The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-kolokium 2021, 2021-01-09 21:30:22

Prosiding e-kolokium Pendidikan Sains 2021

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Keywords: Prosiding,e-kolokium,pendidikan sains

Hubungan Nilai Alam Sekitar terhadap Hasrat Tingkah
Laku Pemuliharaan Alam Sekitar

NISA NADIRAH MOHD BAZARI* & LILIA HALIM

ABSTRAK

Tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan hasrat tingkah laku adalah prasyarat penting bagi
memastikan kelestarian alam sekitar. Keprihatinan terhadap alam sekitar dapat didorong oleh nilai altruistik,
biosferik dan egoistik yang dimiliki individu. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan orientasi nilai alam sekitar
dengan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Kaedah tinjauan dijalankan terhadap 152 orang responden
dalam kalangan keluarga berstatus sosio-ekonomi rendah di daerah Kuantan, Pahang. Data kajian dikumpulkan
menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa orientasi nilai alam sekitar mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap hasrat
tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dan nilai biosferik merupakan peramal signifikan yang menyumbang kepada
hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menyediakan bukti yang
menyokong hubungan antara nilai alam sekitar dengan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dan peranannya
dalam mendorong tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Penemuan kajian ini memberikan implikasi penting
terhadap pengukuhan nilai alam sekitar untuk menggalakkan tingkah laku pemuliharaan alam sekitar melalui
pendidikan alam sekitar tidak formal sebagai pelengkap pendidikan formal di sekolah dan institusi pengajian tinggi
dengan melibatkan masyarakat awam.

Kata Kunci: Nilai alam sekitar; altruistik; biosferik; egoistik; hasrat tingkah laku

PENGENALAN

Perubahan iklim merupakan antara penyebab utama kepada peningkatan suhu dunia, banjir,
kemarau, kenaikan paras air laut dan kehilangan biodiversiti. Menurut Panel Antarabangsa
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB (2007) berkenaan perubahan iklim, perubahan iklim yang
berlaku akan mengakibatkan impak yang besar kepada kehidupan manusia dan sistem alam semula
jadi secara keseluruhannya. Di peringkat lokaliti, krisis alam sekitar melibatkan aspek kehilangan
habitat, pemecahan habitat, pembangunan bandar dan penggunaan sumber alam semula jadi tidak
terkawal serta pembuangan sampah yang tidak sistematik.

Sehubungan dengan itu, tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dilihat sebagai keperluan
untuk mengurangkan masalah-masalah alam sekitar dan menggalakkan pembangunan kelestarian
alam sekitar. Terdapat kajian yang meluas telah dijalankan untuk meningkatkan perhatian
masyarakat terhadap masalah kelestarian alam sekitar dan kesan tingkah laku manusia terhadap
alam sekitar (Barr et al. 2011; Hynes & Wilson 2016). Kenyataan ini juga telah menimbulkan
persoalan mengenai tingkah laku pro-alam sekitar sebagai keutamaan dalam memulihara alam
sekitar dalam perbahasan awam (Li et al. 2019).

Kebanyakan pengkaji telah menekankan kepentingan nilai peribadi individu untuk
menerangkan tingkah laku pro alam sekitar atau pemuliharaan alam sekitar (Axelrod, 1994; Clark
et al. 2003; Stern, 2000). Menurut Schwartz (1992) nilai berfungsi sebagai panduan dalam

242

kehidupan seharian seseorang dan juga dalam kehidupan sosial. Nilai berpotensi untuk
mempengaruhi sikap dan tingkah laku secara menyeluruh. Oleh itu, nilai dapat dikaji sebagai
instrumen yang efisien untuk menerangkan dan memperincikan persamaan dan perbezaan di antara
individu, kumpulan, bangsa dan budaya (Rokeach 1973).

Selain daripada nilai alam sekitar sebagai faktor dalaman yang mempengaruhi tingkah laku
pemuliharaan alam sekitar, terdapat dua faktor lain yang memainkan peranan penting terhadap
tingkah laku pemuliharaan alam sekitar iaitu faktor sosiodemografi seperti umur, jantina, tahap
pendidikan, kelas sosial, taraf perkahwinan dan pendapatan isi rumah dan faktor luaran yang
bersifat institusi dan ekonomi (Kollmuss & Agyeman 2002). Kajian-kajian lepas telah
membuktikan hubungan di antara umur, jantina, kelas sosial, taraf pendidikan dan pendapatan isi
rumah terhadap tingkah laku pemuliharaan alam sekitar adalah tidak konsisten. Kajian oleh
Alsmadi (2007) dan Markowitz et al. (2012) ke atas responden di Jordan menujukkan pendapatan
isi rumah dengan komitmen terhadap alam sekitar adalah berkolerasi positif dengan isi rumah
berpendapatan rendah dikenalpasti mempunyai komitmen yang tinggi terhadap alam sekitar
berbanding daripada kumpulan isi rumah yang berpendapatan tinggi.

Berdasarkan kepada dapatan kajian-kajian lepas, orientasi nilai alam sekitar kurang dilihat
sebagai faktor kepada hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dan perkembangan kajian
mengenai aspek nilai alam sekitar hanya banyak dijalankan di negara-negara luar (Abrahamse &
Steg 2013; Fischer 2017; Stern 2000). Selain itu, dapatan kajian lepas di negara-negara luar yang
tidak konsisten berdasarkan kepada pelbagai faktor yang mempengaruhi hasrat tingkah laku
pemuliharaan alam sekitar (Gifford & Nilsson 2014; Lo et al. 2012; McDonald 2014)
menunjukkan kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan khususnya yang bersesuaian dengan
konteks dalam negara kita. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan
nilai alam sekitar terhadap hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan keluarga
berstatus sosio-ekonomi rendah. Persoalan-persoalan dan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian
ini adalah seperti berikut:

1. Apakah orientasi nilai alam sekitar dalam kalangan keluarga berstatus sosio-ekonomi
rendah?

2. Apakah tahap hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan keluarga
berstatus sosio-ekonomi rendah?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi nilai alam sekitar dengan hasrat
tingkah laku pemuliharaan alam sekitar?

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi nilai alam sekitar dengan hasrat
tingkah laku pemuliharaan alam sekitar

Nilai alam sekitar

Sebilangan besar pengkaji lepas menekankan bahawa nilai altruistik, biosferik dan egoistik berkait
rapat dengan tingkah laku pemuliharaan alam sekitar (Stern 2000). Pengkaji lepas mengandaikan
nilai-nilai alam sekitar mempengaruhi kepercayaan tingkah laku bergantung kepada aspek yang
dipertimbangkan dan seterusnya mempengaruhi hasrat atau niat dan tingkah laku. Kajian ini
melihat kepada tiga konstruk nilai berdasarkan teori nilai-kepercayaan-norma (Stern 2000).
Menurut Stern dan Dietz (1994), nilai altruistik adalah nilai yang memberikan keutamaan kepada
manusia dengan menumpukan kebajikan individu lain berbanding diri-sendiri. Nilai biosferik

243

adalah nilai yang berorientasikan semua organisma hidup, ekosistem secara keseluruhannya dan
tidak tertumpu kepada manusia semata-mata. Manakala nilai egoistik adalah nilai yang
berorientasikan kepentingan sendiri di mana sesuatu perkara itu dilihat berdasarkan keuntungan
yang akan diperoleh diri sendiri tanpa mengambil kira aspek lain.

Matlamat pendidikan perubahan iklim menekankan aspek kesedaran individu terhadap
iklim, memiliki pengetahuan dan bertindak berdasarkan apa yang dipercayai. Kajian-kajian lepas
(Chawla & Cushing 2007; Kenis & Mathijs 2012; Poortinga et al. 2003) mencadangkan bahawa
pengetahuan dan kebolehan individu adalah berhubungan dengan tingkah laku pro-alam sekitar.
Tingkah laku juga akan menjadi suatu kebiasaan apabila dilakukan berulang kali dengan diiringi
proses kognitif (Aarts et al. 1998). Oleh itu, tingkah laku adalah didorong oleh struktur kognitif
yang dipelajari, disimpan dan diambil dari ingatan apabila sesorang berada di dalam situasi yang
tertentu (Steg & Vlek 2009).

Hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar

Menurut Mosainder (2007), hasrat tingkah laku merupakan rangsangan dalaman yang utama dan
difahami sebagai faktor kepada tingkah laku sebenar. Teori tingkah laku terancang berpendapat
bahawa hasrat memainkan peranan secara tidak langsung dalam meramalkan tingkah laku (Ajzen
1991). Hasrat juga memainkan peranan yang jelas dalam hubungan di antara sikap, kawalan
tingkah laku dan tingkah laku pro-alam sekitar di mana hasrat sebagai pemboleh ubah peramal
(Untaru et al. 2014). Hasrat tingkah laku pro-alam sekitar atau pemuliharaan alam sekitar adalah
pandangan atau pertimbangan seseorang untuk terlibat dalam tingkah laku alam sekitar dan
seterusnys menggambarkan kecenderungan seseorang untuk melibatkan diri kepada tingkah laku
alam sekitar yang khusus (Kaiser & Gutscher 2003).

Teori nilai-kepercayaan-norma

Pengkhususan dalam konteks kajian mengenai alam sekitar dan tingkah laku pemuliharaan alam
sekitar, Stern et al. (1999) mengusulkan teori nilai-kepercayaan-norma (Value-Belief-Norm
theory) atau teori VBN dengan menggabungkan satu set konstruk teori yang berorientasikan nilai
peribadi dan paradigma alam sekitar baharu untuk mengukur kepercayaan terhadap alam sekitar
dengan mendalam dan kesan tindakan manusia ke atasnya. Berdasarkan teori VBN, model tersebut
terdiri daripada nilai peribadi iaitu nilai altruistik, biosferik dan egoistik kepada paradigma alam
sekitar yang baharu, kesedaran terhadap akibat, penetapan tanggungjawab, norma peribadi pro-
alam sekitar dan seterusnya mengaruh kepada tingkah laku pro-alam sekitar (Stern, Dietz, & Kalof,
1993; Stern et al. 1995; Stern, 2000). Berdasarkan teori VBN ini, kerangka konseptual kajian
dibina sebagai asas dalam kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 untuk melihat
hubungan nilai alam sekitar dengan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar.

244

RAJAH 1. Kerangka Konseptual Kajian

METODOLOGI

Reka bentuk dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini, reka bentuk kajian memfokuskan kepada kajian berbentuk tinjauan secara
kuantitatif. Kaedah tinjauan merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan bagi mengumpul
data daripada satu populasi (Syed Arabi 1998). Melalui kaedah ini, data dari keseluruhan populasi
yang ingin dikaji hanya di ambil sebahagian daripada populasi tersebut. Kaedah persampelan
bertujuan digunakan dalam kajian ini bagi menentukan responden yang dipilih mewakili populasi
kajian. Penggunaaan persampelan bertujuan membolehkan penentuan responden yang sesuai dan
khusus dengan tujuan kajian ini iaitu sampel kajian yang terdiri daripada kumpulan isi rumah
Bottom 40 (B40) yang diklasifikasikan sebagai berstatus sosio-ekonomi rendah.

JADUAL 1. Profil demografi responden kajian

Profil Demografi Kekerapan Peratus
(%)
Jantina Lelaki 61 40.1
Umur Perempuan 91 59.9
21 - 30 tahun 42 27.6
Pendapatan Isi 31 - 40 tahun 34 22.4
Rumah 41-50 tahun 40 26.3
51 tahun dan ke atas 36 23.7

Kurang dari 25 16.4
RM2560 13 8.6
RM2560 - RM3019 23 15.1
RM3020 - RM3449 91 59.9
RM3050 - RM3899

Responden kajian ini melibatkan seramai 152 orang responden di daerah Kuantan, Pahang. Jadual
1 menunjukkan profil demografi responden kajian. Responden kajian terdiri daripada 91 orang
perempuan dan 61 orang lelaki yang lingkungan umur di antara 21 tahun hingga 51 tahun dan ke
atas. Pendapatan isi rumah responden adalah kurang daripada RM3899.

245

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A
merupakan soalan bekaitan demografi sampel kajian (3 item), Bahagian B mengenai nilai alam
sekitar (12 item) dan Bahagian C mengenai hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar (22
item). Instrumen bagi pemboleh ubah nilai alam sekitar diadaptasi daripada Schultz (2001). Item
diukur dengan menggunakan skala Likert lima mata (1: Sangat Tidak Penting; 2: Tidak Penting;
3: Kurang Penting; 4: Penting; 5: Sangat Penting). Manakala bagi instrumen hasrat tingkah laku
pemuliharaan alam sekitar diadaptasi dan diubah suai daripada (Mikaela & Johan 2017; Tuan Pah
et al. 2013; Wan Nor Fadzilah 2010; Wanxin Li et al. 2019; Zurina & Ah Choy 2019). Item ini
diukur dengan menggunakan skala Likert lima mata (1: Sangat Tidak Setuju; 2: Tidak Setuju; 3:
Kurang Setuju; 4: Setuju; 5: Sangat Setuju). Instrumen kajian telah melalui proses kesahan
kandungan dan muka dinilai oleh penyelia penyelidik serta telah melalui kajian rintis ke atas 35
orang responden. Dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha mengikut interpretasi
Bond dan Fox (2007) seperti dalam Jadual 2. Tahap nilai kebolehpercayaan konstruk nilai alam
sekitar adalah 0.964 dan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar adalah 0.926. Kedua-dua
konstruk instrumen ini menunjukkan interpretasi kebolehpercayaan yang sangat baik dan efektif.

JADUAL 2. Interpretasi tahap kebolehpercayaan pemboleh ubah

Interpretasi Nilai Cronbach’s Alpha
Sangat baik dan efektif 0.90 – 1.0
Baik dan boleh diterima 0.70 – 0.80
Boleh diterima 0.60 – 0.70
Perlu dibaiki
Item perlu digugurkan <0.60

<0.5

Kaedah Analisis Data

Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengenalpasti
orientasi nilai alam sekitar dan tahap hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Skala
interpretasi skor min oleh Jamil Ahmad (1993) seperti ditunjukkan dalam Jadual 3 telah digunakan
untuk menginterpretasi skor min yang diperoleh. Untuk mengenalpasti hubungan antara kedua-
dua konstruk nilai alam sekitar dan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar tersebut, analisis
inferensi iaitu ujian korelasi Pearson telah dijalankan. Kekuatan hubungan antara kontrusk
diinterpretasi menggunakan kaedah Davies (1971), seperti dalam Jadual 4. Analisis-analisis
tersebut dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
versi 23.

JADUAL 3. Interpretasi skor min

Skor Min Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah

2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi

Sumber: Jamil Ahmad (1993)

246

JADUAL 4. Tafsiran pekali korelasi

Nilai pekali korelasi Tafsiran pekali

(r)

0.01 hingga 0.09 Boleh diabaikan

0.10 hingga 0.29 Rendah

0.30 hingga 0.49 Sederhana

0.50 hingga 0.69 Kukuh

0.70 hingga 0.99 Sangat tinggi

1.00 Sempurna

Sumber: Davies (1971)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Orientasi Nilai Alam Sekitar

Jadual 5 menunjukkan orientasi nilai alam sekitar dalam kalangan keluarga berstatus sosio-
ekonomi rendah di daerah Kuantan, Pahang. Secara keseluruhannya, orientasi nilai alam sekitar
adalah berada pada tahap yang tinggi. Secara perinciannya, orientasi nilai alam sekitar ini
merangkumi tiga konstruk nilai iaitu altruistik dengan nilai min tertinggi (min=4.73, S.P=0.399),
diikuti egoistik (min=4.71, S.P=0.463) dan biosferik (min=4.69, S.P=0.474).

Hasil kajian mendapati item dalam konstruk nilai altruistik iaitu generasi masa hadapan (B10)
mempunyai kekerapan yang tertinggi di mana 84.2% responden menyatakan keprihatinan mereka
terhadap akibat masalah alam sekitar kepada generasi masa hadapan adalah sangat penting. Bagi
nilai biosferik, item haiwan (B11) menunjukkan majoriti 77.6% responden menyatakan akibat
masalah alam sekitar kepada haiwan adalah sangat penting bagi mereka. Konstruk nilai egoistik
menunjukkan bahawa item ‘masa hadapan saya’ (B9) adalah tinggi dengan 77.0% responden
merasakan masa hadapan mereka akibat dari masalah alam sekitar adalah sangat penting untuk
diambil berat.

JADUAL 5. Orientasi nilai alam sekitar

Bil Item STP TP KP P SP Min Sisihan Interpretasi
(%) (%) (%) (%) (%) piawai Tahap

Saya mengambil berat

terhadap masalah alam sekitar
kerana akibatnya kepada …

NILAI ALTRUISTIK 0 0 2 46 104 0.399 Tinggi
B2 Semua orang (0.0) (0.0) (1.3) (30.3) (68.4)
B4 Semua kanak-kanak
B7 Orang dalam komuniti saya 0 0 0 35 117
B10 Generasi masa hadapan (0.0) (0.0) (0.0) (23.0) (77.0) 4.73

0 0 1 45 106
(0.0) (0.0) (0.7) (29.6) (69.7)

0 0 0 24 128
(0.0) (0.0) (0.0) (15.8) (84.2)

247

NILAI BIOSFERIK 0 0 1 42 109 0.474 Tinggi
B6 Semua benda hidup (0.0) (0.0) (0.7) (27.6) (71.7)
Tinggi
B8 Burung 0 0 6 42 104 Tinggi
B11 Haiwan (0.0) (0.0) (4.0) (27.6) (68.4) 4.69
B12 Tumbuh-tumbuhan
0 0 0 34 118
NILAI EGOISTIK (0.0) (0.0) (0.0) (22.4) (77.6)
B1 Diri sendiri
B3 Kesihatan diri sendiri 0 0 2 34 116
B5 Kehidupan diri sendiri (0.0) (0.0) (1.3) (22.4) (76.3)
B9 Masa hadapan saya
0 0 2 45 105 0.463
Keseluruhan (0.0) (0.0) (1.3) (29.6) (69.1) 0.357

0 0 1 37 114
(0.0) (0.0) (0.7) (24.3) (75.0) 4.71

0 0 1 37 114
(0.0) (0.0) (0.7) (24.3) (75.0)

0 0 2 33 117
(0.0) (0.0) (1.3) (21.7) (77.0)

4.73

Tahap Hasrat Tingkah Laku Pemuliharaan Alam Sekitar

Jadual 6 menunjukkan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan keluarga
berstatus sosio-ekonomi rendah di daerah Kuantan, Pahang. Secara keseluruhannya, tahap hasrat
tingkah laku pemuliharaan alam sekitar responden adalah berada pada tahap tinggi (min=4.44,
S.P=0.488). Analisis terperinci menunjukkan terdapat dua item yang menunjukkan kekerapan
tertinggi responden menyatakan sangat setuju. Item C4 sebanyak 73.7% responden telah
menyatakan sangat bersetuju untuk mempertimbangkan penggunaan lampu yang menjimatkan
tenaga manakala item C9 sebanyak 73.7% responden juga sangat bersetuju untuk
mempertimbangkan pembelian peralatan rumah yang cekap tenaga. Oleh itu, keluarga berstatus
sosio-ekonomi rendah di Kuantan menunjukkan bahawa mereka mempunyai kesedaran dan
keinginan untuk melakukan amalan pemuliharaan alam sekitar dengan menjimatkan penggunaan
tenaga di rumah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yohanis (2012), 70-80% isi rumah setiap
hari mengambil langkah-langkah kecekapan tenaga manakala terdapat 20-35% isi rumah mahu
terlibat dalam amalan penjimatan tenaga tetapi kos telah menjadi penghalang utama bagi mereka.
Hal ini sedikit berbeza dengan dapatan kajian ini di mana hanya kurang daripada 5% responden
yang tidak bersetuju untuk mempertimbangkan penggunaan peralatan yang cekap tenaga di rumah
mereka.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga item bagi hasrat tingkah laku pemuliharaan alam
sekitar ini mempunyai kekerapan terendah dengan responden menjawab sangat setuju iaitu bagi
item C19 di mana hanya 34.9% reponden sangat bersetuju untuk mengurangkan memandu dan
menggunakan kaedah pengangkutan lain iaitu pengangkutan awam dan hanya 37.5% responden
sangat bersetuju bagi item C21 iaitu untuk berjalan kaki atau menaiki basikal bagi jarak perjalanan
yang kurang dari 5km. Responden lebih memilih untuk memandu kenderaan persendirian daripada
menaiki pengangkutan awam kerana ianya lebih bebas, mudah, selesa, fleksibel dan pemanduan
sendiri dianggap lebih menggembirakan dan dapat memenuhi kepuasan sendiri (Steg 2013). Item

248

C20 pula mencatatkan hanya 38.8% responden sangat bersetuju untuk mengurangkan kekerapan
mengecas telefon bagi menjimatkan penggunaan tenaga. Kepentingan peranti mudah alih telefon
pintar di masa kini bukan sahaja terbatas kepada memudahkan proses komunikasi tetapi,
memudahkan proses pencarian maklumat sehinggalah membantu dalam proses penyelesaian
masalah dalam kehidupan seharian. Hal ini menuntut pengguna menjadikan media teknologi ini
suatu keperluan utama dan penggunaannya yang kerap. Isu ini merupakan antara faktor
penghalang kepada responden dalam kajian ini untuk mempertimbangkan pengurangan kekerapan
mengecas telefon.

JADUAL 6. Hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar

Bil Item STS TS KS S SS
(%) (%) (%) (%) (%)

C1 Saya akan mempertimbangkan untuk 3 1 13 52 83

membeli produk yang terdapat dalam (2.0) (0.7) (8.6) (34.2) (54.6)

bekas boleh diisi semula

C2 Saya akan mempertimbangkan untuk 3 3 9 49 88

membeli produk yang dibungkus atau (2.0) (2.0) (5.9) (32.2) (57.9)

dibuat dari bahan kitar semula

C3 Saya akan mempertimbangkan untuk 3 1 3 30 115

membeli produk yang tidak (2.0) (0.7) (2.0) (19.7) (75.7)

membahayakan alam sekitar

C4 Saya akan mempertimbangkan untuk 2 1 4 33 112

menggunakan lampu yang menjimatkan (1.3) (0.7) (2.6) (21.7) (73.7)

tenaga

C5 Saya akan mempertimbangkan untuk 2 1 10 44 95

membeli produk yang ditanam secara (1.3) (0.7) (6.6) (28.9) (62.5)

organik

C6 Saya akan mempertimbangkan untuk 2 2 5 47 96

membeli produk dan bungkusan yang (1.3) (1.3) (3.3) (30.9) (63.2)

boleh terbiodegradasi

C7 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 3 6 38 104

membeli produk yang dihasilkan oleh (0.7) (2.0) (3.9) (25.0) (68.4)

syarikat yang mengutamakan alam

sekitar (logo MyHIJAU)

C8 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 1 21 43 86

mengurangkan penggunaan penghawa (0.7) (0.7) (13.8) (28.3) (56.6)

dingin untuk menjimatkan tenaga

C9 Saya akan mempertimbangkan untuk 0 1 4 35 112

membeli peralatan rumah yang cekap (0.0) (0.7) (2.6) (23.0) (73.7)

tenaga

C10 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 7 13 43 88

menyertai kempen kesedaran (0.7) (4.6) (8.6) (28.3) (57.9)

penggunaan tenaga

C11 Saya akan mempertimbangkan untuk 0 3 9 35 105

menggunakan semula kertas untuk (0.0) (2.0) (5.9) (23.0) (69.1)

membuat nota atau draf percetakan

249

C12 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 1 4 44 102
(2.6) (28.9) (67.1)
menggunakan plastik sampah yang (0.7) (0.7)
0 43 108
bersifat mudah lupus di rumah (0.0) (28.3) (71.1)

C13 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 0 5 42 103
(3.3) (27.6) (67.8)
menggunakan produk pembungkusan (0.7) (0.0)

makanan mesra alam

C14 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 1

menggunakan botol air yang boleh diisi (0.7) (0.7)

semula

C15 Saya akan mempertimbangkan untuk 2 2 21 52 75

memendekkan masa mandi bagi (1.3) (1.3) (13.8) (34.2) (49.3)

mengurangkan penggunaan air

C16 Saya akan mempertimbangkan untuk 0 2 14 56 80

mengurangkan penggunaan barang (0.0) (1.3) (9.2) (36.8) (52.6)

pakai buang

C17 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 0 8 38 105

membawa beg yang boleh diguna (0.7) (0.0) (5.3) (25.0) (69.1)

semula untuk membeli belah

C18 Saya akan mempertimbangkan untuk 0 4 13 45 90

memilih kenderaan yang cekap bahan (0.0) (2.6) (8.6) (29.6) (59.2)

api semasa saya membeli kenderaan

C19 Saya akan mempertimbangkan untuk 1 12 51 35 53

mengurangkan memandu dan (0.7) (7.9) (33.6) (23.0) (34.9)

menggunakan kaedah pengangkutan

lain

C20 Saya akan mempertimbangkan untuk 0 8 42 43 59

mengurangkan kekerapan mengecas (0.0) (5.3) (27.6) (28.3) (38.8)

telefon bagi mengurangkan penggunaan

elektrik

C21 Saya akan mempertimbangkan untuk 4 15 45 31 57

mengayuh basikal atau berjalan kaki (2.6) (9.9) (29.6) (20.4) (37.5)

jika jarak perjalanan kurang dari 5 km

C22 Saya akan menyokong atau terlibat 0 2 13 45 92

dalam sebarang kempen berkaitan (0.0) (1.3) (8.6) (29.6) (60.5)

dengan usaha pemuliharaan alam

sekitar yang dilaksanakan

Keseluruhan Min Sisihan Interpretasi

Piawai Tahap

4.44 0.488 Tinggi

Hubungan Nilai Alam Sekitar Dengan Hasrat Tingkah Laku Pemuliharaan Alam Sekitar

Jadual 7 menunjukkan hasil analisis korelasi Pearson bagi menentukan hubungan antara orientasi
nilai alam sekitar dengan tahap hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Hasil analisis
menujukkan bahawa terdapat hubungan antara orientasi nilai alam sekitar dengan hasrat tingkah
laku pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan keluarga berstatus sosio-ekonomi rendah. Namun
secara perinciannya, wujud hubungan dengan kekuatan yang sederhana antara nilai biosferik
(r=0.320, p<0.01) dengan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Sebaliknya, terdapat

250

hubungan dengan kekuatan yang rendah antara nilai altruistik (r=0.209, p<0.01) dan nilai egoistik
(r=0.177, p<0.01) dengan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar. Kekuatan hubungan nilai
biosferik dengan hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar yang sederhana tinggi berbanding
nilai altruistik dan egoistik menunjukkan nilai biosferik lebih berhubungkait dengan hasrat tingkah
laku pemuliharan alam sekitar berbanding nilai altruistik dan egoistik. Hal ini menunjukkan
identiti alam sekitar individu memainkan peranan dalam pembentukan orientasi nilai biosferik.
Dapatan ini menyokong cadangan oleh Van der Werff (2013) bahawa nilai biosferik berkait rapat
dengan identiti alam sekitar individu dan seterusnya mempengaruhi keutamaan, hasrat dan tingkah
laku individu terhadap alam sekitar. Menurut Martin dan Czellar (2017), semakin kuat hubungan
individu dengan alam sekitar, semakin kuat orientasi nilai biosferik yang seterusnya mengaruh
kepada tingkah laku-tingkah laku pro-alam sekitar dan dalam konteks kajian ini yang
menunjukkan tahap hasrat tingkah laku pemuliharaan alam sekitar adalah tinggi.

JADUAL 7. Ujian korelasi Pearson

Nilai alam Hasrat tingkah laku

sekitar pemuliharaan alam sekitar

rp

Nilai altruistik 0.209 0.001

Nilai biosferik 0.320 0.000

Nilai egoistik 0.177 0.003

*signifikan pada nilai p<0.01

KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan bukti empirikal bahawa ketiga-ketiga konstruk nilai alam sekitar iaitu
altruistik, biosferik dan egoistik mempunyai hubungan yang positif dengan hasrat tingkah laku
pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan keluarga berstatus sosio-ekonomi rendah. Nilai
biosferik dibuktikan sebagai antara faktor utama kepada hasrat tingkah laku pemuliharaan alam
sekitar. Kajian yang dijalankan dengan melibatkan komuniti sebenar menjadikan dapatan kajian
lebih realistik dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian konteks kawasan setempat. Kajian ini
juga merupakan kajian pelopor di dalam negara dan memberikan maklumat awal mengenai
kepentingan nilai alam sekitar sebagai faktor utama dalam melihat hasrat tingkah laku
pemuliharaan alam sekitar. Kajian lepas membuktikan nilai dapat dibentuk dan diubah melalui
medium pendidikan menjadikan ia sebagai kunci dalam mendidik masyarakat untuk menjadi lebih
bertoleransi, rasional dalam membuat keputusan, mempercayai dan melibatkan diri ke dalam
tingkah laku pro-alam sekitar. Kajian ini dapat membantu agensi-agensi dan penggubal dasar
berkaitan alam sekitar untuk mengambil pendekatan bersepadu dengan mengambil kira aspek
pendidikan untuk merangka program pendidikan perubahan iklim yang melibatkan orang awam
bagi melahirkan masyarakat yang lestari secara tidak langsung menjadi pelengkap kepada
pendidikan alam sekitar formal di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Disebabkan oleh
kekangan masa dan keadaan semasa penularan pandemik COVID-19 yang meruncing di dalam
negara, kajian ini terhad kepada saiz sampel dan lokasi kajian yang kecil serta kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik secara atas talian sahaja digunakan. Oleh itu, kajian lanjutan adalah
digalakkan untuk mengkaji dengan melibatkan saiz sampel dan lokasi kajian yang lebih meluas
serta menggunakan kaedah temu bual bersemuka bersemuka responden untuk memperoleh
dapatan yang lebih komprehensif dan dapat digeneralisasikan mengikut konteks dalam negara.

251

PENGHARGAAN

Kajian ini merupakan sebahagian daripada projek yang telah dilaksanakan di atas peruntukan
geran TRGS/1/2019/UKM/01/3/4.

RUJUKAN
Aarts et al. 1998. “Predicting Behaviour from Actions in the past: repeated Decision Making or a

Matter of Habit?” Journal of Applied Social Psychology 28 (15):1355–74.

Axelrod, L. J. 1994. Balancing personal needs with environmental preservation: identifying the
values that guide decisions in ecological dilemmas. Journal of Social Issues, 50, 85e104.

Ajzen, I., 1991. The theory of planned behavior. Organ. Behav. Hum. Decis. Process. 50 (2), 179–
211

Barr, S., Shaw, G., Gilg, A.W., 2011. The policy and practice of ‘sustainable lifestyles.

J. Environ. Plan. Manag. 54 (10), 1331–1350.
Chawla, L., and D. F. Cushing. 2007. “Education for Strategic Environmental Behavior.”

Environmental Education Research 13 (4):437–52

Clark, C. F., Kotchen, M. J., & Moore, M. R. (2003). Internal and external influences on pro-
environmental behavior: participation in a green electricity program. Journal of
Environmental Psychology, 23, 237e246.

Davies, J. A. 1971. Elementary survey analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Hynes, N., Wilson, J., 2016. I do it, but don’t tell anyone! Personal values, personal and social

norms: can social media play a role in changing pro-environmental behaviors? Technol.
Forecast. Soc. Chang. 111, 349–359

Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam pelaksanaan sains KBSM di
sekolah-sekolah menengah negeri Kedah Darul Aman. Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan
UKM.

Kaiser, F.G., Gutscher, H., 2003. The proposition of a general version of the theory of planned
behavior: predicting ecological behavior 1. J. Appl. Soc. Psychol. 33 (3), 586–603.

Kenis, A., and E. Mathijs. 2012. “Beyond Individual Behaviour Change: The Role of Power,
Knowledge and Strategy in Tackling Climate Change.” Environmental Education Research
18 (1):45–65.

Li, D., Zhao, L., Ma, S., Shao, S., Zhang, L., 2019. What influences an individual’s
proenvironmental behavior? A literature review. Resour. Conserv. Recycl. 146, 28–34.

Martin, C. & Czellar, S. 2017. Where do biospheric values come from? A connectedness to nature
perspective. Journal of Environmental Psychology 52: 56–68.
doi:10.1016/j.jenvp.2017.04.009

Moisander, J., 2007. Motivational complexity of green consumerism. Int. J. Consum. Stud. 31 (4),

252

404–409.
Poortinga, W., L. Steg, C. Vlek, and G. Wiersma. 2003. “Household Preferences for Energy-

Saving Measures: AConjoint Analysis.” Journal of Economic Psychology 24 (1):49–64.
Rokeach, M. (1973). The nature of human values. New York: The Free Press
Schwartz, S. H. 1992. Universals in the content and structure of values: theoretical advances and

empirical tests in 20 countries. In M. Zanna (Ed.), Advances in experimental social
psychology (pp. 1e65). Orlando: Academic Press.
Steg, L. 2003. Can Public Transport Compete With the Private Car? IATSS Research 27(2): 27–
35. doi:10.1016/s0386-1112(14)60141-2
Steg, L., and C. Vlek. 2009. “Encouraging Pro-Environmental Behaviour: An Integrative Review
and Research Agenda.” Journal of Environmental Psychology 29 (3):309–17.
Stern, P.C. (2000) Toward a coherent theory of environmentally significant behaviour. J Soc Issues
56, 407–424.
Stern, P. & Dietz, T. (1994). The value basis of environmental concern. Journal of Social Issues
56,121-145
Untaru, E.N., Epuran, G., Ispas, A., 2014. A conceptual framework of consumers’
proenvironmental attitudes and behaviours in the tourism context. Bulletin of the Transilvania
University of Brasov. Economic Sciences. Series V 7(2), pp. 85–94
Van der Werff et al. 2013. The value of environmental self-identity: The relationship between
biospheric values, environmental self-identity and environmental preferences, intentions and
behaviour. Journal of Environmental Psychology 34: 55–63.
doi:10.1016/j.jenvp.2012.12.006
Yohanis, Y. G. 2012. Domestic energy use and householders’ energy behaviour. Energy Policy
41: 654–665. doi:10.1016/j.enpol.2011.11.028

253

Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Tinjauan Tahap

Kompetensi Guru Sains

NOR ‘AWAATHIF MOHD GHAZALI LEE* & SITI NUR DIYANA MAHMUD

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan projek (PBP) telah mula diimplementasikan sejak tahun 2006 oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ia merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang mengetengahkan aspek kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam proses pembelajarannya. Keberkesanan pendekatan PBP khususnya dalam
mata pelajaran Sains KSSM tidak dapat dijalankan secara efektif sekiranya guru tidak kompeten dalam
pelaksanaan PBP ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi guru dan hubungan
antara setiap aspek yang dikaji terhadap pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam subjek
Sains. Satu kajian tinjauan telah dilaksanakan ke atas 84 orang guru Sains di dalam sebuah daerah di Selangor
dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diubahsuai dan dibuat justifikasi kesahan dan keboleh
percayaannya. Perisian SPSS versi 23 telah digunakan bagi menganalisis data secara statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Hasil dapatan menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan
sikap guru berada pada tahap yang tinggi manakala analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara ketiga – tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pelaksanaan PBP.
Justeru itu, diharapkan dengan kompetensi guru yang positif dapat meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam
bidang Sains khususnya melalui pelaksanaan PBP di peringkat sekolah.

Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek; Pengetahuan; Kemahiran pelaksanaan; Sikap Guru Sains;
Sekolah Menengah

PENGENALAN

Dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 yang semakin mencabar, perkembangan dalam
dunia pendidikan amat dititikberatkan khususnya dalam usaha mewujudkan generasi yang
mampu berdaya saing di peringkat global. Di Malaysia, penekanan kepada transformasi
dalam sistem pendidikan perlu bermula daripada awal pendidikan (Azlina Rahman, 2017).
Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan pembelajaran
yang mengaplikasikan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di peringkat sekolah
seperti pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) yang telah mula
diimplementasikan sejak tahun 2006 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP 2017) Sains KSSM,
pembelajaran berasaskan projek sudah diimplementasikan dan perlu dilaksanakan sekurang –
kurangnya dua kali dalam setahun. Menurut Mahasneh & Alwan (2018) dalam kajian
mereka, pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini memerlukan pelajar untuk mereka
cipta dan melengkapkan projek sepenuhnya dengan cara mencari solusi kepada beberapa
persoalan dan cabaran di sepanjang pelaksanaannya.Kebanyakan kaedah pengajaran yang
memerlukan penglibatan murid secara aktif adalah diasaskan oleh teori konstruktivisme yang
mana turut diterapkan dalam PBP. Berdasarkan teori ini, pelajar akan membina
pengetahuannya sendiri secara aktif berdasarkan pegalaman yang telah dilaluinya (Abdul Jalil
dan Bahtiar 2005). Bagi membolehkan sesuatu pembelajaran berasaskan projek itu dikatakan
memberi impak kepada pelajar, peranan dan galakan daripada masyarakat secara amnya
sangat penting. Masyarakat dalam konteks yang dibincangkan ini meliputi warga sekolah, ibu
bapa serta individu pelajar itu sendiri.

254

Segala usaha dan pendekatan yang dilaksanakan ini tidak mungkin dapat dicapai
sekiranya semua pihak tidak memainkan peranan masing – masing. Di peringkat sekolah,
guru perlu memberi bimbingan dan dorongan kepada pelajar bagi membuat perancangan
dengan jelas supaya pelajar dapat mengetahui matlamat yang perlu dicapai di penghujung
pelaksanaan projek (Basyura 2016). Pembelajaran yang memerlukan penghasilan projek ini
merupakan salah satu pendekatan yang mengetengahkan elemen KBAT dalam prosesnya dan
ianya juga merupakan kaedah yang mengurangkan pembelajaran pasif serta meningkatkan
penglibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Azlina A.R, 2017). Guru
juga bertanggungjawab dalam mencungkil potensi, minat dan bakat pelajar dan memberi
galakan kepada penstrukturan daya pemikiran yang kritis serta kreatif dalam diri pelajar
supaya pelajar dapat mengadaptasi dalam apa jua perubahan yang bakal dihadapi di masa
akan datang (Nor Amalina & Zanaton Iksan, 2018). Habsah (2014) menyatakan bahawa
perancangan dan pengajaran yang sistematik oleh seorang guru seharusnya dapat memenuhi
keperluan kelas secara holistik dari segi keperluan individu mahupun secara berkumpulan.

Justeru itu, pendekatan pengajaran yang digunakan oleh seorang guru sangat penting
dalam memastikan ilmu pengetahuan dapat disampaikan secara berkesan kepada pelajar.
Seorang guru yang kompeten bukan saja dapat mengaplikasikan pelbagai jenis pendekatan
dalam pengajaran, malahan berupaya merancang serta melaksanakan pengajaran yang
menggalakkan kemahiran berfikir bersesuaian dengan kebolehan pelajar - pelajarnya.
Namun begitu, pendekatan dan kaedah yang variasi ini tidak dapat dilaksanakan secara
efektif sekiranya masih terdapat cabaran – cabaran yang menjadi kekangan kepada
keberkesanan proses tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dilihat perlu dilaksanakan
supaya tahap kemampuan guru sebagai pelaksana pendekatan PBP ini khususnya di sekolah
dapat dikenal pasti.

Pernyataan masalah

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat
meningkatkan kemahiran insaniah dan membantu dalam membangunkan murid yang
berkolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif, bersifat analitikal serta mampu mengendalikan
teknologi dan maklumat dengan baik (İlhan, 2014). Dalam merealisasikan keberhasilan
pelaksanaan PBP dalam pengajaran dan pembelajajaran, kapasiti guru perlu dibangunkan
kerana guru merupakan agen perubahan dalam pelaksanaan transformasi pendidikan secara
konsisten dan sistematik. Pendekatan pengajaran yang diaplikasikan oleh guru di sekolah
mampu mencorakkan pembentukan pengajaran guru yang berkualiti dan bersesuaian dalam
mendepani cabaran pendidikan abad ke 21. Kemampuan guru dalam merancang secara
teratur dan sitematik sebelum melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir merupakan satu
intervensi yang diambil oleh guru dalam usaha menambahbaik amalan dan kualiti pengajaran
mereka (W. Sumarni 2015). Namun begitu, guru – guru kebiasaannya tidak mudah membuat
perubahan pada kaedah pengajaran sebagaimana yang diperlukan dalam dunia pendidikan
masa kini yang lebih berpusatkan murid dan bukan hanya sekadar memfokuskan kepada guru
sahaja. Kebanyakan guru selesa dengan kaedah pengajaran tradisional. Namun begitu, dalam
pendidikan kini, guru tidal lagi boleh menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan guru semata – mata (Han et al. 2015).

Kajian – kajian lepas banyak menekanan aspek keberkesanan pelaksanaan PBP ke atas
pelajar (Cakici Yilmaz & Turkmen Nihal 2013; Abd Hadi 2014; Han et al. 2915; Roslina &
Zanaton 2017; Azlina A. R. 2017). Ada juga kajian yang hanya menyentuh aspek PBP secara
dasar seperti penalan teori – teori, kepentingan PBP, kelebihan dan cabaran PBP sebagaimana
kajian Sumarni 2015; Kokotsaki et al. 2016; Sumarni et al. 2016; Mahasneh & Alwan 2018;
Indrawan & Jalinus 2019. Dalam pengetahuan pengkaji berdasarkan tinjauan literatur,

255

pengkaji tidak mendapati secara khusus kajian yang mengkaji tahap kompetensi guru sains
dalam pelaksanaan PBP. Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian yang meletakkan
keutamaan kepada tahap kompetensi guru daripada aspek penggetahuan, kemahiran dan sikap
sebagai kayu ukur kepada persediaan perubahan dalam pendekatan pembelajaran
terutamanya dalam PBP yang kini telah menjadi salah satu pentaksiran dalam mata pelajaran
Sains KSSM.

Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:
a) Mengenal pasti tahap kompentensi guru sains berdasarkan aspek pengetahuan

terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains.
b) Mengenal pasti tahap kompentensi guru sains berdasarkan aspek kemahiran terhadap

pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains.
c) Mengenal pasti tahap kompentensi guru sains berdasarkan aspek sikap terhadap

pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains.
d) Mengenal pasti hubungan antara aspek pengetahuan dengan kemahiran, aspek

pengetahuan dengan sikap dan aspek sikap dengan kemahiran terhadap pelaksanaan
pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains

Persoalan kajian

a) Apakah tahap kompetensi guru sains daripada aspek pengetahuan terhadap
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains?

b) Apakah tahap kompetensi guru sains daripada aspek kemahiran terhadap pelaksanaan
pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains?

c) Apakah tahap kompetensi guru sains daripada aspek sikap terhadap pelaksanaan
pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains?

d) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek pengetahuan dengan
kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata
pelajaran Sains?

e) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek pengetahuan dengan sikap
terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains?

f) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap dengan kemahiran
terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains?

Hipotesis kajian

a) Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dalam
aspek pengetahuan dengan kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan
projek dalam mata pelajaran Sains.

b) Ho 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dalam
aspek pengetahuan dengan sikap terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan
projek dalam mata pelajaran Sains.

c) Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dalam
aspek sikap dengan kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
dalam mata pelajaran Sains.

256

Sorotan literatur

a. Kompetensi Guru

Guru bertanggungjawab mencorakkan anak didik di sekolah dengan pelbagai pendekatan
yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula pada tahun 2017,
pendekatan pembelajaran berasaskan projek mula diterapkan dalam DSKP KSSM Sains
sekolah menengah. Dalam memastikan kejayaan pendekatan ini memerlukan kerjasama
daripada guru – guru di sekolah untuk memastikan pelaksanaannya kepada murid – murid
dapat dijalankan secara berkesan. Hasil kajian literatur menunjukkan bahawa isu kompentesi
pendidik ini masih menjadi bualan dan perbincangan sehingga kini. Justeru itu, tahap
kompetensi guru perlu dikenal pasti berkaitan sejauh manakah tahap kompetensi para guru
untuk mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini.

Dalam proses menyempurnakan sesuatu projek, masalah atau persoalan yang diberi perlu
dirungkaikan kerana ia akan memberi impak kepada pengetahuan saintifik yang telah dibina.
(Aderi et al. 2018). Namun begitu, menurut Fatin Aliah Phang et al. (2014), terdapat
sebilangan guru yang lebih cenderung menggunakan strategi pengajaran yang berfokuskan
peperiksaan berbanding pengajaran yang menekankan aspek kemahiran berfikir.

Kajian – kajian lepas seperti Aderi et al. (2018) dan Nor Khayati Basir et al. (2017),
banyak tertumpu kepada pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek kepada pelajar sama
ada daripada segi minat, sikap dan kesan. Dan terdapat juga kajian literatur yang mengkaji
tahap kompentesi di bahagian institusi pendidikan. Oleh itu, pengkaji bercadang untuk
mengenal pasti tahap kesediaan dan penerimaan guru sekolah menengah dalam melaksanakan
pendekatan PBP dan mengaplikasikan dalam mata pelajaran Sains KSSM sahaja.

Guru dan pelajar sama – sama memainkan peranan dalam mengaplikasikan sebarang
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak KPM, JPN, PPD dan pentadbiran
sekolah boleh merancang bagaimana untuk meningkatkan kompetensi guru supaya
pelaksanaan pelbagai cara dalam meningkatkan mutu pengajaran guru serta pembelajaran
pelajar dapat dijalankan dengan lebih efektif dan sistematik (Nazri et al. 2017).

b. Pembelajaran Berasaskan Projek

Mispuah dan Kamisah (2014) dalam kajian mereka menyatakan bahawa pembelajaran
berasaskan projek (PBP) merupakan satu amalan pengajaran yang efektif dalam menambah
mutu pencapaian dan memberi kesan kepada pembelajaran. Dapatan ini turut disokong oleh
Abd Hadi (2014) dalam kajiannya yang menyatakan sikap, pengetahuan dan tingkah laku
pelajar dapat ditingkatkan dengan pelaksanaan PBP yang berimpak tinggi. PBP merupakan
satu model pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengupayakan
pelajar ke arah penghasilan projek di penghujung PdP (Veerasamy, 2010). PBP juga
merupakan satu teknik intruksional yang menggalakkan pelajar untuk membangunkan
keupayaan dan memperoleh pengetahuan melalui projek, aktiviti berkumpulan dan teknik
‘hands on’ (Beddoes et al. 2010; Zimmerman 2010; Kaldi et al. 2011). Selain itu, menurut
Whatley (2012), PBP merupakan satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid yang
mengaplikasikan pembelajaran konstruktivisme dan pelajar perlu berkolaborasi bagi
menyelesaikan masalah serta membina ilmu pengetahuan di antara satu sama lain sepanjang
proses PBP berlangsung.

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan, minat dan tingkah laku pelajar yang positif
terhadap pembelajaran Sains, pelaksanaan PBP perlu dijalankan secara terancang dan
sistematik. Dengan ini tahap literasi Sains dalam kalangan warga Malaysia dapat ditingkatkan
sekaligus menyumbang kepada penambahbaikan kualiti sains dan teknologi seperti isu

257

penggunaan tenaga di negara ini (Roslina & Zanaton 2017). Menerusi dapatan Aderi et al.
2018, pelajar lebih bersemangat membuat aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti PBP ini
mampu memberi pengalaman yang lebih kekal dalam ingatan jika dibandingkan dengan
penerangan daripada guru atau pensyarah.

Justeru itu, dalam menyokong pembelajaran pelajar, guru perlu memberikan gambaran
tentang pengetahuan atau input yang boleh didapati melalui PBP bagi membolehkan pelajar
mengenali dan memanfaatkan peluang yang akan diperoleh sepanjang pembelajaran (Gresalfi
et al. 2012) . Bagi memastikan pendekatan yang diambil oleh guru berkesan khususnya
pendekatan pembelajaran berasaskan projek, guru – guru perlu mempunyai pengetahuan yang
mencukupi, kemahiran yang sentiasa dipertingkatkan serta sikap yang positif dalam
melaksanakan pendekatan ini.

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang telah diubahsuai daripada penyelidikan
Zaiha Nabila (2014) berkenaan tahap kompentensi guru dalam melaksanakan amalan
pengajaran dan juga diadaptasi berdasarkan Model Pendidikan Bryant (1974). Model ini
menyatakan tiga perkara penting yang perlu diberi penekanan dalam memperlihatkan
keberkesanaan pelaksanaan dalam pendidikan iaitu aspek pengetahuan, keupayaan dalam
pelaksanaan dan kecenderungan tingkah laku guru. Melalui pemboleh ubah bebas tahap
kompetensi guru sains, kajian ini akan dapat mengenal pasti hubungkaitnya terhadap
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sains KSSM menengah
rendah sama ada setiap aspek kompetensi tersebut saling berkaitan atau tiada.

Model Pendidikan Bryant (1974)

RAJAH 1. Kerangka Konseptual Kajian

METODOLOGI

Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian tinjauan ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk deskriptif.
Kajian deskriptif dijalankan untuk menganalisis data yang diperoleh berdasarkan instrumen
tertentu seperti soal selidik bagi menerangkan sesuatu fenomena yang sedang terjadi (Mohd
Majid, 1990). Kaedah soal selidik sering diaplikasikan dalam kebanyakkan proses
pengumpulan data dalam penyelidikan kuantitatif (Easterby-Smith, Thorpe & Jackson, 2012).
Penyelidikan tinjauan boleh mengukur hubungan yang melibatkan beberapa faktor secara
serentak (Easterby-Smith, Thorpe & Jackson, 2015). Penggunaan soal selidik ini membantu

258

penyelidik dalam mendapatkan hasil maklum balas yang lebih luas. Ia juga dapat
memberikan hasil respon seperti yang dikehendaki dalam masa yang singkat serta
menjimatkan tenaga.

Persampelan

Saiz sampel kajian iniditentukan dengan merujuk kepada jadual Krejcie dan Morgan 1970.
Sampel terdiri daripada 84 orang guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan di zon Petaling
Utama di dalam daerah Petaling Jaya, Selangor. Persampelan secara rawak mudah digunakan
bagi memilih responden dalam kalangan guru daripada beberapa buah sekolah di dalam
daerah Petaling Utama. Pemilihan guru Sains mestilah yang mengajar Sains KSSM
menengah rendah kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang perlu melaksanakan
pendekatan PBP dalam mata pelajaran Sains.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang ditadbir bagi mendapatkan data penyelidikan ini ialah satu set borang
soal selidik. Pengkaji telah mengadaptasi set soal selidik ini berdasarkan rujukan kepada
kajian literatur. Soalan dalam instrumen ini berkaitan tahap kompetensi guru Sains terhadap
pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) dalam pembelajaran Sains.
Pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah kerana ia mudah dikendalikan dalam masa
yang singkat. Instrumen soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A, B C
dan D. Bahagian A mengumpulkan maklumat diri responden. Bahagian B pula memerihalkan
pengetahuan guru tentang PBP dengan jumlah sebanyak sepuluh item bagi konstruk ini. 14
item berkaitan konstruk kemahiran pelaksanaan guru dalam PBP pada Bahagian C manakala
Bahagian D pula memerihalkan sikap guru dalam pelaksanaan PBP yang mengandungi
sebelas item yang berkaitan konstruk ini.

Sebelum kajian sebenar dijalankan, kesahan dan kebolehpercayaan bagi instrumen
kajian perlu diperoleh. Dua orang pakar dalam bidang pendidikan sains serta pembelajaran
berasaskan projek telah membuat kesahan ke atas instrumen kajian ini. Seterusnya, bagi
menentukan aras ketekalan item – item dalam instrumen kajian yang digunakan, satu kajian
rintis telah dijalankan. Nilai pekali Alpha Cronbach yang diperoleh secara puratanya bagi
setiap konstruk yang diuji adalah 0.972 yang mana menunjukkan tahap kebolehpercayaan 35
item yang dibina dalam instrumen soal selidik ini adalah sangat tinggi.

Analisis Data

Secara ringkasnya, data – data yang diperoleh akan dianalisis bagi menjawab persoalan –
persoalan kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Bagi persoalan kajian yang perlu
menentukan tahap kompetensi guru sains terhadap pelaksanaan PBP akan dianalisis secara
deskriptif manakala analisis korelasi akan digunakan bagi mengkaji hubungan antara aspek
yang diketengahkan dalam kajian ini.

259

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Analisis Demografi Responden

Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 84 orang guru sains sekolah
menengah rendah. Analisis demografi responden kajian adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 1.

JADUAL 1. Analisis demografi responden

Kategori Kekerapan (N=84) Peratus (%)
14.3
Jantina Lelaki 12 85.7
10.7
Umur Perempuan 72 32.1
9 57.1
25 – 30 tahun 27 0.05
31 – 35 tahun 51.2
22.6
36 tahun ke atas 48 21.4

Pendedahan tentang PBP Tidak pernah 4

Pendedahan formal 43

Pendedahan informal 19

Kursus dalaman 18

Jadual 1 menunjukkan bahawa responden dalam kalangan guru perempuan adalah melebihi
responden dalam kalangan guru lelaki dengan peratusan masing – masing adalah 85.7 peratus

bagi guru perempuan dan 14.3 peratus bagi guru lelaki yang mengajar Sains yang terlibat

dalam kajian ini. Selain itu, berdasarkan analisis juga didapati bahawa terdapat 10.7% guru
berumur dalam lingkungan 25 – 30 tahun, 32.1 % guru berumur di antara 31 hingga 35 tahun

dan 57.1% guru berumur 36 tahun dan ke atas. Daripada aspek pendedahan yang guru terima

berkaitan pembelajaran berasaskan projek, 0.05% guru tidak pernah mendapat pendedahan,

51.2 % guru mendapat pendedahan formal, 22.6% guru mendapat pendedahan informal serta

21.4% guru mendapat pendedahan melalui kursus dalaman yang dijalankan di sekolah.

Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Dalam Mata Pelajaran Sains

Bagi persoalan kajian yang pertama, analisis yang didapati telah menunjukkan bahawa skor
min bagi konstruk ini secara keseluruhannya ialah 3.73. Berdasarkan nilai ini, intepretasi

skor min yang dapat dinyatakan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru sains
terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran sains adalah

tinggi. Aspek pengetahuan guru ini merangkumi pemahaman berkaitan definisi PBP,
perbandingan antara kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan PBP dengan kaedah

tradisional, perancangan dan pelaksanaan PBP secara terancang dan peranan guru sebagai
pemudahcara dan penilaian hasil PBP di akhir pelaksanaan projek. Namun begitu, dapatan
juga mendapati guru masih perlu didedahkan dengan pemahaman berkaitan teori – teori yang
mendasari serta ciri – ciri utama PBP.

Tahap Kemahiran Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Dalam Mata Pelajaran Sains

Persoalan kajian yang kedua menunjukkan min keseluruhan data adalah 3.68. Berdasarkan
dapatan skor min ini dapat ditafsirkan bahawa tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan
PBP dalam mata pelajaran sains berada pada aras yang agak tinggi. Dapatan ini mendapati
bahawa guru berkeupayaan untuk membuat perancangan, menyediakan bahan yang

260

bersesuaian mengikut topik pembelajaran, menggalakkan kerjasama antara kumpulan pelajar
serta memberi markah yang bersesuaian dengan hasil kerja pelajar. Meskipun begitu,
berdasarkan dapatan ini juga guru didapati perlu menambah baik kemahiran dalam
menggagihkan kumpulan pelajar mengikut keperluan, menggalakkan kepimpinan pelajar,
mengawal atur pelajar secara maksima serta membuat peneguhan, penilaian serta refleksi
terhadap keberkesanan PBP dalam pengajaran.

Tahap Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam
Mata Pelajaran Sains

Menerusi dapatan kajian, persoalan kajian yang ketiga mendapati min keseluruhan adalah
3.73 yang mana memberi tafsiran bahawa guru mempunyai tahap sikap yang tinggi dan
positif terhadap pelaksanaan PBP. Tahap sikap yang dimaksudkan dalam kajian ini berkaitan
keyakinan guru tentang kesesuaian PBP sebagai pendekatan dalam pedagogi guru,
kemampuan pelaksanaan PBP dalam meningkatkan pencapaian pelajar dan minat pelajar. Di
samping itu, guru juga mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyatakan PBP mampu
membentuk nilai – nilai murni, interaksi sosial serta tingkah laku yang positifi dalam diri
pelajar terhadap pembelajaran Sains. Akan tetapi, guru mempunyai keyakinan yang
sederhana dalam menyatakan bahawa PBP mampu mengurangkan beban tugas guru,
membantu guru dalam menghabiskan sukatan pelajaran dengan mudah serta memudahkan
pengawalan kelas yang teratur sepanjang pelaksanaan PBP.

Hubungan antara aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap pelaksanaan PBP
dalam mata pelajaran Sains

Berdasarkan Jadual 2, dapatan bagi hasil ujian korelasi Spearman Rho adalah nilai pekali
korelasi, r = 0.627 dan nilai signifikan, p <0.000 ( p< 0.01). Hipotesis nol pertama berjaya
ditolak kerana nilai signifikan adalah kurang daripada 0.01. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan di antara tahap pengetahuan dan
kemahiran guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam ujian mata
pelajaran Sains dengan nilai r (84) = .627 (p< 0.01). Pekali r yang positif menunjukkan
bahawa peningkatan pengetahuan guru akan meningkatkan kemahiran guru pada paras
hubungan yang kuat. Ini menunjukkan semakin bertambah pengetahuan guru, semakin
bertambah baik kemahiran guru terhadap pelaksanaan PBP. Ini bermakna kedua – dua aspek
kompetensi ini saling mempengaruhi.

JADUAL 2. Hubungan antara aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap pelaksanaan PBP dalam

MP Sains

Kemahiran Guru

Pengetahuan Guru Korelasi Spearman (rho) .627**

Sig. (2-Hujung) .000

N 84

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Hubungan antara aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PBP dalam
mata pelajaran Sains

Jadual 3 menunjukkan hasil ujian korelasi Spearman Rho. Nilai p< .01, maka hipotesis nol
kedua berjaya ditolak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah
dan signifikan di antara tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran berasaskan projek dalam ujian mata pelajaran Sains dengan nilai r (84) = .302

261

(p< 0.01). Pekali r yang positif menunjukkan bahawa peningkatan pengetahuan guru akan

meningkatkan sikap guru pada paras hubungan yang sederhana. Ini menunjukkan semakin

bertambah pengetahuan guru, semakin bertambah baik sikap guru terhadap pelaksanaan
PBP. Ini bermakna kedua – dua aspek kompetensi ini saling mempengaruhi.

JADUAL 3. Hubungan antara aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PBP dalam MP

Sains

Sikap Guru

Pengetahuan Guru Korelasi Spearman (rho) .302**

Sig. (2-Hujung) .005

N 84

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Hubungan antara aspek sikap dan kemahiran terhadap pelaksanaan PBP dalam mata
pelajaran Sains

Jadual 4 menunjukkan hasil ujian korelasi Spearman Rho. Nilai p< .01, maka hipotesis nol
ketiga berjaya ditolak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang
sederhana dan signifikan di antara tahap sikap dan kemahiran guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran berasaskan projek dalam ujian mata pelajaran Sains dengan nilai r (84) = .454
(p< 0.01). Pekali r yang positif menunjukkan bahawa peningkatan sikap guru akan
meningkatkan kemahiran guru pada paras hubungan yang sederhana. Ini menunjukkan
semakin positif sikap guru, semakin bertambah baik kemahiran guru terhadap pelaksanaan
PBP. Ini bermakna kedua – dua aspek kompetensi ini saling mempengaruhi.

JADUAL 4. Hubungan antara aspek sikap dan kemahiran terhadap pelaksanaan PBP dalam MP Sains

Kemahiran Guru

Sikap Guru Korelasi Spearman (rho) .454**

Sig. (2-Hujung) .000

N 84

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Perbincangan

Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa tahap kompetensi yang diuji dalam dapatan ini
meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pelaksanaan PBP dalam mata
pelajaran Sains. Merujuk kepada Jadual 5, skor min yang diperoleh bagi ketiga – tiga tahap
berada pada aras yang tinggi. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Han et al. (2015) yang
menyatakan bahawa tahap pengetahuan guru mengenai STEM PBL adalah tinggi. Menurut
Nur Fatahiyah & Siti Nur Diyana (2019) dalam kajian mereka menyatakan ilmu dan teknik
pelaksanaan adalah antara elemen penting dalam memastikan keberkesanaan dan
keberhasilan sesuatu amalan dalam pengajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk
menggambarkan konsep abstrak supaya dapat difahami oleh pelajar (Pekbay & Kaptan 2014)
dalam W. Sumarni (2015). Menurut Capraro et al. (2014), pengetahuan dan kemahiran guru
dalam Sains (STEM) PBP akan memberi kesan kepada pelajar.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa bagi melaksanakan PBP ini, pengetahuan dan
kemahiran guru yang mantap dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar. Tidak
ketinggalan juga, guru perlu bersikap optimis dan sentiasa berusaha bagi menunjukkan
contoh yang baik kepada pelajar. Ini kerana sikap guru akan mempengaruhi minat pelajar
untuk cenderung kepada subjek yang diajar (Dragoş & Mih 2015). Menurut Schreiner &

262

Sjøberg (2010), guru perlu sentiasa berkreativiti dalam usaha menjadikan pembelajaran
dalam persekitaran yang kondusif dan menarik.

Tambahan lagi, guru yang produktif akan sentiasa memberi galakan kepada
pelajarnya untuk meneroka ilmu sains dengan lebih mendalam (Schraw et al. 2001). Tanpa
keupayaan ini, seorang pelajar tidak mampu untuk kekal berdaya saing dalam pembelajaran.
Walau bagaimana pun, kemahiran serta sikap guru yang baik akan memastikan setiap pelajar
di dalam pengajarannya tidak akan ketinggalan. Guru perlu mempunyai kesabaran yang
tinggi serta mengekalkan hubungan baik antara guru dan pelajar terutamanya apabila
mendepani pelajar yang lemah dalam pembelajaran dan kurang bermotivasi (W. Sumarni
2015)

JADUAL 5. Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pelaksanaan PBP dalam mata

pelajaran Sains

Konstruk Purata Skor Sisihan Interpretasi
Min Piawai

Tahap Pengetahuan Guru 3.73 0.644 Tinggi

Tahap Kemahiran Guru 3.68 0.599 Tinggi

Sikap Guru 3.73 0.575 Tinggi

Berdasarkan aspek hubungan antara pengetahuan dengan kemahiran, pengetahuan dengan
sikap serta sikap dengan kemahiran jelas menunjukkan setiap satunya saling berkaitan dan
memberikan hubungan yang signifikan dengan kekuatan hubungan yang berbeza. Dapatan ini
menepati sebagaimana yang terkandung dalam Model Proses Pendidikan Bryant (1974) yang
menyatakan dalam menentukan kesediaan guru terhadap sesuatu perubahan adalah
berdasarkan unsur pengetahuan, kemahiran dan sikap guru tersebut. Kenyataan ini turut
disokong oleh Teori Perubahan Pendidikan Fullan (2001) yang menyatakan pengetahuan,
kemahiran dan sikap merupakan antara faktor yang mempengaruhi penerimaan dan
pelaksanaan guru dalam sesuatu perubahan pendidikan. Noraini et al. (2015) menggariskan
dalam kajiannya bahawa guru perlu bersedia dengan secukupnya dari aspek minat,sikap dan
kemahiran serta pengetahuan supaya guru boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid. Hasrat untuk membudayakan
KBAT dalam kalangan murid tidak mustahil seandainya guru telah dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang optimis serta bersedia membuat pembaharuan
terhadap sesuatu inovasi yang dinamis (Roreen, 2018). Ini kerana pengetahuan dan
kemahiran guru dalam pelaksanaan PBL khususnya dalam STEM sangat mempengaruhi
penguasaan serta perkembangan kemahiran pelajar (Capraro et al. 2014).

Implikasi kajian

Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru – guru memiliki pengetahuan yang jelas,
kemahiran yang mantap serta sikap yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran
berasaskan projek (PBP) dalam mata pelajaran Sains. Ketiga – tiga aspek kompetensi ini
adalah penting kerana bagi mengaplikasikan konsep pembelajaran yang berpusatkan pelajar,
pengetahuan dan kemahiran amat diperlukan oleh seorang guru dalam membuat pilihan
pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan keberkesanan pengajaran yang dijalankan
(Mahasneh & Alwan, 2018). Guru yang mampu merancang dan melaksanakan pembelajaran
berasaskan projek secara sistematik akan memberi impak kepada peningkatan pengetahuan,
menarik minat serta mencetuskan perubahan tingkah laku pelajar terhadap mata pelajaran
sains (Roslina Abd Karim & Zanaton Iksan, 2017).

263

Dapatan kajian ini dapat membantu guru meningkatkan profesionalisme dengan
mengenal pasti perkara - perkara yang boleh dimurnikan dalam kerjaya sebagai pendidik
seperti menambahkan pengetahuan berkaitan teori – teori pembelajaran yang diaplikasikan
dalam PBP khususnya. Guru perlu mempunyai pengetahuan dalam memberikan arahan
secara berkesan dan bersesuaian dengan kepelbagaian kemahiran yang dimiliki oleh pelajar
agar sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat memenuhi keperluan
pembelajaran pelajar (York 2014).

Bagi pihak pengurusan di sekolah, perancangan kursus atau program yang
bersesuaian boleh direncanakan bagi membolehkan guru – guru mendapatkan penerangan
yang lebih jelas berkaitan PBP supaya pelaksanaan PBP yang dijalankan ke atas pelajar
memberi impak dalam peningkatan prestasi khususnya dalam mata pelajaran Sains.
Pandangan ini turut disokong oleh kajian Shafiqah & Lilia (2019) yang menyatakan guru
perlu didedahkan dengan penerangan yang lebih inklusif berkaitan PBP. Sesuai dengan hasrat
tersebut, pihak sekolah juga boleh menyediakan persekitaran yang kondusif serta prasana
yang berfungsi yang boleh digunakan semasa pelaksanaan dalam PBP danlam pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula sebagai perancang kepada
pendekatan pembelajaran seperti PBP yang hendak ditadbir di sekolah perlu menyediakan
panduan khas yang boleh dijadikan rujukan oleh guru – guru disekolah bagi memastikan
objektif pelaksanaan adalah selaras dengan hasrat yang telah direncanakan sebagaimana yang
terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Cadangan kajian lanjutan

Setelah menjalankan kajian yang menggunakan instrumen soal selidik ini, pengkaji
mengakui dan mengenal pasti bahawa kajian ini masih boleh ditambah baik. Dapatan kajian
ini tertumpu kepada guru – guru sains (responden) menengah rendah sahaja. Ia tidak dapat
digeneralisasikan kepada guru – guru menengah atas, sekolah rendah dan prasekolah.. Oleh
itu, pengkaji berharap beberapa kajian susulan berkaitan tahap kompetensi guru terhadap
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran sains harus dilakukan
sebagai lanjutan bagi kajian sedia ada. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan adalah
seperti berikut:

1. Kajian ini dijalankan kepada guru sains menengah rendah dalam sebuah daerah sahaja.
Sebagai penambahbaikan, kajian ini boleh dijalankan di beberapa daerah supaya
perbezaan dapatan yang dapat dilihat adalah lebih ketara dan jelas.

2. Kajian ini lebih bertumpu kepada guru sains KSSM menengah rendah sahaja. Kajian
akan datang boleh melibatkan semua guru sains KSSM menengah atas dan menengah
rendah.

3. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada tahap kompetensi guru sains semata – mata
terhadap pelaksanaan PBP. Justeru itu, diharapkan kajian lain dapat diperkembangkan
dengan mengkaji tahap kompetensi guru dengan keberkesanan pelaksanaan PBP yang
telah dijalankan ke atas pelajar.

4. Instrumen kajian juga boleh dipelbagaikan dan tidak hanya berfokus pada borang soal
selidik sahaja. Pendekatan kaedah temubual dan pemerhatian juga boleh dikira sebagai
alternatif bagi mengetahui pandangan guru terhadap pelaksanaan PBP dalam mata
pelajaran sains. .

264

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, terdapat beberapa perkara telah dapat dikenal pasti oleh pengkaji melalui
kajian ini. Antaranya, pengkaji telah dapat mengetahui tahap kompetensi guru sains terhadap
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PBP) daripada aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru. Dapatan menunjukkan bahawa guru – guru sains dalam kajian ini mempunyai
tahap yang tinggi bagi ketiga – tiga aspek yang dikaji.

Selain itu, berdasarkan analisis item soal selidik, pengkaji juga dapat mengenal pasti
beberapa aspek yang perlu diberi penekanan oleh guru bagi meningkatkan kompetensi guru
seperti pengetahuan berkaitan teori – teori yang mendasari PBP serta ciri – ciri utamanya.
Pengkaji juga mendapati guru – guru perlu didedahkan dengan kaedah pelaksanaan PBP yang
lebih jelas apabila meneliti dapatan bagi konstruk kemahiran yang mana memerlukan guru
menggagihkan kumpulan pelajar, memberi peneguhan bagi hasil kerja pelajar serta membuat
penilaian bagi projek yang telah pelajar hasilkan. Tambahan lagi, guru perlu diperkenalkan
dengan strategi – strategi yang bersesuaian agar dapat menambahkan keyakinan kepada guru
bahawa pelaksanaan PBP ini dapat mengurangkan beban tugas guru, menghabiskan sukatan
pelajaran pada masanya serta boleh membantu guru memastikan kelas dalam keadaan
terkawal semasa pelaksanaannya.

Analisa hubungan antara ketiga – tiga aspek ini menunjukkan pengukuhan dalam
pengetahuan dan kemahiran guru sains memberikan kesan yang lebih tinggi jika hendak
dibandingkan antara pengetahuan dengan sikap atau kemahiran dengan sikap. Guru yang
mempunyai pengetahuan akan berkemampuan untuk melaksanakan PBP dengan kemahiran
yang bersesuaian. Menurut Kokotskaki et al. (2016), kemampuan guru dalam membantu
pembelajaran pelajar, memberi motivasi, menyokong dan membimbing pelajar secara
berterusan akan menghasilkan pelaksanaan PBL yang lebih berkesan. Pengalaman guru
dalam pengajaran dengan penyampaian arahan yang jelas akan membantu mengurangkan
beban kognitif pelajar sekaligus membolehkan pelajar melaksanakan PBL dengan lebih
tersusun dan rapi (Hmelo-Silver, Duncan & Chinn, 2007). Kenyataan ini juga disokong oleh
Mohamed, Jasmi dan Zailani (2016) dalam kajiannya bahawa pengaruh yang besar kepada
kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya melalui pendekatan PBL di bilik
darjah bermulanya daripada sikap guru. Sikap guru yang positif akan membuatkan perubahan
yang dibuat dalam pendidikan lebih mudah diterima dan dilaksanakan.

RUJUKAN

Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. 2005. Aplikasi Pembelajaran Secara Konstruktivisme
dalam Pengajaran Karangan Berpandu. Makalah Pendidikan, 4:6.

Abdullah, N., Talib, A., Mansor, R., Noraini Mohamed Noh, & Haida, N. (2015). Kesediaan
Pelajar Institusi Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12(November), 1–18.

Baysura, O. D. 2016. Perceptions of Teacher Candidates regarding Project-Based Learning.
Eurasian Journal of Educational Research (62): 15–36.

Bryant, E.C. 1974. Associations between Educational Outcomes and Background Variables
(Monograph). Denver, CO: National Assessment of Educational Progress.

Beddoes, K. D. , Jesjek, B. K. & Borrego, M. 2010. Identifying Opportunities for
Collaborations in International Engineering Education Research on Problem and
Project – Based Learning. Interdisciplinary Journal of Problem – Based Learning 4
(2) Article 3

265

Cakici Yılmaz & Turkmen Nihal. 2013. An Investigation of the Effect of Project-Based
Learning Approach on Children’s Achievement and Attitude in Science. The Online

Journal of Science and Technology 3(2): 9–17.

Capraro, R. M., Capraro, M. M., Scheurich, J. J., Jones, M., Morgan, J., Huggins, K., S.,

Corlu, S., Younes, R., & Han. S. Y. (2014, in press). Impact of sustained professional

development in STEM PBL on outcome measures in a diverse urban district. Journal

of Educational Research.
Dragoş, V. & Mih, V. 2015. Scientific Literacy in School. Procedia - Social and Behavioral

Sciences 209(July): 167–172. doi:10.1016/j.sbspro.2015.11.273

Easterby-Smith, M., Thorpe, R., & Jackson, P. R. (2012). Management research : Mark

Easterby-Smith, Richard Thorpe and Paul Jackson. 4th ed. Los Angeles: SAGE.

Easterby-Smith, M., Thorpe, R., & Jackson, P. R. (2015). Management research : Mark

Easterby-Smith, Richard Thorpe and Paul Jackson. 5th ed. Los Angeles: SAGE.

Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. 2014. Faktor

Penyumbang kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu
Analisis Sorotan Tesis. Sains Humanika 2:4, hlm. 63 – 71. Penerbit UTM Press.

Fullan, M. 2001. The New Meaning of Educational Change. Edisi ketiga. London: Rouledge

Falmer.

Gresalfi, M. S., Barnes, J., & Cross, D. (2012). When does an opportunity become an

opportunity? Unpacking classroom practice through the lens of ecological

psychology. Educational Studies in Mathematics, 80, 249–267.
Han, S., Yalvac, B., Capraro, M. M., & Capraro, R. M. (2015). In-service teachers’

implementation and understanding of STEM project based learning. Eurasia Journal
of Mathematics, Science and Technology Education, 11(1), 63–76.

https://doi.org/10.12973/eurasia.2015.1306a

Harun, A. H. 2014. Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian Ke Atas

Sikap, Pengetahuan Dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tenaga Diperbaharui. Kesan

Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian Ke Atas Sikap, Pengetahuan

Dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tenaga Diperbaharui.

Hmelo-Silver, C. E., Duncan, R. G., & Chinn, C. A. (2007). Scaffolding and achievement in

problem-based and inquiry learning: A response to Kirschner, Sweller and Clark
(2006). Educational Psychologist, 42, 99–107.

Habsah Mohamed. 2014. Hubungan gaya pengajaran guru terhadap gaya pembelajaran dan

pencapaian pelajar tingkatan empat di Putrajaya. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.
İlhan, I. 2014. A study on the efficacy of project-based learning approach on Social Studies

Education: Conceptual achievement and academic motivation. Educational Research
and Reviews, 9(15), 487–497. https://doi.org/10.5897/err2014.1777

Indrawan, E. & Jalinus, N. 2019. Review Project Based Learning. International Journal of
Science and Research (IJSR) 8(4): 1014–1018.

Kaldi, S. Filippatou, D. & Govaris, C. 2011. Project – based Learning in Primary Schools :
Effects on Pupils’ Learning and Studies. Education 39 (1) 35 – 47.

Kokotsaki, D., Menzies, V., & Wiggins, A. 2016. Project-based learning: A review of the

literature. Improving Schools, 19(3), 267–277.

https://doi.org/10.1177/1365480216659733

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.
Education and Phsychological Measurement, 30: 607 – 610.

Mahasneh, A. M., & Alwan, A. F. 2018. The effect of project-based learning on student

teacher self-efficacy and achievement. International Journal of Instruction, 11(3),
511–524. https://doi.org/10.12973/iji.2018.11335a

266

Md Harun, Z. N. 2014. Kompetensi guru dalam pengajaran amali reka bentuk dan teknologi
di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia).
Mispuah & Kamisah. 2014. Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Kemahiran

Abad ke – 21 dalam Topik Mitosis. Prosiding International Seminar on Technical
and Vocational Education (TVEIS 2014) hlm. 591 – 600.

Mohd Aderi Che Noh, Normurni Binti Mohamad, Adibah Hasanah & Absha Atiah Abu
Bakar. 2018. Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Kaedah Fiqh. JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and
Special Needs Vol. 2 (2) ISSN 2590 – 3799 m/s 14 – 23.

Mohd. Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azimah Nik Yusuff & Rosnidar Mansor. 2017.

Pembangunan Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di dalam Mata Pelajaran Sains
Sekolah Rendah : Analisis Keperluan Guru. Sains Humanika 9: 1 – 5, 199 – 125 e –
ISSN 2289 – 6996. Penerbit UTM Press.
Mohamed, S., Jasmi, K. A., dan Zailaini, M. A. 2016. Akhlak guru dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan Islam Akademika 86(2):34-45
Nor Amalina & Zanaton Ikhsan. 2018. Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap

Guru Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Mata Pelajaran
Sains. Seminar Antarabangsa Isu – Isu Pendidikan. ISPEN2018||eISBN978 – 967 –
2122 – 54 – 8. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Nor Khayati Basir, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. 2017. Sikap dalam

Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Pelajar di Politeknik Perak.
Tinta Artikulasi Membina Ummah 3 (1), 1 – 14 e – ISSN: 2298 – 960X. Bangi.

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Fatahiyah, M. H., & Siti Nur Diyana, M. (2019). Kesediaan Guru Sains dan Matematik

Dalam Melaksanakan STEM dari Aspek Pengetahuan, Sikap dan Pengalaman
Mengajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) Ke-6, 90,
668–689.
Pekbay, C. & Kaptan, F., 2014. Improvement of pre-service science teachers’ awareness on

the effectiveness of laboratory method in science education: A qualitative study..
Karaelmas Journal of Educational Sciences, Vol.2, pp. 1-11.

Rahman, A. B. A. 2017. Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran
Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian Dan Gaya Pembelajaran Pelajar.

Roreen Anak Jumarang 2018 Reaksi dan amalan guru sekolah rendah terhadap pentaksiran
kemahiran berfikir aras tinggi.

Roslina Abd Karim & Zanaton Ikhsan. 2017. Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek
Ke Atas Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Murid Tahun 5 Terhadap Tajuk Tenaga.
Conference Kuis Pasak 2017 Prosiding Pendidikan, 1–14.

Shafiqah Fauzi & Lilia Halim . 2019. Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Berasaskan

Projek Dalam Memupuk Sikap Dan Keupayaan Kognitif Bagi Mata Pelajaran Sains.
Seminar Pendidikan Sains 2019 Prosiding, 486 – 496.

Schraw, G., Flowerday, T. & Lehman, S. 2001. Increasing Situational Interest in the
Classroom. Educational Psychology Review13 (3): 211224 .doi:10.1023 /A:

101661975184
Schreiner, C. & Sjøberg, S. 2010. Science education and youth’s identity construction - two

incompatible projects? The Re-Emergence of Values in Science Education 231–247.
doi:10.1163/9789087901677_020

Sistem Guru Online. 2017. https://www.sistemguruonline.my/2018/01/himpunan-dskp-kssr-
semakan-2017.html. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

267

Sumarni, W., Wardani, S., Sudarmin, S., & Gupitasari, D. N. (2016). Project based learning
(PBL) to improve psychomotoric skills: A classroom action research. Jurnal
Pendidikan IPA Indonesia, 5(2), 157–163. https://doi.org/10.15294/jpii.v5i2.4402

Sumarni, Woro. (2015). The Strenghths and Weaknesess of the Implementation of Project
Based Learning: A Review. International Journal of Science and Research (IJSR),
4(3), 478–484. https://www.ijsr.net/archive/v4i3/SUB152023.pdf

Veerasamy Naidoo. 2010. Project Based Learning (PBL) : An Innovative Vehicle for the
Assessment of Student Learning in the Science Classroom. Tesis PhD. Curtin
University of Technology, Australia.

Whatley, J., 2012. Evaluation of a Team Project Based Learning Module for Developing
Employability Skills.. Informing Science and Information Technology 9, pp. 75-92.

York, B. N. (2014). Know the Child: The Importance of Teacher Knowledge of Individual
Students’ Skills (KISS).

Zimmerman, D. C. 2010. Project Based Learning for Life Skill Building in 12th Grade Social
Studies Classrooms : A Case Study. Dominican University of California, San Rafael,
CA.

.

268

Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21

NOR HANISAH MD SAABAN* & SITI NUR DIYANA MAHMUD

ABSTRAK

Transformasi pedagogi ke arah abad ke-21 dalam kalangan guru adalah salah satu agenda utama kerajaan.
Walaupun isu ini penting, namun masih lagi terdapat guru yang belum bersedia dalam mengamalkan pembelajaran
abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru Sains dalam pelaksanaan pembelajaran
abad ke-21. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan rekabentuk tinjauan. Seramai 88 guru Sains sekolah
rendah di Bagan Datuk, Perak telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak berstrata.Soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan program
Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23.0 secara deskiptif dan pengujian inferensi. Analisis yang
dilakukan telah mendapati bahawa tahap kesediaan guru Sains dari aspek pengetahuan dan sikap guru Sains adalah
tinggi manakala tahap kemahiran adalah sederhana tinggi. Analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan kesediaan guru Sains berdasarkan jantina. Selanjutnya, dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru
Sains dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21. Rentetan itu, kursus PAK-21 secara berkala dan kolaborasi
dengan pihak SISC+ boleh diperkasakan bagi meningkatkan kesediaan guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21.
Kesimpulannya gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif dapat menjadikan guru lebih
bersedia dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

Kata Kunci: Pembelajaran abad ke-21; Kesediaan Guru; Pengetahuan; Kemahiran; Sikap

PENGENALAN

Pada fasa gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula
pada tahun 2016 hingga 2020 ini, sekolah-sekolah disarankan untuk memberi tumpuan serius
terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Walaupun kini gelombang ke-2
PPPM berada dalam fasa yang terakhir, kerisauan tetap wujud tentang sejauhmanakah guru
yang merupakan tonggak utama dapat melaksanakan PAK-21 ini. Bukan semua guru
cenderung untuk mengubah amalan pengajaran sejajar dengan perkembangan semasa.
Kebiasaan guru akan mengubah dan menyesuaikan gaya pengajaran mereka apabila mereka
merasakan perubahan itu penting bagi diri mereka. Hal ini kerana perubahan ini memerlukan
komitmen yang padu daripada guru yang melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
bagi memastikan amalan kendiri yang berterusan.

Guru perlu berfikir, merancang setiap pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) supaya
kualiti pengajaran membantu murid bagi menguasai kemahiran abad ke-21. Pengajaran guru,
pengurusan kelas dan keperibadian guru itu sendiri boleh mempengaruhi kualiti pengajaran
seorang guru (Normiati & Abdul Said 2019). Kepelbagaian strategi dan pendekatan perlu
digunakan oleh guru bagi memastikan setiap PdPc menyeronokkan dan murid tidak cepat
menjadi bosan. Oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran abad ke-21 sebelum guru boleh
menerapkannya kepada diri murid. Sememangnya menjadi suatu cabaran yang besar kepada
guru untuk menjadikan setiap PdPc yang dirancang berpusatkan murid disamping dapat
menyediakan murid dengan kemahiran utama yang diperlukan oleh pasaran kerja seperti
kemahiran komunikasi, kolaboratif dan menyelesaikan masalah (Joseph A.Rios et al. 2020).

Dalam pelaksanaan PAK-21, terdapat pelbagai halangan atau cabaran yang di hadapi
oleh guru. Antaranya adalah pengetahuan guru (Mashira et al. 2019; Norazlin Mohd Rusdin

269

2018), kekangan masa guru, dan kemudahan TMK yang terhad (Garba et al. 2015; Norazlin &
Siti Rahaimah 2019; Wasriep & Lajium 2019). Halangan-halangan ini sebenarnya
menunjukkan bahawa wujudnya ruang-ruang yang perlu diatasi dari aspek kemahiran dan
pengetahuan guru yang belum mencapai tahap maksima. Dalam menghadapi isu atau masalah
ini, kesediaan guru amat diperlukan sebagai penanda aras guru boleh melaksanakan PAK-21.

Beberapa kajian telah dilakukan tentang kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK-21di
dalam dan juga di luar negara (Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah 2018; Buenvinida et
al. 2020; Poh Huoy Tyan et al. 2020). Dapatan daripada kajian lepas menunjukkan guru masih
lagi kurang mahir dalam melaksanakan PAK-21 (Dina Amira & Mohamed Yusoff 2019;
Mazarul Hasan et al. 2020). Tambahan pula, terdapat sebahagian besar guru di luar bandar
masih lagi menggunakan kaedah konvensional yang tidak menggambarkan keperibadian guru
abad ke-21 (Sumardi et al. 2020). Walaupun terdapat beberapa kajian kesediaan dikalangan
guru namun tiada satu kajian yang mengkaji tentang kesediaan guru Sains di daerah Bagan
Datuk, Perak. Oleh itu, pengkaji cenderung untuk mengetengahkan kajian kesediaan guru Sains
sekolah rendah di luar bandar agar dapat memberikan nilai tambah terhadap kajian sedia ada
khususnya dalam bidang PAK-21 di Malaysia.

Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru Sains
dalam pelaksanaan PAK-21 dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan jantina.
Seterusnya, untuk mengkaji perkaitan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains. Secara
khususnya, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut:

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains dalam pelaksanaan
PAK-21?

2. Adakah terdapat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains dalam
pelaksanaan PAK-21 berdasarkan jantina?

3. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains
dalam pelaksanaan PAK-21?

Hipotesis Kajian

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan signifikan pengetahuan guru Sains dalam pelaksanaan PAK-
21 berdasarkan jantina.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan signifikan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21
berdasarkan jantina.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan signifikan sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21
berdasarkan jantina.

Ho 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan sikap guru Sains
dalam pelaksanaan PAK-21.

Ho5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dengan sikap guru Sains
dalam pelaksanaan PAK-21.

Ho6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran guru
Sains dalam pelaksanaan PAK-21.

270

Tinjauan literatur

a. Konsep pembelajaran abad ke-21

National Education Association (2010) menekankan empat kemahiran kritikal yang perlu ada
pada setiap orang murid di abad ke-21 ini iaitu pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi dan
kreativiti. Sejajar dengan konteks di Malaysia, PAK-21 adalah proses perubahan pembelajaran
daripada berasaskan guru kepada berasaskan murid. PAK-21 berteraskan standard asas iaitu
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti dan aplikasi nilai murni dan etika (KPM
2017). Penerapan elemen 4K 1N dalam setiap PdPc amat penting bagi mencapai kemenjadian
murid abad ke-21.

Penentu utama kejayaan PAK-21 adalah aktiviti PdPc yang diamalkan oleh guru. Tetapi
tidak dinafikan penggunaan prasarana, susun atur bilik darjah dan penggunaan teknologi dapat
menggalakkan lagi pelaksanaan PAK-21. Kepelbagaian kaedah dan aktiviti PAK-21 terbukti
mampu meningkatkan tahap pencapaian murid (Norul Haida 2018). Hal ini terjadi kerana
murid lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dipelajari dan seterusnya membina
pengetahuan baharu atas usaha diri sendiri. Disamping itu, PAK-21 juga memberi kesan yang
baik kepada sikap dan motivasi murid (Ainun Rahmah et al. 2017) dan murid berasa seronok
(Harlina 2017).

Elemen kreativiti masih memerlukan bimbingan guru untuk menilai dan memberikan
maklumbalas yang praktikal bagi penambahbaikan sesebuah produk. Bukan sahaja guru, murid
lain juga boleh memberi maklumbalas terhadap sesuatu produk yang dihasilkan oleh rakan
mereka. Dalam penghasilan sesuatu yang baharu akan melibatkan kebolehan seseorang
menghasilkan dan mengumpul idea yang kreatif (Siti Zubaidah & Abdul Razak 2015). Di
samping itu, guru yang mempunyai pemikiran kritis akan menghasilkan murid yang mudah
menerima pandangan atau idea orang lain, teliti dan berfikir secara mendalam bagi
mengelakkan membuat keputusan secara terburu-buru (Nursafra & Razak 2017). Pemikiran
kritis boleh di pupuk apabila guru menggunakan kepelbagaian sumber pembelajaran, sentiasa
terbuka dalam menerima idea dan pendapat murid-murid, dan menerapkan elemen perbahasan
dalam sesi PdPc.

Aspek kolaboratif pula dapat membina sikap semangat kerjasama dalam pasukan dan
kumpulan dari awal pendidikan sehingga mampu diterjemahkan dalam konteks dunia
pekerjaan (Nor Shela 2019). Kemampuan guru-guru mengalakkan murid-murid bekerjasama
dalam aktiviti yang dilakukan merupakan ciri guru yang mempunyai kemahiran kolaboratif.
Guru yang dapat mewujudkan PdPc yang mempunyai elemen kolaboratif, maka akan
menyedarkan murid tentang apa yang perlu dipelajari dimana melibatkan perkongsian idea,
pendapat atau pengetahuan. Guru perlu berperanan sebagai pemudahcara dengan mewujudkan
komunikasi di kalangan murid, memantau cara penyampaian murid dan memberi maklumbalas
terhadap aktiviti pembelajaran murid. Oleh yang demikian, aktiviti pembelajaran akan berjalan
lancar dan memberikan kesan positif kepada murid. Komunikasi berkesan tidak melibatkan
lisan sahaja tetapi lebih menyeronokkan jika guru menggunakan teknologi (Huang Ji Xiang &
Zanaton 2019) seperti Google Classroom.

Di samping itu, elemen nilai murni dan etika di terapkan dalam PAK-21. Menurut
Punya Mishra & Rohit Mehta (2017) pengetahuan kemanusiaan dapat membantu murid
mempersiapkan diri sebelum masuk ke alam pekerjaan bagi melihat dunia dengan lebih empati.
Kesannya, Malaysia akan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni walaupun hidup dengan
kepelbagaian budaya dan bangsa. Secara praktiknya, guru boleh mengaitkan dan menjelaskan

271

nilai murni yang sesuai dengan topik pembelajaran dan menilai samaada murid faham nilai
murni tersebut untuk diamalkan.

b. Kesediaan guru

Kesediaan adalah keupayaan seseorang untuk mempelajari kemahiran atau tingkah laku yang
baharu (Dalton & Gottlieb 2003). Kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu transformasi
pedagogi amat penting dalam menjayakan hasrat kerajaan sebagai salah satu usaha bagi
mencapai status negara maju. Kajian-kajian lepas menunjukkan kesediaan guru terhadap
pelaksanaan PAK-21 banyak dipengaruhi oleh faktor pengetahuan, kemahiran dan sikap
(Buenvinida et al. 2020; Poh Huoy Tyan et al. 2020). Kesediaan yang baik daripada para guru
dapat melahirkan generasi yang diinginkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Pelaksanaan PAK-21 akan tergendala jikalau guru masih lagi menggunakan kaedah
konvensional iaitu berpusatkan guru (Sumardi et al. 2020) dan murid akan menjadi pasif dalam
pembelajaran. Fenomena ini mungkin disebabkan oleh guru-guru masih sukar untuk berubah
daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Keadaan ini
perlu diambil perhatian yang serius kerana masih lagi terdapat guru yang belum bersedia dalam
mengamalkan kemahiran abad ke-21 dalam PdPc mereka (Ni Nyoman Padmadewi et al. 2020)
serta masih lagi tidak pasti sama ada mereka sudah mempunyai pengetahuan, kefahaman dan
melaksanakan PAK-21 (Mashira et al. 2019).

Kesediaan guru yang tinggi menjadi penanda aras guru boleh mengamalkan PAK-21
dalam pengajaran mereka (Azalida & Norazilawati 2018). Terdapat guru yang mempunyai
kesediaan yang sederhana terutama dalam aspek kemahiran dalam melaksanakan PAK-
21(Dina Amira & Mohamed Yusoff 2019; Mohamad Hanapi et al. 2020). Justeru itu, guru
perlu berusaha dalam meningkatkan kefahaman mereka tentang PAK-21 (Huang Ji Xiang &
Zanaton 2019) khususnya yang melibatkan bagaimana hendak menerapkan kemahiran abad
ke-21 (Handayani et al. 2019) dalam pengajaran mereka. Situasi ini menunjukkan bahawa
pelaksanaan PAK-21 di kalangan guru belum mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Kerangka konseptual kajian

Kerangka konseptual kajian ini berdasarkan Teori Perubahan Fullan (2001) dan Model Proses
Pendidikan Bryant (1974). Teori Perubahan Fullan (2001) yang mengatakan penglibatan guru
dalam melaksanakan sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan amat penting untuk di kaji.
Model proses Pendidikan Bryant (1974) juga menekankan tiga faktor utama kejayaan sesuatu
amalan pendidikan iaitu pengetahuan sebagai faktor input, kemahiran pelaksanaan sebagai
gerak kerja dan akhirnya faktor sikap. Oleh itu, pengkaji telah membina kerangka konseptual
kajian seperti Rajah 1 yang diubahsuai dan diadaptasi mengikut kesesuaian kajian ini
berdasarkan Teori Perubahan Pendidikan Fullan (2001) dan Model Proses Pendidikan Bryant
(1974).

272

RAJAH 1. Kerangka Konseptual Kajian

Sumber: Fullan 2001; Bryant 1974

METODOLOGI

Reka bentuk dan persampelan kajian

Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan cross-sectional.
Kaedah ini dipilih kerana kaedah tinjauan merupakan kajian penyelidikan yang melibatkan
proses pengambilan data daripada satu sampel kajian yang telah ditetapkan pada suatu masa
yang sama (Cresswell 2012). Reka bentuk kajian ini membolehkan data dikumpul secara terus
bagi membolehkan langkah menganalisis data dapat dilakukan dengan mudah. Kajian
kuantitatif ini digunakan bagi mengkaji mengenai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah.

Jumlah populasi guru Sains di sekolah rendah daerah Bagan Datuk adalah seramai 102
orang. Saiz sampel kajian telah ditentukan oleh pengkaji dengan merujuk kepada jadual
penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1990). Berdasarkan kepada jadual ini, saiz sampel
bagi populasi 100 orang adalah seramai 80 responden diperlukan. Manakala saiz sampel bagi
populasi 110 orang adalah seramai 86 responden diperlukan. Namun begitu, jumlah sampel
kajian ini seramai 88 orang telah melebihi saiz sampel minima yang disarankan oleh Krejcie
dan Morgan (1970). Sampel kajian yang dipilih secara rawak berstrata telah menjawab soal
selidik dalam bentuk google form yang telah diedarkan secara atas talian.

273

Kaedah pengumpulan dan analisis data

Sebelum pengkaji mengedarkan borang soal selidik, pengkaji telah mendapat permohonan
kebenaran untuk melaksanakan kajian ini di sekolah rendah daripada Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk, Perak. Instrumen soal
selidik telah gunakan oleh pengkaji bagi tujuan pengumpulan data. Item-item soal selidik ini
di adaptasi dan diubahsuai oleh pengkaji berdasarkan soal selidik Nor Shai’rah Yunus (2015)
dan Badrul Hisham & Mohd Nasruddin (2017) agar bersesuaian dengan objektif kajian dan
persoalan dalam kajian ini. Instrumen kajian mengandungi empat bahagian utama iaitu 1) profil
demografi; 2) pengetahuan guru sains 3) kemahiran guru sains dan 3) sikap guru sains dalam
pelaksanaan PAK-21. Bahagian demografi mengandungi soalan berkaitan dengan jantina,
pengalaman mengajar dan latihan PAK-21 yang pernah dihadiri. Item dalam bahagian B (7
item), C (11 item) dan D (9 item) pula adalah berkait dengan tujuan tahap kesediaan dalam
kalangan guru Sains. Dalam bahagian ini, responden diberikan pilihan jawapan skala likert
lima mata di mana satu mewakili sangat tidak setuju dan lima mewakili sangat setuju. Bagi
menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah mendapatkan pengesahan daripada seorang
pakar untuk menilai semua item soal selidik tersebut. Pengkaji juga telah menjalankan kajian
rintis terhadap 30 orang guru Sains di sekitar Hilir Perak dan seterusnya mendapatkan nilai
Cronbach Alpha bagi menentukan indeks kebolehpercayaan instrumen. Nilai Cronbach Alpha
yang diperolehi bagi konstruk pengetahuan (0.92), kemahiran (0.96) dan sikap (0.95). Nilai
keseluruhan yang terhasil ialah 0.97 dan ia melepasi had minimum .700 yang disyorkan oleh
Nunally (1978).

Perisian SPSS versi 23.0 di gunakan bagi tujuan analisis data dalam kajian ini. Dua
jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi telah digunakan dalam kajian ini.
Tujuan utama pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif adalah untuk menjelaskan
secara menyeluruh kesediaan guru Sains dalam melaksanakan PAK-21. Melalui analisis
deskriptif ini, nilai min, sisihan piawai, peratusan dan juga interpretasi skor min diperolehi.
Interpretasi skor min adalah berdasarkan seperti Jadual 1. Manakala, statistik inferensi yang
digunakan adalah ujian-t sampel bebas dan korelasi Pearson.

JADUAL 1. Jadual Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi

4.01 – 5.00 Tinggi
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
1.00 – 2.00
Rendah

Sumber:: Numally & Bersntein (1994)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Profil responden kajian
Responden kajian seramai 88 orang guru Sains sekolah rendah daerah Bagan Datuk, Perak
telah terlibat dalam kajian ini. Profil responden kajian adalah seperti dalam Jadual 2.

274

JADUAL 2. Profil Responden Kajian

Item Demografi Responden Kajian Kekerapan Peratus
35 39.8%
Jantina Lelaki 53 60.2%
38 43.2%
Perempuan 50 56.8%
76 86.4%
Pengalaman Mengajar <1 hingga 10 tahun 12 13.6%

11 tahun ke atas

Pernah Menghadiri Ya
Bengkel/Kursus/Taklimat Tidak
PAK-21

Berdasarkan Jadual 2, kebanyakan responden kajian yang terlibat adalah responden perempuan
iaitu seramai 53 orang (60.2 %). Manakala responden lelaki adalah seramai 35 orang
(39.8.7%). Maka, didapati jumlah responden perempuan lebih ramai berbanding responden
lelaki dalam kajian ini. Dari aspek pengalaman mengajar pula, kebanyakan responden kajian
adalah guru Sains yang telah mengajar selama 11 tahun ke atas iaitu seramai 50 orang (56.8%)
dan guru yang mengajar <1 hingga 10 tahun iaitu seramai 38 orang (43.2%). Berdasarkan data
yang diperolehi, majoriti responden pernah menghadiri bengkel, kursus atau taklimat yang
berkaitan PAK-21 iaitu seramai 76 orang (86.4 %) dan 12 orang (13.5%) tidak pernah
menghadiri bengkel, kursus atau taklimat yang berkaitan PAK-21.

Tahap pengetahuan guru sains

Berdasarkan dapatan kajian, item B3 iaitu “Saya mengetahui kepentingan melaksanakan
pembelajaran abad ke-21.” mencatatkan min tertinggi (min = 4.33, SP = 0.541) dan item B4
iaitu “Saya mengetahui bagaimana menggunakan pelbagai strategi pembelajaran abad ke-21
bagi mengajar Sains.” mencatatkan min terendah (min = 4.10, SP = 0.607). Berpandukan hasil

dapatan kajian, tahap taburan min keseluruhan berkaitan pengetahuan guru Sains dalam

pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah dapat dijelaskan melalui Jadual 3 seperti di bawah:

JADUAL 3. Taburan Keseluruhan Tahap Pengetahuan Guru Sains Dalam Pelaksanaan PAK-21

Pemboleh Ubah Min Keseluruhan Sisihan Piawai Tahap Keseluruhan
Pengetahuan 4.2143 0.47701 Tinggi

Tahap pengetahuan guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 adalah berada pada tahap yang
tinggi. Di antara ketiga-tiga aspek yang dikaji, tahap pengetahuan dalam pelaksanaan PAK-21
adalah yang paling tinggi (min=4.21). Keadaan ini menunjukkan guru Sains di daerah Bagan
Datuk mempunyai pengetahuan yang baik tentang maksud, ciri, kepentingan, strategi, cara
menilai dan peranan guru untuk menjalankan PAK-21 dalam PdPc mereka. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh maklumat berkaitan PAK-21 yang banyak untuk diperolehi samaada
dari pihak sekolah ataupun daripada sumber internet. Malah kebanyakan guru juga telah
didedahkan kepada PAK-21 melalui kursus, bengkel atau taklimat PAK-21(Mohd Qhairil &
Zamri 2018). Faktor-faktor ini dapat membantu guru dalam meningkatkan pengetahuan

275

mereka dari masa ke semasa. Dapatan ini selari dengan kajian Poh Huoy Tyan et al. (2020)
yang menemukan bahawa guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah juga mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam melaksanakan PAK-21. Tahap pengetahuan yang mantap
merupakan asas utama yang sangat penting bagi membentuk kemahiran dan sikap guru dalam
melaksanakan PAK-21 ini.

Analisis terperinci bagi aspek pengetahuan ini, guru berpengetahuan tentang
kepentingan melaksanakan PAK-21 memperolehi min yang paling tinggi iaitu 4.33. Hal ini
mungkin disebabkan oleh guru sentiasa cakna dengan perkembangan sistem pendidikan seiring
dengan perkembangan semasa. Namun, guru Sains perlu mempertingkatkan pengetahuan
tentang kepelbagaian strategi PAK-21 memandangkan aspek ini mencatatkan nilai min
terendah 4.10. Ini menunjukkan guru Sains belum cukup berpengetahuan dalam menggunakan
pelbagai strategi atau pendekatan PAK-21 dalam PdPc mereka. Oleh itu, guru boleh berbincang
dan berkolaborasi dengan guru mata pelajaran lain dalam memahami dan melaksanakan
kepelbagaian strategi PAK-21 dalam PdPc mereka. Antaranya boleh dilakukan melalui
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di sekolah.

Tahap kemahiran guru sains

Secara keseluruhannya, tahap kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 berada pada
tahap yang sederhana tinggi iaitu nilai min 3.93. Taburan min keseluruhan berkaitan kemahiran
guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah dapat dijelaskan melalui Jadual 4
seperti di bawah. Kemahiran pelaksanaan yang dikaji terdiri daripada kemahiran komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti, penerapan nilai positif, penggunaan teknologi serta
kemahiran menilai perkembangan murid. Dapatan kajian ini di sokong dengan dapatan kajian
yang menyatakan bahawa aspek psikomotor (kemahiran) dalam kalangan guru Pendidikan
Islam dalam pelaksanaan PAK-21 juga berada pada tahap sederhana (Mazarul Hasan Mohamad
Hanapi et al. 2020).

JADUAL 4. Taburan Keseluruhan Tahap Kemahiran Guru Sains Dalam Pelaksanaan PAK-21

Pemboleh Ubah Min Keseluruhan Sisihan Piawai Tahap Keseluruhan
Kemahiran 3.9329 0.52096 Sederhana Tinggi

Berdasarkan dapatan kajian, item C9 iaitu “Saya mahir dalam menerapkan nilai positif yang
bersesuaian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran” mencatatkan min tertinggi (min = 4.13,
SP = 0.622) dan item C8: “Saya mahir dalam menerapkan kemahiran kreativiti dan inovasi
dalam gerak kerja kumpulan murid” mencatatkan min terendah (min = 3.77, SP = 0.656).
Aspek kemahiran dalam menerapkan nilai positif yang bersesuaian dalam PdPc memperolehi

nilai min yang paling tinggi iaitu 4.13. Dapatan ini menunjukkan guru mengambil berat tentang
pemupukan nilai murni bagi membentuk sahsiah diri dalam kalangan murid. Disamping itu,

kajian ini mendapati guru Sains kurang mahir terutama dalam aspek menerapkan kemahiran
kreativiti dan inovasi di kalangan murid yang memperolehi nilai min 3.77. Seterusnya, dapatan

kajian juga mendapati standard asas PAK-21 iaitu pemikiran kritis, kolaboratif dan kreatif di
kalangan guru Sains di daerah Bagan Datuk mempunyai nilai min yang rendah jika

dibandingkan dengan min keseluruhan bagi aspek kemahiran. Keadaan ini juga berlaku di
kalangan guru pelatih dan guru di sekolah menengah yang menunjukkan bahawa guru masih

lagi kurang mahir dalam menerapkan kemahiran pemikiran kritis dan kreativiti di kalangan
murid (Raja Abdullah & Daud 2018; Rohani et al. 2019). Justeru, aspek kemahiran perlu diberi

perhatian yang lebih serius dan dipertingkatkan dengan adanya latihan profesional secara

276

berterusan. Disamping pemantauan atau penyeliaan yang bertujuan untuk membimbing guru-
guru supaya dapat melaksanakan pendekatan PAK-21 dalam PdPc mereka. Selain itu, didapati
juga kemahiran menggunakan teknologi di kalangan guru Sains berada pada tahap sederhana
tinggi iaitu nilai min 3.92. Walaupun teknologi hanya merupakan alat dalam membantu
meningkatkan kemahiran abad ke-21, tetapi kepentingan teknologi dalam PAK-21 telah
dibuktikan sejajar dengan perkembangan semasa. Maka, pentingnya latihan pembangunan
professional yang perlu diberikan oleh guru Sains di Malaysia adalah berkenaan kemahiran
mengintegrasi teknologi dalam PdPc dan juga berkaitan menambahbaik kemahiran berfikir
(KPM 2020).

Tahap sikap guru sains

Aspek sikap dibahagikan kepada tiga subkonstruk iaitu persepsi, keyakinan dan inisiatif.

Persepsi (min = 4.28, SP = 0.540), keyakinan (min = 4.337, SP = 0.538) dan inisiatif (min =

4.04, SP = 0.560) di kalangan guru Sains Bagan Datuk menunjukkan tahap yang tinggi.
Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya item D5: “Pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21 diyakini mampu menarik minat murid terhadap Sains” memberikan nilai min tertinggi
(min = 4.40, SP = 0.578) dan item D7: “Saya sentiasa membuat inovasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Sains yang berkait dengan pembelajaran abad ke-21 mengikut
kesesuaian topik yang di ajar” memberikan nilai min terendah (min = 3.77, SP = 0.739).

Berpandukan hasil dapatan kajian, tahap taburan min keseluruhan berkaitan sikap guru Sains

dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah dapat dijelaskan melalui Jadual 5 seperti di

bawah:

JADUAL 5. Taburan Keseluruhan Tahap Sikap Guru Sains Dalam Pelaksanaan PAK-21

Pemboleh Ubah Min Keseluruhan Sisihan Piawai Tahap Keseluruhan

Sikap 4.1919 0.49425 Tinggi

Tahap sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 adalah tinggi dengan min 4.19. Berbeza
pula dengan dapatan kajian oleh Mohamad Hanapi et al. (2020) yang mendapati tahap sikap
guru Pendidikan Islam terhadap PAK-21 berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan
bahawa guru Sains mempunyai persepsi, keyakinan dan inisiatif yang tinggi bagi
melaksanakan PAK-21 yang dapat memberi impak positif terhadap kemenjadian murid secara
holistik dan pencapaian murid khususnya dalam mata pelajaran Sains (Taştan et al. 2018).
Dapatan ini memberi gambaran guru bersikap positif dalam mengamalkan pengajara yang
berpusatkan murid. Namun, dari aspek inovasi pengajaran guru Sains perlu dipertingkatkan
memandangkan item ini mencatatkan min yang terendah. Pendedahan inovasi pengajaran
dalam mata pelajaran Sains melalui kursus, bengkel atau pertandingan perlu didedahkan
kepada guru Sains dalam memberi panduan untuk guru Sains menjadikan aspek inovasi terus
menjadi amalan kendiri untuk menghasilkan PdPc yang berkualiti.

Perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sains berdasarkan jantina

Bagi menguji hipotesis nul pertama (Ho1), kedua (Ho2) dan ketiga (Ho3), ujian-t sampel bebas
telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains
dalam pelaksanaan PAK-21 berdasarkan jantina.

277

JADUAL 6. Analisis Ujian-t sampel bebas Bagi Perbezaan Pengetahuan, Kemahiran dan
Sikap Guru Sains Dalam Pelaksanaan PAK-21 Berdasarkan Jantina

Konstruk Jantina Min Sisihan Nilai-t Tahap Justifikasi
Piawai -0.879 Signifikan
4.16
Pengetahuan Lelaki 4.25 0.51 0.382 Tiada Perbezaan
Kemahiran Perempuan 3.88 0.46
Sikap 3.97 0.55 -0.802 0.425 Tiada Perbezaan
*p>0.05 Lelaki 4.15 0.50
Perempuan 4.22 0.47 -0.657 0.513 Tiada Perbezaan
0.51
Lelaki
Perempuan

Berdasarkan Jadual 6, hasil analisis ujian-t sampel bebas mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan bagi pengetahuan guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 berdasarkan jantina
dengan nilai t = -0.879 dan sig = 0.382 (p>0.05). Maka Ho1 gagal ditolak. Bagi sampel kajian
ini (n=88), guru lelaki (min= 4.16 dan sp = 0.51) mencatatkan pengetahuan yang lebih rendah
berbanding guru perempuan (min = 4.25 dan sp = 0.46). Ini menunjukkan bahawa guru
perempuan mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi berbanding guru lelaki dalam
melaksanakan PAK-21 namun perbezaan ini tidak signifikan.

Seterusnya, dapatan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi
kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 berdasarkan jantina dengan nilai t = -0.802
dan sig = 0.425 (p>0.05). Maka Ho2 gagal ditolak. Bagi perbandingan min, guru lelaki (min=
3.88 dan sp = 0.55) mencatatkan kemahiran yang lebih rendah berbanding guru perempuan
(min = 3.97 dan sp = 0.50). Ini menunjukkan bahawa sama ada guru lelaki dan guru
perempuan tidak mempengaruhi kemahiran seseorang guru itu melaksanakan PAK-21. Namun
guru lelaki dan guru perempuan mempunyai kemahiran yang sederhana tinggi dalam
melaksanakan PAK-21. Maka, perhatian yang lebih serius perlu diambil dalam meningkatkan
kemahiran guru.

Selain itu, dapatan juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap
guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 berdasarkan jantina dengan nilai t = -0.657 dan sig =
0.513 (p>0.05). Maka Ho3 gagal ditolak. Bagi perbandingan min, guru lelaki (min= 4.15 dan
sp = 0.47) mencatatkan sikap yang lebih rendah berbanding guru perempuan (min = 4.22 dan
sp = 0.51). Ini menunjukkan bahawa sama ada guru lelaki dan guru perempuan juga tidak
mempengaruhi sikap seseorang guru itu melaksanakan PAK-21. Namun guru lelaki dan guru
perempuan juga mempunyai sikap yang positif dalam melaksanakan PAK-21.

Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru Sains berdasarkan jantina. Hal ini kerana sebahagian besar responden kajian telah
menghadiri bengkel PAK-21 dan lebih separuh responden mempunyai pengalaman mengajar
lebih daripada 11 tahun yang menjadikan guru lelaki dan guru perempuan mempunyai
kesediaan yang hampir sama dalam melaksanakan PAK-21. Dapatan kajian ini selari dengan
kajian Mohammad Azri & Crispina (2020) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan jantina guru. Ini
menunjukkan bahawa seseorang guru itu cenderung untuk menghadapi perubahan pedagogi
tanpa mengira faktor jantina mereka. Walaubagaimanapun, didapati guru perempuan
mempunyai kesediaan lebih tinggi berbanding guru lelaki dalam kesemua aspek yang dikaji.

278

Kesimpulannya, faktor jantina guru didapati tidak memberi impak kepada pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru dalam pelaksanaan PAK-21.

Hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap guru sains dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21

Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk menguji hipotesis nul keempat (Ho4) bagi
mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dengan sikap guru Sains dalam pelaksanaan
PAK-21. Jadual 7 menunjukkan hubungan antara pembolehubah. Berdasarkan keputusan yang
diperolehi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan sederhana serta signifikan
antara tahap pengetahuan dan sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah
(r = 0.684, n = 88, p = 0.000). Oleh itu, hipotesis nul adalah ditolak.

JADUAL 7. Analisis Korelasi Pearson Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Dengan
Sikap Guru Sains Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21

Tahap Pengetahuan Korelasi Pearson Sikap Guru
0.684
Sig. (2 hujung) 0.000
88
N

**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-hujung)

Hubungan antara tahap kemahiran dengan sikap guru sains dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21

Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk menguji hipotesis nul kelima (Ho5) bagi
mengenalpasti hubungan antara kemahiran dengan sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-
21. Jadual 8 menunjukkan hubungan antara pembolehubah. Berdasarkan keputusan yang
diperolehi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan sederhana serta signifikan
antara tahap kemahiran dengan sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah
(r = 0.673, n = 88, p = 0.000). Oleh itu, hipotesis nul adalah ditolak.

JADUAL 8. Analisis Korelasi Pearson Hubungan Antara Tahap Kemahiran Dengan
Sikap Guru Sains Dalam Pelaksanaan PAK-21

Tahap Kemahiran Korelasi Pearson Sikap Guru
Sig. (2 hujung) 0.673
0.000
N
88

**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-hujung)

Hubungan antara tahap pengetahuan dengan kemahiran guru sains dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21

Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk menguji hipotesis nul keenam (Ho6) bagi
mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dengan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan
PAK-21. Jadual 9 menunjukkan hubungan antara pembolehubah. Berdasarkan keputusan yang

279

diperolehi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan kuat serta signifikan
antara tahap pengetahuan dengan kemahiran guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah
rendah (r = 0.743, n = 88, p = 0.000). Oleh itu, hipotesis nul adalah ditolak.

JADUAL 9. Analisis Korelasi Pearson Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Dengan
Kemahiran Guru Sains Dalam Pelaksanaan PAK-21

Tahap Pengetahuan Korelasi Pearson Kemahiran Guru
Sig. (2 hujung) 0.743
0.000
N
88

**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-hujung)

Melalui analisis ujian korelasi menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan sederhana
antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21.
Dapatan kajian ini seiring dengan kajian Poh Huoy Tyan et al. (2020) bahawa wujudnya
hubungan positif dan sederhana antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru dalam
melaksanakan dan memudahcara PAK-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Manakala
terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran guru.
Berdasarkan dapatan kajian ini, membuktikan semakin baik pengetahuan dan kemahiran
seseorang guru maka semakin positif sikap guru dalam pelaksanaan PAK-21 dan semakin
tinggi pengetahuan guru maka semakin tinggi kemahiran guru. Oleh yang demikian, dapatlah
diketahui bahawa terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru Sains dalam pelaksanaan PAK-21 di sekolah rendah. Dapatan ini
juga membuktikan Model Proses Pendidikan Bryant (1974) yang mengaitkan ketiga-tiga aspek
ini penting untuk guru bersedia dalam menghadapi sesuatu perubahan.

KESIMPULAN

Pelaksanaan secara meluas pembelajaran abad ke-21 di semua sekolah merupakan sasaran
utama kerajaan. Kajian mendapati kumpulan guru Sains luar bandar ini secara keseluruhannya
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dan ini merupakan satu maklumbalas yang positif
kepada usaha dan program memperkasakan PAK-21 luar bandar yang sedang giat dijalankan.
Seperti yang dijangka, pengetahuan, kemahiran dan sikap guru telah terbukti mempunyai
kaitan yang positif di antara satu sama lain.

Oleh kerana kemahiran pelaksanaan guru Sains di Bagan Datuk mencatatkan min skor
tahap sederhana tinggi, dicadangkan supaya mereka diberikan kursus berkala dan sokongan
teknikal berkaitan dengan PAK-21. Bagi merealisasikan cadangan ini, pihak SISC+ dan pihak
jawatankuasa latihan dalam perkhidmatan di sekolah boleh memainkan peranan penting
dengan mengadakan kursus atau bengkel PAK-21. Salah satu halangan yang bakal dihadapi
oleh kedua pihak ini ialah mendapatkan pengisian bengkel yang bersesuaian. Ini kerana PAK-
21 mempunyai pelbagai strategi dan pendekatan yang boleh diaplikasikan. Namun begitu,
ianya dijangka dapat diatasi sekiranya kursus atau bengkel PAK-21 berkenaan diadakan
mengikut aspek kemahiran yang masih belum dilaksanakan secara maksimum di kalangan guru
Sains. Seterusnya, dapat mempertingkatkan tahap amalan guru Sains dalam melaksanakan
PAK-21 khususnya dalam PdPc Sains.

Kajian ini mempunyai beberapa limitasi. Antaranya, dari aspek kawasan kajian yang
hanya dilakukan di satu daerah luar bandar di Perak, iaitu Bagan Datuk sahaja. Di cadangkan

280

agar kajian akan datang harus memperluas kawasan kajian kepada zon Sabah/Sarawak bagi
memberikan gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh akan pelaksanaan PAK-21 dalam
kalangan guru Sains terutama di kawasan luar bandar di Malaysia. Disamping dapat
mempelbagaikan lagi dapatan bagi rujukan pengkaji di masa hadapan.

RUJUKAN

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna. 2017. Pembelajaran Abad
Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu
Pelajar Sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(2): 77–88.

Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. 2018. Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah
Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia 8: 82–97.

Badrul Hisham Bin Alang Osman & Mohd Nasruddin Bin Basar. 2017. Amalan Pengajaran
Dan Pembelajaran Abad Ke- 21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi (8): 32–50.

Buenvinida, L. P., Rodriguez, M. T. M., Sapin, S. B., Alforja, N. S. & Panopio, F. P. 2020.
Senior High School Teachers’ Readiness In Implementing 21st Century Learning: An
Input To School Improvement Plan. Advances in Social Sciences Research Journal 7(9):
42–51. doi:10.14738/assrj.79.8967

Cresswell, J. W. 2012. Educational Research, Planning, Conducting and Evaluating Qualitative
and Quantitative Research. Upper Saddle River, New Jearsy: Pearson Education.

Dalton, C. C. & Gottlieb, L. N. 2003. The concept of readiness to change. Journal of Advanced
Nursing 42(2): 108–117. doi:10.1046/j.1365-2648.2003.02593.x

Dina Amira Hashim & & Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor. 2019. Tahap Kepimpinan Coaching
Guru Besar dan Kesediaan Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di Sekolah
Rendah. International Journal of Education and Pedagogy 1(1): 50–71.

Garba, S. A., Byabazaire, Y. & Busthami, A. H. 2015. Toward the use of 21st century teaching-
learning approaches: The trend of development in Malaysian schools within the context
of Asia Pacific. International Journal of Emerging Technologies in Learning.
doi:10.3991/ijet.v10i4.4717

Handayani, H., Sopandi, W., Syaodih, E., Suhandi, A., Maftuh, B., Hermita, N., Somantri, M.,
et al. 2019. Comprehension of in-service primary-science teachers toward 21st century
skills: A case study on Purwakarta. Journal of Physics: Conference Series 1157(4): 0–6.
doi:10.1088/1742-6596/1157/4/042130

Harlina binti Ishak, Z. M. N. & A. A. 2017. Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi
Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21. Prosiding Seminar Serantau Ke-8 2017 627–635.

Huang Ji Xiang & Zanaton Hj Iksan. 2019. Understanding Of Teacher In Pekan District ON
21st Century Learning. International Journal of Modern Education 1(2): 01–12.
doi:10.35631/ijmoe.12001

Joseph A.Rios, Guangming Ling, Robert Pugh, Dovid Becker & Adam Bacall. 2020.
Identifying Critical 21st-Century Skills for Workplace Success: A Content Analysis of
Job Advertisements. Educational Researcher 49(2): 80–89.
doi:10.3102/0013189X19890600

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 - IAB
Institutional Repository. Nilai, Negeri Sembilan: Kementerian Pendidikan Malysia.
Retrieved from http://eprints.iab.edu.my/v2/592/

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2020. Laporan Kebangsaan TIMSS 2019.
Mashira, Y., Rusyati, H., Nor Sazila, Z., Rohana, O. & Anuar, B. K. 2019. Pengajaran Dan

281

Pemudahcaraan ( Pdpc ) Guru-Guru Sekolah rendah 21: 13–25.

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Maizura Komari & Norazimah Zakaria. 2020. Kesediaan

guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International
Journal of Education and Pedagogy 2(2): 9–17.

Mohamad Hanapi, M. H., Komari, M. & Zakaria, N. 2020. Kesediaan Guru Pendidikan Islam

Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education and

Pedagogy.

Mohammad Azri Amatan & Crispina Gregory K Han. 2020. Perbezaan faktor demografi dalam

efikasi kendiri guru dan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Journal of
Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 1(October): 17–36.

Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mahamod. 2018. Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap

Dan Amalan Menggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina Dan

Pengkhususan Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu – 8: 13–24.

National Education Association. 2010. Preparing 21st century students for a global society: An
educator’s guide to the “four Cs.”

Ni Nyoman Padmadewi, Luh Putu Artini & Luh Putu Restu Adi Utami. 2020. Teacher

Readiness in Promoting 21st Century Skills in Teaching English as a Foreign Language
at Primary Schools. SOSHUM : Jurnal Sosial dan Humaniora 10(3): 271–283.

doi:10.31940/soshum.v10i3.1976
Nor Shai’rah Yunus. 2015. Kesediaan Guru Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan STEM. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Shela Saleh, M. S. R. 2019. Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 terhadap Potensi

Kebolehpasaran Modal Insan The Importance of 21st Century Learning on Human Capital
Market Potential. Innovative Teaching and Learning Journal 2(2): 71–81.

Norazlin Mohd Rusdi & Siti Rahaimah Ali. 2019. Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan

Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings of Islamic Civilization and Technology
Management, hlm. 87–105.
Norazlin Mohd Rusdin. 2018. Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 8(4): 1293–

1306. doi:10.6007/ijarbss/v8-i4/4270

Normiati binti Batjo & Abdul Said bin Ambotang. 2019. Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap
Kualiti Pengajaran Guru Abstrak The Influence of Teacher ’ s Teaching Towards Quality
of Teachers ’ Teaching Abstract Pengenalan. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities 4(2): 30–42.

Norul Haida Binti Reduzan, Z. O. & A. Y. 2018. Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Abad Ke-21. 9th International Conference on Language, Education,
Humanities and Innovation (1976): 10–19.

Nursafra MohdZhaffar, M. I. H. & K. & Razak. 2017. Elemen Pemikiran Kritis Dalam Konteks

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. ASEAN Comparative Education Research Journal on
Islam and Civilization (ACER-J) 1(2): 2600–769.
Poh Huoy Tyan, Fadzilah Abd Rahman & & Maryam Shafie Sarvestani. 2020. Teachers’

readiness in implementing and facilitating 21st century learning. Universal Journal of
Educational Research 8(1 A): 24–29. doi:10.13189/ujer.2020.081304

Punya Mishra & Rohit Mehta. 2017. What We Educators Get Wrong About 21st-Century

Learning: Results of a Survey. Journal of Digital Learning in Teacher Education 33(1):
6–19. doi:10.1080/21532974.2016.1242392
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. 2018. Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad

Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ) 1: 45–65. Retrieved from

282

https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/8
Rohani Seman, Amani Dahlan & Norhayati Yahaya. 2019. Pembelajaran Abad Ke-21, Amalan

4k 1n Berasaskan Modul Mjsasfc Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Asas
Vokasional (Pav) Zon Utara. Journal of Chemical Information and Modeling 53(9):
1689–1699. doi:10.1017/CBO9781107415324.004
Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad. 2015. Kreativiti Guru Dalam
Meningkatkan Kefahaman Dan. Proceeding : 7th Internationnal Seminar on Regional
Education 1: 457–468.
Sumardi, L., Rohman, A. & Wahyudiati, D. 2020. Does the teaching and learning process in
primary schools correspond to the characteristics of the 21st century learning?
International Journal of Instruction. doi:10.29333/iji.2020.13325a
Taştan, S. B., Mehdi, S., Davoudi, M., Masalimova, A. R., Bersanov, A. S., Kurbanov, R. A.,
Boiarchuk, A. V, et al. 2018. The Impacts of Teacher’s Efficacy and Motivation on
Student’s Academic Achievement in Science Education among Secondary and High
School Students. EURASIA Journal of Mathematics Science and Technology Education
14(6): 2353–2366.
Wasriep, M. F. & Lajium, D. 2019. 21st century learning in primary science subject via flipped
classroom method: A teacher’s perspective. International Journal of Recent Technology
and Engineering 8(2 Special Issue 9): 952–959. doi:10.35940/ijrte.B1088.0982S919

283

Hubungan Antara Pengetahuan Dan Sikap Terhadap
Amalan Hijau Melalui Program Reka Cipta Inovasi

Teknologi Hijau

NORHIDAYAH BINTI OSMAN* & LILIA HALIM

ABSTRAK

Program reka cipta inovasi teknologi hijau merupakan inisiatif mitigasi perubahan iklim dalam bidang pendidikan
sebagai metod penyelesaian bagi melestarikan alam sekitar melalui amalan hijau. Pendedahan mengenai teknologi
hijau seawal usia ini merupakan langkah terbaik dalam mendepani isu perubahan iklim kerana secara tidak
langsung ianya mendorong untuk mempraktikkan amalan hijau dalam kehidupan seharian pelajar. Justeru, satu
tinjauan telah dijalankan menggunakan instrumen soal selidik untuk mengetahui hubungan ke atas amalan hijau
berdasarkan pengetahuan dan sikap peserta program reka cipta inovasi teknologi hijau serta tahap amalan hijau
berdasarkan lokasi sekolah. Seramai 100 orang pelajar telah dipilih secara rawak berstrata di daerah Sibu,
Sarawak. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi (Ujian Regresi Berganda dan Ujian-T Tidak
Bersandar). Dapatan menunjukkan terdapat hubungan antara pengetahuan dan sikap terhadap amalan hijau
melalui program reka cipta inovasi teknologi hijau serta terdapat perbezaan tahap amalan hijau peserta mengikut
lokasi sekolah. Program yang berteraskan penerapan teknologi hijau dijalankan secara tidak langsung telah
menambahkan pengetahuan dan melahirkan sikap positif untuk melaksanakan amalan hijau dalam kehidupan
seharian. Tuntasnya, amalan hijau pelajar dapat dipraktikkan dengan lebih meluas sekiranya ibubapa dilibatkan
bersama dalam pelaksaaan program ini kerana ianya mampu menghasilkan sikap positif ibu bapa terhadap amalan
hijau secara tidak langsung mempengaruhi sikap anak-anak mereka untuk berterusan melaksanakan amalan hijau
dalam kehidupan seharian.

Kata kunci: Pengetahuan; Sikap; Amalan Hijau; Teknologi Hijau; Kelestarian Alam Sekitar

PENGENALAN

Peningkatan gas karbon dioksida yang dibebaskan menjadi lebih serius apabila kemusnahan
hutan yang merupakan sumber asas penyerapan gas toksik ini disebabkan oleh pembangunan
yang kian rancak di seluruh dunia. Akibatnya, pelbagai bencana alam muncul satu persatu yang
meragut ribuan nyawa hidupan menyebabkan kepupusan flora dan fauna saban tahun. Kemarau
berpanjangan melebarkan kawasan gurun, kiub ais di kutub kian mencair telah meningkatkan
paras air laut, peningkatan suhu air laut memusnahkan terumbu karang, frekuansi kebakaran
hutan melonjak menghasilkan jerebu dan debu di udara, munculnya wabak penyakit yang
berbahaya seperti malaria, banjir besar memusnahkan penempatan manusia serta bermacam
lagi kejadian alam yang dikira sebagai kesan negatif hasil daripada perubahan iklim ini.

Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah mitigasi dan adaptasi
perubahan iklim yang lebih intensif perlulah direncanakan dan pendekatan yang diambil perlu
melibatkan semua pihak dan secara bersama. Antara inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan
adalah dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara yang bertujuan untuk
meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar berpunca daripada kegiatan manusia
dalam membangunkan negara. Selain itu, ia juga merupakan alternatif dalam membangunkan
ekonomi tanpa menjejaskan kelestarian alam. Pada bulan Oktober 2017, Pelan Induk Teknologi
Hijau (GTMP) pula dilancarkan dengan jangkaan melonjakkan lagi pertumbuhan teknologi
hijau dengan pulangan sehingga RM180 bilion menjelang tahun 2030. Ini menunjukkan kepada
kita bahawa keseriusan pihak kerajaan dalam usaha mengimplementasikan teknologi hijau agar
alam sekitar di negara kita terus dipelihara dan dipulihara sepanjang zaman.

284

Selain itu, pelbagai usaha mitigasi dalam aspek pendidikan yang lebih drastik juga
telah disusun oleh pihak Kementerian Pendidikan Malayisa sejak kebelakangan ini tanpa
menunggu kejadian alam sekitar yang tidak diingini berlaku dahulu. Penerapan kesedaran
melalui medium pendidikan merupakan salah satu usaha mitigasi perubahan iklim yang
direncanakan oleh pihak kerajaan. Mitigasi perubahan iklim membawa maksud satu usaha
untuk mencegah berlakunya perubahan iklim melalui aktiviti atau kegiatan yang dapat
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau atau meningkatkan penyerapan gas tersebut
daripada pelbagai sumber. Melalui pendedahan dan kefahaman mengenai ilmu teknologi hijau
dan amalan hijau dalam kalangan pelajar sekolah, ianya dilihat berupaya meningkatkan
kesedaran masyarakat secara tidak langsung mengenai teknologi mesra alam ini.

Menurut Hanifah et al. (2014), menanamkan kesedaran penglibatan anak-anak dalam
aktiviti pendidikan alam sekitar mampu mempengaruhi sikap dan tingkah laku ibu bapa mereka
juga. Justeru, bagi mempastikan peningkatan dari sudut pendidikan dan kesedaran awam
terhadap teknologi hijau serta menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau ini, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bekerjasama dengan Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menganjurkan Program Reka Cipta Inovasi Teknologi
Hijau di mana program ini bermotifkan untuk membuka minda anak muda seawal di bangku
sekolah lagi agar lebih menghargai alam sekitar melalui rekaan teknologi berasaskan teknologi
hijau.

Program reka cipta inovasi teknologi hijau merupakan salah satu inisiatif mitigasi
mendepani perubahan iklim dalam bidang pendidikan di mana usaha ini diperkenalkan di
peringkat sekolah menengah. Usaha murni ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai
teknologi hijau kepada pelajar serta menggalakkan budaya reka cipta inovasi sesuatu teknologi
berasaskan amalan hijau. Program yang dianjurkan tersebut bertujuan untuk menanamkan
kesedaran yang tinggi dalam pembentukan generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan
negara agar mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam memacu pembangunan yang
mampan. Hal ini kerana, kesedaran masyarakat dalam memahami keperluan aplikasi teknologi
hijau masih belum memberangsangkan meskipun teknologi ini sudah lama diperkenalkan
(Mohamad Bokhari et al. 2014). Menurut Muhammad Qayyum (2010), tahap kesedaran
masyarakat di negara ini terhadap teknologi hijau masih di tahap yang belum memuaskan.
Justeru itu, melihat kelompangan yang wujud dalam kalangan masyarakat kini diambil serius
oleh pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat melalui pelbagai usaha
antaranya dengan menganjurkan program ini di peringkat sekolah yang merupakan nukleus
terbaik dalam mendidik masyarakat secara tidak langsung.

Pemilihan kaedah yang dilaksanakan ini melalui aktiviti pembelajaran berasaskan
projek merupakan suatu kaedah yang dilihat terbaik dalam memastikan pengetahuan pelajar
dibina dan sikapnya diasuh melalui projek yang dijalankan. Hal ini berkait rapat dengan
harapan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk memoptimumkan potensi jasmani,
emosi, rohani dan intelek seorang pelajar dalam pembinaan kemenjadian. Melalui
pembelajaran berasaskan projek ini, pelajar terdorong untuk meningkatkan usaha untuk
membaca lebih banyak bahan yang berkaitan menyebabkan secara tidak langsung pengetahuan
mereka akan lebih bertambah (Bell 2010). Kaldi et al. (2011) menyokong dengan hujah
tambahan mengatakan kaedah ini telah membantu pelajar mempelajari kemahiran sosial
dengan cara berkolaborasi bersama rakan sepasukan.

Tuntasnya, kajian berkaitan tahap pengetahuan dan sikap yang terhasil daripada aktiviti
berasaskan projek berkaitan teknologi hijau melalui program reka cipta inovasi teknologi hijau
masih belum lagi dikaji. Oleh itu, kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui hubungan
antara pengetahuan dan sikap terhadap amalan hijau bagi peserta program reka cipta inovasi

285

teknologi hijau untuk melaksanakan mitigasi perubahan iklim melalui amalan hijau. Beberapa
persoalan kajian telah dibentuk seperti berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan, sikap dan amalan hijau peserta program reka cipta inovasi

teknologi hijau?

ii. Adakah terdapat hubungan ke atas amalan hijau berdasarkan pengetahuan dan sikap

peserta program reka cipta inovasi teknologi hijau?

iii. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan hijau peserta program reka cipta inovasi

teknologi hijau berdasarkan lokasi sekolah?

Hipotesis-hipotesis yang dikaji dalam kajian adalah:
Hipotesis 1 (Ho₁): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap
terhadap amalan hijau peserta program reka cipta inovasi teknologi hijau.
Hipotesis 2 (Ho₂): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan hijau peserta
program reka cipta inovasi teknologi hijau berdasarkan lokasi sekolah.

Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Hijau

Aspek pengetahuan merupakan asas kepada pemupukan kesedaran seseorang bagi membentuk
sebuah tingkah laku yang mesra terhadap alam sekitar (Kollmuss & Agyeman 2002). Pelbagai
kajian yang dilakukan menunjukkan pengetahuan mengenai kelestarian alam sekitar berada di
aras yang tinggi. Hal ini memberikan isyarat yang baik kepada kita bahawa ilmu mengenai
kelestarian alam sekitar termasuk isu alam sekitar serta amalan hijau berjaya dicairkan ke
seluruh peringkat masyarakat. Kajian Zarrintaj et al. (2013) telah dijalankan ke atas 470 orang
pelajar Tingkatan 4 di Kajang Selangor yang bertujuan untuk mengkaji hubungan kesedaran
alam sekitar, pengetahuan dan sikap dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hasil dapatan
kajian ini menemukan pengetahuan mengenai alam sekitar pelajar berada di aras yang tinggi.
Aras pengetahuan yang tinggi disebabkan oleh media selain dipengaruhi oleh faktor pendidikan
mereka yang dipelajari di tingkatan sebelum ini apabila lebih banyak pendidikan mengenai
alam sekitar diadaptasi dalam pembelajaran di sekolah. Selain itu, Kajian Nurul Hidayah
(2012) menjalankan kajian yang mengenai pengetahuan alam sekitar bagi 31 murid Tahun
Enam di daerah Kulaijaya Johor juga mendapati bahawa pengetahuan alam sekitar dalam
kalangan murid adalah tinggi. Begitu juga, kajian oleh Siti Nor Bayaah et al. (2010) yang
mengkaji pelajar peringkat universiti iaitu seramai 225 pelajar Universiti Tun Abdul Razak
diuji dan didapati tahap pengetahuan mengenai alam sekitar berada di aras yang tinggi dan
sebanyak 82% pelajar tersebut mengetahui konsep 3R.

Namun begitu, terdapat juga kajian mendapati pengetahuan masyarakat terhadap isu
alam sekitar adalah sederhana dan tidak boleh dibanggakan. Sebagai contoh, kajian Jamilah et
al. (2011) yang meninjau terhadap 100 penduduk yang tinggal di bandar Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang memberikan dapatan sedemikian agak membimbangkan. Pengetahuan yang
didapati sederhana dan rendah adalah pengetahuan tentang program kitar semula, pencemaran
udara, pencemaran bunyi serta pengetahuan mengenai sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Dapatan mendapati perlunya lebih pendedahan dan penerangan mengenai alam sekitar bagi
meningkatkan pengetahuan penduduk terhadap kelestarian alam sekitar. Sejajar dengan kajian

286

Mohammed Zin et al. (2003), pengetahuan masyarakat Malaysia mengenai isu pemeliharaan
sumber tenaga dan penggunaannya secara efisien adalah sangat terhad.

Moisender (2000) menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar
terhasil daripada pengetahuan yang baik mengenai ekologi. Model awal tingkah laku pro-alam
sekitar (Kollmuss & Agymen 2002) juga mendapati hubungan yang linear antara sikap dengan
tingkah laku terhadap alam sekitar. Model ini menyatakan sikap yang positif terhadap alam
sekitar mampu melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku untuk memelihara alam
sekitar. Kajian yang dijalankan oleh Mehmet Bozoglu et al. (2016) ke atas 621 pelajar
Universiti Ondokus Mayiz di Turki juga mendapati sikap pelajar yang tinggi mempunyai
tingkah laku mesra alam yang tinggi. Selaras dengan kajian Muhammad Mohiuddin et al.
(2018) yang dijalankan ke atas 200 pelajar bidang perniagaan di tiga buah universiti di
Kelantan yang juga mendapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap alam sekitar
lebih cenderung untuk membeli kenderaan hijau yang merupakan salah satu usaha mitigasi
perubahan iklim. Ini merumuskan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara sikap
mesra alam dengan tingkah laku memelihara alam atau amalan hijau.

Meskipun begitu, kajian Mohd Zuhair Azuar (2015) mendapati sikap yang positif
terhadap alam sekitar tidak selari dengan amalan hijau guru-guru. Kajian yang dijalankan ke
atas 43 orang guru yang mengajar subjek Teknologi Kejuteraan Zon Utara yang melibatkan
negeri Perak, Kedah dan Perlis telah mengkaji sikap guru terhadap amalan hijau. Hasil dapatan
kajian mendapati sikap guru berada di tahap yang positif namun amalan hijau yang dizahirkan
berada di tahap yang sederhana. Kajian ini menunjukkan aspek sikap bukan pengaruh utama
dalam memastikan seseorang itu dapat mempraktikkan amalan hijau dalam kehidupan seharian
mereka.

Menurut kajian Noor Azizah & Zanaton (2015), pendidikan melalui amalan yang
dipraktikkan oleh pelajar sendiri mampu memberikan kesan yang besar terhadap kesedaran
untuk menjaga alam sekitar. Kajian yang dilakukan ke atas 18 orang pelajar sarjana pendidikan
yang mengambil kursus Alam Sekitar dan Kelestarian di Universiti Kebangsaan Malaysia di
dapati menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif ke arah kelestarian alam melalui
model yang dibina dengan beberapa tema untuk memantau hasil dapatan kajian tersebut.
Perubahan tingkah laku tersebut berlaku didapati selepas mereka merasakan kesedaran untuk
memelihara alam sekitar timbul apabila menjalani aktiviti-aktiviti yang telah disusun melalui
kursus tersebut.

Dapatan kajian ini selari dengan kajian Mohamad Fazli & Teoh (2006) yang mendapati
hubungan yang positif dan signifikan antara tahap amalan kepenggunaan hijau berkadar
langsung dengan tahap keprihatinan terhadap alam sekitar. Kajian yang dijalankan ke atas 80
orang pekerja syarikat Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. melaporkan 72.5% responden
mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi. Kebanyakan responden telah
mengamalkan penggunaan produk hijau dengan membeli produk yang kurang memberi kesan
kepada orang lain dan alam sekitar. Amalan ini seiring dengan kesedaran alam sekitar yang
mana menuntut kita sedar tentang cara kehidupan yang tidak memberikan kesan negatif kepada
alam sekitar dan mampu mengekalkan alam sekitar yang berkualiti (Soon 1988).

Namun begitu, terdapat kajian yang menyatakan kesedaran yang baik terhadap
kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar masih gagal diterjemahkan dalam suatu tingkah
laku atau amalan hijau. Ini bertepatan dengan kajian Azizan (2008) yang mendapati di mana
beliau mendapati pelajar masih gagal untuk mempraktikalkan amalan hijau dalam kehidupan
seharian meskipun mempunyai kesedaran yang baik tentang masalah alam sekitar. Dapatan
kajian ini selaras dengan kajian Tan Pei & Norzaini (2011) yang mengkaji 360 orang pelajar
prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang menemui tahap komitmen pelajar berada
di aras yang tinggi namun amalan hijau mereka berada di tahap yang sederhana. Tindakan dan

287

program yang bersesuaian perlu dilakukan dengan berterusan agar proses perubahan komitmen
dan sikap dapat ditransformasikan dalam bentuk tingkah laku mesra alam harian pelajar.

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Model KAP (Knowledge, Attitudes and
Practices) yang diadaptasi daripada Kajian Dai et al. (2012). Model ini berteraskan aspek
pengetahuan dan sikap dalam menghasilkan amalan hijau seseorang melalui program yang
disertai.

Pengetahuan Amalan Hijau
Untuk
Sikap
Melaksanakan
Demografi Mitigasi
(Lokasi Sekolah)
Perubahan Iklim

Program Reka Cipta
Inovasi Teknologi Hijau

RAJAH 1. Kerangka konseptual kajian

Merujuk kerangkan konseptual kajian di dalam Rajah 1, pembolehubah bersandar
merupakan amalan hijau untuk melaksanakan mitigasi perubahan iklim. Ianya bergantung
kepada pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan dan sikap yang diperoleh sepanjang
mengikuti program tersebut. Melalui teori ini faktor lokasi sekolah merupakan pembolehubah
bebas yang terlibat dalam kajian ini. Lokasi sekolah dikategorikan sebagai bandar dan luar
bandar yang diukur untuk melihat perbezaan amalan hijau pelajar yang berbeza demografi.
Pembolehubah bersandar merupakan faktor yang diukur serta diperhatikan oleh pengkaji untuk
menentukan kesan daripada pembolehubah tidak bersandar manakala faktor yang
dimanipulasikan oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan fenomena yang
diperhatikan merupakan pembolehubah bebas di dalam kajian (Mohd Noah 2002).

Menurut model ini, pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap lalu
menghasilkan individu yang mampu bertingkah laku memelihara alam sekitar. Justeru, apabila
pengetahuan bertambah ianya akan menyebabkan perubahan pada tingkah laku (William
2008). Pengetahuan juga menjadi asas kepada pendorong perubahan sikap (Mahadeven 2009).
Oleh sedemikian, faktor sikap juga merupakan elemen penting dalam meningkatkan kesedaran
seseorang itu (Hanizah & Norleza 2017). Kajian ini bertepatan dengan Schwartz (1975) yang
menyatakan perubahan tingkah laku akan dipengaruhi oleh sikap seseorang itu serta dipandu
oleh ilmu pengetahuan. Konklusinya, merujuk kajian ini amalan hijau akan dipraktikkan
apabila ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar dan teknologi hijau bertambah didorong oleh
sikap yang positif terhadap amalan hijau bagi seseorang individu tersebut.

METODOLOGI

288

Persampelan Dan Instrumen Kajian

Kajian berbentuk tinjauan ini (Creswell 2005) melibatkan seramai 100 orang pelajar sekolah
menengah yang menyertai program reka cipta inovasi teknologi hijau yang dipilih melalui
teknik persampelan rawak di daerah Sibu Sarawak. Sampel kajian dipilih secara rawak
berstrata membabitkan 50 pelajar daripada sekolah bandar dan 50 pelajar daripada sekolah luar
bandar. Instrumen kajian ini ialah soal selidik kerana dilihat lebih berkesan (Mohd Majid 2005)
dan ianya diadaptasi daripada kajian Geok et al. (1998). Borang soal selidik ini merangkumi
latar belakang sosio-demografi, pengetahuan, sikap dan amalan hijau responden. Kaji selidik
ini terbahagi kepada empat bahagian di mana bahagian A merangkum soalan asas latar
belakang responden, bahagian B terdiri daripada soalan mengenai pengetahuan mengenai
amalan hijau. Bahagian C pula mengenai sikap terhadap amalan hijau manakala bahagian D
mengenai amalan hijau yang dilakukan oleh peserta dalam kehidupan seharian. Instrumen
tersebut telah disemak dan disahkan oleh pakar penilai dalam program teknologi hijau yang
berpengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang Fizik serta mempunyai nilai kebolehpercayaan
Alpha Cronbach iaitu 0.85 yang dianggap baik dan boleh diterima (Bond & Fox 2007). Data
kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu analisis regresi berganda dan ujian-t
tidak bersandar.

Kaedah Analisis Data

Bagi tujuan menguji hipotesis-hipotesis kajian, ujian analisis regresi berganda dan ujian-t tidak
bersandar telah digunakan. Merujuk Chua (2006), ujian analisis regresi berganda dapat melihat
perubahan dalam dua atau lebih faktor (pembolehubah tidak bersandar) memberi sumbangan
kepada perubahan yang berlaku dalam suatu pemboleh ubah bersandar. Oleh itu, analisis
statistik inferensi ini membolehkan pengkaji melihat hubungan antara tahap pengetahuan dan
sikap peserta reka cipta inovasi teknologi hijau terhadap amalan hijau mereka. Selain itu, ujian-
tidak bersandar pula digunakan untuk membandingkan skor min daripada dua kumpulan yang
berbeza (Pallant 2011) di mana kumpulan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah lokasi
sekolah iaitu bandar dan luar bandar. Ujian ini akan membandingkan skor min amalan hijau
untuk melaksanakan mitigasi perubahan iklim bagi peserta program reka cipta inovasi
teknologi hijau berdasarkan lokasi sekolah peserta. Analisis ini telah dijalankan menggunakan
perisian program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0.

Definisi Pembolehubah – Ruang Lingkup Soalan

Pengetahuan merupakan elemen asas dalam pembinaan blok-blok penstrukturan pemikiran
manusia (Fiesbein dan Ajzen 1975). Penerimaan maklumat baru yang bertambah akan
meningkatkan pengetahuan seseorang itu. Melalui pengetahuan, seseorang itu akan bertindak
atau bertingkah laku mengikut maklumat yang diperoleh. Ianya bertepatan dengan teori awal
tingkah laku pro-alam sekitar yang diperkenalkan oleh Kollmuss & Agyman (2002). Menurut
model ini, pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap lalu menghasilkan individu
yang mampu bertingkah laku memelihara alam sekitar. Justeru, apabila pengetahuan
bertambah ianya akan menyebabkan perubahan pada tingkah laku (William 2008).
Pengetahuan juga menjadi asas kepada pendorong perubahan sikap (Mahadeven 2009). Oleh
itu faktor kognitif ini merupakan aspek yang perlu diutamakan dalam membina modal insan
yang prihatin terhadap alam sekitar. Pengetahuan mengenai alam sekitar perlu dibina sama ada
melalui saluran secara formal ataupu tidak formal. Tuntasnya, pengetahuan dalam kajian ini

289

merujuk kepada pengetahuan peserta program terhadap usaha mitigasi perubahan iklim melalui
amalan hijau antaranya mengaplikasikan teknologi hijau. Pengetahuan diukur dalam bentuk
skala likert 1-5.

Sikap menjadi indikator utama dalam perubahan tingkah laku (Mohd Hilmi &
Kamaliah 2013). Seseorang yang mempunyai sikap yang positif kebiasaannya akan mendorong
melakukan sesuatu tindakan yang baik. Justeru, Hanizah & Norleza (2017) menyatakan dalam
meningkatkan kesedaran seseorang itu, faktor sikap memainkan peranan yang penting. Kajian
ini bertepatan dengan Schwartz (1975) yang menyatakan pengaruh ilmu pengetahuan dan sikap
mampu melakukan perubahan tingkah laku seseorang. Seterusnya, faktor sikap golongan
pelajar merupakan aspek penting yang perlu ditumpukan (Hazura et al. 2007) kerana mereka
adalah generasi muda yang akan menentukan pembinaan sesebuah negara itu berasaskan
pembangunan lestari. Kecenderungan merujuk kepada keadaan seseorang itu bertindak
berdasarkan pengetahuan yang diperolehi. Sikap dalam kajian ini lebih menumpukan kepada
sikap peserta terhadap teknologi hijau dalam usaha melaksanakan mitigasi perubahan iklim
dan diukur juga dalam bentuk skala likert 1-5.

Amalan akan wujud apabila nilai pengetahuan diperoleh oleh seseorang itu. Menurut
Kaliyaperumal (2004), kesedaran timbul apabila mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam, sikap yang positif serta amalan yang menghasilkan tindakan yang baik dilakukan.
Dalam memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara dan dipulihara, amalan hijau haruslah
dipraktikkan oleh setiap individu. Amalan hijau juga dikenali sebagai amalan mesra alam yang
berkonsepkan enam kriteria iaitu jimat tenaga, jimat air, amalan 3R (kurangkan, guna semula,
kitar semula), kurangkan penggunaan kertas, pengangkutan hijau dan tanam semula pokok
(KeTTHA 2015). Amalan hijau ini juga diukur dalam bentuk skala likert 1-5.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Hijau Dalam Kehidupan Seharian

Jadual 1 di bawah menunjukkan min dan sisihan piawai bagi tahap pengetahuan, sikap serta amalan
hijau responden. Interpretasi julat min dibuat mengikut skala yang digunakan oleh Fadilah et al.
(2014) di mana penilaian min skor mengikut kategori rendah (0.00 – 2.49), sederhana (2.50 –
3.49) dan tinggi (3.50 – 5.00) dibuat berdasarkan hasil dapatan soal selidik yang diedarkan
kepada responden. Kesimpulan keseluruhan data yang diperoleh, kesemua aspek
pembolehubah mempunyai nilai min melebihi 3.50 menunjukkan bahawa tahap pengetahuan,
sikap serta amalan hijau responden berada di aras yang tinggi.

JADUAL 1. Min dan sisihan piawai tahap pengetahuan, sikap dan amalan hijau peserta program reka cipta
inovasi teknologi hijau.

Aspek n Min Sisihan piawai Interpretasi
Pengetahuan
100 4.12 0.66 Tinggi
Sikap
Amalan Hijau 100 4.00 0.60 Tinggi

100 3.82 0.64 Tinggi

Jadual 2 di bawah menunjukkan ringkasan bilangan responden yang menjawab setiap
item dalam skala pengetahuan, sikap dan amalan hijau yang betul. Hasil daripada analisis,
penyelidik mengenal pasti majoriti daripada responden mempunyai penilaian kendiri sangat
setuju (SS) terhadap konstruk tahap pengetahuan di mana tiga daripada enam item memperoleh
peratusan yang tinggi. Seterusnya, berdasarkan analisis berkaitan dengan sikap, penyelidik

290

mengenal pasti penilaian kendiri sangat setuju (SS) dan setuju (S) digabungkan didapati 88%
responden mengakui sayangkan alam sekitar dan menyokong kempen utamakan teknologi
hijau. Analisis tahap amalan hijau pula mendapati 67% responden menggunakan konsep 3R
(reduce, reuse, recycle) dalam aktiviti harian dan 76% membawa botol air yang boleh
digunakan semula.

JADUAL 2. Frekuensi dan peratusan tahap pengetahuan, sikap dan amalan hijau peserta program
reka cipta inovasi teknologi hijau

BIL ITEM STS TS TP S SS
(%) (%) (%) (%) (%)

TAHAP PENGETAHUAN

1 Saya mengetahui konsep utama amalan hijau. 0.0 3.0 25.0 44.0 28.0

(0) (3) (25) (44) (28)

2 Saya memperoleh ilmu pengetahuan mengenai usaha 1.0 4.0 44.0 35.0 16.0

mitigasi perubahan iklim daripada program reka cipta inovasi (1) (4) (44) (35) (16)

teknologi hijau.

3 Saya menerapkan ilmu pengetahuan mengenai amalan hijau 0.0 4.0 26.0 55.0 15.0

di dalam kehidupan seharian. (0) (4) (26) (55) (15)

4 Saya mengetahui maksud setiap warna bagi tong kitar semula 0.0 1.0 16.0 26.0 57.0

iaitu biru, coklat dan jingga. (0) (1) (16) (26) (57)

5 Saya mengetahui amalan teknologi hijau merupakan usaha 1.0 1.0 21.0 37.0 40.0

mitigasi perubahan iklim yang dapat menyelamatkan bumi (1) (1) (21) (37) (40)

kita.

6 Saya tahu perubahan iklim dunia adalah disebabkan oleh 2.0 8.0 16.0 32.0 42.0

tindakan manusia terhadap alam sekitar. (2) (8) (16) (32) (42)

SIKAP

1 Saya sayangkan alam sekitar. 1.0 0.0 11.0 30.0 58.0

(1) (0) (11) (30) (58)

2 Saya menyokong kempen utamakan teknologi hijau. 0.0 1.0 11.0 32.0 56.0

(0) (1) (11) (32) (56)

3 Saya sanggup membayar lebih untuk membeli produk yang 2.0 4.0 42.0 25.0 27.0

mesra alam seperti pembungkus makanan. (2) (4) (42) (25) (27)

4 Saya akan memaklumkan kepada organisasi alam sekitar atau 1.0 4.0 33.0 36.0 26.0

agensi kerajaan yang terdekat sekiranya berlaku masalah (1) (4) (33) (36) (26)

alam sekitar.

5 Apa yang saya lakukan tidak akan memberi kesan besar 8.0 10.0 40.0 25.0 17.0

terhadap alam sekitar. (8) (10) (40) (25) (17)

6 Masalah menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab 8.0 8.0 16.0 25.0 43.0

kerajaan bukan saya. (8) (8) (16) (25) (43)

AMALAN HIJAU

1 Saya menggunakan konsep 3R (reduce, reuse, recycle) dalam 0.0 0.0 33.0 45.0 22.0

aktiviti harian. (0) (0) (33) (45) (22)

2 Saya memproses lebihan makanan di rumah untuk membuat 6.0 10.0 33.0 32.0 19.0

baja. (6) (10) (33) (32) (19)

3 Saya kurangkan penggunaan air di rumah untuk menjaga 1.0 4.0 35.0 38.0 22.0

alam sekitar. (1) (4) (35) (38) (22)

4 Saya membawa botol air yang boleh digunakan semula. 0.0 5.0 19.0 28.0 48.0

(0) (5) (19) (28) (48)

5 Saya mengelak mengambil beg plastik sewaktu membeli 2.0 6.0 36.0 31.0 25.0

belah. (2) (6) (36) (31) (25)

6 Saya berbasikal atau berjalan kaki bagi mengurangkan 7.0 13.0 34.0 26.0 20.0

penggunaan kenderaan bermotor. (7) (13) (34) (26) (20)

291


Click to View FlipBook Version