaan dan masyarakat juga perlu mempunyai inisiatif kendiri untuk bertindak terhadap perubahan iklim dan tidak menunggu pihak lain untuk bermula dahulu. Untuk mengubah sesuatu, kesedaran, dan perasaan keterdesakan (urgency) amat diperlukan. Pengetahuan Perubahan Iklim dan Kesedaran Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim a. Sasaran Pembangunan Mapan 13 dan Pendidikan Perubahan Iklim Pada tahun 2015, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan satu sasaran global yang diberi tajuk Sasaran Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals / SDG) dalam usaha mencapai keamanan dan kebahagiaan manusia dan planet Bumi secara universal. 17 sasaran utama dalam SDG adalah berfokuskan pembangunan sejagat yang mapan dan saling berkait antara satu sama lain. Salah satu daripada 17 sasaran tersebut ada SDG-13 iaitu Tindakan Iklim / Climate Action. Misi bagi SDG-13 adalah mengambil tindakan segera bagi menangani perubahan iklim dan impaknya (PBB, 2017). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 421


SDG-13 mempunyai lima sasaran yang dijangka akan dicapai menjelang tahun 2030. Tiga sasaran pertama adalah “sasaran output” iaitu meneguhkan kapasiti untuk beradaptasi dengan bencana berkait perubahan iklim, mengintegrasikan tindakan menangani kesan perubahan iklim di dalam dasar dan perancangan kerajaan serta membina pengetahuan dan kapasiti untuk menghadapi perubahan iklim. Setiap sasaran ini mempunyai indikator-indikator yang mempunyai kaedah bagi menilai perkembangan keseluruhan sasaran masing-msaing. Bagi sasaran yang berkait pendidikan iaitu Sasaran 13.3 (Membina Pengetahuan dan Kapasiti untuk Menghadapi Perubahan Iklim), dua indikator yang telah ditetapkan adalah: • Melihat perkembangan pendidikan awam secara global serta pendidikan pembangunan mapan diterapkan dalam dasar pendidikan nasional, kurikulum, pendidikan guru dan penilaian murid • Menilai bilangan negara yang telah memberi maklum balas dan bertindak memperkasakan kapasiti institusi, sistem dan individu supaya dapat mengimplementasikan adaptasi dan mitigasi terhadap perubahan iklim serta memperkasakan pemindahan teknologi serta tindakan pembangunan mapan b. Kesedaran Guru Menangani Kesan Perubahan Iklim Secara amnya, tindakan menangani perubahan iklim melalui inisiatif pendidikan telah dijalankan di peringkat global melalui inisiatif PBB. Negara-negara yang terlibat perlu menyambut seruan global untuk menangani perubahan iklim dengan memperkasakan sektor pendidikan dan menjadikan guru sebagai penyampai utama pengetahuan perubahan iklim di peringkat sekolah. Namun di peringkat pengajian tinggi, bakal guru (pre-service teachers) dilaporkan tidak mendapat pendedahan serius tentang masalah alam sekitar (Hestness et. al., 2011). Dalam kajian berasingan, mahasiswa yang mengambil jurusan sains juga tidak kerap didedahkan dengan isu alam sekitar di dalam kurikulum mereka (Boon, 2016). Oleh itu, strategi memperkasakan bakal guru dengan pengatahuan perubahan iklim harus diambil berat bagi meningkatkan kecekapan bakal guru sewaktu mereka memasuki perkhidmatan di masa akan datang (Seroussi et. al., 2019). Avissar Alkhaher & Gan (2018) turut mencadangkan bahawa tindakan-tindakan langsung seperti mengadakan aktiviti dan kursus di peringkat universiti dapat mempengaruhi bakal guru dalam meningkatkan kesedaran mereka berkenaan perubahan iklim. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif yang digunakan adalah kaedah soal selidik dan ujian pengetahuan. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 422


Pematuhan etika dalam pengumpulan data Kajian ini telah mendapat kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia (No. Rujukan KPM.600-3/2/3-eras (14524)) Sampel Kajian Sampel yang digunakan dalam kajian ini melibatkan guru-guru Sains sekolah menengah iaitu guru-guru yang mengajar subjek Sains, Fizik, Kimia dan Biologi. Responden menjawab borang soal selidik yang dibangunkan menggunakan platform Google Forms. Sebelum itu, pautan borang soal selidik dikongsi kepada ketua-ketua panitia Sains sekolah-sekolah terpilih menggunakan aplikasi Telegram. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan ujian pengetahuan yang digabungkan dalam satu dokumen Google Forms. Item-item dalam instrumen soal selidik dibahagikan kepada empat set soalan. Set pertama mengandungi 5 item soalan tentang maklumat demografi responden. Set soalan RQ1 mengandungi 15 item soalan berbentuk ujian pengetahuan responden mengenai penyebab perubahan iklim. Set soalan RQ2 mengandungi 10 item soalan berbentuk ujian pengetahuan responden mengenai kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar (RQ2). Soalan-soalan dalam instrumen ujian pengetahuan ini adalah gabungan dari pelbagai instrumen yang telah diterbitkan tentang perubahan iklim. Sebagai contoh, item soalan dari bahagian B dan C telah diekstrak dari Six Americas’ Survey yang dibangunkan oleh Yale Project on Climate Change Communication (Leiserowitz, Maibach, Roser-Renouf, & Smith, 2011; Leiserowith, Smith, & Marlon, 2012) dan telah digunakan dalam beberapa kajian terkini yang melibatkan guru (Lambert & Bleicher 2013; Shea et al., 2016; Stebenson et al., 2016; Valdez, Peterson & Stevenson, 2018) dan lebih tepat berbanding soal selidik terdahulu yang lebih mensasarkan populasi umum berkenaan perubahan iklim dan pemanasan global. Set soalan RQ3 mengandungi 4 item soalan berbentuk soal selidik tentang kesediaan responden untuk memperlahankan kesan perubahan iklim menggunakan 5 skala Likert. Item soalan telah dibangunkan oleh Tobler, Visschers & Siegrist (2012) berkenaan sikap terhadap perubahan iklim dan diubah suai dengan menambah beberapa item untuk menguji kesediaan responden untuk memperlahankan kesan perubahan iklim. Kaedah Analisis Data Dapatan kajian dari borang soal selidik Google Forms dianalisis secara statistik menggunakan perisian IBM® SPSS® Statistics Version 26 (IBM, 2019). Item-item dalam RQ1 dan RQ2 dianalisis dengan mancari peratusan betul dan salah bagi setiap pernyataan. Item-item dalam RQ3 dianalisis dengan mencari min dan sisihan piawai bagi setiap soalan. Seterusnya, ujian normaliti dilakukan bagi RQ1, RQ2 dan RQ3 bagi memastikan data yang dikumpul mematuhi tabutan normal. Seterusnya kaedah statistik inferensi Korelasi PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 423


Pearson digunakan bagi mengenal pasti hubungan antara Pengetahuan Perubahan Iklim (RQ1+RQ2) dengan Kesediaan untuk Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim (RQ3). Kesemua data dipersembahkan dalam bentuk jadual. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian ini, sejumlah 41 orang responden yang terdiri dari guru Sains sekolah menengah telah mengisi borang soal selidik yang telah diedarkan. Sebelum menganalisis dapatan kajian, data di dalam item RQ1, RQ2 dan RQ3 diuji dengan ujian kenormalan bagi mengenal pasti kaedah statistik inferensi yang sesuai digunakan bagi persoalan kajian. Menurut Ahad, Teh, Othman dan Yaacob (2011), terdapat 4 ujian statistik bagi menguji kenormalan data iaitu Ujian Kolmogorow-Smirnov, Ujian Anderson-Darling, Ujian Cramer-von Mises dan Ujian ShapiroWilk. Razali, Nornadiah; Wah, Yap Bee (2011) merumuskan bahawa Ujian Shapiro-Wilk adalah ujian kenormalan paling baik kerana ujian ini menolak hipotesis nol bagi ujian kenormalan pada saiz sampel paling kecil berbanding ujian-ujian lain untuk semua peringkat kepencongan dan kurtosis setiap taburan. JADUAL 1. Ujian normaliti bagi item soal selidik RQ1, RQ2 dan RQ3. RQ1 dan RQ2 digabungkan kerana item-item soalan mempunyai tema yang sama iaitu pengetahuan dan meringkaskan dapatan kajian. Dapatan analisis diekstrak dari perisian SPSS ver 26. Item Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk Statistic df Sig. Statistic df Sig RQ1 + RQ2 Pengetahuan Perubahan Iklim .083 41 .200* .975 41 .496 RQ3 Kesediaan untuk Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim .143 41 .035 .964 41 .224 *. Ini adalah sempadan bawah nilai signifikan sebenar a. Pembetulan Signifikan Lilliefors Dapatan Jadual 1 menunjukkan data RQ1, RQ2 dan RQ3 bertaburan secara normal dengan nilai sig. > 0.05. Pendidikan Perubahan Iklim JADUAL 2. Peratusan jawapan betul dan salah bagi semua item pernyataan dalam RQ1 iaitu Pengetahuan Mengenai Punca Perubahan Iklim. (-) menunjukkan pernyataan songsang. Nombor dalam kurungan menunjukkan bilangan responden. RQ1 - Pengetahuan Mengenai Punca Perubahan Iklim Item % (betul) % (salah) P1: Kepekatan gas karbon dioksida dunia telah meningkat sejak 250 tahun dahulu. 80(33) 20(8) P2: Pada kurun / abad yang terdahulu, purata ketebalan litupan salji di hemisfera utara kekal tidak berubah. (-) 66(27) 34(14) P3: Peningkatan gas karbon dioksida adalah penyebab perubahan iklim. 93(38) 7(3) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 424


P4: Pembakaran minyak menghasilkan gas karbon dioksida. 88(36) 12(5) P5: Karbon dioksida adalah sejenis gas rumah hijau. 93(38) 7(3) P6: Wap air adalah sejenis gas rumah hijau. 73(30) 27(11) P7: Gas rumah hijau mengekalkan radiasi haba di atmosfera Bumi. 93(38) 7(3) P8: Gas karbon dioksida adalah merbahaya kepada tumbuh-tumbuhan. (-) 78(32) 22(9) P9: Pelubangan lapisan ozon adalah faktor utama kepada kesan rumah hijau. (-) 41(17) 59(24) P10: Gas karbon dioksida memberi kesan yang lebih buruk terhadap iklim global berbanding gas metana yang mempunyai isipadu sama. (- ) 34(14) 66(27) P11: Perubahan iklim biasanya disebabkan oleh perubahan alam sekitar semula jadi seperti perubahan keamatan radiasi solar dan letusan gunung berapi. (-) 29(12) 71(29) P12: Tahun 1990an adalah dekad paling panas pada abad ke-20. 34(14) 66(27) P13: Jika kandungan gas rumah hijau di atmosfera pada masa ini distabilkan, iklim dunia tetap kekal panas sekurang-kurangnya 100 tahun lagi. 27(11) 73(30) P14: Kepekatan gas karbon dioksida pada masa ini lebih kurang sama seperti yang pernah berlaku pada 650,000 tahun dahulu. (-) 68(28) 32(13) Berdasarkan Jadual 2, kebanyakan responden mempunyai pengetahuan asas yang baik berkenaan salah satu gas rumah hijau iaitu karbon dioksida. Gas rumah hijau adalah punca kepada kesan rumah hijau dan seterusnya perubahan iklim. Item yang dimaksudkan adalah P1 hingga P8. Kebanyakan responden turut menyedari akan peningkatan gas karbon dioksida sejak kebelakangan ini seperti dapatan item P14. Item P9 hingga P13 pula menunjukkan peratusan jawapan yang agak rendah dari responden. Responden mungkin mengalami kekeliruan pada item-item tersebut. Item P9 menunjukkan kelemahan responden untuk memahami konsep pelubangan lapisan ozon yang sebenarnya diakibatkan oleh gas-gas halokarbon yang digunakan dalam alat pendingin hawa, pelarut dan propelan seperti klorofluorokarbon (CFC) dan halon (Andino, 1999). Item P10 menunjukkan penguasaan responden yang lemah tentang perbezaan sifat karbon dioksida dan gas metana. Walaupun kedua-duanya adalah gas rumah hijau, gas metana memerangkap haba yang lebih banyak berbanding gas karbon diokside. Pembebasan 1kg metana ke udara bersamaan dengan pembebasan 84kg karbon dioksida (Huttunen et. al., 2003). Peraturan item P13 turut menunjukkan responden tidak memahami konsep kesan rumah hijau dengan sepenuhnya kerana jangka hayat gas karbon dioksida amat panjang dan menyebabkan kesan rumah hijau bertahan lama (Garthwaite, 2021). PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 425


JADUAL 3. Peratusan jawapan betul dan salah bagi semua itam pernyataan dalam RQ2 iaitu Pengetahuan Mengenai Kesan Perubahan Iklim Terhadap Alam Sekitar. (-) menunjukkan pernyataan songsang. Nombor dalam kurungan menunjukkan bilangan responden. RQ2 – Pengetahuan Mengenai Kesan Perubahan Iklim Terhadap Alam Sekitar “Menurut saintis iklim, perubahan iklim dijangka mengakibatkan…” Item % (betul) % (salah) P15: ...peningkatan bencana alam ekstrem seperti banjir, kemarau dan ribut taufan. 98(40) 2(1) P16: ...peningkatan suhu iklim global yang menyebabkan peningkatan pencairan ais kutub sekaligus mengakibatkan peningkatan paras laut secara keseluruhannya. 100(41) 0(0) P17: ...peningkatan suhu iklim global yang mempercepatkan kadar penyebaran penyakit berjangkit (seperti malaria atau demam kuning) di kawasan hemisfera utara. 68(28) 32(13) P18: ...peningkatan suhu iklim akan meningkatkan suhu air laut dan mengalami pengembangan, sekaligus meningkatkan paras air laut. 80(33) 20(8) P19: ...peningkatan kadar taburan hujan serta kerpasan air (water precipitation) di seluruh dunia. 80(33) 20(8) P20: ...peningkatan kepekatan karbon dioksida di utara menyebabkan peningkatan radiasi ultraungu (UV) dan meningkatkan risiko kanser kulit. (-) 68(28) 32(13) P21: ...perubahan buruk terhadap kesihatan manusia untuk 50 tahun akan datang tetapi ia hanya berlaku di kawasan iklim tropika. (-) 46(19) 54(22) P22: ...peningkatan suhu iklim global yang meningkatkan kadar penyejatan air seterusnya menurunkan paras air laut. (-) 51(21) 49(20) P23: ...peningkatan suhu iklim yang mengakibatkan peningkatan kadar penyakit kardiovaskular yang berkait dengan haba di Malaysia (seperti strok haba). 73(30) 27(11) P24: …perubahan iklim yang berlaku secara sekata di seluruh dunia. 27(11) 73(30) Berdasarkan dapatan dalam Jadual 3, kebanyakan responden mempunyai pengetahuan yang baik tentang kesan-kesan perubahan iklim yang popular iaitu bencana alam ekstrem, peningkatan suhu global yang mengakibatkan pencairan ais di kutub, peningkatan paras air laut, peningkatan taburan hujan serta peningkatan kadar penyakit kardiovaskular yang berkait dengan gelombang haba. Namun bagi item P17, P20, P21 dan P24, peratusan jawapan betul adalah sederhana kerana responden mungkin mengalami kekeliruan berkenaan konsep penipisan lapisan ozon dan kesan perubahan iklim bersifat global. Pelubangan lapisan ozon diakibatkan oleh gas halokarbon dan menyebabkan peningkatan penembusan radiasi ultraungu (UV) ke bumi dan bukan diakibatkan oleh gas karbon dioksida. Kesan perubahan iklim juga bersifat global dan menyebabkan peningkatan suhu di kawasan hemisfera utara. Peningkatan suhu menyebabkan peningkatan aktiviti serangga seperti nyamuk iaitu vektor penyakit malaria dan yang kebiasanya tidak aktif di kawasan tersebut kerana suhu asal yang rendah (Neuvonen et. al., 2019). Kebanyakan responden turut mengalami kekeliruan pada item P22. Responden berkemungkinan tidak memahami konsep perubahan iklim dengan menyeluruh kerana kadar pencairan ais di kawasan kutub melebihi kadar penyejatan air laut global (Gimeno et.al., 2015) Secara keseluruhannya, dapatan dalam Jadual 2 dan Jadual 3 menunjukkan bahawa responden iaitu guru sains sekolah menengah mempunyai pengetahuan asas tentang perubahan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 426


iklim yang agak baik. Walau bagaimanapun menurut McBain (2016), guru tidak semestinya wajib mempunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan perubahan iklim kerana pengetahuan berkenaan perubahan iklim bersifat tidak lengkap dan sentiasa bertambah dari masa ke masa. Menurut beliau lagi, walaupun tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang perubahan iklim, para guru sebaiknya bekerja secara konstruktif untuk meningkatkan keyakinan masing-masing dalam menyalurkan pendidikan perubahan iklim yang lebih efektif. JADUAL 4. Analisis deskriptif RQ3 iaitu Kesediaan untuk Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim. Dapatan analisis diekstrak dari perisian SPSS ver 26. RQ3 – Kesediaan untuk Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim Item Min Sisihan Piawai S1: Saya risau akan perubahan iklim yang berlaku pada masa kini. 4.63 .623 S2: Saya bersedia untuk melakukan perubahan pada gaya hidup. 4.51 .675 S3: Saya bersedia untuk mengajar tentang perubahan iklim walaupun saya tidak diarahkan secara langsung. 4.44 .709 S4: Saya bersedia untuk mempengaruhi rakan sekerja dan muridmurid supaya mereka melakukan tindakan yang boleh memperlahankan kesan perubahan iklim. 4.56 .594 Berdasarkan Jadual 4, nilai min bagi setiap item dalam RQ3 mencatatkan nilai yang tinggi dan mempunyai sisihan piawai yang rendah. Ini bermaksud responden mempunyai kesediaan yang tinggi bagi memperlahankan kesan perubahan iklim. Dapatan ini dilihat menyamai dapatan kajian Seroussi et. al, (2019) di mana dalam kajian mereka, responden guru mencatatkan peratus kesedaran yang tinggi berbanding kajian-kajian lain yang dijalankan terhadap populasi kawasan berlainan (Arslan et al., 2012; Wacholz et al., 2014) JADUAL 5. Analisis Korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara skor pengetahuan perubahan iklim dan kesediaan memperlahankan kesan perubahan iklim. Data RQ1 dan RQ2 digabungkan menjadi satu tema iaitu pengetahuan perubahan iklim. Dapatan analisis diekstrak dari perisian SPSS ver 26. Pengetahuan Perubahan Iklim Kesediaan untuk Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim Pengetahuan Perubahan Iklim Pearson Correlation 1 .456** Sig. (2-tailed) .003 N 41 41 Kesediaan untuk Memperlahankan Kesan Perubahan Iklim Pearson Correlation .456** 1 Sig. (2-tailed) .003 N 41 41 **. Korelasi signifikan pada paras 0.01 (2-tailed) Berdasarkan Jadual 5, hipotesis nol, H0 bagi ujian Korelasi Pearson yang dijalankan adalah tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor pengetahuan perubahan iklim dan kesediaan untuk memperlahankan kesan perubahan iklim. Hipotesis alternatif, HA adalah terdapat hubungan yang signifikan antara skor pengetahuan perubahan iklim dengan kesediaan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 427


untuk memperlahankan kesan perubahan iklim. Dapatan kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson menunjukan wujud hubungan signifikan yang positif sederhana antara skor pengetahuan perubahan iklim dan kesediaan untuk memperlahankan kesan perubahan iklim guru sains di Malaysia [r(39) = 0.456, p<0.05]. Nilai sig = 0.003 < 0.05 maka hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Dapatan kajian Dal et. al., (2015) juga mendapati bahawa 101 orang guru yang dikaji di kawasan Marmara, Anatolia, Aegea, Laut Hitam dan Anatolia Tengah mempunyai kesedaran yang tinggi memgenai topik perubahan iklim. Namun dapatan kajian Liu et. al, 2015 agak berbeza di mana tidak terdapat hubungan antara kesediaan mengurangkan kesan perubahan iklim dengan pengetahuan sampel yang dikaji berkenaan perubahan iklim. Menurut kajian ini juga, terdapat guru yang mempunyai kesedaran positif tentang perubahan iklim tetapi mengalami banyak salah faham tentang konsep perubahan iklim. Perbezaan dapatan kajian ini mungkin boleh dikaitkan dengan perbezaan cara penyebaran dan pendidikan perubahan iklim di kawasan masing-masing. Seroussi et. al. (2019) turut berpendapat bahawa perbezaan pengetahuan pendidikan perubahan iklim di kalangan guru mungkin disebabkan oleh sumber yang tidak sistematik contohnya media massa atau helaian maklumat produk pengguna yang membantu masyarakat mengetahui istilah-istilah dalam konsep perubahan iklim tetapi tidak membantu mereka dalam memahami maksud atau konsep yang lebih mendalam. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi populasi sampel yang dikaji, wujud hubungan signifikan yang positif sederhana antara skor pengetahuan perubahan iklim dan kesediaan untuk memperlahankan kesan perubahan iklim guru sains di Malaysia. Namun begitu, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dan peningkatan pengetahuan guru dalam memahami konsep perubahan iklim dan kesediaan untuk memperlahankan kesan perubahan iklim. Kajian ini boleh dijadikan rujukan awal bagi para pentadbir dan penggubal dasar dalam mengenal pasti pengetahuan guru sains di Malaysia dan kajian lanjutan seperti hubung kait pengetahuan pendidikan perubahan iklim dengan pengetahuan pedagogi kandungan (PCK) guru boleh dipertimbangkan bagi mengenal pasti prestasi guru dalam menyampaikan ilmu yang bermakna kepada murid di sekolah dalam usaha memastikan murid-murid menjadi agen perubahan bagi menangani kesan perubahan iklim di masa akan datang. RUJUKAN Ahad, N. A., Yin, T. S., Othman, A. R., & Yaacob, C. R. (2011). Sensitivity of normality tests to non-normal data. Sains Malaysiana, 40(6), 637-641. Allen, M. R.; Dube, O. P.; Solecki, W.; Aragón-Durand, F.; et al. (2018). "Chapter 1: Framing and Context" (PDF). IPCC SR15 2018. pp. 49–91 Andino, Jean M. (October 21, 1999). "Chlorofluorocarbons (CFCs) are heavier than air, so how do scientists suppose that these chemicals reach the altitude of the ozone layer to adversely affect it?". Scientific American. 264: 68. Arias, Paola A.; Bellouin, Nicolas; Coppola, Erika; Jones, Richard G.; et al. (2021). "Technical Summary" (PDF). IPCC AR Walker, S., & MCNEAL, K. (2013). Development and validation of an instrument for assessing climate change knowledge PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 428


and perceptions: The climate stewardship survey (CSS). International Electronic Journal of Environmental Education, 3(1), 57-73. 6 WG1 2021. Arslan, H. O., Cigdemoglu, C., & Moseley, C. (2012). A Three-Tier Diagnostic Test to Assess Pre-Service Teachers’ Misconceptions about Global Warming, Greenhouse Effect, Ozone Layer Depletion, and Acid Warming to the idea: university students’ knowledge and attitudes about climate change. International Journal of Sustainability in Higher Education, 15(2), 128-141. https://doi.org/10.1108/IJSHE-03-2012-0025. Avissar, I., Alkaher, I., & Gan, D. (2018). The role of distributed leadership in mainstreaming environmental sustainability into campus life in an Israeli teaching college: A case study. International Journal of Sustainability in Higher Education, 19(3), 518-546. https://doi.org/10.1108/IJSHE-07-2017-0105 Boon, H. J. (2016). Pre-Service Teachers and Climate Change: A Stalemate? Australian Journal of Teacher Education, 41(4), 39-63. https://doi.org/10.14221/ajte.2016v41n4.3 Cattaneo, Cristina; Beine, Michel; Fröhlich, Christiane J.; Kniveton, Dominic; et al. (2019). "Human Migration in the Era of Climate Change". Review of Environmental Economics and Policy. 13 (2): 189–206. doi:10.1093/reep/rez008. hdl:10.1093/reep/rez008. ISSN 1750-6816. S2CID 198660593. Dal, B., Ozturk, N., Alper, U., Sonmez, D., & Cokelez, A. (2015). An Analysis of the Teachers' Climate Change Awareness. Athens Journal of Education, 2(2), 111-122. Dawson, V. (2012). Science Teachers’ Perspectives about Climate Change. Teaching Science, 58(3), 8-13 Development in Climate Change Education Informed by the Next Generation Science Standards. Journal of Geoscience Education, 62(3), 319-329. https://doi.org/10.5408/13-049.1 Gimeno, L., Vázquez, M., Nieto, R., & Trigo, R. M. (2015). Atmospheric moisture transport: the bridge between ocean evaporation and Arctic ice melting. Earth System Dynamics, 6(2), 583-589. Herman, B. C., Feldman, A., & Vernaza-Hernandez, V. (2017). Florida and Puerto Rico Secondary Science Teachers’ Knowledge and Teaching of Climate Change Science. International Journal of Science and Mathematics Education, 15(3), 451-471. https://doi.org/10.1007/s10763-015-9706-6 Hestness, E., McDonald, R. C., Breslyn, W., McGinnis, J. R., & Mouza, C. (2014). Science Teacher Professional Hestness, E., McGinnis, J. R., Riedinger, K., & Marbach-Ad, G. (2011). A study of teacher candidates’ experiences investigating global climate change within an elementary science methods course. Journal of Science Teacher Education, 22, 351-369. https://doi.org/10.1007/s10972-011-9234-3 Higde, E., Oztekin, C., & Sahin, E. (2017). Turkish Pre-Service Science Teachers’ Awareness, Beliefs, Values, and Behaviours Pertinent to Climate Change. International Research in Geographical and Environmental Education, 26(3), 253-263. https://doi.org/10.1080/10382046.2017.1330040 Huttunen, J. T., Alm, J., Liikanen, A., Juutinen, S., Larmola, T., Hammar, T., ... & Martikainen, P. J. (2003). Fluxes of methane, carbon dioxide and nitrous oxide in boreal lakes and potential anthropogenic effects on the aquatic greenhouse gas emissions. Chemosphere, 52(3), 609-621. IPCC (2019). "Summary for Policymakers" (PDF). IPCC SRCCL 2019. pp. 3–34. IPCC (2019). Pörtner, H.-O.; Roberts, D. C.; Masson-Delmotte, V.; Zhai, P.; et al. (eds.). IPCC Special Report on the Ocean and Cryosphere in a Changing Climate (PDF). In press. Josie Garthwaite. 2019. Methane and climate change. Stanford University. Retrieved 29 December 2022 from https://earth.stanford.edu/news/methane-and-climate-change PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 429


Lambert, J., Lindgren, J., & Bleicher, R. (2011). Assessing elementary science methods students’ understanding about global climate change. International Journal of Science Education, 34(8), 1167-1187. https://doi.org/10.1080/09500693.2011.633938 Leiserowitz, A., Maibach, E., Roser-Renouf, C., & Smith, N. (2011) Climate change in the American Mind: Americans’ global warming beliefs and attitudes in May 2011. Yale University and George Mason University. New Haven, CT: Yale Project on Climate Change Communication. Retrieved from http://environment.yale.edu/climate/files/ClimateBeliefsMay2011.pdf Leiserowitz, A., Smith, N., & Marlon, J. R. (2012). American Teens’ Knowledge of Climate Change. New Haven CT and Fairfax, VA: Yale University. Yale Project on Climate Change Communication and George Mason University. Liu, S., Roehrig, G., Bhattacharya, D., & Varma, K. (2015). In-Service Teachers’ Attitudes, Knowledge and Classroom Teaching of Global Climate Change. Science Educator, 24(1), 12-22. Lynas, M., Houlton, B. Z., & Perry, S. (2021). Greater than 99% consensus on human caused climate change in the peer-reviewed scientific literature. Environmental Research Letters, 16(11), 114005. McBain, B. (2016). Let’s not play chicken with the future. Herding the Green Chicken (blog) 17 August 2016. Newcastle, NSW: University of Newcastle https://uonblogs.newcastle.edu.au/herdingthegreenchicken/2016/08/17/lets-not-playchicken-with-the-future/ McNeal, K. S., Walker, S. L., & Rutherford, D. (2014). Assessment of 6- to 20-Grade Educators’ Climate McNeal, P., Petcovic, H., & Reeves, P. (2017). What is motivating middle-school science teachers to teach climate change? International Journal of Science Education, 39(8), 1069-1080. https://doi.org/10.1080/09500693.2017.1315466 Neuvonen, S., Niemelä, P., & Virtanen, T. (1999). Climatic change and insect outbreaks in boreal forests: the role of winter temperatures. Ecological Bulletins, 63-67 Razali, N. M., & Wah, Y. B. (2011). Power comparisons of shapiro-wilk, kolmogorovsmirnov, lilliefors and anderson-darling tests. Journal of statistical modeling and analytics, 2(1), 21-33. Ritchie, Hannah; Roser, Max (15 January 2018). "Land Use". Our World in Data. Retrieved 1 December 2019. Sadler, T. D., Amirshokoohi, A., Kazempour, M., & Allspaw, K. M. (2006). Socioscience and ethics in science classrooms: Teacher perspectives and strategies. Journal of Research in Science Teaching, 43, 353-376. https://doi.org/10.1002/tea.20142 Seroussi, D. E., Rothschild, N., Kurzbaum, E., Yaffe, Y., & Hemo, T. (2019). Teachers' Knowledge, Beliefs, and Attitudes about Climate Change. International Education Studies, 12(8), 33-45. Shea, N. A., Mouza, C., & Drewes, A. (2016). Climate Change Professional Development: Design, Implementation, and Initial Outcomes on Teacher Learning, Practice, and Student Beliefs. Journal of Science Teacher Education, 27(3), 235-258. https://doi.org/10.1007/s10972-016-9456-5 Stevenson, K. T., Peterson, M. N., & Bradshaw, A. (2016). How Climate Change Beliefs among U.S. Teachers Do and Do Not Translate to Students. PLoS One, 11(9), e0161462. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0161462 Tobler, C., Visschers, V., & Siegrist, M. (2012). Consumers’ knowledge about climate change. Climatic Change, 114(2), 189-209. https://doi.org/10.1007/s10584-011-0393-1 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 430


United Nations (2017) Resolution adopted by the General Assembly on 6 July 2017, Work of the Statistical Commission pertaining to the 2030 Agenda for Sustainable Development (A/RES/71/313) United Nations. What is climate change? https://www.un.org/en/climatechange/what-isclimate-change. Retrieved 1 December 2022. Valdez, R. X., Peterson, M. N., & Stevenson, K. T. (2018). How communication with teachers, family and friends contributes to predicting climate change behaviour among adolescents. Environmental Conservation, 45(2), 183-191. https://doi.org/10.1017/S0376892917000443 PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 431


Pembudayaan Kelestarian: Hubungan Antara Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Amalan Penggunaan Lestari (Sustainability Culture: Correlation Between Knowledge and Attitudes Towards Sustainable Consumption Practices) Yusoff Yahaya & Kamisah Osman* ABSTRAK Penggunaan lestari adalah langkah berkesan dalam meningkatkan kualiti hidup, memelihara alam sekitar, meminimumkan pencemaran dan menggunakan sumber terhad dengan cekap. Penyelidikan ini menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar tingkatan empat tentang penggunaan lestari. Lokasi kajian adalah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Instrumen kajian menggunakan soal soal selidik yang telah disahkan. Soal selidik mengandungi elemen penggunaan lestari bagi menguji pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Soal selidik diedarkan kepada 306 sampel yang dipilih menerusi teknik persampelan rawak berstrata. Penganalisisan data menggunakan IBM SPSS (Versi 26). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan sikap penggunaan lestari berada pada tahap yang tinggi manakala tahap amalan pada tahap yang sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan sikap dan amalan penggunaan lestari yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Penemuan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan amalan namun tiada hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan serta pengetahuan dengan sikap terhadap penggunaan lestari menggunakan Ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian ini dapat menjelaskan pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar serta memberikan pandangan yang luas kepada pihak berkepentingan dalam membangun serta mempertimbangkan dasar penggunaan lestari bagi merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Kata Kunci: Penggunaan Lestari; Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP); Matlamat Pembangunan Lestari ABSTRACT Sustainable consumption is a effective step in improving the quality of life, preserving the environment, minimizing pollution, and using limited resources efficiently. This research evaluates the level of knowledge, attitudes and practices of fourth grade students about sustainable consumption. The study location is in the Federal Territory of Putrajaya. The research instrument uses a validated questionnaire. The questionnaire contains elements of sustainable use to test knowledge, attitudes, and practices of sustainable use. Questionnaires were distributed to 306 samples selected through a stratified random sampling technique. Data analysis using IBM SPSS (Version 26). The findings of the study show that the level of knowledge and attitude of sustainable use is at a high level while the level of practice is at a moderate level. The results of the t-test show that there is no significant difference between the knowledge and practice of sustainable use among students based on gender. However, there is a significant difference in the level of attitude and the level of sustainable use practices between male students and female students. The findings also show that there is a significant relationship between attitude and practice but there is no significant relationship between knowledge and practice and knowledge and attitude towards sustainable use using the Pearson Correlation Test. The results of this study can explain the level of knowledge, attitudes, and practices of sustainable use among students and provide a broad view to stakeholders in developing and considering sustainable use policies to realize the Sustainable Development Goals (SDG). Key Words: Sustainable consumption; Knowledge, Attitudes and Practices (KAP); Sustainable Development Goals Yusoff bin Yahaya Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] *Pengarang Penghubung Kamisah bt. Osman* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 432


PENGENALAN Penggunaan lestari dianggap secara meluas sebagai pemacu pembangunan lestari (Quoquab et al. 2019). Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12) merupakan salah satu daripada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) yang membayangkan pencapaian corak penggunaan dan pengeluaran yang lestari (UN, 2016). Pendapat atau pandangan bahawa sekiranya pengguna tidak mengamalkan penggunaan lestari maka pembangunan lestari sesebuah negara akan terhalang (Farr 2018; Hess 2013). Tingkah laku penggunaan lestari sering dikaitkan dengan tingkah laku penggunaan pro-alam sekitar. Ia merupakan aspek tingkah laku individu yang membantu mengurangkan kesan negatif mereka terhadap alam sekitar (Dhandra 2019). Peningkatan isu alam sekitar yang semakin mengancam keseimbangan dan kesejahteraan global telah membuka mata masyarakat dunia untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang keperluan memberi penekanan tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian. Masyarakat dunia memperkatakan secara meluas berkenaan penggunaan lestari sebagai faktor pembangunan mampan (Quoquab et al. 2019). Dengan kadar kemerosotan kualiti alam sekitar yang semakin meningkat, perubahan iklim dan krisis yang terhasil, semakin mendesak orang ramai mengubah tingkah laku penggunaan mereka menjadi lebih mampan bagi memastikan kehidupan yang sihat dan selamat untuk masyarakat hari ini dan generasi masa hadapan (IPCC 2018). Kebergantungan serta saling melengkapi antara hidupan dan alam sekitar merupakan elemen penting serta asas dalam kelangsungan hidup. Peningkatan kepupusan khazanah alam ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kerakusan tingkah laku manusia mengejar keuntungan serta kurang prihatin terhadap kesannya terhadap alam sekitar. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggarkan berlaku peningkatan bilangan manusia kepada lapan bilion pada akhir tahun 2022. Dengan peningkatan populasi dunia maka akan berlaku peningkatan dalam permintaan sumber alam semulajadi. Walaupun penggunaan lestari semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, namun kebanyakan kajian berkenaan penggunaan lestari adalah berpusat di negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Sepanyol, Belanda, Jerman dan Belgium yang dikategorikan sebagai negara maju. Pengkaji juga mendapati terdapat jurang yang besar antara negara maju dan negara membangun berkenaan dengan amalan penggunaan lestari. Penggunaan yang berlebihan membawa kepada pengekstrakan berlebihan sumber hutan, haiwan, tanah, mineral dan air yang boleh mengakibatkan ekosistem, habitat dan spesies terganggu dan menuju kearah kepupusan. Penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan sumber alam sekitar semakin meningkat, mengurangkan sumber penting bumi pada kadar yang membimbangkan (Bogueva et al. 2017; Alisat dan Reimer 2015). Jika trend ini berterusan, seluruh dunia pasti akan mengalami masalah ketersediaan sumber asli yang terhad. Lebih-lebih lagi, ia akan berkurangan ke satu tahap di mana ekosistem mungkin hampir tidak dapat mengekalkan kehidupan. Penggunaan lestari mementingkan kualiti hidup yang tinggi berbanding taraf hidup mewah dan bersifat material yang boleh mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri, tamak dan bangga. Ia adalah kesan negatif keduniaan dan kebendaan yang berlebihan yang mendasari konsep penggunaan lestari. Semakin ramai terlibat dengan penggunaan berlebihan dan perbelanjaan yang berlebihan. Penggunaan lestari ialah PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 433


komponen kemampanan yang menyokong penggunaan sumber yang bijak tanpa menghabiskannya untuk generasi akan datang. Objektif kajian: 4. Mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar terhadap penggunaan lestari. 5. Mengenal pasti perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan pelajar terhadap penggunaan lestari berdasarkan jantina. 6. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Hipotesis kajian: H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan penggunaan lestari antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. H02 : Tidak terdapat perbezaan sikap penggunaan lestari yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. H03 : Tidak terdapat perbezaan amalan penggunaan lestari yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. H04 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan penggunaan lestari. H05 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan amalan penggunaan lestari. H06 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap penggunaan lestari. TINJAUAN LITERATUR Komitmen Antarabangsa Terhadap Penggunaan Lestari Konsep penggunaan dan pengeluaran lestari pertama kali dibangkitkan dalam Agenda 21, khususnya dalam Bab Empat. Ia merupakan pelan tindakan dan rangka tindakan komprehensif yang boleh disesuaikan dalam usaha ke arah pembangunan lestari (PBB 1997). Agenda itu telah dibawa ke Sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1997 di Rio De Janeiro. Ia memerlukan tindakan dan promosi corak penggunaan yang meminimumkan tekanan alam sekitar dan memenuhi keperluan asas manusia (Vittersø dan Tangeland 2015). Bab Empat khususnya mengandungi dua bidang program iaitu memberi tumpuan kepada corak penggunaan atau pengeluaran tidak mampan dan merangka strategi dan dasar negara untuk menggalakkan perubahan dalam corak penggunaan yang tidak lestari (Pembangunan Lestari PBB, 1992). Pada September 2015, Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB di New York telah menetapkan agenda untuk Pembangunan Lestari (SD) sehingga 2030 dan mentakrifkan senarai objektif yang perlu difokuskan untuk dicapai dalam tempoh 15 tahun akan datang. Matlamat tersebut kemudiannya ditetapkan sebagai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), yang menyediakan rangka kerja untuk tindakan keamanan dan kemakmuran hari ini dan untuk PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 434


generasi akan datang. Ia juga dikenali sebagai agenda 2030, dengan "tiada sesiapa yang tertinggal". Sebanyak 193 negara bersetuju untuk bergerak ke arah matlamat ini. Kesemua negara tersebut bersetuju untuk menetapkan 17 matlamat yang penting untuk diguna pakai oleh semua negara dengan segera. Dalam matlamat tersebut, 230 petunjuk dan 169 sasaran ditetapkan untuk memperbaiki keadaan global ("17 Matlamat Pembangunan Lestari", 2019). Usaha untuk membasmi kemiskinan dan kekurangan lain mesti dipadankan dengan dasar peningkatkan kesihatan dan pendidikan, mengurangkan ketidaksamaan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Selain itu matlamat ini juga ke arah menangani perubahan iklim serta memelihara lautan dan hutan. SDGs merupakan satu langkah yang gigih untuk membawa pandangan kelestarian kepada rakyat di tempat yang belum pernah dicapai sebelum ini, namun pelaksanaan perubahan dalam kalangan rakyat menjadi perhatian utama (Fleming et al. 2017). Penggubalan SDG memerlukan penyertaan berterusan semua individu. Malaysia telah mengorak langkah dalam usaha mewujudkan pembangunan lestari sejak 1970-an, Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diumumkan untuk merendahkan kekurangan dan mengimbangi ekuiti sosial. Pada tahun 2009, negara merumuskan Model Ekonomi Baru (MEB), yang inisiatifnya mencerminkan tiga elemen (ekonomi, sosial dan alam sekitar) agenda 2030. Tambahan pula, mereka membentuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dengan visi “Memantapkan Pertumbuhan Rakyat” (“Malaysia Sustainable Development Goals Voluntary National review”, 2017). Ikrar kepada Agenda 2030 untuk pembangunan lestari telah diselaraskan dengan strategi dan inisiatif Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11). Justeru itu pembangunan lestari bukanlah perkara baru di Malaysia. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Negara Malaysia sedang menuju kearah mencapai matlamat pembangunan lestari dan berada di landasan yang tepat untuk merelisasikan tujuan ini.(Sustainable Development.UN.ORG, 2019). Takrifan Dan Konsep Penggunaan Lestari Takrifan ini ditafsir secara berbeza oleh penyelidik dan badan institusi (Quoquab dan Mohammad 2017). Hal yang demikian, adalah penting bagi kita untuk memahami penggunaan lestari dengan mentakrifkan konsep itu terlebih dahulu. Perkataan "lestari" merujuk kepada keupayaan untuk mengekalkan, menegakkan atau mempertahankan (The Oxford Dictionary 2013), manakala perkataan "penggunaan" merujuk kepada tindakan menggunakan sumber. Istilah "penggunaan lestari" dilihat oleh sesetengah penyelidik sebagai tindakan untuk "mengambil" sesuatu adalah menggunakan atau memusnahkannya, yang merupakan kebalikan sepenuhnya dari "melestarikan" sesuatu (Peattie & Collins, 2009). Penyelidik yang berbeza telah mentakrifkan penggunaan lestari dengan cara yang berbeza. Ini mungkin kerana penyelidik yang berbeza telah memberi tumpuan kepada aspek yang berbeza dalam fenomena penggunaan lestari. Menurut (Lee 2014) tabiat penggunaan yang bertanggungjawab dari segi ekologi dan sosial, manakala (Hornibrook et al. 2015) mentakrifkannya sebagai amalan penggunaan yang bertindak balas kepada keperluan asas dan memberi tumpuan kepada mendapatkan kualiti hidup. Di samping itu, beberapa penyelidik melihat penggunaan lestari dari perspektif alam sekitar (Hornibrook et al. 2015; Lorek dan Fuchs, 2013; Wolff dan Enherr, 2011). Kesemua kajian ini menyokong untuk mengekalkan corak penggunaan supaya dapat mengurangkan pembaziran serta penggunaan sumber asli secara berlebihan. Sebaliknya, PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 435


(Quoquab et al. 2019) menganggap penggunaan lestari sebagai konstruk multidimensi yang menggabungkan tiga aspek asas: penjagaan kesejahteraan alam sekitar, kualiti hidup dan penjagaan generasi akan datang. Secara keseluruhannya, penggunaan lestari memerlukan penggunaan tabiat penggunaan bijak yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan asas dan tidak menggunakan secara berlebihan. Juga, ia menyokong penggunaan tabiat penggunaan yang mementingkan kehidupan berkualiti dan bukannya keuntungan material. Tambahan pula, ia menggalakkan idea menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang. Konsep penggunaan lestari merujuk kepada tindakan berterusan mengawal keinginan dengan mengelakkan pembelian yang berlebihan serta pembaziran dalam menggunakan barangan dan perkhidmatan. Ia melibatkan kualiti hidup berbanding taraf hidup material, mencadangkan memenuhi keperluan asas manusia (bukan untuk "keinginan" dan kemewahan), menunjukkan penjagaan untuk melindungi dan memelihara sumber asli contohnya meminimumkan penggunaan sumber, sisa dan pencemaran serta mengekalkan sumber asli yang berguna untuk generasi akan datang. Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP) Tinjauan KAP mula digunakan pada tahun 1950-an untuk menilai konsep perancangan keluarga dan bagaimana ia difahami dan diamalkan oleh masyarakat di seluruh dunia (Launiala, 2009 dalam Ahmad et al. 2015). Ketiga-tiga komponen tersebut boleh ditakrifkan seperti berikut; Pengetahuan boleh ditakrifkan sebagai fakta, huraian, maklumat, dan kemahiran tentang sesuatu topik yang boleh diterima melalui pendidikan dan pengalaman. Pengetahuan adalah idea yang menarik untuk dibincangkan oleh ahli falsafah. Menurut (Zhang 2019), pengetahuan ialah ilmu, maklumat dan kemahiran yang diperolehi serta boleh diamalkan dalam masyarakat. Sikap ditakrifkan sebagai bagaimana seseorang itu merasakan dan berfikir tentang sesuatu, kerana ia berfungsi sebagai emosi psikologi sama ada positif atau negatif terhadap amalan seseorang individu (Jekria dan Daud, 2016). Amalan adalah tindakan berdasarkan pengetahuan dan sikap (Babaei et al. 2015). Berdasarkan ketiga-tiga komponen ini, pengetahuan akan membentuk sikap manakala pengetahuan dan sikap akan membentuk amalan (Ahmad et al. 2015). Adalah jelas bahawa pengetahuan dan sikap adalah dua faktor terpenting dalam menentukan amalan (Babaei et al. 2015), kerana kekurangan pengetahuan boleh menjejaskan amalan (Gilany et al. 2017). Pengetahuan alam sekitar adalah pemboleh ubah paling penting untuk meramalkan tingkah laku penggunaan lestari. Penemuan ini adalah selaras dengan penyelidikan terkini mengenai peranan dan pengetahuan dalam niat individu untuk menerima pakai dan menerapkan tingkah laku alam sekitar ( Gkargkavouzi et al. 2019). Ia diperkukuh dengan dapatan daripada (Meyer 2015) bahawa tahap pengetahuan alam sekitar yang lebih tinggi memberi impak positif kepada tingkah laku pro-alam sekitar. Pengetahuan merupakan faktor yang mempengaruhi individu dalam membuat keputusan dalam sesuatu tindakan atau tingkah laku pengguna untuk membuat keputusan pembelian produk atau pelupusan sisa pepejal. Kajian yang dilaksanakan oleh (Taufique et al. 2017) mengesahkan kesan positif pengetahuan dan kepercayaan label eko terhadap pembelian produk berlabel eko sebenar. Sebaliknya, (Goh et al. 2016) mengesahkan bahawa keraguan terhadap tuntutan dan label alam sekitar mempunyai kesan negatif terhadap tingkah laku pembelian hijau. Ini menunjukan individu yang berpengetahuan dalam sesuatu perkara akan membuat keputusan PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 436


berdasarkan pengetahuan yang diperolehi secara langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun, terdapat situasi dimana individu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tidak dapat diterjemahkan dalam tindakannya. Dalam kajian silang budaya, (Minton et al. 2018) menganggap sikap mampan sebagai pengantara antara norma subjektif yang berkaitan dengan pragmatisme dalam sesebuah negara dan dua jenis tingkah laku mampan, tingkah laku mampan normatif dan tingkah laku mampan yang meningkatkan kendiri. Dalam kajian (Sharma dan Jha 2017) menganggap sikap alam sekitar sebagai moderator pada hubungan antara nilai dan tingkah laku penggunaan lestari dan keberkesanan pengguna sebagai moderator antara sikap dan tingkah laku penggunaan lestari. Selain itu, (Ukenna dan Nkamnebe 2017) menguji sikap sebagai pengantara antara pemboleh ubah perencat dan pembolehubah fasilitator serta corak tingkah laku kelestarian di Nigeria. Penyelidikan menunjukkan bahawa golongan remaja mempunyai sikap positif terhadap penggunaan lestari (Geng et al. 2017). Penyelidikan KAP digunakan secara meluas dalam menguruskan pelbagai jenis sisa. Memandangkan pengurusan sisa adalah isu global, ia juga dibincangkan secara meluas oleh masyarakat dunia. Penggunaan KAP sebagai instrumen kajian dalam kajian pengurusan sisa akan membantu dalam menentukan latar belakang demografi yang mempengaruhi proses tersebut. Keberkesanan penyelidikan KAP akan membantu untuk membangunkan output yang baik. Hal yang demikian dapat membantu mencari langkah penyelesaian untuk mengatasi isu atau masalah berdasarkan instrumen KAP. Melalui kajian KAP juga dapat dirumuskan bahawa latihan dan pendidikan yang berterusan dapat membantu dalam meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap tajuk kajian. Peranan Gender Terhadap Penggunaan Lestari Terdapat kajian yang telah memilih jantina sebagai moderator dalam penyelidikan berkenaan penggunaan lestari antaranya ialah kajian oleh Chekima et al. (2016) mendapati niat pembelian hijau sebagai proksi untuk penggunaan mampan dan pembolehubah demografi yang diuji seperti umur, tahap pendidikan dan jantina sebagai moderator di kalangan pengguna Malaysia. Selain itu, kajian oleh (Bulut et al 2017) yang mengkaji kesan jantina dan generasi ke atas penggunaan lestari. Menurut (Shivakumara et al. 2015) tahap pengetahuan alam sekitar pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah sama. Memandangkan banyak kelebihan kitar semula (mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan, kos pelupusan sampah, penyimpanan tenaga dan sumber asli), pengetahuan, sikap, dan amalan wajar wanita memandangkan peranan aktif mereka sebagai pengurus rumah adalah penting (Moh, 2017). Kajian (Ahamad dan Arifin 2018) yang mendapati tahap pengetahuan tentang penggunaan lestari adalah sama dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Ini bermakna pelajar telah menerima maklumat yang sama tentang penggunaan lestari melalui sistem pendidikan yang sama. Dapatan ini turut disokong oleh kajian berkenaan penggunaan air lestari oleh (Hanifah Mohmadisa, Nasir, Yazid dan Siti Mariam 2017) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan tentang penggunaan air lestari antara pelajar sekolah menengah dan universiti. Keadaan ini disebabkan oleh kesedaran semula jadi pelajar yang membawa kepada pembentukan tingkah laku yang baik dalam kalangan pelajar, serta ciri-ciri sosial dan budaya yang mempengaruhi tahap kepekaan terhadap persekitaran. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 437


METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Soal selidik yang diadaptasi daripada kajian (Ahamad dan Arifin 2018) digunakan sebagai instrumen kajian. Pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar selama empat minggu bermula September 2022. Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (Rujukan: KPM.600-3/2/3-eras(14014)) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (Rujukan: JPWPP.SPD.600-1/1/2 JLD. 15 (67)) dan turut mendapat kebenaran daripada pentadbir sekolah yang terlibat. Sampel kajian Kajian ini disasarkan kepada populasi pelajar tingkatan empat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Penentuan ukuran sampel dalam kajian ini menggunakan jadual penentuan saiz sampel (Krejcie dan Morgan 1970), di mana 5% daripada ukuran sampel akan ditambah untuk mengimbangi soal selidik yang tidak lengkap. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Sebanyak 306 orang pelajar telah terpilih dalam kajian ini. Pelajar yang terpilih terdiri daripada 153 orang pelajar lelaki dan 153 orang pelajar perempuan. Pemilihan pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian kerana mereka telah diterapkan elemen pendidikan alam sekitar dalam mata pelajaran Geografi dan Sains semasa di peringkat menengah rendah. Mereka juga amat sesuai untuk dijadikan sampel kajian kerana tidak terlibat dengan sebarang peperiksaan awam. Kaedah Pengumpulan Data/Instrumen Kajian Borang soal selidik terdiri daripada empat bahagian yang terdiri daripada pengetahuan, sikap dan amalan, serta satu bahagian untuk menentukan jantina responden. Kesemua item yang dipilih mewakili konstruk bagi penggunaan lestari iaitu meningkatkan kualiti hidup, menjamin perlindungan alam sekitar, kecekapan sumber dan memenuhi keperluan generasi akan datang. Hal yang demikian dapat memastikan semua elemen penggunaan lestari terkandung dalam soal selidik. Bahagian A berkenaan maklumat jantina responden. Bahagian B untuk menguji tahap pengetahuan pengunaan lestari. Sebanyak 12 item dalam soal selidik yang disediakan untuk menilai tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan lestari. Bahagian C adalah khusus untuk mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan lestari. Pelajar diminta untuk menyatakan persetujuan terhadap kesemua 12 peryataan yang diberi. Kesemua item akan diukur menggunakan Skala Likert 5 mata bermula dari SS- Sangat setuju, S-Setuju, TP-Tidak pasti, TS-Tidak setuju dan STS-Sangat tidak setuju. Bahagian D adalah khusus untuk menilai tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan pelajar. Sebanyak 20 item yang disediakan dalam bahagian ini. Item-item yang dibina dalam bahagian ini dinilai dengan menggunakan Skala kekerapan iaitu 1-Tidak Pernah, 2-Jarang, 3-Kadangkala, 4-Sentiasa. Lima ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang penggunaan lestari telah dirujuk untuk menentukan kesahihan item tinjauan. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 438


tingkatan empat dengan tujuan untuk menilai kebolehpercayaan instrumen tersebut. Hasil ujian rintis menunjukkan kesemua item mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach (α) antara 0.76 hingga 0.87. Kaedah Analisis Data Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferens. Analisis deskriptif menggunakan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan. Responden diberikan markah individu berdasarkan jawapan yang telah diberi. Jumlah markah individu responden dikategorikan kepada tiga kategori seperti yang digunakan dalam pelbagai kajian KAP antaranya (Firdaus Siau et al. 2015; Abdullahi et al. 2016; Panigrahi et al. 2017; Sobri dan Rahman 2016; Wanyama et al. 2015; Yimer et al. 2013; Raina 2010; Gizaw et al. 2014; Koo et al. 2015). Analisis inferensi iaitu Ujian T Dua Sampel Bebas digunakan untuk menganalisis perbezaan dalam pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari mengikut jantina manakala Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara pengetahuan , sikap dan amalan penggunaan lestari. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Analisis deskriptif dijalankan bagi menjawab persoalan kajian dengan mendapatkan kekerapan, peratus, min skor dan sisihan piawai Analisis inferensi melalui Ujian Parametrik iaitu Ujian T Dua Sampel Bebas digunakan untuk mendapatkan perbezaaan antara pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari berdasarkan jantina manakala Ujian Korelasi Pearson dijalankan bagi melihat hubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan lestari. Profil sampel kajian Analisis jantina responden melibatkan 306 pelajar tingkatan empat. Jadual 1 menerangkan secara terperinci profil sampel kajian ini. JADUAL 1. Taburan responden. Kategori Profil responden Kekerapan (f) Peratus (%) Jantina Lelaki 153 50.0 Perempuan 153 50.0 Sebanyak 153 (50.0%) pelajar lelaki dan 153 (50.0%) pelajar perempuan tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Mereka adalah pelajar daripada 11 buah sekolah menengah yang terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya. PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 439


Tahap pengetahuan pelajar terhadap Penggunaan Lestari Jadual 2 menunjukkan terdapat dua daripada 12 item mengenai pengetahuan pelajar tentang penggunaan lestari yang mendapat lebih daripada 99% jawapan betul, iaitu: Kita perlu menjaga sumber air daripada pencemaran sebanyak 100% (n= 306) dan Kaedah atau amalan 3R (kitar semula, guna semula dan kurangkan penggunaan) boleh mengurangkan penjanaan sisa dengan ketara sebanyak 99.3% (n= 304). Manakala, peratusan yang tinggi bagi jawapan yang salah daripada 12 item yang dipilih oleh pelajar ialah: Penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekurangan sumber tersebut pada masa hadapan iaitu sebanyak 13.1% (n=40); Terdapat kebimbangan yang mendesak untuk melihat sumber boleh diperbaharui kerana sumber asli semakin berkurangan sebanyak 10.5% (n=32). Markah diberikan berdasarkan jawapan pelajar iaitu jawapan yang betul diberikan (1) markah dan jawapan yang salah diberikan (0) markah. Oleh kerana bahagian ini mempunyai 12 item maka markah maksimum yang akan diperolehi oleh pelajar adalah 12 markah. Secara keseluruhanya, markah terendah yang diperoleh oleh pelajar ialah 3 (n=1, 0.3%) manakala yang tertinggi ialah 12 (n=156, 51.6%) dengan jumlah skor min 10.98 dan sisihan piawai 2.79. Seterusnya jumlah markah pelajar akan dikategorikan mengikut peratusan seperti berikut: a) Markah kurang daripada 60%: pengetahuan rendah b) Markah 60% hingga 80%: pengetahuan sederhana c) Markah 80% hingga 100%: pengetahuan tinggi Berdasarkan pengiraan markah atau skor yang diperolehi secara individu seperti yang ditunjukkan di Rajah 1 menunjukkan tahap pengetahuan penggunaan lestari pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi 85.2% (n= 261) selebihnya pada tahap pengetahuan sederhana 10.2% (n=31) dan pada tahap rendah 4.6% (n=14). JADUAL 2. Kekerapan dan peratusan pengetahuan penggunaan lestari berdasarkan item Bil Item Perkara Betul n(%) Salah n(%) 1 Kualiti alam sekitar memberi kesan langsung kepada kesihatan manusia 301(98.4%) 5(1.6%) 2 Sumber semula jadi seperti tumbuhan, air, dan mineral adalah aspek penting untuk menentukan kelangsungan hidup manusia 300(98.0%) 6(2.0%) 3 Kerosakan ekosistem sangat dipengaruhi oleh tingkah laku manusia 282(92.2%) 24(7.8%) 4 Kita perlu menjaga sumber air daripada pencemaran 306(100%) 0 5 Penggunaan plastik perlu dikurangkan kerana ia berbahaya kepada alam sekitar 302(98.7%) 4(1.3%) 6 Kaedah atau amalan 3R (kitar semula, guna semula dan kurangkan penggunaan) boleh mengurangkan penjanaan sisa dengan ketara 303(99.0%) 3(1.0%) 7 Sumber semula jadi seperti bahan api fosil, tumbuhan semula jadi, air, mineral dan arang batu adalah terhad 268(87.6%) 38(12.4%) PROSIDING e-Kolokium Pendidikan Sains 2023 440


Click to View FlipBook Version