The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat, 2023-10-22 21:30:13

E-Prosiding Seminar SPSH 2022

E-Prosiding Seminar SPSH 2022
eISBN 978-967-18369-7-2

Keywords: pembelajaransepanjanghayat,PSH,prosiding,KKKL

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 279 6.0 Analisis Kajian Borang soal selidik di bahagikan kepada dua aspek yang dikaji iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A adalah berkenaan latar belakang demografi responden, bahagian B berkaitan tahap penguasaan terhadap sukan Catur dan kemahiran mencongak manakala bahagian C pula merupakan tahap penerimaan Caturmatik 2.0 sebagai ABM. 7.0 Dapatan Kajian 7.1 Maklumat Responden Jadual 1: Maklumat Responden Inovasi ini telah diujilari bersama para pelajar semester 1 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal seramai 40 orang sebelum dan selepas penggunaan Caturmatik 2.0. Profil respoden adalah merujuk kepada latarbelakang sampel yang dipilih berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Analisis menunjukkan 87.5% adalah lelaki manakala 12.5% adalah perempuan. Majoriti responden adalah bangsa Melayu iaitu 95%, diikuti India dan lain-lain bangsa 2.5%. Data juga menunjukkan majority responden adalah dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk Produk (DRP) dengan 35%.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 280 7.2 Tahap penguasaan terhadap sukan Catur dan kemahiran mencongak Rajah 5 : Penguasaan pelajar terhadap permainan sukan Catur Rajah 6 : Tahap kemahiran pelajar dalam mencongak operasi nombor dengan baik Berdasarkan analisis pada Rajah 1, didapati penguasaan para pelajar dalam permainan catur adalah di tahap yang sederhana iaitu tahu menggerakkan buah catur tapi adalah sukar untuk memenangi perlawanan kerana tidak mengetahui teknik dan strategi. Manakala di dalam Rajah 2, dapat diperhatikan bahawa 47.5% pelajar bersetuju bahawa tahap kemahiran mencongak mereka adalah ditahap yang membimbangkan. Ini kerana untuk para pelajar menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan khususnya dalam kursus Matematik Kejuruteraan atau masalah pengiraan kursus kejuruteraan, pelajar perlu menguasai kemahiran mencongak ini agar masa menjawab sentiasa mencukupi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 281 7.3 Tahap penerimaan Caturmatik 2.0 sebgai Alat Bantu Mengajar (ABM) Rajah 7 : Tahap penerimaan Caturmatik 2.0 dikalangan para pelajar Untuk menginterpretasikan dapatan analisis data, pengkaji memilih menggunakan jadual interpretasi skor min yang dikemukan oleh Nunnally dan Bernstein (1994), seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 2. Jadual 2: Interpretasi Skor Min Lima Skala Markah Skor Min Tahap 1.00 - 2.00 Rendah 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi 4.01 – 5.00 Tinggi Sumber: Munally dan Bernstein (1994) Hasilnya, sebelum penggunaan ABM Caturmatik 2.0, skor min tertinggi yang direkodkan adalah kebanyakan pelajar berminat untuk menggunakan ABM Caturmatik 2.0 ini apabila melihat faktor rupabentuknya (4.075). Manakala selepas penggunaan, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa penggunaan Caturmaik perlu diperluaskan lagi kepada semua pelajar Politeknik Malaysia (4.35). Caturmatik 2.0 ini sememangnya menekankan kepada kemahiran berfikir secara kritis seperti yang dicadangkan oleh Wong dan Kamisah (2018) dalam kertas kajian konsep yang membincangkan potensi pelajar dan kepentingan penglibatan mereka sebagai pereka cipta permainan dalam pembelajaran. Selain itu, dapat dilihat di dalam Jadual 3 bahawa skor min terendah antara semua item adalah kebanyakan pelajar mempunyai minat yang sederhana tinggi di dalam permainan catur. Dengan penggunaan ABM Caturmatik 2.0 ini akan menggalakkan lagi minat di kalangan pelajar. Berdasarkan tinjauan keberkesanan kepada para pelajar pelajar, didapati selepas penggunaan ABM Caturmatik 2.0 ini, kebanyakan pelajar yakin bahawa kaedah Caturmatik dapat meningkatkan minat mereka kepada permainan catur sebenar. Perbandingan di antara min bagi sebelum dan selepas penggunaan ABM ini adalah meningkat dari tahap sederhana tinggi kepada tinggi.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 282 7.0 Kesimpulan Didapati, para pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah cenderung dan bersemangat setelah menggunakan ABM mengajar ini di dalam kursus sukan Catur MPU24011 dan sebagai latihan mencongak sewaktu program santai bersama pelajar. Kajian ini merumuskan bahawa para pelajar sangat berminat menggunakan ABM ini kerana boleh bermain sambil meningkatkan kemahiran mencongak nombor. Melalui Caturmatik 2.0 adalah diharapkan akan dapat membantu di dalam perkembangan positif para pelajar seperti yang telah dibincangkan oleh Nurfazliah Muhamad et al., (2015) bahawa minda dan pemikiran pelajar akan lebih kritikal dan kreativiti melalui penggunaan Game-Based Learning. Secara keseluruhannya, inovasi Caturmatik ini berpotensi besar dalam membantu pencapaian dan minat para pelajar di peringkat Politeknik Malaysia kerana berfungsi sebagai ABM yang mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan dan pembangunan produk inovasi ini perlu diteruskan melalui cadangan penambahbaikan yang dibuat supaya boleh dikomersilkan seperti penggunaan bahan yang lebih ringan dan mendigitalkan proses permainan Caturmatik 2.0 ini. 8.0 RUJUKAN Azmin S. Rambely & Faridatulazna Ahmad Shahabudin. (2014). Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 10(2) 2014, 111-119. Connie Cassy Ompok & Alley Emison. (2021). Permainan Matematik Untuk Kanak-Kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (11), 181 - 189. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1155 Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor & Fonny Dameaty Hutagalung. (2021). Pendekatan Pengajaran Bermain Di Bilik Darjah Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 64-74. Muhamad, Nurfazliah and Harun, Jamalludin and Md. Salleh, Shaharuddin and Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri (2015) Pembangunan berasaskan permainan bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam matematik. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2015), 20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor. Mohd. Razali, Nurul Amirah and Tasir, Zaidatun (2008) Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 283 Nurul Syadiyah Khairuddin & RamlaH Mailok. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemoni. Journal of ICT in Education (JICTIE), 7(1), 9-1. ISSN 2289-7844 Nunnally, J.C. and Bernstein, I.H. (1994) The Assessment of Reliability. Psychometric Theory, 3, 248-292. Puteri Azwa, Shanizan Herman & Shanizan Imran bin Mohd Radzi. (2017). Mengukur Keberkesanan Penggunaan Board Game Dalam Pembelajaran Asas Operasi Matematik. 3rd National Conference on Research & Innovation, 1-7. Rahimah Wahid. (2020). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Permainan Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi, Journal of Education and Social Sciences, Vol. 16, Issue 1, (October), 9-13. ISSN 2289-9855 Wong Weng Siong & Kamisah Osman. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 3, 121-135. eISSN 0128-2875


E-Prosiding SeJadual 3: Hasil Dapatan TinjauBhg PERKARA KEKERAPAN PERATB SEBELUM PENGGUNAAN CATURMATIK 2.0 TIDAK SETUJU 1 % 2 STS TS 1. Saya sangat minat bermain catur 1 2.5 6 2. Saya boleh mencongak dengan baik 0 0 1 3. Caturmatik adalah mudah dan ringkas 0 0 0 4. Caturmatik dilabel dengan jelas 0 0 0 5. Saya berminat menggunakan ABM Caturmatik ini 0 0 0 KEKERAPAN PERATC SELEPAS PENGGUNAAN CATURMATIK 2.0 TIDAK SETUJU 1 % 2 STS TS 1. Caturmatik meningkatkan minat saya terhadap permainan catur 0 0 1 2. Lembaran markah (borang notasi) yang disediakan sangat membantu saya dalam mengendalikan 0 0 0 Caturmatik 3. Caturmatikberkesan dalam membangunkan keyakinan diri terhadap ilmu matematik 0 0 0 4. Caturmatik boleh mempercepatkan saya dalam kemahiran mencongak 0 0 0 5. Caturmatik boleh membantu keperluan silibus kokurikulum (MPU24011 Catur) 0 0 0 6. Kursus Catur akan lebih menarik dengan pengisian Caturmatik 0 0 0 7. Penggunaan Caturmaik perlu diperluaskan lagi kepada semua pelajar Politeknik Malaysia 0 0 0


eminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 284 uan Penggunaan Caturmatik 2.0 TUSAN SKOR TAFSIRAN TIDAK MIN PASTI SETUJU % 3 % 4 % 5 % TP S SS 15 13 32.5 15 37.5 5 12.5 3.425 SEDERHANA TINGGI 2.5 17 42.5 19 47.5 3 7.5 3.6 SEDERHANA TINGGI 0 7 17.5 25 62.5 8 20 4.025 TINGGI 0 6 15 27 67.5 7 17.5 4.025 TINGGI 0 6 15 25 62.5 9 22.5 4.075 TINGGI Min Keseluruhan 3.83 SEDERHANA TINGGI TUSAN TIDAK SETUJU SKOR PASTI MIN TAFSIRAN % 3 % 4 % 5 % TP S SS 2.5 10 25 17 42.5 12 30 4.00 SEDERHANA TINGGI 0 4 10 30 75 6 15 4.05 TINGGI 0 6 15 22 55 12 30 4.15 TINGGI 0 5 12.5 22 55 13 32.5 4.20 TINGGI 0 7 17.5 23 57.5 10 25 4.075 TINGGI 0 6 15 26 65 8 20 4.05 TINGGI 0 1 2.5 24 60 15 37.5 4.35 TINGGI Min Keseluruhan 4.125 TINGGI


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 285 Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat Terhadap Kaedah Pelaksanaan Pembelajaran Bersemuka dan Dalam Talian Kaswati Salleh1*, Nurul Mahfuzah Mohd Noor2, Tengku Faslidapati Tunku Mansor3 123Kolej Komuniti Kuala Langat *[email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka dan dalam talian. Kajian ini melibatkan 121 orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah dan medium pelaksanaan pembelajaran yang sesuai dan berkesan mengikut pilihan pelajar Kolej komuniti Kuala Langat. Kaedah kuantitatif dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu persepsi kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka, persepsi kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian dan persepsi terhadap medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan. Hasil dapatan menunjukkan majoriti responden telah memilih kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka kerana lebih baik berbanding dengan kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Tahap penerimaan terhadap kaedah pembelajaran bersemuka adalah lebih tinggi manakala tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran dalam talian adalah memuaskan. Oleh itu, penambahbaikan perlu dilakukan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan lebih baik dan efektif. Kesediaan pelajar dalam menerima kedua-dua kaedah pelaksanaan pembelajaran adalah penting sekiranya digabungkan kaedah pelaksanaannya demi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dapat menarik minat pelajar supaya pelajar tidak hilang fokus terhadap ilmu pelajaran yang dipelajari. Kata Kunci: Persepsi, kaedah pembelajaran, pembelajaran bersemuka, pembelajaran dalam talian 1.0 Pengenalan Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara penting dalam menentukan keberkesanan penyampaian suatu pengajaran. Kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka adalah melibatkan komunikasi di antara pelajar dan pensyarah serta sesama pelajar dalam menuntut ilmu. Pembelajaran secara bersemuka memberi kesan yang positif kerana pelajar boleh membuat kerja yang diberikan dengan lebih cepat dan cekap melalui pemantauan dan tunjuk ajar daripada pensyarah. Pembelajaran secara bersemuka juga mampu menilai kemajuan dan kemahiran pelajar dengan cara yang dipercayai. Kaedah ini sudah tentu dapat mengurangkan cabaran kepada pensyarah dan pelajar dapat membina pemerkasaan diri serta dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan tugasan diberi. Pembelajaran dalam talian ialah merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan internet dalam menyampaikan kandungan pelajaran, perkongsian maklumat serta bahan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 286 pembelajaran. Pembelajaran dalam talian adalah pembelajaran secara maya yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Perkembangan teknologi dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar melalui pelbagai maklumat daripada internet seperti laman web, video dan imej. Pembelajaran dalam talian juga membolehkan interaksi sosial antara pelajar dan meningkatkan proses pemikiran mengenai ilmu. Kemahiran berfikir secara kritis dapat dibangunkan melalui perbincangan berpusatkan pelajar kerana pelajar akan berinteraksi dengan pelbagai pendapat dan perlu menemui kata sepakat untuk mencapai objektif. Sehubungan itu, kajian soal selidik telah dilaksanakan untuk mengetahui kaedah pembelajaran yang mana paling berkesan dan memberi impak yang tinggi kepada pelajar. Dalam era teknologi, bahan pembelajaran kini bukan sahaja bergantung kepada buku teks dan alat tulis tetapi juga kepada alat bantu mengajar (ABM) berasaskan teknologi maklumat. Pada generasi kini, pelajar lebih berminat dengan teknologi komputer, komunikasi, dan teknologi maklumat yang mendorong pelajar lebih berminat dengan penggunaan warna, grafik dan penguasaan pelajaran dengan baik tanpa hilang fokus. 2.0 Pernyataan Masalah Pembelajaran secara dalam talian dilihat sebagai satu cabaran dan memberikan implikasi besar kepada para pelajar, pensyarah dan institusi. Antara permasalahan secara umum yang dihadapi oleh para pelajar dan pensyarah adalah kebolehcapaian internet. Secara realitinya akses internet bagi setiap kawasan penempatan adalah berlainan kebolehcapaiannya. Justeru itu, masalah kebolehcapaian internet dilihat sering kali berlaku apabila kelas secara dalam talian dijalankan dan bukan semua pelajar memperolehi capaian internet yang baik bagi mengakses bahan pembelajaran. Cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian antaranya ialah capaian kepada kemudahan Internet, ketiadaan kemudahan komputer atau telefon bimbit, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan juga keberkesanan pembelajaran yang berdasarkan kawalan diri pelajar (Kementerian Sumber Manusia, 2020). Menurut Talerngsri (2019) ketiadaan komunikasi dua hala antara pelajar dan pengajar, motivasi dalam mengikuti pembelajaran dalam talian, risiko isolasi yang diakibatkan dari ketiadaan galakkan atau dorongan dari rakan atau pengajar serta kepelbagaian laman sesawang yang menyediakan kandungan hampir sama mengakibatkan sukar untuk memilih sumber rujukan. 3.0 Objektif Kajian Terdapat tiga objektif kajian iaitu: i. Mengenal pasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap pembelajaran bersemuka ii. Mengenal pasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap pembelajaran dalam talian iii. Mengenal pasti medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 287 4.0 Persoalan Kajian Soalan kajian berdasarkan objektif ialah: i. Apakah persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap pembelajaran bersemuka? ii. Apakah persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap pembelajaran dalam talian? iii. Apakah medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat? 5.0 Sorotan Kajian Kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka lebih dititikberatkan kerana diyakini dapat meningkatkan prestasi pelajar di institusi pendidikan. Menurut Tichavsky et al. (2015), pembelajaran secara bersemuka membolehkan pengajar dan pelajar berinteraksi secara berdepan dan proses pengajaran berlaku secara peribadi. Pendekatan fizikal atau secara bersemuka menggalakkan pembelajaran. Melalui beberapa tinjauan, ramai pelajar menyatakan kaedah pembelajaran secara bersemuka mengukuhkan ikatan mereka antara pensyarah dan rakan-rakan serta membantu mereka untuk belajar dengan mudah. Perkembangan teknologi kini memberi impak yang sangat besar kepada penggunaan sistem di seluruh dunia. Menurut Ahmad Zaki et al. (2014), teknologi mampu mempercepatkan aliran kerja kerana memudahkan proses sesuatu sistem serta meningkatkan kualiti serta kuantiti penghasilan. Kelebihan penggunaan kaedah dalam talian membolehkan pelajar mendengar syarahan di pelbagai tempat, berinteraksi dengan pengajar pada bila-bila masa dan menerima maklum balas segera (Iwuchukwu, 2014). Kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah lebih fleksibel di dalam pembelajaran secara maya. Pembelajaran dalam talian adalah kaedah pelaksanaan pembelajaran secara digital yang membolehkan pensyarah dan pelajar komunikasi tanpa secara bersemuka (Abd. Kadir Arifin, 2016). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian, bahan pembelajaran lebih mudah diakses dengan cepat tanpa mengira tempat dan waktu. Melalui kaedah ini juga terdapat pelbagai sumber rujukan yang boleh menarik minat seperti penggunaan grafik dan multimedia. Menurut Harlina, Zubaidah dan Ainee (2017), pembelajaran dalam talian merupakan pembelajaran berbantukan komputer di mana berlakunya interaksi dua hala antara pelajar dengan sistem. Pembelajaran secara dalam talian adalah bilik darjah yang menggunakan internet dan merupakan kaedah pembelajaran secara aktif (Faridah dan Afham, 2019). 6.0 Metodologi Kajian Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan 121 orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat bagi mengukur persepsi pelajar. Metodologi kajian terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian dan instrumen kajian.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 288 6.1 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif. Borang soal selidik dibangunkan dengan menggunakan borang google bagi tujuan pengumpulan data kajian. Menurut Jones et. Al (1996), soal selidik sesuai digunakan sebagai instrumen kajian yang berbentuk tinjauan kerana ia lebih mudah untuk mendapat kerjasama daripada responden kajian. Melalui kajian Elangkumaran (2009) menyatakan bahawa borang soal selidik boleh merangkumi jumlah populasi kajian yang luas melalui sampel yang kecil, logik dan ada ciri-ciri saintifik serta khusus. 6.2 Sampel kajian Populasi yang dijalankan dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Jadual penentuan saiz sampel daripada Krejcie dan Morgan (1970) digunakan dan menjadi rujukan dalam menentukan saiz sampel kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 121 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah secara rawak. 6.3 Instrumen kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan sebagai instrumen kajian dan melibatkan empat bahagian iaitu Bahagian A (demografi), B (pembelajaran secara bersemuka), C (pembelajaran dalam talian) dan D (medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan). Semua soalan kajian ini menggunakan kaedah skor skala lima likert daripada "sangat tidak setuju" pada skala satu hingga sangat setuju pada skala lima sebagai pilihan jawapan responden kajian. Skor skala lima likert ini digunakan bagi memudahkan pengkaji mengenal pasti penilaian responden terhadap item-item yang dibangunkan. Jadual 1 menunjukkan skor penilaian skala likert yang digunakan dalam soal selidik kajian ini: Jadual 1: Skor skala likert Pernyataan Skor Sangat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Kurang pasti 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 6.4 Analisis data Analisis data kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 2. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan nilai min dan sisihan piawai. Menurut Jamil (2002), dapatan skor min ditafsir menggunakan interpretasi dapatan statistik deskriptif seperti Jadual 2. Jadual 2: Interprestasi skor min Skor min Interpretasi 1.00 - 2.33 Rendah 2.34 - 3.66 Sederhana 3.67 - 5.00 Tinggi


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 289 7.0 Analisis dan Perbincangan Dapatan kajian adalalah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu menentukan tahap persepsi responden terhadap pembelajaran secara bersemuka; menentukan tahap persepsi responden pembelajaran dalam talian dan menentukan tahap persepsi responden mengenai medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan. 7.1 Pembelajaran secara bersemuka Analisis data untuk persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka berdasarkan kajian daripada responden Kolej Komuniti Kuala Langat ditunjukkan dalam Jadual 3. Dapatan analisis skor min menunjukkan nilai yang paling tinggi adalah pernyataan “Pembelajaran secara bersemuka memudahkan saya memahami apa yang diajar” iaitu sebanyak 4.02. Manakala pernyataan “Belajar secara bersemuka dapat mengeratkan hubungan saya dengan pensyarah” mendapat nilai min 3.98. Seterusnya persepsi pelajar terhadap pernyataan “Pembelajaran secara bersemuka dapat meningkatkan pencapaian akademik saya” dan pernyataan “Belajar secara bersemuka adalah lebih berkesan” mendapat nilai min sebanyak 3.97. Pernyataan “Menjimatkan masa dalam menyelesaikan tugasan kumpulan” mendapat nilai skor min 3.92 dan nilai skor min bagi penyataan “Belajar bersemuka dapat meningkatkan keyakinan diri saya” mendapat nilai min 3.88. Persepsi responden terhadap pernyataan “Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka lebih menyeronokkan” mendapat nilai min 3.86 manakala pernyataan “Saya dapat menyelesaikan masalah dalam topik yang di ajar dengan lebih cepat dan mudah” mendapat nilai min sebanyak 3.84. Pernyataan “Saya rasa belajar secara bersemuka dapat meningkatkan motivasi saya” memperolehi nilai min 3.83 dan pernyataan “Belajar secara bersemuka dapat menjimatkan masa saya” mendapat nilai min 3.67. Secara keseluruhannya nilai skor min bagi “Persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka” adalah 3.89 dan berada pada tahap tinggi. Jadual 3: Tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap pembelajaran secara bersemuka No. Pernyataan Nilai Sisihan Min Piawai 1 Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka 3.86 1.027 lebih menyeronokkan 2 Pembelajaran secara bersemuka memudahkan 4.02 .953 saya memahami apa yang diajar 3 Pembelajaran secara bersemuka dapat 3.97 .948 meningkatkan pencapaian akademik saya


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 290 4 5 6 7 8 9 10 Belajar secara bersemuka dapat mengeratkan hubungan saya dengan pensyarah Perbincangan secara bersemuka dapat Menjimatkan masa dalam menyelesaikan tugasan kumpulan Belajar bersemuka dapat meningkatkan keyakinan diri saya Saya dapat menyelesaikan masalah dalam topik yang di ajar dengan lebih cepat dan mudah Belajar secara bersemuka adalah lebih berkesan Belajar secara bersemuka dapat menjimatkan masa saya Saya rasa belajar secara bersemuka dapat meningkatkan motivasi saya 3.98 1.004 3.92 .971 3.88 .988 3.84 .949 3.97 .983 3.67 .925 3.83 1.014 4.2 Pembelajaran secara dalam talian Jadual 4 menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian. Analisis skor min menunjukkan nilai yang paling tinggi adalah bagi pernyataan “Saya boleh menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian di pelbagai peranti” iaitu dengan nilai min 3.50. Pernyataan “Pembelajaran dalam talian membolehkan saya mengakses bahan pembelajaran di mana-mana serta meningkatkan kesediaan menghadiri kuliah” memperolehi nilai min 3.47. Seterusnya pernyataan “Pembelajaran dalam talian lebih banyak menjimatkan masa saya” mempunyai nilai min 3.38 manakala pernyataan “Saya sering menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian seperti Google Classrom, Schoology, Edmodo, Kahoot, Quizizz dan lain-lain” mendapat nilai min sebanyak 3.37. Persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan penggunaan media pembelajaran dalam talian senang digunakan” mendapat nilai min ialah 3.33 manakala pernyataan “Video yang dimuat naik dalam medium e-pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam topik dengan lebih berkesan” memperolehi nilai min 3.26. Pernyataan “Saya merasakan reka bentuk aplikasi pembelajaran dalam talian sangat mudah digunakan dan senang difahami” mendapat nilai min 3.20 dan persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan penggunaan media dalam talian sangat berkesan dalam pembelajaran” memperolehi nilai min sebanyak 3.17. Pernyataan “Aktiviti dan perbincangan melalui e-pembelajaran lebih menyeronokkan dan menarik” mempunyai nilai min iaitu 3.13 manakala pernyataan “Saya merasakan pembelajaran dalam talian lebih menyeronokkan” memperolehi nilai min yang paling rendah iaitu 3.02. Secara keseluruhannya nilai skor min bagi persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah 3.28 dan berada pada tahap sederhana.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 291 Jadual 4: Tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap pembelajaran dalam talian No. Pernyataan Nilai Sisihan Min Piawai Saya sering menggunakan aplikasi pembelajaran 1 dalam talian seperti Google Classrom, Schoology, 3.37 1.009 Edmodo, Kahoot, Quizizz dan lain-lain 2 Saya merasakan pembelajaran dalam talian lebih 3.02 1.033 menyeronokkan 3 Saya merasakan penggunaan media 3.33 1.020 pembelajaran dalam talian senang digunakan 4 Saya merasakan penggunaan media dalam talian 3.17 1.090 sangat berkesan dalam pembelajaran 5 Aktiviti dan perbincangan melalui e-pembelajaran 3.13 1.000 lebih menyeronokkan dan menarik Video yang dimuat naik dalam medium e6 pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan 3.26 1.006 saya dalam topik dengan lebih berkesan Pembelajaran dalam talian membolehkan saya 7 mengakses bahan pembelajaran di mana-mana 3.47 .904 serta meningkatkan kesediaan menghadiri kuliah 8 Saya boleh menggunakan aplikasi pembelajaran 3.50 .896 dalam talian di pelbagai peranti 9 Pembelajaran dalam talian lebih banyak 3.38 1.027 menjimatkan masa saya Sayamerasakanrekabentukaplikasi 10 pembelajaran dalam talian sangat mudah 3.20 .963 digunakan dan senang difahami 4.3 Medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan Jadual 5 menunjukkan persepsi pelajar terhadap medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan. Analisis skor min menunjukkan nilai yang paling tinggi adalah bagi pernyataan “Saya lebih fokus belajar di dalam kelas daripada belajar melalui dalam talian” iaitu dengan nilai min 3.72. Pernyataan “Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka dapat meningkatkan keyakinan diri saya dalam berinteraksi dengan rakan dan pensyarah berbanding dengan pembelajaran dalam talian” memperolehi nilai min 3.67. Seterusnya pernyataan “Pembelajaran secara bersemuka lebih membantu saya di dalam akademik berbanding dengan pembelajaran dalam talian” mempunyai nilai min 3.66 manakala pernyataan “Saya merasakan gabungan pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian lebih berkesan daripada pembelajaran secara bersemuka sahaja” mendapat nilai min sebanyak 3.31. Persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam talian lebih fleksibel dan menjimatkan masa daripada pembelajaran secara bersemuka” mendapat nilai min ialah 3.15 manakala pernyataan “Saya lebih suka menggunakan aplikasi e-pembelajaran daripada datang ke kelas” memperolehi nilai min 3.11. Pernyataan “Saya lebih suka belajar secara dalam talian dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka” mendapat nilai min 3.00. Persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam talian lebih berkesan daripada pembelajaran secara bersemuka” dan pernyataan “Saya lebih bermotivasi belajar dalam talian daripada pembelajaran secara bersemuka” masing-masing


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 292 memperolehi nilai min sebanyak 2.92. Pernyataan “Saya berasa lebih seronok belajar dalam talian daripada pembelajaran secara bersemuka” mempunyai nilai min iaitu 2.88. Secara keseluruhannya nilai skor min bagi persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah 3.23 dan berada pada tahap sederhana. Jadual 5: Tahap persepsi pelajar terhadap medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan No. Pernyataan Nilai Sisihan Min Piawai 1 Saya lebih suka menggunakan aplikasi e3.11 .956 pembelajaran daripada datang ke kelas Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam 2 talian lebih berkesan daripada pembelajaran 2.92 1.005 secara bersemuka 3 Saya berasa lebih seronok belajar dalam talian 2.88 1.005 daripada pembelajaran secara bersemuka Pembelajaran secara bersemuka lebih membantu 4 saya di dalam akademik berbanding dengan 3.66 1.013 pembelajaran dalam talian 5 Saya lebih fokus belajar di dalam kelas daripada 3.72 1.043 belajar melalui dalam talian 6 Saya lebih bermotivasi belajar dalam talian 2.92 1.005 daripada pembelajaran secara bersemuka Saya merasakan gabungan pembelajaran secara 7 bersemuka dan dalam talian lebih berkesan 3.31 .992 daripada pembelajaran secara bersemuka sahaja Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka 8 dapat meningkatkan keyakinan diri saya dalam 3.67 1.012 berinteraksi dengan rakan dan pensyarah berbanding dengan pembelajaran dalam talian Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam 9 talian lebih fleksibel dan menjimatkan masa 3.15 .972 daripada pembelajaran secara bersemuka Saya lebih suka belajar secara dalam talian dalam 10 jangka masa yang panjang berbanding dengan 3.00 1.080 pembelajaran secara bersemuka Menurut Aithal (2016), pendidikan membentuk perwatakan dan kecerdasan individu. Kaedah pelaksanaan dalam penyampaian pembelajaran adalah penting untuk pembangunan individu melalui pendidikan di mana ia menjadi tonggak utama pembangunan negara. Dalam era teknologi kini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak bergantung kepada pembelajaran di dalam bilik kuliah (secara bersemuka) sahaja tetapi juga termasuk medium pembelajaran secara dalam talian. Menurut Auster (2016), pendidikan dalam talian tidak revolusioner pada beberapa dekad yang lalu tetapi telah berlaku peningkatan drastik penggunaannya oleh golongan millennium. Allen dan Seaman (2011) berkata, lebih dua pertiga daripada profesional bersetuju bahawa kursus dalam talian menawarkan hasil yang sama dalam perbandingan dengan kursus secara bersemuka. Berdasarkan kajian di Kolej Komuniti Kuala Langat, pelajar cenderung memilih kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka berbanding dengan kaedah pembelajaran dalam talian. Selain itu, pembelajaran secara bersemuka merangsang tahap


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 293 keyakinan dan menjimatkan masa pelajar kerana pelajar boleh menyelesaikan masalah dalam topik tertentu dengan lebih mudah dan cepat. Melalui tinjauan ini, ia menunjukkan kaedah pembelajaran tradisional lebih berkesan dan serasi dengan pelajar di Kolej Komuniti. Kaedah pembelajaran dalam talian masih bukan satu medium yang diaplikasikan secara meluas di institusi pendidikan. Pelajar lebih terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka sejak di bangku sekolah lagi. Namun tidak dinafikan melalui tinjauan ini, pelajar menyatakan kaedah pembelajaran dalam talian juga membantu mereka dalam pembelajaran. Ramai pelajar juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran dalam talian menyumbangkan banyak kelebihan dalam aspek tertentu seperti mudah diakses dan menjimatkan masa. 5.0 Rumusan dan Cadangan Dapatan hasil kajian soal selidik yang diedarkan kepada responden menunjukkan kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka menjadi pilihan utama bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan berbanding dengan kaedah pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian. Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara bersemuka memberikan maklum balas yang lebih positif terhadap prestasi pembelajaran dan dapat meningkatkan hubungan pelajar dengan pensyarah serta rakan sekelas. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian juga berkesan dan dapat membantu mereka mencari maklumat dengan mudah dan respon yang lebih cepat. Kesimpulannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka adalah lebih efektif dan kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah memuaskan. Ini juga bermaksud bahawa pelajar lebih mengutamakan kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka sebagai kaedah pembelajaran utama berbanding kaedah pembelajaran dalam talian. Rujukan Abd. Kadir Arifin. (2016). Pendidikan Andragogi. Selangor: Mazan Synergy Enterprise. Ahmad Zaki, Ahmed Thalal, Ahmad, Nor dan Mohd Shahriman. (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.com. Universiti Malaysia Kelantan. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), Batu Pahat, Johor, 9-10 April 2014 Aithal, P.S. and Aithal, S. (2016), Impact of on-line education on higher education system, International Journal of Engineering Research and Modern Education, 1(1), 225-235. Allen, I.E. and Seaman, J. (2011), Going the Distance: Online Education in the United States, Sloan Consortium, Newburyport, MA.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 294 Auster, C.J. (2016), Blended learning as a potentially winning combination of face-to-face and online learning: an exploratory study, Teaching Sociology, 44(1), 39-48. Elangkumaran, D. (2009). Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di zon Tanjung Karang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing. Online Journal For TVET Practitioners, 4(1), 1-10. Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad ke-21. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Institusi Pendidikan Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Iwuchukwu, O. (2014), The perception of English literature students on examination and online (web-based) learning, Turkish Online Journal of Distance Education, 15(1), 152-165. Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607- 610. Tichavsky, L.P, Hunt, A.N, Driscoll, A. and Jicha, K. (2015), It’s just nice having a real teacher: student perceptions of online versus face-to-face instruction, International Journal for the Scholarship of Teaching & Learning, 9(2), 1.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 295 Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Terhadap Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan Kurier Di Port Dickson Siti Suhaila Jusoh1*, K. Devaki Kanapathi2 12Politeknik Port Dickson *[email protected] Abstrak Perkhidmatan yang baik dari Syarikat Kurier memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepuasan dan kesetiaan daripada pelanggan. Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisa kualiti perkhidmatan kurier terhadap kepuasan pelanggan. Kualiti perkhidmatan kurier diukur melalui kepercayaan, harga dan tempoh masa penghantaran. Soalan berbentuk soal selidik diedarkan kepada penduduk sekitar Port Dickson untuk dijawab. Data yang diperolehi dianalisa bagi memperolehi tahap dan hubungkait ketiga-tiga faktor terhadap kepuasan pelanggan. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga faktor menunjukkan hubungkait terhadap kepuasan pelanggan perkhidmatan kurier. Keputusan kajian ini adalah memberikan kepentingan kepada beberapa pihak. Pertamanya kajian ini dapat memberi panduan kepada syarikat kurier untuk memperkasakan perkhidmatan mereka. Keduanya, perkhidmatan syarikat kurier boleh memperolehi kepercayaan pelanggan dengan mengemaskini perkhidmatan menjejak barangan yang dipos bagi memudahkan pelanggan. Yang ketiga, pelanggan dapat mengurangkan kos perkhidmatan pengeposan kerana syarikat kurier mengurangkan cas penghantaran untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Kata Kunci: Kepuasan Pelanggan, Perkhidmatan Kurier. 1.0 Pengenalan Perkhidmatan Kurier meningkat dari segi permintaannya setelah kewujudan pembelian dalam talian meningkat. Penjual dalam talian bukan sahaja perlu memastikan pelanggan mendapat barang yang dipesan, malahan perlu juga memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kurier yang digunakan. Perkhidmatan kurier amat perlu memastikan barang yang sampai selamat, dokumen-dokumen yang dipos sampai kepada orang yang betul dan keselamatannya terjamin. Perkhidmatan kurier juga tumbuh bagaikan cendawan bagi memastikan hasrat ini tercapai.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 296 Objektif Kajian: 1. Untuk menyelidik adakah faktor kepercayaan mempunyai hubungkait dengan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson. 2. Untuk menyelidik adakah faktor harga mempunyai hubungkait dengan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson. 3. Untuk menyelidik adakah faktor tempoh masa penghantaran mempunyai hubungkait dengan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson. Persoalan Kajian: 1. Adakah faktor kepercayaan memberi kesan terhadap kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson? 2. Adakah faktor harga memberi kesan terhadap kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson? 3. Adakah faktor tempoh masa penghantaran memberi kesan terhadap kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson? Kerangka Kajian:


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 297 2.0 Sorotan Kajian Telah banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu bagi mengkaji kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier. Antara kajian yang dijalankan adalah, Sekhon (2013) kepercayaan pelanggan memberi kesan terhadap sesuatu perkhidmatan. Ben-Gal (2015) terdapat pendekatan yang diambil untuk menambahkan kepercayaan pelanggan. Penetapan harga perkhidmatan kurier juga memainkan peranan penting. Nasir Abadi dan Bokaei (2013) jika pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, pelanggan sanggup membayar walaupun harga perkhidmatan kurier tersebut mahal. Schiffman dan Kanuk (2004) menyatakan samada harga perkhidmatan itu murah, mahal atau munasabah memberikan kesan yang mandalam terhadap kepuasan pelanggan. Selain itu, Park et al (2009) merujuk kepada pelanggan memerlukan perkhidmatan kurier yang boleh menyerahkan barang dalam tempoh masa yang sekejap. Dapatan yang sama juga dapat dilihat di dalam Lin da Wei, Muyeed (2012) dimensi masa memberikan kepuasan secara menyeluruh kepada pelanggan. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan di sekitar Port Dickson. Pemilihan lokasi ini adalah kerana terdapat banyak pilihan perkhidmatan kurier di kawasan ini. Seramai 382 responden menjawab soal selidik yang diedarkan. Soal selidik yang dibentuk terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah terdiri daripada demografi responden dan bahagian kedua terdiri daripada faktor kepercayaan, harga dan tempoh masa penghantaran. Data yang diperolehi diterangkan menggunakan ukuran frekuensi min serta peratusan. Terdapat 3 pembolehubah yang dikaji iaitu kepercayaan (5 item) harga (5 item) dan tempoh masa penghantaran (3 item) Kesemua item tersebut menggunakan skala Likert 5 di mana skala 1 mewakili “sangat tidak setuju” dan skala 5 mewakili “sangat setuju”. Data-data yang dikumpul kemudiannya dianalisa melalui perisian SPSS versi 21.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 298 4.0 Analisis dan Perbincangan Berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) saiz sampel yang perlu disediakan adalah 382 orang berdasarkan penduduk Port Dickson seramai 75000 penduduk. Jadual 1: Jadual Krejcie dan Morgan (1970)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 299 4.1 Profil Responden Jadual 2: Taburan Demografi


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 300 Daripada demografi 382 responden, 209 (53.7%) orang adalah terdiri daripada perempuan dan 177(46.3%) adalah lelaki. Untuk julat umur seramai 55 (14.4%) orang yang berumur di bawah 20 tahun, 214(56%) orang berada di dalam umur 21-30 tahun, 65 (17%) orang yang berumur di antara 31-40 tahun, 35 (9.2%) orang berumur 41-50 tahun dan baki 13 (3.4%) orang yang berumur di atas 50 tahun. Bagi analisa bangsa seramai 45 (11.8%) orang adalah berbangsa Cina, 134 (35.1%) orang India dan 203(53.1%) orang berbangsa Melayu. Seterusnya untuk analisa tahap pendidikan, seramai 53(13.9%) orang mempunyai Ijazah, 211(55.2%) mempunyai diploma, 28(7.3%) orang responden memiliki master, 15(3.9%) orang mempunyai PHD dan baki 75 (19.6%) orang dari kalangan sijil SPM. 4.2 Analisa Tahap. Jadual 3: Analisa Tahap Analisa tahap dibuat untuk 382 responden yang diperolehi daripada soalan soal selidik yang diedarkan. Berdasarkan keputusan untuk setiap item, min bagi faktor kepercayaan adalah 3.8890, untuk faktor harga min yang diperolehi adalah 3.8539 dan faktor tempoh masa penghantaran min yang diperolehi adalah 3.8342. Berdasarkan jadual skor min, majoriti responden bersetuju dengan pembolehubah ini memberikan kepuasan terhadap perkhidmatan kurier.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 301 4.3 Analisa Regresi Berganda. Jadual 4: Analisa Regresi Berganda. Analisis regresi berganda bertujuan untuk memberi gambaran pengaruh pembolehubah bebas ke atas permbolehubah bersandar. Hasil analisa mendapati nilai kebarangkalian (p) adalah signifikan ke atas kepuasan. Pembolehubah Kepercayaan mempunyai nilai Beta (0.491) dan signifikan dengan nilai kebarangkalian p= 0.000. Manakala pembolehubah kedua, harga mempunyai nilai Beta (0.208) dan nilai kebarangkalian p=0.001. Pembolehubah yang terakhir iaitu tempoh masa juga adalah signifikan dengan pembolehubah bersandar iaitu nilai p=0.01. Ketiga-tiga pembolehubah adalah signifikan terhadap kepuasan pelanggan iaitu pada tahap p=<0.001. 5.0 Kesimpulan Berdasarkan analisis data dan hasil kajian yang diperolehi, ternyata kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier bergantung kepada kepercayaan, harga dan tempoh masa penghantaran barang kurier tersebut. Hasil daripada kajian ini diharap dapat membantu syarikat kurier untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam meraih kepercayaan pelanggan. Ini menjadikan perkhidmatan kurier lebih kompetitif kepada produk dan perkhidmatan mereka. Kajian lanjut juga perlu dibuat supaya ketidakpuasan pelanggan dapat disalurkan terus kepada perkhidmatan kurier kerana ianya boleh memberi kesan kepada syarikat dan pekerja mereka secara amnya. Pengkaji berharap syarikat kurier memperkasakan perkhidmatan mereka bagi menghalang salah komunikasi dan salah faham.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 302 Rujukan Ben-Gal, H.C.; Tzafrir, S.S.; Dolan, S.L. Actionable trust in service organizations: A multi-dimensional perspective. J. Work Organ. Psychol. 2015, 31, 31–39. Bhardwaj and Chawla, 2013. Bhardwaj, S.S. and Chawla, K. (2013) ‘Exploring competitiveness of the Indian health sector a service quality perspective’, Journal of Health Management, Vol. 15, No. 4, pp.535–547. Dietz, G.; Den Hartog, D.N. Measuring trust inside organizations. Pers. Rev. 2006, 35, 557–588. Hasnan, N., Noordin, A., & Osman, N. H. (2014). Alminnourliza Noordin, Norlena Hasnan and Nor Hasni Osman . Universiti Utara Malaysia Hossain and Leo, 2009. ) ‘Customer perception on service quality in retail banking in Middle East: the case of Qatar’, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 2, No. 4, pp.338–350. Jochen Wirtz (NUS Business School, National University of Singapore, Singapore)2004. Johnson, D.; Grayson, K. Cognitive and affective trust in service relationships. J. Bus. Res. 2005, 58, 500–507. Knutson et al., 1990. Knutson, B., Stevens, P., Wullaert, C., Patton, M. and Yokoyama, F. (1990) ‘LODGSERV: a service quality index for the lodging industry’, Journal of Hospitality & Tourism Research, Vol. 14, No. 2, pp.277– 284. Lin and Wei, 1999; Muyeed, 2012. in, X. and Wei, B. (1999) ‘Service quality dimensions of securities brokerage firms: what customers consider as important’, Journal of Professional Services Marketing, Vol. 20, No. 1, pp.135– 146. Low, Wen – Shinn., Jeng – Da Lee, dan Soo – May Cheng, 2012, The Link between customer satisfaction and price sensitivity: An Investigation of Relating Industry in Taiwan, Journal of Retailing and consumer services, Vol. 20 : 1 – 10 Nasirabadi, E. Z. & Bokaei, M. N. (2013). A study on relationship of brand characteristics and customer satisfaction with brand loyalty. Management Science Letters, 3(13), 1907-1914.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 303 Park et al. (2009). P ark, Y., Choi, J.K. and Zhang, A. (2009) ‘Evaluating competitiveness of air cargo express services’, Transportation Research Part E: Logistics and Transportation Review, Vol. 45, No. 2, pp.321–334 Schiffman, LG. & Kanuk, LL. (2004). Consumer behavior (8th ed.). Prentice Hall. Sekhon, H.; Roy, S.; Shergill, G.; Pritchard, A. Modelling trust in service relationships: A transnational perspective. J. Serv. Mark 2013, 27, 76– 86. [CrossRef] Veronica, Jacqueline, and Melissa-Ray, (2015). Customer Satisfaction on Service Quality of Bus Transport: A Survey of Passengers from Phnom Penh to Poipet in Cambodia; Journal of Social Science Studies ISSN 2329-9150 2018, Vol. 5, No. 2. Yoon, S. J., & Kim, J. H. (2000). An empirical validation of a loyalty model based on expectation disconfirmation. Journal of Consumer Marketing, 17(2), 120-136. Zeithaml, V.A., Parasuraman, A. and Berry, L.L. (1985), Delivering quality service; Balancing customer perceptions and expectations, The Free Press, New York, NY.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 304 Kepentingan Akreditasi “Makanan Selamat, Tanggungjawab Industri” (MeSTI) Terhadap Kebolehpasaran Produk Makanan Keluaran Kolej Komuniti Khususnya Di Kolej Komuniti Lahad Datu Khairil Taufik Latif* Kolej Komuniti Lahad Datu *[email protected] Abstrak Akreditasi merupakan perkara yang sangat penting di dalam perniagaan dan penghasilan produk. Ia menjadi kayu ukur terhadap kebolehpasaran dan penerimaan produk terhadap pengguna terutamanya produk makanan yang baharu hendak bersaing dengan produk tempatan seperti produk makanan keluaran Kolej Komuniti. Justeru, kajian ingin mengenalpasti tahap pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI terhadap kebolehpasaran produk makanan keluaran Kolej Komuniti. Metodologi kajian dijalankan berdasarkan analisis deskriptif melalui borang kaji selidik terhadap 36 responden melibatkan kakitangan Kolej Komuniti Lahad Datu dan pengusaha kilang makanan sekitar Lahad Datu. Skala likert diberikan daripada Skala 1 hingga 5 iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang pasti, setuju dan sangat setuju. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai julat Min keseluruhan bagi soalan tentang tahap pengetahuan berkaitan kepentingan pensijilan MeSTI ialah 4.50. Soalan berkaitan tentang aplikasi pensijilan MeSTI yang mudah dibangunkan mengumpul skor Min tertinggi iaitu 4.91 manakala peratus tertinggi responden terhadap 7 soalan kaji selidik ialah ‘Sangat Setuju’ iaitu mewakili 55%. Kajian boleh ditambah baik dengan melibatkan responden dari Kolej Komuniti lain yang menawarkan Kursus Pemprosesan Makanan supaya dapatan lebih meluas. Selain itu, kajian boleh dipanjangkan dengan mengenalpasti hubungan diantara kepentingan MeSTI dengan tahap pengetahuan responden. Kata Kunci: Akreditasi, MeSTI 1.0 Pengenalan 'MeSTI' merupakan skim yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan BKKP bertujuan bagi memantapkan sistem keselamatan makanan di negara kita agar lebih bersih dan selamat (Yudi, 2014). Di Malaysia, terdapat beberapa pensijilan seperti pensijilan HACCP, GMP dan HALAL. Melalui permohonan pensijilan MeSTI, pemohon akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PJKM) sebelum pensijilan diberikan. Di dalam pensijilan MeSTI, pemohon perlu membangunkan sistem amalan keselamatan makanan yang bersih dan selamat dan di dokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Terdapat 9 elemen utama yang perlu dipatuhi oleh pemohon seperti kawalan kepada premis, pengendali makanan, proses pemprosesan produk, kebolehkesanan dan pengangkutan (Anon, 2012).


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 305 Sejak MeSTI diperkenalkan pada tahun 2012, belum ada kajian terperinci yang dibuat berkaitan tentang kepentingan pensijilan MeSTI terhadap kebolehpasaran produk makanan. Namun demikian terdapat kajian lepas iaitu kajian Ahmad (2012), berkaitan Isu dan Cabaran Badan Pensijilan Halal di Malaysia merumuskan bahawa pensijilan Halal boleh dijadikan sebagai satu nilai komersial perdagangan iaitu ‘marketing tools’ bagi memenuhi tuntutan pasaran Halal yang kian meningkat. Hal ini dapat dijadikan sebagai garis panduan terutama produk makanan keluaran Kolej Komuniti yang masih baru dapat bersaing dengan produk tempatan yang mempunyai akreditasi dalam industri makanan. Dengan adanya pengiktirafan MeSTI bagi produk makanan Kolej Komuniti, ia dapat menjadi satu aset kepada Kolej Komuniti untuk bersaing dengan pasaran tempatan kerana menurut Angelillo et al, (2011) Amalan keselamatan yang baik di dalam premis makanan mampu menjadi salah satu penentu kepada persaingan produk yang produktif. Manakala merujuk kepada Heizer dan Render (2006), pengurusan yang baik terhadap keselamatan makanan di dalam premis menyumbang kepada penambahbaikan produk yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan dan keselamatan pengguna. 2.0 Latar Belakang Kajian Pensijilan ataupun akreditasi merupakan perkara asas yang penting dalam pengurusan kualiti sesebuah organisasi. Menurut Norlia (2008), pensijilan atau anugerah kecemerlangan (seterusnya dirujuk sebagai akreditasi) yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat meningkatkan imej dan keyakinan organisasi serta produk yang ingin dikeluarkan. Pensijilan MeSTI dipilih kerana pensijilan MeSTI merupakan pensijilan yang paling asas iaitu ‘pre-requisite programme’ untuk dibangunkan. Ini dapat memudahkan proses keselamatan makanan diaplikasikan tanpa sebarang halangan sepenuhnya kerana banyak negara telah melaporkan halangan utama untuk kejayaan pelaksanaan pensijilan bertaraf antarabangsa seperti HACCP ialah kekurangan pengetahuan mengenai HACCP dan juga kos perbelanjaan yang tinggi (Karaman, Cobanoglu, Tunalioglu & Ova, 2012). Pensijilan MeSTI juga bersifat percuma untuk dibangunkan bagi memberi galakan kepada pengusaha terutama Industri Kecil & Sederhana memproses makanan dengan bersih dan selamat. Ini dibuktikan dengan dapatan menunjukkan sistem jaminan kualiti di Malaysia masih bersifat “sukarela” tanpa bersifat mandatori untuk melaksanakannya (SIRIM, 2005). Sekalipun pensijilan MeSTI dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi produk makanan keluaran Kolej Komuniti, ia juga harus bersaing dengan lambakan produk tempatan lebih-lebih lagi pengusaha kecil-kecilan yang semakin diberi perhatian oleh kerajaan. Faktor luaran seperti kemahiran & pengalaman pengurusan, hubungan antara kaum, rangkaian dan pemasaran serta suntikan dana daripada kerajaan merupakan antara sebab utama kejayaan Industri Kecil dan Sederhana. (Suhaila Nadzri, 2014). Produk makanan keluaran Kolej Komuniti dipilih kerana produk makanan seperti Inovasi makanan yang dibangunkan berjaya mendapat tempat di dalam penyelidikan dan Inovasi tetapi masih belum berjaya bersaing dan dikomersialkan ke pasaran. Ini selaras dengan Lonjakan Pertama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 306 2015-2025 iaitu melahirkan gradúan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. 3.0 Objektif Kajian Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI terhadap kebolehpasaran produk makanan keluaran Kolej Komuniti. 4.0 Metodologi Kajian Kajian ini telah dijalankan sekitar Kolej Komuniti Lahad Datu melibatkan kakitangan kolej dan kilang pemprosesan makanan yang terdiri daripada Pegawai Jaminan Kualiti (QA), Quality Controller (QC), Pengurus dan Penyelia kilang. Kajian dijalankan menggunakan borang kaji selidik di mana skala likert digunakan seperti dalam jadual 4.2. Bagi mengenalpasti tahap pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI, perisian SPSS digunakan bagi membantu mengumpulkan data bagi peratus dan nilai julat dan skor min seperti dalam jadual 4.1. Julat skor min ini berdasarkan interpretasi yang dibuat oleh Landell, 1977. Jadual 4.1: Julat tafsiran skor min Jadual 4.2: Pengkelasan nombor dalam skala Likert


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 307 Sebanyak 36 salinan soal selidik dihantar bagi kajian rintis mewakili 40 populasi kakitangan Kolej Komuniti dan responden di kilang pemprosesan makanan. Kajian memilih seramai 36 responden daripada 40 sampel berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970). Kemudian, ujian Cronbach’s Alpha digunakan untuk menentukan ketekalan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik (Creswell, 2012). Sekiranya nilai Cronbach’s Alpha menghampiri nilai 1 bermakna kebolehpercayaan ítem soal selidik adalah tinggi dan baik manakala, jika nilai Cronbach’s Alpha dibawah 0.6, kebolehpercayaan ítem soal selidik adalah rendah seperti di dalam jadual 4.3. Hasil analisis nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi soal selidik ini 0.864 iaitu sangat baik dan borang soal selidik relevan untuk digunakan. Jadual 4.3: Pekali Saiz Cronbach’s Alpha (Peraturan Umum) Sumber: Buku Pendekatan Penyelidikan, Analisis & Interpretasi (Azhari & Ramlee, 2015). Jadual 4.4: Analisis nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi soal selidik


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 308 5.0 Analisis & Perbincangan Sebanyak 7 item soalan soal selidik berkaitan tentang penyataan yang menjurus tentang tahap pengetahuan pensijilan MeSTI terhadap kebolehpasaran produk makanan keluaran Kolej Komuniti. Responden menjawab item soalan berbentuk skala likert dengan memilih respon yang sesuai daripada 5 skala pilihan jawapan iaitu dari skala 1 untuk sangat tidak setuju dan seterusnya tidak setuju, kurang pasti, setuju dan sangat setuju. Berikut adalah dapatan data yang diperolehi daripada responden menerusi instrumen yang dijalankan. Jadual 4.4: Analisis Kekerapan, Peratus dan Min tentang tahap pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 309 Rajah 2: Bar Skor Min bagi tahap pengetahuan berkaitan kepentingan Akreditasi MeSTI. Secara keseluruhan, nilai Min yang terkumpul adalah pada tahap tinggi. Jadual 4.4 menunjukkan kebanyakan respoden bersetuju bahawa pensijilan MeSTI mudah diaplikasikan di dalam industri makanan. Soalan ini mengumpul jumlah nilai skor Min tertinggi iaitu 4.91. Manakala peratus respon yang tertinggi ialah pada skala 55% iaitu ‘sangat setuju’. Hasil dapatan ini banyak dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman responden yang menjawab soalan Kaji selidik terhadap cara mengendalikan sistem keselamatan makanan. Pengalaman menyebabkan mereka arif dan tahu bagaimana mahu mengendalikan sistem keselamatan makanan. Ini bersamaan dengan kajian yang dibuat oleh Norakiah & Siow (2012) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengalaman dan pengetahuan responden. Ini dibuktikan lagi dengan kajian Jianu & Chris (2012) yang mendapati bahawa jika tahap pendidikan seseorang tinggi, tahap pengetahuan seseorang itu juga tinggi. Manakala, soalan berkaitan minat untuk mengambil pensijilan MeSTI mengumpul skor Min yang terendah iaitu 4.11. Dalam hal ini, komitmen pihak pengurusan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan nilai Min terkumpul rendah berbanding item soalan yang lain. Jalan akhir bagi pelaksanaan atau penambahbaikan sesuatu sistem pengurusan keselamatan makanan akan dipengaruhi oleh kemahuan pihak syarikat melaburkan dana dan kewangan bagi mendapatkan latihan yang berkaitan. Sumbangan dana daripada pihak syarikat dalam membangunkan sistem keselamatan makanan yang terancang dapat dipenuhi sekiranya pihak atasan syarikat meletakkan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 310 komitmen yang padu terhadap sistem keselamatan makanan (Fotopoulus et al., 2011) Bagi soalan 1, berkaitan pensijilan MeSTI untuk produk pasaran dan soalan 3, berkaitan produk makanan MeSTI yang bersih, selamat dan berkualiti berkongsi nilai skor Min yang sama iaitu 4.86, kedua tertinggi. Hasil dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Hayati (2012), menyatakan bahawa pematuhan terhadap sistem kualiti di dalam perniagaan dan produk adalah amat mustahak pada zaman kini. Malah, beliau menyatakan bahawa aspek jaminan kualiti adalah antara prospek penting dalam memastikan makanan yang diproses adalah bersih dan selamat untuk dipasarkan. Ini sekaligus menyokong skor nilai Min yang tinggi pada item soalan 1 dan 3. 6.0 Rumusan & Cadangan Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya, responden mempunyai tahap pengetahuan berkaitan kepentingan MeSTI yang tinggi berdasarkan indikator skor Min kajian (Shaari & Jamal, 2008). Ini dibuktikan berdasarkan skor Min terhadap 7 item soalan kesemuanya mencapai tahap ‘tinggi’ iaitu diantara 3.00-4.00 skor. Ini menunjukkan kebanyakan responden dapat memahami betapa pentingnya pensijilan MeSTI terhadap kebolehpasaran produk Kolej Komuniti. Ini banyak dipengaruhi oleh aspek kos yang percuma dan aspek jaminan kualiti yang dapat dibangunkan melalui pensijilan MeSTI kerana menurut Hayati & Khairul (2008), perbelanjaan dan kualiti produk menjadi salah satu kunci kejayaan di dalam pasaran bagi menghadapi persaingan yang ketat dalam pasaran antarabangsa terutamanya dalam produk makanan. Soalan berkaitan pemasaran produk mengumpul skor Min iaitu 4.86, soalan berkaitan kepercayaan pengguna mengumpul skor Min iaitu 4.31, keyakinan produk MeSTI yang bersih dan selamat mempunyai skor Min, 4.86, soalan berkaitan sambutan produk MeSTI, 4.44, berkaitan aplikasinya yang mudah mendapat skor Min paling tinggi iaitu 4.91, dan soalan berkaitan tentang minat untuk mendapatkan pensijilan MeSTI dan adakah pensijilan MeSTI mesra pengguna atau tidak masing-masing mengumpul skor Min 4.11 dan 4.00. Bacaan Min menunjukkan tahap pengetahuan responden adalah tinggi. Ini jelas membuktikan bahawa pensijilan MeSTI terhadap tahap pengetahuan responden penting dalam membantu kebolehpasaran produk Kolej Komuniti. Dapatan ini hampir sama dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Pagasa et al., (2011) terhadap industri makanan laut di Filipina diterima baik untuk prospek pengeksportan terutamanya yang mempunyai akreditasi dalam keselamatan makanan. Kajian ini boleh ditambahbaik dengan mengenalpasti hubungan di antara tahap pengetahuan responden dengan kepentingan MeSTI. Manakala, saampel boleh dibesarkan dengan melibatkan respon dari Kolej Komuniti lain yang menawarkan Kursus Pemprosesan Makanan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 311 Rujukan Ali, K. A. M. (2008). Aspek kualiti, keselamatan dan kesihatan di kalangan PKS Makanan: Satu sorotan kajian. Jurnal Teknologi, 65â-79. Angelillo, I. F., Viggiani, N. M., Greco, R. M., & Rito, D. (2001). HACCP and food hygiene in hospitals knowledge, attitudes, and practices of foodservices staff in Calabria, Italy. Infection Control & Hospital Epidemiology, 22(6), 363-369. Bakar, N. R. A., Shahwahid, F. M., & Eksan, S. H. R. (2018). Theory of planned behaviour and halal compliance. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(5), 816-829. Buang, A. H., & Mahmod, Z. (2012). ISU DAN CABARAN BADAN PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA: The Issues and Challenges of Halal Certification Bodies in Malaysia. Jurnal Syariah, 20(3), 271-288. Fotopoulos, C., Kafetzopoulos, D., & Gotzamani, K. (2011). Critical factors for effective implementation of the HACCP system: a Pareto analysis. British Food Journal. Hayati, A. T, Khairul Anuar, M.A. 2008. Aspek Kualiti Keselamatan dan Kesihatan di Kalangan PKS Makanan: Satu Sorotan Kajian. Jurnal Teknologi. 49 (E): 65-79. Jianu, C., & Chiş, C. (2012). Study on the hygiene knowledge of food handlers working in small and medium-sized companies in western Romania. Food control, 26(1), 151-156. Hayati, K., & Caniago, I. (2012). Islamic work ethic: The role of intrinsic motivation, job satisfaction, organizational commitment and job performance. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 65, 1102-1106. Karaman, A. D., Cobanoglu, F., Tunalioglu, R., & Ova, G. (2012). Barriers and benefits of the implementation of food safety management systems among the Turkish dairy industry: A case study. Food Control, 25(2), 732- 739. Klassen, A. C., Creswell, J., Plano Clark, V. L., Smith, K. C., & Meissner, H. I. (2012). Best practices in mixed methods for quality of life research. Quality of life Research, 21(3), 377-380. Khalique, M., Isa, A. H. B. M., Nassir Shaari, J. A., & Ageel, A. (2011). Challenges faced by the small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia: An intellectual capital perspective. International Journal of current research, 3(6), 398.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 312 Lasco, R. D., Habito, C. M. D., Delfino, R. J. P., Pulhin, F. B., & Concepcion, R.N. (2011). Climate change adaptation for smallholder farmers in Southeast Asia. Mohamed Nor Azhari, A. & Ramlee, M. (2015). Pendekatan, Penyelidikan, Analisis & Interpretasi. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nadzri, S., Shamsudin, S. M., & Sabri, M. F. M. (2014, May). Faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Malaysia. In E-Proceedings of the Conference on Management and Muamalah (Comm 2014), 26 (Vol. 27). Nguyen, H. N., Pag-asa, D. G., Maridable, J. B., Malaluan, R. M., Hinode, H., Salim, C., & Huynh, H. K. (2011). Extraction of oil from Moringa oleifera kernels using supercritical carbon dioxide with ethanol for pretreatment: Optimization of the extraction process. Chemical Engineering and Processing: Process Intensification, 50(11-12), 1207-1213. Norrakiah, A.S dan Siow, O.N. 2014. Knowledge, Attitudes and Practices of Food Handlers on Food safety in food service at operation Universiti Kebangsaan Malaysia. Food Control 3; 210-217. Sani, N. A., & Siow, O. N. (2014). Knowledge, attitudes and practices of food handlers on food safety in food service operations at the Universiti Kebangsaan Malaysia. Food control, 37, 210-217. Talib, H. H. A., Ali, K. A. M., & Idris, F. (2012). Peranan Akreditasi Kualiti ke atas Hubungan antara Amalan Pengurusan Kualiti dengan Prestasi Organisasi: Kajian dalam kalangan PKS Industri Pemprosesan Makanan. Jurnal Pengurusan, 35, 123-137. Yudi F. Hooi, H.N., Yusliza, Y. 2014. Activities Motives and External Factors influencing food safety management system adoption in Malaysia. Journal of Food Control 41: 69-75


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 313 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Perniagaan Semasa Pengajian Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti Rompin Mohammad Azrinsha Abdul Wahab1*, Mastura Mastor2 12Kolej Komuniti Rompin *[email protected] Abstrak Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah menggariskan 10 lonjakan utama iaitu antaranya ialah Lonjakan 1 tentang Graduan Holistik, berciri keusahawanan dan seimbang iaitu antara kaedahnya mewujudkan peluang kepada pelajar dan staf akademik untuk menguasai kemahiran keusahawanan dan menerusi cuti sabatikal, sangkutan industri, inkubator perniagaan dan dasar laluan istimewa kepada perniagaan yang dipelopori pelajar. Kebanyakan pelajar masih belum dapat mengenalpasti peluang dan mengetahui kepentingan berniaga sebagai satu kerjaya mereka di masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini merupakan penyelidikan preliminary bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan ketika masih dalam pengajian di Kolej Komuniti Rompin. Seramai 129 orang responden yang terdiri daripada pelajar 5 program di Kolej Komuniti Rompin iaitu Program Sijil Kulinari (SKU), Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP), Program Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU). Data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 22 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan kekerapan. Hasil kajian didapati bahawa tahap penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian masih berada pada tahap rendah. Kebanyakkan jenis perniagaan yang diminati oleh pelajar ialah perniagaan dalam bidang makanan dan berskala kecil walaupun pada masa yang sama mereka sibuk menjalankan tugasan sebagai pelajar. Keseluruhan pelajar yang menjalankan perniagaan ini menggunakan medium perniagaan di atas talian seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa proses pembelajaran boleh memberi pengalaman dalam pengendalian perniagaan disamping boleh menambah wang belanja mereka. Bagi mewujudkan budaya meniaga dalam kalangan pelajar pihak institusi dan pensyarah program perlu memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang perniagaan yang sangat luas serta memberi pulangan lumayan. Pelbagai program atau aktiviti keusahawanan perlu digiatkan untuk membimbing pelajar dari segi kaedah memilih produk bersesuaian, strategi pemasaran dan pengamalan sistem pengurusan yang betul dan cekap. Pelajar yang terlibat dalam perniagaan ini perlu juga diberi bantuan modal bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi perniagaan semasa dalam pengajian. Kata Kunci: Perniagaan, Keusahawanan, Pelajar, Pengajian


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 314 1.0 Pengenalan Perniagaan merupakan bidang yang membolehkan peniaga mendapat keuntungan yang tinggi jika terdapat galakan dan dorongan serta peluang dan bantuan dari pihak keluarga, masyarakat, pemimpin serta negara amnya. Perniagaan juga merupakan pekerjaan yang membolehkan peniaga mendapat pendapatan untuk keperluan hidupnya dan keluarga. Lebih lebih lagi diera dimana terdapat lambakan graduan lepasan universiti dan lepasan sekolah menyebabkan mereka terpaksa bersaing dan bertungkuslumus mencari perniagaan. Maka belia dapat mendapatkan pekerjaan dari para perniaga atau memulakan perniagaan sendiri. Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang telah sekian lama bertapak di dalam dunia ini. Ia bukan sahaja sahaja melibatkan pertukaran barang, malah bidang ini juga menjadi bahan kajian dengan mengemukakan pelbagai teori dan hasil kajian untuk pembangunan mapan. Sejak ia diperkenalkan didalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi, bidang keusahawanan menjadi semakin penting sebagai satu bidang kerjaya. Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT) 2021–2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu IPT atau MOHE Guide to Entrepreneurship Integrated Education (EIE) bagi mendukung kelestarian agenda keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT. Terdapat 6 fokus utama, iaitu: • Asas Pengetahuan Dalam Keusahawanan (Fundamental/Basic); • Pengetahuan Dalam Keusahawanan Lanjutan (Advanced); • Pengetahuan Dalam Bidang Perniagaan (Business Knowledge); • Aktiviti Tambahan Kurikulum Keusahawanan (Extra Curriculum); • Kemahiran Pembangunan Manusia (Human Development Skills); dan • Aperantis Keusahawanan (Entreprenuership Apprentice). KPT menambah nilai sektor pendidikan tinggi negara seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Pelan ini sangat signifikan dalam mendepani cabaran Covid-19 kerana ia berkait rapat dengan usaha memperkasa kualiti dan menyerlahkan lagi keterlihatan nilai keusahawanan graduan. Sasarannya untuk mencapai matlamat menyemai minda keusahawanan dan mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi melahirkan 'penjana pekerjaan' dan bukan saja 'pencari pekerjaan' dalam kalangan graduan. Strategi keusahawanan tidak hanya kepada laluan akademik biasa tetapi juga kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Program pembangunan keusahawanan banyak dilaksanakan di IPT semasa mereka di kampus lagi. Ini bertujuan melahirkan siswazah


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 315 mempunyai nilai, pemikiran dan ciri-ciri keusahawanan serta meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan golongan ini. Sekiranya mereka benar berkecimpung dalam bidang perniagaan, ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara, iaitu dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Ramai usahawan bermula dari berniaga secara kecil-kecilan sehinggalah mencapai status perniagaan yang besar seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Irfan Khairi, dan Azman Hashim di mana bakat, kesungguhan dan dorongan telah dicanai sejak awal lagi. Minat dan kecenderungan dalam memulakan perniagaan perlu ditanam sejak dari bangku sekolah lagi sehingga di peringkat IPT. Pelajar akan dapat memperolehi pengalaman dalam pengendalian perniagaan sewaktu masih belajar lagi. Justeru kertas ini hanyalah untuk meninjau tahap penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan semasa dalam tempoh pengajian. Sebagai penyelidik dan tenaga akademik adalah penting untuk mengetahui kecenderungan pelajar dalam bidang perniagaan. Ia bukan sahaja membantu dalam pembentukan modul pengajaran efektif, malah dapat membantu dalam penambahbaikan program keusahawanan sedia ada. 2.0 Sorotan Kajian Menurut Aziz dan Zakaria (2004) seseorang itu boleh menjadi usahawan bila mereka melalui sendiri pelbagai proses-proses yang ada dalam pembangunan keusahawanan. Faktor minat juga dapat mempengaruhi penglibatan seseorang dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan, seseorang itu memerlukan minat dan kemahiran dalam bidang yang hendak diceburi. Mohammed Amin (2001) berpandangan bahawa, usahawan perlu mengamalkan dan menghayati ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri usahawan yang dimaksudkan di sini ialah kreatif, inovatif, optimis, mempunyai budaya kerja yang baik, bermotivasi, berkeupayaan mengorganisasi idea, bertanggungjawab, berorientasikan keuntungan, berkualiti dan sentiasa bekerja kuat kearah mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan. Menurut Scott (1988) melalui kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa keluarga yang menjalankan perniagaan juga dapat mempengaruhi ahli keluarga yang lain untuk meneruskan perniagaannya atau membuka perniagaan baru. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada perniagaan dapat digunakan dalam bidang keusahawanan atau perniagaan. Dalam konteks pendidikan, amalan budaya keusahawanan ditonjolkan melalui komitmen dan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko kurikulum berkaitan keusahawanan. Pendidikan dan mentoran keusahawanan merupakan usaha yang mampu untuk menyuntik minat dan kesedaran pelajar terhadap kegiatan keusahawanan (Zaidatol Akmaliah, 2007 ; Farhana, 2013). Lantaran itu, pengiktirafan bidang keusahawanan


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 316 sebagai daya saing dan sumber kemakmuran ekonomi sesebuah negara membawa kepada kesedaran para pemimpin negara untuk membangunkan pendidikan keusahawanan (Martine et al.,2010). Menurut Mainor dan Lai (2020) melalui kajian sebahagian besar pelajar memilih untuk melakukan pekerjaan sendiri iaitu terutama dalam bidang keusahawanan yang dapat membawa perubahan kepada diri mereka untuk lebih menceburi bidang pekerjaan sendiri berbanding bekerja dengan majikan atau makan gaji. 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan untuk menjawab persoalan kajian. Kajian tinjauan merupakan kaedah popular dalam penyelidikan pendidikan kerana kaupayaan mengutip dan menganalisis data pada satu masa (Creswell, 2005). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik yang melibatkan 129 orang pelajar Kolej Komuniti Rompin. Kesemua sampel adalah pelajar yang terdiri daripada 5 program iaitu Program Sijil Kulinari, Program Sijil Operasi Perhotelan, Program Sijil Servis Kenderaan Ringan, Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Program Sijil Teknologi Elektrik. Penyelidik telah membangunkan instrumen kajian yang terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat responden dan Bahagian B menerangkan maklumat tentang perniagaan. Analisa data adalah menggunakan SPSS versi 22 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan kekerapan. 4.0 Analisis dan Perbincangan Kajian yang telah dijalankan ini merupakan tinjauan terhadap pelajar dari 5 program yang menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian. Penglibatan seramai 129 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Rompin. Demografi tersebut akan dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Berikut adalah keterangan bagi klasifikasi tersebut. Jadual 1: Kekerapan Jantina Responden


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 317 Berdasarkan jadual 1 diatas, ia menunjukkan maklum balas instrumen bagi kekerapan dan peratusan jantina lelaki dan perempuan. Responden lelaki menunjukkan bilangan majoriti seramai 88 orang dan mencatat peratusan sebanyak 68.2%. Manakala perempuan menunjukkan seramai 42 orang iaitu peratusan sebanyak 31.8%. Keputusan menunjukkan jumlah responden yang menjawab kajian ini adalah seramai 129 orang responden. Jadual 2: Responden Mengikut Program Jadual 2 diatas menunjukkan bilangan responden mengikut program. Program Sijil Kulinari (SKU) mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 57 orang atau 44.2%. Di ikuti Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) iaitu seramai 22 orang atau 17.1%. Program Sijil Kenderaan Ringan (SKR) seramai 20 orang atau 15.5 %. Manakala Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara (SPU) mencatat seramai 18 orang atau 14% dan Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP) mencatat bilangan responden yang sedikit iaitu 12 orang atau 9.3 %. Rajah 1 di atas menerangkan peratusan pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian. Bilangan pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian ialah sebanyak 29 orang atau 22.5%. Manakala


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 318 yang tidak terlibat dalam perniagaan semasa pengajian sebanyak 100 orang atau 77.5%. Ini membuktikan bahawa masih ramai lagi pelajar yang kurang yakin untuk menjalankan perniagaan semasa pengajian. Berdasarkan Rajah 2 di atas, ia menunjukkan bilangan pelajar terlibat dalam perniagaan semasa pengajian mengikut program. Keseluruhan pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian ialah seramai 29 orang. Program Sijil Kulinari (SKU) memperolehi bilangan yang paling tinggi sekali iaitu sebanyak 11 orang. Ini diikuti pula program Sijil Kenderaan Ringan (SKR) yang mencatat bilangan seramai 7 orang. Manakala program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Sijil Operasi Perhotelan masing-masing mencatat 5 orang pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian. Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara mencatat bilangan paling rendah iaitu 1 orang pelajar yang menjalankan perniagaan semasa pengajian. Ini menunjukkan bahawa setiap program perlu menggalakkan pelajar-pelajar supaya merebut peluang menjalankan perniagaan ketika masih belajar supaya keadaan ini dapat menimbulkan minat pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 319 Jadual 3: Jenis Perniagaan Pelajar


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 320 Berdasarkan jadual 3 di atas majoriti pelajar dari program Sijil Kulinari (SKU) terlibat dalam jenis perniagaan makanan. Manakala program-program lain seperti SKE, SKR dan SOP turut terlibat dalam jenis perniagaan makanan. Terdapat juga pelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan seperti menjual pakaian terpakai, barangan kosmetik, kesihatan, alat ganti motor dan aksesori. Semua jenis perniagaan yang dijalankan oleh pelajar adalah secara online seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga offline seperti di sekitar kolej dan premis perniagaan. Setiap program perlu memberi ruang masa dan program kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan untuk meningkatkan jualan mereka. Rajah 3: Medium Perniagaan Rajah 3 di atas menunjukkan medium atau saluran perniagaan pelajar secara online mahupun offline. Kebanyakan pelajar menggunakan perniagaan secara online iaitu seramai 23 orang atau 79.3%. Manakala bilangan pelajar yang menggunakan perniagaan secara offline seramai 6 orang atau 20.7%. Perniagaan secara online yang dijalankan oleh pelajar seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga offline seperti di sekitar kolej dan premis perniagaan. Keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar lebih banyak memilih perniagaan secara online kerana perniagaan boleh diuruskan pada bila-bila masa secara fleksibel. Perniagaan secara online juga sesuai kerana berhadapan dengan risiko yang rendah.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 321 5.0 Rumusan dan Cadangan Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian di Kolej Komuniti Rompin. Secara keseluruhannya penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian masih rendah. Perniagaan ini dapat menajamkan kefahaman dan kemahiran mereka tentang pengurusan perniagaan. Perniagaan juga dapat mengajar mereka cara berhadapan dengan pengguna, membina keyakinan diri dan pembahagian masa untuk menyelesaikan tugas sebagai pelajar dan peniaga dengan baik. Pelajar yang melibatkan diri dengan perniagaan ini juga lebih memahami ekonomi pasaran bebas di mana mereka perlu bersaing secara sihat. Pensyarah dan pihak pengurusan perlu mempergiatkan lagi usaha membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar supaya pelajar dapat menambah keyakinan dalam diri mereka untuk terlibat dalam perniagaan dan memilih perniagaan sebagai satu kerjaya pilihan. Program latihan jangka pendek kepada pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran dalam bidang yang dipilih. Program atau aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dirancang dengan rapi boleh mengubah corak pemikiran pelajar tentang konsep meniaga semasa dalam pengajian. Pelajar yang terlibat dalam perniagaan ini perlu juga diberi bantuan modal bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi perniagaan semasa dalam pengajian. Pelajar juga perlu didedahkan peluang-peluang bantuan modal perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Pensyarah di institusi yang membimbing pelajar juga perlu di beri Training of trainers dalam bidang keusahawanan dan diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pendidikan keusahawanan melalui program Sijil Professional daripada Universiti terpilih serta pendedahan tentang Keusahawanan Digital melalui program bersama Malaysia Leading Digital Entrepreneur (MDEC). Semangat dan usaha dalam menyediakan program keusahawanan kepada pelajar boleh membantu pelajar lebih berketerampilan dan cekap mengurus kehidupan dan keusahawanan. Situasi ini mengajar pelajar di institusi untuk lebih bersedia dari segi ketahanan mental, jiwa dan fizikal apabila benar-benar keluar sebagai graduan samada mereka memulai perniagaan sendiri atau tidak.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 322 Rujukan Alhaj, B. K. (2011). Entrepreneurial Intention: An Empirical Study of Community College Students in Malaysia. . Jurnal Personalia Pelajar. Anwar, M. A. (2020). Faktor Pendorong Pelajar UTHM Dalam Bidang Keusahawanan. Kajian Kes Di Malaysia., (hlm. 45-52). Baharu, K. (1994). Orientasi Sikap Keusahawanan di Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia). Basu, A. &. (2007). Assesing Entrepreneurial Intentios Among Students: A Comparative Study. Peer-Reviewed Papers., (hlm. 71-86 ). Boon, Y. &. (2010). Profil Keusahawanan Dikalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Farhana. (2013). Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal Graduan Di UTHM. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan ikthisas pendidikan. Fakulti pendidikan teknikal dan vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hamzah, M. R. (2009). Tahap pengetahuan dan minat pelajar Universiti Malaysia perlis terhadap bidang keusahawanan: Satu tinjauan ke arah pembentukan teknousahawan Universiti Malaysia Perlis. International Proceedings of Entrepreneurship Development. Harian, B. (Februari 19, 2021.). 3 teras Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025. Ibrahim, S. S. (2021). Kajian profil pelajar yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan di Universiti Utara Malaysia. (hlm. 3(4), 355-370.). International Journal of Social Science Research. Laipat, F. B. (2021). Hubungan Antara Kemahiran Dengan Budaya Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. (hlm. 3(2), 293- 313). Jurnal Dunia Pendidikan. Mainor, N. A. (2020). Perspektif pelajar terhadap budaya bekerja sendiri. (hlm. 23(2), 1-13.). Jurnal Personalia Pelajar . Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia, M. o. (n.d). ENTREPRENEURSHIP ACTION PLAN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (EAP-HEIs) 2021-2025. . Ministry of Higher Education.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 323 Mat, N. M. (2016). Penglibatan mahasiswa dalam E-Dagang: kajian kes di UKM. . (hlm. 19(2)). Jurnal Personalia Pelajar. Othman, N. A. (2013). Kekangan dalam Menjalankan Perniagaan dalam Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. . Jurnal Personalia Pelajar. Zakaria, A. A. (2001). Prinsip Keusahawanan: Satu Penilaian Edisi Kedua. Pearson Prentice Hall.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 324 Sikap Dan Keperibadian Dalam Diri Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar Untuk Menjadi Seorang Usahawan Zulaikha Mohd Azman* Kolej Komuniti Sabak Bernam *[email protected] Abstrak Kajian ini merupakan satu tinjaun bagi mengenalpasti sikap dan keperibadian dalam diri pelajar mempengaruhi kecenderungan pelajar Program Sijl Fesyen Dan Pakaian dan Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor terhadap bidang keusahawanan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang ditadbir sendiri untuk meneroka pengaruh keusahawanan dan sikap kearah keusahawanan dalam diri pelajar. Responden terdiri daripada 14 orang perempuan dan 23 orang lelaki. Tahap dianalisis menggunakan kaedah graf. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor lebih cenderung untuk menjadi usahawan. Mereka juga dilihat mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjadi usahawan.Melalui dapatan kajian, dilihat bahaawa sikap dan keperibadian dalam diri pelajar sememangnya mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk menjadi seorang usahawan.Di penghujung kajian turut dibincangkan beberapa cadangan untuk membangunkan bidang keusahawanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. 1.0 Pengenalan Bidang keusahawanan di Malaysia telah wujud sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Kebiasaannya istilah-istilah seperti pedagang dan peniaga digunakan pada ketika itu untuk menggelarkan seseorang yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Sistem barter merupakan salah satu aktiviti perdagangan yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat pada zaman tersebut (Norasmah & Sumathy 2011). Perkara ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia juga telah lama wujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan dan bertambah maju selepas kemerdekaan. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), YB. Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordi (2011), beliau berpendapat bahawa dua bidang yang perlu ditingkatkan dan dimajukan adalah bidang Kusahawanan dan Pendidikan. Beliau berpendapat bahawa, gabungan kedua-dua bidang ini perlu seandainya kita ingin mengorak satu kuasa modal insan yang kental demi membina sebuah negara Malaysia yang maju dan mampu berdaya saing di peringkat globalisasi. Pelajar jika diberi pendedahan secara efektif dalam bidang keusahawanan maka pelajar kita akan menjadi kreatif dan dinamik kerana proses pembelajaran sebgai seorang usahawan membuka ruang kepada mereka untuk berdaya saing, berinovatif, di mana aspek ini akan dapat menjana inovasi negara, membuka peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mantap pada masa hadapan. Sempena penubuhan Majlis Keushawanan Pengajian Tinggi Nasional, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (2011) berkata bahawa memantap dan meningkatkan usaha dalam menerapkan aspek keusahawanana dalam kalangan penuntut di sektor pengajian tinggi negara. Penubuhan yang ditadbir oleh sebuah lembaga


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 325 yang akan dipengerusikan sendiri olehnya sebagai Menteri bagi meneliti dasar dan pendekatan terbaik untuk menjayakan pelbagai pembangunan keusahawanan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sebagai usaha membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT. Tiga teras strategi Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Pengajian Tinggi (IPT) 2021-2025 turut diperkenalkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Pelan ini akan membantu mendorong negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Pelan yang disokong Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (EIE) itu adalah naratif baharu kepada program pembangunan keusahawanan di IPT, dengan strategi dan pendekatan lebih menyeluruh dan mantap, serta mengambil kira perkembangan senario global dan domestik. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pelan berkenaan memberi fokus kepada tiga teras strategi iaitu memantapkan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik, memperkasa jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi dan menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi. Beliau menyatakan bahawa EIE ini memberi fokus kepada enam elemen pembangunan kurikulum program keusahawanan iaitu asas pengetahuan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan lanjutan dan dalam bidang perniagaan. 1.1 Pernyataan Masalah Bertolak daripada keperluan KPI Persist yang perlu dicapai oleh Kolej Komuniti seluruh Malaysia, dalam pencapaian penglibatan pelajar dan alumni dalam bidang keusahawanan, maka penyelidikan ini perlu dijalankan bagi keperluan pensyarah untuk mengenalpasti apakah sikap dan keperibadian dalam diri pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor, mempengaruhi mereka dalam menceburi bidang keusahawanan. Melalui data 2021 yang diperolehi daripada Unit Keusahawanan, didapati 13 orang graduan yang hanya melibatan diri sebagai usahawan. Kajian ini perlu bagi melihat adakah sikap dan keperibadian dalam diri mendorong pelajar (semasa) menjadi seoarang usahawan. Selain daripada itu, kadar pengangguran siswazah yang dilihat semakin meningkat sekitar tahun 2020 iaitu sebanyak 4.4 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.9 peratus, (menurut berita harian online 27 Julai 2021). 1.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: i.Mengenal pasti sikap dan keperibadian diri mempengaruhi kecenderungan pelajar Kolej Komunitti Sabak Bernam melalui Program Sijil Fesyen Dan Pakaian dan Program Sijil Teknologi Elektrik menjadi seorang usahawan.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 326 ii.Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada pelajar sememangnya berkecenderungan atau tidak untuk memilih kerjaya sebagai seorang usahawan. 1.3 Batasan kajian Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Semester 2 Sesi II 2021/2022 daripada Program Sijil Fesyen dan Pakaian dan Semester 2 Sesi II 2021/2022 daripada Program Sijil Teknologi Elektrik.Segala keputusan yang diperolehi adalah hanya melibatkan pelajar dari Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor. 2.0 Tinjauan Literatur Sikap didefinisikan sebagai satu nilai subjektif yang ada pada seseorang sehingga dapat membuatkan sekeliling memberikan pandangan terhadap orang tersebut. Sikap seorang usahawan boleh diterjemahkan melalui tingkah laku seseorang. Sikap sinonim dengan tingkah laku ini membawa seseorang itu ke arah matlamat yang jelas dan memungkinkan kecenderungan yang mendalam untuk bertindak sebagai seorang usahawan. Menurut Nawawi, pendorongan sikap seorang ushawan, bertitik tolak daripada desakan dalaman (diri) dan luaran (faktor sekiling). Apa yang paling utama dalam mendorong atau mempengaruhi pemikiran seseorang (usahawan) terhadap suatu idea dan pandangannya terhadap orang lain, adalah nilai-nilai hidup yang disetkan sebagai kepercayaan terhadap persekitaran. (MEDEC, 1992) Teori tingkah laku terancang telah digunakan secara meluar dalam meramalkam tingkah laku seseorang itu terhadap sesuatu perlakuan. Menurut Ajzen (1991) lagi, teori tingkah laku terancang melihat kecenderungan sebagai percubaan untuk melaksanakan sesuatu kelakuan yang dirancang terhadap keadaan sebenar. Kecenderungan itu adalah menjadi faktor motivasi yang mempengaruhi kelakuan, di mana ia menunjukkan bagaimana seseorang itu bersedia untuk mencuba berdasarkan usaha mereka dalam merealisasikan sesuatu tingkah laku itu. Perkara ini menjelaskan dan meramalkan bagaimana keadaan persekitaran yang membabitkan budaya dan sosial memberikan suntikan serta kesan terhadap kelakuan manusia. Azjen (1991) mengaitkan kecenderungan individu sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi sikap atau jelas disebut sebagai tingkah laku. Dalam membuat sebarang keputusan (oleh individu) bergantung kepada tiga elemen utama iaitu pertama, sikap terhadap kelakuan (nilai peribadi) yang lebih merujuk kepada tahap sokongan terhadap sesuatu kelakuan. Kedua norma subjektif yakni tekanan sosial yang dihadapi atau pengalaman yang akhirnya membuatkan individu itu memilih untuk melakukan atau tidak. Ketiga adalah tanggapan kawalan tingkah laku iaitu dengan melihat sejauh mana individu itu berupaya untuk mengawal tingkah laku.


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 327 Menurut Arbaie Hashim (24 Okt, 2019) beliau menyatakan bahawa seorang usahawan perlu mempunyai personaliti yang unik dan ciri-ciri tertentu dalam sikap, kemahiran dan pengetahuan. Antara pendapat beliau seoarang usahawan perlu ada keyakinan diri, terutama dalam memberikan keyakinan kepada pelanggan. Selain itu pada pandangan beliau lagi, seorang usahawan perlu bersikap strategik dan mempunyai kejelasan dalam lontaran idea bagai mencapai kejayaan serta sanggup menghadapi sebarang halangan dan cabaran. Beliau juga menambah bahawa kesanggupan mengambil sebarang risiko juga perlu ada dalam diri seseorang yang bercita-cita untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, beliau menambah bahawa, kebijakasanaan dalam mengambil peluang dan berfikiran kreatif juga perlu dalam diri seorang yang bergelar usahawan. Menurut Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, tiga teras strategi adalah fokus pelan berkenaan, iaitu pemantapan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik, memperkasa jaringan keusahawan berimpak tinggi dan menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi. Jelas sekali, di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi, mendukung dan mendorong kelahiran usahawan dalam kalangan pelajar dari IPT. Perkara ini juga harus dipandang serius di peringkat IPT, dalam menyebar luas pengetahuan dan konsep ke arah jati diri dalam diri pelajar, dan pembentukan peribadi mereka juga perlu dalam ke arah merealisasikan kelahiran keusahawanan terutama apabila mereka tamat belajar. Di peringakt kementerian, melalui Pelan Tindakan Keusahawanan ini, menekankan kepada enam fokus utama pembangunan kurikulum program keusahawanan iaitu asas pengetahuan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan lanjutan dan dalam bidang perniagaan. Di peringkat IPT juga dapat dilihat penekanan dalam tambahan kurikulum keusahawanan, kemahiran pembangunan manusia dan pelatih keusahawanan, yang mana pembelajaran kurikulum berteraskan kepada semangat perhubungan dengan dunia perniagaan sebenar dan pembelajaran berasaskan masalah serta pengalaman. Selain itu dilihat juga bahawa Pelan Tindakan Keusahawanan ini, menekankan kurikulum berasaskan teknologi serta keperluan untuk memantapkan hubungan IPT, industri dan komuniti dalam menyokong kejayaan agenda keusahawanan di IPT. 3.0 Metodologi Kajian 3.1 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini meliputi pelajar semester 2 Sesi II 2021/2022 daripada program Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Teknologi Elektrik. Keseluruhan melibatkan 14 orang pelajar perempuan dan 23 pelajar lelaki. Soal selidik diberikan kepada responden dalam bentuk Google Form, kemudian dapatan dianalisis menggunakan SPSS.


Click to View FlipBook Version