The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

e ISBN 978-967-25649-0-4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazizah, 2022-10-26 23:26:24

E-PROSIDING PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2022

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

e ISBN 978-967-25649-0-4

Sumber: Buku Pengurusan PT3 Lembaga Peperiksaan
Rajah 6: Tugas Jawatankuasa Verifikasi Skor Sekolah Dan Proses Verifikasi Skor Akhir Oleh
Jawatankuasa Verifikasi Skor

83 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Kesimpulannya setelah pentaksir mata pelajaran menetapkan skor yang diberi, proses moderasi skor
akan dilakukan oleh pentaksir luar. Seterusnya borang akhir skor diserahkan kepada setiausaha
peperiksaan untuk dimasukkan markah ke dalam aplikasi SPPAT, Lembaga Peperiksaan. Sebelum
markah dihantar, perlu dilakukan verifikasi skor bertujuan untuk menentusahkan skor yang dimasukkan
ke dalam Aplikasi SPPAT adalah sama dengan borang akhir skor yang telah dimoderasi oleh pentaksir
yang dilantik. Proses verifikasi ini perlu dilaporkan secara teliti untuk menjaga kepentingan semua pihak
yang terlibat agar tiada sebarang perkara berbangkit timbul kesan daripada kesilapan mana-mana pihak
khususnya setiausah peperiksaan. Setelah menganalisis peranan yang dijalankan oleh Jawatankuasa
Verifikasi Skor maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa:

Jawatankuasa Verifikasi Skor Jawatankuasa Verifikasi Skor digerakkan di
merupakan jawatankuasa yang peringkat Panitia Mata Pelajaran untuk
sangat penting dalam proses
semakan skor kerja kursus dan memastikan skor kerja kursus dan peperiksaan
berdasarkan hasil kerja/respons murid yang
markah kepada calon autentik, menepati keupayaan sebenar murid, sah
dan boleh dipercayai serta adil bagi semua murid

Untuk Pentaksiran Pusat Jawatankuasa Jawatankuasa Verifikasi Skor merupakan
Verifikasi Skor akan bermesyuarat di jawatankuasa yang berperanan sebagai semak
peringkat akhir iaitu selepas SuP key-in silang kepada kesahan kerja kursus agar kerja
markah ke dalam sistem SPAAT, markah kursus yang dihasilkan menepati arahan tugasan
dipapar dan disemak silang oleh JVS,
disahkan dan diperakui dan akhirnya mengikut jadual yang ditetapkan menepati
markah dihantar oleh SuP kepada LP peraturan pentadbiran akur arahan keselamatan

Rajah 7: Rumusan Utama Tugasan Jawatankuasa Verifikasi Skor

METODOLOGI KAJIAN

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan analisis dokumen minit mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor yang diperolehi daripada 19 buah
sekolah menengah Daerah Rompin. Dapatan yang diperolehi daripada analisis dokumen minit mesyuarat mendapati
pihak sekolah gagal menyediakan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor yang sepatutnya. Proses semak
silang skor khususnya tidak dilaporkan dengan tepat. Daripada dapatan ini , diperlukan suatu pamplet yang boleh
dirujuk sebagai panduan menguruskan mesyuarat JVS.

84 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Matlamat Kajian Tindakan ini adalah menghuraikan peranan yang seharusnya dijalankan pentadbir sekolah untuk
menggerakan Jawatankuasa Verifikasi Skor supaya jawatankuasa ini dapat berfungsi mengikut bidang tugas dan
menjalankan verifikasi skor dengan teliti dan tersusun untuk menjamin kualiti skor kepada setiap mata pelajarn
khususnya melibatkan kerja kursus.
AKTIVITI / INTERVENSI
Setelah meneliti dan membuat pembacaan semua Buku Panduan Pentaksiran yang dikeluarkan khususnya oleh
Lembagan Peperiksaan, satu pamplet yang mengandungi 20 indikator telah disediakan. Pamplet ini boleh dijadikan
rujukan item yang sepatutnya ada, disenaraikan, ditulis dan dilaporkan dalam Laporan Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Verifikasi Skor di sekolah. Laporan yang lengkap adalah bukti pihak sekolah dapat menguruskan
proses-proses verifikasi skor dengan teleti, cekap dan boleh diakui. Berikut disenaraikan Pamplet yang
mengandungi 20 indikator atau item yang diperlukan dan sepatutnya dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Verifikasi Skor Sekolah.

85 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Item 11 SUP SPM menyatakan dan
memaparkan markah atau
1 Tarikh dan masa yang sesuai dokumen markah mengikut mata
pelajaran yang telah dicetak
2 Agenda mesyuarat dinyatakan daripada Aplikasi SPPAT LP untuk
dirujuk oleh ahli mesyuarat.
3 Kehadiran personal mesyuarat
dinyatakan berserta jawatan 12 Menyatakan proses semak silang
markah (semasa mesyuarat)
4 Pengerusi menyampaikan ucapan
berkaitan tugasan Mesyuarat 13 Memastikan skor markah yang
Verifikasi Skor pada hari mesyuarat. dicatat dalam borang markah dan
cetakkan skor markah dalam
5 Membentangkan minit mesyuarat aplikasi SPPAT adalah sama
terakhir Jawatankuasa Verifikasi Skor,
perkara berbangkit, isu dan proses 14 Ahli mesyuarat memperakui dan
pengesahan mesyuarat. membuat pengesahan terhadap
skor markah mengikut mata
6 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran pelajaran
menyatakan status dan laporan
moderasi oleh pentafsir dalaman 15 Menyatakan semua markah
disimpan ke dalam fail berkaitan
7 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
menyatakan status dan laporan 16 Hal- hal lain berkaitan
moderasi oleh pentafsir luar
17 Penutup dihuraikan dengan teratur
8 Menyatakan proses semak silang
markah (sebelum mesyuarat) 18 Tanda tangan penyedia minit

9 Membentangkan isu berkaitan calon 19 Tanda tangan dan cop pengesahan
status T minit mesyuarat oleh Pengetua

10 SUP SPM menyatakan status skor 20 Tanda tangan dan cop Pengetua
yang telah dimasukkan ke dalam keatas semua dokumen skor yang
aplikasi SPPAT LP telah disahkan

Rajah 8: PAMPLET JVS (20 Indekator / Item yang perlu dilaporkan dalam Mesyuarat JKVS)

86 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Untuk memastikan Pamplet Mesyuarat JVS ini diperakui, pembentangan kepada rakan setugas di peringkat sektor
telah diadakan pada 13 Ogos 2021. Respon yang diterima telah membantu menghasilkan Pamplet Mesyuarat JVS
yang memenuhi keperluan proses verifikasi yang seharusnya dilaksanakan.
Pamplet Laporan Mesyuarat JVS ini dihasilkan setelah analisis dokumen 19 minit mesyuarat JVS yang diterima
daripada sekolah dianalisis. Kemudian daripada itu Pamplet ini digunakan untuk menentukan standard Laporan
Minit Mesyuarat yang telah diproses. Secara khususnya bermaksud penyelarasan dilakukan dengan melihat laporan
minit mesyuarat diselaraskan dengan indikator atau item yang sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat verifikasi
skor.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Data kajian yang diperolehi dan dianalisis daripada salinan minit mesyuarat akhir Jawatankuasa Verifikasi Skor ini
sangat penting mengambarkan perjalanan proses verifikasi skor yang berlaku di peringkat sekolah. Sebarang
pernyataan yang telah dinyatakan dalam minit mesyuarat tersebut dapat menterjemahkan standard dan tindakan
yang telah diambil oleh pihak sekolah dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentaksiran khususnya proses modirasi
skor dan proses verifikasi skor kerja kursus calon.

Justeru itu, minit mesyuarat verifikasi skor perlu ditulis dan direkodkan dengan kemas dan teratur agar minit
mesyuarat tersebut menjadi suatu dokumen yang mempunyai keabsahan, evidens yang telah dimuktamadkan dan
sumber rujukan yang diperakui.

Untuk memastikan satu perbandingan data dapat dilakukan, satu proses gelungan telah dilakukan. Ini
bermaksud analisis minit mesyuarat JVS Tahun 2020 dapat dibandingkan dengan analisis minit mesyuarat JVS
Tahun 2021 setelah Pamplate Pelaporan Mesyuarat JVS dikongsi kepada semua sekolah terlibat.

Dalam melaksanakan Kajian Tindakan ini, saya telah mengawal kajian berpandukan model kajian tindakan
yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh
Kemmis & McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan
(cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (Reflect);
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action) dan
iv. Memerhati (Observe)

87 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 9: Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

Proses pengumpulan 2 tahun minit mesyuarat dapat membantu Kajian Tindakan ini mengesahkan Pamplate
JVS yang disediakan mampu memandu pihak sekolah dalam menyediakan laporan yang teratur. Ia juga interpretasi
kepada proses-proses verifikasi yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.

Saya juga mengaplikasikan refleksi terhadap Kajian Tindakan ini selaras dengan saranan yang dinyatakan oleh
Zuber-Skerritt (1996) yang menyarankan bahawa proses gelungan dalam kajian tindakan sebagai mempunyai

i. perancangan strategik;
ii. melaksanakan pelan

iii. memerhati; menilai dan menilai sendiri

iv. refleksi kritikal dan refleksi sendiri ke atas keputusan (i) dan (iii) dan membuat keputusan tentang
gelungan kajian seterusnya.

Seterusnya proses mereflek kajian ini dilaksanakan dengan melibatkan pembengkelan Kajian Tindakan di
peringkat Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan. Semua pegawai Pentaksiran di peringkat daerah dan jabatan terlibat
dalam sesi sumbang saran idea dan mengemukakan pendapat terhadap indikator dan skop kajian ini. Hal ini bagi
memastikan Kajian Tindakan ini berada dalam landasan yang betul dalam menghuraikan proses-proses pentaksiran
khususnya yang melibatkan pengurusan moderasi skor dan verifikasi skor di peringkat sekolah.

Hasil daripada pembengkelan, beberapa perubahan telah dilakukan sehinggalah semua perkara yang
dihuraikan adalah bertepatan dengan matlamat kajian ini iaitu untuk menghasilkan 2 minit mesyuarat yang boleh
dirujuk oleh pihak sekolah sebagai panduan asas untuk melaporkan minit mesyuarat JKVS yang bermutu.

Hal ini selaras dengan pandangan yang dikemukan oleh pengkaji McNiff (2002) yang mencadangkan 8 langkah
dalam model kajian tindakan beliau, iaitu

i. mengkaji semula amalan semasa (refleksi);
ii. mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji;
iii. membayangkan langkah seterusnya (merancang),
iv. mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana),
v. memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati);
vi. mengubah pelan berdasarkan apa yang telah dijumpai, apa yang berlaku dan meneruskannya;

88 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


vii. menilai tindakan yang telah diubah itu; dan
viii. meneruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan).

(McNiff, 2002)

Rajah 10: Proses Gelungan dalam Kajian Tindakan
Sumber: Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ke-3 2008

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Kajian Tindakan berkaitan Jawatankuasa Verifikasi Skor ini adalah bertitik tolak daripada arahan pengumpulan
salinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor peringkat sekolah daerah Rompin. Surat arahan bertarikh 19
Februari 2021 dengan rujukan PPDRRPN.PEP.700-1/3/1(5) telah berjaya mengumpulankan 19 salinan Minit
Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor SPM tahun 2020 daripada sekolah menengah dalam daerah Rompin.

Setelah pemahaman berkaitan peranan Jawatankuasa Verifikasi Skor difahami, amat jelas permintaan dan
pengumpulan salinan minit mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor ini merujuk kepada mesyuarat terakhir
Jawatankuasa Verifikasi Skor sekolah untuk menyemak dan mengesahkan markah dan skor akhir yang telah
dimodirasi. Pemilihan masa mesyuarat akhir Jawatankuasa Verifikasi Skor ini adalah penting sebelum markah yang
telah diverifikasi dihantar oleh Setiausaha Peperiksaan kepada Lembaga Peperiksaan untuk proses seterusnya.

Analisis kepada semua salinan minit mesyuarat yang dijalankan telah mendapati berbagai cara penulisan minit
mesyuarat yang telah dihasilkan. Untuk mengklasifikasikan semua minit mesyuarat tersebut, sebanyak 20 indikator
yang seragam telah dipilih. Hal ini bagi membolehkan rumusan akhir dilakukan untuk melihat sama ada minit

89 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


mesyuarat yang dihasilkan menepati indikator atau perkara-perkara yang perlu dibincangkan semasa sesuatu
mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor dilaksanakan.

Item atau indikator yang telah dipilih disenaraikan pada lajur pertama seperti rajah dibawah. Sementara tanda
√ berwarna hijau memperincikan pihak sekolah telah menyatakan atau melaksanakan item yang perlu dalam
menguruskan sesuatu mesyuarat berkaitan Jawatankuasa Verifikasi Skor. Tanda ‘Ø’ berwarna biru merujuk kepada
pernyataan item berkaitan ada, tetapi tidak tepat atau tidak lengkap. Sementara tanda X berwarna merah merujuk
kepada pernyataan item yang tidak dinyatakan dalam minit mesyuarat.

Indikator yang telah dipilih juga di nyatakan secara terperinci di dalam bahagian akhir Kajian Tindakan ini
Indikator ini dijelaskan dalam 3 contoh Minit Mesyuarat yang disediakan mengambil kira item yang seharusnya
dibincang dan dilaksanakan di dalam suatu mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor. Untuk memastikan proses
data ini lengkap sepenuhnya, semua sekolah yang terlibat dikehendaki menghantar minit mesyuarat JVS untuk
tahun 2021. Pengumpulan minit mesyuarat JVS tahun 2021 telah melengkapkan pusingan kedua pengumpulan
minit mesyuarat. Perbandingan dengan tahun berikutnya membolehkan kesimpulan tuntas dilakukan untuk menilai
sejauh mana Pamplate Minit Mesyuarat JVS yang dikongsi kepada sekolah telah dapat membantu pihak sekolah
menyediakan laporan yang lebih berkualiti dan memenuhi keperluan varifikasi skor yang sepatutnya dilaksanakan.

Jadual 3 dan Jadual 4 dibawah mewakili instrumen analisis dokumen minit mesyuarat untuk Mesyuarat JVS
SPM Tahu 2020 (Jadual 3) dan Mesyuarat JVS SPM Tahun 2021 (Jadual 4). Lajur no 1 hingga 19 mewakili sekolah
sementara Item 1 hingga 20 mewakili indikator yang perlu dinyatakan dalam laporan minit mesyuarat JVS. Secara
khususnya warna hijau menunjukkan pihak sekolah berjaya melaporkan item dengan tepat dan teratur.
Jadual 3
Data Analisis Item dan Indikator Minit Mesyuarat JVS SPM 2020

90 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Petunjuk : √ Pernyatan Item yang lengkap
Ø Pernyatan Item ada tetapi tidak lengkap atau tidak lengkap
X Pernyatan Item TIADA dan TIDAK DINYATAKAN

Jadual 4
Data Analisis Item dan Indikator Minit Mesyuarat JVS SPM 2021

91 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Petunjuk : √ Pernyatan Item yang lengkap
Ø Pernyatan Item ada tetapi tidak lengkap atau tidak lengkap

X Pernyatan Item TIADA dan TIDAK DINYATAKAN

KAEDAH ANALISIS DATA
Kaedah yang digunakan untuk analisis data dalam Kajian Tindakan ini ialah analisis dokumen minit mesyuarat
Jawatankuasa Verifikasi Skor SPM Tahun 2020 dan Tahun 2021. Dapatan analisis ini dibandingkan secara
menyeluruh dan diselaraskan mengikut Pamplet JVS yang dihasilkan. Berikut dilampiran satu salianan minit
mesyuarat sekolah yang merupakan minit terbaik diterima pada tahun 2020 dari segi menghuraikan indikator dan
item yang telah dipilih atau yang perlu dilaporkan dalam suatu Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Verifikasi Skor
sekolah. Sungguhpun begitu, nama sekolah dan personal yang terlibat dinyah papar untuk menjaga privasi sekolah.
Bersama minit mesyuarat yang dipaparkan, disertakan sekali nombor indikator atau item yang telah dikenalpasti
perlu atau sepatutnya ada penghuraiannya dalam menghasilkan Minit Mesyuarat JVS di sekolah. Warna hijau pada
nombor indikator bermaksud item ada dan lengkap, warna biru bermaksud ada tetapi tidak lengkap, sementara
warna merah bermaksud indikator atau item tiada

92 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Petunjuk: √ Pernyatan Item yang lengkap
Ø Pernyatan Item ada tetapi tidak lengkap atau tidak lengkap
X Pernyatan Item TIADA dan TIDAK DINYATAKAN

93 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Item 11

4 Pengerusi menyampaikan ucapan √

berkaitan tugasan Mesyuarat Verifikasi
Skor pada hari mesyuarat.

5 Membentangkan minit mesyuarat X

terakhir Jawatankuasa Verifikasi Skor,
perkara berbangkit, isu dan proses
pengesahan mesyuarat.

6 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran √

menyatakan status dan laporan
moderasi oleh pentafsir dalaman

7 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran X

menyatakan status dan laporan
moderasi oleh pentafsir luar

8 Menyatakan proses semak silang X

markah (sebelum mesyuarat)

9 Membentangkan isu berkaitan calon X

status T

10 SUP SPM menyatakan status skor X

yang telah dimasukkan ke dalam
aplikasi SPPAT LP

11 SUP SPM menyatakan dan Ø

memaparkan markah atau dokumen
markah mengikut mata pelajaran yang
telah dicetak daripada Aplikasi SPPAT
LP untuk dirujuk oleh ahli mesyuarat.

12 Menyatakan proses semak silang √

markah (semasa mesyuarat)

13 Memastikan skor markah yang dicatat X

dalam borang markah dan cetakkan
skor markah dalam aplikasi SPPAT
adalah sama

14 Ahli mesyuarat memperakui dan Ø

membuat pengesahan terhadap skor
markah mengikut mata pelajaran

15 Menyatakan semua markah X

disimpan ke dalam fail berkaitan

16 Hal- hal lain berkaitan √

17 Penutup √

18 Tanda tangan penyedia minit √

19 Tanda tangan dan cop pengesahan √

minit mesyuarat oleh Pengetua

20 Tanda tangan dan cop Pengetua X

keatas semua dokumen skor yang
telah disahkan

94 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Secara khususnya berdasarkan analisis yang telah dijalankan kepada semua minit mesyuarat, didapati penyediaan
minit mesyuarat terlalu ringkas. Seharusnya dalam menghurai proses-proses modirasi dan verifikasi skor, huraian
yang lengkap perlulah dilakukan. Huraian yang lengkap, jelas dan teratur sangat penting untuk mengambarkan
perjalanan proses kerja yang sistematik dan memenuhi standard yang telah ditetapkan seperti yang terkandung
dalam Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

DAPATAN KAJIAN ANALISIS DOKUMEN MINIT MESYUARAT JVS

Berdasarkan analisis secara menyeluruh kepada semua salian minit mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor yang
telah diterima. Dapat dirumuskan tiada sekolah dapat memperlihatkan item yang lengkap memenuhi keperluan satu
mesyuarat Verifikasi Skor. 17 sekolah ada menyatakan ciri-ciri item yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat
Verifikasi Skor namun tidak lengkap dari aspek penghuraian 20 indikator yang perlu ada dalam sesuatu mesyuarat
Jawatankuasa Verifikasi Skor. Sementara itu 2 sekolah menghantar minit mesyuarat yang tidak berkaitan dengan
Verifikasi Skor.

Rumusan item dan indikator Mesyuarat Verifikasi Skor.

Tiada sekolah yang 17 sekolah Minit Mesyuarat 2 sekolah. Minit
lengkap semua bercirikan item Verifikasi Skor mesyuarat tidak
tetapi tidak lengkap dan tidak mencirikan item
item Verifikasi Skor Verifikasi Skor
cukup maklumat

95 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Daripada semua indikator atau item yang seharusnya dilaksanakan dalam Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Verifikasi
Skor, menunjukkan peratusan yang tinggi sebanyak 55 peratus yang tidak memenuhi indikator yang telah
ditetapkan.

Rajah 11
Peratusan Lengkap Mesyuarat JKVS SPM Tahun 2020

PERATUS INDIKATOR / ITEM

26.5

55

18.5

LENGKAP ADA TETAPI TIDAK LENGKAP TIADA

Berdasarkan Rajah 11 diatas, didapati 55 peratus indikator atau item yang perlu dibincangkan atau dinyatakan
dalam Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Verifikasi Skor tidak ditulis, tidak dilaporkan atau tercicir daripada tindakan
jawatankuasa

Setelah analisis dokumen minit mesyuarat JVS diselaraskan dan dibanding dengan Pamplet JVS yang telah
disediakan satu rumusan mengikut peratusan telah disediakan. Gambaranya dapat diperhatikan seperti Jadual 5
dibawah. Jadual 5 dapat mengambarkan standard Minit Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Verifikasi Skor Sekolah
yang telah disusun semula untuk melihat peratus perbandingan setiap indikator atau item. Warna merah
mengambarkan peratusan indikator yang tidak dicapai

96 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Jadual 5
Peratusan Lengkap berdasarkan Indikator Mesyuarat JKVS Tahun 2020

Petunjuk : √ Pernyatan Item yang lengkap
Ø Pernyatan Item ada tetapi tidak lengkap atau tidak lengkap
X Pernyatan Item TIADA dan TIDAK DINYATAKAN

97 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Setelah Pamplet JVS berjaya direka dan dimurnikan, satu sesi libat urus secara dalam talian bersama sekolah telah
diadakan pada 1 September 2021 yang dihadiri oleh semua Pengetua dan Setiausaha Peperiksaan SPM. Dalam
sesi tersebut, saya telah membentangkan dapatan yang diperolehi daripada analisis minit mesyuarat JKVS SPM
tahun 2020. Seterusnya berkongsi Pamplet JVS untuk sekolah nilai, fahami dan gunakan.

PENGUMPULAN MINIT MESYUARAT JVS SPM TAHU 2021

Pusingan ke-2 pengumpulan laporan minit mesyuarat JKVS SPM Tahun 2021 telah dilaksanakan melalui surat
arahan pengumpulan minit mesyuarat JKVS SPM Tahun 2021 bertarikh 8 April 2022 dan rujukan surat:
PPDRPN.PEP.700-1/3/1(9). Hasil daripada itu, semua dokumen minit mesyuarat JKVS dapat dikumpulkan dan
dianalisis. Berikut disenaraikan rumusan dan dapatan daripada semakan dokumen minit Mesyuarat JKVS SPM
Tahun 2021. Berdasarkan analisis secara menyeluruh kepada semua salian minit mesyuarat Jawatankuasa
Verifikasi Skor yang telah diterima, 9 sekolah berjaya melaporankan semua item yang lengkap memenuhi keperluan
satu mesyuarat Verifikasi Skor. 8 sekolah ada menyatakan ciri-ciri item yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat
Verifikasi Skor namun masih perlu dipertingkatkan, dan hanya 2 sekolah sahaja yang masih tidak menepati 50
peratus proses verifikasi skor.

Rumusan item dan indikator Mesyuarat Verifikasi Skor.

9 sekolah lengkap 8 sekolah Minit Mesyuarat Hanya 2 sekolah sahaja yang
semua item bercirikan item Verifikasi Skor masih gagal menyenaraikan
Verifikasi Skor tetapi tidak lengkap dan tidak lebih daripada 50 % semua

cukup maklumat indikator yang perlu

Daripada semua indikator atau item yang seharusnya dilaksanakan dalam Mesyuarat Akhir Jawatankuasa
Verifikasi Skor Tahun 2021, menunjukkan 48 peratus telah memenuhi indikator yang telah ditetapkan selaras
dengan Pamplet JVS yang dibekalkan. Peratusan dan warna hijau pada Jadual 6 dapat mengambarkan peningkatan
peratus laporan yang memenuhi keperluan proses verifikasi skor. Warna hijau mengambarkan peningkatan kepada
laporan yang memenuhi semua indikator laporan JVS yang ditetapkan dalam Pamplet JVS.

PERATUS INDIKATOR / ITEM

0

48
52

LENGKAP ADA TETAPI TIDAK LENGKAP TIADA
Rajah 12: Peratusan Lengkap Mesyuarat JKVS SPM Tahun 2021

98 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Jadual 6
Peratusan Lengkap berdasarkan Indikator Mesyuarat JKVS Tahun 2021

Item Peratus
1 Tarikh dan masa yang sesuai

2 Agenda mesyuarat dinyatakan

3 Kehadiran personal mesyuarat
dinyatakan berserta jawatan

4 Pengerusi menyampaikan ucapan
berkaitan tugasan Mesyuarat

Verifikasi Skor pada hari

mesyuarat.

5 Membentangkan minit mesyuarat
terakhir Jawatankuasa Verifikasi

Skor, perkara berbangkit, isu dan

proses pengesahan mesyuarat.

6 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
menyatakan status dan laporan

moderasi oleh pentafsir dalaman

7 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
menyatakan status dan laporan

moderasi oleh pentafsir luar

8 Menyatakan proses semak silang
markah (sebelum mesyuarat)

9 Membentangkan isu berkaitan
calon status T

10 SUP SPM menyatakan status skor
yang telah dimasukkan ke dalam

aplikasi SPPAT LP
11 SUP SPM menyatakan dan

memaparkan markah atau dokumen
markah mengikut mata pelajaran yang
telah dicetak daripada Aplikasi SPPAT
LP untuk dirujuk oleh ahli mesyuarat.

12 Menyatakan proses semak silang
markah (semasa mesyuarat)

13 Memastikan skor markah yang dicatat

dalam borang markah dan cetakkan
skor markah dalam aplikasi SPPAT
adalah sama

14 Ahli mesyuarat memperakui dan
membuat pengesahan terhadap

skor markah mengikut mata

pelajaran

15 Menyatakan semua markah
disimpan ke dalam fail berkaitan

16 Hal- hal lain berkaitan

17 Penutup

18 Tanda tangan penyedia minit

19 Tanda tangan dan cop
pengesahan minit mesyuarat oleh

Pengetua

20 Tanda tangan dan cop Pengetua
Petunjuk: keatas semua dokumen skor yang
telah disahkan

√ Pernyatan Item yang lengkap
Ø Pernyatan Item ada tetapi tidak lengkap atau tidak lengkap
X Pernyatan Item TIADA dan TIDAK DINYATAKAN

99 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Merujuk kepada Jadual 6 diatas, warna hijau dapat mengambarkan peningkatan dari aspek indikator yang perlu
dibincang dan dilaporkan dalam mesyuarat JKVSyang diadakan.

Berikut merupakan satu minit mesyuarat yang dikutip pada pusingan ke-2 SPM Tahun 2021. Laporan Minit
JKVS dibawah ini merupakan satu daripada sembilan Minit Mesyuarat JVS yang telah memenuhi semua keperluan
indikator dan item yuang telah ditetapkan dalam Pamplet JVS. Daripada minit mesyuarat didapati pihak pengurusan
sekolah berjaya melaporkan dan menyenaraikan semua proses verifikasi skor dalam laporan yang disediakan.
Laporan yang lengkap ini merupakan dokumen rasmi yang sangat penting dalam penjaminan kualiti pentaksiran
yang tuntas dan autentik.

Minit Mesyuarat JVS Sekolah – Pusingan ke-2 setelah menggunakan panduan Pamplet JVS

Minit Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Verifikasi Skor Fasa 2
Pentaksiran Pusat SPM Tahun 2021

SMK Selancar, Muadzam Shah, Pahang

Tarikh : 29 Januari 2022 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 3.00 petang
Tempat :
Medium : Lokasi masing-masing

Atas Talian Secara Google Meet

________________________________________________________________________

Agenda Mesyuarat:

Ucapan Pengerusi

1. Pengesahan Minit Mesyuarat Akhir & Perkara-Perkara Berbangkit Mesyuarat Terakhir
2. Pelaporan Moderasi Skor (Dalaman)
3. Pelaporan Moderasi Skor (Pihak Luar)
4. Kes-kes T Calon
5. Laporan Kemasukkan Skor oleh SUP SPM
6. Vefikasi Skor Calon
7. Pengesahan Skor dan Dokumentasi Skor
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat

Kehadiran Ahli Jawatankuasa

1. Puan Aidawatizaleha binti Ismail GPK Pentadbiran merangkap Pengetua SMK Selancar (Ketua

Pentaksir Sekolah)

2. Tn Hj Zubir bin Abd Rahman GPK Hem ( Penolong Ketua Pentaksir Sekolah)

3. En Muhammad Hafiz bin Zakaria GPK Kokurikulum (Ketua Pentaksir PAJSK)

4. Puan Afizah binti Selim Penyelaras PBS dan Setiausaha PBD

5. Puan Mustakimah binti Muhamad Setiausaha Peperiksaan SPM

6. Puan Hanif binti Shadian@Shahidan Kaunselor Sekolah

7. En Mohd Hisarizam bin Che Mood Guru Kanan Bidang Kemanusiaan (KPMP)

8. Pn Yusniza binti Hamzah Guru Kanan Vokasional & Teknik (KPMP)

9. Puan Nurul Hidayah bt Omar Guru Perniagaan (KPMP)

10. Pn Nuzaimah binti Mohd Ali Hanafiah Ketua Panita Pendidikan Seni Visual & Guru PSV (KPMP)

100 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Nota: KPMP – Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
PMP - Pentaksir Mata Pelajaran

Bil Perkara

1 Agenda 1 Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Verifikasi Skor
SMK Selancar yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menguruskan pentaksiran dan skor
setiap calon untuk markah Kerja Kursus dan markah MPEI Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pengerusi memaklumkan mesyuarat pada hari ini akan melakukan proses verifikasi skor akhir
sebelum markah diperakui dan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan

Mesyuarat akan melakukan verifikasi skor untuk mata pelajaran seperti di bawah: -

Kerja Kursus Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)

Perniagaan 3 (3766/3)

Kerja Kursus

Pendidikan Seni Visual 3 (2611/3)

2 Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Akhir

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor SMK Selancar Bil 1/2021 pada 24 Disember 2021
(Jumaat) dicadang sahkan oleh Pn Nurul Hidayah dan disokong oleh En Hisarizam bin Che Mood.

Makluman

3 Agenda 3: Perkara-Perkara Berbangkit
3.1. Tiada perkara berbangkit

Makluman

4 Agenda 4: Pelaporan Moderasi Skor

4.1 GPK Pentadbiran, Puan Aidawatizaleha binti Ismail telah memaklumkan mata pelajaran yang
terlibat adalah pentaksiran Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual, dan Kerja Kursus Mata Pelajaran
Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan akan diverifikasi skor pada hari ini. Semua mata pelajaran yang
terlibat telah selesai menjalani proses moderasi oleh Pentaksir Kawasan masing-masing.

101 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


4.2 Moderasi markah oleh semua Ketua Pentaksir Mata Pelajaran juga telah selesaikan
dilaksanakan. Maklumat berkaitan tarikh Mesyuarat Moderasi dan Verifikasi setiap Panitia Terlibat
dipaparkan seperti dibawah: -

Mata Pelajaran Tempoh Ujian / Penilaian oleh PMP Tarikh Moderasi dan
Verifikasi oleh Panitia

Perniagaan 3 (3766/3) 2 Ogos – 10 Januari 2022 10 Januari 2022

Pendidikan Seni Visual 3 24 Jun – 10 Januari 2022 15 Januari 2022
(2611/3)

4.3 GPK Pentadbiran memaklumkan jumlah pelajar yang terlibat dalam moderasi skor setiap mata
pelajaran seperti maklumat dicatatkan di bawah: -

Mata Pelajaran Jumlah Jumlah Skor yang di
Pelajar Moderasi Semula
Pendidikan Seni Visual 3 (2611/3)
Perniagaan 3 (3766/3) 19 6

6 6

4.4 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Pn Nuzaimah binti Mohd Ali Hanafiah
memaklumkan bahawa kira-kira semua calon telah berjaya menyiapkan produk dan kerja kursus
walaupun terdapat kekangan dari segi kehadiran dan terdapat masalah penyediaan tugasan folio
dan penyediaan produk. Pentaksir kawasan juga telah hadir pada 27 Januari 2022 untuk moderasi
skor.

4.5 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran Perniagaan, Puan Nurul Hidayah binti Omar memaklumkan
bahawa semua calon perniagaan berjumlah 6 orang telah berjaya melaksanakan kerja kursus dan
telah siap ditaksir. Moderasi daripada pentaksir kawasan juga telah dijalankan pada 20 Januari
2022.

4.6 GPK Pentadbiran, Puan Aidawizaleha binti Ismail memaklumkan bahawa semua markah yang
akan dilakukan verifikasi dalam mesyuarat ini telah dimoderasi skor di peringkat panitia mata
pelajaran.

Tindakan: Ketua Panitia mata pelajaran
Makluman

102 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


5 Agenda 5: Pelaporan Moderasi Skor Luar (KPN, KPKw, PKw)

PK Pentadbiran 1, GPK Pentadbiran, Puan Aidawatizaleha binti Ismail memaklumkan moderasi
semua skor dan verifikasi perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui Panitia Mata Pelajaran
dan Mesyuarat Akhir Verifikasi yang berlangsung pada hari ini perlu membuat pengesahan skor
semua mata pelajaran berkaitan.

6 Agenda 6: Kes T

6.1 GPK Pentadbiran, Puan Aidawatizaleha binti Ismail menegaskan Jawatankuasa Verifikasi Skor
perlu megenal pasti keberangkalian berlaku Kes T dalam semua kerja kursus dan pentaksiran
khususnya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor di peringkat Panitia Mata Pelajaran lagi.
Beliau mohon semua guru peka dengan isu-isu berkaitan kemungkinan kes-kes T yang boleh
berlaku seperti calon gagal menyiapkan kerja kursus dengan sempurna. Jika hal ini berlaku GMP
hendaklah terus berhubung dengan pihak pengurusan untuk tindakan susulan dapat dilaksanakan
dengan segera.

6.2 Puan Nuzaimah binti Mohd Ali Hanafiah, memaklumkan terdapat 2 orang calon PSV yang
terlibat dengan Kes T iaitu Norfarhana binti Samsuddin dan Muhammad Nazmi Hafizi bin Hashim.
Calon ini telah diberi bimbingan, peluang dan ruang masa yang mencukupi oleh guru mata
pelajaran tetapi tetap tidak berminat untuk meneruskan dan menyiapkan folio kerja kursus
Pendidikan Seni Visual. Justeru setelah diberi tempoh masa calon masih gagal menghantar kerja
kursus. Walaupun calon telah dirujuk kepada Kuanselor dan tindakan berhubung dengan penjaga
dilakukan namun masalah ini tidak dapat diselesaikan Hal ini telah mengakibatkan skor T pada
kerja kursus calon. Pihak sekolah telah berhubung dengan penjaga dan respon daripada penjaga
amat mendukacitakan. Pihak penjaga menyatakan calon menghadapi masalah tiada semangat
untuk meneruskan pelajaran dan tidak mahu mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
pada peperiksaan SPM nanti. GMP Pn Nuzaimah telah menyediakan laporan berkaitan kes ini dan
disimpan oleh PK Pentadbiran dan SUP SPM untuk rekod.

Respon PK Pentadbiran: Puan Aidawatizaleha binti Ismail (Timbalan Ketua Pentaksir Sekolah)
memohon Kaunselor Sekolah ambil maklum dan adakan sesi motivasi supaya calon boleh hadir
semasa peperiksaan SPM berlangsung pada 2 Mac 2022 berharap kes seperti ini tidak akan
berlaku lagi pada masa depan.

Tindakan: Kuanselor Sekolah
Makluman

7 Agenda 7: Laporan Kemasukkan Skor oleh SUP SPM

7.1 Puan Mustakimah binti Muhamad, Setiausaha Peperiksaan SPM melaporkan beliau telah
menerima semua borang akhir penskoran Mata Pelajaran daripada Ketua Panitia berkaitan Kerja
Kursus seperti jadual dinyatakan dibawah

7.2 Beliau menyatakan semua skor telah berjaya dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan
Peperiksaan Atas Talian SPPAT pada 29 Januari 2022

103 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Jadual Proses Kerja Kemasukan Skor ke dalam sistem SPPAT LP

Mata Pelajaran Tarikh panitia serah Bil skor Tarikh siap Key-In

borang skor akhir yang markah dalam sistem

direkod SPPAT

Pendidikan Seni Visual 3 27 Januari 2022 19 29 Januari 2022
(2611/3)

Perniagaan 3 (3766/3) 20 Januari 2022 6 29 Januari 2022

Makluman

7.4 Puan Mustakimah binti Muhamad, Setiausaha Peperiksaan SPM memaklumkan semua
dokumen skor markah calon telah siap dicetak untuk proses verifikasi skor oleh ahli mesyuarat.
Beliau mengingatkan bahawa semua skor adalah berstatus sulit.

8 Agenda 8 : Verifikasi Skor Calon

8.1 GPK Pentadbiran, Puan Aidawatizaleha binti Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua
PMP dan SU Peperiksaan kerana telah menyempurnakan semua kemasukan skor ke dalam sistem
SPPAT.

8.2 Pengetua memohon semua Pentaksir Mata Pelajaran dan ahli mesyuarat menyemak markah
pada borang skor akhir yang telah diserahkan oleh SUP SPM agar sama dengan skor yang telah
di key-in oleh SUP SPM dalam sistem SPPAT. (masa selama 20 minit diberikan untuk proses
semakan ini)

8.3 Proses akhir semak silang skor dimulakan pada jam 2.30 ptg. SUP SPM memaparkan markah
skor kerja kursus mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan dinilai semak oleh KPMP dan PMP
Pendidikan Seni Visual.

Respon: Semua Skor dalam cetakan sistem adalah selaras dan sama dengan borang skor akhir.
Semua calon (19 orang) Lulus

8.4 Proses akhir semak silang skor mata pelajaran perniagaan pada 2.40 petang. SUP SPM
memaparkan markah skor mata pelajaran Perniagaan dan dinilai semak oleh KPMP dan PMP
Perniagaan

Respon: Semua skor dalam cetakan sistem adalah selaras dan sama dengan borang skor akhir.
Semua calon (6 orang) Lulus

8.5 Proses semak silang verifikasi skor markah untuk semua 2 mata pelajaran terlibat dapat
diselesaikan pada jam 2.45 petang.

9 Agenda 9: Pengesahan Skor dan Dokumentasi Skor

9.1 GPK Pentadbiran, Pn Aidawatizaleha binti Ismail memaklumkan setelah semua markah dan
skor diverifikasikan dan semua ahli mesyuarat berpuas hati dengan skor dalam cetakkan sistem

104 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


SPPAT adalah sama dan selaras dengan skor pada bora. Mesyuarat memutuskan semua skor
yang telah diverifikasi adalah sah dan tepat. Justeru Pengetua dan semua ahli mesyuarat
Jawatankuasa Verifikasi Skor dengan ini bersetuju dengan semua markah ULBS dan markah Kerja
Kursus SPM 2021 dan bertanggung jawab dengan kesahan markah yang dihantar kepada
Lembaga Peperiksaan.

9.2 GPK Pentadbiran mengarahkan supaya SUP SPM melakukan proses pengesahan markah
dalam sistem SPPAT dan menghantar ke Lembaga Peperiksaan sebelum tarikh akhir kawalan
negeri pada 31 Januari 2021.

Tindakan dan tanggung jawab SUP SPM

9.3 SUP SPM menyatakan semua cetakan skor yang telah dicetak dalam sistem SPPAT akan
disahkan oleh GPK Pentadbiran, dan dokumen skor disimpan dalam Fail Induk Jawatankuasa
Verifikasi Skor di pejabat SMK Selancar untuk sebarang proses rujukan.

10 Agenda 10 : Hal hal lain
10.1 GPK Pentadbiran, Pn Aidawatizaleha binti Ismail memaklumkan, Ujian Lisan dan Ujian
Mendengar Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta Ujian Amali Sains akan berlangsung pada
bulan Februari dan peperiksaan SPM 2021 pada bulan Mac. Jadual bertugas guru akan dikeluarkan
oleh PK Pentadbiran. Guru yang bertugas adalah guru yang mengajar mata pelajaran tersebut
sahaja.

10.2 SUP SPM diminta peka dan mematuhi sebarang perubahan yang berlaku dalam SOP
berkaitan peperiksaan SPM pada tahun ini. Ini termasuk perubahan kepada penyediaan bilik-bilik
khas calon dan penjarakan fikikal yang perlu dipatuhi. . Pihak sekolah perlu akur dengan perubahan
dan arahan daripada pihak atasan supaya perjalanan peperiksaan berlaku dengan teratur dan
sempurna.
11 Agenda 11: Ucapan Penangguhan Mesyuarat
11.1 GPK Pentadbiran, Puan Aidawatizaleha binti Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua guru Pentaksir Mata Pelajaran yang telah meluangkan masa dalam Mesyuarat Akhir
Jawatankuasa Verifikasi Skor pada sesi SPM 2021 kali ini.
11.2 Beliau menyatakan pengurusan Pentaksiran dan Peperiksaan pada tahun ini sangat
mencabar. Justeru memohon agar semua guru tetap bersemangat untuk melaksanakan tugas
dengan gigih dan cemerlang. Semua yang berlaku menuntut kepada kesabaran dan penyesuaian
kita dengan norma baharu. Kita tidak dapat menjangkakan bila keadaan Pendemik ini akan
berakhir. Sebagai pendidik kita perlu tabah dan menjalankan tugas dengan sehabis baik demi anak
didik kita.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

105 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Disediakan oleh:
Puan Mustakimah binti Muhamad
Setiausaha SPM Sekolah
Disemak dan disahkan oleh:

Puan Aidawatizaleha binti Ismail
GPK Pentadbiran
b/p Pengetua SMK Selancar
(Ketua Pentaksir Sekolah)

106 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Dokumen Skor ULBS/ Kerja Kursus
Calon SPM 2021
SMK Selancar

Senarai seperti lampiran:

Mata Pelajaran Senarai Lampiran

Perniagaan 3 (3766/3) Lampiran 1

Pendidikan Seni Visual 3 (2611/3) Lampiran 2

Disediakan oleh:-

Puan Mustakimah binti Muhamad

Setiausaha Peperiksaan SPM

Disemak dan disahkan oleh:

Puan Aidawatizaleha binti Ismail
GPK Pentadbiran: (Ketua Pentaksir Sekolah)
b/p Pengetua SMK Selancar

107 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Lampiran Skor yang telah diverifikasi dalam mesyuarat JVS
Lampiran 1 - Perniagaan 3 (3766/3)

108 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


109 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Lampiran 2 - Pendidikan Seni Visual 3 (2611/3)
110 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


PERBINCANGAN BERKAITAN KAJIAN

Kajian Tindakan bertajuk Pamplet JVS – Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi SKOR (JVS) SPM, Interpretasi
kepada Laporan Moderasi dan Verifikasi Skor yang Tuntas dan Autentik dijalankan untuk menyelesaikan laporan
minit mesyuarat JVS sekolah yang tidak memenuhi aspek verifikasi yang sepatutnya. Lantaran kelemahan yang
dikesan, satu Pamplet JVS telah direka dengan mengambilkira semua indikator atau item yang perlu dibincangkan
dalam mesyuarat JVS. Pamplet JVS ini juga telah dibentangkan dalam pembengkelan di peringkat sektor untuk
memastikan indikator dan item yang ditetapkan memenuhi aspek-aspek yang diperlukan dalam proses verifikasi.

Pamplet JVS yang dihasilkan telah mengambil kira semua indikator dan item yang perlu dilaporkan oleh pihak
pengurusan sekolah. Untuk memberi sokongan pihak berkaitan memahami proses verifikasi skor yang sepatutnya,
2 laopran minit mesyuarat contoh juga telah disediakan. Minit mesyuarat ini merangkumi minit mesyuarat JVS di
peringkat panitia mata pelajaran dan contoh minit mesyuarat akhir JVS sekolah. Melalui minit mesyuarat contoh ini
pihak yang terbabit dapat memahami cara melaporkan proses verifikasi skor yang tepat dan teratur. Contoh minit
mesyuarat ini disimulasikan daripada situasi yang sebenar

Kajian Tindakan ini mengambil masa hampir 13 bulan, kerana pengumpulan ke-2 minit mesyuarat JVS hanya dapat
dilakukan pada April tahun 2022 setelah semua proses kerja kursus diselesaikan. Pusingan ke-2 pengumpulan
dokumen laporan JVS ini untuk melihat impak kepada Pamplet JVS yang dikongsi kepada pihak sekolah. Pada
pusingan ke-2 pengumpulan minit mesyuarat JVS SPM Tahun 2021, telah dapat dilihat perubahan yang besar.
Pihak sekolah tidak lagi menghantar minit mesyuarat sekadar memenuhi arahan sahaja. Telah berlaku impak yang
sangat ketara dari segi penyampaian dan pelaporan. 9 daripada 19 sekolah telah berjaya melaporkan semua
indikator atau item yang perlu dalam melaksanakan proses verifikasi.

Perubahan ini dapat mengambarkan pemahaman pengurusan sekolah tentang keperluan melaksanakan proses
verifiaksi skor dengan betul, teliti dan teratur. Semua salinan minit mesyuarat ini dapat dilihat dan dianalisis dalam
Lampiran Pautan Google Drive yang disediakan, iaitu dokumen Laporan Minit JVS SPM Tahun 2020 dan SPM
Tahun 2021. Lampiran ini dapat mengambarkan dan membuktikan pemahaman pihak pengurusan sekolah
berkaitan proses verifikasi skor telah berjaya ditingkatkan. Pada masa akan datang, sekolah yang masih belum
mencapai tahap yang diharapkan akan terus dibantu untuk memastikan semua sekolah dapat menghasilkan laporan
yang tepat berkaitan verifikasi skor kerja kursus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

RUMUSAN DAN IMPAK KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, khususnya analisis secara teliti semua 19 Minit Mesyuarat Akhir
Jawatankuasa Verifikasi Skor SPM Tahun 2020, didapati proses penyediaan Minit Mesyuarat Verifikasi Skor di
sekolah daerah Rompin tidak mencapai standard yang sepatutnya. Sungguhpun minit mesyuarat merupakan suatu
catatan bertulis, namun disebalik pernyataan dan maklumat yang dinyatakan dapat mengambarkan secara jelas
proses kerja pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Tambahan pula proses moderasi skor dan
verifikasi skor sangat penting untuk pengurusan pentaksiran yang tuntas, bermutu dan autentik.

Pengurusan Pentaksiran yang berkesan dalam menguruskan kerja kursus, ujian lisan dan pentaksiran lain seperti
PAJSK, PEKA, dan PAFA bermula dengan proses dokumentasi yang kemas dan tersusun. Minit Mesyuarat
merupakan pembuktian bertulis yang boleh menjadi rujukan kepada semua pihak sekiranya berlaku sebarang isu
berkaitan pentaksiran. Penghuraian minit yang jelas, tersusun dan lengkap sangat penting untuk menjadi sumber

111 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


rujukan pihak sekolah dalam pengurusan pentaksiran, khususnya yang melibatkan pentaksiran pusat. Justeru itu,
penghasilan minit mesyuarat yang standard dan tuntas perlu menjadi keutamaan selain memperkemaskan
dokumen-dokumen lain berkaitan pentaksiran.

Justeru kerana itu, Kajian Tindakan ini telah menyediakan 2 contoh Minit JVS di peringkat panitia mata pelajaran
dan di peringkat Jawatankuasa Verifikasi Skor Sekolah. 2 minit mesyuarat ini, diharapkan boleh menjadi panduan
kepada pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan laporan minit mesyuarat yang standard mengikut indikator
atau item yang sepatutnya dinyatakan.

Kajian Tindakan yang bertajuk PAMPLET JVS – LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR
(JVS) SPM, INTERPRETASI KEPADA LAPORAN MODERASI DAN VERIFIKASI SKOR YANG TUNTAS DAN
AUTENTIK

dihasilkan bertujuan untuk mengangkat standard pengurusan pentaksiran di daerah ini khususnya kepada tahap
yang lebih tinggi. Harapannya agar pengurusan sekolah dapat menghasilkan laporan minit mesyuarat yang
mengambarkan proses moderasi dan verifikasi skor yang telah dilaksanakan dengan tertib, teratur dan berkesan.
Dengan adanya laporan JVS yang autentik, akan dapat memastikan semua personal pentaksiran disekolah daripada
Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Pentaksir Mata Pelajaran, dan Setiausaha Peperiksaan dilindungi
daripada sebarang kesilapan yang mungkin berlaku terhadap kemasukkan skor ke dalam sistem SPPAT Lembaga
Peperiksaan. Hal yang demikian adalah interpretasi kepada proses verifikasi skor yang boleh dipercayai dan benar
dan dapat dijadikan pegangan

Diharapkan Pamplet JVS tyang dihasilkan melalui Kajian Tindakan ini dapat digunakan oleh semua pihak
yang berminat seterusnya dapat membantu meningkatkan lagi kauliti penjaminan kualiti pentaksiran pendidikan di
sekolah.

RUJUKAN

Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga, (2018) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Panduan Penyelidikan Tindakan, (2018) Kementerian Pendidikan Malaysia
Contoh Minit Mesyuarat JKVS Peringkat Panitia Mata Pelajaran / Bidang
Contoh Minit Mesyuarat JKVS Akhir Peringkat Sekolah
Data Analisis Perbandingan Minit Mesyuarat JKVS Tahun 2020 dan 2021 Daerah Rompin

Penghargaan dan Laopran Taklimat Libat Urus.

Faizah, A. M. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan
strategi. Semin. Pendidik.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor SPM Tahun 2020 Daerah Rompin
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Verivikasi Skor SPM Tahun 2021 Daerah Rompin
Thah, S. S., & Malaysia, K. P. Kajian Tindakan Dan Pengurusan Sekolah.

112 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Panduan Penjaminan Kualiti, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (2014) Lembaga Peperiksaan
Panduan Pengurusan, Pentaksiran Berasaskan sekolah (2014) Lembaga Peperiksaan
Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 (2020), Lembaga

Peperiksaan.
Panduan Pengurusan dan Pentadbiran, Pentaksiran Sumatif Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 (2020), Lembaga

Peperiksaan
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, Edisi Ke-2 (2019) Kementerian Pendidikan Malaysia
Pembentangan Atas Talian Kajian Tindakan Pamplet JVS di Peringkat Sektor Pentaksiran & Peperiksaan JPN

Pahang dan Libat Urus dan Pembentangan Atas Talian kepada Pengetua, GPK Pentadbiran, dan Setiausaha
Peperiksaan Daerah Rompin

PAUTAN GOOGLE DRIVE DIBAWAH
https://bit.ly/3JPUwmT

113 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


APLIKASI KAEDAH TGDOSOW MEMBANTU MURID MENCAPAI STATUS SAHSIAH TERPUJI
MELALUI SSDM V2.0 DI SEBUAH SEKOLAH BANDAR

HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN

[email protected]

HARIFAH BIBI BINTI ABDUL WAHID

[email protected]

HAJAH RAFIDAH BT AZIZ

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kadar murid yang mendapat status sahsiah terpuji dalam
kalangan murid melalui Sistem Sahsiah Diri Murid V2.0. Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid lelaki dan 5
orang murid perempuan di sebuah sekolah di bandar di Kuala Terengganu. Objektif kajian adalah untuk
mengenalpasti kelebihan kaedah 1 Murid 1 Minggu 3 Amalan Baik (Three Good Deeds for One Student in One
Week - TGDOSOW) dalam meningkatkan pencapaian status sahsiah terpuji dalam kalangan murid dan
meningkatkan jumlah pencapaian status sahsiah terpuji dalam kalangan murid melalui kaedah TGDOSOW. Kajian
ini menggunakan model Kurt Lewin (1946). Tindakan-tindakan intervensi yang digunakan dalam kajian ini ialah
‘TGDOSOW link’, ‘Slip TGDOSOW’ dan ‘Token TGDOSOW’. Instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul
data dalam kajian ini ialah pemerhatian berstruktur, analisis dokumen dan rekod data melalui SSDM V2.0 yang
digunakan bagi menyokong data utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan jumlah murid
yang mencapai status sahsiah terpuji dalam kalangan murid melalui kaedah TGDOSOW. Walau bagaimanapun,
pengkaji menyedari bahawa untuk meningkatkan jumlah murid yang mencapai status sahsiah terpuji tidak boleh
bergantung kepada penggunaan token. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan supaya satu kajian berkenaan
hubungan antara penggunaan token dan motivasi intrinsik dengan peningkatan sahsiah murid.

KATA KUNCI: sahsiah, terpuji, token, SSDM V2.0, motivasi intrinsik

REFLEKSI KAJIAN

‘’Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Peribahasa yang membawa maksud hendak mengajar atau
mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil. Pembentukan sahsiah murid dari awal dapat
membudayakan nilai-nilai amalan baik dalam kehidupan mereka.Justeru, satu sistem telah dilancarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) V2.0 yang
mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-
murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (skor)
dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi
pekerti.

Rekod di sekolah kajian dilaksanakan menunjukkan skor amalan baik murid pada bacaan sifar pada bulan
Januari, Februari dan Mac pada tahun 2022. Data mula mencapai skor 10 amalan baik pada bulan April
dan mendapat skor 32 pada bulan berikutnya dan status sahsiah murid pula terdapat dua sahaja iaitu
perlu perhatian dan baik sahaja. Pengkaji berpendapat perlu dijalankan satu kaedah yang sesuai untuk
meningkatkan pencapaian status sahsiah murid melalui SSDM V2.0 yang telah 6 tahun dikuatkuasakan
oleh KPM.

114 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


PERNYATAAN MASALAH

Murid-murid pasca pandemik Covid 19 ini melalui fasa penampilan sahsiah yang berbeza berbanding era
sebelum Covid 19. Guru-guru membincangkan tentang masalah disiplin murid-murid ketika di dalam
kelas, di kawasan sekolah, baik daripada segi tingkahlaku mahupun komunikasi.

Guru-guru disiplin di sekolah terpaksa melaksanakan tindakan dan hukuman kepada murid-murid yang
melakukan salah laku di mana semakin hari semakin meningkat bilangannya sehingga terpaksa
berurusan sehingga lewat petang. Guru-guru kelas resah tentang kehadiran murid-murid kelas mereka
dan hadir mengikut kehendak mereka. Malah yang lebih membimbangkan adalah jumlah kehadiran
murid-murid yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan Mac 2023.

Isunya adalah murid dilihat daripada sudut pandangan negatif oleh guru-guru seolah tiada perkara yang
baik dilakukan oleh murid. Sedangkan terdapat murid yang melakukan amalan baik tetapi tidak pula diuar-
uarkan oleh guru-guru. Pelaksanaan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) versi 2.0 merupakan satu
mekanisme untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid dilaksanakan. Justeru
pengkaji melihat adalah perlu dilaksanakan satu kajian kepada murid untuk menerapkan nilai-nilai amalan
baik ini, murid-murid akan memiliki sahsiah yang terpuji dan seterusnya diharap akan sebati dalam diri
murid dan diamalkan dalam kehidupan harian mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk:
i. Mengenalpasti kelebihan kaedah TGDOSOW dalam meningkatkan pencapaian status sahsiah terpuji

dalam kalangan murid.
ii. Meningkatkan jumlah pencapaian status sahsiah terpuji dalam kalangan murid melalui kaedah

TGDOSOW

SOALAN KAJIAN
Objektif kajian yang dinyatakan adalah untuk menjawab beberapa soalan kajian yang berkaitan seperti
berikut:
i. Adakah kaedah TGDOSOW dalam meningkatkan pencapaian status sahsiah terpuji dalam kalangan
murid?
ii. Bagaimanakah kaedah TGDOSOW dapat meningkatkan jumlah pencapaian status sahsiah terpuji
dalam kalangan murid melalui kaedah TGDOSOW?

TINJAUAN LITERATUR

Pembentukan sahsiah ialah aspek perubahan sikap dan perbuatan yang dialami oleh setiap individu
dalam membentuk tabiat, kebiasaan yang baik dan bertanggungjawab. Berdasarkan beberapa orang
pengkaji berpendapat pembentukan sahsiah adalah bersifat kualitatif dan tidak dapat diukur dengan jelas,
namun boleh diukur dengan melihat proses perubahan dari semasa ke semasa (Slavin 1997; Honson

115 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


2003; Nik Noraini & Noor Hisham 2018). Alat pengukuran yang diwujudkan dapat membantu pihak
tertentu seperti sekolah meletakkan nilai yang relevan dengan sahsiah yang dilakukan.

Pembentukan sahsiah merujuk kepada tingkah laku berfikir, bertutur, bertindak dan berakhlak yang boleh
mencapai kebaikan dunia dan akhirat (Hasbullah Mat Daud et al. 2020). Pembentukan sahsiah
memerlukan faktor dalaman atau luaran atau melibatkan kedua-duanya serta memerlukan kerjasama
daripada pelbagai pihak untuk merangsang berlakunya perubahan diri seseorang (Aimi Khairunnisa &
Nurliana 2020).

Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan aplikasi TGDOSOW yang mempunyai tiga bentuk intervensi
untuk melihat pencapaian status sahsiah terpuji melalui SSDM V2.0 di sebuah sekolah di bandar di Negeri
Terengganu.

METODOLOGI
Pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan telah menggunakan model Kurt Lewin (1946). Kaedah
TGDOSOW merupakan singkatan kepada Three Good Deeds for One Student in One Week (1 Murid 1
Minggu 3 Amalan Baik). Tindakan yang dijalankan dalam kaedah TGDOSOW adalah bersandarkan pada
konsep peneguhan positif dan teknik ekonomi token yang didasari daripada teori behaviouris atau
modifikasi tingkah laku. Kaedah TGDOSOW digunakan oleh pengkaji untuk meningkatkan jumlah
pencapaian status sahsiah terpuji dalam kalangan peserta kajian. Tempoh kajian adalah selama 4 bulan
(Mei hingga Ogos 2022). Pelaksanaan tindakan dalam kaedah TGDOSOW ialah seperti berikut:

a. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan daripada sebuah kelas
yang terdiri daripada 25 orang murid di sebuah sekolah di bandar Kuala Terengganu. Terdapat dua
kategori murid di dalam kumpulan sasaran ini:
i. Empat orang murid yang berstatus sahsiah perlukan perhatian kerana melibatkan kes ponteng sekolah.
ii. Enam orang murid yang berstatus sahsiah baik yang mana kumpulan ini tidak mempunyai sebarang
kes tetapi skor masih kosong (0).

b. Intervensi yang dicadangkan
Tindakan-tindakan intervensi yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui aplikasi TGDOSOW

c. Kaedah pengumpulan data

Melalui aplikasi TGDOSOW ini pengkaji menggunakan 3 pendekatan dalam pengumpulan data.

i.‘ Link TGDOSOW’
Guru-guru kelas diminta untuk merekod amalan baik atau kes murid-murid yang disasarkan dalam SSDM
V2.0 melalui TGDOSOW link yang dipautkan dalam bot telegram rasmi sekolah.

116 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


https://ssdm.moe.gov.my
ID pengguna : TEB3092
Katalaluan : Disiplin3092

ii.‘Slip TGDOSOW’
Murid-murid yang disasarkan akan menerima satu Slip TGDOSOW setiap pagi Ahad dan diserahkan
kepada guru kelas pada hari Khamis pada setiap minggu untuk tujuan perekodan. Melalui pemerhatian
berfokus dan analisis dokumen ini guru-guru akan memperakukan setiap amalan baik dalam Slip
TGDOSOW ini.

iii.‘Token TGDOSOW’.
Murid-murid yang disasarkan akan diberi Token TGDOSOW apabila mencapai status sahsiah terpuji
dalam SSDM V2.0 sebagai ganjaran terhadap pencapaian mereka.

117 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


d. Instrumen pengumpulan data

Instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah pemerhatian berstruktur,
analisis dokumen dan rekod data melalui SSDM V2.0 yang digunakan bagi menyokong data utama kajian
ini.

e. Kaedah analisis data

Data dianalisis secara langsung melalui SSDM V2.0 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
berkuatkuasa 10 Mei 2016 setelah proses mata (skor) sahsiah murid setelah perekodan dilakukan oleh
guru-guru. Di dalam SSDM V2.0 terdapat lima asas sahsiah iaitu Perlukan Perhatian Serius (skor -10 ke
bawah), Perlukan Perhatian (skor -3 hingga -9), Baik (skor 8 hingga -2), Amat Baik (skor 9 - 17) dan
Terpuji (skor 18 ke atas). Terdapat juga lapan kategori amalan baik iaitu menzahirkan amalan baik,
sukarela membantu guru, sukarela melapor kes salah laku, membantu kerja lanskap, membanyu
mengemas bilik khas, membersih kawasan/bilik khas, kerja mengecat dan menyertai aktiviti kaunseling.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, dapatan kajian ini telah dapat mengenalpasti hasil dapatan
yang menjawab persoalan kajian yang dikaji.
Adakah kaedah TGDOSOW meningkatkan pencapaian status sahsiah terpuji dalam kalangan murid?
Dapatan kajian adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Jadual 1

Pencapaian Status Sahsiah Terpuji Dalam Kalangan Murid

Status Sahsiah Peratus
(%)
Bulan Perlukan Perhatian Perlukan Baik Amat Terpuji
Mei Serius (orang) Perhatian (orang) Baik (orang) 0
(orang) 0
0 (orang) 6 0 20
4 0 0 60
2
Jun 0 3 7 0 6

Julai 0 1 34

Ogos 0 0 13

Keputusan kumpulan sasaran menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian status sahsiah terpuji
sepanjang empat bulan tempoh kajian dilaksanakan. Daripada Jadual 1, pada bulan Mei dan Jun tiada
seorangpun responden yang memperoleh status sahsiah terpuji. Namun begitu, pada bulan Julai terdapat
dua orang peserta kajian yang telah mencapai status sahsiah terpuji dan menyumbang peningkatan
pencapaian sebanyak 20% berbanding pada bulan Mei dan Jun. Sehingga 14 Ogos 2022 pencapaian
status sahsiah terpuji meningkat sebanyak 40% berbanding pada bulan Julai. Hasil dapatan ini jelas
membuktikan bahawa setelah kaedah TGDOSOW dilaksanakan pencapaian status sahsiah terpuji dalam
kalangan respoden meningkat.

118 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Hasil daripada dapatan kajian seperti Jadual 2, menjawab persoalan kajian yang seterusnya.
Bagaimanakah kaedah TGDOSOW dapat meningkatkan jumlah pencapaian status sahsiah terpuji dalam
kalangan murid melalui kaedah TGDOSOW?

Dapatan kajian adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Jadual 2

Jumlah Pencapaian Status Sahsiah SSDM V2.0 Dalam Kalangan Murid

Sasaran Mei Bulan Ogos
(Murid)
B Jun Julai T
M1 PP B AB AM
M2 B BB T
M3 B BT T
M4 PP B AB AM
M5 B PP B T
M6 B B AB T
M7 B BT T
M8 PP B AB AM
M9 PP PP B PP
M10 PP PP

Petunjuk :
PTS - Perlukan Perhatian Serius
PP - Perlukan Perhatian
B - Baik
AB - Amat Baik
T - Terpuji

Pada Bulan Mei, data yang dikumpul daripada SSDM V2.0 menunjukkan status sahsiah M2, M5,
dan M10 adalah pada status perlukan perhatian yang mana kes ponteng sekolah menyebabkan mereka
menerima surat amaran. Tiada sebarang bentuk intervensi dilakukan pada peringkat ini. Namun apabila
pendedahan tentang SSDM V2.0 di hebahkan melalui perhimpunan kepada semua murid termasuklah
responden pada 19 Jun 2022, terdapat perubahan ketara kepada perekodan amalan baik responden
apabila M2 telah mencapai status baik di mana status sebelumnya adalah perlukan perhatian. Intervensi
ziarah cakna ke rumah murid telah dilakukan oleh kaunselor. Mereka dinasihatkan dengan kata-kata
motivasi untuk merangsang mereka hadir ke sekolah. Namun responden M5, M9 dan M10 masih berada
pada status perlukan perhatian. Manakala M1, M3, M4, M6, M7 dan M8 bersahsiah baik pada bulan Jun.

Status sahsiah terpuji mula dicapai pada bulan Julai apabila TGDOSOW mula dilancarkan pada 3 Julai
2022. Dapatan pada akhir bulan Julai, M3 dan M8 telah mencapai status sahsiah terpuji. Kaedah ‘Slip
TGDOSOW’ mula direkod, manakala melalui ‘Link TGDOSOW’ guru mula merekodkan amalan baik

responden menerusi sistem SSDM V2.0 yang disediakan di dalam telegram rasmi sekolah. Perubahan

tingkahlaku M2, M5 dan M9 seperti menyerahkan wang yang dijumpai kepada guru, mengutip sampat di

kawasan seloah, membantu guru dalam pertandingan merentas desa, hari guru dan sebagainya dapat

diperhatikan oleh guru-guru kerana mereka hadir ke sekolah tetapi M10 masih tidak berubah kerana
masih ponteng atas faktor bekerja lewat malam. Seterusnya responden M3 dan M8 dianugerahkan ‘Token
TGDOSOW’, mereka menerima sijil penghargaan dan cenderahati sebagai token sebagai pengukuhan

tindakan amalan baik mereka. Jumlah responden yang berstatus sahsiah terpuji semakin meningkat

daripada dua responden kepada enam responden ( M1, M3, M4, M6, M7 dan M8) pada bulan Ogos.

119 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


PERBINCANGAN

Kaedah TGDOSOW memberi implikasi yang baik terhadap peningkatan pencapaian murid yang berstatus
sahsiah terpuji kepada kalangan murid yang disasar. Di dalam Jadual 1, pada bulan Mei data
menunjukkan tiada sebarang pencapaian pada bulan tersebut kerana kaedah TGDOSOW belum
dilaksanakan kepada kumpulan sasaran ini lagi pada bulan Mei. Data pada bulan Jun juga tidak
menujukkan pencapaian respondan pada status sahsiah terpuji namun terdapat perubahan daripada segi
peningkatan pencapaian murid pada status sahsiah baik dan pengurangan dalam status sahsiah perlukan
perhatian. Pada bulan Julai selari dengan pelaksanaan kaedah TGDOSOW, peningkatan pencapaian
murid dapat di baca melalui data yang dikongsikan dalam Jadual 1 di mana seramai 2 orang daripada
kumpulan sasaran telah memperoleh pencapaian status sahsiah terpuji. Seterusnya peningkatan
berganda dalam pencapaian ini berlaku pada bulan Ogos apabila seramai 6 orang yang dicatat mendapat
status sahsiah terpuji. Melalui pelaksanaan TGDOSOW Slip murid-murid daripada kumpulan sasaran
mengalami perubahan sikap dan mereka merasa lebih bertanggungjawab apabila tingkah laku mereka
berfokus kepada amalan baik. Data ini menyokong dapatan Slavin 1997; Honson 2003; Nik Noraini &
Noor Hisham 2018.

Pelaksanaan kaedah TGDOSOW dilihat juga sebagai satu intervensi yang dapat meningkatkan
jumlah responden yang berstatus sahsiah terpuji. Skor yang direkod dalam SSDM V2.0. Data melalui
Jadual 2 menunjukkan terdapat dua orang murid yang disasarkan berjaya memperoleh status sahsiah
terpuji berjaya pada bulan Julai dan bertambah menjadi enam orang pada bulan Ogos. Faktor intrinsik
murid yang merasa bertanggungjawab terhadap tindakan dan tutur kata yang baik serta usaha guru
sebagai faktor luaran merangsang murid-murid yang disasarkan untuk melakukan amalan baik secara
berterusan. Penyataan ini menyokongan dapatan kajian oleh Aimi Khairunnisa & Nurliana 2020. Secara
tidak langsung kes murid bermasalah turut menurun kerana mereka merasa lebih dihargai apabila
memperoleh pengiktirafan daripada guru-guru apabila melakukan amalan baik.

Pengkaji berpendapat kaedah TGDOSOW ini boleh diteruskan kepada semua murid di sekolah
kajian supaya budaya amalan baik ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk
mencapai status sahsiah terpuji melalui SSDM V2.0.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan yang diperoleh, pelaksanaan kaedah TGDOSOW dapat meningkatkan sahsiah
murid, mengurangkan masalah disiplin murid dan meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
Kaedah pelaksanaan ini jelas menghasilkan impak yang besar dalam aspek pengurusan disiplin di
sekolah. Walau bagaimanapun, pengkaji menyedari bahawa untuk meningkatkan jumlah murid yang
mencapai status sahsiah terpuji tidak boleh bergantung kepada penggunaan token. Oleh yang demikian,
pengkaji mencadangkan supaya satu kajian berkenaan hubungan antara penggunaan token dan motivasi
intrinsik dengan peningkatan sahsiah murid.

120 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


RUJUKAN

Awang Nazarudin Awang Drahman, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Mohd Isa Hamzah. 2017a. Amalan Kerohanian
Membentuk Disiplin Pelajar. Prosiding Simposium Pendidikan diPeribadikan Perspektif Risalah An-Nur
(SPRiN2017), hlm. 28–36.

Ee, Ah Meng. 1997. Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Fauziah Hanim Jalal, Nurul ‘Ain Daud & Nazariah Abd Samad. 2015. Kesan program pembangunan sahsiah

terhadap pembentukan karakter pelajar. Jurnal Bitara Edisi Khas (Psikologi Kaunseling) 8: 1–18.
Hasbullah Mat Daud, Ahmad Yussuf & Fakhrul Adabi Abdul Kadir. 2020. Pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar

melalui pembelajaran sosial menurut perspektif Islam. Journal of Social Sciences and Humanities 17(9):
75–89
Sh. Noorhidayah Syed Aziz, Khairul Anwar Mastor, Hasnan Kasan, Jurnal Pengajian Islam Issn: 1823 7126 E-Isssn:
0127-8002 2022, Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Sahsiah Pelajar Tahfiz The Factors
Affecting Personality Development Among Tahfiz Students Vol. 15, No. I, Halaman 259-271
Zuria Mahmud & Salleh Amat (1998) Guru berkesan: Kemahiran dalam menangani pelajar. Kertas kerja seminar
Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Pendidikan Guru untuk sekolah berkesan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya. 26-28 Oktober.

121 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


MENINGKATKAN TINGKAH LAKU POSITIF DALAM KALANGAN MURID KELAS BESTARI SK
LADANG MELALUI SISTEM TOKEN EKONOMI

NORWATI BINTI OMAR
SK LADANG

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengubah tingkah laku murid-murid Kelas Bestari (Program Pendidikan Khas
Integrasi) PPKI SK Ladang menggunakan sistem token ekonomi. Kajian dilakukan ke atas sampel kajian yang
terdiri daripada 4 orang murid yang bermasalah tingkah laku. Sampel kajian mempunyai masalah tingkah laku
negatif sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam serta aktiviti luar bilik darjah. Reka bentuk kajian
menggunakan kaedah kuantitatif di mana kekerapan tingkah laku dikumpulkan. Kaedah pengumpulan data
dilakukan secara pemerhatian dan senarai semak selama 2 bulan yang melibatkan sebelum, semasa dan
selepas intervensi dilaksanakan. Data yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk graf palang bagi melihat
perubahan yang berlaku sepanjang kajian dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sistem token
ekonomi dapat mengurangkan tingkah laku negatif dikalangan murid.
Kata Kunci: PPKI, tingkah laku negatif, bermasalah, pengajaran dan pembelajaran, sistem token ekonomi

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Kajian ini memberi tumpuan kepada pengurangan tingkah laku negatif serta meningkatkan perubahan
tingkah laku yang sesuai menggunakan Sistem Token Ekonomi kepada murid PPKI Kelas Bestari SK
Ladang.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah untuk:

1.Mengurangkan masalah tingkah laku negatif dikalangan murid PPKI Kelas Bestari.
2.Meningkatkan tingkah laku yang baik dikalangan murid PPKI Kelas Bestari.

PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini persoalan berikut dikemukakan:

1.Bagaimana cara mengurangkan masalah tingkah laku negatif dikalangan murid PPKI Kelas Bestari?
2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik?

KEPENTINGAN KAJIAN
Pengurusan tingkah laku di dalam kelas merupakan aspek penting dalam Pendidikan Khas yang setakat
ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Pengurusan tingkah laku penting untuk murid berkeperluan
khas, kerana tingkah laku yang terurus akan menyumbang kepada pembinaan kemahiran dalam domain
perkembangan lain. Pengurusan tingkah laku boleh diistilahkan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada dari segi akademik mahupun sosial. Ini bermakna, tanpa perubahan tingkah laku

122 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran, guru perlu mengenal pasti faktor dan
intervensi terhadap sesuatu tingkah laku, Lebih-lebih lagi dalam kalangan murid yang bermasalah
pembelajaran.

Tujuan kajian dijalankan untuk melihat sejauh mana masalah tingkah laku murid dapat diubah dengan
menggunakan Token Ekonomi.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah laku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku
yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah. Maka jika mengikut definisi-
definisi yang telah dinyatakan, pengertian tingkah laku bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan atau
perbuatan yang menimbulkan kesukaran atau terkeluar dari norma sosial dalam masyarakat. Kesulitan
atau kesukaran yang dinyatakan ialah apa yang berlaku di dalam bilik darjah apabila adanya murid yang
melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran berkesan bermaksud seseorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan
yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik
profesional yang tinggi (Dunne, R.& Wragg, T.1994). Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan
menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan
mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu
dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses
pembelajaran.

Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh guru
yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada pelajar dan
berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu jadual kekerapan tingkah laku sampel
digunakan. Kajian ini memberi peluang kepada guru untuk mengesan tingkah laku yang paling ketara dan
kerap ditunjukkan oleh sampel kajian dan melihat sejauh mana keberkesanan ganjaran token ekonomi
dapat mengubah tingkah laku murid PPKI Kelas Bestari SK Ladang.

Kumpulan Sasaran

Seramai 4 orang murid lelaki telah dipilih sebagai sampel kajian. Terdiri daripada seorang murid
haiperaktif, seorang murid autisme serta dua orang murid lewat perkembangan. Mereka berada di Kelas
Bestari SK Ladang dan merupakan murid program pendidikan khas integrasi (PPKI). Mereka selalu
menunjukkan tingkah laku negatif sepanjang proses pengajaran dan pengajaran di dalam dan luar bilik
darjah.

123 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Aktiviti/Intervensi

Mewujudkan sistem token sebagai ganjaran kepada murid setiap kali murid menunjukkan tingkah laku
yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar bilik darjah. Kaedah ekonomi token
merupakan suatu kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi dan
dipersetujui oleh guru dan murid-murid. Guru menyediakan satu carta nama (kad ganjaran) murid-murid
dan akan menulis nama murid tersebut pada kad dalam kelas dan meletakkan token. Apabila seseorang
murid melakukan tingkah laku positif, dia akan diberikan token ekonomi seperti bintang atau pelekat.
Bintang atau pelekat itu akan dilekatkan pada carta nama murid dan apabila bilangan ekonomi token itu
mencukupi seperti yang dipersetujui maka murid tersebut akan menerima hadiah. Namun apabila murid
tersebut melakukan tingkah laku negatif maka guru akan memberikan amaran dan akan menolak bilangan
bintang atau pelekat daripada carta nama setelah amaran secara lisan diberikan beberapa kali.

Kaedah pengumpulan data

Segala maklumat tentang sampel yang terlibat dalam kajian ini diperolehi melalui “Borang Maklumat
Murid” yang diberikan kepada guru kelas untuk dilengkapkan. Bagi mengenal pasti tingkah laku yang
negatif dikalangan sampel, “Borang Soal Selidik (1)” dibuat dan pemerhatian kali pertama dijalankan
terhadap setiap sampel kajian. Setelah mengenal pasti tingkah laku negatif yang kerap dilakukan oleh
sampel, satu lagi “Borang Soal Selidik (2)” dibuat untuk dijalankan pemerhatian yang disusuli dengan
ganjaran token ekonomi diberikan.

Akhir sekali, pengkaji boleh mengetahui kekerapan tingkah laku melalui pemerhatian berdasarkan
“Borang Soal Selidik” serta sejauh mana pemberian token ekonomi dapat mengurangkan tingkah laku
setiap sampel. Ianya dilakukan sepanjang tempoh 2 bulan dan sebanyak 4 kali pemerhatian dijalankan
ke atas sampel. Jadual dibawah menunjukkan ringkasan tentang cara pengumpulan data yang akan
dijalankan.

Jadual 1
Pengumpulan Data

MINGGU
BIL AKTIVITI

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

1 Mengumpul maklumat murid.

2 Mengenal pasti tingkah laku negatif yang kerap dilakukan
oleh murid (Borang Soal Selidik (1))

3 Pemerhatian berdasarkan borang soal selidik (2) mengikut
kekerapan yang dilakukan.

4 Menyediakan kad ganjaran yang dilekatkan di dalam bilik
darjah.

5 Pemberian token ekonomi (pelekat) diberikan bagi tingkah
laku yang baik sepanjang pemerhatian dijalankan.

6 Ganjaran diberikan jika sampel berjaya memenuhi kad
ganjaran dengan pelekat (sticker).

124 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Instrumen pengumpulan data

Senarai semak digunakan sepanjang pemerhatian dijalankan di dalam dan luar bilik darjah semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Data dikumpul berdasarkan kekerapan tingkah laku
yang dilakukan oleh sampel sepanjang tempoh 2 bulan.

Kaedah analisis data

Menggunakan kaedah deskriptif (kekerapan)
Langkah 1: Pemerhatian serta penggunaan 30 soalan daripada senarai semak berkenaan tingkah laku
negatif murid.
Langkah 2: Berdasarkan pemerhatian pada Langkah 1, satu lagi senarai semak disediakan yang
mempunyai 6 soalan berkenaan tingkah laku negatif murid yang kerap dilakukakan di dalam bilik darjah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 3: Intervensi dilaksanakan dengan mewujudkan kad bagi murid sasaran untuk dilekatkan pelekat
(sticker) sebagai ganjaran terhadap tingkah laku yang baik.
Langkah 4: Setelah pelekat mencapai pada bahagian hadiah, murid akan diberikan ganjaran yang
dipersetujui bersama antara murid dan guru.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada hasil pemerhatian yang diperolehi dapatlah dirumuskan secara gambarajah graf di
bawah. Berdasarkan graf berkenaan menunjukkan terdapat perubahan kekerapan tingkah laku setelah
sistem token ekonomi diperkenalkan dan diberikan ganjaran kepada sampel kajian. Sampel cuba
mengelakkan daripada melakukan tingkah laku negatif untuk mendapatkan pelekat (sticker) bagi
memenuhi ruang yang telah disediakan pada kad yang telah dilekatkan didalam bilik darjah.

Murid juga telah mula belajar mematuhi arahan yang diberikan oleh guru serta proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seiring dengan perubahan tingkah laku
yang ditunjukkan. Sampel kajian akan saling mengingati antara satu sama lain dan bersaing secara sihat
untuk mendapatkan pelekat bagi memenuhi kad ganjaran untuk ditukarkan kepada hadiah yang
dipersetujui dengan guru.

Guru juga dapat mengesan perubahan tingkah laku sampel kajian yang sentiasa menantikan
kehadiran guru untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya terdapat perbezaan
antara sebelum dan selepas kajian dijalankan.

125 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 1: Pemerhatian kekerapan tingkah laku murid S1
126 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 2: Pemerhatian kekerapan tingkah laku murid S2

Rajah 3: Pemerhatian kekerapan tingkah laku murid S3
127 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 4: Pemerhatian kekerapan tingkah laku murid S4

PERBINCANGAN

Kajian yang dijalankan menggunakan sistem token ekonomi sebagai proses bagi mengurangkan tingkah
laku negatif. Kekerapan tingkah laku yang iyunjukkan oleh sampel kajian sebelum sistem token ekonomi
diperkenalkan adalah pada tahap yang tinggi tumpuan terhadap pengajaran guru juga terjejas disebabkan
masalah tingkah laku. Namun selepas sistem token ekonomi diperkenalkan kepada sampel kajian,
terdapat penurunan tingkah laku negatif. Sampel kajian dilihat dapat mengawal tingkah laku negatif
sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dirumuskan bahawa tingkah laku murid dapat diubah
cuma memerlukan satu jangka masa yang panjang. Sistem token ekonomi iaitu memberikan ganjaran
dapat memberikan kesan yang positif dalam membentuk tingkah laku yang baik dikalangan murid.

Guru juga perlu mewujudkan hubungan yang rapat dengan murid agar mereka berasa selamat
dan selesa untuk berada bersama guru. Boleh berkomunikasi tanpa sebarang jurang dan dapat
berbincang tentang pelajaran dengan selesa. Apabila wujudnya hubungan yang rapat diantara guru
dengan murid, akan lebih mudah bagi guru untuk membentuk tingkah laku murid berkenaan.

Selain itu peneguhan yang positif iaitu sentiasa memberikan kata-kata pujian terhadap tingkah
laku yang baik. Setiap kali murid melakukan tingkah laku yang baik kata-kata pujian dapat memberi
keyakinan dan rasa dihargai oleh guru terhadap diri murid.

RUMUSAN

Menangani masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan
khas bukanlah suatu tindakan yang mudah. Guru dan ibu bapa perlu memikirkan strategi pencegahan
ataupun strategi mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dalam diri kanak-kanak tersebut.
Kegagalan menangani masalah tingkah laku negatif ini sering kali membuatkan ibu bapa dan guru
mengeluh dan berasa kecewa.

128 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


RUJUKAN

Ee Ah Meng (1993). Pedagogi – Satu pendekatan bersepadu. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jamila Mohd Kutty, Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa, PTS Publishing.
Rosliza binti Abdul Wahab (2015). Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Tumpuan dan

Haiperaktif (ADHD). Universiti Sains Malaysia.
https://dokumen.tips/documents/kajian-tindakan-peng-tingkah-laku.html
https://purecurv3.blogspot.com/2020/12/pengurusan-tingkah-laku-murid.html

129 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


MENINGKATKAN PEMERKASAAN AKTIVITI “PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)”
DALAM KALANGAN GURU BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN MEGAT PANJI ALAM

AHMAD KAMALARIFFIN BIN MOHD NOOR
ROSLINA WATI BINTI MOHAMAD SOR

TUAN SHARIFAH AISHAH BINTI TUAN IBRAHIM

SMK Megat Panji Alam, Kuala Terengganu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan pemerkasaan dengan aktiviti Professional Learning Community (PLC)
secara berterusan bagi meningkatkan PdPc dalam kalangan Guru Bidang Teknik dan Vokasional (VOTEK) Sekolah
Menengah Kebangsaan Megat Panji Alam (SMK Megat Panji Alam) melalui aktiviti PLC. Berdasarkan pemerhatian,
guru-guru bermasalah untuk melaksanakan aktiviti, memasukkan data dan mendokumenkan aktiviti PLC dalam
SPLKPM. Tinjauan awal yang dilakukan melalui soal selidik dan laporan data SPLKPM mendapati guru-guru tiada
masa untuk mendokumenkan laporan PLC menyebabkan sasaran ketetapan untuk PLC tidak mencapai sasaran
sebanyak 10 kali setahun. Seramai Sembilan (9) orang Guru Bidang VOTEK terlibat dalam kajian ini. Kajian ini
dijalankan selama Dua (2) bulan mengikut ketetapan jadual dan dipantau oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik
dan Vokasional. Aktiviti ini dilaksanakan secara kitaran berfasa supaya dapat dilaksanakan secara berterusan.
Kaedah PCOS (Plan, Coordination, Observe, Summarize) of My Team diperkenalkan iaitu guru-guru akan
melaksanakan aktiviti PLC secara Empat (4) fasa untuk melengkapkan kitaran tersebut. Secara tidak langsung,
Empat (4) kali aktiviti PLC sekaligus dapat dilaksanakan dan direkodkan dalam SPLKPM dalam tempoh Dua (2)
bulan.

Kata kunci: PLC, SPLKPM, fasa, dokumen, rekod

REFLEKSI KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menjayakan PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus
secara menyeluruh dan bersepadu. Disamping itu, meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan
pembelajaran guru serta menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan
bekerjasama dalam kalangan guru bidang Teknik dan Vokasional SMK Megat Panji Alam melalui aktiviti
PLC.

Ketika kajian ini dilaksanakan, guru-guru menghadapi kekangan masa kerana terikat dengan SOP Fasa
Endemik, pelbagai aktiviti sekolah dilaksanakan mengikut Peralihan Fasa Endemik Covid-19. Kami perlu
fokus kepada PdPc dan mengulang semula pembelajaran kepada pelajar kerana ramai pelajar tidak
menyertai kelas PdPR dan ketinggalan. Ini menyukarkan kepada kami untuk melaksanakan aktiviti PLC.

Namun begitu, inisiatif pihak sekolah memasukkan PLC dalam jadual waktu guru-guru setiap hari Isnin
menjadikan PLC sebagai rutin mingguan sedikit sebanyak membantu kepada pelaksanaan PLC ini.
Sungguhpun begitu, guru-guru masih mempunyai kekangan masa kerana apabila memasuki fasa
endemik, pelbagai program dan mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak KPM, JPN, PPD dan agensi luar
perlu dilaksanakan dan memerlukan komitmen yang padu. Maka, kami Guru VOTEK mula menyahut

130 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


cabaran untuk menjadi responden kajian tindakan daripada pihak sekolah untuk memperkasakan aktiviti
PLC.
Kami memulakan kajian dengan membuat analisis data daripada SPLKPM dan menjalankan soal selidik.
Perancangan aktiviti dan kaedah yang dijalankan ialah PCOS (Plan, Coordination, Observe, Summarize)
of My Team yang melibatkan Empat (4) fasa untuk melengkapkan satu kitaran PLC. Kerjasama dan
sokongan padu yang diterima daripada pihak pentadbir sekolah dan warga guru menguatkan lagi kajian
ini dijalankan. Sasaran kajian ini melibatkan Sembilan (9) orang Guru Bidang VOTEK SMK Megat Panji
Alam.

PENYATAAN MASALAH

Tinjauan awal melalui analisis dokumen (data SPLKPM) mendapati guru-guru hanya merekodkan aktiviti
PLC sebanyak Satu (1) hingga Tiga (3) kali sepanjang tahun 2021. Ini secara puratanya guru-guru hanya
melaksanakan PLC sekali dalam tempoh Tiga (3) bulan. Data ini tidak mencapai sasaran kerana
penetapan sasaran pelaksanaan aktiviti PLC adalah minimum sekali sebulan. Namun begitu, ada
dikalangan guru-guru yang melaksanakan PLC tetapi tidak mendokumenkan aktiviti tersebut
menyebabkan tiada dalam data SPLKPM.

Punca yang menyebabkan kurangnya pemerkasaan PLC adalah kekangan masa, kekurangan
pengetahuan dalam kaedah PLC dan tidak mendokumenkan aktiviti PLC dalam SPLKPM setelah PLC
dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti punca aktiviti PLC kurang dilaksanakan dikalangan Guru Bidang Teknik dan Vokasional
SMK Megat Panji Alam.

2. Meningkatkan pemerkasaan aktiviti PLC dalam kalangan Guru Bidang Teknik dan Vokasional SMK
Megat Panji Alam.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah punca-punca aktiviti PLC kurang dilaksanakan dikalangan guru bidang Teknik dan Vokasional
SMK Megat Panji Alam?

2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pemerkasaan aktiviti PLC dalam
kalangan Guru Bidang Teknik dan Vokasional SMK Megat Panji Alam?

TINJAUAN LITERATUR

PLC adalah singkatan kepada Program Professional Learning Community yang merujuk kepada para
pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau
kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka, (Rosenholtz, 1989;
Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006,). Kruse, Louis dan Bryk (1995) membincangkan
lima ciri PLC: (1) dialog reflektif, (2) fokus pada pembelajaran pelajar, (3) interaksi antara rakan guru, (4)
kolaborasi dan (5) norma dan nilai berkongsi. Saad, Walsh, Mallaburn dan Brundrett (2017) telah
131 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


menjalankan kajian dalam kalangan guru sekolah menengah atas dengan menggunakan rakan sebaya
sebagai strategi PLC dan dapatan mereka menunjukkan guru adalah lebih bermotivasi, dapat berkongsi
kepakaran dan menyumbang kepada proses pembangunan kendiri.

Yee, B.C. (2019) melalui SPPK menyatakan PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-
murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal
insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara. Pelaksanaan PLC adalah untuk
menarik penyertaan seluruh stake holder dan warga pendidik menjayakan NKRA dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).

METODOLOGI KAJIAN

a) Kumpulan Sasaran

Seramai Sembilan (9) orang Guru Bidang Teknik dan Vokasional SMK Megat Panji Alam terlibat dalam
kajian ini.

b) Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan

PCOS (Plan, Coordination, Observe, Summarize) of My Team

Aktiviti ini melibatkan:

1) Mengadakan PLC secara berkala seperti yang diperuntukkan dalam jadual waktu (setiap hari isnin).

Kekangan masa merupakan masalah kepada pelaksanaan PLC dalam kalangan guru bidang Teknik
Vokasional. Hasil temubual bersama beberapa orang guru mengenai masa untuk melaksanakan PLC,
didapati mereka sangat sibuk dengan aktiviti sekolah setelah negara memasuki fasa endemik.
Kadangkala mereka terpaksa menghadiri kursus atau mesyuarat di sekolah atau luar sekolah, mengiringi
murid menyertai pertandingan akademik dan ko-akademik serta sukan di luar sekolah. Oleh sebab itu,
setiap guru diberi peruntukan waktu selama satu jam seminggu untuk PLC dalam jadual masing-masing.
Pada hari berkenaan guru-guru boleh merancang dan melaksanakan PLC sama ada secara formal atau
tidak formal. Sekiranya guru mempunyai tugasan luar pada waktu tersebut, mereka akan merancang
untuk melaksanakannya pada waktu lain dalam minggu tersebut. Ketua kumpulan akan merekodkan data
berkenaan ke SPLKPM setelah aktiviti PLC dilaksanakan.

2) Penyelarasan aktiviti PLC secara Empat (4) fasa untuk melengkapkannya menjadi Satu (1) kitaran
topik utama.

Ketua kumpulan akan merekodkan data ke SPLKPM setelah aktiviti PLC dilaksanakan mengikut fasa.
Secara ringkasnya, Empat (4) kali laporan PLC dapat dilaporkan dan direkodkan dalam SPLKPM. Ini
sekaligus membolehkan ahli panitia didedahkan dengan pelbagai kaedah PLC seperti Teacher Sharing
dan Learning Walk.

a) Fasa 1 (Plan/Perancangan) – perbincangan tajuk dan isu dalam pemerkasaan aktiviti PLC (Teacher
Sharing Sessions).
132 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Click to View FlipBook Version