"Sampai begitu sekali. Dahsyat sungguh mereka," ujar Deraman
sambil menarik nafas yang panjang.
Tak lama kemudian Tijah muncul sambil membawa dulang yang
berisi minuman.
"Hah, bang, kak jemputlah minum!" pelawa Tijah.
"Pakcik!" ucap Adam sambil mengangguk-anggukkan kepala dan
memandang muka Deraman.
"Saya nak cakap sikit," tambahnya lagi.
"Pasal apa, Adam?" Deraman mendongakkan kepala tinggi sedikit
memandang wajah anak saudaranya itu.
"Berkenaan hutang tu. Saya …," dia terhenti tidak dapat
meneruskan kata-kata.
"Adam!" Dengan cepat Deraman memotong.
301
Dia kemudiannya lalu memandang isterinya yang duduk di
sebelahnya dan kelihatan mengangguk-angguk diam sebagai tanda
setuju dengan apa yang bakal diperkatakan oleh suaminya itu.
"Tentang hutang tu tak usahlah kau bangkitkan, Adam. Lagipun
kau bukannya orang lain. Anak saudara pakcik jugak," Deraman
berkata.
"Betul kata pakcik tu, Adam. Yang penting sekarang Adam harus
berjaya mendapatkan ijazah. Untuk membela nasib keluarga.
Sepertimana yang diharapkan oleh arwah ayah dan ibu Adam," sokong
Mariam pula.
"Pakcik sebenarnya terhutang budi pada Adam. Kerana telah
menyelamatkan nyawa pakcik. Kalau tak …. Entah apalah yang akan
terjadi pada pakcik," luah Deraman.
"Sudahlah tu, pakcik. Saya tak minta semua tu untuk dihargai.
Yang penting pakcik selamat," Adam membalas.
"Pakcik dan makcik minta maaf pada Adam dan jugak kau, Tijah.
Abang benar-benar menyesal. Dengan apa yang telah abang lakukan
302
selama ni …." Nada suara Deraman berbunyi sayu dan tanpa disedari
perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi.
"Kakak pun begitu. Maafkan kakak, Tijah …," Mariam mencelah
sambil turut menitiskan air mata.
"Bang, kak yang sudah tu sudahlah. Abang dan kakak tak ada
salah apa pun dengan saya. Ikatan kekeluargaan kita tetap erat.
Walaupun Abang Majid dah tak ada lagi," jawab Tijah pula sebaliknya.
Apabila mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Tijah itu
Deraman lalu tunduk bersama linangan air mata yang terus mencurah-
curah seperti hujan.
Angin petang yang bertiup lembut bersama bunyi pohon-pohon
bergoyangan dan daun-daun bergeseran bagai merestui penyesalan yang
diluahkan oleh Deraman dan Mariam itu.
303
21
SEORANG MAHASISWA BERNAMA NAZIM
Nazim. Seorang mahasiswa yang mengambil jurusan undang-
undang di salah sebuah universiti tempatan. Dia telah terpengaruh
dengan dakyah parti pembangkang. Esok dia dan kawan-kawannya
akan menyertai demonstrasi jalanan anjuran parti pembangkang
menentang kerajaan.
“Jangan buat kerja sia-sia, Zim. Kau kan masih belajar lagi,”
nasihat Mohsin rakan yang sejurusan dengannya.
“Aku berjuang untuk menegakkan keadilan! Menghapuskan
penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat!”
tegasnya dengan lantang.
“Penindasan apa, Zim? Kerajaan dah beri banyak kesenangan
kepada rakyat termasuk kita sebagai mahasiswa,” Mohsin membalas
pula sebaliknya.
304
“Sudah! Kau jangan nak bersyarah dengan aku. Walau apa pun
yang akan terjadi aku tetap menyokong perjuangan parti pembangkang.
Untuk menegakkan keadilan di negara ini!”
Ternyata kata-kata kawannya itu membangkitkan rasa kemarahan
yang teramat sangat dalam dirinya.
Pihak pembangkang jelas telah dapat mempengaruhi mahasiswa
yang menuntut di institusi pengajian tinggi agar menyokong perjuangan
mereka. Nazim dan rakan-rakannya begitu fanatik terhadap manifesto
yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang untuk menumbangkan
kerajaan. Ketika dia sedang bersiap-siap untuk menyertai demonstrasi
jalanan tiba-tiba kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk. Dia lalu
membukanya dan kelihatan seorang lelaki tua.
“Assalamualaikum!” lelaki tua itu memberi salam.
“Waalaikumsalam!” dia menjawab.
“Boleh pak cik masuk?”
“Ya! Silalah masuk, pak cik!”
305
Nazim kemudiannya mempersilakan lelaki tua itu duduk di atas
kerusi yang terdapat di biliknya.
“Boleh saya tahu pak cik ni siapa?” dia bertanya.
“Tujuan pak cik datang ni adalah untuk memberi nasihat kepada
anak,” jelasnya pada Nazim.
“Nasihat?” Dia berasa amat terkejut apabila mendengar apa yang
dikatakan oleh orang itu.
“Ya!” angguknya dengan pantas.
“Jangan salah pilih jalan, nak,” lelaki tua itu mengingatkannya.
“Apa sebenarnya maksud pak cik ni? Saya benar-benar tak
faham!” katanya dengan hairan.
“Pak cik kasihan dengan anak kerana dijadikan alat oleh
pembangkang,” tambah lelaki tua itu lagi.
“Sudah!” bantah Nazim dengan pantas.
306
“Saya tak mahu dengar nasihat pak cik. Saya nak pergi sekarang!”
Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu meninggalkan lelaki tua
itu seorang diri di dalam biliknya.
“Nak ...!”
Langkahnya lalu terhenti apabila kedengaran suara lelaki tua itu
memanggilnya.
“Pak cik tak mahu anak menyesal nanti.”
“Menyesal?”
“Saya tak rasa menyesal, pak cik!” ujarnya dengan menggeleng-
gelengkan kepala.
“Jalan yang saya pilih ini adalah betul. Selamat tinggal, pak cik!”
Jawapan yang diberikannya sambil memandang wajah lelaki tua itu.
Kehadiran lelaki tua itu lalu diceritakannya kepada Syazwan
sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat perhimpunan yang telah
ditetapkan oleh pihak pembangkang.
307
“Sudahlah tu, Zim. Tak usah difikirkan sangat,” Syazwan
bersuara.
“Dia nasihatkan aku supaya jangan menyokong perjuangan pihak
pembangkang,” dia membalas.
“Dahlah tu. Itu mungkin perasaan kau. Lupakanlah. Apa yang
penting sekarang kita mesti sokong perjuangan pihak pembangkang,”
celah Syazwan pula.
Puluhan ribuan penyokong pihak pembangkang kelihatan
membanjiri tempatan perhimpunan. Ada juga yang membawa anak-
anak.
Tiba-tiba Nazim terpandang lelaki tua yang datang ke biliknya
tadi. Rasa pelik serta-merta menyelubungi dirinya. Macam mana dia ada
di sini? Secebis pertanyaan yang menendang-nendang di hati kecilnya.
Pasukan keselamatan juga berkawal dan bersiap sedia untuk
menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
308
Tak lama kemudian ketua pihak pembangkang pun tiba bersama
dengan orang-orang kanannya. Disambut dengan sorakan dan tepukan
gemuruh para penyokong.
“Kerajaan telah banyak melakukan kezaliman. Kita tak boleh
berdiam diri. Kita mesti tentang habis-habisan. Jika anda semua
memilih pihak pembangkang untuk memerintah dalam pilihan raya
yang akan diadakan tidak lama lagi saya selaku ketua parti ini berjanji
akan membela nasib anda semua!”
Ucapan ketua pembangkang yang mengapi-apikan ribuan
penyokong dan disambut dengan bunyi sorakan dan tepukan sehingga
menggegarkan seluruh tempat perhimpunan.
“Kami sokong pihak pembangkang!”
“Kami mahukan perubahan!”
Pekik para penyokong begitu juga dengan Nazim, Syazwan dan
kawan-kawannya.
“Ayuh! Anda semua. Bangkitlah bersama kami untuk melakukan
perubahan. Hapuskanlah segala penindasan dan kezaliman!” Ketua
309
pihak pembangkang terus membakar semangat para penyokong untuk
bangkit menentang kerajaan.
Serentak dengan itu keadaan yang tadinya aman tiba-tiba
bertukar menjadi tegang.
“Apa tunggu lagi? Mari kita ikut mereka bersama-sama
melepaskan kemarahan!” ajak Syazwan.
“Betul kata kau, Wan. Dengan bertindak liar dan ganas sajalah
jalan yang terbaik untuk mendesak kerajaan agar berundur,” dia
menyambut.
“Nanti dulu, nak!” tahan lelaki tua itu dengan tiba-tiba.
“Pak cik lagi? Apa yang pak cik nak lagi ni? Boleh tak pak cik
jangan ganggu saya?” dia berkata.
Bosan! Jelas nampak di mukanya apabila didatangi oleh lelaki tua
itu.
“Bukan cara begini yang harus anak tunjukkan sebagai seorang
pelajar universiti,” dia menasihatkan Nazim.
310
“Ah! Pak cik pergi dari sini. Saya tak akan dengar nasihat pak cik.
Saya akan tetap berjuang dengan pihak pembangkang demi keadilan
rakyat di negara ini. Faham!” jerkahnya.
Syazwan berasa terperanjat apabila mendengar Nazim
meninggikan suara.
“Hei! Apa kena kau ni, Zim? Kau marahkan siapa?”
“Siapa lagi? Orang tua tulah.”
“Orang tua mana pulak ni?”
“Orang tua yang aku ceritakan pada kau tulah. Dia ada pulak di
sini. Takkan kau tak nampak aku marahkan dia tadi.”
Mendengarkan saja kata-kata Nazim itu membuatkan dia semakin
berasa hairan.
“Apa yang kau merepek ni, Zim? Mana ada orang tua tu. Aku tak
nampak pun!” ujar Syazwan.
“Ada!” sampuknya pantas dengan mengangguk-anggukkan kepala.
311
“Aku tak bohong, Wan!” sambungnya lagi.
“Sudah! Sakit kepala aku melayan kau ni!” potong Syazwan
dengan pantas.
Hairan! Macam mana dia tak boleh nampak orang tua tu? Padahal
dia dekat dengan orang tua tu! Hati kecilnya tak henti-henti berdetik.
Dia kemudiannya mengatur langkah untuk menyertai kumpulan
penyokong pihak pembangkang mencetuskan huru-hara.
Melihatkan keadaan ini peniaga-peniaga di ibu kota telah
menutup kedai mereka. Begitu juga dengan perkhidmatan bas, teksi dan
transit aliran ringan juga tergendala. Akibat daripada demonstrasi
jalanan yang dicetuskan oleh penyokong parti pembangkang.
“Sudah, nak. Mari ikut pak cik balik. Tak usah buat kerja yang
tak berfaedah ni!” larang lelaki tua itu lagi.
“Ah! Kan aku suruh kau pergi! Pergi!” jeritnya pula sebaliknya
dengan sekuat-kuat hati.
312
Sekali lagi Syazwan berasa terkejut apabila melihat kawannya itu
bertempik kuat seorang diri.
“Kau ni dah gila agaknya!” dia lalu menegur Nazim.
“Aku tak gila! Orang tua tu kacau aku lagi!” Dia meninggikan
suara apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Syazwan itu.
Pasukan keselamatan lalu memberi amaran kepada kumpulan
penyokong parti pembangkang supaya bersurai. Namun tidak
diendahkan oleh mereka dan pasukan keselamatan telah bertindak
dengan kuasa yang ada pada mereka. Demi memastikan keadaan
selamat dan tidak membawa darurat kepada negara akibat daripada
rusuhan yang dicetuskan oleh kumpulan penyokong pihak
pembangkang.
Tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan itu
menyebabkan ramai penyokong parti pembangkang telah ditangkap
termasuk Nazim dan dibawa ke tempat tahanan. Nazim kemudiannya
dibebaskan dengan diikat jamin oleh lelaki tua itu.
313
“Terima kasih, pak cik. Kerana telah membebaskan saya. Pak cik
.... Saya minta maaf di atas segala sikap buruk saya terhadap pak cik
....” Dia melahirkan rasa penyesalan dalam nada suara yang perlahan.
“Sudahlah tu, nak. Anak tak ada salah apa dengan pak cik,” lelaki
tua itu sebaliknya menjawab.
“Saya rasa menyesal pak cik. Kalau saya dengar cakap pak cik
dah tentu saya tak jadi begini,” dia membalas.
“Syukur alhamdulillah, nak. Anak telah pun sedar daripada
kesilapan!” Lelaki tua itu mengangguk-anggukkan kepala dan menepuk-
nepuk lembut bahu Nazim.
“Pak cik harap selepas ini anak tidak akan melibatkan diri lagi
dalam demonstrasi jalanan. Ingatlah. Anak adalah seorang mahasiswa
dan tumpukanlah sepenuh perhatian terhadap pelajaran.” Dia tak
putus-putus menasihatkan Nazim.
Memang benar apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu. Kerana
termakan hasutan pihak pembangkang agar membenci kerajaan dia
sanggup bertindak liar dan ganas merosakkan harta benda awam. Yang
seharusnya tidak ada dalam dirinya sebagai seorang yang terpelajar.
314
Dia lalu tersedar daripada mimpi. Kemudian dia mandi dan
menunaikan solat Subuh. Selesai solat Subuh Nazim termenung jauh
memikirkan mimpi yang dialaminya bersama lelaki tua yang
dianggapnya misteri itu.
“Ayah dan ibu anak pasti akan berasa kecewa. Kalau mereka
mengetahui yang anak terlibat dengan demonstrasi untuk
menggulingkan kerajaan. Pihak universiti pula sudah pasti akan
mengambil tindakan tegas terhadap anak. Kerana tidak mematuhi etika
sebagai seorang pelajar. Bayangkanlah betapa ruginya anak kehilangan
peluang menimba ilmu pengetahuan di menara gading dan mendapat
pekerjaan yang baik apabila tamat nanti disebabkan terlibat dengan
demonstrasi jalanan. Pak cik harap anak belajarlah bersungguh-
sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
semester akhir yang akan anak hadapi tak lama lagi.” Itulah yang
diucapkan oleh lelaki tua itu dengan panjang lebar sebelum dia hilang
daripada mimpi yang dialami oleh Nazim.
Rasa keinsafan lalu menyelubungi dirinya. Dia menanamkan
tekad mulai daripada hari ini dia akan berpihak kepada kerajaan dan
berazam untuk memperolehi ijazah sarjana muda kelas pertama dalam
bidang undang-undang. Sebagai membalas jasa dan pengorbanan ayah
315
dan ibunya yang telah bersusah payah membesarkan dan memberi
pelajaran hingga ke peringkat universiti.
Demikianlah kisah seorang mahasiswa bernama Nazim.
316
22
KISAH DONGENG SANG REMBULAN DAN PUNGGUK
Kisah dongeng sang rembulan dan pungguk. Dihikayatkan sang
rembulan dan pungguk adalah lambang setia dalam percintaan. Saling
saying-menyayangi dan pungguk akan berasa kerinduan apabila sehari
tak bertemu dengan sang rembulan. Pungguk akan tetap setia menanti
kedatangan sang rembulan walaupun tidak kelihatan kerana malam
dibasahi hujan. Begitu juga dengan sang rembulan akan lemas di lautan
kerinduan. Bila sehari tak dapat menatap wajah kekasih pujaan
hatinya.
Sang rembulan dan pungguk telah melafazkan janji untuk
sehidup semati. Tetap bersama walau apapun yang akan terjadi. Rela
berkorban demi cinta setia. Dan tak siapa yang dapat untuk
memusnahkan kota cinta yang telah mereka bina bersama.
Demikianlah indahnya kisah cinta sang rembulan dan pungguk.
Mungkin inilah yang dijadikan orang sebagai perlambangan dalam dunia
percintaan Adam dan Hawa. Wajah sang rembulan yang bercahaya
menerangi awan yang hitam dan pekat amat cantik apabila dipandang.
Bersama kerlipan sinar bintang-bintang yang menghiasi dada malam.
317
Kalau ditanya mengapa sang rembulan tidak kelihatan di siang
hari bersama terik panas matahari jawapannya itu adalah kuasa Tuhan.
Mungkin Tuhan mahu kita sebagai manusia yang dijadikannya agar
menghayati suasana alam ciptaannya di malam hari dengan melihat
keindahan sang rembulan.
Pada satu malam sang rembulan berasa amat berdukacita.
Menangis mengalir air mata seolah-olah sesuatu yang menyedihkan
mengusik jiwanya. Pungguk kekasih hatinya yang setia berasa terkejut
dan hairan apabila melihat orang yang dicintainya berasa sedih dan
menangis pada malam ini.
“Wahai kekasih yang aku sayangi sang rembulan. Kenapa kau
nampak sedih hingga menangis? Adakah aku telah menyakiti dan
melukai hatimu?” pungguk lalu bertanya untuk mendapatkan
kepastian.
Mengapa dengan tiba-tiba saja kekasih hatinya ini dibungkus
dengan rasa kedukaan yang teramat sangat?” Sang rembulan sebaliknya
hanya berdiam diri dan tidak menjawab pertanyaan kekasihnya itu.
Makin jadi resah dan gelisah tidak menentu sang pungguk dibuatnya.
Hanya diam bersama rasa duka yang kian membelit wajah kekasihnya
sebagai jawapan kepada pertanyaannya benar-benar menjadikan dia
318
yang bernama pungguk berasa tidak senang apabila melihatnya. Tentu
ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan dia jadi begini bisik hati
kecil pungguk.
Pungguk lalu mengeluarkan nada suara perlahan untuk memujuk
kekasihnya yang sedang dilanda rasa sedih dan duka.
“Sang rembulan ….”
“Aku minta maaf. Kalau membuatkan hati kau terluka …,”
katanya lagi.
Mendengarkan saja kata-kata syahdu pujukan kekasihnya itu
membuatkan hati sang rembulan lalu rasa terusik dan tersentuh.
Dengan sedalam-dalamnya umpama lautan biru yang luas
dipandangnya wajah kekasihnya itu. Sepanjang dia memadu kasih dan
cinta dengan pungguk tak pernah sekalipun dia menyakiti apatah lagi
melukai hatinya. Tak sanggup rasanya untuk dia membiarkan pungguk
dibalut rasa kegelisahan apabila melihat dia menunjukkan perubahan
pada malam ini. Berwajah dengan rasa penuh berduka dan bersedih
menitiskan air mata seperti hujan turun yang mencurah-curah.
319
Sang rembulan lalu menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada
orang yang dicintainya pungguk.
“Duhai pungguk yang aku sayangi sepanjang hayat. Ketahuilah
bahawa aku tidak pernah rasa terluka keranamu.”
Rasa gembira dan lega bukan kepalang jelas nampak di muka
pungguk. Yang diterangi dengan cahaya indah dan cantik sang
rembulan dalam kepekatan malam. Walaupun sang rembulan menangis
kerana berasa sedih dan duka namun ia tetap menawan dipandang
menyinari malam. Tidak nampak titis-titis air mata sang rembulan.
Barangkali inilah yang dinamakan keajaiban Tuhan dan kesetiaan sang
rembulan seperti yang dicurahkannya pada pungguk dengan menyinari
cahaya di langit hitam dan pekat. Biarpun dalam hatinya tak siapa yang
tahu dia kini sedang dilanda rasa duka dan sedih.
Sementara itu pungguk diam dan tak berkata untuk mendengar
apa yang ingin dikatakan lagi oleh kekasih hatinya.
“Aku sedih melihat apa yang berlaku di bawah …,” sayu bunyi
nada suara sang rembulan.
320
“Maksud kau pergolakan hidup manusia yang berlaku pada hari
ini?” pungguk memotong dengan pantas.
Memang benar kita sebagai manusia tidak pernah mendengar
sang rembulan bercakap. Manusia dan sang rembulan tidak sama
sifatnya. Tuhan memberikan manusia suara untuk bercakap tetapi sang
rembulan tidak. Ramai manusia yang hidup di dunia tetapi sang
rembulan hanya satu. Yang boleh dilihat di langit hitam nan tinggi di
malam hari.
Namun manusia dan sang rembulan mempunyai satu persamaan
iaitu diciptakan oleh Tuhan. Cuma yang membezakan lagi sang
rembulan berada di atas dan manusia berada di bawah. Kita yang
bernama manusia memandang sang rembulan dari bawah. Begitu juga
dengan sang rembulan meskipun tidak dikurniakan mata oleh Tuhan
boleh jadi dapat melihat dan berasa sedih dengan apa yang tidak
sepatutnya kita lakukan pada hari ini.
“Mereka berpecah-belah dan tidak bersatu sepertimana yang
dituntut dalam agama,” jelas sang rembulan lagi.
“Jadi, itu yang menyebabkan kau menangis? Mengenangkan nasib
malang yang telah menimpa manusia pada hari ni?” pungguk menyoal
321
sambil memandang dengan rasa penuh kasih dan sayang. Wajah sang
rembulan yang cantik berseri itu.
Sang rembulan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh kekasih
hatinya itu dengan mengangguk-anggukkan kepala.
“Benar wahai kekasihku pungguk!”
“Aku sendiri melihat bagaimana terjadinya persengketaan dan
perpecahan sesama umat Islam di bawah tadi. Berpunca daripada
resolusi persidangan pihak pembangkang membenarkan kalimah Allah
dipakai oleh orang bukan Islam,” dia menyambung.
“Dahsyat …!” keluh pungguk pula sebaliknya dengan menarik
nafas yang panjang.
“Memang dahsyat. Mereka sanggup mempersenda-sendakan
kesucian agama. Yang menjadi pedoman hidup kita selama ini,” celah
sang rembulan.
Malam yang dikelilingi dengan pekat dan hitam menjadi saksi
sang rembulan dan pungguk bertemu untuk memadu kasih asmara
322
turut menghulurkan rasa sayu. Dengan apa yang dikatakan oleh
pasangan kekasih itu.
“Agama tak boleh dikaitkan dengan politik. Inilah akibatnya
apabila terlalu ingin berkuasa. Sehingga agama sanggup dijadikan alat
untuk mencapai cita-cita,” ujar pungguk lagi.
“Kau nampaknya sehati dan sejiwa dengan aku duhai kekasih
hatiku,” sambut sang rembulan pula sebaliknya.
“Itulah yang menjadikan kita sebagai pasangan kekasih yang
sejati,” pungguk menambah.
“Kalimah Allah hanya untuk orang Islam saja,” ulang sang
rembulan.
“Aku juga berasa sedih wahai kekasihku. Dengan mereka yang
tidak menghormati kesucian agama,” pungguk menyokong apa yang
dikatakan oleh sang rembulan itu.
“Kepada mereka yang berada di bawah sana segeralah insaf dan
bertaubat sebelum jauh tersesat,” luah sang rembulan dengan banir-
323
banir rasa penuh kesedihan dan kedukaan masih lagi belum padam di
wajahnya.
“Sama-samalah kita memanjatkan doa ke hadrat Tuhan agar
mereka diberikan taufik dan hidayah. Supaya tidak mempolitikkan
agama untuk kepentingan parti yang mereka perjuangkan,” balas
pungguk.
“Moga mereka akan menjadi orang yang beriman dan soleh untuk
mempertahankan kalimah Allah demi agama Islam yang tercinta,” sang
rembulan berkata.
Itulah rintihan rasa sepasang kekasih yang setia dalam percintaan
melalui dongengan yang harus kita sebagai manusia dengar bersama.
324
23
PULAU PAYUNG
Dari jauh kelihatan kapal perang Negara Naga Sakti sedang
mengharungi lautan biru yang luas.
“Dato’ Laksamana!” tegur Panglima Bentara Betong.
Dato’ Laksamana Rentaka lalu berpaling ke arah Panglima
Bentara Betong.
“Kita dah dapat maklumat daripada pasukan pengintip,” dia
berkata.
“Apa dia?” Dato’ Laksamana Rentaka sebaliknya menyoal
Panglima Bentara Betong.
“Kekuatan musuh tidaklah sehebat mana.” Itulah jawapan yang
diberikan oleh Panglima Bentara Betong.
“Awak yakin?” tanya Dato’ Laksamana Rentaka lagi.
325
“Ini buktinya, Dato’ Laksamana!” Panglima Bentara Betong
menyerahkan laporan yang diterima daripada pasukan pengintip kepada
Dato’ Laksamana Rentaka.
Dia kemudiannya pantas menyambut laporan yang diserahkan
oleh Panglima Bentara Betong itu. Dan membacanya dalam diam.
Selepas membaca laporan itu Dato’ Laksamana Rentaka memandang
semula muka Panglima Bentara Betong. Dan berkata dengan penuh
yakin.
“Kalau begini kekuatan musuh seperti yang dilaporkan oleh
pasukan pengintip sudah pasti Pulau Payung yang kaya dengan emas
akan menjadi milik kita!”
Sementara itu angkatan perang laut Negara Debunga Wangi juga
telah bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran. Dengan angkatan
perang laut Negara Naga Sakti. Angkatan perang laut Negara Debunga
Wangi dipimpin oleh Dato’ Laksamana Budiman.
Lamunannya yang jauh melayang itu memikirkan sesuatu sambil
memandang laut membiru yang tenang lantas terhenti. Apabila
Panglima Bentara Jantan menghampirinya dan bersuara.
326
“Pulau Payung,” jawabnya pendek.
“Kerana Pulau Payung kita terpaksa berperang dengan Negara
Naga Sakti. Sedangkan sejarah telah membuktikan yang Pulau Payung
adalah milik kita yang sebenarnya.”
“Mungkin kerana berebutkan emas Negara Naga Sakti sanggup
bertumpah darah dengan kita,” Panglima Bentara Jantan menambah.
Dato’ Laksamana Budiman sebaliknya hanya berdiam diri. Dan
menarik nafas yang panjang. Apabila mendengar kata-kata Panglima
Bentara Jantan.
Agak lama kemudian barulah Dato’ Laksamana Budiman
bersuara. Untuk membalas apa yang dikatakan oleh pegawai tentera
laut Negara Debunga Wangi itu.
“Seperti yang telah diputuskan oleh Ketua Negara dalam
Mesyuarat Negara kekayaan hasil emas bukan dimiliki oleh pemerintah
dan pemimpin-pemimpin tapi diagihkan kepada rakyat.”
327
Peperangan bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam
menangani sesuatu isu. Seperti yang dihadapi oleh Negara Naga Sakti
dan Negara Debunga Wangi terhadap Pulau Payung.
“Negara kita tidak seharusnya mengheret Negara Debunga Wangi
ke kancah peperangan. Disebabkan pertikaian hak milik Pulau Payung,”
kata Bujang.
Seorang siswazah yang mengambil jurusan undang-undang di
salah sebuah universiti yang terdapat di Negara Naga Sakti.
“Peperangan membawa kepada kemusnahan,” sokong Dara rakan
sejurusan dengannya.
“Memang benar apa yang kau katakan tu, Dara!” dia menyambut
dengan mengangguk-anggukkan kepala.
“Rakyat akan merasa hidup susah dan menderita akibat daripada
peperangan. Terus terang aku katakan aku tidak menyokong
peperangan walaupun telah diputuskan oleh Ketua Negara dan
pemimpin-pemimpin atasan dalam Mesyuarat Negara,” dia menyambung
lagi.
328
Seorang lagi rakan yang sejurusan dengannya Teruna yang hanya
mendiamkan diri dan sekali-sekala menikmati minuman yang dipesan
tiba-tiba menyampuk.
“Dasar negara kita juga dah berubah.”
Suasana di kantin universiti dipenuhi dengan pelajar sebaik-baik
sahaja tamat kuliah.
“Kau berdua perasan tak. Sebelum sesuatu keputusan itu dibuat
yang melibatkan peperangan perlu mendapatkan sokongan rakyat
terlebih dahulu. Sama ada menerimanya atau tidak. Kemudian barulah
negara bertindak mengikut apa yang telah diputuskan oleh rakyat,”
jelasnya lagi.
Mendengarkan saja apa yang dikatakan oleh rakan yang
sejurusan dengannya itu Bujang pantas mengangguk-anggukkan kepala
sebagai tanda bersetuju. Bahawa dasar yang selama ini dipegang oleh
Negara Naga Sakti berkaitan dengan peperangan telah terpesong. Dan
tidak lagi diamalkan oleh ketua negara dan pemimpin-pemimpin
tertinggi.
“Memang rakyat berhak bersuara dalam perkara ini!”
329
“Sama seperti mereka memilih ketua negara dan barisan
kepemimpinannya. Untuk menerajui negara ini. Macam yang aku
katakan tadi. Peperangan sebenarnya adalah satu bala bencana kepada
rakyat. Tapi jawapannya mudah mengapa ketua negara dan pemimpin-
pemimpin tertinggi menolak untuk melibatkan rakyat dalam soal ini.
Disebabkan terlalu ingin untuk menunjukkan kekuatan dengan
memenangi peperangan dan tamakkan hasil emas yang terdapat di
Pulau Payung,” dia menambah lagi dengan panjang lebar.
Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh
ruang bilik Dato’ Orang Kaya Jingga Ketua Negara Naga Sakti.
Sambil enak bersandar di atas kerusi pusing yang empuk
fikirannya jauh melayang. Dengan angan-angan memiliki kekayaan dan
kemewahan. Sekiranya Pulau Payung jatuh ke tangan negara yang
diperintahnya.
Lamunannya serta-merta terhenti apabila kedengaran bunyi pintu
biliknya diketuk orang.
“Masuk!” arahnya dengan pantas.
330
Sebaik-baik sahaja pintu biliknya terbuka muncul Dato’
Bendahara Jaka Rabung. Ketua Pemimpin-pemimpin Tertinggi di Negara
Naga Sakti. Memang dia mengarahkan Dato’ Bendahara Jaka Rabung.
Untuk berjumpa dengannya pagi ini.
“Ada apa dato’ panggil saya?” tanya Dato’ Bendahara Jaka Rabung
sebaik-baik sahaja duduk di atas kerusi.
“Tentang Perang Pulau Payung,” dia membalas dengan pantas.
“Angkatan perang laut kita telah bersiap sedia untuk melancarkan
serangan terhadap angkatan perang laut Negara Debunga Wangi.”
Jawapan yang diberikan oleh Dato’ Bendahara Jaka Rabung.
“Bagus!” Dato’ Orang Kaya Jingga mengangguka-anggukkan
kepala.
“Pastikan Pulau Payung yang kaya dengan emas itu menjadi
kepunyaan kita!” tegasnya.
Dato’ Bendahara Jaka Rabung yang duduk berhadapan
dengannya menyambut pantas dengan anggukkan kepala.
331
“Baik, dato’!”
“Saya akan arahkan angkatan laut di bawah pimpinan Dato’
Laksamana Rentaka untuk melakukan apa yang dato’ inginkan,”
janjinya.
Rasa kegembiraan lantas kelihatan di wajah Dato’ Orang Kaya
Jingga apabila mendengar kata-kata Dato’ Bendahara Jaka Rabung itu.
Dalam pada itu Dato’ Laksamana Rentaka dan pegawai-
pegawainya mengadakan mesyuarat khas. Untuk membincangkan
strategi memusnahkan angkatan laut perang Negara Debunga Wangi.
“Kapal perang mereka dilengkapi dengan beberapa buah kapal
pengangkut jet pejuang,” terang Panglima Bentara Dali.
“Apa kurangnya kita, panglima. Mempunyai kapal pengangkut
yang lebih canggih dan moden,” Panglima Bentara Betong pula
sebaliknya mencelah.
“Kita mesti bijak membuat percaturan supaya tidak kecundang,”
ujar Panglima Bentara Gagang.
332
“Saya tahu falsafah dalam peperangan, panglima. Laksamana!
Saya sudah siapkan jet-jet pejuang yang telah dilatih sekian lama untuk
memusnahkan musuh,” Panglima Bentara Betong bersuara.
“Awak pasti pasukan yang kita harapkan ini boleh menghapuskan
musuh?” Dato’ Laksamana Rentaka menyoal. Dengan memandang
sedalam-dalamnya wajah Panglima Bentara Betong.
Panglima Bentara Betong lalu menjawab bersama dengan
anggukkan kepala.
“Saya yakin, dato’ laksamana! Berilah saya peluang untuk
membuktikannya!” pintanya lagi pada Dato’ Laksamana Rentaka.
Dato’ Laksamana Rentaka pantas memberikan kata putus. Pada
permintaan Panglima Bentara Betong tanpa berfikir panjang lagi.
“Baiklah!” angguknya.
“Besok kita lancarkan serangan!” dia mengeluarkan arahan.
“Kalau begitu saya akan arahkan pasukan jet pejuang agar
bersiap sedia,” Panglima Bentara Betong membalas.
333
Maka lautan biru yang luas akan bergegar dengan pertempuran.
Antara angkatan perang Negara Naga Sakti dengan Negara Debunga
Wangi. Untuk menentukan siapa yang berhak memiliki Pulau Payung.
Yang kaya dengan hasil masyghul emas.
Wajah Dato’ Laksamana Budiman tetap tenang apabila diberitahu
oleh Panglima Bentara Jantan. Yang angkatan laut perang Negara Naga
Sakti akan melancarkan serangan melalui jet-jet pejuang. Hasil daripada
maklumat yang diterima daripada pasukan pengintip.
Melalui tingkap kaca kapal Dato’ Laksamana Budiman
mendongakkan kepala tinggi sedikit. Sambil memandang laut biru yang
penuh dengan ketegangan seperti yang jelas kelihatan di wajahnya.
“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Biar putih tulang jangan putih mata. Pantang menyerah sebelum kalah.
Kita tentang mereka habis-habisan. Arahkan pasukan jet pejuang kita
untuk bersiap sedia!” dia berkata dengan penuh rasa bersemangat.
Panglima Bentara Jantan lalu menyambut kata-kata perangsang
dan semangat yang dikeluarkan oleh Dato’ Laksamana Budiman dengan
mengangguk-anggukkan kepala.
334
“Baik, dato’! Demi agama, bangsa dan negara saya dan pasukan
tentera laut dan udara akan berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung kepunyaan
negara kita. Walau seinci pun tak akan diserahkan kepada Negara Naga
Sakti!” Demikianlah lafaz ikrar Panglima Bentara Jantan kepada Dato’
Laksamana Budiman.
Wajah Dato’ Laksamana Budiman dipenuhi dengan senyuman
kecil. Kerana berasa gembira dengan semangat berkobar-kobar yang
ditunjukkan oleh pegawainya itu. Memang dalam peperangan semangat
yang membara dan kesediaan untuk berkorban dengan berjuang demi
tanah air tercinta perlu ada di dalam setiap diri anggota tentera. Bagi
memastikan kemenangan yang mutlak dapat dimiliki.
Dalam perkara ini Dato’ Laksamana Budiman berasa amat yakin.
Bahawa kemenangan dalam peperangan dengan Negara Naga Sakti
untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung sepertimana yang
diucapkan oleh Panglima Bentara Jantan akan tercapai. Dengan adanya
semangat juang yang tinggi dimiliki oleh anggota-anggota tentera laut
dan udara atas nama Negara Debunga Wangi yang dipimpinnya.
335
Tanpa berlengah lagi Panglima Bentara Jantan pun berlalu pergi
meninggalkan Dato’ Laksamana Budiman. Untuk melaksanakan apa
yang telah diarahkan oleh ketuanya itu.
Sebaik-baik sahaja kelibat Panglima Bentara Jantan hilang
daripada pandangan mata seperti biasa Dato’ Laksamana Budiman tetap
nampak tenang. Sambil merenung laut yang membiru memikirkan
strategi yang telah disusun dan dirancang. Untuk menumpaskan
serangan jet-jet pejuang tentera udara Negara Naga Sakti.
Pertempuran antara jet pejuang tentera udara Negara Naga Sakti
dan Negara Debunga Wangi pun berlaku dengan sengitnya. Pasukan jet
pejuang tentera udara kedua-dua negara tersebut sama kuat dan sama
hebat. Ramai anggota tentera udara kedua-dua negara yang terlibat
dalam peperangan yang berpunca daripada perebutan Pulau Payung
terkorban. Demikian juga dengan kemusnahan jet-jet pejuang milik
kedua-dua Negara. Baik di pihak Negara Naga Sakti mahupun di pihak
Negara Debunga Wangi.
Panglima Muda Lintang yang mengetuai pasukan tentera udara
Negara Naga Sakti dalam peperangan ini lalu menghubungi Panglima
Bentara Betong. Menerusi alat perhubungan yang terdapat dalam jet
pejuang yang dipandunya. Untuk melaporkan pertempuran yang
336
berlaku antara pasukan jet pejuang Negara Naga Sakti yang
dipimpinnya. Dengan jet pejuang Negara Debunga Wangi.
“Panglima jet pejuang mereka sukar untuk dikalahkan. Ramai
anggota kita yang terkorban.”
“Apa? Mereka sukar untuk ditewaskan. Bukankah jet pejuang kita
lebih canggih daripada mereka?” Terkejut Panglima Bentara Betong
apabila mendengar apa yang dilaporkan oleh Panglima Muda Lintang
itu.
“Benar, panglima! Tapi mereka dapat juga memusnahkan jet
pejuang kita. Walaupun tidak secanggih jet pejuang yang kita miliki,”
jelas Panglima Muda Lintang lagi.
“Teruskan serangan dan musnahkan semua jet-jet pejuang dan
kapal pengangkut mereka!” arah Panglima Bentara Betong kepada
Panglima Muda Lintang menerusi alat perhubungan yang terdapat di
dalam kapal perang angkatan laut Negara Naga Sakti.
Namun begitu arahan yang diberikan oleh Panglima Bentara
Betong itu sukar diterima oleh Panglima Muda Lintang.
337
“Panglima lebih baik kita berundur saja. Daripada meneruskan
serangan ke atas mereka.”
Kata-kata yang dikeluarkan oleh Panglima Muda Lintang itu
menjadikan Panglima Bentara Betong berasa amat terperanjat.
Bercampur dengan marah apabila dia mendengarnya.
“Jangan ingkar arahan! Sebagai pegawai tentera sudah menjadi
tugas awak. Untuk melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh
pegawai yang berpangkat tinggi seperti saya!”
“Ini bukan soal ingkar arahan, panglima. Sebagai pegawai tentera
saya faham dengan apa yang panglima katakan tu,” jawab Panglima
Muda Lintang.
“Dah tu? Kenapa awak tak ikut?” potong Panglima Bentara Betong
pula sebaliknya dengan pantas. Sambil meninggikan suara disebabkan
keengganan Panglima Muda Lintang untuk mematuhi apa yang telah
diarahkannya.
“Seperti yang saya katakan tadi ramai anggota kita telah
terkorban. Kita tak mampu untuk meneruskan serangan. Dengan
jumlah anggota yang tinggal sedikit ini. Lebih baik kita kembali semula
338
ke pangkalan dan menyusun strategi baru. Untuk melancarkan
serangan bagi mengalahkan musuh,” cadang Panglima Muda Lintang.
Panglima Bentara Betong akhirnya akur dan menerima cadangan
Panglima Muda Lintang itu. Agar tidak meneruskan serangan ke atas
pasukan jet-jet pejuang dan angkatan laut Negara Debunga Wangi. Dia
kemudiannya mengarahkan Panglima Muda Lintang bersama dengan
anggota-anggota pasukan jet pejuang supaya kembali semula ke kapal
laut yang menjadi pangkalan mereka. Dalam peperangan dengan Negara
Debunga Wangi.
Sudah pastinya ini bukanlah satu berita yang amat
menggembirakan. Bila Panglima Bentara Betong menyampaikannya
kepada Dato’ Laksamana Rentaka.
“Apa? Kita terpaksa berundur?” Nada suara Dato’ Laksamana
Rentaka berbunyi marah. Sebaik-baik sahaja membaca laporan bertulis
yang diserahkan oleh Panglima Bentara Betong.
“Kita tak ada pilihan, laksamana,” balas Panglima Bentara Betong.
“Kenapa itu yang harus dijadikan sebagai jawapan?” Ternyata
Dato’ Laksamana Rentaka berasa tidak puas hati. Dengan apa yang
339
dikatakan oleh pegawainya itu. Sambil tidak dapat menyembunyikan
rasa marah dan hampa di wajahnya. Di atas kegagalan pasukan jet
pejuang angkatan udara Negara Naga Sakti. Menumpaskan angkatan
perang musuh Negara Debunga Wangi.
“Nampaknya sia-sia saja misi kita, laksamana. Mereka tidak dapat
dikalahkan!” Panglima Bentara Dali mengapi-apikan Dato’ Laksamana
Rentaka.
“Benar sekali apa yang dikatakan oleh Panglima Bentara Dali tu,
laksamana!” sokong Panglima Bentara Gagang.
“Sudah pasti ini akan mendatangkan kemarahan kepada ketua
negara kita. Panglima Bentara Betong mesti bertanggungjawab dalam
perkara ini!” tambahnya lagi.
Mendengarkan sahaja kata-kata pedas yang dikeluarkan oleh
Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang itu lantas
menjadikan Panglima Bentara Betong naik berang.
“Dato’! Jangan bercakap sedap mulut aje. Sebagai panglima yang
ditugaskan untuk menjalankan misi negara ini saya tahu apa akibatnya
bila gagal melaksanakannya. Tak perlu dato’ berdua nak menghukum
340
saya. Hanya laksamana yang kini berada di depan kita saja yang berhak
untuk melakukannya ke atas saya!” Dia meninggikan suara sambil
memandang muka Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang
silih berganti. Bersama rasa kemarahan yang teramat sangat jelas
nampak di wajahnya.
Pertikaman lidah antara mereka bertiga itu pantas dileraikan oleh
Dato’ Laksamana Rentaka.
“Sudah!” tengkingnya.
“Kita berperang dengan Negara Debunga Wangi. Bukannya
sesama sendiri. Kan lebih baik panglima bertiga duduk berbincang.
Mencari strategi yang terbaik untuk mengalahkan angkatan perang
Negara Debunga Wangi. Daripada saling menyalahkan antara satu sama
lain. Kerana kegagalan strategi yang kita gunakan. Untuk
menumpaskan mereka!” bentak Dato’ Laksamana Rentaka lagi dengan
panjang lebar.
Kemarahan yang ditunjukkan oleh Dato’ Laksamana Rentaka
menjadikan ketiga-tiga panglima perang Negara Naga Sakti itu lantas
terdiam.
341
Pemilihan pengerusi persatuan mahasiswa akan diadakan tidak
lama lagi. Bujang dicalonkan untuk bertanding memegang jawatan
tersebut. Ternyata Bujang mendapat pencalonan yang tinggi dari
kalangan mahasiswa. Menentang Daik penyandang jawatan selama tiga
penggal berturut-turut.
“Kau sememangnya layak, Bujang. Untuk dicalonkan bertanding
dalam pemilihan pengerusi persatuan mahasiswa,” ujar Teruna.
“Kan ramai lagi yang layak. Yang boleh dicalonkan untuk
bertanding dengan Daik. Aku ni mana ada kewibawaan. Untuk
mengetuai persatuan mahasiswa di universiti ni,” Bujang sebaliknya
merendah diri.
“Kau sebenarnya berwibawa, Bujang. Tapi kau yang tidak
menyedarinya. Sebab itulah mereka mencalonkan kau,” ujar Dara pula.
Apa yang dikatakan oleh Dara itu disokong penuh Teruna. Sambil
mengangguk-anggukkan kepala dia bersuara.
“Memang benar sekali dengan apa yang kau cakapkan tu, Dara!
Keberanian kau Bujang menyuarakan pendangan tentang krisis yang
berlaku sekarang antara negara kita dengan Negara Naga Sakti yang
342
berpunca daripada isu persempadanan dan kedaulatan Pulau Payung
sewaktu dalam kuliah Tamadun Negara memang menarik minat aku
termasuk rakan-rakan lain untuk menghayatinya. Sehingga apa yang
kau suarakan itu mendapat pujian daripada Profesor Alam Kesuma.
Rata-rata termasuk profesor sendiri bersetuju dengan pandangan yang
kau lontarkan itu. Bahawa isu ini sebenarnya dapat diselesaikan melalui
perundingan antara kedua-dua buah negara yang terlibat. Dan
bukannya memilih jalan untuk berperang sebagai kata pemutus,” dia
menyambung lagi.
“Itulah sebenarnya kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri
kau, Bujang. Cara kau yang bijak berkata-kata maka sewajarnyalah kau
dipilih oleh kawan-kawan kita. Untuk bertanding dalam pemilihan
jawatan pengerusi persatuan mahasiswa. Yang akan diadakan tak lama
lagi,” Dara mencelah.
“Aku yakin dengan kewibawaan dan kebolehan yang kau miliki
kau akan dapat menyandang jawatan ini,” tambah Teruna pula.
“Tambah pulak semua mahasiswa yang belajar di universiti ini
memberikan sokongan padu. Terhadap pencalonan kau. Bagi bertanding
jawatan tertinggi dalam persatuan mahasiswa di universiti kita. Itu
343
petandanya kau berpeluang cerah untuk memenangi jawatan ini,” Dara
menyampuk.
“Aku dan Dara serta kawan-kawan lain akan berkempen habis-
habisan. Untuk memastikan jawatan pengerusi persatuan mahasiswa
menjadi milik kau,” ikrar Teruna pada kawannya yang akan bertanding
itu.
Bujang lalu menarik nafas yang panjang. Setelah mendengar
ulasan yang diberikan oleh kedua-dua rakan yang sama belajar
dengannya di universiti. Berkenaan pemilihannya sebagai calon.
Bertanding untuk memegang jawatan tersebut. Dalam persatuan yang
tujuan utama ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan serta
menggerakkan program dan aktiviti yang penuh dengan kemanfaatan
dan faedah kepada mahasiswa.
Perlahan-lahan Bujang memandang wajah kedua-dua kawan
baiknya itu dan bersuara.
“Terima kasihlah kepada kau berdua. Juga kepada kawan-kawan
lain. Kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku. Untuk
menerajui persatuan mahasiswa di universiti tempat kita belajar. Insya-
Allah! Sekiranya aku diberi mandat nanti aku akan laksanakan tugas
344
dan amanah. Yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” janji
Bujang pula sebaliknya.
Sementara itu Daik berasa tidak senang. Bila mendapat
perkhabaran yang Bujang akan menentangnya. Dalam pemilihan
pengerusi persatuan mahasiswa. Yang menurut perlembagaan
persatuan diadakan dua tahun sekali.
Selama dia memegang jawatan pengerusi tiada perubahan
mahupun program dan aktiviti yang dilakukannya dalam persatuan.
Sejajar dengan tujuan utama penubuhannya.
Menjaga kebajikan mahasiswa jauh sekali. Maka sewajarnyalah
dia mengundurkan diri. Untuk memberi peluang kepada muka baru
menerajui persatuan. Namun disebabkan mahu sentiasa mendapat
nama dan gilakan kuasa dia tetap mahu memastikan jawatan itu tetap
menjadi miliknya. Buat kali yang keempat berturut-turut walaupun
dengan menggunakan cara yang dianggap kotor dan tidak sihat dalam
pertandingan.
“Berani Bujang mencabar aku!” dia berkata dalam nada suara
yang marah dan tidak puashati. Kerana ada orang yang cuba untuk
menggugat kedudukannya dalam persatuan.
345
“Kau mesti buat sesuatu, Daik. Untuk memastikan jawatan yang
kau pegang selama ini tidak jatuh dengan mudah ke tangan dia,” Lingka
sahabat akrabnya mencelah.
“Memang betul sekali apa yang kau katakana tu, Lingka!” Daik
membalas dengan mengangguk-anggukkan kepala.
“Aku tengok makin ramai pelajar-pelajar di universiti ini yang
menyokong dia. Tambah pulak dibantu dengan kempen yang hebat
dijalankan oleh Teruna dan Dara,” dia menambah lagi.
Lingka pantas memberikan cadangan dan buah fikiran kepada
Daik. Bagaimana cara untuk mengalahkan Bujang. Dalam pertandingan
pemilihan jawatan pengerusi persatuan mahasiswa. Di mana akan
diadakan tidak lama lagi.
“Kau kan anak jutawan yang terkenal di negara ini. Jadi, kau
kenalah minta bantuan daripada ayah kau.”
Daik lalu mengangkat kepala dengan tinggi memandang muka
kawan karibnya itu dan menyoal.
“Maksud kau?”
346
“Kau mesti dapatkan bantuan kewangan daripada bapa kau.
Untuk membeli mahasiswa-mahasiswa di universiti ini. Untuk terus
memilih kau mengetuai persatuan. Hanya itu sajalah jalan yang ada
buat kau. Bagi mengalahkan Bujang dalam pertandingan itu nanti,”
jelas Lintang.
Rasa kegembiraan dan kelegaan serta-merta nampak di muka
Daik. Sebaik-baik sahaja mendengar apa yang dimaksudkan oleh
Lintang itu.
“Bijak! Kau memang bijak!” dia memuji Lintang. Sambil menepuk-
nepuk bahu kawan akrabnya itu.
“Ya!” tambah Daik lagi dengan mengangguk-anggukkan kepala.
“Dengan wang kita boleh membeli segala-galanya termasuk
pengaruh!” sambungnya dengan rasa keyakinan jelas kelihatan di
wajahnya. Bahawa dengan menaburkan wang mahasiswa-mahasiswa di
universiti ini nanti akan terus memilih dia sebagai pengerusi persatuan.
Dalam pada itu angkatan tentera laut dan udara Negara Debunga
Wangi. Amat sukar untuk dikalahkan. Tambah pulak pegawai-pegawai
tentera laut dan udara Negara Naga Sakti tidak bersatu dan tidak
347
mempunyai semangat juang yang tinggi. Panglima Bentara Betong sering
bertelagah dengan Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang
tentang strategi untuk mengalahkan angkatan perang musuh. Masing-
masing mahu menunjukkan kehandalan dan kehebatan sebagai seorang
pegawai tentera.
Sehingga segala pandangan dan cadangan yang dibentangkan
dalam mesyuarat untuk membincangkan strategi bagi menewaskan
musuh yang dipengerusikan oleh Dato’ Laksamana Rentaka dengan
sewenang-wenangnya ditolak oleh ketiga-tiga panglima perang Negara
Naga Sakti itu. Mereka tidak lagi menghormati Dato’ Laksamana
Rentaka. Sebagai ketua angkatan perang negara mereka. Dalam misi
untuk merampas Pulau Payung yang kaya dengan emas daripada
tangan Negara Debunga Wangi. Disebabkan masing-masing sudah ada
agenda yang tersendiri.
Akibatnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera laut dan
udara menjadi berpecah-belah dan berpuak-puak. Ada yang menyokong
Panglima Bentara Betong. Tidak kurang pula yang memberikan
sokongan kepada Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang.
348
Keadaan ini sukar dikawal oleh Dato’ Laksamana Rentaka. Hingga
membawa kelemahan kepada angkatan perang laut dan udara Negara
Naga Sakti.
Bahana daripada peperangan juga menjadikan rakyat di Negara
Naga Sakti hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan. Banyak wang
dilaburkan untuk membeli senjata moden dan canggih. Semata-mata
digunakan untuk mengalahkan angkatan perang laut dan udara Negara
Debunga Wangi. Dalam peperangan untuk mendapatkan Pulau Payung.
Yang memiliki kekayaan hasil emas sehingga rakyat sanggup dibiarkan
berendam dengan air mata kepayahan.
Namun pembelian alat senjata yang canggih dan moden semuanya
adalah sia-sia belaka. Negara Naga Sakti tetap mengalami kekalahan.
Terbukti angkatan perang laut dan udara Negara Debunga Wangi sukar
untuk ditewaskan. Kesan daripada peperangan yang berpunca
perebutan hak milik Pulau Payung juga telah membawa kepada
kejatuhan ekonomi di Negara Naga Sakti.
Sementara itu Bujang telah berjaya mengalahkan Daik dalam
pemilihan jawatan pengerusi persatuan mahasiswa. Ternyata wang hasil
daripada bantuan bapanya yang dilaburkan oleh Daik gagal memikat
349
hati mahasiswa-mahasiswa. Supaya memilihnya berkekalan
menyandang jawatan utama. Yang setelah sekian lama dipegangnya.
“Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi rasa
kesyukuran ke hadrat Tuhan. Dan terima kasih di atas kesudian dan
kepercayaan rakan-rakan sekalian memilih saya sebagai pengerusi
persatuan mahasiswa yang baru,” ucap Bujang di hadapan mahasiswa-
mahasiswa. Sebaik-baik sahaja diisytiharkan sebagai penyandang baru
jawatan pengerusi persatuan.
“Berdirinya saya di sini adalah bersama dengan janji. Untuk
memastikan persatuan mahasiswa di universiti ini bergerak dan hidup.
Sepertimana yang rakan-rakan sekalian harapkan!” dia berkata dengan
penuh semangat. Kemudian lalu disambut dengan tepukan gemuruh
ribuan mahasiswa.
“Kita harus menumpukan perhatian terhadap nasib malang yang
menimpa rakyat di negara ini. Akibat daripada peperangan dengan
Negara Debunga Wangi. Semata-mata kerana gilakan dan tamakkan
kekayaan emas di Pulau Payung. Sedangkan sejarah telah nyata
membuktikan. Bahawa pulau itu adalah kepunyaan Negara Debunga
Wangi. Mengapa negara kita harus membuang masa? Dengan menjadi
penyamun dan perompak. Mencuri dan merampas hak wilayah dan
350