BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 97 “Masuk!” “Oo... okay saya masuk.” Segera dia masuk ke dalam bilik berehatnya. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam sama seperti arahan yang diberikan oleh Adaskhan. Punggung dilabuhkan pada tilam nipis yang dijadikan sebagai katil. Jari jemarinya diramas kerana memikirkan apa yang diucapkan jejaka itu sebentar tadi. Apa yang terjadi di luar sana? Kenapa Adaskhan nampak tegas bila bercakap dengannya? Maya mulai baring di atas tilam nipis sambil termenung panjang. Perutnya yang lapar diusap perlahan. Baru nak masak tapi ada sesuatu yang terjadi menyebabkan dirinya
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 98 terpaksa membatalkan niat untuk membakar ikan. Beberapa minit kemudian terdengar Adaskhan memberi arahan dengan nada suara yang lantang, ini membuatkan Maya semakin tertanya-tanya. “Kenapa dia tak bagi aku keluar eh?” Rambutnya yang hampir terkeluar dari tudung dikemaskan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 99 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 9 SUASANA di antara dua pihak menjadi dingin. Adaskhan diam dan pihak lawannya turut mendiamkan diri, kedua-duanya berlaga mata tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun dari mulut. “Selamat,” ucap pihak lawan seraya menunduk hormat ke arah Adaskhan dan yang lain. Diikuti anak buahnya di belakang. “Boleh aku tahu kalian dari mana dan siapa gerangan yang berdiri di hadapan aku?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 100 Soal ketua lanun bermata satu kepada Adaskhan dan yang lain. Elder menoleh ke arah ketuanya, menanti jejaka itu membuka mulut untuk bersuara. “Apa niat kau masuk kapal kami?” Garau nada suara Adaskhan menyoal empunya badan yang bertanya. “Seperti biasa pekerjaan seorang lanun. Merampas harta dagang para dagangan dan jikalau kau sendiri berkeras untuk tidak menyerahkan barang yang miliki, maka kami terpaksa menggunakan kekerasan untuk merampasnya.” Habis saja si ketua lanun kata begitu, pedang dikeluarkan seraya menghalakan ke arah Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 101 Lantas Elder turut mengeluarkan pedang miliknya dan dihalakan ke arah jejaka itu. Setapak dia bergerak ke hadapan, anak buah pihak lawan mengeluarkan senjata tajam kepunyaan mereka. "Serahkan semua barang dagangan atau kita bermain nyawa dan darah di atas kapal ini.” “Aku tak akan serahkan.” Tenang Adaskhan menjawab sambil menarik pedang miliknya keluar. “SERAHKAN!” “Aku tak mahu.” Rambut yang jatuh terjuntai ke dahi diselak ke belakang. Pedang si lanun yang menghala ke arahnya ditepis dengan tangan begitu saja. Belum sempat si lanun ingin mengunci
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 102 pergerakannya, Adaskhan terlebih dahulu menghalakan mata pedang di leher pihak lawan sehingga si lanun mendongak dari terkena hujung mata pedang. “Kau memang nak mati di tangan aku!” kata si lanun dengan menengking kuat. “Jangan berundur kalau kau dah maju setapak ke hadapan.” Adaskhan melangkah setapak ke hadapan sehingga hujung mata pedangnya menyentuh kulit pihak lawan. “SERANG!” Jerit Philip kepada anak buahnya. Dengar saja perkataan serang, Adaskhan terus menendang dada lelaki di hadapannya sehingga lelaki itu tersungkur menyembah lantai
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 103 kapal. Dibiarkan yang lain berlawan, sementara dia di sini berlawan dengan si ketua lanun. Sempat mata melirik ke arah bilik yang dihuni oleh Maya. Andai ada di antara pihak lawan cuba merempuh masuk bilik itu, dia tak teragak-agak ingin melibas mereka dengan pedangnya sendiri. Pak! Pak! Adaskhan terlentang ke belakang apabila perutnya disepak berkali-kali oleh Philip. Tubuhnya ditindih oleh lelaki itu. “Kan aku sudah kata. Serahkan barang dagangan atau kita bermain nyawa di atas kapal ini.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 104 “Kau tahu aku ni siapa? Aku adalah Philip, raja lanun yang digeruni oleh semua lanun di lautan ini. Dan kau siapa untuk cabar aku?” Katanya lagi beserta senyuman sinis. “Oh. Siapa tanya?” Soal Adaskhan bersahaja. Lalu dia melayangkan sebuah penumbuk di wajah lawannya dan ditolak tubuh jejaka itu dari menindih tubuhnya. Serta-merta Adaskhan bangun dan Philip turut bangun sama. Tanpa sebarang amaran Philip terus menghayunkan pedang ke arah perut jejaka itu tetapi sempat ditahan oleh Adaskhan dengan menggunakan pedangnya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 105 Kedua-dua senjata itu bertemu sehingga menghasilkan bunyi yang membuatkan orang di sekitar mereka terasa ngilu. Cubaan untuk menendang Adaskhan tidak menjadi apabila jejaka itu pantas mengelak dari terkena mata pedang. Sekali lagi Philip menghayunkan pedangnya dan kali ini tepat mengena lengan kiri jejaka itu. Lengan baju Adaskhan terkoyak. Dia tertawa besar setelah melihat muka berkerut Adaskhan yang menahan sakit. “Kan aku bilang tadi. Jangan cabar aku! Itu padahnya sebab kau cabar kesabaran aku!” “Geledah kapal dan ambil semua barang berharga yang ada! Jangan biarkan ada sedikit
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 106 pun tersisa. Kalau boleh kita bunuh mereka di sini!” Kuat suara Philip memberi arahan kepada anak buahnya yang sibuk menyerang pihak lawan. Adaskhan mengetap gigi sehingga rahangnya bergerak-gerak menandakan dia sedang menahan amarah. Setapak demi setapak dia menghampiri Philip yang membelakangi dirinya dan tanpa sempat lelaki itu sedar kewujudannya, Adaskhan terus menumbuk kepala serta menendang pinggul Philip. Pedang si lanun diambil lalu dicampakkan ke arah lawannya. “Bangun, kita lawan. Kalah mati. Kalau kau mati, anak buah kau tawanan aku dan kapal kau jadi hak milik aku.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 107 Pedang dijatuhkan ke sisi, menunggu Philip bangun. Darah pekat yang menitik di lantai kapal dibiarkan oleh Adaskhan. Tidak sesakit yang pernah dia rasakan di bahagian perut. “Siapa kau sebenarnya?” Ini baru kali pertama dia nampak orang biasa melawan dirinya yang dikenali sebagai lanun. Sedangkan lanun yang lain pun gerun terhadapnya dan memberikan harta kepada mereka tanpa berlawan. Menarik. Sudahlah mereka baru balik dari negara Turki untuk menjalinkan hubungan dengan Si Sultan, tak sangka pula dalam perjalanan pulang ke tempat asal boleh dapat mangsa.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 108 “Aku kalah, baru aku beritahu siapa aku sebenarnya.” Jawab Adaskhan tenang. Kedua pedang itu bertembung di saat mereka sudah bersedia untuk berlawan. Geseran pedang Adaskhan dan Philip menjadikan suasana di atas kapal bertambah huru-hara. Philip mengundur setapak ke belakang apabila Adaskhan mara ke hadapan, sehingga tidak sedar bahawa mereka berdua berada di atas satu papan yang menghubungkan dua kapal. “Aku tak akan kalah dengan kau.” Kata Philip dengan nada angkuh. Badannya cuba diseimbangkan di atas papan tersebut supaya tidak jatuh ke dalam laut. Air laut yang bergelora di bawah sana membuatkan dirinya gayat untuk berlawan di atas titian ini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 109 Baru saja ingin menolak Adaskhan jatuh ke dalam laut, tubuhnya ditendang kuat dari hadapan sehingga dia terjatuh ke dalam kapal miliknya. Di kesempatan itu, Adaskhan berjalan selangkah demi selangkah memasuki kapal kepunyaan Philip. Kakinya naik memijak perut Philip yang terbaring. “Kau cakap besar Philip.” Tanpa menyoal banyak, Adaskhan terus menghayunkan pedang di peha Philip. Seluar di bahagian peha lelaki itu terkoyak sehingga menampakkan isi daging. Darah yang terpercik dipandang sepi oleh Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 110 Meraung kuat Philip kerana tindakan drastik lawannya. Tercungap-cungap nafasnya kerana kesakitan yang amat. “Bangun.” Luka di bahagian peha lelaki itu dipijak kasar. Dan kali ini makin kuat Philip menjerit sehingga menarik perhatian anak buahnya. Adaskhan menoleh ke kapalnya apabila telinga menangkap bunyi derapan tapak kasut beberapa orang. “Kalau berani dekatlah, kau akan tengok ketua kau putus kepala.” Mencerlung tajam panahan mata Adaskhan kepada beberapa orang anak buah Philip.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 111 “Lamanya kau nak bangun. Penat aku tunggu.” Kening yang gatal digaru seraya bersandar pada dinding kapal. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Philip masih tak bangun dari perbaringan. Lelaki itu meringkuk kesakitan sambil memegang pehanya yang berdarah. “Dengan rasminya aku anggap kau kalah. Kau jadi tawanan aku dan kapal kau hak milik aku sepenuhnya.” Tanpa banyak kata, tali yang berhampiran dengannya diambil lalu Adaskhan mengikat kedua tangan dan tubuh Philip.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 112 “Ketua kau dah kalah. Kau tunggu apa lagi? Melutut!” Tegasnya. “Mesut, tolong bawa kapal ni sebab kapal ini sepenuhnya jadi milik kita!” “Baik Tuan Adaskhan!” Laju dia menyeberangi titian ke kapal Philip dengan beberapa anak kapal yang lain. “Ikat mereka semua!” “Kau nak bawa aku ke mana?!” “Tepat istimewa, mungkin penjara ataupun hukuman bunuh. Bergantung dengan kesalahan yang kau buat.” “Ada yang mati?” Soal Adaskhan kepada anak buahnya. “Tak ada, paling teruk pun mereka cedera parah.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 113 Kepala di anggukkan. “Beritahu aku dulu, siapa kau sebenarnya?!” Tengking Philip. Tak pernah lagi dia kalah di tangan semua lanun, dan hari ini dia kalah di tangan seorang lelaki yang entah dari mana asal usul. “Kau tahu itu bendera apa?” Adaskhan tunjuk sebuah bendera kecil yang tergantung pada tiang kapal. Philip terdiam kerana sedar akan sesuatu. Ya, dia baru perasan lelaki ini berasal dari Turki. “Untuk pengetahuan kau, nama aku Adaskhan. Anak kepada Almarhum Sultan Abdul Aziz dan adik lelaki Sultan Qaid Darwisy yang sekarang ini memerintah Turki.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 114 “Salam perkenalan Philip si ketua lanun yang digeruni.” Perkataan ketua lanun ditekankan oleh Adaskhan lalu dia tersenyum senget. Sejurus kata begitu, jelas wajah Philip dan anak buahnya pucat lesi. Bungkam dan tergamam. Mereka salah orang!
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 115 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 10 ARJUNA merenung lama rumah Maya yang sudah usang. Baru hari ini dia tergerak hati untuk berjalan di hadapan rumah wanita itu tetapi apa dilihat adalah rumah itu seperti rumah terbiar. Tiada orang, kosong dan tak berpenghuni. “Salmi! Kau nampak tak dia pergi ke mana?” tegur Arjuna di saat jiran Maya muncul di belakang rumah.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 116 Selangkah dia maju ke hadapan mendekati rumah pusaka milik Maya Surya. “Entah mana aku tahu, dah mampus agaknya dia. Suka hati dialah pergi mana, bukan urusan aku!” Laung Salmi dari jauh. Terfikir juga dia ke mana Maya pergi selama ini kerana sudah lama dia tak nampak susuk tubuh wanita itu berada di kampung ini. “Takkan kau tak tahu dia ke mana? Kau kan jiran dia.” Leher dipanjangkan untuk mencari kelibat Maya di dalam rumah yang tertutup rapat itu. “Kau ingat aku ada masa ke nak ambil kisah fasal perempuan tak ada mak ayah tu? Aku pun ada hidup aku sendiri, tak kuasa nak sibuk
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 117 hal dia.” Dia mengeluh kepenatan kerana penat berjalan dengan tubuh badan yang gempal. “Apa jenis jiran kau ni Salmi. Maya pergi mana pun kau tak tahu.” “Kenapa kau tak jadi jiran si Maya, ambil tahu fasal dia. Kan senang! Jangan tanya aku. Aku malas nak ambil tahu tentang hidup dia. Dia mati ke atau dia hidup tak penting!” Pasu bunga di bawah tangga diangkat lalu disusun di tepi pagar kayu di kawasan rumahnya. Arjuna mendecit. Susah betul cakap dengan perempuan seperti Salmi. Tanya soalan semua tak tahu, apa yang wanita itu tahu adalah makan, makan dan makan. Lebih baik tak payah tanya soalan
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 118 kepada Salmi, sampai ke sudah wanita itu tak tahu satu habuk pun. “Maya!” Laung Arjuna dari luar rumah wanita itu. “Assalamualaikum Maya!” Sepi. “Maya, kau ada di rumah ke tidak?! Jangan sampai aku pecah masuk cari kau!” “Buat apa kau cari dia, lebih baik kau cari aku.” Salmi bersuara. “Buat apa aku cari kau? Tak berguna langsung. Tak hingin aku nak cari kau. Mulut kau tak ubah seperti longkang! Busuk!” Satu perkara yang dia tak suka tentang Salmi adalah, wanita berbadan gempal ini selalu menyebarkan cerita tak betul kepada orang kampung
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 119 mengenai Maya memandangkan mereka berdua berjiran. Terus terdiam Salmi apabila Arjuna kata begitu kepadanya. Terasa. Walhal dia menyimpan perasaan terhadap Arjuna tetapi lelaki itu melayan dirinya dengan kasar. Balik balik asyik sebut nama Maya, apa yang istimewanya Maya di hati Arjuna? Maya memang tak guna! Mesti wanita itu goda Arjuna sehingga lelaki ini mencarinya saja. “Daripada aku tengok kau, lebih baik aku masuk dalam rumah. Menyampah aku tengok muka kau!” Herdik Salmi. “Kau ingat kau cantik seperti Maya ke? Aku pun tak kuasa tengok kau. Meluat. Mulut longkang!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 120 Pintu rumah dihempas kasar oleh Salmi. “Arjuna, buat apa di depan rumah Maya?” tanya Mikayla yang kebetulan lalu di kawasan tersebut. Lebar senyuman Mikayla di saat terlihat figura Arjuna di sini. Tetapi yang menghairankan, apa yang lelaki ini buat di hadapan rumah Maya? Senyuman menggoda menghiasi wajahnya apabila tubuh mereka saling bertentangan. Arjuna tayang riak biasa. “Kau ada nampak Maya?” “Tak ada, mungkin dia pergi kampung sebelah. Kenapa Arjuna cari Maya?” “Bukan urusan kau.” Jeling Arjuna. Sibuk betul nak tahu kenapa dia cari Maya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 121 “Arjuna bercinta dengan Maya ke?” Soal Mikayla mengubah topik perbualan. “Kalau aku kata ya, kenapa? Ada masalah dengan kau ke?” “Tak ada. Mikayla tanya saja, sebab Mikayla ingatkan orang seperti Maya tiada siapa nak. Yalah, Arjuna sendiri tahu Maya perempuan kotor. Tak ada maruah.” “Sebelum kau mengata dia, kau kena sedar. Kau yang kotor, bukan Maya. Kau cuba goda aku sedangkan Megat kekasih hati kau.” Sejurus kata begitu terus Arjuna melangkah meninggalkan Mikayla di hadapan rumah Maya. Tak kuasa melayan perempuan menggeletis walaupun Mikayla kegilaan para lelaki di kampung ini. Apa yang digilakan pun
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 122 tidak tahu, mungkin kerana suara Mikayla yang lunak dan manja di hadapan semua lelaki. Dia berhenti melangkah di saat matanya bertembung dengan Megat, kekasih Mikayla. “Sihat Arjuna? Lama tak nampak.” “Hidup je ni, tak mati lagi.” Jawabnya selamba. “Ganas betul kau. Kenapa? Ada masalah ke?” “Aku nak ingatkan satu, tolong jaga kesayangan kau si Mikayla. Jangan biar dia menggedik dengan orang lain.” Bahu Megat ditepuk-tepuk sebelum meninggalkan Megat yang terdiam. Megat menggigit bibir. Dia tahu kekasihnya menyimpan rasa terhadap Arjuna,
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 123 tetapi dia diamkan saja. Selagi Mikayla tidak minta putus, dia tak akan lepaskan wanita itu. Sebab dirinya terlalu cintakan Mikayla sehingga sanggup lakukan apa saja demi Mikayla. ANGIN malam di tengah lautan dibiarkan menampar lembut pipinya. Tubuhnya yang kesejukan dipeluk seraya mengusap perlahan kedua lengan sambil merenung ke arah langit yang dipenuhi bintang yang bertebaran di atas sana. Fikiran Maya kosong, tetapi raut wajahnya menunjukkan bahawa dirinya dalam kesedihan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 124 Di saat semua pedagang lena dibuai mimpi, dia keluar dari bilik untuk menenangkan diri. Memandang bintang ciptaan Tuhan yang indah tak terkata, bahkan menjadikan jiwanya tenang. “Kenapa kau keluar?” Satu suara menyapa dari arah belakang membuatkan Maya menoleh tanpa sebarang reaksi. Adaskhan. Kemudian dia memandang semula ke atas untuk melihat kepekatan langit malam yang disinari bulan dan bintang. Ditambah lagi dengan lautan yang berombak. Batang hidung dipicit. Lalu Adaskhan melangkah setapak ke hadapan, berdiri di sisi Maya yang berdiri tegak menghadap barat laut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 125 Dipandang wajah wanita di sisinya sesaat sebelum dirinya turut mendongak memandang langit yang bercahaya. Sementara seorang anak kapal yang perlu menjaga keamanan hanya memerhati tindakan mereka berdua dari jauh. Tak pernah dia lihat Tuan Adaskhan serapat ini dengan seorang wanita, kerana sikap dingin lelaki itu membuatkan semua gadis di Turki takut untuk mendekatinya. “Cuba tengok bintang-bintang atas tu, cantik sangat.” Ujar Maya secara tiba-tiba untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka berdua. “Bintang memang cantik, sebab itu salah satu fungsi bintang adalah menghiasi langit.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 126 Maya menoleh ke sisi. “Ada fungsi lain ke selain tu?” Adaskhan angguk. “Dalam surah Almulk, ayat ke 5. Allah ada berfirman. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat pada penglihatan penduduk bumi dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintangbintang itu punca rejaman terhadap syaitansyaitan.” “Bahkan setiap surah di dalam Al Quran ada kisah yang tersendiri. Salah satunya surah An-Najm, bermaksud bintang.” “Untuk pengetahuan kau, ada 3 fungsi bintang iaitu hiasan langit, pelontar syaitan dan petunjuk ke arah manusia.” Sambungnya lagi sambil menyilangkan tangan di dada.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 127 “Petunjuk ke arah manusia? Sembah bintang ke?” Soal Maya bingung. Adaskhan tersengih. Dia hampir ketawa dengan persoalan Maya, entah kenapa rasa terhibur. “Bukan. Biasanya bintang petunjuk kepada pelayaran di lautan dan di pandang pasir. Kami akan tengok bintang untuk menuju ke suatu tempat.” “Seperti crux. Bintang berbentuk layanglayang, menunjukkan ke arah selatan.” Tangan diangkat menunjuk ke arah langit sambil melukis bentuk rupa layang-layang. “Ursa major. Bintang berbentuk beruang, menunjukkan ke arah utara.” Katanya, lalu dia
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 128 seakan-akan melukis bintang berbentuk beruang di langit. “Orion. Bintang berbentuk pahlawan, menunjukkan ke arah barat dan akhir sekali, bintang berbentuk kalajengking. Menunjukkan ke arah tenggara atau timur.” Sesudah itu, Adaskhan menurunkan tangan ke sisi. Dipandang langit yang terbentang luas itu untuk mencari rasi bintang yang merupakan penunjuk arah. “Maya, tengok belakang sana. Tengok empat bintang yang terang. Satu dari timur, satu dari barat, satu dari utara dan satu lagi di arah bawahnya, selatan. Nampak?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 129 Dicari bintang yang dikatakan oleh Adaskhan, melilau matanya mencari rupa bintang tersebut. Pantas Adaskhan mengangkat tangan untuk menunjuk ke arah bintang yang dikatakan olehnya kepada Maya. “Nampak.” jawabnya sambil memandang lama bintang tersebut dari empat penjuru. “Itu crux si layang-layang, menuju ke arah selatan.” “Maksudnya...” Perut yang berbunyi mematikan ayat yang ingin diucapkan. Maya pejam mata menahan malu. Boleh pula perutnya berbunyi waktu begini, di hadapan Adaskhan pula tu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 130 “Kau tak makan lagi ke hari ni?” Soal Adaskhan. “Belum, tak sempat sebab hari ni saya sibuk bakarkan ikan untuk mereka.” “Pentingkan orang lain, sampai diri sendiri pun tak ambil tahu. Kau sepatutnya makan dulu, baru kisahkan orang lain. Mereka tu dah besar, ada akal. Pandai-pandailah mereka uruskan hidup.” “Utamakan diri kau dulu, baru orang lain. Kau sakit, aku yang susah hati.” Adaskhan terdiam apabila tersedar sesuatu, dia terlepas cakap! Laju dia bergerak meninggalkan Maya seorang diri di situ, lalu Adaskhan menghampiri
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 131 seorang anak kapal yang sedang makan sebungkus roti. Sementara Maya terkedu tatkala mendengar ayat tersebut meniti di bibir jejaka bermata biru itu. “Tuan Adaskhan, ada apa tuan?” Soal lelaki itu apabila adik Si Sultan menghampiri dirinya yang sedang menikmati roti yang masih panas. “Ada lebihan roti yang tinggal?” Laju dia mengangguk. “Ada tuan, masih banyak sebab saya baru bakar roti tadi. Kalau tuan lapar, saya boleh ambilkan di bawah.” Pantas kepala di gelengkan tanda tidak mengapa. “Aku boleh ambil sendiri, terima kasih.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 132 Laju Adaskhan menuruni tangga kapal menuju ke tingkat bawah untuk mengambil roti. Beberapa minit kemudian dia muncul semula di atas kapal dengan membawa sebungkus roti di tangan. Kelibat Maya dicari dengan matanya, kelihatan wanita itu berada di pintu masuk kapal. “Maya Surya.” Panggil Adaskhan dengan nama penuh. “Apa?” Sekilas dia memandang wajah Adaskhan, kemudian beralih ke arah sebungkus roti yang dihulurkan oleh jejaka itu. “Makan habiskan, kalau lapar lagi beritahu aku.” “Terima kasih.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 133 Lalu Adaskhan pergi meninggalkan dirinya seorang diri di sini. Belakang tubuh Adaskhan yang tegap berjalan membelakanginya ditenung lama beserta segaris senyuman nipis. Dia selesa dengan Adaskhan. Dia selesa. Kerana jejaka itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya seperti penduduk di kampung. Tambahan, Adaskhan tidak mempergunakan dirinya. Roti pemberian jejaka itu dipandang dengan senyuman tak lengkang dari bibir. Dia percayakan Adaskhan. Lelaki yang baik.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 134 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 11 “TIBA saja di Turki nanti, diminta semua pedagang yang berlayar di Tanah Melayu menghadap Sultan Qaid terlebih dulu. Ini arahan baginda, bukan arahan aku. Jangan cubacuba mengelak untuk berjumpa dengan baginda sebab ada perkara baginda nak dengar dari mulut kau semua.” Memang itu yang dikatakan oleh Kanda Qaid kepadanya sebelum berlayar ke Tanah Melayu. Bukan mereka saja perlu buka mulut,
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 135 malah dirinya juga tidak terkecuali. Memandangkan dia mengetuai pelayaran ini serta memimpin para pedagang, maka dia akan disoal lebih banyak soalan berbanding orang lain. Semenjak Kanda Qaid menaiki takhta dan menggantikan Almarhum ayahanda, sikap lelaki itu semakin tegas. Tidak boleh langgar sikit protokol istana, pasti hukuman menanti. Ketika pemerintahan ayahanda, tak ada lah seketat ini protokol istana. Dia bebas untuk balik lewat atau keluar sesuka hati. Adaskhan geleng kepala. Tak. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz pun sama. Yang membezakan adalah dia
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 136 terlepas keluar dari istana tanpa pengetahuan orang lain, tetapi sekarang setiap gerak-gerinya diketahui oleh Kanda Qaid. Kalau dia terlepas keluar pun, itu bantuan Kakanda Humaira. Wanita itu menolongnya keluar dari istana. “Baginda nak tahu tentang apa Tuan Adaskhan?” Bahu diangkat. “Menghadap baginda dulu, baru kau tahu.” Dia sendiri pun tak tahu soalan yang bakal keluar dari mulut Sang Raja. Soalan Kanda Qaid bukan boleh dijangka, kadang dia sendiri pun tak boleh menjawab. “Dah. Bersurai. Buat kerja masingmasing.” Arah Adaskhan dingin.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 137 Sebuah kotak kayu yang berada di tengahtengah kapal ditolak sehingga ke hujung sudut kapal untuk dikumpulkan bersama kotak-kotak yang lain. “Elder. Dalam kotak ni ada apa?” Tanyanya sambil menunjuk ke arah kotak yang ditolak sebentar tadi. “Tembikar tuan.” Kepala dianggukan. “Latihan seperti biasa. Kosong ruang di sini dan letak semua barang dagangan ke tepi.” Pedangnya yang disandarkan di kerusi kayu disambar, lalu Adaskhan melangkah ke tengah-tengah ruang di atas kapal. Menunggu Elder bersedia terlebih dahulu kerana lawannya adalah Elder ketika dalam latihan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 138 “Macam mana dengan keadaan mereka di kapal sana?” Tanya Adaskhan kepada Elder untuk mengetahui perkembangan anak buahnya yang menjaga kapal lanun tersebut. “Tadi mereka ada beri isyarat bahawa keadaan di sana masih terkawal. Philip dengan anak buahnya ikut semua arahan yang Mesut bagi.” Keadaan di sekeliling dipandang sekilas. Semua sudah bersedia untuk berlatih, hanya tunggu dia bersuara memulakan latihan. “Mula.” Kata Adaskhan. Pedangnya dan pedang milik Elder berlaga sesama sendiri. Kedua-duanya fokus ketika latihan, sehingga tiada secalit senyuman
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 139 di wajah. Kemudian pedang ditarik perlahan menjauhi lawannya. Bunyi suara yang lain berlawan dengan pasangan sendiri di sekeliling membuatkan jiwa Adaskhan berkobar-kobar. Darah pahlawan di dalam diri mengalir dan semangatnya kembali, menjadikan Adaskhan lebih bersemangat. Tambahan lagi dia berlatih di atas bahteranya sendiri. Sekali lagi pedang mereka berlaga sehingga ternampak percikan api keluar. Geseran yang kuat pada kedua pedang mereka menyebabkan sesetengah orang menutup telinga kerana tak tahan dengan bunyi yang terhasil. “Hah!” Lantas Adaskhan menendang Elder sehingga tergolek jejaka itu ke belakang.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 140 Pedangnya diangkat tinggi untuk menikam jejaka itu yang terbaring di atas lantai, tetapi sempat ditahan oleh Elder dengan menggunakan pedangnya sendiri. Perut Adaskhan disepak oleh Elder yang masih terlentang di atas lantai. Segera jejaka itu bangun dengan kudratnya yang masih banyak. Pedang yang disimpan oleh Adaskhan dipandang. Faham. Lalu Elder turut menyimpan pedang kepunyaan kerana mereka akan berlawan tangan sebentar lagi. Adaskhan berdehem di saat matanya ternampak kelibat Maya turun ke tingkat bawah. Wanita itu langsung tak terganggu dengan latihan mereka, mungkin sudah terbiasa.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 141 Kemudian dia berpaling ke arah Elder yang tersenyum nakal ke arahnya. Terus mati senyuman nipis Adaskhan kerana perlakuannya ditangkap oleh Elder. “Apahal kau senyum?" “Tuan Adaskhan tak tahu ke saya ni pemurah dengan senyuman.” makin lebar senyuman Elder di hadapan wajah ketuanya itu. “Meluat aku tengok kau senyum.” Jelingan diberikan kepada Elder yang masih tersenyum lebar. Terus meletus tawa Elder di saat mendengar ayat yang dikatakan oleh Tuan Adaskhan. Ceh!
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 142 Beberapa saat kemudian, mereka kembali serius. Sebuah penumbuk yang ingin dihayun ke wajah Adaskhan ditangkap cekap oleh jejaka itu dan tangkas Adaskhan menumbuk pipinya dengan tangan lagi sebelah. Sepantas kilat Elder mematikan langkah Adaskhan dengan mengunci lengannya di leher lelaki itu. Kemudian dirinya terdorong ke belakang apabila mukanya di siku oleh Adaskhan. Ganas. Bertubi-tubi serangan yang dilakukan oleh Adaskhan tanpa sempat Elder membalasnya. Dia terbatuk-batuk kerana perut ditumbuk berkali-kali.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 143 Tangan diangkat supaya ketuanya berhenti menyerang. Dia hilang tenaga untuk berlawan dengan Adaskhan kerana sakit di wajah masih terasa. “Aku minum air sekejap. Kau nangis lah dulu." Ejek Adaskhan kepada Elder yang masih tercungap-cungap kerana kepenatan. “Siapa penat, berehat dulu. Nanti sambung latihan!” ujarnya kepada yang lain.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 144 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 12 “LAMA lagi ke kita nak sampai ke destinasi?” Maya kaku di saat dirinya direnung oleh semua orang yang berada di atas kapal. Dia ada buat salah ke sampai orang lain tengok dia sehingga tak berkelip mata masing-masing? Entah apa yang mengejutkan pun tak tahu. Dia cuma bertanyakan soalan kepada salah seorang pedagang di situ saja, memandangkan Adaskhan tiada di atas kapal ini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 145 “Tak lama. Kenapa Maya?” soal Elder iaitu orang kanan Adaskhan. Kelibat Tuan Adaskhan dicari, mana tahu wanita ini mencari jejaka bertubuh tegap itu. “Saja bertanya.” Kepala yang gatal digaru. Kenapa semua orang nak pandang dia? Dia hanya bertanyakan soalan bukan buat permintaan bukan-bukan. “Ada nampak Adaskhan...” Belum habis pertanyaan ingin ditanya, Elder menunjukkan jarinya ke sebuah arah dan mengarah dirinya supaya berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang di sana. Kelihatan sosok tubuh Adaskhan baru muncul di atas kapal sambil berbincang sesuatu hal dengan seorang lelaki di sisinya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 146 “Saya tahu Maya cari Adaskhan sejak tadi, kan?” Soal Elder beserta segaris senyuman buat wanita ini. Satu-satunya wanita yang berada di atas bahtera ini. Yang selalu dipantau, dijaga dan diperhatikan oleh Adaskhan dari jarak jauh. Bukan dia tak tahu, pandangan mata adik Sang Sultan yang selalu melirik ke arah wanita bertudung litup ini dalam diam. Bila ditanya, Adaskhan mengubah topik perbualan dan mengajaknya untuk berbincang mengenai hal perdagangan. Cis! Dah suka tapi tak mahu mengaku. Mustahil jejaka itu tidak ada perasaan terhadap Maya, sebab Adaskhan lah orang paling