The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TING HEA LING, 2022-03-05 04:26:05

Kami Export - UIS80tis10ej8HOZiUh39Q

Kami Export - UIS80tis10ej8HOZiUh39Q

ANUGERAH GURU SEMPE
GURU PERINGKAT NEGER

KATEGORI:
GURU INOVATIF
(INDIVIDU MENENGAH

Nama

Ting Hea Ling
780414085092

g-92204784
@moe-dl.edu.my

TAJUK

LITERASI TMK
PENERAJU KE ARAH

KECEMERLANGAN
BAHASA

ENA SAMBUTAN HARI
RI PERAK TAHUN 2022

H)

Sekolah/ PPD/ JPN

SMK NAN HWA
PPD MANJUNG

JPN PERAK

BORANG
PENYERTAAN

Playlist Yout

PEMBENTANGAN
PENYELIDIKAN

SIRI LENGKAP

SALURAN
YOUTUBE

THL

PERTANDINGAN
PELAJAR

tube THL 1

PERKONGISAN
ILMU (LIVE)




PERTANDINGAN
KENDIRI



LIVE SMK NH

SAMBUTAN
HARI GURU

Playlist Yout

MODUL
HEALING

SIRI LENGKAP

SALURAN
YOUTUBE

THL

KOMSAS
KREATIF

KARYA
PELAJAR

tube THL 2

BAHAN
AUDIO 2

TINGKATAN 5

BAHAN
AUDIO 1

TINGKATAN 4

NOVEL CIDS
KREATIF
TEKNIK E-RPH
KARYA PELAJAR

KOMPONEN GOOGL

PENGANUG

ANUGE

BORANG PENYERTAAN YANG DIT

INFO PENYERTAAN

RESUME

MENGENAI DIRI SAYA

LE SITES THL

GERAHAN INOVASI PENYELIDIKAN

ERAH INOVASI & KAJIAN
TERIMA PENYELIDIKAN

PERKONGSIAN

ILMU 1

PERKONGSIAN
ILMU ALAM MAYA

INOVASI PERKONGSIAN
ILMU 2

MODUL-MODUL

INOVASI PENYELIDIKAN
SMK NAN HWA

MEMBUDAYAKAN
KAJIAN TINDAKAN

GURU2 BM

INOVA
KO-AKAD

AKTIVITI BID

KOMP
GOOGLE

SIARAN BERITA

SIARAN LPS

SUMBANGAN GURU
BIASA

SUMBANGAN SAYA
SEBELUM GK BAHASA

ASI
DEMIK 1

DANG BAHASA

PONEN
SITES THL

VIARIASI KANDU

Rak Modul Tik Tok
Digital THL THL
Quizizz

Virtual Virtual
Classroom 1 Classroom 2 C

UNGAN DIGITAL

Youtube COOGLE
THL CLASSROMM

Class Google
Code: Sites THL
jw22qx6

Virtual Facebook
Classroom 3 THL

SET KOMBINASI IN

LITERASI TMK PENERAJ

01 PEMBE
02 (SEKT
03
04 KOMB
05 PISA (
FITUR

Kajian
Kajian

TKOM
INTEG
VIRTU
PERKO

Karniv
Jurnal

KOMBI
INTEGR
VIRTU
PERKO

PEMEB

KOMBI
INTEGR
VIRTU
PERKO

KOLOK
TERENG
Daerah

KOMBI
INTEGR
BORAN

NOVASI MULTIMEDIA PENDIDIKAN

JU KE ARAH KECEMERLANGAN BAHASA

ENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PISA DAN TIMSS
TOR PEMBELAJARAN JPN PERAK)

BINASI INOVASI MULTIMEDIA 1:
(TEKNIK BACAAN HEBAT)+KEMAHIRAN KBAT +
R GOOGLE MEET (BREAKOUT ROOMS)

n Tindakan Jurnal Pendidikan Tekat Bestari JPN Perak
n Tindakan JPPI IPGKSAH-eSAHConfED'21

MBINASI INOVASI MULTIMEDIA 2:
GRASI DIGITAL: GOOGLE SITES, GOOGLE CLASSROOM,
UAL CLASSROOM, YOUTUBE, TIK TOK, DASHBOARD
ONGSIAN ILMU, MODUL DIGITAL

val Inovasi Pembelajaran Perak 2021: ANUGERAH EMAS,
Penyelidikan PPD Manjung

INASI INOVASI MULTIMEDIA 3:
RASI DIGITAL: GOOGLE SITES, GOOGLE CLASSROOM,
UAL CLASSROOM, YOUTUBE, TIK TOK, DASHBOARD
ONGSIAN ILMU, MODUL DIGITAL, BAHAN MAUJUD

BENTANGAN KAJIAN TINDAKAN : KONBAYU

INASI INOVASI MULTIMEDIA 4:
RASI DIGITAL: GOOGLE SITES, GOOGLE CLASSROOM,
UAL CLASSROOM, YOUTUBE, TIK TOK, DASHBOARD
ONGSIAN ILMU, MODUL DIGITAL

KIUM KAJIAN TINDAKAN ANJURAN BERSAMA IPG DAN JPN
GGANU, Amalan Penyelidikan Merungkai Isu PDP BM: Peringkat
h Manjung

INASI INOVASI MULTIMEDIA 5:
RASI DIGITAL: LAMAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
NG GOOGLE, GOOGLE MEET

















INOVASI &
KAJIAN

PENYEL I DI KAN













MODUL INTERAKTIF SaSoPSe MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KBAT NOVEL

Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa
[email protected]

Abstrak

Kemahiran menguasai teknik menjawab soalan KBAT novel masih belum dikuasai sepenuhnya oleh
pelajar. Novel merupakan aspek seni bahasa yang terkandung dalam DSKP KSSM Bahasa Melayu.
Memandangkan pelajar tidak dapat menjawab soalan Novel KBAT bahagian ii maka inovasi
menggunakan Modul Interaktif SaSoPSe telah dilakukan dengan mempertimbangkan konteks
PdPR pada musim pandemik Covid-19. Modul ini diintegrasikan dalam pelbagai bentuk seperti
Google sites, Google Classroom, Virtual Classroom, YouTube, Tik Tok dan juga dikongsi kepada
warga pendidik melalui Dashboard Perkongsian Ilmu seperti Dashboard PPD Manjung dengan
alamat url https://bit.ly/bahanpdpcppdmanjung dan Dashboard CikgooTube dengan alamat url
https://cikgootube.net/wp/bankbahanpdpc/. Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar dari kelas 4S1
SMJK Nan Hwa. Data keberkesanan penggunaan modul ini dikutip sebanyak 3 kali, iaitu kali
pertama latihan Google Classroom, kali kedua ujian 1 dan kali ketiga ujian 2. Selain itu, data daripada
pendapat pelajar selepas penggunaan modul ini juga diperoleh melalui borang Google. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan Modul SaSoPSe merupakan satu alternatif yang sangat
baik untuk menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran pelajar di samping penambahbaikan
amalan pengajaran guru-guru berjaya dilaksanakan.

Kata kunci: Bahasa Melayu, kajian tindakan, modul, sastera, novel, KBAT,

INTERACTIVE MODULE OF SaSoPSe FOR IMPROVING SKILLS
ANSWERING KBAT NOVEL QUESTIONS

Abstract

The skill of mastering the technique of answering novel KBAT questions is still not fully mastered by
the students. Novel is classified as a form of literature in the latest DSKP KSSM Bahasa Melayu.
Innovation was initiated as many students could not score well in Novel KBAT part ii. Consideration
was given during the implementation during PdPR learning season. This study involves 20 students

from class 4S1 of SMJK Nan Hwa and the module is integrated in various forms such as Google
sites, Google Classroom, Virtual Classroom, YouTube, Tik Tok and is also shared to educators
through the Dashboard. Knowledge Sharing is also diversified so that students can access it anytime
and anywhere. The module is supported via diagrams with the concept of innovation and a sample
of novel KBAT questions and answers. The outcome data of this module is collected 3 times
throughout the process, firstly in Google Classroom training, secondly through test 1 and thirdly test
2. In addition, student’s feedbacks will also be gathered at the end of the module via Google forms.
The data collected has reflected the effectiveness of the use of modules and support products for this
module. The findings of the study indicate successful implementation of an excellent alternative for
problem solving in students’ learning process and improvement of teacher’s teaching practices.

Keywords: Malay language, action research, module, literature, novel, KBAT

PENDAHULUAN

Pengenalan
Soalan novel merupakan soalan yang dikemukakan sejak tahun 2003 dalam format pentaksiran
baharu pada masa itu. Format pentaksiran dari tahun 2003 telah dikekalkan hingga tahun 2019. Pada
tahun 2020, format pentaksiran KSSM baharu telah dikemukakan untuk menggantikan pentaksiran
yang lama. Walau bagaimanapun, soalan novel tetap dikekalkan dalam format pentaksiran baharu
ini. Dalam format sebelum ini, novel dikemukakan sebagai satu soalan tunggal, iaitu soalan keempat
dalam kertas 2 manakala dalam format pentaksiran baharu, soalan novel telah diselitkan dalam
bahagian pemahaman, iaitu soalan 8 dalam kertas 2.

Dalam Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu (BM) KSSM baharu, novel
dikandungkan dalam bahagian aspek seni bahasa yang merupakan satu komponen sastera yang amat
penting dalam Bahasa Melayu. Jelaslah bahawa penghayatan karya sastera diberi penekanan juga
dalam DSKP KSSM baharu. Terdapat 2 buah teks novel akan dikemukakan kepada pelajar dalam
format baharu KSSM. Novel Tingkatan 4 bertajuk Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini
Matdarin dan Novel Tingkatan 5 berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pelajar
dikehendaki mempelajari kedua-dua novel ini agar mereka dapat menjawab soalan novel dalam
peperiksaan SPM nanti.

Konteks
SMJK Nan Hwa sebuah sekolah yang terletak di Kampung Koh, Sitiawan Perak. Terdapat 2 sesi
persekolahan. Jumlah guru sesi pagi dan petang seramai 142 orang. Bilangan guru kaum Melayu
seramai 57 orang, guru kaum Cina seramai 66 orang dan guru kaum India seramai 19 orang. Enrolmen
murid seramai 1825 orang pelajar bagi kedua-dua sesi persekolahan. Kebitaraan sekolah dari segi
fizikal merangkumi dewan besar sekolah, dewan kuliah, dewan serba guna yang lengkap dengan
kemudahan canggih yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Kebitaraan sekolah dari segi
pencapaian pelajar pula, kecemerlangan bukan sahaja dicapai dari segi akademik namun bidang
kokurikulum juga tidak ketinggalan juga. Matlamat sekolah ialah SMJK Nan Hwa memastikan anak
didik mendapat pendidikan yang berkualiti dan cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan
sahsiah supaya mereka menjadi insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM 2013- 2025.

Kajian ini berfokus kepada pelajar kelas cemerlang SMJK Nan Hwa. Penguasaan BM mereka
adalah baik namun terdapat juga pelajar dalam kelas ini yang tidak dapat menguasai soalan KBAT
novel. Pelajar tidak dapat menjawab soalan novel dalam kertas 2: bahagian B: Soalan 8: bahagian ii
secara tepat. Mereka gagal memperoleh markah penuh untuk bahagian ini. Hal ini disebabkan mereka
tidak dapat mengolah jawapan yang ada dalam minda mereka dalam bentuk jawapan yang teknik
menjawabnya memenuhi pemarkahan sebenar.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Latihan Google Classroom merupakan instrumen utama yang diigunakan untuk menguji tahap
penguasaan pelajar semasa menjawab soalan KBAT novel. Catatan pemerhatian, iaitu markah latihan
novel Google Classroom menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai teknik menjawab
soalan KBAT novel walaupun mereka dapat menguasai jalan cerita novel dengan baik. Hal ini
berpunca daripada masalah mereka yang tidak dapat mengolah semula idea dalam minda mereka
untuk menjawab soalan KBAT novel secara tepat.

Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, soalan ini diperuntukkan sebanyak 10 markah.
Walaupun markah ini nampaknya tidak banyak namun markah ini akan mempengaruhi gred yang
diperoleh oleh pelajar. Pelajar cemerlang mungkin tidak dapat skor A dalam peperiksaan SPM
sebenar nanti. Oleh itu, pendekatan modul yang berinovasi ini telah digubal untuk mengatasi masalah
ini. Modul telah disediakan dalam pelbagai bentuk seperti Google sites, Google Classroom, Virtual
Classroom, YouTube dan Tik Tok turut dipelbagaikan agar pelajar dapat mengakses pada bila-bila

masa sahaja dan di mana-mana sahaja mereka berada. Hal ini dapat dikaitkan dengan
pembelajaran atas talian didapati lebih relevan, fleksibel dan memberi kebebasan kepada pelajar
untuk memulakan pembelajaran pada bila-bila masa berdasarkan keperluan peribadi serta
kesesuaian dengan komitmen terhadap keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka (Abas, Z. W.
2009; Rosenberg 2001). Modul ini turut dikongsi melalui Dashboard Perkongsian Ilmu, PPD
Manjung (https://bit.ly/bahanpdpcppdmanjung) dan Dashboard CikgooTube
(https://cikgootube.net/wp/bankbahanpdpc/) agar bukan sahaja penyebarannya setakat dalam
lingkungan sekolah sahaja. Sokongan modul kajian ini berbentuk modul yang diselitkan gambar
rajah berkonsepkan inovasi dan sampel soal-jawab soalan KBAT novel.

Batasan Kajian
Terdapat batasan kajian semasa proses melaksanakan kajian ini. Yang pertama, pelaksanaan PdPR
yang terhad dalam talian. Secara implisitnya, konteks ini telah membawa kesan kepada proses
pembelajaran dalam talian kerana mungkin berlakunya kekurangan dari segi penyampaian. Yang
kedua, proses PdPR dijalani secara dalam talian, guru dan pelajar tidak dapat bersemuka, jadi
terdapat kemungkinan tahap kebolehpercayaan dan kesahan data yang dikumpul adalah rendah.
Lebih-lebih lagi, kejujuran dan keikhlasan semasa menjawab soalan dan ujian serta soal selidik dalam
talian agak mencabar kobolehpercayaannya dan kesahan data yang diperoleh. Walau bagaimanapun,
dapatan data masih menunjukkan bahawa modul ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk guru-guru
BM kelas cemerlang yang lain.

FOKUS KAJIAN
Pemilihan Fokus Kajian
Novel bukan lagi satu komponen baharu dalam sukatan Bahasa Melayu tidak kira sama ada
menengah rendah atau menengah atas. Pelajar-pelajar didedahkan kepada unsur sastera yang salah
satunya ialah novel sejak format pentasiran yang dikemukakan pada tahun 2003. Hal ini
membuktikan bahawa, Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan masing-masing telah
bersepakat dan bersetuju bahawa unsur sastera merupakan aspek seni bahasa yang memainkan
peranan penting dalam Pendidikan Bahasa Melayu.

Walaupun novel bukan lagi merupakan satu unsur baharu dalam format KSSM namun corak
pertanyaan soalannya yang berbeza menimbulkan masalah kepada pelajar untuk menjawab soalan
yang dikemukakan dalam bahagian ini. Kekangan ini telah mendorong guru-guru untuk memikirkan

jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar mereka. Kajian ini bermula apabila
pengkaji berniat ingin menyelesaikan masalah pelajar semasa PdPR berjalan.

Pemilihan modul sebagai jalan penyelesaian masalah menjawab soalan KBAT novel kerana
penggunaan modul dalam Pendidikan bukan lagi satu kaedah pengajaran yang baharu di Malaysia.
Pendidikan di Malaysia sudah memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan modul (Ali, Abdullah, & Ab. Rahman, 2019). Bidang pendidikan di
Malaysia telah lama memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul
kerana ia meraih pelbagai kebaikan yang dibuktikan daripada kajian Ali dan Mahamod (2016).

Pengembangan pengetahuan dalam bentuk pedagogi baharu yang dihasilkan dalam bentuk
modul dapat membantu para guru dalam pengajaran yang lebih efisien (Ali & Mahamod,
2016). Tujuan penghasilan modul adalah agar siswa lebih mudah memahami materi-materi pelajaran
yang diajarkan guru. Setiap modul menyajikan sebuah konteks memahami dan menerapkan suatu konsep
tertentu (Zulhaini, 2016). Modul merupakan satu panduan yang penting bagi pelajar-pelajar di
sekolah terutamanya pada musim PdPR ini. Modul yang dikembangkan mempunyai dua fungsi yaitu
sebagai alat bantu belajar mandiri siswa di rumah dan dapat digunakan guru sebagai alat bantu atau
tambahan untuk mengajar di kelas. Hal ini sesuai dengan tujuan modul yaitu memungkinkan peserta didik
belajar mandiri sesuai kemampuan dan minatnya (Depdiknas, 2008). Dengan informasi ICT yang
berkembang pada setiap detik, lantaran itu, konsep pembelajaran berasaskan modul melalui integrasi
ICT amat bertepatan dengan ciri-ciri tersebut.

Modul yang direka telah disediakan dalam bentuk interatif hasil daripada pendapat Jamaludin
Badusah & Hashimah Haji Hashim (2005). Dalam kajian mereka mendapati pada keseluruhan
minat pelajar terhadap penggunaan Internet dalam penulisan didapati sangat baik. Min
keseluruhan adalah tinggi (min= 3.92) dengan sisihan piawai 0.77. Pembelajaran berbantukan
Internet adalah sesuatu pembelajaran yang menarik menunjukkan nilai min tertinggi (min=
4.28). Kini pelajar lebih berminat kepada teknologi komputer juga menunjukkan nilai min yang
tinggi (min= 4.23). Pelajar juga berminat menggunakan Internet kerana persediaan untuk belajar
tidak menjemukan dan menyusahkan (min = 3.97). Dapatan kajian ini, pada keseluruhannya
menunjukkan persepsi pelajar terhadap Internet dalam penulisan karangan adalah positif. Responden
didapati mempunyai sikap, motivasi, efikasi kendiri dan minat yang tinggi terhadap penggunaan
Internet dalam penulisan karangan. Walaupun kajian ini berfokuskan penulisan karangan namun
tetap dalam lingkungan bidang bahasa yang melibatkan kategori pelajar yang mempelajari bahasa.
Fakta ini menyakinkan pengkaji bahawa kaedah pengajaran yang sama juga dapat membawa

pengajaran yang berkesan kepada pelajar kerana diberi penekanan bukan dihadkan kepada penulisan
karangan tetapi semua yang ada dalam lingkungan bahasa.

Faktor e-pembelajaran turut dipertimbangkan sebagai elemen utama semasa penggubalan
modul dilakukan. Menurut Beverly (2000), perubahan daripada menggunakan kaedah konvensional
kepada kaedah pengajaran pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) memerlukan komitmen yang
tinggi atau cabaran yang besar. Kaedah pembelajaran dalam bentuk elektronik yang interaktif penting
untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk mengikuti subjek bahasa Melayu. Hal tersebut juga sesuai
dengan hasil penelitian Abdullah, iaitu bahan cetak dalam bentuk modul dapat dibangunkan dalam
bentuk interaktif yang berasaskan pelantar digital. (Abdullah, Herpratiwi, & Tarkono, 2013).
Penelitian yang dilakukan oleh Tri Wahyuni dkk, menyimpulkan bahwa modul multimedia interaktif
berbasis e-learning ini telah dikategorikan baik dan dapat digunakan pada kegiatan pembelajaran.
Modul tersebut dapat berbentuk cetak saja, namun video dan animasi penunjang pada bahan ajar
dapat ditampilkan (Wahyuni, Wahyuni, & Yushardi, 2017). Kepelbagaian variasi persembahan
bahan bantu mengajar penting bagi mengaktifkan pembelajaran dalam bilik darjah mahupun
pembelajaran melalui alam maya sempena musim PdPR.

Konklusinya, pemilihan modul yang mempertimbangkan faktor penggunaan internet dalam
kalangan pelajar di samping faktor e-pembelajaran mendorong pengkaji menghasilkan Modul
SaSoPSe yang merupakan sebuah modul berkonsepkan inovasi yang berteraskan interaktif.

Pengumpulan data awal
Pemerhatian bertindak sebagai instrumen pengumpulan data yang paling utama pada peringkat awal
kajian. Pengkaji menggunakan Google Meet sebagai pelantar utama sepanjang proses pelaksanaan
PdPR, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tahap penguasaan pelajar semasa PdPR
berlangsung melalui Google Meet. Selain pemerhatian dilakukan semasa menggunakan Google Meet,
pemerhatian turut dilakukan dengan menggunakan latihan melalui medium Google Classroom
semasa proses pembelajaran PdPR. Hasil pemeriksaan latihan pelajar menunjukkan bahawa pelajar
tidak dapat menguasai teknik menjawab soalan KBAT novel walaupun mereka dapat menguasai
jalan cerita novel dengan baik. Hal ini berpunca daripada masalah mereka yang tidak dapat mengolah
semula idea dalam minda mereka untuk menjawab soalan KBAT novel secara tepat.

Tindakan
Perkembangan teknologi ini khususnya internet memberi peluang dunia pendidikan untuk mengakses
berbagai informasi baik berbentuk teks, gambar, simulasi, maupun suara (Sujanem, Suwindra, & Tika,

2012). Pengintegrasian ICT dalam dunia pendidikan, khususnya berkaitan dengan kemasan pembelajaran
berbasis web membawa revolusi baru dan memberi peluang pencapaian pemahaman dan hasil belajar
yang lebih tinggi (Sujanem, Suwindra, & Tika, 2012) Pengintegrasian teknologi informasi dan
komunikasi dalam dunia pendidikan, khususnya berkaitan dengan kemasan pembelajaran berbasis
web membawa revolusi baru dan memberi peluang pencapaian pemahaman dan hasil belajar yang
lebih tinggi (Sujanem, Suwindra, & Tika, 2012). Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa pelajar dapat
mencapai tahap kebekersanan yang tinggi dengan kaedah pembelajaran berasaskan laman web
kerana mereka dapat mengakses secara mudah lantaran daripada perkembangan teknologi dalam
Pendidikan. Sutherland (2002) dalam kajiannya, mendapati pelajar yang menggunakan teknologi
atas talian dapat membuat pembacaan mengikut kesesuaian dan gaya pembelajaran mereka. Pelajar-
pelajar merupakan generasi yang dilahirkan pada zaman yang penuh dengan gajet-gajet elektronik
dan dikelilingi dengan perubahan yang drastik dari aspek perkembangan dan pembangunan teknologi.

Musim PdPR membawa cabaran kepada pendidik, terutamanya dalam proses PdPR. Guru-
guru harus bertindak secara aktif untuk memikirkan jalan bagi mengatasi masalah pelajar seperti
mempelbagaikan cara menarik minat pelajar untuk belajar di samping memastikan PdPR yang
dijalankan adalah berkesan. Bahan-bahan PdPR perlu disediakan dalam bentuk yang interaktif agar
memudahkan pelajar memahami di samping menunjuk minat mereka untuk belajar. Daripada
dapatan pengumpulan data awal, guru telah mengambil inisiatif untuk mencipta modul novel dengan
berkonsepkan inovasi SaSoPSe untuk tujuan membantu pelajar-pelajar bagi mengatasi masalah ini.
Modul interaktif SaSoPSe khas digubal oleh pengkaji dengan motif untuk memenuhi keperluan
pelajar menguasai teknik menjawab soalan KBAT di samping menikmati proses pembelajaran yang
menyeronokkan tidak kira proses pembelajaran berlaku di dalam kelas atau di luar kelas.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Modul SaSoPSe yang berbentuk interaktif untuk
membantu pelajar menyelesaikan masalah teknik menjawab novel, terutamanya dalam tempoh masa
pelaksanaan PdPR di samping menikmati keseronakan pembelajaran dalam bentuk interaktif.
Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Menguji penggunaan Modul SaSoPSe dalam meningkat kemahiran pelajar mengesan
kehendak soalan novel ketika musim PdPR.

2. Menilai penggunaan Modul SasoPSe dalam meningkatkan aktiviti kemahiran pelajar
mengolah semula jawapan KBAT novel ketika musim PdPR.

Persoalan kajian ini seperti yang berikut:
1. Apakah Modul SaSoPSe dalam meningkat kemahiran pelajar mengesan kehendak soalan
novel ketika musim PdPR?
2. Apakah Modul SasoPSe dalam meningkatkan aktiviti kemahiran pelajar mengolah semula
jawapan KBAT novel ketika musim PdPR?

PESERTA KAJIAN

SMJK Nan Hwa merupakan sebuah sekolah yang menjalani 2 sesi persekolahan, iaitu sesi
persekolahan pagi dan sesi persekolahan petang. Setiap tingkatan di SMJK Nan Hwa terdiri daripada
12 kelas. Sampel kajian yang dipilih merupakan kumpulan pelajar kelas yang pertama, iaitu kelas
4S1. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar dari kelas 4S1 yang telah terpilih sebagai sampel
kajian dalam kajian ini. Pencapaian mereka adalah antara yang paling cemerlang dalam kalangan
pelajar Tingkatan 4 di SMJK Nan Hwa.

PERLAKSANAAN KAJIAN

Langkah-langkah Tindakan

Langkah-langkah tindakan untuk bahagian pelaksanaan kajian dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu
reka bentuk kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data. Bahagian yang pertama, iaitu reka
bentuk kajian merangkumi reka bentuk kajian, iaitu Model Kemmis dan McTaggart (1988) dan
konsep inovasi yang diketengahkan dalam modul kajian ini, iaitu Modul SaSoPSe. Bahagian kedua
merujuk kepada prosedur pengumpulan data. Dalam bahagian ini, pengkaji menerangkan langkah-
langkah pelaksanaan dan kaedah pengumpulan data. Dalam proses menerangkan pelaksanaan dan
kaedah pengumpulan data, pengkaji turut menerangkan instrumen-instrumen seperti permerhatian,
analisis dokumen, latihan Google Classroom, ujian dan soal selidik yang digunakan untuk
mengumpul data kajian. Bahagian yang ketiga pula diterangkan serba ringkas mengenai kaedah
analisis data yang digunakan untuk menganalisis data bagi kajian ini.

Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berpandukan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang menjelaskan, bagi
sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama
seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin (1946). Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat

tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan
bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Rajah 2: Konsep JMJ+SaSoPSe

Rajah 2 menunjukkan carta alir berperingkat untuk menjawab soalan novel, pada kertas 2 SPM
sebenar, soalan 8, bahagian ii. Carta aliran berperingkat ini berasaskan konsepnya akronim
JMJ+SaSoPSe. JMJ mewakili judul novel Jendela Menghadap Jalan, SaSo melambangkan salin
kehendak soalan, P merupakan peristiwa manakala Se ialah terangkan sebab bagi kehendak soalan.

Apabila digabungkannya maka pelajar dapat menghasilkan jawapan novel KBAT yang lengkap,
tidak wujudnya masalah seperti terpesong isi dalam jawapan mereka. Carta alir berperingkat
merupakan inti pati dalam modul SaSoPSe. Inovasi yang diketengahkan ini merupakan inovasi
baharu gubalan pengkaji dengan berasaskan keperluan pelajar. Dalam modul ini, konsep yang
inovasi ini didedahkan kepada pelajar dan latihan-latihan yang disertakan jawapan disediakan untuk
pelajar agar mereka mempunyai bahan rujukan.

Prosedur pengumpulan data
Untuk bahagian instrumen pengumpulan data, instrumen yang digunakan telah disenaraikan seperti
di bawah ini. Kesemua intrumen yang dipilih telah disusun mengikut carta alir pelaksanaan kerja
kajian ini. Oleh itu, kesemua instrumen yang telah diselitkan dalam setiap tahap pelaksanaan kajian
yang berbentuk rentetan proses sebenarnya telah menjurus ke arah mencapai kedua-dua objektif dan
persoalan kajian.

Pelakasanaan dan pemantauan kajian ini dibahagikan kepada 4 tahap: Rujuk Rajah 3 seperti yang
ditunjukkan di bawah:

Rajah 3: Proses pelaksanaan Kajian

Jadual 1: Langkah-langkah pelaksanaan dan Kaedah Pengumpulan Data

Tahap Pelaksanaan Kaedah Pengumpulan Data
Tahap 1: Guru menjalani proses pembelajaran secara Catatan pemerhatian tahap penguasaan
(Mac, April 2021) biasa pelajar

Tahap 2: Latihan Google Classroom Analisis dokumen latihan Google Classroom
(Mei 2021) diberikan pada bulan Mei 2021 dilaksanakan
Catatan pemerhatian tahap penguasaan
pelajar

Tahap 3: - -
(Mei, Jun 2021)

Pelaksanaan: Pendedahan Modul Novel KBAT KSSM
(Mei 2021)

Pelaksanaan: Pelaksanaan Ujian 1 dan 2 Analisis markah ujian 1 dan 2 dilakukan
(Jun 2021) Catatan pemerhatian tahap penguasaan
Pengkaji merumuskan proses pembelajaran pelajar
Tahap 4: dari tahap 1 hingga tahap 4.
(Jun 2021)

Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan pada tahap 1, 2 dan 3. Pendek kata, pemerhatian bertindak sebagai intrumen
pengumpulan data sepanjang proses pemantauan dalam kajian ini. Pemerhatian tahap 1 dijalani pada
bulan Mac dan April 2021, tahap 2 dijalani pada bulan Mei 2021 dan tahap 3 pada bulan Mei dan
Jun 2021. Permerhatian bertindak untuk mendapatkan perubahan dalam proses kajian dan
dapatannya digunakan untuk merancang tindakan yang seterusnya. Dapatan pemerhatian dicatat
secara kasar untuk tindakan seterusnya.

Pemerhatian bertindak sebagai instrumen pengumpulan data yang paling utama pada tahap 1.
Tempoh pelaksanan kajian pada tahap 1 merujuk kepada bulan Mac dan April pada tahun 2021.
Semasa kelas PdPC, guru sempat memberi penerangan menjawab novel secara verbal kepada pelajar,
panduan diberikan untuk menjawab soalan novel.

Proses PdPC diteruskan dengan proses pembelajaran PdPR disebabkan arahan daripada KPM.
Sepanjang proses pelaksanaan PdPR, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tahap
penguasaan pelajar. Didapati bahawa walaupun mereka faham jalan cerita sinopsis namun mereka
tidak dapat mengolah semula idea yang terdapat dalam kotak pemikiran mereka untuk menjawab
soalan KBAT novel. Namun, semasa kelas dalam talian yang menggunakan pelantar Google Meet,
guru memberi latihan kepada pelajar melalui Google Classroom, didapati bahawa pelajar tidak dapat
menguasai teknik menjawab soalan KBAT novel. Daripada dapatan pemerhatian ini, guru telah

mengambil langkah untuk mencipta modul novel dengan berkonsepkan inovasi SaSoPSe yang
bertujuan membantu pelajar-pelajar bagi mengatasi masalah ini.

Analisis dokumen
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu
dan masalah yang dikaji. Dokumen ialah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat
yang diperlukan telah sedia ada. Oleh itu, analisis dokumen dipilih sebagai salah satu cara untuk
pengumpulan data. Contoh dokumen yang telah digunakan adalah seperti kertas ujian, tugasan atau
latihan murid dalam talian dengan penggunaan pelantar Google Classroom.

Latihan Google Classroom
Tempoh pelaksanaan tahap kedua ini pula ialah bulan Mei 2021. Pada awal bulan Mei 2021, sebagai
langkah pelaksanaan, pengkaji telah mengedarkan latihan soalan KBAT novel melalui Classwork di
Google Classroom. Setelah pelaksanaan dilakukan, proses pemantauan disusuli. Penyemakan latihan
Google Classroom dilaksanakan oleh pengkaji, permerhatian dilakukan sekali untuk memastikan
penguasaan pelajar. Namun, pemerhatian kali ini bukan berasaskan kepada tingkah laku pelajar tetapi
berasaskan markah latihan yang telah disemak.

Latihan Google Classroom merupakan rujukan utama untuk memantau perkembangan
penguasaan pelajar semasa menjawab soalan novel KBAT. Daripada latihan secara berperingkat ini,
kelemahan pelajar dapat dikesan dan penambahbaikan dapat dibuat dari semasa ke semasa.
Kelemahan dan perubahan tahap penguasaan kemahiran menjawab soalan novel KBAT dikesan
melalui sistem gred yang automatik daripada Google Classroom. Sistem pengredan ini juga telah
digunakan oleh pengkaji untuk mendapat data latihan, ujian 1 dan ujian 2 untuk bahagian analisis
data.

Ujian
Google Classroom telah dipilih sebagai medium untuk menjalani ujian bagi penguasaan novel pelajar
terhadap soalan novel. Ujian 1 dan 2 dijalankan kerana ujian merupakan satu indikator yang baik
tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar
kepada pelajar. Keberkesanan modul dapat diuji dengan baik dengan latihan dan ujian . Kertas ujian
20 orang pelajar telah dilampirkan di bahagian lampiran. Analisis ujian jelas ditunjukkan pada bab
penganalisisan data.

Tempoh pelaksanaan tahap ketiga merujuk kepada bulan Mei dan Jun 2021. Pelaksanaan
telah dilakukan pada awal bulan Mei, iaitu pendedahan modul Novel KBAT KSSM. Pendedahan
telah dilakukan oleh pengkaji dengan pelajar semasa PdPR. Setelah lebih kurang satu bulan tempoh
pelaksanaannya, langkah pelaksanaan yang seterusnya pula dilakukan, iaitu pelaksanaan ujian 1.
Pelaksanaan ujian telah dilakukan dengan menggunakan pelantar Google Classroom dan Google
Meet. Penyemakan ujian 1 telah dilakukan, markah penskoran dicatat dalam sistem Google
Classroom. Memandangkan masih ada pelajar yang mencapai skor markah yang kurang memuaskan
maka gelungan yang sama telah dilakukan untuk ujian yang kedua. Pemerhatian yang lebih jelas
dapat dilakukan setelah 2 kali ujian dijalani.

Soal selidik
Pada bulan Jun 2021, tahap yang keempat pula telah dilaksanakan. Pada tahap ini, pengkaji cuba
merumuskan segala dapatan yang diperoleh melalui tingkah laku pelajar dan juga markah ujian yang
telah dicapai.

Soal selidik dipilih sebagai salah satu kaedah pengumpulan data memandangkan ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi saya untuk mendapatkan respon daripada pelajar. Soal
selidik tertutup dipilih kerana tidak melibatkan pengumpulan data yang rumit di samping data dapat
dikumpul secara drastik pada musim PdPR ini. Berikut merupakan analisis respon daripada 20 orang
pelajar. Borang respon diselitkan dalam bahagian analisis data. Dapatan data terdapat di bahagian
dapatan kajian.

Kesimpulannya, daripada hasil dapatan berasaskan semua instrumen pengumpulan data yang
telah dipilih, iaitu, pemerhatian, analisis dokumen (latihan Google Classroom dan ujian) dan soal
selidik, dapatan menunjukkan bahawa objektif dan persoalan kajian telah dicapai setelah kesemua
proses ini telah dilakukan.

Analisis Data
Instrumen pengumpulan data merupakan instrumen yang mudah, iaitu dalam bentuk Microsoft Excel
dan Borang Google. Kedua-kedua aplikasi ini dipilih kerana tidak melibatkan banyak sampel kajian,
iaitu sebanyak 20 orang pelajar sahaja yang terlibat dalam kajian ini. Daripada Excel, jadual kiraan
dan graf dijana melalui aplikasi ini. Dapatan analisis autamatik daripada Borang Google dalam
bentuk graf yang telah dilengkapi dengan data dipertimbangkan sebagai instrumen pengumpulan data
untuk kajian ini.

Untuk perolah data dari segi kuantitatif, kaedah yang digunakan untuk menganalisis data
adalah dengan menggunakan jadual dan graf Excel. pengkaji telah memilih Excel untuk
menyediakan data dalam bentuk jadual dan graf. Manakala untuk bahagian analisis data dari aspek
kuanlitatif, borang Google telah disediakan untuk mendapatkan refleksi pelajar setelah didedahkan
dengan penggunaan modul SaSoPSe. Data daripada borang Google telah dianalisis dalam bentuk
graf perbandingan agar dapatan sebelum dan selepas kelihatan lebih jelas. Catatan pemerhatian juga
bertindak sebagai salah satu mekanisme kualitatif untuk menganalisis dapatan perubahan rangsangan
pelajar.

DAPATAN

Dapatan data yang disediakan dalam bentuk analisis jadual dan graf telah berjaya menjawab
persoalan kajian dan objektif kajian yang telah ditetapkan pada peringkat awal kajian. Dapatan kajian
ini telah dianalisis dalam 2 bentuk, iaitu perubahan skor markah soalan KBAT novel dan tahap
keberkesanan Modul dari sudut pandangan pelajar. Bentuk analisis dapatan kajian pertama yang
menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dan bentuk analisis kajian yang kedua yang
menunjukkan respon hasil penggunaan modul ini telah menjawab kedua-dua objektif kajian, menguji
penggunaan Modul SaSoPSe dalam meningkat kemahiran pelajar mengesan kehendak soalan novel
ketika musim PdPR dan penggunaan Modul SasoPSe dalam meningkatkan aktiviti kemahiran pelajar
mengolah semula jawapan KBAT novel ketika musim PdPR. Pada masa yang sama juga, persoalan
kajian dan objektif kajian iaitu persoalan yang pertama, apakah Modul SaSoPSe dalam meningkat
kemahiran pelajar mengesan kehendak soalan novel ketika musim PdPR? dan persoalan kajian yang
kedua, iaitu apakah Modul SaSoPSe dalam meningkatkan aktiviti kemahiran pelajar mengolah
semula jawapan KBAT novel ketika musim PdPR? turut terjawab.

Tahap keberkesanan Modul Berasaskan Dapatan Markah Ujian
Perubahan Skor Markah Soalan KBAT Novel

Jadual 2: Perbandingan Skor Latihan GC, Ujian 1 dan Ujian 2

NO NAMA SKOR SKOR SKOR SKOR SKOR BANDING BANDING PURATA
PELAJAR LAT UJIAN UJIAN MIN MAK BEZA BEZA SKOR
GC SKOR SKOR
1 Pelajar A 4 1 2 4 6 +2 +33.3 5.3
2 Pelajar B 4 6 6 +33.3 5.3
3 Pelajar C 0 6 +100.0 4.0
4 Pelajar D 4 6 64 6 +2 +33.3 5.3
5 Pelajar E 4 6 +33.3 5.0
6 Pelajar F 4 5 60 6 +6 +33.3 5.3
7 Pelajar G 0 6 +100.0 3.7
8 Pelajar H 4 6 64 6 +2 +33.3 5.3
9 Pelajar I 4 6 +33.3 5.3
10 Pelajar J 4 6 64 6 +2 +33.3 5.3
11 Pelajar K 3 6 +50.0 4.7
12 Pelajar L 0 5 64 6 +2 +100.0 3.7
13 Pelajar M 2 6 +66.6 4.7
14 Pelajar N 0 6 50 6 +6 +100.0 3.7
15 Pelajar O 2 5 +66.6 4.3
16 Pelajar P 4 6 64 6 +2 +33.3 5.3
17 Pelajar Q 0 6 +100.0 3.7
18 Pelajar R 4 5 64 6 +2 +33.3 5.3
19 Pelajar S 2 6 +66.6 4.7
20 Pelajar T 2 6 64 6 +2 +66.6 4.7
6
63 6 +3

50 6 +6

62 6 +4

60 6 +6

52 6 +4

64 6 +2

60 6 +6

64 6 +2

62 6 +4

62 6 +4

*** Catatan: markah penuh=6 markah untuk soalan KBAT novel

Graf 1: Perbandingan Skor Latihan GC, Ujian 1 dan Ujian 2

Perbandingan Skor Latihan GC, Ujian 1 Dan Ujian 2

7
6
5
4
3
2
1
0

SKOR LATIHAN GC SKOR UJIAN 1 SKOR UJIAN 2

Data analisis keputusan seperti Jadual 1 dan graf 1 diperoleh daripada bahagian penggredan Google
Classroom. Berdasarkan analisis keputusan seperti jadual 1 dan graf 1, data menunjukkan bahawa
penggunaan Modul Novel KSSM dan produknya telah membawa keputusan yang menggalakkan.
Lingkungan markah minimum dan markah maksimum masing-masing ialah 0 markah dan 6 markah.
Peningkatan markah minimum sebanyak 2 markah (33.33%) manakala peningkatan markah
maksimum sebanyak 6 markah (100%). Purata markah dalam lingkungan 3.67 hingga 5.33 markah.
Semasa latihan novel diberikan kepada pelajar tanpa penggunaan modul, sebanyak 10 orang pelajar
skor 4/6 markah, seorang pelajar skor 3/6 markah, 4 orang pelajar skor 2 markah dan 5 orang pelajar
skor 0/6 markah. Dalam Ujian 1, peningkatan telah ditunjukkan, sebanyak 16 orang mendapat
markah penuh, 6/6 markah dan 4 orang pelajar dapat 5/6 markah. Manakala dalam ujian yang kedua,
sebanyak 17 orang dapat markah penuh dan 3 orang pelajar mendapat 5/6 markah. Keberkesanannya
jelas dipaparkan dengan penggunaan Modul Novel KSSM dan produknya.

Tahap keberkesanan Modul dari sudut pandangan pelajar
Analisis Borang Google dalam bentuk jadual:

Jadual 3: Analisis Perbandingan Jawapan Pelajar bagi Soal Selidik yang telah Diedarkan

Soalan 1 Soalan 2

Skala Bilangan Peratus Bilangan Peratus
1=Sangat Tidak Setuju
2=Tidak Bersetuju 0 0.0 0 0.0
3=Neutral
4=Bersetuju 0 0.0 0 0.0
5=Sangat Bersetuju
JUMLAH 2 10.0 2 10.0

4 20.0 6 30.0

14 70.0 12 60.0

20 100.0 20 100.0

Analisis Borang Google dalam bentuk Graf

Graf 2: Analisis Perbandingan Jawapan Pelajar bagi Soal Selidik yang telah Diedarkan

Analisis Perbandingan Jawapan Pelajar bagi Soal Selidik yang telah Diedarkan

120

100

80

60

40

20

0 3=Neutral 4=Bersetuju 5=Sangat Bersetuju JUMLAH
1=Sangat Tidak 2=Tidak Bersetuju Soalan 2 Bilangan Soalan 2 Peratus
Setuju

Soalan 1 Bilangan Soalan 1 Peratus

Catatan: Skala Likert dijadikan garis panduan
Skala Likert adalah sejenis skala psikometrik yang kerap digunakan dalam soal selidik psikologi
yang dibangunkan oleh ahli psikologi organisasi Rensis Likert. Skala Liker membantu penilaian
tahap mereka bersetuju dengan kenyataan.

Format skala Likert: 1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Bersetuju, 3=Neutral, 4=Bersetuju Dan
5=Sangat Bersetuju

Daripada dapatan soal selidik, modul ini mesra penggunaanya dan mereka akan mengesyorkannya
kepada rakan-rakan kelas lain yang lemah. Perkongsian ilmu dengan rakan-rakan lain merupakan
budaya yang telah dipupuk di SMJK Nan Hwa selama ini. Sebanyak 90% ke atas pelajar bersetuju
dan sangat setuju dengan keberkesanan penggunaan modul ini, respon daripada pelajar jelas
menunjukkan bahawa Modul SaSoPSe memang membantu mereka menjawab soalan KBAT novel.
10 peratus pelajar yang memberi respon neutral kerana mereka tersalah faham dengan konsep neutral,
sebenarnya mereka berpendapat bahawa penggunaan modul ini memang membantu mereka untuk
menjawab soalan KBAT novel.

REFLEKSI
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunan modul KSSM Novel berkesan bagi menyelesaikan
masalah pelajar yang tidak dapat menguasai teknik menjawab soalan KBAT novel dengan teknik
yang tepat. Pelajar tidak lagi gentar dengan soalan KBAT novel yang tidak diberi pendedahan kepada
mereka sebelum ini. Hai ini disebabkan mereka dapat mengenal pasti kehendak soalan novel dan
mengolah semula maklumat yang berlegar dalam minda mereka untuk dijadikan sebagai jawapan
yang berasaskan teknik menjawab yang dikehendaki dalam SPM yang sebenar. Setiap penyakit pasti
ada ubatnya. Dengan cara ini, guru-guru dapat merenung refleksi yang telah dibuat untuk merancang
dan bertindak bagi menyelesaikan masalah. Setiap penambahbaikan melalui kajian tindakan bukan
sahaja menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran malah satu penggerak bagi
menggerakkan dunia pendidikan kita melangkah ke arah berkembang dan maju. Perkongsian ilmu
yang berkembang satu dorongan dan rangsangan bagi bidang Pendidikan Malaysia ke arah mantap
dan diiktiraf.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 2 orang pelajar daripada 20 orang pelajar yang terpilih
untuk kajian ini memberi respon neutral terhadap keberkesanan penggunaan modul ini. Oleh itu,
tindakan susulan telah diambil. Pengkaji telah cuba mendapatkan mereka berdua untuk mengesan
masalah sebenarnya yang dihadapi oleh mereka. Didapati bahawa timbulnya salah faham mereka
terhadap konsep neutral dalam borang soal selidik, sebenarnya, mereka telah menguasai kemahiran
menjawab soalan novel seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikumpul dari ujian dalam Google
Classroom. Oleh itu, gelungan kajian yang seterusnya tidak diperlukan. Untuk penambahbaikan pada
masa akan datang, pengkaji akan memberi penerangan mengenai komponen-komponen dalam
borang selidik sebelum soal selidik dilakukan.

RUJUKAN

Ali, A., & Mahamod, Z. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain
bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 6(1), 16-29.

Beverly, A. (2000). Instructional and Conitive Impacts of Web Based Educational. London: Idea
Group Publishing.

Abas, Z. W. (2009). E-Learning in Malaysia: Moving Forward in Open Distance
Learning.International Journal on ELearning,8(2009), 527-538.
http://editlib.org/d/32264/paper_32264.pdf#page=97

Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Universiti Pendidikan
Sultan Idris: Syarikat Milharja Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng. (2003). Panduan Kajian Tindakan, Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

Depdiknas. (2008). Penulisan Modul. Jakarta: Direktorat Jenderal Peningkatan Mutu Pendidik &
Tenaga Kependidikan Departemen dan Pendidikan Nasional.

Jamaludin Badusah & Hashimah Haji Hashim (2005). Persepsi Pelajar Sekolah Menengah
Terhadap Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Etika Menjalankan Kajian Tindakan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Norshidah Nordin. (2010). Pemerhatian dan Temu Bual. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: MC Graw Hill.

Rosenberg, M.J.(2001). E-Learning Strategies For Delivering Knowledge In The Digital
Age,Unied States Of America. Mc Graw-Hill.

Somekh, B. (1989). Nowhere school: a fairy story in the management of change.

Sujanem, R., Suwindra, I., & Tika, I. (2012). Pengembangan Modul Fisika Kontekstual Interaktif
Berbasis Web Untuk Siswa Kelas I SMA. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran, 97-104.

Sutherland-Smith, W. (2002).Weaving the literacy web : Change in reading from page to
scree, Reading Teacher, April 1, Vol 55, Issue 7.

Ting Len Siong et al. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan. Freemind Horizons.

Wahyuni, T., Wahyuni, S., & Yushardi. (2017). Pengembangan Modul Multimedia Interaktif
Berbasis E-Learning Pada Pokok Bahasan Besaran Dan Satuan Di SMA. Jurnal Pembelajaran
Fisika, Vol 6 No. 4, 404-410.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya, KL:KPM

BAHAN-BAHAN LAIN:

DSKP KSSM Bahasa Melayu 2020.

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

LAMPIRAN 1

LATIHAN
Link Google Classroom:
https://classroom.google.com/u/0/c/MjgzNTI3NjE3ODQw/a/MzQ3ODEyNTA1NjYx/submissions/
by-status/and-sort-name/all


Click to View FlipBook Version