SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN “ Memperkasa Komuniti Bersasar Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET ” SE 7 PTEMBER -8 2022 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN “ Memperkasa Komuniti Bersasar Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET ” SEPTEMBER 7-8 2022 Dengan kerjasama : Kolej Komuniti Kuala Langat, Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah Anjuran: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 7 - 8 SEPTEMBER 2022 KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT E-PROSIDING SEMINAR SPSH PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
E-PROSIDING SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2022 Diterbitkan di Malaysia Cetakan Pertama,2022 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pejabat penerbit, Kolej Komuniti Kuala Langat, Jalan Sultan Suleiman Shah,Jugra, 42700 Banting, Selangor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Mengkatalog Dalam Penerbitan e ISBN 978-967-18369-7-2 Diterbitkan Oleh: Kolej Komuniti Kuala Langat Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra 42700,Banting,Selangor Tel : 03-31202030 Faks : 03-31202080 Laman web : https://kkkualalangat.mypolycc.edu.my Sidang Editor : Pn. Nurhasyinda binti Shahidan, Pn. Nur Azlina binti Jalaluddin, Cik Karimah binti Umar, Pn. Bazlina binti Basarahim, Pn. Kaslia binti Kasiran,Pn. Nurulhuda binti Hj. Omar, Pn. Siti Maizatulakmam binti Imam, Pn. Anis Haziela binti Mahmud Hakcipta Terpelihara ©2022 E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 i
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 ii ISI KANDUNGAN PRAKATA Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti viii Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi ix Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat x SENARAI JAWATANKUASA SPSH 2022 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana xi Panel Penilai Kertas Penyelidikan xxi SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN KLUSTER 1 : LATIHAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 1 K101 Program Pondokstay Sebagai Hab Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH): Satu Tinjauan Awal Ahmad Usaid Mohamad Asri, Ahyadi Pakhrulislam Khairul, Nur Atisha Mohd Ali 1-10 2 K102 Permodelan Analisis Data Untuk Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Seberang Jaya Zuriana Zamberi, Abang Irwan Hafizal Abang Abdollah, Kanthammal Paidathalee 11-20 3 K103 Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Telegram Terhadap Penyampaian Maklumat Kursus Pendek Dalam Kalangan Komuniti Setempat Semasa Pandemik Covid-19 Saharudin Selamat, Mohamad Sanusi Mustafa, Nor Azilah Azmil 21-34 4 K104 Kajian Maklum Balas Peserta Di Bawah Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Di Institusi Tahfiz Dan Sekolah Pondok (PKTP) 2021 Di Kolej Komuniti Kuantan Asri Abdullah, Mohd Soffian Abdul Samat, Azliza Yusop 35-45 5 K106 Keberkesanan Kursus Pendek Keusahawanan Bagi Kluster Katering Dan Sajian Di Kolej Komuniti Rompin Natasha Noremilia Othman, Nurulshida Abdul Rashid, Noor Azhar Abd Wahab 46-54 6 K107 Tinjauan Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Secara Dalam Talian: Kerjasama Antara Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) Dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Zon Utara Nor Asfarul Lail Azwan Haris, Izzah Imanina Ibrahim, Mohamad Arif Abdul Kadir 55-64
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 iii BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 7 K108 Penggunaan "Water Roux “ (Tangzhong) Terhadap Resepi Penghasilan Roti: Penerimaan Peserta Kursus Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 Di Kolej Komuniti Nibong Tebal Nur Sabrina Che Abd Halim, Siti Salwa Mehat, Kalsom Othman 65-76 8 K109 Menilai Tahap Prestasi Penulisan Laporan Latihan Industri Bagi Graduan Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson Semasa Pandemik Covid 19 Nor Afzan Ab Ghani, Zarina Yusof, Wan Khazani Wan Kamarudin 77-85 9 K110 Laporan Kajian Dan Analisa Pasaran Program, Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik (SKE) Di Kolej Komuniti Kuala Terengganu Abdullah Bedul, Nor Azarina Nordin, Mohd Zuhairi Mustafa 86-100 10 K111 Penyampaian Kursus Pendek Masakan Bagi Program Keusahawanan Komuniti (PKK) 2021: Penerimaan Peserta Terhadap Kaedah Demonstrasi Secara Video Di Era Pandemik Covid-19 Siti Salwa Mehat, Nur Sabrina Che Abd Halim, Kalsom Othman 101-113 11 K112 Penerimaan Perlaksanaan Kursus Pendek Barista Di Kolej Komuniti Kuantan Amizah Mohamed, Mohd Fadzly Mohd Shuraimi, Siti Mariam Mohd Amin@Abd Aziz 114-122 12 K114 Tahap Penguasaan Al-Quran Dikalangan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang Zulkefly Mukhtar, Haryati Baharuddin, Azwan Harun 123-136 13 K115 Kajian Tahap Kepuasan Peserta Bagi Sijil Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut (TVETpreneurship) Kolej Komuniti Tawau Nur 'Adilah Razdwan, Aishah Mohd Sidi, Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie 137-145 14 K118 Pembudayaan Dan Pelaksanaan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Politeknik Hanida Abdullah, Halida Mohd Zahari , Nor Salasiah Mat Rashid 146-155
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 iv KLUSTER 2 : SISTEM PENDIDIKAN TVET / PENDIDIKAN DIGITAL BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 15 K201 Kajian Pasaran Graduan Sijil Landskap Di Kolej Komuniti Masjid Tanah Azhar Yaakub, Sulianah Sani, Mohamad Imran Hassan 156-166 16 K202 Keberkesanan Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan) Di Kolej Komuniti Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi Asmawi Muda@Othman, Mohamad Rushdan Mohamad Deros, Muhamad Hafiz Abd Razak 167-177 17 K204 Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni Di Kolej Komuniti Muhammad Huzaifah Mohd Anuar, Mohd Zulfakar Mohd Nawi, Ridzuan Khalid 178-188 18 K205 Kajian Dan Analisis Pasaran Program Pengajian Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Di Kolej Komuniti Batu Pahat Mohd. Norazizi Md. Yusop, Farrah A. Rahim, Muhammad Rahmat Md Padzil 189-198 19 K207 Kajian Pencapaian Objektif Program (PEO) Untuk Program Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan Di Kolej Komuniti Sabak Bernam Nor Azila Mohd Anuar, Nur Syamimi Ramlan, Noor Izzati Umor 199-206 20 K209 Keberkesanan Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih Bagi Pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Rompin Noor Haslinda Zainoldin, Zulkhabri Md Kadri @ Md Kardi, Nur Qarina Zabri@Mohd Zabri 207-217 21 K211 Analisis Pasaran Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka Nurulhuda Salim, Haslan Azis, Jayakumaran Kannen 218-226 22 K212 Tahap Hasil Pembelajaran Kognitif, Psikomotor Dan Afektif Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Semasa Melaksanakan Kerja Amali Secara Simulasi Dan HandsOn Sarah Jewahid, Nor Hazlinda Idris, Azrini Idris 227-235 23 K213 Kajian Keberhasilan Produk Inovasi (Mr. Fishy) Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Subjek SKU 10213 Basic Butchery Nurulshida Abdul Rashid, Mohd Sharin Hafiza Isa, Noor Azhar Abd Wahab 236-242
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 v KLUSTER 3 : KEUSAHAWANAN / KEUSAHAWANAN DIGITAL / PERNIAGAAN / EKONOMI / PERAKAUNAN BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 30 K301 Faktor-Faktor Yang Memberi Kesan Terhadap Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan Kurier Di Port Dickson Siti Suhaila Jusoh , K. Devaki Kanapathi 295-303 31 K302 Kepentingan Akreditasi “Makanan Selamat, Tanggungjawab Industri” (MeSTI) Terhadap Kebolehpasaran Produk Makanan Keluaran Kolej Komuniti Khususnya Di Kolej Komuniti Lahad Datu Khairil Taufik Latif 304-312 32 K303 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Perniagaan Semasa Pengajian Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti Rompin Mohammad Azrinsha Abdul Wahab, Mastura Mastor 313-323 BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 22 K214 Kajian Pembangunan Sejadah Digital Dalam Menambah Baik Sahsiah Pelajar Islam Di Politeknik Dan Kolej Komuniti Muhammad Sahril Yassin, Muhammad Ammar Saifullah, Nadiah Din 243-249 25 K216 Persepsi Pengguna Terhadap Pembangunan & Penggunaan Kit Digital DM2 Sebagai Alat Bantu Mengajar Untuk Kursus Discrete Mathematics 2 Marziah Che Mansor, Ezaimy Zainal Abidin 250-257 26 K217 Penggunaan Google Meet Sebagai Medium Pdp Sepanjang Tempoh PKP Dikalangan Pelajar KKKM Fahimah Abdullah, Zafeera Zulkefli 258-263 27 K218 Tinjauan Pasaran Program Sijil Teknologi Elektrik Di Kolej Komuniti Arau (Kolej Komuniti Cawangan Kangar) 2021 Wan Norhashimah Wan Husin, Noraiza Zainal Baharain, Badrolhisam Jaafar 264-273 28 K219 Tahap Penerimaan Pelajar Politeknik Muadzam Shah Terhadap Inovasi Caturmatik 2.0 Sebagai Alat Bantu Mengajar Mohd Huzairi Husin, Mohamad Hanifah Abd Ghani, Dr. Azlan Ramli 274-284 29 K221 Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat Terhadap Kaedah Pelaksanaan Pembelajaran Bersemuka dan Dalam Talian Kaswati Salleh, Nurul Mahfuzah Mohd Noor, Tengku Faslidapati Tunku Mansor 285-294
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 vi BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 33 K305 Sikap Dan Keperibadian Dalam Diri Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar Untuk Menjadi Seorang Usahawan Zulaikha Mohd Azman 324-334 34 K306 Tinjauan Kecenderungan Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Di Politeknik Sarawak Abdul Fattah Hamden, Norazimah Mejri 335-346 35 K307 Keberkesanan Program Sijil Persediaan Keusahawanan TVETPreneurship Teknologi Retort Produk Makanan Dan Minuman Kolej Komuniti Jerantut Pahang 2021 Terhadap Pembangunan Belia Sebagai Usahawan Makanan (IKS) Mohd Zool Fazlee Basir, Norsuzilawate Zulkapli 347-356 36 K308 Kecenderungan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson Terhadap Bidang Keusahawanan Nor Suhaila Tahir, Noorji Mohd Japar, Nurismah Ibrahim 357-365 37 K309 Kesan Pandemik Covid-19 Ke Atas Agensi Pelancongan Di Malaysia Siti Norhayati Shamsulazam 366-376 KLUSTER 4 : HAL EHWAL PELAJAR DAN PSIKOLOGI BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 38 K402 Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Jempol Terhadap Sukan Mendaki Gunung Nor Samsila Ismail, Muhammad Syawal Yaakob, Mohd Asri Baharuddin 377-385 39 K403 Faktor Pemilihan Program Pengajian Di Kolej Komuniti Jempol Umi Halawati Ahbarruddin, Rosmawaty Ahmad, Megawati Muhamad 386-393 40 K404 Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Perancangan Kerjaya Lulusan TVET Yunisra Yusof, Nurul Hidayah Ahmad Alemi, Ahmad Rosli Mohd Nor 394-402
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 vii KLUSTER 5 : PENGURUSAN ORGANISASI DAN SISTEM PENTADBIRAN BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 41 K501 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Sistem eKBDR Dalam Kalangan Staf Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) Dan Kolej Komuniti Cawangan Maran (KKCM) Bagi Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ayu Hasnidah Zainudin, Syarifah Fauziah Syed Mohamed, Dzazuriaty Muhamad 403-412 42 K502 Analisis Pembaziran Proses Penambahbaikan Penyediaan Laporan Kkbbm Dengan Pendekatan Value Streaming Maping (VSM) Norhayati Ali, Tuty Farhida Sajat, Haslan Azis 413-421 43 K503 Hubungan Di Antara Keseimbangan Kerja- Kehidupan Dan Komitmen Terhadap Organisasi Dikalangan Pensyarah Di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor Eliza Seth, Mohamad Bakhtiar Mohamad Yusof 422-431 44 K504 Kompetensi Pengurusan Kewangan Peribadi Dan Pola Perbelanjaan Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Ledang Sharul Hafiz Mohd Imran, Nur Fadhilah Rosidee, Hanim Abdul Rahim 432-442 KLUSTER 6 : TEKNOLOGI HIJAU / TEKNOLOGI INDUSTRI / STEM / IR4.0 BIL KOD ARTIKEL TAJUK ARTIKEL MUKA SURAT 45 K601 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Kursus SSK 1033 Asas Elektrik Dan Elektronik Nor Sarina Osman 443-455 46 K603 Sikap Pengunjung Terhadap Amalan Hijau Dalam Acara Konvensyen Dan Eksosisi: Tinjauan Literatur Yang Sistematik Siti Norhayati Shamsulazam 456-466
Warkah Perutusan KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2022 kali ke-6 dapat dilaksanakan secara bersemuka pada tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kerja Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH 2022) di atas sumbangan tenaga dalam menjayakan SPSH 2022 dengan cabaran penganjuran hibrid dalam keadaan norma baharu. Seperti mana yang diketahui, Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dalam membangunkan Pendidikan Vokasional dan Latihan Teknikal Negara. Majlis Pendidikan Vokasional dan Latihan Teknikal (MTVET) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah menggariskan tiga (3) teras utama termasuklah tadbir urus bersepadu dan terselaras, TVET dipacu industri dan TVET mencorak masa hadapan. Tiga (3) teras ini merupakan tunjang dalam melahirkan graduan yang berkemahiran dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Dalam melestarikan TVET selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) perlu dititikberatkan dalam memberikan akses TVET kepada semua lapisan masyarakat. Justeru, seminar ini merupakan medan yang penting dalam mempertemu penyelidik, pengamal, pendidik dan pakar untuk berkongsi penemuan baharu seterusnya bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam bidang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Idea yang dikongsi dalam seminar ini dapat memberikan input baharu dalam merekayasa PSH kepada peserta. Penyelidikan dan penemuan ini boleh diaplikasikan kepada masyarakat dalam mempertingkat penyampaian PSH dengan lebih berkesan. Akhir kata, diharapkan seminar ini dapat menghasilkan satu impak yang besar dalam memberikan manfaat bukan sahaja kepada peserta malah kepada semua pihak termasuklah masyarakat umum. Saya menyeru agar program sebegini dapat diteruskan dalam usaha menggalakkan pembudayaan penyelidikan dan inovasi yang dapat memperkasa eksosistem TVET yang lebih menyeluruh. Sekian, terima kasih. YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 viii
Prawacana PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI Salam Sejahtera. Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya,Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah telah berjaya menganjurkan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH 2022) buat kali yang ke-6. Penganjuran tahun ini amat dinanti-nantikan kerana dapat diadakan secara hibrid setelah dua tahun dianjurkan secara telesidang. SPSH 2022 yang bertemakan “Memperkasa Komuniti Bersasar Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET” tertumpu dalam mengutarakan isu-isu yang dapat memperkasa ekosistem TVET bagi perkhidmatan dan kebajikan terhadap golongan advokasi seperti Orang Kurang Upaya (OKU), tahfiz dan orang asli di Malaysia. Ini adalah bertepatan dengan seruan global dalam Sustainable Development Goal (SDG) iaitu pendidikan berkualiti, inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian, pembentangan dan hasil penyelidikan pada seminar kali ini dapat membawa satu pendekatan yang lebih luas kepada PSH itu sendiri agar tiada golongan yang tertinggal. Dalam pada itu, seminar ini dilihat amat bertepatan dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan sesuai dengan pembukaan semula semua sektor ekonomi. Seiring dengan perkembangan ini, PSH amat diperlukan dalam membangunkan semula masyarakat setelah sekian lama dibelenggu oleh pelbagai kekangan dan cabaran. Justeru, Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam merencana strategi yang lebih jitu dalam memastikan masyarakat mendapat pendidikan yang terbaik. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja SPSH 2022 dan Kolej Komuniti Kuala Langat selaku tuan rumah serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah di atas kejayaan menganjurkan SPSH 2022. Diharapkan hasil penganjuran pada tahun ini dapat mewujudkan perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan bagi mengukuhkan ekosistem TVET terutamanya dalam PSH demi kecemerlangan Negara. Sekian. YBrs. Dr. Riam A/P Chau Mai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 ix
Bicara Kata PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2022 (SPSH 2022) berjaya dianjurkan secara hibrid oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah. Saya juga berbesar hati kerana Kolej Komuniti Kuala Langat telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah bagi penganjuran SPSH 2022. Penganjuran SPSH 2022 adalah bertujuan untuk melestari ekosistem penyelidikan dan inovasi dalam menghasilkan penyelidikan serta amalan terbaik. SPSH 2022 menyasarkan penyelidikan dan inovasi berteraskan PSH dalam ekosistem TVET kepada golongan advokasi iaitu golongan OKU, tahfiz dan orang asli. Kesamarataan akses pendidikan inklusif terutamanya PSH perlu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat. Pendidikan inklusif dapat memberikan peluang kepada semua untuk mempertingkat pengetahuan dan kemahiran serta memperbaiki sosioekonomi masing-masing. Seminar PSH kali ini berjaya mengumpulkan sebanyak 56 kertas penyelidikan daripada warga Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Politeknik dan Kolej Komuniti telah diterima. Perkongsian hasil penyelidkan dan inovasi ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan pemangkin kearah kecemerlangan pendidikan TVET selaras dengan pemerkasaan ekosistem TVET menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Syabas kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi memastikan seminar kali ini berjalan dengan lancar. Tahniah juga kepada semua peserta dan jawatankuasa yang menjayakan SPSH 2022. Diharap hasil penerbitan daripada SPSH 2022 ini dapat diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat bagi mempertingkat kecemerlangan TVET ke suatu tahap yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih. Encik Suhairi bin Ismail Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 x
JAWATANKUASA INDUK BIL JAWATANKUASA NAMA 1 Penaung YBrs. Ts. Zainab Binti Ahmad Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2 Penasihat YBrs. Dr. Zubaidah Bt Aman Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 3 Pengerusi I YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 4 Pengerusi II En. Suhairi bin Ismail Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat 5 Pengerusi Bersama Pengarah Bahagian Kurikulum Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Pengarah Politeknik Banting Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Politeknik Metro Kuala Lumpur Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat Pengarah Kolej Komuniti Selayang Pengarah Kolej Komuniti Ampang Pengarah Kolej Komuniti Kelana Jaya Kolej Komuniti Hulu Selangor Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Karang Pengarah Kolej Komuniti Klang Pengarah Kolej Komuniti Shah Alam Pengarah Kolej Komuniti Temerloh 6 Pengerusi Pengelola Bersama En. Mohd Fauzan Bin Md. Sardi Pengerusi Koperasi Kolej Komuniti Kuala Langat Berhad 7 Timbalan Pengerusi Pengelola 1 YBrs. Dr. Siti Rosminah binti Md. Derus Timbalan Pengarah Unit Penyelidikan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xi
JAWATANKUASA INDUK BIL JAWATANKUASA NAMA 8 Timbalan Pengerusi Pengelola II En. Mohd Shabudin Bin Mohd Noor Timbalan Pengarah (Pengurusan) Kolej Komuniti Kuala Langat Pn. Nur Azureen Bt Jaafar Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej Komuniti Kuala Langat 9 Pengarah Program I Pn. Nor Shahima Bt Othman Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial,KKKL 10 Pengarah Program II Haji Zaidi Bin Shariff Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat,KKKL 11 Pengarah Program III Pn. Syerie Noer Hidayaty Bt Muhamad Basir Ketua Unit Keusahawanan, KKKL 12 Setiausaha I Pn. Shaakiroh Binti Murad Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial,KKKL 13 Setiausaha II Pn. Nik Khairul Bariyyah Bt Abd Hamid Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial,KKKL 14 Setiausaha Bersama Pn. Rozanna Bt Sa’ari Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelidikan,Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 15 Bendahari I Pn. Nurul Hayati Bt Shamsuri Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat,KKKL 16 Bendahari II Pn. Wan Robiah Binti Wan Ismail Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial,KKKL E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xii
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL 1 Sekretariat KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Nor Shahima bt Othman 2 Jawatankuasa Teknikal Panel (Review Kertas Kajian dan Pembentangan) & Penjurian POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM YBrs. Dr. Wan Rosemehah bt Wan Omar (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Dr. Mohd Shahrom bin Ismail Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Dr. Sharifah Rahifa bt Syed Mustafa Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Politeknik Metro Kuala Lumpur Pn. Nik Norazimah bt Nik Abdullah Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Shah Alam Pn. Hanita bt. Adnan Pn. Wan Robiah Bt Wan Ismail Ts Dr Kohilah a/p Miundy (Politeknik Metro Kuala Lumpur) E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xiii
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL 3 Jawatankuasa Teknikal Kertas Kajian Seminar Penyelidikan POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH Dr. Rosmanizah bt Derahman (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Politeknik Sultan Idris Shah Pn. Nor Aishah bt Othman Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Temerloh Dr. Mazura bt Mansor Politeknik Sultan Idris Shah Pn. Roslina bt Ahmad Kolej Komuniti Cawangan Sepang Pn. Yasinah bt Abdul Rahman Kolej Komuniti Cawangan Sepang Pn. Siti Mariam bt Roslan Kolej Komuniti Cawangan Sepang Pn. Kaswati bt Salleh 4 Ketua Jawatankuasa Persidangan POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH Pn. Nik Khairul Bariyyah bt Abd Hamid (Ketua) Pn. Noraniza bt Md. Rasdi Pn. Badariah bt Abdollah (Politeknik Banting Selangor) Pn. Norwahida bt Saamri (Kolej Komuniti Temerloh) 5 Ketua Jawatankuasa website program Platform KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT En. Samsul Swardy bin Ahmad (Ketua) E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xiv
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL 6 Ketua Jawatankuasa Teknikal Platform Online KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT KOLEJ KOMUNITI KLANG En. Mohd Firdaus bin Harun (Ketua) En. Mohd Fauzan bin Md. Sardi En Mohd Zahri bin Md. Said Ts. Yusri bin Md Yusof (Kolej Komuniti Klang) En. Muhamed Ayob bin Ahmad En. Samsul Swardy bin Ahmad Pn. Kaswati binti Salleh En. Mohamad Ssibah bin Ismail 7 Ketua Jawatankuasa Reka Bentuk dan Percetakan KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT En. Mohamad Shabudin bin Mohd Noor (Ketua) En. Mohd Fauzan bin Md. Sardi En. Haris bin Ahmad Hamsani Pn. Sharina bt Safiee 8 Ketua Jawatankuasa Hebahan / Promosi KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Puteri Nur Azazila bt Megat Termizi (Ketua) En. Muhammad Husaini bin Shamsuri 9 Ketua Jawatankuasa Hebahan / Promosi KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Nurhasyinda bt Shahidan (Ketua) Pn. Nur Azlina binti Jalaluddin Cik Karimah binti Umar Pn. Bazlina binti Basarahim Pn. Kaslia binti Kasiran Pn. Nurulhuda binti Hj. Omar Pn. Siti Maizatulakmam binti Imam En. Haris bin Ahmad Hamsani Pn. Anis Haziela binti Mahmud E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xv
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL 10 Ketua Jawatankuasa Jemputan KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Nili Azila bt Ishak (Ketua) Pn.Nurul Mahfuzah binti Mohd Noor Pn. Nurul Nabila bt Mohamad Bakri 11 Ketua Jawatankuasa Karnival Karnival PSH KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Hj. Zaidi Bin Shariff (Ketua) Pn. Nurul Hayati bt. Samsuri Pn. Nurul Ezza bt Tumiran En. Tengku Faslidapati bin Tunku Mansor En. Azhan Zaki bin Silim En. Mohd Hisyamuddin bin Mohd Yussof Pn. Noor Aini bt Mattar Pn. Ainul Nabihah bt Mohd Zahari 12 Ketua Jawatankuasa Karnival -Karnival Keusahawanan -BIPC KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Syerie Noer Hidayaty bt Muhammad Basir (Ketua) Cik Rohayati binti Yusof Pn. Marina binti Mohamed Zahidi Pn. Molin Azwa binti Rafie 13 Ketua Jawatankuasa Khas Komuniti Bersasar TVET/ SPSH KOLEJ KOMUNITI SELAYANG En. Mohd Hyrul bin Abu Karim (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Selayang En. Shahir bin Selamat En. Prapagaran a/l Bala Krisnan Pn. Anis Ashikin binti Md Kamal Pn. Noor Hana binti Othman Pn. Norazlina binti Zakaria Pn. Mohd Khaidir bin Che Hassan E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xvi
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL 14 Ketua Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah KOLEJ KOMUNITI TANJUNG KARANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Nurul Nadzirah bt Mohd Minhad (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Tanjung Karang Pn. Siti Aishah bt Mohd Sabrie Pn. Fasehahnoor binti Yaacob Pn. Rashidah binti Abu Pn. Nurazila binti Adenan Kolej Komuniti Tanjung Karang Pn. Noor Adawiyah binti Abdul Wahab Kolej Komuniti Tanjung Karang Pn. Syaidatul Liza binti Khusnin Kolej Komuniti Tanjung Karang 15 Ketua Jawatankuasa Protokol dan Sambutan KOLEJ KOMUNITI KELANA JAYA KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Siti Norhayati bt Shamsulazam (Ketua) En.Mohd Nasarudin bin Mustapha Pn.Noranira binti Maamin Pn. Salwa bt Anuar Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Kelana Jaya Pn.Norzilahwati binti Md Noh Kolej Komuniti Kelana Jaya Pn.Tamil Chelvi a/p Vadivelu Kolej Komuniti Kelana Jaya 16 Ketua Jawatankuasa Majlis Perasmian Penutup -Pengacara Majlis Pembaca Doa KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Intan Nor Baizura bt Yaacob (Ketua) Pn. Utami Hidayah bt Abdul Aziz Pn. Ainul Nabihah bt Mohd ZahariI Pn. Mastura binti Mahmud En. Rahmat bin Abdullah E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xvii
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL KOLEJ KOMUNITI AMPANG Pn. Aishah bt Mohd Nor En. Mohd Nakoe bin Hj Abu Mansor Pn. Rozaimi bt Rasi Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Ampang 17 Jawatankuasa Teks Ucapan KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN SEPANG Pn. Hanimastura bt Hashim (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Hulu Langat En. Mohamad Nakoe bin Haji Abu Mansor Pn. Nisha a/p Sandrasegaran Pn. Nurul Izzah binti Ibrahim Pn. Noorhidayah bt Mansor 18 Ketua Jawatankuasa Fotografi dan Videografi KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT En. Mohd Zahri Bin Md. Said (Ketua) 19 Ketua Jawatankuasa Jamuan POLITEKNIK BANTING SELANGOR YBrs. Dr. Hartiny bt Abd Kahar (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Politeknik Banting Selangor Pn. Norazizah bt Misduki Pn. Che Samsurina binti Che Noh Pn. Zarimah binti Zakaria Pn. Puteri Intan Baizura bt Abdul Aziz Pn. Nurulhuda binti Arifin Pn. Norsuriati binti Mohd Badli Cik Siti Nurhidayah binti Shahidan Cik Ain Najwa binti Abd Rahim Politeknik Banting Selangor E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xviii
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Cik Adibah Sufi binti Azmi Politeknik Banting Selangor Pn. Thivviyah a/p Sanmugam Politeknik Banting Selangor Pn. Asiah binti Yunos Politeknik Banting Selangor 20 Ketua Jawatankuasa Peralatan dan Persiapan Tempat KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT En. Muhamad Zukery bin Mahmad Nor (Ketua) En. Mohamad Ssibah bin Ismail En. Muhamed Ayob bin Ahmad En. Rahmat bin Omar En. Mohd Faizal bin Yusoff Pn. Bazlina bt Basarahim Pn. Wan Sazlina bt Wan Saifudin Pn. Nurul Nabila bt Mohamad Bakri En. Mohd Yazid bin Mohamed Haidi 21 Ketua Jawatankuasa Sijil KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR Puan Maslina bt Abd Rahim (Ketua) Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial Kolej Komuniti Hulu Selangor Pn Liasuhaida binti Bardan 22 Ketua Jawatankuasa Buku Program KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Munirah bt Ahmad Zaki (Ketua) Pn. Suriawati bt Mohd Fadzil Pn. Rosliza bt Che Hashim 23 Ketua Jawatankuasa Buku Program KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT En. Muhammad Firdaus bin Tauhid Ahmad (Ketua) Pn. Akma bt Che Omar Pn. Saraswathy a/p Danalingam 24 Ketua Jawatankuasa Pengangkutan, Keselamatan dan Kebersihan KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Jamunarani a/p Muthusamy (Ketua) En. Rahmat bin Abdullah En. Mohd Khairul Nizam bin Radzali E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xix
JAWATANKUASA PELAKSANA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL JAWATANKUASA POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI PENYELARAS KKKL 25 Best Practice & Tugas-Tugas Khas Bahagian Kurikulum , JPPKK Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, JPPKK Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK Unit Komunikasi Korporat, JPPKK Unit Latihan Industri KKKL Unit PSH, KKKL YBrs. Dr. Norhayati binti Zakaria Pengarah, Bahagian Kurikulum, JPPKK Pn.Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid Pn.Roswani binti Ab Rahman En.Firdaus bin Hassan En.Zul Affandi bin Mohamed Ali Pn.Akalili binti Abdullah YBrs. Dr. Norhayati bt Ibrahim Pengarah, Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, JPPKK Pn. Khairun Nisa binti Azimi Pn. Yusma binti Yusof Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK Cik Juliana binti Mahpol Pn. Halida binti Mohd Zahari En. Mohd Sahran @ Awang bin Mohidin Ketua Unit Komunikasi Korporat,JPPKK YBrs. Ts. Dr. Hanida Binti Abdullah Politeknik Nilai Cik Karimah Bt Umar Pn. Farah Hida Binti Mohiddin 26 Peralatan dan Kemudahan ICT KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Nurhidaya bt Rustam (Ketua) Pn. Rizalina bt Mohd Radwan En. Samsul Swardy bin Ahmad 27 Penginapan dan Pengangkutan KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Pn. Nur Azlina bt Jalaluddin (Ketua) Pn. Hanita bt Adnan E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xx
SENARAI NAMA PANEL PENILAI KERTAS PENYELIDIKAN SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SPSH) 2022 BIL NAMA INSTITUSI 1 YBrs. Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid Bin Ahmad Zaidi (KETUA JURI) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2 YBrs. Prof Madya Ts. Dr. Tan Tse Guan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan 3 YM. To’ Puan Datin Dr Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda Pusat Genius @ Pintar Negara,UKM 4 YBrs. Prof Madya Ts Dr Haryanti Binti Mohd Affandi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM 5 YBrs. Prof Madya Dr Nor Ba’yah Binti Abdul Kadir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM 6 YBrs. Prof Madya Ts Dr Mohd Effendi @ Ewan Bin Mohd Matore Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan,UKM 7 YBrs. Ts. Dr. Rafizah Binti Mohd Hanifa Jabatan Teknologi Maklumat,Pusat Pengajian Diploma,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 8 YBrs. Dr Anies Faziehan Binti Zakaria Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM 9 YBrs. Dr Noorhelyna Binti Razali Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM 10 YBrs. Dr Norazlinda Binti Mohamad Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 xxi
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 1 Program Pondokstay Sebagai Hab Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH): Satu Tinjauan Awal Ahmad Usaid Mohamad Asri1* , Ahyadi Pakhrulislam Khairul2 , Nur Atisha Mohd Ali3 123Kolej Komuniti Semporna *[email protected] Abstrak Sejak penubuhan kolej komuniti pendekatan Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah diprogramkan sebagai platform alternatif kluster pendidikan. Kekuatan PISH juga diyakini melalui keterbukaan sebagai medan latihan pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran, dipandu kurikulum berstruktur, tenaga pengajar profesional serta pelaksanaan program yang terancang. Malaysia menuju sebuah negara maju selari gagasan IR4.0, perlu kekal releven tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan kemampuan fizikal. Konkritnya usaha ini harus diperluaskan dibawah pengurusan organisasi yang berkepentingan tinggi kepada negara. Institusi pondok/tahfiz merupakan pusat pengajian Islam yang masih berkembang dengan sangat baik. Padanya lahir ramai generasi yang mengangkat nama negara dipelbagai lapangan sama ada diperingkat tempatan mahupun antarabangsa. Demikian ini, status pondok/tahfiz sebagai institusi yang bergerak bebas perlu diberi nafas baharu (rebranding) agar selari dengan permintaan dan keperluan industri dalam menongkah arus pendidikan perdana. Oleh itu, kajian mengetengahkan model Program Pondokstay ke arah pemusatan hab Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) di institusi pondok. Kajian ini menfokuskan metodologi secara kualitatif (kajian perpustakaan) dan analisis secara teori berlandas untuk memandu objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan empat (4) elemen utama yang perlu diambil peranan oleh pihak berkepentingan dalam memartabat institusi pondok/tahfiz sebagai hab PISH. Hal ini kerana, melalui intevensi pelbagai pihak, institusi mampu diperkukuh dan dilihat sebagai satu entiti yang meraikan sistem pendidikan moden berasaskan Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Menjadi harapan beberapa cadangan ke arah transformasi model pondoktstay dapat memperkasa generasi komuniti yang berpendidikan TVET disamping mengangkat imej institusi Islam. Kata kunci: Hab Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH), Program Pondokstay 1.0 Pengenalan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah kaedah terbaik dalam melonjakkan kesediaan individu untuk menghadapi perubahan yang berbeza dalam kehidupan. Kehidupan yang dimaksudkan adalah perubahan yang baik kepada lebih baik. Ini membolehkan individu senantiasa berada pada kedudukan yang terbaik dalam menghadapi arus pembangunan tamadun yang lebih maju. Melalui PSH, seseorang individu juga mampu menyumbang kembali kepakaran yang ada untuk menyedia dan memberi peluang kepada orang lain untuk berada pada tahap yang lebih berdaya saing dalam aspek pekerjaan. Sebagaimana dimaklumi, PSH bukan sahaja sebuah program yang menawarkan keuntungan jangka pendek dan berpusatkan komuniti tanpa adanya timbal balik (one-off policy) bahkan menyediakan peluang dan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 2 tabung yang lebih baik kepada ekonomi dengan janaan pendapatan bagi jangka masa panjang negara. Pelbagai sub-kluster dan kumpulan sasaran berasaskan kemahiran dan teori bersesuaian sebagai nilai tambah utama. Pendekatan PSH di pusat-pusat pendidikan amat tidak asing sejak sekian lama melibatkan institusi awam mahupun swasta. Maka tidak hairan bagi setiap Rancangan Malaysia sektor pendidikan antara kluster yang menerima jumlah peruntukan terbesar berbanding sektor-sektor yang lain. Modus operandi agar pemegang taruh tidak terlepas daripada perhatian pembangunan pendidikan demi sebuah generasi yang matang dalam meneruskan legasi kemajuan yang diharapkan. Walau bagaimanapun, saban hari untuk terus menarik minat bukan sahaja rakyat terhadap keuntungan PSH bukanlah mudah. Pelbagai dasar dan strategi yang dilakukan untuk terus menyeimbangi antara permintaan dan bekalan (demand – supply) produk-produk PSH supaya pelaburan ini tidak merugikan sesiapa. Latar Belakang Kajian Sejak abad ke-18 institusi pondok masih mengekalkan tradisi keilmuannya. Arus pemodenan yang berlaku telah berjaya diuruskan dengan sempurna sesuai perkembangan zaman dan masa (Ismail, 2012). Kini sumbangan pondok sejak sekian lama telah ramai melahirkan generasi yang mengangkat nama negara dipelbagai lapangan. Penyertaan pondok sudah dimaklumi menekankan pengajian berperingkat asas dan tinggi khususnya pengajian Islam. Sebagai contoh kurikulum usuluddin, feqah, tasawwuf dan mantiq antara sistem ilmu warisan yang diterapkan secara teratur. Pengajaran dan pembelajaran pondok adalah musyfahah (berhadapan dengan guru). Dengan kaedah ini para pelajar akan terpandu dengan setiap peringkat ilmu yang dipelajari agar tidak tersasar pada perkara yang batil. Pada hari ini, institusi pondok/tahfiz kian berkembang dan mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara kita melalui penerapan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) (Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, 2017) Kedua-dua model pendidikan ini telah banyak dilaksanakan secara meluas diperingkat sekolah menengah terpilih seluruh Malaysia. Sudah pasti langkah ini telah mengangkat martabah pondok/tahfiz sebagai institusi awal yang mengerakkan sistem pengajian Islam yang dipercayai. Pernyataan Masalah Sehingga hari ini, tidak dinafikan sama sekali kelebihan dan kesungguhan setiap pendekatan dibawa oleh institusi pondok dalam menyebarluaskan sistem ilmu warisan Islam. Demikian ini status pondok sebagai institusi yang bergerak bebas perlu diberi nafas baharu agar selari dengan permintaan masyarakat (Rawi, 2015).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 3 Pandangan skeptikal sesetangah masyarakat hari ini mencorakkan mana-mana individu menyertai pondok adalah dalam kalangan kelompok bermasalah (Jaafar N., et al.). Bahkan lebih mencondongkan pemikiran apabila tiada masa depan yang cerah selepas tamat belajar berbanding pusat-pusat pengajian Islam yang rasmi (Established Islamic institution). Status ini seharusnya dihapuskan agar khazanah ilmu dan sumbangan pelbagai pihak sejak sekian lama dapat dihargai dan dimanfaatkan. Sehingga hari ini suatu pelan strategik yang komprehensif membawa kepada peningkatan imej dan kualiti produk pondok/tahfiz masih tidak mempu mengubah persepsi sedemikian. Ruang kolaborasi tidak dinafikan telah terjalin dalam pelbagai usaha sama dipelbagai peringkat. Namun aspek ini masih perlu diperhalusi dan disistemkan agar benar-benar membantu perubahan yang drastik bagi pelajar pondok/tahfiz sebagai salah satu pengeluaran sumber kepakaran TVET selain menguasai bidang-bidang berkaitan pengajian Islam sahaja. Takrifan pondokstay juga masih belum jelas sehingga hari ini, bahkan hanya bersifat spekulasi dan masih kajian diperingkat kerajaan. Meskipun hampir membawa maksud sebagai satu produk pelancongan, ianya masih tidak dijenamakan secara rasmi dan dikuatkuasakan untuk membawa satu nilai tambah dalam mana-mana premis bidang ilmu. Rumusnya hasil dapatan kajian ini, diharap mampu membawa kepada satu cadangan pencerahan berkenaan bagaimana model pondokstay menjadi platform alternatif kepada pengislahan institusi pondok menjadi lebih formal agar mampu berdiri seiring sistem pendidikan moden selaras selaras Falsafah Pendidikan Negara (FPK) ke arah memperkasa gagasan IR4.0 Objektif Kajian Beberapa objektif yang digariskan dalam penulisan ini seperti berikut: i. Menjelaskan model program pondokstay ke arah pemusatan hab Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH). 2.0 Metodologi Kajian Reka bentuk kajian adalah kualitatif melalui metod pengumpulan data secara kajian perpustakaan (Creswell, 2007) dengan berpusatkan penilaian kepada rujukan bahan-bahan ilmiah dan diperaku kesahannya seperti artikel, jurnal, kertas persidangan, laporan, dokumentasi ilmiah dan sebagainya (Kothari, 2004). Manakala strategi kajian menggunakan kaedah teori berlandas/berasas secara induktif, deduktif dan komparatif. Kaedah ini relevan lantaran kajian membawa suatu perbahasan dalam perspektif baharu daripada sumber-sumber sekunder kepada sebuah teori yang baharu dalam sesebuah disiplin ilmu iaitu dalam bidang sosial pendidikan (Trochim & Donnelly, 2006).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 4 3.0 Sorotan Kajian 3.1 Kolej Komuniti Tunjang Pusat Kecemerlangan Komuniti Melalui memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada Julai 2000, penubuhan kolej komuniti selepas dua dekad sebagai pusat pendidikan komuniti telah mengubah lanskap sistem pendidikan negara berasaskan TVET. Meskipun pendidikan berasaskan TVET terlebih dahulu diperkenalkan di Politeknik sejak 1969 di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, peranan ini terus diperluas untuk lebih memberi akses pendidikan luar bandar yang menyeluruh. Persetujuan asal penubuhan kolej komuniti adalah disetiap kawasan Parlimen pada 5 Julai 2000. Walau bagaimanapun tahun yang sama, Jemaah Menteri mengkaji semula dan bersetuju penubuhan berdasarkan keperluan kawasan. Sebagai tunjang utama dalam perkembangan pendidikan TVET ternyata kolej komuniti telah memberikan impak yang begitu besar kepada pembangunan komuniti dan negara (Hassan et al. 2013). Hari ini sejumlah 105 buah kolej komuniti aktif telah berfungsi sebagai agen pendidikan yang berkesan secara profesional mahupun separa. Meletakkan visi sebagai “peneraju institusi TVET yang unggul”, beberapa misi turut digaris bagi meletakkan pendidikan TVET di kolej komuniti sentiasa berjalan pada landasan yang tepat antaranya: 1. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf 2. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat 3. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; 4. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan Dalam mendominasi langkah ke arah merealisasikan misi kedua iaitu pembelajaran sepanjang hayat, pelbagai program telah dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Sebagai contoh hasil usaha sama kolej komuniti bersama institusi pondok/tahfiz sejak tahun 2014, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan satu Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) 2017-2025 dalam usaha mengintegrasi pendidikan TVET ke arah lebih tinggi (Utusan Borneo, 2017). Ini bertujuan memberi nilai tambah dalam bidang pendidikan Islam secara berterusan, menyediakan “Pusat Tahfiz TVET” yang lebih aktif serta jalinan kerjasama PISH diperingkat antarabangsa. Dalam memenuhi objektif ini, empat teras utama digariskan melalui peningkatan kualiti, pelasan akses, pemampanan ekosistem dan pengantarabangsaan. (Norsyazwana Fatwa, 2017)
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 5 3.2 Konsep Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) Antara instrinsik pembelajaran sepanjang hayat adalah berasaskan kurikulum dan pedagogi yang bersifat formal dan bukan formal sebagai alat mencapai suatu tujuan perubahan nilai dan sikap (Husin, 2005). Demikian itu PISH merupakan sebuah dasar (sub-kluster) yang lahir daripada konsep PSH. Pendekatan PISH bergerak dengan gabungan dua medan ilmu iaitu bersifat duniawi (kemahiran) dan ukhrawi (pendidikan Islam) dengan mengoptimumkan sumber pengetahuan, manfaat informatif dan pembangunan modal insan (Osman, 2018). Perkara ini susulan menyedari arus persaingan ekonomi tempatan dan global semakin sengit tertutamanya jurang sosio pendapatan dan pasaran kerja sebagai pengupaya utama ekonomi. Dua objektif utama PISH sebagai dasar utama negara bagi memastikan kesinambungan pendidikan Islam secara berterusan tanpa mengira lapisan masyarakat di peringkat menengah, belia dan komuniti setempat. Selain itu, penyediaan ilmu keusahawanan dan kemahiran perlu menjadi sasaran utama kepada pemusatan PISH khususnya di institusi pondok/tahfiz, madrasah, maahad dan sebagainya. Kini pelan PISH telah menginjak ke Fasa ke-3 pelaksanaannya (2021- 2025) iaitu “Melestarikan Ummah”. Seharusnya PISH menjadi platform utama kepada pembentukan generasi yang bukan sekadar seimbang kepada ilmu ukhrawi malah menguasai bidang-bidang kompetensi, teknologi, pengurusan, teknikal yang menjadi permintaan di dalam komuniti tempatan dan global melalui perancangan modul yang sesuai dan ditambahbaik secara berterusan (Osman, 2017). Tambahan lagi, tunjang sesebuah kesinambungan ilmu yang berterusan adalah dengan mewujudkan dasar kepada pembentukan sebuah masyarakat yang sentiasa bersedia bersaing untuk mencapai maqasid kecemerlangan dunia dan akhirat (Atikah, 2020). Justeru berdasarkan pelan strategik sedia ada sebagaimana telah dibahaskan, lakuna penyelidikan yang difokuskan pada kajian ini membawa cadangan kepada pembangunan dan penjenamaan yang lebih komprehensif dan produktif melalui Program Pondokstay sebagai model pendidikan yang lebih berfokus di institusi pondok/tahfiz. Diharap ruang perbahasan ini mampu menjawab objektif yang telah dinyatakan sebelum ini. 4.0 Analisis Dan Perbincangan 4.1 Pembangunan Program Pondokstay Sebagai Pemusatan Hab Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PSH) salah satu kaedah terbaik dalam mengangkat konsep & nilai ilmu sebenar lagi berterusan selari pepatah arab yang bermaksud “tuntutlah ilmu pengetahuan sejak kelahiran sehingga kematian”. Kesedaran yang tinggi kepada konsep PISH mampu melahirkan masyarakat yang mementingkan tamadun ilmu sesuai perubahan zaman dan keperluan.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 6 Pelaksanaan konsep pondokstay harus dilihat utamanya menguntungkan masyarakat. Keperluan ini akan lebih menguntungkan dengan adanya ruang intervensi atau kolaborasi beberapa pihak (supply and demand). Sehubungan dengan itu, impian ke arah pembangunan program akan lebih mampan dan berkesan. Beberapa usaha dilihat berpotensi membuka sempadan perancangan yang lebih rintis boleh diperhalusi bagi memberi sokongan kepada pembangunan program pondokstay. Maklumat sebagaimana ilustrasi rajah dibawah: Rajah 1 : Elemen Pembangunan Program Pondokstay Ke Arah Kelastarian PISH Sumber: Olahan pengkaji i. Adopted-Islamic Institution of Longlife Learning (ADiL) Perkara pokok dalam potensi membangunkan program pondokstay sebagai hab PISH dengan mewujudkan terlebih dahulu pelan strategik khusus kepada program atau diterjemahkan dengan Pelan Strategik Program Pondokstay (PSPP). Ini membolehkan suatu standard sebagai rujukan utama kepada pelaksanaan program secara berfasa. Suatu memorandum persefahaman (MOU) antara KPT, JAKIM, NGO (mewakili institusi pondok) sebagai cabaran sebenar. Meskipun kelihatan agar sukar, sudah pasti sedikit sebanyak keyakinan masyarakat kepada imej pondok mampu berubah selain keseimbangan dalam aspek kualiti pendidikan arus perdana. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pertubuhan Pondok-pondok Malaysia antara pemegang taruh kepada program. Antaranya lagi melalui PSPP, suatu ujian rintis program (Pilot Test Program) hendaklah dilaksanakan bagi fasa pertama sebagai indikator & hasil data yang lebih menyeluruh dan mencukupi. Sebuah penilaian prestasi bagi fasa berikutnya dapat diukur melalui senarai pendek
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 7 institusi-institusi pondok/tahfiz yang telah terpilih sebagai “institusi angkat” sebelumnya. ii. Kumpulan Sasaran (KS) Dalam menjayakan pelan program pondokstay menyumbang impak yang tinggi sebagai model pendidikan, peserta pondok yang terlibat akan disaring mengikut kumpulan sasaran keutamaan. KS yang dimaksudkan adalah dengan mengkategorikan setiap program kepada peserta mengikut keperluan dan kehendak industri. Penetapan ruang kepada KS dapat memberikan satu dapatan data yang holistik kepada penyelaras program terutamanya peserta lepasan kursus untuk tujuan pemantauan. Pemantauan ini akan menjadikan intipati kepada perancangan penganjuran kursus yang lebih berimpak tinggi (high impact program) sebagai latihan lebih profesional. Perancangan harus dielakkan kepada pembaziran dana dan tenaga kerja. Pelaksanaan bukan semata-mata mengangkat nama sesetengah pihak dengan ketiadaan impak dan sumbangan yang berkesan. Kepentingan kepada pemilihan KS sebagai peserta pondok juga telah disebutkan sebagaimana fokus utama kolej komuniti dalam melahirkan individu yang berkualiti dan seimbang. Pelajar sekoleh Ahli Kumpulan menengah/Institusi Lepasan sekolah Pekerja industri profesional, eksekutif pengajian tinggi dan pengurus Warga institusi Kakitangan kerajaan Warga emas Suri rumah pendidikan OKU (Orang Kurang Ahli Badan Bukan Pelajar tahfiz dan pelajar Individu lain yang Upaya Kerajaan (NGO) sekolah pondok berminat Rajah 2 : Kumpulan Sasaran Peserta PISH dalam Komuniti Sumber: Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, JPPKK Rajah di atas menunjukkan kumpulan sasaran berfoku berikut. Jika dilihat, pelajar pondok/tahfiz merupakan salah satu kelompok yang diberi keutamaan dalam misi membangun komuniti berasaskan PSH. Oleh demikian, pemusatan program pondokstay dibawah seliaan Unit PSH kolej komuniti adalah selari dengan tunjang objektif membentuk masyarakat maju berinspirasikan revolusi pendidikan.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 8 iii. Kursus Pendek Terancang (KPT) Takwim perancangan program pondokstay perlu ketengahkan berbentuk program ilmiah yang dapat membangunkan pelajar pondok sisi kemahiran ilmu yang lebih mendepani cabaran dan pasaran. Melalui jalinan kerjasama dibawah Unit PSH kolej komuniti, kursus-kursus pendek yang ditawar dan dirancang akan mengambil kira permintaan khususnya industri tempatan di sesebuah lokaliti atau kawasan. Sebagai contoh di sesebuah kawasan pesat industri pelancongan, kolej komuniti menganjurkan kursus-kursus berasaskan disiplin ilmu pelancongan antaranya seperti kursus asas pertolongan cemas, penyelamatan, kemahiran asas kayak dan snorkeling, konservasi hidupan marin dan seumpama dengannya. Dengan adanya pendedahan asas ini, secara langsung membuka minat awal untuk terus mencungkil bakat pelajar pondok melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Lanjutan itu, generasi yang sama dapat disediakan sebagai tenaga pakar anak tempatan untuk berkhidmat kepada komuniti pada masa hadapan. iv. Peruntukan Bersasar Program Pondokstay (PBPPs) Suntikan peruntukan daripada pihak kerajaan secara bersasar juga amatlah penting. Dana awam yang disalurkan kepada penyelaras program tahunan membolehkan program pondokstay terus berada pada prestasi yang berimpak tinggi. Sudah tentu suntikan tetap secara bersasar ini, melancarkan pengurusan unit PSH di kolej komuniti merancang kolaborasi bersama pengusaha pondok bagi menganjurkan kursus/program bersesuaian. Peruntukan bajet pada tahun berikut juga boleh dinilai berdasarkan prestasi perbelanjaan mengurus program bagi tahun semasa. Data sebegini amat penting untuk menimbulkan tanggungjawab yang tinggi dalam membangunkan komuniti melalui dana awam yang berkepentingan dan tidak sekadar memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan. 5.0 Rumusan Kesediaan program pondokstay perlu diraikan secara konsisten. Institusi pondok/tahfiz antara pemegang taruh harus diberi peluang dan ruang yang seimbang. Pendekatan PISH merupakan saluran terbaik dalam mendidik komuniti pondok dalam pembudayaan pelbagai cabang ilmu selain pengajian Islam. Dengan keterbukaan pendidikan kurikulum TVET berasaskan metode PSH, pasaran ilmu dapat disusun secara berstruktur dan menyeluruh tanpa ketinggalan sesebuah generasi untuk terus maju. Melalui cadangan pelarasan dan peranan Unit PSH khususnya di kolej komuniti Malaysia, sudah tentu kemampuan menyumbang impak yang tinggi dalam membangunkan pelan program terus dipercayai. Lebih jelas kolej komuniti telah terbukti melahirkan komuniti tempatan yang
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 9 menguasai pelbagai lapangan ilmu sejak penubuhannya. Bahkan ramai alumni kolej komuniti telah diangkat mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Kelebihan yang ada ini sudah tentu akan merugikan pelbagai pihak sekiranya model ini diabaikan. Hemat pengkaji, transformasi penjenamaan institusi pondok/tahfiz dibawah program pondokstay harus diberi ruang dan dipertimbangkan sebagai sistem pendidikan baharu yang lebih luas pada konteks membulatkan visi institusi pondok sebagai salah satu cabang hab pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum Institusi Pondok/Tahfiz Kurikulum PISH Pemusatan Hab Pendidikan PISH Rajah 3 : Pelan Pembangunan Program Pondokstay sebagai Hab Pendidikan PISH Sumber : Olahan pengkaji 6.0 Cadangan Beberapa cadangan dapat diperkasa dalam model porgram pondokstay selain mengiktiraf kedudukan institusi pondok/tahfiz adalah seperti berikut : 1. Mengiktiraf institusi-institusi pondok/tahfiz yang berjaya mencapai standard dan prestasi selepas PTP dengan pemberian kuota khas pengambilan pelajar institusi pondok/tahfiz terpilih ke kolej komuniti. 2. Penjenamaan nama “pondokstay” ditransformasi kekal sebagai program dibawah sub-kluster pendidikan TVET. Peranan harus diberikan dibawah pemantauan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). 3. Pelaksanaan program pondokstay diseragam sebagai satu KPI utama kepada program PSH di kolej-kolej komuniti. Rangkuman cadangan ini bukan sahaja menterjemahkan elemen kualiti pendidikan yang lebih baik bahkan mendokong kepada impak sesebuah usaha dan dasar yang lebih keterhadapan dalam memartabat disiplin ilmu.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 10 Rujukan Din, K. (1997). Tourism and cultural development in Malaysia: issues for a new agenda Tourism and Cultural Development in Asia and Oceania (eds) Yamashita. K Din and JS Eades, Universiti Kebangsaan Malaysia. Haq, F. dan Ho, Y.W. (2010) Is spiritual tourism a new strategy for marketing Islam? Journal of Islamic Marketing. Hassan, S.C., Mahamad A., dan Md Noor., A (2013) Potensi kolej komuniti sebagai wadah pembentukan ‘majikan’ lestari." Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII. Hussin, H., (2005) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH): Menjana Masyarakat Islam Hadhari Ke Arah K-Ekonomi. Kertas kerja dibentang di Prosidiing Konvensyen Kebangsaan Kecermerlangan Sosial dan Pembangunan Komuniti. Ismail, S. (2012). Transformasi sistem pendidikan pondok dalam memartabatkan pengajian kitab kuning di Malaysia. Jaafar, N., Abd Ghani, Z., Tibek, S. R. H., Nor, A. H. M., Gunardi, S., Ismail, N. A., ... & Sulaiman, A. (2017). Cabaran Institusi Pendidikan Pondok Serta Impak Terhadap Pembentukan Diri Pelajar Challenges Of Pondok Educational Institution And It’s Impact On Students Development. Journal of Islamic, Social, Economics and Development. Meerangani, K.A, Sazali S.A. dan Abdul Hamid M.F. (2020). Pelancongan islam di Pulau Besar, Melaka: potensi dan cabaran. Journal of Hospitality and Networks. Mapjabil, J, Roshida. R, Razak. A, Marzuki. M, dan Mohd Zainol. R, (2015). Pelancongan Islam: Suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space. Mat Akhir, N.S., (2010). Islamic tourism: A conceptual framework. Paper presented in proceedings of Regional Conference on Tourism Research (RCTR 2010). Universiti Sains Malaysia, Penang. Othman, K., Abd Ghani, Z., Ishak, M., Tibek, S. R., & Ismail, N. A. (2017). Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH): Ke arah melahirkan generasi seimbang untuk pembangunan negara. ‘Abqari Journal, 12(1), Othman, K., Husin, A. Sulaiman dan Darmi, R. (2018). Peranan Universii Awam dalam Merealisasikan Pendidikan Islam (PISH), Universiti Sains Islam Malaysia Rawi, M. M., Baharudin, H., Lubis, M. A., & Romli, S. A. (2015).Institusi pondok dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. In Proceeding The 7th International Workshop And Conference Of Asean Studies On Islamic And Arabic Education And Civilization (Poltan-Ukm-Polimed) Selangor.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 11 Permodelan Analisis Data untuk Kursus Pendek di Kolej Komuniti Seberang Jaya Zuriana Zamberi1*, Abang Irwan Hafizal Abang Abdollah2, Kanthammal Paidathalee3 123Kolej Komuniti Seberang Jaya *[email protected] Abstrak Kolej komuniti yang diterajui oleh Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan program pengajian sepenuh masa dan kursus pendek kepada warga komuniti dan industri setempat. Kajian ini dilaksanakan di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai sampel kajian. Rekod data peserta bermula dari tahun 2015 sehingga 2020 iaitu sebanyak 3264 digunakan sebagai sumber maklumat terhadap pelaksanaan kajian ini. Pelbagai kursus merangkumi teknikal dan juga bukan teknikal disediakan sepanjang tahun bagi memenuhi kehendak warga komuniti setempat. Key Performance Index (KPI) turut diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti terhadap kolejkolej dibawah seliaan mereka dan dikira berdasarkan jumlah penglibatan peserta secara tahunan. Justeru itu, kajian berdasarkan kepada teknik analisis berasaskan data analitik digunakan untuk membantu unit yang bertanggungjawab mendapatkan maklumat perancangan kluster serta kursus pada tahun akan datang dengan lebih tepat. Perisian Python digunakan untuk memproses data-data tersebut bagi mendapatkan maklumat berkaitan dan membina model analisis kursus. Selain itu, perisian lain yang turut digunakan adalah Power BI yang digunakan untuk membentangkan hasil dapatan dalam bentuk papan pemuka. Kajian ini menggunakan dua teknik analisis iaitu descriptive analytics bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan peserta terdahulu dan predictive analytics bagi mengenalpasti kursus- kursus yang boleh ditawarkan bersama kursus pilihan peserta. Kelebihan menggunakan teknik analisis ini adalah ia boleh meramal model kursus yang dapat digunakan sebagai panduan penawaran kursus pada tahun akan datang. Melalui kajian ini, didapati kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Seberang Jaya adalah relevan dan pihak kolej boleh memberi keutamaan terhadap kluster kursus intensif dan kursus teknikal berkaitan komputer bagi penawaran kursus pendek di Kolej Komuniti Seberang Jaya pada masa akan datang. Kata Kunci: Kursus pendek, Analisis Data, Descriptive Analytics, Predictive Analytics 1.0 Pengenalan Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi Pendidikan berteraskan Technical and Vocational Education and Training (TVET) yang dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan memfokuskan untuk menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara. Ribuan graduan telah berjaya dilahirkan samaada di peringkat sijil mahupun di peringkat diploma dalam pelbagai bidang kemahiran terkini yang memenuhi kehendak industri semasa. Ini selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Mansor Othman (Malay Mail, atas talian 4 April 2021) yang menyatakan kadar kebolehpasaran graduan TVET kekal tinggi iaitu pada 98 peratus setiap tahun. Di samping itu juga, Kolej Komuniti turut menawarkan kursuskursus pendek bagi memenuhi keperluan warga komuniti setempat dan pihak industri disekitarnya seperti bidang keusahawanan, industri 4.0,
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 12 masakan, jahitan dan lain-lain. Berdasarkan kepada Jaafar (2017), pembelajaran sepanjang hayat telah melahirkan pekerja mahir yang berkemahiran untuk memenuhi keperlun industri selaras dengan pembangunan ekonomi. Faedah yang diperoleh melalui pendidikan seumpama ini dapat mengembangkan kepakaran serta kemahiran pendidik di institusi tersebut untuk membantu pembangunan masyarakat setempat bagi melahirkan komuniti yang bergerak ke arah perkembangan revolusi perindustrian. Kajian ini dilaksanakan di Kolej Komuniti Seberang Jaya yang menawarkan beberapa program dalam bidang teknikal sebagai kursus teras seperti elektrik, elektronik dan komputer. Namun begitu, kursus-kursus pendek yang dijalankan di kolej tersebut tidaklah semata-mata memfokuskan kepada kursus teknikal malahan turut melibatkan kursus bukan teknikal. Masalah berbangkit adalah apabila kadar penglibatan peserta yang menyertai kursus-kursus ditawarkan ini sukar untuk memenuhi KPI tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak JPPKK dengan cepat. Malahan, ada ketikanya sasaran KPI hanya dapat dicapai pada saatsaat akhir sebelum penutup tahun semasa. Justeru itu, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mencapai dua objektif iaitu untuk membantu pihak kolej dan unit yang bertanggungjawab dalam merancang penawaran kursus akan datang dengan berpandukan kepada rekod data peserta pada tahun-tahun sebelumnya dan mencadangkan satu model kursus melalui teknik kajian data analitik menggunakan kaedah Market Basket Analysis (MBA). Faedah dari kajian ini dapat membantu tenaga pengajar dan pegawai bertanggungjawab dalam memaksimumkan perancangan kursus serta meramal jumlah penglibatan peserta pada tahun akan datang. Teknik ini disokong oleh Luang, J., (2004), di mana salah satu pendekatan produktif dalam membuat keputusan adalah dengan mempraktikkan analisis data untuk ramalan yang berketepatan tinggi. Sehubungan dengan itu, proses membuat keputusan juga boleh diperoleh melalui teknik ini kerana pendekatan utama dalam menganalisa serta memahami bentuk data yang banyak memerlukan kefahaman tentang sejarah data dan perniagaan terkini (Sahil & Shweta, 2015) disamping memudahkan proses ringkasan data yang lepas serta penjanaan corak yang membantu kefahaman yang lebih baik seperti yang dinyatakan oleh Aanchal, P., 2018. Kajian ini dijalankan khusus untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kluster kursus yang menjadi pilihan utama peserta dengan berpandukan kepada rekod penyertaan peserta bagi tempoh 5 tahun sebelumnya. Sehubungan dengan itu, satu model kursus turut dicadangkan bagi membantu unit pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan jumlah kemasukan peserta melalui teknik market basket analysis (MBA). Kajian ini boleh membantu unit pembelajaran sepanjang hayat dalam membuat keputusan yang lebih tepat serta menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu kursus. Justeru itu, teknik ini boleh diaplikasikan di mana-mana kolej sebagai pemudahcara dalam merancang penawaran kursus yang berimpak tinggi untuk mencapai KPI tahunan pada kadar yang lebih cepat dan selaras dengan keperluan masyarakat.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 13 2.0 Sorotan Kajian Lambakan data yang dimangkin oleh perkembangan teknologi semasa telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya daripada industri. Hal ini adalah kerana mereka mengetahui sekiranya data-data ini digunakan dan dimanfaatkan dengan betul, mereka boleh menguasai sesuatu perkara. Perkembangan bidang data analitik telah membuka mata ramai pihak untuk memahami “data” yang mungkin nampak seperti tidak berguna oleh orang lain. Ini mengakibatkan berlakunya revolusi besar dalam bidang ini yang menyebabkan munculnya kaedah-kaedah baharu dalam menganalisis maklumat seperti descriptive, predictive dan prescriptive analytics yang boleh digunakan untuk menganalisis corak dan tingkahlaku manusia. Pada masa kini, kebanyakan firma-firma perniagaan mempunyai unit khas untuk mengkaji dan memantau tindakbalas serta perilaku pelanggan mereka melalui kaedah analisis descriptive dan predictive. Ini dilaksanakan untuk membantu dan menambahbaik teknik lama seperti pengumpulan data, machine learning, artificial intelligence dan simulasi masih lagi dipraktikkan seperti dinyatakan oleh Hertog, D. & Postek, 2016; Habeeb et al., 2018; Larose & Larose, 2015, seperti yang dipetik dalam Lapenioti, K., 2020. Secara ringkas, descriptive analytics adalah teknik yang digunakan untuk menentukan keadaan sebenar yang sedang berlaku melalui proses menghimpun dan menganalisa parameter yang berkaitan punca masalah (Lepenioti, 2020). Kelebihan teknik ini adalah kemampuannya dalam mengenalpasti corak yang berpotensi untuk menyebabkan masalah berlaku pada masa hadapan di dalam sesuatu bisnes. Menurut Raghupathi, W. & V. (2013) dalam artikel 'An overview on health Analysis’, ia menerangkan model descriptive yang dicipta berkebolehan dalam mengkategorikan, memperincikan, mengasingkan dan menganalisis data berkaitan untuk memahami perkaitan masa lalu dengan keputusan penjagaan kesihatan semasa untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada Gangurde, R. et al., 2017, teknik descriptive akan menjadi lebih baik jika ianya digabungkan bersama teknik lain iaitu predictive analytics. Kelebihan gabungan keduadua teknik ini selain daripada mengenalpasti masalah, teknik ini juga boleh meramalkan jika sesuatu masalah akan berulang semula. Selain itu ia juga dapat mencari punca kepada masalah tersebut berlaku dengan berdasarkan kepada rekod yang lepas. Kaedah analisis yang paling biasa digunakan di dalam predictive analytics adalah dengan mengaplikasikan teknik MBA. Teknik ini bertujuan untuk mengekploitasi hubungan di antara data-data yang terkumpul seperti dinyatakan oleh Kurniawan et al. (2018). Menurut Raeder, T. & Chawla, N. V., 2021, penggunaan MBA amat sesuai dalam mengenalpasti corak pada pangkalan data, meramal data masa hadapan, dan menilai prestasi terutamanya bagi pangkalan data yang kekurangan hasil penemuan atau sampel data yang tidak mencukupi untuk analisa. Selain itu, berdasarkan kepada satu kajian di Institusi Pengajian Tinggi (Chandrakar, O., 2015, seperti yang dipetik dalam Gangurde, R., 2017), menyatakan bahawa peraturan dan teknik MBA boleh digunakan untuk menganalisis prestasi pelajar dalam peperiksaan dan meramalkan keputusan peperiksaan yang akan datang. Ramalan ini membolehkan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 14 pelajar dan guru mengenal pasti mata pelajaran yang memerlukan perhatian tambahan walaupun sebelum semester bermula. Menurut Sierksma & Zwols, 2015 seperti yang dipetik dalam Lepenioti, K. et al., 2020, untuk membuat keputusan yang optimum, ianya boleh dicapai melalui kaedah Linear Programming yang dikenali dengan prescriptive analytics. Teknik ini berkeupayaan untuk memberi nilai terbesar kepada perniagaan untuk mengoptimumkan keputusan yang dibuat (Siksnys & Pederson, 2016, seperti dipetik dalam Lepenioti, et al. 2020). Oleh yang demikian, penggabungan teknik descriptive dan predictive dapat mengoptimumkan keputusan yang dibuat bagi data yang besar. Teknik-teknik analisis ini telah diuji dan dibuktikan oleh para penyelidik melalui pelbagai jenis kajian secara global samada digunakan secara bersama atau berasingan. Penyelidikan analitikal di dalam bidang pembelajaran sepanjang hayat di institusi TVET hanya akan berfungsi sebagai pengisi jurang memandangkan hanya sedikit penyelidikan yang dijalankan di dalam skop ini. Oleh itu, penggabungan kedua-dua teknik analisis iaitu descriptive dan predictive analytics akan digunakan dalam kajian ini. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini memfokuskan kepada analisis set data peserta di Kolej Komuniti Seberang Jaya dari tahun 2015 sehingga 2020. Data ini mengandungi sebanyak 3264 rekod yang terdiri daripada pelbagai maklumat seperti nama peserta, no kad pengenalan, kursus yang dihadiri, tarikh dan bayaran yuran. Namun begitu, untuk mencapai obektif kajian, maklumat data telah ditambah baik dengan memasukkan rekod kluster serta jantina peserta. Bagi tujuan kajian ini, berdasarkan kepada maklumat data yang terkini, pembolehubah yang digunakan hanyalah rekod jantina peserta, kluster serta kursus yang pernah dihadiri. Maklumat tersebut akan dianalisa dengan menggunakan 2 jenis teknik iaitu descriptive analytics dan predictive analytics. Analisis pertama adalah menggunakan teknik descriptive analytics. Ia merupakan satu kaedah yang digunakan bagi menunjukkan prestasi keseluruhan dan menjana corak berguna bagi data yang diproses. Soltanpoor & Sellis (2016) dan Lepenioti (2020) menyatakan teknik ini untuk mengeksploitasi sebab berlakunya sesuatu sejarah dan menentukan apa yang sedang berlaku dengan menganalisa parameter yang berkaitan dengan punca kejadian samada untuk dikurangkan atau dihapuskan. Analisis kedua iaitu predictive analytics dilaksanakan melalui Teknik MBA di mana keseluruhan kursus dianalisa menggunakan algorithm Association Rules untuk mendapatkan senarai kursus yang boleh ditawarkan bersama dengan kursus yang telah responden hadiri. Gangurde, R. et al. (2017) menyatakan teknik analisis ini adalah bagi mendedahkan corak tingkahlaku responden yang tersembunyi. Teknik ini sesuai digunakan bagi data unsupervised di mana setiap peserta yang hadir untuk
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 15 mendaftar kursus tidak dapat ditentukan melalui ciri-ciri yang ada pada peserta tersebut. Teknik ini melibatkan penetapan parameter berkait seperti support, confidence length dan minimum parameter lift untuk menghasilkan model analisis yang terbaik. Kedua-dua teknik ini dilaksanakan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Bacaan yang diperoleh melalui analisis boleh memberikan gambaran tentang tingkahlaku serta reaksi peserta dalam membuat keputusan untuk menyertai kursus yang ditawarkan. Hasil yang diperoleh akan membolehkan institusi memahami kehendak peserta dan membantu untuk menjangkakan kursus yang sesuai bagi jangka masa pendek atau jangka masa panjang yang diperlukan dalam mencapai KPI institusi. Aliran proses yang dilakukan sepanjang analisis ini adalah seperti di rajah 1. Problem Framing Data Data Exploratory Model Data Visualization Collection Processing Evaluation Analysis Rajah 1: Proses Menganalisa Rekod Data Decision Making Paparan maklumat daripada hasil analisis pertama akan dibentangkan dengan lebih jelas di dalam bentuk papan pemuka menggunakan perisian Power BI. Statistik enrolmen peserta mengikut tahun, maklumat terperinci berkaitan kluster dan senarai kursus dipaparkan dengan jelas, kompak dan ringkas. Kelebihan menggunakan perisian ini adalah bagi memudahkan proses mengenalpasti serta mentafsir maklumat dengan lebih cepat dan tepat. 4.0 Analisis dan Perbincangan Model yang terhasil berdasarkan kepada teknik analitikal yang dinyatakan membantu unit yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan penawaran kursus yang lebih baik. Pecahan jantina responden berdasarkan data ini adalah seperti di dalam Jadual 1. Secara keseluruhan hasil dapatan diringkaskan seperti di Jadual 2 dimana enrolmen tertinggi adalah dari kaum melayu sebanyak 92.40% manakala baki sebanyak 7.60% adalah sebaliknya. Kecenderungan ini selaras dengan persekitaran masyarakat yang terdiri daripada kaum tersebut. Selain itu, maklumat jantina juga diperoleh melalui kajian ini dimana enrolmen tertinggi adalah dari jantina perempuan iaitu dari kaum melayu, sebanyak 54.19% manakala 61.29% adalah dari jantina lelaki bukan melayu.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 16 Jadual 1: Maklumat peserta Jantina Bil Lelaki 1573 Perempuan 1692 Jadual 2: Maklumat responden Profile Percent (%) Malay 92.40% Non-Malay 7.60% Malay Percent (%) Male 45.81% Female 54.19% Non-Malay Percent (%) Male 61.29% Female 38.71% Jadual 3: Demografik Age > 50 Percent (%) Male 35.20 Female 64.80 Age < 50 Percent (%) Male 50.93 Female 49.07 Berdasarkan kepada hasil dapatan di Jadual 3, penglibatan peserta yang paling aktif adalah dari kalangan mereka yang berumur kurang dari 50 tahun. Namun begitu, penglibatan peserta wanita bagi kelompok umur melebihi 50 tahun adalah lebih tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak 64.80%. Rajah 2 menunjukkan rumusan hasil dapatan analisis melalui teknik descriptive analytics. Melalui paparan ini, organisasi akan lebih mudah memahami keadaan keseluruhan penawaran kursus pendek di Kolej Komuniti Seberang Jaya serta memudahkan unit bertanggungjawab untuk membentangkan kepada pihak pengurusan dengan lebih tepat dan terperinci. Paparan di papan pemuka ditanda dengan abjad A untuk jumlah peserta, B carta gelembung, C kategori kluster dan D jumlah penyertaan. Merujuk kepada rajah 3, carta bar memaparkan jumlah penyertaan peserta yang tertinggi adalah pada tahun 2019. Carta gelembung pula merujuk kepada jumlah peserta, di mana gelembung terbesar dipaparan tersebut mewakili kluster kursus intensif. Kursus Haji & Umrah adalah
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 17 penyumbang utama bagi kluster ini dengan penyertaan sebanyak 223. Walaupun kursus Haji & Umrah ini dilaksanakan sekali sahaja, ianya memberikan impak yang signifikan terhadap dapatan kluster intensif berbanding kluster-kluster lain yang konsisten dijalankan pada setiap tahun. Dapatan ini menunjukkan masyarakat setempat lebih berminat untuk menyertai kursus dalam kluster intensif dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penawaran kursus pada masa hadapan. Rajah 2: Paparan keseluruhan Papan Pemuka Hasil Dapatan Analisis Rajah 3: Maklumat dapatan bagi kluster Intensif
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 18 Hasil dapatan seterusnya adalah melalui teknik predictive analytics untuk menghasilkan model analisis. Tiga jenis parameter diperlukan bagi algorithm Association Rules iaitu support, confidence length dan minimum parameter lift. Beberapa tetapan parameter diuji seperti di jadual 4 untuk mendapatkan model yang terbaik. Jadual 4: Perbandingan tetapan parameter menggunakan algorithm Association Rules Bil Support Confidence Lift Model keluaran length (Minimum) 1. >=0.01 2 1 Tidak Relevan 2. >=0.001 2 1 Tidak Relevan 3. >=0.003 2 1 Tidak Relevan 4. >=0.004 2 1 Relevan Melalui jadual ini, model keluaran dikategorikan sebagai tidak releven kerana senarai kursus yang terhasil adalah terlalu banyak dan hubungkait yang dihasilkan tidak jelas. Ini bercanggah dengan tujuan teknik ini dilaksanakan. Justeru itu, parameter ke-4 dipilih kerana model yang terhasil menepati kehendak kajian. Rajah 4 menunjukkan model analisis yang dihasilkan dengan menggunakan parameter yang dipilih. Terdapat 10 hubungkait yang diperolehi dalam model tersebut. Penentuan kursus yang terbaik adalah berdasarkan kepada parameter lift, dimana semakin tinggi nilainya, semakin baik hubungkait di antara kursus. Hasil dapatan model mendapati kursus Rangkaian Komputer dan kursus Penyelenggaraan Komputer mempunyai hubungkait yang terbaik. Ini menggambarkan bahawa pelaksanaan kursus tersebut mempunyai permintaan dikalangan peserta dan ianya relevan untuk dilaksanakan secara berterusan. Walaupun demikian, bagi kursus-kursus yang mempunyai nilai hubungkait yang rendah, ianya tidak bermakna kursus tersebut tidak relevan. Faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh kekurangan data untuk dianalisis. Dapatan akan lebih baik sekiranya data untuk dianalisis mencukupi dengan pelaksanaan kursus yang berkaitan dengan lebih kerap pada masa hadapan. Secara keseluruhan, model terhasil daripada teknik ini boleh dicadangkan kepada unit berkenaan sebagai panduan penganjuran kursus pada masa hadapan.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 19 Rajah 4: Hasil dapatan dan hubungkait antara kursus 5.0 Rumusan dan Cadangan Secara keseluruhan, kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Seberang Jaya adalah relevan untuk diteruskan bagi memenuhi kehendak penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur. Melalui hasil dapatan analisis ini, didapati kursus yang mendapat perhatian adalah daripada kluster kursus intensif yang terdiri daripada kursus-kursus berasaskan kemahiran. Hasil kajian ini dapat menambahbaik kaedah membuat keputusan oleh unit berkaitan dalam proses penawaran kursus pendek kepada masyarakat dan industri setempat. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan model yang bersesuaian untuk mengoptimumkan penyertaan dengan penawaran kursus-kursus yang relevan pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, pihak Kolej Komuniti Seberang Jaya disarankan untuk mengutamakan penawaran kursus-kursus yang terkandung di dalam kluster kursus intensif serta kursus teknikal berkaitan komputer dimana dengan mengimplementasikan saranan yang diperoleh dari kajian ini secara tidak langsung membolehkan KPI dicapai pada kadar yang lebih cepat.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 20 Rujukan Aanchal, P. (2018). Student Progression System using Descriptive and Predictive Analytics. [Master in Thapar Institute of Engineering and Technology Patiala]. TIET Digital Repository. http://117.203.246.91:8080/jspui/handle/10266/5180. Gangurde, R., Kumar, B. & Gore, S. D. (2017). Building Prediction Model using Market Basket Analysis. International Journal of Innovative Research in Computer and Communication Engineering. Vol 5, Issue 2. Jaafar, W., N., W, & Maki, T. (2017). Roles of Community College for community development in Malaysia: Entrepreneurship Education Program. Springer International Publishing AG 2017. Karkhanis, S. P., & Dumbre, S. S. (2015). A study of application of data mining and analytics in education domain. International Journal of Computer Applications, 120(22). Kurniawan, F., Hammad, J., Nugroho, S. M. S. & Hariadi, M. (2018). Market Basket Analysis to Identify Consumer Behaviors by Way of Transaction Data. Knowledge Engineering and Data Science (KEDS). Vol 1, No. 1, pp. 20 - 25. Lepenioti, K., Bousdekis, A. Apostolou, D. & Mentzas, G. (2020). Prescriptive Analystics: Literature Review and Research Challenges. International Journal of Information Management. Vol 50, pp. 57-70. Luang, J. (2004). Data mining applications in higher education. SPSS Executive, 7. Malaymail. (4 April 2021). Deputy minister: Employability rate of community college, polytechnic graduates in Malaysia at 98pc annually. Retrieved from: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/04/04/deputy-ministeremployability-rate-of-community-college-polytechnic-graduat/1963729. Raeder, T. & Chawla, N. V., Market Based Analysis with Networks. Retrieved from:http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.363.3730& rep=rep1 &type=pdf. Retrieval date (July 2021). Raghupathi, W., & Raghupathi, V. (2013). An overview of health analytics. J Health Med Informat, 4(132), 2. Soltanpoor, R., & Sellis, T. (2016, September). Prescriptive analytics for big data. In Australasian database conference (pp. 245-256). Springer, Cham.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 21 Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Telegram Terhadap Penyampaian Maklumat Kursus Pendek Dalam Kalangan Komuniti Setempat Semasa Pandemik Covid-19 Mohamad Sanusi Mustafa1, Saharudin Selamat2*, Nor Azilah Azmil3 123Kolej Komuniti Jasin *[email protected] Abstrak Pandemik Covid-19 telah mengubah tabiat manusia hari ini. Begitu juga dengan penggunaan media sosial dari segi penyampaian maklumat kepada orang ramai. Kerajaan kini telah membentuk pasukan petugas di setiap wilayah untuk mencegah penularan virus itu. Antara tugasnya ialah menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan dan penyebaran Covid-19. Memandangkan penyampaian maklumat dianggap tidak berkesan, sesetengah orang tidak mengetahui sepenuhnya maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Aplikasi Telegram dalam menyampaikan maklumat kursus pendek. Pengedaran soal selidik melalui Telegram dan dibuat dalam google form bagi memudahkan pengedaran dan pengisian. Jumlah maklum balas ialah 43 orang responden dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS. Hasil dapatan menunjukan tahap kepuasan responden terhadap kaedah penyampaian maklumat yang diberi adalah pada tahap yang tinggi dengan bacaan min 4.80 dan ianya dapat dijadikan bahan untuk pihak pengurusan dalam merangka strategi promosi untuk meningkatkan permintaan kursus pendek dalam kalangan masyarakat setempat. Kata Kunci: kursus pendek, Covid-19, Telegram, kolej komuniti
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 22 1.0 Pengenalan Penubuhan Kolej Komuniti di Malaysia telah persetujui oleh Jemaah Menteri Malaysia pada 2005. Ianya telah dimartabatkan sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat, PSH pada 2007. Antara aktiviti pembelajaran sepanjang hayat adalah penganjuran kursus-kursus pendek, khususnya bagi masyarakat setempat. Alumni kursus pendek kolej komuniti telah melahirkan ramai usahawan yang telah berjaya menjana pendapatan bagi kehidupan yang lebih selesa. Bagi membantu menyampaikan maklumat mengenai kursuskursus pendek yang dijalankan, Kolej Komuniti Jasin (KKJS) telah menggunakan media sosial seperti Facebook, Telegram, Instagram, Whatsapp dan lain-lain sebagai medium penyampaian maklumat dan promosi. Media sosial telah menjadi satu platform atau medium yang mudah digunakan serta mesra pengguna untuk sesiapa sahaja berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada pelbagai pengguna yang mempunyai akses kepada internet (Azul et al, 2018). Satu kumpulan Telegram yang dinamakan “Kursus Pendek Kolej Komuniti Jasin” telah diwujudkan oleh Puan Nor Azilah bt Azmil, Penyelaras PSH KKJS pada 15 Julai 2018. Platform ini digunakan sebagai satu saluran untuk penyampaian maklumat berkaitan kursus-kursus pendek yang dirancang dan akan dijalankan. Ahli-ahli kumpulan Telegram adalah terdiri dari komuniti setempat, terutamanya individu yang biasa membawa kumpulan peserta masing-masing untuk menganjurkan kursus pendek mengikut keperluan kumpulan tersebut seperti kaunselor sekolah, guru-guru dan ketua perkumpulan penduduk dan individu-individu tertentu. Kebanyakan mereka tinggal di sekitar Merlimau. Ada juga yang menetap di parlimen Alor Gajah dan negeri-negeri berdekatan Melaka, termasuk Lembah Kelang. Unit PSH KKJS juga ada meletakkan pautan di dalam Facebook PSH KKJS untuk mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS ini. 2.0 Sorotan Kajian Aplikasi Telegram telah dilancarkan pada 2013 oleh Nikolai dan Pavel Durrov (Elite Marketer, 2020). Menurutnya lagi, Telegram adalah aplikasi penyampaian dan perkongsian fail computer dan mesej, sama ada teks, suara dan imejan. Ia berfungsi secara cloud based dan dapat menjalankan fungsi email dengan lebih mudah iaitu secara pick, drag & drop sahaja. Penggunaannya agak meluas dan pesaing terdekatnya ialah Whatsapp. Pada akhir tahun 2019 dunia telah dikejutkan dengan kewujudan sejenis virus corona yang sangat merbahaya kepada kesihatan manusia. Virus yang kemudiannya dinamakan sebagai Covid-19 ini pada awalnya menyerang wilayah-wilayah di negara China, Itali, Amerika Syarikat, Sepanyol dan beberapa negara lain adalah antara yang turut teruk dilanda wabak Covid-19 kerana melibatkan kehilangan nyawa pada angka yang tidak tergambar
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 23 sebelum ini. Ia diisytiharkan sebagai satu pandemik sedunia oleh World Health Organization (WHO) pada 11 Mac 2020 (Julia Hussein, 2020). Malaysia mula menerima kesan bermula pada awal tahun 2020 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan pada seluruh negara bermula 18 Mac 2020. Apabila keadaan menunjukkan penurunan kes baru yang ketara, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan pada 1 Mei 2020. Pada 10 Jun 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dilaksanakan. Penularan Covid-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada penganjuran kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kesan-kesan tersebut adalah seperti penangguhan, pengurangan peserta kursus, keperluan kepada pematuhan SOP, mod kursus atas talian sehinggalah kepada pembatalan kursus. Semua maklumat semasa dan mutakhir mengenai kursus yang dirancang perlu disampaikan kepada bakal peserta untuk memastikan kelancaran kursus pendek tersebut. Penyampaian maklumat pada era Pandemik Covid-19 pastinya menjadi satu perkara yang penting, sepenting langkah mengatasi jangkitan virus corona itu sendiri. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan komuniti setempat terhadap penggunaan Telegram sebagai medium penyampaian maklumat bagi penganjuran kursus pendek dalam era Pandemik Covid-19. Ini bagi memastikan komuniti setempat mendapat maklumat kursus pendek yang secukupnya, jelas, pantas dan mudah difahami pada masa yang getir dan sukar ini. 2.1 Permasalahan Kajian Komuniti setempat merupakan bakal peserta kursus pendek bagi sesebuah kolej komuniti. Kejayaan penganjuran sesuatu kursus banyak bergantung kepada penerimaan maklumat yang disalurkan kepada mereka. Hari ini, komuniti dalam talian atau online community terhasil daripada media sosial yang diangkat sebagai medium rasmi untuk perkongsian maklumat sesuatu agensi atau badan (Guo, Liu & Liu 2016). Medium penyebaran maklumat semestinya menerima kesan yang nyata semasa era pandemik Covid-19. Komuniti perlu dibekalkan dengan maklumat yang berkualiti selari dengan kepentingan komuniti sebagai calon peserta kursus pendek. Menurut Suriyana, Suhaila dan Wan Fadhilah (2017) dalam kajiannya menyatakan gambaran umum tentang institusi secara tidak langsung, peserta-peserta kursus pendek juga merupakan agen promosi kepada komuniti tentang perkhidmatan latihan khususnya kursus pendek yang ditawarkan di kolej komuniti.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 24 Data dan maklumat yang berkualiti telah digaris kasar oleh Batini et al. (2009) yang mempunyai lima kriteria penting iaitu terdapat lima (5) ciri utama untuk menentukan maklumat yang berkualiti iaitu ketepatan informasi, senang difahami, cukup serba serbi, berfaedah serta mutakhir. Oleh itu dalam kes ini kumpulan Telegram kursus pendek KKJS perlu dinilai dalam memainkan peranan sebagai medium penyampaian maklumat. 2.2 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kepuasan komuniti setempat terhadap penggunaan telegram sebagai medium penyampaian maklumat bagi penganjuran kursus pendek dalam era covid-19 2.3 Skop Kajian i) Kajian terbatas kepada kumpulan Telegram kursus pendek bagi Kolej Komuniti Jasin sahaja. ii) Tempoh pandemik Covid-19 diambil kira dari Mac hingga November 2020 2.4 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk dijalankan bagi menilai medium Telegram yang digunakan sekarang sebagai wadah penyampaian maklumat kursus pendek KKJS kepada komuniti setempat. Ia dapat membantu unit PSH KKJS dalam memantapkan sistem penyampaian maklumat kepada pelangganpelanggannya. 3.0 Metodologi Kajian Kajian tinjauan secara kuantitatif ini dibuat menggunakan kajiselidik sebagai instrument kajian. Soalan kajiselidik ini dibina dalam Google Form. Instrumen soalselidik diadaptasi daripada Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dijalankan pada 21 hingga 27 September 2020 dan diolah mengikut kesesuaian kajian. Semua komuniti setempat yang menjadi ahli kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS dipelawa untuk menjadi responden dengan menekan pautan yang dibekalkan di dalam kumpulan Telegram tersebut. Bilangan ahli ialah seramai 43 orang termasuk 10 orang kakitangan KKJS. Hampir semua item pernyataan bersifat tertutup. Ia merangkumi soalansoalan yang menggunakan Skala Likert lima (5) tahap. Skala 1 “Tidak memuaskan” dan Skala 2 menunjukkan “Kurang memuaskan”, Skala 3 menunjukkan “Memuaskan”, Skala 4 menunjukkan “Baik” manakala Skala 5 menunjukkan “Cemerlang”.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 25 Jadual 1: Skala Likert 5 Tahap Tidak Kurang Memuaskan Baik Cemerlang Memuaskan Memuaskan Skala 1 2 3 4 5 Data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan SPSS versi 23 dan diinterpretasikan dalam bentuk jadual dan carta yang boleh difahami. Antara kelebihan menggunakan Skala Likert adalah ia mempunyai tahap kebolehpercayaan dan ketepatan yang baik iaitu 85% (Mohamad Najib, 1996). Kajian ini tidak memilih sampel kajian sebaliknya mengambil populasi kajian sebagai sampel sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kajiselidik ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan ahli kumpulan Telegram tersebut. Kaedah kuantitatif yang digunakan dianalisis dengan kaedah deskriptif kerana kajian ini dapat memperihal tentang sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor yang dinilai. Selain peserta perlu menjawab soalan-soalan yang menjurus kepada faktor kepuasan penyampaian maklumat, mereka juga perlu menjawab soalan yang ada hubungkait dengan faktor kepuasan. Mohd Najib (2010) menjelaskan penyelidikan deskriptif adalah satu bentuk penyelidikan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat dan menerangkan sesuatu perkara yang berlaku. Ahmad Munawar dan Mohd Nor Shahizan (2014) pula menyatakan bahawa kajian berbentuk deskriptif dapat memberi gambaran atau maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping membantu membuat perancangan pada masa akan datang. Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan di dalam kajian ini kerana dapatan kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan pada masa akan datang. Sesuatu penyelidikan berbentuk deskriptif dapat menerangkan dan memperincikan sesuatu fenomena yang berlaku (Majid, 2010). Al-Mansor (2012) pula mendefinisikan statistik perihalan sebagai statistik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan menerangkan data. Statistik analisis melibatkan transformasi data mentah kepada bentuk yang mengandungi maklumat di mana ia menerangkan satu set faktor di dalam sesuatu situasi. Ini boleh dilaksanakan dengan memanipulasikan data mentah yang dikumpul. Analisis data yang dilakukan adalah dalam bentuk peratusan dan dibentangkan di dalam graf, carta dan jadual. Kaedah kualitatif juga digunakan dalam kajian ini. Soalan terbuka menyumbang kepada nilai kualitatif. Soalan tersebut adalah mengenai cadangan ahli kumpulan Telegram untuk memantapkan lagi kaedah penyampaian maklumat berkenaan kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Jasin.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 26 4.0 Analisis dan Perbincangan Seramai 42 individu yang menjadi ahli dalam kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS telah mengisi kajiselidik dan bertindak sebagai responden. 4.1 Bahagian B: Demografi Enam item demografi dalam soal selidik merangkumi pekerjaan responden, jantina, umur, taraf pendidikan, tempoh menjadi ahli kumpulan Telegram dan cara menjadi ahli kumpulan Telegram. Rajah 1: Pekerjaan Responden Majoriti responden adalah kakitangan awam mewakili 40.5%, diikuti oleh kakitangan swasta 28.6%. Ada golongan yang tiada pekerjaan yang mengikuti kursus pendek di KKJS dan mereka ini perlu diberi perhatian supaya dapat berdikari secara kewangan. Dalam survey, golongan ini adalah 2% untuk dua orang. Pelajar diwakili oleh dua orang iaitu dua peratus. Rajah 2: Jantina 24 orang lelaki dan 19 perempuan yang menjawab soalan kaji selidik.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 27 Rajah 3: Umur Kumpulan muda lepasan SPM yang berumur 19-24 tahun adalah yang ke empat tertinggi menjawab. Golongan ini boleh diberi perhatian lebih kerana kemahiran dalam keusahawanan mungkin masih kurang. Kumpulan umur 55-60 tahun dan 13-15 tahun masing-masing diwakili oleh seorang atau 2.3%. Rajah 4: Taraf Pendidikan Golongan terpelajar yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dan Sarjana Muda mendominasi responden dengan jumlah 51.2% kedua-duanya. Pemegang sijil, SPM dan STPM adalah 9, 6 dan 2 (4.7%) orang masing-masing.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 28 Rajah 5: Tempoh Menjadi Ahli Kumpulan Telegram Kursus Pendek Majoriti 37.2 peratus yang diwakili oleh 16 daripada 43 orang responden telah menjadi ahli kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS antara 1-2 tahun. Satu perempat responden telah menjadi ahli melebihi 2 tahun. Rajah 6: Cara Menjadi Ahli Kumpulan Terdapat keseimbangan dari segi cara responden dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram kursus pendek KKJS, sama ada dimasukkan atau masuk sendiri dari pautan di Facebook. 4.2 Bahagian B: Tahap Kepuasan Komuniti Setempat Terhadap Maklumat Bahagian B ini terdiri daripada 4 konstruk dan 15 item soal selidik dengan pilihan jawapan skala Likert. Empat konstruk tersebut adalah tempoh masa tindakan, cara bahasa layanan yang disampaikan, kepakaran pegawai mengendali Aplikasi Telegram dan jaminan perkhidmatan dan SOP semasa Pandemik Covid-19. Ringkasannya adalah seperti dibawah: