The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-kolokium 2021, 2021-01-09 21:30:22

Prosiding e-kolokium Pendidikan Sains 2021

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Keywords: Prosiding,e-kolokium,pendidikan sains

Hubungan Ilmu Pengetahuan, Sikap Dan Hasrat Untuk
Menjalankan Aktiviti Pemuliharaan Alam Sekitar

KEW CHUN HONG* & LILIA HALIM

ABSTRAK

Pemanasan global merupakan satu isu yang kian mendapat perhatian masyarakat akibat kesan-kesan negatif fenomena
ini. Antara cara untuk menghadapi isu ini ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dan sikap pelajar untuk menggalakkan
penglibatan pelajar dalam pemuliharaan alam sekitar. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ilmu
pengetahuan, sikap dan hasrat pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar, seterusnya mengenal pasti hubungan
antara aspek ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan dan melibatkan 140 orang pelajar
yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik yang diuji kesahan and kebolehpercayaan
digunakan sebagai instrument kajian. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis tahap ilmu pengetahuan, sikap
dan hasrat pemuliharaan alam sekitar, manakala analisis korelasi digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara
ilmu pengetahuan dan sikap dengan hasrat pemuliharaan alam sekitar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai tahap ilmu pengetahuan yang baik, sikap dan hasrat pemuliharaan alam sekitar berada pada tahap
sederhana tinggi. Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara ilmu pengetahuan, sikap dan hasrat
pemuliharaan alam sekitar. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan dalam menyediakan program
latihan guru, perancangan aktiviti kokurikulum dan penilaian keberkesanan kurikulum sedia ada dalam menggalakkan
penglibatan pelajar dalam pemuliharaan alam sekitar.

Kata kunci: ilmu pengetahuan; sikap; pemuliharaan alam sekitar; pelajar sekolah rendah

PENGENALAN

Pemanasan global merupakan satu isu yang semakin menarik perhatian ahli masyarakat.
Isu ini mempunyai kaitan dengan isu perubahan iklim dan dipercayai berlaku akibat aktiviti
manusia. Sejak abad ke-20, revolusi perindustrian yang beraku menyebabkan keperluan manusia
terhadap bahan api semakin meningkat. Penggunaan bahan api secara besar-besaran untuk pelbagai
aktiviti termasuklah aktiviti pembangunan dan pengangkutan membawa kepada situasi di mana gas
rumah hijau yang mampu memerangkap haBa daripada matahari di dalam atmosfera dibebaskan.
Haba yang sepatutnya dibebaskan ke angkasa lepas gagal meninggalkan permukaan Bumi dan
seterusnya memanaskan permukaan Bumi. Peningkatan suhu secara mendadak akibat pelepasan
gas karbon dioksida oleh aktiviti manusia mangganggu fungi atmosfera dan membawa kepada
perubahan iklim yang luar biasa (Shanino 2018).

Menurut data daripada Goddard Institute for Space Studies, purata haba permukaan bumi
semakin meningkat mengikut peredaran masa, tahun 2016 telah mencatat rekod tahun yang paling
panas dengan peningkatan suhu yang paling tinggi. Peningkatan suhu purata Bumi, pencairan
glasier, pencairan air batu di kawasan kutub, peningkatan paras air laut, mengganggu pembiakan
haiwan serta penghasilan hasil tumbuhan merupakan antara kesan pemanasan global.

Menyedari kesan-kesan negatif fenomena pemanasan global, kerajaan Malaysia telah
menjadi salah satu negara yang terlibat dalam menghadapi isu ini. Pelbagai inisiatif telah diambil
untuk menyokong aktivti menghadapi pemanasan global. Usaha yang dijalankan termasuklah
memperkenalkan Dasar Biofuel Negara (2006) dan Dasar Perubahan Iklim Negara (2009). Malah
Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) juga menggambil kira kemampanan alam sekitar

142

sebagai salah satu tonggak utama pembangunan negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas,
perubahan dijalankan kepada trajektori pembangunan konvensional, iaitu growth first – clean up
later yang menyebabkan penggunaan kewangan yang tinggi dalam pembangunan hijau pada masa
depan. Usaha membendung perubahan iklim akan bermula pada peringkat perancangan,
pelaksanaan hingga peringkat penilaian dalam proses pembangunan sosio ekonomi (Saiyidatina
Balkhis Norkhaidi et al. 2017).

Usaha meningkatkan penglibatan masyarkat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar juga
melibatkan bidang pendidikan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan di sekolah rendah dan
sekolah menengah sejak tahun 1986. Menurut Aini, Nor Azura dan Fakhru’l-Razi (2011),
pendidikan alam sekitar bukanlah satu mata pelajaran yang direka cipta khas untuk mengajar ilmu
sains iklim, malah ilmu sains iklim diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang lain seperti Sains.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan perkenalan
mata pelajar Manusia dan Alam Sekitar merupakan antara usaha yang menerapkan elemen
pemuliharaan alam dalam pembelajaran pelajar. Pada tahun 2017, Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar turut mencadangkan perkenalan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di peringkat
tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah dengan matlamat memastikan generasi muda
diterapkan dengan tanggungjawab dan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta
mempunyai ilmu pengetahuan tentang cara untuk melindungi alam sekitar (Magendran Rajagopal
2017).

Pendidikan alam sekitar telah lama diterapkan dalam pembelajaran pelajar Malaysia,
namun begitu, adakah penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar telah
meningkat masih menjadi satu isu yang perlu diberi tumpuan. Abdullah, Khata dan Azli (2018)
telah menjalankan kajian di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru yang telah menjalankan
program Kampus Lestari sejak tahun 2010. 208 orang mahasiswa terlibat sebagai sampel kajian
untuk meninjau pengetahuan dan kesediaan mereka dalam melibatkan diri dalam program tersebut.
Hasil kajian mendapati bahawa mahasiswa mempunyai ilmu pengetahaun tentang pemuliharaan
alam sekitar, tetapi mereka kurang peka terhadap program-program yang dijalankan dan kurang
melibatkan diri dalam usaha menjayakan program ini.

Meningkatkan literasi iklim dalam kalangan pelajar merupakan satu cara untuk
menggalakkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti mesra alam. Terdapat pelbagai kajian telah
dijalankan untuk meninjau literasi iklim ahli masyarakat dari pelbagai aspek seperti aspek ilmu
pengetahuan (Jamilah Hj Ahmad et al. 2011; Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati & Seow
2013), sikap (San & Norzaini Azman 2011), kesedaran (Aminatuzuhariah et al. 2018; Nurul
Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii & Wee 2013; Saiyidatina Balkhis Norkhaidi et al. 2017)
dan hubungan aspek-aspek ini dengan tingkah laku mesra alam.

Dalam kajian lepas yang dijalankan, tumpuan diberikan kepada pelajar sekolah menengah
dan pelajar universiti. Maka kajian yang menekankan penglibatan pelajar sekolah rendah perlu
dijalankan. Walaupun kanak-kanak kurang berupaya untuk membuat keputusan dalam banyak
perkara, tetapi peningkatan ilmu pengetahuan dan sikap kanak-kanak perlu diberi perhatian kerana
perkembangan kanak-kanak pada masa kecil akan memberi kesan dalam pengambil keputusan
pada masa dewasa kelak (Špur, Škornik & Šorgo 2020). Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau
tahap ilmu pengetahuan dan sikap pelajar terhadap isu pemanasan global, tahap hasrat pelajar untuk
menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan hubungan antara ilmu pengetahuan, sikap dan
hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Beberapa
persoalan kajian telah dikemukakan iaitu:

1. Apakah tahap ilmu pengetahuan pelajar dalam isu pemanasan global?
2. Apakah tahap sikap pelajar terhadap isu pemanasan global?

143

3. Apakah tahap hasrat pelajar untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara ilmu pengetahuan dan hasrat untuk

menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar?
5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan hasrat untuk menjalankan

aktiviti pemuliharaan alam sekitar?

Hipotesis yang diuji dalam kajian ini ialah:
HO1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ilmu pengetahuan dengan hasrat untuk
menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar.
HO2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan hasrat untuk menjalankan
aktiviti pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Literasi Iklim

Berikutan dengan peningkatan pemahaman ahli masyarakat dalam sains perubahan iklim,
peningkatan keupayaan dalam memperolehi maklumat daripada media massa dan fenomena-
fenomena yang berkaitan dengan perubahan iklim, istilah literasi iklim semakin menarik perhatian
orang ramai (Azevedo & Marques 2017).

Literasi iklim merupakan satu istilah yang baru diperkenalkan pada abad ke-20. Literasi
iklim merupakan pemahaman tentang pengaruh individu terhadap iklim dan pengaruh iklim
terhadap individu dan masyarakat (Global Change Research Program 2009). Seorang yang
berliterasi iklim perlu mempunyai beberapa ciri iaitu: a) memahami prinsip penting dalam sistem
iklim Bumi, b) tahu cara untuk mendapatkan informasi yang boleh dipercayai tentang iklim, c)
berkomunikasi tentang iklim dan perubahan iklim dengan bermakna, d) boleh membuat keputusan
yang bijaksana dan bertanggungjawab tentang tindakan yang mungkin dapat mempengaruhi iklim.

Menurut Azevedo dan Marques (2017), literasi iklim merupakan satu bahagian dalam
literasi sains., malah istilah ini membawa maksud yang sama dengan beberapa istilah yang lain
seperti “literasi perubahan iklim” dan “literasi sains iklim”. Literasi iklim bukan sahaja melibatkan
ilmu pengetahuan semata-mata, matlamat utama pendidikan literasi iklim ialah meningkatkan
kebarangkalian bertindak atas ilmu yang dikuasai dalam konteks individu, profesional dan kehidupan
masyarakat seperti yang dinyatkan oleh Uherek dan Schüpbach (2008): “ The objektif of educating the next
jenerasion in climate literacy is to provide the knowhow and information for informed citizens to make
responsible decision in the future.”

Kajian Ilmu Pengetahuan dan Sikap Alam Sekitar

Menurut Ibrahim (1995), pengetahuan adalah keupayaan untuk memperoleh, menyimpan
dan menggunakan maklumat yang diperolehi, merupakan gabungan daripada pemahaman,
pengalaman, kebijaksanaan dan kemahiran. Pemerolehan ilmu pengetahuan melibatkan dua aspek
asas iaitu konsep tentang sesuatu objek yang datang daripada pandangan dan konsep tentang
sesuatu objek yang datang daripada pembelajaran (Jamilah Hj Ahmad et al. 2011). Menurut Chong
(2003) dalam Nordin dan Ling (2011), sikap boleh didefinisikan sebagai satu kecenderungan untuk
bertindak terhadap seseorang, objek, kejadian atau idea. Ia timbul secara tidak disedari, berkekalan
dan berhubung rapat dengan pendapat.

McNeill dan Vaughn (2012) telah menjalankan satu kajian untuk meninjau peranan
kurikulum dalam peningkatan ilmu pengetahuan, sikap dan tindakan mesra alam pelajar. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa selepas sesi pembelajaran, ilmu pengetahuan pelajar terhadap isu

144

perubahan iklim menghadapi peningkatan. Dari aspek sikap pula, sikap pelajar tidak mengalami
perubahan yang besar kerana pelajar menunjukkan sikap yang positif sebelum dan selepas sesi
pembelajaran. Seterusnya, pelajar menunjukkan kerelaan untuk melibatkan diri tingkah laku mesra
alam yang lebih tinggi. Antara tingkah laku yang dinyatakan ialah mengehadkan penggunaan
tenaga sendiri seperti menggunakan pengangkutan awam, perkongsian kereta, menggunakan
mentol CFL, menjimat penggunaan air dan elektrik serta mengitar semula. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan mempunyai hubungan yang positif dengan niat pelajar
untuk bertindak.

Menurut McNeill dan Vaughn (2012), hanya kesedaran tentang isu perubahan iklim adalah
tidak mencukupi untuk meningkatkan penglibatan seseorang dalam tingkah laku mesra alam. Hal
ini adalah kerana pelajar berkemungkinan tidak dapat melihat peranan sendiri dalam isu ini. Maka
meningkatkan pemahaman pelajar dalam isu ini, mendedahkan ilmu sains iklim di sebalik
fenomena yang sedang berlaku dapat membantu pelajar melihat peranan sendiri dalam isu tersebut
dan seterusnya memotivasikan pelajar dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Menurut Nor Kalsum Mohd Isa (2016), peningkatan ilmu pengetahuan akan membawa
kepada perubahan sikap, perubahan sikap pula akan membawa kepada perubahan tingkah laku.
Ilmu pengetahuan merupakan dasar untuk mementukan sikap, keinginan dan tingkah laku.
Penyelidik mengukur tahap kesedaran alam sekilar melalui tiga aspek, iaitu aspek ilmu
pengetahuan, aspek sikap dan aspek tingkah laku dengan mengambil kira andaian bahawa
kesedaran bermula dengan ilmu pengetahuan, dan seterusnya berlanjutan ke arah sikap dan tingkah
laku. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan yang nyata antara ilmu pengetahuan,
sikap dan kesedaran alam sekitar, hubungan antara ilmu pengetahuan dan sikap pula adalah sangat
lemah.

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa ilmu pengetahuan tidak dapat
memotivasikan tingkah laku mesra alam seseorang. Hanifah Mahat et al. (2017) menjalankan
kajian untuk mengenalpasti hubungan antara ilmu pengetahuan dan amalan pengunaan kelestarian
dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perhubungan yang signifikan dan positif antara ilmu pengetahuan dan amalan amalan kelestarian
pelajar. Walau begitu, perhubungan yang wujud adalah lemah. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu
pengetahuan semata-mata adalah tidak mencukupi untuk membawa kepada pengambilan tindakan
dan komitmen seseorang.

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian ini mengadaptasikan Model Tingkah Laku Alam Sekitar yang
Bertanggungjawab Hines dan model 4 Dimensi Ilmu Alam Sekitar (Jensen 2002).

Jensen (2002) telah mengemukakan Model 4 Dimensi Ilmu Alam Sekitar untuk
menjelaskan ilmu-ilmu yang diperlukan dalam pendidikan alam sekitar untuk menghasilkan pelajar
yang akan mengambil tindakan terhadap isu alam sekitar. Dalam model ini, masalah alam sekitar
boleh diperhatikan dan dianalisis melalui 4 dimensi ilmu pengetahuan dari perspektif yang berbeza:
1) pengetahuan tentang kesan, 2) pengetahuan tentang sebab utama, 3) pengetahuan tentang strategi
untuk berubah, 4) pengetahuan tentang langkah penyelesaian dan visi.

Model Tingkah Laku Alam Sekitar yang Bertanggungjawab Hines (1986) diperkenalkan
untuk menjelaskan perubahan tingkah laku manusia. Menurut Hines, Hungerford dan Tomera
(1987), jika seseorang menunjukkan hasrat untuk bertindak, dia mempunyai kemungkinan untuk
bertindak yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Untuk membangkitkan hasrat seseorang

145

untuk menjalankan aktiviti mesra alam, faktor ilmu pengetahuan dan faktor persendirian perlu
diambilkira.

Ilmu pengetahuan dalam model ini melibatkan ilmu pengetahuan seseorang terhadap suatu
isu. Sebelum kewujudan keinginan untuk bertindak, seseorang haruslah mengenalpasti kewujudan
suatu masalah dahulu, oleh itu, sokongan daripada aspek ilmu pengetahuan tidak boleh diabaikan.
Penyataan ini selaras dengan model pengetahuan dan sikap alam sekitar yang diperkembangkan
oleh Ramsey dan Rickson (1976) yang mengutamakan peranan peningkatan ilmu pengetahuan
dalam perubahan tingkah laku. Seterusnya, kemahiran individu untuk mengaplikasi ilmu
pengetahuan yang sesuai terhadap suatu masalah juga merupakan ilmu pengetahuan yang perlu
dikuasai. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kemahiran untuk
bertindak dan ilmu pengetahuan menunjukkan peningkatan dalam tindakan berbanding dengan
individu yang hanya mempunyai ilmu pengetahuan semata-mata (Hines, Hungerford & Tomera
1987).

Dalam penyataan Hines, Hungerford dan Tomera (1987), kemahiran untuk bertindak dan
ilmu pengetahuan semata-mata tidak akan membawa kepada tindakan, malah seseorang perlu
mempunyai keinginan untuk bertindak, keinginan pula dipengaruhi oleh faktor persendirian.
Seseorang yang mempunyai lokus kawalan dalaman, perasaan bertanggungjawab terhadap alam
sekitar, sikap yang positif terhadap alam sekitar dan pengambilan tindakan, dengan sokongan
daripada kemampunan individu untuk bertindak akan mendorong kepada perubahan tingkah laku.

Pada masa yang sama, kesinambungan antara keinginan untuk bertindak dengan tingkah
laku mesra alam yang sebenar ialah faktor yang terakhir, iaitu faktor situasi (kekangan ekonomi,
tekanan sosial dan lain-lain). Disebabkan kajian ini memberi tumpuan kepada hsarat pemuliharaan
alam sekitar, maka kerangka konseptual kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
bagi model ini.

RAJAH 1:Kerangka konseptual kajian

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berbentuk kajian tinjauan. Menurut Creswell
(2012), kajian tinjauan merupakan sejenis kajian quantitatif di mana pengkaji menjalankan tinjauan

146

terhadap sampel atau satu populasi untuk menerangkan sikap, pandangan, pendapat atau ciri pada
populasi tersebut. Kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap ilmu pengetahuan pelajar terhadap
isu pemanasan global, sikap pelajar dan hasrat pelajar untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan
alam sekitar.

Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar Tahun 5 yang belajar di sebuah sekolah
di kawasan bandar. Sebanyak 140 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah
persampelan rawak mudah. Dalam kaedah ini, setiap individu yang berada dalam populasi kajian
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih, dan kebarangkalian untuk dipilih bagi setiap sampel
tidak dipengaruhi oleh sampel yang lain, maka kumpulan sampel yang terakhir sepatutnya
mempunyai ciri yang sama dengan populasi dan dapatan dapat mewakili populasi secara
keseluruhan (Cohen, Manion & Morrison 2012). Populasi pelajar Tahun 5 di sekoloh kajian adalah
263 orang, 30 orang pelajar dipilih untuk menjalankan kajian rintis, maka pelajar yang terlibat
dalam kajian adalah 233 orang. Menurut jadual penentuan saiz sampel bagi persampelan rawak,
saiz sampel sekitar 140 orang pelajar sesuai digunakan dalam kajian ini (Cohen, Manion &
Morrison 2012). Persampelan rawak dijalankan dengan memberi nombor kepada kepada kesemua
233 orang pelajar, nombor dipilih secara rawak sehingga mencapai 140 orang pelajar. Sebelum
menjalankan kajian, pengkaji telah mendapat kebenaran daripada guru besar sekolah untuk
menjalankan kajian dan menerangkan tujuan kajian kepada pelajar agar pelajar memahami bahawa
maklumat yang dikumpul hanya digunakan dalam kajian ini sahaja.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Soalan dalam
borang soal selidik diadaptasi daripada American Teen’s Knowledge of Climate Change
(Leiserowitz, Smith & Marlon 2011), Secondary Student’s Bellieved Usefulness of Action
(Rodríguez, Boyes & Stanisstreet 2010), The Beliefs and Attitudes Relating Cliamate Change
(Özdem et al. 2014) dan Awarness of Consequences, Ascription of Responsibility and Personal
Norm (Steg, Dreijerink & Abrahamse 2005). Borang soal selidik ini terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu A) demografi pelajar, B) Ilmu pengetahuan pelajar, C(i) sikap dan C(ii) hasrat
pemuliharaan alam sekitar. Bahagian B terdiri daripada soalan aneka pilihan, bahagian C(i) dan
C(ii) pula menggunakan skala likert lima mata, 1 mewakili sangat tidak setuju manakala 5
mewakili sangat setuju.

Soalan soal selidik diterjemah ke bahasa Cina, untuk memastikan penterjemahan dijalan
dengan lancar, dua orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran subjek bahasa Cina dan
bahasa Inggeris dipilih bagi menjalankan penterjemahan dengan teknik back to back. Untuk
memastikan data yang diperoleh daripada soalan soal selidik dapat menjawab persoalan kajian,
pemeriksaan kesahan dijalankan bersama dua orang guru berpengalaman dalam subjek Sains.
Kajian rintis yang melibatkan 30 orang pelajar dijalankan untuk memeriksa kebolehpercayaan soal
selidik. Kaedah Kuder Richardson dan kaedah Alpha Cronbach digunakan untuk menilai
kebolehpercayaan item dan keputusan ditunjukkan dalam Jadual 1.

147

JADUAL 1 : Nilai Alfa kebolehpercayaan

Bahagian Bilangan Jenis Soalan Kaedah Nilai Alfa
Item
b. Ilmu pengetahuan Soalan aneka pilihan Kuder Richardson
- Sebab 5
- Kesan 4 0.632
- Langkah penyelesaian 9 0.734
- Keseluruhan 18 0.746
0.764

c. (i) Sikap Skala likert lima Alpha Cronbach
- kesedaran dan
keprihatinan 6 mata 0.685
- Perasaan
Bertanggungjawab 5 0.733
- Keseluruhan
11 0.782

c. (ii) Hasrat pemuliharaan 9 Skala likert lima Alpha Cronbach 0.730
alam sekitar mata

Menurut Bond dan Fox (2007), pekali alpha yang didapati melebihi nilai 0.6 adalah
mencukupi dan sesuai digunakan dalam kajian. Maka item dalam soal selidik adalah sesuai
digunakan dalam kajian ini.

Kaedah Analisis Data

Analisis statistik yang melibatkan pengiraan min, sisihan piawai dan peratus diguanakan untuk
menjawab persoalan kajian 1, 2 dan 3. Pengiraan dijalankan dengan menggunakan program
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0.

Tahap ilmu pengetahuan pelajar dinilai berdasarkan markah yang dapat dalam Bahagian B
soal selidik dan seterusnya dibulatkan kepada 100 peratus. Seterusnya markah tersebut diintepretasi
kepada tahap yang diadaptasikan daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (2016) seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

JADUAL 2: Interpretasi tahap ilmu pengetahuan

Markah Gred Interpretasi
A Cemerlang
80.0 – 100.0 B
65.0 – 79.9 C Baik
50.0 – 64.9 D Memuaskan
40.0 – 49.9 F Mencapai tahap minimum
Belum mencapai tahap
0 – 39.9 minimum

Untuk mengenal pasti tahap sikap dan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam
sekitar, pengiraan peratus pilihan jawapan pelajar dan min keseluruhan dijalankan. Seterusnya,
nilai min ini diinterpretasi dengan menggunakan interpretasi skor indeks yang dirumuskan oleh
Nunnally dan Bernstein (1994) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

148

JADUAL Error! No text of specified style in document.: Interpretasi tahap sikap dan hasrat
untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar 1

Nilai Min Interpretasi
Rendah
1.00 – 2.00 Sederhana rendah
2.01 – 3.00 Sederhana tinggi
3.01 – 4.00 Tinggi
4.01 – 5.00

Untuk menjawab persoalan kajian 4 dan 5, analisis korelasi dijalankan. Pekali korelasi
Pearson digunakan untuk melihat perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah berskala
selang atau nisbah (Chua 2006). Pengiraan Nilai pekali korelasi Pearson akan mendapat nilai antara
+1 hingga -1 yang menunjukkan hubungan pembolehubah, manakala kekuatan hubungan pula
berpantukan kepada Skala Kekuatan Hubungan yang dikemukakan oleh Cohen, Manion dan
Morrison (2012) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.

JADUAL 4: Skala kekuatan hubungan

Nilai Pekali Korelasi Pearson Kekuatan
± 8.1 hingga 1.00 Sangat kuat
± 5.1 hingga 0.80
± 0.31 hingga 0.50 Kuat
± 0.21 hingga 0.30 Sederhana
± 0.01 hingga 0.20
Lemah
Sangat lemah

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Ilmu Pengetahuan Pelajar

Dapatan analisis menunjukkan bahawa tahap ilmu pengetahuan pelajar terhadap isu pemanasan
global berada pada tahap baik (min = 68.33, SD = 13.57). Dapatan kajian ini selari dengan kajian
lepas yang dijalankan (Jamilah Ahmad, Shuhaida Md. Noor & Nurzali Ismail 2015; Wodika &
Schoof 2017). Apabila mengkaji dalam setiap konstruk, didapati pelajar mempunyai ilmu yang
tidak mencukupi dalam konstruk sebab berlakunya pemanasan global. Terdapat tiga item yang
kurang daripada 60% pelajar dapat menjawab dengan betul iaitu item1 – Karbon dioksida
merupakan udara yang dapat memerangkap haba di permukaan bumi(54.3%), item 3 – Apakah gas
yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil(55%), item 5 – keadaan yang menyumbang
kepada peningkatan suhu bumi (11.4%). Dalam hal ini, kita dapat menyatakan bahawa pelajar tidak
mengenali peranan kabon dioksida dan penggunaan bahan api fosil dalam isu pemanasan global
serta mengaitkan kebocoran lapisan ozon dengan isu pemanasan global. Hasil dapatan kajian ini
bercanggah dengan kajian Shepardson et al. (2009) yang mendapati bahawa pelajar tidak
mengaitkan isu kebocoran lapisan ozon dengan pemanasan global. Keadaan ini menunjukkan
bahawa miskonsepsi dalam kalangan pelajar adalah berbeza tetapi miskonsepsi ini dapat ditangani
melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Seterusnya, isu banijir yang berkaitan dengan pencairan glasier dan peningkatan paras air
laut juga merupakan isu yang kurang difahami oleh pelajar, hanya 47.1% pelajar berjaya
mengaitkan isu banjir dengan isu pemanasan global. Pada pandangan pengkaji, pelajar yang
dijadikan sebagai sampel kajian tinggal di kawasan bandar, mereka kurang mengalami keadaan

149

banjir maka pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang banjir juga kurang. Untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan pelajar dalam keadaan kekurangan pengalaman dalam kehidupan seharian, guru
boleh menjalankan aktiviti simulasi tentang kajadian banjir dalam bilik darjah kerana simulasi
dapat membawa perasaan empati yang lebih mendalam kepada pelajar jika berbanding dengan
menonton video semata-mata, dan seterusnya membawa kepada pemahaman lebih mendalam
terhadap sesuatu kajadian yang dapat menyokong perubahan dalam tindakan (Williamson et al.
2018).

Dalam aspek langkah penyelesaian, pelajar dapat mengenalpasti kebanyakan tindakan yang
mampu membantu dalam isu pemanasan global seperti kitar semula, menanam pokok dan kurang
mengguna kenderaan sendiri. Walau begitu, kebanyakan pelajar (84.3%) gagal mengenalpasti
tindakan makan kurang daging dalam membantu mengurangkan peningkatan suhu Bumi. Hal ini
menunjukkan bahawa pelajar kurang memahami peranan bidang penternakan dalam pemanasan
global.

Tahap Sikap Pelajar

Dalam kajian ini, tahap sikap pelajar dinilai melalui dua aspek iaitu 1) kesedaran dan
keprihatinan 2) perasaan bertanggungjawab terhadap isu pemanasan global. Daripada analisis data,
kedua-dua aspek ini berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.63 dan 3.83 masing-
masing, manakalan sikap pelajar mencapai tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.72 secara
keseluruhan. Dapatan ini menunjukkan bahawa secara puratanya pelajar mempunyai kesedaran,
keprihatinan dan perasaan bertanggungjawab terhadap isu pemanasan global. Dapatan kajian ini
bertepatan dengan kajian Wodika dan Schoof (2017) dan Aini, Nor Azura dan Fakhru’l-Razi
(2011).

Terdapat satu item yang kurang dipersetujui oleh pelajar iaitu item yang berkaitan dengan
membaca maklumat yang berkaitan dengan isu pemanasan global, hanya 44.3% pelajar bersetuju
atau sangat bersetuju bahawa mereka akan membaca maklumat yang berkaitan dengan peningkatan
suhu Bumi. Dapatan ini seirang dengan dapatan kajian Jamilah Ahmad, Shuhaida Md. Noor dan
Nurzali Ismail (2015) yang menunjukkan bahawa pelajar mempunyai sikap yang baik terhadap isu
alam sekitar tetapi kurang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelestarian alam
sekitar. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pandangan pelajar yang menganggap proses
pembelajaran merupakan satu perkara yang meletihkan dan tidak ingin belajar diluar pemantauan
guru.

Tahap Hasrat Pemuliharaan Alam Sekitar

Hasrat pemuliharaan alam sekitar dinilai melalui kesanggupan pelajar untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam sekitar seperti berhemah dalam penggunaan air dan elektrik,
menjalankan aktiviti kitar semula dan belajar ilmu memulihara alam sekitar. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar mempunyai hasrat yang sederhana tinggi dalam menjalankan aktivti
pemuliharaan alam sekitar dengan nilai min 4.00 daripada nilai maksimum 5.00. Dapatan ini
menunjukkan kesanggupan pelajar untuk memulihara alam sekitar berada pada satu tahap yang
amat menggembirakan.

Walaupun hasrat pelajar untuk bertindak adalah tinggi, terdapat dua aktiviti yang kurang
disukai oleh pelajar, peratus respon setuju atau sangat setuju untuk item makan kurang daging dan
item meluangkan masa untuk belajar cara melindungi alam sekitar adalah 43.6% dan 61.4%
masing-masing. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan situasi di mana pelajar kurang ilmu

150

pengetahuan tentang sumbangan kurang makan daging dalam menghadapi isu pemanasan global
dan kurang minat untuk belajar lebih tentang aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Hal ini sejajar
dengan Model Pengetahuan dan Sikap Alam Sekitar Ramsey dan Rickson (1976) yang mengatakan
bahawa ilmu pengetahuan akan membawa kepada perubahan sikap, malah sikap merupakan
pendorong kepada individu untuk berubah ke arah mesra alam. Oleh itu, pemupukan ilmu
pengetahuan dan sikap pelajar merupakan satu usaha yang perlu diambil perhatian untuk
menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Hubungan Ilmu Pengetahuan Dan Hasrat Untuk Menjalankan Aktiviti Pemuliharaan
Alam Sekitar

Analisis korelasi Pearson dijalankan untuk menjawab persoalan kajian 4 dan menguji
hipotesis HO1. Jadual 5 menunjukkan hasil analisis korelasi antara ilmu pengetahuan dan hasrat
untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam dengan menggunakan perisian SPSS versi 26.0.

Menurut dapatan analisis, ilmu pengetahuan dan hasrat untuk menjalankan aktiviti
pemuliharaan alam sekitar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan r = 0.238,
p<0.05. Hipotesis nul 1, HO1 berjaya ditolak, tahap ilmu pengetahuan pelajar mempunyai hubungan
yang signifikan dengan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Nilai pekali
korelasi adalah berada di antara 0.21 – 0.30 menunjukkan bahawa hubungan antara ilmu
pengetahuan dan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam berada pada tahap lemah.
Dapatan kajian ini selaras dengan beberapa kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik lain (Flora
et al. 2014; Hanifah Mahat et al. 2017; Jamilah Hj Ahmad et al. 2011; Lay & Anuthra 2014; Lester
et al. 2006; McNeill & Vaughn 2012).

JADUAL 5 : Analisis korelasi antara ilmu pengetahuan dan hasrat untuk menjalankan aktiviti

pemuliharaaan alam sekitar

Ilmu Hasrat untuk

pengetahuan menjalankan aktivit

pemuliharaan alam

sekitar

Ilmu pengetahuan Korelasi koefisien 1.000 0.238

Sig 0.005

N 140 140

Hasrat untuk menjalankan Korelasi koefisien 0.238 1.000

aktivit pemuliharaan alam Sig 0.005

sekitar N 140 140

McNeill dan Vaughn (2012) menyatakan bahawa apabila ilmu pengetahuan pelajar dalam
isu pemanasan global meningkat, aktiviti mesra alam yang ditunjukkan oleh pelajar juga
menambah. Hanya kesedaran terhadap isu perubahan iklim sahaja adalah tidak mencukupi untuk
membangkitkan keingin seseorang untuk menjalankan aktiviti mesra alam. Kekurangan ilmu
disebalik suatu fenomena akan membawa kepada kegagalan melihat peranan sendiri dalam isu
tersubut dan meletakkan tanggungjawab untuk bertindak kepada orang lain. Kajian yang dijalankan
oleh Lester et al. (2006) juga mendapati bahawa apabila pelajar menguasai ilmu pengetahuan,
mereka menunjukkan penglibatan yang lebih tinggi dalam memulihara alam sekitar.

Hubungan yang wujud antara ilmu pengetahuan dan hasrat untuk menjalankan aktiviti
pemuliharaan alam sekitar adalah lemah. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan mungkin
tidak dapat meningkatkan keinginan pelajar untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan. Dapatan

151

kajian ini setimpal dengan kajian lepas yang dijalankan oleh Nor Kalsum Mohd Isa (2016).
Menurut penyelidik, ilmu pengetahuan dan sikap yang positif mampu mendorong seseorang ke
arah yang lebih mesra alam, tetapi pada masa yang sama faktor persekitaran seperti tekanan dan
pelancaran undang terhadap isu berkaitan dengan alam sekitar dapat mempengaruhi amalan
seseorang. Model Tingkah Laku Alam Sekitar yang Bertanggungjawab juga menyatakan bahawa
faktor situasi dapat mempengaruh pergerakan hasrat seseorang kepada tindakan sebenar, sama ada
pengaruh positif mahupun negatif.

Hubungan Sikap Dan Hasrat Untuk Menjalankan Aktiviti Pemuliharaan Alam Sekitar

Analisis korelasi Pearson dijalankan untuk menjawab persoalan kajian 5 dan menguji hipotesis HO2.
Jadual 6 menunjukkan hasil analisis korelasi antara sikap dan hasrat untuk menjalankan aktiviti
pemuliharaan alam.

JADUAL 6: Analisis korelasi antara sikap dan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam

sekitar

Sikap Hasrat untuk

menjalankan aktivit

pemuliharaan alam

sekitar

Sikap Korelasi koefisien 1.000 0.452

Sig 0.000

N 140 140

Hasrat untuk menjalankan Korelasi koefisien 0.452 1.000

aktivit pemuliharaan alam Sig 0.000

sekitar N 140 140

Menurut dapatan analisis, sikap dan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam
sekitar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan r = 0.452, p < 0.05. Hipotesis nul
2, HO2 berjaya ditolak, sikap pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan hasrat untuk
menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Nilai pekali korelasi adalah berada di antara 0.31
– 0.50 menunjukkan bahawa hubungan antara sikap dan hasrat untuk menjalankan aktiviti
pemuliharaan alam berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian-
kajian lepas (Hafizah Abu Bakar et al. 2013; Kuhlemeier, van den Bergh & Lagerweij 1999; San
& Norzaini Azman 2011).

Hubungan antara sikap dan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar
menunjukkan bahawa individu yang mempunyai sikap yang positif terhadap isu pemanasan global
mempunyai hasrat yang lebih tinggi untuk bertindak berbanding dengan orang lain. Namun kuasa
hubungan itu tersebut adalah sederhana menunjukkan dalam sesetengah situasi, sikap yang positif
tidak dapat memdorong seseorang untuk bertindak mesra alam. Hafizah Abu Bakar et al. (2013)
menjalankan kajian terhadap pelajar universiti dan mendapati bahawa perhubungan antara tahap
kesedaran pelajar dengan tingkah laku mesra alam adalah amat lemah. Pelajar universiti
mempunyai tahap kesedaran alam sekitar yang tinggi, tetapi tingkah laku mesra alam mereka
berada pada tahap rendah. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesedaran yang tinggi tidak
semestinya membawa kepada amalan mesra alam dalam kehidupan. Malah kajian Norshariani
(2016) mendapati bahawa pengaruh sosial dan kemudahan pengurusan persekitaran juga
menyumbang kepada tingkah laku mesra alam selain pengaruh sikap.

152

Pada masa yang sama, Stevenson dan Peterson (2016) menyatakan bahawa keprihatinan
pelajar terhadap isu alam sekitar boleh menjadi peramal kepada tingkah laku pemuliharaan alam
sekitar. Kesedaran boleh berkait dengan harapan remaja terhadap isu perubahan iklim. Apabila
individu mengetahui langkah untuk menyelesaikan suatu isu dan percaya bahawa sendiri
mempunyai kuasa untuk mengubah situasi yang dihadapi, harapan untuk menyelesaikan isu
tersebut akan wujud dan mendorang kepada tingkah laku mesra alam. Keprihatinan atau kesedaran
ini mampu membawa kepada sikap positif, namun ia memerlukan sokongan daripada ilmu
pengetahuan seseorang. Menurut Lay dan Anuthra (2014) sikap merupakan peramal untuk tingkah
laku, dan ilmu pengetahuan pula merupakan penyokong untuk menghasilkan sikap yang positif.

RUMUSAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap ilmu pengetahuan dan sikap pelajar dalam isu
pemanasan global serta tahap hasrat pelajar untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
Seterusnya, hubungan antara ilmu pengetahuan dan sikap dengan hasrat untuk menjalankan aktiviti
pemuliharaan alam sekitar juga dikenalpasti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ilmu
pengetahuan pelajar adalah berada pada tahap baik, manakala sikap pelajar dan hasrat pelajar untuk
menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar berada pada tahap sederhaan tinggi. Pada masa
yang sama, ilmu pengetahuan dan sikap pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dan positif
dengan hasrat untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Hal ini menunjukkan bahawa
peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan sikap pelajar mampu meningkatkan hasrat mereka untuk
melibatkan diri dalam pemuliharaan alam sekitar. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu
rujukan dalam perkembangan profesionalisme guru. Pihak yang berkaitan seperti institut
pendidikan guru dan SISC+ boleh merancang program latihan yang berkaitan dengan isu alam
sekitar kepada guru atau bakal guru agar dapat melahirkan guru yang berliterasi iklim dan mahir
dalam penerapan unsur alam sekitar dalam pengajaran. Seterusnya, aktiviti kokurikulum sekolah
seperti Kelab Pencinta Alam sekolah juga perlu menyediakan aktivitit kokurikulum yang diterap
dengan unsur alam sekitar agar mampu memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu alam
sekitar, meningkatkan ilmu pengetahuan dan sikap pelajar, akhirnya mencapai matlamat
meningkatkan penglibatan pelajar dalam pemuliharaan alam sekitar. Akhir sekali, Bahagian
Pembangunan Kurikulum juga boleh mengguna ilmu dalam kajian ini sebagai rujukan untuk
menilai keberkesanan kurikulum sedia ada dalam mendedahkan ilmu sains iklim kepada pelajar.
Walaubagaimanapun, kajian ini mempunyai beberapa limitiasi. Pertama sekali, kajian ini hanya
mengambil sampel kajian daripada satu sekolah, maka hasil kajian sukar digeneralisasikan kepada
semua pelajar sekolah rendah. Seterusnya, aspek yang dikaji dalam kajian ini melibatkan aspek
ilmu pengetahuan dan sikap sahaja dan tidak melihat aspek lain seperti faktor persekitaran. Maka
dicadangkan kajian lanjutan dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang membawa kepada
perbezaan hasrat untuk bertindak dalam kalangan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
sikap yang serupa. Seterusnya, sampel untuk kajian selanjutnya boleh diperluaskan dan melibatkan
pelajar daripada kawasan yang berbeza untuk melihat perbezaan ilmu pengetahuan pelajar dalam
lokasi yang berbeza. Pengkaji pada masa depan juga dicadangkan untuk mengambil pelajar
daripada kumpulan umur yang berbeza untuk mengenalpasti perkembangan ilmu pengetahuan dan
sikap pelajar mengikut peningkatan umur. Akhir sekali, kajian lanjutan juga boleh memberi
tumpuan kepada analisis isi kandungan buku teks atau kaedah kaedah penyampaian guru untuk
meningkatkan keberkesanan penerapan ilmu sains iklim dalam kalangan pelajar.

153

PENGHARGAAN

Kajian ini merupakan sebahagian daripada projek yang telah dilaksanakan di atas peruntukan
geran TRGS/1/2019/UKM/01/3/4

RUJUKAN

Aini, Nor Azura & Fakhru’l-Razi. 2011. Impact of environmental education on concern ,
knowledge and sustainable behavior of primary school children. Health and the
Environment Journal 2(1): 50–53.

Aminatuzuhariah, Mohd Khata, Shamsul Azli, Syafid Izzany, Khairuknadzmi & Mohd Fairus.
2018. Penglibatan mahasiswa dalam program lestari di Universiti Teknologi Malaysia ,
Kajian kes : Kolej Tun Hussein Onn , Universiti Teknologi Malaysia , Johor Bahru.
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2018 20–22.

Arto Blanco, M., Gutiérrez Pérez, J. & Meira Cartea, P. Á. 2017. Climate literacy among
university students in Mexico and Spain: influence of scientific and popular culture in the
representation of the causes of climate change. International Journal of Global Warming
12(3/4): 448. doi:10.1504/ijgw.2017.10005896

Azevedo, J. & Marques, M. 2017. Climate literacy: A systematic review and model integration.
International Journal of Global Warming 12(3–4): 414–430.
doi:10.1504/IJGW.2017.084789

Aziz Nordin & Ling, L. H. 2011. Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan
penguasaan konsep asas Sains pelajar tingkatan dua. Journal of Science & Mathematics
Educational 2(June): 89–101.

Bond, T. G. & Fox, G. M. 2007. Applying The Rasch Model: Fundamental Measurement In The
Human Sciences. London: Lawrence Erlbaum Associates Publisers.

Chua, Y. P. 2006. Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2012. Research methods in education. Professional
Development in Education, hlm. Sixth Edit., Vol. 38. New York: Routledge.
doi:10.1080/19415257.2011.643130

Creswell, J. W. 2012. Educational Research Planning, Conducting and Evaluating Quantitative
and Qualitative Research, hlm. Fourth Edi. Upper Sassle River: Pearson.

Flora, J. A., Saphir, M., Lappé, M., Roser-Renouf, C., Maibach, E. W. & Leiserowitz, A. A.
2014. Evaluation of a national high school entertainment education program: The Alliance
for Climate Education. Climatic Change 127(3–4): 419–434. doi:10.1007/s10584-014-1274-
1

154

Global Change Research Program. 2009. Climate literacy: The essential principles of climate
science (March). Retrieved from https://scied.ucar.edu/sites/default/files/images/long-
content-page/climate_literacy_brochure.pdf

Goddard Institute for Space Studies. 2019. Global temperature | vital signs – climate change:
Vital signs of the planet. https://climate.nasa.gov/vital-signs/global-temperature/ [1 May
2020].

Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif,
Norfaryana Mohd IJAS & Amir Hamzah Sharaai. 2013. Kajian perhubungan antara
kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar
universiti; Kajian kes: Pelajar tahun satu Universiti Putra Malaysia (Upm). Journal of
Chemical Information and Modeling 53(9): 1689–1699.
doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Yazid Saleh & Siti Mariam Shahirah Haron.
2017. Sustainable consumption practices of students through practice-oriented approach of
education for sustainable development. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences 7(6): 703–720. doi:10.6007/ijarbss/v7-i6/3031

Hines, J. M., Hungerford, H. R. & Tomera, A. N. 1987. Analysis and synthesis of research on
responsible environmental behavior: A meta-analysis. Journal of Environmental Education
18(2): 1–8. doi:10.1080/00958964.1987.9943482

Jamilah Ahmad, Shuhaida Md. Noor & Nurzali Ismail. 2015. Investigating students’
environmental knowledge,attitude,practice and communication. Asian Social Science
11(16): 284–293. doi:10.5539/ass.v11n16p284

Jamilah Hj Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab. 2011.
Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar.
AKADEMIKA : Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan 81(3): 103–115.

Jensen, B. B. 2002. Knowledge, action and pro-environmental behaviour. Environmental
Education Research 8: 325–334. doi:10.1080/1350462022014547

Kuhlemeier, H., van den Bergh, H. & Lagerweij, N. 1999. Environmental knowledge, attitudes,
and behavior in dutch secondary education. Journal of Environmental Education 30(2): 4–
14. doi:10.1080/00958969909601864

Lay, Y. F. & Anuthra, S. 2014. Relationships between the knowledge, attitude and behaviour
dimension of environmental literacy: A structural equation modeling approach using
SmartPLS. Journal for Educational Thinkers 5(1992): 119–144.

Leiserowitz, A., Smith, N. & Marlon, J. R. 2011. American teens’ knowledge of climate change.
New Haven, CT: Yale Project on Climate Change Communication. doi:10.1007/s13398-
014-0173-7.2

155

Lester, B. T., Ma, L., Lee, O. & Lambert, J. 2006. Social activism in elementary science
education: A science, technology, and society approach to teach global warming.
International Journal of Science Education 28(4): 315–339.
doi:10.1080/09500690500240100

Magendran Rajagopal. 2017, September 2. Pendidikan alam sekitar di sekolah. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/11/345541/pendidikan-alam-sekitar-
di-sekolah

McNeill, K. L. & Vaughn, M. H. 2012. Urban high school students’ critical science agency:
Conceptual understandings and environmental actions around climate change. Research in
Science Education 42(2): 373–399. doi:10.1007/s11165-010-9202-5

Nor Kalsum Mohd Isa. 2016. Sustainable campus and academic staffs awareness and behaviour
in Malaysia’s institutions of higher learning: A case study of UPSI. Geografia - Malaysian
Journal of Society and Space 12(6): 89–99.

Nor Kalsum & Mohd Isa. 2016. Pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar UPSI terhadap
prinsip-prinsip kampus lestari. Jurnal Perspektif Jil.8 Bil 1(1): 29–41. Retrieved from
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1729

Norshariani. 2016. Knowledge, internal, and environmental factors on environmental care
behaviour among aboriginal students in Malaysia. International Journal of Environmental
and Science Education 11(12): 5349–5366.

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. 1994. Psychometric Theory, hlm. Edisi ke-3. New York :
McGraw Hill.

Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati & Seow, T. W. 2013. Pengetahuan dan tingkah laku
murid terhadap alam sekitar : satu kajian awal. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam
Sekitar Kali 4 343–347.

Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii & Wee, S. T. 2013. Pendidikan alam sekitar
sebagai medium utama dalam konteks meningkatkan kesedaran alam sekitar: Satu kajian
persepsi dari sudut pandangan pentadbir, guru, ibu bapa dan murid. Prosiding Seminar
Antarabangsa ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu.

Özdem, Y., Dal, B., Öztürk, N., Sönmez, D. & Alper, U. 2014. What is that thing called climate
change? An investigation into the understanding of climate change by seventh-grade
students. International Research in Geographical and Environmental Education 23(4): 294–
313. doi:10.1080/10382046.2014.946323

Rodríguez, M., Boyes, E. & Stanisstreet, M. 2010. Spanish secondary students’ willingness to
undertake specific actions to combat global warming: Can environmental education help?
Psyecology 1(1): 73–89. doi:10.1174/217119710790709496

156

Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir NAYAN & Yazid
SALEH. 2017. Literasi karbon dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah: Kajian
kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sains Humanika 9(2). doi:10.11113/sh.v9n2.1107

San, T. P. & Norzaini Azman. 2011. Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan
Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia
Pelajar 14(9): 1689–1699. doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Shanino. 2018, January 17. Peka dalam tangani perubahan iklim | Komentar | Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/01/376558/peka-dalam-tangani-
perubahan-iklim [30 April 2020].

Shepardson, D. P., Niyogi, D., Choi, S. & Charusombat, U. 2009. Seventh grade students’
conceptions of global warming and climate change. Environmental Education Research
15(5): 549–570. doi:10.1080/13504620903114592

Špur, N., Škornik, S. & Šorgo, A. 2020. Influence of experience, interest, knowledge and
learning source on children’s attitudes towards extensive grassland conservation.
Environmental Conservation 47(2): 130–137. doi:10.1017/S0376892920000119

Steg, L., Dreijerink, L. & Abrahamse, W. 2005. Factors influencing the acceptability of energy
policies: A test of VBN theory. Journal of Environmental Psychology 25(4): 415–425.
doi:10.1016/j.jenvp.2005.08.003

Stevenson, K. & Peterson, N. 2016. Motivating action through fostering climate change hope and
concern and avoiding despair among adolescents. Sustainability (Switzerland) 8(1): 1–10.
doi:10.3390/su8010006

Uherek, E. & Schüpbach, E. 2008. European efforts in earth science and climate change
education. Physical Geography 29(6): 545–560. doi:10.2747/0272-3646.29.6.545

Williamson, K., Satre-Meloy, A., Velasco, K. & Green, K. 2018. Climate Change Needs
Behavior Change. Yale Program on Climate Change Communication. Retrieved from
https://rare.org/wp-content/uploads/2019/02/2018-CCNBC-
Report.pdf%0Ahttp://climatecommunication.yale.edu/news-events/climate-change-needs-
behavior-change/

Wodika, A. & Schoof, J. 2017. Assessing climate change education on a midwestern college
campus. Applied Environmental Education and Communication 16(4): 262–275.
doi:10.1080/1533015X.2017.1348268

157

Tinjauan Kesedaran Mengenai Tenaga Keterbaharuan
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

LAI XIAO TIAN* & KAMISAH OSMAN

ABSTRAK

Penggunaan sumber tenaga keterbaharuan amat digalakkan dan diperkasakan di seluruh dunia. Namun, tahap
kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan tenaga keterbaharuan pada masa kini dan hadapan
masih pada tahap yang rendah. Kajian berbentuk tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan dalam kalangan murid sekolah rendah. Seramai 52 orang murid telah dipilih
secara persampelan rawak berstrata. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik yang
telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif dan
statistik inferensi menggunakan perisian SPSS versi 23. Dapatan kajian ini menunjukkan skor min yang
sederhana tinggi bagi tahap kesedaran murid lelaki manakala skor min yang tinggi bagi murid perempuan. Hasil
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan
dalam kalangan murid berdasarkan jantina. Kajian ini menyimpulkan bahawa bagi meningkatkan lagi tahap
kesedaran murid mengenai tenaga keterbaharuan maka pihak sekolah seharusnya menambah kempen-kempen
kesedaran dan mengadakan program-program tentang tenaga keterbaharuan secara berterusan. Pengkaji-
pengkaji lain disarankan untuk melaksanakan kajian lanjutan ke atas populasi dan sampel yang lebih besar serta
menambah data sokongan lain.

Kata kunci: Tinjauan; Kesedaran; Tenaga keterbaharuan; Murid; Jantina

PENGENALAN

Menjelang abad ke-21, tenaga keterbaharuan mulai menjadi sumber utama penjanaan tenaga
elektrik global (Aslam, 2013). Menurut KeTTHA (2009), tenaga keterbaharuan merangkumi
sumber solar, hidro, angin, biojisim, biogas dan sisa buangan pepejal. Jika dibandingkan
dengan tenaga konvensional, tenaga keterbaharuan mendatangkan banyak kelebihan.
Penggunaan tenaga keterbaharuan dapat membantu mengurangkan pencemaran alam seperti
fenomena pemanasan global, penipisan lapisan ozon dan kekurangan sumber air bersih.

Berdasarkan kajian terbaharu (Michael Child, 2018), mengenai kadar penggunaan
tenaga, dalam masa 60 tahun, dunia akan mengalami konfrontasi kekurangan tenaga untuk
sumber gas asli. Jangka hayat arang batu juga boleh bertahan selama 120 tahun sahaja dari
sekarang. Oleh itu, sumber tenaga yang makin berkurangan ini tidak dapat menjamin
kesinambungan pembangunan sesebuah negara. Bagi menyelesaikan isu ini, sumber-sumber
tenaga keterbaharuan dilihat sebagai harapan yang berpotensi tinggi. Dengan ini, kerajaan
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh mengumumkan sasaran tenaga
keterbaharuan dijangka menyediakan 985 milliwatt (Mw) pada tahun 2015 iaitu
menyumbang sebanyak 5.5 peratus bagi penjanaan tenaga elektrik keseluruhan.

Namun begitu, menurut Acker (2016), kesedaran dan pengetahuan mengenai tenaga
keterbaharuan masih kurang dalam kalangan masyarakat. Pengetahuan dan kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan perlu dipupuk seawal mungkin dan institusi pendidikan
terutamanya sekolah memainkan peranan yang dominan dalam memupuk kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan. Pendidikan memainkan peranan yang penting kerana mampu
membawa perubahan dalam sesebuah masyarakat (Liew Abdullah et al., 2012). Dengan itu,
pembelajaran terhadap tenaga keterbaharuan juga telah diterapkan dalam sistem pendidikan

158

di Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) seterusnya Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Selain itu, cara yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran mengenai tenaga
keterbaharuan di sekolah ialah melaksanakan amalan penggunaan tenaga keterbaharuan di
sekolah seperti penggunaan stesen mini-hidro yang menjanakan tenaga elektrik. Pelaksanaan
aktiviti dapat dilaksanakan semasa kokurikulum yang memberi impak positif kepada
penglibatan murid (Mohd Fazli et al. 2013). Menurut Mohd Izham & Norziana (2015), pihak
pentadbir juga berperanan dalam memberi sokongan dan galakan kepada guru dan murid
untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang lagi baik pengisiannya.

Pernyataan Masaalah

Dewasa ini, penggunaan tenaga keterbaharuan sangat disyorkan dan diperkasakan di negera
Malaysia. Penggunaan tenaga keterbaharuan bukan lagi topik baharu di Malaysia tetapi tahap
kesedaran dan pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang kepentingan tenaga
keterbaharuan pada masa ini serta hadapan masih pada tahap yang rendah (Muzdalifah 2011).

Bidang pendidikan yang menyeluruh dan penyelidikan yang aktif dalam tenaga
keterbaharuan dari sekolah-sekolah, universiti dan sektor swasta dipercayai dapat memberi
impak yang positif terhadap teknologi tenaga keterbaharuan pada masa hadapan untuk
generasi akan datang. Dalam usaha mengetengahkan tenaga keterbaharuan, didapati bahawa
institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti memainkan beberapa peranan penting
seperti memberi maklumat tentang tenaga keterbaharuan dan memberi kesedaran kepada
generasi muda mengenai tenaga keterbaharuan.

Menurut kajian Evalyn (2003), walaupun pendidikan sumber tenaga telah
diketengahkan dalam kurikulum sekolah di Malaysia namun kepentingannya tidak diberi
keutamaan. Tema-tema akademik yang telah dipelajari oleh murid tidak dikaitkan dalam
kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh penyelidik-
penyelidik tempatan terdahulu juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kesedaran
serta amalan murid sekolah di Malaysia terhadap tenaga keterbaharuan masih tidak
membanggakan.

Barraza dan Walford (2002) juga menyatakan bahawa ilmu pengetahuan tentang alam
sekitar dan pembangunan sumber tenaga keterbaharuan mempunyai pertalian dengan
perkembangan amalan yang positif terhadap alam sekitar. Oleh itu, untuk mengatasi
kekangan individu yang tidak prihatin terhadap isu alam sekitar di negara ini, tindakan
yang bersesuaian patut diambil dengan segera. Justeru, satu kajian perlu dilakukan bagi
menilai tahap kesedaran dan amalan mengenai sumber tenaga keterbaharuan dalam kalangan
murid sekolah rendah. Dengan itu, mutu pendidikan mengenai alam sekitar dan
pembangunan sumber tenaga keterbaharuan dapat diterjemahkan.

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan bagi meninjau tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan
berdasarkan jantina dalam kalangan murid dari perspektif tahap pengetahuan, sikap dan
amalan mengenai tenaga keterbaharuan.

Objektif Kajian
Kajian ini terdapat dua objektif iaitu:

1. Mengenal pasti tahap kesedaran murid mengenai tenaga keterbaharuan berdasarkan
jantina.

2. Mengenal pasti perbezaan tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam
kalangan murid Tahun 5 berdasarkan jantina.

159

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan bagi meninjau secara lebih terperinci berdasarkan beberapa persoalan
berikut:

1. Apakah tahap kesedaran murid mengenai tenaga keterbaharuan berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam

kalangan murid Tahun 5 berdasarkan jantina?

Kerangka Konseptual Kajian

INPUT PROSES OUTPUT

Murid-murid Dimensi Dimensi Tahap
Tahun 5 Kognitif Etika kesedaran
(pengetahuan) (sikap) murid-murid
Faktor Situasi Tahun 5
Dan Sosial Dimensi terhadap
Tindakan
- Jantina (amalan) tenaga
keterbaharuan
Model
Pemerolehan
Bahasa Kedua
Ellis (1990)

RAJAH 1 : Kerangka Konsep Kajian berdasarkan gabungan Model Pemerolehan Bahasa
Kedua Ellis (1990), Model celik alam sekitar oleh Giolitto et al.(1997) dan Model awal

tingkah laku oleh Kollmuss & Agyeman (2002)

Merujuk kepada Rajah 1, terdapat tiga bahagian yang dominan dalam kerangka
konsep tersebut. Bahagian input kajian diwakili oleh faktor jantina murid. Bahagian proses
diwakili pengetahuan, sikap dan amalan sampel kajian mengenai tenaga keterbaharuan.
Kesedaran murid-murid tahun 5 terhadap tenaga keterbaharuan berada di bahagian output
kajian.

Tenaga keterbaharuan merupakan pemboleh ubah bersandar. Aspek pengetahuan,
sikap dan amalan adalah pemboleh ubah tidak bersandar. Berdasarkan tinjauan literatur,
kerangka konsep kajian ini dibina berdasarkan gabungan Model Pemerolehan Bahasa Kedua
Ellis (1990), model celik alam sekitar oleh Giolitto et al. (1997) dan model awal tingkah laku
oleh Kollmuss & Agyeman (2002).

Model Pemerolehan Bahasa Kedua Ellis (1990) adalah model yang sering digunakan
dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Model ini dipilih kerana ia bersifat praktikal,
menyeluruh dan meliputi domain utama yang mempengaruhi proses pembelajaran seterusnya
membawa kepada hasilnya. Ellis telah mengkategorikan pemboleh ubah kepada dua faktor
dominan iaitu faktor situasi dan sosial serta faktor perbezaan individu. Faktor situasi dan
sosial meliputi elemen jantina, jenis tugasan, latar pembelajaran dan bahasa yang dikuasai.
Berasaskan kerangka model ini, penyelidik membina kerangka konseptual kajian yang
bersesuaian dengan objektif kajian yang secara umumnya mengenal pasti perbezaan antara
jantina murid dengan tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan.

160

Model celik alam sekitar oleh Giolitto et al. (1997) berbentuk Venn yang senantiasa
melengkapi antara tiga elemen utama iaitu dimensi kognitif, dimensi etika dan dimensi
tindakan. Giolitto et al. (1997) berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen (pengetahuan, sikap
dan amalan) ini perlu seiring bagi menjadikan seseorang itu dikenali sebagai individu yang
celik alam sekitar.

Menurut Model awal tingkah laku Kollmus dan Agyeman (2002), wujud hubung kait
antara pengetahuan, sikap serta amalan seseorang individu terutama mengenai alam
sekitarnya. Menurut model ini, sikap seseorang individu akan ditingkatkan sekiranya ia
dilengkapi dengan pengetahuan dan seterusnya menzahirkan individu yang sentiasa
melakukan amalan yang baik terhadap alam sekitar.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam
warga sekolah dalam mengurangkan impak-impak negatif aktiviti manusia kepada alam
sekitar. Kajian ini boleh membantu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan untuk merangka
satu program yang boleh meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penerapan
teknologi sumber tenaga keterbaharuan dalam kalangan murid demi mewujudkan alam
sekitar yang bersih dan selamat. Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada murid
tentang pengetahuan dan kepentingan pengaplikasian tenaga keterbaharuan dalam kehidupan
seharian. Kesan negatif daripada aktiviti manusia dapat diminimumkan seterusnya alam
sekitar dipelihara. Selain itu, ia boleh membuka minda murid dalam dunia penyelidikan yang
memberi fokus kepada tenaga keterbaharuan.

Tinjauan Literatur

Kesedaran ialah kepekaan serta sensitiviti terhadap sesuatu perkara, kejadian, objek,
perlakuan dan juga tindak balas terhadap kesan. Dalam konteks kajian ini, kesedaran
bermaksud perlakuan murid sekolah rendah mengenai kepentingan tenaga keterbaharuan
melalui pengaplikasian pengamalan kecekapan tenaga. Menurut Model celik alam sekitar
oleh Giolitto et. al. (1997), kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dapat diuji melalui
ketiga-tiga aspek ini iaitu pengetahuan, sikap dan amalan.

Menurut Acker (2016), masih kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai tenaga
keterbaharuan dalam kalangan masyarakat, mahupun penggubal undang-undang
mengakibatkan teknologi tenaga keterbaharuan tidak diberi perhatian yang serius dalam
semua bidang. Bidang pendidikan yang menyeluruh dan penyelidikan yang aktif dalam
tenaga keterbaharuan oleh sekolah-sekolah, universiti dan sektor swasta dipercayai dapat
memberi kesan yang positif terhadap teknologi tenaga keterbaharuan bagi generasi akan
datang.

Selain itu, sikap masyarakat di India terhadap isu tenaga keterbaharuan pada tahap
membimbangkan. Hasil kajian awal mendapati kebanyakan responden di negara tersebut
berpendapat masalah menjaga alam sekitar adalah tangggungjawab kerajaan. Hasil kajian ini
menyokong dapatan kajian oleh Saurabh Mishra (2016), menunjukkan kesedaran mengenai
tenaga keterbaharuan di India terutamanya masih kurang walaupun pelbagai usaha telah dan
sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini bercanggah dengan kajian Kham
Balkar (2010) yang menyatakan bahawa kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam
kalangan masyarakat semakin meningkat.

Dari segi pengetahuan tentang penggunaan sumber tenaga, hasil kajian awal
mendapati tahap pengetahuan responden terhadap sumber tenaga keterbaharuan berada pada
tahap sederhana. Hasil kajian ini sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Mohammad Zin

161

Nordin, Shanti Balraj, Nor Azilah Ngah dan Irfan Naufal Umar (2013) didapati tahap
pengetahuan, sikap dan amalan mengenai isu pemeliharaan sumber tenaga dan
penggunaannya secara efisien dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah sangat terhad. Ini
adalah disebabkan, walaupun sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa
penggunaan sumber tenaga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian, namun mereka
masih tidak mengetahui bagaimana cara atau amalan yang sepatutnya berhubung isu
kecekapan tenaga (Zakaria et al, 2019).

Menurut Salih Levent Turan (2018), melalui kajian yang dilakukan di institusi
pendidikan tinggi menunjukkan bahawa kesedaran pelajar mengenai tenaga keterbaharuan
adalah sederhana dan wujud perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap
kesedaran responden yang dikaji. Kesediaan pelajar untuk mengamalkan penggunaan tenaga
keterbaharuan masih rendah. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Yelda Karatepe (2012)
yang menyatakan pelajar-pelajar mempunyai kesedaran yang baik mengenai masalah tenaga
keterbaharuan tetapi kesedaran ini tidak lagi diubah kepada satu praktikal. Pendapat ini
disokong oleh Assali Alia, (2019) di mana dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dan amalan di antara
pelajar lelaki dan perempuan.

Dapatan Sarah Aliss (2019) pula bercanggah dengan dapatan kajian tersebut di mana
kajian mendapati pelajar dari aliran pengajian sains mempunyai kesedaran yang tinggi. Hal
ini disebabkan kursus-kursus aliran pengajian mereka banyak menghabiskan aktiviti di luar
dan ini menyumbang kepada perubahan sikap pelajar terhadap tenaga keterbaharuan. Ibolya
Markóczi Revák (2019) juga mendapati terdapat kesan yang signifikan dari segi pencapaian
akademik murid setelah melakukan eksperimen dan projek berkaitan dengan tenaga
keterbaharuan di sekolah.

Cara yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar di sekolah
adalah dengan mempraktikkan amalan penggunaan tenaga keterbaharuan dalam kalangan
warga sekolah seperti penggunaan stesen mini-hidro yang menjanakan tenaga elektrik.
Sewaktu kokurikulum, pelaksanaan aktiviti yang memberi kesan positif kepada penglibatan
murid boleh dilaksanakan (Mohd Fazli et al. 2013). Pihak pentadbir juga memainkan peranan
yang dominan dalam memberi galakan kepada guru dan murid untuk melaksanakan aktiviti
kokurikulum yang lebih baik pengisiannya (Mohd Izham dan Norziana 2015).

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan
berbentuk deskriptif. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik ini bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas mengenai profil sampel kajian dan mengenal pasti tahap
pengetahuan, sikap dan amalan mengenai tenaga keterbaharuan bagi murid Tahun 5 di
sebuah sekolah rendah dalam daerah Gua Musang, Kelantan. Maklumat yang diperolehi
daripada soal selidik dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan
perisian SPSS Versi 23. Statistik deskriptif digunakan untuk membuat kesimpulan terhadap
keseluruhan dapatan kajian yang menggunakan ujian statistik seperti frekuensi, peratus, min
dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula digunakan untuk menguji ujian-t tidak bersandar.
Analisis ujian-t tidak bersandar dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan nilai min. Dalam
kajian ini, analisis ujian-t tidak bersandar dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan tahap
kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan murid berdasarkan jantina.

162

Sampel Kajian

Seramai 52 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah, daerah Gua Musang dipilih
secara rawak berstrata. Persampelan secara rawak berstrata digunakan untuk membolehkan
setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Untuk menguji sama ada terdapat
perbezaan tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan mengikut jantina, pengkaji telah
memilih bilangan murid lelaki dan murid perempuan yang sama rata iaitu sebanyak 50
peratus adalah murid lelaki dan 50 peratus adalah murid perempuan. Walau bagaimanapun,
menurut Patton (2002) dengan menggunakan soal selidik, tiada peraturan yang ditetapkan
dalam menentukan saiz sampel kerana jumlah sampel yang lebih besar adalah lebih baik
dalam menjalankan kajian berbentuk tinjauan. Justeru, bilangan sampel kajian ini adalah 52
orang.

Instrumen Kajian

Satu borang soal selidik yang mengandungi 25 item telah dihasilkan (Lampiran A). Borang
soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengandungi soalan-soalan
yang berkaitan dengan demografi sampel kajian. Bahagian B mengandungi 10 item mengenai
pengetahuan umum sampel kajian mengenai tenaga keterbaharuan. Item-item dalam
Bahagian B dijawab berpandukan Skala Guttman. Skala Guttman ini dibina berdasarkan
kepercayaan bahawa manusia boleh membuat pertimbangan dan penilaian secara psikologi,
iaitu apabila seseorang diberi dua pernyataan yang berbeza, dia akan dapat menentukan
pernyataan yang lebih dipersetujui. Oleh itu, skala ini lebih sesuai kepada murid-murid yang
berumur 12 tahun ke bawah. Mereka hanya perlu memilih jawapan sama ada ‘Ya’ atau
‘Tidak’ berdasarkan soalan yang dikemukakan. Bahagian C pula mengandungi 15 item
mengenai sikap dan amalan terhadap “Kecekapan Tenaga”. Dalam Bahagian C, semua item
ini dinilai menggunakan skala likert 5 mata.

Penganalisisan Data

Kajian ini menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk menganalisis data-data yang
diperolehi. Penyelidik telah menggunakan Statistical Package For Social Science Version
23.0 iaitu (SPSS 23.0) untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Proses menganalisis
data dalam kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan Ujian-t tidak bersandar.

Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang tahap kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan sampel kajian. Statistik yang digunakan adalah kekerapan,
peratus, min dan sishan piawai. Selain itu, ujian-t juga digunakan dalam kajian ini untuk
menganalisis data. Menurut Chua (2014), ujian-t merupakan salah satu ujian statistik
inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua atau lebih daripada dua kumpulan data
selang atau nisbah. Oleh itu, ujian-t digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis perbezaan
tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan murid mengikut jantina.

163

Analisis Tahap Pengetahuan Mengenai Tenaga Keterbaharuan
Tahap pengetahuan murid mengenai tenaga keterbaharuan dinilai berdasarkan peratus
markah atau skor yang diperoleh dalam soal selidik (Bahagian B). Jadual 1 menunjukkan
intepretasi tahap pengetahuan murid mengenai tenaga keterbaharuan.

JADUAL 1. Interpretasi tahap pengetahuan mengenai tenaga keterbaharuan

Skor Interpretasi

0–2 Rendah
3–5 Sederhana rendah

6–8 Sederhana tinggi
9 – 10 Tinggi

Analisis Soalan Sikap Dan Amalan Mengenai “Kecekapan Tenaga”
Bagi menentukan sikap dan amalan murid mengenai “Kecekapan Tenaga” dalam soal selidik

(Bahagian C), kajian ini telah menggunakan interpretasi skor indeks yang telah dirumuskan

oleh Nunnally dan Bernstein (1994) seperti Jadual 2.

JADUAL 2. Intepretasi sikap dan amalan murid mengenai “Kecekapan Tenaga”

Skor Min Interpretasi
Rendah
1.00 – 2.00
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
4.01 – 5.00
Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan Umum Tentang Tenaga Keterbaharuan
Bagi menguji tahap pengetahuan umum tentang tenaga keterbaharuan dalam kalangan murid
Tahun 5, sebanyak 10 item soalan mengenai pengetahuan tentang sumber tenaga
keterbaharuan telah dikemukakan. Sampel kajian diuji tahap pengetahuan mengenai sumber
tenaga keterbaharuan iaitu tenaga matahari, petroleum, makanan dan biojisim, gas asli dan air
(Jadual 3). Hasil kajian awal mendapati pengetahuan umum tentang tenaga keterbaharuan
adalah sederhana tinggi bagi kedua-dua jantina murid iaitu min 3.19 bagi murid lelaki dan
min 3.03 bagi murid perempuan. Bagi murid perempuan, tidak ada seorang sampel kajian
yang berjaya menjawab dengan tepat bagi kesemua soalan yang diuji, hanya lapan (30.8%)
sampel kajian yang berjaya menjawab sembilan soalan dengan tepat; 13 (50.0%) sampel
kajian menjawab enam hingga lapan soalan dengan tepat; 3 (11.5%) sampel kajian menjawab
tiga hingga lima soalan dengan tepat; 2 (7.7%) sampel kajian menjawab satu hingga dua
soalan dengan tepat. Manakala bagi murid lelaki pula, tidak ada seorang sampel kajian yang
berjaya menjawab dengan tepat kesemua soalan yang diuji; sembilan (34.6%) sampel kajian
yang berjaya menjawab sembilan soalan dengan tepat; 14 (53.8%) menjawab enam hingga
lapan soalan dengan tepat; 2 (7.7%) menjawab tiga hingga lima soalan dengan tepat; satu
(3.8%) sampel kajian menjawab satu soalan dengan tepat.

164

JADUAL 3. Tahap pengetahuan umum sampel kajian mengenai sumber tenaga

keterbaharuan

Skor Lelaki Perempuan

Bilangan Sampel % Bilangan Sampel %

0-2 1 3.8 2 7.7
3–5
6-8 2 7.7 3 11.5
9 - 10
14 53.8 13 50.0

9 34.6 8 30.8

Min Keseluruhan: 3.19 Min Keseluruhan: 3.03
Sederhana tinggi Sederhana tinggi

Sikap Murid Terhadap “Kecekapan Tenaga”

Berdasarkan analisis kajian yang telah dijalankan terhadap sikap dan amalan sampel kajian
terhadap “Kecekapan Tenaga”, didapati sampel kajian daripada kedua-dua jantina itu
menunjukkan sikap yang positif kerana min keseluruhan berada pada tahap min yang tinggi

iaitu 4.09 bagi murid lelaki (Jadual 4) dan 4.33 bagi murid perempuan (Jadual 5). Bagi murid
lelaki, sikap terhadap “Kecekapan Tenaga” yang paling tinggi ialah bagi item ‘saya berminat
untuk mengetahui perkara baharu mengenai tenaga keterbaharuan’ iaitu seramai 21 (80.8%)
sampel kajian menyatakan sangat setuju manakala bagi murid perempuan, item ‘saya percaya
penggunaan tenaga keterbaharuan menyumbang kepada alam sekitar yang lebih baik’
merupakan sikap yang paling tinggi iaitu 24 (92.3%) sampel kajian yang menyatakan sangat

setuju. Walau bagaimanapun, masih ramai sampel kajian lelaki yang sangat tidak bersetuju
dengan item ‘penjimatan tenaga tidak menyusahkan saya" iaitu 15 (57.7%) sampel kajian

tetapi bagi murid perempuan, sampel kajian sedar dengan tanggungjawab mereka dalam
penjimatan tenaga kerana bagi item tersebut ramai sampel kajian yang menyatakan sangat

setuju iaitu 19 (73.1%).

JADUAL 4. Sikap murid lelaki terhadap “Kecekapan Tenaga”

Sikap murid lelaki Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min Tahap
Tidak Setuju Setuju Setuju Tinggi
terhadap “Kecekapan Setuju
Tenaga” Tinggi
Tinggi
(%) (%) (%) (%) (%) Tinggi

1. Saya percaya - - 1 6 19 4.69

penggunaan tenaga (3.8) (23.1) (73.1)

keterbaharuan

menyumbang kepada

alam sekitar yang lebih

baik.

2. Masalah penjimatan 1 2 - 10 13 4.23

tenaga adalah (3.8) (7.7) (38.5) (50.0)

tangunggjawab saya.

3. Saya rasa lebih berpuas - 1 3 13 9 4.15

hati sekiranya (3.8) (11.5) (50.0) (34.6)

menjimatkan

penggunaan tenaga.

4. Saya berminat untuk - - - 5 21 4.81

mengetahui perkara (19.2) (80.8)

baharu mengenai tenaga

165

keterbaharuan. 15 3 1 - 7 2.27 Sederha-
5. Penjimatan tenaga tidak (57.7) (11.5) (3.8) (26.9) na
11
menyusahkan saya. - 1 4 (42.3) 10 Rendah
(3.8) (15.4) (38.5) 4.15 Tinggi
6. Saya sayangkan alam - 8
sekitar tetapi tidak 2 2 (30.8) 14 4.31 Tinggi
mempunyai masa untuk (7.7) (7.7) (53.8)
mengamalkan aktiviti 4.09 Tinggi
berkaitan (kitar semula).

7. Saya selalu mencuba
untuk menambah ilmu
berkaitan tenaga
keterbaharuan.

MIN KESELURUHAN

JADUAL 5. Sikap murid perempuan terhadap “Kecekapan Tenaga”

Sikap murid perempuan Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min Tahap
terhadap “Kecekapan
Tenaga” Tidak Setuju Setuju Setuju Tinggi

Setuju Sederha-
na
(%) (%) (%) (%) (%)
Tinggi
1. Saya percaya penggunaan - - - 2 24 4.92 Tinggi

tenaga keterbaharuan (7.7) (92.3) Sederha-
na
menyumbang kepada
Tinggi
alam sekitar yang lebih Tinggi
Tinggi
baik.
Tinggi
2. Masalah penjimatan - 2 1 19 4 3.96
Tinggi
tenaga adalah (7.7) (3.8) (73.1) (15.4)

tangunggjawab saya.

3. Saya rasa lebih berpuas 1 - 2 3 20 4.58

hati sekiranya (3.8) (7.7) (11.5) (76.9)

menjimatkan penggunaan

tenaga.

4. Saya berminat untuk 1 1 3 15 6 3.92

mengetahui perkara (3.8) (3.8) (11.5) (57.7) (23.1)

baharu mengenai tenaga

keterbaharuan.

5. Penjimatan tenaga tidak - 4 2 1 19 4.35

menyusahkan saya. (15.4) (7.7) (3.8) (73.1)

6. Saya sayangkan alam - 1 5 9 11 4.15

sekitar tetapi tidak (3.8) (19.2) (34.6) (42.3)

mempunyai masa untuk

mengamalkan aktiviti

berkaitan (kitar semula).

7. Saya selalu mencuba 1 - 2 6 17 4.46

untuk menambah ilmu (3.8) (7.7) (23.1) (65.4)

berkaitan tenaga

keterbaharuan.

MIN KESELURUHAN 4.33

Amalan Murid Terhadap “Kecekapan Tenaga”

Hasil kajian mendapati amalan sampel kajian terhadap “Kecekapan Tenaga” itu berada pada
tahap min yang sederhana tinggi iaitu 3.76 bagi murid lelaki (Jadual 6) manakala tahap min

166

yang tinggi iaitu 4.08 bagi murid perempuan (Jadual 7). Bagi murid lelaki, amalan yang
paling kerap dilakukan oleh sampel kajian ialah ‘berbasikal atau berjalan kaki bagi
mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor’ iaitu 16 sampel kajian (84.6%) manakala

amalan yang paling tidak pernah dilakukan ialah memproses lebihan makanan untuk dibuat

baja iaitu 19 responden (61.5%). Bagi murid perempuan pula, amalan yang kerap dilakukan
ialah ‘memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan’ iaitu 25 (96.2%)

sampel kajian manakala amalan yang tidak pernah dilakukan sama seperti sampel kajian
murid lelaki iaitu ‘memproses lebihan makanan untuk dibuat baja’ iaitu 18 sampel kajian

(69.2%).

JADUAL 6. Amalan murid lelaki terhadap “Kecekapan Tenaga”

Amalan murid lelaki Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min Tahap
terhadap “Kecekapan Tidak Setuju Setuju Setuju
Tenaga” Setuju Tinggi
Rendah
(%) (%) (%) (%) (%) Tinggi

1. Sentiasa menasihati - 2 3 10 11 4.15 Tinggi

kawan-kawan tentang (7.7) (11.5) (38.5) (42.3) Sederha-
na
penjimatan sumber.
Tinggi
2. Memproses lebihan 16 3 1 6 - 1.88 Sederha-

makanan untuk dibuat (61.5) (11.5) (3.8) (23.1) na
Rendah
baja. Tinggi

3. Memadamkan lampu - - 4 5 17 4.53 Tinggi

dan peralatan elektrik (15.4) (19.2) (65.4) Tinggi

apabila tidak

diperlukan.

4. Berbasikal atau 1 2 - 1 22 4.61

berjalan kaki bagi (3.8) (7.7) (3.8) (84.6)

mengurangkan

penggunaan kenderaan

bermotor.

5. Mengelakkan 3 3 1 6 13 3.93

mengambil beg plastik (11.5) (11.5) (3.8) (23.1) (50.0)

sewaktu membeli

belah.

6. Membawa bekas 5 6 10 3 2 2.69

sendiri apabila (19.2) (23.1) (38.5) (11.5) (7.7)

membeli makanan.

7. Menggunakan kipas - 4 4 7 11 4.02

untuk menyejukkan (15.4) (15.4) (26.9) (42.3)

suasana dan bukan

pendingin hawa.

8. Menggunakan - - 5 9 12 4.27

perkakas elektrik yang (19.2) (34.6) (46.2)

mengamalkan

penjimatan tenaga atau

elektrik.

MIN KESELURUHAN 3.76

JADUAL 7. Amalan murid perempuan terhadap “Kecekapan Tenaga”

Amalan murid perempuan Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min Tahap
terhadap “Kecekapan
Tidak Setuju Setuju Setuju
Tenaga”
Setuju

(%) (%) (%) (%) (%)

167

1. Sentiasa menasihati - 1 2 13 10 4.23 Tinggi

kawan-kawan tentang (3.8) (7.7) (50.0) (38.5)

penjimatan sumber.

2. Memproses lebihan 18 3 1 2 2 1.68 Rendah

makanan untuk dibuat (69.2) (11.5) (3.8) (7.7) (7.7)

baja.

3. Memadamkan lampu - - - 1 25 4.96 Tinggi

dan peralatan elektrik (3.8) (96.2)

apabila tidak diperlukan.

4. Berbasikal atau berjalan 3 1 - 8 14 4.12 Tinggi

kaki bagi mengurangkan (3.8) (30.8) (53.8)

penggunaan kenderaan

bermotor.

5. Mengelakkan - - 2 2 22 4.78 Tinggi

mengambil beg plastik (7.7) (7.7) (84.6)

sewaktu membeli belah.

6. Membawa bekas sendiri 2 1 - 17 6 3.92 Sederha-

apabila membeli (7.7) (3.8) (65.4) (23.1) na Tinggi

makanan.

7. Menggunakan kipas - - 2 5 19 4.65 Tinggi

untuk menyejukkan (7.7) (19.2) (73.1)

suasana dan bukan

pendingin hawa.

8. Menggunakan perkakas - 2 1 11 12 4.27 Tinggi

elektrik yang (7.7) (3.8) (42.3) (46.2)

mengamalkan

penjimatan tenaga atau

elektrik.

MIN KESELURUHAN 4.08 Tinggi

Melalui Jadual 8, kita dapat melihat bahawa terdapat perbezaan yang besar terhadap tahap
kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan antara sampel kajian lelaki dan perempuan. Ianya
sangat jelas apabila sampel kajian lelaki mencatatkan min skor keseluruhan iaitu 3.68
manakala sampel kajian perempuan mencatatkan min skor keseluruhan sebanyak 3.81 iaitu
perbezaan min 0.13.

JADUAL 8. Min skor bagi item-item tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan murid

mengikut jantina

Jantina Pengetahuan Umum Sikap Amalan Keseluruhan

Lelaki 3.19 4.09 3.76 3.68

Perempuan 3.03 4.33 4.08 3.81

Ujian Hipotesis – Statistik Inferensi

S1: Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam
kalangan murid Tahun 5 berdasarkan jantina?

H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesedaran mengenai tenaga
keterbaharuan dalam kalangan murid Tahun 5 berdasarkan jantina.

Hipotesis nul diuji dengan menggunakan kaedah Ujian-t tidak bersandar. Keputusan yang
diperoleh dapat dilihat dalam Jadual 9. Berdasarkan keputusan kajian, tahap kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan dalam kalangan murid sekolah rendah adalah tinggi. Min

168

skor kesedaran lelaki iaitu 3.68 adalah lebih rendah daripada min skor kesedaran perempuan
iaitu 3.81. Analisis inferensi mendapati hipotesis nul bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan mengikut jantina adalah
ditolak. Hal ini adalah kerana t = 3.704 dan sig = 0.012 (p<0.05). Berdasarkan hasil dapatan
kajian yang diperolehi, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran mengenai
tenaga keterbaharuan dalam kalangan murid Tahun 5 berdasarkan jantina. Hasil dapatan
kajian ini bermakna tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dipengaruhi oleh faktor
jantina.

JADUAL 9. Rumusan ujian-t bagi tahap kesedaran murid mengenai tenaga keterbaharuan
berdasarkan jantina

Komponen Jantina n M SP t df Sig.

Kesedaran Lelaki 26 3.68 .385 3.704 50 0.012
Perempuan 26 3.81 .405

PERBINCANGAN

Tahap Pengetahuan Umum Murid Mengenai Tenaga Keterbaharuan
Dalam kajian ini, tahap pengetahuan murid mengenai tenaga keterbaharuan dapat dilihat
melalui data yang dikutip daripada soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap penguasaan pengetahuan murid adalah sederhana tinggi berdasarkan skor min
keseluruhan iaitu 3.11. Menurut Ahmad, M.Z., & Abd Razak, N. (2018) dalam kajian mereka
membuktikan bahawa pembelajaran terhadap tenaga keterbaharuan telah diterapkan dalam
sistem pendidikan di Malaysia melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
majoriti murid dapat menguasai pengetahuan dan kepentingan tenaga keterbaharuan. Elemen
Kelestarian Global dalam kurikulum Sains bermatlamat melahirkan murid berdaya fikir
lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan
dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan.

Pendidikan memainkan peranan yang penting kerana mampu membawa perubahan
dalam sesebuah masyarakat (Liew Abdullah et al., 2015). Ianya selari dengan pendapat Fien,
J dan Huckle (2010) mengenai pendidikan telah diterima sebagai medium yang paling sesuai
dalam usaha untuk mengawal alam sekitar dan pembangunan lestari, pendidikan untuk alam
sekitar dan pendidikan untuk kelestarian sejak dari Persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Ika
Liana et al. (2011) juga mendapati bahawa pendidikan merupakan cara yang paling berkesan
untuk meningkatkan kesedaran berkaitan alam sekitar.

Dapatan Mohammad Zin Nordin, Shanti Balraj, Nor Azilah Ngah dan Irfan Naufal
Umar (2013) pula bercanggah dengan dapatan kajian ini di mana kajian mendapati
pengetahuan masyarakat Malaysia mengenai isu tenaga keterbaharuan adalah sangat terhad.
Hal ini disebabkan walaupun sebahagian besar daripada sampel kajian bersetuju bahawa
penggunaan sumber tenaga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian, namun mereka
masih tidak mengetahui bagaimana cara atau amalan yang sepatutnya berhubung isu cekap
tenaga (Zakaria et al, 2019).

Sikap Murid Terhadap “Kecekapan Tenaga”
Dalam kajian ini, sikap murid lelaki dan murid perempuan terhadap “Kecekapan Tenaga”
adalah sama iaitu berada pada tahap min yang tinggi iaitu melebihi 4.0. Menurut Jamilah dan
Hasrina Mustafa (2011), melalui pendidikan, penerapan sikap prihatin terhadap tenaga
keterbaharuan dapat dilakukan dengan berkesan. Kajian ini sejajar dengan kajian Kham

169

Balkar, (2010) yang menyatakan bahawa kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam
kalangan masyarakat semakin meningkat. Hasil kajian ini bercanggah dengan dapatan kajian
oleh Saurabh Mishra, (2016) yang menunjukkan sikap masyarakat terutamanya di India
terhadap isu tenaga keterbaharuan masih berada pada tahap yang membimbangkan walaupun
pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan.

Hasil kajian juga mendapati terdapat beberapa sikap sampel kajian yang berbeza di
antara kedua-dua jantina tersebut. Bagi murid lelaki, majoriti sampel kajian berpendapat
bahawa penjimatan tenaga adalah amat menyusahkan jika dibandingkan dengan sampel
kajian perempuan. Walau bagaimanapun, sampel kajian yang terdiri daripada kedua-dua
jantina ini mempercayai bahawa penggunaan tenaga keterbaharuan menyumbang kepada
alam sekitar yang lebih baik dan mereka berminat untuk mengetahui perkara baharu
mengenai tenaga keterbaharuan. Ini membuktikan bahawa sampel kajian adalah peka dan
prihatin terhadap masalah alam sekitar yang wujud di persekitaran mereka.

Amalan Murid Terhadap “Kecekapan Tenaga”
Dalam kajian ini, tahap amalan murid terhadap “Kecekapan Tenaga” adalah sederhana tinggi
bagi sampel kajian lelaki manakala adalah tinggi bagi sampel kajian murid perempuan. Hasil
kajian awal mendapati masih ramai sampel kajian yang tidak pernah melakukan amalan
memproses lebihan makanan untuk dibuat baja dan membawa bekas sendiri apabila membeli
makanan. Hal ini disebabkan mereka kurang didedahkan tentang amalan dan kaedah untuk
hidup secara mesra alam.

Hasil kajian awal juga mendapati lebih ramai sampel kajian perempuan yang
mengamalkan memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan jika
dibandingkan dengan sampel kajian lelaki. Sampel kajian lelaki kurang mengamalkan amalan
menggunakan beg kitar semula sewaktu membeli belah tetapi mereka lebih kerap
mengamalkan berbasikal atau berjalan kaki bagi mengurangkan penggunaan kenderaan
bermotor jika dibandingkan dengan sampel kajian perempuan.

Tahap Kesedaran Murid Mengenai Tenaga Keterbaharuan Antara Jantina
Menurut kajian ini, tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan antara murid lelaki dan
murid perempuan adalah tinggi. Setelah dianalisis dengan kaedah Ujian-t, hipotesis nul
ditolak, iaitu didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan berdasarkan jantina. Perbezaan ini adalah signifikan
memandangkan t = 3.704, sig = 0.012 (p<0.05). Maka boleh dirumuskan bahawa faktor
jantina mempengaruhi tahap kesedaran mengenai tenaga keterbaharuan dalam kalangan
murid sekolah rendah.

Dapatan kajian ini selari dengan kajian Yelda Karatepe (2012) yang menyatakan
murid-murid mempunyai kesedaran yang baik mengenai masalah tenaga keterbaharuan tetapi
kesedaran ini tidak lagi diubah kepada satu praktikal. Hasil kajian ini juga menyokong
dapatan kajian Pusat Sains dan Teknologi Maklumat (MASTIC) sejak tahun 1998 hingga
2004 yang menyatakan bahawa kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat semakin
meningkat.

Walau bagaimanapun, hasil kajian ini bercanggah dengan Assali Alia, (2019) di mana
dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan dan amalan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Ia
disokong dengan kajian Zurina dan Norjan (2003) yang menyatakan bahawa kesedaran
masyarakat untuk terlibat dalam mengatasi masalah alam sekitar yang hampir kepada mereka
terlalu minima.

Menurut kajian ini, didapati kerjasama yang menyeluruh daripada semua warga
sekolah adalah penting dalam menjadikan setiap program yang diatur dan direncana dapat

170

dilaksanakan dengan jayanya. Ia secara tidak langsung memberi pendedahan pengetahuan
dan kesedaran, sekaligus menerap semangat cintakan alam dan budaya dalam kehidupan
seharian (Norfadillah et.al, 2012). Pernyataan ini disokong oleh dapatan kajian yang
diperolehi oleh Rohana Othman (2013), bahawa kumpulan eksperimen yang menyertai
aktiviti penghayatan melukis mural telah menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan dan
kesedaran terhadap tenaga keterbaharuan tetapi tidak kepada kumpulan kawalan.

Implikasi Kajian

Hasil dapatan kajian didapati mampu membantu pihak sekolah untuk meningkatkan
pengetahuan, sikap dan amalan murid mengenai tenaga keterbaharuan. Dari aspek sekolah,
pihak sekolah boleh menjemput pakar dalam bidang tenaga keterbaharuan bagi memindahkan
pengetahuan kepada para pendidik. Guru berperanan sebagai fasilitator (Han, S., & Carpenter,
D., 2014) yang membimbing dan menyokong murid. Pelaksanaan kajian ini akan
memberikan kesan yang positif kepada golongan guru bagi mendedahkan bagaimana untuk
mengintegrasikan konsep tenaga keterbaharuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memantapkan
kurikulum amali teknologi tenaga keterbaharuan supaya murid dilengkapi dengan
pengalaman yang lebih mendalam dalam bidang tenaga alternatif terkini. Pada masa yang
sama, kajian ini dapat melahirkan generasi muda yang berupaya untuk berfikir secara kritis
dan berani untuk mencuba dalam memenuhi ciri-ciri murid dalam pembelajaran abad ke-21.
Selain itu, bidang pendidikan yang menyeluruh dan penyelidikan yang aktif dalam bidang
tenaga keterbaharuan oleh pihak institusi, universiti dan sektor swasta juga dapat memberi
kesan yang positif terhadap teknologi tenaga keterbaharuan pada masa depan untuk generasi
akan datang.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan seharusnya dijalankan bagi memperbaiki serta meningkatkan kajian yang
telah dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan data utama dan menggunakan SPSS versi ke-23. Hasil dapatan kajian
dipersembahkan dalam bentuk analisis deskriptif dan inferensi. Dicadangkan pada masa
hadapan, kajian boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian yang
meliputi bilangan sampel kajian yang lebih besar serta menggunakan kaedah pengumpulan
data yang berbeza seperti kaedah temu bual disarankan. Kaedah temubual akan dapat
memberikan pengertian yang sebenar mengenai soalan yang ditanyakan kepada sampel kajian
dan jawapan yang diberikan lebih tepat.

Selain itu, bagi meningkatkan kualiti kajian, adalah disarankan untuk menjalankan
kajian ke atas sampel kajian dari pelbagai latar belakang serta menambah tempoh intervensi
terhadap sampel kajian. Untuk kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian di peringkat
sekolah rendah. Menurut sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia portal, di Malaysia
kita mempunyai pelbagai institusi pendidikan antaranya sekolah-sekolah menengah. Sekolah
menengah turut dibahagi kepada pelbagai jenis seperti Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK), Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
dan Sekolah Sukan. Memandangkan kajian ini hanya berfokus kepada murid sekolah rendah,
kajian akan datang disarankan mengkaji sampel kajian yang terdiri daripada pelajar sekolah
menengah atau para pendidik. Dengan cara ini, langkah mempertingkatkan tahap kesedaran
mengenai tenaga keterbaharuan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan berkesan lagi.

171

KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kesedaran mengenai tenaga
keterbaharuan dalam kalangan murid sekolah rendah mengikut jantina. Pelaksanaan
penerapan nilai murni dan kesedaran kepada murid-murid perlu ditekankan supaya mereka
bersedia menghadapi era kemajuan dan modenisasi yang melanda dunia hari ini. Kesedaran
murid terhadap tenaga keterbaharuan merupakan satu benteng yang teguh bagi menghalang
berlakunya masalah alam sekitar yang semakin membelenggu negara kila. Para murid
merupakan tunggak kepada kejayaan negara dan merekalah yang akan mencorakkan dan
mencerminkan alam sekitar pada masa akan datang. Oleh sebab itu, kesedaran terhadap
pembangunan teknologi tenaga keterbaharuan adalah penting agar krisis tenaga ini dapat
diatasi dengan bijaksana.

Selain itu, institusi pengajian tinggi juga berperanan dalam melahirkan komuniti
lestari. Pelbagai kempen kelestarian turut diadakan seperti kitar semula, dan kempen
penjimatan air dan elektrik. Secara keseluruhannya, dengan adanya usaha dan kesungguhan
daripada kerajaan serta penggunaan sepenuhnya semua tenaga keterbaharuan yang terdapat di
Malaysia sama ada yang sedang dan akan dibangunkan secara tidak langsung dapat
mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api fosil. Justeru itu
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengurangkan pemanasan global serta
memastikan kemampanan dan kelestarian bumi kita. Dengan usaha yang berterusan, hasrat
kerajaan untuk meningkatkan penggunan tenaga keterbaharuan sebanyak 20% menjelang
2025 akan dapat dicapai.

RUJUKAN

Acker, D. 2016. Research and Education Priorities in Agriculture, Foresty and Energy
Achieve the 25 x 25 Renewable Energy Vision. NACTA journal. 52(1), 55.

Ahmad, M.Z., & Abd Razak, N. 2018. Pendidikan alam sekitar di sekolah: Komitmen Guru.
Pendidikan Lestari. 2007. DP Jilid 7(2): 74-81.

Aslam. 2016. Renewable Energy In Malaysia: Experience from Perlis, Journal of Energy
Technologies Policy, 3 (11).

Assali Alia. 2019. Renewable energy awareness among future generation of Palestine.
Elsevier, 136(C), 254-263.

Barraza, L., & Walford, R. A. 2002. Environmental education: a comparison between English
and Mexican school children. Environmental Education Research. 8(2), 171–186

Ellis, Rod. 1990. The Study of Second Language Acquisition, Oxford: Oxford University
Press.

Evalyn, L. 2003. A personal view: Environmental education-its content and delivery. Journal
of Environmental Studies and Science, 1(2003), 6–13.

Fien, J & Huckle. 2010. Education for the environment. Geelong: Deakin University Press.

Giolitto, P., Mathot,L., Pardo, A & Vergnes, G. 1997. Enviromental Education. The Europian
Union. Brussels, Luxemborg: ECSC-EC-EAEC

172

Han, S., & Carpenter, D. 2014. Construct Validation of Student Attitude toward Science,
Technology, Engineering, and Mathematics Project-Based Learning: The Case of
Korean Middle Grade Students. Middle Grades Research Journal, 9: 27-41.

Ibolya Markóczi Revák. 2019. Primary And Secondary School Students’ Knowledge Related
To Renewable Energy And Some Of Its Influencing Factors. Journal Of Baltic
Science Education. 18(6): 36-43.

Ika Liana. 2011. Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku
Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar.
ISSN 0128-273.14 :11 – 22.

Jamilah Hj. Ahmad & Hasrina Mustafa. 2011. Pengetahuan, Sikap dan Amalan
Masyarakat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar. Universiti Kebangsaan Malaysia.

KeTTHA. 2009. Integrated Renewable Educations into National High Education System.
Proceeding of ISES Solar World Congress 2007. Solar Energy and Human Settlement.

Kham Balkar. 2010. Renewable energy: An assessment of public awareness. International
Journal of Ambient Energy. 31(3): 133-142.

Kollmuss, A. & Agyeman, J. 2002. Mind the gap: why do people act environmentally and
what are the barriers to prp-environmental behavior? Environmental Education
Research 8(3) 239-260.

Liew Abdullah, N.H., Shafii, H. & Seow, T.W. 2012. Pendidikan alam sekitar merentas
kurikulum di sekolah rendah: Satu penilaian awal. International Environment &
Health Conference. 195-204.

MASTIC. 1998. Public Awareness Of Science And Technology (S&T) Malaysia 1998.
http://www.mastic.gov.my/mastic/pages/awareness98.htm. [27 Mac 2020]

Michael Child. 2018. Flexible Electricity Generation, Grid Exchange and Storage For The
Transition To A 100% Renewable Energy System In Europe. 13: 80-101.

Mohammad Zin Nordin, Shanti Balraj, Nor Azilah Ngah & Irfan Naufal Umar. 2013.
Malaysian society and environment: focusing on knowledge, attitude and practice.
Proceeding of National Conference on Society, Space and Environment in Globalised
World. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mohd Fazli, H.,Suhaida, A.K. & Soaib, A. 2013. Hubungan persekitaran sekolah dengan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan Malaysia 38(2): 1-9.

Mohd Izham, M. H. & Norziana, A. 2015. Peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum
dari perspektif guru sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2): 129-138.

Muzdalifah Mustapha. 2011. Kepentingan tenaga keterbaharuan. Utusan Online, 8 Julai.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm.[26 April 2020]

Norfadillah D, Halimaton SH, Noraziah A, Sarah A. 2012. UKM sebagai kampus lestari:
Tinjauan awal pengetahuan, kesedaran dan penglibatan pelajar dan kakitangan di
Kampus UKM Bangi. Geografia Malaysia Journal of Society and Space 8(8), 76-90.

173

Patton, M. Q. 2002. Qualitative Research and Evaluation Methods hlm.Edisi ke 3. Thousand
Oaks, CA: Sage.

Rohana Othman et al. 2013. Kesan pengajaran dan pembelajaran pendidikan alam sekitar
melalui aktiviti melukis mural untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
pelajar sekolah menengah terhadap tenaga keterbaharuan. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, 28: 11–31.

Salih Levent Turan. 2018. Environmental attitude and ecological behaviour. Journal of
Environmental Psychology, 19(1): 1–19.

Sarah Aliss. 2019. Relationship between Knowledge and Attitudes towards Environmental
Education among Secondary School Students in Malaysia. International Journal of
Academic Research Business and Social Sciences 9(12): 36–48.

Saurabh Mishra. 2016. Estimation of water pollution and probability of health risk due to
imbalanced nutrients in River Ganga, India. International Journal of River Basin
Management 15(1): 53-60.

Yelda Karatepe. 2012. The levels of awareness about the renewable energy sources of
university students in Turkey. Marmara University, Turkey.

Zakaria et al. 2019. IOP Conf. Ser.: Earth Environ. Sci. 268 012105.
Zurina, M & Norjan, Y. 2003. Kesedaran Alam Sekitar. Tinjauan Awal Di Kalangan Pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan
Persekitaran 2003.

174

Kesediaan Guru DLP Dalam Melaksanakan Dual
Language Programme (DLP)

MASNA BINTI MAPPEATI* & ZANATON IKSAN

ABSTRAK

Dual Language Programme (DLP) merupakan satu program memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah rendah mahupun menengah. Namun, guru dilihat masih sukar
menggunakan DLP dalam pengajaran Sains dan Matematik. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk
mengkaji kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan pengajaran Sains
dan Matematik. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap 100 orang responden
yang dipilih secara rawak berstrata yang mengajar DLP di sekolah rendah dan menengah dalam daerah Tawau,
Sabah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 30 item soalan dan telah mendapat
kesahan pakar serta kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha sebanyak 0.94. Data kajian ini dianalisis secara
deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru
DLP tinggi dari segi pengetahuan manakala sederhana dari segi kemahiran dan sikap. Terdapat perbezaan yang
signifikan di antara tahap kesediaan guru Matematik dan Sains dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap
manakala tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru DLP berdasarkan
pengalaman mengajar. Natijahnya, untuk menjadikan pengajaran DLP lebih berkesan, semua pihak harus sama-
sama berganding bahu untuk mengatasi cabaran yang dihadapi agar mampu membawa sistem pendidikan negara
lebih maju selangkah ke hadapan.

Kata kunci: Dual Language Programme (DLP); Kesediaan guru; Pengetahuan; Kemahiran; Sikap; Pengajaran
Sains; Pengajaran Matematik

PENGENALAN

Slogan ‘Dunia tanpa Sempadan’ bukan lagi sesuatu yang asing untuk diperkatakan pada ketika
kini. Ledakan era teknologi yang semakin canggih di tambah dengan kepesatan perkembangan
dan kemajuan ekonomi dunia menjadikan sistem pendidikan di dunia juga turut mengalami
anjakan yang hebat. Hal ini termasuklah di negara kita, Malaysia. Oleh yang demikian,
kerajaan secara khususnya telah mula mengambil tindakan untuk merubah dan menambah baik
sistem pendidikan di negara kita agar generasi baharu mampu untuk tampil hebat dan berdaya
saing di pasaran dunia. Antara perubahan yang dapat dilihat adalah dengan mewujudkan satu
program iaitu Dual Language Programme (DLP) yang mana ianya dapat memberikan peluang
kepada generasi baharu untuk mempunyai akses yang lebih kepada sistem pendidikan di dunia.
Program DLP ini merupakan satu program yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu
para pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Sains dan Matematik di
sekolah. Hal ini selaras dengan lambakan sumber-sumber ilmu dan buku ilmiah terkemuka
yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penulisan. Tanpa penguasaan Bahasa
Inggeris yang mantap dalam kalangan generasi baharu khususnya di dalam Sains dan
Matematik, sudah pastilah hasrat kerajaan untuk tampil maju dan berdaya saing sebaris dengan
negara maju yang lain tidak dapat dicapai.

DLP (Dual Language Programme) merupakan satu program yang diperkenalkan
menerusi gelombang kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

175

Menurut Buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggariskan tiga gelombang bagi melaksanakan transformasi Pendidikan iaitu
Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan
tumpuan kepada kemahiran utama, Gelombang 2 (2016-2020): Memacu peningkatan sistem
dan Gelombang 3 (2021-2025): Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan
keluwesan operasi (KPM, 2013). Dalam gelombang kedua, terdapat 10 agenda yang
ditekankan dan salah satunya adalah merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan
kepada Bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha
menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh (KPM, 2013).

Oleh yang demikian, program DLP ini telah diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI
bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik. MBMMBI merupakan satu dasar kerajaan yang bertujuan untuk memartabatkan
Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris agar generasi baharu mampu untuk
menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Dasar MBMMBI telah diperkenalkan pada
tahun 2011 menerusi Pelan Pendidikan 2013-2025 (Buku Penerangan MBMMBI, KPM, 2014).
Dasar MBMMBI ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin (Buku Penerangan MBMMBI, KPM,
2014).

Permasalahan Kajian

Program DLP merupakan salah satu usaha kerajaan yang dijalankan dibawah program
MBMMBI bagi membantu para pelajar agar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih
baik. DLP telah diperkenalkan pada tahun 2016 bagi menggantikan PPSMI yang diperkenalkan
sejak tahun 2003 (KPM 2014). Menurut Muhammad Faisal (2016), program pelaksanaan DLP
merupakan satu usaha terancang untuk menghidupkan kembali dasar PPSMI yang telah diakui
gagal dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun persoalannya, adakah guru-guru Sains dan
Matematik benar-benar telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan DLP di sekolah (Utusan Borneo Online 30 Mei 2019). Kajian-kajian lepas
menunjukkan bahawa kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan adalah tinggi namun
sederhana dari segi kemahiran dan sikap (Norhisham, Norazilawati & Noraini 2018; Ali Imran
& Mohamed Yusoff 2018; Nadiah & Melor 2018, Nooryusma Laily & Mohamed Yusoff 2018;
Nurfaradilla et al. 2018). Walaupun pelaksanaan DLP ini telah mencapai tempoh lebih kurang
lima tahun namun mengapakah tahap kesediaan guru dari segi kemahiran dan juga sikap masih
berada pada tahap sederhana? Kajian lepas juga dilihat lebih banyak menumpukan tahap
kesediaan guru berdasarkan jantina dan memisahkan mata pelajaran Sains dan matematik
dalam kajian mereka. Justeru, kajian perlu dibuat untuk menilai sejauh mana tahap kesediaan
guru Sains dan Matematik adalah berbeza atau tidak dalam pelaksanaan DLP.

Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep bagi kajian ini adalah berlandaskan kepada Teori Reflektif Wallace (1991)
dalam Nor Azlina (2015). Untuk menjalankan kajian penyelidikan ini, kerangka konsep ini
telah diubahsuai seiring dengan objektif kajian yang mana ianya diadapatasi daripada kajian
Suriana (2012).

Berdasarkan kerangka konsep tersebut, kesediaan guru dapat dilihat dari segi aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kesediaan guru menjadi elemen penting dalam
pelaksanaan DLP bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan (Nurul
Izzati 2013).

176

Pengalaman Tahap Kesediaan Pelaksanaan
Mengajar Guru Sains dan
Matematik
Mata Pelajaran yang  Pengetahuan dalam DLP di
di ajar  Kemahiran sekolah dalam
 Sains  Sikap daerah
Tawau, Sabah
 Matematik

RAJAH 1.0 Kerangka konseptual kajian

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru Sains dan Matematik dalam
melaksanakan Dual Language Programme (DLP) di Daerah Tawau, Sabah.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan dalam pelaksanaan
DLP di dalam Daerah Tawau, Sabah.

2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru DLP dari segi kemahiran dalam pelaksanaan DLP
di dalam Daerah Tawau, Sabah.

3. Mengenal pasti tahap kesediaan guru DLP dari segi sikap dalam pelaksanaan DLP di
dalam daerah Tawau, Sabah.

4. Melihat perbezaan di antara tahap kesediaan guru DLP berdasarkan mata pelajaran
yang di ajar iaitu Sains dan Matematik.

5. Melihat hubungan di antara pengalaman mengajar dengan tahap kesediaan guru DLP
dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan DLP di dalam daerah
Tawau.

Hipotesis Kajian

Ho¹ : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru DLP dari
segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan pengalaman mengajar dalam
pelaksanaan DLP di daerah Tawau, Sabah.

Ho² : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesediaan guru DLP dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap mata pelajaran yang di ajar iaitu
Sains dan Matematik.

177

Kajian Literatur

Dual Language Programme (DLP)
Dual Language Programme (DLP) merupakan salah satu program kerajaan di bawah dasar
MBMMBI yang mana mata pelajaran Sains dan Matematik akan di ajar menggunakan dwi
bahasa di dalam kelas. Secara dasarnya, Dual Language Programme sebenarnya bukanlah satu
program yang baharu namun ianya juga telah banyak dilaksanakan di sekitar Eropah dengan
menggunakan nama lain seperti dual immersion program, two-way bilingual program,
bilingual education program dan heritage language (Ismail M.h & M. Yusof D. 2020). Menurut
Natalie et al. (2015), Xiaoqiu et al. (2015), Yamamoto et al. (2016), Steele et al. (2017), Ashairi
et al. (2018), Ramasamy & Marzita (2018) dan Nor Hasikin (2019). Program DLP ini dilihat
dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar kerana program ini dapat membantu
pelajar memahami dengan lebih baik dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan STEM
berbanding pelajar yang tidak belajar dalam DLP. Selain itu, pelajar dilihat dapat melibatkan
diri secara lebih aktif dalam kelas dan lebih bermotivasi semasa belajar dalam program DLP
bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan STEM.

Namun, salah satu penentu bagi keberkesanan program ini adalah guru sebagai agen
pelaksana yang bertindak sebagai orang yang menyampaikan ilmu menggunakan dwi bahasa
di dalam kelas. Guru adalah orang yang mengajar sesuatu mata pelajaran kepada muridnya.
Profesion guru adalah hampir sama dengan tugas mengajar dan mendidik anak-anak kecil dan
remaja di peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah. Guru juga bermaksud sebagai
pendidik professional dengan tugas utama untuk mendidik, mengajar, membimbing, mengarah,
melatih dan menilai pelajar dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui pendidikan formal,
pendidikan asas dan pendidikan menengah (Muhammad Shabir 2015). Guru ialah seorang ahli
ikhtisas dalam bidang perguruan yang melaksanakan tugas mendidik di sekolah sebagai
pengajar, pembimbing, innovator, pemudahcara dan pengurus yang secara tidak langsung
memain peranan dalam aspek ekonomi dan masyarakat. Kriteria yang perlu dimiliki oleh guru
seperti menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia,
sebagai anggota masyarakat, mempunyai keterampilan membina kelompok dan berkerjasama
dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya dalam bilik darjah.

Kesediaan dari segi Pengetahuan
Kesediaan bermaksud keupayaan persiapan individu di dalam dirinya untuk memulakan
sesuatu aktiviti atau tindakan yang melibatkan pengintegrasian aspek fizikal, mental, dan emosi
(kejiwaan) seseorang insan. Dalam konteks ini, pengkaji melihat kesediaan guru dari segi
pengetahuan. Pengetahuan digunakan untuk menerangkan pemahaman ke atas sesuatu subjek
dan kemungkinan berkeupayaan menggunakannnya untuk satu objektif tertentu (Norazilawati
Abdullah et.al. 2019).

Dalam kajian ini, pengetahuan difokuskan kepada ilmu dan kefahaman guru tentang
pelaksanaan program DLP. Pengetahuan guru meliputi aspek-aspek yang diperlukan dalam
tugasan pentaksiran, pelaksanaan dan pengurusan DLP. Dalam kajian lepas, pengkaji
mendapati bahawa rata-rata pengkaji terdahulu mendapati bahawa guru-guru Sains sebenarnya
mempunyai pengetahuan untuk mengajar Sains di dalam Bahasa Inggeris (Norhisham et al.
2017). Selain itu, secara asasnya guru-guru yang mengajar di sekolah pada masa kini
merupakan lepasan ijazah yang mempunyai pengetahuan di dalam Bahasa Inggeris. Malah
syarat bagi seorang guru untuk mendapat ijazah pendidikan adalah mendapat sekurang-
kurangnya Band 1 dalam peperiksaan MUET. Maka semua guru yang mengajar Sains di dalam
DLP ini sebenanrnya telah mempunyai pengetahuan tentang Bahasa Inggeris dan telah biasa
menggunakan Bahasa Inggeris semasa belajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG) (Nurfaradilla et al. 2019)

178

Kesediaan dari segi kemahiran
Kemahiran didefinisikan sebagai suatu seni, kebolehan atau teknik yang diperoleh melalui
latihan atau pengalaman khususnya yang melibatkan penggunaan anggota atau badan. Asas
kemahiran boleh dibahagi kepada kategori seperti kemahiran akademik, kemahiran generik dan
kemahiran teknikal (Nurulhuda 2013).

Dalam kajian ini, kemahiran difokuskan kepada penguasaan dan istilah Sains dalam
Bahasa Inggeris. Tidak semua guru mempunyai kemahiran untuk bertutur dan menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Kemahiran
menggunakan tatabahasa Inggeris yang betul semasa memberi arahan atau membina ayat
menggunakan istilah Sains didalam Bahasa Inggeris dalam kalangan guru adalah sederhana
(Norhisham et al. 2017), (Ismail Mat Hasan & Md Yusoff Daud 2020) dan (Nurfaradilla, Sarah
& Sharifah Intan Sharina 2018). Guru yang mempunyai tahap kemahiran penguasaan yang
lemah di dalam pertuturan Bahasa Inggeris akan menjadikan murid semakin tidak dapat
mengikuti pengajaran Sains di dalam DLP (Ashairi et al. 2017).

Namun tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran Sains dan Matematik menggunakan
DLP di dalam kelas secara tidak langsung meningkatkan kemahiran guru untuk berbahasa
Inggeris dengan baik (Nora et al. 20ll). Guru akan lebih berusaha untuk menggunakan Bahasa
Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan sudah pastilah sedikit
sebanyak kemahiran guru dapat dilihat mempunyai peningkatan (Edwin Moses & Indira
Malani 2019).

Kesediaan dari segi sikap
Sikap boleh dimaksudkan sebagai perasaan, kecenderungan dan respons seseorang terhadap
sesuatu perkara sama ada yang disukainya ataupun tidak. Sikap akan menerangkan
kesanggupan dan kerelaan sesseorang dalam melakukan apa juga tindakan (Noorafini et al.
2017).

Sikap terdiri daripada tiga komponen iaitu komponen afektif, konatif dan kognitif
berdasarkan ahli psikologi sosial. Komponen afektif melibatkan emosi positif dan negatif serta
perasan yang dimiliki oleh individu terhadap sesuatu objek. Komponen konatif meliputi
kecenderungan seseorang untuk bertindak pada tingkah laku tertentu berhubung dengan sikap
kita (Noorafini et al. 2017). Manakala kepercayaan atau keyakinan seseorang mengenai objek
adalah komponen kognif. Pembentukan dan pemantapan sikap individu perlu hubungkait
dengan ketiga-tiga komponen sikap. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada tingkah laku atau
emosi guru semasa melaksanakan DLP di dalam kelas.

Sikap yang ingin belajar untuk menambahkan pengetahuan dan juga kemahiran
berbahasa Inggeris dilihat amat positif dalam kalangan guru-guru di Malaysia setelah
pelaksanaan program DLP ini (Nadiah & Melor. 2018)

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa guru-guru Sains mempunyai sikap atau
tanggapan yang negatif terhadap pelaksanaan Sains di dalam DLP setelah kegagalan program
PPSMI suatu ketika dahulu (Edwin & Indira 2019)

Selain itu, sikap guru Sains yang agak sukar untuk menukarkan Bahasa Melayu kepada
Bahasa Inggeris ketika mengajar Sains juga menjadi punca guru Sains tetap meneruskan
penggunaan Bahasa Melayu semasa mengajar Sains. (Edwin & Indira 2019)

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Reka
bentuk kuantitatif dipilih adalah kerana ianya sesuai digunakan bagi kajian yang memerlukan

179

maklumat dan maklum balas dari responden yang merangkumi kawasan yang luas (Siti Hajar
Halili & Sumanthy 2019). Terdapat satu pemboleh ubah yang bersandar di dalam kajian ini
iaitu tahap kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap manakala terdapat
dua pemboleh ubah yang tidak bersandar iaitu pengalaman mengajar dan juga mata pelajaran
yang di ajar. Data kajian di analisis dengan mengunakan kaedah statistic deskritf dan juga
inferensi iaitu ujian-T dan juga ujian Kolerasi Pearson. Statistical Package for the Social
Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis data kajian ini.

Responden Kajian
Seramai 100 orang responden daripada 11 buah sekolah rendah dan menengah yang mengajar
Sains dan Matematik menggunakan DLP di sekolah dalam daerah Tawau, Sabah terlibat di
dalam kajian ini. Responden dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak bestrata
yang mana ianya sesuai digunakan bagi kumpulan guru yang tidak seragam (Creswell 2015).
Faktor-faktor pemilihan responden adalah kerana guru-guru ini mengajar Sains dan Matematik
menggunakan DLP di dalam daerah Tawau, Sabah.

JADUAL 1.0 Profil responden mengikut faktor demografi

Demografi Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 38 38.0

perempuan 62 62.0

Jenis sekolah Sekolah Rendah 34 34.0

Sekolah Menengah 66 66.0

Mata pelajaran yang Sains 48 48.0

di ajar Matematik 52 52.0
Pengalaman 1 – 5 tahun 9 9.0
11 11.0
mengajar 6 – 10 tahun 34 34.0
11 – 15 tahun 24 24.0
11 11.0
16 – 20 tahun
21 – 25 tahun

26 tahun dan ke atas 11 11.0

METODOLOGI

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 30 item soalan yang
dipecahkan kepada 3 konstruk dan 4 bahagian yang mana terdiri daripada bahagian latar
belakang responden, pengetahuan guru, kemahiran dan sikap guru dalam pelaksanaan DLP di
sekolah. Soal selidik yang digunakan mengandungi skala likert 5 poin iaitu 5 (Sangat setuju),
4 (Setuju), 3 (Tidak pasti), 2 (Tidak setuju) dan 1 (Sangat tidak setuju). Instrumen soal selidik
ini telah diadaptasi daripada kajian yang dijalankan oleh Norhisham, Norazilawati & Noraini
(2018) dan data yang di ambil adalah besifat ordinal. Sebelum kajian dimulakan dan borang
soal selidik yang berbentuk google form ini disebarluaskan kepada responden, kebenaran untuk
menjalankan kajian telah diperolehi daripada eRas KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
dan Pejabat Pendidikan daerah Tawau bagi memudahkan kutipan data diperolehi. Instrumen
kajian soal selidik ini juga telah mendapat kesahan kandungan daripada tiga orang pakar iaitu
Pegawai Meja DLP PPD Tawau, Pegawai SIC+ Unit Sains dan Matematik daerah Tawau dan
juga seorang penyelaras DLP di salah sebuah sekolah. Kajian rintis juga telah dijalankan kepda
20 orang responden yang tidak terlibat di dalam kajian ini untuk melihat kebolehpercayaan
bagi instrument ini. Nilai Cronbach’s Alpha diperolehi sebanyak 0.94.

180

JADUAL 2.0 Statistik Kebolehpercayaan

Statistik Kebolehpercayaan
Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha N of Items

Based on
Standardized Items

.942 .940 30

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

a. Profil Sampel Kajian

Seramai 100 orang guru DLP yang mengajar di sekolah rendah dan menengah sekitar daerah
Tawau telah menjawab borang soal selidik yang diberikan. Analisis data mendapati seramai 38
orang (38%) daripada responden terdiri daripada guru lelaki manakala seramai 62 orang (62%)
responden terdiri daripada guru perempuan yang mengajar DLP.

Dari segi jenis sekolah pula seramai 34 orang (34%) responden terdiri daripada guru
yang mengajar DLP sekolah rendah manakala seramai 66 orang (66%) responden terdiri
daripada guru DLP sekolah menengah. Manakala, bagi faktor mata pelajaran yang di ajar pula,
terdapat 48 orang (48%) guru yang mengajar Sains dan 52 orang (52%) guru yang mengajar
Matematik di dalam DLP.

Bagi faktor pengalaman mengajar, terdapat 9 orang (9%) responden yang mengajar di
antara 1 -5 tahun, 11 orang (11%) responden yang mengajar 6 -10 tahun, 34 orang (34%)
responden yang mengajar di antara 11 – 15 tahun, 24 orang (24%) guru DLP yang mengajar di
antara 16 – 20 tahun, 11 orang (11%) yang mengajar di antara 21 – 25 tahun dan 11 orang
(11%) yang telah mengajar 26 tahun da keatas. Analisis data responden menunjukkan bahawa
separuh daripada responden merupakan guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 10
sehingga 20 tahun.

b. Analisis Deskriptif
i. Tahap kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap

Analisis secara deskriptif ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian yang pertama
hingga ketiga iaitu untuk melihat tahap kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran
dan sikap dalam pelaksanaan DLP di daerah Tawau, Sabah. Jadual 3.0 merumuskan kesediaan
guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam bentuk min dan sisihan piawai.
Statistik deskriptif merupakan statistik yang digunakan untuk menghuraikan ciri -ciri variable
dan petunjuk- petunjuk seperti min, sisihan piawai, median, mod, taburan normal dan skor Z
untuk menyatakan ciri–ciri variable. Ia mengandungi carta, graf, jadual dan sebagainya dan
merupakan salah satu cara bagi meringkaskan kuantiti data yang besar supaya lebih difahami
(Norazilawati et al. 2014).

JADUAL 3.0 Min dan Sisihan Piawai Tahap Kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan,
kemahiran dan sikap

Tahap Kesediaan N Min Sisihan Piawai

Pengetahuan 100 3.81 0.55

Kemahiran 100 3.25 0.32

181

Sikap 100 3.22 0.63

Jadual 4.0 Interpretasi Skor Min bagi tahap kesediaan guru DLP yang diadaptasi dari kajian
Norazilawati Abdullah et.al (2014)

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.0 hingga 1.6 Rendah
1.7 hingga 3.3
3.4 hingga 5.0 Sederhana
Tinggi

Jadual 3.0 menunjukkan pemboleh ubah bersandar yang digunakan di dalam kajian ini
iaitu tahap kesediaan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan DLP di
sekolah dalam daerah Tawau. Jadual 4.0 pula merupakan interpretasi skor min bagi setiap
pemboleh ubah yang dikaji. Nilai skor min bagi pemboleh ubah pengetahuan adalah sebanyak
3.81 dengan sisihan piawai sebanyak 0.55. Analisis ini menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan responden adalah tinggi. Manakala nilai skor min bagi kemahiran pula adalah
sebanyak 3.25 dengan sisihan piawai sebanyak 0.32. Nilai ini menunjukkan bahawa kemahiran
responden terhadap pelaksanaan DLP adalah sederhana. Seterusnya nilai skor min bagi sikap
pula adalah 3.22 dengan sisihan piawai sebanyak 0.63. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
kesediaan dari segi sikap dalam melaksanakan DLP adalah sederhana. Nilai skor min bagi
setiap item soalan boleh di lihat pada Lampiran 1.0.

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa tahap kesediaan guru-guru DLP
yang mengajar Sains dan Matematik berada pada tahap tinggi dari segi pengetahuan dan
sederhana dari segi kemahiran dan sikap. Hal ini selaras dengan kajian (Norhisham,
Norazilawati &Noraini 2018, Ali Imran & Mohamed Yusoff 2018; Nadiah & Melor 2018;
Nooryusma Laily & Mohamed Yusoff 2018; Nurfaradilla, Mohammad Nasri Sarah, Sharifah
Intan Sharina 2018). Kesediaan dari segi kemahiran dan juga sikap yang dilihat sederhana
adalah berpunca daripada kursus dan latihan yang kurang bagi guru-guru DLP dalam
melaksanakan Sains dan Matematik di dalam kelas. Selain itu, penguasaan tahap Bahasa
Inggeris guru dan murid yang lemah juga merupakan salah satu faktor kepada tahap kesediaan
yang sederhana dari segi sikap. Guru yang pada awalnya bersungguh-sungguh untuk mengajar
menggunakan Bahasa Inggeris akhirnya hilang motivasi apabila murid dilihat sering meminta
guru untuk bertutur dan memberikan arahan di dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini bertambah
rumit apabila guru-guru kekurangan sumber yang mencukupi untuk dijadikan rujukan tentang
pelaksanaan ini dan sekaligus menyebabkan guru kurang bersedia untuk mengajar Sains dan
Matematik menggunakan DLP.

Selain itu, perubahan dasar pendidikan negara yang sering terjadi menyebabkan guru
kurang bersedia dari segi kemahiran dan sikap untuk melaksanakan DLP. Sebagai contoh
perubahan sukatan pelajaran yang sering berlaku menyebabkan guru terpinga-pinga untuk
mengikuti sukatan pelajaran yang baharu dan dalam masa yang sama terpaksa berusaha untuk
menggunakan Bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan kajian Edwin dan Indira 2019.

Walaubagaimanapun tahap kesediaan yang tinggi dari segi pengetahuan haruslah di
lihat sebagai sesuatu yang positif dan di kekalkan dan dalam masa yang sama pelbagai usaha
perlu dilakukan untuk meningkatkan kesediaan dari segi kemahiran dan sikap.

c. Analisis Inferensi
(i) Perbezaan tahap kesediaan guru DLP Sains dan Matematik

Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu melihat sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan di antara tahap kesediaan mengajar DLP dari segi pengetahuan,

182

kemahiran dan sikap terhadap mata pelajaran yang di ajar iaitu Sains dan Matematik. Analisis
data dengan menggunakan Ujian T sample tak bersandar telah dijalankan.

Jadual 5.0 Hasil Ujian-t perbezaan di antara mata pelajaran Sains dan Matematik dengan
tahap kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Tahap Mata N Min Sisihan Min Ralat T Sig.

kesediaan pelajaran Piawai Piawai (2-

tailed)

Pengetahuan Sains 48 39.27 5.11044 .73763 2.129 0.036
08 2.194 0.031
.77746 2.340 0.021
Matematik 52 36.98 5.60634 .39751
.48924
08 .90445
.83899
Kemahiran Sains 48 33.22 2.75403

92

Matematik 52 31.84 3.52795

62

Sikap Sains 48 33.72 6.26622

92

Matematik 52 30.84 6.05007

62

Keputusan analisis Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di
antara mata pelajaran Sains dan Matematik dengan kesediaan guru dari segi pengetahuan iaitu
Sains (min = 39.27, s.p. = 5.11) manakala Matematik (min = 36.98, s.p = 5.61) ; (T = 2.129, p
= 0.036). Bagi aspek kesediaan guru DLP dari segi kemahiran pula, analisis menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru Sains (min = 33.33,
s.p. = 2.75) dan Matematik (min = 31.85, s.p. = 3.53); (T = 2.194, p =0.031) dalam mengajar
DLP di sekolah. Seterusnya bagi aspek tahap kesediaan guru DLP dari segi sikap pula, analisis
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru Sains (min = 33.73, s.p. = 6.27)
dengan guru Matematik ( min = 30.85, s.p. = 6.05) ; (T= 2.340, p = 0.021). Oleh yang demikian
dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru
DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap terhadap mata pelajaran yang di ajar
iaitu Sains dan Matematik sekaligus menolak H0¹ bagi kajian ini. Melalui dapatan kajian ini,
pengkaji mendapati bahawa tahap kesediaan guru Sains dan Matematik adalah berbeza yang
mana jika dilihat dari nilai min, guru Sains lebih bersedia daripada segi pengetahuan,
kemahiran dan sikap berbanding dengan guru Matematik. Hal ini dapat dijelaskan dengan
kesukaran guru Matematik untuk mengadaptasi sukatan pelajaran baharu bagi Matematik yang
dilihat lebih mencabar kini. Sukatan pelajaran Matematik yang dilihat lebih banyak
menggunakan formula-formula baharu yang bebeza dengan sukatan pelajaran yang lama lebih
menyukarkan guru DLP dalam mengimplementasikannya di dalam Bahasa Inggeris. Hal ini
berbeza dengan mata pelajaran Sains yang mana teori Sains yang digunakan di dalam sukatan
pelajaran adalah sentiasa sama walaupun tajuk ataupun susunan sukatan yang berubah. Oleh
yang demikian, melalui kajian ini pengkaji mendapati bahawa guru MAtematik seharusnya
diberikan lebih perhatian seperti memberikan lebih banyak peluang latihan dan kursus dalam
pelaksanaan DLP. Matematik adalah mata pelajaran yang penuh dengan nilai dan memerlukan
kaedah yang betul untuk menyelesaikannya. Ianya adalah penting dan perlu dipelajari kerana
merupakan salah satu elemen untuk membangunkan pengetahuan Sains dan teknologi (Norziah
Othman, Effandi zakaria, Zanaton Iksan 2014) Kesukaran ini ditambah lagi dengan
penggunaan bahasa yang berbeza kerana guru dan murid melihat Bahasa Inggeris sebagai mata

183

pelajaran kedua yang harus dipelajari lain dan bukannya di masukkan sekali di dalam mata
pelajaran Matematik (Edwin & Indira 2019). Selain itu, hasil dapatan ini juga selaras dengan
keputusan UPSR bagi kelas DLP untuk tahun 2018-2019 yang mana terdapat penurunan
sebanyak 1.01% bagi tahun 2019 manakala keputusan Sains pula terdapat peningkatan
sebanyak 0.02%. (UPSR KPM 2018-2019).

(ii) Kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan Pengalaman
Mengajar

Bagi menjawab persoalan kajian yang kelima iaitu melihat sama ada terdapat hubungan yang
positif di antara tahap kesediaan mengajar dengan pengalaman mengajar, ujian Kolerasi
Pearson telah dijalankan.

Jadual 6.0 Ujian Kolerasi Pearson untuk melihat hubungan di antara kesedian guru dlp dengan pengalaman
mengajar

Pengalaman Pengetahuan Kemahiran Sikap
mengajar
.172 .089 .112
Pengalaman Pearson 1
mengajar Correlation .086 .378 .267
100 100 100
Sig. (2-tailed) .272** .729**
1
N 100 .006 .000
100 100 100
Pengetahuan Pearson .172 .272** .224*
Correlation 1
.006 .025
Sig. (2-tailed) .086 100 100 100
.729** .224*
N 100 1
.000 .025
Kemahiran Pearson .089 100 100 100
Correlation

Sig. (2-tailed) .378

N 100

Sikap Pearson .112
Correlation

Sig. (2-tailed) .267

N 100

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

JADUAL 7.0 Interpretasi nilai kolerasi

Nilai Kolerasi Interpretasi
Tiada kolerasi
0.0 Sangat rendah

Kurang daripada 0.19 Rendah
0.20 – 0.39 Sederhana
0.40 – 0.69
0.70 – 0.89 Tinggi
0.90 – 1.00 Sangat tinggi

Keputusan analisis Kolerasi Pearson yang mana untuk melihat hubungan di antara
kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap terhadap pengalaman
mengajar di tunjukkan di dalam Jadual 6.0. Jadual 7.0 pula merupakan interpretasi nilai

184

kolerasi yang diadaptasi daripada kajian Norazilawati Abdullah et al. (2014). Analisis data
kajian menunjukkan bahawa untuk aspek kesediaan pengetahuan [r = 0.172, p = 0.086 > 0.05].
Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kesediaan
dari segi pengetahuan dengan pengalaman mengajar guru DLP. Seterusnya bagi aspek
kesediaan guru DLP dari segi kemahiran, analisis data yang diperolehi adalah [r = 0.089, p =
0.378 > 0.05]. Ini jelas menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara
kemahiran dengan pengalaman mengajar guru. Seterusnya bagi aspek kesediaan guru dari segi
sikap pula, analisis data menunjukkan bahawa [r = 0.112, p = 0.267 > 0.05]. Analisis data juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kesediaan guru DLP
dari segi sikap dengan pengalaman mengajar. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan
bahawa kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap tidak mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pengalaman guru mengajar dan seterusnya Hipotesis Nul
yang kedua (H0²) gagal untuk ditolak iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara
kesediaan guru DLP dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pengalaman
mengajar di sekolah. Kajian ini selaras dengan Norazilawati Abdullah et al. (2014) dan Azalida
Tajudin dan Norazilawati Abdullah (2018). Pengkaji mendapati bahawa guru yang mengajar
lama dan baharu tidak mempunyai hubungan dengan kesediaan mengajar DLP kerana
pengajaran berkesan bergantung kepada beberapa faktor lain seperti penguasaan Bahasa
Inggeris guru dan murid, (Edwin &Indira 2019; Abda 2017; Fatema Mohammed & Mckenny
2017), kesanggupan untuk bekerja (Prof Dr Juliana Othman 2017) dan kemudahan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) selain infrastruktur yang lengkap.

Implikasi Kajian

(a) Keperluan memperbanyakkan kursus dan latihan untuk guru DLP

Melalui kajian ini didapati bahawa guru dilihat mempunyai kemahiran an sikap yang sederhana
terhadap pengaplikasian DLP di dalam kelas. Hal ini kerana kurangnya latihan dan kursus
kepada guru dalam mengaplikasikan DLP. Guru-guru dilihat kurang mempunyai sikap yang
postif terhadap pelaksanaan DLP dan menganggap bahawa DLP adalah membebankan dan
menyebabkan tambahan tugas kerana terpaksa membuat BBM yang lain. Oleh itu kursus dan
latihan untuk meningkatkan kemahiran guru DLP dalam bebahasa Inggeris adalah perlu selain
itu kursus bagi istilah-istilah Sains yang digunakan juga harus ada bagi memudahkan guru
mengajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kelas. Kerjasama dengan pihak ELTC dalam
merangka kursus sama ada secara bersemuka atau atas talian akan dapat membantu guru
memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Inggeri.

(b) Peranan Guru

Berdasarkan hasil kajian, guru boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar agar guru
dan murid mudah untuk menggunakan Bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu kerjasama antara guru juga dilihat mampu untuk memberikan impak
terhadap pelaksanaan DLP ini yang mana aktiviti seperti PLC dan juga ‘peer teaching’ dapat
membantu guru yang lemah ketika mengajar di dalam kelas menggunakan DLP dan saling
berkongsi idea untuk memperbaki kaedah pengajaran berkesan.

185

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini masih mempunyai batasan disebabkan oleh instrumen kajian yang digunakan hanya
menggunakan kaedah tinjauan. Justeru itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan untuk
kajian lanjutan:

i. Bagi melihat sama ada tahap kesediaan guru dalam menjalankan DLP mempunyai
hubungan dengan pencapaian murid adalah dicadangkan agar kajian dilaksanakan
menggunakan instrumen soal selidik dan juga analisis dokumen dan temu bual.

ii. Kesedian guru DLP dalam pelaksanaan DLP menggunakan aplikasi atas talian juga
semasa pembelajaran dari rumah boleh dijadikan sebagai kajian kerana ianya seakan
norma baharu pada masa kini yang mana kemugkinan akan menjadi salah satu alternatif
pembelajaran baharu pada masa hadapan.

KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau sejauh mana tahap kesediaan guru DLP
dalam melaksanakan DLP di sekolah. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk melihat sebarang
perbezaan di antara kesediaan guru Sains dan juga guru Matematik di dalam melaksanakan
DLP di dalam kelas selain hubungannya dengan pengalaman mengajar. Hasil daripada kajian
ini diharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengenalpasti akan
kelemahan dan kekurangan program DLP ini yang mana ianya secara tidak langsung memberi
impak terhadap tahap kesediaan guru dalam mengajar DLP dan juga pencapaian murid di
dalam kelas. Selain itu, usaha-usaha seperti memperbanyakan latihan dan juga kursus kepada
guru DLP amat membantu dalam meningkatkan kemahiran dan sikap yang positif dalam
kalangan guru-guru DLP. Kerjasama dengan pihak ELTC dalam memperkukuhkan
penguasaan Bahasa Inggeris guru juga dilihat sebagai satu langkah yang bagus agar guru-guru
tidak melihat penggunaan Bahasa Inggeris ini susah ketika mengajar. Diharapkan dengan
adanya kesedian guru DLP yang mantap dari semua aspek dapat melahirkan generasi baharu
yang mempunyai potensi besar untuk memimpin negara kita bersaing di peringkat global dalam
semua bidang dan sekaligus mengharumkan nama negara.

RUJUKAN

Ashairi Suliman, Mohamed Yusoff Mohd Nor & Melor Md Yunus. 2017. Dual-
Language Programme in Malaysian Secondary Schools: Glancing Through the
Students’ Readiness and Unravelling the Unheard Voices. GEMA Online® Journal of
Language Studies Volume 17(4), November 2017 http://doi.org/10.17576/gema-2017-
1704-09

Ashairi Suliman, 2019. Sustaining the Implementation of Dual-Language Programme (DLP)
in Malaysian Secondary Schools. GATR Journals gjbssr533, Global Academy of
Training and Research (GATR) Enterprise.

Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. 2018. Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah
Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia Vol.8 No.1 Jun 2018 / Issn 2232-0393

Creswell, J.W. 2005. Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative research (2nd ed.). New Jersey: Pearson Education.

186

Edwin Moses & Indira Malani. 2019. Dual language programme: The perceptions and
challenges of teachers and students in Klang, Selangor. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia Vol 9 No.1 Jun 2019 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Jesica Gambong Unting & Hamidah Yamat. 2017. Dual Language Programme
(DLP):Teachers’ Voice. International Journal of Management and Applied Science.

3(12):97-101.

Jalleh, J. 2012. Majority of teachers not proficient in English. [Online]:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/09/26/majority-of-teachers-not
proficient-in-english/ (akses pada 13 April, 2018)

Jesica Gambong Unting & Hamidah Yamat. 2017. Dual Language Programme
(DLP): Teachers’ Voice. International Journal of Management and Applied Science.

3(12):97-101.

Kamus Dewan Edisi Keempat. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metodologi [25 Mac
2020]

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Buku Penerangan MBMMBI.

Kementerian Pendidikan Malaysian. 2013. Buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. https://www.malaysian-ghost-research.org/wp-

tent/uploads/2017/03/sp_sains_teras.pdf [25 Mac 2020]

Khairul Fadli Jenis Kelamin. 2014. Pengertian Pengalaman Mengajar.
https://www.e-jurnal.com/2014/02/pengertian-pengalaman-mengajar.html [25 Mac
2020]

Ismail Mat Hasan & Md Yusoff Daud. 2020. Keberkesanan Dual Language Program
(DLP) Terhadap Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Pelajar Matematik (The
Effectiveness Of Dual Language Pograms On The Knowledge, Attitudes And Behavior
Of Mathematics Pupils). Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1,
31-39, 2020

Majlis Perbandaran Tawau. Geografi Tawau. 2017.
http://www.mpt.sabah.gov.my/pages/geografi.html [25 Mac 2020]

Melor Md Yunus & Saiful Islam Ahmad Sukri. 2017. The Use of English in Teaching
Mathematics and Science: The PPSMI Policy vis-à-vis The DLP. Advances in
Language and Literary Studies, 8(1), 133-142. doi:10.7575/aiac.alls.v.8n.1p.133

Muhammad Faisal Abdul Aziz. 2016. ABIM kecam usaha mengembalikan PPSMI
melalui pintu belakang. Dlm. Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan (Eds.). Kami
Bantah DLP (93-95). Kuala Lumpur: Gapena & Persatuan Penterjemah Malaysia.

Muhammad Shabir, U. 2015. Kedudukan Guru sebagai Pendidik: (Tugas dan

187

Tanggungjawab, Hak dan Kewajiban, dan Kompetensi Guru). Jurnal Pendidikan
Dasar Islam 2 (2): 221-232.

Nadiah & Melor Md Yunus. 2018. Teachers’ Perception on the Implementation of
Dual Language Programme (DLP) in Urban Schools. Asian Social Science. 15(1): 24-
31.

Nair, M. (2019, 10 August). Politicians are failing our education system. Free Malaysia Today.

Retrieved from

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/08/10/politicians-

arefailing-our-education-system/

Natalie, A. T., Sam, B., Mark, E., Armando, M.-C., & Jacqueline, C.. 2015. The

Effects of Spanish English Dual Language Immersion on Student Achievement in
Science And Mathematics. EJournal of Education Policy, 67(6), 1–21.

New Straits Times. (2019, 10 March). MOE urged to intensify training to improve

teachers' English proficiency. Retrieved from

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/467780/moe-urged-intensify-training

improve-teachers-english-proficiency

Noorafini Kassim, Dr. Saini Ag. Damit & Dr. Muhammad Suhaimi Taat. 2017.
Pengaruh Sikap Pelajar dan Pengajaran Guru Terhadap Penguasaan Bahasa Arab dalam
kalangan Pelajar PPIB,UMS. Jurnal ‘Ulwan. 1: 125-142.

Noraini binti Abdullah, Fauziah binti Mo’men & Vengadesh Periasamy. 2016.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sains Tingkatan 1. Selangor: Karangkraf
Network Sdn. Bhd.

Nora Muda, Wan Rosmanira Ismail, Faridatulazna Ahmad Shahabudin, Humaida
Banu Samsudin, Nur Riza Mohd Suradi, Noriza Majid, Rokiah @ Rozita Ahmad,
Azmin Sham Rambely, Nur Jumaadzan Zaleha Mamat, Ummul Khair Salma Din,
Saiful Hafizah Hj Jaaman, Nasruddin Hassan, Roslinda Mohd Nazar, Zainol Mustafa,
Zalina Mohd Ali, Zaidi Isa, Hamizun Ismail, Wan Zawiah Wan Zin, Marina Zahari,
Norkisme Zainal Abidin, Abdul Razak Salleh, Abdul Malek Zakaria, Maslina Darus,
Abdul Ghafur Ahmad, & Najib Mahmood Rafee. 2011. Teaching Science and
Mathematics in English Steering Mastery in English Language amongst Sciences
Students in UKM. Procedia Social and Behavioral Sciences. 59: 670 – 677.

Norazilawati Abdullah, Kung-Teck Wong, Noraini Mohamed Noh, Mahizer Hamzah
& Nor Hasnida Che Md Ghazali. 2019. An Evaluation of the Implementation of the
Dual Language Programme (DLP) among Science and Mathematics Teachers.
International Journal of Recent Technology and Engineering. 8(4): 13-15.

Nor Azlina. 2015. Kesediaan Guru Dalam Pendidikan Integrasi Science, Engineering,
Technology and Mathematics (STEM). Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Nor Hasikin Hamaludin & Roslinda Rosli. 2019. Pencapaaian dalam pelaksanaan

188

dual language programme (DLP) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.

Nurfaradilla Mohamad Nasri, Sarah Mohamad Yunus & Sharifah Intan Sharina Syed
Abdullah. 2018. Exploring Dual Language Program (DLP) Science Teachers’
Perceptions and Experiences of Curriculum Change. International Journal of Academic
Research in Progressive Education and Development. 7(4): 303–318.

Norhisham Shamsudin, Norazilawati Abdullah & Noraini Mohamed Noh. 2018.
Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Dual Languange
Programme (DLP). Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norziah Othman, Effandi Zakaria, Zanaton Iksan. 2014. Nilai Dalam Pengajaran Matematik
Di Institusi Pengajian Tinggi. E –Jurnal Penyelidikandan Inovasijilid I, Isu Ii(2014)
56 –68e-ISSN 2289 –7909

Nurulhuda binti Mohd Sukri. 2013. Tahap Kesediaan Guru terhadap Pelaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Kompetensi di Kolej Vokasional. Ijazah Sarjana
Pendidikan (Teknik dan Vokasional). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Nurul Izzati. 2013. Kesediaan Guru Mata Pelajaran Aliran Vokasional Melaksanakan
Program School Enterprise Di Sekolah Menengah Teknik Di Zon Selatan, Malaysia.
Universiti Putra Malaysia.

Patricia Gari. Utusan Borneo Online bertarikh 29 Mei 2019.
https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/29/bermula-tahun-depan-murid-tahun-
satu-belajar-sains-matematik-dalam-bi [24 Mac 2020]

Ramasamy, R., & Marzita, P. 2018. Bar Model Method for Higher Order Thinking
Skills Questions in Mathematics for Dual Language Program Pupils Bar Model Method
For Higher Order Thinking Skills Questions in Mathematics for Dual Language
Program Pupils. International Journal of Academic Research in Bussiness & Social
Sciences, 8(9), 1456-1462. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v8-i9/4855

Siti Hajar Bidin, Hiyama Junko Abdullah, Nurul Sabrina Zan, Zulida Abdul Kadir &
Rosmahalil Azrol Abdullah. 2019. Faktor Sikap, Motivasi dan Jantina Mempengaruhi
Penguasaan Pembelajaran Bahasa Jepun Tahap 1. Journal of Advanced Research in
Social and Behavioural Sciences. 16(1): 105-115.

Siti Hajar Halili & Sumathy A/P Ramas. 2019. Penerimaan Guru Sekolah Rendah
Terhadap Pendekatan Kelas Berbalik Dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.

Siti Sarah. 2015. Aplikasi komputer dalam kajian linguistik.
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metodologi

Sekaran, U. 2003. Research methods for business: A skill building approach (4th ed.).
USA: John Wiley & Sons. Inc.

189

Steele, J.L., Slater, R.O., Zamarro, G , Miller, T., Li, J., Burkhauser, S. & Bacon, M.
2017. Effects of Dual-Language Immersion Programs on Students Achievement:
Evidence from Lottery Data. American Educational Research Journal. Vol. 54(1), 282-
306

Suriana. 2012. Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Bentuk
Dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah Di Malaysia. Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Taylor, S.E., Peplau, L.A. & Sears, D.O. 1997. Social psychology. New Jersey:
Prentice Hall.

Xiaoqiu, X., Amado, M. P., & Duarte, M. S. 2015. Learner performance in mandarin
immersion and high school world language programs: A comparison. Foreign
Language Annals, 48(1), 26–38. https://doi.org/10.1111/flan.12123

Yamamoto, B. A., Saito, T., Shibuya, M., Ishikura, Y., Gyenes, A., Kim, V., …
Kitano, C.. 2016. Implementation and Impact of The Dual Language IB DP Programme
In Japanese Secondary Schools. Retrieved from
http://www.ibo.org/contentassets/d1c0accb5b804676ae9e782b78c8bc1c/research-dp-
injapan-full-eng.pdf

Yunus, M. M., & Sukri, S. I. A. 2017. The Use of English in Teaching Mathematics
and Science: The PPSMI Policy vis-a-vis The DLP. Advances in Language and
Literary Studies, 8(1). https://doi.org/10.7575/aiac.alls.v.8n.1p.133

Zarina Binti Abdul Rashid. 2016. Tahap Kesediaan Guru dalam Aspek Pengetahuan
dan Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT. Ijazah Sarjana Pendidikan
Teknikal. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

190

Impak Penggunaan KitMudah Terhadap Penguasaan
Kemahiran Proses Sains di Sekolah Kurang Murid

MOHD FARAHAN ABDUL RAHMAN* & ZANATON HJ. IKSAN

ABSTRAK

Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan salah satu tunjang utama di dalam subjek Sains. KPS adalah
berbentuk abstrak serta murid sukar memahami pengajaran guru seandainya kaedah pengajaran yang digunakan
adalah tidak bersesuaian. Kemahiran Proses Sains juga merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh
murid kerana kegagalan menguasai KPS akan mempengaruhi tahap pencapaian murid dalam subjek Sains.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar adalah salah kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam
usaha meningkatkan kefahaman murid dalam aspek KPS. Kajian tindakan ini adalah bertujuan mengetahui
keberkesanan penggunaan KITMUDAH dalam meningkatkan tahap kefahaman KPS murid di sekolah kurang
murid.8 orang murid tahun 6 telah dipilih yang terdiri daripada 2 murid perempuan dan 4 murid lelaki. Kajian
tindakan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual, pemerhatian dan ujian pra
dan pasca.Bagi memastikan kebolehpercayaan yang tinggi, triangulasi data dan kaedah dilaksanakan. Hasil
dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif serta analisis tematik. Dapatan kajian
menunjukkan penggunaan KITMUDAH dapat meningkatkan tahap kefahaman murid dalam KPS. Kesimpulan
daripada hasil kajian ini diharap dapat membaiki kualiti pengajaran guru dalam usaha meningkatkan kefahaman
KPS murid serta dapat mempertingkat pencapaian Sains murid dan dapat melahirkan murid yang serba boleh
,kreatif, proaktif dan inovatif .

Kata Kunci : Kemahiran Proses Sains (KPS), Tahap Penguasaan, Sekolah Kurang Murid (SKM)

PENGENALAN

Barisan pendidik di sekolah rendah perlu memainkan peranan penting dalam usaha
melahirkan murid yang mampu berdaya saing dalam era Revolusi Industri Keempat.
Pelbagai kemahiran perlu dilatih kepada murid agar generasi akan datang mempunyai
kepelbagaian kemahiran seperti kreativiti ,inovasi, kemahiran berfikir secara kritikal, literasi
saintifik, komunikasi saintifik dan juga kolaborasi. Kemahiran-kemahiran ini terhasil
daripada penguasaan kepada perkara paling asas di dalam dunia sains iaitu menguasai
kemahiran proses sains

Keputusan ujian bagi subjek Sains di sebuah sekolah kurang murid adalah amat
mendukacitakan apabila lebih separuh daripada jumlah murid mendapat gred E iaitu gagal.
Lebih memeningkan apabila pandemik Covid 19 mula melanda negara Malaysia yang mana
menyebabkan PKP dilaksanakan diseluruh negara dan kesemua institusi pendidikan
diarahkan tutup dan kaedah Pdpc mula ditukar secara atas talian. Namun begitu, SKM
kebanyakannya terletak di luar bandar serta mempunyai capaian internet yang amat perlahan
dan pembelajaran secara atas talian gagal dilaksanakan.

Salah satu cara memastikan murid menguasai Kemahiran Proses Sains adalah melalui
kaedah pembelajaran berasaskan bahan (Sagala, et.al ,2017). Namun kurangnya kajian sama
ada pembelajaran berasaskan bahan ini sesuai digunakan di sekolah kurang murid. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada penggunaan modul sains dapat meningkatkan tahap
penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS) bagi subjek Sains dalam pembelajaran murid di
sekolah kurang murid. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji
di sekolah kurang murid.

191


Click to View FlipBook Version