Bab 11: Diigo 137
LANGKAH 8 Menyembunyikan Nota Lekat
• Kadangkala anda lebih gemar untuk melihat nota lekat anda sahaja
atau anotasi kumpulan tertentu dan bukan nota lekat umum dari
pengguna lain.
• Dengan menggunakan toolbar Diigo, anda boleh menyembunyikan
nota-nota lain yang anda tidak kehendaki.
Untuk
menyembunyikan
nota lekat, klik
pada ‘Hide public
sticky notes’.
Tetingkap ini akan terpapar
dan anda perlu memilih ‘Do
not show me public sticky
notes on this page’.
Kemudian klik ‘OK’.
138 Bab 11: Diigo
LANGKAH 9 Menangkap Imej/Halaman
Pertama sekali, klik
pada butang
‘Capture’ dan pilih
samada untuk
‘Capture Selected
Area’ atau ‘Capture
Entire Page’.
Jika anda memilih untuk
‘Capture Selected Area’,
tekan hold dan pilih kawasan
yang anda mahukan.
Sebelum anda menyimpan,
anda boleh mengedit imej.
Selepas anda klik pada ikon
‘simpan’, imej yang anda
ambil secara automatik akan
berada di dalam
perpustakaan Diigo anda.
Bab 11: Diigo 139
LANGKAH 10 Membina Kumpulan
Di dalam Diigo. Anda boleh membina
kumpulan anda sendiri. Klik pada ‘My
Group’ untuk pergi ke paparan
kumpulan.
Klik pada ‘Create a group’
untuk mula membina
kumpulan Diigo anda.
Lengkapkan
maklumat yang
dikehendaki dan
anda akan
dibenarkan untuk
menjemput rakan-
rakan menyertai
kumpulan yang telah
anda bina.
Kemudian klik pada
‘Create my group’.
140 Bab 11: Diigo
Setelah kumpulan Diigo anda siap dibina, anda boleh menjemput rakan Diigo
untuk menyertai kumpulan anda atau anda juga boleh menjemput rakan-
rakan lain melalui email.
Contoh kumpulan Diigo
yang dibina.
Kesemua ahli boleh Klik pada ‘Invite
menghantar tanda people’ untuk
menjemput rakan
buku atau topik menyertai kumpulan
untuk dibincangkan.
anda.
Bab 11: Diigo 141
RUJUKAN
SlideShare. What is Diigo? http://www.slideshare.net/poutasi/what-is-diigo [8
Mac 2011]
Educause. 2009. 7 Things you should know about Collaborative annotation.
http://www.educause.edu/eli. retrieved on [8 Mac 2011]
142 Bab 12: Facebook
Bab 12
FACEBOOK
APAKAH ITU FACEBOOK?
Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang
bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman
Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan
apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan
data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi
Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada
rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari
aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang
memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun
mereka (PennState 2007).
KELEBIHAN FACEBOOK
Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang
menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook
dilengkapi dengan:
1. Papan buletin,
2. Pemesejan segera,
Bab 12: Facebook 143
3. E-mel,
4. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar,
5. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam
lingkungan sistem.
Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan
teknologi, rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan:
1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar.
2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina
komuniti pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan
pelajar (Baker 1999).
3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk
membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain
dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah
diwujudkan oleh pelajar sendiri.
4. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan
penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas
kuliah biasa.
5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama
pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai
tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh
tugasan di luar kelas.
7. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan
sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama
melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet.
8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara
bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk
melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat,
latar belakang dan “rakan-rakan” yang boleh meningkatkan motivasi
144 Bab 12: Facebook
pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al.
2007).
CARA MENGGUNAKAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN
Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian
sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan
elektif, guru boleh meminta pelajar untuk:
1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan”
kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.
2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas,
pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus.
3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.
PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, anda akan
menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya melalui aplikasi
perpustakaan, pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog
perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem
perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada “rakan” di
dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan”,
bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan
aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk berhubung
rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan.
Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan
satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun,
Bab 12: Facebook 145
penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan
perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh
membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah
dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang
pengajaran. Jika kita pindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip
belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka
mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan
keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh
membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya
memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).
146 Bab 12: Facebook
MULAKAN DENGAN FACEBOOK
LANGKAH 1 Pergi ke:
http://www.facebook.com/
LANGKAH 2 Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk menggunakan
Facebook, anda
perlu membuat
akaun Facebook
dengan mengisi
maklumat yang
dikehendaki.
Kemudian, klik
pada ‘Sign Up’.
Bab 12: Facebook 147
Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan
terpapar. Anda perlu melengkapkan sekarang
atau dilakukan kemudian.
Untuk keluar dari
halaman ini klik
‘Skip this step’.
Facebook akan menghantar
email untuk mengesahkan
pendaftaran anda.
Klik pada‘Get
started’ dan anda
boleh mula untuk
log masuk.
148 Bab 12: Facebook
LANGKAH 3 Mencari Rakan
Anda boleh Pilih rakan untuk Pergi ke ‘Find
mengimport senarai dijemput (Jika rakan anda friends’.
tidak mempunyai akaun
rakan daripada
email Yahoo atau Facebook).
daripada aplikasi
lain.
Pilih rakan yang anda
mahu untuk dijadikan
sebagai rakan
Facebook.
Bab 12: Facebook 149
LANGKAH 4 Menyunting Profil
Pergi ke ‘Profile’.
Klik pada ‘Edit
Profile’.
Pilih perkara yang anda
mahu untuk disunting.
Kemudian klik pada
‘Save Changes’
150 Bab 12: Facebook
LANGKAH 5 Pengumpulan Rakan
Pergi ke
‘Account’.
Klik pada
‘Edit Friends’.
Kemudian klik
‘Create a List’.
Bab 12: Facebook 151
Masukkan nama
pengumpulan
rakan yang
hendak
ditubuhkan,
contohnya
“students”.
Sekarang, anda boleh
mula menyunting
senarai rakan untuk
dikumpul dalam
senarai ‘Student’
dengan pergi ke ‘Edit
Lists’.
Pilih ‘Students”.
LANGKAH 6 Privasi
Pergi ke ‘Account’.
Klik pada ‘Privacy
Settings’.
152 Bab 12: Facebook
Pilih jenis privasi
yang anda mahu
untuk akaun
Facebook anda.
Kemudian klik
pada ‘Apply These
Settings’.
Bab 12: Facebook 153
LANGKAH 7 Menjadikan Status (Catatan
Dinding) Privasi
Tulis status Pilih jenis privasi
(catatan dinding) yang tersenarai
anda di sini. atau suaikan
mengikut
Pilih status untuk
dilihat ‘These kehendak anda.
people’.
Kemudian klik pada
Anda juga boleh ‘Save Setting’.
memilih untuk
menyembunyikan
kepada individu-individu
tertentu di sini.
154 Bab 12: Facebook
LANGKAH 8 Album Gambar
Pada halaman utama Kemudian klik ‘Select
Facebook, anda klik Photos’.
‘Photos’.
Pilih gambar
daripada folder
anda yang sudah
sedia ada.
Berikan nama untuk
album anda.
Pilih jenis privasi Klik pada ‘Create
perkongsian album Album’.
Bab 12: Facebook 155
Kemudian klik ‘Publish
Now’ atau ‘Skip’
bahagian ini.
Tuliskan penerangan
berkenaan album
anda.
Klik pada
‘Save Changes’.
LANGKAH 9 Menubuhkan Kumpulan
Pada halaman utama
facebook, klik pada
‘Create Group’.
156 Bab 12: Facebook
Pilih ahli untuk Masukkan nama
dimasukkan di dalam kumpulan yang
kumpulan ini. hendak
ditubuhkan.
Contohnya,
“Web 2.0 tools”.
Pilih jenis privasi Kemudian klik
kumpulan anda. pada ‘Create’.
Tuliskan topik untuk
memulakan
perbincangan.
Pilih aktiviti
yang anda
mahu
lakukan.
Bab 12: Facebook 157
LANGKAH 10 Membuat Acara
Klik ‘Create an
Event’.
Pada muka utama
Facebook anda, klik
pada ‘Events’.
Masukkan maklumat
berkenaan acara
tersebut.
Kemudian klik pada
‘Create Event’.
158 Bab 12: Facebook
RUJUKAN
Baker, P. 1999. Creating learning communities: The unfinished agenda. In B.
A. Pescosolido & R. Aminzade (Eds.), The social works of higher education
(pp. 95-109). Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press.
Caroline Lego Muñoz & Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to
Use Facebook in the College Classroom.
http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Faceboo
k.pdf [7 Mac 2011]
Mazer, J. P., Murphy, R.E., & Simonds, C. J. 2007. I’ll see you on ‘Facebook’:
The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student
motivation, affective learning, and classroom climate. Communication
Education, 56, 1-17.
PennState. 2007. 7 Things You Need to Know about Facebook Applications.
http://ets.tlt.psu.edu/wp-content/uploads/facebook_applications.pdf [7
Mac 2011].
Bab 13: Evernote 159
Bab 13
EVERNOTE
APAKAH ITU EVERNOTE?
Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang berguna untuk semua orang dalam apa
jua keadaan. Ia membolehkan mereka merakam gambar hampir semua
perkara yang ingin diingati. Dalam beberapa langkah mudah dan pantas,
gambar boleh disimpan ke dalam Evernote, disusun dan diberi penerangan
ringkas untuk menjadikan gambar tersebut mudah diperoleh pada masa akan
datang. Aplikasi ini unik dalam beberapa perkara. Tidak seperti aplikasi web
yang lain, Evernote tidak bersifat linear. Dalam erti kata lain, penggunaan
aplikasi ini membolehkan anda menambah teks, maklumat, gambar, video, dan
pautan sebagaimana yang boleh dilakukan dengan aplikasi web yang lain,
sehinggakan dalam bidang ini sahaja pun terhasil banyak peluang untuk
menyerlahkan kreativiti. Banyak lagi perkara lain yang boleh anda lakukan
dengan Evernote. Evernote menyedari bahawa kita diberi segala macam
maklumat setiap hari dan otak kita tidak dapat menyimpan semua maklumat
tersebut, dan disebabkan itu banyak perkara sering hilang atau dilupai. Oleh
itu, Evernote membolehkan kita merakam semua idea atau kenangan dan
pengalaman daripada kehidupan sebenar kita secara digital supaya idea atau
kenangan tersebut tidak lenyap begitu sahaja. Kesimpulannya, kemungkinan
penggunaannya tidak terhenti setakat itu kerana Evernote membolehkan kita
merakam maklumat dalam apa jua persekitaran sambil menggunakan sebarang
platform atau peralatan yang anda inginkan (Benjamin 2008).
160 Bab 13: Evernote
FAEDAH MENGGUNAKAN EVERNOTE
Pelajar, guru dan pensyarah boleh mendapat banyak manfaat daripada
Evernote untuk pelbagai sebab berbeza mengikut persekitaran dan situasi
masing-masing seperti berikut:
Pelajar
Pelajar dari pelbagai tahap pendidikan dan latar belakang boleh menggunakan
Evernote untuk mengatur keutamaan pendidikan mereka. Evernote boleh
membantu pelajar mengawasi nota, kajian, kerja rumah, ujian, kuiz dan
dokumen lain yang berkaitan dengan tugasan sekolah mereka. Tentu hebat
sekiranya tidak perlu risau tentang kemungkinan kehilangan tugasan penting,
dan Evernote akan menghapuskan kerisauan itu. Caranya cukup mudah, iaitu
pelajar perlu mengambil gambar semua nota, dokumen dan projek penting
mereka. Kemudian, mereka hanya perlu memuat naik gambar-gambar penting
ke dalam Evernote dengan satu langkah pantas dan menyusunnya. Pelajar
boleh menyusun gambar tersebut mengikut projek, kelas atau apa-apa sahaja.
Evernote menjadikan tugas pengurusan yang renyah bagi seorang pelajar lebih
mudah dan senang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Guru
Evernote boleh menjadikan tugas mengajar lebih tersusun, senang dan mudah
dicapai dengan membolehkan guru merakam gambar nota pelajaran di atas
papan putih, gambar-gambar pelajaran dan aktiviti, gambar lawatan lapangan
dan lain-lain. Guru sekolah rendah juga biasanya sering menerima banyak
hadiah daripada pelajar mereka seperti gambar, lukisan, dan kraftangan yang
akan terkumpul sepanjang tempoh pengajaran. Evernote membolehkan guru
mengambil gambar hadiah istimewa tersebut, menyimpan dan menyusunnya.
Guru seni juga boleh mendapat manfaat daripada Evernote. Membawa pulang
Bab 13: Evernote 161
projek seni yang begitu banyak mungkin agak menyusahkan. Evernote
membolehkan mereka mengambil gambar setiap projek seni, menyimpan dan
menyusunnya mengikut kelas dan projek, serta melihatnya di rumah bagi
memudahkan tugas pemberian markah. Terdapat banyak lagi situasi yang guru
sekolah boleh dibantu dengan penggunaan Evernote dalam persekitaran
pendidikan.
Guru dari pelbagai peringkat boleh mendapat manfaat daripada
Evernote. Bahagian ini akan menumpukan perhatian kepada guru sekolah
menengah, pensyarah kolej dan pembantu guru di kolej. Mereka boleh
menggunakan Evernote dalam pelbagai situasi berlainan. Klip video sering
digunakan sebagai satu cara untuk menyampaikan pelajaran dalam
persekitaran bilik darjah. Tetapi, dari manakah sumber video tersebut? Guru-
guru sering terjumpa pelbagai contoh menarik yang boleh digunakan untuk
menyampaikan sesuatu pelajaran atau idea kepada kelas mereka. Evernote
membolehkan mereka mengambil gambar video itu, tajuknya atau pautan
kepada video tersebut. Selepas merakam gambar video tersebut, mereka
boleh menyimpan, menyusun, dan memberikan penerangan ringkas tentang
video tersebut dalam Evernote. Kemudian, mereka boleh mendapatkannya
dan mengingati video pendidikan tersebut pada bila-bila masa. Guru-guru juga
boleh menggunakan Evernote untuk merakam gambar-gambar kajian, kerja
rumah dan projek. Penyimpanan dan pengurusan tugasan di dalam Evernote
membolehkan guru mengaksesnya dari rumah atau tempat lain dan membuat
pemarkahan dengan mudah.
Evernote melegakan tekanan kehidupan seorang pelajar kerana
mereka tidak perlu risau akan kehilangan dokumen penting, tugasan bertulis
atau nota kelas. Ia membolehkan pelajar menyusun kesemuanya mengikut
kelas tertentu dan memudahkan rujukan apabila pelajar perlu mengulangkaji
162 Bab 13: Evernote
sesuatu tajuk untuk peperiksaan. Oleh kerana Evernote merupakan aplikasi
yang tersedia di Internet, pelajar boleh mendapatkan nota mereka di mana
sahaja mereka berada sama ada dari telefon bimbit mereka ataupun mana-
mana komputer yang mempunyai sambungan Internet. Guru-guru juga boleh
menikmati kemudahan Evernote. Mereka hanya perlu merakamkan tugasan
pelajar dan memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Evernote, tanpa
perlu bersusah payah mengangkut timbunan kertas ke rumah untuk dinilai
sewaktu cuti panjang. Kemudian, guru boleh melakukan tugas pemarkahan di
luar sekolah tanpa tergesa-gesa dan tanpa perlu risau akan kemungkinan
tersalah letak atau kehilangan kertas kerja pelajar mereka.
(Sumber:https://wiki.itap.purdue.edu/display/Social/How+Evernote+Can+Be+
Used+in+Educational+and+Learning+Environments)
CARA MENGGUNAKAN EVERNOTE
Evernote ialah satu aplikasi yang amat berharga kepada pendidik.
Kebergunaannya boleh merangkumi perancangan kursus sehinggalah kepada
penyampaian rancangan pelajaran dan pengumpulan maklum balas pelajar
selepas kelas. Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan
Evernote dalam pendidikan. Bagi seorang pendidik, Evernote boleh dikelaskan
kepada tiga kategori (Michael 2011):
1. Sebelum kelas
2. Semasa kelas
3. Selepas kelas
Bab 13: Evernote 163
Sebelum kelas
1. Rancang dan susun kelas anda menggunakan tag: Penggunaan
tag merupakan cara yang baik untuk mengatur rancangan pengajaran
anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya, jika anda mengetahui
ada subjek tertentu untuk diajarkan pada minggu kedua sesi
persekolahan, semua kandungan pelajaran yang berkaitan boleh
diletakkan tag ‘minggu kedua’. Setelah sistem ini diwujudkan, anda
boleh terus menambahkan item lain sepanjang tahun.
2. Pangkalan data piawai: Susunkan piawai pencapaian bagi gred atau
subjek tertentu. Anda juga boleh berkongsi piawai tersebut dengan
guru-guru lain, ibu bapa, pentadbir dan pelajar dengan menggunakan
ciri perkongsian Evernote.
3. Pembangunan kerjaya: Jika anda memanfaatkan waktu cuti
semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau meneruskan
pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan
idea baharu yang dipelajari di dalam Evernote. Ia juga amat sesuai
untuk guru dalam perkhidmatan, persidangan, bengkel dan seminar
yang dihadiri.
4. Templat kelas: Templat merupakan cara yang bagus untuk
menjimatkan masa apabila memberi markah dan penilaian kepada
pelajar anda. Jika anda menggunakan templat seperti helaian gred atau
borang penilaian pelajar, simpanlah semuanya di dalam Evernote agar
ia berada di hujung jari anda sepanjang tahun.
5. Bersedia untuk ketiadaan anda: Gunakan Evernote sebagai satu
cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan walaupun anda
tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota
dengan guru pengganti. Cuba kongsikan rancangan pelajaran, lembaran
kerja, kekunci jawapan dan contoh tugasan yang telah siap. Ini akan
164 Bab 13: Evernote
memastikan kelas anda terus berjalan walaupun anda tiada bersama
mereka.
Semasa kelas
1. Kongsi buku nota dengan kelas anda: Selepas membina satu
buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URLnya dengan
kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan
boleh dilihat oleh pelajar anda (ataupun ibu bapa mereka).
2. Gambar papan putih: Mengambil gambar papan putih merupakan
satu kegunaan Evernote yang digemari. Ambil gambar papan putih
sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini akan
memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat
mengenai perkara yang anda lakukan pada bila-bila masa jua. Anda
boleh memberikan tajuk atau tag pada setiap gambar berdasarkan
nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian gambar-gambar
tertentu. Anda juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar
yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas agar mereka tetap
menerima nota pelajaran pada hari tersebut.
3. Simpan nota di tempat yang mudah dicapai: Simpan semua
nota, lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang
sering digunakan di dalam Evernote, supaya ia mudah dicari dan
dicapai.
Selepas kelas
1. Memudahkan pemarkahan: Imbas ujian yang telah diberikan
markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda boleh
memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan
Bab 13: Evernote 165
(spreadsheet) apabila anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai
jika anda mempunyai pembantu guru. Anda boleh berkongsi buku
nota dengan pembantu anda dan meminta mereka membantu dalam
proses pemarkahan.
2. Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda: Sekiranya anda menyertai
mana-mana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan, anda boleh
menggunakan Evernote untuk menyusun semua kajian, nota, dan
maklumat berkaitan dengan aktiviti ko-kurikulum tersebut. Sekali lagi,
berkongsi buku nota merupakan satu cara yang bagus dan mudah
untuk memastikan jawatankuasa anda memperoleh maklumat dan
memikirkan perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan yang
terkumpul tentang sesuatu projek.
166 Bab 13: Evernote
MULAKAN DENGAN EVERNOTE
LANGKAH 1 Pergi ke: http://www.evernote.com/
LANGKAH 2 Memasang Evernote
Klik di sini Klik pada ‘Save File’ dan
simpan aplikasi ini di dalam
folder program anda.
Bab 13: Evernote 167
Kemudian anda buka fail
Evernote tersebut dan klik
pada butang ‘Run’.
Tandakan dalam kotak ‘I
accept the terms in the
License Agreement’ dan
mula memasang aplikasi
dengan klik pada butang
‘Install’.
Selepas itu klik ‘Finish’
dan ikon Evernote akan
muncul pada desktop
anda.
168 Bab 13: Evernote
LANGKAH 3 Daftar Masuk Evernote
Sebelum anda dapat
menggunakan Evernote,
anda perlu mendaftar
masuk atau anda perlu
mendaftar dahulu jika
belum mempunyai akaun.
LANGKAH 4 Bab 13: Evernote 169
Membina Buku Nota
Evernote menyimpan nota anda di dalam simpanan yang berbeza dipanggil
“Buku Nota (Notebook).” Akaun anda bermula dengan satu buku nota,
tetapi anda boleh manambahnya pada bila-bila masa.
Dua cara dalam membina buku nota
1. Pergi ke ‘File’ ‘New Notebook’
‘Tetingkap Create Notebook akan
terpapar dan anda perlu mamasukkan
nama buku nota yang unik.
Pilih local notebook (buku nota akan tersimpan di dalam
komputer dan tidak akan dimuat naik ke dalam perkhidmatan
sesawang Evernote) atau Synchronized notebook (buku nota
akan dimuat naik ke perkhidmatan sesawang Evernote, dan
tersedia di dalam pelbagai bentuk perkhidmatan Evernote
(Sesawang Evernote, Evernote untuk Mac, sesawang bimbit
Evernote , Evernote untuk iPhone, dll).
170 Bab 13: Evernote
2. Klik pada Notebook di bahagian kiri anda dan tekan’Insert’ pada papan
kekunci atau klik kanan dan pilih ‘New Notebook’.
Notebook
LANGKAH 5 Mengeksport Nota
Pergi ke ‘File’.
Klik pada Eksport Anda boleh memilih jenis fail untuk di
eksport seperti .enex (Evernote
Backup), .html, .mht. Jika anda
mengeksport ke .enex, anda juga
boleh mengekport tag sekali.
Bab 13: Evernote 171
LANGKAH 6 Mengimport Nota
Klik ‘File’.
Klik ‘Import’. Anda boleh memilih untuk
mengimport fail/nota
daripada file eksport
Evernote atau OneNote.
LANGKAH 7 Membina Nota/Nota
Dakwat/NotaWebcam
Klik pada butang ‘New
Note’ pada toolbar.
172 Bab 13: Evernote
ATAU, pergi ke ‘File’ ‘New Note/New Ink Note/New Webcam Note’
Nota baru
Nota webcam
Nota dakwat
Bab 13: Evernote 173
LANGKAH 8 Membina Nota Multimedia
Menambah imej dan lain-lain fail
Nota: Hanya fail jenis PDF, JPG, WAV, PNG, MP3, GIF, AMR disokong
untuk penggunaan percuma. Ahli premium boleh melampirkan pelbagai
format fail tetapi Evernote hanya boleh memaparkan fail yang disokong
sahaja.
1. Heret (Drag) dan Letak (Drop)
Ambil fail dari mana-mana di komputer anda dan heretnya ke dalam nota
baru atau sedia ada.
LANGKAH 9 Membuat Tag
Anda boleh mambuat tag pada nota anda untuk memudahkan pencarian.
Anda juga boleh membina tag anda sendiri pada bila-bila masa dan heret
serta letakkan ke dalam nota tag.
Klik kanan pada tag . Anda Masukkan Kemudian klik
boleh membina tag , nama tag ‘OK’.
menamakan semula dan anda.
buang tag sedia ada.
174 Bab 13: Evernote
LANGKAH 10 Email Nota
Aplikasi email akan terpapar Pilih satu
bersama tetingkap untuk atau lebih
menulis mesej.
nota
dalam
Klik pada butang
email.
Masukkan
alamat
penerima serta
mesej.
Bilangan nota yang Klik
diemail. ‘Send’.
Bab 13: Evernote 175
LANGKAH 11 Berkongsi Buku Nota
Pilih buku nota, kemudian
klik kanan dan ambil
‘Properties’.
Anda akan di bawa ke laman Klik pada pautan ‘Sharing and
sesawang Evernote. Anda pergi ke Collaboration options’.
‘Sharing’ kemudian ambil ‘Sharing
Pada muka seterusnya,
Setup’. klik ‘Start Sharing’, atau
‘Stop/Modify Sharing’
untuk nota yang anda
mahu kongsikan.
176 Bab 13: Evernote
Anda kemudian mempunyai pilihan samada
untuk menerbitkan kepada umum atau kepada
individu terpilih sahaja.
Jika anda memilih untuk Jika anda memilih ‘Share with
‘Share with the World’, Individuals’, anda boleh memilih
anda boleh membina URL individu untuk menerima pautan
yang mana nota anda boleh kepada buku nota anda. Ahli premium
diakses, diubahsuai serta juga mempunyai kebolehan untuk
membenarkan individu lain melihat,
didiskripsikan. membina, mengedit dan membuang
nota dalam lingkungan buku nota yang
dikongsi.
Klik ‘Save’, buku nota
anda akan diterbitkan
pada umum.
Klik pada ‘Send Invitations’, individu
jemputan anda akan menerima email
beserta pautan persendirian ke buku
nota untuk diakses.
Bab 13: Evernote 177
RUJUKAN
Benjamin Michael Spivey. 2008. Unique Ways of Using this Application!.
https://wiki.itap.purdue.edu/display/Social/Unique+Ways+of+Using+this
+Application%21. [8 Mac 2011]
Michael Cruz. 2011. 10 Tips for Teachers Using Evernote – Education Series.
http://blog.evernote.com/2011/01/13/10-tips-for-teachers-using-
evernote-education-series/. [8 Mac 2011]
178 Bab 14: Jing
Bab 14
JING
APAKAH ITU JING?
Jing ialah aplikasi merentas platform yang boleh dimuat turun dari laman web
www.jingproject.com. Anda boleh mengambil gambar skrin anda yang tidak
bergerak (yang dipanggil syot layar) dan juga merakam video pendek yang
tidak melebihi 5 minit tentang aktiviti pada skrin anda (yang dipanggil rakaman
skrin atau screencast) dengan Jing. Kemudian anda boleh terus berkongsi syot
layar dan screencast tersebut melalui laman web, e-mel, atau dimasukkan ke
dalam rangka kursus anda di Internet. Ini boleh dilakukan dengan cepat dan
pantas melalui laman gandingan Jing iaitu www.screencast.com. Setelah syot
layar atau screencast dirakamkan, anda boleh memuat naik rakaman tersebut
ke Screencast.com dengan hanya satu klik butang. Kemudian, Screencast.com
akan menyalin URL syot layar atau screencast yang telah dimuat naik ke
papan klip komputer supaya anda boleh menampal URL tersebut dengan
mudah ke dalam e-mel atau sistem pengurusan kursus untuk dikongsikan
dengan pelajar anda. Screencast.com juga menjana kod terbenam HTML
supaya anda dapat memasukkan screencast ke dalam sistem pengurusan
kursus anda tanpa sebarang kesilapan. Sekiranya anda tidak mahu
menggunakan Screencast.com untuk berkongsi rakaman gambar atau video
skrin anda, anda boleh menyimpan syot layar sebagai fail imej PNG, manakala
Bab 14: Jing 179
screencast sebagai fail video flash SWF, dan mengedarkannya mengikut
kemahuan anda (Margarita & Dave 2010).
FAEDAH MENGGUNAKAN JING
Menurut Patrick et al. (2009), Jing amat berguna kerana:
1. Ia percuma.
2. Ia boleh digunakan dengan komputer perisian Windows dan juga Mac.
3. Keupayaan untuk memuat naik imej dan video ke screencast.com
dengan hanya satu klik tetikus merupakan satu kelebihan yang tidak
dapat ditawarkan oleh saingannya setakat ini.
PENGGUNAAN JING DALAM PENDIDIKAN
Elizabeth (2010) mencadangkan beberapa idea mudah bagi menggunakan Jing
dalam pendidikan:
1. Rakamkan video latihan yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah
oleh pelajar, ataupun anda sendiri, sebagai satu cara ulang kaji.
2. Minta pelajar merakamkan aktiviti penyelesaian masalah matematik
mereka dan kemudian menyiarkannya dalam blog kelas!
3. Minta pelajar merakamkan pembentangan mereka.
4. Minta pelajar merakamkan aktiviti kajian dan pembentangan dapatan
kajian mereka.
5. Lakukan sesuatu yang luar biasa! Galakkan pelajar anda menjadi kreatif
– hasilkan garis masa kehidupan pengembara dan siarkannya melalui
Jing!
180 Bab 14: Jing
MULAKAN DENGAN JING
LANGKAH 1 Pergi
ke:http://www.techsmith.com/jing/
STEP 2
Start installing ‘Jing’
LANGKAH 2 Memasang Jing
Klik pada ‘Download
Free Version’.
Kemudian klik ‘Download
for Windows’ jika
komputer anda
menggunakan program
Windows atau ‘Download
for Mac’ jika komputer
anda menggunakan
program Mac.
Bab 14: Jing 181
‘Jing_setup.exe’ akan Pada proses
terpapar. Klik pada ‘Save File’ akhir
untuk menyimpannya. pemasangan,
Kemudian buka semula fail anda perlu
tersebut dan larikan aplikasi, mendaftar
seterusnya mula memasang di
masuk dalam
dalam komputer anda. talian.
LANGKAH 3 Cari dan Melancarkan Jing
Setelah pemasangan dan
pendaftaran masuk
dibuat, Matahari Jing
akan terpapar secara
automatik pada skrin
desktop anda.
182 Bab 14: Jing
Apabila anda
menggerakkan
pointer ke
“matahari”, tiga
cabang pilihan akan
muncul. Cabang yang
sangat berguna
sekali adalah cabang
‘Capture’.
LANGKAH 4 Menggunakan ‘Capture’
Klik pada cabang
‘Capture’.
Bab 14: Jing 183
Kawasan Anda akan
sorotan dapati, skrin
yang cerah anda akan
adalah
bahagian menjadi
yang akan gelap.
di tangkap.
Lepaskan Klik dan heret
tetikus garis
anda persilangan
setelah untuk
mendapat
kawasan mendapatkan
yang anda kawasan yang
mahukan. ada mahu di
LANGKAH 5 skrin
komputer
anda.
Menangkap Imej
Klik pada
butang ini.
184 Bab 14: Jing
Anda boleh Imej akan
menggunakan diperlihatka
n seperti ini.
alat berikut
untuk
membuat
anotasi pada
imej yang anda
ambil.
Tarikh berserta Contoh
masa diambil adalah anotasi yang
nama fail yang telah telah dibuat
menggunakan
ditetapkan. Anda
boleh menukarnya alat yang
disediakan.
jika mahu.
Klik pada butang ‘save’
untuk menyimpan secara
manual.
Jika anda klik butang ‘Share via Screencast.com’,
imej atau video akan dimuat naik ke fail Jing dalam
Screencast.com. Anda boleh meletakkan pautan
imej atau video tersebut di email, dokumen atau
semasa perbincangan dalam talian untuk
perkongsian.
Bab 14: Jing 185
LANGKAH 6 Merakan Video
Klik cabang ‘Capture’
dan pilih kawasan
atau imej yang anda
mahu untuk
merakam video.
Klik pada Pastikan mikrofon anda
butang telah disambungkan dan
‘video’.
berfungsi.
Pengiraan 3 saat akan
terpapar dan setelah
tamat pengiraan anda
boleh mula merakam.
Anda boleh melakukan
pelbagai perkara
sepanjang masa
rakaman.
Tempoh masa rakaman hanya dihadkan
selama lima minit sahaja.
Klik butang ‘stop’ setelah anda
siap merakam.
186 Bab 14: Jing Klik di sini
untuk mula
Video anda akan dipaparkan memainkan
di dalam tetingkap paparan
video.
semula. Lihat dan kongsi
video ini dengan rakan-
rakan.