BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 197 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 16 MEREKA berdua berhenti dia hadapan sebuah rumah kayu yang sepertinya sudah lama ditinggalkan. Sesudah membawa Maya mengelilingi kawasan perumahan serta pekan di sini, akhirnya Adaskhan menunjukkan jalan ke rumah yang bakal dihuni oleh Maya. Pandangan pelik beberapa orang di situ dihiraukan oleh Adaskhan. Mungkin mereka pelik kerana dia tidak pernah lagi berjalan berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 198 kebiasaannya Elder turut menemani dirinya ke mana saja dia pergi, tetapi memandangkan lelaki itu sibuk menguruskan para pedagang, maka dibiarkan saja Elder membuat kerjanya dan dia di sini menunjuk arah rumah kepada wanita di sisinya ini. “Tekrar hoş geldiniz Bay Adaskhan." (Selamat pulang Tuan Adaskhan.) Sapa seorang remaja lelaki bersama rakannya di sebelah. “Tekrar hoş geldiniz Bay Adaskhan.” Kata mereka sebelum beransur pergi. Adaskhan mengiyakan. “Masuklah, ini rumahnya. Sultanah Humaira kata dalam rumah ni lengkap dengan segala barang.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 199 Maya berpaling tubuh menghadap jejaka itu. “Terima kasih Adaskhan sebab sanggup carikan rumah untuk saya.” Kucing di dalam beg kain dikeluarkan. “Sebagai balasan, saya nak hadiahkan awak kucing.” Terus Adaskhan menjauh apabila wanita ini menghulurkan seekor kucing. Maya gelak kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling. “Saya dah agak! Awak memang takut kucing, kan?” Maya mengacah untuk memberikan Adaskhan kucing yang berada di tangannya. “Ish kau!”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 200 Makin besar tawa Maya sehingga orang di sekeliling turut tertawa kerana melihat kelakuan wanita itu yang mengusik kerabat diraja. “Eee tak malu. Takut kucing!” “Kalau aku tahu begini perangai kau, aku campak kau dalam laut dari awal.” “Sudah lah, baik saya masuk ke dalam. Terima kasih bawak saya ke sini dan carikan rumah untuk saya. Saya harap kita berjumpa lagi.” “Aku tak nak jumpa kau.” Maya ketawa. “Nampak gayanya, awak merajuk dengan saya.” Kata-kata Maya dihiraukan lalu Adaskhan berlalu meninggalkan wanita itu di luar rumah. Makin lama dia dengan Maya,
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 201 makin hilang maruahnya. Ada saja nak kenakan dia. Lebih baik balik ke istana. Hilang saja kelibat Adaskhan dari pandangan mata, Maya terus menyapa jiran yang berada di sebelah rumahnya. “Merhaba.” Sapa Maya beserta segaris senyuman. “Merhaba.” Balas wanita itu, dia turut melemparkan senyuman ke arah Maya. “Buraya yeni mi taşındınız?” (Awak baru berpindah ke sini?) Maya mengangguk. Ada hikmah dia berada di atas kapal berbulan-bulan lamanya, dapat belajar bahasa Turki. Faham lah juga apa
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 202 yang orang di sini katakan, walaupun Maya tidak fasih sepenuhnya. “Tuan Adaskhan ile bir ilişkiniz var mı?” (Awak dengan Tuan Adaskhan ada hubungan ke?) Setapak demi setapak dirinya menghampiri Maya untuk mengorek rahsia mengenai hubungan mereka berdua. Dari tadi diperhatikan wanita ini dengan kerabat diraja itu. Keakraban mereka membuatkan dirinya tertanya-tanya tentang status mereka berdua kerana setahunya, Tuan Adaskhan tak akan bergaul rapat dengan manamana wanita. “Ben onun arkadaşıyım.” (Saya kawan dia.) Jawabnya ringkas.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 203 Sudah dianggap Adaskhan seperti kawannya kerana Adaskhan seorang saja yang dia rapat ketika di dalam kapal pelayaran tersebut. Tambah, berbulan-bulan lamanya dia berlayar bersama lelaki itu. Mustahil Maya tak anggap Adaskhan itu kawannya, meskipun ada secebis perasaan buat jejaka berkulit putih itu. “Gerçekten mi?” (Betul ke?) “Neden bu kadar çok bilmek istiyorsun?” (Kenapa awak nak tahu sangat?) Kepala gatal digaru. Dah beritahu perkara betul pun masih ragu-ragu dengannya. “Bay Adaskhan arkadaş canlısı değil. Kardeşi Sultan Qaid'in aksine.” (Tuan Adaskhan tak peramah. Berbeza dengan abangnya, Sultan Qaid.)
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 204 Dahi Maya mulai berkerut. Sultan Qaid? Lengan wanita di hadapannya ini dipegang. “Adaskhan? Kraliyet Ailesi?” (Keluarga diraja) Wanita bernama Derya mengiyakan. “Onun arkadaşı olduğunu söylemiştin. Adaskhan'ın kraliyet ailesi olduğunu bilmemeniz mümkün değil.” (Awak kata awak kawan dia, Mustahil awak tak tahu bahawa Tuan Adaskhan keluarga raja.) “Ben Malaya'lıyım.” (Saya dari Tanah Melayu.) Tak sangka bahawa lelaki yang dia mengusik sebentar tadi dan lelaki yang selalu ada dengannya di atas kapal adalah kerabat diraja.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 205 “Oh!” Sekarang ini Derya faham kenapa Maya tidak tahu bahawa Tuan Adaskhan dari kerabat diraja. Semua orang tahu bahawa Tuan Adaskhan tidak suka mengaku dirinya dari kerabat diraja dan kalau boleh, dia akan sorokkan gelarannya selagi boleh. “Burada ne yapıyorsun?” (Apa yang awak buat di sini?) Batang hidung dipicit. Tak tahu nak jawab apa dengan pertanyaan wanita ini. “Burada kişisel işim var.” (Saya ada urusan peribadi di sini) “Önce içeri girdim.” (Saya masuk dulu.) Kata Maya. Ada bagusnya dia masuk ke dalam rumah terlebih dahulu sebelum disoal dengan
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 206 soalan-soalan yang tak boleh dijawab. Naya sungguh. “Gel benim evimde akşam yemeği ye.” (Marilah makan malam di rumah saya) “Tamam.” Rezeki. Memang tidaklah Maya nak tolak tawaran wanita ini, duit dalam poket pun tak ada. Bahagia betul di sini berbanding hidup di tanah airnya. Diperlakukan tak ubah seperti hamba oleh penduduk kampung. “ADASKHAN masuk bilik kanda sekarang.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 207 Lima perkataan yang keluar dari mulut kandanya mampu membuatkan Adaskhan terkaku. Entah kenapa setiap kali kanda Qaid mengarahnya untuk masuk ke bilik pejabat jejaka itu, firasatnya mengatakan bahawa ada sesuatu perkara tak baik bakal terjadi. Dipandang kakanda Humaira yang menyambut kepulangan anak sulungnya, Iskender Hakan dari Kota Baghdad. “Adaskhan!” Kepalanya terus menoleh mencari suara abangnya, kemudian Adaskhan mendongak memandang tingkat atas. “Amca dayı.” (Uncle.) Iskender melaung dari jauh sambil berlari ke arah Adaskhan yang masih lagi berdiri tegak.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 208 “Iskender.” Belakang tubuh anak saudaranya dipeluk sekilas. “Nasılsın?” (Apa khabar?) Kepala dianggukan. “Iyiyim. Seni özledim amca.” (Baik. Saya rindu pak cik.) Adaskhan senyum senget. Kepala Iskender diusap perlahan. Sempat dia menunduk hormat ke arah kakanda Humaira dan Iskender sebelum beredar ke tingkat atas. Langkah besar diambil untuk mempercepatkan perjalanan ke tingkat atas, memandangkan gerak-gerinya diperhatikan oleh Sang Sultan yang sejak tadi menunggu kehadirannya. Kedua tangan digenggam erat sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabat.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 209 Kelihatan kanda Qaid sedang duduk di kerusi sambil memerhatikan dirinya dengan pandangan tajam. Badan ditundukkan sedikit ke arah abangnya lalu dia kembali berdiri tegak. Menanti ayat yang bakal keluar di bibir Sang Raja. “Kanda dapat berita tentang Vlad III. Masih ingat lagi Vlad?” Adaskhan angguk. Mustahil dia lupa tentang lelaki itu. Dracula dan adiknya, Radu cel Frumos pernah menjadi kawannya suatu ketika dahulu semasa dua beradik itu mendapatkan pendidikan di Turki.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 210 Dan setahunya, sekarang ini Vlad Dracul III sedang memerintah Wallachia, Romania yang pernah diperintah oleh Vlad II. “Kenapa dengan Vlad III, kanda?” “Dia putuskan hubungan diplomatik dengan negara Turki.” Qaid mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja. Menunggu ayat seterusnya yang bakal keluar. Baru hari ini dia dapat tahu berita tentang Vlad III atau dikenali sebagai dracula mengenai tenteranya yang masih lagi ada di sana. “Kenapa tiba-tiba saja dia putuskan hubungan diplomatik?” “Vlad III khianat kita setelah dia dapatkan semula Wallachia. Tentera kita yang membantu Vlad III untuk dapatkan Wallachia,
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 211 mati ditangan dia. Kanda tahu daripada Dizhwar yang Vlad kurung tentera kita selama beberapa hari sebelum mereka semua dibunuh dengan cara disula. Mayat mereka dipacak di tengah padang.” Secara tidak sengaja Adaskhan menyumpah Vlad III setelah mengetahui perkara itu daripada mulut kandanya. Tentera Turki sekarang ini di bawah tanggungjawabnya dan bukan lagi di bawah tanggungjawab kanda Qaid. “Ramai lagi tersekat di Wallachia, terutamanya umat Islam di sana.” Qaid bangun dari duduknya. Tak senang duduk dibuatnya apabila menceritakan hal ini kepada Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 212 “Kanda nak Adaskhan arahkan kepada semua rakyat di sini supaya batalkan niat mereka ke Wallachia untuk mendapatkan pendidikan. Kalau tidak, nasib mereka sama seperti tentera kita yang mati disula oleh Vlad III.” “Kanda serahkan tanggungjawab ini kepada Adaskhan, memandangkan kanda ada urusan yang lagi penting.” Tenang Qaid bersuara. “Urusan apa yang lebih penting berbanding rakyat sendiri yang mati disula?!” Nada suaranya meninggi apabila dirinya rasa bahawa kanda Qaid melepaskan tanggungjawab kepadanya dengan mudah.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 213 “Wilayah kita. Viking muncul untuk rampas sebahagian wilayah kita.” Setapak Qaid maju menghampiri adik lelakinya. “Andai Adaskhan tak mahu galas tanggungjawab ini. Kanda akan panggil Elder untuk uruskan.” Setelah itu, Qaid pergi meninggalkan Adaskhan sendirian. Kalau bukan kerana viking yang ingin merampas wilayahnya, sudah pasti dia akan masuk campur urusan di Wallachia. Lagipun apa guna Adaskhan jika semua perkara menjadi tanggungjawabnya. “Pa.” Iskender menunduk hormat ke arah Qaid sebelum dia berdiri memandang bapanya. “Apa ada Is?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 214 “Bonda panggil.” Sempat Qaid mengusap kepala anak sulungnya sebelum dia mencari sosok tubuh Humaira. Iskender mulai masuk ke dalam pejabat milik bapanya. Kemudian dia tersenyum lebar melihat bapa saudaranya yang masih berdiri di hadapan meja. “Uncle buat apa?” Lengan jejaka itu disentuh perlahan dan Iskender mengambil tempat di hadapan meja bapanya. “Tak ada apa. Baru jumpa dengan papa Is.” Iskender tidak membalas. Matanya terhenti pada sebaris nama di atas meja kerja bapanya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 215 “Viking?” Soalnya. Baru sebentar tadi dia belajar tentang bangsa Viking di Kota Baghdad. “Apa hubungan papa dengan Viking?” Tanyanya kepada Adaskhan yang memerhatikan dirinya. “Tak ada hubungan. Is tak perlu ambil tahu, lagipun Is kecil lagi.” “Is dah besar...” Kemudian dia mengira umurnya dengan jari. “Is dah sebelas tahun! Bonda pun kata Is dah besar.” “Tapi pemikiran Is masih budak lagi. Bonda saja kata Is dah besar sebab bonda malas nak layan kerenah Is. Tahu?” Adaskhan tersenyum senget.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 216 Iskender cebik. Tak kisah langsung. Tahu sangat dengan taktik yang selalu digunakan oleh bapa saudaranya ini. “Kalau bonda malas layan kerenah Is. Kenapa semua permintaan Is, bonda tunaikan?” Dilontarkan semula soalan kepada jejaka itu supaya menjawab pertanyaannya. “Sebab bonda takut Is marah.” “Sudahlah. Jawapan tak munasabah. Is nak pergi baca buku dalam bilik. Petang ini jangan lupa latih Is tunggang kuda tau, jangan lupa janji kita.” Adaskhan terdiam. Dengan lagaknya Iskender pergi meninggalkan Adaskhan seorang diri.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 217 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 17 “ADASKHAN.” Bahu adiknya ditepuk apabila pemuda ini masih lagi mengelamun panjang. Kehadirannya bagaikan bayang-bayang yang tak terlihat. “Adaskhan? kanda datang pun tak sedar.” Qaid berdiri di sisi Adaskhan yang duduk di sebuah batu. Apalah adik lelakinya ini fikirkan sehingga dirinya dihiraukan begitu. “Teringat siapa? Mana dia?” tanya Qaid mengenai kawan perempuan Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 218 Kepala menoleh. “Dia? Siapa kanda maksudkan?” “Kawan Adaskhan.” “Maya?” “Adaskhan saja ingat namanya, kanda tak ingat.” Qaid bukan tahu sangat tentang Maya, jumpa hanya sekali ketika Adaskhan pulang ke istana bersama seorang wanita bernama Maya. Selepas itu, dia tidak lagi tahu menahu tentang wanita itu. “Kenapa kanda tanya tentang Maya?” Kedudukan pedang yang hampir jatuh ke tanah dibetulkan. Hairan. Tak pernah-pernah kanda Qaid nak ambil tahu tentang orang luar secara
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 219 peribadi. Apatah lagi orang itu bukan dari kerabat mereka. “Dia bukan datang ke sini dengan orang dari sana. Ini bukan tempat asalnya.” Kerutan di dahi Adaskhan semakin memudar saat dia menangkap makna tersirat di sebalik ayat kiasan yang meniti di mulut kanda Qaid. “Tentang Maya, kanda tak perlulah risau. Elder ada beritahu Adaskhan yang Maya sekarang bekerja dengan peniaga di pekan.” “Okay ke dia dengan masyarakat di sini? “Elder beritahu, Maya seronok tinggal di sini, tapi masalah sekarang adalah bahasa perantaraan. Tak semua orang faham bahasa Melayu dan Maya sendiri tak berapa fasih
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 220 bahasa Turki.” hanya segelintir masyarakat saja fasih berbahasa Melayu kerana kebanyakan penduduk di sekitar kawasan tempat tinggal Maya sekarang ini adalah pedagang yang selalu berlayar ke Tanah Melayu, jadi tak hairan ada di kalangan mereka fasih berbahasa Melayu. “Dua tiga tahun lagi, fasih lah bahasa Turki. Dia perlukan orang sekeliling untuk berkomunikasi. Barulah Maya lancar dalam bahasa kita.” “Mungkin. Elder kata lagi—” “Adaskhan pasang mata-mata ke?” Si abang menyoal hairan. Asyik petik nama Elder saja seolah-olah adik lelakinya ini memberi arahan supaya memantau Maya dari jauh.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 221 Ketika itu dia mulai tersedar sesuatu apabila kanda Qaid syak sesuatu. “Tak.” nafinya, “Kalau tidak, kenapa nama Elder dipetik sejak tadi?” “Atau Adaskhan sengaja guna nama Elder?” Kedua tangan naik menyilang di dada. Mata helang Qaid menikam reaksi tenang Adaskhan. “Haih, panasnya cuaca hari ini.” Badan menggeliat malas. “Adaskhan.” “Apa?” Kening terangkat sebelah. “Kenapa mengelak jawab soalan kanda?” “Kanda ada tanya soalan ke? Kanda tanya apa tadi?” Tak betah berdiri lama di sini. Lepas
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 222 ini dia mahu melarikan diri apabila berduaduaan dengan si abang. “Sebenarnya, kamu perhatikan Maya dari jauh, kan?” “Tuanku, Tuan Adaskhan,” panggil Elder mencelah perbualan dua beradik itu. Adaskhan mengeluh lega. Wajah diusap lalu tangannya jatuh ke sisi apabila dua pasang mata terarah padanya. “Apa?” “Kenapa Adaskhan nampak lega sangat? Ada apa-apa ke sembunyikan daripada kanda?” Pantas dia menggeleng. Qaid angguk mengerti. “Baiklah. Kalau begitu kanda nak tanya Elder memandangkan dia ada di sini.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 223 “Adaskhan dengan Elder sebenarnya ada urusan. Jadi kami tak ada masa nak jawab soalan kanda. Adaskhan gerak dulu!” Laju dia menunduk hormat kepada Sang Sultan. “Mari, Elder.” Bahu orang kanannya disenggol supaya mengekorinya. “Tuanku.” Elder turut menunduk sebelum mengejar langkah Adaskhan. “Kenapa tuan nampak tergesa-gesa? Kita nak ke mana?” “Jangan banyak tanya, ikut saja aku.” “Tuan rasa, Tuanku nak tanya apa pada saya?” Jari telunjuk mengetuk dagu. Memikirkan soalan yang ingin ditanya oleh baginda. “Aku tak tahu.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 224 “Tapi saya musykil. Perlu ke saya jumpa Tuanku?” “Tak penting untuk kau tahu.” Elder mengecilkan mata melihat susuk tubuh Adaskhan dari arah belakang. Hm. Musykil tetap musykil. “TAMAM,” (Baik) jawab Maya apabila seorang peniaga wanita mengarahkannya untuk mengambil seketul roti yang baru saja dikeluarkan dari tempat pembakar. Hari ini dia sibuk menguruskan peniagaan di pekan. Ramai orang datang kepadanya dan bertanyakan pelbagai soalan
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 225 sampai Maya rasa mulutnya penat untuk menjawab satu persatu saolan orang-orang di sini. “Lütfen bana bir torba ekmek ver.” (Tolong berikan saya sebungkus roti.) pinta seorang wanita berusia. Wajah Maya dipandang lama dan penampilannya diperhati atas bawa berulang kali. “Nerelisin?” (Awak dari mana.) “Malaya.” “Ah! Oğlum hep orada ticaret yapıyor.” (Anak saya selalu berdagang ke sana.) Segaris senyuman dilontarkan buat wanita itu. Dia tak mampu membalas dengan kata-kata.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 226 Di sudut lain, Adaskhan dan Elder berhenti dari meneruskan langkah tatkala wajah Maya memenuhi pandangan mata. “Maya?” “Tuan rasa dia nampak kita ke tidak?” “Nak ke sana?” soal Elder apabila tiada balasan daripada Adaskhan. Lelaki itu hanya merenung tepat figura Maya. “Marilah ke sana,” ajak Elder seraya melangkah setapak mendahului Adaskhan. “Biarkan dia. Aku tak nak ganggu.” Kalau tidak ke sini untuk memantau keadaan Maya, jadi kenapa mereka ke sini? “Aku nak jumpa pedagang.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 227 Oh. Elder faham sekarang. Lupa pula bahawa di pekan ini ramai pedagang dan peniaga. Kepala berpaling dari melihat Maya. Kini, pandangannya menatap kesibukan orang ramai di pekan itu. Selangkah demi selangkah Adaskhan maju ke hadapan, diikuti oleh Elder dari belakang. Kewujudan mereka berdua diperhati oleh Maya yang secara tidak sengaja melihat sekeliling pekan. Kening terangkat apabila melihat kelibat Adaskhan berjalan masuk ke kawasan ini. Dipandang saja figura itu dengan penuh penantian. Berharap Adaskhan atau Elder sedar akan kehadirannya.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 228 “Kime bakıyorsun?” (Awak tengok siapa?) soal Derya, jiran Maya. “Arkadaşlar?” (Kawan?) balasnya tanpa menoleh. “Adaskhan!” Tinggi tangan diangkat apabila kewujudannya tak disedari. Maya kembali jatuhkan tangan apabila ramai orang melihat. Ceria wajah Maya kerana kewujudan dia di sini disedari oleh Adaskhan dan Elder. Dua orang jejaka itu turut menoleh serentak. Adaskhan senyum nipis seraya mengangguk kepala. Ternyata, respon kecil daripada pemuda itu membuatkan dirinya tak lekang dari sengihan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 229 Hati Maya berbunga walaupun Adaskhan hanya tersenyum kecil kepadanya. Tangan dilambai. Hati bagaikan berbunga mekar dan tak nafikan, dia teruja melihat Adaskhan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 230 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 18 KELIBAT seorang pedagang disapa oleh Maya beserta segaris senyuman. Dia kenal pemuda ini pun kerana lelaki ini turut ada di dalam kapal pelayaran yang dinaikinya. Niat hanya satu iaitu bertanyakan di mana Adaskhan berada memandangkan dia tidak tahu di mana jejaka itu. “Maya?” Dia mengiyakan apabila namanya disebut.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 231 “Ada masalah ke?” Fasih sekali pemuda ini bertanya dalam bahasa Melayu. “Tak ada.” Sebelah tangannya diramas bagi menghilangkan rasa gelisah. “Kenapa awak datang ke sini? Awak cari seseorang ke?” Kawasan pelabuhan yang penuh dengan para pedagang dilihat sekali pandang. Bekas berisi makanan dikerling lalu wajah Maya ditenung sambil memikirkan sesuatu. “Maya cari siapa sebenarnya?” “Adaskhan…” Lambat-lambat dia menjawab dengan rasa segan-silu. “Tuan Adaskhan?” Angguk. “Tuan Adaskhan ada atas kapalnya. Sedang baiki bahagian kapal yang rosak. Nak
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 232 saya tunjukkan jalan di mana kapal Tuan Adaskhan berada?” Tawaran pemuda itu ditolak sopan oleh Maya. Dia boleh pergi sendiri. Dari jauh lagi sudah kelihatan bahtera milik Adaskhan dan tak perlu bersusah payah mencari di mana kapal pedagang itu. “Baiklah kalau sudah begitu. Saya minta izin dulu.” Segaris senyuman dihadiahkan buat Maya. Langkah Maya yang semakin jauh darinya dilihat. Ada sesuatu bermain di kotak fikiran mengenai Maya dan kerabat diraja itu. “Mereka bercinta ke?” “Kena beritahu orang lain juga ni.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 233 BUNYI ketukan penukul di dalam kapal menyapa halwa pendengaran Maya yang baru saja menaiki atas kapal. Beberapa orang pedagang sedang bertukang memenuhi segenap pandangan. Masing-masing sibuk membaiki kerosakan pada bahtera tersebut. “Ambilkan papan kayu lagi.” Elder berdiri dan kedua matanya terpandang kelibat seorang wanita di atas kapal ini saat berpaling tubuh. Maya. Sebelah keningnya terangkat penuh kehairanan. Adaskhan yang sedang menukang ditoleh sekali.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 234 “Maya.” bisik Elder, lalu dia mengorak langkah untuk mengambil papan kayu seperti yang diarahkan oleh Adaskhan sebentar tadi. Sejurus nama itu muncul, Adaskhan pantas memusingkan badan 180 darjah. Dia berdiri dengan penukul di tangan. “Kau buat apa kat sini?” Peluh di dahi dia kesat kasar. Panas. “Boleh kita bercakap sebentar?” “Kau sedang menukang ke sekarang ini?” Elder yang ketika itu membersihkan pintu kayu dijeling. Sengaja berdiri di situ, walhal mahu curi-curi dengar perbualannya dengan Maya. “Kita turun. Atas kapal ini banyak telinga dan mata.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 235 Belakang tubuh Adaskhan diekori dari belakang. Mereka berdua turun dari kapal tersebut tanpa banyak bunyi. Perasan juga Maya akan pandangan dan sengihan beberapa orang manusia di atas kapal itu tadi. “Kau nak cakap apa?” “Bukan hal mustahak, tapi saya ada masakan awak makanan.” “Makanan?” Teragak-agak mahu mengambil bekas makanan yang dihulurkan oleh Maya. “Kenapa kau tiba-tiba saja masakan makanan untuk aku?” “Saya baru ada peluang untuk balas jasa awak. Tanda terima kasih sebab benarkan saya
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 236 naik kapal dan carikan tempat tinggal untuk saya di negara ni.” “Sedap ke kau masak?” “Rasa dulu. Sedap, beritahu saya. Tak sedap pun awak perlu beritahu saya.” Bekas makanan dibuka oleh Adaskhan lalu dia makan makanan yang dimasak oleh Maya. Sementara Elder dan beberapa orang pedagang dari atas kapal sedang menjengah tanpa disedari oleh dua orang manusia itu. Leka mereka berdua berbual seperti tiada orang di pelabuhan ini. “Sedap tak?” tanya Maya penuh teruja apabila melihat makanan yang dimasaknya habis dimakan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 237 “Sedap.” respon Adaskhan sepatah. “Betul ke sedap?! Saya baru belajar masakan Turki dari penduduk sini.” Adaskhan angkat kepala melihat Maya. Bekas makanan dipegang kemas. “Kau masak sendiri atau orang lain tolong?” “Saya minta resepi, lepas itu saya cuba masak sendiri.” “Betul ke sedap?” tanyanya sekali lagi. Senyum lebar di bibir melihat Adaskhan menghabiskan makanan. “Hm. Sedap.” “Boleh lah lepas ni saya masak untuk awak lagi.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 238 “Huh?” Membesar anak mata Adaskhan. Terkejut dengar ayat yang meniti di bibir Maya. “Tak ada apa-apa. Bagilah semula bekas makanan tu.” Jejaka itu mengangguk tanpa membantah. “Kau datang sini semata-mata nak bagi aku rasa air tangan kau, begitu?” “Salah ke saya nak bagi awak rasa masakan saya?” “Ada aku kata salah?” Kedua tangan bersilang di dada seraya menatap Maya di hadapan. “Kau masak apa pun, aku makan.” sambungnya lagi apabila Maya mendiamkan diri. “Betul?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 239 “Ya.” Maya tunduk memandang tanah. Hatinya berbunga. “Boleh aku sambung kerja aku?” “Huh? Pe... perrgilah. Maaf ganggu awak bekerja.” Berkali-kali dia menunduk memohon maf. “Saya balik dulu.” Maya berpaling untuk pergi. “Maya. Kau masak sedap, cuma kurangkan garam dalam masakan tadi.” “Masin ke?” Dia kembali menatap. “Terima kasih masakan untuk aku,” kata Adaskhan bersama segaris senyuman nipis di bibir yang hampir tidak kelihatan.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 240 ˚ ༘ ♡ ⋆。˚ BAB 19 SENJA yang hampir menyembuyikan diri ditatap tanpa berkata sepatah. Menikmati kejadian Tuhan yang tak mampu ditandingi oleh makhluk. Indah memandang sebelum malam menjelma. Maya tenang duduk sendirian sambil menikmati pandangan di hadapan. Sudah lama dia hidup di perantauan. Membina hidup baru, mencari jiwa baru dan menemui orang-orang baru yang pandai menghargai dirinya. Sedetik tidak terlintas di
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 241 hati mengenai orang kampung di sana. Apa mereka buat, sihat atau tidak, Maya tidak ambil peduli soal mereka kerana kehidupan di sini lebih indah berbanding di tanah air sendiri. “Kau ada masalah ke?” Kepala dongak melihat figura seorang lelaki berdiri di sisi. Adaskhan. “Awak buat apa kat sini?” “Aku nampak kau kat sini. Apa kau buat?” “Saja datang sini tengok senja sebab saya bosan. Saya tak tahu nak ke mana.” “Oh.” “Kenapa awak ada kat sini? Kata tak nak jumpa saya. Awak mengintip saya ke sebab itu awak ada di sini juga?”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 242 “Tiba-tiba tergerak hati datang sini. Tak tahu pula kau ada,” balas Adaskhan tenang walaupun sebenarnya dia datang ke sini kerana ternampak Maya duduk seorang diri. “Mungkin kita ada jodoh.” Perlahan saja Maya membisik kepada diri sendiri. “Apa kau kata?” Berkerut dahinya kerana kurang jelas apa yang Maya katakana. Dia bangun dari duduknya. “Jom?” ajak Maya sambil tersengih kambing di hadapan Adaskhan. “Ke mana?” “Bawak saya jalan-jalan. Ada perkara saya nak tanya awak.”
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 243 ADASKHAN membalas dengan anggukan setiap kali rakyat di sini menyapa mesra dirinya. Ada juga dikalang mereka tersenyum apabila melihatnya jalan bersama Maya di sisi. “Saya tahu awak kerabat diraja.” Wajah Maya dipandang. Baguslah jika Maya sendiri tahu, dan dia tak perlu menyembunyikan identiti sebagai orang biasa. Tambahan pula, Adaskhan tak pelik dari mana Maya tahu dia adalah kerabat diraja. Sudah tentu ramai akan bercakap tentangnya kepada Maya dan siapa dirinya yang sebenar. “Sultan Qaid itu kanda awak, bukan?” “Ya,” jawabnya tanpa berselindung lagi.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 244 “Sultanah Humaira juga kakanda awak?” Angguk. Sultanah Humaira. Kesayangan semua orang di dalam istana, bahkan wanita itu juga kesayangan rakyat jelata. “Jadi, waktu itu awak kenalkan saya di hadapan kerabat awak?” Adaskhan tidak menggeleng dengan pertanyaan Maya malah dia mengiyakan setiap soalan tersebut. “Tuan Adaskhan,” sapa beberapa orang remaja lelaki dan perempuan yang ketika itu bersemuka dengan Adaskhan dan Maya. Kemudian, pasang mata mereka terarah pada seorang wanita di sisi pangeran diraja itu.
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 245 “Maya. Benim adım Maya.” Sebuah senyuman nipis dihadiahkan walaupun dia rasa suasana sekarang ini sangat janggal baginya. Kenapa semua pandang seperti aku seorang pesalah yang melarikan diri? Aku cuma kenalkan diri. “İkimiz de önce gidiyoruz.” (Kami berdua pergi dulu.) Adaskhan mencelah. Sempat dia gosok kepala dan menepuk bahu seorang remaja lelaki sebelum dirinya dan Maya membawa haluan mereka berdua. “Sence o kız kim?” (Kau rasa siapa perempuan itu?)
BAHTERA CINTA|KHRNISOFF 246 “Sayin Adaskhan'ın yanındaki kızı mı kastediyorsunuz?” (Kau maksudkan gadis di sebelah Tuan Adaskhan?) Mereka mengangguk serentak. Pasangan itu diperhati oleh mereka dengan penuh tanda tanya. “Neden ona sormadık?” (Kenapa kita tidak tanya saja kepada mereka?) Lalu mereka mengeluh penuh kesal. Tidak terfikir kerana mereka pegun melihat wanita di sebelah lelaki berdarah diraja itu. “Bence kız onun sevgilisi.” (Aku rasa perempuan itu kekasihnya) “Sevgili?” (Kekasih?) soal seorang remaja perempuan. “Evet!” (Ya!)