The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:27:15

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 297 “Maya, ke mana kau pergi selama ini?” Arjuna bertanya tatkala susuk tubuh Maya melintas di hadapan. Perasaan teruja dan ingin tahu tentang Maya cuba dikawal. Sekian lama mencari, baru hari ini dia melihat wanita itu di depan mata. “Merantau. Cari hidup baru.” “Kenapa—” “Apa?” “Kenapa kau macam tak suka pulang ke sini? Ini kan kampung kau.” “Aku letih, nak rehat. Aku balik dulu, Arjuna.” “Maya. Ada perkara aku nak cakap.” “Apa lagi kau nak cakap?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 298 “Aku akan belayar ke negara orang untuk beberapa tahun. Jadi, boleh tak kau tengoktengokkan rumah aku?” “Boleh.” Kepala dianggukkan. Kalau itu amanah yang diberi, tak ada masalah. Bukan perkara besar pun. Belakang tubuh Maya dilihat tak bekerdip. Kenapa wanita itu nampak seperti tidak bermaya setelah tiba di sini atau Maya sememangnya tidak sihat? Kelibat Megat dan Mikayla yang sedang bergelak tawa menjadi tumpuan. Hebat permainan Mikayla. Licik. Ketika tiadaan Megat di sini, bukan main wanita itu ingin menggoda pemuda-pemuda di kampung. Bila Megat sudah pulang, lain pula keadaanya. Cepat


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 299 betul perangai berubah. Menggeletis. Agaknya memang Mikayla nak goda semua pemuda di kampung ini agaknya. “Apa nak jadi dengan kau ni perempuan.” omel Arjuna sendirian. Langkah dibawa pergi mengikut haluan sendiri. Malas masuk campur urusan dua orang manusia itu. Ada baiknya buat hal sendiri. “KAU tahu ke mana kekasih hati Tuan Adaskhan pergi?” Orang-orang sudah berkumpul semata-mata ingin berkongsi cerita dan persoalan tentang hubungan salah seorang kerabat diraja.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 300 Kehilang seorang wanita yang selalu bersama putera mahkota menjadi tanda tanya mereka, dan bayang dua manusia itu tidak lagi kelihatan jalan bersama di pekan atau manamana tempat lain. Gosip hangat tentang mereka berdua kembali berbunyi apabila salah seorang daripadanya hilang dari radar. “Gölgesini uzun zamandır görmemiş.” (Sudah lama tak nampak bayangnya.) “İkisinin de bir sorunu var mı?” (Mereka berdua ada masalah ke?) “Bana ilişkilerinin kraliyet ailesi tarafından onaylanmadığını söyleme.” (Jangan cakap dengan aku yang hubungan mereka tak direstui kerabat diraja?)


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 301 “Kim ilişkilerini onaylamaz?” (Siapa yang yang tak restui hubungan mereka?) “Bazıları ilişkilerini onaylamasa da sebebi nedir? Hepimiz onların ilişkisini seviyoruz.” (Sekalipun ada yang tidak merestui hubungan mereka, tapi apa sebabnya? Kita semua suka hubungan mereka.) “Biz biziz. Onlar onlar. Düşüncelerimiz ve rütbelerimiz kraliyet ailesi ile aynı değil. Aile onurunu çok korurlar. Saray protokolünün kraliyet ailesi için çok katı olduğunu herkes bilir.” (Kita adalah kita. Mereka adalah mereka. Pemikiran dan taraf kita tak sama seperti kerabat diraja. Mereka sangat menjaga maruah keluarga. Semua orang tahu protokol istana sangat ketat bagi kerabat diraja.)


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 302 “Hm. Haklısın Belki de ailenin adını ve onurunu korumak istedikleri için, bu yüzden ilişkileri onaylanmıyor.” (Hm. Kau betul. Mungkin kerana ingin menjaga nama dan maruah keluarga, sebab itu hubungan mereka tak direstui.) “Kraliyet ailesi de kraliyet ailesinden bir eş bulmalıdır.” (Kerabat diraja mesti cari pasangan dari kerabat diraja juga.) ayat ini disetujui oleh ramai orang di situ. Memang tak nafikan bahawa setiap kerabat diraja sangat menjaga maruah keluarga mereka. “Peki ya Kraliçe Humaira? bizim gibi marhaen vatandaşı değil mi?” (Bagaimana dengan permaisuri Humaira? Bukankah baginda seorang rakyat marhaen seperti kita?)


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 303 “Ancak babası eski bir savaş ağasıydı ve daha önce de merhum padişahla yakın ilişki içindeydi. o yüzden sorun olduğunu düşünmüyorum.” (Tapi bapanya bekas panglima perang dan merupakan orang rapat Almarhum sultan sebelum ini. Jadi aku tak rasa itu satu masalah.) “Hepimiz saraydan haber bekliyoruz ama şu ana kadar hala bir haber yok.” (Kita semua menanti khabar berita daripada pihak istana, tapi sampai sekarang masih senyap tanpa berita.) “Belki de ilişkilerinin onaylanmadığı doğrudur.” (Mungkin betul yang hubungan mereka tak direstui.) “Ama Tuan Adaskhan'ın sevgilisinin memleketine döndüğünü de duydum.” (Tapi


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 304 aku dengar juga yang kekasih hati Tuan Adaskhan pulang ke tanah airnya.) “Neden ülkesine döndü?” (Kenapa dia pulang ke negaranya?) soal seseorang di situ “Bay Adaskhan neden gidip sevgilisini orada bulmadı?” (Kenapa Tuan Adaskhan tak pergi saja cari kekasihnya di sana?) Elder yang ketika itu tidak jauh dari mereka, langsung pusing untuk mencari figura Adaskhan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 305 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 26 PINTU dibuka dari dalam apabila ada suara seseorang memberi salam di luar rumah. Maya menjengah kepala terlebih dahulu sebelum dirinya berdiri di hadapan muka pintu. Dua orang gadis di hadapan rumahnya dia pandang dengan tanda tanya. Senja dan Orked. Dua orang manusia ini merangkap kawan Mikayla. “Ketua kampung nak jumpa kau.” kata Senja.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 306 Dengar ayat itu langsung Maya teringat asbab dia menjejakkan kaki ke sini. “Tunggu sebentar.” Dia masuk semula untuk membetulkan tudung di atas kepala. Dapur dituju untuk matikan api, lalu Maya keluar dari rumah setelah memastikan api dapur dipadam. Selipar disarung malas. “Kenapa waktu malam begini?” “Masa pak cik Ibrahim tak panjang. Tahu saja kau pulang ke kampung, langsung dia mintak orang kampung panggil kau.” jawab salah seorang daripada mereka berdua. “Lagipun balik dari berlayar, kau langsung tak jumpa ketua kampung tapi sebaliknya terus ke rumah.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 307 “Maya.” Panggil Orked. “Hm?” “Boleh kami tahu ke mana kau menghilang sebelum ini?” Dua orang gadis di sisi Maya hanya menunggu jawapan dari mulut Maya sendiri. “Tak perlu tahu.” “Kenapa pula kami tak boleh tahu? Kau kan orang kampung ini juga, jadi apa salahnya kami ambil tahu tentang kau.” “Masa aku ada di sini, pernah ke kau ambil tahu tentang aku? Pernah ke ambil berat tentang hidup aku? Kau dengan orang-orang di kampung di sini sama saja. Gunakan aku bila perlu.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 308 Bila ada di hadapan mata, seorang pun tak peduli tentangnya tapi bila dia menghilang, ramai pula mencari. Penting sangat ke dirinya bagi mereka? Bukahkah mereka lagi suka jika dirinya hilang di mata mereka? Bukankah orang kampung di sini benci akan dirinya? Kenapa tiba-tiba berubah? Berubah lebih prihatin seolah-olah tak ada apaapa berlaku sebelum ini. Bukan Megat saja, tapi hampir setiap orang yang berjumpa dengannya akan tanya soalan sama. Ke mana dia pergi? Dengan siapa? Tinggal di mana? “Jawablah soalan aku. Kenapa nak tahu sangat fasal aku? Sedangkan sebelum ini tak ada sorang pun kisah aku hidup atau mati, sakit atau


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 309 tidak. Yang orang kampung tahu adalah bodohkan aku.” Mereka berdua senyap tak membalas. Mulut masing-masing bagaikan dijahit dari terus bercakap. CAHAYA dari dalam rumah Ibrahim menyebabkan Maya teragak-agak untuk masuk. Sekalipun dipaksa, kakinya masih berkeras di luar rumah. “Masuk. Ketua kampung tunggu kau sejak tadi.” Bahu Maya ditolak oleh Orked supaya masuk ke dalam. “Takkan aku sorang?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 310 “Tak. Kami ada sekali.” “Kalau begitu, kau masuk dulu. Aku masuk kemudian.” Cadang Maya. “Apa susah sangat kau nak masuk? Ketua kampung cuma nak minta maaf pada kau.” Sudahnya, Maya menolak pintu rumah ketua kampung kerana tak mahu panjangkan perbalahan kecil ini. “Assalamualaikum.” Kaki menapak masuk ke dalam rumah ketua kampung. Kemudian, dia menoleh ke belakang untuk memastikan dua orang gadis itu mengekorinya. “Jalan. Kau tunggu apa lagi?” Gesa mereka berdua. Geram kerana Maya teragakagak untuk meneruskan langkah.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 311 “Pak cik?” panggil Maya apabila kelibat Ibrahim tidak kelihatan. Maya berhenti apabila melintasi dapur rumah ketua kampung. Mustahil Ibrahim di sini. Mungkin lelaki tua itu berada di dalam bilik. Baring lesu di atas tempat tidur. “Maya?” Maya menoleh. Terkejut dirinya akan figura Megat di dalam rumah itu. “Apa kau buat dalam rumah aku?!” “Bukan ke ini rumah ayah kau? Kenapa rumah kau pula? Aku cari ayah kau, bukan kau.” Tegas Maya untuk mempertahankan dirinya. Kepala ditoleh ke belakang. Kaku. Senja dan Orked sudah tiada. Ke mana mereka pergi?


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 312 “Rumah ni sekarang milik aku sebab aku dengan Mikayla akan berkahwin tak lama lagi! Ayah aku pula dah pindah duduk rumah baru.” Lantas Maya mengatur langkah ke pintu rumah. Rasa dikhianati. Dirinya diperangkap. “Hah itu dia. Maya dengan Megat!” Terkesima dia apabila orang kampung berdiri di depan rumah dengan membawa barang-barang di tangan seperti ingin memukulnya. “Megat curang!” Mikayla menjerit nyaring. Jelas raut benci bercampur kcewa terlakar di wajah. “Aku benci kau, Maya. Berani kau ambil kesempatan. Kau jalinkan hubungan dalam diam dengan Megat! Kau rampas tunang aku!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 313 “Fitnah. Bohong. Aku tak buat apa-apa!” Lantang Maya memberitahu perkara sebenar. “Kenapa kau ada dalam rumah Megat malam-malam begini?” “Mikayla. Dengar dulu penjelasan saya.” Megat bersuara. Dia sendiri terkejut. Dia tak tahu apa-apa. “Sudahlah Megat. Apa lagi awak nak jelaskan? Semuanya sudah jelas. Tak ada sebab Maya datang ke rumah awak waktu melainkan kau berdua bermaksiat!” Sungguh, ini fitnah paling besar yang pernah dilemparkan kepadanya. “Demi Allah. Kami tak bermaksiat. Senja dan Orked arahkan aku datang ke sini. Mereka kata ketua kampung nak jumpa aku, jadi aku


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 314 ikutkan arahan mereka. Tanya mereka kalau kau tak percaya!” “Bohong! Kau pula cuba fitnah kami?!” Orked tampil ke hadapan. “Aku sendiri nampak kau curi-curi masuk ke dalam rumah Megat. Entah apa kau berdua buat di dalam sana!” sambung Orked lagi. Maya jalan mendekat untuk jelaskan lebih terperinci. Dia tak bersalah. Dia dan Megat diperangkap. “Kau jangan tipu kami Maya! Kau sendiri beritahu kami yang kau nak goda Megat. Kami tak nak bersubahat dengan kau sebab Mikayla kawan kami!” Orked bersuara untuk mempertahankan diri. PANG!


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 315 Pipi ditampar kuat oleh Mikayla. Wajah bengis itu seolah-olah mahu menikam dirinya. “Perempuan sundal!” Allahuakhbar. Sungguh dia tak boleh terima fitnah kali ini. Terlalu besar fitnah dilemparkan dan terlalu besar ujian kali ini. “Kau memang tak guna, Maya. Kau dengan mak kau sama saja. Perempuan sundal!” Kali ini tubuhnya menjadi sasaran Mikayla melepaskan kemarahan. Semua orang melihat, semua orang sertai apa Mikayla buat, tapi tiada seorang pun pertahankan dirinya termasuk Megat. “Sakit!” berkali-kali Maya menepis tangan orang ramai dari memukul dirinya. “Aku tak salah. Aku difitnah!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 316 “Aku benci kau!” BUK!


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 317 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 27 SERIBU penyesalan pulang ke sini. Terlalu menyesal kerana berlembut hati untuk jejakkan kaki ke sini. Semua orang semakin benci dirinya dan percaya bahawa dia perempuan murahan. Langsung tidak terdetik untuk menggoda tunang orang. Dia masih waras untuk lakukan begitu. Dia masih tahu batas dan tahu mana yang dosa dan tidak.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 318 Megat, lelaki itu percaya kata-kata Senja dan Orked bahawa dia ingin menggodanya, walhal perbuatan itu jauh sekali dari niat asalnya. Maya mengerang sakit ketika ingin merebahkan badan. Seluruh tubuh lebam dipukul, wajah bengkak ditumbuk dan ditampar oleh Mikayla. “Arghhh.” Hampir tidak bersuara kerana tekak juga sakit. Dia dianaiya oleh manusia durjana yang tak punya sifat manusia. “Tak kira. Aku mahu dia berkahwin dengan Megat. Dia sudah hancurkan hubungan anak aku!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 319 “Mereka berdua-duaan dalam rumah. Apa kau tak fikir pelik jika perempuan dan lelaki yang tiada ikatan berada di dalam satu rumah pada waktu malam?” “Disebabkan perempuan murahan itu, Mikayla tak nak dengan anak aku.” Suara Ibrahim mencelah diselangi dengan batuk. Kekecohan di luar rumah menyentakkan Maya. Mata yang kuyu terus segar apabila terdengar suara orang ramai. “Kau keluar sekarang!” “MAYA!” “Perempuan murahan. Kau keluar kalau berani!” Ya Allah. Apa lagi ujian kali ini. Berat dia menghembuskan nafas.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 320 Dia gagahkan diri walaupun berbisa seluruh badan. Pintu dikuak dari dalam. “Apa kau semua nak?” Lemah dia menyoal. Susuk tubuh ketua kampung dicari. Tenat? Elok saja lelaki itu berdiri walaupun kelihatan longlai dan lemah. Mungkin Ibrahim memang sakit tapi lelaki itu bukan dalam keadaan nazak. Mereka saja reka cerita bahawa Ibrahim sedang tenat sebaliknya tidak sebegitu. “Kau musnahkan hubungan anak aku. Kau tanya lagi kenapa?!” Keras Ibrahim berkatakata. “Disebabkan kau, Mikayla putuskan pertunangan dengan anak aku. Disebabkan kau,


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 321 Megat kecewa! Kau memang budak durjana!” kata-kata Ibrahim mendapat sokongan daripada penduduk kampung. Semua orang menjadi batu api ketika melihat ketua kampung marah. “Kahwinkan saja Megat dengan Maya. Mereka sudah terlanjur!” “Betul!” “Aku tak mahu! Kami tak buat apa-apa. Ada orang perangkap aku!” katanya benar. “Senja dan Orked sendiri kata kau cuba menggoda Megat. Kau fikir mereka nak menipu? Mereka berdua jadi saksi!” “Demi Allah, aku tak bermaksiat!” “Munafik!” “Fasik!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 322 “Dasar perempuan bertopengkan iblis! Memang kau patut dilaknat Tuhan!” orangorang di situ mula masuk campur antara dia dan Ibrahim. “Kau jatuhkan maruah keluarga aku. Kau hancurkan hubungan anak aku. Sekarang, kau nak larikan diri? Kau fikir aku bodoh untuk percaya kau?!” Marah Ibrahim. Bengis mukanya sehingga urat di muka timbul. Ibrahim jalan setapak demi setapak menghampiri Maya berdiri. “Aku nak kau bertanggungjawab. Kau dengan Megat akan aku kahwinkan walaupun seribu kali kau membantah. Muktamad.” “Kenapa perlu aku bertanggungjawab sedangkan aku diperangkap? Tiada bukti kukuh


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 323 untuk tuduh aku berkhalwat dengan anak kau. Tak cukup saksi untuk kau tuduh aku.” “Senja dengan Orked saksi, dan orang kampung nampak kau dalam rumah berduaduaan dengan Megat. Hanya kau dengan anak aku di dalam rumah.” “KANDA, kanda.” Berlari Adaskhan mengejar langkah abang sulungnya. “Kenapa?” “Boleh Adaskhan berlayar ke Tanah Melayu?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 324 “Untuk apa?” Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba berhasrat untuk berlayar ke Tanah Melayu. “Apa Adaskhan fikir sebenarnya?” Dengan mudahnya lelaki ini minta untuk berlayar ke negara orang. “Kanda belum luluskan tentang pembatalan perdagangan di tempat Maya, bukan?” “Kanda sudah luluskan permintaan Adaskhan. Pedagang kita tak akan berlabuh lagi di sana untuk berdagang.” Serta-merta bahu Adaskhan jatuh. Sudah diluluskan?


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 325 “Negara kita lagi penting. Kanda tak cukup tangan untuk uruskan semua sekali. Kanda perlu bantuan Adaskhan kali ini.” Mata menikam tajam raut wajah si adik. “Batalkan niat untuk berlayar. Adaskhan sendiri merayu pada kanda untuk putuskan hubungan dengan pihak sana. Jadi salahkan diri sendiri.” “Lagi satu, berlaku ketegangan di Terusan Suez. Buat masa ini pedagang akan menggunakan jalan lain untuk berdagang ke negara lain.” “Kalau begitu, Adaskhan sanggup untuk berlayar walaupun—” “Jangan mengarut. Ingat Adaskhan itu kerabat diraja bukan pedagang biasa.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 326 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 28 MAYA tunduk kecewa apabila dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tak dicintai. Bagaimana mahu menghadap kehidupan hariannya begini kalau dia sendiri tak ada perasaan pada Megat malah secebis kasih pun tiada. Adaskhan. Pemilik nama itu sahaja bertakhta di hati, bukan orang lain.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 327 Ini bukan satu kebahagiaan yang dia mahukan dalam perkahwinan, jauh sekali kahwin kerana ditangkap khalwat. Tiada siapa bersamanya untuk menafikan tuduhan tersebut. Orang kampung memilih untuk membisu dan ada juga menyokong fitnah yang dilemparkan kepadanya. Apa perasaan Adaskhan apabila jejaka itu tahu dia berkahwin kerana ditangkap khalwat? Maya menggeleng. Adaskhan tak boleh tahu tentang ini. Janji mereka sebelum ini terkubur begitu saja tanpa mara ke hadapan walaupun setapak. Tiada apa boleh buat jika dia sudah sah bergelar isteri orang.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 328 Allah. Tak sanggup hati ini untuk menerima semua takdir hidup. Tak rela untuk meneruskan hari-hari seterusnya. “Apa kau menungkan? Puas kau sekarang?!” Suara Megat mematikan lamunan panjang. “Apa yang puas? Kenapa kau banyak berdiam sedangkan kau boleh nafikan fitnah mereka?” “Sekalipun aku bersuara, ada mereka percaya? Dan aku percaya kata-kata Senja dan Orked yang kau nak goda aku.” Maya bangkit. “Goda? Sikit pun aku tak pernah terfikir untuk buat kerja bodoh.” Dia bukan lemah untuk diam dan terus dihina.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 329 “Jadi apa kau buat di rumah aku malam tu?!” “Kau nak aku jelaskan berapa kali? Aku sendiri tak tahu itu rumah kau dan aku tak tahu ayah kau pindah rumah lain. Kau fikir aku tahu sendiri kalau bukan orang lain beritahu?!” Megat mula menyumpah. “Jadi sekarang ini macam mana? Apa aku perlu buat? Hubungan aku dengan Mikayla berakhir!” “Kau kahwin dengan dia,” balas Maya selamba tanpa rasa bersalah. Megat tertawa sinis. “Senang kau cakap. Kau ingat dia nak aku lagi? Kau ingat dia boleh terima aku lepas apa yang dia nampak? Ini semua salah kau!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 330 “Kau jangan nak tunding jari dekat aku sorang.” “Dekat siapa lagi aku nak tunding jari kalau kau penyebab kita berdua ditangkap?!” makin keras Megat bersuara. “Aku sendiri diperangkap. Kau faham ke tak?!” Api dibalas api. Memang tak akan reda jikalau salah seorang di antara mereka tidak mengalah. “Aku tak boleh hidup dengan kau.” Megat geleng kepala berkali. “Dan aku tak boleh cintakan kau. Sikit pun aku tak ada perasaan dengan kau.” Orang yang dia cinta ialah Adaskhan, bukan Megat.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 331 “Mana kau nak pergi perempuan sundal?!” Megat menghalang apabila melihat Maya jalan meninggalkannya. “Suka hati aku. Kau bukan sesiapa. Dan satu lagi, jaga mulut kau. Aku bukan perempuan sundal!” Kain batik yang menutupi rambut Maya ditarik bersama rambut wanita itu. “Aku tak boleh bahagia dengan orang yang aku cintai, kau pun sama. Jangan ingat kau boleh bahagia!” bisik Megat di sisi telinga Maya. “Bukan masalah aku. Kau kahwin dengan Mikayla dan ceraikan aku. Selesai masalah kau!” Cengkaman tangan Megat pada rambutnya ditepis. Tak baik lagi sakit di badan dan muka,


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 332 bertambah satu lagi sakit di kepala apabila rambut ditarik kasar. “Senang kau cakap. Kau mampu pujuk dia untuk berkahwin dengan aku? Kau mampu sembuhkan hati kami?!” “Lepaskan rambut aku!” Tubuh Megat ditolak kerana tak mampu menahan sakit di kepala. “Penyesalan terbesar aku adalah termakan rayuan sampah kau untuk balik ke sini semula dan kahwin dengan lelaki dayus seperti kau!” “Puih!” Kepala Maya ditolak sehingga tersembam wanita itu ke lantai. “Aku dayus? Baik. Kau sendiri cabar aku.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 333 SETIAP kali lalu di hadapan rumah yang pernah dihuni oleh Maya, membuak-buak rasa rindu di hati. Entah kenapa rasa ini tak pernah mati. Sentiasa kekal abadi walaupun tuan badan sudah jauh pergi. Teringat detik-detik bersama Maya. Bukan sebulan, bukan dua bulan tetapi hampir setahun mereka berkenalan sejak di atas kapal lagi hingga mereka berlabuh di bumi Turki. “Tuan masih teringat dia?” Elder memecah kesunyian malam. “Semua kawasan kita sudah lawat. Mari pulang ke istana,” ajakan Adaskhan dituruti tanpa bantahan. Walaupun lelaki ini mengelak


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 334 untuk menjawab soalannya, tapi mata dan perasaan tak boleh menipu. Elder tahu lelaki ini rindukan wanita bernama Maya Surya. “Luka di perut masih belum sembuh.” Lantas itu, luka di bahagian perut dia sentuh. Masih terasa hirisan pedang pada perut sehingga mengoyakkan kulit di tubuh. Luka ini terjadi kerana serang hendap yang dilakukan oleh musuh negara. Masa itu juga dirinya beraksi walaupun tidak berpakaian baju besi. “Esok lusa, hilang sakit ni.” “Tapi parut takkan hilang,” balas Elder. “Macam tak biasa pula kau ini. Apa kau nak risau sangat fasal aku? Tahu lah aku jaga diri.” Bahu Elder ditumbuk.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 335 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 29 TENTERA yang sedang berlatih dikawal dari jarak jauh supaya tiada seorang pun mengelat dari meneruskan latihan, termasuk adik sendiri, Adaskhan. Sultan Qaid memang dikenali dengan perwatakan beku, tetapi beku itu tidak pada semua tempat. Kadangkala dia bergurau juga dengan orang-orang di istana, tetapi kalau waktu begini memang dingin seperti kutub ais.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 336 Dengan Sultanah Humaira bukan main lagi lembut perlakuan dan pertuturan. Bila dipanggil, laju menyahut. Dengan adik-beradik lain dingin semacam. “Uncle!” jerit Iskender dari dalam istana. Kaki dijinjit untuk melihat bapa saudaranya berlatih. “Iskender, pergi belajar sana. Sekarang waktu belajar,” tutur si bonda lemah-lembut. Sebelum anaknya dimarahi suami, lebih baik dia bersuara terlebih dahulu. “Lepas belajar nanti Is nak keluar main, boleh kan bonda?” “Boleh, tapi ajak adik sekali.” “Baik.” Dikerling raut wajah bapanya sebelum dia berlari masuk ke dalam.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 337 “Kenapa dingin sangat muka kanda?” tegur sang isteri. “Jauh terfikir sampai isteri tanya pun tak menjawab.” Lengan Qaid disentuh. Entah fokus kepada tentera yang sedang berlatih atau tenggelam dalam lamunan. Humaira pandang anak mata suami yang tertumpu pada seseorang dan beralih pandangan ke arah yang sama. Adaskhan. “Adaskhan nak belayar ke Tanah Melayu.” “Sebab? Bukan kanda beritahu yang Adaskhan minta putuskan hubungan dengan pihak di sana?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 338 “Dia nak ke sana sebab Maya. Dia nak cari Maya sebenarnya.” “Maya pulang ke Tanah Melayu?” Qaid angguk. “Kanda izinkan?” tanyanya walaupun sudah tahu jawapan Qaid. Memang tidaklah lelaki ini benarkan Adaskhan berlayar sedangkan negara sedang gawat diserang musuh. “Kanda jumpa surat yang ditulis Maya untuk Adaskhan. Dia suruh Adaskhan tunggunya pulang.” Humaira senyum kecil. “Nampaknya adinda kesayangan kanda dilamun cinta.” Fikir mereka sekeluarga, Adaskhan akan jatuh cinta dengan mana-mana wanita di Turki atau puteri dari kerabat diraja lain tetapi jauh


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 339 sekali sangkaan mereka kali ini. Tak sangka Adaskhan akan suka kepada wanita dari Tanah Melayu. “Biarlah Adaskhan suka sesiapa pun. Jangan pernah halang dia untuk bersama seseorang. Kita tak berhak untuk tentukan jodoh dan hidup seseorang. Kebahagiaan seseorang terletak pada tangannya sendiri, bukan tangan orang lain.” MIKAYLA dikejar saat tumpuan tidak lagi fokus pada kerja. Megat memanggil nama wanita itu berulang kali walaupun tidak dilayan oleh Mikayla sama sekali. Sungguh dia rindu


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 340 kepada tunangnya. Melihat raut wajah wanita itu pun tak mampu memadam rasa rindu di hati. Hati dan diri ini sentiasa ingin memiliki wanita bernama Mikayla. “Awak dengar saya panggil nama awak, tapi kenapa awak tak pandang?” “Buat apa saya nak pandang awak? Tengok muka awak saja saya sakit hati? Tak cukup ke awak hancurkan hubungan kita? Sekarang awak nak sakitkan hati saya pula dengan tengok muka tak bersalah awak?!” Emosi sekali Mikayla meluah. “Puas awak Megat? Puas?! Saya fikir awak berlayar ke Turki untuk berdagang, tapi lain pula jadi bila mana awak jalinkan hubungan dengan Maya dalam diam!” Orang-orang di situ


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 341 mula diam dan melihat kejadian tersebut. Ada pula meneruskan langkah kerana tak mahu masuk campur. “Sumpah saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Saya sendiri tak tahu kejadian malam itu. Saya tak ada hubungan dengan dia, saya tak cintakan dia, Mikayla. Saya cuma mahukan awak, bukan dia!” Berpuluh kali dia jelaskan, Mikayla memilih untuk tidak percaya. Hati ini semakin benci dengan Maya apabila nama itu acap kali meniti di mulut Mikayla. Wanita itu tertawa sinis. “Sudah Megat. Saya tak akan percayakan sesiapa lagi terutama awak dengan Maya. Hati saya terlalu sakit untuk terima semua ini. Saya tak nak tengok muka


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 342 awak lagi. Jangan ganggu saya lagi!” Kaki diatur pergi tanpa menunggu balasan Megat. “Mikayla.” Lengan wanita itu cuba dicapai malah ada satu tangan menepis kasar tangannya menyebabkan Megat beralih arah. “Jangan ganggu dia. Kau tak faham ke dia kata apa tadi?” “Terima hakikat kau dengan Mikayla tak ada jodoh. Kenapa kau nak kejar dia sedangkan kau dah ada isteri. Cukup jaga isteri kau, Maya. Satu kampung tahu kau dengan Maya berkhalwat. Buat malu ayah kau saja. Buat kotor nama keluarga.” Rahang bergerak menahan geram. Penumbuk digenggam supaya bersabar dari


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 343 melepaskan tumbukan ke wajah pemuda di hadapannya. “Berambus. Kau tunggu apa lagi?!” herdik lelaki itu. Tak betah berdiri di sini, Megat langsung mengambil barangnya dan pulang ke rumah. Malu kerana Mikayla melihat segala-galanya. Mana dia nak letak muka selepas ini. Pintu rumah ditendang. Sekujur tubuh Maya yang sedang terbaring lemah disepak. Rambut panjang wanita itu dicengkam. “Bangun!” “... sakit! Kau nak apa lagi, Megat?!” Tanpa sebarang amaran, getah paip dilibas ke tubuh Maya untuk dia lepaskan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 344 geram. Jeritan wanita itu langsung tak memberi sedikit rasa kasihan di dalam hatinya. “Kau tahu tak disebabkan kau, aku tanggung malu! Orang-orang pandang aku serupa aku yang jahat!” “Kau perangkap aku. Kau jatuhkan air muka dan maruah keluarga aku! Mana aku nak letak muka aku lepas ni?!” Zas! Zas! “Sa— sakit... Megat!” “Maruah aku calar disebabkan perempuan murah macam kau!” dia libas getah paip itu di lengan Maya supaya wanita itu bangun dari perbaringan. “Arghhh...!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 345 “Mikayla benci aku. Ayah aku benci aku. Orang kampung benci aku sedangkan kau puncanya!” Zas! “Aku... tak salah arghhh!” “Kau tak salah? Kalau kau tak masuk dalam rumah aku, kita tak akan berkahwin dan kau tak akan jadi isteri aku!” Dilibas lagi dan lagi sehingga Maya rebah kembali di atas lantai rumah. Setiap kali tubuhnya dipukul, hanya jeritan kedengaran. Zas! “Aku benci kau! Aku haramkan kau keluar rumah mulai sekarang!” Tulang rusuk wanita itu disepak, lalu Megat membanting


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 346 getah paip ke arah Maya sebelum dirinya berjalan masuk ke dalam bilik.


Click to View FlipBook Version