The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat, 2023-10-22 21:30:13

E-Prosiding Seminar SPSH 2022

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Keywords: pembelajaransepanjanghayat,PSH,prosiding,KKKL

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 79 memberangsangkan kerana kurangnya kerjasama antara pihak politeknik dan industri yang terlibat (Muzafar Mat Yusof, 2018). Selain itu, pelajar mengharapkan agar diberikan pendedahan pekerjaan dan kemahiran berkaitan semasa penempatan latihan industri ini, manakala pihak industri berpendapat bahawa pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran sebelum menjalani latihan industri. Oleh itu, terdapat satu perdebatan antara tanggapan pelajar dan pihak industri (Warinda, 2013). Selain itu, objektif latihan industri adalah memberi peluang kerjaya kepada pelajar setelah selesai menjalani latihan industri iaitu samada diserap terus ke firma terlibat atau memberi peluang di firma kerajaan atau swasta yang lain. Kepentingan pelajar mengimplementasi ilmu samada teori dan praktikal di politeknik dan latihan praktikal memberikan satu manfaat agar pelajar dapat merebut peluang serta merancang kerjaya ketika berada di firma (Osman et al., 2016). Melalui refleksi harian, pelajar dikehendaki menyediakan laporan akhir latihan industri dan melaporkan kepada pensyarah pembimbing (Garis Panduan Latihan Industri, 2013). Oleh itu, amat penting untuk pihak penyelidik melihat keberkesanan penilaian laporan pelajar ini oleh pensyarah penilai untuk melihat keupayaan pelajar yang berprestasi tinggi semasa menjalani latihan industri. Sehubungan itu, penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi membantu pelajar dan juga pihak industri dalam menjayakan jaringan kolaborasi antara pihak politeknik dan industri ini melalui hasil kajian ini. Objektif Kajian Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti berikut: 1. Mengetahui tahap pemahaman pelajar terhadap latarbelakang firma. 2. Mengetahui tahap pemahaman pelajar berkaitan tugasan yang diberikan. 3. Mengetahui tahap penguasaan bahasa dalam penulisan laporan pelajar. 4. Mengetahui tahap kemahiran merumus oleh pelajar. 2.0 Sorotan Kajian Latihan industri (LI) bermaksud satu kursus yang dilaksanakan melalui pendekatan experimental learning dengan menempatkan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh industri yang dipilih, samada di dalam atau di luar negara dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan persijilan. Penilaian melibatkan 40% dari pihak politeknik dan 60% dari pihak industri (organisasi) akan memberikan kelebihan kepada pelajar yang benar-benar dapat mempamerkan pretasi latihan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak industri(Garis Panduan Latihan Industri, 2013). Sehubungan itu, pensyarah penilai yang dilantik oleh ketua jabatan adalah dipertanggungjawabkan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 80 untuk membuat penilaian terhadap pembentangan dan laporan akhir latihan industri pelajar. Selaras dengan keperluan industri masa kini yang memerlukan pekerja yang kompeten, pelajar seharusnya berusaha untuk mencapai tahap kebolehpasaran yang tinggi agar mampu bersaing dengan graduan dari institusi yang lain (Mohlis, 2013). Pengalaman pelajar semasa menjalani latihan praktikal mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang telah menjalani latihan industri. Pelaksanaan latihan industri ini menghubungkaitkan pengetahuan teori yang telah dipelajari oleh pelajar samada bersemuka di dalam kelas, secara atas talian (PdPDT) dengan kemahiran praktikal yang diperolehi dari komuniti setempat. Sesuai dengan persekitaran komersial, majikan kini lebih gemar memilih untuk mengupah tenaga sumber manusia yang mempunyai pengalaman untuk mengekalkan kualiti perniagaan dan meminimunkan perbelanjaan melibatkan latihan pekerja. Selain itu, tempoh latihan indusrti yang bersesuaian boleh menjamin mekanisma yang terbaik bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan (Effah at el. 2014). Tahap penyesuaian terhadap persekitaran kerja akan meningkat bagi graduan yang mempunyai pengalaman kerana telah menjalani latihan industri berbanding sumber tenaga kerja tanpa latihan praktikal. Terdapat banyak kajian mengkaji keberkesanan latihan industri telah menunjukkan impak positif dan program ini memberi manfaat yang besar kepada organisasi, pelajar dan pihak industri. Hasil kajian mendapati pelajar yang menjalani latihan industri dapat melaksanakan tugasan secara hands-on, penggunaan alat dan peralatan dengan cara yang betul, menyesuaikan diri dengan kepelbagaian teknologi, mengaplikasi pengetahuan teori dan praktikal dalam melaksanakan tugas, mempamerkan peningkatan dalam pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kebolehpasaran atau keupayaan kerja adalah kapasiti individu untuk memperoleh pekerjaan dalam pasaran kerja yang kompetitif (Jalani et al. 2017). 3.0 Metodologi Kajian Rekabentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar yang telah mengikuti latihan industri. Instrumen kajian dibahagi kepada 4 bahagian iaitu A,B,C dan D. Bahagian A mengandungi persoalan berkaitan tahap pemahaman pelajar terhadap latar belakang firma, Bahagian B mengandungi persoalan berkaitan tahap pemahaman pelajar berkaitan tugasan yang diberikan, Bahagian C mengandungi persoalan berkaitan peningkatan tahap


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 81 penguasaan bahasa dalam penulisan laporan pelajar dan bahagian D persoalan berkaitan tahap kemahiran merumus oleh pelajar. Tinjauan bagi kajian kumulatif ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden yang terdiri daripada pensyarah penilai. Responden terdiri daripada 70 pensyarah yang menilai Soal selidik ini diberikan kepada pensyarah bagi tujuan perubahan dan kesan yang berlaku kepada pelajar Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Data yang telah dikumpulkan, seterusnya dianalisa menggunakan perisian Microsoft Excel secara diskriptif seperti min dan peratusan. Populasi kajian ini terdiri daripada para pensyarah yang menilai pelajar bagi penilaian selepas tamat latihan industri. Skala Likert, 5 mata telah digunakan sebagai mengenalpasti tahap persetujuan responden bagi setiap penyataan. Tahap persetujuan Skala Likert, 5 mata yang digunakan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. 4.0 Analisis dan Perbincangan 4.1 Analisa Deskriptif Terhadap Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Firma.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 82 Jadual 2 menunjukkan analisis tahap pemahaman pelajar berkaitan latar belakang firma. Keseluruhan dapatan menunjukkan purata nilai min adalah 4.76 dimana tahap pemahaman pelajar terhadap syarikat berada pada tahap tinggi. 78.6% pelajar berjaya membangunkan kandungan yang penuh dan sangat jelas. Ia merangkumi pengenalan dan latar belakang sejarah syarikat dan aktiviti yang berkaitan serta penjelasan lengkap fungsi pengurusan. 4.2 Analisa Deskriptif terhadap Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Tugasan yang diberikan. Jadual 3: Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Tugasan yang diberikan Bil Perkara Tahap Tahap Tahap % Rendah Sederhana Tinggi Penjelasan tugas : Pengenalan - 1 2 3 4 5 Hubungan antara teori dan tugas teknikal 1. Gagal mengaitkan antara teori 0 0 0 0 0 0 dan tugas teknikal 2. Kekurangan hubungan antara 0 0 0 0 0 0 teori dan tugas teknikal 3. Boleh mengaitkan sedikit teori 0 0 6 0 0 8.6% dan tugas teknikal 4. Boleh mengaitkan beberapa 0 0 0 43 0 61.4% teori dan tugas teknikal 5. Mampu mengaitkan teori dan 0 0 0 0 21 30% tugas teknikal sepenuhnya Jadual 3 menunjukkan Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Tugasan yang diberikan. Keseluruhan dapatan menunjukkan purata nilai min adalah 4.21 dimana Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Tugasan yang diberikan berada pada tahap tinggi. 61.4% Pelajar boleh mengaitkan beberapa teori dan tugas teknikal yang dijalankan. Ini menunjukkan para pelajar faham dan jelas dengan bidang tugas yang diberikan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 83 4.3 Analisa Deskriptif Terhadap Tahap Penguasaan Bahasa oleh Pelajar. Jadual 4: Analisis Tahap Penguasaan Bahasa oleh Pelajar Bil Perkara Tahap Tahap Tahap % Rendah Sederhana Tinggi Bahasa dan penggunaan 1 2 3 4 5 1. Percubaan pada ayat mudah, banyak kesalahan tatabahasa, perbendaharaan kata yang 0 0 0 0 0 0 mudah dan sering digunakan secara tidak sesuai 2. Perenggan penutup kurang berkaitan dengan topik 0 0 0 0 0 0 laporan 3. Julat sempit, banyak kesilapan perkataan, istilah teknikal dan perbendaharaan 0 0 4 0 0 5.7% kata lain yang sering digunakan dengan sewajarnya 4. Penguasaan pola ayat yang ditunjukkan, mungkin terdapat kesalahan 0 0 0 39 0 55.7% tatabahasa sekali-sekala pada peringkat ayat 5. Tatabahasa peringkat ayat bebas ralat, julat kosa kata yang luas dan lancar, penggunaan kosa kata yang 0 0 0 0 27 38.6% ringkas dan sesuai, penggunaan bentuk kata dan pilihan kata yang betul. Jadual 4 menunjukkan analisis tahap penguasaan bahasa oleh pelajar dalam laporan yang dibuat. Keseluruhan dapatan menunjukkan purata nilai min adalah 4.31 dimana mereka mencapai tahap penguasaan bahasa yang tinggi. 55.7% peratus pelajar berjaya menguasai pola ayat yang ditunjukkan, terdapat kesalahan tatabahasa sekali-sekala pada peringkat ayat. 38.6% pelajar pula mencatatkan tatabahasa peringkat ayat bebas ralat, julat kosa kata yang luas dan lancar, penggunaan kosa kata yang ringkas dan sesuai, penggunaan bentuk kata dan pilihan kata yang betul. Ini menunjukkan tahap penguasaan bahasa oleh pelajar adalah baik.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 84 4.4 Analisa Deskriptif Terhadap Tahap Kemahiran Merumus oleh Pelajar. Jadual 5: Analisis Tahap Kemahiran Merumus oleh Pelajar Bil Perkara Tahap Tahap Tahap % Rendah Sederhana Tinggi Kesimpulan terdiri daripada : Merumus dan membuat kesimpulan 1 2 3 4 5 tentang latihan industri 1. Perenggan penutup tidak 0 0 0 0 0 0 kelihatan 2. Perenggan penutup kurang 0 0 0 0 0 0 berkaitan dengan topik laporan 3. Perenggan penutup teratur dan 0 0 5 0 0 7.1% meringkaskan perbincangan laporan serta membuat kesimpulan 4. Perenggan penutup ringkas dan 0 0 0 37 0 52.9% membuat kesimpulan dengan jelas 5. Perenggan penutup lengkap dan 0 0 0 0 28 41.4% membuat kesimpulan yang jelas dan baik, berkesan serta menunjukkan kesan laporan Jadual 5 menunjukkan analisis tahap kemahiran merumus oleh pelajar. Keseluruhan dapatan menunjukkan purata nilai min adalah 4.32 dimana tahap kemahiran merumus oleh pelajar adalah tinggi. 52.9% pelajar berjaya merumus penutup ringkas dan membuat kesimpulan dengan jelas. 41.4% pelajar pula berjaya merumus penutup dengan lengkap dan membuat kesimpulan yang jelas dan baik, berkesan serta menunjukkan kesan laporan. Ini menunjukkan tahap kemahiran merumus oleh pelajar berada pada tahap yang baik. 5.0 Rumusan dan Cadangan Secara keseluruhannya tahap pretasi penulisan Laporan Latihan Industri bagi graduan Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran dan Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson semasa Pandemik Covid 19 berada pada tahap tinggi. Kesemua elemen penilaian termasuk pemahaman terhadap latarbelakan syarikat, pemahaman terhadap bidang tugas, penguasaan bahasa dan kemahiran merumus mencatatkan min pada tahap tinggi melebihi nilai 4.0. Ini menunjukkan tahap pretasi penulisan Laporan Latihan Industri berada pada tahap yang baik. Objektif kajian ini telah dapat dicapai dengan jayanya.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 85 Berdasarkan dapatan dari aspek penguasaan bahasa, peratusan pelajar yang mungkin terdapat kesalahan tatabahasa sekali-sekala pada peringkat ayat adalah tinggi iaitu 55.7%. Sehubungan itu suatu usaha perlu dilakukan dengan meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan tatabahasa agar kesalahan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang. Ini adalah kerana tatabahasa menyumbang kepada kualiti penulisan yang dihasilkan terutama penulisan ilmiah seperti ini. Rujukan Effah et al. (2014). Issues of the industrial Training Programmed of Polytechnics in Ghana: The Case of Kumasi Polytechnic. Journal of Education and Practice, 5 (5), 39-46. Garis Panduan Latihan Industri (2013). Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Jalani et al. (2017). Effectiveness of the Structured Internship Program for Engineering Technology Students in University Tun Hussein Onn Malaysia. Advanced Science Letters, 23 (9). Kementerian Pengajian Tinggi, (2015). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) PUTRAJAYA: KPT Mohlis (2013). Garis Panduan Latihan Industri (2013). Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Muzafar Mat Yusof (2018), Refleksi Pelajar Terhadap Keberkesanan Kursus Latihan Industri: Kajian Kes Pelajar Politeknik Muadzam Shah. Malaysian Online Journal of Education, Vol. 2, No. 2 (2018), 46-54. Osman et al (2016). The Effectiveness of industrial Training from the Perspective of Students of the Civil and structure Engineering Department. Journal of Engineering Science and Technology, 11 (Special Issue on Pendidikan dan Alam Bina), 1-12. Warinda, T. (2013). Accounting Student’s Evaluation of Internship Experiences from A Skills Perspective. International Journal of Asian Social Science, 3 (3), 783-799


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 86 Laporan Kajian Dan Analisis Pasaran Program, Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik (SKE) Di Kolej Komuniti Kuala Terengganu Abdullah Bedul1*, Nor Azarina Nordin2, Mohd Zuhairi Mustafa3 123Kolej Komuniti Kuala Terengganu *[email protected] Abstrak Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah sebuah kolej komuniti rintis telah menawarkan program Sijil Teknologi Elektrik mulai tahun 2001. Bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak tenaga kerja negara, maka kajian dan analisis pasaran program Sijil Teknologi Elektrik telah dilakukan. Data-data berkaitan guna tenaga mengikut tahap kemahiran telah diperolehi dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (ILMIA) bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran kerja (objektif 1). Hasil analisis data yang diperolehi dari WKB2030 menunjukkan penggunaan tenaga kerja mahir yang ketara bermula tahun 2000 hingga 2018. Menurut ILMIA, 1.5 juta pekerjaan dianggarkan tersedia pada tahun 2020 dimana 60% adalah memerlukan kemahiran TVET. Instrumen soal selidik (kuantitatif) telah di edarkan secara atas talian kepada 40 orang responden bagi mendapatkan maklum balas pasaran terkini berkaitan dengan program yang ditawarkan (objektif 2). Responden merupakan majikan pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu yang menjalani latihan industri dalam industri tempatan. Data yang dianalisis menunjukkan asas teori dan pratikal memenuhi sepenuhnya 90% dan memenuhi sebahagian 10%. Manakala 100% bersetuju dengan program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa dan jangka masa pengajian 2 tahun. 80% bersetuju bagi tempoh Latihan Industri selama 4 bulan. 95% bersetuju program yang ditawarkan sesuai berkerja dalam industri. Selain itu, 100% responden berpendapat sijil ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi, diploma 90% dan ijazah 10%. Responden juga mencadangkan penambahbaikan program ini dengan meningkatkan pengetahuan teknikal yang terkini dan memperbanyakkan latihan pratikal sebelum menjalankan latihan industri.Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mencapai objektif yang diharapkan. Kata kunci: Analisis pasaran, Siji Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Kuala Terengganu 1.0 Pengenalan Kolej Komuniti Kuala Terengganu salah sebuah kolej komuniti rintis telah menawarkan program Sijil Teknologi Elektrik mulai tahun 2001. Bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak guna tenaga negara, kajian dan analisis pasaran program pengajian Sijil Teknologi Elektrik telah dilaksanakan pada tahun 2021 selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) untuk tahun 2021–2025. Dapatan kajian ini dilaksanakan secara dalam atas talian disebabkan kekangan untuk bersemuka akibat pandemik Covid19 disamping bagi memaksimumkan jumlah responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 87 Objektif kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mendapatkan data dan sumber rujukan lain seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030), Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) dan sebagainya dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara. Mendapatkan maklum balas pasaran terkini dari pihak industri yang berkaitan dengan Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik dan pihak industri ini merupakan tempat pelajar menjalani latihan industri dan berkerja dengan mereka selepas menamatkan pengajian SKE di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. 2.0 Sorotan Kajian Banyak program yang ditawarkan oleh institusi awan dan swasta yang tidak mendapat sambutan dari organisasi atau industri sama ada industri tempatan atau antarabangsa. Ini disebabkan oleh graduan yang dihasilkan tidak memenuhi keperluan majikan dari segi kemahiran teknikal dan kemahiran generic. Menurut kajian yang dilakukan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), terdapat lima faktor yang menyebabkan graduan sukar mendapat untuk mendapatkan pekerjaan iaitu kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan, kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris, sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang wujudnya pelbagai bidang pekerjaan. Menurut Laporan pengesanan Graduan KPT 2020, bagi status pekerjaan Graduan TVET 2020 peringkat sijil/ Tahap 1 – 3 mengikut kategori ILKA, kadar kebolehpasaran graduan tertinggi bagi peringkat sijil ialah kolej komuniti (94.1%; 5885 graduan) dimana graduan yang berkerja 73.8%, melanjutkan pengajian 19.5%, meningkatkan kemahiran 0.1%, menunggu penempatan berkerja 0.7% dan yang tidak berkerja Cuma 5.9% sahaja. Kajian Pasaran Analisis Program SKE ini merupakan keperluan bagi program yang terlibat dengan Akreditasi TTAC, MBOT(KPT.JPP(0).601- 5/2/44.Jld.2(51). 3.0 Metodologi Kajian Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Di mana kajian kualitiatif dengan mendapatkan data dari sumber agensi-agensi Unit Perancang Ekonomi seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030), Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perangkaan Negara, Institut Makluman Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Pelan Induk ECER 2.0 Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) (2018-2025) dan Laporan Pegesanan Graduan KPT 2020 Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian kuantitatif melibatkan 40 responden pihak industi yang terdiri dari industri tempatan yang banyak terlibat dengan pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu di mana pihak industri dibekalkan dengan borang soal selidik secara dalam atas talian kepada mereka . Soalan bahagian A terdiri daripada maklumat responden. Manakala bahagian B terbahagi kepada 3


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 88 bahagian iaitu bahagian pertama berkaitan kandungan dan kesesuaian program dengan keperluan industri. Bahagian kedua berkaitan peluang kerjaya dan bahagian ketiga meliputi lain-lain perkara berkaitan pasaran graduan terhadap industi/majikan. Data-data yang diperolehi dianalisis diterjemah dalam bentuk bilangan responden dan peratus. Bahagian terakhir ialah cadangan penambahbaikan responden untuk graduan, bidang Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Terengganu. 4.0 Analisis dan Perbincangan Mengikut Data daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Peratus Guna Tenaga mengikut Tahap Kemahiran menunjukan peningkatan pengguna tenaga mahir yang ketara bermula tahun 2000 hingga 2018 berbanding pada tahun sebelum tahun 2020. Data juga menunjukkan bahawa peratus guna tenaga mengikut pencapaian pendidikan tertiari menunjukkan peningkatan berbanding guna tenaga yang tiada pendidikan rasmi. Berikut adalah graf yang terdapat WKB 2030. Rajah 1: Graf Peratus Guna Tenaga Mengikut Pencapaian Pendidikan. 1982-2018 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 89 Rajah 2: Graf Peratus Guna Tenaga Mengikut Tahap Kemahiran, 1982-2018 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Dengan Penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah selari dengan WKB 2030 untuk meningkatkan Guna Tenaga mahir dikalangan komuniti Kuala Terengganu secara khusus dan Terengganu secara amnya. Antara Teras Strategik WKB 2030 adalah Modal insan adalah seperti berikut: Rajah 3: Teras Strategik WKB 2030 Sumber: WKB 2030 Penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah selari dengan Teras Strategik Ketiga WKB 2030 di mana sekurangkurangnya 60% lepasan SPM melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET. Penawaran khusus ini juga memenuhi majoriti tenaga kerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan sektor ekonomi masa hadapan adalah Bumiputera


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 90 kerana majoriti komuniti di Kuala Terengganu adalah Bumiputera. WKB 2030 menyatakan bahawa Pendidikan & TVET merupakan Pemboleh Daya 5 untuk meningkatkan jumlah guna tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri. Usaha untuk membangunkan kemampuan rakyat dan menggalakkan kemasukan pelajar ke aliran TVET. Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh(ILMIA) adalah bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam ekonomi global. ILMIA adalah memfokuskan untuk menambah baik TVET bagi memenuhi keperluan industri. Pada tahun 2018, ILMIA menyatakan 1.5 juta pekerjaan dianggarkan tersedia pada tahun 2020 dimana 60% adalah memerlukan kemahiran dalam TVET. ILMIA 2018 juga menyatakan 3 cabaran dalam memperkasa sistem TVET di malaysia iaitu:- i. TVET dipandang sebagai jalan terakhir dalam sistem pembelajaran oleh pelajar mahupun ibubapa. Stigma negatif adalah TVET adalah merupakan untuk pelajar yang mempunyai keupayaan akademik sederhana atau rendah. ii. Kualiti graduan TVET yang tidak konsisten daripada segi keupayaan dan kemahiran. iii. Gaji yang rendah dimana 28% graduan TVET memperolehi gaji di bawah RM1000 dan 45 % adalah diantara RM1000 hingga RM1500. Sumber : ILMIA(2018) ILMIA (2018) menyatakan sebanyak 92% graduan TVET berupaya mendapat pekerjaan dengan 8% lagi melanjutkan pelajaran. Dengan Penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah selari ILMIA (2018) untuk meningkatkan graduan dalam bidang teknologi elektrik dikalangan komuniti Kuala Terengganu secara khusus dan Terengganu secara amnya dalam memenuhi peningkatan keperluan industri teknologi elektrik. Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama dalam inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak penubuhannya 2008 yang lepas. Dalam pelan induk 2018-2025, sebanyak 120,000 peluang pekerjaan ditawarkan. Peluang pekerjaan yang tinggi di bawah pelan Induk ECER 2.0 ini sebagai kebolehpasaran graduan Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Sejak tahun 2008 sehingga kini, pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah berjaya membina asas yang kukuh untuk membangunkan landskap sosioekonomi ECER berlandaskan Pelan Induk ECER 1.0 (2008-2017) dan sebanyak 149,400 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 91 Rajah 4: Inisiatif Strategik Utama di bawah Pelan Induk ECER 2.0 Sumber: Pejabat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Terdapat 6 Inisiatif Strategik Utama di bawah Pelan Induk ECER 2.0 dan salah satu ialah Meningkatkan Produktiviti Pekerjaan iaitu meningkatkan aktivti bernilai tinggi, kemahiran pekerja dan kemasukan pekerja berpengetahuan. Sehubungan itu, dengan penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah selari Pelan Induk 2.0 untuk meningkatkan graduan dalam kemahiran bidang teknologi elektrik. Bidang teknolgi elektrik adalah meluas dan graduan berpeluang mendapatkan pekerjaan di bawah Pelan Induk ECER 2.0 ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pasaran graduan program Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Terengganu melalui maklum balas yang diberikan oleh majikan dan industri setempat. Analisa data latar belakang responden. Data ini meliputi maklumat industri sebagai responden utama dalam kajian ini. Sebanyak 40 (100%) responden terdiri dari industri tempatan manakala 0 (0%) responden adalah dari industri milik asing. Rajah 5: Jenis Pemilikan Organisasi/Industri Pada bahagian I terdapat 4 item soalan yang telah dibina. Soalan pertama adalah seperti berikut; 40 0 10 20 30 40 50 Jenis Pemilikan Organisasi / Industri (Bilangan) Industri milik tempatan Industri milik asing


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 92 1. Adakah program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan? Rajah 6: Memenuhi asas-asas teori dan pratikal dalam bidang berkenaan Rajah 6 menunjukkan sebanyak 36 (90%) responden berpendapat bahawa program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu memenuhi sepenuhnya berkaitan asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan. Manakala sebanyak 4 (10%) menjawab memenuhi sebahagian dan tiada menjawab tidak memenuhi langsung. Dapat disimpulkan bahawa para majikan menunjukkan mereka berpuas hati dengan kandungan program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang ini. 2. Adakah program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa? Rajah 7: Program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa Rajah 7 menunjukkan semua responden iaitu 40 (100%) responden bersetuju bahawa program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej 90 10 0 0 20 40 60 80 100 Memenuhi sepenuhnya Memenuhi sebahagian Tidak memenuhi langsung Memenuhi asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan (%) 100 0 50 100 Program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa (%) Ya Tidak


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 93 Komuniti Kuala Terengganu adalah bersesuaian dalam keadaan semasa. Ini kerana pihak jabatan telah melaksanakan semakan kurikulum dari semasa ke semasa bersama pihak industri agar kurikulum yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran sekarang. 3. Adakah anda berpendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari segi jangka masa pengajian? Rajah 8: Pendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari segi jangka masa pengajian Semua majikan memberi maklum balas yang positif dengan bersetuju bahawa program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu mencukupi dari segi jangka masa pengajian. Ini kerana menurut pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) menyatakan bahawa tempoh masa pengajian bagi peringkat sijil adalah 2 tahun. 4. Adakah anda berpendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari segi tempoh latihan industri? Rajah 9: Program yang ditawarkan mencukupi dari segi tempoh Latihan industri Bagi tempoh perlaksanaan latihan industri pula, sebanyak 32 (80%) responden bersetuju bahawa program yang ditawarkan mencukupi dari segi tempoh latihan industri iaitu selama hampir 4 bulan iaitu 14 minggu. Manakala 8 (20%) responden berpendapat bahawa tempoh latihan industri perlu dipanjangkan kepada 6 bulan atau lebih bagi menambah dan meningkatkan lagi kemahiran pelajar disamping meningkatkan kemahiran pelajar. 100 0 100 Adakah anda berpendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari segi jangka masa pengajian? (%) Ya Tidak 80 20 0 100 Program yang ditawarkan ini mencukupi dari segi tempoh latihan industri (%) Ya Tidak


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 94 Pada bahagian ini, terdapat beberapa 5 soalan yang disediakan bagi menjawab persoalan pengkaji berkaitan peluang kerjaya. Berikut adalah soalan yang disediakan untuk pihak responden menjawabnya. 1. Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda? Jika ya, nyatakan dalam bidang apa? Rajah 10: Bidang graduan ini berkerja di organisasi Sebanyak 38 (95%) responden menyatakan bahawa graduan sesuai dalam semua bidang pekerjaan melibatkan elektrik iaitu juruelektrik, juruteknik elektrik, penolong penyelia elektrik. Ada dua orang responden (5%) menyatakan dengan khusus graduan kolej komuniti sesuai bekerja dalam bidang penghawa dingin. 2. Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini? Contoh: (pendawaian elektrik, penyelenggaraan dan pemasangan seperti pemasangan CCTV, pemasangan sistem keselamatan, pemasangan penghawa dingin, pemasangan sistem pencegah kebakaran) Rajah 11: Jawatan yang sesuai di organisasi bagi graduan ini 95 5 0 50 100 Bidang graduan program ini sesuai bekerja di organisasi (%) Bidang Elektrik Bidang Penghawa Dingin Pendawaian Elektrik, 52.5 Pendawaian Elektrik dan pemasangan penghawa dingin , 20 CCTV, ‘autogate’, ‘autodoor’, smart tv’, 5 Semua jawatan yang dinyatakan, 22.5 Jawatan yang sesuai di organisasi bagi graduan program ini (%) Pendawaian Elektrik Pendawaian Elektrik dan pemasangan penghawa dingin


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 95 Peratusan yang paling tinggi adalah responden memilih adalah jawatan sebagai Pendawaian Elektrik iaitu sebanyak 21 (52.5%) kerana para graduan mempunyai semua asas dalam pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa seperti di Rajah 11. Sebanyak 8 (20%) pihak responden memilih graduan sesuai ditawarkan dalam bidang pekerjaan Pendawaian Elektrik dan pemasangan penghawa dingin. Manakala sebanyak 2 (5%) responden menyatakan para graduan sesuai dalam bidang melibatkan CCTV, ‘autogate’, ‘autodoor’, smart tv’. Selebihnya iaitu 9 (22.5%) menyatakan graduan program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah sesuai untuk semua jawatan yang dinyatakan. 3. Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini? Rajah 12: Bilangan jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi oleh graduan program Merujuk Rajah 12, sebanyak 31 (77.5%) responden menawarkan 1-3 jawatan kepada graduan. Manakala sebanyak 7 (17.5%) menawarkan 4-6. Manakala 2 (5%) memilih untuk menawarkan 7-9 jawatan kepada graduan Kolej Komuniti Kuala Terengganu dalam bidang Sijil Teknologi Elektrik. ada responden menyatakan pendapat mereka diruangan yang disediakan iaitu kurang sesuai kerja elektrik kuasa dan untuk sijil syarikat responden menyatakan graduan berjawatan pembantu juruteknik kerana juruteknik di syarikat responden perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma. 4. Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? Rajah 13 : Pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan 77.5 17.5 5 Bilangan jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi oleh graduan program (%) 1 – 3 Jawatan 4 – 6 Jawatan 7 – 9 Jawatan 10 – 12 Jawatan 5 45 50 0 0 20 40 60 kurang RM1,000 RM1,001-1,500 RM1,501-2,000 RM2,001-2,500 Pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan (%)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 96 Pihak responden juga perlu menjawab soalan pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini. Rajah 13 menunjukkan 18 (45%) responden menawarkan pendapatan kepada graduan program Sijil Teknologi Elektrik sebanyak RM1,001 hingga RM1,500, 20 (50%) menawarkan pendapatan sebanyak RM1,501 hingga RM2,000, manakala 2 (5%) pula menawarkan pendapatan kurang daripada RM1,000. Kerajaan Malaysia telah menetapkan tangga gaji minima kepada para majikan untuk diberikan kepada para pekerja mereka. Ada responden menyatakan pendapatan akan bertambah jika melakukan ‘overtime’. 5. Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi? Rajah 14 : Program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi Hasil daripada maklumbalas, 100% responden bersetuju bahawa program Sijil Teknologi Elektrik sesuai dilanjutkan ke peringkat lebih tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi. Sijil yang ditawarkan ini adalah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan membolehkan para pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diploma dan seterusnya. Peringkat pengajian yang dicadangkan Rajah 15 : Peringkat pengajian yang dicadangkan 100 0 0 50 100 Ya Tidak Program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi (%) 90 10 Peringkat pengajian yang dicadangkan (%) Diploma Ijazah


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 97 Peringkat pengajian yang dicadangkan adalah Diploma sebanyak 36 (90%) dan selebihnya peringkat Ijazah iaitu sebanyak 4 (10%). Dalam bahagian 3 ini terdapat tiga soalan utama responden memberi maklumbalas berkaitan 3 persoalan iaitu penajaan pelajar dalam bidang elektrik, galakan staf atau arahkan untuk mengikuti program elektrik dan adakah program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu mampu menghasilkan graduan yang diperlukan oleh pihak majikan. Aspek Mempunyai penajaan dalam bidang ini (%) Menggalakkan kakitangan mengikuti program ini (%) Program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini (%) Ya 27.5 92.5 97.5 Tidak 72.5 7.5 2.5 Jumlah 100 100 100 Rajah 16 : Organisasi mempunyai penajaan pelajar Menurut dapatan kajian ialah 11 responden (27.5%) iaitu majikan menyediakan penajaan kepada pelajar dalam bidang elektrik ini. Manakala selebihnya iaitu 29 (72.5%) majikan menyatakan mereka tidak mempunyai penajaan kepada pelajar. Rajah 17 : Menggalakkan kakitangan mengikuti program ini Ya, 27.5 Tidak, 72.5 Organisasi mempunyai penajaan pelajar (%) Ya Tidak Ya, 92.5 Tidak, 3.2 Menggalakkan kakitangan mengikuti program ini (%) Ya Tidak


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 98 Analisis Kajian Pasaran terhadap menggalakkan kakitangan atau rakan untuk mengikuti program ini menunjukkan keputusan seperti Rajah 17. Majoriti iaitu 37 (92.5%) responden menggalakkan kakitangan atau rakan mereka untuk mengikuti program ini. Ini menunjukkan kerana graduan program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu kekal releven untuk komuniti setempat di Kuala Terengganu setelah menjalani latihan industri di organisasi mereka. Ini kerana reskilling dan upskilling adalah perkara yang penting dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja mereka. Hanya 3 (7.5%) responden yang menjawap tidak. Dari hasil kajian didapati alasan responden memilih Tidak adalah seperti responden lebih galakkan pekerja mengambil sijil kompeten PW4 dan keatas melibatkan pendawaian elektrik kuasa dan ke pusat latihan kemahiran yang menawarkan sijil PW atau A0. Rajah 18 : Program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini Soalan kajian terakhir bagi bahagian ini ialah program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini. Dapatan kajian menyatakan bahawa program ini dapat menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pihak majikan sebanyak 97.5% dan selebihnya 1 majikan memilih Tidak (2.5%) seperti di rajah 18. Majikan yang memilih Ya menyatakan bahawa graduan berkebolehan dalam bidang teknikal khususnya pendawaian dan pemasangan elektrik, pasang sendiri penghawa dingin tanpa pegawasan dan graduan boleh melakukan kerja dengan baik. Manakala responden yang memilih Tidak ini menyatakan bahawa lepasan graduan program ini tiada sijil kompeten (seperti PW) untuk pendawaian, maka bidang kerja graduan terhad. 5.0 Rumusan dan Cadangan Responden yang pernah menerima pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu dalam program Sijil Teknologi Elektrik diminta untuk memberi pendapat berkenaan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti kebolehpasaran program ini. Pelbagai maklum balas yang diberikan oleh pihak industri dalam meningkatkan kebolehpasaran para graduan. Diantara penambahbaikkan yang dicadangkan oleh pihak industri antaranya adalah meningkatkan pengetahuan teknikal pelajar dan kandungan silibus yang dipelajar mengikut teknologi terkini. Ini kerana Ya, 97.5 Tidak, 2.5 Program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini (%) Ya Tidak


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 99 bidang teknologi teknologi elektrik telah berkembang pesat dan oleh yang demikian pendedahan berkaitan teknologi perlu seiring dengan peredaran semasa. Responden juga mencadangkan latihan berkaitan pendawaian hendaklah diperbanyakkan sebelum pelajar menjalani latihan industri. Responden secara keseluruhan mencadangkan latihan industri dipanjangkan lebih 14 minggu untuk pelajar menimba lebih kemahiran dan pengalaman. Pelbagai maklum balas yang diterima daripada pihak industri dan majoriti responden selaku pihak majikan berpuas hati dengan tahap kemahiran yang ada bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu dalam program Sijil Teknologi Elektrik. Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) di Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mencapai objektif yang diharapkan di mana analisis sumber data dan analisis kajian pasaran dari industri/majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara. Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan penawaran program pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut diantaranya tenaga pengajar yang disediakan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah berkemahiran tinggi bagi aspek teori dan amali khususnya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, pakar industri berkaitan bidang tertentu juga turut bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program tvet yang melibatkan bidang kemahiran dan kerjaya. Tenaga pengajar juga perlu diberikan pendedahan terhadap industri secara berkala. Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) yang membenarkan pensyarah melakukan latihan amali di industri amat baik. Ini membolehkan teknologi terkini dalam bidang elektrik dapat diterima oleh pensyarah dan seterusnya dikongsi bersama rakan sekerja dan yang paling penting para pelajar mendapat ilmu terkini daripada para pensyarah. Infrastruktur dan fasiliti seperti kemudahan asas yang terdapat di kawasan Daerah Kuala Terengganu seperti air, elektrik, talian telekomunikasi dan jalan adalah sangat baik kerana Kolej Komuniti Kuala Terengganu terletak di tengah bandar Kuala Terengganu. Kemudahan awam pengangkutan pula seperti bas dan teksi adalah sangat baik. Perkhidmatan bas ekspress juga disediakan iaitu dari Kuala Terengganu ke seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, kemudahan awam seperti balai polis, bomba dan penyelamat, hospital dan klinik kesihatan juga tersedia dalam keadaan sangat baik dan berdekatan dengan bangunan kolej. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa Daerah Kuala Terengganu mempunyai kemudahan infrastuktur dan fasiliti yang sangat baik dan sesuai dengan penubuhan Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Penawaran program Sijil Teknologi ELektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu akan menyokong perancangan pembinaan projek berimpak tinggi seperti Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Selain itu, pembangunan kurikulum TVET perlu ditransformasikan untuk memenuhi permintaan industri bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Lokasi Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu. Dari sumber https://www.data.gov.my/,


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 100 terdapat 2 kawasan perindustrian di Kuala Terengganu yang masih sedang pesat membangun iaitu Gong Badak dan Batu Rakit. Manakala kawasan perindustri sedia ada di Kuala Terengganu ialah kawasan Perindustrian Chendering. Peningkatan kepada pembangunan di bandar sebagai salah satu faktor penubuhan Kolej Komuniti Kuala Terengganu agar menyumbang graduan yang memnuhi keperluan industri tempatan. Secara keseluruhannya, dapatan dari kajian ini boleh dijadikan asas rujukan kepada pihak Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti dan Politeknik (JPPKK) dalam membuat keputusan terhadap program Sijil Teknologi Elektrik yang tawarkan atau diteruskan penawaran di Kolej Komuniti Kuala Terengganu pada masa akan datang. Selain dari itu dapatan kajian menunjukkan program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu memenuhi sepenuhnya berkaitan asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan dan bersesuaian dalam keadaan semasa. Kajian ini juga dapat membuktikan bahawa graduan yang dilahirkan dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu dapat memenuhi permintaan industri serta keperluan pasaran guna tenaga kerja negara. Rujukan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. (2019.) Penyusun semula keutamaan pembangunan Malaysia: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Kajian Pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke Arah Negara Maju. (2018): Institut Maklumat dan Analisa Pasaran (ILMIA) Malaysia Education Blueprint 2015-2025. (2015) : Ministry of Higher Education Pelan Induk Ecer 2.0, 2018-2025, Lonjakan Seterusnya (The Next Leap), Wilayah Ekonomi Pantai Timur, https://www.ecerdc.com.my/aboutecer/master-plan-2-0/ Laporan Pengesanan Graduan TVET 2020. (2021) : Kementerian Pengajian Tinggi Kajian Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kajian Di Politeknik Mersing. (2015) :Politeknik Mersing Muhamad Hazrul Ismail. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan : Prosiding Perkem VII, Jild 2(2012) 906-962X


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 101 Penyampaian Kursus Pendek Masakan Bagi Program Keusahawanan Komuniti (PKK) 2021: Penerimaan Peserta Terhadap Kaedah Demonstrasi Secara Video Di Era Pandemik Covid-19 Siti Salwa Binti Mehat1*, Nur Sabrina Binti Che Abd Halim2, Kalsom Binti Othman3 123Kolej Komuniti Nibong Tebal *[email protected] Abstrak Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berperanan sebagai instusi pendidikan yang melahirkan usahawan di kalangan komuniti setempat melalui program dan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Program Keusahawanan Komuniti (PKK) bertujuan melahirkan komuniti berbudaya usahawan di samping membantu mereka menjana pendapatan. Seramai 15 peserta yang ditetapkan oleh JPPK bagi menyertai program ini. Pelaksanaan kursus semasa pandemik Covid-19 merupakan satu cabaran kepada KKNT disebabkan kelas tidak boleh diadakan secara bersemuka. Pemasalahan ini bermula daripada pemilihan peserta sehingga pelaksanaan kelas masakan yang kesemuanya dijalankan secara atas talian. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan penyampaian kursus masakan melalui kaedah demonstrasi secara video. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh mana cabaran yang dihadapi peserta semasa kelas dilaksanakan serta usaha kendiri yang ditunjukkan dalam mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk penilaian pengajar. Data kajian dikumpul melalui soal selidik kepada semua peserta selepas program tamat. Soal selidik menggunakan aplikasi google form diedarkan kepada peserta. Soal selidik cenderung mempersoalkan penerimaan, cabaran dan inisiatif peserta terhadap penyampaian demostrasi secara video kursus pendek masakan yang dijalankan secara dalam talian. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian IBM SPSS (Statistical Package for the social Science) versi 26. Hasil dapatan kajian dibentangkan mengikut tahap skor min. Manakala rekabentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masa yang ditetapkan untuk melaksanakan tugasan bagi setiap minggu adalah mencukupi. Responden berasa selesa mempelajari kursus pendek masakan dengan melihat video yang dikongsi pensyarah dan responden setuju dengan kaedah melihat demonstrasi video adalah lebih mudah kerana boleh mengulangi dengan melihat video sekiranya pemahaman kurang jelas. Kesimpulannya, dapatan kajian ini mendapati peserta program PKK bersedia menerima kaedah pengajaran secara video dan kelas secara atas talian semasa keadaan norma baharu ini. Namun begitu, kaedah demonstrasi secara bersemuka menjadi pilihan utama peserta sekiranya diberi pilihan oleh pihak penganjur. Kata Kunci: Kursus Pendek, Demonstrasi, Video, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 102 1.0 Pengenalan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) adalah satu program anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini adalah suatu usaha murni bagi menbudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia dalam menghadapi persaingan globalisasi masa kini (H.Hazwani & B.N. Aishah, 2018). Masyarakat perlu menambah nilai dan kemahiran dalam diri untuk memenuhi keperluan industri agar dapat bersaing secara seimbang selari dengan revolusi industri 4.0. Pembelajaran sepanjang hayat menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pendidikan dan kemahiran melalui kursus pendek yang ditawarkan di mana masyarakat boleh kembali ke institusi pendidikan yang menawarkan kursus yang berkaitan (Halili et al., 2012). Program Keusahawanan Komuniti (PKK) menjadi fokus utama di kolej komuniti untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) telah memilih bidang Kulinari sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti di mana konsep pembelajaran adalah secara bermodular. Penyampaian pengajaran adalah melalui kursus pendek selama dua bulan pada setiap hujung minggu melibatkan modul kulinari dan keusahawanan. Peserta akan didedahkan dengan kursus kemahiran menghasilkan produk, penyimpanan, pembungkusan seterusnya ke peringkat pemasaran. Pembelajaran dan pengajaran berkonsepkan amali dan teknikal yang berlangsung di dalam bengkel masakan adalah sinomin dengan bidang kulinari. Tambahan lagi bidang ini sangat senang dipraktikkan secara kaedah bersemuka. Namun, terdapat kekangan apabila negara dilanda pandemik COVID-19 pada bulan Februari 2020, Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara pada tempoh masa yang panjang (Awang et al., 2021). Oleh hal yang demikian, kursus pendek masakan bidang Kulinari terpaksa dijalankan secara atas talian. Peserta program perlu mempraktikkan kembali (hands on) teknik dan ilmu yang diajar oleh pensyarah secara atas talian menerusi video demostrasi masakan yang dirakam. Para peserta perlu mempraktikkan kemahiran dan resepi yang dipelajari di rumah serta merakam video masakan yang dihasilkan dan menghantar ke pautan link Facebook Page yang disediakan bagi pemantauan dan penilaian oleh pensyarah. Satu pendekatan baru telah dijalankan bagi melaksanakan kursus pendek masakan ketika kerajaan menetapkan Prosedur Operasi Standard (Standard Operation Procedur -SOP) bagi mengekang penularan covid-19. Kaedah penyampaian demostrasi masakan kursus pendek secara video atas talian telah dipilih ketika kebiasaan norma baharu. Sehubungan dengan itu, pensyarah secara tidak langsung akan mengutamakan penglibatan teknologi dalam memastikan proses perlaksanaan kursus pendek masakan secara atas talian dapat berlangsung. Antara penggunaan teknologi yang terlibat adalah


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 103 internet, email, telegram, Google Meet, Whatsapps, Zoom dan sebagainya. Kaedah penyampaian kursus diadaptasi daripada kaedah bersemuka kepada kaedah secara atas talian. Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah untuk mengenal pasti penerimaan penyampaian kursus pendek masakan bagi Program Keusahawanan Komuniti (PKK) 2021 melalui kaedah demonstrasi secara video dan kelas secara atas talian ketika penularan pandemik Covid-19. Kolej Komuniti Nibong Tebal telah dipilih sebagai lokasi untuk menjalankan kajian ini. Sebanayak 15 responden telah dipilih baji tujuan sample kajian. Kaedah sampel penyelidikan, reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, kesahan dan kaedah analisis data telah digunakan oleh penyelidik. Jumlah peserta yang dipilih merupakan bilangan yang telah ditentukan oleh Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) bagi menjayakan program PKK di KKNT. Kajian berbentuk kuantitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini bermaksud kaedah pengumpulan data adalah secara instrument soal selidik. Soalan soal selidik secara tertutup diberikan kepada responden dengan memilih jawapan yang disediakan bagi memberi maklumat kepada penyelidik. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis bagi mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap kesukaran soalan yang dibina dengan memilih lima orang peserta dari program PKK dipilih secara rawak bagi menjawab kajian rintis ini. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif, versi 26 perisian IBM SPSS. Hasil dapatan kajian dibentangkan mengikut tahap skor min (Sangat Tinggi, Tinggi, Sederhana, Rendah, dan Sangat Rendah). Hasil dapatan dan perbincangan penyelidikan akan digunakan oleh institusi lain bagi menambahbaik kursus pendek dalam bidang masakan. Objektif 1. Mengenal pasti penerimaan penyampaian kursus pendek masakan kaedah demonstrasi secara video. 2. Mengenal pasti cabaran yang peserta hadapi terhadap kaedah demostrasi secara video. 3. Mengenal pasti penilaian kendiri peserta terhadap kaedah demostrasi secara video atas talian. 2.0 Sorotan Kajian Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelum ini berkaitan kajian yang mengkaji penerimaan pelajar terhadap pembelajaran kaedah demostrasi secara video. 2.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu program yang menawarkan pendidikan kepada semua golongan masyarakat dengan kaedah pembelajaran yang pelbagai di sesebuah institusi yang terpilih. Dalam


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 104 meningkatkan ekonomi negara, kerajaan Malaysia menjalankan satu usaha dengan meningkatkan pendapatan rakyat melalui pelaburan di dalam pembangunan sumber manusia melalui program pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) (H.Hazwani & B.N. Aishah, 2018). Terdapat banyak institut pengajian tinggi yang menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti (Mohamad et al., 2017). Kemahiran yang di tawarkan oleh Program Pembelajaran Sepanjang Hayat melibatkan kombinasi dua kemahiran utama iaitu kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal bagi melahirkan individu yang berkemahiran seiring dengan keperluan industri. Selari dengan perkembangan arus globalisasi dalam industri menuntut para pekerja untuk meningkatkan prestasi melalui pembelajaran kursus pendek bagi meghadapi perubahan industri. Justeru, unit PSH atau latihan dan pembagunan memainkan peranan penting dalam menigkatkan kualiti pekerja dalam pelbagai bidang atau lapangan uang diceburi (Mohamad et al., 2017). 2.2 Pembelajaran Atas Talian Pengajaran dan pembelajaran atas talian adalah satu kaedah yang yang membolehkan pembelajaran berlaku tidak kira tempat dan tanpa batasan waktu. (Krismadinata et al., 2020). Tambahan lagi, pembelajaran dan pengajaran secara atas talian dapat dilaksanakan tanpa menghadkan bilangan pelajar, pembelajaran secara terancang dan dijalankan secara terbuka serta percuma (Amani Nawi & Umi Hamidaton, 2020). Oleh itu, dapat dilihat bahawa pembelajaran atas talian sangat fleksibel dari segi masa, ruang, kos dan bilangan pelajar. Secara konvensionalnya, penggunaan teknologi seperti internet, telefon pintar, komputer, kekuatan satelit dan sistem rangkaian interaktif merupakan satu kaedah pendidikan atas talian yang sangat membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan, bahan kuliah, penilaian, pembentangan serta projek (Rasouli et al., 2016). Turut disokong oleh Golzari, Kiamanesh, Ghoorchian & Jafari (2010), seiring dengan revolusi 4.0 yang berlaku pada masa kini, penggunaan paltform pembelajaran atas talian merupakan startegi yang paling sesuai dalam meningkatkan kualti pengajaran dan pembelajaran. Jesteru, pembelajaran dan pengajaran atas talian adalah sangat kait rapat dengan penggunaan teknologi dalam memastikan kelas yang dirancang berjalan dengan lancar. 2.3 Teknologi Video Dalam Penyampaian Kursus Pendek Dalam Talian Penggunaan video digital di dalam penyampaian kursus pendek atas talian adalah sangat membantu proses pengajaran menjadi lebih pantas dan menarik. Gabungan elemen-elemen seperti imej foto, garfik, muzik dan suara lantar menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami berbanding dengan penerangan yang panjang lebar di dalam kelas (Hanif, 2020). Seterusnya, penggunaan video terbukti mampu membantu pelajar dalam menguasai sesuatu bidang dengan meningkatkan kefahaman


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 105 serta ketrampilan secara langsung menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat (Jaswadi, 2020). Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan mod penyampaian video secara langsung dan rakaman memberi lebih keselesaan dan lebih sesuai untuk pelajar dewasa. Hal ini disokong oleh Halili et al., (2012), pengajaran dan pembelajaran menggunakan sidang video secara langsung dan rakaman membantu pelajar lebih bersedia untuk belajar berbanding dengan sidang video secara streamin. Selain itu, bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berjaya khususnya dalam bidang Technical Vocational Education Training (TVET) pengaplikasian pembelajaran secara video merupakan salah satu kaedah yang wajar digunakan di semua institusi yang berkaitan (Jaswadi, 2020). Hal ini juga merangkumi, penggunaan video kursus pendek dalam talian agar mengatasi kekangan pelajar yang jauh dari institusi. Selain itu, teknologi telefon pintar telah memudahkan penghasilan video samaada untuk digunapakai oleh pensyarah atau pelajar. Para pelajar boleh menggunakan telefon pintar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan terutamanya ketika menghasilkan tugasan video. Penggunaan telefon pintar banyak membantu, memudahkan dan mempercepatkan proces penghasilan video kerana aplikasinya mesra pengguna. Penghasilan video berkualiti menggunakan aplikasi telefon pintar juga boleh meningkatkan kualiti penyampaian sesi pengajaran dan pembelajar. Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat pembangunan aplikasi telefon pintar sebenarnya banyak memudahkan serta menjadikan fungsi telefon pintar sebagai peranti serbaguna dalam pembelajaran dan pengajaran (Hanif, 2020). Oleh itu, penyuntingan video melalui aplikasi yang terdapat pada telefon pintar dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam menghasilkan video yang berkualiti dengan cepat serta proses penyampaian ilmu menjadi lebih menarik dan senang untuk difahami. 3.0 Metodologi Kajian Kolej Komuniti Nibong Tebal dipilih sebagai tempat untuk menjalankan pengumpulan data mentah, di mana 15 orang responden dari peserta kursus PKK telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data menggunakan soal selidik kerana ia mudah dan menjimatkan masa. Soal selidik diedarkan melalui pautan untuk memudahkan responden menjawab. Soal selidik menggunakan Skala Likert lima aras iaitu Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju. Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan soalan maklumat responden manakala bahagian B adalah soalan penilaian responden terhadap kaedah penyampaian kursus pendek kaedah demonstrasi secara video. Skor min diperolehi bagi mengukur persetujuan jawapan responden. Data dari Skala Likert dianalisis menggunakan SPSS Versi 26 untuk menentukan kekerapan, peratus dan min. Dapatan ini dipersembahkan dalam bentuk jadual seperti dibawah.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 106 Jadual 1 : Score Mean Interpretation (Interpretasi Skor Min) Mean Score (Skor Min) Score Mean Interpretation (Interpretasi Skor Min) 1.00 – 1.80 Very Low (Sangat Rendah) 1.81 – 2.60 Low (Rendah) 2.61 – 3.20 Medim (Sederhana) 3.21 – 4.20 High (Tinggi) 4.21 – 5.00 Very High (Sangat Tinggi) Sumber : Moidunny (2009) 4.0 Analisis dan Perbincangan Bahagian A : Maklumat Responden Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut umur. Dapatan menunjukkan bahawa taburan umur responden adalah di antara 21 tahun sehingga 60 tahun ke atas. Jadual 1 : Umur Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent Valid 21-29 tahun 2 13.3 13.3 13.3 30-39 tahun 5 33.3 33.3 46.7 40-49 tahun 3 20.0 20.0 66.7 50-59 tahun 4 26.7 26.7 93.3 60 tahun ke atas 1 6.7 6.7 100.0 Total 15 100.0 100.0 Jadual 2 menunjukkan taburan jantina responden. Dapatan menunjukkan dari 15 orang peserta yang terlibat, hanya seorang sahaja peserta lelaki. Jadual 2 : Jantina Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent Valid Perempuan 14 93.3 93.3 93.3 Lelaki 1 6.7 6.7 100.0 Total 15 100.0 100.0


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 107 Jadual 3 menunjukkan taburan bangsa responden. Majoriti responden yang terlibat adalah berbangsa Melayu. Jadual 3 : Bangsa Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent Valid Melayu 15 100.0 100.0 100.0 Jadual 4 menunjukkan maklumat pekerjaan responden. Dapatan menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 14 orang bekerja sendiri, manakala hanya seorang sahaja bekerja dalam sektor swasta. Jadual 4 : Maklumat Pekerjaan Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent Valid Bekerja 14 93.3 93.3 93.3 sendiri Swasta 1 6.7 6.7 100.0 Total 15 100.0 100.0 Jadual 5 menunjukkan jumlah pendapatan responden. Dapatan menunjukkan taburan pendapatan bulanan responden majoritinya adalah di antara RM 0.00 sehingga RM 500.00. Jadual 5 : Jumlah Pendapatan Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent Valid RM 0.00 - RM 500.00 7 46.7 46.7 46.7 RM 500.00 - RM 1 6.7 6.7 53.3 1000.00 RM 1000.00 - RM 3 20.0 20.0 73.3 2000.00 RM 2000.00 - RM 2 13.3 13.3 86.7 3000.00 RM 3000.00 - RM 1 6.7 6.7 93.3 4000.00 RM 5000.00 ke atas 1 6.7 6.7 100.0 Total 15 100.0 100.0


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 108 Jadual 6 menunjukkan maklumbalas responden terhadap kaedah pelaksanaan kursus pendek secara demonstrasi video. Dapatan menunjukkan bahawa masa yang ditetapkan untuk melaksanakan tugasan bagi setiap minggu adalah mencukupi dengan dapatan min 4.33 (SP: 0.488) dan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Responden berpendapat bahawa video demonstrasi masakan kursus pendek yang dikongsi oleh pensyarah ketika kursus masakan secara atas talian agak sukar dilaksanakan di rumah tanpa bimbingan dari pensyarah secara langsung, dapatan min 4.27 (0.458) dengan interpretasi min skor “sangat tinggi”. Responden berasa selesa mempelajari kursus pendek masakan dengan melihat video yang dikongsi oleh pensyarah kerana kurang yakin untuk melaksanakan amali secara bersemuka kerana bimbang hasil produk kurang memuaskan, dapatan min 4.47 (SP: 0.516) dengan interpretasi min skor “sangat tinggi”. Responden berpendapat bahawa kursus pendek masakan secara kaedah melihat video adalah lebih memudahkan kerana boleh mengulangi video tersebut jika ada proses kurang jelas, dengan dapatan min 4.27 (SP: 0.458), interpretasi skor min “sangat tinggi”. Responden memilih untuk belajar masakan secara melihat video masakan yang dikongsikan oleh pensyarah berbanding belajar secara bersemuka. Dapatan ini memperoleh min 4.20 (SP: 0.414) dengan interpretasi skor min “tinggi”. Responden berpendapat kursus pendek masakan secara bersemuka iaitu demonstrasi secara langsung oleh pensyarah adalah lebih berkesan daripada kursus pendek secara atas talian (video masakan). Dapatan ini memperoleh 4.27 (SP: 0.458), dengan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Peralatan yang diperlukan untuk menjalani kursus pendek kaedah melihat video di rumah menjadi kekangan kerana peralatan yang ada di rumah tidak lengkap seperti di Bengkel Masakan, dapatan 4.47 (SP: 0.516) dengan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Pendedahan tentang platform digital dalam perniagaan sangat membantu dalam meningkatkan keupayaan pemasaran produk. Dapatan ini memperoleh 4.47 (SP: 0.516) dengan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Responden berpendapat bahawa kursus pendek masakan secara atas talian berjaya mewujudkan rangkaian perniagaan antara usahawan-usahawan lain. Dapatan ini memperoleh min 4.40 (SP: 0.507) dengan interpretasi skor min “sangat tinggi”.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 109 Bahagian B: Analisis Penilaian Responden Terhadap Kaedah Pelaksanaan Kursus Pendek Secara Demonstrasi Video Jadual 6 : Statistik Desriptif Sisihan Piawai Skor N Minimum Maksimum Min (SP) Min Adakah masa yang ditetapkan 15 4 5 4.33 0.488 Sangat untuk melaksanakan tugasan Tinggi bagi setiap minggu adalah mencukupi Saya berpendapat bahawa video 15 4 5 4.27 0.458 Sangat demonstrasi masakan yang Tinggi dikongsi oleh pensyarah ketika kursus masakan secara atas talian agak sukar dilaksanakan di rumah tanpa bimbingan dari pensyarah secara langsung Saya berasa selesa mempelajari 15 4 5 4.47 0.516 Sangat kursus pendek masakan dengan Tinggi melihat video yang dikongsi oleh pensyarah kerana saya kurang yakin untuk melaksanakan amali secara bersemuka kerana bimbang hasil produk saya kurang memuaskan Kursus pendek masakan secara 15 4 5 4.27 0.458 Sangat kaedah melihat video adalah Tinggi lebih memudahkan saya kerana saya boleh mengulangi video tersebut jika ada proses yang saya kurang jelas Saya memilih untuk belajar 15 4 5 4.20 0.414 Tinggi masakan secara melihat video masakan yang dikongsikan oleh pensyarah berbanding belajar secara bersemuka Pada pandangan saya, kursus 15 4 5 4.27 0.458 Sangat pendek masakan secara Tinggi bersemuka iaitu demonstrasi


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 110 secara langsung oleh pensyarah adalah lebih berkesan daripada kursus pendek secara atas talian (video masakan) Peralatan yang diperlukan 15 4 5 4.47 0.516 Sangat untuk menjalani kursus pendek Tinggi kaedah melihat video di rumah menjadi kekangan kepada saya kerana peralatan yang ada di rumah tidak lengkap seperti di Bengkel Masakan Pendedahan tentang platform 15 4 5 4.47 0.516 Sangat digital dalam perniagaan sangat Tinggi membantu dalam meningkatkan keupayaan pemasaran produk Pendedahan tentang kemahiran 15 4 5 4.47 0.516 Sangat multimedia seperti suntingan Tinggi gambar dan video untuk tujuan pemasaran produk Kursus pendek masakan secara 15 4 5 4.40 0.507 Sangat atas talian berjaya mewujudkan Tinggi rangkaian perniagaan antara usahawan-usahawan lain Valid N (listwise) 15 Perbincangan Secara keseluruhannya, pelaksanaan kursus pendek di Kolej Komuniti Nibong Tebal terhadap peserta PKK di dalam bidang masakan telah memberi impak kepada pengajar dan juga peserta kursus. Dapatan kajian menunjukkan dari segi masa yang ditetapkan untuk melaksanakan tugasan bagi setiap minggu adalah mencukupi kerana kandungan kursus yang teratur dan nota kursus yang mudah difahami dan mudah diikuti. Video demonstrasi masakan yang dikongsi oleh pensyarah ketika kursus masakan secara atas talian agak sukar dilaksanakan di rumah tanpa bimbingan dari pensyarah secara langsung. Ini adalah kerana tiada pemantauan secara langsung dari pensyarah menyebabkan peserta kursus melaksanakan kursus mengikut apa yang ditonton sahaja tanpa ada teguran kesalahan. Sebaliknya, terdapat juga perserta kursus yang berasa selesa mempelajari kursus pendek masakan dengan melihat video yang dikongsi oleh pensyarah kerana mereka kurang yakin untuk melaksanakan amali secara bersemuka kerana bimbang hasil produk kurang memuaskan. Kurang keyakinan diri menyebabkan beberapa peserta kursus pendek memilih untuk belajar secara melihat video. Selain


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 111 itu, belajar secara atas talian menjadi mudah kerana terdapat peserta yang pernah menghadiri kursus-kursus masakan lain yang berbayar secara atas talian di website atau platform lain. Terdapat juga peserta kursus yang selesa memilih kursus pendek masakan secara kaedah melihat video kerana ia lebih memudahkan kerana boleh mengulangi video tersebut jika ada proses kurang jelas. Menurut Kay, (2012) pembelajaran secara video dapat mengawal proses pembelajaran, tabiat belajar yang teratur dan mampu meningkatkan prestasi pembelajaran. Peserta kursus memilih untuk belajar masakan secara melihat video masakan yang dikongsikan oleh pensyarah berbanding belajar secara bersemuka. Ini adalah kerana pelbagai faktor yang mendorong antaranya, tumpuan peserta terhadap kaedah video dan secara bersemuka adalah berbeza. Peserta bersetuju bahawa kursus pendek masakan secara bersemuka iaitu demonstrasi secara langsung oleh pensyarah adalah lebih berkesan daripada kursus pendek secara atas talian (video masakan). Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk menjalani kursus pendek kaedah melihat video di rumah menjadi kekangan kerana peralatan yang ada di rumah tidak lengkap seperti di Bengkel Masakan. Terdapat peserta yang tidak mempunyai peralatan yang diperlukan untuk kegunaan kursus. Pendedahan tentang platform digital dalam perniagaan sangat membantu dalam meningkatkan keupayaan pemasaran produk kerana pensyarah memberi tunjuk ajar yang lengkap supaya pemasaran produk menjadi lebih berkesan dan menarik. Selain itu, kursus pendek masakan secara atas talian berjaya mewujudkan rangkaian perniagaan antara usahawanusahawan lain. Rangkaian perniagaan dapat berkembang dengan baik sekiranya tips dan pendapat tentang perniagaan boleh dikongsi dengan usahawan-usahawan yang lebih berjaya. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran secara atas talian harus dipandang dari sudut positif. Dapatan kajian oleh Zhang et al., (2006) menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah penggunaan video lebih baik dan menggalakkan peserta, namun ia tetap bergantung kepada banyak faktor iaitu peserta, tenaga pengajar, teknologi yang digunakan dan nilai kandungan bahan tersebut. 5.0 Rumusan dan Cadangan Pelaksanaan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) di era pandemik Covid-19 memberi pengalaman baharu kepada semua peserta dan juga pengajar. Respond yang diberikan menunjukkan penerimaan peserta terhadap kaedah demonstrasi melalui video sepanjang program berlangsung amatlah positif. Walau bagaimanapun terdapat peserta yang menggemari kursus secara bersemuka kerana mereka boleh bertanya secara terus kepada pengajar semasa melakukan kerja-kerja amali berbanding hanya menonton video semasa di rumah. Ini menyukarkan mereka untuk bertanya


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 112 sekiranya ada sebarang kemusykilan serta tiada pemantauan dari pengajar. Memandangkan peserta terdiri daripada latar belakang yang berbeza, peralatan memasak yang digunakan juga menjadi kekangan selain memerlukan rangkaian internet yang baik bagi menghadiri kelas secara atas talian. Melalui modul keusahawanan pula, peserta amat berpuas hati dengan pembelajaran yang diajar secara atas talian kerana pendedahan platform digital dalam perniagaan sangat membantu dalam perniagaan mereka. Secara keseluruhannya, penyampaian kursus pendek kaedah demonstrasi secara video dapat diterima oleh peserta program PKK di era pandemik Covid-19, namun jika diberi pilihan antara bersemuka atau atas talian, kebanyakannya mereka memilih secara bersemuka. Ini kerana interaksi secara bersemuka lebih memberi kefahaman kepada mereka di samping dapat menggunakan kemudahan atau peralatan bengkel masakan di kolej komuniti yang mana kadangkala peralatan-peralatan ini tidak lengkap atau tiada di rumah. Walau bagaimanapun, kaedah demontrasi secara video dan seterusnya kelas masakan atas talian memberi pengalaman yang paling bermakna kepada pengajar kursus kerana terdapat pro dan kontra dalam melaksanakan tugasan ini. Penyelidik berharap agar hasil kajian ini dapat membantu jabatan dalam mengenalpasti medium yang terbaik dalam meyampaikan kaedah pengajaran sekiranya perlu dijalankan secara atas talian. Cadangan untuk kajian pada masa hadapan, pengkaji boleh membuat penyelidikan berkaitan:- a) Kajian tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap kualiti video yang dihasilkan dan cara penyampaian berkesan dalam melaksanakan kursus secara atas talian. b) Kajian terhadap kesesuaian pembelajaran atas talian, bersemuka atau campuran (blended learning) untuk pelaksanaan kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Rujukan Amani Nawi, & Umi Hamidaton. (2020). Penerimaan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Sebagai Platform Pembelajaran – Satu Tinjauan. E-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020), 315–330. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6838 Awang, A., Ghani, R. A., Muhammud, F. safura, Bakar, R. A., & Sulaiman, N. H. (2021). Analisis Penerimaan Pelajar Terhadap An Analysis Student Acceptance of Islamic Education through Interactive MOOC Learning during Covid-19 Pandemic. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(4), 1– 14. Golzari, Z., Kiamanesh, A., Ghorchian, G. N., & Ghafari, P. 2010. Development and accreditation of a model for internal evaluation of E-Learning courses. Journal of Higher Education Curriculum Studies, 1(1), 160-185.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 113 H.Hazwani & B.N. Aishah. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti (The Effectiveness of the Lifelong Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill Levels of Students Community College). Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(03), 89–106. https://doi.org/10.17576/jpen-2018-43.03-10 Halili, S. H., Sulaiman, S., & Abd Rashid, M. R. (2012). Aplikasi Prinsip Pembelajaran Dewasa Knowles dengan Penggunaan Mod Penyampaian Teknologi Sidang Video dalam Kalangan Pelajar Jarak Jauh. Ajtlhe, 4(2), 79– 90. Hanif, M. (2020). Penulisan Pengunaan Aplikasi Penyuntingan Video Telefon Pintar. 1–5. Jaswadi, A. M. P. & N. (2020). Keberkesanan Pembelajaran Kursus Engineering Science Berasaskan Video. Social Sciences & Humanities 2020, Vol.3 No.(December), 395–404. https://www.researchgate.net/publication/291974748_Analisis_Keperluan_Ku rikulum_Pendidikan_Vokasional_Pelajar_Bermasalah_Pembelajaran_LD_di_Mal aysia Kay, R. H. (2012). Exploring the use of video podcasts in education: A comprehensive review of the literature. Computers in Human Behavior, 28(3), 820– 831. https://doi.org/10.1016/j.chb.2012.01.011 Krismadinata, Verawardina, U., Jalinus, N., Rizal, F., Sukardi, Sudira, P., Ramadhani, D., Lubis, A. L., Friadi, J., Arifin, A. S. R., & Novaliendry, D. (2020). Blended learning as instructional model in vocational education: Literature review. Universal Journal of Educational Research, 8(11B), 5801– 5815. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.082214 Mohamad, N., Hashim, H. N., Komuniti, K., & Tanah, M. (2017). Kajian Kepuasan Peserta Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat ( Psh ) Terhadap Kursus Pendek Pemprosesan Makanan Di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka employment Kolej Komuniti Masjid Tanah ( KKMT ) yang dulunya dikenali sebagai Kolej terdapat di Malaysia . 1(1), 101–112. Moidunny, K. (2009). The effectiveness of the National Professional Qualifications For Educational Leaders (NPQEL) (Unpublished doctoral dissertation). Bangi: The National University of Malaysia. Rasouli, A., Rahbania, Z., & Attaran, M. (2016). Students’ Readiness for E-learning Application in Higher Education. (2016). Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(3), 51–64. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(3), 51– 64. Zhang, D., Zhou, L., Briggs, R. O., & Nunamaker, J. F. (2006). Instructional video in e-learning: Assessing the impact of interactive video on learning effectiveness. Information and Management, 43(1), 15–27. https://doi.org/10.1016/j.im.2005.01.004


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 114 Penerimaan Pelaksanaan Kursus Pendek Barista di Kolej Komuniti Kuantan Amizah Mohamed1*, Mohd Fadzly Mohd Shuraimi2, Siti Mariam Mohd Amin@Abd Aziz3 123Kolej Komuniti Kuantan *[email protected] Abstrak Kursus Pendek Barista adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Kuantan. Kursus ini telah mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat di sekitar Kuantan. Namun pengkaji telah menggunakan Ansoff Matrix untuk memahami maksud hakikat terhadap permintaan Kursus Barista di Kolej Komuniti Kuantan. Kajian awal iaitu ujian rintis telah diedarkan kepada 10 orang peserta untuk menentu-sah soalan kaji selidik itu wajar diedarkan kepada sampel dipilih. Nilai Cronbach Alpha adalah setinggi 0.70 menunjukkan set soalan adalah wajar dan mencerminkan set soalan yang menepati arah tuju kajian ini. Teknik persampelan yang digunakan ialah Purposive Sampling seramai 33 peserta. Kajian ini menggunakan analisis regresi pelbagai kerana pengkaji ingin melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah di dalam Model Ansoff Matrix. Daripada keempat-empat kuadran Ansoff Matrix, majoriti peserta akur dan teruja dengan penerimaan yang tinggi pada kuadran 1 dan 4. Kuadran 2 dan 3 mempunyai hubungan songsang menunjukkan hubungan yang terbalik antara pembolehubah bersandar kepada dua pembolehubah peramal. Terdapat sedikit jurnal dan penulisan berkenaan model ini menjadikan model ini kurang popular di era digital. Namun ia boleh menjadi satu platform kajian untuk dijalankan di bidang dan segmentasi yang berlainan. Kata Kunci: Barista, Kolej Komuniti Kuantan,PSH, Ansoff Matrix 1.0 Latar belakang Kajian Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Kuantan adalah satu cabang pendidikan di Kementerian Pengajian Tinggi yang khusus menyediakan pendidikan tidak formal kepada masyarakat setempat. Kursus-kursus yang ditawarkan mencerminkan permintaan setempat kepada Kolej Komuniti Kuantan. Antara kursus yang mendapat permintaan masyarakat Kuantan adalah seperti Kursus Masakan Barat, Kursus Solekan Asas, Kursus Elektrikal, Kursus Pastri dan Kursus Kemahiran Interpersonal mengikut minat individu. Tarikan utama kursus PSH di sini adalah disebabkan oleh yuran kursus yang amat murah dan sangat berpatutan. Ini adalah kerana kursus PSH ini diajar oleh pensyarah dan ini banyak mengurangkan kos berkaitan dengan kursus yang dipinta. Antara kursus yang menjadi pilihan utama masyarakat Kuantan di Kolej Komuniti Kuantan adalah Kursus Barista. Kursus ini menawarkan ilmu dan kemahiran mengendalikan coffee machine, menghasilkan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 115 minuman espresso menjadi kepada minuman yang lebih baik dari segi rasa dan penampilan minuman ini. Kursus Barista ini kerap dilaksanakan bermula pada awal tahun 2019 dan permintaan ke atas kursus ini kian bertambah dari semasa ke semasa. Justeru itu, pengkaji ingin mengetahui dari aspek pendekatan Ansoff Matrix di dalam kajian ini. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Unit PSH Kolej Komuniti Kuantan, sepanjang 3 tahun (2019-2022), 21 Kursus Pendek Barista telah dilaksanakan. Kursus ini sangat mendapat sambutan di Kolej Komuniti Kuantan seiring perkembangan yang sangat memberangsangkan industri kopi di Kuantan. 1.1 Penyataan Masalah Justifikasi kajian ini adalah untuk menentu-sahkan Ansoff Matrix ke atas data Unit PSH Kolej Komuniti Kuantan. Data yang dikumpul oleh Unit PSH cuma menyatakan data yang descriptive dan kajian ini memerlukan pendekatan yang lebih ilmiah untuk menyokong data ini. 1.2 Objektif Objektif kajian yang dirangka untuk kajian ini boleh dibahagikan kepada beberapa objektif berikut : 1.2.1 Adakah 4 quadran Ansoff Matrix mempunyai hubungan ke atas Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista). 1.2.2 Adakah Market Penetration mempunyai hubungan ke atas Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista). 1.2.3 Adakah Market Development mempunyai hubungan ke atas Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista). 1.2.4 Adakah Product Development mempunyai hubungan ke atas Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista). 1.2.5 Adakah Diversity Strategy mempunyai hubungan ke atas Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista). 2.0 Sorotan Kajian Ansoff Matrix adalah rangka kerja berbentuk 2x2 yang mempunyai 4 kuadran untuk membantu individu dan organisasi mencapai strategi perkembangan. Ia diasaskan oleh Igor Ansoff dan telah diterbitkan oleh Harvard Business Review pada tahun 1957. Model ini telah mencetuskan analisis terkenal seperti PESTEL, SWOT dan Porters 5 Forces (Ansoff Matrix, 2022).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 116 Ia adalah kaedah model pemasaran yang memaparkan 4 quadran yang membuat diversifikasi 4 segmen pemasaran iaitu Penembusan Pasaran (Market Penetration), Pembangunan Produk (Product Development), Pembangunan Pasaran (Market Development) dan Strategi Kepelbagaian (Diversification Strategy) (Clarissia, 2019). Dengan mengenali Ansoff Matrix ini, pengkaji boleh menyusun permintaan Kursus Barista ini supaya tenaga pengajar boleh menyusun kurikulum yang lebih efektif dan mempunyai nilai tambah yang lebih menarik. Menurut (Yin, 2016) Ansoff Matrix juga dikenali sebagai Pembesaran Vektor Matrix ( Growth Vector Matrix ) adalah metodologi kajian yang khusus kepada analisis produk dan pemasaran dan pengurusan. Ianya digunakan untuk mengenalpasti tahap yang dihasratkan oleh pengguna atau organisasi. OPC Rajah 1 : 4 Quadran Ansoff matrix Rajah 1 menunjukkan asas kepada Ansoff Matrix di mana individu dan organisasi mampu mengadaptasi strategi implementasi untuk perkembangan perniagaan. Quadran 1 menunjukkan penembusan pasaran ialah peningkatan dalam jualan produk yang telah dihasilkan pada sasaran yang sama. Dalam strategi ini, kita boleh mengambil lebih banyak kelebihan daripada yang sedia ada produk tanpa mengubah produk atau aspeknya. Kita boleh mencapai ini dalam pelbagai cara seperti melaraskan tahap harga yang akan membawa lebih ramai pelanggan atau dengan memperuntukkannya di lebih banyak tempat. Ia adalah pilihan yang selamat untuk pemasar kerana hakikat bahawa anda sudah mengetahui ciri-ciri produk anda dan anda tahu pasaran yang digunakannya. Jadi strategi ini tidak mempunyai risiko yang besar kerana sudah ada pelanggan sedia ada untuk pasaran. Cadangan baru bahawa untuk penggunaan produk akan membantu pertumbuhan penembusan pasaran. Perkara ini juga disokong oleh (Evangelia, 2017) dengan mengatakan penembusan pasaran (Market Penetration) boleh menambahkan penjualan produk di dalam pasaran yang sama. Evangelia percaya usaha ini boleh


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 117 dicapai dengan meletakkan harga bagi produk tetapi di lokasi yang berbeza untuk meningkatkan kesedaran pengguna di pasaran baru. Ansoff Matrix juga meletakkan isu Pembangunan Produk di quadran ketiga dengan menyatakan individu ataupun organisasi mesti membuat inovasi produk ataupun melancarkan produk baharu. Pembangunan Produk ini seharusnya akan mencipta keinginan dan sikap ambil tahu ke atas produk sediada. Quadran berikutnya adalah Pembangunan Pasaran (Market Development) yang juga dikenalpasti sebagai Market Extension. Kaedah menunjukkan produk individu dan organisasi itu telah menambahbaik nilai item di mana ia boleh berdiri sendiri di dalam pasaran yang baharu. Ia melibatkan pasaran geografikal dan pakej yang baru diadaptasi. Ia juga memberikan peluang kepada organisasi untuk memasarkan produk ke lokasi yang baru. Di dalam Ansoff Matrix, pada segmen akhir dinamakan Kepelbagaian (Diversification) yang menunjukkan method yang paling berisiko di antara segmen-segmen lain. Ianya melibatkan inovasi terbaharu yang tiada kaitan dengan mana-mana produk sebelum ini baik dari segi produk, operasi dan pengendalian seluruhnya (Evangelia, 2017). 3.0 Metodologi Kajian Demi menjawab tajuk di atas, kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran di dalam soal selidik dan ujian persampelan. Kajian ini menggunakan korelasi dan ia menunjukkan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah dan ia boleh menunjukkan kekuatan hubungan sama ada positif, negatif atau tiada kaitan sahaja. Hasil laporan daripada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kuantan, memang ada permintaan yang tetap terhadap Kursus Barista, namun dengan kajian seumpama ini, Unit PSH dan tenaga pengajar mampu memberikan lebih nilai tambah kepada peserta di masa akan datang. Borang soal selidik dibina atas dapatan jurnal terdahulu dan diadaptasikan dengan kehendak Unit PSH Kolej Komuniti Kuantan. Borang ini telah diisi oleh alumni peserta kursus terdahulu. 3.1 Kerangka Kajian Kajian ini menggunakan rujukan jurnal terdahulu dan ebook FreeManagement - Ebook (FME) untuk menafsir pembolehubah yang tepat agar Ansoff Matrix ini boleh diaplikasikan. Dengan meneliti pembolehubahpembolehubah bersandar kepada pembolehubah tak bersandar ini, maka ianya boleh ditafsirkan seperti di bawah


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 118 Rajah 2 : Cadangan kajian ke atas Ansoff matrix Berikut adalah set soalan yang dibina berdasarkan jurnal, ebook dan pemahaman pensyarah agar ia menepati kehendak Cronbach Alpha. Soalan dibina mengunakan Likert Scale (1-5) seterusnya diukur menggunakan ANOVA untuk melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah di dalam model cadangan di atas. Penetration Strategy S1 Saya yakin produk kopi mendapat pemintaan di sini S2 Minuman kegemaran setempat adalah kopi ais S3 Harga kopi ais adalah lebih rendah daripada milo ais S4 Saya akan menjual pada harga yang sama di pasaran setempat saya S5 Saya maklum akan rakan-rakan dan pesaing saya di dalam pasaran Development Strategy S6 Terdapat potensi di luar kawasan saya S7 Saya impikan dapat menjual produk ini di Kuala Lumpur, Sunway City, Ipoh dan Johor Bahru S8 Saya percaya pada packaging yang menarik S9 Saya menggunakan servis GRABFOOD untuk meluaskan pasaran saya S10 Saya akan menggunakan harga yang baharu khusus di tempat baru. Product Development Strategy S11 R&D di dalam ilmu kopi ini adalah penting S12 Saya menghargai feedback pelanggan saya S13 Terdapat teknologi baharu di dalam bidang kopi ini Diversity Strategy S14 Kita mesti melangkaui jangkaan pelanggan S15 Produk kopi kita mesti luar biasa S16 Kita tidak boleh memeningkan pelanggan kita dengan produk baharu


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 119 Permintaan Kursus Pendek Barista di Kolej Komuniti Kuantan S1 Saya gemarkan kursus pendek di Kolej Komuniti Kuantan S2 Saya dapat menimba ilmu di sini S3 Saya belajar secara teori dan amali di sini S4 Saya boleh mengaplikasi ilmu saya di rumah dan organisasi saya 3.2 Persampelan Kajian ini menetapkan Teknik Persampelan Purposive (Saunders M, 2012) iaitu ianya khusus kepada kumpulan yang telah mengikuti kursus Barista sebelum ini. Teknik persampelan ini berbentuk bukan kebarangkalian di mana elemen sample dipilih berdasarkan penilaian pengkaji. Ini akan membolehkan ketelusan jawapan dan memudahkan dan penjimatan masa dan kewangan dalam membuat analisis. Menurut Saunders et al (2012) juga kajian ini boleh mendapat banyak manfaat kerana ia mempunyai jawapan yang lebih intuitif di dalam kajian. 4.0 Analisis dan Perbincangan Ujian rintis telah diadakan dahulu sebelum diedarkan kepada caloncalon. Didapati Cronbach Alpha menunjukkan 0.709 daripada 16 soalan di dalam soal selidik pengkaji. Ia membuktikan soal selidik ini adalah bertepatan untuk menghasilkan jawapan kepada persoalan kajian (B., 2003). Pensyarah juga yang memiliki pengalaman 10 tahun juga memiliki kredibiliti untuk menjana soalan berdasarkan kehendak Ansoff Matrix. Sebanyak 33 responden telah menjawab melalui Google Form. Cara ini adalah lebih efisyen kerana ia menjimatkan tempoh mengumpul kembali soal selidik dan meningkat tempoh analisis kajian ini. 4.1 Analisis Regresi Pelbagai Ia adalah analisis (Piaw, 2009) yang digunakan untuk mengenalpasti dua atau lebih faktor yang menyumbang kepada perubahan di dalam variable bersandar iaitu Permintaan Barista di Kolej Komuniti Kuantan. Berlandaskan kepada Ansoff Matrix yang mempunyai 4 quandran, kami telah mengelaskan kuadran ini kepada 4 pembolehubah peramal di dalam kajian ini iaitu Penetration Strategy, Development Strategy, Product Development Strategy dan Diversity Strategy. Daripada Model Summary SPSS 13 , didapati nilai R Square ialah 0.670 bermakna 67.0 % perubahan di dalam ketiga-tiga pembolehubah peramal di dalam model Ansoff Matrix kepada pembolehubah tidak bersandar iaitu Permintaan Barista di Kolej Komuniti Kuantan. Manakala Jadual ANOVA pula merekodkan kesan yang signifikan (p<-.0/05) iaitu 0.002 (nilai sigma) dan ianya menyatakan ketiga-tiga pembolehubah adalah faktor dalam kajian ini.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 120 Daripada Jadual Coefficients, telah menunjukkan strategy development dan product development strategy kesan yang songsang di dalam Ansoff Matrix di mana ianya berlaku selepas menghadiri Kursus Barista di Kolej Komuniti Kuantan barulah responden memberi maklum kepada Ansoff Matrix bukan seperti yang dianjurkan dalam matrix asal. Maka ianya boleh ditafsirkan seperti diagram di bawah kerana kedua-dua menepati perancangan yang dianjurkan oleh Ansoff Matrix. Untuk menerangkan persamaan garis lurus Y=mx+c pula, daripada model Ansoff Matrix 3.227+ 0.337 Penetration -0.307 Development -0.309 Product Development +0.578 Diversity OPC Rajah 3 : Hasil kajian Ansoff matrix 5.0 Rumusan dan Cadangan Daripada Kajian ini dapat dirumuskan bahawa Ansoff Matrix telah berjaya menerangkan ciri-ciri perkembangan produk Barista dengan mengetengahkan 4 kuadran perkembangan produk. Namun begitu, kuadran 2 dan 3 yang diwakili oleh Perkembangan dan Product Development telah menunjukan hubungan yang songsang di dalam matrix ini. Ini disebabkan oleh dengan ilmu yang telah dipelajari di Kolej Komuniti Kuantan telah memberikan perspektif yang baharu kepada peserta, sekaligus memberikan magnitude yang negatif di dalam matrix ini. Ianya bukanlah sesuatu yang tidak baik di dalam kajian namun ia memberikan cabaran bahawa kajian Ansoff Matrix ini boleh dikembangkan dan diadaptasikan kepada segmen lain supaya ianya boleh memberikan manfaat kepada organisasi lain.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 121 Rujukan Ansoff Matrix, T. P. (June 23, 2022). Corporate Finance Institute CFI. Retrieved from https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy /ansoff-matrix/: https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy /ansoff-matrix/ B., M. R. (2003). Kesediaan Guru Sekolah Rendah Melaksanakan Perubahan Bahasa Pengantar Matapelajaran Sains dan Matematik. Kolokium Penyelidikan Siswazah ke 7, Fakulti Pendidikan UKM. Clarissia, M. S. (2019). A Study On Ansoff Matrix Technique: As A Growth Strategy And An Adaptive Learning Technique Adopted In The Leading Brand Of Products. Journal Of Composition Theory, Issn : 0731-6755. Evangelia, T. (2017). Application of Ansoff’s Matrix-Methodology:Marketing Growth Strategies For Products. Internationl Hellenic Unitversity , 1-61. FME, T. (n.d.). Ansoff Matrix ( Strategy Skills) www.freemanagementebooks.com. ISBN 978-1-62620-950-3. Piaw, C. Y. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan. Kuala Lumpur: McGrawHill (Malaysia). Saunders M, L. ,. (2012). Research Methods for Business Students . Pearson Education Limited. Yin, N. (2016). Application of AHP-Ansoff Matrix Analysis in Business Diversification The case of Evergrande Group. MATEC Web of Conferences 44, DOI: 10.1051. Appendix


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 122


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 123 Tahap Penguasaan Al-Quran Dikalangan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang Zulkefly Mukhtar1, Haryati Baharuddin2, Azwan Harun3 123Kolej Komuniti Bentong *[email protected] Abstrak Al-Quran merupakan wahyu dan kitab panduan bagi setiap muslim. Justeru itu, adalah menjadi kewajiban bagi setiap muslim untuk mempelajari dan menguasai alQuran agar dapat menjadi panduan hidup. Sorotan daripada kajian lepas menunjukkan tahap penguasaan al-Quran dikalangan umat Islam berada pada tahap yang lemah. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan al-Quran dikalangan pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang dari aspek bacaan al-Quran, pemahaman terhadap ayat al-Quran, pengetahuan tajwid & hafalan surah-surah pendek. Kajian ini memfokuskan pelajar muslim di Kolej Komuniti Negeri Pahang sahaja yang mana melibatkan 200 orang responden. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Proses pengumpulan data melalui instrumen soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Data dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi bacaan al-Quran tinggi (min=4.11), manakala pengetahuan tajwid sederhana tinggi (min=3.65). Skor min bagi pemahaman ayat al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.21), manakala skor bagi hafalan ayat-ayat al-Quran berada pada skor yang tinggi (min=4.02). Hasil dapatan kajian boleh diperhalusi dan ditambah baik lagi dalam kajian-kajian akan datang dan boleh dibuat dalam bentuk ujian bertulis dan ujian amali bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Kata kunci: Tahap penguasaan al-Quran, Pelajar Kolej Komuniti negeri Pahang 1.0 Pengenalan Al-Quran merupakan panduan hidup bagi setiap muslim. Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap pelajar untuk mempelajari al-Quran serta menguasainya. Walaubagaimanapun, pada masa kini, terdapat ramai golongan pelajar yang kurang mahir membaca al-Quran serta gagal untuk menguasainya. Menurut Mohd Khairulazman (2015), terdapat ramai pelajar yang kurang lancar membaca al-Quran walaupun mereka pernah belajar alQuran. Dapatan kajian beliau juga menjelaskan bahawa terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan al-Quran mengikut jantina. Kemampuan pelajar menguasai al-Quran tentunya berbeza disebabkan faktor-faktor yang pelbagai. Pengajaran al-Quran yang berkesan memerlukan kreativiti guru serta kebijaksanaan guru menarik minat pelajar semasa proses pengajaran (Mohd Aderi & Rohani, 2009). Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail AS. Ia merupakan mukjizat agung yang menjadi panduan bagi umat manusia sehinggalah hari


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 124 kiamat. Ia mengandungi 114 surah yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Al-Quran satu-satunya wahyu Allah SWT yang terpelihara daripada sebarang kesalahan dan perubahan samada tulisan, bacaan dan hafazan sejak daripada zaman Rasulullah SAW sehinggalah hari kiamat (Abd Rahman, 2014). Keaslian al- Quran telah dijamin oleh Allah SWT sepertimana tercatat di dalam al-Quran surah alHijr ayat 9. Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Tafsir Ibnu Kathir, 2005) Al-Quran bersifat lengkap sebagi pedoman manusia sejak dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah hari kiamat. Pelbagai disiplin ilmu terkandung di dalam al-Quran yang mana menjadi kewajiban bagi umat Islam untuk belajar serta memahami al-Quran. Setiap perlakuan yang melibatkan alQuran dikira sebagai ibadah serta diberikan ganjaran oleh Allah SWT. AlQuran berperanan besar dalam pembentukan akidah dan akhlak seseorang muslim. Membaca al-Quran dikira sebagai ibadah, manakala surah alFatihah itu sendiri sangat penting dan wajib dikuasai oleh setiap muslim kerana ianya adalah bacaan wajib di dalam solat (Abd Rahman, 2014). Kepentingan menguasai dan memahami al -Quran sangat penting bagi setiap muslim. Didorong rasa tanggungjawab, saya ingin melaksanakan kajian ke atas pelajar kolej komuniti bagi mengukur sejauh mana kebolehupayaan mereka membaca al-Quran. Harapan saya daripada kajian ini dapat memberi input berkaitan tahap penguasaan al -Quran dikalangan pelajar serta mengambil langkah-langkah yang signifikan dalam memastikan pelajar kolej komuniti dapat mengenali dan sekaligus menguasai al-Quran. 2.0 Sorotan Kajian Lepas Banyak kajian lepas telah dilaksanakan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar dalam menguasai al -Quran. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Aminah Idris (1997) dan Siti Fatimah (2002) menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak mampu membaca al-Quran dengan betul. Kajian mereka menunjukkan antara kelemahan pelajar yang ketara adalah gagal menyebut makhraj huruf dengan betul, sukar mengenalpasti huruf yang bersambung dan lemah dalam tajwid. Pengetahuan tajwid merupakan aspek yang penting untuk membaca alQuran dengan betul, walaupun hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi hukum mengamalkannya adalah fardhu ain (Abu Mardhiyah, 2005). Terdapat kajian yang telah dilakukan di Kolej Komuniti Sabak Bernam berkaitan persepsi pelajar terhadap keupayaan bacaan al-Quran. Kajian yang dilakukan oleh Nor Hidayah Sanusi et al. (2015) menyatakan dapatan bahawa kebanyakan pelajar lemah dari segi bacaan al-Quran bertajwid walaupun mereka dapat mengenal huruf hijaiyah dengan baik.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 125 Di samping itu, banyak hasil dapatan kajian lain yang menunjukkan masih ramai pelajar yang lemah dalam menguasai pembacaan al-Quran. Hasil kajian Mohd Yakub Zulkifli & Saidi (2008) menunjukkan 38.7% pelajar berada pada tahap lemah dari segi bacaan al-Quran menggambarkan ketidakmampuan membaca al-Quran atau dalam bahasa lain “buta al-Quran”. Hal ini menunjukkan kadar yang agak tinggi jumlah pelajar yang lemah dalam pembacaan al-Quran. Dalam kajian yang lain, yang telah dilakukan oleh Mohd Zainul Arifien (2006), menjelaskan bahawa ramai pelajar yang lemah dari aspek tilawah, tajwid dan makhraj huruf. Terdapat juga pelajar yang gagal membaca pototngan ayat-ayat yang pendek. Perkara ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dari aspek penguasaan al-Quran dikalangan pelajar. Menurut kajian yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar di Politeknik Port Dickson oleh Fazlina (2012), menunjukkan tahap amalan pembacaan al-Quran masih di tahap sederhana. Terdapat aspek yang masih perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap pengetahuan al-Quran dikalangan pelajar tersebut. Menurut kajian lain yang dilakukan ke atas pelajar Politeknik Kuching oleh Muhammad Farhan Ismail et al. (2010) mendapati ramai pelajar muslim gagal menguasai al-Quran khususnya surah al-Fatihah. Kajian tersebut telah dilakukan secara rawak ke atas 100 orang pelajar Politeknik Kuching. Kajian juga telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar tahun akhir di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin oleh Mohd Khairulazman (2015) mendapati pelajar masih lemah dari segi pembacaan al-Quran walaupun sebahagian besar pelajar mengenal huruf hijaiyah dan pandai membaca ayat-ayat pendek al-Quran. Institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dengan ilmu agama (Nor Ashiqeen et al., 2017). Hal ini menunjukkan tempat belajar juga penting agar pelajar tidak tercicir dan terlibat dengan gejala sosial. Selain itu, tempat belajar yang kondusif dapat mempengaruhi pelajar dalam pelajaran menurut (Syarifah Norshah, Nor Salimah & Zulkifli, 2011). Selain itu, suasana kelas sebagai belajar juga penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap al-Quran. Menurut Ahmad Zabidi (2006) seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran bilik darjah yang harmonis kerana ia membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran. Rentetan daripada sorotan kajian yang lepas, saya mendapati kajian yang terperinci masih kurang dilakukan ke atas pelajar-pelajar kolej komuniti bagi mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap al-Quran. Atas dorongan rasa tanggungjawab, saya mengambil inisiatif untuk melakukan kajian ke atas pelajar-pelajar kolej komuniti khususnya di negeri Pahang bagi mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap alQuran. Hal ini penting kerana hasil kajian dapat digunakan untuk


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 126 mengetahui punca dan menggembleng langkah ke arah menambah nilai ilmu al-Quran kepada para pelajar. 3.0 Penyataan Masalah Pelajar muslim telah didedahkan dengan pembacaan al-Quran sejak dari kecil lagi. Kebanyakan pusat pendidikan awal kanak-kanak telah mendedahkan pelajar dengan al-Quran menerusi pengenalan huruf-huruf hijaiyah dan pengajaran Iqra’. Menurut Mohd Yakub Zulkifli & Saidi (2008), proses pembelajaran al-Quran diteruskan ke peringkat sekolah rendah, yang mana pendidikan al-Quran diajar menerusi program J-QAF dan KAFA. Diperingkat sekolah menengah juga ditekankan berkaitan pendidikan alQuran dimana setiap pelajar diwajibkan untuk menghafal surah-surah wajib dalam subjek pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, tahap kebolehupayaan dan penguasaan alquran dikalangan pelajar masih lagi lemah. Ini disokong dalam kajian Azarudin, Azman & Ahmad Nazuki (2010), mendapati bahawa tahap kemampuan pelajar membaca al-Quran berada pada tahap baik dalam aspek-aspek asas walaubagaimanapun masih lemah dalam aspek pembacaan al-Quran yang lebih sukar yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Kajian beliau juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemampuan membaca al-Quran antara pelajar lelaki dan perempuan. Dalam kajian yang lain menunjukkan, faktor telah khatam al-Quran bukanlah kayu ukur menunjukkan seseorang pelajar itu mahir membaca al-Quran. Menurut kajian Mohd Aderi (2004), mendapati bahawa walaupun 63% daripada responden telah berhenti pembelajaran al-Quran di peringkat sekolah rendah, namun kemampuan bacaan majoriti responden adalah pada tahap sederhana dan lemah. Di samping itu, menurut Mohd Fauzan (2006), mendapati bahawa silibus tilawah al-Quran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan bidang yang tidak disukai oleh kebanyakan pelajar. Hal ini berlaku kerana kesulitan dan kurang minat pelajar terhadap pembacaan alQuran dan seterusnya menjadikan bidang tilawah ini di abaikan dan tidak diambil berat. Antara kelemahan utama pelajar-pelajar ialah penguasaan fasohah, makhraj huruf dan tajwid. Kegagalan menguasai kemahiran- dan ilmu al-Quran ini menyebabkan pelajar gagal membaca al- Quran dengan baik dan tidak lancar serta kurang minat membacanya (Mohd Fauzan, 2006). Selain daripada itu, masalah ketidakbolehan pelajar membaca alQuran dalam kalangan pelajar Islam sama ada di sekolah rendah, menengah dan IPTA dan IPTS merupakan masalah yang telah wujud lama. Menurut Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi (2008), sehingga hari ini masih ada ramai umat Islam di Malaysia di peringkat dewasa yang mengenali hurufhuruf hijaiyyah tetapi tidak mampu untuk membaca al-Quran dengan baik atau mereka mampu membaca tetapi tidak lancar malah terdapat juga segelintir yang langsung tidak mengenali huruf-huruf al-Quran.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 127 4.0 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan alQuran dalam kalangan pelajar kolej komuniti khususnya kolej komuniti di negeri Pahang. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu bacaan al-Quran, pengetahuan tajwid, pemahaman terhadap ayat al-Quran dan hafalan ayat-ayat lazim. 5.0 Metodologi Kajian Penyelidikan ini berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik sebagai kaedah untuk mendapatkan data daripada responden. Setelah data dapat dikumpul melalui soal selidik, pengkaji membuat analisis data menggunakan perisian IBM SPSS versi 22. Persampelan merupakan kaedah untuk mendapatkan sampel yang memiliki ciri -ciri umum populasi. Menurut Syed Arabi (2002), ciri-ciri populasi dan tujuan kajian juga akan menentukan pemilihan bentuk sampel. Tambahan lagi, Azizi Yahya et al. (2006) menyatakan persampelan adalah proses pemilihan subjek daripada populasi di tempat kajian sebagai responden. Reinard (2001) menyatakan pengkaji perlu melakukan pertimbangan yang sesuai dalam memilih sampel kajian supaya sampel kajian yang dipilih adalah bersesuaian dengan tujuan sesuatu kajian itu dijalankan. Rentetan itu, kajian saya menumpukan kepada pelajar-pelajar muslim kolej komuniti negeri pahang. Sebanyak 200 soal selidik akan diberikan kepada para pelajar untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Penentuan saiz sampel adalah mengikut rujukan Krejcie & Morgan (1970). Sampel responden dipilih secara separa rawak daripada pelajarpelajar muslim kolej komuniti di negeri Pahang. Sebanyak 200 borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar muslim kolej komuniti tersebut. 1. Kolej Komuniti Kuantan 2. Kolej Komuniti Paya Besar 3. Kolej Komuniti Rompin 4. Kolej Komuniti Temerloh 5. Kolej Komuniti Bentong 6. Kolej Komuniti Pekan 7. Kolej Komuniti Jerantut 8. Kolej Komuniti Raub 9. Kolej Komuniti Bera 10. Kolej Komuniti Lipis


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 128 6.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan Skor min 4.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Al-Quran Jadual 1 Bacaan Al-Quran Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretasi item STS TS TP S SS B.1.1 Saya mengenali 1 0 0 79 120 4.59 0.55 Tinggi huruf-huruf (0.5) (0.0) (0.0) (39.5) (60.0) hijaiyah (hurufhuruf al-Quran) B.1.2 Saya mampu 1 9 46 94 50 3.92 0.83 Sederhana menyebut huruf- (0.5) (4.5) (23.0) (47.0) (25.0) Tinggi huruf hijaiyah mengikut makhraj yang betul. B.1.3 Saya mampu 3 5 40 107 45 3.93 0.81 Sederhana menyebut huruf- (1.5) (4.5) (26.0) (53.5) (22.5) Tinggi huruf yang hampir sama bunyi dengan betul. B.1.4 Saya mampu 3 9 52 102 34 3.78 0.83 Sederhana membaca ayat- (1.5) (4.5) (26.0) (51.0) (17.0) Tinggi ayat al-Quran dengan betul. B.1.5 Saya mampu 2 2 16 76 104 4.39 0.76 Tinggi membaca surah (1.0) (1.0) (8.0) (38.0) (52.0) al-Fatihah dengan betul. Keseluruhan 4.11 0.61 Tinggi Dapatan dalam jadual 1 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi penguasaan Al-Quran melalui bacaan Al-Quran berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.11 (sp. = 0.61). Secara keseluruhan terdapat dua item yang berada pada tahap yang tinggi terutamanya B1.1 “Saya mengenali huruf-huruf hijaiyah (huruf-huruf al-Quran).” (min=4.59, sp.= 0.55) dan tiga item berada pada tahap sederhana tinggi terutamanya B1.3 “Saya mampu menyebut huruf-huruf yang hampir sama bunyi dengan betul.” (min=3.93, sp.=0.81).


Click to View FlipBook Version