The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-x042-cm26, 2022-12-28 20:36:26

40APLIKASI TERPILIH WEB 2.0

40APLIKASI TERPILIH WEB 2.0

Bab 8: Slideshare 87

LANGKAH 5 Memasukkan Video YouTube

Untuk
menyunting
persembahan
anda, klik pada
‘My Uploads’.

Pilih persembahan
yang anda

masukkan video
dan klik ‘Edit’.

88 Bab 8: Slideshare

Pergi ke tab ‘Insert
YouTube videos’.

Pada sesawang
‘YouTube’, cari video

yang anda mahu
masukkan ke dalam
persembahan anda
kemudian salin alamat

URL.

Letakkan URL Bab 8: Slideshare 89
video ‘YouTube
video URL’ di Untuk menambah
video lain, anda
sini. boleh klik di sini.

Akhir sekali, klik
‘Insert & Publish’.

Pilih lokasi video untuk
dimasukkan ke dalam

persembahan.

Jika anda mahu
menyingkirkan video

yang telah anda
masukkan, tandakan
pada kotak di bahagian

‘Remove’ dan klik
‘Remove Selected’.

90 Bab 8: Slideshare

LANGKAH 6 Membuat Ulasan

Untuk
mengulas
persembahan
slaid, pergi ke
bahagian
bawah muka

slaid
tersebut.

Tulis ulasan anda.

Kemudian klik pada
‘Post Comment’.

Bab 8: Slideshare 91

RUJUKAN

Daniel St. Pierre. 2010. What is SlideShare and How can it Benefit You?
http://www.cybergenica.com/blog/business-post/what-is-slideshare-and-
how-can-it-benefit-you/ [6 April 2011]

Patrick Powers. 2010. Three ways universities could better use SlideShare.
http://patrickpowers.net/2010/11/three-ways-universities-could-better-
use-slideshare/ [6 April 2011]

Why you should use SlideShare?
http://www.slideshare.net/about?PHPSESSID=cdcd1c967d45a922f503f2
147b6d3902 [6 April 2011]

92 Bab 9: Glogster

Bab 9

GLOGSTER

APAKAH ITU GLOGSTER?

Glog dibina menggunakan antara muka tarik dan lepas yang sangat mudah
difahami, sesuai, menyeronokkan untuk pelajar dari semua peringkat usia dan
gaya pembelajaran. Glog ialah suatu platform visual interaktif yang
membolehkan pengguna membuat “poster atau laman web” yang mempunyai
elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, imej, grafik, lukisan dan
data (http://edu.glogster.com/what-is-glogster-edu/).

Glogster EDU merupakan platform pendidikan global yang utama
untuk mengungkapkan pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam
dan di luar kelas. Ia memperkasakan pendidik dan pelajar dengan teknologi
untuk membina GLOG – poster multimedia dalam talian – menggunakan
teks, gambar, video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data dan sebagainya.

FAEDAH MENGGUNAKAN GLOGSTER

Berikut ialah beberapa faedah penggunaan Glogster bagi guru/pensyarah dan
pelajar:

Bab 9: Glogster 93

Bagi Guru/Pensyarah:
1. Satu saluran digital yang inovatif, dinamik, dan kreatif yang menarik
rasa teruja pelajar untuk mencipta sesuatu di Internet, mengekalkan
perhatian mereka pada kandungan kursus, serta menjadikan
pengajaran dan pembelajaraan lebih seronok.
2. Satu platform persendirian dan selamat yang dipantau secara langsung
oleh guru. Guru mengawal semua aktiviti pelajar mereka.
3. Satu alat pengajaran penting dan berguna yang menggabungkan
pelbagai subjek asas termasuk matematik, sains, sejarah, fotografi,
muzik dan lain-lain untuk portfolio setiap pelajar, penilaian alternatif
yang unik, dan aktiviti pengajaran yang berbeza
(http://edu.glogster.com/register/).

Bagi Pelajar:
1. Pengalaman pembelajaran yang kukuh, seronok, dan penuh imaginasi
yang menggalakkan ekspresi diri secara bebas dan kreatif, hubungan
positif antara pelajar dengan guru, serta kerjasama berkumpulan
dalam projek kelas.
2. Pengalaman pembelajaran yang cergas menggunakan pelbagai deria,
dengan menggabungkan pengetahuan dan kemahiran ke dalam subjek
yang biasanya berorientasikan teks, serta merangsang keinginan
pelajar untuk meneroka topik-topik yang kurang diminati sebelum ini.

Selain itu, Glogster juga memberikan faedah berikut kepada guru dan pelajar:
1. Pengalaman pembelajaran yang seronok
2. Cara baharu untuk meluahkan kreativiti
3. Kelas maya yang selamat dan bercorak persendirian yang diawasi oleh
guru

94 Bab 9: Glogster

4. Mendorong minat terhadap subjek yang sebelum ini dilihat sebagai
“membosankan”

5. Menambahkan aspek audiovisual kepada subjek yang biasanya
berorientasikan teks

6. Menggalakkan kerjasama berkumpulan dengan rakan sekelas
7. Meningkatkan keinginan untuk menjadi kreatif secara bebas
8. Hayat simpanan tidak terhad
9. Memperbaik hubungan antara pelajar dengan guru apabila mereka

bersama-sama meneroka Web 2.0 dan konsep-konsep pembelajaran
10. Guru dan pelajar dapat mengikuti perkembangan terkini teknologi

moden

(Sumber: http://edu.glogster.com/classroom-benefits/)

CARA MENGGUNAKAN GLOGSTER

Glogster boleh digunakan dalam konteks pendidikan seperti berikut:
1. Glogster ialah satu alat unik untuk guru dan pelajar membuat poster
secara dalam talian menggunakan hiperpautan kepada lain-lain laman
web, video, imej, gambar dan audio.
2. Glogster membolehkan guru memberikan tugasan yang kreatif dan
bermakna.
3. Guru boleh menugaskan pelajar untuk mengkaji sesebuah negara dan
membuat satu risalah pelancongan.
4. Pelajar boleh memuat naik video Youtube mengenai perbualan
penduduk tempatan dalam bahasa ibunda mereka, memuat naik muzik
tradisional/popular negara itu, serta memberikan fakta-fakta,
maklumat pelancongan dan destinasi-destinasi popular di negara
tersebut.

Bab 9: Glogster 95

MULAKAN DENGAN GLOGSTER

LANGKAH 1 Pergi ke:

http://glogsteredu.edu.glogster.com/

LANGKAH 2 Daftar Masuk /Pendaftaran

STEP 2
Sign up/register with Glogster

Pilih akaun premium Pilih basic teacher
untuk mendapat untuk akaun
pelbagai kelebihan
percuma dan terhad
untuk 50 akaun
pelajar sahaja.

96 Bab 9: Glogster

Lengkapkan
borang

pendaftaran.

Anda perlu menyemak Kemudian
email untuk mengaktifkan klik pada
akaun Glogster dan pergi ‘SIGN UP’.
ke pautan yang diberikan.

LANGKAH 3 Membina Glogs

Setelah log masuk, anda
pergi ke halaman ‘My
dashboard’.

Kemudian klik
‘Create New

Glog’.

Bab 9: Glogster 97

Halaman ini akan
terpapar dan anda boleh

mula membina Glog
menggunakan ‘Magnet

Tool Box’.

Anda boleh
menggunakan ‘Magnet

Tool Box’ untuk
memasukkan grafik, teks,
imej, video, bunyi, data,

lukisan dan wall untuk
poster anda.

98 Bab 9: Glogster

LANGKAH 4 Menukar Wall

Klik pada
‘Wall’.

Pilih ’wall’ Kemudian
yang anda klik‘Use it’.

suka.

Sekarang wall
untuk poster
anda seperti ini.

Bab 9: Glogster 99

LANGKAH 5 Memasukkan/Menambah Teks

Anda boleh
memilih
samada

bubbles, sticker
atau titles untuk

memasukkan
teks.

Klik pada
‘Text’.

Pilih jenis paparan Kemudian klik
teks yang anda ‘Use it’.
mahukan.

100 Bab 9: Glogster

Alat untuk
menyunting

imej.

Sekarang teks tersebut
berada di wall anda. Anda
boleh mula menyunting
teks dan juga penampilan

teks tersebut.

Alat untuk
menyunting

teks.

Anda boleh
memasukkan grafik

dengan
menggunakan
langkah yang sama.

Bab 9: Glogster 101

LANGKAH 6 Memasukkan Imej

Klik pada tab Anda boleh
‘image’ memasukkan imej
dengan memuat
Klik ‘Image’ untuk
memasukkan imej naik imej yang
anda mahu

daripada folder
anda, atau

daripada laman
sesawang dengan

memasukkan
alamat sesawang
atau menangkap

imej menerusi
webcam.

102 Bab 9: Glogster

Untuk
memasukkan
bingkai pada
imej, klik tab

‘frame’.

Pilih bingkai Kemudian klik
yang anda suka. ‘Use it’.

Anda boleh memasukkan audio
menggunakan cara yang sama.

Bab 9: Glogster 103

LANGKAH 7 Memasukkan Video

Klik pada tab
video.

Klik ‘Video’

Anda juga boleh Muatnaik Anda boleh
mendapatkan video. mamasukkan video
dengan memuat naik
sumber daripada folder anda
daripada atau laman sesawang
‘Schooltube’.
dengan cara
memasukkan alamat
alamat sesawang atau
daripada webcam.

104 Bab 9: Glogster

Untuk memasukkan
pemain video, klik
pada tab ‘player’.

Pilih pemain Kemudian klik
video yang anda pada ‘Use it’.

gemari.

Anda boleh
menyimpan atau

menerbitkan
poster glogter yang

anda bina atau
anda juga boleh

memaparnya
dahulu.

POSTER GLOG
ANDA SUDAH

SIAP

Bab 9: Glogster 105

106 Bab 9: Glogster

LANGKAH 8 Menambah Pelajar

Atau, anda juga Pergi ke ‘My
boleh menambah dashboard
page’ dan klik
pelajar dengan pada ‘Add
menggunakan
dokumen excel new
dengan klik pada students’.
‘Download File’.
Andaperlu
memasukkan
bilangan pelajar
yang hendak
ditambah dengan
klik pada ‘Add

Account’.

Bab 9: Glogster 107

Klik pada butang
‘Option’ untuk
membenarkan macro.

Tetingkap ini akan
terbuka secara

automatik. Tandakan
pada ‘Open with’ dan klik
‘OK’ untuk mula memuat

turun fail.

Tandakan pada
‘Enable the content’

dan klik ‘OK’.

108 Bab 9: Glogster

Klik butang
’Login’.

Kemudian klik Masukkan ‘nick’ dan
‘Import’ untuk ‘password’ akaun
mula memuat naik
akaun pelajar ke Glogster Edu dan klik
Glogster Edu. ‘Login’.

Bina akaun pelajar dengan Setelah anda klik pada
memasukkan ‘Nick’, ‘Gender’ butang import, ‘status’ dan
dan ‘Password’. Untuk nama
pertama, nama akhir dan gred ‘first login link’ akan
terpapar secara automatik.
tidak wajib dimasukkan.

Berikut
adalah
petunjuk
sistem.

Bab 9: Glogster 109

Anda boleh
menyunting,
menukar kata
laluan dan
menghapuskan
akaun pelajar.

Anda boleh Sekarang anda
menambah mempunyai 10
pelajar baru di orang pelajar yang
telah diimport ke
sini. dalam Glogster

Edu.

110 Bab 9: Glogster

RUJUKAN

Classroom benefits. http://edu.glogster.com/classroom-benefits/ [6 April
2011]

http://flyylibrarian.wordpress.com/2011/04/27/using-glogster-in-education/
[27 Mei 2011]

http://edu.glogster.com/register/ [6 April 2011]

What is Glogster Edu. http://edu.glogster.com/what-is-glogster-edu/ [6 April
2011]

Bab 10: Blogger 111

Bab 10

BLOGGER

APAKAH ITU BLOG?

Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya
‘weblog’) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini
dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk
tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang
anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan
yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda
membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada
bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian
mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan
kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan,
blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk
membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).

KELEBIHAN WEB LOG ATAU BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan:
1. Ia mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan teknologi
yang lain.

112 Bab 10: Blogger

2. Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis sumber maklumat (teks,
imej, video, dsb.) ke Internet menggunakan blog jika dibandingkan
dengan penerbitan web tradisional.

3. Ia membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah
untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa
yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk
laman web (HTML, CSS, JavaScript).

4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa
memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan
sebagainya.

5. Ia berupaya merangkumi pembaca yang lebih ramai tanpa kehilangan
kualiti maklumat dan membenarkan pelbagai tahap perincian
maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan dengan
kekayaan maklumat.

6. Maklumat yang disiarkan di blog boleh didapatkan secara 24/7(pada
bila-bila masa dan di mana-mana jua).

7. Tiada perisian blog tertentu yang diperlukan untuk membina blog.
Sesetengah penulis blog (blogger) menggunakan HTML ringkas untuk
membina blog mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian
blog membolehkan seseorang itu membina dan menyelenggara blog
tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Pengajar tidak perlu meminta
log pembelajaran pelajar mereka dari semasa ke semasa.

8. Pelbagai teknologi lain boleh digunakan bersama blog. Contohnya,
penggunaan Wiki yang membolehkan penulisan secara berkumpulan
dan perkongsian pengetahuan (seperti pembinaan glosari).

Bab 10: Blogger 113

FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG

Berikut merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria
(2010):

1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web
menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet,
secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam
program tersebut.

2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses
pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan
menarik.

3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet
melalui pembelajaran rakan sebaya.

4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran
mereka.

5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk
mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui
penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.

6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang
bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah
mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.

7. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan
memberikan imej positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan
komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan
perasaan bangga terhadap hasil kerja mereka.

8. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki,
dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya
sumber maklumat dan tafsiran.

114 Bab 10: Blogger

CARA MENGGUNAKAN BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan
pelajar seperti berikut:

Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya
digunakan sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi
maklumat dengan pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi
maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan kursus, komen-
komen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan
sebagainya.

Blog Pelajar: Blog yang ditulis oleh pelajar pada asasnya ialah blog
pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran (Lowe 2006)
merupakan suatu diari pembelajaran, yang dibina serentak dengan
pengalaman pembelajaran, dan memberikan laporan tentang kandungan
serta proses pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumber-
sumber yang digunakan dan sebagainya). Blog projek yang biasanya
ditulis oleh sekumpulan pelajar pula mencatatkan perkembangan dan
dapatan projek.

Bab 10: Blogger 115

MULAKAN DENGAN BLOGGER

LANGKAH 1 Pergi ke: http://www.blogger.com/

LANGKAH 2 Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk membina
blog, anda perlu
mempunyai akaun
Google. Klik ’Get
started’ untuk
membuat akaun

tersebut.

Untuk membuat
akaun Google, anda

dikehendaki
mengisi borang
dalam talian.

116 Bab 10: Blogger Masukkan nombor
telefon anda
Untuk pengesahan
akaun, anda perlu bermula dengan
memilih sama ada kod negara.
untuk mendapatkan
kod pengesahan
melalui mesej teks

atau panggilan
suara.

Pilih negara
anda

Klik ‘Send verification
code to my mobile
phone’. Nombor kod
tersebut akan
dihantar terus ke
telefon anda.

Setelah anda Kemudian klik
menerima kod ‘Verify’.
pengesahan.

Masukkan
nombor kod
tersebut di sini.

Bab 10: Blogger 117

LANGKAH 3 Menamakan Blog

Masukkan nama
blog anda. Anda

juga boleh
mengubah nama

tersebut
kemudian.

Klik di sini untuk
menyemak
ketersediaan

nama blog anda.

Selepas itu, klik
‘CONTINUE’ .

LANGKAH 4 Memilih Templat

Pilih templat
anda (anda

boleh
menukar
templat
pada bila-
bila masa).

Kemudian, klik
‘CONTINUE’.

118 Bab 10: Blogger Klik di sini untuk
mula blogging.
Sekarang, blog anda
sudah siap dibina.
Anda boleh mula
menulis catatan

(posting) dan
mengubahsuai blog

anda.

LANGKAH 5 Mencatat (Posting)

Pada paparan blog
anda, klik ‘New

Post’ yang berada
dibahagian atas
sebelah kanan.

Masukkan
judul

catatan

Taip teks di
sini.

Kemudian, anda boleh memilih untuk ‘SAVE NOW’
atau ‘PREVIEW’. Jika anda sudah bersedia untuk

menerbitkan catatan tersebut, anda boleh klik pada
‘PUBLISH POST’.

Semasa mengedit Bab 10: Blogger 119
teks, anda boleh
memasukkan pautan Anda juga
(link), imej atau video. boleh

memuatnaik
video dari
folder anda
atau
daripada
YouTube.

120 Bab 10: Blogger

LANGKAH 6 Mengulas Catatan

Muka ini akan dipaparkan
dan anda boleh mula menulis

komen anda.

Untuk mengulas, buka Kemudian, klik pada ‘Post
catatan yang hendak Comment’. Anda boleh ‘Preview’
anda ulaskan, dan klik
ulasan tersebut sebelum
‘Comment’. diterbitkan.

LANGKAH 7 Bab 10: Blogger 121

Halaman ini akan Mengubahsuai Blog
dipaparkan dan anda
Untuk mengubahsuai
boleh klik dan blog, klik ‘Design’
mengheret muka yang berada pada
elemen blog anda
mengikut lokasi bahagian atas sebelah
kanan anda.
kesukaan. Kemudian anda
boleh ‘Preview’
dan‘Save’.

Anda juga boleh
menambah gajet ke

blog anda serta
memilih pelbagai

gajet yang
disediakan.

122 Bab 10: Blogger

RUJUKAN

Anamaria Dutceac Segesten. 2010. Blogs in higher education – some ideas
about their benefits and downsides.
http://uvenus.org/2010/06/07/blogs-in-higher-education-%E2%80%93-
some-ideas-about-their-benefits-and-downsides/html [4 Mei 2011]

http://gplsi.dlsi.ua.es/proyectos/webeso/pdf/inted07.pdf [4 April 2011]

Lowe, A.J. 2006. Blog use in teaching – Dragster activity. Internet:
http://www.webducate.net/dragster2/examples/bloguse/. [4 Mei 2011]

Susana de Juana-Espinosa & Sergio Lujan-Mora. 2007. The use of weblogs in
higher education: Benefits and barriers.

What’s a blog. http://www.blogger.com/tour_start.g [4 Mei 2011]

Bab 11: Diigo 123

Bab 11

DIIGO

APAKAH ITU DIIGO?

Alat anotasi kolaboratif, seperti Diigo dan Google Sidewiki, memperluas
konsep penandaan sosial dengan membenarkan pengguna untuk bukan sahaja
berkongsi penanda buku malah membuat anotasi laman web secara digital.
Anotasi kolaboratif membolehkan pengguna menonjolkan kandungan tertentu
pada laman web dan menambah catatan yang menerangkan pendapat mereka
atau menyatakan rujukan yang berkaitan. Pengguna boleh menandakan teks
atau gambar tertentu untuk menyerlahkannya (highlight), menambah komen
sendiri dan berkongsi anotasi dengan rakan-rakan. Penanda buku dan komen
juga boleh dikumpulkan dan diletakkan tag untuk menjadikannya lebih
tersusun. Hasilnya, pelajar sesuatu kursus (atau ahli kumpulan kajian) boleh
menyusun bibliografi beranotasi tentang laman-laman web yang berguna,
dengan perenggan bertanda yang didapati penting serta catatan yang
menerangkan kepentingan sesuatu laman web. Pelajar yang menggunakan alat
anotasi untuk kajian akademik boleh membina satu koleksi kajian dan
pemerhatian mereka sendiri, sebagaimana pelajar yang menyimpan teks
dengan perenggan bertanda, coretan komen dan nota lekat(sticky notes). Bagi
pelajar yang ingin meneruskan kerja-kerja akademik sebagai satu kerjaya atau
bagi penyelidik yang melakukan kajian jangka panjang, kebolehan untuk
mengumpulkan komponen-komponen kajian ini mungkin sangat bernilai.

124 Bab 11: Diigo

Dalam konteks kursus di peringkat universiti, alat anotasi kolaboratif
membolehkan pelajar terlibat dalam penyiasatan dan penilaian sumber dengan
lebih aktif (Educause 2009).

Kesimpulannya, Diigo merupakan suatu alat penandaan sosial yang
membantu anda membaca, berkongsi dan menyusun laman web yang
dikunjungi. Ia juga membolehkan anda berkongsi penanda buku serta melayari
penanda buku yang dibina oleh orang lain. Diigo memenuhi dua tujuan – ia
bertindak sebagai alat penandaan dan juga sebagai alat perangkaian sosial.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ALAT ANOTASI DALAM
PENDIDIKAN

Educause (2009) menerangkan kelebihan berikut apabila alat anotasi
digunakan dalam bidang pendidikan:

1. Aktiviti untuk menambah refleksi (gambaran fikiran) akan menukarkan
fungsi pelajar daripada seorang pengguna maklumat yang pasif kepada
pembaca yang aktif terlibat dalam perbincangan ilmiah.

2. Alat anotasi kolaboratif menawarkan cara baharu untuk pelajar
bersama-sama mencari dan menilai maklumat, berkongsi idea dan
membina pengetahuan.

3. Alat anotasi kolaboratif membantu perkembangan maklumat kerana
pengguna menilai pendapat orang lain terhadap sesuatu sumber
sebelum menambah pendapat mereka sendiri. Dengan menyediakan
kebolehan untuk melantik pengguna yang dibenarkan akses kepada
koleksi sumber, alat ini akan memperkukuh ciri kelompok terpadu.

4. Oleh kerana ia berasaskan Internet, aplikasi anotasi kolaboratif boleh
ditawarkan kepada komuniti global, untuk menjemput pakar-pakar

Bab 11: Diigo 125

dalam bidang akademik untuk memberikan pandangan berharga
terhadap usaha pelajar.
5. Semasa membuat anotasi, menyusun dan menambah nilai kepada
sumber sedia ada secara berkumpulan, pelajar akan mempelajari cara
untuk meneliti, menilai dan memberikan sumbangan. Apabila pengajar
menggunakan alat ini untuk satu tempoh yang panjang, usaha pelajar
boleh membentuk satu arkib atau koleksi catatan supaya pelajar kelas
berikutnya boleh mendapat manfaat daripada pemerhatian pelajar
terdahulu.

PENGGUNAAN DIIGO DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Alat anotasi kolaboratif merupakan tempat permulaan sosial untuk pelajar
menceburkan diri dalam amalan anotasi dan kajian ilmiah, di samping
menggalakkan mereka untuk berkongsi maklumat dan meneruskan usaha
rakan-rakan lain dalam satu komuniti pemikiran yang dinamik. Dengan
penggunaan alat seperti Diigo, pelajar berpeluang untuk bekerjasama ketika
mentafsirkan sumber dalam cara yang tidak mungkin dapat dilakukan di dalam
kelas atau dengan menggunakan bahan bercetak yang tidak boleh diconteng
seperti buku-buku pinjaman perpustakaan. Selain itu, walaupun pelajar boleh
mendapatkan sumber maklumat yang tiada tandingannya daripada Internet,
penggunaan maklumat tersebut secara efektif bergantung kepada alat yang
boleh membantu untuk menyusun data dan memudahkan proses pencarian
sumber tersebut apabila diperlukan. Alat ini memperkasakan pengguna,
membolehkan mereka membuat ulasan dan refleksi, dan bukannya
mengehadkan laman tersebut kepada penulis dan pembina laman web sahaja.
Akhir sekali, ahli akademik pelbagai disiplin dan institusi juga menghargai

126 Bab 11: Diigo

kewujudan alat ini serta koleksi pemerhatian pengajar, pakar-pakar, dan rakan
sebaya yang dibantu oleh mereka (Educause 2009).

CARA MENGGUNAKAN DIIGO

Diigo boleh digunakan seperti berikut:
1. Mencatat nota peribadi
2. Menyerlahkan maklumat teks pada laman web
3. Menanda dan menyimpan catatan tersebut untuk kegunaan selanjutnya
4. Menambah tag untuk menjadikannya tersusun
5. Berkongsi maklumat dengan rakan-rakan apabila menggunakan tag

(Sumber: http://www.slideshare.net/poutasi/what-is-diigo)

Bab 11: Diigo 127

MULAKAN DENGAN DIIGO

LANGKAH 1 Pergi ke: http://www.diigo.com/

LANGKAH 2 Membuat Akaun

Klik pada ‘Join Now‘ Lengkapkan borang ini untuk
untuk membuat mula membuat akaun anda.
akaun Diigo.

Setelah
mengisi
maklumat

yang
diperlukan
klik pada
‘Continue’.

128 Bab 11: Diigo

Diigo akan Setelah membuat
menghantar pengesahan, anda akan
email kepada diminta untuk memasang
anda. Anda
perlu klik pada toolbar Diigo dan
pautan yang mengenali kebolehan
diberikan dan
akaun Diigo Diigo.
anda akan
diaktifkan. Memasang Toolbar Diigo

LANGKAH 3

Tiga langkah untuk
memasang toolbar

Diigo.

Pertama sekali
ada perlu klik
pada butang

‘Allow’.

Bab 11: Diigo 129

Sekarang, anda
boleh mula
memasang

toolbar dengan
klik pada
butang ini.

Tetingkap ini akan
dipaparkan dan anda
perlu klik pada ‘Install

Now’.

Sekarang, toolbar Tanda Buku Baca
Diigo anda sudah Menanda Kemudian
sedia terpasang
pada komputer

anda.

130 Bab 11: Diigo

LANGKAH 4 Toolbar Diigo

Bab 11: Diigo 131

LANGKAH 5 Membuat Tanda Buku

Pertama sekali, buka
sesawang atau URL
yang anda kehendaki.

Kemudian klik pada
butang ‘Bookmark’.

Tetingkap ini akan
terpapar secara

automatik.

Masukkan tag.

Klik ‘Save’ untuk
menyimpan tanda

buku di dalam
perpustakaan Diigo

132 Bab 11: Diigo

Untuk melihat
kembali tanda buku

anda, pergi ke
toolbar Diigo dan

klik pada ‘My
Library’.

Sekarang,
sesawang yang

telah anda
tandakan
berada di
dalam senarai
perpustakaan
Diigo anda
bersama-sama
dengan tag
yang telah

anda
masukkan.

LANGKAH 6 Bab 11: Diigo 133
Menanda

Kemudian, klik pada
butang ‘highlight’.

Pertama sekali, anda
perlu memilih teks
dari laman sesawang
yang anda mahu

tandakan.

Sekarang teks
yang telah anda
pilih telah ditanda
atau diwarnakan.

134 Bab 11: Diigo

Seterusnya butang
ini akan terpapar
secara automatik.

Klik pada ‘View in
my library’ untuk
memaparkan teks

yang telah di
tanda ke dalam
perpustakaan

Diigo anda.

Bab 11: Diigo 135

Apabila anda pergi ke ‘My
Library’ hanya perenggan
yang telah ditanda akan

dipaparkan.

LANGKAH 7 Menggunakan Nota Lekat

Pertama sekali, klik
pada butang

‘Comment’ dan pilih
‘Add a floating sticky

note to this page’.

136 Bab 11: Diigo

Kemudian, tempatkan
nota lekat di mana-mana
sahaja anda suka di atas

laman sesawang yang
anda buka.

Sekarang anda boleh menulis
ulasan di atas nota lekat.

Anda juga boleh menjadikan
nota tersebut untuk tatapan

persendirian atau boleh
dikongsi kepada umum atau

kumpulan anda sahaja.

Anda juga boleh menambah
nota lekat pada teks yang
telah anda tandakan.


Click to View FlipBook Version