The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68290885, 2022-07-18 00:55:09

Jalan Pulang

Cerpen

kedaulatan Negara Debunga Wangi. Sehingga rakyat menjadi mangsa
kepedihan dan kesengsaraan!” dia menambah lagi dengan panjang lebar.

Sekali lagi dewan universiti bergema dengan suara sorakan dan
tepukan daripada mahasiswa-mahasiswa. Sebagai tanda sokongan padu
terhadap permulaan semangat perjuangan. Yang dibakar oleh Bujang.

“Sebagai permulaan kita selaku mahasiswa di universiti ini yang
bernaung atas nama persatuan harus bangkit dan bangun membela
nasib rakyat. Yang menjadi mangsa penindasan akibat daripada
peperangan. Kita mesti desak Dato’ Bendahara Jaka Rabung, Ketua
Pemimpin-pemimpin Tertinggi negara kita agar segera menghentikan
peperangan. Dan memberikan sepenuh perhatian semula kepada
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Jika dia gagal berbuat demikian
maka persatuan kita akan berjuang habis-habisan seperti di medan
perang. Bagi membela nasib rakyat di tanah air yang tercinta ini!” laung
Bujang untuk terus menyalakan api semangat perjuangan kepada
kawan-kawan. Yang belajar seuniversiti dengannya.

Bunyi tepukan dan suara sorakan kuat mahasiswa-mahasiswa
terus bergema. Menyelubungi seluruh ruang dewan universiti itu.
Ternyata apa yang diperjuangkan oleh Bujang itu demi membela nasib

351

rakyat mendapat sokongan yang kuat. Daripada kawan-kawannya
melalui persatuan mahasiswa.

Suasana di Negara Naga Sakti lalu menjadi huru-hara dan kacau-
bilau. Akibat daripada pemberontakan yang dilakukan bersama oleh
persatuan mahasiswa yang diketuai Bujang dan rakyat.

Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh persatuan mahasiswa dan
rakyat sukar dikawal pasukan keselamatan. Ramai yang terkorban dan
cedera. Dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan
pasukan keselamatan.

Begitu juga dengan kemusnahan harta benda. Kumpulan
pemberontak bertindak liar dengan membakar bangunan-bangunan
yang terdapat di Negara Naga Sakti. Sehingga suasana dipenuhi dengan
asap hitam menebal dan julangan api yang marak. Darurat terpaksa
diisytiharkan manakala pejabat, kedai dan sekolah ditutup. Dengan
perintah berkurung dikuatkuasakan dan kegiatan harian rakyat di
Negara Naga Sakti menjadi lumpuh.

Dato’ Orang Kaya Jingga, Ketua Negara Naga Sakti lalu
meninggalkan negara. Apabila keadaan huru-hara dan kacau-bilau yang

352

dicetuskan oleh kumpulan pemberontak gagal dikawal oleh pasukan
keselamatan.

Dari jendela kaca di dalam biliknya Dato’ Bendahara Jaka Rabung
hanya mampu termenung dan melihat gelombang kebangkitan
persatuan mahasiswa dan rakyat berkumpul di depan pejabatnya
mendesak agar dia segera menghentikan peperangan dan meletakkan
jawatan.

353

24

KEMBALI

Bosan!

Sudah lama dia di sini di sebuah kota yang amat asing bagi
dirinya. Tenggelam dalam kelemasan dan ingin pulang semula ke tempat
asalnya. Yang nyata dia hanyut dalam arus pembangunan. Hingga dia
lupa pada asal usulnya. Mengapa? Entahlah! Kadang-kadang dia sendiri
tidak mengerti. Adatlah tu. Penghuni kota semuanya berlumba-lumba
mengejar pembangunan. Dalam konsep siapa cepat akan berjaya dan
siapa yang lambat akan ketinggalan.

Hipokrit? Memang tidak dapat dinafikan lagi. Kebenarannya
memang ada di mana-mana saja. Manusia tidak mahu mengaku kalah.
Baik dari golongan bawahan mahupun golongan atasan. Terpaksa
berpura-pura dalam menyerap bencana itu. Persoalan yang tak putus-
putus menendang benaknya tika ini.

Hari itu, dia telah mengambil keputusan tidak mahu pergi bekerja.
Matlamatnya ingin mengitari seluruh perut kota sebagai pengembara

354

yang sedang mencari sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya. Dia
masih merasa belum puas.

Kota terlalu besar. Dan apa yang ada di dalamnya? Dia sendiri
tidak tahu. Persoalan yang sentiasa mengisi kotak fikirannya. Hari itu
cuaca cerah sahaja. Bola matahari tepat di kepala. Jalur-jalur
cahayanya kelihatan amat jelas sekali menyinari alam semesta.

Bahangnya terasa amat ketara sekali menggigit permukaan kulit.
Pedih mencakar-cakar. Sementara penghuninya bertebaran di mana-
mana saja mengisi seluruh ruang kota. Tak ubah seperti dilanggar
garuda. Kadar penghuninya kian bertambah dari masa ke semasa.

Jalan raya dipenuhi dengan pelbagai rupa kenderaan.
Memuntahkan asap hitam dan gas beracun. Penyakit. Zahirnya memang
ada, batuk-batuk dan lelah. Hospital dan klinik boleh dikatakan saban
hari terpaksa menampung jumlah pesakit yang ramai.

Pencemaran! Amat merungsingkan fikirannya. Pohon-pohon
semuanya telah ditumbangkan oleh raksasa bergigi besi untuk projek
pembangunan. Fikirannya enggan berhenti berbicara. Berputar ligat bak
kipas. Mimpi! Tidak! Dia sebenarnya tidak bermimpi. Ia adalah sebuah
kenyataan yang kini sedang membelenggu hidupnya.

355

Satu persoalan yang timbul ialah apakah kita benar-benar kini
menghayati erti kemerdekaan yang sebenar? Apakah kita sudah lupa
pada Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Leftenan
Adnan serta pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain? Mereka semua
telah berkorban demi negara yang tercinta.

Cita-cita mereka cuma satu iaitu mengusir penjajah dari bumi
yang bertuah ini. Demi kemerdekaan anak cucu-cicit mereka. Alangkah
beruntungnya kita. Dia lantas diam membisu seribu bahasa.

Kakinya belum mengenal erti penat. Terus menapak. Matlamatnya
yang satu itu belum lagi tercapai. Dia tidak akan pulang selagi tidak
menemui jawapan itu. Kompleks membeli-belah tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Ia lebih peka mengajar pelanggannya ke arah
pembaziran yang berleluasa dan budaya lepak di kalangan remaja.

Ditenungnya muka mereka semua satu persatu. Sebagai daun
hijau yang masih muda lagi. Harapan negara pada masa depan. Maju
mundurnya negara sebenarnya adalah terletak di atas tangan mereka.
Andainya mereka lemah, negara mudah dijajah oleh kuasa asing.

356

Mereka nampaknya sudah lupa pada budaya yang menjadi
pegangan datuk nenek moyang mereka dulu. Lebih agresif dengan
budaya barat. Rock, rap dan GQ yang kini di mana-mana.

Atas alasan yang kukuh bahawa mengikut peredaran zaman. Aku
tak setuju! Hatinya memberontak kuat. Geram! Dia seolah-olah
melepaskan protes yang telah lama bersarang di dadanya dan dia nyata
sekali membantah sekeras-kerasnya.

Mengapa kau mempunyai alasan begitu? Terdengar suara-suara
yang inginkan kepastian yang penuh darinya.

Kita mempunyai budaya sendiri. Mengapa harus meniru budaya
orang lain? Tambahnya lagi dengan penuh berkobar-kobar. Suara itu
membalas dengan ketawa yang terbahak-bahak seperti bunyi motosikal
yang tersumbat enjinnya.

Sial! Rungut hati kecilnya.

“Lu, kolotlah brother!”

“Ketinggalan zaman!”

357

“Lu, apa peduli. Gua punya sukalah!”

“Brother, lu kampung marilah!” Demikianlah antara jawapan yang
menyumbat cuping telinganya.

Suhu darahnya kian mendidih. Umpama singa yang lapar mahu
menyambar mangsanya. Namun dia tetap bersabar. Dunia sekarang
sudah berubah bukan seperti dulu lagi. Tak mengapa. Biarkanlah!
Asalkan mereka tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai manusia dan
tidak mendekatkan diri dengan dadah.

Dia pantas berlalu pergi dari situ. Meninggalkan mereka yang
masih terkinja-kinja lagi. Seronok dengan dunia remaja yang mereka
alami.

Sebentar kemudian sebuah kereta Mercedes Benz yang berwarna
hitam melintasi di depannya. Ia milik seorang lembaga pengarah
Syarikat Seroja Holdings Sdn. Bhd. Harta kekayaannya melimpah-
limpah. Rumahnya sebuah banglo mewah tiga tingkat yang terletak di
Ukay Height.

Siang dan malam asyik memburu kekayaan.

358

Tapi sayang, dia amat jahil dalam soal agama. Hidupnya penuh
dengan dosa dan maksiat. Lebih banyak menghabiskan masa dengan
dosa dan maksiat. Lebih banyak menghabiskan masa mengunjungi bar
dan pub. Berkawan dengan perempuan-perempuan yang cantik serta bir
dan wiski malah judi. Banyak melakukan penyelewengan dan
menggelapkan wang syarikat sesuka hati.

Dia hidup mewah dan bersenang-lenang, sedangkan orang
bawahannya hidup dengan penuh derita. Dan yang lebih dahsyat lagi
dia tidak pernah bersembahyang, berpuasa dan mengeluarkan zakat.

Malah dia tidak pernah langsung mengenal isi-isi yang terkandung
dalam al-Quran dan hadis. Menjejakkan kaki ke masjid jauh sekali
seumur hayatnya. Fardu Jumaat selalu tuang saja. Sibuk dengan
urusan dunia hingga melalaikan akhirat.

“Kenapa kau jadi begini?” soalnya pula.

“Aku ingin menikmati hidup yang penuh mutlak,” jawab ahli
lembaga pengarah itu dengan megah dan angkuh.

359

“Tapi, kau sebenarnya lupa bahawa dunia ini hanyalah sementara
waktu sahaja sedangkan akhirat jualah yang kekal abadi buat selama-
lamanya,” nasihatnya lagi tak henti-henti.

“Aku mengerti itu semua!”

“Habis? Bila kau nak bertaubat?”

“Dah tua nanti,” jawabnya begitu mudah sekali.

Dia lantas terperanjat bila mendengarnya. Dan menggelengkan
kepala. Namun hati kecilnya tetap berdoa moga Tuhan akan
membukakan pintu hatinya ke arah jalan yang benar.

Kereta mewah itu terus menderu laju hingga meninggalkan asap
saja. Dia sebaliknya meneruskan perjalanan. Tiba-tiba matanya
ternampak seorang pegawai kerajaan sedang bermaharajalela menerima
rasuah.

Tanpa berlengah lagi dia lantas menghampirinya.

“Mengapa kau lakukan kerja yang terkutuk ini, hah?” dia
menyergah pantas. Pegawai itu pula mengangkat muka ke arahnya.

360

“Demi untuk kesenangan hidup!” balasnya senang.
“Bukan begini caranya. Carilah rezeki dengan cara yang halal dan
direstui oleh Tuhan,” ujarnya bertubi-tubi kali.
“Habis?” Pegawai itu mendongakkan mukanya.
“Bukankah ia salah di sisi undang-undang.” Dia cuba
mengingatkan.
“Benar!” pegawai itu menganggukkan kepala.
“Kau dah kahwin?” soalnya lagi tak henti-henti.
“Sudah!” jawab pegawai itu pantas.
“Berapa orang anak kau?”
“Lima,” jawabnya ringkas.
“Semua sudah bersekolah?”
“Sudah.”

361

“Apa yang terjadi kepada mereka semua kalau kau
dipenjarakan?”

Ternyata dia bukan jenis yang mahu mendengar nasihat.

“Kenapa kau sibuk sangat?” pegawai itu naik berang.

“Sekadar mahu mengingatkan,” balasnya.

“Itu bukan urusan kau!”

“Benar!” dia mengangguk kepala.

“Aku tidak mahu melihat kau menyesal nanti!” sambungnya lagi.

“Mengapa kau harus heboh?”

Dia lantas diam dan enggan mengeluarkan kata-kata. Mulutnya
seolah-olah terkunci rapat.

Rasuah sudah menjadi darah dagingnya. Itu saja cara yang
mudah untuk memperolehi sumber kekayaan bukan dengan cara
bertungkus-lumus. Hingga melupakan konsep bersih, cekap dan

362

amanah. Sedangkan slogan dan kempen bergema di mana-mana saja.
Tapi tak diendahkannya langsung.

Entahlah.

Dia sendiri kadangkala tidak mengerti. Hidup manusia memang
aneh. Penuh dengan aneka ragam. Rambut sama hitam tapi hati lain-
lain. Sampai bila dia harus bersubahat dengan musuh negara itu.
Seberkas pertanyaan membelenggu benaknya.

Siapa jiran yang tinggal di sebelah rumah kau itu?

Kalau tak silap aku, dia adalah seorang ahli perniagaan. Isterinya
bekerja? Persoalan itu tak henti-henti menerjah fikirannya sejak dari
tadi. Yang itu, aku kurang pasti. Jawabnya pendek saja.

Mengapa jadi begini? Apakah kau sudah lupa bahawa agama
Islam sejak zaman Nabi Muhammad telah menekankan perpaduan
ummah dalam konsep hidup berjiran?

Tidak! Aku tidak pernah lupa itu semua.

Dan dia terus meneroka alam kota.

363

Seorang pemuda sedang khayal menghisap dadah di belakang
lorong Masjid India.

Keadaan dirinya sungguh menyedihkan. Di mana badannya kurus
dan matanya cengkung. Ini semua adalah bahana najis dadah yang
menjadi musuh negara.

“Kenapa kau jadi begini?”

“Aku sebenarnya putus cinta …,” jawabnya lemah dan tak
bertenaga lagi.

“Jadi, kau memilih dadah sebagai jalan yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah yang kau hadapi?”

“Ya!” dia menganggukkan kepala.

“Bagaimana kau memperolehi wang membeli benda haram itu?”
soalnya dengan penuh rasa simpati campur sayu. Pemuda itu
mengangkat mukanya perlahan-lahan. Dan berkata:

“Aku terpaksa mencuri dan dari upah menjaga serta mencuci
kereta.”

364

“Dulu kau kerja di mana?” soalnya lagi.

“Jabatan Kerajaan.”

“Apa jawatan kau?”

“Kerani Am dan aku hampir-hampir dinaikkan pangkat. Tapi ….”
Dia berhenti bercakap. Seolah-olah tak berkuasa lagi untuk
meneruskannya.

“Kau harus insaf dengan kembali semula ke pangkal jalan. Serta
menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Dan
bukannya menjadi sampah masyarakat,” nasihatnya bertubi-tubi.

Wajah pemuda itu kian layu.

“Tak boleh!” pemuda itu menggelengkan kepala.

“Mengapa?” tanyanya dengan penuh kehairanan.

“Kerana ia telah menjadi sebahagian daripada hidupku ….” Dia
berterus terang dan lantas mengeluh sendirian.

365

Secara zahirnya hidup ini penuh dengan pelbagai onak dan duri-
duri yang amat menyakitkan yang harus ditempuh. Pemuda itu terus
khayal dengan heroin, jarum, lilin dan sudu. Matanya tak berkelip-kelip
memerhatikan peristiwa yang amat ngeri itu.

366

25

CALON

Dia sebenarnya dicalonkan untuk menjadi Pengerusi syarikat.
Berkuasa penuh. Segala cakap yang keluar daripada mulutnya tidak
boleh dibantah. Keputusan adalah muktamad. Tambahan pula dia bakal
memegang saham yang tertinggi dalam syarikat. Duduk dan
menyandarkan tubuh pada kerusi eksekutif sambil berpusing ke kiri
kanan. Dalam bilik yang dikepung oleh mesin penghawa dingin.

Yang nyata dia benar-benar berlagak seperti seorang calon.

Bak kata orang angan-angan Mat Jenin. Ingin memeluk Puteri
Raja akhirnya terjatuh pokok kelapa. Apa salahnya? Setiap manusia
yang hidup di atas muka bumi ini memang mempunyai cita-cita. Kalau
tidak hidup sudah tentu kosong.

Kata putus belum dicapai. Biarpun Datuk Osman akan
mengundurkan diri dari jawatan Pengerusi. Mahu menumpukan seluruh
perhatian terhadap amal ibadat dan keluarga. Dia sudah lama
bergelumang dengan dunia perniagaan. Seperti sudah menjadi darah

367

daging. Kini tampuk Pengerusi harus dilepaskan untuk memberi
peluang kepada orang lain untuk menjawatnya.

Sebaik-baik sahaja mesyuarat tamat, dia pantas keluar dari bilik.

Tanpa memandang muka Datuk Osman serta kakitangan syarikat
yang lain. Dia mengatur langkah perlahan.

“Karim!”

Kedengaran suara memanggil namanya.

Dia berhenti seketika dan menoleh ke belakang. Muncul Zaid.
Berambut lurus dan berbadan tegap. Perlahan-lahan dia menghampiri
Karim yang masih tercegat berdiri.

“Macam mana dengan peluang kau, Karim?” tanya Zaid lagi.
Sambil membetulkan tali leher.

Dia tidak menjawab. Sebaliknya menoleh ke kiri kanan. Jam di
dinding tepat menunjukkan pukul 4.30 petang. Suasana di ruang
pejabat macam dilanggar garuda. Kakitangan yang lain telah pulang ke

368

sarang masing-masing. Aina yang merangkap sebagai setiausaha Datuk
Osman masih lagi bersolek di tempat duduknya.

Mata Zaid tunak menanti jawapan Karim. Dia mengeluarkan
suara senang:

“Peluang tetap cerah.”

“Rekod kau memang baik,” Zaid cepat menyampuk bagai sang
helang menyambar mangsa. Dia ketawa kecil. Begitu juga dengan Zaid.

“Hidup perlu berpura-pura,” tekan Karim pula. Serentak
melangkah masuk ke dalam bilik. Zaid mengikuti dari belakang.

Daun pintu segera terkuak.

Karim terus menghampiri jendela kaca. Dia melontarkan
pandangan ke bawah dari bangunan yang setinggi 15 tingkat terletak di
Jalan Duta.

Titis-titis hawa dingin bagai berpeluh terlekat pada kaca jendela.
Kesejukan mesin penghawa dingin mengepung seluruh ruang bilik.
Sesekali Karim menyelak kain langsir yang berwarna biru laut serta
berbunga putih dan merah. Bola mentari kian meninggi di kaki langit.

369

Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari seluruh bandaraya Kuala
Lumpur. Deru kenderaan berlibur di atas jalan raya. Pembangunan
menjadikan manusia semakin ramai.

Zaid telah lama melabuhkan punggung di atas kerusi. Kedua-dua
biji matanya tidak berkelip-kelip memerhatikan gelagat Karim. Yang
menjadi sahabat karibnya.

Karim memalingkan muka.

“Bagaimana dengan tender yang akan datang?”

“Beres!”

“Berapa peratus untuk bahagian kita?” Soalan yang biasa timbul.

Zaid membetulkan duduk.

“Lumayan sekali!” Dia menyilangkan kaki di atas paha.

Karim masih lagi berdiri di sisi meja yang berbentuk empat segi.
Kemudian bergerak perlahan-lahan untuk melabuhkan punggung di
atas kerusi. Dia sempat mencuri pandang fail yang berwarna hijau tua

370

di atas meja. Memorandum yang amat penting sekali. Berkaitan dengan
tender yang menunggu untuk ditandatangani oleh Datuk Osman. Hanya
tawaran dua kali ganda iaitu sebanyak RM 990,000.00. Karim berjaya
menjadi sang penakluk. Huh hebatnya!

Dia melonggarkan tali leher.

Tubuh tegap itu disandarkan pada kerusi empuk. Sekejap-sekejap
dia memandang ke atas. Dinding konkrit bercat putih.

Zaid memancung lamunannya.

“Kau menjadi orang kepercayaan Datuk. Tentu sudah faham
dengan tugas yang bakal kau pikul.” Dia mendongakkan kepala tinggi.
Dan cepat memotong:

“Maksud kau untuk meyakinkan dia.”

“Sudah tentu!” Zaid menyokong pendapat itu.

“Kau jangan bimbang, Zaid. Serahkan segala-galanya pada aku.”
Karim berperasaan megah. Dia yakin segala rancangan yang diatur akan
berjalan dengan lancar. Tanpa sebarang halangan dan rintangan. Datuk

371

Osman pasti akan tunduk. Tak lama lagi dia akan berundur dari
jawatan Pengerusi setelah sekian lama bergelumang dengan syarikat.

Masa depan Karim semakin cerah.

Ibarat sang suria yang terbit di waktu pagi. Zaid melontarkan
pandangan ke arah bangunan-bangunan yang tinggi mencakar langit.
Setelah lama, dia kembali semula menyapu muka Karim yang bulat
berbujur sirih. Dia bersuara tegas:

“Karim, aku harap kau tidak lupa pada janji.”

Dia tertawa kecil bila mendengarnya.

Kedua-dua belah mata hampir tertutup. Begitu juga dengan
kedua-dua belah bahunya terangkat. Zaid berwajah serius. Kemudian
Karim bersuara:

“Tentang kedudukan kau?”

Dia mengingatkan Zaid semula.

“Kau akan diberi kuasa sebagai Timbalan Pengerusi syarikat.
Malah kau akan menjadi pemegang kedua tertinggi saham syarikat.”

372

Ia bukan teka-teki. Atau sekadar untuk menduga Zaid.

“Tanpa persetujuan daripada ahli-ahli lembaga pengarah yang
lain.”

“Ya!” angguk.

“Jadi kau takut akan diisngkirkan?” tanya Karim. Sambil
membelek-belek fail tawaran harga tender. Dia pantas menutup semula.
Dan meletakkannya di atas rak besi yang terletak di sudut meja.

Zaid tak henti-henti menyoroti persoalan itu.

“Manusia memang mudah lupa daratan.” Dia mengutip semula
kata-kata itu.

Karim tidak mengendahkan langsung. Tidak gusar sama sekali
dengan ingatan itu.

“Nampaknya kau meragui semangat setiakawan yang telah lama
kita bina.” Kata-kata yang terkeluar daripada mulut Karim.

373

“Tidak!” Zaid mengalihkan perhatian pada permukaan permaidani
yang berwarna merah hati.

Dia berwajah selamba. Dan berkata:
“Zaid, kita dah lama berkawan. Takkanlah tergamak aku hendak
menipu kau.”

“Sedangkan pantai boleh berubah sekejap masa, inikan pulak
manusia.” Zaid menguatkan lagi hujah-hujah. Macam seorang
peguambela mengendalikan perbicaraan kes pembunuhan di
mahkamah. Untuk membuktikan yang tertuduh tidak bersalah dan
dibebaskan daripada sebarang hukuman.

“Kau anggap aku tidak berpegang pada janji?”

“Bak kata orang kerbau dipegang pada tali manusia dipegang
pada janji.”

Perdebatan antara Karim dengan Zaid semakin hangat. Setiap
janji harus dikota. Bukannya angan-angan kosong. Itulah amalan hidup
Zaid. Walaupun melakukan perbuatan yang serong dan penuh noda.

374

Hawa dingin terasa segar menyapu permukaan kulit. Seperti air
terjun di pinggir kali.

“Kau jangan bimbang, Zaid 90% saham syarikat ini adalah hak
milik kau,” ikrar Karim berulang kali. Sambil memandang tepat muka
Zaid.

Sungguhpun begitu, Zaid masih jelas lagi menyanggah keyakinan
yang ditimbulkan oleh Karim.

“Karim, kau jangan lupa bahawa kita ada ancaman yang lebih
besar.”

“Ancaman?” Dia terkejut.

“Ya!” Zaid pantas mengangguk-anggukkan kepala.

“Dari siapa?” Karim semakin berminat untuk mengetahui dengan
lebih lanjut lagi sambil membetulkan duduknya.

“Alwi,” jawab Zaid ringkas.

375

“Anak tunggal Datuk Osman. Budak mentah,” Karim membalas
mudah.

“Dia mempunyai hak dalam syarikat ini. Tambahan pula dia
memiliki ijazah dari luar negeri.” Reaksi Karim tidak panik walau sedikit
pun. Dia mengambil jalan pendek.

“Senang!”

“Senang kau kata?”

“Ya!” Karim sekadar mengangguk.

“Maksud kau?”

“Aku ada strategi.”

“Strategi apa?” soal Zaid bertubi-tubi. Umpama muntahan peluru
daripada muncung mesin-gun. Ternyata Zaid masih belum mengerti.

Karim enggan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zaid.
Dia melontarkan pandangan ke arah pintu antik. Sebuah diari hitam
yang berfungsi sebagai catatan harian terletak di tepi sudut meja.

376

Kemudian kedua-dua bola matanya merenung Zaid yang bakal menjadi
rakan kongsi. Sama-sama bersubahat melakukan penyelewengan.

“Aku akan mempengaruhi Datuk Osman.” Perasaan tamak Karim
kian meluap-luap.

“Bolehkah perkara ini berhasil?”

“Mengapa kau kata begitu?” Karim kembali menyoal Zaid.
Serentak mendongakkan kepala tinggi sedikit.

Suara Karim bergetar menembusi celah-celah dinding.

“Zaid, kalau tak berjaya jangan panggil aku Karim!” ujarnya
dengan penuh bongkak. Dia yakin seratus peratus rancangan yang jahat
ini pasti berjaya.

Sementara itu, Zaid nampaknya masih lagi merasa was-was.

“Tapi soalnya sekarang Alwi seorang golongan yang terpelajar.”

“Ahhh,” sanggah Karim tak putus-putus.

377

“Datuk boleh disuntik.” Karim tidak bimbang.

“Tapi ….”

“Sudahlah tu, Zaid,” Karim begitu cepat sekali memancung kata-
kata Zaid.

“Jangan difikirkan sangat. Itu perkara mudah saja.”

Zaid diam. Setelah agak lama kemudian dia beralih ke topik lain
pula.

“Kau kenal dengan Datuk Jamil?”

“Pemilik syarikat Mawar Holding Sdn. Bhd.”

“Kau masih belum lagi membereskan tugas. Untuk menyekat
pengaruh dan kuasa Mawar Holding,” ujar Zaid lagi.

“Apa dia?”

Demikianlah ragam hidup manusia lebih mencerminkan perasaan
cemburu dan iri hati. Pantang melihat kejayaan orang lain. Sentiasa

378

mencari jalan mudah mahupun mengambil masa untuk menjatuhkan
orang yang berada di puncak kejayaan. Tanpa menghiraukan kekuasaan
Allah SWT yang menjadikan manusia dan seluruh alam semesta.

“Datuk Jamil berjaya memperolehi tender membina bangunan
kerajaan di Jalan Ampang sebanyak RM 990,000.00.”

“Mana kau tahu semua ini?” Dia bermuka tinggi. Melihat dengan
penuh teliti Zaid yang bermuka bulat serta berdahi licin. Berkulit kuning
langsat.

“Karim, bukankah kita sentiasa memasang orang di mana-mana
sahaja?”

“Jadi?” Dia ingin kepastian.

Sejak dari dahulu lagi dia tidak mempunyai masalah untuk
mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada Zaid. Mereka berdua
mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama. Mahu menakluki seluruh
empayar syarikat Dinihari Holdings Sdn. Bhd.

“Kita mesti sabotaj bekalan simen mereka. Bila mereka gagal
menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan sudah pasti

379

surat tawaran yang dikemukakan kepada mereka secara automatik
akan dibatalkan. Dan tugas kau ialah untuk mengambil alih sepenhnya
projek yang terbengkalai itu.” Jelas sekali niat jahat Zaid.

Akibatnya dia menerima habuan pujian yang melambung tinggi.

“Kau memang bijak, Zaid!” Dia tersenyum megah. Dan menjawab:
“Karim rancangan ini pasti akan menguatkan lagi kedudukan kau
sebagai Pengerusi syarikat.”

“Dan saham syarikat ini tidak akan goyah selagi kau bertindak
sebagai Timbalan Pengerusi syarikat.”

Perkembangan ini amat menggembirakan sekali hati Zaid. Dia
sudah terbayang ganjaran lumayan yang bakal diterima. Biarpun
terpaksa mendendami orang lain yang bersifat dengki untuk
mendapatkan tender. Tidak seperti orang-orang yang tertentu. Lebih
mementingkan kualiti kerja untuk mencapai kepuasan yang tinggi.
Sepertimana yang dipandang oleh pihak kerajaan. Karim tidak jemu-
jemu mengatur rancangan jahat.

“Aku akan upah orang-orang kita supaya melakukan
penyelewengan terhadap Syarikat Mawar Holdings.”

380

Zaid awal lagi telah pun dapat membaca.

“Sudah pasti harga tawaran yang dikemukakan kepada mereka
lama-kelamaan akan jatuh merosot.”

“Tepat sekali!” Karim mengangguk-angguk.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 6.00 petang. Zaid
bingkas bangun setelah sekian lama memanaskan kerusi.

“OK, Karim! Aku balik dulu!”

“Tapi kau jangan lupa.” Karim macam mengingatkan sesuatu. Dia
disapa kehairanan.

“Lupa apa pulak?”

“Kita berkumpul dan enjoy di pub malam ini pukul 8.00 malam.
Bidadari-bidadari yang jelita sudah lama merindui kedatangan kita.”

“Tentu untuk celebrate, bukan?”

“Kejayaan awal kita,” balas Karim lagi.

381

Mereka ketawa terbahak-bahak.

“Kau tak balik, Karim?”

“Aku akan terus ke pub.”

“Kau tak sabar-sabar lagi,” Zaid menyindir.

“Mahu tidak.” Karim kian ghairah.

“Aku pergi dulu!”

“Silakan!” Dia mengatur langkah lima tapak menghampiri pintu.
Tangan kanannya begitu pantas sekali menarik daun pintu dan apabila
ia terkatup semula bayangannya pun tidak kelihatan lagi.

Karim memasang angan-angan sambil kedua-dua bola matanya
menengadah ke atas.

“Tak lama lagi akan bergelar jutawan dalam sekelip mata,”
ucapnya sendiri. Cita-citanya tinggi seperti Gunung Fujiyama di Negara
Jepun. Tanpa mengira halal dan haram.

382

“Dengan wang dan harta kekayaan, seluruh dunia ini boleh aku
beli,” katanya lagi.

Dia sanggup menzalimi orang lain. Melakukan penyelewengan
wang syarikat.

Malah lebih dahsyat lagi memberi rasuah kepada orang atasan.
Dia juga menganiaya pekerja-pekerja lain yang mendapat perhatian
Datuk Osman. Dengan alasan berpura-pura baik di depan tapi di
belakang kaki judi, arak dan perempuan. Serta tidak berdisiplin. Ada
juga yang telah dibuang dan diturunkan pangkat.

Datuk Osman terpengaruh dengan tuduhan Karim dalam
mengambil sesuatu tindakan. Tanpa usul periksa. Sesungguhnya Karim
menjadi dalang yang bakal menruntuhkan Syarikat Dinihari.

Karim berpoya-poya dengan menggunakan duit syarikat.

Tembelangnya telah berjaya dipecah oleh Salleh yang bertindak
sebagai akauntan syarikat. Dia telah diugut oleh Karim.

“Ingat, Salleh! Kalau perkara ini sampai pada pengetahuan Datuk
ini bermakna keselamatan diri kau terancam!”

383

“Saya tidak takut pada ancaman Encik Karim. Saya lebih
takutkan Tuhan dan tidak mahu bersubahat melakukan kejahatan,”
balas Salleh yang mempunyai sifat-sifat jujur dan amanah.

“Ooh, kau nak tunjuk keras kepala, ya!”

Dia enggan mengalah. Perbuatan jahat amat dipandang keji oleh
Islam.

“Tiada gunanya kita melakukan kemungkaran. Berdosa
hukumnya. Dan kita akan dilontarkan ke dalam neraka jahanam.”
Lagak Salleh macam seorang Tok Imam. Zaid serta-merta menjadi panik
kerana terlibat sama dalam hal ini. Seperti orang yang hilang arah
haluan.

“Habis kita kali ni, Karim.”

“Kita tak akan masuk penjara,” dia menyanggah.

“Tapi dia ada bukti yang cukup.”

“Aku ada rancangan untuk menyingkirkan dia dari syarikat ini,”
tegas Karim pula.

384

“Rancangan apa lagi, Karim?” Zaid seolah-olah sukar untuk
mempercayai kata-kata Karim. Sambil mundar-mandir ke hulu ke hilir.
Macam orang yang hilang anak. Dia tidak senang duduk.

Karim bagai mendapat ilham.

“Aku akan upah orang-orang kita agar mencuri fail akaun
syarikat.”

Rasa cemas Zaid lantas hilang.

“Dengan ini kita tidak akan ditangkap kerana tanpa bukti yang
kukuh. Bukan begitu?”

“Kan senang tu!” Karim melapangkan kedua-dua belah tangan.

Demikianlah taktik Karim untuk menutup setiap kesalahan yang
dilakukannya. Dia merasakan seolah-olah berkuasa dalam dunia ini.
Tanpa menghiraukan Allah SWT yang maha berkuasa ke atas manusia
dan seluruh alam fana ini. Dia dapat melihat setiap perbuatan baik atau
jahat yang dilakukan oleh seseorang manusia itu. Karim benar-benar
tenggelam dalam kemungkaran. Lebih banyak memburu dosa daripada

385

pahala. Sedangkan dunia ini hanyalah penginapan sementara waktu
sahaja sedangkan akhirat jualah sebenar-benar tempat lagi kekal abadi.

Layakkah dia menjadi Pengerusi syarikat?

386

26

CATATAN SEORANG TEMAN

Hisham menatap warkah biru itu. Isinya tertinta kemas dan
padat. Bersama bait-bait kata yang indah lagi puitis. Maknanya terlalu
mendalam. Seperti lautan biru yang terbentang luas. Hingga
membangkitkan kenangan silam. Yang menciptakan memori indah.
Ibarat lukisan yang berwarna. Demikianlah sucinya cinta. Macam
kilauan sebutir mutiara di dasar lautan. Kesetiaan. Menjadi akar cinta.
Tanpa perasaan yang berbelah bagi. Suratan takdir. Penentu segala-
galanya dalam dunia percintaan. Tiada siapa yang berdaya menolaknya.
Sebagai seorang yang bernama manusia kita hanya mampu merancang.
Tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Hisham terpaksa menerima hakikat yang telah ditentukan.
Hafizah, seorang sahabat yang mempertahankan kejujuran dan
keikhlasan di hati. Biarpun kini terpisah jauh. Dia sedang melanjutkan
pelajaran dalam bidang guaman di seberang laut. Bagi memenuhi cita-
cita keluarganya. Agar menjadi manusia yang berguna pada agama dan
tak pernah lekang menaburkan bakti pada masyarakat.

387

Hisham berjaya menjadi seorang pendidik. Kenyataannya mereka
berdua berjaya dalam hidup. Sehati dan sejiwa. Itulah yang mereka
turapkan dalam konsep persahabatan. Hisham menatap potret Hafizah.
Merenungnya dalam-dalam. Angin timur yang menyusup masuk melalui
jendela yang terbuka luas seakan-akan membentuk wajah Hafizah di
pandangan mata Hisham. Cantiknya laksana bulan jatuh ke riba.
Kecantikan. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini bebas
memujanya. Ia juga adalah anugerah Tuhan. Begitu juga dengan cinta.
Petang itu cuaca kelihatan redup sahaja.

Hisham membiarkan sahaja angin timur menyapu tubuhnya yang
agak tegap. Kadangkala mengeluarkan bunyi yang sungguh gemersik
menerjah gegendang telinga.

“Hidup ini zahirnya adalah satu perjalanan yang jauh,” Hafizah
bersuara. Dia membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal mayang
hingga mencecah paras bahu. Mengerbang sedikit akibat ditiup angin.

Hisham mengangkat kepala tinggi sedikit dan menjawab:
“Kita umpama pengembara.”

388

“Pengembara?” Tiada kepastian. Sama ada Hafizah mengerti atau
cuma berpura-pura. Bola mata mereka saling berlaga. Dia dapat
merasakan sinar mata Hafizah bagai kaca yang berkilau-kilauan.

Hisham lalu melunjurkan kedua-dua belah kakinya agar rapat
dan lurus. Kemudian dia menghela nafas yang panjang. Dan berkata:

“Hingga sampai ke sebuah pelabuhan. Bersama bekalan yang
cukup.” Mata Hisham tunak.

“Kau nampaknya arif dalam bidang falsafah,” Hafizah segera
memotong. Dia mengutip semula kata-kata itu.

“Aku gemar membaca buku,” terangnya lagi. Hisham berminat
sekali untuk mengolah topik ini dengan lebih lanjut lagi.

“Bahan bacaan yang kau pilih?”

“Yang bersumberkan ilmu pengetahuan am. Tanpanya kita akan
teraba-raba. Tak ubah macam berada di ruang yang gelap-gelita. Lebih
penting lagi dengan banyak membaca akan menjadikan pemikiran
bertambah matang dan tajam.”

389

Macam seorang pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran guru
dalam kelas. Diam seketika. Hafizah tambah ayu bila mengenakan baju
kurung yang berwarna biru air laut. Serta bersulamkan bola-bola manik
yang kuning keemasan dan berkilauan.

Hafizah tidak mahu keadaan ini berlarutan. Kebisuan segera
dipecahkan.

“Melalui tulisan kau mengharapkan golongan bawahan akan
mendapat pembelaan. Bukan begitu?” Dia jatuh hati dengan isu
kemiskinan.

Dia mengukir seribu senyuman di hati. Dia tidak keseorangan
dalam memikul perjuangan. Hafizah turut berdiri teguh di belakangnya
memberi sokongan. Udara berhembus segar. Saujana mata memandang.
Dia menoleh semula ke arah Hafizah. Dan berkata:

“Aku mempunyai prinsip hidup yang sendiri.”

Hafizah nampaknya seperti berpuas hati dengan penjelasan Hafiz
itu. Ungkapan ini amat menarik sekali apabila dipanjangkan.

390

“Antara manusia dan Tuhan mempunyai jurang pemisah yang
amat dalam. Tuhan bersifat pencipta dan berkuasa. Ke atas seluruh
manusia dan alam semesta.”

“Aku amat bersetuju sekali dengan kata-kata kau itu. Kita sebagai
manusia hanya hidup buat sementara waktu sahaja di atas muka bumi
ini. Akhirat jualah tempat buat kita selama-lamanya,” sokong Hafizah
pula.

“Dengan matlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan
pembaca. Kadangkala aku merasa diri ini masih lagi serba kekurangan,”
Hafiz menambah.

Dari segi mesej, Hafizah berwajah ceria dan anggun. Umpama
bidadari dari syurga. Yang turun ke bumi bersama haruman kasturi.

Sepi. Tiba-tiba mengambil tempat. Macam berada di ruang yang
sunyi. Ungkapan ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam
dari segi maksdnya. Mereka enggan berbicara. Seperti ada kuasa yang
mengunci rapat mulut Hisham dan Hafizah. Pohon-pohon yang
menghijau bagai bernyanyi-nyanyi. Sambil meliuk-liuk ke kiri dan
kanan. Di kaki langit gumpalan awan hitam seakin tebal meliputi
permukaannya. Hujan akan turun. Semenjak dari pagi tadi hingga ke

391

petang cuaca amat panas memijar sekali. Semua ini adalah rahmat
Tuhan. Kita harus bersyukur menerimanya. Hisham tidak mahu
keadaan ini berlarutan.

“Mari kita ke sana!” katanya sambil mengangkat kepala menunjuk
ke arah restoran yang terletak berhampiran dengan taman.

“Hari pun dah nak hujan. Terlalu banyak bercakap tekak pun dah
naik kering,” tambahnya lagi.

“Baiklah!” Hafizah sebaliknya tidak membantah dan
menganggukkan kepala. Dia mengukir senyuman kecil. Mereka bingkas
bangun daripada kerusi kayu yang terletak di bawah pohon yang
rendang. Mereka bernasib baik. Setibanya di dalam restoran hujan pun
turun dengan lebat. Pelanggan tidak ramai. Boleh dikira dengan jari
dalam anggaran dua tiga orang sahaja. Hisham dan Hafizah memilih
tempat duduk di sudut yang paling sepi. Bebas daripada sebarang
gangguan. Mereka sama-sama memesan minuman yang sama daripada
pelayan. Dua gelas air fresh orange. Hafizah memecahkan kebisuan.

“Apakah erti sebenar sebuah persahabatan?” Dia nampaknya tak
putus-putus menduga Hisham.

392

“Mempertahankan kejujuran dan keikhlasan tiap waktu dan
ketika,” Hisham menjawab sambil menarik kerusi ke depan sedikit.

Terhenti buat seketika. Pelayan muncul membawa bersama
minuman yang dipesan. Dengan penuh tertib perlahan-lahan dia
meletakkan dua gelas air fresh orange di atas permukaan meja yang
berbentuk empat segi. Hisham mengangkat muka ke atas. Pelayan
bermuka bulat dan berdahi licin. Berkulit kuning langsat.

“Terima kasih!” ucap Hisham.

“Sama-sama!” balasnya sambil mengukir senyuman ramah. Tanpa
menunggu arahan lagi dia pantas beredar pergi dari sisi meja.

“Silakan!” pelawa Hisham lagi.

“Terima kasih!”

Mereka sama-sama menyedut minuman. Hafizah pantas
melepaskan straw yang melekat di bibirnya yang merah bak delima. Dia
menyoroti semula persoalan yang terhenti.

“Kau meragui?”

393

“Kawan yang mudah ketawa memang ramai. Tapi kawan untuk
menangis bersama-sama hanyalah sendiri.” Hisham menghabiskan sisa-
sisa minuman. Bukankah Islam amat melarang keras pembaziran?
Hafizah terus menguji.

“Aku?”

“Tidak sama sekali!” Hisham membalas sambil menggelengkan
kepala. Dia membenarkan kata-kata itu. Bukan sekadar omong-omong
kosong.

“Setiap janji harus dikotakan.” Dia menguatkan lagi hujah-
hujahnya. Macam peguambela dalam perbicaraan kes pembunuhan di
mahkamah. Untuk membuktikan yang tertuduh tidak bersalah. Dan
dibebaskan daripada sebarang hukuman.

Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah kain yang
berwarna hijau muda melitupi permukaan meja. Sekuntum mawar
merah terhias indah dalam jambangan kecil yang berwarna putih.
Kesejukan alat penghawa dingin mengepung seluruh ruang restoran.
Hawanya termampan menembusi di celah-celah dinding yang bercat
putih. Irama muzik yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa.
Hafizah mendongakkan kepala tinggi sedikit. Dan bersuara lembut:

394

“Tentang cinta?” Dia melukiskan senyuman kecil. Hisham menjadi
kaget. Dia tidak menduga sama sekali Hafizah akan menimbulkan
perkataan itu.

“Cinta adalah permainan hidup.”

“Indah seperti rama-rama yang berterbangan mengelilingi bingkai
lukisan,” Hafizah pantas menyampuk.

“Ada orang yang mengibaratkan cinta umpama setitis embun.
Akan kering apabila terbit mentari dari arah timur. Hadirnya cuma
seketika. Tidak semua cinta berakhir dengan kegembiraan.” Dia
mengingatkan Hafizah.

“Maksud kau pengalaman silam?”

Hisham dengan tiba-tiba sahaja berdiam diri. Dia tidak menjawab.
Sebaliknya menengadah ke siling. Berfikir sesuatu. Hafizah tekun
memerhati gelagat Hisham. Setelah agak lama dia kembali mengangkat
muka dan menarik nafas panjang. Dia bersuara:

“Dalam percintaan terselit juga pahit dan manis.”

395

“Ini menjadikan kita agar berfikiran lebih matang dalam
mengharungi dunia percintaan,” ucap Hafizah pula sambil membetulkan
duduk.

Hisham sebaliknya mengangguk-angguk diam. Tanda setuju
dengan pendapat itu.

“Kau pernah jatuh cinta?” Hafizah terus meraih kepastian.

“Cinta monyet. Zaman persekolahan.” Hisham membalas dengan
senyuman kecil.

“Benar!” Hafizah agak tersipu-sipu malu. Tajuk percintaan
semakin hangat.

“Kemuncaknya ialah apabila menaiki jinjang pelamin,” sambung
Hisham lagi. Kemudian kedua-dua biji mata Hisham leka memerhatikan
dua buah gelas yang telah kosong. Ketul-ketul ais juga beransur-ansur
menjadi cair. Hafizah mendongakkan kepala dan bertanya:

“Apakah kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga?”

“Persefahaman, kasih sayang dan saling bertolak-ansur.”

396

“Aku sering berdoa moga Tuhan akan menganugerahkan aku
seorang suami yang beriman dan bertanggungjawab terhadap keluarga.”

“Aku juga begitu. Semoga Tuhan akan mengurniakan aku seorang
isteri yang solehah dan mempunyai didikan agama yang kuat.”

Nilai-nilai agama turut diterapkan dalam soal mencari jodoh.
Alangkah bertuahnya aku kalau kau menjadi suri dalam hidup ini!
Getus hati kecil Hisham.

397

27

MEDAN

Ledakan bom bergema membelah suasana. Bersama percikan api.
Hujan peluru bersimpang-siur. Mayat-mayat bergelimpangan di atas
tanah. Darah merah mengalir membuak-buak. Dari arah bukit
pertempuran sedang berlaku. Utara dan selatan. Lautan tentera Jepun
sukar untuk dibendung lagi. Lebih dua kali ganda daripada pasukan
pimpinan Leftenan Rosli.

Sarjan Talib lalu menghampiri Leftenan Rosli.

“Bagaimana, tuan?” Nada suaranya tercungap-cungap kerana
menahan penat.

Leftenan Rosli pantas mengangkat muka. Matanya tunak.
Kemudian dia lalu menghela nafas yang panjang. Dan berkata:

“Teruskan!”

“Tapi ….”

398

“Sudah! Kita sudah tidak mempunyai banyak masa lagi!” tegas
Leftenan Rosli lagi.

Sarjan Talib terpaksa akur juga dengan arahan daripada ketuanya
itu.

“Baiklah!” Dia menganggukkan kepala. Dan pantas berlalu pergi
dari situ sambil merangkak dengan penuh berhati-hati di celah-celah
batu yang besar. Sementara itu, hujan peluru terus menggila
membaham mangsanya. Leftenan Rosli lantas berteriak:

“Sarjan! Hati-hati saya cover!” Beberapa das tembakan dilepaskan
dan mengenai sasaran. Sarjan Talib tanpa membuang masa lagi cepat
melompat masuk ke dalam kubu yang dikelilingi oleh guni-guni yang
dipenuhi dengan timbunan pasir.

“Serang!” pekik Sarjan Talib dengan penuh semangat sekali.

“Nasir …!” Leftenan Rosli bersuara agak perlahan sedikit.

“Saya, tuan!” jawabnya pantas.

“Awak ambil tempat saya.”

399

“Saya nak lihat keadaan anggota-anggota kita di bawah sana.”
Nasir mengangguk. Tanpa membantah dia melakukan arahan
Leftenan Rosli.
“Cover saya!” Dia tak putus-putus memberi arahan. Nasir terus
menjalankan tugasnya.
“Tuan, hati-hati!”
“Bagaimana dengan keadaan awak, Osman?”
Dia mengangkat matanya perlahan-lahan.
“Tuan …,” Osman mengerang menahan kesakitan.
“Sudahlah, Man. “Awak banyak kehilangan darah. Lebih baik
awak berehat saja!” Leftenan Rosli mendongakkan mukanya sedikit.
Selepas itu, dia lalu mengalihkan pandangan ke arah Rahim pula.
“Rahim, Osman cedera parah. Cepat ambil tempat dia!”

400


Click to View FlipBook Version