The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-kolokium 2021, 2021-01-09 21:30:22

Prosiding e-kolokium Pendidikan Sains 2021

Prosiding ini merupakan kompilasi penulisan artikel daripada peserta e-Kolokium Pendidikan Sains 2021 dengan tema "Paradigm Shift: Issues and Current Trends in Modern Science Education".

E-Kolokium Pendidikan Sains telah dijalankan pada 5 Januari 2021 untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Eksekutif) UKM semester 2 sesi 2018/2019 bagi membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka.

Keywords: Prosiding,e-kolokium,pendidikan sains

Secara tradisinya, pengeluaran tenaga di Malaysia bergantung kepada petroleum dan gas
asli. Kecenderungan untuk menggunakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini meningkat
kerana sumbernya mudah didapati. Namun begitu, penggunaan sumber-sumber ini telah
menyebabkan masalah persekitaran seperti pemanasan global, hujan asid, jerebu dan perubahan
iklim yang terjadi pada setiap tahun (Siti & Mahmud, 2020). Di Malaysia, tahap pengetahuan dan
amalan tenaga yang boleh diperbaharui masih belum berkembang malah hasil kajian sebelum ini
menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan alam sekitar dalam kalangan masyarakat masih
belum mencapai status yang boleh dibanggakan berbanding dengan negara maju yang lain seperti
Jepun, Denmark dan Jerman (Hanifah et al.,2015). Bagi meminimumkan masalah yang dihadapi,
majoriti negara kini mula mengambil langkah proaktif dan berminat untuk menggantikan sumber-
sumber yang bakal kehabisan dek perkembangan ekonomi yang begitu pesat dengan menggunakan
sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Kajian tentang sumber-sumber tenaga yang boleh
diperbaharui mula diselidiki, digali serta digunakan dalam sektor ekonomi, pendidikan, sosial dan
sebagainya.

Sejak tahun 1985, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
Pendidikan Alam Sekitar sebagai salah satu elemen kurikulum namun pelaksanaannya bergantung
kepada pengetahuan guru terhadap alam sekitar (Muhammad et al., 2016). Tindakan yang bersifat
setempat perlu diberi perhatian khususnya di sekolah kerana generasi milenial hari ini yang akan
mewarisi alam, kepimpinan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Mosly & Makki (2018)
menyatakan bahawa pengetahuan sangat penting dalam meningkatkan amalan tenaga yang boleh
diperbaharui. Pendedahan tentang tenaga yang boleh diperbaharui mampu memberi input yang
berguna kepada para guru. Kajian Mori & Tasaki (2019) menyatakan bahawa pendidikan alam
sekitar mampu membina hubungan efektif dalam kalangan guru. Hasil kajian Ntanos et. al. (2018)
menunjukkan bahawa kebanyakan guru adalah penyayang terhadap alam sekitar dan persekitaran.
Namun begitu kajian mengenai tenaga keterbaharuan di Malaysia masih kurang dijalankan . Oleh
itu, kajian ini bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan guru berdasarkan jantina
2. Mengenal pasti amalan tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan pengalaman guru
3. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan guru dan amalan tenaga keterbaharuan

dalam pengajaran dan pembelajaran

TINJAUAN LITERATUR

Keperluan tenaga keterbaharuan kini menjadi tumpuan dalam usaha untuk menangani isu masalah
persekitaran yang berpunca daripada penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti
fosil, nuklear dan petroleum. Pendekatan pendidikan adalah langkah yang “dekat” dalam
memberikan pendedahan, pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya. Dalam
konteks pendidikan, pengetahuan alam sekitar dapat digunakan oleh guru untuk menjaga alam
sekitar dalam proses membentuk watak yang peduli terhadap persekitaran. Pengetahuan
memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai tenaga dan persekitaran dan
mengembangkan sikap positif terhadap sumber tenaga dan persekitaran yang boleh diperbaharui.
Pelbagai strategi dapat digunakan dalam mengimplementasikan pengetahuan alam sekitar dalam
kurikulum di sekolah.

Menurut Asle Montagu (2016), pengetahuan bermaksud satu susunan yang berasal dari
pengalaman, pembacaan dan peristiwa yang telah dilakukan untuk menentukan prinsip tentang
sesuatu topik yang dikaji. Menurut kajian Mukhlishi et al. (2020), pengetahuan berasaskan

442

persekitaran dapat membina tingkah laku guru yang positif dengan persekitarannya seterusnya
mampu melahirkan persekitaran yang kondusif baik di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Kewujudan persekitaran yang memberangsangkan ini mampu mendorong minat serta
semangat guru dalam mengajar mengenai sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Rata-rata guru
kurang terdedah dengan pengetahuan alam sekitar kerana ia tidak termasuk dalam subjek
kurikulum pendidikan di negara ini. Kurangnya pengetahuan alam sekitar telah menyebabkan
kekurangan hasil inovasi yang berasaskan teknologi tenaga yang diperbaharui. Kajian Faize &
Akhtar (2020) mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan
persekitaran dan sikap terhadap persekitaran. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa pengetahuan
mampu meningkatkan dan mempengaruhi sikap guru. Mosly & Makki (2018) menyatakan bahawa
pengetahuan sangat penting dalam meningkatkan tahap kesedaran akan tenaga yang boleh
diperbaharui. Pendedahan tentang tenaga yang boleh diperbaharui mampu memberi input yang
berguna kepada para guru. Kajian Al-Marri et. al (2018) menyatakan bahawa perlunya
pengetahuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan penggunaan tenaga yang berlebihan
bagi memotivasi sikap masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan terhadap
bentuk pendidikan adalah jalan terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam
penjimatan tenaga.

Pengetahuan mengenai alam sekitar memainkan faktor penting yang dapat memberikan
pemahaman yang komprehensif mengenai alat eko-teknologi yang terkini (Karasmanaki &
Tsantopoulos, 2019). Dalam konteks ini, pengetahuan mengenai alam sekitar diperlukan kepada
semua lapisan masyarakat dalam membentuk kesedaran terhadap sumber tenaga yang boleh
diperbaharui. Melalui pendidikan, tahap pengetahuan dan kesedaran guru dapat diukur.
Kekurangan informasi guru boleh dilibatkan dengan pelbagai faktor. Faktor kurang pendedahan
oleh persekitaran sekeliling juga mendorong akan perkara ini. Hasil kajian Tabassum & Yasmin
(2017) menunjukkan bahawa pengetahuan tenaga boleh diperbaharui telah meningkatkan persepsi
dan sikap guru terhadap tenaga boleh diperbaharui dan seterusnya meningkatkan tahap
pemahaman dan kesediaan mereka untuk mengamalkan amalan tenaga yang boleh diperbaharui
dan lestari. Jelas di sini, sekiranya guru diberi pendedahan terhadap tenaga yang boleh
diperbaharui, maka guru mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap tenaga yang boleh
diperbaharui ini. Pengetahuan untuk pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui seterusnya
mendorong kecekapan seperti pemikiran kritis, membayangkan senario masa depan dan membuat
keputusan secara kolaboratif. Rata-rata kini banyak sekolah telah menyesuaikan diri dengan
perubahan global dan menerapkan amalan kitar semula di peringkat kampus, seperti konsep
kampus hijau (Mojilis ,2019). Penglibatan guru secara langsung telah memberikan impak dan
persepsi yang memberangsangkan terhadap alam sekitar. Melalui kaedah ini, para guru lebih
menghargai dan dapat menjana idea untuk menghasilkan lebih inovasi. Sikap guru yang
mengambil enteng akan hal ini telah menyebabkan guru mengabaikan kepentingan tenaga yang
boleh diperbaharui. Menurut kajian Tsaurai & Ngcobo (2020) mendapati bahawa pendidikan
mengurangkan kesan negatif penggunaan tenaga boleh diperbaharui terhadap pertumbuhan
ekonomi di Brazil, Russia, India, China, South Africa (BRICS). Dengan kata lain, pengetahuan
mengenai alam sekitar adalah saluran di mana pengaruh penggunaan tenaga boleh diperbaharui
terhadap pertumbuhan ekonomi ditingkatkan.

Asas akademik yang kuat adalah penting, tetapi guru memerlukan pelaksanaan pengajaran
yang efektif ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian Aitken et. al. (2016)
mendapati motivasi guru dan sikap kompetensi mendorong ke arah pengajaran yang lebih baik.
Terdapat beberapa faktor untuk meningkatkan amalan terhadap tenaga yang boleh diperbaharui

443

dalam kalangan guru. Faktor ini didorong oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman
yang menjelaskan sikap terhadap tenaga yang boleh diperbaharui antara guru dipengaruhi oleh
motivasi, pengalaman dalam pendidikan dan jantina. Menurut kajian Sartibi et al.(2020) kesan
pendidikan alam sekitar nampaknya berjaya membentuk sikap yang mengutamakan alam sekitar
dalam kalangan guru. Hubungan yang berkadar langsung antara pendidikan dan sikap guru telah
dibahaskan dalam banyak kajian literatur. Majoriti guru yang didedahkan kepada pendidikan alam
sekitar lebih cenderung untuk bersikap lebih bertanggung jawab terhadap persekitaran sekeliling.
Kajian Mori & Tasaki (2019) menyatakan bahawa pendidikan alam sekitar mampu membina
hubungan efektif dalam kalangan guru. Hasil kajian Ntanos et. al. (2018) menunjukkan bahawa
kebanyakan guru adalah penyayang terhadap alam sekitar, namun pendidikan dan motivasi
persekitaran yang lebih mantap dari peluang sosial di luar sekolah seperti dalam konteks sosialisasi
keluarga dan masyarakat masih diperlukan. Jelas di sini bahawa, sokongan daripada pelbagai pihak
amat diperlukan dalam membentuk masyarakat yang pentingkan akan tenaga yang boleh
diperbaharui. Kehabisan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini bakal terjadi sekiranya semua
pihak memandang mudah akan hal ini. Hasil kajian Karasmanaki & Tsantopoulos (2019)
mendapati guru menyokong sumber tenaga boleh diperbaharui dan mempunyai kesedaran
mengenai pencemaran semasa lantas mendorong peralihan tenaga yang lebih baik.

Hasil kajian Sukma et al. (2020) menunjukkan bahawa majoriti guru bersetuju bahawa
penting untuk mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam proses pengajaran bagi guru.
Walau bagaimanapun, guru menyatakan bahawa integrasi ini masih mempunyai kekangan, seperti
masa yang tidak mencukupi. Hasil kajian Kalungwizi et. al. (2020) menunjukkan bahawa guru
yang mengajar topik persekitaran secara aktif dan spesifik memberikan pengalaman pembelajaran
yang mendorong amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar. Hasil kajian Guven &
Cakir (2019) mendapati hubungan yang signifikan dijumpai antara sikap guru terhadap sumber
tenaga yang boleh diperbaharui dan mengamalkan pemikiran kritis dalam pengajaran. Hasil kajian
Ugras & Aksakal (2016) mendapati umumnya para guru mempunyai sikap positif terhadap sumber
tenaga yang boleh diperbaharui dan menyedari kepentingan mengenai sumber tenaga boleh
diperbaharui yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara di masa hadapan. Namun, hasil
kajian Yuksel (2020) mengenai kecukupan untuk pendidikan tenaga dan persekitaran dalam
kalangan guru terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui adalah rendah. Tambahan pula,
penekanan terhadap isu tenaga keterbaharuan ini tidak ditekankan secara terperinci dalam
kurikulum pendidikan di sekolah.

Hasil kajian Fereira et. al (2020) mengenai pengetahuan dan sikap guru terhadap sumber
tenaga yang boleh diperbaharui dalam amalan di sekolah mendapati bahawa guru menyedari
betapa pentingnya sumber-sumber ini, tetapi pengetahuan mereka tidak dapat diamalkan
sepenuhnya di dalam kelas. Guru tidak berupaya untuk membawa pengetahuan yang berkaitan
dengan tenaga yang boleh diperbaharui ke dalam kelas dan menghubungkannya dengan kehidupan
harian guru. Jelas sekali, penerapan tenaga boleh diperbaharui untuk mengekalkan budaya
kelestarian menuntut pembentukan pengetahuan dan sikap guru, dan latihan secara berterusan.
Faktor jantina telah diambil kira dalam kajian ini. Hal ini kerana, jantina guru merupakan refleksi
yang menunjukkan perbezaan ketara terhadap amalan pelaksanaan dalam PdP berdasarkan kajian-
kajian lepas. Hasil kajian Choe et al. (2020) menunjukkan bahawa individu mempunyai
pengetahuan persekitaran yang tidak mencukupi tetapi sikap mereka agak baik. Jantina lelaki
menunjukkan pengetahuan alam sekitar yang lebih tinggi dan sikap persekitaran yang lebih positif
berbanding jantina perempuan. Namun, berbeza dengan hasil kajian yang didapati oleh
Rahmayanti et. al (2020) yang mendapati sikap persekitaran yang berkaitan dengan pengurusan

444

persekitaran untuk membina persekitaran pintar mendapati skor purata individu lelaki lebih rendah
berbanding skor individu perempuan. Seterusnya, dalam kajian Jaber et. al (2017) mendapati
faktor umur pelajar tidak signifikan terhadap tahap pengetahuan tenaga yang boleh diperbaharui.
Sebaliknya, jantina menunjukkan perbezaan yang signifikan berkaitan dengan pengetahuan tenaga
yang boleh diperbaharui. Faktor pengalaman mengajar memberikan impak terhadap
pengintergrasian tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Khalid et. al
(2009), guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari enam tahun aktif dalam merancang
teknik pengajaran dan pengurusan kelas yang lebih baik.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang melibatkan kaedah tinjauan dengan menggunakan
borang soal selidik. Pendekatan kuantitatif adalah lebih berstruktur, menunjukkan darjah ralat yang minima,
bercorak linear serta mempunyai penjadualan yang mudah difahami kerana melibatkan ramai responden.
Menurut Jacobs et al. (2009), kaedah borang soal selidik dapat melibatkan responden yang lebih ramai.
Selain itu, hasil kajian digunakan untuk membuat perbandingan bagi populasi dan sampel yang dihasilkan
melalui cross tabulation dalam pelbagai kaedah statistik bagi kepelbagaian analisis deskriptif bagi kajian
ini. Pembinaan instrumen ini adalah diolah daripada kajian Hanifah et al. (2015) mengikut kesesuaian
objektif kajian. Responden diberi masa untuk mengisi borang soal selidik dan responden dikehendaki untuk
menghantar borang soal selidik setelah borang soal selidik diisi dengan lengkap secara atas talian. Borang
soal selidik ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pemboleh
ubah tahap pengetahuan guru dan amalan tenaga boleh diperbaharui dalam kajian ini terdiri daripada 10
item yang menggunakan darjah persetujuan dengan Skala Likert bermula daripada satu hingga lima, iaitu
daripada sangat tidak setuju hingga sangat setuju. Kajian ini mendapat kebenaran daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu bahagian Educational Research and Development Division (EPRD),
responden dan juga sekolah yang dikaji. Pemilihan guru sebagai responden kajian di tujuh buah sekolah
menengah di daerah Dungun adalah seramai 349 orang. Saiz sampel guru dipilih secara rawak berstrata
untuk melihat perbezaan amalan tenaga boleh diperbaharui dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan jantina. Berpandukan jadual Krejcie dan Morgan's (1970), seramai 170 guru yang dipilih untuk
tinjauan kajian ini.

Populasi Subpopulasi Sampel berstrata

Seluruh SMK Tujuh buah SMK di Kiraan Krejcie &
daerah Dungun Dungun Morgan (1970)

RAJAH 1 : Carta alir persampelan rawak berstrata

Kajian dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada guru melalui rangkaian Google Form.
Satu kajian ke atas borang soal selidik akan dijalankan bagi menguji tahap kebolehpercayaan borang soal
selidik. Kajian rintis dijalankan merujuk kepada pengukuran yang konsisten dan bertujuan untuk
meminimakan pemboleh ubah yang tidak berkaitan dengan kajian yang terdapat dalam borang soal selidik.
Ujian Cronbach Alpha digunakan bagi menganalisis tahap kebolehpercayaan ke atas 30 orang guru dan
mendapati nilai alpha adalah 0.834. Pallant (2010) menyatakan bahawa nilai pekali Alpha Cronbach 0.70
ke atas adalah ideal. Malah, Sidek (1990) turut menyatakan bahawa sekiranya individu yang sama
memperolehi skor yang sama sewaktu menjawab ujian yang sama namun pada masa yang berbeza maka
kebolehpercayaannya adalah tinggi. Kesahan kandungan dan kesahan muka dijalankan menggunakan soal

445

selidik yang dinilai oleh pakar untuk mengesahkan kandungan dan kesesuaian pada item dalam instrumen.
Kajian ini mendapat semakan oleh empat orang pakar yang melibatkan ketua bidang Sains, bidang
kaunseling, dan bidang bahasa. Kepentingan kesahan ini adalah untuk melihat kerelevanan item yang diuji
dalam soal selidik.

Hasil maklumat dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS)
Version 26. Alat statistik deskriptif yang terlibat adalah min, sisihan piawai dan peratusan manakala statistik
inferensi yang digunakan iaitu Ujian T- sampel bebas dan Ujian Korelasi Pearson. Bagi tahap pengetahuan
guru, analisis melibatkan statistik deskriptif. Tahap pengetahuan guru dan amalan tahap keterbaharuan
dalam pengajaran dan pembelajaran diinterpretasikan menggunakan garis panduan bagi skor min
berdasarkan Jadual 1. Skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan skor pembolehubah pada tahap sangat
rendah, skor min 2.01 hingga 3.00 menunjukkan skor pemboleh ubah pada tahap rendah, skor min 3.01
hingga 4.00 menunjukkan skor pemboleh ubah pada tahap sederahana dan skor min 4.01 hingga 5.00
menunjukkan skor min berada pada tahap tinggi. Kaedah analisis ini telah diolah mengikut kajian Hanifah
et. al (2015) mengikut kesesuaian objektif kajian.

JADUAL 1: Interpretasi tahap pengetahuan dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran
Min Tahap Pengetahuan

1.00 - 2.00 Sangat Rendah

2.01 - 3.00 Rendah

3.01- 4.00 Sederhana

4.01- 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini dihuraikan dan dibincangkan setelah mendapat maklum balas daripada
responden. Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri demografi responden. Penglibatan yang tinggi adalah
guru lelaki iaitu 53% manakala guru perempuan sebanyak 47%. Berdasarkan aspek pengalaman
mengajar, 73.3% merupakan guru yang telah berkhidmat selama 6 tahun dan ke atas manakala
26.7% merupakan guru yang berkhidmat selama 1- 5 tahun. Jumlah maklum balas soal selidik
guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas adalah yang tertinggi banding antara tujuh
sekolah yang terlibat. Ini adalah kerana jumlah guru di sekolah tersebut lebih ramai berbanding
enam sekolah yang lain.

JADUAL 2 : Demografi responden

Sekolah Jantina Perempuan Pengalaman mengajar
Lelaki 1-5 Tahun 6 Tahun dan ke atas

N% N% N% N%

446

SMK DEBS 15 8.8 12 7.0 3 1.7 24 14.1
SMK Seri Dungun 10 5.8 14 8.2 3 1.7 21 12.3
SMK Seri Rasau 11 11.6 5 2.9 14 8.2
SMK Durian Mas 13 7.6 8 4.7 5 2.9 24 14.1
SMK Paka 11 11.6 6 3.5 1 0.6 19 11.1
SMK TIZ 20 11.8 9 5.3 6 3.5 24 14.
SMK Seri Paka 10 5.8 10 5.8 7 4.1 14 8.2
Jumlah 90 53 11 11.6 30 17.4 140 82.6
80 47

Tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan

Statistik dekstriptif digunakan untuk menganalisis skor min dan sisihan piawai terhadap tahap
pengetahuan tenaga keterbaharuan dalam kalangan guru. Tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan
terbahagi kepada lima subskonstruk. Subskonstruk pengetahuan sedia ada berada pada interpretasi
yang tinggi (min=4.88, sisihan piawai= 0.32) dan subskonstruk konsep tenaga keterbaharuan juga
berada pada tahap tinggi (min=4.92, sisihan piawai=0.26). Manakala subskonstruk tingkah laku
terhadap tenaga keterbaharuan menunjukkan interpretasi yang sederhana (min=3.75, sisihan
piawai=1.08) begitu juga dengan subskonstruk pengaplikasian tenaga keterbaharuan juga adalah
sederhana (min=3.75, sisihan piawa=1.10). Bagi subskonstruk pembinaan tenaga keterbaharuan
adalah sederhana (min=3.38, sisihan piawai=0.99). Interpretasi keseluruhan membuktikan bahawa
tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan yang tinggi dalam kalangan guru (min=4.14).
Pengetahuan guru yang tinggi ini bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mempunyai para guru yang mempunyai pengetahuan akan tenaga keterbahruan. Menurut hasil
kajian Tabassum & Yasmin (2017) menunjukkan pengetahuan tenaga boleh diperbaharui guru
yang tinggi telah meningkatkan tahap pemahaman dan kesediaan mereka untuk mengamalkan
amalan tenaga yang boleh diperbaharui dan lestari.

JADUAL 3 : Skor min, sisihan piawai dan tahap pengetahuan

Konstruk Subskonstruk Skor Min % Sisihan Interpretasi
Piawai
Tinggi
Pengetahuan Pengetahuan sedia ada tenaga keterbaharuan 4.88 97.6 0.32 Tinggi
Sederhana
Konsep tenaga keterbaharuan 4.93 98.6 0.26 Sederhana
Sederhana
Tingkah laku terhadap tenaga keterbaharuan 3.75 75 1.08 Tinggi

Pengaplikasian tenaga keterbaharuan 3.75 75 1.10

Pembinaan tenaga keterbaharuan 3.38 67.6 0.99

Keseluruhan 4.14 82.8

Persoalan yang pertama adalah untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan
guru berdasarkan jantina. Setelah dianalisis menggunakan Ujian T- sampel bebas, kajian
mendapati keputusan kajian adalah tidak signifikan (t=0.278, df=168, p>0.05). Nilai t-table adalah
1.976 manakala nilai t-kiraan adalah 0.278. Nilai signifikan adalah p=0.163 dimana ia lebih besar

447

berbanding aras signifikan 0.05. Oleh itu, hipotesis nul gagal ditolak. Tidak terdapat perbezaan
antara tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan dari segi jantina guru. Nilai perbezaan min 0.163
menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan antara tahap pengetahuan guru lelaki dan
perempuan. Dapatan ini berbeza dengan hasil kajian Rahmayanti et. al (2020) mengenai
pengetahuan persekitaran yang mendapati mendapati skor individu lelaki lebih rendah berbanding
skor individu perempuan. Namun, jantina lelaki menunjukkan pengetahuan alam sekitar yang lebih
tinggi dan sikap persekitaran yang lebih positif berbanding jantina perempuan (Choe et al.,2020).

JADUAL 4: Perbezaan tahap pengetahuan berdasarkan jantina guru

Jantina N Min Sisihan t-kiraan Perbezaan Sig (2-tailed)
piawai min 0.782

Tahap Lelaki 90 38.40 3.827 0.278 0.163
3.786
pengetahuan
guru Perempuan 80 38.20

Amalan tenaga keterbaharuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi aspek amalan tenaga keterbaharuan dalam PdP, kesemua 10 item telah dianalisis berdasarkan
instrumen soal selidik. Data kajian ini dianalisis dan dipersembahkan dalam jadual 5 mengikut
peratusan. Peratusan item ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji dalam perbincangan dapatan.
Pengkaji telah mengelompokkan mengikut skor peratusan kekerapan item kepada tiga bahagian
iaitu tinggi (melebihi 70%), sederhana (30%-69%) dan rendah (29% ke bawah). Jadual 5
menunjukkan taburan dapatan terhadap amalan tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Didapati satu item yang berada di skor kekerapan yang tinggi iaitu bersedia
menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dalam pengajaran dan pembelajaran
(16.7%). Lima item menunjukkan peratusan kekerapan yang sama (1.9%) manakalan selebihnya
menunjukkan sifar peratusan. Secara kesuluruhan, data menujukkan bahawa amalan tenaga
keterbaharuan dalam PdPc masih rendah iaitu min=2.35. Hasil kajian Fereira et. al (2020)
mengenai pengetahuan dan sikap guru terhadap sumber tenaga yang boleh diperbaharui dalam
amalan di sekolah mendapati bahawa guru menyedari betapa pentingnya sumber-sumber ini, tetapi
pengetahuan mereka tidak dapat diamalkan sepenuhnya di dalam bilik darjah.

448

JADUAL 5: Amalan Tenaga Keterbaharuan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Tidak Kadang- Sederhan Kerap Sangat Skor Min Sisiha Interpret
pernah kadang a kerap kerap n asi
Item N%

N N %N % N % N % Piawai
%

Menyediakan rancangan 91 53.7 38 22.2 29 16.7 9 5.5 3 1.9 1.73 1.0 0.984 Rendah
pengajaran harian tentang 25 14.8
tenaga yang boleh diperbaharui 2 7.4 113 66.7 19 11.1 10 5.6 3 1.9 2.04 1.2 0.784 Rendah
di sekolah. 16 9.3
13 7.4 107 63 29 16.7 19 11.1 3 1.9 2.26 1.33 0.838 Rendah
Memberikan soalan atau latih 9 5.6
tubi tentang tenaga yang boleh 22 13.2 75 44.4 66 38.9 13 7.4 00 2.45 1.44 0.843 Rendah
diperbaharui dalam proses 13 7.4
pengajaran dan pembelajaran. 19 11.1 91 53.7 47 27.8 16 9.3 3 1.9 2.43 1.42 0.896 Rendah
3 1.9
Saya menghadiri ceramah atau 110 64.8 38 22.2 13 7.4 00 2.29 1.38 0.692 Rendah
seminar umum mengenai
tenaga yang boleh 77 45.3 45 26.4 26 15.1 00 2.50 1.47 0.968 Rendah
diperbaharui.
100 59.3 38 22.2 19 11.1 00 2.35 1.38 0.823 Rendah
Saya pernah membaca tentang
tenaga yang boleh diperbaharui 92 53.7 47 27.8 9 5.6 3 1.9 2.31 1.36 0.807 Rendah
di media sosial, majalah dan
akhbar 50 29.6 47 27.8 41 24.1 29 16.7 3.21 1.89 1.142 Sederhan
a
Mengadakan perbincangan
mengenai tenaga yang boleh 2.35 1.38 0.56 Rendah
diperbaharui bersama pelajar.

Saya mengajari pelajar
menggunakan teknologi
dengan bijak agar dapat
menjimatkan tenaga.

Menggalakkan kempen tentang
tenaga yang boleh diperbaharui
di sekolah.

Pendidikan mengenai tenaga
yang boleh diperbaharui telah
merubah amalan PdPc saya.

Saya membuat hebahan di
media sosial tentang
kepentingan tenaga yang boleh
diperbaharui.

Bersedia menggunakan sumber
tenaga yang boleh diperbaharui
dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Keseluruhan

449

Aspek pengujian perbezaan amalan tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan pengalaman guru diuji menggunakan Ujian-T sampel bebas. Jadual 6 menunjukkan
hasil dapatan. Hasil analisis menunjukkan bahawa perbezaan yang tidak signifikan antara amalan
tenaga keterbaharuan terhadap pengalaman guru (t=1.194, df=168, p>0.05). Hipotesis nul gagal
ditolak. Maka, dapatan kajian menyatakan bahawa tidak terdapat pengalaman guru tidak
mempengaruhi amalan tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini
bertentangan dengan kajian Sukma et. al (2020) yang mendapati guru yang berpengalaman lebih
mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam proses pengajaran.

JADUAL 6: Perbezaan amalan tenaga keterbaharuan dalam PdP berdasarkan pengalaman guru

Pengalama N Min Sisihan t-kiraan Perbezaan Sig (2-tailed)
n piawai 1.194 min 0.118
6.359
Tahap 1-5 Tahun 29 24.69 1.371
pengetahuan 141 23.32 5.470
guru 6 Tahun ke
atas

Hubungan pengetahuan tenaga keterbaharuan guru terhadap amalan dalam pengajaran
dan pembelajaran

Analisis dijalankan dengan menggunakan Ujian Korelasi Spearman’s Rho bagi mengenal pasti
hubungan antara tahap pengetahuan guru terhadap amalan tenaga keterbaharuan dalam pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan ujian Korelasi. Berdasarkan Jadual 7, nilai pekali korelasi,
r=0.163, signifikan (p<0.05) menunjukkan terdapat perhubungan antara dua variabel tersebut,
namun perhubungannya sangat lemah. Mosly & Makki (2018) menyatakan terdapat hubungan
antara pengetahuan dalam meningkatkan amalan tenaga yang boleh diperbaharui. Dapatan kajian
ini bertepatan dengan dapatan dari Fereira et. al (2020) yang menyatakan bahawa guru menyedari
betapa pentingnya tenaga keterbaharuan, tetapi pengetahuan mereka tidak dapat diamalkan
sepenuhnya sewaktu pengajaran. Kajian Sukma et al. (2020) menunjukkan bahawa majoriti guru
bersetuju bahawa penting untuk mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam proses
pengajaran. Walau bagaimanapun, guru menyatakan bahawa integrasi ini masih mempunyai
kekangan dalam pelaksanaan bilik darjah. Kekangan amalan ini berpunca dari banyak faktor
antaranya adalah kecukupan untuk pendidikan tenaga dalam kalangan guru terhadap sumber
tenaga boleh diperbaharui adalah rendah (Yuksel, 2020).

JADUAL 7: Hubungan antara tahap pengetahuan dan amalan tenaga keterbaharuan dalam
pengajaran dan pembelajaran

Skor Tahap Skor Amalan tenaga
Pengetahuan keterbaharuan dalam PdP

Skor Tahap Pengetahuan Pearson 1 . 163 *
korelasi

450

Sig. (2-tailed) 170 . 034
N . 0163* 170
Skor Amalan tenaga keterbaharuan dalam Pearson 1
PdP korelasi . 034
Sig. (2-tailed) 170 171
N
*Korelasi adalah signifIkan pada aras 0.05

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru terhadap tenaga keterbaharuan adalah tinggi.
Pengetahuan guru adalah penting bagi memastikan keberkesanan pembelajaran tenaga
keterbaharuan dapat diterapkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya,
interpretasi min dan sisihan piawai bagi konstruk pengaplikasian dan pembinaan tenaga
keterbaharuan adalah rendah. Kajian juga mendapati jantina guru tidak menunjukkan perbezaan
terhadap tahap pengetahuan tenaga keterbaharuan. Begitu juga dengan aspek pengalaman guru
yang tidak menunjukkan perbezaan terhadap amalan tenaga keterbharuan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun aspek tahap pengetahuan guru tinggi, namun interpretasi amalan tenaga
keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Guru bertindak sebagai
pemangkin kefahaman murid seharusnya sentiasa mengamalkan tenaga keterbaharuan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan tenaga
keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah signifikan. Nilai pekali yang rendah
menunjukkan bahwa hubungan yang lemah antara variabel tersebut. Guru yang bertindak sebagai
fasilitator wajarnya lebih komited dalam melaksanakan pengetahuan serta membudayakan tenaga
keterbaharuan baik di dalam bilik darjah mahupun di tempat awam untuk menjadi contoh ikutan
masyarakat. Pengkaji mencadangkan agar guru diberikan kursus intensif untuk memantapkn
tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian mengaitkan sikap, motivasi dan
kesedaran sebagai variabel untuk kajian akan datang.

RUJUKAN

Abdul Hamid, M. A. 2004. Andargogi: Mengajar orang dewasa. Pahang: PTS Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Aitken N.M., Pelletier L.G.& Baxter D.E. 2016. Doing the difficult stuff: Influence of self-determined
motivation toward the environment on tansportation proenvironmental behavior ecopsychology,
8 (2) , pp. 153-162. http://doi.org/10.1089/eco.2015.0079

Alawin, A.A., Rahmeh, T.A., Jaber, J.O., Loubani, S., Dalu, S.A., Awad, W. & Dalabih, A. 2016.
Renewable energy education in engineering schools in Jordan: Existing courses and level of
awareness of senior students. Renewable and Sustainable Energy Reviews.

Al-Marri, W., Al-Habaibeh, A., Watkins, M. 2018. An investigation into domestic energy consumption
behaviour and public awareness of renewable energy in Qatar. Sustainable Cities and Society

451

41, pp. 639-646

Assali, A., Khatib, T. & Najjar, A. 2019. Renewable energy awareness among future generation of
Palestine. Renewable Energy.136, pp. 254-263

Bekaroo, G., Bakhoree, C., Ramsamy, P., Moedeen, W. (2019). Investigating Personal Carbon Emissions
of Employees of Higher Education Institutions: Insights from Mauritius. Journal of Cleaner
Production 209: 581-594. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2018.10.238

Bernama. 2020. “Malaysia Perlu Terokai Sumber Tenaga Boleh Perbaharui dari Lautan.” Tinta Minda, 12
Jun 2020.

Edsand, H. -., & Broich, T. 2020. The Impact of environmental education on environmental and
renewable energy technology Awareness: Empirical evidence from Colombia. International
Journal of Science and Mathematics Education, 18(4), 611-634.

Biasutti, M. 2017. An intensive programme on education for sustainable development: The participants’
experience. Environment Education Resources. 21, 734–752.

Borchers, C., Boesch, C., Riedel, J., Guilahoux, H., Ouattara, D., & Randler, C. 2014. Environmental
education in Côte d'Ivoire/West africa: Extra-curricular primary school teaching shows positive
impact on environmental knowledge and attitudes. International Journal of Science Education,
Part B: Communication and Public Engagement, 4(3), 240-259.
doi:10.1080/21548455.2013.803632

Esra Çakirlar Altuntaş & Salih Levent Turan. 2018. Awareness of secondary school students about
renewable energy sources. Renewable Energy, Volume 116, pp741-748, ISSN 0960-1481.

Estrada-Vidal, L.I., Olmos-Gómez, M.C., López-Cordero, R., Ruiz-Garzón, F. 2020. The differences
across future teachers regarding attitudes on social responsibility for sustainable development.
International Journal of Environmental Research and Public Health 17(15),5323, pp. 1-19

Evangelia Karasmanaki & Georgios Tsantopoulos. 2019. Exploring future scientists' awareness about
and attitudes towards renewable energy sources. Energy Policy, Volume 131, pp111-119, ISSN
0301-4215, https://doi.org/10.1016/j.enpol.2019.04.032.

Faize, F.A., Akhtar, M. 2020. Addressing environmental knowledge and environmental attitude in
undergraduate students through scientific argumentation. Journal of Cleaner Production.

Ferreira, M.F., Freitas, M.A.V., da Silva, N.F., da Silva, A.F., da Paz, L.R.L.2020. Insertion of
photovoltaic solar systems in technological education institutions in Brazil: Teacher perceptions
concerning contributions towards sustainable development. Sustainability (Switzerland)
12(4),1292

Hanifah Mahata, Shaharuddin Ahmadb, Noraziah Alib, Mohamad Suhaily Yusry Che Ngaha . 2015.
Tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan guru di Puchong, Selangor. Sains Humanika
5:1 19–26. UTM Press.

Hay, R. & Eagle, L. 2020. Impact of integrated sustainability content into undergraduate business
education. International Journal Sustainability Higher Education 1, 131–143.

Haryono, A., Soemarno, Djati, M. S., & Setyoleksono, A. 2014. Learning attitude and awareness against
students in cultured environmental success in Probolinggo. Journal of Environment and Earth
Science, 4(16), 72–81.

Huang, T. C., Lin, W., & Yueh, H. P. 2019. How to cultivate an environmentally responsible maker? A
CPS Approach to a Comprehensive Maker Education Model. International Journal of Science

452

and Mathematics Education, 1–16.https://doi-org.ezplib.ukm.my/10.1007/s10763-019-09959-
2

Izagirre-Olaizola, J., Fernández-Sainz, A. & Vicente-Molina, M.A. 2015. Internal determinants of
recycling behaviour by university students: A Cross-country Comparative Analysis
International Journal of Consumer Studies 39(1), pp. 25-34

Kalungwizi, V.J., Krogh, E., Gjøtterud, S.M., Mattee, A. 2020. Experiential strategies and learning in
environmental education: lessons from a teacher training college in Tanzania. Journal of
Adventure Education and Outdoor Learning 20(2), pp. 95-110

Karaeva, A., Cioca, L.I., Ionescu, G., Magaril, E.R., Rada, E.C. 2019. Renewable sources and its
applications awareness in educational institutions. International Conference on Energy and
Environment, pp. 338-342

Karakaya Cirit, D., Canpolat, E.2019. A study on the technological pedagogical contextual knowledge of
science teacher candidates across different years of study. Education and Information
Technologies 24(4), pp. 2283-2309

Karasmanaki, E., Tsantopoulos, G. 2019. Exploring future scientists' awareness about and attitudes
towards renewable energy sources. Energy Policy 131, pp. 111-119

Karpudewan, M., & Roth, W. M. 2018. Changes in primary students’ informal reasoning during an
environment-related curriculum on socio-scientific issues. International Journal of Science and
Mathematics Education, 16(3), 401–419.

Katoppo, M.L., Irwandi, E., Ng, A.H &, Lie, S. 2020. Building environmental awareness for
future generation through educational comic: The story of 4th-grade students Darussalam
elementary school, Panongan, Tangerang. IOP Conference Series: Earth and Environmental
Science 452(1),012067

Legino, S., Hidayawanti, R., & Wirantika, I. 2019. Waste as fastest cycle of renewable energy sources
through TOSS Model. Journal of Physics: Conference Series, 1282(1) doi:10.1088/1742-
6596/1282/1/012041

Mojilis, F. 2019. Sustainability awareness of students from a Green University in Sabah, Malaysia.
Journal Tour Hosp. Environment Management. 13, 24–33.

Mori, T., Tasaki, T. 2019. Factors influencing pro-environmental collaborative collective behaviors
toward sustainability transition–a case of renewable energy. Environmental Education Research
25(4), pp. 566-584

Mosly, I., Makki, A.A.2018. Current status and willingness to adopt renewable energy technologies in
Saudi Arabia. Sustainability (Switzerland) 10(11),4269

Muhamad Damanhuri, M., Ehambron, D., & Yusuf, M. 2016. Tahap kesedaran dan amalan pendidikan
alam sekitar dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 aliran Sains di Daearah Hulu Selangor. Vol 4.
No 2. GEOGRAFI, 4(2), 28 - 35.

Ntanos, S., Kyriakopoulos, G.L., Arabatzis, G., Palios, V., Chalikias, M.2018. Environmental behavior of
secondary education students: A case study at central Greece. Sustainability (Switzerland)
10(5),1663

Özcan, S.2015. Determınatıon of the knowledge levels of students studyıng at the health related
departments about renewable energy resources and protectıon of the envıronment. Turkish Online
Journal of Educational Technology 2015, pp. 158-166

Rakotomamonjy, S. N., Jones, J. P. G., Razafimanahaka, J. H., Ramamonjisoa, B., & Williams, S. J. 2015.
The effects of environmental education on children’s and parents’ knowledge and attitudes
towards lemurs in rural Madagascar. Animal Conservation, 18(2), 157–166.

453

Sidek Mohd. Noah. 1990. Penilaian dalam kaunseling: Interpretasi keputusan ujian meliputi kesahan
dan kebolehpercayaan. Kertas kerja seminar pengujian dalam bimbingan dan kerjaya. Anjuran
Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia. Serdang, Selangor, 25-
26 November 1991.

Siti Haslina Mohd Shafie & Mastura Mahmud. 2020. Aplikasi kerangka konseptual dpsir usepa bagi
pencemaran udara bandar daripada kenderaan bermotor: kajian kes kuala lumpur, malaysia.
eJournals UKM Press. Vol 17, No 2.

Sukma, E., Ramadhan, S., Indriyani, V. 2020. Integration of environmental education in elementary
schools. Journal of Physics: Conference Series 1481(1),01213

Tabassum, Z., Yasmin, S.2017. Level of awareness on environment and energy; A survey of the freshmen
at Habib University. Proceedings of 2017 International Conference on Green Energy and
Applications, ICGEA 2017 7925467, pp. 118-122

Tsaurai, K., Ngcobo, L.2020. Renewable energy consumption, education and economic growth in Brazil,
Russia, India, China, South Africa. International Journal of Energy Economics and Policy 10(2),
pp. 26-34

Tuckman, B.W. 1978. Conducting Educational Research. 3rd edition. New York: Harcourt Brace
Jovanorich. Inc.

Uğraş, M., Aksakal, Ş.2016. Analysis of the attitudes of pre-service science teachers on renewable energy
sources. Turkish Online Journal of Educational Technology. NovemberSpecialIssue), pp. 277-
281

Yuksel, Y.E. 2020. Energy, environment and education. Green Energy and Technology pp. 177-190
Zyadin, A., Puhakka, A., Ahponen, P. & Pelkonen, P. 2014. Secondary school teachers' knowledge,

perceptions, and attitudes toward renewable energy in Jordan. Renewable Energy. 62, pp. 341-
348

454

Hubungan Nilai Alam Sekitar Dengan Tingkah Laku
Penjimatan Tenaga Elektrik

WAN NUR HAFIZAH WAN HUSSAIN* & LILIA HALIM

ABSTRAK

Perubahan iklim merupakan satu isu global yang perlu diselesaikan dengan segera kerana ianya mendatangkan
pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar. Tindakan mitigasi perlu dilakukan bagi meminimumkan kesan
perubahan iklim. Tingkah laku pro-persekitaran merupakan salah satu cara mitigasi bagi mengurangkan kesan
perubahan iklim. Tingkah laku pro-persekitaran terdiri daripada pelbagai jenis tingkah laku yang bersifat mesra
persekitaran dimana ianya memberikan kebaikan kepada alam sekitar seperti tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik dan lain-lain lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan nilai alam sekitar pelajar dengan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik. Penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan secara cekap dan optimum
merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan jumlah penghasilan karbon dioksida oleh setiap individu di mana
penghasilan karbon dioksida yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesan rumah hijau dan seterusnya
menyumbang kepada perubahan iklim. Bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar dan mengurangkan kesan
perubahan iklim, setiap individu perlu bertingkah laku jimat tenaga elektrik dan menggunakan tenaga elektrik
secara berhemah. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan populasi seramai 3166 orang pelajar tahun 5 di
daerah Besut, Terengganu. Daripada populasi, seramai 341 sampel kajian telah dipilih menggunakan teknik
persampelan rawak berstrata berdasarkan lima zon yang terdapat dalam daerah Besut, Terengganu. Instrumen
yang digunakan adalah soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach alfa
0.81. Sebelum kajian sebenar dilakukan, satu kajian rintis dilaksanakan yang melibatkan 30 orang pelajar tahun 5
yang bukan terdiri daripada sampel kajian. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Analisis secara
deskriptif seperti min dan peratus digunakan untuk melihat tahap nilai alam sekitar pelajar dan tahap tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar. Bagi analisis secara inferensi, kaedah yang digunakan
adalah korelasi pearson bagi melihat hubungan di antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik, hubungan nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik dan hubungan nilai egoistik
dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik,. Dapatan kajian mendapati tahap nilai alam sekitar pelajar adalah
tinggi (min= 4.17) dan tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik adalah sederhana tinggi (min=3.83). Dapatan
juga mendapati terdapat hubungan di antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik (r=
0.27), nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik (r=0.32) dan nilai egoistik dengan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik (r=0.24). Sebagai rumusan, dapatan kajian ini mendapati tahap nilai alam sekitar
pelajar berada pada tahap yang tinggi manakala tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh
pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Justeru itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti
pengajaran berasaskan pengalaman dan pengajaran luar supaya pelajar dapat ditingkatkan penghayatan nilai
dalam diri mereka dan seterusnya mengamalkan tingkah laku pro-persekitaran dalam kehidupan seharian.
Implikasi kajian ini adalah kepada golongan pendidik di mana mereka perlu lebih kreatif dan inovatif dalam
menerapkan nilai alam sekitar terhadap pelajar dan institut latihan guru perlu menyediakan latihan yang
komprehensif mengenai pendidikan alam sekitar kepada bakal guru supaya mereka dapat memahami, menghayati
dan mengaplikasi tingkah laku pro-persekitaran dalam kehidupan seharian dan seterusnya mampu mempengaruhi
para pelajar agar turut sama melaksanakan tingkah laku pro-persekitaran dalam kehidupan mereka.

Kata kunci: Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik, nilai alam sekitar, perubahan iklim, tingkah laku pro-
persekitaran

455

PENGENALAN

Perubahan iklim merupakan satu isu penting yang berlaku pada masa kini di mana
ianya merupakan perubahan pada pola cuaca yang mengancam pengeluaran makanan, hingga
kepada kenaikan permukaan laut yang meningkatkan risiko bencana banjir, yang bersifat
global (United Nations 2020). Menurut rekod geologi, perubahan iklim selalu terjadi ke atas
Bumi dalam skala yang pantas dan magnitud yang besar. Pada masa kini, perubahan iklim
merupakan satu kebimbangan kepada seluruh masyarakat dunia.

Perubahan iklim terjadi disebabkan banyak faktor seperti faktor semulajadi dan faktor
antropogenik (USGS 2020). Pelepasan gas rumah hijau merupakan antara penyebab
perubahan iklim. Gas rumah hijau dalam atmosfera menyerap radiasi haba. Aktiviti manusia
telah meningkatkan gas rumah hijau dalam atmosfera sejak Revolusi Industri, di mana
membawa kepada lebih banyak pengekalan haba dan meningkatkan suhu permukaan. Aerosol
atmosfera menukar iklim dengan menyelerakkan dan menyerap tenaga suria dan radiasi
infrared di mana mereka boleh mengubah kandungan mikrofizik dan kimia awan. Akhirnya,
perubahan penggunaan tanah seperti penebangan hutan membawa kepada perubahan dalam
jumlah cahaya matahari yang dipantulkan dari tanah kembali ke angkasa yang dikenali sebagai
permukaan albedo.

Terdapat beberapa tanda yang boleh dikesan bahawa seluruh dunia mengalami
perubahan iklim. Antara tanda-tandanya ialah peningkatan suhu di seluruh dunia kerana gas
rumah hijau memerangkap lebih banyak haba di atmosfera, kekeringan menjadi lebih lama dan
melampau di seluruh dunia, ribut tropika menjadi lebih teruk kerana suhu air laut yang lebih
panas, pengurangan jumlah liputan salji di kawasan pergunungan dan kutub kerana salji
mencair lebih cepat, glasier mencair pada kadar yang lebih cepat, permafrost mencair lalu
melepaskan metana dan gas rumah hijau yang banyak ke atmosfera, dan paras air laut
meningkat (USGS 2020).

Selain itu, perubahan iklim memberikan kesan jangka panjang kepada dunia. Menurut
Laporan Penilaian Kelima yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan
Iklim (IPCC), dari tahun 1880 hingga 2012, purata suhu global meningkat sebanyak 0.85 ° C.
Dari tahun 1901 hingga 2010, permukaan laut global meningkat sehingga 19 cm ketika lautan
mengembang akibat pemanasan yang menyebabkan lapisan ais mencair. Tahap lapisan ais di
Kutub Utara telah menyusut pada setiap dekad sejak bermula 1979 di mana purata kehilangan
ais kira-kira 1.07 × 106 km² setiap dekad. Laporan ini turut meramalkan kenaikan permukaan
laut sehingga 24 hingga 30 cm menjelang tahun 2065 dan 40 hingga 63 cm menjelang tahun
2100.

Oleh itu, tindakan perlu diambil seperti tindakan mitigasi dan adaptasi bagi mengatasi
perubahan iklim. Tindakan mitigasi bermaksud tindakan yang dilakukan bagi mengurangkan
pelepasan gas rumah hijau dan menstabilkan tahap gas rumah hijau yang memerangkap haba
di atmosfera manakala adaptasi adalah penyesuaian yang bermaksud mengurangkan kesan
buruk perubahan iklim dan mengeksploitasi kesan positifnya (NASA 2020). Bagi
melaksanakan tindakan mitigasi, pembakaran bahan bakar fossil untuk menghasilkan elektrik,
pengangkutan dan sebagainya perlu dikurangkan dan melindungi sumber alam semulajadi
seperti hutan, lautan dan tanah. Tindakan mitigasi adalah bertujuan mengawal tindak-tanduk
manusia yang banyak memberi gangguan terhadap sistem iklim menerusi aktiviti seharian
yang dilakukan disamping membantu dalam menstabilkan tahap gas rumah hijau dalam jangka
waktu yang tertentu supaya ekosistem dapat menyesuaikan diri secara semulajadi dengan
perubahan iklim yang sedang berlaku pada masa kini berdasarkan Laporan Mitigasi Perubahan
Iklim (IPCC 2014).

456

Justeru itu, kajian ini mengkaji hubungan nilai alam sekitar pelajar dengan tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik di mana tingkah laku penjimatan tenaga elektrik merupakan salah
satu tindakan mitigasi bagi mengatasi perubahan iklim. Tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik merupakan salah satu tingkah laku pro-persekitaran di mana ianya dapat mengawal
penggunaan tenaga elektrik yang digunakan yang terhasil daripada pembakaran bahan fossil.
Pembakaran bahan fossil yang berleluasa dan tidak terkawal akan memburukkan lagi kesan
perubahan iklim yang berlaku pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian ini sangat relevan
untuk dikaji pada masa kini kerana tingkah laku penjimatan tenaga elektrik merupakan satu
tindakan mitigasi yang boleh dilaksanakan oleh semua golongan masyarakat tidak kira usia,
bangsa dan agama. Konteks kajian ini adalah melibatkan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik yang diamalkan oleh golongan pelajar sekolah rendah.

Pernyataan Masalah

Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik adalah perbuatan yang meminimumkan
penggunaan tenaga elektrik. Tingkah laku ini dapat dicapai menerusi penggunaan tenaga
elektrik secara berhemah seperti memadamkan suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan
atau mengurangkan penggunaan lampu apabila hari masih cerah dan penggunaan peralatan
cekap tenaga yang mana melibatkan penggunaan teknologi yang tinggi. Pelaksanaan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik memerlukan satu kesedaran yang tinggi dalam diri seseorang
individu. Kesedaran ini dibentuk menerusi nilai yang terdapat dalam diri seseorang individu.
Menurut Teori Nilai-Kepercayaan-Norma, penentu niat untuk melaksanakan tingkah laku pro-
persekitaran merangkumi kesedaran tentang akibat dimana ianya melibatkan kepercayaan
seseorang individu mengenai kesan buruk yang berlaku akibat dari masalah persekitaran.
Individu yang melaksanakan tingkah laku pro-persekitaran mempunyai satu kesedaran
mengenai akibat daripada tindakan yang diambil sehingga mewujudkan perasaan
tanggunjawab untuk melaksanakan tingkah laku tersebut dan seterusnya mengaktifkan norma
peribadi atau kewajipan moral untuk melaksanakan tingkah laku tersebut.

Seterusnya, kita perlu mengamalkan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik kerana
penggunaan tenaga elektrik merupakan salah satu punca peningkatan gas karbon dioksida di
atmosfera. Hal ini bermakna sekiranya penggunaan tenaga elektrik dapat dikawal, maka
pembebasan gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Menurut Keeling (1997),
peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera boleh menyebabkan peningkatan kesan
perubahan iklim yang berlaku. Karbon dioksida merupakan salah satu gas rumah hijau seperti
gas methana, nitrous oksida, halokarbon dan lain-lain. Gas karbon dioksida terhasil daripada
pembakaran bahan api seperti arang batu, gas asli dan petroleum serta terhasil daripada aktiviti
industri dan pertanian. Kadar pelepasan gas karbon dioksida di atmosfera adalah setara dengan
kadar penggunaan tenaga global yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Oleh itu, apabila
populasi manusia dan penggunaan tenaga per kapita meningkat, kepekatan gas karbon dioksida
akan meningkat. Gas karbon dioksida akan memerangkap radiasi yang naik dari permukaan
Bumi. Kesannya, suhu akan mengalami peningkatan di permukaan Bumi dan peningkatan
suhu ini menyebabkan kejadian pemanasan global dan akhirnya membawa kepada perubahan
iklim.

Seterusnya menurut kajian Sharif, Muhammad & Azahan (2010), peningkatan jumlah
penduduk saban tahun menyebabkan berlakunya peningkatan penggunaan elektrik. Oleh itu,
perlunya tingkah laku penjimatan tenaga elektrik diamalkan bagi mengurangkan pelepasan
karbon dioksida di atmosfera yang menyebabkan perubahan iklim berlaku (Azizi, Mokhtar
Azizi, Abidin & Mannakkara 2019). Bagi menangani cabaran perubahan iklim, para saintis
dan penggubal dasar kebanyakkannya bersetuju bahawa pengurangan drastik penggunaan
tenaga dunia amat penting untuk dilaksanakan (Engku, Azlina & Nik 2013). Justeru itu, negara

457

Malaysia telah mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan beberapa dasar bagi
mengurangkan kesan perubahan iklim. Antara dasar yang telah dilaksanakan adalah Dasar
Alam Sekitar Negara 2020, Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (2009), Pelan Hala Tuju
Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030, Dasar Perubahan Iklim
Negara (2009), Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui Negara (2009) dan
Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEAP) 2016-2025. Kesemua dasar yang
diperkenalkan adalah usaha kerajaan untuk menangani isu perubahan iklim.

Selain daripada dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, individu juga perlu
memainkan peranan masing-masing bagi mengurangkan kesan perubahan iklim. Oleh itu,
dalam kajian ini, konteks yang diketengahkan adalah pelajar sekolah kerana pelajar dilihat
sebagai bakal pemimpin negara pada masa hadapan kelak. Golongan pelajar khususnya pelajar
sekolah rendah perlu didedahkan sejak dari awal tentang kepentingan melaksanakan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik. Berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai seorang guru dan
tinjauan awal di sekolah dengan guru-guru yang berpengalaman, pelajar sekolah tidak
ditekankan tentang penghayatan nilai terhadap alam sekitar dalam pembelajaran Sains formal
di sekolah. Mereka hanya belajar secara teori tentang kepentingan melaksanakan tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik dan pembelajaran berlaku secara luaran sahaja dan tidak diterapkan
secara mendalam tentang nilai alam sekitar dan tiada aktiviti yang khusus dilaksanakan bagi
pembentukan nilai alam sekitar dalam diri pelajar. Pendapat ini disokong oleh kajian Haliza
(2017) yang mendapati pelajar hanya belajar secara teori dan tidak diajar tentang penghayatan
nilai terhadap alam sekitar seperti nilai biosferik, nilai altruistik dan nilai egoistik dalam
pembelajaran formal di sekolah di mana guru hanya menggunakan pendekatan pengajaran
dalam bilik darjah.

Di samping itu, kesedaran pemupukkan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik kurang
dibincangkan sebagai satu pengajaran formal di peringkat sekolah rendah dan banyak
dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi yang mana melibatkan pelajar sekolah menengah
(Aktamis 2011; Ntona, Arabatzis & Kyriakopoulos 2015) dan pelajar universiti (Black &
Davidson 2010; Ng 2012; Bulunga & Thondlana 2018) sahaja. Oleh yang demikian
berdasarkan jurang yang didapati ini, kajian ini dilaksanakan untuk melihat hubungan nilai
alam sekitar dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar
dalam konteks sekolah rendah.

458

Kerangka Konseptual Teori Nilai-
Kepercayaan-Norma
Nilai biosferik
(Bouman, T., Steg, (VBN Theory)
L., & Zawadzki, S. J.
(Stern1999)
2020)

Nilai altruistik Tingkah laku
Loureiro, A., and M. penjimatan tenaga

Lima 2019) elektrik

Nilai egoistik (Dursun, Kabadayi &
(Sun Yan, Feng Tuğer 2018)

Lifang 2010)

RAJAH 1: Kerangka konseptual kajian

Stern (1999) telah memperkenalkan Teori Nilai-Kepercayaan-Norma (Value-Belief-
Norm Theory, Teori VBN) yang menerangkan kebimbangan alam sekitar dikaitkan dengan
orientasi nilai biosferik, altruistik dan egoistik. Teori Nilai-Kepercayaan-Norma
menghubungkan teori nilai, teori pengaktifan norma dan perspektif paradigma persekitaran
baru melalui rantaian sebab-sebab nilai peribadi, pandangan dunia, kesedaran akibat, perasaan
tanggungjawab dan norma peribadi untuk tindakan pro-persekitaran. Teori VBN memberi
tumpuan kepada nilai dan norma moral. Pilihan individu mengenai tindakan pro-persekitaran
dapat didorong oleh norma peribadi; rasa kewajiban dalaman untuk bertindak dengan cara
tertentu. Norma diaktifkan apabila seseorang percaya bahawa melanggarnya akan memberi
kesan buruk terhadap perkara yang mereka hargai. Nilai peribadi seperti nilai altruistik, nilai
egoistik, dan nilai biosferik adalah anteseden kepercayaan persekitaran. Justeru itu, bagi
melihat keprihatian seseorang individu terhadap alam sekitar, adalah penting untuk melihat
tahap nilai peribadi yang terdapat dalam diri individu tersebut dan seterusnya melihat tahap
tingkah laku pro-persekitaran yang telah dilaksanakan oleh individu itu. Walaubagaimanapun,
jika dua orang individu yang berbeza mempunyai tahap keprihatinan yang sama terhadap alam
sekitar, mereka akan mempunyai sebab yang berbeza yang mendorong mereka melaksanakan
tingkah laku pro-persekitaran. Sebab yang berbeza ini wujud dari tahap nilai peribadi yang
berbeza-beza yang terdapat dalam diri individu tersebut. Berdasarkan kajian Groot dan Steg
(2010), orientasi nilai peribadi seperti biosferik, altruistik dan egoistik mungkn memotivasikan
individu untuk bertingkah laku pro-persekitaran dan terdapat pengaruh dari ketiga-tiga nilai
tersebut yang menjadi motivasi kendiri dalam membentuk niat pro-persekitaran,

Berdasarkan Teori VBN yang diperkenalkan oleh Stern (1999), satu kerangka
konseptual telah dibina seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Dalam kerangka konseptual
ini, tiga nilai digunakan sebagai pembolehubah tidak bersandar iaitu nilai biosferik, nilai
altruistik dan nilai egoistik manakala pembolehubah bersandar adalah tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik yang merupakan salah satu jenis tingkah laku pro-persekitaran yang ingin dikaji
dalam kajian ini. Berdasarkan hubungan yang diilustrasi dalam Rajah 1, Teori VBN diletakkan
sebagai teori yang mendasari kajian ini di mana komponen nilai yang terdapat dalam teori ini

459

dipilih sebagai pembolehubah yang ingin dilihat pengaruhnya ke atas pelaksanaan tingkah laku
pro-persekitaran manakala kepercayaan dan norma tidak dikaji dalam kajian ini.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian adalah mengkaji hubungan nilai pelajar terhadap alam sekitar dengan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan yang berikut:

1. Apakah tahap nilai alam sekitar pelajar?
2. Apakah tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik pelajar?
3. Adakah terdapat hubungan di antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan

tenaga elektrik?
4. Adakah terdapat hubungan di antara nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan

tenaga elektrik?
5. Adakah terdapat hubungan di antara nilai egoistik dengan tingkah laku penjimatan

tenaga elektrik?

Tinjauan Literatur

a. Tingkah laku pro-persekitaran

Tingkah laku manusia yang melindungi alam sekitar biasanya dipanggil sebagai
‘tingkah laku pro-persekitaran’, ‘tingkah laku hijau’, ‘tingkah laku mesra persekitaran’, atau
‘tingkah laku rendah karbon’ (Fu et al. 2017). Tingkah laku pro-persekitaran bermaksud sikap
dan perangai seseorang yang bertindak memelihara alam sekitar dan mengurangkan kesan
pelepasan karbon individu. Bagi Thogersen (1996), tingkah laku pro-persekitaran adalah
tingkah laku yang berasaskan moral, di mana pertimbangan mengenai tindakan yang dilakukan
sama ada betul atau salah yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri dalam jangka masa
pendek tetapi memberi manfaat yang besar kepada individu lain atau kepada alam sekitar
(Bagozzi & Dabholkar 1994; Thogersen 1996). Tingkah laku pro-persekitaran juga adalah
tindakan sengaja yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar (Stern 2000;
Kollmuss dan Agyeman 2002). Tingkah laku pro-persekitaran adalah sekumpulan tingkah laku
yang diamalkan oleh individu untuk mendorong perubahan positif pada persekitaran dan
mengurangkan kesannya daripada kecuaian manusia (Carmi, Arnon, & Orion 2015).

Terdapat pelbagai faktor yang menentukan seseorang individu itu untuk melaksanakan
tingkah laku pro-persekitaran. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah seperti psikologi (Fang, Yu T.K, Yu
T.Y, Chang 2016; Fransman & Timmeren 2017; Neo, Choong, Ahamad & Zen 2017; Balunde,
Perlaviciute & Steg 2019; Weimer 2019; Chen 2019), motivasi dalaman (Nurul Sakina &
Wilkinson 2015; Silvi & Rosa 2017; Riper, Lum, Kyle et al. 2018; Graves & Sarkis 2018;
Nur Fitriana, Miyarsah & Rusdi 2019; Ng, Choong, Tee et al. 2019; Shafiei & Maleksaeidi
2020), nilai dan kepercayaan (Kis, Verschoor, & Sargisson 2020; Sharma, & Gupta 2020),
keprihatinan (Fu, Sun, Zha, Liu, He, Sun & Jing 2019), norma sosial (Keizer & Schultz 2018;
Huber, Viscusi, & Bell 2018; Farrow, Grolleau & Ibanez 2019; Xu, Chen, Li & Menassa 2020)
dan sikap (Bronfman, Cisternas, Vazquez et al. 2015) manakala faktor luaran adalah seperti
tahap pengetahuan (Pothitou, Hanna, Konstantinos & Chalvatzis 2016; Liobikien & Poskus

460

2019; Amoah & Addoah 2020; Liu, Teng & Han 2020), tahap pendidikan (Meyer 2015; Ajaps,
McLellan & Gritter 2015; Hoffman & Muttarak 2020), ganjaran dan motivasi luaran (Lanzini
2013; Maki, Burns, Ha & Rothman 2016), polisi (Kulin & Sevä 2019; Kulin & Sevä 2020),
sosio-demografi (McCright & Xiao 2014 ; Rajapaksa, Islam & Managi 2018), sosio-budaya
(Eom et al. 2016), sosioekonomi (Moser & Kleinhuckelkotten 2017; Eom, Kim & Sherman
2018) , persekitaran (Runhaar, Wagenaar, Wesselink et al. 2019), keluarga (Kaniušonytė,
Kunevičienė & Žukauskienė 2018) dan lain-lain.

Berdasarkan kajian lepas, terdapat pelbagai jenis tingkah laku pro-persekitaran yang
dikaji berdasarkan pelbagai teori seperti Teori Nilai-Kepercayaan-Norma (Theory of Value-
Belief-Norm, VBN), Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour, TPB),
Teori Pengaktifan Norma (Norm Activation Model, NAM), Teori Tindakan Beralasan (Theory
of Reasoned Action), Teori Penentuan Kendiri (Self Determination Theory), Teori Tingkah
Laku Rational (Rational Behavior Theory), Teori Tingkah laku Normatif (Normative Behavior
Theory) dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, berdasarkan pembacaan pengkaji, teori yang
paling banyak digunakan dalam menerangkan tingkah laku pro-persekitaran adalah Teori VBN
dan TPB.

b. Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik adalah tindakan yang mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar (Sony &
Mekoth 2018). Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik adalah kesediaan individu untuk
memperkukuhkan usaha menjimatkan tenaga elektrik seperti meminimumkan penggunaan
tenaga elektrik yang berkaitan dengan kesedaran mereka secara positif terhadap alam sekitar,
menyesuaikan tingkah laku tertentu atau perubahan pada kebiasaan tertentu yang dapat
mengurang penggunaan tenaga secara langsung dan menggunakan peralatan cekap tenaga
elekrik dalam kehidupan seharian. Penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan secara
cekap dan optimum merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan penghasilkan gas karbon
dioksida oleh setiap individu dan seterusnya membantu melestarikan alam sekitar.

Terdapat pelbagai faktor yang menentukan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik
yang dilaksanakan oleh seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah berkaitan dengan faktor
psikologi pengguna seperti keprihatinan terhadap alam sekitar (Aktamis 2011; Brounen, Kok
& Quigley 2013; Zhao, Song & Wang 2019), kepercayaan dan nilai yang dipegang (Loureiro
& Lima 2019; Shi, Dan, Wang, Lei & Zhenxia 2019), norma sosial (Xu, Chen, Li & Menassa
2020), motivasi (Nurul Sakina & Wilkinson 2015; Park & Kwon 2017), dan tahap
pengetahuan terhadap alam sekitar (Pothitou, Varga, Kolios, & Gu 2015; Andi, Faisal, Ahsan
& Gufran 2016). Faktor luaran pula seperti polisi dan undang-undang yang ditetapkan di
sesebuah negara (Wang, Zhang, Yin & Zhang 2011; Craig & Allen 2015) , budaya
(Stephenson, Barton, Carrington et al. 2015) dan penggunaan teknologi (Pelenur 2018;
Vasseur & Marique 2019).

Menurut Sony & Mekoth (2018) terdapat tujuh kategori yang menentukan tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik iaitu ganjaran dan motivasi, keprihatinan terhadap alam sekitar,
pengetahuan terhadap alam sekitar, polisi dan undang-undang setempat, norma sosial,
penggunaan teknologi mesra pengguna, dan komunikasi daripada penggubal dasar.
Abrahamse et al. (2005) pula berpendapat terdapat lima faktor utama untuk tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik iaitu pembangunan teknologi, pembangunan ekonomi, faktor
demografi, faktor institusi dan perkembangan budaya. Lima faktor utama ini membentuk
faktor individu seperti motivasi, keupayaan dan peluang (Abrahamse et al. 2005).

461

Terdapat kajian yang mengatakan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik boleh dicapai
sekiranya faktor individu diberi perhatian seperti persepsi, keutamaan, dan keupayaan. Tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik boleh dicapai melalui tawaran ganjaran kewangan,
penguatkuasaan undang-undang, atau peruntukkan peralatan jimat tenaga. Schubert (2017)
berpendapat strategi ini bertujuan menarik individu untuk bertingkah laku jimat tenaga elektrik.
Bagi Dietz et al. (2009), tingkah laku penjimatan tenaga elektrik boleh dikategorikan kepada
dua iaitu tingkah laku pengurangan penggunan tenaga elektrik dan tingkah laku kecekapan
penggunaan tenaga elektrik. Tingkah laku kecekapan penggunaan tenaga elektrik adalah
tingkah laku yang merangkumi pembelian peralatan cekap tenaga atau penggunaan teknologi
peralatan cekap tenaga. Sebagai contoh, pemasangan penyaman udara yang cekap tenaga dan
menggunakan teknologi yang terkini di mana teknologi ini mengurangkan penggunaan
elektrik. Bagi tingkah laku pengurangan tenaga elektrik pula adalah satu usaha yang dilakukan
secara berterusan untuk mengurangkan penggunaan elektrik sehari-hari. Sebagai contoh,
penyelarasan suhu sebanyak 24oC pada penyaman udara bertujuan untuk mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik (Boudet et al. 2016).

Chawla & Cushing (2007) serta Pahl et al. (2016) pula berpendapat tingkah laku
kecekapan penggunaan tenaga elektrik lebih berpotensi untuk dilakukan berbanding tingkah
laku pengurangan penggunaan tenaga elektrik. Sebagai contoh, seorang suri rumah mungkin
akan lebih jimat tenaga apabila menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga berbanding
menyelaraskan suhu pada penyaman udara di rumahnya. Aspek lain yang perlu diberi perhatian
adalah penggunaan peralatan cekap tenaga secara kerap tidak akan menghasilkan pengurangan
penggunaan tenaga secara keseluruhannya. Hal ini kerana tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik terhasil disebabkan oleh faktor makro dan faktor mikro. Terdapat faktor-faktor lain
yang turut menyumbang kepada tingkah laku penjimatan tenaga elektrik seperti faktor
psikologi persekitaran dan psikologi sosial.

c. Nilai mempengaruhi tingkah laku pro-persekitaran

Banyak kajian lepas yang mengupas kepentingan nilai dalam menerangkan tingkah
laku pro-persekitaran seperti kajian Gatersleben, Murtagh & Abrahamse (2012), kajian Chen
(2014), kajian Han, Hwang & Lee (2016), kajian Whitley, Takahashi, Zwickle, Besley &
Lertpratchya (2016), kajian Balunde, Perlaviciute & Steg (2019), kajian Ezlika, Nguyen, Dilip
& Su (2019), kajian Min, Kang, Dietz, Jaimes & Liu (2019) dan kajian Liu & Wu (2020).
Apabila nilai-nilai yang berlainan bersaing dalam situasi tertentu, pilihan didasarkan pada nilai-
nilai yang dianggap paling penting untuk dilaksanakan dalam situasi tertentu. Kebanyakkan
pengkaji menganggap nilai egoistik, altruistik dan biosferik mempunyai hubungan secara tidak
langsung dengan tingkah laku pro-persekitaran melalui kepercayaan tingkahlaku yang spesifik,
norma dan niat (Stern 2000). Nilai dianggap mempengaruhi kepercayaan tingkah laku dan
seterusnya mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Perubahan dalam keutamaan nilai dapat
mengakibatkan perubahan dalam pelbagai kepercayaan, niat dan tingkah laku pro-persekitaran
yang berbeza secara serentak.

Tiga jenis nilai yang penting untuk menerangkan tingkah laku pro-persekitaran ialah
egoistik, altruistik dan biosferik (Stern, 2000; De Groot & Steg, 2008). Individu yang
mempunyai orientasi nilai egoistik yang tinggi akan mempertimbangkan kos dan manfaat
tingkah laku pro-persekitaran ke atas mereka secara peribadi. Mereka akan mempertimbangkan
manfaat yang diterima melebihi kos yang diperlukan untuk mereka bertingkah laku mesra
persekitaran. Individu yang mempunyai nilai altruistik yang kuat akan mempertimbangkan
manfaat yang diterima kepada orang lain apabila beliau bertingkah laku pro-persekitaran. Bagi
individu yang mempunyai orientasi nilai biosferik yang kuat, mereka akan mempertimbangkan
manfaat yang diperolehi ke atas ekosistem dan seluruh biosfera apabila mereka bertingkah laku

462

pro-persekitaran. Setiap individu memegang nilai egoistik, altruistik dan biosferik pada tahap-
tahap yang tertentu yang mana ketiga-tiga nilai ini membuktikan hubungannya dengan tingkah
laku pro-persekitaran. Sebagai contoh, seseorang individu akan mengurangkan penggunaan
kenderaan persendirian kerana kos memandu kereta sendiri lebih tinggi berbanding menaiki
kenderaan awam (nilai egoistik), memandu kereta sendiri boleh membahayakan kesihatan
orang awam disebabkan pencemaran yang terhasil daripada kereta yang dipandu atau boleh
mengakibatkan kemalangan jika memandu kereta dengan cuai sehingga menyusahkan orang
lain (nilai altruistik), dan memandu kereta sendiri boleh mendatangkan kesan pencemaran
terhadap alam sekitar sehingga mengancam hidupan spesies haiwan dan tumbuhan (nilai
biosferik). Oleh itu, dalam prinsip ini, individu yang mengutamakan nilai altruistik atau nilai
biosferik melebihi nilai egoistik tidak semestinya lebih bertingkah laku mesra persekitaran
berbanding dengan individu yang mengutamakan nilai egoistik berbanding nilai yang lain.

Walaubagaimanapun, dalam kebanyakkan kes, nilai egoistik menunjukkan individu
tidak bertingkah laku pro-persekitaran kerana kos yang diperlukan untuk bertingkah laku mesra
persekitaran melebihi manfaat yang diperolehi ke atas individu dari perspektif individu yang
memegang nilai egoistik. Berbeza dengan individu yang memegang kepada nilai altruistik dan
biosferik kerana kebanyakkan individu ini bertingkah laku pro-persekitaran kerana tingkah
laku ini selalunya dikaitkan dengan manfaat yang akan diperolehi ke atas alam sekitar dan
institusi masyarakat. Oleh itu, tingkah laku pro-persekitaran selalunya dilihat sebagai tingkah
laku yang bermoral di mana individu ini memegang nilai altruistik dan biosferik dengan kuat.
Bukti empirikal menunjukkan tingkah laku pro-persekitaran merupakan satu fungsi moral yang
mengambil kira nilai altruistik dan nilai biosferik (Guagnano 2001; Joireman et al. 2001;
Schultz et al. 2005).

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Reka bentuk tinjauan
dipilih kerana pengkaji ingin mengenal pasti tahap nilai alam sekitar yang terdapat dalam diri
pelajar dan tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar serta
mencari hubungan antara nilai alam sekitar yang terdapat dalam diri pelajar dengan tignkah
laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan. Menurut Creswell (2008), reka bentuk
tinjauan bertujuan untuk menerangkan corak dalam sikap, pandangan, kelakuan serta ciri-ciri
dalam populasi yang besar. Kajian ini juga menggunakan tinjauan rentas silang iaitu data
diambil pada satu peringkat dalam satu masa. Hal ini kerana pentadbiran soal selidik kepada
sampel hanya dilakukan sekali sahaja dalam tempoh kajian dijalankan.

Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan penerokaan tahap nilai alam sekitar yang terdapat dalam diri pelajar dan
tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar serta hubungan
antara nilai alam sekitar pelajar dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang
dilaksanakan oleh pelajar. Populasi kajian melibatkan 3166 orang pelajar tahun 5 yang belajar
di sekolah kebangsaan dalam daerah Besut, Terengganu (Jabatan Pendidikan Daerah Besut
2020). Walaubagaimanapun, penggunaan semua individu dalam populasi melibatkan tenaga,
perbelanjaan dan masa yang banyak. Oleh itu, sampel kajian yang dipilih daripada populasi ini
adalah seramai 341 orang berdasarkan jadual persampelan Krejcie & Morgan (1970).

463

Pemilihan pelajar tahun 5 adalah berdasarkan justifikasi bahawa kumpulan pelajar ini telah
berada di sekolah rendah selama lima tahun dan tidak terlibat dengan kelas peperiksaan yang
besar seperti UPSR dan dianggap matang untuk memberikan pandangan tentang tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik yang mana tingkah laku ini telah didedahkan kepada mereka
sewaktu pembelajaran formal bagi subjek Sains semasa berada di Tahun 4 dan Tahun 5.
Terdapat 54 buah sekolah rendah dalam daerah Besut dan sekolah rendah-sekolah rendah ini
dibahagikan kepada lima zon mengikut lokasi sekolah iaitu zon Hulu Besut, zon Jerteh, zon
Kuala Besut, zon Kota Putera dan zon Jabi. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak
berstrata untuk memilih sampel berkeberangkalian sekolah rendah supaya terdapat wakil
sekolah setiap zon. Bagi pemilihan pelajar pula, ianya dilakukan secara rawak setelah sekolah
yang terpilih untuk mewakili zon masing-masing ditentukan. Keseluruhannya sebanyak lima
buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini dan seramai 341 orang pelajar tahun 5 yang terpilih
sebagai sampel kajian dalam kajian ini.

Instrumen Kajian

Menurut Fraser dan Walberg (1982) dan Rivera dan Ganaden (2001), terdapat kelebihan
menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik dengan mendapatkan pandangan pelajar
tentang nilai alam sekitar dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh
mereka. Alasan utama adalah penggunaan soal selidik dapat dilakukan secara terus, bersemuka
dan lebih ekonomi berbanding dengan teknik pemerhatian dan temu bual. Penggunaan
instrumen soal selidik memberikan ruang kepada para pelajar untuk memberikan maklum balas
secara telus dimana jika dilaksanakan secara pemerhatian, hanya aspek luaran sahaja yang
dapat dilihat dan jika dilakukan secara temu bual, mungkin terdapat pelajar yang malu dan
tidak selesa memberikan pendapat secara lisan serta jawapan mereka akan dipengaruhi oleh
jawapan rakan sebaya melalui perbualan yang dilakukan. Justeru itu, pengkaji memilih
instrumen soal selidik sebagai alat untuk mengukur tahap nilai alam sekitar pelajar dan tahap
tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar berdasarkan lima skala
likert. Penggunaan instrumen soal selidik memberikan masa dan ruang untuk pelajar bebas
melontarkan pandangan masing-masing terhadap perkara yang ditanya dengan jujur dan tanpa
bias serta pengruh daripada orang lain. Dalam kajian tinjauan ini, soal selidik yang digunakan
dikenali sebagai soal selidik hubungan nilai alam sekitar pelajar dengan tingkah laku
penjimatanan tenaga elektrik yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas seperti kajian
Muhammad Mehedi Masud et al. (2013), kajian Kaiser, Merten, & Wetzel (2018), dan kajian
Lange & Dewitte (2019) . Soal selidik ini dirangka bagi memenuhi objektif kajian. Item dalam
soal selidik ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan laras kata yang sesuai untuk
peringkat umur kanak-kanak 11 tahun. Soal selidik ini direka bagi mendapatkan maklumat
yang lengkap mengenai nilai alam sekitar yang terdapat dalam diri pelajar dan tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar.

Dalam kajian ini, soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:

Bahagian A: Maklumat Demografi
Bahagian B: Nilai alam sekitar pelajar
Bahagian C: Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

Bahagian A merangkumi maklumat demografi responden di mana ciri-ciri responden seperti
jantina, pendapatan ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa dan bilangan adik-beradik. Bahagian B
pula merangkumi 15 pernyataan yang mengkaji nilai alam sekitar pelajar yang dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu nilai biosferik, nilai altruistik dan nilai egoistik. Soal selidik pada

464

Bahagian B menggunakan lima skala likert seperti 1 – Sangat tidak setuju, 2 – Tidak setuju, 3
– Tidak pasti, 4 – Setuju, dan 5 – Sangat setuju. Bagi bahagian C pula, terdapat 13 pernyataan

yang mengkaji tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar yang
menggunakan lima skala likert seperti 1 – Tidak pernah, 2 – Jarang sekali, 3 – Kadang kala, 4
– Kerap, dan 5 – Selalu. Instrumen soal selidik ini telah mendapat kesahan daripada empat

orang pakar dan telah dijalankan kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan. Nilai alfa

Cronbach yang diperolehi adalah 0.81.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

1. Apakah tahap nilai alam sekitar pelajar (nilai biosferik, altruistik dan egoistik) ?

JADUAL 1: Kekerapan dan peratus bagi pernyataan-pernyataan yang terdapat dalam nilai-nilai alam
sekitar

Nilai pelajar terhadap alam sekitar

Jawapan responden

Bil Pernyataan STS TS TP S SS

(1) (2) (3) (4) (5)

Nilai biosferik fff f f
(%) (%) (%) (%) (%)
1 Saya perlu melindungi alam 6 0 26 139 170
sekitar (1.8) (0) (7.6) (40.8) (49.9)

2 Saya perlu menghormati alam 3 6 44 151 137

sekitar dan hidupan lain (0.9) (1.8) (12.9) (44.3) (40.2)

3 Saya perlu mengamalkan 3 4 78 156 100
tingkah laku mesra (0.9) (1.2) (22.9) (45.7) (29.3)
persekitaran

4 Saya perlu mengurangkan 11 8 28 135 159

kerosakan kepada alam sekitar
(3.2) (2.3) (8.2) (39.6) (46.6)

5 Saya perlu menggunakan 6 3 45 138 149

tenaga secara berhemah demi (1.8) (0.9) (13.2) (40.5) (43.7)

alam sekitar

Min keseluruhan nilai biosferik = 4.21

Nilai altruistik fff f f
(%) (%) (%) (%) (%)
6 Saya bertanggungjawab 4 18 67 131 121
menjaga alam sekitar demi

465

generasi akan datang (1.2) (5.3) (19.6) (38.4) (35.5)

7 Saya menggunakan elektrik 3 9 72 140 117
secara berhemah demi
kepentingan ekonomi keluarga (0.9) (2.6) (21.1) (41.1) (34.3)

8 Saya perlu menghormati 5 7 33 124 172

spesies hidupan lain kerana
mereka mempunyai hak untuk (1.5) (2.1) (9.7) (36.4) (50.4)

hidup

9 Saya perlu bekerjasama 5 9 42 152 133
dengan orang lain untuk (1.5) (2.6) (12.3) (44.6) (39.0)
menjaga alam sekitar

10 Saya perlu menjaga alam 3 6 43 138 151
sekitar demi kebahagiaan (0.9) (1.8) (12.6) (40.5) (44.3)
hidup masyarakat

Min keseluruhan nilai altruistik = 4.16

Nilai egoistik fff f f
(%) (%) (%) (%) (%)

11 Saya perlu menjaga alam 7 10 50 149 125
sekitar bagi menjamin (2.1) (2.9) (14.7) (43.7) (36.7)
kehidupan saya

12 Saya akan mengurangkan 6 12 28 128 167
pencemaran demi kesihatan (1.8) (3.5) (8.2) (37.5) (49.0)
saya

13 Saya mengamalkan sikap 6 10 59 140 126
berjimat-cermat dalam (1.8) (2.9) (17.3) (41.1) (37.0)
penggunaan elektrik bagi
mengurangkan bil elektrik
rumah saya

14 Saya bertanggungjawab 4 15 68 145 109
menjaga alam sekitar demi (1.2) (4.4) (19.9) (42.5) (32.0)
keselesaan hidup saya

15 Saya menghayati nilai alam 3 11 70 131 126
sekitar demi kebaikan hidup (0.9) (3.2) (20.5) (38.4) (37.0)
saya

Min keseluruhan nilai egoistik = 4.11

Petunjuk: STS – Sangat tidak setuju, TS – Tidak setuju, TP – Tidak pasti, S – Setuju, SS – Sangat
setuju

466

JADUAL 2: Min dan sisihan piawai bagi nilai-nilai alam sekitar

Pembolehubah Min Sisihan Interpretasi
piawai
Nilai biosferik 4.21 Tinggi
Nilai altruistik 4.16 0.53 Tinggi
Nilai egoistik 4.11 Tinggi
Keseluruhan 4.16 0.59 Tinggi

0.74

0.63

Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan hasil analisis deskriptif yang dilakukan ke atas nilai
alam sekitar. Berdasarkan Jadual 1, majoriti responden memilih jawapan setuju (4) dan sangat
setuju (5) pada pernyataan-pernyataan yang terdapat dalam nilai biosferik, nilai altruistik dan
nilai egoistik. Berdasarkan Jadual 1, dalam konstruk nilai biosferik, pernyataan yang paling
banyak sangat dipersetujui oleh pelajar adalah ‘Saya perlu melindungi alam sekitar’ iaitu 170
(49.9%) dan diikuti oleh pernyataan ‘Saya perlu mengurangkan kerosakan kepada alam
sekitar’iaitu 159 (46.6%). Bagi pernyataan yang paling banyak pelajar rasakan tidak pasti
adalah ‘Saya perlu mengamalkan tingkah laku mesra persekitaran iaitu 78 (22.9%). Bagi
konstruk nilai altruisitk, pernyataan yang paling banyak sangat dipersetujui oleh pelajar adalah
‘Saya perlu menghormati spesies hidupan lain kerana mereka mempunyai hak untuk hidup’
iaitu 172 (50.4%) dan diikuti oleh pernyataan ‘Saya perlu menjaga alam sektiar demi
kebahagiaan hidup masyarakat’ iaitu 151 (44.3%). Pernyataan yang paling banyak pelajar tidak
pasti adalah ‘Saya menggunakan elektrik secara berhemah demi kepentingan ekonomi
keluarga’ iaitu 72 (21.1%) dan diikuti oleh pernyataan ‘Saya bertanggungjawab menjaga alam
sekitar demi generasi akan datang’ iaitu 67 (19.6%).

Hasil analisis deskriptif yang dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian ini mendapati
para responden mempunyai tahap nilai alam sekitar yang tinggi yang merangkumi nilai
biosferik, altruistik dan egoistik (rujuk Jadual 2). Daripada analisis soal selidik yang dilakukan,
nilai biosferik (min = 4.21, SP = 0.53), nilai altruistik (min = 4.16, SP = 0.59), dan nilai
egoistik(min = 4.11, SP = 0.63). Jika dibandingkan antara ketiga-tiga nilai, nilai biosferik
mempunyai nilai min tertinggi berbanding nilai altruistik dan nilai egoistik. Dapatan ini
menunjukkan para responden mempunyai nilai biosferik yang tinggi di mana mereka
mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap alam sekitar. Dapatan ini juga menunjukkan
para responden mempunyai nilai altruistik yang tinggi di mana mereka mempunyai
keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan dan perlakuan adil terhadap manusia lain.
Seterusnya, dapatan ini menunjukkan para responden mempunyai nilai egoistik yang tinggi di
mana nilai ini mencerminkan manfaat atau faedah yang diperolehi kepada diri sendiri terhadap
tindakan yang dilakukan. Faedah yang diperolehi seperti dapat menjimatkan kos,
meningkatkan pencapaian, mendapat penghormatan dan sebagainya. Dapatan yang diperolehi
ini juga mengesahkan kajian Onur, Sahin, & Tekkaya (2012) yang mendapati setiap individu
mempunyai tahap keprihatinan yang berbeza-beza. Bidang keprihatinan ini dilabel sebagai
egoistik, altruistik dan biosferik yang diperkenalkan oleh Stern dan Dietz (1994).

Seterusnya, dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Ghumaan (2016) yang
mendapati tahap nilai alam sekitar pelajar sekolah menengah adalah tinggi di Punjabi.
Berdasaran kajian Ghumaan (2016), tahap nilai alam sekitar tinggi disebabkan pendidikan alam
sekitar yang dijalankan di sekolah menengah dan kempen-kempen yang dianjurkan untuk
menyelamatkan alam sekitar. Bagi dapatan kajian ini, tahap nilai alam sekitar yang tinggi
dalam kalangan pelajar mungkin kesan pendidikan alam sekitar yang diterapkan sebagai

467

elemen merentas kurikulum di sekolah (Haliza 2017), aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah menerusi Kelab Alam Sekitar (Haliza 2017) dan pengaruh keluarga pelajar (Erhabor
& Oviahon 2018). Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Jovanovic, Živković
dan Petrović (2015) yang mengatakan nilai persekitaran pelajar mempengaruhi pembentukan
tanggungjawab alam sekitar secara peribadi. Dapatan kajian Jovanovic, Živković dan Petrović
(2015) juga mengatakan tahap nilai alam sekitar dalam kalangan pelajar tinggi disebabkan
aktiviti pembelajaran formal di sekolah seperti aktiviti kokurikulum yang dijalankan menerusi
Kelab Alam Sekitar dan program-program alam sekitar yang djalankan di sekolah seperti
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, program kitar semula, dan sebagainya. Kajian
mereka juga berpendapat pembelajaran secara tidak formal juga turut menyumbang kepada
tahap nilai alam sekitar yang tinggi dalam kalangan pelajar di mana mereka terdedah dengan
media massa mengenai program-program pemuliharaan alam sekitar yang dipaparkan
menerusi televisyen dan laman sesawang. Kajian mereka juga percaya bahawa pembelajaran
formal dan pembelajaran tidak formal boleh memupuk kesedaran dan tanggungjawab dalam
diri pelajar menerusi pembentukkan tahap nilai persekitaran yang tinggi dalam diri pelajar.

Seterusnya bagi menjelaskan dapatan kajian ini yang mendapati nilai min biosferik
lebih tinggi berbanding nilai min altruistik dan egoistik, terdapat kajian yang mengatakan nilai
biosferik adalah peramal yang konsisten untuk tingkah laku yang diukur (Whitley, Takahashi,
Zwickle, Besley & Lertpratchya 2016). Teori VBN menunjukkan bahawa norma peribadi
seseorang individu adalah berdasarkan nilai yang terdapat dalam dirinya (Whitley, Takahashi,
Zwickle, Besley & Lertpratchya 2016). Seterusnya norma akan membentuk tingkah laku
seseorang individu (Whitley, Takahashi, Zwickle, Besley & Lertpratchya 2016). Jika ingin
mengubah norma individu, maka perlulah memberi tumpuan dengan meningkatkan nilai
biosferik (Whitley, Takahashi, Zwickle, Besley & Lertpratchya 2016). Bagi meningkatkan
tingkah laku penjimatan tenaga elektrik pelajar, norma perlu diubah dengan membentuk nilai
biosferik dalam diri pelajar. Walaupun norma dapat dibentuk tetapi norma cenderung berubah
dari masa ke masa mengikut situasi tertentu. Hal ini menunjukkan peranan nilai biosferik,
alturistik dan egoistik yang terdapat dalam diri seseorang individu untuk membentuk norma
yang baik seterusnya mendorong kepada tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. (Whitley,
Takahashi, Zwickle, Besley, & Lertpratchya 2016).

2. Apakah tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik pelajar ?

JADUAL 3: Kekerapan, peratus dan min bagi pernyataan-pernyataan yang terdapat dalam
tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

Jawapan responden

Bil Pernyataan TP JS KK K S

Tingkah laku penjimatan 12345
tenaga elektrik
fffff
1 Saya mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik di (%) (%) (%) (%) (%)
rumah
9 47 153 64 68
2 Saya memantau penggunaan
tenaga elektrik di rumah (2.6) (13.8) (44.9) (18.8) (19.9)

44 57 106 64 70
(12.9) (16.7) (31.1) (18.8) (20.5)

468

3 Saya menutup suis elektrik 5 10 24 51 251
apabila keluar dari rumah (1.5) (2.9) (7.0) (15.0) (73.6)

4 Saya menutup suis lampu 26 25 32 47 211
apabila tidur (7.6) (7.3) (9.4) (13.8) (61.9)

5 Saya menutup suis lampu 12 11 25 53 240
apabila hari sudah cerah (3.5) (3.2) (7.3) (15.5) (70.4)

6 Saya akan menanggalkan 'plug' 18 22 61 71 169

apabila tidak menggunakan (5.3) (6.5) (17.9) (20.8) (49.6)
peralatan elektrik

7 Saya hanya menggunakan 61 21 75 67 117

penyaman udara apabila cuaca (17.9) (6.2) (22.0) (19.6) (34.3)

panas

8 Saya menutup suis apabila 6 13 30 56 236
'handphone' telah penuh dicas (1.8) (3.8) (8.8) (16.4) (69.2)

9 Saya menutup suis peralatan 16 16 62 82 165

elektronik apabila tidak
digunakan. (contoh: televisyen, (4.7) (4.7) (18.2) (24.0) (48.4)

komputer, 'playstation', dan

sebagainya

10 Saya menggunakan mentol 59 25 82 86 89

penjimatan tenaga di rumah (17.3) (7.3) (24.0) (25.2) (26.1)
(contoh: lampu LED, lampu

kalimantang, lampu pendaflour

dan sebagainya)

11 Saya menggunakan peralatan 47 33 77 75 109

elektrik jimat tenaga di rumah
(peralatan elektrik jimat tenaga: (13.8) (9.7) (22.6) (22.0) (32.0)

peralatan yang mempunyai

'sticker energy rating star')

12 Saya hanya menggunakan satu 57 41 70 72 101

peralatan elektronik pada satu (16.7) (12.0) (20.5) (21.1) (29.6)
masa. (contoh peralatan

elektronik: komputer,

televisyen, 'handphone' dan

sebagainya)

Keseluruhan min bagi tingkah laku penjimatan tenaga elektrik = 3.83

(Sederhana tinggi)
Petunjuk: TP – Tidak pernah, JS – Jarang sekali, KK – Kadang-kala, K – Kerap, S - Selalu

Berdasarkan Jadual 3, interpretasi tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik
ditentukan dan hasil kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik
pada keseluruhannya adalah berada pada tahap sederhana tinggi di mana min = 3.83, SP =
0.62. Sebanyak 12 item telah dikemukakan untuk mengenalpasti tahap tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik pelajar. Item-item tersebut dinyatakan dalam soal selidik Bahagian C.

469

Berdasarkan Jadual 4.9, tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang paling selalu dilakukan
oleh pelajar adalah ‘Saya selalu menutup suis elektrik apabila keluar dari rumah’ iaitu 251
(73.6%) diikuti dengan ‘Saya menutup suis lampu apabila hari sudah cerah’ iaitu 240 (70.4%).
Bagi pernyataan yang paling banyak tidak pernah dilakukan oleh pelajar adalah ‘Saya hanya
menggunakan penyaman udara apabila cuaca panas’ iaitu 61 (17.9%) diikuti dengan ‘Saya
menggunakan mentol penjimatan tenaga di rumah (contoh: lampu LED, lampu kalimantang,
lampu pendaflour dan sebagainya)’ iaitu 59 (17.3%). Bagi tingkah laku yang kadang kala
dilakukan oleh pelajar adalah ‘Saya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumah’ iaitu
153 (44.9%) diikuti ‘ Saya memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah’ iaitu 106 (31.1%).

Tahap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar adalah
berada di tahap sederhana tinggi kerana masih terdapat pelajar yang kurang mengamalkan
tingkah laku ini disebabkan kurang penghayatan terhadap nilai alam sekitar. Walaupun pelajar
belajar tentang nilai alam sekitar di sekolah menerusi nilai sisipan dalam elemen merentas
kurikulum (Buku Penerangan KSSR Semakan 2017), namun para pelajar masih kurang
memahami kepentingan melaksanakan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik dalam
kehidupan seharian. Sukatan pelajaran di Malaysia adalah berbeza berbanding sukatan
pelajaran di luar negara dimana di luar negara terdapat satu subjek tambahan yang dipanggil
Pendidikan Perubahan Iklim atau Pendidikan Alam Sekitar seperti di negara China (Tian &
Wang 2015) dan Australia (Heck 2003). Subjek ini diajar sebagi satu subjek formal di sekolah
di luar negara manakala di Malaysia subjek ini diajar secara merentas kurikulum seperti di
negara Jepun (Kodama 2017) dan di negara Vietnam (Heck 2015). Berdasarkan pandangan
pengkaji sebagai seorang guru, negara Malaysia tidak dapat melaksanakan satu subjek
Pendidikan Alam Sekitar sebagai satu subjek berasingan di sekolah kerana di negara Malaysia
masih kekurangan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang tersebut disamping sukatan
pelajaran yang sedia ada sudah padat dengan jadual waktu persekolahan pelajar. Justeru itu,
negara Malaysia telah menyisipkan elemen alam sekitar menerusi EMK dalam setiap sukatan
mata pelajaran di sekolah dengan harapan guru menerapkan elemen tersebut dalam pengajaran
mereka. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar memahami,
menghayati dan mengamalkan tingkah laku pro-persekitaran dalam kehidupan seharian seperti
menggunakan kaedah pembelajaran luar (Azlinawati, Sharifah Zarina & Muhammad Rizal
2018), pembelajaran berasaskan pengalaman (Karpudewan & Nur Sabrina 2017) dan lain-lain
lagi (Chew & Pascua 2017). Selain daripada pendidikan formal di sekolah, tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar dapat ditingkatkan melalui pendidikan
tidak formal seperti melalui media massa, jaringan komuniti dan perkongsian penduduk
setempat (UNESCO 2009).

Seterusnya, tingkah laku penjimatan tenaga elektrik secara amnya terbahagi kepada dua
kategori asas iaitu tindakan kebiasaan pengguna seperti mengurangkan penggunaan tenaga
elektrik atau melakukan tingkah laku penyesuaian seperti mengubah tabiat penggunaan dan
membeli peralatan yang menggunakan teknologi cekap tenaga (Black et al. 1985; Dillman et
al. 1983; Stern 1992; Van Raaij dan Verhallen 1983; Barr et al. 2005). Aktiviti membeli
peralatan yang menggunakan teknologi cekap tenaga merupakan satu tindakan yang
memerlukan pelaburan wang yang banyak tanpa mengubah gaya hidup (Gyberg & Palm 2009).
Contohnya pengguna sanggup membayar harga yang tinggi untuk membeli peralatan yang
mempunyai label kecekapan tenaga yang tinggi (sticker energy rating star). Jadi, dalam
konteks pelajar sekolah, tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang perlu diterapkan adalah
mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dalam aktiviti seharian dan menggunakan tenaga
elektrik secara optimum serta mengelakkan pembaziran tenaga elektrik. Hal ini kerana pelajar
sekolah tidak mampu membeli peralatan yang cekap tenaga dan penggunaan tenaga elektrik
mereka hanya mampu dikawal menerusi perubahan tingkah laku. Berdasarkan kajian Ayoub et

470

al. (2014) mendapati pengamalan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik dalam aktiviti
seharian dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik lebih kurang 10%.

3. Adakah terdapat hubungan di antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik?

Bagi menjawab persoalan kajian ketiga, analisis korelasi pearson digunakan. Sebelum
ujian korelasi dapat dijalankan, beberapa andaian telah dipenuhi seperti data yang digunakan
adalah berskala nisbah (data telah di ‘Transform’ dan di ‘Compute’ dalam SPSS), data
bertaburan normal dimana telah melalui ujian Shapiro-Wilks dan Kolmogorov-Smirnov dan
telah mendapat nilai p>0.05. Data yang bertaburan normal juga boleh dilihat menerusi nilai
Skewness dan Kurtosis. Suatu data dikatakan bertaburan normal apabila kedua-dua nilai
Skewness dan Kurtosis berada antara -1.96 dan +1.96 (Chua 2014). Menurut Hair et al. (2010),
data dikatakan normal apabila skewness berada antara nilai -2 hingga +2 manakala Byrne
(2010) pula menyatakan bahawa nilai kurtosis berada antara -7 hingga +7. Seterusnya,
hubungan antara kedua-dua pembolehubah hendaklah linear dan mempunyai kesamaan
varians.

JADUAL 4: Ujian normaliti ke atas pembolehubah bersandar

Pembolehubah Skewness Kurtosis Kolmogorov- Shapiro-Wilks
Smirnov 0.97
Tingkah laku
penjimatan tenaga -0.663 1.080 0.07
elektrik

JADUAL 5: Perhubungan antara nilai biosferik dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

Pembolehubah Min Sisihan piawai N Korelasi Signifikan
pearson
Nilai biosferik
Tingkah laku penjimatan 4.21 0.53 341 0.27 0.000
tenaga elektrik
3.83 0.62

Berdasarkan Jadual 5, keputusan analisis menunjukkan bahawa korelasi adalah
signifikan pada p<0.01. Bagi sampel kajian ini (n=341), kekuatan korelasi antara nilai biosferik
(M=4.21, SD=0.53) dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik (M=3.83, SD=0.62) adalah
rendah r = 0.27, p=0.000. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan diantara nilai
biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Oleh yang demikian, hipotesis nol
ditolak.

Hasil analisis inferensi iaitu korelasi pearson, didapati terdapat hubungan diantara nilai
biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Walaupun terdapat hubungan
diantara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik, nilai korelasinya adalah
rendah di mana r=0.27 (rujuk Jadual 5). Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian
Bouman , Steg , & Zawadzki (2020) iaitu terdapat hubungan yang positif di antara nilai
biosferik dengan tingkah laku pro-persekitaran iaitu tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

471

walaupun nilai korelasinya rendah. Menurut kajian Bouman, Steg, & Zawadzki (2020),
semakin meningkat nilai biosferik individu, semakin meningkat penglibatan individu tersebut
dalam aktiviti pro-persekitaran. Dalam kajian mereka juga, didapati sekumpulan individu yang
mempunyai nilai biosferik yang lebih kuat berbanding kumpulan lain akan menunjukkan lebih
banyak tingkah laku pro-persekitaran. Nilai biosferik yang terdapat dalam diri sekumpulan
individu ini akan mendorong mereka secara peribadi untuk bertingkah laku ke arah mesra
persekitaran. Pengaruh nilai biosferik dalam sekumpulan individu mungkin bertindih atau
bergantung pada nilai biosferik peribadi individu tersebut dimana ianya dianggap sebagai
peramal utama untuk penglibatan pro-persekitaran individu (De Groot & Steg 2008; Roccas &
Sagiv 2010; Steg et al. 2014; Stern et al. 1998; Thogersen & Olander 2002).

Selain itu, dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian Nguyen, Lobo, dan Greenland
(2016) yang mendapati pengguna yang mempunyai nilai biosfera secara positif akan
mempengaruhi sikap mereka terhadap perlindungan alam sekitar, yang seterusnya berubah
menjadi positif kepada tingkah laku pembelian peralatan cekap tenaga. Kajian Nguyen, Lobo
dan Greenland (2016) meneliti kesan nilai biosfera pengguna terhadap tingkah laku pembelian
peralatan rumah tangga yang cekap tenaga. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai biosfera
mendorong keterlibatan aktif dalam tingkah laku pembelian pro-persekitaran dengan
meningkatkan sikap pengguna terhadap perlindungan alam sekitar, norma subjektif dan identiti
diri persekitaran, dan dengan mengurangkan ketidakselesaan mereka yang dirasakan berkaitan
dengan produk mesra alam. Penemuan dapatan kajian Nguyen, Lobo dan Greenland (2016) ini
menunjukkan terdapat hubungan antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga
yang mana selari dengan dapatan kajian ini.

Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini juga bertentangan dengan kajian Balunde,
Perlaviciute dan Steg (2019) dimana dalam kajian mereka didapati nilai biosferik mempunyai
korelasi yang kuat dengan semua jenis tingkah laku pro-persekitaran kecuali untuk penggunaan
mod pengangkutan yang lestari manakala dapatan kajian ini hanya mempunyai nilai korelasi
yang rendah antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang
diamalkan oleh pelajar. Oleh itu, usaha harus dilakukan oleh golongan pendidik untuk
meningkatkan nilai biosferik dalam kalangan pelajar dengan kaedah pengajaran yang pelbagai
seperti pembelajaran berasaskan pengalaman (Hanif Akhtar 2014; Ting & Cheng 2014;
Runhaar P., Wagenaar, Wesselink & Runhaar H. 2019; Yen & Sembiring 2020) atau
pembelajaran luar bilik darjah (Lee & Jan 2015; Prince 2016; Rosa, Profice & Collado 2018;
Alcock, White, Pahl, Davidson, & Fleming 2020) yang dapat menarik minat mereka untuk
melaksanakan tingkah laku pro-persekitaran di samping menyedarkan mereka akan kebaikan
melaksanakan tingkah laku ini dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana nilai biosfera
adalah kepercayaan asas yang menggambarkan keprihatinan terhadap biosfera (Stern et al.,
1993) dan menekankan kualiti alam semula jadi dan persekitaran secara bebas daripada faedah
yang diberikannya kepada manusia (Steg dan De Groot 2012). Hal ini juga dapat dibuktikan
menerusi kajian Martin dan Czellar (2017), yang mendapati nilai biosferik mempunyai
hubungan dengan alam semula jadi. Orientasi nilai biosfera dapat menjadi elemen motivasi
bagi tingkah laku lestari. Kajian Martin dan Czellar (2017) juga menyatakan dari segi statistik,
nilai biosfera menjelaskan sebahagian besar hubungan semula jadi dengan tingkah laku hijau.
Justeru itu, dapat dibuktikan bahawa nilai biosfera menjadi penghubung antara hubungan alam
semula jadi dengan hubungan tingkah laku. Perasaan hubungan antara diri dan alam boleh
memudahkan orientasi nilai biosfera yang lebih kuat pada individu dan orientasi nilai biosfera
ini dapat mendorong tingkah laku mesra alam sekitar. Oleh yang demikian, pentingnya
golongan pendidik mengaplikasikan pengajaran berasaskan pengalaman dan pengajaran luar
bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran supaya nilai biosferik dapat ditingkatkan dan
seterusnya hubungan korelasi antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik menjadi lebih tinggi.

472

Pengajaran berasaskan pengalaman dengan alam mampu memberikan pendedahan
secara langsung kepada para pelajar supaya nilai biosferik dapat dibentuk dan ditingkatkan
dalam diri mereka. Menurut kajian Rosa dan Collado (2019), terdapat hubungan positif antara
pengalaman langsung dengan pembentukkan sikap persekitaran dan tingkah laku pro-
persekitaran. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pengalaman secara langsung dengan alam
sekitar dapat meningkatkan pengetahuan terhadap alam sekitar (Hartig et al. 2014),
meningkatkan tingkah laku pro-persekitaran (Chawla & Derr 2012; Evans et al. 2018) dan
meningkatkan orientasi pro-sosial (Joye & Bolderdijk 2014). Pengalaman di alam dikaitkan
secara positif dengan pro-persekitaran yang lebih kuat seperti hubungan emosi terhadap alam
semula jadi (Kals et al. 1999), kesediaan untuk memelihara biodiversiti (Soga et al. 2016),
kesediaan untuk mengeluarkan belanja bagi aktiviti pemuliharaan alam (Lo & Jim 2010) dan
kesediaan untuk melaksanakan tingkah laku pro-persekitaran (Evans et al. 2018). Pendedahan
pelajar kepada pengalaman secara langsung dengan alam akan meningkatkan nilai biosentrik
(Larson et al. 2011), keterkaitan dengan alam (Otto & Pensini 2017), dan kepercayaan
mengenai Paradigma Persekitaran Baru (New Environmental Paradigma)(Collado et al. 2013),
peningkatan emosi positif (Mayer et al. 2009), dan peningkatan moral yang lebih kuat terhadap
alam sekitar (Hahn & Garrett 2017). Oleh itu, pembelajaran berasaskan pengalaman alam dapat
meningkatkan nilai biosferik para pelajar dan seterusnya meningkatkan amalan tingkah laku
pro-persekitaran yang dilakukan oleh pelajar dimana pelajar akan lebih memahami mengapa
pentingnya melaksanakan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian
dan apakah manfaat daripada tingkah laku ini terhadap alam yang mereka diami. Apabila
pelajar mula memahami sebab dan akibat sesuatu tingkah laku itu, maka mereka akan
terdorong untuk melaksanakannya dengan sukarela dan bersedia melakukan tindakan yang lain
yang boleh menyumbang kepada kebaikan alam sekitar.

Seterusnya, dapatan kajian ini yang mendapati nilai korelasi antara nilai biosferik dan
tingkahlaku penjimatan tenaga elektrik adalah rendah kerana responden kajian terdiri daripada
pelajar tahun 5 di mana tahap kematangan pelajar ini masih rendah dan pengetahuan pelajar
terhad kepada diri sendiri sahaja. Pelajar tidak dapat berfikir secara abstrak akan setiap
tindakan yang dilakukan memberi kesan kepada alam sekitar dan hanya nampak secara konkrit
sahaja. Pendapat ini disahkan menerusi Teori Perkembangan Kognitif yang diperkenalkan oleh
Jean Piaget pada tahun 1950 (McLeod, 2018). Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget
(1950), perkembangan pemikiran kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat peringkat
mengikut umur mereka. Peringkat pertama adalah sensorimotor (umur dari lahir sehingga 18-
24 bulan), peringkat kedua adalah peroperational (umur 2 hingga 7 tahun), peringkat ketiga
adalah concrete operational (umur 7 hingga 11 tahun) dan peringkat terakhir adalah formal
operational (umur remaja sehingga dewasa) (McLeod 2018). Justeru itu, sampel kajian terdiri
daripada pelajar yang berumur 11 tahun di mana mengikut Teori Perkembangan Kognitif
Piaget (1950), mereka tergolong dalam kumpulan concrete operational. Tahap itu dipanggil
konkrit kerana kanak-kanak dapat berfikir secara logik dengan lebih berjaya sekiranya mereka
dapat memanipulasi bahan (konkrit) sebenar atau gambarnya (McLeod 2018). Piaget
menganggap tahap konkrit sebagai titik tolak utama dalam perkembangan kognitif kanak-
kanak kerana ia menandakan permulaan pemikiran logik atau operasi (McLeod 2018). Ini
bermaksud kanak-kanak itu dapat menyelesaikan masalah secara dalaman di kepala mereka
(daripada secara fizikal mencuba sesuatu di dunia nyata). Tetapi pemikiran operasional hanya
berkesan sekiranya kanak-kanak diminta memberi alasan mengenai bahan yang ada secara
fizikal (McLeod 2018). Kanak-kanak pada peringkat ini akan cenderung melakukan kesilapan
atau merasa terbeban ketika diminta memberi alasan mengenai masalah abstrak atau hipotesis
(McLeod 2018). Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1950) ini, pengkaji dapat
berhipotesis kenapa nilai korelasi antara nilai biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik adalah rendah. Hal ini kerana para responden kajian iaitu pelajar tahun 5 merasa

473

terbeban ketika diminta membuat pilihan dalam menjawab pernyataan-pernyataan yang
terdapat dalam soal selidik dan seterusnya cenderung untuk melakukan kesilapan kerana skop
yang ditanya dalam pernyataan soal selidik bersifat abstrak. Menurut Teori Perkembangan
Kognitif Piaget (1950), perkembangan kognitif adalah proses yang terjadi kerana pematangan
biologi dan interaksi dengan persekitaran (McLeod 2018). Keupayaan kanak-kanak untuk
memahami, memikirkan dan menyelesaikan masalah di dunia berkembang dengan cara
berhenti-mula dan tidak berterusan (McLeod 2018). Bagi Piaget, perkembangan kognitif
adalah penyusunan semula proses mental yang progresif sebagai hasil dari pematangan biologi
dan pengalaman persekitaran (McLeod 2018). Kanak-kanak membina pemahaman tentang
dunia di sekeliling mereka, kemudian mengalami perbezaan antara apa yang telah mereka
ketahui dan apa yang mereka dapati di persekitaran mereka. Justeru itu, berdasarkan Teori
Perkembangan Kognitif Piaget (1950) ini dapat disimpulkan sampel kajian yang terpilih itu
masih mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang terhad terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka dan hal ini menyebabkan dapatan korelasi nilai biosferik dengan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar adalah rendah (r=0.27).

4. Adakah terdapat hubungan di antara nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik?

JADUAL 6: Perhubungan antara nilai altruistik dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

Pembolehubah Min Sisihan piawai N Korelasi pearson
Nilai altruistik
Tingkah laku penjimatan tenaga elektrik 4.16 0.59 341 0.321

3.83 0.62

Berdasarkan Jadual 6, keputusan analisis menunjukkan bahawa korelasi adalah
signifikan pada p<0.01. Bagi sampel kajian ini (n=341), kekuatan korelasi antara nilai altruistik
(M=4.16, SD=0.59) dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik (M=3.83, SD=0.62) adalah
sederhana r = 0.32, p=0.000. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan diantara
nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Oleh yang demikian, hipotesis
nol ditolak.

Hasil analisis inferensi iaitu korelasi pearson, didapati terdapat hubungan diantara nilai
altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Walaubagaimanapun, hubungan
nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang didapati adalah sederhana,
di mana nilai r = 0.3 (rujuk Jadual 4.13). Nilai korelasi di antara nilai altruistik dengan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik adalah lebih tinggi berbanding nilai korelasi di antara nilai
biosferik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik kerana sampel kajian terdiri daripada
pelajar sekolah rendah. Jadi, sampel kajian lebih terdedah dengan nilai altruistik menerusi
pengalaman harian mereka bersama keluarga dan masyarakat setempat berbanding nilai
biosferik yang memerlukan pemahaman yang tinggi mengenai alam dan hidupannya.
Pergaulan dengan keluarga dan masyarakat setempat telah memupuk nilai altruistik dalam diri
pelajar di mana ahli keluarga pelajar telah mendedahkan tentang kepentingan bertingkah laku
jimat tenaga elektrik kepada para responden kajian. Oleh itu, menerusi pergaulan dan interaksi
harian, pelajar dipupuk nilai altruistik dalam diri mereka dan seterusnya mendorong mereka
melaksanakan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian.

Selain itu, dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Loureiro dan Lima (2019)
yang mengatakan terdapat hubungan nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga.
Walaubagaimanapun, nilai korelasi yang ditunjukkan adalah sederhana. Menurut kajian
Loureiro & Lima (2019), untuk menerangkan tingkah laku penjimatan tenaga, interaksi antara

474

faktor situasi dan nilai altruistik mesti dipertimbangkan. Secara spesifiknya, pelbagai jenis
faktor situasi mungkin mempengaruhi kesan nilai terhadap tingkah laku (Maio, Olson, Bernard
& Luke 2003). Kesan ini boleh dikaji menggunakan faktor psikologi di mana penilaian dan
pertimbangan yang berbeza seseorang individu terhadap sesuatu tingkah laku atau disebut
sebagai persepsi seseorang individu (Drijksterhuis & Bargh 2001). Petunjuk situasi yang
relevan mungkin secara automatik mengaktifkan pertimbangan atau tindak balas tingkah laku
kepada situasi tertentu. Kesan utama terhadap tingkah laku adalah kerana pengaktifan
hubungan bersepadu antara konsep yang diwakili secara mental dan tindak balas tingkah laku
yang spesifik (Drijksterhuis, Aarts, Bargh & Knippenberg 2000).

Seterusnya, dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Wang et al. (2018).
Menurut kajian Wang et al. (2018), tingkah laku kebiasaanya didorong oleh altruisme melalui
pengaktifan norma peribadi di mana individu tersebut menyokong tingkah laku pro-sosial dan
boleh dipertanggungjawabkan. Kajian Wang et al. (2018) adalah untuk meneroka sama ada
pengamalan tingkah laku penjimatan tenaga penduduk setiap hari berpunca dari egoisme atau
altruisme. Dapatan kajian Wang et al. (2018) menunjukkan faktor egoistik (menabung wang)
tidak signifikan, dan semua faktor altruistik (jalan dan sikap pengaktifan norma) adalah
signifikan. Kajian Wang et al. (2018) dapat disimpulkan bahawa tingkah laku penjimatan
tenaga harian penduduk bandar di China didorong oleh altruisme berdasarkan data dan sampel
dalam penyelidikan mereka. Kajian Wang et al. (2018) menjelaskan bahawa kesedaran
penjimatan tenaga yang dilakukan adalah di bawah pertimbangan altruistik di mana konsep
dan kesedaran penjimatan tenaga telah diperbaiki di bawah faktor persekitaran luar dan norma
peribadi. Seterusnya, kajian Wang et al. (2018) juga menjelaskan peningkatan pendapatan
menjadikan ekonomi bukan bebanan kepada sesebuah keluarga untuk menggunakan peralatan
cekap tenaga yang berteknologi tinggi di mana peralatan ini memakan kos yang agak mahal.
Oleh itu, dapat disimpulkan dalam kajian Wang et al. (2018), tingkah laku penjimatan tenaga
penduduk bandar di negara China didorong oleh nilai altruistik dan bukan nilai egoistik kerana
peningkatan pendapatan para penduduk di bandar mendorong mereka menjimatkan tenaga
dengan tidak mengubah gaya hidup tetapi membeli peralatan cekap tenaga yang menggunakan
teknologi tinggi.

Dapatan kajian ini juga adalah selari dengan dapatan kajian Dietz (2015). Kajian Dietz
(2015) mengkaji cara meningkatkan kecekapan tenaga menggunakan kaedah eksperimental
dimana melibatkan 118 buah apartment di California Selatan selama lebih 9 bulan. Semasa
kajian, pengkaji memberikan dua jenis maklum balas untuk mendorong tingkahlaku kecekapan
tenaga. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak di mana satu kumpulan
diberi maklum balas mingguan mengenai penjimatan kos dolar tahunan mereka sebanyak 10%
berbanding jiran mereka apabila melaksanakan kecekapan tenaga manakala kumpulan yang
satu lagi mendapat maklum balas mingguan mengenai penggunaannya dalam metrik
pengurangan pelepasan pencemaran udara apabila melaksanakan kecekapan tenaga. Hal ini
bermaksud satu kumpulan mendapat maklumat mengenai bagaimana kecekapan tenaga
memberi manfaat kepada diri mereka dan satu kumpulan lagi mendapat maklumat mengenai
bagaimana kecekapan tenaga menyumbang kepada pengurangan pencemaran udara. Hasilnya
menarik di mana isi rumah yang menerima mesej pencemaran udara dikurangkan penggunaan
elektrik melebihi 8.2% dalam tempoh pemantauan 100 hari. Mereka dalam kumpulan ini yang
mempunyai anak mengubah tingkah laku mereka dengan lebih dramatik dengan mencapai
pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 19%. Sebaliknya, kumpulan yang satu lagi di mana
mereka menerima mesej penjimatan kos dolar apabila melaksanakan kecekapan tenaga telah
berlaku peningkatan penggunaan tenaga dan kenaikan itu lebih besar untuk isi rumah dengan
anak-anak dan mereka berada dalam kategori penggunaan tenaga yang tertinggi. Banyak
program yang mendorong kecekapan tenaga menganggap bahawa kos kewangan dan
kemudahan yang disediakan oleh syarikat tenaga adalah pendorong penggunaan tenaga yang

475

dominan adalah meleset sama sekali. Jadi, dalam kajian ini jelas menunjukkan bahawa
motivasi penggunaan tenaga isi rumah adalah untuk kesejahteraan diri sendiri dan orang lain.
Mereka menggunakan tenaga untuk meningkatkan kesejahteraan. Mereka menganggap
semakin meningkat penggunaan tenaga semakin berkurang kesejahteraan. Tindakan kecekapan
tenaga yang ingin dicari adalah pertukaran yang optimum antara jumlah tenaga yang digunakan
dan jumlah kesejahteraan yang dihasilkan. Tujuannya adalah untuk memberikan yang sama
peningkatan kesejahteraan dengan menggunakan lebih sedikit tenaga, sehingga mengurangkan
kos kewangan kepada pengguna dan bahaya kepada alam sekitar. Oleh itu, kajian Dietz (2015)
adalah melihat hubungan nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga yang
diamalkan di mana selari dengan dapatan kajian ini yang mengatakan terdapat hubungan antara
nilai altruistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik.

5. Adakah terdapat hubungan di antara nilai egoistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik?

JADUAL 7: Perhubungan antara nilai egoistik dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik

Pembolehubah Min Sisihan piawai N Korelasi Signifikan
pearson
Nilai egoistik
Tingkah laku penjimatan 4.11 0.63 341 0.24 0.000
tenaga elektrik
3.83 0.62

Berdasarkan Jadual 7, keputusan analisis menunjukkan bahawa korelasi adalah
signifikan pada p<0.01. Bagi sampel kajian ini (n=341), kekuatan korelasi antara nilai egoistik
(M=4.11, SD=0.63) dan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik (M=3.83, SD=0.62) adalah
rendah r = 0.24, p=0.000. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan diantara nilai
egoistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Oleh yang demikian, hipotesis nol
ditolak.

Hasil analisis inferensi iaitu korelasi pearson, didapati terdapat hubungan diantara nilai
egoistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Walaubagaimanapun, hubungan nilai
egoistik dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik yang di dapati adalah lemah, di mana
nilai r = 0.24. Dapatan ini selari dengan kajian Steg dan Vlek (2009) yang mengatakan terdapat
hubungan antara nilai egoistik dengan tingkah laku . Menurut kajian Steg dan Vlek (2009),
penglibatan seseorang dalam tingkah laku penjimatan tenaga didorong oleh kedudukannya
yang egoisme dan altruisme. Bagi kajian Kis, Verschoor dan Sargisson (2020), nilai egoistik
biasanya diukur dengan lima sub item iaitu kuasa sosial, yang berkaitan dengan keperluan
untuk penguasaan dan kawalan terhadap orang lain; kekayaan, mencerminkan keperluan
material harta benda dan wang; kuasa, menekankan hak untuk memerintah atau memimpin;
pengaruh, dikaitkan dengan keperluan untuk memberi kesan kepada orang lain atau peristiwa;
dan cita-cita, yang menggambarkan kebimbangan untuk bekerja keras. Justeru itu, dalam kajian
ini, dapatan yang diperolehi nilai egoistik adalah min=4.11 yang diintepretasikan sebagai tinggi
namun korelasinya dengan tingkah laku penjimatan tenaga elektrik adalah rendah, r=0.24
kerana nilai egoistik tidak mempunyai pengaruh yang kuat ke atas tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar. Hal ini kerana nilai egoistik yang ditanya dalam
soal selidik adalah kesemuanya berkisar tentang diri pelajar dan tidak melibatkan kuasa sosial
dan pengaruh ke atas orang lain. Pernyataan yang terdapat dalam item soal selidik bagi nilai

476

egoistik adalah seperti yang diutarakan dalam kajian Han & Lee (2016) dimana menurut kajian
mereka, individu yang mempunyai orientasi nilai egoistik mempertimbangkan kos dan faedah
tingkah laku pro-persekitaran untuk diri mereka sendiri. Menurut Han & Lee (2016) juga, nilai
egoistik menentukan seseorang individu itu melindungi aspek persekitaran yang
mempengaruhi mereka secara peribadi atau menentang perlindungan alam sekitar sekiranya
kos peribadi dianggap tinggi.

Seterusnya, kajian Kis, Verschoor dan Sargisson (2020) mendapati apabila berkorelasi
dengan perilaku pro-persekitaran yang luas, nilai biosfera biasanya mempunyai korelasi positif
sementara nilai egoistik biasanya memiliki korelasi negatif. Dapatan ini bertentangan dengan
dapatan dalam kajian ini di mana nilai egoistik mempunyai korelasi positif dengan tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik walaupun nilai korelasinya adalah rendah. Dapatan kajian Kis,
Verschoor dan Sargisson (2020) adalah selari dengan dapatan kajian Sharma dan Gupta (2020)
yang mendapati nilai biosfera mempunyai kesan tertinggi terhadap paradigma persekitaran
baru, sedangkan nilai egoistik mempengaruhi paradigma persekitaran baru secara negatif.
Kesedaran mengenai akibat dan penentuan tanggungjawab secara signifikan meramalkan
norma peribadi pro-lingkungan yang secara statistik meramalkan tingkah laku pro-
persekitaran.

Walaubagaimanapun, individu yang sangat menyokong nilai egoistik mungkin
melakukan tingkah laku pro-persekitaran yang melibatkan cubaan mempengaruhi orang lain.
Kedua-dua nilai biosferik dan egoistik berkorelasi dengan tingkah laku yang mempengaruhi
individu lain. Nilai biosfera lebih berkaitan dengan tindakan pengaruh sosial kerana apabila
nilai egoistik menurun, kecuali ketika nilai egoistik tinggi. Beberapa tingkah laku pro-
persekitaran nampaknya berkaitan secara positif dengan kedua-dua nilai biosfera dan egoistik.
Secara khusus, individu mungkin menghasilkan faedah persekitaran melalui mempengaruhi
tindakan orang lain.

Implikasi Kajian

a) Golongan pendidik

Kajian ini dapat membuka minda pendidik tentang kepentingan nilai alam sekitar yang perlu
diterapkan dalam diri pelajar. Berdasarkan pengalaman seorang guru, nilai alam sekitar hanya
diterapkan sebagai sisipan nilai dalam pelbagai subjek menerusi elemen merentas kurikulum.
Nilai alam sekitar yang diterapkan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah
hanya diperingkat luaran sahaja dan tidak secara mendalam oleh kerana kekangan masa yang
diperuntukkan untuk mengajar sesuatu subjek disamping guru terikat dengan keperluan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran di dalam bilik darjah. Penghayatan nilai alam sekitar yang
merangkumi pelabagi cabang perlu dititikberatkan kepada para pelajar supaya dapat dihayati
sepenuhnya dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian ini dapat mengupas
sedikit sebanyak tahap nilai alam sekitar yang dipegang oleh para pelajar dan keputusan kajian
ini membuka minda para guru akan kepentingan nilai alam sekitar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

b) Pihak pengurusan sekolah

Kajian ini dapat memberikan gambaran awal kepada pihak pengurusan sekolah tentang
kepentingan nilai alam sekitar dan tingkah laku penjimatan tenaga yang perlu dilaksanakan
dalam kehidupan seharian. Menerusi dapatan kajian ini, diharapkan pihak sekolah dapat
menyediakan ganjaran berupa pujian, hadiah, sijil dan sebagainya kepada warga sekolah iaitu
guru, pelajar dan kakitangan sekolah agar mereka bermotivasi untuk melaksanakan tingkah

477

laku penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian mereka. Menerusi ganjaran yang diberikan,
iklim yang positif dapat diwujudkan dalam kawasan sekolah dan seterusnya boleh
mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk turut sama melaksanakan tingkah laku penjimatan
tenaga dalam kehidupan seharian mereka demi menyelamatkan Bumi ini.

c) Institut latihan guru

Institut latihan guru perlu menyediakan latihan yang komprehensif dan bersepadu dalam
melahirkan guru-guru yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan tingkah laku pro-
persekitaran dalam kehidupan seharian. Apabila guru mngaplikasikan tingkah laku pro-
persekitaran dalam kehidupan seharian, diharapkan guru tersebut mampu memberi pengaruh
kepada para pelajar untuk melaksanakan tingkah laku pro-persekitaran dalam kehidupan
mereka. Latihan juga haruslah menekankan gaya pengajaran yang pelbagai yang mana mampu
digunakan untuk menarik minat murid dalam mempelajari pendidikan alam sekitar.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian tentang hubungan antara nilai alam sekitar dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik mempunyai batasan tertentu disebabkan oleh sampel kajian, masa dan kaedah kajian
yang terhad. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang lebih
bermakna perlu dilakukan untuk memperkukuhkan lagi dapatan kajian berkaitan dengan
tingkah laku penjimatan tenaga elektrik. Antara cadangan dan penambahbaikan yang boleh
dilakukan oleh pengkaji seterusnya pada masa akan datang ialah:

a. Kajian ini hanya melibatkan pembolehubah nilai alam sekitar seperti nilai biosferik,
altruistik dan egoistik dalam melihat hubungannya dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik. Bagi pengkaji yang seterusnya, dicadangkan agar permbolehubah ini ditambah dengan
kebolehpercayaan dan norma yang bertepatan dengan Teori Nilai-Kepercayaan-Norma yang
diperkenalkan oleh Stern (2000). Selain itu juga, bagi melihat pengaruh sosio-demografi
terhadap tingkah laku penjimatan tenaga elektrik, dicadangkan pengkaji seterusnya mengkaji
mengenai umur, tahap pendidikan, budaya, bangsa, dan lokasi sebagai tambahan kepada
pembolehubah yang sedia ada iaitu jantina dan status sosioekonomi supaya dapat dibuat
beberapa generalisasi tambahan bagi melihat kesan sosio-demografi ke atas tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik.
b. Seterusnya, pengkaji yang akan datang boleh mengunakan pelbagai kaedah
pengumpulan data supaya data yang terhasil lebih menyeluruh seperti menggunakan kaedah
triangulasi iaitu temu bual, pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen dan lain-lain lagi.
c. Akhir sekali, pengkaji seterusnya boleh mengkaji bagaimana faktor situasional dalam
mempengaruhi nilai dalam diri seseorang dan seterusnya membentuk niat ke atas tingkah laku
yang dilakukan berdasarkan Teori Tingkahlaku Terancang yang diperkenalkan oleh Ajzen dan
Fishbein (1975) dalam konteks tingkah laku penjimatan tenaga elektrik.

KESIMPULAN

Kajian tentang hubungan nilai alam sekitar dengan tingkah laku penjimatan tenaga
elektrik yang melibatkan sampel pelajar di Malaysia masih terhad berbanding dengan negara-
negara maju, maka kajian ini boleh dikatakan sebagai satu keperluan. Tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik adalah satu tingkah laku yang amat penting diterapkan pada masa kini berikutan
peningkatan penggunaan tenaga elektrik saban tahun di Malaysia. Justeru itu, peranan

478

golongan pendidik amatlah penting dalam memupuk kesedaran dalam diri para pelajar untuk
mengamalkan tingkah laku ini dalam kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan bahawa
pendidikan alam sekitar ada diterapkan dalam kurikulum dan sukatan pelajaran di sekolah.
Namun begitu, masih terdapat jurang yang boleh dilihat dalam diri pelajar di mana para pelajar
masih kabur dalam memahami bagaimana untuk mengaplikasikan tingkah laku ini dalam
kehidupan seharian. Justeru itu, nilai alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi tingkah laku penjimatan tenaga elektrik ini dalam diri pelajar. Pemupukkan
nilai alam sekitar sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keluarga, masayarakat
dan budaya setempat. Polisi negara juga memainkan peranan dalam memupuk tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik dalam kalangan masyarakat.

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal secara sistematik dan
saintifik tentang tahap nilai alam sekitar dalam kalangan pelajar dan tahap tingkah laku
penjimatan tenaga elektrik yang diamalkan oleh pelajar sekolah rendah. Dapatan kajian ini
dapat memberikan gambaran hubungan nilai alam sekitar dengan tingkah laku penjimatan
tenaga elektrik. Diharapkan kajian ini dapat memberikan dan menambah input yang berguna
dan bermanfaat kepada sistem pendidikan di Malaysia dalam mempromosikan pendidikan
alam sekitar.

Sebagai rumusannya, adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pengkaji akan
datang serta menambah kepada literatur yang sedia ada tentang nilai alam sekitar dan tingkah
laku penjimatan tenaga elektrik. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat
penting kepada penggubal dasar, pentadbir sekolah, jabatan-jabatan pendidikan, perancang dan
pelaksana kurikulum agar dapat membantu mengadakan program mitigasi dan adaptasi dalam
mengatasi perubahan iklim yang sedang berlaku pada masa kini. Akhir sekali, semoga kajian
ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

PENGHARGAAN

Kajian ini merupakan sebahagian daripada projek dibawah peruntukkan geran
TRGS/1/2019/UKM/01/3/4

RUJUKAN

Ajaps S. & McLellan R. 2015. We don’t know enough: Environmental education
and pro-environmental behaviour perceptions. Cogent Education,2(1).
doi:10.1080/2331186x.2015.1124490

Attfield R. 1981. The good of trees. Journal of Value Inquiry, 15, 35–54

Azizi Z. M., Mokhtar Azizi N. S., Abidin N. Z. & Mannakkara S. 2019. Making Sense of
Energy-Saving Behaviour: A Theoretical Framework on Strategies for Behaviour
Change Intervention. Procedia Computer Science, 158, 725–734.
doi:10.1016/j.procs.2019.09.108

Bronfman N., Cisternas P., López-Vázquez E., Maza C. & Oyanedel J. 2015.
Understanding Attitudes and Pro-Environmental Behaviors in a Chilean Community.
Sustainability, 7(10), 14133–14152. doi:10.3390/su71014133

Bulunga A. A. L. & Thondhlana G. 2018. Action for increasing energy-saving behaviour in

479

student residences at Rhodes University, South Africa. International Journal of
Sustainability in Higher Education, 19(4), 773–789. doi:10.1108/ijshe-07-2017-0107

Carmi N., Arnon S. & Orion N. 2015. Transforming environmental knowledge into behavior:
The mediating role of environmental emotions. Journal of Environmental Education
2015, 46, 183–201.

Chen M.F. 2019. Effects of psychological distance perception and psychological factors on
pro-environmental behaviors in Taiwan: Application of construal level theory.
International Sociology, 35(1), 70–89. doi:10.1177/0268580919881870

Eom K., Kim H. S. & Sherman D. K. 2018. Social class, control, and action:
Socioeconomic status differences in antecedents of support for pro-environmental
action. Journal of Experimental Social Psychology, 77, 60–
75. doi:10.1016/j.jesp.2018.03.009

Fang S.C., Yu T.K., Yu T.Y & Chang I.C. 2016. Psychological distance and pro-
environmental behavior: An application of behavior model to emerging contaminants
in higher education. Journal of Baltic Science Education 15(6):759-775.

Farrow K., Grolleau G. & Ibanez L. 2017. Social Norms and Pro-environmental Behavior:
A Review of the Evidence. Ecological Economics, 140, 1–13.
doi:10.1016/j.ecolecon.2017.04.017

Ghumaan Gouravjeet. 2016. Environmental Values Among Secondary School Students In
Relation To Their Gender And Residential Background. Vidyawarta. Jan. Feb. Mar
2016 , Vol-02. 82.

Graves L. M. & Sarkis J. 2018. The role of employees’ leadership perceptions, values, and
motivation in employees’ provenvironmental behaviors. Journal of Cleaner
Production, 196, 576–587. doi:10.1016/j.jclepro.2018.06.013

Hanif Akhtar. 2014. Experiental Learning To Increase Pro-environmental Behaviour.
https://www.academia.edu/11576251/EXPERIENTIAL_LEARNING_TO_INCREAS
E_PRO_ENVIRONMENTAL_BEHAVIOUR [25 Disember 2020]

Hansla A., Gamble A., Juliusson A., & Gärling T. 2008. The relationships between
awareness of consequences, environmental concern, and value orientations. Journal
of Environmental Psychology, 28(1), 1–9.

Haliza Abdul Rahman. 2017. Usaha dan Cabaran dalam Mengaplikasikan Pendidikan
Alam Sekitar dalam Sistem Persekolahan di Malaysia. Asian Journal of
Environment, History and Heritage. December 2017, Vol. 1, Issue. 2, p. 61-70
ISSN 2590-4213 (Print) e-ISSN 2590-4310

Han H., Hwang J., & Lee M. J. 2016. The value–belief–emotion–norm model: investigating

480

customers’ eco-friendly behavior. Journal of Travel & Tourism Marketing, 34(5),
590–607. doi:10.1080/10548408.2016.1208790

Heck E. 2015. Environmental Education in Vietnam: A Case Study at Le Loi
Elementary School. Independent Study Project (ISP) Collection. 2223.
https://digitalcollections.sit.edu/isp_collection/2223

Huber J., Viscusi W. K. & Bell J. 2018. Dynamic relationships between social norms and
pro-environmental behavior: evidence from household recycling. Behavioural Public
Policy, 1–25. doi:10.1017/bpp.2017.13

IPCC. 2006. Guidelines for national greenhouse gas inventories. National greenhouse
gas inventories programme, Eggleston H.S., L. Buendia, K. Miwa, T. Ngara, K.
Tanabe (Eds.). Institute for Global Environmental Strategies (IGES), JAPAN.

IPCC. 2007. Climate Change 2007: The Physical Science Basis. Contribution of Working
Group I to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate
Change [Solomon, S., D. Qin, M. Manning, Z. Chen, M. Marquis, K.B. Averyt,
M.Tignor and H.L. Miller (eds.)]. Cambridge University Press, Cambridge, United
Kingdom and New York, NY, USA.

Jovanovic S., Živković L., Andjelković S., Gatarić D., Petrović S. & Zorica. 2015. To the
Environmental Responsibility among Students through Developing their
Environmental Values. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 171.
10.1016/j.sbspro.2015.01.128

Kaniušonytė G., Kunevičienė I.T & Žukauskienė R. 2018. Adolescent‐Parent Interaction in
Family Decision Making on Pro-Environmental Lifestyle. Environmental Psychology
Research Centre.

Keizer K. & Schultz P. W. 2018. Social Norms and Pro-Environmental Behaviour.
Environmental Psychology, 179–188. doi:10.1002/9781119241072.ch18

Keeling C. D. 1997. Climate change and carbon dioxide: An introduction. Proceedings of the
National Academy of Sciences, 94(16), 8273–8274. doi:10.1073/pnas.94.16.8273

Kerstin W. 2019. Behavior Change Towards a Sustainable Lifestyle – Effects of
Interventions and Psychological Factors on Pro-Environmental Behaviors. Thesis for
Doctoral degree in Psychology. Mid Sweden University: Östersund, 2019-05-03

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Putrajaya: Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (Semakan 2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya: Kuala
Lumpur.

481

Kis A., Verschoor M. & Sargisson R. J. 2020. Who Is More Likely to Influence Others? A
Value-Based Approach to Pro-Environmental Social Influence Behavior.
Sustainability, 13(6), 262–270. doi:10.1089/sus.2020.0022

Kulin J. & Johansson Sevä I. 2019. The Role of Government in Protecting the
Environment: Quality of Government and the Translation of Normative Views about
Government Responsibility into Spending Preferences. International Journal of
Sociology, 49(2), 110–129. doi:10.1080/00207659.2019.1582964

Kodama T. 2017. Environmental Education in Formal Education in Japan. Japanese Journal
of Environmental Education, 26(4), 4_21–26. doi:10.5647/jsoee.26.4_21

Lee T.H. & Jan F.H. 2015. The Effects of Recreation Experience, Environmental Attitude,
and Biospheric Value on the Environmentally Responsible Behavior of Nature-Based
Tourists. Environmental Management 56, 193–208 (2015).
https://doi.org/10.1007/s00267-015-0488-y

Levine et al. 2007. Residential and commercial buildings. In B. Metz, O. R. Davidson, P. R.
Bosch, R. Dave & L. A. Meyers (Eds.), Contribution of working group iii to the fourth
assessment report of the intergovernmental panel on climate change. Cambridge:
Cambridge University Press, Cambridge, United Kingdom.

Liu P., Teng M., & Han C. 2020. How does environmental knowledge translate into pro-
environmental behaviors?: The mediating role of environmental attitudes and
behavioral intentions. Science of The Total Environment, 138126.
doi:10.1016/j.scitotenv.2020.138126

Loureiro A. & Lima M. L. 2019. Energy-saving behavior: The different roles of altruism
and of environmentalism. Universitas Psychologica, 18(1), 1-12.
https://doi.org/10.1114 4/Javeriana.upsy18-1.esbd

Lu H., Liu X., Chen H., Long R. & Yue T. 2017. Who contributed to “corporation green” in
China? A view ofpublic- and private-sphere pro-environmental behavior among
employees. Resources Conservation and Recycling 120.
doi: 10.1016/j.resconrec.2016.12.008

Mageswary Karpudewan & Nur Sabrina Mohd Ali Khan. 2017. Experiential based climate
change education: fostering students’ knowledge and motivation towards the
environment. International Research in Geographical and Environmental Education,
DOI: 10.1080/10382046.2017.1330037

Maki A., Burns R. J., Ha L. & Rothman A. J. 2016. Paying people to protect the
environment: A meta-analysis of financial incentive interventions to promote
proenvironmental behaviors. Journal of Environmental Psychology, 47, 242–
255. doi:10.1016/j.jenvp.2016.07.006

Mariateresa Silvi & Emilio Padilla Rosa. 2017. Pro-environmental behavior: On the interplay

482

of intrinsic motivations and external conditions. Working Papers wpdea1703,
Department of Applied Economics at Universitat Autonoma of Barcelona.

Merchant C. 1992. Radical ecology: The search for a livable world. New York: Routledge.

Moser S. & Kleinhückelkotten, S. 2017. Good Intents, but Low Impacts: Diverging
Importance of Motivational and Socioeconomic Determinants Explaining Pro-
Environmental Behavior, Energy Use, and Carbon Footprint. Environment and
Behavior, 50(6), 626–656. doi:10.1177/0013916517710685

Moore H. E. & Boldero J. 2017. Designing Interventions that Last: A Classification of
Environmental Behaviors in Relation to the Activities, Costs, and Effort Involved for
Adoption and Maintenance. Frontiers in Psychology, 8.
doi:10.3389/fpsyg.2017.01874

Naess A. 1984. Intuition, intrinsic value and deep ecology. The Ecologist, 14, 201–203.

Ng L.P., Choong Y.O., Tee C.W., Kuar L. S., Teoh S.Y & Chen I.C. 2019. Green work
climate and pro-environmental behaviour among academics: The mediating role of
harmonious environmental passion. International Journal of Management Studies,
26(2), 77-97. doi: https://doi.org/10.32890/ijms.26.2.2019.10520

Nguyen N., Antonio L. & Steven G. 2016. Pro-environmental purchase behaviour: The role
of consumers’ biospheric values. Journal of Retailing and Consumer Services. 33. 98-
108. 10.1016/j.jretconser.2016.08.010.

Nordlund A. M., & Garvill J. 2002. Value Structures behind Proenvironmental Behaviour.
Environment and Behavior, 34, 740-756. http://dx.doi.org/10.1177/001391602237244

Ntanos S., Kyriakopoulos G., Arabatzis G., Palios V., & Chalikias M. 2018. Environmental
Behavior of Secondary Education Students: A Case Study at Central Greece.
Sustainability, 10(5), 1663. doi:10.3390/su10051663

Omar Jridi & Fethi Zouheir Nouri. 2015. Survey of socio-economic and contextual factors of
households‫ ׳‬energy consumption. https://doi.org /10.1016/j.dib.2015.09.007.

Park E. & Kwon S. J. 2017. What motivations drive sustainable energy-saving behavior?:
An examination in South Korea. Renewable and Sustainable Energy Reviews, 79,
494–502. doi:10.1016/j.rser.2017.05.150

Pelenur M. 2018. Household energy use: a study investigating viewpoints towards energy
efficiency technologies and behaviour. Energy Efficiency. doi:10.1007/s12053-018-
9624-x

Pietro Lanzini. 2013. The Effects of Rewards on Spillover in Environmental Behaviours:
Monetary vs Praise Rewards. Proceedings from the 50th Societas Ethica Annual
Conference 2013. Climate Change, Sustainability, and an Ethics of an Open Future,

483

August 22-25 2013, Soesterberg, The Netherlands. http://www.ep.liu.se/ecp_home/
index.en.aspx?issue=98.

Rick Fransman & Arjan van Timmeren. 2017. Psychological and social factors underlying
pro-environmental behaviour of residents after building retrofits in the City-zen
project. Energy Procedia, Volume 122, Pages 1051-1056, ISSN 1876-6102.
https://doi.org/10.1016/j.egypro.2017.07.477.

Shafiei A. & Maleksaeidi H. 2020. Pro-environmental behavior of university students:
Application of protection motivation theory. Global Ecology and Conservation, 22,
e00908. doi: 10.1016/j.gecco.2020.e00908

Shi D., Wang L. & Wang Z. 2019. What affects individual energy conservation
behavior: Personal habits, external conditions or values? An empirical study based on
a survey of college students. Energy Policy, Elsevier, vol. 128(C), pages 150-161.

Schubert R. 2017. Purchasing Energy-Efficient Appliances – To Incentivise or to Regulate?
Environmental Law and Economics, 215–234. doi:10.1007/978-3-319-50932-7_9

Sony M. & Mekoth N. 2018. A qualitative study on electricity energy-saving behaviour.
Management of Environmental Quality: An International Journal, 29(5), 961–
977. doi:10.1108/meq-02-2018-0031

Stephenson J., Barton B., Carrington et al. 2015. The energy cultures framework: Exploring
the role of norms, practices and material culture in shaping energy behaviour in New
Zealand. Energy Research & Social Science, 7, 117-123.
doi: 10.1016/j.erss.2015.03.005

Tela N., Zulherman, Ilona D. & Zaitul. 2020. Energy-Saving Behaviour in the Workplace.
International Journal of Advance Science and Technology. Vol. 29 No. 10S, (2020),
pp. 18-23. ISSN: 2005-4238 IJAST.

USGS. n.d. Why is climate change happening and what are the causes?
https://www.usgs.gov/faqs/why-climate-change-happening-and-what-are-causes-1?qt-
news_science_products=0#qt-news_science_products [26 Mac 2020]

Van Riper C. J., Lum C., Kyle G. T., Wallen K. E., Absher J. & Landon A. C. 2018. Values,
Motivations, and Intentions to Engage in Proenvironmental Behavior. Environment
and Behavior 1-26,001391651880796. doi:10.1177/0013916518807963

Vesely S. & Klöckner C. A. 2017. Global Social Norms and Environmental Behavior.
Environment and Behavior, 50(3), 247–272. doi:10.1177/0013916517702190

Wang Z., Zhang B., Yin J., & Zhang Y. 2011. Determinants and policy implications for
household electricity-saving behaviour: Evidence from Beijing, China. Energy Policy,
39(6), 3550–3557. doi:10.1016/j.enpol.2011.03.055

484

Xu X., Chen C.-F., Li D., & Menassa C. 2020. Energy Saving at Work: Exploring the Role
of Social Norms, Perceived Control and Ascribed Responsibility in Different Office
Layouts. Frontiers in Built Environment, 6. doi:10.3389/fbuil.2020.00016

485

Persepsi dan Amalan Pembudayaan Kitar Semula Pelajar
Tahap Dua di Sekolah Luar Bandar

WAN NUR IZZATI WAN MOHMAD ASRI* & SITI NUR DIYANA MAHMUD

ABSTRAK

Masalah peningkatan kadar sisa pepejal di kawasan sekolah telah memberikan tekanan serta cabaran kepada pihak
sekolah. Namun, disebabkan kurangnya kesedaran dan penglibatan pelajar dalam pengurusan kitar semula ini
telah menyebabkan peningkatan sisa sampah di kawasan sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti
perbezaan tahap amalan kitar semula pelajar berdasarkan jantina, mengenalpasti hubungan antara faktor
pengetahuan dan sikap pelajar dengan tahap amalan pembudayaan kitar semula mereka serta mengetahui persepsi
pelajar mengenai kitar semula. Kajian kes yang menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif ini telah
dijalankan terhadap 115 orang pelajar tahap dua di sekolah luar bandar yang dipilih secara rawak mudah sebagai
sampel kajian. Data kajian dikumpulkan secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik dan kualitatif melalui
kaedah temubual. Hasil analisis deskriptif telah mendapati bahawa majoriti daripada pelajar mempunyai tahap
amalan kitar semula yang sederhana (74.78%). Manakala analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap tahap amalan kitar semula pelajar berdasarkan jantina serta terdapat hubungan yang signifikan
antara faktor sikap pelajar dengan tahap amalan kitar semula mereka. Keputusan temubual juga menunjukkan
pelajar mempunyai persepsi positif dan negatif mengenai kitar semula. Kajian ini memberi implikasi kepada
penambahbaikan amalan kitar semula pelajar serta kesedaran kepada mereka agar pelajar tidak memandang ringan
mengenai isu kitar semula ini pada masa akan datang.

Kata kunci: Kitar semula, sikap, amalan, pengetahuan dan persepsi

PENGENALAN

Sisa pepejal atau dikenali sebagai sampah sarap merupakan bahan atau lebihan yang tidak lagi
dikehendaki oleh manusia yang wujud daripada penggunaan sesuatu proses. Sampah sarap ini
tidak lagi digunakan kerana ianya tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi sebelum melalui
proses akhir malah dikehendaki untuk dilupuskan kerana sudah tercemar, lusuh, pecah atau
rosak. Menurut Suhaila Shahrul Anuar (2019), sisa sampah yang dihasilkan rakyat Malaysia
pada tahun 2019 telah mencapai kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dan telah dijana sekurang-
kurangnya 1.17 kilogram bagi setiap individu. Jumlah ini dianggarkan akan terus meningkat
seiring dengan pertambahan populasi penduduk. Beliau juga turut menyatakan bahawa
populasi penduduk yang bertambah ini sangat merunsingkan kerana akan menyumbang
kepada masalah ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara.

Punca berlakunya kadar peningkatan sisa pepejal ini adalah disebabkan kurangnya
kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam pelbagai program serta kempen kitar semula
yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan (Norpishah et al., 2017). Kitar semula
merupakan satu proses untuk mengolah semula bahan buangan dengan menggunakan kaedah
mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan tersebut bagi menghasilkan
barangan yang baru. Sisa pepejal yang diurus secara tidak bertanggungjawab dengan
berterusan akan menyebabkan gangguan atau perubahan ke atas alam sekitar, malah menjadi
punca penyakit seterusnya turut memberi kesan yang serius terhadap manusia (Jamilah et al.,
2011). Maka, kecekapan dalam menguruskan pembuangan sisa pepejal ini perlulah
dilaksanakan dengan mengamalkan proses kitar semula supaya segala sisa pepejal dapat
diuruskan dan dibuang dengan sempurna untuk menjamin kebersihan alam sekitar.

Walaubagaimanapun, pelbagai inisiatif telah diusahakan oleh pihak kerajaan Malaysia
sebelum ini bagi meningkatkan amalan dan pembudayaan program kitar semula dalam

486

kalangan masyarakat. Namun, program tersebut kurang berjaya malah, masyarakat tidak
mengambil berat mengenai hal pengurusan sampah sarap serta tidak memandang serius
terhadap perkara ini (Noor Yusri, 2014). Ini bermakna, keadaan menjadi semakin kritikal
kerana sikap masyarakat yang tidak mengambil endah beserta dengan penambahan jumlah sisa
pepejal dan peningkatan populasi penduduk di sesebuah tempat. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Norhusna pada tahun 2014, majoriti daripada pelajar merupakan penyumbang
utama kepada masalah penghasilan sampah terutamanya di kawasan sekolah. Menurut beliau
juga, budaya membuang sampah dalam kalangan pelajar ini boleh mendatangkan kesan yang
buruk terhadap persekitaran sekolah malah boleh mencemarkan kawasan sekitarnya.
Kebanyakan pelajar sering membuang sampah dengan mencampurkan semua jenis sampah
tanpa memikirkan sama ada sampah sarap tersebut boleh dikitar semula ataupun tidak. Mereka
malah lebih mengharapkan tukang sapu di kawasan sekolah sahaja untuk mengutip sampah
tersebut tanpa mempunyai inisiatif sendiri untuk mengutip dan membuang sampah tersebut ke
dalam tong sampah. Hal ini terbukti apabila kajian-kajian yang bertemakan kitar semula
sentiasa mengaitkan sikap pelajar sebagai salah satu penyumbang utama masalah pembuangan
sampah. Sikap para pelajar yang sebegini jelas menunjukkan bahawa amalan kitar semula tidak
dibudayakan dalam diri mereka. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar ini mengetahui tentang
amalan kitar semula ataupun sebaliknya? Dari segi demografi pula, adakah pelajar di sekolah
luar bandar juga turut mengamalkan pengurusan sisa pepejal dan amalan proses kitar semula
ini? Masalah ini akan menjadi bertambah serius dan mungkin lebih kritikal sekiranya para
pelajar masih lagi alpa dengan saranan pihak kerajaan untuk mengamalkan proses kitar semula
bahan sisa pepejal bagi menyelesaikan masalah timbunan sampah.

Justeru, berdasarkan latar belakang isu amalan kitar semula ini, tujuan kajian
dijalankan adalah untuk mengetahui tahap amalan pembudayaan kitar semula dalam kalangan
pelajar sekolah luar bandar dari segi sikap dan pengetahuan mereka . Hal ini kerana,
pembudayaan amalan kitar semula masih lagi kelihatan kurang dipraktikkan dalam diri para
pelajar terutamanya di sekolah luar bandar. Terdapat juga empat persoalan kajian yang telah
diketengahkan iaitu:
i. Apakah tahap amalan, pengetahuan dan sikap pelajar mengenai kitar semula di sekolah
luar bandar?
ii. Adakah terdapat perbezaan tahap pembudayaan amalan kitar semula pelajar
berdasarkan jantina?
iii. Adakah terdapat hubungan antara faktor sikap dan pengetahuan pelajar dengan tahap
pembudayaan amalan kitar semula mereka? dan
iv. Adakah terdapat perubahan antara faktor sikap dan pengetahuan pelajar sebagai faktor
penyumbang terhadap tahap kitar semula?

TINJAUAN LITERATUR

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap pembudayaan kitar semula

487

RAJAH 1 : Kerangka konsep amalan pembudayaan kitar semula pelajar dari aspek pengetahuan &
sikap berdasarkan demografi.

Kerangka kajian dibina berdasarkan Model KAP iaitu “Knowledge-Attitude-
Practice/Behaviour” yang telah dikemukakan oleh Ramsey dan Rickson pada tahun 1976.
Model KAP ini merujuk kepada pengetahuan, sikap dan amalan. Kerangka konsep telah dibina
berdasarkan teori bahawa dengan mempunyai tahap pengetahuan yang baik mengenai alam
sekitar, seseorang individu boleh terdorong kepada perubahan sikap mereka seterusnya
menyebabkan berlakunya perubahan pada amalan dan tingkah laku mereka (Kaiser et al.,
1999). Model KAP (Ramsey & Rickson, 1976) ini didasari oleh Teori Tingkah laku Terancang
(Ajzen & Fishbein, 1980). Teori Tingkah laku Terancang (TPB) lebih membahaskan tentang
sikap terhadap tingkah laku manusia, norma subjektif dan kawalan tingkah laku (pengetahuan).
Teori ini digunakan untuk menilai amalan kitar semula pelajar berdasarkan faktor demografi
(lokasi sekolah & jantina pelajar). Menurut Kidder & McLean (2001), teori gender role juga
turut menyatakan bahawa sesetengah faktor mungkin berbeza bagi lelaki dan perempuan.
Faktor seperti lelaki lebih agresif dan mempunyai daya saing yang tinggi (Schein & Mueller,
1992) amat berlainan dengan perempuan yang dikatakan lebih beremosi dan sensitif yang
mungkin mempengaruhi tingkah laku terhadap amalan kitar semula seseorang individu.
Menurut Fishbein & Azjen (1975), sikap terhadap tingkah laku bermaksud kepercayaan
individu terhadap sesuatu tingkah laku yang mana ianya wujud dan akan memberikan persepsi
atau pengetahuan terhadap sesuatu tingkah laku. Bagi mengetahui sama ada pelajar memberi
reaksi positif terhadap amalan kitar semula, sikap mereka akan lebih cenderung untuk
mempercayai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula. Sebaliknya, jika pelajar
memberi reaksi negatif terhadap amalan kitar semula, mereka tidak akan mengamalkan proses
kitar semula tersebut. Justeru, dapat dilihat bahawa pengetahuan dan sikap pelajar mempunyai
kaitan yang ketara dengan keinginan mereka untuk melakukan pembudayaan amalan kitar
semula (Helen & Maria, 2005). Maka, kerangka konsep dibentuk berdasarkan pengetahuan dan
sikap pelajar mengenai kitar semula dijangkakan berbeza mengikut jantina serta akan
mempengaruhi pembudayaan amalan kitar semula mereka.

Kesedaran Kitar Semula di Sekolah

Situasi pencemaran alam sekitar telah menjadi semakin serius sehingga telah banyak
menjejaskan ekosistem dan kehidupan akuatik. Menurut Nabsiah et al. (2011), kualiti udara,
air sungai dan kemusnahan hutan adalah disebabkan oleh sisa buangan dari kawasan sekolah,
perumahan serta tapak perindustrian yang telah menyebabkan isu pencemaran alam sekitar di
Malaysia menjadi semakin kronik. Maka, kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar bermula
dengan proses kitar semula adalah sangat penting untuk diterapkan kepada para pelajar
terutamanya di kawasan sekolah. Program seperti pendidikan dan kempen kitar semula perlu
diterapkan kepada para pelajar khususnya di kawasan luar bandar agar mereka diberi
pendedahan khusus bagi mengurus sendiri bahan buangan sisa pepejal di rumah serta di
sekolah.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Chong & Mapa (2019), tinjauan awal kajian
mereka telah mendapati bahawa masih ramai lagi para pelajar di Sekolah Menengah Bahang
mengambil mudah mengenai masalah sampah sarap di kawasan sekolah. Kajiannya mendapati
bahawa sikap pelajar yang tidak mempedulikan kebersihan persekitaran sekolah mereka
menyebabkan mereka tidak memandang serius mengenai isu sampah ini. Majoriti para pelajar
suka membuang sampah tanpa menghiraukan sama ada sampah tersebut boleh untuk dikitar
semula atau tidak. Kebanyakan pelajar sering mencampur adukkan sampah mereka tanpa
mengasingkan sampah-sampah tersebut terlebih dahulu mengikut kategori sampah untuk

488

dikitar semula. Oleh itu, pendidikan mengenai alam sekitar khususnya kitar semula perlu
didedahkan kepada para pelajar agar mereka dapat menguruskan sisa sampah ini dengan baik.

Isu sampah ini menjadi bertambah serius kerana penambahan jumlah pelajar di
sesebuah sekolah pada zaman sekarang. Hal ini telah menyebabkan pengumpulan sampah di
merata tempat terutamanya di kawasan kantin dan di dalam bilik darjah. Menurut Norhusna
(2014), kesan pengotoran sekolah majoritinya adalah disebabkan oleh amalan pembuangan
sampah oleh para pelajar di dalam kawasan sekolah. Oleh itu, kesedaran perlu diterapkan
kepada para pelajar agar isu ini dapat diselesaikan pada masa hadapan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Terhadap Aktiviti Kitar Semula

a. Peranan Jantina Terhadap Aktiviti Kitar Semula

Kepentingan penglibatan kaum wanita dan kaum lelaki sangat perlu dalam mempengaruhi
amalan kitar semula terutamanya dalam kalangan remaja (Kelly et al., 2016). Penekanan isu
gender dalam amalan kitar semula ini membuktikan bahawa bukan sahaja wanita yang
mempunyai tanggungjawab bagi memastikan kebersihan alam sekitar, malah golongan lelaki
juga turut memainkan peranan mereka sebagai pengguna. Peranan gender dalam kajian lepas
juga telah banyak membuktikan bahawa faktor jantina boleh mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu terhadap alam sekitar. Kajian yang dijalankan oleh Othman, Ong & Lim
(2014), telah menunjukkan bahawa golongan remaja perempuan lebih beremosi terhadap isu
alam sekitar berbanding golongan remaja lelaki. Selain itu, kajian Seow Ta Wee pada tahun
2009 juga turut menyatakan bahawa wanita lebih cenderung untuk peka terhadap isu
menguruskan sisa pepejal berbanding dengan lelaki kerana pada kebiasaanya, pengurusan sisa
pepejal ini lebih banyak diuruskan oleh kaum wanita. Kaum lelaki lazimnya tidak mempunyai
masa yang banyak dalam pengurusan sisa pepejal ini jika dibandingkan dengan wanita.

Walaubagaimanapun, kaum lelaki turut mempunyai peranan sebagai ketua keluarga
khususnya dalam hal-hal pengurusan sisa pepejal serta mengamalkan proses kitar semula.
Hasil kajian daripada para pengkaji ini sedikit sebanyak telah menyatakan bahawa peranan
gender sama ada lelaki atau perempuan mempunyai tanggungjawab yang sama terutamanya
bagi mempamerkan amalan kitar semula dalam kehidupan mereka.

b. Pengetahuan dan Sikap Pelajar Mengenai Kitar Semula

Pengetahuan merupakan cara idea yang berbeza diperoleh melalui persepsi, tanggapan,
memori, imaginasi dan konsep yang abstrak (Ibrahim, 1995). Kajian mengenai tahap
pengetahuan seseorang mengenai alam sekitar telah dijalankan oleh Kaplowitz dan Levine
pada tahun 2005 bagi melihat secara jelas tahap pengetahuan pelajar Universiti dengan orang
awam mengenai isu-isu alam sekitar di Amerika Syarikat. Kajian yang dijalankan oleh mereka
telah mendapati bahawa terdapat kolerasi yang positif di antara bidang pengajian dengan tahap
pengetahuan alam sekitar. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pelajar yang
belajar dalam bidang pengajian yang berkaitan dengan Sains mempunyai pengetahuan yang
lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang belajar di luar bidang Sains.

Secara umumnya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa bidang pendidikan Sains telah
mempengaruhi tahap pengetahuan seseorang individu tentang isu-isu yang berkaitan dengan
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Latif et al., (2012) kerana kajiannya turut menjelaskan
bahawa pengguna berkelakuan dan bertindak mengikut taraf, bidang pendidikan dan budaya
mereka. Sekiranya mereka kurang minat dan tidak berpengetahuan terhadap pengurusan kitar
semula, ia merupakan salah satu sebab yang membuktikan responden tidak mengetahui
mengenai jenis sisa pepejal yang sesuai untuk dikitar semula. Malah, pengetahuan dalam

489

pengurusan alam sekitar ini amat penting dalam diri seseorang terutamanya dalam pengurusan
kitar semula supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan memastikan kebersihan
alam sekitar sentiasa terjaga.

Beberapa pengkaji tempatan juga telah mengadakan kajian mengenai pengetahuan
alam sekitar pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Azizi & Rosta (2003) terhadap pelajar
sekolah menengah di Langkawi telah mendapati bahawa tahap pengetahuan mereka mengenai
alam sekitar adalah baik. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang isu-isu alam
sekitar sangat penting bagi mengekalkan kesejahteraan alam sekitar seterusnya dapat
membentuk tingkah laku masyarakat yang bertanggungjawab. Hal ini bertepatan dengan
model terawal yang telah dikemukakan oleh Ramsey dan Rickson pada tahun 1976 iaitu
model KAP (Knowledge-Attitude-Practice/Behaviour) (Mahmud & Siarap, 2013). Model ini
menyatakan bahawa pengetahuan merupakan asas kepada sikap dan tingkah laku seseorang.
Pengetahuan yang ditingkatkan juga dapat mempengaruhi sikap seterusnya membawa kepada
perubahan tingkah laku seseorang individu.

Sikap seseorang individu merupakan faktor penting terhadap isu alam sekitar. Namun,
disebabkan sikap individu yang kurang menunjukkan kesedaran terhadap isu alam sekitar ini
sedikit sebanyak telah membawa kepada masalah terhadap alam sekitar. Dzulkifli (2005) turut
menyatakan bahawa sikap masyarakat yang kurang mengutamakan kesenangan orang lain
terutamanya dalam isu penjagaan alam sekitar telah menyebabkan pelbagai masalah terhadap
alam sekitar. Selain itu juga, kajian yang dilakukan oleh Newhouse pada tahun 1990 turut
menekankan bahawa sikap seseorang individu boleh berubah mengikut masa. Hal ini
disebabkan oleh beberapa pengaruh luaran seperti pengalaman dan pendidikan. Malah,
pengetahuan seseorang individu juga boleh mempengaruhi sikap seseorang seterusnya
memberi kesan terhadap tingkah laku mereka. Oleh itu, pendidikan yang terbaik mengenai
alam sekitar sepatutnya dimulakan dan disemai oleh para guru dari awal peringkat sekolah
rendah lagi supaya sikap positif terhadap alam sekitar dapat diamalkan sehingga ke peringkat
dewasa seterusnya dapat membentuk tingkah laku seseorang individu yang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar (Kruse & Card, 2004).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah merupakan kajian kes perwakilan yang menggunakan gabungan
kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik sebagai alat
utama untuk mengumpul data secara kuantitatif. Malah, data kajian juga dikumpulkan secara
kualitatif melalui kaedah temu-bual. Analisis deskriptif juga digunakan untuk mendapatkan
data (min, frekuensi dan peratusan) daripada pelajar serta bagi mengetahui tahap pengetahuan,
sikap dan amalan pembudayaan kitar semula mereka. Analisis inferensi turut digunakan bagi
mengenalpasti perbezaan tahap amalan kitar semula pelajar berdasarkan jantina,
mengenalpasti hubungan antara faktor pengetahuan dan sikap dengan tahap amalan
pembudayaan kitar semula mereka serta mengenal pasti perubahan antara faktor pengetahuan
dan sikap sebagai faktor penyumbang terhadap tahap amalan pembudayaan kitar semula
pelajar.

Populasi kajian terdiri daripada pelajar tahap dua dari sebuah sekolah luar bandar di
daerah Setiu Terengganu. Bagi menentukan sampel kajian yang diperlukan dalam kaedah soal
selidik ini, kaedah persampelan rawak mudah telah dipilih dan melibatkan seramai 115 orang
pelajar tahap dua tersebut. Manakala, dalam kaedah temu bual pula, seramai 6 orang pelajar
tahun enam telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan sebagai responden temu-bual.

Bagi instrumen soal-selidik, terdapat 31 soalan yang telah disediakan dan dibahagikan
kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi butiran
peribadi yang berkaitan dengan diri responden manakala Bahagian B pula merupakan item-

490

item yang mengukur tahap amalan pembudayaan kitar semula dalam kalangan pelajar. Dalam
bahagian ini, terdapat 13 soalan yang perlu dijawab oleh setiap responden. Lima pilihan
jawapan juga disediakan kepada setiap soalan soal-selidik. Setiap pilihan jawapan mewakili
darjah persetujuan mengikut pandangan responden berdasarkan Skala Likert. Bahagian C
dalam konteks soal selidik pula bertujuan bagi mengukur faktor pengetahuan dan sikap para
pelajar mengenai kitar semula. Bentuk soalan bagi ketiga-tiga bahagian ini sama seperti
Bahagian B iaitu dengan darjah persetujuan mengikut Skala Likert bermula daripada satu
hingga lima.

Data dikumpulkan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada para pelajar.Bagi
kaedah temu-bual pula, Teknik temu bual separa berstruktur telah digunakan iaitu 3 soalan
utama disediakan oleh pengkaji dan disusuli dengan soalan mengenai cadangan daripada
responden. Tiga penemu-bual yang berbeza dilatih terlebih dahulu oleh pengkaji dan temu-
bual telah dilakukan sebanyak tiga kali oleh tiga penemu-bual yang berbeza. Pengkaji
mengumpul dan menyusun data , menulis semula transkrip berdasarkan temu-bual dan
seterusnya mengekod data serta menghasilkan dan menambah baik tema sehingga mencapai
tahap ketepuan data. Kemudian, proses pengumpulan data temu-bual dihentikan.

Bagi tujuan menentukan kesahan dan keboleh-percayaan instrument kajian, kaedah
konsistensi dalaman telah digunakan bagi mengira pekali kebolehpercayaan alfa Cronbarch.
Menurut Tuckman (1978), kebolehpercayaan ujian bermaksud bahawa ujian itu adalah
konsisten. Pekali alfa Cronbarch 0.737 yang didapati daripada hasil analisis adalah memuaskan
malah, item-item soalan juga boleh digunakan dalam kajian soal-selidik ini. Bagi
kebolehpercayaan temu-bual, kaedah triangulasi telah digunakan. Pengkaji mengumpul data-
data menggunakan pengkaji yang berbeza untuk menanyakan soalan yang sama pada sela masa
yang berlainan, melakukan kajian pada masa yang berlainan dan melakukan kajian di tempat
yang berlainan. Pengkaji juga menggunakan alat pencatat sebagai bukti seperti perakam suara
untuk mencatatkan hasil sesi temu-bual di dalam transkrip.

Bagi kaedah soal selidik, data-data dan maklumat yang dikumpulkan telah dianalisis
dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 26. Manakala
analisis data bagi kaedah temu-bual pula adalah secara manual. Keseluruhan transkrip temu
bual dibaca terlebih dahulu kemudian dihighlightkan maklumat penting. Tema atau kategori
yang bersesuaian juga dibentuk berdasarkan aspek-aspek yang dihighlight. Kategori,
subkategori, kod dan kekerapan setiap kod dibuat oleh pengkaji. Kemudian, dianalisis bagi
mendapatkan kesimpulan daripada temu-bual yang telah dijalankan.

Profil Responden Kajian

Dalam kajian soal-selidik ini, seramai 115 orang pelajar tahap dua telah terlibat. Majoriti
daripada responden terdiri daripada 62 orang pelajar perempuan (53.91%) dan 53 orang pelajar
lelaki (46.10%). Manakala pecahan responden mengikut usia pula responden yang berumur 10
tahun adalah seramai 35 orang pelajar dan merupakan pelajar tahun empat (31%), data yang
diperoleh untuk pelajar berumur 11 tahun pula adalah seramai 45 orang pelajar serta
merupakan pelajar tahun lima (39%). 35 orang pelajar merupakan pelajar tahun enam (30%).
Sebanyak 100% pelajar berbangsa Melayu yang juga terlibat dalam soal-selidik ini. Ini
menunjukkan bahawa bilangan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan pelajar
lelaki dalam menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan.

Profil Responden JADUAL 1. Profil responden kajian Peratus (%)
Jantina: Frekuensi 46.1

 Lelaki 53

491


Click to View FlipBook Version