AKTIVITI
BIL MASA ISI HASIL PENGAJARAN ABBM/CATATAN KOMEN KOMEN OPERASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN DAN PENYELIA PEMBIMBING
PEMBELAJARAN
1) Wakil pelajar
merumuskan topik
pembelajaran hari
ini mengikut
kefahaman mereka.
2) Guru menerima
10 Pelajar membuat jawapan yang
rumusan hari ini dan diberikan oleh
minit pendapat mereka pelajar dan
tentang PdPr yang memberikan
7 (12.50 Penutup dijalankan. rumusan secara Nilai Murni: Kemaskini
pm - keseluruhan. 1. Keikhlasan
1.00
pm)
3) Guru
menamatkan sesi
PdPr secara atas
talian dan pelajar
mengucapkan terima
kasih.
1) Guru
memberikan link
untuk mengakses
latihan ulangkaji
3 jam Pelajar akan dapat yang disediakan ABBM:
(2.00 Latihan mengimbas kembali melalui medium 1. Quiziz
z
8 pm - ulangkaji
Kemaskini
5.00 Quizizz isi topik Quizizz.
pm)
pembelajaran hari Nilai Murni:
ini. 2) Pelajar menjawab 1. Gigih beru
saha
latihan ulangkaji
yang diberikan
dalam tempoh masa
yang diberikan.
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 6 SEPTEMBER - 10 SEPTEMBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU PERTAMA
PERISTIWA : 1. Minggu pertama adalah minggu sesi perkenalan bersama guru bagi Program
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.
2. Mendapatkan jadual kelas untuk bertugas.
3. Berlangsung sesi pengajaran dan pembelaj
aran di rumah bagi subjek MPP
3013 Lukisan Terbantu Komputer - Geometri.
1) BISIKAN HATI
Pada minggu petam
a ini, saya melaporkan diri secara online bersama Timbalan
Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Klang. Dengan rasa syukur dan gembira
kerana di beri peluang untuk menjalani latihan mengajar di sini walaupun bukan
secara bersemuka. Ini pengalaman kali pertama buat saya menjalani latihan
mengajar secara atas talian oleh kerana wabak penyakit COVID-19 yang melanda
dunia, maka semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga. Saya juga disahkan
positif COVID-19 4 hari sebelum melaporkan diri maka pada ketika ini saya
berasa sedih dan pada masa yang sama berasa syukur kerana masih diberi
kesempatan oleh Allah SWT untuk terus berkhidmat mendidik anak bangsa.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Saya mendapati menjalankan sesi
pengajaran secara online amat mencabar kerana
memerlukan usaha yang lebih dalam memastikan pelajar berminat untuk
mengikuti kelas, faham akan pengajaran yang disampaikan dan pelajar dapat
memberikan respon yang baik semasa sesi pdpr yang diadakan. Selainitu, saya
REFLEKSI : juga mendapati bahawa guru-guru amat baik dan sedia memberikan bantuan dan
perkhidmatan mereka sekiranya saya mempunyai masalah dalam melaksanakan
kerja yang diberikan.
1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai
3.Kesedaran Baru
3) KESEDARAN BARU
4.Cadangan/Tindaka
n Saya menyedari bahawa s
ebagai guru praktikal yang masih baru di Kolej
Vokasional Klang untuk mengajarkan subjek MPP 3013, pelajar merasa asing lagi
dan banyak mendiamkan diri ketika sesi PdPR berjalan. Mungkin juga pelajar
malu dan takut pada masa yang sama. Saya faham ia memerlukan beberapa
tempoh masa untuk sama-sama guru dan pelajar untuk sesuaikan diri masing-
masing. Saya juga sedar bahawa seorang guru perlu mempelbagaikan teknik
penyampaian pengajaran supaya pelajar menikmati kelas secara online namun
merasakan ianya sama seronok seperti belajar secara bersemuka.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Maka dengan itu, pada pendapat
saya, sebagai bakal guru haruslah bersiap sedia
dengan ilmu pengetahuan agar dapat disampaikan dengan baik dan berkesan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekiranya interaksi guru
dan pelajar bertambah baik hari demi hari, pelajar pun akan kurang rasa malu dan
akan terbiasa dengan cara guru baharu untuk mengendalikan kelas mereka. Selain
itu, sekiranya saya mempunyai kurang informasi tentang subjek yang diajari,
guru-guru program sedia membantu semampu mereka untuk mengesahkan semua
maklumat yang menjadi persoalan buat saya. Oleh yang demikian, bukan sahaja
pelajar, saya juga perlu untuk berani dan tidak malu untuk memulakan pertanyaan
bagi perkara yang saya tidak pasti.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 20 SEPTEMBER - 24 SEPTEMBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU KEDUA
PERISTIWA : Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP 3043
Pengurusan Aduan Pelanggan dan MPP 3013 Lukisan Terbantu Komputer -
Geometri.
1) BISIKAN HATI
Alhamdulillah deng
an rasa syukur pada minggu ini saya telah pun tamat kuaratin
14 hari setelah positif covid sebelum ini dan saya berasa lebih bersemangat untuk
mengajar dan berkongsi ilmu bersama pelajar. Subjek MPP 3043 adalah pertama
kali saya mengajar kerana pada minggu pertama saya belum mendapat jadual
pada hari subjek ini diajarkan. Namun kedua-dua subjek yang diajarkan adalah
pelajar kelas yang sama subjek yang berbeza. Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, saya masih merasa berdebar dan gementar. Saya akan
hilang debaran apabila selesai mengajar dan jika pelajar memberikan kerjasama
yang baik, saya sedikit kurang gementar dan boleh mengawal diri. Sebagai
seorang bakal guru, saya mengharapkan pelajar faham dan memberi tumpuan
sepenuhnya pada pengajaran saya. Pelajar sangat baik dan boleh mendengar
arahan guru.
REFLEKSI : 2) MENGANALISIS / MENILAI
Apa yang telah analisis sepanjang
minggu ini, pelajar boleh mendengar arahan
guru walaupun sesi pengajaran berlangsung secara atas talian namun jika guru
1.Bisikan Hati mengajukan soalan, akan ada pelajar yang bersuara dan menjawab persoalan
2.Menganalisis/Me
nilai guru. Pelajar juga lebih gemar apabila guru menggunakan medium interaktif
sebagai bahan pengajaran. Ini memberi satu inisiatif baru pada guru untuk
3.Kesedaran Baru
berusaha meningkatkan gaya pengajaran untuk menarik minat pelajar.
4.Cadangan/Tindaka
n
3) Kesedaran Baru
Antara kesedaran b
aru saya perolehi guru perlu mengawal kelas walaupun secara
online dan sukar menentukan pelajar masih menyaksikan pengajaran guru
sepanjang masa kerana kamera tidak dibuka hanya guru saja menunjukkan
kehadiran dengan membuka kamera maka antara usaha guru memastikan pelajar
memberikan perhatian mereka, guru perlu kerap bertanya dan berinteraksi dengan
pelajar. Dengan cara ini, guru dapat memastikan pelajar masih bersama-sama
guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Secara keseluruhannya, saya me
ncadangkan untuk menentukan pelajar boleh
mengikuti sesi pengajaran bersama guru, guru boleh berselang seli
menyampaikan pengajaran dan memberikan aktiviti untuk pelajar buat. Hal ini
guru boleh menyemak pelajar yang aktif dan pelajar yang mengikuti kelas namun
tidak menyumbang apa-apa.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 27 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU KETIGA
PERISTIWA : Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP 3043
Pengurusan Aduan Pelanggan dan MPP 3013 Lukisan Terbantu Komputer -
Geometri.
1) BISIKAN HATI
Ini merupakan ming
gu ketiga saya menjadi guru praktikal di Kolej Vokasional
Klang dan saya merasakan tanggungjawab sebagai seorang guru kian terasa.
Penyediaan bahan pengajaran dan mencari maklumat bagi memastikan pelajar
mendapat informasi yang tepat dan sahih merupakan cabaran guru. Ia mungkin
kelihatan mudah namun sebenarnya menjadi cabaran kerana kurang pengalaman
industri dan sedikit sukar untuk menceritakan kepada pelajar tentang topik
pembelajaran untuk dikaitkan dengan kerja sebenar.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Saya dapati jika saya meminta pel
ajar untuk mencari maklumat tambahan sendiri,
REFLEKSI : mereka mempunyai sumber maklumat yang terhad dan sukar mendapatkan
maklumat yang sahih dan boleh dipercayai. Pelajar sijil vokasional ini jika apa
1.Bisikan Hati yang mereka cari dan jumpa, itu sahaja sumber yang mereka percaya dan terus
2.Menganalisis/Me
nilai ambil tanpa menyemak apakah ia sahih dan betul.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n 3. KESEDARAN BARU
Oleh yang demikian, seba
gai seorang guru yang berwawasan, saya perlu untuk
bersedia dengan segala ilmu dan maklumat yang terperinci sebelum memberikan
apa-apa tugasan mahupun menyampaikan ilmu kepada pelajar. Hal ini kerana
pelajar akan merujuk kepada guru tentang topik atau soalan yang mereka kurang
faham. Jadi, jika guru sendiri tidak mengetahui dengan mendalam terhadap
sesuatu topik tersebut, bagaimana pelajar ingin mendapatkan bimbingan dan
petunjuk.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Saya mencadangkan agar guru-g
uru membuat ulangkaji ataupun penyelidikan
tentang subjek yang diajar terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran.
Itu lah pentingnya rancangan pengajaran harian dilakukan sebelum sesi PnP bagi
melancarkan pengajaran di kemudian hari.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 4 OKTOBER - 8 OKTOBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU KEEMPAT
PERISTIWA : Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP 3043
Pengurusan Aduan Pelanggan dan MPP 3013 Lukisan Terbantu Komputer -
Geometri.
1) BISIKAN HATI
Alhamdulillah bers
yukur kepadaNya setiap langkah dan urusan pada minggu ini
dpermudahkan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan seperti
yang dirancang walapun pada minggu ini saya dijadualkan untuk mendapat
vaksin dos kedua pada hari yang sama saya menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran namun saya tetap mengutamakan pengajaran dahulu selepas itu
baru saya pergi mendapatkan vaksin. Hal ini membuatkan saya merasa rugi jika
menjalankan pdpr secara offline untuk pelajar belajar sendiri kerana mereka di
rumah memerlukan bimbingan guru dan tidak boleh hanya belajar sendiri.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Antara perkara yang saya dapat ni
lai adalah kerjasama antara pekerja yang mana
guru-guru saling membantu antara satu sama lain. Saya pairing untuk kedua-dua
subjek dengan guru subjek namun guru memberikan saya peluang untuk
REFLEKSI : mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi merasakan pengalaman
mengajar secara online dan saya dipantau ketika saya mengajar. Namun bagi
peristiwa saya perlu divaksin, guru memberikan kelonggaran untuk menguruskan
1.Bisikan Hati hal peribadi saya terlebih dahulu kemudian boleh menangguhkan kelas ke waktu
2.Menganalisis/Me
nilai lain. Saya sendiri mengambil keputusan untuk meneruskan pengajaran terlebih
dahulu sebelum menguruskan hal saya sendiri.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n
3)KESEDARAN BARU
Kesedaran baru yang say
a perolehi adalah sentiasa didik diri untuk bantu satu
sama lain di dalam sesebuah organisasi. Jika tersepit di antara dua perkara, pilih
perkara yang lebih utama dari perkara yang boleh tunggu untuk diselesaikan.
Selain itu, jangan cepat berputus asa walaupun jumlah pelajar yang join kelas
online adalah sedikit namun guru perlu kuatkan semangat untuk terus berkhidmat
untuk didik anak bangsa.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Maka secara keseluruhannya, sa
ya mencadangkan bagi seorang bakal guru,
membuat kerja mengajarkan ilmu kepada orang lain ini bukan perkara mudah.
Untuk menjadi seorang guru yang faham akan maksud mendidik ini perlu
menjiwai watak agar semua yang dilakukan dirasakan mudah dan dibuat dengan
hati yang ikhlas dan tidak terpengaruh dengan tabiat buruk yang ditunjukkan oleh
orang lain. Menjadi guru juga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk bersabar
dengan ragam pelajar dan ketika pelajar tidak memahami pengajaran guru.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 11 OKTOBER - 15 OKTOBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU KELIMA
PERISTIWA : Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP 3043
Pengurusan Aduan Pelanggan dan MPP 3013 Lukisan Terbantu Komputer -
Geometri.
1) BISIKAN HATI
Setelah beberapa m
inggu pengendalian proses aktiviti pengajaran dan pengajaran
bagi kedua-dua subjek, saya mendapati respon pelajar terhadap subjek MPP 3013
Lukisan Terbantu Komputer lebih baik berbanding subjek MPP 3043 Pengurusan
Aduan Pelanggan.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Hal ini membuatkan saya berpend
apat bahawa pelajar lebih gemar subjek yang
mempunyai kerja amali berbanding teori sahaja. Walaupun kedua-dua subjek juga
mempunyai kerja amali namun bagi subjek lukisan itu, pelajar perlu membuat
tugasan tersebut baru mereka faham cara melukis dan sebaliknya subjek
REFLEKSI : pengurusan aduan pelanggan hanya diajarkan teori sahaja untuk PdPr. Maka,
pelajar lebih gemar subjek yang perlu buat berbanding subjek yang perlu faham
1.Bisikan Hati dan ingat.
2.Menganalisis/Me
nilai
3.Kesedaran Baru
3) KESEDARAN BARU
4.Cadangan/Tindaka
n Dengan itu, saya menyeda
ri bahawa untuk menarik minat pelajar memberi
kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menambah
aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama dengan pelajar. Hal ini bukan sahaja
pelajar dapat kerjasama malah hubungan guru dengan pelajar juga akan
bertambah baik.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Maka, secara keseluruhannya, sa
ya perlu mempunyai idea yang kreatif dan kritis
agar dapat membangunkan sebuah aktiviti yang menarik dan memberi kefahaman
yang lebih mendalam kepada pelajar. Berusaha untuk membantu pelajar yang
lemah dengan memberi perhatian yang lebih kepada mereka. Oleh itu, pada masa
akan datang, saya perlu lebih bersedia sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dari segi mental dan fizikal supaya dapat mengawal pelajar yang
lemah dan memastikan mereka juga dapat bersaing sama dengan rakan yang lain.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 18 OKTOBER - 22 OKTOBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU KEENAM
PERISTIWA : 1. Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP
3043 Pengurusan Aduan Pelanggan dan MPP 3013 Lukisan Terbantu Komputer -
Geometri.
2. Lapor d
iri secara fizikal di Kolej Vokasional Klang
1) BISIKAN HATI
Pada minggu ini, sa
ya telah cukup 14 hari selepas dos kedua dan ini bermakna
saya dibenarkan untuk bertugas secara fizikal di Kolej Vokasional Klang. Hal ini
yang paling ditunggu-tunggu kerana bertugas secara maya adalah pengalaman
yang kurang menyeronokkan berbanding secara fizikal. Saya merasakan guru-
guru sangat mesra dan mudah untuk berinteraksi atau meminta tolong secara
terus. Guru juga bertanya khabar tentang kesihatan saya sebagai seorang covid
fighter walaupun bukan tahap teruk namun tiada apa yang mustahil untuk terjadi.
Syukur.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Saya mendapati suasana sebagai s
eorang guru di sekolah amat sibuk dan banyak
REFLEKSI : menghabiskan masa menyiapkan pelaporan pengajaran dan juga pelaporan pelajar
diploma kerana mereka sudah berada di minggu-minggu akhir sebelum cuti
semester mereka bermula. Saya sebagai guru praktikal juga terjebak dengan
1.Bisikan Hati kesibukan guru-guru dan membantu apa saya mampu supaya sama-sama dapat
2.Menganalisis/Me
nilai siapkan kerja yang masih berbaki.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n
3) KESEDARAN
Saya sedar bahaw
a tanggungjawab sebagai guru itu besar dan ada kalanya kerja
yang patut diselesaikan di sekolah namun harus di bawa pulang ke rumah kerana
ingin menyiapkannya lebih awal dan bersedia untuk kerja lain pula menyusul.
Namun itu tidak menghentikan niat baik saya untuk menjadi seorang guru malah
ia membakar semangat saya agar berusaha menjadi guru yang terbaik sama
seperti apa yang ditunjukkan oleh guru-guru di Kolej Vokasional Klang.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Saya berpendapat bahawa tindak
an yang paling utama dilakukan adalah
menetapkan niat untuk buat sesuatu kerja itu dengan bersungguh hati. Meletakkan
hati dan jiwa terhadap sesuatu pekerjaan itu akan membuatkan apa saja halangan
dan cabaran yang datang dapat dilalui dengan tenang kerana pada asalnya niat
yang suci itu akan memberikan impak postif dalam diri kemudian membawa
kepada pelaksanaan kerja yang lebih teratur.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH : 25 OKTOBER - 29 OKTOBER 2021
TAJUK : REFLEKSI MINGGU KETUJUH
PERISTIWA : Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP 3043
Pengurusan Aduan Pelanggan dan MPP 3013 Lukisan Terbantu Komputer -
Geometri.
1) BISIKAN HATI
Saya merasa serono
k dapat bertugas secara fizikal di sekolah walaupun
mempunyai jadual untuk bertugas secara fizikal dan bekerja dari rumah, namun
saya merasakan seperti ingin bertugas setiap hari di sekolah. Itu lah indahnya
yang saya dapat gambarkan perasaan saya setelah dapat kembali ke sekolah
seperti biasa walaupun pelajar saya masih meneruskan PdPr di rumah. Pada
minggu ini agak kesibukan lebih dari minggu yang lepas kerana BPLTV akan
datang untuk membuat pemeriksaan pelaporan dan fail pengajaran guru dan
dalam masa yang sama guru perlu menggesa pelajar menyiapkan fail eviden
mereka sebelum mula bercuti.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Saya dapati bahawa seorang guru
bukan sahaja mengajarkan ilmu namun seorang
REFLEKSI : guru juga seperti ibu bapa pelajar di sekolah. Apa sahaja yang pelajar lakukan
perlu sentiasa ditegur dan dibimbing ke arah yang baik. Betullah yang dikatakan
guru merupakan ibu bapa kedua pelajar di sekolah. Hal ini kerana pelajar juga
1.Bisikan Hati memerlukan kasih sayang dari guru untuk menjadi insan yang berilmu dan
2.Menganalisis/Me
nilai sebagai role model yang boleh dicontohi.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n
3) KESEDARAN BARU
Saya sedar bahawa bukan
mudah untuk mendidik. Kadang perlukan kelembutan
kadang perlukan ketegasan namun keduanya perlu seimbang agar apa yang
disampaikan itu benar-benar dapat dihayati oleh pelajar dan dalam masa yang
sama mereka akan ingat peristiwa yang terjadi dalam hidup mereka adalah untuk
mengajarkan erti hidup.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Maka, pada cadangan saya, seor
ang guru perlu bijak mengawal pelajar penuh
dengan kesenian kerana ada ketika guru menegur namun pelajar merasakan guru
memarahi dan kemudian timbul perasaan tidak suka kan guru. Itu sebabnya guru
mempelajari iktisas pendidikan kerana untuk mengajarkan seorang manusia itu
tidak mudah dan tiada manual seperti mengendalikan mesin. Apa yang tinggal
hanyalah seorang insan yang mendidik bersama jiwa seorang guru.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
JURNAL/REFLEKSI
SEMESTER : SEM3 - LM2 (SMPV) / 2020/2021
TARIKH :
TAJUK : 1 NOVEMBER - 5 NOVEMBER 2021
PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU KELAPAN
1. Mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi subjek MPP
3013 Lukisan Terbantu Komputer - Geometri.
2. Cuti Hari Deepavali
3. Bertugas untuk ujian
kendiri COVID pelajar SVM.
1) BISIKAN HATI
Alhamdulillah masa
mencemburui perjalanan latihan mengajar di Kolej
Vokasional Klang ini telah sampai ke penghujungnya. Segala perancangan untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Walaupun hanya sekali dapat bersua muka dengan pelajar kerana
halangan oleh perubahan takwim KV namun sudah cukup membuatkan hati guru
merasa gembira. Dengan rendah hati, saya berasa bersyukur diberi peluang dapat
mengenali dan bertugas sebagai seorang guru praktikal walaupun hanya untuk
tempoh masa yang singkat. Segala pengalaman manis amat berharga buat saya
untuk sentiasa komited dengan kerja dan tidak jemu untuk terus memberikan
bantuan selagi diberi kudrat yang sihat untuk menjalani kehidupan sebagai
seorang guru.
2) MENGANALISIS / MENILAI
Saya berpeluang untuk bersua muk
a dengan pelajar pada minggu terakhir namun
ini adalah kali pertama adakah kelas secara fizikal. Apa yang saya dapat analisis
ialah pelajar lebih banyak bertanya semasa kelas fizikal berbanding kelas secara
REFLEKSI : maya. Apa sahaja perkara yang mereka kurang pasti atau tidak tahu untuk
lakukan, mereka akan terus memanggil guru untuk bantuan. Saya merasa teruja
dan sedia membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan ini menunjukkan
1.Bisikan Hati kebergantungan pelajar terhadap guru berada pada tahap tinggi dan secara tidak
2.Menganalisis/Me
nilai langsung ia menguatkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar.
3.Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n
3) KESEDARAN BARU
Saya menyedari bahawa i
ni kali pertama saya bertemu dengan pelajar dan saya
sendiri tidak mengenali nama mereka akibat menjalani sesi PdPr yang lama saya
tidak tahu siapa pelajar yang selalu mengikuti kelas saya secara online. Saya
hanya tahu nama dan tidak mengenali wajah mereka. Namun begitu, mereka
selesa memanggil saya guru dan saya juga sedia memberi khidmat saya untuk apa
saja perkara yang mereka perlukan. Pelajar mungkin mengenali saya namun saya
tidak mengenali mereka. Itu tidak menjadi masalah kerana setiap apa yang
dilakukan harus ikhlas dan buat kerja dengan telus.
4) CADANGAN / TINDAKAN
Secara keseluruhannya, sebagai
seorang guru, saya perlu mempunyai sikap yang
positif dan tegas agar pelajar lebih menghormati setiap teguran dan pujian yang
diberikan. Saya juga perlu terhadap keadaan sekeliling dengan mengambil tahu
aktiviti pelajar, bertanya khabar pelajar dan juga memantau sekiranya pelajar
menghantar tugasan atau tidak. Pada masa akan datang, sebagai seorang guru
perlu prihatin dengan pelajar agar mereka mudah untuk berinteraksi dengan guru
sekiranya mereka ingin bertanyakan soalan. Akhir sekali, persediaan perlu
dilakukan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat
mengawal kelas dengan baik.
SEMAKAN PENYELIA
STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :
TARIKH KOMEN (PENYELIA) :
SEMAKAN PEMBIMBING
STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Belum Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :
TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) :
BAB 1
PENGENALAN AUTOCAD
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :
K1 - Mentafsirkan pembinaan lukisan
K2 - Pengenalan kepada lukisan terbantu komputer (CAD).
K3 -Melukis lukisan terbantu komputer 2D.
K4 -Melukis lukisan terbantu komputer 3D.
PENGENALAN
Lukisan terbantu komputer merupakan kaedah terkini untuk menghasilkan sesuatu
lukisan. Seseorang pelukis tidak perlu lagi menggunakan peralatan tradisional seperti
sesiku set, pensel, pemadam, sesiku-T dan papan lukisan. Semua peranan alat ini
telah di ambil alih oleh perisian komputer canggih yang terangkum dalam perkataan
CAD.
1.1 PENGENALAN PERISIAN AUTOCAD
Penggunaan Komputer pada masa kini amat penting serta banyak digunakan di
semua sektor perniagaan, perkilangan dan pusat-pusat pengajian. Ia digunakan bagi
memudahkan segala urusan sehinggalah dalam kerja-kerja yang melibatkan lukisan-
lukisan pelbagai bentuk antaranya, bentuk grafik. Justeru itu pemilihan sesebuah
komputer itu penting dan ia bergantung kepada jenis perisian grafik yang hendak
digunakan. Antara perisian tersebut termasuklah seperti instant Arlisi, Corel Draw,
Paint Brush, Page Maker, AutoCAD-LT, CAD Design, AutoCAD dan sebagainya.
AutoCAD adalah merupakan satu perisian dalam alat terbantu computer yang
dapat melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan lukisan masa kini. CAD bermaksud
Computer Aided Design atau lebih dikenali sebagai computer-aided drafting and
design program (CAD). Perisian ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja
terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang
1
kejuruteraan Mekenikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik dan semua bidang yang
berkaitan dengan penggunaan CAD. AutoCad sekarang mempunyai ikon untuk
meningkatan produktiviti dan memaparkan grafik.
Kelebihan AutoCAD ialah :
i. Dapat menghasilkan lukisan dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D)
objek padu (solid).
ii. Dapat menghasilkan lukisan dengan mudah walaupun objek yang
rumit dengan ukuran yang kemas dan jitu.
iii. Kerja menjadi lebih mudah sebab boleh menyunting dan
mengubahsuai dengan mudah.
iv. Salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali.
v. Lukisan boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan berwarna.
vi. Kerja lukisan boleh disimpan.
Kekurangan AutoCAD ialah :
i. Kos yang tinggi untuk pemasangan system AutoCAD.
ii. Penggunaan perlu mendapatkan latihan kursus
iii. Kos penubuhan system CAD adalah tinggi
iv. Sistem CAD bergantung sepenuhnya pada bekalan elektrik.
v. Kos pengendalian dan penyelenggaraan system CAD tinggi.
1.2 MENGENAL PERKAKAS KOMPUTER
Lukisan AutoCAD telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai kejuruteraan
antaranya, Kejuruteraan Jentera, Elektrikal, Elektronik dan lain-lain lagi. Perisian ini
telah menyediakan pelbagai keistimewaan arahan terutama bagi mencipta objek yang
susah dan rumit.
Menurut sejarah, perisian AutoCAD ini telah pun lama wujud. Syarikat Autodesk
Amerika Syarikat telah berkali-kali membuat percubaan bagi mencapai tahap yang
terbaik. Bermula dengan sistem operasi DOS, AutoCAD Release 10 telah digunakan,
ia tertumpu kepada penggunaan arahan menu skrin dan arahan tetingkap. Ia
kemudian ditingkatkan kepada Relese 11 hingga 13. Apabila kegunaan ‘Windows’
2
diperkenalkan, Release 13 ini diperbaharui mengikut kesesuaian windows dimana
banyak arahan Tool Bar ditambah. Pembaharuan ini menjadikan ia semakin popular
hingga sekarang. Dari AutoCAD Release 14, 2000,2000i dan hinggalah sekarang
2010, 2016 bidang AutoCAD terus meluas dengan ikon-ikon yang cangih.
Kelengkapan dalam system CAD mengandungi elemen asas iaitu
Moniter CPU
keyboard Tetikus
Rajah 1.1: Rajah Komponen Komputer
1.2.1 Monitor
Tempat di mana skrin grafik ditunjukkan. Penggunaan monitor bersaiz besar
adalah digalakkan di mana ia akan memberikan keselesaan pada kawasan skrin grafik
yang mengandungi tool bar terapung. Saiz terbaik ialah 17 inci ke atas dengan
paparan warna 256
1.2.2 CPU (Central Processing Unit)
Merupakan tempat memproses semua data yang dimasukkan dari peranti
masukan seperti tetikus dan papan kekunci (keyboard).
3
1.2.3 Papan Induk
Ia terdiri daripada papan litar elektronik dan perisian yang sesuai ialah ‘Pentium
III’ atau ‘Pentium V’ yang dilengkapi paparan 100 @ 200 MB Hard Disk. Ia dapat
menghasilkan kepantasan membaca maklumat serta mengambil semula maklumat. Ia
juga menyediakan beberapa pemilihan warna grafik seperti 256 colour.
1.2.4 Memori
Merupakan bahagian unit pemprosesan segala maklumat dan pemilihan
hendaklah mempunyai keupayaan memproses kelajuan yang tinggi disyorkan 200Mhz
atau lebih. Tempat penghantaran memori atau pertukaran segala maklumat yang
dihantar ke skrin komputer bergantung kepada keupayaan Ram yang digunakan.
Semangkin tinggi Ram yang digunakan semangkin cepat sesuatu arahan itu dibaca
dan dikeluarkan di skrin komputer. Adalah disyorkan penggunaan Ram 64 MB atau
lebih bagi perisian AutoCAD 2010.
1.2.5 Papan Kekunci (Keyboard)
Boleh dipelbagai kegunaanya seperti
memberi arahan atau memberi sesuatu
nilai pada sesuatu objek yang dilukis
dengan menaip atau menekan butang
tertentu contoh butang F8 untuk
meluruskan garisan 90° atau 180° dan
lain-lain kegunaannya.
1.2.5 Tetikus (Mouse)
Terdapat pelbagai bentuk dan kegunaan
antaranya:-
Butang 1 adalah untuk memilih semua
butang arahan pada skrin atau untuk
menentukan titik pada skrin. Butang 2
adalah untuk ‘enter’ atay mengeluarkan
arahan lain seperti ‘Undo’, ‘Move’ dan
sebaginya.
4
1.3 KAEDAH MEMBUKA HALAMAN AUTOCAD
ON 2 b) ‘Double klik’
(Buka)
KOMPUTER butang satu
tetikus pada
1 icon AutoCAD
2008
a) Bawa anak
panah ke Icon 3
AutoCAD 2008
Rajah 1.2 : Langkah membuka aplikasi AutoCAD 2008.
1.4 MELUKIS LUKISAN AUTOCAD
AutoCAD mempunyai pelbagai ciri-ciri keistimewaan dimana sesuatu lukisan dapat
direkabentuk dan diubahsuai dari satu garisan hingga kepada bentuk sebuah acuan
yang lengkap dengan ukuran, simbol-simbol dan keratan pemotongan dari pandangan
2 dimensi (2D) hingga ke 3 dimensi (3D) model padu (solid). Lukisan dua dimensi (2D)
dilukis di atas satah yang merupakan rata berkedudukan tepat dari pandangan.
Ukuran yang diberi dalam menentukan saiz lukisan umumnya dalam bentuk panjang
dan lebar. Ukuran ini merupakan ukuran 2D yang diberi mengikut dua paksi, iaitu paksi
X dan paksi Y. Sebarang lukisan 2D lebih mudah difahami kerana keadaan lukisan
ditunjukkan pada satah yang sama.
5
Rajah 1.3: Contoh pelan lantai 2D
1.5 LUKISAN AUTOCAD TIGA DIMENSI (3D)
lukisan 3D merupakan lukisan objek sebenar yang menjelaskan dalam bentuk
panjang, lebar dan tinggi dimana ianya berada pada tiga paksi iaitu paksi X, paksi Y
dan paksi Z. Objek ini akan memaparkan bentuk di atas tiga satah untuk memberi
pandangan sebenar objek. Objek yang terhasil adalah objek 3D yang menggunakan
tiga paksi dan tiga satah untuk membentuk satu modul.
Rajah 1.4: Contoh bentuk pelan pejabat dalam 3D
6
1.6 PERISIAN DALAM CAD
Dalam pasaran terdapat pelbagai jenis perisian CAD seperti Autodesk AutoCAD,
Solid Work, Sketchpad dan lain-lain. Di dalam Autodesk juga terdapat pelbagai
perisian seperti Autodesk AutoCAD Mechanical, Autodesk AutoCAD Architecture,
Autodesk AutoCAD Elektrical dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai fungsi dan
tugas kerja yang berlainan. Autodesk AutoCAD merupakan satu perisian yang paling
lazim digunakan dalam bidang teknikal.
1.7 STARTUP
Apa sahaja jenis AutoCAD pastikan sebelum memulakan kerja – kerja melukis fail
hendaklah di Startup.
Command: Startup bermaksud <enter>
Enter new value for STARTUP <0>: 1
Command: filedia
Enter new value for FILEDIA <0>: 1
1.8 INTERFACE AUTOCAD
Sebelum perisian ini boleh digunakan sebagai alatan untuk membantu
menghasilkan lukisan kejuteraan, pengguna perlu mengenali pembahagian layer skrin
AutoCAD dan dapat mengenali semua ikon penggunaan dalam AutoCAD. Rajah
dibawah menunjukkan interface AutoCAD dan contoh2 ikon AutoCAD.
7
Rajah 1.5: Contoh interface AutoCAD 2009
Menu bar Ruang Lukisan
workspace Nama fail lukisan
Draw toolbar Draw toolbar
User coordinate system (UCS) icon
Model tab & Command line Aperture
layout taps
Paper Space icon
Rajah 1.6: Interface AutoCAD 2014
8
Rajah 1.6: contoh ikon
Rajah 1.7: contoh ikon dalam toolbar dan Modify toolbar
9
1.9 PERSEDIAAN KAWASAN LUKISAN
Sebelum anda memulakan lukisan yang baru, adalah penting bagi anda
menentukan kawasan lukisan mengikut saiz kertas yang akan digunakan untuk
dicetak. Perintah limits akan membenarkan anda mengubah kawasan melukis dalam
AutoCAD. Perintah limits boleh diperolehi daripada menu Tarik turun format
Drawing Limits. Untuk mengaktifkan perintah ini, anda juga boleh menaipkan arahan
pada menu command. Berikut adalah langkah kerja untuk perintah limits .
Command: Limits
Specify lower left corner or [ON/OFF]<0,0000,0.0000:
Upper right corner <420,000, 297,000>:297,210
Command: z bermaksud <enter>
Specify corner…..<real time>: a z bermaksud zoom
Command: snap a bermaksud all
Specify snap….<10,0000>: 10
Command: grid
Specify grid….<10,0000>: 10
1.10 SISTEM KOORDINAT
Asas utama dalam melukis adalah mengikut titik-titik koordinat dan paksi XYZ.
Dalam lukisan 2D, paksi utama yang digunakan ialah paksi X dan paksi Y, Lukisan
3D atau solid akan menggunakan ketiga-tiga paksi X,Y,Z. Paparan AutoCAD akan
menunjukkan arah paksi-paksi tersebut.
10
Rajah 1.8: gambar UCS 2D & 3D
Melukis dalam AutoCAD adalah berasaskan kepada system koordinat yang
dikenali system koordinat Cartesian. Adalah sangat jelas dalam AutoCAD, setiap
arahan lukisan yang diberikan mestilah berpandukan kepada arah paksi-paksi
tersebut. Serpertimana dalam system koordinat Cartesian matematik, bermula
dengan titik origin/asalan (0,0,0), maka arahan kekanan paksi X adalah positif
manakala arahan ke kiri paksi X pula negative. Begitu juga bagi paksi Y dan Z.
Rajah 1.9: UCS dalam system koordinat
1.10.1 Koordinat Mutlak ( Absolute Coordinate )
Koordinat ini mewakili nilai sebenar dalam perintah drawing limits. Dengan
menggunakan sistem koordinat mutlak, anda boleh menentukan di mana titik
koordinat yang akan digunakan. Anda boleh mengikut langkah berikut
memggunakan sistem ini. Sistem koordinat mutlak akan merujuk kepada titik asalan
(0,0). Semua arahan jarak dimasukkan secara paksi (X,Y)
11
Rajah 1.10: Sistem koordinat mutlak
1.10.2 Koordinat Bandingan ( Relative Coordinate )
Koordinat ini mewakili kedudukan bandingan koordinat X dan Y pada titik
sebelumnya. Penggunaan tanda @ menunjukkan titik baru berkedudukan pada jarak
tertentu dari titik yang diberi. Anda boleh mengikut langkah berikut untuk
menggunakan sistem ini dengan merujuk rajah di bawah,
Rajah 1.11: Sistem koordinat bandingan
12
1.10.3 Koordinat Kutub bandingan Bandingan ( Relative Coordinate )
Sistem ini menggunakan jarak dan sudut untuk menentukan kedudukan titik
baru dari titik yang lama. Anda boleh menentukan satu titik yang baru dengan
memasukkan nilai jarak dan nilai sudut dari titik terakhir. Tanda < akan digunakan
untuk memisahkan antara data jarak dan sudut. ( Format arahan : @jarak<sudut)
Rajah 1.12: Sistem koordinat kotob bandingan
1.10.4 Polar Tracking.
Penggunaan Polar merupakan suatu aplikasi yang baru diperkenalkan dalam
AutoCAD bagi kemudahan pengguna membuat lukisan ringkas dengan cepat. Polar
akan sentiasa dapat menunjukkan laluan (track) secara atomatik dan penggunaan
hanya perlu memasukkan jarak sahaja. Polar juga menyediakan setting pengguna
bagi menentukan gandaan sudut yang dikehendaki (incerment angle)
Polar Tracking setting:
Command : Drafting settings
Akan keluar satu box : editkan apa yang diperlukan.
13
Rajah 1.13: Box Drafting Setting
Anda boleh menambah sudut-sudut pilihan untuk dijadikan laluan bagi setiap kerja:
Klik new dan masukkan nilai-nilai sudut yang dikehendaki dan klik ok.
Rajah di bawah menunjukkan polar laluan cursor pada sudut 300
Anda Cuma perlu menaip jumlah jarak .
Rajah 1.14: Aplikasi Polar Tracking
14
ARAHAN ASAS AUTUCAD
Dalam AutoCAD terdapat beberapa arahan asas yang anda akan gunakan untuk
menghasilkan kerja melukis iaitu arahan pada menu draw dan menu modify
1.11.1 Arahan Standard
New Save Print Cut Paste Redo Zoom Zoom
Preview Realtime Previous
Membuka Menyimpan Memotong Arahan salin Membaca
fail baru fail atau Melihat sesuatu balik semula
kerja yang semula arahan ditempatkan arahan
telah dibuat kedudukan atang telah atau hadapan
objek dibuat ditampal
sebelum Membesar Mengembali
dilakukan dan kan
cetakan mengecilkan gambaran
objek sebelumnya
Open Plot Copy Undo Pan Zoom Calculator
Membuka Menyimpan Arahan Realtime Window Properties Arahan
fail yang fail atau membaca aplikasi
disimpan kerja yang Salin balik patah balik Menggerak- Membesar- Paparan kalkulator
dalam fail telah dibuat arahan yang arahan detail entiti
sama / kan objek kan objek untuk diedit
objek yang
secara pada
dilukis bebas kawasan
tertentu
Rajah 1.15: Ikon arahan stadard
1.11.2 Arahan Osnap
Dalam lukisan gemoteri atau teknik, anda perlu menghasilkan satu lukisan yang
tepat,kemas dan jitu. Untuk lukisan AutoCAD, amalan ini juga diperlukan dan
perintah Osnap telah disediakan. Penggunaan arahan osnap boleh menjadikan
lukisan lebih tepat dan kemas berbanding lukisan yang dilukis oleh tangan.
15
MOD IKON PENERANGAN
Snap From Untuk mewujudkan titik rujukan sementara
Endpoint sebagai asas untuk menentukan titik-titik
Midpoint berikutnya.
Intersection
Apparent Mencari titik hujung semua objek kecuali bulatan.
Intersect
Center Mencari titik tengah objek seperti garisan,
lengkuk atau polyline.
Quadrant
Tangen Menentukan titik persilangan objek pada satah
Perpendicular yang sama
Nearest
Mencari satu titik yang mewakili persilangan yang
jelas antara dua objek, seperti dua garisan yang
bukan selari dalam ruang 3 dimensi
Mencari titik tengah untuk bulatan atau lengkuk.
Mencari puncak 00, 900,1800 dan 2700 untuk
sebuah bulatan atau lengkuk
Memilih titik tengen suatu bulatan/lengkung yang
akan bertangen dengan bulatan/lengkung yang
lain
Untuk memilih titik persilangan yang bersudut
tepat pada objek yang lain.
Memilih titik suatu objek yang terdekat dengan
titik yang dipilih.
Fungsi ikon osnap boleh diaktifkan pada drafting settings.
Command : Drafting Settings.
Dari box drafting settings , anda boleh mengaktifkan mana-mana fungsi yang sesuai
untuk digunakan dalam melukis. Pasyikan anda memilih yang sesuai sahaja kerana
jika terlalu banyak yang diaktifkan, maka akan berlaku penindanan semasa melukis.
16
Rajah 1.16: drafting settings untuk fungsi osnap.
1.11.3 Arahan Melukis
Bahagian ini akan memperjelaskan kepentingan perintah melukis dalam lukisan
AutoCAD. Untuk mengaktifkan ikon dalam arahan melukis, anda boleh klik pada ikon
atau menaip pada arahan command.
mod IKON PENERANGAN
Line
circle Arahan membenarkan melukis garisan yang lurus mengikut
jarak yang tertentu.
Arahan bulatan memebenarkan anda melukis bulatan dalam 6
pilihan iaitu
i. Center,redius
ii. Center diameter
17
Arc iii. 2 points
Hatch iv. 3 points
v. Tan,tan,redius
vi. Tan, tan, tan
Arahan ini membenarkan membuat lengkung dalam nanyak
pilihan.
i. Start,center,and
ii. Start,center,angle
iii. Start, center, length
iv. Start, end, angle
v. Start, end, direction
vi. Start, end, radius
vii. Center, start, end
viii. Center, start, angle
ix. Center, start, length.
Arahan membenarkan membuat lorekan simbol pada satu
ruang objek. Ruang objek yang dilorek mestilah tertutup penuh.
Polylines Digunakan untuk menghasilkan satu segmen garisan, bulatan
(pline) dan lengkungan yang berturutan dalam satu entiti.
Ellipse Arahan ini membulahkan membuat lengkungan elips,separuh
elips atau sukuan elips.
Tiga kaedah melukis
i. Center
ii. Axis,end
iii. Arc
18
Arahan poligon dalam autoCAD boleh melukis antara 3
sehingga 1024 sisi.saiz polygon boleh dibentuk dengan jejari
bulatan.
Ada tiga kaedah melukis polygon
i. Inscribed
ii. Circumscribed
iii. Edge
Inscribed Circumscribed
polygon Command: polygon <enter>Enter....of sides <4>: 6 <enter>
Teks Specify center....[Edge]: klik center
Table Enter an option....<1>: I atau C <enter>
Specify radius of circle: 20 <enter> (masukkan jejari/ klik pada
jejari bulatan.
Membuat arahan teks untuk membuat tulisan. Boleh
memggunakan dua
opsyen
i. Single text
ii. Mtext
Table boleh dibina dengan memilih setting yang sesuai seperti
dalam rajah:
19
1.11.4 Arahan Modify
Perintah pengubahsuai digunakan digunakan untuk membantu anda mengedit atau
mengubah objek yang telah dilukis dalam lukisan AutoCAD. Perintah arahan ini akan
membuatkan lukisan lebih kemas dan jitu.
MOD IKON PENERANGAN
Erase
Membantu memadam objek yang tidak perlu dalam lukisan.
Copy
Move Command: erase <enter>
Break Select objects: pilih objek yang tidak perlu.
Memilih objek anda boleh memilih opsyen berikut:
i. Window-membenarkan memilih objek dalam ruang
yang ditentukan.
ii. Crossing-hampir sama dengan window tetapi memilih
objek tertentu yang tidak termasuk keseluruhan dalam
ruang.
iii. Pick (klik) –kaedah ini membenarkan memadam objek
dengan memilih satu demi satu.
Arahan membenarkan anda menyalin semula objek-objek yang
telah dilukis ke lokasi yang lain.
Command : copy
Select objects: pilih objek yang ingin disalin semula.
Specify base point or displacement/[Multiple]: (M for multiple)
Specify base point: pilih satu titik/lokasi
Second point of displacement: pilih titik kedua.
Membenarkan proses pemindahan satu objek atau beberapa
objek dari satu lokasi asal ke satu lokasi yang baru.
Arahan membenarkan memadam sebahagian daripada satu
objek.
Command: break
Select objek: pilih objek yang ingin dipecahkan.
Specify secound break point or[first point] : pilih titik kedua
dalam objek.
20
Rotate Arahan mengubah orientasi/kedudukan satu atau beberapa
Skala objek dengan memutarkan pada satu titik yang telah ditentukan.
Mirror
Stretch Command: rotate <enter>
Array Select objek: pilih objek yang ingin diputarkan
Extend Specify base point: pilih lokasi yang ingin diputarkan
Specify rotation angle or [Reference]: masuk darjah sudut yang
ingin diputarkan.
Arahan membenarkan anda membesar atau mengecilkan suatu
objek pada kadar yang ditentukan.
Command: Skala <enter>
Select objek: pilih objek yang perlu dibesarkan/dikecilkan.
Specify base point: pilih titik untuk meletakkan objek
Specify scale factor or[Reference]:masuk kadar baru
Arahan membenarkan anda melakukan arca cermin untuk suatu
atau beberapa objek. Objek yang asal boleh dipadamkan atau
dikekalkan.
Command: mirror
Select objek: pilih objek yang ingin diarca-cerminkan
First point of mirror line: pilih titik untuk mirror line
Delete old objects?<N>: tekan enter.
Arahan membenarkan memilih sebahagian suatu objek untuk
digerakkan supaya ia menjadi lebih panjang/pendek.
Command: stretch
Select objek to stretch by window or polygon; ( guna crossing
untuk memilih objek untuk diregang)
Bese point or displacement : ( pilih titik untuk diregang)
Second point of displacement: ( regangkan ke kawasan yang
ditentukan).
Arahan membenarkan membuat penyalinan secara banyak
untuk satu objek yang dipilih.
Mempunyai dua opsyen iaitu:
i. Rectangular
ii. Polar
Arahan membenarkan memanjangkan suatu objek supaya
penghujung objek itu akan bertemu/bersilang dengan satu objek
lagi.
Command: Skala
21
Trim Select objek: pilih objek yang menjadi sempadan untuk
Fillet objek yang akan dipanjangkan.
Chamfer Select objects to extend or shift-select to trim or [
Offset project/Edge/Undo]: pilih objek yang akan dipanjangkan.
Arahan membenarkan merapikan/ memangkaskan hujung objek
yang tidak sama.
Command : Trim
Select objek <select all>: specify opposite corner: select objek
Trim Select object : tekan enter
Trim [fence/crossing/project/Edge/eRase/Undo]: klik mana-
mana yang hendak ditrim.
Fillet akan menyambungkan dua penghujung garisan/ dua
lengkung menjadi satu lengkung/jejari. Saiz juga boleh
ditentukan dengan saiz jejari yang dikehendaki.
Command: fillet
Fillet select frist objek or [Undo,Polyline, Radius,Trim,Multiple]:R
Fillet specify fillet radius <0,000>: 20 ( tekan enter )
Fillet select frist objek or [Undo,Polyline, Radius,Trim,Multiple]:
klik pada garisan yang hendak dilengkung.
Fillet select second objek or shift-select to apply corner:
Klik pada garisan sebelah lagi yang hendak di lengkung.
Merapikan dua garisan yang bersilang dengan suatu jarak
dengan disambung oleh segmen garisan yang baru.
Command: Chamfer
Chamfer select frist objek or [Undo,Polyline,
distance,Angle,Trim,Multiple]:D
specify Chamfer distance<0,000>: 20 ( tekan enter )
specify second Chamfer distance<0,000>: 30 ( tekan enter )
select frist line or [Undo,Polyline, Radius,Trim,Multiple]: klik
pada garisan yang hendak dipotong.
Chamfer select second objek or shift-select to apply corner:
Klik pada garisan sebelah lagi yang hendak dipotong.
Membina satu entiti yang selari kepada entity yang lain sama
ada melelui satu jarak atau satu titik tertentu.
Command : offset
Specify offset distance or [hrough],through>: beri jarak
Select objek offset or <exit>: pilih objek yang ingin dioffsetkan.
22
1.11 DIMENSI
Dimensi adalah merupakan salah satu buteran yang terdapat dalam suatu lukisan
teknik. Tanpa dimensi, lukisan tidak akan menjadi lengkap. Kotak dimensi mestilah
dibuka sebelum memulakan membuat dimensi dengan klik arahan modify dan boleh
mula setting Line, Teks, Simbol and Arrows, Fit, Primary Unit, Altemate Units,
Tolerances.
Rajah 1.17: Paparan Kotak dimensi dan klik pada modify
Rajah 1.17: contoh paparan setting lines, symbol and Arrows
23
1.12 KAEDAH PENDIMENSIAN
Dalam AutoCAD terdapat pelbagai jenis perintah dimensi yang anda boleh pilih untuk
mendimensikan lukisan anda. Pemilihan arahan adalah seperiti berikut:
a) Linear Dimension
b) Align dimension
c) Radius
d) Angular Dimension
e) Center Mark
24
f) Leader
1.13 PLOTTING
Sebaik sahaja anda menyiapkan lukisan anda, tugas terakhir ialah Plotting. Langkah
kerja Plot adalah:
Dari menu tarik turun File Plot
Kemudian sebuah kotak plotting akan keluar. Dalam kotak ini, anda boleh memilih
saiz kertas, orientasi lukisan, kawasan plot dan skala plot. Proese preview lukisan
juga akan dapat dilihat.
Rajah 1.18: Paparan Kotak plot
25
Langkah kerja plot adalah seperti berikut:
i. Klik butang Plot device
ii. Pilih jenis pencetak yang digunakan.
iii. Pilih saiz kertas, orientasi lukisan, skala dan kedudukan lukisan.
iv. Pada plot area, pilih limits untuk memastikan lukisan memenuhi saiz kertas
yang ditentukan
v. Klik full preview sebelum cetak
vi. Klik ok untuk mencetak.
LATIHAN MELUKIS
LATIHAN 1
Rajah 1.19: Latihan penggunaan grid dan snap
26
LATIHAN 2
Rajah 1.20: Latihan membuat Dimension
LATIHAN 3
Rajah 1.21: Latihan Membentuk Objek
27
LATIHAN 4
Rajah 1.22: Latihan kecekapan menggunakan ikon
LATIHAN 5
Rajah 1.23: Latihan kecekapan menggunakan sudut
28