The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAJUK 1 PENGENALAN SK BIDANG, AKHLAK DAN JAWI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mt1422541875, 2020-04-21 03:29:29

TAJUK 1 PENGENALAN SK BIDANG, AKHLAK DAN JAWI

TAJUK 1 PENGENALAN SK BIDANG, AKHLAK DAN JAWI

Keywords: AKHLAK,JAWI

2. Persediaan Mengajar Mikro Penutup

Nama :

Kemahiran : Penutup

Mata pelajaran : Pendidikan Islam - Hadis

Tajuk : Iman yang sempurna

Hasil pembelajaran :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betul

II. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenar

III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada
saudaranya

BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

Isi pelajaran :

I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti percaya
adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

II. Persaudaraan Islam

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

PENUTUP

1. Membuat rumusan kognitif 1. Murid mendengar guru membuat
tentang pelajaran yang telah rumusan kognitif
diajar.

2. Menggalakkan pelajar agar 2. Murid mendengar guru membuat
sentiasa membantu satu sama rumusan sosial
lain untuk mengukuhkan
persaudaraan sebagai penutup
sosial.

3. Guru memberi kerja lanjutan 3. Murid melaksanakan kerja
sebagai pengayaan. pengayaan di rumah.

Sekian,
terima kasih

RUJUKAN:

Aziz Yusof. (2014). Pengurusan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pendidikan Islam. Edisi Kedua. KPLI Pengajian
Islam & j-QAF.
Ab. Halim Tamuri. (2002). Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi dalam Prosiding Wacana
Pendidikan Islam. UKM.Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Micheal J. Dunkin & Bruce J.Biddle. (1974). The Study of Teaching. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc.
Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Halim Tamuri. (2013). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran:
Penerbitan UTM PRESS. Cetakan Keenam.
Mohd Aderi Che Noh. (2015). Pengajaran & Pembelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah di Malaysia. Bangi.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Miftahul Huda. (2014). Model-model Pengajaran dan Pembelajaran: Isu-isu metodis dan paradigmatic. Pustaka
Pelajar, Celeban Timur UH. Yogyakarta.

Noraini Idris dan Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur. McGrawHill
Education (Malaysia) Sdn.Bhd.

Shamsina Shamsuddin. (2013). Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Edisi Kedua.
Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noraini Omar. (2015). Amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Berfokuskan Pelbagai Budaya: Kajian
Kes di Sarawak. Tesis PhD Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi. (2015). Pedagogi Pendidikan Islam. Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.:
Bangi. Selangor. Cetakan Pertama.

MODUL PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM 2

Strategi, pendekatan dan kaedah Rasulullah s.a.w perlu dijadikan rujukan asas dalam bidang Pendidikan Islam. Hal ini kerana Rasulullah
s.a.w merupakan guru terunggul dan contoh teladan terbaik kepada umat manusia. Model pengajaran Rasulullah s.a.w adalah model yang secara
langsung datangnya dari Allah SWT dan bertujuan untuk mengajar manusia melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran lalu membentuk akhlak
Islamiyah. Kaedah-kaedah dan teknik yang digunakan oleh para imam dan tokoh-tokoh ilmuan Islam perlu dipugarkan semula.

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan Revolusi 4.0 untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang terbaik dan
berkesan. Apatah lagi dunia globalisasi dan generasi Alpha yang memperoleh maklumat hanya di hujung jari. Oleh itu kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 perlu dipelajari bagi memenuhi kehendak generasi ini dan bersesuaian dengan kehendak naratif baharu dalam
Pendidikan.

Di samping itu, guru juga perlu mahir merancang dan membina pengajaran yang berkesan agar murid dapat menggunakan apa yang
dipelajari dalam bilik darjah dalam konteks kehidupan sebenar. Pengetahuan dan kefahaman guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan juga akan membantu murid menguasai pengetahuan, mengamalkan kemahiran dan menghayati nilai yang dipelajari daripada
kurikulum Pendidikan Islam

Modul ini harap dapat dijadikan bahan bacaan, panduan dan rujukan para pensyarah, guru dan para pelatih dalam bidang Pendidikan Islam.
Semoga Modul memberi sumbangan dalam arena Pendidikan Islam khususnya dan Islam secara amnya.

NORAINI BINTI OMAR, PhD, adalah pensyarah kanan di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Berkelulusan Doktor Falsafah Pendidikan Islam dari Universiti
Kebangsaan Malaysia: Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Islam dari Universiti Malaya. Merupakan bekas guru Pendidikan Islam dalam bidang Pendidikan Islam. Banyak menghasilkan kajian-kajian dalam
Pendidikan Islam khususnya pedagogi pelbagai budaya.


Click to View FlipBook Version