The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pedagogi Pendidikan Islam 2 (Ibadah, Akhlak dan Jawi) ini boleh dijadikan rujukan asas atau bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjanan Muda Pendidikan atau Pasca Siswazah (PISMP/PDPP/PDPM), pengkhususan bidang Pendidikan Islam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraini2224, 2020-04-28 22:46:05

MODUL PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM 2 (IBADAH, AKHLAK DAN JAWI)

Modul Pedagogi Pendidikan Islam 2 (Ibadah, Akhlak dan Jawi) ini boleh dijadikan rujukan asas atau bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjanan Muda Pendidikan atau Pasca Siswazah (PISMP/PDPP/PDPM), pengkhususan bidang Pendidikan Islam.

Keywords: Pedagogi,Ibadah,Akhlak/Adab,Jawi,Kaedah,Teknik

ISI KANDUNGAN

BIDANG IBADAH, AKHLAK DAN JAWI
SEKOLAH RENDAH

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
RASULULLAH S.A.W DAN TOKOH-
TOKOH ILMUAN ISLAM

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
IBADAH, AKHLAK DAN JAWI

PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
BIDANG IBADAH, AKHLAK DAN JAWAI

1. BIDANG IBADAH, AKHLAK DAN
JAWI SEKOLAH RENDAH

• Pengenalan Sukatan
Pendidikan Ibadah, Akhlak
dan Jawi Sekolah Rendah:

• Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) / sukatan kurikulum

semasa
• Analisis dan huraian isi
kandungan Ibadah, Akhlak
dan Jawi dalam Kurikulum
Pendidikan Islam Sekolah

Rendah tahun 1 – 6.
- Cerakin tajuk

- Perincian isi kandungan

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menjelaskan Kandungan
Bidang Ibadah, Akhlak Dan

Jawi Pendidikan Islam Sekolah
Rendah. (C2, P2, A4, PLO1).

1. Menganalisis isi kandungan bidang
Ibadah, Akhlak dan Jawi dalam kurikulum
KS.SR Pendidikan Islam

2. Mencerakin isi kandungan Ibadah,

Akhlak dan Jawi dalam Kurikulum

Pendidikan Islam Sekolah Rendah

tahun 1 – 6.

- Cerakin tajuk

- Perincian isi kandungan

• Matlamat Pendidikan Islam

sekolah rendah adalah

untuk menghasilkan insan

yang berilmu, beriman,

beramal soleh dan

berakhlak mulia dengan

MATLAMAT menjadikan al-Quran dan

al-Sunnah sebagai

panduan dalam

kehidupan seharian

supaya menjadi hamba

Allah yang berjaya di

dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF BIDANG IBADAH,
AKHLAK DAN JAWI

Murid yang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran kurikulum standard
Pendidikan Islam sekolah rendah
berkebolehan untuk:

Memahami dan mengamalkan ibadat-
ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah

sebagai kewajipan umat Islam;

Memahami dan mengamalkan adab serta
menghayati nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan seharian; dan

Membaca dan menulis jawi serta
mencintainya sebagai warisan budaya

bangsa;

FOKUS BIDANG

• Bidang ibadah: murid dibekalkan
dengan konsep asas ibadah sehingga
mereka dapat mengamalkan konsep
ibadah secara istiqamah dalam
kehidupan harian.

• Bidang Adab: murid dibekalkan
dengan konsep asas Adab Islamiyah
sehingga murid dapat mengamalkan
adab secara istiqamah dalam
kehidupan harian.

• Bidang Jawi: murid dibekalkan
dengan kemahiran menyebut,
membaca dan menulis huruf-huruf
jawi, suku kata, perkataan dan teks
jawi sehingga murid boleh membaca,
membina dan menulis ayat atau teks
dalam tulisan jawi.

2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
RASULULLAH S.A.W. DAN TOKOH-
TOKOH ILMUAN ISLAM

• Kaedah dan Teknik Pengajaran
Rasulullah S.A.W
- Kaedah Pengajaran Rasulullah SAW

HASIL PEMBELAJARAN
KURSUS

Menganalisis strategi pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan

inovatif dalam bidang ibadah, akhlak
dan jawi. (C4, PLO1, PLO3, CTPS2).

HASIL PEMBELAJARAN:

Menganalisis strategi pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan

inovatif dalam bidang ibadah, akhlak
dan jawi.

KAEDAH PENGAJARAN
RASULULLAH
SAW

Kejayaan pendidikan Rasulullah adalah
berkait rapat dengan kebijaksanaan diri
baginda.

Diri baginda sebagai utusan Allah.

Segala metodologi dan kaedah, disokong
oleh wahyu Allah.

“dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan ajaran Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala
yang diperkatakannya itu (sama ada al-
Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya” (al-Najm, 53:3-
4)

Al-Quran

1. Memberi kesan keyakinan
yang mendalam terhadap
segala penyampaian yang
akan diutarakan selepas
pembacaannya.

2. Mampu melembutkan
jiwa dan hati para
pembaca serta
pendengarnya.

3. Al-Quran merupakan
cahaya yang boleh
memberikan cahaya
hidayat kepada manusia.

Al-Sunnah

Sifat Dermawan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW menyifatkan dirinya
sebagai seorang yang
diperintahkan untuk berinfak.

Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT lah yang
memberi dan Dia memiliki segala-

galanya nya (al-Malik).

Langkah Pengajaran:

1. Menggunakan bahan bantu,
ilustrasi dan gerak isyarat yang
bersesuaian

2. Memastikan semua pelajar dapat
mengikuti pelajaran yang
disampaikan.

3. Mengaplikasikan strategi dan
kaedah pengajaran dengan baik.
4. Menghormati dan melayan
kerenah setiap pelajar dengan baik.

5. Menggunakan bahasa yang
lemah lembut dan sopan.

6. Adil terhadap anak didiknya.

Strategi dan pendekatan
pengajaranRasulullah SAW

Mewujudkan pusat Memilih tempat
Pendidikan pembelajaran

yang sesuai.

Pengajaran Menjadikan masjid
berperingkat- sebagai tempat
pengajaran.
peringkat

Memulakan Memastikan
pengajaran pembelajaran
kepada kerabat berlangsung dalam
keadaan aman
terdekat.

Kaedah dan metodologi

Komunikasi
jelas dan
mudah

Uswah Galakan dan
hasanah ancaman

syarahan Soal jawab

Teknik

Dialog dan Suruhan dan
perbincangan tegahan

Isyarat dan Bercerita
lakaran

Kata-kata yang jelas,
mudah akan
memudahkan
kefahaman kepada
semua golongan
masyarakat.

1.Komunikasi jelas dan mudah

Tujuan: untuk
membangunkan semua
golongan manusia
mengikut pembangunan
dan pendidikan insan
yang dikehendakinya.

Segala bentuk
pendidikan, pengajaran,
bimbingan, nasihat dan
sebagainya hendaklah
disampaikan dengan
kata-kata yang mudah.

dalil

“dan demi sesungguhnya! Kami
mudahkan al-Quran untuk menjadi
peringatan dan pengajaran, maka
adakah sesiapa yang mahu
mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)?(al-Qamar, 54:32)

Rasulullah jug berpesan kepada
sahabatnya yang ingin berdakwah
dengan sabdanya.(al-Bukhari,
1994:30/1)

“ketika Rasulullah SAW
memerintahkan sahabat untuk
melaksanakan salah satu perintahnya,
Baginda bersabda,

‘… permudah kan dan menyusahkan
(menyusahkan)”.

Targhib dan tarhib-

2. Galamkeraupnadkaan nmeatondceaman

penyampaian yang baik dan
berkesan dalam pendidikan.

•Targhib

satu galakan dan
rangsangan kepada manusia
agar sentiasa bersifat dengan
sifat yang mulia, mengikut al-

Quran dan sunnah serta
sentiasa mengutamakan
kebaikan agar menjadi ikuti.

Tarhib

Menakut-nakutkan/menakutkan
daripada bersifat dengan sifat keji, yang

meninggalkan sunnah dengan
melakukan perkara bidaah dan mengikut

hawa nafsu serta menakutkan orang
yang mengutamakan perbuatan jahat
dan menjadi ikutan kepada yang lain.

An-Nawawi berpendapat metodologi
targhib perlu diutamakan berbanding

tarhib dengan nisbah 6:4.

“apabila baginda
mengutuskan seseorang

daripada sahabat-
sahabatnya untuk
melaksanakan sesuatu
suruhannya, baginda
bersabda, “sampaikan khabar
gembira dan jangan menakut-
nakutkan…” (al-Bukhari).

Daripada Abu Hurairah RA.
Katanya bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Semua umat
ku akan masuk syurga kecuali
sesiapa yang enggan (tidak

suka). Baginda ditanya,
“siapakah orang yang enggan

itu ya Rasulullah? Sabdanya:
“sesiapa yang taat kepada ku

dapat masuk syurga dan
sesiapa yang tidak taat pada
ajaran ku maka sesungguhnya

dia enggan”.(al-Bukhari)

3.Suruhan dan tegahan

 Metodologi suruhan melakukan sesuatu
seperti hadis “Buatlah begini dan begitu”
menjadi keutamaan Rasulullah
berbanding berbentuk tegahan
daripada melakukan sesuatu seperti
“Jangan buat begini dan begitu”.

Daripada Abdullah b. Amru
bahawa Nabi SAW menyampaikan
nasihat kepadanya; “Orang yang
penyayang, Yang Maha Pengasih

akan menyayanginya, Oleh itu,
sayangilah kamu kepada
penduduk bumi, nescaya
penduduk di langit akan
menyayangi mu”.

Daripada Ibnu Umar RA, daripada
Nabi SAW dengan sabdanya, “
Janganlah meminang seorang
daripada kamu atas pinangan
yang lain.”

3.Suruhan dan tegahan

Metodologi suruhan melakukan
sesuatu seperti hadis “Buatlah

begini dan begitu” menjadi
keutamaan Rasulullah

berbanding berbentuk tegahan
daripada melakukan sesuatu

seperti “Jangan buat begini dan
begitu”.

Daripada Ibnu Umar RA,
daripada Nabi SAW dengan

sabdanya, “ Janganlah
meminang seorang daripada
kamu atas pinangan yang lain.”

Daripada Abdullah b. Amru bahawa
Nabi SAW menyampaikan nasihat
kepadanya; “Orang yang
penyayang, Yang Maha Pengasih
akan menyayanginya, Oleh itu,

sayangilah kamu kepada penduduk
bumi, nescaya penduduk di langit
akan menyayangi mu”.

4. Bercerita dan Metafora

Digunakan bagi
menggambarkan kisah-kisah
yang terdapat dalam al-Quran.

Tujuan: mendidik manusia
dengan memberi penekanan
kepada teladan yang patut
diikuti.

Metafora- pemakaian kata-kata
yang menyatakan sesuatu
makna atau maksud yang lain
daripada makna biasa atau
makna sebenar perkataan
yang berkenaan, iaitu sebagai
perbandingan atau kiasan.

dalil

“sesungguhnya Allah SWT amat
gembira menerima taubat hamba-
Nya melebihi daripada kegembiraan

seseorang yang mengenderai
binatang tunggangannya kemudian

kenderaan itu hilang dari padang
yang luas, sedangkan di atas

kenderaan itu bekalan makanan dan
minuman hingga dia merasa berputus

asa menemuinya kembali. Lalu dia
berteduh di bawah sepohon pokok

dengan perasaan putus asa dan
kecewa untuk mendapatkannya

kembali.

Sambungan…

… dalam pada itu, tiba-tiba muncul di
sisinya kenderaan yang hilang tadi
dan dengan segera memegang tali
kekang kenderaannya itu seraya
berkata dengan penuh kegembiraan,
Ya Allah! Engkaulah hamba ku dan
aku Tuhan mu”.

• Sebenarnya di tersalah kerana
terlalu gembira.

Kaedah Dalam konteks Guru boleh
bercerita PI, kaedah menggunakan
merupakan pelbagai cara
salah satu bercerita boleh
daripada cara digunakan bagi untuk
menyampaikan menyampaikan
kandungan pengajaran
pengajaran sirah dan cerita,
yang bertujuan akhlak antaranya
memberi i’tibar secara lisan,
dan melibatkan (Kamarul Azmi melalui pita
intonasi suara, Jasmi & Ab. rakaman dan
mimik muka, Halim Tamuri menonton
gaya tubuh, 2007).
imaginasi dan sambal
peralatan mendengar
tambahan cerita (Kamarul
(Shahabuddin Azmi & Ab
Hashim et al. Halim, 2013)

2003).

Al-Quran banyak menggunakan kaedah
cerita dalam memberi pengajaran
kepada umat Islam

Penceritaan dalam al-Quran

(al- Nufal 2002).
• Sebahagian daripada ayat al-Quran

yang menggunakan kaedah
penceritaan seperti kisah Nabi Yusuf
a.s. (surah Yusuf 12:7-48), kisah Nabi
Musa a.s. dan Nabi KhaiÌir a.s. (surah al-
Kahfi 18:7-27), kisah Nabi Sulayman a.s.
dan burung hud-hud (surah al-Naml

27:20-21), kisah Maryam (surah al-
Maryam 19:1-34), kisah Nabi Ayyub a.s.

(surah al Anbiya’ 21:83), kisah
Zulkarnaian dan Yakjuj dan Makjuj.

Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. telah
menceritakan kepada para sahabat
r.a. tentang seorang penzina wanita

yang telah diampunkan Allah s.w.t.
kerana perbuatannya memberikan air
kepada anjing yang sedang kehausan.

Cerita tersebut telah digambarkan
dalam hadis yang diriwayatkan al-
Bukhari (1987, no. hadis 3280)yang
bermaksud: “Tatkala seekor anjing
mengelilingi perigi dan hampir mati
kerana dahaga, tiba-tiba seorang
penzina dari bani Israil datang dan
meletakkan air pada kasutnya lalu

memberi minum kepada anjing
tersebut”

5. Isyarat dan Lakaran

Gaya isyarat

Menggunakan isyarat dengan
gerakan seperti isyarat
tangan, muka, mulut dan
sebagainya.

•Lukisan atau lakaran

Melukis di atas tanah untuk
menggambarkan sesuatu
atau menjelaskan lagi satu-
satu penerangan kepada
para sahabat.

Juga untuk memberi
kefahaman kepada terhadap
sesuatu maksud.

Membuat perbandingan tentang
dekat nya masa kiamat berbanding
dengan jarak baginda diutuskan
menjadi Rasul.

Dalil

(isyaraHtadis diriwayatkan daripada Anas bin
tangaMna) lik RA katanya Rasulullah SAW

bersabda: “Jarak masa aku diutuskan
dengan berlakunya kiamat adalah
seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk
dan jari tengah”. (al-Bukhari)

Lakaran

Rasulullah SAW melakarkan dengan
tangannya satu garis tegak dan

bersabda, “ini jalan Allah yang lurus.”
kata Ibnu Mas’ud selepas itu baginda
melakarkan pula garis-garis di sebelah
kanan dan kiri garis lurus itu kemudian

bersabda, “Inilah jalan-jalan yang
tidak ada satu pun jalan tersebut
melainkan terdapat syaitan yang

memanggil kepadanya.”

Kemudian Baginda SAW
membacakan ayat yang berbunyi:
“dan bahawa sesungguhnya inilah
jalan-Ku (agama Islam) yang betul
dan lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya; dan janganlah kamu
menurut jalan-jalan lain (yang lain dari
Islam), kerana jalan-jalan (yang lain
itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah. Dengan yang demikian
itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu bertaqwa. (Al-An’am, 6:153

6. Syarahan

Syarahan atau khutbah
merupakan satu kaedah
mengajar di mana guru
memberikan maklumat
berkenaan sesuatu topik berserta
huraian dan contohnya.

Syarahan juga merupakan
kaedah pengajran dengan guru
berperanan sebagai penyampai
maklumat melalui huraian,
penjelasan serta penerangan
kepada pelajar.

Menurut Abdullah Ishak (1989),
kaedah syarahan menampakkan
kebergantungan dan sanjungan
murid kepada guru dan akan
menimbulkan perasaan kasih
sayang antara mereka.

Ini menjadikan suasana Khutbah
berbentuk dua hala, dan dalam
masa yang sama baginda
menerapkan nilai yang baik
kepada para sahabat.

Walau bagaimanapun, Rasulullah
s.a.w kebiasaannyatidak
menggalakkan khutbah atau
syarahan yang disampaikan
dengan masa yang panjang
kerana ia boleh menyebabkan
pelajar mengantuk.

Sebagaimana sabda baginda
yang diriwayatkan oleh Ammar
(Muslim, 2001:303)

Terjemahan: Daripada Ammar
katanya: Sesungguhnya aku
mendengar Rasululllah s.a.w
bersabda, “Sesungguhnya

panjangnya solat (Jumaat) seorang
lelaki dan pendeknya khutbah atau
syarahannya tanda kefahamannya

(terhadap agama).

Oleh itu, panjangkan solat dan
pendekkan Khutbah, sesungguhnya

banyak bersyarah menjemukan”.
(Muslim)

7. Uswah Hasanah

Contoh ikutan yang baik.

Teknik utama yang digunakan oleh
Rasulullah SAW

Mencapai kejayaan yang sangat
baik kerana baginda sendiri
menunjukkan model dalam
melaksanakan aspek pendidikan
Islam.

Memudahkan kefahaman para
sahabat terhadap pelaksanaan
sesuatu amalan

Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi
kamu pada diri Rasulullah itu ‘Uswah
Hasanah’ (contoh ikutan yang baik),
iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat” (Al-Ahzab,
33:21)

Rasulullah pernah mengajar Saidina Ali
tatacara menaiki kenderaan. Dengan
ajaran tersebut mudahlah Saidina Ali
untuk mengajar para sahabat.

Alib Rabi’ah berkata (Abu Dawud,
1994:599/2). Terjemahan: saya melihat
Ali bin Abi Talib RA diberikan
kenderaan untuk tunggangannya.
Ketika dia memijak pemijak kaki dan
mengucapkan bismillah dan setelah
berada di atas kenderaan dan
mengucapkan DOA.

8. Dialog Dan Perbincangan

Terjemahan:

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW
berkhutbah kepada kami dengan sabdanya,
“Wahai manusia! Allah SWT. Mewajibkan kepada

kamu mengerjakan Haji, tunaikan lah Haji.
“Seorang lelaki bertanya: “Adakah setiap tahun,
wahai Rasulullah? “ Baginda hanya diam sahaja

hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya
tiga kali. Rasulullah SAW menjawab: “Jika aku

katakan Ya, ianya menjadi wajib dilakukan
setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu

melakukannya.”

Baginda bersabda lagi:

“Tinggalkan lah sesuatu yang aku

tidak galakkan kepada kamu.

Kemusnahan umat yang terdahulu

daripada kamu adalah kerana

mereka banyak bertanya dan tidak

ada persefahaman dengan nabi

mereka. Jadi, apabila aku

perintahkan sesuatu kepada kamu,

lakukan lah sedaya kamu dan

apabila aku melarang dari

melakukan sesuatu, tinggalkan

lah!” (al-Bukhari)

9. Soal Jawab

Apakah pandangan kalian sekiranya
terdapat sebatang anak sungai di
depan pintu rumah kamu dan kamu
mandi di sungai tersebut lima kali

sehari, Akan adakah kekotoran pada
badan kamu? Sahabat menjawab:
tidak akan ada kekotoran sedikit pun.

Nabi s.a.w. membalas: begitulah
dengan solat lima waktu, akan

terhapus segala dosa kalian

Tutorial 1

Tugasan berkumpulan:

1. Carikan kisah-kisah dalam Al-
Quran(Surah: Ayat)

2. Berdasarkan kisah-kisah tersebut,
pengajaran/iktibar daripada kisah-
kisah tersebut.

Tutorial 2

Perbincangan Kumpulan:

Aplikasikan kaedah pengajaran
Rasulullah SAW dalam bidang
Ibadah dan Akhlak.

• Komunikasi jelas dan mudah
• Galakan dan ancaman
• Bercerita dan metafora
• Suruhan dan tegahan
• Isyarat dan lakaran
• Syarahan dan khutbah
• Uswah Hasanah

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH
BERJAYA MENGUASAI TAJUK INI.

2. KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN RASULULLAH
S.A.W. DAN TOKOH-TOKOH

ILMUAN ISLAM

 Kaedah dan Teknik Pengajaran
tokoh Pendidikan Islam

IMAM ABU HANIFAH

HASIL PEMBELAJARAN
KURSUS

 Menganalisis strategi pengajaran
dan pembelajaran yang kreatif dan

inovatif dalam bidang ibadah,
akhlak dan jawi. (C4, PLO1, PLO3,

CTPS2).

Kaedah Imam Abu Hanifah

Imam Muhammad bin Hasan As-
Syaibani berkata,

“Bahawa Imam Abu Hanifah sering
bermuzakarah dan bermubahasah
dengan para pelajarnya tentang

soal hukum-hakam dengan cara
berlapang dada, yang kadang-
kadang pendapat beliau ditolak

atau di bantah oleh para
pelajarnya serta mereka
mendatangkan dalil dan alasan
atas penolakan tersebut”

melahirkan murid-murid yang
berfikiran luas dan pintar seperti

Imam Abu Yusuf dan Imam
Muhammad bin HasanAs-Syaibani

Al- Makki dalam penulisan beliau
menyatakan:

“Imam Abu Hanifah merupakan orang
pertama yang membukukan ilmu fiqh,

yang tidak didahului oleh orang
sebelumnya, kerana mereka itu para

sahabat dan tabiin ra tidak
meletakkan para pengajian ilmu fiqh
itu khusus kepada sesuatu bab dan

fasal.

Tetapi mereka hanya berpandukan
kepada apa yang mereka faham.
Namum, dengan kedatangan Imam

Abu Hanifah setelah melihat
penyebaran ilmu yang berleluasa,
dan beliau takut kehilangan ilmu-ilmu
tersebut seperti mana sabda Nabi

saw:

“Sesungguhnya Allah saw tidak
mencabut ilmu itu daripada dada-dada
manusia, tetapi Dia mencabut ilmu itu
dengan mematikan para alim ulama’”

Imam Abu Hanifah telah membukukan
secara tersusun dengan adanya bab-
bab dan fasal yang dimulai dengan bab
taharah, kemudian solat, kemudiannya

berkenaan permasalahan ibadat,
kemudiannya muamalat, dan diakhiri
dengan bab mirath (harta pusaka).

Sesungguhnya penyusunan ini yang
dimulai dengan taharah, dan

kemudiannya solat adalah kerana
mukallaf ini setelah sahlah iktikad nya,
maka yang utama yang difardukan ke
atasnya ialah solat. (Abu Zahrah, 1997)


Click to View FlipBook Version