LAMPIRAN 2
KERTAS UJIAN
Link Google Classroom: Ujian 1:
https://classroom.google.com/u/0/c/MjgzNTI3NjE3ODQw/a/MzY0Mjc2MDE4MTEx/submissions
/by-status/and-sort-last-name/all
Link Google Classroom: Ujian 2:
https://classroom.google.com/u/0/c/MjgzNTI3NjE3ODQw/a/MzY1NTA3NzE4NjQ0/submissions/
by-status/and-sort-last-name/list
LAMPIRAN 3
MODUL NOVEL SaSoPSe
Link Digital Anyflip:
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_content=D
AEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton
Link PDF dalam Google Drive:
https://drive.google.com/file/d/1IA_Y3ER0z7Beohp2bidxCMY9DVgjUk48/view?usp=sharing
Sebar Luas
Penyebaran luas modul dikumpulkan dalam bentuk googe sites yang merangkumi link Youtube:
Video Penggunaan Konsep JMJ+SaSoSe, link Virtual Classroom dan link Google Classroom yang
merangkumi latihan soal jawab (berasaskan buku teks) yang lengkap, video lengkap novel 4 zon,
gambar rajah & Tik Tok Konsep JMJ+SaSoSe dan himpunan soalan kbat novel serta link modul
bentuk digital, link Dashboard PPD Manjung, link dashboard Cikgootube.
Google Sites:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kssm-t4-t5/inovasi-kssm-novel
Virtual Classroom:
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_content=D
AEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton
Google Classroom:
https://classroom.google.com/c/MzExMTI1MjYxNDEw?cjc=jw22qx6
Kod GC: jw22qx6
Link Dashboard PPD Manjung: https://bit.ly/bahanpdpcppdmanjung
Link Dashboard Cikgootube: https://cikgootube.net/wp/bankbahanpdpc/
Produk Sokongan Modul Inovasi
Power Point - Peta Minda (bentuk digital): Konsep Inovasi
https://docs.google.com/presentation/d/1rERuYqrNP2fYeS6ltfKSTlucjiaoEuPo5-
KaPL1W8dE/edit?usp=sharing
Anyflip - Modul Novel KBAT KSSM (bentuk digital)
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_content=D
AEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton
Youtube - Video Penggunaan Modul Novel KBAT KSSM
https://www.youtube.com/channel/UCLCMTvGK5kKaEiPvd5jkIBg
Tik Tok - Video Novel KBAT KSSM
https://www.tiktok.com/@healingting/video/6969789772780915970?lang=en&is_copy_url=0&is_
from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6926789104013968897
Virtual Classroom - latihan soal jawab (berasaskan buku teks) yang lengkap, video lengkap novel 4
zon, gambar rajah & Tik Tok Konsep JMJ+SaSoSe dan himpunan soalan kbat novel serta link modul
bentuk digital
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_content=D
AEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton
ABSTRAK
Karangan A menyumbangkan sebanyak 30 markah kepada calon KSSM yang bakal
menghadapi SPM 2021. Bagi pelajar lemah bahagian ini merupakan bahagian yang
sangat penting untuk meluluskan mereka dalam BM SPM. Memandangkan terdapat
perubahan pada corak soalan yang menyukarkan pelajar penguasaan BM yang lemah
untuk menjawab soalan karangan A maka inovasi telah dilakukan untuk mengatasi
kelemahan ini. Lebih-lebih lagi, kajian ini dijalankan dalam tempoh masa PdPR dan
PdPC, untuk kelas yang lemah penguasaan mereka, tiada kekangan yang banyak
dialami semasa PdPC. Namun, untuk PdPR, kekangan seperti mereka tidak dapat
menghadiri kelas dalam talian atas alasan bekerja, tiada gajet untuk kelas banyak
mencabar guru untuk meneruskan PdPR dalam talian. Daripada cabaran ini maka
terbentuklah idea inovasi ini yang merangkumi idea pembelajaran kendiri agar pelajar
dapat mempelajari walaupun musim PKP. Di samping itu, kajian ini juga bermotifkan
menambah amalan baik saya dalam pengajaran untuk kelas peperiksaan. Modul
Karangan A KSSM merupakan produk inovasi yang utama. Sokongan modul kajian
ini ialah nota poket berbentuk rantai kunci yang berasaskan konsep pelajar dapat
mengulang kaji rangka karangan dan isi karangan di mana-mana jua kerana mereka
dapat menggantungkan nota poket rantai kunci pada beg sekolah atau bekas pensel
mereka. Data keberkesanan ini dikumpul secara 2 kali, iaitu akhir bulan Oktober 2020
dan akhir bulan Mac 2021. Data yang dkumpul menunjukkan keberkesaan
penggunaan modul dan produk sokongan untuk modul ini.
ISI KANDUNGAN 1
1
PENDAHULUAN 1
Objektif Inovasi 1
Kumpulan Sasaran 1
Latar Belakang 1
Kedudukan Sebelum Inovasi Dilakukan
Masalah-Masalah Yang Dihadapi 2
2
METODOLOGI/ PROSES KAJIAN 3
Reka Bentuk dan Perincian Projek 4
Rawatan dan Prosedur Yang Dijalankan 5
Huraian Inovasi 6
Cara Inovasi Digunakan 6
Tarikh Mula dan Tarikh Siap Pelaksanan
Bahan dan Kos Bagi Menghasilkan Inovasi 6
9
MANUAL OPERASI 10
HASIL KAJIAN 10
PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN 11
SEBAR LUAS 12
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
PENDAHULUAN
Objektif Inovasi
Objektif umum:
Membantu pelajar yang sangat lemah penguasaan BM untuk mengarang karangan A.
Objektif khusus:
Menyelesaikan masalah soalan karangan A KSSM tidak dibekalkan kehendak soalan
Menyelesaikan masalah soalan karangan A KSSM tidak disediakan isi-isi karangan
yang jelas
Menyelesaikan masalah soalan Karangan A telah dipelbagaikan dalam bentuk bahan.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan 4K8 dan pelajar Tingkatan 5K8 SMJK Nan
Hwa pada tahun 2021. Pelajar dalam inovasi ini terdiri daripada seramai 8 orang
pelajar daripada kelas 5K8. Mereka merupakan kumpulan pelajar yang penguasaan
mereka lemah, antara 12 kelas di SMJK Nan Hwa, mereka merupakan kelas ke-12.
Penguasaan BM mereka sangat lemah, terdapat juga pelajar 2M dalam kedua-dua
kelas ini.
Latar Belakang
SMJK Nan Hwa sebuah sekolah yang terletak di Kampung Koh, Sitiawan Perak.
Terdapat 2 sesi persekolahan. Jumlah guru sesi pagi dan petang seramai 142 orang.
Bilangan guru kaum Melayu seramai 57 orang, guru kaum Cina seramai 66 orang dan
guru Kaum India seramai 19 orang. Enrolmen murid seramai 1825 orang pelajar bagi
kedua-dua sesi persekolahan. Kebitaraan sekolah dari segi fizikal merangkumi dewan
besar sekolah, dewan kuliah, dewan seberguna yang lengkap dengan fasilti canggih
yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Kebitaraan sekolah dari segi pencapaian
pelajar pula, kecemerlangan bukan sahaja dicapai dari segi akademik namun bidang
kokurikulum juga tidak ketinggalan juga. Matlamat sekolah ialah SMJK Nan Hwa
memastikan anak didik mendapat Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang dari segi
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah supaya mereka menjadi insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, wawasan
Pendidikan dan Hasrat wawasan 2020.
Kedudukan Sebelum Inovasi Dilakukan
Pelajar tidak dapat menjawab soalan karangan A, mereka hanya berjaya mendapat
markah Bahasa dengan menggunakan kaedah yang didedahkan sebelum ini.
kaitkan penguasaan murid yg lemah disebabkan isu covid dan pkp menyebabkan terciptanya inovasi
ini dan menggunakan medium internet utk mengajar dan menyebarkan teknik menulis karanganutk
masa menerangkan tentang bagaimana terhasilnya modul dan memanfaatkan teknologi digital yg cikgu
ting dah gunakan tu
murid mesti belajar sedangkan mereka tak menguasai penulisan. jadi cikgu ting memikirkan kaedah
yang interaktif mengajar menggunakan internet dan google
Masalah-Masalah Yang Dihadapi
Soalan karangan A KSSM tidak dibekalkan kehendak soalan
Soalan karangan A KSSM tidak disediakan isi-isi karangan yang jelas
Soalan Karangan A telah dipelbagaikan dalam bentuk bahan yang pelbagai.
METODOLOGI/ PROSES KAJIAN
Reka Bentuk dan Perincian Projek
Inovasi baharu yang belum pernah dipertandingkan bersesuaian dengan format
KSSM baharu. Diubah suai konsepnya daripada Modul Rose-healing (format KBSM).
Kajian ini berpandukan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang
menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka
boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan
akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial
reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan
bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
Bahan dan Alatan
1. Modul Karangan A
2. Nota Poket Rantai Kunci Dan Nota Papan Tanda
Nota Poket Rantai Kunci Nota Poket Rantai Kunci Nota Papan Tanda
Dan Nota Papan Tanda
Rawatan dan Prosedur yang Dijalankan
1. Proses Pelaksanaan Kajian
• persediaan untuk Ujian 1
• penekanan diberi kepada rangka karangan dan sebahagian isi
P1 karangan
• persediaan untuk ujian 2
P2 • pendedahan penggunaan modul secara menyeluruh dan berfokus
• persediaan untuk Ujian 3
P3 • peringkat palaksanaan modul yang matang
Pelakasanaan kajian ini dibahagikan kepada 3 peringkat: Peringkat 1: persediaan
untuk Ujian 1. Pada peringkat 1, penekanan diberi kepada rangka karangan dan
sebahagian isi karangan dengan menggunakan Latihan yang telah dirancang
berpandukan corak soalan yang berbeza kehendak soalannya. Pada peringkat 2:
persediaan untuk ujian 2. Setelah guru telah berjaya membina keyakinan pelajar
maka untuk peringkat 1, persediaan untuk ujian 2, cikgu akan menghabiskan
pendedahan penggunaan modul secara menyeluruh dan berfokus kepada pelajar
sebelum menghadapi ujian 2. Latihan terancang diberikan untuk melatih mereka.
Bagi peringkat 3, peringkat ini dianggap sebagai peringkat pengukuhan bagi
pelajar untuk memantapkan diri dengan penggunaan modul agar dapat menjawab
soalan karangan A dengan yakin dalam peperiksaan pertengahan tahun.
2. Proses Pemantauan
PERINGKAT 1
UJIAN 1 OKTOBER 2020
PERINGKAT 2
UJIAN 2 JANUARI 2021
PERINGKAT 3
PPT Mac 2021
Peringkat Pertama: Ujian 1 (bulan Oktober 2020)
Pendedahan menggunakan modul untuk rangka karangan dan isi-isi yang
tertentu sahaja.
Peringkat kedua: Ujian 2 (bulan Januari 2021)
Pendedahan menggunakan modul dari aspek rangka karangan dan isi
karangan secara menyeluruh.
Peringkat ketiga: (bulan Mac 2021)
Peperiksaan Pertengahan Tahun: Proses pemantapan penggunaan modul
Huraian Inovasi
Konsep Inovasi: Konsep Rangka Karangan+Isi: PIK+KIP
P=Pendahuluan
I=Isi
K=Kesimpulan
K=Kebaikan
I=Inisiatif
P=Punca
Cara Inovasi Digunakan
Rujuk link penggunaan: Saluran Youtube: Ting Hea Ling
https://www.youtube.com/watch?v=jL4sYD4BRrg
LANGKAH 1: MENGESAN KEHENDAK SOALAN
CARA MENULIS KEHENDAK SOALAN:
kebaikan-kebaikan dan langkah-langkah + tajuk dalam soalan
punca-punca dan langkah-langkah + tajuk dalam soalan
LANGKAH 2: MENGESAN ISI YANG SESUAI MELALUI ISI KARANGAN (KIP)
Kategori 1: kebaikan+inisiatif
1 ISI KEBAIKAN
2 ISI INISIATIF
Kategori 2: punca + inisiatif
1 ISI PUNCA
2 ISI INISIATIF
Kategori 3: Ciri-ciri dan sebagainya
3 CIRI-CIRI DAN SEBAGAINYA
LANGKAH 3: MASUKKAN KEHENDAK SOALAN DAN ISI YANG DIKESAN
DALAM RANGKA KARANGAN
Tarikh Mula dan Tarikh Siap Pelaksanan
Bermula dari Oktober 2020, sebaik sahaja Format Pentaksiran KSSM yang baharu
diumumkan. Pelaksaannya berakhir pada akhir bulan Mac 2021 sebelum
persekolahan bersemuka bermula.
Bahan dan Kos Menghasilkan Inovasi
Nota poket rantai kunci = RM 1.00 persatu
Nota papantanda = RM 1.00 persatu
BAHAN DARI KEDAI ECO 2 RINGGIT HASIL NOTA POKET RANTAI KUNCI
HASIL NOTA PAPAN TANDA HASILNYA …
MANUAL OPERASI
Soal selidik
Soal selidik dipilih sebagai salah satu kaedah pengumpulan data memandangkan ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi saya untuk mendapatkan respon daripada
pelajar. Soal selidik tertutup dipilih kerana pelajar yang lemah penguasaan dapat
memahami soalan dan menjawab dengan baik. Berikut merupakan analisis respon
daripada kelapan-lapan orang pelajar. Borang respon diselitkan dalam bahagian
lampiran.
Jadual 1: Analisis perbandingan jawapan pelajar bagi soal selidik yang telah
diedarkan.
No Nama pelajar S1 S2 S3 S4
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1 Goh Ti Hao
√ √ √ √
2 Hoong Soon √ √ √ √
Jie
√ √ √ √
3 Ian Ding Zhen
Feng √ √ √ √
√ √ √ √
4 Lee Bao Jie
√ √ √ √
5 Oscar Dang √ √ √ √
Wei Feng
√ √ √ √
6 Ho Wei Min
80 80 80 80
7 Jess Ling Xin
Yi
8 Tan Jia Xin
JUMLAH
Jadual 2: Analisis soal selidik
Ya Tidak
Bil % Bil %
S1 8 100 0 0
S2 8 100 0 0
S3 8 100 0 0
S4 8 100 0 0
Graf 1: Analisis Data Soal Selidik Pelajar Terhadap Penggunaan Modul Teknik
PIK+KIP
Bil Pelajar Analisis Data Soal Selidik Pelajar Terhadap 4.5
Penggunaan Modul Teknik PIK+KIP
10
5
0
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4
Bilangan soalan
Ya Bil Tidak Bil
Daripada dapatan soal selidik, kelapan-lapan orang pelajar bersetuju dengan konsep
bahawa mereka suka dan dapat menjawab soalan karangan A dengan menggunakan
modul karangan A (Teknik PIK+KIP). Bagi mereka, modul ini mesra penggunaanya
dan mereka akan mengesyorkannya kepada rakan-rakan kelas lain yang lemah.
Perkongsian ilmu dengna rakan-rakan lain merupakan budaya yang telah dipupuk si
SMJK Nan Hwa selama ini.
Temu bual
Sebelum kajian dimulakan, sesi temu bual secara tidak rasmi telah dilakukan antara
guru dengan pelajar. Sesi temu bual secara umum dibuat semasa kelas pembelajaran
dijalankan, info yang diperoleh dicatat oleh guru. Sesi temu bual secara individu pula
dilakukan semasa waktu ganti guru dengan kelas yang berkenaan. Catatan turut
dilakukan. Daripada catatan ini, guru cuba membuat penelitian hasil temu bual
sebagai refleksi sebelum kajian dimulakan. Catatan temu bual agak ringkas kerana
masalah pelajar secara keseluruhan telah dikesan dalam kajian sebelum ini, maka
temu bual untuk kajian ini berfokus kepada perubahan corak pertanyaan soalan
baharu KSSM. Dapatan temu bual: Pelajar kurang berkeyakinan untuk menjawab
soalan karangan A format baharu, mereka merasakan diri mereka tidak mampu
menyelesaikan masalah mengesan kehendak soalan dan isi karangan. Berbanding
dengan soalan sebelum ini, mereka dapat menjawab secara senang dengan
menggunakan rangka karangan sahaja dengan corak soalan KBSM.
Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur dipilih kerana senarai semak yang disediakan jelas
menunjukkan keperluan dan perubahan pelajar sepanjang proses kajian. Namun,
memandangkan pemerhatian berstruktur telah dijalankan pada kajian yang lepas dan
ini merupakan kajian lanjutan daripada kajian yang berkenaan maka pemerhatian latar
belakang terhadap pelajar kurang diberi penekanan dalam kajian ini. Pemerhatian
secara kasar sahaja dilakukan. Dapatan pemerhatian seperti yang berikut:
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:
Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan Karangan A format BM SPM.
Mereka menjawab dengan suara yang lantang.
Murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru
untuk menguji kefahaman dan ingatan murid.
Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.
Matlamat lulus BM SPM lebih jelas dalam minda mereka.
Ujian
Ujian 1 dan ujian 2 dijalankan kerana ujian merupakan satu indikator yang baik tentang
pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang
telah diajar kepada murid. Keberkesanan modul dapat diuji dengan baik dengan ujian
1 dan ujian 2. Kertas ujian 1 dan 2 kelapan-lapan orang pelajar telah dilampirkan di
bahagian lampiran. Analisis ujian jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data.
Analisis dokumen
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang
relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen ialah sumber yang paling
mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Oleh itu,
analisis dokumen dipilih sebagai salah satu cara untuk pengumpulan data. Contoh
dokumen yang telah digunakan adalah seperti sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pengajaran, rancangan mengajar harian, buku teks dan buku rujukan, kertas ujian,
tugasan atau buku latihan murid, jadual kedatangan murid. Dokumen-dokumen yang
disenaraikan hanya merupakan sokongna rujukan sepanjang proses kajian ini.
HASIL KAJIAN
BENTUK KEJAYAAN
Perubahan sikap belajar mereka
Pelajar 5K8 merupakan pelajar kelas paling hujung antara 12 kelas untuk tingkatan 5.
Mereka kurang berminat untuk belajar. Mereka hilang hala tuju untuk belajar sejak
mereka naik ke sekolah menengah kerana penguasaan BM yang lemah menjadi
kekangan bagi mereka untuk belajar. Sejak mereka didedahkan dengan modul ini,
mereka mula merasai keseronokan belajar kerana mereka mendapati bahawa diri
mereka dapat menjawab soalan bentuk SPM. Minat mereka untuk belajar terus
bertambah ekoran daripada penggunaannya. Antara kelapan-lapan pelajar ini,
mereka mengamalkan semangat saling membantu untuk memastikan rakan-rakan
sekelas tidak ketinggalan. Mereka menemui matlamat untuk lulus BM SPM. Susana
pembelajaran yang baik dapat dirasai, terutamanya semasa PdPR dari awal tahun
2021.
Perubahan skor markah ujian
Jadual 1: Pencapaian skor pelajar untuk ujian 1 dan ujian 2.
NO NAMA PELAJAR SKOR UJIAN 1 SKOR UJIAN 2 SKOR UJIAN 3
1 Goh Ti Hao
2 Ho Wei Min 5 11 13
3 Hoong Soon Jie 4 10 12
4 Ian Ding Zhen Feng 5 11 13
5 Jess Ling Xin Yi 4 11 12
6 Lee Bao Jie 4 10 12
7 Oscar Dang Wei Feng 4 10 12
8 Tan Jia Xin 5 11 13
5 11 12
Graf 1: Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
15
Markah 10
5
0
Goh Ti Hao Ho Wei Min Hoong Soon Ian Ding Jess Ling Xin Lee Bao Jie Oscar Dang Tan Jia Xin
Jie Zhen Feng Yi Wei Feng
12345678
Nama/ Bilangan Pelajar
SKOR UJIAN 1 SKOR UJIAN 2 SKOR UJIAN 3
Graf 2: Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
Markah Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
15 9
10
5
0
012345678
Nama/ Bilangan Pelajar
SKOR UJIAN 1 SKOR UJIAN 2 SKOR UJIAN 3
Berdasarkan analisis keputusan seperti Jadual 1 dan graf 1 dan graf 2, data
menunjukkan bahawa penggunaan Modul Karangan A dan produknya pada telah
membawa keputusan yang menggalakkan. Kelapan-lapan orang mendapat
keputusan lebih daripada 10 markah. Keberkesanannya jelas dipaparkan dengan
penggunaan Modul Karangan A dan produknya.
PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunan modul karangan A berkesan bagi
menyelesaikan masalah pelajar yang penguasaan mereka lemah dalam BM untuk
menjawab soalan yang telah diubah formatnya dalam format KSSM yang baharu.
Pelajar tidak lagi gentar dengan soalan format baharu yang tidak dinyatakan kehendak
soalan dan isi karangan secara langsung dalam soalan. Namun demikian, masalah
untuk format karangan A yang lain selain karangan A berbentuk bahan rangsangan
masih belum diselesaikan. Hal ini disebabkan format karangan A KSSM merangkumi
format karangan yang agak luas berbanding dengan karangan A sebelum ini yang
hanya mengemukakan soalan berbentuk bahan rangsangan. Oleh itu, kajian yang
seterusnya akan berfokus kepada 3 format karangan A yang lain agar pelajar dapat
menajwab sebarang soalan yang mungkin akan dikemukakan dalam BM SPM nanti.
SEBAR LUAS
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kssm-t4-t5/modul-karangan-a
Penyebaran luas modul dikumpulkan dalam bentuk googe sites yang merangkumi link
Youtube: Video Penggunaan Modul Karangan A, link google classroom, link
Dashboard PPD Manjung, link dashboard Cikgootube, link modul bentuk digital, link
dan link Virtual Classroom.
BIBLIOGRAFI
Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris: Syarikat Milharja Sdn. Bhd.
Ghaziah Mohd. Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman,
RohayaAbdul Wahab, Norshidah Nordin. (2010). Pemerhatian dan Temu Bual. Dalam
Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: MC Graw Hill.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Etika Menjalankan Kajian Tindakan. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Etika Menjalankan Kajian Tindakan. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Chow Fook Meng. (2003). Panduan Kajian Tindakan, Maktab Perguruan Perlis, Perlis.
Ting Len Siong et al. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan. Freemind
Horizons.
Somekh, B. (1989). Nowhere school: a fairy story in the management of change, in
A. Ghaye & J. Isaac (Eds) From Illumination to Improvement. Norwich: Classroom
Action Research Network, Centre for Applied Research in Education. University of
East Anglia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya, KL:KPM
BAHAN-BAHAN LAIN:
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Modul Murid Harapan Lulus (HALUS):
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu SPM (Program Transformasi Daerah).
2020
Jabatan Pendidikan Selangor dengan Kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah
(MPSM) Selangor. Modul Pentensi Lulus SPM PLUS Selangor Bahasa Malaysia.
2017
Soalan-soalan Tahun Lepas Bahasa Melayu BM SPM yang sebenar
Soalan -soalan Percubaan Negeri-negeri Lain 2013-2018
Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Modul Aman Jaya ( Set Halus).
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia
Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
LAMPIRAN
PRODUK SOKONGAN MODUL INOVASI
BAHAN DARI KEDAI ECO 2 RINGGIT HASIL NOTA POKET RANTAI KUNCI
HASIL NOTA PAPAN TANDA HASILNYA …
BORANG SOAL-SELIDIK
BORANG SOAL SELIDIK: PENGGUNAAN MODUL KARANGAN A
Nyatakan persetujuan anda terhadap pernyataan berikut: Ya Tidak
Tandakan (√ ) pada kotak yang disediakan.
Bil Pernyataan
1. Saya suka mengarang dengan menggunakan Modul
Karangan A (Teknik PIK+KIP)
2. Saya dapat menjawab soalan bahagian A dengan
menggunakan Modul Karangan A (Teknik PIK+KIP)
3. Modul ini mesra penggunaannya.
4. Saya akan mengesyorkannya kepada kawan-kawan
saya yang lemah di kelas lain.
KERTAS UJIAN
e-PROSIDING
KAJIAN TINDAKAN
&
PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU
(PPD MANJUNG 2021)
EDITOR:
Rose Niza Binti Salleh
SISC+ Bahasa
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak
Dr Nor Samsiyah Binti M Horsi, PhD
Penolong PPD (Sumber &Teknologi Pendidikan)
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak
Ting Hea Ling,
Guru Kanan Bahasa, SMK Nan Hwa,
Sitawan, Perak
Terbitan
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak
2021
i
ISI KANDUNGAN
No Tajuk m/s
iv
1 UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK vi
vii
2 UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG 1
3 JAWATANKUASA PENERBITAN e-PROSIDING 11
4 KEBERKESANAN KIT COACHING & MENTORING 24
MENGUPAYAKAN STANDARD4 SKPMG2, MENINGKATKAN
KUALITI PANITIA, DAN MENGOPTIMUMKAN KEMENJADIAN 38
MURID
Vijaya Letchumy a/p Baskaran 51
Rose Niza binti Salleh
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak 69
MEMENANGI PINGAT EMAS KIPP 2021
5 MENINGKATKAN PENGETAHUAN ASPEK PERIBAHASA MELALUI
PENGGUNAAN KIT DAMBA (Dam Peribahasa)
Dr. Nor Samsiyah binti M. Horsi
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
MEMENANGI PINGAT EMAS KIPP 2021
6 TEKNIK PIK+KIP PENULISAN KARANGAN DALAM PDPR
DAN PDPC BM KSSM
Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa, Sitiawan Perak
MEMENANGI PINGAT EMAS KIPP 2021
7 PENDEKATAN PENGAJARAN BERASASKAN OTAK:
MENGAKTIFKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Rose Niza binti Salleh
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
Sharipah binti Deraman
SMK Ahmad Boestamam
Norizaayu binti Razali
SMK Raja Shahriman
8 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN INSANIAH DAN
MENINGKATKAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU MURID
DALAM PDP
Dr. Nor Samsiyah Binti M. Horsi
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
9 MENINGKATKAN PENGUASAAN HUKUM TATABAHASA
PELAJAR ALIRAN SMJK MELALUI PENDEKATAN APP
BAHASA + e-DBP
Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa, Sitiawan Perak
ii
10 Modul Bestari A+ Menggalakkan Penulisan Karangan Kreatif 78
dan Kritis Pelajar 90
Zaiton binti Abdul Aziz 97
SMK Seri Samudera, Manjung Perak 103
108
11 RuDuLa 114
Zuraini Binti Ghazali
SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak 122
12 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI
KARANGAN MURID DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK
‘GENGGAM 14’
Norliana Binti Aris
SABK Maahad Islahiah Addiniah, Manjung Perak
13 GENGGAM A+ BAHASA MELAYU SPM 2020
Siti Firdaus bt Mat Rahim
SMK Convent, Sitiawan, Perak
14 MODUL LIDTS MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN (KBBR) BAHASA MELAYU
Tengku Zainuriani binti Tengku Puteh
SMJK Nan Hwa, Sitiawan Perak
15 PROGRAM DOLPHIN UNTUK MENINGKATKAN JUMLAH
LULUS BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 5
Rosli bin Samot
SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak
Rose Niza Binti Salleh
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
16 Kaedah 10 Langkah “C&S” Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru
Bahasa Melayu di SMK Pangkor, Perak
Maslinda binti Musa
SMK Pangkor, Manjung, Perak
iii
PERLUKAN KITA MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN?
Dr. Mohd. Suhaimi Mohd. Ali
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Experts must now extend their knowledge, not simply
to be an extension of what they know in their specialist field,
but to consist of building links and trying to integrate what
they know with what others want to, or should know and do.
Bringing together the many different knowledge dimensions
involved constitutes specific mixes with other kinds of
knowledge, experience and expertise. (Nowotny, 2003:
155).
Sebut sahaja tentang penyelidikan kita terbayang
tentang penyataan masalah, literatur, framework, case
study, sampling, teori, hipotesis, metodologi, analisis data
dan sebagainya. Penyelidikan dan Inovasi merupakan
Kluster 4 dalam Perancangan Strategik 2020-2024. Objektif
kluster ini ialah membudayakan penyelidikan dan inovasi
serta amalan terbaik dalam kalangan warga pendidik.
Warga pendidik bermula dari pegawai di JPN, PPD dan PGB
dan guru sekolah.
Kita melihat amalan penyelesaian masalah
pendidikan melalui penyelidikan masih rendah malahan
kebolehan menulis dalam kalangan warga pendidik tidak dimanfaatkan bagi kecemerlangan
pendidikan. Bersandarkan kepada isu berkaitan, wajar kita bersama-sama mencari
penyelesaian isu pendidikan melalui penyelidikan dan berasaskan data driven apabila
bercadang untuk membuat keputusan dalam bidang kita.
Penyelidikan pendidikan kebiasaannya mengkaji proses pendidikan dan
pembelajaran. Ia melihat kepada human attributes, interaksi, organisasi sekolah yang
mencorak kepada outcome pendidikan itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis penyelidikan yang
boleh dilaksanakan sama ada berbentuk diskriptif, perbandingan mahupun intervensi. Contoh
paling mudah bagi diskriptif adalah kes studi dan survey, perbandingan seperti correlational
manakala intervensi yang paling kerap dibuat di peringkat sekolah ialah kajian tindakan.
Sebagai warga pendidik kita seharusnya mempunyai professional values and
attributes seperti mengembangkan penilaian kendiri mengenai apa yang berkesan dan tidak
dalam pengajaran dan latihan yang diterima, pengetahuan profesional dan pemahaman,
mengembangkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam dan kritikal dalam informed
knowledge, teori dan praktis, kemahiran profesional dan mengembangkan kepakaran dan
kemahiran anda untuk memastikan outcome terbaik bagi murid.
Great Teaching ialah bagaimana kita menjadi expert practitioner dalam bilik darjah
melalui impak, refleksi dan risiko. Sebagai pendidik kita mesti rajin menerokai pelbagai cara
untuk menggunakan strategi penyelidikan, pemerhatian dan pemantauan untuk
meningkatkan pengajaran dan kepemimpinan di sekolah masing-masing. Dalam kata lain
melalui penyelidikan komponen refleksi kita boleh distinguish inspiring practice, including:
positive relationships; good classroom/behaviour management; positive and supportive
climate; formative feedback; high quality learning experiences; enjoyment, and high levels of
student engagement and motivation.
Apa yang nak dikaji? Pelbagai isu PdP, panitia, bidang dan murid boleh dilaksanakan.
Adakah JPN menyediakan geran penyelidikan dan sebagainya? Berbalik kepada Kluster 3
iaitu jaringan dan jalinan, bagaimana kita boleh mendapatkan sumber untuk melaksanakan
penyelidikan dari pelbagai pihak berkepentingan di luar sana. JPN akan perlu turut melibatkan
diri untuk mencari dana jika amalan penyelidikan ingin disuburkan dalam kalangan para
pendidik. Bagaimana dapatan penyelidikan dapat disebarluas seterusnya untuk
iv
menyelesaikan isu bagi subjek tertentu juga perlu dilaksana. Kita mesti beriltizam untuk
menghasilkan setidak-tidaknya buletin penyelidikan jika kita tidak mampu menghasilkan jurnal
penyelidikan yang berwasik.
Bilik darjah adalah tempat yang dinamik, dan saya berkeyakinan di situlah bermulanya
kita untuk melahirkan guru cemerlang dan subject matter experts. Melalui amalan
penyelidikan yang tersusun, secara tidak langsung kita meningkatkan capacity building dalam
kalangan para pendidik. Para pendidik mempunyai peranan penting dalam meningkatkan
hasil pendidikan. Peningkatan sistem pendidikan tidak hanya dapat didorong oleh top down
reforms tetapi ia mesti datang dari guru yang menerapkan dan memimpin sesuatu perubahan.
Saya percaya para pendidik perlu diberi masa dan sumber untuk membolehkan
mereka terlibat dalam penyelidikan tindakan kolaboratif dan bimbingan rakan sebaya,
bimbingan dan pemerhatian di peringkat kelas. Usaha ini boleh mengubah sekolah menjadi
organisasi pembelajaran yang berperanan untuk membimbing secara kolektif semua
keputusan berkaitan pelaksanaan kurikulum, penilaian dan pembentukan professional
learning community dalam kalangan mereka.
Kita bermulalah dari amalan yang kita sangat biasa satu masa dahulu iaitu kajian
tindakan (KT). Dari dua istilah ini kita dapat satu idea yang jelas iaitu kajian dan tindakan.
Tujuan utama kajian tindakan ialah untuk memperbaiki amalan pengajaran, meningkatkan
kefahaman terhadap amalan pengajaran dan seterusnya memperbaikan situasi pengajaran
itu dijalankan. KT ringkasnya mempunyai empat langkah berdasarkan cycle iaitu reflect, plan,
action dan observe dan boleh kedudukan cycle juga boleh berubah.
Buatlah apa bentuk penyelidikan pendidikan pun, selain mendapat keputusan
berdasar objektif, proses melaksanakan penyelidikan itu sebenarnya yang paling utama.
Boleh dan mampukah kita menjadi penyelidik di institusi masing-masing?
Mohd. Suhaimi Mohd. Ali
٢٠٢٠ أغسطس٣
PERLUKAH KITA MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN?
v
AMALAN PENYELIDIKAN MERUNGKAI ISU PDP BAHASA MELAYU
Mohd. Akhir Abdul Latif
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Perak
Mendepani cabaran dunia pendidikan yang semakin
kompleks dan dinamis maka amalan penyelidikan dilihat sangat
releven dan menarik untuk dikembangkan dalam kalangan
guru, terutamanya guru Bahasa Melayu di daerah Manjung.
Menunjangi kecemerlangan pendidikan di Perak, maka
Penyelidikan dan Inovasi merupakan Kluster 4 dalam
Perancangan Strategik 2020-2024. Kluster ini bermatlamat
untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi serta amalan
terbaik dalam kalangan warga pendidik. Seluruh warga pendidik
bermula dari pegawai di JPN, PPD, PGB dan guru sekolah
disarankan untuk menjayakan kluster ini.
Jika dilihat dalam konteks yang luas dan menyeluruh,
amalan penyelidikan merupakan kaedah yang releven untuk
merungkai pelbagai isu dalam bidang PdP Bahasa Melayu
malahan bersesuaian untuk mencari solusi meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah.
Namun jika diamati dan dianalisis, data menunjukkan bahawa
amalan penyelidikan seperti kajian tindakan masih rendah dan
perlu ditingkatkan. Justeru usaha menghasilkan kompilasi
kajian tindakan seperti ini dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk
menyelesaikan masalah pendidikan dan menggalakkan guru menghasilkan kajian dan
penyelidikan yang terbukti memberi pelbagai manfaat menyelesaikan masalah yang wujud
dalam bidang pendidikan.
Dalam usaha mengoptimumkan kebolehupayaan guru Bahasa Melayu yang berkualiti,
dan releven dalam perkembangan era pendidikan yang kian moden serta mencabar maka
sudah sampai masanya, kebolehan menulis dalam kalangan warga pendidik ditingkatkan dan
didokumentasi demi manfaat kecemerlangan pendidikan di Manjung. Bersandarkan kepada
matamat utama kajian iaitu menyelesaikan isu berkaitan Bahasa Melayu dan memartabatkan
Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan, wajar untuk bidang Bahasa sektor
pembelajaran pejabat pendidikan daerah Manjung memperkasa amalan penyelidikan dalam
kalangan guru BM dan seterusnya mengupaya kemenjadian murid demi peningkatan prestasi
yang berterusan.
Justeru, berdasarkan pentingnya membudayakan kajian tindakan dalam kalangan
pendidik, guru-guru Bahasa Melayu di daerah Manjung melalui bimbingan SISC+ telah
mengambil inisiatif untuk membentangkan kajian tindakan yang telah mereka jalankan di
sekolah-sekolah daerah Manjung melalui eProsiding ini bertujuan untuk membantu isu-isu
pendidik dalam Bahasa Melayu. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru Bahasa
Melayu khususnya menyelesaikan isu yang sama dan membudayakan kajian tindakan ini
untuk topik-topik yang lain dalam bahasa Melayu malah dalam mata pelajaran lain. Justeru
proses mendokumentasikan kompilasi kajian tindakan yang dihasilkan merupakan satu titik
permulaan yang sangat baik sebagai pencetus kepada satu amalan yang diharapkan
berterusan untuk tahun seterusnya. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini.
Mohamad Akhir bin Abdul Latif
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung,
Ogos 2021
vi
JAWATANKUASA PENERBITAN
Penasihat I Mohamad Akhir bin Abdul Latif, PPT
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Perak
Penasihat II Mohd. Marzuki bin Abdul Ghani
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak
Ketua Editor Rose Niza binti Salleh
SISC+ Bahasa,
Pejabat Pendidikan Daedah Manjung, Perak
Penolong Ketua Editor Dr. Nor Samsiyah binti M. Horsi
Penolong PPD (Sumber &Teknologi Pendidikan)
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak
Penyelaras Penerbitan Ting Hea Ling,
Guru Kanan Bahasa, SMK Nan Hwa, Sitawan, Perak
Jawatankuasa Penerbitan Zaiton binti Abdul Aziz
Siti Firdaus binti Mat Rahim
Tengku Zainuriani binti Tengku Puteh
Rosli bin Samot
Zuraini binti Ghazali
Norliana binti Aris
Maslinda binti Musa
Pereka Grafik Khairul Husni bin Majidi
Kolaboratif Pejabat Pendidikan Daerah Manjung bersama Panitia Bahasa Melayu Daerah
Manjung, Perak
vii
TEKNIK PIK+KIP PENULISAN KARANGAN
DALAM PDPR DAN PDPC BM KSSM
Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa, Sitiawan Perak
ABSTRAK
Karangan A menyumbangkan sebanyak 30 markah kepada calon KSSM yang bakal menghadapi
SPM 2021. Bagi pelajar lemah bahagian ini merupakan bahagian yang sangat penting untuk
meluluskan mereka dalam BM SPM. Memandangkan terdapat perubahan pada corak soalan yang
menyukarkan pelajar penguasaan BM yang lemah untuk menjawab soalan karangan A maka
inovasi telah dilakukan untuk mengatasi kelemahan ini. Lebih-lebih lagi, kajian ini dijalankan dalam
tempoh masa PdPR dan PdPC, untuk kelas yang lemah penguasaan mereka, tiada kekangan
yang banyak dialami semasa PdPC. Namun, untuk PdPR, kekangan seperti mereka tidak dapat
menghadiri kelas dalam talian atas alasan bekerja, tiada gajet untuk kelas banyak mencabar guru
untuk meneruskan PdPR dalam talian. Daripada cabaran ini maka terbentuklah idea inovasi ini
yang merangkumi idea pembelajaran kendiri agar pelajar dapat mempelajari walaupun musim
PKP. Dalam konteks ini, sikap, kesediaan dan motivasi pelajar turut diambil kira. Di samping itu,
kajian ini juga bermotifkan menambah amalan baik saya dalam pengajaran untuk kelas
peperiksaan. Modul Karangan A KSSM merupakan produk inovasi yang utama. Sokongan modul
kajian ini ialah nota poket berbentuk rantai kunci yang berasaskan konsep pelajar dapat
mengulang kaji rangka karangan dan isi karangan di mana-mana jua kerana mereka dapat
menggantungkan nota poket rantai kunci pada beg sekolah atau bekas pensel mereka. Data
keberkesanan ini dikumpul secara 2 kali, iaitu akhir bulan Oktober 2020 dan akhir bulan Mac 2021.
Data yang dkumpul menunjukkan keberkesanan penggunaan modul dan produk sokongan untuk
modul ini.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Aspek PdPC dan PdPR
Perubahan format KSSM baharu membawa cabaran kepada pelajar untuk menjawab solan
karangan A. Pelajar tidak dapat menjawab soalan karangan A dengan modul Rose-healing yang
digubal sebelum ini, mereka hanya berjaya mendapat markah bahasa dengan menggunakan
kaedah yang didedahkan sebelum ini. Oleh itu, kajian ini telah dilaksanakan untuk
penambaibaikan amalan pengajaran. Cetusan penyakit Covid-19 membawa kepada norma
baharu dalam dunia Pendidikan, iaitu PdPR. Untuk kelas yang lemah penguasaan mereka, tiada
kekangan yang banyak dialami semasa PdPC. Namun, untuk PdPR, kekangan seperti mereka
tidak dapat menghadiri kelas dalam talian atas alasan bekerja, tiada gajet untuk kelas banyak
mencabar guru untuk meneruskan PdPR dalam talian. Daripada cabaran ini maka terbentuklah
idea kajian ini yang merangkumi idea pembelajaran kendiri agar pelajar dapat mempelajari.
24
Masalah-Masalah Spesifik yang Dihadapi
1. Soalan karangan A KSSM tidak dibekalkan kehendak soalan
2. Soalan karangan A KSSM tidak disediakan isi-isi karangan yang jelas
3. Soalan Karangan A telah dipelbagaikan dalam bentuk bahan yang pelbagai.
4. Pelajar tidak mempunyai gajet dan kekurangan gajet untuk PdPR.
5. Kekangan masa pelajar untuk PdPR, iaitu, pelajar dikehendaki bekerja pada waktu pagi
masa PdPR.
Aspek Unsur Lain
Dalam kajian ini, sikap, kesediaan dan motivasi pelajar turut dipertimbangkan memandangkan
kelapan-lapan orang pelajar mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua bagi mereka.
Masalah ini dapat dikaitkan dengan sikap mereka mempelajari Bahasa Melayu. Dalam
pembelajaran bahasa kedua, sikap banyak mempengaruhi sejauh mana pelajar dapat
mempelajari dan menguasainya dengan cepat (Zamri Mahamod, 2004).
Thorndike (1932) dalam Kamaruddin Hussin (1993) yang mengutarakan prinsip kesediaan
belajar berpendapat bahawa proses pembelajaran itu akan menjadi lebih berkesan sekiranya
sudah wujud kesediaan dalam diri murid-murid untuk menerimanya. Bahasa Melayu merupakan
Bahasa kedua kepada mereka maka aspek ini perlu dipertimbangkan semasa menjalani kajian ini.
Motivasi ditakrifkan sebagai dorongan untuk mewujudkan tindakan serta mengekalkan niat
bagi mencapai matlamat yang diingini (Ames & Ames, 1989). Motivasi merupakan satu elemen
utama yang menentukan sejauhmana penglibatan peribadi, keaktifan, dan kejayaan dalam
menguasai bahasa kedua (Oxford & Shearin, 1994). Kajian Siti Sukainah et. al. (2014)
merumuskan bahawa sikap yang positif, motivasi dan usaha menguasai bahasa sasaran
merupakan elemen-elemen penting yang menentukan kejayaan pelajar bahasa. Motivasi ialah
penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W.
1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Guru memainkan peranan yang amat penting bagi
membangkitkan motivasi pelajar untuk membarakan semangat mereka mempelajari Bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sikap seseorang terhadap sesuatu
bahasa mempengaruhi motivasinya untuk belajar bahasa tersebut (Gardner & Lambert, 1972
dalam Zamri Mahamod, 2004).
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada bidang pengajaran dan pemudahcaraan seorang guru Bahasa Melayu
di sebuah sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Kajian ini berfokus kepada 8 orang pelajar 5K8
yang berpotensi lulus dalam BM SPM jika diberi pendedahan khas. Bidang penkhususan untuk
kajian ini berfokus pada mata pelajaran Bahasa Melayu. Tajuk kajian pula ialah karangan A bentuk
karangan bahan rangsangan. Tajuk ini dipilih kerana pelajar tidak dapat mengesan kehendak
soalan karangan A format baharu KSSM. Lebih-lebih lagi, mereka tidak mempunyai kemahiran
menulis karangan kerana pemahaman mereka adalah sangat lemah sehinggakan tahap mereka
tidak dapat memahami tajuk karangan. Teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk mengatasi
masalah ini ialah Teknik PIK+KIP dalam penulisan karangan A.
25
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum:
Membantu pelajar yang sangat lemah penguasaan BM untuk mengarang karangan A.
Mengatasi masalah dan kekangan PdPR.
Objektif khusus:
1. Menyelesaikan masalah soalan karangan A KSSM tidak dibekalkan kehendak soalan
2. dan tidak disediakan isi-isi karangan yang jelas.
3. Mengatasi masalah pelajar bekerja masa PdPR, tiada gajet atau talian dan tidak dapat
menghadiri kelas PdPR seperti yang dijadualkan.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan 4K8 dan pelajar Tingkatan 5K8 SMJK Nan Hwa pada tahun
2021. Pelajar dalam inovasi ini terdiri daripada seramai 8 orang pelajar daripada kelas 5K8.
Mereka merupakan kumpulan pelajar yang penguasaan mereka lemah, antara 12 kelas di SMJK
Nan Hwa, mereka merupakan kelas ke-12. Penguasaan BM mereka sangat lemah, terdapat juga
pelajar 2M dalam kedua-dua kelas ini.
PELAKSANAAN KAJIAN
Reka Bentuk dan Perincian Kajian
Kajian ini digubal bersesuaian dengan format KSSM baharu. Diubah suai konsepnya daripada
Modul Rose-healing (format KBSM). Kajian ini berpandukan kepada Model Kemmis dan
McTaggart (1988) yang menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang
tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap
sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah
1.
Bahan dan Alatan
1. Modul Karangan A
2. Nota Poket Rantai Kunci dan Nota Papan Tanda
Nota Poket Rantai Kunci Nota Poket Rantai Kunci Nota Papan Tanda
Dan Nota Papan Tanda
26
TINJUAN MASALAH
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengumpul beberapa maklumat sebagai tinjauan
awal bagi mencapai objektif kajian dan memastikan keberkesanannya. Maklumat dikumpulkan
dari analisis temu bual, pemerhatian, analisis dokumen seperti pemeriksaan latihan pelajar dan
analisis praujian yang dijalankan.
ANALISIS TINJUAN MASALAH
Temu bual
Sebelum kajian dimulakan, sesi temu bual secara tidak rasmi telah dilakukan antara guru dengan
pelajar. Sesi temu bual secara umum dibuat semasa kelas pembelajaran dijalankan, info yang
diperoleh dicatat oleh guru. Sesi temu bual secara individu pula dilakukan semasa waktu ganti
guru dengan kelas yang berkenaan. Catatan turut dilakukan. Daripada catatan ini, guru cuba
membuat penelitian hasil temu bual sebagai refleksi sebelum kajian dimulakan. Catatan temu bual
agak ringkas kerana masalah pelajar secara keseluruhan telah dikesan dalam kajian sebelum ini,
maka temu bual untuk kajian ini berfokus kepada perubahan corak pertanyaan soalan baharu
KSSM. Dapatan temu bual: Pelajar kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan karangan A
format baharu, mereka merasakan diri mereka tidak mampu menyelesaikan masalah mengesan
kehendak soalan dan isi karangan. Berbanding dengan soalan sebelum ini, mereka dapat
menjawab secara senang dengan menggunakan rangka karangan sahaja dengan corak soalan
KBSM.
Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur dipilih kerana senarai semak yang disediakan jelas menunjukkan
keperluan dan perubahan pelajar sepanjang proses kajian. Namun, memandangkan pemerhatian
berstruktur telah dijalankan pada kajian yang lepas dan ini merupakan kajian lanjutan daripada
kajian yang berkenaan maka pemerhatian latar belakang terhadap pelajar kurang diberi
penekanan dalam kajian ini. Pemerhatian secara kasar sahaja dilakukan untuk kajian ini.
Analisis dokumen
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada
isu dan masalah yang dikaji. Dokumen ialah sumber yang paling mudah kepada guru kerana
maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Oleh itu, analisis dokumen dipilih sebagai salah satu
cara untuk pengumpulan data. Contoh dokumen yang telah digunakan adalah seperti buku
latihan. Buku latihan merupakan sokongan rujukan sepanjang proses kajian ini.
Praujian
Praujian dijalankan kerana ujian merupakan satu indikator yang baik tentang pencapaian atau
penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang sedia ada pada pelajar.
Keberkesanan modul dapat diuji dengan baik dengan membandingkan ujian 1 (praujian) dengan
ujian 2 dan ujian 3. Kertas ujian kelapan-lapan orang pelajar telah dilampirkan di bahagian
lampiran. Analisis ujian jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data.
27
Pelakasanaan kajian ini dibahagikan kepada 3 peringkat: Peringkat 1: persediaan untuk Ujian 1.
Pada peringkat 1, penekanan diberi kepada rangka karangan dan sebahagian isi karangan
dengan menggunakan Latihan yang telah dirancang berpandukan corak soalan yang berbeza
kehendak soalannya. Pada peringkat 2: persediaan untuk ujian 2. Setelah guru telah berjaya
membina keyakinan pelajar maka untuk peringkat 1, persediaan untuk ujian 2, cikgu akan
menghabiskan pendedahan penggunaan modul secara menyeluruh dan berfokus kepada pelajar
sebelum menghadapi ujian 2. Latihan terancang diberikan untuk melatih mereka. Bagi peringkat
3, peringkat ini dianggap sebagai peringkat pengukuhan bagi pelajar untuk memantapkan diri
dengan penggunaan modul agar dapat menjawab soalan karangan A dengan yakin dalam
peperiksaan pertengahan tahun.
Proses Penilaian Kajian
Gambar Rajah: Proses Pemantauan Kajian
PERINGKAT 1
UJIAN 1 OKTOBER 2020
PERINGKAT 2
UJIAN 2 JANUARI 2021
PERINGKAT 3
PPT Mac 2021
Peringkat Pertama: Ujian 1 (bulan Oktober 2020)
Pendedahan menggunakan modul untuk rangka karangan dan isi-isi yang tertentu sahaja.
Peringkat kedua: Ujian 2 (bulan Januari 2021)
Pendedahan menggunakan modul dari aspek rangka karangan dan isi karangan secara
menyeluruh.
Peringkat ketiga: (bulan Mac 2021)
Peperiksaan Pertengahan Tahun: Proses pemantapan penggunaan modul
Huraian Kajian
Konsep Kajian: Konsep Rangka Karangan+Isi: PIK+KIP
P=Pendahuluan
I=Isi
K=Kesimpulan
K=Kebaikan
I=Inisiatif
P=Punca
29
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Memandangkan format baharu KSSM Bahasa Melayu didedahkan secara rasminya pada Oktober
2021 maka Langkah untuk kenal pasti masalah, analisis masalah, kenal pasti cara penyelesaian,
pemilihan cara penyelesaian tebaik telah dijalankan pada serentak, iaitu bulan Oktober 2020.
Sebaik sahaja kesemua ini dikenal pasti maka Tindakan dan pelaksanaan telah dilakukan secara
drastic. Tempoh Oktober 2020 hingga Mac 2021 melibatkan tempoh PdPC dan PdPR maka
pertimbangan pelaksanaan PdPR tidak boleh diabaikan.
PROGRAM Jadual 6.1: Perancangan dan Pelaksanaan Kajian MAC2021
Refleksi OKT2020 NOV2020 DIS2020 JAN2021 FEB2021
PdPC&PdPR
Kupasan
Masalah
Penetapan
cara
penyelesaian
masalah
Penyediaan
pelan tindakan
Pelaksanaan
pelan tindakan
Penilaian
(Ujian1,2,3)
PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PERMERHATIAN/ PENILAIAN
Proses Pelaksanaan Kajian
Gambar Rajah: Proses Pelaksanaan Kajian
•persediaan dan pelaksanaan untuk Ujian 1
P1 •penekanan diberi kepada rangka karangan dan sebahagian isi karangan
•persediaan dan pelaksanaan untuk Ujian 1
P2 •pendedahan penggunaan modul secara menyeluruh dan berfokus
• persediaan dan pelaksanaan untuk Ujian 3
P3 • peringkat palaksanaan modul yang matang
28
Gambar Rajah: Peta Konsep PIK+KIP
Cara Bahan Digunakan
Rujuk link penggunaan: Saluran Youtube: Ting Hea Ling
https://www.youtube.com/watch?v=jL4sYD4BRrg
30
LANGKAH 1: MENGESAN KEHENDAK SOALAN
CARA MENULIS KEHENDAK SOALAN:
kebaikan-kebaikan dan langkah-langkah + tajuk dalam soalan
punca-punca dan langkah-langkah + tajuk dalam soalan
LANGKAH 2: MENGESAN ISI YANG SESUAI MELALUI ISI KARANGAN (KIP)
Kategori 1: kebaikan+inisiatif
1 ISI KEBAIKAN
2 ISI INISIATIF
Kategori 2: punca + inisiatif
1 ISI PUNCA
2 ISI INISIATIF
Kategori 3: Ciri-ciri dan sebagainya
3 CIRI-CIRI DAN SEBAGAINYA
LANGKAH 3: MASUKKAN KEHENDAK SOALAN DAN ISI YANG DIKESAN DALAM
RANGKA KARANGAN
SEBAR LUAS
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kssm-t4-t5/modul-karangan-a
Penyebaran luas modul dikumpulkan dalam bentuk googe sites yang merangkumi link Youtube:
Video Penggunaan Modul Karangan A, link google classroom, link Dashboard PPD Manjung, link
dashboard Cikgootube, link modul bentuk digital, link dan link Virtual Classroom.
31
Tarikh Mula dan Tarikh Siap Pelaksanan
Bermula dari Oktober 2020, sebaik sahaja Format Pentaksiran KSSM yang baharu diumumkan.
Pelaksaannya berakhir pada akhir bulan Mac 2021 sebelum persekolahan bersemuka bermula.
Bahan dan Kos
Nota poket rantai kunci = RM 1.00 persatu
Nota papan tanda = RM 1.00 persatu
BAHAN DARI KEDAI ECO 2 RINGGIT HASIL NOTA POKET RANTAI KUNCI
HASIL NOTA PAPAN TANDA HASILNYA …
REFLEKSI KAJIAN
Bentuk Kejayaan
Perubahan skor markah ujian
Ujian 1, ujian 2 dan ujian 3 dijalankan kerana ujian merupakan satu indikator yang baik tentang
pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar
kepada murid. Keberkesanan modul dapat diuji dengan baik dengan ujian 1, ujian 2 dan ujian 3.
Kertas ujian kelapan-lapan orang pelajar telah dilampirkan pada bahagian lampiran. Berikut
merupakan pencapaian pelajar setelah mengaplikasikan Teknik PIK+KIP dalam penulisan
Karangan A.
32
Jadual: Pencapaian skor pelajar untuk ujian 1 dan ujian 2.
NO NAMA PELAJAR SKOR SKOR SKOR Peningkatan
UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3 markah
1 Goh Ti Hao 8
2 Ho Wei Min 5 11 13 8
3 Hoong Soon Jie 4 10 12 8
4 Ian Ding Zhen Feng 5 11 13 8
5 Jess Ling Xin Yi 4 11 12 8
6 Lee Bao Jie 4 10 12 8
7 Oscar Dang Wei Feng 4 10 12 8
8 Tan Jia Xin 5 11 13 8
5 11 12
Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
14
12
Markah 10
8
6
4
2
0
Goh Ti Hao Ho Wei Min Hoong Soon Ian Ding Jess Ling Xin Lee Bao Jie Oscar Dang Tan Jia Xin
Jie Zhen Feng Yi Wei Feng
12345678
Nama/ Bilangan Pelajar
SKOR UJIAN 1 SKOR UJIAN 2 SKOR UJIAN 3
Graf Palang: Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
15
Markah 10
5
0 9
012345678
Nama/ Bilangan Pelajar
SKOR UJIAN 1 SKOR UJIAN 2 SKOR UJIAN 3
Graf Garis: Perbandingan Markah Ujian 1, 2 dan 3
33
Berdasarkan analisis keputusan seperti Jadual 1 dan graf 1 dan graf 2, data menunjukkan bahawa
penggunaan Modul Karangan A dan produknya pada telah membawa keputusan yang
menggalakkan. Kelapan-lapan orang mendapat keputusan lebih daripada 10 markah.
Keberkesanannya jelas dipaparkan dengan penggunaan Modul Karangan A dan produknya.
Perubahan sikap dan tingkah laku (sikap, kesediaan dan motivasi belajar)
Pelajar 5K8 merupakan pelajar kelas paling hujung antara 12 kelas untuk tingkatan 5. Mereka
kurang berminat untuk belajar. Mereka hilang hala tuju untuk belajar sejak mereka naik ke sekolah
menengah kerana penguasaan BM yang lemah menjadi kekangan bagi mereka untuk belajar.
Sejak mereka didedahkan dengan modul ini, mereka mula merasai keseronokan belajar kerana
mereka mendapati bahawa diri mereka dapat menjawab soalan bentuk SPM. Minat mereka untuk
belajar terus bertambah ekoran daripada penggunaannya. Antara kelapan-lapan pelajar ini,
mereka mengamalkan semangat saling membantu untuk memastikan rakan-rakan sekelas tidak
ketinggalan. Mereka menemui matlamat untuk lulus BM SPM. Susana pembelajaran yang baik
dapat dirasai, terutamanya semasa PdPR dari awal tahun 2021.
Soal selidik
Soal selidik dipilih sebagai salah satu kaedah pengumpulan data memandangkan ini merupakan
cara yang paling berkesan bagi saya untuk mendapatkan respon daripada pelajar. Soal selidik
tertutup dipilih kerana pelajar yang lemah penguasaan dapat memahami soalan dan menjawab
dengan baik. Berikut merupakan analisis respon daripada kelapan-lapan orang pelajar. Borang
respon diselitkan dalam bahagian lampiran.
Jadual 5.3: Analisis perbandingan jawapan pelajar bagi soal selidik yang telah diedarkan.
No Nama pelajar S1 S2 S3 S4
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1 Goh Ti Hao √ √ √ √
2 Hoong Soon √ √ √ √
Jie
3 Ian Ding Zhen √ √ √ √
Feng
4 Lee Bao Jie √ √ √ √
5 Oscar Dang √ √ √ √
Wei Feng
6 Ho Wei Min √ √ √ √
7 Jess Ling Xin √ √ √ √
Yi
8 Tan Jia Xin √ √ √ √
JUMLAH 80 80 8 080
34
Jadual 5.4: Analisis soal selidik Ya Tidak
Bil
Bil % 0 %
S1 8 100 0 0
S2 8 100 0 0
S3 8 100 0 0
S4 8 100 0
Bil Pelajar Analisis Data Soal Selidik Pelajar Terhadap 4.5
Penggunaan Modul Teknik PIK+KIP
10
5
0
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4
Bilangan soalan
Ya Bil Tidak Bil
Graf garis: Analisis Data Soal Selidik Pelajar Terhadap Penggunaan
Modul Teknik PIK+KIP
Daripada dapatan soal selidik, kelapan-lapan orang pelajar bersetuju dengan konsep bahawa
mereka suka dan dapat menjawab soalan karangan A dengan menggunakan modul karangan A
(Teknik PIK+KIP). Bagi mereka, modul ini mesra penggunaanya dan mereka akan
mengesyorkannya kepada rakan-rakan kelas lain yang lemah. Perkongsian ilmu dengan rakan-
rakan lain merupakan budaya yang telah dipupuk si SMJK Nan Hwa selama ini.
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:
Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan Karangan A format BM SPM.
Mereka menjawab dengan suara yang lantang.
Murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk
menguji kefahaman dan ingatan murid.
Suasana pembelajaran di dalam kelas atau atas talian lebih memberangsangkan.
Matlamat lulus BM SPM lebih jelas dalam minda mereka.
Perubahan Sikap Guru
Pengkaji berasa amat lega dan gembira dengan perubahan sikap pelajar menjawab soalan
Karangan A dengan menggunakan Teknik PIK+KIP. Rentetan daripada ini, pengkaji lebih yakin,
bermotivasi dan berazam untuk melaksanakan lebih banyak kajian tindakan yang boleh membantu
35
pelajar-pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
terutamanya bagi calon yang bakal menghadapi BM SPM tahun ini.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunan modul karangan A berkesan bagi
menyelesaikan masalah pelajar yang penguasaan mereka lemah dalam BM untuk menjawab
soalan yang telah diubah formatnya dalam format KSSM yang baharu. Pelajar tidak lagi gentar
dengan soalan format baharu yang tidak dinyatakan kehendak soalan dan isi karangan secara
langsung dalam soalan. Namun demikian, masalah untuk format karangan A yang lain selain
karangan A berbentuk bahan rangsangan masih belum diselesaikan. Hal ini disebabkan format
karangan A KSSM merangkumi format karangan yang agak luas berbanding dengan karangan A
sebelum ini yang hanya mengemukakan soalan berbentuk bahan rangsangan. Oleh itu, kajian
yang seterusnya akan berfokus kepada 3 format karangan A yang lain agar pelajar dapat
menajwab sebarang soalan yang mungkin akan dikemukakan dalam BM SPM nanti.
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Penggunan modul karangan A berkesan bagi menyelesaikan masalah pelajar untuk mengarang
karangan A (karangan bentuk bahan rangsangan) format KSSM baharu. Penerokaan terhadap
bahagian lain bagi karangan A akan diterokai untuk menemukan cara pengajaran dan
pemudahcaraan terbaik bagi membantu pelajar yang penguasaan bahasa mereka sederhana dan
lemah untuk mengharungi cabaran daripada format KSSM yang baharu ini memandangkan
masalah untuk format karangan A yang lain selain karangan A berbentuk bahan rangsangan
masih belum diselesaikan. Kajian seterusnya berfokus kepada 3 format karangan A yang lain agar
pelajar dapat menjawab sebarang soalan yang mungkin akan dikemukakan dalam BM SPM nanti.
Semoga setiap penerokaan ini membawa makna yang berterusan kepada semua warga pendidik
dan tidak lupa juga pelanggan utama kami, iaitu modal insan negara yang bergelar pelajar.
36
BIBLIOGRAFI
Ames, C., & Ames, R. 1989. Research in Motivation in Education. San Diego: Academic Press.
Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris: Syarikat Milharja Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng. (2003). Panduan Kajian Tindakan, Maktab Perguruan Perlis, Perlis.
Ghaziah Mohd. Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman, RohayaAbdul
Wahab, Norshidah Nordin. (2010). Pemerhatian dan Temu Bual. Dalam Noraini Idris.
Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: MC Graw Hill.
Kamaruddin Hussin (1993). Pengajaran lisan: Kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Etika Menjalankan Kajian Tindakan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya, KL: KPM
Oxford, R. L. & Shearin, J. 1994. Language learning motivation: Expanding the theoretical
framework. The Modern Language Journal. 78, 12-28.
Siti Sukainah Che Mat & Melor Md. Yunus. 2014. Attitudes and Motivation Towards Learning
English Among FELDA School Students. Australian Journal of Basic and Applied Sciences.
8 (5). 1-8.
Somekh, B. (1989). Nowhere school: a fairy story in the management of change, in A. Ghaye &
J. Isaac (Eds) From Illumination to Improvement. Norwich: Classroom Action Research
Network, Centre for Applied Research in Education. University of East Anglia.
Ting Len Siong et al. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan. Freemind Horizons.
Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah
menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Modul Murid Harapan Lulus (HALUS): Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu SPM (Program Transformasi Daerah). 2020
Jabatan Pendidikan Selangor dengan Kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM)
Selangor. Modul Pentensi Lulus SPM PLUS Selangor Bahasa Malaysia. 2017
Soalan-soalan Tahun Lepas Bahasa Melayu BM SPM yang sebenar
Soalan -soalan Percubaan Negeri-negeri Lain 2013-2018
Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Modul Aman Jaya ( Set Halus).
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia
Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
37
Meningkatkan Penguasaan Hukum Tatabahasa Pelajar Aliran SMJK
Melalui Pendekatan APP Bahasa + e-DBP
Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa, Sitiawan Perak
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah APP Bahasa (Kamus Pro) +e-DBP
(Khidmat Nasihat DBP dan Carian DBP) dalam usaha meningkatkan penguasaan Hukum
Tatabahasa pelajar aliran SMJK. Pada masa yang sama, kajianini bermotif mengenal pasti
pelajar dapat menjawab soalan Tatabahasa secara tepat untuk Kertas 2 Soalan 3 dalam
Peperiksaan SPM dan lebih yakin berdepan dengan soalan Tatabahasa tetapi bukan menjawab
berasaskan pengetahuan sedia ada yangtidak berasas. Di samping itu, proses pembelajaran
kendiri dapat dilaksanakan. KajianTindakan ini dijalankan dengan sampel yang terdiri daripada
35 orang pelajar pelajar5SA SMJK Nan Hwa. Pengesanan keberkesanan kajian ini dikesan
melalui borang soal selidik. Pengkaji menggunakan borang soal selidik dalam bentuk borang
digital (Borang Google) yang bertindak sebagai borang maklum balas untuk menguji
keberkesanan pelaksanaan kajian ini. Analisis data yang diperoleh secara automatik daripada
pihak Google dijadikan sebagai bukti keberkesanan kajian ini. Secarakeseluruhannya, hasil
dapatan menujukkan bahawa pelajar lebih yakin dengan penggunaan APP Bahasa dan Aplikasi
e-DBP untuk penguasaan hukum Tatabahasa.Di samping itu, responden lebih berkeyakinan
untuk menjawab soalan Tatabahasa dalam Kertas 2 Soalan 3 dalam Peperiksaan BM SPM. Yang
paling penting, perasaangentar dan ketidakpastian mereka menghadapi soalan Tatabahasa
dapat diatasi dengan sepenuhnya.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran wajib dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan mata pelajaran ini
sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM untuk melayakkan pelajar mendapat sijil
SPM. Hanya dengan penguasaan yang mantap dalam bahasa, pelajar dapat melayakkan diri
untuk memperoleh skor yang cemerlang,iaitu A dalam SPM.
Tatabahasa merupakan satu bahagian yang menyumbang markah sebayak 30/110
dalam Kertas 2 dalam SPM. Pengusaan bahagian ini yang kurang mantap menjejaskan markah
pelajar dan mengekang mereka untuk capai skor A. Kajian ini bermula dengan cetusan idea
pelajar mengalami ketidakpastian pelajar semasa menjawab soalan tatabahasa kerana pelajar
tidak mempunyai pegangan asas (tiada rujukan buku tatabahasa yang rasmi) terhadap hukum
tatabahasa, mereka menjawab soalan semata-mata berpandukan pendedahan hukum daripada
guru. Kebergantungan pelajar terhadap pendedahan guru mengekang mereka untukbergerak ke
arah kecemerlangan. Konsep pembelajaran kendiri tidak dapat dicapai dalam situasi ini. Lebih-
lebih lagi, maslah ini berpunca daripada mereka yang penguasaan bahasa lemah.
Selain itu, kaedah pembelajaran berasakan buku rujukan satu pendekatan yang tidak
diggalakan dalam pemebelajaran abab ke-21. Kaedah Chalk and alk” dianggap kaedah yang
membosankan dan secara tidak langsung memberi tekanan kepada pelajar untuk meneruskan
proses pembelajaran. Minat pelajar yang sebenarnya kurang terhadap Bahasa Melayu
bertambah teruk apabila kaedah lama ini diterapkandalam sesi PdPC Bahasa Melayu. Pelajar
abad 21 lebih mesra dengan penggunaan gajet bakal menunjukkan minat mereka untuk
mempelajari Bahasa Melayu.
69
FOKUS KAJIAN
Pelajar aliran SMJK walaupun pelajar cemerlang saya 5SA memang kurang menunjukkan
minatnya mereka untuk mengikuti kelas Bahasa Melayu, minat merekalebih menjurus kepada
mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, pandangan mereka yang telah kukuh
terpahat dalam minda mereka ini bukannya senang dirungkai.
Pelajar jarang meluangkan masa untuk meninjau kehalusan Bahasa dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu, niat mereka mempelajari Bahasa Melayu untuk pelajar yang
cemerlang ini semata-mata untuk mendapat skor yang baik dalam SPM nanti. Memandangkan
adanya keperluan mereka mempelajari Bahasa Melayu maka guru bolehlah mengambil
kesempatan untuk mengubahsuai minda mereka agar merangsang minat mereka mempelajari
Bahasa Melayu yang bertindak sebagai medium rangsangan yang amat penting bagi menerajui
negara kita ke arah maju danberpadu.
Pendekatan pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran Akses Kendiri merupakan satu program pembelajaran yangmembolehkan pelajar-
pelajar belajar dengan memilih dan menggunakan material dan instrument pembelajaran,
tempat, bantuan (fasilitator), gaya belajar dan masa belajar secara menyeluruh dan teratur.
Dalam tempoh masa PKP dan PKPB, kaedah pembelajaran ini amat sesuai dipraktikkan oleh
pelajr untuk mengikuti perkembangan pelajaran mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan kaedah APP Bahasa + e- DBPdalam usaha
meningkatkan penguasaan Hukum Tatabahasa pelajar aliran SMJK.
Objektif Khusus
1. Selepas kajian tidak ini dijalankan, pelajar dapat:
2. menjawab soalan Tatabahasa secara tepat untuk Kertas 2 Soalan 3 dalam Peperiksaan
SPMlebih yakin berdepan dengan soalan Tatabahasa tetapi bukan menjawab
berasaskan pengetahuan sedia ada yang tidak berasas.
3. Proses pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan
KUMPULAN SASARAN
Kajian Tindakan ini melibatkan seramai 35 orang pelajar kelas 5SA SMJK Nan Hwa. Pelajar Ini
terdiri daripada 14 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan. Kumpulan ini dipilih
kerana mereka antara kelas terbaik di SMJK NanHwa.
70