i
E- PROSIDING
KOLOKIUM PENYELIDIKAN
KAJIAN TINDAKAN
2022
NARATIF BAHARU KEPIMPINAN PENDIDIKAN PASCA PANDEMIK
COVID-19
ii
Diterbitkan oleh:
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
(The National Institute of Educational Management and Leadership)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur
Tel.: 03-6105 6100
Faks: 03-6105 6299
http://www.iab.edu.my
[email protected]
Urusan Penerbitan oleh:
Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta Terpelihara @ 2022 Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Sebarang bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengedaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.
Semua kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Kajian Tindakan anjuran Institut
Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, Kementerian Pendidikan Malaysia, Sri Layang,
69000 Genting Highlands, Pahang.
e ISBN 978-967-25649-0-4
Pengurus Penerbitan
En. Ahmad Sabri Bin Abdullah
Pereka Grafik dan Susun Atur Huruf
Dr. Indera Syahril bin Ismail
iii
JAWATANKUASA PROSIDING
Penaung
Dato' Dr. Haji Tajuddin Mohd.Yunus
Pengarah
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
Penasihat
En. Zainuren bin Haji Mohd Nor
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Kamaruzaman bin Moidunny, PhD
Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Ketua Editor
Hajah Nor Hasimah binti Hashim
Editor
Teh Kim Peng, PhD
Nakoo bin Mustan, PhD
Mohd Huzairi bin Mohd Sani, PhD
Norazizah binti Abdul Rahman, PhD
Indera Syahril bin Ismail, PhD
Noraliza binti Minhat, PhD
Pewasit
Mohamad Nizam Arshad, PhD
Hani Syazillah Binti Nordin, PhD
Nor Aiza Binti Zamzam Amin, PhD
Azani Bin Ismail @ Yaakub, PhD
Norfadhilah Bt. Nasrudin, PhD
Nazeri Bin Mohammad, PhD
iv
HALAMAN KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Pengarah Institut Aminuddin Baki ix
xi
Kata Alu-aluan Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands xii
Kata Alu-aluan Ketua Jabatan, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan
BIL PERKARA MUKA SURAT
TEMA: PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN 1
1. MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN NARATIF BAHARU PENDIDIKAN:
MENGUPAYA MIDDLE LEADERS TEAM (MLT), MELONJAK KOMUNITI
PEMBELAJARAN PROFESSIONAL GURU
RAFIEH BT YOB & SALEHUDDIN BIN MOHD RIFFIN
2. KOLABORASI IBUBAPA GURU DALAM MENINGKATKAN KEHADIRAN 15
MURID DUSUN BONGGI: SATU KAJIAN KES DI SK KAPITANGAN,
BONGGI.
NAIMAH BINTI AHMAD
3. PEMBUGARAN AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID 30
TINGAKATAN 3 NUR MELALUI PROGRAM 'REER'
FAUZI BIN IBRAHIM, RUSLINA BINTI RAMLI
4. MENINGKATKAN TAHAP PEMBUDAYAAN AMALAN PAK 21 DALAM 51
KALANGAN GURU SK ISKANDAR PERDANA, PERAK DENGAN
PROGRAM ‘KUPI-KUPI WITH CLASS 123’
NURUL HAYANI BINTI MUSTAPA KAMAL, MOHD AZHAR BIN MOHD
JUNOH
5. PAMPLET JVS – LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA VERIFIKASI 68
SKOR (JVS) SPM, INTERPRETASI KEPADA LAPORAN MODERASI DAN
VERIFIKASI SKOR YANG TUNTAS DAN AUTENTIK
NORASRAM BIN ABD RAHMAN
6. APLIKASI KAEDAH TGDOSOW MEMBANTU MURID MENCAPAI 114
STATUS SAHSIAH TERPUJI MELALUI SSDM V2.0 DI SEBUAH
SEKOLAH BANDAR
HARIFAH BIBI BINTI ABDUL WAHID, SABARIAH BINTI ABD. MUBIN &
RAFIDAH BT AZIZ
7. MENINGKATKAN TINGKAH LAKU POSITIF DIKALANGAN MURID 122
KELAS BESTARI SK LADANG MELALUI SISTEM TOKEN EKONOMI
NORWATI BINTI OMAR
v
8. MENINGKATKAN PERMERKASAAN AKTIVITI “PROFESSIONAL 130
LEARNING COMMUNITE (PLC)” DALAM KALANGAN GURU BIDANG 137
TEKNIK DAN VOKASIONAL SMK MEGAT PANJI ALAM
TUAN SHARIFAH AISHAH BT. TUAN IBRAHIM, AHMAD
KAMALARIFFIN BIN MOHD NOOR & ROSLINA WATI BINTI MOHAMAD
SOR
9. MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD) MELALUI PENGEMASKINIAN REKOD PERKEMBANGAN
MURID SECARA TEKAL DAN BERSISTEMATIK
NURSYAHRI FAIZAL BIN AHMAD MOKHTAR
BIL PERKARA MUKA SURAT
TEMA: KEPIMPINAN DIGITAL 153
10. i_SmaTManS: I_SMART TEACHER MANAGEMENT SYSTEM PUSAT
SEHENTI PINTAR PENGURUSAN SK PUJUT CORNER
ALEFF BIN AB. GHANI, ADAWATI BINTI SUHAILI, & DAYANG HIRONI
BINTI AWANG KIPLI
11. ROQMUN-gi: MENINGKATKAN RESPON DAN PENGUASAAN MURID 167
TERHADAP NOMBOR DI DALAM BAHASA ARAB MELALUI PERMAINAN
DIGITAL
MOHD GHADAFI BIN MOHD GHAZALI, & ISLIYANA BINTI KAMBALI
12. MENINGKATKAN KEUPAYAAN GURU DAERAH PERAK TENGAH 179
DALAM MENULIS KAJIAN TINDAKAN BERPANDUKAN TOOL KIT Act-R
NUR ASNI BINTI ALIAS, & WAN SAIFUL BAHRIN BIN WAN AYOB
13. MENINGKATKAN KUALITI PENYEDIAAN DAN PEMAKLUMAN GURU 201
GANTI MENGGUNAKAN SISTEM e-GGS DI SEKOLAH KEBANGSAAN
PARIT
ANITA BINTI HARIS, & SHAHRUN BIN ALIAS
14. MENINGKATKAN AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN PEGAWAI 218
PPD KOTA SETAR MELALUI APLIKASI (AL-SSPMS)
ZULKIFILI BIN SALEH, HAMIDAH BINTI ISMAIL, & ELINA TAN BINTI
SHARIFF TAN
15. APLIKASI TATASAMA BAGI MENINGKATKAN MOTIVASI 237
PEMBELAJARAN TATABAHASA DALAM KALANGAN SISWA GURU
UNIT T
HASNAH BT AWANG,PhD. & NURUL HANEY SYAHIDA BINTI
MOHAMAD HASIM
16. PEMBERIAN ANUGERAH IKON TOKOH KOKURIKULUM KEPADA 245
MURID YANG AKTIF MELIBATKAN DIRI DALAM PERTANDINGAN
SECARA DALAM TALIAN
MAKESWARI A/P MURUGAN
vi
17. INFO GRAFIK DAN QR CODE MENINGKATKAN KEBERKESANAN 263
PDPC GURU 276
FAUZI BIN IBRAHIM, & NOR AZLIZA BINTI CHE MT NOOR 285
18. AN ACTION RESEARCH ON THE EFFECTIVENESS OF USING
JAMBOARD AND PADLET (JAMPAD) IN THE ESL CLASSROOM TO
IMPROVE YEAR 5 STUDENTS WRITING SKILLS
ANITA LETCHIMONEY
19. SMART DT: KOMPETENSI PENSYARAH SELEPAS MENGHADIRI
LATIHAN JABATAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN DI SEBUAH INSTITUSI LATIHAN AWAM
NORMAH BINTI KARMANI, FARIDAH BINTI MOHAMAD, URZARINA
BINTI AHMAD MAREKAN, SATHIYABAMA A/P
SUPRAMMANIAM, & VICKNESWARY A/P PARAMAGURU @
VICKY TAN AI LIN
BIL PERKARA MUKA SURAT
298
TEMA: PDPC BERKESAN
20. PENGGUNAAN FLMB MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
TINGKATAN 5 DALAM MENENTUKAN PANJANG FOKUS KANTA
CEMBUNG YANG BERLAINAN KETEBALAN
RAMZI BIN HJ NAAIM
21. GURU SEBAGAI PEMIMPIN & PEMUDAHCARA DALAM PENGGUNAAN 308
LEMBARAN KATA KUNCI MATEMATIK DAN STRATEGI CUBES-V
DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT TAHUN
EMPAT
AFIAN AKHBAR BIN MUSTAM, & CHAN MUN SYUEN
22. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR SEHINGGA 319
RATUS RIBU TERDEKAT DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA
MELALUI KIT R-OFF
AINUN BARIAH BINTI JAAFAR
23. MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBANGAN DUGA DENGAN 347
MENGGUNAKAN TEKNIK BAJANIC ON JAMBOARD SEMASA PDPR
DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4 ELEKTIF PRINSIP
PERAKAUNAN SMK TINGGI KAJANG
MISSURIYATI BINTI MASNAN
vii
24. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENYELESAIAN 356
MASALAH MATEMATIK SEKOLAH RENDAH MENGGUNAKAN 366
SIMULASI BLOK ASAS 381
NORLIE BINTI ZOLKAPLI, & ROSLAILY BINTI MOHAMED RASHID 395
25. APLIKASI TEKNIK KeNa (KENAL DAN WARNA) BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID TAHUN 3 BERKAITAN HURUF BESAR PADA
AWAL AYAT
G. KASTURI BAY GOVINDASWAMI
26. KEBERKESANAN PENGGUNAAN KERTAS GRID DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN BAGI SUBJEK
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
KHO SIAW HUI
27. PERISIAN INTERAKTIF POWERPOINT & FASA-FASA BULAN
KOK KEAN HIN, PhD
viii
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Pada awal kalam, setulus dan seikhlasnya marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran
ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, kita dapat bersama-sama menjayakan
Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan bagi Tahun 2022. Saya merakamkan ucapan tahniah
dan penghargaan kepada para pembentang dan urus setia kolokium atas penganjurannya.
Sesungguhnya, kajian tindakan merupakan satu kajian sistematik dan reflektif yang dijalankan
oleh penyelidik terhadap amalan kendiri mereka. Kajian yang dilaksanakan adalah untuk
memahami dan menambah baik amalan kolaboratif agar pendidik dapat menyelesaikan isu
yang dihadapi. Sekali gus menambah baik amalan profesional kendiri mereka dan membentuk
organisasi yang cemerlang.
Kolokium ini adalah sebagai satu wadah untuk mendapatkan pandangan, idea dan
perkongsian hasil dapatan kajian dalam usaha untuk membudaya amalan penyelidikan dalam
kalangan pemimpin sekolah serta melestarikan kualiti sistem pendidikan negara. Oleh itu,
untuk mencapai matlamatnya usaha kolaboratif dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan
sepanjang kolokium ini diharapkan mampu mencipta signifikan yang holistik dalam
merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Dasar Revolusi Perindustrian
Keempat (4IR) negara.
Selain itu, Dasar Pendidikan Digital yang menyeluruh dan bersepadu melalui
transformasi pendidikan yang mengupayakan penggunaan teknologi digital secara kreatif dan
inovatif digubal untuk memastikan generasi masa hadapan negara berupaya untuk mendepani
gelombang digital dan cabaran pasca pandemik COVID-19 agar mereka mampu berdaya saing
dalam ekonomi digital. Penganjuran kolokium ini turut memperlihatkan budaya kepimpinan
digital yang berwawasan menerusi kajian yang dijalankan. Bahkan, dapatan kajian yang
ix
diperolehi dapat disebar luaskan kepada semua pihak terutamanya dalam membuat sesuatu
keputusan atau tindakan berdasarkan data empirikal.
Saya berharap penganjuran kolokium ini menjadikan IAB sebuah pusat kepimpinan
pendidikan unggul yang kompetitif dan dapat merealisasikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk anak-anak kita dan generasi akan datang. Pada masa yang sama, saya mengharapkan
penyelidikan dan inovasi digunakan, dikongsikan dan dikembangkan untuk manfaat pendidikan
terutamanya dalam melestarikan sistem pendidikan pasca COVID-19.
Saya juga percaya dengan adanya budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik
mampu untuk menjadikan pendidikan lebih holistik. Di mana amalan penambahbaikan dalam
pengurusan mahupun PdPC mampu menghasilkan pembelajaran murid secara menyeluruh
dan dapat membentuk murid yang bijak mengharungi cabaran global berasaskan nilai-nilai
yang baik.
Justeru, apabila konsep Sekolahku Sejahtera dilancarkan. Sebagai pendidik
pendekatan kreatif dan inovatif dalam penyampaian latihan, pengurusan kepimpinan dan
pengajaran dan pembelajaran membolehkan 14 elemen nilai kehidupan perlu diterapkan dalam
sistem pendidikan agar dapat melahirkan generasi Malaysia yang boleh bersaing pada
peringkat dunia. Oleh itu, untuk menghasilkan pendekatan kreatif dan inovatif satu daripada
pelbagai kaedah ialah penyelidikan dijadikan sebagai budaya dalam organisasi.
DATO' DR. HAJI TAJUDDIN MOHD YUNUS
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
x
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya,
pada hari ini kita dapat bersama-sama menjayakan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan
Tahun 2022. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pembentang kertas kerja
dan peserta yang telah memberi komitmen tinggi dalam menjayakan kolokium tahun ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands atas usaha
untuk menjayakan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan pada tahun ini. Setinggi-tinggi
penghargaan juga diucapkan kepada semua pembentang kertas kerja dan peserta yang telah
memberi komitmen tinggi dalam menjayakan kolokium ini.
Pancaroba pendidikan masa kini telah menuntut peranan pemimpin untuk mengalami
transformasi daripada pelbagai aspek. Apatah lagi apabila kita telah diuji dengan pelbagai
dugaan semenjak tercetusnya wabak COVID-19 di samping pelbagai cabaran yang timbul
semasa fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta cabaran-cabaran lain yang
timbul apabila kita berada pada fasa endemik setelah wabak tersebut agak surut. Cabaran-
cabaran sedemikian telah banyak mendewasakan kita selaku pengamal pendidikan dan juga
telah menyedarkan kita tentang betapa pentingnya para pengamal pendidikan sentiasa bersiap
siaga untuk mendepani sebarang perubahan yang tidak dijangka yang mungkin berlaku pada
bila-bila masa sahaja.
Dalam konteks ini, kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin pendidikan dapat
membantu untuk membentuk pemahaman jitu tentang cabaran yang dihadapi. Seseorang
pemimpin pendidikan yang melakukan kajian tindakan akan menyorot kembali amalan-amalan
kepimpinannya demi mengetahui sejauh mana kualiti kepimpinannya adalah relevan dengan
kehendak kontemporari. Refleksi kendiri yang dilakukan bukan sahaja mampu membantu
mereka merenung kembali nilai-nilai profesional masing-masing malahan mungkin
xi
mampu memberi suntikan semangat kepada mereka untuk meneroka ruang dan peluang bagi
memperbaik status quo sekali gus membantunya menjadi seorang pemimpin yang disegani.
Naratif kepimpinan baharu yang terbentuk akan berupaya membantunya menongkah arus
semasa secara relevan.
Berdasarkan senario di atas, tema Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
pada kali ini iaitu Naratif Baharu Kepimpinan Pendidikan Pascapandemik COVID-19 adalah
sangat bertepatan. Oleh hal yang demikian, saya ingin menyeru para pemimpin sekolah agar
terus memperkasa dan memartabatkan pelaksanaan kajian tindakan di institusi masing-
masing. Marilah kita bersama-sama membudayakan naratif penyelidikan ini sebagai satu
“norma baharu’ amalan profesional di sekolah-sekolah agar kita dapat mengorak langkah
dengan lebih gah lagi mendepani cabaran masa depan.
xii
Salam Sejahtera
Dr. TEH KIM PENG
KETUA JABATAN PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
Secara amnya, kolokium penyelidikan kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan
kajian-kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh para warga pendidikan berkaitan konteks
pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Kolokium ini merupakan satu wadah untuk para pencinta
kajian tindakan terutamanya pengamal pendidikan bersua secara maya dan berinteraksi secara
profesional.
Secara spesifiknya pula, objektif kolokium ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu
daripada hasil perlaksanaan kajian tindakan pengurusan dan kepimpinan pendidikan seiring
dengan naratif baharu pascapandemik. Input-input yang diketengahkan dipercayai akan dapat
memberi suntikan semangat atau membuka minda mana-mana pihak yang ingin atau masih cuba
untuk berjinak-jinak dengan pelaksanaan kajian tindakan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Dalam pada itu, pertemuan maya pada kali ini antara para pengamal kajian tindakan iaitu
pembentang kertas kerja barang kali bakal mampu merancakkan cetusan minda justeru
memperkasa kemahiran penyelidikan dalam kajian tindakan.
Kolokium ini juga diharap mampu menjadi platform kepada para pemimpin pendidikan untuk
membangunkan kompetensi melaksanakan kajian tindakan bagi membantu mencari penyelesaian
terbaik terhadap cabaran tugas harian di sekolah masing-masing atau meneroka ruang-ruang
penambahbaikan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menambah baik amalan profesional
kepimpinan pendidikan. Penganjuran kolokium ini adalah seiring dengan naratif Institut Aminuddin
Baki (IAB) secara amnya dan IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH) secara khasnya
sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan bagi membangunkan keupayaan
kepimpinan pendidikan.
xiii
Akhirulkalam, saya menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan tahun ini khususnya ahli-ahli Jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan IABCGH selaku penganjur bagi
kolokium ini dan semua AJK yang telah banyak membantu secara profesional selama ini baik dari
segi khidmat nasihat mahupun teknikal.
Sekian, terima kasih.
TEH KIM PENG, Ph.D
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
xiv
JADUAL SENARAI JADUAL HALAMAN
JADUAL 1.0: 5
PERKARA
JADUAL 1.1: Item pengujian dan skala yang digunakan dalam kaji selidik yang 6
JADUAL 2.1: digunapakai. 18
JADUAL 2.2: Item pengujian tahap penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. 19
JADUAL 2.3: Bilangan murid ponteng sekolah Januari-Mac 2022 22
JADUAL 2.4: Bilangan murid ponteng sekolah Januari-Mac 2022 24
JADUAL 3.1: Bilangan ketidakhadiran murid bagi bulan April 2022 35
JADUAL 3.2: Proses pengumpulan data 38
JADUAL 3.3 Respons amalan membaca dalam kalangan murid 40
JADUAL 3.4: Respons kesan Program ‘REER” terhadap ammembaca dalam kalangan 42
JADUAL 4.1: murid 58
JADUAL 4.2: Analisis Latihan Penulisan Karangan 59
JADUAL 4.3: Jadual Pelaksanaan Kajian Program ‘REER’ SMK Chendering 60
Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan
JADUAL 4.11: Tahap Skor Pembudayaan Pembelajaran Abad Ke-21
Analisis Data Kumpulan Kawalan
Analisis Data Kumpulan Rawatan 61
xv
RAJAH SENARAI RAJAH HALAMAN
RAJAH 1.0: 8
PERKARA
RAJAH 1.1: Faktor yang mempengaruhi tahap keseronokan murid 9
RAJAH 1.3: belajar. 10
RAJAH 1.4: Tahap penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. 11
Gambarajah mengenalpasti masalah di sekolah.
RAJAH 1.5: Graf perbandingan skala kriteria bagi memperlihatkan 12
hubungan umur dengan pelaksanaan ICT.
RAJAH 2.1: Kedudukan sekolah-sekolah rendah di Daerah Pendang 20
RAJAH 2.2: yang melaksanakan PLC bagi tahun 2020. 22
RAJAH 2.5: Aktiviti Kolaborasi Ibu-bapa dan Guru 24
RAJAH 2.6: Aktiviti Cakna ke Sekolah 24
Ziarah Cakna kali ke 2 bersama lawatan JPN dan PPD
RAJAH 2.7: Bilangan Ketidakhadiran ke Sekolah Dalam Tempoh Sebulan 27
RAJAH 3.1: Sebelum dan Selepas Intervens 33
RAJAH 3.2: Aktiviti Ziarah Cakna 34
RAJAH 3.4: Contoh Bahan ‘REER’ 43
RAJAH 4.1: Carta Bar: Soal selidik Paravian Amalan Membaca 55
RAJAH 4.2: Anggaran Belanjawan Kajian TIndakan 56
RAJAH 4.3: Markah Murid Mengikut Kelas 56
RAJAH 4.4: Nama Kumpulan Murid di Dalam Kelas 56
RAJAH 4.5: Pemberian Markah Boleh di Lihat Murid 57
RAJAH 4.6: Markah Murid boleh di Tolak Mengikut Kesesuaian 57
RAJAH 4.7: Penolakan Markah Boleh di Lihat Murid 57
RAJAH 4.8: Memilih Nama Kumpulan Atau Nama Murid 58
RAJAH 4.9: Paparan Masa Menjawab Atau Membuat Aktiviti 58
Masa untuk menjawab
Meter Kebisingan Untuk Mengawal Bising
xvi
GAMBAR SENARAI GAMBAR HALAMAN
PERKARA
Gambar 3.1: Contoh Bahan ‘REER’ 33
Gambar 3.2: Contoh Lembaran Kerja Murid 34
Gambar 3.3: Pelaksanaan Intervensi Program ‘REER’ Terhadap 41
Responden dalam kelas selama 10 minit sebelum PdPc
Gambar 3.4: Contoh hasil kerja murid selepas pelaksanaan Program ‘REER’ 41
Gambar 3.5: Penyediaan Bahan Bacaan Program ‘REER’ peringkat sekolah 46
Gambar 3.6: Pelaksanaan Bacaan Program ‘REER’ peringkat sekolah 47
Gambar 3.7: Pelancaran Program ‘REER’ peringkat sekolah 48
xvii
TEMA 1:
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
0|Kajian Tindakan 2022
MENDEPANI CABARAN NARATIF BAHARU PENDIDIKAN: MENGUPAYA MIDDLE
LEADERS TEAM (MLT), MELONJAK KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL GURU
RAFIEH BINTI YOB
Guru Besar SK Tanah Merah, Pendang Kedah.
[email protected]
SALEHUDDIN BIN MOHD RIFFIN
SISC+ Sains Sosial PPD Pendang, Kedah
salehuddin @moe.gov.my
ABSTRAK
Arus perubahan “budaya sekolah” dan “budaya kepimpinan semakin sudah dipaksa berubah
dengan ledakan pendemik Covid-19. Lanskap pendidikan semasa yang terbahagi kepada 3
kluster pedagogi utama sebelum ini iaitu: Kluster pedagogi Antik, Pedagogi Klasik dan
pedagogi Temporari telah terpaksa berubah dengan ledakan pembelajaran berasaskan ICT
dan Revolusi Industri 4.0. Ledakan gelombang perubahan ini tidak dapat ditangani oleh
pihak pentadbir secara bersendirian. Perubahan ini perlu ditangani bersama barisan
pemimpin pertengahan (MLT) dan strategi Komuniti Pembelajaran Professional adalah
alternatif yang terbaik. Memperkasa Middle Leaders menjadi nadi pembudayaan PLC.
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pemimpin sekolah
dalam usaha mewujudkan budaya PLC dalam kalangan guru semasa mendepani pendemik
Covid -19. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melibatkan pemerhatian, temu bual, analisis
dokumen. Seramai 30 orang guru terlibat sebagai peserta kajian membantu penyelidik
meneroka pemasalahan yang dihadapi dalam mewujudkan pembelajaran professional.
Model Multi -Layer dapat membantu pihak sekolah merancang sesuatu tindakan PLC guru.
Kata Kunci: Komuniti Pembelajaran Profesional, transformasi sekolah, mengupaya Middle
Leaders-Team, kesediaan mendepani naratif baharu pendidikan, kepimpinan teragih
REFLEKSI KAJIAN
Dimensi membentuk iklim persekitaran sekolah yang positif merangkumi tindakan pentadbir
secara tidak langsung untuk memupuk suasana pembelajaran yang kondusif. Menurut Hallinger
dan Murphy (1985), pentadbir mampu mempengaruhi sikap murid dan guru dengan mewujudkan
suatu sistem ganjaran yang memberikan impak pada pencapaian akademik dan usaha-usaha lain
yang produktif termasuk kesediaan pembelajaran kondusif. Kaedah, strategi dan suasana
persekitaran pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah perlu ditingkatkan dalam
mencapai hasrat tersebut.
Ledakan gelombang Covid-19 telah mengejutkan semua warga pendidikan bukan sahaja di
Malaysia malahan di seluruh dunia. Kita semua telah dikejutkan dengan terpaksa melakukan
transformasi yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran tradisi kepada pembelajaran di
rumah ataupun lebih dikenali dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Sehubungan itu, saranan pihak KPM supaya semua warga pendidikan bersedia dengan
perkembangan Revolusi Industri (IR 4.0) sekian lama secara tiba-tiba perlu dilaksanakan.
Perkembangan Revolusi Industri memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai bidang
termasuklah bidang pendidikan. Ini kerana sektor ini merupakan satu keperluan agar tenaga kerja
1|Kajian Tindakan 2022
yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan
berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Kaedah penyampaian pengajaran dengan menggunakan papan tulis sudah lapuk serta
kurang berimpak perlu diubah dengan menggorak langkah kearah pengajaran dan pembelajaran
yang dipandu teknologi digital yang lebih bersifat interaktif dan fleksibel. Sesuai dengan tema
Kolokium semua warga pendidik perlu bersedia mengadaptasi kaedah baharu pengajaran selari
dengan perkembangan pantas teknologi demi menyediakan generasi yang mempunyai daya
kreativiti dan inovasi selain mempunyai kecekapan dalam menggunakan teknologi untuk
mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Oleh itu, semua guru perlu mencari dan
merebut peluang bagi menambah pengetahuan dalam bidang ICT. Maka peranan barisan
pemimpin pertengahan (MLT) yang masih muda dalam kalangan generasi Y dan berpengetahuan
tinggi dalam bidang ini dapat di manfaatkan dengan sepenuhnya dengan membudayakan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti
Teacher Sharing Session, Learning -Walk dan lain-lain strategi yang bersesuaian.
PERNYATAAN MASALAH
Kepimpinan merupakan satu aktiviti pengurusan yang selalu diperbincangkan dalam
kebanyakkan institusi atau organisasi. Pemimpin biasanya diharapkan dapat memainkan peranan
yang efektif dalam berbagai aspek termasuk merancang, berkomunikasi, membuat keputusan,
mengawal serta mengendalikan konflik. Menurut Aminuddin (1994) para pentadbir pula, selalu
melihat diri mereka mempunyai keupayaan untuk mengalih panduan organisasi yang mereka
pimpin. Mereka menerima kedudukan baru dengan harapan akan memperbaiki masalah yang
dihadapi oleh pentadbir sebelumnya.
Sehubungan itu, dalam kajian ini pihak sekolah mendapati masalah utama ialah kaedah
pembelajaran yang amalkan oleh 80% guru adalah secara tradisional. Di mana ledakan teknologi
tidak dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya. Hal ini, berlaku
kerana tiadanya asas dan kemahiran dalam mengurus kemahiran dalam ICT dan tiadanya
keupayaan dalam support -system dalam kalangan guru dalam membantu para guru menambah
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT.
Kekangan masa dan kekurangan kepakaran luar juga memainkan peranan penting dalam
tercetusnya kajian ini. Kekurangan sumber kewangan dan sumber manusia dari luar sedikit
sebanyak membataskan perancangan pihak sekolah dalam menyediakan latihan ataupun kursus
yang bersesuaian dan mencukupi pada semua guru. Justeru itu, kajian ini dibuat bagi mengatasi
masalah ini dengan mengambil kira kepakaran dan sumber yang sedia ada dalam sekolah ini
sendiri. Perkara ini hanya dapat diselesaikan dengan menggunakan kepakaran dalaman di mana
terdapat sebahagian kecil guru muda dan guru novis yang pakar dalam bidang ICT yang dilantik
sebagai pemimpin pertengahan (Middle Leaders Team).
Barisan MLT ini mampu menjadi “hub” untuk menghubung antara para profesional di luar
sekolah dengan golongan pendidik secara kolaboratif bagi membina generasi modal insan yang
berkualiti di masa hadapan. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial tanpa melibatkan
kewangan (non financial CSR programme) untuk kepentingan bersama. Maka, Kajian ini diharap
dapat akan membantu menyelesaikan masalah yang dinyatakan dengan mengambil kira
kekangan dan kekuatan yang sudah sememangnya ada dalam organisasi itu sendiri.
2|Kajian Tindakan 2022
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan senario tersebut, kertas kerja ini akan membincangkan
i. Mengenalpasti langkah membina kerangka konsep untuk meningkatkan amalan komuniti
pembelajaran professional dan menjadi amalan dan budaya warga sekolah.
ii. Mengenalpasti dan meningkatkan pentadbiran dan pengurusan dari segi kepimpinan
sekolah, dan
iii. Meningkatkan kadar transformasi sekolah dengan penerapan amalan komuniti
pembelajaran professional yang lebih mantap dan berkualiti.
SOALAN KAJIAN
4.1 Apakah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan pakar untuk membantu
pihak sekolah menguruskan latihan profesionalisme kepada warga sekolah?
4.2 Siapakah pihak yang boleh membantu dan dibantu menyelesaikan masalah dalam kajian?
4.3 Apakah impak kajian terhadap kemenjadian murid dan iklim pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan warga sekolah boleh dibudayakan?
TINJAUAN LITERATUR
Menurut Hord (1997), Komuniti Pembelajaran Profesional merujuk kepada komuniti sekolah
bersama-sama berusaha secara professional melakukan penambahbaikan pembelajaran murid
melalui lima dimensi iaitu, i) perkongsian dan sokongan kepimpinan, ii) perkongsian nilai-nilai,
misi dan visi, iii) kolektif pembelajaran dan aplikasi, iv) keadaan-keadaan yang menyokong, dan
v) perkongsian amalan individu. Kelima-lima dimensi ini menuntut setiap ahli organisasi sekolah
melibatkan diri mereka dalam pembelajaran yang berterusan dan mengamalkanya secara tekal
serta dapat memberikan komitmen terhadap penambahbaikan sekolah (Eaker dan Dufour: 1998).
Dengan kata lain, cara yang terbaik untuk mengembangkan budaya belajar yang bertahap tinggi
adalah melalui konsep komuniti pembelajaran professional (PLC) yang memiliki organisasi
‘pelajar’ dan kemudian menunjuk cara kepada mereka. Justeru itu, pihak sekolah memilih PLC
sebagai alternatif terbaik semasa menghadapi Covid ini.
Pembentukan amalan ini juga telah mewujudkan hubungan positif antara pasukan kerja
guru, menggalakkan persaingan antara guru–guru ke arah hasil kerja yang berkualiti. Sekolah
yang membentuk komuniti pembelajaran profesional adalah sekolah yang mewujudkan dan
menggalakkan nilai-nilai kolaboratif. Dimana banyak perbincangan dan kesepakatan dalam
merancang pembelajaran dapat dilaksanakan dalam panitia di bantu oleh barisan pemimpin .
Pada peringkat ini peranan pemimpin adalah sangat penting dalam memimpin dan
membimbing guru-guru untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran. Di sinilah peranan itu
diberikan kepada pemimpin pertengahan (MLT) seperti ketua Panitia. Sebagai pemimpin yang
berkesan seseorang guru besar bukan sahaja perlu bijak dalam pengurusan sekolah malahan
dapat memberi inspirasi kepada guru-guru untuk menjadi seorang pemimpin. Ini merujuk kepada
kata Tichy (1997), “ The leader has two jobs: (1) to be the learner and (2) to develop otherleaders”.
Amalan memberi galakan dan memberi sokongan keada guru-guru untuk terus belajar ini secara
langsung membina keyakinan diri guru untuk menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan.
3|Kajian Tindakan 2022
Kajian ini membuktikan bahawa pendapat Hord dan Sommers( 2008), yang menyatakan
bahawa cabaran utama membangunkan sesebuah komuniti pembelajaran profesional ialah
menyelesaikan ‘isu’ menyediakan ‘masa’ untuk guru-guru belajar dan bekerja secara jelekit. Bagi
menangani isu ini pihak sekolah telah membuat pelarasan jadual dan menyatakan fokus sekolah
pada awal tahun sebagai peringatan. Adalah di harapkan sekolah ini akan terus memayungi
hasrat KPM dalam membudayakan amalan komuniti pembelajaran profesional ini dan
mengelakkan isu memecilkan diri dalam kalangan warga sekolah ini.
Menurut Zabidi Dun dan Mamah Muhamad (1996) organisasi memerlukan tiga sumber
utama untuk perlaksanaan fungsinya iaitu sumber fizikal, kewangan dan sumber manusia.
Kenyataan ini disokong oleh Abu Daud Silong dan Tasso Cristie (1995) yang berpendapat
bahawa sumber manusia merupakan aset terpenting dalam menentukan kejayaan sesebuah
organisasi yang mengutamakan pemaksimuman guna tenaga manusia supaya wujud kesesuaian
antara pembangunan individu secara berterusan dengan matlamat sesebuah organisasi,
sekaligus kemenjadian murid dapat direalisasikan. Menurut Kopelman et al. (1990) sebarang
perubahan amalan pengurusan sumber manusia melalui gaya kepimpinan yang berkesan yang
bertujuan mempertingkatkan produktiviti pekerja akan mengubah ikIim sesebuah organisasi guru.
Pemimpin juga perlu mengamalkan sikap keterbukaan terhadap cetusan idea atau
gagasan baru. Tugas utama para pendidik hari ini adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang
memiliki daya fikir yang tinggi, kreatif dan inovatif, bagi memastikan mereka mampu 200 Supian
Hashim & Khadijah Daud / Sains Humanika 2:4 (2014),197–208 menghadapi sebarang keadaan
dan cabaran. Disinilah pentingnya kemahiran berfikir aras tinggi memainkan peranannya dalam
setiap kehidupan. Jadi, kita perlu memikirkan sesuatu dalam hal ini, agar generasi kita yang akan
datang lebih bersedia untuk menelusuri cabaran langit terbuka dengan jayanya. Dengan
demikian, dimensi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kepimpinan lestari
perlulah dihayati dan diamalkan bukan sahaja kepada guru besar, kakitangan guru dan bukan
guru malah meresap ke jiwa para pelajar. Hasrat ini akan tercapai sekiranya pihak sekolah
membudayakan amalan pengajaran berasaskan ICT.
Tujuan asal kajian ini di sokong oleh pendapat Harris & Spillane, 2008. Yang menyatakan
akibat daripada pertambahan tugas pemimpin di sekolah yang menjadi semakin kompleks di
sebabkan proses globalisasi, budaya pengagihan tugas dan tanggungjawab daripada seorang
pemimpin kepada beberapa orang individu dalam organisasi untuk melaksanakan tugas telah
menjadi trend biasa (Harris & Spillane, 2008; Azhar Harun & Ramli Basri, 2016). Perkongsian
tanggungjawab sepunya oleh pemimpin-pemimpin dengan guru-guru di sekolah telah
mewujudkan budaya kepimpinan teragih. Pendekatan kepimpinan teragih yang diwujudkan di
sekolah telah melahirkan kecenderungan individu untuk bekerjasama antara golongan pemimpin
dengan subordinat iaitu antara pihak pentadbir terutamanya guru besar dengan guru (Frank,
Margaret & Leonne, 2009; Sharfuddin, 2012).
Kepimpinan teragih merupakan amalan perkongsian antara pemimpin, subordinat dan
situasi yang berlaku dalam organisasi (Harris & Spillane, 2008). Gaya kepimpinan ini adalah
berbentuk penyebaran atau pengagihan fungsi oleh beberapa orang individu untuk mencapai
tugas melalui interaksi antara satu sama lain. Kepimpinan teragih adalah bersifat lebih lateral
dan kurang hierarki dalam cara sesebuah organisasi berfungsi (Spillane, 2006). Tambahan pula,
kepimpinan teragih juga dapat melahirkan guru-guru untuk saling bekerjasama secara kolektif
dan kolaboratif berdasarkan bidang kepakaran masing-masing. Bukan itu sahaja, kepimpinan
teragih turut melibatkan subordinat untuk mengambil keputusan secara bersama bagi mencapai
matlamat yang hendak dikecapi dalam organisasi (Karia & Ahmad).
4|Kajian Tindakan 2022
Justeru itu, kajian ini lebih menekankan bagaimana peranan sekolah terutamanya pihak
pentadbir dapat menggunakan sumber dalaman yang ada dengan cerdik tanpa melibatkan kos
masa dan tenaga dibazirkan.
METODOLOGI
a. Kumpulan Sasaran
Creswell (2005) mengatakan demi menjalankan peninjauan yang mendalam terhadap sesuatu
fenomena, pengkaji akan memilih peserta dan tapak kajian secara bertujuan. Sehubungan
dengan itu, kajian ini mengaplikasikan kaedah persampelan bertujuan untuk memilih peserta yang
dapat memberi data yang kaya dengan deskripsi untuk menerangkan fenomena yang dikaji.
Kajian kualitatif tidak menetapkan bilangan peserta dalam satu kajian (Merriam, 1998). Menurut
Bailey (2006) bilangan yang dipilih untuk persampelan bertujuan sentiasa kecil, yang penting ialah
peserta yang dipilih itu kaya dengan informasi untuk kajian yang sistematik. Responden yang
terpilih adalah seramai 100 orang murid tahap 2 iaitu daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6 dan
seramai 30 orang guru.
Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini dengan soal selidik telah
digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Pemilihan responden adalah
berdasarkan sampel rawak mudah supaya setiap guru mempunyai peluang yang sama untuk
terlibat dalam kajian. Kajian dijalankan sekolah. Populasi guru ini melibatkan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran dan Akademik, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru
b. Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan
Untuk memastikan item soal selidik boleh dipercayai dan ada keesahan,pihak sekolah telah
menjalankan satu kajian rintis di sekolah (pilot study) telah dijalankan di beberapa buah kelas
tahap 2 seramai 100 orang dengan dibantu oleh 30 orang guru sebagai responden. Pelaksanaan
kajian rintis adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan dan kesahihan konstruk-konstruk
dalam instrumen kajian.Sebanyak 2 set soal selidik yang mengandungi maklumat demografi dan
semua konstruk yang digunakan kajian, telah diedarkan kepada murid dan guru-guru. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 100 soal selidik murid telah dikembalikan dan 27 soal selidik guru dan
hanya 100% soal selidik dianalisis. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisia menggunakan
perisian secara manual memandangkan jumlah responden yang sedikit. Analisis dilakukan secara
deskriptif dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, dan ralat piawai.
Pemerhatian Kelas melalui Learning –walk merupakan salah satu sumber penting untuk
data kaedah kualitatif, ia dijalankan di lapangan kajian tertentu untuk mendapat data secara
langsung. Pemerhatian adalah penting kerana perkara yang dianggap rutin oleh peserta kajian
dapat ditemui oleh pengkaji dan data dari sumber berkenaan mungkin akan memberi pemahaman
dan penjelasan kepada sesuatu fenomena. Pemerhatian juga dapat 101 merekodkan kelakuan
peserta kajian semasa lapangan kajian dilaksanakan dan mendapat data yang tidak dapat
diberitahu oleh peserta semasa temu bual dijalankan (Merriam, 1998). Maka, untuk meneliti
pelaksanaan kurikulum berasaskan ICT, pemerhatian kelas merupakan salah satu sumber utama
untuk data kajian. Hal ini demikian kerana pemerhatian kelas dapat mengutip data tentang
perkara yang sebenarnya berlaku dalam kelas (Van Rensburg, 2007). Pemerhatian kelas
sebanyak tiga kali telah dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
5|Kajian Tindakan 2022
c. Kaedah pengumpulan data
Menurut Yin (2003) protokol kajian termasuk instrumen kajian, prosedur dan peraturan umum
harus diikuti. Protokol kajian ialah panduan pengkaji semasa menguruskan kajian dan merupakan
satu kaedah utama untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian (Yin, 2003). Sehubungan
dengan itu, kajian ini dijalankan berdasarkan protokol yang dicadangkan oleh pakar-pakar seperti
Corbin dan Strauss (2002), Cresswell (2002), Merriam (1998), Yin (2003) dan kajian-kajian lepas
dalam bidang kajian ini. Pengumpulan data untuk kajian ini menggunakan protokol kaedah kajian
kualitatif iaitu pemerhatian kelas, temu bual dan analisis dokumen-dokumen seperti Data
Pencerapan Std 4 dalam SKPMg2. Pengumpulan data daripada pelbagai sumber merupakan
salah satu proses triangulasi untuk mempertingkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data
kajian kualitaitf (Creswell, 2005).
Saya memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk
mengumpul data daripada perserta kajian. Kaedah berbeza yang saya gunakan adalah kaedah
pemerhatian dan analisis dokumen yang telah dinyatakan dalam teknik mengumpul data. Kaedah
kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah gabungan kaedah tinjauan dan
pemantauan. Tools yang digunakan adalah 2 borang soal selidik seperti Teachers- Voice dan
Students –Voice. Ia bertujuan mengkaji hubugan antara kepentingan peranan Pemimpin
Pertengahan (MLT) dalam membantu meningkatkan kaedah pengajaran berteraskan ICT serta
melaksanakan pembelajaran berorentasikan ICT dan teknologi masa hadapan.
Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini dengan soal selidik telah
digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Pemilihan responden adalah
berdasarkan sampel rawak mudah supaya setiap guru mempunyai peluang yang sama untuk
terlibat dalam kajian. Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah salah sebuah
sekolah rendah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pendang Kedah. Populasi guru ini
melibatkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Panitia dan guru-guru biasa.
d. Instrumen pengumpulan data
Terdapat satu jenis instrumen sahaja yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu soalan soal
selidik. Kaedah Soalan Soal Selidik diberikan kepada 100 orang murid dan 30 orang guru. Kaedah
ini digunakan untuk memperolehi maklumat berkaitan amalan pedagogi berasaskan ICT.Dengan
cara ini, penyelidik akan dapat mengetahui sebab-sebab penurunan atau peningkatan minat
murid dan prestasi kerja guru dan memberi cadangan bagi mengatasinya masalah penurunan
prestasi kerja apabila dapatan kajian dianalisis selepas kajian dilaksanakan nanti. Pihak sekolah
menggunakan dua set borang soal selidik yang telah disediakan untuk dijawab oleh semua guru
dan murid. Soal selidik yang diberikan mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A dan B yang
dipetakan melalui Jadual 1 dan Jadual 2.
e. Kaedah analisis data
Merriam (1998) mengatakan pengumpulan data dan penganalisisan merupakan satu aktiviti yang
dijalankan serentak dalam kajian kualitatif. Analisis bermula pada temu bual pertama,
pemerhatian pertama dan pembacaan dokumen pertama. Dengan kata lain, analisis data
dijalankan semasa data pertama diperolehi. Proses analisis data dijalankan berterusan sepanjang
masa kajian ini dilaksanakan. Meriam menerangkan seterunya bahawa mengurus dan menapis
data sebaik sahaja selepas pengumpulan data juga amat penting. Ini akan membantu pengkaji
6|Kajian Tindakan 2022
menyediakan soalan untuk ditanya atau pemerhatian seterusnya. Tanpa analisis data yang
dikumpul sepanjang masa kajian dijalankan akan menyebabkan data yang dipunggut tidak fokus
dan berulang.
Dalam kajian ini, semua data yang dikumpul di analisis secara manual. Setiap temu bual
dirakam secara audio dan mentranskripsikan data-data secara verbatim merupakan langkah
pertama yang dilakukan setelah temu bual. Selepas itu, data yang telah ditranskripsikan dibaca
berulang kali untuk memperolehi fahaman yang mendalam sebelum mengkategorikan data.
Strategi untuk mengkategorikan data adalah dengan menggunakan cadangan alat analitik yang
dikemukakan oleh Corbin dan Strauss (2008) seperti bertanya soalan, membuat perbandingan,
memikirkan pelbagai maksud terhadap sesuata perkataan, pengalaman individu dan sebagainya.
Namun, alat analitik yang paling banyak digunakan semasa proses analisis untuk kajian ini
termasuk bertanya soalan dan membuat perbandingan. Melalui bertanya soalan dan memikirkan
kemungkinan jawapan dari pelbagai sudut dapat membantu pengkaji memahami fenomena kajian
daripada persepsi peserta. Membuat perbandingan melibatkan proses membandingkan data dari
segi kesamaan dan kelainan kejadian atau peristiwa sebelum membentuk tematema dan
mengkategorikan data.
Data daripada student -voice, teacher -voice dan Komuniti telah membuktikan. Dalam
dapatan pengkaji, isu ini bukan agenda sekolah yang boleh di jayakan secara bersendirian.
Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menggunakan SWOT bagi
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah. Meningkatkan hubungan dengan komuniti adalah
salah satu strategi utama. PIBK telah dilibatkan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan
persekitaran sekolah yang lebih kondusif dan selamat. Kebanyakan kajian yang melibatkan
proses pelaksanaan kurikulum mengaplikasikan kaedah kualitatif dan protokol yang digunakan
termasuk pemerhatian kelas, temu bual dan analisis dokumen.
Untuk mendapatkan data (Bekalo & Welford, 2000; Brown, 2002; Brown, 2009; Menis,
1991; Thornton, 1985a; Turner, 2003; Wiseman & Brown, 2003). Namun, kajian Verhoeven and
Verloop (2002) serta Schmidt et al. (2002) menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan
instrumen soal selidik untuk mengumpul data. Lentz (2007) menggunakan kaedah campuran
(mixed method), iaitu menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan
data. Menurut Draper (1996) kaedah soal selidik yang memerlukan pelajar mengimbas kembali
perkara yang telah dialami dalam kelas tidak dapat memberikan informatif yang mendalam dan
lengkap. Beliau mengatakan kaedah soal selidik berdasarkan ingatan seseorang, namun ingatan
seseorang adalah terhad. Maka, informasi yang dikumpul melalui soal selidik adalah kurang
bernilai daripada 93 pemerhatian dalam kelas. Pemerhatian kelas dan temu bual dapat
membekalkan informasi yang lebih mendalam daripada soal selidik.
DAPATAN KAJIAN
Dalam kajian ini pihak sekolah telah melaksanakan soal selidik terlebih dahulu kepada 100 orang
murid bagi mengenalpasti apakah kaedah dan faktor yang mempengaruhi keseronokan mereka
dalam pembelajaran. Kajian ini tidak melibatkan pemerhatian terhadap jantina murid ataupun latar
belakang mereka. Pemerhatian ataupun kaji selidik ini dibuat secara umum berdasarkan empat
item pemerhatian dan skala seperti dalam jadual 1 di bawah.
7|Kajian Tindakan 2022
Jadual 1.0
Item pengujian dan skala yang digunakan dalam kaji selidik yang digunapakai
Item Setuju (S) Skala Tidak Pasti
(TP)
1 Pengaruh Personaliti Guru 3 Tidak Setuju 1
2 Pengaruh Bilik Darjah 3 (TS) 1
3 Subjek / Matapelajaran 3 2 1
4 Pengaruh Kaedah pembelajaran 2
3 2 1
berasaskan
ICT 2
5 Kaedah Pengajaran Secara Tradisi
321
Daripada kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan instrumen Students–Voice
dapatan adalah seperti dalam gambarajah di bawah. Bimbingan secara berkumpulan telah
dijalankan semasa sesi mengumpul data bagi tujuan mendapat data yang sah dan benar. Kajian
telah dilaksanakan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Daripada data yang dikumpulkan di dapati item 3 iaitu keseronokan murid belajar adalah
apabila mereka dapat belajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan ICT di
mana seramai 75 orang murid telah memilih setuju dan selebihnya adalah tidak setuju dan tidak
pasti. Manakala bagi faktor pengajaran secara tradisi iaitu lebih kepada tutorial guru dalam bilik
darjah menunjukkan pengaruh yang paling sedikit bersetuju iaitu sebanyak 40 orang. Maksudnya
murid-murid lebih tertarik dengan pembelajaran berasaskan ICT dan teknologi. Mereka juga
inginkan guru mengajar menggunakan ICT berbanding secara tradisi.
Rajah 1.1.
Faktor yang mempengaruhi tahap keseronokan murid belajar
Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
75
50
60 40 60
30 10 30 15 50
10 10 10 40
10
Guru Bilik Darjah Subjek Kaedah ICT Kaedah Tradisi
Rentetan daripada dapatan yang pihak sekolah temui dalam kaji selidik melalui Students-
Voice tersebut pihak sekolah telah mengambil inisiatif bagi menangani masalah tersebut dengan
menjalankan kaji selidik dalam kalangan guru pula dengan menggunakan instrument teacher-
voice. Kajian ini dilaksanakan bagi mengakaji hubungan ICT dan kemahiran guru dalam
melaksanakan pdpc secara lebih interaktif.
8|Kajian Tindakan 2022
Jadual 1.1
Item pengujian tahap penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru
Item Skala Aras Penguasaan ICT
Cemerlang Baik Sederhana Lemah
Saya berkemahiran menggunakan 4321
1 komputer secara asas
Saya berkemahiran menggunakan aplikasi 4 3 2 1
2 terkini dalam melaksanakan pdpc
Saya berkemahiran menggunakan
3 pembelajaran Online seperti Google Meet, 4 3 2 1
Google Classroom
Saya boleh mencipta Laman Web, video 4 3 2 1
4 dan bahan maya secara interaktif
5 Saya tiada masa untuk menambah 4321
kemahiran dalam bidang ICT 4321
6 Saya bersedia menerima latihan
Daripada data yang dikumpulkan pihak sekolah telah menemui beberapa keputusan
secara generik. Keputusan yang ditemui telah dinyatakan secara jelas dalam rajah tulang
ikan di bawah. Dari masalah-masalah yang dikenalpasti ini barulah pihak sekolah
menyediakan borang kaji selidik kepada murid dan guru.
Rajah 1.2
Tahap penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru
Cemerlang Baik Sederhana Lemah
30
000 10 10 9 10 10 10
Item 1 55 54 55
Item 2 Item 3 item 4
Berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan dalam kalangan guru sekolah terdapat
kelemahan dalam penguasaan kemahiran menggunakan ICT. Kaji selidik ini tidak
dilaksanakan dengan mengambil kira data inferens dengan mengira faktor umur dan jantina
guru. Kaji selidik ini hanya dijalankan secara generik.
Dengan mengambil kira tahap keperluan yang tinggi dalam melaksanakan pdpc yang
berkesan dan menarik dengan menggunakan bahan yang lebih interaktif pihak sekolah
mengutamakan penelitian dalam item 3 dan item 4. Iaitu tahap guru dapat menjana bahan
yang interaktif dalam menarik minat murid dalam kelas. Daripada data yang dikumpulkan
tahap penguasaan guru di item 4 adalah sangat sedikit yang cemerlang iaitu hanya 5 orang,
9|Kajian Tindakan 2022
dengan mengambil kira seramai 10 orang guru tidak dapat menguasai kemahiran dalam
menyediakan bahan seperti video dan lain-lain aplikasi yang interaktif.
Berdasarkan data, analisis SWOT telah dibuat oleh pihak sekolah mendapati bahawa
guru menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atau PdPR yang
berkualiti dalam makna sebenar ialah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
memenuhi hasrat murid pada era Revolusi Industri 4.0 ini.
Rajah 1.3
Gambarajah mengenalpasti masalah di sekolah
Daripada Data yang kumpulkan secara generalisasi di dapati bahawa murid dan guru
menunjukkan sikap positif terhadap kepentingan ICT dalam merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dan berinteraktif. Pola jawapan ini adalah selari dengan Keeves
(1992) yang telah membuat liputan tentang kajian mengenai sains dan teknologi IEA. Beliau
berpendapat bahawa di negara yang mementingkan pembangunan dalam bidang sains dan
teknologi, para pelajar lebih cenderung menunjukkan sikap positif. Guru –guru juga bersetuju ICT
memabantu pdpc menjadi lebih menarik dan ceria (Jadual 1.2) dan bersedia menerima latihan
professional dalam meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Mengambil kira masalah yang telah dikenalpasti (Rajah 1.3) pihak sekolah memerlukan
sokongan daripada barisan pemimpin pertengahan yang masih muda dan berpengetahuan
dalam bidang ICT untuk membantu rakan sekerja. Kurang kepakaran yang dikenalpasti hanya
dapat diatasi dengan bantuan ataupun sokongan rakan sejawat.
Data inferen yang dikumpul mengambil kira tahap keputusan dalam kalangan guru yang
berumur di bawah 40 tahun. Kajian juga melibatkan pemantauan secara rawak bagi melihat
kesediaan guru dengan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di antara guru
yang di jadikan sampel memperlihatkan skala perbandingan kriteria seperti di bawah. Skala 2.0
adalah kesediaan guru melaksanakan pengajaran berteraskan ICT dengan cemerlang.
10 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1.4
Geraf perbandingan skala kriteria bagi memperlihatkan hubungan umur dengan pelaksanaan ICT
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa amalan komuniti pembelajaran profesional perlu
dimantapkan di sekolah bagi membantu persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan
kondusif. Namun begitu terdapat sedikit penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pihak
pentadbir bagi pelaksanaan PLC yang lebih efisyen dan berterusan. Menurut DuFour (2004,9),
menegaskan walaupun terdapatnya bukti menunjukkan amalan bekerja secara kolaborasi
merupakan amalan yang terbaik tetapi masih terdapat ramai guru di sekolah meneruskan
amalan-amalan tradisi iaitu secara bersendirian yang menyebabkan amalan pemencilan masih
berlaku.
Berdasarkan data dan kajian yang dilaksanakan adalah didapati amalan Komuniti
pembelajaran profesional dapat memberi impliksi kepada pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Menurut Harris (2002.73-74), pihak sekolah boleh memperbaiki budaya
kerja sesebuah organisasi melalui kewujudan visi dan nilai yang berkekalan. Malah, Silns, H and
Mulford, B. (2002:23) berpendapat bahawa semua organisasi memerlukan visi dan misi yang
jelas kerana ia merupakan prasyarat untuk mencapai keberkesanan dalam kepimpinananya
terutama dalam membentuk sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi sekolah.
Perihal ini, dinyatakan dalam kejayaan sekolah ini apabila telah menjadi salah sebuah
sekolah rendah yang paling tinggi dalam melaksanakan amalan komuniti pembelajaran
profesional di Daerah Pendang bagi tahun 2020. Ianya di nyatakan dalam Rajah 1 5 di bawah.
11 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1.5
Kedudukan sekolah-sekolah rendah di Daerah Pendang yang melaksanakan PLC bagi
tahun 2020
Rajah 1.5 telah membuktikan bahawa komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan
guru sekolah ini telah berjalan lancar. Pembentukan budaya pembelajaran guru-guru di sekolah
ini telah i) mewujudkan amalan positif dalam kalangan guru, ii) melahirkan ahli komuniti guru yang
berani mengambil risiko untuk mengecapi ganjaran, iii) menjadikan seluruh komuniti sebagai
sumber rujukan, iv) memastikan kekuatan pembelajaran ditransformasikan kepada tindakan,
v)menghubung jalin sistem pemikiran dan pelaksanaan dan vi) memastikan kekuatan dan
kematapan visi dan misi sekolah berdasarkan perkongsian bersama. Perkongsian merupakan
kunci utama ke arah pembentukan komuniti pembelajaran profesional.
PERBINCANGAN
Pembentukan amalan ini juga telah mewujudkan hubungan positif antara pasukan kerja guru,
menggalakkan persaingan antara guru–guru ke arah hasil kerja yang berkualiti. Sekolah yang
membentuk komuniti pembelajaran profesional adalah sekolah yang mewujudkan dan
menggalakkan nilai-nilai kolaboratif. Di mana banyak perbincangan dan kesepakatan dalam
merancang pembelajaran dapat dilaksanakan dalam panitia di bantu oleh barisan pemimpin .
Pada peringkat ini peranan pemimpin adalah sangat penting dalam memimpin dan
membimbing guru-guru untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran. Disinilah peranan itu
diberikan kepada pemimpin pertengahan (MLT) seperti ketua Pnitia. Sebagai pemimpin yang
berkesan seseorang guru besar bukan sahaja perlu bijak dalam pengurusan sekolah malahan
dapat memberi inspirasi kepada guru-guru untuk menjadi seorang pemimpin. Ini merujuk kepada
kata Tichy (1997), “ The leader has two jobs: (1) to be the learner and (2) to develop otherleaders”.
Amalan memberi galakan dan memberi sokongan keada guru-guru untuk terus belajar ini secara
langsung membina keyakinan diri guru untuk menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan.
12 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Berdasarkan data dan kajian yang dilaksanakan adalah di dapati amalan Komuniti
pembelajaran profesional dapat memberi impliksi kepada pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Menurut Harris (2002.73-74), pihak sekolah boleh memperbaiki budaya
kerja sesebuah organisasi melalui kewujudan visi dan nilai yang berkekalan. Malah, Silns, H and
Mulford ,B. (2002:23) berpendapat bahawa semua organisasi memerlukan visi dan misi kerana
ia merupakan prasyarat untuk mencapai keberkesanan dalam kepimpinananya terutama dalam
membentuk sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi sekolah.
RUMUSAN
Melalui kajian ini, didapati bahawa peranan pemimpin pertengahan (MLT) dalam meningkatkan
pelaksanaan komuniti pembelajaran professional adalah sangat penting dan perlu diberi
pendedahan kepada semua sekolah. Justifikasi bagi keputusan ini adalah kerana kekangan masa
dan kekurangan kemahiran yang ada dalam kalangan pentadbir dalam menguruskan kursus
ataupun latihan kepada semua guru di bawah kawalan mereka. Peranan MLT dapat membantu
mengisi kekosongan tersebut.
Kepimpinan teragih adalah teori kepimpinan yang memberi fokus terhadap amalan
kepimpinan yang berasaskan kepada perkongsian amalan kepimpinan secara kolektif.
Kepimpinan dilakukan berdasarkan kepakaran yang ada dalam organisasi dan bukannya sekadar
peranan dari seorang pemimpin semata-mata.
Pada asasnya pembentukan komuniti pembelajaran professional ini adalah bergantung
kepada faktor persekitaran yang menggalakan seperti i) budaya kerjasama dan koperatif, ii)
memberi semangat dan sokongan moral serta, iii) meningkatkan pembangunan potensi individu.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh DuFour dan Eaker (1998; xii), guru-guru yang bekerja secara
individu akan pasti menghadapi kesukaran bagi mencapai matlamat sekolah. Menurut Huffman
(2003:21), pembangunan kapasiti dan guru- guru dilakukan bersama-sama melalui program-
program penambahbaikan sekolah yang membawa kepada perubahan terutamanya dari segi
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Perubahan ini dapat memberi manfaat
kepada murid-murid secara berterusan. Bagi mencapai matlamat ini, pemimpin sekolah tidak
boleh menolak tentang kepentingan pembelajaran guru-guru ketika di dalam perkhidmatan.
Cabaran bagi pemimpin-pemimpin sekolah hari ini adalah untuk memastikan pembangunan
modal insan dilaksanakan secara holistik dari segi pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran
intelektual, pembudayaan sikap yang mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Hasrat ini
hanya boleh dijelmakan dengan sikap kolaborasi dan semangat kekitaan dan ianya boleh
dijelmakan dengan membudayakan amalan komuniti pembelajaran profesional.
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid, (2007). Kesan pincang laku kepimpinan pengetua terhadap guru. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustapa. (2013). Guru Dan Cabaran Semasa. Ipoh. Penerbitan
Multimedia.
Abdul Shukor Abdullah (1998, April 11). Pengetua Berkesan: Sistem Pendidikan Negara. Kertas
dibentangkan pada Seminar Pemimpin Berkesan Negeri Perlis, Kangar, Diambil Semula pada 21
Mei 2004 darpada Perpustakaan Za’aba, UM. No Panggilan LA 1236PPN
13 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Balasandran Ramiah, DBA, James Ang Jit Eng, Ed.D. (2009). Kepimpinan Instruksional. Satu Panduan
Praktikal Profesional. Kuala Lumpur: PTS
DeFour, R, Eaker, R., & Ranells, M. (1992). School Improvement planning, Tennessee Educational
Leadership, Quality indicators reflect effective school improvement, XXIV(I), 7-10.
Fullan M. (1990), Staff Development, Innivation and institutional development. In B. Joyce (Ed),. Chanching
School culture through staff development (pp. 3-25), Alexandria, VA: Association of Supersvision and
Curricullum Development.
Mohd majid Konting. 1998. Pengajaran Sains di Sekolah: persepsi guru sains dan matematik yang
berkesan terhadap keberkesanan guru, Seminar on Science and Mathematics Education, UKM,
Bangi.
Muhammad Faizal A. Ghani, (2007). Pembentukan Model Sekolah Berkesan Malaysia: Satu Kajian Delphi,
Jurnal Pendidikan, 27 (1), pp. 179-199.
Maimunah Muda (2005). Kepimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah di Malaysia. Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Norihan Abu Bakar, 1985. Sosialisasi, Pendidikan dan Sub-budaya remaja. Kajian kolerasi di antara sub-
budaya remaja terhadap literasi Sains dan matematik. Laporan Kajian IRPA, UTM.
Robiah Sidin. 1994.Kajian tahap prasarana di Institusi pendidikan guru: Status dan keperluan. Laporan
Untuk Bahagian Guru Kementerian Pendidikan.
14 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
KOLABORASI IBG DALAM MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID DUSUN BONGGI:
SATU KAJIAN KES DI SK KAPITANGAN, BANGGI.
NAIMAH BINTI AHMAD
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana keberkesanan kolaborasi IBG dalam meningkatkan
kehadiran murid Dusun Bonggi. Seramai 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan dari Sk
Kapitangan terlibat dalam menjayakan kajian ini. 6 orang murid tersebut belajar di kelas tahun 3 dan
merupakan penduduk asal Pribumi yang berketurunan Dusun Bonggi di Pulau Banggi, Kudat,
Sabah. Kajian ini bermula pada 1 April dan berakhir pada 30 April. Objektif kajian dijalankan untuk
menyiasat keberkesanan aktiviti-aktiviti kolaborasi IBG yang telah dijalankan sepanjang bulan April
2022. Data kajian ini menggunakan pendekatan kaedah model Lewin (1996) yang mana data
dikumpulkan melalui beberapa siri temubual bersama ibubapa dan murid yang terlibat di dalam
kajian ini. Selain daripada itu data juga didapati melalui pemerhatian dan analisis dokumen serta
dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati aktiviti-
aktiviti kolaborasi IBG memainkan peranan penting dalam meningkatkan kehadiran murid Dusun
Bonggi ke sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan jumlah peningkatan yang signifikan di dalam
kehadiran murid Dusun Bonggi. Impak yang positif ini menunjukkan kepentingan kolaborasi di antara
guru dan ibubapa perlu dilakukan secara sistematik, terancang dan berterusan bagi memastikan
momentum kehadiran murid Dusun Bonggi ke sekolah adalah lebih konsisten.
Kata Kunci: Analisis Deskriptif, kolaborasi IBG, Model Lewin (1996), Murid Sk. Kapitangan,
Peningkatan Kehadiran
REFLEKSI KAJIAN
Kolaborasi merupakan agenda yang penting dalam Pendidikan abad ke 21. Kerjasama yang
berlaku di antara ibubapa dan sekolah dapat membantu dalam Pendidikan.Projek kolaborasi
dijalankan di sekolah dengan penglibatan komuniti berperanan sebagai pemangkin perlaksanaan
aktiviti pembelajaran dan konsultasi secara berterusan. Penilaian dijalankan untuk menentukan
keberkesanan dan penambahbaikan projek yang dilaksanakan menerusi kolaborasi yang
terbentuk antara pihak sekolah dan ibubapa.
Kolaborasi adalah penting untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran mereka
dengan menambahbaik penyampaian kandungan kurikulum melalui penggembangkan
kepelbagaian metod pengajaran(Haycock 1991,Lieberman 1986).Kolaborasi dianggap sebagai
satu cara untuk merubah bagi mendapatkan kesan positif daripada hasil pembelajaran pelajar
iaitu memperolehi markah yang lebih tinggi dalam ujian penilaian(LANCE,Rodney dan Hamilton-
Pennell 2001,2002:Lance,Wwllburn dan Hamilton-Pennell 1993), Morris (2004)menyatakan
disebabkan kesan positif ia menjadi sebab utama koloborasi digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di
Malaysia, ponteng sekolah dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus
menyokong pandangan Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan
15 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan ponteng
sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan ponteng ialah sebagai bilangan ketidakhadiran
ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa. Kemudian, menurut Zhang, Wilson,
Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu (2010), ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi
amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab oleh pelajar di mana isu ini menjadi
perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat.
a. Refleksi Faktor Ketidakhadiran yang Lalu
Sebahagian daripada murid-murid yang belajar di Sk Kapitangan merupakan penduduk Pribumi
yang berketurunan Dusun Bonggi dan terdiri daripada murid-murid yang berada di tahap yang
sederhana. Dari pemerhatian saya berdasarkan analisis dokumen terhadap buku rekod
kedatangan sekolah dan temu bual dengan beberapa orang guru terdapat faktor yang
menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah.
Faktor ibubapa yang menyumbang murid tidak hadir ke sekolah,diantaranya adalah
disebabkan faktor latar belakang keluarga yang bertaraf sosioekonomi yang miskin tegar .Selain
itu kebanyakan murid yang terlibat dengan masalah ketidakhadiran ke sekolah ini adalah murid-
murid yang menghadapi masalah persekitaran tempat tinggal dan prasarana sekolah agak
jauh.Kehidupan ibubapa mereka yang tidak mempunyai pekerjaan hanya bergantung hidup pada
pendapatan dari sumber laut dan hutan.Ibubapa mereka tidak mampu menyediakan
perbelanjaan yang cukup untuk menampung perbelanjaan anak yang ramai.Kesukaran hidup
yang dialami oleh murid-murid ini membuatkan ibubapa lebih mementingkan keperluan asas
anak-anak terutama makanan.Jadi untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibubapa
mereka,ada murid yang sanggup tidak hadir ke sekolah kerana mengambil tugas ibubapa untuk
menjaga adik-adik ketika ibubapa pergi ke laut atau hutan mencari rezeki.Murid juga terpaksa
bekerja membantu keluarga bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan harian mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab
berlakunya ponteng sekolah ialah ibubapa tidak mampu membeli perkakas sekolah seperti
buku,alattulis dan pakaian sekolah.Dapatan daripada analisis kajian mendapati murid tidak
datang ke sekolah sebab ibubapa menyuruh mereka menjaga adik-adik apabila mereka keluar
bekerja.Terdapat juga murid yang sememangnya sudah mempunyai sikap malas dan tidak minat
untuk belajar turut menyumbang kepada permasalahan kehadiran ke sekolah.
Faktor jarak rumah dengan sekolah juga turut menyumbang kepada masalah ketidakhadiran
ke sekolah. Terdapat murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan terpaksa bangun awal
subuh untuk berjalan kaki melalui hutan dan sungai menjadikan alasan tersebut untuk kerap tidak
hadir ke sekolah tanpa mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut walaupun
sekolah telah menyediakan asrama desa.
Jersild A.T(1978), kedudukan sekolah yang jauh mempengaruhi murid untuk datang lewat
dan kadang-kadang akan ponteng sekolah. Mengikut Mohamed Hisham Zahari (2000) masalah
pengangkutan seperti bas yang lambat,tidak datang dan sering rosak menjadi alas an kepada
murid untuk ponteng sekolah.Keadaan ini menjadi lebih ketara lagi apabila kedudukan sekolah
berada di Kawasan bandar dan laluan jalan raya yang sibuk,Mungkin tidak menjadi masalah
kepada murid yang mempunyai pengangkutan sendiri tapi kepada murid yang kurang
berkemampuan ,masalah kenderaan menjadi salah satu faktor tidak hadir ke
sekolah.Permasalahan yang dialami oleh murid Dusun Bonggi jauh lebih sukar, bila mana
kebajikan mereka tidak ada pihak yang memberi perhatiaan.Murid Dusun Bonggi yang
16 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
kebanyakan hidup jauh di dalam hutan terpaksa berjalan sejam dua melalui sungai dan hutan
belukar untuk sampai ke sekolah.Mereka bangun di awal subuh berjalan kaki tanpa memikirkan
keselamatan diri demi untuk mendapatkan pendidikan di sekolah.
Pengkaji melihat sejauh mana permasalahan yang dihadapi oleh responden yang terlibat
sehingga membawa kepada masalah ketidakhadiran responden ke sekolah.
Sejak kebelakangan ini, pengkaji sedar bahawa masalah ponteng tidak boleh dibiarkan
berlarutan kerana akan menyebabkan murid ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pengkaji dan pihak sekolah telah cuba membantu mengenal pasti masalah 6 orang
responden yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah merancang satu sesi temu bual dengan
responden yang terlibat dan berbincang dengan pihak sekolah untuk berjumpa dengan ibubapa
mereka tersebut melalui program kolaborasi IBG.
Bagi membantu menyelesaikan isu ketidakhadiran, dibantu oleh rakan-rakan guru serta
pihak pentadbir mengadakan satu program kolaborasI IBG disamping menjalankan aktiviti-aktiviti
yang memberi peluang, kerjasama dan hubungan melalui komunikasi antara guru, ibubapa dan
murid.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan kolaborasi IBG dalam meningkatkan kehadiran
enam orang murid Tahun 3 di Sk. Kapitangan, Pulau Bangi setelah pengkaji mendapati kehadiran
mereka tidak memuaskan berbanding murid-murid yang lain di sekolah berkenaan.
Dalam mengatasi masalah ketidakhadiran ini yang disebabkan oleh sosioekonomi keluarga,
pihak kerajaan dan sekolah perlu memainkan peranan utama. Kerajaan dan sekolah perlu
memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang keperluan pendidikan untuk anak-anak. Ibu
bapa seharusnya memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka untuk sentiasa
menghadiri sekolah. Dengan mendapatkan pendidikan formal, anak-anak boleh berjaya dalam
pelajaran dan membantu mengubah nasib keluarga mereka pada masa hadapan. Selain itu, ibu
bapa hendaklah terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Misalnya pada hari orientasi persekolahan dimana ibu bapa dan pihak sekolah boleh
membincangkan prestasi pendidikan anak mereka di sekolah.
Di samping itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2019, melalui pihak sekolah
telah menyediakan pelbagai bantuan seperti buku teks percuma, rancangan makanan tambahan
(RMT), program susu pelajar, dan menyediakan perkhidmatan kaunselor dan guru pemulihan
bagi meningkatkan minat pelajar untuk menyambung pelajaran. Bantuan yang disalurkan oleh
kementerian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa berkaitan dengan kos
pelajaran anak-anak. Oleh itu, sekolah berperanan untuk menyalurkan bantuan daripada
kementerian kepada pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan B40.
17 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk:
i. Mengenal pasti keberkesanan kolabarasi IBG dalam meningkatkan kehadiran murid
Dusun Bonggi ke sekolah.
ii. Meningkatkan kolaborasi IBG bagi membantu isu ketidakhadiran murid ke sekolah.
iii. Menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid tahun 3 di sk kapitangan
iv. Mengesan punca ketidakhadiran murid tahun 3 ke sekolah
SOALAN KAJIAN
Objektif kajian yang dinyatakan adalah untuk menjawab beberapa persoalan kajian berkaitan
seperti berikut:
i. Apakah kelebihan kolabarasi IBG dalam meningkatkan jumlah kehadiran murid Dusun
Bonggi ke sekolah?
ii. Bagaimana meningkatkan kolaborasi IBG dalam membantu isu ketidakhadiran murid
Dusun Bonggi ke sekolah?
iii. Bagaimanakah aktiviti cakna ke sekolah membantu meningkatkan motivasi murid hadir
ke sekolah?
iv. Bagaimanakah aktiviti kolaborasi ziarah cakna memberi kesan kepada peningkatan
kehadiran murid ke sekolah?
TINJAUAN MASALAH
Daripada analisis ketidakhadiran murid bagi bulan Januari hingga Mac, didapati bilangan murid
yang tidak hadir tanpa sebab, iaitu Ponteng sekolah bagi kelas tahun 3 adalah yang tertinggi.
Pengkaji membuat semakan kehadiran setiap aliran dan buku rekod kedatangan setiap kelas
didapati sebanyak 6 orang murid tahun 3 kaum Dusun Bonggi menunjukkan bilangan hari
ponteng sekolah yang tertinggi
Analisis Tinjauan Masalah
Data ponteng sekolah kelas murid-murid Sk Kapitangan bagi bulan Januari hingga Mac.
Jadual 2.1
Bilangan murid ponteng sekolah Januari-Mac 2022
BIL NAMA MURID JANTINA KELAS ALAMAT
1 MURID 1 PEREMPUAN 2 KG LOK AGONG
2 MURID 2 PEREMPUAN 2 KG LOK AGONG
3 MURID 3 PEREMPUAN 3 KG LOK AGONG
4 MURID 4 PEREMPUAN 3 KG KAPITANGAN
5 MURID 5 PEREMPUAN 3 KG LOK AGONG
6 MURID 6 LELAKI 3 KG KAPITANGAN
7 MURID 7 LELAKI 3 KG LOK AGONG
8 MURID 8 LELAKI 3 KG LOK AGONG
9 MURID 9 PEREMPUAN 4 KG LOK AGONG
10 MURID 10 LELAKI 4 KG LOK AGONG
11 MURID 11 LELAKI 5 KG KAPITANGAN
12 MURID 12 LELAKI 6 KG KAPITANGAN
18 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
DATA ORANG MURID TIDAK HADIR / PONTENG BERKALA (RISIKO PONTENG
KRITIKAL) BAGI BULAN JANUARI HINGGA MAC 2022
Jadual 2.2:
Bilangan murid ponteng sekolah Januari-Mac 2022
MURID BIL HARI YANG TIDAK HADIR DARI JAN HINGGA MAC
1 18
2 23
3 20
4 24
5 20
6 19
Kumpulan Sasaran
Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun 3, iaitu tiga murid lelaki dan tiga murid
perempuan. Peserta kajian kesemuanya berbangsa Dusun Bonggi penduduk pribumi di Kudat,
Sabah.Peserta kajian ini mempunyai pencapaian akademik sederhana dan latar belakang
sosioekonomi rata-ratanya dari keluarga miskin. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan hasil
analisis dokumen terhadap buku rekod kedatangan ke sekolah dan temu bual bersama beberapa
orang guru.
Tindakan yang dijalankan
Pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan telah menggunakan model Lewin (1996). Kaedah
kolaborsi IBG digunakan oleh pengkaji untuk membantu meningkatkan jumlah kehadiran
dikalangan murid Dusun Bonggi. Peranan pihak sekolah seperti guru dan para pentadbir amat
penting bagi memastikan kolaborasi dengan ibubapa dapat dijalankan dengan berkesan.
Pelaksanaan tindakan dalam kolaborasi IBG ialah seperti berikut:
i. Kolaborasi dengan ibubapa responden.
ii. Program “Cakna ke sekolah”
iii. Ziarah Cakna Sumoribau
Bahan -bahan dan Instrument yang digunakan ialah
Tindakan 1: Menjalankan kolaborasi IBG dengan menjemput ibubapa datang ke sekolah untuk
berbincang isu ponteng sekolah walaupun surat amaran sekolah telah dihantar kepada mereka.
Tindakan 2: Program’ Cakna ke sekolah’ mencatat kehadiran dalam rekod cakna kehadiran, sesi
temubual dan soal selidik berkaitan faktor diri, keluarga, motivasi serta memberi peringatan
mesra.
Tindakan 3: Program Ziarah Cakna bersama pihak sekolah SK Kapitangan, PIBG, ibubapa dan
komuniti dengan mengadakan sesi temubual berkaitan responden yang terlibat dalam kajian.
19 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
c. Aktiviti / Intervensi
Pelaksanaan Tindakan 1: Kolaborasi IBG
Kolaborasi IBG adalah bertujuan menjadi ruang saluran komunikasi antara ibubapa dan guru
membincangkan pelbagai isu anak-anak murid ,membantu dan berkongsi dengan ibubapa bagi
membina persekitaran pembelajaran kondusif,bekerjasama dengan guru dari segi masalah
kehadiran murid dan perincian pembelajaran.Program kolaborasi IBG menjadi tempat
perhubungan untuk sesi laporan prestasi dengan ibubapa disamping dapat menunjukkan rasa
empati dan bantu ibubapa dalam memainkan peranan mereka dalam pembelajaran anak-anak.
Pihak sekolah telah menghubungi ibubapa 6 orang responden yang terlibat dan menjemput
mereka hadir ke sekolah untuk perbincangan lanjut tentang isu ketidakhadiran anak mereka.
Guru kelas telah menghantar surat peringatan kepada ibubapa responden melalui wakil PIBG
sekolah, ibubapa tidak dapat dihubungi melalui telefon kerana kawasan perkampungan tem
responden tidak mempunyai talian telefon. Surat peringatan dihantar kepada ibubapa responden
untuk memberi peringatan tentang kesalahan ponteng sekolah dan Tindakan yang bakal diambil
oleh pihak sekolah jika masalah itu berterusan.
Namun, dalam kalangan enam (6) orang responden, dua (2) orang kelurga responden tidak
dapat dihubungi. Terdapat seorang ibu tunggal memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah
disebabkan masalah tidak ada yang menjaga adik responden semasa dia keluar ke laut mencari
rezeki. Seorang lagi ibubapa memberi makluman, mereka balik ke kampung atas urusan
keluarga. Ibubapa responden berkenaan berjanji akan menghantar surat tunjuk sebab kepada
pihak sekolah sekiranya anak tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga pada masa akan
datang.
Empat orang ibu bapa responden yang lain memberi kerjasama yang baik dan datang ke
sekolah berjumpa pihak sekolah. Mereka berjanji akan memantau kehadiran anak
memandangkan anak-anak mempunyai tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah. Contohnya bangun lewat atau malas berjalan kaki seawal subuh kerana jarak rumah
dengan sekolah terlalu jauh. Semua ibubapa yang terlibat tidak sedar bahawa anak telah layak
mendapat surat amaran ponteng yang kedua.
Kolaborasi IBG telah memberi ruang untuk ibubapa menyuarakan permasalahan yang
dihadapi sehinggakan membawa kepada ketidakhadiran responden ke sekolah. Pihak sekolah
mendengar dan cuba memahami permasalah ibubapa responden serta menghulurkan sedikit
bantuan makanan diakhir program kolaborasi ini.
Rajah 2.1: Aktiviti Kolaborasi Ibu-bapa dan Guru
Hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang Pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia
adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyediakan Pendidikan kepada
semua warganegara tanpa mengira latar belakang. Justeru, pelbagai Langkah telah diambil oleh
semua pihak terutama guru, sekolah, kementerian mahupun kerajaan dalam membendung
20 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
penularan masalah ini. Antaranya adalah tingkatkan kesedaran ibubapa, motivasi dan minat
murid serta mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menarik minat murid supaya tidak ponteng
sekolah.
Pelaksanaan Tindakan 2: ‘Cakna Ke Sekolah’
Guru bimbangan sekolah telah menjalankan sesi kunseling kelompok kepada semua responden.
Daripada hasil temubual, didapati responden tidak hadir ke sekolah kerana menjaga adik semasa
ibubapa keluar bekerja dan malas. Dua orang responden lagi selalu lewat tidur kerana pergi ke
majlis keramaian kaum Dusun Bonggi iaitu Lanjut (menari sampai pagi untuk dapatkan ganjaran
seperti makanan.
Seorang lagi selalu malas bangun pagi walaupun telah disuruh ibunya bangun awal pagi ini
adalah kerana jarak antara sekolah dan rumah responden agak jauh. Manakala dua orag
responden lagi memberi alasan tidak hadir ke sekolah kerana ibubapa selalu meminta mereka
menjaga adik beradik yang masih kecil semasa ibubapa responden turun ke laut atau memasuki
hutan untuk mencari makan atau lauk.
Dalam sesi kaunseling kelompok, Guru Bimbingan telah meminta ibubapa responden yang
terlibat datang ke sekolah menghadiri program “Cakna Ke Sekolah.” Ibubapa mendengar
ceramah tentang kepentingan pelajaran dalam merubah kehidupan mereka dan kelulusan yang
diperlukan oleh unversiti telah dibincangkan. Guru Bimbingan sekolah telah berbincang tentang
isu-isu yang menyeronokan bersama ibubapa serta kepentingan sikap berdisplin dalam
kehidupan. Semua ibubapa yang hadir menunjukkan respon yang amat menggalakkan dalam
program berkenaan.
Pelaksanaan Program “Cakna Ke Sekolah” diadakan peringkat sekolah dengan kerjasama
Pihak Sekolah,PIBG dan Ibubapa.Setiap hari ibubapa akan menghantar anak ke sekolah dan
mereka akan mencatat nama di dalam buku cakna kehadiran.Ibubapa responden yang berjaya
mencatat kehadiran penuh selama 3 bulan akan diberi cenderahati .Manakala responden yang
mencatat pencapaian kehadiran yang penuh akan dipamirkan pada carta kehadiran dan
mendapat hadiah jika berjaya mengekalkan nama selama tiga (3) bulan berturut-turut.Cara ini
boleh membantu ibu bapa memantau kehadiran anak mereka ke sekolah setiap hari.
Selepas menjalani program “Cakna ke sekolah,” peningkatan kehadiran bertambah baik.
Responden berasa seronok dan bersemangat datang ke sekolah apabila gambar dan nama
mereka tercatat pada carta kehadiran di dalam kelas. semua responden berjanji akan cuba hadir
ke sekolah setiap hari dan akan menghantar surat ibubapa kepada pihak sekolah agar tidak
dikenakan tindakan disiplin. kerjasama ibubapa dalam program ini amat dihargai oleh pihak
sekolah kerana dapat membantu mengurangkan masalah ketidakhadiran responden yang terlibat
dalam kajian ini.
21 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 2.2: Aktiviti Cakna ke Sekolah
DATA 6 ORANG MURID TIDAK HADIR / PONTENG BERKALA (RISIKO PONTENG
KRITIKAL) BAGI BULAN APRIL 2022
Jadual 2.3
Bilangan ketidakhadiran murid bagi bulan April 2022
MURID BIL HARI YANG TIDAK HADIR BULAN APRIL
1 1
2 4
3 2
4 2
5 5
6 4
Pelaksanaan tindakan 3: Ziarah Cakna Sumoribau
Program ini adalah salah satu aktiviti berterusan yang dijalankan di SK Kapitangan dan
merupakan aktiviti dalam kolaborasi IBG untuk meningkatkan kehadiran murid Dusun Bonggi ke
sekolah. Pengkaji berasa bangga bilamana isu kehadiran murid Dusun Bonggi mendapat
perhatian dari pihak JPN dan PPD daerah Kudat. Mereka sama-sama turun padang untuk melihat
program Ziarah Cakna yang dijalankan. Penglibatan, JPN, PPD, PIBG bersama pihak sekolah
telah bertemu ibu bapa responden yang terlibat dalam kajian ini.
Program ziarah cakna membolehkan para guru dapat mengetahui dan mengenali murid
dengan lebih dekat lagi. Pihak sekolah memberi sumbangan dan bantuan kepada para murid
bagi meringgankan sedikit beban keluarga murid. Program ziarah cakna ini ialah bertujuan
i. Cuba mengurangkan beban para murid dan keluarga.
ii. Motivasi kepada diri murid merasa dihargai oleh pihak sekolah.
22 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
iii. Mengurangkan masalah disiplin iaitu ketidakhadiran ke sekolah.
iv. Tingkatkan pencapaian akademik kerana merasakan pihak sekolah mengambil
berat tentang diri murid.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Zainal Abidin Mat Yasin (2019) berkata, Program Sifar
Murid Tercicir yang dilaksanakan tahun lalu itu antara lain untuk mengatasi masalah keciciran
dalam kalangan murid. Hal ini juga berlaku pada murid pribumi iaitu murid Dusun Bonggi yang
bersekolah di SK. Kapitangan.
Program ziarah cakna ini membolehkan pihak sekolah mengenal pasti murid yang kurang
bernasib baik dan secara tidak langsung ia akan membantu mengenal pasti bentuk bantuan
yang sesuai disalurkan untuk murid Dusun Bonggi bagi memastikan mereka tidak ponteng dan
ketinggalan dalam pelajaran.Kedatangan pengkaji dan pihak sekolah dapat mengeratkan
hubungan antara ibubapa dan guru selain itu membantu meningkatkan kefahaman antara
keduanya sekaligus membantu menjayakan proses kemenjadian murid Dusun Bonggi.
Program ziarah cakna telah membawa pengkaji bersama rombongan yang lain ke rumah
responden yang terlibat dalam kajian ini, Pengkaji dapat melihat kesukaran hidup yang dilalui
oleh responden sehingga membawa kepada masalah ketidakhadiran ke sekolah. Pengkaji dapat
mengumpul maklumat kelurga murid dan memahami latar belakang murid berdasarkan tempat
tinggal mereka.Pengkaji memahami kesukaran dari segi bahasa pertuturan di mana terdapat
ibubapa responden tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa melayu.Mereka masih
mengutamakan bahasa Dusun Bonggi sebagai bahasa pertuturan di rumah.Pihak sekolah
terpaksa bercakap dengan keluarga yang boleh bertutur dalam bahasa melayu bagi mengumpul
maklumat dan masalah murid yang selalu tidak hadir ke sekolah.Berdasarkan tempat tinggal dan
suasana rumah responden,pengkaji dapat melihat kesukaran hidup yang dilalui jauh terpencil di
pulau namun keseronokan hidup tetap dirasa.Mereka tetap sabar dengan kehidupan yang dilalui
walaupun kekurangan segalanya termasuklah kemudahan asas.
Papalia (2001) menyatakan bahawa individu manusia itu berbeza dari segi jantina,
saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula
mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian sosio-budaya
diantara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sikap dan minat di antara seseorang murid adalah tidak sama namun ianya boleh dibentuk
oleh guru tersebut melalui kaedah seperti penggunaan alat bantu mengajar, lawatan dan
sebagainya. Guru perlu menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri murid terhadap
pengajarannya dengan ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat dalam diri murid
tersebut dan tidak terfikir untuk melakukan salahlaku ponteng sekolah. Salah satu sifat penting
yang perlu ada pada seorang guru ialah menimbulkan minat murid terhadap pengajaran (Atan
Long,1988).
Ibubapa responden memberikan kerjasama dengan kedatangan rombongan kami dan
kehadiran kami melalui program ziarah cakna diharap mendapat maklum balas dan pemantauan
kehadiran responden ke sekolah setiap hari. Pengelibatan pihak atasan, komuniti secara aktif
khususnya JPN, PPD, PIBG dan komuniti setempat sentiasa memberikan komitmen bagi
membantu pihak sekolah dalam memberikan penerangan serta pendedahan kepentingan
pendidikan kepada ibubapa peribumi. Program ziarah cakna ini telah membantu peningkatan
kehadiran responden yang terlibat.
23 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 2.3: Aktiviti Program Ziarah Cakna
Rajah 2.4: Ziarah Cakna kali ke 2 bersama lawatan JPN dan PPD
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Jadual 2.4
Bilangan Ketidakhadiran ke Sekolah Dalam Tempoh Sebulan Sebelum dan Selepas Intervensi
JUMLAH HARI PONTENG GRAF ANALISIS MURID PONTENG KE SEKOLAH
SEBELEUM DAN SELEPAS PELAKSANAAN KOLABORASI
30 IBG
20
10
0 Murid 1 Murid 2 Murid 3 MSEuLrEidPA4S Murid 5 Murid 6
SEBELUM
RESPONDEN 5
SEBELUM 1234 20 6
INTERVENSI 18 23 20 24 3 19
SELEPAS
INTERVENSI 1422 4
24 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 2.4 berikut graf perbandingan kehadiran murid Dusun Bonggi sebelum dan selepas
perlaksanaan kolaborasi IBG.dianalisis daripada laporan buku rekod kedatangan murid dan buku
Cakna Kehadiran.Berlakunya peningkatan kehadiran responden yang terlibat dalam tempoh
sebulan.Peningkatan yang paling ketara adalah pengurangan ketidakhadiran murid 1,iaitu Ketika
sebelum tindakan dilaksanakan murid 1 mencatatkan bilangan ponteng sebanyak 18 hari dalam
sebulan.Namun ,setelah mengikuti tindakan dalam aktiviti kolaborasi IBG,murid 1 mencatat
pengurangan ketidakhadiran dari 18 hari kepada 1 hari dalam tempoh sebulan.Manakala murid
3 dan murid 5 telah menunjukkan pengurangan ketidakhadiran yang sama sebelum perlaksanaan
aktiviti kolaborasi IBG murid 3 dan murid 5 masing -masing pernah tidak hadir ke sekolah selama
20 hari.Peningkatan pengurangan ketidakhadiran juga dapat dilihat pada murid 2,murid 4 dan
murid 6 sebelum aktiviti kolaborasi IBG dan selepas perlaksanaan aktiviti masing- masing
menunjukkan pengurangan ketidakhadiran dari 23 hari kepada 4 hari murid 2, 24 hari kepada 2
hari murid 4 dan murid 6 dari 19 kepada 4 hari.
d. Instrumen pengumpulan data
Jadual 2.5
Proses pengumpulan data
IBU BAPA JAWAPAN AKTIVITI
RESPONDEN
kadang cikgu anak saya tidak mahu datang sekolah Kolaborasi IBG
1 kerana penat berjalan kaki ke sekolah , rumah jauh betul Kolaborasi IBG
… Kolaborasi IBG
3 saya terima cadangan cigu supaya dia tinggal di asrama
4 desa cumanya tiada jaga adik dia klu saya pegi laut
5 saya mahu dia pandai,terima kasih cikgu beri perhatiaan
Responden 1 dan bagi tahu saya itu masalah ponteng…
Responden 3
Responden 4 Senang hati kena panggil sekolah buli jumpa cigu. Kolaborasi IBG
Responden 5 Suka aku kena tayang gambar di kelas sama dapat
hadiah tapi mahu hari-hari pgi sekolah kan cigu. Cakna ke sekolah
Wow aku mahu menang buli dapat hadiah Cakna ke sekolah
Aku mahu pgi sekolah hari-harilah nanti boleh menang
Cakna ke sekolah
Aku mhu lawan lah sama kawan paling manang datang
sekolah hari-hari. Cakna ke sekolah
25 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji adalah, pentadbiran sekolah terhadap penyertaan
dan penglibatan ibubapa dalam kolaborasi IBG, Kesediaan dan komitmen ibubapa untuk terlibat
di dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka dalam program ‘Jom
ke sekolah’. Persefahaman yang wujud diantara sekolah, guru dan ibubapa dalam menengani
masalah ketidakhadiran murid ke sekolah dalam ziarah cakna.
Dalam Kolaborasi IBG telah memperlihatkan hubungan antara amalan kolaborasi ibubapa
dan guru yang baik dapat membantu meningkatkan kehadiran responden ke sekolah.Hasil
daripada dapatan temu bual menunjukkan bahawa ibubapa yang mempunyai masalah kelurga
menyukarkan mereka melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di SK Kapitangan namun
demikian ibubapa responden tetap berusaha melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.Penglibatan
ibubapa menunjukkan pada aras sedarhana adalah disebabkan kebanyakan ibubapa responden
terdiri daripada nelayan dan bekerja sendiri.Kedua-dua jenis pekerjaan ini menuntut
pengorbanan masa ibubapa dari awal pagi hingga ke petang.Kesibukan terhadap kerja mencari
rezeki untuk menyara keluarga menyebabkan ibubapa tidak mampu memperuntukan masa yang
secukupnya untuk melibatkan diri dalam pelajaran anak-anak.
Pernyataan ini disokong oleh Alma Harris dan Janet Goodall (2008) yang mendapati
kesibukan ibubapa menjadi halangan kepada ibubapa untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
anak. Selain itu, tahap Pendidikan ibubapa responden yang rendah dan buta huruf turut
menyumbang kepada sikap tidak mengambil berat akan kepentingan pelajaran anak- anak
mereka.
Kolaborasi IBG
Ibubapa dan guru mendapat manfaat bersama diatas penglibatan diri dalam kolaborasi
IBG.Kelebihan yang diperolehi adalah ibubapa dapat membina hubungan yang baik dengan
pihak sekolah dan guru- guru melalui kolaborasi IBG.Ibubapa juga dapat berkomunikasi secara
dua hala dalam mengenalpasti masalah ketidakhadiran serta pencapaian akdemik anak-anak
mereka. Ibubapa tersebut dapat bersuara dalam memberi pendapat dan pandangan terhadap
masalah ketidakhadiran anak mereka ke sekolah
Kejayaan kolaborasi IBG dapat mengurangkan masalah ponteng sekolah dikalangan
responden yang terlibat. Kolaborasi IBG ini dapat memberi motivasi kepada ibubapa untuk
menghantar anak ke sekolah dan pihak sekolah telah memahami kekangan masa yang dihadapi
oleh ibubapa dalam melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah, PIBG serta guru- guru amat memahami masalah yang dihadapi oleh ibubapa
responden melalui program kolaborasi IBG yang berterusan. Pihak sekolah bersama PIBG cuba
membantu dengan memberi sedikit sumbangan makanan kepada ibubapa responden yang hadir.
Ibubapa responden merasa gembira dengan bantuan yang diberi oleh pihak sekolah.
Dapatan dari kolaborasi IBG, didapati bagi mengatasi ketidakhadiran murid,pihak sekolah
perlu mengambil tindakan pantas.Majoriti ibubapa amat menghargai usaha cikgu yang sanggup
memberi maklumat terkini tentang tingkah laku anak di sekolah.Program kolobrasi IBG dapat
membincangkan permasalahan kehadiran seterusnya perkembangan pembelajaran anak-anak
responden yang terlibat.Kolaborasi IBG dapat memberi motivasi kepada ibubapa responden
tentang pentingnya pendidikan terhadap mereka sebagai penduduk pribumi.
26 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 2.5: Aktiviti Ziarah Cakna
‘Cakna Ke Sekolah’
Kejayaan aktiviti ‘Cakna ke sekolah’ mendapati ibubapa responden terlibat dalam aktiviti ini bagi
membantu responden yang terlibat dalam kajian hadir ke sekolah.Selain itu ibubapa termotivasi
dan sedikit sebamyak menimbulkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk merubah
masa depan terutama bagi mereka yang terdiri dari kaum Dusun Bonggi yang jauh ketinggalan
dan terpencil dengan arus kemodenana.Ibubapa responden rasa dihargai dan mendapat nasihat
yang menaikkan semangat mereka walaupun hidup dalam kesusahan,taklimat yang di berikan
oleh guru bimbingn dan kunseling cukup memberi kesedaran.
Ziarah Cakna
Dapatan dari program ziarah cakna ialah dapat membina hubungan baik dengan semua pihak
yang berkepentingan dengan murid.Pihak sekolah khususnya guru cuba menjalinkan hubungan
erat dengan ibubapa dalam apa juga bentuk program yang dilaksanakan diperingkat sekolah
supaya setiap agenda pendidikan dapat dijayakan dengan lancar tanpa sebarang rungutan atau
permasalahan terutama masalah ponteng dikalangan murid-murid sekolah.Kejayaan sesebuah
sekolah tidak hanya tertumpu kepada kebijaksanaan perancangan dan perlaksanaan guru
sahaja,sebaliknya peranan dan bantuan ibubapa amat diperlukan.Kerjasama antara pihak
sekolah dan PIBG dalam melaksanakan program ziarah cakna amat membantu dan akan
menjadi penanda aras bagi sekolah Sk Kapitangan.Cadangan penambahbaikan perlaksanaan
Program Ziarah Cakna , meminta sekolah dan PIBG mengadakan lebih banyak program
keibubapaan di sekolah bagi memberi panduan yang lebih jelas tentang bagaimana pentingnya
sokongan ibubapa untuk membantu pihak sekolah dan guru dalam menjayakan sesuatu aktiviti
dan program tertentu demi membantu anak didik kita.Program ziarah cakna yang telah
dijalankan membuka ruang kepada pihak sekolah dan PIBG berkolabrasi dengan ibubapa dan
menunjukkan peningkatan kehadiran ke sekolah bagi responden yang terlibat dalam kajian ini.
PERBINCANGAN
Melihat pada kajian ini membawa perubahan diri yang positif terhadap kehadiran murid Dusun
Bonggi ke sekolah. Guru-guru sekolah yang lain akan menjalankan kajian yang sama berkaitan
isu masalah kehadiran. Diharap melalui penerusan kajian ini dapat mengurangkan amalan
ponteng sekolah dalam kalangan murid SK Kapitangan.
27 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Seterusnya , pengkaji mencadangkan supaya perlaksanaan program kolaborasi IBG di gunakan
untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah dapat terus dikekalkan.Peneguhan positif dalam
bentuk pujian dan cenderahati boleh digunakan oleh para guru supaya murid-murid yang kerap
ponteng merasakan kehadiran mereka ke sekolah sangat dihargai oleh guru.Menurut
William(2006) apabila pendidik mahir menggunakan pujian untuk memperkukuhkan tingkah laku
yang diingini telah dapat memupuk motivasi intrinsic pelajar mereka.Begitu juga jika guru di Sk
Kapitangan mahir member ikan pujian galakan terhadap tingkah laku murid yang hadir,akan
mewujudkan motivasi instrinsik dalam diri murid untuk hadir ke sekolah.
Secara keseluruhannya melalui kajian tindakan ini,pengkaji meminta sekolah dan PIBG
mengadakan lebih banyak program keibubapaan di sekolah bagi memberi panduan yang lebih
jelas tentang bagaimana pentingnya sokongan ibubapa untuk membantu pihak sekolah dan guru
dalam menjayakan sesuatu aktiviti dan program tertentu demi membantu anak didik kita.Program
ziarah cakna yang telah dijalankan membuka ruang kepada pihak sekolah dan PIBG
berkolabrasi dengan ibubapa dan menunjukkan peningkatan kehadiran ke sekolah bagi
responden yang terlibat dalam kajian ini.Kejayaan kajian tindakan ini mendorong motivasi
pengkaji untuk melaksanakan kajian tindakan dalam bidang lain di masa akan datang.
RUMUSAN
Kolaborasi IBG telah menunjukkan hubungan kerjasama melalui penyertaan dan suntikan positif
daripada semua pihak adalah amat penting bagi menyelesaikan masalah ketidakhadiran murid
ke sekolah.Walau bagaimanapun, melalui tinjauan awal mendapati kurang penglibatan daripada
ibubapa dan komuniti dalam program sekolah.Melalui kepimpinan yang berkesan oleh pihak
sekolah Sk, Kapitangan dan komunikasi yang baik terutama dalam program kolaborasi IBG.Isu
ketidakhadiran murid Dusun Bonggi dapat dikurangkan dan diatasi bersama sama dalam
memastikan ke serta merapatkan jurang antara ibubapa dengan sekolah. Rentetan kejayaan
program, pihak sekolah akan meneruskan program kolaborasi IBG sepanjang tahun dan akan
diperluakan lagi demi memastikan pembelajaran bermakna murid dan segala isu yang dihadapi
dapat ditangani bersama ibubapa. Penglibatan ibubapa, komuniti setempat, guru dan pihak
sekolah memberi pelbagai pengalaman dan buah fikiran serta dapat menjayakan kajian tindakan
ini.
RUJUKAN
Atan Long (1982), “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Arsathamby, Veloo & Ng, Choo Kim. (2014). Jenis amaran dan faktor ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di Sabah.Retrieved
fromhttp://apjee.usm.my/APJEE_29_2014/Art%208(125- 140) %20.pdf.
Haycock, K. 2003. Collaboration: Because student achievement is the bottom line. Knowledge Quest 32,
no. 1 (Sept./Oct.): 54
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2004). Laporan jawatankuasa menangani isu budaya negatif di
kalangan murid sekolah. Kuala Lumpur: Author
Lieberman, A. 1986. Collaborative work. Educational Leadership (Feb.): 4–8.
Morris, B. 2004. Administering the school library media center. 4th ed. Westport, Conn.: Libraries Unlimited
28 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Norzawati Yoep, Leni Tupang, Ahmad Nadzri Jai, Lim Kuang Kuay, Faizah Paiwai, Noor Safiza Mohd Nor.
(2016). Prevalence of truancy and its associated factors among school-going malaysian adolescents:
Data from Global School-Based Health Survey 2012. Kuala Lumpur: Scientific Research Publishing
Inc.
Slavin, R.E. (1997) Research on Cooperative Learning and Achievement. What We Know, What We
Need to Know. Contemporary Educational Psychology, 21, 123-134.
Sutphen, R. D., Ford, J. P., & Flaherty, C. (2009). Truancy interventions: A Review of the research
literature. Research on Social Work Practice 000(00) 1-11 The Author(s) 2009Reprints and
permission: http://www.sagepub.com/journalsPermissions.navDOI: 10.1177/104973150934786.
Willingham, D. L. (2005). Ask the cognitive scientist: How praise can motivate-or stifle. American
Educator, 29, 23-27. Retrieved August 11, 2016, from Education Research Complete database
29 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PEMBUGARAN AMALAN MEMBACA DALAM
KALANGAN MURID TINGKATAN 3 NUR MELALUI PROGRAM ‘REER’
FAUZI BIN IBRAHIM
[email protected]
RUSLINA BINTI RAMLI
[email protected]
SMK CHENDERING
21080 Kuala Terengganu
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah budaya membaca dalam kalangan
murid Tingkatan 3 Nur SMK Chendering. Seramai 22 orang murid terlibat dalam kajian ini.
Dalam perbualan kami dengan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah ini, kami dapati ramai
murid yang tidak dapat memberikan idea atau isi penting dalam penulisan karangan dan juga
bertutur. Maka tumpuan tinjauan masalah ini dilihat dari segi pemerhatian, hasil kerja dan ujian
pra dilaksanakan. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah memperkenalkan program ‘REER’
bagi menarik minat murid untuk membaca dengan lebih meluas. Murid ini diberikan bahan
bacaan yang boleh menarik minat murid untuk membaca. Murid membaca bahan bacaan
yang ringkas, bergambar dan berwarna-warni setiap hari dalam masa 30 minit sehari dalam
perhimpunan pagi dan juga di kelas. Keputusan ujian pasca menunjukkan perubahan ketara
khususnya dalam 2 aspek yang selalu dinilai iaitu bertutur dan menulis. Hasil daripada kajian
tindakan ini, kami dapati terdapat peningkatan variasi bahan bacaan yang dibaca dan murid
dapat bertutur dan menulis dengan baik. Program ‘REER’’ ini sesuai untuk semua tahap
pencapaian murid. Kami juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti ini dalam sesi PdPc
kami seterusnya.
Kata Kunci: REER, budaya, penulisan karangan, bertutur, ringkas
REFLEKSI KAJIAN
Budaya membaca semakin hari semakin terasing dalam diri masyarakat di Malaysia terutamanya
dalam kalangan murid di sekolah. Situasi ini semakin meruncing apabila dunia dikuasai
kecanggihan teknologi. Murid telah hilang minat membaca kerana terleka dengan dunia teknologi
maklumat yang berada dihujung jari khasnya dunia media sosial seperti laman muka buku,
instagram, tik tok, whatsapp dan sebagainya. Oleh itu, pembugaran budaya membaca perlu
diasah kembali bagi memastikan murid mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan
membolehkan murid menguasai sesuatu bidang ilmu dengan mendalam. Dengan membaca
murid akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menambahkan pengetahuan
am tentang dunia dan kehidupan seterusnya menjadi warga yang berilmu dan berketerampilan
seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah banyak melaksanakan pelbagai program
galakan membaca bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia.
Hal ini kerana kementerian menyedari hakikat dan kepentingan budaya membaca sangat penting
diterapkan dalam kalangan murid. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Teknologi Pendidikan pada 22 Mei
30 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
1998 melalui Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998. Program ini dirangka bagi membina tabiat membaca
dalam kalangan murid-murid sekolah yang seterusnya dapat melahirkan insan yang dapat
menjana idea kreatif dan inovatif. Ahli falsafah Inggeris Lord Bacon pernah berkata “reading
maketh a full man” yang membawa maksud membaca menjadikan seseorang itu berisi. Justeru
itu, pembugaran budaya membaca perlu dipupuk kembali dalam kalangan masayarakat di
Malaysia khasnya dalam kalangan murid sekolah supaya mereka dapat berfikir secara kritis,
rasional dan mengamalkan daya pemikiran yang luas dan terbuka. Insan yang rajin membaca
ialah seseorang yang berbudaya tinggi dan mampu memimpin mereka kearah kehidupan yang
lebih baik bukan sahaja bagi diri dan keluarganya malahan masyarakat di mana ia dilahirkan
(Alimuddin Mohd Dom, 2009)
PERNYATAAN MASALAH
Budaya membaca dalam kalangan murid sekolah berada pada tahap yang sangat rendah. Hal
ini menyebabkan pengetahuan murid tidak meluas dan tahap penguasaan kemahiran terhadap
pelbagai bidang ilmu menjadi terhad. Murid lebih berminat menggunakan media sosial yang tidak
interaktif kepada perkembangan ilmu mereka seperti laman muka buku, Instagram, whatsapp
dan Tik Tok. Keadaan ini menyebabkan prestasi murid dalam pelajaran semakin merundum.
Kemahiran bertutur dan mengembangkan idea dalam penulisan juga terhad. Justeru itu, kajian
ini dilakukan untuk membugarkan kembali budaya membaca dalam kalangan murid sekolah yang
seterusnya dapat membantu meluaskan ilmu pengetahuan murid serta dapat meningkatkan
prestasi pelajaran mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid sekolah bertujuan untuk:
1. Membugarkan tahap budaya membaca dalam kalangan murid sekolah
2. Mevariasi tahap disiplin ilmu dalam kalangan murid sekolah
SOALAN KAJIAN
Berlandaskan objektif tersebut, kajian cuba menjelaskan dan menjawab soalan persoalan berikut:
1. Berapa kerapkah murid membaca bahan ilmiah sehari?
2. Apakah jenis bahan bacaan yang murid gemari?
TINJAUAN LITERATUR
Masalah kurangnya minat membaca dapat dilihat berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perkembangan teknologi maklumat telah mengesampingkan amalan membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia terutama dalam kalangan murid sekolah. Budaya membaca amat rendah dalam
kalangan murid sekolah yang mengakibatkan mereka mengalami masalah dalam kecerdasan
emosi (EQ) dan kecerdasan intelektual (IQ). Secara realitinya kedua-dua kecerdasan ini sangat
penting bagi membolehkan seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang
yang ada bagi pembangunan diri dan masyarakat. Selain itu, budaya membaca juga amat rendah
dalam kalangan masyarakat di negara ini (Yusuf, 2001). Merujuk laman sesawang Utusan
31 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Malaysia menyatakan rakyat Malaysia membaca tidak lebih tiga jam seminggu (Laupa Junus, 13
Oktober 2021).
Menurut kajian profil yang dijalankan Perpustakaan negara Malaysia (PNM) pada 2005
mendapati rakyat Malaysia membaca dua naskhah buku setahun kemudian meningkat kepada
15 naskhah pada tahun 2014 tetapi masih rendah berbanding 40 judul buku setahun yang dibaca
di negara maju. Merujuk laman sesawang perpustakaan negara, statistik pinjaman buku bagi
Disember 2015 ialah 42448 pengguna iaitu 0.13% daripada penduduk Malaysia seramai 30 juta
orang (laman sesawang Penerangan). Peratus pembaca atau pinjaman ini jelas menunjukkan
betapa rendahnya jumlah anggota masyarakat yang sering ke perpustakaan untuk meminjam
bahan bacaan. Anwar Ridhwan ada menyatakan generasi Y mula menjauhkan diri daripada
budaya cetak (bahan-bahan buku) kerana beberapa sebab iaitu (a) generasi muda yang kurang
berada (taraf ekonomi yang rendah) sama ada di bandar mahupun luar bandar, (b) buku bukanlah
keutamaan untuk dibeli lebih-lebih lagi apabila tradisi membaca buku belum dibudayakan dengan
kuat dalam masyarakat kita. Hal ini juga disebabkan oleh (c) generasi muda lebih berminat
dengan kemudahan komunikasi teknologi terkini seperti Internet yang boleh diakses di mana-
mana sahaja kerana kemudahan tersebut amat mudah dan senang diperolehi malah percuma
untuk diakses. IPad, Iphone dan gajet lain telah menjadi pilihan berbanding buku yang mula
dijauhi golongan generasi muda.
METODOLOGI KAJIAN
Kumpulan Sasaran:
Populasi kajian terdiri daripada murid-murid di SMK Chendering seramai 774 orang. Walau
bagaimanapun, kajian tindakan ini dijalankan adalah melibatkan kumpulan sasaran seramai 22
orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 Nur. Murid yang menjadi kumpulan
sasaran merupakan murid yang boleh memahami soalan kajian dengan baik.
Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan
Intervensi yang dijalankan dalam melancarkan kajian tindakan ini adalah dengan mengadakan
program ‘Read Eat, Eat Read (REER)’. Seramai 22 orang murid kelas 3 Nur. Responden akan
diberikan borong soal selidik prakajian. Selepas itu responden akan diberikan bahan bacaan
‘REER’ selama 10 minit setiap hari dalam kelas dan 20-30 minit dalam perhimpunan pagi sekolah
selama sebulan. Bahan bacaan ‘REER’ ringkas dan menarik untuk dibaca. Bahan ‘REER” terdiri
daripada bahan yang diambil daripada majalah ilmiah dan juga surat khabar. Bahan ini akan
diceraikan daripada majalah dan surat khabar. Bahan ‘REER’ merupakan bahan berlamina yang
sesuai untuk murid membaca secara santai kerana bahan ini ringkas, padat dan menarik untuk
dibaca. Bahan ini akan memberikan banyak informasi kepada murid untuk menjadikan murid
‘You, what you read’ (anda apa yang anda baca). Borang soal selidik pascakajian juga akan
diberikan selepas sebulan dan sesi temubual bersama murid dan guru juga dilakukan untuk
mendapatkan hasil daripada program intervensi ‘REER’. ‘REER” dijenamakan sebagai program
khas untuk melazimkan murid dengan ‘Read What You Eat’ dan ‘Eat What You Read’. Akronim
ini dipilh atas rasional menjadikan amalan membaca seumpama keperluan makanan berkhasiat
untuk kesihatan badan, maka demikianlah juga pentingnya membaca sebagai makanan minda
atau intelektual.
32 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2