The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:27:15

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 147 mengawasi keadaan wanita di hadapannya ini. Sering kali kelibat Maya tidak kelihatan, Adaskhan akan berpura-pura mengira bilangan semua orang di atas kapal dan bertanyakan keberadaan Maya. Tambahan, mereka berlayar di tengah laut berbulan-bulan lamanya, jadi Elder pasti ada secebis rasa sayang Adaskhan terhadap Maya. “Kenapa?” Soal Adaskhan sebaik saja dia mendekati Maya, Elder dan lain berkumpul. Tubuh tinggi lampai Adaskhan jejaka itu berdiri di hadapan tiang kapal dipandang sambil tersenyum nakal dalam diam. Tengoklah Adaskhan dan Maya saling mencuri pandang antara satu sama lain. Kedua-duanya sudah tangkap cinta.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 148 “Maya cari tuan tadi. Dia tanya tuan di mana, jadi saya tunjuklah di mana tuan Adaskhan berada.” “Jangan tokok tambah ayat ya Elder, saya tanya dia di mana. Saya tak cari dia pun.” Kata Maya untuk menegakkan kebenaran. “Lebih kuranglah Maya, tak ada beza pun.” Jawab Elder diselangi dengan tawa yang kuat. Yang lain di situ turut tertawa sama. Adaskhan berpaling menghadap ke arah wanita ini, kening ternaik di saat mata mereka berlaga. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Pandangan mata mereka beralih ke arah lain.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 149 Elder berpura-pura batuk. Leher diusap perlahan seraya menepuk-nepuk dada bidangnya. “Aku ada salah makan ke hari ni? Teruk betul batuk,” kata Elder sambil jalan berlalu melepasi pasangan tersebut. "Yang lain di sana tu buat apa? Kerja! Kerja! Jangan bersembang.” Laung Elder yang sudah jauh. “Ada apa cari aku?” “Tak ada apa. Saya tak cari awak pun, Elder sengaja cari fasal dengan saya.” Segera Maya berlalu meninggalkan Adaskhan. Pintu bilik berehatnya dihampiri, lalu dia masuk ke dalam bilik tersebut. Sempat melirik ke arah Adaskhan yang sedang sibuk


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 150 mengangkat meja kayu serta mengarah para pedagang supaya melakukan kerja dengan pantas. Belakangnya bersandar pada pintu yang diperbuat daripada kayu sambil merenung mentol lampu. Macam mana dia mahu berterima kasih kepada Adaskhan kerana membenarkan dirinya berada sekali di atas kapal ini? Nak bagi duit? Duit pun dia tak ada, apatah lagi barang berharga. Dia datang ke sini hanya membawa surat yang diterima daripada orang misteri serta pakaiannya saja. Tak lebih dari itu. Kalau ada pun, itu rumah pusakanya yang berada di kampung.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 151 Kertas, pelepah bulu burung dan dakwat yang tersusun di atas rak di dalam bilik itu menarik perhatian Maya. Kakinya maju setapak ke hadapan untuk mengambil tiga barang tersebut. Dibawa turun kertas dan dakwat tersebut dari atas rak kayu, lalu Maya mengambil pula pelepah buluh burung. Dia duduk bersila di atas lantai bilik untuk menulis sesuatu pada kertas tersebut dengan menggunakan dakwat di dalam botol. Pelepah bulu burung dimasukkan separuh ke dalam botol dakwat sebelum menulis di atas kertas. Bibir Maya tidak lengkang dari senyuman di saat dia menulis surat tersebut untuk Adaskhan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 152 Nak meluah secara bersemuka, dia malu. Lebih baik meluah perasaan pada kertas ini. Mana tahu Adaskhan akan jumpa kertas yang ditulis olehnya. Maya bangun semula untuk meletakkan botol dakwat serta pelepah bulu burung itu pada tempat asal sesudah menghabisi ayat terakhirnya. Kemudian kertas itu di kipas dengan menggunakan tangan untuk mengeringkan dakwat tersebut. “Cepatlah kering! Cepatlah kering!” Rungutnya. Tidak cukup dengan itu, Maya meniup pula kertas di tangannya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 153 “Maya?” Kedengaran suara Adaskhan memanggilnya dari luar bilik. Pintu bilik diketuk oleh lelaki itu sebanyak tiga kali. “Ya!” Jawabnya dari dalam. “Mari makan.” Tangan disilangkan ke dada seraya merenung kosong pintu kayu itu. “Sekejap, nanti saya keluar!” Terus Adaskhan menjauhi bilik tersebut setelah mendengar balasan daripada Maya di dalam sana. Sebaik saja dakwat itu kering. Kertas itu terus dilipat kemas, kemudian Maya selitkan kertas tersebut di bawah botol dakwat. Panjang lebar dia meluah di dalam kertas tersebut. Harap-harap Adaskhan perasan kertas yang ditulis ikhlas olehnya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 154 Selendang merah yang hampir jatuh dari atas kepala dibetulkan supaya auratnya tidak terlihat. Dan setelah itu, barulah Maya keluar dari bilik tersebut untuk makan tengah hari.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 155 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 13 ADASKHAN tersenyum kecil seraya menunduk ke bawah setelah melihat wajah Maya penuh teruja saat melihat bendera Turki berkibar nun jauh di sana. Mereka semakin hampir di destinasi setelah berbulan-bulan lamanya berlayar di sebuah bahtera yang megah. “Adaskhan! Kita dah sampai di Turki.” adu Maya. Jari menunjuk ke arah bendera tergantung di sebuah tiang tinggi.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 156 Kepala dianggukkan. Sudah berapa kali Maya mengulang ayat yang sama, dia cuma mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh wanita itu. Mungkin ini kali pertama Maya berlayar sejauh ini, jauh dari Tanah Melayu. Bukan wanita itu saja yang teruja, malah semua orang yang berada di atas kapal ini turut gembira apabila tiba di destinasi. Semua orang rindukan keluarga sendiri. “Elder. Baginda tahu yang kita tiba di Turki hari ini?” Adaskhan mendekati orang kanannya yang sedang mengurus barang dagangan. “Sultan Qaid tahu bahawa tuan dan yang lain tiba hari ini. Sudah semestinya baginda


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 157 bersama isterinya menunggu kepulangan tuan di istana.” “Kita dah sampai!” Laung nakhoda yang mengawal kapal milik Adaskhan. “Angkut semua barang dagangan dan jangan tinggal satu pun di dalam kapal aku!” Kali ini Adaskhan bersuara dengan nada yang tegas. Dia tak mahu ada barang yang hilang di dalam bahteranya. Kerana itu akan menjadi satu masalah kepadanya dan Adaskhan perlu bertanggungjawab sekiranya barang dagangan tersebut hilang. “Maya. Ambil semua pakaian kau dan turun dari sini.” Diperhati wanita itu beberapa saat sebelum pandangannya beralih ke arah


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 158 seorang pedagang yang bersusah payah mengangkut barang turun dari kapal. “Mesut, tolong dia angkat barang keluar.” Adaskhan berundur ke belakang selangkah untuk memberi ruang kepada para pedagang turun dari kapal. “Elder, bawak semua pasu bunga milik Sultanah Humaira ke istana dengan keadaan selamat.” “Baik Tuan Adaskhan.” Ditundukkan sedikit kepala ke arah Adaskhan sebagai tanda menurut perintah jejaka itu, kemudian Elder terus masuk ke dalam bilik berehat Adaskhan yang tidak berpenghuni. “Ada apa-apa lagi ke Tuan Adaskhan?” Mesut berdiri tegak di hadapan Adaskhan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 159 “Setakat ini tak ada, kau boleh beritahu mereka supaya pergi ke istana terlebih dahulu sebab baginda sudah menanti kedatangan kita semua.” Setelah memastikan semua orang sudah turun dari kapal miliknya serta tiada barang yang tertinggal, barulah Adaskhan turun. Melilau mata memandang para pedagang yang berpelukan dengan keluarga mereka di pelabuhan. Diberi masa kepada mereka sebelum dibawa ke istana untuk menghadap Sang Sultan yang menanti. “Tak lupa juga, bawak Philip dengan anak buahnya menghadap baginda.” Kata Adaskhan sambil menunjuk ke arah Philip yang baru turun dari kapal.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 160 “Baik tuan!” Jawab Elder bersemangat. Diundur setapak demi setapak ke belakang lalu dia terus menghampiri Philip yang mengaduh sakit kerana luka di kaki yang masih terasa sakit. “Aku tak mahu ada seorang pun mengelak dari berjumpa dengan baginda. Gerak sekarang!” Arahnya tegas tanpa secalit senyuman. “Serahkan semua barang kepada Omar sebab semua barang dagangan akan dibawa ke istana.” Lincah mereka bergerak meletakkan barang dagangan masing-masing berhampiran dengan kereta kuda di situ. Setelah itu, Adaskhan terus mengarah mereka untuk bergerak ke istana dalam keadaan segera.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 161 Kuda yang ditunggangnya dihentikan apabila teringat sesuatu. Figura seorang wanita dicari. Tiada. Merawang matanya mencari sosok tubuh tersebut. “Kenapa Tuan Adaskhan? Masih tertinggal sesuatu?” Tanya Elder yang turut memberhentikan tunggangan. “Gerak ke istana dahulu. Jikalau baginda bertanya di mana aku berada, cakap saja aku ada urusan lain.” “Menurut perintah Tuan Adaskhan.” Lantas itu Adaskhan mengelilingi kawasan perlabuhan tersebut untuk mencari


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 162 kelibat Maya yang tidak kelihatan. Mana mungkin wanita itu sudah jauh dari sini. Tajam mata Adaskhan mencari sosok tubuh Maya sehingga seorang pun tidak terlepas dari pandangannya. Entah ke mana wanita itu pergi membawa diri, sudahlah pertama kali menjejakkan kaki di bumi Turki. Setiap jalan di sini pun Maya tidak tahu. Kepala kuda yang ditunggangnya diusap perlahan sambil memerhatikan rakyat di sini ke hulu ke hilir membawa diri. “Rifat!” panggil Adaskhan ketika dia melihat pemuda berbaju putih itu sedang membahagikan sebungkus roti kepada penduduk di situ.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 163 “Tuan Adaskhan... sebentar, saya ada urusan.” Katanya kepada seorang lagi pemuda yang berdiri di hadapannya. Lalu Rifat berlari menghampiri adik lelaki Sultan itu. Lebar senyuman Rifat tatkala melihat gerangan yang menunggang kuda di hadapannya ini. Tak sangka bahawa jejaka ini sudah pulang ke tanah air setelah berdagang jauh dari negara. “Bila Tuan Adaskhan pulang?” “Aku baru saja tiba di sini.” “Oh.” Kepala dianggukan berulang kali. Bungkusan roti dihulurkan kepada Adaskhan. “Ambillah kalau tuan rasa lapar.” “Aku nak tanya sesuatu.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 164 “Kenapa Tuan Adaskhan? Nampak macam serius soalan kali ini.” Guraunya lalu tertawa kecil. “Ada nampak sorang perempuan. Tinggi. Pakai selendang merah di atas kepalanya?” Rifat mengerutkan dahi. Tidak silapnya ada seorang wanita berselendang merah berselisih dengannya sebentar tadi. “Dia bawa beg kain ke?” Laju Adaskhan mengiyakan. “Kalau tak silap, dia pergi ke arah barat tadi. Kenapa...” Belum sempat dia ingin menyoal lebih lanjut, jejaka berdarah raja itu menunggang kuda pergi meninggalkan dirinya setelah mengucapkan terima kasih.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 165 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 14 “MAYA!” Laung Adaskhan sambil mencari kelibat wanita itu. “Maya? Mana kau?!” panggilnya lagi. Merata dia mencari kelibat Maya di semua tempat sehingga bertanyakan kepada orang yang sama beberapa kali. “Adaskhan, sini!” Dengar saja suara wanita itu, tajam mata mencari figura Maya. “Adaskhan!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 166 Peka telinga mendengar dari mana arah suara itu datang. Dia berjalan ke hadapan sedikit untuk mencari di mana Maya berada. “Saya kat sini!” Buk! Wanita itu melompat turun dari atas pokok yang rimbun. Beg kain yang disangkut pada bahu dibetulkan sekilas, lalu Adaskhan yang sedang menunggang kuda dipandang sambil tersenyum kecil. “Kau buat apa di atas pokok?” “Tolong selamatkan anak kucing,” katanya. Lalu anak kucing yang berada di dalam beg kain dikeluarkan dan dia tunjukkan di hadapan Adaskhan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 167 “Comel tak?” Maya maju selangkah ke hadapan sambil menghulurkan anak kucing kepada Adaskhan. Adaskhan berundur sedikit ke belakang. “Jauhkan dari aku. Aku tak suka kucing.” Maya tersenyum jahat. “Betul ke awak tak suka kucing? Ke awak takut kucing?” Muka suci tapi takut kucing, pelik sungguh. “Ikut aku.” Adaskhan turun dari tunggangan. “Kita nak pergi ke mana?” “Istana. Jumpa Sultan Qaid dan Sultanah Humaira.” Jawab Adaskhan bersahaja. Anak kucing yang dibelai oleh Maya dipandang lama.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 168 Sekalipun kucing peliharaan Kanda Qaid selalu berlegar di sekitar istana, Adaskhan akan mengelak dari mendekat. “Mari. Tapi jauhkan kucing itu dari aku.” “Okay.” Maya sumbat anak kucing itu ke dalam beg kainnya dan diberi sedikit udara supaya kucing itu bernafas. Langkah Adaskhan diikuti dari belakang. “Awak takut dengan Seroja ya Adaskhan?” “Seroja?” “Anak kucing ni!” Anak kucing yang telah disumbat olehnya ke dalam beg ditunjukkan ke arah Adaskhan. “Mana ada! Aku cuma tak suka kucing.” dingin saja nada suara Adaskhan apabila disakat.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 169 Senyuman nipis terukir di bibir Maya. Orang takut kucing mana pernah nak mengaku takut kucing, kalau ada pun yang mengaku takut kucing. Itu pasti perempuan dan bukannya lelaki, kerana lelaki seperti Adaskhan ni ada sifat ego. Daun-daun gugur yang berselerak di atas bukit disepak. “Kalau penat berjalan kaki, beritahu aku. Kau boleh tunggang kuda aku.” “Tapi saya tak reti menunggang.” Balas Maya perlahan. “Kau nak belajar tunggang kuda?” “Boleh ke? Siapa yang nak ajar saya menunggang kuda?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 170 “Aku.” Kata Adaskhan sepatah. Ranting kayu di atas tanah diambil lalu dihayun ke kiri dan ke kanan. “Awak nak ajar saya menunggang kuda?” Dianggukkan kepala tanpa teragak-agak. Memang betul dia akan ajar Maya menunggang kuda jika wanita itu ingin belajar. “Kena bayar ke? Tapi saya tak ada duit. Saya kena cari kerja di sini, baru saya boleh berlatih menunggang kuda dengan awak.” Selendang merah yang dipakainya dibetulkan sedikit. “Tak perlu. Aku tak perlukan duit.” Satu sen duit pun dia tak akan minta kepada Maya kerana Adaskhan tahu Maya datang ke sini dengan beg pakaian saja. Sekalipun wanita itu


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 171 mempunyai duit, dia tetap tak akan minta Maya bayar. “Wah, besarnya istana!” Sedar tak sedar mereka semakin hampir dengan istana yang besar dan megah. Terlampau seronok sangat berbual dengan Adaskhan sehingga tidak sedar istana di hadapan mata. “Mari. Baginda tunggu kita.” “Saya tunggu sini. Tak berani nak menghadap baginda.” Tiba-tiba perasaan takut timbul di saat melihat tubuh besar dan tegap pengawal istana yang menjaga pagar utama. “Tak ada apa. Aku ada.” “Saya tak kisah awak ada ke tidak. Saya ini pertama kali jejak kaki ke istana. Macam mana kalau Sultan awak penjara saya sebab saya


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 172 datang tanpa tujuan?” Rasanya dia terlalu overthinking sampai fikir sejauh itu. “Sultan tak jahat seperti apa yang kau fikirkan. Mari.” Ranting kayu dipegangnya tadi dibuang ke bawah. “Saya tak nak. Awak masuk sorang saja lah, Adaskhan.” Ranting kayu yang dibuang oleh jejaka itu diambil. “Kalau kau tak ikut aku masuk ke istana. Itu mungkin baginda murka, sebab baginda nak tahu kewujudan kau.” Kemudian Adaskhan bergerak meninggalkan Maya di belakang. Biar wanita itu fikir dua tiga kali sama ada nak masuk ke tidak selepas mendengar ayatnya. “Saya ikut. Tunggu saya!” Bersusah payah dia berlari sambil memikul beg kain di bahu.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 173 Bunyi anak kucing membuatkan dirinya tersenyum seorang diri. Tiba saja di hadapan pagar istana. Terus pengawal istana menunduk hormat ke arahnya lalu diberi laluan kepada mereka berdua untuk masuk ke dalam. Kembang kempis hidung Maya apabila diperlakukan begitu oleh tiga orang pengawal istana yang menjaga pagar utama. “Pengawal istana tadi tunduk hormat dekat saya.” Katanya bangga. Adaskhan pandang wajah Maya di sisi. Bukan main seronok lagi. Nak bagitahu perkara sebenar, tapi biarlah berlalu. Nanti malu tujuh keturunan kalau dia beritahu bahawa pengawalpengawal itu sebenarnya tunduk hormat kepadanya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 174 Adaskhan berhenti melangkah saat melihat pasangan suami isteri sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka. Maya teguk air liur kasar. Ini ke Sultan Turki? Mak aih! Bekunya muka. Tak ada secalit senyuman di wajah Sang Raja. “Ini ke sultan tu Adaskhan?” “Ya.” Maya mulai menyorok di belakang tubuh Adaskhan. Takut sebab pandang muka Sultan yang garang. “Selamat pulang Adaskhan.” Humaira bersuara lembut untuk menyambut kepulangan adik iparnya setelah berbulan-bulan jejaka itu berlayar ke Tanah Melayu.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 175 “Terima kasih Tuanku.” Segaris senyuman dihadiahkan buat wanita bergelar Sultanah. Maya pandang wajah Humaira, lalu dia menjeling sekilas ke arah Qaid yang sedang memandang tajam wajah Adaskhan. Janggal! Dia tak tahu macam mana mahu menyapa dua orang berpangkat sultan dan sultanah ini. “Assalamualaikum.” Tiga pasang mata itu memandang tepat ke arahnya. Sepi. “Nama patik Maya Surya! Kawan Adaskhan. Dia tolong bawa patik lari ke sini.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 176 Kepala ditundukkan kepada pasangan raja tersebut. “Lari?” Qaid memandang ke arah Adaskhan. Dia mahukan penjelasan. “Kanda...” Lengan suaminya disentuh supaya lelaki itu bersikap sedikit tenang. Tengok muka cuak Adaskhan dan wajah pucat Maya pun sudah jelas bahawa mereka berdua takut dengan aura Qaid. Berderau darah Maya di saat Sang Sultan membuka mulut. Garau. “Bukan bukan! Dia tolong saya, sebab saya yang nak larikan diri.” Ranting kayu di tangan naik mengetuk kepala Adaskhan supaya menunduk hormat ke arah raja dan permaisuri itu.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 177 “Awak tak tunduk hormat ke?” Bisik Maya. Humaira terdiam. Terkejut dengan tindakan spontan wanita di hadapannya ini. Segera kepala ditundukkan sedikit ke arah abang serta kakak iparnya. “Adaskhan. Ikut beta masuk ke dalam istana.” Maya tercengang. “Tuanku nak kenakan hukuman ke atas dia ke?!” soal Maya gelabah. Mana tahu disebabkan dia tersilap cakap tadi, Adaskhan bakal dikenakan hukuman kerana membawanya lari ke sini. “Bukan.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 178 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 15 KERUSI di dalam bilik pejabat diduduki oleh Qaid. Pandangan mata kasar beralih ke arah Adaskhan yang berdiri tegak seraya menunduk memandang lantai bilik. Keadaan di dalam bilik tersebut sangat sunyi sehinggakan tidak lagi kedengaran suara-suara di bawah sana. “Siapa dia Adaskhan? Jawab pertanyaan kanda.” Qaid memulakan perbualan dengan mengajukan soalan kepada Adaskhan yang


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 179 berdiam diri. Ketika jejaka itu mengikut langkahnya ke bilik pejabat ini pun, Adaskhan tidak bersuara sama sekali. Mulutnya tertutup rapat seperti dijahit. Adaskhan dongak memandang si abang. Air liur ditelan kasar seperti ada tulang ikan tersekat di kerongkongan. “Maya Surya. Dia masuk ke dalam kapal tanpa pengetahuan orang lain, sedar-sedar saja Maya sudah berada di dalam kapal. Bila Adaskhan tanya siapa dia, dia tak jawab. Dia minta Adaskhan jangan hantar dia pulang ke tempat asal.” “Fasal tempat itu...” “Jangan tukar topik. Kanda nak tahu lagi tentang dia. Macam mana dia boleh terlepas


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 180 masuk ke dalam kapal? Tak ada orang jaga pintu keluar masuk kapal ke Adaskhan?!” Sengaja Qaid buat begitu untuk menggertak Adaskhan supaya ceritakan lebih terperinci walaupun dia dengar apa yang diceritakan oleh Maya di bawah sana sebentar tadi. Tapi kali ini, biar dia dengar sendiri daripada mulut adiknya. “Adaskhan tak perasan. Dah jauh dari tempat itu, baru perasan kehadiran Maya dalam kapal. Bila tanya Elder, dia juga tak sedar akan kewujudan Maya.” “Kenapa dia tak nak pulang ke tempat asalnya? Pernah terfikir tak apa yang keluarga dia fikir bila Adaskhan bawa lari anak dara orang tanpa pengetahuan ibu bapanya?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 181 “Itu... Maya ada cerita dengan Adaskhan yang dia tak ada keluarga di sana. Sebatang kara dan tak ada adik-beradik lain. Dia anak tunggal. Selepas kematian ibu bapa dia, Maya dipergunakan oleh orang kampung. Orang di sana ambil kesempatan ke atasnya dan buat lebih teruk dari itu.” “Betul dia tak ada keluarga? Jangan sampai kanda tahu yang keluarga dia cari dia. Nahas Adaskhan kalau kanda dapat tahu!” Tegas Qaid bersuara sehingga bergema suaranya di dalam ruangan pejabat tersebut. “Betul. Kanda boleh tanya sendiri tuan badan. Adaskhan tak bohong. Memang itu yang Maya ceritakan kepada Adaskhan.” Bersungguh


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 182 dia memberitahu jejaka itu untuk menyakinkan abangnya. Qaid bangkit dari kerusi. “Adaskhan ada satu permintaan.” Laju dia bersuara sebelum abang sulungnya itu melangkah keluar dari bilik. Inilah masa yang sesuai untuk beritahu perkara yang sudah lama dia fikirkan. Sebelum sampai ke sini lagi Adaskhan sudah terfikir hal yang satu itu. “Kenapa?” “Adaskhan nak minta kanda batalkan perdagangan di kampung Tanjung Batu, Tanah Melayu.” Qaid diam sejenak. Memikirkan ayat yang dinyatakan oleh Adaskhan. Dia ada dengar juga


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 183 cerita tentang orang kampung di sana daripada mulut Elder sendiri dan tak sangka pula kelakuan orang di kampung di sana seteruk itu. “Apa Adaskhan fikir? Ingat senangsenang saja kanda boleh batalkan perdagangan ke sana?” “Kalau begitu, Adaskhan tak akan ikut arahan kanda jika diminta ke sana untuk berdagang.” Qaid tidak membalas malah kerutan di dahi jelas kelihatan. “Adaskhan boleh berdagang, tapi permintaan Adaskhan hanya satu saja. Adaskhan nak kanda batalkan perdagangan ke sana.” “Yakin? Kalau Adaskhan yakin. Kanda boleh batalkan.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 184 Kepala dianggukjan. Dia yakin dan dia tak akan jejakkan kaki ke sana untuk urusan perdagangan lagi, sekalipun dipujuk oleh ketua kampung itu. “Ada lagi permintaan? Kalau tiada, kanda nak keluar.” Kepala menggeleng. Setakat itu saja permintaan yang ingin ditunaikan. Lagipun Maya di sini, jadi tak ada sebab dia mahu ke sana. “Elder ada beritahu kanda fasal Philip. Betul ke dia serang kapal Adaskhan?” Soal si abang kepada Adaskhan yang masih lagi berdiri tegak di hadapannya. “Philip dengan anak buahnya cuba rampas semua barang dagangan dalam kapal dan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 185 cuba bawa lari. Tapi Philip rebah lepas kaki dia cedera teruk. Dia tak melawan lepas tahu Adaskhan adik kanda.” Balas Adaskhan beserta segaris senyuman. Tak perlu nak diberitahu lebih lanjut kerana Elder dan para pedagang yang lain sudah berjumpa dengan abangnya terlebih dahulu sebelum kedatangannya ke sini. Sudah tentu mereka mengadu nasib kepada sultan sorang ini. “Itu saja kanda nak dengar daripada Adaskhan.” Lantas itu, Qaid pergi mendahului Adaskhan. Belakang tubuh abangnya dipandang sepi apabila Sang Sultan berjalan melepasi dirinya. Dalam hati gembira tak terkata kerana tak dimarahi oleh jejaka itu. Lalu, Adaskhan turut


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 186 keluar dari bilik tersebut untuk mencari kelibat Maya. Dia tak boleh tinggalkan wanita itu seorang diri memandangkan Maya baru saja menjejakkan kaki ke sini. MAYA berjalan menghampiri seorang budak perempuan yang sedang memetik sekuntum bunga di kawasan istana. Dalam hati sudah kecut melihat budak perempuan itu sendirian di situ dan sedang diperhatikan oleh pengawal istana. Takut jika perbuatannya diketahui oleh Sultan Qaid ataupun Sultanah Humaira kerana memetik tanpa izin.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 187 “Adik. Tak boleh petik bunga sesuka hati.” Maya mulai bersuara untuk melarang budak perempuan itu. Sekuntum bunga yang berada di tangan si kecil diambil lalu diletakkan semula di celahan bunga-bunga. Tubuh budak itu ditarik menjauhi taman bunga tersebut. Ayse pandang pelik ke arah seorang wanita yang melarangnya memetik bunga di kawasan istana. Tangannya naik diletakkan di dagu seraya mendongak memandang wanita tersebut. “Ini istana, adik tak boleh petik tanpa izin Tuanku. Mak ayah adik mana? Nama adik apa? Adik sesat ke?” Maya menunduk separas si kecil. Pandangan mereka berdua berlaga.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 188 “Ayse Delisha.” Bulat mata dia memandang wajah Maya. “Sedapnya nama!” Jawab Maya teruja. “Okay Ayse dengar ni. Ayse tak boleh petik bunga kat istana tau, nanti Tuanku murka.” Perlahan-lahan Ayse mengangguk kepala walaupun dia tak tahu dari mana wanita ini datang. Jumpa pun tak pernah. “Kakak nama siapa?” “Maya. Ayse boleh panggil Kak Maya.” “Ni akak nak tanya kenapa Ayse kat sini? Mana mak ayah Ayse? Pergi balik nanti mak ayah cari. Ingat jalan balik tak? Kalau Ayse tak ingat akak temankan.” Arahnya dengan nada


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 189 suara yang lembut. Sempat dia mecium pipi gebu si kecil. Cantik! Mata berwarna biru. “Ingat!” Balasnya dengan senyuman. Kedua lengan budak perempuan itu dilepaskan supaya balik ke rumah. Lalu figura si kecil yang berlari ke satu arah dipandang. “Bonda!” Terus kaki bondanya dipeluk erat apabila sosok tubuh Humaira muncul di hadapan mata. Ek?! Maya kaku tak bergerak. Dia ingat budak perempuan itu merayau di kawasan istana. Mati kau Maya. Setapak demi setapak dia berundur ke belakang apabila Ayse mengadu kepada


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 190 bondanya sambil menunjukkan jari telunjuk ke arahnya. Dia pusing belakang kerana terlanggar seseorang. “Maaf. Maaf.” Katanya sambil menundukkan kepala berulang kali sebagai tanda memohon maaf. Kepala mendongak memandang empunya badan yang dia langgar tadi. Adaskhan. Tetapi lelaki itu berjalan melepasi dirinya tanpa menyoal sebarang soalan. Tubuh Adaskhan yang mendekati Sultanah diperhati. “Kakanda Maira.” Badan ditundukkan sedikit ke arah wanita itu sebagai tanda hormat.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 191 “Kenapa Adaskhan?” Tanya Humaira. Sekilas dia megerling ke arah Maya yang berdiri tidak jauh darinya. Nak tergelak dia dibuatnya apabila Ayse mengadu mengenai wanita itu. Mesti Maya belum tahu bahawa Ayse ini anaknya. “Kakanda Maira tahu tak rumah kosong yang berdekatan dengan istana ini?” Tanyanya memandangkan kanda dan kakanda Maira akan menziarahi masyarakat di Turki ini tiga bulan sekali untuk melihat aktiviti harian mereka. “Untuk apa?” “Maya. Dia datang ke sini sehelai sepinggang, duit pun tak ada. Jadi Adaskhan nak carikan rumah untuk dia menginap sementara waktu.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 192 “Rasanya tak ada rumah kosong yang dekat dengan istana. Kalau ada pun jauh dari istana, kakanda tak tahu siapa tuan rumahnya.” “Tak apa lah kalau begitu. Adaskhan minta diri dulu, nak carikan rumah kosong untuk Maya.” Sempat dia mencubit Ayse yang memandangnya dari tadi. Geram dengan anak perempuan abangnya yang sorang ini. Suka sangat pandang orang dengan mata bulatnya. “Mana bunga untuk Ayse uncle?” Soal si kecil dengan menadah tangan ke arah Adaskhan. Humaira dan Adaskhan tersengih serentak. Memang itu yang Ayse akan minta setiap kali berjumpa dengan Adaskhan, dia suka


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 193 bunga pemberian Adaskhan dan bukan bunga dari orang lain. “Sekejap.” Kemudian sekuntum bunga tulip yang berwarna kuning dipetik lalu dia menundukkan badan separas anak saudara perempuannya. “Ini bunga untuk kesayangan uncle.” Diberi bunga itu kepada si kecil. Terus lebar senyuman Ayse apabila menerima bunga daripada Adaskhan. Suka! Lalu dia menyorok di belakang Humaira yang diam memerhati. “Mengada betul sorang ni.” Komen Humaira setelah melihat kelakuan anak perempuannya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 194 “Adaskhan.” Panggil Humaira apabila dia teringat rumah kosong peninggalan arwah walid ketika berjumpa dengan Tuan Umair buat pertama kali di negara ini. “Apa kata Maya tinggal di rumah lama kakanda Maira. Rumah itu tak jauh dari istana, lagipun dah lama rumah itu kosong. Jadi biarlah Maya duduk di situ buat sementara waktu.” “Rumah di kawasan pekan ke?” “Ya.” Daripada dibiarkan kosong, lebih baik bagi Maya menumpang. Kalau tidak, tak ada siapa nak tengok-tengokkan rumah arwah walidnya. “Kakanda Maira ada kenakan bayaran? Adaskhan boleh bayarkan bagi pihak Maya.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 195 “Tak. Duduklah. Kakanda Maira tak perlukan duit, Adaskhan simpan saja duit.” “Terima kasih.” Humaira mengangguk membalas ucapan terima kasih adik iparnya. “Mari Ayse masuk dalam.” “Okay!” Tangan kecilnya menggenggam tangan Humaira untuk memimpin bondanya masuk ke dalam istana. “Adaskhan...” Panggil Maya perlahan seraya melangkah selangkah demi selangkah menghampiri jejaka bertubuh tegap itu. “Ikut aku. Aku jumpa rumah untuk kau menginap.” “Tapi saya tak ada duit.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 196 “Tak perlu bayar. Rumah ni khas untuk kau.” “Rumah berhantu ke?” Kalau berhantu, dia enggan menumpang. Tidak kiralah sehari ataupun seminggu. Dia tak akan duduk. Muktamad! Adaskhan tersenyum senget. Ke situ pula wanita ini fikir. “Mari.”


Click to View FlipBook Version