The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TING HEA LING, 2022-03-05 04:26:05

Kami Export - UIS80tis10ej8HOZiUh39Q

Kami Export - UIS80tis10ej8HOZiUh39Q

BIBLIOGRAFI

A. Ghaye & J. Isaac (Eds) From Illumination to Improvement. Norwich: Classroom Action Research
Network, Centre for Applied Research in Education. University of East Anglia.

Abdullah, Herpratiwi, & Tarkono. ( 2013). Pengembangan Bahan Ajar Modul Interaktif Konsep
Dasar Kerja Motor 4 Langkah Kelas X Di Madrasah Aliyah Negeri 2 Tanjungkarang. Jurnal
Teknologi Informasi Komunikasi Pendidikan.

Ali, A., & Mahamod, Z. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain
bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 6(1), 16-29.
Beverly, A. (2000), Instructional and Conitive Impacts of Web Based Educational. London: Idea
Group Publishing.

Abas, Z. W. (2009). E-Learning in Malaysia: Moving Forward in Open Distance
Learning.International Journal on ELearning,8(2009), 527-538. Retrieved from
http://editlib.org/d/32264/paper_32264.pdf#page=97

Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Universiti Pendidikan
Sultan Idris: Syarikat Milharja Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng. (2003). Panduan Kajian Tindakan, Maktab Perguruan Perlis, Perlis.

Depdiknas. (2008). Penulisan Modul. Jakarta: Direktorat Jenderal Peningkatan Mutu Pendidik &
Tenaga Kependidikan Departemen dan Pendidikan Nasional.

Jamaludin Badusah & Hashimah Haji Hashim (2005).Persepsi Pelajar Sekolah Menengah
Terhadap Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Etika Menjalankan Kajian Tindakan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Etika Menjalankan Kajian Tindakan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lai, L. C. (2017). Pembangunan dan penilaian modul penulisan karangan Bahasa Melayu
tingkatan empat [Unpublished doctoral dissertation]. Universiti Malaya.

Norshidah Nordin. (2010). Pemerhatian dan Temu Bual. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: MC Graw Hill.
Rosenberg, M.J.(2001).E-Learning Strategies For Delivering Knowledge In The Digital
Age,Unied States Of America, Mc Graw-Hill.

Somekh, B. (1989). Nowhere school: a fairy story in the management of change.

Sujanem, R., Suwindra, I., & Tika, I. (2012). Pengembangan Modul Fisika Kontekstual Interaktif
Berbasis Web Untuk Siswa Kelas I SMA. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran, 97-104.

Sutherland-Smith, W. (2002).Weaving the literacy web : Change in reading from page to
scree, Reading Teacher, April 1, Vol 55, Issue 7.

Ting Len Siong et al. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan. Freemind Horizons.

Wahyuni, T., Wahyuni, S., & Yushardi. (2017). Pengembangan Modul Multimedia Interaktif
Berbasis E-Learning Pada Pokok Bahasan Besaran Dan Satuan Di SMA. Jurnal Pembelajaran
Fisika, Vol 6 No. 4, 404-410.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya, KL:KPM

BAHAN-BAHAN LAIN:

DSKP KSSM Bahasa Melayu 2020.

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

LAMPIRAN

LATIHAN

Link Google Classroom:
https://classroom.google.com/u/0/c/MjgzNTI3NjE3ODQw/a/MzQ3ODEyNTA1NjYx/submissions/
by-status/and-sort-name/all



KERTAS UJIAN

Link Google Classroom: Ujian 1:
https://classroom.google.com/u/0/c/MjgzNTI3NjE3ODQw/a/MzY0Mjc2MDE4MTEx/submissions
/by-status/and-sort-last-name/all



Link Google Classroom: Ujian 2:
https://classroom.google.com/u/0/c/MjgzNTI3NjE3ODQw/a/MzY1NTA3NzE4NjQ0/submissions/
by-status/and-sort-last-name/list



PRODUK SOKONGAN MODUL INOVASI

Power Point - Peta Minda (bentuk digital): Konsep Inovasi
https://docs.google.com/presentation/d/1rERuYqrNP2fYeS6ltfKSTlucjiaoEuPo5-
KaPL1W8dE/edit?usp=sharing

Anyflip - Modul Novel KBAT KSSM (bentuk digital)
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_content=D
AEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton

Youtube - Video Penggunaan Modul Novel KBAT KSSM
https://www.youtube.com/channel/UCLCMTvGK5kKaEiPvd5jkIBg

Tik Tok - Video Novel KBAT KSSM
https://www.tiktok.com/@healingting/video/6969789772780915970?lang=en&is_copy_url=0&is_
from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6926789104013968897

Virtual Classroom - latihan soal jawab (berasaskan buku teks) yang lengkap, video lengkap novel 4
zon, gambar rajah & Tik Tok Konsep JMJ+SaSoSe dan himpunan soalan kbat novel serta link modul
bentuk digital
https://www.canva.com/design/DAEgJtb4VF0/BEIo0vodo_zESoADqP1d_A/view?utm_content=D
AEgJtb4VF0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton



Khidmat e-DBP Meningkatkan Penguasaan Hukum Tatabahasa
Pelajar Aliran SMJK Musim PdPR

Ting Hea Ling
SMJK Nan Hwa, Sitiawan Perak

[email protected]

Abstrak

Khidmat e-DBP merupakan satu aplikasi bahasa dalam talian yang disediakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menawarkan khidmat nasihat dan bantuan dari
aspek tatabahasa. Khidmat e-DBP yang disediakan dalam bentuk talian memudahkan
pengguna bahasa mengakses secara mudah dari semasa ke semasa dan di mana-
mana jua. Kajian ini bermotif mengenal pasti cara-cara pelaksanaan khidmat e-DBP
dalam aktiviti kemahiran tatabahasa dan mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan
khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran tatabahasa dalam proses pembelajaran
kendiri semasa musim PdPR. Kajian tindakan ini melibatkan 35 orang pelajar pelajar
menengah atas. Borang soal selidik dalam bentuk Borang Google bertindak sebagai
borang maklum balas untuk menguji keberkesanan pelaksanaan kajian ini. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan penggunaan khidmat e-DBP dapat
meningkatkan penguasaaan hukum tatabahasa pelajar semasa pembelajaran kendiri
dilakukan pada musim PdPR.

PENGENALAN

Musim PdPR satu musim pengajaran dan pembelajaran yang mencabar bukan sahaja
kepada warga pendidik tetapi juga kepada mereka yang mendidik. Dalam tempoh
masa yang mencabar ini, tidak kira sama ada guru-guru muda atau guru-guru senior
masing-masing terpaksa mempelajari pelbagai jenis keperluan teknologi maklumat
bagi membolehkan diri mereka melengkapkan diri untuk memenuhi keperluan PdPR.
Konsep pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran yang sebenarnya telah lama
diketengahkan dalam bidang pendidikan telah disemarakkan penggunaannya. Tidak
dapat dinafikan bahawa pelbagai inovasi dapat dicetus daripada e-pembelajaran.
Oelh itu, boleh dikatakan bahawa dalam proses e-pembelajaran pelajar dapat
memperoleh maklumat, menyesuaikan maklumat dan mengaplikasikannya dengan
mudah. Malah pelajar akan berpengetahuan luas dapat dilahirkan. Sesungguhnya,
sistem Pendidikan menuju ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Kajian ini bermula dengan cetusan idea pelajar yang mengalami ketidakpastian
pelajar semasa menjawab soalan tatabahasa kerana pelajar tidak mempunyai
pegangan asas yang rasmi terhadap hukum tatabahasa, mereka menjawab soalan
semata-mata berpandukan pendedahan hukum daripada guru. Kebergantungan
pelajar terhadap pendedahan guru mengekang mereka untuk bergerak ke arah
kecemerlangan. Lebih-lebih lagi, konsep pembelajaran kendiri yang amat sesuai
dengan tahap kecemerlangan mereka di samping dapat meningkatkan penguasaan
mereka tidak dapat dilaksanakan, terutamanya pada musim PdPR.

Khidmat e-DBP yang telah disediakan oleh DBP bertepatan dengan zaman
semasa telah mendapat sambutan daripada banyak pelajar sekolah untuk membantu
mereka menyelesaikan masalah pembelajaran. Walaupun DBP menyediakan
pelbagai rujukan dalam bentuk buku namun kaedah pembelajaran berasakan buku
satu pendekatan yang tidak diminati oleh pelajar abad ke-21. Pelajar abad 21 lebih
mesra dengan penggunaan gajet bakal menunjukkan minat mereka untuk
mempelajari Bahasa Melayu. Dengan itu, khidmat nasihat e-DBP yang merupakan
satu medium pembelajaran teknologi maklumat amat memenuhi keperluan pelajar
untuk mempelajari bahasa Melayu, terutamanya hukum tatabahasa.

FOKUS KAJIAN

Kepentingan terhadap penguasaan bahasa dalam bidang pendidikan amat perlu
kerana bahasa merupakan alat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
serta bahasa merupakan satu alat perhubungan yang sangat penting dalam
kehidupan manusia (Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 1997).

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menetapkan bahawa salah satu
daripada hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar asing adalah melalui
penguasaan kosa kata dan tatabahasa Melayu (Awang Sariyan, 2010). Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan telah menetapkan bahawa untuk menguasai
kecekapan berbahasa, aspek tatabahasa hendaklah dijadikan dasar utama dalam
proses pembelajaran bahasa (Awang Sariyan, 2010). Oleh yang demikian modul bagi
tatabahasa adalah terdiri daripada aspek morfologi serta sintaksis asas. Manakala
aspek morfologi yang diberi tumpuan ialah struktur kata yang merujuk kepada bentuk
kata seperti kata tunggal dan golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif
dan kata tugas dan aspek sintaksis yang diberi tumpuan pula ialah unsur utama ayat
serta susunan ayat (Nik Safiah Karim, 1995).

Zamri (2015) menjelaskan bahawa pembelajaran tatabahasa memerlukan
pelajar memahami dan menguasai struktur dan sistem tatabahasa bahasa Melayu itu
dengan baik. Selain itu, pelajar menganggap aspek tatabahasa membosankan dan
menyukarkan kerana mereka perlu menghuraikan rumus-rumus bahasa dan perlu
teliti dalam binaan ayat. Awang Sariyan (2009) menjelaskan bahawa aspek
tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek atau aspek yang “kering”,
membosankan, dan kadangkalanya menakutkan.

Strategi pembelajaran bahasa dapat membantu pelajar dalam meningkatkan
penguasaan dalam bahasa sasaran malah dapat membentuk pelajar berdikari
dalam mempelajari bahasa tanpa bantuan guru (Zamri et al., 2016). Justeru, pelajar
harus memiliki strategi pembelajaran dalam mempelajari bahasa Melayu agar mereka
dapat mencapai matlamat pembelajaran dengan baik.

Liong Yaw Peng et al. (2020) menjelaskan bahawa strategi pembelajaran
merupakan pemprosesan maklumat dalam mental yang berdasarkan pengalaman
dan latihan, bukannya kebolehan mental semula jadi malahan strategi pembelajaran
merupakan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan, kaedah dan juga teknik
pembelajaran berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, strategi
pembelajaran yang baik membolehkanpelajar menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Penggunaan teknik-teknik yang bersesuaian kepada pelajar
mampu menarik minat pelajar dan menimbulkan keseronokan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran akan berlaku dengan efektif dan
efisien jika pelajar berkemahiran mengatur strategi pembelajaran.

Menurut Yahya Buntat dan Wahyu Idrus (2006), penggunaaan sumber ICT
yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan seperti e-pembelajaran
akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti pelajar yang lebih
bertanggungjawab terhadap pelajarannya, boleh menentukan keperluan bahan untuk
pembelajarannya, bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap
pencapaian dan pengetahuan dan membina pengetahuan baru berasaskan kepada
carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

Secara implisitnya, proses pembelajaran akses kendiri berlaku. Pembelajaran
Akses Kendiri merupakan satu program pembelajaran yang membolehkan pelajar-

pelajar belajar dengan memilih dan menggunakan material dan instrument
pembelajaran, tempat, bantuan (fasilitator), gaya belajar dan masa belajar secara
menyeluruh dan teratur. Dalam tempoh masa PKP dan PKPB, displin kendiri pelajar
amat diperlukan dalam proses pembelajaran mereka, kaedah pembelajaran ini amat
sesuai dipraktikkan oleh pelajar untuk mengikuti perkembangan pelajaran mereka.
Berbanding dengan e-pembelajaran, fokus utamanya ialah pelajar. Pelajar perlu
berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya.
Suasana pembelajaran e-pembelajaran akan memaksa pelajar memainkan peranan
yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar perlu membuat perancangan dan
mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Jaya Kumar,
2001).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan khidmat e-DBP dalam usaha
meningkatkan penguasaan hukum tatabahasa pelajar aliran SMJK, terutamanya
dalam proses pembelajaran kendiri semasa musim PdPR.

Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. mengenal pasti cara-cara pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti
kemahiran tatabahasa
2. mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti
kemahiran tatabahasa dalam proses pembelajaran kendiri semasa musim
PdPR.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah cara-cara pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran
tatabahasa
2. Apakah keberkesanan pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran
tatabahasa dalam proses pembelajaran kendiri semasa musim PdPR.

PESERTA KAJIAN

Kajian Tindakan ini melibatkan seramai 35 orang pelajar kelas cemerlang. Pelajar Ini
terdiri daripada 14 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan. Kumpulan ini
dipilih kerana mereka antara kelas terbaik di sekolah saya.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Model Kajian

TINJAUANAWAL

MEREFLEK MERANCANG
TINDAKAN

MELAKSANA &
TINDAKAN
MEMERHATI

MODEL KAJIAN TINDAKAN KEMMIS & MC

Kajian ini berpandukan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang
menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka
boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan
akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial
reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan
bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
Jadual 1.0
Pemetaan Langkah Pelaksanaan Kajian Khidmat e-DBP

Langkah Aktiviti
Sebelum Pengkaji melakukan pemerhatian semasa sesi PdPC
(PdPC)
Semasa Pengkaji menerangkan dan mempratikkan kepada pelajar cara
(PdPC) penggunaan khidmat e-DBP.
Semasa Khidmat e-DBP dipraktikkan sebagai panduan pembelajaran
(PdPR) akses kendiri kepada pelajar semasa membuat ulang kaji
bahagian tatabahasa dan latih tubi tatabahasa.
Selepas Pengkaji melakukan pemerhatian semasa sesi PdPC
(PdPR)
Selepas Pelajar mengisi Borang Google pertama pada sesi PdPC awal
(PdPR) persekolahan dan mengisi Borang Google kedua pada sesi PdPR
akhir persekolahan.
Data dikumpul dan dianalisis.

Tahap pelaksanaan dibahagikan kepada 3 tahap, iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Pada tahap pelaksanaan sebelum, pemerhatian dijalankan sepanjang proses PdPC.
Masalah pembelajaran tatabahasa dikesan oleh pengkaji. Oleh itu, pelajar telah

didedahkan dengan cara penggunaan khidmat e-DBP. Guru mempraktikkanya
dengan soalan tatabahasa yang dikemukakan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran
dan pengajaran berlangsung. Sepanjang proses PdPR, permerhatian turut dilakukan
sepanjang proses pelajar mempraktikkan khidmat e-DBP dalam proses pembelajaran
kendiri mereka untuk topik tatabahasa. Pada akhir sesi persekolahan, borang soal
selidik diberikan kepada pelajar dan diisi oleh pelajar.

DAPATAN KAJIAN

Perbincangan berikut bertujuan menjawab persoalan kajian. Perbincangan ini
berasaskan dapatan yang diperoleh semasa melaksanakan proses pembelajaran
kendiri aspek tatabahasa dengan menggunakan khidmat e-DBP. Kaedah
pengumpulan data dibahagikan kepada dua, iaitu analisis pemerhatian dan analisis
data borang soal selidik dalam bentuk borang google.

(i) Analisis Pemerhatian

Bahagian ini menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu “apakah cara-cara
pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran tatabahasa?” Jadual berikut
menunjukkan pemerhatian pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran
tatabahasa.

Jadual 2.0

Jadual Analisis Permerhatian Pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran
tatabahasa

Langkah Pemerhatian Refleksi
Sebelum
Pelajar diberi pendedahan Pelajar mempraktikkan
Semasa
menggunakan khidmat e-DBP penggunaan khidmat e-DBP dalam
Selepas
dalam aktiviti kemahiran aktiviti kemahiran tatabahasa

tatabahasa bersama-sama dengan pengkaji

Pelajar menggunakan khidmat e- Pelajar dapat menyelesaikan

DBP dalam aktiviti kemahiran masalah hukum tatabahasa

tatabahasa untuk mendapatkan dengan menggunakan khidmat e-

jawapan bagi hukum tatabahasa DBP dalam aktiviti kemahiran

tatabahasa

Sebelum pelajar menjawab Dapatan borang soal selidik ini

borang soal selidik, pelajar imbas memperlihatkan keberkesanan

Kembali perubahan selepas penggunaan khidmat e-DBP dalam

menggunakan khidmat e-DBP aktiviti kemahiran tatabahasa

dalam aktiviti kemahiran

tatabahasa

Langkah pemerhatian dibahagikan kepada 3 tahap.

Langkah pemerhatian 1, tahap sebelum
Pada tahap ini, pelajar diberi pendedahan menggunakan khidmat e-DBP dalam aktiviti
kemahiran tatabahasa. Pelajar cuba mempratikkannya bersama-sama dengan
pengkaji semasa PdPR berjalan di dalam kelas.

Langkah pemerhatian 2, tahap semasa

Semasa menjalani proses pembelajaran kendiri pada musim PdPR, pelajar telah
mempraktikkan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran tatabahasa di rumah. Mereka
cuba menjawab soalan tatabahasa dengan bantuan khidmat e-DBP. Pelajar dapat
menyelesaikan masalah hukum tatabahasa dengan menggunakan khidmat e-DBP
dalam aktiviti kemahiran tatabahasa.

Langkah pemerhatian 2: tahap selepas
Sebelum pelajar menjawab borang soal selidik, pelajar imbas Kembali untuk menilai
perubahan penguasaan tatabahasa pada diri mereka selepas menggunakan khidmat
e-DBP dalam aktiviti kemahiran tatabahasa. Dapatan borang soal selidik ini
memperlihatkan keberkesanan penggunaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran
tatabahasa

(ii) Analisis Data Borang Soal Selidik Dalam Bentuk Borang Google

Bahagian ini menjawab persoalan kajian yang kedua, iaitu “apakah keberkesanan
pelaksanaan khidmat e-DBP dalam aktiviti kemahiran tatabahasa dalam proses
pembelajaran kendiri semasa musim PdPR?” Data perolehan daripada borang google
jelas menunjukkan bahawa penggunaan khidmat e-DBP memang membantu mereka
menyelesaikan masalah tatabahasa dalam proses pembelajaran kendiri tanpa
bergantung kepada guru.

Dapatan kajian yang dipaparkan jelas menunjukkan bahawa khidmat e-DBP dapat
membantu mereka menjawab soalan tatabahasa secara tepat samping mendorong
mereka lebih yakin berdepan dengan soalan Tatabahasa tetapi bukan menjawab
berasaskan pengetahuan sedia ada yang tidak berasas. Mereka dapat
mengaksesnya secara kendiri untuk melaksanakan proses pembelajaran kendiri.
Dapatan ini disokong dengan dapatan kajian kepentingan Pembelajaran Akses
Kendiri. Pelajar dapat mengakses Apps Bahasa dan e-DBP untuk menyelesaikan
masalah Tatabahasa mereka tidak kira masa PdPC atau PdPR. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang kovensional berjaya dikikis dan diganti dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran abab ke21. Hasil pembelajaran kendiri yang
berasaskan aplikasi gajet yang menyeronokkan amat memberangsangkan minat
belajar bahasa.

CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA
Dalam kajian ini, pengkaji dapat mengesan perubahan penguasaan tatabahasa
pelajar setelah menggunakan khidmat e-DBP. Dalam kajian gelungan yang kedua,
pengkaji ingin meluaskan skop kajian kepada semua pelajar kelas Sains untuk
memperoleh dapatan yang lebih mantap. Cikgu-cikgu kelas lain juga dapat
memanfaatkan dapatan kajian ini dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
mereka. Analisis data yang lebih mantap dapat diaplikasikan dalam kajian kelak
memandangkan terdapat kekurangan dalam penggubalan Borang Google yang
mengakibatkan persembahan data kurang jelas dan menarik.

Data graf 1.0 yang diperoleh melalui analisis automatik borang google menunjukkan
data jantina responden kajian.

Graf 1.0: Data Jantina Responden Kajian

Jadual 3.0: Analisis Data Keseluruhan Borang Google

12/12/2020 Pelajar A 5SA Perempuan sangatsetuju sangatsetuju sangatsetuju
10:50 Pelajar B sangatsetuju sangatsetuju sangatsetuju
Pelajar C 5SA PEREMPUAN
12/12/2020 5SA P setuju setuju Setuju
10:54
sangatsetuju sangatsetuju
12/12/2020 sangatsetuju sangatsetuju
10:54
setuju setuju
12/12/2020 Pelajar D 5SA Perempuan sangatsetuju setuju sangatsetuju
10:54 Pelajar E 5SA Perempuan sangatsetuju sangatsetuju sangatsetuju
Pelajar F 5SA Lelaki
12/12/2020 Pelajar G 5SA Perempuan setuju setuju setuju
10:56 Pelajar H 5SA Lelaki setuju
Pelajar I 5SA Perempuan sangatsetuju
12/12/2020
10:56 setuju

12/12/2020
10:57

12/12/2020
10:59

12/12/2020
10:59

12/12/2020 Pelajar J 5SA Lelaki setuju setuju setuju
11:06 Pelajar K
Pelajar L 5SA Perempuan setuju neutral setuju
12/12/2020 Pelajar M
11:07 Pelajar N 5SA PEREMPUAN setuju setuju setuju
Pelajar O neutral setuju
12/12/2020 Pelajar P 5SA Perempuan setuju sangatsetuju sangatsetuju
11:08 Pelajar Q 5SA Perempuan sangatsetuju
Pelajar R 5SA Lelaki sangat sangat
12/12/2020 Pelajar S 5SA Lelaki sangat setuju setuju
11:10 Pelajar T 5SA Lelaki setuju sangatsetuju sangatsetuju
Pelajar U sangatsetuju
12/12/2020 Pelajar V sangatsetuju sangatsetuju
11:17 Pelajar W sangatsetuju
Pelajar X setuju setuju
12/12/2020 Pelajar Y 5sa p setuju sangatsetuju
11:28 Pelajar Z 5SA Perempuan sangatsetuju neutral
Pelajar AA setuju
12/12/2020 Pelajar BB 5SA PEREMPUAN setuju sangatsetuju setuju
11:31 Pelajar CC sangatsetuju
Pelajar DD sangatsetuju setuju
12/12/2020 Pelajar EE setuju
11:33 Pelajar FF 5SA Lelaki setuju
Pelajar GG setuju
12/12/2020 Pelajar HH 5SA Perempuan setuju setuju
11:33 Pelajar II setuju setuju
Pelajar JJ 5SA Perempuan setuju setuju
12/12/2020 setuju
11:39 5SA Lelaki setuju setuju setuju
sangatsetuju
12/12/2020 5SA Perempuan setuju neutral
11:47 sangatsetuju neutral
5SA Perempuan setuju sangatsetuju
12/12/2020 5SA Perempuan setuju setuju
11:59 neutral setuju
5S A Lelaki neutral neutral
12/12/2020 5SA Perempuan sangatsetuju setuju
12:03 sangat setuju
5SA Lelaki setuju setuju sangat
12/12/2020 5SA Lelaki neutral setuju
12:03 setuju sangatsetuju
5SA LELAKI setuju sangat
12/12/2020 5SA Perempuan sangat setuju sangat
12:17 5SA Perempuan setuju sangatsetuju setuju
5SA Lelaki sangatsetuju sangatsetuju
12/12/2020
12:24 sangat
setuju
12/12/2020
12:42 5SA Lelaki setuju

12/12/2020
12:44

12/12/2020
12:48

12/12/2020
12:48

12/12/2020
12:52

12/12/2020
12:55

12/12/2020
13:25

12/12/2020
13:42

12/12/2020
13:45

12/12/2020
13:46

12/12/2020
15:15

*** Catatan: Oleh sebab terdapat seorang menjawab 2 kali untuk Borang Google maka jumlah bilangan
responden dalam analisis data ialah 36.

Carta 1: Data soalan 1 dalam kajian

Carta 2: Data soalan 2 dalam kajian

Dapatan kajian yang dipaparkan jelas menunjukkan bahawa khidmat e-DBP dapat
membantu mereka menjawab soalan tatabahasa secara tepat samping mendorong
mereka lebih yakin berdepan dengan soalan Tatabahasa tetapi bukan menjawab
berasaskan pengetahuan sedia ada yang tidak berasas. Mereka dapat
mengaksesnya secara kendiri untuk melaksanakan proses pembelajaran kendiri.
Dapatan ini disokong dengan dapatan kajian kepentingan Pembelajaran Akses
Kendiri. Pelajar dapat mengakses Apps Bahasa dan e-DBP untuk menyelesaikan
masalah Tatabahasa mereka tidak kira masa PdPC atau PdPR. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang kovensional berjaya dikikis dan diganti dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran abab ke21. Hasil pembelajaran kendiri yang

berasaskan aplikasi gajet yang menyeronokkan amat memberangsangkan minat
belajar bahasa.

CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA
Dalam kajian ini, pengkaji dapat mengesan perubahan penguasaan tatabahasa
pelajar setelah menggunakan APP Bahasa dan e-DBP. Dalam kajian gelungan yang
kedua, pengkaji ingin meluaskan skop kajian kepada semua murid kelas Sains untuk
memperoleh dapatan yang lebih mantap. Cikgu-cikgu kelas lain juga dapat
memanfaatkan dapatan kajian ini dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
mereka. Analisis data yang lebih mantap dapat diaplikasikan dalam kajian kelak
memandangkan terdapat kekurangan dalam penggubalan Borang Google yang
mengakibatkan persembahan data kurang jelas dan menarik.

RUJUKAN

Awang Sariyan. (2009, Mac).Bahasa yang mengikat perpaduan. Dewan Bahasa dan
Pustaka. 3(9), 11-14.

Awang Sariyan. (2010). Pembuanaan Bahasa Melayu di Luar Nusantara.
Kertas kerja Ceramah Arif Budiman. 31 Julai 2010.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran
Menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kemmis, S & Taggart, R. (1988). The Action Research. Victoria, Astralia: Dekin
University

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Putrajaya, KL:KPM

Liong Yaw Peng, Wong Su Luan, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub & Wong Shu
Ling. (2020).Hubungan di antara strategi pembelajaran dengan literasi
teknologi maklumat dan komunikasi pelajar prasiswazah. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 45 (1): 1-11.

Nik Safiah Karim. (1995). Malay Grammar for Academics and Professionals. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Ashikin Binti Samsudin. Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran
Kendiri Atas Talian (Transport) Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia April, 2009.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Akses Kendiri. Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia Pembelajaran
Akses Kendiri, Pusat Perkembangan Kurikulum

Zainab Abu Bakar, Nur Azzah Abd Rahman, Fazilah Ismail, Azlan Ismail (2004). ICT
Kini. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Zaliza Binti Mohamad Nasir. 2015. Tesis Phd. Penguasaan Tatabahasa Melayu
Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Di IPTA. Fakulti :Bahasa Moden dan
Komunikasi

Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran: Inventori Cara Belajar Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.
(2016). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam
kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38-51.

MODUL BIJAK BM-KOMPETENSI 1 DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN
KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR PERALIHAN

Guru-guru BM Peralihan SMK Nan Hwa

ABSTRAK

Modul Bijak BM terbitan 2020 merupakan sebuah modul hasil daripada usaha sama dalam
kalangan pensyarah-pensayarah IPG Kampus Bahasa Melayu atas mandat daripada Makmal
Bahasa yang bertujuan untuk membantu murid kelas Peralihan yang belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Pelaksanaan Modul Bijak BM
berteraskan tiga elemen iaitu didik hibur (fun learning), berdasarkan kurikulum (curriculum
based) dan berasaskan pemikiran komputasional (computational thinking based). Objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan modul Bijak BM dalam aktiviti kemahiran
membaca dan keberkesanannya. Kajian ini dilaksanakan terhadap 20 orang murid daripada
5 kelas Tingkatan Peralihan. Instrumen kajian ini melibatkan pemerhatian turut serta dan ujian.
Data dianalisis secara analitik dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan Modul Bijak
BMadalah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Impilikasinya,
teknik ini sesuai dilaksanakan secara meluas terhadap pelajar yang tahap penguasaan
mereka TP 1 dan TP 2 untuk kelas Peralihan sekolah lain.

Kata kunci: Modul Bijak BM, kemahiran membaca

PENGENALAN

Kemahiran membaca didefinisikan secara meluas. Atan Long (1978) menyatakan proses
membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang–lambang dan menterjemah lambang–
lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu. Beliau juga menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Manakala Kennedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan),
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini 1999).
Hasnalee Tubah, Zulkifley Hamid (2011) menjelaskan bahawa membaca merupakan aspek
yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua
faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan.
Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam
perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami.

Dalam konteks pengajaran bahasa pula kemahiran membaca adalah merujuk kepada
kemahiran untuk memahami apa yang dibaca atau diistilahkan sebagai kemahiran membaca
dan memahami (Abdul Ghalib Yunus 2001). Membaca merupakan salah satu sumber
pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan
membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada
pembaca (Yahya 2005).

Pemahaman membaca dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu pada
aras mudah, sederhana sehinggalah kepada aras yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong
oleh Dechant (1981), Ismail Zakaria et al. (1992) dan Safiah Osman (1990) yang menekankan
bahawa murid-murid seharusnya menguasai pemahaman membaca pada peringkat yang
paling mudah atau asas sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan pada aras yang lebih
tinggi.

Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah
dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang
akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid-murid yang gagal untuk menyediakan otak
mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang pembaca yang mahir

(Roshotte & Torgeson 1985). Oleh itu, kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas
yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif
kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. (Roselan 2003).

Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa masalah kesukaran membaca dalam
kalangan murid-murid adalah berpunca daripada amalan dan strategi membaca yang
diaplikasikan masih tidak efektif. Dalam kajian ini, kita akan cuba mengupas sejauhmana
tahap pembacaan murid dan bagaimana kita dapat mengatasinya dengan Modul Bijak BM.

FOKUS KAJIAN

Pemilihan modul sebagai jalan penyelesaian masalah membaca kerana penggunaan modul
dalam Pendidikan bukan lagi satu kaedah pengajaran yang baharu di Malaysia. Pendidikan
di Malaysia sudah memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
modul (Ali, Abdullah, & Ab. Rahman, 2019). Bidang pendidikan di Malaysia telah
lama memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul kerana ia
meraih pelbagai kebaikan yang dibuktikan daripada kajian Ali dan Mahamod (2016).
Pengembangan pengetahuan dalam bentuk pedagogi baharu yang dihasilkan dalam bentuk
modul dapat membantu para guru dalam pengajaran yang lebih efisien (Ali & Mahamod,
2016).

Bijak BM satu konsep akronim daripada Belajar Secara Intensif Eja Baca Ikut
Kemajuan Bahasa Melayu. Sebenarnya ini merupakan satu inisiatif #108 Pemartabatan
Pendidikan Bahasa Melayu. Pelaksanaan Bijak BM berdasarkan keputusan Makmal Bahasa
2016 yang dipersetujui oleh Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia
(MPKPM)) Bil. 29/2016. Pada mulanya Program Bijak diletakkan di bawah kendalian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) yang berfokuskan kepada murid sekolah
rendah Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6). Namun mulai tahun 2018, IPG kampus Bahsa Melayu
telah diberi mandate untuk meneruskan Program Bijak BM. Justeru, fokus program ini telah
beralih kepada murid Kelas Peralihan Sekolah Menengah supaya selaras dengan petunjuk
prestasi Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahsa Melayu, iaitu murid berketrampilan
berbahasa Melayu.

Modul Bijak BM konsep asas pelaksanaan program Bijak BM. Modul Bijak BM
merupakan modul hasil gubalan para pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu yang
berfokuskan keperluan pelajar Peralihan. Bertitik tolak daripada konsep penggunaan modul
Bijak BM, diharapkan penguasaan bahasa murid Peralihan dapat diperbaiki melalui tahap
kompetensi yang telah digubal dalam modul ini. Seperti yang diketahui, kecerdasan dan
kebolehan setiap pelajar adalah berbeza. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah
dengan menggunakan modul sebagai bahan pembelajaran (Shaharuddin Bin Md Salleh &
Noor Hanizah Binti Ariffin, 2010). Dalam modul ini, terdapat 4 kompetensi diketengahkan.
Walau bagaimanapun, untuk pelaksanaan kajian ini, pengkaji berfokus kepada kompetensi 1.

Konklusinya, pemilihan modul dalam kalangan murid yang berasaskan konsep kad
imbas dan pelbagai jenis aktiviti didik hibur diyakini dapat menark minat pelajar agar dapat
mempelajari bahasa dengan cara santai yang lebih merelakskan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti cara-cara pelaksanaan Modul Bijak BM-Kompetensi 1 dalam aktiviti
kemahiran membaca.

2. Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan Modul Bijak BM-Kompetensi 1 dalam
aktiviti kemahiran membaca.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah cara-cara pelaksanaan Modul Bijak BM dalam aktiviti kemahiran membaca?
2. Apakah keberkesanan pelaksanaan Modul Bijak BM dalam aktiviti kemahiran

membaca?

PESERTA KAJIAN
Peserta kajian merupakan sekumpulan individu yang tahap penguasaan membaca mereka
adalah sangat minimum, iaitu tahap 1 dan 2. Kumpulan ini bakal menyumbang banyak
maklumat dari segi maklum balas dan pandangan terhadap kajian ini. (Creswell dan John
Creswell, 2018). Oleh itu, pengkaji telah menyasarkan 5 kelas Peralihan yang dalam
kalangan muridnya hanya mencapai tahap penguasaan 1 dan 2. Seramai 20 murid daripada
5 kelas Peralihan yang berbeza dipilih sebagai peserta kajian dengan berasaskan tahap
penguasaan mereka.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Jadual 1.0
Pemetaan Langkah Pelaksanaan Kajian Modul Bijak BM

Langkah Aktiviti
Sebelum Sebelum PdP memperkenalkan Modul Bijak BM, satu ujian pra kemahiran
membaca dijalankan.

Semasa Modul Bijak BM-Kompetensi 1 diperkenalkan kepada 20 orang murid
(3 minggu) Tingkatan Peralihan.
Murid didedahkan kemahiran-kemahiran dalam Modul Bijak BM-
Kompetensi 1. (kemahiran rujuk lampiran)
Dalam pelaksanaan setiap aktiviti yang telah disenaraikan, konsep motivasi
berprestasi turut diterapkan bagi merangsangkan minat murid untuk belajar
kemahiran membaca.

Selepas Selepas intervensi Modul Bijak BM-Kompetensi 1 dilaksanakan, ujian
pasca kemahiran membaca dijalankan.

Pemetaan ini merangkan proses pelaksanaan kajian Modul Bijak BM dengan teliti. Inovasi
yang diketengahkan dalam Modul Bijak BM-Kompetensi 1 mampu memenuhi keperluan
kemahiran membaca. Bukan itu sahaja, murid turut terhibur apabila mereka menjalani aktiviti-
aktiviti yang berkenaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bersama dengan rakan
dan guru.

Dengan Modul Bijak BM, murid diharapkan dapat membaca dengan mengeja kata,
menyebut kata dengan suara yang jelas, menyebut kata dengan intonasi yang betul dan
menyebut kata dengan nyaring. Murid sekurang-kurangnya dapat mengeja dan membaca
perkataan 2 dan perkataan 3 suku kata. Dapat disimpulkan bahawa Modul Bijak BM berkesan
untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid daripada TP 1 ke TP 2.

Rajah 1 menunjukkan prosedur penggunaan inovasi ini iaitu Modul Bijak BM yang
mengetengahkan unsur didik hibur seperti nyanyian dan permainan. Prosedur ini mampu
membantu guru merancang dan mengimplementasikan teknik ini dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Berdasarkan Modul Bijak BM-Kompetensi 1, aktiviti menguasai asas kemahiran
membaca merupakan aktiviti yang diterapkan. Kemahiran membaca memerlukan murid
menguasai asas fonetik agar mereka dapat beralih ke proses bacaan yang seterusnya
sehinggakan mereka dapat menyelami proses semantik seperti menambah perbendaharaan

kata, menggunakan perbendaharaan kata dalam konteks ayat yang mudah, membaca ayat
tunggal dan ayat majmuk, menggabungkan ayat-ayat tunggal dengan kata hubung, membaca
ayat majmuk gabungan dan menulis ayat tunggal. Kesemua aspek terangkum dalam Modul
Bijak BM untuk kompetensi seterusnya, iaitu kompetensi 2 hingga 4.

Modul Bijak BM-Kompetensi 1

Sebelum Semasa Selepas

Rajah 1: Prosedur Penggunaan Modul Bijak BM Kompetensi 1

Sebagai permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mendedahkan pelbagai
jenis kemahiran bahasa kepada pelajar, yang paling asasnya untuk pelajar Peralihan ialah
kemahiran membaca. Namun didapati bahawa dalam kalangan pelajar Peralihan, ada dalam
kalangan mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Isu ini telah menjadi
kekangan yang besar kepada pengkaji untuk meneruskan aktiviti bahasa seperti yang
terkandung dalam KSKP.

Demi mengatasi masalah ini, inovasi dalam Modul Bijak BM-Kompetensi 1 telah
menerapkan elemen didik hibur seperti nyanyian dan permainan dalam proses pendedahan
kemahiran membaca. Nyanyian dan permainan merupakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam minda murid selain
belajar dengan cara yang merelakskan.

Semasa proses membaca, pemikiran komputasional (computational thinking)
dipraktikkan. Teknik nyanyian yang diketengahkan dalam Modul Bijak BM bertepatan dengan
salah satu peringkat komputasional, iaitu memformulakan masalah (pengabstrakan). Lagu
Gong Xi Fa Cai yang mendekati budaya pelajar Peralihan yang berkaum Cina dapat
membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan lebih berkesan lagi. Lebih-lebih
lagi, tempoh masa proses pelaksanaan jatuh pada bulan sambutan Tahun Baharu Cina.
Rumus daripada lagu ini secara tidak langsung telah membantu pelajar menguasai kemahiran
membaca. Konsep motivasi berprestasi telah diaplikasikan dengan konsep kalender berkotak
Hari Natal agar pelajar dapat merasai diri mereka dihargai dan mereka dapat merai
keseronakan mempejari bahasa sepanjang proses pembelajaran. Pendekatan ini merupakan
suntikan pengglak kepada Modul Bijak BM.

Selepas proses membaca, aktiviti mempraktikkan kemahiran membaca dapat
diteruskan oleh pelajar tanpa panduan guru secara langsung. Mereka dapat
mempraktikkannya dari semasa ke semasa. Terbuktilah bahawa Modul Bijak BM-Kompetensi
1 yang mengetengahkan penerapan elemen didik hibur dan permainan diyakini dapat
membantu murid meningkatkan tahap kemahiran mereka.

DAPATAN KAJIAN

Perbincangan berikut bermotif untuk menjawab soalan kajian. Perbincangan ini adalah
berpandukan dapatan yang dikumpul semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca berpandukan Modul Bijak BM. Terdapat dua acara
pengumpulan data, iaitu pemerhatian turut serta dan skor ujian.

(i) Analisis Pemerhatian
Bahagian ini menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu “apakah cara-cara pelaksanaan
Mddul Bijak BM-Kompetensi 1 dalam aktiviti kemahiran membaca?”. Jadual berikut

menunjukkan pemerhatian pelaksanaan Mddul Bijak BM-Kompetensi 1 dalam aktiviti

kemahiran membaca.

Jadual 2.0
Jadual Analisis Pemerhatian Pelaksanaan Mddul Bijak BM-Kompetensi 1

Langkah Pemerhatian Refleksi
Sebelum Murid mengimplementasikan
aktiviti berasaskan kemahiran Secara keseluruhannya, murid
Semasa untuk menguasai kemahiran
membaca. dapat membaca dengan dua suku
Selepas
Murid membaca dengan kata, tiga suku kata dengan
berpandukan kaedah fonik,
kaedah pandang sebut dan kaedah fonik, pandang sebut dan
nyanyian lagu.
Murid mempraktikkan nyanyian.
kemahiran membaca dengan
kaedah pandang sebut dan Aktiviti ini berjalan lancar. Murid
nyanyian lagu.
dapat membaca dengan kaedah

fonik, kaedah pandang sebut dan

nyanyian lagu.

Aktiviti berasaskan kemahiran

memaparkan keberkesanan

Modul Bijak BM-Kompetensi 1

dalam meningkatkan kemahiran

membaca murid.

Kajian ini menggunakan Modul Bijak BM-Kompetensi 1. Berdasarkan permerhatian yang
dijalankan, pengkaji mendedahkan teknik didik hibur dalam modul ini, iaitu teknik nyanyian
dan permainan kepada murid. Seterusnya, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian
mampu menerapkannya untuk istilah lain daripada istilah yang diketengahkan dalam modul
setelah rangsangan yang postif diberikan oleh pelajar.

Modul Bijak BM-Kompetensi 1 amat mesra penggunaannya dan dapat dipraktikkan
secara mudah oleh pengkaji untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca murid. Irama
lagu dan keseronokan permainan bahasa dalam Modul Bijak BM-Kompetensi 1 telah
memudahkan agar pengkaji mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan kemahiran membaca murid.

(ii) Analisis Perubahan Tingkah Laku

Bahagian ini menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu “apakah keberkesanan pelaksanaan
Modul Bijak BM-Kompetensi 1 dalam meningkatkan kemahiran membaca murid ditafsir
sebanyak dua kali, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dijalankan sebelum Modul Bijak
BM-Kompetensi 1 diperkenalkan manakala ujian pasca dijalankan selepas Modul Bijak BM-
Kompetensi 1 didedahkan. Penskoran berasaskan penguasaan TP pelajar.

Jadual 3.0
Jadual Analisis Perubahan Peratusan Tahap Penguasaan 1 dan 2

Tahap Penguasaan Pra (%) Pasca (%)
TP 1 25 5
TP 2 75 95

Perubahan Peratusan Tahap Penguasaan 1 dan 2

100 Pasca (%)
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Pra (%)

TP 1 TP 2

Graf 1: Perubahan Peratusan Tahap Penguasaan 1 dan 2

Dapatan menunjukkan peningkatan penguasaan TP dalam kemahiran membaca murid.
Jumlah murid berada pada tahap penguasaan TP 2 bertambah daripada 15 orang pelajar
hingga 19 orang pelajar. Peratusan menunjukkan 95% pelajar dapat menguasai tahap
membaca TP 2. Keberkesanan kemahiran membaca juga menampakkan perubahan pada
setiap peringkat.

Berdasarkan dapatan kajian ini, Modul Bijak BM-Kompetensi 1 berkesan kerana murid
menunjukkan minat yang tinggi semasa kaedah didik hibur diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar. Lebih-lebih lagi, inisiatif pelajar untuk belajar
bertambah apabila kaedah yang lebih menyenangkan didedahkan kepada mereka. Amalan
baik ini dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah atau luar bilik darjah bagi meningkatkan lagi
penguasaan kemahiran membaca.

REFLEKSI
Pada dasarnya, Modul Bijak BM-Kompetensi 1 digunakan untuk murid Tingkatan Peralihan
sahaja. Namun sebenarnya penggunaannya dapat diperluaskan lagi untuk kelas-kelas hujung
Tingkatan 1 yang terdapat juga pelajar yang masih tidak dapat menguasai kemahiran bahasa
dalam bahagian kompetensi 3 dan 4. Amalan baik ini dapat dipratikkan bukan sahaja dengan
murid Tingkatan Peralihan tetapi juga murid Tingkatan 1.

Namun dengan kerjasama guru-guru Peralihan, Modul Bijak BM-Kompetensi 1 telah
ditambah baik agar lebih sesuai untuk dipraktikkan dengan murid-murid. Pendedahan bukan
sahaja dilakukan kepada guru-guru BM yang mengajar tetapi juga melibatkan guru pelatih
dan guru ganti. Guru-guru yang telah diberi pendedahan penggunaan Modul Bijak BM oleh
penyelaras Program bijak kasih BM.

Akhirnya, inovasi teknik seperti ini haruslah disebarkan kepada guru-guru mahupun
ibu bapa sepertimana yang telah dicadangkan oleh Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran,
Encik Marzuki. Perkogsian ini bukan sahaja dapat membantu pengajaran dan pembelajaran
di sekolah malah turut dipraktikkan di rumah. Pendek kata, kemahiran membaca anak mampu
dipertingkatkan.

RUMUSAN
Sebagai rumusan, Modul Bijak BM-Kompetensi 1 berkesan dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid khususnya dalam bidang membaca. Dapatan kajian dan perbincangan kajian
telah berjaya menjawab dua objektif dan dua soalan kajian yang telah ditetapkan sejak
bermulanya kajian ini. Kompetensi 1 yang diketengahkan dalam projek ini boleh diteruskan
lagi dengan kompetensi-kompetensi lain dalam Modul Bijak BM memandangkan kompetensi
1 telah jelas memperlihatkan keberkesanannya. Modul Bijak BM harus disebar luas dalam
kalangan warga pendidik Daerah Manjung khususnya sekolah yang melibatkan kelas
Peralihan. Akhirulkalam, memanfaatkan Modul Bijak BM untuk kepentingan bersama.

RUJUKAN

Kamisah Buang. (2013). Pembangunan dan pengujian modul intervensi membaca Bahasa
Melayu prasekolah berbantukan multimedia. Tesis Dr. Falsafah Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Masnan, A. H., & Mohd Radzi, N. M. (2015). Pengetahuan persediaan pengajaran guru
prasekolah baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 4, 90-108.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/848

Majita Ahmad Sultan,Abdul Halim Masnan, Noor Aizal Akmal Rohaizad, &MadIthnin Salleh.
(2016). Tahap pemahaman kanak-kanak terhadap konsep bentuk dalam lukisan.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5, 61-77.

Mohamed Noor Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, &
Qismullah Yusof. (2016). Penerapan nilai rasionalisme dan objektisme dalam
pengajaran guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik
Malaysia,6(2), 85-108.

Brodin, J., & Reinblad, K. (2014). Reflections on the revised National Curriculum for
preschool in Sweden –interviews with the heads. Journal of Early Child Development
and Care, 184(2), 306-321.

Penggunaan modul sebagai bahan PdP dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran (Piyanuch Phutkaew, 2014; Nur Aisyah Mohamad dan Zamri
Mahamod, 2012). Malah, penggunaan modul juga dapat memberi kesan dalam
proses pembelajaran secara lebih positif dan aktif.

Piyanuch Phutkaew. (2014). Development of a reading strategy model for learners of
English as a foreign language.Diaksesdaripada
http://digital_collect.lib.buu.ac.th/ojs/ index.php/huso2/issue/view/445. Pada 23 Ogos
2014.

Nur Aisyah Mohamad dan Zamri Mahamod. (2012). Persepsi pelajar terhadap aplikasi
perisian multimedia dalam pembelajaran Komsas Bahasa Melayu tingkatan 1.Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu,2(1): 1-16.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua.
Selangor: Karisma Publications.

Pembangunan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (Mpk) Kimia Tingkatan Empat :
Asid Dan Bes Shaharuddin Bin Md Salleh & Noor Hanizah Binti Ariffin Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2010

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long. (1978). Menguji kemahiran bahasa: Prinsip, teknik dan contoh. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kennedy G.M. (1981). Language Two. London. Oxford University Press.
Marohaini Yusoff. (1999). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di

Sekolah Menengah: Satu Penilaian Kualitatif. Pertanika Journal of Social Sciences &
Humanities, 5 (2). pp. 65-71.
Hasnalee Tubah, Zulkifley Hamid. Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca Dan

Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid Linus (. E In. Uence Of Demography On
Reading And Comprehension Skills Of Linus Pupils). Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47.
Rashotte, C.A. & Torgeson, J.K 1985. Repeated reading and reading fl uency in learning
disabled children. Reading Research Quarterly (20):180-188.
Ismail Zakaria, Safi ah Othman dan Elly Chong. 1992. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR:
Jilid 3. Institut Bahasa Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifley Hamid. 1990. Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan Behavioris.
Dewan Bahasa 34(5):326-331
Sapiah Osman. 1990. Pendekatan metakognitif - Satu perspektif baru. Pelita Bahasa 9,30-3.
Dechant, E. 1981. Diagnosis and Remediation of Reading DisabilitiesEaglewood
Cliffs : Prentise Hall.
Abdul Ghalib Yunus. 2001. Penggunaan Soalan Dalan Pengajaran Kefahaman Membaca.
Dewan Bahasa 1(12):7-14.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Lampiran 1: Gambar-gambar Pelaksanaan



Lampiran 2:

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PROGRAM BIJAK BM - MODUL 1
Membaca - dua suku kata
Membaca - tiga suku kata
Mengeja dan menyebut suku kata berdasarkan kad suku kata
Menyanyi lagu dua suku kata dengan irama Gong Xi Fa Cai
Kaedah pandang sebut - menyebut sambil menyanyi
Kaedah Fonik - membunyikan vokal (a,u)
Kaedah Fonik - gabung bunyi
Kaedah pandang sebut berpandukan gambar.
Kaedah pandang sebut - benda di dalam kelas


































Click to View FlipBook Version