The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:27:15

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA

BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 447 Meletus tawanya apabila pinggang dipeluk erat oleh Adaskhan dari belakang. “Awak lukis gambar saya boleh pula?” lukisan dilarikan. “Tak dapat. Tak dapat.” Tak duduk diam tangannya dari tadi kerana tak mahu serahkan kembali lukisan tersebut. “Ish.” Digapai kedua lengan sang isteri untuk mengunci pergerakan Maya. Laju lukisan tersebut disambar. Pelukan dilerai. Takut jika orang lain nampak adengan mesra mereka di kawasan taman istana. Lagi parah jika kanda Qaid menyaksikan. Tujuh keturunan mereka berdua dibahan.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 448 “Tuan Adaskhan, ada orang nak jumpa.” Pasangan itu berpaling melihat gerangan yang bersuara. Elder. Nampak lelaki itu seperti menahan diri dari tersenyum lebar. “Siapa?” Raut wajah berubah serta-merta. Dingin. Dia tahu Elder tengok adengan mereka berdua tadi dan yakin bahawa lelaki ini sedang menahan senyum kerana menyaksikan semuanya. “Namanya, Arjuna. Rasanya tuan tahu gerangan tersebut kerana dia pernah berlayar bersama kita.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 449 “SAYA lupa satu perkara. Tahniah atas perkahwin, Tuanku.” Lupa bahawa Adaskhan dan Maya sudah sah bergelar suami isteri dan berita ini sudah sampai kepadanya semasa di Tanah Melayu apabila pedagang dari Turki menyebarkan cerita tersebut kepada pedagangpedagang di sana. “Terima kasih.” “Apa jadi dengan Tanjung Batu?” “Ramai penduduk di sana kena penyakit kusta. Selepas hujan lebat berterusan, musim kemarau dahsyat melanda di kampung. Air telaga kosong dan banyak haiwan mati. Orangorang kat sana semuanya tak terurus. Mereka


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 450 salahkan sesama sendiri sampaikan ada pergaduhan besar antara mereka.” Kifarah untuk mereka kerana menganiaya dan lemparkan fitnah dahsyat kepada anak yatim piatu. “Bekas suami Maya hampir separuh badan lumpuh. Badan dia panas dan bernanah. Megat sekarang tak serupa orang. Hilang warasnya dan kerap kali sebut nama Maya.” “Oh.” Megat berhak dapat setelah apa yang lelaki itu buat kepada isterinya. Betullah azab Allah itu ada untuk mereka yang menzalimi orang tidak bersalah. “Maya, aku minta maaf atas kesalahan aku dulu pada kau. Kalau fikir semula, aku sama dengan penduduk kampung. Maafkan aku,


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 451 Maya. Aku tak nak ditimpa azab seperti mereka.” Pohon Arjuna agar diberi ampunan. Dosanya sama manusia tak tenang jika masih belum bertaubat dan meminta ampun kepada orang yang dia kasari selama ini. Dia nak berubah. Dia tak nak zalimi orang, kerana Arjuna percaya balasan daripada Allah untuk mereka yang menzalimi itu benar wujud. Buktinya, kejadian di kampung Tanjung Batu. Niat ke sini semata-mata ingin jelaskan semua dan minta maaf kepada tuan badan. Selepas itu, dia akan pergi jauh daripada orang. “Aku dah lama maafkan kau.” Arjuna senyuma lebar saat melihat senyuman di wajah Maya. Lega tak terungkap.


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 452 Rasa hilang segala kegusaran di hati. Tenang jiwa ketika ini. T A M A T


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 453 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BONUS 2023 ISTANBUL, TURKI “KENAPA kau nangis, Surya?” tanya seorang gadis kepada kawannya di sebelah. Merawang pandang melihat pelancong dari berbagai negara di atas muzium kapal ini. “Aku cuma sedih gila bila tour guide cerita fasal kisah mereka.” Pemandu pelancong itu hanya tertawa melihat pelancong dari Malaysia menangis


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 454 setelah dia ceritakan kisah cinta dua jiwa yang hidup suatu ketika dahulu. “Jadi kapal ini milik siapa?” “Milik Tuanku Adaskhan. Sampai sekarang kapal ini dijaga baik oleh orang-orang tertentu.” “Maknanya betullah kisah cinta mereka benar?” Pemandu pelancong mengiyakan. “Penjaga muzium kapal ni kata, almarhum nak kisah cintanya hidup walaupun jasad mereka sudah tidak bernyawa. Dia nak semua orang tahu bahawa dia hanya mahukan seorang perempuan saja walaupun terpaksa tunggu bertahun lamanya. Baginda sangat sayangkan isterinya.”


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 455 “Seperti kisah Laila dan majnun?” tanya seorang gadis. “Mungkin lebih mungkin tak daripada itu. Sebab baginda jaga dan terima isterinya walaupun dia tahu apa yang terjadi dengan perempuan itu semasa mereka berpisah.” “Jom, kita ke tempat lain. Jalan-jalan di Kota Istanbul.” ajak pemandu pelancong itu kepada mereka berdua. Lukisan sepasang kekasih yang tergantung di dinding diperhati lama. Sungguh inilah cinta sebenar-benarnya. “Surya, apa kau tunggu lagi?” “Ya, aku datang lah ni.” sekilas dia memandang lukisan-lukisan di dalam muzium


BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 456 itu sebelum mengatur langkah ke arah kawannya, Nabila. “Sorry.” ucap seorang lelaki apabila dirinya terlanggar seorang wanita. “Adaskhan, nereye gidiyorsun?” (Adaskhan, kau ke mana?) beberapa orang lelaki menerpa ke arah lelaki tersebut. Gadis itu dongak melihat lelaki yang merempuhnya. “It’s okay.” langkah diteruskan. “Jom. Kita jalan-jalan di Istanbul.”


Click to View FlipBook Version