BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 247 “Ya da belki yakında Adaskhan'ın evleneceği haberini alırız?!” (Atau mungkin kita akan dapat berita bahawa Tuan Adaskhan akan berkahwin tidak lama lagi?!) Semua di situ sudah tersengih setelah membuat andaian sendiri. Jika ada khabar perkahwinan dari istana, bermakna semua rakyat Turki dijemput hadir untuk menyaksikan pernikahan kerabat diraja. Mata mengerling melihat Adaskhan di sisi. “Mana pembantu awak? Elder?” Selalunya mereka ada berdua. Ini batang hidung Adaskhan saja nampak. “Elder ada urusan lain.” Bunga tulip putih dipetik oleh Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 248 “Aku hantar kau balik. Malam hampir menjelma.” Maya tidak menolak, sebaliknya dia membenarkan Adaskhan menghantarnya pulang. “Kau suka tinggal sini?” tanya Adaskhan tiba-tiba. “Tinggal di Turki?” “Hm.” “Saya rasa bersyukur sangat hidup di sini. Sebab saya hidup dengan semangat baru. Saya ada awak. Saya dikelilingi orang-orang baik.” “Kau nak kerja di istana? Kau nak kerja, nanti aku tanya kanda untuk benarkan kau kerja di istana.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 249 “Kerja sebagai apa? Tukang masak istana?” Jejaka itu menggeleng. “Kenapa awak ajak saya kerja di istana?” “Tak ada sebab.” nafinya. Hakikatnya Adaskhan mahu melihat Maya di hadapan mata walaupun dia tidak selalu berada di istana. Bunga tulip diserahkan kepada Maya. “Aku tak tahu bila aku petik.” “Kenapa awak nak bagi saya pula?” “Nak buang rasa sayang. Jadi kau ambil saja.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 250 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 20 PINTU pejabat milik Sang Sultan ditolak perlahan dari arah luar. Adaskhan menjengah kepala ke dalam untuk menarik perhatian Kanda Qaid yang sedang duduk statik di atas kerusi kerja. “Kanda?” sapa si jejaka apabila kehadirannya di situ tidak ambil peduli oleh Qaid. “Masuk.” Pintu ditutup rapat. Orang kanan abangnya dikerling, Dizhwar.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 251 “Adaskhan nak cakap berdua dengan kanda.” Dizhwar dipandang. Menanti orang kanan abangnya keluar dari bilik pejabat ini sementara dia ingin cakap berdua. Qaid angkat kepala. “Dizhwar.” “İyi, lordum.” (Baik, Tuanku.) Dia menunduk hormat sebelum menuju ke pintu keluar. Tangan diangkat sebagai isyarat meneruskan percakapan. Kedua tangan digenggam menanti ayat yang bakal keluar dari mulut Adaskhan. “Adaskhan mahu Maya kerja di istana.” “Itu satu pertanyaan atau arahan yang patut kanda izinkan?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 252 “Pertanyaan.” Setapak dia maju ke hadapan. “Kanda tak rasa itu satu pertanyaan.” Tangan di sisi digenggam erat. “Di istana kita masih memerlukan pembantu ke kanda? Boleh Adaskhan ambil Maya kerja di istana? Sebagai pembantu istana?” “Kenapa mesti Maya?” soalan maut dilontarkan. “Sebab... dia kawan Adaskhan.” “Ramai lagi kawan kamu, kenapa tak minta izin kanda untuk ambil mereka bekerja di istana?” “Apa yang istimewanya wanita bernama Maya Surya pada Adaskhan?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 253 Soalan yang ditanya bagaikan soalan mati tanpa jawapan. Dia tak mampu berfikir untuk memberi jawapan sepatutnya. Qaid bangun. Selangkah demi selangkah Adaskhan didekati. “Dia istimewa, sebab itu Adaskhan mahu Maya kerja di istana, bukan?” “Adaskhan mahu keluarga kita kenal Maya.” “Dan sebab kamu suka dia, kan?” Bahu si adik ditepuk supaya Adaskhan berani menatap sepasang matanya. “Kanda izinkan.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 254 ANGIN sepoi-sepoi bahasa tadinya menampar lembut pipi telah berubah ganas. Dia dan Adaskhan berteduh di bawah pokok apabila penat berjalan sejak tadi. Huluran air dipandang sepi. Maya dongak ke atas. “Apa?” “Minum.” “Sama-sama.” Air bertukar tangan. Aik? Bukan sepatutnya dia yang cakap sama-sama dan Maya ucap terima kasih? Kenapa lain pula kejadian sekarang ini. “Teduh je bawah ni. Seronok kalau ada buai.” “Buai?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 255 “Haah. Buaian. Boleh saya main buai kalau ada. Sesuai jadikan tempat buaian sebab dedaun lebat. Batang pokok pun tinggi.” Kepala dianggukan. Setuju. “Ehem.” “Awak nak cakap apa? Tak payah ehem ehem sangat. Tahu sangat dengan perangai awak, Adaskhan. Setiap kali nak tanya sesuatu, mesti awak berdehem dulu.” Perasan bukan tak perasan setiap kali jejaka itu berdehem. Ada lah maksud tersirat atau tersurat yang bakal meniti di bibir. “Kau nak kahwin dengan aku?” Nasib baik dia tak minum air lagi, kalau tidak memang menyembur ke muka Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 256 “Aku nak halalkan kau.” Terang tanpa selindung memandangkan mereka berdua saja di sini. “Awak boleh ke berkahwin dengan rakyat biasa? Saya orang luar, Adaskhan.” Senang kata mereka tak sekufu. Dari segi harta, pangkat dan kedudukan. Seperti langit dan bumi. “Aku tak pandang semua itu. Aku cuma nak halalkan kau.” Dia nak miliki wanita itu. Jujur di lubuk hati, Adaskhan mulai jatuh cinta ketika mereka masih berlayar lagi. Janggal. “Beri saya masa untuk fikir semula.” Bukankah terlalu awal untuk mereka berkahwin atau dia saja leka sedangkan mereka berkenal
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 257 sudah lama. Hubungan juga semakin lama semakin rapat. “Aku tunggu.” Betul ke Adaskhan mahukannya? Bukan sekadar harapan palsu? “Boleh awak tunggu saya?” “Lama mana pun, aku tetap tunggu asalkan itu jawapan yang aku mahukan.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 258 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 21 “MAYA!” Nama itu diseru dari jauh. “Maya!” Tali beg melorot jatuh diangkat semula. “Maya, tunggu sebentar!” Jejaka itu berdiri di hadapan susuk tubuh wanita itu. Lelaki berkulit sawo matang ini dipandang tak percaya. Megat. Tunang kepada Mikayla. Kenapa lelaki ini berada di Turki? Maya mengundur ke belakang. “Kau buat apa kat sini?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 259 “Aku cari kau.” “Kenapa cari aku? Aku tak ada kena mengena dengan kau.” Dia kenal siapa Megat walaupun mereka jarang sekali berkomunikasi satu sama lain. Apatah lagi berbual kosong. Bagaimana lelaki tahu keberadaanya di sini? “Aku nak ajak kau pulang semula Tanah Melayu.” “Kenapa aku perlu pulang ke sana sedangkan aku dilayan seperti sampah?” “Abaikan mereka, Maya. Mereka sememangnya tak perlu diberi muka lagi.” Nafas dihela. “Jadi, apa tujuan kau mengajak aku pulang?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 260 “Ayah aku nak sangat jumpa kau buat kali terakhir. Dia tenat sekarang. Aku datang dari jauh semata-mata mahu sampaikan perkara ini.” “Kenapa nak sangat jumpa aku? Aku bukan sesiapa.” “Ayah mahu melihat kau dan minta maaf secara berhadapan. Dia harap sangat dapat jumpa kau buat kali terakhir, Maya.” “Ayuh, Maya. Kita berangkat pulang ke Tanah Melayu.” “Aku tak mahu.” Tegasnya. Jika dia pulang ke Tanah Air sendiri, macam mana dia mahu ke sini semula? “Aku mohon, Maya. Ikut aku pulang. Ayah nak sangat jumpa kau. Dia banyak dosa dengan kau. Dia minta ampun, Maya.” rayu
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 261 Megat bersungguh. Riak merayu terpancul di wajah. Berharap Maya mengikutinya pulang ke Tanah Melayu. “Katakan saja pada Ibrahim. Aku sudah memaafkannya tetapi aku tak akan pulang semula ke kampung.” “Jangan begini, Maya. Kalau kau tidak mengasihani ayah, setidaknya kau kasihan pada aku. Aku berlayar jauh semata-mata untuk beritahu kau tentang ini.” Betul. Ibrahim memang sedang sakit sekarang ini dan meminta Maya supaya pulang ke tanah air. “Diri aku, kau tak kasihan? Apa kau fikir aku tidak punya hati? Terima segala tohmahan orang kampung sedangkan kau tak pernah menghalang mereka walaupun sekali.” Intonasi
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 262 suara juga berubah. Maya meluahkan rasa geram terbuku di hati. “Aku janji mereka tak akan menghina kau lagi. Sekalipun mereka hina kau, aku akan pertahankan kau.” “Ikut aku pulang. Untuk kali ini sahaja.” rayu Megat lagi. “Aku tak mahu.” Automatik Megat melutut. Kedua tangan diletakkan di lutut sambil tunduk merayu kepada Maya. “Tolong. Aku merayu sangat. Aku tak mahu ayah kecewa kerana tak dapat pujuk kau pulang. Sungguh aku merayu untuk ikut aku pulang.” “Megat.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 263 “Aku merayu, Maya.” Kedua tangan dicantum. “Bangun. Semua orang pandang seperti aku yang jahat.” “Aku tak akan bangun selagi kau tak mahu ikut pulang ke Tanah Melayu.” “Jangan paksa aku. Aku tetap dengan keputusan aku.” “Aku mohon. Tunaikan permintaan aku kali ini. Jika ayah aku pergi, setidaknya dia tidak pergi dengan harapan dan kekecewaan. Biarlah ayah aku pergi dalam keadaan tenang. Ayah nak sangat jumpa kau. Dia banyak buat salah dengan kau.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 264 Maya mmenghembus nafas berat. Berat untuk tinggalkan negara ini dan berat juga untuk pulang ke sana. “Siapa akan hantar aku pulang ke sini?” “Akan ada kapal pedagang yang berlabuh di pelabuhan Tanah Melayu. Di situ kau boleh ikut mereka pulang ke sini semula.” Sungguh, berat hati ini untuk tunaikan permintaan Megat. “Maya...” “Aku mohon pada kau.” “Kenapa kau masih merayu sedangkan sudah tahu aku tak mahu?” Rahangnya bergerak-gerak. Megat sungguh degil walaupun dia berkeras tak mahu turuti permintaan jejaka itu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 265 “Aku tak mahu ayah kecewa. Aku tahu hati kau lembut. Aku tahu kau pemaaf. Jadi... kali ini saja permintaan aku. Tolong, aku mohon.” “Baik. Aku ikut kau pulang.” DUA bilah pedang saling bertemu, menarik sehingga menghasilkan bunyi ngilu. Burung di atas pokok turut terbang tinggi meninggalkan kawasan bising itu. Dikala orang lain bersuka-ria, ada dua manusia saling bertegang urat walaupun pada hakikat silaturahim menjadi pengikat.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 266 Kaki terundur beberapa langkah ke belakang apabila sebuah tendangan mengena pada bahagian dada. Tangan menekap di dada. Rasa sakit tak mampu disembunyikan kerana tendangan itu terlalu kuat. Bilah pedang diangkat separas dagu saat lawannya mara ke hadapan. Turun naik dada menahan rasa. “Dur kanka.” (Berhenti, kanda.) Wajah dingin itu tidak berubah sejak awal mereka berlatih. Tetap sama dan tiada secalit senyuman melakar. “Aferin.” (Syabas.) Sekali lagi mereka saling menghadap. Menatap tanpa berpaling walau sesaat.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 267 “Huh!” Maju langkah dua manusia itu ke hadapan. Tangkas Adaskhan bergerak. Mendekatkan mata pedang di dada si kanda saat lelaki bertahkta itu mahu menumpaskannya sekali lagi, lalu ditarik sejurus menepis pedang si lawan. Pedang diangkat tinggi setelah memberi tendangan hebat. Qaid menyepak kaki Adaskhan sehingga lelaki itu jatuh tersembam dari belakang. Langkahnya maju. Bilah pedang di tangan turut diletakkan di bawah dagu Adaskhan untuk mengunci pergerakan. “Al-Isra, ayat 32. Halalkan atau tinggalkan.” Tangan dihulur.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 268 Adaskhan bangkit setelah huluran disambut. Walaupun hanya barisan ayat meniti di bibir, dia faham apa yang Kanda Qaid sampaikan kepadanya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 269 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 22 TALI diikat kemas pada batang pokok supaya tidak mudah terlerai dari ikatan. Kemudian, Adaskhan ikat lagi sekali tali itu pada batang pokok. Elder yang memerhati sejak tadi hanya diam tidak bersuara. Bila ditanya, dirinya pula diminta untuk diam. Kelakuan kerabat sorang ini diperhati dengan penuh tanda tanya dan kehairanan. Pelik sungguh tingkah laku manusia ini. Memang lain daripada lain.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 270 “Hati-hati, tuan.” tegurnya apabila melihat Adaskhan ingin turun dari pokok. Buk! Tangan serta pakaiannya yang kotor dibersihkan. Kedua tangan mencekak seraya dongak melihat tali yang telah diikat pada batang pokok. “Tuan nak buat apa sebenarnya?” Elder menyoal musykil. “Diam dan lihat.” Tubuh Elder ditolak ke belakang agar jejaka itu tidak menganggu kerjanya. Papan kayu di tangan diikat pada tali yang terjuntai ke bawah. “Buaian?” Elder bersuara kembali walaupun dirinya diminta untuk diam.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 271 “Hm.” “Kenapa? Untuk siapa? Kenapa tuan buat sendiri sedangkan saya boleh bantu?” “Memang kau boleh bantu, tapi...” Tali tersebut diikat pula pada papan kayu berbentuk segi empat sama. “...tapi apa?” “Kali ini biar aku buat sendiri.” “Selesai.” Adaskhan bangun setelah menyediakan sebuah buaian di bawah pokok khas untuk Maya. Dia berundur ke belakang sambil melihat buaian hasil ciptaannya. Puas! “Kukuh ke?” soal Elder tidak yakin dengan kekukuhan buaian tersebut. “Belum cuba belum tahu.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 272 “Biar saya cuba duduk atas buaian tuan kalau nak tahu kukuh ke tidak.” “Eh, tak perlu. Kau tak boleh duduk. Aku saja duduk untuk pastikan sama ada buaian aku kukuh atau tidak.” Elder cebik. Kedekut. “AKU nak jumpa Maya. Kau ikut aku.” ajak Adaskhan. “Kenapa?” “Ikut saja. Ada berita nak beritahunya.” Dicepatkan tunggangan supaya mereka sampai ke sana. Elder perhati kerabat itu dari belakang. Semakin hari semakin akrab
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 273 hubungan Adaskhan dengan Maya malah hubungan mereka menjadi rapat sejak mereka berlayar lagi. Tak perlu disimpulkan. Adaskahn dan Maya sedang dilamun cinta. Bukan dia seorang saja perasan akan hal itu, tetapi semua orang perasan akan keakraban mereka berdua. Sehinggakan dia mendengar desas-desus dari masyarakat di sini bahawa Adaskhan akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita bernama Maya Surya. Dan mungkin berita ini sudah sampai ke telinga keluarga diraja. “Baginda tahu hubungan tuan dengan Maya?” “Baginda...?” sungguh dia masih tersentap dengan kata-kata kanda Qaid tempoh hari.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 274 “Al-Isra, ayat 32. Halalkan atau tinggalkan.” “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” “Elder.” “Ya?” Keningnya terangkat. Sisi wajah Adaskhan dilihat. “Kami berdua nampak akrab?” “Bagi saya, tuan nampak rapat dengannya sehingga orang-orang fikir bahawa Maya kekasih hati.” Tak ada seorang pun menentang keakraban dua manusia itu, malah masyarakat
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 275 turut teruja dengan hubungan Adaskhan dan Maya. Sesampai sahaja di kawasan perumahan Maya. Orang-orang di situ memandang mereka tidak asing lagi. Ada tersenyum suka dan ada juga saling berbisik. “Mari. Abaikan mereka,” ajak sang jejaka. Rumah yang menjadi tempat tinggal Maya dihampiri. Setahunya, Maya tidak ke mana-mana hari ini. “Maya ada di rumah ke?” “Eh, Tuan Adaskhan? Tuan cari Maya ke?” Adaskhan dan Elder pandang satu sama lain. Tahu-tahu saja niat mereka ke sini. “Maya ada di dalam?” tanyanya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 276 “Tidakkah dia memberitahu tuan terlebih dahulu?” “Maksud kau?” Elder mencelah bagi menjawab pihak Adaskhan. “Ke mana Maya pergi?” “Dia sudah pulang ke tanah airnya bersama seorang lelaki.” Jawapan itu membuatkan Adaskhan diam tak bersuara. Terkesima setelah mendengar. “Siapa lelaki itu?” “Lelaki itu juga dari Tanah Melayu.” Kenapa Maya pergi tanpa beritahu? “Ada tahu sebab kenapa dia pulang semula ke sana?” “Tak ada pula. Dia beritahu yang dia akan pulang dan akan datang semula ke sini.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 277 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 23 TERMENUNG panjang Maya di atas bahtera. Terkilan kerana tak dapat berjumpa Adaskhan buat kali terakhir walaupun surat telah ditinggalkan di atas bahtera milik lelaki itu. Hati berat meninggalkan bumi Turki. Perasaan sedih bercampur baur ketika ini. Masakan tidak, dia meninggalkan bumi itu secara tiba-tiba dengan tidak rela. Maya hanya sempat memberitahu jirannya sahaja kerana
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 278 kapal pelayaran ke tanah air akan berangkat tidak lama lagi. Keluhan berat dihela. “Tiada apa perlu dirisaukan. Kau akan pulang juga ke sana.” Megat cuba mengurangkan kegelisahan di fikiran Maya. Jauh terlihat gerak-geri Maya seperti tidak duduk diam sama sekali. Bermundar-mandir di atas bahtera sejak tadi. “Apa kau risaukan sangat sebenarnya?” Maya menggeleng, padahal di lubuk hati dia tidak sedap hati. Mahu berpatah balik tetapi sudah lambat. Apa boleh buat. Tak ada guna kalau kata dia tak mahu balik ke Tanah Melayu kerana sekarang ini mereka sedang menuju ke Selatan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 279 “Kau selesa tinggal di sana atau kau ada seseorang di sana sampaikan kau berfikir banyak kali untuk balik ke tanah air?” Raut wajah Maya cuba ditafsir oleh Megat. “Penting untuk kau tahu?” soalan dibalas dengan soalan. Sekalipun dia jatuh hati dengan seseorang di sana, itu bukan urusan Megat untuk ambil tahu. Soal hati adalah soal pribadi. “Oh. Jadi betullah kau ada seseorang di sana? Sebab itu kau larikan...” “Aku apa? Habiskan ayat kau.” Wajah Megat ditatap sedalamnya. Megat tahu dia larikan diri? Macam mana lelaki ini tahu sedangkan dia lari tanpa pengetahuan orang kampung? Bila difikirkan semula, macam mana Megat tahu dia di sini?
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 280 Kenapa pemuda itu mencarinya di bumi Turki sedangkan banyak lagi negara boleh pergi untuk mencarinya. Adakah Megat menyaksikan dia lari masuk ke kapal pedagang Turki sedangkan pada malam itu suasana di kampung hiruk-pikuk kerana kekecohan yang berlaku? “Kau berehatlah Maya semahunya. Perjalanan masih jauh dan makan masa agak lama. Daripada kau berdiri sejak tadi, ada baiknya kau masuk tidur.” Matahari hampir menyembunyikan diri dan para pedagang di atas kapal ini sibuk mengemas barang dagangan mereka. “Pandailah aku masuk tidur. Aku tak mengantuk lagi.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 281 “Memanglah kau tidak mengantuk, tetapi angin pada malam ini kuat sangat. Nanti kau akan jatuh sakit.” Maya berpusing menghadap Megat. “Kenapa kau tiba-tiba saja ambil berat tentang aku?” “Salah ke untuk aku ambil berat tentang kau?” Kedua tangan bersilang di dada. “Cukup saja kau ambil berat tentang tunang kau, Mikayla. Tak perlu kau kisah fasal diri aku.” Sangat aneh sekali apabila lelaki yang tidak pernah ada kaitan dalam hidupnya mengambil berat tentang dia, bahkan rapat pun tidak. “Aku risaukan diri kau saja. Terpulang apa kau mahu fikir tentang aku. Aku tak mahu
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 282 bergaduh dengan kau. Niat aku cuma satu, aku nak bawak kau selamat sampai ke tanah air kita, kerana ada seorang insan menanti kehadiran kau.” Megat mengehela nafas, lalu dia jalan membelakangi Maya. KAKI dibawa tanpa hala tuju. Dongak melihat dada langit yang gelap. Adaskhan pergi tanpa diiringi oleh pengawal. Hanya dirinya sahaja keluar dari istana. Satu persoalan tak dapat dipadamkan sehingga fokusnya hilang di saat kegelapan malam. Kenapa Maya pergi sedangkan dia sudah berjanji untuk mengahwini wanita itu?
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 283 Mungkin pemergiaan Maya adalah satu jawapan bahawa mereka sebenarnya tidak ditakdirkan untuk bersama? “Allah.” Nama Allah azza wa jalla terucap di bibir dengan rasa beban di bahu. Beberapa orang pedagang sedang bekerja pada malam itu di pelabuhan direnung sepi. Bahtera miliknya dituju. Dia mahu bermalam di situ tanpa gangguan seorang manusia. Bersaksikan Allah Yang Satu dan bertemankan langit, dia mahukan ketenangan pada malam ini. Tubuh disandar pada bahagian kapal. Sebelah kaki dinaikkan, manakala sebelah lagi terlunjur malas. Laut malam menjadi tatapan pandangan, melihat ombak serta membiarkan angin menampar tubuh.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 284 Kecewa. Sungguh hati ini terluka. Raut wajah diusap kesal. Lupakan Maya buat seketika. Ini peluangnya bersama Sang Pencipta. Adaskhan bangun dari duduk dan mulai bergerak ke bilik kayu untuk mengambil sejadah. Sejadah dibentang atas bahtera miliknya. “Allahuakbar!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 285 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 24 LIPATAN kertas di celahan barang kepunyaannya diambil. Dahi mulai berkerut setelah membaca nama seseorang pada kertas tersebut. Adaskhan merenung hairan. Maya. Maya tinggalkan sepucuk surat kepadanya? Kenapa wanita itu tidak berjumpa dengan dia terlebih dahulu sebelum pergi, dan memilih meninggalkan nota yang dia sendiri tidak tahu isi kandungan di dalam.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 286 Lipatan kertas dibuka. Maafkan saya tapi saya terpaksa pergi buat sementara waktu. Boleh awak tunggu saya? Kertas itu jatuh ke sisi. Tiada perkataan mampu diucapkan dan tiada ayat mampu dikatakan. Dia hilang kata-kata setelah membaca surat itu. Kenapa ayat Maya seperti tidak kisah jika mereka berjauhan? Kenapa tiada penjelasan yang ditulis oleh wanita itu sebelum pergi? Dan kenapa pergi dengan meninggalkan pelbagai persoalan kepadanya? Sangat tidak kelakar jika mahu berteka-teki dengannya di saat ini. “Ehem.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 287 Badan dipusingkan 180 darjah kerana telinga menangkap deheman seseorang. “Kanda?” Beberapa orang pengawal pribadi kanda Qaid dikerling sekilas. Wajah sultan itu dipandang kembali setelah menuduk hormat kepada pemerintah negara ini. “Kenapa jadi begini?” Penampilan Adaskhan diperhati dari atas hingga bawah. Matanya salah tafsir atau dia saja berlebihan? Diri Adaskhan nampak kurang terurus walaupun penampilan adiknya masih rapi. “Maksud kanda?” “Sejak belakangan ini, kanda jarang sekali nampak Adaskhan di istana. Kanda terlalu sibuk atau Adaskhan jarang pulang ke istana?” Kali terakhir melihat adik lelakinya adalah tiga hari
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 288 lepas dan pada masa itu, hanya belakang tubuh Adaskhan sempat dipandang sebelum jejaka itu hilang dari pandangan. Kehadiran Elder di atas kapal itu menyebabkan Adaskhan beralih tumpuan. “Adaskhan selesa di sini.” Dia berjalan menuju ke satu kotak kayu di situ, lalu punggung dilabuhkan. Qaid perhati lama belakang tubuh adiknya. Kali terakhir melihat Adaskhan berkelakuan begini ketika orang tua mereka meninggal. Beginilah keadaan jejaka itu. Tak bermaya. Elder dipanggil. “Ke mana Maya pergi?” soal Qaid secara tiba-tiba.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 289 “Maya.” Adaskhan dipandang sekali lalu. Jarak antara mereka berdua didekatkan sedikit. “Dia sudah pulang ke tanah airnya minggu lalu.” bisik Elder perlahan. “Pulang? Kenapa?” “Patik tidak pasti soal itu. Jirannya sebelum ini hanya kata yang Maya pulang bersama seorang lelaki dari Tanah Melayu juga.” “Arahkan semua orang supaya turun dari kapal dan biarkan beta bersama Adaskhan di sini.” “Menurut perintah, Tuanku.” Derapan pengawal serta orang kanan mereka bergerak turun dari kapal seperti arahan yang diberikan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 290 Geleng kepala Qaid melihat Adaskhan termenung kosong. Perlahan-lahan kaki bergerak mendekati pemuda itu. “Adaskhan.” Sepi. Lagi sekali nama Adaskhan dipanggil tetapi tiada sahutan. Sudahnya, bahu ditepuk supaya pemuda itu sedar dari lamunan. “Betul kata orang, cinta itu buta.” “Jika cinta manusia asbab diri kecewa berpanjangan, ketahuilah cinta itu hanya sekadar nafsu manusia semata, bukan cinta kerana Sang Pencipta.” “Lupakan dia, Adaskhan. Dekatkan diri kepada Allah.” sambungnya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 291 “Bagaimana Adaskhan mahu lupakannya, kanda Qaid? Semakin dekat diri ini kepada Allah, semakin kuat rasa cinta ini kepada Maya.” “Pernah berdoa?” soalan itu bagaikan soalan mati buat Adaskhan. “Ada akal untuk berfikir tapi tak gunakan. Kenapa perlu meratap seperti manusia hilang arah tuju sedangkan ada Allah untuk jadi tempat mengadu?” Adaskhan tidak pernah begini. “Semua orang tahu Adaskhan mahu berkahwin dengan Maya. Semua orang suka tentang itu.” “Tak ada guna, kanda. Dia pun sudah pergi.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 292 “Pernah dengar cinta mahluk seperti segitiga?” “Maksudnya? Kenapa pula segitiga?” Dibiarkan bahunya ditepuk berkali-kali. Mahu bersendirian tetapi darah dagingnya pula datang. Tak sangka bahawa kanda Qaid akan jejakkan kaki ke pelabuhan semata-mata ingin tahu keadaanya sekarang ini. “Sebaik-baiknya cinta adalah antara Allah, kamu dan dia.” Lebih tepat sekali adalah antara Allah, aku dan kamu. “Puncak tertinggi segitiga itu sendiri terletaknya Allah dan dua penjuru segitiga itu sendiri adalah hamba-Nya. Semakin dekat
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 293 kedua-duanya dengan Allah, semakin dekat jarak antara dua Hamba-Nya.” Itu, cinta segitiga dalam Islam.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 294 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 25 BERBULAN sudah berlalu, berlayar merentasi lautan menuju ke destinasi. Akhirnya, Maya, Megat dan para pedagang tiba di pelabuhan Tanah Melayu. Dari atas kapal kelihatan orang ramai menunggu kepulangan keluarga masing-masing. Pandangan kosong mampu dilemparkan buat orang-orang di sini kerana Maya tiada hati untuk menjejakkan kaki ke sini apatah lagi melihat muka orang-orang yang pernah
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 295 mengherdik, menghina dan memperlakukan buruk terhadapnya. “Turun lah. Kita sudah sampai.” Megat menegur Maya yang terlihat diam membisu. “Megat.” Raut wajah Mikayla dipandang benci oleh Maya. Kenapa mesti Mikayla wujud di depan matanya? “Mikayla. Lihatlah siapa yang pulang.” Atas bawah wanita itu melihat Maya sebelum senyuman kambing terlakar di wajah. “Aku harap lepas ini kau dengan Mikayla berbaik-baik saja.” “Mana ayah kau?” Mungkin benar bahawa ayah Megat sedang sakit, dan dia terlalu berfikiran negatif sehingga menganggap Megat perangkapnya untuk mempergunakannya lagi.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 296 “Nanti aku bawak kau jumpa dengan ayah. Kau turun dulu. Ada perkara aku nak cakap dengan tunang aku.” Tak betah di atas kapal ini terlalu lama. Segera Maya turun dari kapal dengan membawa beg miliknya bersama. Pandangan orang kampung cuba diabaikan. Ada di antara mereka berbisik-bisik dan dia masih terdengar suara sumbang menghinanya. Lali. Cakap apapun tentangnya, Maya tak pernah kisah kerana mulut orang kampung di sini memang begitu sejak dahulu lagi. Apa kurangnya dia di mata mereka sehingga tak pernah berhenti menghina dirinya. Baik lah macam mana sekalipun, dia tak akan lepas dari buruk sangka manusia.