The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pedagogi Pendidikan Islam 2 (Ibadah, Akhlak dan Jawi) ini boleh dijadikan rujukan asas atau bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjanan Muda Pendidikan atau Pasca Siswazah (PISMP/PDPP/PDPM), pengkhususan bidang Pendidikan Islam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraini2224, 2020-04-28 22:46:05

MODUL PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM 2 (IBADAH, AKHLAK DAN JAWI)

Modul Pedagogi Pendidikan Islam 2 (Ibadah, Akhlak dan Jawi) ini boleh dijadikan rujukan asas atau bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjanan Muda Pendidikan atau Pasca Siswazah (PISMP/PDPP/PDPM), pengkhususan bidang Pendidikan Islam.

Keywords: Pedagogi,Ibadah,Akhlak/Adab,Jawi,Kaedah,Teknik

Seseorang tenaga pengajar itu meletakkan
satu harapan yang tinggi ke atas para
pelajarnya, yang demikian itu membawa
kepada pencapaian pelajar yang lebih tinggi
kerana didorong oleh suatu kepercayaan
daripada gurunya dan dengan itu ianya
meningkat tahap keyakinan pelajar untuk terus
menerima cabaran yang lebih sukar.

Dalam praktikalnya, sebagai seorang ulama’ besar
yang mewarisi akhlak-akhlak kenabian.

Imam Abu Hanifah meletakkan ekspektasinya
kepada pelajar Diriwayatkan ketika mana beliau
menziarahi anak muridnya Imam Abu Yusuf ketika
sakit, beliau mengadu kepada Allah SWT dengan
rintihan ketakutan: “Sekiranya matilah dia (Abu
Yusuf)nescaya tiada lagi di atas muka bumi ini yang
akan menggantikannya”.

(Dr Abdul Wahab Zahid, 2003)

Semua penuntut mempunyai peluang
untuk belajar dan berjaya.

Islam sejak asal lagi meletakkan prinsip
ini sebagai asas kepada umatnya.
Sebab itulah Islam melarang umatnya
daripada berputus asa.

Islam juga tidak pernah menjadikan
ilmu hanya khusus kepada suatu-suatu
golongan, dan tidak kepada golongan
yang lain, hanya kepada kerabat
tertentu, tidak kepada yang lain.

Oleh itu, penyebaran ilmu dalam Islam
dimulai di masjid-masjid, di mana
masjid merupakan ruang terbuka yang
tidak pernah mengehadkan kepada
orang tertentu untuk memasuki nya,
melakukan ibadah, menimba ilmu dari
ulama’ yang mengajar di dalamnya

Bukan sekadar itu, ruang dan peluang itu
semakin jelas terbukti melalui kisah murid
beliau sendiri Imam Muhammad bin Hasan
Syaibani yang menceritakan bagaimana

beliau nyaris-nyaris berhenti daripada
pengajiannya, diambil pulang oleh ayah
beliau kerana kesempitan hidup. Tetapi
perihal tersebut setelah diketahui Imam
Abu Hanifah, beliau sendiri telah menyara
kehidupan Imam Muhammad bin Hasan

Syaibani.

Kata Imam Muhammad, “beliau (Imam
Abu Hanifah) memberikan aku 100 dinar,

dan berkata kepada ku pintalah lagi
kepada ku setelah ianya habis, dan
begitulah belanja yang aku terima
daripada Imam Abu Hanifah, iaitu 100
dirham dan 100 dirham setiap kali habis

dibelanjakan aku

1.Kaedah Mujadalah

Digunakan ketika berdepan dengan
murid dewasa.

Imam A.H tidak menggalakkan murid
untuk bertaklid tetapi dididik dengan
kefahaman merdeka.

Memberikan kebebasan berfikir.

Dibenarkan untuk membantah
pengajaran beliau sekiranya pendapat
tersebut bertentangan dengan wahyu.

Kata beliau, “Tidak halal bagi
seseorang yang akan memberi fatwa
dengan perkataan ku selama ia belum
mengerti dari mana perkataan itu”

2. Penyelesaian Masalah

Digunakan ketika berhadapan
dengan golongan pembesar,
ketua-ketua jabatan, orang yang
datang menemui beliau dengan
membawa beberapa masalah
atau persoalan yang perlu
diselesaikan

Banyak masalah baharu yang
tidak terdapat hukum dalam al-
Quran dan Hadith dapat
diselesaikan melalui ijtihad beliau.

Bijak menyelesaikan masalah
yang rumit

3. Nasihat

Nasihat secara langsung
kepada muridnya sama
ada berkaitan soal agama,
adat kekeluargaan dan
adab bergaul.

Contoh:

• Menasihati Abu Yusuf
Yaacob Ibrahim, al-
Qadhi dan rakan tentang
cara mendapatkan taufik
dan kejayaan dalam
bidang ilmu
pengetahuan dan
pengajaran.

4. Contoh Teladan

Secara tidak langsung ketika
menyampaikan pengajaran

Banyak menunjukkan contoh, sikap,
tindakan serta tutur kata yang baik

Contoh:

Penolakan beliau terhadap kesalahan
rasuah

Kisah Khalifah al-Mansur dan
isterinya…

“Sesiapa yang menerima rasuah, dia
tidak lagi menjadi Kadi walaupun
imam atau ketua negeri tidak lagi
melucutkan jawatannya”.

5. Syarahan dan ceramah

Kaedah umum yang
digunakan oleh guru.

Digunakan ketika pengajaran
dalam masjid di Kufah, ketika
membincangkan soal
keagamaan dan sebagainya.

Menggunakan masjid kerana
bilangan pelajar yang makin
bertambah.

Datang dari dalam dan luar
Kufah.

Mendengar syarahan dan
ceramah pengajarannya.

6. Tamrin/Latihan

Pernah digunakan oleh guru
beliau.

Menyediakan beberapa masalah
atau persoalan untuk diselesaikan
oleh pelajar.

Kebiasaannya tiga soalan akan
dikemukakan untuk diselesaikan,
diingatkan dan difahami.

Beralih kepada persoalan lain
sekiranya pelajar sudah mendapat
pengajaran atau kefahaman dari
masalah sebelumnya.

Kesimpulan:

Imam Abu Hanifah mengetengahkan
satu method disiplin pendidikan

tersendiri, suatu cara pendidikan yang
tidak bercorak one way (sehala)

dengan menyampaikan ilmu semata-
mata kepada para pelajarnya.

Tetapi beliau menjadikan majlis ilmu
tersebut sebagai medan berdiskusi
dengan mengajak para pelajarnya
sama-sama memberikan pendapat serta

alasan dalam sesuatu isu yang
dibangkitkan bagi mengukuh dan

memantapkan ilmu mereka.

Tidak menggalakkan bersikap mengikut
semata-mata (bertaklid buta) tetapi
perlu berfikiran terbuka dan mencari
alasan bagi setiap persoalan.

Tutorial 1

Perbincangan Kumpulan:

Murid anda menghadapi
permasalahan untuk memahami
pengajaran anda yang bertajuk
“Adab Menghormati Jiran”.

Bincangkan kaedah pengajaran
Imam Abu Hanifah yang sesuai untuk
mengatasi masalah tersebut.

Tutorial 2

2. Aplikasikan kaedah
pengajaran Imam Abu
Hanifah dalam menangani
masalah penguasaan
Menulis Suku Kata Terbuka.

3. Bagaimanakah kaedah
Mujadalah boleh

diaplikasikan dalam tajuk
“Memahami Konsep
Ibadah”.

4. Mengapakah seorang
guru perlu meletakkan ‘high

expectation’ yang tinggi
kepada muridnya?

IMAM AS SYAFIE

1. Secara Kuliah

Semasa menetap di Makkah,
pemusatan pengajarannya ialah di
Masjidil haram (Muhammad Abu
Zuhrah, 1367).

Beliau mengajar dengan duduk di atas
kerusi dikelilingi oleh murid-muridnya.

Masa ini merupakan saat-saat yang
paling subur dalam keilmuan beliau.

Imam as-Syafie menumpukan
pemikiran dalam kuliahnya dan
bersama murid-muridnya mencari jalan
pengeluaran hukum yang ganjil dan
membandingkan antara sumber
perundangan yang pelbagai.

Selama sembilan tahun, Imam as-Syafie
menghabiskan masanya di Makkah
bersama-sama para ilmuan yang lain
membahas, mengajar, mengkaji di
samping berusaha untuk melahirkan satu
intisari dari beberapa aliran dan juga
persoalan yang sering bertentangan yang
ditemui pada masa itu.

Di Mesir, beliau juga mengajar di sebuah
masjid bernama Masjid Amru bin Ash.

Kuliahnya bermula pada setiap hari dari
pagi hingga tengahari (setelah selesai
solat subuh hingga waktu zohor).

Selesai solat zohor, baharulah beliau
pulang ke rumah bersama dengan murid
yang berdekatan dengan beliau
antaranya ialah al-Muzani, al-Rabi’ dan
Muhammad bin Abdullah.

2. Imlak

Cara ini diamalkan sewaktu
beliau menyusun kitab al-
Umm.

Pernah as-Syafie
mengimlakkan kepada
murid-muridnya dan
sebahagian lagi ditulis oleh
beliau sendiri.

Kadang-kadang dirombak
pula oleh murid-muridnya
apa yang beliau tulis,
kemudian dibacakan
kepada beliau apa yang
telah dirombak itu.

3. Bertukar-tukar fikiran

Dilakukan ketika
berhadapan dengan para
ulama Baghdad di mana
beliau sering bertukar-tukar
fikiran tentang masalah-
masalah agama, terutama
dengan para ahli fekah dari
mazhab Hanafi.

Masalah-masalah agama
yang ditimbulkan oleh
pembesar-pembesar Harun
al-Rasyid pada masa itu
dijawab oleh Imam Syafie
dengan penjelasan yang
memuaskan.

4. Usuli

digunakan di Baghdad semasa
kebanyakan para ilmuan
terpengaruh dengan Mazhab
Hanafi.

Tegasnya kaedah usuli adalah
berlandaskan daripada sumber
asal rujukan pengajarannya.

Ini terbukti sebagaimana kata-
kata al-Karabsi;

“ Kami sebelum ini tidak
mengenal istilah al-kitab, al-
sunnah dan ijmak sehinggalah
datangnya as-Syafie, beliaulah
yang menerangkan maksud al-
kitab, al-sunnah dan ijmak”

5. Perbincangan

Murid-murid imam as-Syafie
digalakkan supaya
mengadakan perbincangan
dalam sesuatu permasalahan
yang ditimbulkan.

Sifat taklid amat tidak digemari
oleh as-Syafie.

Terdapat dalam kalangan murid
Imam as-Syafie yang tidak
bertaklid buta kepada gurunya,
bahkan ada yang tidak
menyetujui sebahagian
pendapat as-Syafie.

Contohnya al-Muzani seorang
alim bekas murid as-Syafie yang
terkenal sebagai orang yang
menghimpun dan menyusun
kitab-kitab Imam as-Syafei.

Tutorial

Anda dikehendaki mengkaji
dengan lebih terperinci
kaedah-kaedah tersebut.

Aplikasi kaedah-kaedah
penyampaian Imam Malik,
Imam Hanapi dan Imam
Hanbali dalam bidang Ibadah,
Akhlak dan Jawi.

IMAM MALIK R.A

Imam Malik dilahirkan di Madinah pada
tahun 93 Hijrah. Nama sebenarnya ialah
Malik bin Anas bin AmAR AL- Asbahi’ bin
Amru bin al- Haris bin Saad bin Auf bin ‘Adi
bin Malik bin Yazid. Daripada pihak ibunya
ialah Al- Aliah binti Syarik bin Abdul Rahman.

berasal daripada keturunan Arab yang
terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat.

Datuknya Abu Amir ialah seorang sahabat
Rasulullah yang telah banyak
menyumbangkan tenaganya menjadi
tentera Islam dalam peperangan melawan
kaum kafir, kecuali peperangan Badar.

Beliau meninggal dunia pada tahun 179
Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan
meninggalkan tiga orang putera dan
seorang puteri

1. Penyelesaian Masalah

Paling banyak digunakan.

Diadakan di Masjid Madinah
dan rumah beliau sendiri.

Syarahan dijalankan tanpa
gangguan.

Pendengar/pelajar tunduk
dan tenang mendengar
pengajaran beliau.

Menyampaikan syarahan
sejak berusia 17 tahun.

Tidak akan mengajar
melainkan setelah mendapat
perakuan 70 orang gurunya.

Kaedah menyelesaikan masalah
juga digunakan oleh Imam Malik
khususnya dalam perkara yang
berkaitan dengan hukum. Setiap
masalah yang tidak dapat
diselesaikan oleh murid- muridnya
akan dirujuk kepada Imam Malik.

Sepanjang hidup Imam Malik,
beliau banyak dihujani dengan
bermacam- macam masalah
yang berkaitan dengan hukum.

Masalah yang dikemukakan oleh
beliau bukan sahaja datang
daripada penduduk sekitar
Madinah, malahan dari wilayah-
wilayah yang jauh.

Dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, Imam Malik tidak
suka kepada masalah
andaian atau khayalan yakni
masalah yang direka- reka
dan tidak pernah berlaku.

Beliau hanya akan
menyelesaikan masalah yang
benar- benar berlaku dalam
masyarakat atau masalah
yang waq’I sahaja.

Imam Malik amat berhati –
hati dalam menyampaikan
jawapan kepada masalah
yang dikemukakan.

Beliau tidak akan menjawab
sebelum memikir dan
mengkaji dengan mendalam.

Banyak digunakan kerana
murid- murid Imam Malik bukan
sahaja terdiri daripada orang
kebanyakan. Ulama yang sudah
terkenal pun datang menghadiri
majlis Imam Malik.

Kesempatan ini digunakan oleh
Imam Malik untuk berbincang
dengan mereka tentang
masalah yang dikemukakan
oleh murid yang lain.

Kaedah perbincangan ini juga
digunakan oleh Imam Malik
dalam menyampaikan
pengajaran beliau kepada
pemerintah.

Beliau selalu mengadakan
perbincangan dengan khalifah
Abbasiyah, antaranya ialah al-
Mansur tentang talak orang
yang dipaksa.

kadangkala digunakan oleh Imam Malik.
Kebanyakan cerita yang disampaikan
adalah bertujuan mendidik manusia. Ia
juga banyak mengandungi nilai dan
teladan untuk diikuti.

Imam Malik membawa contoh pekerjaan
yang baik yang dikerjakan oleh orang
terdahulu seperti Sayidina Umar al-

Khattab. Beliau berharap supaya khalifah
mengikut jejak langkah Umar.

Beliau menambah kata: “ Sesungguhnya
khalifah tidak berpeluang atau mampu
mengikuti sepenuhnya, tetapi hendaklah
sekurang- kurangnya menuju ke satu hala
agar rakyat berpuas hati dengan cara itu

sekalipun ini tidak sama dengan taraf
Khalifah Umar al- Khattab” (Dr. Ahmad

Shurbasyi,1978).

2. Penulisan

Bidang penulisan
merupakan satu lagi
kaedah yang digunakan
oleh Imam Malik dalam
pengajaran beliau. Ada
dua bidang penulisan yang
digunakan oleh Imam Malik
iaitu penulisan kitab dan
surat.

Kitab karangan Imam Malik
yang masyhur ialah kitab al-
Muwatta, kitab ini
dianggap sebagai kitab
yang pertama
menghimpunkan hadis Nabi
dan fikah sekali.

Kitab ini disusun dalam bab-bab
yang berdasarkan tajuk dan
masalah yang dibincangkan.

Selain kitab al- Muwatta, ada
lagi kitab lain yang dinisbahkan
kepada Imam Malik seperti
kitab Al-Mudawwanah.

beliau juga menulis surat khusus
kepada pihak berkuasa. Dalam
surat tersebut banyak
pengajaran yang telah
diterapkan

3. Ulangan

Imam Malik juga menggunakan
pengajaran secara ulangan atau

tikrar untuk mengukuhkan
kefahaman murid-muridnya.

Imam Malik meminta penulisnya
yang bernama Habib untuk
menulis segala kandungan

pelajaran yang beliau sampaikan,
kemudian membacakan semula
pengajaran-pengajaran tersebut
kepada orang ramai.(Munawwar

Khalil, 1985).

4. Pergaulan

Merupakan suatu lagi kaedah
yang digunakan oleh Imam Malik.

Beliau menggunakan cara ini
khususnya untuk mendekati
pemimpin bagi menyampaikan
pengajaran. Beliau juga sering
bergaul dengan murid-muridnya.

Imam malik pernah menjemput
anak-anak muridnya ke rumah.

Dengan pergaulan seumpama ini,
secara tidak langsung Imam Malik
dapat menerapkan banyak
perkara yang baik sebagai
panduan untuk mereka

Sepanjang hidup Imam
Malik, beliau banyak
memberikan nasihat kepada
orang ramai.

Kaedah menasihati ini
dilakukan sama ada
golongan atasan yang
terdiri daripada pemerintah,
golongan ulama’ mahupun
orang kebanyakan.

Antara nasihat beliau yang
mahsyur tentang urusan
ibadah, taklid, memilih guru
dan seumpamanya
(Munawwar Khalil,, 1985)

• Imam Malik juga sentiasa
mengelakkan diri dari memberi

fatwa yang ganjil .

• Beliau hanya akan berfatwa dalam
hal-hal yang jelas sahaja.

• Melalui pembelajaran dan
pengajarannya, boleh

dikategorikan Imam Malik kepada
dua sifat, iaitu:

• a) Beliau merupakan seorang ahli
hadis yang banyak meriwayatkan
hadis-hadis Rasulullah SAW dan
riwayat yang dikeluarkannya
merupakan hadis-hadis yang sahih.
Ramai tokoh fiqh meriwayatkan
hadis daripada beliau.

• b) Beliau seorang faqih yang
mampu mengistinbatkan hukum.

Kebayakan hukum yang
dikeluarkan oleh beliau menjadi
panduan kepada ulama’-ulama’
besar Mazhab Maliki dan murid-

muridnya.

CONTOH PERBEZAAN
PERMASALAHAN MAZHAB

MALIKI

Masalah i- ii- Hanafi iv-
iddah Mazhab dan Syafie: Mazhab
bagi Maliki: tidak wajib Hambali:
wanita beriddah.
yang wajib wajib
beriddah. beriddah
berzina: seperti

mana
talak

2) Kes batal wuduk apabila
bersentuhan antara lelaki dan

wanita bukan mahram.

Mazhab Malik, •bersentuh kulit antara
pandangan Imam lelaki dan wanita tanpa
Ahmad yang masyur alas membatalkan wuduk
jika disertai syahwat.
dan salah satu
pandangan Imam

Abu Hanifah

Mazhab Syafie dan •persentuhan antara lelaki
salah satu dan wanita tanpa alas
membatalkan wuduk
pandangan Mazhab secara mutlak jika kedua
Hambali: pihak telah baligh dan
pasangan ajnabi.

Imam Ahmad bin •wuduk hanya batal dengan
Hassan al-Syaibani melakukan jimak
dan satu pandangan
lain daripada Imam
Ahmad bin Hambal:

3) Kes perkahwinan hasil
pinangan atas pinangan orang

lain:

Imam Malik •perkahwinan tersebut tidak sah
dan Daud kerana melanggar hukum syarak

Mazhab Maliki •jika perkahwinan tersebut di bawa ke
secara qat’ie: mahkamah dan dibuktikan, maka
wajib difasakh sebelum bersetubuh.
Fasakh sebagai talak ba’in.

Menurut •jika pertunangan sedemikian berlaku
jumhur dan diakhiri dengan perkahwinan,
ulama’: maka ia tetap sah walaupun berdosa.

IMAM HANBALI R.A

Latar belakang

Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di
Bandar Baghdad, pada bulan
Rabiulawal tahun 164 Hijrah, iaitu
setelah ibunya berpindah darai Bandar
Murva tempat tinggal ayahnya.

Nama penuh: Abu Abdullah bin
Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin
Asad bin Idris bin Abdullah bin Hayyain
bin Abdullah bin Anas,

digelar al- Mururi, kemudian al-
Baghdadi.

Keturunan Ibnu Hanbal bertemu
dengan keturunan Rasulullah pada
Mazin bin Mu’ad bin Adnan (Dr. Ahmad
Syurbasyi, 1995)

terkenal dengan panggilan
Imam Hanbal.

Beliau ialah pengasas Mazhab
Hanbali.

Semasa hidupnya beliau
merupakan seorang ahli sunnah
yang terbesar, soleh dan zuhud.
Sesetengah ulama
menganggap beliau ialah
Mujaddid bagi abad ke-3 Hijrah.

Al- Imam Ahmad meninggal
dunia pada tahun 241 Hijrah
bersamaan dengan tahun 855
Masihi ketika berusia 77 tahun.

1. Pendekatan
perseorangan

dibuktikan daripada suasana
majlis ilmu yang dikendalikan
olehnya seperti yang
dinyatakan dalam buku “ Pokok
Pengajaran Imam- Imam
Mazhab hal.269.

“ Imam Ahmad di dalam
pengajarannya, adakalanya
meriwayatkan hadis dan
adakalanya memberikan
fatwa”. Hal ini jelas
membuktikan bahawa tradisi
pengambilan hadis akan
melalui proses penghafalan
antara pengambil dengan
periwayat, ini sudah semestinya
mengambil pendekatan
perseorangan.

2. Pengajaran berkumpulan

Manakala dalam
pendekatan pengajaran
berkumpulan, Imam Ahmad
telah menggunakannya
dalam pengajaran di masjid.

Pengajaran ini amat sesuai
dengan suasana masjid yang
terbuka. Jika masjid boleh
menampung jumlah murid
yang ramai, maka
pendekatan pengajaran
berkumpulan amat sesuai. Ini
dikenali sebagai kelas umum
atau terbuka.

3. Bercerita

Teknik bercerita untuk Teknik yang sama juga
mengajar merupakan satu digunakan oleh Imam

teknik yang telah lama Ahmad.
digunakan.

Teknik bercerita mudah Dengan itu, pembelajaran
menarik minat seseorang, dalam keadaan yang

dapat menumpukan ideal penerimaannya akan
perhatian mereka dan menjadi lebih kekal.
pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.

Contoh; semasa Imam
Ahmad menyampaikan

hadis, beliau akan
menceritakan tentang
rawi- rawinya satu persatu
sehingga sampai kepada

Rasulullah s.a.w.

4. Syarahan

Hal ini amat penting dalam
pengajaran hadis kerana sifat- sifat
perawi nya dari segi amalan mereka,
thiqah, kuat ingatan dan lain- lain lagi
akan menentukan kesahihan sesuatu
hadis.

Bersyarah bukan sahaja sekadar
membaca, tetapi memberikan
interpretasi dan menghuraikan idea-
idea supaya murid dapat
memahaminya.

Teknik ini juga digunakan oleh guru-
guru yang masyhur, termasuk nabi-nabi
dan golongan bijak pandai.

Teknik yang sama juga digunakan oleh
Imam Ahmad dalam pengajarannya.

Hal ini dapat dibuktikan dalam
buku ‘Pokok Pegangan Imam-
Imam Mazhab dalam Membina
Hukum’ halaman 268 yang
membentangkan kaedah
pengajaran Imam Ahmad yang
dilakukan di masjid.

Pengajaran oleh Imam Ahmad
di masjid sudah pasti dalam
bentuk kelas terbuka. Imam
Ahmad menggunakan teknik
bersyarah atau proses satu hala.

5. Perbincangan

Perbincangan merupakan
satu teknik pengajaran yang
berlaku antara murid dengan
penyeliaan guru. Teknik ini
digunakan oleh Imam Ahmad
dalam pengajarannya.

Dalam merumuskan sesuatu
pendapat dalam bidang
fekah, Imam Ahmad lebih
gemar mengadakan
perbincangan kerana beliau
menyedari bahawa dalam
memahami ilmu fikah.

Oleh itu terdapat pada masa
itu Fiqh Parsi, Fiqh Kufi, Syami
dan lain- lain lagi.

5) Perbincangan merupakan
Perbincanga satu teknik pengajaran
n yang berlaku antara murid
dengan penyeliaan guru.
Teknik ini digunakan oleh
Imam Ahmad dalam
pengajarannya.

Dalam merumuskan
sesuatu pendapat dalam
bidang fekah, Imam
Ahmad lebih gemar
mengadakan
perbincangan kerana
beliau menyedari bahawa
dalam memahami ilmu
fikah.

Oleh itu terdapat pada
masa itu Fiqh Parsi, Fiqh
Kufi, Syami dan lain- lain
lagi.

6. Hafalan dan Latih Tubi

Dalam buku ‘Pokok
Pegangan Imam- Imam
Mazhab dalam Membina
Hukum’, halaman 269
menyatakan; “ Imam
Ahmad ini di majlisnya
adakala meriwayatkan
hadis”.

Petikan ini membuktikan
bahawa teknik hafalan dan
latih tubi merupakan satu
keperluan dalam
pengajaran Imam Ahmad
dalam meriwayatkan hadis.

Hafalan bermaksud hafalan
secara rasional melibatkan
fahaman bermakna tentang
prinsip- prinsip yang diperlukan
termasuk sepatah demi sepatah.
Antara ciri hafalan adalah:

Memikirkan - Mengulang -
Menyebut

IMAM AL-GHAZALI R.A

Latar belakang

Imam al- Ghazali dilahirkan di At- Tibran, Tus pada
tahun 1058 Masihi. Bapanya bernama
Muhammad al- Ghazali yang bekerja sebagai
pemintal bulu kambing.

Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad
bin Ahmad al- Ghazali. Beliau digelar al- Ghazali
bersempena dengan gelaran bapanya yang
bekerja sebagai pemintal bulu kambing.

berasal daripada keluarga yang miskin.

Bapanya mempunyai cita- cita yang tinggi, iaitu
ingin melihat anaknya menjadi seorang yang alim
dan soleh.

Al- Ghazali ialah seorang pemikir Islam yang ulung.


Click to View FlipBook Version