The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-x042-cm26, 2022-12-28 20:36:26

40APLIKASI TERPILIH WEB 2.0

40APLIKASI TERPILIH WEB 2.0

Bab 18: Del.icio.us 237

Di sini anda akan melihat
bilangan rangkaian anda.

Klik pada nama untuk
melihat tanda buku

mereka.

238 Bab 18: Del.icio.us

RUJUKAN

Gabriela Grosseck. 2007. Using delicious in education.
http://www.scribd.com/doc/212002/Using-delicious-In-Education [25
Mac 2011]

http://en.wikipedia.org/wiki/Delicious_%28website%29 [25 Mac 2011]

http://onlinesapiens.wordpress.com/2008/07/19/using-delicious-in-education/
[25 Mac 2011]

http://www.delicious.com/help/about [25 Mac 2011]

Bab 19: VoiceThread 239

Bab 19

VOICETHREAD

APAKAH ITU VOICETHREAD?

VoiceThread ialah aplikasi berasaskan Internet yang membolehkan pengguna
membina persembahan album media yang boleh dikongsi dan dikomen oleh
pengunjung secara tak segerak dalam bentuk teks, suara atau video.
Persembahan tersebut boleh merangkumi sebarang bentuk media digital
termasuk imej, audio, video dan teks. Hasil daripada kombinasi persembahan
digital dan komen penonton yang terkumpul ini dikenali sebagai
“VoiceThread”. VoiceThread yang lengkap kemudiannya boleh dipaparkan
pada laman web VoiceThread atau dimasukkan ke laman Web lain atau blog.
Ia juga boleh dieksport kepada atur cara luar talian yang dikendalikan dari
komputer, DVD, pemain MP3 dengan keupayaan video atau telefon bimbit.
Kesimpulannya, VoiceThread membolehkan keseluruhan perbualan kumpulan
dikumpulkan dari mana-mana sahaja dan kemudian dikongsi untuk dimainkan
semula di satu tempat. VoiceThread telah dikenali sebagai “blog audio
berkumpulan” kerana seperti blog, VoiceThread bukan sahaja menggalakkan
penonton untuk menulis komen, malah membenarkan komen tersebut
diberikan dalam format audio (Penn State 2009).

240 Bab 19: VoiceThread

FAEDAH MENGGUNAKAN VOICETHREAD

InfoTech4Lrng (2008) menyatakan faedah-faedah berikut apabila
menggunakan VoiceThread:

1. Ringkas dan mudah.
2. Tumpuan diberikan kepada kandungan dan bukan kepada alat; boleh

berfungsi sebagai satu bentuk penulisan bebas.
3. Tidak memerlukan perkakasan yang kompleks dan memori yang

besar; tidak banyak halangan teknikal.
4. Menggalakkan penceritaan secara kolaboratif.
5. Keupayaan menggunakan imej yang besar dan jelas – satu atau lebih.
6. Penonton boleh membesarkan gambar (zum masuk) untuk melihat

butiran gambar atau mengecilkannya (zum keluar) untuk melihat
gambaran keseluruhan.
7. Boleh menambah teks.
8. Mudah untuk merakamkan suara.
9. Menggalakkan perbualan yang berterusan tentang setiap imej.
10. Membina kefasihan, ketepatan dan suara dalam bahasa kedua.
11. Satu dimensi baharu untuk analisis kreatif terhadap gambar-gambar,
peta dan artifak bersejarah.
12. Maklum balas boleh diberikan dan diterima daripada rakan-rakan, guru
(pentaksiran formatif dan sumatif), ibu bapa dan ahli keluarga lain,
serta komuniti tempatan dan global.
13. Boleh digunakan sebagai “alat penceritaan, alat pemikiran kritis, alat
kajian, alat komunikasi ekspositori malah sebagai alat penilaian’’.
14. Membenarkan pembezaan untuk menyesuaikan keperluan dan gaya
pembelajaran yang berlainan, satu alternatif kepada mereka yang
keberatan atau menghadapi kesukaran untuk menulis.

Bab 19: VoiceThread 241

15. Guru boleh menggabungkan kerjasama digital kepada kurikulum
dengan mudah.

CARA MENGGUNAKAN VOICETHREAD

VoiceThread membolehkan setiap pelajar di dalam kelas merakamkan komen
dengan mudah secara audio mengenai idea dan pengalaman yang penting buat
mereka. Pelajar boleh menceritakan kisah mereka, sama ada tentang suatu
aktiviti, projek, atau pencapaian, dengan menggunakan suara mereka sendiri
dan mengongsinya dengan orang lain di serata dunia. Bagi pendidik pula,
VoiceThread menawarkan satu cara pengajaran prinsip-prinsip
kewarganegaraan digital yang baik serta menyediakan satu saluran untuk
merakamkan dan berkongsi kepelbagaian personaliti yang terdapat dalam
sesuatu kelas. VoiceThread boleh dikendalikan dengan mudah yang
mewujudkan warisan digital untuk dikongsi oleh pelajar dan pendidik.
Keseronokan dan kebanggaan jelas kedengaran pada suara pelajar sewaktu
mereka menerbitkan dan menyimpan hasil kerja mereka untuk jangka
panjang.
(http://voicethread.com/image/voicethreads_in_the_classroom.pdf)

PENGGUNAAN VOICETHREAD DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

VoiceThread merupakan satu aplikasi yang memudahkan pengumpulan media
visual dalam satu persembahan. Dengan menyediakan satu ruang untuk
berkongsi, membina dan menilai projek media, aplikasi seperti ini boleh
menggalakkan kecelikan (literasi) digital dan keghairahan terhadap penciptaan
multimedia. Namun, yang membezakan VoiceThread dengan aplikasi lain
adalah keupayaannya untuk menggabungkan audio dengan format media lain

242 Bab 19: VoiceThread

bagi memberikan komen terhadap suatu hasil kerja asal. VoiceThread
menawarkan interaksi dalam talian secara natural yang sesuai untuk pelajar
membentangkan dan mempertahankan hasil kerja mereka di hadapan rakan-
rakan dan pakar dalam bidang tersebut. Suatu persekitaran yang memudahkan
pelajar mendengar dan memberikan sumbangan kepada hasil kerja rakan
mereka sewajarnya dapat menggalakkan penilaian sebaya yang lebih
dipercayai. Penilaian yang merangkumi isyarat secara lisan dan visual
menggunakan suara pelajar sendiri mungkin akan menjadikannya lebih mudah
untuk ditafsirkan oleh pelajar. Dalam disiplin yang memerlukan pelajar
membuat portfolio kerja mereka, VoiceThread memberikan peluang untuk
membina persembahan beranotasi yang merangkumi penerangan audio,
video, dan teks tentang perkara yang dilakukan. Refleksi peribadi dan
berkumpulan juga boleh dikumpulkan dan disimpan. Setakat ini, potensi
terbesar VoiceThread terletak pada peluang kreatif yang disediakan untuk
pelajar menceritakan kisah mereka dan memberikan sumbangan atau
mengkritik naratif rakan sebaya mereka secara langsung (Educause 2009).

Berikut merupakan penggunaan Voicethread dalam pengajaran dan
pembelajaran (InfoTech4Lrng 2008):

1. Menghasilkan atau memilih imej sebagai tambahan kepada sajak, corak
puisi (cara berpuisi) atau kajian.

2. Merakam sejarah peribadi, keluarga atau komuniti, peristiwa
bersejarah atau projek sejarah dalam bentuk lisan, dokumentari atau
esei.

3. Menghasilkan satu album gambar pusat pengajian yang diceritakan
oleh pelajar.

4. Berkongsi laporan lisan mengenai kajian yang dilakukan melalui cerita
digital.

5. Peluang bagi pelajar mengasah kemahiran semasa temuduga.

Bab 19: VoiceThread 243

6. Teknik-teknik temuduga.
7. Memupuk keyakinan diri dengan rakan sebaya.
8. Menanyakan soalan terbuka.
9. Menyediakan ruang masa kepada pelajar yang ditemuduga untuk

memberikan penerangan lanjut.
10. Soalan susulan.
11. Membina kemahiran penyuntingan – membuang kesilapan dan jeda

(hentian sejenak).
12. Bekerjasama dengan pusat pengajian di tempat lain.
13. Bicara buku berilustrasi.
14. Pelajar merakamkan fikiran mereka semasa melihat dokumen atau

mendraf komen.
15. Meneroka bahan sains untuk menunjukkan cara penggunaannya di

makmal, juga dalam inovasi dan penerokaan sains.

244 Bab 19: VoiceThread

MULAKAN DENGAN VOICETHREAD

LANGKAH 1 Pergi ke:
http://www.voicethread.com

LANGKAH 2 Daftar Masuk/Pendaftaran

STEP 3 Klik di sini
untuk daftar
masuk atau

membuat
pendaftaran.

Start uploading image/video

Muka ini
akan

terpapar
setelah
anda
mendaftar
masuk.

Bab 19: VoiceThread 245

LANGKAH 3 Membina VoiceThread

a) Muat Naik Imej dan Video

Klik pada tab
‘Create’.

Klik ‘Upload’ untuk
mula muat naik imej,
dokumen atau video.

Muat naik fail dari
komputer anda.

Muat naik fail
menggunakan
alamat URL.

Muat naik imej
dan video

menggunakan
webcam anda.

246 Bab 19: VoiceThread

b) Mengulas

Setelah anda memuat
naik imej atau video,
sekarang anda boleh
mula membuat ulasan.

Anda juga boleh
menghapuskan ulasan
anda bila-bila masa.

Sekarang, anda boleh mula memberikan ulasan anda tidak kira samada
persembahan Voicethread anda atau individu lain. Anda juga boleh memilih

untuk memberikan ulasan dalam bentuk teks, audio atau video.

Bab 19: VoiceThread 247
c) Berkongsi VoiceThread

Klik ‘share’ untuk
berkongsi Voice
Thread dengan

individu lain.

Pilihan penerbitan adalah sangat penting untuk Klik di sini dan
memastikan VoiceThread dapat dipaparkan dan salin link URL

digunakan oleh pengguna lain. anda.

Jemput rakan
anda melalui

email.

Anda boleh menambah
rakan dengan

membuat kumpulan.
Namun begitu aplikasi
ini dibolehkan untuk

Pro-VoiceThread.

Semua individu dapat melihat
Voice Thread anda.

Ulasan dibenarkan.

Setelah ulasan dibuat, anda perlu
mengesahkan sebelum dipapar

untuk tatapan umum.

Boleh dipaparkan di bahagian
"Browse" di muka utama
VoiceThread.
Kemudian klik
‘Save’.

248 Bab 19: VoiceThread VoiceThread Anda

LANGKAH 4

Klik pada tab ‘MyVoice’ untuk
memaparkan VoiceThread yang

anda bina.

Klik ‘Menu’ untuk mula
menyunting VoiceThread

yang anda bina.

Bab 19: VoiceThread 249

RUJUKAN

Educause. 2009. 7 things you should know about voicethread.
http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7050.pdf [6 April 2011]

Penn State. 2009. 7 Things You Need to Know about VoiceThread.
http://www.personal.psu.edu/mnm14/blogs/meyerviews/VoiceThread_
whitepaper.pdf [6 April 2011]

InfoTech4Lrng. 2008. Voicethread in Teaching and Learning.
http://arllennium.wordpress.com/2008/03/20/voicethread-in-teaching-
and-learning/ [6 April 2011]

VoiceThread in The Classroom. [6
http://voicethread.com/image/voicethreads_in_the_classroom.pdf
April 2011]

250 Bab 20: Camtasia Studio

Bab 20

CAMTASIA STUDIO

APAKAH ITU CAMTASIA STUDIO?

Camtasia Studio ialah program perisian rakaman skrin berasaskan video. Ia
seakan-akan sama dengan penggunaan kamera video untuk merakam skrin
anda. Walau bagaimanapun, tidak seperti kamera video, perisian Camtasia
dipasang pada komputer anda, jadi rakaman skrin anda dibuat terus dalam
format video digital dengan audio berkualiti tinggi. Camtasia juga boleh
disesuaikan untuk merakam keseluruhan skrin, tetingkap tertentu, atau
kawasan yang ditentukan oleh pengguna. Video rakaman skrin boleh dibuat
dengan atau tanpa pengisahan suara, dan boleh dianotasi selepas rakaman.

(Sumber:http://www.wpi.edu/Academics/ATC/Collaboratory/HowTo/Camta
sia/camintro.html)

Bab 20: Camtasia Studio 251

KELEBIHAN CAMTASIA STUDIO

Berikut ialah beberapa kelebihan Camtasia Studio:
• Banyak pilihan praset dan format Output.
• Tiada pengurangan kualiti video selepas persembahan - Kualiti
persembahan Camtasia Studio tidak hilang, bermakna anda akan
mendapat output yang sama selepas persembahan seperti yang telah
dipratonton sebelum menyerahkan output akhir.
• Penyuntingan yang mudah - Menawarkan keupayaan penyuntingan
yang mudah dalam paparan garis masa dan papan cerita.
• Penggabungan PowerPoint - Dapatkan peranti tambahan Camtasia
Studio untuk PowerPoint dan program ini boleh menukar
keseluruhan fail persembahan berformat ppt atau pptx kepada
fail berformat AVI.
• Sokongan untuk pelbagai format media - Camtasia Studio menyokong
pelbagai format video, audio dan gambar.
• Import & Eksport yang mudah - Membolehkan anda mengeksport
projek dalam format fail zip dan menghantarnya dengan cepat kepada
sesiapa sahaja. Rakan anda cuma perlu mengimport fail zip ke dalam
Camtasia Studio.
• Penerbitan berkelompok - Gunakan pilihan penerbitan berkelompok
untuk mempersembahkan beberapa rakaman skrin video secara
serentak.
• Rakaman Pelbagai Runut - membolehkan anda merakam beberapa klip
secara satu persatu dan menggabungkannya untuk menerbitkan
output tunggal.

(Sumber: http://www.screencastingtips.org/advantages-of-camtasia-studio-
over-free-screencasting-software/80/)

252 Bab 20: Camtasia Studio

KESAN VIDEO PENGAJARAN YANG MUNGKIN TERHADAP
PEMBELAJARAN

• Menyediakan sukatan pelajaran berbentuk video interaktif untuk
memperkenalkan pelajar kepada kelas.

• Merangsang pelajar untuk menggunakan deria penglihatan dan
pendengaran bagi mempertingkatkan pembelajaran.

• Membantu pelajar memahami konsep yang rumit dan prosedur yang
sukar dihuraikan dengan teks dan grafik ringkas.

• Penggunaan mesej visual dan auditori membolehkan pelajar
memproses maklumat dengan lebih cepat, seterusnya membantu
mengukuhkan penguasaan mereka terhadap bahan pembelajaran.

• Menukarkan maklumat yang tersirat atau pengetahuan yang mungkin
terlalu sukar dihuraikan dalam teks kepada penerangan yang jelas dan
tersurat melalui penggunaan gambar.

• Video mempunyai tarikan visual yang boleh mencetus reaksi emosi
daripada pelajar, dan ini akan membantu dalam meningkatkan motivasi
mereka.

(Sumber:http://cstl.semo.edu/institute/2007Summer/Camtasia/EngagingDNBe
yondtheClassroom.ppt)

Bab 20: Camtasia Studio 253
MULAKAN DENGAN CAMTASIA STUDIO

LANGKAH 1 Pergi ke

http://www.techsmith.com/camtasia.html

LANGKAH 2 Memuat Turun & Memasang Camtasia

Studio

Klik butang
‘Free Trial’.

254 Bab 20: Camtasia Studio Masukkan alamat
e-mel anda untuk
Kemudian, mendapatkan versi
klik ‘Start
Windows percubaan
Download’ Camtasia selama 30
atau ‘Start
hari.
Mac
Download’.

Tetingkap ini akan
terpapar. Anda perlu
mengklik ‘Save File’

untuk memulakan
pemasangan perisian

Camtasia.

Klik butang
‘Next >’.

Klik butang ‘Next >’
sekali lagi.

Bab 20: Camtasia Studio 255

Tandakan bahagian Klik ‘Next >’.
‘I accept the license
agreement’ dan klik

‘Next >’.

Klik butang
‘Next >’ sekali

lagi.

Tunggu sehingga
proses

pemasangan
Camtasia selesai.

256 Bab 20: Camtasia Studio

Klik butang
‘Finish’.

Klik butang
‘Finish’ sekali

lagi.

Perisian
Camtasia anda
telah berjaya

dipasang.

Ikon pintasan
Camtasia akan
dipasang pada desktop

anda.

LANGKAH 3 Bab 20: Camtasia Studio 257
Merakam Persembahan PowerPoint

Buka
Camtasia dan

pergi ke
‘Record
PowerPoint’.

Peralatan Buka fail
PowerPoint Microsoft
Camtasia. PowerPoint
anda dan
pergi ke tab
‘Add-Ins’.

258 Bab 20: Camtasia Studio

Memulakan Merakam Pilihan rakaman
persembahan dan kamera. Camtasia Studio.

rakaman.

Merakam audio. Memaparkan
pratonton kamera.

Pilihan Pilihan
program. video dan

Jika anda audio.
ingin

memasukkan
kamera web,

tandakan
kotak ini.

Kemudian, klik
butang ‘OK’.

Bab 20: Camtasia Studio 259

Untuk mula
merakam
PowerPoint,
klik butang
‘Record’.

Kemudian, pergi
ke ‘Click to
begin
recording’.

Klik butang ‘Stop Recording’
setelah anda selesai merakam.

260 Bab 20: Camtasia Studio

LANGKAH 4 Merakam Skrin

Gunakan seting ini untuk
menyesuaikan rakaman skrin
anda serta memasukkan kamera

dan audio.

Klik pada ‘Record
the screen’.

Anda boleh mengubah
saiz kawasan skrin
yang ingin dirakam.

Untuk memulakan rakaman,
klik butang ‘rec’.

Bab 20: Camtasia Studio 261

Untuk
menghentikan
rakaman, klik
butang ‘Stop’.

Rakaman anda
akan bermula
selepas tiga kiraan.

Atau anda boleh
mengklik ikon ini
untuk membuka
peralatan perakam

skrin.

262 Bab 20: Camtasia Studio

LANGKAH 5 Gunakan
butang-butang

ini untuk
menyimpan,
memadamkan,
menyunting,

atau
menerbitkan

rakaman.

Menerbitkan Rakaman Anda

Tandakan pilihan
‘Produce your

recording’ dan klik ‘OK’.

Pilih
‘Custom
production
settings’.

Buka Camtasia Studio Klik butang
dan pergi ke ‘Produce ‘Next >’.
video as…’ di bawah

panel ‘Produce’.

Pilih Bab 20: Camtasia Studio 263
format
video Klik butang
anda. ‘Next >’.

Klik butang
‘Next >’.

Pilih saiz video anda
dan klik butang
‘Next >’.

Klik butang
‘Next >’.

264 Bab 20: Camtasia Studio

Klik butang ‘Next >’
sekali lagi.

Masukkan nama
penerbitan anda dalam

ruang 'Output file',
kemudian klik butang

‘Finish’.

Tunggu
sehingga
projek selesai
diproses.

Bab 20: Camtasia Studio 265

Kemudian, klik
butang ‘Finish’.

LANGKAH 6 Menyunting Rakaman Anda

Seret rakaman
video anda dalam
garis masa ‘Video

1’.

266 Bab 20: Camtasia Studio

(a) Memotong rakaman

Klik ikon ini untuk
memotong

rakaman yang
dipilih.

Seret alat ini
untuk memilih
bahagian yang
ingin disunting
atau dipotong.

Inilah bahagian
rakaman yang
telah anda pilih.

(b) Klip Tajuk

Pergi ke ‘Title
clips’ di bawah

panel ‘Add’.

Bab 20: Camtasia Studio 267

Kemudian, klik
butang ‘OK’.

Taip klip tajuk
anda di sini.

Kemudian, seret klip
tajuk pada garis masa

video 1 untuk
memasukkannya ke

dalam video.

268 Bab 20: Camtasia Studio
(c) Transisi

Buka Camtasia
Studio dan klik
‘Transitions’ di
bawah panel ‘Edit’.

Bab 20: Camtasia Studio 269

Kemudian, klik
butang

‘Finished’.

Pilih transisi yang digemari.
Anda boleh menyeret atau

memasukkan transisi
selepas Klip 1, atau anda
boleh menyisipkan transisi di

antara kesemua klip.

Seret transisi di
sini.

270 Bab 20: Camtasia Studio

LANGKAH 7 Mencari Dokumen Anda

Pergi ke 'My
Documents'.

Buka folder
‘Camtasia
Studio’.

Bab 20: Camtasia Studio 271

Cari folder rakaman
Camtasia yang telah
anda simpan. Semua

fail ada di dalam
folder ini.

272 Bab 20: Camtasia Studio

RUJUKAN
http://www.wpi.edu/Academics/ATC/Collaboratory/HowTo/Camtasia/camint
ro.html [6 Jun 2012]

http://www.screencastingtips.org/advantages-of-camtasia-studio-over-free-
screencasting-software/80/ [6 Jun 2012]

http://cstl.semo.edu/institute/2007Summer/Camtasia/EngagingDNBeyondthe
Classroom.ppt [6 Jun 2012]

Bab 21. Scoop.it 273

Bab 21

SCOOP.IT

APAKAH ITU SCOOP.IT?

Scoop.it ialah satu platform pengumpulan bahan yang membolehkan pengguna
menyusun dan menyimpan maklumat mengenai sebarang topik yang diingini.
Pengguna boleh membina topik pilihan mereka (tanpa had) dan terus mula
melakukan penyusunan. Laman web ini disesuaikan bagi menyediakan cara
yang mudah dan pantas kepada pengguna untuk ‘mengaut’ mana-mana
maklumat yang berkaitan dengan topik yang dipilih oleh mereka.

(Sumber: http://www.iblogzone.com/2011/11/scoop-it-content-curation-
tool.html)

MANFAAT PENGGUNAAN SCOOP.IT

Terdapat beberapa manfaat apabila menggunakan Scoop.it:

• Tiada pengiklanan sama ada di pihak pengguna atau orang ramai.
• Bahan dicadangkan kepada anda tapi tidak disertakan secara

automatik. Anda mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap maklumat
yang boleh dimasukkan ke dalam topik anda.
• Siaran boleh dipromosikan pada ruang teratas dan dibiarkan di situ. Ini
amat berguna jika anda berblog tentang sesuatu topik dan mahu siaran
terkini blog anda mudah dilihat.

274 Bab 21: Scoop.it

• Anda boleh mengikuti mereka yang mempunyai minat yang sama
dengan anda.

(Sumber: http://www.molly-greene.com/how-can-a-writer-use-scoop-it/)

Bab 21. Scoop.it 275

MULAKAN DENGAN SCOOP.IT

LANGKAH 1 Pergi ke: http://www.scoop.it/

LANGKAH 2 Daftar

Log masuk ke
Scoop.it melalui
akaun Facebook

dan Twitter.

Klik di sini untuk
mendaftar.

276 Bab 21: Scoop.it

Isi maklumat Klik di sini jika anda
yang tidak mempunyai
akaun Facebook
diperlukan.
atau Twitter.

Klik butang ‘Sign
Up’.

Bab 21. Scoop.it 277

Satu e-mel akan
dihantar oleh
Scoop.it untuk
pengesahan

alamat e-mel anda.

Klik pautan yang
diberikan.

Anda berjaya
membina akaun
Scoop.it. Anda boleh
memulakan topik
mengikut minat anda.

278 Bab 21: Scoop.it

LANGKAH 3 Mengaut Semula

Buka Scoop.it dan
pilih mana-mana
topik yang ingin
anda kaut semula.

Klik butang
‘Rescoop’.

Bab 21. Scoop.it 279

Pilih topik yang
telah anda bina

sebelum ini.

Seterusnya, klik
butang

‘RESCOOP’

280 Bab 21: Scoop.it

LANGKAH 3 Penanda kecil Scoop.it

Klik di sini pada
akaun anda.

Pilih
‘Bookmarklet’.

Kini penanda
kecil anda telah

dipasang di
sini.

Klik butang ini.
Tarik dan

lepaskannya pada
bar alat penanda

anda.

Bab 21. Scoop.it 281

LANGKAH 3 Mengaut

Halaman yang
telah anda kaut
akan kelihatan

seperti ini.

Klik pada
penanda kecil

‘Scoop.it’.

Seterusnya, klik
butang

‘PUBLISH’

282 Bab 21: Scoop.it

Ini paparan
halaman yang
telah anda kaut.

Bab 21. Scoop.it 283
RUJUKAN
http://pinterest.com/about/ [10 Ogos 2012]
http://www.mymagneticblog.com/what-is-pinterest/ [10 Ogos 2012]

284 Bab 22: Flickr

Bab 22

FLICKR

APAKAH ITU FLICKR?

Flickr ialah satu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk
memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang
lain, serta menulis komen dan anotasi pada gambar tersebut. Pengguna boleh
membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan juga menyertai
kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti. Flickr
dilancarkan pada bulan Februari 2004, dan merupakan salah satu daripada alat
Web 2.0 yang popular. Laman ini menyediakan peralatannya, tetapi nilainya
terhasil daripada sumbangan komuniti pengguna – gambar-gambar, komen,
rating dan organisasi – serta perhubungan antara individu yang
dipermudahkan oleh laman ini. Flickr juga menyediakan pelbagai tetapan
privasi yang memberi pengguna kawalan terhadap cara penggunaan yang
diingini untuk gambar-gambar mereka.
Sumber: (http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf).

CARA MENGGUNAKAN FLICKR

Walaupun penggunaan Flickr lebih kepada bahan bergambar, namun laman
web ini lebih tepat diterangkan sebagai satu tempat untuk berkongsi
pengalaman dan membina perhubungan. Salah satu daripada tanda-tanda
kemajuan teknologi adalah keupayaan pengguna untuk menghasilkan bahan
sendiri, dan gambar ialah cara yang paling mudah untuk berkongsi hasil kerja

Bab 22: Flickr 285

kreatif. Pelajar dan guru/pensyarah selalunya mempunyai banyak gambar yang
tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Dengan memudahkan perkongsian gambar,
Flickr membuktikan bahawa penyumbangan bahan merupakan proses yang
amat mudah dan hampir apa sahaja yang dikongsi akan ditonton oleh
seseorang. Keupayaan untuk berbual mengenai sesuatu gambar dan
mengemas kini gambar tersebut berdasarkan komen yang diterima akan
mewujudkan kesedaran berkomuniti. Malah, pengguna Flickr juga amat gemar
menggunakan laman web ini serta amat yakin dengan nilainya. Tambahan pula
dengan adanya kamera digital yang mudah diperoleh dan digunakan, berjuta-
juta orang telah menjadi jurugambar amatur, dan laman-laman web seperti
Flickr menjadi tempat untuk berkongsi gambar dan bertemu dengan orang
yang mempunyai minat serupa, walaupun fotografi bukanlah fokus utama
mereka. Sokongan Flickr terhadap lesen Creative Commons menyediakan
satu lagi ruang perbincangan mengenai sifat hak cipta yang sentiasa
berkembang dalam era digital ini.
Sumber :(http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf).

PENGGUNAAN FLICKR DALAM P & P

Flickr memberikan peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni
yang lain untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar dan
peminat amatur, yang akan mendedahkan mereka kepada realiti amalan
profesional. Kekuatan ini boleh diperluas kepada bidang lain, seperti yang
telah dibuktikan oleh kejayaan projek-projek penceritaan digital dengan
penggunaan media visual untuk berkongsi pengalaman peribadi. Pelajar yang
memberikan perhatian kepada kandungan media visual akan mempamerkan
hasil pembelajaran yang lebih memuaskan, dan kedekatan media visual dengan
realiti kehidupan seharian memudahkan pelajar mengaitkan bahan
pembelajaran dengan diri mereka. Melalui cara yang sama, Flickr

286 Bab 22: Flickr

mendedahkan pelajar kepada pembelajaran partisipatori dengan
memanfaatkan penggunaan kamera digital yang kini ada di mana-mana sahaja
serta keinginan pelajar untuk berkongsi hasil kerja kreatif mereka. Dengan
memperkenalkan pengguna kepada teknologi untuk bekerjasama dan
bersosial, Flickr menyediakan platform yang mudah dan selesa bagi pelajar
untuk melibatkan diri dengan kandungan pelajaran dan komuniti dalam proses
pembinaan pengetahuan secara bersama.
Sumber: (http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf).


Click to View FlipBook Version