BAHTERA CINTA|KHRNISOFF COVER
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF HAK CIPTA TERPELIHARA © Anda dilarang plagiat atau menciplak bahagian yang telah ditulis dalam karya ini. Tiada mana-mana bahagian dalam cerita ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis. Jalan cerita, idea dan watak dalam novel ini ialah hasil ciptaan daripada penulis. Diperingatkan bahawa cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekian terima kasih.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF DEDIKASI Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah atas peluang yang diberikan oleh-Nya. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas kekurangan yang ada, dan alhamdulillah diberikan nafas baru dalam menerbitkan lagi sebuah karya yang bertajuk Bahtera Cinta. Segunung ucapan ingin disembahkan kepada thecikmimpi yang sudi menjadi partner combo kali ini. Terima kasih buat Hawa kerana bekerjasama dalam menyelesaikan combo e-buku ini. Terima kasih juga kepada beta readers yang sudi meluangkan masa untuk membaca kisah tak seberapa ini. Buat pembaca, terima kasih kerana berminat membaca karya tak seberapa ini. Diharapkan dapat membaca dengan penuh penghayatan dan kesabaran.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF TAJUK BESAR
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 1 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ PROLOG MAYA Surya gadis yang hidup di Tanah Melayu, akan tetapi semuanya berubah apabila kedua orang tuanya meninggal. Dia dipergunakan oleh orang kampung, bahkan menjadi kuli tanpa gaji. Bertahun lamanya Maya sabar dengan sikap penduduk kampung. Sehinggalah pelayaran Turki tiba di Tanah Melayu. Maya melarikan diri dengan masuk secara sembunyi dalam kapal pelayaran Turki tanpa disedari oleh orang kampung, dia cuba
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 2 berhijrah ke negara orang untuk mulakan hidup baru di sana. Tanpa sedar kewujudannya di dalam kapal tersebut disedari oleh Adaskhan iaitu adik pemimpin Turki. “Apa kau buat di sini?” “Saya menyertai pelayaran ke Turki. Tuan ni siapa pula? Kenapa ada di sini.” “Siapa benarkan kau naik kapal ini?” Titik permulaan mereka bermula di dalam sebuah kapal pelayaran.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 3 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 1 DI saat orang lain bersenang-lenang sambil berborak kosong, ada seorang wanita sedang berusaha keras melakukan kerja orang lain. Kerja yang memerlukan kerahan tenaga lelaki, bahkan dia langsung tak menerima sebarang ganjaran atau upah setelah melakukan itu semua. Dia, Maya Surya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 4 “Maya, pergi ambil kayu untuk aku.” kata seorang lelaki anggaran berumur 40-an. “Ambilkan untuk aku sekali, rumah aku tiada kayu lagi untuk dibakar pada malam ini. Sebelum senja, aku tahu kau sudah bawakan kayu kepada aku.” Mereka lelaki tetapi mereka tidak mahu lakukan itu semua dan menjadikan dirinya sebagai hamba. Bukan mereka berdua saja yang memperlakukan dirinya begini, bahkan hampir semua penduduk kampung mempergunakannya untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mengambil kesempatan kerana dia yatim piatu dan sebatang kara di sini, tiada saudara sebelah ibu ataupun ayah.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 5 “Kau dengar ke tidak apa yang aku katakan tadi?” Maya menganggukkan kepala. Dia malas mahu bertekak dengan mereka berdua, bukan kerana tidak mahu mempertahankan diri tetapi mereka mengugut. Jika dia melawan, tiada sesiapa di sini dan semua orang tak mahu berpihak kepadanya walaupun apa yang diceritakan adalah benar. “Kan bagus jika kau dengar kata, baru abang berdua sayang pada kau” Mereka berdua gelak tanpa menghiraukan wanita yang sedang mencangkul untuk tanaman orang lain. Rahang bergerak menahan marah. Cukup jijik dengan ayat mereka.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 6 Kalaulah ibu bapanya masih hidup, pasti mereka berdua mempertahankan anak perempuan mereka yang seorang ini. Maya berhenti mencangkul tanah akibat kepenatan kerana bekerja selama 2 jam tanpa henti. Keringat yang membasahi wajah dia lap dengan tangan. Terlalu penat bekerja seorang diri di bawah panas terik. “Kenapa kau berhenti? Buat kerja kau. Tak ada rehat untuk orang macam kau. Orang bawahan seperti kau tak layak untuk rehat!” “Tuan berdua tak rasa bersalah ke aniaya anak yatim piatu?” Cangkul dilepaskan. “Wow! Siapa kau untuk melawan kami? Besar sangat ke darjat kau sehingga ceramah kami berdua?” mereka melangkah mendekati
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 7 Maya yang sedang berdiri statik di atas permukaan tanah bumi. Setapak demi setapak Maya berundur ke belakang, takut di apa-apakan oleh orang tua tak sedar diri. “Apa kau kata tadi?” Bahu gadis itu dicengkam. “Jangan sentuh bahu aku!” Kuat tangannya menepis lelaki tua itu. Maruah masih ada dan dia bukan pelacur yang boleh disentuh sesuka hati. Maruahnya perlu dijaga. “Kenapa kau perlu takut kepada kami, Maya? Sedangkan di mata kami, kau murah dan tak berharga.” Tangannya naik mengusap kepala Maya yang tersarung selendang.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 8 “Sebab kau berdua perosak anak dara orang!” PANG! Tubuh hampir melayang. Berdesing telinga apabila ditampar dengan begitu kuat. Pipi kanannya kebas dan terasa pedih dengan tamparan lelaki itu. Kenapa mereka marah sedangkan apa yang dikatakan itu adalah benar? Sudah berapa ramai mereka berdua rosakkan anak dara orang bahkan ada yang rela diperkosa. Jijik. “Anak haram!” Pipi Maya dicengkam kuat sehingga wanita itu terdongak. Dirinya rasa tercabar apabila Maya berkata begitu. “Siapa kau untuk kata aku anak haram? Aku keluar dari benih halal ibu ayah aku!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 9 penumbuk digenggam. Dia tak perlu hormat dengan orang tua seperti ini. Seorang lagi rakannya mendecit. “Kau yakin? Aku pernah perkosa ibu kau, Maya.” Cengkaman pipi ditepis dan dia menendang kuat lelaki yang cengkam pipinya tadi lalu dia melayangkan sebuah penumbuk ke arah lelaki yang memfitnah arwah ibunya. Maya kenal dengan ibunya dan ibu tak akan melakukan perkara keji itu di belakang arwah ayah. Lelaki di hadapannya suka menyebar fitnah, bukan dia saja tetapi orang lain juga turut difitnah. “Ibu aku terlalu mulia untuk kau yang keji.” Dia sudah tidak kisah dengan anggaran umur mereka. Fitnah yang dijatuhkan kepada
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 10 arwah ibunya sangat keji malah mencalarkan maruah diri juga. Cangkul tidak jauh diambil lalu diangkat. “PERGI!” “Kau nak buat apa? Kau dah gila ke, Maya?!” Mereka berdua terundur ke belakang apabila melihat cangkul di tangan gadis itu. “Pergi! Sebelum aku bunuh orang!” Dia menggertak untuk menghayun cangkul tersebut kepada mereka berdua. “Turunkan cangkul itu dan kami akan pergi.” “Aku tak nak, kau berdua hanya ambil kesempatan. Pergi dari sini sebelum aku bunuh!” jelas nafsu kemarahan menguasai diri.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 11 “Pergi aku kata!!” Dia masih boleh bertahan apabila disuruh membuat segala pekerjaan, tetapi bukan menghina arwah ibu bapanya. Orang tuanya terlalu bermakna dalam jiwa Maya. “Kami pergi, kami pergi—” Mereka berdua berundur setapak demi setapak ke belakang sebelum melarikan diri dari situ. Cangkul diturunkan. “Orang tua menyusahkan. Huh!” Maya bergerak ke sebuah pokok rendang untuk berteduh buat seketika. Badan bersandar pada batang pokok sambil melihat sungai yang mengalir di hadapan. Tenang.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 12 Mereka berdua bukan saja suka memperkosa anak dara orang, akan tetapi lebih daripada itu. Fitnah dan bersikap dayus. Pipi yang ditampar tadi disentuh perlahan. Sakit. Telinganya juga masih lagi berdesing. Begitu kuat tamparan lelaki tua itu sehingga meninggalkan bekas tamparan dan darah di hujung bibirnya. “Astaghfirullah.” Maya mengusap mukanya. Kaki yang tidak berkasut dipandang lama. Kasut buruk pun ada orang curi, apa yang orang kampung tak puas hati dengannya pun dia tak tahu. Ada kesan rekahan serta luka pada kakinya kerana selalu buat kerja berkaki ayam.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 13 Dia terpaksa menjadikan botol plastik sebagai alas kaki kerana tak mampu membeli. Makanan lebih penting ketika ini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 14 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 2 ORANG kampung, kapal pelayaran dari Turki sudah tiba di Tanah Melayu!” Jerit seorang lelaki muda sehingga menarik perhatian Maya yang masih berteduh di sebuah pohon. Tidak berminat. Dia perlu rehat secukupnya sebelum menyambung semula kerja yang tergendala. Duit syiling dalam poket baju diambil, lalu Maya mengira syiling yang ada pada tangannya untuk membeli makanan buat seminggu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 15 Arwah ayah dan ibu tak tinggalkan banyak harta. Terima atau tidak Maya perlu bekerja keras dan bekerja di bawah orang yang ingin membayarnya. “Mari Mikayla kita ke sana untuk lihat mereka yang baru tiba, Senja ada dengar adik pemimpin Turki turut serta sekali dalam pelayaran kali ini.” Sayup-sayup kedengaran suara dua orang gadis sunti sedang berbicara mengenai pedagang dari Turki. “Marilah Senja kita ke sana, Mikayla mahu lihat wajah adik pemimpin Turki. Pasti tampan orangnya kerana setahu Mikayla Sultan dari negara Turki itu pun tampan dan berkarisma.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 16 Maya mencebik bibir. Apa mereka suka melihat lelaki kacak dan berpangkat tinggi? Ceh. “Lihat Maya di sana. Tak ada siapa nak berkawan dengan perempuan berpakaian lusuh seperti dia. Sudahlah miskin, anak yatim piatu pula.” Mata terpejam rapat saat terdengar hinaan daripada mereka. Tadi lelaki tua dan sekarang ini hinaan daripada dua orang anak dara di kampung ini. Jangan dengar apa yang mereka katakan, Maya Surya. Ini ujian buat kau. Allah sedang menguji diri kau. Desisnya dalam hati. “Siapa nak berkawan dengan dia? Mak cik Senja kata, Maya menggoda suaminya
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 17 dengan rupa yang dia ada. Keji sungguh perbuatan Maya.” Maya beristighfar perlahan supaya bersabar. Suami orang pun dia tidak berminat, sudahlah tua. “Teruk betul perangai dia.” Kemudian, suara mereka berdua tidak lagi kedengaran. Maya mula bangkit dari bersandar di batang pokok. Dia perlu ke pasar untuk membeli bahan masakan. Langkah diatur ke pasar dengan berkaki ayam. Sudah terbiasa apabila dirinya dipandang hina dan geli oleh orang kampung. Ada yang menganggap dia gila kerana pakaian yang dia pakai.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 18 Buat apa nak pakai cantik-cantik sedangkan dia di sini seperti hamba abdi oleh orang sekeliling dan Maya masih lagi ingat pesanan arwah ibunya supaya pakai pakaian yang menutup aurat. “Gelinya tengok.” Lagi dan lagi. Hinaan dia terima. “Muka dia comot.” “Kesiannya Safiyah dengan keadaan Maya.” Automatik bibirnya tersenyum nipis apabila ada orang simpati akan keadaan dirinya yang sekarang ini. Hakikatnya, dia tak perlu simpati orang lain kerana mereka bersimpati kepada dia bersebab. Salah satunya adalah untuk menjadikan dirinya kuli tanpa gaji.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 19 “Hoi perempuan gatal!” Bahu ditarik kuat dari arah belakang sehingga terdorong. Seorang wanita berumur 50-an sedang mencerlung tajam ke arahnya sambil bercekak pinggang. “Apa yang mak cik nak?” soalnya perlahan. Malu kerana menjadi perhatian orang ramai. “Kau goda suami aku kan?! Suami aku beritahu aku tadi yang kau mahu goda dia.” Dahinya berkerut. “Demi Allah saya tak goda mana-mana lelaki. Suami mak cik pun saya tak mahu.” “Jangan nak menipu aku perempuan tak guna, kau gunakan rupa kau untuk goda suami aku! Baik kau mengaku Maya!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 20 Mengucap panjang Maya apabila difitnah. Penat kerana setiap hari dia perlu menghadap semua ini. “Tak perlu kau berlagak baik.” Pantas Maya menahan tudung yang dipakai supaya tidak tertanggal apabila wanita itu cuba melucutkan selendang di kepala. “Lepaskan saya mak cik.” “Mengaku dulu kau goda suami aku. Biar orang kampung tahu perangai jijik kau!” “Saya tak goda suami orang.” Tenang Maya membalas walaupun tudungnya hampir tercabut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 21 KEKECOHAN yang berlaku di hujung sana menarik perhatian Adaskhan. Dia berhenti melangkah untuk melihat dari jauh. “Apa yang berlaku di sana?” Adaskhan menyoal orang kanannya, Elder. Dizhwar sudah menjadi penasihat kanan abangnya, Qaid Darwisy. Dan lelaki itu selalu berada di istana. Elder pula tentera lama yang sudah lama berkhidmat di bawah abangnya semasa lelaki itu menjadi panglima perang. “Saya tak tahu. Sepertinya ada pergaduhan di sana.” Si ketua kampung turut melihat kejadian tersebut. Dia kenal siapa yang sedang bergaduh itu, sudah tentu Maya dan Kalsum.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 22 Selalu saja Maya buat masalah di sini. Apa yang wanita itu mahukan sebenarnya? “Tuan Adaskhan, saya sebagai ketua kampung di sini nak cakap sedikit mengenai kekecohan di sana. Memang mereka akan bergaduh selalu dan kemudian, mereka akan berbaik semula. Tuan tak perlulah risau.” Ibrahim tersenyum serba salah kepada lelaki di hadapannya. Buat malu diri saja. Sudahlah yang hadir pada hari ini adalah adik kepada pemimpin Turki. Habis buruk nama kampung jika lelaki itu mengadu kepada Sultan. “Elder pergi uruskan mereka di sana, aku tak suka tengok pergaduhan,” katanya kepada lelaki itu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 23 Adaskhan tak mahu campur tangan sekali, jadi dia biarkan orang kanannya pergi ke sana untuk meleraikan pergaduhan. Tidak kisah pergaduhan kecil atau besar, dia tetap tak suka akan hal itu terjadi. Terpekik terlolong, buat malu kaum hawa. Langsung tiada secalit senyuman daripada Adaskhan. Dari dulu hingga sekarang, wajahnya tetap beku tanpa senyuman. Macam mana orang lain tidak takut jika rupa Adaskhan menjadi mimpi ngeri yang selalu berlegar di dalam fikiran. “Tak perlu. Nanti mereka akan berhenti bergaduh. Biarkan mereka bergaduh buat
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 24 seketika Tuan Adaskhan.” Halangnya supaya mereka tidak campur tangan. “Ibrahim. Kalau kau ketua kampung, kenapa kau tak mampu leraikan pergaduhan walaupun kecil? Pemimpin yang baik takkan biarkan penduduknya bergaduh.” Terkulat-kulat Ibrahim apabila ditegur keras oleh Adaskhan. Suara lelaki itu garau dan tidak bernada. “Tak perlu pentingkan aku, selesaikan masalah penduduk di sini.” “Tapi mereka akan berbaik...” “Pergi!” Arah Adaskhan sepatah. Kemudian dia berjalan terlebih dahulu diikuti oleh Elder dan laksamana Tanah Melayu. Masing-masing tak mampu
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 25 mengeluarkan suara untuk membantah kerana takut dengan aura Adaskhan. Sebuah jelingan tajam dilempar kepada Ibrahim apabila lelaki tua itu masih belum meleraikan pergaduhan. Langkah terhenti di sebuah kedai pasu bunga yang jual di hadapannya. Teringat pesanan daripada Sultanah seorang itu, bukan main menyuruhnya membeli pasu bunga untuk dijadikan hiasan di dalam istana. Sultanah Adira Humaira. Adaskhan rindukan anak-anak saudaranya. “Pilih beberapa pasu bunga yang paling cantik untuk hadiahkan kepada Sultanah
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 26 Humaira.” Katanya kepada Elder yang berada di sisi.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 27 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 3 SATU persoalan yang selalu muncul di benak fikiran mengenai orang kampung di sini. Kenapa mereka semua mengambil kesempatan ke atas dirinya di saat dia kehilangan semuanya? Kasih sayang, bahagia dan kesenangan. Seberat itu ke ujian yang perlu dipikul sehingga lelah kerana hari-hari mentalnya terusik. Ranting kayu yang dicucuk-cucuk di tanah dipatahkan sebelum Maya bangun seraya
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 28 mengambil kayu api untuk memanaskan badan dengan keadaan cuaca yang sejuk pada malam ini. Selangkah demi selangkah Maya berjalan menghampiri rumah usang peninggalan orang tua. Penat, letih, berpeluh. Malam-malam begini orang lain sibuk berehat, tapi dia pula cari kayu api dan tolong orang lain tanpa henti. “Maya! Apa pasal kau ni lembap sangat buat kerja? Kau tengok api ni dah terpadam sebab kau lambat!” Marah seorang wanita tua yang berumur separuh abad. “Mak cik, kayu-kayu ni untuk saya. Rumah saya pun gelap juga. Pelita dengan oborobor dah tak ada.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 29 “Aku kisah apa. Aku dah pesan dari maghrib tadi yang aku nak kau cari kayu. Kau cari lah lagi, bukan susah pun!” “Mak cik cari lah sendiri, saya dah penat. Dari pagi sampai ke malam saya buat untuk orang lain, tapi saya tak dapat apa-apa." "Kau nak mengungkit ke? Kalau tak ikhlas tak payah tolong. Menyusahkan orang kampung betul kau ni!" Kayu serta ranting kayu yang masih berada di dalam pelukan Maya dirampas dengan kasar tanpa memikirkan rasa penat wanita itu. “Itu kayu saya, mak cik. Penat saya cari.” Belum sempat dia rampas semula kayu-kayu itu, tubuhnya ditolak oleh seseorang.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 30 “Kau cari lah sendiri! Cuba hormat mak aku, dia kan dah tua. Mana larat nak buat semua benda ni!” “Kau anak dia kan? Jadi kau tolonglah mak kau. Kenapa mak kau perlu ambil kayu tu sedangkan aku yang cari!” Marahnya tanpa menghiraukan pandangan orang kampung yang keluar dari dalam rumah untuk melihat pertengkaran mereka bertiga. Dia tak boleh berdiam diri, dia perlu lawan. “Anak aku ni perempuan! Kenapa aku nak suruh dia buat kerja lelaki? Kau tak ada otak ke Maya nak suruh anak perempuan aku cari kayu api malam-malam macam ni?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 31 “Habis saya ni apa? Lelaki ke? Saya ni perempuan juga, mak cik. Tapi saya cari semuanya sendiri!” Penumbuk digenggam menahan rasa marah. Dia betul-betul tak tahan dengan perangai semua orang yang ada di kampung ini. “Kau perempuan pun. Kau fikir orang kat sini kisah dengan kau ke Maya? Untuk pengetahuan kau, semua orang kat sini anggap kau macam hamba!” herdik Mikayla dengan nada suara lantang sehingga orang yang berada di sekeliling terdiam. Diam bukan kerana takut dengan wanita bernama Mikayla, tetapi mereka diam kerana setuju dengan apa yang dikatakan oleh wanita itu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 32 Semua jadikan Maya hamba dan mempergunakan wanita itu untuk kesenangan diri. “Memang dari dulu aku dipergunakan, kan?” soal Maya dengan sengihan kecil. “Tahu pun kau. Tch!” “Berambus lah, jangan kacau mak aku lagi. Kau tak ada hak nak tinggikan suara dekat mak aku!” Bahu Maya ditunjal berkali-kali oleh Mikayla. “Kenapa diam? Nak menangis? Sedih? Tak ada tempat mengadu ke, Maya? Sedih kan hidup kau. Keluarga tak ada, anak tunggal, ibu ayah kau dah mati. Sebatang kara. Jawablah!” Maya tersenyum senget. Sakitnya katakata Mikayla sehingga mengguris kembali luka
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 33 lama di dalam hati. Dia mampu berdiam, jikalau dia memukul wanita ini atau mengangkat tangan ke arah Mikayla, orang di kampung ini tetap akan sokong Mikayla walaupun tahu Mikayla salah. “Kenapa kau diam? Tak berani nak menjawab dengan aku?” Tubuh berpaling dari dua beranak itu. Sakit hati. Lebih baik dia pergi dari sini dan duduk berkurung di dalam rumah yang gelap. “Tahu pun kau reti diam. Nanti balik rumah buruk kau, nangis puas-puas. Meratap sebab tak ada siapa sayangkan kau!” “Aku sedar.” Balasnya perlahan. “Sedar apa? Sedar diri yang kau tak ada sesiapa kat sini? Ibu ayah kau pun dah mati!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 34 Balas Mikayla sinis. Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan Maya atas bawah. “Aku sedar selama ni aku bercakap dengan binatang kelaparan.” Terus dia melangkah pergi walaupun menerima berbakulbakul makian serta balingan batu daripada Mikayla dan emaknya. Walaupun sakit diterima, tapi ada rasa sedikit kepuasan dalam diri sebab mampu membalas balik cacian Mikayla. Dia tak lemah untuk membalas balik semua itu. Mata mengerling orang kampung yang berbisik mengenai dirinya. Apa yang dia dengar dari mulut mereka pun sudah biasa. Keluhan berat dilepaskan. Allahuakbar. Penat hidup. Dari dulu kena hadap semua ini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 35 ADASKHAN yang melihat pertengkaran itu dari jarak jauh hanya menggelengkan kepala. Dia tahu siapa salah dan siapa betul kerana dirinya berada di bawah pokok ini sebelum pergaduhan itu berlaku. Dia tengok segala-galanya. Baru beberapa hari tiba di sini, tetapi kerap berlaku pertengkaran di antara orang kampung. Entah kenapa sifat mereka semua begitu. Si ketua kampung pun jenis tak ambil tahu, katanya mereka selalu bergaduh begitu. Bila suruh leraikan pergaduhan, ada saja alasan tak munasabah. Lebih baik jangan jadi ketua kampung kalau perangai tak semengah. Macam mana Kanda Qaid boleh bersetuju untuk menghantar dirinya di sini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 36 Sedangkan perangai orang-orang di sini membuatkan dia geleng kepala. “Tuan Adaskhan.” Panggil Elder yang baru tiba dari arah belakang. “Tuan tengok mereka bergaduh ke?” soalnya walaupun dia sudah tahu apa yang dilihat oleh adik kepada sultan ini. “Esok juga berangkat pulang ke Turki.” Kata Adaskhan tanpa menoleh ke sisi memandang orang kanannya. Fokusnya tetap ke arah pertengkaran yang berlaku di sana. “Esok?!” Baru beberapa hari mereka di sini, tetapi pemuda ini memberi kata putus untuk pulang ke tanah air seawalnya tanpa berbincang dengan yang lain dulu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 37 “Lihatlah perangai orang di sini. Aku tak rasa nak berurusan dengan mereka lagi.” Kedua tangan disilangkan dan sebelah kaki menapak pada batang pokok sambil bersandar tubuh pada pokok di belakangnya. “Tapi Tuanku masih tak tahu lagi tuan buat keputusan begini.” “Tuanku akan tahu bila kita sampai di sana.” Balas Adaskhan selamba. Lagipun dia yang mengetuai pelayaran ke tempat ini, jadi dia boleh buat keputusan mengikut suka hatinya. Walau bagaimanapun, Adaskhan perlu berbincang dengan anak buah serta rakyat Turki yang mengikut pelayaran ini. “Jadi Tuan Adaskhan nak buat apa sekarang?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 38 “Kumpulkan semua orang kita, aku nak berbincang.” Elder terdiam sejenak. Kemudian dia menunduk hormat kepada Adaskhan sebelum berlalu pergi untuk menuruti arahan. Pemergian wanita berbaju biru gelap itu dipandang sepi. Tak tertarik untuk tahu siapa gerangan tersebut kerana wanita itu tak ada kena mengena dengannya sama sekali. Lama dia menunggu kedatangan Elder dengan yang lain ke sini. Apabila terlihat kelibat ketua kampung, Ibrahim. Cepat saja Adaskhan menyembunyikan diri dari lelaki itu. Dia malas mahu berurusan dengan Ibrahim kerana sikapnya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 39 Sesaat kemudian dia tersenyum senget apabila ayat kandanya terngiang-ngiang di ingatan mengenai isteri jejaka itu. Dah ada anak 3 pun perangai tak berubah, tetap sama seperti awal perkahwinan mereka. Cepat saja masa berlalu, dari umurnya remaja dan sekarang sudah tumbuh dewasa. Tak ada perubahan ketara, melainkan kedua orang tuanya meninggal dunia dan abangnya mengambil alih kuasa kerajaan negara. Terlalu pantas masa berlalu. Adaskhan berdiri tegak saat menyedari kehadiran Elder bersama para pedagang Turki. Mereka berjalan tergesa-gesa ke arahnya yang sedang berdiri di bawah pokok.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 40 “Tuan Adaskhan, saya dah bawakan semua orang yang tuan minta tadi,” ujar Elder yang baru tiba di hadapan Adaskhan, pemuda itu kemudian menapak selangkah demi selangkah untuk berdiri di sisi Adaskhan. Adaskhan berdehem sesaat sebelum memulakan ayat. “Aku ada dapat aduan dari salah seorang di kalangan kita yang penduduk kampung kat sini layan kita dengan layanan buruk, betul?” Tanya Adaskhan sambil memerhatikan seorang demi seorang yang berdiri di hadapannya. Kelihatan seseorang lelaki berumur 30- an mengangkat tangan dengan rasa takut-takut, dan kemudian ada beberapa orang lain turut mengangkat tangan sama.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 41 “Masih nak berdagang di sini atau kita tinggalkan kampung ini dengan kadar yang segera?” Elder yang mendengar hanya diam. Tak berani masuk campur kalau namanya tak dipetik dalam perbincangan jejaka di sebelahnya ini. Keluhan dan bisikan daripada mereka menyapa gegendang telinga Adaskhan. Ratarata di antara mereka mahu pulang segera ke Turki dan tak mahu berdagang lagi ke kampung ini. Walaupun begitu, tak ada seorang pun beritahu kepadanya untuk balik ke tanah air. “Kalau macam ni, esok malam juga kita bergerak pulang ke Turki. Ada bantahan?” Adaskhan memberi kata serta persoalan kepada mereka.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 42 Semua geleng kepala tanda tiada bantahan dengan ayat yang dikatakan oleh Adaskhan. “Tak ada Tuan Adaskhan, lagi baik kalau kita pergi dari kampung ni.” Ujar salah seorang yang ada di situ. “Saya setuju dengan Mahmet, Tuan Adaskhan. Mereka layan kita kat sini dengan teruk.” Yang lain turut mengangguk kepala tanda setuju. “Kau semua dah boleh kemas barangbarang keperluan malam ini atau esok pagi, sebab malam esok kita akan bergerak pulang.” Pelipis dahi diurut perlahan. Pening. Dia fikirkan hanya seorang saja mengadu
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 43 tentang hal ini, rupanya ramai lagi yang tutup mulut dan butakan mata dengan perangai orang kampung di sini. Yang bermasalah itu penduduknya bukan kampung. Ini kali pertama mereka jejakkan kaki ke sini untuk berdagang, tak sangka pula dapat layanan teruk. Sementara Maya yang sembunyikan diri di belakang rumah usang terdengar apa yang dibicarakan oleh orang dari Turki itu. Senyuman kecil mulai terukir kerana ada peluang untuk larikan diri dari sini. Mahu pindah ke kampung lain, dia akan dihantar ke sini semula dan penduduk di sini akan cari dia sampai ke lubang cacing. Mungkin bila ikut serta pelayaran orang Turki itu pulang
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 44 ke Tanah Air, orang kampung tak dapat cari dirinya lagi. “Bagus. Harap-harap tak ada siapa perasan.” omelnya seorang diri. Dan tanpa Maya sedar, ada seorang pemuda perhatikan dari jauh.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 45 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 4 LEBAR senyuman Maya pagi ini. Itulah yang menjadi tanda tanya orang kampung di sini apabila melihat senyuman Maya, kerana kebiasaannya wanita itu tidak memberi sebarang reaksi. “Woi kau gila ke senyum seorang diri?” tegur lelaki dalam lingkungan 40-an. Walaupun cuaca masih cerah, tapi bulu romanya meremang dan tubuh sejuk seakan-akan melihat makhluk halus.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 46 Apa yang dikatakan oleh orang kampung dia abaikan. Suka hati mereka nak kata dia kurang siuman atau gila sekalipun, Maya tidak kisah. “Maya kau belikan aku air di gerai Pak Kaduk di hujung sana. Sekarang juga, aku tak mahu dengar bantahan dari mulut kau.” arah seorang pemuda. “Okay.” Balas Maya bersahaja. Langkahnya menghampiri lelaki bernama Arjuna untuk meminta wang sebelum membelikan lelaki itu air di gerai Pak Kaduk. Arjuna terdiam sesaat. Betul ke apa yang dia dengar dari mulut wanita ini sebentar tadi, bahawa Maya mengatakan 'okay' sebagai balasan atas arahan yang diberikan? Aneh!