Gambar 3.1: Contoh Bahan ‘REER’
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle merupakan model yang
biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model
ini iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe). Oleh
itu, sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam kajian tindakan, tinjauan awal telah
dibuat terhadap masalah yang telah dikenal pasti. Langkah-langkah yang telah dilakukan adalah
berdasarkan pemerhatian, soal selidik dan pemeriksaan lembaran kerja. Kajian ini menggunakan
kaedah pemerhatian, soal selidik dan hasil latihan murid (fokus kepada latihan menulis dan
bertutur mata pelajaran Bahasa Melayu) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan kajian.
Seramai 22 orang responden dipilih dalam kajian ini untuk menjawab soal selidik yang diedarkan.
Soal selidik prakajian ini diedarkan pada 13 Jun 2022 dan dijawab oleh 22 murid Tingkatan 3 Nur
yang hadir pada hari berkenaan. Soalan pascakajian diberikan kepada murid selepas sebulan
menjalani sesi intervensi Program ‘REER’.
33 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Pengumpulan Data Awal
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam kajian tindakan, tinjauan awal telah dibuat
terhadap masalah yang telah dikenal pasti. Langkah-langkah yang telah dilakukan
adalah berdasarkan pemerhatian, pemeriksaan lembaran kerja dan soalan prakajian. Kami telah
melaksanakan pemerhatian terhadap murid dan temubual bersama guru-guru yang mengajar
kelas responden yang dipilih. Kami fokus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai kayu
pengukur keberkesanan kajian ini.
i) Pemerhatian:
Kami telah memerhatikan tingkah laku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Kami mendapati murid-murid tersebut mempunyai masalah dalam
mengemukakan isi terhadap isu yang dibincangan serta masalah dalam mengolah isi yang
telah diberikan kerana kurang pengetahuan dalam diri murid-murid.
ii) Pemeriksaan lembaran kerja: Analisis Dokumen
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran murid akan menyerahkan hasil lembaran
kerja. Setelah disemak, kami mendapati murid-murid gagal menghasilkan perenggan yang
berkembang dan berwacana. Pilihan kosa katanya juga amat terhad. Hal ini dapat dijelaskan
menerusi Rajah 3.1.
Gambar 3.2: Contoh Lembaran Kerja Murid
iii) Soal Selidik (Prakajian)
Soalan Prakajian telah diberikan kepada murid untuk mengetahui tahap amalan
membaca.
34 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 3.1
Respons amalan membaca dalam kalangan murid
Bil Soalan Jawapan Bil
Responden
Adakah anda minat Ya
1 membaca? 15
Tidak
Berapa kerapkah anda 7
membaca bahan ilmiah 1
2 sehari? Tandakan ( / ) pada 2 6
ruang yang disediakan. 3 12
4 2
Apakah tujuan anda Lebih daripada 5 2
3 membaca? Boleh tanda (/) Menambahkan pengetahuan 0
Medapatkan ilmu 14
lebih daripada satu. Mengisi masa lapang (hobi) 12
Buku cerita/Novel 9
Apakah jenis bahan bacaan Buku teks sekolah 17
4 yang Majalah ilmiah (Solusi/Dewan 7
Siswa/Muslimah) Surat Khabar
anda baca? Majalah Hiburan 3
Komik
Berapakah bilangan bahan 1 4
5 bacaan yang and abaca 2 9
3 0
dalam sebulan? 4 8
Lebih daripada 5 3
6 Apakah medium bacaan yang Bercetak 0
anda gemari? Komputer 11
Telefon Pintar/Tablet 7
Apakah sebab utama anda Malas 2
7 membaca? Boleh (/) lebih Buat Kerja sekolah 20
Bermain 3
daripada satu. Membosankan 18
Tidak minat membaca 6
0
1
35 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 3.2: Soal selidik PraKajian Amalan Membaca
36 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Instrumen Pengumpulan Data
Pengumpulan data dilakukan secara kuantitatif iaitu soal selidik responden, menganalisis laporan
hasil latihan responden selepas program ‘REER’ dilaksanakan dan juga melalui pemerhatian
secara berstruktur.
Kaedah Analisis Data
Kaedah penganalisian data menggunakan alat pengukuran peratusan dan dikira secara manual.
DAPATAN KEBERKESANAN INTERVENSI
Dapatan awal kajian ini merujuk data statistik pencapaian NILAM sekolah. Data tersebut dirujuk
bertujuan untuk melihat antara data yang diperoleh melalui program NILAM dengan situasi
semasa kaedah pemerhatian yang dilakukan sepanjang tempoh kajian dilakukan. Data dikutip
semasa membuat pemerhatian pada waktu pagi antara 7.30-8.00 pagi sebelum sesi
pembelajaran bermula.
Pemerhatian awal telah dilakukan selama dua minggu dan melalui pemerhatian tersebut
didapati amalan membaca dalam kalangan murid amat rendah. Hampir keseluruhan murid tidak
menunjukkan aktiviti membaca diamalkan pada waktu sebelum pembelajaran bermula, pada
waktu rehat dan juga pada waktu ketiadaan guru di kelas kerana guru tidak hadir atau mempunyai
urusan lain. Pemerhatian dilakukan selama dua minggu sebelum program intervensi dilakukan.
Sepanjang tempoh pemerhatian aktiviti membaca boleh dirumuskan tidak berlaku sama sekali.
Justeru itu, Program REER telah dipilih sebagai program intervensi untuk membugarkan
kembali amalan membaca dalam kalangan murid. Program ini dilaksanakan selama sebulan
terhadap responden yang terdiri daripada 22 orang murid Tingkatan 3 Nur.
Dapatan tinjauan awal daripada 22 responden menunjukkan bahawa bahan bacaan yang
digemari oleh murid merupakan bahan bacaan yang ringkas dan padat serta menarik perhatian
untuk dibaca dan juga mudah untuk difahami. Bahan REER yang telah disediakan telah dapat
menarik minat murid untuk membaca sekurang-kurangnya 10-30 minit sehari. Berdasarkan kajian
yang dilakukan ke atas 22 responden tersebut, Program ‘REER’ ini memberikan impak yang
positif. Sepanjang sebulan program dijalankan serta berdasarkan soal selidik pascakajian
program dengan 22 responden mendapati 100% objektif kajian dapat dicapai. Hasil soal selidik
mendapati 100% (22 orang) responden telah mula minat untuk membaca berbanding sebelum
intervensi dilakukan hanya 68% (15 orang) responden yang minat untuk membaca.
Sebagai guru dan pendidik di sekolah ini, kami berasa suatu kejayaan yang
membanggakan apabila melihat peningkatan minat murid-murid untuk bugarkan kembali amalan
membaca. Program ‘REER’ ini mewujudkan minat dan keseronokan dalam jiwa mereka untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dan mevariasikan disiplin ilmu dalam diri mereka. Bahan yang
mudah, ringkas dan padat serta berwarna dapat menarik minat untuk murid-murid membaca. Hal
ini dapat dibuktikan melalui pendapat Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca
sebagai proses untuk memperoleh tafsiran tantang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Pendekatan ‘REER” ini mampu menarik minat untuk membaca dan seterusnya murid
memahami bahan yang dibaca. Program ini juga telah dapat menarik minat 86% responden untuk
membaca selain di sekolah. 95% responden telah dapat meningkatkan kemahiran menulis dan
37 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
bertutur terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kerana mereka telah mempunyai input
hasil daripada program ‘REER’ dan peningkatan amalan membaca mereka di luar waktu
persekolahan. Hal ini membuktikan bahawa responden telah dapat mevariasi tahap disiplin ilmu
apabila mereka dapat menulis karangan dengan baik dan bertutur dengan mengemukakan isi
yang bernas.
i) Soal Selidik (Pascakajian)
Soalan Pascakajian telah diberikan kepada murid untuk mengetahui tahap amalan
membaca selepas intervensi (Program ‘REER’) dilaksanakan kepada respondens.
Jadual 3.2:
Respons kesan Program ‘REER” terhadap amalan membaca dalam kalangan murid
BIL Soalan Jawapan Bil Responden / %
22 100%
1 Adakah Program ‘REER’ telah menarik YA 0 0%
22 100%
minat membaca anda untuk membaca di 0 0%
22 100%
sekolah? TIDAK 0 0%
2 Adakah murid dapat meningkatkan ilmu YA 19 86%
3 4%
pengetahuan melalui Program “REER”?
21 95%
TIDAK 1 5%
3 Adakah Program “REER” ini dapat YA
mevariasikan disiplin ilmu murid (dapat
mempelbagaikan bahan bacaan dalam TIDAK
bidang ilmu)?
4 Adakah program “REER” ini telah menarik YA
minat murid untuk membaca selain di
sekolah (di rumah atau di mana-mana TIDAK
sahaja)?
5 Adakah Program “REER” ini membantu YA
murid meningkatkan kemahiran menulis dan
bertutur? TIDAK
38 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 3.3: Carta Bar: Keputusan Soal Selidik PascaKajian Intervensi Program ‘REER’
39 | KAJIAN TINDAKAN 2022
i) Analisis Pencapaian Latihan Penulisan Karangan Respons Terbuka Responden
Jadual 3.3
Analisis Latihan Penulisan Karangan
BIL KUMPULAN MARKAH MARKAH PENAMBAHAN
SASARAN SEBELUM SELEPAS /PENURUNAN
PROGRAM PROGRAM
1 RESPONDEN A INTERVENSI INTERVENSI MARKAH
2 RESPONDEN B (BEZA MARKAH
3 RESPONDEN C ‘REER’ ‘REER’
4 RESPONDEN D 8/30 25/30 +/-)
5 RESPONDEN E 8/30 26/30 +17
6 RESPONDEN F 6/30 23/30 +18
7 RESPONDEN G 3/30 21/30 +17
8 RESPONDEN H 7/30 25/30 +18
9 RESPONDEN I 6/30 24/30 +18
10 RESPONDEN J 8/30 23/30 +18
11 RESPONDEN K 10/30 25/30 +15
12 RESPONDEN L 8/30 26/30 +15
13 RESPONDEN M 8/30 23/30 +18
14 RESPONDEN N 7/30 16/30 +15
15 RESPONDEN O 8/30 21/30 +9
16 RESPONDEN P 6/30 21/30 +18
17 RESPONDEN Q 6/30 21/30 +15
18 RESPONDEN R 8/30 23/30 +15
19 RESPONDEN S 8/30 18/30 +15
20 RESPONDEN T 8/30 18/30 +10
21 RESPONDEN U 8/30 23/30 +10
22 RESPONDEN V 8/30 20/30 +15
6/30 17/30 +12
3/30 21/30 +11
8/30 20/30 +18
+12
40 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERBINCANGAN - CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin
baik dalam penulisan walaupun belum mencapai markah seratus peratus dalam latihan yang diberikan.
Murid juga telah berkeyakinan untuk bertutur kerana mereka telah mempunyai input atau pengetahuan
mengenai sesuatu isu melalui pembacaan bahan ‘REER’ dan bahan lain. Program ini juga sesuai
digunakan untuk murid- murid semua tingkatan 1 hingga 5 atau dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa
Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam. Program ini perlu dilaksanakan secara berterusan di mana
program ini boleh ditambah baik dengan pelaksanaan boleh dilakukan pada waktu rehat murid di kantin
dan juga pada waktu jadual gantian guru (relief). Kajian ini akan lebih berkesan jika dijalankan dalam
tempoh masa yang lebih lama dan bilangan responden lebih ramai. Kajian ini akan ditambah baik dari
semasa ke semasa. Sebagai kesimpulannya, kajian tindakan yang kami lakukan ini sangat memberi
manfaat kepada murid untuk meningkatkan tahap budaya membaca dan mevariasi tahap disiplin ilmu
dalam diri mereka.
Gambar 3.3: Pelaksanaan Intervensi Program ‘REER’ Terhadap Responden
dalam kelas selama 10 minit sebelum PdPc
Gambar 3.4: contoh hasil kerja murid selepas pelaksanaan Program ‘REER’
41 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUMUSAN
Kajian ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid SMK Chendering bagi membugarkan kembali
amalan membaca yang telah dipinggirkan kerana arus pemodenan teknologi maklumat. Data diperoleh
daripada 22 orang murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang berbeza untuk
menjawab soal selidik yang diberikan. Tabiat membaca merupakan satu tabiat atau amalan yang
seharusnya dipupuk sejak kanak-kanak lagi untuk membentuk budaya membaca dalam diri seseorang.
Memang sukar untuk menggalakan murid membaca kerana mereka mungkin berasal daripada
persekitaran atau keluarga yang sememangnya tidak suka membaca malahan ada juga yang
sosioekonomi mereka rendah dan mereka perlu memenuhi keperluan lain daripada membeli bahan
bacaan. Oleh sebab isu ini merupakan isu nasional, seluruh negara seharusnya mengembleng tenaga
dan idea untuk membina generasi masyarakat yang berbudaya membaca. Semua pihak harus
memainkan peranan untuk menjayakannya. Sesebuah masyarakat akan maju dan sempurna dari segi
fikiran dan fizikalnya terdiri daripada masyarakat yang latar belakangnya suka membaca. Hal ini dapat
dibuktikan dengan tokoh pemimpin negara Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang tidak lekang dengan hasil
cetusan idea yang segar dan berani sehingga digelar Pencetus Minda Malaysia yang telah memahat
nama Malaysia di setiap pelosok dunia. Berbekalkan daya intelektual yang tinggi hasil daripada
pembacaan yang luas dan bersandarkan kepada pemikiran strategi yang dimiliki beliau terus memacu
negara Malaysia kearah negara maju (MyESEI-Tun Dr. Mahathir: Ikon Membaca Kebangsaan-
azzaraffiee.blogspot.com). Justeru itu semua guru, ibu bapa, dan masyarakat perlulah terlibat secara
langsung dalam membugarkan kembali budaya membaca dalam kalangan murid sekolah. Meminjam
kata-kata Presiden Soekarno “Berteman seribu orang pemuda yang gagah, aku mampu memecakan
Gunung Semeru namun dengan hanya sepuluh pemuda yang bersifat revolusionar aku mampu
menggongcang dunia”. Oleh itu, marilah kita sama-sama memulakan ‘revolusi membaca’ supaya menjadi
budaya dan seterusnya dapat memacu masyarakat dan negara kea rah kemajuan standing negara maju
yang lain.
42 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Jadual 3.4
Jadual Pelaksanaan Kajian Program ‘REER’ SMK Chendering
Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan
1 Kursus Kajian Tindakan Pengurusan dan 23-24 Mac 2022 Selesai
Kepimpinan Pendidikan (Dalam Talian)
2 Perbincangan kumpulan untuk memilih tajuk 9 Mei 2022 Selesai
3 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 17 Mei 2022-02 Jun 2022 Selesai
awal
4 Menulis proposal kajian 01 Jun 2022 Selesai
5 Menyediakan bahan program yang sesuai 18 Mei-12 Jun 2022 Selesai
6 Menjalankan praujian kajian 13 Jun 2022 Selesai
7 Melaksanakan tindakan 19 Jun 2022 Selesai
8 Menjalankan ujian keberkesanan teknik yang 27 JULAI 2022 Selesai
digunakan (Ujian Pascakajian)
9 Refleksi kajian 1 Ogos 2022 Selesai
10 Menulis laporan kajian 15 Jun 2022-10 Ogos 2022 Selesai
11 Penghantaran dapatan kajian 15 Ogos 2022 Selesai
selesai
Pembentangan (KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
12 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN) 15 Ogos 2022
secara rakaman video
43 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
BAHAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN
Kos Kajian
Kos yang diperuntukan untuk kajian Tindakan ini adalah seperti berikut:
Bil Bahan Kuantiti Kos (per unit) Kos
(RM) (RM)
1 Majalah Lama 100 Buah 2.00 200.00
80.00 160.00
2 Plastik Limina(Liminate 2 rim (200
40.00 280.00
Plastic)-saiz A3 keping)
660.00
3 Plastik Limina(Liminate 7 rim (700
Plastic)-saiz A4 keping)
JUMLAH
Rajah 3.4: Anggaran Belanjawan Kajian TIndakan
RUJUKAN
Adam Zulkarnain Saleng, Amir Hasan Dawi. Kajian Budaya Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.
Kajian Kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Anuar Ridhwan (2013). ‘Generasi Y mula hilang minat budaya cetak’. Berita Harian 25/2/2013.
https: azzaraffiee.blogspot.com
https: //www.utusan.com.my
Kajian Profil Minat Membaca 2005 (2006). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Khairul Anwar bin Johari, Hanimarlia binti Hassan. Kajian Terhadap Minat Membaca Di Kalangan Pelajar Kolej
Komuniti Ledang. Kolej Komuniti Ledang.
Kepentingan Amalan Membaca Kepada Masyarakat. https://sinarharapan3.blogspot.com
Laupa Junus (2021). Rakyat Malaysia Membaca Tidak Melebihi 3 Jam Seminggu. Utusan.
Mohd Azlim Zainury (13 Mei 2020). https://www.sinar harian.com.my.
Yusof, N.A (2001). Budaya Membaca Masih Rendah. Berita Harian.
44 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
LAMPIRAN
SOALAN PRAKAJIAN
BORANG SOAL SELIDIK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID
SMK CHENDERING
ARAHAN: Sila jawab semua soalan kajian di bawah dengan jujur.
1. Adakah anda minat membaca?
A. YA B. TIDAK
2. Berapa kerapkah anda membaca bahan ilmiah sehari? Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.
1 2 3 4 LEBIH
DARIPADA 5
3. Apakah tujuan anda membaca? Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan. Boleh (/) lebih daripada satu.
Menambahkan pengetahuan
Medapatkan ilmu
Mengisi masa lapang (hobi)
4. Apakah jenis bahan bacaan yang anda baca?
Buku cerita/Novel
Buku teks sekolah
Majalah ilmiah (Solusi/Dewan Siswa/Muslimah)/Surat Khabar
Majalah Hiburan (contoh: Mangga, Remaja, Nona)
Komik
5. Berapakah bilangan bahan bacaan yang anda baca dalam sebulan?
12 3 4 LEBIH
DARIPADA 5
6. Apakah medium bacaan yang anda gemari?
Bercetak
Komputer
Telefon Pintar/Tablet
7. Apakah sebab utama untuk anda tidak membaca? Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan. Boleh (/)
lebih daripada satu.
Malas
Buat Kerja sekolah
Bermain
Membosankan
Tidak minat membaca
45 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
SOALAN PASCAKAJIAN
BORANG SOAL SELIDIK AMALAN MEMBACA PROGRAM ‘REER’ DALAM KALANGAN MURID SMK
CHENDERING
ARAHAN: Sila jawab semua soalan kajian di bawah dengan jujur.
1. Adakah Program ‘REER’ telah menarik minat membaca anda untuk membaca di sekolah?
B. YA B. TIDAK
2. Adakah murid dapat meningkatkan ilmu pengetahuan melalui Program “REER”?
A. YA B. TIDAK
3. Adakah Program “REER” ini dapat mevariasikan disiplin ilmu murid(dapat mempelbagaikan bahan
bacaan dalam bidang ilmu)?
A. YA B. TIDAK
4. Adakah program “REER” ini telah menarik minat murid untuk membaca selain di sekolah (di rumah
atau di mana-mana sahaja)?
A. YA B. TIDAK
5. Adakah Program “REER” ini membantu murid meningkatkan kemahiran menulis dan bertutur?
A. YA B. TIDAK
46 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Proses Penyediaan Bahan REER
47 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Gambar 3.5: Penyediaan Bahan Bacaan Program ‘REER’ peringkat sekolah
48 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Gambar 3.6: Pelaksanaan Bacaan Program ‘REER’ peringkat sekolah
49 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Gambar 3.7: Pelancaran Program ‘REER’ peringkat sekolah
50 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
MENINGKATKAN TAHAP PEMBUDAYAAN AMALAN PAK 21 DALAM KALANGAN GURU SK
ISKANDAR PERDANA, PERAK DENGAN PROGRAM KUPI-KUPI WITH “CLASS 123”
MOHD AZHAR BIN MOHD JUNOH
[email protected]
NURUL HAYANI BINTI MUSTAPA KAMAL
[email protected]
ABSTRAK
Program Kupi-kupi with “Class 123”. Secara ringkasnya, program ini bertujuan untuk
meningkatkan tahap penglibatan aktiviti secara kolaboratif murid dalam PdPc yang kurang
diaplikasikan Guru Matapelajaran STEM (Sains, Rekabentuk dan Teknologi dan Matematik) di
sekolah. Kebelakangan ini pentadbir menghadapi masalah dalam keputusan skor SKPMg2 standard
4 (4.6.1) guru yang berada ditahap yang rendah. Hal ini demikian kerana, guru kurang menggunakan
aktiviti secara kolaboratif di dalam kelas. Selain itu, Pembudayaan amalan PAK21 guru-guru STEM
masih di di tahap yang rendah. Kaedah yang digunakan ialah secara kuantitatif yang melibatkan
senarai semak pemerhatian, senarai semak analisis dokumen dan soal selidik berstruktur. Dari sudut
perspektif terdapat satu objektif Program Kupi-kupi with “class 123” iaitu meningkatkan skor SKPMg2
standard 4 (4.6.1) guru STEM dalam tempoh 3 bulan dan memastikan guru melaksanakan PdPc
harian dengan baik.
Kata Kunci: PdPc, kolaboratif, Guru, STEM, PAK21
REFLEKSI KAJIAN
Warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar dasar yang
dirancang oleh kerajaan. Perubahan dalam sistem pendidikan negara atau lebih dikenali sebagai
transformasi dalam pendidikan adalah suatu perkara yang memang dijangka akan berlaku. Perkara
ini berlaku sejajar dengan pembangunan negara dan kemajuan dunia.
Oleh itu, peranan semua pihak terutamanya guru, dalam berhadapan dengan pembelajaran abad
ke-21 ini perlu sentiasa menerima perubahan. Sesungguhnya, dengan adanya guru-guru yang
mempunyai tahap kesediaan yang baik maka hasrat kerajaan untuk melahirkan warga Malaysia yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dapat dicapai. Selain daripada itu, guru perlu diberi latihan
secukupnya supaya proses pemindahan pengetahuan dapat dilakukan dengan berkesan seterusnya
dapat meningkatkan pengetahuan guru-guru (Rashid, 2016).
Justeru itu, dengan adanya pengetahuan, perkongsian ilmu dan pendedahan kepada guru ia
dapat meningkatkan tahap pembudayaan amalan pak 21 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
PdPc guru-guru di sekolah. Guru-guru akan lebih terbuka dan selesa untuk menjalankan aktiviti
secara berkolaboratif yang lebih berpusatkan murid.
51 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERNYATAAN MASALAH
Penglibatan aktiviti secara kolaboratif murid dalam PdPc kurang diaplikasikan Guru Matapelajaran
STEM (Sains, Rekabentuk dan Teknologi dan Matematik) di sekolah.
Pernyataan Masalah
Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, menurut (Nik Hartini Nik Latif, 2010) dalam
kajiannya guru seharusnya bijak mengaplikasikan strategi pengajaran yang lebih menarik dan
pelbagai. Tetapi pembudayaan amalan pembelajaran abad ke-21 guru-guru STEM masih di tahap
rendah. Ini dapat dilihat daripada analisis data SKPMG standard 4 (4.6.1) guru yang berada ditahap
yang rendah. Pendidik mempunyai tugas yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara. Usaha dan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memenuhi hasrat negara akan
terbantut sekiranya guru yang menjadi tonggak utama tidak menjalankan tugas dengan baik (Ismail,
2013). Guru perlu bersedia untuk membuat perubahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya seperti membudayakan pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar-pelajar agar boleh mencapai kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, menjadikan pengajaran
yang berpusatkan murid. Justeru itu, mampukah guru-guru menerapkan pembelajaran abad ke-21
dalam sesi pembelajaran sedangkan guru-guru sendiri tidak mempunyai cukup pengetahuan dan
kemahiran terhadap pengajaran abad ke 21 ini.
Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang menjadi elemen penting Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) diperluas ke semua sekolah dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan
datang. Perkara ini perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan sekolah-sekolah di Malaysia dapat
membudayakan PAK-21 yang lebih interaktif dengan penggunaan internet dan peranti, seterusnya
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. PAK-21 yang menekankan
pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan
mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.
Pelajar merupakan kumpulan aset bernilai yang menjadi harapan negara untuk meneruskan
kecemerlangan pada masa akan datang. Kecemerlangan hanya akan dapat diperolehi oleh para pelajar
sekiranya pembelajaran yang diaplikasikan bersesuaian. Sebaliknya, gaya pembelajaran yang tidak
bersesuaian dan tidak berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian
akademik yang rendah (Mohamed Zakaria, 2007). Antara masalah yang wujud dalam organisasi
pendidikan adalah masalah bilangan guru yang mengaplikasikan aktiviti secara berkolaboratif di dalam
kelas masih berada di tahap yang rendah. Dalam penyelidikan ini guru merupakan individu yang
terpenting dalam menghasilkan mutu pendidikan yang berkualiti.
Namun begitu tekanan sering dialami oleh guru yang mempengaruhi produktiviti, prestasi dan
kecekapan guru (M. Yusop, 2007). Oleh yang demikian, pengetahuan guru amat penting dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 ini. Ini kerana jika guru tidak bersedia untuk
melaksanakannya maka pelajar-pelajarlah yang akan menerima kesannya. Menurut (Nor Azlina,
2015) antara kesannya, tidak akan dapat melahirkan sebuah masyarakat kreatif dan inovatif dan sesi
pengajaran akan menjadi tidak menarik kerana guru masih menggunakan kaedah tradisional. Perkara
yang paling membimbangkan ialah murid akan hilang minat untuk belajar.
52 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan tahap pembudayaan amalan PAK 21 iaitu aktiviti
secara berkolaboratif dalam kalangan guru SK Iskandar Perdana dalam melaksanakan pembelajaran
abad ke-21. Perkara ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan, pendedahan dan latihan dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21. Guru-guru perlu mempunyai dalam melaksanakan
pendidikan di sekolah bagi meneguhkan lagi asas pembelajaran murid dalam semua mata pelajaran
(Nor Azlina, 2015). Ini untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang cukup agar mereka boleh mencapai kejayaan dalam kehidupan. Memandangkan
sistem pembelajaran abad ke-21 telah dijalankan di sekolah ini, penyelidik ingin meningkatkan tahap
pembudayaan amalan pembelajaran ke-21 iaitu aktiviti secara berkolaboratif 4dalam kalangan guru
kepada murid-murid SK Iskandar Perdana, Perak.
Pelajar-pelajar di sekolah dilihat semakin hilang minat untuk belajar. Pada zaman pendidikan kini,
arus pendidikan semakin berubah. Pelajar-pelajar semakin hilang minat untuk belajar jika kaedah
konvesional sahaja digunakan sepanjang sesi PdPc. Aktiviti PdPc yang menarik, berkumpulan dan
menyeronokkan dapat menukar “mood” pelajar untuk belajar dan menarik minat mereka. Ini
ditunjukkan dalam penulisan oleh (Harold, 2010) yang menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah
adalah penting untuk pembelajaran murid dan kaedah pengajaran guru merupakan penyumbang
kepada keberkesanan pembelajaran murid. Misalnya, amalan meningkatkan kemahiran berfikir murid
dan melibatkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.
Proses perancangan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 perlu berasaskan empat prinsip
utama iaitu pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran kolaboratif; pembelajaran kontekstual dan
melibatkan komuniti. Pandangan guru berhubung pedagogi dan amalan pengajaran abad ke-21 perlu
diperkayakan dengan pemikiran kreatif, pemikiran inovatif, pemikiran kritis, menitikberatkan
penyelesaian serta kecekapan dalam membuat keputusan. Pedagogi merupakan asas bagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan meliputi prinsip, teknik dan proses
pengajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, menarik dan sesuai mampu
menggerakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif serta mengekalkan motivasi mereka sepanjang
aktiviti pembelajaran berlangsung. Norazlin Mohd Rusdin’(2019)
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan skor SKPMg2 standard 4 (4.6.1) guru STEM melalui aplikasi class 123.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah guru dapat meningkatkan pembudayaan amalan pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 dalam PdPc mereka?
53 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran abad ke-21 mula dilaksanakan secara rintis di Malaysia bermula pada tahun 2015.
Sejajar dengan perkembangan perkara yang tercatat dalam PPPM 2013 – 2025, Pelan Tindakan
dalam Pembentukan dan aplikasi kurikulum dan pentaksiran abad ke-21 dibincangkan dalam Bab 4
di bawah tajuk Pembelajaran Murid. Oleh itu, perlaksanaan PdPc abad ke-21 di negara ini telah mula
mengorak langkah sedikit demi sedikit dan kajian berkaitan pelaksanaan PdPc abad ke-21 turut mula
dijalankan semenjak tahun 2015. Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh (Salih & Lawi, 2015)
tentang persepsi ibu bapa dan murid tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah rendah di daerah Batu Pahat
berkaitan pembelajaran abad ke-21 mendapati kesemua ibu bapa mengetahui tentang pembelajaran
abad ke-21 dan memberi sokongan kepada proses pembelajaran ini sama ada di sekolah atau di
rumah. Murid-murid juga menyatakan perasaan seronok dengan pengaplikasiaan kaedah PdPc abad
ke-21 dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.
Bagi memenuhi dan mencapai standard pelan-pelan pendidikan yang telah dibentangkan oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj.
Muhyiddin Yassin dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Beliau telah
menegaskan bahawa kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia, tidak
kira di mana kedudukan geografi, budaya dan bangsa, serta sosio ekonominya. Kualiti pendidikan
yang diterima adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang berkesan untuk mentransformasi
pendidikan ke arah abad ke-21. Kognitif melibatkan dua konsep asas iaitu konsep sesuatu objek itu
difikirkan secara holistik di mana hal ini memerlukan kebolehan daya berfikir. Konsep kedua adalah
konsep yang diperolehi melalui tanggapan. Pengetahuan mengenai isi kandungan dan ilmu pedagogi
adalah dua aspek yang sangat penting sebelum seseorang guru dapat mengajar dengan berkesan.
Ini kerana tanpa ilmu guru ibarat tin yang kosong. Seperti kajian ini jika guru tidak mempunyai
pengetahuan yang cukup maka pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 pasti tidak dapat
direalisasikan. Ilmu sangat penting dalam mencapai target sesuatu perkara yang telah direncanakan.
Pengetahuan abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai
kebolehan yang diperlukan untuk berjaya pada zaman teknologi ini. Justeru itu, proses PdPc di dalam
bilik darjah perlu terkandung literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan
pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi. Ini termasuk pemikiran kritis dan
kreatif untuk menganalisis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah. Menurut (Nur
Athirah & Faridah, 2017) guru yang dapat menguasai kemahiran mengajar dengan baik akan dapat
menjalankan PdPc secara sistematik iaitu bermula daripada peringkat permulaan dan diikuti
peringkat perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahirandan diakhiri dengan peneguhan dan
pengukuhan.
Tingkahlaku guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran mengajar termasuk
menghubungkan pengetahuan, kemahiran tentang sesuatu perkara atau bidang serta nilai.
Kemahiran mengajar meliputi perancangan, cara pengelolaan serta penyampaian. Penilaian
bertujuan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar dengan berkesan. Antara kemahiran yang
guru perlu kuasai ialah kemahiran memulakan pengajaran, teknik penyoalan soalan, penggunaan
contoh dan membuat penilaian dan kemahiran melaksanakan PdPc. Dalam kajian ini sikap guru
terhadap melaksanakan PdPc Abad ke-21 amat penting bagi menghasilkan sesi PdPc yang berkesan
dan sebaris dengan pendidikan di zaman teknologi canggih ini.
54 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Domain afektif adalah cara kita berurusan dengan perkara yang beremosi, seperti perasaan, nilai,
penghargaan, motivasi, dan sikap. Domain Afektif melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekan
kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri
seseorang. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan dimain afektif ini pelajar menerima input
yang berupa nilai-nilai tertentu, perkembangan dari segi perasaan emosi dan sikap serta elemen
kerohanian lain.
KAJIAN LEPAS
Menurut (Mohd. Hamzah & Attan, 2007) menyatakanpembudayaan guru ialah tentang perihal
kesanggupan dan kerelaan, (Sharifah Nor & Kamarul Azman, 2011) turut menyatakan kesediaan
merupakan kata adjektif atau kata sifat yang menggambarkan kesanggupan, (Yusof, 2016) turut
menyebut kesediaan adalah tentang kesanggupan dan kerelaan guru sekolah mengajar dengan
membudayakan pengajaran abad ke-21 yang merangkumi aspek literasi, kemahiran dan sikap,
(Alang & Basar, 2016) pembudayaan pembelajaran iaitu untuk memberi input dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Peranan guru dalam membudayakan pembelajaran
abad ke 21 menjadi tunjang utama dalam mengharungi cabaran untuk mencapai matlamat Negara.
Kepelbagaian kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu mencapai
objektif yang diharapkan (Sharuji & Nordin, 2017). Walau bagaimanapun (Mohd Yusof & Ibrahim,
2012) berpendapat walaupun guru-guru sentiasa bersedia menerima perubahan dan bersikap positif
namun terdapat banyak cabaran dalam membudayakan pembelajaran abad ke 21 ini.
Keseluruhan daripada dapatan kajian menunjukkan pembudayaan dan amalan pengajaran atau
penerapan kemahiran berfikir dalam kalangan guru masih kurang memuaskan dan disokong oleh
kajian (Akademia et al., 2016). Dalam kajian oleh (Nur Athirah & Faridah, 2017) menggalakkan agar
guru berani mencuba pelbagai teknik PdPc dalam menghadapi perubahan dari segi kandungan
kurikulum dan penggunaan teknologi. Kesediaan guru untuk melaksanakan PdP adalah meliputi tiga
aspek iaitu aspek kognitif (pengetahuan), tingkah laku dan afektif (emosi) dalam memastikan
pelaksanaan proses PdPc pada abad ke-21 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Walaupun telah banyak kajian yang dijalankan tentang pembudayaan pembelajaran abad ke 21
dalam kalangan guru namun, hanya beberapa kajian sahaja yang menumpukanpembudayaan guru
dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21. Malahan setakat ini masih kurang kajian yang dibuat
di peringkat sekolah rendah di negeri Perak tentang pembudayaan guru melaksanakan pembelajaran
abad ke-21. Pembudayaan pembelajaran abad ke 21 guru untuk menyampaikan bahan pengajaran
merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan pengajaran Abad ke-21 merupakan perkara asas
bagi memastikan keberkesanan pengajaran. Kejayaan seorang guru adalah bergantung pada
kesediaan mereka dalam memajukan diri serta profesionnya melalui pelbagai cara. Guru disaran agar
lebih berusaha dan bersedia mencuba pelbagai teknik PdP dalam mengharungi perubahan dari segi
kandungan kurikulum dan penggunaan teknologi (Nur Athirah & Faridah, 2017). Kesediaan
pengetahuan guru juga amat penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara yang
semakin maju dalam bidang pendidikan. Cohen dan Hill (2000) turut menyatakan bahawa guru yang
mendalami mata pelajaran yang diajar mampu untuk menggunakan segala sumber yang ada.
55 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh (Johari, Aziz, Othman, Ismail, & Isa, 2016) pelajar
memerlukan Higher Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan
pembelajaran abad ke-21 berbeza dengan (Ismail 2014) yang menyatakan pembelajaran abad ke-21
memerlukan pelajar mempunyai aras motivasi dan jati diri yang tinggi bagi memenuhi keperluan
dalam proses pembelajaran yang semakin mencabar. Beliau menerangkan bahawa kemahiran
belajar abad ke-21 diterapkan melalui aktiviti aktiviti yang memerlukan pelajar berfikir, merancang,
berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berdasarkan Taksonomi Bloom yang
dimurnikan serta aliran pemikiran Edward De Bono berkonsepkan Power of Perception.
Sistem pendidikan di negara ini mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 ke dalam konteks
akademik secara menyeluruh. (Trilling dan Fadel 2009) menyenaraikan ciri-ciri pembelajaran abad
ke-21 adalah kemahiran berfikiran kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran berkolaborasi, kemahiran kehidupan dan kerjaya, kemahiran belajar dan
inovasi, kemahiran dalam media iaitu teknologi maklumat dan komunikasi dan kemahiran menguasai
subjek teras di sekolah berbeza dengan kajian (Travis, 2013) yang menyatakan kemahiran abad ke-
21 merangkumi literasi era digital, komunikasi efektif, pemikiran berdaya cipta, produktiviti tinggi,
kemahiran kognitif, kemahiran adaptasi, kemahiran interpersonal, kemahiran sikap, nilai dan amalan
kerja dan kemahiran teras.\
Proses PdPc merupakan aspek penting dalam memberi pendedahan tentang semua kemahiran
yang patut ada pada mereka dan tidak hanya berpusat kepada fakta dan teori semata-mata. Ini
menunjukkan pentingnya pembelajaran abad ke-21 perlu diwujudkan dalam diri murid dalam generasi
hari ini untuk bersaing dalam era moden ini. Sesuai dengan perkembangan negara yang semakin
canggih ini, Kemahiran menggunakan komputer, teknologi dan ICT juga semestinya perlu ada pada
guru-guru abad ke-21. Merujuk kajian oleh (Umar & Yusoff, 2014) berkaitan dengan tahap kemahiran
dan amalan ICT dalam kalangan guru-guru di Malaysia beserta kesan kepada PdP mendapati guru-
guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan internet untuk tujuan pencarian atau berkongsi
maklumat, mempunyai asas ICT yang baik dan mempunyai kemahiran internet untuk berkomunikasi.
Latihan yang secukupnya dan secara berterusan perlu dijalankan dalam memastikan semua guru-
guru cekap dalam menggunakan ICT dalam melahirkan generasi pelajar yang juga mempunyai
kemahiran dan kecekapan ICT pada masa akan datang. Penggunaan teknologi ini disokong oleh
kajian (Pheeraphan 2013) di Thailand berkaitan dengan pemantapan kemahiran abad ke-21 dalam
sesi PdPc dengan mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kelas. Kajian beliau yang
mengadaptasikan penggunaan ICT dalam kelas termasuklah aspek kolaborasi, komunikasi, literasi
maklumat, literasi media dan literasi ICT.
Selain aspek ICT, terdapat juga kaedah lain yang dikaji dan dibincangkan dalam pendidikan abad
ke-21. Contoh seperti kaedah pembelajaran berasaskan permainan dalam menjana kemahiran abad
ke-21 dalam kalangan pelajar. Kaedah ini telah mendapat banyak perhatian dari golongan penyelidik
dan pendidik (Abdul Rahim & Abdullah, 2017). Terdapat banyak kajian yang menyokong kepada
keberkesanan permainan dalam pembelajaran dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh (Halif dan Sakilah 2015) berkaitan
pembelajaran abad ke-21 mendapati kesemua ibu bapa mempunyai pengetahuan tentang
pembelajaran abad ke-21 dan memberi sokongan terhadap proses pembelajaran ini sama ada di
sekolah atau di rumah.
56 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang akan mengkaji tentang tahap pembudayaan pembelajaran
abad ke-21 dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif (kuasi-eksperimen)
sepenuhnya iaitu hanya melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Pendekatan kuantitatif digunakan
dalam kajian ini kerana instrumen yang digunakan dalam kajian ini menyediakan data dalam bentuk
nombor (Creswell, 2008), dan dapat menunjukkan maklumat secara menyeluruh, perbezaan, dan
dapatan kesan akibat (Mok, 2009).
a. Kumpulan Sasaran
Populasi ditakrifkan sebagai semua individu, objek, organisasi atau peristiwa dalam kumpulan
tertentu yang hendak digeneralisasikan oleh penyelidik. Jika saiz populasi adalah kecil, penyelidik
mungkin boleh membuat keputusan untuk mengkaji semua ahli dalam populasi tersebut. Untuk kajian
tindakan ini, bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 15 orang guru yang
mengajar mata pelajaran STEM. Jumlah borang soal selidik telah diedarkan sebanyak 15 borang.
Dalam reka bentuk ini, responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. Kedua-dua kumpulan tersebut menjalani pengisian borang soal selidik pra
dan ujian pasca dengan menggunakan borang skor SKPMg2 .
b. Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan
Program Kupi-kupi with “class 123” ialah sebuah program yang dirangka khas bagi meningkatkan
tahap pembudayaan amalan pembelajaran abad ke-21 yang lebih menjurus kepada berpusatkan
murid dalam kalangan guru SK Iskandar Perdana dengan mengadakan program PLC yang
dinamakan Program Kupi-kupi. Program ini dinamakan Kupi-kupi kerana sewaktu diterangkan
intervensi ia dijalankan secara santai dan guru-guru sedang minum minum dalam erti kata lain guru-
guru sedang berehat. Jadi guru-guru tidak berasa tertekan sewaktu mendengar penerangan.
“Class 123” pula adalah sebuah aplikasi yang boleh memudahkan guru menguruskan aktiviti
berkumpulan dan apa yang lebih menarik ia dapat menjadikan pembelajaran secara kolaboratif lebih
seronok dan bermakna disamping menarik minat murid untuk belajar. Guru-guru boleh mengakses
aplikasi ini dengan menggunakan pelbagai jenis peranti seperti laptop, telefon bimbit, pancaran
projektor dan android TV. Lebih memudahkan guru-guru di sekolah ini, kerana terdapat android TV di
setiap bilik-bilik khas. Jadi guru tidak perlu lagi membawa lcd projektor yang besar. Antara kelebihan
dan ciri-ciri terbaik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
1. Markah setiap aktiviti berkumpulan bagi semua kelas yang diajar boleh disimpan mengikut fail.
57 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 4.1: Markah Murid Mengikut Kelas
3. Guru boleh memberi markah ketika aktiviti berkumpulan dijalankan. Jadi apabila murid dapat
melihat markah mereka ditambah maka motivasi mereka semakin meningkat untuk membuat
yang terbaik.
Rajah 4.2: Markah Murid boleh di Tambah Mengikut Kesesuaian
58 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 4.3: Pemberian Markah Boleh di Lihat Murid
Rajah 4.4: Markah Murid boleh di Tolak Mengikut Kesesuaian
3. Guru juga boleh menolak markah murid terus Ketika di dalam kelas jika murid melakukan
kesalahan dan murid boleh melihat markah mereka ditolak. Jadi dengan ini murid akan takut jika
mereka melakukan kesalahan dan sekaligus dapat mengawal sikap dan kelas pun automatik akan
terkawal. Ini kerana mereka tahu jika mereka melakukan kesalahan, markah mereka akan ditolak.
Rajah 4.5: Penolakan Markah Boleh di Lihat Murid
59 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 4.6: Memilih Nama Kumpulan Atau Nama Murid
4. Guru juga boleh memilih nama murid atau kumpulan yang hendak menjawab soalan. Aplikasi ini juga
membolehkan guru memilih nama murid secara rawak. Cara ini sangat menarik dan setiap kali nama
dipilih murid akan teruja untuk menunggu nama siapa yang terpilih.
Rajah 4.7: Paparan Masa Menjawab Atau Membuat Aktiviti
5. Masa untuk menjawab soalan atau aktiviti berkumpulan boleh dipaparkan. Jadi murid lebih mudah
untuk membuat aktiviti.
R Rajah 4.8: Masa untuk menjawab
60 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
6. Aplikasi ini juga dapat mengawal kelas yang bising. Ini kerana aplikasi ini turut mempunyai meter
tahap kebisingan ‘noise meter’. Jadi pasti kelas akan sentiasa berada dalam keaadaan terkawal
ketika aktiviti secara berkolaboratif dilakukan.
Rajah 4.9: Meter Kebisingan Untuk Mengawal Bising
Semestinya dengan menggunkan aplikasi ini guru-guru akan lebih mudah untuk menguruskan aktiviti
secara berkolaboratif di dalam kelas dan semoga dengan perisian ini dapat meningkatkan minat guru
untuk melaksanakan aktiviti secara berkolaboratif di dalam kelas.
b. Kaedah pengumpulan data
Jadual 4.1
Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan
Jadual di atas menunjukkan prosedur pelaksanaan kajian tindakan. Terdapat Lapan langkah bagi
menyiapkan kajian Tindakan ini. Langkah-langkah tersebut perlu dipatuhi agar proses untuk
menyiapkan kajian tindakan ini lebih mudah dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
61 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
d. Instrumen pengumpulan data
Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik merupakan kaedah
pengumpulan data yang selalu digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Pada dasarnya, soal
selidik digunakan untuk memperoleh respons tentang satu set item daripada responden kajian. Soal
selidik menjadi pilihan ramai penyelidik kerana ia mudah disediakan dan diaplikasikan kepada
kumpulan responden kajian yang besar. Penggunaan soal selidik adalah bersifat piawai
memandangkan setiap responden kajian akan menerima set soal selidik yang sama untuk dijawab.
Penggunaan soal selidik dapat menjamin kerahsiaan anonimiti. Kualiti data yang diperoleh
daripada soal selidik amat bergantung kepada reka bentuk soal selidik tersebut. Instrumen yang
digunakan adalah soal selidik yang berbentuk soalan tertutup.
e. Kaedah analisis data
Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk (kuasi-eksperimen) yang menggunakan kumpulan
rawatan dan kawalan. Bagi menentukan tahap pembudayaan abad ke-21 dalam sesi PdPc pengkaji
telah menetapkan tahap bagi skor seperti jadual di bawah. Dalam reka bentuk ini, responden
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kedua-dua
kumpulan tersebut menjalani ujian pra dan ujian pasca dengan menggunakan soalan soal selidik.
Kedua-dua kumpulan menjalani ujian pra pada awal kajian iaitu sebelum pelaksanaan
intervensi untuk mengenal pasti tahap pembudayaan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan guru
mata pelajaran STEM SK Iskandar Perdana. Seterusnya, pengkaji menjalankan rawatan iaitu
pelaksanaan aktiviti Program Kupi-kupi dan penerangan tentang aplikasi class 123. Manakala, kanak-
kanak dalam kumpulan kawalan hanya mendapat pembelajaran biasa sepanjang tempoh masa
tersebut. Selepas itu, guru-guru STEM dalam kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pasca untuk
mengenal pasti sama ada terdapat perubahan tahap kemahiran literasi awal mereka.
DAPATAN KAJIAN
Bagi menentukan tahap pembudayaan pembelajaran abad ke-21, pengkaji telah menetapkan tahap
bagi setiap skor yang dicapai oleh guru-guru mata pelajaran STEM seperti dalam Jadual 2 berikut;
Jadual 4.2
Tahap Skor Pembudayaan Pembelajaran Abad Ke-21
Skor Tahap
0 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50 Sederhana
3.51 – 4.00 Tinggi
62 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 4.3 pula menunjukkan skor ujian pra dan skor ujian pasca tahap pembudayaan pembelajaran
abad ke-21 dalam kalangan murid SK Iskandar Perdana bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Berdasarkan Jadual 3 responden dalam kumpulan kawalan hanya mengalami peningkatan
sebanyak 0.26 iaitu daripada 2.83 (pra) kepada 3.09 (pasca). Ini bermakna tahap pembudayaan
pembelajaran abad ke-21 mempunyai sedikit peningkatan tetapi masih kekal pada tahap sederhana
(skor antara 2.51 hingga 3.50).
Jadual 4.3
Analisa Data Kumpulan Kawalan
63 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Manakala, dalam kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan purata skor sebanyak 0.6 iaitu
daripada 3.03 (ujian pra) kepada 3.63 (ujian pasca). Ini bermakna tahap pembudayaan pembelajaran
abad ke 21 dalam kalangan guru STEM SK Iskandar Perdana tersebut telah meningkat daripada
tahap Sederhana (skor antara 2.51 hingga 3.50) kepada tahap tinggi (skor antara 3.51 hingga 4.0).
Jadual 4.4
Analisis Data Kumpulan Rawatan
Rajah 11: Graf Analisis Data Kumpulan Rawatan
64 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
DAPATAN BERDASARKAN OBJEKTIF KAJIAN
Jadual 4.5 pula menunjukkan terdapat perbezaan peningkatan bagi skor min kedua-dua kumpulan.
Analisis statistik deskriptif mendapati purata peningkatan skor min kumpulan rawatan iaitu sebanyak
0.6 adalah lebih tinggi berbanding purata peningkatan skor kumpulan kawalan iaitu sebanyak 0.26.
Jadual 4.5 juga menunjukkan terdapat perbezaan peningkatan tahap pembudayaan pembelajaran
abad ke-21 bagi kedua-dua kumpulan. Analisis statistik deskriptif mendapati purata peningkatan skor
kumpulan rawatan iaitu sebanyak 0.6 adalah lebih tinggi berbanding purata peningkatan skor
kumpulan kawalan iaitu sebanyak 0.26.
Jadual 4.5
Skor Min Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Rajah 12: Graf Analisis Data Kumpulan Kawalan
65 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERBINCANGAN
Kajian ini telah menjelaskan tahap pembudayaan pembelajaran ke-21. Dapatan kajian menunjukkan
pelaksanaan program kupi-kupi “with class 123” dapat meningkatkan tahap pembudayaan
pembelajaran abad ke-21. Justeru, aplikasi “class 123” boleh diaplikasikan oleh guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, di dalam kelas, terdapat aktiviti pembelajaran
pak-21 secara berkolaboratif. Jadi dengan menggunakan aplikasi “class 123” ini sangat sesuai untuk
mengendalikan aktiviti yang berpusatkan murid di dalam kelas. Selain itu, kelas juga semakin mudah
dikawal semasa menggunkan aplikasi ini. Murid-murid juga lebih teruja dan seronok ketika sesi
pembelajaran.
Kajian ini juga menunjukkan penggunaan instrumen Ujian soal selidik ini dapat membantu guru
menilai sejauh mana tahap pengajaran dan pembelajaran mereka ketika berada di dalam kelas. Ini
sekaligus dapat membantu guru meningkatkan mutu pengajaran mereka. Selain itu, prestasi guru
secara menyeluruh juga dapat dilihat. Guru-guru juga boleh melihat sejauh mana murid-murid mereka
di dalam kelas mengambil bahagian Ketika sesi PdPc di dalam kelas.
RUMUSAN
Pada pendapat saya, guru perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengajaran yang
berlandaskan pembelajaran abad ke-21 yang lebih berpusatkan murid. Apabila pembelajaran abad
ke-21 ini berjaya diterapkan dalam sesi PdPc guru berperanan sebagai fasilitator di dalam kelas.
Murid juga akan lebih kerap melakukan aktiviti secara berkolaboratif.
Saya juga berpendapat bahawa guru haruslah mempelbagaikan teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dengan mengaplikasikan aplikasi yang terkini yang lebih
menarik dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aplikasi “class 123” yang digunakan
ini dapat memudahkan guru mengawal kelas, menguruskan aktiviti berkumpulan dan menjadikan sesi
PdPc lebih menarik dan murid bersa seronok dan teruja di dalam kelas. Di samping itu guru boleh
menerapkan bahan interaktif yang sesuai dalam pengajaran untuk mengekalkan minat murid untuk
belajar. Oleh itu, guru harus bijak memilih teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai selari dengan
perkembangan dunia pendidikan murid yang terkini mengikut arus kemodenan zaman.
Secara keseluruhannya, saya telah memilih kaedah yang tepat untuk membantu guru
meningkatkan tahap pembudayaan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru guru yang
mengajar mata pelajaran STEM di SK Iskandar Perdana.
66 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUJUKAN
Abdul Rahim, N., & Abdullah, A. H. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam
Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21, (April).
Abdul Rahim Hamdan (2009). Falsafah & Pemikiran Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu.
Akademia, P., Kesediaan, B., Islam, G. P., Rendah, S., Selangor, D., Kbat, P., … Hamzah, M. I. (2016).
Readiness of Islamic Education Teacher in Selangor’s Primary School in the Implementation of KBAT
in Teaching and Learning). Journal of Advanced Research in Applied Sciences and Engineering
Technology ISSN, 3(1), 2462–1943.
Alang, B. H., & Basar, M. N. (2016). Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan
Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid, 10, 1–25.
Creswell, J. (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (3rd ed.).
Thousand Oaks, CA: Sage.
Creswell, J. W. (2008). Educational research: planning, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative reasearch (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Merrill Prentice Hall.
Hassan, J., & Rashida, F. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan
Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational
& Engineering Education, 4(December), 22–37.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Nik Hartini Nik Latif. (2010). Kesediaan Guru Dalam Perlaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes.
Nor Azlina, A. (2015). Kesediaan Guru dalam Pendidikan Integrasi Science,Technology, Engineering and
Mathematics (STEM). Retrieved from
https://www.academia.edu/24580231/KAJIAN_ILMIAH_KESEDIAAN_GURU_DALAM_PENDIDI
KAN_INTEGRASI_SCIENCE
Nur Athirah, A., & Faridah, Y. (2017). Kesediaan Guru Prasekolah Dalam Melaksanakan Kbat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An Nur
(SPRiN2017), 147–152. Retrieved from
http://conference.ukm.my/sprin/index.php/sprin/sprin/paper/viewFile/56/21
Rashid, Z. B. A. (2016). Tahap Kesediaan Guru Dalam Aspek Pengetahuan Dan Keperluan Latihan
Berfokuskan Aplikasi KBAT, 146.
Salih, H., & Lawi, S. (2015). Persepsi Ibubapa_Dan_Murid_Tahun_4_Dan_5.
Sharifah Nor, P., & Kamarul Azman, A. S. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan
Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1),
25–34.
Umar, I. N., & Yusoff, M. T. M. (2014). A study on Malaysian Teachers’ Level of ICT Skills and Practices, and
its Impact on Teaching and Learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 116, 979–984.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.331
67 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PAMPLET JVS – LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR (JVS) SPM,
INTERPRETASI KEPADA LAPORAN MODERASI DAN VERIFIKASI SKOR YANG TUNTAS DAN
AUTENTIK
NORASRAM BIN ABD RAHMAN
[email protected]
ABSTRAK
Pamplet JVS dihasilkan bertujuan untuk menambah baik pengurusan pentaksiran pusat khususnya dalam
memperkasakan Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) SPM. JKVS merupakan jawatankuasa
penting di peringkat sekolah yang membuat keakuan kepada semua markah kerja kursus dan pentaksiran
yang diberi oleh Pentaksir Mata Pelajaran. Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) perlu dan melaksanakan
fungsi mengikut garis panduan pentaksiran yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kajian Tindakan
terhadap JKVS sekolah daerah Rompin ini bertitik tolak daripada dapatan yang diterima daripada arahan
pengumpulan minit mesyuarat JKVS pada Mac 2021. Sebanyak 19 minit mesyuarat JVS telah dikumpulkan.
Daripada pengumpulan minit mesyuarat ini satu analisis semakan dokumen telah dilakukan dan dapatan
daripada analisis ini mendapati semua sekolah, minit mesyuarat yang dihasilkan masih tidak memenuhi
standard yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku
Pengurusan Pentaksiran yang telah dikeluarkan. Penyelesaian kepada Kajian Tindakan ini ialah menyediaan
Pamplet Pelaporan JVS yang boleh dijadikan contoh dan panduan malah dan telah diakui oleh pemegang
taruh yang bertanggung jawab terhadap pengurusan pentaksiran pusat di peringkat negeri. Kajian Tindakan
ini diteruskan lagi pada pusingan ke-2 pengumpulan minit mesyuarat JVS Tahun 2022, setelah pihak sekolah
menerima Pamplet JVS dan mendapati 50 peratus sekolah telah berjaya menghasilkan laporan yang tuntas
dan autentik.
Kata Kunci: pentaksiran pusat, tuntas, autentik, pamplet
REFLEKSI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik pengurusan pentaksiran pusat khususnya dalam memperkasakan
Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) SPM. JKVS merupakan jawatankuasa di peringkat sekolah
yang membuat keakuan kepada semua markah kerja kursus dan pentaksiran yang diberi oleh Pentaksir Mata
Pelajaran. Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) perlu melaksanakan fungsi mengikut garis panduan
pentaksiran yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Kajian Tindakan terhadap JKVS sekolah
daerah Rompin ini bertitik tolak daripada dapatan yang diterima daripada arahan pengumpulan minit mesyuarat
JKVS pada Mac 2021 yang lalu merujuk kepada surat bertarikh 20 Feb 2021 (rujukan PPDRRPN.PEP.700-
1/3/1(5)). Sebanyak 19 minit mesyuarat JVS telah dikumpulkan.
Daripada pengumpulan minit mesyuarat ini satu analisis dokumen secara deskriptif telah dilakukan dan
dapatan daripada analisis ini dinyatakan dalam jadual 6. Analisis minit mesyuarat mendapati hampir
keseluruhan sekolah, minit mesyuarat yang masih tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh LP
sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Pentaksiran yang telah dikeluarkan.
68 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Penyelesaian kepada Kajian Tindakan ini ialah menyediaan Pamplet Pelaporan JVS yang boleh dijadikan
contoh dan panduan Selain daripada Pamplet disediakan 2 contoh minit mesyuarat JVS untuk panduan
menyokong huraian Pamplet Pelaporan JVS. Tindakan ini diteruskan lagi pada pusingan ke-2 pengumpulan
minit mesyuarat JVS Tahun 2022, setelah pihak sekolah menerima Pamplet JVS. Hasil analisis dokumen pada
pusingan kedua telah mendapati 48 peratus sekolah telah berjaya menghasilkan laporan Mesyuarat JVS yang
tuntas dan autentik.
DEFINASI
Maksud Verifikasi diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris verification. Kamus Dewan Edisi Keempat
mendefinasikan perkataan Verifikasi bermaksud pemeriksaan tentang kebenaran laporan (kira-kira, data, wang
dll)
Sementara Skor juga berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris score yang bermaksud mata, jumlah angka
yang diperolehi. Dalam Buku Pantuan Pentaksiran PT3 yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan, verifikasi skor
ditakrifkan sebagai proses menentusahkan skor yang diberi guru.
Istilah moderasi skor sangat berkait dengan proses verifikasi skor dan akan diguna sebagai penerangan dalam
kajian tindakan berkaitan verifikasi skor ini. Oleh yang demikian, moderasi skor ditakrifkan sebagai proses
menyeragamkan skor sebelum melalui proses verifikasi skor
Interpretasi bermaksud tafsiran atau penjelasan. Tuntas bermaksud boleh dipercayai dan benar. Autentik pula
bermaksud dapat dipercayai dan dijadikan pegangan
PERNYATAAN MASALAH
Kajian tindakan Jawatankuasa Verifikasi Skor (JVS) ini bertitik tolak daripada pengumpulan minit mesyuarat
JKVS yang telah diperolehi daripada pihak sekolah. Dapatan yang diperolehi dapat mengambarkan perjalanan
JKVS di peringkat sekolah secara umumnya. Secara khususnya pernyataan maklumat dalam minit mesyuarat
JKVS dapat mengambarkan dengan jelas standard pengurusan JKVS di peringkat sekolah. Jawatankuasa
Verifikasi Skor merupakan jawatankuasa yang seharusnya berfungsi sebagai badan semak imbang yang
penting untuk memberi kesahan terhadap markah kerja kursus yang diberi oleh pentaksir mata pelajaran.
Namun analisis kepada 19 minit mesyuarat mendapati semua sekolah tidak dapat menyediakan laporan
mesyuarat JVS yang diharapkan. Keadaan ini menunjukkan pihak sekolah perlu dibantu untuk menghasilkan
laporan Mesyuarat JVS yang membuktikan proses verifikasi telah dijalankan dengan teratur dan berkesan.
Peranan Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) sangat penting dalam memastikan akuantibiliti pentaksiran
dipatuhi selaras dengan arahan daripada Pengarah JPN dalam surat berkaitan JPNP.SPP.600-7/13/21/(20)
bertarikh 31 Disember 2020 dipetik seperti dibawah
69 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
JKVS di peringkat sekolah berperanan sebagai badan tertinggi yang membuat pengesahan kepada markah
dan skor yang diberi. Seterusnya markah dan skor yang diberi disahkan secara bertulis dan boleh dirujuk
sekiranya pemantauan dilakukan oleh pihak luar terutamanya personel penjaminan kualiti yang dilantik oleh
Lembaga Peperiksaan.
Jelas sekali peranan yang dimainkan oleh JVS sangat penting terutamanya ketika situasi pendamik yang
berlaku menyebabkan penyelarasan skor terutamanya daripada Ketua Pentaksir Negeri KPN, Ketua Pentaksir
Kawasan KPKw dan Pentaksir Kawasan PKw tidak dapat dijalankan secara bersemuka.
Justeru kerana itu peranan Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) sangat penting dalam memastikan
pengurusan pentaksiran dapat dilaksanakan dalam keadaan yang tersusun dan teratur. Dalam hal ini, setiap
skor yang telah diberi oleh pentaksir perlu dipastikan kesahannya demi menjamin kualiti pentaksiran sekolah
berjalan mengikut standard yang telah ditetapkan. Hal ini ditegaskan lagi dalam surat JPN berkaitan
pengurusan Jawatankuasa Verifikasi Skor (JKVS) di sekolah seperti dibawah.
Pengetua sebagai Ketua Pentaksir Sekolah perlu bertanggungjawab dengan kesahan markah yang dihantar.
Hal ini telah ditegaskan oleh tuan Pegawai Pendidikan Daerah seperti arahan pengumpulan minit mesyuarat
JVS rujukan surat PPDRPN.PEP.700-1/3/1(5) bertarikh 19 Februari 2021 untuk kerja kursus SPM tahun 2020.
70 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Untuk memastikan semua pemegang taruh berkaitan pentaksiran di sekolah memenuhi semua tindak ikut yang
mesti dipatuhi, pemantapan Jawatankuasa Verifikasi Skor (JVS) perlu dilakukan, Sasaranya umumnya agar
JKVS dapat berfungsi dengan standard yang telah ditetapkan. Justeru itu Kajian Tindakan ini akan
mengemukakan peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan Jawatankuasa Verifikasi Skor di
sekolah.
Pada tahun 2020, seluruh dunia dan Malaysia terkesan dengan Pendemik Covid 19. Kesan daripada krisis
kesihatan yang melanda ini, turut menjejaskan semua sektor khususnya pendidikan. Hal ini turut menuntut
banyak perubahan kepada sistem pentaksiran negara. Antara perkara yang telah terjadi dalam pengurusan
pentaksiran pusat ialah pembatalan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.
Walaupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dapat diteruskan dengan penundaan dan penjadualan semula
tarikh peperiksaan. Turut terkesan ialah beberapa tindak ikut dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus
untuk mata pelajaran SPM.
Oleh kerana halangan untuk pertemuan bersemuka, tiada Personel Pentaksiran luar yang dapat melaksanakan
Moderasi Penskoran dan Verifikasi Skor bagi memastikan ketepatan dan ketekalan dalam penskoran.
Moderasi Penskoran oleh pihak luar seperti Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw), Pentaksir Kawasan (PKw) dan
Ketua Pentaksir Negeri (KPN) tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Justeru kerana hal ini, peranan Jawatankuasa Verifikasi Skor di setiap sekolah sangat penting untuk
melaksanakan semakan terhadap skor calon dan menentusahkan skor calon.
FOKUS KAJIAN TINDAKAN JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR
Secara umumnya pentaksiran dalam sistem pendidikan negara dan sekolah khasnya merupakan suatu sistem
organisasi yang besar. Sistem pentaksiran ini menjadi nadi atau tulang belakang yang menggerakkan
perjalanan sistem pendidikan negara keseluruhannya. Justeru kerana besarnya pentafsiran berkaitan
pentaksiran itu, skop kajian tindakan ini hanya memberi fokus kepada peranan dan tanggung jawab
Jawatankuasa Verifikasi Skor di sekolah. Skop kajian Tindakan ini dapat dilihat seperti Rajah 1 dibawah
71 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1: Skop kajian Tindakan Jawatankuasa Verifikasi Skor
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian Tindakan yang dilaksanakan ini akan memberi fokus kepada peranan dan bidang tugas Jawatankuasa
Verifikasi Skor (JVS) yang merupakan jawatankuasa yang penting dalam melaksanakan penjaminan kualiti
pengskortoran pentaksiran khasnya kerja kursus di peringkat sekolah.
Objektif kajian ini untuk menyediakan suatu PAMPLET JVS yang boleh dijadikan panduan kepada pihak
sekolah untuk memastikan semua personal pentaksiran dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing
dengan berkesan dan efisyen.
Jawatankuasa Verifikasi Skor merupakan jawatankuasa yang digerakkan mengikut keperluan dan dianggotai
oleh personal yang berbeza mengikut mata pelajaran yang hendak di verifikasikan. PAMPLET JVS dapat
membantu Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran memainkan peranan sebagai pengerusi yang memandu
perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor yang digerakkan.
Manakala di peringkat panitia mata pelajaran, PAMPLET JVS membantu Guru Kanan Mata Pelajaran atau
Ketua Panitia memainkan peranan sebagai pengerusi mesyuarat verifikasi yang diadakan di peringkat bidang dan
Panitia mata pelajaran.
Adalah ditegaskan JVS merupakan Jawatankuasa yang perlu diaktifkan oleh Pengetua selaku Ketua Pentaksir
Sekolah untuk memastikan semua mata pelajaran ditafsir oleh Pentaksir Mata Pelajaran mengikut standard
pentaksiran yang telah ditetapkan. JVS tidak hanya diaktifkan untuk moderasi pemeriksaan bagi Pentaksiran Pusat
sahaja, malah perlu juga digerakan untuk pentaksiran mata pelajaran di tingkatan lain selain tingkatan 5 (SPM)
72 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
JVS JVS JVS
(PAJSK)
(PERINGKAT (PENTAKSIRAN
PANITIA MP PUSAT SPM)
Sumber: Buku Panduan Pengurusan PBS
Rajah 2: Jawatankuasa Verifikasi Skor di Sekolah
SOALAN KAJIAN
Bagaimana Pegawai Pentaksiran di Pejabat Pendidikan Daerah dapat membantu menambahbaik proses
pelaksanaaan pentaksiran di sekolah khasnya menghidupkan fungsi Jawatankuasa Verifikasi Skor di sekolah
Untuk memastikan kelancaran dan peranan Jawatankuasa Verifikasi Skor dioptimumkan sepenuhnya, Kajian
Tindakan JVS ini telah dilaksanakan. Panduan yang tepat perlu disediakan, pemahaman kepada proses pentaksiran
telah dilakukan dengan bacaan secara menyeluruh semua Buku Panduan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan.
Sebagai penyelesaian, PAMPLET Pelaporan JVS yang mengandungi 20 indikator telah ditetapkan khusus untuk
memandu pelaksanaan proses Verifikasi Skor yang perlu dilaksanakan secara teratur. Seterusnya Kajian Tindakan
ini juga menyediakan 2 contoh minit mesyuarat yang diteraskan daripada 20 indikator yang telah dirangka.
TINJAUAN LITERATUR
Untuk mendapatkan kesimpulan dan rumusan bagaimana JKVS menjalankan tugasnya, beberapa pembacaan teliti
dan rujukan beberapa dokumen pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Antara dokumen yang
telah dirujuk termasuklah Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (2014), Panduan
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (2014), Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran Tingkatan 3 (2020), Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Pusat Pentaksiran Tingkatan
3 Tahun 2020.
73 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Untuk menambahkan pemahaman berkaitan Kajian Tindakan pula 2 dokumen sebagai rujukan utama
74 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
5.1 MODERASI SKOR
Seperti yang telah dijelaskan dalam definasi awal itu istilah moderasi skor sangat berkait dengan proses verifikasi
skor. Moderasi skor ditakrifkan sebagai proses menyeragamkan skor atau penyelarasan untuk memastikan
keseragaman penskoran. Moderasi melibatkan perbincangan, penyelarasan dan persetujuan sesama rakan sejawat
dalam panitia atau mata pelajaran yang sama. Moderasi penting bagi mengurangkan jurang pertimbangan
profesional antara seorang guru dengan guru yang lain. Moderasi juga adalah untuk memastikan kesahan dan
kesaksamaan dalam pertimbangan profesional dan pentaksiran yang dilakukan.
Aktiviti moderasi atau penyelarasan skor dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan
pentaksiran. Hubungkaitnya dengan verifikasi skor ialah skor yang telah dimoderasi akan diverifikasikan atau melalui
suatu proses menentusahkan skor yang diberi guru.
OBJEKTIF MODERASI
- Menyelaras pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran.
- Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran.
- Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.
- Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
- Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
JENIS MODERASI SKOR (PENYELARASAN)
- Moderasi dalaman atau penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah
75 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
- Moderasi luaran atau penyelarasan luaran yang dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD,
JPN, dan KPM
PERSONEL MODERASI ATAU PENYELARASAN
- Moderasi atau penyelarasan dalaman dijalankan oleh:
- Ketua Panitia
- Guru Cemerlang
- Jurulatih Utama
` - Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua
- Moderasi luar atau penyelarasan luaran dijalankan oleh:
- Pegawai KPM
- Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) (lantikan KPM)
- Ketua Pentaksir Negeri (KPN) lantikan JPN
- Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) lantikan JPN
- Pentaksir Kawasan (PKw) lantikan JPN
Sebelum huraian yang lebih teliti, berikut disertakan carta organisasi yang merupakan contoh personal yang terlibat
dalam Jawatankuasa Verifikasi Skor di peringkat mata pelajaran.
76 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 3: Organisasi JVS di Sekolah
77 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Seterusnya berikut dinyatakan bidang tugas JVS yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.
(Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah)
Jadual 1
Bidang Tugas (Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah)
Sumber: Buku Pengurusan PT3 Lembaga Peperiksaan
Untuk menjamin pengurusan pentaksiran dilaksanakan dengan tersusun dan teratur pihak sekolah perlu
melaksanakan beberapa tindak ikut seperti dibawah dalam memastikan setiap markah dan skor yang diberi adalah
tepat dan sah mengikut apa yang telah dihasilkan oleh pelajar. Proses moderasi dan verifikasi ini dilaksanakan di
peringkat dalaman dan juga oleh pentaksir luar.
78 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Carta Alir menunjukkan proses pemeriksaan skrip jawapan calon dan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor
oleh sekolah (Verifikasi Dalaman)
Rajah 4: Proses Moderasi dan Verifikasi Skor (Verifikasi Dalaman)
79 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dijalankan oleh personal yang dilantik oleh pihak Lembaga
Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Pemantauan ini akan melihat semua aspek pentaksiran yang
dilakukan disekolah. Satu daripada dokumen penting yang pasti dinilai untuk menentukan status pelaksanaan
penjaminan kualiti pentaksiran ialah minit-minit mesyuarat yang disediakan. Justeru adalah penting laporan minit
mesyuarat ini disediakan dengan lengkap kerana ia merupakan interpretasi kepada pelaksanaan pentaksiran yang
tuntas dan autentik. Jadual 2 dibawah merupakan bidang tugas personal pemantauan penjaminan kualiti
pentaksiran.
Jadual 2
Bidang Tugas Pemantauan Pentaksiran Pusat
Bil Tugas Sub Tugas
menepati arahan tugasan.
mengikut jadual yang ditetapkan
1 Mengenal pasti sama ada pelaksanaan menepati peraturan pentadbiran.
tugasan Pentaksiran Pusat akur arahan keselamatan.
Menyeragamkan kefahaman terhadap
kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
akur Peraturan Pemarkahan.
telah diselaraskan dalam panitia
2 Mengenal pasti sama ada skor yang diberikan berdasarkan hasil kerja/respons murid
oleh guru yang autentik.
menepati keupayaan sebenar murid sah
dan boleh dipercayai.
adil bagi semua murid.
Memantau kesahan dan
kebolehpercayaan skor yang direkod.
Memastikan skor murid selaras dengan
3 Pemantauan Skor Pentaksiran Pusat Peraturan Pemarkahan.
Menepati tahap penguasaan murid
konsisten bagi semua mata pelajaran.
Memastikan skor yang diberikan adalah
adil dan menepati keupayaan dan
prestasi murid.
Menerima cadangan penambahbaikan
4 Mendapatkan maklumbalas daripada daripada guru mata pelajaran.
pelaksana Membuat penambahbaikan terhadap
tugasan dan instrumen berdasarkan
dapatan.
Sumber: Buku Pengurusan PT3 Lembaga Peperiksaan
Proses verifikasi skor juga dilakukan oleh pentaksir luar seperti Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua
Pentaksir Negeri (KPN), Ketua Pentraksir Kawasan (KPKw), dan Pentaksir Kawasan (PKw) . Rajah berikut
memperincikan tugas pentaksir luar Carta alir menunjukkan proses pemeriksaan skrip jawapan calon dan
moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor oleh KPK, KPN, KPKw dan PKw (Verifikasi oleh Pentaksir Luar)
80 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Sumber : Buku Pengurusan PT3 Lembaga Peperiksaan
Rajah 5: Proses Moderasi dan Verifikasi Skor (Verifikasi oleh Pentaksir Luar)
81 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Setelah semua skor kerja kursus dimoderasi oleh pentaksir luar, borang skor akhir diserahkan kepada Setiausaha
Peperiksaan untuk dimasukkan ke Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) KPM. Seterusnya
Setiausaha Peperiksaan akan mencetak markah yang dimasukkan ke dalam SPPAT untuk dibawa ke Mesyuarat
JVS peringkat sekolah untuk pengesahan.
VERIFIKASI SKOR AKHIR
Proses VERIFIKASI SKOR oleh Jawatankuasa Verifikasi Skor di peringkat akhir perlu dilaksananakan setelah
markah dimasukkan ke dalam portal SPAAT dan sebelum markah dihantar ke Lembaga Peperiksaan seperti
diterangkan dalam jadual proses kerja dibawah.
82 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2