The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-kolokium 2021, 2021-01-09 21:30:22

Prosiding e-kolokium Pendidikan Sains 2021

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Keywords: Prosiding,e-kolokium,pendidikan sains

 Perempuan 62 53.9

Tahun: 35 31.0
 Empat 45 39.0
 Lima 35 30.0
 Enam

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tahap pengetahuan, sikap dan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar di
kawasan kajian

Berdasarkan analisis berkaitan tahap pembudayaan amalan kitar semula dalam kalangan
pelajar, majoriti pelajar tahap dua di sekolah ini mempunyai tahap pembudayaan amalan kitar
semula yang sederhana iaitu 74.78% manakala 25.21% daripada pelajar ini mempunyai tahap
kitar semula yang tinggi dan tiada pelajar yang mempunyai tahap kitar semula yang rendah.

JADUAL 2. Tahap amalan pembudayaan kitar semula pelajar tahap dua

Tahap amalan Jumlah Skala Bilangan (N) Peratus (%)

pembudayaan kitar semula Skor

pelajar

Rendah 1-21 1 0 0

Sederhana 22-43 2 86 74.78

Tinggi 44-65 3 29 25.21

Dapatan jadual 2 di atas menunjukkan bahawa pelajar tahap dua ini mempunyai tahap amalan
kitar semula yang sederhana sahaja disebabkan amalan kitar semula yang dilakukan oleh
mereka sekali sahaja dalam sebulan sewaktu berada di sekolah. 54 orang pelajar tahap dua
dalam kajian ini bersetuju bahawa mereka melakukan aktiviti kitar semula ini hanya sekali
dalam sebulan apabila berada di sekolah. Walaupun tidak melakukan amalan kitar semula ini
secara kerap dalam seminggu di sekolah, para pelajar tahap dua ini dianggap mempunyai
kesedaran yang baik akan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan kitar semula.

JADUAL 3. Tahap pengetahuan kitar semula pelajar tahap dua

Tahap pengetahuan kitar Jumlah Skala Bilangan (N) Peratus (%)

semula pelajar Skor

Rendah 1-13 1 1 0.87

Sederhana 14-27 2 16 13.91

Tinggi 28-40 3 98 85.22

Merujuk kepada jadual 3 di atas, tahap pengetahuan pelajar tahap dua di sekolah luar bandar
ini adalah sangat tinggi iaitu seramai 98 orang pelajar (85.22%) yang berpengetahuan baik
mengenai kitar semula disebabkan penggunaan media cetak yang bagus dalam kalangan
mereka. Seramai 64 orang pelajar dalam kajian ini bersetuju bahawa penggunaan buku,
majalah dan surat khabar merupakan antara sumber utama bagi mereka untuk mendapatkan
maklumat mengenai kitar semula. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh
Giovanni dan Sabino pada tahun 2010, iaitu mereka berpendapat bahawa penggunaan pelbagai
jenis media massa ini sebenarnya mampu mengubah pengetahuan serta kesedaran seseorang
individu mengenai kitar semula. Kajian mengenai media massa yang dijalankan oleh Jamilah
et al. 2011 juga mendapati bahawa pengetahuan, amalan dan sikap seseorang dapat
dipertingkatkan sekiranya didedahkan dengan penggunaan media massa ini. Penyebaran

492

maklumat mengenai kitar semula menjadi semakin mudah malah pelajar juga dapat
mempertingkatkan pengetahuan mereka mengenai kitar semula.

JADUAL 4. Sikap pelajar tahap dua mengenai kitar semula

Sikap pelajar mengenai Jumlah Skala Bilangan (N) Peratus (%)

kitar semula Skor

Rendah 1-8 1 1 0.87

Sederhana 9-17 2 29 25.22

Tinggi 18-25 3 85 73.91

Secara keseluruhan, responden dalam kajian ini juga mempunyai sikap yang baik terhadap
kitar semula. Seramai 85 orang pelajar iaitu 73.91% daripada mereka mempunyai tahap sikap
yang tinggi terhadap kitar semula. Majoriti daripada mereka menyatakan bahawa mereka suka
menggunakan tong sampah kitar semula yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Dapatan
ini selari dengan dapatan Asmawati et al. (2012) yang menyatakan bahawa seiring dengan
kewujudan tahap pengetahuan yang baik oleh para pelajar mengenai kitar semula, sikap yang
baik terhadap alam sekitar juga dapat mempengaruhi perwatakan pelajar.

Perbezaan signifikan terhadap tahap amalan kitar semula pelajar berdasarkan jantina

JADUAL 5. Keputusan Ujian T (Independent sample T-test) ke atas tahap amalan kitar semula
pelajar berdasarkan jantina

Jantina N Min Nilai t df Sisihan p
piawai
Lelaki 53 40.0943 -1.983
Perempuan 62 41.7581 113 4.74449 0.05

4.24915

Berdasarkan analisis data dalam jadual 5, terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap

amalan kitar semula pelajar berdasarkan jantina mereka. Ujian T (Ujian T Bebas)
menunjukkan nilai p=0.05. Didapati nilai t juga adalah -1.983. Keputusan ujian adalah
signifikan (t=-1.983, df=113,p=0.05, p<0.05). Hipotesis nul dalam ujian ini ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan
perempuan terhadap tahap amalan kitar semula mereka. Nilai perbezaan min (-1.66372)
menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih berupaya memiliki tahap amalan kitar semula
yang baik berbanding dengan pelajar lelaki. Hal ini disokong oleh (Bentol et al., 1994) yang
menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai kefahaman dan kesedaran yang lebih
tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Penglibatan pelajar perempuan dalam pengurusan
pengasingan bahan kitar semula ini dapat dilihat apabila cara mereka menguruskan sisa
sampah ini selari dengan rutin kebiasaan mereka dalam menguruskan dan menjalankan
kehidupan seharian di rumah serta di sekolah. Teori gender role yang diperkatakan oleh Kidder
& McLean pada tahun 2001 juga bertepatan dengan keputusan kajian ini apabila mereka
menyatakan bahawa perilaku pelajar perempuan yang lebih sensitif dan beremosi boleh
mempengaruhi tingkah laku mereka terhadap amalan kitar semula.

Hubungan antara faktor pengetahuan pelajar dengan tahap amalan kitar semula

JADUAL 6. Keputusan Ujian Korelasi antara faktor pengetahuan pelajar dengan tahap amalan kitar
semula

493

Pembolehubah Tahap Pembudayaan

Bebas Kitar Semula Pelajar

Faktor rp

Pengetahuan 0.135 0.15
Pelajar

**Signifikan pada aras 0.05

Faktor pengetahuan dalam kajian ini tidak mempengaruhi tahap amalan kitar semula pelajar
dengan nilai p>0.05. Dapatan ini bercanggah dengan dapatan kajian Margaret Banga pada
tahun 2011 yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor
pengetahuan dengan tahap amalan kitar semula pelajar. Ujian korelasi Pearson telah digunakan
bagi menguji hipotesis untuk menjelaskan sama ada wujud perkaitan antara faktor pengetahuan
pelajar dengan tahap amalan kitar semula mereka. Keputusan ujian Korelasi Pearson pada
jadual 6 mendapati nilai r=0.135 yang tidak signifikan di mana p=0.15, (p>0.05). Hipotesis
nul ini diterima, iaitu tidak wujud perkaitan yang signifikan antara faktor pengetahuan dengan
tahap amalan kitar semula mereka. Dapatan kajian ini selaras dengan hasil kajian (Mah Hassan
et al. 2017) yang menyatakan bahawa walaupun tahap pengetahuan kitar semula pelajar adalah
tinggi, namun tanggungjawab mereka terhadap kitar semula masih lagi rendah. Hasil dapatan
kajian ini juga menunjukkan walaupun pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
mengenai kitar semula, budaya kitar semula dalam kalangan mereka masih lagi berada pada
tahap yang sederhana. Hal ini mungkin disebabkan oleh para pelajar tahap dua ini terpengaruh
dengan keadaan di persekitaran mereka sendiri. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Bratt
(1999) yang mengatakan bahawa remaja cenderung untuk mengamalkan kitar semula jika
rakan sebaya mereka turut mengamalkan kitar semula ini. Malah, responden 5 dalam sesi
temu-bual sewaktu kajian juga mengatakan “ Kalau saya…untuk galakkan saya jadi rajin
mengamalkan kitar semula ni, saya perlukan sokongan dan persepakatan dari orang lain jugak,
sebab..saya mudah terikut dengan rakan-rakan sebenarnya, kalau saya lihat kawan saya pun
buat kitar semula, saya mungkin akan turut ikut amalan mereka tu jugak”. Hasil dapatan ini
jelas menunjukkan responden sememangnya mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka.

Hubungan antara faktor sikap pelajar dengan tahap amalan kitar semula

JADUAL 7. Keputusan Ujian Korelasi antara faktor sikap pelajar dengan tahap amalan kitar semula

Pembolehubah Tahap Pembudayaan
Bebas Kitar Semula Pelajar

Faktor Sikap rp
Pelajar
0.321 0.00

**Signifikan pada aras 0.05

Berdasarkan jadual 7, keputusan kajian mendapati nilai r=0.321, p=0.000 <0.05. Oleh itu,
hipotesis nul ini ditolak. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat perhubungan antara sikap
pelajar dengan tahap amalan kitar semula mereka, tetapi perhubungannya lemah. Nilai r=
0.321 yang rendah menunjukkan bahawa sikap pelajar dan tahap amalan kitar semula pelajar
mempunyai hubungan yang lemah.

Analisis diteruskan dengan ujian regressi pelbagai bagi mengenal pasti perubahan
dalam dua atau lebih faktor dalam kajian ini. Faktor (pemboleh ubah bebas) menyumbang
kepada perubahan dalam suatu pemboleh ubah bersandar. Faktor yang mempengaruhi
(pemboleh ubah bebas) ialah faktor pengetahuan dan sikap pelajar menyumbang kepada
perubahan tahap amalan kitar semula pelajar (pemboleh ubah bersandar). Regressi ini

494

menamakan pemboleh ubah bebas sebagai pemboleh ubah peramal manakala pemboleh ubah
bersandar sebagai pemboleh ubah kriterion.

JADUAL 8.Jadual model regressi bagi pemboleh ubah yang diterima

Model Pemboleh R Kuasa dua R Kuasa dua Ralat piawai
1 ubah 0.321 0.103 terselaras 4.31979

diterima 0.095
Sikap Pelajar

Berdasarkan jadual di atas, pemboleh ubah peramal kedua iaitu sikap pelajar yang
dimasukkan dalam model regressi.

JADUAL 8.1.Jadual regressi pelbagai berdasarkan ANOVA

Model Jumlah df Min kuasa F Sig.
.000
kuasa dua dua

1. Regressi 242.347 1 242.347 12.987

2. Residual 2108.644 113 18.661

3. Jumlah 2350.991 114

Nilai R menunjukkan korelasi antara pembolehubah kriterion dan pembolehubah peramal kedua, sikap
pelajar .321. Perubahan dalam pembolehubah peramal kedua, sikap pelajar menyumbang kepada
perubahan dalam pemboleh ubah kriterion apabila digabungkan dengan peramal pertama iaitu
pengetahuan pelajar. Nilai R² sebanyak 0.103 menunjukkan 10.3% perubahan dalam pembolehubah
kriterion (tahap amalan kitar semula pelajar) disebabkan oleh perubahan akibat daripada gabungan
kedua-dua pembolehubah peramal.

JADUAL 8.2.Jadual regressi pelbagai berdasarkan Ujian T

Model Pekali tidak piawai Pekali piawai t Sig.

B Ralat piawai Beta .000
.000
1. Pemalar 32.517 2.386 13.63

Sikap .439 .122 .321 3.604

pelajar

Keputusan ujian t menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan antara variabel peramal
kedua, faktor sikap pelajar dan variabel kriterion pada p<.05.

JADUAL 8.3.Jadual regressi pelbagai yang menunjukkan pemboleh ubah yang tidak dimasukkan

Model Beta in t Sig. Korelasi Statistik
-.488
separa kollinear

Tolerans

Pengetahuan -.052 .627 -.046 .714
pelajar

Berdasarkan jadual 8.3, pemboleh ubah peramal pertama iaitu, pengetahuan pelajar tidak
dimasukkan ke dalam model regressi. Keputusan analisis menunjukkan pemboleh ubah
tersebut tidak signifikan pada p<.05.

Analisis data menunjukkan perubahan dalam pembolehubah peramal pertama,
pengetahuan pelajar tidak menyumbang kepada perubahan dalam pemboleh ubah kriterion
apabila dikombinasikan dengan pemboleh ubah peramal kedua, sikap pelajar. Namun

495

sebaliknya perubahan dalam pemboleh ubah peramal kedua menyumbang kepada perubahan
dalam pemboleh ubah kriterion apabila digabungkan dengan pemboleh ubah peramal pertama.
Analisis di atas menunjukkan bahawa korelasi antara pemboleh ubah kriterion dan kombinasi
linear antara kedua-dua pemboleh ubah peramal ialah 0.321. Nilai R² yang bersamaan dengan
0.103 menunjukkan bahawa 10.3% sahaja perubahan dalam pemboleh ubah kriterion (tahap
amalan kitar semula pelajar) adalah disebabkan oleh perubahan dalam pemboleh ubah peramal
kedua, iaitu sikap para pelajar.

Keputusan ini jelas memberi implikasi kepada pelajar tahap dua di sekolah tersebut,
walaupun mereka mempunyai tahap amalan kitar semula yang sederhana sahaja, namun sikap
para pelajar yang baik dan positif terhadap kitar semula ini sedikit sebanyak telah
menyumbang kepada perubahan dari segi amalan kitar semula pelajar yang memuaskan. Hal
ini boleh dikaitkan dengan hasil dapatan temu bual daripada responden 3 yang mengatakan
“Kalau diberi peluang, mungkin saya akan buat kitar semula, cuma tak selalu. Sebab, sekiranya
ada masa sahaja saya akan buat, jika tiada masa dan nak cepat, saya lagi senang buang sampah
secara sekaligus je”. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan responden sememangnya
mempunyai sikap positif terhadap kitar semula, namun masih lagi kurang membudayakan
amalan kitar semula ini.

Dapatan Kajian Temu Bual

Hasil analisis temubual melalui proses pengkodan telah menunjukkan dua tema utama iaitu
persepsi positif dan persepsi negatif pelajar tahun enam terhadap amalan kitar semula.
Kategori, sub kategori, kod dan kekerapan persepsi positif dan negatif pelajar ditunjukkan
dalam jadual 1 dan jadual 2 di bawah.

JADUAL 9. Menunjukkan kategori, subkategori, kod dan kekerapan persepsi positif

Kategori Subkategori Kod Kekerapan
Pengurusan (PG)
Bantu urus sisa sampah. PG1 20
Pastikan sisa sampah dibuang dengan PG2 14
sistematik.
Supaya sampah tidak dibuang merata-rata. PG3 8

Kawasan Persekitaran Kawasan jadi bersih. KP1 18
(KP) Tidak berlaku pencemaran. KP2 14
Penyelesaian Masalah Masalah sampah dapat diselesaikan. PM1 20
(PM)
Tanggapan(TN) Kitar semula mudah untuk dilaksanakan. TN1 14
Amalan kitar semula membawa kebaikan. TN2 14

JADUAL 10. Menunjukkan kategori, subkategori, kod dan kekerapan persepsi negatif

Kategori Subkategori Kod Kekerapan

Sikap Negatif Murid Malas. SM1 7
SM2 7
(SM) Tidak Berdisiplin.

496

Norma Sosial (NS) Pengaruh Rakan. NS1 6
Pengaruh Keluarga. NS2 5
Pengaruh Orang Sekeliling. NS3 5

Hasil analisis temu bual dengan enam orang pelajar tahun enam dalam kajian ini telah
menunjukkan bahawa pelajar tahap dua ini mempunyai persepsi positif dan negatif terhadap
amalan kitar semula. Melalui dapatan temu bual, pelajar beranggapan bahawa amalan kitar
semula dapat membantu mereka dalam menguruskan sisa sampah dan mampu menyelesaikan
masalah sampah sarap yang teruk. Dapatan ini sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh
Muhamad Azahar & Norizan (2014) serta Pichtel (2005) yang mengatakan bahawa
pelaksanaan aktiviti kitar semula sebenarnya banyak memberi kemudahan dalam
mengurangkan kuantiti sisa pepejal di tapak pelupusan. Keputusan ini juga membuktikan
bahawa kebanyakan pelajar tahun enam ini sememangnya sudah boleh memahami serta dapat
berfikir secara logik mengenai manfaat apabila mengamalkan kitar semula. Perkara ini
dijangka berkaitan dengan Teori Perkembangan Robert Havinghurst yang menyatakan bahawa
kanak-kanak pada usia 6 sehingga 12 tahun sudah boleh untuk menguasai beberapa kemahiran
tertentu seperti membaca, mengira dan menulis. Malah, Teori Piaget juga turut menjelaskan
bahawa kanak-kanak yang berusia 11 tahun ke atas sudah dapat berfikir secara logik dengan
membentuk fikiran mereka secara abstrak dan menunjukkan hipotesis serta sesuatu prinsip
dalam menyelesaikan masalah. Dapatan ini menunjukkan bahawa dengan menguasai beberapa
kemahiran seperti membaca dan berfikir secara logik dengan baik, pelajar tahun enam ini dapat
menyatakan persepsi positif mereka mengenai manfaat mengamalkan kitar semula semasa
temu-bual.
Pelajar dalam penyelidikan ini juga bersetuju bahawa dengan mengamalkan budaya kitar
semula, sesuatu kawasan akan menjadi bersih dan teratur. Malah, mereka juga berpendapat
bahawa kegiatan kitar semula ini sebenarnya mudah untuk dilaksanakan , malah banyak
manfaat yang dapat diperolehi sekiranya mengamalkan kitar semula ini. Mereka turut
berpendapat bahawa dengan mengamalkan kitar semula, sisa sampah dapat dibuang dengan
lebih sistematik, pencemaran tidak akan berlaku, sampah tidak dibuang merata-rata malah
persekitaran akan kelihatan bersih dan terurus. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar
sememangnya mempunyai pengetahuan yang baik mengenai kitar semula. Hasil dapatan juga
menunjukkan bahawa responden percaya bahawa amalan kitar semula boleh membanu mereka
menyelesaikan masalah pembuangan sisa sampah.
Namun, walaupun pelajar mempunyai pengetahuan yang baik mengenai kitar semula, analisis
temu bual telah mendapati bahawa walaupun responden dalam penyelidikan ini bersetuju
mengenai kebaikan mengamalkan aktiviti kitar semula, namun berdasarkan jawapan temu bual
mereka, terdapat beberapa tanggapan negatif yang telah dinyatakan. Terdapat responden yang
mengakui bahawa mereka juga mempunyai sikap negative seperti malas dan kurang disiplin
untuk membudayakan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini merupakan satu
amalan yang baik dan terpuji. Namun, untuk mempraktikkannya secara konsisten adalah agak
sukar. Dapatan ini selari dengan dapatan penyelidikan oleh Mior Amran Noor & Azhar (2013)
yang mendapati bahawa walaupun pelajar mempunyai pengetahuan asas yang baik mengenai
kitar semula, namun para pelajar tidak semestinya rajin dan berdisiplin untuk terus konsisten
melaksanakan kitar semula ini. Faktor norma social seperti pengaruh dari rakan sebaya,
keluarga dan orang sekeliling sebenarnya telah menghalang pelajar dalam penyelidikan ini
untuk konsisten mengamalkan aktiviti kitar semula. Hal ini dapat dibuktikan apabila salah
seorang responden 3 menyatakan “ Mungkin sebab ramai orang tak amalkan kitar semula kot,
saya pun jadi tak terikut. Tapi, saya tahu yang kitar semula ni sebenarnya memang bagus”.

497

Responden 5 juga menyatakan perihal yang sama “ Kalau saya…untuk galakkan saya jadi rajin
mengamalkan kitar semula ni, saya perlukan sokongan dan persepakatan dari orang lain jugak,
sebab..saya mudah terikut dengan rakan-rakan sebenarnya, kalau saya lihat kawan saya pun
buat kitar semula, saya mungkin akan turut ikut amalan mereka tu jugak”. Dapatan temu bual
daripada para responden ini jelas menunjukkan bahawa bahawa pelajar sangat mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Hasil kajian yang dijalankan oleh Gamba & Oskamp
(1994) juga turut menunjukkan bukti yang sama iaitu remaja cenderung untuk mengamalkan
kitar semula jika rakan sebaya mereka melakukan hal yang sama. Namun, mereka akan
membatalkan hasrat tersebut jika orang lain di sekeliling mereka tidak mengamalkan kitar
semula.

KESIMPULAN

Berdasarkan data yang telah dianalisis, pelbagai usaha perlu dipertingkatkan untuk
menimbulkan kesedaran dan memberikan lebih banyak pendedahan kepada pelajar mengenai
peranan dan kepentingan amalan kitar semula. Antara usaha yang boleh dilaksanakan ialah
melalui pelaksanaan kempen kitar semula di sekolah seperti yang dicadangkan oleh seorang
pelajar dalam penyelidikan ini. Penyebaran maklumat mengenai kitar semula melalui iklan,
template, ceramah serta menerangkan mengenai kebaikan dan keburukan kitar semula juga
adalah perlu untuk dilaksanakan sewaktu perhimpunan pagi di sekolah. Malah, selain daripada
guru sains, kaunselor juga sepatutnya lebih mendekati pelajar dengan menggunakan pelbagai
cara seperti masuk kelas secara informal, mencungkil sendiri masalah pelajar dan
menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti kitar semula di sekolah dan di rumah. Pihak
pentadbir dan guru-guru juga perlu menitikberatkan mengenai kemudahan serta mengadakan
minggu kitar semula di sekolah agar pelajar dapat menjalankan aktiviti kitar semula Bersama
rakan-rakan mereka. Hal ini kerana kebanyakan pelajar mudah terpengaruh serta mereka lebih
seronok apabila melakukan aktiviti bersama rakan-rakan mereka.

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pelajar tahap dua
di Sekolah luar bandar ini sebenarnya mempunyai tahap sikap dan pengetahuan kitar semula
yang tinggi walaupun tinggal di Kawasan luar bandar. Namun begitu, mereka masih lagi
kurang mengamalkan budaya kitar semula ini. Justeru, peranan pihak sekolah serta ibu bapa
perlu bertanggungjawab bagi memikirkan satu pendekatan holistic dan bersepadu agar amalan
kitar semula ini dapat disesuaikan dengan keadaan setempat dan mampu mengubah mentality
para pelajar.

RUJUKAN

Ajzen, I., & Fishbein, M. 1980. Understanding attitudes and predicting social behavior.
Englewood Cliffs, NJ : Prentice-Hall.

Asmawati, D., Nor Ba’yah, A. K., & Fatimah, Y. 2012. Waste education and awareness
strategy: towards solid waste management (SWM) program at UKM. Procedia - Social
and Behavioral Sciences 59, 47–50.

Azizi, M. & Rosta, H. 2003. Enviromental awareness and attitude among secondary
school students in Langkawi, Kedah. Paper presented at MNS-LADA Seminar.
Malaysian Nature Society, Kuala Lumpur, 20- 21 October.

Bentol, V., Crowe, D. V., Mathews, R. & Scott, S. 1994. A survey of public attitude to
recycling in Glasgow (U.K). Journal of Waste Management 12: 351-367.

Bratt, C. 1999. The impact of norms and assumed consequences on recycling behavior. Journal
of Environment and Behavior 31: 630-656.

498

Chong, O. M., & Mapa, M. T. 2019. Persepsi pelajar Sekolah Menengah Bahang terhadap
program kitar semula. International Journal of Education,Psychology and Counseling
4 (33): 162-182. DOI: 10.35631/IJEPC.4330014 [29 Mac 2020].

Dzulkifli Abdul Razak. 2005. Make a difference: Learn to last. Education for sustainable
development: The role of universities as regional centre of expertise. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Fishbein, M., & Ajzen,I. 1975. Belief, attitude, intention, and behavior: An introduction to
theory and research. Reading, MA: Addision-Wesley.

Gamba, R. J. & Oskamp, S. 1994. Factors influences community resident’s participation in
commingled curbside recycling program. Journal of Environment and Behavior 26:
587- 612.

Giovanni de Feo & Sabino de Gassi. 2010. Public opinion and awareness towards MSW and
separate collection programmes: a sociological procedure for selecting areas and
citizens with a low level of knowledge. Waste Management 30: 958-976.

Helen A., Maria H. 2005. The consumer's changing role: The case of recycling. Management
of environmental quality: An International Journal 16 (1), 77-86.

Ibrahim G. Badran. 1995. Knowledge, attitude and practicethe three pillars of excellence and
wisdom: a place in the medical profession. Eastern Mediterranean Health Journal
1(1), 8-16.

Jamilah, A., Hasrina, M., Hamidah, A. W. 2011. Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat
Malaysia terhadap isu alam sekitar. Akademika 81(3): 103-115.

Kaiser, E., Wolfing, S., & Fuhrer, U. 1999. Environmental attitude and ecological behavior.
Journal of Environmental Psychology 19: 1-19. http://dx.doi. org/10.1006/jevp.1998.0107
[25 Mac 2020].

Kaplowitz, M.D. & Levine, R. 2005. How environmental knowledge measures up at a big ten
university. Environmental Education Research 11(2): 143-160.

Kelly, T.C., Mason, I.G. & Leiss, M.W. 2016. University community responses to on-campus
resources recycling. Resources Conservation and Recycling 47(1): 42-55.

Kidder, D. L., & McLean Parks, J. 2001. The good soldier: Who is (s)he?. Journal of
Organizational Behavior 22: 939-959.

Kruse, C. K. & Card, J. A. 2004. Effect of conservation education camp programme on
camper’s self-report knowledge, attitude and behaviour. The Journal of Environmental
Education 35(4): 33-45.

Mahmud, M. H., & Siarap, K. 2013. Kempen Pencegahan H1N1: Kajian tentang pengetahuan,
sikap dan amalan penduduk di timur laut Pulau Pinang. Malaysian Journal of
Communication 29(1): 127-140.

Mah Hassan, Nurul Adilah, & Zulhumadi, F. 2017. Kitar semula: Pengetahuan dan sikap
mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap pengurusan sisa pepejal. In Symposium
on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016. Sintok, Kedah:
Universiti Utara Malaysia.

499

Mior Amran Noor, & Azhar Abd Hamid. 2013. Tinjauan pembudayaan kitar semula dalam
kalangan pelajar "Technical Vacational Education and Training (TVET). Journal of
Techno Social 7(3), 106–114.

Muhamad Azahar, & Norizan Md Nor. 2014. Kampus di Universiti Sains Malaysia terhadap
sistem kitar semula satu aliran (Participation of Campus Community at Universiti Sains
Malaysia on the Single Jurnal Personalia Pelajar 17, 83–95.
http://www.researchgate.net/profile/Muhamad_Azahar_Abas/publication/27
2086264_Penglibatan_Komuniti_Kampus_di_Universiti_Sains_Malaysia_T
erhadap_Sistem_Kitar_Semula_Satu_Aliran/links/54da01550cf2464758200 3f7.pdf
[20 Oktober 2020].

Nabsiah, A. W., Rahbar, E. & Shyan, T. S. 2011. Factor influencing the green purchase
behavior of Penang environmental volunteers. Journal International Business
Management 5(1): 33-49.

Newhouse, N. 1990. Implication of attitude and behaviour research for environmental
conservation. The Journal of Environmental Education 21(3): 8-21.

Noor, H., C. Ibrahim, M & Yusri, I. 2014. Hubungan sikap alam sekitar dan amalan kitar
semula di negeri Terengganu. Social Sciences Postgraduate International Seminar,
ISBN 978-967-11473-1-3.

Norhusna, M. 2014. Penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai dalam kalangan
pelajar. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Norpishah, A., Rosnani, A. & Rozimah, T. 2017. Kitar semula sisa pepejal di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah. Advanced Journal and Vocational Education 1(1): 161-
167.

Pichtel, J. 2005. Waste management practices: Municipal, hazardous and industrial. Boca
Raton, Florida: Taylor and Francis Group

Ramsey, C. E., & Rickson, R. E. 1976. Environmental knowledge and attitudes. Journal of
Environmental Education 8(11): 10–18.

Schein, V., & Mueller, R. 1992. Sex role stereotyping and requisite management
characteristics: A cross cultural look. Journal of Organizational Behavior 13, 439447.

Seow Ta Wee. 2009. Masalah pengurusan sisa pepejal di Daerah Batu Pahat, Johor (Phd
Disertation). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Suhaila Shahrul Anuar. 2019. Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari. Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-
37890-tan-sisa-setiap-hari [24 Mac 2020].

Tuckman, B.W. 1978. Conducting educational research. 2nd edition. New York. Harcourt
Brace Jovanovich, Inc.

500


Click to View FlipBook Version