The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat, 2023-10-22 21:30:13

E-Prosiding Seminar SPSH 2022

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Keywords: pembelajaransepanjanghayat,PSH,prosiding,KKKL

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 378 obesiti, mencegah penyakit jantung, menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan mencegah osteoporosis (Majalah Nona, 2017). Namun demikian, menurut dapatan kajian Nutrition Society of Malaysia menunjukkan hampir 30 peratus kanak- kanak dan remaja berumur 6 hingga 17 tahun mempunyai berat badan berlebihan atau obes (Beatrice Nita Jay & Naim Zulkifli, 2016). Selain itu, aktiviti sukan mendaki gunung juga dapat membantu meningkatkan stamina seseorang. Stamina merujuk kepada daya ketahanan sesorang untuk bekerja lebih kuat atau dapat melakukan senaman dalam jangka masa panjang. Merujuk artikel yang diterbitkan oleh National Institute on Aging, terdapat empat senaman yang boleh meningkatkan stamina seseorang iaitu Endurance (Ketahanan), Strength (Kekuatan), Balance (Keseimbangan), dan Flexibility (Fleksibiliti). Aktiviti pendakian merangkumi empat aktiviti tersebut. Ini kerana, sepanjang tempoh pendakian, seseorang itu perlu melalui tahap dan cabaran tertentu yang melibatkan fizikal. Di samping itu, aktiviti mendaki juga dapat memupuk perasaan untuk menghargai alam sekitar serta memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Dalam era teknologi zaman kini, dilihat golongan remaja terutamanya lebih cenderung kepada penggunaan gajet dan peralatan elektronik menyebabkan kurang masa berkualiti bersama orang sekeliling. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Jempol terhadap sukan mendaki gunung dan penyelidik turut melakukan beberapa penilaian terhadap kajian lepas bagi mengetahui kesesuaian pelaksanaan aktiviti ini untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti luar kelas untuk pelajar di masa akan datang. 2.0 Sorotan Kajian Sukan mendaki gunung juga merupakan sebahagian daripada pendidikan di luar kelas yang boleh diceburi oleh pelajar. Terdapat dua teori yang sangat relevan dengan pendidikan luar iaitu Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Kolb (Kolb, 1984). Aktiviti rekreasi luar memberi peluang kepada individu untuk membina sahsiah yang lebih baik setelah mereka melalui pengalaman melaksanakan aktiviti-aktiviti rekreasi ini. Ini menjadikan Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman sangat relevan dengan kajian ini. Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman merupakan teori pendidikan dalam pelbagai peringkat pendidikan yang terkenal (Healey & Jenkins, 2000). Belajar di luar kelas melalui aktiviti mencabar diketahui mempunyai faedah pendidikan yang ketara. Ia membantu pelajar mengembangkan kemahiran teknikal, intelektual dan sosial dengan mengatasi cabaran dan berkongsi keputusan. Sebagai contoh, ketika


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 379 melakukan aktiviti rekreasi dengan jurulatih, seseorang sentiasa dinasihati untuk mematuhi peraturan agar aktiviti dapat dilaksanakan dengan selamat. Jika individu tersebut berfikir dan membuat refleksi bahawa mematuhi peraturan adalah satu tindakan yang baik dan menguntungkan, maka dia akan mengulangi tindakan tersebut dalam keadaan yang lain. Keadaan pengalaman ini perlu berlaku lebih banyak untuk menjadi satu tabiat (Ismail, Soaib, Shamsudin, & Shafie, 2014). Selain itu juga, aktiviti rekreasi lasak memanjat gunung merupakan aktiviti sihat dan merupakan aktiviti fizikal yang popular (Niedermeier, Einwanger, Hartl, & Kopp, 2017). Aktiviti mendaki membantu mengawal berat badan, menyumbang kepada kesihatan tulang, otot dan sendi, melegakan penyakit arthritis serta mengurangkan simptom anxiety dan depression (Lloyd-Jones D, Adams RJ, Brown TM 2010). Aktiviti mendaki bukit dan gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio. mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius. Sebab itu mereka yang sering mendaki gunung mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang. Rajah 1: Ahli Kelab Kembara dan Rekreasi Kolej Komuniti Jempol semasa mengikuti Ekspedisi Merdeka Mendaki Gunung Datuk pada 2019


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 380 2.1 Objektif Kajian 1. Mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Jempol terhadap sukan mendaki gunung 2. Mengkaji manfaat sukan mendaki gunung kepada kesihatan. 3. Mempromosikan sukan mendaki gunung di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol 3.0 Metodologi Kajian Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian bukan eksperimen menggunakan borang soal selidik Google Form. Borang soal selidik Google Form diedarkan kepada 50 orang pelajar Kolej Komuniti Jempol yang pernah mengikuti program di bawah Kelab Kembara dan Rekreasi Kolej Komuniti Jempol dan hanya 44 respondan yang menjawab borang soal selidik Google Form dengan lengkap telah dianalisis. Data yang diperolehi telah dianalisis dan digambarkan melalui carta pai bagi menilai persepsi pelajar Kolej Komuniti Jempol terhadap sukan mendaki gunung. 4.0 Analisis dan Perbincangan Kajian ini dijalankan ke atas 44 orang pelajar kolej dari kemasukan tahun 2019 hingga 2022. Soalselidik kepada para pelajar Kolej Komuniti Jempol untuk mengetahui persepsi mereka terhadap sukan mendaki gunung sebagai aktiviti kokurikulum adalah menggunakan borang maklumbalas yang diedarkan melalui Kaedah Google Form. Berikut adalah soalan-soalan yang diberikan: i. Sukan mendaki gunung baik untuk kesihatan. ii. Sukan mendaki gunung baik untuk meningkatkan stamina. iii. Sukan mendaki gunung melatih saya untuk menghargai alam sekitar. iv. Sukan mendaki gunung memupuk semangat perpaduan. v. Pihak Kolej Komuniti Jempol menggalakkan pelajar menyertai sukan mendaki gunung. vi. Sukan mendaki gunung sesuai dijadikan subjek kokurikulum di Kolej Komuniti Jempol.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 381 4.1 Persepsi yang pertama adalah sukan mendaki gunung baik untuk kesihatan Rajah 2: Persepsi tentang sukan mendaki gunung baik untuk kesihatan Rajah 2 menunjukkan persepsi pelajar mengenai sukan mendaki gunung adalah baik untuk kesihatan. Daripada rajah tersebut didapati majoriti pelajar seramai 24 orang adalah bersetuju bahawa sukan mendaki sangat baik untuk kesihatan manakala seramai 20 orang pelajar pula iaitu 45.5%, sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Aktiviti rekreasi lasak memanjat gunung merupakan aktiviti sihat dan merupakan aktiviti fizikal yang popular (Niedermeier, Einwanger, Hartl, &Kopp, 2017). 4.2 Persepsi yang kedua adalah sukan mendaki gunung baik untuk meningkatkan stamina Rajah 3: Persepsi tentang sukan mendaki gunung baik untuk meningkatkan stamina


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 382 Rajah 3 menunjukkan persepsi pelajar mengenai sukan mendaki gunung adalah baik untuk meningkatkan stamina. Didapati bahawa majoriti pelajar seramai 61.4% atau 27 orang adalah bersetuju bahawa sukan mendaki sangat baik untuk meningkatkan stamina mereka. Aktiviti mendaki bukit mampu mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio. Mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. (Kholili I, 2018) 4.3 Persepsi yang ketiga adalah, sukan mendaki gunung melatih untuk menghargai alam sekitar Rajah 4: Persepsi pelajar tentang melatih menghargai alam sekitar Rajah 4 menunjukkan persepsi pelajar tentang sukan mendaki gunung boleh melatih untuk menghargai alam sekitar. Didapati bahawa majoriti pelajar seramai 50% atau 22 orang pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala, terdapat 2 orang pelajar yang tidak pasti sama ada sukan mendaki ini boleh menghargai alam sekitar.Biodiversiti memberi ruang kepada manusia untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah serta rekreasi di samping menghayati keindahan alam semulajadi serta meluaskan pengetahuan tentang kepelbagaian dan kekayaan sumber biodiversiti . Pelbagai aspek aktiviti riadah yang dapat dijalankan termasuklah aktiviti sukan air, terjunan udara, meredah hutan, aktiviti berkhemah, penjelajahan hutan dan berbagai lagi.(Hasbullah N, Zakaria,J 2007)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 383 4.4 Persepsi yang keempat adalah; sukan mendaki gunung memupuk semangat perpaduan Rajah 5: Persepsi pelajar tentang mendaki gunung memupuk semangat perpaduan Rajah 5 menunjukkan persepsi pelajar tentang sukan mendaki gunung boleh memupuk alam sekitar. Didapati bahawa majoriti pelajar seramai 56.8% atau 25 orang pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala, terdapat 3 orang pelajar yang tidak pasti sama ada sukan mendaki ini boleh memupuk semangat perpaduan. 4.5 Soal selidik yang kelima adalah; pihak Kolej Komuniti Jempol sering menganjurkan program mendaki gunung Rajah 6: Galakan institusi kepada pelajar untuk sertai sukan mendaki gunung. Rajah 6 menunjukkan galakan institusi Kolej Komuniti Jempol kepada pelajar untuk menyertai sukan mendaki gunung. Didapati bahawa seramai 24 orang pelajar atau 54.5% bersetuju dengan pernyataan tersebut dan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 384 38.6% atau 17 orang pelajar sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa institusi sangat menggalakkan penglibatan pelajar untuk menyertai sukan mendaki gunung. 4.6 Soal selidik yang terakhir adalah; adakah sukan mendaki gunung sesuai untuk dijadikan subjek kokurikulum di Kolej Komuniti Jempol Rajah 7: Sukan mendaki untuk dijadikan subjek kokurikulum Rajah 7 adalah analisis yang menunjukkan kebersediaan pelajar institusi Kolej Komuniti Jempol untuk menerima sukan mendaki dijadikan subjek kokurikulum. Didapati bahawa seramai 52.3% majoriti pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dan 43.2% pelajar sangat bersetuju jika sukan mendaki dijadikan subjek ko-kurikulum. 5.0 Rumusan dan Cadangan Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan sukan mendaki gunung memberikan persepsi positif kepada pelajar. Ini dapat dilihat melalui analisis soal selidik yang telah dijalankan. Majoriti pelajar bersetuju bahawa sukan mendaki gunung baik untuk kesihatan, meningkatkan stamina, melatih untuk menghargai alam sekitar, serta memupuk semangat perpaduan. Pelajar juga bersetuju sekiranya aktiviti sukan mendaki gunung ini menjadi salah satu aktiviti kokurikulum di kolej. Justeru, penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan terutama kepada pembuat dasar bagi melihat kesesuaian program mendaki ini dapat dijadikan subjek kokurikulum wajib yang menjurus kepada aspek kesihatan, semangat perpaduan, dan penerapan sikap menghargai alam sekitar. Sementara itu, penyelidik juga ingin mencadangkan agar aktiviti mendaki gunung bersama pelajar dijalankan dengan lebih kerap berserta dengan pengisian ilmu asas yang berkaitan seperti ilmu asas kesihatan, ilmu asas alam sekitar, dan ilmu asas perpaduan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan harian.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 385 Rujukan Johannis, N. J. (2016). Kajian Retrospektif Insiden Pergunungan Di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Norhidayah Hairom (2019). Pendaki bukan sekadar menjadi pelancong gunung. Retrieved Disember 11, 2019 from https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=4316 Suzi (2017). Ramai wanita gemar mendaki gunung sekarang, semuanya gara- gara tertarik dengan 6 manfaat berikut. Retrieved Disember 28, 2017 from https://www.nona.my/ramai-wanita-gemar-sukan-mendaki-sekarangsemuanya-gara-gara-tertarik-dengan-6-manfaat-berikut/ Beatrice Nita Jay & Naim Zulkifli. (2016). Environment drives childhood obesity. New Straits Times Kolb, D. A. 1984. Experiential Learning. Englewood Cliff. New Jersey: Prentice Hall. Healey, M., & jenkins, A. (2000). Kolb's experiential learning theory and its application in geography of higher education. Journal of Geography, 99, 185- 195. Ismail, M., Soaib, A., Shamsudin, A., & Shafie, M., Daud. . (2014). Mentor's role in human teacher development program Jurnal Personalia Pelajar, 17, 31-40 Niedermeier, M., Einwanger, J., Hartl, A., & Kopp, M. (2017). Affective responses inmountain hiking—A randomized crossover trial focusing on differences betweenindoor and outdoor activity. PLoS One, 12(5), 1-17 Ilzam Kholili, (2018).Persiapan Fisik Dalam Pendakian Gunung Sindoro, Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan Jasmani Kesehatan Dan Rekreasi Universitas Wahid Hasyim, 1-13 Hasbullah N, Zakaria J, (2007). Pelancongan Rekreasi Berasaskan cabaran dan Biodiversiti: Isu dan Konflik. Academia, 1-12


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 386 Faktor Pemilihan Program Pengajian di Kolej Komuniti Jempol Umi Halawati Ahbarruddin1, Rosmawaty Ahmad2, Megawati Muhamad3* 123Kolej Komuniti Jempol *[email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tinjauan di mana seramai 160 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi responden bagi kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Terdapat dua bahagian di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Berdasarkan data yang diperolehi kemudian dianalisis, didapati bahawa faktor kerjaya adalah yang tertinggi dengan skor min 4.14, faktor minat skor min adalah 4.00, faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pemilihan program skor min 3.13 dan yang akhir sekali faktor rakan sebaya menjadi pendorong dalam pemilihan program di Kolej Komuniti Jempol skor min 3.05. Kata kunci: faktor, pemilihan program, program pengajian 1.0 Pengenalan Pendidikan adalah gabungan proses pelajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang terlibat dalam pendidikan adalah pengetahuan, pertimbangan kemahiran dan kebijaksanaan. Pendidikan menjadi teras yang dapt menghasilkan tenaga manusia bagi memenuhi pelbagai sektor dalam sesebuah negara. Pencapaian akademik di peringkat sekolah menengah boleh membantu individu menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi disamping perkembangan Pendidikan yang pesat pada masa kini memberi banyak ruang dan peluang untuk pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian. Setiap pelajar mengimpikan untuk melanjutkan pengajian sebagai jaminan untuk mendapatkan perkerjaan yang baik suatu hari nanti. Oleh yang demikian setiap pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi haruslah memilih program pengajian yang bersesuaian dan tepat bagi merealisasikan apa yang mereka impikan. Walaubagaimanapun apakah faktor yang mempengaruhi mereka dalam pemilihan sesuatu jurusan sehingga kini masih kurang jelas dan sukar untuk ditafsirkan. 2.0 Sorotan Kajian Menurut Borchert (2002), bagi menentukan masa depan sesorang pelajar perlulah membuat pemilihan kerjaya yang betul dan ini adalah keputusan penting yang perlu dibuat oleh seorang pelajar kerana keputusan yang diambil ini akan memberi kesan sepanjang kehidupan mereka. Penyataan ini juga telah disokong oleh Abdullah,Ab Rahim, Soain dan Loh (2009) di mana mereka menyatakan pembuat keputusan akan mendapat kepuasan dan keharmonian bila mana membuat keputusan dengan tepat. Sebelum memasuki dunia pekerjaan sesorang perlu membuat keputusan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 387 dalam menentukan pemilihan kerjaya. Seawal dari kecil sebenarnya seseorang telah menetapkan cita-cita sendiri kerana seseorang itu sejak dari remaja lagi akan melalui proses pemilihan kerjaya sehinggalah berumur seawal dua puluhan dimana sesorang individu itu telah mula mengambil tahu dan sedar tentang dunia pekerjaan. Ibu bapa adalah sumber inspirasi anak-anak. Ibu bapa juga adalah tempat rujukan bagi anak-anak. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, menurut Sheau, Juliana, Samsudin dan Nurhana (2012) dorongan dan galakkan daripada ibu bapa akan memberi kesan kepada pemilihan kerjaya anak-anak. Menurut Suhaila, Nor Ayuni dan Nuzul (2015) jika pemilihan kerjaya dilakukan atas pemilihan keluarga, ada dua kemungkinan yang mungkin akan berlaku iaitu samada kerja yang dilakukan itu akan dilakukan dengan senang hati, gembira dan bersifat terbuka atau kerja tersebut akan dilakukan secara sambal lewa dan kurang berminat dalam melakukan kerja tersebut. Menurut Mohd Najib dan Choong (2002) persekitaran hidup seseorang akan mempengaruhi minat seseorang terhadap sesuatu bidang. Ini adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pendedahan yang diterima. Minat dalam sesuatu bidang memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan kerjaya seseorang individu. Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang akan mendorong sesorang untuk berusaha bersungguhsungguh mencapai apa yang diimpikan. Minat yang tinggi dalam sesuatu bidang juga boleh menjadi motivasi atau penggalak untuk seseorang berusaha dengan lebih gigih lagi. Minat boleh membentuk sikap positif dalam diri sesorang di mana sesorang itu akan bersedia untuk mengikuti, mempertimbangkan atau bertindak terhadapa sesuatu. Minat terhadap sesuatu juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu di mana ianya boleh berubah-ubah daripada minat yang mendalam kepada kurang berminat ataupun sebaliknya. Menurut Syahida dan Mohd (2018) apabila perasaan kurang minat timbul dalam diri seseorang maka kualiti kerja yang dilakukan akan berkurangan. Rakan sebaya mampu memberikan pengaruh yang sangat besar dalam proses pembentukan diri seseorang. Ada sebahagian remaja belajar erti kehidupan melalui rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya mampu membuatkan berlakunya penularan masalah sosial menurut Faridah khamis (2001) dalam kajiannya. Menurut Najmudin (2005) pengaruh rakan sebaya mampu membuatkan seseorang memilih bidang program pengajian yang ingin di ambil untuk menyambung pelajaran. Walaubagaimanapun menurut konteks kajian ini pengaruh rakan sebaya adalah dalam menentukan program pengajian yang ingin di pilih untuk menyambung pengajian. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh pelajar yang tidak ingin berpisah dengan rakan baik semasa di sekolah menengah. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mahu rasa terasing di persekitaran yang baharu. Bimbingan dan kaunseling kerjaya di peringkat sekolah boleh membantu pelajar dalam menentukan haluan kerjaya seseorang pelajar. Menurut Adnan Ahmad (2010) dalam kajiannya bimbingan dan kaunseling dapat membantu sesorang pelajar mendapatkan gambaran bagaimana situasi sebenar alam pekerjaan. Pelajar dapat membuat persediaan dari segi mental dan fizikal berdasarkan gambaran ini bagaimana mereka dapat


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 388 memanfaatkan diri mereka kepada masyarakat kelak. Menurut kajian Yahya Buntat (2010) pihak yang berpengalaman seperti guru kaunseling kerjaya mampu memberikan pertolongan kepada seseorang pelajar dalam pemilihan kerjaya di mana hal ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa. Menurut Noor dan Suppiah (2021) menusia diciptakan berbeza dan mempunyai ciri-ciri unik masing-masing. Pemilihan kerjaya seseorang bergantung kepada pembentukan personaliti masing-masing. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yamg menggunakan kaedah tinjauan deskriptif bagi mendapatkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Kaedah tinjauan ini digunakan dalam menjalankan kajian ini kerana kaedah ini merupakan kaedaha yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang. Melalui penggunaan kaedah kuantitatif ini sesuatu data dapat dikumpulkan dan dianalisis bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan pendapat sikap dan amalan (Gall,M, Gall J.P dan Borg, 2007) Kajian ini melibatkan seramai 160 orang pelajar. Responden adalah terdiri daripada pelajar program Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Servis Kenderaan Ringan serta Sijil Teknologi Senibina. Borang soal selidik kajian ini telah diadaptasi daripada borang soal selidik kajian “Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program Kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang”. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini telah diubahsuai dari segi struktur ayat supaya ianya lebih bersesuaian denagan situasi kajian ini. Bagi kajian ini kedah yang digunakan adalah skala lima likert sebagai pilihan jawapan kepada responden bagi mengenalpasti faktor-faktor pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi maklumat seperti berikut : Skala lima likert ini juga digunakan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan pandangan dan penilaian responden terhadap item-item yang dirasakan sesuai. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan skor skala likert yang digunakan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 389 4.0 Analisis dan Perbincangan Berdasarkan kajian yang dijalankan seramai 88.13% responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki manakala 11.88% pula adalah respoden perempuan. Kajian ini dibuat berdasarkan rujukan dan menggunakan interpretasi skor min yang dikemukakan oleh Pallant (2011) seperti yang berikut: Pada bahagian ini sebanyak 23 item soalan yang ditanya dalam borang soal selidik telah dianalisa menggunakan Microsoft Excel. Hasil dapatan kajian adalah seperti berikut : Jadual 4, menunjukkan hasil analisis skor min bagi faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Berdasarkan Jadual 4 ini menunjukkan bahawa para pelajar berpendapat galakan dan sokongan ibu bapa semasa memohon program


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 390 pengajian mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 3.51. Pendapat ibu bapa tentang program pengajian yang dipilih boleh menjamin masa depan pula mempunyai nilai min 3.36. Seterusnya aspek ibu bapa yang membuat keputusan dalam pemilihan program mempunyai nilai min 3.21. Manakala ibu bapa merasakan program yang dipilih oleh pelajar adalah bersesuaian dengan pelajar mendapat nilai min 2.81 dan akhir sekali ibu bapa yang memohon program tanpa pengetahuan pelajar mendapat nilai min terendah iaitu 2.75. Secara keseluruhannya faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program pengajian di Kolej Komuniti Jempol berada pada tahap sederhana iaitu pada nilai skor min 3.13. Jadual 5 menunjukkan analisis skor min bagi faktor rakan sebaya dalam mendorong pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Analisis skor min menunjukkan nilai min yang paling tinggi adalah pada penyataan memohon program pengajian bersama rakan-rakan iaitu dengan nilai 3.24. Ramai rakan yang mengikuti program yang sama memberi nilai min sebanyak 3.19. Seterusnya program pengajian yang dipilih adalah baerdasarkan cadangan daripada rakan-rakan mempunyai nilai min sebanyak 3.10. Ramai rakan-rakan yang mengikuti program pengajian yang dipilih berjaya mendapat keputusan yang baik memberikan nilai min sebanyak 3.08 dan penyataan yang terakhir rakan berpendapat bahawa program yang dipilih adalah bersesuaian mendapat nilai min sebanyak 2.66. Secara keseluruhannya faktor peranan rakan sebaya dalam mendorong minat pelajar memilih program pengajian di Kolej Komuniti Jempol adalah berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.05.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 391 Hasil dapatan analisis berdasarkan jadual 6 menunjukkan cita-cita merupakan perkara yang paling diambil kira oleh responden dalam membuat keputusan memilih program pengajian. Ini adalah berdasarkan nilai min yang diperolehi adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 4.30. Kemahiran yang ditawarkan dalam program yang dipilih memberi nilai min sebanyak 4.20. Responden merakan program pengajian yang dipilih boleh memberi peluang pekerjaan yang baik dan juga dapat membantu responden menjadi seorang usahawan melalui program yang dipilih. Ini adalah berdasarkan nilai min yang diberikan iaitu sebanyak 4.08. Penyataan yang terakhir adalah respoden berpendapat program pengajian yang dipilih dapat memberikan persediaan yang mencukupi untuk melangkah ke alam pekerjaan memberikan nilai min sebanyak 4.04. Secara keseluruhannya faktor kerjaya dalam mendorong pelajar memilih program pengajian berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 4.14.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 392 Jadual 7 menunjukkan faktor minat dalam mendorong pelajar untuk memilih program pengajian di Kolej Komuniti. Nilai min yang paling tinggi adalah berkaitan minat respoden kepada keja-kerja amali berbanding dengan teori dimana nilai min yang dicapai adalah sebanyak 4.16. Program yang ditawarkan juga memang diminati oleh pelajar mendapat nilai min sebanyak 3.98 manakala faktor minat dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipilih mendapat nilai min sebanyak 3.88. Secara keseluruhannya faktor minat dalam mendorong pelajar memilih program pengajian di Kolej Komuniti Jempol berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 4.00. 5.0 Rumusan dan Cadangan Pemilihan program pengajian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan. Pemilihan program yang tepat dan bersesuaian adalah perlu ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada seseorang pelajar. Antara perkara juga perlu diambil kira juga dalam menghasilkan pelajar yang berjaya antaranya adalah tempat pengajian, situasi semasa dan minat pelajar tersebut. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, secara keseluruhannya faktor peranan ibu bapa, rakan sebaya, kerjaya dan minat telah mendorong responden dalam membuat pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Namun, daripada keempat-empat faktor yang disenaraikan dalam kajian ini, faktor kerjaya adalah faktor terbesar yang dilihat sebagai pendorong dalam menentukan pemilihan program pengajian. Rujukan Abdullah Mat Rashid, Ab Rahim Bakar, Saib Asimiran dan Loh Pei Tieng. (2009) Career Development Interventions in Secondary Schools in the State of Terengganu, Malaysia. Faridah Khamis (2001). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar aliran teknikal dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan di sekolah menengah Teknik Daerah Kinta, Perak. Michael Borchert (2001). Career choice factors og high school students M.H. Norhidayah, H.Y. Ahmad Mujahideen, A.S.W.A Najmuddin (2017). Faktor-faktor pendorong pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi. 139- 145. Jurnal of Humanities. Mohd Najib Abdul Ghafar dan Choong Yoon Weng (2002) Perkaitan Antara Pengurusan Masa Dengan Pencapaian Akademik Pelajar UTM. 71-92 Jurnal Pendidikan UTM.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 393 Noor Athirah Sukri dan Suppiah Nachiappan. (2021) Kecenderungan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Bandar dan Luar Bandar di Kelantan. 56-63. Jurnal Ilmi Nurul Farhana Yahya dan Mohd Izwan Mahmud (2021). Pengaruh Hubungan Ibu Bapa Terhadapa Minat Kerjaya Anak. 210-216, Jurnal Dunia Pendidikan Sheau Tsuey Chong, Juliana Rosmidah Jaafar, Samsudin A.Rahim dan Nurhana Zainal (2012) Motivasi Diri dan Dorongan Ibu Bapa Terhadap Minat Akademik Belia, 026-033, FSSK UKM. Suhaila Nadzri, Nor Ayuni Rosli, Nor Suhaily Bakar dan Nuzul Akhtar Baharudin (2015). Faktor Keluarga, Ganjaran dan Kesukaran Memperolehi Pekerjaan Mempengaruhi Kerjaya diceburi Alumni KUIS. Yahya Buntat dan Mahadhir Mohd. (2010) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran johor (KKYPJ) Terhadap Kursus Pertanian (Landskap dan Nurseri) yang ditawarkan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 394 Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Perancangan Kerjaya Lulusan TVET Nurul Hidayah Ahmad Alemi1, Ahmad Rosli Mohd Nor2, Yunisra Yusof3* 13Kolej Komuniti Masjid Tanah 2Universiti Teknologi MARA Melaka *[email protected] Abstrak Efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam perancangan kerjaya lulusan TVET. Ini kerana setiap manusia mempunyai keunikan sendiri dan berlainan pada setiap orang. Ia adalah salah satu daripada faktor yang penting bagi seseorang untuk bertindak dalam mencapai kejayaan dan kemajuan diri terutama dalam bidang kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya graduan lulusan TVET. Seramai 246 alumni TVET tahun 2020/2021 dipilih secara rawak berstrata dalam kajian ini. Kajian secara kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data menerusi set soal selidik dalam talian Google Form. Seterusnya melalui analisis deskriptif menunjukan skor min yang tinggi (µ=4.26) terhadap tahap efikasi kendiri dalam lulusan TVET merancang kerjaya. Melihat kepada nilai skor min tinggi bagi setiap faktor efikasi kendiri lulusan TVET merancang kerjaya menunjukkan Personaliti Diri dan Nilai Percaya Diri (µ=4.28), Kebolehan Diri (µ=4.26), Kekuatan dan Kelemahan Diri (µ=4.25) dan Perlaksanaan Kerjaya (µ=4.24) kriteria yang sangat diperlukan untuk membantu mereka merancang kerjaya. Hasil kajian ini merungkaikan hubungan signifikan yang kuat antara efikasi kendiri dan kebolehan membuat keputusan perancangan kerjaya (p=0.722). Kajian ini membuktikan kepentingan efikasi kendiri dalam perancangan kerjaya alumni TVET dan sewajarnya para pensyarah dan pengurusan institusi TVET memandang serius pembangunan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar TVET demi kelangsungan kerjaya masa depan mereka. Kata Kunci: Efikasi kendiri, Perancangan Kerjaya, Kerjaya TVET


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 395 1.0 Pengenalan Kerajaan membangunkan insiatif dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan terutamanya bagi lulusan TVET melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB). Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (PENJANA KPT-CAP) dalam menangani cabaran isu pengangguran akibat Covid-19. Melalui PENJANA KPT-CAP ini, graduan yang terpilih berpeluang meningkatkan kemahiran sekaligus mendapat tawaran pekerjaan sebaik sahaja berjaya menamatkan kursus. Walaupun pelbagai inisiatif disediakan, lulusan TVET juga perlu mengambil keputusan dalam merancang kerjaya mereka untuk jangka masa panjang. Self-efficacy atau efikasi kendiri membawa maksud persepsi diri sendiri terhadap kebolehupayaan untuk melakukan sesuatu di dalam situasi tertentu. Efikasi kendiri juga berkait rapat dengan keyakinan seseorang untuk mencapai sesuatu yang diinginkan atau untuk berjaya dalam kehidupan. Menurut kajian S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah (2016) wujudnya hubungan positif serta signifikan yang sederhana di antara strategi pembangunan kerjaya dengan efikasi kendiri di kalangan kakitangan sokongan. Ini menunjukkan efikasi kendiri mempunyai pengaruh dalam perancangan kerjaya. Semakin tinggi efikasi kendiri individu itu semakin yakin diri untuk membuat keputusan dalam perancangan kerjaya kehidupan mereka. Kerjaya dalam bidang TVET ini merupakan peluang bagi golongan belia negara membina kerjaya serta meraih pendapatan mengikut kelayakan mereka. Imej lulusan TVET masa kini semakin mendapat permintaan dari pihak industri dan menawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan kemahiran mereka. Menurut Sulaiman F. (2019) graduan bidang TVET berkemahiran mudah mendapat tawaran kerja dengan pendapatan tinggi berbanding graduan bidang akademik. Lulusan TVET di Malaysia terdiri pada pelbagai institusi seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Malaysia (IKM) dan sebagainya. Malah pusat pengajian swasta juga melahirkan lulusan TVET turut berperanan dalam meningkatkan pengeluaran lulusan TVET di Malaysia seperti GMI, MFI dan lain-lain. Namun begitu ia turut memberi kesan terhadap persaingan merebut kerjaya impian dalam kalangan lulusan TVET ini. Oleh yang demikian, strategi perancangan kerjaya dilihat sangat penting dalam menentukan haluan kerjaya lulusan TVET masa kini. Pelbagai program persediaan kerjaya serta pendedahan kerjaya dilaksanakan semasa meraka di dalam institusi bagi membantu mereka merancang kerjaya mereka. Hal ini menjadi lebih kompleks dengan cabaran kerjaya di era dunia tanpa sempadan dan era endemic Covid-19 menjadikan kerjaya sesuatu yang sangat dinamik dan sukar untuk dijangka. Ini memerlukan perancangan yang disusun dengan baik dan dilaksanakan mengikut kaedah yang betul.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 396 Namun begitu, ia tidak semudah yang dirancang di atas kertas kerana ranjau yang mendatang merupakan sesuatu yang sukar dijangkakan. Menurut Artess, Hooley & Mellors (2017), menyatakan kebergantungan lulusan TVET terhadap kelayakan akademik menyebabkan mereka kurang kompeten dalam kemahiran kebolehkerjaan. Ini merupakan cabaran utama bagi lulusan TVET dalam merebut peluang pekerjaan yang disediakan oleh majikan, apatah lagi bersaing dengan graduan dari institusi pengajian tinggi yang lain. Oleh yang demikian, unsur-unsur penting dalam perancangan kerjaya menjadi aspek penting untuk diketahui dan dikaji kesignifikannya bagi membantu kebolehkerjaan lulusan TVET ini. Kajian Zaidi Othman et al. (2020) menunjukkan efikasi kendiri memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan sahsiah pelajar kolej komuniti bagi menghadapi dunia luar selepas tamat pengajian mereka. Ini disokong oleh kajian Yunisra et al. (2021) menyatakan lulusan kolej komuniti mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam perancangan pemilihan kerjaya mereka. Ini menunjukkan efikasi kendiri merupakan salah satu elemen penting dalam persaingan kebolehkerjaan dalam lulusan TVET secara amnya. Namun begitu kajian ini hanya khusus kepada satu institusi sahaja iaitu kolej komuniti. Adalah penting untuk kita mengetahui gambaran keseluruhan institusi TVET memandangkan kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang sangat besar untuk memperkasakan institusi TVET di Malaysia. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap efikasi kendiri dalam perancangan kerjaya oleh lulusan TVET secara keseluruhan. Sekaligus, mengkaji tentang faktor dalaman yang diperlukan oleh lulusan TVET dalam merancang kerjaya mereka. Kajian juga dibuat untuk melihat melihat kepada hubungan yang wujud di antara efikasi kendiri dengan kemampuan mereka membuat keputusan kerjaya setelah bergraduan. 2.0 Sorotan Kajian Efikasi kendiri merujuk kepada konsep yang diketengahkan oleh Bandura (1986) iaitu keyakinan dan kepercayaan individu terhadap kemampuan diri sendiri dalam mencapai sesuatu matlamat untuk tujuan kejayaan. Konsep keberkesanan efikasi kendiri terletak pada Teori Sosial Kognitif Bandura yang menekankan peranan belajar daripada pemerhatian dan pengalaman sosial dalam pembangunan keperibadian. Ia merupakan suatu tingkah laku yang berubah-ubah mengikut pengaruh persekitaran dalaman mahupun persekitaran luaran (Bandura, 1986; Schunk & Pajares, 1998; Sherer & Adams, 1983). Jelas sekali efikasi kendiri boleh ditakrifkan sebagai penilaian individu terhadap kebolehan dirinya sendiri dengan menyusun dan melaksanakan tugasan untuk mendapatkan hasil yang diingini atau yang diharapkan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 397 Secara amnya, takrifan ini terdapat persamaan dengan konsep kendiri dan persepsi kendiri. Efikasi kendiri dapat menilai seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya serta sejauh mana keyakinan dirinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi akan lebih rajin bekerja dan mampu bekerja dalam tempoh yang lama berbanding individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah (Bandura, 1986). Menurut S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah (2016), terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara efikasi kendiri dengan strategi pembangunan kerjaya individu dalam kalangan pekerja iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan efikasi kendiri boleh mempengaruhi strategi pembangunan kerjaya individu. Manakala menurut Day & Allen (2004), dalam konteks efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya berkait rapat dengan kejayaan kerjaya dan keberkesanan prestasi pekerja. Efikasi kendiri antara salah satu sikap positif dan pandangan individu terhadap diri sendiri di mana seseorang individu itu percaya bahawa diri sendiri berupaya mengurus satu-satu kerjaya dengan jayanya (Kossek et al., 1998). Hall (2002), percaya bahawa efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya khasnya dalam konteks kerjaya moden mencakupi suatu peringkat permulaan pembelajaran jangka panjang terhadap perkembangan kerjaya. Tahap efikasi kendiri di kalangan pelajar universiti dan pekerja dalam persediaan dan pembangunan kerjaya adalah tinggi (Hariyanti Abd Hamid et al., 2019; Jakaria et al., 2020; Kim et al., 2016). Semakin tinggi tahap efikasi kendiri seseorang pekerja itu semakin tinggi tahap strategi pembangunan kerjaya individu mereka. Oleh itu, efikasi kendiri terhadap perancangan kerjaya merujuk kepada sikap, pandangan dan tingkah laku individu terhadap diri sendiri di mana seseorang individu itu percaya bahawa diri sendiri berupaya mengurus satu-satu kerjaya dengan jayanya. Ia bergantung kepada suatu petunjuk kejayaan kerjaya yang mewakili persepsi individu terhadap kemampuan individu merentasi kepelbagaian situasi dan persekitaran. Efikasi kendiri bersifat dinamik yang sentiasa berubah dan berkait dengan domain-domain prestasi tertentu. Efikasi kendiri boleh memotivasikan individu seseorang itu dengan menetapkan objektif, fokus dan matlamat kerjaya. Seterusnya, motivasi kerjaya mempengaruhi komitmen individu dalam menilai perancangan kerjaya mereka. Efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam menghadapi matlamat, tugas, dan cabaran. Individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi percaya bahawa mereka dapat membuat keputusan yang tepat. Malahan, melihat sesuatu kerjaya yang sukar adalah sebagai cabaran yang harus mereka ambil demi pembangunan kerjaya. Sebaliknya, individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah cenderung untuk tidak memilih kerjaya yang sukar.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 398 Berdasarkan Osman et al. (2020) program dalam pengajian seperti kursus luar, lawatan ilmiah, aktiviti kokurikulum serta pengalaman berkerja sambilan menjadi faktor pemangkin dalam perancangan kerjaya lulusan kolej komuniti. Tambahan pula, dalam merancang kerjaya strategi perancangan kerjaya harus dititikberatkan dalam lulusan TVET supaya menjadi pilihan utama pihak industri pembuatan. Antara faktor-faktor yang signifikan dalam perancangan kerjaya adalah fokus, penentuan objektif, faktor pemangkin dan efikasi kendiri berada pada tahap yang tinggi dalam perancangan kerjaya lulusan kolej komuniti (Zaidi Othman et al., 2020). 3.0 Metodologi Kajian Kajian tinjauan ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Penggunaan instrumen soal selidik ini dibangunkan oleh Ahmad Rosli (2016) dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.83. Nilai kebolehpercayaan ini menunjukkan pengukuran bebas dari kesilapan dan seterusnya menghasilkan keputusan yang konsisten. Dalam kajian ini, aplikasi percuma iaitu G-Power digunakan dalam proses pemilihan sampel. G-Power akan memberi cadangan saiz sampel berdasarkan kesan saiz dan kekuatan sampel serta jenis analisis yang pengkaji gunakan (Wan Muhammad Amir, Muhammad Shafiq, Adam Husein dan Mohd Fadli 2018). Aplikasi ini mencadangkan minimum sampel seramai 45 orang bagi analisis t (Independent sample T-Test), effect size: 0.8 dan eer prob.: 0.05 (Faul, Erdfeder, Lang & Buchner 2007). Kaedah edaran soal selidik manual diubah ke dalam bentuk Google Form bagi meluaskan taburan kepada sampel kajian secara dalam talian kepada lulusan TVET tahun 2020/2021 yang merupakan alumni daripada pelbagai institusi TVET seperti Politeknik, Kolej Komuniti, ILP, ADTEC, IKBN dan IKM. Seramai 246 orang sampel kajian telah berjaya dikutip menjawab soal selidik dengan lengkap dalam tempoh masa yang singkat. Selari dengan pendapat Ghazali Darussalam dan Suffean Hussin (2016) yang menyatakan semakin besar sampel kajian semakin baik dapatan kajian. Bahagian A soal selidik mengandungi maklumat demografi lulusan TVET. Bahagian B pula mengandungi maklumat tentang efikasi kendiri dalam mempengaruhi perancangan kerjaya lulusan TVET. Hasil data-data yang diperolehi daripada kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif dan korelasi untuk menjawab semua persoalan kajian.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 399 4.0 Analisis dan Perbincangan Kajian ini berjaya mencapai objektif bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap efikasi kendiri dalam perancangan kerjaya oleh lulusan TVET Berdasarkan pada Jadual 1, menunjukkan hasil dapatan melalui analisis deskriptif bagi keseluruhan kajian yang mempunyai skor min yang tinggi (µ=4.26). Oleh itu dapatan kajian ini menunjukkan lulusan TVET sememangnya mempunyai yakin diri semasa merancang kerjaya mereka. Dapatan kajian ini seiring dengan dapatan kajian Yunisra et al. (2021) mendapati lulusan TVET di kolej komuniti mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam perancangan pemilihan kerjaya mereka. Begitu juga dengan penyelidik lain mendapati tahap efikasi kendiri di kalangan pelajar universiti dan pekerja dalam persediaan dan pembangunan kerjaya juga adalah tinggi (Hariyanti Abd Hamid et al., 2019; Jakaria et al., 2020; Kim et al., 2016). Ini membuktikan bahawa lulusan TVET juga mempunyai sikap percaya diri bahawa mereka berupaya mengurus sesuatu kerjaya dengan jayanya. 2. Mengenalpasti faktor efikasi kendiri yang diperlukan dalam perancangan kerjaya lulusan TVET Jadual 2, menunjukkan skor min yang tinggi bagi setiap faktor-faktor efikasi kendiri lulusan TVET dalam perancangan kerjaya. Lulusan TVET percaya bahawa item Personaliti Diri dan Nilai Percaya Diri memainkan peranan yang paling penting dalam perancangan dalam sesebuah kerjaya mereka. Selebihnya, diikuti dengan Kebolehan Diri (µ=4.26), Kekuatan dan Kelemahan Diri (µ=4.25) dan terakhirnya Perlaksanaan Kerjaya (µ=4.24).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 400 Dapatan ini menunjukkan kelima-lima faktor efikasi kendiri ini memainkan peranan penting dalam proses perancangan kerjaya bagi lulusan TVET. Kebolehkerjaan juga berkaitan dengan efikasi kendiri, keyakinan diri individu terhadap keupayaan mereka untuk mendapatkan pekerjaan (Coetzee and Oosthuizen, 2012). Oleh yang demikian, program ko-kurikulum yang dirangka semasa dalam kampus lagi perlu mengambilkira faktor-faktor tersebut bagi membantu pelajar-pelajar TVET membina efikasi kendiri mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan eksplorasi kerjaya sekaligus bijak dan konsisten dalam merancang kerjaya mereka mengikut bidang pengajian mereka. 3. Mengenalpasti hubungan di antara efikasi kendiri dengan kemampuan membuat keputusan dalam kerjaya lulusan TVET Dapatan analisis Korelasi Pearson di Jadual 3 menunjukkan nilai kolerasi 0.722. Ini membuktikan wujudnya hubungan signifikan yang tinggi di antara efikasi kendiri dan kemampuan membuat keputusan kerjaya dalam lulusan TVET. Menyokong dapatan S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah (2016) wujudnya hubungan positif serta signifikan antara strategi pembangunan kerjaya dengan efikasi kendiri di kalangan pekerja. Ini menunjukkan efikasi kendiri mempunyai hubungan dalam perancangan kerjaya individu kerana semakin tinggi efikasi kendiri individu itu semakin yakin diri untuk membuat keputusan dalam perancangan kerjaya kehidupan mereka. 5.0 Rumusan dan Cadangan Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya menjawab persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan bagi mengenalpasti tahap efikasi kendiri lulusan TVET dalam perancangan kerjaya dengan memperoleh nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan lulusan dari institusi TVET mempunyai efikasi kendiri atau kata lainnya keyakinan diri yang tinggi dalam mengatur strategi perancangan kerjaya mereka.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 401 Bertepatan dengan teori (Bandura, 1997) yang menyatakan bahawa semakin tinggi efikasi kendiri kerjaya individu itu, semakin tinggilah keinginan dan keyakinan individu itu dalam mencapai matlamat impiannya. Bandura (1986) menyatakan efikasi kendiri merupakan suatu tingkah laku yang boleh berubah-ubah. Tingkah laku seseorang boleh dijangka tidak konsisten bergantung kepada faktor perubahan persekitaran dan mungkin faktor dalamannya. Tambahan pula, menurut (Makki, et.al, 2016) efikasi kendiri mempunyai pengaruh positif berkaitan aktiviti eksplorasi kerjaya serta mampu mempengaruhi prestasi dengan tahap usaha serta kecekalan seseorang dalam perkembangan kerjaya mereka. Perancangan kerjaya seseorang mungkin boleh berubah bergantung kepada kecekalan dan usaha individu itu. Justeru itu, kajian akan datang ingin melihat kemungkinan wujudnya perbezaan efikasi kendiri ini dikalangan jantina lelaki dan perempuan dalam aktiviti eksplorasi dan perancangan kerjaya lulusan TVET. Melihat kepada hubungan signifikan yang positif di antara efikasi kendiri dengan kemampuan lulusan TVET membuat keputusan dalam merealisasikan rancangan kerjaya impian mereka, cadangan kajian lanjutan oleh penyelidik untuk mengkaji faktor-faktor efikasi kendiri yang berpengaruh dalam kemampuan lulusan TVET membuat keputusan kerjaya. Melalui kajian ini, kesemua faktor efikasi kendiri yang diperlukan dalam proses merancang kerjaya ini perlu diambil serius oleh institusi TVET bagi merangka atau menambahbaik program intervensi atau program kesediaan kerjaya yang perlu diterapkan pada peringkat awal pengajian. Ini penting bagi menjamin kualiti lulusan TVET negara dalam pasaran pekerjaan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh pihak industri.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 402 Rujukan Bandura, A. (1986). Social Foundations Of Thought And Action: A Social Cognitive Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Bandura, A. (1977). Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioral change. Psychological review, 84(2), 191. Coetzee, M., & Oosthuizen, R. M. (2012). Students' sense of coherence, study engagement and self -efficacy in relation to their study and employability satisfaction. Journal of Psychology in Africa, 22(3), 315–322. Faul, F., Erdffelder, E., Lang, A.G & Bucher, A. (2007) G*Power: a flexible statistical power analysis program for the social, behavioral and biomedical sciences. Behavior Research Method, 39(2). 175-191. Hariyanti Abd Hamid, Maheran Baharum, & Azizah Sarkowi. (2019). Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Akademik Siswa Pendidik. Jurnal IPDA, 26, 104–113. http://103.8.145.246/index.php/ipda/article/view/8209 Jakaria, N. A., Mazlan, M., Samri, N., & Shafie, S. N. A. (2020). Perbezaan Efikasi Kendiri Terhadap Pembangunan the Difference Between SelfEfficiency of Career Development Based on Demographical Factors. Jurnal ‘Ulwan ‘Ulwan’s Journal Jilid 5 (1) 2020 : 223-235, 5(1), 223–235. Kim, Sun-Hwan, & Kim, Mi Jong. (2016). The Effect of Career Preparation Program on Self-esteem, Self-efficacy related career decision-making and Career Development Readiness in University Students. Journal of Digital Convergence, 14(4),407–418. https://doi.org/10.14400/JDC.2016.14.4.407 Makki, B.I., Javaid, M.U., & Bano, S. (2016). Level of Work Readiness Skills, Career Self-Efficacy and Career Exploration of Engineering Students. Osman, K., Mohd Nor, A., & Ujang, Z. (2020). Peranan Faktor Pemangkin Dalam Perancangan Kerjaya Lulusan Kolej Komuniti. Politeknik & Kolej Komuniti Journal Of Life Long Learning, 4(1), 20-29 S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah (2016). Efikasi Kendiri dan Strategi Pembangunan Kerjaya Kakitangan Sokongan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences. Vol. 4, No. 2. Halaman 125-135 Sulaiman, F. (2019). Graduan TVET mudah dapat kerja, pendapatan lumayan. Yunisra, Y., Nurul Hidayah, A. A., & Norazamimah, M. J. (2021). Efikasi Kendiri Terhadap Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Lulusan Kolej Komuniti. E-Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2021, 1– 10.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 403 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Sistem eKBDR dalam Kalangan Staf Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) dan Kolej Komuniti Cawangan Maran (KKCM) bagi Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ayu Hasnidah Zainudin1 * , Syarifah Fauziah Syed Mohamed2, Dzazuriaty Muhamad3 123Kolej Komuniti Paya Besar *[email protected] Abstrak Penguatkuasaan PKP memberikan pelbagai impak kepada kehidupan masyarakat di Malaysia berikutan pandemik Covid-19. Terdapat keperluan bagi jabatan untuk memantau kehadiran staf mereka secara ‘real time’ apabila kerajaan mengarahkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai Perkhidmatan Awam. Bagi memastikan pengurusan kehadiran staf di KKPB dan KKCM adalah terkawal, maka satu kaedah pemantauan kehadiran iaitu penggunaan sistem eKBDR telah dilaksanakan. Sistem ini adalah berasaskan web, ia juga disesuaikan dengan paparan telefon pintar. Pembangunan sistem ini bermula apabila terdapat keperluan dari pengurusan tertinggi untuk memantau keberadaan semua staf semasa tempoh PKP bermula iaitu pada bulan Mac 2020. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan sistem eKBDR dalam kalangan staf. Sasaran responden adalah seramai 66 orang yang terdiri daripada 23 orang lelaki dan 43 orang perempuan. Kajian ini dibataskan kepada 3 faktor iaitu tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan sistem sokongan teknikal. Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel. Responden menerima secara positif penggunaan sistem eKBDR dalam tempoh PKP. Sistem eKBDR didapati mesra pengguna, lebih sistematik, serta responsive. Sistem ini juga berkesan membantu pengurusan tertinggi mengakses dan menyemak data kehadiran staf secara terus. Berdasarkan daripada hasil dapatan, cadangan penambahbaikan diutarakan bagi meneruskan penggunaan sistem ini sekiranya tiada perlaksanaan PKP iaitu sebagai medium untuk merekodkan kehadiran pelajar di dalam kelas secara ‘real time’ di KKPB dan KKCM. Kata Kunci : Kebergunaan, Mudah Guna, Sokongan Teknikal, Sistem Kehadiran


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 404 1.0 Pengenalan PKP yang disyorkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19 telah menyebabkan organisasi terpaksa beralih kepada mod ‘Bekerja Dari Rumah’ (BDR). Pandemik ini benar-benar mewujudkan norma baharu dalam pekerjaan. Teknologi dan komunikasi menjadi platform untuk mengukuhkan pengurusan organisasi walaupun dalam keadaan sukar ketika itu. Ini bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa kepada pelajar dan komuniti setempat. Manakala, majikan dan staf boleh berhubung dengan menggunakan teknologi komunikasi bagi mengemaskini maklumat serta status mereka yang terkini, (Dalam & Pandemik, 2021). Teknologi komunikasi merujuk kepada kesediaan individu dan institusi untuk menerima teknologi sebagai sebahagian daripada persekitaran kerja mereka. Kejayaan sesebuah organisasi pada era ini dibantu dengan kemudahan teknologi komunikasi yang cekap serta pengurusan yang berkesan. Teknologi komunikasi yang lancar akan berupaya untuk meyakinkan pihak pengurusan untuk mengimplemenkannya dan melakukan perubahan yang meluas. Teknologi ini termasuklah penggunaan laman web, komputer berinternet, sistem sokongan elektronik serta perantara komunikasi (Ahlam Abdul Aziz, 2016). Perangsang perubahan ini memerlukan penglibatan kemahiran staf organisasi tersebut, dan kebolehan organisasi memberi respon dengan perubahan yang berlaku diluar organisasi. Krisis kesihatan awam global ini telah menyebabkan kepincangan dalam fungsi organisasi sektor awam. Pelaksanaan BDR dilaksanakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah,(Bahariatulaini Binti Badri@Harun, Mohd Afandi Bin Abdul Hamid, 2020). Pihak pengurusan atau pentadbiran perlu menjadi lebih kreatif dalam mengurus pekerja. Kemampuan memahami perubahan yang berlaku akibat pandemik, serta diluar kebiasaan adalah sesuatu yang dituntut. Banyak aplikasi atau sistem atas talian dibangunkan bagi tujuan pemantauan serta memastikan impak BDR semasa tempoh PKP adalah berkesan. Sistem eKBDR merupakan sebuah sistem laman web yang dibangunkan untuk memantau kehadiran staf serta digunakan pada telefon pintar. Staf perlu merekod kehadiran dua kali sehari, iaitu semasa masuk kerja dan sekali lagi semasa tamat waktu bekerja. Tujuan utama pembangunannya adalah sebagai medium pemantauan kehadiran semua staf yang bertugas di KKPB dan KKCM dalam tempoh PKP dilaksanakan. Sistem ini dibangunkan secara dalaman menggunakan kepakaran pensyarah dari Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) dan Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Sistem ini adalah permintaan dari pengurusan tertinggi kerana penggunaan sistem thumbprint pada waktu tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pemantauan staf yang bekerja dari rumah. Maka pengkaji merasakan perlu untuk mengetahui bagaimana penerimaan sistem eKBDR yang telah dibangunkan ini. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penerimaan sistem eKBDR dalam kalangan staf di kedua-dua buah kolej komuniti. Hasil kajian ini akan digunakan untuk cadangan penambahbaikan penggunaan inovasi atau teknologi baru di institusi pada masa depan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 405 2.0 Sorotan Kajian Penerimaan teknologi dalam persekitaran kerja telah banyak dibincangkan oleh penyelidik melalui gabungan pelbagai model dan teori terhadap penyelidikan yang dibuat. Terdapat 3 faktor yang di adaptasi dari kajian lepas,(Arshad et al., 2021) iaitu tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan sokongan teknikal. Kerangka kajian adalah seperti Rajah 1. Menurut (Md Ali & Mohamad Ali, 2019), penyelidik mendapati penerimaan sesuatu teknologi yang dibangunkan bergantung kepada faktor teknologi seperti kualiti sistem yang dibangunkan serta servis yang diberikan. Ciri-ciri seperti sistem yang mudah digunakan, interaktif, antaramuka yang mesra pengguna, akses internet serta maklumbalas yang cepat dari pentadbir sistem. Penerimaan dan penolakan terhadap sistem adalah ditentukan oleh ciri-ciri tersebut. Berdasarkan kajian oleh penyelidik di Fakulti Pendidikan (Universiti Kebangsaan Malaysia), penerimaan dan penggunaan sesuatu sistem di dalam organisasi dijadikan kayu ukur merujuk kepada Model TAM. Persepsi kebolehgunaan, persepsi kemudahan penggunaan serta norma subjektif menjadi penyebab utama sesebuah sistem pengurusan itu diterima pakai. Keadaan ini menunjukkan seseorang pengguna itu akan menggunakan sistem terlebih dahulu dan mengenalpasti sama ada ia mudah digunakan atau tidak, bagi meneruskan penggunaan sistem tersebut (Rohaila Mohamed Rosly & Fariza Khalid, 2016). Menurut penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah, penerimaan adalah berkait rapat dengan perceived usefulness iaitu pengguna percaya setelah menggunakan sistem teknologi, ia akan memberi kebaikan kepada mereka. Faktor kedua adalah perceived ease of use. Faktor ini mengandaikan bahawa penggunaan sistem teknologi akan memberi kesan kepada mereka untuk menjadi lebih mahir dan cekap (Dympna James Jemson et al., 2019). Sokongan teknikal daripada pihak pengurusan turut diperlukan bagi menjayakan keberkesanan kualiti sistem. Faktor ini dapat memberi galakan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 406 serta mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap sistem. Bantuan teknikal dapat memberi impak yang positif terhadap penggunaan teknologi baru dalam sesebuah organisasi, (Noraznida Binti Husin & Atan, 2020). Rajah 2: Gabungan Model dan Teori Penerimaan e-Pembelajaran, (Arshad et al., 2021) Menurut (Arshad et al., 2021), penggunaan sistem adalah dipengaruhi dengan tanggapan kebergunaan dan tanggapan mudah guna untuk mengaplikasikan teknologi tersebut. Kedua-dua tanggapan ini saling berkait di mana seseorang itu merasakan sistem itu berguna apabila ianya mudah untuk digunakan seperti dalam Rajah 2. Rajah 3: Technology Acceptance Model, TAM (Davis, 1989) Model yang paling penting dalam kajian penerimaan teknologi maklumat adalah Technology Acceptance Model (TAM) yang dibina oleh Fred Davis pada tahun 1986, (Saad & Daud, 2016). Apabila pengguna dipersembahkan dengan sesuatu inovasi yang baru, dua pemboleh ubah yang mempengaruhi keputusan mereka bagaimana dan bila akan menggunakannya iaitu perceived usefulness dan perceived ease of use seperti dalam Rajah 3. TAM turut mengemukakan bahawa orang mungkin telah digalakkan untuk menggunakan sistem maklumat kerana manfaat yang diperolehi, seperti kebergunaan, mudah diguna dan sikap terhadap penggunaan sistem (Quah, 2020).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 407 3.0 Metodologi Kajian Dalam kajian ini, terdapat beberapa fasa yang telah dijalankan iaitu pengumpulan data, analisis dapatan data serta perbincangan dan kesimpulan. Kajian ini dijalankan terhadap staf KKPB dan KKCM seramai 76 orang. Seramai 66 orang responden yang menjawab soal selidik. (Rujuk jadual 1) Jadual 1 : Jumlah populasi yang dikaji Borang soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Terdapat 4 bahagian iaitu: • Bahagian A: Demografik • Bahagian B: Tanggapan Kebergunaan • Bahagian C: Tanggapan Mudah Guna • Bahagian D: Sokongan Teknikal Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui edaran soal selidik secara atas talian kepada semua responden. Aplikasi Google Form digunakan di mana pautan ke soal selidik telah dihebahkan melalui aplikasi Telegram kumpulan. Soalan-soalan dalam soal selidik ini telah diadaptasi daripada kajian Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Port Dickson, (Arshad et al., 2021). Tiada kajian rintis dijalankan untuk menilai kesahan instrumen kajian yang digunakan kerana soalan diadaptasi daripada kajian terdahulu. 4.0 Analisis Dan Perbincangan Tinjauan ini terdiri dari empat (4) bahagian; Bahagian A adalah latar belakang demografi yang terdiri daripada tiga (3) soalan iaitu jantina, kategori dan jenis pelan internet yang digunakan. Bahagian B terdiri dari empat (4) pernyataan berkaitan dengan faktor tanggapan kebergunaan sistem eKBDR. Bahagian C pula mengandungi empat (4) pernyataan berkaitan faktor tanggapan mudah guna sistem eKBDR, dan Bahagian D mengandungi empat (4) pernyataan berkaitan faktor sokongan teknikal yang diberikan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 408 Jadual 2 di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan profil demografi responden. Berdasarkan Jadual 2, staf perempuan yang menjawab soal selidik adalah lebih ramai iaitu 65% berbanding lelaki kerana staf di kedua-dua buah kolej komuniti adalah majoriti di kalangan perempuan. Staf dari kategori pensyarah dengan peratus tertinggi iaitu 69% adalah yang paling ramai menjawab soal selidik ini. Majoriti responden menggunakan pelan internet rangkaian tetap(bulanan) dengan peratus sebanyak 80%. Sisihan piawai adalah pengukuran statistik bilangan yang berbeza dari jumlah purata dalam satu siri. Sisihan piawai rendah bermaksud bahawa data sangat berkaitan dengan purata, dan oleh itu sangat dipercayai. Sisihan piawai yang tinggi bermaksud terdapat perbezaan yang besar antara data dan tidak boleh dipercayai. Interpretasi tahap julat skor min ini ditunjukkan dalam Jadual 3.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 409 Jadual 4 di bawah menunjukkan nilai min dan sisihan piawai untuk setiap pernyataan item tersebut.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 410 Faktor Tanggapan Kebergunaan 4.47 4.43 Faktor Sokongan Teknikal Faktor Tanggapan Mudah Guna 4.5 Rajah 4: Nilai Keseluruhan Purata bagi setiap item Item faktor sokongan teknikal mendapat keseluruhan purata yang tinggi iaitu 4.5 menunjukkan bahawa staf mendapat bantuan teknikal yang baik semasa menggunakan sistem ini. Walaupun dalam keadaan PKP, komitmen bahagian sokongan teknikal dalam memastikan penggunaan sistem ini dapat digunakan dengan sepenuhnya dan lancar dengan sentiasa memberikan manual pengguna yang terkini mengikut penambahbaikan yang dibuat terhadap sistem. Bagi item faktor tanggapan kebergunaan, nilai keseluruhan purata adalah 4.47 menunjukkan staf dapat merasakan manfaat dari penggunaan sistem, serta kemudahan teknologi ini dapat memudahkan urusan merekod kehadiran bekerja dalam tempoh PKP. Seterusnya, keseluruhan min bagi faktor tanggapan mudah guna mendapat nilai 4.43 menunjukkan kesediaan staf menggunakan sistem ini adalah baik kerana fungsi serta antaramukanya yang mudah difahami serta mesra pengguna.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 411 5.0 Rumusan dan Cadangan Dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi maklumat digital, pekerja khususnya harus berubah dan mengambil inisiatif dengan menggunakan teknologi komunikasi secara cekap, dan berkesan,(Dalam & Pandemik, 2021). Hasil daripada dapatan analisis ini mendapati, kebanyakan staf menerima penggunaan sistem eKBDR dalam tempoh PKP. Ini disebabkan berlakunya pandemik Covid-19 yang memerlukan staf menggunakan teknologi dalam proses pemantauan keberadaan mereka pada waktu bekerja. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi staf menerima inovasi ini iaitu tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan sokongan teknikal yang diberikan oleh pentadbir sistem eKBDR. Ini kerana mereka dapat merasakan sistem ini dapat berfungsi dengan baik serta responsive. Mereka juga dapat merasakan komitmen untuk melaksanakan kerja dari rumah apabila perlu mendaftar kehadiran bekerja pada setiap hari serta membuat pelaporan. Antaramuka sistem yang ringkas serta mudah untuk digunakan turut membantu staf menggunakannya dengan berkesan. Konsep sistem yang boleh digunakan pada telefon pintar sangat memudahkan mereka tanpa perlu membuka laptop atau menghadap komputer. Tanpa sokongan teknikal daripada pentadbir sistem, sesuatu sistem tidak dapat dijalankan dengan baik (Arshad et al., 2021). Kesediaan pihak pentadbir sistem eKBDR menyediakan sokongan melalui manual pengguna, bantuan teknikal serta penambahbaikan fungsi mengikut permintaan pihak pengurusan dapat memberikan tanggapan yang positif kepada staf untuk menggunakan sistem ini. Selain itu, kemudahan akses internet turut mempengaruhi penerimaan mereka. Justeru itu, pihak institusi perlu menyediakan kepakaran dengan menyediakan serta menggalakkan staf untuk celik teknologi bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam mendepani era globalisasi kini. Staf perlu diberi pendedahan tentang teknologi maklumat yang terkini walaupun mereka berada dalam pelbagai kategori, supaya mereka seiring dalam revolusi industri 4.0. Selain itu, sistem eKBDR boleh ditambahbaik untuk digunakan sebagai ‘tools’ rekod kehadiran pelajar di dalam kelas. Pelajar boleh terus mendaftar kehadiran sewaktu di dalam kelas serta dipantau pensyarah secara ‘real time’. Ini adalah sebagai rekod awal kehadiran bagi memudah dan membantu pensyarah ‘key in’ data sebenar ke dalam Communiti College Management System (CCMS). Pelajar yang tidak hadir juga perlu memaklumkan secara terus alasan tidak hadir supaya dapat memudahkan pensyarah mengambil maklum hal tersebut (bukti/dokumen sokongan). 6.0 Rujukan Ahlam Abdul Aziz. (2016). Peranan teknologi komunikasi dan sumbangannya ke arah perkembangan komunikasi dalam organisasi yang berkesan. Forum Komunikasi, 11(2), 51–64. https://forumkomunikasi.uitm.edu.my/images/FKVol11No2- 2016/FK2016-03-Dr-Ahlam.pdf


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 412 Arshad, N. M., Hassan, Z., & Noh, S. H. M. (2021). no - Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di politeknik port dickson: Kajian kes semester 4 diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1(10), 107–123. Bahariatulaini Binti Badri@Harun, Mohd Afandi Bin Abdul Hamid, N. A. B. A. A. (2020). Pandemik Covid-19 Di Malaysia: Pengaruh Strategi Bekerja Dari Rumah Serta Keseimbangan Kerja Dan Kehidupan Terhadap Prestasi Kerja Pensyarah Politeknik Premier. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah, 0(August), 856–868. Dalam, P., & Pandemik, E. R. A. (2021). KESAN FAKTOR RUANG KERJA & PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERHADAP PEKERJAAN DALAM ERA PANDEMIK COVID-19. March. Dympna James Jemson, Sabariah Sharif, & Soon Singh A/L Bikar Singh. (2019). Penerimaan Penggunaan Mobile Learning di Kalangan Pelajar Tingkatan 6 dalam Mata Pelajaran Geografi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(6), 101–107. Md Ali, S., & Mohamad Ali, A. Z. (2019). Perceived Ease of Use Towards Acceptance on Focused Educational Video Sharing Site. Asia-Pacific Journal of Information Technology & Multimedia, 08(01), 1–15. https://doi.org/10.17576/apjitm-2019-0801-01 NORAZNIDA BINTI HUSIN, & ATAN, N. S. B. (2020). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran dalam Subjek Pengiraaan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Proceeding of the 7th International Conference on Management and Muamalah 2020, 2020(ICoMM), 260–270. Quah, W. B. (2020). Tanggapan Kebergunaan , Tanggapan Mudah Diguna , Dan Sikap. April. Rohaila Mohamed Rosly, & Fariza Khalid. (2016). Analisis faktor penerimaan terhadap aplikasi E-Daftar dalam kalangan kakitangan NIOSH, Malaysia. International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016) “Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development,” 31 Oktober(November), 633–642. Saad, A., & Daud, E. D. (2016). Kepelbagaian Model Penerimaan Teknologi dan Sistem Maklumat. International Conference on ICT in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris., March, 25–26.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 413 Analisis Pembaziran Proses Penambahbaikan Penyediaan Laporan KKBBM dengan Pendekatan Value Streaming Mapping (VSM) Nohayati Ali1*, Tuty Farhida Sajat2 Haslan Azis3 1,3 Kolej Komuniti Bukit Beruang 2 Kolej Komuniti Masjid Tanah *[email protected] Abstrak Kolej Komuniti Bukit Beruang merupakan salah satu daripada kolej kerajaan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat beberapa KPI yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti bagi memastikan kolej komuniti sebanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Salah satu daripada KPI tersebut adalah penghantaran laporan tahunan yang perlu dihantar setiap tahun. Proses pengumpulan maklumat aktiviti bagi melengkapkan laporan tahunan bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan pegawai yang agak ramai dan memerlukan masa yang lama bagi mendapatkan maklumat tersebut. Satu penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan penyediaan laporan KKBBM lebih menjimatkan masa dan efisien. Oleh yang demikian, satu kajian telah dilakukan bagi menganalisis pembaziran proses penambahbaikan penyediaan laporan KKBBM dengan menggunakan pendekatan Value Streaming Mapping (VSM). Analisis kajian mendapati proses menunggu bagi mendapatkan maklumat daripada pegawai untuk penyediaan laporan adalah tinggi dengan nilai 347,400 saat menyebabkan nilai peratus kecekapan di tahap yang rendah iaitu kurang 50% iaitu sebanyak 40.2%. Kajian juga mendapati penggunaan kaizen pada proses penyediaan laporan KKBBM menyumbang kepada kecekapan proses sebanyak 100%. Kata Kunci: penyediaan laporan; pembaziran; kaizen, Value Streaming Mapping (VSM)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 414 1.0 Pengenalan Pengurusan Lean adalah konsep penambahbaikan sistem perkhidmatan sebuah organisasi secara berterusan dengan mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan dan kualiti produktiviti. Lean merupakan mekanisme bagi mengurangkan kos jika diaplikasikan dengan betul dan dapat menjadi panduan sesebuah organisasi. Ia juga boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk menjadikan sesebuah organisasi bertaraf dunia (Chaplin dan rakan-rakan, 2016). Menurut Azim, A.O, Rusalbiah, C.M & Mazita, M.A (2020), sistem pengurusan lean amat penting dalam memastikan tadbir urus sesebuah organisasi menjadi lebih terancang. Ianya selari dengan Pelan Strategik Politeknik Dan Kolej Komuniti (2018-2025) melalui Inisiatif A5 iaitu meningkatkan Tadbir Urus melalui Lean Management. Selaras dengan itu, bermula tahun 2018 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menetapkan Petunjuk Prestasi Institusi bagi Kolej Komuniti menerusi KPI 9 iaitu bilangan program atau aktiviti yang dihebahkan melalui media sosial oleh jabatan atau institusi pada tahun semasa. Laporan aktiviti perlu dihantar mengikut sukuan bagi menentukan pencapaian sesebuah institusi. Namun demikian, kerosakan server telah menyebabkan maklumat yang disimpan hilang dan kesukaran bagi mengumpulkan maklumat aktiviti yang dijalankan oleh program atau unit. Proses pengumpulan data dan maklumat ini juga mengambil masa yang lama. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti pembaziran dalam penyediaan laporan KKBBM berdasarkan Value Stream Maping (VSM) dan mengenalpasti penggunaan kaizen dalam proses penyediaan laporan KKBBM untuk melancarkan tadbir urus serta menambah baik kecekapan dalam pengurusan penyediaan dan pemantauan laporan. 2.0 Sorotan Kajian Tujuan utama pengurusan lean adalah untuk mengurangkan aktiviti yang tidak bernilai dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan kaedah VSM selalu digunakan untuk menyokong pendekatan tersebut (Romero & Arce, 2017). Manakala pembaziran (waste) adalah aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (non value added-NVA) (A. Merici ,2015). Menurut Bilviken (2014), pembaziran dikategorikan kepada 3 iaitu pembaziran material (material loss), pembaziran masa (time loss) dan pembaziran nilai (value loss). Menurut Wang, Tan, Zou & Zhou (2020) VSM adalah kaedah yang boleh membantu organisasi mengenalpasti punca pembaziran. Masalah yang timbul boleh dianalisis dengan sistematik dengan menggunakan kaedah pemetan proses yang terlibat. Mazita (2020) menyatakan bagi memastikan kesempurnaan sesuatu produk atau task mencapai kepada zero losses seperti zero defect, zero rework, zero accident dan zero downtime merupakan visi lean yang perlu diambil kira oleh sesebuah pengurusan organisasi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 415 Selain itu, lean juga berfungsi sebagai alat atau tools untuk menghapuskan pembaziran (waste) dengan mengekalkan aktiviti yang mepunyai nilai tambah (value added) dan menghilangkan pembaziran dengan menghapuskan aktiviti yang tidak mepunyai nilai tambah (non value added). Jasti dan Sharma (2014) dan Wang et al. (2020) juga menjelaskan bahawa necessary non value added activity juga merupakan aktivti yang membawa kepada pembaziran. Langstrard (2016) pula mendapati pembaziran merupakan perkara yang yang memeperlahankan nilai dan tidak mempunyai faedah yang berkait rapat dengan pembaziran. Menurut Douglas, Antony dan Douglas (2015) aktiviti bernilai tambah adalah hasil akhir yang diberikan kepada pelanggan dengan cara yang betul dan pelanggan mengesahkannya bernilai kepada mereka. Lean adalah satu budaya penambahbaikan sesustu proses secara berterusan yang juga dikenali dengan kaizen (perubahan kepada yang lebih baik). Lean menggunakan tools yang bertindak membantu mengenalpasti dan menghapuskan pembaziran (Mazita, 2020). Kaedah lain untuk menghilangkan pembaziran adalah dengan menjadikan matlamat pengurusan lean sebagai satu strategi dalam pengoperasian pengukuran pencapaian melalui kitara waktu yang paling singkat iaitu dengan menghapuskan pembaziran masa (Liker, 2004). Mazita (2020) menjelaskan bahawa sesebuah organisasi memerlukan konsep penambahbaikan yang berterusan (kaizen) untuk menambahbaik produk, perkhidmatan atau proses bagi meningkatkan kecekapan dan nilai kualiti sesebuah organisasi. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kutipan data adalah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen penyediaan laporan aktiviti kolej yang telah dihantar oleh 20 orang pegawai yang terlibat pada bulan Mac 2020. Proses kerja penyediaan laporan ini telah direkodkan daripada proses yang pertama sehingga selesai. Setiap proses penyediaan laporan melibatkan Process Time (PT), Waiting Time (WT) dan Leading Time (LT) yang dicatatkan masanya menggunakan saat. Kaedah analisis yang digunakan untuk kajian ini adalah kaedah kuantitatif menggunakan kaedah Peta Aliran Nilai (Value Stream Map - VSM) iaitu salah satu kaedah yang digunakan dalam menganalisa data hasil perlaksanaan Projek Lean.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 416 4.0 Analisis dan Perbincangan i. Mengenalpasti pembaziran dalam penyediaan laporan KKBBM berdasarkan Value Stream Mapping (VSM).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 417 Rajah 1: Carta alir VSM sebelum perlaksanaan Projek Lean Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan analisis data proses penyediaan laporan aktiviti KKBBM. Value Stream Mapping (VSM) merupakan prinsip utama Lean Tool, bagi mengenalpasti masa proses kerja dan masa menunggu dalam memperbaiki dan mengurangkan pembaziran, Bhosale (2015). Terdapat 3 Value Stream yang dikenalpasti sebagai pengukuran iaitu Process Time (PT), Waiting Time (WT) dan Lead Time (LT). Langstrand (2016) menyatakan bahawa Process Time (PT) merupakan masa yang diperlukan bagi sesebuah proses yang dilaksanakan daripada awal hingga ke akhir proses tersebut. Waiting Time (WT) pula adalah masa yang tidak digunakan tanpa sebarang manfaat semasa pelaksanaan sesuatu proses. Lead Time (LT) pula adalah jumlah masa yang diperlukan oleh sesutu proses. Ia adalah hasil daripada campuran Process Time (PT) dan Waiting Time (WT). Manakala Proses Efficiency (PE) adalah nisbah PT kepada LT dan PE akan memberikanmaklumat dari segi peratus aktiviti bernilai tambah (value added) bagi keseluruhan proses ini (Langstrand, 2016). Hasil daripada analisis, didapati terdapat 4 daripada 6 proses kerja yang mempunyai Waiting Time (WT) iaitu proses 2 (menyediakan maklumat), 3 (menerima maklumat), 4 (menyediakan laporan) dan 5 (menghantar laporan). Jumlah keseluruhan masa proses adalah sebanyak 233,400 saat, proses menunggu (Waiting Time) sebanyak 347,400 saat serta lead time sebanyak 580,800 saat. Proses menunggu didapati tinggi dengan nilai 347,400 saat menyebabkan nilai peratus kecekapan di tahap yang rendah iaitu kurang 50% iaitu sebanyak 40.2%. Sepertimana yang dijelaskan oleh A. Merici, 2015 pembaziran (waste) adalah aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (Non Value Added-NVA) yang perlu dihapuskan. Oleh yang demikian, proses penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mengurangkan atau menghapuskan masa menunggu dan memendekkan masa proses penyediaan laporan aktiviti.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 418 ii. Mengenalpasti penggunaan kaizen dalam proses penyediaan laporan KKBBM Rajah 2: Carta alir kaizen selepas perlaksanaan Projek Lean Rajah 2 menunjukkan carta alir kaizen yang dianalisis menggunankan VSM selepas pelaksanaan lean dalam penyediaan laporan aktiviti KKBBM. Bagi meningkatkan perkhidmatan secara berteruskan dengan meningkatakan kualiti dan produktiviti serta membantu penjimatan kos, prinsip kaizen telah diaplikasikan dalam proses penyediaan laporan aktiviti KKBBM. Terdapat 4 kaizen yang dikenalpasti dan digunakan dalam VSM selepas pelaksanaan projek Lean ini. Kaedah ECRS (Eliminate, Combine, Rearrange, Simplify) digunakan dalam kaizen 1, 2, 3 dan 6 yang melibatkan proses kerja 1 (memohon maklumat), 2 (menyediakan maklumat), 3 (menerima maklumat), dan 6 (mencetak laporan). Eliminate merupakan proses pengurangan kegiatan kerja tertentu yang tidak mempunyai nilai, tidak mempengaruhi peroses dan dianggap tidak penting. Combine merupakan penggabungan dua proses atau lebih untuk mengurangkan pembaziran masa. Rearrange pula adalah satu cara untuk mengatur semula sesuatu proses yang masih bernilai supaya proses kerja lebih efektif dan efisien. Manakala simplify pula adalah penggabungan proses yang berulang-ulang agar dapat mengurangkan lebihan pemprosesan dalam sesuatu proses kerja (Tiena & Novia 2018). Kaizen yang keempat yang telah digunakan adalah penggunaan teknologi digital melibatkan proses kerja 4 (menyedia laporan) dan 5 (memohon kelulusan dan menghantar laporan). Keempat-empat proses yang dikenalpasti menyumbang kepada pembaziran masa menunggu (Waiting Time) yang tinggi telah dihapuskan (eliminate) iaitu proses kerja 1 (memohon maklumat), 2 (menyediakan maklumat), 3 (menerima maklumat), dan 6 (mencetak laporan). Oleh yang demikian, hanya 2 proses sahaja yang akan terlibat bagi penyediaan laporan aktiviti selepas penggunaa kaedah ECRS. Secara keseluruhannya, penggunaan kaizen pada proses ini menjadikan proses menunggu menjadi 0 saat menyumbang kepada kecekapan proses sebanyak 100%. Mazita, 2020 menjelaskan bahawa sesebuah organisasi memerlukan konsep penambahbaikan yang berterusan (kaizen) untuk


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 419 menambahbaik produk, perkhidmatan atau proses bagi meningkatkan kecekapan dan nilai kualiti sesebuah organisasi. 5.0 Rumusan Dan Cadangan Secara keseluruhannya, terdapat beberapa pembaziran yang dikenalpasti berdasarkan analisis Value Stream Mapping (VSM) yang telah dilaksanakan. Pembaziran masa didapati pada proses menunggu yang lama iaitu sebanyak 347,400s. Melalui kaedah kaizen pula, keempat-empat proses yang dikenalpasti menyumbang kepada pembaziran masa menunggu (Waiting Time) yang tinggi telah dihapuskan. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak pengurusan kolej untuk membuat penambahbaikan pada proses penyediaan laporan Kolej Komuniti Bukit Beruang pada masa akan datang. Penambahbaikan proses penyediaan laporan KKBBM menggunakan teknologi digital dicadangkan agar dapat memberikan impak yang besar terhadap penjimatan masa, tenaga dan kos. Satu kajian keberkesanan penggunaan teknologi digital dalam penyediaan laporan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka akan dilaksanakan bagi mengenalpasti peluang penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh pihak kolej.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 420 Rujukan A. Merici, Perancangan Perbaikan Area Permesinan Komponen Isolating Cock di PT. Pindad (Persero) untuk Meminimasi Waste Menggunakan Metode 5S dengan Pendekatan Lean Manufacturing, Bandung: Telkom University, 2015 Azim, A.O, Rusalbiah, C.M & Mazita, M.A(2020). Lean Transformation Sustainability Models: A Critical Review. Advances in Business Research International Journal, 6(2), 2020, 1-18 Bilviken, Trond, John Rooke, and Lauri Koskela. 2014"The Wastes of Production in Construction -A TFV Based Taxonomy." 22nd Annual Conference of The International Group for Lean Construction. Oslo, Norway. pp 811- 822 Bhosale, P., Salunke, H. (2015), Value Stream Mapping: Case Study On Residential Construction Sector. International Journal Of Engineering Sciences & Research Technology, 4. (7) Chaplin, L., Heap, J., & O’Rourke, S. T. J. (2016). Could “Lean Lite” be the costeffective solution to applying lean manufacturing in developing economies? International Journal of Productivity & Performance Management, 65(1), 126 -136 Douglas, J., Anthony, J. and Douglas, A (2015). Waste Indetification and elimination in HEIs: the role of Lean thinking. International Journal of Quality & Reliability Management, 32 (9), 970-981. Jasti, N. V. K & Sharma, A. (2014). Lean Manufacturing Implementation Using Value Streamimng Maping As A Tool: A Case Study From Auto Component Industry. International Journal of Lean Six Sigma, 5(1), 89 – 116 Langstrand, J. (2016). An Introduction to value streaming mapping and analysis. Divison of Logistic and Quality Mangement. Departmen of Management and Engineering Linkokping University Sweden Liker, J.K., The Toyota way. 2004. NY: McGraw Hill Nordin, N., Deros, B. M., & Abd Wahab, D. (2010). A survey on lean manufacturing implementation in Malaysian automotive industry. International Journal of Innovation, Management and Technology, 1(4), 374. Mazita, M. A. (2020). Kajian Tahap Kesediaan Praktis Pengurusan Lean Dalam Pengajian Separuh Masa Di Kalangan Pensyarah TVET. Journal on Technical and Vocational Education, vol.5, no. 2.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 421 Romero, L. & Arce, A. (2017). Applying value streaming mapping in manufacturing: a systematic literature review. IFAC-Papersonline, 50 (1, 1075-1086 Sarhan, J. G., Xia, B., Fawzia, S., & Karim, A. (2017). Lean Construction Implementation in the Saudi Arabian Construction Industry. Construction Economics & Building, 17(1), 46–69. Tiena, G.A., Novia, C.W. (2018). Pembaikan Proses Produksi Sistem Pengeraman Kenderaan Bermotor Dengan Metode ECRS-Base Line Balancing. Seminar Nasional Pakar ke 1 2018. Buku 1. Wang, S., Tang, J., Zhou, Y. and Zhou, Q. (2022). Research on production process optimization of precast concrete component factory based on value streaming maping. Engineering, Construction and Architectural Managemnet, 27 (4), 850-871.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 422 Hubungan Di Antara Keseimbangan Kerja - Kehidupan Dan Komitmen Terhadap Organisasi Dikalangan Pensyarah Di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor Eliza Seth1*, Mohamad Bakhtiar Mohamad Yusof2 1Kolej Komuniti Tanjung Piai 2Politeknik Ibrahim Sultan *[email protected] Abstrak Keseimbangan kerjaya-kehidupan adalah situasi seorang pekerja yang bukan hanya mampu memenuhi kehendak kerjaya dan keluarga, malah menuntut individu itu untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab tanpa wujud konflik. Secara keseluruhan, keseimbangan kerjaya-kehidupan tidak hanya meliputi kerjaya dan keluarga, malahan meliputi peranan lain di dalam kehidupan. Selain itu keseimbangan kerjaya-kehidupan juga menekankan kebolehan seseorang pekerja untuk meningkatkan motivasi, produktiviti dan kesetiaan kepada organisasi. Secara umumnya, keseimbangan kerjaya-kehidupan berhubungkait kepada waktu bekerja, kebolehubah, kesejahteraan, keluarga, waktu senggang dan sebagainya. Keseimbangan kerjaya-kehidupan adalah penting kerana ia dapat mengurangkan risiko ketidakpuasan kerja, konflik kerjaya-kehidupan dan burnout di dalam diri seseorang pekerja. Keseimbangan kerja-kehidupan diukur dengan menggunakan Survey Work-home Interaction/NijmeGen (SWING)(Geurts et al (2005)) berdasarkan kepada Effort Recovery Theory oleh Meijiman and Mulder’s (1998) untuk mengukur dan menilai work-home interaction (WHI). WHI adalah proses interaktif, fungsi seorang tenaga kerja di dalam satu domain dipengaruhi samada secara positif atau negatif akibat dari kesan yang terbina di dalam domain lain (Demerouti et al., 2004; Geurts et al., 2005; Mostert & Oldfield, 2009). Definisi menunjukkan interaksi di antara kerja dan kehidupan boleh terjadi dalam gerak dua hala dan pastinya akan mempengaruhi samada secara positif atau negatif. Instrumen yang berasaskan teori ini digunakan untuk mengukur pengaruh di kedua hala (negatif atau positif) hidup seseorang individu (Geurts et al., 2005; Marais et al., 2009; Mostert & Oldfield, 2009; Van Aarde & Mostert, 2008). SWING merangkumi 20 item iaitu 13 item untuk skala sementara 9 item lain untuk mengukur interaksi negatif. Soal selidik mengukur komitmen terhadap organisasi adalah gabungan OCQ (Porter and Smith, 1970) dan TCM (Meyer and Allen, 1993) untuk memperkukuh keesahan pengukuran komitmen. Komitmen organisasi ialah sikap pekerja yang membawa kepada objektif, nilai dan sasaran organisasi di samping kesediaan pekerja untuk memaksimakan keupayaannya untuk organisasi sehingga pekerja rasa selesa dan bersama organisasi untuk mencapai visi, misi, nilai dan tujuan organisasi. Seorang pekerja yang dikatakan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi, dikenali dengan karekteristik lain termasuk kebolehpercayaan yang kuat dan penerimaan matlamat dan nilai organisasi, keinginan yang tinggi untuk bekerja dengan organisasi selain keinginan yang tinggi untuk kekal sebagai sebahagian dari organisasi. Kata kunci: Keseimbangan kerjaya, Kehidupan, Komitmen Organisasi


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 423 1.0 PENGENALAN KAJIAN Perubahan di dalam pendidikan hari ini telah membuatkan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah menjadi lebih kompleks daripada dahulu. Sebelumnya, pensyarah hanya bertanggungjawab menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada anak didik. Beban tanggungjawab pensyarah politeknik, ditambah dengan harapan dan pelbagai matlamat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengakibatkan pensyarah menghadapi kesukaran mendapatkan keseimbangan kerjaya-kehidupan yang berkualiti. Laluan transformasi Kolej Komuniti direkabentuk untuk memperkuatkan lagi peranan Kolej Komuniti di dalam pendidikan dan latihan telah sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada para pensyarah. Terdapat beberapa objektif yang digariskan di antaranya adalah; untuk melonjakkan Kolej Komuniti sebagai institusi TVET yang unggul; untuk memperkukuhkan perkaitan program Kolej Komuniti agar selari dengan keperluan pembangunan ekonomi; melonjakkan bidang tujahan disamping teknologi yang berkaitan untuk menghasilkan graduan yang berkualiti – semangat keusahawanan, kebolehpasaran dan berdayasaing; membentuk reputasi yang baik dan meletakkan Kolej Komuniti di antara institusi pendidikan yang terbaik di Malaysia; untuk memperkembangkan program yang ditawarkan demi memenuhi permintaan pelajar Tekanan yang dihadapi oleh pensyarah Kolej Komuniti telah menyebabkan kesukaran untuk mereka mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan. Ketidakseimbangan kerjaya-kehidupan yang dihadapi menyebabkan para pensyarah menghadapi konflik kerjaya-kehidupan dan pemerkasaan kekeluargaan yang rendah. Akibatnya, ketidakseimbagan kerjaya-kehidupan menyumbang kepada komitmen yang rendah kepada organisasi di kalangan pensyarah. 2.0 SOROTAN KAJIAN Menurut Mitchell, B., keseimbangan kerjaya-keluarga merupakan elemen untuk mendapatkan keseimbangan yang ideal di antara kehidupan professional dan peribadi seseorang individu. Tahap kepentingan yang diberikan kepada elemen ini adalah kerana kekurangan penumpuan kepada keseimbangan ini telah memberikan beberapa kesan negatif. Burnett, B. & Evans, D. pula mengatakan bahawa keseimbangan kerjaya-kehidupan yang berkesan akan menyumbang kepada rasa gembira dan puas hati dalam kehidupan. Rasa puas hati ini pula akan menyebabkan individu tadi mengekalkan tahap kerja keras di dalam kerjaya serta kekal berpuas hati. Di dalam sesebuah organisasi, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan tenaga kerja memperolehi keseimbangan kerjaya-kehidupan. Dalam konteks kajian ini, Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor bertanggungjawab untuk memastikan para pensyarah mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan agar tenaga kerja menunjukkan komitmen yang tinggi keada organisasi. Untuk organisasi yang memperolehi komitmen tinggi dari tenaga kerja, perkhidmatan atau produk yang terhasil akan mencapai tahap yang tinggi dan ini pastinya meberikan impak dalam mencapai visi dan misi organisasi. Menurut dapatan Soal Selidik Stress dan Burnout yang telah dijalankan di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor pada akhir 2021, tahap stres dan burnout adalah agak tinggi. Bertolak dari masalah itu, kajian tentang hubungkait keseimbangan kehidupan dan komitmen organisasi telah dijalankan di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor. Adalah diharapkan agar hasil dari kajian ini akan dapat membantu Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor dalam mempertingkatkan produktiviti dan komitmen para pensyarah.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 424 Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap keseimbangan kerja-kehidupan di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor. Kajian akan menganalisa hubungkait di antara tahap keseimbangan kerja-kehidupan dengan tahap komitmen terhadap organisasi yang ditunjukkan oleh pensyarah. Kajian diharapkan akan dapat memberikan peluang kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor untuk mengambil langkah terbaik bagi menyediakan keseimbangan kerja-kehidupan kepada pensyarah kerana ia akan memberi kesan terhadap komitmen kepada organisasi. Kajian adalah untuk mengenalpasti keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen terhadap organisasi di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor. Tahap komitmen terhadap organisasi pula menfokuskan kepada tiga dimensi – afektif, kesinambungan dan normatif. Soal selidik diedarkan meliputi tahap keseimbangan kerjakehidupan, tahap komitmen kepada organisasi dan hubungkait di antara keduanya. Serama 20 orang kakitangan telah menjawab soal selidik tersebut. Rajah 1: Teori Persempadanan Kerjaya-Keluarga (Clark, 2002 & Schieman et al., 2019) Rajah di atas memaparkan dua komponen penting yang menentukan persempadanan di antara kebolehtelapan dan fleksibiliti. Kebolehtelapan merujuk kepada gangguan luar kawalan yang boleh dialami oleh seseorang pekerja. Contohnya apabila seseorang pekerja dihubungi oleh ahli keluarga semasa bertugas. Ia juga boleh wujud sebaliknya sekiranya sesorang pekerja terlalu memikirkan beban kerjanya semasa berada di rumah. Sementara itu, fleksibiliti pula bila mana keadaan seorang pekerja itu merasakan mereka boleh meninggalkan pejabat pada bila-bila masa untuk menguruskan ha-hal keluarga. Bekerja dari rumah juga juga merupakan satu aspek fleksibiliti.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 425 3.0 INSTRUMENT KAJIAN Soal selidik kajian digunakan untuk mengutip data kuantitatif. Terdapat tiga bahagian dalam soal selidik, maklumat demografi, keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen kepada organisasi. Keseimbangan kerja-kehidupan diukur dengan menggunakan Survey Work-home Interaction/NijmeGen (SWING). SWING dibangunkan untuk mengukur dan menilai work-home interaction (WHI). WHI adalah proses interaktif, fungsi seorang tenaga kerja di dalam satu domain (contoh; rumah) dipengaruhi samada secara positif atau negative akibat dari kean yang terbina di dalam domain lain (contoh; kerja) Definisi menunjukkan interaksi di antara kerja dan kehidupan boleh terjadi dalam gerak dua hala dan pastinya akan mempengaruhi samada secara positif atau negative. Instrument yang berasaskan teori ini digunakan untuk mengukur pengaruh di dua-dua hala (negative atau positif) hidup seseorang individu SWING merangkumi 20 item (13 khusus untuk skala sementara 9 item lain khususnya untuk mengukur interaksi negative). Bahagian III soal selidik mengukur komitmen terhadap organisasi di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor. Sejumlah 15 soalan di bahagian ini. 4.0 KAEDAH ANALISA DATA Berikut adalah instrument- instrument yang digunakan untuk menjalankan kajian serta kaedah analisis data yang berkaitan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 426 ANALISA DATA Berikut adalah data demografi yang diperolehi dan dianalisa Kebanyakan staf adalah berusia dalam lingkungan 36 hingga 40 tahun dan semua dari mereka berbangsa melayu. Majoriti telah pun berumahtangga sementara majoritinya tahap pendidikan mereka adalah diploma hingga sarjana. Lebih separuh dari mereka telah pun berkhidmat melebihi 5 tahun di Kolej Komuniti Tanjung Piai dan 30% telah pun berkhidmat sejak dari mula penubuhan Kolej Komuniti Tanjung Piai lagi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 427 Secara keseluruhannya, ketiga-tiga item untuk komitmen daripada organisasi adalah sederhana sahaja. Ini memberikan gambaran bahawa responden mencapai tahap sederhana untuk komitmen terhadap organisasi. Sementara itu, Jadual 7 pula menunjukkan analisa korelasi di antara hubungan di antara keseimbangan kerja - kehidupan dan komitmen terhadap organisasi. Statistik inferential digunakan di dalam usaha mengukur hubungan di antara keseimbangan kerja - kehidupan dan komitmen terhadap organisasi di kalangan kakitangan di Kolej Komuniti Tanjung Piai. Korelasi Pearson pula telah digunakan di dalam menguji pekali korelasi hubungan di antara keseimbangan kerja - kehidupan dan komitmen terhadap organisasi.


Click to View FlipBook Version