BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 397 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 35 “MANA kau nak bawak isteri aku?!” Megat mengejar dua orang manusia yang jauh di hadapan “Aku tak larat.” Sayu Maya katakan. Dia lelah. Sungguh. “Sikit lagi kita akan sampai ke bandar utama. Adaskhan ada di sana.” Buk. Wanita itu rebah ke tanah. Arjuna sendiri tak larat memapahnya sambil berlari. “Kita kena lari!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 398 “Woi. Jangan lari!” Figura Megat bersama beberapa orang dikerling sebelum beralih ke arah Maya. “Naik belakang aku. Kita terpaksa.” Segera tubuh Maya diangkat untuk dia dukung dari belakang. Mereka dalam keadaan darurat. “Kau boleh Maya. Jangan cepat menyerah. Maya aku kenal dulu tak lemah walaupun kau terima pelbagai ujian.” Maya diam menyepi. “Adaskhan tunggu kau. Dia cari kau.” “Arjuna! Maya!” “Dia... cari aku?” Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibir. “Aku fikir dia lupakan aku.” Mata dipejam rapat.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 399 Bahagia kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan. Penantiannya juga tidak sia-sia walaupun perit untuk dihadap. “Dia tak pernah lupakan kau. Percaya kata aku.” Besar langkah jejaka itu melangkah supaya sampai ke bandar utama dengan segera. “Arjuna. Kau berhenti sekarang!” “Lama lagi ke kita sampai di sana?” Susuk tubuh beberapa orang lelaki berbadan tegap diperhati tajam. Mata dikecilkan untuk fokus siapa di depan mereka. “Kita nak sampai Maya.” Kelihatan Adaskhan dan beberapa orang lelaki sedang berjalan menuju ke sini. “Tuanku Adaskhan!” jerit Arjuna supaya mereka nampak dia dan Maya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 400 “Sini!” “Jangan harap kau boleh lepas Maya. Kau isteri aku!” jerit Megat menghalang dua manusia itu terlepas daripadanya. Dia tak boleh lepaskan Maya kali ini. “Aku tak akan biarkan kau seksa dia lagi!” Gigi diketap geram mendengar ayat daripada Megat. “Arjuna?” siapa lelaki ini dukung? Kenapa teruk sangat keadannya? “Apa jadi Arjuna?” Raut wajah Elder dicari sebelum beralih. “Panjang ceritanya.” “Siapa perempuan ini?” Selendang yang menutup seluruh kepala dan wajah wanita ini menyukarkan dia melihat gerangan tersebut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 401 “Maya. Dia Maya, Tuanku. Tolong bawak dia jauh dari sini.” Diserahkan wanita itu kepada Adaskhan. “Pegang dia. Keadaannya terlalu lemah.” Mereka yang lain bingung. “Maya?” “Kembalikan isteri aku!” Megat berhenti melangkah bersama orang-orang yang ada dengannya. “Dia bukan isteri kau!” Arjuna membalas. “Adaskhan.” Suara Maya memanggil. Lengan jejaka itu disentuh untuk menampung badannya. “Bawak saya pergi—” “Astaghfirullah. Maya!” “Maya!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 402 “Bangun, Maya—” ADASKHAN menghembus nafas berat. Dalam tempoh 5 tahun, dia tak tahu apa wanita itu lalui sehingga teruk begini rupanya. Berkalikali dia melihat wajah itu untuk memastikan Maya ialah orangnya. Mendengar penjelasan daripada Arjuna membuatkan dia naik angin dengan tindakan bodoh Megat. Apa lelaki itu ingat tenaga seorang wanita mampu melawan tenaga seorang lelaki? Adaskhan yakin Maya sudah lama menderita.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 403 Pilu hati melihat keadaan Maya ketika ini. Entah bila wanita ini mahu sedar. Kayu api dipadam setelah bubur telah dimasak. Kemudian, kaki bergerak naik ke ruang atas untuk memberikan bubur kepada Maya walaupun wanita itu masih belum sedarkan diri. “Tuan nak ke mana?” “Hantar makanan dekat Maya,” balasnya kepada Elder di sisi, lalu pintu ditolak perlahan dari luar. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja kecil. “La... ma ke awak tun... ggu saya?” Kepala dongak melihat tuan badan. “Maya?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 404 “Maya? Kau dah sedar?” Teruja dia menyoal. Pada masa yang sama dia terkejut kerana Maya sudah sedar. “Aku buat kau terjaga?” Gelengan wanita itu sedikit sebanyak melegakan hati. “Kau nak makan? Aku suap. Aku masakan bubur untuk kau.” Keadaan wanita itu dilihat sekali sebelum dirinya mengambil beg pakaian dan diletakkan di bawah kepala Maya. “Tak perlu bangun. Keadaan kau masih lemah.” Disuap bubur ke dalam mulut Maya setelah meniup bubur yang panas itu. “Makan setakat mana kau boleh telan.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 405 “Adaskhan.” Sayu sekali dirinya memanggil. “Ya?” “Lama ke... awak tu... nggu saya?” Sekali lagi dia bertanya apabila soalan pertama tidak diberi jawapan. “Nanti sampai sana, aku beritahu semua orang yang aku akan kahwin dengan kau.” Lain ditanya, lain dijawab. Lelaki ini seolah-olah mengelak untuk menjawab. “Macam mana jika ajal saya datang dulu? Boleh kita kahwin di syurga?” Persoalan Maya serta-merta menyebabkan Adaskhan tersentak. “Kalau tak... dir kita tak bersatu... di dunia, saya nak bersama dengan awak di
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 406 syurga,” sambungnya lagi dengan pandangan sayu. “Aku nak kau sentiasa dengan aku mulai sekarang,” jawab Adaskhan perlahan. “Berapa... lama awak tunggu saya?” Mulut dibuka sedikit untuk menerima suapan bubur. “Sekarang ini aku nak kau sihat. Aku jaga kau. Kau tak perlu menderita lagi.” Tak semena-mena mutiara jernih mengalir keluar. Murahnya air mata ini. Kerap menangis. Dia tahu dia lemah. “Saya tak sempurna...” “Aku boleh jadi pelengkapnya.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 407 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 36 “KAU buat apa kat sini?” Dahi berkerut hairan melihat Maya diluar bilik pada waktu malam begini. Semua orang sedang berehat tapi lain pula kelakuan manusia seorang ini. “Masuk. Nanti kau bertambah sakit,” arah Adaskhan lembut. Dia tak mahu wanita ini jatuh sakit kerana angin malam di atas bahtera. “Saya... nak ambil angin luar.” “Kau tak sembuh lagi.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 408 “Muka kau pucat,” tegur Adaskhan risau. Bibir wanita itu pucat dan kebiru-biruan. “Sekejap saja. Bagi saya duduk di luar untuk ambil angin malam.” Merawang matanya memandang sekeliling di atas kapal itu. Hanya mereka berdua saja di sini sementara yang lain di bawah dan ada juga sedang nyenyak dibuai mimpi. “Kau tak penat?” “Penat sangat.” “Jadi kenapa kau tak tidur lagi? Masuk berehat kalau penat.” “Saya nak teman awak kat luar. Biar penat saya hilang. Tengok muka awak pun buat saya lega.” katanya diselangi dengan tawa halus.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 409 Punggung dilabuhkan di atas kotak kosong seraya bersandar pada dinding kapal. “Aku tak apa-apa. Kau masuk lah.” “Sejuk angin malam ni.” Jejaka itu langsung mengambil selimut di dalam bilik dan dibawa keluar untuk diserahkan kepada Maya. “Seronoknya dapat tidur dekat luar.” “Jangan mengada.” Larang Adaskhan keras. Suasana kembali sunyi sepi apabila keduaduanya mendiamkan diri. “Hampir setiap hari saya tunggu awak datang jemput saya, Adaskhan.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 410 “Saya penat sangat. Penat dari segi fizikal dan mental. Mereka buat saya seolah-olah saya bukan manusia.” “Saya cuma harapkan awak saja datang untuk selamatkan saya. Saya cuma nak awak, bukan orang lain.” “Saya bersyukur bila Allah pertemukan kita kembali. Saya suka bila dapat jumpa awak sekali lagi.” “Dapat tengok muka awak sekejap pun dah buat saya lega. Saya harap sangat dapat hidup dengan awak di masa akan datang. Dikelilingi orang baik.” “Kita akan bina kebahagiaan sendiri. Aku akan pastikan tak ada seorang pun ganggu rumah tangga kita nanti.” Kali ini Adaskhan
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 411 pula bersuara setelah sekian lama dia mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Maya. “Aku dah janji dengan kau yang aku akan kahwin dengan kau. Sekarang tunggu masa saja.” “Tunggu aku halalkan kau.” “Boleh ke kita jumpa lagi di syurga?” “Boleh.” Mereka menyepi kembali. “Untuk jawapan kau. Aku tak senang duduk bila tak nampak kau. Aku takut kau pergi dan lupakan aku.” Adaskhan sengih mengingatkan sesuatu. “Kau nak tahu tak. Aku dah tak takut kucing. Aku jaga Seroja sepanjang kau pergi. Aku sayang Seroja macam mana kau sayang Seroja.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 412 “Kau nak— lah tidur.” Geleng kepala melihat Maya tak merespon. Patutlah senyap. “Maya bangun. Tidur dekat dalam.” “Jangan tidur kat luar. Sejuk.” “Maya?” Bahu ditepuk supaya wanita itu terjaga. Hairan. Berkali-kali Adaskhan memanggil tetapi sedikit pun wanita itu tak beranjak atau sedar dari lena. “Boleh pula kau lena di sini.” “Maya, jangan pura-pura tidur. Bangun. Tempat tidur kau di dalam bukan di luar.” Suasana menjadi hening seketika. “Kau jangan buat takut aku.” “Maya. Bangun!” Bahu turut digoncang supaya bangun tetapi tetap sama seperti tadi.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 413 “Maya?” “Maya bangun!” Jarak antara mereka didekatkan tatkala wanita itu masih lagi tidak bergerak. “Maya bangun. Jangan buat aku takut!” “Elder!” jeritnya memanggil orang kanan. “Elder tengok Maya!” Tergopoh-gopoh jejaka itu mencari kelibat si ketua. Figura dua orang manusia dihampiri apabila ternampak kelibat Adaskhan bersama seseorang. “Maya tak nak bangun. Aku kejut tapi tak bangun-bangun dari tadi.” Hembusan nafas didengar, lalu Elder mencari nadi di lengan wanita itu dan kembali mendekatkan telinga untuk mendengar hembusan nafas sekali lagi.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 414 “Maya—” “Bangun Maya!” Ditepuk-tepuk pipi itu. tak sanggup dengar walapun tahu itulah keberannya. “Bangun!” “Nadi dia tak bergerak—” Elder berkata. “Jangan tinggalkan aku. Bangun Maya!” “Sejuk kat luar. Bangun lah. Jangan takutkan aku!” “Lama aku tunggu kau. Lama aku sabar untuk jumpa kau. Bangun Maya—” “Aku dah janji... kahwin dengan kau. Kau... tak boleh buat aku macam ini. Bangun. Jangan tinggalkan aku sorang-sorang.” “Aku takut.” Jasad tak bernyawa itu digerakkan berulang kali.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 415 “Kita tunggu sampai sana ya? Kita kahwin. Hidup bahagia, bina keluarga baru. Kita sama-sama jaga Seroja. Dia tunggu kau, keluarga aku tunggu kau dan aku tunggu kau. Aku nak tunaikan janji aku.” “Aku nak halalkan kau sebagai isteri sah. Aku nak beritahu semua orang yang aku jumpa kau semula.” Jasad itu tetap sama. Langsung tak bergerak malah tuan badan juga tak celik mata. “MAYAAA!” Adaskhan terjaga. Peluh di dahi dilap lalu wajah dongak memandang orang-orang di hadapan. “Tuan Adaskhan tak apa-apa?” Elder dan lain bertanya dengan nada risau.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 416 Lelaki itu bangun dari duduk. “Maya mana?” Cemas. “Maya tengah tidur. Dia baru saja masuk tidur.” Astagfhirullahalazim. Dia bermimpi. Mimpi buruk. “Tuan penat sangat ke?” “Tak. Aku tak apa-apa.” Segera kaki diatur pergi ke bawah untuk mencuci muka. Elder dan para pedagang terpinga-pinga. Apa jadi sebenarnya sehingga jejaka itu menjerit ketakutan?
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 417 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 37 HUJAN lebat tidak henti-henti turun di Kampung Tanjung Batu sedikit sebanyak menggusarkan hati penduduk. Mereka risau jika berterusan hujan lebat, semua rumah akan ditenggelami air. Tanaman mati kerana hujan lebat malah haiwan peliharaan juga tiada tempat perlindungan lebih selamat. Semuanya disebabkan paras air meningkat di paras pinggang.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 418 Menjadi tanda tanya orang kampung ketika ini adalah, kenapa kampung Tanjung Batu saja hujan lebat berterusan tanpa henti? Sedangkan kampung-kampung atau bandar utama lain elok saja cuacanya. Hanya satu malam, semuanya berubah drastik apabila tubuh Megat dipenuhi cacar air, suhu badan panas dan kaki lumpuh tak boleh bergerak, sementara Mikayla dan beberapa orang kampung diserang penyakit kusta. Tangan mereka gatal-gatal dan disebabkan itu semua orang saling menjauh dari datang mendekat kerana mereka tahu penyakit kusta adalah penyakit berjangkit.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 419 “Tolong tangan aku!” jerit seorang pemuda apabila seluruh tangannya gatal sehingga berkudis dek kerana garu tanpa henti. “Tolong!” “Arghh gatal!” “Pedih!” Beberapa orang mulai diserang gatal di anggota tubuh mereka. Mereka seperti tidak boleh berhenti menggaru sehingga nanah keluar dari muka, leher, tangan dan kaki. Arjuna yang sedang menyaksikan tersebut turut bingung. Kenapa dengan mereka semua? “Kenapa dengan tangan aku!” Mikayla menjerit nyaring apabila tangan yang sebelum ini mulus dipenuhi kudis. Leher juga digaru kerana gatal
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 420 “Arjuna.” Dia menoleh. “Safiyah, kenapa dengan semua orang di kampung?” Gadis bernama Safiyah menggeleng. Dia sendiri tak tahu. “Mata aku... argh sakit!” “Arghhhh!” “Ada baiknya kita berpindah tempat sebelum kita pula dijangkiti.” “Kenapa kaki aku tak boleh bergerak?!” Sayup-sayup kedengaran suara Megat melepaskan amarah. Entah di mana tuan badan berada, yang dengar hanya suara. “Sakit bodoh!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 421 “Mari kita berpindah.” Gesa Safiyah. Tak betah duduk di kampung ini lama-lama dengan penduduk kampung diserangi penyakit pelik. “Kaki aku bernanah!” Suara Orked nyaring kedengaran. “Tak tahan gatal!” Kacau bilau keadaan di kampung itu sehingga mereka berdua tiada lagi ketenteraman seperti sebelum ini. Arjuna masih tertanya-tanya apa penyebab mereka terkena penyakit itu? Bebola mata terhenti ke arah seorang pemuda yang sedang menggosok belakang badan di batang pokok. Nampak sungguh lelaki itu menahan gatal di badan. Dahsyat. Keadaan di sini sangat nazak dan huru-hara.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 422 “SAFIYAH rasa dari mana penyakit itu datang?” Bahu diangkat. “Safiyah tak tahu apa jadi dengan penduduk di sana. Satu malam saja semua orang kena tempias.” “Kenapa ya?” Hanya mereka berdua saja belum dijangkit. Oleh itu, Safiyah mengajaknya supaya pindah di tempat lain yang lebih selamat dan terjamin. “Paling teruk sekali ialah Mikayla. Tangan dia nanah dan berdarah. Leher dia juga gatal. Mata dia pedih tak boleh bukak dan mulut dia tumbuh ketulan besar.” Cerita Safiyah ketika dirinya melihat keadaan Mikayla.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 423 “Aku bersumpah dengan nama Allah. Semua penduduk di kampung ini akan menderita tujuh keturunan.” “Sumpahan.” Baru dia teringat sumpahan atas nama Allah yang pernah disebut oleh Maya. Jadi ini balasan mereka? Ini kifarah untuk mereka di kampung? “Ulang Arjuna kata apa tadi?” “Maya pernah bersumpah sebelum dia tinggalkan kampung. Dia bersumpah atas nama Allah yang penduduk kampung akan menderita 7 keturunan.” “Safiyah tahu apa terjadi dengan Maya sampaikan keadaan dia teruk diseksa oleh Megat?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 424 Laju dia mengangguk. “Panjang ceritanya. Balik ke kampung, Maya difitnah berkhalwat dengan Megat sedangkan mereka berdua diperangkap. Megat salahkan Maya sebab ingat Maya yang cuba godanya padahal dalang semua ini adalah Mikayla, Orked dan Senja. Mereka buat begitu sebab Mikayla mahu putuskan pertunangan dengan Megat, tapi dia tahu Megat tak akan lepaskan dia dengan mudah. Jadi Mikayla guna taktik kotor dengan gunakan Maya.” Nafas diambil setelah cerita panjang lebar. “Tak habis sampai situ, semua orang percaya yang mereka berzina dan ketua kampung masa itu gesa mereka kahwin untuk tutup malu keluarga. Lepas Megat dan Maya
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 425 berkahwin, Safiyah selalu dengar Maya jerit sakit bila lalu depan rumah Megat. Tak lama itu, khabar Maya senyap. Orang kampung langsung tak masuk campur, mereka lebih suka dan tengok Maya dikasari.” “Safiyah ada cuba beritahu orang kampung tentang hal ini, tapi sorang pun tak percaya dan mereka lebih percayakan Mikayla dengan kawan-kawannya,” sambungnya tanpa henti. “Oh. Lagi satu, Arjuna tahu tentang Megat?” Tentang hal Megat, dia pun baru tahu apabila Megat sendiri mengaku di khalayak ramai tentang status agamanya. “Kenapa dengan dia?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 426 “Dia murtad. Rasanya sudah lama Megat murtad tapi dia tutup aib dengan gunakan nama Islam.” Mengucap panjang Arjuna dengar. Sungguh, apa di fikiran lelaki bernama Megat sehingga memilih jalan keluar dari Islam? “Dia murtad lepas tahu Mikayla sudah berkahwin dengan pilihan keluarga.” Sebegitu dalam cinta kepada manusia sehingga kecewa dan membawa diri memesong jauh dari akidah Islam. Allahuakhbar.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 427 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 38 BERSEMANGAT Adaskhan pagi ini setelah mengetahui Maya semakin pulih. Wanita itu sudah boleh berjalan walaupun sakit masih terasa. “Senyum saja Tuan Adaskhan sejak tadi. Ada apa-apa ke?” usik seorang pedagang beserta sengihan nakal. “Bukan urusan kau.” Bibir terus dicebik. Baru tanya sikit tapi dibalas begitu. Kedekut. Cuba kongsi
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 428 kebahagiaan dengan penghuni-penghuni di atas kapal ini. Bahu diangkat. Tak apa lah asalkan dapat lihat putera raja tersenyum pun mampu membuatkan mereka lega. Dari terus dingin muka itu, mereka langsung tak berani menegur. “Kita akan sampai tak lama lagi.” Bendera yang menjadi kebanggaan rakyat di bumi Turki dinanti penuh teruja. Menanti jarak kapal ini dengan bendera semakin dekat. “Sekali lagi Tuan Adaskhan selamatkan dia.” “Apa kau merepek?” “Kali pertama tuan selamatkan dia semasa kita jumpa dia di atas bahtera. Tuan Adaskhan benarkan dia ikut kita belayar bahkan beri lebih daripada itu. Tuan Adaskhan berikan tempat
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 429 tunggal, makanan, bunga, duit dan sebagainya. Kali kedua, Tuan Adaskhan selamatkan dia daripada lelaki tak guna.” “Dia yang kau maksudkan ialah Maya?” Elder angguk beserta senyuman. “Tak tahu atau buat-buat tak tahu? Argh!” Meringkuk Elder akibat disiku di bahagian perut. “Saya saja mengusik. Tak tahu pula tuan malu de— argh!” Kali ini dadanya ditumbuk tanpa sebarang amaran. Sakit sungguh! “Kau bersuara, aku tolak kau dari kapal.” Laju isyrat tangan dibuat seperti mulut dizip rapat.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 430 “Adaskhan.” Serentak mereka berdua menoleh apabila suara Maya menyapa halwa pendengaran. “Sini sekejap.” Sopan saja Maya memanggil sehingga menarik perhatian beberapa orang pedagang di atas kapal tersebut. Semua di situ sudah tersenyum simpul. Bikin hati meleleh. Elder terus senyum mengusik seraya menggerakkan keningnya ke bawah dan ke atas. Terserlah senyuman sinis di bibir melihat wajah dingin kerabat ini. “Kau senyum macam itu, aku koyak mulut kau. Kening kau aku cukur.” jelingan diberi sebelum mengorak langkah mendekati buah hati.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 431 Hilang terus senyum nakal Elder apabila diugut. Mulut koyak? Kening botak? Tak nak! Tak nak! KEPULANGAN para pedagang tidak seperti sebelum ini apabila ahli kerabat diraja termasuk pemimpin negara turut menanti kepulangan mereka di pelabuhan. Apa yang sultan itu nantikan mestilah ahli keluarganya iaitu Adaskhan. Sesak pelabuhan pada hari itu kerana dipenuhi dengan rakyat jelata.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 432 “Kanda.” Satu penghormatan diberi kepada si pemimpin saat bersua muka. Segaris senyuman Adaskhan menunjukkan lelaki itu pulang dengan berita gembira. “Tekrar hoşgeldiniz.” (Selamat pulang.) Maya berada di sisi dikerling lalu dipandang atas bawah dengan satu persoalan. Sakit ke kekasih hati adik lelakinya ini? “O Maya, değil mi?” (Ini Maya, bukan?) soal salah seorang adik beradik perempuan Adaskhan. “Evet.” “Memleketine sevgilisiyle döndü!” (Baginda pulang ke tanah air bersama kekasih hatinya!) “Wah!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 433 “O güzel.” (Dia cantik.) “Ama yüzü neden sağlıklı değilmiş gibi solgun?” (Tapi kenapa mukanya pucat seperti tak sihat?) “İkisi de uyumlu!” (Mereka berdua serasi!) “Kabul ediyorum.” (Saya setuju.) Banyak suara mula berkata tentang Adaskhan dan Maya. Ada di antara mereka mengatakan mereka berdua sangat serasi dan ada yang kata bahawa mereka berdua sepatutnya kahwin lebih awal. Banyak lagi Adaskhan dengar dari mulut rakyat jelata. Rata-rata mereka suka hubungannya dengan Maya. “Herkes burayı dinlesin. Yakında Tuanku Adaskhan kendi seçtiği kadınla
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 434 evlenecek. Yani saray yakında bir düğün töreni düzenleyecek ve büyük ölçekte gerçekleşecek.” (Dengar sini semua. Tak lama lagi Tuanku Adaskhan akan berkahwin dengan wanita pilihannya. Jadi pihak istana akan mengadakan majlis pernikahan tidak lama lagi dan akan berlangsung secara besar-besaran.) Elder bersuara bagi pihak Adaskhan dan pihak istana. “İşte istediğimiz bu!” (Ini yang kita mahu!) “Desteğim!!” Semua bersorak gembira. Mereka merestui hubungan Adaskhan dan Maya. “Kralım çok yaşa!” (Daulat Tuanku!) Adaskhan menahan diri dari tersenyum. Dia jeling Maya yang nampak terpinga-pinga.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 435 Mungkin wanita ini tak faham seratus peratus apa yang mereka katakana sebentar tadi. “Kita kahwin.” Ringkas tapi itulah maksudnya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 436 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 39 MERIAH suasana di perkarangan istana setelah pihak istana membuat pengumuman tentang majlis pernikahan Adaskhan dan Maya. Lagi bertambah meriah apabila majlis tersebut dihadiri oleh pedagang-pedagang dari pelbagai negara. “Kralım çok yaşa.” (Daulat Tuanku!) “Kralım çok yaşa.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 437 “Tebrikler! Tebrikler!” (Tahniah! Tahniah!) Beribu ucapan dilemparkan kepada kerabat serta pasangannya. “Mutlu olasın.” (Semoga berbahagia.) Ruang besar yang kosong itu tiba-tiba didatangi oleh lelaki-lelaki yang bakal menari Tarian Sufi iaitu tarian yang diperkenalkan sejak berabad lamanya. Tarian yang menjadi tradisi negara Turki kerana Tarian Sufi diperkenalkan pada abad ke-13. Di atas kepala mereka dihiasi dengan topi merah. “Ramainya orang.” “Memanglah orang, mustahil jin datang,” balas Adaskhan selamba tanpa menoleh. Tarian Sufi disaksikan penuh penghayatan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 438 “Habis majlis, ikut aku.” “Nak ke mana?” Ekor mata mengerling Adaskhan di sisi. “Rahsia.” Tak sangka mereka akan berkahwin juga walaupun mengambil masa bertahun lamanya untuk disatukan. Kahwin dengan lelaki darah diraja? Adaskhan bukan rakyat biasa tetapi kerabat diraja malah lelaki itu adik kepada Sultan Turki sekarang ini. Dia mimpi atau ini realiti? Berkahwin dengan kerabat diraja? “Berangan?” Lelaki itu menyoal sepatah. “Tak. Saya macam tak percaya kahwin dengan awak.” “Habis itu, kalau bukan dengan aku dengan siapa kau nak kahwin?” Ada juga dia
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 439 petik nama Megat si tak guna itu, tapi bila fikirkan balik buat apa sebut nama lelaki itu. Mati ditelan ombak agaknya. “Ish. Bukan itu saya maksudkan.” “Adaskhan. Tamat majlis, jumpa beta.” Perintah Qaid kepada pasangan pengantin itu. “Baik.” “AWAK nak bawak saya ke mana?” Ke mana Adaskhan membawa, kaki hanya mengikut sejak tadi. Sudah lah larut malam, mereka keluar dari istana tanpa pengetahuan sultan dan sultanah.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 440 Mata mengecil melihat beberapa obor api menyala di sebuah bahtera. Ada apa di sana? Siapa pasang obor api di atas kapal? “Dari istana lagi saya tanya kita nak ke mana, tapi awak langsung tak jawab pertanyaan saya.” “Rahsia. Mana boleh beritahu.” “Beritahu sikit pun tak boleh?” Kepala digeleng. “Nanti tak jadi rahsia.” Tiba saja di sana, mereka berdua tercegat berdiri di hadapan sebuah kapal yang selalu digunakan untuk berlayar. “Naik.” Jejaka itu mendahulukan isterinya terlebih dahulu untuk naik ke atas kapal dan diikuti olehnya dari belakang.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 441 Setiap langkah Maya diperhati. Risau jika buah hatinya tersilap langkah dan menyebabkan Maya tersadung ke hadapan. “Kapal ini tak akan digunakan lagi.” “Tapi Adaskhan—” “Tapi apa?” “Bukan ke ini kapal awak? Kenapa tak digunakan lagi? Rosak ke?” “Tidak. Sekalipun rosak, aku akan baiki tapi itu bukan sebabnya. Aku akan jadikan kapal ini sebuah muzium.” Memang itu hasratnya. Berbelas tahun berlayar, tetapi sejak bertemu dengan Maya menyedarkannya bahawa ada banyak kenangan mereka bersama di atas bahtera ini.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 442 Sayang untuk guna. Jadi Adaskhan sendiri bercadang untuk jadikan kapal ini sebagai muzium. Muzium tentang kisah mereka. Kisah tak terungkap kerana ujian dan halangan untuk mereka bersatu. Adaskhan nak semua orang tahu kisah cinta mereka walaupun dia dan Maya tak akan hidup di zaman akan datang. Dia nak satu dunia tahu tentang kisah mereka yang tak pernah mati walaupun jasad manusia itu akan pergi meninggalkan dunia yang bukan kekal abadi. Manusia mati meninggalkan nama. Dia mahu kisahnya diceritakan sepanjang zaman walaupun era berubah. “Terima kasih sebab terima semua kekurangan saya, tunggu saya dan bersabar
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 443 untuk semua ini.” Sebuah pelukan hangat diberikan kepada lelaki bergelar suami. Hangat tubuh itu didakap walaupun angin di tepi laut kuat menampar dirinya. Dari awal sampai habis sudah diceritakan kepada Adaskhan kenapa dia pergi tanpa sempat berjumpa, kenapa dia tak datang kembali walaupun pada awalnya dia sendiri akan datang berjumpa dengan jejaka itu. “Jika bukan kuasa Allah, kita tak akan berjumpa. Jika bukan aturan Allah, kita tak akan bersatu.” Lelaki itu membalas. “Aku akan pastikan kisah kita akan hidup sampai bila-bila. Wallahi, aku sayang sangat dengan kau, Maya.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 444 “Aku tak nak sesiapa sakiti kau lagi termasuk diri aku.” Dia tak akan biarkan Maya menderita lagi. Hidup berdua dengan wanita ini adalah impiannya paling dalam di lubuk hati.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 445 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ EPILOG “MAYA Surya.” Mendayu-dayu sang jejaka menyebut. Lengan diletakkan di bahu isteri apabila Maya mengelak untuk menghampirinya. “Awak nak apa?” “Kau ada ambil lukisan aku ke?” “Lukisan? Lukisan apa?” Berkerut dahi saat Adaskhan bertanya mengenai lukisan. “Kenapa awak dekat-dekat? Seram lah. Macam nak bunuh saya.” “Mana ada. Aku tanya saja fasal lukisan.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 446 “Lukisan apa?” “Rahsia. Kau tak boleh tahu.” Mata mengguling ke atas. Semua perkara nak rahsiakan daripadanya, lepas itu tanya nampak ke tidak lukisan. Macam mana dia nak tahu kalau Adaskhan tak nak beritahu lukisan apa. “Kenapa dengan lukisan?” “Hilang.” Lengan yang mendarat di bahu dia tolak dan Maya berdiri menghadap suami. Gulungan kertas dibuka lalu ditunjuk di hadapan wajah jejaka ini. “Gambar ini ke awak maksudkan?” Pantas dia larikan diri apabila Adaskhan mengejar. Tak sempat nak berlari jauh, jejaka itu sudah menangkapnya. “Kau curi ya?”