E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 29 Jadual 2: Sub Bahagian B, faktor yang dinilai dan bilangan pernyataan Konstruk Faktor Yang Dinilai Bilangan Item Soalan B1 Tempoh masa tindakan 4 B2 Cara bahasa layanan yang disampaikan 5 B3 Kepakaran pegawai mengendali Aplikasi 3 Telegram B4 Jaminan perkhidmatan dan SOP semasa 3 Pandemik Covid-19 JUMLAH 15 Menurut Rahimah (2006), soal selidik yang menggunakan markah lima mata dalam skala Likert perlu diubah kepada tiga mata untuk memudahkan proses analisis data seperti jadual di bawah. Jadual 3: Pengelasan Maklumbalas Responden Berdasarkan Skor Min. Julat Skor Min Interpretasi 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68– 5.00 Tinggi Sumber: Mohd Khata Jabor & Ahmad Firdaus (2011) Melaluinya min tahap kepuasan pelanggan terhadap maklumat yang disampaikan melalui kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS dapat diinterpretasi dengan mudah.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 30 Bahagian B1: Tempoh Masa Tindakan Dalam konstruk tempoh masa, keputusan min dan interpretasi bagi pilihan responden terhadap 4 pernyataan adalah seperti dalam jadual di bawah. Jadual 4: Interpretasi Skor Min Untuk Faktor Tempoh Masa Tindakan Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B1 Min Interpretasi 1. Memberi maklumat yang diperlukan dengan 4.79 Tinggi cepat 2. Memberi maklumat yang diperlukan dengan 4.81 Tinggi tepat 3. Memberi penjelasan yang rasional dan 4.79 Tinggi munasabah 4. Menepati janji kepada pelanggan 4.79 Tinggi Min Keseluruhan 4.80 Tinggi Secara keseluruhan, bagi Bahagian B1: Tempoh Masa Tindakan, keputusan min 4.80 adalah tinggi dan menyokong kepada kepuasan positif komuniti setempat. Bahagian B2: Cara Bahasa Layanan Disampaikan Ringkasan kepada pernyataan yang dinilai, min dan interpretasi skor min adalah seperti dalam jadual di bawah. Jadual 5: Interpretasi Skor Min Untuk Faktor Cara Bahasa Layanan Disampaikan Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B2 Min Interpretasi 5. Memberi layanan mesra 4.86 Tinggi 6. Sedian membantu menjawab persoalan, aduan 4.81 Tinggi atau cadangan. 7. Peka dan mengambil berat terhadap minat 4.86 Tinggi pelanggan. 8. Menjawab persoalan dalam tempoh yang 4.81 Tinggi memuaskan. 9. Mematuhi Piagam Pelanggan. 4.84 Tinggi Min Keseluruhan 4.84 Tinggi Di dalam dapatan 8 ini juga menunjukkan min keseluruhan adalah 4.84 dan mengikut interpretasi skala skor min adalah tinggi.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 31 Bahagian B3: Kepakaran Pegawai Kolej Komuniti Jasin Di Dalam Telegram Kursus Pendek KKJS Jadual 6: Interpretasi Skor Min untuk Faktor Kepakaran Pegawai KKJS Di Dalam Kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B3 Min Interpretasi 10. Berkeupayaan memberi penjelasan/ maklumat 4.91 Tinggi dengan jelas. 11. Mampu merujuk pelanggan kepada sumber 4.72 Tinggi yang tepat. 12. Kesediaan pegawai untuk menjelaskan 4.72 Tinggi permasalahan secara personal mesej. Min Keseluruhan 4.78 Tinggi Tiga pernyataan mengenai kepakaran staf PSH dalam menguruskan maklumat di dalam kumpulan Telegram kursus pendek KKJS mendapat keseluruhan min 4.78, mengulangi interpretasi kepuasan positif yang tinggi dalam kalangan responden. Bahagian B4: Jaminan Perkhidmatan dan SOP Semasa Pandemik Covid-19 Jadual 7: Interpretasi Skor Min Untuk Faktor Jaminan Perkhidmatan dan SOP Semasa Pandemik Covid-19 Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B4 Min Interpretasi 13. Berkeyakinan akan menerima maklum balas mengenai pertanyaan/ permasalahan kursus 4.74 Tinggi pendek. 14. Berkeyakinan bahawa maklumat yang diterima dan tatacara pengendalian kursus tidak 4.84 Tinggi bercanggah dengan SOP Pandemik Covid-19 yang sedang berkuatkuasa. 15. Ciri-ciri Telegram Kursus Pendek KKJS dalam memenuhi keperluan mendapat dan menerangkan 4.77 Tinggi maklumat dengan jelas. Min Keseluruhan 4.78 Tinggi Keputusan min keseluruhan adalah 4.78 dan mengikut interpretasi skala skor min, ianya juga adalah tinggi.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 32 4.3 Bahagian C: Cadangan Penambahbaikan Bahagian ini menampilkan soalan terbuka, meminta responden mencadangkan yang boleh dibuat oleh pengurusan KKJS untuk penambahbaikan kualiti mutu perkhidmatan perhubungan dan penyampaian. Terdapat lima responden yang memberi cadangan dan satu reponden yang memberi komen. Komen yang diberi adalah “Terbaik”. Cadangan-cadangan yang dikemukan oleh responden adalah: Jadual 8: Komen/ Cadangan Responden Komen/ Cadangan Responden 1 Sewajarnya ada maklumbalas kpd setiap pertanyaan, sekurang-kurangnya selang sehari atau berkala. Responden 2 Pemakluman jangkaan kursus pendek di upload dalam media yang sedi ada bagi mengurangkan pertanyaan. Responden 3 Mohon persoalan dari peserta program dijawab dengan secepat yang mungkin Cadangan supaya diedarkan takwim kursus pendek ke Responden 4 dalam grup Telegram dan memberi maklumat dengan tepat dan jelas. Responden 5 Banyakkan video promosi kursus pendek dan muatnaik ke media sosial Responden 6 Memberi maklumat secara face to face agar maklumat yang disampaikan lebih tepat dah mudah faham Responden 7 Perbanyakkan kursus secara online 5.0 Rumusan dan Cadangan Empat sub bahagian B ditabulasikan min keseluruhannya seperti dalam jadual di bawah. Jadual 9: Jadual Tabulasi Min Keseluruhan Faktor-faktor Kepuasan Komuniti Setempat Penilaian Min Interpretasi B1: Tempoh masa tindakan 4.80 Tinggi B2: Cara bahasa layanan disampaikan 4.84 Tinggi B3: Kepakaran Pegawai Kolej Komuniti Jasin Di 4.78 Tinggi Dalam Telegram Kursus Pendek KKJS B4: Jaminan Perkhidmatan dan SOP Semasa 4.78 Tinggi Pandemik Covid-19 Min Keseluruhan 4.80 Tinggi Min keseluruhan bagi tahap kepuasan responden adalah 4.80 atau 96%
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 33 Oleh itu, hasil kajian mendapati tahap kepuasan komuniti setempat terhadap penggunaan Telegram sebagai medium penyampaian maklumat bagi penganjuran kursus pendek dalam era Pandemik Covid-19 adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min sebanyak 4.8. Dari tujuh cadangan yang disenaraikan secara peribadinya akan melihat tiga cadangan yang harus diambil tindakan segera. Tiga perkara itu mengikut keutamaan yang terpenting dahulu yang perlu diperhalusi segera ialah perlu ada memberi maklumbalas kepada setiap pertanyaan sekurang-kurangnya selang sehari atau berkala. Responden juga meminta agar persoalan dari peserta perlu dijawab dengan kadar segera serta responden meminta diperbanyakkan kursus secara dalam talian. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan responden terhadap kaedah penyampaian maklumat yang diberi adalah pada tahap yang tinggi. Covid-19 seakan tidak memberi kesan terhadap kualiti penyampaian maklumat oleh kakitangan PSH KKJS. Hasil dari kajian ini telah membantu Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Jasin dalam memantapkan sistem penyampaian maklumat kursus pendek. Kesimpulannya, majoriti responden adalah berpuas hati dengan penggunaan Aplikasi Telegram sebagai medium penyampaian maklumat kursus pendek dalam era pandemik Covid19. Antara kajian selanjutnya yang boleh dijalankan selepas ini adalah seperti berikut: i) Kajian Keberkesanan Aktiviti Promosi Untuk Kursus Pendek KKJS Yang Dilakukan Semasa Era Pandemik Covid-19 ii) Kajian Keberkesanan Promosi Kursus Pendek Secara FB Berbanding Telegram. Rujukan Abdul Hadi, Ahmad Firdaus (2011) Kecenderungan pelajar tahun akhir di Institut Kemahiran MARA terhadap bidang keusahawanan. Master’s thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education. Batini, C., Cappiello, C., Francalanci, C. & Maurino, A. 2009. Methodologies for data quality assessment and improvement. ACM Computing Surveys 41(3):152. Datahaus, K. (2020). Coronavirus affecting internet speeds, as COVID-19 puts pressure on the network. Dicapai daripada https://www.abc.net.au/news/2020-04-01/coronavirus-internet-speedscovid19-affects datadownloads/12107334 pada 3/12/2020)
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 34 Julia Hussein (2020). COVID-19: What implications for sexual and reproductive health and rights globally? Dicapai daripada https://doi.org/10.1080/26410397.2020.1746065 pada 3/12/2020) Junpeng Guo, Zengguang Liu, Yu Liu (2016) Key success factors for the launch of government social media platform: Identifying the formation mechanism of continuance intention, Computers in Human Behavior – Elsevier Ltd. Page 750-763 Mohd Azul Mohamad Salleh, Kamaliah Basir, Ali Salman & Nik Hairi Omar. (2018). Media Sosial Dalam Transformasi Sistem Penyampaian Dan Kualiti Maklumat Kolej Kediaman. Sistem Sumber Manusia Dan Organisasi Cemerlang- Prosiding Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman Universiti Awam Kebangsaan 2018. ISBN: e978-967-0829-97-5. Kertas 23 Shahbudin, M. S. I. (2020). Kepanikan Pengguna Media Sosial Terhadap Virus Covid 19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 1-10. Somekh, B., & Lewin, C. (2005). Research Methods in the Social Sciences. In Social Sciences (Vol. 36). https://doi.org/10.1111/j.14678535.2005.00515_7.x Suriyana Binti Sulaji, Suhaila Binti Hassan & Wan Fadhilah Bin Wan Hitam (2017), “Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka”, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 101-112, nov. 2017. ISSN 2600-7738 https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/59-borang-soal-selidik-kajian kepuasan-pelanggan/file (Akses pada 1/12/2020) https://norasiahismail.wordpress.com/2016/10/23/pengenalan-kepadapenyelidikan-tindakan/ (Akses pada 1/12/2020) https://cgss.usm.my/index.php/en/2-uncategorised/485-kaji-selidik-impakpandemik-covid-19-dan-perintah-kawalan-pergerakkan-pkp-ke-atasperniagaan (Akses pada 2/12/2020) http://www.mypolycc.edu.my/index.php/korporat/latar-belakang (Akses pada 2/12/2020) https://www.alchemer.com/resources/blog/what-is-spss/ (Akses pada 2/12/2020) https://elitemarketer.id/social-media/menggunakan-telegram-untukberbisnis/ (Akses pada 2/12/2020)
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 35 Kajian Maklum Balas Peserta Di Bawah Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Di Institusi Tahfiz Dan Sekolah Pondok (PKTP) 2021 Di Kolej Komuniti Kuantan Asri Abdullah1*, Mohd Soffian Abdul Samat2, Azliza Yusop3 123Kolej Komuniti Kuantan *[email protected] Abstrak Kolej Komuniti Kuantan telah melaksanakan program latihan kemahiran kepada pelajar di Institusi Tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) pada tahun 2021. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas peserta selepas mendapat kemahiran melalui program tersebut. Responden terdiri daripada 245 peserta yang terlibat di dalam program ini. Soal selidik diedarkan selepas peserta tamat menjalani kursus. Borang soal selidik adalah Borang Maklum Balas, Borang 9 yang dibangunkan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Data dianalisa dalam bentuk min untuk mendapatkan hasil dapatan. Hasil dapatan analisa menunjukkan sebelum berkursus peserta mempunyai kemahiran pada tahap rendah, tetapi selepas menghadiri program ini, peserta telah mendapat meningkatkan kemahiran mereka. Impak selepas perlaksanaan kursus adalah setiap peserta berkeyakinan setelah mendapat pengetahuan baru. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja sebagai nilai tambah ilmu untuk pelajar tahfiz tetapi ianya juga boleh memudahkan pelajar tahfiz mendapatkan pekerjaan serta akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Penambahbaikan kepada program ini ialah ianya boleh disasarkan kepada golongan yang lain seperti orang gelandangan dan pelajar yang tercicir dari arus pendidikan perdana. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan kursus ini secara berterusan untuk mengetahui adakah kemahirankemahiran yang telah diajar ini digunapakai oleh peserta tahfiz secara konsisten. Katakunci: PKTP, Kemahiran. 1.0 Pengenalan Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita ianya di lihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad, andaian negatif ini harus disangkal. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka.(Petikan ucapan Rancangan Malaysia ke-10(RMK10), Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak). Pada umumnya, kolej komuniti menawarkan kursus secara sepenuh masa dan kursus-kursus pendek untuk memenuhi keperluan individu, masyarakat, industri dan negara. Justeru itu, sebagai pelengkap kepada pembelajaran kepada masyarakat, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Kuantan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 36 Program latihan kemahiran kepada di Institusi tahfiz dan sekolah pondok. Bagi melaksanakan program ini, Kolej Komuniti Kuantan telah bekerjasama dengan 4 buah tahfiz sekitar Kuantan dengan pelaksanaan 13 kursus kemahiran. Ianya juga dilihat sebagai memenuhi tuntutan strategi dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat fasa 3 seperti rajah 1. Rajah 1 Strategi dan Inisiatif PSH 2.0 Penyataan Masalah Program latihan kemahiran kepada pelajar di tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Kuantan. Sebanyak 13 kursus telah dilaksanakan melibatkan 4 tahfiz sekitar Kuantan. Kebanyakan kursus-kursus ini mengambil masa sehingga 4 bulan untuk melengkapkan sesi pembelajaran dan ianya juga telah melibatkan kos yang banyak seperti penyediaan bahan-bahan kursus. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan bergantung kepada masa yang terluang di institusi tahfiz mengikut kesesuaian antara pihak pengajar dan peserta supaya pembelajaran di institusi tahfiz tidak tergangggu atau ditangguhkan. Kebiasaannya kursus-kursus ini dijalankan pada hujung minggu. Di atas inisiatif tersebut, pengkaji telah membuat kajian untuk mendapatkan keberhasilan pembelajaran daripada kursus-kursus yang telah dilaksanakan untuk pelajar-pelajar yang diluar daripada arus perdana pendidikan ini. Keberkesanan perlaksanaan kursus ini termasuk mengetahui pencapaian objektif kursus, penerimaan ilmu kemahiran pada setiap peserta sebelum berkursus dan selepas berkursus.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 37 3.0 Objektif Kajian Objektif kajian adalah menilai maklum balas peserta di bawah program latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) 2021 di Kolej Komuniti Kuantan. Penilaian dibuat dengan mengedar borang penilaian kursus yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) kepada setiap peserta. Borang akan diedarkan setiap kali peserta selesai berkursus dalam masa yang ditetapkan.Borang ini merangkumi 3 bahagian iaitu Bahagian A:Perlaksanan kursus, Bahagian B: Keberkesanan kursus dan Bahagian C:Komen atau cadangan dari peserta. Bahagian A mengandungi penyampaian kandungan mencapai objektif, cara penyampaian pengajar menarik, kandungan kursus teratur, tempat kursus sesuai, penyampaian pengajar jelas dan difahami dan masa dan tempoh kursus mencukupi. Bahagian B mengandungi pengetahuan dalam bidang kursus (sebelum dan selepas berkursus), kemahiran dalam bidang kursus (sebelum dan selepas berkursus), yakin menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari (sebelum dan selepas berkursus), membantu meningkatkan kerjaya (sebelum dan selepas berkursus), membantu memulakan perniagaan (sebelum dan selepas berkursus) dan adakah kursus membantu mengembangkan perniagaan (sebelum dan selepas berkursus). Bahagian C mengandungi komen atau cadangan dari peserta. 4.0 Kajian Literatur Yufiza Mohd Yusof, Rafidah Mohd Basir, Saleha Abd Azis, Zamaruzaman Mohamad (2016), menyatakan bahawa kolaborasi antara pihak Kolej Komuniti dengan pihak luar (institusi keagamaan) telah berjaya memberi ilmu kemahiran kepada pelajar tahfiz dengan kursus yang dilaksanakan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kajian maklum balas peserta di bawah program latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) 2021 di Kolej Komuniti Kuantan. Semua pelajar tahfiz yang dipilih adalah daripada remaja yang berusia 15 tahun keatas termasuk para pendidik yang bekerja di tahfiz berikut. Kursus yang ditawarkan adalah kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran kelangsungan hidup serta dapat membantu peserta berkeyakinan dan berkemahiran untuk meneruskan kehidupan disamping ilmu utama yang peserta ikuti di institusi tahfiz. 5.0 Metodologi Kajian Kajian ini berbentuk kuantitatif yang mengkaji persepsi peserta di bawah program latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) 2021 di Kolej Komuniti Kuantan. Oleh kerana kajian ini merupakan kajian tinjauan, maka kajian ini menggunakan soal selidik untuk menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik diedar kepada 245 responden untuk 4 buah tahfiz di sekitar bandar Kuantan. Data mentah ini dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai purata (skor min). Data-data ini akan disatukan dan hasil dari keputusan ini akan digunakan untuk mendapatkan keputusan bagi mendapatkan dapatan kajian.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 38 6.0 Soal Selidik Kajian Borang soal selidik dimulakan dengan pengenalan ringkas tentang tujuan kajian dijalankan. Borang Keberkesanan kursus (Borang 9) ini distrukturkan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Bahagian A: bahagian ini mengandungi enam (6) item berkaitan dengan perlaksanaan kursus. 2. Bahagian B: bahagian ini mengandungi enam (6) item berkaitan keberkesan sebelum peserta berkursus dan selepas peserta mengikuti kursus yang ditawarkan. 3. Bahagian C: mengandungi komen atau cadangan dari peserta terhadap keseluruhan kursus. Di samping itu, peserta juga digalakkan untuk memberi cadangan bagi meningkatkan mutu kursus di masa hadapan. Bahagian A :Pelaksanaan Kursus Amat BIL. PERKARA Lemah Sederhana Baik Baik (1) (2) (3) (4) 1 Penyampaian isi kandungan mencapai objektif. 2 Cara penyampaian pengajar menarik. 3 Kandungan kursus teratur. 4 Tempat kursus sesuai. 5 Penyampaian pengajar jelas dan difahami. 6 Masa dan tempoh kursus mencukupi.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 39 Bahagian B : Keberkesanan Kursus SEBELUM KURSUS SELEPAS KURSUS BIL PERKARA Lemah Sederhana Baik Amat Lemah Sederhana Baik Amat (1) (2) (3) Baik (1) (2) (3) Baik (4) (4) Pengetahuan 1 dalam bidang kursus. 2 Kemahiran dalam bidang kursus. Yakin menggunakan 3 pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Membantu 4 peningkatan kerjaya. Membantu 5 memulakan perniagaan. Membantu 6 mengembangkan perniagaan. Kesemua item A dan B diukur skala yang menggunakan 4 skala jawapan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 6.1 dibawah : Skor Jawapan 1 Lemah 2 Sederhana 3 Baik 4 Amat baik Jadual 6.1 Skala pemerhatian
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 40 7.0 Dapatan Kajian Dan Analisis Kajian 7.1 Dapatan kajian Populasi kajian adalah terhadap 245 responden yang mengikuti program latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) 2021 di Kolej Komuniti. Jadual 7.1 dibawah menunjukkkan senarai 4 buah tahfiz, senarai kursus dan bilangan peserta dari setiap sekolah pondok. BIL. NAMA TAHFIZ BILANGAN KURSUS PESERTA Kursus Fertigasi Cili 15 Orang Ternakan Keli Organik 15 Orang 1 Pertukangan Asas Rehal 15 Oang Madrasah Asyraful Baikpulih Telefon Bimbit 15 Orang Madaris Keusahawanan dan 20 Orang Pemasaran Digital 2 Madrasah Tahfiz Ar- PSH Bermodul Teknologi 15 Orang Rahman Elektrik Aplikasi Google Meet dan 30 Orang Google Classroom Aplikasi Streamyard for 30 Orang 3 Conference Pembinaan Grafik dan Video 30 Orang Maahad Tahfiz Turath Intro Negeri Pahang Media Editor for live 30 Orang streaming & Video Content Maahad Tahfiz Darul Rekabentuk Grafik 20 Orang Menggunakan Canva Ulum Al Basriyah Hjh 4 Maimunah, Beserah, Pengucapan dan Komunikasi 20 Orang Kuantan Berkesan Tanaman Cendawan Tiram 20 Orang JUMLAH 245 Orang Jadual 7.1.1 Senarai Tahfiz & Peserta Kursus Yang Terlibat Bagi Program Latihan Kemahiran kepada pelajar di tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) tahun 2021
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 41 Kajian ini melibatkan skor min bagi menunjukkan tahap pencapaian kemahiran generik responden sebelum dan selepas mengikuti kursus yang dianjurkan. Dapatan data Min akan digunakan untuk mendapatkan skor Min. Julat Skor Min Aras Persetujuan Penilaian Min 1.00 – 2.00 Tidak Setuju Rendah 2.01 – 3.00 Sederhana Setuju Sederhana 3.01 – 4.00 Setuju Tinggi Tinggi Jadual 7.1.2 Jadual Skor Min Pentaksiran Jadual 7.1.3 Dapatan data bagi bahagian A. Pelaksanaan kursus
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 42 Dapatan daripada skor min peserta akan dianalisis untuk mendapatkan penilaian Min. Pengkaji meggunakan formula berikut untuk mendapatkan hasil keseluruhan Min Hasil keseluruhan Min = Jumlah skor min x 4 52 = 46.27 x 4 52 = 3.55 Hasil dapatan menunjukkan penilaian Min berada pada tahap tinggi BIL. NAMA SKOR MIN SKOR MIN SEBELUM PENILAIAN SELEPAS PENILAIAN TAHFIZ KURSUS KURSUS MIN KURSUS MIN Kursus 1.14 Rendah 3.82 Tinggi Fertigasi Cili Ternakan Keli 1.45 Rendah 3.26 Tinggi Organik Pertukangan 1.48 Rendah 3.21 Tinggi 1 Asas Rehal Baikpiluh 1.14 Rendah 3.26 Tinggi Madrasah Telefon Bimbit Asyraful Madaris Keusahawanan 1.45 Rendah 3.48 Tinggi dan Pemasaran Digital Madrasah PSH Bermodul 1.14 Rendah 3.63 Tinggi 2 Tahfiz Ar- Teknologi Rahman Elektrik Aplikasi Google 1.14 Rendah 3.44 Tinggi Meet dan Google Classroom 3 Maahad Aplikasi 1.45 Rendah 3.26 Tinggi Tahfiz Streamyard for Turath Conference Negeri Pembinaan 1.62 Rendah 3.26 Tinggi Pahang Grafik dan Video Intro
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 43 Media Editor 1.45 Rendah 3.26 Tinggi for live streaming & Video Content Rekabentuk 1.48 Rendah 3.39 Tinggi Grafik Maahad Menggunakan Canva Tahfiz Darul Ulum Al Pengucapan 2.38 Sederhana 3.44 Tinggi 4 Basriyah dan Hjh Komunikasi Maimunah, Berkesan Beserah, Tanaman 1.45 Rendah 3.19 Tinggi Kuantan Cendawan Tiram Jumlah Skor min 18.77 Rendah 43.9 Tinggi Jadual 7.1.4 Dapatan data bagi bahagian B. Keberkesanan kursus adalah seperti berikut; Dapatan data dari skor B untuk menilai keberkesanan sebelum berkursus: Hasil keseluruhan Min=Jumlah skor min x 4 52 = 18.77 x 4 52 = 1.44 Penilaian Min sebelum peserta menghadiri kursus adalah berada pada tahap rendah. Dapatan data dari skor B untuk menilai keberkesanan selepas berkursus: Hasil keseluruhan Min=Jumlah skor min x 4 52 = 43.9 x 4 52 = 3.37 Penilaian Min selepas peserta menghadiri kursus adalah berada pada tahap tinggi.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 44 7.2 Analisis kajian Berdasarkan kepada keputusan di atas, kajian menunjukkan analisis pada bahagian A, perlaksanaan kursus menjelaskan bahawa penyampaian isi kandungan mencapai objektif kursus, cara penyampaian menarik, kandungan kursus teratur, tempat berkursus sesuai, penyampaian jelas dan difahami dan masa dan tempoh kursus mencukupi. Analisis pada bahagian B menunjukkan tahap pengetahuan peserta sebelum menghadiri kursus adalah rendah dan analisa selepas menghadiri kursus adalah tahap tinggi. Ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran peserta kursus bertambah setelah menghabiskan kursus yang ditawarkan kepada mereka. Harapan peserta pegetahuan dan kemahiran yang didapati akan membantu mereka membina kerjaya untuk menjana pendapatan mereka pada masa hadapan. Dari sudut keusahawanan, kemahiran yang diperolehi boleh digunakan untuk memulakan perniagaan dan untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada. 8.0 Kesimpulan Impak selepas perlaksanaan kursus adalah setiap peserta berkeyakinan setelah mendapat pengetahuan baru. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja sebagai nilai tambah ilmu untuk pelajar tahfiz tetapi ianya juga boleh memudahkan pelajar tahfiz mendapatkan pekerjaan serta akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Semoga dengan pelaksanaan Program Latihan Kemahiran kepada pelajar di tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) kendalian Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Kuantan dapat membuka peluang kepada pelajar yang bukan arus perdana pendidikan untuk mendapatkan ilmu yang boleh digunakan sepanjang kehidupan mereka. Penambahbaikan kepada program ini ialah ianya boleh disasarkan kepada golongan yang lain seperti orang gelandangan dan pelajar yang tercicir dari arus pendidikan perdana. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan kursus ini secara berterusan untuk mengetahui adakah kemahiran-kemahiran yang telah diajar ini digunapakai oleh peserta tahfiz secara konsisten. Kesimpulan akhir adalah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kuantan telah berjaya memenuhi strategi dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat fasa 3.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 45 Rujukan Bernama.(2019). PSH Berjaya Dapat Penyertaan Golongan Sasar. [online]{diakses 25 Ogos 2019}.Availableat:http://www.astroawani.com/beritamalaysia/psh-berjaya-dapatpenyertaan-golongan-sasar-204588 Hasami, H., and Buang, N.A., (2018), Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Terhadap Pengetahuan Dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti (The Effectiveness of the Lifelong. Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1) (2018): 89-106 DOI: Available at: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN2018-43.03-10 Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill Levels of Students Community College). Jabatan Pengajian Kolej Komuniti(2012). Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013- 2015.Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/muatturun/penerbitan-danjurnal/buletin/1181-pemerkasaan-kolej-komuniti-2013- 2015/file Kementerian Pengajian Tinggi (2011). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011- 2015) Mohd Yusof, Y., Mohd Basir, R. and Mohamad, Z. (2016). Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. [online] Umceed.edu.my. Available at: https://umcced.edu.my/psh2016/web_paper/2.4.1.pdf
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 46 Keberkesanan Kursus Pendek Keusahawanan bagi Kluster Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Rompin Natasha Noremilia Othman1*, Nurulshida Abdul Rashid2, Noor Azhar Abd Wahab3 123Kolej Komuntiti Rompin *[email protected] Abstrak Pandemik Covid-19 dilihat memberi kesan yang banyak kepada sosio ekonomi negara serta komuniti setempat. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak kerajaan telah mengambil langkah pro aktif dengan mewujudkan program – program berteraskan keusahawanan yang giat diadakan di seluruh kolej komuniti di Malaysia. Tujuan penyelidikan ini dijalankan bagi mengetahui sejauh mana pandangan peserta terhadap perlaksanaan kursus pendek keusahawanan bagi kluster katering dan sajian yang telah diadakan di Kolej Komuniti Rompin (KKRP). Objektif kajian adalah untuk melihat tahap keberkesanan perlaksanaan kursus pendek keusahawanan bercirikan masakan yang ditawarkan serta khidmat tenaga pengajar yang mengajar kursus berkenaan. Reka bentuk kajian secara deskriptif kuantitatif yang dibuat secara tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik melibatkan 52 orang sampel daripada 60 orang populasi peserta kursus pendek di bawah kluster katering dan sajian pada tahun 2021. Penggunaan perisian Statistical Packages for Social Science Version 26.0 (SPSS) yang mana kajian frekuensi, peratus serta peratus min digunapakai. Secara ringkasnya, hasil dapatan jelas menunjukkan keberkesanan kursus pendek keusahawanan yang sangat tinggi pada skor min 4.45 dan persepsi terhadap tenaga pengajar yang sangat tinggi pada skor min 4.51. Kata kunci: Keusahawanan, Kursus Pendek, Masakan 1.0 Pengenalan Kursus jangka pendek (Kurpen) adalah salah satu wadah utama pembelajaran di kolej komuniti di seluruh Malaysia. Ia diwujudkan atas tujuan memberi nilai tambah ilmu pengetahuan, mempertingkatkan kemahiran serta keterampilan pada individu amnya serta masyarakat secara umumnya. Perlaksanaan kursus pendek melibatkan penawaran kursus yang releven dengan mengikut kehendak komuniti setempat dalam membantu meningkatkan sara hidup dan pembangunan mereka. Kepelbagai penawaran kursus yang ditawarkan menjadikan kolej komuniti di antara hub pembelajaran bagi kursus-kursus kemahiran yang bermodul. Sebagai salah sebuah kolej komuniti rintis, pada tahun 2021 pihak KKRP digalaskan dengan satu tanggungjawab untuk mencapi norma peserta sebanyak 1400 orang. Bagi mencapai hasrat tersebut, kepuasan peserta kursus pendek yang menyertai kursus disini amatlah perlu diambil berat kerana ianya menyumbang kepada lebih banyak permintaan bagi kursus-kursus keusahawanan berunsurkan masakan di sini. Khidmat tenaga pengajar yang cemerlang dan baik dilihat mampu mewujudkan kepuasan kepada peserta disamping meningkatkan permintaan sesuatu kursus. Kenyataan ini selari dengan penyataan oleh Masliza (2014), bagi mencapai sesuatu matlamat, prestasi sesebuah organisasi harus bertumpu kepada hubungan dua hala.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 47 Berpandukan tujuan tersebut, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (UPSH) dengan kerjasama Program Kulinari telah merangka gerak kerja dalam melaksanakan kursus–kursus keusahawanan berkaitan dalam bidang masakan. 1.1 Pernyataan Masalah Sektor perniagaan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi sesebuah negara, yang mana dalam mewujudkan peluang pekerjaan proses melahirkan usahawan harus digilap dari akar umbinya. Justeru itu, dalam usaha menggalakkan lagi masyarakat menjadi usahawan, satu platform pembelajaran direka dengan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) sebagai satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam menyusuri matlamat bagi menjayakan pelan tersebut, kita dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang mengubah segalanya. Kesan Covid-19 terhadap ekonomi di Malaysia dilihat memberi impak besar terhadap majikan dan pekerja. Pengangguran menjadi banyak, punca pendapatan menurun serta penutupan operasi perniagaan menjadi isu utama yang dibangkitkan. Menurut Jaafar (2020), ekonomi kini mula dalam keadaan tergugat dan meruncing maka kerajaan perlu mencari jalan untuk menyediakan pekerjaan supaya rakyat ada pendapatan. Sejajar dengan itu, kolej komunti sebagai hub Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) mengambil inisiatif dalam membantu rakyat bangkit dari pandemik Covid-19 ini melaksanakan beberapa perubahan dengan mengadakan serta memperbanyakkan kursus pendek yang berteraskan keusahawanan. Hasil perubahan misi dan visi itu perlaksanaan kursus keusahawanan mula giat dilaksanakan. Dengan kepelbagaian sumber kewangan diberikan dalam menjayakan program keusahawanan di setiap kolej komunti seluruh Malaysia. Justeru itu, pengkaji terpanggil untuk membuat satu tinjauan mengenai keberkesanan kursus keusahawanan dalam membantu masyarakat terutamanya di daerah Rompin dalam menghadapi cabaran ekonomi dangan menjadikan kursus keusahawanan sebagai medan menimba ilmu bagi kelangsungan hidup mereka. Kenyataan ini turut disokong oleh Azlinda et al (2010) mengatakan bahawa kualiti sesuatu khidmat diberikan dilihat atas keberkesanan penawaran yang diterima oleh seseorang dimana outputnya bukan secara fizikal dilihat tetapi secara keseluruhan. Pengkaji melihat, hasil penyelidikan ini harus diketengahkan agar mampu menjadi panduan kepada penawaran kursus keusahawan yang berkesan kepada pihak pengurusan UPSH amnya serta Program Kulinari khususnya dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pernambahbaikan perlaksanaan kursus pendek berunsurkan keusahawanan pada masa akan datang. 1.2 Objektif Kajian Objektif penyelidikan ini adalah: i. Mengenalpasti tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan ii. Mengetahui persepsi peserta terhadap tenaga pengajar
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 48 2.0 Sorotan Kajian Perubahan di dalam dasar hala tuju baru PSH mewujudkan satu mekanisma baru di dalam perancangan kursus-kursus bermodul pendek. Lima teras utama yang baru diwujudkan sebagai panduan perlaksanaan, dimana salah satu hala tuju utamanya adalah memperkukuhkan keusahawanan (Sumber Nota Jemaah Menteri; “Pencapaian 20 tahun PSH”, KPT 17 Julai 2020). Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan teras tersebut para pengajar perlu melakukan perubahan, menjadikan kepelbagaian teknologi–teknologi sedia ada sebagai idea baru didalam penawaran sesuatu kursus. Menurut Kasnawi & Sulaiman (2016), sesuatu perubahan boleh dianggap sebagai satu proses pembelajaran dalam melakukan sesuatu atau perbuatan seseorang yang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Ianya diperkuatkan lagi dengan kajian Sapiah (2013), yang menyatakan membudayakan pembelajaran secara berterusan pada komuniti setempat mahupun warga kolej itu sendiri, ianya harus menjadi cabaran utama dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan. Sesuatu organisasi yang menguruskan mahupun yang menyediakan latihan harus melihat dan mengukur tahap kesesuaian sesuatu program tersebut (Kirkpatrik 2006). Di dalam Model Penilaian Latihan Kirkpatrick (2006), ianya mempunyai empat tahap penilaian untuk diukur bagi melihat keberkesanan sesuatu latihan, iaitu reaksi peserta, proses pembelajaran semasa, sikap dan hasil selepas pembelajaran. Justeru itu, tatacara penyampaian sesuatu maklumat serta perkongsian ilmu haruslah diambil berat kerana ianya turut memberi peranan besar dalam mencapai sesuatu misi serta visi sesebuah organisasi. 3.0 Metodologi Kajian 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian deskriptif berbentuk soal selidik dilaksanakan. Pendekatan ini dipilih kerana kesesuaian bagi mendapatkan maklumat dengan lebih sempurna serta lebih praktikal dan realistik dalam mendapatkan maklum balas segera daripada responden yang berada jauh dari pengkaji. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Persampelan secara berkelompok digunakan bagi populasi kajian yang mana seramai 60 responden terdiri dari peserta yang telah menyertai lebih 3 kali kursus masakan bercirikan keusahawanan. Menurut jadual persampelan adalah mencukupi dengan mengambil hanya 52 orang responden sahaja sebagai sampel bagi mewakili populasi kajian (Krejcie dan Morgan 1970). 3.3 Instrumen Kajian Kaedah Kuantitatif digunapakai. Edaran borang selidik dibina menggunakan templete Google Form. Medium Telegram dipilih sebagai edaran instrumen soal selidik setiap kali kursus tamat dijalankan. Olahan soalan penyelidikan diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik pengkaji terdahulu. Item-item soalan dipecahkan kepada tiga bahagian.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 49 Bahagian A: Demografi responden Bahagian B: Tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan Bahagian C: Persepsi terhadap tenaga pengajar Jadual 1 Pengkaji mengukur item-item berdasarkan item skala Likert 5 mata yang terdiri daripada skala sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk dijadikan pilihan jawapan kepada responden. Skala Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau kumpulan mengenai kegiatan sosial (Adzhar et. 2017) Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Tidak Pasti (TP) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 3.4 Kaedah Analisis Bagi dapatan data, ianya dianalisis secara kuantitatif dengan mengaplikasi analisis kekerapan dan deskriptif. Analisis kekerapan juga dilakukan dalam mendapat dapatan mengenai latar belakang responden seperti jantina, umur dan kekerapan peryertaan. Manakala interprestasi min digunakan bagi tujuan analisis deskriptif. Penentuan interpretasi min adalah berdasarkan jadual 2 yang diambil daripada Rizarina et al (2020). Jadual 2: Interpretasi Min Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 – 2.33 Rendah/Tidak Sesuai 2.34 – 3.66 Sederhana/Agak Sesuai 3.67 – 5.00 Tinggi/Sesuai 4.0 Analisis dan Perbincangan 4.1 Analisis Kekerapan Bagi data demografi responden, pengunaan kaedah statistik kekerapan dalam menentukan jantina, umur, dan kekerapan penyertaan diperbincangkan. Hasil analisis bagi data demografi diperbincang berdasarkan Jadual 3, 4, dan 5. Jadual 3: Profil Responden mengikut jantina Jantina Frekuensi Peratus (%) Lelaki 14 26.9 Perempuan 38 73.1 Jumlah 52 100.0
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 50 Jadual 3 memperlihatkan, bahawa daripada 52 responden, seramai 14 responden terdiri dikalangan peserta lelaki dengan nisbah (26.9%) manakala seramai 38 responden dikalangan peserta perempuan dengan nisbah (73.1%). Jadual 4: Profil Responden mengikut umur Umur Frekuensi Peratus (%) 20 - 29 tahun 16 30.8 30 - 39 tahun 26 50.0 Lebih 40 tahun 10 19.2 Jumlah 52 100.0 Berdasarkan jadual 4, linkungan responden berumur diantara 20 hingga 29 tahun seramai 16 orang (30.8%) manakala seramai 26 orang (50.0%) mewakili lingkungan umur 30 hingga 39 tahun. Bagi responden berumur lebih 40 seramai 10 orang (19.2%) daripada keseluruhan responden. Jadual 5: Profil Responden mengikut penyertaan Program Frekuensi Peratus (%) Kali Pertama 20 38.5 Kali Kedua 17 32.7 Kali ketiga 9 17.3 Lebih dari tiga 6 11.5 Jumlah 52 100.0 Berdasarkan Jadual 5 pula menunjukkan bahawa 20 orang peserta (38.5%) adalah peserta yang kali pertama menyertai kursus. Seramai 17 orang (32.7%) merupakan peserta yang menyertai bagi kali kedua, seramai 9 orang (17.3%) menyertai kursus pendek untuk kali ketiga manakala 6 orang (11.5%) daripada jumlah keseluruhan responden adalah peserta yang menyertai kursus lebih dari tiga kali. 4.2 Analisis Deskriptif Pada item soalan dijadual 6 bahagian B, analisis deskriptif dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran responden selepas mengikuti kursus yang ditawarkan. Manakala jadual 7 bahagian C pula menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran kursus yang disampaikan. Jadual 6: Tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan Bil. Item Skor Sisihan Interpretasi Min Piawai Min B1 Kursus yang ditawarkan adalah 4.53 0.654 Tinggi menarik dan sejajar dengan perkembangan terkini B2 Kursus yang dijalankan dapat 4.53 0.560 Tinggi membantu meningkatkan kerjaya serta memberi peluang kepada peserta bagi menambah sumber pendapatan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 51 B3 Kursus yang dijalankan dapat 4.47 0.696 Tinggi dipraktikkan dengan mudah di rumah B4 Tempoh pelaksanaan kursus yang 4.31 0.710 Tinggi fleksibel, dan sesi ‘’hands –on” dijalankan dengan baik B5 Yuran kursus yang dikenakan 4.39 0.688 Tinggi berpatutan mengikut jenis kursus yang ditawarkan B6 Kursus yang dipelajari dapat 4.47 0.609 Tinggi diadaptasi bagi menjadi seorang usahawan Skor min keseluruhan 4.45 0.653 Tinggi Jadual 6 memperlihatkan item B1 serta B2 memperoleh min skor tertinggi = 4.53, dengan sisihan piawai 0.654. Soalan B2 pula menunjukkan sisihan piawai ialah 0.560. Bagi B3 dan B6, ianya mendapat min skor yang sama iaitu = 4.47 dan diikuti oleh item B5 min skor = 4.39. Manakala item B4 mendapat skor min terendah iaitu 4.31. Walaupun mendapat min skor terendah walaupun masih pada interpretasi min sangat memuaskan. Min skor keseluruhan sebanyak = 4.45 dan ini jelas menyatakan analisis tahap kemahiran peserta selepas menyertai latihan berada pada interprestasi yang sangat memuaskan. Jadual 7: Persepsi terhadap tenaga pengajar Bil. Item Skor Sisihan Interpretasi Min Piawai Min C1 Penceramah dapat menyampaikan 4.58 0.649 Tinggi objektif kursus dengan jelas dan berkesan C2 Penceramah menunjukkan sikap 4.44 0.558 Tinggi mesra dan memberikan jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang diajukan C3 Penceramah sentiasa bersedia 4.47 0.609 Tinggi menghulurkan bantuan kepada peserta kurus sepanjang tempoh berkursus C4 Keterampilan diri penceramah 4.47 0.609 Tinggi adalah kemas, rapi dan meyakinkan C5 Penceramah dapat berinteraksi 4.47 0.654 Tinggi dengan baik kepada setiap peserta sepanjang kursus dijalankan C6 Penceramah menunjukkan 4.61 0.766 Tinggi demonstrasi masakan yang jelas dan mudah difahami Skor min keseluruhan 4.51 0.641 Tinggi
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 52 Jadual 7 pula memaparkan analisis data dapatan terhadap keberkesanan pengajaran kursus yang diadakan. Item C6 mencatatkan jumlah min tertinggi iaitu 4.61 dengan sisihan piawai 0.766 diikuti dengan item C1 dengan catatan min 4.58 dan sisihan piawai 0.649. Item C3, C4 dan C5 mendapat min yang sama iaitu 4.47 dengan sisihan piawai 0.609 bagi item C3 dan C4 dan 0.654 bagi item C5. Item C2 mencatatkan nilai min terendah iaitu 4.44 dan sisihan piawai 0.558, namun masih dalam interpretasi min sangat memuaskan. Hasil skor min keseluruhan yang dicatatkan adalah 4.51 iaitu pada tahap sangat memuaskan. 5.0 Rumusan dan Cadangan Hasil penyelidikan memperlihatkan aspek min keseluruhan bagi objektif pertama iaitu mengenal pasti tahap kemahiran peserta selepas mengikuti kursus berada pada interprestasi min sangat memuaskan iaitu 4.45. Ini jelas membuktikan kursus keusahawanan ditawarkan kepada responden adalah menarik dan sejajar dengan perkembangan terkini. Peserta juga bersetuju kursus pendek yang dijalankan dapat membantu meningkatkan kerjaya serta memberi peluang bagi menambah pendapatan. Selain itu, kursus yang diberi dapat dipraktikkan dengan mudah, suasana di tempat latihan yang selesa dan bersih serta yuran yang berpatutan mengikut jenis kursus yang ditawarkan. Selaian tempoh pelaksanaan yang fleksibel dan sesi hands-on yang dijalankan dengan baik serta teliti. Bagi objektif yang kedua iaitu mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran kursus yang disampaikan kepada responden, pengkaji melihat bahawa skor min keseluruhan 4.51 menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Dapatan ini dapat dirumuskan, bahawa peserta sangat berpuas hati dengan penceramah yang dilantik, demonstrasi masakan yang jelas dan mudah difahami oleh peserta. Gaya penyampaian mencapai objektif kursus dengan jelas dan berkesan kepada responden sepanjang tempoh berkursus. Responden turut berpuas hati dengan ketrampilan diri dan kebolehan interaksi antara penceramah dan peserta serta sikap mesra penceramah apabila diajukan soalan dengan memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang diutarakan oleh peserta. 5.1 Cadangan Hasil dapatan kajian dilihat, beberapa cadangan sebagai penambahbaikan wajar untuk dipertimbangkan ataupun diambil perhatian oleh UPSH dan program Kulinari, bagi meningkatkan keberkesanan kursus keusahawanan dalam menjamin tahap kepuasan yang berterusan. Di sini pengkaji menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam penambahbaikan: i. Kemudahan fizikal dan keperluan asas yang lama harus diganti dengan penggunaan mesin yang lebih moden, canggih dan terkini bagi memberi pendedahan kepada peserta seiring dengan revolusi industri. ii. Mengadakan kerjasama dengan chef–chef terkemuka bagi menarik lagi peserta kursus untuk menyertai kursus di Kolej Komuniti Rompin supaya dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran di dalam industri perniagaan dan keusahawanan.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 53 Secara keseluruhannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa tahap keberkesanan kursus keusahawanan berteraskan katering dan sajian adalah amat memberangsangkan. Kajian ini juga harus dipertingkatkan serta diperhalusi dari setiap aspek agar mampu meningkatkan prestasi para pengajar terutama diprogram kulinari serta turut membantu aspek pengurusan UPSH dalam merangka dan merancang mekanisma yang terbaik bagi mengekalkan momemtum dan memastikan tahap kepuasan peserta sentiasa di tahap terbaik. Rujukan Adzhar, Hudiya & Abdul Karim, Aidah & Sahrin, Muhammad. (2017). Pembangunan Instrumen Penerimaan E-Pembelajaran Pelajar Pascasiswazah Menggunakan Analisis Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia. 42. 147-155. 10.17576/JPEN-2017-42.02-08. Azlinda Kasma Azizan Bt Kamal A Nasir. (2010), “Kepuasan Pelajar Fakulti Pendidikan UTM Terhadap Kualiti Perkhidmatan Di Pusat Kesihatan UTM” Journal of Educational Management, Volume 1 March 2011, Pages 103-120 / ISSN: 2231-7341 Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Hernon, P., Nitecki, D.A. & Altman, E. (1999). Service Quality and Customer Satisfaction:An Assessment and Future Directions. The Journal of Academic Librarianship 25: 9-17. Jaafar. N (2020). Malaysia Berdepan Isu Pengangguran Pendapatan Kesan Covid 19 https://www.sinarharian.com.my/article/80226/khas/ koronavirus/malaysia-berdepan-isu-pengangguran-pendapatan-kesanCovid-19 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2020). Kamus KPI 2021. https://mytvet.edu.my/persist Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308 Kirkpatrick, D.L and Kirkpatrick, J.D. (2006) Evaluating Training Programs: The four levels (3rd Ed). San Fransisco: Berret-Koehler. Kasnawi M.T., & Sulaiman A (2016). Konsep dan Pendekatan Perubahan Sosial.Pustaka.ut.as.id/lib/wp content/upload/pdfmk/IPEM4439-M1.pdf
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 54 Pelan Pembangunan Strategik Pengajian Tinggi, KPM - Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (moe.gov.my) Rizarina Ekhwan, Siti Hazwani Rosli & Razzatul Iza Zurita Rasalli.(2020).Keberkesanan kursus jangka pendek anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor terhadap alumni. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS),2(1),68-79. Rohani Abd Razak. (2013). Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Politeknik Kuala Terengganu: Diges Jabatan Pengajian politeknik. Siti Masliza Nawi. (2014). Persepsi Pensyarah Terhadap Pengurusan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL): Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014, 72 – 85.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 55 Tinjauan Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Secara Dalam Talian: Kerjasama Antara Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) Dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Zon Utara Nor Asfarul Lail Azwan Haris1* , Izzah Imanina Ibrahim2, Mohamad Arif Abdul Kadir 3 123Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi *[email protected] Abstrak Inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan teras ketiga daripada 10 teras yang dibangunkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pengajian Tinggi) bagi membudayakan amalan PSH. Kursus PSH ini telah sekian lama dilaksanakan secara konvensional iaitu secara bersemuka bagi latihan PSH berbentuk teori dan amali. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai alternatif kepada cara pelaksanaan kursuskursus PSH. Pembelajaran dalam talian merupakan suatu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Oleh itu, suatu kajian berkenaan keberkesanan pelaksanaan kursus anjuran Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Zon Utara di bawah seliaan Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) yang telah dijalankan secara dalam talian. Kajian yang mengetengahkan pendekatan kuantitatif ini disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan B40. Hasil kajian mendapati bahawa keberkesanan kursus yang dijalankan secara dalam talian ini adalah di tahap tinggi. Kata Kunci: Pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pembelajaran secara dalam talian 1.0 Pengenalan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) diperlukan kerana ia memberi impak positif dalam semua peringkat umur di mana ia dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran serta menambah nilai kepada seseorang (Hasami, 2018). Kolej komuniti merupakan salah satu institusi pengajian tinggi Malaysia yang diselia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Penubuhan kolej komuniti di Malaysia telah diluluskan oleh kabinet Malaysia pada tahun 2005. Kolej komuniti telah dinaik taraf sebagai Hub Pembelajaran Sepanjang Hayat pada tahun 2007 bagi memastikan objektifnya tercapai melalui pelaksanaan kursus pendek dan program hasil kerjasama dengan agensi pihak berkepentingan mengikut keperluan masyarakat setempat di kawasan tersebut. Sejajar dengan matlamat penubuhannya, Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) bertindak sebagai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan aktiviti PSH khususnya kepada komuniti setempat. LTA@KKLK menawarkan pelbagai bidang kursus pendek mengikut keperluan dan kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 56 setempat. Istimewanya di Pulau Langkawi, aktiviti ekonominya berkisarkan mengenai pelancongan dan hospitaliti yang mana ianya dikunjungi bukan sahaja pelancong domestik malahan antarabangsa. Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan di LTA@KKLK seperti Grafik dan Multimedia, Masakan & Minuman, Perhotelan, Komputer dan Teknologi Maklumat, Pemasaran Digital serta Perniagaan dan Keusahawanan. Secara objektifnya, program PSH memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk memperoleh asas pembelajaran yang ditawarkan di sesebuah institusi pendidikan (Wan Ahmad, Wan Rashid; Mohd Hashim, M.H, 2011). Pelaksanaan program PSH turut bertindak sebagai salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk meningkatkan ekonomi negara melalui pelaburan di dalam pembangunan sumber manusia. 1.1 Penyataan Masalah Cabaran pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara menyebabkan kekangan untuk mengadakan kursus secara bersemuka bersama peserta. Di samping itu, terdapat lonjakan penggunaan medium digital sebagai platform pemasaran dan perniagaan untuk usahawan memasarkan produk mereka di dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Di bawah pelaksanaan PKP hanya sektor tertentu sahaja dibenarkan untuk beroperasi. Demi kelangsungan perniagaan, usahawan telah melibatkan diri dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian. 1.2 Objektif kajian i. Mengenalpasti tahap keberkesanan kursus yang dilaksanakan secara dalam talian. ii. Mengenalpasti tahap kesediaan usahawan terhadap pelaksanaan kursus yang dilaksanakan. 2.0 Sorotan Kajian Kolej komuniti yang telah ditubuhkan sejak 2001 telah membawa perubahan yang positif terhadap landskap pendidikan berasaskan teknikal dan vokasional di Malaysia. Program yang ditawarkan dan disediakan di kolej komuniti mendapat sambutan yang menggalakkan dengan terdapatnya peningkatan dalam pemohonan bagi mengikuti pengajian sama ada secara program sepenuh masa mahupun program PSH. LTA@KKLK merupakan sebuah institusi yang komited dalam menawarkan program PSH bagi golongan sasaran Bersama-sama dengan105 buah kolej komuniti yang lain (JPKK, 2015). Bagi memastikan matlamat, objektif serta hala tuju program PSH tercapai tanpa menjejaskan standard dan kualitinya, kolej komuniti telah menawarkan kursus jangka pendek seperti yang telah digariskan di dalam panduan pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) (JPKK, 2015). Namun begitu, dengan berlakunya penularan wabak COVID-19, proses pengajaran dan pembelajaran PSH terpaksa ditangguhkan mahupun ditukar kepada mod secara hibrid. Menurut World Health Organization (WHO), Coronavirus ialah kumpulan virus yang menjadi punca utama penyakit seperti batuk, selsema, bersin, demam, dan beberapa gejala
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 57 pernafasan. Coronavirus adalah penyakit berjangkit, yang merebak dengan sangat cepat di kalangan manusia. COVID-19 mula dikesan pada bulan Disember 2019, yang mana ianya bermula di Wilayah Wuhan,China. COVID-19 ini menjadikan haiwan sebagai perumah bagi ianya untuk membiak namun terdapat bukti yang menyatakan bahawa virus ini boleh disebarkan daripada haiwan kepada manusia (Perlman & Mclntosh, 2020). Berdasarkan pernyataan tersebut, COVID-19 boleh dikategorikan sebagai virus yang berbahaya. Dalam mendepani proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu, pihak LTA@KKLK telah dan bersedia untuk menganjurkan program PSH secara dalam talian ataupun dikenali sebagai e-pembelajaran. Menurut Salloum & Shaalan, 2018, e-pembelajaran telah digunakan secara meluas di institusi pendidikan sebagai satu platform pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai satu paradigma baharu proses pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian berasaskan teknologi maklumat (Moore et al., 2011). Berbeza dengan konsep pembelajaran akademik secara tradisional, dimana pelajar serta pengajar perlu hadir secara bersemuka dalam menyelesaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Terdapat banyak kajian perbandingan telah dijalankan untuk membuktikan sama ada kaedah pengajaran secara bersemuka atau tradisional lebih produktif atau pembelajaran secara dalam talian atau hibrid adalah lebih berkesan (Lockman & Schirmer, 2020; Pei & Wu, 2019). Berdasarkan kajian yang dilakukan, telah terbukti bahawa prestasi pelajar adalah lebih baik hasil daripada kaedah pembelajaran secara dalam talian berbanding pembelajaran secara tradisional. 3.0 Metodologi Kajian Bab ini menghuraikan reka bentuk kajian, instrumen yang digunakan untuk melaksanakan dan serta sampel kajian yang dipilih. Kaedah kuantitatif digunakan dalam reka bentuk kajian, dengan instrumen soal selidik sebagai teknik utama pengumpulan data. Dalam kajian ini, pendekatan secara tinjauan dipilih kerana ia dapat memberikan data yang bersesuaian bagi keseluruhan populasi atau sampel. SPSS versi 25 digunakan untuk menganalisis data kajian ini secara deskriptif dan inferensi. 3.1 Rekabentuk Kajian Kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini. Tiga (3) elemen penting yang dikaji adalah merangkumi aspek demografik, keberkesanan pelaksanaan kursus dan kesediaan pembelajaran secara dalam talian. Kursus yang telah dipilih adalah kursus yang dijalankan secara dalam talian hasil kerjasama Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Zon Utara di bawah seliaan Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM). Kursus Jom Niaga@NCER Perlis dan Daerah Langkawi dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan, bidang Pembuatan Pastri dan Roti serta Asas Barista & Bartending ini telah dilaksanakan secara berpakej dalam tempoh dua bulan bermula Julai hingga Ogos 2021 iaitu sebanyak 24 sesi pertemuan dengan jumlah masa keseluruhan sebanyak 120 jam.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 58 Kursus ini terbahagi kepada dua (2) mod pengajaran iaitu secara dalam talian dan secara amali bersemuka di LTA@KKLK. Kursus yang dijalankan secara dalam talian sepenuhnya adalah kursus yang berbentuk softskills. Para peserta yang terlibat akan mengikuti kursus melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Private Group. Setelah melalui sesi kursus, kesemua peserta kursus akan menjawab soal selidik yang diedarkan menggunakan platform Google Forms. Data yang diperolehi melalui soal selidik berkenaan kemudian dianalisis bagi mendapatkan hasil dapatan kajian. 3.2 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik iaitu Borang Maklum Balas Penilaian Kursus. Borang soal selidik ini digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan peserta Kursus Jom Niaga@NCER Perlis dan Daerah Langkawi dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan, bidang Pembuatan Pastri dan Roti serta Asas Barista & Bartending yang telah dijalankan secara dalam talian. Soalan yang terkandung dalam borang tersebut menggunapakai skala likert sebagai pilihan jawapan seperti Jadual 1: Penggunaan Skala Likert empat pilihan (four-point) bagi borang soal selidik adalah bertepatan kerana ianya mudah untuk ditadbir kepada jumlah yang besar, membantu responden menumpukan kepada subjek yang dikaji dan melicinkan proses penjadualan dan penganalisisan data (Deobold, 1999). Skala Likert empat (4) peringkat digunakan bagi menjawab 7 item soal selidik tersebut. Penggunaan 4 skala likert ini berupaya memberi maklumbalas yang tepat berkaitan objektif kajian yang dipilih. Skala likert terdiri dengan skor 4 = Sangat Setuju, skor 3 = Setuju, skor 2 = Tidak Setuju, dan skor 1 = Sangat Tidak Setuju (adaptasi daripada Hamidi & Md Sirat, 2016). Pilihan jawapan yang menggunakan format Skala Likert empat pilihan adalah seperti di bawah: Jadual 1: Skala likert Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Skala 1 2 3 4 Jadual 2 menunjukkan min skor yang diinterpretasi berdasarkan skala likert empat pilihan yang turut diadaptasi daripada Riduwan (2012).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 59 Jadual 2: Interpretasi Min Skor 1.00 – 1.50 Kurang kaitan 1.51 – 2.50 Rendah 2.51 – 3.50 Sederhana 3.51 – 4.00 Tinggi Struktur borang soal selidik ini terbahagi kepada (3) bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan terdiri daripada item-item yang berkaitan dengan demografi responden kajian. Manakala Bahagian B mengenai keberkesanan pembelajaran secara dalam talian dan Bahagian C adalah mengenai kesediaan responden dalam pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian. 3.3 Populasi dan sampel kajian Seramai 30 orang peserta kursus telah dikenalpasti sebagai responden utama. Sampel ini merupakan 100% populasi keseluruhan penyertaan yang merupakan peserta kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi program PSH bersama NCER Zon Utara yang berasaskan Industrial Revolution (IR4.0) yang ditawarkan pada tahun 2021. Peserta kursus yang dipilih terdiri daripada golongan B40 dari Negeri Perlis dan Daerah Langkawi, Kedah. 4.0 Analisis dan Perbincangan Data soal selidik yang diperoleh menggunakan platform Google form telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Data yang terkumpul telah dianalisis mengikut keperluan objektif kajian dan dilaporkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min skor. Jenis data yang diperoleh dalam kajian ini adalah secara kuantitatif. Hasil dapatan kajian dilaporkan secara jadual dan rajah yang dirumuskan pada bahagian penerangan dibawah. 4.1 Demografi Responden Rajah 2 menunjukkan profil responden yang menjawab soal selidik adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk dari segi jantina, umur, tahap pendidikan dan kursus yang disertai. Hasil analisis bahagian demografi mendapati bahawa 80% daripada jumlah responden merupakan wanita iaitu seramai 24 orang manakala baki 20% daripada jumlah responden merupakan lelaki iaitu seramai 6 orang. Jantina Wanita Lelaki Rajah 2: Demografi Responden
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 60 Rajah 3 menunjukkan umur responden yang telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh LTA@KKLK adalah dalam lingkungan usia 21 tahun hingga 55 tahun. Hasil dapatan menunjukkan peserta yang berusia diantara 31 sehingga 35 tahun merupakan peserta majoriti yang menyertai kursus yang ditawarkan oleh LTA@KKLK. Umur 21 - 25 tahun 26 - 30 tahun 31 - 35 tahun 36 - 40 tahun 41 - 45 tahun 46- 50 tahun 51 - 55 tahun Rajah 3: Kategori Umur Responden Rajah 4 menunjukkan tahap pendidikan responden yang bertaraf SPM, diploma, ijazah, dan lain-lain. Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap pendidikan tahap SPM iaitu sejumlah 50% atau 15 orang diikuti dengan 23.3 atau 7 orang peserta mempunyai diploma dan 20% atau 6 orang peserta mempunyai tahap pendidikan bertaraf ijazah. Manakala baki 10% atau 3 orang memilih untuk menyatakan lain-lain. Tahap Pendidikan SPM Diploma Ijazah lain-lain Rajah 4: Tahap Pendidikan Responden Rajah 5 menunjukkan jenis kursus yang telah disertai oleh responden. Majoriti kursus yang disertai oleh responden adalah Kursus Asas Barista & Bartending iaitu sebanyak 50% atau 15 orang diikuti dengan Kursus Pembuatan Pastri dan Roti iaitu sebanyak 36.7% atau 11 orang manakala
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 61 Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan pula hanya mendapat sebanyak 13.3% atau 4 orang peserta sahaja. Ini menunjukkan bahawa kursus tersebut tidak mendapat sambutan yang baik oleh para peserta. Jenis Kursus Asas barista dan bartending Penyediaan dan pembuatan makanan Pastri dan roti Rajah 5: Jenis Kursus Responden 4.2 Keberkesanan Kursus Jadual 3 menunjukkan hasil analisis item bagi mengukur tahap keberkesanan kursus yang ditawarkan di LTA@KKLK. Sejumlah lima (5) item yang telah dianalisis sepanjang kajian ini berlangsung. Hasil dapatan menunjukkan keseronokan belajar telah mencapai objektif dengan dapatan tafsiran min skor 3.63. Hal ini selari dengan reaksi responden dimana para peserta setuju tenaga pengajar telah membantu responden untuk memahami sesuatu subjek atau perkara yang diajar secara atas talian dengan min skor 3.60. Responden juga mendapati bahawa tempoh kursus yang ditawarkan adalah mencukupi walaupun dilaksanakan secara dalam talian yang telah memperoleh tafsiran min skor sebanyak 3.63. Jadual 3 : Tahap Keberkesanan Latihan Secara Dalam Talian Item Min Skor Sisihan Piawaian Keseronokan belajar secara dalam talian 3.63 .490 Memahami kandungan subjek 3.41 .498 Tenaga pengajar membantu memahami 3.60 .498 Tempoh kursus yang mencukupi 3.63 .490 Kemudahan peralatan sederhana mencukupi 3.37 .490 Analisis dibahagian ini juga membantu memberi input yang penting untuk penambahbaikan terhadap item-item berkenaan kemudahan peralatan dan juga tahap kefahaman para peserta. Kedua-dua item ini telah
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 62 mendapat tafsiran min skor yang sederhana yang dilihat sebagai peluang penambahbaikan bagi penganjuran kursus secara dalam talian. Para peserta juga masih dalam proses penyesuaian diri untuk terlibat dengan kursus secara atas talian mengakibatkan kemudahan peralatan yang tidak lengkap dimana telah memperoleh min skor 3.37 seterusnya mengakibatkan proses pemahaman terbantut dimana min skor yang diperoleh adalah 3.40. 5.0 Rumusan dan Cadangan Susulan penularan pandemik COVID-19, ianya kini telah memberi suatu anjakan paradigma khususnya dari aspek sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia. Pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian dilihat mampu dijadikan sebagai satu alternatif baharu terhadap pembelajaran secara konvensional ataupun tradisional dalam usaha mengekang penularan pandemik ini. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan program PSH yang dilaksanakan dengan kerjasama NCER Negeri Perlis dan Daerah Langkawi secara dalam talian. Hasil dapatan kajian terhadap responden mendapati bahawa secara keseluruhannya latihan yang dilaksanakan secara dalam talian berada di tahap yang tinggi. Namun begitu, ada beberapa aspek yang perlu dinilai semula dan ditambah baik sebagai contoh kemudahan dan kesediaan para peserta menjalani kursus secara dalam talian. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian bagi memberi pengalaman latihan yang lebih berkualiti kepada para peserta sekaligus memberi impak positif terhadap perniagaan dan pengetahuan mereka. Kekangan wang ringgit dan infrastruktur secara dalam talian seperti data internet, telefon pintar dan cara penggunaan instrumen tersebut juga boleh dilihat sebagai suatu aspek yang mempengaruhi keberkesanan program secara dalam talian. Kegagalan peserta dalam menyediakan diri mereka dengan akses capaian internet dan peralatan yang berkaitan turut memberi kesan kepada penganjur dan peserta lain untuk memberi fokus sepanjang sesi program PSH berlangsung. Kajian yang berbentuk tinjauan kuantitatif ini juga turut diharapkan mampu memberi nilai dan input tambahan kepada kolej komuniti lain dalam memperbaiki pelaksanaan program PSH dan mencapai objektif dengan lebih mudah. Justeru, terdapat beberapa cadangan yang telah dikenalpasti bagi pelaksanaan kajian pada masa akan datang. Antara faktor yang boleh dikaji secara menyeluruh adalah kesediaan para peserta dalam menjalani proses pembelajaran kursus secara dalam talian. Penggunaan alat peranti, kesesuaian lokasi dalam menyertai kursus secara dalam talian dan kemudahan akses capaian internet serta latarbelakang para peserta yang pelbagai turut memberi kesan imperatif kepada kejayaan pelaksanaan sesuatu program PSH. Pelaksanaan kursus secara dalam talian merupakan suatu cabaran yang tidak dapat dinafikan dalam dunia digital dan endemik ini. Tambahan pula, kepelbagaian demografi para peserta juga memerlukan cara dan medium penyampaian yang bersesuaian dengan mereka. Hal ini dapat memastikan interaksi di dalam kelas berjalan lancar tanpa menghadapi masalah teknikal sama ada daripada peserta mahupun institusi pendidikan yang menawarkan kursus tersebut.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 63 Rujukan Bridge, S. (2020). Opinion: How edtech will keep our students on track during covid-19. Arabian business. Com Retrieved from https://search.proquest.com/docview/2377556452?accountid= 147490. Accessed 12 April 2022. Deobold, PV. (1999). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hamidi, S. & Sirat, M. A. (2016). Tourist satisfaction parameters in Malaysia: a case study of ecotourism locations around Melaka. Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), pp. 69-78. Hasami, H., & Buang, N. A. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1) (2018): 89-106. DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-10 Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Koleksi Informasi Terkini Kolej Komuniti, Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Lockman, A. S., & Schirmer, B. R. (2020). Online instruction in higher education: Promising, research based, and evidence-based practices. Journal of Education and e-Learning Research, 7(2), 130–152 Moore, J. L., Dickson-Deane, C., & Galyen, K. (2011). E-learning, online learning, and distance learning environments: Are they the same? Internet Higher Educ, 14(2), 129–135. Perlman S, & Mclntosh K. (2020). Coronaviruses, including severe acute respiratory syndrome (SARS) and Middle East respiratory syndrome (MERS). In: J.E Benett, R. Dolin, M. J. Blaser (Eds.), Mandell, Douglas, and Bennett’s principles and practice of infectious diseases. 9th ed. Philadelphia, PA: Elsevier: chap 155. Pei, L., & Wu, H. (2019). Does online learning work better than offline learning in undergraduate medical education? A systematic review and meta-analysis. Medical Education Online, 24(1), 1666538. Salloum, S. A. and Shaalan, K. (2018). Investigating students’ acceptance of e-learning systems in higher educational environments in the UAE: Applying the extended technology acceptance model (TAM), Ph.D. dissertation, Brit. Univ. Dubai, Dubai, United Arab Emirates, 2018.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 64 Shehzadi, S., Nisar, Q. A., Hussain, M. S., Basheer, M. F., Hameed, W. U., & Chaudhry, N. I. (2020). The role of digital learning toward students’ satisfaction and university brand image at educational institutes of Pakistan: a post-effect of COVID-19. Asian Education and Development Studies, 10(2), 276–294. UNESCO (2020). United nations educational, scientifc and cultural organization. COVID19 educational disruption and response. UNESCO, Paris, France.https://en.unesco.org/themes/education-emerg encies/coronavirus-school-closures. Accessed 17 Nov 2020. Wan Ahmad, Wan Rashid; Mohd. Hashim, M. H. 2011. Pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (Thesis). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 65 Penggunaan "Water Roux (Tangzhong) Terhadap Resepi Penghasilan Roti: Penerimaan Peserta Kursus Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 di Kolej Komuniti Nibong Tebal Nur Sabrina Che Abd Halim1*, Siti Salwa Mehat2, Kalsom Othman3 123Kolej Komuniti Nibong Tebal *[email protected] Abstrak Water roux merupakan tepung gandum yang dimasak bersama air atau susu di atas api yang kecil. Penggunaan water roux bertujuan untuk meningkatkan tekstur roti dan menjadikannya roti lembut dan gebu. Teknik penggunaan water roux adalah pertama kali digunakan dalam Kursus Penghasilan Roti di Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT), oleh itu penyelidik berhasrat untuk menilai maklum balas dari peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang terlibat. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti sejauhmana penerimaan peserta kursus terhadap penghasilan roti menggunakan "water roux" (tangzhong). Objektif kedua adalah untuk mengenalpasti kesan penggunaan "water roux" (tangzhong) kepada aspek warna, aroma, tekstur dan rasa terhadap roti. Manakala objektif ketiga adalah mengenalpasti samada resepi penghasilan roti menggunakan "water roux" (tangzhong) mempunyai potensi untuk bersaing di pasaran. Metodologi kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Soal selidik dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan oleh panel rujukan dari Universiti Awam dan diedarkan melalui google form. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 26. Manakala, soalan temubual menggunakan soalan yang sama dengan soal selidik agar memudahkan responden menjawab soalan. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa penggunaan water roux memberi penerimaan yang positif di kalangan peserta kursus kerana peserta dapat mengikuti kursus dengan cemerlang kerana cara penyediaan roti sangat mudah difahami dan ringkas. Mereka juga akan memulakan perniagaan dalam bidang ini kerana yakin akan produk yang bakal dihasilkan kelak. Kos bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu tinggi. Kesan penggunaan water roux juga memberi kesan yang memuaskan dari aspek aroma, tekstur dan rasa. Produk roti yang dihasilkan mempunyai potensi untuk berada di pasaran dan bersaing dengan produk lain. Selain itu, peserta juga yakin untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan yakin untuk mengolah kepelbagaian jenis roti. Penyelidik mencadangkan agar kajian secara eksperimental terhadap water roux dilakukan bagi mendapatkan dapatan yang lebih kukuh. Kata Kunci: Water Roux, Tangzhong, Roti
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 66 1.0 Pengenalan Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah untuk menilai penerimaan peserta kursus Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) terhadap penggunaan water roux (tangzhong) dalam resepi penghasilan roti. Water roux atau tangzhong bagi masyarakat China merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam pembuatan roti untuk menghasilkan roti yang lembut dan gebu (Mohamed et al., 2018). Secara asalnya, water roux merupakan teknik yang berasal dari Jepun dan semakin popular di Asia. Water roux merupakan tepung gandum yang dimasak bersama air atau susu di atas api yang kecil. Penggunaan water roux bertujuan untuk meningkatkan tekstur roti dan menjadikannya roti lembut dan gebu. Teknik penggunaan water roux adalah pertama kali digunakan dalam Kursus Penghasilan Roti di Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT), oleh itu penyelidik berhasrat untuk menilai maklum balas dari peserta PEKB yang terlibat. Tambahan pula, kegunaan water roux adalah kurang popular di kalangan pembuat roti. KKNT dipilih sebagai lokasi pengumpulan data mentah bagi mencapai objektif kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 17 orang peserta kursus PEKB yang menyertai kursus. Kursus yang terlibat dalam kajian ini adalah Kursus Penghasilan Roti. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) merupakan satu usaha penjenamaan semula Program AZAM Bandar dibawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Menurut Garis Panduan Prosedur Permohonan Pemberian Bantuan Kerajaan Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang dikeluarkan oleh KPKT, matlamat program adalah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasaran iaitu golongan miskin bandar supaya berkeyakinan mengusahakan perniagaan sendiri yang mampu meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi, dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar daripada kemiskinan. Selain itu, objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasaran iaitu B40 di kawasan bandar melalui usahawan dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup serta membasmi kemiskinan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diberi amanah melaksanakan program ini adalah Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya yang juga sebuah NGO yang ditubuhkan sejak tahun 2015. Pertubuhan ini telah diberi tanggungjawab oleh KPKT untuk saling bekerjasama dengan Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) bagi melaksanakan kursus dalam bidang kulinari dan keusahawanan selama tujuh hari di KKNT. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti sejauhmana penerimaan peserta kursus terhadap penghasilan roti menggunakan "water roux" (tangzhong). 2. Mengenalpasti kesan penggunaan "water roux" (tangzhong) kepada aspek warna, aroma, tekstur dan rasa terhadap roti. 3. Mengenalpasti samada resepi penghasilan roti menggunakan "water roux" (tangzhong) mempunyai potensi untuk bersaing di pasaran.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 67 2.0 Sorotan Kajian 2.1 Rasional Pemilihan Kursus Penghasilan Roti Kursus Penghasilan Roti merupakan kursus popular yang mendapat banyak permintaan daripada komuniti setempat. Kursus penghasilan roti juga mampu gandakan pendapatan sampingan kerana kos permulaan yang kecil, tidak memerlukan tenaga promosi yang berlebihan dan hanya hasilkan produk berdasarkan tempahan. Kaedah pelaksanaan kursus adalah melalui latihan teori dan amali yang dilaksanakan oleh peserta sendiri di samping tunjuk ajar dan pemantauan dari tenaga pengajar. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan seperti pengiraan kos bahan dan jualan secara langsung dan tak langsung. Selain itu, pemilihan kursus ini dibuat kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memulakan perniagaan. Teknik dan kaedah yang digunakan dalam penghasilan roti ini memudahkan peserta untuk menghasilkannya sendiri di rumah seterusnya dapat dijual di sekitar tempat tinggal mereka. Roti merupakan makanan harian yang dihasilkan daripada doh tepung dan air yang dimasak menggunakan kaedah pembakaran. Roti merupakan makanan manusia yang paling awal dan penting setelah wujudnya pertanian. Roti juga merupakan produk makanan yang utama yang mempunyai nilai nutrient pemakanan yang tinggi dan ciri khususnya iaitu tekstur, perisa dan aroma yang unik (Kong et al., 2015). Roti pertama dihasilkan 12,000 tahun dahulu, yang telah dibangunkan melalui eksperimen dengan menggunakan dua bahan asas air dan tepung bijirin. Perintis yang menjadikan seni membuat roti terkenal ke seluruh dunia adalah orang Mesir. Kawalan pengeluaran dan pengedaran roti digunakan sebagai salah satu cara untuk melaksanakan pengaruh politik ke atas penduduk sekurang-kurangnya 2000 tahun yang lalu (Mondal & Datta, 2008). Untuk memberikan hasil roti yang lembut, penggunaan yis adalah menjadi bahan utama yang terpenting. Yis bertindak sebagai agen penaik dalam pembuatan roti. Yis daripada beras perang masak menghasilkan roti yang paling baik daripada segi isipadu, kelembutan dan kandungan kelembapan (Kong et al., 2015). 2.2 Formula dan Resepi Umum Penghasilan Roti Terdapat pelbagai kombinasi dan kadar terhadap tepung serta bahanbahan lain dan cara penyediaan roti yang berbeza. Kesan dari ini, kita akan mendapat pelbagai jenis, bentuk, warna, aroma, saiz dan tekstur roti. Air dan tepung merupakan bahan yang paling penting dalam resipi roti, kerana ia paling mempengaruhi tekstur dan rupa roti. Kebanyakan formula roti artisan mengandungi dari 60% hingga 75% air manakala 50% air menghasilkan roti yang bertekstur halus dan ringan (Mondal & Datta, 2008). Roti merupakan makanan yang berbeza berbanding beberapa bahan makanan biasa yang lain kerana ia adalah produk beragi yang diperoleh daripada penapaian gula tepung gandum yang dibebaskan daripada kanji oleh tindakan enzim tepung semulajadi. Gula ditambah bagi permulaan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 68 proses penapaian dan garam ditambah untuk menguatkan gluten serta untuk menukar tindakan yis untuk pengembangan doh terkawal (Mondal & Datta, 2008). Agen lelemak atau pengelmusi seperti lemak sayuran dan marjerin ditambah untuk meningkatkan kestabilan atau kelicinan pada doh roti. Apabila doh dibakar dengan betul, ia akan menghasilkan roti dengan kualiti baik seperti kerak bewarna cokelat keperangan, rangup, aroma yang menarik, tekstur roti yang lembut dan elastik, dan isipadu yang ringgan. (Giannou et al., 2003). Hal ini telah dibuktikan oleh Stampfli & Nersten, (1995) tujuan pengemulsi di letakan doh roti adalah untuk pengendalian doh yang lebih baik mengurangkan kadar penghidratan dan penyerapan air. Penambahan pengemulsi amat penting untuk pengeluar roti industri skala besar kerana ini memberikan kekuatan doh yang lebih besar untuk menahan pengendalian mesin, meningkatkan kadar penghidratan, memperbaiki struktur, meningkatkan kapasiti pegangan gas dan memanjangkan jangka hayat (Mondal & Datta, 2008). Selain itu, kebaikan pengemulsi adalah menghasilkan tekstur roti yang lembut, warna yang menarik, rasa yang sedap, tahan lebih lama dan meringankan isipadu roti. 2.3 Potensi Produk Roti Bersaing di Pasaran dan Meningkatkan Pendapatan Ketika ini, perniagaan bakeri dan pastri ibarat cendawan tumbuh selepas hujan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Kepelbagaian produk bakeri dan pastri terutamanya roti telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pembeli. Contoh usahawan produk pastri dan bakeri yang telah berjaya Chef Daniel Hadi Faris merupakan anak jati dari Pasir Mas, Kelantan dan telah memulakan perniagaan sebagai usahawan bakeri dan pastri selama 4 tahun. Chef Daniel menubuhkan perniagaan Daniel Bakery Project, di mana produk-produk beliau banyak mendapat tempahan dikalangan pengemar bakeri dan pastri. Cream puff, éclair, mirror cake, chocolate ganache dan aneka jenis roti adalah di antara produkproduk bakeri dan pastri yang mendapat sambutan dan menjadi pilihan pelanggan (Mahmood et al., 2020). Pengeluaran secara berskala besar telah dibuat berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk roti. Pengguna mementingkan produk roti yang berkualiti dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Keadaan ini, telah mewujudkan keperluan untuk bahan tambahan makanan berfungsi seperti pengemulsi dalam roti untuk mencapai kualiti yang diinginikan. Tambahan lagi, pada hari kita dapat melihat bagaimana Gardenia Bakaries Sdn. Bhd boleh menghasilkan 700 juta keping roti, sekali gus menjadikannya kedai roti borong terbesar di Asia Tenggara. Membekalkan roti segar dibuat dan disimpan di gudang utama di Shah Alam dan pada awal pagi, roti akan dihantar ke gudang kecil. Dari gudang kecil ini akan menyimpan roti pada awal pagi dan akan dihantar ke kedai pada sebelah petang. Terdapat juga trak penghantaran terus di mana roti akan dihantar terus dari kilang Gardenia ke kedai dan kedai berhampiran. Gardenia telah menghantar roti bakar segar setiap hari terus ke kedai 23,000 kedai (Fikri et al., 2022).
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 69 2.4 Penggunaan Water Roux dalam Penghasilan Roti Water roux merupakan sejenis bahan permulaan atau ibu roti bagi memberi kelainan dalam penghasilan roti. Water roux ditambah dalam bahan-bahan roti yang lain dan diuli sehingga elastik, kemudian biarkan doh naik sehingga dua kali ganda untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Adunan ini mempunyai kelembapan yang tinggi dan apabila ianya dicampur ke dalam doh roti, tekstur roti akan menjadi lembut dan gebu. Roti juga akan kekal lembut lebih lama. Ini telah dibuktikan oleh Yvonne Chen dalam bukunya The 65 Bread Doctor menyatakan bahawa kuantiti water roux yang perlu dimasukkan ke dalam adunan adalah kira-kira 35% daripada berat tepung utama. Secara ringkasnya, untuk menghasilkan sebuku roti seberat 1 kg sebanyak 480g tepung, 200g cecair, dan 170g water roux (30g tepung dan 150g cecair) perlu digunakan dalam penghasilan roti tersebut. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan water roux dalam menghasilkan doh pau (50g tepung gandum dan 150g air) (Mohamed et al., 2018). Cara penghasilan water roux adalah dengan memasak dua bahan iaitu tepung dan air atau susu di atas api sederhana pada suhu 65 °C, kemudian adunan tersebut akan dikacau menggunakan senduk kayu sehingga menjadi pekat manakala spatula boleh digunakan untuk mengelakkan doh melekat atau hangus di permukaan periuk. Kemudian, adunan perlu dituang ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap kemudian dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Water roux yang tidak digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan ia perlu mencapai suhu bilik sebelum boleh digunakan bagi mengelakkan penyahwarnaan (Mohamed et al., 2018). 3.0 Metodologi Kajian Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3.1 Soal selidik Instrumen soal selidik diedarkan melalui google form. Soal selidik dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan oleh panel rujukan dari Universiti Awam. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 26. Data yang dianalisis adalah untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Soal selidik mempunyai empat bahagian (A,B,C dan D). Bahagian A adalah berkaitan maklumat responden, manakala bahagian B berkaitan penerimaan peserta kursus terhadap penghasilan roti menggunakan water roux (tangzhong). Bahagian C berkenaan kesan penggunaan water roux (tangzhong) kepada aspek aroma, tekstur dan rasa terhadap roti dan bahagian D adalah berkaitan potensi produk roti yang dipelajari untuk berada di pasaran.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 70 Soal selidik menggunakan Skala Likert lima aras seperti di bawah bagi mengukur maklumat kesetujuan dan ketidaksetujuan. Jadual 1 : Skala Likert Lima Aras Skor Pernyataan 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat Setuju Sumber: Konting, 2000 Analisis kekerapan digunakan bagi mendapatkan kekerapan dan peratus bagi bahagian maklumat responden. Manakala analisis statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan min dan sisihan piawai bagi menjawab objektif kajian. Tafsiran dan interpretasi bagi setiap min yang diperolehi diringkaskan seperti jadual di bawah: Jadual 2 : Interpretasi Skor Min Skor Min Tahap 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.66 Sederhana 3.67 – 5.00 Tinggi Sumber: Konting, 1990 3.2 Temubual Soalan temubual menggunakan soalan yang sama dengan soal selidik agar memudahkan responden menjawab soalan. Penyelidik memulakan sesi temubual ketika masa lapang bagi memberi laluan kursus dan mengelakkan gangguan terhadap pembelajaran. Tempoh sesi temubual adalah selama 10 minit bagi setiap kumpulan. Dapatan kualitatif melalui temubual yang dilakukan oleh penyelidik juga dapat menyokong dapatan data kuantitatif yang dilaksanakan. 4.0 Analisis dan Perbincangan 4.1 Analisis Kekerapan Bahagian A 1. Jadual 3 : Umur Kekerapan Peratusan Valid 21-29 tahun 1 5.9 40-49 tahun 7 41.2 50-59 tahun 9 52.9 Total 17 100.0
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 71 Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut umur. Majoriti responden berumur di antara 50-59 tahun. 2. Jadual 4: Jantina Kekerapan Peratusan Valid Wanita 13 76.5 Lelaki 4 23.5 Total 17 100.0 Jadual 4 menunjukkan taburan jantina responden. Dapatan menunjukkan majoriti responden adalah wanita, iaitu 13 orang, manakala selebihnya peserta lelaki seramai empat orang. 3. Jadual 5 : Bangsa Kekerapan Peratusan Valid Melayu 17 100.0 Total 17 100.0 Jadual 5 menunjukkan taburan bangsa responden. Dapatan menunjukkan kesemua responden berbangsa Melayu. 4. Jadual 6 : Maklumat Pekerjaan Jadual 6 menunjukkan taburan maklumat pekerjaan responden. Dapatan menunjukkan kebanyakkan responden bekerja sendiri dan tidak bekerja masing-masing berjumlah tujuh orang. Manakala selebihnya berkerja dalam sektor kerajaan iaitu seramai tiga orang.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 72 5. Jadual 7: Jumlah Pendapatan Kekerapan Peratus Valid RM 0.00 hingga RM 500.00 6 35.3 RM 501.00 hingga RM 1000.00 2 11.8 RM 1001.00 hingga RM 6 35.3 2000.00 RM 2001.00 hingga RM 1 5.9 3000.00 RM 4001.00 dan ke atas 2 11.8 Total 17 100.0 Jadual 7 menunjukkan taburan jumlah pendapatan responden. Dapatan menunjukkan kebanyakkan pendapatan responden adalah diantara RM 0.00 hingga RM 2000.00. 4.2 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian B : Jadual 8 : Maklumbalas responden terhadap penerimaan mereka terhadap penggunaan water roux dalam resepi kursus Min Sisihan Interpretasi N (M) Piawai (SP) Min Saya dapat mengikuti Kursus 17 4.65 0.493 Tinggi Penghasilan Roti menggunakan "water roux" (tangzhong) dengan cemerlang kerana resepi dan cara penyediaannya yang ringkas dan mudah difahami. Saya akan menggunakan "water roux" 17 4.53 00.624 Tinggi (tangzhong) dalam penghasilan roti pada masa akan datang kerana kualiti roti yang dihasilkan sangat memuaskan. Saya yakin akan dapat mempraktikkan 17 4.53 0.624 Tinggi penghasilan pelbagai roti menggunakan "water roux" (tangzhong) untuk permulaan perniagaan saya dalam bidang bakeri setelah mengikuti kursus ini. Saya berpendapat bahawa kos 17 4.41 0.618 Tinggi penggunaan bahan-bahan dalam penghasilan roti yang dipelajari adalah rendah dan bahan-bahan tersebut mudah didapati di kedai-kedai bahan bakeri.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 73 Jadual 8 menunjukkan maklumbalas responden terhadap penerimaan mereka terhadap penggunaan water roux dalam resepi kursus. Dapatan menunjukkan bahawa responden dapat mengikuti Kursus Penghasilan Roti menggunakan water roux dengan cemerlang kerana resepi dan cara penyediaannya yang ringkas dan mudah difahami. Dapatan ini mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.65, SP= 0.493. Menurut responden juga, mereka akan menggunakan water roux dalam penghasilan roti pada masa akan datang kerana kualiti roti yang dihasilkan sangat memuaskan. Dapatan ini memperoleh skor min “tinggi” iaitu M=4.53, SD= 0.624. Disamping itu, responden juga yakin akan dapat mempraktikkan penghasilan pelbagai roti menggunakan water roux untuk permulaan perniagaan dalam bidang bakeri setelah mengikuti kursus ini. Dapatan bagi ini adalah mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.53, SD= 0.624. Responden berpendapat bahawa kos penggunaan bahan-bahan dalam penghasilan roti yang dioelajari adalah rendah dan bahan-bahan tersebut mudah didapati di kedai-kedai bahan bakeri. Dapatan ini mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.41, SD=0.618. 4.3 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian C: Jadual 9 : Maklumbalas responden terhadap kesan penggunaan water roux (tangzhong) kepada aspek aroma, tekstur dan rasa terhadap roti Sisihan Interpretasi N Min Piawai Min Saya mendapati bahawa aroma roti 17 4.53 0.514 Tinggi setelah dibakar adalah baik, menyenangkan dan menyelerakan. Saya berpendapat bahawa penggunaan 17 4.47 0.624 Tinggi "water roux" (tangzhong) membuatkan tekstur roti menjadi lebih lembut dari kebiasaannya. Saya mendapati bahawa produk roti yang 17 4.47 0.514 Tinggi dihasilkan oleh saya dan ahli kumpulan saya memberikan rasa yang enak dan memuaskan. Jadual 9 menunjukkan maklumbalas responden terhadap kesan penggunaan water roux (tangzhong) kepada aspek aroma, tekstur dan rasa terhadap roti. Dapatan menunjukkan responden mendapati bahawa aroma roti setelah dibakar adalah baik, menyenangkan dan menyelerakan. Dapatan ini mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.63, SD=0.514. Responden juga berpendapat bahawa penggunaan water roux membuatkan tekstur roti menjadi lebih lembut dari kebiasaannya. Dapatan ini memperoleh skor kin “tinggi” iaitu M=4.47, SD=0.624. Selain itu, responden juga mendapati bahawa produk roti yang dihasilkan oleh mereka dan ahli kumpulan memberikan rasa yang enak dan memuaskan. Dapatan ini mencapai skor min “tinggi” iaitu M=4.47, SD=0.514.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 74 4.4 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian D : Jadual 10 : Maklumbalas responden terhadap sejauh mana potensi produk roti yang dipelajari untuk berada di pasaran Sisihan Interpret N Min Piawai asi Min Setelah selesai menjalani Kursus 17 4.35 0.606 Tinggi Penghasilan Roti, saya mendapati bahawa produk roti yang saya telah hasilkan berpotensi untuk bersaing di pasaran. Saya yakin untuk mempraktikkan ilmu 17 4.47 0.514 Tinggi yang dipelajari dengan orang lain untuk meningkatkan ekonomi dengan permulaan perniagaan pada masa akan datang. Saya berasa lebih yakin untuk 17 4.41 0.795 Tinggi mengolah kepelbagaian jenis roti bagi tujuan promosi untuk menarik minat pembeli. Jadual 10 menunjukkan maklumbalas responden terhadap sejauh mana potensi produk roti yang dipelajari untuk berada di pasaran. Dapatan menunjukkan setelah selesai menjalani Kursus Penghasilan Roti, responden mendapati bahawa produk roti yang mereka hasilkan berpotensi untuk bersaing di pasaran. Dapatan memperoleh skor min “tinggi” iaitu M=4.35, SP=0.606. Responden yakin untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan orang lain untuk meningkatkan ekonomi dengan permulaan perniagaan pada masa akan dating. Dapatan ini mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.47, SP=0.514. Akhir sekali, responden berasa lebih yakin untuk mengolah kepelbagaian jenis roti bagi tujuan promosi untuk menarik minat pembeli. Dapatan ini menunjukkan skor min “tinggi” iaitu M=4.41, SP=0.795. Perbincangan Berdasarkan hasil dapatan kajian secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa responden berasa amat bertuah kerana terpilih dalam menyertai kursus ini dan mereka dapat mempelajari satu teknik yang berlainan dalam penghasilan roti, di mana sebelum ini mereka hanya mengikuti resepi-resepi dari internet dan kenalan. Pengetahuan mereka sebelum ini hanya tertumpu pada kaedah yis yang dicampurkan air suam sebagai proses permulaan dalam penghasilan produk berasakan yis. Dengan ilmu baharu mereka dapat mengaplikasikan penggunaan water roux dengan sebaiknya dalam penghasilan produk berasaskan yis. Penambahan water roux ini bukan sahaja tertumpu kepada penghasilan roti, bahkan produk berasakan yis yang lain seperti pau, donut, bun, kuih- muih dan
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 75 sebagainya. Penambahan formula water roux ke dalam roti mempengaruhi tekstur, mengekalkan kelembapan yang tinggi dalam doh roti dan keadaan ini memberi manfaat kepada industri bakeri kerana jumlah roti yang sama boleh dihasilkan dengan bahan yang lebih sedikit (Whitworth et al., 2006). Dapatan juga mendapati responden menjawab temubual yang berlangsung di dalam kelas seiring dengan jawapan responden pada soal selidik. Selain itu, rasional temubual dilakukan juga untuk mengurangkan kekangan kepada peserta yang buta huruf untuk menjawab soal selidik kelak. Seorang peserta yang buta huruf tersebut dibantu oleh ahli kumpulan lain untuk menjawab soal selidik. Oleh hal demikian, penyelidik beranggap tiada sebarang prasangka terhadap jawapan yang diterima oleh responden. Selain itu, temubual ringkas dengan beberapa responden setelah selesai kursus selama tujuh hari berkaitan roti yang dibawa pulang sedikit sebanyak membantu dalam kajian ini. Enam dari 17 orang menyatakan bahawa roti yang mereka simpan 1-2 hari masih lembut dan segar. Ahli keluarga memberi respon yang positif terhadap produk tersebut. Hasil temubual juga mendapati roti yang dibawa pulang kekal lembut untuk tempoh yang lama, dan menjadikannya sesuai untuk penghantaran kepada pelanggan. Menambah water roux ke dalam resepi roti telah memberikan tekstur yang baik dan memenuhi penerimaan pengguna yang gemarkan roti yang lembut (Whitworth et al., 2006). Roti dengan water roux ini sangat sesuai dibuat pada hari ini, kemudian menikmatinya pada hari berikutnya. 5.0 Rumusan dan Cadangan Hasil kajian yang dilaksanakan telah memberi sedikit sebanyak maklum balas yang menjawab persoalan kajian. Oleh hal demikian, dapat dirumuskan bahawa penggunaan water roux memberi penerimaan yang positif di kalangan peserta kursus kerana peserta dapat mengikuti kursus dengan cemerlang kerana cara penyediaan roti sangat mudah difahami dan ringkas. Peserta juga akan menggunakan resepi yang diedarkan oleh tenaga pengajar kerana kualiti roti yang peserta hasilkan adalah memuaskan. Mereka juga akan memulakan perniagaan dalam bidang ini kerana yakin akan produk yang bakal dihasilkan kelak. Kos bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu tinggi dan sesuai untuk peserta yang mula berjinak dengan alam perniagaan. Kesan penggunaan water roux juga memberi kesan yang memuaskan dari aspek aroma, tekstur dan rasa. Produk roti yang dihasilkan mempunyai potensi untuk berada di pasaran dan bersaing dengan produk lain. Selain itu, peserta juga yakin untuk mempraktikkan ilmu yang dipejari dan yakin untuk mengolah kepelbagaian jenis roti. Setelah diteliti, tidak banyak kajian yang dijalankan tentang water roux ini. Justeru, penyelidik mencadangkan agar kajian secara eksperimental terhadap water roux dilakukan. Sebagai contoh, kajian perbezaan penggunaan water roux dan tanpa penggunaan water roux dalam produk berasakan yis. Kajian ini sedikit sebanyak dapat menyokong formulasi water roux sendiri dan sejauh mana ia boleh memberi manfaat secara langsung dalam industri bakeri. Kajian jenis ini merupakan kaedah yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan.
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 76 Rujukan Fikri, M., Aidi, M. A., Amir, M., Nadzhri, N., & Sengar, S. S. (2022). Marketing Strategies in Peninsular Malaysia: Case Study of Gardenia Barkeries Sdn. Bhd. Asia Pacific Journal of Management and Education, 5(1), 94–107. https://doi.org/10.32535/apjme.v4i3.1430 Giannou, V., Kessoglou, V., Tzia, C., 2003. Quality and safety characteristics of bread made from frozen dough. Trends in Food Science and Technology 14 (3), 99–108. Kong, L. Y., Masturah, E. H., Norhasidah, S., & Maaruf, A. G. (2015). Potensi yis yang dipencil daripada beras putih dan perang sebagai agen penaik roti. Sains Malaysiana, 44(3), 399–403. https://doi.org/10.17576/jsm-2015- 4403-11 Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Mahmood, O. R., Hairul, M., Razali, L., Fazlin, N., & Nik, H. (2020). Info usahawan. MASMED UITMCT, 15. Mohamed, S., Hasbullah, N. A., Kamis, A., Hanapi, Z., Puad, F. N. A., & Kamaruzzaman, M. Y. (2018). The innovation of steamed bun (Pau) using water roux: Bakery students’ acceptance. Journal of Social Sciences Research, 2018(Special Issue 6), 177–183. https://doi.org/10.32861/jssr.spi6.177.183 Mondal, A., & Datta, A. K. (2008). Bread baking - A review. Journal of Food Engineering, 86(4), 465–474. https://doi.org/10.1016/j. jfoodeng. 2007. 11.014 Stampfli, L., & Nersten, B. (1995). Emulsifiers in bread making. Food Chemistry, 52(4), 353–360. https://doi.org/10.1016/0308-8146(95)93281-U Whitworth, A. L., Mann, N. H., & Larkum, A. W. D. (2006). Effect of water roux starter (Tangzhong) on texture and consumer acceptance of rice pan bread Sungchan. Ultrasound Obstet Gynecol., 50(6), 776–780
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 77 Menilai Tahap Prestasi Penulisan Laporan Latihan Industri Bagi Graduan Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson Semasa Pandemik Covid 19 Zarina Yusof1*, Wan Khazani Wan Kamarudin2, Nor Afzan Abdul Ghani3 123Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson [email protected] Abstrak Latihan industri merupakan salah satu pembelajaran dan latihan yang wajib diambil oleh setiap pelajar di politeknik bagi melayakkan penganugerahan diploma sebagai graduan dalam bidang yang dipelajari. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada maklumbalas pensyarah penilai terhadap penilaian pretasi penulisan laporan latihan industri pelajar yang telah menjalani latihan industri di pelbagai organisasi dengan pendekatan skop kerja yang berbeza. Kajian ini melibatkan graduan dari Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson yang menjalankan latihan industri semasa Pandemik Covid 19 (1.0-3.0). Selain itu, kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif dan edaran soal selidik telah diberikan kepada 70 orang pensyarah yang terlibat bagi penilaian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan peratusan untuk melihat setiap hasil kandungan laporan, penerangan tugasan, komunikasi dan pembentangan yang dominan terhadap pelajar politeknik yang telah menjalani latihan industri. Hasil analisis data mendapati tahap pemahaman pelajar terhadap latar belakang firma (min 4.76), tahap pemahaman pelajar berkaitan tugasan yang diberikan (min 4.21), tahap penguasaan bahasa dalam penulisan laporan pelajar (min 4.31) dan tahap kemahiran merumus (min 4.32). Hasil dapatan kajian ini adalah memberi impak yang amat positif bagi membantu organisasi, pensyarah, Unit Perhubungan dan Latihan Industri untuk penambahbaikan pengurusan terutama semasa Pandemik Covid 19 supaya graduan lepasan diploma di politeknik ini menjadi pilihan majikan untuk mencapai kebolehpasaran graduan Politeknik Port Dickson. Kata Kunci: Latihan Industri, laporan akhir latihan industri, pelajar, pensyarah penilai
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2 78 1.0 Pengenalan Politeknik berperanan melahirkan graduan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Pencapaian graduan merangkumi aspek akademik, kemahiran dan potensi, khidmat sosial korporat, anugerah, penglibatan serta lain-lain latihan. Untuk mencapai hasrat tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan sepuluh (10) strategi Pendidikan Malaysia 2015- 2025 iaitu amalan berasaskan pengalaman, kepelbagaian pendidikan dalam dunia global, pembelajaran melibatkan komuniti (CSR), seminar, projek kolaboratif dan latihan internship (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025). Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 20 minggu samada di firma kerajaan atau swasta. Dalam tempoh tersebut, pelajar akan dipertanggungjawabkan dan didedahkan dengan skop kerja yang sesuai dan suasana persekitaran yang sebenar.Walau bagaimanapun, bermula di penghujung tahun 2019, negara Malaysia telah dilanda wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Justeru itu, pembelajaran di semua peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti dijalankan secara atas talian (PdPDT). Arahan ini termasuklah pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di firma, dikehendaki mematuhi arahan PKP dan melaksanakan latihan industri secara atas talian. Perubahan norma baru ini perlu dilihat agar tidak menjejaskan aktiviti latihan industri serta pembuktian melalui penulisan refleksi sepanjang melakukan kerja-kerja lapangan. Usaha yang dipersetujui oleh pihak industri, pelajar dan pihak politeknik memberikan impak yang baik kepada semua pihak. Jaringan kolaborasi dan kerjasama antara pihak industri memainkan peranan yang penting bagi memastikan objektif latihan industri antara pelajar, politeknik dan firma tercapai. Manfaat yang diperolehi pelajar dan organisasi adalah kemudahan latihan, penyeliaan dan pengawasan pelajar di industri serta hasil selepas menjalani latihan industri didapati menguntungkan kesemua pihak. Bagi memastikan keberkesanan latihan industri terhadap pelajar semasa di firma, pelajar telah diberikan penerangan awal tentang objektif latihan industri oleh pensyarah mengikut bidang serta Unit Perhubungan dan Latihan Industri. Ini selaras dengan tujuan penubuhan politeknik bagi menampung keperluan sumber tenaga kerja separuh mahir dalam bidang pengurusan perakaunan, pemasaran dan sains sekretari. Penyataan Masalah Peranan pihak industri dalam menyediakan peluang latihan pekerjaan kepada pelajar amatlah besar dalam menambahkan ilmu serta kemahiran pelajar semasa menjalani latihan industri. Sikap dan integriti pelajar juga amat dititikberatkan supaya menyumbang ke arah kejayaan program latihan industri ini. Walau bagaimanapun terdapat kesan yang kurang