1.14 ARAHAN LAYER AUTOCAD
Untuk menghasilkan lukisan teratur dan tersusun dalam AutoCAD, biasanya
perintah layer akan digunakan. Lukisan hendaklah dibina pada layer yang berasingan.
Contohnya, dalam melukis unjuran ortografik, anda sepatutnya mengformatkan layer
yang berasingan untuk garisan objek, garisan tersembunyi, pendimensian, garisan
binaan dan sebagainya. Penggunaan layer dalam autoCAD adalah tidak terhad. Rajah
di bawah menunjukkan aplikasi layer dalam autoCAD dan mengambarkan bahawa
lukisan tersusun beberapa helai transparensi untuk menunjukkan objek yang berlainan
dalam suatu lukisan.
Rajah 1.1: Aplikasi Layer dalam AutoCAD.
29
KEPENTINGAN LAYER
1. Menghasilkan lukisan teratur dan tersusun dalam AutoCAD.
2. Lukisan dapat dibina pada layer yang berasingan ketika melukis.
3. Memudahkan kerja memadam jika berlaku kesilapan.
4. Penggunaan layer adalah tidak terhad.
5. Paparan Layer menunjukkan maklumat properties yang boleh di kawal iaitu
Coler, linetype, Line weight dan plot style.
6. Mengawal lapisan-lapisan layer yang dipaparkan dan boleh ditukarkan ke
layer yang lain pada satu-satu masa.
Arahan layer dapat dicapai dengan memilih format pada menu atau menaip ‘ Layer ‘
pada command dan paparan seperti di bawah akan ditunjukkan.dalam box layer
terdapat empat layer properties yang boleh di kawal iaitu:
i. warna (Coler)
ii. Jenis garisan (linetype)
iii. Ketebalan garisan (Line weight)
iv. Gaya cetak (plot style)
Rajah 1.19: Kotak layer
30
1.15 MEMBUAT BLOK NAMA
Rajah 1.20: Cara Membuat Kotak Nama
Rajah 1.21: Blok Nama yang lengkap
31
1.16 INSERT BLOK NAMA
Blok nama yang telah di buat akan memudahkan kerja pelajar untuk menghantar
tugasan yang telah di buat. Pelajar Cuma perlu insert blok nama yang telah disimpan
ke dalam lukisan yang telah di buat. Berikut adalah langkah-langkah untuk insert blok
nama.
1.16.1 Melukis pada model interface AutoCAD.
MELUKIS PADA
MODEL
Rajah 1.22: Bina lukisan pada Model
1.16.2 Membuka Layout
Rajah 1.23: Membuka layout 1 atau layout 2
32
1.16.3 Klik insert
Rajah 1.24: insert
1.16.4 Blok insert dan cari blok nama
Rajah 1.25: klik browse
33
1.16.5 Blok nama akan masuk ke dalam lukisan Layout.
Pastikan semua garisan masuk ke dalam garisan putus-putus
Rajah 1.26: insert blok nama
1.16.6 Kemaskini garisan.
Tarik blok lukisan yang ada pada layout kepada blok nama
Rajah 1.27: Tarik garisan ke blok nama
34
1.16.7 Lukisan yang telah lengkap.
Lukisan yang telah kemas bilah mula untuk print.
Rajah 1.28: Insert blok nama lengkap
1.16.8 Membuka Prints
Rajah 1.29: prints
35
1.16.9 Pilih printer yang digunakan
i. Pilih printer dan pastikan kertas dalam keadaan yang dikehendaki.
ii. Klik preview pastikan semua garisan ada. Kalua guna layer yang betul
garisan tidak akan hilang.
iii. Tekan ok.
Rajah 1.30: prints lukisan
Rajah 1.31: prints blok nama lengkap
36
LATIHAN 1
LATIHAN 2
37
BAB 2
GARISAN, SEGITIGA DAN TANGEN
2.1 GARISAN DAN SUDUT
Dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara garisan boleh
ditunjukkan dengan lepas pada layer. Jenis dan kegunaan sesuatu garisan itu dapat
ditentukan dengan merujuk Jadual 2.1.
Jenis Ciri-ciri Penggunaannya
Kasar berterusan
0.3 Garisan luar dan tepi onjek
a yang terdedah
0.25 Halus berterusan Dimensi, keratan dan garisan
b luar bagi keratan putaran
0.20 Halus berterusan tidak Garisan Binaan
c sekata.
0.25 Halus putus-putus Bahagian atau tepi objek yang
d ________ tersembunyi.
e 0.25 Halus berantai Garisan penengah, bayangan
___ _ ___ _ ___ had kedudukan maksimum
bahagian yang boleh bergerak.
f 0.25 Halus kecuali hujung Satah keratan.
___ _ _ ___ _ ___ dan titik perubahan
arah.
Jadual 2.1
2.1.1 Membahagi garisan kepada beberapa bahagian yang sama dengan
menggunakan kaedah geometri.
1
2.1.2 Membahagi sudut kepada dua bahagian yang sama menggunakan kaedah
geometri.
2.1.3 Membina sudut
LATIHAN
1. Panjang PQ = 82mm. Bahagikan garisan PQ kepada tiga bahagian yang
sama besar dengan menggunakan kaedah geometri dalam perisian autoCAD.
2. Panjang PQ = 93mm. Bahagikan garisan PQ kepada Tujuh bahagian yang
sama besar.
3. Panjang ZR = 87mm. Bahagikan garisan ZR mengikut nisbah 4:3 dengan
mengunakan kaedah geometri dalam perisian autoCAD
4. Panjang ZR = 73mm. Bahagikan garisan ZR mengikut nisbah 1:2:3 dengan
menggunakan keadah geometri dalam peisian autoCAD.
2
2.2 SEGITIGA
Pembinaan segitiga di dalam lukisan boleh membantu pelajar dalam membuat
rekabentuk yang melibatkan binaan segitiga. Berbagai kaedah pembinaan segitiga
yang ada dan ianya berpandu kepada dapatan nilai yang diperolehi. Rajah di bawah
ditunjukkan binaan segitiga di dalam bidang lukisan.
Contoh latihan:
1. Bina satu segitiga, diberi dua sisi dan sudut kandung. AB = 60 mm, AC = 40
mm dan sudut kandung BAC = 45 0
2. Bina satu bulatan terterap luar segitiga
Diberi sisi segitiga = 40 mm, sudut kandung 600 dan tapak = 60 mm
3. Bina satu bulatan terterap dalam satu segitiga
Diberi tinggi = 60 mm, sudut kandung = 750 dan tapak = 60 mm
3
4. Bina satu bulatan bersentuh luar satu segitiga BC.
Bina sebuah segitiga ABC dengan dua sudut kandung 600 dan tapak 70mm .
Latihan
1. Bina segitiga dua sama ABC dimana sudut kandung A = 670 dan
AB=AC=115mm. Lengkapkan segitiga dengan membina bulatan terterap
dalam segitiga.
2. Bina satu segitiga diberi tapak, sudut tapak dan tinggi.
Diberi tapak = 80mm, sudut tapak = 600 dan tinggi = 55mm.
Lengkapkan segitiga dengan membina bulatan terterap luar segitiga.
2.3 POLIGON
Pembinaan Poligon penting dalam pembinaan lukisan geometri. Poligon ialah
rajah satah yang dilingkung oleh beberapa sisi yang lurus dan bilangan sisi lebih
daripada empat. Semua sisi Poligon mempunyai panjang yang sama dan sudut juga
adalah sama.
1. Pentagon – segi lima
2. Heksagon – segi enam
3. Oktagon –segi lapan
Semua poligon boleh dilukis dengan menggunakan
1. Jarak antara pepenjuru
2. Jarak antara rata.
4
2.3.1 PENTAGON
2.3.2 HEKSAGON
2.3.3 OKTAGON
5
Latihan
1. Lukis semula gambarajah di bawah dengan menggunakan perisian AutoCAD
2.4 ELIPS
Elips ialah rajah satah yang dilingkungi oleh garisan melengkung. Elips dibina
dengan dua paksi iaitu:
1. Paksi Major
Paksi Major ialah ukuran paling panjang antara dua lengkungan elips dan
merupakan diameter.
2. Paksi Minor
Paksi Minor ialah ukuran paling pendek antara dua lengkung elips dan
merupakan diameter kecil bulatan.
6
2.5 TANGEN
Apabila satu garisan menyentuh satu bulatan itulah yang dinamakan tangen.
Tangen mempunyai dua iaitu:
1. Tangen sepunya
2. Tangen bulatan
2.5.1 Tangen sepunya
2.5.2 Tangen bulatan
7
LATIHAN 1
LATIHAN 2
LATIHAN 3
8
LATIHAN 4
LATIHAN 5
LATIHAN 6
9
LATIHAN 7
LATIHAN 8
LATIHAN 9
LATIHAN 10
10
LATIHAN 11
11
BAB 3
LUKISAN ORTOGRAFIK
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
K1 - Mentafsirkan pembinaan lukisan
K2 - Pengenalan kepada lukisan terbantu komputer (CAD).
K3 -Melukis lukisan terbantu komputer 2D.
K4 -Melukis lukisan terbantu komputer 3D.
K3 -Melukis lukisan terbantu komputer 2D.
➢ Melukis dimensi mengikut spesifikasi yang diberikan.
➢ Melukis reka bentuk grafik mengikut pandangan yang diberikan.
➢ Melukis dan menggunakan ikon geometri yang biasa digunakan berdasarkan
BS 308.
➢ Menentukan arahan reka bentuk lukisan menggunakan ikon-ikon yang
bersesuaian mengikut spesifikasi tertentu.
➢ Melukis arahan reka bentuk yang diberikan.
Pengetahuan
• Membandingkan perbezaan di antara pandangan sudut pertama dengan
pandangan sudut ketiga.
• Menyatakan setiap garisan menegak dan melintang (ortografik) mengikut
standard lukisan teknikal.
Kemahiran
• Melukis pandangan sudut pertama dan pandangan sudut ketiga: -
ortografik
• Melukis lukisan reka bentuk mengikut ukuran dimensi yang diberikan dalam
unjuran ortografik.
• Melukis lukisan reka bentuk mengikut ukuran dimensi yang diberikan dalam
unjuran isometrik.
• Menyemak paparan unjuran dan mencetak lukisan 2D mengikut keperluan.
1
3.1 PENGENALAN
Unjuran ortografik adalah satu kaedah yang penting dalam lukisan geometri. Hampir
semua jurusan teknikal menggunakan kaedah ini di dalam lukisannya. Unjuran ortografik
adalah saru cara melukis sesuatu objek dengan memperlihatkannya dalam tiga arah
pandangan yang berasingan iaitu hadapan, atas dan dari sisinya. Dalam unjuran ortografik
pada asasnya terdapat tiga lukisan yang hanya mengambarkan satu objek iaitu:
1. Pandangan hadapan
2. Pandangan sisi
3. Pandangan pelan
Namum demikian dalam keadaan-keadaaan yang tertentu, hanya dua atau satu
gambaran sudah memadai. Sebaiknya, komponen-komponen yang rumit kadangkalanya
memerlukan lebih daripada tiga pandangan yang tersebut diatas
Unjuran ortografik dibahagikan kepada dua kumpulan besar:
1. Unjuran sudut pertama
2. Unjuran sudut ketiga
2
Unjuran sudut pertama merupakan satu kaedah yang lazimnya digunakan oleh negara-
negara Eropah, manakala unjuran sudut ketiga merupakan kaedah yang digunakan di Amerika
Syarikat. Perbezaan diantara kedua-duanya unjuran tersebut pada asasnya terletak pada
sukuan satahnya.
2.2 SIMBOL UNJURAN ORTOGRAFIK
Simbul didalam lukisan Geometri atau lukisan teknikal amat penting terutama simbol
pandanga sudut pertama dan pandangan sudut ke tiga. Di bawah menunjukkan bagaimana
piawaian simbul itu diperolehi.
2.2.1 Simbol piawaian unjuran sudut pertama
2.2.2 Simbol piawaian unjuran sudut ketiga
3
2.3 UNJURAN SUDUT PERTAMA
Masalah pertama yang dihadapi oleh seorang pelukis apabila memulakan kerjanya ialah
menentukan kedudukan pandangan yang ada. Untuk berbuat demikian kita patut melihat arah
pandangan atau sudut penglihatan dengan kedudukan pandangan tersebut di dalam lukisan.
Dalam U.S.P suatu pertalian yang jelas dapat dikaitkan diantara sumber cahaya, objek dan
bayang yang dihasilkan dengan menggunakan prinsip cahaya. Dengan menganggapkan
sumber cahaya sebagai arah pandangan dan objek sebagai pandangan hadapan dan
bayangan merupakan kedudukan pandangan tersebut didalam lukisan iaitu sama ada pelan
ataupun pandangan sisi.
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa kedudukan pelan dalam U.S.P sentiasa berada
di bawah pandangan hadapan, manakala kedudukan pandangan sisi berlawanan dengan arah
pandangan sisinya. Dalam kata lain, pandangan sisi yang dilihat dari kiri objek berada
disebelah kanan pandangan hadapan di dalam lukisan.
1. Sukuan Pertama 2. Unjuran bersudut tepat terhadap
satah
3. Pandangan pada satah 4. pembentangan satah unjuran
4
2.4 UNJURAN SUDUT KETIGA
Berbeza dengan U.S.P. U.S.K bolehlah diandaikan sebagai melakukan kerja menekap. Apa
yang penting di sini ialah kedudukan ketiga-tiga komponen iaitu arah pandangan, objek dan
kedudukan pandangan di dalam lukisan tidak lagi di dalam susunan yang sama seperti U.S.P.
Dalam kerja menekap, bayangan yang ditekap berada diantara sumber penglihatan dengan
objek yang ditekap. Ini bererti, kedua-dua komponen ( arah pandangan dan kedudukan
pandangan) berada dikedudukan relatif yang sama, iaitu sepertimana kedudukan arah
pandangan terhadap objek begitulah juga dengan kedudukan pandangan di dalam lukisan
terhadap pandangan hadapan. Maka, kesimpulannya ialah kedudukan pelan dalam U.S.K
sentiasa berada diatas dan pandangan sisinya terletak dikedudukan yang sama berbanding
dengan pandangan hadapan sepertimana kedudukan arah pandangan terhadap objek.
1. Sukuan Pertama 2. Unjuran bersudut tepat terhadap
satah
3. Pandangan pada satah 4. pembentangan satah unjuran
5
2.5 KAEDAH ASAS DALAM UNJURAN ORTOGRAFIK DAN ISOMETRIK
Kaedah asas unjuran sangat penting dalam melukis unjuran ortografik. Kesalahan
meletakkan objek unjuran bermakna kaedah unjuran adalah salah. Kaedah asas ini
berpandukan kepada satah sebenar unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga yang
telah diterangkan di atas. Rajah dibawah menerangkan unjuran lebih mudah dilukis
berpandukan pandangan hadapan.
PANDANGAN SUDUT PERTAMA PANDANGAN SUDUT KETIGA
6
2.6 ARAHAN PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK
Kedudukan setiap pandangan yang hendak dilukis mestilah disusun dengan rapi,
kemas dengan kaedah dan kedudukkan yang betul. Arahan pandangan unjuran mesti dapat
dilihat terus agar calon dapat melukis unjuran ortografik dengan betul.
Arah Pandangan Sudut Pertama Arah Pandangan Sudut Ketiga
7
2.7 BAGAIMANA MELUKIS UNJURAN ORTOGRAFIK
2.7.1 Baca Soalan.
CONTOH SOALAN
Rajah menunjukkan pandangan isometric sebuah bongkah.
Lukis mengikut skala saiz penuh pandangan ortografik bongkah itu dalam unjuran sudut
ketiga.
2.7.2 Tentukan Arah Melukis Unjuran Ortografik
Menentukan arah pandangan ortografik lebih mudah dengan melihat pandangan
hadapan.
PH Arah
Pandangan
Hadapan
PH
8
Arah
Pandangan
Hadapan
PH
PH
2.7.3 Tentukan kedudukan sebenar pada unjuran.
UNJURAN SUDUT PERTAMA UNJURAN SUDUT KETIGA
PS PH PP
PP PH PS
PH PS PP
PP PS PH
9
2.7.4 Mula melukis unjuran
Kepastikan kedudukan adalah penting jika sudah pasti boleh mula melukis unjuran.
2.8 LATIHAN
Dalam latihan ini melatih pelajar menjawab soalan dalam perbagai bentuk soalan
yang biasanya di dalam unjuran ortografik. Antara soalan-soalan:
2.8.1 LATIHAN 1
Rajah 1 menunjukkan pandangan isometri sebuah bongkah. Satu kotak mewakili sepuluh
mm. Lukiskan pelan, pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi dalam unjuran sudut yang
dikehendaki. Arah pandangan hadapan telah diberi.
Pandangan
Hadapan
10
2.8.2 LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan pandangan isometri sebuah bongkah. Satu kotak mewakili sepuluh
mm. Lukiskan pelan, pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi dalam unjuran sudut yang
dikehendaki. Arah pandangan hadapan telah diberi.
Pandangan
Hadapan
2.8.3 LATIHAN 3
Rajah 3 menunjukkan pandangan isometri sebuah bongkah. Satu kotak mewakili sepuluh
mm. Lukiskan pelan, pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi dalam unjuran sudut
pertama. Arah pandangan hadapan telah diberi.
Pandangan
Hadapan
11
2.8.4 LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan pandangan isometri sebuah bongkah. Satu kotak mewakili sepuluh
mm. Lukiskan pelan, pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi dalam unjuran sudut ketiga.
Arah pandangan hadapan telah diberi.
Pandangan
Hadapan
2.8.5 LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan pandangan isometri sebuah bongkah. Satu kotak mewakili sepuluh
mm. Lukiskan pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi. Arah pandangan hadapan telah
diberi.
Pandangan
Hadapan
12
Diberi pandangan pelan. Lukis semula unjuran ortografik dengan melengkapkan pandangan
tegak hadapan dan pandangan tegak sisi dalam unjuran sudut pertama.
2.8.6 LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan pandangan isometri sebuah bongkah. Satu kotak mewakili 10mm.
Lukiskan pelan dan pelan tegak sisi. Arah pandangan hadapan telah diberi.
Diberi pandangan tegak hadapan. Lukis semula unjuran ortografik dengan melengkapkan
pandangan pelan dan pandangan tegak sisi dalam unjuran sudut ketiga.
13
2.8.7 LATIHAN 7
Rajah 7 menunjukkan pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi satu bongkah dalam
unjuran sudut ketiga. Semua ukuran adalah dalam mm. Lukiskan semula pelan tegak
hadapan, pelan tegak sisi dan lengkapkan pandangan pelan bongkah tersebut dalam
unjuran sudut yang sama
2.8.8 LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi satu bongkah dalam
unjuran sudut pertama. Semua ukuran adalah dalam mm. Lukiskan semula pndangan pelan
tegak hadapan, pelan tegak sisi dan lengkapkan pandangan pelan bongkah tersebut dalam
unjuran sudut yang sama.
14
BAB 4
LUKISAN ISOMETRIK 2D dan 3D
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
K1 - Mentafsirkan pembinaan lukisan
K2 - Pengenalan kepada lukisan terbantu komputer (CAD).
K3 -Melukis lukisan terbantu komputer 2D.
K4 -Melukis lukisan terbantu komputer 3D.
K4 -Melukis lukisan terbantu komputer 3D.
➢ Prosedur melukis unjuran isometrik mengikut spesifikasi lukisan teknikal.
➢ Kenal pasti dan memahami unjuran ortografik untuk dilukis ke dalam bentuk
isometrik.
➢ Tentukan pandangan unjuran ortografik mengikut manual lukisan standard
geometrical dimensioning and tolerance (GD & T).
➢ Melukis unjuran isometrik mengikut spesifikasi lukisan teknikal.
➢ Menberi tumpuan sepenuhnya semasa mengendalikan perisian CAD.
Pengetahuan
✓ Menyatakan unjuran ortografik untuk dilukis ke dalam isometrik.
✓ Menyatakan pandangan unjuran, persembahan grafik, simbol geometrik,
dimensi dan tolerensi (GD & T) mengikut manual lukisan standard
✓ Menyatakan spesifikasi data alat ukur, kaedah dan reka bentuk dengan
prosedur yang tepat.
Kemahiran
✓ Membina garisan isometrik berpandukan kepada arahan yang diberikan
✓ Melukis unjuran isometrik mengikut garisan terendah (base point).
✓ Melukis lukisan isometrik menggunakan kaedah kotak.
✓ Melukis lukisan isometrik berpandukan bingkai (block frame).
✓ Melukis lengkap bentuk isometrik dengan melukis bulatan, lengkung dan
sudut.
1
3.1 PENGENALAN
Unjuran isometri dan ortografik mempunyai banyak persamaan. Unjuran
isometri adalah melukis objek dengan diberi tiga unjuran ortografik iaitu pandangan
sisi, pandangan hadapan dan pandangan pelan. Objek isometri juga boleh dilukis
hanya dengan 2 pandangan sahaja.
1. Pandangan hadapan
2. Pandangan sisi
3. Pandangan pelan
3.1.1 Unjuran Ortografik
3.1.2 Objek Isometri
2
3.2 LUKISAN ISOMETRI
Lukisan isometri merupakan salah satu cara mengambarkan objek atau
komponen yang digunakan di dalam bidang kejuruteraan. Di antara ciri-cirinya ialah 2
paksi yang bersudut 300 dari garisan mendatar dan satu paksi menegak.
Unjuran atau gambar isometri dilukiskan berpandukan:
1. Titik paling rendah atau bawah dan kadang kala digunakan titik paling atas
dalam keadaan tertentu.
2. Arah 2 anak panah, satu di pandangan hadapan dan satu lagi dipandangan
pelan. Gabungan kedua-dua ini memberikan satu arah pada isometri.
Berikut adalah berapa kaedah membina isometri Objek Isometri
Soalan Ortografik
3
4
3.3 LUKISAN ISOMETRI DALAM AUTOCAD
Lukisan isometri adalah adalah sejenis teknik lukisan 2D yang digunakan
untuk menghasilkan lukisan bergambar. Dalam tajuk ini akan diperkenalkan
kepada teknik menggunakan AutoCAD untuk melukis lukisan isometri. Cara yang
mudah untuk anda membuat lukisan isometri ialah mengaktifkan mod isometri
dalam AutoCAD. Langkah menggunakan mod isometri adalah seperti berikut:
➢ Command : Snap
➢ Snap spacing or ON/OFF/Aspect/Style <10,000> : S (enter )
➢ Enter snap grid style [ standard/isometri]<S> : I ( isometri) – (enter)
➢ Specify vertical spacing<10,000> : enter
o Untuk pergerakan yang lebih lancar, tutup fungsi aktif snap
mode
Tujuan mengaktifkan mod isometri adalah untuk mendapatkan satah isometri (
isometric plane/isoplane) dalam AutoCad. Terdapat tiga jenis isoplane yang anda
akan gunakan semasa membuat lukisan. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan
setiap jenis isoplane dalam lukisan isometri.
5
90° 30°
150°
Daripada rajah di atas, anda telah memahami bahawa setiap satah ini berkait
dengan sepasangan paksi yang berikut:
Left isoplane – terjajar antara paksi 90° dan paksi 150°
Top isoplane – terjajar antara paksi 30° dan 150°
Right isoplane – terjajar antara paksi 30° dan 90°
Top Isoplane
left Isoplane Right Isoplane
Ada beberapa cara anda boleh mengubahkan kedudukan isoplane
dalam AutoCAD. Antaranya adalah seperti berikut:
a) Menekan sekali kekunci F5 pada papan kunci:
b) Menekan kekunci CTRL + E
Isoplane Right Isoplane Left Isoplane Top
6
3.4 CONTOH MEMBINA ISOMETRI
3.4.1 Langkah 1
➢ Startup lukisan
➢ Membina layer
➢ Setting dimensi
Nama Layer linetype Warna Lineweight
1 Objek continuous putih 0.4 / 0.3
2 center center Blue 0.25
3 Binaan continuous merah 0.20
4 Dimensi continuous putih 0.25
3.4.2 Langkah 2
Menyediakan mod isometri
➢ Command : Snap
➢ Snap spacing or ON/OFF/Aspect/Style <10,000> : S (enter )
➢ Enter snap grid style [ standard/isometri]<S> : I ( isometri) – (enter)
➢ Specify vertical spacing<10,000> : enter
o Untuk pergerakan yang lebih lancar, tutup fungsi aktif snap
mode
3.4.3 Langkah 3
➢ Aktifkan mod osnap, osnap tracking dan Polar Tracking
➢ Tambah sudut 30°, 150°, 210°,330°,90°,270° - semua sudut ini adalah
laluan track bagi lukisan isometri
7
3.4.4 Langkah 4
➢ Mula melukis dengan mencari titik terendah atau mengikut arah anak
panah yang diberi.
➢ Biasanay simbul yang diberi adalah titik mudah untuk memulakan
lukisan isometri.
3.4.5 Langkah 5
➢ Masukkan pandangan tegak hadapan, pandangan pelan dan
pandangan tegak sisi ke dalam kotak ukaran yang telah di bina.
8
3.4.6 Langkah 6
➢ Gabungkan semua garisan untuk membentuk objek yang sebenar pada
pandangan mata.
3.4.7 Langkah 7
➢ Dimensi objek
➢ Kaedah dimensi adalah macam biasa menggunakan Aligned.
➢ Kemudian tukar sudut dimensi menggunakan oblique ( dimedit ) satu
persatu
➢ Pertukaran sudut teks dimensi – autoCAD tidak menyediakan
kedudukan yang tepat begitu juga arah anak panah tetapi masah boleh
ditukarkan iaitu dengan pengeditan satu persatu.
9
3.5 MEMBUAT ELIPS
➢ Membuat elips menggunakan isometri dan ortografik tidak banyak
bezanya, Cuma berbeza dari segi sudut.
3.5.1 Langkah 1
➢ Cari ukuran keseluruhan elips yang hendak di bina. Walaupn perlu
membuat suku elips atau separah elips.
10
3.5.2 Langkah 2
➢ Buat latihan dengan membina kotak mengikut kaedah isometri macam
biasa iaitu isoplane left, isoplane right, isoplane top.
3.5.3 Langkah 3
➢ Setelah dapatkan ukuran elips
➢ Bina elips dengan memilih elips – Axis,and
o Ellipse axis endpoint of ellipse or [ Are/center/isocircle] : I (
isocircle)
o Ellipse specify center of isocircle : .....bawa cursor ke tengan
garisan snap midpoint dan masukkan ukuran center.
o Ellipse specify center of isocircle : letakkan ukuran sebenar elips
yang dikehendaki.
11
3.6 LATIHAN
3.6.1 LATIHAN 1
Latihan 1 menunjukkan pandangan ortografik bagi sebuah objek isometri yang telah
dilukis dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan mengikut skala saiz penuh pandangan
isometri objek itu dengan penjuru N sebagai titik terendah.
3.6.2 LATIHAN 2
Latihan 2 menunjukkan pandangan pelan dan pelan tegak hadapan dalam unjuran
ortografik. Lukiskan skala saiz penuh sebuah bongkah isometri . pandangan bongkah
dilihat mengikut arah anak panah.
12
LATIHAN 3
Latihan 3 menunjukkan pandangan pelan dan pelan tegak hadapan dalam unjuran
ortografik. Lukiskan skala saiz penuh sebuah bongkah isometri . pandangan bongkah
dilihat mengikut arah anak panah
LATIHAN 4
Latihan 4 menunjukkan pandangan ortografik satu bongkah dalam unjuran sudut ketiga.
Lukiskan skala saiz penuh bongkah isometri tersebut menggunakan perisian autoCAD.
Titik terendah bongkah adalah N.
13
3.6.3 LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan pandangan ortografik bagi sebuah bongkah yang dilukis dalam
unjuran sudut ketiga. Lukiskan skala saiz penuh pandangan isometri objek itu dengan
dilihat mengikut arah anak panah
3.6.4 LATIHAN 6
Latihan 6 menunjukkan pandangan ortografik bagi sebuah bongkah yang dilukis dalam
unjuran sudut ketiga. Lukiskan skala saiz penuh pandangan isometri objek itu dengan
dilihat mengikut arah anak panah.
14
3.6.5 LATIHAN 7
Rajah 3 menunjukkan pandangan ortografik bagi sebuah objek yang dilukis dalam unjuran
sudut pertama. Lukiskan mengikut skala saiz penuh pandangan isometri objek itu dengan
dilihat mengikut arah anak panah.
3.6.6 LATIHAN 8
Rajah 4 menunjukkan bongkah yang dilukiskan dalam unjuran ortografik. Lukiskan
mengikut skala saiz penuh pandangan isometri objek itu dengan dilihat mengikut arah
anak panah.
15
3.6.7 LATIHAN 9
Rajah 5 menunjukkan pandangan ortografik bagi sebuah objek yang dilukis dalam unjuran
sudut ketiga. Lukiskan mengikut skala saiz penuh pandangan isometri objek itu dengan
dilihat mengikut arah anak panah
3.6.8 LATIHAN 10
Rajah 5 menunjukkan pandangan ortografik bagi sebuah objek yang dilukis dalam unjuran
sudut ketiga. Lukiskan mengikut skala saiz penuh pandangan isometri objek itu dengan
dilihat mengikut arah anak panah
16