LANGKAH 5 Bab 26: Scribd 337
Peralatan Perkongsian
Anda boleh berkongsi
dokumen anda dengan
khalayak di Facebook,
Twitter dan Google. Anda
juga boleh membenamkan
dokumen anda di laman
web atau blog anda.
338 Bab 26: Scribd
RUJUKAN
Bob Rankin. 2008. What is Scrbd.
http://askbobrankin.com/what_is_scribd.html. [6 September 2011].
https://wiki.itap.purdue.edu/display/INSITE/Scribd
Bab 27: Ning 339
Bab 27
NING
APAKAH ITU NING?
Ning ialah satu perkhidmatan berasaskan Internet yang membolehkan
pengguna membina rangkaian sosial mereka sendiri dan menyertai rangkaian
lain. Ning juga membolehkan pembangun rangkaian untuk menentukan susun
atur, kefungsian dan juga sama ada laman web tersebut ialah laman web
umum atau persendirian. Kebanyakan rangkaian memasukkan ciri-ciri seperti
gambar atau video, senarai acara dan ahli rangkaian, kumpulan yang ada dalam
rangkaian serta alat komunikasi seperti forum atau blog. Tiada kemahiran
teknikal diperlukan untuk membina rangkaian sosial, dan tiada had ditetapkan
kepada bilangan rangkaian yang boleh disertai oleh pengguna. Ning
menawarkan rangkaian tanpa kos yang disokong oleh iklan, atau pengguna
boleh membayar perkhidmatan premium yang tidak memerlukan iklan dan
yang membolehkan mereka memilih URL rangkaian berasingan daripada
domain Ning (Educause 2008).
FAEDAH MENGGUNAKAN NING DALAM PENDIDIKAN
Berikut ialah beberapa faedah apabila menggunakan Ning dalam pendidikan:
340 Bab 27: Ning
1. Pelajar boleh menggunakan laman Ning apabila mencari maklumat
untuk suatu tugasan/projek atau hanya sebagai pengetahuan am.
Contohnya, pelajar yang ingin belajar tentang ekopelancongan boleh
mencari maklumat dalam laman Ning dan mengakses sebarang
maklumat berkaitan yang mungkin dapat membantu mereka.
2. Membaca catatan orang lain, melihat gambar dan video mereka, serta
mempelajari serba sedikit maklumat baharu berkaitan bidang yang
diminati.
3. Anda juga boleh menyertai perbincangan dan menulis pendapat anda
serta memuat naik bahan sendiri sekiranya anda menjadi ahli kepada
laman NING tersebut.
(Sumber: Ning & Its Educational Potential 2009)
CARA MENGGUNAKAN NING
Pengguna berdaftar boleh membina rangkaian sosial yang baharu dengan
mudah tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal. Setelah nama dan
URL dipilih, proses pembinaan rangkaian amatlah mudah dengan membuat
tetapan pada empat skrin. Pengguna perlu menentukan sama ada rangkaian
tersebut adalah tertutup (hanya mereka yang dijemput boleh membaca atau
turut serta) atau terbuka untuk orang awam; menulis slogan iklan dan sedikit
penjelasan tentang rangkaian tersebut; menentukan kata kunci; memilih
beberapa ciri yang dikehendaki (seperti gambar atau video, kegiatan blog,
kumpulan atau peralatan) dan menggunakan alat tarik dan lepas untuk
menyusun ciri-ciri tersebut pada halaman; memilih tema visual (warna, fon,
saiz) dan menyesuaikannya mengikut pilihan sendiri; serta memilih jenis
maklumat yang perlu diberikan oleh pengguna untuk menyertai rangkaian
mereka. Jika keahlian adalah terhad, pembangun rangkaian boleh menjemput
Bab 27: Ning 341
individu tertentu untuk menyertai rangkaian tersebut. Pembangun rangkaian
juga mempunyai akses kepada beberapa pilihan lain seperti mengimport
gambar dari Flickr, meletakkan Ning pada Facebook, meminta akses kepada
kod sumber bagi menambahkan lagi ciri-ciri khas suatu rangkaian dan
memasukkan JavaScript bagi membolehkan alat luaran untuk mengikuti
statistik penggunaan rangkaian. Beberapa ciri dalam Ning membenarkan
pengguna membaca berita atau mengetahui aktiviti yang berkaitan, menyertai
kumpulan, membaca atau memberikan komen tentang entri blog, melihat
gambar atau video, dan aktiviti lain yang ditetapkan oleh pembangun
rangkaian. Melalui suapan RSS, pengguna boleh melanggan maklumat terkini
dari bahagian tertentu rangkaian sosial tersebut (Educause 2008).
PENGGUNAAN NING DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Ning menyediakan satu ruang agar pengajar dapat memanfaatkan rangkaian
sosial dalam satu persekitaran neutral yang menawarkan kefungsian dan
pengalaman yang selesa dan tidak asing kepada pelajar. Melalui pembinaan
rangkaian sosial tentang suatu topik akademik atau projek tertentu suatu
kursus, pengajar boleh:
1. Membantu mewujudkan kesedaran berkomuniti dalam kalangan
pelajar.
2. Menggalakkan interaksi peribadi yang akan menghasilkan pengetahuan
baharu dan kecerdasan secara bersama.
Ning juga menyediakan peluang untuk:
1. Pelajar membina rangkaian sosial mereka sendiri.
342 Bab 27: Ning
2. Pelajar mempelajari cara untuk memupuk dan mengekalkan hubungan
dalam satu komuniti pengguna yang mungkin mewakili hubungan dan
komuniti profesional.
3. Satu cara mudah bagi sekumpulan pelajar – contohnya dari kelas yang
baru mengambil bahagian atau mereka yang menyertai program satu
semester di luar negara – untuk terus berhubung sepanjang tahun
pengajian di kolej dan seterusnya, walaupun selepas mereka berpindah
institusi, tamat pengajian atau berpindah tempat tinggal.
Bab 27: Ning 343
MULAKAN DENGAN NING
LANGKAH 1 Pergi ke: http://www.ning.com/
LANGKAH 2 Membina Ning.com sebagai
Rangkaian Sosial
344 Bab 27: Ning
Sign up for Ning.com
Klik
‘Create’
LANGKAH 3 Bab 27: Ning 345
Menerangkan Rangkaian Anda
346 Bab 27: Ning Menambah Features
LANGKAH 4
Bab 27: Ning 347
LANGKAH 5 Mengubahsuai Halaman Utama
a) Menjemput Rakan
b) Menyiarkan Mesej
348 Bab 27: Ning
c) Aktiviti Terkini
d) Maklumat Rangkaian
Bab 27: Ning 349
e) Elemen-Elemen
f) Penampilan
350 Bab 27: Ning
h) Ahli-ahli
i) Pravasi Rangkaian
Bab 27: Ning 351
j) Kawalan Elemen
LANGKAH 6 Master Key
352 Bab 27: Ning Menjemput Rakan
LANGKAH 7
Bab 27: Ning 353
LANGKAH 8 Blogging
354 Bab 27: Ning
LANGKAH 9 Bab 27: Ning 355
Mengeluarkan Individu daripada
Rangkaian Sosial
356 Bab 27: Ning
Bab 27: Ning 357
RUJUKAN
Educause. 2008. 7 things you should know about…. Ning.
www.educause.edu/eli [16 Mac 2011]
Ning & Its Educational Potential. 2009.
http://www.slideshare.net/pbowler/ning-tutorial-2009 [16 Mac 2009]
358 Bab 28: Eluminate
Bab 28
ELUMINATE
APAKAH ITU ELLUMINATE?
Elluminate menyediakan penyelesaian web, audio, video dan rangkaian sosial
yang optimum untuk pendidikan dan latihan abad ke-21. Kesemua komponen
Elluminate Live!, sama ada audio dua hala, video, perkongsian papan putih,
aplikasi, rakaman interaktif dan bilik perbincangan, bersepadu antara satu
sama lain untuk menyediakan persekitaran pembelajaran interaktif yang paling
lengkap. Sama ada hanya untuk dua orang atau dua ratus pelajar, Elluminate
Live! menyediakan ruang untuk perhubungan komunikasi, kerjasama dan
pendidikan bertaraf dunia yang mengubah corak pengajaran dan pembelajaran
(Elluminate Live. 2010a). Elluminate juga boleh digunakan bersama dengan
panggilan persidangan melalui telefon atau fungsi suara melalui IP (Voice over
IP) sekiranya ada. Jika menggunakan VoIP, set fon kepala perlu digunakan.
(Kevin Bane 2008).
FAEDAH MENGGUNAKAN ELLUMINATE
Berikut ialah faedah apabila menggunakan Elluminate Live (Elluminate Live
2010c):
Bab 28: Eluminate 359
1. Meningkatkan Kadar Pelengkapan dan Pengekalan:
Kebanyakan pendidikan jarak jauh di insititusi akademik menggunakan
alat tak segerak di Internet (online asynchronous tools), kemungkinan
bersama-sama penggunaan perbualan teks segerak (synchronous text
chat) atau penstriman video. Tetapi melalui teknologi tak segerak ini,
pelajar mungkin rasa terasing dan tidak bersemangat untuk belajar
sendirian kerana komunikasi antara pelajar dengan guru dan pelajar
lain amat terhad. Kajian mengenai pembelajaran jarak jauh
menunjukkan bahawa interaksi antara pelajar dengan guru dan sesama
pelajar amat membantu untuk meningkatkan keputusan pelajar kerana
ia memperbaik sikap, motivasi dan membina kesedaran berkomuniti.
Hasilnya, kadar pelengkapan kerja kursus meningkat, skor ujian lebih
tinggi, dan kadar pengekalan lebih baik.
2. Menghapuskan Sekatan Geografi: Institusi akademik juga dapat
memperluas sempadan kelas fizikal, memanipulasikan sumber
pengajaran yang terhad, menyediakan pensyarah jemputan dan pakar
secara jarak jauh, memperluas jangkauan geografi bagi meningkatkan
kadar pendaftaran, serta menyediakan akses untuk semua tanpa
mengira lokasi apabila menggunakan e-Pembelajaran secara langsung
dan teknologi kerjasama web.
3. Membina Komuniti dalam Talian: Pelajar hari ini boleh
menggunakan teknologi segerak untuk kerjasama tanpa had – di
sekitar kampus, di seluruh negara atau di serata dunia – dan membina
komuniti pembelajaran yang cergas, yang mengalakkan penyertaan dan
merangsang inovasi. Elluminate Live!, membantu institusi dan pengajar
untuk membina bilik darjah maya bagi pertemuan berjadual atau
kerjasama ad hoc, sama ada dengan atau tanpa guru.
360 Bab 28: Eluminate
4. Menjimatkan Kos Perjalanan: Institusi akademik masa kini perlu
menyeimbangkan hasil pendidikan dengan faktor kewangan, termasuk
membuktikan pulangan yang pantas atas pelaburan teknologi mereka.
Konsep penghasilan yang lebih banyak dengan pelaburan yang sedikit
kini menjadi cara hidup golongan akademik, sebagaimana dalam dunia
perniagaan. Pada masa yang sama, sekolah beroperasi dalam
persekitaran dan pasaran global yang semakin kompetitif.
Pembelajaran segerak secara dalam talian merupakan satu
penyelesaian berkesan kos yang menyediakan akses universal dengan
jumlah kos pemilikan yang lebih rendah dan pulangan yang kukuh.
5. Meningkatkan Produktiviti Kakitangan: Elluminate Live!
menyediakan ruang pertemuan yang lebih baik dengan suara melalui
Internet (VoIP) tanpa memerlukan waktu perjalanan dan kehilangan
waktu kerja di pejabat. Dengan pertumbuhan pesat institusi berbilang
kampus dan kampus satelit, kelebihan teknologi mesyuarat maya
secara langsung ini menjadi lebih ketara khususnya dalam keadaan
belanjawan yang terhad. Kebanyakan institusi menggunakan
persidangan web bagi mesyuarat majlis eksekutif dan jawatankuasa.
6. Menyokong Pelbagai Gaya Pembelajaran: Kelas maya
Elluminate Live! menyediakan VoIP dua hala, pemesejan segera (IM),
dan perkongsian papan putih interaktif bagi memaparkan kandungan
pendidikan. Semua ciri ini membina persekitaran pembelajaran yang
menarik dan sempurna agar pengguna mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sesi tersebut walau apa pun gaya pembelajaran kegemaran
mereka.
Bab 28: Eluminate 361
7. Menggabungkan Teknologi ke dalam Kelas: Pelajar dalam bilik
darjah fizikal biasa sering menukar cara pembelajaran dan interaksi
mereka. Pelajar masa kini, yang sering digelar sebagai ‘anak kelahiran
zaman digital’, membesar dalam dunia digital dan menuntut agar
sekolah mengikut gaya pembelajaran mereka. Pada masa yang sama,
pendidik menyedari bahawa gaya pengajaran mereka perlu diubah
seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan pembelajaran
yang aktif dan mengekalkan perhatian pelajar.
8. Menggunakan vRoom dengan Aplikasi Perkongsian dan
Perbualan: Pakar strategi kini boleh berkongsi nota dengan pelajar
dari mana-mana sudut kelas melalui komputer riba masing-masing.
Tambahan pula, tidak menjadi hal jika seorang menggunakan
komputer meja dan seorang lagi menggunakan komputer Mac kerana
pengguna berinteraksi dalam masa nyata tanpa mengira platform
komputer yang digunakan. Hasilnya: lebih kebebasan untuk pelajar,
dan kebolehan bagi pakar strategi akademik untuk memberikan
sokongan dengan cara yang kurang ketara.
9. Menskalakan Maklumat dan Pengetahuan: Perkara utama bagi
membolehkan mana-mana kelas maya berfungsi harus merangkumi
keupayaan untuk merakam dan mengulang tayang sesi pengajaran,
membina bahan pengajaran yang boleh diguna semula bagi
memaksimumkan akses dan memanipulasikan sumber. Rakaman kelas
boleh digunakan untuk ulang kaji peperiksaan dan sesi maklumat boleh
dirakamkan terlebih dahulu sebelum sesuatu kursus bermula. Selain
itu, rakaman awal latihan tentang sesuatu topik seperti aplikasi dalam
talian yang sering digunakan atau sumber perpustakaan dalam talian
juga boleh dilakukan untuk fakulti, pelajar dan kakitangan lain.
362 Bab 28: Eluminate
Elluminate Live! memudahkan pembinaan pangkalan pengetahuan
untuk rakaman berindeks yang interaktif dan mudah diperoleh.
10. Memanipulasikan Sumber Pengajaran Terhad: e-Pembelajaran
secara langsung dan teknologi kerjasama web mencerminkan interaksi
kelas atau mesyuarat secara bersemuka tetapi tidak memerlukan
telesidang mahupun kos perjalanan yang mahal. Seorang guru boleh
dimanipulasikan untuk mengurangkan pengambilan guru baharu,
mesyuarat berjadual fakulti boleh digantikan dengan sesi berasaskan
Internet, pelajar dari pelbagai kampus boleh digabungkan untuk
memenuhkan kelas dalam talian, serta pakar bahan pelajaran boleh
memberikan syarahan kepada kelas dalam masa nyata dari mana-mana
lokasi di seluruh dunia tanpa perlu melakukan sebarang perjalanan.
11. Menyediakan Pembangunan Kerjaya: Elluminate Live!
membolehkan pengarah pusat untuk melakukan tugas pementoran
dan menyampaikan kursus dalam talian bagi melatih guru-guru tentang
teknologi yang diperlukan agar mereka boleh melaksanakan
tanggungjawab rasmi mereka. Oleh kerana Elluminate Live! tidak
memerlukan keluk pembelajaran yang pantas, pembelajaran langsung
di Internet telah menjadi satu alat yang popular dan berguna hanya
dalam masa beberapa bulan dengan menyediakan sokongan teknologi
dan juga emosi untuk pengajar.
CARA MENGGUNAKAN ELLUMINATE
Menurut Elluminate Live (2010b), platform ini boleh digunakan secara
berikut:
Bab 28: Eluminate 363
1. Pengajaran Secara Langsung: Program pembelajaran jarak jauh
biasa mempunyai kadar kelengkapan yang rendah kerana pelajar
dibiarkan belajar secara sendirian dan sering berasa tersisih. Guru-
guru yang kini mengajar secara dalam talian memerlukan teknik
pedagogi yang efektif dan sesuai untuk berkomunikasi dengan pelajar
sama ada pertemuan secara empat mata atau dengan sekumpulan
pelajar. Kajian telah menunjukkan bahawa penyelesaian yang ideal ialah
model pembelajaran blended dengan interaksi tak segerak dan
segerak.
2. Pembinaan Kandungan Tak Segerak: Anda boleh membina
kandungan tak segerak menggunakan rakaman interaktif dan fungsi
main semula Elluminate. Contohnya, anda boleh merakamkan sesi
orientasi pelajar atau ucapan aluan kepada kelas maya anda sebelum
hari pertama kelas. Selain itu, pelajar juga boleh menonton rakaman
interaktif kelas anda jika mereka terlepas sebarang sesi ataupun untuk
mengulangkaji pelajaran dan memperkukuh pengetahuan mereka.
3. Program Bimbingan (Tutor): Program bimbingan, sama ada
dibuat oleh pengajar atau rakan sebaya, menawarkan peluang kepada
pelajar untuk bekerja secara satu dengan satu bagi menjawab soalan
atau mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan kerja rumah atau
tugasan lain. Sesi bimbingan boleh dijadualkan, atau pelajar boleh
menyertai mana-mana kelas maya sedia ada untuk berhubung dengan
tutor.
4. Kerjasama Kelas: Kerjasama jarak jauh akan menghubungkan
pelajar dari pelbagai lokasi dan budaya bagi memperkaya pengalaman
pembelajaran mereka. Contohnya, pelajar Universiti Dohto di Jepun
364 Bab 28: Eluminate
bekerjasama dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di
Malaysia dalam satu kursus seni bina antarabangsa.
5. Mesyuarat: Anda boleh mempengerusikan mesyuarat dengan mudah
dan efektif menggunakan Elluminate, sekaligus mengurangkan kos
perjalanan, telesidang dan juga waktu kerja di luar pejabat.
6. Waktu Pejabat Secara Maya: Guru boleh melanjutkan tempoh
pertemuan dengan pelajar melalui waktu pejabat maya dengan
Elluminate Live!. Pertemuan boleh dilakukan secara empat mata
ataupun dengan sekumpulan pelajar.
7. Orientasi Pelajar/Ibu bapa: Ingin meluaskan jangkauan geografi
dan menarik lebih ramai pelajar? Pamerkan program anda kepada
bakal pelajar dan ibu bapa mereka di Internet dengan Elluminate Live!
Anda boleh mengadakan sesi orientasi kepada pelajar baharu malah
merakamkan sesi tersebut untuk mereka yang tidak dapat hadir.
8. Penceramah Jemputan Jarak Jauh/Lawatan Lapangan Maya:
Perkara paling penting tentang pendidikan dalam talian adalah
penyediaaan suasana pembelajaran yang menarik. Dengan Elluminate
Live!, anda boleh membawa penceramah jemputan kepada kelas anda
dari jarak jauh atau menghantar pelajar untuk menghadiri lawatan
lapangan maya.
9. Pembangunan Kerjaya: Tarik perhatian dan kekalkan pengajar
serta pekerja yang berkelayakan dengan menyediakan pembangunan
kerjaya yang berterusan dan berkesan kos melalui Elluminate Live!.
Hubungkan guru-guru di seluruh kampus agar mereka boleh
Bab 28: Eluminate 365
berkongsi cara pengajaran terbaik. Tawarkan sesi latihan mengenai
aplikasi, peralatan, dan sistem pentadbiran dalam masa nyata atau
secara rakaman.
10. Meja Bantuan Maya: Perlukan kaedah tambahan untuk
menyediakan sokongan dan bantuan serta-merta kepada pelajar,
fakulti dan kakitangan? Elluminate Live! ialah alat yang hebat untuk
digunakan sebagai tambahan kepada pusat pembelajaran atau kaunter
bantuan fizikal. Pelajar boleh mendapat akses kepada pakar atau
sumber seperti perpustakaan penyelidikan, tanpa perlu pergi ke
kampus.
366 Bab 28: Eluminate
MULAKAN DENGAN ELLUMINATE
LANGKAH 1 Pergi ke:
http://www.elluminate.com/
LANGKAH 2 Daftar Masuk / Pendaftaran
Untuk
menggunakan
Elluminate, klik
pada ‘GET A
FREE TRIAL’.
Bab 28: Eluminate 367
Masukkan alamat
email anda dan klik
‘continue’.
Lengkapkan
borang
berikut.
Kemudian klik
pada ‘Try
Elluminate’.
Untuk mengakses
Elluminate, semak
email anda.
368 Bab 28: Eluminate Elluminate
akan
Klik ‘Start Now’ atau anda
boleh menyalin pautan yang menghantar
kepada anda
diberi ke pelayar anda.
email
berikut.
LANGKAH 3 Muat Turun Elluminate Live
Setelah anda pergi
ke pautan yang
diberi, laman ini
akan dipaparkan.
Anda perlu klik
pada ikon ini
untuk memulakan
kelas percubaan
Elluminate.
Bab 28: Eluminate 369
Kemudian
tetingkap ini akan
dibuka. Anda
tidak boleh
menutup tetingkap
ini sehingga anda
telah berada di
sesi atas talian
kolaborasi
blackboard.
Pada masa yang
sama, anda perlu
memuat turun
aplikasi ‘Java’.
Aplikasi ini akan
dimuat turun
kepada anda
secara automatik.
LANGKAH 4 Kolaborasi Blackboard dalam Talian
Setelah anda tamat memuat
turun. Kolaborasi blackboard
anda akan terbuka secara
automatik. Anda perlu klik
pada butang ‘I agree’ untuk
mempersetujui lesen
persetujuan.
370 Bab 28: Eluminate
Kemudian, anda perlu
memilih talian internet yang
sedang anda gunakan dan
klik ‘OK’.
Tunggu sehingga
Elluminate
berhubung
dengan
komputer anda.
Bab 28: Eluminate 371
Sekarang anda boleh menggunakan Elluminate live – Kolaborasi blackboard
dalam talian.
372 Bab 28: Eluminate
LANGKAH 5 Memeriksa Audio
Pergi ke
‘Tools’.
Pilih Klik pada
‘Audio’. ‘Audio SetuP
Wizard’.
Klik ‘Refresh’
untuk
mengemaskini
peralatan audio
yang anda ada.
Pilih jenis
peralatan audio
anda.
Kemudian klik
‘OK’.
Bab 28: Eluminate 373
Selaraskan kekuatan
audio kepada tahap
keselesaan anda
mendengar.
Uji peralatan audio anda
dengan klik pada butang
‘Play’. Anda akan
mendengar bunyi daripada
peralatan audio anda.
374 Bab 28: Eluminate
Jika anda
berpuashati
dengan tahap
kekuatan tersebut
klik ‘Yes’.
Bab 28: Eluminate 375
Langkah yang
sama juga
dilakukan untuk
peralatan audio
yang lain
(mikrofon). Pilih
peralatan audio
anda.
Klik pada ‘OK’.
376 Bab 28: Eluminate
Pilih jenis mikrofon Anda boleh
anda. meninggi atau
mengurangkan
Uji mikrofon anda kekuatan bunyi
dengan klik pada mikrofon anda.
butang ‘Record’.
Bab 28: Eluminate 377
Setelah semuanya
siap, klik butang
‘OK’.
378 Bab 28: Eluminate
LANGKAH 6 Memuat Naik Persembahan
Untuk memuat
naik persembahan,
klik ikon ini.
Pilih lokasi
persembahan
anda.
Kemudian klik
‘OK’.
Bab 28: Eluminate 379
Pilih
persembahan
yang hendak
dimuat naik.
Kemudian klik
‘Open’.
Sekarang,
persembahan
anda telah
berjaya dimuat
naik. Anda boleh
menggunakan
kekunci ini
untuk
memainkan
persembahan
anda.
380 Bab 28: Eluminate
LANGKAH 7 Menjemput Peserta
Pada bahagian atas
blackboard anda,
klik pada ikon ini.
Kemudian,
tetingkap ini akan
terbuka. Anda
boleh menulis
email atau
menyalin pautan
yang diberikan dan
dihantar kepada
sesiapa yang
berminat untuk
menyertai sesi
persembahan dalam
talian anda.
Bab 28: Eluminate 381
LANGKAH 8 Peralatan Elluminate Live
382 Bab 28: Eluminate
1) Peralatan Peserta
2) Peralatan Berbual
Bab 28: Eluminate 383
3) Peralatan Audio serta Rakaman
Rakaman telah direkod.
Untuk lihat kembali klik
di sini.
384 Bab 28: Eluminate
RUJUKAN
Elluminate Live. 2010a. Unified Learning and Collaboration.
http://www.elluminate.com/downloads/sales/datasheets/LiveBrochure_
FINAL.pdf [26 Mei 2011]
Elluminate Live. 2010b. Top Ten Ways of Using Elluminate Live!
http://www.elluminate.com/downloads/whitepapers/Top-Ten-Benefits-
of-Using-Elluminate-Live.pdf. [26 Mei 2011]
Elluminate Live. 2010c. Top Ten Benefits Of Using Elluminate Live!®.
http://www.elluminate.com/downloads/whitepapers/Top-Ten-Benefits-
of-Using-Elluminate-Live.pdf [26 Mei 2011]
Kevin Bane. 2008. Elluminate – What is it and where to find help.
https://techinfo.esc.edu/kb_article.php?s=1eba2d352205bde2f52bc0573
0111847&ref=5455-YOZC-9085 [12 April 2011]
Bab 29: Vyew 385
Bab 29
VYEW
APAKAH ITU VYEW?
Vyew ialah platform kerjasama dan persidanganberasaskan pelayar web yang
membolehkan pengguna berkongsi dan membina kandungan fail secara
bersama pada masa nyata dan secara berterusan pada bila-bila masa yang
diinginkan. Pengguna Vyew boleh memuat naik dan menulis catatan pada fail
(.doc, .odt, .xls, .ods, .ppt, .odp, .jpg, .gif, .png, .swf, .mp3), mengambil gambar
skrin komputer dan melukis menggunakan alatan papan putih. Mereka juga
boleh berkongsi desktop mereka dalam masa sebenar.
(Sumber: http://vyew.com/site/help/guide/#Getting-Started-with-Vyew)
BEBERAPA CARA VYEW MEMPERKASAKAN PENGGUNA:
a) Jumpa dan Bentang
• Mengadakan pembentangan, menganjurkan webinar atau
mengetuai mesyuarat kumpulan.
• Mengendalikan mesyuarat pada masa nyata menggunakan
perkongsian ruang kerja, kamera web, suara melalui IP (VoIP),
telesidang percuma, perbualan teks dan perkongsian desktop.
• Selain daripada memuat naik, berkongsi dan membentangkan
kandungan, peserta boleh dijemput untuk menulis catatan dan
386 Bab 29: Vyew
bekerjasama dalam penyediaan bahan sewaktu mesyuarat
dijalankan.
• Peserta boleh melayari ruang kerja secara berasingan untuk
bekerjasama dalam penyediaan bahagian-bahagian kandungan yang
berlainan. Terdapat juga fungsi merakam mesyuarat untuk
dimainkan semula.
• Bilik dan bahan mesyuarat sentiasa tersedia untuk kajian semula
dan kerjasama sehingga moderator menghentikan akses.
b) Semak dan Catat
• Memuat naik, membina kandungan, dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan atau pelanggan anda dalam penyediaan kandungan
tersebut.
• Vyew menyediakan ruang kerja yang sentiasa terpasang dan
boleh diakses oleh pengulas dan pembina bahan mengikut
kesesuaian masa mereka.
• Menyediakan proses yang telus untuk ulasan dan catatan. Semua
peserta dapat melihat komen masing-masing dan dapat mencapai
persetujuan tentang versi terakhir dengan lebih mudah dan
pantas berbanding dengan menghantar komen melalui e-mel
kepada pemilik bahan. Komen pada bar sisi menyediakan forum
kontekstual untuk perbincangan yang boleh ditapis oleh
pengguna dan ditanda untuk memaparkan status mereka.
• Rakan usaha sama lain dari luar organisasi boleh memperoleh
akses ruang kerja dengan mudah pada bila-bila masa tanpa perlu
memasang sebarang perisian.
• Pengguna dapat memuat naik, membina dan bekerjasama untuk
hamper semua jenis kandungan dalam Vyew tanpa mengira