The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat, 2023-10-22 21:30:13

E-Prosiding Seminar SPSH 2022

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Keywords: pembelajaransepanjanghayat,PSH,prosiding,KKKL

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 129 Bagi item B1.1 Saya mengenali huruf-huruf hijaiyah, 120 responden menjawab sangat setuju. 50 responden menjawab sangat setuju bagi item B1.2 Saya mampu menyebut huruf hijaiyah mengikut makhraj. Manakala bagi item B1.3 Saya mampu menyebut huruf yang hampir sama bunyi, 45 responden menjawab sangat setuju. Bagi item B1.4 Saya mampu membaca ayat al-quran dengan betul, 34 reponden menjawab sangat setuju. Seramai 104 responden menjawab sangat setuju bagi item B1.5 Saya mampu membaca surah al-Fatihah dengan betul. Jadual 2 Penguasaan Tajwid Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretasi item STS TS TP S SS B.2.1 Saya mengenali 3 9 56 90 42 3.8 0.8 Sederhana tanda-tanda bacaan (1.5) (4.5) (28.0) (45.0) (21.0) 0 7 Tinggi yang terdapat di dalam al-Quran. B.2.2 Saya mengetahui 3 9 40 108 40 3.8 0.8 Sederhana tanda-tanda wakaf (1.5) (4.5) (20.0) (54.0) (20.0) 7 3 Tinggi (berhenti) dalam alQuran. B.2.3 Saya pernah belajar 9 15 0 69 107 4.3 0.8 Tinggi tajwid al-Quran. (4.5) (7.5) (0.0) (34.5) (53.5) 7 1 B.2.4 Saya mengetahui 3 10 54 93 40 3.7 0.8 Sederhana asas-asas hukum (1.5) (5.0) (27.0) (46.5) (20.0) 9 7 Tinggi tajwid al-Quran. B.2.5 Saya mengetahui 28 74 81 14 3 2.4 0.8 Sederhana hukum tajwid al- (14.0) (37.0) (40.5) (7.0) (1.5) 5 7 Rendah Quran secara mendalam. Keseluruhan 3.65 0.64 Sederhana Tinggi Dapatan dalam jadual 2 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi penguasaan Al-Quran melalui penguasaan tajwid berada pada tahap yang sederhana tinggi iaitu 3.65 (sp. = 0.64). Secara keseluruhan terdapat tiga item berada pada tahap sederhana tinggi terutamanya B2.2


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 130 “Saya mengetahui tanda-tanda wakaf (berhenti) dalam al -Quran.).” (min=3.87, sp.= 0.83). Terdapat satu item berada pada tahap tinggi B2.3 “Saya pernah belajar tajwid al-Quran.” (min=4.37, sp.=0.81) dan terdapat satu item berada pada tahap sederhana rendah iaitu B2.5 “Saya mengetahui hukum tajwid al-Quran secara mendalam” (min=2.45, sp.=0.87). Bagi item B2.1 Saya mengenali tanda bacaan yang terdapat dalam alQuran, seramai 42 responden menjawab sangat setuju. 40 responden menjawab sangat setuju bagi item B2.2 Saya mengetahui tanda wakaf dalam al-Quran. Sementara itu, 107 responden menjawab sangat setuju bagi item B2.3 Saya pernah belajar tajwid. 40 responden menjawab sangat setuju bagi item B2.4 Saya mengetahui asas hukum tajwid al-Quran. Manakala, hanya 3 responden menjawab sangat setuju bagi item B2.5 Saya mengetahui hukum tajwid dengan mendalam. Jadual 3 Pemahaman Tentang Ayat Al-Quran Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretas item STS TS TP S SS i B.3.1 Saya selalu merujuk 7 13 65 75 40 3.64 0.98 Sederhana terjemahan apabila (13.0) (6.5) (32.5) (37.5) (20.0) Tinggi saya membaca alQuran. B.3.2 Saya selalu merujuk 7 31 74 72 16 3.30 0.94 Sederhana tafsir al-Quran bagi (3.5) (15.5) (37.0) (36.0) (8.0) Tinggi memahami ayatayat al-Quran dengan mendalam. B.3.3 Saya selalu merujuk 10 34 82 61 13 3.17 0.95 Sederhana sebab-sebab turun (5.0) (17.0) (41.0) (30.5) (6.5) Tinggi ayat (asbabun nuzul) apabila membaca al-Quran.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 131 B.3.4 Saya menghayati 5 14 77 79 25 3.53 0.89 Sederhana maksud ayat-ayat (2.5) (7.0) (38.5) (39.5) (12.5) Tinggi al-Quran yang saya baca. B.3.5 Saya memahami 33 70 79 15 3 2.43 0.90 Sederhana setiap ayat al-Quran (16.5) (35.0) (39.5) (7.5) (1.5) Rendah yang saya baca. Keseluruhan 3.21 0.71 Sederhana Tinggi Dapatan dalam jadual 3 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi penguasaan Al-Quran melalui pemahaman tentang ayat Al -Quran berada pada tahap yang sederhana tinggi iaitu 3.21 (sp. = 0.71). Secara keseluruhan terdapat empat item berada pada tahap sederhana tinggi terutamanya B3.1 “Saya selalu merujuk terjemahan apabila saya membaca al-Quran.” (min=3.64, sp.= 0.98). Terdapat satu item berada pada tahap sederhana rendah iaitu B3.5 “Saya memahami setiap ayat al-Quran yang saya baca.” (min=2.43, sp.=0.90). Bagi item B3.1 Saya selalu merujuk terjemahan apabila membaca alQuran, 40 responden menjawab sangat setuju. Hanya 16 responden menjawab sangat setuju bagi item B3.2 Saya selalu merujuk tafsir al-Quran bagi memahami ayat al-quran. Sementara itu, 82 responden menjawab tidak pasti bagi item B3.3 Saya selalu merujuk asbab nuzul apabila membaca ayat al-Quran. Bagi item B3.4 Saya menghayati maksud ayat alquran, 25 responden menjawab sangat setuju. Hanya 3 responden menjawab sangat setuju bagi item B3.5 Saya memahami ayat al-Quran yang dibaca.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 132 Jadual 4 Hafalan Ayat Al-Quran Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretas item STS TS TP S SS i B.4.1 Saya menghafal 2 2 4 43 149 4.68 0.66 Tinggi surah al-Fatihah (1.0) (1.0) (2.0) (21.5) (74.5) dengan baik. B.4.2 Saya menghafal 2 1 7 61 129 4.57 0.68 Tinggi surah an-Nas, al- (1.0) (0.5) (3.5) (30.5) (64.5) Falaq dan surah alIkhlas. B.4.3 Saya menghafal 2 4 21 71 102 4.34 0.82 Tinggi sekurang- (1.0) (2.0) (10.5) (35.5) (51.0) kurangnya 5 surah dalam al-Quran. B.4.4 Saya menghafal 7 16 71 63 43 3.60 1.02 Sederhana sekurang- (3.5) (8.0) (35.5) (31.5) (21.5) Tinggi kurangnya 10 surah dalam al-Quran. B.4.5 Saya menghafal 30 39 64 50 17 2.93 1.17 Sederhana sekurang- (15.0) (19.5) (32.0) (25.0) (8.5) Rendah kurangnya 15 surah dalam al-Quran. Keseluruhan 4.02 0.69 Tinggi Dapatan dalam jadual 4 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi penguasaan Al-Quran melalui hafalan ayat Al-Quran berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.02 (sp. = 0.69). Secara keseluruhan terdapat tiga item berada pada tahap tinggi terutamanya B4.1 “Saya menghafal surah alFatihah dengan baik”. (min=4.68, sp.= 0.66). Terdapat satu item berada pada tahap sederhana tinggi iaitu B4.4 “Saya menghafal sekurangkurangnya 10 surah dalam al-Quran.” (min=3.60, sp.=1.02) dan satu item berada pada tahap sederhana rendah iaitu B4.5 “Saya menghafal sekurangkurangnya 15 surah dalam al-Quran “(min=2.93. sp.=1.17).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 133 Bagi item B4.1 Saya menghafal al -Fatihah dengan baik, seramai 149 responden menjawab sangat setuju. 129 responden menjawab sangat setuju bagi item B4.2 Saya menghafal surah an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas. Manakala bagi item B4.3 Saya menghafal 5 surah al-Quran, 102 responden menjawab sangat setuju. Sementara itu, 43 responden menjawab sangat setuju bagi item B4.4 Saya menghafal 10 surah al-Quran. Bagi item B4.5 Saya menghafal 15 surah al-Quran, hanya 15 responden menjawab sangat setuju. Analisis deskriptif telah di lakukan terhadap pembolehubah persepsi pelajar terhadap penguasaan al-quran dengan faktor-faktor yang mendorong minat terhadap al-quran. Analisis ini di lakukan dengan mencari nilai min, sisihan piawai dan peratusan bagi setiap item. Hasil analisis keseluruhan berkenaan persepsi pelajar terhadap penguasaan Al- Quran melalui Bacaan Al-Quran menunjukkan skor min pada bacaan tinggi. (min=4.11) dan pengetahuan tajwid berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.65). Skor min pemahaman tentang ayat Al-Quran pula berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.21) dan hafalan ayat-ayat al-Quran berada pada tahap yang tinggi (min=4.02). Berdasarkan analisis keseluruhan berkenaan persepsi pelajar terhadap penguasaan Al -Quran dapatlah ditafsirkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif berkenaan Al-Quran. Hasil kajian yang diperolehi ini berbeza dengan hasil kajian yang diperolehi oleh oleh Muhammad Farhan Ismail et al (2010) mendapati ramai pelajar muslim gagal menguasai al-Quran khususnya surah al-Fatihah. Kajian ini turut berbeza dengan hasil kajian Kajian yang telah dilaksanakan oleh Aminah Idris (1997) dan Siti Fatimah (2002) yang menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak mampu membaca al-Quran dengan betul. 7.0 Rumusan Dan Cadangan Kajian yang di jalankan ini telah memberi satu gambaran baharu tentang persepsi pelajar terhadap penguasaan al-Quran di Kolej Komuniti negeri Pahang. Melihat kepada analisis dan hasil perbincangan dapat dirumuskan bahawa ramai pelajar kolej mempunyai tahap yang positif tentang penguasaan Al-Quran. Pelajar juga menyatakan hasil yang positif dari segi kebolehan membaca al-Quran. Manakala dari aspek pengetahuan tajwid, kefahaman ayat & hafalan surah-surah pendek mendapat maklumbalas yang sederhana. Oleh yang demikian, kajian ini menyeru semua pihak pelajar, ibu bapa, pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti dan anggota masyarakat untuk mengambil inisiatif baru bagi memastikan pelajar mengekalkan persepsi positif dalam diri mereka mengenai Al-Quran. Pensyarah-pensyarah yang mengajar Pendidikan Islam di Kolej Komuniti merupakan golongan yang pertama yang akan menerima implikasi kerana golongan ini mengajar dan bertanggunjawab sepenuhnya terhadap penguasaan Al-Quran pelajar di peringkat ini. Walau bagaimana pun ibu bapa dan rakan -rakan pelajar juga memainkan peranan yang


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 134 besar bagi memupuk minat cinta akan Al-Quran terutamanya di luar kawasan sekolah. Namun begitu, situasi yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya kerana kebanyakan ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik Al-Quran kepada golongan pendidik sama ada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Perkara ini disokong oleh Abdul Munir, Saharizah & Misnan (2016) yang menyatakan ibu dan bapa tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah bahkan ibu bapa sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada anak-anak. Kajian ini merupakan perintis kepada kajian untuk mengetahui tahap pengetahuan al-Quran pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang dari perspektif persepsi pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan hasil yang positif. Pengkaji mencadangkan pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dapat mewujudkan silibus pengajian al-Quran dalam modul Pendidikan Islam. Hal ini kerana tiada aktiviti pengukuhan alQuran selepas pelajar meninggalkan pendidikan pada peringkat sekolah menengah. Hal ini pada pendapat pengkaji penting bagi meneruskan kesinambungan pengajian al-Quran. Selain itu, pada peringkat JPPKK, dianjurkan untuk mengadakan kursus pengukuhan al-Quran serta teknik-teknik mudah mengajar alQuran bagi para pensyarah-pensyarah. Seterusnya para pensyarah dapat menyebarkannya kepada pelajar dengan lebih berkesan. Tambahan juga, pada peringkat kolej perlu memperbanyak program pendedahan serta pengukuhan al-Quran dengan menggalakkan pelajar terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan kesedaran dan minat pelajar terhadap al-Quran. Justeru itu, pengkaji mengesyorkan agar ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menanam minat serta mendorong pelajar menguasai al-Quran. Pendidikan dan pendedahan pada peringkat rumah lagi perlu dalam mendorong pelajar menguasai al-Quran. RUJUKAN Abd Rahman Abd Ghani. (2014). Tartil al-Quran. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Munir Ismail, Saharizah Mohd Salleh & Misnan Jemali. (2016). Analisis Bentuk Didikan Ibu Bapa Bagi Membentuk Sahsiah Cemerlang: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Jurnal Perspektif. 8 (2). 1-10. Abu Mardhiyah. (2005). Tajwid al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise. Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya. Aminah Idris. (1997). Penilaian Program Tilawah al-Quran Sekolah Menengah Rendah Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Azarudin


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 135 Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakob. (2010). Tahap Pembacaan al-quran dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu, Research Management Institute (RMI), UiTM: Shah Alam. Fazlina Fadzil & Nurulazidah Jaafar. (2012). Kajian Pengamalan dan Kesedaran Pembacaan al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Prosiding Seminar Pendidikan Politeknik 2012. Ibn. Kathir. (2005). Tafsir Ibnu Kathir. Penterjemah: M. Abdul Ghoffar E.M. Jakarta: Pustaka Imam Syafii. Mohd Aderi bin Che Noh. (2004), Celik al-Quran Dikalangan Pelajar Tingkatan Satu Di Zon Pudu Kuala Lumpur, Bangi: UKM. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawwah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1). 93-109. Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi. (2008). Celik al-Quran: Cabaran Dan Realiti Dalam Pendidikan Islam Di Sekolah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohd Khairulazman bin Haji Abu Bakar. (2015). Kebolehupayaan Pembacaan al-Quran dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Academia Journal UiTMT. 4 (2). 53-61. Mohd Yakub Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd. (2008). Keupayaan Bacaan al -Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Terengganu. Journal al-Quran and al-Hadith. 6. 58-85. Mohd Zainul Arifien Mohd. (2006). Kaedah Pembelajaran Tajwid dan Hafazan al-Quran, Fakulti Pendidikan, UKM. Muhammad Farhan Ismail & Siti Nurfarhana Zakaria. (2010). Kajian Pembacaan Surah al-Fatihah Dikalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal (myTEDT10). Muhammad Fauzan Abdul Wahid. (2006). Meningkatkan kemahiran membaca al-Quran menerusi latihan amali & tasmik al-Quran. Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa: Kuala Lumpur. Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir. (2017). Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua pelajar Islam di Malaysia. International Islamic Heritage Conference 1: 1129-1143.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 136 Nor Hidayah binti Sanusi, Nor Azura Binti Kiban & Nurul Hilwa Ahmad Alias. (2015). Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam Terhadap Keupayaan Bacaan al-Quran, Kolej Komuniti Sabak Bernam. Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor & Zulkifli A. Manaf. (2011). Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas al-Quran bagi Golongan Dewasa. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari: 53-70. Siti Fatimah Sudin. (2002). Pembancaan al-Quran dikalangan Mahasiswa Melayu: Suatu Kajian di UITM Shah Alam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 137 Kajian Tahap Kepuasan Peserta bagi Sijil Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut (TVETpreneurship) Di Kolej Komuniti Tawau Nur 'Adilah Razdwan1*, Aishah Mohd Sidi2, Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie3 123Kolej Komuniti Tawau [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepuasan peserta serta tahap keberkesanan Sijil Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut (TVETpreneurship) kepada peserta yang terdiri daripada kalangan komuniti yang terjejas pendapatan pasca Pandemik Covid- 19 di daerah Tawau. Program yang berlangsung selama lima bulan ini merangkumi dua modul iaitu Modul Keusahawanan dan Modul Hasilan Roti, Kek dan Biskut. Sampel kajian ini terdiri daripada 14 peserta yang menyertai program ini di Kolej Komuniti Tawau. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan setelah para peserta selesai mengikuti program dengan jaya. Data soal selidik telah di analisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 23. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepuasan peserta program adalah tinggi dengan nilai skor min 4.74. Manakala dari sudut tahap keberkesanan program turut mendapat nilai intepretasi tinggi iaitu 4.49. Secara ringkasnya, dari aspek peningkatan kemahiran, peserta memberikan reaksi positif dengan menyatakan bahawa mereka telah mempelajari pelbagai ilmu baharu dan lebih tepat dalam bidang keusahawanan hasilan roti, kek dan biskut. Jelas disini, untuk matlamat jangka pendek program iaitu meningkat kemahiran peserta dalam bidang program telah tercapai. Oleh itu, program keusahawanan seperti Program TVETpreneurship ini wajar diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikkan yang sewajarnya. Kata Kunci: TVETpreneurship, Usahawan, Covid-19, Bakeri, Perniagaan. 1.0 Pengenalan Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memberi kesan besar terhadap ekonomi Malaysia terutama dari segi penurunan mata wang ringgit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akibat norma baharu yang terpaksa diamalkan seperti penjarakan sosial dan had waktu operasi, pelbagai sector utama yang menyumbang kepada KDNK mengalami penurunan jumlah pelanggan yang membeli dan mengunjungi premis mereka secara fizikal. Selain daripada itu kejatuhan ekonomi telah meningkatkan kadar pengangguran yang sekaligus mempengaruhi kuasa membeli rakyat Malaysia. Aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang meluas dan berterusan sebelum penularan wabak Covid-19 telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi. Menyedari tentang kepentingan dan potensi perniagaan dan keusahawanan dalam meningkatkan taraf ekonomi, pendapatan, pelbagai program dirancang dan dilaksanakan di kebanyakan negara sebelum fasa endemik di isytiharkan. Program latihan keusahawanan yang berterusan meliputi kursus, latihan, seminar dan bengkel bagi membudaya, mengukuh dan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 138 memperkasakan masyarakat. Bidang keusahawanan semakin diberi perhatian sejak kebelakangan ini kerana akibat peluang perkerjaan yang semakin terhad pasca penularan wabak Covid-19. Justeru itu, pihak kerajaan Malaysia menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi 2021 (PENJANA) mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pelbagai program pembangunan keusahawanan bersasar bagi membantu masyarakat yang terjejas punca pendapatan bangkit semula meneruskan kelangsungan hidup. Antara yang terlibat secara langsung sebagai institusi pelaksana program latihan keusahawanan di bawah inisiatif PENJANA adalah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui penganjuran Program TVETPreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan). Program TVETpreneurship merupakan sebuah program latihan jangka pendek yang berteraskan keusahawanan bagi menyahut seruan kerajaan dan seterusnya menjayakan matlamat Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Ianya bertujuan untuk melatih golongan belia, alumni IPTA atau lepasan menengah yang masih menganggur dalam melahirkan sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, berdaya tahan serta daya saing yang tinggi, khususnya dalam aspek penjanaan pendapatan melalui aktiviti perniagaan. Di akhir program ini, peserta program akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran keusahawanan untuk memulakan serta menguruskan sebuah perniagaan baharu. Peserta akan dianugerahkan Sijil TVETpreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan) berdasarkan bidang pengkhususan yang diambil. 13 Kolej Komuniti telah dipilih bagi melaksanakan program ini yang merangkumi pelbagai modul kemahiran berbeza. Kolej Komuniti Tawau telah terpilih oleh JPPKK untuk melaksanakan Program Sijil Persediaan Keusahawanan (TVETPreneurship) Hasilan Roti, Kek dan Biskut bagi komuniti di Daerah Tawau. Program yang dilaksanakan secara 5 bulan ini meliputi dua modul iaitu Modul Keusahawanan dan Modul Hasilan Roti, Kek dan Biskut. Seramai 14 peserta telah menyertai dan berjaya menamatkan program ini. Objektif 1. Mengenal pasti tahap kepuasan peserta yang menyertai Sijil Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut (TVETpreneurship) Di Kolej Komuniti Tawau. 2. Mengenalpasti tahap keberkesanan program dalam mewujudkan dan mengembangkan perniagaan peserta. 3. Mengenalpasti tahap kemahiran peserta dalam menghasilan produk hasilan roti, kek dan biskut sebelum dan selepas mengikuti program ini. 2.0 Sorotan Kajian Keusahawanan adalah pemacu bagi pembangunan usahawan Bumiputera dalam potensi ekonomi yang memberi peluang kepada penciptaan kekayaan dan peluang pekerjaan. Asal usul perkataan usahawan adalah diambil daripada Bahasa Perancis “entreprendre” yang membawa


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 139 maksud seseorang yang sanggup mencuba atau mengambil peluang melakukan sesuatu (Norita et al., 2007). Abd Rahman et al. (2015) menyatakan bahawa secara umumnya terdapat persamaan konsep bagi definisi dan perspektif keusahawanan dari pelbagai sumber, seperti mengambil risiko, memikul tanggungjawab dan penciptaan baru. Ab. Aziz (2010) pula turut menganggap usahawan sebagai ejen perubahanan yang dapat mengenalpasti peluang dalam menghubungkan pengguna dan peluang itu sendiri. Ahmad bin Berek (1976) melalui Ab. Latif et al. (2011) memberi pandangan bahawa usahawan adalah terbahagi kepada dua iaitu operan dan responden. Usahawan operan lahir melalui dorongan dan kemahuan diri sendiri manakala usahawan responden pula wujud hasil daripada dorongan luar seperti latihan atau rancangan keusahawanan. Namun begitu melalui penulisan yang sama, Ab. Latif et al. menyatakan bahawa usaha untuk memupuk semangat keusahawanan yang didorong oleh faktor dalaman perlu dipupuk melalui sistem pendidikan dan usahasama pelbagai pihak sejak dari usia muda lagi. Penerapan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat di Malaysia adalah penting dalam membantu menangani masalah pengangguran, meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan (Syed,2013). Menurut dokumen Dasar Keusahawanan Nasional 2030, keusahawan juga merupakan satu pendekatan untuk sesebuah negara membangun seperti Malaysia untuk keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan. Dapatan kajian Humam (1988) menyatakan bahawa usahawan sedia ada di Malaysia bersetuju bahawa inisiatif pemberian latihan dan pendidikan dalam bidang keusahawanan di Malaysia banyak membantu namun jumlah dan kekerapannya perlu dipertingkatkan lagi. Bagi mengekalkan minat dan daya usaha masyarakat dalam bidang yang mencabar ini, latihan dan pendidikan perlu diberikan secara berterusan bagi golongan yang perlu. Ini kerana, kekurangan kursus serta latihan keusahawanan juga menjadi antara faktor yang mempengaruhi kurangnya penyertaan masyarakat dalam aktiviti keusahawan (Talib et al. 2012). Zaidatol dan Habibah (1997) dalam kajian mereka, juga menyokong kenyataan di mana pendidikan keusahawanan dan kejayaan usahawan mempunyai hubungan yang positif. Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) berperanan besar dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia terutamanya kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) (Salleh & Ndubisi, 2006). PMKS juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dalam masyarakat (Smallbone & Wyer, 2000) bukan hanya terhad kepada negara maju dan membangun malah turut menyumbang kepada pasaran kerja negara kurang membangun (Birch, 1987; Bruederl et al. 1992, Mead & Liedholm, 1998). Sejajar dengan ini, pelbagai inisiatif memantapkan budaya keusahawanan melalui PMKS telah dibangunkan melalui dokumen Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2021. 3.0 Metodologi Kajian Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan, menyusun dan menganalisis data untuk kajian ini. Data yang dikumpul akan dianalisis


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 140 secara deskriptif dengan menggunakan interpretasi skor min. Min digunakan bagi menunjukkan arah kecenderungan responden terhadap persoalan yang dikemukakan samada memihak kepada setuju ataupun tidak setuju. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen soal selidik bagi mengutip data-data. Cooper & Schindler (2003) menyatakan bahawa pengunaan borang soal selidik membolehkan responden yang sukar dihubungi dicapai dengan kos yang rendah serta memberi responden lebih masa dan ruang untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Instrumen soal selidik dalam kajian ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A: Maklumat Latar Belakang Responden (Demografi) dan bahagian B. Bahagian A adalah merupakan bahagian untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden yang meliputi umur, jantina, bangsa dan status. Pada bahagian B, beberapa soalan ditanya yang menjurus kepada objektif kajian ini. Setiap item terdapat lima pilihan jawapan, iaitu menggunakan skala Likert lima mata yang diberi nilai 1 hingga 5. Skala yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Jadual 1: Skala likert lima mata Skor Peringkat 5 Sangat Setuju 4 Setuju 3 Kurang Setuju 2 Tidak Setuju 1 Sangat Tidak Setuju Borang dan soalan soal selidik ini diperolehi daripada pihak ibu pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang telah mengedarkan instrumen ini bagi tujuan pelaporan bagi semua kolej yang terlibat dengan program TVETpreneurship ini. Sampel kajian ini melibatkan 14 orang responden yang terdiri daripada semua peserta program TVETpreneurship di Kolej Komuniti Tawau yang berjaya mengikuti program ini hingga selesai. 4.0 Analisis dan Perbincangan Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa peserta yang berumur 21 hingga 30 tahun adalah seramai 3 orang (23.1%), 31 tahun hingga 40 tahun juga seramai 3 orang (23.1%), 41 tahun hingga 50 tahun adalah seramai 6 orang (42.9%) dan 2 orang (14.3%) bagi lingkungan 51 tahun hingga 60 tahun. Untuk kriteria jantina pula, terdapat hanya 1 orang peserta lelaki (7.1%) dan 13 orang peserta perempuan (92.8%). Penglibatan lebih ramai wanita dalam program ini mungkin didorong oleh faktor bidang program yang bercirikan masakan yang lebih diminati golongan wanita. Selain daripada itu, hasil kajian Hassan dan Rifqi (2018) ke atas 304 usahawan wanita yang berdaftar dengan PERDASAMA turut mendapati usahawan wanita kini lebih berhatihati dan selalu berwaspada dengan tindakan yang dibuat dengan mempersiapkan diri dengan beberapa pelan kecemasan. Hasil dapatan kajian tersebut juga menyatakan bahawa, wanita juga kini lebih berfikiran terbuka dan berani di dalam pergaulan sebagai langkah memperluaskan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 141 jaringan perniagaan dan kenalan mereka seperti mengikuti kelas dan bertemu dengan komuniti yang mempunyai minat yang sama. Walaupun terdapat bangsa lain yang mengikuti program ini pada peringkat awal, semua peserta yang berjaya menamatkan program ini adalah berbangsa Melayu dan diambil kira sebagai responden. Manakala peserta yang berstatus bujang adalah seramai 3 orang (21.4%) dan berkahwin seramai 11 orang (78.6%). Jadual 2: Profil responden kajian Kriteria Kumpulan Frekuensi Peratus (%) Umur 20 - 30 Tahun 3 23.1 31 - 40 Tahun 3 23.1 41 - 50 Tahun 6 42.9 51 - 61 Tahun 2 14.3 Jantina Lelaki 1 07.1 Perempuan 13 92.8 Bangsa Melayu 14 100.00 Status Bujang 3 21.4 Berkahwin 11 78.6 Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti tahap kepuasan peserta dalam mengikuti Program TVETpreneurship dengan menggunakan kaedah interpretasi skor min. Intepretasi skor min untuk kajian ini adalah merujuk kepada kajian Haron, Z., & Mohamed, H. (2016) seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Jadual 3: Interpretasi skor min Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 – 1.89 Sangat Rendah 1.90 – 2.69 Rendah 2.70 – 3.49 Sederhana 3.50 – 4.29 Tinggi 4.30 – 5.00 Sangat Tinggi Data analisis seperti pada Jadual 4 menunjukkan skor min secara keseluruhannya bagi aspek tahap kepuasan peserta program TVETpreneur berada ditahap sangat tinggi iaitu 4.74. Daripada 3 item yang diberi, didapati item yang pertama “Memberi manfaat dalam menjana pendapatan dalam perniagaan yang diceburi” mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.85. Melalui program ini, peserta dapat menjana pendapatan dengan mempraktikkan ilmu kemahiran yang telah dipelajari. Nilai min yang paling rendah adalah pada item kedua, iaitu “Meningkatkan minat sebagai Usahawan dalam bidang bakeri” dengan nilai min 4.62. Ini mungkin disebabkan kebanyakkan mereka yang mengikuti program ini sememangnya telah berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang bakeri apabila mereka membuat keputusan untuk menyertai program. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Ismail et. al (2020) di mana Program Latihan Keusahawan yang dijalankan adalah


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 142 antara faktor yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta program. Jadual 4: Skor min bagi tahap kepuasan peserta TVETpreneurship Bil Item Min Tahap 1 Memberi manfaat dalam 4.85 Sangat tinggi menjana pendapatan dalam perniagaan yang diceburi 2 Meningkatkan minat sebagai 4.62 Sangat tinggi Usahawan dalam bidang bakeri 3 Program ini wajar dilaksanakan 4.77 Sangat tinggi pada masa akan datang Min keseluruhan 4.74 Sangat tinggi Data analisis seperti pada Jadual 5 menunjukkan skor min bagi aspek keberkesanan program TVETpreneurship dalam membantu dan mengembangkan perniagaan peserta. Secara keseluruhannya min berada ditahap tinggi iaitu 4.49. Daripada 3 item yang diberi, didapati item yang kedua iaitu “Pelaksanaan program amat berkesan kepada saya untuk memulakan perniagaan Bakeri” mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.69. Ini kerana, dengan adanya pengetahuan seseorang itu akan lebih yakin untuk membuat sesuatu keputusan. Nilai min yang paling rendah adalah pada item ketiga, iaitu “Program ini sangat sesuai bagi yang telah mempunyai perniagaan” dengan nilai min 4.23. Terdapat peserta yang tidak bersetuju dengan item tersebut memandangkan ramai peserta yang tidak mempunyai perniagaan sendiri sebelum mengikuti program tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Ismail et. al (2020) juga selari dengan keputusan ini di mana Program Latihan Keusahawan yang dijalankan membantu peserta memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Selain daripada itu, hasil daripada mengikuti program ini, 6 orang peserta telah berjaya membuka syarikat berdaftar sendiri sebaik sahaja program tamat. Jadual 5: Skor min bagi keberkesanan TVETpreneurship dalam membantu dan mengembangkan perniagaan peserta. Bil Item Min Tahap 1 Akan menjalankan aktiviti 4.54 Sangat tinggi Perniagaan Bakeri pada masa akan datang 2 Pelaksanaan program amat 4.69 Sangat tinggi berkesan kepada saya untuk memulakan perniagaan Bakeri 3 Program ini sangat sesuai 4.23 Tinggi bagi yang telah mempunyai perniagaan Min keseluruhan 4.49 Tinggi


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 143 Untuk mengenalpasti peningkatan tahap kemahiran peserta dalam hasilan roti, kek dan biskut, mereka ditanya tentang ilmu dan pengalaman yang telah dipelajari sepanjang mengikuti program ini melalui soalan respon terbuka. Semua peserta program memberikan respon yang positif seperti “mempelajari teknik yang betul”, “mendapat ilmu dan resepi yang baharu”, “mendapat ilmu keusahawanan dan perniagaan” dan “memperbaiki kesilapan dalam pembuatan produk bakeri”. Peserta menyatakan bahawa mereka merasa lebih yakin untuk memulakan perniagaan setelah memperolehi ilmu dan pengalaman menghasilkan produk sendiri. Ini adalah selari dengan dapatan kajian Brown dan Hamlon (2004) yang menyatakan bahawa sesuatu kejayaan dalam bidang keusahawanan adalah bergantung kepada tingkah laku mereka sendiri. 5.0 Rumusan dan Cadangan Dapatan kajian mendapati Program Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek dan Biskut (TVETpreneurship) yang dijalankan secara umumnya telah memberi impak yang positif dan mencapai objektif jangka masa pendek pelaksanaannya. Silibus teori dan amali keusahawanan penghasilan produk bakeri ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada peserta mengenai dunia sebenar perniagaan dan keusahawanan. Secara keseluruhannya, program ini dilihat berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta yang menjadi antara faktor penyumbang utama kepada kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan yang mencabar ini. Sikap usahawan yang berdisiplin tinggi dalam mengendalikan perniagaan, berani dan sanggup menghadapi risiko, berfikiran kreatif dan inovatif, sentiasa mendalami ilmu perniagaan sangat menyumbang terhadap kejayaan usahawan muda IKS di Malaysia bagi mengembangkan lagi perniagaan ke arah peringkat globa. Ini boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Segala faktor cabaran tersebut sangat mempengaruhi seseorang usahawan untuk mencapai kejayaan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Usaha ini harus dilaksanakan secara berterusan untuk menambahbaik kualiti kehidupan komuniti dan masyarakat setempat (Mohd Yusof et.al, 2020). Selain itu, dicadangkan agar modul-modul yang ditawarkan kepada peserta perlu ditambahbaik dari masa ke semasa agar dapat memenuhi permintaan industri. Dari segi promosi pihak penganjur juga boleh menambah baik bagi menarik minat peserta dari bangsa lain dan jantina lelaki bagi mengikuti program yang dianjurkan. Kajian susulan juga sesuai dijalankan bagi program ini bagi mengenalpasti samaada program berjaya mencapai objektif jangka panjang iaitu memastikan peserta berjaya membuka perniagaan yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pihak penganjur juga perlu mengambil inisiatif memantau perkembangan perniagaan peserta secara berkala selepas tamat program.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 144 Rujukan Ab. Aziz Yusof. (2010). Pengenalan kepada Usahawan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur: ScholarMind Publishing. Ab. Latif, A.A., Jusoh, M.A., Yahya, M.A., Jusoh, O. & Hamidon, S. (2011). Asas Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan Sederhana. Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-Universiti Malaysia (MAKMUM): Universiti Malaysia Kelantan. ISBN 978-967-5782-08-4 Abd Rahman, S. S., Sabri, M. F. M., & Nadzri, S. (2015). Kompetensi keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus keusahawanan di universiti. In Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah (Vol. 2, pp. 372-384). Abdul Ghafar, M.N (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai, Johor: UTM. Bank Negara Malaysia (2006), Laporan Tahunan PKS 2005, Bank Negara Malaysia. Birch, D. L. (1987). Job creation in America. New York: Fee Press. Brown, T. C., & Hanlon, D. (2004). Developing behavioural observation scales to foster effective entrepreneurship. Journal of Small Business & Entrepreneurship, 17(2), 103-116. Bruederl, J., Preisendoerfer, P. & Ziegler, R. (1992). Survival chances of newly founded business organizations. American Sociological Review, 57, 227-242. Cooper, D.R. & Schindler, P.S. (2003). Business Research Methods. 8th ed. McGraw-Hill Golden Books. Haron, Z., & Mohamed, H. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah DiPoliteknik Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal Of Social Sciences And Humanities, 1(1). Hassan, Mohammad Mujaheed & Rifqi, Muhamad. (2018). Faktor Penglibatan dan Cabaran Wanita Melayu dalam bidang Keusahawanan di Malaysia. Henry, C., Hill, F. & Leitch, C. (2005). Entrepreneurship education and training can entrepereneurship be taught? part1. Education + Training 47(2): 98-111. Hisrich, R.D., Peters, M.P. & Shepherd, D.A. (2008). Entrepreneurship. Edisi ke-7. Boston: McGrawHill Irwin. Ismail, F.A., Rasdi, N., Omor, N.A. (2020). Kajian Tahap Kepuasan Peserta bagi Program Latihan Keusahawanan (Kursus Spa dan Penjagaan Wanita) dalam Peningkatan Kemahiran bagi Pembangunan Ekonomi di bawah Program Northern Corridor Economic Region (NCER). E-prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Perigkat Kebangsaan (SPSH2020).383-394. Keat, O. Y., Selvarajah, C., & Meyer, D. (2011). Inclination towards entrepreneurship among university students: An empirical study of Malaysian university students. International journal of business and social science, 2(4).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 145 Kuratko & Hodgetts (2007). Entrepreneurship: Theory, Process, Practice. USA: South Western Cengage Learning. Kuratko, D. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process and Practice. 6th ed. Mason, Ohio: South-Western, Thompson. Lope Pihie, Z.A and Elias, H. (1997) Keusahawanan & motivasi diri. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 983931923X Mead, D.C., & Liedholm, C. (1998). The dynamics of micro and small enterprises in developing countries. World Development, 26 (1), 61-74. Mohd Yusof, M. Z., Tahir, Z., Abdul Malek, J. and Salman, A. (2020) “Cabaran Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), pp. 355 - 366. doi: 10.47405/mjssh.v5i12.614. Mohamed, H. (1988) Entrepreneurial development in Malaysia with specific reference to training and development initiatives http://hdl.handle.net/1893/2139 Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhyee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusif & Mohd Khairuddin. (2007). Keusahawanan. Shah Alam: Mc Graw Hill Education. Salleh, AS & Ndubisi, NO 2006, ‘SME Development in Malaysia: Domestic and Global Challenges’, International Review of Business Research Papers, 2 (1) PP1- 14. Talib, A., Jusoh, H., Ibrahim, I. & Ahmad, H. (2012) Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Society and Space issue 9 (84-96) Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. 2nd ed. Toronto: John Wiley & Sons. Shapero, A., & Sokol, L. (1982). The social dimensions of entrepreneurship. University of Illinois at Urbana-Champaign's Academy for Entrepreneurial Leadership Historical Research Reference in Entrepreneurship. Smallbone, D. & Wyer, P. (2000). ‘Growth and development in the small firm’, in Carter, S and Evans, JD (eds.), Enterprise and small business: Principles, practice and policy. Addison Wesley, pp. 409-433. Ahmad, S.Z (2013). The need for inclusion of entrepreneurship education in Malaysia lower and higher learning institutions. Education + Training. Vol. 55 No. 2, pp. 191-203. Sekaran, U. (2000) Research Methods for Business: A Skill Business Approach. John Wiley & Sons, New York. Wahab, A., Abdul Wahab, D., & Yaakub, M. T. (2019). Cabaran-Cabaran Perusahaan Kecil Dan Sederhana di Malaysia Pasca Merdeka: The Challenges of Small and Medium Enterprises In Malaysia Post Independence. Sains Insani, 4(2), 65-75.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 146 Pembudayaan dan Pelaksanaan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat di Politeknik Halida Mohd Zahari1, Hanida Abdullah2*, Nor Salasiah Mat Rashid3 13Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2Politeknik Nilai *[email protected] Abstrak Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan kaedah pembelajaran berterusan bagi meningkatkan sosioekonomi sesebuah negara. Dalam usaha meningkatkan sosioekonomi negara, Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. Bagi menyokong usaha Kerajaan ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengambil inisiatif dengan membuat penetapan Key Performance Indicator (KPI) bagi program PSH bercirikan 4IR. Inisiatif ini diambil bagi menyediakan masyarakat dengan penggunaan teknologi baharu dalam mentransformasi industri. Kertas kerja ini akan membincangkan pembudayaan dan pelaksanaan program PSH bercirikan 4IR yang dijalankan di Politeknik. Kajian dilakukan secara deskritif berdasarkan data PSH di Politeknik. Hasil kajian mendapati Program PSH bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat telah dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta PSH. Kata Kunci: Pembelajaran sepanjang hayat, revolusi perindustrian keempat 1.0 Pengenalan Bagi meningkatkan sosioekonomi sesebuah negara, masyarakat perlu dilengkapkan dengan ilmu kemahiran. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan salah satu usaha kerajaan bagi melengkapkan masyarakat dengan ilmu pengetahuan selari dengan perubahan dalam perkembangan ekonomi (Mohamed, Z., Yusuff, N.A. & Che Omar, I., 2008). PSH adalah satu program membudayakan pembelajaran secara berterusan sama ada bagi meningkatkan kemahiran atau memupuk minat seseorang. PSH di Malaysia ditakrifkan sebagai proses pendemokrasian pendidikan menerusi penguasaan ilmu, kemahiran dan keterampilan menerusi kaedah formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman di tempat kerja atau semasa latihan (PPPM(PT) 2015-2025). Program-program PSH di politeknik lebih menekankan program berbentuk teknikal. Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di politeknik adalah untuk meningkatkan produktiviti syarikat, menjana pendapatan tinggi dan untuk pengembangan bakat (talent development) (Abdullah, H., Rujihan, Z. & Ahamad Zabidi, M., 2020). Bermula tahun 2020, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah membuat penetapan Key Performance Indicator (KPI) bagi penyertaan program PSH bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) perlu mencapai sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada jumlah sasaran penyertaan PSH di sesebuah politeknik. Menurut Kamus KPI JPPKK 2020 Versi 2, terdapat sembilan (9) teras yang digariskan dalam elemen 4IR iaitu Internet of Things (IoT); Cloud Computing, Simulation - kecerdikan buatan (AI), Additive manufacturing, Big Data, Augmented Reality dan Autonomous.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 147 4IR adalah merujuk kepada penggunaan teknologi baharu dalam mentransformasi industri dengan menggabungkan alam fizikal, digital dan biologi, yang memberi kesan kepada semua bidang, industri dan ekonomi (Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, 2021). Peralihan kepada 4IR merupakan sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri (Mohamad, S. 2020). 1.1 Penyata Masalah Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (2015) telah menekankan PSH melalui Lonjakan Tiga (3) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025. PSH merupakan pemangkin kepada Program Transformasi Malaysia (ETP) bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015) Kementerian berhasrat untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat melalui pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan diiktiraf. Manakala, Dasar 4IR Negara merupakan dasar negara untuk pembangunan sosioekonomi dengan menyokong dasar-dasar pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 melalui penggunaan teknologi 4IR (Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, 2021). Oleh itu, pembudayaan 4IR dalam PSH merupakan elemen penting bagi kelangsungan dan kelestarian sosioekonomi di kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti dan pelaksanaan 4IR dalam PSH di Politeknik bagi menyokong usaha Kementerian serta Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. 1.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: a) Mengenalpasti trend pembudayaan PSH 4IR di Politeknik; dan b) Mengenalpasti trend bilangan penyertaan program PSH 4IR di Politeknik. 2.0 Sorotan Kajian Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara telah diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2021. Melalui Dasar 4IR Negara ini, prinsip panduan utama dan hala tuju strategik 4IR ditekankan dalam penggubalan dasar dan pelan tindakan kementerian dan agensi bagi mengoptimumkan pengagihan sumber dan penyelarasan pelaksanaan dalam perkara berkaitan teknologi baru muncul. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyokong Dasar 4IR Negara ini dengan melalui beberapa dasar dan pelan kementerian. Melalui Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 menekankan supaya institusi TVET berpacukan 4IR diperkasakan bagi menyempurnakan Teras 2 iaitu memantapkan governan yang responsif dan mampan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 148 Melalui Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2021-2025, KPT menyarankan IPT supaya menggabungkan pendekatan terkini dalam mendidik usahawan masa depan selaras dengan peralihan 4IR bagi memastikan penggunaan kaedah terkini dan bersesuaian. Revolusi Perindustrian merupakan peralihan zaman dalam bentuk kemajuan dan teknologi. Peralihan ke zaman perindustrian dari zaman pertanian menjadikan kehidupan manusia dalam bentuk moden semakin kompleks dan penuh elemen daya saing (Ishak, M., Abdullah, H., Ahmad, S., & Mohamed, Y., (2018). Inisiatif menggalakkan 4IR telah dilaksanakan didalam KPI Pembelajaran sepanjang hayat mengikut Dasar 4IR negara. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan secara deskriptif bagi memenuhi objektif kajian. Pemilihan metode ini terdiri tiga (3) fasa iaitu (1) fasa pengumpulan data, (2) fasa analisis data, (3) fasa penyampaian hasil analisis data. Pengumpulan data diperoleh dari sistem data di Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti. Data ini diisi oleh pegawai di Politeknik dan telah dinilai melalui pencapaian Key Performance Indicator (KPI) Jabatan. Bilangan penyertaan PSH merupakan sasaran KPI Jabatan. Sasaran bagi tahun 2019 adalah sebanyak 25,000 penyertaan, bagi tahun 2020 adalah sebanyak 12,500 penyertaan manakala bagi tahun 2021 adalah sebanyak 12,500. KPI Politeknik dikategorikan mengikut Politeknik Premier/APACC, Konvensional dan Metro. Data penyertaan PSH menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun ketika pandemik iaitu pada tahun 2020. Sasaran bagi tahun 2020 diturunkan kepada 12,500 penyertaan disebabkan kekangan pelaksanaan program PSH di Politeknik. Walaupun terdapat banyak kekangan semasa pandemik, penyertaan program PSH di Politeknik masih mendapat sambutan. Jadual 1 menunjukkan bilangan penyertaan PSH pada tahun 2020 dan 2021 mengikut Politeknik. Jadual 1: Penyertaan PSH Politeknik pada tahun 2020 dan 2021 Politeknik Bilangan Penyertaan Bilangan Penyertaan 2020 2021 PUO 2345 2494 POLISAS 1192 1158 POLIMAS 784 777 PKB 849 762 PKS 600 783 PPD 1539 1536 PKK 455 997 PSA 886 745


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 149 PIS 948 2103 PSP 880 544 PMK 423 591 PKT 458 513 PSMZA 1741 1251 PMM 1271 1201 PSAS 788 1037 PTSB 560 2681 PSIS 490 857 PTSS 640 1786 PMS 499 1797 PMU 679 671 PBU 547 1064 PJK 579 761 PNS 500 959 PBS 724 1283 PMJ 1014 1525 PHT 524 697 PSS 466 490 PMKL 851 340 PMKU 587 324 PMJB 251 268 PMBS 344 487 PMTG 1048 713 PTSN 949 495 PBT 358 286 PBD 255 388 PTS 547 59 Jumlah 27,571 34,999


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 150 4.0 Analisis dan Perbincangan Sasaran KPI bagi penyertaan PSH untuk keseluruhan Politeknik adalah 12,500 penyertaan untuk tahun 2020 dan 2021. Berdasarkan analisis yang dijalankan, bilangan peserta PSH pada tahun 2020 adalah 27,571 penyertaan dan pada tahun 2021 seramai 34,999 peserta seperti di Rajah 1. Jadual 2 menunjukkan bilangan penyertaan PSH pada tahun 2020 telah melebihi sasaran JPPKK iaitu 27,571 penyertaan bersamaan 221% dan pada tahun 2021 sebanyak 34,999 bersamaan 280%. 27,571 34,999 2020 2021 Rajah 1: Bilangan Peserta PSH tahun 2020 dan 2021 Jadual 2: Jumlah keseluruhan penyertaan PSH Politeknik Malaysia bagi tahun 2020 dan tahun 2021 Tahun Sasaran Peserta Bilangan Peserta Peratus 2020 12,500 27,571 221% 2021 12,500 34,999 280% Rajah 2 menunjukkan bilangan penyertaan PSH dalam kategori 4IR bagi tahun 2020 dan tahun 2021 yang diperolehi dari Data PSH Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK. Sasaran KPI bagi penyertaan PSH dalam kategori 4IR untuk keseluruhan Politeknik adalah 1,250 penyertaan untuk tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2020, seramai 3,850 peserta industri telah mengikut program PSH bercirikan 4IR dan pada tahun 2021 seramai 6,308. Jadual 3 menunjukkan bilangan penyertaan PSH dalam kategori 4IR pada tahun 2020 telah melebihi sasaran JPPKK sebanyak 308% dan pada tahun 2021 sebanyak 505%. Penyertaan program PSH 4IR di Kolej Komuniti Kluang juga mendapat sambutan (Siti et. al., 2020), ini adalah galakan daripada JPPKK agar melaksanakan program PSH bercirikan 4IR.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 151 Bilangan peserta 7,000 6,000 5,000 4,000 3,000 2,000 1,000 0 6,308 3,850 2020 2021 Rajah 2: Penyertaan PSH dalam Kategori IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Jadual 3: Jumlah bilangan penyertaan PSH dalam kategori 4IR bagi tahun 2020 dan tahun 2021 Tahun Sasaran Peserta Bilangan Peserta Peratus 2020 1250 3,850 308% 2021 1250 6,308 505% Jadual 4 menunjukkan bilangan peserta PSH bercirikan 4IR pada tahun 2020 dan 2021 mengikut kategori KPI Politeknik. Rajah 3 menunjukkan bilangan peserta PSH Politeknik kategori Politeknik Premier dan APACC adalah meningkat pada tahun 2021. Ini adalah galakan dari JPPKK untuk melaksanakan program secara dalam talian. Walaubagaimanapun terdapat kenaikan dan penurunan perserta PSH 4IR bagi kategori Politeknik Konvensional dan METro bagi tahun 2021 seperti di Rajah 4 dan Rajah 5. Kenaikan penyertaan program 4IR adalah galakan daripada JPPKK agar menjalankan program PSH bercirikan 4IR dijadikan sebagi KPI PSH (JPPKK, 2020 & 2021). Dapatan ini juga menunjukkan terdapat Politeknik yang tidak mencapai KPI adalah disebabkan kekangan dalam mendapatkan penyertaan PSH bercirikan 4IR di Politeknik masingmasing.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 152 Jadual 4: Penyertaan PSH dalam 4IR pada tahun 2020 dan 2021 mengikut kategori KPI Politeknik Politeknik Bilangan Penyertaan Bilangan Penyertaan 2020 2021 Kategori Politeknik Premier dan APACC PUO 269 503 POLISAS 20 441 POLIMAS 79 69 PKB 108 408 PKS 57 75 PPD 253 394 PSA 154 187 PIS 115 130 PSP 150 25 PSAS 0 140 PKK 50 205 Kategori Politeknik Konvensional PMK 15 51 PKT 180 77 PSMZA 598 332 PMM 326 150 PTSB 68 42 PSIS 129 168 PTSS 46 566 PMS 73 190 PMU 32 41 PBU 14 497 PJK 93 310 PNS 55 165 PBS 51 467 PMJ 80 87 PHT 76 40


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 153 PSS 28 132 PTSN 136 105 PBT 52 35 PBD 20 63 PTS 26 59 Kategori Politeknik METro PMKL 295 0 PMKU 25 62 PMJB 33 0 PMBS 59 25 PMTG 85 67 Bilangan Peserta 600 503 500 441 408 394 400 300 269 253 187 205 200 154 130 150 140 108 79 75 115 100 69 50 20 57 25 0 0 Rajah 3: Penyertaan PSH IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Kategori Politeknik Premier dan APACC


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 154 Bilangan Peserta 600 598 566 500 497 467 400 332 326 310 300 200 180 168 190 165 150 129 136 87 93 132 105 100 77 68 73 80 76 51 42 46 41 55 51 40 52 63 59 15 32 14 28 35 20 26 0 Rajah 4: Penyertaan PSH IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Kategori Politeknik Konvensional Bilangan Peserta 295 300 250 200 150 100 85 62 67 59 50 25 33 25 0 0 0 PMKL PMKU PMJB PMBS PMTG Rajah 5: Penyertaan PSH IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Kategori Politeknik Konvensional 5.0 Rumusan dan Cadangan Penyertaan PSH bercirikan 4IR mengikut Politeknik adalah sangat memberansangkan selepas dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama walaupun terdapat penurunan di sesetengah Politeknik. Walaubagaimana pun pada keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa penyertaan program PSH bercirikan 4IR amat menggalakkan dengan kenaikan penyertaan pada tahun 2021 secara keseluruhan. Galakan kerajaan agar program PSH bercirikan 4IR ini adalah bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat. Justeru itu, Politeknik Malaysia adalah digalakkan untuk melaksanakan lebih banyak program PSH bercirikan 4IR untuk lebih ramai tenaga mahir dalam bidang 4IR.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 155 Rujukan Abdullah, H., Rujihan, Z. & Ahamad Zabidi, M., (2020). Pembudayaan dan Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Industri. Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020). Ishak, M., Abdullah, H., Ahmad, S., & Mohamed, Y., (2018). Mendepani Cabaran Era Revolusi Industri 4.0 : Hubungan Amalan Pembelajaran Berterusan dengan Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai Agen Perubahan Masyarakat. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2020), Kamus KPI 2020 Versi 2.0. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2020), Kamus KPI 2021. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2018), Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Kementerian Pengajian Tinggi (2020), Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2021-2025. Mohamad, S., (2020). REVOLUSI INDUSTRI 4.0: Cabaran & Peluang. Perspektif, 10/2020. Mohamed, Z., Yusuff, N.A. & Che, O.I., (2008). Pembangunan Modal Insan dalam ECER. In: Seminar ECER – Merintis Kecemerlangan Usahawan melalui Pembangunan Ekonomi Bersepadu. Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, Terengganu. Kusairi, S.S., Siran, S. & Sis, A. (2020). Faedah Penyertaan Program PSH: Tinjauan Penerapan Elemen Revolusi Industri ke-4 (IR4.0) di Kolej Komuniti. Proceeding International Multidisciplinary Conference (IMC 2020). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2021), Dasar Revousi Perindustrian Keempat (4IR) Negara.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 156 Kajian Pasaran Graduan Sijil Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah Azhar Yaakub1*, Sulianah Sani2, Mohamad Imran Hassan3 123Kolej Komuniti Masjid Tanah *[email protected] Abstrak Bidang Senibina Landskap terdiri daripada dua bidang pekerjaan iaitu Perancangan & Reka Bentuk Landskap dan Pembinaan Landskap. Senibina Landskap adalah mereka bentuk kawasan awam terbuka, mercu tanda, dan struktur untuk mencapai hasil persekitaran, tingkah laku sosial, atau estetika yang selesa dan mampan. Pembinaan landskap melibatkan penyeliaan kerja-kerja pembinaan dan pengawasan di lokasi tapak projek landskap, yang merangkumi pembinaan dan pemasangan landskap kediaman dan komersial (Occupational Framework Landscape Industry, CIAST). Kajian ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form bagi memaksimumkan jumlah responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada industri yang pernah menerima penempatan latihan industri pelajar dan juga industri yang menawarkan pekerjaan kepada graduan. Hasil kajian dan analisa yang dibuat menunjukkan bahawa bidang kursus yang ditawarkan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pihak industri. Kesimpulan nya program yang ditawar ini perlu diteruskan dan dibuat penambahbaikan selari dengan perkembangan semasa dengan mengambil kira cadangan yang diberikan oleh pihak industri. Kata kunci: Kolej Komuniti, sijil landskap, pasaran graduan, industri. 1.0 Pengenalan Bidang Senibina Landskap terdiri daripada dua bidang pekerjaan iaitu Perancangan & Reka Bentuk Landskap dan Pembinaan Landskap. Senibina landskap adalah mereka bentuk kawasan awam terbuka, mercu tanda, dan struktur untuk mencapai hasil persekitaran, tingkah laku sosial, atau estetika yang selesa dan mampan. Pembinaan landskap melibatkan penyeliaan kerja-kerja pembinaan dan pengawasan di lokasi tapak projek landskap, yang merangkumi pembinaan dan pemasangan landskap kediaman dan komersial. Kajian ini dilaksanakan secara dalam talian bagi memaksimumkan jumlah responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian. 2.0 Objektif Kajian Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti permintaan industri terhadap pasaran graduan peringkat Sijil Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak guna tenaga negara. 3.0 Soalan Kajian Persoalan kajian permintaan industri terhadap pasaran graduan peringkat Sijil Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah adalah: i. Memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara. ii. Mendapatkan maklum balas pasaran daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian yang sedang ditawarkan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 157 4.0 Sorotan Kajian Sumber data daripada agensi-agensi berikut telah diperolehi dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara: 4.1 Tenaga kerja mengikut jantina dan tahap pendidikan bagi Projek Pembangunan Iskandar, Johor. Rajah 1: Permintaan tenaga kerja mengikut jantina dan tahap pendidikan Secara keseluruhannya peluang pekerjaan yang terdapat di Iskandar Malaysia meningkat kepada 942,000 pada tahun 2015 dengan kadar pertumbuhan tahunan tenaga kerja 5.2%. Merujuk kepada carta pai di atas permintaan untuk tenaga kerja separuh mahir (peringkat sijil) adalah 54% mendahului jumlah pekerja kurang mahir dan pekerja mahir (Zainolrin bin Saari, 2015).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 158 4.2. Statistik 30 industri yang mendapat permintaan tinggi bagi suku tahun pertama 2015. Rajah 2: Statistik 30 industri yang mendapat permintaan tinggi bagi suku tahun pertama 2015. ILMIA (2015) Merujuk kepada jadual diatas, bidang Architecture Services yang mempunyai perkaitan dengan bidang Landscape Architecture termasuk dalam carta 30 bidang industri yang mendapat permintaan tinggi bagi suku tahun pertama 2015 dan dijangkakan akan terus meningkat lagi. 4.3 Kemudahan Rekreasi di Negeri Pahang (2015-2050). Rajah 3: Unjuran kemudahan Rekreasi di Negeri Pahang (2015-2050). Sumber :Rancangan struktur negeri Pahang 2050


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 159 Jadual di atas menunjukkan unjuran kemudahan rekreasi yang masih banyak taman bandar dan taman tempatan diperlukan di negeri Pahang, iaitu 20 taman bandar dan 51 taman tempatan. Penyediaan kemudahan rekreasi dan sukan ini merupakan satu cabaran bagi memenuhi keperluan penduduk. Sehubungan dengan itu, skop pasaran kerja graduan Sijil Landskap amat diperlukan bagi membantu mencapai pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050. 4.4 Draf Rancangan Struktur Negeri johor 2030 4.4.1 Kawasan Lapang dan Rekreasi Negeri Johor mempunyai 4,755 hektar kawasan lapang dan rekreasi (2015), iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keluasan negeri. Daripada jumlah ini, 2,217 hektar adalah tanah lapang awam. Manakala 1,251 hektar (26.3%) adalah kemudahan rekreasi dan 1,299 hektar (27.3%) selebihnya adalah kawasan kemudahan rekreasi. Untuk tanah lapang awam. Sehubungan dengan itu, pasaran untuk graduan landskap amat diperlukan bagi membantu membangunkan kawasan lapang dan rekreasi seperti yang terdapat dalam Draf Rancangan Striuktur Negeri Johor 2030. 4.4.2 Unjuran Pekerjaan Mengikut Sektor Ekonomi di Negeri Johor, 2015 hingga 2030 Jadual 1: Unjuran Pekerjaan Mengikut Sektor Ekonomi di Negeri Johor, 2015 hingga 2030 Merujuk kepada jadual di atas, Sektor Sekunder yang mempunyai perkaitan dengan bidang senibina landskap ialah sektor pembinaan. Bilangan pekerja yang diperlukan pada tahun 2015 ialah sebanyak 149,300 mewakili 9.27%. Unjuran pekerjaan hingga tahun 2030 dijangkakan akan meningkat sehingga 362,624 mewakili 12.21%. Oleh yang demikian, pasaran graduan dalam bidang Sijil Landskap amat diperlukan bagi membantu membangunkan sektor ekonomi di negeri Johor.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 160 5.0 Metodologi kajian Kajian ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif di mana data dikumpul dalam bentuk kuantitatif dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Borang soal selidik dibina dalam format Google Form digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Sebanyak 13 sampel diambil daripada pihak industri yang pernah menyediakan tempat latihan industri kepada pelajar Sijil Landskap. Pihak industri yang diambil sampel adalah terdiri daripada pelbagai penyedia perkhidmatan seperti perunding rekabentuk landskap, kontraktor projek landskap, kontraktor penyenggaraan landskap dan pengusaha nurseri jualan tanaman hiasan landskap. Data diambil daripada pihak industri untuk dibuat analisa pada tahun 2021. Kajian ini menggunakan skor peratusan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Instrumen kajian ini diambil daripada borang soal selidik yang telah diubahsuai daripada borang soal selidik Kajian Kepuasan Bekerja Warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (2008). 6.0 Analisis Kajian Pasaran terhadap industri/majikan menunjukkan keputusan seperti berikut: 6.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Organisasi 6.1.1 Adakah program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan. Kenyataan Respon (%) Memenuhi sepenuhnya 41.7 Memenuhi sebahagian 58.3 Tidak memenuhi langsung 0 Rajah 4: Peratusan Program Sijil Landskap Memenuhi Asas-asas Teori Dan Praktikal Dalam Bidang Berkenaan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 161 Merujuk kepada carta di atas didapati 41.7% organisasi bersetuju bahawa program ini memenuhi sepenuhnya keperluaan asas-asas teori dan praktikal dalam bidang landskap. Manakala selebihnya iaitu 58.3% mengatakan program ini hanya memenuhi separuh dari keperluan asasasas teori dan praktikal dalam bidang landskap. 6.1.2 Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: KENYATAAN YA TIDAK PROGRAM SESUAI KEADAAN SEMASA 100% 0 MENCUKUPI DARI SEGI JANGKA MASA PENGAJIAN 100% 0 MENCUKUPI DARI SEGI TEMPOH LATIHAN INDUSTRI 100% 0 Rajah 5: Kesesuaian Program Dengan Keperluan Organisasi Daripada kajian yang dilaksanakan didapati semua organisasi bersetuju sepenuhnya bahawa program ini sesuai dari segi keadaaan semasa, jangka masa pengajian dan tempoh latihan industri. 6.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya 6.2.1 Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda? Kesemua responden mengatakan bahawa program ini sesuai dengan organisasi mereka. Berikut adalah rumusan bagi bidang yang ditawarkan di organisasi mereka.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 162 Jadual 2: Bidang Yang Ditawarkan Dalam Industri BIDANG PERATUS REKABENTUK LANDSKAP 36.40% PROJEK LANDSKAP 63.60% PENYELENGGARAAN LANDSKAP 90.90% NURSERI LANDSKAP 72.70% Didapati kebanyakan organisasi menawarkan kerja dalam bidang penyelenggaraan landskap. Rajah 6: Bidang Yang Ditawarkan Dalam Industri 6.2.2 Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini? Berikut merupakan rumusan jawatan yang sesuai ditawarkan bagi program Sijil Landskap. JAWATAN YANG DITAWARKAN DALAM INDUSTRI PERATUS PENGURUS LANDSKAP DESIGN AND BUILT 10% PENGURUS NURSERI LANDSKAP 30% PELUKIS PELAN LANDSKAP 10% PENYELIA PENYELENGGARAAN LANDSKAP 90% PENYELIA TAPAK PROJEK LANDSKAP 50% PENYELIA NURSERI LANDSKAP 60%


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 163 Rajah 7: Jawatan Yang Ditawarkan Dalam Industri Dapatan kajian mendapati bahawa 90% organisasi menawarkan jawatan penyelia penyelenggaraan landskap, di ikuti dengan jawatan penyelia nurseri landskap (60%), seterusnya di ikuti dengan jawatan penyelia tapak projek landskap (50%), pengurus nurseri landskap (30%), pelukis pelan landskap (10%) dan pengurus landskap desing and built (10%). Didapati bidang yang ditawarkan untuk program ini lebih kepada penyelenggaraan dan penyeliaan tapak berbanding pelukis pelan dan rekabentuk landskap. 6.2.3 Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini? Berikut adalah rumusan bilangan jawatan berkitan program yang ditawarkan oleh organisasi BILANGAN JAWATAN YANG DI TAWARKAN PERATUS 1- 3 JAWATAN 91.70% 4-6 JAWATAN 8.30% Rajah 8: Bilangan jawatan yang ditawarkan di organisasi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 164 Didapati 91.7% menawarkan 1-3 jawatan dalam bidang landskap manakala selebihnya (8.3%) menawarkan 4-6 jawatan di organisassi mereka. 6.2.4 Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? Berikut adalah rumusan bagi pendapatan yang sesuai ditawarkan oleh organisasi. Rajah 9: Jangkaan pendapatan Dari kajian yang dilaksanakan, kebanyakan organisasi menawarkan pendapatan RM1501.00 hingga RM2000.00. 25% organisasi menawarkan pendapatan dari RM2001.00 hingga RM2500.00, 25% lagi menawarkan pendapatan RM1001.00 hingga RM1500.00 dan 8.3% sahaja yang menawarkan pendapatan bawah RM1000.00. 6.2.5 Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi? Kesemua responden bersetuju mengatakan program ini sesuai dilanjutkan ke peringkat lebih tinggi. Berikut adalah rumusan peringkat pengajian yang dirasakan sesuai. Rajah 10: Peringkat Pengajian Yang Sesuai Untuk Sambung Pengajian


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 165 6.3 Bahagian 3: Lain-lain Berikut adalah jadual yang menunjukkan lain-lain kriteria yang di kaji dalam kajian ini. Rajah 11: Lain-lain aspek berkaitan program yang ditawarkan Di dapati hanya 25% sahaja organisasi yang menawarkan penajaan pelajar ke program ini. 91.7% menggalakkan kakitangan mengikuti program ini. 100% organisasi bersetuju bahawa program ini menghasilkan graduan yang di ingini. 7.0 Kesimpulan Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Landskap telah mencapai objektif yang diharapkan di mana analisis sumber data dan analisis kajian pasaran dari industri/majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara. Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan penawaran program pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut: 7.1 Tenaga pengajar: Memandangkan permintaan daripada industri yang agak memerlukan terhadap graduan Sijil Landskap kearah pencapaian aspirasi negara, adalah dirasakan perlu untuk dikaji semula raten perjawatan untuk PPPT dalam bidang senibina landskap bagi mengurangkan bebanan tugas pensyarah. Keperluan ini agak kritikal juga disebabkan pihak kolej juga ada menawarkan Program Sijil Asas Landskap bagi menyediakan peluang pembelajaran untuk golongan yang mempunyai masalah pembelajaran (slow learner).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 166 7.2 Infrastruktur dan fasiliti: Memandangkan Program Sijil Landskap sudah lama beroperasi di KKMT, iaitu semenjak tahun 2006, jadi sudah semestinya ada beberapa kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang perlu dibuat penambahbaikan. Antaranya seperti ruang kerja bengkel kayu yang agak terhad dan dicadangkan agar dibuat pembesaran ruang. Keperluan untuk pembelian aset mesin belah kayu jenis bermeja bagi melancarkan proses PdP amali pelajar. 7.3 Kurikulum: Pelaksanaan PdP adalah dengan merujuk kepada silibus yang dibangunkan berlandaskan kehendak industri dan teknologi semasa. Ia mengalami proses vetting bersama pihak industri sebelum digunapakai oleh kolej pelaksana. Pihak kolej juga ada inisiatif menjalankan program dialog bersama industri dan juga mesyuarat bersama Penasihat Program bagi mendapatkan input daripada industrI kearah penambahbaikan silibus (CQI). Oleh yang demikian diharapkan peruntukan daripada jabatan bagi melancarkan program ini. Rujukan Zainolrin bin Saari, (2015). kajian koridor ekonomi malaysia: penawaran dan permintaan bidang pengajian di politeknik Malaysia: iskandar malaysia, Politeknik Mersing, Johor ILMIA (2015), Industrial Engagement On Demand For Skilled Workes. Unjuran kemudahan Rekreasi di Negeri Pahang (2015-2050), Rancangan struktur negeri Pahang 2050, (2015). Kajian Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Kajian Semula) 2016, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor. JANMEr Beng Kiong (2008), Kajian Kepuasan Bekerja Warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 167 Keberkesanan Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan) Di Kolej Komuniti Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi Asmawi Muda@Othman1*, Mohamad Rushdan Mohamad Deros2, Muhamad Hafiz Abd Razak3 123Kolej Komuniti Kuantan *[email protected] Abstrak Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) adalah satu program yang menganugerahkan kelulusan tahap Sijil Kolej Komuniti beserta tambahan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) sekiranya layak yang dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga selaras dengan Akta Bekalan Elektrik. Pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ini hendaklah memenuhi semua kriteria yang telah ditetapka oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan juga kriteria yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar–pelajar ini telah melalui suatu proses pembelajaran yang kompleks yang mana mereka memenuhi kriteria Pembelajaran dan Pengajaran dari 2 badan akreditasi iaitu MQA dan ST bagi melayakkan mereka menyambung pengajian di peringkat diploma dan Sijil Pendawai (PW4). Untuk menilai keberkesanan program ini, satu kajian keberkesanan telah dilakukan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program ini setelah dijalankan selama 5 tahun di industri atau alam pekerjaan sebenar. Skop kajian ini melibatkan kesesuaian program dengan keperluan, kemampuan memenuhi peluang kerjaya, kesesuaian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan penerimaan industri terhadap Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan). Dapatan hasil kajian graduan selama 5 tahun iaitu 2016 hingga 2020, adalah nilai purata 86.3% graduan mendapat perkerjaan dan 13.7% melanjutkan pengajian, manakala purata bekerja dalam bidang sebanyak 89.5% dan 10.8% luar bidang. Dapatan dari pandangan syarikat atau majikan, 30 buah syarikat bersetuju 100% tempoh pengajian program ini selama 2 tahun iaitu 3 semester di kolej dan 1 semester di latihan Industri serta peluang pekerjaan yang cerah serta relevan dengan keadaan semasa. Katakunci: Graduan, Syarikat, Majikan, Sijil Teknologi Elektrik


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 168 1.0 Pengenalan 1.1 Pengenalan Perkembangan yang pesat dalam bidang Teknologi Elektrik pada masa kini telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja yang tinggi terutama pada tenaga kerja yang mempunyai Sijil Kompeten yang dianugerahkan oleh badan – badan yang berwajib. Bagi menampung kekurangan di sektor tenaga kerja ini Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti telah merangka satu Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) yang mana ia adalah satu program yang menawarkan satu kelulusan tahap Sijil Kolej Komuniti dengan tambahan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) yang dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga selaras dengan Akta Bekalan Elektrik. Pelajar yang mengikuti program ini berpeluang mempelajari dan memahami secara teori dan praktikal berkaitan Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) selain layak menjadi Orang Kompeten yang diperakukan oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini juga membawa pelajar merasai alam pekerjaan dengan lebih awal melalui Latihan industri yang mewajibkan pelajar menghasilkan Buku Log. Selain itu, melalui program ini pelajar juga dapat menyediakan dan menawarkan diri dalam bidang perkhidmatan kontraktor sama ada untuk pendawaian elektrik rumah kediaman, pejabat, premis perniagaan atau bagi pemasangan lampu, pemasangan kipas dan peralatan elektrik yang lain. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah melalui modul-modul yang sesuai bagi tujuan persediaan ke alam pekerjaan nanti. 1.2 Penyataan Masalah Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) adalah suatu program di Kolej Komuniti Kuantan yang berkaitan dengan teknologi elektrik. Namun begitu setelah dijalankan selama 20 tahun maka sampailah masanya untuk melihat sejauh mana keberkesanan program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuantan ini berjaya menembusi pasaran pekerjaan di sekitar Kuantan khasnya dan seluruh negara amnya. 1.3 Objektif Kajian Untuk melihat sejauh mana keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) dalam ertikata: I. Kesesuaian program dengan keperluan industri dan alam pekerjaan sebenar II. Kemampuan memenuhi peluang kerjaya III. Kesesuaian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. IV. Penerimaan industri terhadap Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 169 1.4 Persoalan Kajian Bagi Kajian Keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) ini beberapa persoalan perlu dijawab iaitu: I. Sejauh mana kesesuaian program dengan keperluan industri dan alam pekerjaan sebenar? II. Sejauh mana kemampuan program ini memenuhi peluang kerjaya? III. Bagaimanakah kesesuaian perjawatan di dalam organisasi? IV. Berapakah kesesuaian bayaran gaji/emolumen kepada pemegang sijil? V. Adakah sesuai untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan kelayakan sijil yang diperolehi? VI. Bagaimanakah penerimaan industri terhadap Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)? 2.0 KAJIAN LITERATUR Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE) merupakan salah satu program yang terdapat di Kolej Komuniti Kuantan. Program ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan sejak dari tahun 2001 lagi. Sehubungan itu satu kajian dibuat untuk melihat keberkesanan program ini setelah 20 tahun dijalankan. Ini bagi memastikan program ini kekal berada di landasan yang betul dan memenuhi kehendak pasaran. Namun begitu, ada perkara yang memerlukan perhatian daripada pihak yang berkepentingan. Sebagai contoh perkembangan teknologi terkini yang perlu dikuasai oleh pensyarah bagi membolehkan pelajar juga mendapat pengetahuan terkini. Ini bagi menguatkan asas kepada pelajar untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan. Melengkapkan diri pensyarah menjadikan tenaga kerja yang kompeten tidak boleh berhenti dan ianya perlu diteruskan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.1 Program-program di kolej komuniti yang dibangunkan adalah dimaklumi menerapkan kemahiran teknikal yang lebih berbanding teori. Walaupun begitu, penerapan aspek “softskills” tidak ditinggalkan bagi memastikan graduan yang terhasil memenuhi kehendak pasaran. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Jegak Uli & Asma Ahmad, Rahmah Ismail (2006) menyatakan bahawa penilaian tahap kekompetenan pendawaian dan persijilan oleh Suruhanjaya Tenaga perlu merangkumi semua aspek kemahiran boleh kerja bukan sahaja aspek teknikal tetapi juga aspek “soft skills”.2 Kebolehpasaran graduan merupakan satu kayu pengukur yang penting dalam menentukan adakah hasil keluaran program dan kolej ini diperlukan di industri. Graduan yang dilengkapi dengan kemahiran selain pengetahuan yang baik pastinya dapat menyediakan pilihan tenaga kerja yang baik kepada industri. Selari dengan penemuan Cummings (2002)3 dan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 170 Callan (2002)4 kajian ini turut menemui kemahiran teknikal dan kemahiran boleh kerja kerap menjadi faktor signifikan penentu kebolehpasaran pelatih. Peluang kerjaya yang ditawarkan oleh industri dalam bidang elektrik ini sentiasa mendapat ruang untuk diisi oleh lepasan program ini. Dua sijil yang diperolehi oleh graduan selepas menamatkan pengajian iaitu Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Kekompetenan sebagai Pendawai menjadi satu kelebihan kepada graduan untuk ditawarkan pekerjaan oleh industri. Bersesuaian dengan Akta Bekalan Elektrik Bahagian V Kawalan Kompeten Seksyen 23 (1) yang menyatakan ‘Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan atau di kendalikan kecuali oleh atau di bawah kawalan orang-orang yang memilik apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan sebagaimana yang ditetapkan, dan tiada seorang pun yang tidak memiliki kelayakan atau memegang perakuan seperti yang disebut terdahulu boleh menjaga apa-apa pepasangan atau boleh mengawal pengendalian apaapa loji atau kelengkapan elektrik’.5 3.0 METODOLOGI 3.1 Kaedah Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian yang menggunakan kaedah berbentuk kuantitatif. Soal selidik merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memungut data. Kajian ini meninjau persepsi pelajar dan syarikat industri terhadap tahap keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) yang telah dilaksanakan. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini melibatkan beberapa orang graduan atau alumni dari Kolej Komuniti Kuantan dan beberapa orang penyelia serta pemilik syarikat industri di sekitar kawasan Kuantan. Menurut Krejcie dan Morgan (1970) saiz sampel yang dipertimbangkan adalah 99% dengan mengambil kira ralat sebanyak 1.0%. Oleh itu, jumlah sampel yang di ambil adalah 99% dengan mengikut sasaran Krejcie dan Morgan (1970). 3.3 Instrumen Kajian Kaedah soal selidik telah digunakan dan instrumen kajian adalah Borang Maklumbalas Tahap Keberkesanan Program Sijil Teknologi Eletrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan) Dan Kajian Pengesanan Graduan Telah Dibina Oleh Bahagian Perhubungan Industri Dan Pengkomersilan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Soal selidik ini mengandungi dua (2) iaitu bahagian A berkaitan kandungan program dan kesesuaian keperluan dangen organisasi dan Bahagian B berkaitan peluang kerjaya. Kesemua borang akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 171 4.0 DAPATAN KAJIAN. Kajian yang dijalankan ini terbahagi kepada dua kumpulan responden iaitu majikan atau syarikat dan graduan lepasan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan). Oleh sebab itu hasil dapatan dari maklumbalas yang dijalankan meliputi kedua-dua kelompok responden ini. 4.1 Status Graduan Keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) adalah berdasarkan kepada kemana haluan pelajar selepas menamatkan pengajian. Graduan akan dianggap berjaya dipasarkan apabila boleh memperoleh pekerjaan ataupun mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian. 2020 2019 2018 2017 2016 40 35 32 59 54 Rajah 1: Carta bilangan graduan STE (Pemasangan dan Perkhidmatan) Berdasarkan Rajah 1, menunjukkan jumlah lepasan graduan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) selama lima tahun bermula tahun 2016 hingga tahun 2020.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 172 4.1.1 Status Graduan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) Berdasarkan Jadual 1, pada tahun 2018 dan tahun 2019 lepasan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) telah berjaya memperolehi pekerjaan sepenuhnya (100%) iaitu 54 orang dan 59 orang. Pada tahun 2020, seramai 25 orang iaitu 71.4% memperolehi pekerjaan dan 10 orang iaitu 28.6% telah melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Manakala pada tahun 2017 dan 2016, seramai 28 orang iaitu 87.5% dan 29 orang iaitu 72.5% telah memperolehi perkerjaan dan selebihnya telah melanjutkan pengajian. Jadual 1: Status graduan lepasan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) STATUS GRADUAN TAHUN MELANJUTKAN PENGAJIAN BERKERJA BIL % BIL % 2020 25 71.4 10 28.6 2019 59 100.0 0 0.0 2018 54 100.0 0 0.0 2017 28 87.5 4 12.5 2016 29 72.5 11 27.5 Jadual 2: Status pekerjaan dalam bidang Daripada Jadual 2, dapat dilihat pada tahun 2020 seramai 25 orang atau 100% lepasan STE (Pemasangan dan Perkhidmatan) bekerja dalam bidang iaitu bidang elektrik. Pada tahun 2019 dan 2018, sebanyak 76.3% dan 92.6% bekerja dalam bidang elektrik manakala selebihnya iaitu 23.7% dan 7.4% bekerja di luar bidang elektrik. TAHUN PEKERJAAN DALAM BIDANG DALAM BIDANG LUAR BIDANG BIL % BIL % 2020 25 100.0 0 0.0 2019 45 76.3 14 23.7 2018 50 92.6 4 7.4 2017 24 88.9 3 11.1 2016 26 89.7 3 10.3


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 173 4.1.2 Kadar pendapatan bulanan graduan Berdasarkan Rajah 2, kadar pendapatan bulanan yang telah diperolehi oleh graduan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) secara purata di antara RM1,001.00 hingga RM1,500.00 untuk 5 tahun. Kadar pendapatan tertinggi yang telah diterima antara RM2,500.00 hingga RM3,000.00 iaitu seramai 2 orang pada tahun 2018. Rajah 2: Kadar pendapatan bulanan graduan lepasan STE 4.2 Demografi Dan Latar Belakang Syarikat atau Majikan Sebanyak 30 syarikat yang telah menerima pelajar menjalani latihan industri dan menjadi majikan telah terlibat dalam kajian ini. Kesemua syarikat ini berada di 3 buah negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan yang terdiri dari 29 syarikat tempatan dan sebuah syarikat asing seperti Rajah 3 Rajah 3: Responden majikan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 174 4.2.1 Kandungan Program Dan Kesesuaian Dengan Keperluan Organisasi Merujuk kepada kandungan program dan kesesuaiannya seperti Jadual 3, 100% syarikat bersetuju dengan penawaran program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) di Kolej Komuniti Kuantan bersesuaian dengan keadaan semasa. Tempah pengajian selama 2 tahun iaitu 3 semester di kolej dan 1 semester( 6 bulan) di latihan industri disambut baik oleh syarikat atau majikan. Jadual 3: Kandungan dan kesesuaian program STE Bil Item Bil Responden (Setuju) % Responden 1 Adakah program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa? 30 100% 2 Jangka masa pengajian (2 Tahun) 30 100% 3 Tempoh latihan industri (6 Bulan) 30 100% 4.2.2 Peluang Kerjaya Berdasarkan Rajah 4, purata pendapatan bulanan yang ditawarkan kepada graduan program Sijil Teknologi Elektrik(Pemasangan dan Perkhidmatan) antara RM1,500.00 hingga RM2,000.00 melibatkan 14 buah syarikat yang memberi maklumbalas. Sebuah syarikat sanggup memberi pendapatan sebanyak RM2,000.00 hingga RM2,500.00 sebulan sekiranya mempunyai sijil kompeten tambahan. Manakala selebihnya 15 buah syarikat bersedia menawarkan pendapatan bulanan diantara RM1,000.00 hingga RM1,500.00.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 175 Rajah 4 : Purata pendapatan bulanan yang ditawarkan. Merujuk kepada Rajah 5.0, sebanyak tiga puluh (30) buah syarikat bersetuju program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) ini sesuai dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu tiga belas (13) buah syarikat setuju pengajian ke peringkat Sijil Pendawaian Kekompetenan PW2 atau PW4, sembilan (9) buah syarikat setuju dilanjutkan ke peringkat diploma dan lapan (8) buah syarikat ke peringkat Penjaga Jentera Elektrik (A0). Rajah 5: Maklumbalas majikan selepas graduan tamat pengajian 14 13 12 10 9 8 8 6 4 2 0 1 Penjaga Jentera Elektrik (AO) Pedawai Elektrik (PW2 & PW 4) Peringkat Diploma PURATA PENDAPATAN BULANAN DITAWARKAN RM 2,001.00 - RM 2,500.00 RM 1,500.00 - RM2,000.00 14 RM 1,001.00 - RM1,500.00 15 0 2 4 6 8 10 12 14 16


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 176 5.0 Perbincangan Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 30 industri telah terlibat dalam mendapatkan maklumbalas mengenai program ini. Industri yang terlibat ini berada di negeri pantai timur dan pernah mengambil pelajar samaada untuk menjalani latihan industri ataupun graduan untuk bekerja di syarikat mereka. Jika dilihat dari segi kesesuaian keperluan organisasi, Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) memenuhi kehendak dan masih relevan untuk dijalankan dalam keadaan semasa dan seterusnya. Ini kerana tempoh pengajiannya selama 2 tahun iaitu 3 semester berada di kolej dan 1 semester di latihan industri. Seterusnya, semua industri bersetuju bahawa graduan daripada program ini layak dan boleh diberikan peluang untuk membina kerjaya mereka di industri elektrik serta menawarkan 1 - 3 jawatan di syarikat mereka dalam satu tahun. Berdasarkan jadual graduan bekerja dalam bidang untuk tempoh 5 tahun, seramai 220 orang graduan telah bekerja dalam bidang dan ini membuktikan bahawa program ini perlu dikekalkan. Secara amnya, keseluruhan industri dan graduan amat berpuas hati dan menyokong program ini dijalankan. Malahan bersetuju untuk membantu menghebahkan mengenai program ini kepada kakitangan dan rakan mereka. Industri juga bersetuju bahawa program ini dapat menghasilan graduan yang diingini oleh mereka sesuai dengan keperluan. 6.0 Kesimpulan Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) yang dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan merupakan satu program yang baik dan memenuhi keperluan industri. Oleh itu ianya sesuai untuk dikekalkan dan boleh menjadi satu program yang sentiasa relevan dengan peredaran masa. Kandungan program yang dibangunkan adalah sesuai dan ianya sentiasa boleh ditambah baik sesuai dengan teknologi terkini. Ini kerana asas kepada bidang elektrik itu sendiri tidak berubah walaupun berlaku perubahan dalam aplikasinya. Penawaran kursus ini haruslah dikekalkan malahan boleh diperkasakan dengan pendedahan kepada pensyarah mengenai aplikasi teknologi terkini yang sesuai untuk disampaikan kepada pelajar.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 177 Rujukan Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Jegak Uli & Asma Ahmad, Rahmah Ismail (2006) – “Program Latihan Kemahiran: Perbandingan Kos, Kebolehpasaran Dan Pendapatan Pelatih”. Akta Bekalan Elektrik 1990 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (2020) Cetakan 2020 MDC Publishers Sdn Bhd . Callan, V. J. (2002). A study of VET student and teacher attitudes to generic skills: A Progress report. National VET Training Research Conference, Brisbane. 10 Julai. Cummings, I. (2002). Lifelong learning, training and employment. Geneva: ILO. Tn. Hj. Ismail bin Hj. Samsudin, Asmawi Bin Muda atau Othman, dan Mohamad Rushdan bin Mohamad Deros (2014) - “Kajian Tahap Perlaksanaan Program Diploma Berasaskan Work-Based Learning (WBL) Di Kolej Komuniti Kementerian


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 178 Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti Muhammad Huzaifah Mohd Anuar1* , Mohd Zulfakar Mohd Nawi2 ,Ridzuan Khalid3 123Kolej Komuniti Rompin, Pahang *[email protected] Abstrak Alumni Kolej Komuniti yang berjaya wajar dijadikan contoh oleh pelajar lain. Penglibatan alumni melalui kepakaran dalam bidang berkaitan profesion mereka sangat penting dalam pembangunan program-program pengajian di kolej komuniti yang merupakan sebuah institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET). Program Alumni Sharing Session @ SOP telah dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya, pendidikan dan prospek keusahawanan yang wujud dalam industri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program bersama alumni di kolej komuniti bagi membantu pelajar dalam aspek pengetahuan, peningkatan keyakinan diri serta berdaya saing apabila menempuh dunia pekerjaan. Satu soal selidik telah diedarkan kepada 66 responden daripada lima kolej komuniti yang menawarkan sijil dalam program operasi hospitaliti, dan data dikumpul secara kuantitatif. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 dan ia dinyatakan dalam bentuk analisis deskriptif. Kajian mendapati purata nilai skor tertinggi bagi keberkesanan program ialah 4.58. Aspek kandungan program menunjukkan bahawa skor nilai purata kedua tertinggi sebanyak 4.50. Daripada dapatan analisis pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian, item “meyambung pengajian” mendapat skor tertinggi dan ini bermakna pelajar telahpun menetapkan hala tuju mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti. Kesimpulannya, program bersama alumni ini didapati berkesan berdasarkan persepsi responden terhadap aspek kandungan, keberkesanan program serta penentuan hala tuju selepas tamat pengajian. Kata Kunci: Program Alumni, Pelajar, Kolej Komuniti 1.0 Pengenalan Bekas pelajar atau alumni institusi boleh memainkan peranan yang sangat positif dalam transformasi pendidikan tinggi. Alumni mempunyai potensi besar di sesebuah institusi dalam perkongsian ilmu dari aspek pemilihan kerjaya pelajar. Ini kerana, alumni adalah contoh teladan yang berkesan dan mudah diterima oleh pelajar dan ia mempunyai kemampuan yang sama untuk membina rangkaian kemahiran dan perkongsian pengetahuan. Oleh itu, adalah strategik bagi institusi pengajian tinggi untuk menjalin dan menjaga hubungan baik dengan alumni dengan mengundang mereka dalam membuat keputusan, proses pembinaan dan pembangunan rangkaian ke arah kemajuan keseluruhan institusi mana pun (Tulankar & Grampurohit, 2020).


Click to View FlipBook Version