BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 347 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 30 USAI menunaikan solat isyak, tangan ditadah ke dada langit. Satu-satunya harapan yang dia boleh harapkan adalah berharap dengan Ya Rabb. Satu yang tiada duanya, Allah. Hati rindu untuk mengadu, diri mahu sandaran daripada Yang Satu dan jiwa mahu ketenangan hakiki. “Ya Rabb, berikanlah pentunju-Mu untuk apa yang aku alami ini. Sungguh hati ini berharap kepadaMu. Petunjuk dan pertolongan
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 348 daripada-Mu. Ya Rabb, aku datang menghampiriMu dengan zikir pada-Mu, aku memohon pertolonganMu dengan diri-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan kemurahan-Mu, dekatkan daku keharibaa-Mu, sempatkan daku untuk bersyukur padaMu, bimbinglah daku untuk selalu mengingat-Mu.” Sedar dirinya lena dalam dunia sedangkan dunia bukan hakiki. Dia lemah. Dia pendosa. Sejadah dilipat setelah selesai berdoa. Adaskhan tidak langsung merebahkan diri tetapi dia bergerak ke satu sudut. Hampir setiap bulan Adaskhan bertanyakan kepada Sang Sultan mengenai pelayaran ke Tanah Melayu walaupun tahu
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 349 jawapan yang meniti di bibir akan mengecewakan diri sendiri. Gambar lukisan seorang wanita sedang menjahit pakaian menyebabkan dia tersenyum kecil. Kemudian, kepala jatuh melihat baju yang dia pakai. Tawanya meletus keluar. Tak sangka dia pakai baju yang pernah dijahit oleh Maya sebagai tanda terima kasih wanita itu. Dan tanpa Maya ketahui, dia senyap-senyap melakar kelakuan wanita itu di sebuah lukisan. Gambar lukisan ini akan disimpan sehingga mereka bertemu kembali. Banyak kejutan yang belum dia tunjukkan kepada Maya tapi apakan daya, Maya pergi
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 350 tanpa sempat dia tunjukkan semua kejutan tersebut. “Aku tunggu kau.” SEMAKIN hari semakin teruk Maya diperlakukan. Ditendang, dipijak dan dipukul seperti patung. Bukan tak melawan tapi setiap kali dia melawan dari dikasari, tubuhnya akan menjadi tempat Megat melepaskan marah. Teruk. Sangat teruk diperlakukan sehingga muka dipenuhi luka dan lebam. Orang kampung langsung tak masuk campur urusan suami isteri itu malah membiarkan Megat memukul Maya. Mereka
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 351 lebih suka melihat Maya diperlakukan begitu. Mereka percaya Maya cuba menggoda Megat dan mereka berdua menjalinkan hubungan dalam diam. Seorang pun tidak peduli akan keadaan wanita itu yang seperti nyawa-nyawa ikan. “Lepaskan aku!” Lantang sekali Maya berkata di hadapan Megat. Dia tidak tahan hidup seperti ini. Badannya semakin lama semakin tidak bertenaga. Sakit. “Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau? Kau hidup bahagia dan biarkan aku menderita?!” “Memang. Kalau Mikayla pun, dia tak sanggup hidup dengan lelaki dayus macam kau!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 352 Sebuah tumbukan melayang di sebelah mata Maya. “Kau jangan nak bangkitkan nama dia. Kau dengan Mikayla takkan sama. Aku tak akan perlakukan dia macam aku buat pada kau. Kau memang sesuai dapat layanan sebegini!” Dihempas tubuh Maya ke bawah, lalu perut dipijak tanpa belas kasihan. “Argh— sakit!” “Kau ingat sampai mati. Aku takkan lahirkan benih dalam rahim kau, dan jangan harap kau boleh mengandungkan anak aku!” “Aku tak... huh tak nak kandungkan anak kau. Lelaki setan argh!” Dia tak mampu lagi melawan Megat.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 353 Berbakul-bakul hinaan dan makian keluar daripada mulut Megat. Marah menguasai diri. Rasa simpati sudah mati dan jiwa dibisik syaitan. Dia pukul Maya semahunya sehingga wanita itu tak mampu bangun untuk melawan. “Aku nak kau mampus!” Megat keluar dari rumah itu dengan perasaan puas. Puas kerana dapat melepaskan geram kepada perempuan tak guna. Maya terkulai layu. Bukan ingin menyerah tapi dia sudah tidak mampu. “Ad— Adaskhan...” Nama itu disebut juga setelah sekian lama pendam. Tubir mata mulai panas, pandangan menjadi kabur, kerongkongan seperti tersekat dan dada sesak ketika menahan peritnya rasa.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 354 “Adas... khan.” Lirih suara menyebut nama itu. Dia mahukan Adaskhan. Dia mahu lelaki itu membawanya jauh dari sini. Hidup di sini seperti neraka yang tidak mempunyai jalan keluar. Adaskhan, bawak saya pergi dari sini. bisik hati kecilnya. Ya Allah, tariklah nyawa aku. Aku mohon. Tubuh ini tak lagi mampu menahan seksa. Jiwa ini terkurung dalam derita. Dia mahu nyawanya diambil. Dia dikhianati, difitnah, dizalimi, dikasari, dihina, diherdik dan dianiaya. Mata terpejam rapat saat mutiara jernih mengalir keluar dari tubir mata. Sesak dada
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 355 menahan beban. Luka tidak memiliki suara penyebab air mata jatuh tanpa bicara. Ambillah nyawaku, Ya Allah. Sungguh aku dizalimi oleh manusia durjana. Penat menghadap dunia sehingga ingin pulang dengan segera. Adaskhan, saya di sini. Carilah saya dan bawak saya jauh pergi bersama. Saya tunggu awak. Air mata dilap kasar. “Aku tak... boleh menangis. Aku takkan nangis sebab lel... lelaki bodoh seperti Megat.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 356 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 31 SEEKOR kucing dihampiri. Pada mulanya Adaskhan takut ingin mendekati walaupun kucing itu sentiasa menggesel tubuh di kaki, tapi lama-kelamaan dirinya sudah terbiasa apabila dia beranikan diri untuk menyentuh haiwan comel tersebut. Perlahan-lahan kepala kucing diusap seraya memberi minuman. “Seroja.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 357 Kucing yang pernah Maya selamatkan di atas pokok. Kini, dia pula membela Seroja setelah haiwan itu ditinggalkan tanpa tuan. “Mana tuan kau pergi. Lama aku tunggu dia pulang.” Punggung berlabuh di sebuah batu sambil memerhati Seroja. “Disebabkan tuan kau, aku beranikan diri untuk jaga kau.” dagu ditongkat malas. Kuyu mata menahan ngantuk. “Tunggu tuan kau pulang, nanti aku dengan dia sama-sama jaga kau.” Adaskhan meregangkan badan. Dirinya mula bersandar pada batang pokok dengan kedua tangan bersilang di dada.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 358 “Aku harap kau tak lupa janji aku pada kau, Maya.” katanya sendirian. Langsung keadaan Maya tidak diketahui olehnya sama ada sihat atau tidak. “Meow.” Kelopak mata dibuka. Ini lah rutin Seroja setiap kali kenyang. Kucing itu akan menggesel tubuh di kakinya sebagai tanda terima kasih. “Aku nak tidur.” Seroja dia letakkan diriba dan mata kembali pejam untuk rehat seketika. “Adaskhan!” Nama disebut diselangi dengan tangisan seorang wanita. Sayu suaranya memanggil seperti perit menahan luka. “Bawak sa... saya jauh pergi dari sini...” “Saya perlukan awak. Tolong.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 359 “Saya menderita, Adaskhan. Tolong saya... awak satu-satunya orang yang boleh selamatkan saya.” Lirih suara itu meminta tolong. “Saya rindukan awak.” “Saya mohon... saya merayu. Bawak saya pergi dari sini—” Dia kaku melihat susuk tubuh itu. Terkesima. Maya menangis sepuasnya sehingga suara raungan dan tangisan tidak keluar. Nangis tak bersuara tapi raut wajah menceritakan segalanya. “Adaskhan...” Mata terbutang luas. Mimpi itu sememangnya satu mimpi ngeri.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 360 Kenapa dengan Maya? Kenapa Maya menangis? Kenapa Maya minta tolong kepadanya pula? “Astaghfirullahalazim.” Muka diusap. Apa pula kali ini. Bingkas dia bangun dan besar kaki melangkah masuk ke dalam istana. Pejabat kanda Qaid dituju. “Kanda!” “Adaskhan.” Serentak dua beradik itu bertemu tak disangka. “Kanda arahkan Adaskhan dan tentera lain untuk pergi kawal keadaan hutan. Kita ada masalah di sana.” Tegas Sang Sultan memberi arahan tanpa sempat jejaka itu menyuarakan soalan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 361 Serta-merta dia akur dengan arahan dan melupakan niat asalnya bertemu dengan si abang. “Kanda arahkan sekarang juga.” “Menurut perintah.” Kepala ditunduk sebelum diangkat semula. “Kanda tahu Adaskhan tak akan hampakan kanda.” Wajah pemimpin itu dia renung tak berperasaan, lalu Adaskhan segera meninggalkan abangnya dan diikuti oleh beberapa orang pengawal di belakang. SEORANG gadis menghentikan langkah menuju ke rumah apabila telinga menangkap
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 362 perbualan beberapa orang wanita pada malam itu. Berhati-hati dia mencari tempat sembunyi untuk mendengar semua perbualan tersebut. “Setakat ini orang kampung masih tak tahu kita aniaya Maya.” Gadis itu menjengah untuk melihat empunya badan yang berkata. Mikayla, Orked dan Senja. Mereka bertiga berada di kawasan jauh daripada orang ramai. Maya diftnah? “Kau tak rasa tindakan kita keterlaluan?” Orked bertanya dalam ketakutan. Takut jika perbuatan mereka diketahui oleh sesiapa. “Tak.” Angkuh Mikayla menjawab.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 363 “Sekalipun kau mahu putus tunang dengan Megat, bukan ini caranya. Kita bertiga dah libatkan dia. Aku tahu kita semua tak suka dengan Maya tapi—” “Kenapa kau berdua berpihak dekat perempuan itu? Sedar tak selama ini dia biadap dengan kita?” “Aku rasa kita sudah melampau.” “Aku tak kisah. Yang penting sekarang ini, aku tak nak salah seorang daripada kita bukak cerita. Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut. Megat, Maya dan orang kampung tak boleh tahu semua ini rancangan kita.” “Tapi ini semua rancangan kau, Mikayla. Kami tak terlibat.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 364 Kedengaran sinis Mikayla ketawa, sepertinya dia ketawa setelah mendengar ayat daripada Senja. “Tak terlibat? Kau dan Orked ajak perempuan murah itu masuk ke dalam rumah Megat dan perangkap dia. Kau kata kau tak terlibat?!” Berang dengan dua orang kawannya ini. “Aku tak kira. Aku tak nak kau atau Orked bukak mulut. Biarkan rahsia ini sampai bila-bila. Orang kampung percaya cakap kita bertiga,” sambungnya lagi. Terkedu gadis itu mendengar perbualan mereka bertiga? Jadi mereka orang yang perangkap Maya dan meyakinkan orang kampung bahawa Megat dan Maya berkhalwat?
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 365 Perlu ke dia beritahu orang kampung? Tapi ada ke yang mahu percaya dengan katakatanya? Semua orang di kampung ini berperangai iblis. Jikalau Arjuna ada di sini, sudah pasti dia memberitahu jejaka itu tentang hal ini. Bila lelaki itu akan pulang ke tanah air? Ya Allah. Dia sendiri percaya Maya dan Megat berkhalwat sedangkan semua itu dusta. Sungguh fitnah manusia sangat bahaya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 366 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 32 5 TAHUN BERLALU SUDAH bertahun lama berlalu. Dalam setiap kata dalam sujud dia pasrahkan. 5 tahun bukan jangka masa yang singkat untuk menunggu seseorang. Mungkin benar takdir tidak berpihak padanya walaupun setiap masa menunggu kehadirannya. Usia makin meningkat tapi kenapa dia masih mengharap sesuatu yang tidak pasti bakal
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 367 terjadi. Sungguh hati dan jiwa ini pasrahkan kepada Yang Haq. Adaskhan duduk termenung di atas buaian. Andai mampu, aku merayu Ya Rabb. Sedikit saja, singkapkan takbir rahasia. Yang tertulis di lauhul mahfudz, tentang satu nama. Aku tak perlu risau dan dilema menunggu suratan. Bila hadirnya memang tidak bisa diduga. Aku akan tetap menunggu. Hanya Engkau yang Maha Tahu apa yang terbaik untukku. Aku setia menunggu jika memang dia jodoh yang Kau tetapkan untukku. “Süveyş Kanalı kullanılabilir mi?” (Terusan Suez sudah boleh digunakan?) “Evet.” (Ya.)
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 368 “Yarın tüccarlar mallarını satmaya devam etmek için Malaya'ya gidecekler.” (Esok para pedagang akan ke Tanah Melayu untuk meneruskan barang dagangan mereka.) Adaskhan lantas menoleh. “Afedersiniz?” “Adaskhan'ın genç komutanı.” (Panglima muda Adaskhan.) dua orang pemuda menunduk hormat saat kerabat diraja menegur. Tak tahu pula perbualan mereka didengari. “Tüccarlar yarın yelken açacak mı?” (Pedagang akan berlayar esok?) Mereka angguk serentak. “Evet, Malay topraklarına yelken açacaklar.” (Ya, mereka akan berlayar ke bumi Melayu.)
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 369 “Onlara onlarla yelken açacağımı söyle. Gemime mal koymalarına izin verdim.” (Katakan kepada mereka yang aku akan berlayar sama. Aku beri keizinan pada mereka untuk letakkan barang dagangan di bahtera aku.) Tak menunggu lama, Adaskhan pergi dari situ untuk memberitahu kanda bahawa dia akan ikut ke sana. Ini peluang yang ada kerana negaranya kini aman sejahtera setelah menumpaskan beberapa orang pengkhianat negara. Adaskhan menunggang kuda dengan laju. Lincah mengawal pergerakan kuda untuk sampai ke istana dengan kadar segera. Pandangan rakyat jelata langsung tak mengugat diri kerana fokusnya pada satu iaitu balik ke
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 370 istana dan minta izin kepada pemimpin supaya membenarkannya berlayar. Dia turun dari tunggangan saat tiba. Arahan diberi kepada Elder supaya menjaga kudanya sementara dia masuk ke dalam untuk berjumpa dengan raja. “Uncle.” panggilan anak saudara disapa dengan sebaris senyuman. “Mana papa Is?” soal dia kepada Iskender yang sedang memimpin tangan adik perempuannya. “Pejabat. Uncle nak jumpa papa ke?” soalan anak saudara dia abai. Tangga dipijak untuk naik ke tingkat atas.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 371 “Sombong. Tak padan tua.” omel Iskender apabila soalannya langsung tak dijawab. “Kanda.” Setiap kali ingin berjumpa, pasti baginda berada di pejabat. Sepertinya pejabat adalah tempat tidur kanda Qaid. Dari dulu hingga sekarang. “Girin.” (Masuk.) Terkulat-kulat Adaskhan melangkah masuk ke dalam. “Denize açılmak istiyorsan git.” (Jika ingin berlayar, pergilah.) “Huh?” Qaid angkat kepala. Pen diletakkan di atas meja.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 372 “Adaskhan benimle sadece Malaya ana konu ise buluşur.” (Adaskhan hanya bertemu dengan kanda jika Tanah Melayu menjadi topik utama.) Bukan sehari dua kenal adik lelakinya ini, tetapi berpuluh tahun mereka duduk sebumbung. Dia yang latih dan jaga lelaki ini dari kecil hingga besar. Tanah Melayu, bumi Melayu, Nusantara. Ayat itu yang meniti di bibir Adaskhan jika lelaki itu bertemu dengannya. “Sebep Maya değilse, Adaskhan Malaya'dan bahsetmeyecek.” (Jika bukan Maya sebabnya, Adaskhan tak akan sebut Tanah Melayu.)
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 373 Qaid bangun merapati tubuh adiknya. “Bersiaplah untuk ke sana sebelum kanda ubah fikiran dan melarang kamu berlayar.” Tak semena-mena tubuh Sang Sultan didakap tanp sempat dia berbuat apa-apa. Pemuda itu tersenyum gembira. Akhiranya. Akhirnya, dia boleh ke sana setelah bertahun lamanya menunggu. “Çok teşekkürler!” (Terima kasih!) “Teşekkürler!” “Ingat. Pedagang tak akan berlabuh di kampung Tanjung Batu, tapi mereka akan berlabuh di Selat Melaka iaitu sayap selatan Tanah Melayu.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 374 ARJUNA berlari ke sebuah bahtera yang ingin berlayar ke Tanah Melayu. Sepatutnya dia pulang lebih awal ke sana bersama pedagang Melayu yang lain, tetapi kerana kecuaian sendiri, Arjuna tertinggal di negara ini untuk beberapa waktu lamanya. Nasib baiklah kali ini kapal yang bakal dinaiki akan melalui Terusan Suez memandangkan jalan itu baru saja dibuka setelah konflik yang memakan masa bertahun. Jikalau tidak, pasti perjalanan ini akan mengambil masa seperti kapal pedagang Melayu yang lain kerana mereka berlayar melalui jalan lain yang lebih jauh berbanding jalan utama pedagang. “Geride hiçbir öğe olmadığından emin olun!” (Pastikan tiada barang yang tertinggal.)
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 375 suara seseorang kedengaran memberi arahan kepada para pedagang di situ. “Maaf! maaf!” Berkali-kali Arjuna menunduk memohon maaf apabila dia merempuh seorang lelaki secara tidak sengaja. Pucat lesi wajah saat tiga orang lelaki berpakaian besi mengacukan pedang kepunyaan mereka ke arahnya. Air liur ditelan kasar. “Kau tahu siapa yang kau langgar tadi?” Elder bertanya dingin. Wajah lelaki yang dirempuh olehnya cuba diintai. Berpeluh dahi Arjuna setelah mengetahui jejaka tersebut. Mati. Adik lelaki kepada Sultan Turki.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 376 “Bırak olsun.” (Biarkanlah.) Akhirnya Adaskhan bersuara supaya melepaskan lelaki tersebut. “Siapa nama kau?” Diperhati pemakaian lelaki ini atas bawah. Nampak seperti seorang pedagang dari Tanah Melayu. “Arjuna.” Kepala dianggukan dan membenarkan lelaki bernama Arjuna berlayar sekali ke Tanah Melayu tanpa dia soal banyak perkara.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 377 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 33 “ADASKHAN...” Nama yang kerap kali disebut tanpa jemu. Hati bagai nak gila menunggu kedatangan lelaki itu berkunjung tiba. 5 tahun berlalu, tetapi tetap tak mengubah nasibnya. Dirinya masih menjadi mangsa keganasan Megat malah lebih teruk daripada itu. Dia tak boleh larikan diri daripada lelaki itu. Perangai Megat semakin menjadi-jadi setelah mengetahui Mikayla sudah berkahwin
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 378 dengan lelaki lain. Sejak daripada itu, makin teruk dia diperlakukan. Kaki diikat dengan rantai besi dipandang sayu. Dirinya dikurung di dalam sebuah bilik supaya tidak lari keluar. Badan sudah tidak berdaya. Entah apa jadi di luar sana pun tidak tahu kerana sudah lama dirinya tak melihat dunia. Terkurung di dalam bilik tanpa dikunjungi oleh orang kampung. “Allah.” Maya batuk kerana tekak terasa kering dan perit. Nama Maya Surya bagai terkubur begitu saja di kampung itu sejak beberapa tahun lepas. Semua orang tak ambil kisah tentang wanita tersebut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 379 “Ya Allah, bantulah aku...” Setiap masa dia memohon tanpa henti, setiap hari dia merayu pada Yang Satu. Tak mahu duduk sebumbung lagi dengan Megat kerana ada sesuatu terjadi kepada lelaki itu tanpa diketahui oleh orang kampung. Hanya Allah, dia dan Megat menjadi saksi. Megat murtad. Murtad dari segi percakapan, akidah dan perbuatan. Lelaki itu sedar apa yang dikatakan dan dilakukan tetapi masih mengaku Islam di khayalak ramai untuk menutup keburukan di hadapan penduduk kampung. Bertahun lelaki itu meninggalkan solat, mendustakan kewujudan Allah, menyekutukan Allah, tidak percaya pada hadis dan
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 380 memburukkan agama Islam. Hanya dia yang tahu kerana kata-kata itu akan diucapkan di hadapannya apabila Megat ingin melepaskan kemarahan. Hubungan suami isteri mereka sertamerta terbatal setelah Megat murtad. Mata pejam rapat saat pintu bilik ditendang dari luar. “Maya...” Mendayu-dayu suara jejaka itu memanggil. “Tidur rupanya.” “Tsk. Tsk. Kesian.” Megat duduk bersilang di hadapan Maya. “Liat betul kau nak mampus. Penat aku pura-pura dengan orang kampung, cakap kau tak nak dipandang dan jadi isteri solehah.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 381 “Puih.” Megat ketawa seperti orang kurang siuman. “Aku suami soleh sebab itu tak bagi kau keluar.” Tergeleng-geleng kepala Megat ketika berkata. Lama dia memerhati raut wajah Maya yang penuh luka. “Sebab kau, ayah aku mati tapi ada bagusnya orang tua itu mati. Hilang satu beban aku. Asyik aku disalahkan padahal kau puncanya.” “Menyampah aku cakap dengan kau. Kenapa kau tak mati dalam tidur aje.” Dia bangun dari duduk, lalu beredar keluar. Kuat pintu ditutup sehingga terhincut bahu Maya kerana terkejut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 382 SESEORANG lelaki sedang mengelamun dihampiri tanpa sedar kewujudannya. Kedua tangan bersilang di dada saat berdiri di sisi lelaki bernama Arjuna. Pandangan dilempar ke tengah lautan. “Ehem.” “Tuan errr... Tuanku.” Arjuna tercegat berdiri saat lelaki bertakhta tinggi ini berada di sisi. Janggal kerana ini kali pertama seorang kerabat diraja berdiri sedekat ini di sebelahnya. “Apa sebab kau terburu-buru naik bahtera aku?” “Saya... eh patik sepatutnya pulang ke Tanah Melayu lebih awal tetapi kerana kecuaian sendiri, patik ditinggalkan oleh pedagang dari bumi Nusantara. Ini saja peluang yang ada
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 383 untuk balik ke Tanah Melayu memandangkan pedagang Turki akan berlayar ke sana.” panjang lebar Arjuna menjelaskan sebab dia terburuburu menaiki kapal ini sehingga terlanggar salah seorang kerabat diraja. “Patik boleh bayar jika Tuanku mahu kenakan bayaran.” Adaskhan geleng seraya jalan meninggalkan Arjuna dalam keadaan terpingapinga. Dia mahu alasan lelaki itu naik kapalnya saja, bukan sebab lain. Sebuah bilik dimasuki. Adaskhan mencekak pinggang melihat sekeliling bilik yang pernah dihuni oleh seorang wanita. Bebola mata tertumpu pada sehelai kertas yang terselit di rak.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 384 Selangkah demi selangkah kali bergerak mendekati rak tersebut. Sehelai kertas dilipat kemas diambil. Berkerut dahi melihat sebaris nama yang tertulis. Maya? Sejak bila wanita itu tinggalkan pesanan di dalam bilik ini? Terima kasih benarkan saya di sini. Susah untuk ungkapkan di mulut tapi jujur saya terlanjur jatuh hati pada awak, Adaskhan. Mungkin saya saja perasan, tapi awak selalu ambil berat tentang saya. Maaf sebab sukakan awak. -Maya
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 385 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 34 “MEGAT. Aku nak ke bilik air.” Dengar tak dengar saja suara Maya berkata. Perut berkeroncong hebat dan bibir kebiruan kerana kesejukan malam. Tidur di atas lantai memang membuatkan sendi-sendinya sakit. “Megat.” Maya mengesot perlahan. Dia tak tahan untuk membuang air kecil. Kaki tak kuat untuk berdiri, seperti separuh kakinya lumpuh. “Megat.” “... aku nak buang air.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 386 Mahu saja menjerit tetapi tak berdaya. Tiga hari tidak diberi makan. Bila mengemis kepada jejaka itu, Megat kata dia tidak punya duit untuk beli makan. Dirinya juga dipukul kerana dikata meminta-minta, walhal dia minta makanan untuk mengisi perut yang kebuluran. “Megat—” Terhincut bahu apabila pintu bilik ditolak kasar. “Kau boleh tak jangan ganggu aku? Kau tak tahu ke sekarang ini sudah larut malam?!” nyaring intonasi suara jejaka ini berkata. Maya langsung tak menoleh melihat Megat yang tidak berbaju, tetapi seorang wanita di luar pintu bilik ini. Kaku seketika memandang wanita itu dari jauh. Pejam celik berulang kali untuk memastikan gerangan wanita tersebut. Betul ke apa dia lihat? Mikayla? Apa wanita itu buat di dalam rumah ini? Tak faham.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 387 Mata terpejam rapat apabila Megat menyepak wajahnya. Pedih. Ibu jari kaki Megat kena pada sebelah matanya. “Kau dengar tak apa aku kata tadi?!” “Woi!” Leher dicekik kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Maya. “...arghhh sakit!” Berkali-kali tangan menepis tangan Megat supaya melepaskan lehernya. “Me... gat aku...” Bagai nak gila dicekik kuat begini. Tak boleh bernafas. “Kau mati lagi tenang hidup aku! Mampus!” “Hu... h ak... u—” “Lep... as!” “Megat lepaskan dia!” Mikayla mencelah. Takut jika wanita itu mati dicekik dan mereka berdua akan disalahkan jika mendapati ada kesan cekik di leher.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 388 “Jangan buat kerja gila kalau tak mahu ditangkap!” “Awak nak libatkan saya sekali ke dalam hal ini?!” Dada jejaka itu diusap supaya bertenang. “Kalau tidak kerana Mikayla, malam ini juga kau mati!” Senak perut disepak buat sekian kalinya. Tercungap-cungap Maya mengambil nafas. Dada sesak dan leher juga sakit kerana dicekik. “Tinggalkan dia.” Keadaan Maya dipandang penuh hina dan keji sebelum mmereka berdua keluar dari bilik tersebut. “Saya kena pulang ke rumah, nanti suami saya cari jika dia tahu saya tak ada dalam rumah,” ujar Mikayla kepada Megat supaya membenarkan balik ke rumah. Hakikatnya, Mikayla sendiri tak boleh lupakan Megat walaupun pada mulanya dia
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 389 sendiri ingin putus tunang dengan Megat kerana tawar hati. Setelah berkahwin dengan lelaki lain, dia sedar cintanya kepada Megat masih tersisa. Perkahwinannya bukan kerana cinta tetapi kerana aturan keluarga. Jadi sebab itu, mereka berdua masih berhubung dan menjalinkan hubungan sulit secara sembunyi tanpa diketahui orang kampung walaupun Mikayla bergelar isteri orang. RAUNGAN seorang wanita menyentakkan Arjuna. Kepala diangkat melihat kampung halaman. Kenapa ramai orang berlari? Apa terjadi sebenarnya? Bergegas dia ke sana mendekati salah seorang penduduk kampung Tanjung Batu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 390 “Apa yang berlaku?” tanyanya kepada seorang wanita yang nampak seperti tergesa-gesa untuk ke sana. “Macam biasa. Maya buat hal sampai Megat marah.” “Huh? Kenapa pula Megat nak marah pula?” “Dengar kata Maya nak lari rumah, tapi Megat sempat kejar.” Makin berkerut dahi Arjuna mendengar. “Ke—” eh mana wanita itu pergi? Dia turut mempercepatkan langkah ke rumah rumah ketua kampung. Lama tak jejakkan kaki ke kampung halaman, memang banyak perkara yang dia tak tahu. Semakin dekat jarak, semakin jelas suara seorang wanita menangis kesakitan meminta belas kasihan. “Sakit!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 391 “Sakit... Megat!” “Kau tak dengar kata suami kau. Kau cuba lari rumah. Kau nak apa sebenarnya?!” Tak henti-henti tangan itu memukul Maya dengan papan jati. “Kau nak ikut lelaki lain?!” Seorang pun tak berani masuk campur kerana telah diberi amaran lebih awal. Sementara Mikayla menyaksikan tanpa belas kasihan. “Jawab soalan aku!” “Megat tanya. Jawab lah perempuan murah! Kau nak ikut lelaki lain, kan? Sebab itu kau cuba larikan diri!” herdik Mikayla untuk memanaskan lagi suasana. “Tak cukup lagi ke aku jaga kau sampai kau nak ikut lelaki lain?!” Semua memandang sepi.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 392 Sebuah tumbukan mengena tepat di sisi wajah Megat setelah Arjuna menyaksikan kejadian tersebut. “Kau nak dia mati ke?!” Berang dia dengan tindakan bodoh Megat. “Jangan masuk campur urusan rumah tangga aku. Maya isteri aku. Aku tahu apa aku buat!” Lantas Arjuna mengalih pandangan. Maya terkulai lemah di tanah. Roh bagai direntap seketika setelah mendengar ayat yang keluar daripada mulut Megat. Rumah tangga? Suami isteri? Sejak bila mereka berkahwin? Maya menggeleng untuk nafikan. “Berambus!” Arjuna terundur kerana ditolak kasar. “Jangan sesekali masuk campur urusan aku. Aku tahu macam mana nak ajar isteri aku!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 393 “Kau bukan ajar tapi kau dayus. Lelaki tak guna!” Buk! “Kau sedar tak kau apa kau buat ni setan?!” “Muka dia tak serupa dulu. Penuh lebam. Luka! Berapa lama kau pukul dia?!” Buk! “Kau buat dia macam patung tak bernyawa! Kau pukul dia dengan papan jati macam dia tak ada rasa sakit!” Buk! Buk! Merah muka jejaka itu ketika melepaskan amarah. “Lepaskan dia, Arjuna!” Halang Mikayla apabila melihat Megat dibelasah teruk. “Lepaskan Megat!” “Sini aku pukul kau sama macam kau pukul perempuan tu!” Kayu jati diambil. Tanpa
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 394 sebarang amaran, badan Megat dipukul dengan kayu jati sepuasnya. “Beritahu aku, berapa lama kau seksa dia?!” “Dayus. Kau sepatutnya mati!” Orang kampung yang melihat dia pandang dengan tajam. “Sorang pun tak halang apa jantan ni buat. Kau semua nak kena pukul juga ke?!” Lantang Arjuna bersuara. “Arjuna.” Sayup-sayup Maya memanggil. “Bawak ak... aku pergi.” Terkesima jejaka itu melihat cecair jernih yang keluar dari tubir mata Maya adalah merah. Air mata darah. “Bawak aku ju... jumpa Adaskhan—” Pantas jejaka itu memapah Maya supaya bangun. Keadaan wanita ini sangat lemah. Rupanya tidak seperti manusia. Kusut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 395 “Bawak aku jumpa Adaskhan. Aku rayu...” Adaskhan? Lelaki dari kerabat diraja itu? Maya ke yang lelaki itu cari selama ini? Jadi selama mereka berada di atas kapal, Maya orang yang lelaki itu dambakan hampir setiap purnama? “Aku nak... Adaskhan. Tolong.” “Adaskhan ada. Adaskhan ada di sini.” Dua kali dia mengulang ayat untuk memberitahu bahawa Adaskhan ketika ini ada di Tanah Melayu. “Aku bawak kau jumpa dia.” “Lepaskan, Maya! Aku tak izinkan kau bawak isteri aku pergi!” “Pergi mampus dengan izin kau!” “Maya, dengar kata aku. Aku suami kau!” Wajah Megat direnung lama. Sungguh dia benci semua orang di sini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 396 “Aku bersumpah dengan nama Allah. Semua penduduk di kampung ini akan menderita tujuh keturunan.” Itu janjinya kerana dianiya selama ini.