The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:27:15

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 47 Ini bukan Maya. Maya yang orang kampung kenal adalah seorang yang keras kepala, suka membantah serta melawan setiap arahan atau aturan orang kampung walaupun pada akhirnya wanita itu lakukan juga apa yang disuruh. “Apa?” “Duit? Tadi kau kata suruh aku belikan air untuk kau.” Tangan kanan dihulurkan di hadapan Arjuna. Menunggu lelaki berkulit sawo matang itu menghulurkan duit. “Guna duit kau lah, kau fikir kau siapa?” Ujinya. Sengaja dia kata begitu untuk melihat jawapan daripada Maya. “Baik.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 48 Arjuna memandang kawannya di sisi setelah mendengar balasan daripada Maya. Langkah Maya yang sudah jauh pergi dipandang tak berkedip. Kenapa Maya ikut saja arahannya? Demam ke? “Kau tak rasa pelik dengan perangai Maya hari ini? Bukan ke dia akan membantah apa kita suruh?” Bahu kawannya disenggol. “Mungkin budak si Maya tu dah nak mati macam orang tua dia. Sebab itu kelakuan dia pelik hari ni.” Jawab lelaki itu sambil memerhatikan seorang gadis berbaju kebaya merah sedang jalan berlenggang-lenggok. “Kau tak rasa ke si Maya ni cantik? Cuma perangainya agak kasar yang buatkan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 49 orang kampung tak suka dengan dia.” Soal Arjuna sambil memandang Maya dari jauh yang sedang membayar duit kepada peniaga di hujung gerai. “Mikayla lagi cantik. Tubuhnya kurus, kulitnya putih, tidak seperti perempuanperempuan di kampung ini.” Lenggok tubuh Mikayla yang sedang berjalan memasuki pasar dipandang lama bersama senyuman nakal. “Kau kena sedar yang Mikayla itu buah hatinya anak ketua kampung kita! Jangan kau berani kacau dia kalau tak mahu bertumbuk dengan Megat.” “Mikayla dengan Megat?” “Ya lah!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 50 “Tapi hari tu aku dengar Mikayla suka kau, Arjuna. Perempuan tu nak mana satu, kau ke Megat?” tanyanya bingung. “Nah air kau.” Maya menghulurkan air yang dibelinya kepada Arjuna. “Terima kasih.” Ucap Arjuna. Dahi berkerut. Terima kasih? Tak pernah lagi dia dengar orang kampung berterima kasih kepadanya dan ini baru kali pertama dia dengar Arjuna mengucapkan terima kasih setelah menolong lelaki itu membeli air di gerai Pak Kaduk. “Kau tunggu apa lagi? Berambus lah. Dah lah hodoh!” herdik Arjuna, walhal baru sebentar tadi dia mengatakan bahawa Maya cantik.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 51 Wanita itu terus berlalu tanpa membalas cacian Arjuna. “Hoi. Bukan sebentar tadi kau kata Maya itu cantik? Kenapa bila dia datang dekat, kau kata dia buruk?” tegur rakannya yang turut menyaksikan herdikan Arjuna ke atas Maya. “Aku nak sakitkan hati dia. Biar dia rasa.” Sementara Maya segera pulang ke rumah untuk mengemaskan semua barangnya yang ada sebelum dia berangkat pergi bersama pedagang dari negara Turki. Senyuman makin melebar tatkala mengingatkan malam ini. Ya. Dia akan pergi dari sini. Dia bebas!


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 52 Langkah kaki terhenti untuk masuk ke halaman rumah apabila ada seorang wanita yang merupakan jirannya menegur. “Maya! Bawakan labu sayong ni ke rumah aku.” “Boleh!” Kepala dianggukan. Dihampiri wanita itu yang berada di tengah-tengah jalan. Kemudian labu sayong diangkat untuk membantu jirannya yang seorang ini. “Bawa elok-elok. Kalau pecah, siap kau!” Amaran keras diberi. “Letak di mana?” soalnya perlahan saja. “Letak di atas tembok kayu, jangan sampai jatuh.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 53 Dipandang tembok kayu yang dikatakan oleh jirannya, Salmi. Bibir digigit perlahan seraya memandang ekor mata wanita itu yang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Matanya menangkap hujung bibir Salmi yang sedang tersenyum sinis. Segera labu sayong itu diletakkan di bawah, mengelakkan dari jatuh pecah. “Kau tak dengar ke apa yang aku katakan tadi? Aku suruh kau letak labu sayong atas tembok. Kenapa kau letak kat bawah?!” “Kalau saya letak atas tembok kayu. Labu sayong ni jatuh. Nanti Salmi salahkan Maya pula sebabkan jatuhkan labu sayong milik Salmi.” Boleh agak permainan wanita ini yang ingin menyalahkan dirinya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 54 “Letak saja lah di atas tembok tu, aku malas nak tunduk untuk ambil.” Lawan Maya, lawan. Bisik hatinya. “Bukan susah pun nak ambil, Maya letak di bawah saja.” Kain batik yang dijadikan sebagai tudung dibetulkan. “Kau tak faham bahasa ke Maya? Aku suruh letak atas tembok kayu. Apa susah sangat kau nak dengar arahan aku?” “Apa susah sangat Salmi nak ambil labu sayong tu kat bawah?” Balasnya tenang. Fikir aku tak tahu tujuan kau suruh aku letak labu sayong itu di atas tembok kayu? Aku bukan remaja seperti dulu lagi, Salmi. Mudah dibodohkan oleh orang kampung.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 55 “Urusan Maya dah selesai. Maya tolong setakat bawakan labu sayong ini saja. Selebihnya Salmi buat sendiri.” Habis ayat terakhir meniti di bibir, Maya terus beredar dengan segera. Diabaikan suara Salmi yang terpekik terlolong memanggilnya. Kaki menapak di halaman rumah pusaka arwah ibu bapanya. Anak mata terhenti pada sebuah surat yang diselitkan pada pintu rumah. Pantas Maya menghampiri pintu rumahnya sebelum mengambil surat yang terlipat kemas. Dibelek surat itu depan belakang untuk mencari nama empunya badan yang menghantar surat ini ke rumahnya. Salah hantar ke? Kenapa tak ada nama dia atau nama pengirim pada surat ini?


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 56 Lipatan surat dibuka. Keningnya terus berkerut setelah membaca isi tersebut. Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari seseorang. Mana tahu ada yang memerhatikan dirinya dari jauh. Tepat 8:30 malam. Pergi ke pelabuhan para pedagang dan naik kapal pelayaran pedagang Turki. Siapa yang hantar surat ini kepadanya? Seperti tahu niatnya malam ini untuk melarikan diri dengan menaiki kapal pelayaran Turki. Pintu rumah terus ditolak oleh Maya untuk masuk ke dalam.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 57 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 5 SEMUA pakaian miliknya dimasukkan ke dalam kain batik arwah ibu, kemudian Maya mengikat dengan kemas kain batik tersebut supaya tidak mudah terlerai daripada ikatan. Dia melangkah ke arah dinding kayu rumah yang berlubang untuk melihat apa yang terjadi di halaman rumah, kerana telinga menangkap bunyi bising di luar rumah. Membuntang mata apabila sedar dia sudah terlambat untuk pergi ke pelabuhan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 58 yang dikatakan oleh pengirim surat. Bungkusan kain batik berisi pakaian disambar laju seraya melangkah keluar dari rumah. Melilau mata memandang orang ramai lalu lalang di hadapan rumah. “Tuan Adaskhan! Jangan pergi tinggalkan kampung ini. Maafkan kelakuan penduduk kampung ni sebab bersikap kurang sopan terhadap pedagang tuan...” Itulah yang sempat didengar oleh Maya. Rayuan ketua kampung terhadap seorang pedagang yang tidak dikenalinya. “Tepi sikit! Tepi bagi laluan!” Lantang Elder bersuara apabila pedagang mereka dikerumuni oleh penduduk kampung. Semua merayu supaya jangan tinggalkan kampung ini.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 59 Maya garu kepala. Macam mana dia nak lalu kalau ramai orang begini, tiada sedikit pun ruang untuknya berjalan ke pelabuhan. Sesak! Semua orang berhimpit-himpit. “Ish.” Perlahan-lahan Maya mencelah masuk tanpa disedari oleh orang kampung yang sibuk merayu kepada para pedagang tersebut. Nafas ditarik sedalam-dalamnya kerana dirinya dihimpit oleh orang ramai. Kain batik yang menutup rambutnya ditarik sedikit ke hadapan supaya tiada siapa sedar akan kewujudannya di situ. Tubuhnya ditolak-tolak oleh orang belakang menyebabkan dirinya rimas dengan keadaan sekarang ini.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 60 “Beri laluan!” Jerkah Elder kepada orang kampung sehingga mereka berhenti berjalan. Maya tidak terkecuali setelah mendengar suara garau dan nyaring lelaki berbadan tegap itu. Gerun. Sesaat mereka berdua berlaga mata, lantas Maya mengalihkan pandangan. Seram! “Aku beri amaran terakhir. Jika ada yang cuba mendekati adik kepada Sultan Turki ini, aku tak teragak-agak untuk bertindak kasar!” Tegas suara Elder memberi amaran terakhir kepada penduduk di sini. Sudah berkali-kali dia memberitahu kepada mereka supaya beri laluan dan jauhkan diri daripada para pedagang di sini, tapi orang kampung di sini degil! Mereka tidak endahkan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 61 langsung apa yang diberitahu malah makin teruk sehingga mengasari pedagang mereka. “Kita naik segera, biarkan mereka,” ujar Adaskhan dingin. Maya terdiam. Dirinya teragak-agak untuk ikut mereka sekali, memandangkan dia di sini tercegat berdiri tegak bersama orang kampung. Laluan di sebelah kiri dipandang, agak jauh untuk sampai ke pelabuhan berbanding jalan lurus. “Argh biarlah jauh.” Lantas dia mengambil keputusan berlari ke arah kiri untuk pergi ke pelabuhan. “Siapa yang lari laju tu?” tanya salah seorang penduduk kampung yang melihat figura


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 62 wanita berkain batik di atas kepala sedang berlari menghala ke arah kiri. “Tak tahu,” jawab lagi seorang dengan kedua bahu diangkat. Turun naik dada Maya dek kerana ingin segera sampai di tempat pelabuhan. Pasti semua orang sudah bersiap sedia ingin menaiki kapal sedangkan dia di sini masih berlari menuju ke pelabuhan. Tak cukup tanah dia berlari mencari jalan dalam gelap. Buk! Tidak tunggu lama, Maya segera bangun dari baring meniarap. Larian diteruskan walaupun dia berlari dalam keadan terhincuthincut.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 63 Kakinya terseliuh. Sakit. Kain yang dijadikan sebagai beg pakaian dipegang erat supaya tidak jatuh. Ranting pokok yang menghalangi dirinya untuk berlari ditepis kasar, mencari jalan keluar. “Segera naik. Kita akan berlayar tak lama lagi!” Jeritan dari seseorang membuatkan Maya menjadi gelabah. Langkah kaki dibesarkan dan larian dicepatkan. Nampak sahaja para pedagang yang sedang menaiki kapal, Maya terus tersenyum lebar. Laju saja dia menyusup masuk di antara orang ramai yang sedang berjalan masuk menaiki kapal. Lepas!


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 64 Dia lepas masuk ke dalam kapal perdagangan ini! “Semua pedagang kita dah masuk, kita boleh gerak sekarang tuan.” Kata Elder kepada Adaskhan. “Arahkan nakhoda untuk berlayar sekarang.” Titah Adaskhan kepada Elder yang merupakan orang kanannya. Pasu bunga milik kakak iparnya dipandang sekilas. Semua pasu bunga itu telah disusun cantik di dalam bilik di kapal ini. Sementara Maya yang mendengar perbualan dua orang itu hanya mendiamkan diri. Dia duduk di hujung sudut untuk menyembunyikan diri dari disedari oleh pedagang di dalam kapal ini.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 65 Kakinya yang sakit diurut perlahan. Dapat dirasakan bahawa kulit di bahagian kaki menggelupas dan berdarah. “Fuhhh...” Mulutnya bergerak meniup luka di kaki. Diangkat kepalanya sepintas lalu untuk melihat para pedagang di dalam kapal tersebut. Ada yang tidur, ada yang sedang berbaring dan ada yang sedang menguruskan barang dagangan. Semuanya buat hal sendiri dan dia di sini jauh dari mereka. “Huhhh...” Tidak lama kemudian, telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut. Semakin lama semakin jelas bunyi tersebut sehingga


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 66 terlihat ada seseorang sedang berdiri di hadapan dalam keadaan malap. Bunyi pedang yang ditarik keluar membuatkan Maya mendongak memandang tuan badan. Mati. “Kau siapa?” Garau suara Adaskhan bertanya kepada wanita ini. Hujung mata pedang dihalakan tepat ke arah wanita tersebut.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 67 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 6 “AKU tanya sekali lagi. Siapa kau?” Kali ini hujung mata pedang itu betul-betul berada di batang leher Maya. Wajah beku Adaskhan membuatkan seluruh tubuhnya kesejukan. Takut. Seram. Dia masuk ke sini tanpa keizinan sesiapa melainkan surat yang diterima oleh orang yang tidak dikenali. “Kenapa kau ada di sini?” Nada suara jejaka itu kedengaran keras di pendengaran Maya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 68 Dia mahu bersuara, tapi perasaan takut melebihi segalanya menyebabkan dirinya membatu tanpa mengeluarkan sepatah kata. “Kau buat apa dalam kapal ni?” Lagi dan lagi. Adaskhan tetap bertanyakan soalan kepada wanita yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai. Rahang bergerak-gerak menandakan kesabarannya semakin menipis. Masakan tidak, setiap soalan yang diajukan kepada wanita itu hanya dibalas dengan bunyi air laut. Tiada respon. Elder melihat kejadian itu segera menghampiri Adaskhan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 69 “Tunggu sebentar.” Bahu seorang pedagang ditepuk, sebelum diatur langkah mendekati adik Sang Sultan. “Kenapa Tuan Adaskhan?” Elder tegak berdiri di sisi Adaskhan. Kemudian lirikan mata beralih ke arah seorang wanita yang diam membisu. Dia yang menjemput wanita ini menaiki kapal pedagang dengan menghantar sepucuk surat, sekejap dia pandang wanita itu, kemudian dia pandang adik Sultan Turki ini. Berulang kali dia lakukan hal yang sama kerana kedua-duanya tidak mahu bersuara. Hanya mata mereka saling menatap antara satu sama lain.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 70 Angin malam yang dingin, bertambah semakin dingin apabila dirinya berada di sini bersama dua orang insan tersebut. Elder berdehem untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka bertiga. “Campak dia dalam laut.” Dengar saja arahan jejaka itu, membuntang mata Maya. Terkejut. Terus saja dia melutut dalam keadaan kaki sakit dan kedua tangannya rapat mencantum seperti merayu. Hormon adrenalin yang memasuki dalam saluran darah menjadikan jantungnya berdegup lebih cepat lebih daripada biasa. “Tolong. Jangan campak saya dalam laut! Tolonglah!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 71 Sakit di kaki ditahan semata-mata ingin merayu kepada lelaki di hadapannya ini. “Saya tak ada tempat nak pergi. Saya tak nak duduk di kampung itu lagi! Hidup saya terseksa. Tolong jangan campak saya dalam laut.” Sedaya upaya dia memohon kepada jejaka ini supaya tidak mencampakkan dirinya ke dalam laut waktu malam begini. “Tolong jangan campak saya. Saya mohon. Jangan hantar saya balik ke kampung saya!” Elder pandang sisi wajah Adaskhan untuk melihat reaksi jejaka itu. Kosong. Tiada sebarang reaksi di wajah Adaskhan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 72 Adaskhan menoleh ke arah Elder, memberi isyarat kepada pembantunya supaya meninggalkan mereka berdua di sini. “Hidupkan lampu di sini.” “Baik.” Elder beredar meninggalkan mereka berdua seperti yang diminta oleh Adaskhan sebentar tadi. Beberapa saat kemudian, lampu yang berhampiran dengan mereka terang benderang sehingga terlihat bayang-bayang sendiri. Pedang yang dihala ke arah Maya ditarik perlahan lalu disimpan semula. “Bangun.” Arah Adaskhan. Arahan Adaskhan dituruti oleh Maya. Dengan rasa sakit yang masih berbisa dia bangun juga.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 73 “Siapa nama kau?” “Maya,” jawabnya sepatah sambil bermain dengan jari jemari. Kepala menunduk memandang kasut yang dipakai oleh lelaki itu. “Maya saja?” “Maya Surya.” Jawabnya penuh. “Sedap nama.” Bisik Adaskhan perlahan. “Kenapa kau tak nak tinggal di sana lagi?” Soalnya sambil berjalan selangkah ke arah sisi kapal. “Ceritakan untuk aku pertimbangkan alasan kau sama ada kau layak ataupun tidak bersama kami di atas kapal ini.” Tubuhnya bersandar pada papan sambil merenung Maya yang menunduk sejak tadi.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 74 “Saya tak cerita buruk tentang orang kampung tapi ini hakikat sebenar hidup saya di sana. Selepas kematian ibu ayah, saya dipergunakan oleh orang kampung, malah mereka caci maki, herdik, hina dan jatuhkan maruah saya depan khalayak ramai. Ada yang kata saya anak...” Dirinya terdiam. Tak sanggup untuk meneruskan ayat. “Anak syurga. Ya teruskan.” Kata Adaskhan bersahaja. Dia ingin dengar lagi apa yang dikatakan oleh orang kampung terhadap wanita bernama Maya Surya. “Mereka ambil kesempatan terhadap saya sebab mereka tahu saya tiada sesiapa di sana dan ada yang cuba mengugut saya jika saya tak ikut arahan mereka. Saya tak tahan, jadi saya


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 75 ambil keputusan untuk larikan diri dari penduduk di situ.” Adaskhan menyepi. Memikirkan sesuatu setelah Maya menceritakan penduduk kampungnya kepadanya. Tak dinafikan. Baru beberapa hari mereka berdagang di sana, tetapi sikap orang kampung Maya menunjukkan segala-galanya. Kurang sopan, biadap dan kurang ajar. Tatkala dia menjejakkan kaki di sana, ada satu pergaduhan di antara orang kampung dan perkara itu tidak dileraikan oleh ketua kampung itu sendiri. Kepala di gelengkan. Teruk! “Bagaimana kau tahu pedagang dari Turki akan berlayar malam ini?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 76 Sepi. Hanya membiarkan angin malam menampar pipi di saat ini. Tak tahu nak beritahu mana satu, sama ada dia dengar perbualan mereka ataupun surat yang diterima petang tadi. Air laut yang bergelora ditenung. “Maya Surya.” Panggil Adaskhan. “Saya terdengar perbualan awak dengan pedagang-pedagang di dalam kapal ini tempoh hari.” “Alasan tak boleh diterima. Aku nak campak kau dalam laut.” Terus melutut Maya seperti tadi. “Tolong jangan campak saya dalam laut!”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 77 Terkejut Adaskhan apabila Maya menganggap gurauannya tadi adalah serius. “Bangun. Aku bergurau.” Darah yang melekat pada lantai kapal menjadi tanda tanya. “Kau luka?” “Sikit.” Kaki kanannya yang luka disorokkan dari dilihat oleh jejaka di hadapannya ini. “Mana?” Soalnya sepatah. “Kaki.” “Mari aku cuci luka kau.” Kemudian Adaskhan pergi ke arah sebuah bilik dan tubuhnya hilang ke dalam bilik yang gelap itu.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 78 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 7 KAIN panjang di tangannya menutup kaki Maya. Adaskhan menoleh ke arah wanita itu, dirinya teragak-agak untuk melakukan hal yang satu ini. Janggal. “Aku urut kaki kau, boleh?” “Tak apa, nanti baik sendiri.” Tolaknya keras. Tak mahu orang lain menyentuh walaupun berlapik dengan kain sekalipun.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 79 “Kaki kau bukan setakat luka, tapi terseliuh. Urat kaki beralih. Kalau tak betulkan boleh bengkak.” Balas Adaskhan mendatar. "Okay.” “Izinkan?” tanya Adaskhan untuk kepastian. Maya mengangguk kepala perlahan. “Jangan risau. Aku tak ambil kesempatan.” “Baik.” Kedengaran jelas perkataan itu di tepi telinga Adaskhan. Bermakna Maya yakin dengan dirinya bahawa dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap wanita itu. “Kalau sakit sangat, selawat.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 80 Maya mendesis ketika sakit di kakinya mencengkam kuat. Terus dia berselawat apabila teringat pesanan lelaki itu. “Allahumma salli ala sayyidina muhammad.” Dapat dirasa sentuhan Adaskhan walaupun sudah berlapik dengan kain. Kelihatan Adaskhan berhati-hati mengurut kakinya yang bengkak. Maya perasan, jejaka itu tidak melanggar kata-kata yang diucapkan. Senang kata Adaskhan tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya. “Boleh saya tahu nama awak apa?” “Adaskhan." Jawabnya sambil membetulkan urat kaki wanita ini.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 81 “Unik. Jarang saya nak dengar orang nama Adaskhan. Ini baru pertama kali saya dengar.” “Di Turki ramai saja lelaki bernama Adaskhan. Salah satunya aku.” Mata dipejam rapat apabila Adaskhan memegang kakinya di bahagian yang terseliuh. “Jangan sentuh situ. Sakit.” Adunya beserta mimik muka menahan rasa sakit. “Maaf.” “Kau nak buat apa bila tiba di Turki?” Maya mulai termenung. Dia sendiri tidak tahu rancangan seterusnya setelah tiba di Turki. Apa yang difikirkannya adalah, melarikan diri dari orang kampung. Dia tak mahu bersemuka dengan orang-orang di sana.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 82 “Saya sendiri pun tak tahu.” “Jadi pengajar?” “Itu bukan bidang saya, Adaskhan. Lagipun saya tak tahu mengenai negara awak.” Dia langsung tak tahu hal berkaitan Turki, melainkan negara itu ada hubungan dengan Tanah Melayu melalui perdagangan. “Kalau makin sakit, beritahu aku segera.” Cepat saja Adaskhan bangun untuk menjauhi Maya yang masih terduduk di atas lantai. Dipandang para pedagang yang masih berjaga. Kebanyakan di antara mereka sudah lena dibuai mimpi kerana terlalu penat menguruskan barang dagangan dari pagi hingga malam.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 83 “Boleh saya tanya satu soalan?” Kotak kayu dipegang untuk membantunya berdiri. “Apa?” “Siapa awak sebenarnya Adaskhan?” Punggung dilabuhkan di atas kerusi kayu. “Kenapa kau nak tahu?” Soal Adaskhan dengan nada suara mendatar. Selagi Maya tak tahu siapa dirinya, dia akan rahsiakan sehinggalah dia sendiri bongkarkan siapa dirinya yang sebenar. “Saja. Saya tertanya-tanya pula, memandangkan lelaki tadi ada panggil awak dengan panggilan Tuan Adaskhan.” “Salah ke dia panggil aku tuan?”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 84 “Saya tak kata itu salah. Saya cuma nak tahu siapa awak sebenarnya.” Mata kanan digosok untuk menghilangkan rasa mengantuk. Buntu di mana dia ingin tidur pada malam ini, sedangkan di luar sini penuh dengan lelaki. “Aku bukan sesiapa, aku orang biasa yang hidup sederhana.” Baiklah kalau itu yang dikatakan oleh tuan badan. Maya terima. Risau saja jika lelaki ini mempunyai pangkat yang tinggi seperti anak raja atau lebih tepat putera mahkota. Sudahlah bersaya awak dengan Adaskhan. “Kau mengantuk?” Tanyanya setelah melihat Maya menguap buat kali keduanya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 85 Kepala dianggukkan. Ya memang dia mengantuk sangat ketika ini, cuma buntu untuk mencari tempat tidur. “Ikut aku.” Setapak Adaskhan melangkah meninggalkan Maya di belakang. “Tuan Adaskhan masih berjaga?” Tegur pedagang yang masih menguruskan barang dagangan. "Ya.” Jawabnya mendatar. Lalu dibawa dirinya ke arah sebuah bilik khas. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Tiba saja di hadapan sebuah pintu, Maya berhenti di belakang jejaka itu. “Masuklah ke dalam, ini tempat tidur kau buat sementara waktu.” Kata Adaskhan kepada Maya.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 86 Sempat matanya menangkap beberapa orang pedagang memandang ke arah mereka berdua. Barangkali mereka hairan apabila melihat ada seorang wanita seperti Maya berada di dalam kapal ini. “Aku ingatkan kau satu. Jangan sentuh pasu-pasu yang ada dalam kotak kayu di dalam bilik ini.” “Kenapa?” “Hak milik orang. Lagipun pasu-pasu itu kepunyaan Sultanah Humaira. Jangan kau berani menyentuhnya.” Amaran keras diberikan kepada Maya yang sedang memerhati pasu bunga tersebut.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 87 “Wah!” Tanpa sedar dia menyebutkan perkataan itu di saat gelaran Sultanah Humaira disebutkan oleh Adaskhan. “Okay, baiklah saya janji saya tak akan sentuh.” Terukir segaris senyuman di bibir Maya. Adaskhan terus membawa diri menjauhi bilik tersebut. “Tuan Adaskhan tak tidur lagi? Sudah larut malam begini, kenapa masih berjaga?” Tanya salah seorang anak kapal yang sedang duduk di hujung kapal. “Aku tidur di luar.” “Bukankah bilik tuan di sana? Kenapa tuan perlu tidur di luar? Nanti apa pula Sultan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 88 Qaid kata jikalau dia tahu adik lelakinya kesejukan di luar sini.” Biliknya yang kini dihuni oleh Maya dipandang sekilas. Sememangnya itu bilik berehat dia tetapi sudah diberikan kepada Maya buat sementara waktu. “Aku bagi amaran keras dan tolong ingatkan kepada yang lain.” “Kenapa Tuan Adaskhan?” Terus terbangun anak kapal itu dari duduk. Air liur ditelan kasar apabila nada suara Tuan Adaskhan kedengaran dingin dan keras di telinga. “Dalam kapal ni ada seorang perempuan. Jangan berani ambil kesempatan ke atasnya dan jangan berani buat perkara yang aku tak suka. Beritahu yang lain.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 89 “Andai aku dapat tahu ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas Maya, aku tak teragak-agak nak penggal kepalanya di atas kapal ini.” Kapal ini adalah miliknya dan dia tak nak perkara yang tak diingini berlaku. Jangan cemarkan kehormatan di dalam bahtera yang dia sendiri bina. “Menurut perintah Tuan Adaskhan.” Kepala ditundukkan sedikit untuk menunduk hormat kepada pemuda berbadan tegap ini.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 90 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 8 “BEKALAN makanan masih banyak?” “Ada Tuanku... maksud saya, bekalan dalam kapal ini masih banyak kerana baru sebentar tadi kami menangkap ikan.” Ujar salah seorang pedagang yang ditegur oleh Adaskhan. Mereka sudah diberi amaran bahawa jangan panggil jejaka itu dengan panggilan Tuanku kerana Adaskhan tak suka dengan gelaran tersebut. Seolah-olah membezakan darjat walaupun hakikatnya benar. Adaskhan


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 91 kata biarlah panggilan Tuanku itu untuk Sultan Qaid bukan dirinya, dia rasa tak layak dipanggil dengan gelaran tersebut. “Saya boleh tawarkan diri untuk masak,” kata Maya yang secara tiba-tiba muncul dari belakang tubuh Adaskhan. Setapak demi setapak dia menghampiri mereka berdua yang sedang berbual. Ikan dalam pukat nelayan dipandang sesaat. Terlebih cukup. “Kau...” Belum sempat Adaskhan bercakap dengan Maya, terasa namanya dipanggil oleh seseorang sehingga menarik perhatian beberapa orang yang ada di situ.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 92 “Tuan Adaskhan!” Terlihat seorang pemuda sedang berlari ke arah mereka seperti tidak cukup tanah. Turun naik dadanya kerana penat berlari. Adaskhan diam menyepi. Membiarkan pernafasan lelaki bernama Aslan ini teratur dulu, baru dia menyoal. “Kau boleh ambil ikan dalam pukat tu, pisau ada di dalam kotak coklat di hujung sana. Kalau tak boleh hidupkan unggun api, beritahu aku. Nanti aku tolong.” Pesan Adaskhan kepada Maya. “Baiklah. Kalau saya tak boleh hidupkan api, saya cari awak.” Jejaka itu sudah menunjukkan selok-belok di dalam kapal ini,


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 93 jadi dia tahulah di mana tempat biasa mereka memasak. Bakul kosong yang berada berhampiran dengan pukat nelayan diambil, lalu Maya mengambil beberapa ekor ikan dalam jumlah yang banyak sebelum dimasukkan ke dalam bakul tersebut. Sempat matanya mengerling ke arah Adaskhan yang sedang berbual dengan lelaki tadi. Figura Maya yang sudah menjauh dari mereka dipandang. Kemudian dia menoleh semula ke arah Aslan yang berdiri di sisinya. “Tuan Adaskhan.” Kali ini suara lelaki itu kedengaran sedikit tenang berbanding tadi. Nafasnya kembali teratur dan peluh yang


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 94 mengalir mengalir dari dahi dia lap menggunakan kain yang berada di lehernya. “Kenapa?” “Ada sorang anak kapal kita beritahu ada sebuah kapal lanun dalam perjalanan menuju ke kapal kita! Di sana!” Jari telunjuk menujuk ke arah bendera yang tergantung pada tiang kapal. Bendera lanun. Kaki Adaskhan melangkah setapak ke hadapan untuk melihat kapal lanun yang dikatakan oleh Aslan. Mata dikecilkan. “Ini teropongnya.” Hulur seorang anak kapal kepada Adaskhan. Teropong itu diambil lalu dibawa mendekati matanya untuk melihat. Jelas ada


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 95 sebuah kapal lanun sedang dalam perjalanan mendekati kapal mereka. Teropong dijauhkan. “Simpan semua barang dagangan serta hasil yang kita dapat sekarang juga!” Terkocoh-kocoh mereka berlari ke arah barang dagangan masing-masing setelah diberi arahan oleh Adaskhan. Sosok tubuh Maya dicari sebelum pandangan terarah pada seorang wanita yang baru saja keluar dari bilik. Kelihatan wanita itu ingin bergerak turun ke bawah untuk membakar ikan. “Maya!” Jerit Adaskhan dari jauh. Jelas raut wajah Maya kelihatan terkejut kerana namanya dijerit oleh Adaskhan. Dada


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 96 diusap perlahan. Belum sempat dia melangkah mendekati Adaskhan untuk bertanyakan kenapa, lelaki itu sudah menjerit dari jauh. “Masuk dalam bilik sekarang dan jangan kau keluar!” Adaskhan bergerak menghampiri wanita itu yang masih tercegat di hadapan pintu bilik. “Batalkan niat untuk memasak. Duduk dalam bilik itu diam-diam, jangan sesekali kau keluar walaupun kau dengar bunyi bising di luar. Pekakkan telinga dan kunci pintu bilik.” “Jangan takut, aku jaga kau.” Terkulat-kulat Maya berdiri di hadapan Adaskhan, mendengar arahan lelaki ini membuatkan dirinya tertanya-tanya kenapa Adaskhan kata begitu kepadanya.


Click to View FlipBook Version