The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat, 2023-10-22 21:30:13

E-Prosiding Seminar SPSH 2022

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Keywords: pembelajaransepanjanghayat,PSH,prosiding,KKKL

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 179 Dalam konteks ini, pihak institusi perlu untuk mewujudkan saluran komunikasi terbuka dan langsung dengan wakil alumni. Sebagai tambahan kepada sumbangan alumni, ia dapat memenuhi banyak tujuan lain seperti menjadi atau membina duta institusi, merekrut calon pelajar dan membimbing pelajar semasa, memberikan bantuan kepada pelajar dalam kemajuan kerjaya; membantu alumni untuk terus berhubung antara satusama lain dan memberikan maklum balas yang berharga kepada institusi (Suliati Asri, 2021). Rangkaian alumni yang cekap dengan pihak berkepentingan luaran membantu institusi dalam membina reputasinya. Di dalam teras yang ke-5 bagi Key Performance Indicator (KPI) 2021 Kamus Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) adalah memperkukuh kolaborasi industri, komuniti dan alumnni. Di dalam teras ini terdapat 3 item utama yang ditekankan iaitu memperkukuh jaringan industri-institusi, memastikan sumbangan signifikan kepada negara dan komuniti dan memperkukuhkan hubungan alumni. Selain itu juga, JPPKK telah menyarankan supaya institusi mendapatkan penyertaan dari industri, agensi awam dan agensi swasta kepada pelajar dengan pendedahan peluang pekerjaan dalam industri sebenar bagi membantu kebolehpasaran graduan TVET mengikut bidang pengajian masing-masing (Kementerian PengajianTinggi, 2021) . Berdasarkan Laporan Kajian Pengesahan Graduan TVET yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2021, kadar kebolehpasaran graduan TVET 2018 sehingga 2020 menunjukkan semua bidang pengajian mencatatkan penurunan kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Bagi sektor perkhidmatan,kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 menurun kepada 86 peratus berbanding 93.4 peratus pada tahun 2019. (Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, 2022). Bidang perhotelan dikategorikan di dalam sektor perkhidmatan dan terdapat 8 buah kolej komuniti yang menawarkan program tersebut iaitu Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Beaufort, Langkawi Tourism Academy dan Kolej Komuniti Rompin. Di setiap Kolej Komuniti, terdapat Unit Perhubungan Industri dan Alumni yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus danmemastikan semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan industri danalumni dapat berjalan dengan baik. Program Alumni Sharing Session @ SOP“Learn from industry experts and alumni” anjuran Kolej Komuniti Rompintelah dijalankan secara dalam talian melibatkan pelajar Sijil OperasiPerhotelan (SOP) yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti.Program yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberipendedahan kepada pelajar tentang kerjaya, pendidikan dan prospek keusahawanan yang wujud dalam industri. Realiti tentang keperluan tenagakerja dan kemahiran kebolehpasaran dalam bidang pelancongan dan hospitaliti juga dijelaskan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 180 Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan persepsi pelajar dari lima buah Kolej Komuniti iaitu Kolej Komuniti Rompin, Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Sungai Petani dan Langkawi Tourism Academy yang telah menghadiri program tersebut pada 8 Disember 2021. Kajian ini telah mengenalpasti dua persoalan iaitu: a. Apakah persepsi pelajar terhadap program bersama alumni? b. Apakah hala tuju pelajar setelah bergelar graduan kolej komuniti? 2.0 Sorotan Kajian Kewujudan pusat alumni di institusi pengajian membuktikan betapa pentingnya sumbangan alumni kepada sesebuah institusi. Sudah menjadi kebiasaan di kebanyakan institusi di Malaysia menjemput alumni di majlis atau acara rasmi bagi menjadikan mereka sebagai suri teladan (role model) kepada bakal-bakal graduan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mereka ada. Ini juga disokong oleh Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dimana komuniti terpelajar dan komuniti aras tinggi diseru untuk menjadi “role model” kepada masyarakat, negara malah juga dunia seluruhnya (USM News Portal, 2015). Ini kerana graduan prasiswazah perlu meningkatkan daya saing mereka dengan meningkatkan keterampilan dan kemampuan mereka untuk menghadapi persaingan kerja (Akmal Sabarudin et al., 2022). Perkongsian alumni dengan mahasiswa sama ada dalam pengurusan pembangunan disiplin diri atau dalam pengurusan kerjaya boleh diterima dengan mudah sebagai bimbingan dan inspirasi oleh mahasiswa yang lain. Fadzilna (2022) mengatakan bahawa pengaruh alumni sangat besar terutama dalam aspek pendidikan, kepimpinan dan pengurusan untuk membantu mahasiswa menjadi nadi penggerak masa hadapan negara yang lebih cerah. Oleh itu, dengan adanya penyertaan alumni dalam sesebuah institusi dapat menunjukkan satu petanda kesepakatan dan penglibatan mereka dalam menyokong dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pentadbiran institusi tersebut. Sebagai contoh, melalui sesi perjumpaan bersama alumni dapat memberikan cetusan idea dan inspirasi kepada kedua- dua pihak terutamanya alumni supaya dapat berdaya saing dalam mencari peluang pekerjaan di masa sekarang. Dengan keadaan semasa agak sukar untuk mana-mana pihak mencari peluang pekerjaan dan ini temasuklah golongan garduan universiti (Universiti Sains Malaysia). Salah satu objektif Kolej Komuniti adalah melahirkan graduan yang berkemahiran (hands-on) untuk bekerja sebagai pekerja mahir atau separa mahir mengikut keperluan industri. Graduan cenderung untuk memilih untuk bekerja di industri kerana lebih mudah dan cepat terutama di dalam industri perkhidmatan berdasarkan kemahiran atau pensijilan yang


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 181 dimiliki. Oleh itu, bagi membantu alumni memilih hala tuju yang tepat selepas bergelar graduan, satu inisaitif perlu diambil bersama bagi menilaikemampuan diri seseorang graduan untuk penetapan hala tuju yang diimpikan. Alumni yang ada sekarang ini perlu memanipulasi segala aspekyang disediakan di institusi dan juga memanfaatkan isu-isu ke arahperkembangan diri sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keintelektualan tinggi. Justeru, sebagai mahasiswa yang merasakan diri mereka perlu untuk menyahut cabaran selepas bergelar graduan inilahmasanya untuk bersiap sedia. Paling penting adalah hala tuju sebagaimahasiswa akan berakhir dengan apa yang diimpikan terutamanya mendapat pekerjaan yang membuatkan diri mahasiswa bergembira dan bukannya berduka menunggu panggilan kerja. 3.0 Metodologi Kajian Kajian kuantitatif deskriptif yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 66 orang pelajar dari lima buah Kolej Komuniti yang telah menghadiri Program Alumni Sharing Session @ SOP “Learn from industry experts and alumni” iaitu Kolej Komuniti Rompin, Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Sungai Petani dan Kolej Komuniti Langkawi. Borang soal selidik diedarkan melalui ruangan chat di Google Meet setelah tamat program menggunakan pautan Google Form. Instrumen abgi kajian ini telah diadaptasi dari (Ekhwan et al., 2020) berkaitan dengan kursus jangka pendek dikalangan alumni. Soal selidik ini mengandungi tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (demografi responden program), Bahagian B (berkaitan kandungan program) dan Bahagian C (Hala tuju pelajar selepas tamat pengajian). Maklum balas responden terhadap setiap item diukur menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian A, B dan C Skala Skor Sangat Tidak Setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak Pasti 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5 Analisis data kuantitatif digunakan dalam kajian ini, dan hasil tinjauan dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26. Analisis kekerapan dilakukan untuk mendapatkan dapatan tentang latar belakang responden kursus, seperti jantina, kumpulan umur, kolej komuniti, dan semester pengajian semasa. Teknik min digunakan untuk analisis deskriptif dan julat skor min yang disemak telah ditentukan oleh Creswell (2005) dan ditunjukkan dalam Jadual 2.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 182 Jadual 2: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 – 1.80 Sangat tidak memuaskan 1.81 – 2.60 Tidak memuaskan 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Memuaskan 4.21 – 5.00 Sangat memuaskan 4.0 Analisis dan Perbincangan Dalam membincangkan dapatan kajian ini, pelaporan disediakanberdasarkan kepada item yang terdapat di dalam borang selidik berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian ini adalah daripada hasil maklumbalas responden yang terlibat di dalam Program Alumni Sharing Session @ SOP “Learn from industry experts and alumni” yang telah dijalankan. 4.1 Analisis Kekerapan Jadual 3: Taburan Pelajar Mengikut Jantina, Kumpulan Umur, KolejKomuniti dan Semester Demografi Frekuensi Peratus (%) Jantina Lelaki 27 40.9 Perempuan 39 59.1 Kumpulan Umur 18-20 Tahun 64 97.0 20-22 Tahun 2 3.0 Kolej Komuniti Kolej Komuniti Rompin 39 59.1 Kolej Komuniti Beaufort 4 6.1 Kolej Komuniti Sungai Petani 1 1.5 Kolej Komuniti Langkawi 1 1.5 Kolej Komuniti Selayang 21 31.8 Semester Semester 1 38 57.6 Semester 2 7 10.6 Semester 3 21 31.8 Mengikut Jadual 3, Bahagian A soal selidik ini mengandungi maklumat demografi responden, iaitu jantina, kumpulan umur, kolej komuniti dan semester. Secara keseluruhan, kesemua 66 responden adalah dari semester 1 hingga 3 di beberapa kolej komuniti yang menawarkan program sijil dalamoperasi hospitaliti, dan termasuk 27 lelaki, 39 perempuan, dan berumur antara 18 tahun sehingga 22 tahun.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 183 4.2 Analisis Deskriptif Jadual 4: Analisis Deskriptif Kandungan Program Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min A1 Objektif program tercapai. 4.53 .588 Sangat Memuaskan A2 Pengisian program yang bersesuaian dengan keperluan kursus. Sangat 4.61 .653 Memuaskan A3 Perancangan dan pelaksanaan program telah dibuat dengan lancar. Sangat 4.62 .602 Memuaskan A4 Program ini memberi pendedahan tentang hubungan kolaborasi bersama agensi/ jabatan lain. Sangat 4.48 .707 Memuaskan A5 Cara penyampaian penceramah adalah menarik. 4.48 .685 Sangat Memuaskan A6 Platform pembelajaran (Google Meet) yang digunakan untuk program ini adalah baik. Sangat 4.38 .780 Memuaskan A7 Aktiviti pembelajaran yang dijalankan semasa program ini adalah menarik. Sangat 4.44 .726 Memuaskan A8 Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan program ini adalah sesuai. Sangat 4.48 .749 Memuaskan A9 Pada keseluruhannya, program ini berjaya dan bermanfaat. 4.56 .659 Sangat Memuaskan Skor min keseluruhan 4.50 .663 Sangat Memuaskan Jadual 4 memaparkan analisis dan dapatan bagi item keberkesanan program. Purata nilai rekod bagi semua item dalam pembolehubah yang dikaji ialah 4.50, dan sisihan piawai purata ialah 0.663. Item A3 mendapat markah tertinggi dalam ujian (skor min = 4.62, sisihan piawai = 0.602). Skor min terendah ialah item A6 (skor min = 4.38, sisihan piawai = 0.780).Walaupun skor min terendah, pernyataan ini masih berada pada tahap tafsiran yang sangat memuaskan. Secara keseluruhannya, min bagi program ini ialah 4.50. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa program ini telah dijalankan dengan baik dan mencapai matlamatnya. Rata-rata responden bersetuju program yang dijalankan ini memberi banyak pendedahan tentang peluang mencari pekerjaan selepas bergelar alumni.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 184 Jadual 5: Analisis Deskriptif Penilaian Keberkesanan Program TerhadapResponden Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Program ini telah meningkatkan pemahaman saya terhadap peluang kerjaya selepas tamat pengajian. Sangat 4.58 .556 Memuaskan B2 Program ini memberikan maklumat yang lebih jelas mengenai peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat program sijil di Kolej Komuniti. 4.58 .634 Sangat Memuaskan B3 Program ini telah menunjukkan arah dan matlamat kerjaya yang lebih jelas. Sangat 4.61 .579 Memuaskan B4 Program ini telah memberikan kesedaran diri mengenai masa depan saya. Sangat 4.55 .661 Memuaskan B5 Program ini telah meningkatkan keyakinan diri saya. 4.62 .576 Sangat Memuaskan Skor min keseluruhan 4.58 .601 Sangat Memuaskan Jadual 5 memaparkan analisis data dan dapatan bagi item keberkesanan program. Secara keseluruhannya, min yang dicatatkan bagi semua item dalam pembolehubah yang dikaji ialah 4.58 dan min sisihan piawai ialah 0.601. Berdasarkan jadual, B5 mempunyai skor min tertinggi (4.62), dan sisihan piawai ialah 0.576. Purata markah bagi item B4 ialah 4.55.Ini adalah lebih rendah daripada skor purata untuk semua item lain (skor min = 5.14). Walaupun skor min terendah, pernyataan ini masih berada pada tahap tafsiran yang sangat memuaskan. Responden bersetuju program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap peluang kerjaya yang tersedia selepas tamat pengajian. Selain itu, program ini juga telah menunjukkan arah dan matlamat kerjaya yang lebih jelas kepada alumni.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 185 Jadual 6: Analisis Deskriptif Hala Tuju Selepas Tamat Pengajian Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min C1 Saya tahu matlamat yang ingin saya capai dalam hidup. 4.56 .611 Sangat Memuaskan C2 Saya boleh membina matlamat yang sesuai dengan kemampuan diri saya. Sangat 4.45 .706 Memuaskan C3 Saya lebih jelas tentang halatuju hidup saya selepas tamat pengajian. Sangat 4.33 .771 Memuaskan C4 Saya mampu untuk memilih halatuju yang sesuai dengan saya. Sangat 4.38 .718 Memuaskan Skor min keseluruhan 4.43 .701 Sangat Memuaskan Analisis data dan dapatan bagi item hala tuju pelajar selepas tamat pengajian seperti di Jadual 6. Purata nilai bagi item ini ialah 4.43 dan nilai purata sisihan piawai adalah 0.701. Item C1 mempunyai skor min tertinggi (skor min = 4.56) dan skor min terendah ialah item C3 (skor min = 4.33). Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak muktamad kerana terdapat sisihan piawai yang besar untuk kedua-dua item. Responden sangat memahami tentang matlamat yang sepatutnya meraka tetapkan untuk mencapai cita-cita mereka. Selain itu juga, responden bersetuju, program ini dapat mampu membuatkan mereka lebih yakin untuk memilih hala tuju yang sesuai dengan bidang dan latar belakang mereka. Jadual 7: Pemilihan Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian Item Frekuensi Peratus (%) Menyambung pengajian 37 56.1 Bekerja dalam bidang pelancongan dan hospitaliti 23 34.8 Bergelar seorang usahawan 6 9.1 Jadual 7 menunjukkan analisis data dan dapatan bagi pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian. Item “menyambung pengajian” mendapat skor yang tertinggi iaitu 56.1 peratus dan diikuti oleh item “bekerja dalam bidang pelancongan dan hospitaliti” mendapat skor sebanyak 34.8 peratus. Skor peratusan paling rendah adalah item “bergelar seorang usahawan” yang sebanyak 9.1 peratus. Daripada dapatan ini, ratarata responden memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas tamat belajar di Kolej Komuniti. Ini mungkin disebabkan responden ingin mendapatkan latar belakang pendidikan yang lebih tinggi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 186 5.0 Rumusan dan Cadangan Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan program bersama alumni dalam aspek penetapan halatuju pelajar setelah bergelar graduan Kolej Komuniti. 5.1 Mengenal pasti persepi pelajar terhadap program bersama alumni Penyataan pertama bagi kajian ini adalah melihat keberkesanan kandungan program alumni. Keputusan menunjukkan bahawa purata skor keseluruhan ialah 4.50, dan ini adalah tahap tafsiran yang sangat memuaskan. Secara jelasnya, program bersama alumni ini didapati berkesan dan mencapai objektif program iaitu bermanfaat kepada semua alumni yang hadir. Berdasarkan hasil kajian keberkesanan program terhadap responden, nilai min menunjukkan 4.58 iaitu interpretasi yang sangat memuaskan. Secara jelasnya, keberkesanan program ini dapat membantu pelajar menentukan arah dan matlamat kerjaya yang lebih jelas. Selain itu juga, responden bersetuju program yang dijalankan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka setelah bergelar alumni dalam menghadipi dunia pekerjaan. Penyertaan alumni dalam setiap program di Kolej Komuniti menunjukkan satu petanda kesepakatan antara pentadbiran setiap institusi demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada bekas pelajar. 5.2 Mengenal pasti hala tuju pelajar setelah bergelar graduan Kolej Komuniti Penyataan kedua bagi kajian ini adalah melihat keberkesanan hala tuju pelajar setelah bergelar graduan Kolej komuniti. Keputusan menunjukkan purata skor keseluruhan ialah 4.43, iaitu sangat memuaskan. Tinjauan mendapati pelajar mampu menetapkan matlamat dan sasaran kerjaya selepas tamat pengajian berdasarkan minat dan keinginan mereka. Daripada dapatan analisis pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian, item “menyambung pengajian” mendapat skor tertinggi dan ini bermakna pelajar telahpun menetapkan hala tuju mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti. Unit Perhubungan Industri dan Alumni perlu mengadakan program berkaitan halatuju pendidikan selepas sijil di Kolej Komuniti. Kesedaran tentang peluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma sangat penting dalam memupuk minat pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kewujudan pusat alumni di institusi sangat penting bagi membanti graduan untuk memilih hala tuju yang tepat selepas tamat pengajian. Program-program alumni perlu diteruskan dengan memjemput mana-mana alumni untuk menceritakan pengalaman mereka sebagi tanda aras kepada graduan dalam pemilihan hala tuju selepas tamat pengajian.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 187 5.3 Cadangan penyelidikan akan datang Bagi kajian-kajian yang akan datang, disarankan agar melanjutkan kajian yang lebih terperinci merangkumi pemilihan sektor industri oleh alumni. Ini kerana dapat membantu pengkaji untuk menerangkan secara keseluruhan tentang kepentingan pemilihan industri kepada alumni serta kerjaya yang dipilih oleh alumni tepat mengikut bidang dan minat masing- masing. 5.4 Kesimpulan Kesimpulanya, program yang dijalankan bersama alumni ini didapati berkesan berdasarkan persepsi alumni terhadap aspek kandungan, keberkesanan dan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian. Program ini juga disyorkan untuk dijalankan kepada semua institusi pada akhir semester bagi membantu dalam pemilihan kerjaya di kalangan bakal graduan. Unit Perhubungan Industri & Alumni, Kolej Komuniti bertanggungjawab untuk memastikan program alumni ini dapat dilaksanakan sebagai usaha membantu memperkukuhkan lagi keyakinan diri, menyalur maklumat dan menyemai budaya seperti mana hasrat yang kolej komuniti ingin sampaikan kepada bakal graduan. Pengalaman yang dikongsi oleh alumni sama ada dalam soal pembentukkan sahsiah diri, pengurusan masa dan kewangan mahupun bidang kerjaya dapat diterima dengan lebih baik sebagai panduan dan seterusnya menjadi inspirasi kepada pelajar. Rujukan Akmal Sabarudin, Nur Hannan Lokman, & Nahzatush Simaa Jantan. (2022). Tinjauan Keberkesanan Program Keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) terhadap Kebolehpasaran Graduan Menurut Perspektif Alumni UKM ( Review of the Effectiveness of Entrepreneurship Program at Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) on Gradu. 7(2). Creswell, J. W. (2005). Educational research Planning, conducting, and eva-luating quantitative and qualitative research (2nd ed.). Columbus, OHPearson Merrill Prentice Hall. References - Scientific Research Publishing. (2013). Scirp.org.https://scirp.org/reference/referencespapers.aspx?referenc eid=95238 1 Ekhwan, R., Rosli, S. H., & Rasalli, R. I. Z. (2020). Keberkesanan Kursus Jangka Pendek Anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor Terhadap Alumni. Asian Journal of Civilizational Studies, 2(1), 68– 79. Fadzlina. (2022, April 18). Beri peluang pekerjaan pada graduan. USIM | UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/beri-peluangpekerjaan-pada-graduan/


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 188 Fidlizan, M., Azila, A. R., Mohd Yahya, M. H., & Salwa, A. A. (2014). Kesanggupan Alumni Menyumbang Kepada Universiti : Kajian DalamKalangan Guru- Guru Muslim Di Johor. Shariah Journal, 22(2), 259–288. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2022). Kamus KPI2022.pdf. Google Docs. https://drive.google.com/file/d/19JqdJHlf1J_84pBrQIogLKRAq0n 8Bn-/view Kementerian Pengajian Tinggi. (2021). LAPORAN KAJIAN PENGESANANGRADUANTVET 2020. In Ministry of Higher Education. https://www.mohe.gov.my/en/download/publicationsjournalsand-reports/lkpg/2020-1/833-laporan-kajian pengesanan-graduan-tvet- 2020/file Suliati Asri. (2021, Februari 14). Majlis alumni bina jaringan kukuh.Harian Metro; New Straits Times. https://www.hmetro.com.my/akademia/2021/02/674551/majlis - alumni-bina-jaringan-kukuh Tulankar, S., & Grampurohit, B. (2020). Role of alumni as stakeholders in enhancing quality education. Sustaining Quality: NAAC New Guidelines 2017. https://www.researchgate.net/publication/341650267_Role_of_al umni_as_stakeholders_in_enhancing_quality_education USM News Portal. (2015, April 27). ALUMNI USM DISERU MENJADI “ROLEMODEL” KEPADA MASYARAKAT. https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/861-alumniusm- diseru-menjadi-role-model-kepada-masyarakat


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 189 Kajian Dan Analisis Pasaran Program Pengajian Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Di Kolej Komuniti Batu Pahat Mohd. Norazizi Md. Yusop1*, Farrah A. Rahim2, Muhammad Rahmat Md Padzil3 123Kolej Komuniti Batu Pahat *[email protected] Abstrak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti perlu menyediakan pelbagai akses kepada program TVET bagi menjamin kualiti dan pengiktirafan industri serta berazam mewujudkan graduan yang terbaik dan bercirikan keusahawaan yang seimbang. Justeru itu, Kolej Komuniti Batu Pahat telah mengambil langkah proaktif dan tepat sejajar dengan misi tersebut dengan menawarkan program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara bermula tahun 2012. Kajian analisa pasaran Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara ini adalah berdasarkan dapatan data skunder yang diperolehi daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan guna tenaga kerja negara manakala data premier pula daripada hasil dapatan beberapa responden melalui kajian instrument soal selidik yang dijalankan terhadap majikan terdahulu dan semasa, yang menggajikan graduan Kolej Komuniti Batu Pahat. Dalam kajian ini, 71 responden soal selidik melibatkan majikan/syarikat swasta yang dipilih secara rawak bagi memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi industri. Dapatan kajian menunjukkan 90% majikan bersetuju tempoh pengajian yang ditawarkan selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester pelajar perlu menjalani latihan industri manakala hanya 10% yang tidak bersetuju dengan tempoh penawaran tersebut. Justeru itu, 74.60% majikan bersetuju bahawa asas- asas teori dan kemahiran yang ditawarkan di dalam program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah memenuhi sepenuhnya kehendak mereka, tetapi hanya 25.40% majikan yang menyatakan bahawa hanya sebahagian sahaja asas-asas teori dan kemahiran yang memenuhi kehendak mereka. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati 94.40% majikan mempersetujui bahawa graduan program Sijil Teknologi penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) daripada Kolej Komuniti Batu Pahat (KKBPJ) memenuhi kehendak guna tenaga kerja di syarikat mereka. Manakala hanya 5.60% iaitu 4 majikan yang tidak mempersetujui program ini memenuhi kehendak mereka. Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) telah mencapai objektif kajian di mana analisis dapatan kajian pasaran dari industri/majikan telah menunjukkan program ini mempunyai keperluan industri dan pasaran kerja dalam negara. Kata kunci : Pasaran Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara,kerjaya pelajar, keperluan pasaran


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 190 1.0 Pengenalan Isu tentang kemahiran kebolehpasaran pertama kali dibincangkan pada awal abad ke 20 yang bermula di Amerika Syarikat dan United Kingdom di mana istilah kebolehpasaran hanya memfokuskan kepada dua golongan iaitu yang boleh bekerja dan tidak bekerja (Corker & Holland 2015). Sejak kebelakangan ini, trend bidang pekerjaan menjadi semakin sukar dan ia memerlukan para pekerja yang bukan sahaja berkemahiran teknikal malah memiliki kemahiran kebolehpasaran yang tinggi (Guzman & Choi, 2013). Oleh yang demikian, Kolej Komuniti mengambil dasar proaktif dalam menjadi salah satu institusi peneraju TVET yang berperanan melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan yang seimbang serta menjadi pembekal tenaga kerja yang menepati kehendak industri. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah berusaha untuk melaksanakan pelbagai agenda bagi merealisasikan teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi dalam melahirkan insan yang seimbang melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi minda, jasmani, emosi dan rohani graduan secara holistik. Bertepatan dengan hasrat ini, keperluan latihan dan kemahiran disetiap Kolej Komuniti dipertingkatkan dari masa kesemasa selari dengan perubahan globalisasi masa kini bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Justeru itu, bagi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak industri pada masa kini serta selari dengan misi dan visi jabatan, kajian dan analisis pasaran program pengajian Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara telah dilaksanakan selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025). 2.0 Kenyataan Masalah Penerimaan pihak industri terhadap graduan masa kini kian mencabar kerana terdapat kurikulum yang ditawarkan oleh institusi Pendidikan tidak bertepatan dengan kehendak pasaran kerja. Kebolehpasaran graduan dapat difahami sebagai keupayaan graduan menguasai kemahiran kebolehpasaran merangkumi aplikasi kemahiran, efikasi kendiri, metakognisi, kemahiran keusahawanan dan kemahiran insaniah untuk mencapai matlamat graduan iaitu mendapat pekerjaan yang diingini dan berjaya dalam pekerjaan serta matlamat organisasi (Enah, Ridzwan, Mohd Adib & Mohd Azlan , 2018). Oleh itu, kewujudan sesuatu program dalam kolej komuniti memerlukan kajian yang terperinci supaya program yang ditawarkan selari dengan saranan kerajaan menuju ke arah negara maju. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji untuk mengkaji lebih lanjut terhadap pihak industri dalam menerima graduan yang dihasilkan Kolej Komuniti Batu Pahat selari dengan kehendak dan keperluan industri.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 191 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif kajian bertujuan untuk: 3.1.1 Mendapatkan data dari sumber rujukan lain daripada agensi-agensi yang berkaitan dalam memastikan program yang ditawarkan mencapai kehendak pasaran industri; dan 3.1.2 Mendapatkan maklum balas pasaran guna tenaga kerja terkini daripada industri/majikan yang pernah dan sedang menggajikan graduan daripada program pengajian Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara yang sedang ditawarkan di Kolej Komuniti Batu Pahat. 4.0 Sorotan Kajian Kajian analisa pasaran Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara ini adalah berdasarkan dapatan data skunder yang diperolehi daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan guna tenaga kerja negara manakala data premier pula daripada hasil dapatan beberapa responden melalui kajian instrument soal selidik yang dijalankan terhadap majikan terdahulu dan semasa, yang menggajikan graduan Kolej Komuniti Batu Pahat. 4.1 Data Sekunder Data sekunder atau sumber data daripada agensi-agensi yang terlibat dalam guna tenaga kerja negara diperolehi adalah bertujuan untuk memastikan program yang sedang ditawarkan adalah mencapai kehendak pasaran tenaga kerja negara: 4.1.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025) Pendidikan Tinggi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, PPPM (PT), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai 10 lonjakan dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara. Lonjakan yang terlibat adalah dari segi aspek Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang, Transformasi Pendidikan Tinggi, Kemampanan Kewangan, Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat, Graduan Pendidikan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Pemantapan Tadbir Urus, Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global, Ekosistem Inovasi, Keunggulan Global dan Kecemerlangan Bakat. 4.1.2 Kajian Kebolehpasaraan Kadar kebolehpasaran graduan boleh menjadi ukuran kepada kecemerlangan dan kualiti sesebuah institusi pendidikan apabila graduan yang dilahirkan berjaya mendapat pasaran pekerjaan yang semakin mencabar. Kebolehpasaran graduan juga boleh dirujuk kepada kebolehan seseorang graduan untuk menguasai aspek kemahiran sama ada teknikal


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 192 atau insaniah bagi menceburkan diri mereka dalam bidang pekerjaan yang diingini dan pihak majikan dapat merasakan dengan kehadiran mereka mampu memberi pesaingan dan nilai tambah kepada kemajuan organisasi (Enah, Ridzwan, Mohd Adib & Mohd Azlan,2018). Laporan Kajian Kebolehpasaraan Pengesanan Graduan Kolej Komuniti Batu Pahat bagi tahun 2019 dan 2020, telah menyenaraikan status graduan selepas tamat pengajian bagi program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamaan Udara mengikut empat kategori iaitu bekerja, menunggu penempatan pekerjaan, meningkatkan kemahiran, melanjutkan pengajian dan tidak bekerja. Daripada data laporan diatas, dapat dilihat bahawa graduan lulusan Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Komuniti Batu Pahat meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2008 sebanyak 1198 pelajar telah lulus dan pada tahun 2000 pula, sebanyak 1345 pelajar telah lulus. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Maka, program Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah relevan untuk diwujudkan di Politeknik Melaka dan sesuai ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM dinegeri Melaka. 5.0 Metodologi 5.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang dijalankan secara kuantitatif. Kajian ini dijalankan dengan kaedah borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden dan mengukur konsep yang berkaitan dengan persepsi responden, selain daripada keterangan demografi atau latar belakang responden (Mohd. Najib, 1999). 5.2 Persampelan Kajian Penyelidik telah memilih sampel secara rawak mudah bagi pelajar tahun akhir. Menurut Mohd. Najib (1999), sampel rawak mudah adalah kaedah mudah memilih sampel daripada populasi yang ramai. Saiz sampel kajian adalah seramai responden soal selidik melibatkan majikan/syarikat swasta yang telah dipilih secara rawak bagi memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi industri yang sebenar. 5.3 Instrumen Kajian Penyelidik guna pakai borang soal selidik untuk mengumpul data dan maklumat bagi kajian ini. Borang soal selidik yang disebarkan kepada responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Bahagian A: Demografi/ Latar belakang responden. Bahagian B: Item pada bahagian ini menjurus kepada objektif kajian. i) Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Organisasi. ii) Peluang Kerjaya iii) Hasil Graduan Kolej Komuniti Batu Pahat


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 193 6.0 Analisis Dan Perbincangan Dalam kajian ini, 71 responden soal selidik melibatkan majikan/syarikat swasta yang telah dipilih secara rawak bagi memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi industri yang sebenar. Pemilihan jumlah bilangan sampel berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (Krejcie & Morgan, 1970). Kajian dilaksanakan hanya secara dalam talian bagi memudahkan proses analisis dapatan kajian. Jadual 1: Jadual Taburan Majikan Bidang Bilangan Peratusan Mekanikal 36 50.70 Penyejukan & Penyamanan Udara 35 49.30 Jumlah 71 100 Jadual 1 menunjukan penglibatan majikan dalam menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada organisasi swasta yang pernah atau sedang menggajikan graduan KKBPJ untuk berkerja disyarikat mereka terdiri daripada bidang Mekanikal iaitu 50.70% dan 49.30% adalah dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara. 6.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Organisasi i) Adakah Program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkaitan. N=71 90% 97.20% 100% 80% 60% 10% 40% 2.80% 20% 0% Tempoh Pengajian 4 Kesesuaian Semester penawaran program dalam keadaan semasa Ya 90% 97.20% Tidak 10% 2.80% Rajah 2: Rajah Jangkamasa Pengajian dan Kesesuaian Penawaran Program Dalam Keadaan Semasa Rajah 2 menunjukan 90% majikan bersetuju tempoh pengajian yang ditawarkan selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester pelajar perlu menjalani latihan industri manakala hanya 10% yang tidak bersetuju dengan tempoh penawaran tersebut. Persetujuan ini adalah disebabkan oleh tempoh 4 semester adalah termasuk 1 semester latihan industri adalah tempoh yang paling


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 194 sesuai untuk pengajian diperingkat sijil seiring dengan tempoh pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Majikan juga bersetuju 97.2% bahawa program ini bersesuaian ditawarkan dalam keadaan semasa, berbanding dengan 2.80% majikan yang tidak bersetuju. Persetujuan penawaran ini adalah bertepatan dengan permintaan pekerjaan pada masa akan datang seiring dengan WKB 2030 yang mengkehendaki tenaga kerja dalam bidang TVET. ii) Adakah program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan kemahiran dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara? Rajah 3: Rajah Penawaran asas-asas teori dan kemahiran dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Merujuk kepada Rajah 3, 74.60% majikan bersetuju bahawa asas-asas teori dan kemahiran yang ditawarkan di dalam program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah memenuhi sepenuhnya kehendak mereka, tetapi hanya 25.40% majikan yang menyatakan bahawa hanya sebahagian sahaja asas-asas teori dan kemahiran yang memenuhi kehendak mereka. Ini membuktikan bahawa kolaborasi antara industri dan kolej komuniti dalam membuat penambahbaikan kurikulum membuahkan impak yang besar. Ini selaras dengan pendapat (Fitrisehara, 2008), bagi memastikan graduan relevan seiring dengan permintaan tenaga kerja oleh majikan dan industri, elemen kemahiran kebolehkerjaan perlu diintergrasi dan diterapkan di dalam kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). 25.40% N = 71 74.60% Memenuhi sepenuhnya Memenuhi sebahagian


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 195 6.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya i) Berapakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? Jadual 4: Jadual Pendapatan Yang Ditawarkan Oleh Majikan Kepada Graduan Lepasan Program Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara KKBPJ Pendapatan Bilangan majikan Peratusan RM 1000.00 - 1500.00 12 16.90 RM 1501.00 - 2000.00 28 39.40 RM 2001.00 - 2500.00 25 35.20 RM 2501.00 – ke atas 6 8.50 JUMLAH 71 100% Hasil dapatan kajian dalam Jadual 4 menunjukan majoriti majikan menawarakan gaji kepada graduan Kolej Komuniti Batu Pahat antara RM1501.00 ke RM 2500.00. Namun begitu, terdapat 12 majikan iaitu 16.90% yang menawarkan gaji antara RM1000.00 ke RM1500.00 dan terdapat 6 majikan iaitu 8.5% yang sanggup menawarkan gaji kepada graduan KKBPJ di antara RM 2501.00 dan ke atas. Penawaran ini adalah dipengaruhi oleh kemahiran dan kebolehkerjaan yang tinggi pada graduan tersebut. 6.3 Bahagian III: Hasil Graduan Kolej Komuniti Batu Pahat Rajah 5 :Rajah Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara menghasilkan graduan yang diingini oleh majikan N = 71


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 196 Merujuk kepada Rajah 5, hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati 94.40% majikan mempersetujui bahawa graduan program Sijil Teknologi penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) daripada Kolej Komuniti Batu Pahat (KKBPJ) memenuhi kehendak guna tenaga kerja di syarikat mereka. Manakala hanya 5.60% iaitu 4 majikan yang tidak mempersetujui program ini memenuhi kehendak mereka. Ini menunjukan bahawa program SPU ini telah menghasilkan graduan TVET yang berkualiti dalam memenuhi kehendak industri pada masa kini. Malahan hasil kajian ini juga mendapati 95.80% iaitu 68 majikan menyokong graduan untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dalam bidang ini. Secara tidak langsung, sasaran untuk meluaskan enrolmen pelajar TVET melalui lonjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, PPPM (PT) iaitu menghasilkan graduan TVET yang berkualiti dapat direalisasikan. 7.0 Rumusan Dan Cadangan Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) telah memenuhi objektif di mana analisis sumber data dan analisis kajian pasaran dari industri/majikan telah menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara. 7.1 Tenaga pengajar/pensyarah Pensyarah merupakan satu aset yang sangat penting dalam meneruskan pelaksanaan program ini. Kesediaan pensyarah SPU di Kolej Komuniti Batu Pahat dari aspek bilangan adalah tidak mencukupi kerana mempunyai hanya 4 orang sahaja dan kelayakan akademik dalam bidang pengajain sebanyak 50%. Berdasarkan kepada bilangan tenaga pengajar sediada yang tidak mencukupi tetapi mereka masih mampu menampung keperluan program ini. Walau bagaimanapun, bilangan pensyarah yang layak perlulah ditambah selari dengan nisbah pengambilan pelajar yang akan dibuat nanti. Jadual 5 : Waran perjawatan yang diperlukan mengikut norma Perkara Bilangan Pensyarah Sediada 4 Orang Pensyarah Tambahan 3 Orang Jumlah Keseluruhan Pensyarah 7 Orang


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 197 7.2 Infrastruktur dan fasiliti Kemudahan bilik kuliah sediada sebanyak sebuah yang boleh memuatkan kapasiti 40 pelajar untuk 1 bilik serentak dan sebuah dewan kuliah yang boleh memuatkan kapasiti 90 pelajar serentak. Kemudahan prasarana peralatan juga disokong dengan 4 buah bengkel yang lengkap dengan peralatan. Peralatan dan kemudahan fizikal ini disediakan berdasarkan kepada bilangan norma pelajar semasa. Penambahan peralatan dan kemudahan fizikal walau bagaimana pun sentiasa dicadangkan secara berterusan oleh Unit SPU melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan dan Projek Rancangan Malaysia. 7.3 Kurikulum Kurikulum yang terkini telah dibangunkan seiring dengan perkembangan revolusi industri IR4.0 hendaklah merangkumi segala aspek bagi menjaga kualiti graduan KKBPJ yang dihasilkan terutamanya dari segi kemahiran berfikir, kecekapan bekerja dan kemahiran insaniah. Proses penggubalan kurikulum memerlukan kajian terperinci merangkumi kajian terhadap keperluan majikan yang mana ianya memasukkan input dari pakar di dalam bidang berkaitan. Keperluan kepada akreditasi daripada badan professional seperti Malaysian Board Of Technologist (MBOT) menjadi satu keutamaan demi menjamin kualiti penawaran kursus yang dibuat agar sentiasa kekal berdaya saing dengan keadaan pasaran semasa. 7.4 Lokasi Cadangan bagi mengekalkan kelangsungan Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) mendapat sokongan penuh untuk dilaksanakan di Kolej Komuniti Batu Pahat kerana lokasi kolej yang strategik dan bersesuaian dengan demografi pendudukan Batu Pahat di mana program SPU dijangka akan dapat menampung ekperluan tenaga kerja berkemahiran selaras dengan perkembangan IR 4.0. Secara keseluruhanya, program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan udara ini masih bersesuaian untuk terus dilaksanakan kerana: i) Model Ekonomi Baru (MEB) menggalakkan sektor perindustrian dan perkhidmatan (engineering services) untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi pada tahun 2020 dan mendapat status ‘High-Income Economy Country’. Ini dibuktikan dengan peratusan kebolehpasaran graduan TVET Kolej Komuniti Batu Pahat yang mendapati bahawa penawaran pekerjaan bagi graduan program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara masih kekal relevan dan berpeluang untuk bersaing di pasaran perkerjaan masa hadapan. ii) Kurikulum yang akan ditawarkan adalah selari dengan perkembangan semasa. Penekanan kurikulum tersebut berdasarkan sistem pembelajaran berdasarkan hasil pembelajaran / Outcome Based Education (OBE) dan Generic Skill Attributes (GSA).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 198 iii) Graduan Kolej Komuniti yang dihasilkan akan dapat membantu mengatasi kebolehkerjaan terutama dalam sektor kejuruteraan dan teknikal agar lebih moden, dinamik dan berdaya saing selaras Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12. iv) Pelajar lepasan Kolej Komuniti mendapat lebih banyak pilihan program dalam melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi terutamanya di dalam Instituti Latihan Awam (ILA) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). RUJUKAN Corker, C. & Holland, S. (2015). Introducing Students to Employability, Skills and Reflection: A Case Study from History. Student Engagement and Experience Journal Guzman, A. B. d. & Choi, K. O. (2013). The Relations Of Employability Skills To Career Adaptability Among Technical School Students. Journal of Vocational Behavior, 82(3) Enah, Ridzwan, Mohd Adib & Mohd Azlan . (2018). Kebolehpasaran Graduan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional: Satu Analisis Mohd Najib Abd. Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Krejeie, R.V dan Morgan, D.W (1970). Determining Sample Size For Research.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 199 Kajian Pencapaian Objektif Program (PEO) untuk Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam Nor Azila Mohd Anuar1*, Nur Syamimi Ramlan2, Noor Izzati Umor3 123 Kolej Komuniti Sabak Bernam *[email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengukur Pencapaian Objektif Program (Programme Educational Objectives, PEO) untuk program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB). Kajian pengukuran pencapaian merupakan salah satu usaha untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan program melalui penilaian PEO terkini. Di samping itu, dapatan kajian ini penting dalam usaha penambahbaikan berterusan (CQI) dan pemantauan serta penyemakan program yang bersesuaian. Kajian ini akan mengukur pencapaian PEO setelah 3 hingga 5 tahun pelajar bergraduat. Kaedah pengukuran pencapaian PEO ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 27 orang majikan kepada graduan KKSB bagi program SPK yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2019 mengikut Kurikulum Versi Julai 2017. Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yang telah dibangunkan dengan rujukan beberapa orang pakar daripada politeknik, kolej komuniti dan universiti awam. Dapatan data kajian menunjukkan pencapaian kesemua PEO program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sangat tinggi iaitu skor min sebanyak 4.63. Pencapaian ini menunjukkan bahawa Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kolej Komuniti Sabak Bernam telah memberi penekanan utama dalam memastikan keseimbangan penerapan dan penilaian aspek-aspek kemahiran dan kurikulum dalam menawarkan perkhidmatan pendidikan tinggi kepada para lepasan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Kata Kunci: Pencapaian Objektif Program, graduan. 1.0 Pengenalan Kajian ini bertujuan untuk mengukur Pencapaian Objektif Program (Programme Educational Objectives, PEO) untuk program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB). Kajian pengukuran pencapaian merupakan salah satu usaha untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan program melalui penilaian PEO terkini. Di samping itu, dapatan kajian ini penting dalam usaha penambahbaikan berterusan (CQI) dan pemantauan serta penyemakan program yang bersesuaian. Kajian ini akan mengukur pencapaian PEO setelah 3 hingga 5 tahun pelajar bergraduat. Seterusnya, melalui kajian ini pihak pengurusan akademik Kolej Komuniti akan membangunkan dan melaksanakan pelan penambahbaikan secara berkala berasaskan prestasi berkaitan dengan sasaran meningkatkan kualiti pendidikan tinggi. Kajian pengukuran PEO merupakan salah satu usaha Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kolej Komuniti untuk mencapai matlamat organisasi dalam menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara seperti yang dinyatakan dalam objektif Teras 1 – Menghasilkan graduan TVET berkualiti


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 200 dalam Pelan Strategik JPPKK 2018 – 2025. Penetapan KPI kajian ini adalah untuk mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan untuk memenuhi keperluan industri seperti yang ditunjukkan di Jadual 1. Jadual 1: KPI Tahap pencapaian graduan terhadap Objektif Program (OP)/ Programme Educational Objectives (PEO) Responden Seramai 27 responden dalam kalangan majikan telah menjawab soal selidik ini. Julat min 1.00 – 1.89 Sangat rendah 1.90 – 2.69 Rendah 2.70 – 3.49 Sederhana 3.50 – 4.29 Tinggi 4.30 – 5.00 Sangat tinggi Sumber: Zaihan & Hilmun (2016) 2.0 Sorotan Kajian Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) adalah teraju utama bagi Kementerian Pengajian Tinggi yang berfokuskan pembinaan suasana pembelajaran yang bercirikan transformasi, kreatif dan inovatif ke arah peningkatan ekonomi yang lebih mantap. Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti ke arah menjadi peneraju pendidikan serta latihan teknik dan vokasional yang unggul adalah berkaitan teknologi, kejuruteraan dan lain-lain industri perkhidmatan yang bersesuaian. JPPKK sangat komited dalam usaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti program TVET bagi memastikan tenaga kerja semiprofessional yang dilatih adalah menepati keperluan industri semasa dan bakal majikan. Justeru itu, pelbagai konsep penilaian dilaksanakan bagi mengukur kualiti program supaya selari dengan keperluan semasa industri dan majikan. Kolej Komuniti adalah salah satu organisasi di bawah JPPKK yang berperanan penting menghasilkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan mengaplikasi kemahiran teknikal secara lebih mendalam bersesuaian dengan evolusi pendidikan semasa. Selain itu, Kolej Komuniti merupakan antara institusi yang menawarkan kursus sepenuh masa bagi peringkat Sijil dan Diploma serta kursus-kursus jangka pendek kepada komuniti setempat. Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) yang telah ditubuhkan pada tahun 2002 merupakan salah sebuah Kolej Komuniti rintis di Malaysia yang turut menawarkan empat (4) kursus sepenuh masa iaitu Diploma Teknologi Senibina, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dan Sijil Fesyen dan Pakaian. Sehingga kini, KKSB telah melahirkan ramai graduan TVET bagi keperluan industri di Malaysia. Antara ciri-ciri utama pekerja yang menepati keperluan majikan adalah mempunyai


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 201 kemahiran teknikal dan analisis yang tinggi, berfikiran kreatif, boleh menyelesaikan sebarang permasalahan, bertimbang rasa serta boleh bertolak ansur (Bagshaw, 1997; Jailani et al., 2007; Mohd Salleh & Mohd Zaki, 2006; Mohd Salleh et al., 2008; dan Siti Zaleha et al., 2007). Antara kelebihan para pekerja yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi adalah beliau berupaya mengharungi sebarang permasalahan berkaitan sosial mahupun ekonomi semasa (Clark, 2011). Selain itu, mereka juga mampu melaksanakan tugas dalam pelbagai keadaan yang mendesak berkaitan situasi pekerjaan semasa (Abd Rahim & Ivan, 2007). Antara persoalan yang pernah dikemukakan oleh Kamaruddin (2010), “Adakah graduan-graduan institusi pengajian tinggi dapat memenuhi kehendak majikan dan keperluan pasaran semasa?” Maka, kajian ini amat perlu untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program dalam Pencapaian Objektif Program pengajian di Kolej Komuniti. PEO adalah set pertanyaan yang menerangkan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar selepas tamat mengikuti sesuatu program akademik dan mempunyai perkaitan dengan hasil pembelajaran dan penggubalan kurikulum. Oleh yang demikian, PEO adalah kayu ukur untuk menilai hasil pembelajaran dan kurikulum yang telah digubal (Abbadeni, Ghoneim, & AlGhamdi, 2013). Pengukuran ini penting untuk melihat keupayaan institusi mencapai pelan perancangan program dan juga untuk menilai kewajaran dan kesesuaian program itu dijalankan. Antara kajian pencapaian PEO yang telah dibuat adalah menggunakan kaedah pengukuran soal selidik yang diedarkan kepada alumni (Jodin Makinda et al., 2011). Sampel yang digunakan bagi kajian PEO lazimnya melibatkan industri dan alumni. 3.0 Metodologi Kajian 3.1 Rekabentuk kajian Kajian pengukuran pencapaian PEO ini berbentuk tinjauan dengan mengambil pendekatan kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis deskriptif yang merangkumi pelbagai aspek dan faktor penilaian berkaitan dengan kaedah kuantitatif. 3.2 Sampel kajian Responden terdiri daripada 27 orang majikan graduan KKSB untuk program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan yang telah tamat pengajian dalam tahun 2019 mengikut Kurikulum Versi Julai 2017. Jumlah graduan keseluruhan adalah seramai 52 orang merangkumi 27 orang pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap, 24 orang telah melanjutkan pelajaran dan seorang graduan yang tidak bekerja. Kajian dijalankan menggunakan teknik pesampelan rawak bagi memastikan responden mewakili populasi graduan di kolej komuniti berkaitan. 3.3 Instrumen kajian Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik telah dibangunkan dengan rujukan beberapa orang pakar daripada politeknik, kolej komuniti dan universiti awam. Pemurnian item soal selidik telah dilakukan untuk memastikan kesahan instrumen dalam mengukur apa yang ingin diukur dalam kajian ini. Instrumen kajian ini diukur dengan menggunakan skala Likert. Penggunaan skala Likert dipilih kerana mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Chua, 2012). Skala


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 202 Likert yang digunakan adalah 1 - Sangat Lemah, 2 - Lemah, 3 - Sederhana, 4 - Baik dan 5 - Sangat Baik. Instrumen kajian ini diedarkan kepada responden dengan menggunakan aplikasi Google Forms untuk memudahkan proses pengumpulan data. Penentu nilai kebolehpercayaan intrumen kajian telah diperolehi melalui hasil data selepas soal selidik tersebut diberikan kepada responden. Suatu alat ukur itu boleh diterima pakai sekiranya nilai ketekalan dalaman yang diperolehi mempunyai nilai Alpha Cronbach sekurang-kurangnya 0.50. Item-item yang bermutu dan signifikan sama ada secara keseluruhannya mahupun mengikut sub skala adalah item yang mempunyai nilai alpha (alpha if item deleted) kurang daripada nilai standardized item alpha (Rozman & Ahmad Jazimin, 2016). Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat di sini bahawa instrumen soal selidik ini mempunyai ketekalan dalaman yang baik kerana nilai Alpha Cronbach dalam mengukur tahap PEO program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah 0.905. Bilangan item sebanyak 9 merujuk kepada perincian soalan yang mewakili PEO1 (S1, S2 dan S3), PEO2 (S4, S5 dan S6), dan PEO3 (S7, S8 dan S9). n = 27 mewakili responden majikan kepada graduan. Jadual 2: Nilai pekali kepercayaan Alpha Cronbach (α) n = 27 Bilangan item Α Objektif program (PEO) 9 0.905 4.0 Analisis dan Perbincangan 4.1 Analisis Data 4.1.1 Analisis Deskriptif Analisis statistik deskriptif merupakan statistik yang digunakan untuk menganalisis data dengan cara huraian dan gambaran data yang telah terkumpul tanpa membuat kesimpulan keseluruhan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian statistik Statistic Package for the Social Science (SPSS v24.0). Melalui perisian SPSS ini, penyelidik mengaplikasi dapatan data bagi huraian dalam bentuk frekuensi, peratus serta min. Analisis markah min akan diinterpretasi merujuk Zaihan dan Hilmun (2016) seperti dalam Jadual 3. Jadual 3: Interpretasi markah min Julat min Interpretasi markah min 1.00 – 1.89 Sangat rendah 1.90 – 2.69 Rendah 2.70 – 3.49 Sederhana 3.50 – 4.29 Tinggi 4.30 – 5.00 Sangat tinggi [ Sumber: Zaihan & Hilmun, 2016]


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 203 4.1.2 Objektif program (OP) Kajian ini mempunyai empat Pencapaian Objektif Program (Programme Educational Objectives, PEO) yang melibatkan: PEO1: Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. PEO2: Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. PEO3: Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial. 4.1.3 Tahap pencapaian PEO 1 Dalam kajian ini, PEO 1 mempunyai tiga item soalan yang terkandung dalam instrumen kajian merangkumi pengetahuan teknikal dan kemahiran keusahawanan responden. Berdasarkan Jadual 4, item soalan untuk PEO 1 menunjukkan nilai min item soalan S1 iaitu 4.37. Manakala dapatan data S2 menunjukkan min 4.81. Seterusnya, min untuk S3 adalah 4.78. Dapatan data ini menunjukkan bahawa pencapaian responden dalam PEO 1 berada pada tahap yang sangat tinggi. Jadual 4: Min PEO 1 (n = 27) No. Penyataan item Min item S1 Memiliki kemahiran keusahawanan 4.37 S2 Memiliki kecekapan dalam pengetahuan 4.81 disiplin asas selaras dengan keperluan industri S3 Berkebolehan secara teknikal dalam 4.78 bidang disiplin 4.1.4 Tahap pencapaian PEO 2 PEO 2 turut mempunyai tiga item soalan yang melibatkan kemahiran penyelesaian masalah dan pengurusan maklumat melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat responden. Jadual 5 menunjukkan item soalan S4 mencapai nilai 4.67, dengan S5 nilai min 4.74 dan S6 adalah 4.67. Data min ketiga-tiga item soalan ini menunjukkan responden mempunyai tahap pencapaian PEO 2 yang sangat tinggi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 204 Jadual 5: Min PEO 2 (n = 27) No. Penyataan item Min item S4 Mampu menyelesaikan masalah dalam 4.67 pelbagai situasi secara inovatif, kreatif dan beretika, melalui pendekatan lestari. S5 Keupayaan untuk bekerja 4.74 dalam kumpulan dengan berkesan. S6 Terlibat dalam pembelajaran 4.67 sepanjang hayat untuk membolehkan kemajuan kerjaya 4.1.5 Tahap pencapaian PEO 3 PEO 3 mempunyai tiga item soalan yang merangkumi kemahiran komunikasi responden melalui pendekatan etika kerja dan tanggungjawab sosial. Berdasarkan Jadual 6, min S7 menunjukkan nilai 4.78. Seterusnya, data min S8 ialah 4.81 dan min S9 pula ialah 4.85. Dapatan data min turut menunjukkan pencapaian responden dalam PEO 3 adalah sangat tinggi. Jadual 6: Min PEO 3 (n = 27) No. item Penyataan item Min S7 Menunjukkan kemahiran komunikasi lisan yang berkesan. 4.78 S8 Menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan maklumat di tempat kerja. 4.81 S9 Menunjukkan kemahiran sosial yang penting di tempat kerja. 4.85 4.1.6 Tahap keseluruhan pencapaian PEO Analisis data untuk keseluruhan min untuk ketiga-tiga PEO dalam kajian ini menunjukkan tahap pencapaian responden terhadap PEO 1 hingga PEO 3 adalah sangat tinggi. Berdasarkan data dalam Jadual 7, dapat disimpulkan bahawa responden daripada graduan program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Sabak Bernam mempunyai tahap Pencapaian Objektif Program (PEO) yang sangat tinggi dengan min keseluruhan 4.63. Justeru, dapatan analisis data ini telah mencapai KPI sasaran pengukuran pencapaian PEO yang telah ditetapkan oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam iaitu nilai min 3.50.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 205 Jadual 7: Min keseluruhan (n = 27) Pencapaian Objektif Program Min (PEO) PEO 1 4.56 PEO 2 4.67 PEO 3 4.67 Min keseluruhan 4.63 5.0 Rumusan dan Cadangan Dapatan data kajian menunjukkan pencapaian kesemua PEO program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sangat tinggi iaitu skor min sebanyak 4.63. Justeru, hal ini menunjukkan bahawa Bahagian Kurikulum, JPPKK dan Kolej Komuniti Sabak Bernam telah memberi penekanan utama dalam keseimbangan penerapan dan penilaian aspek-aspek kemahiran dan kurikulum dalam menawarkan perkhidmatan pendidikan tinggi bagi para lepasan program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Dapatan data kajian ini juga amat penting kerana graduan merupakan salah satu pihak berkepentingan (stakeholder) yang berhak memperoleh pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang merupakan nilai tambah kepada seseorang pelajar semasa melanjutkan pengajian di kolej komuniti. Rujukan Ab. Rahim, B., & Ivan, H. (2007). Assessing employability skills of technical vocational students in Malaysia. Journal of Social Sciences, 202-207. Abbadeni, N., Ghoneim, A. and AlGhamdi, A. 2013. Program Educational Objectives Definition and Assessment for Accreditation Purposes. International Journal of Engineering Pedagogy (iJEP). 3, 3 (Jun. 2013), pp. 33–46. Bagshaw, M. (1997). Employability - creating a contract of mutual investment. Industrial and Commercial Training, 29(6): 187-189. Chua, Y.P. (2012). Mastering research methods. Mcgraw-Hill Education, Shah Alam. Clark, A. (2011). Embedding Transferable Skills and Enhancing Student Learning in a Political Science Research Methods Module: Evidence from the United Kingdom. European Political Research Review, 135-139.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 206 J. Makinda, N. Bolong, L. Gungat and A. Sarman, "Assessment of Program Educational Objectives using Alumni Survey: The UMS experience," 2011 3rd International Congress on Engineering Education (ICEED), 2011, pp. 14-17 Jailani, M. Y., Wan Mohd Rashid, W. A., Noraini, K., & Wahid, R. (2007). Technical and Vocational Education and Training TVET from Malaysia Perspective. In:. 2nd International TT-TVET EUAsia Link project Meeting. VEDC Malang. Kamaruddin Md Tahir. (2010). Penilaian pembangunan kemahiran generik dalam kalangan pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tesis PhD: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Salleh, A., & Mohd Zaki, K. (2006). Laporan program pembangunankemahiran generik (soft skills) di kalangan pelajar (sehingga Disember 2006). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh, A., Mohd Zaki, K., & Wahid, R. (2008). Laporan kajian soal selidik penerapan kemahiran insaniah (KI) di kalangan pelajar dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam. Putra Jaya: Jawatankuasa Penerapan Kemahiran Insaniah Kebangsaan. Rozman, S., & Ahmad Jazimin, J. (2016). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik egogram analisis transaksional dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal PERKAMA, (19), 67-82. Siti Zaleha, O., Ahmad, J., Heng, L. H., Norliza, M. S., & Saifudin, M. Y. (2007). Penentuan Kemahiran Yang Bersesuaian Untuk Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia: Research Vot No:75101 Management Department Faculty Of Management And Human Resource Development. Zaihan, H. & Hilmun, M. (2016). Tahap efikasi dengan skor pemantauan pembelajaran dan pengajaran pensyarah di Politeknik Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities. 1(1), 71-80.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 207 Keberkesanan Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih Bagi Pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Rompin Noor Haslinda Zainoldin1*, Zulkhabri Md Kadri @ Md Kardi2, Nur Qarina Zabri@Mohd Zabri3 123Kolej Komuniti Rompin *[email protected] Abstrak Kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih bagi pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Kolej Komuniti Rompin. Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi subjek Motor Elektrik Satu Fasa. Ia dapat memudahkan kefahaman pelajar sebelum menjalankan praktikal bagi subjek ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester 1 sesi 1 2021/2022 iaitu seramai 23 orang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada para pelajar. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 22.0. Objektif kajian ini adalah mengkaji keberkesanan penggunaan PKMA dikalangan pelajar SKE, tanggapan pelajar terhadap PKMA dan juga pencapaian pelajar yang menggunakan PKMA ini. Hasil analisis mendapati pelajar sangat bersetuju terhadap keberkesanan penggunaan PKMA di dalam kelas pdp dengan skor purata min 4.588 dan sisihan piawai 0.544. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.937. Cadangan untuk penambahbaikan bagi alat ABM ini adalah untuk menggunakan material Transparent Acrylic Sheet bersaiz A3 menggantikan papan litar kayu kerana ia lebih ringan dan menarik. Kata Kunci : Papan Kawalan Mudah Alih, alat bantu mengajar, Sijil Teknologi Elektrik (SKE) 1.0 Pengenalan Matlamat Malaysia untuk muncul sebagai negara maju berteknologi tinggi dengan rakyat yang mengecapi kualiti hidup masyarakat kelas pertama bakal tercapai menjelang tahun 2020. Justeru, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkesan merupakan laluan terbaik bagi negara untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau mahupun global. United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) mentakrifkan TVET sebagai aspek proses pendidikan selain pendidikan umum yang melibatkan pembelajaran dalam bidang teknologi dan sains, latihan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial. Sejajar dengan itu, penggabungan antara Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti (JPPKK) kini menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan misinya iaitu Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf, Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, Melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 208 seimbang serta memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. Tujuan penubuhan kolej komuniti juga adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang kemahiran. Selain itu, institusi pendidikan tinggi ini menawarkan peluang bagi lulusan sekolah menengah untuk meneruskan pendidikan dan latihan di bidang teknologi, perniagaan dan sektor perkhidmatan sebelum memasuki pasaran kerja (Sauki, 2011). Namun, tidak semua pelajar dapat memahami konsep pembelajaran yang hanya menerangkan konsep teori sahaja. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (ABM) banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar dan pendidik (Nurhanim Saadah Abdullah, 2010). Sijil Teknologi Elektrik merupakan satu program pengajian tahap sijil yang menerapkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam perkhidmatan teknikal yang merangkumi pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan. Graduan juga akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus dalam aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan industri masa kini. Kursus SEE 10033 Motor Elektrik Satu Fasa dan SEE 30083 Motor Elektrik Tiga Fasa adalah antara kursus yang ditawarkan melibatkan aplikasi sistem automasi dalam industri dimana kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan litar-litar pemula motor. Para pelajar pada awalnya mengalami kesukaran untuk memahami konsep kendalian litar kawalan yang asas bagi kursus Motor Fasa Satu – SEE10033. Oleh yang demikian Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini dihasilkan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam pelaksanaan PdP. Penghasilan produk Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) menggunakan bahan dan komponen yang terdapat di bengkel-bengkel Elektrik sahaja bagi mengoptimumkan penggunaan bahan dan komponen bagi mengelakkan pembaziran. Bermula dengan papan litar kawalan ynag menggunakan base papan timbul idea untuk meriaskannya dengan menggunakan karpet nipis terpakai. Terminal port pada komponen litar kawalan untuk sambungan kabel disambungkan dengan banana port bagi memudahkan kabel dipasang dan ditanggalkan. Untuk itu kabel penyambungan yang digunakan perlu menggunakan banana plug. Ini menjadikan kabel yang akan digunakan sebagai kabel pendawaian adalah jenis mudah alih (mudah dicabut dan dipasang).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 209 Alat bantu mengajar ini akan menjadi suatu alat yang berkonsepkan plug and play. Memudahkan para pelajar mencuba lari suatu pendawaian litar kawalan tanpa perlu menjalur dan mengikat kabel di terminal komponen alat kawalan. 1.1 Permasalahan Kajian Tugas utama seorang pensyarah adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Oleh itu pensyarah perlu menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Antara kaedah pengajaran adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti alat bantu simulasi. Papan kawalan mudah alih ini dihasilkan berdasarkan masalah yang timbul dalam pelaksanaan PdP bagi kursus Motor Elektrik Fasa Tunggal. Para pelajar pada awalnya mengalami kesukaran untuk memahami konsep kendalian litar kawalan yang asas. Ianya mempengaruhi kemampuan pelajar membuat amali pendawaian litar kawalan dengan baik. Secara teorinya, pelajar perlu mengenali komponen dan kefungsian litar tanpa melihat bagaimana sesuatu litar dan komponen itu berfungsi terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman mengajar yang lalu, pelajar akan bermasalah memulakan pemasangan litar kawalan. Dengan adanya alat ini pelajar boleh membuat simulasi secara mudah alih dengan mudah terutamanya bagi litar kawalan yang asas. Keadaan ini membantu pelajar untuk memahami bagaimana setiap komponen itu berfungsi berbanding dengan hanya melihat litar kawalan secara fizikal sahaja sebelum ini. Alat ini membantu mereka untuk memahami dengan mudah bagaimana sesuatu litar itu berkendali. Pelajar secara tidak langsung boleh mencuba lari pemasangan litar kawalan secara plug and play tanpa merisaukan pembaziran bahan luak utama iaitu kabel pendawaian. Selain itu,


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 210 pelajar juga dapat mengenali proses troubleshooting apabila berlakunya pemasangan yang salah dengan mudah. Proses mengesan dan membaiki menjadi lebih mudah kerana kabel boleh dicabut dan dipasang kembali tanpa membazirkan kabel pendawaian. Tanpa penggunaan ABM ini, pelajar sukar untuk memahami dengan baik konsep operasi litar kawalan motor. Pelajar juga menggunakan masa yang lama untuk menyelesaikan soalan praktikal. Dengan menggunakan ABM yang sesuai dalam sesuatu kursus, ia sangat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dan juga dapat melahirkan minat pelajar terhadap kursus yang diajar. Secara tidak langsung, ia memudahkan pensyarah dalam proses penyampaian. Cabaran pada pensyarah dalam penyediaan ABM adalah kekangan masa dan kurang sumber kewangan disamping beban tugas-tugas sampingan yang banyak. Di samping itu, papan kawalan mudah alih ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu alat bantu pameran dan promosi kolej. Ruang pameran atau booth pameran yang terhad agak memustahilkan bagi Program Sijil Teknologi Elektrik untuk membawa bahan pameran dan demostrasi amali pelajar yang berkaitan dengan pendawaian. Bahan ini biasanya memerlukan ruang dan kos bahan luak yang agak banyak. Dengan menggunakan alat papan kawalan ini ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Binaan yang kompak serta menggunakan kabel mudah alih menjadikan ia sebagai alat yang jimat dan mudah digunakan bagi demostrasi. Penggunjung pameran juga boleh turut mencuba papan kawalan ini dengan mudah kerana ia dibekalkan lukisan pendawaian litar kawalan yang berwarna dan mudah difahami oleh pengunjung. 1.2 Objektif Kajian 1. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah alih (PKMA) di kalangan pelajar SKE. 2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih di kalangan pelajar SKE. 3. Mengenal pasti kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) 1.3 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah alih (PKMA)? 2. Apakah keberkesanan penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) dalam kalangan pelajar SKE? 3. Bagaimanakah kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA)? 2.0 Sorotan Kajian Kaedah penyampaian boleh dipelbagaikan dan diaplikasikan dalam proses pdp. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) sangat membantu memudahkan proses pdp didalam kelas terutama kelas amali/ praktikal. Produk inovatif telah memberi kesan kepada pensyarah dan pelajar disamping dapat membantu pensyarah dalam memudahkan proses pdp (Azyan & Isa, 2019). Penggunaan ABM dalam proses pengajaran adalah sangat penting kerana kaedah ini dapat membantu membimbing maklumat berkaitan mata pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan berkesan. Ia juga sebagai satu


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 211 inisiatif papa pensyarah untuk mendidik pelajar tentang topik yang diajar. Ini disokong oleh Muhammad Arid Abdulahim, Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho (2019) iaitu penggunaan ABM dapat meningkatkan pemahaman pelajar terutama dalam kelas amali disamping memberi persekitaran pdp yang aktif. Menurut Zamri (2012, pelaksanaan pdp selaras dengan inovasi dalam kursus yang diajar memudahkan penyampaian kandungan kursus dan menarik minat pelajar. Penggunaan ABM adalah pelbagai dan meningkatkan interaksi dan pemahaman pelajar tentang persekitaran pengajaran yang lebih menyeronokkan dan institusi pendidikan perlu memupuk inovasi yang membolehkan pensyarah dan pelajar berfikir secara kreatif. Menurut Norfarizah dan Zazril (2016), murid lebih tertarik dan menarik semasa sesi pdp dengan kaedah yang berbeza yang tidak membuatkan mereka stress. Pengajaran yang baik berlaku dengan merangsang minat pelajar, merangsang keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran dan mewujudkan suasana yang membawa proses pemikiran dan mengekalkan idea. Pembangunan alat bantu manegajar perlu dipertingkatkan supaya dapat membantu mencapai matlamat pdp dengan lebih berkesan, disamping membangunkan pelajar berkemahiran melalui pendekatan praktikal atau “hands-on”. Menurut Norfarizah Mohd Bakhir (2016) pelajar lebih berminat dan menarik apabila mengajar dalam kaedah bebas tekanan yang berbeza. Rekabentuk kit Latihan yang mesra pengguna memudahkan proses pengajaran dengan meningkatkan motivasi pelajar dalam praktikal di bengkel (Md Nor, Selamat, Johari dan Omar, 2005). Berbanding menggunakan ABM tradisional seperti papan putih dan kertas mahjong, menggunakan ABM berunsur audiovisual, komputer dan perisian lebih menarik minat pelajar terutama yang melibatkan kemahiran kerja amali (Mohamed et al., 2014) 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada para pelajar SKE semester 1 di Kolej Komuniti Rompin. Bilangan responden adalah seramai 23 orang yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Soal selidik ini mempunyai 19 item soalan yang mempunyai 4 bahagian. Ia diadaptasikan daripada Wan Mohd Fakhri bin Wan Mansor (2021). Soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu: Bahagian A adalah demografi responden. Bahagian B adalah untuk mengukur tahap tanggapan pelajar terhadap Papan Kawalan Mudah Alih. Bahagian C adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih. Bahagian D adalah untuk mengetahui pencapaian dalam kalangan pelajar SKE yang menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 212 Skala Likert yang digunakan dalam soal selidik ini terdiri daripada lima skala iaitu seperti Jadual 1: Jadual 1 Skala Likert Item 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Memuaskan 4 Setuju 5 Sangat setuju 4.0 Analisis dan Perbincangan Skor min yang diperolehi diinterpretasi berdasarkan skala pada Jadual 2: Jadual 2 : Sumber: Haron & Mohamad (2016) Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 – 1.89 Sangat Rendah 1.90 – 2.69 Rendah 2.70 – 3.49 Sederhana 3.50 – 4.29 Tinggi 4.30 – 5.00 Sangat tinggi Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.937. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai skor min dan juga sisihan piawai berdasarkan item dalam soal selidik yang mempunyai 4 bahagian. Bahagian A: Demografi Responden Jadual 3: Demografi Responden Umur Kekerapan,f Peratusan (%) 18 1 4.3 19 21 91.3 20 1 4.3 21 0 0 Kajian ini melibatkan 23 responden pelajar semester 1 SKE Sesi 1 2021/2022 di Kolej Komuniti Rompin iaitu terdiri daripada 1(4.7%)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 213 berumur 18 tahun, 21(91.3%) berumur 19 tahun dan 1 (4.7%) orang berumur 20 tahun. Bahagian B: Persepsi Pelajar terhadap PKMA Jadual 4: Persepsi Pelajar Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Tunjuk cara yang disampaikan oleh pensyarah dalam penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih menyakinkan saya. 4.609 0.583 Sangat tinggi B2 Pensyarah saya dapat memberi tunjuk cara penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih dalam kelas praktikal dengan cekap dan berkesan. 4.609 0.499 Sangat tinggi B3 Pensyarah menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih dengan baik dan mudahdifahami. 4.609 0.583 Sangat tinggi B4 Pensyarah saya mahir menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih dalam membantu pelajar yang bermasalah dalam praktikal. 4.783 0.422 Sangat tinggi B5 Tunjuk cara pensyarah meyakinkan saya terhadap penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih. 4.522 0.511 Sangat tinggi Berdasarkan jadual 4 diatas, menunjukkan skor min bagi item B4 adalah sangat tinggi iaitu 4.7826 dan sisihan piawai 0.4217 dan diikuti dengan skor min item B, B2 dan B3 iaitu 4.6087 juga berada dalam tahap sangat tinggi. Skor Min bagi B5 adalah rendah berbanding dengan skor min item yang lain iaitu 4.5217 dan sisihan piawai 0.5108, walaubagaimanapun skor min masih dalam tahap sangat tinggi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 214 Bahagian C: Mengenalpasti keberkesanan penggunaan PKMA Jadual 5: Keberkesanan Penggunaan PKMA Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi Min C1 Menambah minat pelajar untuk belajar 4.652 0.487 Sangat Tinggi C2 Menjadikan proses PdP Kawalan Motor lebih menarik. 4.522 0.593 Sangat Tinggi C3 Menjadikan masa demonstrasi praktikalKawalan Motor lebih singkat 4.478 0.730 Sangat Tinggi C4 Meningkatkan pemahaman pelajar tentang teori Kawalan Motor berbanding kaedah tanpa penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih 4.565 0.590 Sangat Tinggi C5 Meningkatkan kemahiran pelajar dalamKawalan Motor 4.609 0.583 Sangat Tinggi Berdasarkan dapatan analisis dalam jadual 5 diatas, menunjukkan pelajar bersetuju PKMA dapat menambah minat pelajar untuk belajar dengan dapatan skor min sangat tinggi iaitu 4.652 dan sisihan piawai 0.487. Skor min yang terendah adalah item C3 iaitu 4.478 dan sisihan piawai 0.730 tetapi interpretasi min adalah sangat tinggi. Bahagian D: Pencapaian penggunaan PKMA Jadual 6: Kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) Bil Item Skor Min Sisihan Interpretasi Piawai Min D1 Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih 4.609 0.499 Sangat mampu menjadikan proses PdP lebih Tinggi menarik dan tidak membosankan. D2 Menjadikan pelajar lebih berwaspada 4.304 0.470 Sangat semasa melakukan praktikal Kawalan Tinggi Motor D3 Meningkatkan kecekapan pelajar dalam 4.652 0.487 Sangat praktikal Kawalan Motor Tinggi D4 Menjadikan tempoh demonstrasi 4.652 0.573 Sangat praktikal Kawalan Motor lebih cepat dan Tinggi ringkas


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 215 D5 Memberikan pengetahuan awal 4.522 0.593 Sangat mengenai proses praktikal kawalan Tinggi motor sebelum ia dilaksanakan. D6 Dapat meningkatkan pencapaian pelajar 4.696 0.470 Sangat dalam subjek kawalan motor Tinggi Dapatan analisis dalam Jadual 6 menunjukkan skor min D6 adalah 4.696 dan sisihan piawai 0.470 iaitu interpretasi min adalah sangat tinggi. Skor min yang terendah adalah item D2 iaitu 4.304 dan sisihan piawai 0.470 dan masih dalam interpretasi min sangat tinggi. Jadual 7: Rumusan Analisis Deskriptif Item objektif Min Sisihan Interpretasi Keputusan Piawai Min Tahap persepsi pelajar terhadap 4.626 0.520 Sangat Disokong papan kawalan mudah alih di Tinggi kalangan pelajar SKE Keberkesanan penggunaan papan 4.565 0.597 Sangat Disokong kawalan mudah alih di kalangan Tinggi pelajar SKE Kepenggunaan dalam kalangan 4.573 0.515 Sangat Disokong pelajar SKE dalam menggunakan Tinggi Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA Skor min keseluruhan 4.588 0.544 Sangat Tinggi Berdasarkan jadual 7 dapatan skor min tahap persepsi pelajar terhadap PKMA adalah 4.626 dan sisihan piawai 0.520 adalah sangat tinggi dan ini menunjukkan responden memberi tanggapan yang positif terhadap ABM yang digunakan dalam subjek Kawalan Motor yang dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam PdP. Responden juga menyokong penggunaan PKWA membantu pencapaian pelajar iaitu dengan skor min 4.573 dan sisihan piawai 0.515 iaitu interpretasi min sangat tinggi. Secara keseluruhan, pelajar sentiasa menerima dan bersedia terhadap penggunaan ABM didalam kelas pdp. Penerimaan positif daripada pelajar sangat membantu pensyarah mengembangkan kreativiti dalam penghasilan ABM yang menarik. 5.0 Rumusan dan Cadangan Penggunaan Alat bantu Mengajar (ABM) yang pelbagai di dalam kelas pdp sangat membantu pelajar memahami dengan lebih baik dan mudah. Disamping dapat menambah minat pelajar dalam pelajaran tersebut ianya


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 216 juga dapat menjadikan sesi pdp berlangsung dengan lebih aktif dan berkesan dikalangan para pelajar. ABM kurang menarik dan persediaan yang juga kurang menarik menyebabkan pelajar hilang fokus terhadap pengajaran pensyarah. Oleh itu, kecekapan pengajaran dan pembelajaran bersifat rendah menyebabkan matlamat tidak tercapai. Melalui ABM Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini, ia memberikan satu simulasi kendalian suatu litar kawalan motor tanpa membuat pendawaian yang lengkap. Pelajar boleh mencuba lari dahulu litar kawalan tanpa risau membazirkan kabel pendawaian. Penggunaan kabel mudah alih memudahkan pemasangan dan memudahkan membuat perubahan sambungan pada komponen. Ia menjadi satu medium yang di mana pelajar dapat melihat dan mengenal sesuatu komponen dan kefungsiannya selain daripada penggunaan kata-kata penerangan dari pensyarah sahaja. Ia bukan sahaja menambah kefahaman pelajar tetapi mereka juga dapat melaksanakan amali tanpa perlu banyak kali pengulangan dan lebih pantas tanpa perlu banyak bimbingan dari pensyarah kursus. Cadangan untuk penambahbaikan bagi alat ABM ini adalah untuk menggunakan material Transparent Acrylic Sheet bersaiz A3 menggantikan papan litar kayu kerana ia lebih ringan dan menarik. Selain itu komponen sedia ada akan ditambah baik dengan menambah bilangan kontaktor, meletakkan timer dan suis jog untuk litar kawalan yang lebih kompleks. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pensyarah-pensyarah teknologi elektrik di dalam memantapkan lagi pemahaman pelajar terutamanya dalam pemasangan litar kawalan motor. Ia juga diharap dapat mewujudkan suasana interaktif dan menyeronokkan dalam sesi pdp serta menyebabkan pelajar berlumba-lumba untuk menyiapkan amali mereka. Rujukan Azyan binti Md Zahri, M. I. (2019). Kit Pembelajaran Litar Siri, Selari Dan Siri-Selari. Journal Of Technical And Vocational Education (2019). Volume 1. Page 15-22, 15-22. Hashim, H. F. (2020). Litar Asas Pendawaian Penyamanan Udara Kenderaan (Lappuk) Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Bagi Pelajar Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara (SPU) Di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL). International Journal of Education and Pedagogy , eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 4, 301-309. Mohamed, Z. B. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran di Politeknik Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 1, 2016 eISSN 0128- 2875.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 217 Muhammad Arid Abdulahim, M. Z. (2019). Penggunaan Penguji Komponen Litar Kawalan Motor bagi Pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Tawau. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 4, No. 1, 2019. Norfarizah Mohd Bakhir, M. Z. (2016). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. 2nd International Conference On Creative Media, Design & Technology (REKA2016). Nur Azyyati Bt Sauki, S. B. (2011). Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Penguasaan Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti. Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan 2011. Nur Syafiqah Isa, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk dan Teknologi. www.sainshumanika.utm.my, 81-87. Nurhanim Saadah Abdullah, R. Z. (2010). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bersepadu Magnetik-Plc. World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration. Johor, Malaysia. Wan Mohd Fakhri Bin Wan Mansor, M. Z. (2021). Keberkesanan Portable Brake Demonstrator Dalam Meningkatkan Tahap Pemahaman Konsep Sistem Brek Kenderaan Kepada Pelajar SKR Kolej Komuniti Rompin. Seminar LIS 2021 Ke-7 @ Universitas Ibnu Sina, Batam, Indonesia. Zakiul Human Bin Mahamud, S. B. (2018). Kajian Keberkesanan Alat Bantu Mengajar (ABM) BacadoL. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18). Sauki, N. A., & Husin, S. (2011). Hubungan kecerdasan emosi dengan penguasaan kemahiran pelajar Kolej Komuniti. In Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 218 Analisis Pasaran Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka Nurulhuda Salim1*, Haslan Azis2, Jayakumaran Kannen3 Kolej Komuniti Bukit Beruang *[email protected] Abstrak Kajian analisis pasaran program pengajian Sijil Teknologi Elektrik (SKE) ini dilaksanakan di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM). Objektif kajian adalah untuk mendapatkan data atau sumber rujukan dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara dan mendapatkan maklum balas pasaran terkini daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian yang sedang ditawarkan. Kajian melibatkan 26 orang responden selaku industri serta majikan yang terlibat dengan program pengajian termasuk Latihan Industri dan kebolehpasaran graduan Program Teknologi Elektrik di KKBBM bagi tahun 2018 hingga 2020. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif melalui analisis dokumen dan pelaporan serta kuantitatif melalui edaran borang soal selidik sebagai instrument kajian. Intrepretasi skor peratusan digunakan bagi menganalisa dapatan kajian. Secara keseluruhannya majoroti item memperoleh intrepretasi skor peratus yang tinggi di mana dapatan kajian menunjukkan kandungan dan kesesuaian program yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan industri semasa. Melalui analisa kajian mendapati bahawa keperluan asas teori dan praktikal, kesesuaian penawaran program, jangka masa pengajian, serta tempoh masa Latihan Industri yang terkandung dalam kurikulum semasa bersesuaian dengan keperluan semasa organisasi atau industri. Malah peluang kerja serta melanjutkan pengajian ke peringkat diploma juga tinggi. Kata Kunci: Analisis Pasaran Program Pengajian 1.0 Pengenalan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka merupakan salah sebuah daripada institusi Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia yang menawarkan latihan kemahiran kepada pelajar lepasan SPM bertujuan untuk menyediakan graduan separa mahir yang berketrampilan dan berkemahiran agar dapat menembusi pasaran pekerjaan semasa serta dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan ekonomi negara. Penawaran program pengajian adalah di peringkat sijil, selama 2 tahun (24 bulan) termasuk Latihan Industri selama 4 bulan di akhir pengajian. Bermula tahun 2018, Program Teknologi Elektrik mula ditawarkan di Kolej Komuniti setelah melalui proses semakkan semula dan penambahbaikkan kurikulum agar sentiasa selari dengan perkembangan keperluan pasaran pekerjaan semasa. Dahulunya program ini dikenali sebagai Program Pemasangan Elektrik. Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) merupakan salahsatu daripada kolej komuniti di Malaysia yang membuat penawaran program pengajian ini. Justeru itu, bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak guna tenaga negara semasa, kajian analisis pasaran (PNA) program pengajian Sijil Teknologi Elektrik (SKE) telah dilaksanakan pada 2021 selaras dengan keperluan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025) serta bagi mendapatkan akreditasi pensijilan MBOT.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 219 2.0 Tujuan Dan Objektif Kajian Tujuan kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan data atau sumber rujukan dalam memastikan program SKE di KKBBM yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara semasa dan mendapatkan maklum balas pasaran terkini daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian yang sedang ditawarkan. 2.1 Objektif kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah bertujuan: 2.1.1 Mendapatkan data atau sumber rujukan lain dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara. 2.1.2 Mendapatkan maklum balas berkaitan kandungan dan kesesuaian program yang ditawarkan dengan keperluan industri semasa. 2.1.3 Mendapatkan maklum balas keperluan pasaran pekerjaan terkini daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian Sijil Teknologi Elektrik. 2.1.4 Meninjau peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan. 3.0 Sorotan Dan Latar Belakang Kajian Selaku pembekal Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia, penawaran program-program Politeknik dan Kolej Komuniti perlu sentiasa seiring dengan kepesatan perubahan teknologi dunia masa kini. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan penelitian dan perancangan rapi melibatkan maklum balas pihak berkepentingan (stakeholder) agar program yang ditawarkan sentiasa kekal relevan serta menepati permintaan industri dan keperluan guna tenaga semasa. Justeru itu, penawaran program berciri demand-driven yang seiring dengan tuntutan perkembangan teknologi dan menjadi nilai tambah kepada set kemahiran sedia telah dirangka melalui perancangan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 bagi merapatkan jurang seiring dengan perkembangan revolusi industri 4IR. Menurut Arshad, A. A., & Ibrahim, A. (2019), bagi memastikan program yang ditawarkan terus relevan dan reponsif terhadap perubahan arus teknologi serta bersesuaian mengikut keperluan permintaan industri dan negara maka kajian pasaran program (PNA) amat penting dilaksanakan. Hasil dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk merancang penawaran program yang sejajar dengan cadangan bidang yang bersesuaian agar sentiasa selari dengan perancangan kerajaan. Menurut Abd Khalid et al. (2020), penawaran sesebuah program pengajian perlu mendapat pengakreditasian program akademik sebagai syarat wajib bagi tujuan jaminan kualiti kepada setiap institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. Bagi menghasilkan pembangunan program yang berkesan, kajian analisis keperluan mesti dijalankan melalui tinjauan dan analisis data daripada agensi yang berkaitan dengan penawaran program


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 220 agar sentiasa memenuhi permintaan pihak berkepentingan dan untuk menjamin kelestarian program jangka panjang (Muhamad et. Al, 2019). Justeru itu, bagi mencapai objektif kajian ini maka beberapa dokumen daripada pelbagai sumber yang meliputi pelaporan serta dasar kerajaan telah dianalisa bagi mendapatkan data atau sumber rujukan dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara semasa. Salah-satunya ialah dokumen Ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), 2019. WKB2030 merupakan dokumen yang menggariskan matlamat untuk memperkasakan ekonomi negara daripada berkonsepkan kemahiran kepada berasaskan pengetahuan kea rah kesejahteran rakyat. Melalui teras stetegik ketiga transformasi modal insan yang terkandung di dalam WKB2030 ini telah menetapkan Pendidikan dan Latihan TVET sebagai salah satu daripada 8 pembolehubah utamanya. Bagi mencapai matlamat ini, modal insan diletakkan sebagai teras ketiga dengan penetapan sasaran 60% lepasan SPM melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET bagi mencapai sasaran melahirkan 35% pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga. Selain itu juga, dalam perancangan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) WKB2030 juga terkandung sasaran 20% penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB pada tahun 2025. Justeru itu, melalui dasar ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada kebolehpasaran Graduan SKE di KKBBM Melaka untuk mendapatkan pekerjaan bagi membantu menjayakan dasar negara ini. Rajah 1: Teras Strategik ke-3 WKB2030, Transformasi Modal Insan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berperanan menganalisis keperluan pekerjaan semasa dan trend industri pada masa hadapan. Melalui Laporan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO), 2020 yang diterbitkan telah menjadi satu platform rujukan bagi penyebaran maklumat kepada Institusi Pendidikan Tinggi dalam merencana strategi pembangunan program pengajian bagi memastikan penghasilan graduan dapat melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan guna tenaga negara semasa. Menurut MASCO 2020, institut pengajian atau penyedia latihan perlu membangunkan kurikulum, menentukan asas pengetahuan yang diperlukan dalam sesuatu kumpulan pekerjaan serta membangun kurikulum pengajian dan Latihan berpandukan Laporan MASCO 2020. Justeru itu, merujuk garis panduan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 221 tersebut, graduan SKE di KKBBM bersesuaian menyandang pekerjaan Juruteknik dan profesional bersekutu. Skop tugasnya ialah melakukan tugas teknikal dan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan di bawah arahan dan penyeliaan professional, mengawal, menyelia dan menyelaras kegiatan pekerja di bawah seliaan mereka. Merujuk kepada Laporan Media Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Ketiga 2021 pula, lebih separuh daripada kekosongan jawatan tertumpu dalam sektor Pembuatan yang merangkumi 56.9 peratus atau bersamaan dengan 99.2 ribu kekosongan jawatan, terutamanya dalam subsektor produk Elektrik, elektronik dan optikal (31.4 ribu). Kebanyakan pewujudan jawatan adalah dalam kategori separuh mahir iaitu sebanyak 62.1 peratus atau 9.3 ribu manakala kategori mahir merangkumi 30.1 peratus (4.5 ribu). Data ini membuktikan bahawa walaupun dalam keadaan pendemik semasa, namun peluang pekerjaan dalam kategori produk elektrik dan elektronik tetap terbuka luas. Oleh itu penawaran program SKE di KKBBM masih releven dengan keadaan semasa. Menurut Laporan maklumat Prestasi dan Statistik Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia tahun 2015 hingga 2017 (2019) pula menunjukkan, sebanyak 300 buah setsyen janakuasa tenaga elektrik meliputi 34 buah stesyen janakuasa utama di Malaysia, 12 stesyen hidro mini di Semenanjung Malaysia, serta 254 buah pemegang lessen janakuasa tenaga boleh ubah (TBB) di seluruh Semenanjung Malaysia. Bilangan stesyen janakuasa yang banyak di seluruh Malaysia ini akan dapat memberi peluang pekerja yang luas bagi graduan bidang Teknologi Elektrik untuk mendapatkan pekerjaan setara dengan kelayakkan yang ada. Justeru itu, melalui dapatan Analisa data, dokumen dan pelaporan ini jelas menunjukkan bahawa penawaran program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka masih kekal releven dengan keperluan guna tenaga dan pekerjaan semasa negara. 4.0 Metadologi Kajian Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan bagi mendapatkan data serta sumber rujukan dalam memastikan program yang ditawarkan masih memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara semasa. Manakala kaedah pengumpulan data menggunakan pendekatan analisis dokumen selari dengan tujuan kajian. Menurut Arshad, A. A. bin, & Ibrahim, A. binti. (2019), analisis dokumen merujuk kepada analisis data sekunder yang dapat memberikan data dan maklumat relevan kepada isu dan masalah yang dikaji memandangkan dokumen adalah dari sumber sedia ada dan tepat. Pendekatan kuantitatif juga telah digunakan untuk mengukuhkan dapatan data kajian. Instrumen kajian melalui borang soal selidik yang telah dibangunkan oleh pegawai JPPKK yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Edaran borang soal selidik secara atas talian dibangunkan menggunakan aplikasi Google Form. Sasaran populasi kajian ialah majikan graduan Program Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Bukit Beruang bagi tahun 2018 hingga 2020. Memandangkan agak sukar untuk mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada majikan dan industri yang terlibat, maka hanya seramai 26 orang responden telah berjaya memberikan maklum balas kajian.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 222 Soal-selidik dibangunkan terdiri daripada 3 bahagian iaitu kandungan program dan kesesuaiannya dengan keperluan organisasi, peluang kerjaya serta keperluan majikan. Instrumen penyataan soalan diukur dengan menggunakan skala Guttman dengan meminta responden menunjukkan pilihan ‘Ya’ dan ‘Tidak’ dari setiap pernyataan yang diajukan. Ini kerana menurut Fatimah & Puspaningtyas (2020) Skala Guttman adalah skala yang hanya menyediakan dua pilihan jawaban, misalnya ya–tidak, baik–tidak, pernah–belum pernah, dan lain-lain (Fatimah & Puspaningtyas, 2020). Selain itu, soalan aneka pilihan juga digunakan. Statistik deskriptif iaitu berbentuk taburan kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisa dapatan data kajian. Bagi membuat penilaian dan perbincangan terhadap dapatan kajian, pengkaji telah mengkategorikan pengurusan penilaian kepada 3 kategori berdasarkan kepada purata peratus keseluruhan bagi setiap persoalan kajian. Analisa data berdasarkan penilaian interpretasi skor peratus yang diadaptasi dari kajian Mohd Sani (2011) seperti dalam Jadual 1 di bawah. 5.0 Analisis Dan Perbincangan 5.1 Demografi Responden Kajian demografi responden menunjukkan majoriti 92.3% mewakili organisasi atau industri milik tempatan manakala selebihnya milik asing. 5.2 Maklum balas kandungan dan kesesuaian program yang ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa Jadual 2: Analisa kandungan dan kesesuaian program Bil Item Peratus Skor Ya Tidak 1 Adakah Program Sijil Teknologi Elektrik di 53.8% 46.2% Kolej Komuniti yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan? 2 Adakah program Sijil Teknologi Elektrik di 96.2% 3.8% Kolej Komuniti yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa? 3 Adakah jangka masa pengajian yang 84.6% 15.4% dicadangkan (2 tahun, 4 semester termasuk Latihan Industri) di Kolej Komuniti mencukupi?


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 223 4 Adakah anda berpendapat 4 bulan Latihan 80.8% 19.2% Industri pelajar program Sijil Teknologi Elektrik yang dicadangkan di Kolej Komuniti mencukupi tempohnya? PURATA 78.9% 21.2% Bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kandungan dan kesesuaian program yang ditawarkan dengan keperluan industri semasa, sebanyak 7 item telah diutarakan kepada responden secara taburan kekerapan dan peratusan. Secara keseluruhannya hasil analisis kajian menunjukkan majikan memberi maklumbalas pada tahap yang tinggi iaitu purata peratusan 78.9% terhadap objektif kajian ini. Walaupun aspek kandungan program memenuhi asas teori dan praktikal bersesuaian dengan keperluan organisasi memperoleh interpretasi skor sederhana iaitu 53.8%, namun sebanyak 46.2% menyatakan kandungan program telah memenuhi sepenuhnya. 96.2% menyatakan Program SKE yang ditawarkan di KKBBM telah memenuhi keperluan pekerjaan semasa, 84.6% bersetuju meyatakan jangka masa pengajian yang ditawarkan mencukupi untuk keperluan industry serta 80.8% menyatakan bahawa tempoh masa Latihan Industri yang telah disediakan mencukupi untuk pengukuhan latihan kemahiran pelajar. Antara cadangan yang diutarakan ialah memanjangkan masa pembelajaran dengan menyediakan pensijilan kompeten kepada pelajar sebelum tamat belajar. 5.3 Maklum balas keperluan pasaran pekerjaan terkini daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian SKE Jadual 3: Analisa peluang kerjaya Bil Item Peratus Skor Ya Tidak 1 Adakah graduan Program Teknologi Elektrik 96.2% 3.8% di Kolej Komuniti ini sesuai bekerja di organisasi anda? 2 Pada pendapat anda, adakah program Sijil 96.2% 3.8% Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti ini dapat menghasilkan graduan yang diingini? PURATA 96.2% 3.8% Dari aspek peluang kerjaya, sebanyak 7 item soalan dikemukakan berbentuk taburan kekerapan, peratusan dan soalan terbuka bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan pasaran pekerjaan terkini daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian SKE. Secara puratanya menunjukkan intrepretasi peratusan di tahap tinggi. Sebanyak 96.2% mewakili 25 responden telah bersetuju menyatakan bahawa kesesuaian penawaran program dengan keperluan industri. Sebanyak 73.1% responden menyatakan bahawa bilangan jawatan yang boleh diisi oleh garduan di institusi mereka ialah sebanyak 1 hingga 3 jawatan manakala 19.2% menyatakan bahawa 4 hingga 6 jawatan boleh diisi. Jawatan yang bersesuaian ditawarkan kepada graduan ialah jawatan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 224 Juruteknik Elektrik, Pendawai Elektrik serta Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin Domestik. Majoriti responden 69.2% menyatakan bahawa kadar pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ialah antara RM1,001 hingga RM1500, manakala 23.1% menyatakan kadar yang bersesuaian ialah antara RM1501 hingga RM2000. Justeru itu, majoriti 96.2% menyatakan bahawa graduan yang dihasilkan berkeperluan dalam industri. 5.4 Maklum balas peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan Bagi aspek peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan melanjutkan pelajaran pengajian pula berada dalam interpretasi peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 92.3% bersetuju menyatakan bahawa graduan sesuai melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, manakala 91.7% pula menyatakan bahawa pringkat yang bersesuaian untuk graduan menyambung pengajian ialah peringkat diploma. Selain itu, dapatan kajian juga membuktikan bahawa sebanyak 17 industri (65.4%) menawarkan penajaan pelajar melanjutkan pengajian manakala 9 industri (34.6%) tidak menawarkan. 6.0 Rumusan Dan Cadangan Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan dan kesesuaian program yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan industri semasa. Ini dibuktikan melalui analisa dokumen data pelaporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia dari Kementerian Sumber Manusia, Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, Laporan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, dan Ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dijadikan sumber rujukan jelas membuktikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara semasa. Menerusi maklum balas kajian mendapati bahawa kandungan dan kesesuaian jangka masa program yang ditawarkan dengan keperluan industri semasa keseluruhannya memperoleh intrepretasi skor peratusan yang tinggi. Program pengajian Sijil Teknologi Elektrik didapati mempunyai kesesuaian dengan keperluan pasaran pekerjaan terkini daripada organisasi dan industri semasa. Bidang yang bersesuaian diceburi oleh graduan ialah pendawaian elektrik, servis penghawa dingin domestik serta kawalan motor. Jawatan tertinggi yang bersesuaian disandang oleh graduan pula ialah Juruteknik Elektrik atau Pendawai Elektrik dengan penawaran gaji antara RM1000 hingga RM2000. Selain itu juga, kajian menunjukkan bahawa dari aspek peluang kerjaya dan melanjutkan pengajian, graduan Sijil Teknologi Elektrik juga sesuai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diploma. Namun begitu, kajian mendapati dari aspek kandungan pengajian dari aspek keperluan asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan berada pada intrepretasi skor sederhana. Justeru itu, beberapa cadangan penambahbaikan hasil maklum balas responden telah diperolehi iaitu memanjangkan masa kemahiran praktikal berbanding kelas teori. Selain itu cadangan responden agar memanjangkan tempoh Latihan indutri daripada


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 225 4 bulan kepada sekurang-kurangnya 6 bulan wajar dikaji dengan lebih terperinci oleh pihak JPPKK. Ini kerana responden berpendapat tempoh Latihan Industri yang lama akan dapat menyeimbangi keperluan pengetahuan teori dengan kemahiran praktikal agar lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dunia pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan bidang Teknologi Elektrik dapat diperolehi oleh graduan. Justeru itu, terdapat beberapa aspek perlu diambil kira semasa penawaran program pengajian Sijil Teknologi Elektrik di KKBBM dibuka. Ini bertujuan agar graduan yang dihasilkan berkualiti dan berketrampilan selari dengan visi dan misi yang digariskan. Aspek-aspek tersebut iaitu: 6.1 Tenaga pengajar Latar belakang pendidikan tenaga pengajar dalam bidang perlu dititik beratkan bagi memastikan kepakaran dan kemahiran yang diperolehi dapat diterjemahkan dengan berkesan selari dengan objektif kursus yang ditawarkan. Selain itu, barisan tenaga pengajar juga mempunyai pendedahan pengalaman industri atau latihan kemahiran professional yang setara dengan yang diajar agar dapat menghasilkan graduan yang berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa. 6.2 Infrastruktur dan fasiliti Kemudahan infrastuktur dan fasiliti yang lengkap serta bersesuaian dengan kursus yang dilaksanakan memainkan peranan penting bagi mencapai hasil pembelajaran kursus dan program yang digariskan. Memandangkan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka merupakan bangunan berkonsepkan premis rumah kedai, maka keluasan ruang kerja bengkel, ruang penyimpanan peralatan serta susun atur kemudahan bengkel agak terhad. Ruang yang agak terhad ini juga membataskan aktiviti pembelajaran pelajar. Oleh itu enrolmen pengambilan pelajar perlu disesuaikan dengan faktor keluasan ruang bengkel ini agar langkah keselamatan serta keselesaan pelajar dapat dititik beratkan. Selain itu juga, peralatan untuk latihan amali pelajar perlu ditambah baik selari dengan kurikulum terkini serta perkembangan teknologi semasa. 6.3 Kurikulum Pembangunan kurikulum perlu diselarikan dengan perkembangan teknologi, dasar negara serta keperluan pasaran pekerjaan semasa dalam bidang Teknologi Elektrik. Penetapan objektif program dan hala tuju kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti perlu di ambil kira dalam proses penambahbaikan kurikulum agar selari dengan keperluan semasa. Ini kerana kandungan kurikulum yang dipelajari oleh pelajar sepanjang di Kolej Komuniti akan memberi impak terhadap kualiti keluaran serta hala tuju graduan selepas tamat pengajian kelak. 6.4 Lokasi Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran dan pusat pelancongan Negeri Melaka. Kepesatan pembangunan serta kepelbagaian kemudahan sedia ada di sekitar Negeri Melaka khususnya di kawasan persekitaran institusi, telah membuka ruang pekerjaan yang luas untuk graduan. Lokasi yang stategik serta penawaran program yang bersesuaian menjadi faktor tarikan utama untuk pelajar-


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 226 pelajar lepasan SPM dengan kelulusan minima melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi Elektrik ini telah mencapai objektif yang diharapkan. Analisis sumber data dan analisis kajian pasaran dari industri dan majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja semasa negara. Rujukan Abd Khalid, Nurnadia, Hashim, Noor Haszlina, Othman, M. R. (2020). Pandangan Alumni Terhadap Hasil Pembelajaran Di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman. -Proceedings of the National Technology Research in Engineering, Design and Social Science Conference (nTrends’20). Arshad, A. A. bin, & Ibrahim, A. binti. (2019). Perancangan Kajian Keperluan Program. In M. F. bin Mohd Yunus (Ed.), Buku Panduan Penulisan Kajian Keperluan Program PNA Politeknik dan Kolej Komuniti (1st ed., Vol. 1, pp.1–5). essay, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Fatimah, C. & Puspaningtyas, N.D. (2020). Dampak Pandemi Covid-19 terhadap Pembelajaran Online Mata Pelajaran Matematika di MAN 1 Lampung Selatan. Jurnal Pendidikan Matematika UNILA, 8(4), 250-260. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021, November). Kenyataan Media Bagi Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Ketiga 2021. Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Sumber Manusia. (2020). Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia 2020. Mohd. Sani bin Ismail (2011). Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhamad, M. R. Bin, Bahari, A. Bin, Wan Azhar Bin Wan Yusoff, Ismail Bin Abdul Rahman, Z. Y., & Jamil, M. L. B. M. (2019). Technology And Technical Accreditation Manual 2019. Malaysia Board Of Technologist. Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025. (2018). Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementrian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. (2019). Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. (2019, May). Maklumat Prestasi dan Statistik Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia 2017.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 227 Tahap Hasil Pembelajaran Kognitif, Psikomotor Dan Afektif Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Semasa Melaksanakan Kerja Amali Secara Simulasi Dan Hands-On Sarah Jewahid1*, Nor Hazlinda Idris2, Azrini Idris3 123Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin *[email protected] Abstrak Kemajuan dalam teknologi maklumat telah merevolusikan satu landskap Pendidikan dalam bidang kejuruteraan yang dikenali sebagai makmal maya. Perkembangan ini telah mencetuskan pelbagai perbincangan tentang hasil pembelajaran pelajar yang dicapai semasa melaksanakan kerja amali. Namun, tidak banyak kajian yang dilaksanakan membincangkan tentang hasil pembelajaran secara menyeluruh untuk aspek ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar di dalam hasil pembelajaran untuk domain kognitif, psikomotor dan afektif dalam konteks pelaksanaan kerja amali menggunakan dua kaedah berbeza iaitu secara simulasi dan hands-on. Kajian deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik telah dilakukan kepada pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Hasil kajian mendapati, pelajar menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran yang lebih tinggi untuk ketiga-tiga domain pembelajaran dalam pelaksanaan kerja amali secara hands-on berbanding simulasi. Kata Kunci : Kerja Amali, Hasil Pembelajaran, Simulasi, Hands-On 1.0 Pengenalan Pelaksanaan kerja amali merupakan satu elemen dalam sesi pembelajaran untuk program kejuruteraan bagi memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi. Kerja amali membolehkan pelajar menguasai kemahiran kejuruteraan seperti pendedahan kepada teknik penggunaan peralatan yang betul, memperkukuhkan kefahaman konseptual serta memberikan satu pengalaman yang boleh digunakan dalam kerjaya kelak (Zainuddin, 2019). Penilaian terhadap kerja amali yang dilaksanakan pelajar dapat memberikan satu petunjuk sejauhmana objektif dan hasil pembelajaran berjaya dicapai. Kerja amali boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti secara hands-on mahupun secara simulasi. Kerja amali secara hands-on dilaksanakan secara fizikal di makmal yang mempunyai peralatan dan kelengkapan untuk sesuatu amali. Pada kebiasaannya, tenaga pengajar akan membuat demonstrasi pelaksanaan amali bagi memberikan gambaran kepada pelajar bagaimana amali tersebut perlu dilaksanakan. Sepanjang pelaksanaan amali, tenaga pengajar akan bertindak sebagai fasilitator bagi membantu mana-mana kumpulan pelajar dalam menyelesaikan tugasan amali tersebut. Penggunaan simulasi sebagai alternatif kepada sesi amali secara fizikal merupakan satu penyelesaian dalam mengatasi masalah kekurangan peralatan amali serta kekangan waktu pelaksanaan amali itu sendiri. Penggunaan perisian berasaskan multimedia interaktif berupaya membawa aktiviti amali sebenar dalam persekitaran simulasi (Sriadhi, Restu & Sitompul, 2021). Pelaksanaan amali secara simulasi untuk kursus pada peringkat Semester dua di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 228 Tuanku Syed Sirajuddin tidak pernah dilaksanakan sebelum ini walaupun terdapat beberapa platform sedia ada yang boleh diguna pakai. Namun, kehadiran pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan dimana pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan secara atas talian. Hal ini membuatkan, pelajar terpaksa melaksanakan sesi amali secara simulasi bagi menggantikan pelaksanaan amali secara hands-on untuk tempoh tertentu. Walaupun simulasi dilihat sebagai satu alternatif dalam pelaksanaan amali, masih terdapat beberapa pertikaian berkaitan dengan keberkesanan penggunaan simulasi dalam memperkukuhkan asas dalam bidang kejuruteraan berbanding pelaksanaan amali secara hands-on (Lal et al., 2019). Terdapat banyak kajian telah dilaksanakan tentang hasil pembelajaran kerja amali oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Namun kajian ini tidak dilaksanakan secara menyeluruh, iaitu mereka hanya menumpukan pada domain pembelajaran tertentu sahaja (Radin Salim, Ali, Hussain & Haron, 2013). Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap hasil pembelajaran pelajar dalam tiga domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif semasa mereka melaksanakan amali menggunakan kaedah simulasi dan secara hands-on. 2.0 Sorotan Kajian 2.1 Pembelajaran Amali Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) telah menggariskan bahawa kebolehan pelajar menggunakan teknik, sumber dan alat kejuruteraan moden dan teknologi maklumat yang sesuai untuk mengatasi masalah kejuruteraan yang dinyatakan dengan jelas, dengan limitasi tertentu merupakan salah satu elemen yang perlu diukur sebagai hasil pembelajaran kelima (PO5) dalam program pembelajaran (Engineering Technology Accreditation Council, 2020). Hasil pembelajaran ini dapat dicapai melalui kemahiran kejuruteraan yang dipamerkan pelajar semasa pelaksanaan kerja amali bagi melengkapkan teori kejuruteraan yang dipelajari semasa sesi kuliah. Pembelajaran amali boleh dikelaskan dalam tiga kaedah iaitu secara hands-on, remote laboratory dan secara simulasi. Dalam pelaksanaan amali secara hands-on, pelajar akan hadir secara fizikal di makmal dan melaksanakan eksperimen sebenar dengan menggunakan kemudahan, peralatan dan instrumentasi mengikut amalan semasa industri. Melalui amali secara hands-on pelajar dapat mengukuhkan kefahaman konseptual, kemahiran merekabentuk, kemahiran profesional dan kemahiran sosial. (Radin Salim et al., 2013). Menurut Estriegana, 2019, pelajar menunjukkan hasil pembelajaran amali adalah lebih baik setelah melaksanakan amali secara remote laboratory berbanding secara hands-on. Melalui remote laboratory, pelajar boleh mengumpul data daripada peralatan eksperimen sebenar dalam makmal dari lokasi yang jauh seperti di dalam bilik melalui penggunaan teknologi berasaskan web (Corter et al., 2011). Pembelajaran amali secara simulasi pula melibatkan replikasi eksperimen sebenar dimana semua komponen dan peralatan yang digunakan secara fizikal disimulasikan menggunakan perisian komputer (Radin-salim et al., 2013). Kajian yang telah dilaksanakan menyatakan


Click to View FlipBook Version