E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 229 bahawa amali secara simulasi merupakan satu peralatan yang cekap dan mampu memberikan pelajar pengalaman yang sama seperti pelaksanaan amali secara hands-on (Estriegana, Medina & Barchino, 2019) 2.2 Domain Pembelajaran Taksonomi Bloom telah menggariskan aspek yang perlu digunakan untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Tiga domain pembelajaran telah ditetapkan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Analisis melibatkan ketiga-tiga domain pembelajaran tersebut perlu dilaksanakan bagi mengukur hasil pembelajaran kerja amali kerana hampir semua aktiviti pembelajaran melibatkan lebih dari satu domain. Ini membolehkan setiap kemahiran yang diperoleh pelajar dalam pelaksanaan kerja amali dihubungkaitkan dengan setiap domain dengan lebih terperinci (Alias & Saim, 2020). Domain kognitif adalah berkaitan dengan pemikiran seseorang pelajar yang menumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran intelektual. Domain ini merupakan teras kepada sistem pembelajaran dan domain pembelajaran yang lain. Domain kognitif merupakan satu domain yang paling mudah untuk dinilai berbanding domain psikomotor dan afektif (Alias & Saim, 2020). Domain ini turut digunakan sebagai satu kriteria untuk menganalisa pengalaman pelajar semasa melaksanakan kerja amali. Domain psikomotor pula secara dasarnya adalah kemahiran atau kebolehan seseorang untuk melaksanakan satu tindakan berdasarkan kepada pengalaman pembelajaran tertentu. Hasil pembelajaran psikomotor untuk seorang pelajar boleh dinilai berdasarkan kepada kemahiran dan kemampuan untuk bertindak dalam sesuatu situasi tertentu. Hasil pembelajaran psikomotor sebenarnya merupakan kesinambungan kepada hasil pembelajaran kognitif dan hasil pembelajaran afektif (Mertayasa, Subawa, Agustini & Wahyuni, 2021). Dalam pelaksanaan amali, domain pembelajaran psikomotor merupakan satu aspek yang paling penting. Domain ini dapat menterjemahkan koordinasi diantara minda dan fizikal seseorang pelajar (Begam, 2019). Domain afektif pula adalah berkaitan dengan sikap, perasaan atau emosi berasaskan kepada pengalaman pembelajaran. Dalam pelaksanaan kerja amali, domain ini boleh diukur melalui kerja berkumpulan dan laporan kerja amali (Alias & Saim, 2020). Domain ini perlu dijadikan asas ketika menetapkan satu struktur peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar dalam pelaksanaan kerja amali. Domain ini sangat mempengaruhi prestasi pelajar walaupun ianya tidak dapat dilihat secara terang-terangan (Zaghloul, 2001). 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan hubungan antara tahap hasil pembelajaran pelajar untuk domain kognitif, psikomotor dan afektif semasa melaksanakan kerja amali. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji dan membandingkan aspek-aspek tersebut dalam konteks amali secara simulasi dan amali secara hands-on. 3.1 Persampelan Kajian Populasi responden kajian adalah terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kerana semua
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 230 pelajar terlibat dengan sesi amali untuk sesetengah kursus yang diambil pada setiap semester. Pelajar semester dua untuk sesi pengajian Disember 2020 telah dipilih sebagai sampel kajian memandangkan mereka merupakan pelajar yang telah melaksanakan amali dengan dua kaedah berbeza iaitu secara simulasi dan hands-on untuk kursus yang sama dalam semester tersebut. Berdasarkan data yang diperolehi dari Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik, terdapat 118 orang pelajar semester dua untuk sesi tersebut. Krejcie dan Morgan (1970) menyatakan, sekiranya populasi kajian adalah seramai 118 orang, bilangan sampel minima yang diperlukan adalah seramai 86 orang sahaja. Dalam kajian ini, seramai 101 orang responden telah memberikan maklumbalas dalam instrumen kajian yang diedarkan dan bilangan sampel ini adalah mencukupi mengikut bilangan yang dicadangkan. 3.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian diadaptasi dari instrumen pengukuran hasil pembelajaran untuk kerja amali yang telah dibangunkan oleh Radin-salim et al., (2013). Konstruk yang sama telah ditetapkan untuk menguji maklumbalas responden untuk kedua-dua kaedah amali. Ujian kebolehpercayaan instrumen yang dibina menunjukkan Alpha Cronbach, α untuk domain kognitif sebanyak 0.901, domain psikomotor sebanyak 0.853 dan domain afektif sebanyak 0.774. Hasil ujian ini menunjukkan instrumen yang dibina mempunyai konsistensi dalaman yang baik (Musa, 2018). Instrumen kajian ini telah diedarkan kepada responden secara atas talian melalui platform google form. 3.3 Kaedah Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk menggambarkan hasil pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar semasa melaksanakan kerja amali secara simulasi dan hands-on. Ujian-t berpasangan dilaksanakan dimana perbezaan skor min yang diperolehi daripada analisis dibandingkan untuk melihat tahap pencapaian pelajar semasa melaksanakan kerja amali menggunakan dua kaedah berbeza. Semua responden telah melaksanakan amali secara simulasi untuk tempoh tujuh minggu pertama semester berkenaan manakala pelaksanaan amali secara hands-on telah dilaksanakan pada baki minggu berikutnya sehingga tamat semester. Analisis data dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi SPSS. 4.0 Dapatan dan Perbincangan 4.1 Profail Responden Jadual 1 menunjukkan profail responden yang terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan jadual, 56.4 peratus responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki manakala 43.6 peratus responden adalah pelajar perempuan. Kesemua responden ini merupakan pelajar semester dua dari tiga program berbeza. Pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) merupakan kumpulan responden paling ramai dengan peratusan sebanyak 40.6 peratus diikuti responden dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dengan bilangan responden sebanyak 32.7 peratus.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 231 Manakala 26.7 peratus responden lagi terdiri dari pelajar-pelajar di bawah program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik). Jadual 1 : Demografi responden Profail Frekuensi Peratusan Jantina Lelaki 57 56.4 Perempuan 44 43.6 Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) 33 32.7 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) 27 26.7 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) 41 40.6 4.2 Persoalan Kajian dan Dapatan Terdapat tiga persoalan kajian yang telah diuji kepada responden. Hasil kajian dan dapatan adalah seperti perbincangan di bawah. Persoalan 1 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap hasil pembelajaran kognitif pelajar ketika melaksanakan amali secara simulasi dan hands-on? Berdasarkan Jadual 2, min hasil pembelajaran kognitif pelajar adalah lebih tinggi semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara hands-on (M=4.41, SD=0.55) berbanding semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara simulasi (M=3.99, SD=0.78). Analisis ujian-t sampel berpasangan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara amali secara simulasi dan amali secara hands-on [t(100)=-5.093, p=0.000]. Analisis ujian-t ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min hasil pembelajaran domain kognitif dalam sesi amali secara simulasi dan handson. Jadual 2 : Ujian-t bagi min hasil pembelajaran kognitif pelajar dalam amali secara simulasi dan hands-on Pembolehubah M N SD t df p Amali secara simulasi 3.99 101 0.78 -5.093 10 0.000 Amali secara hands-on 4.41 101 0.55 0 Nota: Signifikan pada aras p<0.05 Dapatan ini menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran domain kognitif pelajar semasa melaksanakan kerja amali secara hands-on adalah lebih tinggi berbanding ketika melaksanakan kerja amali secara simulasi pada awal semester tersebut. Hal ini adalah selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh (Steger, Nitsche, Miley & Schweiger, 2017) yang menyatakan bahawa sesi amali hands-on dapat memberikan pengetahuan yang lebih baik berbanding dengan sesi amali simulasi. Kajian lain turut menyatakan pelajar percaya bahawa aplikasi simulasi sahaja tidak begitu kondusif untuk situasi dan aplikasi dalam dunia sebenar (Taher, 2015).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 232 Terdapat juga pelajar berpendapat, kombinasi diantara amali secara handson dan simulasi merupakan satu strategi yang dapat mengoptimumkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menangani masalah kejuruteraan dalam dunia sebenar. Namun, mereka tetap mengutamakan amali secara hands-on sebagai kaedah pembelajaran utama (Rahman dan Johari, 2022). Persoalan 2 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap hasil pembelajaran psikomotor pelajar ketika melaksanakan amali secara simulasi dan hands-on? Analisis hasil pembelajaran psikomotor pelajar semasa melaksanakan kerja amali adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Berdasarkan jadual tersebut, min hasil pembelajaran psikomotor pelajar adalah lebih tinggi semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara hands-on (M=4.43, SD=0.55) berbanding semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara simulasi (M=3.98, SD=0.79). Analisis ujian-t sampel berpasangan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara amali secara simulasi dan amali secara hands-on [t(100)=-5.556, p=0.000]. Analisis ujian-t ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min hasil pembelajaran domain psikomotor dalam sesi amali secara simulasi dan hands-on. Jadual 3 : Ujian-t bagi min hasil pembelajaran psikomotor pelajar dalam amali secara simulasi dan hands-on Sampel M N SD t df p Amali secara simulasi 3.98 101 0.79 -5.556 100 0.000 Amali secara hands-on 4.43 101 0.55 Nota: Signifikan pada aras p<0.05 Berdasarkan kepada dapatan kajian, pelajar menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran pelajar domain psikomotor yang lebih tinggi dalam sesi amali secara hands-on berbanding sesi amali secara simulasi. Ini menunjukkan pelajar dapat membentuk kemahiran praktikal mereka dengan lebih baik melalui hands-on. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dilaksanakan oleh Altalbe (2018) dimana penggunaan peralatan amali secara fizikal dapat membentuk kemahiran praktikal pelajar dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan sesi amali secara simulasi menyebabkan pelajar tidak dapat membiasakan diri dengan peralatan dan peranti sebenar. Situasi amali secara simulasi juga mungkin berbeza dengan situasi sebenar. Ini membawa kepada kemahiran tertentu yang perlu dicapai oleh pelajar kejuruteraan tidak dapat diasah seperti kemahiran mengendalikan peralatan dan peranti fizikal yang tidak berfungsi dengan baik (Chan & Fok, 2015).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 233 Persoalan 3 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap hasil pembelajaran afektif pelajar ketika melaksanakan amali secara simulasi dan hands-on? Berdasarkan Jadual 4, min hasil pembelajaran afektif pelajar adalah lebih tinggi semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara hands-on (M=4.4,0 SD=0.54) berbanding semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara simulasi (M=4.00, SD=0.54). Analisis ujian-t sampel berpasangan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara amali secara simulasi dan amali secara hands-on [t(100)=-4.857, p=0.000]. Ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara hasil pembelajaran pelajar ketika melaksanakan amali secara simulasi dan hands-on. Jadual 4 : Ujian-t bagi min hasil pembelajaran afektif pelajar dalam amali secara simulasi dan hands-on Sampel M N SD t df p Amali secara simulasi 4.00 101 0.77 -4.857 100 0.000 Amali secara hands-on 4.40 101 0.54 Nota: Signifikan pada aras p<0.05 Dapatan ini menunjukkan pelajar lebih bersetuju bahawa pelaksanaan amali secara hands-on dapat meningkatkan hasil pembelajaran afektif berbanding amali secara simulasi. Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran bolehpindah pelajar adalah lebih baik ketika melaksanakan amali secara hands-on berbanding secara simulasi yang diperlukan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang (Chan & Fok, 2015) Namun, dari sudut komunikasi seperti dalam bentuk penulisan laporan, kedua-dua kaedah amali menunjukkan tiada perbezaan ketara dimana hasil laporan adalah bergantung kepada dapatan yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen itu sahaja. Selain itu, tahap tingkah laku beretika pelajar juga menunjukkan tiada perbezaan diantara amali secara hands-on dan simulasi (Altalbe, 2018). 5.0 Kesimpulan Keperluan latihan amali untuk pelajar kejuruteraan sentiasa berkembang selari dengan kemajuan dan pengenalan teknologi terkini. Pelaksanaan sesi amali secara simulasi mampu menangani beberapa kekurangan yang muncul ketika pelaksanaan amali secara hands-on. Penggunaan perisian tertentu membolehkan pelajar mengukuhkan kefahaman konseptual dan mampu membuat persediaan lebih awal sebelum melaksanakan amali secara hands-on. Namun begitu, pelaksanaan simulasi semata-mata adalah tidak praktikal dalam konteks amali di institusi ini. Tidak dinafikan, penggunaan simulasi sedikit sebanyak membantu dalam beberapa aspek tetapi pelaksanaan amali secara hands-on masih merupakan amalan terbaik. Hasil dapatan yang ditunjukkan oleh responden mereka bersetuju dengan pendapat ini dimana kesemua
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 234 responden menunjukkan hasil pembelajaran untuk domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah lebih tinggi semasa pelaksanaan amali secara hands-on berbanding pelaksanaan amali secara simulasi. Secara kesimpulannya, kaedah amali secara hands-on dan simulasi boleh digabungkan sebagai satu strategi terbaik untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran serta dapat menyediakan pelajar dengan set kemahiran asas untuk menangani situasi aplikasi sebenar semasa belajar dan semasa bekerja kelak disamping dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. Rujukan Alias, R. and Saim, N. M. (2020) ‘Cognitive Domain Performance for NonLaboratory Embedded and Laboratory’, International Journal of Learning and Educational Research, 19(4), pp. 206–222. Altalbe, A. (2018) Virtual Laboratories for Electrical Engineering Students: Student Perspectives and Design Guidelines. University of Queensland. Begam, A. A. A. (2019) ‘Psychomotor Domain of Bloom’ s Taxonomy in Teacher Education Psychomotor Domain of Bloom’ s Taxonomy in Teacher Education’, International Journal of Education, (March 2018). Chan, C. and Fok, W. (2015) ‘Evaluating learning experiences in virtual laboratory training through student perceptions: a case study in Electrical and Electronic Engineering at the University of Hong Kong Evaluating learning experiences in virtual laboratory training through student’, Engineering Education, 0052. Corter, J. E., Esche, S. K., Chassapis, C., Ma, J. and Nickerson, J. V (2011) ‘Computers & Education Process and learning outcomes from remotelyoperated, simulated, and hands-on student laboratories’, Computers & Education. Elsevier Ltd, 57(3), pp. 2054–2067. Estriegana, R., Medina-merodio, J. and Barchino, R. (2019) ‘Computers & Education Student acceptance of virtual laboratory and practical work : An extension of the technology acceptance model’, Computers & Education. Elsevier, 135(December 2018), pp. 1–14. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 607-610. Lal, S., Lucey, A. D., Treagust, D. F. and Zadnik, M. G. (2019) ‘A study of the relative importance of student interactions for the attainment of laboratorylearning outcomes’, Proceedings of the AAEE2019 Conference, (December). Musa, D. (2018). Penyelidikan perniagaan:pendekatan kuantitatif kepada penyelidik baru. Arau. Mertayasa, I., Subawa, I. G.H., Agustini, K., & Wahyuni, D., (2021). Impact of cognitive styles on students’ psychomotoric abilities on multimedia course practicum. Journal of Physics: Conference Series. 1810. 012056.10.1088/1742-6596/1810/1/012056.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 235 Radin Salim, K., Ali, R., Hussain, N. H. and Haron, H. N. (2013) ‘An Instrument for Measuring the Learning Outcomes of Laboratory Work’, in IETEC’13 Conference. Rahman, I. and Johari, M. (2022) ‘Students’ understanding and skills on voltage and current measurements using hands‑on laboratory and simulation software’, Education and Information Technologies. Springer US, (0123456789). S Sriadhi, R. R. and H. S. (2021) ‘Multimedia simulation model for electrical laboratory learning’, IOP Conference Series : Materials Science and Engineering, p. 1098. Steger, F., Nitsche, A. and Miley, C. (2017) ‘Laboratory Learning : Hands-on versus Simulated Experiments’, in AAEE2017 Conference, pp. 1–8. Taher, M. T. (2015) ‘Effectiveness of Simulation versus Hands-on Labs : A Case Study for Teach- ing an Electronics Course Effectiveness of Simulation versus Hands-on Labs : A Case Study for Teaching an Electronics Course Abstract’, in 122nd ASEE Annual Conference & Exposition. Engineering Technology Accreditation Council, BEM. (2020) ‘Engineering Technician Education Programme Accreditation Standard 2020’. Zaghloul, A.-R. M. (2001) ‘Assessment of Lab Work : A Three-Domain Model ; Cognitive , Affective , and Psychomotor’, in 2001 American Society for Engineering Education Annual Conference & Exposition, p. 6.217.1-6.217.7. Zainuddin, S. (2019) Investigation into the Effectiveness of Practical Work in Achieving Curriculum Objectives for Engineering Studies in Secondary Education. University of Lincoln.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 236 Kajian Keberhasilan Produk Inovasi (Mr. Fishy) Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Subjek SKU 10213 Basic Butchery Nurulshida Abdul Rashid1*, Mohd Sharin Hafiza Isa2 Noor Azhar Abd Wahab3 123Kolej Komuntiti Rompin *[email protected] Abstrak Responden TVET perlu didedahkan dengan kemahiran tambahan selari dengan keperluan semasa yang mencabar kini. Pensyarah teknikal dan vokaisional harus mengoptimumkan penggunaan bahan – bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan bahan pengajaran yang diolah menjadi satu produk inovasi bagi membantu PdP diharap membantu mengurangkan kos pembelajaran responden masa kini. Mr. Fishy adalah produk inovasi yang menjadi salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) terhadap responden di Kolej Komuniti Rompin (KKRP). Pemerhatian terhadap penggunaan produk bertujuan untuk menilai keberhasilan produk ini dari aspek pengetahuan, kemahiran daya fikir dan kendiri responden. Hasil dapatan dianalisis secara kuantitatif melalui soal selidik yang melibatkan 24 orang pelajar dari Program Sijil Kulinari (SKU) di KKRP. Analisa data deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), version 26.0. Tinjauan sebelum produk dihasilkan menunjukkan skor nilai terendah iaitu 2.80 yang mana interpretasi min adalah sederhana. Manakala peningkatan dapat dilihat selepas penghasilan produk inovasi dihasilkan dengan min keseluruhan sebanyak 4.43, yang mana memperlihatkan interpretasi min sangat memuaskan. Kesimpulannya, keberkesanan leguaan bahan bantu mengajar ini terbukti sebagai salah satu bahan bantu mengajar semasa sesi amali dalam kelas dilaksanakan. Kata kunci: Mr. Fishy, Produk Inovasi 1.0 Pengenalan Sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah-ubah, apabila teknologi dan perkembangan baharu muncul. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini sedang berusaha untuk membawa perubahan baharu yang akan memberi impak ketara kepada cara pembelajaran pelajar Malaysia. KPT telah memperkenalkan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi penggunaan teknologi pada tahun 2014. Produk Inovasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sangat bermanfaat dan boleh membantu mencapai kehendak sesuatu topik pengajaran samada secara teori mahupun amali. Produk Inovasi Mr. Fishy diilhamkan di Kolej Komuniti Rompin berdasarkan permasalahan yang dihadapi pelajar dalam menjalankan aktiviti amali bagi subjek Basic Butchery yang memerlukan responden melaksanakan amali potongan melibatkan bahan mentah hanyir dan berbau kuat seperti ikan, karangan laut, ayam dan daging berdasarkan prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan di bidang masakan. 1.1 Penyataan Masalah Setiap bahan mentah mempunyai bau, ciri yang tersendiri dan berbeza rasa serta cara memprosesnya dalam mengelak berlakunya masalah pencemaran bau (Anjna et al.2014). Ini adalah kerana bau mempunyai ciri
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 237 yang berbeza mengikut individu, di mana ianya boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mampu menjejaskan kesihatan serta mengurangkan selera makan kepada penerima yang sensitif (Nadzmi et al 2021). Bagi dunia masakan pula, terdapat pelbagai bahan – bahan semulajadi yang berfungsi sebagai bahan menghilangkan bau hanyir bahan masakan. Namun penggunaan langsung bahan – bahan tersebut dilihat meningkatkan kos pembelian bahan seperti limau, lemon, asam keping dan asam jawa. Selain itu, didapati responden yang baru pertama kali memasuki bidang masakan sedikit keliru serta sukar untuk menentukan bahan yang tepat yang bersesuaian untuk digunapakai bagi menghilangkan bau pada setiap bahan mentah yang digunakan. Berdasarkan pemerhatian juga, berlaku pembaziran apabila bahan – bahan yang berkos tinggi seperti tepung gandum, lemon dan limau digunakan membuta tuli bagi menghilangkan hanyir sesuatu bahan masakan. Oleh itu, pihak penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah keberkesanan produk Mr. Fishy ini dalam menambah minat terhadap kursus SKU 10213 Basic Butchery, pemudah cara ketika proses penyediaan bahan masakan dan tahap mesra pengguna produk. 1.2 Objektif Objektif kajian keberkesanan Produk Inovasi Mr. Fishy: i. Tambah minat responden terhadap kursus SKU 10213 Basic Butchery. ii. Memudahkan responden ketika proses penyediaan bahan masakan. iii. Tahap mesra pengguna produk oleh responden. 1.3 Persoalan Produk inovasi Mr. Fishy ini terbuktikah keberkesanannya dalam menambahkan pengetahuan responden, meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran daya fikir responden? 2.0 Sorotan Kajian Bagi Kolej Komuniti Rompin yang memfokuskan pengajaran dan pembelajaran TVET secara hands-on sepenuhnya, keperluan produk inovasi yang memudahcara proses pembelajaran harus ketengahkan serta diimplementasikan. Proses penyampaian ilmu harus seiring dengan kehendak serta maksud tujuan sesuatu perkara yang ingin dinyatakan. Idea baru yang memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, akan membantu seseorang responden untuk belajar serta mencabar responden ke arah pencapaian potensi kemahiran mereka yang optimum. Menurut Jantan (2016) intipati terpenting dalam mencapai kehendak sesuatu tujuan adalah proses pencarian idea yang bersesuaian dan dikembangkan menjadi pemudahcaraan yang bersesuaian sebagai satu idea kreatif dan inovatif. Kenyataan ini disokong oleh Siti dan Halim (2010) yang menyatakan pentingnya kegunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam penyelesaian terhadap permasalahan tenaga kerja, masa dan wang ringgit dalam proses PdP. Keberkesanan produk Mr. Fishy menunjukkan bahawa ianya adalah langkah positif meringankan tugas tenaga pengajar dalam
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 238 menjadikan mengajar dan belajar lebih memudahkan dan berkesan. Penulisan oleh Bakhir & Zamri (2016), menyatakan ABM yang menarik mampu memberi kelebihan kepada pengajar dalam membantu responden menguasai sesuatu topik pembelajaran serta mengingati apa yang direspondeni. 3.0 Metodologi Kajian Kajian berbentuk kuantitatif dan sampel seramai 24 orang responden SKU bagi Sesi 1 2021/2022 yang telah memberi respon terhadap Subjek Basic Butchery. Soal selidik dan instrumen kajian ini telah diadaptasi dari Nordiyana & Roslan (2022) yang berkaitan produk inovasi bertajuk Keberkesanan IGATE dalam PdP Kursus SUE10011. Soal Selidik ini diedarkan secara dalam talian di mana ianya terdapat tiga (3) aspek yang dilihat: Aspek A : Demografi responden Aspek B: Hasil tinjauan sebelum pengunaan produk inovasi Aspek C: Mr. Fishy digunapakai. Hasil keberhasilan selepas pengunaan produk inovasi Mr.Fishy digunapakai. Skala Likert 1 hingga 5 di Jadual 1 digunakan bagi mengukur maklum balas responden bagi binaan soalan yang diajukan. Jadual 1: Tafsiran Skala Likert bahagian B dan C Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Tidak Pasti (TP) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 Analisis data secara kuantitatif digunapakai bagi memproses data yang diperolehi . Analisis kekerapan dilakukan mengenai latar belakang responden seperti jantina dan semester. Teknik min secara deskriptif bagi penentuan interpretasi min diubahsuai daripada Creswell (2005) seperti di dalam Jadual 2. Jadual 2: Tafsiran Skala Likert Bahagian B and C Julat Skor Min Interprestasi Min 1.00 – 1.80 Sangat tidak memuaskan 1.81 – 2.60 Tidak memuaskan 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Memuaskan 4.21 – 5.00 Sangat memuaskan 4.0 Analisis dan Perbincangan Dapatan hasil kajian ini terhasil daripada respon pengguna yang menggunapakai produk ini semasa sesi amali praktikal berlangsung. Objektif
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 239 kajian dia jadikan sebagai elemen utama bagi menguji keberkesanan produk kajian. 4.1 Analisis kekerapan Jadual 3: Aspek demografi mengikut Jantina dan Semester Demografi Frekuensi Peratus Jantina Lelaki 9 37.5 % Perempuan 15 62.5 % Semester Semester 1 5 20.8% Semester 2 18 75.0 % Semester 3 1 4.2 % Jadual 3, memperlihatkan analisis yang dijalankan terhadap keselruhan populasi. Keputusan ini dianalsis berdasarkan jawapan yang diberikankan oleh responden. Hasil keputusan menunjukkan bahawa lima orang responden terdiri daripada semester 1, lapan belas orang responden semester 2 manakala satu orang responden dari semester 3. 4.2 Analisis deskriptif Bagi menentukan tahap ketepatan sesuatu keputusan, kaedah statistik deskriptif digunapakai untuk melihat nilai bacaan dan sisihan piawai bagi item- item yang terdapat dalam bahagian B dan C seperti mana di dalam jadual 4 dan 5. Jadual 4: Hasil tinjauan sebelum penggunaan produk inovasi Mr. Fishy digunapakai Bil Item Skor Sisihan Interpretas Min Piawai i Min B1 Menambah minat responden 2.75 .794 Sederhana untuk belajar Kursus SKU 10213 Basic Butchery 2.79 .721 Sederhana B2 Menjadikan proses PdP Kursus SKU 10213 Basic B3 Butchery lebih menarik 2.75 .737 Sederhana Menjadikan Sesi Amali Kursus SKU 10213 lebih praktikal dari segi masa, B4 tenaga dan kos 2.88 .797 Sederhana Meningkatkan kemahiran Dan keyakinan dalam proses
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 240 B5 penyediaan bahan masakan Meningkatkan kefahaman 2.75 .847 Sederhana tentang kepentingan kaedah mengurangkan dan bahan B6 masakan dengan lebih efisien Inovasi yang disarankan 2.88 .680 Sederhana mesra pengguna Skor Min Keseluruhan 2.80 .649 Sederhana Berdasarkan dapatan analisis dalam Jadual 4, ianya menunjukkan skor min keseluruhan ialah 3.70, sisihan piawai 0.7 iaitu pada tahap interpretasi min sederhana. Item B5 dan B 6 mencatat skor min tertinggi iaitu 2.88 dengan interpretasi sederhana. Manakala item yang terendah adalah pada item B1,B3 dan B5 dengan skor min 2.75 dan interpretasi min sederhana. Item B4 memperlihatkan skor min 2.88 dengan interpretasi min sederhana. Jadual 5: Hasil keberhasilan selepas pengunaan produk inovasi Mr.Fishy digunapakai. Bil Item Skor Sisihan Interpretasi Min Piawai Min C1 Menambah minat responden untuk 4.29 .464 Sangat belajar Kursus SKU 10213 Basic Memuaskan Butchery C2 Menjadikan proses pembelajaran & 4.38 .495 Sangat pengajaran Kursus SKU 10213 Basic Memuaskan Butchery lebih menarik C3 Menjadikan Sesi Amali Kursus SKU 4.42 .504 Sangat 10213 lebih praktikal dari segi masa, Memuaskan tenaga dan kos C4 Meningkatkan Kemahiran Dan Sangat keyakinan dalam proses penyediaan 4.33 .482 Memuaskan bahan masakan C5 Meningkatkan kefahaman tentang 4.46 .509 Sangat kepentingan kaedah mengurangkan Memuaskan dan bahan masakan dengan lebih efisien C6 Inovasi yang disarankan mesra 4.46 .509 Sangat pengguna Memuaskan Skor Min 4.39 .607 Sangat Keseluruhan Memuaskan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 241 Jadual 5 menunjukkan analisis min terhadap keberhasilan penggunaan bahan bantu mengajar (Mr. Fishy) dalam subjek SKU 10213 Basic Butchery di Kolej Komuniti Rompin. Skor min secara keseluruhannya adalah sebanyak 4.39 iaitu pada tahap interpretasi min yang sangat memuaskan. Soalan C5 dan C6 iaitu mencatatkan skor min tertinggi (4.46, sisihan piawai .509) dengan interpretasi min sangat memuaskan menunjukkan bahawa produk inovasi ini dapat meningkatkan kefahaman tentang kepentingan kaedah mengurangkan bahan masakan dengan lebih efisien serta merupakan produk inovasi yang disarankan sangat mesra pengguna. C3 pula menunjukkan interpretasi min ketiga tertinggi,disusuli dengan C2 dan C4. Manakala skor min terendah adalah pada item C1. 5.0 Rumusan dan Cadangan Hasil dapatan kajian sebelum produk Mr. Fishy dihasilkan menunjukkan skor min 2.80 adalah interpretasi yang sederhana manakala hasil dapatan kajian selepas produk Mr. Fishy implementasi memperlihatkan skor min tertinggi iaitu 4.39 di mana interpretasi min yang sangat memuaskan. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar yang diinovasikan ini telah mencapai objektif kajian di mana ia membantu menjadikan proses PdP Kursus SKU 10213 Basic Butchery lebih menarik, praktikal serta lebih efisien. Ini bermakna penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) ini berkesan dalam subjek SKU 10213 Basic Butchery. Produk inovasi ini mampu menambahkan pengetahuan, meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran daya fikir responden. Dalam menghadapi cabaran globalisasi responden perlu melengkapkan kemahiran sebagai tenaga mahir. Produk inovasi Mr. Fishy dapat membantu menjimatkan masa, tenaga dan kos bahan mentah bagi program Kulinari secara amnya. 5.1 Cadangan Secara keseluruhannya, keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar ini terbukti sebagai salah satu bahan bantuan yang amat bersesuaian semasa proses amali atau praktikal dilaksanakan. Penggunaan produk inovasi ini dicadangkan agar diperluaskan serta dikomersilkan bagi membantu dalam meringankan proses penyediaan bahan masakan yang baik serta lebih berkualiti mengikut kehendak silibus pembelajaran.Namun begitu, proses penambahbaikan terhadap produk perlu dilakukan bagi menambahbaik kualiti dan daya tahan produk. Rujukan Anjna S, Tuula K, Mita S, Tuula P, Abhijit P.K. (2014)Case Study on Odour Measurements In India.Acentral pollution Control Board, India Ministry of Environment & Forests,2014,Delhi. Bakhir, N. M. & Zamri, M.Z.I. (2016) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, Pulau Pinang, Malaysia.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 242 Creswell, J. W. (2005) . Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Jantan, N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif dan Inovatif Di Kalangan Responden Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau. Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 210 53-64. Nadzmi T, Zaini S & Siti N. M(2021) “Penilaian Komuniti Bau Ke atas Pengaruh Intensiti Pencemaran Bau Dari Ladang Ternakan Ayam” Akademika 91(2), Julai 2021: 79-92.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 243 Kajian Pembangunan Sejadah Digital Dalam Menambah Baik Sahsiah Pelajar Islam di Politeknik Dan Kolej Komuniti Muhammad Sahril Yassin1, Muhammad Ammar Saifullah2*, Nadiah Din3 123Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam *[email protected] Abstrak Setiap muslim diwajibkan belajar dan mengerjakan solat lima kali sehari. Setiap keluarga mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengajar anak-anak mereka berlatih dan melakukan solat, terutamanya pada usia muda. Bagaimanapun, ibu bapa hari ini menghadapi cabaran dalam mengajar anak-anak mereka tentang solat memandangkan anak- anak sekarang mempunyai pelbagai alasan, termasuk bersikap lembab dan berbohong tentang amalan solat mereka. Apabila melakukan solat, isu yang paling besar ialah mudah hilang jejak berapa banyak rakaat yang telah anda lakukan. Isu ini sering berlaku semasa mengerjakan solat raka'at seperti Zuhur, Asar, dan Isya'. Apabila membuat persembahan serta orang tua, anak muda yang tidak berpengalaman akan keliru tentang berapa rakaat yang telah mereka lakukan sebelum ini. Paparan untuk menunjukkan solat atau kiraan Raka'ah, sensor jarak pertama untuk mengesan apabila kedudukan Sudjud telah diandaikan. oleh pengguna, dan pemproses yang dikaitkan secara operasi dengan penunjuk dan penderia jarak pertama untuk mengemas kini penunjuk kepada Raka'ah seterusnya semuanya disertakan dalam kaunter solat elektronik interaktif yang menunjukkan Raka'ah semasa atau selesai daripada kejamakan Rakat yang dilakukan oleh pengguna semasa solat istiadat Islam. Pengguna dimaklumkan tentang kemajuannya melalui solat ritual Islam dengan cara ini. Sensor jarak pertama boleh mengesan kedudukan Sujud tanpa perlu menyentuhnya. Sensor jarak kedua boleh ditambah untuk mengenal pasti peringkat tertentu kitaran solat dan mengemas kini paparan dengan sewajarnya. Teknologi elektrik dan elektronik iaitu sistem ultrasonik digunakan dalam penyelidikan ini. Subsistem ini disambungkan menggunakan Arduino Uno. Arduino dipilih sebagai mikropengawal utama untuk sistem ini kerana kemudahan penggunaan dan keupayaan untuk membaca dan menjalankan bahasa Pengaturcaraan. Ia juga merupakan platform mudah yang sesuai untuk pelbagai projek IT. Kata kunci: Raka’ah counter, Arduino UNO, Sensor Ultra-sonic 1.0 Pengenalan Dalam Islam, istilah "salah" merujuk kepada perbuatan berdoa. Ia terbahagi kepada dua kategori, Solat fardu dan sunat. Orang Islam sepatutnya solat lima kali sehari, pada masa tertentu sepanjang hari, dalam masa yang diperuntukkan. Yang kedua daripada Rukun Islam yang lima, solat yang diwajibkan, adalah rukun kedua daripada rukun yang lima. Subuh (Fajr atau Subuh), Zuhur, Asar, Maghrib, dan Maghrib adalah solat lima waktu. hendaklah diucapkan pada waktu tertentu (Isya). Umat Islam tetap diwajibkan solat lima waktu sehari sekalipun jika mereka sakit. Semua Muslim Mukallaf diwajibkan oleh Allah Taala untuk melaksanakannya beribadat dengan sebaikbaiknya (Ali, M. M., 1939). Alasan utamanya ialah solat adalah ibadah paling
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 244 penting dalam Islam, dan gagal dilaksanakan ia hanya membawa satu penalti. Menurut Quran, ayat 45 dalam Surah Al-Ankabut, Muslim percaya bahawa solat boleh melindungi seseorang daripada melakukan aktiviti yang salah atau berdosa. Tambahan pula, solat dilihat sebagai ubat untuk semua penyakit. Apabila seseorang mengerjakan solat, dia mengakui Allah Taala sebagai yang paling agung, paling berpengetahuan, dan paling banyak kuat melindungi Sebagai sebahagian daripada solat harian yang ditetapkan yang dikenali sebagai solat, umat Islam melakukan satu kali lelaran terkawal usul dan doa yang dikenali sebagai raka'ah. Setiap solat muslim termasuk beberapa rakaat. Takbir, berdiri dalam solat, membaca surah Al-Fatihah, ruku, meluruskan dari ruku (I'tidal), sujud (sujud), bangkit dari sujud, dan yang kedua. sujud sebelum berdiri semula untuk rakaat berikutnya semuanya adalah sebahagian daripada rakaat. Walau bagaimanapun, adalah mungkin bagi seseorang untuk kehilangan jejak apa-apa rakaat yang mereka berada pada mana-mana masa. Ia berlaku atas pelbagai sebab, termasuk gangguan. Kesukaran bagi seseorang mengingati rakaat mana yang sedang dilakukan kebanyakannya berlaku kepada orang tua, terutamanya mereka yang didiagnosis dengan gangguan kognitif ringan dan kelemahan ingatan penyakit, seperti demensia peringkat rendah, amnesia ringan, dan Alzheimer tahap-1. 2.0 Sorotan Kajian Ramai orang Islam di seluruh dunia, termasuk mereka di Malaysia, akan mengambil masa yang amat sangat serius tanggungjawab individu mereka terhadap komitmen agama mereka. Akil baligh adalah umur di mana semua orang Islam diwajibkan untuk solat atau solat. Ia biasanya menyerang gadis antara berumur sepuluh dan empat belas tahun, manakala ia menyerang kanak-kanak lelaki berumur antara dua belas dan enam belas (Melissa, C. S., 2015). Setiap orang Islam yang telah baligh diwajibkan bersedekah lima solat harian. Saya telah belajar banyak daripada kerja orang lain, dan mereka berfungsi sebagai batu loncatan untuk kerja saya sendiri. Abdullah Solihin Mohd Fauzi dan pasukannya adalah antara pengarang yang bijak projek yang telah saya pelajari. Pembangunan Kerusi Solah Menggunakan Sensor Elektronik untuk Membantu Orang Islam Kurang Upaya Menunaikan Solat adalah projek mereka. Sistem kaunter disertakan dengan kerusi solat mereka. Sistem kaunter digunakan untuk menggantikan tasbih atau tasbih sebagai alat untuk zikir (mengingat Allah). Tuhan menekankan bahawa satu-satunya cara untuk memperoleh ketenangan batin ialah mengingatiNya (Bavardi, M.,2012). Zikir mempunyai beberapa kelebihan antaranya mengusir syaitan, melemahkan rancangannya, dan menyingkirkan bisikan syaitan yang buruk dari hati orang Islam. Zikir juga memudahkan kita melakukan aktiviti harian. Ia memberikan Kehidupan Muslim lebih terhormat, cantik, dan bersinar (Zarairfan, 2018). Kaunter ialah litar logik berjujukan yang boleh mengira
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 245 bilangan denyutan masuk menggunakan binary integer sebagai input. Hampir semua peralatan elektronik yang menggunakan sistem digital dalam litarnya mengandungi peranti yang boleh mengawal urutan operasi program (Fhajar R. B., 2001). Sistem kaunter ini akan ditempatkan di panel sujud untuk memudahkan pengguna menggunakannya mereka terus sejurus selepas mereka selesai menunaikan solat. Menurut Daghistani (2015), sesetengah kumpulan orang berumur antara 15 tahun dan ke atas menghadapi kesukaran untuk melakukan solat seperti yang ditakrifkan oleh Syariah kerana kesihatan atau kecacatan masalah (Daghistani, F., 2016). Berdiri adalah bahagian penting dalam berdoa, dan jika seseorang melakukannya tidak berdiri dalam solat, dari takbir awal hingga salam akhir, dan tidak sah alasan untuk itu, solatnya tidak sah. Allah berfirman: “Dan berdirilah kamu di hadapan Allah dengan ketaatan” [al-Baqarah 2:238]. 3.0 Metodologi Kajian Metodologi ialah kaedah dan teknik untuk mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data untuk menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu penyelidikan. Metodologi menerangkan bagaimana sesuatu masalah yang sedang dikaji boleh diselesaikan dengan kaedah terbaik. Metodologi ini bertujuan untuk membantu anda menggunakan kaedah dengan lebih baik dengan menerangkan proses penyelidikan. Metodologi juga boleh menjadi rujukan kepada kumpulan pelaksanaan projek yang ingin mereka lakukan. Metodologi juga diperlukan untuk mengemas kini kemajuan projek. Dengan metodologi, pelaksanaan projek akan lebih teratur dan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Penyelia projek juga akan mengetahui kerja yang dilakukan oleh pelajar dalam menyiapkan projek. Dalam metodologi ini, terdapat penerangan yang lebih mendalam tentang penggunaan bahan yang digunakan untuk menjalankan projek. Turut disertakan prosedur operasi kerja dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan projek. Metodologi ini penting untuk setiap pelaksanaan projek atau penambahbaikan projek sedia ada di pasaran. Fokus utama projek ini adalah untuk menambah baik pelbagai jenis solat digital sedia ada yang mempunyai ciri atau reka bentuk mekanikal tersendiri. Dalam projek ini, dua aspek utama diterangkan iaitu pembangunan perisian dan pembangunan perkakasan. Untuk yang pertama, tumpuan adalah pada sensor melalui mereka bentuk kod untuk dimuat naik ke Arduino Uno. Untuk yang terakhir, ia melibatkan mereka bentuk prototaip. Fasa reka bentuk terbahagi kepada dua peringkat iaitu lakaran dan reka bentuk perisian.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 246 3.1 REKA BENTUK DAN GAMBARAN KESELURUHAN PROJEK 3.1.1 PROJEK BLOK DIAGRAM Figure 3.1: block diagram INPUT: ultrasonik ialah peranti yang menjana atau merasakan tenaga ultrasound. Mereka boleh dibahagikan kepada tiga kategori luas: pemancar, penerimadan transceiver. Pemancar menukar isyarat elektrik kepada ultrasound, penerima menukar ultrasound kepada isyarat elektrik, dan transceiver boleh menghantar dan menerima ultrasound. (Della Corte), (July 2019). PROCESSOR: Arduino UNO ialah papan “microcontroller” berdasarkan ATmega328P. Ia mempunyai 14 pin input/output digital (yang mana 6 boleh digunakan sebagai output PWM), 6 input analog, 16 Resonator seramik MHz, sambungan USB, bicu kuasa, pengepala ICSP dan butang set semula.Ia mengandungi semua yang diperlukan untuk menyokong mikropengawal; hanya menyambungkannya ke computer dengan kabel USB atau kuasakannya dengan penyesuai AC-ke-DC atau bateri untuk bermula. Awak boleh bermainmain dengan UNO anda tanpa terlalu risau tentang melakukan sesuatu yang salah, kes yang paling teruk senario anda boleh menggantikan cip untuk beberapa dolar dan mulakan semula sekali lagi. (markespace)(2017).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 247 Output: “Liquid Crystal Display” (LCD) ialah paparan panel rata atau peranti optik termodulat elektronik lain yang menggunakan sifat pemodulatan cahaya kristal cecair digabungkan dengan polarizer. Kristal cecair tidak memancarkan cahaya secara langsung, sebaliknya menggunakan lampu latar atau pemantul untuk menghasilkan imej dalam warna atau monokrom. 4.0 Analisis dan Perbincangan Penyelidikan ini menganalisis tahap ingatan orang yang lebih tua dan menyiasat kesan jumlah mereka aktiviti sosial pada ingatan mereka. Penyelidikan ini melibatkan sejumlah 104 individu yang lebih tua. TOMAL-SE ialah diselaraskan untuk menguji tahap ingatan dan soal selidik aktiviti sosial dan gaya hidup digunakan untuk menentukan jumlah aktiviti. Menurut penemuan kajian, terdapat perbezaan yang besar dalam ingatan tahap warga emas yang tinggal di lokasi bandar dan luar bandar, terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap ingatan orang tua yang mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, dan tahap aktiviti sosial mempunyai major kesan yang baik terhadap tahap ingatan di kalangan warga tua. Menurut teori pembangunan manusia, apabila seseorang memasuki alam dewasa pertengahan, ingatannya bermula merosot secara beransur-ansur dan mengikut proses penuaan (Berk, 2010). Individu berumur 60 tahun ke atas adalah diklasifikasikan sebagai warga emas di negara kita, menurut angka rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, yang berjumlah 2.5 juta warga emas pada 2014. Akibatnya, golongan ini memerlukan perhatian. tambahan, terutamanya dari segi kesihatan kognitif dan mental. Biasanya, perkara yang sering dibimbangkan tentang keluarga atau orang tua sendiri mengalami masalah ingatan dan penyakit Alzheimer.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 248 5.0 Rumusan dan Cadangan 5.1 Rumusan Kesimpulannya, antara matlamat-matlamat yang telah diusahakan semasa menjalani projek ini adalah untuk mengkaji konsep pembangunan sejadah digital bagi menambahbaik sahsiah diri pelajar yang beragama Islam tercapai. Dari segi penjimatan kos, matlamat ini dapat dicapai kerana kos yang digunakan amat berpatutan yang bereserenjang dengan kewangan pelajar. Selain itu, ianya juga mudah untuk dilaksanakan dan dibaikpulih. Justeru, inisiatif ini boleh membantu masyarakat Islam. Tambahan pula, idea ini boleh dilaksanakan dengan cara yang berbeza dan sudah tersedia untuk sebilangan besar umat Islam. 5.2 Cadangan Untuk cadangan saya fikir projek ini boleh digunakan dengan pendekatan lain dan sudah boleh diakses oleh ramai orang, seperti membangunkan aplikasi mudah alih dengan beberapa ciri tambahan dan kefungsian. Rujukan Bavardi, M. (2012). The Investigation of ‘Zikr’From the View of the Holy Quran and Narrations. J. Basic. Appli. Aci. Res, 2(11), 10824-10831. Carotenuto, R., Merenda, M., Iero, D., & Della Corte, F. G. (2018). An indoor ultrasonic system for autonomous 3-D positioning. IEEE Transactions on Instrumentation and Measurement, 68(7), 2507-2518. Cummings, J., Lee, G., Ritter, A., Sabbagh, M., & Zhong, K. (2019). Alzheimer's disease drug development pipeline: 2019. Alzheimer's & Dementia: Translational Research & Clinical Interventions, 5, 272-293. Daghistani, F. (2016). Conceptual Design of Congregational Prayer Chair. Jordan Journal of Mechanical & Industrial Engineering, 10(2). Fauzi, A. S. M., Sa'idan, A. A. H. B., Jamaludin, J., Ismail, W. Z. W., Ismail, I., Naeem, B., ... & Raisin, S. N. (2020). The Development of Salah Chair Using Electronic Sensor to Assist Disabled Muslims in Performing Prayers. REKA ELKOMIKA: Jurnal Pengabdian kepada Masyarakat. Fhajar, R. B., (2001) “Literature Penerapan Rangkaian Pencacah Digital,” vol.2 Lessard-Beaudoin, M., Laroche, M., Demers, M. J., Grenier, G., & Graham, R. K. (2015). Characterization of age-associated changes in peripheral organ and brain region weights in C57BL/6 mice. Experimental Gerontology, 63, 27-34.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 249 Mellis, D., & Buechley, L. (2012, February). Collaboration in open-source hardware: third-party variations on the arduino duemilanove. In Proceedings of the ACM 2012 conference on computer supported cooperative work (pp. 1175- 1178). Rashid, A., Manan, A. A., & Rohana, S. (2016). The influence of social support on cognitive impairment in the elderly. Australasian Medical Journal, 9(8) Zaraifan, (2018, Jan 2018). The Importance of Dhikr: Benefits and Effects in the Life of Muslim
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 250 Persepsi Pengguna Terhadap Pembangunan & Penggunaan Kit Digital DM2 Sebagai Alat Bantu Mengajar untuk Kursus Discrete Mathematics 2 Marziah Che Mansor1*, Ezaimy Zainal Abidin2 12Kolej Komuniti Bagan Datuk, Perak *[email protected] Abstrak Kursus Discrete Mathematics 2 adalah kursus teras umum yang perlu diikuti oleh pelajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian serta pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Malaysia. Proses pelaksanaan amali bagi mencapai objektif pembelajaran kursus perlu dilaksanakan dengan menggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang betul. Kit Digital DM2 dibangunkan untuk menyelesaikan isu ABM sedia ada yang kurang praktikal. Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk melihat persepsi pengguna terhadap pembangunan dan penggunaan Kit Digital DM2 sebagai ABM untuk Kursus Discrete Mathematics 2. Soal selidik kajian ini dibina dengan merujuk kepada soal selidik yang digunakan dalam kajian lepas (Mohammad & Intan, 2020). Kajian ini melibatkan populasi seramai 55 orang dan pemilihan sampel adalah merujuk kepada formula Taro Yamane dengan menggunakan darjah ralat yang dijangka sebanyak 5%. Penemuan menunjukkan bahawa purata min terhadap setiap aspek penilaian iaitu aspek motivasi dan keselesaaan pengguna adalah tinggi dengan intepretasi skor Sangat Setuju. Oleh itu, penggunaan ABM berasaskan teknologi seperti ini dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: Digital trainer, Kit Digital, Alat Bantu Mengajar 1.0 Pengenalan Dalam konteks pembelajaran berpusatkan pelajar, selain kaedah pengajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran juga merupakan aspek yang penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). Alat Bantu Mengajar (ABM) digunakan dalam PnP untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan lebih jelas, sistematik dan berkesan. Pelajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian yang mendaftar kursus SSK 20152 Discrete Mathematics 2 perlu mencapai objektif pembelajaran kursus 2 (CLO 2) iaitu show the installation of logical circuits using a logical gateway and based on Boolean Algebra expressions (P2, PLO4). Kursus ini juga diambil oleh pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Malaysia. Aktiviti PnP bagi topik 2.3 iaitu performs a combination of logical circuit using Boolean expressions adalah melibatkan sesi amali pemasangan litar digital. Proses pemasangan litar ini perlu menggunakan satu peralatan khas iaitu Digital Trainer. Salah satu ABM sedia ada di kolej komuniti ialah Digital Trainer iaitu perkakasan yang berfungsi sebagai platform utama untuk pembinaan dan ujian litar elektronik dan digital. Digital Trainer telah menjadi semakin popular dalam pelbagai aplikasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (Ajao, 2014). Proses PnP dalam bidang teknikal dan kemahiran ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu pembelajaran secara teori dan amali. Proses pelaksanaan amali selalunya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Sebahagian pelajar terpaksa menambah waktu penggunaan makmal untuk menyelesaikan amali mereka. Situasi ini menyukarkan pelajar kerana jadual
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 251 penggunaan makmal terhad pada masa tertentu sahaja. Keadaan ini dapat diatasi sekiranya setiap pelajar mempunyai Digital Trainer sendiri, namun kos pembelian dan kos baik pulih Digital Trainer yang tinggi menghadkan pelajar dan pensyarah untuk memilikinya. Selain itu, saiz Digital Trainer yang besar dan tidak bersifat mudah alih menyukarkan pengguna. Hal ini telah menjadi punca pembangunan Kit Digital DM2 dan telah diuji guna oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah untuk melihat persepsi pelajar dan pensyarah terhadap penggunaan kit yang telah dibangunkan ini. 2.0 Sorotan Kajian Banyak kajian masa kini yang mengkaji peranan ABM sebagai alat pengukuhan dalam pembelajaran supaya proses PnP menjadi lebih menarik. Kit Digital DM2 dilihat dapat membantu pelajar mengingati topik yang diajar dan seterusnya meningkatkan lagi pemahaman pelajar. Libau dan Ling (2020) menyatakan pembelajaran pelajar akan lebih berkesan apabila elemen persekitaran maklum balas dan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkualiti dan mencukupi disatukan ke dalam proses pengajaran (Libau & Ling, 2020). Berdasarkan kesimpulan dari kajian Mohammad dan Intan, 2020 majoriti responden adalah bersetuju bahawa rekabentuk “Digital Trainer BookKit” ini bersifat mesra pengguna dan penggunaanya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam proses PnP (Mohammad & Intan, 2020). Keberkesanan ABM dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh penulis. Chien (2017) telah menjalankan kajian ke atas pelajar tingkatan empat untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam kajian beliau telah membuktikan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional (Chien S. C., 2017). 2.1 Latar Belakang Produk Sedia Ada Rajah 1 menunjukkan Digital Trainer konventional yang biasa digunakan di dalam amali untuk kursus Discrete Mathematics 2. Ia terdiri daripada papan ujilari sebagai platform utama, bekalan kuasa, penjana nadi, suis denyutan, suis mod, paparan tujuh segmen, paparan LED 16-Bit, suis Data 16-Bit dan probe digital. Ia membolehkan pengguna melakukan kebanyakan eksperimen digital tanpa menggunakan peralatan tambahan. Rajah 1: Digital Trainer sedia ada
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 252 Penggunaan alat ini sangat penting kepada pelajar untuk perlaksanaan amali kursus, malangnya peralatan ini memerlukan kos yang tinggi untuk pembelian dan juga untuk proses baik pulih. Pemasangan litar pada Digital Trainer hanya boleh dilaksanakan di makmal. Jadi pelajar juga tidak dapat mengisi independent learning time sebanyak 15 jam bagi menguasai CLO 2 kerana peralatan ini berat dan tidak boleh dipinjam keluar. 2.2 Latar Belakang Penghasilan Produk Baru Kit Digital DM2 ini mempunyai 4 bahagian iaitu manual pemasangan litar bersama data sheet, bekas komponen, set komponen digital dan aksesori serta lampiran latihan litar kombinasi mudah seperti dalam Rajah 2. Pengguna diberi papan litar asas yang mempunyai struktur seperti berikut : i) Bekalan voltan (Vcc +5V) ii) Tamatan Ground (GND) iii) Kawasan get logik iv) Masukan (input) dari suis v) Keluaran (output) LED Rajah 2: Kit Digital DM2 Kit Digital DM2 juga mempunyai kos penyelenggaraan yang murah, mampu milik, menggunakan bateri sebagai bekalan kuasa (mudah alih) dan ianya ringkas serta mudah untuk proses pemasangan litar di luar waktu PnP. 3.0 Metodologi Kajian Metodologi kajian bagi kertas kajian ini menfokuskan kepada 3 bahagian utama iaitu reka bentuk kajian, populasi dan sampel serta instrumen kajian. 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai alat. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan data kuantitatif dari pengguna Kit Digital DM2. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 253 reka bentuk bukan eksperimental. Rasional kaedah tinjauan dipilih adalah kerana ianya efektif dan mudah untuk mengumpul data dalam masa yang singkat. Hal ini merujuk objektif kajian yang ingin mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembangunan dan penggunaan Kit Digital DM2 sebagai alat bantu mengajar untuk kursus Discrete Mathematics 2. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada semua pengguna Kit Digital DM2 dari 5 Kolej Komuniti terpilih, iaitu Kolej Komuniti Bagan Datuk, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2 dan Kolej Komuniti Temerloh iaitu seramai 55 orang. Kaedah persampelan secara kebetulan (convenience) digunakan kerana peserta dipilih berdasarkan ketersediaan dan kesediaan untuk mengambil bahagian. Daripada jumlah populasi, kajian ini memilih formula Taro Yamane (Hamidi, 2010) untuk tujuan pengiraan sampel seperti berikut: Keterangan : n : ukuran sampel N: ukuran populasi d : darjah ralat yang dijangka 1 : angka konstan Teori ini menunjukkan pengiraan saiz sampel dengan darjah ralat yang dijangka sebanyak 5%. Menurut formula Taro Yamane, sampel minimum yang diperlukan dalam kajian ini adalah sebanyak 48 responden. Sebanyak 52 orang responden telah menjawab borang maklum balas yang telah diedarkan melalui Google Form. Bilangan responden ini telah melepasi bilangan minimum yang dikira menggunakan formula Taro Yamane. 3.3 Instrumen Kajian Soal selidik kajian ini dibina dengan merujuk kepada soal selidik yang digunakan dalam kajian lepas (Mohammad & Intan, 2020) termasuk (Nor, Selamat, Johari, & Omar, 2005). Walaubagaimanapun, item kajian telah disesuaikan dengan pembangunan produk yang dihasilkan. Set soalan kajian terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden dan Bahagian B: Pengukuran persepsi pelajar terhadap pembangunan dan penggunaan produk. Setiap item soalan mengandungi lima pilihan jawapan iaitu “amat tidak bersetuju” dengan skala satu dan untuk “amat bersetuju” dengan skala lima. Data-data dan matlumat yang diperolehi daripada soal selidik diproses secara diskriptif dan dianalisis berdasarkan skor min dan purata min keseluruhan.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 254 4.0 Analisis dan Perbincangan 4.1 Dapatan Rekabentuk Produk Seperti yang dipaparkan pada Rajah 3, iaitu analisis bahagian demografi berkaitan status responden. Terdapat 52 responden iaitu 88.5% responden terdiri daripada 46 orang pelajar dan 11.5% responden terdiri daripada 6 orang pensyarah. Kesemua responden adalah warga Kolej Komuniti yang terdiri daripada pelajar semester 2 yang mengambil kursus Discrete Mathematics 2 pada tahun 2021 dan pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Rajah 3: Status Responden 4.2 Analisa Data Secara Deskriptif Manakala analisis Bahagian B pula bertujuan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap pembangunan dan penggunaan rekabentuk Kit Digital DM2 dalam pembelajaran kursus Discrete Mathematics 2. Analisis item terbahagi kepada dua aspek yang dikaji iaitu aspek motivasi dan aspek keselesaan pengguna.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 255 Merujuk kepada Jadual 1, didapati bahawa purata skor min adalah pada skala julat Sangat Setuju yang mana purata nilai min keseluruhan telah mencatatkan sebanyak 4.42. Berdasarkan analisis ini, jelas menunjukkan bahawa responden lebih bermotivasi dan seronok untuk mengikuti proses amali bagi kursus Discrete Mathematics 2 dengan menggunaan Kit Digital DM2 yang dibangunkan. Berdasarkan Jadual 2, didapati purata skor min mencatat nilai 4.32 di mana kesemua responden menyatakan Sangat Setuju dengan pembangunan dan penggunaan Kit Digital DM2 dari segi aspek keselesaan pengguna. Dengan ini terbukti Kit Digital DM2 dibangunkan menepati ciri mesra pengguna. Pemeringkatan skala skor min yang diadaptasi daripada Jamil (2002) digunakan bagi analisis statistik deskriptif seperti Jadual 3 di bawah:
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 256 Jadual 4: Purata Min Terhadap Setiap Aspek Penilaian Aspek Penilaian Purata Min Interpretasi Keseluruhan Skor Motivasi 4.42 Tinggi Keselesaan 4.32 Tinggi Pengguna Jadual 4 menunjukkan purata min terhadap setiap aspek penilaian. Berdasarkan Jadual 3, interpretasi purata min untuk kedua-dua aspek tergolong dalam Skala Tinggi iaitu Sangat Setuju terhadap pembangunan Kit Digital DM2. 5.0 Rumusan dan Cadangan Kit Digital DM2 dengan saiz yang kecil telah berjaya dibangunkan dan digunakan oleh pelajar yang mengambil kursus Discrete Mathematics 2. Kit ini berciri mudah alih, menawarkan pemasangan litar yang mudah, kos baikpulih yang murah dan mampu dimiliki oleh pensyarah dan pelajar. Para pelajar dapat mengisi masa pembelajaran kendiri dengan baik. Soal selidik yang dijalankan terhadap ciri-ciri produk ini menunjukkan bahawa majoriti responden adalah sangat setuju bahawa rekabentuk Kit Digital DM2 ini bersifat mesra pengguna sebagai alat bantu mengajar untuk kursus ini. Hasil daripada analisis didapati bahawa min bagi setiap aspek yang dinilai melebihi 3.67 dengan penilaian aspek motivasi sebanyak 4.42 dan kefahaman penggunaan mencapai nilai min sebanyak 4.32. Penggunaanya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam proses P&P bagi kursus Discrete Mathematics 2. Penemuan kajian ini adalah penemuan awal kajian tinjauan sahaja di kolej komuniti terpilih. Berikut adalah beberapa cadangan penyelidikan lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh pihak yang terlibat: a) Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah gabungan (mixed methods) yang melibatkan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif. Mokmin, 2012 menyatakan bahawa kombinasi teknik ini dapat memberi gambaran yang jelas isu berkaitan teori dan amalan berkaitan dengan polisi maklumat (Mokmin, 2012). b) Kajian ini juga boleh ditambahbaik dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan memberikan ujian soal selidik pra dan pasca bagi menentukan tahap keberkesanan penggunaan Kit Digital DM2 sebagai alat bantu mengajar untuk kursus Discrete Mathematics 2. Reka bentuk ini juga selalu digunakan apabila melibatkan kajian tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran, modul atau program dalam pelbagai situasi yang tidak
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 257 dapat menggunakan reka bentuk eksperimen tulen terutamanya dalam situasi sebenar di sekolah (Asmah, 2008). Rujukan Ajao, K. & B. (2014). Local Fabrication of Digital Logic Trainer for Laboratory Demonstration, 2(1), 43–46. Asmah, O. H. (2008). Kaedah Penyelidikan Bahasa Di Lapangan (2nd ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakhir, N. M., & Zamri, Z. M. (2016). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. Pulau Pinang, Malaysia: Conference Proceeding: 2nd International Conference On Creative Media, Design & Technology. Chien, S. C. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Yang Mengintegrasikan Geogebra Bagi Topik Bulatan III. Behrang, Malaysia: UPSI. Danial, N. M., Anuar, S. M., Ayob, J., & Rosli, O. (2005). Pembangunan Dan Penggunaan Pro-Trainer Kit Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Robotik Dan Sistem Kawalan Elektrik. Kuala Terengganu, Malaysia: Prosiding Konvensyen Pendidikan ke 18. Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hamidi, S. M. (2010). Metode Penelitian Dan Teori Komunikasi (3rd ed.). Malang, Indonesia: UMM Press. Hasrina, A., Nor Syazwani, W. W., & Nur Shuhadah, M. (2020). Kajian Keberkesanan Produk Inovasi Multipurpose Foldable Drawing Desk 2.0 (MFDD 2.0) Sebagai Alat Bantu Dalam PdP. Melaka, Malaysia: Prosiding: Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat. Intan Shafinaz, M., & Syafiq, H. (2018). Persepsi Pengguna Terhadap Pembangunan & Penggunaan “Digital Trainer-Book Kit” Sebagai Alat Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kursus Elektronik Digital. Johor, Malaysia: E-Jurnal Lis Liga Ilmu Serantau. Mokmin, B. (2012). Model Polisi Maklumat: Kes Malaysia. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sharlene Nagy Hesse, B. (2006). The Practice of Qualitative Research (3rd ed.). Boston, CA: SAGE Publications, Inc.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 258 Penggunaan Google Meet Sebagai Medium Pdp Sepanjang Tempoh PKP Dikalangan Pelajar KKKM Fahimah Abdullah1*, Zafeera Zulkefli2 12Kolej Komuniti Kota Melaka *[email protected] Abstrak Semasa pandemik covid-19, selaku pendidik, pasti akan mencuba semampu mungkin untuk memupuk semangat pelajar untuk teruskan belajar kerana situasi akan berbeza dan lebih mencabar. Para pensyarah terutama di Kolej Komuniti Kota Melaka menggunakan Teknik pembelajaran secara jarak jauh iaitu secara maya semasa tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Pelbagai platform digunakan, dan salah satu yang digunakan adalah Google Meet. Kajian ini dijalankan dengan menemuduga 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Kota Melaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa Google Meet mudah dicapai di samping mempunyai rekabentuk antara muka pengguna yang mudah dan menarik. Responden juga bersetuju Google Meet mempunyai tahap mesra pengguna yang bagus dan menyenangkan. Oleh itu Google Meet merupakan satu platform proses PdP yang bagus untuk digunakan. Kata kunci: Google Meet, pandemik, pelajar, PdP 1.0 Pengenalan Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus baharu iaitu Corona Virus Disease 19 (Covid19). Virus ini telah menyerang seluruh dunia termasuk negara kita. Lantaran peningkatan kes yang semakin tinggi pada waktu itu, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 (Junhairi 2020). Disebabkan arahan PKP membawa kepada penutupan sektor pendidikan di mana semua sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak ini. Disebabkan oleh arahan PKP itu juga, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka terpaksa diberhentikan dalam tempoh PKP. Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah melaksanakan PdP secara dalam talian sejak PKP. Termasuklah Kolej Komuniti Kota Melaka ini sendiri. Hakikatnya perubahan ke arah PdP secara maya atau online ini merupakan cabaran yang besar bukan sahaja kepada para pelajar, malah turut memberi impak kepada para pensyarah. Terdapat beberapa platform PdP dalam talian yang menjadi pilihan warga pendidik seperti Google Classroom, Google Meet, Zoom Cloud Meeting, dan Microsoft Team. Kajian ini meninjau penggunaan Google Meet dalam proses PdP di Kolej Komuniti Kota Melaka.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 259 Kajian Literatur Definisi Penggunaan Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015), penggunaan bermaksud perbuatan (usaha, kegiatan dan sebagainya) menggunakan sesuatu. Dalam kajian ini, penggunaan merujuk kepada perbuatan menggunakan Google Meet sebagai platform dalam usaha melaksanakan proses PdP secara atas talian. Google Meet Google Meet (dahulu dikenali sebagai Hangouts Meet) ialah perkhidmatan komunikasi secara video persidangan atau perjumpaan dalam talian yang dibangunkan oleh Google. Perkhidmatan Google Meet adalah aplikasi yang menggantikan Google Chat dan Google Hangouts dan juga yang lebih dikhususkan pada pertemuan dalam talian. Google Hangouts telah diberhentikan pada Oktober 2019 oleh Google dan merangcang untuk digantikan kepada versi yang lebih moden. Google Meet diperkenalkan pada bulan Februari 2017 hanya untuk pengguna IOS (iPhone) pada awalnya. Pada Mac 2017, Google Meet diperkenalkan secara umum dan dapat diakses melalui web browser, iOS, dan Android. Pengguna dapat melakukan pertemuan dengan jumlah maksimum 100 peserta. Menurut (Dian, 2020) bagi versi premium, pengguna dapat melakukan pertemuan daripada 100 sehingga 250 peserta. Pengguna yang mempunyai akaun Google dapat membuat pertemuan atau menyertai pertemuan dalam talian. Hos mempunyai akses penuh dalam sesuatu pertemuan dan ini adalah bertujuan untuk alasan keselamtan. Hos boleh menerima masuk dan menghapus pengguna sepanjang pertemuan berlangsung. Pada bulan April 2020, Google juga telah menambahkan ciri-ciri audio pembatalan bunyi khusus untuk pakej premium. Manfaat utama Google Meet adalah untuk membantu dan memudahkan pengguna, terutama bagi pekerja yang berada di dunia perniagaan untuk mengadakan Volume 3 Issue 8 (March 2021) PP. 104-113 DOI: 10.35631/IJMOE.38009 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 107 perjumpaan dalam talian atau perjumpaan jarak jauh. Google Meet juga sesuai digunakan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian. Lantaran penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi diarahkan untuk ditutup bagi mengatasi penularan wabak ini. Untuk memastikan pelajar dapat mengikuti pengajian, proses PdP secara atas talian merupakan satu pilihan yang terbaik. Google Meet merupakan salah satu platform yang menyediakan ciri-ciri yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses PdP. Antara ciri-ciri yang terdapat pada Google Meet adalah seperti berikut: 1. Mampu untuk melakukan pertemuan dalam talian dengan menggunakan nombor telefon sahaja. 2. Teks tertutup yang dihasilkan oleh Artificial Intelligence (AI). 3. Boleh berkongsi skrin untuk melihat dokumen, persembahan, atau spreadsheet. 4. Panggilan antara semua pengguna dienkripsi.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 260 Definisi Proses Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015), proses bermaksud cara atau kaedah tertentu yang diikut untuk membuat sesuatu. Selain itu, proses juga bermaksud beberapa perbuatan berperingkatperingkat yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam kajian ini, proses merujuk kepada cara atau kaedah menggunakan Google Meet untuk melaksanakan PdP secara atas talian. Definisi Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015) bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan (seperti caranya, sistemnya). Menurut Sharifah Alwiah (1986) pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Dalam kajian ini pengajaran bermaksud aktiviti pensyarah mengajar untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan kursus yang diajar melibatkan perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Manakala pembelajaran menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015) ialah perihal atau proses belajar. Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Dalam kajian ini pembelajaran merujuk kepada perihal pelajar belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan penyampaian maklumat dan panduan daripada pensyarah. 2.0 Sorotan Kajian 1. Untuk mengenalpasti kemudahan capaian pelajar terhadap platform Google Meet 2. Untuk mengenalpasti rekabentuk antara muka pengguna Google Meet 3. Untuk mengenalpasti tahap mesra pengguna Google Meet 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Denzin dan Lincoln (1994) menyatakan bahawa kajian berbentuk kualitatif merangkumi pelbagai kaedah utama, termasuk kaedah penggunaan Naturalisme (semula jadi) untuk mempelajari sesuatu subjek. Cresswell (1994) menyatakan penyelidikan kualitatif sebagai proses mencari pemahaman berdasarkan kaedah pengumpulan data yang biasa digunakan semasa peninjauan masalah sosial. Seramai 20 orang pelajar yang dipilih untuk menjadi
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 261 responden bagi kajian ini. 10 orang dari kursus Dandanan Rambut dan 10 orang kursus Terapi Kecantikan dan Spa. Kaedah temubual digunakan sebagai alat pengumpulan data. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kemudahan capaian pelajar terhadap platform Google Meet, mengenalpasti rekabentuk antara muka pengguna Google Meet dan juga untuk mengenalpasti tahap mesra pengguna Google Meet. Kandungan temubual dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A, latar belakang pelajar. Bahagian B, menemubual berkenaan dengan pengetahuan pelajar berkenaan dengan kemudahan capaian pelajar terhadap Google Meet. Pada Bahagian C pula, pelajar disoal berkenaan dengan rekebentuk antara muka Goggle Meet itu sendiri. Manakala,pada bahagian D pula, para responden disoal berkenaan dengan tahap mesra pelanggan Google Meet kepada para pengguna. 4.0 Analisis dan Perbincangan Sampel kajian yang terlibat adalah 5 orang pelajar lelaki dari kursus Dandanan Rambut dan 5 orang pelajar perempuan dari kursus yang sama. Bagi kursus Terapi Kecantikan dan Spa, sampel kajian yang terlibat adalah 10 orang pelajar perempuan. Daripada sesi temubual yang dijalankan, didapati bahawa 8 dari 20 orang pelajar yang terlibat adalah pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar. Analisis juga mendapati bahawa hanya 17 orang daripada responden memiliki capaian yang mudah kepada talian internet dan ini adalah kerana mereka mempunyai wifi di rumah atau mempunyai talian internet pasca bayar sendiri. Semua pelajar yang menjadi sampel kajian menggunakan telefon pintar, laptop, atau komputer yang digunakan untuk menggunakan Google Meet sepanjang tempoh PKP. Dapatan dari temubual bagi bahagian B pula adalah, kesemua pelajar yang ditanya berkenaan dengan kemudahan capaian terhadap google meet itu sendiri adalah mereka bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai masalah yang ketara terhadap capaian kepada Google Meet kerana boleh dikatakan semua telefon pintar yang ada mempunyai perisian Google dan tidak perlu dimuat naik seperti aplikasi lain, contohnya seperti Zoom dan Ms Team. Ini adalah kerana Google boleh terus digunakan dengan hanya menggunakan alamat email (Gmail) yang digunakan pada telefon tersebut. Bagi bahagian C, analisis mendapati bahawa 16 pelajar telah mengetahui dan memahami berkenaan dengan paparan antara muka Google Meet kerana ada yang pernah menggunakan sistem tersebut dan ada yang sekadar membuka sahaja sistem tersebut. Menurut pelajar – pelajar tersebut, paparan antara muka bagi Google Meet adalah senang untuk difahami kerana ia tidak begitu sukar untuk difahami dan pelajar boleh berkongsi dokumen dengan semua peserta yang ada tanpa perlu mendapatkan keizinan dari hos sebelum membuat pembantangan atau perkongsian dokumen. Pada bahagian D, semua pelajar bersetuju bahawa tahap mesra pengguna pada Google Meet adalah pada tahap yang sangat memuaskan. Ini adalah kerana butang yang adalah adalah senang untuk difahami. Antara sebab kenapa para pelajar bersetuju bahawa Google Meet adalah mesra pelanggan adalah:
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 262 a. Google Meet menyediakan arahan pada skrin yang mudah difahami b. Google Meet mudah digunakan tanpa bantuan orang lain c. Google Meet menggunakan teks yang bebas daripada kesalahan. (Ejaan, tatabahasa, tanda baca atau lain-lain d. Google Meet menyediakan tindak balas yang cepat e. Google Meet menyediakan proses mendapatkan maklumat dengan jelas dan mudah difahami 5.0 Rumusan dan Cadangan Pelaksanaan PKP akibat COVID-19 memberi transformasi yang besar kepada kaedah PdP disemua institusi Pendidikan di negara ini. Pelbagai kaedah oleh para pendidik bagi melaksanakan PdP dengan lebih berkesan. Disebabkan oleh itu, pensyarah di KKKM juga turut melaksanakan PdP secara atas talian dengan menggunakan pelbagai platform yang ada bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses PdP dengan mudah. Antara yang menjadi pilihan ialah Google Meet. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tiga aspek Google Meet iaitu dari segi aspek kemudahan capaian, rekabentuk antara muka pengguna dan tahap mesra pengguna Google Meet dari perspektif pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju bahawa Google Meet mudah dicapai di samping mempunyai rekabentuk antara muka pengguna yang mudah dan menarik. Pelajar juga bersetuju Google Meet mempunyai tahap mesra pengguna yang bagus dan menyenangkan. Oleh itu, penyelidik menyimpulkan bahawa platform Google Meet menjadi satu pilihan yang baik untuk proses PdP dalam talian. Ia boleh terus digunakan dalam proses PdP pada masa akan datang. Rujukan Dian Arifin. (Oktober 2020). Pengertian Google Meet | Fitur, Manfaat, Cara Menggunakan. Retrieved From https://Dianisa.Com/Pengertian-GoogleMeet/ Ehwan Ngadi (2020). Covid19: Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian. Retrieved From Https://Www.Usim.Edu.My/Ms/Berita/In-OurWords-Ms/Covid19-ImplikasiPengajaran-Dan-Pembelajaran-Atas-Talian/ Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA : Mc. Fraw-Hill Inc. Herney Aqilah (2012). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran. Retrieved from https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/konsep-pengajarandan pembelajaran.html Junhairi Alyasa (2020). Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/74100/KHAS/Covid19/Covid-19- Perintah-Kawalan-Pergerakan-di-seluruh-negara-bermula-18-Mac
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 263 Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Edisi Kedua (2015). Dewan Bahasa & Pustaka Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wilay and Sms Inc. Mahani Ishak (2020). PdP Dalam Talian Perlu Diperkasa. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/746837/pdpdalam-talian-perludiperkasa Mohd Aliff Idzwan Abdullah (2020). PdP Dalam Talian Beri Cabaran Dan Pengalaman Baharu. Retrieved from https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/11/pdp-dalamtalian-bericabaran-dan-pengalaman-baharu Mohd Hafiz Abu Hassan (2020). Penggunaan Aplikasi Dalam Talian Norma Baharu Pendidikan Tinggi. Retrieved from https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1872371 Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 8th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Nazri Abdul Rahman (2020). Ulasan | Berkesankah Norma Baru Kelas Atas Talian? Retrieved From Https://Www.Malaysiakini.Com/News/552219 Rashid Aziz (2020). Wabak COVID-19: Penyesuaian Kendiri Terhadap Norma Baharu. Retrieved from https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-wordsms/wabak-covid19-penyesuaian-kendiri-terhadap-norma-baharu/ Sharifah Alawiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 264 Tinjauan Pasaran Program Sijil Teknologi Elektrik Di Kolej Komuniti Arau (Kolej Komuniti Cawangan Kangar) 2021 Wan Norhashimah Wan Husin1*, Noraiza Zainal Baharain2, Badrolhisam Jaafar3 1Kolej Komuniti Bandar Darulaman 2,3Kolej Komuniti Cawangan Kangar *[email protected] Abstrak Tinjauan yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang mana memastikan program pengajian yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Cawangan Kangar iaitu Sijil Teknologi Elektrik adalah relevan ditawarkan kepada komuniti dan memenuhi kehendak pasaran serta keperluan industri masa kini. Bagi menentukan program yang berlangsung kekal relevan dengan keperluan tenaga negara, tinjauan yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025). Objektif tinjauan ialah mengenalpasti program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti bersesuaian dan memenuhi keperluan majikan dan industri masa kini dan juga mengenalpasti peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak majikan dan industri kepada bakal graduan kolej komuniti. Tinjauan ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan kuantitatif. Soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan Google Form bagi memaksimumkan jumlah responden. Responden terdiri daripada 20 majikan mewakili syarikat samada sebagai majikan atau penyelia kepada pelajar yang sedang menjalani latihan industri itu sendiri. Secara amnya, objektif yang diharapkan bagi tinjauan yang dijalankan telah berjaya dicapai. Hasil analisis sumber data dan analisis tinjauan dari industri menunjukkan industri berminat dengan graduan program ini dan menepati keperluan tenaga kerja negara. Secara keseluruhannya, program ni masih kekal relevan untuk dijalankan di institusi ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, program ini mempunyai peluang untuk berkembang pada masa depan. Kelangsungan program ini adalah sangat wajar dan memberi faedah kepada masyarakat setempat. Kajian analisis lanjutan mengenai kepuasan boleh dilanjutkan lagi dengan menggunakan pembolehubah yang lain. Kata kunci: kerjaya, majikan, pasaran, industri 1.0 Pengenalan Kerajaan telah memperkenalkan Transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu suntikan penerokaan minda tenaga kerja tempatan dalam menghidupkan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menjayakan transformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2050. Menerusi portal new.upm.edu.my 3 Disember 2019, Bidang TVET menyediakan pembelajaran pendidikan dan latihan kemahiran yang merupakan satu suntikan ke arah menjadi produk komersial. Graduan TVET dilihat mempunyai kekuatan kemahiran dan kemahiran vokasional dan teknikal mampu menjana keperluan industri masa kini. Secara keseluruhan, terdapat 105 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma yang mendapat
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 265 akreditasi ‘Malaysia Qualification Agency’ (MQA) serta menjalankan beberapa kursus jangka pendek mengikut permintaan keperluan pasaran dan masyarakat setempat bagi setiap lapisan peringkat umur. Hal ini selaras dengan permintaan kerajaan yang ingin melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. 1.1 Latar Belakang Program Sijil Teknolgi Elektrik Program Sijil Pemasangan Elektrik yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Arau (dijalankan di Kolej Komuniti Cawangan Kangar) telah memasuki tahun ke-18 pengoperasian. Program ini telah melalui beberapa fasa perubahan dan penambahbaikan dari segi silibus dan nama program serta cara pelaksanaannya. Pada tahun 2018, sekali lagi kurikulum program ini disemak dan bilangan semester dipendekkan menjadi 4 semester termasuk Latihan industri dengan jumlah kredit sebanyak 60 jam kredit dengan menggunakan nama program Sijil Teknologi Elektrik. Setelah melalui beberapa fasa perubahan, pihak kolej terpanggil untuk membuat kajian pasaran keperluan program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) kepada pengekalan program TVET di Kolej Komuniti Cawangan Kangar oleh pihak JPPKK dilihat amat perlu untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi setempat serta membuka ruang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat. Pihak kolej memerlukan maklumbalas daripada industri bagi memberi gambaran yang jelas tentang modul dan kurikulum Program Latihan Teknikal dan Vokasional yang disediakan oleh pihak kolej adalah bertepatan dengan kehendak industri. 1.2 Pernyataan Masalah Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang mana memastikan program pengajian yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Cawangan Kangar amnya dan Sijil Teknologi Elektrik khususnya adalah relevan ditawarkan kepada komuniti dan memenuhi kehendak pasaran dan keperluan industri masa kini selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025). 1.3 Objektif Tinjauan Objektif tinjauan ini dijalankan adalah bertujuan: 1. Mengenalpasti program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti bersesuaian dan memenuhi keperluan majikan dan industri masa kini. 2. Mengenalpasti peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak majikan dan industri kepada bakal graduan kolej komuniti. 1.4 Persoalan Tinjauan Tinjauan ini juga dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan yang dinyatakan di bawah iaitu: 1. Adakah program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti bersesuaian dan memenuhi keperluan majikan dan industri masa kini? 2. Adakah peluang kerjaya yang boleh ditawarkan oleh pihak majikan dan industri kepada bakal graduan kolej komuniti?
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 266 2.0 Sorotan Kajian Kolej Komuniti adalah salah satu institusi TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus serta latihan yang berbentuk teknikal dan vokasional. Tujuan Penubuhan Kolej Komuniti adalah bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam membantu pembangunan ekonomi negara. Bagi mengkaji secara berterusan penerimaan para graduan ke dalam pasaran kerja, JPPKK telah mewujudkan satu sistem pengukuran yang bersesuaian dan versatil bagi melaksanakan kaji selidik terhadap graduan yang bakal menamatkan pengajian di JPPKK ini. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dan membekalkan fakta dan maklumat mengenai status dan pekerjaan graduan. Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan bagi mengesan destinasi pertama graduan selepas menduduki peperiksaan akhir pengajian sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen, iaitu lazimnya dalam lingkungan tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian. Kebolehpasaran graduan juga merujuk kepada permintaan dan penawaran graduan. Walaupun laporan kajian pengesanan graduan yang dilakukan setiap tahun menunjukkan lebih 80% graduan bekerja selepas tamat pengajian, namun begitu graduan yang bekerja dalam bidang masih lagi rendah peratusannya. Menurut Zaliza et al. (2014), adalah menjadi satu keperluan untuk melihat semula serta mengenalpasti kelemahan yang wujud di dalam kurikulum bagi setiap bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti yang menyebabkan pelajar lulusan Kolej Komuniti agak sukar dalam memperolehi pekerjaan dalam bidang terutamanya graduan dari bidang bidang pengajian kejuruteraan. 3.0 Metodologi Kajian Kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif telah digunakan. Soal selidik dengan menggunakan Google Form telah diedarkan kepada responden secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada 20 organisasi mewakili syarikat samada sebagai majikan atau penyelia kepada pelajar latihan industri itu sendiri. Instrumen kajian dibahagikan mengikut persoalan kajian iaitu: Bahagian I : Kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan organisasi Bahagian II : Peluang kerjaya Bahagian III : Lain-Lain (aspek berkaitan program yang ditawarkan) Soal selidik kajian telah diedarkan kepada majikan dan penyelia latihan industri yang terlibat di dalam dan luar negeri Perlis. Dapatan data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. 4.0 Analisis dan Perbincangan 4.1 Sumber Data Utama Bagi memastikan program yang dijalankan memenuhi kriteria pasaran tenaga kerja negara yang diperlukan, sumber data utama telah didapati daripada agensi-agensi berikut:
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 267 4.1.1 Unit Perancang Ekonomi (EPU) - Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan dedikasi dalam mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Terdapat tujuh teras yang terlibat dalam merealisasikan WKB 2030 iaitu: Teras 1: Ekosistem Perniagaan & Industri, Teras 2: Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama, Teras 3: Modal Insan, Teras 4: Pasaran Buruh dan Pampasan Pekerjaan, Teras 5: Kesejahteraan Sosial, Teras 6: Keterangkuman Wilayah dan Teras 7: Modal Sosial. Berdasarkan Teras Strategik 3 yang dinyatakan, WKB mensasarkan 35% pekerja yang berkemahiran tinggi diperlukan. Oleh itu minimum 60% lepasan SPM perlu melanjutkan pengajian dalam bidang TVET. Hal ini supaya sasaran pekerja berkemahiran tinggi dapat dicapai. 4.1.2 Kementerian Sumber Manusia Pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan keperluan tenaga kerja mahir negara seiring kehendak industri berfokuskan kepada aspek pembangunan modal insan negara. Sehubungan dengan itu, dalam mengharungi kepesatan teknologi industri para pekerja mahir negara mestilah sentiasa ke hadapan. KSM telah mewujudkan Technical and Vocational Education and Training (TVET) Masterplan. Pengenalan semula penetapan kadar gaji pokok adalah sepadan dengan kemahiran graduan TVET iaitu Sijil dan Diploma yang dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada kemahiran yang bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh mereka. Penetapan gaji pokok permulaan adalah berdasarkan kepada kadar gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai awal tahun 2020. 4.1.3 Jabatan Perangkaan Negara Jabatan Perangkaan Malaysia (Perlis) telah mengeluarkan satu statistik sosio ekonomi yang digunapakai bagi mengukur pencapaian ekonomi bagi negerinegeri di Malaysia dan juga memenuhi kepentingan perancangan pembangunan negeri. Berdasarkan Statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Perlis pada tahun 2019, data menunjukkan sektor pembuatan khususnya dalam produk elektrik dan elektronik mencatatkan peratusan yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 23.3% seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1 : Peratus sumbangan sektor pembuatan di Perlis pada tahun 2019
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 268 4.2 Analisis Kajian Pasaran Terhadap Industri/Majikan 4.2.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Organisasi Seramai 20 responden telah menjawab soal selidik yang telah diberikan secara atas talian melalui medium google form. Responden dalam kajian ini terdiri daripada beberapa industri sekitar negeri Perlis dan juga luar negeri Perlis. Berdasarkan data kajian berkenaan jenis organisasi didapati 100% responden adalah daripada organisasi milik tempatan. a) Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan? Berdasarkan pendapat responden berkenaan program Sijil Teknologi Elektrik yang dijalankan adalah memenuhi asas - asas teori dan juga praktikal di bidang elektrik. Rajah 2 menunjukkan sebanyak 50% daripada pihak responden bersetuju bahawa program yang sedang dijalankan memenuhi sepenuhnya asas teori dan praktikal dan 50% lagi berpendapat program yang sedang dijalankan memenuhi sebahagian sahaja asas teori dan praktikal. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa program SKE yang ditawarkan di Kolej Komuniti Arau secara keseluruhannya dapat memenuhi kehendak pasaran pihak organisasi. Rajah 2 : Program yang dicadangkan memenuhi asas teori dan praktikal b) Adakah program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa? Kesemua responden (100%) sangat bersetuju berkenaan dengan kesesuaian program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Arau pada masa kini iaitu program Sijil Teknologi Elektrik. c) Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: i) Jangka masa pengajian Kesemua responden bersetuju berkenaan dengan jangka masa pengajian yang dijalankan oleh program Sijil Teknologi Elektrik iaitu selama Empat (4) semester di mana Tiga (3) semester di institusi dan pelajar menjalani latihan industri di industri selama Satu (1) semester pada semester akhir. ii) Tempoh latihan industri Berdasarkan analisis yang dijalankan seperti dalam Rajah 3, 95% responden bersetuju tempoh Latihan Industri selama 14 minggu adalah bersesuaian dengan program pengajian yang pelajar ikuti. Manakala 5% memilih tidak kerana responden tersebut tidak memerlukan pelajar latihan industri kerana beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Latihan industri diwajibkan kepada semua pelajar semester akhir pengajian. Pelajar boleh memilih mana-mana majikan yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Latihan Industri dijalankan selama satu (1) Semester iaitu 14 minggu. Pelajar perlu menghabiskan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 269 tempoh latihan tersebut untuk membolehkan mereka tamat pengajian dengan jayanya. Kegagalan untuk menamatkan latihan dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan mereka perlu mengulang semula Latihan Industri. Rajah 3 : Tempoh latihan industri 4.2.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya Bahagian ini meliputi peluang pekerjaan yang bakal graduan ceburi selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat sijil. Selepas pelajar menamatkan latihan industri, pihak industri boleh mencadangkan peluang kerjaya yang sesuai dengan kemahiran pelajar. a) Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda? Jika ya, nyatakan dalam bidang apa? Contoh: (bidang elektrik, bidang elektronik, bidang teknologi) Merujuk kepada Rajah 4, sebanyak 90% bersetuju bahawa program pengajian Sijil Teknologi Elektrik adalah bersesuaian dengan skop bidang yang dijalankan oleh organisasi responden. Hal ini kerana mereka adalah terdiri daripada pihak industri dalam yang terlibat secara langsung dalam bidang teknikal terutamanya bidang elektrik. Selain itu pihak organisasi bersetuju bahawa peluang pekerjaan yang luas untuk pelajar bidang elektrik ini. Sementara itu, 5% memberi maklum balas bahawa jawatan tersebut masih belum diwujudkan di organisasi beliau dan 5% lagi mencadangkan untuk memasuki bidang kejuruteraan awam. Rajah 4 : Bidang pekerjaan yang bersesuaian diisi oleh graduan b) Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini? Contoh: (Juruelektrik, Juruteknik Elektrik, Penolong Penyelia Elektrik) Rajah 5 menunjukkan peratusan jawatan yang bersesuaian ditawarkan kepada graduan. Sebanyak 50% bersetuju untuk menawarkan jawatan sebagai Juruteknik Elektrik, manakala 30% bersetuju untuk menawarkan jawatan sebagai Juruelektrik di organisasi mereka. Selain itu responden juga bersetuju untuk menawarkan jawatan sebagai Juruteknik dan Juruelektrik (5%), Penyelia Tapak (5%), Drone Service (5%) dan Teknikal (5%). Jawatan Juruteknik sesuai ditawarkan kerana mereka berkelulusan sijil.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 270 Rajah 5 : Jawatan yang sesuai ditawarkan di organisasi responden c) Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini? Bilangan jawatan ini bergantung kepada kesediaan perjawatan yang disediakan oleh sesuatu organisasi. Semakin besar atau kukuh sesuatu organisasi, makin banyak peluang jawatan atau pekerjaan boleh diisi. Hal ini juga melibatkan kedudukan kewangan sesebuah organisasi. Sebanyak 55% responden menawarkan 1 - 3 jawatan kepada graduan bidang Sijil Teknologi Elektrik dan 30% pihak responden bersedia untuk menawarkan 4 - 6 jawatan dalam organisasi mereka. Seterusnya 15% daripada pihak responden memilih pilihan lain-lain seperti dalam Rajah 6. Rajah 6 : Bilangan jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi responden d) Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? Rajah 7 : Pendapatan yang bersesuaian ditawarkan kepada graduan Rajah 7 menunjukkan jumlah pendapatan yang bersesuaian ditawarkan kepada graduan SKE oleh organisasi. Jumlah pendapatan ini adalah berdasarkan kelayakan bagi graduan pemegang kelayakan akademik bertaraf sijil. Sebanyak 80% bersetuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM1,001.00 hingga RM1,500.00. Kadar gaji ini berkadar langsung dengan taraf kehidupan masyarakat di Perlis yang kos sara hidup yang agak sederhana berbanding dengan negeri lain. Manakala 10% bersetuju untuk untuk menawarkan pendapatan kurang dari RM1,000.00 kepada graduan peringkat sijil ini. Hal ini mungkin kerana organisasi tersebut adalah syarikat kontraktor kecil dan sederhana dimana sumber kewangan dan tenaga kerja adalah terhad. Disamping itu kekangan pandemik COVID-19 menyebabkan organisasi agak berhati - hati untuk menawarkan peluang pekerjaan dan pendapatan yang tinggi daripada kadar sepatutnya. Sementara itu sebanyak 5% organisasi bersetuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM1,501 sehingga RM2,000 dan 5% bersetuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM2,001.00 sehingga RM2,500.00.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 271 e) Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi? Kesemua responden telah menjawab ya. 100% bersetuju graduan program SKE sesuai dan layak melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. 90% mencadangkan supaya program ini melanjutkan ke peringkat Diploma dan selebihnya sebanyak 10% dilanjutkan ke peringkat Ijazah. Pihak organisasi berpendapat graduan sijil perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah mahupun Sarjana dalam bidang Elektrik supaya tahap peningkatan ilmu dan kemahiran graduan bertambah dan berkembang. 4.2.3 Bahagian III: Lain-lain Bahagian terakhir bagi soal selidik ini lebih tertumpu kepada aspek - aspek sampingan berkaitan dengan program pengajian yang sedikit sebanyak dapat membantu para graduan dan pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE) seperti penajaan, faktor galakan dan sokongan daripada pihak industri. a) Adakah organisasi anda mempunyai penajaan pelajar dalam bidang ini? Hampir majoriti iaitu 95% organisasi tidak mempunyai penajaan pelajar dibidang elektrik ini manakala sebanyak 5% daripada responden ini mempunyai penajaan pelajar. b) Adakah anda akan menggalakkan kakitangan atau rakan anda untuk mengikuti program ini? Kesemua responden bersetuju untuk menggalakkan kakitangan di dalam organisasi mereka atau rakan mereka untuk mengikuti program di dalam bidang elektrik ini. Galakan dan sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi bagi sebuah organisasi sangat penting untuk mendorong pekerjanya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk kepentingan organisasi. Terdapat banyak pihak yang menyediakan skim latihan untuk membantu pekerjanya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. c) Pada pendapat anda, adakah program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini? Berdasarkan kepada soalan ini, semua responden berpendapat program teknologi elektrik ini dapat melahirkan graduan yang diperlukan di sektor industri. Salah seorang responden berpendapat peluang pekerjaan yang terdapat di Malaysia sangat meluas bagi bidang elektrik kerana terdapat banyak kilang dan industri berkaitan diwujudkan. Industri ini memerlukan tenaga kerja yang mahir di bidang pemasangan dan perkhidmatan elektrik. Graduan yang seimbang dari segi teori dan praktikal amat diperlukan di sektor elektrik ini. Selain itu, maklum balas daripada salah seorang responden berpendapat graduan daripada bidang ini juga dapat mengatasi kekurangan tenaga pakar dari kalangan bumiputera khususnya kerana bidang ini dimonopli oleh bangsa lain yang mana sedikit sebanyak menjadi faktor kepada kenaikan indikator harga barang/perkhidmatan berkaitan kerana bidang kejuruteraan elektrik adalah industri yang merangkumi setiap aspek dalam kehidupan seharian manusia. Responden percaya jika banyak usahawan atau pakar elektrik dari kalangan bumiputera dihasilkan maka ia sedikit sebanyak dapat memberi saingan yang sihat kepada usahawan - usahawan yang lain seterusnya dapat memacu ekonomi negara dengan lebih pesat. Disamping itu, responden juga memberi maklum balas bahawa graduan bidang teknologi elektrik ini dapat mengasah bakat untuk lebih berkemahiran berbanding graduan yang mempunya ijazah dibidang yang sama. Manakala salah
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 272 seorang responden berpendapat ‘Kemahiran yang diceburi oleh setiap pelajar amat memberi keberangsangan pihak syarikat atas segala pengetahuan yang dicurahkan dan mahir dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dengan integriti, rasional, berdisiplin dan sikap berpasukan antara satu sama lain. Selain itu, berfikiran luas dalam menyelesaikan sesuatu masalah.’ 5.0 Rumusan dan Cadangan Secara amnya, objektif yang diharapkan bagi tinjauan yang dijalankan telah berjaya dicapai. Hasil analisis sumber data dan analisis tinjauan dari industri menunjukkan industri berminat dengan graduan program ini dan menepati keperluan tenaga kerja negara. Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil dapatan kajian yang telah menjawab dua persoalan kajian yang telah diutarakan. Hasil analisis data pada bahagian pertama telah menjawab kepada persoalan pertama iaitu kandungan dan kesesuaian program telah memenuhi keperluan organisasi. Hal ini dapat dilihat melalui peratusan yang tinggi dalam menyokong jawapan kepada persoalan ini. Selain itu pihak majikan juga bersetuju bahawa program yang dijalankan telah memenuhi keperluan asas teori dan praktikal dalam bidang elektrik mengikut kehendak pasaran. Manakala bagi persoalan kedua pula adalah berkenaan peluang kerjaya yang boleh ditawarkan oleh pihak industri kepada graduan SKE ini. Hasil dapatan data didapati majoriti majikan bersetuju untuk menawarkan jawatan kepada graduan program ini di organisasi mereka. Susulan daripada dapatan ini, ia secara tidak langsung telah menjawab persoalan kajian kedua ini iaitu mengenai kesesuaian peluang kerjaya yang ditawarkan di organisasi. Bagi menghasilkan graduan berkemahiran dan diiktiraf, para pelajar juga harus di beri pendedahan dan latihan kompetensi yang diperakui oleh pihak yang berwajib. Latihan ini akan dijadikan sebagai sijil -sijil nilai tambah sebagai persediaan kepada tenaga pengajar. Selain itu pihak institusi juga harus komited dalam menyediakan infrastruktur dan fasiliti yang selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Sementara itu bagi penyediaan kurikulum pula, proses penggubalan kurikulum perlu dibuat secara terperinci dan menyeluruh dari segi kemahiran berfikir, kecakapan bekerja dan kemahiran softskill supaya kandungan kurikulum seiring dengan kehendak industri dan juga teknologi terkini. Kurikulum yang dibentuk harus juga mendapat akreditasi daripada badan-badan profesional seperti MBOT (Malaysia Board of Technologist) ataupun MQA (Malaysian Qualifications Agency) bagi menjamin penawaran kursus yang dibuat kekal berdaya saing di bawah piawaian semasa. Secara keseluruhannya, program ni masih kekal relevan untuk dijalankan di institusi ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, program ini mempunyai peluang untuk berkembang pada masa depan. Kelangsungan program ini adalah sangat wajar dan memberi faedah kepada masyarakat setempat. Kajian analisis lanjutan mengenai kepuasan boleh dilanjutkan lagi dengan menggunakan pembolehubah yang lain dan menambah kuantiti responden bagi menjawab soalan kaji selidik.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 273 Rujukan Amin Ridzuan Ishak. (2018, Januari 23). Tingkat peranan industri dalam TVET. BHONLINE. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/379393/tingkatperanan-industri-dalam-tvet/ Department of Statistics Malaysia. (2020). Perlis. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=Q1IwU UU1Q1VneUphdUtFY0g5YlVNUT09 Kementerian Sumber Manusia. (2019, Ogos 22). Selamat Pagi Malaysia Bersama Menteri Sumber Manusia: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/latestarticles-2/1183-selamat-pagi-malaysia-bersama-menteri-sumber-manusiapendidikan-dan-latihan-teknikal-dan-vokasional-tvet KOLEJ.MY. (2019, September 12). Kolej Komuniti – Institusi TVET yang Melahirkan Pekerja Mahir dan Menjadi Pilihan Industri. https://www.kolej.my/blog/kolejmy-komuniti-institusi-tvet Kolej Komuniti Arau. (2021). Sejarah Penubuhan. https://kkarau.mypolycc.edu.my/index.php/korporat/pengenalan Mohammad Affendy Omardin. (2019, Disember 3). Mengarus Perdana Progam TVET Aras Tinggi Transformasi Minda Berkemahiran Tinggi. Universiti Malaysia Pahang. https://news.ump.edu.my/experts/mengarusperdana-progam-tvet-aras-tinggi-transformasi-minda-berkemahiran-tinggi Official Portal of Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department. (2019, Januari 17). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. https://www.epu.gov.my/en/wawasan-kemakmuran-bersama-2030 Unit Perancang Ekonomi. (2021, September 27). RMKe 12. https://rmke12.epu.gov.my/bm/dokumen/rmke-12 Zaliza Hanapi, Mohd Safarin Nordin, Ridzwan Che Rus.2014. Penentuan Kesepadanan Bidang Pengajian-Pengajian Dalam Kalangan Graduan di Kolej Komuniti. International Seminar on Technical and Vocational Education 2014 (TVEIS 2014)
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 274 Tahap Penerimaan Pelajar Politeknik Muadzam Shah terhadap Inovasi Caturmatik 2.0 sebagai Alat Bantu Mengajar Mohamad Hanifah Abd Ghani1, Mohd Huzairi Husin2*, Dr. Azlan Ramli3 123Politeknik Muadzam Shah *[email protected] Abstrak Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau maklumbalas tahap penerimaan pelajar Politeknik Muadzam Shah semester 1 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terhadap Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu Caturmatik 2.0 yang bertujuan untuk peningkatan kemahiran mencongak dan menarik minat pelajar dalam permainan sukan catur. ABM yang berkonsepkan ‘game-board learning’ sememangnya digemari oleh para pelajar kerana keseronokan aktiviti tersebut menjadikan pelajar aktif berfikir dan membantu para pengajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kertas kajian ini menggariskan dua objektif iaitu untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan minat pelajar terhadap sukan Catur serta mengenalpasti tahap penerimaan Caturmatik sebagai ABM di kalangan para pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Instrumen yang digunakan untuk mengukur penerimaan para pelajar ialah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang berkaitan dengan maklumat diri responden dan Bahagian B pula mengandungi 12 pernyataan dengan pilihan jawapan menggunakan skala likert 5 pilihan jawapan. Hasil kajian ini mendapati bahawa skor min terendah adalah sebelum penggunaan ABM iaitu 3.43 iaitu pelajar sangat minat bermain catur. Manakala itu, selepas penggunaan Caturmaik responden memberikan skor min tertinggi iaitu Caturmatik perlu diperluaskan lagi kepada semua pelajar Politeknik Malaysia. Hal ini dapat dikaitkan dengan piliha responden iaitu Caturmatik 2.0 berkesan dalam membangunkan keyakinan diri terhadap ilmu matematik dan Caturmatik boleh mempercepatkan saya dalam kemahiran mencongak. Oleh yang demikian, berdasarkan tinjauan kaji selidik yang dijalankan, Caturmatik 2.0 ini telah berjaya mencapai okjektif yang telah ditetapkan dan diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak berkepentingan. Kata kunci: Catur, Alat Bantu Mengajar, Matematik, Inovasi
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 275 1.0 Pengenalan Caturmatik merupakan suatu konsep permainan yang digabungkan antara permainan catur sedia ada dan melibatkan konsep penyelesaian matematik yang khusus dicipta untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam ilmu matematik. Konsep permainan Caturmatik telah dicipta oleh En. Safri bin A. Razak khusus bagi membantu murid di SK Buluh Nipis yang terdiri dari masyarakat orang asli di Kampung Buluh Nipis, Bukit Ibam, Muadzam Shah. Hubungan kolaborasi yang telah terjalin di antara Politeknik Muadzam Shah dan SK Buluh Nipis telah membentuk satu kerjasama dalam usaha untuk memperkenalkan alat permainan Caturmatik kepada para pelajar di Politeknik Muadzam Shah tetapi dalam bentuk yang baru dan mempunyai ciri-ciri yang lebih bagus. Kelemahan di dalam matematik seringkali berlaku dari peringkat sekolah rendah dan masih lagi terdapat pelajar di peringkat pengajian tinggi yang lemah di dalam operasi mudah yang melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi dalam topik Algebra. Antara punca kelemahan di dalam penyelesaian operasi matematik mudah ini adalah kerana pelajar kurang membuat latihan dan mudah bosan dengan kekerapan konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan amalan biasa seperti papan tulis. Kelemahan pelajar di dalam kursus Matematik Kejuruteraan dan kurangnya sambutan pelajar terhadap sukan catur di peringkat Politeknik Muadzam Shah telah membuahkan satu usaha dalam mengetengahkan konsep permainan Caturmatik ke peringkat yang lebih tinggi. Sebahagian dari mereka tidak begitu berminat dengan permainan catur kerana seringkali catur dianggap suatu permainan yang kompleks, strategi dan memenatkan minda. Melalui usaha pembangunan ABM Caturmatik 2.0 ini, konsep permainan dapat dipraktikkan oleh para pelajar di Politeknik Muadzam Shah agar dapat membantu pencapaian pembelajaran mereka agar lebih baik. TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 Rajah 1: Papan Caturmatik asal dari kanvas bunting (Caturmatik 1.0)
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 276 Rajah 2: Caturmatik 2.0 dengan ruang simpanan untuk buah catur dan papan permainan Rajah 3: Caturmatik 2.0 berserta papan permainan Tahap 1,2,3 dan catur biasa Caturmatik 2.0 TAHAP 2 Rajah 4: Rupa bentuk luaran ABM Caturmatik 2.0 bersama contoh papan Caturmatik versi baharu (Tahap 2)
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 277 Dengan penghasilan ABM Caturmatik 2.0 ini, pelbagai jenis papan permainan catur inovasi yang telah dan akan direka boleh bersedia untuk dimainkan dengan hanya meletakkan ia di ruang atas permukaan ABM Caturmatik 2.0 2.0 Objektif Kajian ini menggariskan dua objektif seperti berikut: i. Mengenalpasti tahap penguasaan dan kemahiran mencongak pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terhadap sukan Catur. ii. Mengenalpasti tahap penerimaan Caturmatik sebagai ABM agar penggunaannya selari dengan matlamat untuk membantu PdP Matematik Kejuruteraan dan sukan Catur. 3.0 Kepentingan Kajian Signifikannya, melalui usaha pembangunan ABM Caturmatik 2.0 ini, konsep permainan dapat dipraktikkan oleh para pelajar di Politeknik Muadzam Shah agar dapat membantu pencapaian pembelajaran mereka agar lebih baik. Pembangunan inovasi ini diperlukan bagi mengubah rupabentuk Caturmatik yang lama agar lebih menarik perhatian, mudah untuk disimpan dan dibawa serta sebagai model prototaip bagi fasa pembangunan Caturmatik yang seterusnya. 4.0 Tinjauan Literatur Pada abad ke 21 ini, sektor pendidikan di Malaysia berkembang dengan begitu pesat sekali seiring dengan arus kemajuan teknologi yang serba canggih. Cabaran demi cabaran perlu ditempuhi oleh para pensyarah dalam memberikan mutu dan kualiti penyampaian yang berkesan khususnya kepada para pelajar yang mempunyai kelemahan dan perlu sentiasa dibimbing. Pelajar di era kini merupakan generasi-Z yang berani mencuba dan cenderung untuk belajar dan meneroka perkara baru. Hal ini bertepatan dengan Rahimah (2020), yang menegaskan bahawa pembelajaran perlu memfokuskan kepada cara berfikir yang baru dan sesuai dengan ciri pembelajaran abad ke 21 yang berasaskan permainan. Shanizan dan Puteri Azwa (2017) turut sependapat bahawa aktiviti permainan yang digabungkan bersama kaedah pengajaran akan melonjakkan kecenderungan terhadap pembelajaran matematik kerana medium pembelajaran tersebut popular, menyeronokkan dan memudahkan para pelajar. ABM Ace of Math yang dibangunkan mengandungi kombinasi kad operasi asas, nombor dan objektif adalah sebuah board game untuk membantu pelajar menguasai asas operasi matematik. Manakala, Azmin dan Faridatulazna (2014), bersetuju bahawa pembelajaran yang berkonsepkan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 278 permainan mempunyai kelebihan seperti mendorong diri kearah sikap positif terhadap mata pelajaran dan berasa seronok berbanding kaedah cuba-jaya. Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diguna oleh para pendidik adalah bukti kesungguhan di dalam menjadikan suasana pembelajaran tidak kaku atau bosan. Hal ini dipersetujui oleh Mardziah et al. (2021), yang menyatakan bahawa Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi subjek bahasa Inggeris telah terbukti menarik minat responden dan sesi pembelajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi semakin bermakna. Pembelajaran Berasaskan Permainkan (PBP) merupakan antara ABM yang popular dan menurut Nurul Syadiyah dan Ramlah (2020), pembelajaran berasaskan permainan adalah menghiburkan kerana mempunyai dua kategori iaitu permainan digital dan bukan digital selain bertujuan untuk mengekalkan momentum dan rasa minat pelajar terhadap ilmu yang dipelajari. PBP di dalam pembelajaran melibatkan nombor akan lebih berkesan kerana melibatkan unsur seperti pengalaman dan interaksi sosial seperti yang dirumuskan oleh Mohd Razali, dan Zaidatun (2008) bahawa Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik akan memberikan asas persediaan yang kukuh jika dipraktikkan sejak dari peringkat kanak-kanak. Hal ini dipersetujui oleh Connie (2021) kerana telah merumuskan terdapat perbezaan min markah yang signifikan dalam pencapaian matematik awal kanak-kanak mengikut kaedah mengajar yang berbeza. Hal ini kerana pendekatan pembelajaran berasaskan permainan menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian matematik awal berbanding dengan kaedah tradisional buku nombor dan lembaran kerja. 5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah menggunakan instrumen borang soal selidik untuk mendapatkan data primer bagi aspek yang dikaji. Sebanyak 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal sebagai sampel yang mewakili populasi jumlah pelajar seramai 106 orang. Setelah penerangan dan demonstrasi dilakukan oleh para pengkaji untuk ditunjukkan kepada responden pelajar yang mengambil kursus sukan catur (MPU24011), lima item soalan sebelum penggunaan perlu dijawab setelah mereka memahami teori dan pengenalan caturmatik. Selepas pengunaan Caturmatik 2.0 oleh responden selama 1 jam 30 minit, responden perlu menjawab untuk melengkapkan baki tujuh item soalan selepas penggunaan.